SEMERAH TINTA®

SEMERAH TINTA®
"Merah" membawa maksud sesuatu yang masih baru dan perlu melalui jangka waktu dan proses tertentu untuk matang.Pen merah amat sinonim dengan profesion perguruan.Tinta merah atau dakwat merah pula selalu dikaitkan dengan pembetulan, amaran ataupun catatan pelaporan yang biasanya dikaitkan dengan kegagalan di dalam ujian atau peperiksaan seseorang pelajar.Apapun, tinta merah bukanlah bertujuan untuk menunjukkan sesuatu yang negatif, sebaliknya sebagai satu motivasi agar sentiasa memperbaiki kelemahan dan sentiasa mahu berubah sehingga kejayaan dapat dikecapi."Semerah Tinta" dibina sebagai medan catatan dan maklumat berkaitan Pembelajaran dan Pengajaran.Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pandangan, melayari dan menghubung (link) dengan laman atau blog lain. Segala paparan atau catatan adalah atas pandangan penulis sendiri dan boleh diperbaiki dari masa ke masa tertakluk kepada pandangan intlek dan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat,teguran,pandangan dan perhatian daripada intelektual, warga pendidik serta rakan blog berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran amat saya harapkan dan sangat-sangat dihargai.Semerahtinta juga lahir selepas puakajoran.blogspot.com,agrohias.blogspot.com,golokkraf.blogspot.com dan skb3.blogspot.com .Semoga kehadiran semerahtinta.blogspot ini dapat diterima dalam satu rangkaian.Terima kasih!- Tintamerah®.

SUMPAH SEMERAH TINTA:

SUMPAH SEMERAH TINTA:
MENGHAYATI BAHASA SYURGA,MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA, MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS,MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA,DAN MEMPERKAYAKAN BANGSA DENGAN SEMUA BAHASA.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ . خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ .اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ .الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَم .عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.Read in the name of your Lord,Who created.Created man, out of a (mere) clot of congealed blood.Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful.He Who taught (the use of) the pen.Taught man that which he knew not.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam (pen/tinta).Dia mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahui manusia.

Sahabat Maya - Tinggalkan Link Anda Supaya Senang Saya Follow Kembali - Terima kasih atas sokongan

Terima kasih atas sokongan.Tinggalkan Link supaya senang di "follow" kembali.

Thursday 29 September 2011

Daftar Kata Huruf P

p huruf ke-16 abjad Rumi.
P simbol kimia bagi fosforus.
P. kep Pulau: ~ Pinang.
pa I huruf ke-23 abjad Jawi (mempunyai nilai 5000).
pa II Kd, Pn; dia ~ mereka (semua), depa; hang ~ hang semua, engkau
semua; saya ~ kami (semua), sepa.
Pa simbol kimia bagi protaktinium.
pabean (pabéan) kastam: peti dan guni yg telah diperiksa dan dicap oleh
~ segera dimuatkan ke dlm kapal.
pabila singkatan bagi apabila; barang ~ bila-bila sahaja, sebarang waktu.
pabrik IB kilang: ~ tebu.
pacah Br buta.
pacai serbuk kayu cendana atau setanggi (ditabur atas mayat).
pacak I 1. sesuatu yg panjang dan runcing, cucuk (ikan yg hendak
dipanggang, sate, dll); 2. kayu (tongkat dll) yg tirus hujungnya,
pancang; pak ~ orang yg tidak penting peranannya (watak tambahan
dlm lakonan pentas dll);
memacak mencucuk, menusuk: ~ ikan; ~ hari Kl menetapkan hari
bulan;
memacakkan memasang pacak (pancang dll), memancangkan: satu
tiang yg tirus, panjangnya 1 meter dipacakkan di dlm air; ~
pancang;
terpacak 1. telah dipacakkan, terpancang: dicabutnya turus pagar
yg ~ itu; 2. ki terdiri tegak, terpancang, terpaku: ia melewati keduadua
orang pengawal yg ~ spt tiang tiada bergerak-gerak itu; dia
sudah nampak Bedah ~ di tepi pantai; 3. ki tepat: dia mesti berada
di Kelab Golf jam lima ~ .
pacak II biasa (mengerjakan sesuatu), cekap, mahir, pandai.
pacak III Mn recik, percik;
memacak-macak merecik-recik.
pacak IV Jw; memacak menjantani (ternakan) utk membiakkan
keturunan yg baik;
pemacak binatang (lembu, kuda, dll) jantan yg dibela sbg baka
(bibit).
pacal I 1. sl hamba kpd raja: paduka anakandalah akan ayahanda harap
memelihara ahli-ahli ayahanda serta memelihara ~ Bugis itu; 2.
kata ganti nama diri pertama (apabila bercakap dgn raja dll), patik:
Tuanku terlalu baik kpd patik ~ yg hina papa ini; had itulah yg
terbaca oleh ~ datuk.
pacal II sj ikan laut, parang-parang, Chirocentrus darab.
pacang; memacang menunangkan;
pacangan tunangan.
pacar I; ~ cina = ~ culam sj tumbuhan (herba), culan, pokok telur
belangkas, Aglaia odorata; ~ kuku sj tumbuhan (pokok yg daunnya
dibuat pemerah kuku), inai, Lawsonia inermis;
berpacar = ~ inai Br, Sr berinai.
pacar II; tikar ~ = pacaran tikar yg berlapis-lapis dan berwarna (utk raja
dan orang-orang besar).
pacar III Jk kekasih;
berpacaran menjalin hubungan cinta atau kasih dgn teman lelaki
atau wanita: dia terkejut apabila mengetahui anaknya ~ dgn warga
asing; gadis berkenaan dilarang ~ selagi dia menjadi anggota
kumpulan penari itu;
berpacar-pacaran berseronok-seronokan, berkasih-kasihan.
pacat I sj binatang yg menghisap darah (sj lintah di darat), Haemadipsa
javanica; ~ besar ark = ~ melompat ki penghisap darah (orang yg
meminjamkan wang dgn mengambil bunga yg terlalu banyak), lintah
darat; ~ kenyang a) besar di tengah (badan dll); b) = cincin ~
kenyang cincin yg besar dan tebal pd satu bahagian (dipakai utk
melindungi jari sewaktu memegang keris);
~ hendak menjadi ular sawa prb a) perihal orang yg hina (miskin)
berlagak spt orang yg mulia (kaya); b) berangan-angankan sesuatu
yg tidak mungkin tercapai; spt ~ melompat prb lintah darat; spt ~
(kenyang) prb perihal orang yg setelah habis makan di rumah orang
lalu pergi dgn tidak menunggu-nunggu dahulu.
pacat II; burung ~ a) sj burung, burung kubung, burung lah, Pitta
brachyuna cyanoptera; b) sj burung, Pitta c. caerulea.
pacat III; kayu ~ sj tumbuhan (pokok renek), kayu ribu, pokok kancil,
rambai ayam, Anisophyllea disticha.
pacau 1. sj azimat yg digantungkan di pokok (utk mengelakkan buahnya
drpd dicuri orang); 2. benda yg busuk baunya (digunakan utk
menakutkan burung datang ke tanaman); 3. periuk yg diberi
berbintik-bintik dgn kapur utk menakutkan burung dll drpd
merosakkan tanaman.
pacek (Sunda); memacek 1. masuk ke dlm tanah; 2. menjantani (binatang
ternakan);
pemacek binatang jantan yg digunakan utk membiakkan keturunan;
kuda ~ kuda jantan yg digunakan utk membiakkan keturunan.
paceklik Jw musim kekurangan bahan makanan.
paceri  pajeri.
pacih, pacis sj permainan spt dam.
pacing Tr gusti lengan: tangan dia terseliuh kerana ~ dgn Pak Mat.
pacu 1. besi tajam atau bulat bergigi-gigi yg dilekatkan pd tumit kasut
(dipakai utk mencepatkan kuda berlari); 2. (Komp) tindakan
menggerakkan atau melaksanakan perisian atau perkakasan; 3.
(Komp) tindakan menyalurkan data atau isyarat dr satu titik ke titik
yg lain;
berpacu 1. ada pacunya, memakai pacu; 2. digertak dgn pacu
supaya berlari deras; 3. berlumba lari dll; ~ kuda berlumba kuda;
memacu 1. menggesa (kuda) dgn menusukkan pacu supaya berlari
deras: maka Arung Lenga pun ~ kudanya; 2. ki melarikan derasderas
(kereta dll): dipacunya motosikalnya dgn laju; 3. =
memacukan memperlumbakan; 4. menggerakkan sesuatu kegiatan
(ekonomi, pembangunan dsb) dgn lebih cepat atau pesat,
memesatkan: beberapa strategi utk ~ pertumbuhan ekonomi
negara; mereka berjaya menggunakan pengetahuan dan
pengalaman utk ~ perniagaan masing-masing;
pacuan 1. perlumbaan (kuda, sapi, dll); anak ~ penunggang kuda
lumba, joki; kuda ~ kuda lumba; 2. tempat atau padang perlumbaan
(kuda dll); 3. yg dipacu oleh: kenderaan ~ empat roda; ~ empat
roda sistem kenderaan bermotor yg keempat-empat rodanya
berkuasa menggerakkan kenderaan;
pemacuan perihal (proses, perbuatan, tindakan dsb) memacu:
penguasaan teknologi maklumat serta ~ pertumbuhan ekonomi
negara; ~ kuda;
pemacu 1. faktor (unsur dsb) yg memacu (memesatkan sesuatu
kegiatan, pembangunan dsb): hasrat kerajaan utk menjadikan
pertanian sbg salah satu ~ ekonomi negara; syarikat itu diiktiraf
sbg kuasa ~ yg membawa banyak kemajuan teknologi; 2. (Komp)
perkakasan atau perisian yg menggerakkan perkakasan atau perisian
lain: jika anda ingin menggunakan ~ B komputer ini, anda mesti
memasukkan disket ke dalamnya; ~ cakera peranti perisian ingatan
komputer yg digunakan utk menyimpan dan mendapatkan kembali
data pd cakera.
pacuk I; memacuk mematuk dgn paruh, memagut: kemudian dr itu
seekor burung, abeni namanya, ~ seekor ular besar.
pacuk II tabung atau bekas air dll drpd buluh, bacuk.
pacul I cangkul;
memacul mencangkul: sawah yg dipaculnya itu sudah bukan
kepunyaannya.
pacul II; memacul memicit atau menekan (buah-buahan, bisul, dll)
supaya keluar isinya;
terpacul 1. terkeluar (isi dr kulitnya dll), tersembul, terpersil; 2.
keluar (timbul) dgn tiba-tiba, terjengul: setelah orang yg berada di
bilik mandi itu pergi, Abd Fakar akan ~ semula.
pad 1. helaian kertas yg diikat sekali pd satu hujung: ~ tulis; 2. bahan
lembut (span) yg memberi perlindungan bentuk kpd sesuatu: ~
kasa; kot itu ada ~ pd bahunya; 3. pelapik utk melindungi bahagian
tertentu pd badan: ~ lutut; 4. kepingan logam yg rata yg digunakan
utk mengapit cakera brek.
pada I 1. kata sendi nama yg bererti di: ~ bulan Januari; dlm ~ itu
sementara (sambil) itu; 2. kata sendi nama yg bererti terhadap: Bang
Uda marah tak ~ Ida? 3. dalam, menurut, mengikut: ~ fikirannya; ~
hatinya; ~ sangkanya; 4. buat, bagi: ~nya dunia ini bukan tempat
mencari kesusahan; 5. sl akan, untuk: bab ~ menyatakan; 6. dari,
daripada: ~ bercerai mahulah mati; ~ jadi Komunis biarlah dia
mati.
pada II 1. tidak kurang dan tidak lebih, cukup: kaum kita hidup ~ dgn
sesuap nasi; 2. berasa puas (senang), berasa cukup: hatinya belum
~;
asal ada kecil pun ~ prb asalkan ada, tidak banyak, sedikit pun
cukuplah;
berpada mencukupi: dlm keadaan serba sederhana dan ~;
berpada-pada 1. elok-elok cukup, tidak berlebih-lebihan: amatlah
sukar hendak menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu ~ atau
melebihi batasan-batasan yg dihadkan; 2. agak cukup (walaupun
tidak banyak), lumayan, sedang;
memadai mencukupi, dapat mengisi atau memenuhi (kehendak,
peraturan, dll): rang undang-undang ini ~lah diluluskan oleh
Dewan Rakyat; makanan semata-mata tidak ~;
memada-memadai membuat seelok-elok cukup sahaja;
memadakan 1. menjadikan pada, menganggap pada: apabila
malam dipadakanlah tidur bertikar; 2. membiarkan, mendiamkan:
orang tua mahulah sabar dan ~ kelakuan orang muda; 3.
menjadikan puas, memuaskan: ~ hati;
terpada; tak ~ tidak boleh ditandingi, terlalu sangat.
pada III sama-sama, ramai-ramai (melakukan sesuatu): ibu-ibu itu ~
duduk mengobrol; mereka ~ berebut minta makanan; burungburung
sudah ~ resah menunggu.
pada IV sl 1. ark kaki; 2. tempat (dlm kata majmuk): maya ~, marca ~.
padah I = padahan alamat atau tanda (sesuatu kejadian yg akan berlaku).
padah II Mn = padahan akibat, imbangan, balasan: sekiranya tergelincir
nescaya cedera ~nya; perbuatan ini buruk ~nya.
padah III; memadah menjemput: Pak Mat telah ditugaskan utk ~ semua
orang kampung itu.
padahal sebetulnya, sebenarnya, sedangkan: mengapa ia mesti jadi
begitu susah ~ ayah dan ibunya orang yg berada.
padak Jw tambak tempat membuat garam.
padaka sl  pedaka I.
padam I 1. tidak bernyala, tidak bersinar, tidak hidup (api, lampu, dll),
mati: lampu-lampu rumah buruh ~ satu-satu; api yg meliuk-liuk
lemah itu ~; 2. tenang semula (kemarahan, keinginan, semangat,
dll), tidak bergelora lagi; tidak kunjung ~ tidak reda-reda (terus
bergelora); 3. tidak berkecamuk lagi (pertempuran dll), reda,
tenteram; 4. sudah hilang dahaga, hilang (hapus) atau luput sesuatu:
rindunya tidak pernah ~; ~ nyawa (hayat) mati; di mana api ~, di
sanalah puntung tercampak = ~ nyala tarik puntung prb di mana
mati di situlah dikuburkan;
memadamkan 1. mematikan (api dll): ~ api; lampu hendak
kaupadamkan; 2. menghilangkan (perasaan, keinginan, semangat,
dll), menenangkan: ~ berahi; ~ sekali segala harapan; 3.
meredakan, menenteramkan (kekacauan dll); 4. menghilangkan
dahaga; 5. menghilangkan, melenyapkan: angin sejuk itu tidak
dapat ~ titik-titik keringat di dahinya; ~ tulisan;
kepadaman 1. perihal padam: ~ lampu itu dgn sendirinya membuat
aku berfikir tentang kematian; 2. mengalami sesuatu sebab padam;
pemadaman perbuatan memadamkan;
pemadam 1. = ~ api alat utk memadamkan api (kebakaran); 2. alat
utk memadamkan tulisan di papan hitam dsb; getah ~ getah utk
memadamkan tulisan.
padam II; merah ~ merah spt bunga padma (bkn muka ketika marah).
padan I 1. banding, imbangan, lawan, tanding, tara: lawan itu bukan
~nya; sama ~ seimbang; 2. cocok, sesuai, patut, sama: pakaian
baru yg ~ dgn bentuk badannya; banyak lagi orang muda yg ~
menjadi suaminya; ~lah engkau dipilih menjadi ketua; 3. dapat
dipakai (bkn pakaian spt baju, seluar, dsb), muat: baju yg baru
dibelinya itu kecil, tidak ~ dengannya;
sepadan kena benar (keadaannya, ukurannya, rupanya, dll),
secocok, berpatutan, seimbang, setimpal, sesuai: kalau Salehah
dijodohkan dgn Salehin sepupunya itu, ~ benar; cubaan besar yg
menimpa dirinya, belum ~ dgn kekuatan jiwanya;
kesepadanan keadaan sepadan: adanya ~ skema dgn
perwakilannya;
berpadan 1. sepadan (dgn), sesuai (dgn): kekuatan peribadinya ~
dgn rupa lahirnya; 2. bermuafakat, bermesyuarat, berunding: maka
Pak Si Molong pun ~lah dgn juara Raja Jalan itu; setelah sudah ~,
maka hayam pun dibalang oranglah;
berpadanan 1. padan atau kena antara satu sama lain: khusus utk
mereka yg gemar mengenakan barang perhiasan yg ~, dihasilkan
barang-barang kemas yg lengkap dgn jamnya; 2. berpadan (dgn):
badannya agak gempal ~ dgn rupa orang yg tengah naik;
memadan memperbandingkan dua benda atau lebih (utk melihat
persamaannya, perbezaannya, dll): maka juaranya pun pergilah ~
ayam kpd juara yg di gelanggang itu; tidak ~-madan tidak
mengira-ngira, tidak mengagak-agak atau menimbang-nimbang
(kesesuaian diri sendiri, hati orang, dll);
memadankan 1. menjadikan padan (dgn sesuatu yg lain),
menyesuaikan, menyelaraskan: ~ dirinya utk menerima segala
perubahan; yg lelakinya pula berbaju blazer atau T-shirt yg
dipadankan dgn seluar panjang; 2. membandingkan (utk
mengetahui sesuai atau tidaknya dll): memadan-madankan gadis itu
dgn anaknya; 3. memberikan (membentuk dsb) sesuatu yg menjadi
persamaan bagi sesuatu yg lain, memberikan padanan kpd sesuatu:
percubaan utk ~ satu imbuhan Inggeris dan satu imbuhan bahasa
Malaysia itu terlalu kuat pengaruhnya;
padanan 1. bandingan, imbangan, persamaan, keadaan seimbang:
cita-citanya ialah membuat projeksi drpd kenyataan-kenyataan yg
dilihatnya, ia ingin membuat ~ dr alam di sekitarnya; 2. perihal
padan, persesuaian, persamaan: uji ~ benang itu dgn nat; 3. = ~
kata kata atau rangkai kata dlm sesuatu bahasa yg sama maknanya
dgn kata atau rangkai kata dlm suatu bahasa yg lain: kamus ini
memberikan ~ bahasa Malaysia bagi perkataan, rangkai kata dan
ungkapan bahasa Inggeris;
pemadanan perihal memadankan sesuatu, penyesuaian,
perbandingan: ~ konsep yg wujud dlm fikiran dgn penyataannya yg
diterbitkan dlm bentuk kata;
pemadan sesuatu yg memadan(kan); garisan ~ garisan (pd kain
jahitan) tempat dijahit.
padan II had atau tempat melempar batu (damar, guli, dll) dlm permainan,
sempadan.
padan III Mn janji;
berpadan berjanji.
padan IV Jk curang (dlm permainan dll).
padang 1. tanah yg lapang, lapangan; ~ bola padang tempat bermain bola
sepak; ~ belantara = ~ gurun = ~ tiah tanah luas yg tidak
dikerjakan; ~ jarak = ~ tekukur padang atau tanah luas yg
ditinggalkan (tidak dikerjakan); ~ (kapal) terbang lapangan terbang;
~ mahsyar padang tempat berkumpul pd hari kiamat; ~ minyak
tanah luas yg ada minyak tanah di dlmnya; ~ pasir tanah pasir yg
sangat luas; ~ ragut = ~ rumput ternak kawasan tanah yg ditumbuhi
rumput dan tumbuh-tumbuhan serupa yg sesuai utk diragut oleh
binatang ternakan spt lembu dan biri-biri; ~ rumput padang yg
ditumbuhi rumput; ~ tandus padang yg tidak ditumbuhi tumbuhtumbuhan;
~ tembak padang tempat berlatih menembak; ~ usaha
lapangan atau lingkungan pekerjaan; 2. Kd sawah, bendang;
~ perahu di lautan, ~ hati di fikiran prb a) demikian luas hati itu,
berapa banyak pun fikiran masuk di dalamnya; b) fikirkan sungguhsungguh
sebelum melakukan sesuatu menurut kehendak hati; di ~
orang berlari, di ~ sendiri berjingkat prb suka menerima hak orang
sahaja tetapi tidak memberi hak sendiri; lain ~ lain belalangnya,
(lain lubuk lain ikannya) prb lain negeri lain adat resamnya;
tersesak ~ ke rimba prb habis ikhtiar (akal) hingga tidak ada daya
upaya lagi;
berpadang mempunyai padang, ada padangnya;
diberi ~ luas prb diberi kebebasan utk memilih apa kehendaknya;
orang menebus ~ senang, orang diberi beroleh sahaja prb sesuatu
yg telah menjadi hak milik kita boleh dibahagikan sesuka hati.
padas Jw lapisan tanah yg keras, cadas.
padasan sj tempayan besar tempat air sembahyang.
padat 1. penuh dan rapat sekali (isinya, kandungan, susunannya, dll),
padu, pejal, tumpat: tanah tidaklah ~ spt batu, tetapi peroi dan
berliang-liang; gas itu dipam ~-~ ke dlm silinder besi waja yg
tebal; 2. penuh, sesak, berasak-asak: restoran-restoran mereka ~
dgn makanan yg baik-baik; ~ spt ikan sardin dlm tin; 3. banyak
sekali penduduk (daerah dll); 4. banyak isinya (bkn karangan,
ucapan, dll), berisi, bernas; bahasa jurnalistik lebih ~ dan tepat; 5.
Id pejal (tidak cair atau spt gas): air kalau didinginkan menjadi ~;
memadat menghempap-hempap (memijak-mijak, mengasak-asak)
hingga padat: ~ perut (memberi) makan kenyang-kenyang;
memadati 1. memenuhi hingga padat: gulungan-gulungan kertas ~
almari yg kecil; 2. mengisi (mengasak, menyumbat) sesuatu (guni
dll) hingga padat;
memadatkan 1. mengisi atau mengasak sesuatu (spt guni dll)
hingga padat; 2. mengisikan sesuatu hingga padat: bas yg satu
pertiga besarnya drpd ukuran bas di Kuala Lumpur sentiasa ~
penumpang sekali ganda drpd yg telah ditetapkan; 3. menjadikan
padat, memampatkan, memejalkan: padatkan tanah dlm silinder itu
dgn mengetuk-ngetuk; ~ air dgn mendinginkannya;
padatan 1. Id pejal; 2. perihal padat (penduduk dll);
kepadatan 1. perihal padat; 2. terlalu ramai atau penuh sesak (dgn
penduduk): daerah-daerah yg ~;
pemadatan perbuatan memadatkan: Robert Boyle ialah orang yg
pertama mempelajari ~ gas.
padau; layar ~ layar yg dipasang tatkala ribut turun.
paderi orang Kristian (terutama lelaki) yg dilantik khas utk
mengendalikan perkara-perkara yg berkaitan dgn agama Kristian (di
gereja dsb); ~ tentera paderi yg kerjanya menjaga keselamatan jiwa
askar-askar Katolik.
padi I 1. sj tumbuhan (rumput yg buahnya dijadikan beras), Oryza spp.; 2.
buah pokok padi;
~ bendang (paya, sawah) padi yg ditanam di tempat yg berair; ~
berat (dalam, lambat) padi yg lama baru berbuah, padi yg lambat
berbuah; ~ berdukung padi yg kembar buahnya dan dianggap
bertuah; ~ bibit padi yg bakal disemai; ~ bukit (gogo, huma,
ladang) padi yg ditanam di tempat yg tidak berair; ~ burung sj
tumbuhan (rumput) yg biasanya tumbuh di sawah, Echibochloa
crusgalli; ~ cerai padi yg cepat berbuah dan kecil-kecil buahnya; ~
kernap padi semaian utk menggantikan pokok yg mati; ~ ketam
padi pulut; ~ kunca peminjaman wang oleh petani dgn perjanjian
akan dibayar dgn padi apabila masak nanti; ~ lekas (radin, ringan)
padi yg cepat berbuah; ~ Mahsuri sj padi kacukan (antara padi dr
Taiwan dgn padi dr Kedah) yg menghasilkan tanaman dua kali
setahun; ~ Malinja sj padi kacukan (antara padi Malaysia, India dan
Jepun) yg menghasilkan biji padi yg besar; ~ pulut (sipulut) padi yg
berasnya melekat-lekat (biasanya dibuat penganan dll); ~ rambai
Kd sj padi yg panjang, berwarna putih (tidak lagi ditanam
sekarang); ~ usang a) padi yg lama tersimpan; b) Kl orang tua yg
berpengalaman banyak;
~ dikebat dgn daunnya prb mengusahakan sesuatu tidak dgn modal
lain tetapi dgn bahagian usaha itu jua; ~ masak jagung mengupih
prb keuntungan yg diperoleh dgn berlipat ganda; ~ segenggam dgn
senang hati, lebih baik drpd ~ selumbung dgn bersusah hati prb
kesenangan hati lebih berharga drpd kekayaan; ~ sekepuk hampa,
emas spt loyang, kerbau sekandang jalang prb perihal seseorang yg
nampaknya kaya tetapi sebenarnya miskin; ~ selumbung dimakan
orang banyak prb hiburan kpd isteri drpd seorang suami yg beristeri
lebih drpd satu; ~ setangkai bernas semuanya prb keluarga yg
bahagia dan beruntung semuanya; baik membawa resmi ~, jangan
membawa resmi lalang = spt buah ~, makin berisi makin rendah,
jangan spt lalang, makin lama makin tinggi = spt ilmu ~ kian berisi
kian runduk prb semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin
merendahkan diri (tidak sombong); bukan tanahnya menjadi ~ prb
bukan tampannya akan jadi orang baik-baik; jika ada ~, tentu ada
hampanya = jika ada ~ berhampalah, jika ada hati berasalah prb
siapa yg berasa tersindir, dialah yg berbuat sbg yg disindirkan itu;
jika kasih akan ~, buangkanlah akan rumput prb jika kasihkan
anak isteri berhentikanlah drpd mengasihi orang lain; menyisip ~
dgn bilalang (lalang) prb mencampurkan yg baik dgn yg jahat,
akhirnya musnahlah yg baik itu; spt ~ hampa, makin lama makin
mencongak prb orang sombong yg tidak berilmu, makin lama
semakin tinggi cakapnya; tak ada ~ yg bernas setangkai prb tidak
ada sesuatu yg sempurna segala-galanya;
berpadi 1. mempunyai padi; 2. bertanam (bersawah, berladang)
padi; musim beremas kemas, ~ menjadi prb orang berharta dapat
mencapai apa yg dikehendakinya;
padi-padian segala tumbuhan (rumput) jenis padi.
padi II (utk menyatakan) kecil atau yg kecil: cili (lada) ~; lempoyang ~;
sepadi sedikit: tak ~ pun yg ada.
padian Br perempuan yg berjaja (biasanya makanan) dgn menggunakan
perahu.
padma bunga teratai (seroja, telepok).
padol Kl peduli.
padpinder IB, bp pandu.
padsyah (Parsi) raja, syah.
padu 1. mampat, padat, pejal, tumpat: ~ spt batu dan besi; roti mudah
dihancurkan di dlm tubuh kerana ia tidak ~; 2. telah bergaul
(bercampur, bergabung) dan menjadi satu benar, sebati: anak
sekolah, guru, buruh dan saudagar ~ dlm satu perarakan; bersatu
~ bersatu benar-benar; 3. ki kukuh (teguh, utuh) dan kuat: kesatuan
yg ~;
sepadu sebati, terserap, berjalin: ada lebih kurang 800 kata
Sanskrit yg kekal ~ dgn kata-kata Melayu sekarang; pembangunan
material dan spiritual hendaklah ~;
bersepadu berkaitan erat (tidak terpisah-pisah) berjalin, bertahan
erat (antara pelbagai unsurnya dsb): pembangunan secara ~ ini
diharap dapat mewujudkan kesatuan sosial; mempunyai asas
sumber asli yg ~ dgn struktur perindustrian;
menyepadukan menjadikan sepadu atau bersepadu: kesemuanya
telah dicampur aduk dan disepadukan sehingga wujud satu
keseimbangan atau tahap persamaan yg utuh dan berfungsi;
tersepadu telah bersepadu: ini bermakna kaum bumiputera akan ~
dlm perkembangan ekonomi negara menjelang tahun 2020;
kesepaduan keadaan bersepadu, perihal bersepadu menjadi
kesatuan yg utuh; malahan ~ komuniti itu diasaskan pd pertalian
kekeluargaan;
persepaduan perihal bersepadu (bangsa, masyarakat,dsb);
penyepaduan proses menyepadukan, penyebatian;
penyepadu orang, unsur, pihak dsb yg menyepadukan: syarikat itu
merupakan syarikat ~ sistem yg terkemuka di negara ini;
berpadu 1. bercampur menjadi satu, menjadi sebati: ketiga-tiga
buah kesatuan itu telah ~ menjadi satu; zat besi mudah ~ dgn
oksigen; 2. bercampur, bergaul: senyum dan tangis ~ menyambut
kepulangannya; 3. menjadi beku dan keras (darah dll); 4. teguh
(kukuh, utuh) dan kuat kerana sudah bersatu;
~ padan a) bergaul (bergabung, bercampur) dan menjadi satu benar;
b) bermuafakat, bermesyuarat, berunding, memadankan
(menyesuaikan) fikiran; ~ suara a) berduet; b) ki menjadi satu,
berbaur: angin laut dan desir ombak ~ suara;
memadu 1. melebur (emas); 2. melebur dan mencampurkan supaya
bersatu (berbagai-bagai jenis logam); 3. mengikat (janji dll),
menguatkan, mengukuhkan: ~ janji; kata sudah dipadu; negaranegara
yg tidak memihak ~ tenaga utk memperkuat pengaruh
mereka; 4. membandingkan, menyesuaikan, mencocokkan,
memadankan; ~ pendapat mencocokkan pendapat; ~ hati
menyatukan hati (kasih dll); ~ satu = menyatupadukan menjadikan
bersatu padu, menyatukan sungguh-sungguh;
memadukan menjadikan padu, menggabungkan supaya menjadi
satu, mencampurkan, menyatukan: ~ fahaman semua manusia;
memperpadukan menjadikan berpaduan: manusia berjaya ~
bahan-bahan asas ini menjadi satu bahan baru;
terpadu sudah dipadu (digabungkan, disatukan, dll), tergabung;
paduan 1. apa yg telah dipadu, sesuatu yg telah disatukan
(digabungkan dll): ~ suara; 2. persesuaian, kecocokan;
kepaduan kesatuan (pendapat, cita-cita, dll), kemuafakatan;
perpaduan 1. penggabungan, peleburan; 2. persesuaian,
kecocokan; 3. perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat,
dll), persatuan: bahasa dan sastera adalah alat utk ~ kebangsaan;
bahasa Melayu sbg bahasa yg boleh menjadi penggerak ke arah
mencapai ~ nasional;
pemaduan 1. perbuatan memadu(kan), penggabungan (peleburan
dll) menjadi satu: air boleh dibuat melalui ~ hidrogen dan oksigen;
2. persesuaian, kecocokan;
pemadu sesuatu yg memadukan: kuasa ~.
paduk garisan (had, batas) tempat permulaan (melempar dll) dlm
permainan.
paduka 1. sl kasut, sepatu; 2. panggilan kpd sultan dan raja: Seri P~
Baginda Yang di-Pertuan Agong; 3. panggilan kpd orang yg
dimuliakan: surat ~ ayahanda sudah anakanda terima; 4. gelaran
orang yg berpangkat (mulia-mulia dll): Bendahara P~ Raja; Dato'
P~; Imam P~ Tuan.
padung I bahagian yg menganjur (pucuk dll) drpd batang pokok yg
menjalar.
padung II; burung ~ burung enggang.
padung III Sr loteng.
padusi Mn perempuan, isteri.
paduta naib duta.
paesan (paésan) Jw hiasan pd dahi pengantin perempuan.
paf I pastri yg biasanya berisi inti krim, jem dsb: ~ krim.
paf II; ~ bedak kepingan kain, span dsb yg lembut utk menyapu bedak pd
muka.
pagai; nyiur ~ sj kelapa yg rendah pokoknya, nyiur puyuh.
pagan I tegap (badan dll), teguh, kukuh, kuat: pemuda yg ~-~ dan tabah
hati.
pagan II orang yg tidak percaya pd sebarang agama utama, spt Islam,
Kristian, atau Yahudi.
pagar I 1. sesuatu yg dibuat utk membatasi (menyekat, mendinding)
kawasan rumah (kebun dll): ~ besi; ~ buluh; ~ dawai (kawat); turus
~ tiang pagar; 2. sesuatu yg serupa pagar; ~ bulan lingkungan di
sekeliling bulan, kandang bulan;
~ desa orang yg membantu penjaga keamanan desa di Jawa Barat;
~ duri pagar drpd dawai berduri; ~ hidup pagar drpd pokok-pokok
kecil; ~ musang (sasak, tenggalung) pagar pd buritan perahu; ~ sua
pagar yg menyekat dua ekor kerbau yg akan diadu;
~ makan padi (tanaman) prb orang yg dipercayai utk menjaga
sesuatu, dia pula yg mengkhianati kita; bagai melompati ~ tiga
hasta, akan dilompati rendah, akan dilangkahi tinggi prb keadaan
atau pertolongan yg tidak kurang tetapi tidak pula mencukupi (serba
tanggung);
berpagar mempunyai sesuatu sbg pagar: kebun yg tidak ~;
berpagarkan mempunyai sesuatu sbg pagar: jalan itu ~ pohon ru;
memagar 1. membuat pagar, memasang pagar: pohon-pohon
mempelam dlm kebun itu dipagar berkeliling dgn besi; 2.
menyerupai pagar;
~ diri menjaga diri; ~ diri bagai aur prb Mn menjaga dan
memikirkan dirinya anak-beranak sahaja (tidak mempedulikan
orang lain);
memagari 1. membuat atau mendirikan pagar pd (di sekeliling):
kebun itu dipagari dgn kawat berduri; 2. berada (terletak, berdiri,
dsb) di sekeliling atau melingkari sesuatu, mengelilingi,
melingkungi: tasik-tasiknya dipagari oleh pohon-pohon rendang
serta rumpun-rumpun bunga yg berwarna-warni; penonton yg
sedang ~ medan permainan itu; 3. ki menghalangi (drpd kejahatan,
bahaya, dll), melindungi, mendindingi;
memagarkan 1. menggunakan sesuatu sbg pagar; 2. membuatkan
pagar (pd), mendirikan (memasangkan) pagar pd;
pemagaran proses (perbuatan, tindakan dsb) mendirikan (membuat
atau memasang) pagar pd atau di sesuatu tempat (sempadan,
kawasan dsb): kerja ~ dusun buah-buahannya itu baru sahaja
selesai;
pagaran pagar.
pagar II; ~ anak betina (hitam, merah) sj tumbuhan (pokok kecil), bunga
meragung, jenjagung, Ixonanthes icosandra.
pagas ark; memagas memangkas, memenggal.
pageri serban orang Hindustan.
pagi waktu selepas matahari terbit (kira-kira dr pukul enam hingga pukul
sepuluh): sarapan ~; ia pergi ~ tadi; ~ petang tiap-tiap pagi dan
petang;
usahlah teman dimandikan ~ prb janganlah dipermainkan dgn
pujian yg berlebih-lebihan;
sepagi, sepagian sepanjang (seluruh) pagi: ~ itu, sesudah kejadian
malam itu, tidak demikian lakunya;
pagi-pagi 1. pagi benar (kira-kira pukul enam), pagi sekali: ~ ia
pergi ke pasar; 2. terdahulu drpd waktunya, awal lagi: pergilah ~
supaya tentu dapat bas; ~ buta (hitam) pagi-pagi sekali;
kepagian 1. terlalu pagi, pagi benar; 2. terlalu awal.
pagina IB muka (buku dll), halaman.
pagoda kuil (terutamanya Buddha dan Hindu) yg berbentuk menara
bertingkat-tingkat yg di setiap keliling tingkatnya terdapat bumbung
hiasan.
pagu Mn 1. para dapur; arang ~ arang para, jelaga; 2. loteng, loteng
tempat menyimpan barang.
pagun Mn pagan, kuat, kukuh, teguh.
pagut I; memagut mematuk (ular, burung, dll), mencatuk;
pagutan perbuatan memagut, patukan.
pagut II Mn; berpagut; ~ lutut berpeluk (berdakap) lutut, tidak membuat
kerja apa-apa;
memagut 1. memeluk, mendakap: dia menangis tersedu-sedu
sambil ~ bantal gulingnya; 2. ki mengelubungi, menyelubungi:
kesepian terus juga ~ ; di kala senja ~ bumi;
pagutan pelukan, dakapan: lama sekali kepala yg mongel itu dlm
~nya;
sepemagutan sepemeluk.
pah I 1. Pr nenek; 2. Id, bp pak, bapak.
pah II IB pajak;  pak IV.
paha I 1. bahagian kaki manusia di antara lutut dan pinggul; 2. bahagian
kaki belakang binatang-binatang tertentu di antara lutut dan pinggul;
3. sl perempat, suku; se~ sesuku;
~ belalang a) paha yg kecil dan lurus; b) sj penyemat (pin) baju; c)
spring, pegas; ~ kek bahagian kek (alat tenun) yg berat di sebelah
bawah (tempat bahagian-bahagian kek lain dipasang);
bergendang ~ prb bergembira kerana orang lain mendapat
kesusahan; cubit ~ kanan, ~ kiri sakit juga prb kiranya seseorang
itu merosakkan kaum keluarganya sendiri, ia pun akan berasa juga
kesusahannya; diberi betis hendak ~ prb diberi sedikit, kemudian
hendak banyak.
paha II Kl mata tenggala.
paha III; burung ~ kelati sj burung, Dicrurus aeneus malayensis.
pahala ganjaran drpd Tuhan (kerana berbuat baik), lwn dosa: orangorang
yg bersedekah akan menerima ~ drpd Allah; berbuat ~
berbuat kebaikan;
berpahala mempunyai pahala: lebih baik mati segera dgn ~ drpd
hidup lama bergelumang dosa.
pahang I (Sunda) ark sj bau yg tidak sedap (spt bau daun pohon buah
nona); pahit ~ pahit getir.
Pahang II negeri di tenggara Semenanjung, keluasan 35 965 km2 ,
Kuantan sbg ibu negeri, Darul Makmur.
pahar sj talam berkaki yg dibuat drpd gangsa atau tembaga (utk bekas
makanan).
pahat I alat besi yg berbentuk bilah yg tajam hujungnya (utk menebuk
lubang, mengukir kayu, dll); jenis-jenisnya: ~ caku, ~ kuku, ~ mata
bulat, ~ mata lintang, ~ putar, dll;
~ kuku pahat yg matanya melengkung, digunakan utk membuat
lurah dan ukiran biasa; ~ pating sj pahat yg tidak tajam; ~ pelubang
pahat yg khusus digunakan utk menebuk lubang;
bagai ~, tidak ditukul tidak makan = laksana ~ dgn penukul prb
orang yg hanya bekerja apabila diperintah (disuruh); menciritkan ~
prb sudah tua sangat (orang);
berpahat 1. sudah dipahat; 2. berukir; yg berbaris yg ~, yg
bertakuk yg bertebang prb Mn pekerjaan dilakukan mengikut
adatnya (aturannya) yg biasa;
memahat 1. menebuk lubang dll dgn pahat; 2. mengukir, membuat
patung dgn pahat: di atas tugu itu semua nama pejuang yg gugur
turut dipahat;
~ di dlm baris, berkata dlm pusaka prb Mn mengerjakan sesuatu
dgn aturannya (supaya selamat);
terpahat 1. telah diukir dgn pahat, terukir: ukiran yg ~ di atasnya
melambangkan kepercayaan animisme; tulisan yg ~ pd batu nisan
itu mengandungi dua rangkap puisi; 2. ki terlekat, tercatat atau
terakam seolah-olah telah dipahat pd sesuatu: hasrat utk menulis
novel tetap ~ di tangkai hatinya; bagi kaki pancing, nama Pulau
Sembilan pasti ~ dlm ingatan mereka;
pahatan sesuatu yg dipahat, hasil memahat, ukiran: di sekolah seni
ini kami menikmati lukisan dan ~ ramai seniman;
pemahatan perbuatan (proses) memahat;
pemahat orang yg memahat (mengukir), pengukir, ahli seni pahat.
pahat II; bulu ~ bulu paku, bulu yg halus-halus pd burung.
pahi; mata ~ besi pd hujung mata bajak.
pahit I 1. rasa spt rasa hempedu: terasa ~ sedikit minuman keras itu;
mendapat kopi ~ a) mendapat kopi yg tidak bergula; b) kena marah;
2. ki menyakitkan hati, menyusahkan hati (perasaan): semua
perkataannya ~ dan melukakan hati belaka; kenyataan yg ~; 3. ki
tidak senang, susah, sukar, payah: betapa ~nya kehidupan orangorang
kampung; 4. sukar utk ditanggung atau diterima: peristiwa ~
yg diharungi mereka;
~(-pahit) darah panjang umur; ~ getir = ~ maung = ~ pahang
kesulitan atau kesusahan yg bermacam-macam; ~ lepang Kl pahit
benar; ~ meninggal (peninggal) a) bagai melekat di tekak (rasa
pahit); b) sesudah dimakan baru terasa pahit; c) kemudiannya baru
ternampak (terbukti) ketidakjujurannya; ~ peria Kl buruk (keji)
tetapi berfaedah atau disukai; ~ dahulu, manis kemudian prb yg
rumit (sulit dll) hendaklah dijelaskan atau dibincangkan dahulu (dlm
perjanjian) supaya senang kemudiannya;
sepahit; ~ semanis bersama-sama menderita dan bersuka; ~-pahit
mambu, kelatnya menjadi ubat prb perkataan yg keras tetapi
mengandungi pelajaran itu mendatangkan kebaikan;
berpahit-pahit 1. bersusah payah, bersusah-susah, berpayahpayah:
~ dahulu bermanis-manis kemudian; 2. berterus terang
menyatakan sesuatu (yg buruk dan yg baik);
memahitkan menyebabkan pahit, menjadikan pahit;
kepahitan 1. perihal pahit; 2. ki kesusahan, kegetiran, penderitaan:
sama-sama kami mengalami ~ hidup.
pahit II; rumput ~ a) sj tumbuhan (rumput) kerubung padi, rumput
mentebung, Cyrtococcum oxyphyllum; b) sj tumbuhan (rumput,
rumput ala negeri, rumput kerbau, Paspalum conjugatum.
pahlawan orang yg gagah dan berani, pejuang yg gagah, perwira: ~ tanah
air;
kepahlawanan perihal gagah berani (berani berjuang dll),
keberanian, keperwiraan: kita puja Rizal kerana semangat
nasionalismenya dan ~nya.
pahuk; memahuk memauk, menetak.
pai I 1. makanan berupa pastri yg berintikan daging atau buah-buahan; ~
kotej (ERT) makanan drpd daging kisar yg dibakar dan diletakkan
kentang lecek di atasnya; 2. = carta ~ carta bulat yg terbahagi kpd
beberapa bahagian yg masing-masing mewakili peratusan tertentu
sesuatu satuan.
pai II; belum ~ belum lagi.
pain unit ukuran cecair yg bersamaan dgn 1/8 gelen atau lebih kurang 0.57
liter (Britain) dan 0.47 liter (A.S.).
paip 1. pembuluh utk menyalurkan air (minyak, gas, dll), pipa: ~ angin; 2.
= ~ air cerat pancuran air (utk orang awam dll), pili: dibukanya ~
dan air pun terpancarlah; 3. a) alat drpd kayu dll utk menghisap
tembakau, pipa; b) pembuluh (drpd kayu dll) penyambung rokok,
pipa;
memaipkan membuat hiasan pd kek, biskut, dll dgn mengasak krim
atau aising melalui sj bekas bermuncung: dia~ aising di keliling kek
itu;
perpaipan (sistem, kerja dll) pemasangan paip: sistem ~ air dan
gas utk bangunan itu telah siap dipasang; bayaran itu tidak
termasuk kos ~.
pair I 1. peronda atau penjaga keamanan di laut: dialah yg menjadi suluh
dan ~; 2. = perahu ~ perahu yg meronda di laut (utk menjaga
keamanan;
berpair-pair belayar pulang balik (utk menjaga keamanan di laut);
memair meronda dgn perahu (di laut): maka titah Raja,
"Kapitanlah kita suruh pair di laut";
memairi merondai atau mengawali (laut) dgn perahu (kapal);
pemair 1. perahu (kapal) pair, kapal peronda; 2. kapal penjajah.
pair II Id; ~ jantung gerakan jantung yg tidak betul.
pais sj lauk (drpd ikan dll yg ditaruh rempah-rempah) yg dimasak dlm
bungkusan daun pisang, pepes;
memais membuat (memasak) pais: Milah sibuk menumbuk lada utk
~ ikan selar.
paja Mn budak.
pajah Br; memajahkan memadamkan (lampu).
pajak 1. kuasa utk mengerjakan sesuatu dgn membayar sewa kpd
kerajaan dll, pak; ~ candu a) kuasa utk menjual candu; b) tempat
menjual candu; 2. Id cukai: ~ bumi (tanah); ~ pendapatan
(penghasilan, pencarian) cukai yg dikenakan pada pendapatan
orang; 3. kedai atau warung; 4. sj gerai tempat menjual barangbarang
(di pasar); ~ ikan (sayur) tempat ikan (sayur) dijual;
~ gadai a) kuasa utk membuka rumah gadai; b) = rumah ~ tempat
menggadaikan barang-barang; ~ judi tempat berjudi; ~ kepala ark
cukai yg dikenakan pada tiap seorang;
memajak 1. mengerjakan sesuatu dgn membayar sewa kpd
kerajaan dll, mengepak; 2. menggadai: ~ barang-barang emas; 3.
menjual di pajak: dia memanaskan susu lembu yg dipajaknya
setiap pagi;
memajaki membayar pajak utk;
memajakkan menyerahkan sesuatu hak kpd orang lain dgn
menerima sewa: baginda ~ kuasa memungut cukai di muara
Sungai Perak kpd seorang Cina;
pajakan kontrak (kuasa atau hak) yg membolehkan orang lain
menggunakan atau menduduki tanah, bangunan dsb orang lain dlm
tempoh masa dan dgn bayaran tertentu;
pemajakan proses memajak: ~ daerah-daerah kpd Baron;
pemajak orang yg memajak.
pajal Br; memajal memaksa.
pajan Kl; memajan mendenda.
pajang; memajang 1. menghiasi (dgn berbagai-bagai bunga, daun, dll); 2.
= memajangkan Jk mempamerkan (mempertunjukkan) barangbarang
dagangan dgn menyusunnya elok-elok: isi dan pajangannya
kurang menarik, biarpun dipajang secara komersil yg
mengghairahkan;
pajangan 1. perhiasan (rumah dll); 2. Jk barang-barang dagangan
yg dipamerkan: melihat-lihat etalase-etalase ~ yg mewah-mewah;
3. Jk tempat mempamerkan barang-barang dagangan; 4. =
pemajangan pelamin.
pajar  paja.
pajeri sj masakan yg terdiri drpd nanas, mangga, kedondong, dsb yg
dimasak dgn rempah, santan dan kerisik.
paji Jk baji.
paju ark; dipajukan diajukan, dimajukan.
pajuh gelojoh, lahap, rakus;
memajuh memakan banyak-banyak dan dgn cepat-cepat, melahap.
pak I singkatan bagi bapak;
~ alang (ngah) bapa saudara yg tengah; ~ belang harimau; ~ cik a)
~ cu (usu) bapa saudara yg termuda; b) panggilan kpd orang yg
separuh umur; ~ janggut a) orang yg berjanggut; b) orang Benggali;
P~ Kaduk orang yg malang kerana kebodohannya; ~ long (tua, ua,
wa) bapa saudara yg tua sekali; ~ mulung tukang cerita dlm
persembahan mekmulung yg turut sama melakonkan ceritanya dgn
pelakon lain; ~ na Kl barua; ~ pacak orang yg tidak penting
peranannya dlm sesuatu peristiwa (spt watak tambahan dlm lakonan
pentas dll); P~ Pandir orang yg bodoh; ~ pecocok orang yg jahat
(pencuri dll); ~ sanggup a) orang yg menyanggupi sebarang kerja
yg diberikan; b) orang yg mengahwini perempuan yg sudah hamil; ~
teh bapa saudara (adik yg kelima atau keenam drpd ayah atau ibu);
~ turut orang yg tidak mempunyai pendirian sendiri (menurut orang
lain sahaja).
pak II 1. peti atau kotak (dibuat drpd kayu) tempat barang; 2. IB bungkus
(tembakau, rokok, dll);
mengepak membungkus (membalut dll) barang-barang.
pak III IB pajak;
~ temurun Id pak (pajak) atas tanah yg berlanjutan turun-temurun;
mengepak 1. memajak; 2. bp memborong;
mengepakkan menyerahkan atau memborong sesuatu dgn cara pak
(pajak).
pak IV 1. ark pakatan (antara negara-negara dll), pakta, perjanjian; 2. bp
tempat hiburan (permainan, judi, dll).
pak V bp; ~ kereta kawasan tempat menyimpan (meletakkan) kereta.
paka; puru ~ sj penyakit kulit spt tokak, patik.
pakah I Kl pangkah (guli).
pakah II Br barangkali.
pakah III Kl, Tr disengat (tebuan, lebah, dll): kepala orang itu bengkak
kena ~.
pakai 1. = memakai: semua ~ baju tangan panjang; boleh ~ kasut;
makan ~; 2. dgn cara, dgn jalan: tiap-tiap kali ibunya membeli
tidak ~ bayar, tetapi ~ tulis sahaja; ~ paksa sahaja;
dipakai bp didengar (diberi perhatian): teguranku tidak sedikit pun
~nya;
berpakai 1. = berpakai-pakai (sedang) mengenakan pakaian: kirakira
pukul lima petang, Rijnhaard telah berpakai-pakai; 2. Mn
masih dijalankan (digunakan), masih terus berlaku;
memakai 1. mengenakan (meletakkan) pakaian dll: ~ baju Melayu;
~ kasut; 2. menggunakan, melakukan sesuatu dgn: ~ senjata; jalan
bahasa spt yg dipakai oleh orang Melayu; ~ bau-bauan; ~ adat; ~
pembantu; ~ faham dengki-mendengki; 3. menjadikan sbg gundik:
perempuan-perempuan muda yg disukai oleh ketua-ketua lanun itu
biasanya menjadi gundik atau dipakai oleh mereka; 4.
menggunakan ilmu (azimat, tangkal, dsb) utk menjaga badan (diri
dsb);
memakaikan 1. mengenakan baju dll pd: ia telah dipakaikan pula
baju dan seluar yg labuh dan besar; 2. menggunakan
(mempergunakan) pd: diberinya sebilah keris yg bernama Tanjung
Lada, maka dipakaikan oleh Apu itu kpd anaknya; 3. ark memakai;
terpakai 1. dipakai: apa yg telah disebutkan tentang sistem otot
dahulu ~ juga pd sistem saraf; 2. sudah dipakai: wang yg ~ hanya
sebahagian sahaja;
pakaian 1. sesuatu yg dipakai (baju, seluar, kasut, dll); 2. sesuatu
yg biasa digunakan (dilakukan), amalan, kebiasaan: mencarut,
memaki, memanglah ~nya; silat pencak serta tipu peperangan ~
sekalian raja besar-besar;
~ adat pakaian yg biasa dipakai pd waktu upacara yg beradat; ~
angkatan pakaian kebesaran (rasmi) yg lengkap; ~ basahan pakaian
biasa yg dipakai hari-hari (utk bekerja dll); ~ dunia (hidup) adat
kebiasaan dunia (hidup); ~ kebesaran pakaian yg dipakai pd majlismajlis
rasmi; ~ kuda alat perkakas atau abah-abah kuda (tali kekang
dll); ~ seragam pakaian yg serupa (polis, tentera, dll); ~ siap
pakaian yg dibuat mengikut ukuran standard dan bukan mengikut
ukuran individu;
berpakaian 1. ada pakaiannya, memakai pakaian: seorang muda ~
rapi; 2. mengenakan pakaian;
pemakaian 1. perihal (perbuatan, cara, dsb) memakai atau
menggunakan, penggunaan: berbagai-bagai perkara yg sering
menimbulkan kekeliruan dr segi ~ dibincangkan secara terperinci;
~ bahasa; ~ pesawat jet; 2. ilmu (azimat, tangkal, dll) utk menjaga
badan dll;
sepemakaian selengkap pakaian dll;
pemakai 1. (orang dll) yg memakai atau menggunakan: ~ bahasa;
2. ilmu (azimat, tangkal, dll) utk menjaga badan dll; 3. orang yg
suka menghias diri: dia tu memang ~ orangnya.
pakal benda (tali, kulit kayu, dll) yg digunakan utk menutup celah-celah
papan (perahu dll), gala-gala, gegala;
memakal menutup celah-celah papan (perahu dll) dgn pakal;
pemakal 1. alat yg digunakan utk memakal; 2. orang yg memakal.
pakam makan sungguh-sungguh (bkn brek kereta dll);  pakem I.
pakan I benang tenun yg melintang (dlm kek), lwn benang lungsin;
berpakan mempunyai (memakai) pakan: kain dibaja yg ~ emas;
maka diambilnya kain raja yg ~ emas itu dipakainya;
memakankan 1. memasukkan benang pakan pd kain yg ditenun; 2.
menggunakan sesuatu sbg benang pakan pd tenunan;
pakanan barang apa yg dipakankan.
pakan II; ~ jantan (kutang tanduk) sj tumbuhan (pokok renek), setukal
paya, susuh ayam, serian putih, Kibara cantacea; ~ paya sj
tumbuhan (pokok renek), mempulih, mengkudu badak, serawas,
tembusu paya, Fragraea racemosa; ~ rimba sj tumbuhan (pokok
renek), keduduk gajah, lidah buaya, senduduk hutan, Allomorphia
malaccensis.
pakan III Mn pekan.
pakan IV; ubat ~ ubat kebal.
pakanira Jw sl tuan, engkau: jika ~ hendakkan pakai keris manira
kuberikan.
pakansi IB cuti, libur: datanglah bulan Julai bulan ~ anak sekolah;
berpakansi bercuti, berlibur.
pakar 1. ahli (mahir, pandai sekali) dlm sesuatu ilmu dll: orang yg ~ ; 2.
orang yg ahli (pandai sekali, mahir) dlm sesuatu ilmu dll: ~
ekonomi; ~ kewangan; ~ tanaman; ~ runding pakar (dlm sesuatu
bidang atau ilmu pengetahuan) yg dirujuk atau dirunding utk
melaksanakan atau menyelesaikan sesuatu;
kepakaran pengetahuan dan kemahiran seorang pakar.
pakaram Br menangkap ikan.
pakarangan Br, Sr perahu (utk menangkap ikan dll).
pakasi IB; wang ~ wang upah (bayaran) kpd pemeriksa.
pakat 1. muafakat, pembicaraan, perundingan: Sabariah dan Mak Minah
telah putus ~; 2. ark perjanjian;
sepakat setuju, sependirian, seia sekata: saya ~ seratus peratus dgn
Yahya; mereka hampir ~ mengatakan bahawa Aini sedang
bertengkar; kata ~ persetujuan;
bersepakat semuafakat, sepakat, setuju;
menyepakati menyetujui: mereka mengandaikan bahawa tidak ada
isu yg tidak dapat disepakati;
kesepakatan perihal sepakat (semuafakat), persetujuan: mesti
diminta dahulu ~ kaum kerabat; Majlis Bahasa Indonesia dan
Malaysia berjaya menghasilkan ~ utk mewujudkan keselarasan
ejaan antara kedua-dua negara itu;
persepakatan permuafakatan, persetujuan;
berpakat bermuafakat, berunding: ada yg ~ akan pergi mandimanda
di pulau itu;
memakati 1. memuafakati, menyetujui; 2. menasihati;
pakatan 1. perjanjian: ~ keselamatan Asia; 2. persekutuan yg
bermaksud jahat, komplot: ~ utk membunuh Presiden; ~ sulit
pakatan antara dua pihak atau lebih utk melakukan sesuatu
perbuatan dgn tujuan utk memudaratkan pihak ketiga, atau utk
maksud yg tidak sah di sisi undang-undang, atau utk
memperdayakan badan kehakiman atau kehakiman semu.
pakau I C sj permainan terup.
pakau II 1. kayu palang pd perigi (timba); 2. kelim (drpd rotan dll) utk
menguatkan sesuatu.
pakau III pemidang.
pakau IV Mn bingung, kacau, rusuh.
pakbon IB, bp kesatuan sekerja.
pakej (pakéj) 1. tawaran (cadangan) yg dikemukakan terhadap sesuatu
urus niaga, perkhidmatan, dll dgn butiran lengkap (kos, bilangan
hari, dsb) yg mesti diterima semuanya sbg suatu keseluruhan: ~
percutian ke Pulau Langkawi; 2. (Komp) atur cara dan dokumen
berkaitan yg membentuk suatu sistem perisian yg bersepadu;
mempakejkan memasukkan tawaran (cadangan, perkhidmatan dsb)
ke dlm satu pakej: semua perkhidmatan terbabit dipakejkan ke dlm
pakej tersebut.
pakem I; memakem makan sungguh-sungguh atau erat-erat (bkn brek
kereta dll); pakam, pekam.
pakem II Jw cerita wayang yg asli.
pakenira ark  pakanira.
paket (pakét) IB bungkusan yg dikirim melalui pos.
pakiderma 1. (Bio) binatang mamalia yg besar dan berkulit tebal spt
gajah dan badak sumbu; 2. (Ubat) penebalan yg luar biasa pd kulit.
pakihi Ar kitab yg mengandungi hukum-hukum Islam; ilmu ~ ilmu tentang
hukum-hukum Islam.
pakis sj tumbuhan, paku; paku ~ berbagai-bagai jenis paku.
pakma = kembang ~ sj tumbuhan (parasit yg bunganya dibuat ubat),
Rafflesia hasseltii.
pak-pak; ~ lang sj permainan kanak-kanak, longlang burung jawa.
paksa I 1. perbuatan memestikan (orang melakukan sesuatu dll); kahwin ~
kahwin tidak dgn suka hati sendiri (kerana desakan, ugutan, dll);
kerja ~ kerja tidak dgn kemahuan sendiri (kerana hukuman); 2.
kekerasan, tekanan, dll; dgn ~ dgn kekerasan;
memaksa memestikan (dilakukan sesuatu), menyuruh dgn paksa:
aku tidak ~ engkau mendengar nasihatku;
memaksa-maksa meminta dgn sangat, mendesak;
memaksakan menyorongkan (menganjurkan, memberikan, dll):
pendapat yg baik tidak payah dipaksakan kpd orang;
terpaksa dipaksa, mesti, tidak boleh tidak: mahu tidak mahu kami
~ bermalam di situ;
paksaan 1. paksa, desakan kuat, kekerasan: ~ utk bekerja bagi
kepentingan kaum kapitalis tidak ada; tiga setengah tahun
lamanya kita menderita ~ dan kekejaman Jepun; 2. yg dipaksa;
keterpaksaan keadaan terpaksa: ~ Nila Utama membuang
mahkota lambang kekuasaannya ke laut;
pemaksaan perihal atau perbuatan memaksa: ia membantah ~
terhadap dirinya;
pemaksa orang atau benda yg memaksa.
paksa II sl masa (waktu, saat) yg baik, peluang (kesempatan) baik: hari
ini memang beta mendapat ~; sekali ini ~ tekukurlah mendapat
padi rebah; angin ~ angin yg baik (utk belayar).
paksa III ark bahagian sebelah kiri atau kanan, samping, sisi, belah.
paksi I 1. puting (bahagian keris dll) yg masuk ke dlm hulunya; 2. gandar
(roda dll), poros: ~ bumi; 3. garis (benar atau khayali) yg padanya
sesuatu objek dapat berputar atau yg padanya bentuk atau binaan
sesuatu objek itu bersimetri;
~ optik (Fiz) garis yg menyambungkan pusat optik dan pusat
kelengkungan suatu sistem kanta; ~ putaran (Fiz) garis yg padanya
sesuatu jasad berputar, atau garis lurus yg merentasi titik putaran
jasad yg pegun, sedangkan titik lain pd jasad itu bergerak dlm
bulatan; ~ simetri (Mat) garis lurus yg membahagi sesuatu bentuk
atau rajah kpd dua bahagian yg sama saiz dan bentuk;
berpaksikan ki berpegang pd, bertunjangkan: umat Islam harus ~
akidah.
paksi II sl sj burung: ~ dewata; ~ jentayu; peksi.
paksi III paku gasing;  pangsi I.
paksina sl utara: arah ke ~; dr daksina ke ~.
paku I 1. benda tajam biasanya drpd besi utk melekatkan papan dll, pasak
besi; 2. tanda pangkat (pegawai) pd bahu baju tentera (polis dll):
pegawai yg mempunyai dua ~ di bahunya;
~ Belanda = harga ~ harga tetap (tidak dapat ditawar-tawar lagi); ~
kembang sj jemeki utk perhiasan pd kasut; ~ payung paku yg
kepalanya besar dan pipih; ~ pelir itik skru; ~ rebana paku yg
berkepala kuningan;
memulangkan ~ buah keras prb membangkitkan kembali perkara
yg sudah lepas, menempelak; mengata ke dulang ~ serpih prb
mencela perbuatan orang, tetapi perbuatan sendiri lebih buruk lagi;
berpaku 1. mempunyai paku, ada pakunya; 2. dikenakan
(dilekatkan dgn, dipasang) paku: dipenjarakannya di dlm satu kota
kecil yg ~ dr luar; ~ pd berpegang teguh pd:
memaku 1. memasang paku pd: ~ dinding; 2. ki tidak bergerakgerak
(dr tempat dll): kami berdua masih ~ di kerusi.
memakukan 1. melekatkan sesuatu dgn paku: hujung rantai itu
dipakukan pd suatu kepala balak; 2. ki melekatkan, mengekalkan
(perhatian, ingatan, pandangan, dll): ia masih ~ matanya pd wajah
isterinya;
terpaku 1. telah dipaku (dilekatkan dgn paku): tutup peti itu sudah
~; 2. (duduk, berdiri, dll) dlm keadaan tidak bergerak-gerak (tidak
berbunyi-bunyi): spt ~ ia ketika sampai di situ; semua yg
mendengar kisahnya itu diam ~; 3. terlekat (pd), tertumpu (pd):
matanya ~ pd muka gadis itu.
paku II ark = ~ pakis sj tumbuhan yg tidak berbunga, pakis; ~ acu Kl, Tr
sj tumbuhan spt paku pakis, Cycas rumphii; ~ cai (sumpah) sj
tumbuhan, Pleopeltis nigrescens; ~ ikan (lipan, ubil, ulat),
Blechuum orientale; ~ mega (padang, pelanduk, unkut) sj
tumbuhan, Ptreis ensiformis; ~ sisik sj tumbuhan, Adiantum spp.; ~
tanjung sj paku yg tumbuh di rawa, Diplazium esculentum;
betapa pun lurus ~, hujungnya berkelok juga prb seseorang yg
jahat, walaupun baik rupa perkataan dan kelakuannya, hatinya jahat
juga; kelok ~ asam (kacang) belimbing, anak di pangku kemanakan
dibimbing Mn prb anak dan anak saudara mestilah sama-sama
dijaga (dididik).
paku III sj ikan laut, renyau, Antherina forkali.
pakuh; burung ~ sj burung enggang, burung tebang mentua, burung torak,
enggang gading, Rhinoplax vigil.
pakuk; memakuk menetak (dgn parang dll): ia didenda kerana
kesalahan ~ kerbau.
pakul tempat duduk (lapik punggung) di atas kerbau.
paku mati 1. paku yg yg tidak boleh dicabut-cabut lagi; 2. hal yg tidak
boleh diubah-ubah lagi;
memakumatikan memaku dgn paku mati: papan itu telah
dipakumatikan pd peti itu.
pakus ark bp gudang.
pakwe bp teman lelaki bagi seseorang wanita.
pal I IB ukuran jauh (kira-kira 1500 meter), batu, tonggak;
berpal-pal beberapa pal (jauhnya).
pal II; membuang ~ = berpal-pal belayar dgn membelokkan kapal dll ke
kiri dan ke kanan, belayar serong-menyerong, berperai-perai:
perahu itu dilayarkan juga berpal-pal ke laut dan ke darat.
pala I sj tumbuhan (pokok, bunga dan buahnya), Myristica fragrans; ~
burung = ~ paya sj tumbuhan (pokok kecil), penarahan kikik,
pendarah kikik (paya), Knema intermedia.
pala II; sepala, sepala-pala, pala-pala kalau hendak (terlanjur,
terpaksa), kalau benar-benar: ~ jahat jangan alang kepalang; ~
bapa hamba mengasihi hamba, hantarkanlah hamba kpd ayah
hamba; ~ mandi, biar basah prb jika hendak melakukan sesuatu
biarlah betul-betul sampai kesudahannya (jangan setengahsetengah).
pala III pada (tidak kurang dan tidak lebih), cukup;
memala-malai 1. memada-madakan (mencukup-cukupkan) manamana
yg ada sahaja; 2. melakukan (mengerjakan, mencuba, dll)
sedikit-sedikit.
paladium (Kim) sj unsur logam yg terdapat semula jadi dlm bijih
platinum, emas, dan tembaga digunakan utk membuat aloi, barang
kemas, dll.
palai Mn pais atau pepes (ikan yg kecil-kecil);
memalai memais (ikan yg kecil-kecil).
palak I Mn 1. panas (badan), gerah; 2. berasa panas, marah, radang (hati):
dr mula-mulanya lagi dia sudah ~ melihat lagak orang itu; 3.
sangat berani, tidak takut (bimbang) barang sedikit;
memalak mengacau, mengganggu, menyusahkan;
pemalak 1. orang yg lekas marah, pemarah; 2. orang yg sangat
berani (tidak takut akan apa sahaja apabila berbuat sesuatu).
palak II Kl kemaluan lelaki.
palam I sumbat (lubang, celah, dll);
memalam menyumbat, menutup;
pemalam penyumbat, penutup.
palam II peranti yg mempunyai dua atau tiga cemat yg disambungkan dgn
wayar dan digunakan sbg sambungan elektrik apabila dimasukkan
ke dlm soket, plag; ~ pencucuh peranti yg mencetuskan bunga api
elektrik dlm enjin petrol.
palang 1. sesuatu (kayu, besi, dll) yg dipasang melintang (sbg pengunci,
penggalang, paksi, dll); 2. tanda silang (spt tanda campur + atau
tanda kali );
~ jalan a) batang besi dsb utk menghalang jalan (lalu lintas); b)
pengadang jalan yg memotong atau menyeberangi landasan kereta
api; P~ Merah pertubuhan atau persatuan sukarela antarabangsa (yg
berlambangkan tanda campur berwarna merah) yg berkhidmat utk
kemanusiaan (spt menolong mangsa peperangan, mangsa bencana
alam dsb); ~ pintu kayu yg dipasang melintang pintu (utk
menguncinya);
memalang mengenakan (memasang) palang;
memalangi mengenakan (memasang) palang pd;
memalangkan 1. menggunakan sesuatu sbg palang; 2. memasang
(mengenakan dll) melintang spt palang; 3. menghukum mati pd kayu
palang (salib), menyalibkan.
palar; tidak ~ tidak hendak, tidak ingin;
memalarkan 1. menghendaki (menginginkan, mengharapkan); 2.
mengira (menerima, menganggap) cukup atau pada (walaupun
sedikit).
palas I sj tumbuhan (palma yg daunnya dibuat atap, pembalut ketupat,
dll), Licuala spp.
palas II; ~ bujur geladak atau lantai kapal yg di bahagian depan; ~
lintang sj beranda yg melintang di geladak kapal, anjungan;
palas-palas rak atau para-para tempat menjemur dll; rumah ~
rumah atau tempat tinggi utk menjaga (mengawasi) dll.
palasik Mn pelesit.
palat I; kayu ~ kayu pengapit tempat mengikat kaki budak-budak nakal
(utk merotan tapak kakinya).
palat II kemaluan laki-laki; tahi ~ najis yg melekat pd kemaluan.
palat III Kd orang yg tidak berguna.
palatografi kajian tentang artikulasi lelangit keras dgn lidah.
palau parut dll pd badan (yg menjadi tanda atau ciri utk mengenalnya).
palawija Id tanaman (spt jagung, ubi dll) yg menjadi selingan padi di
sawah.
paldu sj tabir atau dinding (utk melindungi sesuatu drpd tempias).
pale (palé), paleh (paléh) Jk; dipale dipelihara dan diperkuat dgn
mengurut, memberi makanan yg baik-baik dll (ayam sabungan dll);
palean; ayam ~ ayam yg dipale.
palem Id palma.
palen (palén); barang ~ barang kelontong, barang yg dipakai hari-hari (spt
selipar, sabun mandi, dll).
paleografi (paléografi) 1. bentuk tulisan kuno; 2. kajian tentang tulisan
kuno, termasuk penentuan asal dan tarikhnya.
paleolitik (paléolitik) (Sej) (berkaitan dgn) peringkat awal Zaman Batu:
usia ~.
paleontologi (paléontologi) kajian tentang fosil haiwan, tumbuhan, dan
bentuk-bentuk hidupan purbakala.
palet (palét) papan nipis yg digunakan oleh pelukis utk membancuh
warna.
pali = pemali larangan (selalunya utk selama-lamanya), pantang.
paliatif (rawatan, ubat dsb yg) bertujuan utk melegakan, mengurangkan
atau meringankan sesuatu kesakitan, penyakit dsb, tetapi bukan utk
menyembuhkannya: pembedahan ~.
paling I 1. (yg) teramat, (yg) amat sangat, (yg) ter ...: badan yg ~
berkuasa di negeri ini; mawar yg ~ indah; 2. = sepaling yg satu;
paling-paling 1. teramat sangat; 2. sehabis-habisnya, sehabis
banyaknya, sebanyak-banyaknya, setinggi-tingginya.
paling II; berpaling 1. mengubah arah muka ke kiri (ke kanan, ke
belakang): ia ~ ke arah pemuda itu; 2. ki beralih atau bertukar
(perhatian, pandangan, dll): tiba masanya kita ~ kpd soal lain; 3. ki
berubah atau bertukar pegangan (fikiran, kesetiaan, dll), berbelot,
membelot;
~ haluan a) beralih (berubah) haluan; b) berubah (beralih)
pandangan dll; ~ sembah sl derhaka, tidak setia (kpd sultan dll); ~
tadah beralih atau bertukar kesetiaan (pegangan dll);
roda yg ~, kuda sudah digerindin prb kelihatan sahaja senang
hidupnya, tetapi yg sebenarnya susah; tegak ~, duduk berkisar prb
berubah (berlainan) drpd apa yg telah dikatakan atau dijanjikan;
memalingkan 1. mengarahkan muka ke kiri (ke kanan, ke
belakang): ~ mukanya ke arah lain; 2. memusingkan arah (perahu
dll): ~ perahunya; 3. mengubah arah pandangan (fikiran, dsb): tidak
sedikit pun tindakan itu ~ mereka drpd agama mereka;
~ muka a) memusingkan (mengalihkan) muka ke kiri (ke kanan, ke
belakang); b) sl tidak setia (suka), derhaka; ~ percakapan
mengalihkan percakapan ke arah lain;
palingan yg dapat atau senang berpaling (dipalingkan); hati ~
Allah, mata ~ setan = neraca ~ bungkal, hati ~ Tuhan prb fikiran
(pendirian dll) seseorang itu boleh berubah-ubah;
kepalingan (Lin) superlatif.
paling III Mn; suling-~ tunggang-langgang;  suling III.
palinologi kajian tentang debunga dan spora fosil dan digunakan dlm
pentarikhan karbon.
palis I; berpalis memandang atau memaling ke arah lain (kerana malu,
marah, dll): dgn tidak menjawab apa-apa Salmiah ~ dan bangun;
memaliskan memalingkan, mengarahkan: isteriku ~ muka masam
padaku.
palis II; memalis menolak bala, marabahaya dsb.
palis III Jk; memalis menggosok rapi-rapi (licin-licin).
palis IV IB istana.
palit I = pemalit sesuatu yg digunakan utk mengecat atau mewarnai
(bibir, kening, dll); si ~ gila sl sj ubat guna-guna (pengasih);
memalit mencalitkan (menyapukan) sesuatu (gincu dll) pd: kakinya
disapu belaking, tubuhnya dipalit belacan;
memalitkan mencalitkan (sesuatu) pd: ~ lipstik ke bibir;
kemudiannya ia ~ perenjis yg basah ke atas dahi;
terpalit 1. tercalit, tersapu: Tuan Sutan meraba-raba mukanya
kalau-kalau ada lumpur ~; 2. ki terkait atau terlibat sama (dlm hal
orang), terbabit; seekor kerbau membawa lumpur, semuanya habis
~ prb seorang yg membuat jahat (salah) semuanya mendapat nama
buruk dll;
palitan hasil memalit;
berpalitan diliputi dgn palitan: tubuhnya ~ lumpur, begitu juga
baju dan seluarnya.
palit II IB jatuh rugi (perniagaan dll), bankrap, muflis;
memalitkan mengisytiharkan atau menyatakan palit (bankrap).
palka petak atau ruang dlm kapal tempat menyimpan muatan; peraka.
palkat surat (kertas) yg dilukis (dicap) pd sebelah muka (utk ditampal
bagi mengumumkan sesuatu).
palma sj pokok drpd famili Palmaceae yg batangnya tegak lurus tidak
bercabang dan berdaun di atas seakan-akan payung, spt nyiur,
kabung dan pinang.
palok Kl, Tr sesuai, kena campurannya.
palomino sj kuda yg berwarna kelabu keemasan atau krim dgn ekor dan
surainya berwarna putih: kuda ~.
palpat; mempalpat (Ubat) memeriksa mana-mana bahagian tubuh dgn
cara menyentuh dan menekannya dgn tangan perlahan-lahan;
pempalpatan perbuatan mempalpat.
palpitasi (Ubat) denyutan jantung yg pantas, kuat atau tidak teratur,
debaran.
palsu 1. tidak benar (tulen), lancung, tiruan: kaki ~; rambut ~; wang ~; 2.
tidak sungguh-sungguh, tidak lurus (jujur), curang: dlm dunia ini
memang banyak yg ~; janji ~;
memalsukan melakukan sesuatu yg palsu, meniru sesuatu (utk
mengabui mata atau menipu), melancungkan: penipuan serupa itu
dapat ~ tanda-tanda asal; ~ wang kertas;
kepalsuan 1. perihal palsu; 2. kecurangan, ketidakjujuran: kota yg
penuh ~;
pemalsuan perbuatan atau hal memalsukan: membongkar amalanamalan
~ dlm bidang penciptaan;
pemalsu orang yg memalsukan sesuatu.
paltu sl pembantu (penolong, wakil) utk sementara: ~ syahbandar; ~ dol
tiang layar sementara; ikat ~ ikat yg sementara sahaja.
palu 1. pukul, pukulan: aku terkenang-kenang akan ~, dan sesah, dan
tampar; kena ~ kena pukul; 2. pengetuk, pemukul, tukul besi: ~
tukang besi;
berpalu sl dipukul: ~lah tabuh kembali; ombak ~ sendirinya;
berpalu-palu ark bertukar-tukar barang (waktu berdagang);
berpalu-paluan berpukul-pukulan;
berpalukan sl memukulkan: maka kedelapan hulubalang ~
cokmarnya;
memalu memukul: ~ gendang raya besar;
paluan 1. pukulan dan palu; 2. hasil memalu: ~ gendang; 3.
kerugian, pukulan: sorak kanak-kanak itu seolah-olah satu ~ hebat
pula;
pemalu benda spt rotan, kayu, dll utk memalu: ~ beduk.
paluh 1. tanah lekuk yg bertakung dgn air, lopak, lubuk; 2. anak sungai,
alur; 3. Jw tanah berlumpur yg dalam.
palui Br bodoh, tolol.
palun Mn; berpalun-palun berpeluk-pelukan, peluk-memeluk, berbelitbelit;
memalun memeluk, membelit.
palung 1. tanah lekuk yg bertakung air, paluh; 2. petak atau kotak tempat
makan (minum) binatang (kuda, lembu, dll), lawak-lawak; 3. sj
saluran panjang yg berpetak-petak tempat mengasingkan bijih drpd
batu-batu dll; 4. saluran air (drpd buluh dll); 5. Kd sj bekas utk
mengisi semaian; ~ ikan bekas atau kotak drpd kaca tempat
memelihara ikan, akuarium.
palut balut, bungkus, salut, sampul, sarung;
elok ~ , pengebat kurang prb kelihatannya sahaja bagus tetapi
keadaan sebenarnya belum baik;
berpalut berbalut, berbungkus, bersampul, bersarung: tiga pucuk
surat ~ kuning; dawai yg ~ getah;
memalut membalut, membungkus, menyalut, menyampul,
menyarung: tubuhnya pun habis dipalut selumbar, tampak mata
sahaja;
terpalut dipalut, disalut: lidahmu seakan-akan ~ madu;
palutan hasil memalut: ketam dan udang sedap dimakan dgn ~
kuahnya yg pekat lagi beraroma;
pemalut sesuatu yg memalut, pembalut, sampul.
pam alat, biasanya mempunyai tiub dan pemegang, utk memasukkan
cecair, angin, gas, dsb ke dalam (atau mengeluarkannya drpd)
sesuatu, bomba, pompa;
~ air pam utk menghisap dan mengeluarkan air; ~ angin pam utk
menghisap dan mengeluarkan angin; ~ basikal pam utk
memasukkan angin ke dlm tayar basikal; ~ minyak a) pam utk
menghisap dan mengeluarkan minyak; b) tempat membeli (mengisi)
minyak petrol dll utk kereta; ~ udara pam angin;
mengepam mengisi atau menyedut air (angin dll) dgn pam: kami
menyewa sebuah pam dan ~ air dr sungai; dia sedang ~ bola
kami;
mengepamkan 1. mengepam utk; 2. memasukkan gas (cairan dsb)
ke dlm: ~ angin ke dlm tayar;
pengepaman perbuatan atau hal mengepam(kan);
pengepam (alat, mesin dsb) yg digunakan utk mengepam: di kebun
sayurnya terdapat juga sebuah mesin ~ utk mengepam air dr
kolam; ~ susu.
pamah 1. lembah, tanah yg rendah; 2. rendah (tanah): tanah yg ~;
kawasan ~.
paman 1. pak cik, bapa saudara; 2. panggilan kpd orang yg lebih tua yg
harus dihormati.
pamegat (Sunda); juragan ~ tuan.
pameo (paméo) Mn ejekan (sindiran) yg jadi buah mulut orang.
pamer (pamér) mempertunjukkan (pakaian, kebolehan, dll);
mempamerkan 1. mempertunjukkan atau memperagakan (pakaian
dll): Kadir senang benar ~ pengetahuannya; 2. mempertunjukkan
kpd orang ramai terutama utk tujuan pertandingan atau demonstrasi:
~ lukisan dan arca ciptaan tanah air;
pameran pertunjukan (hasil seni, buku, dll);
pempamer pihak atau orang yg mempamerkan sesuatu produk,
barang dsb: pameran ini mencatat sejarah dgn penyertaan lebih
enam ribu ~ dr kira-kira dua ratus buah negara.
pamflet (pamflét) risalah.
pamit Jw = berpamitan, pamitan minta diri (utk pulang dll): Kadir
mengajak Ratna pulang tanpa pamitan lagi dr tuan rumah.
pamong pemelihara, pendidik, guru; ~ desa orang yg mentadbirkan desa;
~ praja pegawai pentadbiran negara.
pamor Jw 1. besi putih yg dimasukkan dlm mata keris; 2. kurai drpd besi
putih pd mata keris: mata keris jenis ini biasanya berkilat dan
mempunyai ~; 3. keindahan, kemurnian, seni;
berpamor mempunyai (memakai) pamor: mata keris ada yg ~ dan
ada yg licin.
pampan I lubang tempat rantai sauh di haluan kapal.
pampan II Br; memampan menutup atau menyekat lubang (laluan dll).
pampang I; memampangkan membentangkan, memaparkan;
terpampang kelihatan jelas terbentang, terpapar dll di depan mata:
namanya ~ dlm surat khabar.
pampang II Br cabang penahan kemudi;
pampangan kayu yg dibuat khas utk dipasang pd kaki orang gila
atau orang tidak siuman.
pampas I denda atau ganti rugi (kerana melukai orang dll): membayar ~
yg patut;
memampas membayar denda atau ganti rugi (kerana melukai orang
dll);
memampasi membayar pampasan (ganti rugi) kpd seseorang
(kerana mengalami kemalangan, kerugian dsb): kerajaan akan ~
setiap tuan tanah yg tanah mereka terlibat dlm projek pelebaran
jalan itu;
pampasan 1. wang (barang dll) yg dibayar sbg ganti rugi: wang ~;
~ perang; 2. = pemampasan perihal membayar ganti rugi.
pampas II dataran berumput yg luas di kawasan iklim sederhana di
Amerika Selatan terutama di Argentina.
pampat 1. tidak berongga, padat, tumpat; 2. Jk tidak mengalir, tersendat,
tersumbat;
memampat menjadi pampat;
memampatkan menumpatkan, memadatkan, mengasak;
pemampat penekan, pengasak.
pan I IB bp alat utk menggoreng (memasak);
dipan dimasak (goreng) dlm pan.
pan II Pr singkatan bagi opan.
pan- awalan asing seluruh atau segenap, mis pan-Afrika dan pan-Asia.
pana  fana.
panah 1. = ibu ~ = baur ~ kayu (buluh dll) yg kedua-dua hujungnya
direntangi tali dan boleh dilenturkan (utk melancarkan senjata yg
tajam); 2. = anak ~ benda tajam yg dilancarkan dgn ibu panah, anak
busur;
~ kelodan sl petir, ~ matahari cahaya (sinar) matahari;
berpanah 1. memakai (mempunyai) panah: satu pasukan askar ~;
2. menggunakan panah: kami ada lawan ~;
berpanah-panahan saling menggunakan panah (dlm pertempuran):
maka segala yg memegang panah ~;
memanah 1. melancarkan anak panah (kpd): maka dipanahnya
Seri Rama; 2. bergerak (terlepas dll) dgn amat laju; 3. mengenakan
sbg panah: rumah itu dipanah petir;
memanahi melepaskan anak panah berkali-kali kpd;
memanahkan 1. sl melancarkan anak panah: maka Seri Rama pun
~ anak panah itu; 2. melancarkan sesuatu spt anak panah;
panahan 1. hasil perbuatan memanah; 2. pandangan (mata) yg
seolah-olah memanah: Tun Kudu tak tahan menentang kilat ~ anak
mata Tun Pateh;
pemanah orang yg memanah;
sepemanah sejauh tiba panah yg dilepaskan.
panai Jk dulang drpd kayu.
panakawan Jw hamba yg menjadi pengiring, juak-juak, budak kundang:
maka orang lima itu pun menyembah lalu berjalan diiringkan oleh
~ itu.
panar Mn tercengang-cengang (kerana kehairanan), termangu-mangu.
panas 1. lwn sejuk (dingin), hangat; air ~ air yg dimasak (dihangatkan); 2.
demam, gerah, palak; demam ~ penyakit demam dgn suhu badan yg
sangat panas (tinggi); sakit ~ demam; 3. sinar atau cahaya
(matahari): apabila kena ~ matahari bernyala rupanya; matanya
itu selalu pula terkejip-kejip, terutama apabila menentang ~; hujan
~ hujan pd waktu matahari bersinar; 4. ki sangat marah, sangat sakit
hati: dgn perasaan hati yg ~ ia bangun segera; bagaimana hendak
menyudahkan kerana hati terlampau ~; 5. ki hebat, genting,
tegang: pertentangan semakin ~; 6. masih baharu (peristiwa dll):
semalam ia mendapat berita ~ utk akhbarnya; 7. tidak kurang
tetapi lebih pula sedikit (timbangan): timbang ~; 8. tidak memberi
keuntungan, mendatangkan bala, sial; ilmu ~ ilmu yg membuat
orang yg memakainya susah (mahal rezeki dll);
~ baran (bara, darah) cepat marah, sangat pemarah; ~ hati sangat
marah (benci); ~ kering panas dan kering; ~ pedih tidak tetap
(senang) duduk; ~ radang panas badan (kerana berpeluh dll), palak;
~ rezeki mahal rezeki; ~ sengangar sangat panas (hawa); ~ terik =
~ jantan Pr = ~ ngetek Kl sangat panas (matahari);
~ setahun hujan sehari, liput tanjung dgn pulau = ~ setahun
dihapuskan oleh hujan sehari prb jasa atau kebaikan yg banyak
boleh hilang oleh kesalahan yg sedikit; bagai ~ mengandungi hujan
prb walaupun dibawa ketawa, nampak juga kesusahannya (orang
dlm kesusahan); disangka ~ sampai petang, kiranya hujan tengah
hari prb disangka senang (baik dll) selama-lamanya tiba-tiba
ditimpa kesusahan (bahaya dll); memegang besi ~ prb melakukan
sesuatu dgn kebimbangan (kekhuatiran dll); menyeladang bagai ~
di padang prb sesuatu hal (perbuatan dll) yg mengenai semuanya;
redup atau ~ keras prb hidup atau mati, untung atau rugi, beradu
nasib sahaja; sudah ~ berbaju pula prb sudah susah ditambah lagi
dgn kesusahan; tak ~ punggung Kl prb sebentar sahaja; tidak
lekang dek (oleh) ~; tidak lapuk dek (oleh) hujan prb tiada
berubah-ubah, tetap selama-lamanya (bkn adat);
panas-panas masih baharu, hangat-hangat;
berpanas berada dlm panas matahari, berjemur: nelayan yg ~ dan
berhujan di laut;
berpanas-panasan berjemur dlm panas matahari utk bersuka-suka:
mereka yg sedang ~ di pantai itu;
memanasi 1. menghangatkan: periuk yg masih dipanasi bara; 2.
menambah panas;
memanaskan menyebabkan (menjadikan) panas, menghangatkan:
makanan-makanan itu ialah utk ~ tubuh badan kita;
~ hati menimbulkan (membangkitkan) marah (benci); ~ kerusi
memegang sesuatu jawatan (kedudukan dsb) tanpa melakukan atau
mencapai sesuatu;
memperpanas menjadikan lebih panas: matahari semakin ~
dirinya;
kepanasan 1. perihal panas, kehangatan: ada alat penetap suhu yg
mengawal ~; ~ hati kemarahan hati; 2. tersangat panas; 3. kena
panas;
pemanasan perihal memanasi (memanaskan): tindakan kimia
bertambah cepat dgn ~;
pemanas 1. yg memanasi (memanaskan): kuasa ~ ; alat ~ ; 2. alat
utk memanaskan: ~ elektrik; 3. (orang yg) lekas panas atau marah,
pemarah, tidak penyabar: bapanya ~ dan pembengis.
panasaran (Sunda) Jk 1. terlalu ingin hendak mendapat (berbuat dll)
sesuatu, berasa kecewa (tidak puas); 2. sangat marah atau sakit hati
(kerana kecewa, dicela, dll).
panau sj penyakit kulit yg berupa bintik-bintik, (tompok-tompok) putih
(kadang-kadang gatal); jenis-jenisnya: ~ besi, ~ bunga, ~ lekir, ~
mengharung, ~ terkukur, dll;
berpanau berpenyakit panau: di sana ini lengannya ~.
panca I 1. kelima-lima jari tangan; main ~ berlawan kekuatan dgn pulasmemulas
jari atau tangan; 2. lima.
berpanca berlawan kekuatan dgn pulas-memulas (tolak-menolak)
jari atau tangan, main panca;
memancakan menyatukan (menyelang-nyelikan) jari-jari satu
tangan dgn jari-jari tangan yg lain: ia ~ jarinya ke jari tangan
Ramli.
panca II NS hadiah bunga telur dan pulut dlm bekas kayu yg berkaki dan
dihiasi dgn bunga kertas (waktu perkahwinan).
panca- (Sanskrit) awalan asing lima, mis pancaindera dan pancalogam.
pancabicara 1. sj perhiasan bercabang lima yg dipakai pd destar raja
(pengantin) pd waktu pertabalan (perkahwinan); 2. campuran lima
jenis bunga (bau-bauan dll).
pancabuta unsur-unsur yg lima (bumi, air, api, udara, dan eter).
pancadarma tugas atau kewajiban yg lima jenis.
pancaguna bermacam-macam guna; ketam ~ ketam yg bermacam-macam
gunanya.
pancaindera deria atau alat perasa yg lima (deria rasa, deria bau, deria
dengar, deria lihat, deria sentuh); alat ~ lidah, hidung, telinga, mata,
tangan, dll.
pancaka sl tempat membakar mayat.
pancakara sl bergaduh, berperang.
pancal ark pancalogam.
pancalima ark sj ramalan dgn jari.
pancalogam 1. sl campuran lima atau berbagai-bagai logam (batu); 2.
campuran dua atau lebih logam yg menjadi logam berlainan (lebih
berguna) drpd bahan asalnya, aloi; ~ meriam pancalogam drpd
tembaga, timah, dan zink.
pancalongok (Sunda) pencuri, bangsat, pencoleng.
pancalumba pertandingan sukan yg menghendaki tiap-tiap peserta
memasuki lima acara (spt lari, lompat jauh, lompat tinggi, lempar
cakera, dan lempar lembing).
pancanegara lima negara.
pancang I kayu (buluh dll) yg dipacakkan ke tanah (utk tempat menambat
perahu, tanda sempadan, dll);
~ dirasa Kl penderitaan hidup, perasaan yg luar biasa; ~ yg empat
Mn sempadan ladang di keempat-empat penjurunya; bagai ~
digoncang arus prb tidak tegas (tetap) pendiriannya (berubah-ubah
mengikut mana yg kuat dll);
memancang 1. memacak pancang, memasang pancang; ~
gelanggang a) membuat gelanggang tempat peraduan (menyabung
ayam dll); b) kebenaran utk menyabung ayam; c) mengadakan
keramaian (kerana perkahwinan dll); 2. macam pancang (tegak
sahaja, tidak beralih-alih, dll): kayu itu ~ di tengah-tengah
gelanggang;
memancangkan 1. memacakkan pancang (galah dll) ke tanah: ~
beberapa batang tiang di pantai; 2. meletakkan atau menempatkan
(tulisan dlm penerbitan dll);
terpancang 1. sudah dipancangkan, tercacak: di mana ~ banyak
galah, di situlah pangkalan kita; 2. ki terdiri tegak (tidak bergerakgerak),
tertumpu pd satu tempat, terpaku: Basir masih ~ di lantai;
matanya ~ ke pintu kamar itu;
pancangan 1. pancang, pacak, tonggak; 2. yg telah dipancang; 3. sl
tunangan: rajanya bernama Tengku Sultan Maha Mulia, ia ~ Tuan
Puteri Sinar Bulan Gemilang Cahaya;
pemancangan perihal atau perbuatan memancang(kan) sesuatu:
upacara ~ tiang pertama Wisma Nusantara.
pancang II; ~ bendera sj ikan laut, Parachaetodon ocellatus.
pancapada (Sas) baris puisi (sajak) yg terdiri drpd lima pola irama atau
matra.
pancapersada 1. tempat tinggi yg bertingkat-tingkat, tempat bersemayam
raja waktu pertabalan (tempat orang besar-besar dll): maka ia
menyuruh berbuat ~ tujuh pangkat; 2. tempat mandi yg bertingkattingkat;
3. rumah yg bertingkat tempat berehat-rehat.
pancar keturunan, anak cucu: ~ drpd anak cucu bagindalah segala rajaraja
di Pasai itu turun-temurun; ~ gas Id pancutan gas, jet (yg
menggerakkan kapal terbang): pesawat terbang ~ gas;
sepancar ki seketurunan, sejenis, seasal: bahasa Melayu ialah
bahasa yg mesra dan ~ dgn kejadian dirinya;
berpancaran keluar ke sana sini (berbagai-bagai hala),
berpancutan: air ~ dr paip rosak itu;
memancar 1. keluar memancut dgn deras (bkn air dsb); 2.
mengeluarkan cahaya terang, bersinar terang: matahari belum
kelihatan ~; sebuah lampu suluh kelihatan ~ cerah;
memancarkan 1. memancutkan atau memancurkan deras-deras
(air, minyak, dll): di sana sini mata air ~ air yg jernih; 2.
mengeluarkan sinar (cahaya): bulan mulai mengambang di langit
sebelah timur dan ~ cahayanya yg gemilang; 3. mengirim atau
menyiarkan (haba, bunyi, cahaya, dll), mengeluarkan (sesuatu):
bunyi hanya boleh dipancarkan melalui jirim; nyanyian yg
dipancarkan oleh Radio Malaysia; 4. melahirkan, memperanakkan,
menurunkan (keturunan);
terpancar 1. keluar memancar (memancur, memancut),
dipancarkan: maka air susu Minuram Dewi pun ~; cahaya itu
harus ~ balik dr muka benda itu; 2. ki terbit: dr mulut dia ~
kalimat itu; harapan yg ~ dlm hati; 3. terlahir, keluar (anak);
pancaran 1. yg dipancarkan atau terpancar (cahaya, haba, bunyi,
air, dll), yg dikeluarkan (diterbitkan dsb): ~ cahaya dr lampu
menyinari mukanya; ~ air paip air yg memancarkan
(mengeluarkan) air; 2. siaran; ~ radio siaran radio; 3. gambaran,
bayangan: sastera ialah ~ kehidupan; 4. keturunan;
pemancaran perihal memancarkan: ~ bunyi atau gambaran;
pemancar 1. yg memancarkan: alat ~; stesen ~; 2. alat yg
memancarkan (bunyi, cahaya, dll): ~ air; ~ radio.
pancaragam 1. sl bermacam-macam ragam; 2. muzik, bunyi-bunyian; 3.
pasukan (kumpulan) pemain muzik: sebuah ~ mengikuti perarakan
itu.
pancaraja sl; ~ diraja sl alat (tempat) mengusung jenazah raja.
pancaroba 1. pertukaran atau peralihan musim (cuaca kadang-kadang
baik, kadang-kadang buruk, dll); angin ~ angin yg berubah-ubah
(tiada tetap arahnya); musim ~ musim antara musim kemarau dan
musim hujan; 2. ki keadaan yg kacau (tidak tentu arah): bagaimana
mereka itu akan hidup dlm dunia yg sekarang penuh dgn ~.
pancarona sl bermacam-macam warna, pancawarna.
pancasila lima dasar falsafah kenegaraan Republik Indonesia (ketuhanan
yg Maha Esa, kebangsaan, perikemanusiaan, kedaulatan rakyat, dan
keadilan sosial).
pancasona sl sj jampi yg boleh menyebabkan orang mati hidup kembali.
pancasuara ark 1. bermacam-macam suara atau bunyi; 2. suara atau
bunyi yg janggal.
pancawarna 1. lima warna; 2. bermacam-macam warna, berwarna-warna.
pancawarsa (perayaan, peringatan) setiap lima tahun.
panci IB sj kuali besi.
pancing alat utk menangkap ikan dsb yg terdiri drpd joran, tali yg
hujungnya berkait tajam, dan umpan, kail; makan ~ terlekat pd mata
kail, kena tangkap dgn kail (bkn ikan dll);
~ kacar pancing yg tidak memakai mata (utk menangkap sotong
dll); ~ tunda pancing yg ditarik pd belakang perahu; main ~ sj
permainan daun terup (kartu); umpan habis ~ putus, punca terlepas
drpd tangan prb perbuatan atau usaha yg sia-sia, malahan rugi pula;
memancing 1. menangkap ikan dll (dgn pancing); mengail: aku
hendak ~, apa umpannya Andeh? 2. ki melakukan sesuatu dgn
tujuan utk mendapat (mengetahui dll) apa yg dihajati, mengumpan
(memikat dll): usul ini semata-mata utk ~ undi; menatap dgn
pandangan seakan-akan ~ reaksiku; ~ rahsia; mencari
(mengetahui) rahsia;
~ di air keruh prb mencari keuntungan sewaktu keadaan kacau dll;
niat hati hendak ~ ikan, tak mahu membuang umpan prb perihal
orang yg mahu untung sahaja tetapi tidak mahu rugi;
pancing-memancing ki saling menarik hati, memujuk atau memikat
seseorang supaya masuk ke dlm kumpulan berkenaan, biasanya dgn
menawarkan pelbagai ganjaran yg menarik dan lumayan: kini soal ~
pemain-pemain dgn menjanjikan ganjaran dan habuan yg lumayan
menjadi topik utama;
terpancing kena pancing, terkail; niat hati hendak memancing
temenung, sudah ~ ikan setoka prb lain yg dikehendaki lain yg
didapat (kemuliaan yg dihajati kehinaan yg diperoleh);
pancingan sesuatu yg digunakan utk memancing (memikat dll),
provokasi: rancangan itu sebagai satu ~ undi pilihan raya; ini
semua hanya ~;
kepancingan penyakit sakit di kerongkong sewaktu menelan, kailkail;
pemancing orang yg memancing.
pancir ark bahagian yg di hadapan sekali (perarakan dll).
pancis-pancis sj tumbuhan (herba), jobong beralih, seruas semalam, tebuk
seludang, tuba seluang, Polygonum barbatum.
pancit I; memancit memancut (memancur) sedikit-sedikit;
memancitkan memancutkan cecair (air, minyak dsb) sedikitsedikit,
menyebabkan memancit: pemancit ini berupa muncung utk
~ petrol ke dlm alur masuk.
pancitan hasil memancit atau memancitkan: mikrokomputer yg
mengawal ~ petrol;
pemancitan proses, perbuatan dsb memancit atau memancitkan;
pemancit alat utk memancitkan (minyak dsb): ~ yg dikawal secara
elektronik ini dapat menentukan banyaknya petrol yg harus
digunakan.
pancit II menjadi kempis kerana keluar anginnya akibat tertusuk benda
tajam, pecah dsb (bkn tayar kereta, basikal dsb), bocor: tayar kiri
keretanya ~; dia lewat sampai ke pejabat kerana tayar
motosikalnya ~;
memancitkan menyebabkan tayar, belon dsb kempis kerana keluar
anginnya akibat tertusuk benda tajam, dibuka injapnya dsb,
membocorkan: dia sudah berani ~ tayar kereta gurunya;
pemancitan perbuatan memancitkan.
pancung I; kuih ~ sj kuih.
pancung II 1. bahagian hujung, punca atau penjuru (kain dll); ~ serong
(kain yg) disusun atau diikat serong dengan puncanya tergantung; 2.
bersegi dan tirus ke hujung, bersegi lancip; 3. penggal (leher dll),
kerat: hukum ~;
pepat di luar ~ di dalam prb rupanya baik tetapi hatinya jahat;
berpancung berikat serong dgn puncanya tergantung (kain): jika
baginda itu berkain ~, maka puncanya digantung;
memancung memenggal, mengerat (kepala, leher, dll);
pancungan hasil kerja memancung: ~ pedang;
pemancung (alat) utk memancung: parang ~; pedang ~.
pancur bp pancuran;
memancur keluar atau memancar (air dll);
terpancur keluar memancur, terpancar: dibukanya paip dan air
pun ~lah ke badan Kadir;
pancuran 1. air yg keluar memancur: bunyi ~ air; 2. cerat, paip air;
3. saluran tempat air dll mengalir (memancur): mereka telah pulang
dr ~ mengisi perian betungnya.
pancut; memancut keluar dgn deras (kerana tekanan), memancar: air ~
dr muka bumi;
memancutkan mengeluarkan air dll dgn deras, memancarkan,
memancurkan: belerang itu akan menjadi cair dan dipancutkan
keluar oleh udara yg ditekan masuk;
terpancut ki terkeluar (terbit dll) dgn tiba-tiba: ~ dr mulut Wan
Derus perkataan "celaka";
pancutan (air dll) yg memancut: tanah tepi lubang itu diruntuhkan
dgn ~ air; ~ angin;
pemancutan proses memancutkan sesuatu;
pemancut alat utk memancutkan air, cecair, dsb: hos ~ air.
pancut-pancut = pokok ~ sj tumbuhan (pokok), Spathodea spp.
panda sj binatang spt beruang (berbulu hitam dan putih) yg hidup di hutan
bambu di China, Ailuropoda melanolenca.
pandai 1. cerdik, pintar: semua orang menerimanya menjadi ketua
kerana ia ~; orang ~-~ orang yg terpelajar (berilmu); bijak (cerdik)
~ a) bijak (cerdik) dan pandai, terpelajar b) orang yg terpelajar,
cendekiawan; 2. bijak, cekap, mahir: begitu ~ ia berpura-pura; 3.
boleh, mampu, sanggup: sekarang dia sudah ~ membuatnya
sendiri; 4. sesuka hati (ikut mana yg difikirnya elok), sekehendak
hati: selama ini, ~ kakaklah memelihara ibu; 5. orang yg mahir dlm
pertukangan dll, tukang, ahli;
~ besi tukang besi; ~ canai tukang mencanai pisau; ~ emas tukang
emas; ~ hidup a) pandai mengendalikan penghidupannya (tidak
boros dll); b) pandai bergaul dgn orang lain supaya tidak dibenci
dll; ~ jatuh bp pandai mencari alasan dll utk menyelamatkan diri; ~
kayu tukang kayu; ~ lukis ark orang yg pandai membuat gambar,
jurulukis, tukang lukis; ~ membawa untung sedar akan diri dan
pandai mengambil hati orang supaya disukai dll; ~ tenggang (akal)
pandai mencari akal; ~ ubat ahli ubat;
~ menyipat, tidak ~ menarah prb tahu menyuruh (memerintah)
tetapi tidak tahu membuat kerja; ~ makan, ~ simpan prb pandai
berbuat jahat, harus pandai menyimpan rahsia;
sepandai-pandai bagaimana (betapa) pandai sekalipun: ~ tupai
melompat, sekali akan gawal juga;
berpandai-pandai Mn melakukan sesuatu tanpa berunding dahulu
dgn orang lain: ~ engkau mengajak lakimu;
memandai, memandai-mandai membuat sesuka hati, mengikut
fikiran sendiri: kebanyakannya itu, kerananyalah yg ~ sendiri; ~
diri berpandai-pandai;
memandaikan 1. sl membuat, membina; 2. menjadikan pandai:
amanat guru ialah utk ~ murid;
kepandaian kecerdikan, kemahiran, kepintaran: ada wang tetapi
tidak ada ~, tidak boleh jadi juga;
berkepandaian mempunyai kepandaian (kemahiran): ia tiada ~
suatu apa.
pandak I pendek: keris ~; orang ~ tembun;
memandakkan menjadikan pandak, memendekkan;
memperpandak menjadikan lebih pandak, memperpendek;
pandak II Pr timang-timangan utk anak yg kelima.
pandam I damar atau embalau yg digunakan utk melekatkan sesuatu
(parang pd hulunya dll);
memandam sl melekatkan pandam (embalau) pd: dipandam
giginya dgn malau.
pandam II Mn = ~ perkuburan perkuburan.
pandan I sj tumbuhan (daunnya wangi atau berduri), Pandanus spp.;
jenis-jenisnya: ~ duri, ~ hutan, ~ wangi; tikar ~ tikar yg dibuat drpd
daun pandan.
pandan II; anjing ~ anjing yg merah bulunya.
pandan III; ikan ~ sj ikan laut, ikan kapas-kapas, Gerres abbreviatus.
pandang 1. lihat (sambil memerhatikan); beradu ~ bertemu mata,
berhadapan muka; membuang ~ a) memalingkan muka, melihat ke
tempat lain; b) = melayangkan ~ melihat jauh-jauh; seimbas
(selayang) ~ melihat dgn sekali imbas (sepintas lalu); 2. bp
memandang; ~ ringan menganggap sepi atau tidak penting;
alat ~ dengar alat utk mengajar melalui pelihatan dan pendengaran
(mis pita rakaman, televisyen, dll); ~ tilik pendapat (fikiran); ~
tinggi menganggap mulia (berharga dll);
~ anak, ~ menantu prb memilih menantu biar sepadan dgn anak; ~
jauh dilayangkan, ~ dekat ditukikkan prb Mn memeriksa sesuatu
dgn cermat (teliti);
berpandangan, berpandang-pandangan saling melihat, berlihatlihatan,
berhadapan muka: maka ~lah segala rakyat bala tentera;
mereka semua berpandang-pandangan sejurus; ~ dgn berhadapan
dgn; ~ mata bertemu mata; ~ muka berhadapan atau bertemu muka;
memandang 1. menggunakan mata utk mengetahui, melihat seraya
mengendahkan, memperhatikan, mengamati: dipandangnya
bangunan yg tiga tingkat itu; segala perempuan yg ~ itu semuanya
tertawa gelak-gelak; 2. menganggap: Wan Derus dipandang sbg
seorang ketua; 3. memikirkan, mempedulikan, memerhatikan:
keadilan tidak ~ pangkat atau harta; 4. menghormati, menghargai:
ia dipandang orang di kampung itu;
~ berat menganggap sesuatu bukan sbg perkara kecil atau tidak
penting, memberikan perhatian dgn penuh kesungguhan; ~ enteng
(gampang, mudah, ringan, sepi) menganggap enteng (gampang dll),
menganggap tidak penting; ~ hina (rendah) a) menganggap hina
(rendah); b) menghinakan (merendahkan); ~ jauh (ke hadapan)
memberikan perhatian kpd atau memperhitungkan perkembangan
(kepentingan dsb) jangka panjang; ~ kpd mengambil kira akan
memperhitungkan, memikirkan; ~ serong menganggap tidak jujur,
tidak mempercayai;
pandang-memandang 1. berpandang-pandangan, saling
memandang: masing-masing ~; mereka ~ ; 2. saling menghormati
(menghargai dll), hormat-menghormati, segan-menyegani, dll: hidup
berjiran begini, kita harus ~;
memandangi memandang dgn teliti, melihati, mengamati: isterinya
tegak juga di situ ~nya bekerja;
terpandang 1. dapat dipandang, terlihat, kelihatan: ~lah si anak itu
telah terjeringing; tidak ~ a) tidak terlihat (kelihatan); b) tidak
dapat dipandang sahaja begitu, tidak dapat dibiarkan begitu; 2. tidak
sengaja atau tiba-tiba memandang (kpd, pd): serta ia ~ muka Tuan
Raffles; 3. terkemuka, terbilang, disegani, dihormati: ia hendak
menjodohkan anaknya dgn orang yg ~;
terpandang-pandang seakan-akan tampak, teringat: dlm seminggu
selepas perpisahan itu ~ saya akan rupanya;
terpandangkan terpandang akan: apabila ~ Milah yg sedang
muncung, dia cepat-cepat mengalih mukanya;
memandangkan memikirkan, (apabila) mempertimbangkan atau
memperhitungkan: ~ pengalaman puan selama ini saya dgn
sukacitanya melantik puan sbg ahli jawatankuasa Kongres
Cendekiawan Melayu ke III;
pandangan 1. hasil perbuatan memandang: ia memusatkan ~nya pd
gadis itu; mencuri ~ memandang dgn tidak diketahui orang; 2. apa
yg terlihat (tergambar) di mata, hasil perbuatan memandang: dgn
mendekatkan mata pd kanta itu kita nampak satu ~ yg luas; wang
hantaran ini dikeluarkan sahaja buat ~ orang ramai; 3. a) yg
menjadi perhatian: anak muda itulah yg menjadi ~nya; b) ki yg
dihormati (dicita-citakan dll): dialah ~ orang di kampung itu; 4.
anggapan, pendapat, tanggapan, fikiran: ~nya terhadap Aini tidak
berubah; ~ hidup pendapat tentang hidup, falsafah hidup; ~ politik
pendapat terhadap politik, falsafah politik;
berpandangan mempunyai pandangan (bahawa), berpendapat: ia ~
bahawa nilai karya sastera harus dilihat drpd aspek etika dan
agama; mereka juga ~ sama tentang perkara ini; ~ jauh
mempunyai hematan dan kebolehan menjangka (keperluan,
masalah, perkembangan, dsb) yg akan datang atau timbul: kita
memerlukan rancangan yg rapi dan jangka waktu yg agak
panjang, di samping pemimpin-pemimpin negara yg berkaliber,
matang, berani dan ~ jauh;
pemandangan 1. keupayaan (kemampuan) mata utk memandang,
pelihatan: ~nya sudah kabur; 2. sl pemerhatian: pd ~ patik ada juga
sesuatu kedukaan tuanku, katakan kpd patik, mudah-mudahan
dapat patik membicarakan dia; 3. keadaan (alam dll) yg indah
dipandang: bukan buatan indah ~ dewasa itu; lukisan ~ lukisan bkn
alam; 4. hasil memandang, pandangan: ~ dr depan berbeza dr
belakang; 5. pendapat, pandangan, pengetahuan: memberikan ~nya
tentang ciptaan itu; jauh perjalanan, luas ~ jauh perjalanan, luas
pengetahuan; ~ umum pemandangan mengenai seluruh soal atau
hal; 6. ulasan, komentar: ~ politik hari ini;
sepandangan sejauh yg dapat dipandang;
pemandang 1. orang yg memandang; 2. sl pandangan, pelihatan.
pandau ark paya, rawa.
pandemik wabak penyakit yg tersebar dgn begitu meluas, sama ada
hingga ke seluruh wilayah, benua atau dunia.
pandiang pelacur, sundal.
pandidip Br gores api, mancis.
pandir bodoh, tolol: memang engkau sudah ~ ; bagaimana ~ dan gila
cita-citanya; Pak P~ orang bodoh;
sepandir sebodoh, setolol;
kepandiran kebodohan, ketololan;
kepandir-pandiran kebodoh-kebodohan.
pandu I 1. = pemandu orang yg menunjukkan jalan (di laut dll), perintis
jalan: hamba sanggup menjadi ~ kpd ketua-ketua kita itu; 2. kapal
yg menunjukkan jalan (di pelabuhan), mualim; 3. Id anggota
pasukan pengakap; ~ puteri anggota pasukan pengakap wanita;
berpandu memakai penunjuk jalan; peluru ~ peluru yg boleh
dikawal secara elektronik semasa penerbangannya utk menuju ke
arah sasarannya;
berpandukan 1. memakai penunjuk jalan; 2. memakai sesuatu sbg
petunjuk (pedoman, pimpinan, dll): membina jambatan ~ pelan;
memandu 1. memimpin: dialah yg ~ angkatan sepuluh orang itu
ke Pulau Tioman; 2. membawa (kereta, kapal terbang): ~ kereta
dgn laju;
memandukan menunjukkan (kapal dll) jalan, memimpin (kapal
dll);
panduan 1. orang yg menunjukkan jalan, pengiring; 2. pedoman,
petunjuk, pimpinan: Quran ialah kitab Islam yg mengandungi
segala ~ bagi umat Islam; 3. sesuatu yg dipakai utk rujukan (utk
mengetahui nama, alamat, butir-butir, dll); ~ telefon buku yg
mengandungi nombor telefon dan alamat pemunyanya;
kepanduan perihal pandu;
pemanduan perbuatan memandu (kereta, kapal, dll): ia akan lebih
awas dgn ~ keretanya;
pemandu 1. orang yg memandu (menunjukkan jalan), pandu,
perintis jalan: mereka menjadi ~ kpd gerila-gerila Indonesia; 2.
orang yg memandu atau membawa (kereta, kapal terbang, dll): ~
bas.
pandu II; memandu mencuba, menguji; ~ pakaian mencuba pakaian; ~
senjata mencuba atau menguji senjata.
pandu uji perihal atau perbuatan memandu sesebuah kenderaan bermotor
(kereta, motosikal dsb) seketika, terutamanya oleh bakal pembeli,
utk menguji atau menilai apa-apa jua kelebihan atau kelemahannya:
semua bakal pembeli diberi peluang melakukan ~ kereta model yg
terbaru itu;
memandu uji memandu sesebuah kenderaan bermotor, spt kereta
dan motosikal, utk menguji atau menilai kelebihan atau
kelemahannya, melakukan pandu uji: selepas ~ Jaguh, dia
mendapati motosikal ini mudah dikendalikan.
panel 1. kumpulan orang yg membincangkan sesuatu tajuk, biasanya
berkaitan dgn politik, ekonomi, dll di hadapan para pendengar atau
penonton; 2. kumpulan orang yg dilantik atau dipilih itu utk
melakukan tugas tertentu: beliau dilantik menjadi ketua ~ jurulatih
sepenuh masa; 3. kepingan kayu atau papan yg disambungsambung
dan digunakan utk menghias dinding.
panembrama Jw lagu utk menghormati (menyambut) kedatangan tetamu
dll;
berpanembrama berlagu dan berhibur.
panen (panén) Jw 1. = panenan pemungutan hasil sawah atau ladang,
penuaian: mereka mesti dapat memberi nasihat dan memimpin
orang desa bagaimana dapat membesarkan ~; 2. memungut hasil
cucuk tanam dr sawah atau ladang, menuai: apabila musim ~ tiba,
kami semua harus ke sawah.
pang 1. bunyi spt bunyi orang menampar; 2. Kd tampar.
pangah; terpangah ternganga.
pangalaban Br 1. sj tumbuhan (pokok) yg buahnya boleh dimakan, Litsea
garciae; 2. sj kuih basah yg bentuknya spt buah pangalaban.
pangan I ark hutan; orang ~ orang asli yg tinggal di hutan Malaysia.
pangan II Jw makanan; sandang ~ pakaian dan makanan, keperluan
hidup.
pangeran (pangéran) Jw gelaran utk anak (keluarga) raja dan orang besar.
pangestu (pangéstu) Jw berkat, restu: orang Bali yakin bahawa aku
membawa ~ kpd mereka.
panggak Mn bangga, megah, sombong;
memanggakkan membanggakan, memegahkan, menyombongkan:
tidak ada kuasa dan pangkat yg hendak dipanggakkannya.
panggal I potong, penggal;
panggalan Mn galah (utk mengait buah-buahan dll).
panggal II Br nilai wang yg besarnya 14 sen.
panggang yg dimasak (dipanaskan, didinginkan) di atas bara api: ayam ~;
ikan ~; pulut ~; ~ peringgi baru hendak masak (padi dll); jauh ~ dr
api prb tidak kena atau jauh drpd yg dimaksudkan;
memanggang 1. memasak (memanaskan, mendiangkan) di atas
bara api: ~ ikan; 2. Mn membakar: maka berkedut-kedut yg hitam
dipanggang cahaya matahari;
dipanggang tiada hangus prb beberapa kali menempuh kesusahan
(bahaya) tetapi selamat; terlampau panggang jadi hangus prb
terlalu meninggikan diri jatuh juga akhirnya;
panggangan 1. bahan yg dipanggang; 2. hasil memanggang;
pemanggangan perihal (proses atau perbuatan) memanggang;
pemanggang alat (penyepit) yg digunakan utk memanggang.
panggar I sj para-para utk menjemur ikan dll, panggau.
panggar II Tr 1. membuang, memotong (kulit kayu, rambut, dll), papar:
rambutmu sudah panjang. Pergi ~ di kedai gunting; 2. tempat
ayam bertenggek di dlm reban, tempat burung bertenggek di dlm
sangkar.
panggas tempat yg bertiang dua (utk menyimpan kayu api).
panggau 1. panggar; 2. Br, Sr sj katil yg berukir-ukir (utk Sultan,
pengantin).
panggil; memanggil 1. menyuruh datang (balik) dgn menyebut nama dll:
maka bertemulah dgn sebuah perahu peraih ikan, maka dipanggil,
lalu datanglah ia; 2. menjemput, mengundang (ke majlis kenduri
dll): segala orang yg berkenaan akan dipanggil utk menyaksikan
perayaan itu; 3. menamakan, menggelar, menyebut: buah ini
dipanggil timun; selama besar ini dia termalu-malu ~ abang;
belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang prb
terlalu rajin (lekas mengerjakan sesuatu yg disuruh); kalau
dipanggil dia menyahut, bila dilihat dia bersua prb jawaban yg
tepat bagi sesuatu pertanyaan;
memanggil-manggil menyebut (meneriak) nama seseorang
berulang kali: tatkala ahli keluarga sedang bersarapan di dlm
rumah, kami terdengar orang ~ ayah dr luar; anak itu menangis
sambil ~ ibunya;
memanggilkan 1. memanggil utk: panggilkan dia sebuah teksi; 2.
memanggil (menyebut) dgn: ia berasa gembira apabila orang ~
tuan kepadanya;
terpanggil 1. Mn dipanggil (disuruh datang) kerana sesuatu
perkara: seisi pasar tempat kantor Tuanku Demang berdiri sudah
tahu bahawa Yusuf ~; bagi seseorang gadis tidak baik ~-panggil ke
pengadilan; 2. berasa terdorong (tertarik, bertanggungjawab,
terpengaruh dsb) utk melakukan sesuatu: sbg penyanyi, dia turut ~
utk memikul tanggungjawab menangani gejala sosial yg
membimbangkan ketika ini; dia semacam ~ utk menolak dan
menentang sekeras-kerasnya gagasan itu;
panggilan 1. suara memanggil: dlm gelap itu terdengar suatu ~ yg
jelas dr jalan; 2. ajakan, jemputan, undangan: hatiku berdebardebar,
tentu ~ ini bersangkutan dgn kerosakan di kilang elektrik;
dia sendiri kurang pasti tentang tujuan ~ ketua kampung malam
itu; 3. gelaran, sebutan nama: ia pun menukarkan nama dgn ~ Ken
Anglira Sari; 4. orang yg dipanggil;
~ hidup (jiwa) kesukaan atau kecenderungan dlm sesuatu lapangan
(pekerjaan dll); ~ jauh = ~ STD = ~ nasional panggilan yg dibuat
ke tempat yg melebihi 4 km dr ibu sawat, biasanya caj akan dicetak
pd bil telefon dgn butiran terperinci; ~ kejut panggilan melalui
telefon yg bertujuan menyedarkan atau mengejutkan tetamu yg
menginap di hotel dsb, biasanya dibuat oleh pihak hotel dsb atas
permintaan tetamu; ~ mulut jemputan dgn mulut (tidak dgn kad dll);
~ tempatan panggilan yg dibuat dlm jarak 4 km dr ibu sawat; P~
Terus Antarabangsa panggilan telefon ke luar negara yg boleh
dilakukan secara terus kpd orang yg dihubungi tanpa perlu
menggunakan khidmat operator.
pemanggil (orang) yg memanggil: dinanti-nantilah oleh semua ~
itu akan Pak Lebai beberapa lamanya hingga beralih matahari;
canang ~ canang utk memanggil (memberitahu);
sepemanggil sejauh suara orang memanggil.
panggil-panggil sj tumbuhan (pokok renek), Clerodendron paniculatum.
panggu Pn habuan, bahagian;
pangguk; memangguk meletakkan sesuatu ke atas benda lain: jala yg
ditaruhnya dlm petak diambilnya dan dipangguk pd lengannya.
panggul I Jk pangkal paha.
panggul II Jw; memanggul memikul, menjulang: ~ senjata; ~ tajak.
panggung 1. lantai yg bertiang (utk meninjau-ninjau dll); rumah ~ a)
rumah yg bertiang (tinggi); b) rumah bertingkat; 2. pentas tinggi
tempat bermain sandiwara dll; ~ wayang (gambar) tempat
menayangkan wayang gambar; seri ~ pelakon bangsawan
(sandiwara) yg utama (terkemuka); 3. tempat duduk penonton yg
tinggi (di stadium dll); 4. penonton wayang dll;
berpanggung mempunyai panggung: rumah Melayu awal ialah
rumah ~ dan berbumbung lipat kajang;
memanggung mengangkat; ~ kepala mengangkat kepala: Tukya ~
kepala melihat Besah yg bertimpuh di sisi Lamin;
memanggungkan memainkan sandiwara di panggung,
mementaskan;
panggungan 1. lantai yg tinggi utk meninjau (menonton dll); 2.
penonton (wayang dll);
pemanggungan kegiatan (usaha) mempersembahkan sandiwara di
panggung, pementasan (sandiwara) di panggung: di tangannya
sudah ada tradisi penulisan skrip; pengarahan, ~, dan aspek-aspek
pementasan yg lain.
pangkah I; memangkah 1. menghentakkan (membantingkan) gasing ke
atas gasing lain; 2. mengalahkan lawan (dlm permainan terup dll).
pangkah II tanda silang spt tanda kali dll;
berpangkah bertanda pangkah: petak ~ menunjukkan aspek
keluaran yg dipentingkan;
memangkah membuat tanda pangkah (pd jawaban yg salah pd
kertas peperiksaan dll): ~ kertas undi.
pangkai I ark; bertikai-~ bertengkar, berselisih.
pangkai II ark besar.
pangkal 1. bahagian permulaan (pokok, tongkat, dll), lwn hujung: buah
kelapa keluar bertandan-tandan di ~ pelepahnya; Haji Maun
menggigit-gigit ~ cerut; 2. permulaan, awal: pergerakan
kebangsaan itu telah bermula pd ~ abad kedua puluh; 3. asal,
mula, sebab: Ramli menjadi ~ sebab drpd perbuatan-perbuatan
wanita itu; hujung ~ sebab-musababnya (permulaan dan
keputusannya dll); 4. modal; wang ~ a) wang modal; b) yuran
masuk menjadi ahli (persatuan dll);
~ bahu bahagian bahu dekat leher; ~ bedil tangkai atau gagang
bedil; ~ cerita pokok (dasar) cerita; ~ hidung bahagian sebelah atas
batang hidung di antara mata; ~ jalan a) permulaan jalan; b) ki
keadaan (kelakuan dll) yg mula-mula; ~ kata a) kata pokok, kata
dasar; b) permulaan percakapan; ~ kaki bahagian di atas kaki
(kuda); ~ leher leher di sebelah bawah; ~ lengan lengan sebelah
atas di bawah bahu; ~ mata bahagian mata berhampiran hidung; ~
nama Id nama benar (bukan nama keluarga dll); ~ paha paha
sebelah atas; ~ pedang hulu (tangkai) pedang; ~ pokok = pokok ~
sesuatu yg menjadi sebab (pokok, punca) percakapan (perbuatan
dll); ~ rumah bahagian rumah di sebelah atas tangga; ~ tangan
bahagian tangan di bawah siku; ~ telinga bahagian di antara telinga
dan kepala; si ~ = si ~ helat Mn tuan rumah (penerima tetamu);
berpangkal bermula, berasal, berpunca: sering terjadi ketegangan
di rumah itu ~ drpd adanya perbezaan pendirian antara keluarga;
tidak berhujung, tidak ~ tidak tentu atau tidak keruan sebabmusababnya
(permulaan dan kesudahannya dll);
berpangkalkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sebagai
pangkal: nama sesuatu yg khusus yg ejaannya ~ huruf besar;
memangkal, mangkal Jk berhenti di sesuatu tempat yg tertentu
(teksi dll);
memangkalkan 1. menyimpan perahu dll di darat; 2. menempatkan
tentera (kapal terbang dll) di pangkalan; 3. mengumpulkan
(menaruh) barang-barang di suatu tempat (utk diangkat dll);
terpangkal pokoknya, modalnya; menjual ~ menjual dgn tidak ada
laba;
pangkalan 1. tempat perahu dll berhenti (berlabuh); 2. tempat
barang-barang dagangan dll dikumpul (utk diangkut dll); 3.
pelabuhan (lapangan terbang dll) yg menjadi tempat utk
mengadakan latihan, melancarkan serangan dsb: dua ribu kapal
terbang menyerbu ~ roket ini dan meranapkan landasannya; ~
armada pangkalan kapal-kapal perang; 4. Jk tempat tertentu utk
berkedai, perhentian teksi, dsb;
~ data simpanan sejumlah besar data dlm bentuk yg dapat
dikendalikan oleh komputer; ~ tentera udara (laut) pangkalan
tempat operasi tentera udara (laut); si ~ Mn tuan rumah (penerima
tetamu);
sepangkalan Mn tuan rumah (pd sesuatu jamuan dll);
berpangkalan mempunyai pangkalan (di): penempatan tentera
Amerika Syarikat yg ~ di Teluk Subic telah pun berakhir pd 24
November 1992.
pangkas; toko ~ kedai gunting rambut; tukang ~ tukang gunting (cukur);
berpangkas bergunting rambut: janganlah tuan-tuan bersorak
dahulu, anak raja ~ gambak;
memangkas 1. menggunting rambut supaya rapi: rambut di
pelipisnya menjulur tidak dipangkasnya; 2. memotong hujung
(rumput, pokok, dll), mencantas: jikalau ia tidak dipangkas atau
ditutuh nescaya ia tumbuh menjadi pokok yg besar; ~ kata ki
meringkaskan cerita;
terpangkas memangkas atau dipangkas dgn tidak sengaja: dia ~
dahan anak rambutan itu;
pemangkasan perbuatan (kerja dsb) memangkas: ~ perlu dilakukan
utk membuang daun atau dahan yg rosak;
pemangkas 1. perkakas atau alat utk memangkas (memotong): ~
rumput; 2. orang yg memangkas, tukang pangkas.
pangkat 1. sj tingkat (mahkota, bumbung istana, dll): dikenakan mahkota
di hulu baginda dua belas ~; besar istana itu tujuh belas ruang,
ruangnya tiga-tiga depa, besar tiangnya sepemeluk, tujuh ~
kemuncaknya; 2. lantai (panca-persada): maka ia menyuruh
membuat panca-persada tujuh ~; 3. tingkat atau lenggek (rumah
dll); 4. martabat, darjat, kedudukan: yg dipandang orang bukannya
budi tetapi ~ dan harta; 5. tingkatan kedudukan dlm kerja (di
pejabat, dlm ketenteraan, dll): Karim diberi ~ koperal; guru-guru
besar yg ada hati perut mahu naik ~, mahu jadi guru-guru
pelawat; gila ~ terlalu ingin mendapat pangkat; naik ~ a) mendapat
pangkat (yg lebih tinggi); b) naik kelas; tanda ~ tanda yg
menunjukkan pangkat; turun ~ a) turun kedudukan dlm pejabat dll;
b) turun kelas; 6. kelas, darjah, tingkatan (di sekolah dll): muridmurid
~ lima; 7. taraf (darjah) kelulusan peperiksaan (sijil dll):
kelulusan bahasa Melayu ~ kepujian; Sijil Persekolahan ~ satu; 8.
tingkatan atau kedudukan dlm pertalian keluarga: dia ~ anak
saudara pd saya; 9. Id hasil menggandakan sesuatu bilangan dgn
mendarabkannya (beberapa kali) dgn bilangannya sendiri, kuasa:
dua ~ tiga ialah 23 = 2  2  2;
sepangkat 1. sama pangkatnya, setaraf, sedarjat; 2. sama umurnya,
sebaya;
berpangkat 1. mempunyai (memegang) pangkat: ketika itu
suaminya bekerja menjadi S.C. tidak ~ apa-apa; sekarang ia ~
kapten; 2. mempunyai darjat (kedudukan) tinggi, bangsawan: di
sekelilingnya dilihatnya orang tua-tua dan orang besar-besar yg ~
belaka; 3. berkedudukan tertentu dlm pertalian keluarga: dia mesti
menziarahi ibu keluarganya kerana kewajibannya sbg orang ~ tua
dlm puaknya; pulai ~ naik, manusia ~ turun prb manusia mati
mestilah meninggalkan nama dan perbuatan yg baik;
berpangkat-pangkat bertingkat-tingkat, bersusun-susun;
memangkatkan 1. menentukan atau menetapkan pangkatnya; 2.
mengangkat, melantik; 3. menaikkan sesuatu bilangan ke pangkat
dua (tiga dll);
kepangkatan perihal pangkat (martabat, darjah, dll);
pemangkatan ark pemberian pangkat, pengangkatan, pelantikan.
pangkin 1. sj tempat spt para (biasanya di pasar) utk penjual meletakkan
barang jualannya (spt ikan, sayur, dll); 2. = pangking.
pangking C 1. sj tempat tidur yg merupakan lantai yg ketinggian; 2. bilik
tidur.
pangku riba, ribaan: tuanku Malim Deman bersenda gurau dgn tuan
Puteri Bungsu, pujuk, ~, belai, menghabiskan kesukaannya;
berpangku (duduk, tidur, dll) di atas pangku: dia menjenguk ke
dlm seketika dan mendapati orang banyak, ada yg sedang ~-
pangku; anak kecil selalu berkehendakkan kebiasaannya itu
umpamanya tidur berkipas, tidur ~, tidur berbuai; ~ tangan tidak
berbuat apa-apa, tidak melakukan apa-apa kerja;
memangku 1. meletakkan sesuatu di atas riba (dan memegang atau
memeluknya), meriba: aku tidak dapat ~nya lagi di atas lututku; 2.
membawa sesuatu di atas lengan yg dibengkokkan (seakan-akan
mendakapnya): enam belas jawatan ~ perkakas kerajaan dan
memegang dian; bininya dipangku dan dibawa keluar dr semak
itu; 3. ark memeluk atau menganut (agama, ideologi, dll); 4.
mengelolakan atau menyelenggarakan (kerajaan, negara, dll): ~
negeri; 5. mewakili (sbg wali), memegang jawatan sementara bagi
menggantikan pegawai dll yg tetap: Raja Abdul Jalil dirajakan spt
wasiat Sultan Muzaffar Shah itu, dipangku oleh Bendahara;
kerana Maha Hakim itu bercuti atau sakit, maka tempatnya boleh
dipangku oleh seorang Hakim Besar; 6. memegang sesuatu
jawatan (pangkat), memikul tanggungjawab: siapakah yg ~ jawatan
pengarah syarikat itu pd masa ini?; jangan ~ ayam jantan, baik ~
ayam betina prb kalau pergi ke negeri orang janganlah
menghabiskan harta tetapi hendaklah mencari keuntungan;
pangkuan 1. ribaan: ia membaringkan Masdi di atas ~nya; 2. ki
kalangan, lingkungan: Irian Barat telah kembali ke ~ ibu pertiwi; ia
membaca doa perlahan-lahan supaya Jospin dikembalikan semula
ke ~ mereka;
pemangkuan 1. perbuatan memangku; 2. perbuatan mengelolakan
(negara, tanah, dll);
pemangku 1. orang yg memegang sesuatu jawatan; 2. timbalan
(raja, pegawai, dll); ~ raja timbalan raja: Tun Abdul Razak, ~
Perdana Menteri; 3. orang yg menyelenggarakan pemerintahan dll,
pengelola.
pangkung; memangkung memukul kuat-kuat (dgn belantan dll).
pangkur cangkul, pacul;
menjual tangkal ~ dedap prb menceritakan yg bukan-bukan (cerita
bohong); meraih ~ ke dada prb a) berasa insaf akan diri; b) berasa
tersindir (tersinggung);
memangkur mencangkul.
panglima 1. sl hulubalang, ketua pasukan: ia menyuruh ~ berbaju rantai
serta dgn beberapa orang pergi mengamuk kenaikan baginda; 2.
ketua atau pemimpin angkatan tentera: Jeneral Suharto, ~ angkatan
darat mengambil alih kekuasaan-kekuasaan politik; ~ Agung
(Besar) panglima tertinggi yg memerintah sesuatu angkatan tentera
(drpd berbagai-bagai pasukan); ~ gajah sl ketua yg
menyelenggarakan urusan gajah;
P~ Mangku Negara (P.M.N.) bintang kehormatan kelas dua
(pemiliknya bergelar Tan Sri dan isterinya Puan Sri); ~ pangkalan
ark syahbandar; ~ perang kanan (kiri) panglima perang yg di bawah
panglima besar;
misai bertaring bagai ~, sebulan sekali tak bunuh orang prb rupa
sahaja hebat (garang) tetapi penakut.
panglin; burung ~ sj burung, ayam air, burung pangulin, Porphyrio
poliocephalus viridis.
pangling Jw lupa, tidak kenal lagi: aku sama sekali tidak ~ padanya.
panglong C perusahaan menebang kayu orang-orang Cina.
pangonan Jw padang rumput tempat binatang ternakan merumput.
pangreh (pangréh); ~-praja ark pamung praja, pegawai pemerintah
negeri.
pangsa petak atau bahagian-bahagian dlm buah-buahan dll (spt dlm buah
durian): ~ durian; rumah ~ satu set bilik serba lengkap yg
digunakan sbg tempat kediaman; ~ menunjukkan bangsa, umpama
durian = spt durian menunjukkan ~nya prb kelakuan dan
percakapan seseorang itu menunjukkan baik atau jahat asalnya
(perangainya);
berpangsa 1. mempunyai pangsa, ada pangsanya: sebuah kotak
kaca ~ dua; 2. berulas: urat-urat daging mereka timbul ~-pangsa
akibat menggunakan tenaga sepanjang hari.
pangsai C buang air besar.
pangsapuri rumah pangsa moden yg lazimnya besar dan luas, dgn
disediakan beberapa kelengkapan dan kemudahan.
pangsi I 1. paku gasing, paksi; 2. (Kej) paksi pd motokar (enjin dll);
berpangsikan ki menganggap atau menjadikan sesuatu sbg
keutamaan (teras, dasar dsb), berteraskan, berdasarkan,
bertunjangkan: gaya hidup yg ~ mutu telah mendorong ramai
orang menggunakan kristal sbg hiasan;
memangsikan memasang (mengenakan) pangsi pd, menempatkan
di atas pangsi, melekatkan (menyambungkan) dgn pangsi dll.
pangsi II C sj kain sutera hitam.
pangsit sj makanan orang Cina.
panguk; terpanguk terdongak.
pangulin; burung ~;  panglin.
pangur 1. Mn kukuran, pengukur; 2. sj kikir, patar.
pangus I sl cekap, tangkas: terlalu baik parasnya, sedap, manis, pantas,
~, tiada siapa taranya pd zaman itu.
pangus II; memangus berbunyi spt bunyi ikan lumba-lumba.
pani; nibung ~ bulu (janggut) jagung.
panik cemas (takut, bimbang, gelisah dsb) yg datang dgn tiba-tiba: saya
benar-benar ~ ketika itu; kadangkala kita mudah ~ apabila diarah
menyiapkan sesuatu projek dgn segera;
kepanikan 1. perasaan atau keadaan panik (cemas): ~ benar-benar
mencengkamnya; ~ jelas terbayang di wajahnya; 2. mengalami
perasaan panik, dlm keadaan panik: orang tua yg ~ itu telah
bergegas melarikan diri ke dlm belukar; nampaknya dia ~.
panili IB sj tumbuhan yg menjalar dan harum bau buahnya (digunakan utk
mewangikan kuih dll).
panir ark keju.
paniradya Jw ark jabatan; ~ pati ketua jabatan (departemen).
panitera penulis, setiausaha; ~ jaksa penulis (kerani) kejaksaan; ~
pengadilan penulis (kerani) dlm pengadilan;
kepaniteraan 1. jawatan atau pejabat panitera (setiausaha); 2.
pentadbiran (dlm persatuan dll).
panitia jawatankuasa: membentuk satu ~ khusus utk menyelidiki sebabsebab
bencana; ~ bahasa Melayu-Indonesia.
panja; mengarak ~ mengarak jari-jari tangan (drpd gangsa) yg dihiasi dgn
bunga-bungaan di atas tabut (perarakan Hasan Husain).
panjak pemain muzik gamelan (kadang-kadang bermain sbg penyanyi
atau penari).
panjang I 1. lwn pendek: tali itu ~; penselnya masih ~ lagi; 2. lwn lebar,
bujur: mukanya ~; 3. tinggi: badannya ~ lampai; 4. berlarut-larut,
luas: cerita yg ~; berfikir ~; 5. lama: ~ umurnya; 6. jarak dr hujung
ke hujung (di antara dua tempat), lwn lebar: ~ sebuah bilik tiga
meter lebih drpd lebarnya; 7. jarak masa, lama: ~ waktu siang di
khatulistiwa sentiasa selama 12 jam;
~ akal (ingatan, kira-kira) tidak sempit (pendek) akal, boleh
berfikir baik-baik; ~ bulat panjang dan bulat (spt buluh), bulat
torak; ~ ekor berani berbuat jahat (melanggar peraturan); ~
gelombang (Fiz) jarak di antara dua puncak gelombang yg
bersebelahan; ~ ikatan (Kim) jarak di antara dua nukleus atom yg
terikat bersama dlm satu sebatian; ~ lampai kecil tinggi (badan); ~
lanjut (lebar) dgn butir dan keterangan yg banyak; ~ lidah (mulut,
muncung) suka mengadu atau menyampai-nyampaikan cakap orang,
suka menceritakan hal orang; ~ nafas tidak pendek nafas, boleh
berlari jauh; ~ pendek panjang atau pendek; ~ tangan suka mencuri;
~ tangkai Mn hujan; ~ umur (usia) lama hidup;
~ langkah singkat pinta (permintaan) prb sudah sampai ajal,
meninggal dunia; ditindih yg berat dililit yg ~ prb kemalangan yg
tidak dapat dielakkan; hendak ~ terlalu parah prb hendak
meninggikan diri sangat, akhirnya jatuh; kalau ~ beri beruas, kalau
pendek beri berbuku prb sebelum berbuat sesuatu tentukan aturanaturannya
supaya tidak kacau; mendapat ~ hidung prb mendapat
malu; sama ~ dgn urat perut (belikat) prb terlalu bohong; sudah ~
langkahnya prb sudah meninggal;
sepanjang 1. sejauh, mengikut panjang: matanya menyelusur ke ~
tembok itu; ia pun menyuruh membuat kubu ~ sungai itu; 2.
segenap waktu, selama, seluruh: ~ perjalanan itu mereka terus
berbual-bual; ia memandang muka kawannya yg ~ masa tunduk
sahaja; ~ tahun selama setahun penuh; 3. mengikut, pada: ~
pengetahuan saya, penyakit ini tiada namanya dlm bahasa
Melayu; ~ yg mereka ketahui;
berpanjang; ~ kalam menceritakan dgn lanjut (panjang lebar); ~
madah bercakap banyak-banyak;
berpanjang-panjang bercakap dgn panjang lebar: janganlah
saudara ~ kerana kita sudah tidak ada masa lagi;
berpanjangan, berpanjang-panjangan berlanjut-lanjut,
berlanjutan, tidak berkeputusan, berterus-terusan: inginkah saudara
soal ini diusut berpanjang-panjangan; kemesraan yg ~;
memanjang 1. menjadi panjang (lanjut): spring itu ~; tepuk tangan
yg ~; 2. mengikut panjang, membujur: potong sekeping kain ikut
tepi atau ~; 3. terletak dll mengikut panjang, tidak melintang: di
ampaian di tepi beranda yg ~ bangunan itu bergantungan pakaian
kerja;
memanjangkan 1. menjadikan panjang, melanjutkan, meneruskan:
dan Tuk Hassan Temenggung yg pertama melabuhkan baju
Melayu, dan membesarkan pangkal lengan, dan ~ tangan baju;
aku bersyukur kpd Tuhan yg telah ~ umurku; keadaan ini akan
menyebabkan pemulihan ekonomi tidak dapat dikekalkan serta ~
kemelesetan yg sedang berlaku; 2. menyampaikan: segala
keputusan yg dibuat akan dipanjangkan kpd kerajaan;
memperpanjang menjadikan lebih panjang: jalan-jalan raya akan
dibina, diperpanjang, dan diperlebar dlm kawasan-kawasan yg
berpenduduk padat;
panjangan lanjutan;
kepanjangan 1. perihal panjang (lama dll), kelanjutan: kata
pengantar yg ditulisnya itu memang panjang, satu ~ yg
disengajakan; 2. terlalu panjang: nampak seolah-olah kaki dan
lengannya terlalu ~;
berkepanjangan berpanjang-panjangan, berpanjangan: abang
memohon doa yg ~ drpd engkau; zaman yg ~;
pemanjangan perihal atau perbuatan memanjang(kan): Hukum
Hooke menyatakan bahawa ~ dawai atau spring itu adalah
berkadar dgn beban pd dawai-dawai atau spring itu;
pemanjang sesuatu yg memanjangkan: huruf ~ bunyi.
panjang II Pr panggilan kpd anak lelaki keempat.
panjar cengkeram, wang muka (pendahuluan): kain itu diberikannya kpd
kepala kampung itu, akan jadi ~;
memanjari memberi panjar.
panjarwala kelasi yg bertugas di tiang kapal utk menggulung
(membentangkan) layar dll.
panjat; memanjat 1. naik ke atas (pokok, tiang, dll); 2. mendaki (bukit,
gunung, dsb), menanjak: mereka ~ Bukit Bendera beramai-ramai;
3. meminta ulang bicara di mahkamah yg lebih tinggi;
~ bersengkelit prb sesuatu yg sudah menjadi adat (kebiasaan); ~
dedap prb melakukan sesuatu dgn nekad (berani); ~ pokok cekur
boleh mati jatuh prb menerima hukuman yg berat kerana kesalahan
yg sedikit; spt ~ terkena seruda prb mendapat rintangan sukar dlm
sesuatu usaha;
memanjati memanjat pd: surau di kampung itu dipanjati rumput;
memanjatkan 1. menaikkan sesuatu pd; 2. menyampaikan
(membaca) doa kpd Tuhan: ~ doa; ~ puji dan puja kpd Tuhan Yang
Maha Esa; ~ perkara meminta perkara (tuduhan dll)
diulangbicarakan di mahkamah yg lebih tinggi;
panjatan 1. tempat utk memanjat, pendakian; 2. perihal memanjat,
pendakian;
pemanjat (orang dll) yg memanjat.
panji = panji-panji bendera (biasanya yg bersegi tiga panjang); di bawah
~ di bawah naungan (dilindungi oleh); spt ~, ditiup angin berkibarkibaran
prb tidak tetap pendirian, ikut mana pihak yg kuat.
panjing (Palembang) ark menjadi hamba di rumah pesirah atau ketua
kaum (bagi perempuan yg bunting di luar nikah dan enggan
menyatakan lelaki yg bertanggungjawab);
memanjingkan menyuruh bekerja di rumah pesirah (orang yg tidak
menunaikan kewajibannya).
panjunan sl tukang periuk belanga.
panjut I 1. sj suluh (drpd damar berbungkus daun dll); 2. belang putih pd
ekor anjing dll; 3. warna putih pd hujung mata keris.
panjut II pancut;
memanjut, memanjut-manjut memancut(-mancut), memancar(-
mancar), memercik(-mercik);
memanjutkan memancutkan, memancarkan, memercikkan;
panjutan pancaran: perlahan-lahan ~ sinar lampu menjadi kelam.
panjut III; seluar panjang ~ seluar panjang yg ketat pd kakinya.
pankek (pankék) sj kuih yg bentuknya nipis, leper, bulat, dan diperbuat
drpd tepung, susu, telur, dll.
pankreas (pankréas) (Bio) kelenjar yg terletak di belakang perut yg
merembeskan enzim pencernaan spt lipase dan amilase serta
hormon insulin dan glukagon.
panorama 1. pemandangan yg luas terbentang dan tidak terhalang atau
terganggu: mata temannya merenungi ~ pergunungan Lompo
Battang; 2. tinjauan yg menyeluruh atau komprehensif terhadap
sesuatu perkara (keadaan, situasi dsb): ~ sejarah bahasa Arab
selama 2000 tahun; 3. gambaran yg luas tentang suatu siri peristiwa
yg sentiasa berubah-ubah: ~ perubahan manusia sejak beribu-ribu
tahun.
panoramik bersifat (merupakan) panorama, luas terbentang:
pemandangan ~ Kota Kinabalu.
panta sl guli.
pantai 1. tebing atau tepi laut (tasik, dsb) yg diliputi pasir (batu-batu kecil
atau besar): kereta mereka sudah sampai di ~ Songkhla; ~
menganjur isi pantai yg memotong urat tanah; ~ selari (Geog)
pantai yg selari dgn urat tanah; 2. menurun sedikit, landai;
berpantai mempunyai pantai;
memantai 1. menuju ke arah pantai; 2. turun (matahari).
pantak I; memantak masuk dalam-dalam (pasak dll): perkataanperkataan
yg tajam ~ tepat ke telinga Pak Dollah;
memantakkan 1. memasukkan dalam-dalam, menukul hingga
masuk dalam-dalam (pasak, paku, dll): muncung keluli ini
dipantakkan ke dlm tanah; 2. ki memasukkan (idea, konsep, dsb)
ke dlm fikiran, mempengaruhi: kanak-kanak kini turut membuat
keputusan membeli jenama yg dipantakkan oleh iklan televisyen ke
dlm fikiran mereka;
pantakan hasil atau perbuatan memantakkan: ~ itu meninggalkan
lekuk yg dalam; kesan ~ itu menyebabkan masyarakat selalu
berhati-hati ketika menggunakan gula dlm makanan dan minuman;
pemantak alat utk memantakkan sesuatu, penukul.
pantak II Br, Sr (ilmu) sihir.
pantang 1. = pantangan sesuatu yg dilarang melakukannya (menurut adat
atau kepercayaan), larangan: bagi ibu-ibu yg sihat tiadalah apa-apa
~ atau larangan yg dikenakan tentang apa-apa makanan; ~ di
hutan (di laut) sesuatu yg tidak boleh disebut atau dibuat sewaktu
di hutan (di laut); 2. = pantangan makanan (minuman) yg ditegah
(terlarang) utk sesuatu penyakit dll: penyakit gatal ini ~nya ialah
udang; daging lembu ialah ~ bagi orang yg beragama Hindu; 3.
keadaan tidak boleh melakukan atau memakan sesuatu (bkn
perempuan sewaktu 44 hari selepas bersalin dll): keadaan Minah
selama dlm ~, tidur baring di atas penyalai; memang laki-laki ~
surut; dlm ~ dlm keadaan tidak boleh berbuat sesuatu yg terlarang
selama 44 hari (bkn perempuan yg baru bersalin), dlm hari; makan
~ makan dgn tidak boleh memakan makanan tertentu; 4. tidak mahu
(suka): Lahuma tersangat ~ padinya dikacau musuh; dia berkepala
batu, ~ menyerah; 5. tidak dapat (boleh): orang sini ~ tengok
orang yg belum berkahwin; musuh ~ dicari musuh tidak boleh
(jangan) dicari; 6. = kepantangan sesuatu yg tidak disukai (dibenci,
dikutuki);
~ gelanggang perbuatan yg dilarang melakukannya sewaktu
menyabung ayam; ~ larang = ~ pemali bermacam-macam pantang
atau larangan;
~ kutu dicukur, ~ manusia dihina prb berhati-hati bercakap supaya
jangan sampai menghina orang yg dilawan bercakap; ~ lang dgn
ayam lambat-laun disambar juga prb a) lelaki kalau berdekatan
(bergaul) dgn perempuan akhirnya jadi tidak baik jua; b) pencuri
tidak boleh melihat harta orang, lambat-laun dicurinya jua; ~ mati
sebelum ajal prb tidak akan mati sebelum waktunya; ~ si tegang
dibawa mengetul prb orang keras kepala tiada dapat mendengar
kata (nasihat) orang;
berpantang 1. mempunyai pantang (tidak boleh makan dll sesuatu,
tidak mahu atau tidak suka, tidak dapat atau tidak boleh): ~ ayam
dan daging; 2. ada larangannya, tidak bebas: maka Hang Tuah pun
keluar masuk tiada ~ lagi; jenaka Amerika timbulnya secara
meluap-luap dan spontan, berbanding dgn jenaka Inggeris yg
berpantang-pantang;
memantang 1. sengaja tidak mahu memakan dll sesuatu; ~ kopi
tidak mahu meminum kopi; 2. menolak, menampek; tiada ~ lawan
tiada menolak lawan;
memantangkan menjadikan pantang, melarang memakan
(melakukan dll) sesuatu: makanan-makanan ini tidak dipantangkan
kpd semua orang; tiada ~ barang sesuatu pekerjaan barang apa
pekerjaan pun dikerjakan;
pantangan pantang, larangan, makanan (minuman) yg terlarang;
kepantangan pantang, yg tidak disukai: bergambar bertiga itu ~
orang tua-tua;
bagai memegang buah ~ beruk, ditelan mati emak diluahkan mati
bapa prb serba salah; pejatian awak ~ orang prb berbeza
(bertentangan) pendapat dgn orang ramai;
perpantangan bkn pantang: barang ~;
pemantangan perihal atau perbuatan memantang atau
memantangkan: kehamilan yg kerap dan ~ makanan yg berulang
kali tidak memberi peluang kpd ibu yg bersalin utk kembali pulih
kpd keadaan kesihatan yg asal.
pantaran I Br beranda (biasanya tidak beratap) di bahagian hadapan ibu
rumah.
pantaran II Jw; sepantaran sebaya.
pantas I 1. cepat, kencang, lekas: ia menarik nafas dgn ~ dan kuat;
langkahnya ~ dan pendek-pendek; 2. cekap, cekatan, mahir,
tangkas: Bakhtiar lebih ~ bekerja drpd dia; mereka lebih pandai,
lebih cekap, lebih ~ daripadanya; ~ mulut pandai (bijak) bercakap;
~ pangus sl cepat dan cekap; ~ tangan panjang tangan, suka
mencuri;
sepantas-pantas biar betapa pun pantasnya: ~ seseorang itu
berlari, akhirnya dia akan kecundang juga oleh jaguh itu;
memantaskan mencepatkan, melekaskan: langkahnya pun
dipantaskan;
kepantasan 1. kecepatan, kelajuan: kuda atau zirafah badannya
ramping dan lurus, sesuai benar dgn ~ larinya; 2. kecekapan,
ketangkasan: pd malamnya terdapat gelanggang manusia
menunjukkan ~ pencak silatnya;
pemantasan perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantaskan,
pencepatan.
pantas II Jw 1. patut, baik, layak: beberapa mingguan dan harian
memberikan honorarium yg ~; katanya tak ~ aku memanggil
tukang lawak masuk ke rumah; 2. kena benar (dgn), sesuai (dgn),
sepadan (dgn): gaun itu ~ dgn potongan tubuhnya; 3. tampan,
segak: kita harus berpakaian yg ~; sebarang kelakuannya ~ manis
semuanya; 4. patutlah, padanlah, sudah selayaknya: ~ Sopian
mengatakan ia punya adik yg bodoh sekali; ~ tiap-tiap pegawai yg
pulang ke negeri Belanda kaya-kaya belaka;
sepantasnya selayaknya, sepatutnya: "Tidak tuan," jawabku dgn
suara rendah sambil memandang spt orang yg berdosa, hal mana
~ bagi orang yg sudah berkahwin;
memantas mengemasi (menghiasi dll) supaya pantas (elok dll),
mematut;
pemantas perhiasan dll yg dipakai supaya pantas (elok dll).
pantat 1. punggung; 2. dubur; 3. kemaluan perempuan; 4. bahagian benda
yg di sebelah bawah sekali: ~ cawan; ~ cerek; ~ kuning bp kedekut,
kikir;
hitam bagai ~ belanga prb tidak cantik (hitam dll); mulut
disuapnya pisang, ~ dikaitnya dgn onak prb pujukan yg
mengandungi tipu muslihat; spt lebah, mulut membawa madu ~
membawa sengat prb rupa elok dan manis cakapnya tetapi
berperangai jahat (bkn perempuan).
pantau I Mn sj ikan sungai.
pantau II ark; memantau 1. menengok, melihat, menjenguk; 2.
memerhatikan dan memeriksa perkembangan (kemajuan, perjalanan
dsb) sesuatu perkara, fenomena dsb secara kerap dan teliti,
biasanya bertujuan utk mengawal, mencegah, memperbaik,
mengawasi dsb: kerajaan sentiasa ~ harga barang keperluan asas
agar para peniaga tidak mengambil kesempatan utk menaikkannya
dgn sesuka hati;
terpantau dapat atau berupaya memantau atau dipantau: pihak
berkuasa tidak ~ segala kegiatan yg berlaku di perairan laut kita
yg panjang dan luas itu; kegiatan haram itu tidak ~ ;
pantauan hasil memantau: tindakan susulan yg konkrit perlu
diambil segera berdasarkan ~ yg dibuat oleh pihak yg berkenaan
itu;
pemantauan perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantau: ~
terhadap perkembangan projek itu sering dilakukan;
pemantau 1. orang atau pihak yg memantau: pasukan ~ yg
ditubuhkan itu perlu diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan
negeri; 2. alat utk memantau: sistem ini juga menyokong peralatan
lain termasuk ~ jantung wayarles.
pantau III; memantau Sb menahan darah drpd keluar: pihak doktor
berjaya ~ tangan kanak-kanak yg tercedera dlm kemalangan itu,
sebelum menjahit lukanya.
panteisme (pantéisme) 1. fahaman yg menyamakan Tuhan dgn kuasa dan
hukum alam; 2. kepercayaan bahawa Tuhan itu berada di manamana
dlm alam dan cakerawala.
pantek (panték) Jw pasak;
memantek melekatkan kayu dll dgn menggunakan pantek (pasak),
memasak.
Pantekosta (pantékosta) hari raya yg dirayakan lima puluh hari selepas
hari raya Paskah (Kristian).
pantelon seluar panjang berkaki lebar yg berkedut di pergelangan kaki.
panti Jw rumah, tempat tinggal; ~ asuhan (rumah) tempat memelihara
anak yatim (piatu); ~ derma rumah tempat merawat anak yatim
(piatu, orang tua, dll).
pantik; memantik 1. melagakan (menggosokkan) batu api (kayu dll) utk
mengeluarkan api; ~ api membuat api dgn melagakan batu api (kayu
dll); 2. memetik (utk mengeluarkan bunyi) dgn menggesekkan ibu
jari dgn telunjuk; ~ urat (nadi) mengeluarkan darah kotor dgn
mencucuk urat darah;
pemantik; ~ api alat utk mengeluarkan api.
panting; pontang-~ berserakan, kucar-kacir;
berpantingan berpelantingan, berhamburan jatuh;
terpanting terpelanting, tercampak jatuh.
pantis benda utk menghitamkan kening (alis);
berpantis ada pantisnya, dihitamkan dgn pantis: kening tak ~;
memantis menghitamkan kening (alis).
panto Mn ark belak, belang-belang atau garis-garis pd kayu.
pantograf 1. alat utk menyalin pelan, gambar rajah dsb yg sebentuk pd
skala tertentu; 2. (Kej) alat yg membawa arus elektrik dr kabel atas
ke bumbung kereta api.
pantomin drama yg dipersembahkan dgn menggunakan gerak-geri sahaja
dan biasanya diiringi muzik.
pantri 1. almari atau bilik kecil di dlm rumah tempat makanan disimpan;
2. bilik tempat menyimpan pinggan mangkuk, alas meja dsb,
terutamanya di dlm kapal, hotel dsb.
pantul; memantul 1. mengambul (spt bola yg dilontarkan ke dinding),
menganjal, melantun: tayar itu setiap masa ~ dr muka jalan; 2.
berbalik tanpa menembusi sesuatu objek atau permukaan (bkn
cahaya, gelombang, bunyi dsb): cahaya ~; 3. ki melonjak semula
(bkn harga saham dsb): pasaran ~ dan memecahkan paras
rintangan 730 mata;
memantul-mantul memantul beberapa kali atau berulang kali: bola
itu kelihatan ~ lalu masuk ke dlm kolam;
memantulkan menyebabkan (menjadikan) sesuatu memantul;
terpantul terkena pantul: sinar yg ~;
pantulan 1. gerakan memantul (mengambul): ~ bola; ~ spring; ~
cahaya; ~ dalam penuh (Fiz) pantulan lengkap sinar cahaya di
sempadan dua medium ketika sinar itu berada dlm medium yg lebih
tinggi indeks pantulannya; 2. tindakan (gerak balas) yg automatik
atau tidak disengajakan terhadap rangsangan; 3. ki reaksi;
pemantulan perihal (proses, perbuatan dsb) memantul atau
memantulkan: ~ mikrogelombang oleh bekas logam ke magnetron;
Amanah Saham Wanita (Asnita) dijangka mampu memperlihatkan
lonjakan menarik jika berlaku ~ pasaran pd paras selesa;
pemantul permukaan (objek) yg memantulkan cahaya, bunyi, dll:
dinding itu boleh menjadi ~.
pantun 1. sj puisi lama yg biasanya terdiri drpd empat baris dlm tiap-tiap
rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yg
selainnya mengandungi maksudnya); berbalas ~ mengucapkan
pantun bersambut-sambutan; 2. ark sj peribahasa yg digunakan sbg
sindiran; 3. ark sbg jawaban kpd tuduhan dll;
sepantun seperti, macam, seumpama;
berpantun mengucapkan (menyanyikan) pantun: tiadalah pernah
ia bertitah serta ~ seloka malam ini;
berpantun-pantunan berbalas-balas pantun;
memantuni menyindir (mengejek) dgn pantun;
memantunkan mengarang (mencipta) pantun, menyatakan sesuatu
dgn menggunakan pantun: maka dipantunkan orang, "Murah kata
derji, Empat hasta, sehelai baju, Muda berusul Lela Manja, Bagai
mutiara dlm teraju";
pemantun orang yg mengarang pantun.
panu Jk panau.
panunggul Jw tengkolok, kuluk, mahkota.
panus Ar ark kaki (penyangga) dian.
PAP kep People's Action Party (Parti Tindakan Rakyat, di Singapura).
papa I sangat miskin; ~ kedana terlalu papa; ~ kerma sl azab dan
sengsara; tujuh kali pindah jadi ~ prb pekerjaan yg tiada tetap itu
menambahkan kerugian sahaja;
memapakan menyebabkan (menjadikan) papa;
kepapaan keadaan papa: menderita ~;
pemapaan perbuatan menjadikan papa: penganiayaan dan ~
secara tersusun.
papa II bp bapa, ayah.
papadum popadom.
papah I; berpapah (berjalan atau bangun dgn) berpegang atau berpaut pd
bahu orang dll: dia ~ bangun;
memapah membantu orang bangun (berjalan) dgn memegang
(menopang) tangannya: Sulong Muda ~ kekasihnya bangun; abang
dan aku berjanji utk ~nya malam itu ke madrasah;
papahan perihal memapah.
papah II Jw pelepah kelapa dll.
papah III Kl ragu-ragu: saya ~ hendak buat atau tidak pekerjaan itu.
papah IV Kl; memapah merempuh, melanda, melanggar: motobot itu
sedang ~ gelombang.
papain (Bio) enzim pencerna protein yg terdapat di dlm buah dan daun
betik, biasanya dihasilkan secara komersial dan digunakan sbg
pelembut daging.
papak I 1. tidak tajam (runcing), pepat, rata; rumah ~ rumah yg atapnya
tidak merunjung (datar); 2. = orang ~ pondan, banci; ayam ~ ayam
jantan yg tidak berbalung dan tidak berlawi.
papak II; memapak mengunyah.
papak III; berpapakan berjumpa (bertemu) di jalan;
memapak menyambut (menjemput) kedatangan orang;
pemapakan perihal memapak, penyambutan.
papak IV sl pepak.
papak V; burung ~ sj burung, burung tirjup, Lanius tigrinus.
papakerma sl 1. jahat; 2. malang dan azab sengsara hidupnya.
papan I 1. keping kayu yg nipis atau lebar; kilang ~ kilang utk membuat
papan drpd kayu; rumah ~ rumah yg dindingnya drpd papan; 2.
keping (penjodoh bilangan petai, mercun, dll);
~ bam papan tumpuan kemudi atau tiang pd perahu (kapal); ~ batu
papan drpd sj batu (utk menulis), batu tulis; ~ berapit papan di atas
apit lempang; ~ canai papan utk mencanai; ~ catur papan utk
permainan catur; ~ cuki papan utk permainan cuki; ~ dam papan utk
bermain dam (tempat digerakkan buah dam); ~ dondang papan
buaian (ayunan); ~ gentian sj papan yg dibuat drpd gentian selulosa
(yg dipadatkan dgn menggunakan haba dan tekanan); ~ hitam = ~
tulis papan yg biasanya bercat hitam tempat menulis dgn kapur; ~
iklan papan besar tempat dipaparkan sesuatu iklan; ~ jongkangjongket
papan permainan kanak-kanak yg boleh turun naik; ~ karom
papan dgn empat penjurunya berlubang (dan dibubuh jaring kecil)
digunakan utk bermain karom; ~ kedua (Eko) papan penyenaraian
di Bursa Saham Kuala Lumpur yg menyenaraikan saham syarikat
sederhana dgn modal berbayarnya antara RM 5 juta hingga RM 20
juta; ~ kekunci alat yg mempunyai set kekunci yg digunakan utk
memasukkan data ke dlm komputer; ~ kenyataan papan tempat
ditulis atau ditampal kenyataan (larangan, pengumuman, dll); ~
keranda papan utk membuat keranda; ~ lantai papan yg digunakan
utk membuat lantai; ~ lapis papan yg merupakan satuan drpd
kepingan nipis papan; ~ lukis(an) papan tempat kertas disemat
(direntangkan dll) supaya senang melukis; ~ nada (Muz) alat yg
mempunyai set kekunci yg mengeluarkan nada berbeza apabila
ditekan, mis pd piano, organ dsb; ~ notis papan kenyataan; ~
pembasuh papan tempat membasuh kain; ~ pemuka bahagian di dlm
kereta dsb di bawah cermin depan yg menghadap pemandu, tempat
terdapatnya pelbagai alat kawalan, suis, meter dsb; ~ serpai papan
panel yg dihasilkan drpd gabungan serpihan bahan-bahan lain yg
diikat dgn resin atau bahan pengikat lain; ~ tanda papan nama
sesuatu tempat (kawasan); ~ utama (Eko) papan penyenaraian di
Bursa Saham Kuala Lumpur yg menyenaraikan saham syarikat
besar yg modal berbayarnya melebihi RM 20 juta;
sepapan sekeping: ~ petai;
memapan mengenakan (memasang) papan utk lantai rumah dll;
perut ~ Id perut keras; belayar sambil ~ prb melakukan dua
pekerjaan (perkara) sekali gus.
papan II; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar cabang lima, Vitis
lanceolaria.
papar I 1. tidak runcing, papak, pepat, rata; 2. belakang (parang, pisau,
dll);
memaparkan menjadikan pepat (rata): ~ gigi; alat ini dibuat drpd
keluli yg dicanai selari atau dipaparkan.
papar II; memaparkan 1. mempamerkan (menyatakan, menghuraikan,
menunjukkan dsb) supaya dapat dilihat, difahami, diketahui dsb,
mendedahkan, membentangkan: dipaparkannya segala isi hatinya;
~ satu kejadian yg berlaku pd zaman Jepun; 2. memperlihatkan
teks, data, grafik dsb pd skrin komputer dsb;
terpapar (telah) dipaparkan, terbentang, tergambar, tertera: di dlm
rajah ini ada ~ dua jenis skala; hal seumpama itu sering ~ dlm
akhbar dan majalah;
paparan 1. sesuatu (penjelasan, kenyataan, huraian dsb) yg
dipaparkan: ~ kesengsaraan mangsa perang itu di media massa
pernah membuat lidahnya kelu buat seketika; ~ kes ini
menunjukkan seolah-olah usaha kerajaan selama ini utk
mengurangkan kadar jenayah belum mencukupi; 2. maklumat spt
teks, perkataan, grafik, simbol, gambar dsb yg dipaparkan pd skrin
komputer dsb: telefon itu menawarkan ~ grafik yg besar;
pemaparan perihal (perbuatan, proses, usaha dsb) memaparkan: ~
teksnya tidak begitu bagus; media massa terlalu banyak memberi
ruang kpd ~ hidup cara Barat;
pemapar alat (unsur dsb) yg memaparkan sesuatu: telefon bimbit
itu mempunyai unit ~ grafik berwarna utk penggunaan yg menarik.
papar III ark; memapar mencari orang utk menjadi askar (kelasi dll);
pemaparan perbuatan mencari orang utk dijadikan askar (kelasi
dll).
paparazi (Itali) jurugambar bebas yg sering mengekori orang ternama
atau selebriti utk mengambil gambar mereka tanpa disedari.
papas I; memapas 1. menanggalkan atau membuka (pakaian, khemah,
dll): ia menyuruh ~ kajang; 2. mengambil, mencuri, menyerobot:
lekas-lekas Andeh, kalau orang lain pergi dahulu tentulah habis
dipapasnya, kita melepas sahaja; 3. mengubati atau menawar
(penyakit, bisa, dll): carikan dukun yg pandai-pandai ~ serta
dipintakan tangkal azimat kpd tuan-tuan Sayid.
papas II; berpapasan bertemu sewaktu berselisih lalu: ketika melalui
lorong kabin jurumudi, Ramli ~ dgn serang kapal; apakah aku
tidak boleh menegurmu kalau kebetulan kita ~ dijalan?
memapas menyongsong, menongkah: ~ angin.
papaya betik.
papirologi kajian tentang naskhah, dokumen atau manuskrip kuno yg
ditulis pd kertas papirus.
papirus sj tumbuhan air yg batangnya boleh dibuat kertas, Cyperus
papyrus.
PAPITA akronim bagi Persatuan Penyanyi Tanah Air.
pappui C sj tenungan utk melihat nasib (di tokong).
paprika sj serbuk perasa masakan yg dibuat drpd sj lada merah.
papul (Ubat) bintat kecil yg keras pd permukaan kulit.
par (dlm permainan golf) jumlah pukulan yg diperlukan utk seseorang
pemain menyempurnakan sesuatu permainan atau lubang.
para I kata (yg mendahului kata-kata lain) yg menyatakan ramai: ~
mahasiswa dan pelajar; ~ peserta.
para II = para-para 1. sj rak drpd kayu dll utk menyimpan perkakas
dapur, pagu; 2. rak tempat meletakkan barang-barang di rumah
(kereta api dll); 3. sj rak drpd kayu (buluh) utk menjemur tepung
(ikan dll).
para III getah, karet.
para IV singkatan bagi paragraf: berita itu panjangnya lebih kurang dua
puluh ~.
parabola 1. keluk rata datar yg dibentuk dgn jalan pembelahan kon dgn
satah (dataran) yg selari dgn sisinya; 2. aerial berbentuk mangkuk
besar utk menerima isyarat dr satelit.
paracut payung terjun.
parada perbarisan kawat tentera dlm sesuatu upacara.
paradam = ~-paradom bp kata makian (umpatan);
memparadam memaki, mencela, mengumpat.
paradigma 1. daftar atau kumpulan lengkap bentuk terbitan sesuatu
perkataan; 2. contoh atau model yg jelas tentang sesuatu:
kedudukan dunia media hari ini mempunyai empat trend utama yg
diterima sbg ~ yg universal; 3. lingkungan atau batasan pemikiran
(seseorang atau sesuatu organisasi) pd sesuatu masa yg dipengaruhi
oleh pengalaman, pengetahuan, kemahiran, dan kesedaran yg ada;
anjakan ~ peralihan paradigma drpd satu lingkungan atau batasan
kpd sesuatu yg baru (biasanya kpd yg lebih baik).
paradigmatik berkaitan dgn paradigma.
paradoks sesuatu yg bertentangan dgn pendapat yg diterima umum:
tampak kpd kita suatu ~ yg menyolok.
paradoksikal bersifat paradoks, yg bertentangan: secara ~ dapat
dikatakan bahawa walaupun masyarakat lama mempunyai
kemungkinan-kemungkinan yg jauh kurang, tetapi pd keyakinan
orang dahulukala, yg mungkin itu seolah-olah tidak terbatas.
paradom; paradam-~;  paradam.
parafin (Kim) 1. campuran hidrokarbon yg biasanya berlilin, mudah
terbakar, didapati drpd sulingan kayu, arang batu, petroleum, dll,
dan digunakan dlm membuat lilin, sintesis kimia, dan kosmetik; 2.
hidrokarbon cecair mudah terbakar yg didapati dgn menyuling
petroleum dan digunakan terutamanya sbg bahan api.
parafrasa pengungkapan semula kandungan sesuatu tulisan (karangan
dsb) dgn memakai kata-kata lain tanpa mengubah makna atau
maksud asalnya;
memparafrasa membuat parafrasa: ~ teks yg berkaitan dgn
bahasa sumber.
paragog (Lin) penambahan huruf, suku kata atau bunyi pd akhir sesebuah
kata, utk memudahkan sebutan atau utk menyedapkan pendengaran,
mis huruf a bagi pulpa dlm bahasa Malaysia drpd pulp dlm bahasa
Inggeris.
paragraf 1. bahagian sesuatu penulisan yg terdiri drpd sekumpulan
beberapa ayat (bermula di baris baru dan biasanya bermula
terkedalam drpd baris-baris berikutnya, perenggan; 2. Id tanda §
(utk menandakan fasal baru).
parah 1. teruk atau berat sangat (luka, penyakit): mereka cedera ~;
penyakit lemah jantungnya bertambah ~; 2. susah, sukar, teruk
(keadaan dll): penghidupannya sudah ~; rumah kita ini sudah ~
benar; Ramli betul-betul sudah ~ mengikuti permainan kami; pd
hari pengumuman keputusan perbicaraan dan hari-hari seterusnya
perangai ibunya semakin ~;
memperparah menjadi lebih parah;
keparahan perihal atau keadaan parah: tindakan tersebut boleh
menyebabkan tumbuhan itu sembuh atau ~ penyakitnya akan
berkurang; ~ ekonomi kerana naik turunnya harga pasaran
bahan-bahan eksport.
paraji (Sunda) bidan: massa-aksi adalah senantiasa menjadi ~ pd saat
masyarakat tua yg hamil itu melahirkan masyarakat yg baru.
parak I perpisahan, perceraian;
berparak berpisah, bercerai;
memarakkan memisahkan, menceraikan: dahulu dia berniat
hendak ~ si Mat drpd isterinya.
parak II; ~ siang pagi-pagi benar (kira-kira pukul 3-5), dinihari: pd suatu
hari pukul tiga ~ siang orang telah ramai dan sibuk.
parak III Mn kebun, ladang: ibu Ramlah datang pula dr ~, membawa
kacang panjang;
~ awak sahajalah siangi prb jaga sahajalah diri (keluarga) sendiri,
janganlah pedulikan hal orang lain; diperluas ~ tidak tersiangi prb
jika mata pencarian ditambah, penjagaannya tidak sempurna.
parak IV Kl terlalu banyak: makan nasi ~ benar; pendapatannya tiaptiap
bulan memang ~.
parakit sj burung, Psittacidae.
paraleli yg mengenai paralelisme: kerana adanya sajak ini ~ dlm bentuk
nampak lebih jelas, mis pd bentuk gurindam dan pantun.
paralelisme (paralélisme) pembentukan rangkap (ayat) yg seimbang dgn
satu bahagian mengulang bentuk (erti) bahagian lainnya (bkn puisi).
Paralimpik = Sukan ~ sukan antarabangsa yg bermodelkan Sukan
Olimpik, diadakan khusus utk orang cacat.
param = param-param sj ubat atau bedak yg disapu pd badan (kening,
kaki, dll); minyak ~ minyak yg digunakan sbg param.
paramasastera tatabahasa: ~ memuat ajaran tentang struktur bahasa yg
timbul akibat sistem bahasa.
paramedik (paramédik) orang yg tugasnya membantu atau melengkapi
kerja-kerja yg ada kaitan dgn bidang perubatan (spt jururawat,
pembantu makmal, juruterapi, dll).
paramesium (paramésium) (Bio) protozoa air tawar drpd genus
Paramecium, badannya bujur, diliputi silia dan mempunyai alur
berbentuk corong utk makan.
parameter (paraméter) garis-garis yg menentukan atau menandakan
keluasan atau batasan sesuatu, keluasan yg ada batasan-batasannya:
kalau ditinjau secara objektif, ~ kesetiaan seseorang berkisar dlm
ruang bulatan yg berlegar dan bertindih; watak-watak di
dalamnya bertingkah laku secara konkrit dlm lingkungan ~ sistem
dunia itu.
paramilitari berkaitan dgn pasukan keamanan dgn struktur organisasi spt
pasukan angkatan tentera, yg memberikan khidmat bantuan kpd
angkatan tentera.
paran Jk arah, hala, tujuan;
memarani menghala, mengarah, menuju.
parang I sj pisau besar, golok; jenis-jenisnya: ~ belitung, ~ candung, ~
lading, ~ puting, dll;
~ gabus menjadi spt ~ besi prb tidak disangka orang yg lemah
menjadi kuat dan berkuasa; bagai ~ buruk, tali sabut tiada tergolok
prb perihal orang yg lemah, pekerjaan yg ringan pun tiada terdaya
melakukannya; belakang ~ pun jikalau diasah nescaya tajam prb a)
orang yg bodoh kalau diajar betul-betul, pandai juga sudahnya; b)
orang yg sabar (setia) kalau dihasut boleh juga menjadi jahat; spt ~
mata dua prb orang yg mendapat keuntungan drpd dua pihak;
mendebek mata ~ prb melawan orang yg lebih berkuasa, kita juga
yg menyesal;
berparang 1. membawa (memakai atau menggunakan) parang: ada
yg berlembing, ~ dan berkeris; 2. bergaduh atau berkelahi dgn
menggunakan parang: hampir-hampir mereka ~ di sungai;
memarang 1. menetak (memotong dll) dgn parang (golok dll):
mereka meluru dan ~ kiri dan kanan; 2. memberi garisan panjang
(mencoret) pd tulisan yg salah;
memarangkan menetakkan (parang, golok, pedang):
dihunuskannya pisau dr pinggangnya dan diparangkannya kpd
anak kera itu.
parang II; ikan ~ = ikan parang-parang sj ikan laut, Chirocentrus dorab.
parang III; sakit ~ = sakit parangan sj penyakit kulit pd tengkuk atau
hidung.
parangan Br sj ikan laut, Pristis cuspidatus.
paranoia (Psi) 1. gangguan mental yg menyebabkan seseorang
mengkhayalkan perkara yg aneh-aneh, spt merasa dirinya terlalu
penting atau percaya bahawa orang lain sentiasa mengancamnya; 2.
perasaaan takut, curiga atau tidak percaya terhadap orang lain dgn
berlebih-lebihan.
paranoid (Psi) 1. (orang yg) mengalami paranoia; 2. terlalu curiga, takut
atau tidak percaya terhadap orang lain.
paranormal tidak dapat dijelaskan secara saintifik atau rasional:
fenomena ~.
parap I; memarap memukul dgn barang yg tidak tajam (dgn sisi pedang
dll), menampar, menumbuk: diangkat baginda tangannya diparap
baginda, lalu putus pengait itu.
parap II singkatan tandatangan;
memarap menurunkan parap.
para-para; rumput ~ a) sj tumbuhan (rumput), Cyperus pilosus; b) sj
tumbuhan (rumput), rumput kepala lalat, Fimbristylis diphylla.
parapati Mn burung merpati.
paraplasma (Lin) kata baru yg dibentuk utk menggantikan kata yg sudah
lama dipakai atau dikenal, mis tatabahasa utk nahu dan pawagam
utk panggung wayang gambar.
paraplegia (paraplégia) (Ubat) kelumpuhan bahagian bawah tubuh,
termasuk kedua-dua anggota bawah.
paras I rupa muka (wajah): yg lima orang itu baik-baik belaka ~nya.
paras II 1. rata, tidak tinggi rendah; 2. aras, had: berendam sehingga ~
lutut; ~ raksa pd jangka suhu ini sentiasa menunjukkan suhu yg
tertinggi;
separas 1. sama paras (dgn), sama rata (dgn), sampai ke: tingginya
~ bahu Karim; ia mengangkat senapangnya ke atas, ~ pinggang;
2. sama banyak (dgn), seimbang (dgn): sedapat-dapatnya biarlah ~
dgn kemampuannya; perbadanan ini mengaku akan menebus balik
dgn bayaran ~;
memaras menjadikan rata, memotong supaya rata: bahagian atas
timun itu telah diparas; ~ janggut mencukur janggut rata-rata;
parasan permukaan: bahagian-bahagiannya timbul dr ~ air;
pemarasan perihal (proses, perbuatan dsb) memaras.
paras III ark; batu ~ sj batu atau lapisan tanah yg keras, cadas, padas.
parasetamol (parasétamol) (Kim) sj sebatian yg digunakan utk membuat
ubat sakit kepala.
parasintesis (parasintésis) (Lin) pembentukan kata dgn mengimbuh kata
dasar.
parasit 1. tumbuhan atau haiwan yg hidup pd tumbuhan atau haiwan lain
dan mendapat makanan serta perlindungan daripadanya, di samping
memudaratkan haiwan atau tumbuhan yg ditumpanginya; 2. benalu,
pasilan; 3. ki orang yg tidak berguna yg menumpang hidup pd orang
lain;
berparasit disebabkan atau dijangkiti parasit: penyakit kulit ~.
parasitisid (Kim) bahan yg dapat memusnahkan parasit.
parasitisme (Bio) hubungan antara parasit dgn perumahnya yg
merosakkan perumah.
parasitologi kajian tentang parasit.
paratifoid (Ubat) penyakit yg menyerupai demam tifoid tetapi kurang
berbahaya.
paration (Kim) sj bahan yg digunakan utk membuat racun serangga.
parau serak, garau (suara): kerana itu, aku harus berteriak sampai ~;
suaranya ~.
pare (paré) Jw peria.
parentesis (paréntesis) (Lin) 1. kata, frasa atau ayat yg disisipkan sbg
maklumat atau penjelasan lanjut dlm sesuatu ayat atau teks,
biasanya dipisahkan dgn diapit tanda koma, tanda sengkang atau
tanda kurung; 2. tanda kurung bulat: diikuti dgn angka Roman dlm
~ yg menunjukkan nombor pengoksidaan.
parestesia (paréstésia) (Ubat) rasa kebas atau semut-semut pd anggota.
parewa (paréwa) Mn penjahat, pengganas, perisau.
pargajul ark  bergajul.
pari = ikan ~ sj ikan laut;
~ lalat (rimau) sj ikan laut, Dasyatis kuhli; ~ lang sj ikan laut,
Rhinoptre javanica; ~ lendir (licin) sj ikan laut, Temera hardwickii;
~ nyonya sj ikan laut, Dasyatis sephen.
paria orang atau golongan yg paling rendah kastanya di India: dia anak
orang miskin drpd keturunan ~.
parih; memarih 1. membuang (dadu); 2. membahagi-bahagikan (daun
terup); 3. melihat nasib (meramalkan) dgn memakai daun terup.
parik porak-parik.
pari-pari I sj tumbuhan (pokok), melapari, mempari, Pongamia pinnata.
pari-pari II dewa atau roh perempuan yg elok rupanya.
paripurna Jw; rapat ~ rapat lengkap.
paris; kain (cita) ~ sj kain cita separuh sutera; ~ goyang kain paris yg
berkilat.
pariskot bp persekot.
parit 1. alur (salur dll) utk mengalirkan air dll; 2. lubang yg panjang dlm
tanah (sbg kubu dll); 3. alir, terusan air, tali air; 4. lubang tempat
menggali bijih dll, lombong; 5. alur atau jalur pd kayu dll; 6. ark
ranjau darat (laut);
berparit mempunyai parit: kebun sayurnya agak luas, berpagar
dan ~ di sekelilingnya;
memarit membuat (menggali) parit;
perparitan yg berkaitan dgn parit: masalah bekalan air dan ~;
pelan-pelan ~; projek ~.
pariti 1. kesamaan spt pangkat, gaji, dll; 2. kadar pertukaran yg sama
antara dua unit mata wang.
pariwarta ark 1. iklan; 2. warta berita (dlm surat khabar dll).
pariwisata pelancongan.
parji Ar kemaluan perempuan, faraj.
parket (parkét) I IB pejabat peguam negara.
parket (parkét) II kepingan kayu kecil-kecil yg mempunyai corak tertentu
utk digunakan sbg tutupan lantai: setiap unit mengandungi tigabilik
tidur dgn berlantaikan ~.
Parkinson = penyakit ~ (Ubat) penyakit neurologi yg dicirikan dgn
kurang pergerakan, kekakuan otot dan kaki tangan yg terketarketar.
parkir IB; memarkir menghentikan (menyimpan) kereta: sebuah teksi
diparkir; mobil saya diparkir di pinggir jalan;
parkiran tempat menghentikan (menyimpan) kereta.
parlemen (parlemén) IB parlimen.
parlementer (parleméntér) IB yg mengenai parlimen, menurut sistem
parlimen: membubarkan sistem kabinet ~ dan kembali ke Undang-
Undang Dasar 45.
Parlimen majlis (dewan) tertinggi pembuat undang-undang yg terdiri drpd
Dewan Rakyat dan Dewan Negara;
berparlimen 1. mempunyai parlimen; 2. menurut aturan parlimen;
demokrasi ~ demokrasi yg menurut aturan parlimen.
parodi karya sastera, seni, dsb yg meniru gaya pengarang atau pencipta
lain dgn cara yg melucukan atau menyindir;
memparodikan menghasilkan parodi.
parokhi kawasan (daerah) sesebuah gereja Roman Katolik.
parokial berfikiran sempit: masyarakat mereka dikatakan bersifat ~.
parol (Udg) 1. pembebasan seseorang banduan sebelum habis tempoh
menjalani hukuman penjara kerana berkelakuan baik dsb; 2. tempoh
seseorang banduan menjalani pembebasan bersyarat itu.
paron landasan tempat menempa besi.
paronikia (Ubat) radang pd sekeliling kuku.
parpu; kacang ~ kacang dal.
parsi I; akar ~ sj tumbuhan (herba yg akarnya agak keras), Asparagus
officinalis.
Parsi II nama dahulu bagi negara Iran sehingga tahun 1935.
parsli sj tumbuhan herba berwarna hijau tua, daunnya keriting, beraroma
dan digunakan sbg perasa dan hiasan dlm masakan, Petroselinum
crispum.
parsnip sj tumbuhan yg ubinya berwarna krim dan boleh dimakan sbg
sayuran, Pastinaca sativa.
partai IB 1. parti; 2. sejumlah barang dagangan.
parti 1. = ~ politik satu golongan (kumpulan) orang yg bergerak utk
tujuan (dasar dll) yg sama dlm politik: ~ Perikatan; ~ Rakyat; ~
pemerintah; ~ pembangkang parti politik yg menjadi penentang
parti(-parti) politik lain yg memegang teraju kerajaan; ~ pemerintah
parti politik yg menjadi pemerintah atau menubuhkan kerajaan
sesebuah negara; 2. perjumpaan sosial utk bersuka-sukaan:
mengadakan ~ di rumahnya;
berparti 1. mengikut (menjadi ahli) sesuatu parti politik; 2. menurut
(berdasarkan) parti politik: pemerintahan secara ~ sudah tidak
dapat dielakkan terutama di negeri-negeri demokrasi;
kepartian perihal parti (politik), yg berasaskan atau mengenai parti:
julukan kanan dan kiri digunakan utk membezakan jenis aliran ~;
maka dlm konteks ini politik ~ begitu dominan.
partikel (Lin) kata tugas seperti (-kah, -lah, pun, dll), kata penyerta.
partikelir IB bukan utk awam, bukan milik kerajaan; perusahaan ~
perusahaan bukan kerajaan; orang ~ orang biasa (bukan kakitangan
kerajaan); sekolah ~ sekolah bukan kerajaan.
partisan penyokong kuat sesuatu kumpulan, parti, tujuan, dsb.
partisipasi bp perihal atau perbuatan ikut serta dlm sesuatu kegiatan dsb,
penyertaan: tindakan itu memerlukan ~ oleh semua lapisan
masyarakat.
paruh I bahagian mulut pd burung yg terdiri drpd rahang yg mengunjur yg
diliputi selaput belulang.
paruh II; separuh 1. setengah, seperdua: pantun yg saya nyanyikan itu ~
saya dapat drpd orang Kelantan dan ~ drpd Orang Laut; 2. tidak
sepenuhnya, tidak seratus peratus (kira-kira 50%): pertandingan ~
profesional;
~ akhir pusingan atau perlawanan paling hampir sebelum ke
peringkat akhir (bkn bola sepak dsb); ~ hati tidak sungguh-sungguh;
~ jalan sekerat jalan; ~ mahir belum cukup mahir atau terlatih
sepenuhnya utk melakukan sesuatu pekerjaan khusus: pekerja ~
mahir; ~ masak setengah masak, belum masak betul; ~ mati
setengah mati; ~ sedar tidak sedar sepenuhnya; ~ umur setengah
umur;
memaruh membahagi (membelah) dua.
parung; keris ~ sari keris yg berlok-lok dan berbentuk ular.
paru-paru organ pernafasan vertebrat yg berfungsi dlm pertukaran udara
utk membekalkan darah dgn oksigen dan mengeluarkan karbon
dioksida dr darah;
~ besi sarung logam kedap udara yg dipasang di sekeliling badan,
kecuali kepala, utk membantu pernafasan seseorang secara
mekanikal; penyakit ~ penyakit batuk kering, penyakit TB; radang
~ sj penyakit bengkak paru-paru, pneumonia.
parut 1. = pemarut, parutan alat utk mengukur kelapa dll; 2. bekas luka
(bisul dll) pd kulit: di dahinya kelihatan satu ~ yg telah tua; 3.
bekas ditetak pd pokok (kayu dll): kapak itu mengunggis ~-~ luka
di pokok itu;
luka itu sembuh ~nya tinggal juga = luka sudah hilang ~ tinggal
juga prb walaupun sudah berbaik-baik tetapi dlm hati,
pertelingkahan yg lepas itu terasa jua;
berparut mempunyai parut: kepala yg ~;
memarut mengukur (kelapa dll) dgn parut: kelapa diparut
kemudian diperah;
parutan 1. parut; 2. sesuatu yg sudah diparut.
parwah; ambil ~ ambil tahu (peduli), endah akan.
pas I dokumen, tiket, dsb yg memberi seseorang kebenaran utk masuk ke
sesuatu tempat, duduk di sesuatu tempat di panggung, dll: mereka
berjalan lagi dgn dilengkapi ~.
pas II bp lulus (ujian dsb): darjah tujuh sekolah Melayu pun tidak ~.
pas III IB 1. tepat, kena, sesuai benar: barang itu sangat ~ kpd isteriku;
2. tidak longgar dan tidak sempit, sedang (pakaian dll): baju itu
tidak begitu ~, tapi tidak apalah;
mengepas mencuba utk mengetahui sesuatu sesuai (cocok) atau
tidak.
PAS akronim bagi Parti Islam Se-Malaysia.
pasah Mn; terpasah sampai (tiba) di sesuatu tempat (dgn tidak sengaja).
pasai Mn jemu, bosan.
pasak I 1. sj baji (paku) drpd kayu dll utk mengetatkan sesuatu; 2. sj skru
drpd logam yg mempunyai kepala (nat) utk mencantumkan alat-alat
mesin;
~ aman pasak pd senapang utk menjaga supaya jangan meletus; ~
kampung a) penduduk kampung yg tinggal tetap (tidak pernah ke
mana-mana); b) orang kampung (dusun, hulu); ~ kuku garis hitam di
tengah kuku kuda; ~ kunci ark orang yg berkuasa; ~ negeri orang
yg paling dihormati (tempat berunding dll) dlm sesebuah negeri;
besar ~ drpd tiang prb besar belanja drpd pendapatan;
berpasak dilekatkan dgn pasak: peti itu ~ mati pd lantai dlm bilik;
memasak mengenakan (memasang) pasak, memaku dgn pasak;
memasakkan menggunakan (memaku) sesuatu sbg pasak,
memasukkan pasak; ~ ke telinga ki menasihatkan atau
memperingatkan benar-benar.
pasak II; ~ beras-beras = ~ linga = ~ merah sj tumbuhan (pokok),
melupas, Aglaia glabriflora; ~ perahu sj tumbuhan (pokok), balau,
keranji, merlimau, temilang, Aglaia odoratissima.
pasal bp fasal.
pasalewa (pasaléwa); seluar ~ seluar yg banyak warnanya (dipakai oleh
hulubalang sahaja).
pasang I 1. jodoh, kelamin (laki-laki dan perempuan atau jantan dan
betina); 2. dua benda yg melengkapi satu sama lain: tiga ~ selipar,
dua ~ stoking; 3. selengkap, seperangkat, satu set: dua ~ pakaian;
sepasang 1. satu pasang, sejodoh, sekelamin, selengkap: ~
pengantin; ~ baju Melayu; ~ merpati a) sekelamin burung merpati
jantan dan betina; b) ki sekelamin lelaki dan perempuan; 2. sesuai
(dgn), sepadan (dgn): tali lehernya ~ dgn bajunya; 3. = ~ dgn
merupakan pasang (dgn), selengkapan (dgn): barang ini ~ dgn yg di
atas meja;
berpasang = berpasangan;
berpasang-pasang 1. banyak pasang, beberapa pasang: ~ kasut yg
dibelinya; 2. berdua-dua, sepasang-sepasang: kasut itu disusun ~;
mereka datang ke kelab malam itu ~;
memasangkan menjadikan sepasang (dgn), menjodohkan;
pasangan 1. barang apa yg merupakan pasang (jodoh dll): ~ dr
Malaysia itu telah berjaya memenangi set pertama; 2. jodoh
(imbangan, lengkapan): ~ hidup; benda ini mana ~nya?
berpasangan 1. merupakan pasangan kpd: gelas ini ~ dgn yg itu;
2. = berpasang-pasangan berpasang, berdua-dua (sepasangsepasang):
para tamu sama ~ mengikuti irama muzik.
pasang II 1. naik atau menjadi bertambah (air laut, sungai), lwn surut:
apabila air ~ , tidak mungkin kita menyeberangi kuala sungai itu;
2. ki semakin kuat (bkn penyakit);
~ anak air pasang kecil yg berlaku pd suku pertama (pengakhir)
bulan; ~ bah air pasang yg mengakibatkan bah (tenggelam); ~ besar
(perbani) air pasang besar pd masa bulan muda (atau penuh); ~
keling air pasang besar sekali; ~ kering air surut (timpas); ~
menyurut air pasang yg sedang naik (di laut); ~ penuh air pasang yg
penuh atau besar (sebelum surut); ~ purnama air pasang tatkala
bulan purnama; ~ surut a) = ~ turun air laut (sungai) surut atau
turun; b) banyak atau sedikitnya, baik atau buruknya dll (bkn hasil,
keadaan, dll);
adat ~ berturun naik = air pun ada ~ surutnya = takkan ~ selalu,
di mana surut sentiasa prb keadaan (kekayaan, pangkat, dll) itu
tiada tetap; ibarat ~ masuk muara prb perkataan (celaan) yg tiada
ditahan-tahan keluarnya; kalau takut dilimbur ~, jangan berumah
di tepi pantai prb kalau takutkan kesusahan, jangan buat sesuatu
pekerjaan; tidak mengenang ~ surut prb tidak memikirkan
kesusahan yg mungkin terjadi di kemudian hari;
berpasang; ~ surut ada pasang surutnya: hidup tanpa jadual ini
mengakibatkan pendapatan kami ~ surut.
pasang III; ~ siap (yg) dibina atau dibuat dgn mengena-ngenakan atau
mencantum-cantumkan bahagian-bahagiannya yg telah disediakan
atau dibuat terlebih dahulu.
pasang IV; berpasang-pasangan, pasang-memasang tembakmenembak,
bedil-membedil;
memasang 1. menembakkan (senapang, meriam, dll): maka bedil
pun dipasang orang, terlalu azamat bunyinya; 2. menyalakan
(lampu dll), mencucuh (suluh, rokok, mercun); 3. mengenakan
(mencantumkan dsb) bahagian-bahagian sesuatu sehingga menjadi
sesuatu yg lengkap atau sempurna, mencantumkan (utk membina,
melengkapi, dll): kilang ~ kereta; ~ pagar mendirikan pagar; ~ paip
air melengkapi dgn paip air; 4. menahan (perangkap, jerat, lukah,
dll); 5. mempertaruhkan wang (dlm permainan judi dll), menahan; 6.
mengenakan (melekatkan, memuatkan, menempatkan dll);
~ aksi Id berkelakuan yg dibuat-buat supaya elok kelihatan; ~
badan a) memakai pakaian cantik, menghias diri; b) Jk menjalani
hukuman di penjara; ~ bendera menaikkan (mengibarkan) bendera;
~ guna-guna mengenakan guna-guna; ~ harga meletakkan
(menentukan) harga; ~ iklan memasukkan iklan (dlm akhbar,
majalah, dll); ~ jaga menempatkan (mengadakan) jaga; ~ kaki
mengadakan (menempatkan) pengintip; ~ kancing mengenakan
(melekatkan) kancing; ~ layar menaikkan (mengenakan) layar; ~
mata menjaga (memerhatikan) baik-baik; ~ mata-mata
menempatkan (mengadakan) mata-mata utk menjaga dll; ~ pelana
mengenakan pelana; ~ telinga meneliti atau mendengarkan baikbaik
(percakapan, bunyi, dll);
memasangkan memasang sesuatu utk, mengenakan sesuatu pd,
melengkapi sesuatu dgn: aku pasangkan juga kipas angin di depan
ibu;
pasangan 1. sesuatu yg dipasang; 2. wang yg dipasang (dlm
permainan judi); 3. kuk yg dipasang pd tengkuk kerbau dll (utk
menarik kereta dll); ~ tiba di kodok prb perintah (pekerjaan) yg
tidak dapat dielakkan lagi;
pemasangan perbuatan (kerja) memasang: ~ kawat telegraf;
pemasang orang yg memasang.
pasanggrahan Jw rumah rehat (kerajaan), persinggahan.
pasang-pasang = pasang-pasangan sj penyakit yg disebabkan oleh
terkumpulnya bendalir yg tidak normal dlm ruang kekantung pd
buah zakar.
pasar I bangunan atau kelompok gerai dsb tempat menjual (biasanya)
barang-barang makanan keperluan sehari-hari, tempat (lapangan dsb
utk) orang berjual beli: ~ Chow Kit di Kuala Lumpur; lebuh pekan
~ pun penuh dgn kedai;
~ amal (derma, ria) pasar yg diadakan oleh badan amal dll utk
mengutip derma; ~ besar pasar (tempat menjual ikan, sayur, dll) yg
terbesar di sesuatu tempat; ~ borong pasar tempat menjual barangbarang
dagangan secara borong atau banyak-banyak kpd peniaga
runcit; ~ gelap tempat berjual beli yg tidak dibenarkan menurut
undang-undang (barang-barang yg diharamkan dll); ~ lambak
tempat menjual barang-barang murah yg dilambakkan (spt di tepi
jalan dll); ~ malam a) pasar pd waktu malam; b) tempat diadakan
bermacam-macam pertunjukan (tempat makan dll) yg dibuka utk
beberapa hari pd waktu malam; ~ mini kedai moden yg tidak berapa
besar yg menjual barang-barang makanan (biasanya dlm tin,
bungkusan, dsb) dan barang-barang keperluan sehari-harian secara
layan diri; ~ modal = pasaran modal (Eko) badan (lembaga)
kewangan yg meminjamkan wang (bank dll); ~ raya kedai moden
yg besar yg menjual berbagai-bagai barang makanan (biasanya dlm
tin, bungkusan, dsb) dan barang-barang keperluan lain secara layan
diri; ~ tahunan pasar yg ada bermacam-macam pertunjukan dll yg
diadakan tiap-tiap tahun; ~ tani pasar yg khusus utk para petani
memasarkan terus hasil-hasil pertanian mereka kpd orang ramai;
memasarkan 1. menjual sesuatu di pasar; 2. memperdagangkan: ~
barang-barang pengeluaran;
pasaran 1. kawasan atau lingkungan tempat penjual dan pembeli
berhubungan (berjual beli); 2. lingkungan (keluasan, kemungkinan,
dsb) perniagaan yg memberi kesempatan kpd penjualan barangbarang
atau perkhidmatan: kita harus bekerja keras utk mencari ~
di luar negeri; 3. permintaan pembeli atau penawaran penjual:
bukunya mendapat ~ baik selama beberapa minggu di Amerika;
pegawai ~ orang yg bertugas memperluas (mencari dll) pasaran utk
barang-barang; 4. kualiti kurang baik (barang dagangan);
~ bebas (Eko) kawasan tempat orang berjual beli dgn bebas tanpa
sekatan harga (banyaknya); ~ bersama (Eko) beberapa negara yg
meniadakan (menghapuskan) cukai antara mereka dan mengenakan
cukai import yg sama terhadap negara lain; ~ buruh pasaran yg
berkaitan dgn penawaran dan permintaan tenaga manusia; ~ dlm
negeri pasaran terhad di dlm negeri; ~ dunia pasaran di negaranegara
di dunia (antarabangsa); ~ saham tempat berjual beli saham;
~ terbuka pasaran yg tidak dikenakan sekatan atau rintangan
(terbuka kpd semua peniaga) dgn harga barang bergantung pd
penawaran dan permintaan; ~ wang (Eko) pusat (tempat) berjual
beli mata wang luar (emas dll);
pemasaran perihal atau perbuatan memasarkan: rancangan ~ utk
pekebun-pekebun kecil; Lembaga P~ Pertanian Persekutuan badan
yg membantu (menguruskan dll) penjualan hasil-hasil pertanian;
pemasar pihak (orang, firma dsb) yg memasarkan sesuatu produk,
perkhidmatan dsb: ~ utama benih kayu jati tempatan; ~ pakaian
berjenama itu sanggup membiayai kos pengiklanan yg agak besar.
pasar II Mn licin (bkn jalan yg mati rumputnya kerana selalu dilalui); ~
jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang prb Mn orang
tentu menjadi mahir dlm sesuatu lapangan kalau selalu
mengerjakannya.
pasara Mn 1. pusara, perkuburan; 2. ark pasar, pekan.
pasasir 1. penumpang (kapal dll); 2. Jk orang yg datang melihat-lihat
(membeli) di kedai dll, pelancong.
pasat; angin ~ angin yg bertiup ke khatulistiwa di antara garisan lintang
30º Utara dan Selatan.
pasca- awalan asing sesudah, selepas, setelah, mis pascasiswazah.
pascakolonial selepas penjajahan kolonial (bkn kewujudan atau kejadian
sesuatu): era ~.
pascamajlis selepas berlangsungnya atau selesainya sesuatu majlis.
pascamatang berkembang melebihi tempoh matang (bkn bayi dlm
kandungan): bayi ~.
pascamati setelah mati.
pascasiswazah bkn penuntut yg meneruskan pendidikan yg lebih tinggi
selepas menamatkan ijazah pertama.
paset (pasét) IB 1. sj intan atau berlian; 2. permukaan kecil-kecil yg
tergosok licin (rata) pd intan (berlian).
pasfoto IB gambar kecil spt pd pasport (dr kepala hingga dada saja).
pasi; pucat-~ pucat lesi, pucat sangat.
pasien (pasién) IB orang sakit yg dlm rawatan doktor, pesakit.
pasif 1. menerima pengaruh (tidak mempengaruhi), tidak giat (melawan
dll), lwn aktif: menunjukkan sifat yg beku dan ~ terhadap kegiatan
sosial; 2. (Lin) bkn bentuk kata kerja yg digunakan apabila subjek
dipengaruhi atau menjadi sasaran perbuatan pd kata kerja, mis
Ahmad dikejar lembu; 3. Id pengeluaran lebih drpd penerimaan;
mempasifkan 1. menyebabkan tidak aktif: lapisan sulfida dapat ~
tampalan gigi dan mengurangkan kakisan; 2. (Lin) menjadikan
ayat atau kata kerja dlm bentuk pasif: ayat yg mengandungi objek
boleh dipasifkan;
kepasifan perihal pasif.
Pasifik Lautan Teduh.
pasifikasi IB pengamanan.
pasifis orang yg mencintai kedamaian dan menentang keganasan atau
peperangan.
pasifisme (Pol) fahaman, prinsip atau aliran yg menekankan bahawa
sebarang bentuk keganasan atau peperangan tidak wajar terjadi dan
mestilah dielakkan melalui penyelesaian secara aman.
pasigrafi (Lin) sistem tulisan yg menggunakan lambang yg diterima
secara meluas dan tidak terbatas kpd sesuatu bahasa tertentu, mis
sistem angka Arab, 1, 2, 3….
pasik gila.
pasilan benalu, parasit; ~ kelapa sj tumbuhan (parasit yg dibuat ubat),
Drynaria rigidula.
pasir I 1. batu yg hancur halus spt yg dilihat di pantai, gurun, dll, kersik
halus: mengasingkan ~ drpd batu; 2. kawasan (timbunan) pasir
(kersik halus): bermain galah panjang di ~; beting ~ gosong yg
panjang; busung ~ gosong; gurun (padang) ~ kawasan luas (lapang)
yg tandus dan diliputi pasir; 3. berbiji-biji (berbutir-butir) spt rupa
pasir; emas ~ emas urai, emas yg halus-halus spt pasir; gula ~ gula
drpd air tebu yg berbutir-butir; 4. Mn ark laut; tepi ~ tepi laut;
bersuris bagai ~, berbau bagai embacang prb kaum kerabat yg
jauh tidaklah sangat kuat pd hak waris; spt ~ di tepi pantai, tatkala
air timpas bolehlah dibahagikan prb hendak menyatakan
kebenaran kpd orang yg berkuasa janganlah tatkala ia marah,
tunggulah ketika kurang marahnya.
pasir II; ~ lingga sj tumbuhan (pokok), keruntum, pelawan todak,
Tristania maingayi; rumput ~ sj tumbuhan (herba), rumput tahi
babi, sembung gajah, Adenostemma lavenia.
pasir III; ikan ~ sj ikan darat, tali, Acanthopsis choirorhynchos;
pasirah kepala kampung, kepala marga.
pasir-pasir; ikan ~ sj ikan laut, Scolopsis spp.
pasit Jk melekat (pelupuk mata).
Paska Id hari ulang tahun kebangkitan semula Christ yg disambut pd hari
Ahad pertama bulan penuh pd atau selepas 31 Mac.
pasmat IB, sl wang ringgit Sepanyol.
pasmen (pasmén) IB hiasan drpd benang emas atau perak yg dipasang pd
pakaian seragam dll;
berpasmen memakai pasmen, dihiasi dgn pasmen: bajunya baju
roki drpd baldu merah yg leher, tangan dan pinggirnya ~ mas.
pasport 1. dokumen (mengandungi butir-butir peribadi) yg didapati drpd
sebuah kerajaan oleh seseorang warganegara utk dibawa apabila ke
luar negeri; 2. sesuatu (kelayakan dsb) yg dianggap membolehkan
seseorang diterima masuk tanpa halangan dlm mana-mana bidang
(kegiatan dll) yg diingininya: sebilangan besar ibu bapa
menganggap bahawa kelulusan SPM, STPM, atau kelulusan ijazah
merupakan ~ utk memasuki dunia pekerjaan.
pasrah Jw menyerah;
memasrahkan menyerahkan: kepada-Nyalah kita pasrahkan doa
dan harapan;
terpasrah terserah;
kepasrahan keadaan menyerah diri (nasib) kpd Tuhan: ~ doa utk
menunggu saat-saat berkabung.
pasta I IB; ~ gigi ubat gosok gigi.
pasta II (ERT) bahan makanan kering yg dibuat drpd campuran tepung,
telur dan air dan dibentuk menjadi pelbagai rupa, spt makaroni dan
spageti.
pastel (S.Lukis) 1. = warna ~ warna yg pucat dan lembut; 2. krayon yg
diperbuat drpd bahan bak kapur yg digunakan utk melukis gambar;
3. lukisan yg dihasilkan dgn menggunakan bahan pastel: potret ~.
pastel (pastél) IB sj kuih yg dibuat drpd tepung gandum dan daging.
pasteur; mempasteur memanaskan cecair (spt susu, wain, dll) atau
makanan pepejal (spt keju) utk memusnahkan mikroorganisma yg
berbahaya atau utk mengehadkan kadar penapaian bahan yg
berkenaan;
pempasteuran proses mempasteur;
pempasteur 1. orang yg melakukan proses atau kerja
pempasteuran; 2. alat utk mempasteurkan sesuatu bahan spt susu,
keju dan krim.
pasti tidak salah lagi, tidak boleh tidak, tentu;
belum ~ belum nyata, belum tentu; ilmu ~ ilmu hisab; kurang ~
kurang nyata (jelas), tidak tahu benar-benar;
memastikan menyatakan dgn pasti, menentukan (menetapkan) dgn
pasti: yg dapat dipastikan hanyalah badannya amat tegap; seorang
pemberita mesti ~ dahulu fakta-faktanya;
kepastian perihal pasti, ketentuan: aku tercengang mendengar ~ yg
tidak tertolak itu; Dato' Ujang sudah berani membuat ~ bahawa
perempuan itu sudah berubah sikapnya;
ketidakpastian perihal atau keadaan tidak pasti, ketidaktentuan:
kemungkinan sesuatu menjadi salah atau menjadi benar tentulah
mewujudkan ~ dan keraguan;
pemastian perbuatan memastikan.
pastil pil berperisa utk dihisap.
pastor paderi terutamanya bagi gereja selain Gereja Katolik, Gereja
England dan Gereja Scotland.
pastrami sj daging lembu salai yg berempah, biasanya dihiris tipis dan
dihidangkan sejuk.
pastri (ERT) 1. adunan tepung dgn air, mentega (atau bahan lemak yg
lain) dll; 2. kuih yg diperbuat drpd adunan tepung, lemak dsb.
pastura padang ragut.
pasu 1. bekas drpd tanah dll, diisi dgn tanah utk menanam pokok; 2.
bekas air dll yg dibuat drpd tanah dll;
memasukan menanam (memasukkan dsb) dlm pasu (yg berisi
tanah): ada juga jenis-jenis pokok renek yg dipasukan tidak boleh
diletakkan dlm teduh lebih drpd satu minggu.
pasuel (pasuél) ark surat terbang (kaleng);
dipasuel diberi surat terbang.
pasuk; pasukan 1. sekumpulan (binatang), kawanan: tampak dr jauh se~
gajah; 2. sekumpulan (orang, tentera, dll), sekelompok;
~ berkaki = ~ jalan kaki pasukan tentera bersenjata yg berjalan
kaki, infantri; ~ berkuda pasukan tentera yg berkuda, kavalri; ~
berani mati pasukan tentera yg bersedia mati (pantang undur); ~
jurutera pasukan tentera yg terlatih dlm lapangan kejuruteraan
(membina jambatan dll); ~ kawalan kampung kumpulan orang yg
mengawal keselamatan kampung; ~ kesebelasan kumpulan pemain
bola sepak yg terdiri drpd sebelas orang; ~ keselamatan pasukan
polis bersenjata (tentera) yg mengawal keselamatan negara; ~ liar
Id pasukan yg tidak teratur (tidak termasuk tentera rasmi); ~
pencegah rusuhan pasukan polis yg mencegah rusuhan atau
perkumpulan haram; ~ pertahanan awam pasukan sukarelawan yg
mengawal keselamatan orang awam; ~ pertolongan cemas pasukan
yg terlatih (spt bulan sabit merah dll) sementara mendapat rawatan
perubatan yg sepatutnya; ~ petugas sekumpulan orang yg diberi
tugas menangani isu, masalah atau operasi tertentu; ~ udara
sekumpulan kapal terbang angkatan udara;
berpasukan berkumpul dlm pasukan, berpuak, berkawanan;
berpasuk-pasukan berkumpul-kumpulan, berkelompok-kelompok,
berkawan-kawan.
pasumandan Mn pengiring perempuan.
pasung I = pasungan alat drpd kayu berlubang dll yg dipasang pd kaki
(tangan, leher) orang salah (gila) sbg hukuman atau supaya jangan
lari; rumah ~ a) balai polis; b) penjara, kurungan, tempat tahanan;
memasung, memasungkan 1. mengenakan pasung pd: sekarang ia
dipasung dlm rumahnya; 2. memasukkan ke dlm penjara
(kurungan, tahanan).
pasung II Kl sj kuih yg dibuat drpd beras.
pasu-pasu tulang pipi.
pasupati Jw sj senjata; keris ~ sj keris.
pata; ~ puling sj ikan darat, kerengkek, Puntioplite fasciatus.
PATA akronim bagi Pacific Area Travel Association (Persatuan
Pelancongan Kawasan Pasifik).
patah I 1. putus (bkn barang yg keras dan panjang), tidak bertaut atau
bercantum kuat-kuat lagi: penselnya sudah ~; 2. ki tidak dapat
diteruskan (dilanjutkan) lagi; pelajaran saya ~ di tengah jalan tidak
tamat, terhenti; 3. penjodoh bilangan utk kata (perkataan): beberapa
~ kata; se~ dua kata satu atau dua patah kata, sedikit perkataan;
~ arang putus langsung, tidak boleh berbaik kembali (perselisihan);
~ balik berbalik, bertukar arah hingga berlawanan dgn yg semula; ~
batu (hatinya) tidak mahu berusaha lagi; ~ celana Id lipatan pd
seluar; ~ hati a) tawar hati, hilang keberanian (kemahuan); b) = ~
lesu putus harapan, kecewa (dlm percintaan dll); ~ jetam Kl
penyakit pecah-pecah kulit pd kaki; ~ kaki tidak dapat berbuat apaapa
(kerana tidak ada penolong yg boleh diharap); ~ lagu gentar
atau putus-putus suara (apabila menyanyi); ~ lidah tidak dapat
berkata (dgn lancar), tidak dapat menjawab; ~ mayang ikal atau
mengombak (rambut); ~ nafsu (selera) hilang nafsu (selera) makan;
~ perang kalah perang; ~ pucuk tidak habis atau selesai (pekerjaan
dll); ~ riuk patah yg teruk (tulang); ~ said renyuk, tidak licin (baju,
seluar); ~ semangat hilang keberanian atau kemahuan (utk berusaha
dll), tawar hati; ~ siku a) sudut siku-siku; b) tidak dapat menolak
(membantah dll) lagi, menurut sahaja (kerana kasihan, terhutang
budi, dll); ~ tulang a) patah tulangnya; b) tidak dapat menolak lagi
(permintaan dll);
~ dahan tempat bernaung, ~ lantai tempat berpijak prb tidak ada
lagi (habis langsung) tempat meminta pertolongan dll; ~ kepala
bertongkat paruh, ~ paruh bertelekan = ~ tongkat berjeremang
prb tidak putus harapan, terus berikhtiar (bekerja); ~ lidah alamat
kalah, ~ keris alamat mati prb tidak pandai membela sesuatu
perkara tanda kalahlah; ~ tumbuh hilang berganti prb seseorang
ketua dll yg mati (pergi) yg lain ada gantinya; siapa melalah siapa
~ prb siapa yg berhajat sangat, dialah yg datang meminta
(peminangan); sudah ~ yg bertaji prb Mn kalau kematian bapa
(mamak) yg berharta (disegani) susahlah kaum keluarganya yg
tinggal; tiada ~ yg tak tempang prb tiap-tiap kecelakaan
(perselisihan) tetap meninggalkan bekas (perasaan) yg tidak baik;
sepatah satu patah; ~ kata a) suku kata (perkataan); b) kata
pendahuluan (pengantar);
berpatah bertukar haluan (arah): dia ~ mahu pergi; ~ balik
berbalik, bertukar arah yg bertentangan dgn yg semula; ~ arang
berputus langsung (perselisihan); ~ hati berasa patah hati (kecewa
dll);
mematah 1. menukar haluan (arah): kemudian ia ~ masuk ke
sebuah lorong; ~ balik menukar haluan ke arah tempat datangnya;
~ selekoh menukar arah mengikuti selekoh; 2. PI tidak dapat
berjalan, lemah: kenapa pula itik itu ~ sangat;
mematah-matah; ~ jari melipat-lipat atau menarik-narik jari
hingga berbunyi;
mematahkan 1. menjadikan (menyebabkan) patah: ~ batang besi;
2. ki menjadikan (menyebabkan) tidak berlanjutan dll,
menggagalkan (mengecewakan, mengalahkan, dll): ~ cita-cita; ~
serangan lawan; ~ haluan mengalih (menukar) haluan;
mematah-matahkan mematahkan sesuatu beberapa kali atau
banyak kali: mereka ~ ranting kayu utk dibuat kayu api;
patah-mematahkan ki saling mengalahkan;
terpatah telah (sudah) patah: tujuh bilah lantai ~, tujuh
mengkawan atap ~;
patahan sesuatu yg patah;
pematahan perbuatan mematahkan;
pematah 1. pepatah, bidalan; 2. sesuatu yg dipakai utk
mematahkan; (doa, mantera) ~ lidah mantera utk membuat orang
tidak boleh berkata-kata.
patah II; ~ kemudi sj tumbuhan (herba yg boleh dibuat ubat); (kayu) ~
tulang sj tumbuhan (pokok kecil), kayu urip, tulang-tulang,
Euphorbia tirucalli; rumput ~ pisau sj tumbuhan (rumput), rumput
bakau (batu, macap, meresek), Daemonorhops leptopus; rumput ~
siku sj tumbuhan (rumput), rumput katik belalang (tulang sentadu),
Paspalum orbiculare.
patam sl 1. hiasan (drpd benang emas dll) pd tepi pakaian; 2. penutup
dahi pengantin;
berpatam mempunyai (memakai) patam: ~ mas berpelik mutiara
kesturi.
patang Br gelap.
patar sj kikir yg besar serta kasar (utk melicinkan kayu dll);
mematar menggosok (melicinkan) dgn patar.
patat Kl pantat, punggung, bahagian di bawah sekali; ~ kain kepala kain;
~ kawah a) bahagian bawah kawah; b) ki tempat yg paling hina; ~
siput pusar pd jari (tanda pandai bertukang).
patela (patéla) (Bio) tempurung lutut.
paten (patén) surat kerajaan yg memberi hak kpd orang (perusahaan) utk
mengeluarkan barang ciptaannya sendiri utk beberapa tahun dgn
melarang orang lain menirunya: dgn menggunakan ~ Marconi,
sebuah syarikat wayarles yg pertama telah ditubuhkan.
patera sl daun.
pateri sj perekat drpd aloi timah dan timah hitam (utk melekatkan
perkakas ayan dll);
berpateri berlekat (bersambung) dgn pateri, mempunyai pateri;
mematerikan 1. melekatkan dgn pateri: udaranya telah
dikeluarkan sebelum tin itu dipaterikan; 2. ki melekatkan,
menyambungkan (menyatukan dll) erat-erat: ~ perjanjian dgn
sumpah;
terpateri 1. sudah dipaterikan, sudah dilekatkan; 2. ki sudah
dilekatkan (diperkukuh dll) erat-erat: sukar utk melupakan cinta yg
telah ~ sekian lama;
pematerian perihal (proses atau perbuatan) mematerikan: ~ kekisi
besi yg patah;
pemateri alat utk mematerikan sesuatu.
paternalisme dasar (sikap atau amalan) sesuatu pihak yg melayani atau
berurusan dgn seseorang atau sesuatu pihak lain dgn semangat atau
sikap keayahan (sebagaimana sikap seorang ayah melayani
berbagai-bagai kehendak anaknya): salah satu ciri yg menimbulkan
unsur ~ dlm firma-firma Jepun ialah sistem pengekalan pekerjaan.
patgulipat 1. sj permainan kanak-kanak, main sorok-sorok (sembunyisembunyi);
2. bp main curang, tidak jujur;
mempatgulipatkan; ~ wang menggelapkan wang.
pati I 1. isi yg terutama (baik sekali) drpd sesuatu, sari, inti; ~ arak arak
yg tulen, alkohol; ~ santan santan yg terbaik, kepala santan; 2. sj
tepung yg halus-halus yg mendak drpd campuran ubi (kopi dll) dgn
air: ~ kopi, ~ sagu; ~ ubi; 3. ki isi yg terpenting drpd sesuatu
percakapan (perbincangan dll), inti, pokok: ~ titah itu adalah cukup
nyata; yg perlu dicatat ialah ~ isi tulisannya; ~ cerita pokok cerita;
ambil ~nya buangkan hampasnya prb tiap-tiap cerita (kata) orang,
janganlah dihiraukan yg salahnya (buruknya), ambil sahajalah isinya
yg betul (baik).
pati II; denda ~ denda kerana membunuh orang (melanggar adat):
melanggar undang-undang dan adat ini maka akan dihukum denda
~; kerap ~ membunuh orang dgn sembunyi-sembunyi.
pati III Mn pateri.
pati IV  patih II.
patih I taat, setia: sekalian dayang berbalik pulang dgn ~nya;
kepatihan ketaatan, kepatuhan, kesetiaan;
pematih suka menurut perintah.
patih II Jw 1. perdana menteri, bendahara, mangkubumi, wazir; 2.
timbalan bupati (kepala daerah); 3. sl panggilan (sebutan) orang
besar, tuan;
kepatihan tempat tinggal patih, kediaman patih.
patik I 1. hamba, saya (dipakai sewaktu bercakap kpd raja-raja): mana
titah ke bawah duli ~ junjunglah; 2. sl hamba tebusan, budak
belian;
berpatik memakai (menyebut) patik: ia sebentar ~ dan sebentar
bersaya.
patik II; mematik menyentuh (memetik) dgn jari.
patik III Jk sirip (sengat) yg berbisa pd ikan sembilang (keli dll).
patik IV; penyakit ~ penyakit puru.
patil I sj alat spt beliung kecil utk menarah kayu;
mematil menarah kayu dgn patil.
patil II sirip yg berbisa pd ikan keli (sembilang dll);
mematil menikam dll dgn patil.
patil III kepingan drpd besi dll (papan nombor kereta, dlm bateri, dll).
patin sj ikan darat, Pangasius spp.
pating pasak (paku kayu) tempat berpijak apabila memanjat;
memating memasak (mengenakan) pating pd.
patio kawasan atau ruang berturap di sisi rumah, biasanya dijadikan
tempat bersantai, minum dsb.
patis sj kain panjang yg dililit di sekeliling kaki di antara buku lali dan
bawah lutut (utk menjaga kaki).
patogen (Ubat) agen yg menyebabkan penyakit, terutamanya organisma
seni spt bakteria dan virus.
patok Jw kayu pancang, tonggak;
patokan dasar (aturan) utk menjalankan sesuatu, ketentuan (utk
dijadikan asas sesuatu), syarat, prinsip: bidang ilmu bahasa
memberikan ~-~ baharu bagi penyusunan ejaan yg baik; aku
menganalisis sesuai dgn ~-~ yg telah disediakan oleh parti.
patologi cabang perubatan yg mengkaji sebab, punca, proses
perkembangan, dan akibat penyakit.
patriark lelaki yg menjadi ketua sesuatu keluarga atau suku kaum.
patriarki sistem masyarakat yg sebahagian besar kekuasaannya dipegang
oleh kaum lelaki.
patrilineal (patrilinéal) (Ant) berkaitan dgn hubungan keturunan atau
kekeluargaan mengikut garis keturunan sebelah lelaki atau bapa.
patrilokal (Ant) berkaitan dgn, berdasarkan atau mengikut sistem atau
pola perkahwinan masyarakat yg menetapkan pasangan yg
berkahwin itu tinggal dgn keluarga suami: keluarga ~.
patrimoni (Ant) harta pusaka yg diwarisi drpd bapa atau nenek moyang
sebelah bapa.
patriot orang yg mencintai dan mempertahankan kedaulatan negaranya,
pembela negara.
patriotik bersifat patriot: kau sudah mempunyai satu sikap yg ~, kau
berani dan tegas.
patriotisme perasaan cinta yg kuat terhadap tanah air: puisi Itali
dipengaruhi oleh rasa perpaduan bangsa dan ~ keitalian yg
menjadi tema popular ketika itu.
patrol, patroli IB 1. perondaan oleh polis (tentera) utk menjaga
keselamatan dll: pasukan itu menjalankan ~ di tempat itu; 2.
anggota-anggota polis (tentera) yg meronda (utk menjaga
keselamatan dll): ~ yg sedang bertugas ditembak mati; 3. =
berpatroli meronda (utk menjaga keselamatan dll).
patrum tabung kecil drpd kertas atau logam yg berisi mesiu (ubat bedil).
patrun IB 1. sesuatu yg disediakan utk ditiru atau dituruti, contoh, suri
teladan; 2. gambar yg digunakan utk contoh batik, pola.
patuh menurut (perintah, peraturan, hukum, dll), taat, tidak membantah:
ke mana sahaja diperintahkan pergi, dia mesti ~; orang yg kalah
undian ini mesti ~ kpd keputusan ramai; ~ janggal nampak sahaja
patuh tetapi sebenarnya tidak;
mematuhi menurut (perintah, suruhan, dll), mentaati: Udin ~ cakap
ibunya; pemuda-pemuda Jepun ~ ajaran-ajaran Kongfutze;
kepatuhan perihal patuh (menurut perintah dll), sifat patuh,
ketaatan: ~ mereka itu memerlukan balasan yg sama;
pematuhan perbuatan mengikut perintah: ~ dan pengabdian masih
lagi diutamakan.
patuk I; mematuk 1. memagut atau mencatuk (biasanya dgn paruh):
ayam ~ cacing; mati dipatuk ular; 2. memukul (picu atau petikan
bedil): picu yg dipetiknya tidak ~ pd kali itu;
ayam tak patuk, itik tak sudu prb dlm keadaan hina (tidak
dipedulikan orang); ayam ~ anaknya prb memukul (menghukum)
anak dll bukan utk menyeksa tetapi utk mengajarnya.
patuk II; daun ~ tuan sj tumbuhan (pokok memanjat), lana, Thunbergia
laurifolia.
patung I 1. sesuatu bentuk manusia (binatang dll) yg dibuat drpd batu
(logam, kayu, dll), arca: di atas tugu itu ~-~ polis khas akan
didirikan; duduk spt ~ duduk tidak bergerak; 2. = anak ~ patung
kecil (permainan kanak-kanak), anak-anakan, boneka; 3. ki orang
dll yg menjadi lambang sahaja (menjadi permainan orang lain dll):
maharaja itu menjadi ~, dimainkan oleh maharaja yg sudah
bersara;
mematung (diam, tiada bergerak-gerak) spt patung: gadis itu tetap
~; dia ~ di tepi kereta;
mematungkan 1. menyebabkan jadi patung, menjadikan patung; 2.
memandang (menganggap) sbg patung.
patung II; belalang ~ = patung-patung sepatung, sibur-sibur.
patung III sj ikan darat, kepar, Pristolepis fasciatus.
patung IV Jk = patungan berkongsi membeli dagangan (menyewa dll).
patungut Br puntung kayu dll yg berapi.
patut I 1. baik atau elok (perangai, perbuatan, dll), senonoh: jangan kamu
ingin akan yg tiada ~, dan jangan kamu bersalahan dua
bersaudara; orang ~-~ orang baik-baik; 2. layak, sesuai (utk
melakukan sesuatu dll): guru hendaklah tahu bila ia ~ bercakap
dan bila ia ~ diam; aku periksa erti-erti perkataan itu dan
bagaimana ~ dipakai; 3. tidak berlebihan atau berkurangan, padan,
sesuai: harga barang itu sudah ~; 4. sl sepadan (dgn), sesuai benar
(dgn), setuju: maka menjadi ~lah Seri Nara Diraja dgn Paduka
Raja, menjadi berkasih-kasihan spt saudara sejalan tadi; 5.
berpadanan, seimbang, setimbal: belum ~ dosanya Hang Tuah ini
dibunuh; kalau begitu ~ benar kaya-kaya orang Lampung itu; 6.
tidak boleh tidak, mesti, wajib: ukuran dada ~ bertambah kira-kira
tujuh setengah sentimeter apabila dikembangkan; 7. perlu, penting:
~ juga diberitahu di sini bahawa ...; 8. sudah seharusnya,
selayaknya: jika orang bergelar itu ~ bergajah, dibawakan gajah;
tetapi Menteri Muda bukan orang yg ~ dilupakan; 9. sebenarnya,
sesungguhnya: pd ~nya, dialah yg menjadi raja kerana dia yg
tuanya; 10. tidak dihairankan, padan benar: ~lah beria-ia benar dia
memandang ke mari tadi; 11. Kl boleh jadi, mungkin;
sepatutnya 1. semestinya, selayaknya, sepantasnya: kasihan, ~
engkau duduk bersenang-senang di rumah gedang di rumah batu
berlangkan; 2. sudah selayaknya, sudah tentunya, sebenarnya: polis
ialah pegawai keamanan yg ~ menjadi tempat orang mencari
perlindungan; 3. = dgn ~ dgn selayaknya, dgn baik-baik, tidak
dipermudah-mudah atau dipermain-mainkan: ia akan menghukum
orang yg didapati bersalah dgn ~;
berpatut-patut ada had atau batasnya yg patut, berpada-pada;
berpatutan 1. tidak lebih dan tidak kurang, padan benar (dgn),
sesuai: kita sendiri juga sedang memerlukan pertahanan yg ~ utk
mempertahankan diri kita; 2. setimbal, secocok, sepadan: jikalau
negara mesti mengambil harta itu utk kebajikan umum harga yg ~
haruslah diberi; 3. tidak keterlaluan, sederhana, sedang: bagi
melaksanakan percubaan ini kita mesti mengeluarkan udara
terlebih dahulu dr satu bikar yg ~ besarnya; 4. sl baik (kelakuan,
perangai, dll), elok, senonoh: maka adat itu meluluskan yg boleh
sahaya menegurkan kelakuan raja-raja yg tiada ~; 5. sl kena,
cocok, sesuai: jikalau barang satu perkataan itu dipakaikan ~ dgn
tempatnya, nescaya sedaplah bunyinya; 6. perlu, cukup: mereka
memikirkan bahawa Bangsa-Bangsa Bersatu itu ialah suatu
pertubuhan yg terlalu jauh utk diberi perhatian yg ~ dlm
rancangan pelajaran kebangsaan;
mematut 1. mengatur atau mengenakan sesuatu supaya elok,
memperbaik, memperelok: ia berdiri di hadapan cermin besar
sambil ~ ikatan sampingnya; 2. = mematut-matut; ~ diri
menghias diri supaya kelihatan tampan, bersolek, berdandan:
bujang itu mundur selangkah ke belakang, demi dilihatnya
Rijnhaard mematut-matut dirinya;
mematut-matut 1. Mn melihat (menyelidiki, memandang, dll) utk
mengetahui buruk baiknya; 2. mengira-ngira (utk mengetahui berapa
banyaknya dll), mengagak-agak, menimbang-nimbangkan: dia
lantas ~ dan menduga-duga keadaan masa depannya; kalau saya
bersuamikan Kamal nanti, demikian dia ~, dapatlah saya
menolong meringankan penderitaan mereka nanti;
mematutkan 1. mengatur (menyusun dll) supaya elok, membaikkan
lagi, mengelokkan; 2. sl menganggap patut (padan, sesuai): maka
Tengku Mansor pun hendak menjadi Raja, kerana banyak orang
tua-tua ~ dia, kerana ia pangkat tua; 3. = mematut-matutkan; ~
diri mencantikkan diri (supaya kelihatan sajak, segak, tampan) dgn
bersolek, berdandan, dsb: di hadapan cermin muka, ia ~ diri; 4.
menjadikan patut (padan, sesuai, dll), pertimbangan; 5. perihal
patut, kelayakan, kesesuaian, kecocokan.
patut II; akar ~ tuan sj tumbuhan (pokok memanjat), Thunbergia
grandiflora.
pau I C sj kuih yg berintikan kacang merah (kaya dll).
pau II C sj kantung wang (pd tali pinggang); paupau.
pauh I sj tumbuhan (pokok dan buah), a) Mangifera indica; b) = ~ damar
mempelam bemban, Mangifera pentandra; ~ janggi sj tumbuhan
(palma), nyiur laut, Lodoicea maldiviica; ~ kijang a) sj tumbuhan
(pokok), kebayang, merelang, Irvingia malayana; b) sj tumbuhan
(pokok), babi kurus, beras-beras, kasir, kedondong matahari,
kempas roman, kijai, Trigonochlamys griffithii; ~ pipit sj tumbuhan
(pokok), katak udang, ketak udang, otak udang, puan, terentang
tikus, Buchanania lucida; ~ pungah sj tumbuhan (pokok), balai,
Aralidium pinnatifitdum; pipi laksana ~ dilayang ki pipi yg licin
dan penuh (bkn perempuan).
pauh II ark sj sukatan yg bersamaan dgn suku cupak, kepul;
berpauh-pauh; ~ padi menyukat-nyukat padi dgn pauh.
pauh III; ~ layang Kl sj kuih drpd telur.
pauh-pauh; ~ pasir sj tumbuhan (pokok renek), akar kani, akar
merenang, akar toko takal, ara lumut, gurah peria, gurah periat,
mendarung akar, peringkat keting, tuku takal, Croton caudatum.
pauk I; lauk-~ bermacam-macam jenis lauk;  lauk.
pauk II; memauk menarik (mengambil dll) dgn sesuatu yg berpengait,
mengait, menggait, meraih;
pemauk galah yg berpengait di hujungnya, pengait, gancu.
paul ark 1. (Sunda) warna biru; 2. Jk orang yg tidak senonoh (kurang
adat, tidak sopan).
paun I 1. = ~ sterling unit mata wang United Kingdom; 2. unit mata wang
beberapa buah negara, spt Sudan, Syria dan Mesir; 3. perhiasan (spt
rantai, aguk, dsb) drpd emas berbentuk spt duit syiling.
paun II ukuran berat (yg bersamaan dgn 16 auns atau 0.4536 kg); roti ~ sj
roti yg dibuat drpd tepung gandum (yg tiap-tiap ketul beratnya satu
paun).
paun III tempat mengurung binatang (kerbau, lembu, dll) yg merayaurayau;
masuk ~ mengurung binatang yg merayau-rayau dlm paun
(sehingga diambil oleh tuannya).
paung (Portugis) ark sj roti kering; pisau ~ sj pisau utk memotong roti; 
paun II.
paupau C sj kantung wang (pd tali pinggang);  pau II.
paus I; ikan ~ sj mamalia laut yg besar, pd zahirnya menyerupai ikan
besar, dan biasanya diburu utk minyak, isi dan tulang, ikan gajah
mina, ikan lodan.
paus II biskop di Rom yg mengetuai gereja Roman Katolik.
paut I; sangkut ~ kaitan antara dua tiga hal (perkara dll); ~ bingkai
tangguk Kl cara duduk dgn bercangkung dan tangan memeluk
kedua-dua lutut;
berpaut 1. berpegang kuat-kuat (pd), melilit erat-erat (pd sulursuluran
dll), tertambat kuat (pd): tangannya yg ~ pd tiang pintu tadi
perlahan-lahan melungsur ke bawah sehingga terkulai; anak-anak
kelawar ~ pd bulu ibunya beberapa hari setelah dilahirkan; 2. ki
berpegang teguh-teguh (pd), mengasaskan sesuatu kegiatan dsb:
kita ~ erat kpd suatu metodologi yg lemah yg ditolak oleh
pengasasnya sendiri; 3. tertutup kembali, terkatup semula, bertaut:
apung terendam di seberang sana, beting ~ dr kuala; 4. ki
bertemu, bertembung;
~ tidak bertali a) terikat tetapi tidak dgn tali; b) ki masih belum
selesai (sesuatu perkara); c) ki perempuan yg sudah diceraikan
tetapi belum menerima surat cerainya; ~ sehasta tali prb tidak dapat
berbuat sesuatu dgn sesuka hati;
berpautan saling berpaut, berpegangan: Mike merapati Darwisah,
dan tangan mereka ~; ~ dgn ada hubungannya dgn, berkaitan dgn,
bersangkutan dgn, bertalian dgn;
memaut 1. memegang dan menarik ke diri sendiri, memegang kuatkuat
(dgn teguh): tangannya ~ kedua-dua lututnya itu; muka Wan
Intan diangkatnya dgn ~ dagu lebah bergantung itu; 2. melilit dgn
teguh, mengikat, menyangkut: banyak pokok mengeluarkan sulur
paut yg ~ pd sokong; 3. ki menyebabkan turut terlibat, melibatkan,
menarik (perhatian, pandangan, dll): ia harus melukiskan suasana
dan peristiwa yg benar-benar berlaku, yg ~ sebilangan besar
masyarakat; 4. ki mengaitkan, menambatkan (perasaan, pandangan,
minat, dll): gadis kampung itulah yg telah ~ hatiku pd kampung
halamanku;
terpaut 1. terikat atau tertambat (oleh rasa kasih dll), terpikat kpd:
hatinya sudah ~ oleh anak dagang yg hitam manis itu; ~ kasih,
tersangkut sayang terlalu amat cinta; 2. terikat dgn, bersebati dgn:
anak-anak panah yg ~ ipuh berbisa tersumbat rapi dlm serombong
buluh; 3. terlekat (pd), tertumpu (pd): matanya ~ ke awan berarak;
4. bertemu, tersua: jika kita mula menyelami perkara itu betul-betul
kita akan ~ dgn masalah-masalah yg lebih panjang; semasa dia
menyunting karya itu dia ~ dgn beberapa kesalahan ejaan;
~ bertali, tertambang berlantak prb terikat oleh adat kerana adat itu
belum dilunasi atau diisi;
pautan 1. hasil memaut (memegang dll), pegangan: mereka pun
bersalam-salaman, penuh hormat dan mesra, kemudian ~ tangan
mereka terurai; 2. tempat berpaut (berpegang dll), sesuatu yg
dipaut: ia masih belum juga berhasil mencari tempat ~ atau tempat
tambatannya; 3. hubungannya dgn, kaitannya dgn; 4. tempat
menambatkan lembu dll, tempat mengikat ayam; 5. ki tempat asal;
ayam pulang ke ~ prb sudah pd tempatnya;
perpautan perihal berpaut, perhubungan, pertalian;
pemaut 1. sesuatu yg digunakan utk memaut, pemegang (utk
menarik): ketika ia membuang batu fatom yg ketiga kalinya, tali ~
pinggang putus; 2. alat yg menghubungkan enjin dgn sesuatu yg
hendak digerakkan (gear).
paut II; terpaut Jk perbezaan, selisih;  tepaut.
paut III sl hampir akan sampai (bkn umur), hampir akan mati: umur kita
telah ~lah.
pavilion 1. bangunan di tepi lapangan olahraga utk kemudahan peserta
dan penonton; 2. rumah tambahan di samping rumah besar; 3.
bangunan sementara, terutamanya utk dijadikan tempat pameran,
peraduan, dsb, astaka.
pawagam akronim bagi panggung wayang gambar.
pawah I; rempah-~ berbagai-bagai jenis rempah;  rempah II.
pawah II membahagi dua hasil yg diperoleh (drpd sawah, binatang
ternakan, dll) antara pengusaha (penjaga) dgn tuan punya: lembu ~;
memawahkan menyuruh orang lain mengusahakan sawah
(memelihara binatang dll) dgn membahagi dua hasilnya,
memperduakan;
pemawahan perihal (perbuatan, usaha, tindakan dsb) memawahkan
sesuatu, spt sawah, ternakan dsb: ~ sawah; ~ lembu;
pemawah orang yg mengusahakan tanah, memelihara ternakan dsb
yg dipawahkan oleh tuan punya kepadanya.
pawai 1. = alat ~ sl alat kebesaran raja-raja yg dibawa ketika berarak dll:
dan ~ burung-burung dibubuh di hujung galah; setelah pagi-pagi
harinya maka segala alat ~ yg berbagai-bagai itu pun diatur
oranglah; 2. sl pembawa alat kebesaran raja-raja, penjabat: ~
diatur; 3. perarakan: rakyat telah berbaris dan membuat suatu ~ yg
besar, berbatu-batu panjangnya;
berpawai berarak (beramai-ramai): maka ~lah gadis-gadis itu di
hadapanku.
pawaka sl api.
pawana sl angin, bayu.
pawang 1. orang yg mempunyai kebolehan utk melakukan sesuatu
(biasanya dgn menggunakan kuasa ghaib); 2. orang yg pandai
mengubati orang sakit dll (dgn menggunakan jampi mantera dll),
bomoh, dukun;
~ belat (jermal, kelong) orang yg menangkap ikan dgn belat
(jermal, kelong); ~ buaya orang yg pandai menangkap buaya; ~
buru = ~ pemburuan orang yg ahli dlm hal memburu; ~ darat
pawang yg bertugas di darat (tidak di laut); ~ gaharu (kapur)
pawang yg bijak dlm hal-hal mengutip gaharu (kapur); ~ gajah
orang yg pandai menangkap serta menjinakkan gajah; ~ hujan orang
yg pandai menolak (menjauhkan) hujan; ~ hutan orang yg ahli
mengenai hutan; ~ kapal jurumudi; ~ laut (pukat) ketua kumpulan
nelayan; ~ lebah orang yg pandai mencari manisan lebah;
berpawang meminta pertolongan pawang utk mengubati penyakit
dsb: puas sudah kami berbomoh dan ~;
perpawangan hal (amalan, pengubatan dsb) yg berkaitan dgn
pawang: kehadirannya di pentas perbomohan, perdukunan atau ~
memberi tokoh itu keistimewaan tertentu.
pawitera (Sanskrit); air ~ air suci.
paya 1. kawasan tanah bencah (digenang air) yg ditumbuhi berbagai-bagai
jenis tumbuhan, rawa: tukang canang berbelok ke kanan menuju
tanah lembah yg penuh dgn ~ dan rawa; ~ bakau kawasan paya yg
ditumbuhi pokok bakau, hutan bakau; ~ kumbuh kawasan paya yg
ditumbuhi sj rumpai (yg daunnya boleh dianyam); 2. Ph kawasan
tanah bencah yg ditanami padi, bendang, sawah.
payah 1. tidak mudah, tidak senang, sukar, susah: bukannya ~ benar
membuat kerja itu; ~ basa Kl susah hendak memperkatakan
(merundingkan, membincangkan) sesuatu; 2. berat atau teruk
(penyakit): bapaku mendapat sakit ~ di Sungai Baharu; 3. (berasa)
letih, lelah, lesu, penat: rupanya ia kepanasan dan ~ setelah
mendayung basikalnya dgn cepat selama setengah jam;
tak ~ tidak perlu, tidak usah: baginda jua mempunyai kuasa utk
bertindak sendiri dgn tidak ~ mendengar nasihat sesiapa; berjerih
~ = bersusah ~ = berpayah-payah;
berpayah-payah mengerjakan (melakukan) sesuatu dgn berlelahlelah
atau memerah keringat, berpenat lelah: janganlah saudara ~
kerana saya;
memayahkan menyebabkan payah, menjadikan payah,
menyusahkan, melelahkan: sekali itu dia berasa payah kembali dr
rapat, padahal apalah yg akan ~ dlm rapat itu;
memayah-mayahkan; ~ diri bekerja keras-keras (dgn bersusahpayah),
bekerja berat, berpayah-payah;
memperpayah menjadikan lebih payah: bukan sudah bonda
katakan kerja baik pada-pada, jangan badan diperpayah;
kepayahan 1. perihal payah, kesukaran, kesusahan: Wahab
mendengar cerita-cerita tentang ~ penduduk pekan Tembeling
akibat sekatan yg diadakan oleh kerajaan; 2. menderita payah
(kesulitan, kekurangan): sedangkan hendak mendapat sesuap nasi
~, inikan pula hendak menziarahi tempat-tempat yg bersejarah; 3.
kelelahan, keletihan: beberapa lamanya ia berdiam diri saja,
terengah-engah spt orang ~.
payang I = pemayang sj pukat (utk menangkap ikan); orang ~
penangkap ikan yg menggunakan payang; perahu ~ sj perahu
nelayan (utk menarik pukat).
payang II Jk; memayang menolong orang berjalan dgn menyangga
tangan orang itu, memapah, menyangga.
payang III sj tumbuhan (pokok), buah keluak, kepayang, Pangium edule.
paya-paya ark air ludah sirih.
payau I 1. agak masin (rasa air): ia terminum air itu sedikit ketika
berkumur-kumur, rasanya ~ dan berbau lumpur; 2. tidak enak
rasanya: tekakku ~, semacam nak demam rasanya.
payau II Br rusa.
payit IB, bp menderita kerugian besar hingga jatuh (perniagaan dll), jatuh
miskin, bankrap.
payon Jw atap rumah.
payu Jw 1. harga atau nilaian (sesuatu); 2. laku (barang jualan), laris;
berpayu tawar-menawar (harga sesuatu);
memayukan menentukan harga sesuatu, menawarkan.
payudara buah dada: barah ~.
payuk Br; memayuk mengikat kaki dan tangan.
payung I 1. alat bertangkai yg biasanya dibuat drpd kain, kertas, dsb yg
dipasang pd kerangka boleh lipat utk melindungi seseorang atau
sesuatu drpd terkena hujan atau panas matahari dan juga digunakan
sbg alat kebesaran raja dll; ~ kain; ~ kertas; ~ sutera; paku ~ paku
yg kembang kepalanya dan digunakan utk memaku atap zink; 2. = ~
terjun kain bulat yg diberi bertali pd tepinya dan digunakan utk
terjun dr kapal terbang (tempat tinggi dll); askar ~ terjun pasukan
askar yg digugurkan oleh kapal terbang; 3. ki sesuatu yg
melindungi, penaung, pelindung: pd suatu ketika dahulu Tanah
Melayu berlindung di bawah ~ Inggeris;
~ bawat = ~ pawat Jw payung kecil yg berbatang tinggi dan
berwarna-warni (utk menunjukkan kebesaran seseorang); ~ berapit
payung kerajaan yg dibawa berdampingan di hadapan raja dll; ~
cetera sj payung utk menunjukkan kebesaran seseorang; ~ iramiram
= ~ rama-rama sj payung kuning yg bahagian tepinya berlipatlipat
dan terumbai-umbai (utk raja-raja); ~ perteduhan naungan ki
tempat berteduh, tempat bernaung, tempat mempertaruhkan nasib; ~
ubur-ubur sj payung putih yg berlipat-lipat tepinya utk
memayungkan jenazah raja (di setengah-setengah tempat digunakan
juga oleh raja yg masih hidup);
dianjungkan spt ~, diambak spt kasur prb terlalu sangat dimuliakan
atau dihormati (terutama orang besar-besar); sediakan ~ sebelum
hujan prb hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yg
kurang baik;
berpayung memakai payung;
yg ~ yg ditembak prb jikalau anak-kemanakan atau anak semang yg
bersalah tentulah yg akan dituntut mamaknya atau induk
semangnya;
berpayungkan menggunakan sesuatu sbg payung: mereka berehat
di tepi pantai sambil ~ sebatang pohon besar yg rimbun;
memayungi 1. melindungi, (menutupkan) dgn payung; 2. ki
melindungi, menaungi: sinar merah di hujung langit mula
membayang, kabus putih ~ bukit-bukit tinggi;
memayungkan mempergunakan sbg payung;
payungan tempat yg dipayungi, lindungan: kami berteduh di bawah
~ kanopi kedai itu.
payung II; ~ ali a) sj tumbuhan (herba), Biophytum adiantoides; b) sj
tumbuhan (pokok), Eurycoma longifolia; daun ~ sj tumbuhan
(palma), daun keruh, daun lat, daun sang, daun sar, daun segaluh,
daun selebar, Teysmannia altifrons; rumput ~ sj tumbuhan
(rumpai), rumput pinang, Mariscus cyperinus.
Pb simbol kimia bagi plumbum.
PBB kep Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
PBE Id kep Pasaran Bersama Eropah.
PBH Id kep Pemberantasan Buta Huruf.
PBS kep Parti Bersatu Sabah.
PBSM kep Persatuan Bulan Sabit Merah.
P'cis Id kep Perancis.
PC kep personal computer (komputer peribadi).
pd kep pada.
Pd simbol kimia bagi paladium.
pdg. kep padang.
PDN Id kep Perusahaan Dagang Negara.
PDPN kep Pusat Daya Pengeluaran Negara.
PDRM kep Polis Diraja Malaysia.
pear (péar) sj buah yg berbentuk sfera di bawahnya dan menirus menuju
ke atas, dgn isi berwarna putih, dan kulit yg berwarna hijau lembut.
pebahu = ~ layar kayu yg melintangi pd tiang perahu utk
menggantungkan layar.
pebisi sj tumbuhan (paku), paku laut, piai, piai raya, umbi piai,
Acrostichum aureum.
pecacal pacal, hamba.
pecah I 1. berbelah-belah menjadi kecil-kecil (benda keras): pinggan itu
terlepas dr tangannya lalu ~; duit (wang) ~ duit kecil; 2. retak atau
merekah (kulit, bibir, dll): penyakit itu menyebabkan kulit menjadi
~-~; bibir orang tua itu ~-~; 3. terbelah kulitnya hingga terkeluar
isinya (bisul, telur, dll): bisulnya tidak juga ~; 4. menjadikan
bergumpal-gumpal dan cair (susu atau santan yg basi); 5. tersebar
(khabar, rahsia, dll): tiba-tiba ~ khabar mengatakan askar-askar
Jepun telah masuk; disuruhnya orang kepercayaan supaya tidak ~
rahsia itu; 6. bermula (perang, darurat, dll): harga getah meloncat
naik apabila ~ perang Korea; 7. sl kalah: maka segala rakyat
Ghori pun ~ perangnya lalu lari; 8. menggeletar (bunyi); 9. =
berpecah berpisah-pisah, tidak bersatu lagi: persatuan itu ~
menjadi beberapa badan kecil; 10. sl cerai-berai, bersurai: maka
segala rakyat Pasai pun habis ~, lari cerai-berai dgn banyak
matinya;
~ amanah perbuatan menyia-nyiakan atau melanggar amanah; ~
bau merata (tersebar) baunya; ~ daun Kl keluar daun; ~ hati tawar
hati; ~ kepercayaan hilang kepercayaan; ~ keringat (peluh) keluar
peluhnya; ~ minyak keluar minyak (masakan); ~ perang a) mula
terbit peperangan; b) sl kalah perang; ~ perut berasa sakit perut
kerana terlalu banyak ketawa; ~ rumah memasuki rumah utk
merompak; ~ tembelang terbuka rahsia;
~ bunyi (tepi) buruk berita prb Mn kejadian yg kecil diperbesar
orang ke sana sini; ~ kapi putus suai prb sesuatu yg tidak dapat
diperbaiki lagi; ~ menanti sebab, retak menanti belah prb hanya
menanti masa utk membalas dendam dll;
pecah-pecah pecah pd banyak tempat atau bahagian (sesuatu);
berpecah terbahagi (bercerai) menjadi beberapa kelompok
(golongan dll): kumpulan itu ~ menjadi beberapa cawangan yg
lebih kecil;
berpecah-pecah tidak bersatu padu (masing-masing dgn haluannya
sendiri), berpecah belah: masyarakat yg dilanda perang saudara
itu masih hidup ~;
memecah 1. menjadi pecah-pecah (ombak dll): sekali-sekali ombak
~ di jambatan kapal; 2. = memecahkan: Halim ~ kesunyian; ~
masuk memecahkan sesuatu (spt pintu, tingkap, dll) dan memasuki
(rumah, bilik, dsb);
memecahkan 1. menjadikan pecah, menyebabkan menjadi
kepingan-kepingan dsb yg lebih kecil, menyebabkan sesuatu atau
sebahagian drpd sesuatu pecah: budak itu telah ~ cermin tingkap
mereka; kecurian tak boleh berlaku sebelum pintu atau tingkap
dipecahkan; 2. memecahbelahkan, mencerai-beraikan, membahagibahagi(
kan), menghuraikan (ayat dll): mereka hendak ~ perpaduan
nasional, harta dipecahkan menjadi empat bahagian; ~ cerita kpd
komponennya; pecahkan 893025 menjadi pengisi tunggal; 3.
merosakkan (kesunyian), memusnahkan (sesuatu suasana):
bunyinya itu ~ suasana sunyi di tengah rimba; 4. menyiarkan
(berita, rahsia); 5. menyelesaikan membuat kepastian (ketetapan dll)
bkn sesuatu soal (kerumitan dll): masalah itu sukar sekali hendak
dipecahkan; mukanya keruh memikirkan sesuatu yg tidak dapat
dipecahkan; 6. sl mengalahkan: maka Tun Pikrama digelar
baginda Paduka Tuan dianugerahi ia Buru oleh jasanya ~ Pasai
itu; ~ kepala (otak) a) memerah otak; b) susah sekali; ~ rekod = ~
rekor Id membaiki atau mengatasi rekod yg telah ada; ~ telinga
sangat kuat bunyinya (suaranya);
terpecah-pecah terpisah-pisah, bercerai-cerai;
pecahan 1. sesuatu yg sudah pecah atau dipecahkan, bahagian yg
sudah dipisahkan dsb drpd sesuatu yg lain atau yg lebih besar atau
lengkap: ~ kaca berselerak di tempat pergaduhan itu berlaku; ~
bom; lihat Rajah 2 utk melihat ~ tajuk; 2. angka (bilangan) yg
bukan angka bulat (spt 1/2, 2/3, dll); ~ berulang = ~ repeten
pecahan persepuluhan yg bilangan seluruhnya atau sebahagiannya
selalu berulang-ulang; ~ biasa pecahan yg pengatasnya lebih kecil
drpd pembawahnya (spt 3/4); ~ janggal pecahan yg pengatasnya
sama atau lebih besar drpd pembawahnya (spt 8/8,11/4, dll); ~
perpuluhan = ~ persepuluhan Id pecahan yg menggunakan titik
perpuluhan (spt 0.5, 0.8, dll);
kepecahan perihal pecah;
perpecahan keadaan berpecah-pecah atau berpecah belah, keadaan
tidak lagi bersatu padu: pertentangan itu menimbulkan ~ di
kalangan rakyat;
pemecahan perbuatan memecahkan: ~ cahaya putih kpd berbagaibagai
warna;
pemecah 1. orang yg memecahkan: ~ amanah; 2. orang yg selalu
(suka) memecahkan: budak itu ~; 3. alat utk memecahkan.
pecah II; ~ payung = ~ piring paya sj tumbuhan (pokok), segading
jantan, sampu tikus, terubul, Ixora crassifolia; ~ periuk a) sj
tumbuhan (pokok renek), jarum-jarum merah, kayu tentulang,
penujuh, pial ayam hutan, siantan hutan, Ixora chinensis; b) sj
tumbuhan (pokok renek), bunga selang, penabas, Ixora lobbii; ~
periuk jantan sj tumbuhan (pokok renek), bunga merah hutan,
jambul siul, jarum-jarum, mata pialing, medang asam, seratung padi,
Ixora pendula; ~ pianggang sj tumbuhan (pokok renek), kecubung
rimba, selumbar, Rancia macrophylla.
pecah III; ~ periuk a) sj ikan laut, Lobotes surinamensis; b) sj ikan laut,
Scolopsis vosmeri.
pecah belah keadaan tidak bersatu padu (huru-hara, kacau-bilau dsb)
sehingga boleh membawa kpd kehancuran, keruntuhan dsb sesuatu
institusi (masyarakat, keluarga dsb): ~ boleh berlaku dlm sebuah
masyarakat disebabkan oleh fahaman politik yg berlainan; ayah
sekali-kali tidak mahu menjadi punca yg menimbulkan ~ sesama
sendiri yg buruk padahnya nanti;
berpecah belah 1. bercerai-berai, tidak bersatu lagi: melihat
rajanya mati itu, maka sekaliannya pun ~, lalu lari cerai-berai; 2.
kucar-kacir, porak-peranda: rumah tangga mereka ~ apabila ibu
bapa mereka bercerai; 3. = barang ~ barang-barang tembikar
(pinggan mangkuk dll);
memecahbelahkan menyebabkan jadi pecah belah, menjadikan
bercerai-berai: mereka bertujuan hendak ~ perpaduan antara
kaum.
pecah rekod perihal mengatasi pencapaian yg pernah dicapai sebelumnya
dlm sesuatu (peristiwa, sukan, kegiatan dsb);
memecah rekod mengatasi pencapaian yg pernah dicapai
sebelumnya dlm sesuatu (peristiwa, sukan, kegiatan dsb): rekod
dagangan hari Selasa pula ~ dgn nilai dagangan yg berjumlah
RM1,014.50 bilion;
pemecah rekod orang atau sesuatu yg mengatasi pencapaian yg
pernah dicapai sebelumnya dlm sesuatu (peristiwa, sukan, kegiatan
dsb).
pecai (pécai) sj kubis yg daunnya spt daun lobak.
pecak (pécak) 1. penyek, pesuk, pilih (bola, buah, dll); 2. buta (sebelah
mata) yg pecah bola-bola matanya; ~ boleh dilayangkan, bulat
boleh digulingkan = bulat segiling = ~ setapik prb Mn sudah
sepakat benar, seia sekata;
memecakkan memenyekkan, memipihkan: ~ badan di atas tanah.
pecakari  picagari.
pecal I Jw 1. sj makanan drpd sayur-sayuran (kangkung, tauge, dll) dan
sambal kacang; 2. sj makanan drpd daging ayam atau ikan, berkuah
santan, dgn ramuan cili padi, daun cekur dll.
pecal II; memecal memicit dgn jari atau tangan.
pecat; memecat 1. melepaskan, memberhentikan (drpd jawatan,
keanggotaan persatuan, dll): bagaimana kita ~nya kerana tiada apa
salahnya kpd kita; dia dipecat kerana melanggar undang-undang
persatuan; 2. mengeluarkan, menyingkirkan (drpd sekolah dll); 3.
membebaskan drpd jawatan (utk sementara waktu);
pemecatan perbuatan memecat, pembuangan: ~ duta dan para
pegawai dr negara-negara lain.
pecen Kl memejamkan sebelah mata.
peci (péci) Id songkok, kopiah.
pecicilan Jw terbelalak matanya.
pecinan Jw kampung Cina.
pecok (pécok) I Jk pesuk.
pecok (pécok) II tempang, pincang (kakinya).
pecok (pécok) III  pincuk I.
pecomberan (pecombéran) Jk tempat membuang air kotor dll,
pelimbahan.
pecuk sj burung makan ikan.
pecun (pécun) hari yg dirayakan oleh orang Cina dgn bersampan-sampan
di sungai dll.
pecus bp becus.
pecut cambuk, cemeti;
memecut 1. mencambuk, melecut: kerbau itu berjalan sendiri
menarik bajak dgn tak payah dipecut; 2. ki menggiatkan,
merangsang, menggalakkan; 3. bergerak dgn jauh lebih laju drpd
sebelumnya: sebuah kereta yg mempunyai lebih kuasa boleh mula
bergerak dan ~ lebih cepat drpd kereta yg mempunyai kuasa
kurang; 4. menyebabkan bergerak dgn jauh lebih laju drpd
sebelumnya: dia lalu ~ keretanya dgn perasaan geram;
pecutan hasil memecut: dgn sekali ~, dia sudah berdiri;
kepecutan kepantasan memecut;
pemecutan perihal (perbuatan dsb) memecut.
peda ikan asin;
memeda mengasinkan ikan.
pedada sj tumbuhan (pokok), bedata, berembang, berembung, bidada,
gedaba, Sonneratia caseolaris (acida).
pedagogi (pédagogi) kajian tentang kaedah dan prinsip pengajaran:
sebilangan besar guru di negara ini memerlukan latihan semula
tentang perkembangan terbaru dlm bidang kurikulum dan ~.
pedak I Jk peda.
pedak II ark sj binatang bisa.
pedaka I sl sj kalung aguk (dokoh).
pedaka II Kd papan penutup liang lahat;  daka.
pedaka III pintu gerbang yg berbumbung dan dilengkapi bangku.
pedal I hempedal
pedal II~ ayam ibu kunci, mangga.
pedal III sj tumbuhan (pokok renek), empedal ayam, hempedal ayam,
mempedal ayam, nasi sejuk, serapat, Salacia grandflora; ~ itik sj
tumbuhan (pokok), dedalu api laut, hempedal itik, kepala beruk,
senaluh api laut, Hydnophytum formicarium.
pedal (pédal) perkakas yg ditekan dgn kaki (spt pd basikal, mesin jahit,
dll) utk menggerakkan sesuatu bahagian dlm mekanisme, pijakpijak,
injak-injak.
pedanda ketua agama di Bali, pendeta.
pedang senjata yg panjang bilahnya, biasanya tirus di hujungnya dan
tajam;
~ beladau pedang pendek; ~ bentuk pedang yg melengkung
bilahnya; ~ ekor pari = ~ setiabu pedang yg bersegi tiga matanya; ~
jenawi pedang panjang yg dipegang dgn dua belah tangan; ~
kerajaan pedang kebesaran (raja dll); ~ lurus (serunai) pedang utk
bermain anggar; ~ rumput sj alat spt pedang utk memotong rumput;
main ~ berlawan pedang;
(spt) kena ~ bermata dua prb terlalu sakit hati; menepek mata ~ prb
menentang orang yg kuat (berkuasa);
memedang menetak dgn pedang; ~ rumput memotong rumput (dgn
pedang rumput).
pedangit; ~ putih sj tumbuhan (herba), ati-ati besar (merah), daun ati-ati,
Coleus atropurpureus.
pedap; kertas ~ kertas utk menyerap dakwat dll, kertas sap;
memedap menyerap (dakwat, air, dll).
pedapa ark sl ranting muda; pendapa I.
pedar 1. rasa pahit dan pedas (spt rasa kulit limau), tengik (rasa atau bau);
2. = ~ hati kesal;
kepedaran perihal pedar, kekesalan hati, kepahitan.
pedarat sj kuih drpd tepung yg berinti kelapa dgn gula dan ditabur dgn
bijan.
pedas 1. rasa spt rasa lada (cili dll): kuahnya terlalu ~; ia lebih suka
makan yg ~-~; rendang ~ sj lauk yg pedas; 2. tajam atau keras
(teguran, komen, dll), menyakiti hati (kata-kata dll): pemimpinpemimpin
itu mendapat kecaman ~ drpd surat-surat khabar; katakata
yg tajam dan ~; bercakap ~ mengeluarkan kata-kata yg tajam;
belum tahu dipedas lada prb belum ada pengalaman; supaya tahu
akan ~ lada, supaya tahu akan masin garam prb supaya tahu akan
susah hidup;
memedaskan menjadikan pedas; katanya ~ hati menyakiti hati;
kepedasan terasa sangat pedas.
pedati sj kereta yg ditarik oleh kuda (lembu);
berpedati menaiki pedati: dia ~ di sepanjang jalan ke Jefferson.
pedena ark sj tempayan besar yg luas mulutnya.
pedendang I sl sj pita berbenang emas utk perhiasan pakaian: kain ~;
seluar ~.
pedendang II sj burung, itik air, Heliopais personata.
pedendang III; ~ gagak sj tumbuhan (pokok memanjat), akar labu air,
akar timun gajah, ketimun, labu air hutan, Trichosanthes
wallichiana.
pedengan (pédéngan) Jk 1. sesuatu utk menutup (layar, tabir, tirai, dll); 2.
ki sesuatu yg digunakan utk menutup (menyembunyikan) maksud yg
sebenarnya, dalih, topeng; 3. = nama ~ nama samaran.
pedewakan (pedéwakan) ark sj perahu Bugis.
pediah bp fidyah.
pediatrik (pédiatrik) cabang sains perubatan yg berkaitan dgn
perkembangan, penjagaan, dan penyakit kanak-kanak: wad ~.
pedigri (pédigri) (Bio) 1. rekod rasmi yg mencatatkan turunan baka
sesuatu binatang; 2. berasal drpd baka tertentu yg terpilih atau
diketahui (bkn binatang), baka jati: kuda ~; lembu ~.
pedih 1. rasa sakit spt apabila luka kena air limau (mata kena asap dll):
kulit mukanya terasa ~ kena matahari; 2. = ~ hati a) sangat pilu
atau sedih; b) sakit hati: ia berasa ~ mendengar ucapan itu; 3.
menyakitkan: azab yg amat ~; ~ hulu hati rasa pedih pd hulu hati
yg menaik hingga ke leher dan tekak, kadangkala disertai dgn rasa
masam di tekak, disebabkan penyongsangan aliran asid dr perut ke
atas;
memedihkan menjadikan pedih: asapnya ~ mata; ia mengeluarkan
kata-kata yg ~ telinga;
kepedihan 1. perihal pedih, rasa pedih; 2. menderita pedih: anak itu
menangis ~ apabila luka nya dicuci; 3. kesedihan, kesakitan dlm
hati: apa yg bagi mereka merupakan keriaan, baginya merupakan
~;
pemedih sesuatu yg memedihkan: gas ~ mata.
pedikir 1. sl lagu perang: maka Tun Bija Sura pun menyanyi ~,
perisainya bergenta ...; 2. penyanyi dikir;  dikir.
pedo Kd teliti (berhati-hati) utk melakukan sesuatu: berjalan tu ~-~lah.
pedofilia (pédofilia) (Psi) keinginan mengadakan hubungan seks dgn
kanak-kanak.
pedologi (pédologi) I kajian tentang kehidupan, tingkah laku dan
perkembangan diri kanak-kanak.
pedologi (pédologi) II kajian saintifik tentang pembentukan, ciri,
penggunaan dsb tanah.
pedoman 1. sj alat berupa jam yg menunjukkan arah (mata angin),
kompas; 2. ki sesuatu yg dijadikan asas (pegangan) utk melakukan
sesuatu, petunjuk: kitab suci al-Quran ialah sebaik-baik panduan
dan ~ bagi kehidupan manusia; harga ~ harga yg dijadikan dasar
harga jualan umum; 3. buku petunjuk (mengandungi cara
menjalankan atau melakukan sesuatu): kebanyakan pembuat
motokar membekalkan buku ~ yg memberi penerangan tentang
kereta itu; 4. pimpinan (perkumpulan dll), pengurus;
berpedoman 1. mempunyai pedoman; 2. berpegang (pd), mengarah
ke: ~ pd agama;
berpedomankan berpedoman (berpegang) pd: orang-orang itu
mencari jalannya dgn ~ bintang-bintang di langit.
pedometer (pédométer) alat utk menganggarkan jarak seseorang berjalan
kaki dgn merakamkan jumlah langkahnya.
pedongkang = sampan ~ sj perahu besar, tongkang.
pedor Tr mengalir, mengubah haluan (perahu dll): dia bernasib baik
kerana sempat ~, kalau tidak pasti perahunya melanggar tebing.
pedu hempedu.
pedukang I sj ikan laut;  bedukang.
pedukang II Kd lelaki yg mata keranjang.
peduli = ~ akan (dgn) menghiraukan, mengambil perhatian akan, endah
akan: dia sedar ramai orang memerhatikannya tetapi dia tidak ~;
~ apa dgn benda-benda yg tidak menguntungkan; ambil ~ a)
mengendahkan; b) turut campur (hal orang lain);
mempedulikan 1. mengambil perhatian akan, mengendahkan:
nasihat kawan-kawannya tidak dipedulikannya; 2. turut campur
(dlm hal orang dll): aku memang tak mahu ~ hal orang lain;
kepedulian perihal atau sikap ambil peduli (terhadap seseorang
atau sesuatu), perhatian, keprihatinan: badan korporat turut
memperlihatkan ~ yg besar apabila mereka turut menganjurkan
teater atau apa jua acara kebudayaan.
pedung sj tumbuhan (pokok renek yg akarnya dibuat ubat), penawar
lipan, pokok lalipan, tentulang jantan, Pedilanthus tithymaloides.
pedusi Mn 1. perempuan; 2. isteri; dilangkahi ~ dikuasai perempuan
(isteri).
peduta sl wakil, utusan;  duta.
peg Id kep pergunungan.
Peg. kep Pegawai: ~ Penyelidik.
pegaga, pegagan = ~ tekukur = ~ ular sj tumbuhan (herba yg menjalar,
daunnya dibuat ulam), penggaga, Hydrocotyle asiatica; ~ embun sj
tumbuhan (herba), kara-kara, ulam gunung, Hydrocotyle
sibthorpioldes (rotundifolia); ~ gajah sj tumbuhan (herba),
Hydrocotyle javanica.
pegah ark; terpegah termasyhur, terkenal;  megah.
pegal 1. berasa tegang dan kaku (anggota badan): duduk dua jam itu
sudah membuat pinggangnya ~-~; 2. = ~ hati kesal, sesal;
memegalkan 1. menyebabkan menjadi pegal; 2. menyebabkan
menjadi sesal, kesal.
pegan ark; terpegan kaku dan tidak dapat berkata (kerana terperanjat dll),
terpegun: mereka ~ melihat kejadian itu.
pegang bp = berpegang, memegang;
berpegang = ~ pd 1. memaut sesuatu dgn tangan, berpaut (pd),
berkuat (pd): ia ternampak seorang budak hanyut yg ~ pd sekeping
papan; Zaini terhuyung-hayang mencari tempat utk ~; ~ tangan a)
berganding tangan; b) bekerjasama, bahu-membahu; 2. berpedoman
atau berpandu kuat (pd): mereka ~ kukuh pd adat dan agama; ~ pd
yg benar; ~ pd prinsip-prinsip tertentu;
berpegangan 1. saling berpegang: kami ~ melintas jalan itu; 2.
berpegang pd, berpedoman pd, menggunakan pegangan;
memegang 1. memaut (menggenggam, mencapai) dgn tangan,
menangkap (pencuri dll): ia terperanjat apabila orang ~ bahunya;
tangan kanannya ~ beg; ~ pencuri menangkap pencuri; 2. memakai
(menggunakan) senjata dll: seluruh pasukan itu ~ senapang; orang
yg tidak ~ kad pengenalan orang yg tidak mempunyai atau tidak
membawa kad pengenalan; 3. menguasai, mengelolakan, mengurus
(perusahaan, kedai, dll), menjabat atau menjawat (jawatan, pangkat,
dll): penghulu-penghulu yg ~ bala tentera; segala yg ~ hasil
negeri; maka pd masa itu Inggeris ~ perintah dlm Melaka; dia
bertukar ke Ipoh kerana ~ jawatan baharu di sana; 4.
melaksanakan (perintah, aturan, dll), mematuhi: ia ~ segala
peraturan; 5. berpegang teguh pd (janji dll), menerima (sbg sesuatu
yg boleh dipercayai, diakui benar, diharapkan, dll): mereka tetap ~
adat; cakapnya tak boleh dipegang tidak boleh dipercayai; 6.
memasuki tubuh manusia (bkn hantu dll), merasuk: saya ini dah
dipegang syaitan;
~ amanah menjalankan amanah; ~ buku mengurus buku kira-kira
(dlm perniagaan); ~ cempurit a) memegang pimpinan; b) memimpin
sesuatu gerakan (dgn rahsia); ~ kemudi a) memandu (kereta dll); b)
memimpin (persatuan dll); ~ peranan menjalankan peranan; ~ wang
(duit) a) menggenggam wang; b) mengurus hal-hal kewangan
(perniagaan dll); c) mempunyai wang; bagai ~ buah kepantangan
beruk, ditelan mati emak, diludahkan mati bapak prb dlm keadaan
serba salah;
memegangkan memegang utk: pegangkan budak itu bajunya;
pegangan 1. sesuatu yg dipegang: kerana terburu-buru habis
bertaburan ~nya; 2. bahagian sesuatu benda tempat dipegang
(tangkai, hulu, dll); 3. pekerjaan (daerah dll) yg dipegang: dan Tun
Talanai anak Bendahara Paduka, ~nya Suir; 4. sesuatu yg
dijadikan dasar utk menentukan sesuatu, pedoman, pendirian: ada
beberapa perkara yg harus diingat dan dijadikan ~; buku ~ buku
pedoman; hilang ~ hilang kepercayaan; 5. perbuatan memegang:
dicubanya melepaskan diri drpd ~ orang itu;
perpegangan pegangan;
pemegangan perbuatan memegang;
pemegang 1. alat utk memegang sesuatu: ~ kanta; 2. bahagian alat
tempat dipegang (tangkai, gagang, dll), pegangan; 3. orang yg
memegang atau mempunyai hak atas sesuatu: ~ saham;
~ amanah orang yg menjalankan amanah; ~ andil (saham) orang yg
memegang saham, persero; ~ buku orang yg mengurus buku kirakira;
~ polisi orang (badan, syarikat, institusi dsb) yg mempunyai
polisi insurans; ~ rekod orang yg berjaya memperoleh pencapaian
terbaik, tertinggi dsb dlm sukan atau kegiatan lain; ~ saham orang
atau badan yg memiliki saham dlm sesebuah syarikat; ~ serah hak
(Udg) orang yg dipindahkan harta atau hak kepadanya mengikut
undang-undang; ~ wang orang yg menjaga hal kewangan
(perniagaan dll).
pegar = ayam ~ = burung ~ sj burung, burung tatera, Lophura ignita
rufa.
pegari sl dapat dilihat, muncul, menjelma.
pegas 1. besi baja yg nipis dan boleh melenting (terdapat dlm jam,
senapang, dll), spring, per; ~ jam; ~ rambut pegas yg halus-halus
spt rambut; gaya ~ kekuatan atau kuasa melenting; 2. Mn rotan dll
utk memukul tilam dll;
memegas 1. melenting, menganjal; 2. mengibas-ngibaskan kepak
hendak terbang; 3. memukul tilam dll dgn rotan dll.
pegat; memegat 1. menahan (menghalang) di jalan, mengadang; 2.
memutuskan (perhubungan dll);
pemegatan perbuatan memegat.
pegawai 1. orang yg bekerja dgn kerajaan (perusahaan dll): ayahnya
seorang ~ di Jabatan Perdana Menteri; 2. orang yg berpangkat
Leftenan Muda ke atas (dlm tentera), orang yg berpangkat Inspektor
ke atas (dlm pasukan polis); 3. sl perkakas: bukankah Allah Taala
menjadikan tujuh petala langit itu tiada dgn semata ~;
~ bertauliah pegawai dlm angkatan tentera yg diberi tauliah; ~
daerah pegawai yg mengetuai sesuatu daerah; ~ de facto (Udg)
pegawai yg memegang sesuatu jawatan tanpa mengikut cara yg
ditetapkan oleh undang-undang; ~ kanan pegawai yg lebih tinggi
drpd pegawai-pegawai lain; ~ kerajaan pegawai yg bekerja dgn
kerajaan; ~ kontrak pegawai yg dilantik berkhidmat secara kontrak
(mengikut keperluan projek dsb); ~ memerintah pegawai tentera yg
bertanggungjawab untuk mengawal atau mengawasi satu kompeni;
~ pelajaran pegawai perkhidmatan pelajaran; ~ pemerintah
pegawai tentera yg bertanggungjawab untuk mengawal atau
mengawasi satu batalion; ~ rendah pegawai tingkatan bawah; ~
tinggi pegawai tingkatan atas; ~ turus kumpulan pegawai kanan
tentera yg membantu pegawai pemerintah;
kepegawaian perihal pegawai.
pegawam ark  peguam.
pegel Jk pegal.
pegimana Id, bp bagaimana.
pegoh (pégoh) sj siput yg menghasilkan mutiara.
pegon (pégon) Jw bahasa Jawa yg ditulis dgn huruf Arab (memakai tanda
bunyi).
peguam orang yg ahli dlm bidang undang-undang, yg biasanya menjadi
pembela atau pendakwa dlm sesuatu perkara di mahkamah; 
guam I.
peguam bela (peguam béla) peguam yg membela kliennya dlm mahkamah
undang-undang, advokat.
peguam cara peguam yg menyediakan dokumen undang-undang spt
wasiat, jualan tanah atau bangunan, menasihati klien tentang
perkara-perkara perundangan dan bercakap bagi pihak mereka di
mahkamah rendah.
pegun tidak bergerak, kaku: gambar ~;
memegunkan 1. menyebabkan pegun (tidak bergerak); 2. ki
menyebabkan seseorang terpegun (kerana terpikat, kagum dsb): ada
yg benar-benar dapat ~ tetamu dgn suaranya; kelunakan suara
bacaan ayat-ayat suci al-Qurannya ~ para pendengar;
terpegun kaku dan tidak dapat berkata-kata (kerana terperanjat
dll): dia ~ berdiri di pintu dgn mulutnya ternganga;
keterpegunan keadaan terpegun: ~ seorang insan.
peheh Tr tidak berdaya, tidak berapa pandai: dia tu ~ tapi hendak sangat
bermain bola.
peher (péhér) Kl; memeher mencubit, memulas, menggetil.
pehong (péhong) C penyakit perempuan.
pejajaran Jk hantu, syaitan.
pejal keras dan padat, tidak berongga dalamnya: tubuhnya gempal dan ~;
batu ~ sj batu yg keras dan padat, granit;
memejalkan menjadikan pejal, memadatkan, memampatkan;
kepejalan perihal (keadaan) pejal;
pemejalan proses menjadikan sesuatu pejal;
pemejal bahan yg memejalkan: krim ~ payudara.
pejalwap; memejalwap (Kim) bertukar drpd keadaan pepejal kpd wap
(gas);
memejalwapkan menukarkan sesuatu drpd keadaan pepejal
menjadi wap (gas) dgn memanaskannya;
pemejalwapan proses memejalwap(kan): dua benda yg mengalami
proses ~ ialah iodin dan ammonium klorida.
pejam tertutup (mata), kejam: matanya hampir ~; ~ celik seketika pejam
seketika celik;
memejamkan menutup (mata), mengejamkan: ia ~ matanya;
terpejam tertutup (mata): anak anjing itu belum boleh melihat
kerana matanya masih ~.
pejatian ark; ~ awak, kepantangan orang prb tidak sependapat dgn orang
ramai.
pejera alat pd hujung senapang utk membidik, pembidik.
pejoh (péjoh) NS pejur.
pejong Kl; terpejong kejang, keras; mati ~ mati kejang.
pejorasi (péjorasi) (Lin) perubahan (peluasan) makna sesuatu kata drpd
makna yg baik kpd yg kurang elok, mis khalwat yg asalnya
bermaksud menyendiri utk beribadah kpd berdua-duaan antara
lelaki dgn wanita yg bukan mahram di tempat yg terpencil atau
tersembunyi.
pejoratif (péjoratif) yg mempunyai makna yg tidak menyenangkan atau
mencemuh (bkn kata atau ungkapan).
pejur tidak berhenti-henti (hujan).
pek (pék) I IB, bp minyak tar utk melapis jalan, aspal.
pek (pék) II Kl menyusu pd kopek (tetek); mak ~ sj permainan menghalau
hantu.
pek (pék) III Jk kep empek.
pek (pék) IV satu bungkusan kecil sesuatu benda (utk dijual dsb): satu ~
bateri empat saiz AA.
peka (péka) 1. sl tidak lengah (lalai); 2. lekas berasa (sesuatu), lekas
bergerak balas terhadap pengaruh-pengaruh luar, rangsang (mata,
kulit, saraf, dll), mudah bergerak (timbangan neraca), sensitif: alat
yg amat ~ yg boleh mengukur satu persepuluhan juta tenaga
nyamuk; labah-labah mempunyai sesungut yg ~ terhadap
sentuhan; 3. menyedari (dgn sesungguhnya) dan menghayati
sesuatu, sensitif: kita harus ~ terhadap perkembangan semasa di
negara kita; pensyarah-pensyarah di Jabatan Pengajian Islam ~
terhadap karangan ulama-ulama besar;
memeka menghiraukan, mempedulikan;
kepekaan perihal peka (mudah berasa, mudah atau cepat bergerak
balas, menyedari, dan menghayati sesuatu): cara ini boleh
mengurangkan ~ mata terhadap cahaya yg terlalu terang; ~
perancangan bahasa adalah penting supaya penilaian ini
membawa erti.
pekaca; adiratna ~ permata yg suci (panggilan utk kekasih).
pekah bp nafkah.
pekaja sl sj bunga teratai.
pekak 1. tidak dapat mendengar langsung atau tidak dapat mendengar dgn
baik, tuli: ayahanda orang tua, kabur mata, ~ telinga; 2. bengap,
tidak nyaring bunyinya;
~ (-pekak) badak a) = ~ batu pekak (tuli) benar-benar; b) pura-pura
tidak mendengar, sengaja tidak mahu mendengar; c) tidak
mendengar bunyi (suara) yg kuat tetapi boleh mendengar bunyi
(suara) yg lembut; ~ labang kurang baik pendengarannya, tuli
sedikit; yg ~ pelepas bedil, yg buta pengembus lesung, yg bisu
penggera ayam, yg lumpuh penghuni rumah prb setiap orang ada
gunanya;
memekak membuat bising;
memekakkan 1. menjadikan pekak; 2. menyebabkan terasa pekak:
bunyi enjinnya ~ telinga;
terpekak pekak dgn serta-merta (kerana kepalanya kena pukul dll).
pekak (pékak) daun terup yg bertanda J.
pekaka, pekakak sj burung, burung buaya, Pelargopsis amauroptera;
keris (hulu) ~ sj keris dr Patani (hulunya berbentuk kepala burung
pekaka); ~ api sj burung, binti-binti Ceyx e. erithacus; ~ bukit sj
burung, Alcedo curyzona peninsulae; ~ cicit sj burung, burung raja
udang, Alcedo atthis bengalensis; ~ rimba sj burung, kaing-kaing
rimba, Lacedo p. pulchella; ~ rimba besar sj burung, Halcyon c.
concreta.
pekam brek yg kuat, brek angin.
pekan I 1. tempat perniagaan, bandar: Petaling Jaya ialah ~ tambahan
kpd Kuala Lumpur; 2. tempat orang berjual beli, pasar: segenap
lorong di ~ pesara penuh dgn kaum Melayu, Cina dan Siam; 3. = ~
sari (sehari) pasar yg diadakan sehari dlm satu minggu; ~ Ahad
(minggu) pekan yg diadakan hanya pd hari minggu; 4. minggu,
tujuh hari: dua tiga ~ sebelum perayaan itu anak negeri telah sibuk
bersiap-siap; se~ seminggu; warta se~ majalah mingguan;
berpekan-pekan beberapa pekan (minggu).
pekan II 1. sj tumbuhan (pokok renek dan bunganya), melur, Jasminium
curtisii; 2. sj tumbuhan (pokok renek), Azima tetracantha; 3. sj
tumbuhan (pokok), Dehaasia microcarpa; ~ betina = ~ hutan = ~
jantan sj tumbuhan (pokok renek dan bunganya), melur, Jasminium
bifarium.
pekap; memekap menutup (telinga, mulut, dll) dgn sesuatu yg pipih (spt
tangan dll), menekap: raungan guruh membuat penumpang ~
telinga;
memekapkan memekap sesuatu pd, menekapkan: Tuan Abdusuki
membawa alat pendengaran yg dipekapkan ke telinga.
pekarang (Sunda) ark senjata.
pekasam ikan (daging, sayur, dll) yg diasinkan (dimasamkan) dan
disimpan beberapa lama; alang-alang menyeluk ~, biar sampai ke
pangkal lengan prb membuat sesuatu hendaklah sampai sudah
(tidak alang kepalang).
pekat I 1. tidak cair, kental, likat: santan itu kalau agak likat atau ~ boleh
ditambah air sejuk; penuh ~ penuh sesak; susu ~ susu likat (dlm
tin); tanah ~ tanah liat; 2. keras (kopi dll): Wak Kudin mengonyehngonyeh
lalu menelan dan kemudian menunda dgn air kopi ~; asid
~ asid yg kuat (tiada banyak bercampur air); 3. tidak jernih (air); 4.
gelap atau kelam (warna dll); gelap (kelam) ~ gelap sekali; hitam ~
hitam sekali; 5. ki tebal, teguh, kuat, dsb (bkn percakapan,
kepercayaan dsb): loghat Kelantannya masih ~ walaupun telah
lama menetap di Kuala Lumpur; tambah Solisir yg ~ dgn
kepercayaan pd cerita dongeng;
memekat menjadi pekat: hitam malam kian ~;
memekatkan menyebabkan jadi pekat: bijirin ini digunakan utk ~
susu bayi;
kepekatan perihal atau keadaan pekat: ~ ammonia; ~ malam; ~
warna;
pemekatan perihal (proses atau perbuatan) memekatkan (bkn
cecair dsb): ~ dgn penambahan gula, garam dan pengawet lain;
pemekat bahan yg menjadikan pekat, bahan yg memekatkan:
biasanya tepung jagung digunakan sbg ~ dlm masakan itu.
pekat II bp muafakat.
pekatu; bedil ~ sl sj meriam; pengatu.
pekatul tepung melukut (utk dibuat bubur dll).
pekau; memekau ark memekik, menjerit;  pikau I.
pekerma (Sanskrit) gelaran utk orang besar.
pekerti 1. = budi ~ perangai, kelakuan, tabiat: iman yg sempurna dan ~
yg baik itulah yg kekal; 2. perbuatan (kurang baik): ia pun sangat
marah mendengar ~ anaknya;
berpekerti mempunyai pekerti: dia cuba membentuk sebuah
masyarakat yg bersopan dan ~ mulia.
peket (pékét) bekas kecil drpd kadbod, kertas, plastik, dsb utk mengisi
barang, bungkusan kecil: satu ~ gula-gula.
pekik = pekikan 1. teriak yg kuat, jerit: "tolong!", ~nya dgn suara yg
menyeramkan; 2. sorak atau teriak (sbg semboyan dll): sejurus
kemudian kedengaran pula ~ merdeka bergemuruh; kedengaran ~
anak-anak bermain di halaman; ~ jerit = jerit ~ pekikan dan
jeritan; ~ pekuk bermacam-macam pekik dan jerit;
berpekik = memekik;
memekik berteriak kuat, menjerit: mahu rasanya ia meraung dan ~
sekuat-kuatnya; ~ sampai ke langit memekik kuat-kuat;
memekikkan 1. mengatakan sesuatu dgn suara yg keras,
meneriakkan, menjeritkan: ia membuka mulut hendak ~ segala
kecemasannya; 2. ki menyeru-nyerukan, melaung-laungkan,
mengheboh-hebohkan;
terpekik tiba-tiba memekik;
terpekik-pekik terjerit-jerit (kerana kesakitan, ketakutan, dll):
anak-anak perahu itu ~ ketakutan kerana perahu mereka hampirhampir
terbalik.
pekin I; terpekin termenung, terpegun.
pekin II Kd jimat, tidak boros;
berpekin berjimat.
peking I; memeking mendengking (anjing dll), menangis menjerit-jerit.
peking II sj burung pipit.
pekir bp tidak dapat dipakai lagi;  apkir.
pekis; memekis mengeluarkan kata-kata yg menyakiti hati (keras,
menghinakan, dll).
pekiwan Jw tempat kencing (cebok dll).
pekojan kampung tempat khoja;  khoja.
pekong (pékong) I topekong.
pekong (pékong) II Kl; sepekong sepelontar; ~ tempurung dekat sangat;
memekong melempar, melontar.
pekong (pékong) III; terpekong tercengang, terpegun.
pekpa (pékpa) pekung.
peksa Kl kurang periksa, tidak tahu.
peksi sl sj burung;  paksi II.
pektin (Kim) sj bahan yg terdapat dlm buah-buahan, yg menjadi kental
apabila dipanaskan dgn larutan gula (utk membentuk jem).
peku ark; se~ seribu.
pekuk I bengkok, cengkok (tangan, kaki, dll).
pekuk II Mn; memekuk menetak.
pekuku sj ikan laut, bekukung.
pekula sj tumbuhan (pokok), kekula, mengkula, pokok tanjung, Mimusops
elenggi.
pekulun Jw, sl tuanku.
pekung sj penyakit kulit yg teruk seakan-akan bisul yg sangat besar dan
berbau busuk, cabuk;
membuka ~ di dada = meraih ~ ke dada prb mendedahkan
keburukan diri, sengaja mencari malu (kesusahan);
berpekung berpenyakit pekung.
pekup kerekot (jari-jari tangan).
Pekuper Id akronim bagi Pelaksana Kuasa Perang.
pekur; memekur merenungkan, memikirkan;  tafakur.
pel (pél) I Id kain pengesat;
mengepel menyapu atau mengesat dgn pel.
pel (pél) II = pelan tanah lapang.
pel (pél) III IB gentel, butir (ubat dll); pil.
pel (pél) IV IB 1. helai (kertas); 2. sehelai kertas yg bercetak (8 atau 16
halaman).
pelabi Jk dalih, tipu daya (muslihat).
pelabur sl makanan dll yg sudah ditentukan, catu, rangsum: Sultan
Iskandar Shah menyuruh mengeluarkan beras kpd bendahari akan
~ segala rakyat; ~ habis Palembang tak alah prb modal telah
banyak habis tetapi faedah akhirnya tiada.
pelacut Pl; terpelacut terpancut, terpelanting.
pelaga I sj ikan darat, belaga, sepalai, Betta splendens.
pelaga II  kepulaga.
pelagik (pélagik) 1. dijalankan di laut terbuka (bkn penangkapan ikan,
paus dsb); 2. terdapat atau hidup berhampiran dgn bahagian
permukaan laut terbuka (bkn hidup-hidupan laut): plankton
merupakan organisma ~.
pelagra (pélagra) penyakit yg terjadi akibat kekurangan sj vitamin B
(niasin) dan dicirikan dgn gatal-gatal kulit, radang mulut, cirit-birit,
dan gangguan mental.
pelah I = ~ lidah pelat, telor.
pelah II; daun ~ besar sj tumbuhan (pokok renek), gajah beranak, bunga
cenang, Goniothalmus scortechinii.
pelahang; terpelahang terbuka luas (pintu dll), ternganga, terpelangah.
pelahau Pr, Kd; terpelahau terlepas (peluang dll), kecewa, hampa.
pelajau sj tumbuhan (pokok), pelung, Pentaspadon officinalis.
pelak pelang, belang.
pelak (pélak) I ark 1. sj hantu yg jahat, badi; 2. kata makian.
pelak (pélak) II salah, silap; tak ~ lagi tidak salah lagi, sudah tentu benar;
tak ~ dr tidak luput dr.
pelakar Kl petir.
pelakat IB surat pengumuman dll yg ditampalkan ke dinding dll.
pelalah pelahap.
pelaling sj ikan laut, Rastrelliger kanagurta.
pelam mempelam.
pelambai; se~ ukuran jauh, sejauh nampak orang melambai.
pelamin = pelaminan 1. tempat pengantin bersanding; naik ~ kahwin; 2.
tempat tidur pengantin: telah sudah kahwin, masuklah ke dlm ~.
pelampang Jk pondok (balai, rumah) sementara pd masa kenduri dll.
pelampas; pokok ~ budak sj tumbuhan (herba), kencing pelanduk,
mengkuang tikus, Apostasia nuda.
pelampung I sesuatu yg ringan dan terapung (utk mengapungkan pancing
atau orang supaya tidak tenggelam dll, menunjuk jalan di laut).
pelampung II; ~ jaring sj ikan darat, Puntius partipentazona.
pelampung III sj tumbuhan (pokok), ambung-ambung, Scaevola
frutescens.
pelan I bp perlahan; ~-~ perlahan-lahan: ia membuka matanya ~-~.
pelan II 1. rajah yg menggambarkan bentuk (ukuran, letak) sesuatu
bangunan (tanah dll); ~ bandar; ~ rumah; 2. rancangan yg sudah
diatur utk dilaksanakan;
~ induk rancangan menyeluruh yg merangkumi seluruh dasar dan
segala rancangan kegiatan yg akan dilaksanakan (dlm
pembangunan, perekonomian, dsb): beberapa kajian yg terkandung
dlm P~ Perindustrian Malaysia; ~ lantai (S.bina) lukisan mengikut
skala bagi susun atur bilik dsb pd satu lantai sesebuah bangunan; ~
tindakan langkah-langkah tindakan yg diambil utk mencapai sesuatu
tujuan.
pelan (pélan) Jk tanah lapang, lapangan.
pelana 1. lapik tempat duduk belakang kuda dll, sela: kuda kami sudah
dikenakan ~ dan sudah dimuati dgn makanan; 2. (Geog) genting di
antara dua kemuncak yg sama bentuk dan tingginya: bahu, genting,
dan ~ semuanya terdapat di rabung-rabung bukit; 3. (Bio)
bahagian cacing dll yg tebal (yg mengeluarkan kelongsong utk
telur);
berpelana memakai pelana;
memelanai mengenakan pelana pd.
pelancar I = pelancaran ark pelantaran;  pelantar I.
pelancar II kayu palang yg dipasang memanjang utk menyangga rasuk.
pelancit; terpelancit terpancut;  pelencit.
pelanduk I sj binatang spt kancil tetapi lebih besar saiznya; jenisjenisnya:
~ angin, ~ bulu, ~ sendau, dll;
~ dua serupa prb dua orang yg seakan-akan sama rupanya; (bagai)
~ di dlm cerang = ~ dicerang rimba prb gelisah kerana ketakutan
(kesusahan); ~(lah) melupakan jerat tetapi jerat tidak melupakan ~
prb orang mudah melupakan bahaya tetapi bahaya tetap
mengancam; spt ~ terlepas drpd jerat prb perihal terlepas drpd
sengsara.
pelanduk II sj ikan laut, Lethrinus minitus.
pelang I belang, jalur (bulu harimau, bendera, dll).
pelang II Id, bp papan (nama dll).
pelang III; buluh ~ sj buluh, buluh akar, Gigantochloa wrayi.
pelang (pélang) sl sj perahu dagang: maka baginda pun segera menyuruh
berlengkap tiga ratus buah jong, lain drpd itu kelulus, ~ jongkong,
tiada terbilang lagi.
pelanga sj tumbuhan (pokok renek), pelangas, pelangih, pelangi, pelangis,
pelayas, beberas merah, jejamu, Aprosa microcalyx.
pelangah; terpelangah ternganga, terbuka luas (pintu dll).
pelangeh (pelangéh) pelanga.
pelanggi sj batu marmar yg berwarna-warni.
pelangi I 1. cahaya yg melengkung dan bermacam-macam warnanya di
langit, benang raja, bianglala, ular danu; 2. ki warna yg bermacammacam;
3. = kain (selendang) ~ kain (selendang) yg bermacammacam
warnanya: setelah santap lalu memakai pula tengkolok
kampuh ~.
pelangi II; pokok ~ sj tumbuhan (pokok renek), beberas merah, jejamu,
pelanga, pelangih, pelangis, pelayas, Aporosa microcalcyx.
pelangki sj usungan atau tandu; kereta ~ sj kereta yg rupanya spt tandu.
pelangkin I  pelangki.
pelangkin II ark belaking.
pelangking  pelangki.
pelangkung bp pukul.
pelantar I = pelantaran 1. bangku panjang tempat duduk di pekarangan
(belakang rumah): mereka duduk di ~ sambil berhandai-handai dgn
riang; 2. lantai tinggi yg bersambung dgn rumah dan tidak beratap
(tempat menjemur kain, meletak air, dll): di ~, pinggan mangkuk
banyak belum berbasuh; 3. tangga yg berpara-para (utk
mengerjakan tembok dll yg tinggi-tinggi), aram-aram;
~ benua bahagian pinggir benua yg ditenggelami air laut; ~ minyak
binaan serta peralatan yg dijadikan sbg pangkalan tempat operasi
menggerudi telaga minyak di laut atau di darat.
pelantar II penghantar, pengantara;  lantar I.
pelantik  belantik I.
pelanting; berpelantingan jatuh (tercampak) terguling-guling: ditepisnya
tin-tin itu habis ~ semuanya;
memelantingkan menjadikan jatuh (tercampak) terguling-guling;
terpelanting (tercampak) terguling-guling, tercampak jauh-jauh: ia
menyerbu pengawal itu hingga ~ senjata apinya;
~ memilihi, terserak mengampungkan prb Mn kewajiban mamak
utk menjaga harta benda kemanakannya (menyatukan mereka
kembali jika kemanakan itu cerai-berai); yg ~ akan dipilih yg
terserak tidak dikampungkan lagi prb Mn mestilah hemat tetapi
apabila perlu jangan kikir mengeluarkan belanja.
pelar (pélar) Kd celaka.
pelara = ikan ~ sj ikan yg diperam dlm bekas yg bertutup rapat.
pelas I; memelas mengikat tali (supaya jadi bersambung dll).
pelas II botol atau balang utk menyimpan air panas (supaya tidak menjadi
sejuk), termos.
pelas III; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Vitis elegans.
pelas IV; memelas (mempelas) menggosok (papan dll) dgn kertas pasir
dll supaya licin;  empelas.
pelasari  pulasari.
pelasuh pemalas.
pelat jarum penyemat, peniti.
pelat (pélat) 1. kurang betul mengucapkan kata-kata, telor: orang Cina itu
pandai benar berbahasa Melayu, tidak ~ sedikit pun; 2. cara atau
gaya tertentu mengucapkan kata-kata: dia berbahasa Melayu ~
Kedah; ~ Kelantan.
pelata sj ikan laut, Caranx spp.; ~ bulat sj ikan laut, Selar
crumenophthalmus; ~ kuning = ~ sami sj ikan laut, Selaroides
leptolepis.
pelator Kl bersanding.
pelatuk I  belatuk.
pelatuk II = ~ bedil picu senapang.
pelatut pemalas, pelasuh.
pelau Pn, Kd hampa, sia-sia.
pelawa; mempelawa mengajak, mempersilakan: ia ~ aku minum air teh
yg sedang tersaji itu;
pelawaan perbuatan mempelawa, ajakan, undangan: ia menerima ~
utk tinggal bersama-sama mereka.
pelawai 1. sj tumbuhan (pokok) antoi, belawan, kayu rajah, pokok belang
rimau, Terminalia citrina; 2. sj tumbuhan (pokok), gelawai,
jelawai, Terminalia foetidissima; 3. sj tumbuhan (pokok),
mempelam babi, pauh kijang, Terminalia phellocarpa.
pelawan 1. sj tumbuhan (pokok), keruntum, seluncur, Tristania
subauriculata; 2. sj tumbuhan (pokok), canjal, kayu mulu, seluncur,
Tristania sumatrana.
pelawas sj tumbuhan (pokok renek), Calycopteris floribuna.
pelayon ark (Palembang) denda kerana melarikan perempuan.
pelbagai  bagai.
pelbak (pélbak) IB, bp tempat (tong) sampah.
pelebaya sl orang yg menjalankan hukuman mati, algojo, pertanda.
pelecet (pelécét)  pelencit.
pelecok (pelécok); terpelecok tergeliat (kaki, tangan, dll): ia jatuh
tangga, ~ kaki kirinya.
peleh (péléh) Kl; memeleh menyapu bedak ke muka.
pelek (pélek) IB bingkai roda, gading-gading roda.
pelekat I  pelakat.
pelekat II perekat, gam;
berpelekat dilekat (dicantum) dgn perekat.
pelekat (pelékat) = kain ~ sj kain sarung (yg berjalur-jalur atau berpetakpetak
coraknya).
pelekok (pelékok); terpelekok terpelecok.
pelekong (pelékong) Tr baling.
pelekuh I bengkok, bongkok (leher dll);
terpelekuh terbengkok, terbongkok.
pelekuh II; memelekuh (mempelekuh) memaksa utk membuat sesuatu,
mengerasi.
pelempap ukuran panjang yg besarnya selebar tapak tangan (empat inci),
telempap;
sepelempap selebar tapak tangan.
pelencit; terpelencit terloncat atau terpancut keluar (kerana dipicit dll).
pelengak Jk; terpelengak tercengang kerana terperanjat (hairan dll).
pelengan (péléngan) Jk pelipis.
pelenggar Kd, Pn pelantar.
pelengset (peléngsét)  belengset.
pelepah 1. tangkai daun, tulang daun (nyiur, pisang, dll); 2. tulang (bulu
ayam dll);
~ nyiur Kl hidung yg besar hujungnya; ~ bawah luruh, ~ atas
jangan gelak prb mestilah ingat bahawa semua yg hidup akan mati
juga sudahnya;
memelepah (mempelepah) membaling (memukul) sesuatu dgn
kayu dll.
pelepar tempat berpegang atau meletakkan tangan (pd kerusi dll);
berpelepar 1. memakai pelepar; 2. berpegang, bertopang,
berpapah: sewaktu menuruni tangga yg berbelok-belok itu, dia ~ pd
bahuku.
pelera (peléra) Pn pelihara.
peles (pelés) IB, bp botol, balang dr kaca tempat menyimpan kuih, dll.
pelesat; terpelesat terpelanting jauh-jauh.
peleset (pelését); terpeleset tergelincir: dia hampir ~ sewaktu mendaki di
atas tanah yg licin itu.
pelesir IB = pelesiran 1. bersenang-senang, bersuka-suka: anak muda itu
suka keluar pd malam hari dan menghabiskan masa dlm ~; main
pelesiran perempuan bersetubuh dgn perempuan sundal; tempat
pelesiran tempat bersuka-suka (bersenang-senang); 2. berjalanjalan
(bersiar-siar) utk mencari kesukaan, bertemasya: dr pagi
kelihatan mereka naik amko, naik sado dan oto ~ kian ke mari;
berpelesir = berpelesiran bersuka-suka, berseronok-seronok:
pemuda dan pemudi ~ di jalan-jalan dgn tidak berasa segan dan
malu;
kepelesiran perihal pelesir, kesenangan, kesukaan: ~ kota Jakarta
yg ramai itu diceritakan belaka.
pelesit I 1. sj belalang kecil, belalang bajang; 2. sj hantu yg suka
menghisap darah atau memakan mayat kanak-kanak (selalu
merupakan diri sbg belalang);
~ dua sejinjang prb perempuan yg menduakan lakinya; ~ dua
sekampung prb lelaki yg membuat adik ipar sbg isterinya.
pelesit II sj wisel, tiup-tiup.
pelet (pelét) bp rumah pangsa.
pelet (pélét) I Jw belang-belang pd kayu; kayu ~ kayu yg berbelangbelang
(dr pokok Kleinhevia hospita yg selalu digunakan utk
membuat sarung keris dll).
pelet (pélét) II Jk 1. sj getah utk menangkap burung; 2. = minyak ~ sj
minyak (drpd ikan duyung dll) utk memikat hati perempuan dll; 3. =
peletan kata-kata manis utk memujuk, pujukan, rayuan;
memelet 1. menggetah burung; 2. memikat perempuan dgn
menggunakan minyak pelet; 3. menggunakan kata-kata manis (utk
memikat hati), memujuk, merayu.
pelet (pélét) III 1. bahan makanan ternak yg berbutir-butir: ~ ikan; 2.
benda yg berbutir-butir: racun jenis ~ lebih berkesan kerana ia
dapat membebaskan racun serangga secara perlahan-lahan.
pelet (pélét) IV Kd, Pn pelat.
peleting I = buluh ~ buluh penggulung benang (dlm alat tenun).
peleting II Kd, Pn mencuri.
peletok (pelétok); terpeletok terpelecok (kaki dll), terpulas (leher dll).
peleton Id platun.
pelias sl mantera yg menjadikan seseorang kebal (terelak drpd bahaya):
azimat ~ perang.
pelih limpa; demam ~ demam yg disebabkan oleh sakit limpa.
pelihara; memelihara 1. membela, menjaga, merawat: mereka ~nya
sehingga ia dewasa; di rumah sakit dia dipelihara dgn sempurna;
~ tubuh drpd diserang oleh penyakit; 2. mengerjakan
(mengusahakan, membina, dll) dgn baik; ~ pelajaran dan bahasa; ~
cucuk tanam; 3. menternak binatang: ia banyak ~ lembu; 4.
mempunyai atau menyimpan (gundik dll); 5. membiarkan
(menggiatkan) tumbuh (janggut, rambut, dll); 6. menyelamatkan,
melepaskan (melindungi) drpd bahaya dll: dipeliharakan Allah drpd
segala bala dan aniaya; terlalu adil sekali ia ~ negerinya; ~ lidah
menjaga supaya tidak terkeluar kata-kata yg kurang baik;
terpelihara 1. dipelihara (dibela), terjaga: tanaman itu dlm
keadaan tidak ~; 2. terlepas (terlindung) drpd bencana dll,
terselamat: ~ drpd segala bahaya;
peliharaan (orang dll) yg dipelihara, piaraan: anak-anak yatim
piatu ~ Dato' Bendahara itu pun pulang dr bermain; biri-biri ~
mempunyai bulu yg tebal serta lembut;
keterpeliharaan keadaan terpelihara: ~ drpd kesalahan dan
keabdian yg dijamin oleh al-Quran;
pemeliharaan 1. perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan:
amalkan langkah-langkah asas ~ kulit; 2. pendidikan: anaknya itu
diserahkan ke dlm ~ seorang pengasuh; 3. penternakan (binatang):
diadakan kawasan khas utk ~ binatang-binatang ternakan; 4.
penjagaan (pengolahan, penyelenggaraan) bahasa dll: pd Amir
Hamzah ~ aliterasi dan asonansi merupakan corak puisinya; 5.
penyelamatan (drpd bencana, rosak, dll): ~ tanah;
pemelihara 1. orang yg memelihara; 2. suka memelihara.
pelik I 1. aneh, ganjil, tidak biasa (lazim): barang-barang yg dibawanya
~-~; cerita itu penuh dgn hal yg ~-~; 2. sukar, sulit: perkataan yg
~-~; pertanyaan yg ~; 3. penting: perkara yg ~;
memelikkan menganehkan, menghairankan: itulah yg ~ temanteman
sepejabat;
kepelikan 1. perihal pelik, keanehan, keganjilan; 2. kesukaran,
kesulitan.
pelik II = pelikan Id barang tambang; ilmu ~ pengetahuan bkn barang
tambang.
pelik III ark sl sj kerabu, subang.
pelima, pelimau Kl berlimau pd hari tamat belajar bersilat.
pelin Kl; berpelin 1. berbelit, bersimpul (tali, dawai, dll); 2. ki tiada
teratur (percakapan dll), kelam-kabut, tak keruan;  pilin.
pelinggam batu marmar yg berwarna-warni.
pelinting Jw alat utk melantingkan batu dll, ali-ali, lastik.
pelipir Ph dapur.
pelipis = pelipisan bahagian kepala di antara dahi dgn telinga.
pelir I kemaluan laki-laki, zakar; buah ~ bola-bola dlm kantung kemaluan
laki-laki; ~ itik sj skru; menanti ~ kambing terputus prb menanti
sesuatu yg mustahil.
pelir II; ~ anjing sj tumbuhan (pokok renek), Chaillettia griffithii; ~
kambing a) sj tumbuhan (pokok renek), cemperai, cemperai gajah,
cipras, cipreh, Lepionurus sylvestris; b) sj tumbuhan (pokok), pulai
pipit, Rauwolfia sumatrana; ~ musang a) sj tumbuhan (pokok),
bunga lerak, kekapur, pali monyet, sekubang kecil, sesundo bukit,
Anaxagorea scortechinii; b) sj tumbuhan (pokok), Fagraea
auricalata; ~ tikus sj tumbuhan (pokok), Drypetes spp.
pelisir IB sj pita yg dijahit pd tepi pakaian dll.
pelit Jk kedekut, kikir, lokek.
pelita 1. sj bekas berbagai-bagai bentuk (berisi minyak dan bersumbu) yg
digunakan utk memberikan cahaya; ~ duduk pelita yg diletakkan di
atas meja (lantai); ~ gantung pelita yg digantung; ~ panjat pelita yg
dipasang di luar rumah pd malam hari dlm bulan puasa; 2. lampu; 3.
ki sesuatu yg membahagikan (memberi panduan dll): gadis yg
menjadi ~ dlm hidupnya; fikiran itu ~ hati.
memasang ~ tengah hari prb menerangkan sesuatu yg sudah jelas,
perbuatan yg sia-sia; pasang ~ dilanggar tikus prb keadaan yg
menyenangkan tetapi hapus oleh sesuatu yg kecil.
pelitik ark skru.
pelitor IB sj cat utk mengilatkan kerusi meja dll;
dipelitor disapu (dicat) dgn pelitor;
pelitoran 1. sudah dipelitor; 2. cara mengecat dgn memakai pelitor.
PELNI Id akronim bagi Pelayaran Nasional Indonesia.
pelo (pélo) Jw pelat, telor.
pelog (pélog) Jw laras atau nada bunyi gamelan.
peloh Id lemah zakar.
pelohong; terpelohong berlubang besar, terbuka luas: pintu rumahnya
kelihatan ~ sahaja.
pelojok Jk pelosok.
peloksok Jk pelosok.
pelonci ark pelonco (mahasiswa) wanita, mahasiswi.
pelonco Jw 1. tembikai (semangka) yg muda; 2. masih terlalu muda
(baharu atau belum berpengalaman); 3. = kepala ~ kepala yg
dicukur bersih-bersih, gondol; 4. mahasiswa baharu di universiti yg
sedang menghadapi percubaan (dugaan spt dicukur licin-licin dll)
drpd mahasiswa yg lebih lama;
memelonco 1. mencukur sehingga gondol; 2. menguji dan menduga
dgn keras (bkn mahasiswa baharu yg hendak masuk menjadi
anggota perkumpulan mahasiswa), mendera;
perpeloncoan percubaan (ujian dll) utk menjadi anggota
perkumpulan mahasiswa, penderaan.
pelong (pélong) melengkung, bengkok.
pelonok pulas (leher ayam);
terpelonok Pl terhimpit: kucing itu terjatuh dan ~ di celah tiang
rumah.
pelontang pelampung (utk menimbulkan tali kail atau pukat).
pelopak kelopak I.
pelopor 1. orang yg berjalan di hadapan (dlm perarakan dll), orang yg
berjalan dahulu (utk meninjau atau melihat-lihat), pemimpin,
penganjur, peninjau: pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan
Penerangan merupakan ~ dlm tugas menyatupadukan rakyat
menghadapi ancaman dr dlm dan luar negeri; 2. orang yg mulamula
mengusahakan (mewujudkan) sesuatu, perintis jalan,
pengasas: di Filipina kaum intelek yg berpendidikan Barat menjadi
~ nasionalisme, politik, dan kebudayaan; 3. pasukan perintis
(tentera dll) yg bergerak di hadapan sekali; 4. (Bio) bahan pemula
dlm pembentukan sesuatu sebatian;
mempelopori, memelopori 1. mendahului (dlm pekerjaan,
perjalanan, dll), memimpin, mengepalai: komplot itu khabarnya
dipelopori oleh beberapa orang pemimpin Pergerakan Pemuda
negeri; aku sendiri mahu ~ membuka dusun durian, dusun
manggis yg moden dan besar; 2. merintis atau membuka jalan
(utk): sejarah perkembangan politik Indonesia sejak mula-mula
lagi dipelopori oleh mahasiswa dan pelajar sekolah tinggi;
kepeloporan perihal (kebolehan, keupayaan) sbg pelopor:
kegigihan dan semangat ~ pemimpin masyarakat Melayu.
pelor (pélor) peluru.
pelosok ceruk, penjuru, pojok, sudut: Sumatera menggantikan Melaka pd
tahun 1568, sbg pusat perkembangan agama Islam ke seluruh ~
Nusantara; ke ~-~ = ke segala (seluruh) ~ sehingga ke tempat yg
jauh-jauh.
pelosot (Sunda); terpelosot turun sangat (harga dll), merosot.
pelpolisi (pélpolisi) IB ark sj pasukan polis yg dilatih sbg tentera utk
mengawal daerah perladangan dll.
peluang 1. terhenti atau reda (angin dll), senggang atau tidak sibuk
(pekerjaan dll); musim ~ musim tak ada angin; 2. kelapangan,
kesempatan: ia memberanikan hatinya mengambil ~ datang
bertemu dgn suaminya; ~ keemasan;
berpeluang mempunyai (mendapat) peluang: mereka tidak ~ utk
menggunakan kebolehannya.
peluh air yg keluar dr lubang-lubang seni pd kulit tubuh, keringat; ~
dingin (sejuk, seni) peluh yg sejuk ketika ketakutan atau sakit tenat;
mandi ~ basah oleh peluh;
berpeluh 1. mengeluarkan (mengalirkan) peluh, berkeringat; 2. =
berpeluh-peluh bekerja kuat: mereka telah bersedia utk ~ di luar
masa kerja mereka;
perpeluhan 1. perihal berpeluh; 2. pengeluaran (pembuangan) air
atau wap oleh tumbuhan.
peluit sj alat yg berbunyi nyaring apabila ditiup, siren: kedengaran deru
jentera kereta api dgn ~nya yg nyaring; seorang anggota polis
membunyikan ~nya.
peluk 1. dakap, kapuk; bantal ~ bantal utk didakap, bantal golek (guling);
2. depa utk ukuran besar (benda bulat);
berpeluk berdakap, berkapuk: Raja Puspa Dewi pun ~ bercium
dgn adinda baginda; ~ tangan (tubuh) a) berdakap (bersilang)
tangan di dada; b) ki malas berusaha (bekerja); duduk ~ lutut a)
duduk dgn tangannya mendakap lutut; b) ki malas berusaha
(bekerja);
berpeluk-pelukan, berpelukan saling berpeluk: mereka ~ sebelum
berpisah;
memeluk mendakap, merangkul: maka baginda pun segeralah ~
dan mencium anakanda baginda dgn tangisnya; ~ lutut a)
mendakap lutut; b) ki tidak membuat kerja apa-apa; ~ agama
menganut atau masuk sesuatu agama;
terpeluk tak sengaja memeluk, dipeluk; takut di hantu, ~ ke
bangkai prb kerana takutkan rugi sedikit lalu menderita kerugian yg
banyak;
pelukan perihal memeluk, dakapan: Soo Bee meratap serta
merebahkan dirinya di dlm ~ ibunya;
pemeluk 1. sebesar lingkungan tangan memeluk, depa (ukuran
besar): si Badang boleh mencabut kayu-kayu dua tiga ~; 2.
penganut atau pengikut agama: ~ agama Islam;
sepemeluk sebesar lingkungan atau jangkauan tangan memeluk:
Kumbai teringat lagi pd pokok sebesar ~ itu.
peluluk ark sj pokok kabung, Arenga pinnata.
pelumpong Jw sj tumbuhan spt pokok tebu yg tumbuh di tanah yg
berpaya-paya.
pelung I sj perahu kecil.
pelung II; ikan ~ sj ikan laut, tamuk, Mugil vaigiensis.
pelung III 1. sj tumbuhan (pokok), medang gombong, merambung bukit,
tampang, besi, Vernonia wallichii; 2. sj tumbuhan (pokok) leban
nasi, selongcong, setulang, Vitex gamosepala; 3. sj tumbuhan
(pokok), geredas padi, giring antan, keredas (antan, padi),
Pithecellobium bubalinum.
pelunggol Kl 1. pancang: ~ lembunya diperbuat drpd kayu; 2. ki sesuatu
yg utama, teras, pusat: yg menjadi ~ negeri ini dlm perekonomian
ialah getah dan timah.
pelupuh buluh yg dipukuli supaya pipih (dilupuh) utk dibuat dinding dll;
memelupuh melupuh;  lupuh.
pelupuk; ~ mata kelopak mata.
pelur Tr sj tempayan besar (utk mengisi air).
peluru bola-bola atau benda-benda tajam (drpd besi dll) yg ditembakkan
dgn senjata api dll, anak bedil (meriam), pelor: ~ senapang;
~ baksut peluru utk menembak binatang besar dll; ~ berpandu = ~
terkendali peluru yg dapat dipandu dr jauh arahnya (utk mengenai
sasaran); ~ hidup peluru drpd tembaga kuning campuran (bukan
drpd getah atau plastik) yg boleh membunuh; ~ kapur peluru drpd
plastik yg bukan utk membunuh, biasanya hanya utk tujuan latihan
dsb; ~ penabur peluru berbentuk silinder yg mengandungi bebola
logam yg kecil-kecil (kacang-kacang), yg ditembakkan dgn
senapang patah; ~ sesat peluru yg ditembakkan dr senapang,
meriam dsb tidak mengenai sasarannya, tetapi tersasar ke tempat
lain; kena (dimakan) ~ kena tembak, tertembak; umpan ~ =
makanan ~ a) yg menjadi sasaran peluru musuh; b) askar upahan;
tak empang ~ di lalang = tiada terempang ~ oleh lalang prb orang
yg lemah tidak dapat menegah kehendak orang yg berkuasa.
peluruh I sj ubat muntah.
peluruh II sj tumbuhan (pokok renek), lutut ayam, Ardisia ridleyi.
peluwap; memeluwap (Kim) berubah drpd wap (gas) kpd cecair;
memeluwapkan menjadikan wap (gas) berbentuk cecair;
pemeluwapan proses perubahan keadaan sesuatu bahan drpd wap
(gas) kpd cecair, kondensasi.
pelvis (pélvis) (Bio) struktur berbentuk besen di bahagian bawah badan pd
kebanyakan vertebrat.
pemali larangan (selalunya utk selama-lamanya), pantang: jika perang ~
menghadap ke matahari mati.
pemanggil sj tumbuhan (pokok renek), bunga mara, bunga tinggal,
Clerodendron paniculatum.
pemara kurungan (kelengkeng) yg kecil pd belat.
pemarip sl hamba raja yg menyanyikan anak raja supaya lekas tidur.
pemarit alat (sauh) utk mengait benda yg tenggelam.
pematah peribahasa;  pepatah.
pematung NS saluran air drpd buluh, pembuluh.
pemayang sj jaring yg besar, pukat; perahu ~ perahu yg digunakan
nelayan utk menangkap ikan dgn jaring besar;  payang I,
mayang IV.
pembarap 1. (Palembang) ketua kampung, lurah; 2. = pembarep Jw ark
sulung (anak).
pembayan Mn biras, ipar.
pembidang  bidang I.
pemburas  pemuras.
pemelak pelawak, kelakar.
pemendak ark pendongkok keris.
pemengkul tiang pd penjuru (kurung) belat Kedah atau kelong.
pemeo (peméo)  pameo.
pemerintis jalan yg dirintis (di hutan dll).
pemidang, pemidangan bingkai (tempat membentangkan kulit, gambar,
dll), pembidang, pembidangan.
pemimpit sj serunai utk memanggil rusa.
pemirah penakut, pengecut.
pemiutang  piutang.
pemo PI musim: sekarang ini bukan ~ menuai padi.
pempan; terpempan terpegun, tercengang: si Laba ~ tiada dapat berkata
apa-apa kerana terkejut besar.
pemparang ikan parang-parang.
pempuk; ~ putih sj tumbuhan (pokok), Elaeocarpus obtusus.
pemuntal tanjak, destar, tengkolok.
pemuras sl sj senapang zaman dahulu yg mempunyai muncung yg besar.
Pen. kep Penolong; ~ Pegawai Penyelidik.
pen (pén) pena.
pena; tali ~ sj tali yg diikat pd dada gajah.
pena (péna) sj alat tulis yg mempunyai mata yg runcing dan menggunakan
dakwat, pen; ~ mata bulat sj pena yg matanya merupakan biji
logam yg kecil; buah ~ karangan, tulisan; makan ~ Id, bp mencari
rezeki (wang) dgn mengarang; mata ~ bahagian hujung pena yg
runcing (utk menulis).
PENA (péna) akronim bagi Persatuan Penulis-Penulis Nasional.
penabas sj tumbuhan (pokok renek), bunga selang, pecah periuk, Ixora
lobbii.
penaga; ~ hitam sj tumbuhan (pokok), derum paya, geronggang,
geronggong, gonggang ronggang, Cratoxylon aborescens; ~ laut sj
tumbuhan (pokok), bentangur, bentangur lempung, Calophyllum
inophylloide; ~ lilin (putih, sabut, suga) sj tumbuhan (pokok), naga
sari, Messua ferrea.
penah sl pernah.
penahap sl penjuru; empat ~ alam empat penjuru alam.
penai sj tumbuhan (pokok renek), cempenai, mempenai, rempenai,
Ardisia littoralis.
penak sj tumbuhan (pokok), cengal, Balanocarpus maximus; akar ~ sj
tumbuhan (pokok memanjat), Ventilago oblongifolia.
penaka sl sebagai, seolah-olah, seperti: manusia yg tak punya
percampuran di dunia ini adalah ~ katak di bawah tempurung;
apa hal kita ini, kerana sekarang ~ Raja Rekanlah tuan kita,
bukannya Raja Abu Shahid.
penakan ark anak saudara, kemanakan, keponakan.
penakawan hamba pengiring raja.
penalti (pénalti) 1. hukuman atau denda yg dikenakan kerana melanggar
undang-undang, peraturan atau kontrak; 2. = tendangan ~ (dlm
permainan bola sepak) tendangan percuma yg dibuat dr jarak 12 ela
(lebih kurang 11 meter) dr gol lawan yg dipertahankan oleh seorang
penjaga gol; gol ~ (dlm permainan bola sepak) gol yg dijaringkan
drpd tendangan penalti; kawasan ~ (dlm permainan bola sepak)
ruang di hadapan pintu gol yg sekiranya pasukan pertahanan
melanggar sebarang peraturan di dlm kawasan ini, pasukan lawan
akan diberi tendangan percuma.
penalu bendalu.
penama Pl, bp apa.
penampan sj dulang (talam);  tetampan I.
Penan suku kaum peribumi Sarawak termasuk dlm kumpulan Orang Ulu,
yg sebahagian kecilnya masih tinggal di rumah panjang jauh di
pedalaman, mengembara di dlm hutan dan memakan sagu rumbia.
penanjung semenanjung, jazirah.
pena-pena sj tumbuhan (pokok renek), Guioa pleuropteris; ~ hutan sj
tumbuhan (pokok renek), Psychotria cantleyi.
penarahan pendarahan.
penaram  peniaram.
penat tidak mempunyai kekuatan pd fikiran dan badan (terutamanya
berehat selepas sesuatu kegiatan), jerih, letih, payah; melepaskan ~
berehat, utk menghilangkan penat; ~ lelah (jerih) = jerih ~ a)
sangat letih; b) ki segala kesusahan (kesukaran);
berpenat-penat berlelah-lelah, bekerja kuat, bersusah-susah: kita
tak usah ~ menunggu lori dlm perjalanan;
memenatkan melelahkan, meletihkan;
kepenatan 1. kelelahan, keletihan: nafasnya kedengaran mendesis
kerana ~ mengayuh beca; 2. rasa penat (lelah, jerih).
penataran Id tempat memusatkan pekerjaan-pekerjaan angkatan laut.
penat lelah jerih penat;
berpenat lelah berusaha sedaya upaya: orang yg ~ sepanjang
umurnya mencari ilmu.
penatu benatu.
penatua Id anggota Dewan Gereja Kristian.
penatuh sj tumbuhan (herba), ganja-ganja, Clerodendron indicum.
penawar ubat utk menawar racun dll; ~ hitam sj tumbuhan (pokok),
dedarum, pisang-pisang, Goniothalamus giganteus; ~ jambi sj
tumbuhan (paku), bulu empusi (pusi), Cibotium barometz; ~ lipan
sj tumbuhan (pokok renek), pokok lalipan, Pedilanthus
tithymaloides; ~ putih sj tumbuhan (pokok kecil), limau-limau,
melimau, Gelonium glomerulatum.
pencak kepandaian menangkis (mengelak dll) utk mempertahankan diri,
silat; ~ silat permainan menangkis (mengelak) dgn menggunakan
senjata utk mempertahankan diri;
berpencak, memencak bermain pencak, bersilat: pendekar leka
memencak;
memencak-mencak terlalu marah (panas hati).
pencalak sj anak gobek.
pencalang sl sj perahu yg besar utk mengangkut barang-barang dagangan;
laksana ~ sarat, tiada ke timur tiada ke barat prb orang yg sudah
berpakaian cantik dan berhias tetapi duduk di rumah sahaja.
pencaluk cencaluk.
pencar; berpencar, berpencar-pencar, berpencaran 1. berserak di sana
sini, bertaburan; 2. (pergi) bercerai-cerai: ~ berlarian;
memencar, memencar-mencar berpisah-pisah pergi (mengikut
haluan masing-masing);
memencarkan menabur-naburkan, menyerak-nyerakkan, menanam
benih dll berpencar-pencar: kekuatan pasukannya di Bara Baraya
dipencarkan;
terpencar tidak terkumpul, terserak-serak: ~ keluar dr pondokpondok
mereka menuju kampung;
pemencaran perbuatan memencarkan.
pencaus rumah tumpangan, hotel.
pencen (péncén) 1. bayaran tetap bulanan yg dibuat oleh kerajaan atau
majikan kpd bekas pekerjanya yg telah bersara: Raja Yi telah diberi
~ yg agak banyak juga; 2. tidak bekerja lagi tetapi mendapat wang
sara: ia sudah terlalu tua utk menghadapi soal baharu ini,
barangkali dia akan minta ~;
berpencen mendapat pencen apabila bersara (berhenti kerja):
jawatan ini tetap dan ~;
memencenkan memberhentikan kerja dgn diberi pencen.
pencet (péncét) penyek, penyet;
memencet menekan dgn ibu jari dll, memicit.
pencil; memencil mengasingkan (memisahkan) diri drpd yg lain,
menyendiri;
memencilkan 1. mengasingkan (memisahkan) diri drpd orang atau
benda yg lain: kita tidak boleh hidup dgn ~ diri drpd kebudayaan
Barat; 2. tidak menyukai, menghindari, menjauhi: dunia akan
datang bertambah maju dan jika kita tidak bersiap-siap kita
dipencilkan oleh zaman; ia dipencilkan oleh keluarganya;
terpencil terasing (terpisah) drpd yg lain, tersendiri: beliau lahir di
sebuah kampung yg ~;
keterpencilan keadaan terpencil, keterasingan: ~nya drpd
pengaruh bahasa Melayu baku; ~ blok komunis dlm sistem
antarabangsa semakin berkurang;
pemencilan perbuatan dsb memencilkan; ~ diri perbuatan
memencilkan atau menyisihkan diri.
pencolam sj tumbuhan (pokok kecil), kecolam, puding, Clerodendron
disparifolium.
pencoleng (pencoléng) pencuri;  pancalongok.
pencong (péncong) = ~-mencong erang-erot, tidak lurus, serong-merong;
memencongkan mengherotkan, menyerongkan, membenyotkan.
pencuk sj rojak drpd sayur-sayuran yg direbus dan dicampur dgn lada
(gula, belacan, dll).
pendaga sj peti tempat menyimpan pakaian dll, kendaga.
pendahan sl sj lembing pendek (pisau) utk dilemparkan.
pendakwa raya pegawai yg mendakwa bagi pihak kerajaan.
pendam; memendam 1. = memendamkan menyembunyikan sesuatu
dlm tanah dll: bahan ini dileburkan berkali-kali, kemudian
disimpan dlm tempayan dan dipendamkan di hutan; 2.
memendamkan diri tidak menunjukkan diri kpd orang ramai, tidak
keluar-keluar dr rumah, menyembunyikan diri; 3. menyimpan
sesuatu dlm hati dll: dia sudah terlalu lama ~ rasa, sudah lama
menyimpan kasih; ~ cinta;
terpendam 1. tertanam (tersimpan) dlm tanah dll; 2. tersembunyi
atau tersimpan sahaja lama-lama tidak diketahui (digunakan dll):
puisi Rustam Effendi adalah kekayaan yg lama ~, tidak banyak
diketahui oleh masyarakat; 3. tersimpan dlm hati dll: tidak
disangkanya Dang Kenanga begitu berani lancang meramalkan
apa yg tersimpan atau ~ dlm hatinya;
pendaman sesuatu yg dipendam.
pendap; memendap, berpendap berkurung, bersembunyi, tidak keluarkeluar:
kalau dia di rumah, dia ~ sahaja sehari-harian suntuk;
memendapkan mengurungkan, menyembunyikan;
terpendap terkurung, tersimpan, tersembunyi.
pendapa I ark sl ranting muda, pedapa.
pendapa II Jw ruang atau balai (di hadapan rumah) utk mengadakan
perjumpaan dll; mendapa.
pendapun pendipun.
pendar cahaya atau sinar spt yg kelihatan pd kunang-kunang (permukaan
laut di waktu malam dll);
berpendar, berpendar-pendar 1. berkelip-kelip mengeluarkan
cahaya pendar; 2. berkunang-kunang (pelihatan): tubuhnya menjadi
menggeletar menggigil, matanya jadi ~ spt orang yg hendak pitam.
pendar (péndar) Mn; berpendar 1. berpusing, berputar, berguling-guling;
2. pusing;
memendar-mendarkan memutarbalikkan sesuka hati, mencuaicuaikan,
mempermain-mainkan: sebab anak tetap tanggungan
bapa, tak dapat dipendar-pendarkan.
pendarah I  pendarahan.
pendarah II sl keris yg sakti.
pendarahan sj tumbuhan (pokok), mendarah, penarah(an), pendarah, pala
bukit, pala semang, Myristica cinnamomea.
pendaram  peniaram.
pendarcahaya (Fiz) pancaran sinaran (oleh sesuatu jasad) akibat tindak
balas kimia dll, bukannya akibat pemanasan.
pendarfluor (Fiz) pancaran sinaran drpd atom atau molekul yg terkena
sinaran lain atau yg dibedil dgn zarah spt elektron.
pendaringan Jk sj tempayan tempat menyimpan beras.
pendawa; keris ~ sj keris.
pendek (péndék) 1. tidak panjang, tidak tinggi, pandak, rendah, ringkas:
mereka memakai seluar kain kapas yg ~ dgn baju singlet; 2. tidak
lama, singkat: dlm waktu yg ~; umur semakin ~, badan semakin
uzur;
~ akal = ~ fikiran = ~ ingatan = ~ kira-kira sempit, tidak luas
fikiran (ikhtiar, pengetahuan, dll), picik ; ~ kata (cakap) = ~ kaji =
~nya dgn ringkas, ringkasnya: ~nya segala hukum Islam telah
lengkap dan sempurna pd masa baginda masih hidup; ~ nafas
tidak tahan berlari jauh, mudah tercungap, sesak nafas; ~
permintaan pendek umur;
memendek menjadi pendek: otot itu ~ dan menggemuk apabila
digerakkan;
memendekkan 1. menjadikan pendek, memotong dll supaya
pendek: Muda ~ langkahnya sambil menoleh ke belakang; sama
ada masa penjara itu hendak dipanjangkan atau dipendekkan
terserah kpd pertimbangan hakim; 2. mengikhtisarkan,
menyingkatkan, meringkaskan: guru melatih kanak-kanak ~
sebutan itu; dipendekkan cerita, jadilah keluargaku dan keluarga
Pak Hamid jiran yg paling baik dan ikrab;
kependekan 1. perihal pendek: pergerakan semua haiwan itu
adalah hasil drpd ~ dan kegemukan gentian otot; 2. ringkasan
(perkataan, kumpulan perkataan, dll), singkatan: PBB adalah ~
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu;
pemendekan perihal (perbuatan dsb) memendekkan atau
menyingkatkan: ujaran spt ini menunjukkan ciri-ciri ~ spt yg
berlaku pd pesanan telegram.
pendekar (pendékar) 1. orang yg pandai bersilat (bermain senjata dll); 2.
jaguh, pahlawan: segala hulubalang, pahlawan, ~ tiadalah
terhingga lagi;
~ lidah (kata) orang yg pandai berbahas, ahli pidato (syarah); ~
pena orang yg pandai menulis rencana dll di surat khabar; ~ pulut
Kl ahli pencak silat yg mengambil kesempatan utk mendapat rezeki
drpd pengetahuannya; ~ sambal Kl pendekar yg pengecut dan
mudah ditewaskan;
~ elak jauh prb orang yg amat berhati-hati dan sentiasa bersedia
mengelakkan diri drpd bahaya; tiada ada ~ yg tak bolos, tak ada
juara yg tak kalah prb bagaimana pandai seseorang itu ada kalanya
membuat kesilapan (kesalahan dll) jua;
kependekaran perihal (sifat) pendekar: masing-masing cuba
menunjukkan ~nya.
pendendang; burung ~ sj burung, itik air, Heliopais personata.
pendeta (pendéta) 1. orang yg banyak ilmu (pandai-pandai); 2. ulama
agama Hindu (Kristian dll); 3. orang yg bertapa (dlm cerita-cerita
lama);
kependetaan 1. sbg seorang pendeta: mereka lebih mengutamakan
hidup ~; 2. darjah kebijaksanaan pendeta: rangkap-rangkap yg
manakah yg buruk baiknya perlu dinilai oleh pendeta mengikut
~nya.
pendiat kurungan binatang liar (gajah dll).
pending sj perhiasan pd dada atau tali pinggang yg dibuat drpd emas
(perak) dan berkerawang.
pendipun; baju ~ baju yg dihiasi dgn perada emas dll.
pendong Kl kendong.
pendongkok sj gelang-gelang perhiasan (spt bentuk tampuk bunga) yg
dipasang di antara hulu keris dan matanya, pemendak; kedongkok.
pendopo Jw  pendapa II.
penduk penyalut pd sarung keris drpd emas (perak dll).
pendulum (péndulum) sesuatu jasad yg tergantung berayunan dr tempat
tetap di bawah pengaruh graviti yg digunakan utk mengawal
pergerakan, bandul, buah jam: ahli sains dan ahli astronomi
membuat percubaan tentang tarikan graviti dan prinsip
pergerakan menentukan ayunan ~ sejak abad ke-17 lagi.
penembahan Jw ark panggilan utk raja atau orang yg sangat dihormati,
yamtuan.
penes (pénés) sj kapal kecil.
pengah Kl gatal, miang;  pengas.
pengalan Mn galah utk mengait buah dll, pengait.
pengalasan Jw sl hamba raja: suruh ~ pergi ke Tuban membawa segala
makanan anakku Ratu Melaka itu.
penganan berbagai-bagai jenis kuih;
~ juadah sl beraneka jenis kuih dan makanan; ~ talam sj kuih
dibuat drpd tepung beras (gula, santan, dll) yg dikukus.
pengang Jk bising (bkn telinga).
pengantin I orang yg sedang menjalani istiadat perkahwinan, mempelai:
maka disambut oranglah ~ itu dibawa naik; ~ baru orang yg baru
berkahwin; senapang ~ sj senapang yg berlaras dua;
berpengantin 1. menjadi pengantin; 2. merayakan istiadat
perkahwinan.
pengantin II; kembang ~ Id sj tumbuhan (pokok renek), Nyctanthes
arbortristis.
pengap 1. tidak banyak udaranya (kerana ruang terlalu sempit), susah
hendak bernafas (kerana bilik sempit dan tiada bertingkap), sesak;
2. berbau hapak dan menyesakkan nafas;
berpengap dibiarkan pengap, dipengap: pakaian kotor yg ~
beberapa hari di dlm beg telah mengeluarkan bau masam;
memengap 1. menutup (ikan dll) dlm sesuatu dgn rapat sehingga
udara tidak dapat masuk; 2. ki mengurung (menyembunyikan):
siapa yg dapat bergembira kalau dirinya dipengap dlm kurungan
yg sempit ini;
memengapkan menjadikan pengap, melemaskan, menyesakkan;
terpengap tertutup (tersembunyi) dlm bilik dll.
pengapuh; layar ~ layar yg kecil pd puncak tiang.
pengar berasa pening-pening sedikit (sesudah hilang mabuk dll).
pengaruh kuasa yg terbit drpd orang (benda dll) atas orang (benda dll)
lain, kekuatan batin (ghaib dll) yg meninggalkan kesan pd orang
(lain) dll: ia masih memikirkan tentang ~ wang kpd seluruh
manusia dan seluruh dunia;
berpengaruh mempunyai pengaruh, berkuasa: Dato' Ujang
bukanlah sebarang orang, ia berharta dan ~; kesusasteraan dan
seni tampak bentuk tradisional terus ~ di Malaysia;
mempengaruhi berpengaruh atas, menggunakan pengaruh kpd,
menguasai: kedua-dua kaum itu berlumba-lumba berikhtiar utk ~
umat Arab ke pihak masing-masing;
pengaruh-mempengaruhi saling mempengaruhi: ~ menyebabkan
pertimbangan utk pelantikan itu menjadi kacau dan menyeleweng;
terpengaruh kena pengaruh, dipengaruhi, dikuasai: ~ oleh
prasangka; ~ oleh kata-kata manis.
pengas Kl bk gatal, biang; pengah.
pengat 1. sj penganan drpd ubi dll (yg dimasak dgn gula dan santan),
serawa; 2. sj lauk yg tidak berkuah drpd ikan atau daging; kepala ~
Kl ketua kumpulan jahat; menyenduk kuah dlm ~ Mn prb membuat
pekerjaan yg sia-sia;
memengat memasak pengat; iba akan kacang sebuah, tak jadi ~
prb oleh kerana kesal akan hal yg sedikit (kecil) tak jadi
mengerjakan sesuatu yg dimaksudkan.
pengatu; bedil ~ sl sj meriam; pekatu.
pengawinan sl pembawa tombak istiadat (upacara); tombak ~ tombak yg
dibawa dlm istiadat kerajaan.
pengembar sj bidai utk mengarahkan (memaksa) ikan masuk belat.
pengeng ark berasa sangat pening kepala.
pengeram  peniaram.
pengeras bayaran kpd pawang kerana berubat atau menuntut ilmu
daripadanya.
pengerawan = ~ jantan = ~ penak sj tumbuhan (pokok), Hopea
mengarawan.
pengerek (pengérék) penebuk lubang.
pengerih sj lukah.
pengestu restu.
penget (péngét); memenget-menget menusuk-nusuk lubang hidung (bkn
bau), hangit: buah macang itu baunya ~.
pengga jeluk (pinggan, mangkuk, dll) yg dalam.
penggaga sj tumbuhan (herba yg melata); Hydrocotyle asiatica; 
pegaga.
penggah ark pegah, megah.
penggal 1. kerat, potong: empat ~ tebu; 2. sebahagian drpd buku (kutipan
cerita dll), bahagian, jilid; 3. bahagian drpd masa pengajian setahun
(di sekolah dll): cuti ~ pertama ialah pd bulan April; 4. =
terpenggal: kepalanya gugur ke bumi, tubuhnya ~ dua; 5. Kl
gagal, kecewa;
berpenggal-penggal 1. berkerat-kerat, berpotong-potong; 2. terdiri
drpd atau meliputi beberapa bahagian;
berpenggalan dikerat-kerat atau dipotong-potong (kepalanya);
memenggal 1. memotong, memancung, mengerat: ia menghunus
pedangnya, menghampiri Militza dgn maksud hendak ~ lehernya;
~ lidah ki memotong percakapan orang, menyampuk; 2. membahagi
dlm bahagian-bahagian (cerita dll);
terpenggal sudah dipenggal, terpancung;
penggalan 1. keratan, potongan; 2. bahagian (cerita dll); kasih bapa
sepanjang jalan, kasih anak sepanjang ~ prb kasih anak kpd bapa
tidak sama dgn kasih bapa kpd anak;
pemenggalan perbuatan memenggal;
pemenggal 1. orang yg memenggal (kepala); 2. alat utk memenggal
(kepala).
penggang ark pegang.
penggar  pengar.
penggawa 1. sl ketua pasukan; 2. ketua kampung (daerah), penghulu; ~
marga (Palembang) ark camat.
penggehi, penggeli sj tumbuhan (herba), Aglaonema angustifoloium.
pengguling tenggiling.
penghulu 1. sl ketua, kepala: ~ dapur; ~ kenaikan; Nabi Muhammad
SAW adalah ~ segala nabi dan rasul; 2. ketua sebuah mukim,
lurah, penggawa; 3. Mn ketua (kepala) adat; 4. Id ketua yg
mengurus hal-hal agama daerah, kadi; 5. Id penasihat hal-hal agama
Islam dlm mahkamah negeri; ~ andeka Mn ketua adat, undang;
pantangan ~ menyingsingkan lengan prb orang yg berakal budi
harus banyak berfikir dan jangan terdorong oleh hawa nafsu;
berpenghulukan menganggap (menjadikan) seseorang sbg
penghulu, berketuakan: orang-orang Bugis ~ Raja Haji.
pengilar, pengilau, pengilir sj lukah (bubu) yg panjang.
pengiran Br 1. gelaran utk keturunan tertentu dlm susur galur masyarakat
Melayu; 2. panggilan bagi awangku atau dayangku yg sudah
berkahwin.
pengit; hangit-~ = memengit berbau terlalu hangit (hapak dll).
pengkal (péngkal) ark pingkal.
pengkar (péngkar) bengkok (kaki); ~ dalam bengkok ke dalam (kakinya);
~ luar bengkok ke luar (kakinya).
pengki sj bakul tempat sampah dll; pungki.
pengkilai sj tumbuhan (pokok kecil), bunga pagoda, Clerodendron
paniculatum.
pengkis; memengkis membentak, menengking: maka laksamana ~ serta
menghunus pedangnya.
pengkol (péngkol) Jk bengkok;
memengkol melengkok, membelok, mengelok;
pengkolan lekuk (jalan dll); bengkol.
pengkor (péngkor) Jk tempang (kaki), pincang.
pengluru ark peluru.
pengor Pr terlalu busuk (baunya).
pengorak sj tumbuhan (herba), Asystasia intrusa.
pengsan (péngsan) dlm keadaan tidak sedar akan diri: aku telah ~
beberapa jam lamanya, apabila aku sedar semula aku dikerumuni
oleh beberapa orang tua-tua; jatuh ~ = terpengsan tidak ingat,
tidak sedar akan diri.
penguin (pénguin) sj burung laut di Antartika yg berwarna hitam putih,
berkaki pendek, menggunakan sayapnya utk berenang, dan berjalan
tegak lurus di darat.
pengulun ark sl tuanku.
peni (péni) (di Great Britain sejak 1971) duit syiling drpd gangsa yg
bernilai 0.01 paun.
peniaram sj kuih drpd tepung beras dan gula merah, denderam.
peniat  pendiat.
peniau sj tumbuhan (pokok kecil), Quercus kunstleri.
pening 1. sakit kepala, pusing kepala; ~ kepala berasa sakit dan seakanakan
berpusing-pusing; ~-~ lalat = ~-~ pikat berasa pening-pening
sedikit; 2. ki habis akal (fikiran dll), bingung, runsing;
memeningkan = ~ kepala 1.memusingkan (menyakitkan) kepala; 2.
ki menyebabkan tidak tahu apa yg hendak dibuat, membingungkan,
merunsingkan: Sharifah makin sehari makin liar terhadapnya,
makin pendiam dan makin ~ kepalanya;
kepeningan kesakitan kerana pening, rasa pening: ubat ini juga
berkesan melegakan ~.
pening (péning) IB bulatan drpd timah dll yg bercap sbg tanda sudah
membayar lesen anjing dll.
pening-pening sj tumbuhan (pokok), Quercus argentata.
penisilin (pénisilin) antibiotik yg digunakan utk mengubati pneumonia,
gonorea, dan infeksi-infeksi lain yg disebabkan oleh bakteria.
peniti sj jarum penyemat.
penjajap sl sj kapal perang Bugis: kici itu pun ditutuhnya dibuat ~
perang; spt ~ berpaling hendak hilir prb (perempuan) berjalan
keluar rumah dgn hebat dan menarik.
penjan I sj kuih drpd ubi (pisang) yg dimasak dgn air gula.
penjan II; memenjan memijak, melanyak, melenjan.
penjara 1. tempat atau bangunan penjenayah dikurung sbg hukuman, bui,
jel, kurungan, terongko, tutupan; ~ besi Kl (dlm) jagaan yg kuat, (di
bawah) pemerintahan kuku besi; hukuman ~ sepanjang hayat
hukuman penjara yg tempoh hukumannya berjalan sehingga pesalah
itu mati; hukuman ~ seumur hidup hukuman penjara yg tempoh
hukuman maksimumnya berjalan selama 20 tahun (tetapi
kebiasaannya seseorang pesalah itu hanya menjalani hukuman
selama 13 tahun 4 bulan kerana sepertiga daripadanya diberi
pegampunan jika patuh kpd peraturan penjara dan berkelakuan
baik); 2. situasi apabila seseorang berasa terperangkap: pengarang
itu tidak akan terlepas drpd ~ pengalamannya;
memenjarai ki mengongkong, membelenggu: suara-suara protes
itu bagai mengepung dan ~nya;
memenjarakan mengurung penjenayah dll dlm penjara: Pangeran
Agung pun dipenjarakan di dlm sebuah kota kecil;
terpenjara dikurung (terkurung) dlm penjara atau seolah-olah spt
dalam penjara: ramai di kalangan wanita setelah mendirikan
rumahtangga merasakan diri mereka ~ biarpun pd mulanya
merupakan orang yg paling bahagia; ada segolongan orang yg ~
dlm khurafat;
pemenjaraan perihal (perbuatan) memenjarakan, perihal (keadaan)
terpenjara: satu lagi bentuk hukuman ialah ~;
kepenjaraan perihal penjara.
penjarang sj tumbuhan (herba), Cyathula prostrata.
penjong (pénjong) menganjur keluar.
penjul baki wang yg kecil-kecil.
penjurit  perajurit.
penjuru I pojok, sudut; ~ sudut tepat (Mat) penjuru yg luasnya 90º.
penjuru II 1. sl polis, perajurit; 2. sl gagah berani, pemberani.
penologi (pénologi) 1. kajian tentang pengurusan penjara; 2. kajian yg
berkaitan dgn hukuman terhadap kesalahan jenayah.
penomah ark; raja ~ pemberian kpd bakal mentua.
pensel (pénsél) 1. sj alat tulis drpd kayu kecil yg berisi terutamanya grafit,
potlot; 2. berus (utk melukis).
pensi (pénsi) Mn sj lokan kecil.
pensiun (pénsiun) IB pencen, wang sara;
dipensiun, dipensiunkan diberhentikan bekerja dgn diberi wang
sara;
pensiunan (orang) yg sudah bersara (menerima pensiun).
pentagon (péntagon) I (Mat) poligon yg mempunyai lima sisi dan lima
sudut.
Pentagon (péntagon) II Ibu Pejabat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.
pental; terpental terpelanting jauh: ia jatuh ~ ke tepi jalan.
pentan ark tentu, sah: penikamnya belum ~.
pentang; mementang 1. membentang, merentang: ~ dada; ~ sayap; 2.
menarik: ~ busar;
terpentang terbentang, terbuka (lebar), terentang: di hadapan kami
~ sebuah jalan yg luas.
pentar ark lemah (suara).
pentas 1. lantai ( di rumah dll) yg ditinggikan utk tempat tidur (tempat
memasak); 2. tempat yg ditinggikan utk bermain sandiwara dll,
panggung: ~ bangsawan; presiden telah di bawa ke ~ khas itu
tempat beliau telah menerima tabik; orang berdendang di ~nya
prb orang berkuasa di rumahnya sendiri;
mementaskan memainkan (sandiwara dll) di pentas: mereka telah
~ drama "Harimau Johor" pd minggu lalu di panggung Victoria;
pementasan perbuatan mementaskan (sandiwara dll): menikmati
hasil ~ anekawarna.
pentatlon (péntatlon) (Suk) pertandingan olahraga yg menghendaki setiap
pesertanya mengambil bahagian dlm lima acara yg berlainan.
pentil 1. puting susu; 2. cembul kecil; 3. putik (buah);
mementil menjentik, menyentil, memetik: ia mencari nafkah dgn
jalan menyanyi sambil ~ gitar;
pentilan jentikan, petikan.
pentil (péntil) IB sj alat utk memasukkan udara (gas) dan menahannya
supaya jangan keluar, injap.
penting I 1. amat perlu, sangat berharga (berguna), mustahak: yg ~
baginya ialah pengakuan itu; perkara yg sangat ~; 2. ark genting
(keadaan), berbahaya, tegang: musim yg ~;
mementingkan memandang penting (berat, berguna, perlu, utama,
dll), memberatkan, mengutamakan: mereka lebih ~ harta benda dan
kesenangan hidup; ~ diri sendiri memikirkan hal (keuntungan) diri
sendiri;
kepentingan 1. perihal, keadaan atau sifat penting, peri mustahak,
keperluan: ia sedar akan ~ bandar Melaka; belanjawan itu
menekankan ~ berjimat cermat dan berbelanja dgn hemat; 2.
sesuatu yg penting (dituntut, dihargai dsb) demi kebaikan,
keuntungan atau kesejahteraan diri, faedah, manfaat: masingmasing
mempunyai ~ diri; tugas menjaga ~ peneroka tidak
seharusnya diabaikan; ~ umum kepentingan utk orang ramai; 3.
hak, saham dsb dlm sesuatu syarikat (harta, perniagaan dsb): beliau
menguasai 52%~ dlm syarikat tersebut;
berkepentingan mempunyai kepentingan: tidak dibenarkan orang
yg tidak ~ masuk ke dlm.
penting II; mementingkan memetik kecapi (gitar dll), melambung
(menghempaskan dll) supaya berbunyi "ting".
penting III; berpentingan berpelantingan.
pentol I Jk cembul.
pentol II; pentolan bp orang yg terkemuka, jaguh, penganjur: seorang ~
sosialis.
pentopan rumah (tempat) berjudi, perjudian.
pentung = pentungan tongkat utk memukul, belantan;
mementung memukul dgn pentung.
penubal sj tumbuhan (pokok menumpang), mengkapas, Vanilla griffithii.
penuh 1. seluruhnya berisi, tidak sedikit pun kosong (terluang), pepak:
tong itu ~ lagi berisi minyak; bas itu sudah ~; ~ sesak (padat,
pepak, ruah, tumpat) sangat penuh; 2. banyak berisi (sesuatu),
banyak mengandungi (sesuatu): kedai itu ~ dgn kain; 3. ki tidak
kurang, cukup: kalau dia sudah sembuh, dia akan mendapat gaji ~;
markah ~; sijil ~; 4. banyak (ramai) sekali: ~lah pasar itu dgn
perempuan;
~ harapan dgn berharap sangat; ~ kesedaran dgn cukup sedar; ~
perasaan dgn seluruh perasaan (hati); ~ sarat penuh sekali; ~
semangat dgn bersemangat sekali;
sepenuh secukup(nya), segenap, selengkap, seluruh, semua(nya):
diberi keterangan ~nya; ~ perhatian dgn seluruh perhatian;
memenuhi 1. mengisi (memuatkan) penuh-penuh: air paip itu
dibiarkan ~ baldi itu; 2. memadai, memuaskan, mencukupi:
mengapa aku tidak dapat ~ hasrat hatinya?; pemohon-pemohon
dijemput mengemukakan permohonan bagi ~ jawatan guru; 3.
memuaskan permintaan dll, menyampaikan harapan dll,
mengabulkan: sekadar ~ permintaan yg berulang-ulang diucapkan
itu; 4. menjalankan (kewajiban dll), menepati (janji dll),
menunaikan, menyempurnakan: kita yakin tuntutan-tuntutan yg dua
lagi itu pasti akan dipenuhi jua seterusnya;
memenuhkan menyebabkan sesuatu menjadi penuh, menjadikan
penuh: dia sedang ~ baldi itu dgn air;
terpenuhi sudah dipenuhi, dapat dilaksanakan (diluluskan).
penujuh sj tumbuhan (pokok renek), jarum-jarum merah, Ixora chinensis
(stricta).
penumbra (pénumbra) 1. (Fiz) kawasan yg sebahagiannya gelap di
sekeliling bayang-bayang sesuatu objek legap; 2. (Ast) bahagian
luar tompok matahari yg lebih cerah.
penurun; akar ~ lotong (tupai) sj tumbuhan (pokok renek), Galearia
ridleyi.
penyangak pencuri, penjahat.
penyap ark; memenyapkan melenyapkan.
penyau sj tumbuhan (pokok) dlm famili Dipterocarpaceae, upun (Sabah),
Upuna borneensis.
penyek (pényék) leper (pipih, kemik) kerana terhempap dll;
memenyekkan meleperkan (memipihkan, mengemikkan) dgn
menindih dll.
penyet (pényét) = terpenyet penyek: songkok mereka ~-~ oleh berat
Quran dan papan rehal.
penyok (pényok) Jk lekuk pd tin (badan kereta dll), kemik.
penyu sj kura-kura besar yg bertelur banyak; jenis-jenisnya: ~ belimbing,
~ karah, ~ lumpur, ~ pulau; ~ bertelur beribu-ribu seorang pun
tiada tahu, ayam bertelur sebiji pecah khabar sebuah negeri prb
keuntungan orang kaya walau bagaimana banyak pun tidak menjadi
sebutan orang, tetapi keuntungan orang miskin walau sedikit pun
ramai dicakapkan orang.
penyucuk Br kayu palang yg dipasang di antara tiang-tiang rumah utk
meletakkan lantai, rasuk.
penyuk ark;  perenyuk.
penyum sj tumbuhan (pokok), Agathis alba.
peok (péok) bengot, herot, piuh (kaki dll), kemik (tin, songkok, dll).
peon (péon) budak suruhan pejabat, penyelenggara pejabat.
pepah; memepah 1. memukul dgn tongkat dll; 2. bp memakan dgn lahap:
apa saja makanan habis dipepahnya.
pepai; udang ~ sj udang yg kecil.
pepak I penuh, penuh lengkap: meja itu ~ dgn lauk-pauk; penuh ~ penuh
sekali;
sepepak selengkap, semuanya.
pepak II; memepak memamah, mengunyah.
pepaku; burung ~ sj burung, burung cerewet, burung duit-duit,
Sarcogrammus atrinuchalis.
pepanggil panggil-panggil.
pepara sj tumbuhan (rumpai), rumput sendayan, Rhynchospora
corymbosa.
peparam param, param-param.
pepare (peparé); ~ kurung Jw sj tumbuhan (rumpai), Cardiospermum
halicacabum.
peparu paru-paru.
pepas sj kail (pancing), mata kail;
memepas memancing, mengail; ~ dlm belanga prb mencari
keuntungan drpd keluarga atau kawan sendiri.
pepasang sj tumbuhan (herba memanjat), Coccinia indica.
pepat rata kerana dikerat (dipenggal dll), dempak: giginya yg tidak ~ itu
berceranggah-ceranggah; tiga hari ~ Mn tiga hari betul (genap);
~ di luar rencong (pancung) di dalam prb baik pd lahirnya tetapi
hatinya jahat;
memepat 1. mengerat utk diratakan, memangkas, mendabung,
meratakan: kumisnya dipepat menurut aturan orang soleh-soleh; 2.
memaras (beras dlm sukatan dll).
pepatah sj peribahasa yg mengandungi nasihat, ajaran (perkataan) orang
tua-tua dll, bidal; ~ adat perkataan (peribahasa) mengenai adat, kata
adat; ~ dan petitih berbagai peribahasa;
berpepatah menyebut (memakai) pepatah: pandai benar kanda ~;
pematah.
pepatil patil; turun ijuk turun ~ prb barang yg dibeli hendaklah dibayar
sekali.
pepauh I buah yg berisi tebal dan berbiji.
pepauh II sj tumbuhan (pokok) dlm famili Rutaceae, cabang tiga, leban
nasi, pauh-pauh (Sabah), Euodia spp.
pepaya sj tumbuhan (pokok dan buahnya), betik, Carica papaya.
pepayang sj tumbuhan (pokok memanjat), Hodgsonia capniocarpa.
pepe (pépé) I Jk sj penganan drpd pisang dan tepung.
pepe (pépé) II Id; kain ~ bp sj kain, kipar.
pepe (pépé) III Jw; pepean; tembakau ~ tembakau yg dijemur.
pepeh (pépéh) Kl pipih.
pepejal benda yg mempunyai bentuk yg tidak berubah-ubah, benda padat.
pepek (pépék) pertaruhan luar drpd pertaruhan biasa (dlm permainan
dobolo).
pepenjuru (Mat) garisan lurus yg menghubungkan dua penjuru yg
bersetentangan.
peper (pépér) ark; memeper menyimpang drpd halanya (perahu dll).
peperai sj tumbuhan (pokok), Aporosa symplocoides.
pepermin (pépermin) 1. sj pudina; 2. gula-gula yg berperisa pudina.
pepes (pépés) = pepesan sj lauk drpd ikan dll yg dirempahi dan dibakar
dlm daun pisang, pais.
pepet I (Lin) bunyi vokal e.
pepet II Jk 1. buntu, tertutup; 2. ki tidak ada jalan lain, habis (hilang)
akal, habis ikhtiar.
pepet (pépét) Jw ark; memepet mendesak, menghimpit;
kepepet terdesak, terhimpit.
pepijat I sj tumbuhan (pokok) dlm famili Rosaceae, kelanus (Sabah),
Prunus spp.
pepijat II (Komp) 1. kesilapan yg terdapat dlm perisian, sistem atau
perkakasan komputer; 2. peranti elektronik yg tersorok di tempat
tertentu utk menangkap perbualan orang secara rahsia, spt dlm
pengintipan; ~ alaf gangguan terhadap perisian atau sistem
komputer yg dijangka berlaku akibat perubahan tarikh apabila
bermulanya abad ke-21 sehingga boleh menimbulkan berbagaibagai
masalah.
pepina sj tumbuhan (pokok memanjat), Hiptagesericea.
pepinang sj tumbuhan (rumpai), lancung, Leptaspis urceolata.
pepindan Jw persamaan (bkn metafora).
pepisang; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), Alphonsea maingayi; akar ~ sj
tumbuhan (pokok memanjat), Uvaria purpurea.
pepsin (pépsin) enzim di dlm perut yg mengubah protein kpd pepton.
pepsinogen (pépsinogen) (Bio) bahan pemula tak aktif bagi pepsin yg
terdapat di dlm mukosa perut.
peptida (péptida) (Bio) sebatian yg terbentuk drpd dua asid amino atau
lebih, yg dihubungkan oleh ikatan peptida.
peptidase (péptidase) (Bio) enzim yg memangkinkan hidrolisis peptida
kpd asid amino dan terdapat di dlm usus kecil.
pepton (pépton) sj bahan yg merupakan hasil drpd tindakan pepsin ke atas
protein (dlm perut).
pepuah keriting (rambut).
pepuju Jk kandung, peranakan.
pepulut sj tumbuhan (pokok renek), pulut-pulut, Urena lobata.
pepunden (pepundén), pepundi Jw junjungan, pujaan, tangkal, (azimat
dll) yg sangat dihormati.
pepura ark pura-pura.
peputut ark sl murid dr pertapa (pendeta).
pepuyu sj ikan;  puyu.
per I dibahagi dgn (dlm kata majmuk yg menunjukkan angka pecahan);
satu ~ tiga satu dibahagi tiga (1/3); tiga ~ empat tiga dibahagi
empat (3/4);
seperdua satu dibahagi dua.
per II tiap-tiap: satu ~ satu; lima batu ~ minit.
per (pér) I IB spring, pegas;
berper memakai per (spring).
per (pér) II IB mentol lampu elektrik;
perabot = perabotan Jw alat perkakas; ~ mobil alat-alat bahagian kereta;
~ rumah perkakas rumah (kerusi, meja, dll); ~ tukang kayu alat
perkakas tukang kayu.
perabu sl panggilan kpd raja; sang ~ baginda;
keperabuan kerajaan (kebesaran).
perabung = perabungan atap penutup bumbung rumah; ~ lima bentuk
berbentuk limas (rumah).
peracit sj tumbuhan (pokok renek) tanduk-tanduk, puding hutan,
Ervatamia malaccensis.
peracut pecah (bisul).
perada I sj serbuk berwarna emas (perak dsb) digunakan sbg perhiasan
(membuat tulisan dll); ~ telepuk bunga-bungaan drpd perada.
perada II ark perarakan barisan tentera.
peragat Mn ark tanda-tanda kebesaran raja.
peragawan lelaki yg memperagakan (mempamerkan) pakaian dll yg
dipakainya.
peragawati perempuan yg memperagakan (mempamerkan) pakaian dll yg
dipakainya.
perah I; memerah memicit dll utk mengeluarkan air (susu dll), memeras:
~ kain; ~ susu lembu;
~ keringat bekerja dgn kuat; ~ otak belajar dgn kuat, berfikir dgn
bersungguh-sungguh;
memerahkan memerah utk: dia ~ ibunya santan utk dibuat bubur;
perahan 1. hasil drpd memerah (air, susu, dll); 2. binatang dll yg
diperah: lembu ~;
pemerahan perbuatan memerah, pemerasan;
pemerah 1. alat atau mesin utk memerah (jus dsb): ~ oren; ~ tebu;
2. orang yg memerah (susu dsb): ~ susu lembu.
perah II sj tumbuhan (pokok), Elateriospermum tapos;
~ ikan sj tumbuhan (pokok), ara bukit, lindung matahari, medung,
pokok perut budak, Pimeleodendron griffithianum; ~ paya sj
tumbuhan (pokok), Elaeocarpax mastersii; akar ~ bentuk sj
tumbuhan (pokok memanjat), akar saga molek, Lettsomia maingayi.
perahu sj kenaikan (drpd kayu dll) di air dan biasanya tidak mempunyai
geladak, sampan besar;
~ jalur sj perahu yg dibuat drpd sebatang kayu yg dibelah dua,
dikorek isi tengahnya dan dibentuk spt perahu; ~ kura sj kapal
perang lama; ~ lading perahu yg kecil panjang dibuat drpd sebatang
kayu; ~ layar perahu yg memakai layar; ~ mayang (payang,
pemayang, pukat) perahu utk memukat di laut; ~ som sj perahu
perang yg kecil dan laju;
~ bertambatan, dagang bertepatan prb teratur dan kena pd
tempatnya (perdagangan); ~ papan bermuat intan prb sesuatu yg
tidak layak diperjodohkan; ibarat ~ takkan karam sebelah prb dua
orang yg bersyarikat dll jika rugi tentulah ditanggung oleh keduaduanya;
terlangsung ~ boleh balik, terlangsung cakap tak boleh
balik prb sebelum mengeluarkan perkataan hendaklah berhati-hati,
kalau sudah terlanjur tidak dapat ditarik balik;
berperahu menaiki perahu: mereka lari ~.
perai I; berperai-perai bercerai-berai, berderai-derai, berpisah-pisah;
memerai menumbuk dll supaya bercerai-cerai (berderai-derai),
mencerai-beraikan, memisah-misahkan.
perai II IB 1. hari cuti, libur; 2. tidak payah membayar, percuma.
perai III; membuang ~ = berperai-perai mengemudikan kapal (layanglayang
dll) ke kiri dan ke kanan, berpal-pal.
perai IV; bawang ~ sj bawang, Allium porrum.
perai V; kain ~ kain sutera hitam yg ditenun berbunga-bunga.
peraja Sr sj pantang larang selepas berkahwin.
perajurit 1. anggota tentera, askar, serdadu; 2. Id pangkat terendah dlm
angkatan tentera, prebet; 3. sl gagah dan berani;
keperajuritan perihal perajurit, kepahlawanan, ketenteraan.
perak I Kl; masin ~ terlampau masin.
perak II Kl; memerak menyimpan (meletakkan) barang-barang dll dgn
tidak teratur dll.
perak III Kd hairan, (tercengang) kerana pertama kali melihat sesuatu
dsb.
perak (pérak) I 1. sj logam yg berwarna putih dan berkilat (digunakan utk
membuat perhiasan duit dll): mangkuk ~; wang ~; 2. = perakan
wang rupiah: dia meminta sekeping surat keterangan dgn bayaran
beberapa ~ sahaja;
keperakan, keperak-perakan warna putih kekelabuan yg terang
atau berkilau: biru ~.
Perak (pérak) II negeri di barat daya Semenanjung, keluasan 20 668 km2,
Ipoh sbg ibu negeri.
peraka ruang di geladak kapal tempat memuat barang-barang dll; →
palka.
peram I; berperam ki selalu tinggal di rumah sahaja;
memeram 1. menyimpan buah-buahan dll (dgn membungkusnya
dll) supaya lekas masak: ~ pisang; 2. ki menyuruh tinggal di rumah
sahaja, memingit, mengurung; 3. ki menyimpan, memendam
(perasaan): bertahun-tahun Mamat ~ dendam;
~ hati ki menyimpan perasaan dlm hati; yg seorang ~ batu, yg
seorang ~ pisang prb yg seorang dapat menunggu tetapi yg seorang
tidak;
terperam ki dipendam atau tersimpan dlm hati: mengeluarkan
segala yg ~;
peraman buah-buahan (tapai dll) yg diperam;
pemeraman perbuatan memeram.
peram II; memeram berbunyi (burung merpati dll), mendekut.
peran I 1. pemain sandiwara; 2. pelawak dlm pertunjukan makyung,
badut; 3. topeng pelawak;
memerankan melakonkan peranan: jadi bung minta aku ~
bahagian-bahagiannya?
peranan 1. pemain sandiwara, pelawak; 2. bahagian (sandiwara,
pekerjaan, tugas) yg dipegang: bahasa Melayu sanggup dan
mampu mengambil ~ sbg bahasa Kebangsaan yg tunggal;
berperanan mempunyai peranan, memainkan (memegang) sesuatu
peranan: dlm hal ini guru ~ sbg penasihat saja.
peran II 1. kayu yg menyambung sebelah atas tiang rumah dan tempat
melekatkan kasau-kasau; 2. bahagian atas alang yg berlantai utk
menyimpan barang dll: perkakas tembaga itu berlaga sesama
sendiri apabila diturunkan dr atas ~ rumah.
perancah I kayu (buluh dll) yg dipasang sbg rangka utk tumpuan dll
semasa mendirikan rumah (membuat tembok dll), aram-aram: ketika
angkatan kami memanjat ~ itu utk masuk ke kota Melaka, kami
dihujani oleh peluru-peluru.
perancah II Mn; ~ gulai campuran gulai; perencah.
perancit, perancut  pancit I.
peranda; porak-~ berserak-serak, bercerai-berai.
perang 1. perkelahian (pertempuran dll) dgn menggunakan senjata antara
negeri dgn negeri dll: ~ antara kedua-dua negeri itu tidak
berkesudahan; pecah ~ a) mulai terbit perang; b) sl kalah perang; 2.
ki perbuatan beradu tenaga (kekuatan dll), pergaduhan, perjuangan:
timbullah ~ antara kedua-dua akhbar itu; 3. bp = berperang
bertempur; pergi ~ pergi bertempur;
~ asabat = ~ (urat) saraf perang tidak bertempur (hanya baharu
saling menggertak, menakuti, dll), usaha utk melemahkan musuh
dgn menunjukkan moralnya; ~ asap latihan perang; ~ atom perang
dgn menggunakan senjata-senjata atom; ~ besar perang yg lama dan
hebat; ~ biologi perang yg menggunakan virus atau kuman penyakit
utk memusnahkan manusia, tanaman dsb; ~ dingin a) perang secara
saling menggertak (belum menggunakan senjata lagi utk menyerang
dsb); b) bp bergaduh dgn tidak bercakap (suami isteri dll); ~ dunia
perang yg besar antara beberapa buah negara besar di dunia; ~
ekonomi permusuhan atau persengketaan yg melibatkan
pengambilan langkah dan tindakan ekonomi (spt penyekatan
eksport dan import barang dll) dgn tujuan hendak menghancurkan
pihak musuh; ~ gerila perang secara kecil-kecilan dan tidak
berhadap-hadapan (secara bersembunyi); ~ harga persaingan harga
yg sengit utk menguasai pasaran antara firma-firma dlm industri yg
sama, dgn menurunkan harga barangan masing-masing serendah yg
mungkin; ~ kilat perang yg dilakukan dgn pantas dan mengejut
supaya lekas habis; ~ kimia perang yg menggunakan gas beracun
atau bahan kimia lain sbg senjata; ~ konvensional perang biasa yg
tidak melibatkan penggunaan senjata nuklear, kimia atau biologi; ~
mendada = ~ tanding(an) perang (pergaduhan) seorang melawan
seorang; ~ mulut (bicara) bertengkar dgn menggunakan
(mengeluarkan) kata-kata yg keras dan kasar, saling berbantahan; ~
nuklear perang yg melibatkan penggunaan senjata nuklear; ~
paderi perang antara kaum Islam dgn kaum adat (yg dibantu oleh
Belanda di Sumatera Barat pd tahun 1821-1837); ~ pena
pertengkaran (polemik) melalui tulisan di akhbar dll; ~ sabil perang
utk mempertahankan agama Islam; ~ salib perang utk
membebaskan Baitulmuqaddis (oleh orang Kristian); ~ (urat) saraf
perang (persengketaan) setakat gertak-menggertak dan ancammengancam
sahaja tanpa benar-benar serang-menyerang dgn
senjata; ~ saudara = ~ sipil Id perang antara orang-orang yg
sebangsa (atau antara puak-puak) dlm sesebuah negara; ~ terbuka
perang secara besar-besaran di tempat terbuka (bukan perang
gerila);
~ bermalaikat sabung berjuara prb kita berusaha tetapi Tuhan yg
menentukan berjaya atau tidak; kalau tak takut akan mati tak
sedunia ~ prb dikatakan tentang pekerjaan yg amat berbahaya tetapi
digemari orang;
perang-perangan 1. latihan berperang; 2. permainan berperang;
berperang melakukan perang, berjuang, bertempur: mereka ~ utk
mempertahankan kedaulatan negara mereka;
berperangan saling berperang: umat manusia kembali ke zaman
kunonya, masing-masing ~ dan berbunuhan;
memerangi 1. berperang dgn, berperang melawan: senjata itu
sekarang digunakan pula utk ~ rakyat Indonesia; 2. melawan,
membasmi, menghapuskan: faham-faham yg berdasarkan syirik
mestilah diperangi habis-habisan;
memerangkan, memperperangkan 1. merebutkan sesuatu dgn
berperang, berperang utk; 2. memperlagakan (mengadu) supaya
berperang;
peperangan perang, perjuangan, pertempuran; medan ~ medan
(tempat) berperang.
perang (pérang) merah yg kehitam-hitaman (kekuning-kuningan):
parasnya memang menarik dgn rambutnya yg ~;
keperang-perangan agak perang.
perangai 1. kelakuan, tingkah laku: dia tahu ~ isterinya; 2. tabiat, budi
pekerti, watak: ~nya jahat;
berperangai 1. mempunyai perangai, berkelakuan: pekerja yg ~
baik; 2. berkelakuan tidak sepatutnya, bertingkah.
perangan Kl buluh dll utk mengapit ikan (daging dll) yg dipanggang,
pemanggangan.
perangat; memperangat memanaskan semula nasi (gulai dll) yg telah
sejuk.
peranggang; ayam ~ ayam panggang.
peranggu beberapa benda dll yg menjadi kesatuan yg lengkap, set;
seperanggu, seperangguan selengkap (pakaian dll).
perangkap 1. alat utk menangkap (kancil, harimau, dll), jebak: kami ke
hutan menahan ~; 2. ki tipu muslihat utk memperdaya dll orang:
Firdaus pasti masuk ~ Israel kali ini; aku terkurung dlm ~ serba
salah;
~ laju sistem yg digunakan oleh pihak polis utk mengesan pemandu
kenderaan (kereta dsb) yg memandu melampaui had laju yg
dibenarkan di jalan raya tertentu; ~ maut sesuatu (bangunan,
tempat, keadaan dsb) yg berbahaya dan boleh meragut nyawa
seseorang;
memerangkap 1. menangkap orang dll dgn perangkap, menjebak;
2. ki menipu, memperdaya: hatinya ragu-ragu Dang Kenanga
datang hendak ~nya dan membuat fitnah;
terperangkap 1. kena perangkap, terkurung, tertangkap: mereka
menyelamatkan pekerja-pekerja yg ~ dlm lombong; 2. terpedaya,
tertipu: Aini sedar bahawa dirinya benar-benar ~.
perangkat; seperangkat selengkap (pakaian dll), seperangguan.
perangkawan orang yg pakar atau berpengetahuan tentang (ilmu)
perangkaan, ahli perangkaan, ahli statistik.
perani padang yg berbentuk bundar dgn tempat penonton ditinggikan di
sekelilingnya (spt tempat sarkas).
peranjat; memeranjatkan menjadikan terkejut (kaget), mengagetkan,
mengejutkan: tiba-tiba ia tersentak bangun seakan-akan ada
sesuatu yg ~nya;
terperanjat kaget, terkejut: pengemis itu ~ dan kagum;
keterperanjatan perihal atau keadaan terperanjat: ada yg mati
kerana sakit teruk, atau mengalami ~ yg amat sangat.
peranti 1. alat, perkakas, pesawat: tatacara dan ~ optometri moden dapat
membantu supaya pelihatan yg baik dapat dikekalkan; 2. syarat; 3.
buat, bagi, untuk.
perantis orang yg bekerja dgn tujuan utk memperoleh pengetahuan dan
kemahiran dlm sesuatu bidang: dia menjadi ~ di sebuah kedai
dapur arang;
perantisan; latihan ~ latihan sbg seorang perantis (utk memperoleh
pengetahuan dan kemahiran);
keperantisan latihan dan kerja sbg perantis: dia berjaya
menamatkan ~ selama enam tahun.
peranyak Mn ark; terperanyak terjatuh atau terduduk di kerusi dll
kerana terkejut dll: Engku menteri telah hilang kekuatannya dan ~
di atas kerusi;  perenyak.
perap I ark; memerap mengepak-ngepakkan (mengirai-ngiraikan) sayap,
menggelepar (ayam, itik, dll).
perap II; memerap 1. mengurung (menyembunyikan) diri dlm rumah dll
(tidak keluar-keluar): dia ~ sahaja di rumah; 2. membiarkan
daging, ikan dsb yg telah digaul dgn bahan yg terdiri drpd sos,
garam, rempah dsb, utk beberapa waktu sebelum dimasak: ~ daging
ayam itu beberapa jam atau semalaman; ~ diri memerap;
terperap 1. tertahan, tidak terurus, tertumpuk (surat dll); 2.
terkurung, terpendam: dia lebih suka ~ di dlm biliknya;
perapan sesuatu (spt ayam, daging, sotong dsb) yg diperap, hasil
memerap: ~ itu direbus selama 3 jam sehingga masak;
pemerapan perihal (perbuatan atau proses) memerap: ~ daging itu
sekurang-kurangnya dua jam;
pemerap 1. (orang) yg bertabiat suka memerap: si anak akan
berasa tersinggung, jauh hati, lalu menjadi kanak-kanak yg ~; 2.
bahan yg terdiri drpd rempah, herba, minyak, cuka dsb yg digaulkan
pd daging, ikan dsb, dan dibiarkan menyerap beberapa waktu
sebelum dimasak utk menambah rasa dan melembutkan daging,
ikan dsb.
perap III Kd; memerap meminta sesuatu dgn memaksa (kanak-kanak),
merengek utk mendapatkan sesuatu.
perapat sj tumbuhan (pokok) dlm famili Sonneratiaceae, berembang,
gedabu, redada dan perapat laut (Sabah), Sonneratia spp.
perapatan Jw simpang empat.
peras I; memeras 1. memerah: ~ kelapa; ~ keringat ki bekerja keras; ~
otak ki berfikir (belajar) bersungguh-sungguh; 2. mengambil
keuntungan yg berlebih-lebihan drpd orang, menindas: mereka
sudah mengetahui bahawa orang tengah itulah yg selama ini ~
mereka; ~ tenaga membanting tulang; ~ tenaga orang membuat
orang bekerja utk keuntungan sendiri; 3. = memeras ugut;
perasan hasil memeras, perahan;
pemerasan perbuatan memeras, pemerahan: saya berazam akan
merampas segala hak mereka yg didapati dgn ~ itu;
pemeras 1. orang yg memeras, pemerah; 2. (alat) utk memeras;
mesin ~ mesin utk memeras.
peras II Mn 1. licin; 2. rata; paras II.
perasan I sedar (akan berlakunya atau adanya sesuatu); tidak ~ tidak
sedar (nampak): tak ~ aku bila dia meletakkan dulang yg berisi air
dan kuih itu.
perasan II Kd 1. megah, berasa bangga; 2. agak.
perasat Id kecekapan memegang, pegangan; persalinan ~ Id perihal
melahirkan anak dgn menggunakan perkakas (tidak spt biasa).
Perasman Perancis.
peras ugut kegiatan meminta wang, barang kemas, dll secara paksa (dgn
ugutan, ancaman): kejadian ~ menjadi-jadi di Kuala Lumpur sejak
kebelakangan ini;
memeras ugut meminta wang, barang kemas, dll dgn mengugut
(mengancam) secara paksa: samseng-samseng itu ~ pekedai utk
mendapatkan duit;
pemeras ugut orang yg melakukan peras ugut.
perasukan ark pasukan.
perat I ark 1. tengik baunya (spt bau minyak kelapa yg sudah disimpan
lama); 2. masam, kelat (buah dll);
hancing ~ Kl terlalu hancing; masam (masin, pahit) ~ Kl terlalu
masam (masin, pahit); terung ~ sj terung yg kecil.
perat II Kl; perat-perat bunyi spt bunyi tapak kasut orang berjalan.
perat III Kl; memerat memagut (bkn ayam): anak ayam diperat ibunya.
perat IV Kl; ~-taka entah ke mana-mana, jauh; pergi ~-taka pergi entah
ke mana-mana (jauh sekali).
perata; roti ~ roti canai.
perau Pr perahu.
perawan 1. anak dara, gadis: Ramli ingin mengetahui adakah ia ~ atau
janda, atau sudah menjadi isteri orang; ~ tua anak dara tua; 2.
belum berkahwin (gadis), belum hilang dara: ia masih ~; sudah
hilang ~nya sudah hilang daranya;
keperawanan perihal perawan, kegadisan, kesucian: kalau terlalu
bebas bergaul dgn lelaki orang akan meragukan ~nya.
perawas sj tumbuhan (pokok), medang asam (penang), Litsea
penangiona.
perawis sl berbagai-bagai bahan (ramuan) yg diperlukan utk sesuatu.
perbal IB = proses ~ laporan (keterangan) yg jelas mengenai sesuatu
perkara (perbicaraan di mahkamah dll), berita acara;
diperbal dibuat perbal (laporan) mengenai sesuatu perkara
(perbicaraan).
perban kain pembalut (luka dll): hampir seluruh kepalanya terbungkus ~
putih; ~ kasa perban drpd kain kasa (yg jarang-jarang tenunannya);
memerban membalut (luka dll): perutnya telah diperban dgn kain
putih tetapi bekas darahnya yg sudah kering masih kelihatan.
perbani; air ~ pasang yg paling tinggi atau surut yg paling rendah; bulan
~ bulan yg belum penuh (makin hari makin besar), bulan muda;
pasang ~ pasang yg paling besar (tinggi).
perbatin sl penghulu adat.
perbawa Jw 1. pengaruh; 2. ark kewibawaan.
perbegu kafir.
perbek (perbék) Kl kayu pemukul bola (dlm sj permainan).
perca I kepingan-kepingan (potongan) kecil kain sisa drpd jahitan dll, reja
(carik) kain: dia membongkar-bongkar bakul jahitannya, mencaricari
~ kain utk membebat lukanya.
perca II; getah ~ sj getah, getah taban.
perca III; lintah ~ sj lintah yg besar, Hirundinaria javanica.
percaya 1. = ~ akan (kpd) mengakui (menerima, yakin) akan benarnya
(adanya dll) sesuatu: ~lah kata-kataku, aku tidak bercakap bohong;
orang Islam wajib ~ kpd Allah dan Rasul-Rasul serta pengajaran
mereka; 2. = ~ akan (kpd) yakin atau berasa pasti (akan kebaikan,
kejujuran, dll orang), pasti dapat berbuat sesuatu (akan terhasilnya
sesuatu): aku ~ kpd kau, aku tahu bahawa kau jujur; ia ~ citacitanya
akan tercapai; undi tidak ~ undi (dlm mesyuarat, parlimen,
dll) utk menyatakan tidak yakin akan kebolehan atau kejujuran dll
seseorang (sesebuah parti) yg berkuasa;
~ angin lalu percaya kpd kata-kata atau khabar yg belum pasti
benar atau tidaknya;
mempercayai 1. mengakui atau yakin akan benarnya (adanya,
berlakunya, dll) sesuatu, menerima sbg benar kata-kata dll orang: ia
tidak ~ segala kata dan keterangan perempuan itu; senapang
tersebut dipercayai telah dicuri drpd seorang pengawal kampung;
2. menganggap atau berasa pasti bahawa seseorang jujur (baik,
amanah, dapat diharap, dll): datuk penghulu itu seorang yg
dipercayai dan dihormati oleh orang kampungnya;
percaya-mempercayai saling mempercayai: perasaan tidak ~
antara satu sama lain;
mempercayakan menyerahkan atau meninggalkan dgn sepenuh
keyakinan (supaya dijaga dll), mengamanatkan: tanah dan rumah
yg baru dibelinya itu dipercayakan kpd orang yg menyewa
rumahnya;
kepercayaan 1. keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya,
berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad: ada ~ yg mengatakan telur,
ikan, dan daging menyebabkan bisul; kerajaan berusaha hendak
menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yg terdiri drpd
berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dsb; ~ kuno
kepercayaan kpd yg kuno (kolot); 2. sesuatu yg dipercayai
(diyakini, diterima sbg benar, dll); sudah jadi ~ yg turun-temurun
sudah jadi sesuatu yg dipercayai turun-temurun; 3. keyakinan atau
rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang; ~ dan kejujuran
orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; kerana
sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak
ada lagi; ~ akan (kpd) diri sendiri kepercayaan (keyakinan) pd
kebolehan diri sendiri; mosi ~ Id usul (dlm parlimen dll) utk
menegaskan keyakinan pd kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah;
surat ~ surat tauliah (surat mengesahkan pemiliknya benar-benar
memegang jawatan dll yg dinyatakan); 4. boleh dipercayai, amanah
(jujur dll): ini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan
pecah rahsia ini; 5. orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu):
perkara itu diserahkan kpd ~nya;
berkepercayaan mempunyai kepercayaan;
ketidakpercayaan perihal (atau keadaan) tidak percaya: telah
timbul ~ terhadap gaya kehidupan wanita cara lama di kalangan
wanita yg berkenaan.
percik titik-titik air dll yg berserak-serak ke sana sini (setelah air
terhempas ke batu dll), recik, renjis;
berpercikan berhamburan, bersemburan, bertaburan ke sana sini
(bkn benda cair spt air dll): air hujan dr bumbung rumah mencurah
jatuh menimpa batu dan ~;
memercik menghambur ke sana sini (utk titik air dll): kereta itu
berjalan dgn laju menempuh air menyebabkan air itu ~ ke kaki
lima; ombak menghempas ke batu dan air laut ~ ke udara;
memerciki menaburkan titik-titik air kpd, merenjisi: baju yg
hendak diseterikanya itu dipercikinya dgn air;
memercikkan menyebabkan berpercikan (air dll), merenjiskan:
seorang lepas seorang ~ air mawar pd kedua-dua pengantin yg
sedang bersanding; kain yg dipercikkan dgn air emas kain yg
disulam dgn air emas;
terpercik 1. kena percik (air dll): tepuk air di dulang ~ muka
sendiri juga; 2. memercik, keluar menghambur: air di dlm bekas itu
~ bajunya;
percikan 1. sesuatu yg memercik (air dll), renjisan: sudah nampak
~ air dan budak-budak berenang dan menyelam; luka matanya
kerana termasuk ~ karat; 2. fikiran (perasaan, sinar, dll) yg tibatiba
timbul atau memancar: beberapa ~ telah terbit dlm fikirannya;
kelihatan ~ cahaya matahari menyuluh langit berpinar-pinar;
pemercik alat yg digunakan utk memercikkan air dsb.
percis bp persis.
percit; memercit, terpercit 1. keluar memancut (darah, nanah, dll); 2.
memercik, keluar menyembur sedikit-sedikit.
percul; terpercul terpacul, tersembul.
percuma 1. tidak ada faedahnya (gunanya, hasilnya), sia-sia: guru tidak
harus membuang masa dgn ~; ~ sahaja menasihatkan budakbudak
yg tidak berakhlak itu; 2. (dgn) tidak meminta bayaran: tidak
seorang pun mahu bekerja ~ sahaja, semua menuntut upah; 3.
diperoleh dgn tidak perlu membayar, tidak dikenakan bayaran:
pemenang peraduan tersebut diberi tiket ~ utk melancong ke
Tokyo; pekerja-pekerja diberi gaji yg agak rendah tetapi diberi
makan ~;  cuma I.
percung Tr sengaja: Semek ~ mencari alasan kelahi dgn suaminya.
perdah I tangkai (pegangan) beliung.
perdah II tirai, tabir.
perdah III Kl, Tr tulang ikan yg bercabang tiga.
perdak Kl; memerdak mengisi hingga penuh (spt mengisi kekabu dlm
bantal).
perdana 1. yg terutama; P~ Menteri ketua menteri sesebuah negara
(mengepalai jemaah menteri); 2. yg mula-mula, yg pertama (sekali);
pertunjukan (tayangan) ~ tayangan (filem) yg pertama kali; 3. sl
bendahara.
perdata I pengadilan: segala tindak pidana dan ~ tersimpul dlm
beberapa perkara; hukum ~ Id undang-undang yg menentukan hak
serta harta benda dan perhubungan antara orang dll.
perdata II Jk 1. hati-hati, ingat-ingat, jaga-jaga, teliti; 2. memerhatikan,
mempedulikan, menghiraukan.
PERDAUS akronim bagi Persatuan Pelajar-Pelajar Ugama Dewasa
Singapura.
perdeo (perdéo), perdio bp (dgn) percuma, tidak dikenakan bayaran;
hotel ~ Id, bp penjara.
perdom IB, bp kata makian;
diperdom, diperdomi dimaki-maki, dimarahi.
perdu I 1. kelompok pokok (buluh dll), rumpun: digenggamnya serumpun
padi dan dicabutnya berderai jatuh tanah drpd ~nya; 2. pangkal
pokok: ia menyandarkan basikalnya pd ~ membacang.
perdu II; berperdu berasas: kehidupan mereka tidak lagi ~ kpd tradisi
dan peradaban Islam.
pere (péré) Kl sj kain yg halus (lembut).
peredus; terperedus buncit (perut), gendut.
pereh (péréh); terpereh-pereh terlalu letih (tidak berdaya), terhuyunghayang
(kepenatan).
perek (pérék) IB, bp kata makian.
perekik (perékik) Id 1. tendangan bebas oleh suatu pasukan terhadap
pasukan lawannya yg telah melakukan kesalahan (dlm permainan
bola sepak); 2. bp melanggar peraturan, berlaku kurang sopan.
perem (perém) bp pemidang (bingkai) utk gambar dll: gambar itu
dibubuh ke dlm ~ dan digantung di dinding biliknya;
berperem dibubuh atau dimasukkan di dlm perem (bkn gambar
foto, lukisan dsb): ada beberapa keping gambar ~ yg menarik
perhatiannya;
memperemkan diberi berperem.
perempuan 1. wanita, lwn laki-laki: ~ itu isteri dia; raja ~ permaisuri;
penyakit ~ penyakit sifilis; 2. isteri: ~nya orang Minangkabau;
~ gatal perempuan yg suka akan laki-laki; ~ jahat =~ jalang
pelacur; ~ joget perempuan penari joget; ~ jungkat perempuan
gatal; ~ simpanan perempuan yg dijadikan teman utk tujuan seks
tanpa ikatan perkahwinan yg sah;
~ melangkahi ular tiada lepas prb perihal kelemahan perempuan;
bagai bunyi ~ di air prb sangat bising (riuh-rendah);
keperempuanan perihal sifat perempuan: kelakuan Rahimah
sehari-hari memberi gambaran yg nyata tentang isi hati ~nya.
perenang (perénang); centang-~ = simpang-~ berantakan;  centang I,
simpang.
perencah = ~ gulai campuran gulai (bahan penyedap gulai).
perendeng (peréndéng) Kl menunjuk-nunjukkan (memegah-megahkan)
sesuatu yg dimiliki.
perengat; ~ kering sj tumbuhan (pokok renek), akar kani (meranang), ara
lumut, gurah peria, tukul-takal, Croton caudatum.
perengau; terperengau terbuka lebar (luka, pintu, dll), besar (luas)
lubangnya: asap rokoknya keluar drpd lubang hidungnya yg ~ itu.
perenggan 1. batas, perhinggaan, sempadan: pergaulan bebas haruslah
ada ~nya; ~ negeri sempadan negeri; 2. had, takat: apabila air
pasang paras air di pantai ini naik ke ~ pinggang; 3. bahagian
drpd muka atau bab dlm buku (rencana dll) yg terdiri drpd beberapa
baris, paragraf: tiga ~ di atas menghuraikan latar belakang
masalah ini; syarat-syarat yg diperlukan ada dinyatakan dlm ~
kedua bab pertama;
berperenggankan berbataskan, bersempadankan;
memerenggankan 1. mengehadkan, membataskan; 2.
membahagikan sesuatu (mis teks) kpd beberapa perenggan;
pemerengganan proses atau perbuatan memerenggankan sesuatu:
penggunaan tanda baca dan ~ yg wajar.
perenyak Mn; terperenyak terduduk atau terjatuh dgn tiba-tiba (kerana
letih, terkejut, dsb): ~ Sharif di kerusinya setelah selesai surat itu
dibacanya.
perenyek (perényék) Kl; memerenyek menekan (pijat-pijat dll) utk
membunuhnya.
perenyuk; terperenyuk lekuk, kepek.
perenyup ark perenyuk.
perepat I sj tumbuhan (pokok yg kayunya keras dan dibuat gading-gading
perahu dll), berebat, gedabu, pedada laut, Sonneratia griffithii; ~
bukit sj tumbuhan (pokok), ludai bulan, medang serai, mutan ruba,
redan, ridau, tasai, Mischocarpus lessertianus.
perepat II (Palembang) ark kawan.
peres (pérés) Kl; memeres memaras atau meratakan (beras dlm gantang
dll),
peresih (putih) bersih.
peresuk; memeresukkan memasukkan ke dlm lubang (kotak dll),
meresukkan;
terperesuk 1. telah dimasukkan; 2. termasuk, terperosok.
perewa (peréwa) Mn pemberani, pengacau, pengganggu (keamanan).
perewah (peréwah) perawis (masakan).
pergajul  bergajul.
pergam sj burung merpati besar, Ducula aenea polia; ~ bukit sj burung
merpati besar, Ducula b. badia.
perganda IB, bp propaganda, dakyah;
mempergandakan mempropagandakan, mendakyahkan.
pergar sj kambing.
pergat, pergata sl sj kapal.
pergedel (pergedél) bergedel.
pergi 1. berjalan dll menuju ke sesuatu tempat (mendapatkan seseorang
dll): ia mengajak saya ~ ke Kelantan; kalau tidak percaya ~lah
berjumpa ayah kau dan tanyalah dia; 2. meninggalkan sesuatu
tempat, berundur (dr): orang muda tadi telah ~ dr situ; 3.
berangkat, bertolak: pagi esok saya ~ dgn kereta api pertama;
~ balik (datang, mari) = pulang ~ pergi dan balik (berulang-alik); ~
dahulu a) pergi lebih dahulu; b) ki mati; ~ haji naik haji; ~ jahanam
= ~ setan = telukup (telungkup) persetan (binasalah, jahanamlah);
berpergian pergi (berjalan dll) ke tempat yg jauh: sejak keretanya
rosak, ia sukar ~;
kepergian perihal pergi, keberangkatan: yg lebih menyedihkan lagi
ialah ~ anaknya yg sedemikian lama itu tidak pernah berpisah
dengannya;
pemergian 1. perjalanan (yg jauh): Daim menceritakan kisah ~nya
ke luar negeri; 2. kepergian.
pergok Jk; memergoki menjumpai (dgn tidak disangka-sangka atau
disengajakan), mendapati atau mengetahui (perbuatan jahat dll):
ketika meronda di kawasan itu polis telah ~nya sedang memanjat
rumah orang;
terpergok dilihat (diketahui) orang ketika sedang berbuat sesuatu
(kesalahan dll), terjumpa, terserempak, tersua: di tempat perjudian
itu ia ~ dgn ayah saudaranya; kepergok, perogok.
pergol, pergul bersadur (bersalut) dgn emas atau perak, sepuh emas
(perak);
dipergol, dipergul dilapis (disadur) dgn emas (perak dll).
pergola struktur berupa junjung atau gerbang drpd kayu atau besi
(biasanya terdapat di taman) yg menjunjung tumbuh-tumbuhan
memanjat dan dapat dijadikan lorong pejalan kaki bertutup.
perhati; memerhatikan, memperhatikan 1. mempedulikan,
mengendahkan, menaruh minat (pd): ia tidak ~ sedikit pun katakata
suaminya itu; 2. melihat (memandang, menengok) dgn teliti,
mengamat-amati: ibunya sangat-sangat ~ kelakuannya; 3.
mengawasi, menjaga, memeriksai: tugas saya dlm Dewan ini ialah
utk ~ bahawa setiap orang mendapat layanan yg sama; tuan tidak
~ segala saudagar yg tinggal dlm daerah tuan;
perhatian perihal menumpukan pandangan (fikiran dsb) pd sesuatu,
minat (dan reaksi atau layanan): mereka memberikan sepenuh ~ pd
pelajaran; semenjak diterbitkan, buku ini mendapat ~ ahli-ahli
bahasa; menarik ~ menimbulkan minat (dan reaksi); mengambil ~
mempedulikan; ~! ~! (seruan) minta supaya diberi perhatian pd apa
yg akan dicakapkan (diumumkan dsb);
pemerhatian perihal memerhatikan, usaha, dsb memerhatikan atau
mengamati sesuatu: setelah diperbuat ~ dan percubaan
diketahuilah asal-usul penyakit itu; ~ jenis (Tani) pengamatan, dll
yg dilakukan utk menentukan hasil baja (yg terbaik dll); pd ~ saya
berdasarkan apa yg sudah saya perhatikan atau amati;
pemerhati 1. orang yg mengikuti perkembangan sesuatu: ~ politik
yg objektif akan menyetujui Perdana Menteri; 2. orang yg
menghadiri persidangan dsb tetapi tidak mengambil bahagian dlm
perbincangan dsb.
PERHILITAN akronim bagi Perlindungan Hidupan Liar dan Taman
Negara.
peri I 1. hal, keadaan, sifat: diwartakannya kpd wazir-wazirnya ~
kebesaran negeri Melaka; terdengarlah ke Singapura ~ baik paras
puteri itu; ~ kebinatangan sifat-sifat yg terdapat pd binatang; ~
kehidupan keadaan kehidupan; ~ kesopanan sifat sopan; 2. cara
(mengerjakan sesuatu dll), laku: akibat perbuatan suaminya itu
jugalah ia terlantar demikian ~; betapa ~(nya) bagaimana caranya
(halnya); ~ yg layak bagi manusia perbuatan yg layak bagi
manusia; 3. bagaimana, betapa: kita hendaklah sentiasa sedar ~
mustahaknya perpaduan dan taat setia rakyat pd negara; 4. sl hal
(yg berlaku), kejadian, peristiwa: pd bicara patik, baik juga Duli
Yang Dipertuan menyuruh membantu Pahang, dr kerana barang
suatu ~ Pahang itu tidaklah Duli Yang Dipertuan rugi.
peri II sl kata;
berperi berkata, berucap: bukan beta bijak ~, pandai menggubah
madah dan syair;
berperi-peri bersungguh-sungguh (mengatakan sesuatu dll): Yazid
~ mengajak kami minum di kedai kopi; ia ~ benar mengatakan
berita itu palsu; hujah yg ~ dikemukakan oleh panglima-panglima
tentera Rusia;
memerikan 1. mengatakan, menceritakan, mengisahkan,
menggambarkan (sesuatu hal): saya selalu membaca buku-buku
cerita yg ~ kisah-kisah cinta; tidak dapat diperikan bagaimana
hancurnya hatinya oleh perbuatan kekasihnya; 2. menerangkan,
menghuraikan, menjelaskan;
terperi, terperikan terkatakan, terceritakan, tergambarkan; tidak ~
tidak terkatakan (tergambarkan): adinda suka tidak ~; sedih hatinya
bukan kepalang, tak terperikan;
pemerian 1. perihal memerikan (mengisahkan), pengisahan; 2.
penjelasan, penerangan, penghuraian: masalah pertama yg dihadapi
oleh penyusun kamus dlm ~ makna ialah pemilihan atau penentuan
makna sesuatu kata;
pemeri yg menerangkan (menghuraikan).
peri III sj jin (menyerupai perempuan yg cantik): kami bukannya drpd
bangsa jin dan ~.
peri IV bp percuma (tidak dikenakan bayaran): untunglah dia kerana
dapat makan ~ tiap-tiap hari.
peria I sj tumbuhan (pokok menjalar yg buahnya pahit dan dibuat sayur),
Momordica charanthia; ~ bulan sj tumbuhan (rumpai), bintang
berahi, uban kayu, Cardiospermum halicacabum; ~ hutan sj
tumbuhan (pokok memanjat), Vitiss mollissima; ~ laut = ~ pantai sj
tumbuhan (pokok renek), Colubrina asiatica;
ada pun buah ~ itu kalau ditanam di atas batas sakar dan dibaja
dgn madu, lagi disiram dgn manisan serta diletakkan di atas tebu
sekalipun, apabila masak pahit juga prb orang yg tabiatnya jahat
dan tidak akan dapat diperbaiki lagi; sudah tahu ~ pahit prb kesal
terhadap orang yg mempercayai orang yg diketahui tidak jujur.
peria II pemuda, lelaki, teruna: bergaul bebas antara pemuda dan
pemudi, antara ~ dan wanita.
perian I sj bekas (drpd buluh) tempat membawa air: dr sungai itu ia
berjalan pulang ke rumah menyandang ~ di bahunya;
bagai bunyi ~ pecah prb suara yg buruk (tidak merdu); bagai
mengisi ~ bubus prb pekerjaan yg sia-sia sahaja.
perian II Tr musim; ~ buah musim buah-buahan.
perian III sj tumbuhan (pokok), mendeluka, tampang, tempunai,
Artocarpus rigida.
periang ark ketika yg baik utk berbuat sesuatu.
periap, periat Pn tidak jujur (lurus), penipu.
peribadi 1. manusia sbg diri sendiri (diri perseorangan): perkara ini
adalah soal diriku sendiri, soal ~; pendapat ~ pendapat sendiri
seseorang (sbg orang perseorangan); pengawal (penolong,
setiausaha) ~ pengawal (penolong, setiausaha) utk diri sendiri; 2.
sifat-sifat (kelakuan, sikap, dll) seseorang yg sudah sebati dgn
dirinya sendiri utk merupakan wataknya (yg terasing drpd yg
umum): puasa adalah satu drpd beberapa latihan utk membentuk
kesopanan dan ~ yg tinggi;
berperibadi mempunyai peribadi (sifat-sifat dll diri sendiri):
seorang pengarang harus merupakan seorang manusia yg ~
sendiri, dgn pendapatnya dan pendiriannya sendiri;
keperibadian perihal peribadi, sifat (watak, ciri-ciri, dsb) yg
khusus terdapat pd seseorang, bangsa, dsb: keistimewaan cerpencerpen
ini terletak pd kejayaan pengarang mencipta watak-watak
yg diberi ~ orang Melayu kampung; faham komunis hendak
membuat manusia hidup sbg mesin yg tidak mempunyai ~; ~
bangsa; ~ Islam;
berkeperibadian mempunyai keperibadian: usaha membina
bangsa Malaysia yg kreatif, dinamis dan ~ sendiri.
peribahasa ayat atau kelompok kata yg mempunyai susunan yg tetap dan
mengandungi pengertian yg tertentu, bidal, pepatah: pegangan
mereka yg teguh kpd ~ "biar mati anak jangan mati adat", sudah
cukup menerangkan kebudayaan mereka.
peribudi ark kebaikan hati: hidup telah mengajarnya tentang ~ manusia.
peribumi penduduk asli, bumiputera;
memperibumikan menjadikan sesuatu bersifat peribumi,
membumiputerakan: hakikat dunia peristilahan kita ialah usaha ~
istilah Barat;
keperibumian sifat bangga kerana menjadi anggota peribumi
sesebuah negara, yg terpancar (biasanya dlm sesebuah organisasi)
melalui penonjolan ciri-ciri peribumi: semangat ~; institusi itu
bercorak ~.
peridi mudah berkembang biak (dgn beranak atau bertelur banyak): ayam
~.
peridung sj ikan darat, Lobocheilus spp.
perigi lubang (yg digali dlm tanah) utk mendapatkan air, sumur: kerana
tidak ada bekalan air paip, mereka bergantung pd ~ sahaja utk
mendapat air; ~ buta perigi yg tidak mengandungi air lagi; ~ wakaf
perigi utk digunakan oleh orang ramai;
lopak (men)jadi ~ prb naik darjat (menjadi kaya dll); orang yg
menunggu ~ itu, bilakah ia mati dahaga? prb orang yg hampir dgn
orang yg berilmu (kaya dll) tidak mungkin menjadi bodoh (susah
dll); sebab berkelahi dgn ~ akhirnya mati dahaga prb jangan
menentang orang yg berkuasa nanti kita juga yg mendapat
kesusahan.
perih Jw 1. pedih: masing-masing berasa ~ perut kerana belum makan
lagi; 2. ki payah, susah, tidak senang: kalau engkau lama di
kampung engkau akan mengetahui bagaimana ~nya kehidupan
petani-petani di kampung ini; jerih ~ susah payah;
memerihkan menyusahkan, tidak menyenangkan;
keperihan 1. kepedihan, kesakitan: setitik air sabun yg masuk ke
matanya menyebabkan ~; 2. ki perasaan tidak senang (tidak
gembira dll), kepahitan, kepedihan (perasaan): dia sendiri dapat
berasa ~ yg mencengkam hatinya itu.
perihal 1. keadaan: sebenarnya saya merantau ke Sumatera ini kerana
hendak melihat adat temasya dan ~ negeri-negeri Melayu di sini;
2. hal, kejadian, peristiwa: telah dilihat oleh baginda ~ itu, maka
baginda pun terlalu marah; 3. tentang hal (kejadian dll), tentang
keadaan, mengenai (sesuatu atau seseorang): ia bertanya ~ nasib
ibunya sepeninggalannya hampir-hampir dua tahun itu;
memerihalkan mengisahkan, menceritakan, menyatakan (tentang
sesuatu) dgn jelas, menerangkan, menghuraikan: boleh dikatakan
ketiga-tiga teks itu agak lengkap ~ cara istiadat itu dilaksanakan;
perihalan sesuatu yg diperihalkan: ~ tentang potensi bagi
percubaan;
keperihalan kisah, keterangan, huraian: ~ sejarah yg terkhusus;
pemerihalan pemberian keterangan (penjelasan), penjelasan,
penghuraian;
pemerihal yg memerihalkan, yg mengisahkan (menerangkan dsb).
perihelion (perihélion) (Fiz) kedudukan dlm orbit apabila sesuatu planet
atau komet berada paling hampir dgn matahari: bumi beredar di
sekeliling orbitnya lebih cepat masanya tatkala ia berada di
bahagian ~.
perijih sj tumbuhan (pokok renek), kesinan, Ficus quercifolia.
perikardium (périkardium) (Bio) membran yg membaluti jantung.
perikarpa (périkarpa) (Bio) keseluruhan kulit luar pd buah.
perikemanusiaan 1. sifat-sifat yg wajar bagi manusia (spt bertimbang
rasa, tolong-menolong, mengasihani, dsb); 2. keadaan manusia
umumnya;
berperikemanusiaan mempunyai perikemanusiaan (spt perasaan
bertimbang rasa, tolong-menolong, mengasihani, dsb);
ketidakberperikemanusiaan perihal tidak mempunyai perasaan
perikemanusiaan.
perikondritis (périkondritis) (Ubat) radang pd perikondrium.
perikondrium (périkondrium) (Ubat) membran berserat yg menutupi
permukaan rawan.
periksa selidik, penyelidikan, siasat; kurang (tiada) ~ a) (saya) tidak tahu,
entah; b) kurang hati-hati (teliti); salah ~ agak lambat (perbuatan);
usul ~ penyelidikan (penyiasatan, penelitian);
memeriksa 1. mengamat-amati (meneliti, melihat-lihat) utk
mengetahui keadaan atau menentukan buruk baik dll sesuatu: ia ~
seluruh rumah itu sebelum memutuskan akan menyewanya; tugas
jawatankuasa ini ialah ~ kira-kira jabatan kerajaan; 2. menyelidik
(mengkaji) utk mengetahui atau mempelajari sesuatu, menelaah
(perkara, peristiwa, dll): doktor yg ~nya menyatakan ia tidak
menghidap penyakit tersebut; bahan kimia ini harus diperiksa
lebih lanjut sebelum diketahui kandungannya; 3. menyiasat
(kejadian, perkara, dll), mempertimbangkan dan mengadili
(perbicaraan), mengugut, menyoal (orang yg dituduh dll) utk
mengetahui kebenarannya (kesalahannya): Jabatan Pencegah
Rasuah akan ~ segala tuduhan menerima rasuah; 4. mengamatamati,
mengawasi: beg-beg kami lama diperiksa kastam di
Changloon; baginda ~ barisan kehormatan sebelum merasmikan
persidangan;
memeriksai sl menyiasat (kejadian, perkara, dll), menyelidiki:
maka titah Raja Pahang pd Laksamana, "Orang tuan membunuh
saudara sepupu Seri Akar Raja, baiklah tuan periksai";
memeriksakan 1. memeriksa utk (orang lain): sesudah
disiapkannya rencana itu ia meminta kawannya ~; 2. meminta
(membiarkan) supaya diperiksa;
peperiksaan ujian (utk menentukan kebolehan atau kepandaian
seseorang): kira-kira 60% sahaja penuntut-penuntut sekolah itu
masuk ~ Sijil Rendah Pelajaran;
pemeriksaan 1. perbuatan memeriksa, penyelidikan, penelitian,
pengusutan: di hospital, doktor telah menjalankan ~ terhadapnya
utk menentukan jenis penyakit yg dihadapinya; 2. hasil atau
pendapat drpd memeriksa: ~ yg baik akan memberi panduan kpd
kanak-kanak dlm pelajaran mereka;
pemeriksa orang yg memeriksa: ~ kira-kira.
periksa balas; memeriksa balas (Udg) menyoal seseorang (terutamanya
saksi dlm perbicaraan di mahkamah) dgn teliti utk menguji benar
tidaknya keterangan atau jawaban yg telah diberikannya sebelum
itu;
pemeriksaan balas proses (perbuatan, tindakan dsb) memeriksa
balas;
pemeriksa balas orang yg melakukan pemeriksaan balas.
perilaku tindak-tanduk atau reaksi seseorang terhadap sesuatu
(rangsangan) yg menggambarkan sikapnya: pemilihan itu
didasarkan pd ~nya.
perimeter (périméter) (Mat) ukuran panjang keliling sesuatu objek, rajah
satah atau kawasan.
perimpin, perimping; tali ~ tali di tepi layar.
perincat sj burung, Munia spp.
perinci; memperincikan menghuraikan (membentangkan,
menimbangkan) dgn teliti (perkara, kira-kira, dll): setelah
ditimbangkan dan diperincikan soal itu baharu diketahuinya di
mana telah berlaku kesilapan;
terperinci diperincikan, dihuraikan dgn butir-butirnya: terdapat
juga keterangan-keterangan yg ~ mengenai daerah-daerah di
sekeliling;
keterperincian perihal terperinci;
perincian huraian (keterangan) yg meliputi tiap-tiap aspek atau
butir sesuatu perkara (perbelanjaan dll): perdebatan mengenai ~
belanjawan Kementerian Pelajaran akan diteruskan esok;
pemerincian perihal atau perbuatan memperincikan, penghuraian
(secara terperinci): ada yg terlalu luas liputan maksudnya hingga
memerlukan ~.
perincis Jk; memperinciskan memperincikan;
perincisan perincian;  perinci, rinci.
perincit ark burung kelicap.
perindu I; buluh ~ = talang ~ bunyi-bunyian yg dibuat drpd buluh yg
mengeluarkan bunyi dgn sendirinya apabila ditiup angin; spt buluh
~ suara (bunyi) yg merdu.
perindu II; akar ~ sj tumbuhan (pokok renek), Premna divaricata.
pering I berbau busuk (spt bau air kencing), haring, hancing.
pering II Jw ark buluh; ~ petung (betung) buluh betung.
peringat sj tumbuhan (pokok renek), Breynia reclinata.
Peringgi orang Portugis.
peringgitan Jw sj serambi yg menghubungkan rumah belakang dgn rumah
depan.
peringkat 1. batas yg sudah dicapai (dlm sesuatu kerja, kegiatan,
perundingan, dll), tingkat (dlm perkembangan sesuatu), tahap: kerja
membuka ladang baru itu sudah sampai ke ~ akhir, iaitu
memulakan penanaman pokok getah dan lain-lain; 2. bahagian
(darjat, kelas, taraf) sesuatu kedudukan (keadaan, kemajuan, dll):
kerajaan mempertimbangkan kepentingan rakyat yg di ~ rendah
serta yg berkedudukan tinggi;
berperingkat bertingkat, bertahap, berkelas (berpangkat, bertaraf),
berperenggan: contoh kira-kira yg diberikan oleh guru hendaklah
~, drpd yg senang kpd yg susah;
berperingkat-peringkat peringkat demi peringkat, menurut atau
ada peringkatnya (tidak sekali gus) bertahap-tahap: al-Quran
diturunkan ~; setiap manusia mempunyai tugas kepimpinan,
namun kepimpinan itu ~;
memeringkatkan menjadikan peringkat, membahagikan atau
menyusun dsb mengikut peringkat-peringkat tertentu: pelajaran yg
diberi hendaklah diperingkatkan menurut kebolehan murid-murid;
pemeringkatan perbuatan memeringkatkan sesuatu: sebilangan
kecil negara saling bertindak tanpa adanya satu ~.
perintah 1. kata yg menyuruh (mengarah) melakukan sesuatu, arahan,
suruhan: guru memberi ~ "lompat" dan murid sekalian serentak
melompat; manusia dipertanggungjawabkan oleh agama supaya
melaksanakan segala ~ Tuhan; atas ~ dgn perintah, utk
melaksanakan segala perintah; di bawah ~ a) diarahkan oleh; b) di
bawah pimpinan; c ) masuk dalam lingkungan (kawalan); surat ~
surat yg mengandungi perintah; 2. peraturan drpd kerajaan atau
pihak yg berkuasa yg harus dipatuhi: kerajaan telah mengeluarkan
~ mengharamkan semua tunjuk perasaan di seluruh negara; 3.
kata-kata suruhan (dlm perbarisan dll), aba-aba, komando;
~ berkurung perintah yg melarang orang keluar dr rumah pd masamasa
yg ditentukan; ~ halus perintah yg berupa nasihat (cadangan
dll); ~ keras perintah yg mesti dipatuhi;
seperintah menurut segala perintah (ibu bapa dll): menurut adat
istiadat kita, anak ~ bapak dan kemanakan ~ mamak;
memerintah 1. mengeluarkan (memberi) perintah, menyuruh
(mengarahkan) melakukan sesuatu: jika hendak menegah sesuatu
perbuatan jarang ia memaksa atau ~, melainkan ia menasihati
dahulu; 2. menguasai dan mengurus (negara, orang, dll): menurut
sistem demokrasi, kerajaan yg dipilih rakyat ~ negeri;
memerintahi 1. memberi (mengeluarkan) perintah kpd: sbg ketua
ia ~ orang-orang di bawahnya; 2. membawahkan, memimpin; 3.
ark memerintah (menguasai dan mengendalikan): selama tiga tahun
setengah, Malaya diperintahi Jepun;
memerintahkan 1. memberikan perintah kpd, mengarahkan supaya
mengerjakan: ke mana juga ia diperintahkan pergi, ia mesti patuh;
2. memerintah (menguasai dan mentadbir negeri dll): duduklah ia ~
negeri Pahang sementara belum beraja; 3. mengelolakan,
mengurus (kawasan dll);
terperintah diperintah, dikuasai: bagi saya orang yg ~ ini, disuruh
pergi ditegah berhenti;
pemerintahan perihal memerintah, cara (sistem) memerintah,
pentadbiran: di bawah ~ demokrasi, rakyat diberi kebebasan yg
luas; ~ sewenang-wenang (Udg) sistem pemerintahan yg tidak
dibatasi oleh undang-undang;
pemerintah 1. kekuasaan yg memerintah (menguasai) negara atau
bahagian negara dsb: menerusi kesusasteraan, penulis-penulis
mengemukakan fikiran dan kritik-kritik terhadap masyarakat dan
~; ~ daerah kekuasaan yg memerintah daerah; 2. badan atau
kumpulan orang yg memerintah (mengendalikan pentadbiran)
sesuatu negara, kerajaan: parlimen menjaga dan mengawasi segala
yg dibuat oleh ~; kabinet yg terdiri drpd perdana menteri dan
menteri-menterinya merupakan ~ yg menentukan dasar
pentadbiran negara; parti ~ parti politik yg memerintah (kerajaan);
3. negara (bukan prebet atau orang perseorangan), kerajaan; tanah
(pejabat dll) ~ tanah (pejabat dll) kepunyaan negara atau kerajaan;
4. pegawai (polis, tentera, dll) yg mengetuai pasukan dan
memberikan perintah (arahan-arahan): perintah melancarkan
serangan itu dikeluarkan oleh ~ pasukan tentera itu; 5. ark
pengawas, pengelola, pengurus: ~ perkebunan;
~ berperlembagaan pemerintah (kerajaan) yg mentadbir negeri
berdasarkan perlembagaan; ~ pelarian kerajaan yg berada di negeri
lain (kerana negaranya diduduki musuh dsb); ~ peralihan kerajaan
sementara (sebelum tertubuhnya kerajaan yg sebenarnya); ~ pusat
kerajaan pusat (yg berkuasa terhadap seluruh negara); ~ tentera
pemerintah yg dikuasai oleh tentera.
periode IB 1. edaran atau pusingan masa; 2. jangka waktu (dlm sejarah
dll): spt yg saya ramalkan kita akan mengalami satu ~ pendudukan
Jepang; ~ 1945-1950 adalah ~ revolusi fizik; 3. Id ayat yg berupa
rangkaian beberapa ayat; 4. Id kelompok bilangan yg berulangulang
dlm pecahan repetan (pecahan perpuluhan yg mengandungi
angka perpuluhan yg berulang-ulang).
periodontik (périodontik) cabang bidang pergigian yg berkaitan dgn
penyakit yg menjejaskan tisu dan struktur yg mengelilingi gigi serta
rawatannya dsb.
periodontium (périodontium) (Ubat) tisu yg mengukuhkan kedudukan
gigi.
periostosis (périostosis) (Ubat) ketumbuhan pd permukaan tulang.
perirana sl sj alat bunyi-bunyian.
perisa 1. sedap (bahan makanan), enak, lazat: sesedap mana pun
masakan orang lain, masakan emak lebih ~; 2. rasa tersendiri yg
memang merupakan ciri asli atau semula jadi sesuatu, spt buahbuahan
dan tumbuhan: ~ oren; ~ anggur; ~ vanila; 3. = bahan ~
bahan yg dibubuh dlm makanan atau minuman utk menambah rasa
enaknya: kebanyakan makanan yg diproses telah dicampur dgn
pewarna, ~ dan pengawet;
berperisa mengandungi perisa: minuman air sirap ~ limau;
minuman ~ halia;
keperisaan kesedapan, keenakan: nikmatilah ~ buah-buahan
sejati.
perisai 1. alat utk menangkis senjata (tikaman, pukulan, dll), taming:
lembingnya ditimang-timangnya dgn ~ bergenta dikirap-kirapnya;
2. Id besi (keluli) tipis yg digunakan sbg pelindung (pd meriam dll);
kereta ~ kereta tentera yg berdinding atau berlapis besi (utk
melindungi drpd tembakan); 3. ki orang (benda dll) yg dijadikan
pelindung diri (drpd bahaya, tuduhan, dll): abang akulah yg
menjadi ~ku tiap-tiap kali aku bertengkar dgn kakakku; 4. barang
drpd perak dll yg berupa perisai (taming) yg dijadikan hadiah kpd
pemenang dlm pertandingan sukan dll: selesai pertandingan itu
Abdul Hadi dijulang ke tepi padang membawa sebuah ~; ~
pusingan perisai yg dipertandingkan berulang-ulang (tidak terus
menjadi hak pemenang pertama);
berperisai memakai (mempunyai) perisai.
periskop (périskop) alat optik berbentuk tiub yg mengandungi kanta,
cermin, atau prisma utk melihat objek yg tidak selari dgn garis
pelihatan, mis dlm kapal selam, utk melihat objek di permukaan air.
peristalsis (péristalsis) (Bio) pergerakan berombak terutamanya pd salur
makanan (utk menolak bahan makanan), akibat pengecutan dan
pengenduran otot secara berturut-turut.
peristiwa sesuatu (hal dll) yg berlaku (menarik perhatian dll), kejadian,
perkara: pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
merupakan suatu ~ yg penting dlm sejarah negeri ini; sekali ~ sl
pd suatu kejadian; ~ bahasa Id sesuatu kejadian yg berkaitan dgn
perkembangan bahasa; ~ sejarah kejadian-kejadian penting (besar)
dlm sejarah;
berperistiwa bersejarah; hari ~ hari yg bersejarah (kerana
berlakunya kejadian penting).
perit I 1. rasa sakit (spt luka kena ubat dll), pedih, perih: luka di mukanya
masih pedih dan ~; 2. ki sangat dukacita (kecewa dll), sakit hati,
pilu: ia berasa amat pahit dituduh demikian, ~ dan sayu; 3. susah
payah, sukar: penulis cuba menggambarkan bagaimana ~nya
hidup seorang pengemis;
memeritkan menyebabkan (sesuatu) perit: cahaya matahari yg ~
kulit badan;
keperitan perihal perit, kepedihan, kesusahan, kesukaran: ia
menghadapi segala ~ hidup dgn sabar.
perit II Kl jera, serik.
perit III Kl; terperit-perit terkedip-kedip, terkelip-kelip (mata),
terkenyit-kenyit.
perit IV Jk burung pipit.
peritoneum (péritonéum) (Bio) membran yg melapik dinding rongga
abdomen pd mamalia.
peritonitis (péritonitis) (Ubat) radang pd peritoneum.
periuk I sj bekas drpd tanah (aluminium dll) tempat memasak nasi (gulai
dll);
~ api sj bom yg ditanam dlm tanah (ditaruh di bawah permukaan
air) dan meletup apabila dilanggar dll; ~ belanga berbagai-bagai
bekas utk memasak (periuk, belanga, kuali, dll); ~ nasi a) periuk
tempat menanak nasi; b) ki mata pencarian, rezeki; ~ tekanan sj
periuk logam bertutup kedap yg boleh memasak (spt
mengempukkan daging dsb) dgn cepat menggunakan wap
bertekanan tinggi;
~ mengumpat belanga prb mengatakan kekurangan orang padahal
keadaan sendiri begitu juga; barang di mana pun pantat ~ itu hitam
juga prb barang di mana pun kehidupan orang yg miskin itu miskin
juga; besar ~ besar kerak(nya) prb besar pendapatan besar pula
perbelanjaan; di mana ~ pecah, di situlah tembikar tinggal prb
perihal orang yg mengembara yg tidak menghiraukan di mana ia
akan mati atau ditanam; jangan menumbuk di ~, bertanak di lesung
prb jangan hendaknya sesuatu perbuatan itu melanggar adat
kebiasaan; menumbuk di ~, bertanak di lesung prb mengerjakan
sesuatu dgn cara yg ganjil (luar biasa).
periuk II; ~ hantu sj tumbuhan (pokok renek), sembuku, Mymedocia
tuberosa; ~ kera = ~ kerengga = ~ monyet sj tumbuhan (pakis),
Nepenthis spp.
perjaka orang muda, pemuda: umumnya buat lelaki ~, kalau sudah
berkumpul demikian, main kartu hingga pagi;  jaka II.
perji sl kemaluan perempuan;  faraj.
per kapita bagi setiap orang atau penduduk (berdasarkan kiraan purata):
pendapatan ~ dijangka lebih tinggi pd tahun 1995.
perkakas 1. benda-benda yg digunakan utk membuat sesuatu pekerjaan
(memasak, bertukang, dll), alat: kerja itu tidak dapat dibuat dgn
sempurna kerana kekurangan ~; 2. (Bio) bahagian-bahagian
(manusia atau binatang) yg menjalankan tugas-tugas tertentu, organ:
pd binatang mamalia ~ perjalanan darah ini selalunya
mengandungi jantung, salur nadi, pembuluh, dll; binatangbinatang
spt arnab atau tikus biasanya dibedah utk diperiksa ~ di
dlm tubuhnya; 3. ki orang yg bekerja utk orang lain (biasanya dgn
tujuan-tujuan buruk), alat, ejen: baik dibunuh sahaja orang yg
menjadi ~ musuh kita;
~ dapur alat-alat utk kegunaan di dapur (periuk belanga dll); ~
makan alat-alat yg digunakan ketika makan (pinggan, mangkuk,
senduk, sudu, dll); ~ perang alat-alat utk berperang (senjata dll); ~
rumah benda-benda yg diperlukan dlm rumah (almari, kerusi, meja,
dll), perabot; ~ tukang kayu alat-alat yg digunakan oleh tukang kayu
(gergaji, ketam, dll); ~ tulis alat-alat menulis (pensel dll);
memperkakaskan menggunakan sbg perkakas, memperalat:
mereka berasa tidak berdaya kerana diperkakaskan oleh
segolongan manusia durjana yg berkuasa;
perkakasan 1. bermacam-macam perkakas, (alat) perkakas: sebuah
dua kapal Inggeris sudah sampai ke Melaka membawa ~ perang
itu; 2. (Komp) peralatan yg membentuk satu sistem komputer spt
monitor, papan kekunci, unit pemprosesan, dll.
perkara I 1. sesuatu yg harus diselesaikan, pokok perbincangan
(pertelingkahan dll), fasal, hal: sbg pengurus syarikat banyak ~ yg
harus diselesaikannya; Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu
mengandungi seratus sebelas ~ yg pendek-pendek; ~ belakang
urusan yg boleh diselesaikan kemudian; ~ besar hal yg penting; ~
kecil hal yg tidak penting (tidak sukar); habis ~ sudah beres segalagalanya
(tidak ada yg hendak diuruskan lagi); 2. kejadian, peristiwa:
wartawan yg memberikan ~ kemalangan itu sempat juga
mengambil gambar; 3. hal yg menghendaki keputusan, mahkamah,
dll (perbuatan jenayah, perselisihan, dll), kes, sengketa: beberapa ~
menerima rasuah sedang disiasat oleh jabatan itu; masih dalam ~
sedang dibicarakan (oleh mahkamah); 4. bp berkenaan dgn,
mengenai, tentang hal: lupakan sajalah dahulu ~ hutangnya yg
belum selesai itu; 5. bp disebabkan oleh, kerana: ~ perempuanlah
mereka berdua itu bergaduh;
seperkara; ~ lagi (pula) satu hal lagi, tambahan lagi: ia dilantik
memegang jawatan itu kerana kecekapannya, ~ lagi ia memang
berpengalaman;
berperkara 1. mempunyai perkara (urusan); 2. sedang dibicarakan
(diadili);
memperkarai ark menjadikan perkara (kes), membawa ke
mahkamah;
memperkarakan 1. menjadikan perkara, membawa ke mahkamah
supaya diadili: kalau kita tidak berhati-hati dan melanggar
undang-undang kita boleh diperkarakan; 2. menjadikan
perselisihan (pertengkaran, pergaduhan), mempertengkarkan,
mendebatkan: tidak ada gunanya kita ~ hal itu, lebih baik kita
lupakan sahaja.
Perkara II (Udg) 1. sebutan tentang peruntukan dlm Perlembagaan
Persekutuan: ~ 152 Perlembagaan Persekutuan; 2. sebutan tentang
sesuatu peruntukan dlm dokumen tertentu, mis Memorandum
Persefahaman.
perkasa 1. = gagah ~ gagah berani: Hang Tuah terkenal sbg seorang
hulubalang Melayu yg ~; 2. berkuasa, hebat, kuat; dgn ~ dgn paksa
(kekerasan);
memperkasakan menjadikan hebat (unggul, kuat, terkenal,
berdaulat, dominan dsb): usaha utk ~ industri minyak sawit perlu
dilakukan segera; ~ bahasa Melayu;
keperkasaan 1. perihal perkasa, keberanian, kegagahan: dia tahu
benar ~ Iskandar Muda dgn armadanya yg besar menyerang
Melaka; 2. kekuasaan, kekuatan, kekerasan;
pemerkasaan perihal (perbuatan, usaha atau tindakan)
memperkasakan: kongres tersebut turut meluluskan resolusi dlm
aspek ~ bahasa Melayu.
perkelang ark sl gelaran bagi hulubalang Siam (Pra Kelang).
PERKESO (perkéso) akronim bagi Pertubuhan Keselamatan Sosial.
PERKIM akronim bagi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia.
perkosa 1. gagah, kuat, perkasa; 2. paksa, kekerasan, perkasa: rakyat
seluruhnya harus menentang serangan ~ drpd lawan dgn segala
tenaga dan alat yg ada padanya; dgn ~ dgn paksa (kekerasan);
memperkosa 1. melakukan persetubuhan dgn kekerasan, merogol
(perempuan): seorang pemuda ganas telah melarikannya dan
~nya; 2. menakluki (menguasai) dgn kekerasan, memaksa,
menggagahi: ia telah menggunakan pangkat dan kekuasaannya utk
~ orang lain; 3. menyerang (negeri dll) dgn kekerasan, melanggar
(hukum dll) dgn kekerasan: penindasan penduduk negeri yg dijajah
itu adalah ~ Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu; ~ kedaulatan negeri
lain;
perkosaan, pemerkosaan 1. perbuatan merogol (perempuan); 2.
perihal, perbuatan memperkosa, paksaan, pelanggaran,
penggagahan: langkah-langkah utk mengelakkan jenayah rogol, ~
dan khalwat;
pemerkosa orang yg memperkosa.
perkusi (Ubat) kaedah mengetuk sesuatu bahagian tubuh dgn jari utk
mendiagnosis sesuatu penyakit.
perkutut sj burung, balam, ketitir, merbuk, Geoplia striata.
perlah; astaga ~ bp, sr kata utk menyatakan rasa hairan atau terkejut; Æ
astaga.
perlahan = perlahan-lahan 1. tidak terburu-buru (tergesa-gesa, cepatcepat),
lambat-lambat: ia berjalan sangat ~ spt tiada berdaya
lakunya; setiap pelukis mestilah belajar melukis dan kemudian
perlahan-lahan meningkat naik hingga menjadi pelukis yg
terkemuka; 2. tidak kuat (percakapan, suara), lembut: cakaplah
perlahan-lahan sedikit supaya tidak didengar orang; 3. tidak dgn
tenaga yg banyak, tidak kuat-kuat, sedikit-sedikit: meriam itu
ditarik perlahan-lahan;
memperlahankan 1. menjadikan perlahan, memperlambat: apabila
menghampiri persimpangan jalan ia ~ kereta yg dipandunya; 2.
mengecilkan suara atau bunyi: perlahankan sedikit radio itu.
perlak I 1. = kain ~ sj kain yg tebal dan berkilat, kain cat; 2. = kulit ~
kulit yg dilapisi dan berkilat: sepatunya diperbuat drpd kulit ~
hitam.
perlak II Mn kebun, taman.
perlan; memerlan menelan.
perleng (perléng) IB, bp memperpanjang (waktunya, lamanya),
diperpanjang atau dilanjutkan (waktunya, lamanya).
perlente (perlénté) 1. suka memakai pakaian cantik-cantik, gagah, kacak,
lawa: dia memang seorang ~; 2. bijak berkata-kata.
perlenteh (perléntéh) 1. orang yg suka merayau ke sana sini, orang
pemalas (suka menganggur); 2. sl pencuri, penjahat: sudah itu akan
segala perajurit dan ~ kita perbaiki dan engkau menjadi ratu di
dlm negeri ini, aku menjadi patih;
diperlenteh sl dicuri.
perli sindiran, ejekan, cemuhan: kata-kata ~ itu kian lama kian terasa
menggores hatinya;
memerli, memperli 1. menyindir, mengejek, mencemuh: kalau
isterinya ~ begitu, lebih-lebih lagi mempermainkan soal agama,
sudah tentu tapak kaki naik ke mukanya; 2. menyindir seseorang:
dia berasa jengkel kerana abangnya ~nya;
memperlikan mempersendakan sesuatu: Siti Salina kali ini ~
bahasa Melayu Kurupaya itu;
perlian ark perli, sindiran.
perlina sl hilang, tidak kelihatan.
perling I; terperling berkilat (mata).
perling II 1. sj burung, burung nuri, Psittinus c. cyanurus; 2. sj burung,
burung koran, Aplonis panayensis strigatus.
perlip IB 1. bp jatuh cinta, sangat cinta; 2. bp kekasih;
perlip-perlipan bp bercinta-cintaan, berkasih-kasihan, bersukasukaan.
Perlis negeri di barat laut Semenanjung, keluasan 803 km2, Kangar sbg
ibu negeri.
perlop 1. cuti (kerana berehat, sakit, dll): ia mendapat ~ panjang utk ke
luar negeri; 2. bercuti (utk berehat dll).
perlu 1. keharusan (yg tidak dapat dielakkan), kemestian: sembahyang
dan puasa antara perkara yg menjadi ~ bagi orang Islam; 2.
menjadi kemestian (utk mendapat sesuatu dll), harus, terpaksa: tiaptiap
borang permohonan ~ ditandatangani oleh pemohon;
penanam getah ~ menunggu antara lima hingga tujuh tahun utk
mendapat hasilnya; tidak ~ tidak mesti, tidak payah, tak usah; 3.
harus ada (diperoleh), berguna, mustahak, penting: kerjasama
petani-petani adalah ~ utk menjayakan rancangan tersebut;
sebelum dibeli sesuatu barang baiklah kita fikirkan sudah ~kah
barang itu kpd kita; 4. = ~ akan (dgn) sangat menghendaki (akan),
berhajat (akan): utk melaksanakan rancangan ini kita ~ bantuan
wang dan sokongan; 5. sesuatu yg dikehendaki (dipentingkan),
hajat, kepentingan: ada ~ apa saya dikehendaki datang ke
pejabatnya?; apa ~nya apa gunanya (sebabnya); 6. = ~ utk untuk,
bagi, buat, guna: ia pergi ke sana ~ mengambil pakaiannya;
seperlunya sekadar (setakat) yg perlu sahaja, jika perlu sahaja: ia
sedia memberi bantuan ~;
memerlukan 1. menjadikan perlu, memestikan, mewajibkan: ibu
bapa digesa supaya ~ pelajaran bagi anak-anak mereka; 2.
menghendaki (menghajatkan) sangat-sangat, mahu benar-benar:
negara kita ~ banyak lagi doktor dan jurutera; 3. membuat sesuatu
kerana memikir lebih perlu drpd perkara (kerja) lain;
perlu-memerlukan saling memerlukan: mereka hidup dlm
masyarakat yg ~ antara seorang dgn yg lain;
keperluan 1. perihal perlu: ~ akan air paip sangat terasa di
setengah-setengah kampung; 2. sesuatu yg diperlukan, keharusan,
kemestian: undang-undang yg sempurna dan adil adalah suatu ~
utk mencapai pemerintahan yg baik; 3. sesuatu yg diperlukan
(dikehendaki), sesuatu yg berguna, kepentingan: wang drpd gajinya
sahaja tidak cukup untuk membeli ~ hidup utk keluarganya; ~
bersama kepentingan bersama; utk (bagi, buat, guna) ~ perlu atau
digunakan utk; 4. hajat, kehendak, maksud, tujuan: ia tidak ada ~
apa-apa, hanya utk berkenal-kenal dgn mereka sahaja.
perlung; burung ~ sj burung, Gorsachoi melanolophus.
perlup I IB, bp bertunangan.
perlup II Id, bp tidak ketat, galir, longgar (skru dll).
perlus I; terperlus termasuk (terperosok) ke dlm lubang; ~ maka hendak
menutup lubang prb sesudah ditimpa kecelakaan (kemalangan) baru
ingat akan jalan keluar (ikhtiar dll).
perlus II Kl longgar, perlup.
permafros (Geog) ibun abadi.
permai indah, cantik, elok: payah dicari sebuah desa se~ Tenong,
sawahnya lebar saujana mata memandang; indah ~ sangat indah;
kepermaian perihal permai, keindahan, kecantikan, keelokan:
pengarang gemar melukiskan kecantikan seorang puteri atau
sebuah ~ istana.
permaidani hamparan drpd bulu domba dll (berwarna-warna), ambal: di
lantai terhampar ~ yg luas, tebal dan berbunga-bunga.
permaisura panggilan bagi raja.
permaisuri 1. isteri raja, raja perempuan: sekarang negeri Melaka ini
tiada beraja perempuan kerana ~ Pahang telah mangkat; 2. ki
isteri (biasanya dlm bahasa puitis): ketika itu juga, beliau melamar
Linda utk menjadi ~nya; ~ raja berurap-urapan, lipas di dinding
timpa perasaan prb perihal orang miskin atau hina menyamai orang
yg kaya-kaya dlm perasaan hatinya.
permak IB, bp; memermak meminda dan memperbaiki (baju dll) supaya
dapat dipakai dll: bajuku aku beri begitu sahaja kepadanya utk
dipermak.
permana sl banyaknya, bilangan;
terpermanai; tiada ~ a) tiada terkira (banyaknya), sangat banyak
(ramai): terlalu besar kerajaannya syahdan terlalu banyak
hulubalangnya dan rakyatnya tiada ~ lagi; b) tiada ternilai, sangat
tinggi nilainya.
permanen bp kekal, tetap, lwn sementara.
permanganat (Kim) garam asid permanganik.
permanganik; asid ~ asid yg hanya wujud dlm larutan dan dlm bentuk
garam permanganat.
permasan sl (kaum) bangsawan atau ningrat.
permata batu yg berharga yg diikat pd cincin dan perhiasan-perhiasan lain
(intan, berlian, nilam, dll);
~ dibalas dgn senjata prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; ~ lekat
di pangkur prb tidak kena pd tempatnya (orang, perbuatan, dll);
bagai menjaga ~ intan semasa dicanai prb kasih yg amat sangat
(suami terhadap isteri dll); spt cincin dgn ~ prb a) bersetujuan dlm
segala hal; b) berpadanan (sama-sama cantik dll);
berpermata ada permatanya, diikat dgn (bertatahkan dsb) permata:
rantai emas ~.
permatang jalan kecil yg tinggi sedikit drpd permukaan di sekelilingnya
(di sawah dll).
permen (permén) ark sj gula-gula yg mengandungi minyak perangsang
drpd tumbuhan; minyak ~ minyak dr sj tumbuhan yg rangsang
baunya (rasanya).
permil bp satu dibahagi seribu, per seribu; sepuluh ~ sepuluh dibahagi
seribu, sepuluh per seribu.
permisi IB 1. izin, kebenaran, persetujuan: ia dimarahi pengurus syarikat
kerana membuat tindakan tanpa ~ drpd ketuanya; 2. (minta) maaf:
~ dulu, saya belum mandi; 3. = minta ~ minta izin (kebenaran),
minta diri: Aziz ~ pulang lalu keluar; orang-orang yg ~ bertambah
banyak sehingga tambah lama tambah kosong rumah; Wati minta
~ masuk ke dapur dan kembali dgn semangkuk teh; 4. tidak hadir
(ke tempat kerja dll) dgn izin;
mempermisikan 1. meminta izin (tidak dapat datang bekerja dll),
meminta kebenaran; 2.ark membenarkan, mengizinkan.
permisif bersifat terbuka yg membolehkan atau mengizinkan berlakunya
sesuatu: terdapat sikap ibu bapa yg lebih ~, lebih mengizinkan dan
lebih membiarkan; langkah demikian boleh mewujudkan
masyarakat yg ~ dan menimbulkan keruntuhan moral di kalangan
muda-mudi.
permit dokumen rasmi (atau kebenaran bertulis) drpd pihak berkuasa yg
memberi seseorang hak utk melakukan sesuatu: rumah-rumah yg
hendak dirobohkan itu telah didirikan dgn tidak ada ~ kerajaan;
berpermit ada permitnya, mempunyai permit.
pernah I sudah ada mengalami (melakukan, melihat, merasai, dll), sudah
berlaku: ia sudah ~ hidup susah sebelum menjadi kaya; belum
(tidak) ~ belum sekalipun (berlaku, kedengaran, mengalami, dll).
pernah II Jk kedudukan, tempat, pertalian kekeluargaan; ~ apa dia? apa
pertaliannya denganmu? ~ anak anak kepadaku (kepadanya).
PERNAMA akronim bagi Perwira Niaga Malaysia.
PERNAS akronim bagi Perbadanan Nasional (perbadanan yg berusaha
menubuhkan syarikat-syarikat perusahaan dan perniagaan).
perni sj bekas air drpd kaca.
pernik; banyak ~ bp banyak ragam (kerenah), banyak selok-beloknya,
tidak mudah.
pernikel IB, bp bersadur dgn nikel.
pernis IB varnis;
dipernis dicat dgn varnis.
perogok; terperogok terpergok;  pergok.
perohong lubang besar (di dinding, di lantai, dll);
terperohong terbuka luas (lubang, luka, dll), ternganga.
peroi I 1. mudah pecah-pecah (tanah dll), tidak padat (padu), gembur:
tanah itu ~ dan senang dikerjakan; 2. = seroi Kd nasi yg tidak
boleh dikepal-kepal kerana kurang air;
memeroikan menjadikan peroi, menggemburkan, menghancurkan:
menggali dan membajak utk melonggarkan atau ~ tanah;
keperoian perihal, sifat atau keadaan peroi (tidak padat).
peroi II sj ikan darat, Osteochilus hasselti.
peroksida (Kim) kumpulan sebatian yg terhasil melalui pemanasan oksida
dlm udara atau oksigen dan digunakan sbg agen pengoksidaan, agen
peluntur, dll.
perolok Kd makan lekas-lekas, memolok.
peroman sl roman muka, rupa muka: jikalau ~ sama baik.
peron (péron) IB platform (di stesen kereta api): aku melompat dr pintu
sebelum kereta berhenti di tebing ~.
peronggah Pr mencarut.
perongo; terperongo terbuka luas (lubang hidung dll).
peronyok; memperonyok merenyuk (kertas dll), mengerumukkan,
mengumalkan;
memperonyokkan membenamkan atau menekankan (supaya
masuk): diperonyokkannya songkok itu hingga tertutup separuh
kepalanya;
terperonyok 1. renyuk, kerumuk, kumal; 2. terbenam, terperosok:
ia duduk ~ di kerusi panjang itu tanpa bergerak.
perop IB 1. gabus (sumbat botol); 2. = topi ~ topi drpd gabus.
peropok sj tumbuhan (pokok), Hemigyrosa longifolia.
peropong sj tumbuhan (pokok), Adina rubescens; ~ bukit sj tumbuhan
(pokok renek), Glyptopetalum quadtrangulare.
perosah Kd mencuba-cuba membaiki sesuatu (radio, basikal, dll): dia dok
~ radio itu.
perosok; terperosok 1. termasuk atau terbenam (kaki dll) ke dlm lubang
(parit dll), terperlus: kakinya ~ ke lubang jalan; 2. termasuk ke dlm
(mata): ia merenung tepat pd orang tua yg kurus cengkung dgn
matanya yg ~ ke dlm itu; 3. ki terjatuh dlm kehinaan (kesukaran
dll): ia sudah ~ ke lembah kehinaan.
perot (pérot) herot.
peroyak Kl banyak ragam (kanak-kanak), selalu menangis.
perpatih 1. sl panggilan utk orang besar di Sumatera (zaman dahulu); 2. =
adat ~ adat orang Minangkabau (diamalkan oleh setengah-setengah
penduduk Negeri Sembilan).
perponding IB 1. = pajak ~ cukai tanah dan cukai pintu (cukai rumah); 2.
= tanah ~ tanah yg dimiliki turun-temurun (bagi orang Indonesia).
pers Id surat khabar, persuratkhabaran: selangkah demi selangkah
pemerintahan totaliter menghancurkan kemerdekaan ~, kebebasan
pengarang, kebebasan pelukis.
persada 1. = panca ~ sl sj lantai yg tinggi bertingkat atau bertangga
tempat duduk raja (pembesar negeri dll); 2. = panca ~ sl taman
tempat bersuka-sukaan (beristirahat dll); 3. = ~ tanah air tanah
tumpah darah, tanah air (ibu pertiwi): mereka anak negeri yg
bertanggungjawab atas ~ tanah airnya; pancapersada.
persangga 1. sl ukuran jauh kira-kira 6 km atau 3.75 batu; 2. sl
perbatasan: bunyinya sampai ke ~ bumi.
per se (per sé) (Latin) itu sendiri (ungkapan yg digunakan utk
menunjukkan bahawa sesuatu itu dipertimbangkan atas sifatnya
sendiri, bukan berdasarkan hubungannya dgn perkara lain): kajian
ini bukan membabitkan satira ~ spt yg ditegaskan pengkaji;
transformasi budaya yg dimaksudkan hendaklah mencakupi
transformasi dlm bidang kebudayaan ~.
persegi 1. = empat ~ segi empat yg sisinya sama panjang; 2. ukuran luas
yg diperoleh drpd hasil darab ukuran panjang dan lebar sesuatu
benda itu: besar pulau itu 50 km ~.
persekot wang pendahuluan, wang muka, cengkeram, panjar: jika perlu
wang sebelum habis bulan, dia dapat minta ~;
memersekoti, mempersekoti memberi wang pendahuluan (wang
muka), membayar cengkeram (panjar).
persen (persén) I peratus: pengarang buku biasanya mendapat sepuluh ~
drpd harga buku yg tidak dicetaknya sendiri;
persenan berdasarkan persen (peratus).
persen (persén) II Id hadiah, pemberian, upah, wang kopi: ~ yg diterima
Fauzi hari itu dibawanya pergi dgn hati yg teguh;
memerseni memberi persen kpd, menghadiahi;
memersenkan memberikan sbg persen (hadiah);
persenan hadiah, pemberian.
perseneling (persenéling) Id, bp gear (kereta dll).
persepsi (persépsi) gambaran atau bayangan dlm hati atau fikiran (tentang
sesuatu), pandangan (menerusi pancaindera), tanggapan: kekuatan
imaginasi, kepekaan dan ~nya terhadap alam dan kehidupan
memberikan gaya dan pengucapan yg khusus pd karya-karyanya;
mempersepsi membuat gambaran (bayangan) dlm hati atau fikiran
tentang sesuatu: objek-objek yg dipersepsi secara visual diterima
tanpa soal.
perseptif (perséptif) cepat melihat, memahami, atau menyedari sesuatu:
pihak penganjur Seminar Seni Islam ini begitu ~ dlm memilih
tema; pengungkapan pemikiran yg ~ dan mendalam dlm karyakarya
Sastera.
persetua  peristiwa.
persih sl bersih, putih bersih: di luar jendela langit ~, matahari menyinar
keras; putih ~ putih bersih.
persil I; terpersil tertonjol, tersembul.
persil II IB 1. sebidang tanah (utk tapak rumah, kebun, dll): ~-~ di
Bandung hanya 15 meter lebar dan 20 meter ke dalam dan rumahrumahnya
sempit; 2. = tanah ~ tanah sewa (utk jangka waktu 75
tahun).
persis 1. kena benar, sama benar, serupa benar: lagaknya ~ lagak seorang
diplomat; wajah Amelia ~ wajah emaknya; 2. tepat (bkn waktu),
genap: Mimi meninggalkannya ~ pukul 12 tengah hari;
kepersisan perihal (keadaan) persis, ketepatan, kejituan: arahan yg
ideal ialah yg tidak berulang dan terperinci, tetapi sempurna dr
segi ~nya; ~ daya fikiran masyarakat di Malaysia dapat diukur pd
mutu bahasa Melayu yg dikuasai.
perslah IB huraian (keterangan) mengenai sesuatu kejadian (mesyuarat
dll), laporan, minit; ~ pandangan mata ulasan selari atau secara
langsung menerusi radio bkn pertandingan bola sepak dll.
persona 1. (Sas) watak rekaan di dlm cereka, drama, novel dsb: cara
penelitian demikian juga dilakukan terhadap ~ dlm karya-karya
sajak; 2. (Psi) watak atau sifat seseorang spt yg ditampilkan kpd
orang lain atau spt yg ditanggapi oleh orang lain; 3. IB orang.
persona grata (Latin) orang yg boleh diterima atau dialu-alukan
kehadirannya di sesebuah negara dsb, mis diplomat asing.
personal (bersifat) peribadi.
personalia IB (urusan dll) yg berkaitan dgn orang-orang atau nama-nama
orang: aku masuk ke suatu ruang yg bertulis "bahagian ~".
personaliti keperibadian, perwatakan: telah banyak benar diperkatakan
tentang sasterawan ini, drpd hasil-hasil karyanya membawa kpd
persoalan ~nya.
persona non grata (Latin) orang yg tidak dapat diterima oleh sesebuah
negara selama-lamanya setelah didapati bersalah melakukan
kesalahan (jenayah) yg tidak dapat dimaafkan (berat) semasa dia
berada di negara tersebut.
personel (personél) pegawai, kakitangan (pejabat dll); urusan ~ urusan
kakitangan.
personifikasi 1. pemberian (penyerapan) sifat-sifat manusia kpd benda tak
bernyawa atau sesuatu yg abstrak dll utk mendapatkan kesan
sastera atau seni, 2. pelambangan atau pengemukaan benda tidak
bernyawa atau sesuatu yg abstrak sbg mempunyai sifat-sifat
manusia;
mempersonifikasikan melambangkan atau mengumpamakan
sesuatu benda yg tidak bernyawa (atau abstrak) sbg manusia atau
mempunyai sifat-sifat manusia: dia ~ Kuala Lumpur dgn kata-kata
yg terpilih.
perspirasi (Ubat) kehilangan cecair melalui permukaan tubuh, sama ada
melalui proses perpeluhan atau pengewapan.
perspektif (perspéktif) 1. cara pelukisan (penggambaran) sesuatu benda
dll pd permukaan yg rata sebagaimana yg kelihatan dr sesuatu
tempat pd mata seseorang; 2. pandangan (pentafsiran) yg wajar bkn
sesuatu dgn memperkirakan bahagian-bahagiannya dlm hubungan
keseluruhannya: logika dan ~ amat penting dlm menghadapi hal
ini; oleh yg demikian ~ latihan hendaklah dilihat dr sudut lain.
persuasif berupaya mempengaruhi atau meyakinkan orang lain utk
melakukan sesuatu: ramai orang tertarik utk membeli alat itu
kerana cara promosi yg sangat ~.
pertal IB; memertal bp menterjemahkan;
pertalan terjemahan.
pertala kenderaan dewa, kenderaan sakti.
pertama 1. (yg) kesatu: penuntut tahun ~ dan tahun kedua mempelajari
ilmu itu secara umum manakala penuntut tahun ketiga
mempelajarinya secara mendalam; 2. = ~ kali mula-mula sekali,
julung kali, terdahulu sekali: inilah tunjuk perasaan antikerajaan
yg ~ diadakan di negeri itu sejak kemerdekaannya; inilah ~ kali
seniwati itu berlakon sbg seorang perempuan tua; 3. terutama,
terpenting: kewajibankau yg ~ ialah menjayakan perusahaan yg
baru dijalankan ini;
pertama-tama yg pertama sekali, yg mula-mula (terdahulu) sekali:
candu itu ~ haram menurut agama Islam dan kedua
membinasakan badan;
dipertamakan didahulukan, dipentingkan, diutamakan.
PERTAMA akronim bagi Persatuan Wartawan Wanita Malaysia.
pertanda sl algojo, pelebaya, tanda: maka lalulah disuruhnya bunuh
sebentar itu juga kpd ~.
pertang 1. sj ikan laut, a) Epinephelus tauvina; b) Epinephelus megachir;
c) Epinephelus lanceolatus; 2. sj ikan laut, Promicrops
lanceolatus.
pertiwi; dewi ~ dewi yg memerintah (menguasai) bumi; ibu ~ tanah
tumpah darah, tanah air: beliau berkata pelajar-pelajar di luar
tanah air juga hendaklah bersiap sedia menyambut panggilan ibu
~.
PERTIWI akronim bagi Persatuan Wanita IslamMalaysia.
pertua ark 1. tua-tua (orang yg dipandang atau dianggap tua); 2. = Yang
Di~ ketua, pemimpin: dlm mesyuarat agung itu ia telah dipilih
menjadi Yg Di~ Kesatuan.
pertun sj tumbuhan (pokok), butung, Barringtonia asiatica.
pertusis (Ubat) penyakit berjangkit (terutamanya menyerang kanakkanak)
yg dicirikan dgn batuk bertalu-talu, sedutan nafas yg panjang
dan berbunyi, muntah, dan perdarahan (dlm kes yg teruk), batuk
kokol.
peru Kl; memeru menabur (benih).
peruan Id ark kayu di tiang kapal tempat menggantungkan layar, andangandang.
peruang; ilmu ~ ilmu utk tahan lama menyelam (dgn menjadikan ruang
udara di sekeliling badan).
peruk; memeruk memasukkan dgn sembarangan sahaja ke dlm beg dll
(tidak menyusun baik-baik), membenamkan: pakaian tidur dan
tuala mandi diperuknya saja dlm beg;
terperuk 1. tersimpan (terbenam dll) dlm beg (di ceruk, di pelosok
rumah, dll): di dlm peti itulah ~ sebuah novelnya; 2. ki tinggal dlm
rumah sahaja dll (tidak keluar-keluar), terkurung (dlm rumah dll): ia
~ sahaja di rumah hingga tidak mengetahui perkara-perkara yg
berlaku di kampung itu; 3. Jk terbenam (ke dlm lubang dll),
terperosok.
perum = batu ~ batu penduga; membuang ~ menduga laut dll;
memerum membuang perum, menduga (laut dll).
perumpung; gelagah ~ sj tumbuhan (spt pokok tebu yg biasa didapati di
tepi sungai dll), Eulia japonica.
perun timbunan kayu-kayu (daun-daun dll) yg hendak dibakar; puntung ~
a) sisa kayu-kayu dll yg sudah dibakar; b) Mn perjamuan yg
terakhir bagi pengantin;
memerun membakar saki-baki kayu-kayu (daun-daun dll) bagi kali
kedua di tanah yg baru dibuka, membakar timbunan sampah:
sekarang sudah tiba masanya utk ~ dan membersihkan kawasan
itu sebelum menanam anak-anak getah; diperun kulambai Mn
habis terbakar;
pemerunan perbuatan memerun (kayu-kayuan dll), pembakaran
(sampah dll).
perundung (kain dll) penutup: lalu dibukanya ~ tempat kuih, disuruhnya
Leman mengambil.
perung Kd kayu yg reput.
perunggu logam drpd campuran tembaga dgn timah putih, gangsa.
perungus pemanas, pemarah.
perunjung ukuran tinggi (dalam) yg sama dgn panjang antara kaki hingga
ke hujung jari tangan yg dihulurkan ke atas: dalamnya kolam ini
adalah lebih kurang tiga ~;
seperunjung, seperunjungan setinggi perunjung.
perupuk I, peruput sj ikan laut, Pellona spp.
perupuk II sj tumbuhan (pokok) dlm famili Calastraceae, keruih, tinjau
tasik, Lophopetalum spp.
perus tidak peramah, bengis (garang, kasar), perungus.
perusa; memerusa sl memaksa, memperkosa, mengganggu, menguasai.
perusah bersusah payah, berusaha bersungguh-sungguh: telah beberapa
hari kami ~ membuat kerja.
perusat sj tumbuhan (pokok), Mitrephora macrophylla.
perusi Jw ark terusi.
perut I 1. bahagian depan tubuh di bawah dada: ~nya buncit; isi ~ a)
kandungan perut (segala-gala yg ada dlm perut besar, usus, dll); b)
segala perasaan yg terkandung dlm hati (isi hati); membawa ~
berkunjung ke rumah orang dll utk makan (tidak membawa suatu
apa pun); 2. organ dlm tubuh tempat penghadaman makanan (perut
besar dan usus dll): makanan yg ditelan turun melalui
kerongkongan dan dada dan akhirnya ke ~ utk dicerna; 3. ki
tempat bayi berada (semasa seseorang wanita hamil), rahim,
kandungan, peranakan: apabila sampai ketikanya anak itu lahir dr
~ ibunya dan disusukan oleh ibunya pd masa kecil; 4. bk makanan,
rezeki: jikalau kita tidak dapat menyelesaikan perkara ~ kita
sendiri, adakah orang lain yg diharapkan? 5. sesuatu (bahagian
sesuatu) yg rupanya (bentuknya, letaknya, dll) spt perut manusia; ~
daun bahagian daun (rokok) yg mengandungi tembakau; ~ kapal
bahagian dalam kapal sebelah bawah; ~ kereta bahagian sebelah
bawah kereta; 6. ark bahagian drpd suku atau bangsa; buah ~ Mn
orang-orang dlm sesuatu suku (anak cucu yg turun-temurun drpd
nenek perempuan);
~ besar a) alat dlm tubuh yg menyerupai kantung tempat
penghadaman makanan; b) bp bunting, mengandung; ~ bumi
bahagian bumi sebelah dlm (lwn permukaan bumi); ~ buta = ~
buntu usus kecil (usus tambahan), intestinum caecum; ~ kaki a)
daging di belakang tulang kering (antara belakang lutut dan
pergelangan kaki); ~ kapal (perahu) bahagian kapal (perahu) yg di
tengah-tengah; ~ laut bahagian yg dalam di bawah permukaan laut;
~ muda = ~ panjang = tali ~ usus (alat pencernaan makanan yg
berupa saluran yg panjang berlingkar-lingkar); ~ padi bahagian
batang padi yg besar;
~ besar, entah anak entah tahi prb tidak diketahui kekayaan (wang)
seseorang itu miliknya sendiri atau tidak; ~ buncit lama-lama
menjadi busung prb sebelum berlaku sesuatu perkara akan ada
tanda-tandanya; ~ kenyang lapar tak hilang, minum sejuk haus tak
lepas prb perihal orang yg amat susah (tidak dapat dihiburkan); ~
panjang sejengkal prb berasa kecewa (gelisah); mencarikan ~ tak
berisi, mencarikan kepala tak bertutup prb pergi berdagang ke
negeri lain utk mencari penghidupan; tak berkelipat ~ prb orang yg
tidak tahu menyembunyikan rahsia sendiri; tiba di ~ dikempiskan,
tiba di mata dipincangkan, tiba di dada dibusungkan prb perihal
orang yg tidak adil dlm menjatuhkan hukuman (spt kaum kerabat
dilepaskan drpd hukuman);
seperut 1. sama-sama dr satu perut; 2. Mn berkeluarga kerana
mempunyai nenek perempuan yg sama;
berperut 1. mempunyai perut, ada perutnya; 2. berbentuk spt perut
(besar pd bahagian tengahnya); 3. mulai berisi (padi): padinya
sedang muda, sedang mulai ~;
memeruti mengeluarkan segala isi perut (ikan, ayam, dll): ~ ikan.
perut II ark gulungan benang yg kecil.
perut III; ~ pelanduk sj tumbuhan (pokok), mayang bukit, nyatuh bunga
(kerangan, pipi), Payena lucida; akar ~ gagak = akar kerbau
betina sj tumbuhan (pokok memanjat), Byttneria maingayi; akar ~
kerbau (kijang) sj tumbuhan (pokok memanjat), secerek (sejerit)
hitam, selempah, Gnetum campestre.
perutak sj tumbuhan (pokok menumpang), Myurmecodia tuberosa.
peruwa Kl; memperuwa-peruwa mengheboh-hebohkan (sesuatu
perkara).
perversi (Ubat) kecenderungan yg kuat utk mengamalkan hubungan seks
secara tidak normal.
Perwanit Id akronim bagi Persatuan Wanita dan Teruna.
perwara sl gadis yg mengiringi raja (permaisuri): maka Puteri Nila
Pancadi itu pun naiklah ke kapal dgn lima ratus orang ~nya.
perwatin penghulu adat: orang Abong tiada lagi akan menggaduh anak
buah ~; perbatin;  Batin II.
perwawai, perwai, perwai-wai pemberitahuan (dgn melaung),
pengumuman.
perwira 1. sl berani, gagah: ia seorang perajurit agung lagi ~; ~ perkasa
= gagah ~ gagah perkasa; 2. sl orang yg gagah berani, pahlawan:
maka oleh segala ~ itu dibawanya keris itu ke barung-barung; 3.
Id pegawai tentera (drpd leftenan muda ke atas): kerana
keberaniannya ia diangkat menjadi ~ pertama dgn berpangkat
leftenan dua;
~ laut pegawai dlm angkatan laut; ~ menengah pegawai tentera
drpd kapten hingga ke brigedier (meliputi mejar, leftenan-kolonel);
~ penghubung pegawai tentera yg menghubungkan pasukan dll dgn
pasukan lain; ~ pertama = ~ rendah pegawai (pangkat leftenan dan
kapten); ~ tinggi pegawai yg lebih tinggi drpd kolonel;
keperwiraan 1. sl keberanian, kegagahan, kepahlawanan: riuhrendah
bunyi serdadu kedua-dua belah pihak sama-sama
menunjukkan kegagahan dan ~; 2. perihal perwira.
pes (pés) I 1. campuran cecair dan serbuk yg lembut dan pekat yg mudah
dibentuk atau disapu; 2. (ERT) sediaan makanan, spt daging atau
ikan kisar, utk disapu pd roti dsb.
pes (pés) II IB sj penyakit berjangkit yg disebabkan oleh kuman yg
dibawa oleh tikus.
pesa alat penggulung kain yg sudah ditenun.
pesai; berpesai-pesai lepas dan bercerai-cerai (tidak lagi melekat atau
berpadu), bercerai-berai (pasukan dll).
pesak kulit padi, sekam.
pesak (pésak) kain yg dijahit pd kelangkang atau depan seluar (tempat
kancing) atau di bawah ketiak baju;
berpesak ada pesaknya, mempunyai pesak.
PESAKA akronim bagi Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia.
pesam 1. hangat, panas (air dll): pakaian yg sudah dicuci itu hendaklah
dibilas dgn air ~ dan kemudian dgn air sejuk; 2. = ~ kuku = panas
~ tidak berapa panas, suam-suam kuku;
memesamkan menghangatkan, memanaskan.
pesan 1. amanat (nasihat, permintaan, suruhan, dll) yg diterima
(diteruskan kpd orang lain): ia teringat ~ ayahnya supaya surat itu
jangan diberi kpd tangan orang lain; ada ditinggalkan ~ sebelum
ia berangkat tadi; 2. amanat (nasihat, wasiat, dll) yg penghabisan
drpd orang yg akan meninggal: emaknya yg baru mati tidak sempat
meninggalkan apa-apa ~ kepadanya; 3. permintaan barang utk
dibeli, tempahan; ~ dituruti, petaruh dimalami, berserah
berkehendak hati prb mempercayakan sesuatu kpd orang dgn tidak
percaya bulat-bulat;
berpesan 1. meminta supaya amanatnya (kehendaknya, nasihatnya,
suruhannya, dll) diterima atau diteruskan kpd orang, memberi pesan
(kpd): sebelum ia bertolak ia ~ kpd Kak Loyah supaya menjaga
anaknya; 2. memberi nasihat (amanat, wasiat, dll) ketika hampir
akan meninggal: sebelum ia meninggal ia ~ beberapa kali supaya
Dewi berbanyak sabar dan bertenang; 3. membuat permintaan (utk
membeli dll barang dagangan), menyuruh membuatkan
(menyediakan, mengirimkan), menempah: “Kek”, katanya ~,
sebelum kuih tiba ia minum seteguk; ~ berturut, harap ada,
percaya tidak prb tidak mempercayai sepenuh-penuhnya;
memesan 1. memberi pesan (nasihat, arahan, dll): sejak dr rumah
tadi ia sudah ~ anak-anaknya supaya jangan berenggang jauh; 2.
meminta supaya dibawakan (dikirim, dibuatkan, dll), menempah:
tidak lama kemudian pelayan tadi muncul pula dgn makanan dan
minuman yg dipesan; ~ tempat menempah tempat;
memesani berpesan (memesan) kpd: maka kata orang yg dipesan
itu, “Baiklah”;
memesankan 1. memesan kpd; 2. memesan (barang dll) utk orang:
sudah saya pesankan tuan buku itu; 3. meminta (menerusi orang
lain) supaya datang dll: apa maksud ~ saya ke mari?
pesanan 1. pesan: ~ ibu tidak akan kami lupakan; 2. sesuatu yg
dipesan (dipesankan);
pemesanan perbuatan memesan (memesankan);
pemesan orang yg memesan atau menempah (barang dll): ~ buku
diharap akan mengirim wang harganya sekali.
pesan-pesan sj lipan yg sangat bisa; sepesan.
pesantren (pesantrén) Jw sj asrama tempat murid-murid belajar mengaji
(membaca Quran dll).
pesara pasar: di tempat-tempat ~ orang berjual barang-barang.
pesari (pésari) (Ubat) 1. sj ubat berbentuk pepejal yg dimasukkan ke dlm
faraj dan melebur utk merawat jangkitan dsb; 2. alat yg dimasukkan
ke dlm faraj utk menyokong uterus atau mencegah kehamilan.
pesat I 1. sangat cepat, pantas: air sungai itu mengalir dgn ~nya; 2.
berkembang dgn cepat, maju dgn cepat: mereka mendapat
kemajuan ~; perusahaan yg ~;
memesatkan 1. menjadikan pesat (pantas, cepat); 2.
memperkembangkan (memajukan) dgn cepat, melaksanakan
(menggerakkan dsb) dgn pesat atau lebih pesat: keinginan hendak
mengeluarkan bahan makanan yg cukup telah membuat kerajaan ~
lagi usaha-usaha mencari benih-benih tanaman yg terpilih; usahausaha
dan langkah-langkah yg membantu ~ perkembangan bahasa
Melayu;
kepesatan perihal pesat, kemajuan yg pesat: ~ penubuhan dan
pembinaan syarikat-syarikat perusahaan dan kilang akan
meringankan masalah pengangguran;
pemesatan perihal (perbuatan, tindakan dsb) memesatkan: melalui
~ kegiatan dan kesedaran, pengguna menjadi lebih peka terhadap
pergerakan harga barang.
pesat II; kayu ~ sj tumbuhan (pokok renek), Maesa ramentacea.
pesawat  sawat II.
peseban (peséban) Jw, sl balai tempat menghadap; ~ agung balai
penghadapan yg besar.
peseh (péséh); keleseh-~ = gereseh-~;  keleseh.
pesek (pésék) penyek, pipih (hidung): matanya terperosok, hidungnya ~.
pesemendan Mn segala isteri drpd orang-orang lelaki yg sesuku.
peser (pésér) wang tembaga yg bernilai setengah sen, rini;
sepeser setengah sen, serini: keadaan kami terlalu melarat,
sehingga wang ~ pun ada harganya; ~ buta sesen pun, sedikit pun.
peseta (peséta) unit mata wang Sepanyol.
pesi ark 1. terlalu sejuk; 2. lesi.
pesimis (pésimis) orang yg bersikap pesimistik.
pesimisme (pésimisme) sikap atau kecenderungan memandang sesuatu itu
dr sudut keburukannya (dgn perasaan tidak yakin akan kejayaannya
dsb).
pesimistik (pésimistik) bersikap atau berpandangan mudah putus harap
(cenderung melihat keburukan sesuatu, segera berasa kecewa atau
hilang kepercayaan terhadap sesuatu), lwn optimis: di dlm bukunya
terdapat rasa ~ kerana ia melihat banyak kejelikan dan
kepincangan dlm masyarakatnya; orang-orang yg ~ meramalkan
kemungkinan berlakunya perang dunia dlm kurun ini.
pesing bau busuk (bau air kencing), hancing, pering.
pesir Kl; ~ mata tidak berkelip-kelip mata (ketika melihat orang dll).
pesirah (Palembang) ketua marga.
pesisir I = pesisiran kawasan pantai yg datar dan berpasir.
pesisir II IB 1. penumpang kapal; 2. Jk orang yg masuk ke kedai dll untuk
membeli (melihat-lihat dll).
peso (péso) unit mata wang Filipina dan beberapa buah negara Amerika
Latin.
pesolot teluk yg kecil (di pantai).
pesona 1. guna-guna, mantera, sihir: ~, serapah dan pantun hukum
diajarkan oleh pawang itu; ilmu ~ ilmu sihir, ilmu guna-guna; kena
~ kena guna-guna (sihir); membuat (mengenakan) ~ kpd
mengenakan guna-guna (sihir) kpd; tukang ~ a) tukang (ahli) sihir;
b) ark bp pemimpin rakyat (yg kurang jujur); 2. = pesonaan katakata
jahat utk menyusahkan (mencelakakan) orang, fitnah: orang yg
berhati hasad, dengki serta suka berbuat ~ terhadap orang lain
akan menerima balasan Tuhan; fitnah dan ~ sangat menjadi-jadi
pd masa itu di kalangan masyarakat kita; segala godaan dan ~
syaitan utk menyesatkan manusia drpd jalan Allah;
mempesona memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian:
kejelitaannya ~ setiap lelaki yg melihatnya; ia mempunyai suara
merdu yg ~;
mempesonakan 1. mengenakan pesona (sihir); 2. mempesona,
memikat, menggoda, mengagumkan: lukisan asli alam Pulau
Mutiara ~ dia;
terpesona 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku
seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah
pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis
dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu
sayu yg sedang mengalun itu;
kepesonaan perihal (keadaan) pesona: pengetahuan jenis ini lahir
dan berkembang dgn penuh keghairahan dan ~ sehingga sukar
disekat;
keterpesonaan keadaan terpesona: kekaguman dan ~ orang lain
sahaja tidak cukup jika kita tidak dapat memanfaatkan makna yg
tersirat di dalamnya.
pesong (pésong) 1. belok (ke kanan atau ke kiri), memutar (mengubah)
haluan: kerana itu kemudian ~ ke kiri memasuki suatu lorong; 2. ki
mengalih (percakapan), mengubah atau menukar (perkara): apabila
ibunya bercakap tentang perkahwinan, Halim cuba ~ ke soal lain;
memesongkan 1. membelokkan (ke kiri atau ke kanan),
memusingkan, menukarkan haluan: akar pokok yg menjalar dlm
tanah dapat ~ arah pertumbuhannya ke tempat yg ada air; 2. ki
mengalihkan atau menukar (percakapan, pendirian, dll): parti itu
telah mengambil langkah-langkah mengawal ahli-ahlinya sendiri
yg cuba hendak ~ dasar dan tujuan asalnya;
terpesong menyimpang dr tujuannya (haluannya, sasarannya),
menyeleweng: kalau berlaku apa-apa kesilapan, roket itu akan ~
dan tidak mengenai sasarannya; tiba-tiba percakapannya ~ ke soal
lain;
pemesongan perbuatan memesongkan (kepercayaan, pendirian,
dsb): langkah ini dijadikan senjata bagi menentang ~ akidah;
pemesong alat yg memesongkan: kanta ~ sinar matahari.
pesta (pésta) 1. kerja dsb menjamu (bersuka ria dll) utk merayakan
sesuatu peristiwa, perayaan: dia selalu pergi menghadiri ~ jamuan
yg diadakan; 2. kegiatan berupa kempen (promosi, pertandingan,
dll) secara bersiri, biasanya secara tahunan, dgn konsep dan tujuan
yg tersendiri, festival: ~ buku; ~ makanan; 3. perayaan kebudayaan
atau keagamaan: P~ Kaamatan; P~ Gawai;
~ bola acara mengadakan siri pertandingan bola sepak; ~ buku
kempen membudayakan masyarakat supaya mendampingi,
membeli, dan membaca pelbagai bahan bacaan; ~ dansa perayaan
dgn berdansa; ~ filem pertandingan (pertunjukan) beberapa buah
filem; ~ gila bp perayaan tari-menari dgn orang yg menghadirinya
berpakaian anekaragam (bertopeng dll); P~ Kaamatan pesta yg
dirayakan sbg tanda kesyukuran oleh masyarakat Kadazan Dusun di
Sabah dgn memuja semangat padi; ~ kahwin = ~ nikah perayaan
kahwin; ~ lagu pertandingan lagu yg mempersembahkan pelbagai
tema dan irama muzik (spt jaz, rap, rok, asli, dll); ~ makanan
kegiatan memperkenal, menghidang, dan menjual pelbagai rencah
resipi masakan yg beraneka rasa (spt masakan pedas, manis, masin,
dll); ~ ria acara keramaian utk bersuka ria yg diadakan di tempat
lapang dsb, biasanya disertai berbagai-bagai aktiviti lain spt
pertunjukan, hiburan, jual beli, permainan dsb;
berpesta, berpesta-pesta bersuka ria (dgn makan-makan,
berdansa, dll): mereka ~ sahaja selepas kejayaan itu; ~ pora
berpesta besar (mengadakan perayaan besar-besaran dgn makan
minum dll);
memestakan 1. merayakan (sesuatu peristiwa dll) dgn makan
minum dan bersuka ria: aku tidak pernah berasa perlu utk ~ ulang
tahun; 2. mengadakan pesta utk: ~ anaknya yg baru pulang dr luar
negeri;
pesta-pestaan perihal berseronok-seronok (bersuka ria):
kebudayaan itu adalah suatu yg serius, bukan sekadar riuh-rendah
~.
pestaka 1. sj kitab ramalan (mantera dll); 2. = ilmu ~ guna-guna, jampi,
pesona; 3. kuasa buruk atau baik yg ada pd keris (lembing dll); 
pustaka.
pestisid (péstisid) (Kim) racun yg digunakan utk membunuh binatang
perosak, spt serangga, tikus dsb, racun perosak.
pesuk 1. lubang kemik, lekuk (pd talam dll): ~ kopiahnya; 2. tembus,
bocor (atap, tikar, dll): jika tikar ~, barang dua tiga lubang, tiada
dipakainya;
berpesuk-pesuk 1. berlekuk-lekuk, renyuk-renyuk: ~ songkoknya;
2. berlubang-lubang, bocor-bocor;
memesukkan menjadikan pesuk (kemik), melubangkan: ada yg ~
dinding, ada yg memanjat pagar.
pesuruhjaya 1. orang (pegawai) yg dilantik oleh suruhanjaya dll (utk
memegang jawatan atau tugas penting); 2. wakil sesuatu kerajaan
yg menjadi ahli persatuan negara (Komanwel dll); P~ Tinggi ketua
diplomat negara Komanwel di negara Komanwel yg lain.
pet (pét) IB sj songkok atau topi yg bertepi di depan.
peta I 1. lukisan (gambar) pd kertas dll yg menunjukkan kedudukan
negeri, sungai, gunung, dll; 2. lukisan (gambar) yg menunjukkan
kedudukan bintang dll di langit;
~ angin peta yg menunjukkan arah peredaran angin; ~
antarabangsa peta dunia yg biasanya berskala 1:1,000,000; ~
bahasa peta yg menggambarkan daerah bahasa-bahasa tertentu
digunakan; ~ bumi peta yg khusus menunjukkan tanah (gunung,
sungai, dll); ~ kontur peta yg dilukiskan dgn garisan-garisan kontur;
~ kosong peta yg belum ditandai dgn nama tempat (letak sungai,
gunung, dll); ~ lakar peta sesuatu kawasan dll yg dilukis dgn secara
kasar dan mengandungi hal-hal yg penting sahaja; ~ laut peta yg
khusus menunjukkan laut (pulau-pulau, aliran ombak, dll); ~ timbul
peta yg dibuat drpd tanah liat (plastisin) dgn gambaran bukit
(gunung, sungai, dll) spt yg terdapat di muka bumi; ~ topo peta
lengkap sesuatu tempat (yg menunjukkan bandar, jalan, dll);
berpeta berupa peta: mendedahkan panau ~-peta di bahu dan di
lengannya;
memeta membuat peta;
memetakan 1. membuat peta tentang sesuatu, menunjukkan
kedudukan (keadaan dsb) sesuatu dlm bentuk peta: sebahagian
besar daerah itu masih belum dipetakan; 2. menggambarkan,
melukiskan: Nasib Seorang Muda karangan Cikgu Harun ~
bagaimana seorang kerani muda yg bergaji kecil hidup;
pemetaan perihal membuat peta;
pemeta orang yg membuat peta.
peta II jelas, terang; pandang ~-~ pandang dgn terang.
peta III Jk = petaan gerakan tangan (mata dll) utk memberi isyarat dll.
peta IV; sl ~-ratna;  peterana.
PETA Id akronim bagi Pembela Tanah Air (tentera simpanan pd zaman
pemerintahan Jepun).
petah (pétah) = ~ lidah pandai berkata-kata, lancar pertuturannya, fasih,
petes: engkau memang bijak berkata-kata, ~ berperibahasa;
memetahkan; ~ lidah berlatih berkata-kata;
kepetahan perihal petah, kefasihan, kepetesan.
petai sj tumbuhan (pokok dan buahnya, bijinya berbau haring), Parkia
speciosa; ~ belalang = ~ laut sj tumbuhan (pokok dan buahnya),
dendulang, Desmodium umbellatum.; ~ jawa = ~ belanda = ~ tiga
bulan sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Leucaena glauca; ~
kerayung sj tumbuhan (pokok dan buah), sungga, Albizzia
pedicellata;
sbg ~ sisa pengait prb tidak berguna sama sekali; kulai-balai bagai
~ sisa pengait prb seseorang yg lemah-lembut tingkah lakunya;
menjual ~ hampa prb bercakap yg bukan-bukan, omong kosong.
petak Jk; ~ kadal sj permainan kanak-kanak dgn menggunakan bilah
buluh; ~ umpat (umpet) bermain saling mencari (bercari-carian).
petak (pétak) I 1. ruang yg disekat-sekat atau bersekat-sekat: dlm ~
tempat simpan barang-barang itu polis menjumpai geran motokar
itu; 2. bilik (kamar) kecil: api yg membakar buritan kapal itu
menyala terus dan menjalar pula ke dlm ~-~ kapal; 3. sebidang
sawah yg disempadani dgn batas (permatang), piring; 4. bahagian
sawah dll tempat menyemai (menanam): manakala anak padi itu
telah lebih kurang 15 sentimeter tinggi, anak padi itu pun diubah
ke dlm ~-~;
berpetak-petak 1. beberapa (banyak) petak: ~ tanaman padi
musnah akibat banjir itu; 2. terbahagi kpd beberapa petak;
memetak-metakkan membahagikan atau mengasingkan kpd atau
mengikut kumpulan (bidang, pengkhususan dsb) tertentu: ini
mungkin merupakan langkah pertama utk membebaskan bidang
keilmuan drpd dipetak-petakkan.
petak (pétak) II Jw belang putih di dahi kuda; kuda ~ kuda yg berbelang
putih pd dahinya.
petak (pétak) III; burung ~ sj burung, lanting, selanting, Rhizothera l.
longirostris.
petaka sl bencana, kecelakaan, kesengsaraan, kesusahan: bantuan utk
menghadapi masalah ~ alam spt kemarau.
petal Jw; memetalkan menekankan sesuatu (pd), menekapkan.
petala I 1. sl lapis, susun(an), tingkat(an); tujuh ~ bumi tujuh bahagian
(daerah) bumi; tujuh ~ langit tujuh tingkat (lapis) langit; 2. (Fiz)
bahagian di keliling nukleus sesuatu atom yg mengandungi elektron
dgn jarak aras tenaga tertentu; ~ valens (Fiz) petala yg paling luar
sekali pd sesuatu atom.
petala II; ~ bumi a) sj tumbuhan (pokok), Eurycoma longifolia; b) sj
tumbuhan (pokok memanjat), Santaloides floridum.
petalangan ark sj dusun kecil di hutan;  talang V.
petaling = ~ air = ~ bukit = ~ merah = ~ misu = ~ padi sj tumbuhan
(pokok yg boleh dibuat tiang dan buahnya boleh dimakan),
mentalin, Ochanostachys amentacea; ~ air sj tumbuhan (pokok),
Homalium caryphyllaceum; ~ gajah sj tumbuhan (pokok),
Homalium longifolium; ~ jantan sj tumbuhan (pokok), Homalium
friffithianum; ~ tanduk sj tumbuhan (pokok), Aporosa prainiana.
petam sj penutup atau pembalut dahi pengantin.
petamari sl sj perahu yg laju dan bertiang satu atau dua.
petan sj ikan darat, Osteochilus brachynotopterus.
petang I waktu selepas tengah hari (mulai dr matahari turun hingga
matahari masuk), sore, lwn pagi: matahari terbit lebih kurang pd
pukul 6 pagi dan masuk lebih kurang pd pukul 6 ~; hari sudah ~; ~
esok waktu petang pd hari esoknya; ~ semalam waktu petang pd
hari semalam; besok ~ a) petang esok; b) = besok ~nya petang yg
berikutnya; ~ Sabtu malam Ahad Sabtu malamnya sebelum Ahad;
sepetang-petangan selama (seluruh) waktu petang, sepetang
suntuk;
memetang-metangkan;~ hari Mn membuang-buang masa dgn
berbual-bual dll;
kepetangan mengalami (menempuh) petang, kena petang;
pemetang-metangkan; ~ hari Mn perintang-perintang masa.
petang II; kepetangan 1. sl sj mata-mata: sembah ~ itu, “Apa daya kula
menyendal dia kerana Melayu ini berkeris di hadapan?”; 2.
pandai membuat helah (tipu muslihat), cerdik, licik: perajurit yg ~.
petap; memetap mengeringkan air di badan dgn kain dll, mengelap:
selepas mandi ia ~ dgn tuala.
petaram sl sj keris kecil yg dipakai oleh perempuan.
petarang; pukat ~ sj pukat besar.
petarangan tempat ayam bertelur (mengeram), sangkak, terak, tarang.
petas I; beras ~ berbagai-bagai jenis beras.
petas II; petasan mercun: di sana sini kedengaran suara letusan, seolaholah
bunyi ~ di malam hari raya layaknya.
petat Kl jamah, raba.
petaya; bunga ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar sagu paya, akar
urat-urat, Dalbergia stercoracea.
peteh (pétéh) Tr 1. banyak bercakap, petes: budak ini sungguh ~; 2.
tendang pd kaki (betis), bentes: jangan ~ orang apabila main bola.
petek (péték), petek-petek sj ikan laut.
petekat sj tumbuhan (pokok), nona burung, Cordia dichotoma.
petekia (pétékia) (Ubat) bintik-bintik perdarahan yg kelihatan pd kulit.
peteng Jw; kepetengan mata-mata kampung;  petang II.
petentengan (peténténgan) Jw bersikap terlalu sombong atau angkuh.
peterana sj tempat duduk utk orang yg dihormati (raja, mempelai, dll).
peteras bongkak, pongah, sombong.
petes (pétés) petah bercakap (kanak-kanak); ~ mulut peteh lidah.
peti I sj kotak yg besar dan bertutup (dibuat drpd kayu dll);
~ besi peti yg kukuh drpd besi tempat menyimpan barang-barang
berharga; ~ gewang sj peti yg dihiasai dgn intan permata (mutiara
dll); ~ jenazah (mati, mayat) peti utk menanam orang mati,
keranda; ~ (me)nyanyi = ~ bicara (ngomong) bp mesin bicara,
gramofon; ~ pekak = ~ wang peti (tabung) tempat menyimpan
wang; ~ radio radio; ~ sejuk = ~ ais (air batu) peti penyejuk utk
menyimpan sayur-sayuran (ikan dll) supaya tahan lama dll; ~ suara
bahagian kerongkong tempat mengeluarkan suara; ~ surat peti
(kotak) tempat surat (bernombor dan ditempatkan di pejabat pos); ~
undi peti berkunci dan bermeterai tempat para pengundi
memasukkan kertas undi setelah memangkah calon pilihan masingmasing
dlm sesuatu pilihan raya dll;
berpeti-peti beberapa buah peti.
peti II; ikan ~ sj ikan laut, Ostracon spp.
petia; memetia, memetiakan memerhatikan: cuba petiakan betul-betul.
petiban; ~ sampir hadiah pengantin.
petik; memetik 1. mengambil (buah, bunga, pucuk, dll) drpd tangkainya:
telah sudah bermain-main itu, lalu ia pun pergi pula ~ bunga
mengarang kuntum; buah-buahan itu dipetik dan kemudian dibawa
dgn lori ke kilang-kilang; 2. mengambil atau menyalin sebahagian
drpd isi buku (karangan dll), menukil: dlm ucapan dan syair orang
Arab banyak menggunakan kalimat-kalimat dan perbandinganperbandingan
kata yg dipetik drpd Quran; 3. bermain gitar (kecapi
dll) dgn menggamit talinya: ia bernyanyi sambil ~ gitar; 4. menarik
picu senapang dll dgn jari, menarik tali panah dgn jari; 5.
merapatkan dan menggesekkan ibu jari dgn jari lain supaya
mengeluarkan bunyi: barangkali inilah kunci rahsia itu, Lebai
Dusin menjegil-jegilkan mata dan ~ jari dgn riang; 6. menekan
(memusing) suis lampu dll yg menggunakan kuasa elektrik: dia
membuka tingkap, ~ kipas angin dan ~ lampu kerana bilik itu agak
muram sedikit; 7. memilin atau memintal misai dgn menggunakan
dua jari; 8. menghisap rokok dll dgn menyelitkan rokok itu di antara
dua jari;
~ bola melompat sambil menangkap (memukul) bola; ~ hasil
mengutip hasil;
memetiki memetik berulang-ulang;
memetikkan memetik utk orang;
terpetik telah dipetik, tergamit, terkutip, terpintal, tertekan;
petikan 1. hasil (pendapatan) memetik; 2. = pemetik picu senapang
dll; 3. = pemetik suis lampu elektrik; 4. kutipan, nukilan; ~ api alat
utk memasang rokok;
pemetikan perbuatan memetik;
pemetik 1. orang yg memetik; 2. petikan.
petilan Jw sebahagian drpd cerita lakon (pertunjukan) wayang orang dll.
peting; memeting menjentik; ~ kapas mengasingkan kapas drpd bijinya,
membusur kapas;
terpeting-peting Kd berjalan berlenggang-lenggok (utk menunjuknunjuk).
petinggi ark ketua kampung, lurah.
petiol (pétiol) (Bio) tangkai yg menyambungkan daun pd batang.
petir sj bunyi guruh yg kuat (biasanya disertai kilat), geledek; ~ tunggal
petir yg amat kuat dan berbunyi dgn tiba-tiba; mata (panah) ~
halilintar, kilat; disambar (ditembak) ~ terkena panahan api
(elektrik) petir; bagai kilat senja, bagai ~ tunggal prb tangkas sikap
dan kuat bunyi suaranya (pahlawan dll);
memetir, memetir-metir mendegam-degam, menggeledek (suara
dll).
PETIR akronim bagi Parti Tindakan Rakyat (Singapura).
petis sj bahan penyedap rasa makanan (spt laksa, rojak, dsb) yg dibuat
drpd kentalan air udang, otak udang.
petisi IB (surat) permohonan yg dihantar kpd pemerintah.
petisyen (pétisyen) 1. surat permohonan atau rayuan (biasanya
ditandatangani oleh sekumpulan orang) kpd pihak berkuasa utk
meminta sesuatu pertimbangan: mereka menandatangani tiga ~
tentang soal-soal persekitaran; 2. permohonan rasmi kpd
mahkamah supaya sesuatu tindakan kehakiman dapat diambil;
pempetisyen orang yg mengemukakan petisyen: dlm kes ini, pihak
~ telah membentangkan beberapa kes utk menyokong hujahnya.
petitih Mn pepatah, peribahasa.
petit Kl belang, bunga;
berpetit-petit berwarna-warni: tikar-tikar itu dianyam ~ supaya
dapat dijual dgn harga yg mahal.
petola I = ~ hutan = ~ sagi = ~ sanding sj tumbuhan (herba memanjat
dan buah), Luffa acutangula; ~ buntal = ~ manis sj tumbuhan
(herba memanjat dan buah), Luffa cylindrica; ~ ular sj tumbuhan
(pokok memanjat), ketola ular, timun bengkok, Trichosanthes
anguina; ketola.
petola II; kain ~ sj kain cindai.
petopan tempat bermain judi, penjudian.
petor (pétor) sl pengawas atau penolong residen.
petot Kd pendek.
petro- (pétro) awalan asing 1. berkaitan dgn petroleum, mis petrokimia;
2. berkaitan dgn batuan, mis petrologi.
petrodolar (pétrodolar) wang dlm nilai dolar Amerika yg diperoleh oleh
negara pengeksport petroleum.
petrografi (pétrografi) cabang petrologi yg berkaitan dgn komposisi,
struktur dan pengelasan batuan.
petrokimia (pétrokimia) bahan kimia yg terhasil drpd sumber petroleum
dan gas asli: bahan ~.
petrol (pétrol) cecair mudah terbakar yg diperoleh drpd petroleum dgn
proses penapisan dan digunakan sbg bahan api utk menjalankan
enjin.
petroleum (pétroléum) sj minyak yg didapati dr dlm tanah dan digunakan
utk menghasilkan petrol, parafin, dan berbagai-bagai bahan kimia.
petroliam (pétroliam)  petroleum.
petrologi (pétrologi) kajian tentang asal usul, komposisi, pembentukan,
struktur dsb batuan.
Petronas (pétronas) akronim bagi Petroliam Nasional Berhad.
petua nasihat, petunjuk, atau panduan yg berguna (biasanya oleh orang
tua-tua atau yg berpengalaman) tentang cara melaksanakan atau
mencapai sesuatu dgn berkesan: ~ awet muda; betapa banyak ~
dukun kuturuti;
berpetua memberi petua (nasihat): pandai pula engkau ~, pandir;
dipetuakan 1. digunakan sbg petua; 2. dianjurkan, dinasihatkan.
petuk Jw ark surat sbg tanda penerimaan sesuatu.
petung Kl baling, buang, lontar.
peturun; harimau ~ harimau kumbang.
petus petir, halilintar; ~ tunggal petir tunggal, petir yg berbunyi kuat dgn
tiba-tiba; sbg ~ tunggal sangat mengejutkan (memeranjatkan).
petut I ark lumpuh, lemah, tepuk.
petut II Tr; memetut memburu, menghambat.
petutu I sj ikan, betutu.
petutu II; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), Adinandara macrantha; ~ paya
sj tumbuhan (pokok), Hibiscus florcosus.
peweng Tr bengkok: kenapa pengayuh basikal tu ~?
peyot (péyot) Jw ark herot, bengot.
PGB kep Panglima Gagah Berani (pingat keberanian yg dianugerahkan
kpd pegawai-pegawai dll dlm angkatan bersenjata).
Pgh. kep Pengarah: ~ Pentadbiran dan Operasi.
pH (Kim) ukuran tentang keasidan atau kealkalian sesuatu larutan dgn
skala antara 0 hingga 14, iaitu pH 7 menunjukkan larutan yg neutral,
kurang drpd pH 7 menunjukkan larutan berasid, dan lebih drpd pH
7 menunjukkan larutan beralkali.
PhD kep Doctor of Philosophy (Doktor Falsafah).
pi I bp pergi.
pi II C taruhan dlm permainan judi; main ~ berjudi dgn membayar
taruhannya kemudian.
pi III C sj kura-kura yg kecil di sungai dll, bulus.
pi (pai) 1. huruf ke-16 abjad Yunani yg ditulis dgn simbol , ; 2. (Mat)
nombor asas dlm matematik (bernilai 22/7 atau 3.142) yg
merupakan nisbah lilitan sesuatu bulatan terhadap garis pusatnya.
piadah sl buah catur yg di depan, bidak.
piagam 1. surat rasmi yg menyatakan pemberian hak atau tanah dll
(tertulis pd batu, logam, dll); 2. surat atau tulisan rasmi yg
mengandungi pernyataan dan persetujuan tentang sesuatu (dasar
dll): ~ BB itu dibentuk oleh negara-negara anggota BB sendiri; 3.
ark diploma, ijazah;
memiagamkan menentukan (menyatakan) sesuatu dlm piagam.
piah; rempah-~ berbagai-bagai jenis rempah.
piai = ~ lasu (raya) = umbi ~ sj tumbuhan (paku-pakis), kerakas, paku
tiai, pebisi, Acrostichum aureum.
piak I herot;  piat I.
piak II; berpiak berbunyi piak-piak: aku dengar bunyi rotan ~.
piak III Kl; sepiak sekacip (pinang), secarik (kertas dll); ~ pinang
sebentar sangat, sekejap benar.
pial I copeng merah yg lembut pd dagu (telinga) ayam dll.
pial II; berpial-pial berpilin-pilin spt dipulas, berpiuh-piuh;
memial memulas: anaknya pula jadi spt budak-budak baru masuk
yg pernah ditengking dan dipial telinganya.
piala sj cawan yg berkaki dan diperbuat drpd perak atau emas dll (utk
minuman, hadiah sukan, dll);
~ hati ki batin, kalbu; ~ pusingan (bergilir) piala yg pd tiap-tiap
tahun diperebutkan dlm pertandingan.
pialang perantara dlm jual beli, cangku;
berpialang membeli dgn perantara cangku.
pialing sj burung serindit, perling, serindit gajah, Psittinus c. cyanurus.
pialu sj tumbuhan (pokok renek), sepucat pelanduk, Orophea setosa;
akar ~ sj tumbuhan (akar yg berteras dan memanjat), akar berumat,
akar kuayah, jendereh, jenderus burung, kabau, Derris thysiflora.
piama I IB sj baju dan seluar utk waktu tidur, pijama.
piama II = musim ~ musim yg baik utk memulakan penanaman padi,
musim hujan; awal ~ permulaan musim hujan; sayup ~ akhir musim
hujan; semasak buah ~ genap satu musim dlm setahun.
pian I sj tumbuhan (pokok) medang biawak, melidah, kahwa-kahwa,
salang rusa, tinjau laut, Alangium uniloculare.
pian II Kl, Tr musim, perian: ~ buah-buahan.
piang I ark  biang I.
piang II ark sj kuih dibuat drpd ketan (pulut);
memiang memasak piang.
piang III pengawal, penjaga: maka ~ dan merinyu pun selalu menangkap
orang yg mabuk itu.
piang IV Pr; berpiang-piang berpusing-pusing.
pianggang sj belalang kecil yg memakan dan merosakkan buah padi,
denangau, walang sangit, Leptocoriza varicornis.
pianggu 1. sj tumbuhan (pokok renek), Clerodendron umbratile; 2. sj
tumbuhan (pokok), Horsfieldia irya; 3. sj tumbuhan (pokok),
Myristica ellipitica;
~ hutan sj tumbuhan (pokok), Ficus consociata; ~ jantan sj
tumbuhan (pokok), Pellacalyx axillaris.
piano alat muzik yg dimainkan dgn menekan mata hitam atau putih pd
papan kekunci, menyebabkan tukul-tukul kecil mengetuk tali logam
utk menghasilkan not yg berbeza.
piantan ark 1. waktu tertentu bila umumnya berlaku sesuatu: sewaktu ~
memasak-masak tiba dia ke dapur menolong isterinya; bukan ~
bukan masa atau musimnya; ~ demam waktu yg selalunya demam
datang; ~ hujan musim hujan yg biasa berlaku; 2. Id sehari semalam
(24 jam).
piara pelihara, bela; anak ~ anak orang lain yg dibela dr kecil, anak
angkat;
memiara memelihara, membela; ~ ayam; ~ misai; ~ isteri
mempunyai isteri;
terpiara terpelihara, terbela;
piaraan 1. sesuatu yg dipelihara (ayam, kucing, dll); 2. = bini ~
perempuan simpanan, gundik;
pemiaraan perihal (perbuatan atau usaha) memiara, pemeliharaan:
~ ayam telur.
piarit sj serampang atau seruit yg mempunyai dua mata; lurus bagai ~ prb
rupanya saja baik tetapi hatinya jahat.
piartrosis (Ubat) pembentukan nanah di dlm sendi.
pias I ark 1. bidang-bidang tikar mengkuang dll yg dijahit menjadi layar;
2. lajur, jalur.
pias II percikan (air hujan dll);  tempias.
pias III sj ikan laut, selangat, Dorosama chacunda.
piasau Br kelapa, nyiur.
piat I piuh, herot, bengkok; piak I.
piat II; memiat 1. memial, memulas; 2. Kl pukul, sebat (dgn benda kecil
spt lidi, rotan, dll).
piat III; ~-piut anak cucu atau keturunan yg sudah terlalu jauh.
piat IV sj tumbuhan (pokok), bebuas, sarang burung, Premna tomentosa.
piatu 1. tiada beribu dan tiada berbapa: anak ~; rumah ~ rumah tempat
memelihara anak-anak piatu; 2. sl tidak mempunyai sanak-saudara;
dagang ~ orang asing yg tidak mempunyai sanak-saudara; rimba ~
sl rimba besar;
kepiatuan sl hidup bersendirian (tiada beribu bapa atau tiada
bersanak-saudara), tersendiri.
piawai Mn 1. cekap, pandai, pintar: seorang jurutenung yg ~ telah
pernah meramalkan hal ini; 2. betul, tepat (timbangan, waktu, dll);
bungkal yg ~ a) anak timbangan yg betul; b) ki keputusan
(pertimbangan) yg adil; 3. yg (telah ditetapkan utk) menjadi asas
bagi penentuan atau penilaian sesuatu (spt ukuran, timbangan, mutu,
dll), dasar (asas) yg sah: suhu ~; sukatan ~; waktu ~;
memiawaikan menjadikan sesuatu (kualiti barangan, sistem, dsb)
piawai: bank data harus mencakup istilah yg dipiawaikan;
terpiawai sudah atau telah dipiawaikan: pakar-pakar psikiatri
telah mula menggunakannya dlm bentuk ujian personaliti yg ~;
piawaian asas (rujukan dsb) utk penentuan sesuatu (spt timbangan,
mutu, dll): Malaysia memerlukan satu sistem ~ yg kemas kini;
kepiawaian kecekapan, kepintaran: lalu hilang pulalah ~nya sbg
perjaka perkasa;
pemiawaian perbuatan memiawaikan.
PIBG kep Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
pic I 1. sj pokok yg mempunyai bunga berwarna samar dan buahnya bulat
dan boleh dimakan, Prunus persica; 2. = buah ~ buah drpd pokok
pic yg bulat, berkulit kekuningan, dan isi yg manis; 3. warna kuning
kemerah-merahan spt warna buah pic yg masak.
pic II (Muz) darjah tinggi atau rendahnya nada suara (bunyi).
pica Mn = terpica lalai, lengah, meling;
memicakan melalaikan, melengahkan.
picagari sj alat utk menyedut cecair dan memancutkannya ke tempat lain;
memicagari menyedut, menyuntikkan dsb cecair dgn picagari.
picahbeling sj tumbuhan (herba yg daunnya digunakan sbg ubat penyakit
kencing manis dll), Strobilanthes crispus.
pici peci, kopiah.
picik 1. tidak lebar (luas), sempit: kamar yg ~ lagi kotor; 2. tidak luas,
sempit, cetek (pandangan, fikiran, pengetahuan, dll): bertambahtambah
pula ~ pengetahuanku dlm ilmu mengarang; 3. sempit,
susah (wang, penghidupan, dll): kalau kita sesak dan ~ wang, tidak
ada siapa boleh memberi; 4. Jk tidak boros, cermat, hemat;
memicikkan menyempitkan, mengurangkan, dll;
kepicikan perihal picik (tempat, fikiran, wang, dll): pd masa ~
wang ia akan menanti di lorong-lorong yg gelap utk merompak.
picing Mn pejam;
sepicing sekelip (mata), sebentar, sekejap: Rosnah belum dapat
tidur walau ~ pun;
berpicing memejamkan mata;
memicingkan memejamkan mata, tidur: semalam-malaman aku
tidak dapat ~ mataku;
terpicing terpejam (matanya), tertidur: dipandangnya muka Azimah
dgn mata yg separuh ~.
picis Id wang yg bernilai 10 sen, ketip, pitis;
sepicis seketip;
picisan 1. wang ketip; 2. tidak berharga, rendah mutunya: apabila
orang kata mahasiswa hanya suka membaca majalah hiburan
bebas dan buku-buku ~, mahasiswa diam; roman ~ roman yg
murah harganya (roman yg rendah mutunya).
picisan sj tumbuhan (pakis), pakis duitan, paku duitan, sakat ribu-ribu,
sisik naga, Drymoglossum heterophyllum.
picit; lampu ~ lampu suluh yg dinyalakan dgn menekan tombolnya;
tukang ~ tukang urut;
memicit memecal, memijit, mengurut: ia ~ hon; Hendon ~-micit
dahinya beberapa kali;
terpicit 1. tertekan; 2. terurut;
picitan pijitan, tekanan, urutan.
picu pemetik (pistol, senapang, dll);
memicu menarik atau memetik picu pistol, senapang dsb.
picung sj tumbuhan (pokok renek), buah keluak, (ke)payang, kapecong,
simaung, Pangium edule.
pidal Kl, Tr tidak mahu membayar hutang.
pidana Id kejahatan, kesalahan jenayah;
hukum ~ = undang-undang ~ undang-undang bkn perbuatanperbuatan
jenayah; perkara ~ perkara (kes) jenayah; tindakan
(perbuatan) ~ perbuatan yg dianggap sbg jenayah; kitab undangundang
hukum ~ buku undang-undang yg menyatakan hukumanhukuman
jenayah.
pidato 1. ucapan yg disampaikan kpd khalayak ramai: lebih drpd itu ia
dapat juga diakui sbg seorang ahli ~ yg mempunyai bakat
istimewa; 2. ark ceramah yg membicarakan sesuatu perkara;
berpidato menyampaikan pidato: dia memang sudah biasa ~;
kemahiran ~;
mempidatoi memberi pidato kpd, berpidato kpd: aku ~
perkumpulan pemuda pd waktu malam;
mempidatokan membincangkan dlm pidato;
pemidato orang yg berpidato.
pidi Jk; memidi mengarahkan (guli dll) ke, membidik, menuju.
pigi bp pergi.
pigimana Id, bp bagaimana.
pigmen 1. (Bio) bahan berwarna yg terdapat dlm tisu tumbuhan atau
haiwan; 2. (Kim) sebarang bahan yg dapat mewarnai bahan lain.
pigmentasi (Bio) warna asli yg kelihatan (terdapat) pd tumbuhan dan
haiwan (termasuk manusia).
pigmi I orang atau binatang yg kerdil.
Pigmi II suatu puak yg terdiri drpd orang-orang kerdil di Afrika dan
beberapa bahagian Asia Tenggara.
pigura  figura.
pihak 1. belah, sisi: ~ atas; ~ bawah; ~ kanan; ~ kiri; 2. arah, hala,
jurusan: beberapa ekor kera yg besar datang dr segenap ~
mengelilinginya; 3. salah satu drpd dua kumpulan (golongan) orang
yg berlawanan dlm peperangan (permainan, politik, dll): tidak
diketahui ~ mana kawan dan ~ mana lawan; 4. termasuk dlm
kumpulan (golongan) yg berlawanan: nanti akan nyata siapa ~
kawan dan siapa ~ lawan; 5. hal, perkara; pd ~ bkn hal;
~ berikat = ~ bersekutu negara-negara yg bersekutu dlm perang
dunia kedua (Amerika Syarikat, Inggeris, dan Perancis); ~ berkuasa
golongan atau orang yg mempunyai kuasa, pemerintah; ~ berkuasa
tempatan badan yg bertanggungjawab mentadbir dan mengurus
kemudahan awam di sesebuah daerah, bandar dsb, mis Majlis
Perbandaran dan Dewan Bandaraya dsb; ~ kedua orang (yg kedua)
yg disebutkan kemudian dlm perjanjian; ~ ketiga a) orang lain yg
tidak serta dlm perjanjian; b) golongan lain yg tidak berpihak dlm
persengketaan (peperangan dll); ~ pertama (kesatu) orang (yg
pertama) yg disebutkan dahulu dlm perjanjian; ~ sana kumpulan
orang dll yg termasuk pihak lawan dll; ~ sini kumpulan orang dll yg
termasuk pihak kita;
sepihak sebelah (pihak), satu sisi; pembatalan ~ pembatalan drpd
satu pihak sahaja (perjanjian dll);
berpihak, memihak menyebelahi salah satu pihak, memasuki salah
satu kumpulan (golongan): dia tidak ~ ke mana-mana; ia memujuk
saya supaya memihak kepadanya;
berpihak-pihak berpisah-pisah menjadi beberapa pihak, berasingasing,
bercerai-cerai;
memihakkan 1. memasukkan dlm salah satu pihak; 2. menceraiceraikan
menjadi beberapa pihak; 3. mengesampingkan,
menyisikan;
pemihakan perihal memihak pd sesuatu kumpulan (aliran):
sumbangan utama al-Ghazali sebenarnya terletak pd ~nya kpd
kelompok antifalsafah.
pihit Br; memihit menekan, menghempap, menindas;
terpihit tergelek, tergilas, tertindas.
pijak; pijak-pijak alat yg digerakkan dgn kaki (pedal basikal dll), injakinjak;
berpijak 1. bertumpu dgn kaki (pd), berdiri (di), berjejak (di): dia
turun dr kereta api dan ~ di tanah; tempat ~ tempat berdiri
(berada); tidak ~ di tanah ki terlampau tinggi angan-angan; 2. ki
bertumpu (pd), berasas (pd): karya yg terpisah drpd tradisi
kebudayaan dunia dan tidak juga ~ pd tradisi sendiri;
memijak meletakkan kaki pd, menginjak: apabila dilangkahkannya
kakinya ~ darat maka meriam pun dipasanglah; ~ kepala (orang)
menghina orang;
memijak-mijak memijak berkali-kali, menginjak-injak: dia ~ tanah
di keliling rumput itu supaya kejap;
memijakkan meletakkan (menumpukan) kaki pd, menginjakkan
kaki pd; ~ tanah istiadat pd mula-mula kanak-kanak meletakkan
kaki di tanah, turun tanah;
terpijak memijak dgn tidak sengaja; ~ bayang-bayang = matahari
~ tepat waktu tengah hari;
~ benang arang, hitam tapak prb berbuat jahat jahatlah balasannya;
~ di bara panas prb sangat gelisah; ~ di tanah kapur putih tapak, ~
di tanah arang hitam tapak prb perbuatan baik, baiklah akibatnya,
perbuatan jahat, jahatlah akibatnya;
pijakan perbuatan memijak;
pemijak; ~ kaki a) tempat berpijak (memijak); b) injak-injak,
sanggurdi; c) telapak kaki; ~ tanah turun tanah.
pijama baju dan seluar longgar yg dipakai utk tidur biasanya oleh orang
lelaki.
pijar I 1. merah menyala kerana terbakar (logam); 2. pecahan logam yg
menyala; besi ~ besi yg merah menyala waktu ditempa; lampu ~
lampu elektrik yg berisi dawai menyala; mangkuk ~ bekas yg
digunakan utk membakar logam; 3. berasa seakan-akan panas kulit
kerana lama memegang cili (terutamanya cili yg sudah ditumbuk);
4. panas betul (minyak): lumuri daging dgn rempah dan goreng
dlm minyak yg telah ~;
berpijar-pijar berapi-api spt pijar;
memijar 1. membakar (logam) sehingga lembut; 2. ki
mengeluarkan bahang (kepanasan): di ufuk barat, matahari
menghantarkan sinarnya yg tak lagi ~;
memijarkan membakar besi (logam) utk menjadikan pijar.
pijar II, pijar-pijar sj damar utk menghancurkan pateri.
pijat I; memijat memicit, memijit.
pijat II, pijat-pijat sj kutu yg busuk baunya, kepinding, kutu busuk;
kerana ~ mati tuma prb mendapat kesusahan kerana bersahabat dgn
orang jahat; marahkan ~ kelambu dibakar, tidur terdedah prb
kerana takutkan bahaya yg kecil keuntungan yg besar dibuang
akhirnya diri sendiri yg merana; ~ menjadi kura-kura prb orang
kecil (hina) menjadi orang besar (mulia).
pijat-pijat; ikan ~ sj ikan laut, Scolopsis vosmeri.
pijau Pr demam dgn sangat panas.
pijin (Lin) bahasa yg terdiri drpd campuran unsur dua atau lebih bahasa
lain yg digunakan apabila penutur yg berlainan bahasa
berkomunikasi antara satu dgn yg lain.
pijit; tukang ~ tukang urut;
memijit 1. menekan dgn jari, memecal, memencet, memicit; 2. =
memijit-mijit mengurut (badan dll);
terpijit terpecal, terpencet, terurut;  picit.
pik kep pikul (ukuran berat yg besarnya 100 kati).
pika I unit cetakan bagi saiz taip yg bersamaan dgn 12 poin (lebih kurang
4.21 mm).
pika II (Ubat) keinginan dan tabiat memakan bahan bukan makanan (spt
rambut dan pasir), yg biasanya dialami oleh wanita mengandung,
pesakit histeria, dan kanak-kanak yg mengalami malnutrisi.
pikalili jeruk pedas drpd sayur-sayuran yg dipotong dan dicampur dgn
rempah dan mustard.
pikap 1. van atau trak kecil yg badannya terbuka dan tepinya rendah utk
digunakan sbg pengangkutan ringan; 2. bahagian pemain rekod yg
mempunyai lengan dan jarum di hujungnya; 3. bp kebolehan utk
memecut: kereta tua ini sudah tidak ada ~.
pikares (pikarés) (Sas) berkaitan dgn cereka pengembaraan yg menarik
tentang seorang hero yg walaupun berupa seorang penyangak tetapi
disukai: novel ~.
pikat I; memikat 1. menangkap burung dll dgn menggunakan burung lain
yg jinak, menjebak: berburu kerbau jalang, dan ~ ayam hutan; 2.
memerangkap (musuh dll), memancing: tingkap itu sengaja dibuka
utk ~ pencuri masuk; 3. melakukan sesuatu supaya seseorang
(sesuatu) tertawan atau tertarik hati: seorang anak muda mata
keranjang telah ~ Minah; ~ hati memujuk-mujuk dan menarik-narik
hati: lagu-lagu Minang moden makin ~ hati pendengar;
terpikat kena pikat, tertarik (hati): aku segera ~ oleh seluruh
gerak-gerinya;
pikatan burung (orang dll) yg telah dipikat;
pemikatan perihal (proses atau perbuatan) memikat: pepatung
jantan terbang ke arah pepatung betina dlm proses ~;
pemikat 1. orang yg memikat; 2. burung (orang dll) yg digunakan
utk memikat; ~ hati penarik (penawan) hati.
pikat II sj lalat besar yg mengerumuni (kerbau, lembu, dll), langau;
pening ~ pening yg tidak kuat; spt ~ kehilangan mata prb bingung
tidak tentu arah (kehilangan akal).
pikau I; berpikauan menjerit-jerit dgn tidak tentu arah (kerana takut dll);
terpikau-pikau kebingungan dan menjerit-jerit dgn tidak tentu
arah: maka terkejutlah segala Bugis di dlm kubu itu ~.
pikau II sj burung, burung puyuh, Excalfactoria c. chinensis.
pike (piké) IB; kain ~ sj kain cita halus.
piket (pikét) I mogok dgn menghalang orang lain bekerja (mengajak orang
lain jangan bekerja): buruh kilang itu akan mengadakan ~;
berpiket mengadakan piket.
piket (pikét) II IB anggota-anggota tentera yg sedang berjaga pd malam
hari (di pejabat dll).
piknik makan bersama di luar utk bersuka-suka, berkelah, perkelahan;
berpiknik mengadakan piknik: keluarganya ~ di Port Dickson.
pikokomputer (Komp) komputer yg berupaya memproses data dlm
lingkungan masa pikosaat.
pikolo (Muz) sj alat muzik kecil yg rupanya seakan-akan seruling tetapi
menghasilkan nada yg lebih tinggi.
pikosaat unit masa yg bersamaan dgn 10-12 saat.
pikrama  pekerma.
piktograf 1. (Lin) tanda atau lambang yg mewakili kata atau kata-kata spt
dlm tulisan Cina; 2. pernyataan statistik, data dsb secara bergambar
atau berlambang mengenai sesuatu perkara pd graf, carta dsb.
piktografi sistem tulisan yg menggunakan piktograf.
piktogram piktograf.
piku Id kep pemimpin kurcaci (pemimpin pandu kecil).
pikuk; hiruk-~ hingar bingar, riuh-rendah;  hiruk.
pikul 1. barang yg diangkat dgn galas di atas bahu: membeli se~ air
minum; 2. ukuran berat yg besarnya 100 kati (lebih kurang 62.5
kg): harga lima ~ beras ialah RM150;
berpikul-pikul beberapa pikul;
memikul 1. membawa barang dgn galas di atas bahu, mengandar,
menggalas: ~ padi; 2. mengangkat, mengusung: maka ada bertemu
lapan sepuluh orang tengah ~ meriam besar; Hassan ~ peti
kacanya, aku menjunjung sekotak pinggan; 3. ki menghadapi dan
harus melaksanakan dsb (sesuatu) sbg tanggungjawab,
menanggung: dia pun sama ~ hutang bapanya;
akan ~ tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung prb tiada
berdaya mengerjakan sesuatu tugas kerana tiada berilmu (tiada
berwang); berat sama dipikul, ringan sama dijinjing prb suka duka
sama-sama ditanggung;
memikulkan 1. memikul beban utk orang lain; 2. meletakkan
sesuatu di bahu utk dipikul; 3. membebankan, memberi
menanggung, menyerahkan (kewajiban, tanggungjawab, dll) kpd:
aturan-aturan baru yg dipikulkan kpd kita;
terpikul 1. dapat atau berupaya dibawa di atas bahu: saya tidak ~
seguni beras itu; 2. ditanggung, terletak: kini tanggungjawab
mendidik dan membesarkan anak-anak ~ di bahunya; 3. dapat
ditanggung, terderita, tertahan: dia mengalami tekanan jiwa yg
tidak ~ olehnya;
pikulan 1. tongkat utk memikul sesuatu, galas, gandar; 2. beban
atau muatan yg dipikul;
pemikul orang yg memikul beban.
pikun Jk sangat tua.
pil ubat yg berbentuk bulat, pipih, dan kecil yg biasanya ditelan bulatbulat,
tablet;
~ perancang (keluarga) pil yg dapat mencegah kehamilan; ~ tidur
pil yg dapat menyebabkan seseorang mudah atau lekas tidur.
pilanggu Mn belenggu.
pilar tiang tegak yg diperbuat drpd batu dll, digunakan sbg penyokong
hiasan dsb.
pilas Mn sj ayam sabungan yg borek serta berparuh dan berkuku hitam.
pilau ark perahu.
pilek Jk selesema sebab kena sejuk.
pili pancuran air, paip; air ~ air paip.
pilih; ~ bulu memandang kedudukan, bangsa, keturunan, dsb; ~ kasih
mengasihi (memihak) sesuatu pihak, berat sebelah dlm membuat
keputusan dll;
berpilih-pilih 1. pilih dgn amat teliti; 2. susah didapat, sedikit saja
(yg), tidak sebarang (orang dll): ~ orang yg boleh menjadi
pemimpin perkumpulan itu; raja-raja dan menteri-menteri yg
banyak itu ~ yg tahu akan bahasa Nigrama itu;
memilih 1. menunjukkan (menentukan) barang (orang dll) yg
disukai: ia ~ Mak Haji menjadi teman hidupnya ini ialah sematamata
kerana memandang hartanya; mereka tidak dapat ~ nasi yg
lain drpd jenis yg dimakan di rumah masing-masing; kami
bariskan orang-orang tu, tentu kakak boleh ~ yg mana satu; tidak
~ = tidak memilih-milih tidak memandang orang (tempat dll), tidak
menghiraukan orang (tempat dll); 2. mencari atau memisahmisahkan
mana yg baik (besar, kecil, dll): ~ beras; ~ kopi; 3.
menentukan calon (orang dll) dgn menyatakannya: ahli-ahli
persatuan ini telah ~ Encik Amdun sbg pengerusinya; 4. =
memilih-milih sangat teliti memilih, berpilih-pilih; pilih-pilih ruas,
terpilih buku prb kerana berharap sangat mendapat yg baik,
akhirnya menerima yg buruk;
memilihkan memilih (barang, jodoh, dll) utk orang lain;
terpilih 1. dapat dipilih, telah dipilih: wakil PAS yg tunggal dlm
Parlimen pernah ~ dr Kerian; 2. memilih dgn tidak sengaja;
pilihan 1. yg telah dipilih, hasil memilih: siapalah yg tahu agaknya
di sana telah sedia ada anak gadis ~ ayah As sendiri; 2. yg terbaik
(terpilih, terkemuka, dll): dihantarnya beberapa orang ~;
pemilihan hal atau perbuatan memilih: suara merdu sesuatu biola
kecil adalah bergantung pd ~ kayu yg istimewa; ~ yg dijalankan
itu tidak begitu adil;
~ alamiah (Bio) teori tentang evolusi organisma (dipelopori oleh
Darwin) yg menyatakan bahawa individu sesuatu spesies yg dapat
menyesuaikan diri dgn persekitaran akan dapat hidup dlm
persekitaran itu dan cenderung membiak dgn banyak ; ~ bertingkat
(berjenjang ark) Id pemilihan wakil parlimen yg tidak langsung oleh
rakyat; ~ buatan (Bio) pemilihan tumbuhan atau haiwan yg
mempunyai ciri terbaik utk dikacukkan;~ langsung Id pemilihan
wakil parlimen yg langsung oleh rakyat; ~ umum Id pilihan raya
umum;
pemilih 1. orang yg memilih; 2. terlalu memilih-milih: ia sangat ~.
pilihan raya pemilihan umum yg diadakan utk memilih wakil di Parlimen,
Dewan Undangan Negeri dsb; ~ kecil pilihan raya yg diadakan utk
mengisi satu atau beberapa kekosongan kerusi sahaja di Parlimen
dsb yg timbul selain disebabkan oleh pembubaran Parlimen atau
pembubaran Dewan Undangan Negeri; ~ Negeri pilihan raya yg
dijalankan utk memilih ahli Dewan Undangan Negeri; ~ Parlimen
pilihan raya yg dijalankan utk memilih ahli Dewan Rakyat; ~ umum
pilihan raya yg dijalankan utk memilih wakil bagi semua kerusi
Dewan Rakyat atau bagi semua kerusi Dewan Undangan Negeri yg
diadakan secara berkala mengikut selang tempoh yg ditetapkan
oleh Perlembagaan.
pilik  pilek.
pilin; piuh ~-~ putar balik (percakapan), tipu helah; tangga ~ sj tangga yg
berbelit-belit (berpusing-pusing), tangga sulur batang; ~ kacang
hendak mengebat, ~ jering hendak berisi prb suatu pembicaraan
atau perbuatan itu mempunyai maksud dan tujuannya;
berpilin 1. dipilin; 2. = berpilin-pilin berkelok-kelok atau berpiuhpiuh
(kayu, besi, dll): ~ bagai kelindan;
memilin 1. memintal atau memulas beberapa utas benang atau tali
dgn tangan; 2. memulas (sakit perut); perut ~ perut memulas; 3.
memintal atau memulas dgn jari: tangannya ~ misainya; ~ telinga
memulas dan memutar telinga, memial;
pilinan hasil memilin, yg dipilin;
pemilinan perihal atau perbuatan memilin.
pilis 1. ubat yg ditepekkan (dipalitkan) di dahi (di pelipisan); 2. garis
pangkah di dahi utk menghindarkan penyakit;
berpilis menggunakan (memakai) pilis.
pilon I (Kej) struktur keluli yg tinggi yg didirikan utk menopang kabel
elektrik bervoltan tinggi.
pilon II Jk tidak mengerti apa-apa, bodoh; berlagak ~ berpura-pura tidak
mengerti, berpura-pura bodoh.
pilong Jw buta.
pilot IB pemandu kapal terbang, juruterbang, penerbang.
pilu I 1. (berasa) sangat terharu, rawan: saya berasa terharu dan ~; 2.
(berasa) sangat sedih, hiba: sedih dan ~ hatinya melihat anaknya
bersiap-siap hendak membawa untung; memberi ~ hati
mengharukan (menyedihkan, merawankan) hati;
memilukan 1. mengharukan (merawankan) hati: perasaan yg ~
hatinya itu tetap menggeletarkan suaranya; 2. menyedihkan: yg
paling ~ hatiku kini ialah tingkah laku anakku;
kepiluan 1. perihal pilu, kesedihan; 2. = kepilu-piluan berasa pilu
(hiba, sedih, dll).
pilu II ark pilau.
pilus sj penganan drpd tepung beras yg digoreng.
pimpan; akar ~ sj tumbuhan (herba), Setaria plicata.
pimpin I; berpimpin 1. dibimbing, dipandu, dituntun, ditunjuk: yg capek
datang bertongkat, yg buta datang ~; abang tidak senang kerana
segala-galanya ~, ke sana ke mari diarahkan hingga
membosankan; 2. berbimbing; ~ tangan = ~ jari berpegangan
tangan;
memimpin 1. memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke
sesuatu tempat (menunjukkan jalan dll), membimbing, menuntun:
Malim Deman pun ~ tangan puteri lalu berjalanlah; 2. mengepalai
atau mengetuai serta mengendalikan (badan, pertubuhan,
pergerakan, negara, dll), mengepalai (rapat dsb): dia tidak pernah ~
apa-apa pergerakan; tentera yg dahulu dipimpin oleh Jeneral
Suharto telah siap sedia utk menghadapi kemungkinan perlawanan
drpd anasir-anasir prokomunis; 3. melatih (mendidik, mengasuh,
dll) supaya boleh bekerja (berfikir) sendiri; pelajar-pelajar ini
dipimpin oleh guru-guru yg terlatih;
terpimpin dipimpin: masyarakat yg tidak ~ dan tidak berperaturan
tidak akan memberikan kebaikan kpd manusia; ekonomi ~ sistem
ekonomi yg mengikut rancangan-rancangan dan arahan-arahan
pemerintah dll;
pimpinan 1. hasil memimpin, bimbingan, tuntunan: rakyat yg
mengharapkan ~ drpd mereka; di bawah ~ dipimpin (oleh);
memegang ~ memimpin (kumpulan dll), pucuk ~ orang atau badan
yg mempunyai kuasa pimpinan yg tertinggi; 2. yg dipimpin: para ~
Datuk Onn; 3. buku pedoman atau panduan, petunjuk;
kepimpinan keupayaan memimpin: ~ melalui teladan;
pemimpin 1. orang yg memimpin: ~-~ Perikatan bergembira hari
ini menyambut kemenangan mereka; 2. buku pedoman, petunjuk;
berpemimpinkan mempunyai seseorang sbg pemimpin,
berketuakan: beruntunglah kita sekiranya dapat ~ seseorang yg
jujur, cekap dan bertanggungjawab;
kepemimpinan keupayaan (kebolehan, pencapaian, dsb) sbg
pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan, dsb) seseorang
pemimpin: dlm pentadbirannya, Dr. Mahathir berusaha membawa
corak ~ yg berbeza drpd pemimpin-pemimpin sebelumnya.
pimpin II sj tumbuhan (pokok memanjat), lada hitam hutan, Piper
malaccense.
pimping sj tumbuhan (rumput spt gelagah yg batangnya tidak berongga
dan digunakan utk batang kalam, joran, dll), Themeda gigantea;
bagai ~ di lereng prb orang yg berpendirian tidak tetap; lampai
bagai ~ di lereng, lemah bagai lenggundi muda prb puji-pujian
terhadap perempuan yg cantik potongan badannya; kesat daun ~
prb lemah tetapi membahayakan; kesat-kesat daun ~, kalau kesat
daun labu boleh dicelur prb orang miskin dan tidak berilmu yg
tidak berguna tetapi jika berperangai baik ada juga faedahnya.
pin I sj jarum yg digunakan utk mencucukkan dan melekatkan sesuatu pd
benda lain, pasak, peniti, semat; ~ susup pin yg digunakan utk
memasukkan tali (getah atau reben) ke dlm kelim;
mengepin mengenakan pin pd (baju dll).
pin II (dlm permainan boling) objek drpd kayu atau bahan sintetik yg
berbentuk spt botol, yg disusun secara berkelompok utk dijadikan
sbg sasaran pukulan bola.
PIN akronim bagi personal identification number (nombor pengenalan
peribadi).
pina (Bio) daun telinga.
pina-pina; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), cumbai, Pterococcus
corniculatus.
pinak; anak ~ anak cucu, keturunan; beranak ~ beranak cucu.
pinang I sj tumbuhan (palma yg buahnya dimakan dgn sirih), Areca
catechu;
~ kotai = ~ kosi a) buah pinang tua yg dikeringkan; b) sj binatang
spt halipan, gonggok; c) Kl orang bodoh yg mempunyai sifat-sifat
kekerasan; ~ masak a) warna kuning kemerah-merahan; b) buah
pinang yg sudah masak; ~ muda a) buah pinang yg masih muda; b)
alku, muncikari; ~ raja sj tumbuhan (palma), Cyrtostachya lakka; ~
sebatang a) tidak mempunyai sanak saudara; b) ki kurus dan tinggi;
spt ~ dibelah dua prb dua orang (suami isteri, teman dll) yg hampirhampir
serupa (sama cantik dan sama padan); ~ pulang ke tampuk
prb sudah cocok benar (sudah pd tempatnya); ~ tua merah ekor prb
Mn perempuan yg sudah berumur tetapi berkelakuan spt perempuan
muda; bak ~ dianduh, putus tali dia berdiri prb Mn melakukan
sesuatu pekerjaan kerana dipaksa; darah baru setampuk ~ prb
masih muda benar; kasihkan ~ sebatang drpd aur serumpun prb
Mn lebih sayang kpd orang lain drpd kaum keluarga sendiri.
pinang II; meminang 1. meminta seseorang perempuan menjadi isteri,
melamar: ketika dia datang ~, ibuku tidak lengah-lengah
menerimanya; 2. memohon pekerjaan dll, melamar: banyak orang
yg ~ jawatan itu;
pipit ~ anak enggang prb orang miskin hendak memperisteri anak
orang kaya; tabuhan ~ anak labah-labah prb mencari jodoh yg
tidak sepadan;
meminangkan meminang gadis utk orang lain: mana muafakatlah
ia dgn segala orang besarnya hendak ~ puteranya Raja Abdullah
akan Tengku Besar;
pinangan 1. permintaan utk menjadikan isteri: dgn tiada banyak
cerewet lagi, saudagar Biram suami isteri telah menerima ~ itu; 2.
lamaran (pekerjaan dll);
peminangan hal (pekerjaan dll) meminang: haram melakukan ~ ke
atas perempuan yg telah dipinang;
peminang 1. orang yg datang meminang; 2. pemohon pekerjaan,
pelamar; 3. ark bekas (tempat) sirih.
pinang III Mn; meminang-minang menimang-nimang;  timang I.
pinang IV sj ikan laut, Spilotichthys pictus.
pinang-pinang sj ikan laut, Caesio chrysozona (diagramma).
pinar I  pinaremas.
pinar II; berpinar-pinar berkunang-kunang, berpendar-pendar (mata);
meminarkan menyebabkan berpinar-pinar: air yg bergenang di
kelopak mata ~ pandangan.
pinaremas sl disulam dgn benang emas atau dihiasi dgn air emas.
pincang I 1. tempang (kaki atau jalannya), incut; 2. ada kekurangannya
(cacatnya dll), tidak seimbang, tidak setimpal, tidak sbg yg
sepatutnya (keadaan dll): manusia terjepit kerana susunan
masyarakat yg kucar-kacir dan ~ itu; 3. tidak tetap peraturan
jalannya atau bunyinya (enjin kereta, jam, dll); ~-pincung tidak
teratur (perjalanannya);
memincangkan menyebabkan pincang: beramal tanpa ilmu boleh
merosakkan diri dan berilmu tanpa amal akan ~ hidup;
kepincangan 1. perihal pincang: sebetulnya ~ ekonomi dan sosial
di Eropah menyebabkan separuh negeri di sana condong kpd
komunis; 2. keadaan yg tidak seimbang atau tidak sbg yg
sepatutnya, kekurangan, cacat cela.
pincang II; sepincang Jk satu sen setengah.
pincuk I sj rojak buah-buahan yg dicampur dgn gula dan belacan serta
lada dll.
pincuk II Jk; memincuk memikat hati;
kepincuk Jk sangat berkenan, jatuh cinta, terpesona.
pincung; pincang-~ tidak teratur, tidak betul perjalanannya;  pincang I.
pincut (Sunda) pincuk;
kepincut kepincuk.
pinda; meminda membetulkan (kesalahan dll), membaiki, mengubah:
undang-undang ini telah dipinda;
pindaan 1. sesuatu yg dibuat utk meminda, hasil meminda:
jawatankuasa pilihan ini berkuasa juga membuat ~ ke atas rang
undang-undang itu, jika dianggap perlu; 2. (Udg) perubahan yg
dibuat terhadap dokumen undang-undang dgn pelbagai cara, sama
ada dgn penukaran, penggantian, pengguguran, penambahan dsb;
pemindaan hal atau perbuatan meminda: ~ yg memberi hak
“mengawal, mengehadkan atau menahan,” tetapi bukannya
melarang kemasukan orang-orang asing;
peminda pihak atau orang yg meminda sesuatu, spt peraturan, garis
panduan dsb.
pindah bertukar tempat (kediaman, kerja, dll); ~-randah selalu bertukar
tempat (kediaman, dll); ~ milik bertukar pemilik atau tuan punya; ~
tangan bertukar tuan (barang, harta benda, dll); tujuh kali ~ jadi
papa = orang pindah-pindahan bertanam tak boleh dimakan prb
pekerjaan yg tiada tetap akan merugikan;
berpindah 1. beralih tempat (kediaman, kerja, dll), beranjak: dia
mengajak isterinya ~ ke Brunei, dia ~ dr tempat duduk yg di
hadapan ke tempat duduk belakang; 2. bertukar atau berganti
(kenaikan, tempat, tajuk perbincangan, dll): datang pula fikirannya
hendak ~ ke sekoci kecil; setelah membentangkan isi-isi penting,
kita akan ~ kpd pembentangan pendapat yg asasi; 3. = berpindahpindah
menjangkit, menular;
~ ke negeri yg baqa (ke akhirat) meninggal dunia, mati; ~-randah
selalu berpindah-pindah; ~ tangan berganti pemiliknya;
memindah 1. bp = memindahkan; 2. = memindah-mindah,
pindah-memindah menjangkit(-jangkit), menular(-nular);
memindahi 1. ark banyak yg dipindahkan, banyak kali
memindahkan; 2. menjangkiti, menulari;
memindahkan 1. meletakkan ke tempat lain, membawa berpindah,
mengalihkan ke tempat lain: kerajaan mendirikan rumah-rumah
harga murah ini utk ~ setinggan-setinggan; pangkat-pangkat
tinggi yg dipegang oleh orang putih akan dipindahkan ke tangan
anak negeri ini; 2. menterjemahkan: hikayatnya terlalu indah,
ceritanya dipindahkan drpd bahasa Jawa ke bahasa Melayu; 3.
menjangkitkan, menularkan: penyakit ini berjangkit dgn sebab
dipindahkan oleh lalat; ~ hak memberikan hak kpd orang lain; ~
perhatian mengalihkan perhatian;
pindahan barang (harta dll) yg dipindahkan: barang-barang ~;
kaum ~ kaum atau bangsa yg hidupnya berpindah-randah;
kepindahan kejangkitan, ketularan;
perpindahan perihal (perbuatan, kejadian, dsb) berpindah,
peralihan: sebab pertama penduduk bertambah ialah adanya ~; ~
pejabat;
pemindahan perbuatan memindahkan (mengalihkan): ~ penduduk;
melatih orang-orang Malaysia melalui beberapa rancangan ~
kemahiran dan teknologi.
pindai Mn ark; memindai melihat dgn bersungguh-sungguh,
memandangi, memerhatikan.
pindang sj masakan berkuah drpd ikan dll yg dimasak dgn asam (kunyit
dll).
pindis sj tumbuhan (pokok), kepin(d)is, tempinis, Sloetia sideroxylon.
pinga; terpinga-pinga tercengang-cengang kehairanan: kami ~
memikirkan di mana sebenarnya kami ditempatkan.
pingai warna kuning muda (kuning air), putih kekuning-kuningan; burung
~ a) sj burung yg bulunya kekuning-kuningan; b) sesuatu yg ganjil
(ajaib); c) = siburung ~ jiwa, semangat.
pingat bintang yg dikurniakan oleh kerajaan (sultan dll) utk menghormati
jasa seseorang.
pinggah ark hembusan, ububan, puputan.
pinggan sj alat atau bekas drpd tembikar dll biasanya berbentuk bulat
leper spt piring tetapi lebih besar (utk makan nasi dll);
~ hidang pinggan berbentuk bulat atau bujur yg lebih besar drpd
pinggan biasa; ~ jorong pinggan yg bulat panjang; ~ kerang
pinggan kasar; ~ lingkar pinggan besar tempat makan raja-raja
(orang besar-besar); ~ makan pinggan yg digunakan utk sarapan
utama (spt makan nasi dsb); ~ mangkuk perkakas atau alat-alat
makan minum (piring, cawan, mangkuk, dll);
~ tak retak nasi tak dingin prb cermat melakukan sesuatu
pekerjaan; spt ~ dgn mangkuk, salah sedikit hendak berhantuk prb
perselisihan antara suami isteri atau kaum keluarga itu sudah
menjadi perkara biasa.
pinggang bahagian badan antara rusuk dgn pinggul; ~ bukit (gunung) Mn
lereng bukit atau gunung (kawasan bukit antara puncak dgn kaki);
buah ~ ginjal, kerinjal; ikat ~ = tali ~ pengikat kain atau seluar,
sabuk; sakit ~ sakit pd bahagian pinggang; bercekak (berkerak,
bertolak) ~ berpegang pd pinggang dgn kedua-dua belah tangan;
hutang sekeliling (selilit) ~ terlalu banyak hutang;
~ ramping bagai ketiding prb ejekan kpd perempuan yg gemuk dan
besar pinggangnya; (tinggal) sehelai se~ prb habis hartanya kerana
kecurian atau kerugian dlm perniagaan dll;
berpinggang mempunyai pinggang; tidak ~ bp terlalu gemuk;
peminggang bahagian tengah-tengah perahu, lambung perahu;
dayung ~ dayung di bahagian tengah-tengah perahu.
pinggir tepi: ~ jalan; ~ kota; ~ laut pantai; ~ sungai tebing sungai;
meminggir pergi ke pinggir, menepi;
meminggiri memberi berpinggir, berada (terletak, tumbuh, dsb) di
pinggir sesuatu: kawasan-kawasan sesak yg ~ kota; burung-burung
yg menangkap serangga mempunyai mulut yg lebar dipinggiri
rambut-rambut keras;
meminggirkan mengesampingkan, mengetepikan: masyarakat
semakin ~ bahasa Melayu;
terpinggir ki sudah diketepikan kerana dianggap tidak penting:
bukan sahaja ekonomi sosial semakin ~, tetapi jurang kemiskinan
juga semakin nyata;
keterpinggiran perihal atau keadaan terpinggir: kita mampu
meramalkan ~ nasionalisme yg ditelan zaman;
pinggiran 1. tepi, perbatasan: peneroka tanah ~; 2. ki tidak
penting, kurang berpengaruh: Panglima Salleh, dlm menghadapi
pergolakan sosial dan politik di daerahnya, bermula hanya sbg
insan biasa dan ~; 3. tidak berapa (kurang) penting: masalahmasalah
~;
peminggiran 1. perbuatan mengesampingkan atau mengetepikan: ~
bahasa Melayu sejak lima tahun yg lalu; 2. perbatasan atau
sempadan negeri (kota dll): maka adalah di ~ negeri itu seorang
peladang tiga beranak.
pinggul Mn pangkal paha bahagian belakang, punggung, pantat (bokong);
berat ~ pemalas.
pingin bp kepingin.
pingit; berpingit berkurung dlm rumah: gadis Melayu dahulunya ~ dan
hanya kelihatan sekali-sekala sahaja;
memingit 1. menjaga dgn rapi dlm rumah (anak dara dll): anak
dara yg dipingit; 2. mengurung (dlm sangkar dll): ~ kuda;
pingitan yg dipingit (dikurung): tiga dara ~; kuda ~;
pemingitan perihal atau perbuatan memingit: ~ dan pengurungan
wanita bukanlah satu cara utk mengembalikan kedudukan dan hak
wanita.
pingkal Jw; terpingkal-pingkal tertawa gelak-gelak (kial-kial).
pingpong sj permainan dgn menggunakan pemukul (drpd papan dll) utk
menampar bola kecil di atas meja yg luas.
pinis  tempinis.
pinjal kutu (anjing dll).
pinjam 1. = memberi ~ memberi sesuatu utk digunakan buat sementara
(dgn janji akan dikembalikan apabila sampai tempohnya): siapa
boleh ~ saya pisau raut? 2. = minta ~ meminta menggunakan
sesuatu buat sementara (dgn maksud mengembalikannya apabila
sampai tempohnya): buku ini baru saya ~ dr perpustakaan; ~ sewa
membeli dgn membayar beransur-ansur (dan sebelum selesai
bayarannya barang itu dianggap barang sewaan sahaja); syarikat ~-
meminjam syarikat yg memberi pinjaman (wang dll); ~ kayu ara
prb meminjam barang orang dgn tidak berniat utk memulangkannya;
meminjam 1. menggunakan barang (buku, wang, dll) orang lain utk
sementara waktu, minta pinjam: kedatangannya pd saat itu adalah
kerana hendak ~ sedikit wang; 2. mengambil dan menggunakan
(perkataan, konsep, dll) yg dipetik dsb drpd sesuatu sumber:
penasihat UNESCO itu ~ konsep Majlis Penyeliaan ini dr agensi
berita Perancis AFP;
meminjami 1. memberi pinjam kpd: kami tidak perlu membeli
semua jenis buku, perpustakaan dapat ~ kami; 2. meminjam barang
dll pd;
meminjamkan memberikan barang dll utk dipinjam: dia pula tidak
sepi drpd ~ beras atau wang kpd tetangganya;
pinjaman 1. barang dll yg dipinjam (dipinjamkan); 2. wang yg
diberikan kpd seseorang dll utk sementara dan perlu dikembalikan
kemudian, hutang;
~ bercagar (Eko) pinjaman yg bercagarkan sesuatu aset (mis rumah
dan tanah) sbg jaminan terhadap pelunasan pinjaman berkenaan; ~
kenderaan pinjaman wang dgn kadar faedah tertentu yg diberikan
oleh institusi kewangan atau majikan utk membolehkan seseorang
(pekerja dsb) membeli kenderaan sendiri, mis kereta dan motosikal;
~ peribadi = ~ persendirian pinjaman wang tunai dgn kadar faedah
tertentu yg diberikan oleh institusi kewangan dsb kpd individu yg
memohon, dgn syarat tertentu; ~ perumahan pinjaman wang dgn
kadar faedah tertentu yg diberikan oleh majikan atau institusi
kewangan kpd seseorang (pekerja dsb) utk membeli rumah; kata ~
(Lin) perkataan yg diambil drpd bahasa asing;
peminjaman perihal (perbuatan dsb) meminjam atau
meminjamkan;
peminjam 1. orang yg meminjam: ~ wang dr bank harus
membayar bunga; 2. orang yg memberi pinjam: seorang ~ wang
mengenakan bunga atas pinjamannya.
pinjul I Kd bengkak, binjul.
pinjul II Kd, Pn baki (wang dll).
pinjung Jh penjuru.
pinokol sj kalung manik yg dipakai oleh suku kaum Rungus di Sabah
semasa upacara perkahwinan, keagamaan dsb.
pinser (pinsér) sj penyepit yg digunakan oleh doktor dll.
pinset (pinsét)  pinser.
pinta 1. minta, mohon: mengapa itu yg datuk ~?; ~lah yg lain; 2.
permintaan, permohonan: perkenankan olehmu akan ~ hambamu;
3. nasib, untung malang; buruk ~ nasib yg buruk; singkat ~nya
cepat sampai maut(nya);
meminta 1. menentukan nasib, mentakdirkan; 2. memohon,
menghendaki: maka ia ~ karangkan suatu kitab dlm bahasa
Melayu; Tinah selalu ~ Encik Ramli menceritakan apa yg
difikirkannya;
~ izin memohon supaya diizinkan; ~ tangguh memohon supaya
ditangguhkan;
terpinta sudah ditakdirkan atau ditentukan;
pintaan permintaan, permohonan, pinta;
peminta nasib, untung malang, pinta;  minta.
pintak ark pinta, minta;
dipintaki diminta.
pintal pilin, terpilin (tali dll); tali ~ tali yg terpilin;
berpintal-pintal berpilin-pilin (dawai, rambut, dll), berpiuh-piuh;
memintal 1. memilin supaya jadi tali: ~ tali rami; 2. membuat
benang, mengantih: perusahaan-perusahaan ~ benang dan
menenun kain kapas;
pemintalan 1. hal atau perbuatan memintal; 2. perkakas (tempat
dll) memintal;
pemintal 1. perkakas utk memintal benang atau tali, pengantihan; 2.
orang yg memintal (benang, tali, dll): ia ~ tali.
pintang ark; hilang ~ hilang sama sekali, hilang lenyap.
pintar 1. cekap, pandai: datuk itu ~ orangnya; 2. banyak akal, cerdik,
licin: orang yg kita hadapi itu lebih ~ dan lebih cergas drpd kita;
3. mahir dlm membuat sesuatu pekerjaan: tukang-tukang gambar
dan pelukis-pelukis yg ~; mereka sudah ~ membuat baju sendiri;
memintarkan menjadikan pintar;
terpintar tercekap, terpandai;
kepintaran 1. kepandaian; 2. kecerdikan; 3. kemahiran.
pintas; jalan ~ jalan yg paling dekat: kerana takutkan tentera Jepun yg
berkawal di kota itu, maka kami telah mengambil jalan ~ di
pinggir kota;
sepintas; ~ lalu a) sambil lalu, sekali lalu: dapat juga abang kenal
tokoh ulama India ini ~ lalu; b) selayang pandang, sebentar sekali;
c) tidak bersungguh-sungguh, tidak mendalam (membaca, mengkaji,
dll): ia telah mengkaji perkara itu ~ lalu sahaja; d) secara ringkas
sahaja (huraian, penjelasan, tinjauan, dll): tiap-tiap perkara itu
diberinya penjelasan kadar lalu;
memintas 1. melalui (menempuh) jalan yg paling dekat: utk
menjimatkan waktu, mereka ~ di kawasan itu; 2. menyeberang
jalan dll, merentas jalan dll: mereka ~ arah ke selatan padang itu;
3. = memintasi memotong (menghalang) perjalanan orang:
sesetengah orang-orangnya hendak lari ke hulu, maka dipintasi
oleh Bugis dr darat; 4. menyelang (perbualan, percakapan, dll)
orang: ‘manalah aku tahu,’ Karim cepat-cepat ~; 5. = memintasi
mencegah atau menghalang (cita-cita, maksud, serangan musuh,
dll); 6. = memintasi melintasi, melalui, menjalani, mengatasi: ~
segala kesulitan;
memintaskan sl memintasi, mengatasi;
pintasan 1. jalan yg paling dekat, jalan pintas; 2. penyeberangan
jalan;
kepintasan telah dipintasi (dilalui, dicegah, dll);
pemintasan 1. perbuatan memintas (memintasi); 2. Mn tempat
harimau selalu kelihatan.
pintau ark; burung ~ sj burung, manyar, tempua, Plocella javanensis.
pinter Jk pintar.
pintil seunting benang.
pintu 1. ruang utk keluar atau masuk (bilik, kereta, rumah, dll): jangan
duduk di ~; 2. papan dll utk menutup ruang pintu: sebuah ~ besar
bergerak perlahan-lahan dibuka oleh seorang budak; 3. ki
kesempatan utk mencapai sesuatu, jalan ke: membuka ~ utk
perundingan damai; kalau kita mempunyai ijazah, ~ pekerjaan
akan terbuka bagi kita; (politik) ~ terbuka politik yg membolehkan
penanaman modal dr negeri asing; 4. Id palang pd jalan yg melintasi
landasan kereta api; 5. penjodoh bilangan bagi rumah, kedai, dsb:
ada kira-kira sepuluh ~ kedai yg terletak di kiri kanan jalan raya;
cukai ~ = hasil ~ cukai yg dikenakan pd pemilik rumah (di kawasan
perbandaran);
~ air penahan air (dibuat drpd besi atau papan) yg boleh
diturunnaikkan; ~ angin sj lubang kecil utk udara keluar masuk; ~
belakang a) pintu bangunan (rumah dsb) yg letaknya di belakang; b)
ki cara mencapai sesuatu matlamat (spt jawatan, pekerjaan dsb)
secara sulit melalui pengaruh, kekuasaan dsb; ~ gerbang (gapura,
lawang) pintu besar utk keluar masuk sesuatu kawasan (kota,
markas, dll); ~ hati kalbu; ~ jendela penutup jendela (drpd papan,
kaca, dll); ~ keluar (masuk) pintu atau jalan yg digunakan utk
keluar atau masuk; ~ maling pintu kecil di belakang atau di samping
rumah; ~ mati pintu terpaku rapat (tidak boleh dibuka lagi), ~
monyet pintu yg berdaun dua (di atas dan di bawah); ~ rangkap
daun pintu yg berangkap dua; ~ rezeki jalan (peluang) utk mendapat
rezeki; ~ salah sj tingkap pd dinding istana; ~ sorong(an) = ~ sorok
pintu yg disorong utk membuka atau menutupnya; ~ tani sj pintu
gerbang istana;
bagai ~ tak berpasak, perahu tak berkemudi prb sesuatu yg
membahayakan; satu ~ kalau tertutup, sepuluh ~ lagi terbuka prb
a) suatu perkara yg tidak dapat dirahsiakan lagi; b) orang yg mahir
dlm berbagai-bagai pekerjaan walau diberhentikan dr pekerjaannya,
banyak pekerjaan lain yg boleh dibuatnya;
berpintu 1. mempunyai pintu; 2. sl mengukur pintu, berperaturan:
hatta maka Laksamana pun terlalu karib kpd raja, keluar masuk
tiadalah ~ lagi;
berpintukan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg pintu: bilik
air rumahnya juga ~ kayu nyatoh yg divarnis.
pinuh Pr kepuk atau belubur yg terletak di sawah utk menyimpan padi.
pioderma (Ubat) sebarang penyakit kulit yg bernanah.
piokolpos (Ubat) timbunan nanah di dlm faraj.
piometra (piométra) (Ubat) timbunan nanah di dlm rahim.
pion IB sj buah catur, bidak.
pionir IB perintis atau pembuka jalan.
piorea (pioréa) (Ubat) radang pd gusi yg menyebabkannya kecut dan gigi
menjadi goyah, penyakit gusi.
pipa 1. buluh-buluh, pembuluh, paip; 2. a) alat penyambung rokok (drpd
tulang dll), paip; b) = ~ tembakau alat drpd kayu dll utk menghisap
tembakau, paip; 3. Id = ~ paberik cerobong asap (kilang); 4. sl
bekas yg bulat tempat mengisi sesuatu, tong: tiada terkira-kira
tenggiri sampai dibuang ikannya, diambil telurnya sahaja, diisi ke
dlm ~ bubuh garam.
pipet (pipét) sj pembuluh kaca yg hujung pangkalnya kecil utk menyukat
atau memindahkan isi padu tertentu cecair.
pipi bahagian muka di bawah pelipis: air matanya membasahi kedua-dua
belah ~nya;
ekor ~ bahagian pipi di sebelah bawah; lesung ~ lekuk pd bahagian
pipi, lesung pipit; tulang ~ tulang pd bahagian pipi di atas tulang
rahang.
pipih 1. rata serta tipis, leper: badannya yg leper atau ~ ini membolehkan
lipan merayap melalui lubang-lubang kecil dan bersembunyi di
bawah-bawah kayu; bulat ~ bulat dan rata serta tipis (duit syiling
dll); 2. kemik, pesek (hidung);
memipih menjadi pipih; kanta mata itu pun ~ menjadi rata;
memipihkan menjadikan pipih.
pipis; berpipis sudah dilumatkan (dihaluskan): lada yg hampir lumat ~
itu dijemputnya;
memipis melumatkan atau menghaluskan (lada, rempah, dll) dgn
batu giling dll: ~ kasar;
memipiskan memipis (lada, rempah, dll) utk;
pipisan alat utk memipis atau melumatkan (lada, rempah, dll), batu
giling.
pipit I sj burung kecil, mentua pelanduk, Motacilla cinerea melanope;
~ anggerik sj burung kecil, kelicap berjambul, Yuhina zantholeuca
interposita; ~ padang sj burung kecil, apit-apit, cak padang (tanah),
lak padi, lancar-lancar, seri lancar, Anthus novaesee landiae
malarensis; ~ padi = ~ uban sj burung kecil, cak padi, ciak, Munia
maja maja; ~ pinang sj burung kecil, Munia punctulata fretensis; ~
rumah sj burung kecil, Passer montanus malaccensis; ~ tuli sj
burung kecil, Munia striata subsquamicollis;
~ berperang dgn garuda prb orang kecil melawan orang besar; ~
bukan seeekor, jagung bukan sebatang prb jawaban utk menolak
tuduhan tentang sesuatu kejahatan; ~ hendak jadi enggang prb ingin
melakukan sesuatu yg melebihi kesanggupan; ~ meminang anak
enggang prb orang kecil (hina) hendak meminang anak orang besar
(mulia); ~ pekak makan berhujan prb sangat rajin; ~ menelan
jagung prb orang miskin yg berlagak spt orang kaya akhirnya akan
mendapat kesusahan; ~ sama ~, yg enggang itu sama enggang juga
= ~ sama enggang mana boleh terbang bersama prb a) perjodohan
atau persahabatan akan sempurna kalau sama darjat; b) bergolonggolong
mengikut taraf atau darjat masing-masing; ~ tuli makan
berhujan, tak dihalau padi habis, hendak dihalau kain basah prb
serba salah utk menyelesaikan pekerjaan yg sulit (jika diteruskan
pun berbahaya); ~ yg makan padi, merbah terbawa rendong prb
orang lain yg mendapat kesenangan, orang lain yg menanggung
akibatnya.
pipit II pangkal serunai yg pipih tempat meniup.
pipit III Jw; memipit mengapit;
pipitan apitan.
pipit IV bp kemaluan kanak-kanak lelaki.
pipit V sj ikan laut, sumpit-sumpit, Chelmo rostratus.
pirai sj penyakit sengal-sengal dlm tulang dan sendi-sendi.
piramid 1. binaan drpd batu yg mempunyai dasar segi empat atau segi
tiga dan sisi cerun yg bertemu di puncak, terutama yg dibina drpd
batu di Mesir kuno; 2. limas; 3. (Mat) bongkah yg tapaknya
berbentuk poligon, manakala mukanya berbentuk segi tiga dan
bertemu di bucu; ~ tepat (Mat) piramid yg mempunyai tepi atau
sendeng yg sama panjang.
pirana sj ikan kecil yg bergigi tajam dan memakan daging, yg lazim
terdapat dlm sungai-sungai di Amerika Selatan, Serrasalmus spp.
piranha  pirana.
piras Kl; ~ hangit tidak mahu mendengar kata orang, bodoh dan kebudakbudakan,
tolol.
pirau I 1. warna spt warna abu, kelabu; 2. Mn tidak terang (pelihatan),
kabur.
pirau II; berpirau, memirau tidak lurus perjalanannya, melencong
(menyimpang) ke kiri atau ke kanan;
berpirau-pirau berjalan menyimpang-nyimpang (menyerongnyerong,
berpal-pal, berperai-perai).
piridoksina (Ubat) salah satu vitamin B kompleks yg banyak terdapat dlm
hati, jagung dan susu dan berfungsi sbg koenzim dlm sintesis asid
amino drpd karbohidrat.
pirih Jh 1. parah, teruk (kerugian, penyakit, dll); 2. letih, tewas
(perlawanan dll).
pirik I; memirik menumbuk (lada, rempah, dll) lumat-lumat,
melumatkan, memipis.
pirik II Mn; memirik mencubit, menyepit.
piring 1. sj pinggan yg kecil utk mengisi kuih dll atau utk alas cawan dll:
ia menyorongkan ~ kuih itu kpd kawannya; 2. = piring-piring,
piringan barang yg bulat pipih serupa piring: ~ peti nyanyi; 3.
petak (kebun, ladang, dll): kebun kelapanya berbau-bau dan
sawahnya beratus-ratus ~;
~ mangkuk a) = ~ cangkir Id perkakas atau alat-alat utk makan
minum (piring, cawan, mangkuk, dll); b) alas mangkuk (cangkir); ~
peti nyanyi = ~ hitam rekod; ~ (piring-piring) sepeda Id cakeram
yg bergigi utk memusingkan rantai sepeda (basikal); ~ terbang sj
benda bercahaya berbentuk cakera yg kelihatan melayang dgn
pantas di angkasa, kononnya menjadi pengangkutan makhluk asing;
~ warna Newton sj piring (drpd kertas dll) yg diwarnai dgn warnawarna
yg ada dlm spektrum (kalau dipusing warnanya menjadi
putih).
pirit (Kim) sj bahan galian yg rapuh, berwarna kuning, dan digunakan dlm
pembuatan asid sulfurik dll.
piromania (Psi) keinginan yg tidak terkawal utk membakar sesuatu benda
dsb.
pirometer (pirométer) alat utk mengukur suhu yg sangat tinggi, mis di dlm
relau.
pirosis (Ubat) pedih hulu hati.
piroteknik (pirotéknik) seni membuat bunga api dan mercun.
piruk; hiruk-~;  hiruk.
pisah I cerai, lerai; ilmu ~ Id ilmu kimia; juru~ Id pelerai, penegah, wasit;
berpisah 1. tidak berhubungan (tidak berdampingan, tidak rapat,
dll), bercerai: hendaknya Tuhan yg Maha Mengasihani akan
menemukan saya dgn ayah sesudah sekian tahun ~; mengucapkan
selamat ~ mengucapkan selamat semasa hendak meninggalkan
seseorang; 2. berenggang, berjarak, berjauhan; hidup ~ Id suami
isteri yg belum bercerai tetapi tidak tinggal serumah lagi;
berpisah-pisah berasing-asing, bercerai-cerai, berdiri sendirisendiri;
memisah menjauhkan diri (dr), tidak mahu bersama atau bersatu
(dgn): dia sengaja ~ dr keluarganya utk mencari pengalaman;
memisahkan 1. meleraikan (orang yg bergaduh dll), menceraikan:
Uda Patah pun dapat meleraikan, ~ kedua-dua orang yg berkelahi
itu; kawasan bukit yg kecil ini ~ lembah Sungai Sittang drpd
lembah Sungai Irrawadi; 2. membezakan: walau bagaimanapun
mereka itu tidak ~ akidah Islam yg pokok drpd kepercayaan
mereka: 3. mengasingkan yg satu drpd yg lain: maksud kita ialah ~
barang itu dr kumpulannya yg semacam; adat istiadat amat keras
~ mereka; 4. = memisah-misahkan memecah-mecahkan
(kumpulan, gerakan, dll) utk menjadikan berpisah-pisah, menceraiceraikan:
hendak ~ masyarakat yg berbilang kaum;
terpisah 1. tidak bersatu (berdekatan, bersama, dll), terasing,
tercerai, terpencil, tersendiri: pulau itu ~ dr Semenanjung Tanah
Melayu oleh Selat Teberau; pembicaraan yg ~; 2. lepas dr:
perjuangan menegakkan bahasa Melayu sbg bahasa Kebangsaan
ialah perjuangan yg tidak ~ drpd perjuangan kemerdekaan rakyat
negeri ini;
terpisah-pisah berasing-asing, tercerai-cerai;
keterpisahan keadaan (perihal) terpisah, keterasingan;
perpisahan 1. perceraian; 2. hal berpisah; malam ~ malam
perjumpaan utk menyatakan selamat berpisah;
pemisahan perihal (perbuatan dsb) memisah atau memisahkan,
penceraian, pemecahan (pembelahan dll);
pemisah 1. sesuatu yg memisahkan atau menceraikan; badan ~ Id
badan yg tugasnya mengamankan segala persengketaan; garis ~
garis yg memisahkan atau menyekat; 2. = juru~ jurupisah.
pisah II Kl sengaja.
pisah III Tr jalan, ikhtiar.
pisang I sj tumbuhan (pokok dan buahnya) yg bermacam-macam jenisnya,
Musa spp.; jenis-jenisnya: ~ embun, ~ batu, ~ biji, ~ benggala, ~
emas, ~ nangka, ~ raja, ~ susu, ~ tanduk dll; ~ benang (manila) =
~ tali sj pokok pisang yg seratnya dibuat benang atau tali; anak ~
Mn panggilan atau gelaran kpd anak drpd keluarga sebelah bapa;
jantung ~ bunga pisang; pucuk ~ daun pisang yg muda sekali; spt ~
rebah ki mendiamkan diri dgn tidak bergerak-gerak atau berkatakata;
~ sesikat sengkuap;
~ ditanam tak berjantung prb usaha yg tidak memberi hasil yg
dimaksudkan; ~ masak separak prb satu keluarga yg hidup
berbahagia; ~ sesikat digulai sebelanga, tanda muafakat bersamasama
prb sahabat (keluarga dll) yg hidup setia dan sentiasa
bertolong-tolongan; ~ tak akan berbuah dua kali prb sekali tertipu
atau kerugian tentu akan berjaga-jaga pd masa akan datang: bagai
rasa batang ~ prb amat sejuk (badan); bukan budak-budak makan
~ prb seseorang yg tidak mudah ditipu atau diperdayakan; mencari
~ gala tiada butir Kl menunggu ketibaan sesuatu yg tidak
munasabah; mendapat ~ terbuka (terkubak) prb mendapat
keuntungan dgn tiada bersusah payah; mengenalkan diri bagai ~
lebat prb beroleh bencana kerana keangkuhan diri; menopang ~ yg
tak berbuah prb mengerjakan sesuatu yg tidak memberi hasil.
pisang II; ~ kaki sj tumbuhan (pokok dan buahnya berwarna jingga),
kesmak, Diospyros kaki.
pisang III; pucuk ~ sj ikan darat, Labeobarbus faciatus;
pisang-pisang I sj gading-gading (bahagian rangka perahu).
pisang-pisang II sj tumbuhan (pokok), pokok segauh, segumpal hitam,
Polyalthia cinnamomea; ~ hitam = ~ padi = ~ pipit, akar ~
jantan = akar ~ kuning = akar ~ tanduk sj tumbuhan (pokok
memanjat), Uvaria spp.; ~ buku sj tumbuhan (pokok memanjat),
Desmos chinensis.
pisang-pisang III 1. sj ikan laut, Albula vulpes; 2. sj ikan laut, Caesio
caerulaureus, 3. sj ikan laut, Dhanos chanos; 4. sj ikan laut,
Elegatis bipinnulates.
pisat; terpisat-pisat kehairanan kerana terkejut, termangu-mangu.
pisau I sj besi tipis yg tajam dan berulu utk memotong (menghiris dll);
~ belati sj pisau kecil yg tajam (digunakan oleh kelasi kapal); ~
calung sj pisau besar yg bengkok hujungnya utk menebas belukar;
~ cukur (pencukur) a) sj pisau yg tajam utk mencukur rambut; b) ki
perempuan yg suka menghabiskan wang (harta) lelaki; ~ dapur
pisau yg digunakan di dapur; ~ getah sj pisau yg digunakan utk
menoreh getah; ~ lipat sj pisau yg matanya (bilahnya) boleh dilipat;
~ makan = ~ meja sj pisau yg digunakan utk memotong daging
waktu makan; ~ raut sj pisau kecil yg tajam utk meraut rotan dll; ~
runcing sj pisau tajam yg matanya tirus ke hujung; ~ sadap sj pisau
utk menyadap mayang kelapa dll; ~ wali sj pisau kecil yg tajam utk
mengukir dll;
berapakah tajam ~ parang, tajamlah lagi mulut manusia prb katakata
seseorang itu lebih tajam drpd senjata; bermain ~ luka prb
seseorang yg melakukan kejahatan akan merasakan akibatnya; spt ~
raut, bongkok orang boleh dibetulkan, bongkok sendiri tak boleh
betul prb kesusahan orang dapat diselesaikan tetapi kesusahan
sendiri berkehendakkan pertolongan orang lain; tajam ~ kerana
diasah prb jadi berani kerana dihasut, jadi pintar kerana diajar.
pisau II; burung ~ raut sj burung, burung kendi, Numenius phaeopus
variegatus.
Pises lambang kedua belas dlm zodiak, yg berlambangkan dua ekor ikan.
pisik Mn padat, pejal, sintal (tubuh).
pisikultur (Tani) pembiakan dan penternakan ikan dlm persekitaran yg
terkawal.
pisis C picis, pitis.
pisit I pisik.
pisit II; memisit menyoal dgn teliti atau dgn ancaman supaya mengaku
(membuka rahsia dll); dgn tidak payah dipisit, Ahmad telah
membuka mulut hendak menyatakan sesuatu.
pisivor (Bio) haiwan yg tabiatnya memakan ikan: burung ~.
piskal IB pegawai pengadilan yg tugasnya mendakwa, pendakwa raya.
pispot IB sj bekas yg bertutup utk tempat kencing dll.
pistasio 1. pokok drpd famili Anacardiaceae yg menghasilkan kacang
kecil yg berkulit keras, Pistacia vera; 2. = kacang ~ kacang drpd
pokok ini yg isirungnya boleh dimakan.
pistil (Bio) bahagian pembiakan betina bunga yg terdiri drpd satu atau
lebih karpel terpisah atau bercantum.
pistol sj senjata api berlaras pendek dan kecil;
~ air sj permainan kanak-kanak yg berbentuk pistol dan
menggunakan air sbg pelurunya; ~ angin pistol yg menggunakan
tekanan udara utk menembakkan pelurunya;
memistol menembak dgn menggunakan pistol.
pit I IB ark basikal, kereta angin, sepeda.
pit II C sj pensel Cina;  mopit.
pit III tempat berhenti di litar lumba yg membolehkan kereta atau
motosikal lumba berhenti sebentar utk mengisi minyak, menukar
tayar baru dsb semasa dlm perlumbaan.
pita jalur (kain, kertas, dll) yg panjang, reben: Datuk penghulu pun
menjemput beliau utk menggunting ~ yg terentang di tengahtengah
pintu masuk ke balai;
~ cukai Id pita kertas yg bertuliskan harga dan dilekatkan pd
bungkusan rokok dll, banderol; ~ magnet pita plastik bersalut bahan
bermagnet yg digunakan utk merakam bunyi atau gambar, atau utk
menyimpan maklumat; ~ mesin Id tali pesawat; ~ mesin tulis pita yg
berdakwat utk mesin tulis; ~ rakam (rakaman) sj pita utk merakam
(menangkap) suara dgn menggunakan rakam pita; ~ suara Id
bahagian alat dlm halkum manusia yg bergerak-gerak (dgn
gerakannya manusia boleh bercakap); ~ ukur sj alat utk mengukur
panjang dll; ~ video sj pita utk merakamkan gambar dan suara
supaya dapat ditayangkan kemudian pd kaca TV dgn menggunakan
perakam video;
berpita mempunyai pita atau dibubuh pita: topi yg ~ merah di
kelilingnya.
pitam hilang kesedaran dan pelihatan buat seketika akibat kekurangan
bekalan darah ke otak; ~ babi gila babi, sawan babi, penyakit ayan;
naik ~ ki naik darah, terlalu marah.
pitar, memitar sl mengarahkan meriam dll.
pitarah ark nenek moyang.
pitas Kl 1. pintas; 2. hambat, kejar, kepung.
pitawat Mn ark nasihat, petua.
piterseli (piterséli) IB sj sayuran.
pitih Mn, Kl pitis, duit.
piting I Jk; memiting menyepit (mengait) dgn kaki dll.
piting II kepiting.
pitis 1. sj mata wang pd zaman dahulu; 2. duit, wang: ada ~ semua kerja
jadi; ~ garis wang yg terkecil (bernilai 1/48 ketip);
~ habis, keinginan tiba prb keinginan (kemahuan dll) datang setelah
jatuh miskin; ~ sekupang genap hendak membeli kancah
berkerawang, nuri pandai berkata prb a) keadaan yg serba salah;
b) keinginan ada tetapi tenaga tidak kesampaian;
pitisan beberapa banyak wang (pitis).
pitis-pitis sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kambing-kambing, akar
(batu) pelir kambing, buah pitis, Sarcolobus globosus.
pitpit; burung~ sj burung, burung bitbit, Cacomantis merulinus
threnodes.
pitu Jw tujuh.
pitut ark bengkok (kaki dll).
piuh; ~-pilin putar balik (percakapan dll), tipu helah;
berpiuh berpilin, berpulas, berputar;
berpiuh-piuh 1. berpilin-pilin spt dipintal (tali, rambut, dll); 2. lilitmelilit,
saling memilin;
memiuh 1. memegang sesuatu lalu memilin (memutar); 2. memulas
(sakit perut): perut ~; memiuh-miuh tangan meramas-ramas tangan;
terpiuh 1. terpilin, terpulas; 2. tergeliat, terpelecok (kaki, tangan).
piuh-piuh sj tumbuhan (pokok renek), Chasalia curviflora.
piung sl anggota polis.
piuria (Ubat) kehadiran nanah di dlm air kencing.
piut keturunan yg kelima (cucu kpd cucu);
~-miut keturunan yg sudah jauh; piat-~ anak cucu yg sudah jauh.
piutang wang yg dipinjamkan kpd orang (boleh ditagih kembali); hutang
~ wang yg dipinjam drpd orang lain dan yg dipinjamkan kpd orang
lain; si ~ orang yg memberikan pinjaman wang;
berpiutang mempunyai wang yg dipinjamkan kpd orang: yg
berhutang membayar dan yg ~ menerima;
memiutangi meminjamkan wang kpd orang;
memiutangkan menjualkan barang dagangan dll dgn berhutang
(pembayarannya dilakukan kemudian);
pemiutang orang atau pihak yg memberikan pinjaman, pemberi
pinjaman (hutang).
piuter 1. aloi yg mengandungi timah (80-90%), plumbum (10-20%), dan
kadangkala logam-logam lain spt kuprum dan antimoni; 2. barangan
spt pinggan mangkuk, barang hiasan, dll yg diperbuat drpd logam
ini: kole ~; piring ~.
piza sj makanan yg berasal dr Itali yg diperbuat drpd doh dgn campuran
berempah sos tomato, daging, keju, dll.
PJ kep Petaling Jaya.
PJJ kep Pengajian Jarak Jauh.
PJK kep Pingat Jasa Kebaktian.
pk kep pikul.
PKBM kep Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia.
PKI kep Partai Komunis Indonesia.
PKMM kep Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia.
PKPIM kep Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.
PKPIPTM kep Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Persekutuan
Tanah Melayu.
plag peranti yg mempunyai dua atau tiga cemat yg disambungkan dgn
wayar dan digunakan sbg sambungan elektrik apabila dimasukkan
ke dlm soket, palam.
plagiarisme 1. perbuatan mencedok kata-kata, idea, dll drpd karya orang
lain dan menggunakannya sebagai karyanya sendiri, penjiplakan; 2.
sesuatu yg dijiplak, tiruan, cedokan.
plagiat; memplagiat mencedok kata-kata, idea, dsb drpd orang lain dan
menggunakannya sbg karyanya sendiri, menjiplak.
plaintif pihak yg mendakwa (dlm kes sivil yg dibawa ke mahkamah).
plak 1. enapan yg terbentuk pd permukaan gigi yg terdiri drpd campuran
air liur, bakteria, dan saki-baki makanan, yg boleh menyebabkan
penyakit gusi.
plak II plat drpd gangsa, kayu, dll yg berhias dan berukir sbg tanda
peringatan: sebuah ~ gangsa Renong Berhad.
plaksegel (plakségél) IB, bp meterai tampal.
planet (planét) sebarang jasad, kecuali komet, meteor atau satelit, yg
beredar mengelilingi matahari dlm sistem suria, mis Bumi,
Marikh,Utarid, Zuhrah, Jupiter, dll.
planetarium (planétarium) 1. alat yg digunakan utk memperlihatkan
susunan dan pergerakan matahari, bulan, planet, dan bintangbintang
di langit; 2. bangunan berkubah yg memuatkan alat yg
digunakan utk tujuan memperlihatkan imej tentang susunan dan
pergerakan bintang dan planet di langit.
planetologi (planétologi) kajian tentang planet, termasuklah asal-usul,
taburan dan komposisinya.
planimetri (planimétri) ilmu ukur bidang (luas).
plankton sj benda halus (organik) yg terapung-apung di air (menjadi
makanan ikan).
planologi IB pengetahuan bkn rancangan pembangunan bandar dll.
plasenta (plasénta) (Ubat) organ yg menghubungkan ibu dgn janin dlm
rahim (membekalkan makanan, termasuk oksigen drpd ibu kpd
janin dan juga mengeluarkan bahan kumuh drpd janin melalui ibu),
tembuni, uri; ~ previa kedudukan plasenta yg tidak normal yg boleh
mengakibatkan perdarahan yg serius.
plasma sj cecair tidak berwarna yg merupakan sebahagian drpd darah.
plasmodium (Bio) parasit yg dibawa oleh nyamuk tiruk masuk ke dlm
darah manusia dan menyebabkan malaria.
plaster 1. campuran kapur, pasir, simen dan air yg menjadi keras apabila
kering utk melapis dinding, siling, lepa, turap; 2. = ~ paris sj serbuk
putih yg mengeras apabila dicampur dgn air, biasanya digunakan
utk membuat acuan, birai hias, membebat tulang yg patah dsb,
kapur paris; 3. sejalur bahan drpd kain dsb yg berperekat dan
berubat utk menampal luka pd kulit;
memplaster menyapu atau menyalut dgn plaster (campuran simen,
pasir, kapur dan air), melepa: kerja ~ tembok rumah itu hampir
selesai.
plastid (Bio) benda-benda halus dlm sel hidup yg menjadi pusat tindakan
(pergerakan kimia).
plastik 1. sj bahan sintetik yg warnanya bermacam-macam utk membuat
pelbagai jenis alat (pinggan, sisir, alas meja, dll); 2. kesenian
membuat patung dll dgn mengukir atau memahat.
plastis IB 1. mempunyai sifat-sifat yg mudah dibentuk utk menjadikan
barang lain; 2. digambarkan sebagai benar-benar terjadi dll.
plastisin sj bahan tanah liat yg mudah dibentuk-bentuk (digunakan utk
membuat patung dll).
plastoponik (Tani) sistem hidroponik yg menggunakan kompos tiruan
drpd bahan plastik bagi menggantikan bahan spt habuk kayu.
plat I jarum penyemat, peniti.
plat II kepingan nipis logam, plastik, dsb utk menulis nama, nombor, dsb;
~ arloji piring jam tempat ditulis angka; ~ layar sarung jari tukang
pembuat layar; ~ nombor plat yg memaparkan nombor pendaftaran
sesebuah kenderaan (spt kereta, motosikal dsb), biasanya
dipasangkan di bahagian hadapan dan belakang kenderaan itu; ~
panas besi leper, biasanya pd dapur gas atau elektrik yg dipanaskan
dgn kuasa elektrik, digunakan utk memasak atau memanaskan
makanan dsb.
platelet (platélet) (Bio) sel yg terdapat dlm darah yg membantu
pembekuan darah.
platform 1. lantai yg ditinggikan sbg pentas utk penyanyi (pelakon dsb);
2. lantai yg ditinggikan di stesen kereta api utk memudahkan para
penumpang naik turun dr kereta api; 3. dasar, (prinsip sesuatu parti
politik dll), asas perjuangan; ~ parti dasar (rancangan dll) parti.
platinum (Kim) unsur logam berharga berwarna putih kekelabuan, tidak
kakis, digunakan sbg mangkin, utk membuat barang kemas, dll.
platipus sj binatang kecil berbulu tebal di Ausralia yg mempunyai paruh
spt itik, berkaki renang, berekor leper dan bertelur,
Ornithorhynchus anatinus.
plato IB dataran tinggi.
platonik semata-mata bersifat spiritual, bukan didorong oleh atau
bermotifkan keinginan nafsu syahwat (bkn hubungan persahabatan
atau kasih sayang): hubungan ~ antara Hafiz dgn Zakiah adalah
inti novel Langit Pelangi; apakah yg menarik tentang cinta ~?
platuk Jw picu (senapang dll).
platun sekumpulan tentera (antara 30-40 orang) yg diletakkan di bawah
pimpinan seorang leftenan, biasanya dibahagikan kpd tiga seksyen.
playar alat utk memotong (membengkokkan) dawai dll.
plaza 1. jalan yg diluaskan (dilebarkan) sbg jalan masuk ke sekumpulan
rumah tol di sesuatu lebuh raya; 2. kompleks membeli-belah.
plebisit (plébisit) (Pol) pemungutan suara umum dlm sesebuah negara utk
menentukan (menyelesaikan) sesuatu tuntutan (krisis dll).
plecet (plécét) Jk; wang ~ wang sogok.
plek (plék) bunyi daun terup dll yg dibanting pd meja dll.
plektrum (pléktrum) (Muz) kepingan logam, plastik dsb yg kecil dan nipis
utk memetik tali gitar, mandolin dsb.
pleno (pléno); rapat (sidang) ~ rapat atau sidang yg lengkap drpd seluruh
anggota.
pleomorfisme (pléomorfisme) kejadian atau kewujudan sesuatu
organisma atau hablur yg dapat wujud dlm berbagai-bagai bentuk.
pleonasme (pléonasme) (Lin) penggunaan kata-kata yg tidak perlu dan
membazir.
pleura (Ubat) selaput nipis yg melapisi paru-paru dan rongga toraks.
pliding (Udg) pernyataan bertulis secara formal tentang sebab sesuatu
tindakan atau pembelaan yg dikemukakan oleh plaintif dan
defendan dlm sesuatu tuntutan mahkamah.
plintir Jw; diplintir dipilin, dipulas, dipiuh.
PLN Id kep Perusahaan Listerik Negara.
PLO kep Palestinian Liberation Organization (Pertubuhan Pembebasan
Palestin).
plombir IB 1. sj cap drpd timah menandakan telah membayar cukai
kenderaan dll; 2. pengisi gigi yg berlubang;
diplombir diisi (gigi yg berlubang).
plosif (Lin) letupan.
plot jalan cerita (dlm novel, filem, drama, dsb): adakah ~ dan
perwatakannya baik? Adakah buku itu mempunyai nilaian yg
kekal?
memplot (Mat) 1. menandakan titik-titik pd graf; 2. melukis melalui
titik-titik graf;
memplotkan membentuk (menghubungkan) peristiwa-peristiwa
dlm sesebuah cerita (novel, sandiwara, dll) yg rapat pertaliannya
dgn watak dlm cerita;
pemplot (Komp) peranti output yg melukis lukisan atau graf pd
kertas secara automatik dgn menyambungkan titik-titik data satu per
satu.
pluerisi (Ubat) radang pd membran yg melapisi paru-paru dan rongga
toraks sehingga mengakibatkan rasa sakit pd dada semasa bernafas
atau batuk, radang pd pleura.
plum sj tumbuhan (pokok) yg buahnya berbentuk bujur atau bulat, berbiji
keras dgn isinya lembut dan masam-masam manis, Prunus spp.
plumbum (Kim) unsur logam berwarna putih kebiru-biruan, mulur,
lembut, dan digunakan sbg bahan utk membuat paip air, bateri,
pateri, dll; minyak tanpa ~ = petrol tanpa ~ petrol yg kandungan
plumbumnya dikurangkan utk mengurangkan pencemaran alam
sekitar.
pluralis IB (Lin) lebih drpd satu, jamak.
pluralisme 1. keadaan yg majmuk, kemajmukan: motivasi ini kuat bagi
faham ~nya tentang ruang dan waktu; 2. keadaan masyarakat yg
terdiri drpd pelbagai kaum, kebudayaan, kepercayaan agama, dsb: ~
dan kepelbagaian budaya masyarakat antarabangsa perlu
dihormati.
pluralistik bersifat majmuk, berasaskan pluralisme: masyarakat kita yg ~.
plus (Mat) 1. tanda campur (+); 2. tambah, campur: dua ~ tiga jadi lima.
PLUS akronim bagi Projek Lebuhraya Utara Selatan.
Pluto planet yg kesembilan jauhnya dr matahari (paling jauh dr matahari).
plutokrasi pemerintahan yg dikuasai oleh kaum pemodal (kapitalis).
plutokrat orang yg kaya-raya dan berkuasa, orang yg berpengaruh kerana
kekayaannya.
plutonium (Kim) sj unsur logam radioaktif yg sangat beracun dan bersifat
karsinogen, dan digunakan terutamanya sbg bahan bakar dlm stesen
kuasa nuklear dan senjata nuklear.
pm kep post meridiem (selepas tengah hari).
Pm simbol kimia bagi prometium.
PM 1. kep Perdana Menteri; 2. Id kep Polisi Militer.
Pmg. kep Pemangku: ~ Pengarah Perancangan Bahasa.
PMN kep Panglima Mangku Negara (pingat kelas kedua dlm Darjah Yang
Mulia Pangkuan Negara, pemegang pingat ini bergelar Tan Sri).
PMR kep Penilaian Menengah Rendah.
PNB kep Permodalan Nasional Berhad.
pneumonia (pnéumonia) (penyakit) radang paru-paru yg menyebabkan
kesukaran bernafas kerana sebahagian drpd paru-paru berisi cecair.
pneumatik (pnéumatik) 1. berkaitan dgn udara, angin, atau gas; 2. (bkn
alat, mesin, dsb) yg dikendalikan oleh udara mampat.
PNI kep Partai Nasional Indonesia.
po C; main ~ sj judi dgn menggunakan daun terup kecil.
Po simbol kimia bagi polonium.
pocak Kl memacak, menanam, menghunjam: pd hari sukan, murid-murid
sekalian sibuk ~ bendera di padang.
poces (pocés) Jk sj permainan dgn menggunakan guli.
poci sj bekas drpd tembikar dll utk memasak kopi (teh dll), cerek, teko.
pocong I Jw; sepocong segemal atau secekak padi.
pocong II; hantu ~ sj hantu yg berupa mayat yg dibalut dgn kain kafan.
pocot Jw ark pecat.
podak; pandan ~ sj tumbuhan (mengkuang), Pandanus tectoris.
podar bp bedak halus.
podemporem Id, bp tepung yg berwarna kuning serta kuat baunya utk
mengubat kudis dll.
podium pentas kecil tempat seseorang berdiri utk berceramah, memimpin
orkestra, dsb: orang yg hadir bertepuk tangan sebelum beliau naik
ke atas ~ yg telah tersedia.
podo sj tumbuhan (pokok) dlm famili Podocarpaceae, jati, kebal musang,
ru bukit, setada, (di Sabah, kayu cina, lampias atau rampayan),
landin (Sarawak), Podocarpus spp.
pogrom penganiayaan (penghapusan) secara terancang sesuatu kumpulan
etnik.
pohon I 1. tumbuhan yg berbatang besar serta keras, pokok: ~ beringin, ~
kenanga; ~ sena; 2. ki asal mula, pangkal, pokok; ~ segala
kejahatan asal usul segala kejahatan;
~ angin awan (mendung) yg bergumpal-gumpal di kaki langit
menandakan angin ribut akan turun; ~ bahasa dasar-dasar bahasa; ~
buah (buah-buahan) pokok yg mengeluarkan buah-buahan; ~ kayu
batang kayu, pokok kayu; ~ mata sudut mata sebelah dalam yg
hampir dgn hidung; ~ telinga pangkal telinga;
ada angin ada ~nya = hujan berpohon, panas berasal prb segala
perkara itu ada sebab-sebabnya (asal mulanya); bagaimana ~ tiada
akan tumbang dipanah halilintar, sebab baluhan kulit ada di
batangnya prb orang yg bersahabat dgn orang jahat (walaupun ia
drpd orang besar) akhirnya rosak juga; spt ~ beringin ditiup angin
prb menentang kekerasan orang tanpa berlemah-lembut;
pohonan ki berbagai-bagai pohon (terutamanya digunakan dlm
karya sastera);
pohon-pohonan, pepohonan Jk sekumpulan pohon yg berbagaibagai
jenis, pohon kayu-kayuan;
pepohon pohon-pohon.
pohon II; memohon meminta dgn halus (dgn hormat): ~ taufik dan
petunjuk-Nya;
memohonkan memintakan dgn halus (dgn hormat);  mohon.
pohu Kl 1. buruk, mudah patah: lantai jemuran sudah ~, nak salin lain
pun tidak ada masa lapang; 2. senang hancur, rapuh, reput: biskut
ini ~, sesuai utk makanan kanak-kanak.
poin 1. titik, noktah: dgn pensel dan kayu pembaris sambungkan ~ yg
ditanda itu; 2. saiz atau ukuran (huruf dsb) kira-kira 0.35 mm:
muka taip tajuk hendaklah antara 12 ~ hingga 60 ~; 3. bp sesuatu
yg penting dlm sesuatu perbincangan atau perkara: ~ utama dlm
perbincangan ini ialah kerja dan fungsi pekerja adalah saling
bergantungan.
pojok 1. penjuru, pelosok, sudut; 2. ruangan dlm akhbar dll yg memuatkan
kata-kata lucu tetapi pedas serta menyindir; isi ~ karangan-karangan
pendek di sudut akhbar.
pokai bp tidak ada wang lagi, sudah kehabisan wang: engkau hendak
pinjam drpd aku, macam mana aku hendak beri sebab aku pun dah
~.
pokar Kl kumpulan, peringkat: dlm ~ yg pertama dua puluh orang telah
dinaikkan pangkat.
pokat; buah ~ buah adpokat, Persea gratissima.
pokeng (pokéng) ark tidak berekor, bogel.
poker sj permainan daun terup (biasanya melibatkan pertaruhan wang).
poket (pokét) I 1. kantung yg dijahit pd pakaian (seluar, baju dsb) tempat
menaruh sapu tangan, duit, dompet dsb, kocek, saku: seluarnya
mempunyai banyak ~; 2. kantung pd pintu kereta, beg pakaian dsb;
3. beg jaring kecil pd meja biliard, meja snuker dsb tempat bola
dimasukkan.
poket (pokét) II; ~ udara kawasan bertekanan rendah di ruang udara yg
menyebabkan kapal tebang yg melaluinya terturun dgn tiba-tiba.
pok-o; minyak ~ minyak angin.
pokok 1. batang kayu dr pangkal ke atas: setiap pohon di hutan itu diberi
tanda bersilang pd ~nya; 2. pohon: ~ jati; ~ kemunting; ~ saga; 3.
ki perkara (bahagian, hal, dll) yg penting atau utama, hal yg menjadi
sebab atau lantaran hal yg menjadi asas atau dasar, hal yg jadi ibu
(induk), asal usul: perkara-perkara ~ dlm agama Islam; 4. wang
pangkal dlm sesuatu perniagaan, modal;
~ angin awan (mendung) yg bergulung-gulung di kaki langit
menandakan angin ribut hendak turun; ~ dasar dasar yg terpenting,
asas; ~ fikiran asas atau dasar fikiran (faham, pendapat): ~ hujan
mendung; ~ hukum Id asas (dasar) hukum; ~ kalimat Id perkataan
dll yg menjadi huraian dlm ayat, subjek; ~ kata = kata ~ kata dasar
yg belum diberi penambahan; ~ memanjat sj pokok kecil yg
hidupnya memanjat pd pokok-pokok besar dll; ~ pangkal sebabsebab
yg utama (penting), sebab-sebab yg menjadi dasar, punca,
asas, dasar; ~ pekerjaan (pencarian, penghidupan) pekerjaan yg
menjadi asas bagi penghidupan; ~ pembicaraan (cerita,
perundingan) perkara yg dibicarakan (diceritakan, dirundingkan); ~
penanti (Tani) pokok yg menerima tunas baka pokok lain yg sama
jenis dengannya dlm proses cantuman; ~ perselisihan
(percederaan, persengketaan, pertikaian) sebab-sebab yg
memulakan perselisihan dll; ~ renek sj pokok kecil yg batangnya
berteras; ~ ribut awan (mendung) yg menandakan ribut hendak
turun; (pd) ~nya (pd) asasnya (dasarnya); ~ tentera Id tentera pusat,
ibu (induk) tentera;
sepokok satu pokok, sama pokoknya, sama dgn harga beli (modal);
berpokok 1. ditumbuhi pokok, terdapat atau ada pokok: sebidang
tanah lapang yg langsung tidak ~; 2. berasal (drpd), bermula (dr);
3. berasas (pd), berdasar (pd); ~ pangkal pd berpunca drpd,
mempunyai sesuatu sbg asasnya; 4. berlantaran, bersebab; 5.
bermodal;
memokoki memodali, memberi modal;
memokokkan memusatkan (pd), menumpukan (pd);
terpokok 1. terpenting sekali, terutama sekali; 2. mempunyai harga
spt yg ditetapkan, berharga.
pokrol 1. Id wakil orang yg berperkara di mahkamah (dituduh atau
menuduh), peguam, pembela; 2. bp orang yg pandai bertengkar
(berbantah, berbahas, dll);
~ bambu a) pokrol (pembela) yg tidak berkelulusan (berkelayakan);
b) orang yg pandai bertengkar (berbantah, berbahas, dll); ~ jenderal
Id ark jaksa agung;
memokrolkan menyerahkan perkara kpd pokrol (peguam);
pokrol-pokrolan bp bertikam lidah, berlawan berbicara (bertengkar
dll).
pokta sl tersangat indah (mulia), tidak ada bandingnya, (yg) terbaik.
pol I IB, bp 1. penuh; 2. sudah sampai ke peringkat yg sehabis tinggi atau
banyak (kekuatan, masa kerja, gaji, dll): dr warung-warung kopi
dan restoran-restoran kecil yg punya radio, radionya dipasang ~;
3. selesai dibayar, lunas;
dipolkan bp 1. dipenuhkan; 2. dibayar semua, dilunasi; 3. dibiarkan
sehingga habis.
pol II Id, bp volt.
pol III ukuran panjang yg bersamaan dgn 51/2 ela.
pola 1. lukisan utk contoh batik; 2. corak batik (tenun dll), ragi, suri; 3.
contoh, model, patrun: kadang-kadang ~ yg diambil utk
pembentukan kata baru itu terdapat dlm bahasa daerah pula; ada
empat ~ ayat dlm bahasa Melayu;
berpola mempunyai pola: sampel ~;
berpolakan menggunakan sesuatu sbg pola: sajak “Balada
Pemuda dan Dara” ~ sajak-sajak W. S. Rendra.
polah Mn; berpolah-polah terlalu mewah, kemewahan.
polak NS panas, radang.
polan; si ~ si anu (sebutan kpd orang yg tidak diketahui namanya).
polang I; ~-paling berpusing-pusing dan berubah-ubah arahnya (bkn
angin).
polang II; ~-poleng Jk a) berwarna belang-belang (berkotak-kotak) spt
tapak catur; b) berbelang-belang, bertelau-telau.
polangan NS dalal (yg menjual kambing).
polarisasi keadaan terdapatnya atau proses berlakunya dua pihak (prinsip,
kecenderungan, pendapat, dsb) yg bertentangan sama sekali: pd
masa lalu, soal ~ antara kuasa di kalangan pelajar tidak wujud
kerana mereka mempunyai satu tujuan utk mencapai
kecemerlangan dlm pelajaran;
berpolarisasi mengamalkan polarisasi: tetapi struktur kuasa dan
pengaruh di dunia tidak lagi ~ dlm semua isu.
polaroid bahan plastik yg mempunyai sifat mengutubkan cahaya yg lalu
menerusinya dan digunakan sbg turas yg mengurangkan silauan
matahari: kaca mata ~.
poldan IB, bp sudah selesai dibayar.
polder (Geog) kawasan tanah rendah (tepi laut, tasik, dll) yg telah
dikeringkan dan diperbaiki dgn menggunakan empangan.
polek (polék) Kl benda likat (getah, tanah liat, gam, dll) yg menyelaputi
tangan (kayu dll).
polemik (polémik) perbahasan (perdebatan, perbantahan) dgn rencana
atau tulisan dlm surat khabar (majalah dll): wujudkan ~ yg sihat
mengenai keilmuan ataupun isu semasa;
berpolemik berbahas atau berbantah dlm surat khabar (majalah
dll): memupuk semangat ~ di kalangan cerdik pandai;
mempolemikkan membahaskan sesuatu pendapat (isu) dsb dlm
bentuk polemik.
polemis IB bersifat polemik.
poleng (poléng) I Jw berwarna atau bercorak tapak catur (damdam); Æ
polang II.
poleng (poléng) II Kl berpusing dr arah yg asal;
memoleng memusingkan (ke arah lain).
poles (polés) IB sj bahan (tepung, minyak, dll) yg digunakan utk
menggosok dan mengilatkan sesuatu;
memoles menggosok dan mengilatkan dgn poles;
polesan yg telah dipoles, hasil memoles.
polet (polét) IB 1. sepotong kain (logam dll) yg dipasangkan pd bahu baju
utk menandakan pangkat; 2. bp garis yg berwarna atau takik pd
batang kayu sbg tanda;  epolet.
poli Kl sj kuih yg dibuat drpd ubi kayu (gula dll) yg dikukus.
poli- awalan asing banyak, mis poligami, poliklinik dan poliglot.
poliandri (Ant) amalan bersuami lebih drpd satu orang pd masa yg sama.
polidipsia (Ubat) kehausan yg teruk dan berpanjangan, spt pd penyakit
kencing manis.
poliester (poliéster) (Kim) sj polimer yg digunakan utk membuat plastik,
resin, serat tiruan, dll.
polietena (poliéténa)  politena.
polietilena (poliétiléna)  politena.
poligami (Ant) amalan beristeri lebih drpd satu orang pd masa yg sama;
berpoligami mengamalkan poligami, mempunyai lebih drpd
seorang isteri pd masa yg sama: sekiranya dikhuatiri sukar berlaku
adil, janganlah ~, kelak sukar hendak dijawab di akhirat nanti.
poliglot 1. mengetahui, menguasai, atau mengandungi banyak bahasa; 2.
orang yg dapat bertutur dlm beberapa bahasa.
poligon (Mat) bidang atau rajah yg bersudut lebih drpd empat.
poligraf (Ubat) alat utk merakam berbagai-bagai gerak balas fisiologi
secara serentak, spt gerakan gelombang nadi, pernafasan dan
tekanan darah.
polihedron (polihédron) (Mat) bongkah yg dibatasi oleh beberapa
permukaan bersegi, dgn bilangan permukaan tersebut tidak kurang
drpd empat.
poliklinik hospital atau klinik tempat merawat berbagai-bagai penyakit.
polimer (Kim) sebatian (sama ada terbentuk secara semula jadi atau
buatan) spt kanji, politena, dll yg terdiri drpd molekul kompleks yg
terbentuk drpd gabungan unit-unit kecil (ringkas) yg serupa.
polinomial 1. (Bio) nama haiwan atau tumbuhan yg terdiri lebih drpd dua
nama atau sebutan; 2. (Mat) ungkapan yg mengandungi lebih drpd
dua angka atau nilaian.
polio singkatan bagi poliomielitis.
poliomielitis (poliomiélitis) penyakit berjangkit serius yg disebabkan oleh
sj virus yg boleh mengakibatkan pesakitnya mengalami
kelumpuhan, terutamanya di kalangan kanak-kanak.
polip 1. sj binatang laut yg hidup di batu karang; 2. sj ketumbuhan yg
berlaku pd sebarang membran mukus, mis dlm hidung.
polipektomi (polipéktomi) (Ubat) pembuangan polip (ketumbuhan) secara
pembedahan.
polipeptida (polipéptida) (Kim) polimer asid amino (mis keratin, protein,
dll), yg rantainya terdiri drpd beratus-ratus unit asid amino.
polis 1. pasukan yg menjaga keamanan negara dan penguatkuasaan
undang-undang; 2. anggota pasukan polis, mata-mata;
~ hutan pasukan polis yg bertugas menjaga keamanan di kawasan
sempadan; ~ lalu lintas = ~ trafik polis yg mengawal keselamatan
lalu lintas; ~ marin polis yg bertugas menjaga keselamatan di laut; ~
pencegah rusuhan pasukan polis yg ditugaskan utk mencegah
(memberhentikan) rusuhan (tunjuk perasaan dll); ~ rahsia pasukan
polis yg ditugaskan utk mencari (mengintip) rahsia; ~ simpanan
pasukan polis yg diambil bertugas pd masa darurat (kecemasan dll);
~ tentera pasukan tentera yg bertugas sbg polis (mengawasi
tentera);
kepolisan yg berkaitan dgn polis (pd pelbagai aspek), berkaitan dgn
urusan (tugas dan tanggungjawab, kegiatan, dll) polis: Polis Diraja
Malaysia akan memberikan latihan ~ kpd orang ramai bagi
mencegah jenayah; Institusi ~.
polisakarida (Bio) karbohidrat yg menghasilkan beberapa banyak unit
monosakarida (spt glukosa) apabila diuraikan.
polisemi (Lin) sesuatu bentuk kata, ungkapan, dsb yg mempunyai lebih
drpd satu makna yg bertalian rapat antara satu sama lain.
polisi I rancangan tindakan yg telah dipersetujui secara rasmi sbg asas utk
membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan, dasar; ~ kerajaan
dasar kerajaan.
polisi II dokumen yg mengandungi kontrak insurans; ~ insurans dokumen
perjanjian yg mengandungi syarat-syarat perlindungan insurans.
polisi III IB polis;
kepolisian yg berkaitan dgn polis (pd pelbagai aspek), kepolisan.
polisionil IB bersifat polis, mengenai polis; aksi ~ bp gerakan tentera yg
bertujuan utk memulihkan keamanan.
polistirena (polistiréna) (Kim) sj polimer yg digunakan sbg bahan
pembungkusan dll.
politburo (Pol) badan penggubal dasar tertinggi di kebanyakan negara
komunis atau dlm parti komunis.
politeisme (politéisme) kepercayaan kpd lebih drpd satu Tuhan.
politeknik (politéknik) pusat pengajian tinggi yg menawarkan pelbagai
kursus, terutamanya dlm bidang sains dan teknik.
politena (politéna) (Kim) sj polimer yg digunakan utk membuat
pembungkus (pembalut), paip, dll.
politik 1. = ilmu ~ ilmu (pengetahuan) bkn cara pemerintahan (dasar-dasar
pemerintahan dll), ilmu siasah, ilmu kenegaraan: pentingnya
pengetahuan ~ kpd setiap rakyat negara yg mengamalkan
pemerintahan demokrasi sudah tidak dapat disangkal lagi; 2.
segala sesuatu bkn pemerintahan sesebuah negara atau
hubungannya dgn negara lain: dasar luar negeri kita adalah bebas
tetapi menentang penjajahan dlm ~ antarabangsa; diayah ~
penyebaran pengetahuan (ajaran) politik; parti ~ pertubuhan yg
bergiat dlm bidang politik; tokoh ~ ahli politik yg terkemuka
(terkenal); 3. kelicikan, muslihat, tipu muslihat;
~ parti kegiatan politik yg dijalankan utk, melalui atau oleh parti:
beliau telah diberi peluang berkecimpung dlm kegiatan ~ parti
walaupun pengalamannya masih cetek; ~ wang kegiatan
menyogokkan atau memberikan wang oleh ahli politik kpd
kumpulan orang atau individu tertentu utk mendapatkan sokongan,
terutamanya utk pemilihan sesuatu jawatan penting dlm parti dsb;
berpolitik mengambil bahagian dlm politik, menjalankan
(mengamalkan) politik: keadilan ~ adalah subjektif;
mempolitikkan memasukkan ke dlm urusan politik, menjadikan
sbg urusan politik, menjadikan (sesuatu) kelihatan ada kaitannya
dgn politik: Menteri Pendidikan telah menjelaskan bahawa banyak
pihak telah ~ isu-isu tersebut tanpa memahami perkara yg sebenar
yg akan dijalankan oleh kerajaan;
kepolitikan perihal politik;
pempolitikan perbuatan mempolitikkan sesuatu perkara (isu).
politiking bp kegiatan yg dilakukan utk kepentingan politik, mis
berkempen utk memancing undi, menonjolkan diri seseorang utk
mencapai sesuatu tujuan, dll:~ berlaku apabila seseorang yg belum
layak dinaikkan pangkat mencuba menggunakan pihak-pihak
luaran dan dalaman sesebuah organisasi; kurangkan ~ dan
hindarkan kecam-mengecam ke arah pembangunan rohani rakyat
seluruhnya.
politikus IB ahli politik, ahli kenegaraan.
polivinil (Kim) kumpulan polimer (spt vinil klorida, vinil asetat, dll) drpd
vinil.
polka (Muz) 1. sj tarian rakyat Bohemia: tarian ~; 2. muzik yg digubah
utk mengiringi atau mengikut rentak tarian 1. di atas: muzik ~.
polmah, polmak IB 1. bp surat kuasa; 2. orang yg diberi kuasa, kuasa.
polo sj permainan bola yg melibatkan dua pasukan pemain yg
menunggang kuda dan menggunakan kayu panjang sbg pemukul
bola utk memasukkan bola ke dlm gol; ~ air sj permainan bola di
air.
polok; memolok makan dgn menyuap banyak-banyak sekali dan pantas.
polong I 1. sj hantu yg suka mengacau orang (membuat orang sakit); 2. sj
penyakit urat saraf (kerana kena guna-guna); spt ~ kena sembur prb
berlari dgn pantas kerana ketakutan (jera dll).
polong II; kacang ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Canavalia gladiata.
polong III sj bunga cengkih (lawang).
polong IV; ~ angin sj bintil-bintil pd kulit.
polong V; polongan Mn saluran air, pipa (air dll), berombong;
berpolongan Mn mempunyai polongan; ~ air, bertitian asap prb
Mn mempunyai sahabat yg mencarikan kita keuntungan (kerana
pernah memberi pertolongan kepadanya).
polonium (Kim) sj unsur logam yg radioaktif.
polos 1. tidak bercorak atau berbunga (kain dll); 2. sangat lurus (hati,
fikiran, dll), tidak berniat jahat.
poma = poma-poma Jw ark benar-benar (jangan), hubaya-hubaya
(jangan), sekali-kali (jangan).
pomade IB sj minyak rambut yg wangi.
pompa IB 1. sj perkakas utk menghisap dan mengeluarkan (air, angin,
dll), pam minyak kereta dll; 2. perkakas utk menghisap benzin (pd
enjin);
~ air pam utk mengambil (mengeluarkan) air; ~ angin pam utk
memasukkan angin ke dlm tayar kereta dll; ~ benzin pam minyak
(tempat mengambil minyak kereta dll);
memompa 1. mengepam: ~ air dr sungai; 2. bp memasukkan
(pelajaran, pengetahuan, dll) banyak-banyak, mengajar banyakbanyak;
memompakan 1. menyuruh mengepam; 2. mengepam utk orang
lain; 3. bp memasukkan banyak-banyak dgn paksa (pengetahuan
dll): aku terlalu sibuk ~ soal-soal politik ke kepalaku;
pompaan sesuatu yg dipompa;
pemompaan perbuatan memompa.
pompang Kd, Pn sj jaring utk menangkap ikan.
pompong I sj sotong yg kecil.
pompong II  kepompong.
pompong III Mn; kepompongan bingung, kebingungan, gelisah, resah.
pompong IV ark; memompong membopong, mendukung.
pompong V sj tumbuhan (pokok dan buahnya), bentan, buta-buta
pongpong, Cerbera manghas.
ponakan Jw anak saudara, kemanakan, keponakan.
ponco sj pakaian berupa selimut yg (dibuat drpd kain persegi empat) dgn
lubang di tengah.
pondamen (pondamén) IB dasar atau tapak (rumah dll).
pondan 1. laki-laki yg lebih bersifat keperempuanan, banci, kedi, papak,
ponen; 2. ark perempuan yg lebih bersifat kelelakian.
pondar Mn pendek dan gemuk (tubuh badan).
pondik Mn angkuh, pongah, sombong.
pondoh Jw umbut.
pondok 1. rumah kecil yg didirikan utk sementara (di sawah, di ladang,
dll), dangau, gubuk, teratak; 2. rumah (utk merendahkan diri apabila
bercakap dgn orang); 3. Jk rumah kecil yg tidak elok (berdinding
buluh beratap rumbia dll); 4. Jw madrasah dan asrama tempat
mengaji (belajar agama dll); ~ telefon bangunan kecil tempat telefon
utk kegunaan orang ramai;
memondok menumpang tinggal dan makan;
memondokkan 1. memberi tempat menumpang (di rumah orang
dll), menumpangkan (di rumah orang dll); 2. memberi tempat
menumpang;
pondokan 1. = pemondokan rumah tumpangan, rumah tempat
menginap; 2. tumpangan, penginapan.
pondong I; memondong membawa sesuatu dgn meletakkannya di atas
kedua-dua belah lengan.
pondong II sj atap atau para-para utk melindungi tanaman yg masih kecil
drpd hujan dan panas.
ponen (ponén) Kd, PI, Pn banci, kedi, papak, pondan.
pong bunyi spt bunyi barang dll yg jatuh di air.
pong-pong I; ~ along sj permainan kanak-kanak, seruan (nyanyian) pd sj
permainan kanak-kanak.
pong-pong II; burung ~ sj burung Mocronus ptilosus.
pongah I sangat sombong, angkuh, bongkak, congkak: dgn ~ engkau
membusungkan dada mengatakan engkau Tuan Pengarah;
berpongah-pongah berlagak (berkelakuan dll) sombong, bercakap
sombong;
memongahkan menyombongkan, memperagakan,
memperlagakkan;
kepongahan keangkuhan, kecongkakan, kesombongan.
pongah II Jk bebal, bodoh, dungu;
dipongah dibodohkan, dipermainkan, ditipu.
pongang  sipongang.
ponggek (ponggék) Kl belakang sekali, pengakhir, penghujung.
ponggok I tidak berekor, kudung ekornya, togel.
ponggok II Mn; terponggok kelihatan melonggok, duduk bercangkung:
kadang-kadang guru hanya duduk ~ di sekolah dgn tiada seorang
pun muridnya.
pongia Pl sj pisau utk memotong padi.
pongkang Jk; balik-~ pulang balik;
terpongkang 1. terbalik (yg di bawah ke atas); 2. tertonggeng.
pongkes (pongkés) 1. sj bakul yg tohor utk mengisi dan mengangkat tanah
(sampah dll), pengki; 2. sj alat (drpd rotan) yg leper utk menangkis
pukulan dll.
pongking Jh; terpongking tertonggeng.
pongkol Kl perengus.
pongoh Kl perengus.
pongpong sj tumbuhan (pokok), Cerbera manghas; ~ raya sj tumbuhan
(pokok), Adinandra macrantha.
pongsu I ark anak bukit, busut; pusu I.
pongsu II; merak ~ = kuang ~ sj burung;  kuang I.
poni bp satu cara mendandan rambut dgn mengaturnya kemas-kemas di
dahi: potong ~ = berponi;
berponi mempunyai potongan rambut cara poni.
ponis IB keputusan mahkamah (pengadilan); menjatuhkan ~ memutuskan
perkara.
ponjen (ponjén) dompet, kantung, pundi-pundi.
ponjok Tr bungkusan (drpd kain, plastik, dll), punjut: tolong masukkan
kain itu ke dalam ~ supaya senang dibawa.
ponok bonggol pd tengkuk (lembu dll), kelasa.
pontang-panting 1. bertaburan di sana sini, berselerak, kucar-kacir; 2.
berlari tunggang-langgang (lintang-pukang); 3. berlari rebah bangun,
rebah berguling-guling, bangun tergesa-gesa;
berpontang-panting berlari rebah bangun, rebah berguling-guling,
pontang-panting;
memontang-mantingkan 1. mengucar-ngacirkan, menyeraknyerakkan;
2. mengguling-gulingkan, melempar-lemparkan,
menghumbankan;
terpontang-panting berlari tunggang-langgang.
ponten (pontén) I IB, bp markah (peperiksaan, ujian dll);
memonten memberi markah.
ponten (pontén) II IB, bp pancutan air (di taman dll).
ponten (pontén) III bp; ~ pen pena yg diisi dgn dakwat.
ponteng (ponténg) bp 1. kecoh, tipu; 2. lari drpd tugas (tanggungjawab
dll): jarang yg ~ kerja melainkan kalau terhalang;
memonteng 1. mengecoh, menipu: dia akan menggunakan segala
kepandaian utk mengecek dan ~ perempuan; 2. bp meninggalkan
tugas (tanggungjawab dll) tanpa kebenaran.
pontoh sl gelang besar yg berukir dgn naga dll (dipakai di lengan sebelah
atas).
ponton IB pontun.
pontun bot yg rendah dan lebar, atau platform terapung, biasanya
digunakan utk menyangga atau menggalang jambatan dsb; jambatan
~ jambatan sementara yg disangga atau digalang dgn pontun.
pooh; minyak ~ sj minyak yg berangin.
pop popular; lagu ~ lagu (nyanyian) yg popular; penyanyi ~ penyanyi lagu
popular.
popadom sj keropok yg nipis, rangup dan mempunyai rasa yg agak masin,
biasanya dimakan dgn nasi dan kari, yg asalnya merupakan
makanan masyarakat India.
popi I sj tumbuhan (herba yg berbunga merah), Papavar somniferum.
popi II IB, bp anak-anakan, boneka.
popia sj kuih yg berinti sayur-sayuran dan bersalut dgn tepung yg nipis.
poplin sj kain cita yg agak berkilat.
popok I Jw; kain ~ kain utk mengalas bayi, lampin.
popok II; popokan ark sj hantu, momok.
popong  pongpong.
popor Jk gagang (pangkal) senapang.
popular digemari atau disukai ramai: mengapa lagu-lagunya dlm waktu
yg singkat menjadi demikian ~?; bintang-bintang filem yg ~;
mempopularkan menjadikan popular (disukai ramai): hal ini tidak
pula bererti bahawa saya tidak dapat dan tidak ada hak menulis
novel utk ~ perjuangan pemuda-pemuda Indonesia;
kepopularan perihal popular, populariti: utk mengembangkan ~ di
luar negara.
populariti kepopularan.
populasi 1. jumlah semua orang yg mendiami sesuatu tempat (negara,
negeri, daerah, dsb), penduduk; 2. kumpulan individu sesuatu
spesies (haiwan dan tumbuhan) yg terdapat di sesuatu kawasan
geografi atau habitat tertentu.
populis (Pol) orang yg menyokong faham populisme.
populisme (Pol) aliran atau fahaman yg mempertahankan serta
menyanjung pendapat, hak dan kepentingan rakyat biasa.
porah Mn suka menghabiskan wang, boros, royal;
berporah-porah beroyal-royal.
porak-parik porak-peranda.
porak-peranda 1. (keadaan) tidak tenteram (huru-hara dsb), kucar-kacir:
kampung kami yg aman damai menjadi ~; masalah ini boleh
mengakibatkan ~ dlm masyarakat; ada juga yg menganggap isu itu
sbg punca berlakunya ~ dan keruntuhan sesebuah rumah tangga;
2. cerai-berai, berserak;
memporak-perandakan menjadi porak-peranda (kacau-bilau,
kucar-kacir, morat-marit): perbuatan itu akan melahirkan
permusuhan dan boleh ~ masyarakat;
keporak-perandaan perihal porak-peranda.
porang Kl tempat kapur.
poren (porén) Jh sj ikan terubuk yg besar.
poreng (poréng) Tr comot.
pori Id liang-liang halus pd kulit (benda padat).
PORIM akronim bagi Palm Oil Research Institute of Malaysia (Institut
Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia).
PORLA akronim bagi Palm Oil Registration & Licensing Authority
(Lembaga Pendaftaran & Pelesenan Minyak Kelapa Sawit).
porno singkatan bagi pornografi.
pornografi 1. penggambaran atau pengisahan sesuatu perlakuan
(perbuatan, kejadian, dll) dgn cara yg mengghairahkan atau yg
bertujuan utk membangkitkan nafsu seks (menerusi filem, bahan
bacaan, dsb), penggambaran atau pengisahan sesuatu perbuatan dsb
secara lucah; 2. segala bahan (spt filem, gambar foto, dan bahan
bacaan) yg bertujuan utk membangkitkan nafsu seks, segala bahan
(spt filem, terbitan, dsb) yg lucah.
porok I ark separuh tempurung (utk permainan kanak-kanak); main ~
bermain dgn porok (tempurung dipusingkan dgn kaki dan diarahkan
ke suatu bulatan); temporok.
porok II Br pokok kecil atau tumbuh-tumbuhan yg boleh dimakan.
porok III IB garpu.
porong tanda-tanda hitam pd badan (sejak dilahirkan).
poros I 1. = gandar ~ gandar roda dll; 2. hujung atau puncak tiang
(tombak, piramid, dll); 3. Id pemain bola sepak yg di tengah-tengah
(antara hafbek kanan dgn hafbek kiri).
poros II berliang-liang kecil (pd kulit atau benda padat).
porot Jk; memorot, memoroti 1. melubangi (guni beras dll), menggerit,
menggigit; 2. mencuri (beras dlm guni dll).
porselin sj bahan yg dibuat drpd campuran tanah liat, kuarza, dll yg
dipanaskan sehingga menjadi pepejal putih yg licin, keras, dan
digunakan utk membuat perkakas dapur dan makmal dsb, tembikar.
porsetel (porsetél) IB anjuran, cadangan, usul;
memporsetelkan menganjurkan, mencadangkan, mengusulkan.
porseter (porsétér) IB, bp ketua.
porsi IB 1. bp sepinggan makanan (di kedai makan dll); 2. bp bahagian yg
tertentu utk dikerjakan (diselesaikan dll).
port (Komp) pangkal atau hujung sesuatu saluran penghantaran.
portal (Komp) laman web yg mempunyai hubungan dgn pelbagai laman
web yg lain, biasanya boleh dicapai melalui Internet.
porter 1. orang yg bekerja mengangkat barang (di stesen kereta api dsb);
2. penjaga pintu di gudang (pejabat dsb).
portfolio 1. bidang tugas dan tanggungjawab seseorang menteri; 2.
keseluruhan pelaburan yg dipegang oleh seseorang individu atau
sesebuah syarikat; 3. (S.Lukis) bekas mudah alih utk membawa
kertas, dokumen, lukisan dsb;
berportfolio memegang atau mempunyai portfolio: kepelbagaian
pasaran modal menarik portfolio pelaburan yg kukuh serta
menarik perhatian pelabur ~; Menteri Tak B~ Menteri yg tidak
mempunyai Kementerian atau jabatan(-jabatan) tertentu di bawah
penguasaan dan tanggungjawab.
portir IB, bp penjaga pintu (di pejabat dll).
porto IB bayaran atau belanja mengirimkan surat dll dgn pos.
pos I 1. sistem atau perkhidmatan menghantar surat, bungkusan, dsb:
tawaran-tawaran yg tidak dihantar melalui ~ hendaklah
dimasukkan ke dlm peti tawaran di pejabat itu; pejabat ~ = Id
kantor ~ pejabat tempat mengirim surat (wang dll); kartu (kad) ~ Id
kad bersetem yg dijual di pejabat pos dan boleh dikirim melalui pos
pd kadar yg lebih rendah drpd surat yg bersampul; kereta ~ kereta
yg menjalankan urusan jabatan pos; 2. surat, bungkusan, dll yg
dihantar melalui pos; 3. Id kereta (kuda dll) yg menguruskan
kiriman surat dll pd zaman dahulu; 4. Id ark perhentian kereta pos
pd zaman dahulu; 5. Id, bp perhentian kereta api dll, stesen;
~ berdaftar perkhidmatan menghantar surat, bungkusan dsb yg
didaftarkan, biasanya dikenakan bayaran yg lebih mahal sedikit dan
diberi ganti rugi sekiranya surat, bungkusan dsb itu hilang atau
rosak; ~ laju sistem atau perkhidmatan menghantar bungkusan,
surat dsb dgn cepat yg disediakan oleh jabatan pos atau syarikat
tertentu;
mengepos mengirim (surat dll) melalui pos;
mengeposkan mengepos utk: dia pergi ke pekan utk ~ kakaknya
surat.
pos II 1. pondok atau tempat polis (tentera dll) berjaga: si Amat masih
menjaga ~nya; 2. jawatan atau kedudukan orang yg menjalankan
tugas (pegawai dll); 3. Id rumah atau tempat orang menjaga
(mengawasi) gunung berapi dll.
pos III Id 1. sejumlah wang bagi peruntukan sesuatu keperluan (pekerjaan
dll); 2. bahagian drpd anggaran belanja.
posisi IB 1. kedudukan, letaknya: kita tak mahu membahayakan ~ tentera
kita; 2. jawatan (dlm pekerjaan dll), pangkat; 3. letak sesuatu
perkataan dlm ayat.
positif 1. pasti, tegas, tentu, tetap; 2. lwn negatif (elektrik dll); 3. gambar
yg diambil dgn kamera yg sudah jadi (bukan pd filem), gambar foto
yg sebenarnya (bukan negatif); 4. memperlihatkan (mengemukakan,
menekankan, dsb) sesuatu yg baik atau yg boleh mendatangkan
manfaat dsb: sikap-sikap ~;
mempositifkan menjadikan positif (pasti, baik, membina dsb):
beberapa langkah perlu diambil utk ~ pengaruh media dan
komunikasi terhadap keluarga dan remaja; anda perlu ~
pemikiran anda;
kepositifan perihal, keadaan atau sifat positif (pasti, baik, membina
dsb).
positivis orang yg mendukung faham positivisme.
positivisme alliran falsafah yg menganggap bahawa ilmu pengetahuan itu
semata-mata berdasarkan pengalaman dan ilmu yg pasti
(berlawanan dgn metafizik).
positron (Fiz) sj zarah bercas positif yg jisimnya sama dgn elektron (tetapi
berlawanan cas).
poskad kad yg biasanya bergambar pd sebelah hadapannya dan pd
sebelah belakangnya boleh ditulis khabar berita dan alamat (dan
dikirim melalui pos).
poskod nombor (atau huruf) yg ditetapkan bagi zon (kawasan, jalan, dsb)
tertentu bagi memudahkan urusan pos.
posmen (posmén) pekerja pos yg ditugaskan menghantar bungkusan,
surat, dll.
poso ark sj bahagian drpd perkakas tenun.
pospaket (pospakét) IB bungkusan yg dikirim melalui pos.
poster notis atau gambar yg ditampal pd dinding atau papan kenyataan,
terutamanya utk mengiklankan sesuatu.
posterior (postérior) (Bio) 1. terletak berhampiran dgn bahagian belakang,
atau di bahagian belakang sesuatu struktur yg lain, pd tubuh:
pituitari ~; 2. terletak paling hampir dgn batang utama (bkn
bahagian tunas atau bunga sisi).
post-mortem 1. pemeriksaan dan pembedahan mayat utk menentukan
sebab-sebab kematian, autopsi; 2. pemeriksaan sesuatu rancangan
yg gagal utk mengetahui sebab kegagalannya.
postulat sesuatu yg dianggap benar, atau diterima sbg asas penaakulan
atau perhitungan, sesuatu usul yg dikemukakan sbg bukti
kebenaran: mengikut ~ Henle-Koch, sesuatu organisma boleh
menjadi agen penyebab sekiranya wujud dan cukup utk
menimbulkan penyakit.
postur posisi atau sikap tubuh seseorang, terutamanya semasa duduk,
berdiri dsb: ~ yg baik menonjolkan imej yg positif.
poswesel (poswésél) IB kiriman wang melalui pos.
posyen minuman yg mengandungi ubat, racun atau sesuatu yg dipercayai
mempunyai kuasa ajaib.
pot I 1. bekas yg dibuat drpd tin, tin; 2. Id, bp jambangan bunga, pasu
bunga; 3. Id, bp tempat buang air kecil, pispot.
pot II Kd, Pl; macam muka ~ bp muka yg berkedut-kedut (tidak sedap
dipandang).
potamologi kajian yg berkaitan dgn sungai.
potasy (Kim) 1. bahan kalium karbonat yg digunakan utk membuat sabun
dll; 2. = ~ kaustik kalium hidroksida.
pote Kl puncak yg tertinggi.
potehi (potéhi) C sj wayang golek Cina.
poten (Ubat) 1. mempunyai kesan kimia atau fizikal yg kuat (bkn dadah,
racun dsb); 2. berupaya melakukan hubungan seks dgn berkesan
(bkn orang lelaki).
poteng (poténg) Kl pusing, paling, putar.
potensi (poténsi) kemampuan (mencapai, menghasilkan, atau melakukan
sesuatu), kebolehan, kekuatan, kesanggupan, keupayaan utk
berkembang maju dsb: EEC akan memberikan penerangan kpd
Asean tentang hasil kajian berhubung dgn ~ usaha sama antara
negara-negara Asean;
berpotensi mempunyai potensi, berkemampuan, berkebolehan,
berkesanggupan, berkeupayaan (utk berkembang maju dsb):
rasional, sikap yg mengabaikan pasaran ASEAN yg jelas ~
sesungguhnya sukar hendak difahami; pemimpin yg ~; adakah
kata-kata itu ~ utk digunakan?
potia C sj mandur, pengawas.
potlot pensel.
potol Jk 1. rompang, terpenggal; 2. ki kehabisan wang.
potometer (potométer) (Bio) alat utk mengukur kadar transpirasi
tumbuhan.
potong 1. kerat, penggal, hiris: beberapa ~ roti; 2. bp penjodoh bilangan
utk baju (kain, seluar, bungkusan barang, dll): biasanya aku
mendapat se~ baju drpd ibuku; 3. = memotong memenggal,
mengerat; rumah ~ rumah (tempat) menyembelih lembu dll; tukang
~ a) orang yg memotong (menyembelih); b) tukang gunting rambut;
c) tukang sunat, mudin;
~ ayam a) memotong (menyembelih) ayam; b) sj sumpah pd orang
Cina; ~ leher a) memenggal leher, b) bp meletakkan harga yg terlalu
tinggi (memeras); c) ki dgn sengaja mencari kesusahan
(menghilangkan mata pencarian sendiri); ~ rambut menggunting
rambut; ~ ramus sj guntingan rambut (laki-laki); ~ trip bp
memotong giliran (peluang) orang; ~ wajik bentuk wajik yg
dipotong menyerong; ~ hidung rosak muka prb membuat sesuatu yg
tidak baik kpd keluarga sendiri akhirnya dia juga yg mendapat malu
(kesusahan);
berpotong dipotong: kain yg di dlm kotak itu masih belum ~;
berpotong-potong berkerat-kerat, berpenggal-penggal;
memotong 1. memutuskan sesuatu dgn pisau (gergaji dll),
memenggal, mengerat; 2. menghiris (daging, ikan, dll); 3. menebang
(kayu,pokok, dll); 4. menyembelih (binatang dll); 5. menggunting
(rambut), memangkas; 6. menggunting (pakaian dll); 7. menuai
(jagung, padi, dll); 8. mengudungkan (tangan dll); 9. membedah
(perut dll); 10. mengurangi (gaji, pendapatan, dll); 11. memintasi
(jalan, perjalanan, dll); 12. menyelang (percakapan, orang, dll); 13.
memendekkan (kata, nama, dll); 14. menoreh (getah);
potong-memotong 1. saling memotong (melintasi); 2. pekerjaan
menggunting (pakaian);
memotongkan 1. memotong utk orang, menyuruh memotong; 2.
menggunakan pisau dll utk memotong, memotong dgn; 3. =
memperpotongkan mengira-ngira dgn cara memotong gaji
(pendapatan dll) yg akan diperoleh; memperpotongkan hutangpiutang
mengurangkan hutang-piutang;
terpotong dapat dipotong: sebatang kayu pun tidak ~ pd petang
itu kerana mereka terlupa membawa gergaji;
potongan 1. bahagian-bahagian kecil atau pendek yg didapati
setelah memotong sesuatu yg (lebih) besar atau panjang, keratan,
penggalan; 2. cara memotong baju (seluar dll), guntingan: ~ baju; 3.
bentuk (muka, rumah, dll); ~ badan; ~ muka; ~ rumah; 4.
pengurangan gaji (harga dll): ~ gaji; 5. kependekan kata (nama dll);
pemotongan 1. perbuatan memotong (mengerat, menggunting,
memenggal, dsb) pengeratan, pemenggalan: jenayah curi yg
membawa kpd hukuman ~ tangan; 2. penyembelihan; 3. pemintasan
(jalan dll); 4. pengurangan (gaji, harga, dsb);
pemotong 1. orang yg memotong; 2. alat utk memotong.
potpuri rampaian kelopak bunga dan daun kering, rempah dsb yg berbau
harum, gunanya utk mengharumkan sesuatu persekitaran (bilik,
ruang dsb).
potret (potrét) 1. gambar yg diambil dgn menggunakan kamera, foto;
tukang ~ tukang gambar; 2. gambar orang yg dilukis;
memotret 1. mengambil gambar dgn kamera, membuat foto: keduadua
pelancong itu sibuk ~ bangunan-bangunan pencakar langit
dan warung-warung kecil; 2. melukis potret;
pemotretan hal atau perbuatan memotret.
pemotret 1. tukang potret; 2. = alat ~ alat utk memotret; 3. pelukis
sesuatu potret.
poyan empoyan II.
poyang I  lampoyang.
poyang II 1. = datuk ~ ark nenek moyang, leluhur; 2. Mn ayah atau ibu
kpd nenek, moyang; 3. sl bomoh, dukun, pawang.
PPH kep Pasukan Polis Hutan.
PPK kep Parti Perhimpunan Kebangsaan (Tanah Melayu).
PPM kep Pingat Peringatan Malaysia.
PPMPB kep Persatuan Pelajar Maktab Perguruan Bahasa.
PPN kep Pingat Pangkuan Negara (pingat kesateriaan yg dianugerahkan
oleh Yang di-Pertuan Agong).
PPP kep Peoples’ Progressive Party (Parti Progresif Rakyat).
PPZ kep Pusat Pungutan Zakat.
Pr simbol kimia bagi praseodimium.
PR kep 1. public relations (perhubungan awam); 2. Parti Rakyat.
pra- awalan asing sebelum, mis prakata, prasejarah, dan prasekolah.
praakhir sebelum akhir.
praanggapan ark prasangka.
prabawa 1. pengaruh; 2. Id imbasan elektrik; perbawa.
prabayar telah dibayar terlebih dahulu: kad telefon ~.
pracetak (pracétak) sebelum kerja pencetakan dibuat: kos kertas dan ~
meningkat berikutan penurunan nilai mata wang.
pracukai sebelum dipotong cukainya: keuntungan ~ syarikat tahun ini
semakin bertambah baik.
pragmatik I (mempunyai sifat atau pendirian yg) lebih mementingkan
(mengutamakan) kesan-kesan sebenar sesuatu drpd ciri-ciri teori
dsb, bersifat praktikal, banyak memperhitungkan keadaan dan
akibat yg sebenarnya terdapat atau akan timbul: walau
bagaimanapun, pelaksanaannya harus bersifat ~ supaya tidak
menimbulkan kesusahan di kalangan rakyat.
pragmatik II (Lin) cabang linguistik yg berkaitan dgn kajian tentang
makna dan kesan yg timbul drpd penggunaan bahasa dlm situasi
tertentu.
pragmatis Id pragmatik (praktikal).
pragmatisme 1. kepercayaan bahawa kebenaran atau nilai sesuatu teori,
ajaran, doktrin, dsb bergantung pd kegunaannya secara praktik; 2.
cara menangani masalah atau menghadapi sesuatu isu secara
praktikal, sikap pragmatik.
prah IB, bp muatan di kereta api.
prahaid sebelum datangnya haid: gejala-gejala ~.
prahara Jw ark angin ribut, badai, taufan.
prahoto lori utk mengangkut barang-barang.
prairie kawasan dataran rumput yg luas dan tidak ditumbuhi pokok,
terutamanya di Amerika Utara.
praja ark kota, negeri.
prakarsa inisiatif, daya usaha, ikhtiar.
prakata kata pendahuluan (oleh pengarang sesebuah buku dsb).
praktik 1. perbuatan melaksanakan teori (keyakinan dll), pelaksanaan:
biarpun cinta pd teorinya tidak dibatasi oleh kaya miskin, tetapi pd
~nya begitu; 2. perihal melakukan (menjalankan) pekerjaan
profesional (doktor, peguam, dll): sudah bertahun-tahun dia
membuka ~;
mempraktikkan menjalankan spt yg tersebut dlm teori dll,
melaksanakan, mengamalkan, melakukan: sekarang mereka cuba ~
apa yg mereka pelajari di Pusat Latihan Perguruan dahulu.
praktikal 1. melibatkan atau berkaitan dgn pengalaman atau penggunaan
sebenar, bukan teoretikal; 2. sesuai utk digunakan: langkah-langkah
ini dianggap lojik lagi ~.
praktis berdasarkan kpd sesuatu yg praktik, boleh dan mudah
melaksanakannya (menjalankannya, menggunakannya dll), kena
benar: komandan perahu memberikan perintah-perintah singkat
dan petunjuk yg ~; penubuhan badan cawangan spt yg dilakukan
itu dipercayai tidak ~;
kepraktisan perihal atau sifat bergunanya sesuatu atau berupayanya
melakukan sesuatu, sifat (ciri) praktis: mempersoalkan ~ pedoman
yg disediakan itu.
pramasa sebelum tiba masanya yg dijangkakan atau yg sebenar (bkn
sesuatu kejadian, peristiwa dsb): kelahiran ~; kematian ~.
pramatang 1. lahir tidak cukup bulan (bkn bayi): bayi ~; 2. dicairkan atau
dijual sebelum tempoh yg ditetapkan (bkn saham, insurans dsb).
pramoden sebelum moden, sebelum mencapai kemajuan zaman moden,
primitif: zaman ~ Jepun.
pramugara pelayan kapal terbang (lelaki).
pramugari pelayan kapal terbang (perempuan).
pramuka Id kep gerakan Praja Muda Karana, pemuda perintis, pandu.
pramusaji orang yg tugasnya melayan pesanan makanan, minuman dsb
oleh para pengunjung restoran.
prangas; ~ peringus Jw ark mengernyih, menyeringai.
prangko Id 1. setem: hantaran itu datangnya dr seberang laut, dgn ~nya
berhiaskan gambar tugu pahlawan; 2. telah dibayar belanja
mengirim (barang dagangan dll).
PRANITA akronim bagi perajurit wanita.
prarasa ark 1. firasat; 2. suka (akan), memilih (pd).
prasangka sangka (anggapan) buruk terhadap sesuatu (seseorang)
sebelum mengetahui (menyelidiki) yg sebenarnya: mereka amat
terpengaruh oleh ~ terhadap orang Negro yg dianggap rendah;
berprasangka menaruh prasangka: barangkali ~ dan bimbang
akan berlaku bencana ke atas dirinya;
keprasangkaan sifat (rasa) prasangka: ~ menyekat kecenderungan
ke arah kecemerlangan.
prasaran huraian atau keterangan dll yg menjadi pengantar utk
membincangkan sesuatu masalah, prausul.
prasarana keseluruhan kemudahan dan perkhidmatan asas (spt
kemudahan pengangkutan dan perhubungan, bekalan kuasa elektrik,
dll) yg perlu bagi pembangunan (pertumbuhan) dan kemajuan,
infrastruktur: ladang rakyat Felda diwujudkan dgn pembangunan ~
yg besar-besaran.
prasarjana sebelum peringkat sarjana: pendidikan ~.
prasasti tulisan pd batu (tembaga dll) yg berupa peringatan,
penghormatan, dll.
prasejarah (pengetahuan mengenai masa) sebelum sejarah tertulis, zaman
purbakala.
prasekolah sebelum memasuki sekolah, tabika, tadika: buku utk bacaan
~.
praseodimium (praséodimium) (Kim) sj unsur logam yg digunakan utk
membuat pewarna kaca, mangkin, dll.
prasetia ark niat atau janji yg teguh.
prasiswazah sebelum lulus sbg siswazah.
prasunting penyuntingan yg dilakukan sebelum penyuntingan sebenar.
prasyarat 1. syarat yg amat penting dan perlu dipenuhi supaya berlaku
atau tercapai sesuatu, (spt perkembangan, pembangunan, kemajuan,
dsb) atau terhindar sesuatu keburukan: buku teks yg bermutu
mestilah dianggap sbg satu ~ bagi peningkatan mutu pengajaran
bahasa Malaysia; 2. syarat yg mesti dipenuhi sebelum (boleh)
melakukan (menyertai, mengikuti, dsb) sesuatu.
pratonton tayangan filem, persembahan teater dsb yg dikhususkan utk
wartawan, pengkritik dsb sebelum filem, teater dsb itu
dipertontonkan secara rasmi kpd orang ramai;
mempratontonkan mempertontonkan atau menunjukkan filem,
teater dsb, terlebih dahulu kpd wartawan, pengkritik dsb sebelum
dipertontonkan secara rasmi kpd orang ramai: filem itu akan
dipratontonkan kpd sekumpulan wartawan sebelum ditayangkan
kpd orang ramai bulan depan.
prauniversiti sebelum memasuki universiti.
prausul ark prasaran.
prawacana ark kata pendahuluan, kata pengantar.
prebet (prébét) I pangkat yg rendah sekali dalam pasukan polis atau
tentera.
prebet (prébét) II bp persendirian, perseorangan (tidak rasmi atau umum);
kereta ~ kereta yg digunakan oleh pemiliknya sendiri (bukan kereta
sewa).
predikat (prédikat) 1. (Lin) bahagian ayat yg menandai apa yg dikatakan
atau dinafikan tentang subjek; 2. IB nama, gelaran kehormatan.
prejudis (préjudis) rasa suka atau tidak suka yg tidak berasas terhadap
sesuatu kaum, agama, prasangka, dsb
preman (préman) 1. bukan tentera; orang ~ orang yg bukan anggota
pasukan bersenjata; pakaian ~ pakaian bebas atau pakaian biasa
(bukan pakaian seragam); 2. milik sendiri (bukan utk umum)
persendirian; mobil ~ Id kereta kepunyaan sendiri (bukan utk
kegunaan orang ramai).
premi (prémi) IB premium.
premis (prémis) I sesuatu pernyataan dsb yg diandaikan (dianggap) sbg
sesuatu yg benar utk tujuan membuat huraian yg membawa kpd
sesuatu kesimpulan kelak;
berpremiskan mempunyai (atau menggunakan) sesuatu sbg premis,
berteraskan: puisi ini ~ lalang, tetapi lalang yg rapuh itu dijilat
api.
premis (prémis) II bangunan dan kawasan tempat diuruskan perniagaan
dsb: ~ perniagaan; firma itu telah berpindah ke ~ baru di Jalan
Tun Razak.
premium (prémium) 1. (Eko) sejumlah wang dibayar secara tetap kpd
syarikat insurans bagi sesuatu polisi insurans; 2. bayaran tambahan
yg dibuat bagi sesuatu; 3. (Eko) amaun nilai saham yg lebih tinggi
drpd harga tawaran asal (nilai tara) apabila saham itu mula
disenaraikan di Bursa Saham: syarikat itu mencatatkan ~ sebanyak
50 sen apabila dibuka pd harga RM 2.00 berbanding dgn harga
tawaran asalnya RM 1.50 sesaham; 4. bermutu dan harganya lebih
mahal sedikit (bkn sesuatu produk dsb): dia lebih suka
menggunakan minyak petrol ~.
premolar (prémolar) (Ubat) geraham kecil.
preposisi (préposisi) (Lin) kata sendi nama.
prerogatif (prérogatif) hak istimewa (mis yg diberikan kpd raja-raja utk
memberi ampunan kpd orang hukuman).
pres (prés); mesin ~ mesin utk mengapit (menindih dll);
dipres diapit (ditindih).
presbiopia (présbiopia) (Ubat) kekurangan daya mata utk memfokus pd
sesuatu objek akibat pengerasan kanta mata, terutamanya semakin
teruk apabila umur meningkat.
presiden (présidén) 1. ketua negara sesebuah republik yg juga biasanya
merupakan ketua kerajaannya; 2. ketua eksekutif sesebuah syarikat,
bank, firma, dsb; 3. Id ketua (mahkamah, persatuan, rapat, dll).
presidium (présidium) IB jawatan ketua.
presint (présint) kawasan kecil dlm bandar yg ditentukan sempadannya
berdasarkan ciri-ciri dominan kawasan tersebut utk tujuan
perancangan.
preskripsi (préskripsi) 1. arahan doktor tentang ubat yg harus disediakan
utk pesakit tertentu dan cara menggunakannya (memakannya); 2.
sesuatu ketetapan (keputusan dsb) yg bersifat atau bertujuan
menentukan, ketentuan (utk menjadi pegangan atau panduan);
mempreskripsikan memberikan preskripsi (bkn penggunaan ubat
dsb): doktor telah ~ ubat yg perlu dimakan utk mengubati
penyakitnya.
preskriptif (préskriptif) bersifat preskripsi, bersifat menentukan atau
panduan.
prestasi (préstasi) hasil yg telah diperoleh (dicapai dll), pencapaian:
kekurangan kakitangan dikatakan telah menjejaskan ~ sesetengah
jabatan;
berprestasi mempunyai (menunjukkan) prestasi.
prestij (préstij) 1. penghormatan yg diperoleh kerana kejayaan,
(pencapaian, pangkat, dsb), nama baik, reputasi: Sparta dihormati
dan mendapat ~ drpd kecekapan berperang; 2. martabat,
kemegahan;
berprestij mempunyai prestij: kedudukan yg ~ dlm kerajaan.
presto (présto) (Muz) tempo pergerakan muzik yg dimainkan dgn cepat.
pretensi (préténsi) dakwaan atau gambaran kononnya mempunyai atau
melakukan sesuatu yg istimewa (padahal tidak kelihatan atau
terbukti demikian): tidak ada ~ di sini utk bersikap objektif apalah
lagi utk mengatakan pendapat yg dikemukakan muktamad atau
tidak.
preventif (prévéntif) bersifat mencegah atau bertujuan mencegah (supaya
sesuatu tidak berlaku): pengambilan tindakan ~ lebih baik drpd
terpaksa mengambil tindakan korektif.
previu (préviu) 1. pratonton; 2. laporan pemerian tentang sesebuah filem,
drama dsb yg akan dipertontonkan atau dipersembahkan kpd orang
ramai: kami berpeluang membaca ~ filem yg akan ditayangkan itu;
mempreviu melihat pratonton: beberapa orang pengkritik dijemput
utk ~ filem itu.
priayi Jw orang (golongan orang) yg berpangkat tinggi (pegawai kerajaan
dll);
kepriayian sifat-sifat priayi.
pridato Id, bp pidato.
prigel Jw pandai atau cekap (bekerja dll).
prihatin = berprihatin 1. mengambil berat, perhatian terhadap sesuatu
perkara: sbg jiran, kita ~ terhadap rusuhan rakyat menentang
pemerintahan tentera di Bangkok; 2. Jw berdukacita atau kecewa
yg amat sangat (kerana gagal usaha, menghadapi kesusahan, dll),
rasa sedih yg amat sangat; 3. berusaha (berikhtiar) dgn bersungguhsungguh
utk mendapat yg dicita-citakan;
memprihatinkan 1. menimbulkan rasa mengambil berat, memberi
perhatian; 2. menimbulkan rasa sedih (kpd), menyedihkan: soal
akhlak inilah yg ~ para pemimpin dr dulu hingga sekarang;
keprihatinan 1. kesungguhan menunjukkan minat atau perhatian
berat pd seseorang atau sesuatu: ~ terhadap kebajikan sosial dan
kepentingan awam; ~ negara-negara Islam terhadap Bosnia-
Herzegovina; atas rasa ~ dan tuntutan memenuhi cita-cita bahasa,
bangsa, dan negara; 2. perasaan sedih (dukacita) yg amat sangat:
lalu diberikan berbagai-bagai alasan dan saranan dgn rasa ~ yg
mendalam terhadap peranan yg sudah terabai.
prima IB yg penting, yg pertama, yg terutama.
primadona pelakon utama wanita (dlm opera), seri panggung.
prima facie (primafasi) (Latin) (Udg) pd zahirnya, pd pandangan kasar
(sebelum diselidik dgn lebih terperinci): keterangan ~.
primat kelas (kumpulan) mamalia, antaranya termasuklah monyet, orang
hutan, dan manusia.
primatologi cabang zoologi yg berkaitan dgn kajian tentang primat.
primbon kitab mengenai ramalan (ketika yg tidak baik dll), pestaka.
primer (primér) yg pertama, yg terpenting, yg utama: kedudukan dan
kesejahteraan hidup adalah hasil sampingan yg secara kebetulan
akan diperoleh, tetapi bukan menjadi matlamat ~.
primigravida (Ubat) wanita yg baru pertama kali mengandung (hamil).
primipara (Ubat) wanita yg baru pertama kali melahirkan anak.
primitif 1. berkaitan dgn atau pd zaman purbakala, kolot, kuno: kpd
bangsa-bangsa yg ~, sihir itu besar ertinya; 2. sangat sederhana
(seolah-olah dr zaman purbakala), kuno: alat-alat ~.
primitivisme 1. keadaan primitif, kekunoan; 2. fahaman bahawa nilai
budaya primitif lebih unggul drpd nilai budaya zaman peradaban
moden.
prinsip asas atau dasar (yg menjadi pokok sesuatu pemikiran, kajian,
tindakan, dll), hukum (sesuatu teori dll): utk membuka kedai
sendiri, seseorang itu haruslah mengetahui ~-~ perniagaan; dgn
langkah ini maka tertubuhlah ~ bahawa kerajaan
bertanggungjawab membela orang yg menderita; pd ~nya pd
dasarnya;
berprinsip mempunyai prinsip: seorang tokoh politik yg ~;
berprinsipkan menggunakan (sesuatu) sbg prinsip.
prinsipal (Udg) orang yg melantik orang lain utk bertindak selaku
ejennya: sbg ejen, dia patut mematuhi arahan ~nya.
prinsipil IB berkaitan dgn prinsip (asas, dasar).
prioriti sesuatu yg didahulukan atau diutamakan, keutamaan: dlm parti
politik hal-hal kebudayaan diberi ~ yg rendah, hal-hal ekonomi
lebih dipentingkan; walau apa pun bidang nyanyian merupakan
~nya;
memprioritikan memberikan keutamaan atau mendahulukan
sesuatu: program perjuangan Dr. Burhanuddin ~ usaha
pembinaan jiwa merdeka.
pripih Jw ark sj azimat (tangkal).
pris IB, bp hadiah (dlm loteri, perlumbaan kuda, dll).
prisma 1. hablur yg mempunyai tiga atau lebih permukaan yg selari dgn
paksi hablur dan digunakan dlm peralatan optik spt teropong dan
periskop; 2. (Mat) polihedron atau blok geometri yg dibatasi oleh
sekurang-kurangnya dua permukaan bersegi atau poligon yg selari.
privasi keadaan atau suasana bersendiri tanpa sebarang gangguan:
tentunya di rumah sewa spt itu kami tidak ada ~.
PRM kep Parti Rakyat Malaysia.
pro I bersetuju dgn, menyebelahi, menyokong: dlm perbincangan itu ada
pendapat yg ~ dan ada yg kontra; ~ dan kontra alasan, hujah dsb
yg menyokong dan menentang sesuatu, baik buruknya.
pro II bp singkatan bagi profesional (terutamanya ahli sukan profesional):
tiada pemain ~ yg memenangi sesuatu kejohanan dua kali di
gelanggang yg sama; dia diterima menjadi pemain ~ keenam
persatuan itu.
PRO kep Public Relations Officer (Pegawai Perhubungan Awam).
pro- awalan asing 1. memihak kpd, menyebelahi, menyokong, mis pro-
Barat, pro-Peking, proreformasi dan prokerajaan; 2. bertindak sbg
atau selaku, mis Pro-Canselor.
proaktif bkn sikap positif (individu, institusi, dll) merangka atau
melakukan sesuatu tindakan (setelah difikir masak-masak) jauh
lebih awal daripada berlakunya sesuatu perkara yg sememangnya
memerlukan tindakan yg berkenaan (tindakan tidak dilakukan hanya
setelah sesuatu hal itu berlaku): kerajaan negeri akan mengambil
pendekatan ~ utk menjayakan projek yg dirancangkan.
probet (probét) (Udg) 1. proses membuktikan secara rasmi kesahihan atau
kesahan sesuatu wasiat; 2. sijil pengesahan wasiat.
probiotik (Bio) organisma atau bahan yg menggalakkan tumbesaran
haiwan secara penghadaman makanan dlm perut dan kadar
metabolisme.
probosis (Bio) bahagian mulut yg panjang dan tajam pd sesetengah
serangga, digunakan utk menghisap makanan atau menusuk.
Pro-Canselor orang yg jawatannya satu tingkat di bawah canselor di
universiti.
prodemokrasi (prodémokrasi) cenderung menyokong demokrasi:
perjuangan ~ lebih berkisar di kalangan parti pembangkang dan
pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
prodeo (prodéo) kerana Allah, percuma (mendapat sesuatu).
prodrom (Ubat) gejala awal yg menunjukkan kemungkinan berlakunya
sesuatu penyakit.
produk sesuatu (barang, perkhidmatan dsb) yg dikeluarkan oleh kilang,
atau ditawarkan oleh institusi dsb: eksport ~ elektronik Malaysia ke
negara-negara Asia akan terus ditingkatkan; ~ kewangan Islam
boleh diterima ramai.
produksi IB barang-barang yg dibuat atau dihasilkan.
produktif 1. berupaya atau boleh mengeluarkan hasil yg banyak:
perumahan boleh dianggap sbg industri ~ negara; penulis skrip yg
ada sekarang adalah dlm peringkat umur yg ~; 2. mencapai
banyak hasil, berhasil: perbincangan kami pd petang itu sangat ~;
3. berupaya membiak, melahirkan anak atau menyebabkan
kelahiran, subur: umur ~.
produktiviti daya pengeluaran: beliau menggesa kakitangannya
membaharui azam dan tekad utk bekerja keras bagi meningkatkan
~.
produsen (produsén) IB pengeluar (barang-barang).
produser bp penerbit filem, drama dsb.
Prof singkatan bagi Profesor.
profesi (profési) Id profesion.
profesion (profésion) pekerjaan terutamanya yg memerlukan pelajaran yg
tinggi dan latihan khas (mis dlm bidang undang-undang, perubatan,
perakaunan, dll).
profesional (profésional) 1. yg berkaitan dgn (bergiat dlm) bidang
profesion (spt undang-undang, perubatan, dll): golongan ~; ahli ~;
2. berasaskan (memerlukan dsb) kemampuan atau kemahiran yg
khusus utk melaksanakannya, cekap (teratur) dan memperlihatkan
kemahiran tertentu: setiap pengurus atau eksekutif dlm satu-satu
firma harus tahu mengurus secara ~; 3. melibatkan pembayaran
dilakukan (dilibati dsb) sbg mata pencarian, mendapat bayaran:
mereka perlu mendapat bimbingan seorang jurulatih tenis ~; 4.
orang yg mengamalkan (kerana pengetahuan, kepakaran, dan
kemahirannya) sesuatu bidang profesion;
memprofesionalkan menjadikan bersifat atau bertaraf profesional:
persatuan bola sepak negeri itu tidak ketinggalan utk ~
pengurusan skuad negeri dgn melantik jurulatih asing; pihak
pengurusan tertinggi jabatan memang serius dlm soal ~ jabatan
dan anggotanya;
keprofesionalan kemampuan yg khusus (sbg seorang profesional),
keupayaan seorang profesional: usaha utk menumpukan perhatian
pd aspek meningkatkan ~ guru bahasa dan sastera Melayu.
profesionalisme (profésionalisme) sifat-sifat (kemampuan, kemahiran,
cara pelaksanaan sesuatu, dll) sebagaimana yg sewajarnya terdapat
pd atau dilakukan oleh seorang profesional.
profesor (profésor) tenaga akademik yg paling tinggi taraf jawatannya,
biasanya mengetuai sesebuah jabatan pengajian di universiti atau
pusat pengajian tinggi, mahaguru;
~ adjung gelaran kehormat kpd profesional, tokoh korporat dsb yg
mempunyai kepakaran dan berpengalaman luas dlm sesuatu bidang,
yg dilantik sbg tenaga pengajar sambilan di institusi pengajian
tinggi; ~ diraja gelaran tertinggi yg dianugerahkan kpd seseorang
profesor oleh D.Y.M.M Yang di-Pertuan Agong; ~ emeritus
gelaran kpd profesor yg telah bersara sbg suatu penghormatan; ~
madya pensyarah yg tarafnya di bawah profesor di universiti; ~
pelawat profesor yg diundang mengajar dsb di universiti lain
(biasanya di luar negara) utk suatu tempoh masa tertentu; penolong
~ pensyarah yg tarafnya setingkat di bawah profesor madya di
universiti;
keprofesoran ciri (sifat, kewibawaan dsb) sbg profesor.
profil 1. bentuk atau gambaran sesuatu sebagaimana yg dilihat dr sisinya;
~ sungai bahagian (gambaran) yg menunjukkan cerun (aliran)
sungai dr hulunya ke muaranya; ~ tanah bahagian (gambaran) yg
menunjukkan berbagai-bagai lapisan tanah; 2. gambaran yg
menunjukkan (membayangkan) kedudukan (peranan dsb) sesuatu
pd sesuatu masa: penulis mengalihkan perhatiannya kpd ~ bahasa
di negara ini.
profilaksis (Ubat) pencegahan (pengawalan) penyakit.
profilaktik (Ubat) berkaitan dgn atau bersifat melindungi (mencegah)
penyakit: rawatan ~.
progeni (progéni) 1. salasilah atau jurai keturunan yg berasal drpd rumpun
yg sama, anak cucu; 2. anak yg dihasilkan oleh induk.
progeria (progéria) (Ubat) keadaan tua yg dialami sebelum waktunya, yg
biasanya dialami semasa peringkat kanak-kanak lagi.
progesteron (progésteron) (Bio) hormon steroid yg merangsang
persediaan uterus utk menghadapi kehamilan.
prognosis 1. ramalan tentang penyembuhan sesuatu penyakit, terutamanya
setelah pesakit menjalani rawatan, spt pembedahan, dgn mengambil
kira semua faktor spt umur, dll; 2. ramalan atau telahan.
program 1. rancangan yg menentukan dasar-dasar yg akan dijalankan
(dlm pembangunan negara, perekonomian, dll); 2. acara
pertandingan (pertunjukan dll): tiket-tiket sedang dicetak dan ~nya
sedang disusun; 3. susunan rancangan spt drama, muzik, filem, dsb
yg ditonton di TV atau didengar di radio; 4. arahan berupa kod yg
dimasukkan ke dlm sistem komputer utk membolehkannya
memproses atau mengendalikan data secara tertentu, atur cara;
memprogramkan 1. mengatur (menyusun) program atau
rancangan, merancangkan; 2. memasukkan program ke dlm
komputer: ~ komputer;
terprogram telah diprogramkan: sistem ~ yg sangat efisien;
pemprograman 1. proses mengatur sesuatu, rancangan,
perencanaan: ~ semula atom-atom boleh menghasilkan sesuatu yg
lebih kecil; 2. pengaturcaraan.
progresif (progrésif) 1. menuju ke arah perbaikan atau kemajuan, maju:
dasar yg ~ ; 2. semakin meningkat kadar cukai apabila jumlah
pendapatan yg boleh dicukai bertambah: cukai ~; 3. bertahap-tahap,
berperingkat-peringkat: pelaksanaannya dlm bidang pentadbiran
dan pendidikan sedang dijalankan secara ~.
projek (projék) 1. rancangan kerja atau aktiviti pembangunan yg hendak
dijalankan atau sedang dijalankan: ~ perumahan; ~ pengairan; 2.
kajian terperinci tentang sesuatu bidang atau subjek.
projeksi (projéksi) 1. anggaran atau ramalan tentang sesuatu berdasarkan
data, keterangan, pemerhatian, dsb yg diketahui; 2. gambaran,
pancaran, sorotan: bahasa adalah suatu kenyataan ilmiah yg
mendukung maksud sbg ~ drpd peribadi pemakainya;
memprojeksikan membuat ramalan tentang sesuatu hal
(rancangan) berdasarkan pemerhatian dan data yg sedia ada.
projektil (projéktil) objek spt peluru dan roket, yg ditembak drpd meriam
atau senjata lain.
projektor (projéktor) alat utk menayangkan filem atau slaid pd skrin dsb.
proklamasi IB pengumuman yg rasmi kpd seluruh rakyat, pemberitahuan,
pengisytiharan, pemakluman: tanggal 17 Ogos 1945 adalah hari ~
kemerdekaan Negara Republik Indonesia;
memproklamasikan mengumumkan dgn rasmi kpd seluruh rakyat:
kita harus ~ kemerdekaan sebelum Jepun menyerah.
proklamir ark; memproklamirkan memproklamasikan.
proksi 1. kuasa yg diberi kpd seseorang utk bertindak bagi pihak atau
mewakili orang berkenaan yg tidak hadir, mis dlm sesuatu
pengundian: mengundi secara ~; 2. orang yg diberi kuasa utk
bertindak bagi pihak orang lain yg tidak hadir.
proktitis (Ubat) radang pd rektum.
proktokolektomi (proktokoléktomi) (Ubat) pembuangan rektum dan
kolon secara pembedahan.
proktokolitis (Ubat) radang pd kolon dan rektum.
proktoskop (Ubat) alat utk memeriksa bahagian rektum.
prolaktin (Ubat) hormon polipeptida yg dirembeskan oleh kelenjar
pituitari anterior yg merangsangkan dan mengekalkan laktasi pd
mamalia selepas melahirkan anak.
prolaps (Ubat) penyeseran atau penonjolan sebahagian atau seluruh
struktur atau organ, spt yg boleh terjadi pd rahim, dubur, dll,
tumbung.
proletar IB orang yg hidupnya mengambil upah dgn memberi tenaga,
memburuh; kaum ~ kaum yg hidupnya memburuh.
proletariat (prolétariat) (Ant) golongan pekerja, terutamanya mereka yg
tidak mempunyai modal dan menyara kehidupan dgn makan gaji
atau mengambil upah.
prolifik banyak menghasilkan karya, banyak hasil tulisannya (ciptaannya):
seorang penulis yg ~ dan sehingga kini telah menghasilkan lebih
drpd 14 buah buku; dramatis yg ~.
prolog I 1. kata-kata atau bahagian pendahuluan kpd sandiwara atau
pidato, pembukaan kpd cerita sandiwara dll; 2. peristiwa
pendahuluan (permulaan).
Prolog II akronim bagi programming in logic (pengaturcaraan dalam
logik, iaitu sj bahasa pengaturcaraan komputer).
prometium (prométium) (Kim) sj unsur logam yg radioaktif, dan
digunakan utk membuat bateri, cat berpendar cahaya, bahan
semikonduktor, dll.
promo bp sesuatu, spt tayangan filem video ringkas, yg ditayangkan utk
mempromosikan sesuatu produk, peristiwa dsb: stesen televisyen
akan menampilkan ~ mengenainya dlm usaha menarik perhatian
penonton.
promosi 1. kenaikan pangkat, naik pangkat, dll; 2. Id (upacara)
penerimaan gelaran doktor; 3. segala usaha dan kegiatan utk
menggalakkan atau mempertingkat jualan barang (eksport,
pelancongan, dsb);
mempromosikan melakukan promosi utk sesuatu yg (hendak)
dipasarkan.
promoter 1. orang (atau pihak) yg menganjurkan atau membiayai
sesebuah kegiatan, mis acara sukan, penganjur; 2. orang yg
berusaha memperkenalkan dan menggalakkan penjualan sesuatu
barangan; 3. IB profesor yg memimpin dan mengawasi orang yg
bakal menerima gelaran doktor.
prop IB, bp penyumbat botol, gabus; topi ~ topi gabus.
propaganda 1. penerangan atau penyiaran (ideologi, faham, pendapat,
dll), ideologi atau pendapat yg dihebahkan utk mempengaruhi orang
ramai, diayah: pemberontak komunis telah memperhebat kempenkempen
~ mereka di Saigon; 2. = berpropaganda menerangkan
pendapat (ideologi, fahaman, dll) dgn tujuan utk mendapat
sokongan drpd orang ramai: tujuan perundingan itu hanyalah utk
melengah-lengahkan masa atau utk ~; 3. bp iklan barang dagangan
dll;
mempropagandakan 1. menghebahkan secara teratur pendapat
(ideologi, fahaman, dll) dgn tujuan mempengaruhi serta utk
mendapat sokongan drpd orang ramai: aku yg di daerah ini disuruh
~ anjuran kembali kpd keperibadian bangsa; 2. bp mengiklankan
barang dagangan dll.
propagandis orang yg menyebarkan propaganda.
propana (Kim) sj sebatian gas yg tidak berwarna, mudah terbakar, dan
digunakan utk bahan api, sintesis organik, dll.
propelan (propélan) 1. bahan api roket; 2. gas mampat dlm sesuatu bekas
yg berfungsi utk menolak keluar isi bekas (dlm bentuk aerosol).
pro rata (Latin) mengikut kadar, mengikut bahagian tertentu: para pekerja
itu akan menerima bonus secara ~.
proreformasi (proréformasi) cenderung menyokong reformasi: mereka
mungkin sedang mengatur strategi utk memastikan kepentingan
mereka tidak diganggu-gugat oleh rakyat yg ~.
prosa karangan yg bertulis dgn bahasa yg biasa (tidak berbentuk sajak
dll), lwn puisi;
memprosakan menukarkan puisi (sajak dsb) kpd prosa: mereka
juga diberi bimbingan tentang teknik ~ puisi, sajak dsb.
prosaik 1. bersifat prosa; 2. tiada imaginasi dan menjemukan: pendeknya
sebuah puisi itu tidak diucapkan secara lurus, kasar, ~ dan
dangkal; ungkapan-ungkapannya kadangkala begitu mudah dan ~.
prosedur (prosédur) cara yg lazim utk membuat sesuatu urusan, aturan
atau cara bekerja atau melakukan sesuatu, tatacara: dia akan
memastikan yg dia melakukan atau melaksanakan tugasnya dgn
betul menurut ~ dan peraturan.
prosen (prosén) IB peratus;  persen I.
prosenium (prosénium) bahagian pentas di hadapan tirai (dlm panggung).
proses (prosés) 1. satu siri perubahan yg berlaku secara semula jadi:
sedangkan kanak-kanak menghadapi ~ perkembangan jiwa utk
mendapatkan bahan-bahan ilmu; 2. satu siri tindakan yg dilakukan
utk membuat, menghasilkan, atau mencapai sesuatu; 3. kaedah
teknik operasi yg digunakan dlm industri utk membuat sesuatu: di
Indonesia nampaknya ~ penyaringan dan penapisan masih perlu
dijalankan utk dapat memisahkan antah drpd beras; ~ Haber
(Kim) sj proses utk menyediakan ammonia drpd nitrogen; 4. Id
pembicaraan dlm mahkamah;
berproses telah diproses: sebilangan besar makanan ~ diimport dr
luar negara;
memproses 1. mengambil tindakan tertentu terhadap sesuatu
mengikut prosedur yg ditetapkan: pihak majikan sedang ~
permohonan mereka; 2. mengolah bahan mentah menjadi barangan
siap: sudah ada banyak kilang yg menggunakan alat moden utk ~
barang-barang yg hendak dieksport;
pemprosesan perbuatan (usaha, kerja, dsb) memproses: ~
permohonan utk mengimport barang; ~ makanan; ~ data;
pemproses 1. alat (kilang dll) yg memproses sesuatu: penggunaan
komputer sbg ~ perkataan; ~ makanan; 2. (Komp) perkakasan atau
perisian yg mempunyai kemampuan mengolah data bagi mencapai
sesuatu hasil: penggunaan komputer sbg ~ kata.
prosesi (prosési) IB pawai atau perarakan (dlm upacara Roman Katolik).
proses-verbal (prosés-verbal) IB laporan tentang terjadinya sesuatu
perkara, berita acara.
prosiding 1. rakaman maklumat (biasanya dicetak) tentang perbincangan
dan keputusan sesuatu mesyuarat, persidangan, dsb: analisis ini
ialah ~ mesyuarat jawatankuasa pemuliharaan alam sekitar; 2.
(Udg) sebarang tindakan mahkamah yg diambil terhadap seseorang:
Akta Bahasa Kebangsaan dipinda bagi membolehkan seluruh ~
mahkamah dijalankan dlm bahasa Melayu.
prosodi 1. (Sas) kajian tentang pelbagai aspek persajakan (mis tentang
matra, intonasi, rentak, irama, dll); 2. (Lin) pola tekanan dan
intonasi dlm sesuatu bahasa.
prospek (prospék) 1. kemungkinan atau peluang untuk mencapai
kejayaannya akan datang: rencana ini menumpukan perbincangan
kpd beberapa isu, masalah, ~, dan strategi pembangunan industri
desa; 2. harapan utk terus maju dlm kerjaya.
prospektor (prospéktor) 1. pencari gali; 2. syarikat, organisasi dsb yg
sentiasa mencari dan mengeksploitasi peluang dan pasaran baru.
prospektus (prospéktus) 1. kenyataan rasmi utk perhatian umum yg
memberikan butir-butir tentang tawaran saham, penerbitan buku,
dsb; 2. brosur atau risalah yg memberikan butir-butir pelbagai
kursus yg ditawarkan oleh sesebuah pusat pengajian.
prostat (Bio) kelenjar yg mengelilingi leher pundi kencing dan uretra pd
lelaki atau mamalia jantan, merembeskan cecair yg merupakan
sebahagian drpd air mani.
prostatektomi (prostatéktomi) (Ubat) pembuangan sebahagian atau
keseluruhan prostat secara pembedahan.
prostatitis (Ubat) radang pd prostat.
prostesis (prostésis) (Ubat) gantian (secara buatan) sesuatu bahagian
tubuh yg hilang, spt kaki dan tangan.
protagonis 1. watak utama dlm sesuatu cerita, drama, dll; 2. penyokong
terkemuka sesuatu perjuangan, pergerakan, dsb.
protaktinium (Kim) sj unsur logam yg radioaktif.
protein (protin) zat yg membina tubuh (terdapat dlm daging, susu, telur,
dll): ~ membina tubuh serta membaiki segala bahagian tubuh yg
rosak, luka, atau cedera;
berprotein mengandungi protein: makanan ~.
proteinuria (protinuria) (Ubat) kehadiran protein yg berlebihan dlm air
kencing.
proteksi (protéksi) IB perlindungan (dlm politik, perdagangan, dll); politik
~ Id politik yg memberikan perlindungan drpd negara asing.
protektorat (protéktorat) (Udg) negara yg mendapat perlindungan drpd
negara asing dan tidak mempunyai raja berdaulat.
protes (protés) pernyataan tidak setuju dengan sesuatu dasar (usul dll),
sanggahan, sangkalan, tentangan;
memprotes menyatakan tidak bersetuju, menentang, menolak,
menyanggah, menyangkal: apabila ini tidak dipatuhi, kedua-dua
pihak, kerajaan dan rakyat akan ~.
Protestan (protéstan) (penganut) agama Kristian (pd mulanya dipelopori
oleh Martin Luther) yg keluar drpd agama Roman Katolik.
protokol 1. surat-surat rasmi bkn keputusan perundingan (persetujuan dll);
2. peraturan-peraturan dlm istiadat rasmi (menyambut tetamutetamu
negara dll).
proton zarah bercas positif yg membentuk nukleus atom.
PROTON akronim bagi Perusahaan Otomobil Nasional.
protoplasma (Bio) bahan hening (yg terdiri drpd air, protein, karbohidrat,
garam tak organik, dll) yg kental, yg terdapat dlm segala sel haiwan
dan tumbuhan.
prototaip model pertama yg dibina bagi menghasilkan sesuatu (spt
perisian komputer) yg dapat dijadikan asas bagi menghasilkan
model yg lebih baik (canggih).
protozoa (Bio) organisma satu sel yg mempunyai satu nukleus dan
merupakan organisma paling ringkas dlm alam haiwan.
protraktor alat yg berbentuk separuh bulatan (biasanya dibuat drpd
plastik lut sinar yg bersenggat mengikut darjah) yg digunakan utk
mengukur sudut atau utk melukis sudut.
provinsi daerah yg di bawah jagaan seorang gabenor wilayah.
provinsialisme faham (gerakan, semangat, dsb) kedaerahan.
proviso syarat dlm sesuatu perjanjian (khasnya dlm dokumen undangundang).
provitamin sj bahan yg menjadi pelopor utk membina vitamin (mis
pelopor vitamin A ialah karotena).
provokasi perbuatan membangkitkan kemarahan, minat, dsb: saya
mendiamkan diri dan tidak menyambut ~nya;
memprovokasi 1. membangkitkan kemarahan: barangkali kamu
dipukul kerana kamu ~nya; 2. membangkitkan, menimbulkan,
mencetuskan: biarlah saya mengadakan sedikit renungan terhadap
ketiga-tiga unsur tersebut, sekurang-kurangnya utk ~ pemikiran.
provokatif bersifat membangkitkan kemarahan atau menggoda.
provos (gelaran) ketua bagi sesetengah kolej universiti: P~ ITM
Cawangan Sabah.
pruf cetakan percubaan (karangan dll) yg perlu dibandingkan dgn
manuskrip asal utk meneliti kesalahan cetak dll: kerjanya membaca
~ dan membetulkan kesilapan percetakan; ~ galei pruf yg diambil
drpd bahan-bahan yg diatur huruf ketika bahan itu masih dlm
peringkat galei.
prun = buah ~ buah plum yg dikeringkan.
ps kep postscript (catatan tambahan pd surat selepas tandatangan
penulisnya).
PSC kep Public Services Commission (Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam).
PSD 1. kep Panglima Setia Diraja (pingat yg dianugerahkan oleh Yang di-
Pertuan Agong kpd orang yg telah memberikan khidmat yg
cemerlang kpd Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri
Agong); 2. kep Public Services Department.
pseudo- (pséudo) awalan asing palsu (bukan sebenarnya, pura-pura), mis
pseudonim.
pseudonim (pséudonim) nama samaran yg digunakan oleh seseorang
penulis, pengarang, dsb, nama pena.
pseudosiesis (pséudosiésis) (Ubat) kehamilan palsu.
psi (sai) huruf ke-23 dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol , .
psikedelik (psikédélik) 1. (Ubat) menyebabkan atau mengakibatkan
halusinasi (bkn dadah): dadah ~; 2. (S.Lukis) mempunyai pelbagai
warna yg sangat terang atau garang, dan bentuk yg berbelit-belit spt
yg diilhamkan melalui khayalan (bkn lukisan abstrak, hiasan,
pakaian dsb).
psikiatri cabang perubatan yg berkaitan dgn kajian dan rawatan gangguan
mental.
psikik (Psi) 1. yg berkaitan dgn jiwa atau fikiran manusia; 2. berkaitan
dgn atau mempunyai kekuatan dalaman yg luar biasa, mis telepati;
3. orang yg mempunyai kekuatan dalaman yg luar biasa: benarkah
dia seorang ~?
psiko orang yg menderitai sakit (tekanan) jiwa.
psikoanalisis rawatan yg dilakukan pd seseorang yg mengalami tekanan
jiwa dgn bertanyakan pengalamannya yg lalu utk mencungkil
masalah dan perasaannya yg tersembunyi yg menjadi punca
penyakitnya.
psikodinamik 1. kajian tentang proses dan kuasa mental; 2. bkn atau
berkaitan dgn proses dan kuasa mental.
psikodrama teknik psikoterapi secara berkumpulan yg menghendaki
pesakit melakonkan dan meluahkan segala masalah yg sedang
dihadapinya.
psikolinguistik ilmu yg berkaitan dgn hubungan antara bahasa dgn
perilaku dan akal budi manusia.
psikologi 1. kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya
berhubung dgn perlakuan manusia dan haiwan; 2. pola pemikiran
dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; 3. bp
kebijaksanaan memahami sifat manusia;
berpsikologi menggunakan psikologi: bagaimana dia harus ~
melayani anak-anak yg masih kecil?
psikometri (psikométri) kaedah dan teknik mengukur kepintaran berfikir
seseorang.
psikomotor (Psi) bkn pergerakan tubuh yg berkaitan dgn aktiviti mental.
psikopat (Psi) orang yg mempunyai personaliti antisosial sehingga
menunjukkan tingkah laku yg tidak normal.
psikopati (Psi) sebarang bentuk gangguan mental, termasuk gila.
psikopatologi kajian saintifik bkn penyakit gangguan mental.
psikoseksual (psikoséksual) (Psi) berkaitan dgn atau melibatkan unsur
atau aspek psikologi dlm dorongan seks: pematangan ~.
psikosis (Psi) gangguan mental yg teruk, yg dicirikan oleh perubahan
perwatakan dan ketakpekaan terhadap persekitaran.
psikosomatik (Psi) bkn gangguan fizikal manusia yg timbul akibat
masalah psikologi, spt rasa bimbang (takut dll).
psikososial berkaitan dgn atau melibatkan faktor atau pengaruh psikologi
dan sosial: perkembangan ~.
psikoterapi (psikotérapi) rawatan sakit jiwa atau gangguan mental dgn
menggunakan kaedah psikologi.
psikotik (Psi) 1. orang yg mengalami psikosis: pelajar yg dipercayai telah
dibunuh oleh seorang pembunuh ~; 2. bersifat (mempunyai ciriciri)
psikosis.
PSK kep percuma sampai kapal.
PSM kep Panglima Setia Mahkota (pingat yg dianugerahkan oleh Yang
di-Pertuan Agong kpd orang yg telah memberikan khidmat yg
cemerlang kpd negara).
psoriasis (Ubat) penyakit yg menyebabkan kulit mengalami tompoktompok
merah yg diliputi sisik keputih-putihan, biasanya terdapat
pd lutut, siku dan kulit kepala.
Pt simbol kimia bagi platinum.
Pt. kep Parit: ~ Jawa.
PTA kep Pegawai Tadbir Am.
PTD kep Pegawai Tadbir dan Diplomatik.
pteridologi (ptéridologi) cabang botani yg berkaitan dgn kajian tentang
paku-pakis.
pterigium (ptérigium) (Ubat) ketumbuhan konjunktiva yg mengunjur ke
atas kornea, yg bermula dr hujung mata sebelah hidung dan
mengarah ke anak mata sehingga boleh menutupinya.
ptialin (Ubat) enzim amilase yg terdapat di dlm air liur manusia dan
haiwan, yg menguraikan kanji kpd maltosa.
PTM kep Persekutuan Tanah Melayu.
Pu simbol kimia bagi plutonium.
puadai sl sj hamparan drpd kain, (tikar dll) utk tempat berjalan atau
tempat duduk orang besar-besar (pengantin ketika bersanding dll).
puah sr kata utk menyatakan tidak puas (menghina dll).
puak 1. kelompok (orang dll), golongan, kumpulan, pasukan: mereka
dibahagi-bahagikan kpd beberapa ~, se~ pergi ke hutan mencari
kayu dan yg lainnya tinggal membuat kerja masing-masing; 2.
kelompok bangsa, suku bangsa, golongan keluarga, kaum: bahawa
Allah menjadikan manusia itu berbagai-bagai ~ dan bangsa utk
berkenalan; 3. golongan orang dlm parti politik (tentera dll) dgn
fahaman atau pendirian yg tersendiri, parti: perselisihan ~-~ dlm
angkatan darat; ~ kebangsaan (nasionalis);
~ kiri orang (parti) yg berfaham kiri; ~ liberal orang (parti) yg
berfaham sederhana; ~ pembangkang parti politik yg bukan parti
pemerintah;
berpuak, berpuak-puak, 1. bergolongan, berkawan-kawan,
berkelompok-kelompok; 2. bp berbagai-bagai, berpecah-belah:
hidup berpuak-puak dan berseteru;
memuak-muakkan menyebabkan berpecah menjadi beberapa puak
atau golongan, memecah-belahkan kpd beberapa puak: orangorang
muda itu hanya ~ masyarakat yg kecil di situ;
kepuakan yg berkaitan dgn (sesuatu) puak: akibat drpd itu maka
semakin subur faham ~ yg mendukung pelbagai macam aliran
fikiran;
perpuakan perihal berpuak-(puak): ini bertentangan dgn rasisme,
perkauman, dan ~ dlm segala bentuk.
puaka 1. = hantu ~ hantu penunggu, roh jahat, demit: kebanyakan mereka
tidak selamat, kelong-kelongnya habis dibinasakan oleh ~-~ dan
hantu-hantu laut; ~ air; ~ tanah; 2. ki orang yg (dianggap) jahat,
pengacau, perosak: budak-budak itulah ~nya; 3. = berpuaka sl ada
hantu penunggunya, berhantu, sakti: pokok ~; rumah ~; gua ~.
pual I IB sj kain (kain cita halus yg berkerut-kerut).
pual II ark olakan, pusaran;
berpual-pual memancar keluar, berkepul-kepul, membual-bual
(asap dll), berpusing-pusing, berpusar-pusar (fikiran dll): asap
keluar ~ dr serombong; fikirannya ~ memikirkan perkara-perkara
yg sulit.
pualam = batu ~ sj batu, batu kapur yg keras bersih dan bercahaya,
marmar; nilam ~ berbagai-bagai batu yg bercahaya.
puan I sj tempat sirih yg diperbuat drpd emas atau perak (biasanya
dipakai oleh permaisuri, pengantin perempuan atau sbg tanda
kekuasaan raja).
puan II 1. kep empuan (perempuan); datuk ~ panggilan kpd isteri datuk,
datin; Toh (Tok) P~ a) panggilan kpd isteri Tun; b) Ph isteri kepada
Tok Muda; sakit ~ a) cabang ilmu perubatan yg berkaitan dgn
penyakit-penyakit yg khusus dihidapi orang perempuan terutama yg
berkaitan dgn organ-organ seks dan salur kencing; b) penyakit (spt
sifilis, gonorea, dsb) yg boleh berjangkit melalui perhubungan
kelamin, penyakit kelamin; 2. = cik ~ panggilan kpd perempuan yg
sudah bersuami, nyonya (lwn tuan);
puan-puan sapaan kpd sekalian orang perempuan yg hadir dlm
sesuatu majlis:…tuan-tuan dan ~ yg dihormati sekalian;
berpuankan mempunyai wanita sbg majikan: dia bekerja dgn
Datuk dan ~ Datin.
puan III; kelapa ~ kelapa yg isinya lembut (lunak) sekali; ais ~ Id ais
dengan kelapa puan; kuih ~ sj kuih.
puan IV Sr pokok bunga buatan (tiruan).
puar; ~ birah sj tumbuhan (rizom), halia hutan (hantu, kera), lidah hantu,
Globba panicoides; ~ gajah (hijau, hutan) sj tumbuhan (rizom),
tepus merah, Amomum uliginosum; ~ hudang (gajah, halia, rimba)
sj tumbuhan (rizom), Globba malaccensis; ~ kampung sj tumbuhan
(rizom), Elettariopsis pubescens; ~ mengkang (mengkanang) sj
tumbuhan (rizom), tepus kijai, Languas (Alpinia) rafflesiana; ~
minyak sj tumbuhan (rizom), temu, Languas (Alpinia) connifolia; ~
putih sj tumbuhan (rizom), tepus (putih), pokok gingin, kantan
hutan, Languas (Alpinia) javanica; ~ tadah embun sj tumbuhan
(rizom), Amomum sqarrosum;
tercencang ~ tergerak andilau prb Mn jika menyindir (memusuhi
dll) orang, mungkin sanak saudara orang itu turut sakit hati;
berpuar menghalau hantu (spt berpura-pura memukul sana sini)
dgn menggunakan batang puar.
puas 1. berasa senang (kenyang, lega, dll) kerana sudah mendapat
secukup-cukupnya: sesudah sepinggan penuh ~lah ia; 2. berasa
senang kerana sudah terpenuh hasrat hati: rakyat berasa ~ dgn apa
yg dilaksanakan oleh kerajaan; 3. lebih drpd cukup, sudah tidak
ingin lagi, bosan, jemu: ~ dia mencari kerja tetapi masih belum
dapat-dapat juga; ~ hati berpuas hati; ~ lelas puas sungguhsungguh;
puas-puas hingga puas (jemu): Sharifah Barlian meneliti susuk
tubuh tukang kebun itu ~; belum ~ belum jemu-jemu; tidak ~-~nya
tidak jemu-jemunya;
sepuas-puas; ~ hati = ~nya hingga puas (kenyang dll), hingga jemu
(tidak mahu lagi): budak itu diciumnya ~ hati; biarlah mereka
mengatakan hal kita ~nya;
berpuas; ~ hati berasa puas (kenyang, lega, senang, dll);
memuaskan 1. menjadikan (menyebabkan) puas, memberi
(memenuhi, menuruti, dll) hingga puas: wang dapat ~ kehendakkehendak
lahir; buah anggur sangat ~ selera saya; 2. memberi
kelegaan (kesenangan, kesukaan, dll) kpd, menyenangkan,
menyukakan: layanannya ~; ia ingin berbuat sesuatu yg dapat ~
hati ibunya; 3. memadai (harapan, hasrat, dll), menyenangkan:
pendapatan drpd hasil padi tahun ini agak ~;
~ dahaga (haus) minum hingga hilang dahaga;~ dendam membalas
dendam; ~ hawa nafsu mengikut hawa nafsu supaya puas hatinya; ~
selera dapat memenuhi kemahuan seleranya;
kepuasan perihal puas, kelegaan, kenikmatan, kesenangan: mencari
~ dan ketenteraman jiwa;
ketidakpuasan perihal tidak puas, perasaan tidak puas hati;
pemuasan perihal memuaskan: ~ nafsu;
pemuas (sesuatu dsb) yg memuaskan: ~ nafsu seks lelaki.
puasa 1. perbuatan menahan diri drpd makan dan minum dgn sengaja (utk
sesuatu maksud yg tertentu); 2. perbuatan menahan diri drpd makan
dan minum dll antara waktu matahari naik hingga matahari jatuh
(dlm agama Islam); berbuka ~ makan atau minum (pd hari puasa);
fardu ~ = ~ perlu Id puasa yg diwajibkan, puasa Ramadan; ~ sunat
puasa yg tidak diwajibkan (puasa enam dlm bulan Syawal dll); 3. =
bulan ~ bulan Ramadan: pd masa dahulu apabila ~ semua pejabat
kerajaan bekerja setengah hari sahaja; hari raya ~ = ~ liburan
hari raya apabila tamat puasa (pd 1 Syawal); 4. bp = berpuasa: kau
tidak ~, apa nak kira malam tujuh likur?
berpuasa 1. berpantang makan dan minum, tidak makan dan
minum; 2. melakukan ibadat puasa (sunat dan wajib).
puatang C, bp tidak sampai maksud (tujuan), tidak beruntung, gagal,
kecewa.
puawang ark pawang.
pub tempat khusus utk dan meminum minuman keras (sambil menikmati
hiburan muzik).
publik 1. orang ramai, masyarakat umum, awam, umum: menarik
perhatian ~; di muka ~ di hadapan orang ramai; 2. bkn orang ramai,
terbuka kpd umum.
publikasi IB perihal menyiarkan atau menyebarkan (berita, buku, dll),
penyebaran, penyiaran.
publisiti 1. teknik menarik perhatian umum terhadap sesuatu (mis
barangan, personaliti, dsb) terutamanya melalui media massa: 2.
perhatian umum: seberapa boleh ia mahu mengelakkan dirinya
drpd ~; 3. maklumat yg disebarkan utk menarik perhatian umum:
memberi ~ yg secukup-cukupnya tentang barang-barang keluaran
kami;
mempublisitikan menyebarkan maklumat tentang sesuatu perkara
utk menarik perhatian umum, membuat supaya mendapat publisiti
(perhatian umum): semoga banyak pihak yg mementingkan
perspektif agama ~ amalan spt sembahyang sunat gerhana, doa
dan ceramah menjelang gerhana.
puca; ~ potong Kl sj kain (biasanya dipakai apabila menyambut
kedatangan pembesar-pembesar negeri).
pucak puncak.
pucang Jw (pokok) pinang.
pucat 1. putih pudar (air muka); ~ sepucat-pucatnya pucat sungguhsungguh;
~ cengkung pucat dan kurus (cengkung); ~ lesi (benehan,
kelat, kemasi, kusam, lesu, mani, pasi, pudar) pucat sungguh, pucat
sekali; 2. agak putih (warna): merah-merah ~; ~ lesi bagai ayam
kena lengit prb rupa seseorang yg lemah dan pucat kerana
menghidap penyakit;
memucatkan menyebabkan atau menjadikan pucat;
kepucatan agak pucat; kuning ~ kuning yg agak keputihan (tidak
kuning sungguh).
pucik pancang atau tiang belat (kelong).
pucuk I 1. daun yg baru terbit, daun muda (di puncak pokok atau di
hujung ranting): memakan ~-~ kayu; ~ nipah yg muda utk
menggulung rokok; mati ~ a) mati pd pucuknya (tumbuhtumbuhan);
b) lemah zakar; 2. hujung yg tajam (runcing), puncak
(api, ombak, pohon, dll): daun-daun masih terlekat di ~ pokok; 3.
yg tertinggi, yg terpenting, yg berkuasa; ditanam ~ Mn didirikan
penghulu; ~ pimpinan (pemerintahan) a) pusat atau tampuk
kekuasaan (pimpinan); b) orang yg memegang kekuasaan tertinggi;
4. penjodoh bilangan bagi surat (senjata api dll): se~ surat;
beberapa ~ senapang; 5. ki sesuatu perasaan yg baru tumbuh
(perasaan cinta dll): ~ cinta; ~ kemesraan;
~ api lidah api (hujung nyala api); ~ biji pucuk yg akan tumbuh
menjadi batang (daun dll), bakal batang; ~ bulat orang yg
memegang kekuasaan tertinggi; ~ jala pusat jala; ~ ombak kepala
ombak; ~ pangkal pokok pangkal (asal-usul); ~ rebung a) rebung
yg masih muda; b) ukiran atau lukisan yg berbentuk gerigi (pd tepi
sesuatu benda); ~ tiang puncak tiang;
~ dicita ulam tiba = hendak ulam ~ menjulai prb beroleh sesuatu
lebih drpd apa yg diharapkan; bagai ~ (enau) dilancarkan
(diluncurkan) prb sangat laju atau luncur perginya; lebih ~ lebih
pelepah prb pertanyaan kerana membandingkan dua sahabat yg
baharu dgn yg lama (mana yg lebih pucuk atau pelepah);
menghendaki ~ alu = minta ~ pd alu prb menghendaki (meminta)
sesuatu yg tidak akan dapat; sedangkan ~ lagi tak merah, konon
pula selaranya prb sedang ia lagi kaya tidak berderma apalagi
apabila tidak berwang; spt ~ dgn pelepah prb sama juga (kiasan pd
orang yg bersaudara yg sama pangkat atau darjatnya), spt ~ eru, ke
mana angin yg keras ke sana condongnya prb tiada tetap pendirian
sebentar begini sebentar begitu (mana orang yg menang atau kuat
itulah yg diikut); tidak (ber)pucuk di atas enau prb Mn perihal
seseorang yg sangat angkuh (senantiasa memandang rendah kpd
orang lain); umpama ~ dan umbut, tiada lauk baru dibaham prb
sesuatu yg kurang berguna akan dipakai juga apabila yg lain-lain
tiada lagi;
berpucuk 1. keluar pucuknya: pokok getah ~ selepas musim
kemarau; 2. ada pucuknya; kata tidak ~ putusan yg terakhir
(muktamad); ke atas tidak ~, ke bawah tidak berurat, di tengahtengah
digerek kumbang prb jika seseorang bersalah biarlah dia
serta kaumnya binasa.
pucuk II 1. sj tumbuhan (herba), Saussurea lappa; 2. sj tumbuhan
(palma), gebang, ibus, lontar utan, Corypha gebanga.
pucuk III = ikan ~ sj ikan laut, ikan timah langgai, selayur, Trichiurus
savala (haumela); ~ pisang sj ikan darat, Labeobarbus faciatus; ~
rebung sj ikan laut, Chepeoides venulosus.
pucung I = burung ~ sj burung, Ardea cinerea rectirostris; ~ keladi
(bakau) sj burung, Butorides striatus javanicus.
pucung II Jw sj tumbuhan (pokok), kepayang, pakem, payang, Pangium
edule.
pudar 1. kurang cahayanya, tidak terang atau cerah, tidak berseri-seri,
suram: bulan yg ~; cahaya lampu yg ~; 2. tidak berapa terang,
kabur (gambar dll), pucat (warna), tidak berseri-seri, luyu, ruyup
(mata): bajunya ~; kian lama matanya kian ~; pucat ~ pucat sekali;
3. tidak bersemangat lagi, tidak aktif lagi (pergerakan dll), agak
kecewa (harapan dll), agak kendur atau tidak keras lagi (ajaran
agama dll), tidak begitu manjur (kesakitan dll): keaktifan persatuan
mereka mulai ~; harapannya turut ~ agak kecewa; semangatnya
sudah ~ tidak bersemangat lagi;
memudar menjadi pudar, menjadi tidak atau kurang cerah (berseriseri,
bersemangat, dsb);
memudarkan menjadikan (menyebabkan) pudar, menjadikan tidak
atau kurang cerah (berseri-seri, bersemangat, dll), menyuramkan:
kestabilan negara akan terancam, dan akan ~ matlamat wawasan
2020;
kepudaran keadaan atau hal pudar: biru ~.
pudat ark penuh tumpat, padat.
pudi = intan ~ intan yg (butirnya) kecil-kecil;
berpudi dibubuh pudi;
memudikan menghancurkan (intan), menjadikan butir-butir kecil.
pudina tumbuhan renek, daunnya berbau harum, digunakan sbg perisa
makanan, minuman, dsb, Mentha spp.
puding I sj tumbuhan (pokok kecil); jenis-jenisnya: ~ emas, ~ hutan, ~
merah, dll; ~ mas = ~ perak sj tumbuhan (pokok kecil), adal-adal,
daun segenting, puring (Jw), Codiaeum variegatum.
puding II sj hidangan manis dan lembut yg dibuat drpd pelbagai bahan spt
tepung, susu, telur, gula, dan buah-buahan.
pudur Mn mati (gunung berapi), padam;
memuduri, memudurkan memadamkan, mematikan: ~ api; ~
nafsu.
pueng (puéng) Kl; berpueng meronta-ronta (kerana hendak melepaskan
diri).
pugai Sr sesuatu yg dijampi utk memikat hati seseorang, guna-guna:
aktiviti ~ menyalahi perintah agama.
pugak ark; berpugak-pugak melakukan sesuatu dgn sungguh-sungguh.
pugar I; segar-~ sihat benar, bugar;
memugar, memugari 1. sl memperbaiki atau memperelok semula,
membaharui, memulihkan: indahnya konon kota negeri,
sekaliannya baru dipugari; 2. = ~ tanah (hutan) a) menjadikan
hutan semula; b) membuka hutan, menebangi hutan (utk ditanami);
pemugaran 1. pemulihan semula, pembaikan kembali,
pembaharuan; 2. perihal memugar (membuka, mengusahakan)
tanah.
pugar II Mn; memugar melakukan atau mengerjakan dgn sungguhsungguh,
menyungguh-nyungguh;
~ berjalan berjalan sungguh-sungguh (cepat-cepat); ~ minum
minum sungguh-sungguh (banyak); pugak.
pugas; memugas Sb meronta-ronta utk melepaskan diri drpd sesuatu:
pemuda itu akhirnya dapat ~ drpd ikatan yg membelenggu kaki
dan tangannya.
pugau; terpugau terpampang; ~ di depan mata terpampang di depan
mata (tampak nyata).
pugut Br vandalisme.
puhu Kl reput.
puing runtuhan rumah dll: rumahnya sudah menjadi ~; abu ~ abu drpd
runtuhan; batu ~ batu drpd runtuhan rumah; timbunan ~ timbunan
runtuhan;
memuingkan menjadikan puing, menghancurkan rumah (bangunan
dll).
puisi karangan yg berbentuk sajak (syair, pantun, dll);
berpuisi mengarang puisi, menyatakan sesuatu dlm bentuk puisi;
mempuisikan melahirkan (menyampaikan, menyatakan) sesuatu
dlm bentuk puisi: pelbagai kisah yg dipuisikan itu boleh
menghiburkan hati selepas berpenat lelah di sawah ladang;
kepuisian berkaitan dgn puisi, yg menunjukkan ciri-ciri dlm puisi:
pembaca tidak dapat memahaminya dan mutu ~nya kurang dapat
dirasai oleh pembaca;
perpuisian segala-gala yg berkaitan dgn puisi: kita di Malaysia
telah lama berusaha membentuk suatu tradisi ~ yg kuat; sejarah ~
Melayu;
pemuisi orang yg mencipta (mengarang, menulis atau
mendeklamasikan) puisi, penyajak.
puitis bersifat puisi: nama yg ~; pilihan kata dan pengucapan yg ~;
kepuitisan keadaan puitis: ~ bahasanya dapat dilihat melalui
banyaknya pilihan kata yg mempunyai pertalian bunyi.
puja sj upacara penghormatan kpd dewa-dewa (berhala dll); pesta ~ umur
pesta utk memperingati hari jadi; ~-puji berbagai-bagai macam puja
dan puji;
memuja 1. memuliakan dewa-dewa dll dgn membakar dupa
(membaca mantera dll); ~ berhala menyembah berhala; istiadat ~
pantai istiadat dlm perayaan pantai di Kelantan; 2. = memuja-muja
mempermulia-muliakan sangat, memperdewa-dewakan,
menyanjung-nyanjung, mencintai (menyukai) sangat: hati wanita
memang suka diistimewakan dan dipuja; ~ dunia memuliakan atau
menyanjung-nyanjungkan perkara-perkara dunia (wang, perempuan,
dll) dgn melupakan akhirat (agama); ~-muji memuja-muja; 3. Jw sl
menjadikan sesuatu dgn membaca mantera (cipta);
pujaan 1. sesuatu (orang dll) yg dipuja(-puja): penyanyi (penari
dll) ~; ~ hati buah hati, kekasih; 2. sesuatu yg dipakai atau
dilakukan utk (ketika) memuja: api ~; dupa ~; tarian ~; 3. =
pemujaan; 4. Jw, sl yg dijadikan dgn mantera, yg dipuja: panah ~;
puja-pujaan sesuatu yg dipuja-puja: mereka tidak perlu kpd ~;
pemujaan 1. penghormatan kpd dewa-dewa (berhala dll), pujaan:
sesungguhnya arak, judi, dan ~ berhala adalah perbuatan yg
berunsurkan syaitan; 2. tempat memuja (kuil dll);
pemuja orang yg memuja.
pujangga 1. pengarang sajak (syair dll) yg agung dan tinggi mutunya; 2.
ahli fikir, ahli sastera (bahasa);
kepujanggaan perihal pujangga (karang-mengarang kesusasteraan),
sifat-sifat pujangga.
puji (pernyataan) penghargaan kpd kebaikan (kelebihan dll): segala ~
bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam; puja-~ bermacam puja dan
puji;
memuji 1. menyatakan penghargaan kpd sesuatu yg baik (indah
dll): sumbangannya yg begitu besar terhadap masyarakat mesti
disanjung dan dipuji; 2. memuliakan, menyanjung (nama Tuhan
dll): ~ nama Tuhan;
memuji-muji sangat memuji, berkali-kali memuji: baginda ~
kepandaian ahli nujum Belalang itu;
memujikan menyatakan (menganjurkan) bahawa elok (utk dipakai
dll): para guru dan pendidik ~ penggunaan buku itu;
terpuji 1. (sudah) dipuji, (sudah) dikatakan kebaikannya; 2. sangat
baik (mutu dll), termasyhur kebaikannya (mutunya dll): sifat-sifat yg
~;
pujian pernyataan memuji, kata-kata utk memuji: sambil
memandang guru memberikan ~, nasihat dan galakan kpd muridmuridnya;
ubat ini sudah mendapat ~ drpd pemakai-pemakainya;
doa (sembahyang) ~ Id doa bersama-sama pd petang hari utk
memuliakan Tuhan (Roman Katolik); surat ~ surat yg mengandungi
pernyataan memuji;
puji-pujian 1. perkataan memuji-muji kebaikan (kelebihan dll)
sesuatu; 2. ayat-ayat pd permulaan surat dll yg berisi pujian kpd
orang yg dikirimi surat itu;
kepujian 1. yg dipuji, sangat terpuji: ~ dlm ilmu hisab dan sains;
pangkat ~ pangkat yg sangat terpuji; 2. = pujian; mendapat
(menerima) ~ mendapat (menerima) pujian;
pemujian hal atau perbuatan memuji;
pemuji orang yg memuji.
pujuk = pujukan kata-kata yg sangat menarik utk memikat hati: ~ rayu; ~
cumbuan;
berpujuk; ~ cumbu (rayu) saling memakai kata-kata yg manis utk
memikat hati dll;
memujuk memakai kata-kata manis dgn tujuan hendak memikat
hati (mengajak, menipu, dll);
pemujukan perihal (perbuatan dsb) memujuk;
pemujuk orang yg memujuk; bujuk I.
pujur buruk kelakuannya (perangainya, tabiatnya), cabul.
pujut; memujut mencekik atau mengikat leher dgn tali (sbg hukuman),
mengujut;  kujut.
puk I 1. bunyi spt bunyi orang memukul; 2. bp pukul.
puk II Kl 1. masak, empuk: ubi ini kurang ~; 2. getah yg berketul-ketul
(tidak dimesin).
pukah patah, rekah atau bengkok patah (dahan kayu dll);
memukah memecah, mengopak, merosakkan: setitik air pun tidak
ada, ini tentu Berahim yg ~ gelung kita semalam; kami ~ papan pd
dinding pondok itu.
pukal 1. bongkah, gumpal, ketul (emas dll);
sepukal segumpal, sebongkah; emas ~ emas sebongkah, emas
kimpal, emas tampan; keris ~ a) keris ganja iras; b) keris yg lurus
matanya atau bilahnya (bukan keris yg berlok); taat setia yg ~ taat
setia yg tidak berbelah bagi; 2. Kd bernas, tepat; jawabannya ~
jawabannya bernas (tepat);
memukal menjadikan pukal (bongkah, gumpal, ketul): ~ emas.
pukang I 1. paha (kuda, lembu, dll); 2. = sela ~ celah kangkang; 3. sudut
jangka dll;
memukang-mukang 1. memotong-motong atau mengerat-ngerat
binatang yg disembelih, menyendi-nyendi, merincik-rincik (daging);
2. membagi-bagi, memecah-mecah (daerah dll).
pukang II; lintang-~ = silang-~ (berlari) tunggang-langgang.
pukang III  kukang, kongkang I.
pukang-pukang ark sj hantu yg hanya kelihatan kakinya sahaja.
pukas 1. kemaluan perempuan, puki; 2. Kd, sr orang latah (terkejut): oh
~;
berpukas berbogel, bertelanjang (perempuan);
berpukas-pukasan sindir-menyindir dgn kata-kata yg tidak
senonoh, berlaku tidak senonoh; mandi ~ mandi bertelanjang dgn
tidak malu-malu.
pukat sj jaring besar dan panjang utk menangkap ikan, biasanya
digunakan di laut; jenis-jenisnya: ~ bawal, ~ cang, ~ cina, ~ hanyut,
~ harimau, ~ tangkul, ~ tarik, ~ tunda, dll;
mata ~ lubang-lubang pd pukat, pawang ~ orang yg ahli dlm
menangkap ikan dgn pukat, perahu (sampan) ~ perahu (sampan)
utk menangkap ikan dgn pukat, perahu mayang, perahu pemayang;
~ terlabuh ikan tak dapat prb pekerjaan yg sia-sia;
memukat menangkap ikan dgn pukat;
pemukat 1. nelayan yg menggunakan pukat; 2. perahu mayang.
pukau sj tepung (drpd biji kecubung dll) atau jampi serapah (tangkal dsb)
yg digunakan utk memabukkan orang atau membuat orang tidur
lelap; kena ~ a) ki hilang akal, tidak dapat berkata (berbuat) apaapa,
bingung, terdiam; b) dipukau (oleh pencuri);
memukau 1. mengenakan (membubuh) pukau; 2. ki memperdaya,
mengakali, menipu; 3. memikat hati, mempesonakan,
mengagumkan: kerajinan serta ketekunan orang Jepun
membangunkan negara mereka ~ seluruh dunia;
terpukau 1. tertidur (mabuk) kerana kena pukau; 2. ki terpedaya,
tertipu; 3. terpesona, terpikat (hati): ribuan penonton ~ oleh
persembahan yg agak luar biasa itu;
pukauan hasil perbuatan atau usaha memukau: dia membaca
sedikit mantera utk menyedarkan anaknya drpd ~ itu;
pemukau orang yg mengenakan pukau.
puki I 1. bk kemaluan perempuan, pukas; 2. = ~ mak sj makian, carut.
puki II; ~ anjing sj tumbuhan (pokok besar), salah nama, Cynometra
cauliflora.
pukul I 1. ketuk (dgn benda yg keras atau berat); 2. ki ketuk (dgn
perkataan dll), perintah; kena ~ a) kena ketuk, diketuk; b)
mengalami kerugian (dimarahi, ditipu, dsb); salah ~ a) salah
mengetuknya; b) satu kali berbuat (bekerja, bertindak, dll); tukang
~ orang yg biasa memukul orang dgn upah, jagoan, samseng; 3.
bahagian drpd sesuatu hari spt yg ditunjukkan oleh jam, waktu
tertentu dlm sesuatu hari: jarum pendek dipanggil jarum ‘~nya’,
kerana ia menunjukkan waktu dgn bilangan ~ jam; kami sampai di
rumah ~ lima petang; jam ~ jam yg menyatakan waktu; 4. bp =
memukul mengetuk; ~ dulu bayar belakang barangnya diambil
dulu, pembayarannya dibuat kemudian; 5. bp mengenakan cap
(harga), menetapkan harga, menaksirkan: mengikut kemahuanku
dgn harga yg telah aku ~ kpd mereka;
~ besar untung besar; ~ besi tukul besi, palu (martil) drpd besi; ~
cap mengenakan (membubuh) cap; ~ curi a) memukul dgn
bersembunyi, memukul dan lari; b) tidak berani bertanggungjawab;
~ gambar bp bergambar; ~ gebang bp bergebang sahaja, berbualbual
sahaja; ~ kaki bp berjalan kaki; ~ rata hitung panjang; ~ tidak
tahu (peduli) bp buat tidak tahu (peduli) saja;
~ anak sindir menantu prb lain orang yg dimarahi, lain orang pula
tujuan kata-katanya; ~ anjing tak pandang mata tuannya prb orang
yg terdesak hilang takutnya; kena ~ di punggung, gigi habis
tanggal prb sindiran itu lain dikata lain pula ertinya (kata sindiran
bagi seseorang akan mengenai orang ramai);
memukul 1. mengenakan sesuatu yg keras atau berat dgn kuat,
memalu, membalun, menempa, mengetuk, meninju, menokok,
menumbuk, dll: kepalanya dipukul dgn besi paip; ~ beduk
(gendang, genderang, tabuh, tambur, dll) membunyikan beduk dll
dgn pemalu; 2. ki melanggar, menempuh, mengalahkan, menyerang,
dll: apabila ia datang ~ Tanah Jawa maka mereka pun hendaklah
menyerta bersama-sama dr darat; perahunya terbalik dipukul
ombak Laut Kalzum; bersinar-sinar bercahaya dipukul cahaya
bulan bersinar-sinar bercahaya ditempuh cahaya bulan; 3. ki
mengambil (mendapat) untung banyak-banyak, mengecoh, menipu:
ini bukan menolong tetapi ~ namanya; 4. ki memakan atau
membunuh (dlm permainan catur): tidak dapat ~ kuda; 5. ki =
memukulkan ark Id memperbanyakkan, mendarabkan, mengalikan:
belajar membahagi dan ~; dua dipukulkan dgn tiga;
~ besi menempa besi; ~ cap mengecap; ~ gambar mengambil
gambar, memotret; ~ gamelan (canang, gong, sarun, dll)
memainkan gamelan dll; ~ kawat Id berkirim telegram; ~ ‘knockout
’ meninju sehingga langsung kalah; ~ meja mengetuk meja; ~
mundur menyerang (musuh) hingga mundur; ~ musuh menyerang
(mengalahkan) musuh; ~ rata(kan) menjadikan rata-rata,
menyamaratakan; ~ roboh meninju sampai roboh; ~ telefon bp
bertelefon; ~ telur (dll) mengacau telur (supaya hancur dan naik);
dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu prb Mn serba salah dlm
sesuatu pekerjaan yg sangat sulit (dikerjakan berbahaya, tidak
dikerjakan pun berbahaya);
pukul-memukul saling memukul antara satu sama lain;
memukuli, memperpukuli memukul berkali-kali, mengajar;
memukulkan 1. memukul dgn; 2. memukul utk orang lain; 3. ark
memperbanyakkan, mendarabkan: dua dipukulkan dgn tiga;
terpukul 1. memukul atau dipukul dgn tidak sengaja, terhantuk:
kepalanya ~ keras pd bucu meja; 2. ki tersinggung: dia berasa ~
dgn kata-kata sahabatnya itu;
pukulan 1. hasil perbuatan memukul: ~ yg tidak berhenti-henti
drpd lawannya; 2. ketukan, hentaman, serangan: menerima ~ hebat
drpd angkatan bersenjata; ~ kilas pukulan yg dilakukan dgn
bahagian belakang tangan yg memegang raket menghala ke pemain
lawan dlm permainan badminton, tenis dsb;
pemukulan hal atau perbuatan memukul atau memukulkan;
pemukul 1. orang yg memukul: ~-~ rebana duduk di belakang
para penari; 2. alat utk memukul; ~ besi tukul drpd besi.
pukul II; ~ lima sj tumbuhan (pokok besar), Enterolobium saman.
pukul III; ~ gendang sj ikan laut, Parapercis pulchela.
pul I IB, bp 1. kutub; 2. pusat pengumpulan kereta dll.
pul II; kacang ~ sj kacang.
pula 1. sekali lagi, berulang lagi, datang lagi, kembali lagi: kelmarin
sudah tidak hadir, hari ini tidak hadir ~; nampaknya saya ini
dicalonkan ~; 2. = lagi ~ lebih-lebih lagi, tambahan lagi; memang
ia mempunyai kelayakan, lagi ~ ia seorang yg sangat suka
berkhidmat; istimewa ~ lebih-lebih lagi; 3. juga (sama halnya dgn
yg terdahulu): saya pun demikian ~; saya ~ yg menyokongnya; 4.
gerangan, konon (yg bererti tah): apa ~ yg mengganggui fikirannya
itu?; apa ~ ertinya hidup seorang yg telah putus harapannya?
PULADA akronim bagi Pusat Latihan Darat.
pulai sj tumbuhan (pokok), Alstonia spp.; ~ pipit sj tumbuhan (pokok),
medang api (kelawar, miang), jambu kelawar mengkerai hutan, setui
tupai, Elaeocarpus stipularis; ~ berpangkat naik, manusia
berpangkat turun prb manusia itu haruslah meninggalkan nama dan
perbuatan yg baik.
pulan 1. empuk atau lembut, tidak lembik (nasi dll); 2. belum masak benar
lagi (ubi yg direbus dll).
pulang 1. pergi ke tempat asalnya, pergi ke rumah, balik, kembali: ~ ke
negerinya sendiri; suaminya masih belum ~ drpd kerja; ~ kpd
isterinya yg pertama rujuk semula dgn isterinya yg pertama; ~ kpd
yg punya terserah (balik) kpd tuan punya; 2. ~ kpd jatuh kpd,
terserah kpd, tertanggung atas: hal ini ~ kpd bapa hal ini terserah
kpd bapa; kalau terjadi sesuatu ~ kpd tuan kalau terjadi sesuatu
tuanlah yg menanggungnya;
~ asal a) kembali ke asalnya; b) kembali kpd keadaan yg asal; ~ -
balik = ~ -pergi a) pulang dan pergi; b) hilir-mudik, ke sana ke mari
(mundar-mandir); ~ haji kembali dr naik haji; ~ hari kembali lagi pd
hari yg semula (sesudah enam hari, spt hari Minggu sampai hari
Minggu berikutnya); ~ ikhtiar (kpd) terserahlah ikhtiarnya (kpd); ~
(ke) kandung kembali ke tempat asalnya; ~ ke rahmatullah
meninggal dunia, mati; ~ maklum kpd terserah kpd pendapat
(pertimbangan) orang; ~ modal mendapat modal kembali (tidak
mendapat untung, tetapi tidak pula rugi); ~ nama yg pulang hanya
namanya (mati di perantauan atau di medan perang dll); ~ -paling
ark bolak-balik, hilir-mudik, ke sana ke mari; ~ pohon = ~ pokok Id
pulang modal; ~ pulih sembuh semula, kembali lagi;
sepulang waktu (masa) pulang, sekembali;
berpulang = ~ ke rahmatullah (ke asalnya, ke negeri yg baqa)
meninggal dunia; ~-paling berulang-alik;
memulangi 1. rujuk dgn isteri yg telah diceraikan: kehidupannya
menjadi bertambah baik sejak ia ~ isterinya; 2. Mn memperisteri
saudara sepupu: apabila engkau ~ anak mamakmu, maka ...;
memulangkan 1. membawa pulang, mengirimkan (ke tempat
asalnya, ke rumahnya, dll), mengembalikan: ~ motokar itu kpd
tuannya; semua tawanan perang dipulangkan ke negeri masingmasing;
~ kata membalas (menjawab); 2. menyusun (mengatur)
semula, memulihkan: susunan pegawai dan kakitangan pejabat ini
dipulangkan spt susunan yg dahulu; Raja Sulaiman hendak
dipulangkan jadi bendahara semula; ~ nafas beristirahat; 3.
merujukkan (kpd), menyerahkan (kpd): semua pihak bersetuju soal
perbalahan itu dipulangkan kpd pucuk pimpinan bagi
menyelesaikannya;
terpulang terserah: semuanya ~ kpd kemahuan mak, saya menurut
saja;
pulangan hasil drpd atau pendapatan penanaman modal (pekerjaan,
pemberian, perkhidmatan, dll);
kepulangan perihal pulang: ~ku disambut oleh ibu dan keluarga
dgn mesra;
pemulangan perbuatan memulangkan, pemulihan, pengembalian.
pulangan tempat duduk orang yg mendayung atau mengayuh (dlm
perahu).
PULAPOL akronim bagi Pusat Latihan Polis.
pulas I; berpulas, berpulas-pulas berputar-putar, berpintal-pintal,
berpusing-pusing (tali dll);
memulas 1. memusing (kunci, leher, skru, telinga, dll), memutar:
jika boleh tangkai bunga itu hendaklah dipulas sedikit sebelum
dilentur; 2. memegang sesuatu lalu diputar, memilin, memiuh (kain
basuhan, tali, dll): kain itu dipegang dgn dua belah tangan
kemudian dipulas, keluarkan seberapa banyak air yg dapat; 3. ki
memutarbalikkan (kebenaran, perkataan, dll): seorang yg terkenal
pandai ~ perkataan; tujuan atau maksud ayat itu sudah jelas tidak
dapat dipulas lagi; ~ pusing bp memutarbalikkan (perkataan dll);
pemulas alat utk memulas (skru dll).
pulas II; memulas berasa sakit spt berpilin-pilin dlm perut, mulas; usus ~
sakit kejang pd usus.
pulas III; (ber)hempas-~;  hempas.
pulas IV Jk nyenyak atau nyedar (tidur): anak-anak sudah ~ tidur;
kepulasan tertidur nyenyak (nyedar).
pulas V Jw; memulas 1. mewarnai, mengecat, menyapu (dgn bubukan dll
yg berwarna): dinding rumah itu dipulas dgn kapur putih; ~
gambar; pipinya dipulas merah jambu; 2. memperbaiki
(mengembangi) tayar luar yg telah haus; tukang ~ ban Id tukang yg
membaiki tayar;
pulasan 1. yg sudah dipulas (diwarnai); 2. = berpulasan ki
nampaknya saja baik, tidak asli (tulen), palsu; 3. ark tayar yg
dipulas.
pulas VI; ~ keladi sj ikan laut, Caranx sexfasciatus.
pulasan sj tumbuhan (pokok spt pokok rambutan), arang para, gerat,
merat, mutan reba, rambutan kafri, Nephelium mutabile; ~ hutan a)
sj tumbuhan (pokok tinggi yg buahnya manis), buah nangka pipit,
kelempayan, mempayan, mengkal, tumbung dayung, Nauclea
maingayi; b) sj tumbuhan (pokok), bengkel, empayan, kelampi,
kelempayan, mempayan, mengkal, timbung dayung, Anthocephalus
cadamba.
pulasari 1. sj tumbuhan (pokok kecil yg daunnya tipis), empelas hari,
Alyxia forbesii; 2. sj tumbuhan (pokok memanjat yg bunga dan
kulitnya wangi), akar bagan, empelas hari, mempelasari, mempelas
hari, Alyxia lucida.
pulasi Id wang belanja yg harus dibayar oleh orang yg menjual tanah
(rumah).
pulau tanah atau daratan dikelilingi oleh air (di laut, di sungai, dll);
belayar di ~ kapuk Id, bp tidur; ~ sudah lenyap, daratan sudah
tenggelam gagal sama sekali; ~ harapan (perca) Id Pulau Sumatera;
~ karang (Geog) pulau yg terjadi drpd batu karang (jauh dr
daratan), terumbu;
belayar menentang (mengadang, menuju) ~ prb sesuatu pekerjaan
itu harus ada tujuannya; spt batu di ~ prb amat banyak;
berpulau, berpulau-pulau 1. bertompok-tompok (orang, kampung,
dll); 2. mempunyai pulau (lautan dll);
pulau-memulau saling memulaukan: kejadian ~ juga berlaku dlm
masyarakat itu;
memulaukan 1. memisahkan drpd yg lain, mengasingkan,
menyisihkan seseorang atau menyisihkan diri daripadanya (sehingga
tidak ada perhubungan antaranya dgn orang lain): mereka yg
melanggar pantang larang kadangkala dipulaukan oleh keluarga
sendiri; orang itu telah dipulaukan drpd masyarakat setempat; 2.
enggan menyertai atau berurusan dgn sesuatu, memboikot: hanya
Parti Buruh sahaja yg ~ pilihan raya kali ini;
terpulau dipulaukan, disingkirkan;
kepulauan sekumpulan pulau, gugusan beberapa buah pulau: ~
Melayu; ~ Riau;
pemulauan perbuatan memulaukan, pemboikotan, pengasingan: ~
terhadap barang-barang dr Afrika Selatan.
Pulau Pinang negeri di luar pantai barat Semenanjung, keluasan 285 km2,
Georgetown sbg ibu negeri.
pules Jk nyedar atau nyenyak (tidur); pulas IV.
puli Tr sj kuih drpd ubi kayu dan manisan.
pulih I kembali spt biasa (keadaan semula), sembuh atau baik semula
(drpd sakit dll), menjadi baik (baharu lagi): kesihatannya ~ semula;
keadaan sudah ~ spt sediakala; penghidupan telah ~ sedikit;
perhubungan mereka ~ spt biasa; keberaniannya kembali ~
keberaniannya datang semula; pulang ~ pulih semula;
memulihkan 1. mengembalikan kpd keadaan yg semula,
membaikkan, menyembuhkan: menawarkan khidmatnya utk
menolong ~ keadaan; masa lapangnya digunakan utk menolong ~
akhlak budak-budak jahat; bagaimana kita ~ barang-barang yg
rosak itu?; berusaha ~ lagi organisasi kaum buruh; 2. memberi
kembali (kpd tuannya), memulangkan, mengembalikan: ia ~ barang
itu kpd tuannya;
kepulihan keadaan pulih;
pemulihan perbuatan memulihkan, pengembalian kpd keadaan yg
semula, pemulangan atau pengembalian (hak, harta benda, dll):
rundingan ~ hubungan antara dua negara yg bersengketa; satu
lagi cara ~ buku drpd rosak ialah dgn menggunakan plastik;
sekiranya ini tidak dilakukan kerja-kerja ~ tanah perlu dilakukan;
~ harga pengembalian harga drpd paras yg lebih rendah (akibat
berlakunya kemerosotan harga) kpd keadaan sebelumnya atau paras
yg lebih tinggi;
pemulih alat utk memulihkan: injap ~.
pulih II; burung tua ~ sj burung, Malacopteron cinereum.
pulihara; memulihara memulihkan serta memelihara (menjaga dsb),
melindungi sesuatu supaya sentiasa berada dlm keadaan yg baik:
kita juga akan melihat betapa pentingnya bentuk muka bumi ini
kpd kita dan mengapa kita harus mengekalkan dan ~nya;
pemuliharaan perihal (proses, usaha, perbuatan, dsb) memulihara
(sesuatu): kini usaha sedang dipergiat utk memelihara serta
memulihkan kesuburan tanah agar dapat digunakan selamalamanya,
iaitu usaha yg dikenali sbg ~ tanah.
puling I pialing.
puling II; pata ~ sj ikan darat, kerengkek, Puntioplites fasciatus; pata.
puling III sj burung, burung nuri, Psittinus c. cyanurus.
puling IV Kl sj alat bunyi-bunyian yg ditiup (diperbuat drpd tanah liat,
berongga dan berbentuk burung).
pulmonari (Ubat) berkaitan dgn paru-paru: arteri ~.
pulpa 1. bahan yg diperoleh drpd kayu dll secara kimia atau mekanikal
utk dibuat kertas; 2. (Ubat) bahagian gigi paling dalam yg lembut
dan mengandungi saraf dan salur darah.
pulpen (pulpén) IB tangkai (batang) pena yg berisi tinta (dakwat).
puluh = sepuluh sembilan dicampur dgn satu (10); dua ~ dua kali sepuluh
(20); angka ~ angka yg kedua dr kanan (selepas angka se dlm
deretan angka);
persepuluh dibahagi sepuluh; se~ satu dibahagi sepuluh (1/10);
berpuluh-puluh beberapa puluh, banyak puluh: ia menelefon ~ kali
banyaknya; pengarang-pengarang telah berjaya menghasilkan ~
tajuk setahun;
puluhan 1. bilangan sepuluh: penyair tahun enam ~; 2. bp
berpuluh-puluh: harga yg ~ kali mahal drpd harga biasa;
perpuluhan, persepuluhan berhitung (ukuran dll) yg berdasar
sepuluh-sepuluh: angka ~; pecahan ~ pecahan yg menggunakan
titik perpuluhan (spt 0.5, 0.8, dll); titik (tanda) ~ titik (noktah)
antara angka penuh dan angka perpuluhan (spt 7.5, 8.6); ~ berulang
angka perpuluhan yg nombor akhirnya terus berulang (spt 0.83333);
~ penuh perpuluhan yg nombor akhirnya tidak berulang.
pulun I; berpulun-pulun 1. bergumpal-gumpal atau berkepul-kepul naik
ke atas (bkn asap); 2. berlipat-lipat, bertompok-tompok (kain);
memulun-mulun menggulung-gulung, melipat-lipat (kain dll).
pulun II Kd (ber)sungguh-sungguh: bukan main lagi dia ~ buat kerja itu.
pulung Jk butir, gentel, untal (pel);
memulung 1. membuat butir, menggentel (ubat dll); 2. menggulung
(rokok dll).
pulur isi atau bahagian yg lembut dlm batang tumbuh-tumbuhan; 
empulur I.
pulut I getah (drpd tumbuh-tumbuhan utk menangkap burung);
memulut 1. menangkap burung dll dgn getah, menggetah (burung
dll): ia selalu ~ burung tekukur; 2. ki memikat (hati), membujukbujuk:
banyak gadis yg terpikat kepadanya kerana dipulut dgn
kata-kata yg manis;
terpulut 1. kena pulut, terlekat; 2. terpikat (hatinya), tertipu.
pulut II 1. = beras ~ = sipulut Mn sj bijian spt beras tetapi lebih berkanji,
beras ketan; 2. sj penganan yg dibuat drpd beras ketan; jenisjenisnya:
~ dakap, ~ kacau, ~ kuning (kunyit), ~ kinta, ~ panggang,
~ udang, ~ urap, dll;
dilihat ~, ditanak berderai prb Mn apa yg kelihatan pd lahirnya
berlainan dgn keadaan sebenarnya (kelihatan sbg orang kaya tetapi
sebenarnya miskin dll); sebab ~ santan binasa sebab mulut badan
binasa prb perkataan yg tajam itu kerap kali mendatangkan
kecelakaan kpd diri sendiri.
pulut III; ~ lembu = pulut-pulut sj tumbuhan (pokok renek), kelulut,
pepulut, Urena lobata;
pulut-pulut 1. sj tumbuhan (rumpai), lemak ketam, Melochia
corchorifolia; 2. sj tumbuhan (rumpai), daun susu babi, pokok
lokman al-hakim, rumput pasir (tahi babi), sembung gajah,
Adenostema lavenia (viscosum); ~ bukit sj tumbuhan (pokok
renek), merepuh, setampin, tampin hutan, Mallotus griffithianus; ~
hutan sj tumbuhan (pokok kecil), jarak hutan, ludai api, sembang,
tapak gajah, Mallotus porterianus; pokok ~ sj tumbuhan (pokok),
pokok melukut (pepulut), Chrysophyllum roxburghii; rumput ~ sj
tumbuhan (rumpai), rumput bawang, siameh gunung, siamit,
Fimbristylis asperrima.
pulutan sj ikan laut, Tachysurus spp.
puma sj binatang liar yg termasuk dlm famili kucing, rupanya seakan-akan
singa, berbulu coklat kekelabu-kelabuan dan berekor panjang,
biasanya terdapat di kawasan pergunungan Amerika Utara dan
Selatan, kugar, Felis concolor.
pumis; batu ~ batu gunung berapi yg poros dan ringan yg biasanya
digunakan utk menggilap dan sbg bahan pelelas, batu apung, batu
timbul: tepung ~.
pumpun I Mn; berpumpun berhimpun, berkampung, berkumpul; ~ abu
ada alamat-alamat (tanda-tanda) kesalahan;
memumpun menghimpunkan, menampungkan, mengumpulkan;
terpumpun terhimpun, terkampung, terkumpul, terpusat;
pumpunan 1. tempat berkumpul, tempat utk dikumpulkan; 2.
himpunan, kumpulan, perkumpulan; pusat jala ~ ikan prb (menjadi)
tempat berkumpul (menjadi pusat bermacam-macam hal atau
urusan), pusat pentadbiran, pusat pemerintahan.
pumpun II sj lipan laut (boleh dibuat umpan kail).
pumpun III Mn ark tumpul.
pun 1. juga, dan demikian juga: memang saya ~ berpendapat demikian;
perkara rompakan ~ berkurangan waktu akhir-akhir ini; esok ~
boleh saya ambilkan; itu ~ dia datang; permintaannya itu sudah ~
diterima; 2. biar, kendati, meski, walau: susah ~ dikerjakannya
juga; hendak tidak ~ makan jugalah saya; 3. bahkan, malahan,
sedangkan... (apa lagi...): duduk ~ penat apa lagi berjalan;
jangankan menegur memandang ~ tidak hendak; 4. apa saja,
bagaimana saja, apa-apa jua: apa ~ dikerjakannya (juga); siapa ~
boleh menjadi ahli persatuan ini; 5. ~ ...lah utk menyatakan
bahawa perbuatan mulai berlaku (terjadi): maka rotan itu ~
tumbuhlah; 6. utk menguatkan serta menegaskan pokok ayat:
setelah selesai bersiram baginda ~ berangkat masuk ke dlm
istana; 7. = sekali ~ sekali juga; kalau ya ~ biarlah aku bersalin
dulu; tidak bayar ~ tidak apa; apalah yg Ida berikan kpd abang tu,
tidak sejemput ~ tidak sedikit jua pun.
punah I 1. binasa atau rosak semuanya, habis semuanya musnah:
tanaman mereka habis ~ dimakan babi; bandar yg cantik itu ~
dibom oleh kapal terbang Jepun; 2. mati semuanya (tidak ada lagi
yg tinggal sisanya): larangan itu diadakan utk mengawal supaya
binatang-binatang itu jangan sampai ~; 3. hilang semuanya, lenyap
semuanya, musnah: mendengar itu ~lah harapannya; ~-ranah
rosak binasa;
memunahkan menghabiskan semuanya, melenyapkan semuanya,
membinasakan semuanya, memusnahkan, menghancurkan: mereka
mencuri dan ~ harta benda orang;
kepunahan perihal (keadaan) punah, kemusnahan, kehancuran;
pemunahan perbuatan memunahkan: ~ tanah di negeri-negeri yg
beriklim sederhana.
punah II sj tumbuhan (pokok) dlm famili Tetrameristaceae, tuyut (Sabah),
entuyut (Sarawak), Tetramerista glabra.
punai I 1. sj burung spt merpati (kecil sedikit dan hijau); 2. bp kemaluan
lelaki;
~ bakau sj burung punai, Treron f. fulvicollis; ~ berkok lengguak =
~ lengguak sj burung punai, Butretron capellei magnirostris; ~
bukit sj burung punai, Sphenurus robinsini; ~ daun = ~ ara = ~
kericau sj burung punai, Treron c. curvirostra; ~ gading = ~ jambu
sj burung punai, Ptilinopus jambu; ~ gunung sj burung punai,
Sphnurus s. seimundi; ~ kocok sj burung punai, Treron vernans
griseicapina; ~ lembu terkukur api, Macropygia ruficeps
malayana; ~ siul sj burung punai, Treron o. olax; ~ tanah = ~
dekut sj burung punai, Chalcophaps i. indica.
punai II; 1. dawai (kawat) mata ~ sj jaring yg dibuat drpd dawai kecil
(utk reban ayam dll); 2. kain mata ~ sj kain jarang (utk membuat
kelambu); 3. mata ~ sj anyaman.
punai III; ~ bintang sj tumbuhan (pokok renek), Polyalthia spp.
Punan suku kaum peribumi Sarawak, termasuk dlm kumpulan Orang Ulu,
yg tinggal di pedalaman, terutamanya di Hulu Sungai Baram dan
Sungai Rejan, dan kegiatan utamanya memburu dan memungut hasil
hutan
punat 1. benih (bisul dll), mata bintil (bengkak dll): macam bisul yg pecah
~nya; 2. ki sumber segala kejahatan; 3. bp tombol (lampu, radio,
dll): ia memetik ~ lampu di dinding dan ruangan itu menjadi
terang.
PUNB kep Perbadanan Usahawan Nasional Berhad.
punca I 1. hujung (benang, obor, tali, dll); ~ tali kail hujung tali kail yg
dipegang; 2. sudut kain (sebai, selendang, dll) yg lepas tergantung:
terpandang ~ baju layang dlm tiang seri; ~ sebai hujung sebai yg
tergantung; 3. tingkatan permulaan (pengetahuan), pengantar,
pendahuluan (pengetahuan dll); kitab ~ usuluddin; perpustakaan
sekolah mestilah berkhidmat sbg ~ pengajaran; 4. pangkal, perdu
(asal mulanya, kerana, lantaran, sebab), pokok, tajuk (perbicaraan
dll): ~ pertengkaran yg umum sekarang ialah soal-soal pilihan
raya; harta akan terus menjadi ~ ketegangan yg hebat; ibu dan
anak-anak yg sihat itu adalah satu drpd punca-punca kebahagiaan
rumah tangga; apa ~nya apa sebabnya; mula ~nya mulanya
(sebabnya); tidak tentu ~nya tidak tentu pokok persoalannya;
tenggelam (kehilangan) ~ tidak tentu lagi pokok pemikiran
(perbualan, pemikiran, dll); tidak tahu apa yg hendak dibuat; ~
ganda dua () (spt 4 = 2), akar (Id); ~ ganda tiga (³) (spt ³8 = 2
dll); ~ persamaan (Mat) nilai nombor yg tidak diketahui dlm ilmu
hisab (spt 2n + 7 = 25 dll); 5. sumber, asal (berita, penghidupan,
pendapatan, dll): berita ini diperoleh drpd ~ yg boleh dipercayai,
matahari boleh dikatakan sbg satu ~ kehidupan; dinamo itu
merupakan suatu ~ tenaga elektrik; wang yg didapati drpd segala
~;
~ hasil sumber pendapatan; ~ kekayaan sumber kekayaan; ~
pendapatan perkara yg mendatangkan pendapatan;
berpunca; ~ drpd berasal drpd, bersumber drpd: masalah-masalah
yg kita hadapi kini ~ drpd penjajahan juga.
punca II Mn; angin ~ beliung angin puting beliung (olakan angin).
puncak 1. bahagian yg tertinggi (bukit, gunung, menara, pokok, dll): ~
Titiwangsa yg diliputi awan; bendera negara kita sudah berkibar
di ~ tiang; 2. (Mat) titik sudut segi yg berhadapan dgn garis dasar,
titik tempat pertemuan dua (atau lebih) garis, hujung sudut: sebuah
sudut yg ~nya pd pusat O bulatan; ~ sudut titik tempat pertemuan
dua garis atau lengan sudut; 3. ki paras dsb yg teratas, paras dsb yg
tertinggi: apabila matahari sampai ke ~nya pasar itu sunyi senyap;
semua orang ingin sampai ke ~ hidup; harga barang-barang
membumbung tinggi dan dirasakan tidak lama lagi akan sampai di
~nya;
~ gigi Id bahagian gigi yg di sebelah atas; ~ kejayaan kejayaan yg
tertinggi; ~ paru Id hujung paru-paru;
memuncak 1. menuju ke puncak, membumbung tinggi-tinggi,
meningkat ke paras dsb yg tinggi atau makin tinggi, tinggi-tinggi:
api yg sedang marak dan ~ sekali; 2. menjadi sangat (genting,
tegang, dll), meluap-luap (semangat dll), melambung (harga):
kemarahannya kian ~; kegiatan pejuang-pejuang BK yg ~ dr hari
ke hari; harga barang-barang di kedainya ~ naik;
memuncakkan menjadikan (menyebabkan) memuncak: usaha utk
~ krisis hendaklah diperlahankan;
pemuncakan proses (perbuatan) yg menyebabkan sesuatu
memuncak: kebanyakannya disebabkan ~ daya khayal;
pemuncak 1. puncak; 2. Mn orang yg tertinggi pangkatnya; 3.
johan, juara.
punci sl baiklah, mujur benar, untunglah: sekali-sekali tiadalah aku
melihat ia membesarkan dirinya baik drpd kelakuannya ataupun
pakaiannya, ~ orang-orangnya yg memakan gajinya memakai spt
orang besar-besar.
pundak bahu (juga dlm erti kiasan): di atas ~ merekalah terletaknya
tinggi rendah mutu ilmu nanti; angkat ~ bp menyatakan
(menunjukkan) tidak tahu; tertanggung (terpikul) di atas ~
(tanggungjawab dll) terletak di atas diri.
pundi I = pundi-pundi 1. kantung kecil (tempat wang dll), dompet kecil;
2. ki perbendaharaan;
~ hempedu kantung pd hati tempat tersimpannya hempedu; ~ (air)
kencing kantung kecil yg mengandungi air kencing (terletak di
hadapan rongga punggung), kandung kencing; ~ udara kantung
udara.
pundi II Jw ark; memundi-mundi, memundi-mundikan menjunjung
tinggi, memuliakan, menghormati: perempuan mereka dipundipundikan
sbg dewi.
punding ark kusutan atau simpulan (tali, benang, dll).
pundung pondok.
punduk Br; punduk-punduk duduk (seorang diri) dgn tidak berbuat apaapa;
berpundukan duduk lebih drpd seorang dgn tidak berbuat apa-apa,
melepak.
pungar Br pokok mati.
punggah; ~ angkat mengangkut;
memunggah 1. menurunkan (muatan kapal dll): orang biasa tidak
boleh membuat kerja memuat barang-barang ke dlm kapal atau ~
barang-barang dr kapal; 2. membongkar, membuka (rumah dll):
lepas itu D.O. datang suruh Pak Long ~ hari itu juga; siapa yg ~
tempat tidur kita ni?
punggahan 1. tempat memunggah barang-barang; 2. muatan yg
sudah dipunggah: menerima ~ dr kapal;
pemunggahan perbuatan memunggah: keadaan yg tidak begitu
baik menyebabkan ~ barang-barang terbatas;
pemunggah orang yg memunggah, alat (jentera) yg melakukan
kerja memunggah.
punggai I sj tumbuhan (pokok), bengang, durian badak (tuang), bahabaha,
huhu-huhu, Coelostegia griffithii.
punggai II; memunggaikan melontari (dgn kayu, utk menjatuhkan buah
dll);
pemunggai = kayu ~ kayu dll utk memunggaikan, pelontar.
punggal I ark  punggai II.
punggal II Jk terpotong atau terkerat (hujung, pucuk, dll);
memunggal memotong, mengerat, mematahkan (pucuk dll).
pungguk I sj burung helang malam atau burung hantu, betemak, Ninox
scutulata malaccensis; burung ~ api sj burung pungguk, Phodilus
b. badius; spt ~ merindukan bulan dikatakan kpd orang yg sangat
rindu pd kekasihnya.
pungguk II tidak berekor (ayam dll), dogel, dogeng.
punggung 1. pantat, bokong, pinggul; 2. Id bahagian sebelah belakang
dada (manusia dan binatang), belakang; buah ~ buah pinggang,
ginjal; tulang ~ a) tulang belakang; b) sesuatu yg menjadi kekuatan;
3. sesuatu yg menyerupai belakang: ~ bukit (gunung); 4. bahagian
sebelah belakang atau atas (pd sesuatu benda): ~ kaki; ~ pisau
(lading dll);
memunggung Mn 1. memperlihatkan punggung, membelakang; 2.
ki tidak hendak mempedulikan saudara-mara lagi;
punggung-memunggung belakang-membelakangi (beradu
punggung);
memunggungi menghadapkan punggung kpd: mereka memandang
arah selatan, daratan Tiongkok dipunggunginya.
punggur batang kayu mati yg tidak ada dahannya lagi;
~ rebah belatuk menumpang mati prb jika orang yg jadi pelindung
atau penaung jatuh, anak buahnya pun akan merasai akibatnya;
bagai ~ rebah prb keadaan seseorang yg gemuk jatuh;
memunggur ark menjadi buruk (kering mati): diharap kasih
sayang kita tidak ~ dek kepanasan.
pungkah, pungkahan ark bongkah: beberapa ~ kayu.
pungkas I Jw yg akhir (penghabisan).
pungkas II Sr marah yg amat sangat: abangnya ~ lalu mengamuk apabila
mendapat tahu tanaman di kebunnya dimusnahkan oleh ternakan
jiran.
pungki sj bakul (keranjang) tempat sampah;  pengki.
pungkir ark; dipungkiri dimungkiri;  mungkir.
pungkis  pongkes.
pungkur 1. sl belakang, burit(an), punggung; 2. = pemungkur ark sisa
(sagu dll).
pungut; anak ~ anak orang lain yg dipelihara dr kecil (anak angkat); mak
~ mak kpd anak pungut; saudara ~ orang lain yg dipelihara oleh ibu
bapa seseorang, saudara angkat;
memungut 1. mengambil atau mengutip sesuatu yg ada di bawah
(kerana jatuh dll): semua barang lama, tempurung, botol, dll
hendaklah dipungut, jangan dibiarkan bersepah-sepah; 2. memetik
atau mengambil buah (bunga, hasil tanaman, dll): petani gembira ~
hasil tanaman mereka; kanak-kanak yg rajin ~ bunga; 3. ki
mengambil manfaat (faedah, untung, dll): kita yg bersusah-payah,
orang lain yg ~ hasilnya; 4. menarik atau mengutip (bia, cukai,
derma, sewa, tol, dll): pertunjukan pentas kerana ~ derma bencana
alam; kalau dapat bolehlah diberikan ubat-ubat itu tanpa ~
bayaran; hasil zakat yg dapat dipungut tahun ini sungguh
memuaskan; 5. mengutip atau memetik (karangan dll), mengambil
atau meminjam kata-kata (drpd bahasa lain): buku ini mengandungi
beberapa cerita yg dipungut drpd beberapa hikayat yg terkenal; 6.
= memungutkan ark mengambil akan anak, mengambil (laki-laki)
utk dijadikan menantu, mengambil orang utk dijadikan pembantu
rumah tangga: persatuan utk ~ anak-anak yg terbiar; akan
kupungut anak cucunya; 7. = ~ suara mengundi dgn mengambil
suara (anggota, rakyat, dll): cadangannya utk ~ suara seluruh ahli
dewan diterima oleh ketua;
memunguti memungut (mengambil) berkali-kali;
memungutkan memungut (mengambil) sesuatu utk orang lain;
pungutan sesuatu yg dipungut, pendapatan (perolehan, hasil)
memungut: kata ~; wang ~;
~ suara a) referendum; b) pilihan raya; ~ zakat hasil kutipan zakat;
pemungutan perbuatan memungut: ~ hasil (cukai dll); ~ suara;
pemungut 1. orang yg memungut: ~ derma; ~ sampah; ~ zakat; 2.
orang yg mengetuai jabatan memungut hasil dll: ~ hasil tanah; ~
hasil setem.
punitif bkn perbuatan mengenakan (melibatkan) hukuman: negara kecil
sanggup mengambil tindakan penentangan yg ~.
punjin Mn ark sj tali pinggang yg ada tempat wang, angkin.
Punjabi bangsa yg berasal dr Punjab, India.
punjung I para-para tempat menjalarkan tanam-tanaman, rumah kecil (di
kebun dll) utk tanaman-tanaman menjalar: bersenang-senang di dlm
~ taman bunga.
punjung II; memunjung 1. terkeluar ke muka, menganjur, membusung
(ke depan): dadanya ~ ke depan; 2. = memunjungi Mn
menghormati, memuliakan: ~ arwah nenek moyang.
punjut sapu tangan dll yg keempat-empat sudutnya diikat menjadi satu
(utk membawa sesuatu);
memunjut menyimpulkan (mengikat) keempat-empat sudut sapu
tangan dll (menjadikan punjut).
punsu C cerdik, pandai, pintar.
puntal; berpuntal-puntal 1. bergulung-gulung spt dipintal-pintal: urat yg
~; rambutnya ~; 2. beberapa gulung benang (tali dll): ~ benang;
memuntal 1. menggulung di tangan atau kayu (benang, tali, dll),
menggelendong, mengumpar: ~ tali sabut; 2. menyingkatkan,
memendekkan, meringkaskan (perkara, urusan, dll);
puntalan gulungan (benang, tali, dll).
punti I sj pisang, pisang raja.
punti II; 1. = ikan ~ sj ikan laut; 2. = ular ~ sj ular, ular tiung.
puntianak I sj hantu perempuan yg suka menghisap darah orang
(terutama orang beranak), langsuir, si ngiang-ngiang.
puntianak II; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar (ara) dani,
akar suluh, (re)dani, selimpas, u(r)dani, Quisqualis indica.
puntir Jw; memuntir memulas, memilin;
terpuntir terpulas.
puntu pontoh.
puntuk Jw bukit kecil, longgok (timbun) tanah.
puntul Jk tidak runcing, tidak tajam (lancap), tumpul.
puntung I 1. lebihan atau kelebihan (rokok, kayu, dll) yg sebahagian
besarnya sudah terbakar: ~ rokok; ~ kayu; ~ suluh; berhubung ~
sangat banyak menghisap rokok; spt meninggalkan ~ suluh di
tangga tidak dihiraukan lagi; 2. kudung, buntung, kotong: baju ~;
seluar ~; ada banyak orang yg ~ tangannya, ~ kakinya; 3. bp
merugi: dasar sial sepuluh kali beruntung, sebelas kali ~; 4.
penjodoh bilangan utk keratan kayu yg pendek-pendek (kayu api
dll): tolong bawakan beberapa ~ kayu api ke atas rumah; sekerat
se~ saja beberapa orang saja; ~ api sisa kayu api yg telah terbakar;
~ rokok rokok yg tinggal pendek sahaja (sesudah dihisap);
~ berasap prb sesuatu yg mustahil; ~ sekerat penyiar rimba prb
orang seorang banyak anaknya; dibakar melilit ~ prb orang yg tidak
membiarkan godaan nescaya dia membalas; jangan ~ berasap jua
prb perselisihan yg telah selesai jangan ada ekor-ekornya lagi
supaya keadaan tenang kembali; mengambil ~ pemukul kepala prb
kebaikan dibalas dgn kejahatan; padam menyala tarik ~ prb barang
di mana mati di situlah ditanamkan; selembap-lembap (selemau) ~
di dapur, ditiup menyala juga prb sesuatu pekerjaan jika dilakukan
dgn sungguh-sungguh lambat-laun berhasil jua; tarik ~ padamlah
bara prb berbuat sesuka hati kerana tidak ada bahaya lagi;
memuntung menjadi puntung (kotong, kudung);
memuntungkan memotong (mengerat) hingga puntung,
mengudungkan;
kepuntungan tinggal puntung, jadi puntung (pendek sahaja lagi):
rokok yg dihisapnya itu sudah ~.
puntung II; (ikan) ~ damar sj ikan laut, Mugil vaigiensis (Sillago spp.).
punya 1. = mempunyai menaruh, ada, memiliki: kau masih ~ duit?; ~
kerja Jk berhajat (mengadakan perayaan perkahwinan dll); 2. =
kepunyaan sesuatu yg dimiliki, hak, milik: buku ini ~ saya bukan ~
tuan; 3. = yg ~ = tuan ~ yg memiliki, pemilik: tolong kembalikan
buku ini kpd tuan ~nya; manusia sejati yg ~ segala kemungkinan;
ini saya ~ saya pemiliknya (kepunyaan saya); 4. bp milik drpd; dia
~ fasal fasalnya; dia ~ rumah rumahnya; engkau ~ salah salahmu;
tuan ~ hal hal tuan; 5. bp sesudah begitu lama (berjalan, berhitung,
berfikir, dll), dgn sungguh-sungguh, baik-baik (utk mempersangat):
jalan ~ jalan bersualah mereka dgn seorang perempuan; hitung ~
hitung wang itu ternyata kurang juga apabila dihitung-hitung atau
apabila dihitung betul-betul; fikir ~ fikir akhirnya diterimanya juga
tawaran itu sesudah berfikir-fikir atau sesudah difikirkan sungguhsungguh;
pilih ~ pilih terdapat nyiur ditebuk tupai apabila memilihmilih
sangat terdapat yg tidak elok;
sepunya dimiliki (dipunyai) bersama oleh dua pihak atau lebih:
kerjasama ini jelas kelihatan dgn munculnya satu bidang ~;
berpunya 1. ada yg punya (empunya), sudah dimiliki, bertuan:
harta tidak ~ harta yg tidak ada pemiliknya; 2. sudah bersuami
(beristeri), sudah bertunang: gadis itu sudah ~, jangan diganggu
lagi; 3. berada, kaya (orang): dia suka bergaul dgn orang yg ~
sahaja;
mempunyai, mengepunyai ark, mengempunyai ark memiliki,
menaruh: fantasi sebenarnya suatu pembawaan yg tidak dipunyai
oleh tiap-tiap orang; Pak Kaduk dan Lebai Malang memang
merupakan manusia yg dungu tetapi ~ daya berfikir;
mempunyakan ark 1. menjadikan milik; 2. mempunyai;
kepunyaan sesuatu yg dipunyai (oleh), hak, milik: kebanyakan
tanah ini ~ orang kampung;
pemunya yg empunya, yg mempunyai, pemilik; empunya.
pupa (Bio) serangga pd peringkat perkembangan antara larva dgn dewasa
yg biasanya tidak aktif.
pupal sl pinang.
pupil (Bio) bukaan kecil bulat berwarna hitam di tengah-tengah iris mata
yg berfungsi mengawal banyaknya cahaya yg masuk ke retina.
pupu; anak ~ kemanakan; saudara dua ~ saudara semoyang; cucu ~ cucu
drpd saudara sepupu; ~ poyang banyak saudara pupu;
sepupu = saudara ~ saudara sedatuk (senenek);
bersepupu mempunyai hubungan sepupu: mereka berdua ~;
bersepupukan mempunyai seseorang sbg sepupu: aku rasa
bertuah dapat ~ budak itu;
berpupu mempunyai (hubungan) pupu; ~-poyang mempunyai
(hubungan) pupu dan poyang.
pupuh; ayam ~ ayam sabungan (tidak bertaji); berperang ~ sl latihan
berperang (permainan berperang), perang-perangan; kena ~ kena
pukul;
berpupuh 1. berlaga, bersabung (ayam): maka ~ dua tiga kali
pupuh; 2. sedang menyabung (ayam): ~ ayam; 3. = ~ bertinju Mn
berkelahi pukul-memukul hebat atau kuat;
memupuh 1. ark memukul; 2. Mn menyabung (ayam) lama-lama;
dipupuhnya jalan Mn ia berjalan cepat-cepat (tidak berhenti-henti);
dipupuhnya makan Mn ia makan banyak-banyak; dipupuhnya
bekerja Mn ia bekerja sekuat-kuatnya;
memperpupuhkan menjadikan berpupuh, menyabungkan ayam yg
tidak bertaji.
pupuk I 1. benda yg digunakan utk menyuburkan tanah (tanam-tanaman),
baja; 2. sesuatu yg boleh menyebabkan subur (maju, berkembang,
dll): nasihat itu dirasainya sbg ~ bagi cita-citanya yg ingin maju;
kekalahan Jepun menjadi ~ yg memanaskan perkembangan baharu
menuju kemerdekaan;
~ alam pupuk asli spt tahi binatang atau daun-daun (bukan yg
dibuat oleh manusia), baja asli; ~ buatan pupuk yg dibuat secara
kimia, baja buatan, baja tiruan; ~ hijau pupuk drpd daun atau
tumbuh-tumbuhan, baja hijau; ~ kandang pupuk drpd tahi binatang
(spt tahi lembu, kerbau, dll), baja kandang; ~ kuda pupuk drpd tahi
kuda;
memupuk 1. menyuburkan tanah (tanam-tanaman) dgn pupuk,
membubuh pupuk (atau baja) pd, membajai: tanah itu dipupuk dgn
baja; 2. menggemukkan (badan, binatang, dll): ayam biri meskipun
tidak dipupuk, gemuk juga; 3. menjadikan atau menyebabkan subur
(maju, berkembang, dll): karya-karya dan tulisan pengarang boleh
~ semangat dan kemajuan masyarakat; menyemai dan ~ semangat
cintakan tanah air;
pupukan hasil (perbuatan) memupuk: masyarakat mulai menerima
~ fikiran moden;
pemupukan perbuatan (cara, usaha, dsb) memupuk: ~ pengaruh
harus banyak mendapat perhatian kita; ~ satu kesedaran dan
semangat kemalaysiaan;
pemupuk yg digunakan (dipakai) utk memupuk.
pupuk II = ~ ubat ubat yg dibuat drpd tumbuh-tumbuhan (daun-daunan
dll) yg ditumbuk atau digiling lumat-lumat dan diletakkan di ubunubun
dll; masih berbau ~ jerengau bp masih muda sangat, masih
belum berpengalaman (masih mentah lagi);
memupuk meletakkan pupuk (di ubun-ubun dll).
pupul Ph gulung (tali kail).
pupur I = tepung ~ = pupuran bedak;
berpupur berbedak: ada yg ~ sebelah mukanya sambil berlari-lari
pergi melihat;
memupurkan membedaki (muka dll).
pupur II; memupur berguling-guling dan berkepak-kepak di tanah dll
(ayam, burung);
pupuran; ~ ayam tempat ayam memupur.
pupur III sj tumbuhan (pokok), Baccaurea sapida.
pupus I habis semua sekali, hilang lenyap, binasa semuanya, punah:
bekerja di arkib dan mengutip bahan-bahan yg kian ~; sbg
seorang yg berjiwa seni tidaklah ~ atau mati seninya dgn kerana
hidupnya yg sengsara itu;
ia sudah ~ ia tidak mempunyai kaum keluarga lagi; harta bendanya
telah ~ harta bendanya habis semuanya;
memupuskan membinasakan, memunahkan, menghapuskan,
menghilangkan sama sekali: adakah kasih sayang kita yg lama
bercambah itu akan kita pupuskan?; apakah ertinya hidup ini
bagiku kalau engkau pun telah ~ namaku dr hatimu?; ~ malu
menghilangkan malu;
terpupus sudah terhapus (hilang, lenyap, dll): perbuatanmu yg
derhaka itu merupakan suatu aib yg tidak akan ~ lagi;
kepupusan hilang lenyapnya, hapusnya sama sekali: kajian
mengenai masalah ~ penyu akan dijalankan oleh kerajaan negeri;
memelihara warisan budaya drpd ~;
pemupusan perihal (perbuatan dsb) memupuskan, pemusnahan,
penghapusan: kadar pemulihan hutan yg tidak seimbang dgn kadar
~;
pemupus orang yg memupuskan; ~ orang orang yg menolong
menghilangkan malu (orang lain), penyelamat.
pupus II Jw pucuk yg masih muda, daun muda: ~ daun pisang.
puput I Mn sj alat bunyi-bunyian yg ditiup (diperbuat drpd batang padi,
daun kelapa, dll), wisel, semboyan: menghembus ~; kedengaran ~
kereta api;
berpuput 1. bertiup, berhembus: hujan mulai teduh dan angin
sejuk pun ~; angin laut ~ sepoi bahasa; 2. meniup puput;
memuput meniup (puput), menghembus: air laut itu berolak-olak
kecil apabila dipuput angin;
puputan 1. tiupan; ~ angin; 2. hembusan: ~ bayu yg menyegarkan;
3. Br buluh dll utk menghembus angin (menyalakan api).
puput II Jk sepotong besi utk mengumpil dll, linggis.
puput III sj ikan laut, belalak mata, Pellona spp.; ~ banang = ~ bandang
sj ikan laut, Hemirhamphus far; ~ melaka sj ikan laut, Pellona spp.
pura I Mn 1. pundi-pundi yg diperbuat drpd kain (tempat wang), kantung
kecil, dompet; 2. ark tempat memperjualbelikan saham, tempat
saudagar-saudagar besar berjual beli, bursa; 3. ark wang yg
disediakan atau dikumpulkan utk sesuatu tujuan, dana: sekali
membuka (mengorak) ~ dua tiga hutang terbayar prb sekali
melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.
pura II sl bandar, kota, negeri (Singapura, Inderapura, dll).
purah Kl kasar (tidak lumat), berkerutu (tidak licin).
pura-pura tidak sungguh-sungguh, main-main sahaja: bukan sakit
sungguh, melainkan ~ saja;
berpura-pura berbuat seakan-akan (seolah-olah), melakukan
dirinya spt (seseorang dsb yg bukannya dirinya yg sebenar),
berlagak: seorang ahli sihir ~ menjadi seorang perempuan tua yg
peramah; ~ tidak tahu; ~ tidak melihat;
kepura-puraan perbuatan dll yg hanya pura-pura sahaja,
kepalsuan: dia ingin mendedahkan segala ~ yg diamalkan oleh
gadis itu.
puras I  purah.
puras II pemuras.
purata nilai yg diperoleh dgn membahagikan jumlah sebilangan kuantiti
dgn bilangan kuantiti tersebut, hitung panjang;
memuratakan mengira secara purata: jika dipuratakan, hasil
bijirin seekar yg diperoleh ialah 20.8 pikul;
pemurataan proses atau perbuatan menilai (menghasilkan dsb)
sesuatu secara purata.
purau ark parau.
purba sl zaman dahulu, dahulu; masa (zaman) ~ zaman dahulu;
kepurbaan perihal (keadaan, sifat dsb) purba.
purbakala masa dahulu sekali, zaman kuno, dahulukala;
ahli ~ orang yg mempunyai pengetahuan tentang barang-barang
atau hal-hal kuno; ilmu ~ pengetahuan tentang barang-barang atau
keadaan zaman kuno;
kepurbakalaan hal (ciri dsb) yg berkaitan dgn purbakala.
purbarasa ark firasat, prarasa.
purbasangka ark prasangka.
purbawan orang yg mengkaji, mengumpul dan menjual barang-barang
antik.
purbawara sj drama satu babak yg mengisahkan cerita kuno.
purbawisesa (purbawisésa) Jw ark kekuasaan sepenuh-penuhnya.
purdah 1. ark kain (tirai) utk menutup orang perempuan supaya tidak
dapat dilihat; 2. kain (tirai) yg dipakai di muka perempuan (supaya
jangan kelihatan);
berpurdah memakai (atau mempunyai) purdah: apakah wanita yg
bertudung dan ~ sukar bertemu jodoh?
puri I 1. sl benteng atau kota yg dilingkungi parit: ~ dgn lubang-lubang
tempat menembak; 2. istana, keraton: mengamuk segala dayang
dlm ~; 3. ruang atau tempat yg lega dlm istana; 4. (Bali) rumah
pemujaan, kuil: kemudian nyala api kelihatan membumbungbumbung
dr atas ~.
puri II perahan yg pekat drpd buah atau sayur yg dimasak dan ditapis;
memurikan memproses atau membuat buah-buahan atau sayursayuran
menjadi puri: ~ tomato.
puring I = ikan ~ sj ikan laut.
puring II bp kain lapisan baju yg di sebelah dalam.
puris Kd, Pr lidi atau bilah-bilah yg kecil;
~ api bilah (anak-anak) mancis api; ~ nyiur lidi; purus III.
purisme sikap, faham atau aliran yg mempertahankan kemurnian dlm
sesuatu perkara, terutamanya bahasa, muzik dan seni.
purit Kl; masam ~ sangat masam.
purnama 1. = bulan ~ bulan yg bulat benar pd 14 dan 15 hari bulan
mengikut bulan Tahun Hijrah: barang siapa yg ingin melihat
keindahan Taj Mahal seindah-indahnya datanglah pd malam 15 ~;
di bawah sinar bulan ~; ~ raya bulan purnama yg sebulat-bulatnya;
cahaya ~ cahaya bulan yg penuh; pasang ~ (air) pasang naik ketika
bulan purnama; 2. bulan (tiga puluh hari): kadang-kadang sampai
dua ~, kadang-kadang sampai empat ~ baru ia pulang.
puru 1. sakit patik, Framboestia tropica; ~ bunga belang putih-putih pd
kulit tanda akan sakit puru (patik); ibu ~ puru yg besar; 2. sj
penyakit kulit; jenis-jenisnya: ~ dedak, ~ jahat, ~ koci, ~ sekam, ~
sembilik, dll;
getikkan ~ di bibir prb tidak dapat membenci anak isteri (keluarga)
yg buruk kelakuannya; orang yg ~ gatal tubuhnya nescaya
menggaru juga kerjanya prb sesuatu perbuatan yg jahat itu lambat
laun nampak juga oleh orang;
berpuru menghidap sakit puru.
puruh; rumput ~ batu sj tumbuhan (rumput), rumput kepala lalat,
Fimbritylis diphylla.
puruk I Mn; memurukkan 1. memasukkan ke dlm lubang dll,
membenamkan, memperosokkan: kakinya itu dipurukkannya ke
dlm lumpur; ~ kapal ke laut menenggelamkan kapal ke laut; 2.
memasukkan (ke dalam, ke bawah), menjejalkan, menyusupkan: ia
~ badannya di bawah longgokan kain;
terpuruk 1. terbenam: matahari ~ di balik pergunungan; matanya
~ matanya terbenam; 2. terperosok, terperlus: kakinya ~ ke dlm
lubang.
puruk II; ~-porak sl porak-peranda, terserak-serak.
purun = ~ danau sj tumbuhan (rumput), Lepironia articulata
(mucronata); ~ tikus tumbuhan (rumpai), Fimbristylis globulosa;
rumput ~ batu sj tumbuhan (rumpai), a) rumput serai jantan
(janggut kuau, kepala lalat halus, salah pemakai), Fimbristylis
aestivalis; b) rumput para-para, rumput kepala lalat, Fimbristylis
diphylla.
purung sj ikan laut, Lycothrissa crocodilus.
purus I Jw sj puting pd pangkal tiang rumah dll (yg dimasukkan ke dlm
batu sendi).
purus II = memurus, murus Id sakit buang-buang air;  urus II.
purus III Kd lidi (kelapa), bilah-bilah yg halus; puris.
purut berbintil-bintil, kasap, kasar (kulit); limau ~ sj limau yg kasap
kulitnya, Citrus papeda.
purwakanti Jw persesuaian bunyi pd beberapa kata, sajak.
pus 1. Id, sr kata utk memanggil kucing; 2. Kd, sr kata utk menghalau
kucing.
pusa ark desakan (dorongan, keinginan), hal, hasrat.
pusaka 1. segala harta benda yg ditinggalkan oleh orang yg telah
meninggal (utk diwarisi oleh keluarganya dll), warisan: ayahnya
baru meninggal dunia dgn meninggalkannya ~ yg agak banyak
juga; 2. sesuatu yg diwarisi turun-temurun; adat ~ adat yg turuntemurun;
keris (tanah) ~ keris (tanah) yg diwarisi turun-temurun; 3.
= harta ~ Mn harta turun-temurun drpd nenek moyang yg boleh
digunakan oleh kaum keluarga sahaja dan tidak boleh dijual dll;
~ rendah pusaka yg diperoleh drpd orang perseorangan (barangbarang
pemberian dll); ~ tinggi harta pusaka yg dimiliki oleh kaum
(tanah dll);
berpusaka beroleh (memiliki) pusaka;
memusakai menerima (mewarisi) pusaka drpd: kepercayaankepercayaan
ini telah dipusakai oleh orang Melayu drpd nenek
moyang mereka; waris-warisnya ~ hartanya;
memusakakan meninggalkan (memberi) pusaka kpd: dlm
wasiatnya segala hartanya dipusakakan kpd isteri dan anaknya.
pusal  kusal.
pusam tidak bercahaya, kabur, kusam.
pusang ark 1. = ~ hati tidak tenteram hati, rusuh hati, gelisah: di dlm hati
sangatlah ~ melihat pangkalan ditutup pasang; 2. = perut ~ perut
busung.
pusar I = ~ kepala = pusar-pusar rambut yg merupakan lingkaran (di
kepala dll).
pusar II; berpusar, berpusar-pusar berkisar, berpusing, berputar
(kisaran angin, olak air, dll): fikirannya ~; cerita ini ~ pd soal
cinta;
memusar 1. memutar, memusingkan, mengisarkan; 2.
menghancurkan (daun sirih dll) yg dihimpit antara tapak tangan yg
dipusing-pusing;
pusaran 1. sesuatu yg berpusar, barang apa yg berpusar; 2. gerakan
berpusar, kisaran, pusingan, putaran: kelasi-kelasi berdayung
menghindarkan diri dr ~ air kapal yg akan tenggelam;
~ angin kisaran angin; ~ telefon putaran telefon;
perpusaran perihal berpusar, perkisaran, perputaran.
pusar III Jw pusat; titik ~ titik pusat.
pusara I Mn kubur, perkuburan.
pusara II Jw tali (teraju, pimpinan); memegang ~ negara memegang
pimpinan negara.
pusat 1. lekuk di tengah-tengah perut (bekas tempat usus berhubungan
dgn uri ketika baru lahir): maka dikerat ~nya lalu dibedung dgn
kain putih; tali ~ usus yg menyambungkan perut bayi dgn uri; 2. =
pusatan titik yg di tengah-tengah sekali (pd bulatan, lingkaran
rajah, dll); garis(an) ~ garis(an) yg di tengah-tengah; 3. kawasan
(daerah) yg letaknya di tengah-tengah benar: Masjid Negara
letaknya di ~ Kuala Lumpur; 4. punca atau tumpuan berbagai-bagai
kegiatan dll, tempat yg menjadi punca segala aktiviti, tempat
terdapatnya atau berlakunya pelbagai kegiatan dsb yg utama atau
tertentu: Kuala Lumpur ialah ~ pentadbiran negara; Universiti
haruslah menjadi ~ pengajian tinggi dan kegiatan kebudayaan
nasional; ~ penjagaan kanak-kanak dan bayi; ~ kesihatan; kantor
~ Id ibu pejabat; kerajaan (pemerintah) ~ kerajaan negeri (daerah),
kerajaan nasional; pemimpin ~ pemimpin yg terutama (dlm syarikat
dll), pemimpin di peringkat kebangsaan; 5. Id kerajaan atau
pemerintah pusat; kuasa ~ kuasa kerajaan pusat;
~ air bahagian tengah pusingan air yg berupa lekuk; ~ alam (bumi)
bahagian tengah alam (bumi); ~ belia tempat belia berkumpul; ~
berat titik tempat tumpuan semua berat (sesuatu benda); ~ dialisis
tempat para pesakit buah pinggang menjalani proses pembersihan
darah; ~ jala pertengahan jala; ~ jalan tempat tumpu jalan dr
berbagai-bagai hala (dlm bandar); ~ kesihatan (bidan) klinik; ~
latihan tempat diadakan latihan; ~ pemerintahan (kerajaan) tempat
yg jadi pokok kedudukan pemerintahan negara; ~ pengajian (tinggi)
= ~ ilmu pengetahuan sekolah (tinggi), institut, dll; ~ penyelidikan
(percubaan) tempat diadakan penyelidikan; ~ perhatian
(pemerhatian) objek yg jadi tumpuan perhatian; ~ perusahaan
tempat yg jadi pokok kedudukan perusahaan; ~ serenti tempat
pemulihan orang yg bermasalah, terutamanya yg berkaitan dgn
penagihan dadah; ~ tali air tempat kawalan bekalan air; ~ tenaga
elektrik (listrik) Id kilang pembangkit elektrik; ~ jala pumpunan
ikan prb orang yg jadi tempat memulangkan sekalian hal ehwal dlm
sesuatu kaum (sesuatu pekerjaan);
sepusat (Mat) sama (satu) titik yg di tengah-tengah (pd bulatan):
bulatan ~;
berpusat 1. seluruhnya berpunca (drpd), semuanya ditujukan atau
dikumpulkan (di, pd), bertumpu (pd): kebanyakan cerita yg
dikemukakannya ~ pd tema yg sangat sederhana dan biasa sahaja;
perbualan mereka biasanya ~ pd soal kenaikan harga barangbarang;
2. mempunyai pusat (di), berkedudukan (di): Yamtuan itu
di bawah pengaruh Kompeni Belanda yg ~ di Betawi;
berpusatkan mempunyai pusat di: berkurangnya pengaruh
kehidupan secara feudal yg ~ istana;
memusat menumpu, mengarah, menuju: fikirannya lebih memberat
dan lebih ~ pd soal lain;
memusatkan mengarahkan (mengumpulkan, menujukkan, dll) ke
suatu tempat (perkara, titik, dll): Malaysia ~ ekonominya kpd
pengeluaran getah dan bijih timah; apabila menjadi khalifah ia
meninggalkan perniagaannya dan ~ seluruh tenaganya utk
mengembangkan agama Islam; sebahagian drpd kekuatan tentera
dipusatkan di sempadan;
terpusat diletakkan di bawah kawalan pusat: organisasi
perniagaan dlm bentuk ~;
pusatan ark pusat;
pemusatan perbuatan memusatkan: Sultan Perak menentang ~ yg
terlalu ditegaskan di Kuala Lumpur; ~ penduduk ke bandarbandar
besar berlaku sejak lepas Perang Dunia Kedua; ~
angkatan perang di sempadan.
puser Jw  pusar III.
pusing 1. bp berputar; ~ belit akal (perkataan, tipu daya, dll) yg berbelitbelit;
cakap ~ berputar balik (perkataannya); 2. = ~ kepala sakit
kepala, pening: ia tidak dapat berdiri kerana ~ kepalanya; 3. hilang
akal, tidak keruan fikiran, bingung: sampai ~ saya dibuat olehnya;
4. = pusing-pusing bp bersusah payah, sibuk-sibuk, susah-susah:
janganlah pusing-pusing sangat tentang soal duit itu boleh saya
usahakan; 5. bp turut memikirkan dll, endah, peduli: saya tidak ~,
itu bukan urusan saya; (tidak) ambil ~ bp (tidak) ambil peduli,
(tidak) mempedulikan; 6. = dadu ~ Id dadu putar, sintir; ~ ganti
(Eko) a) jumlah hasil jualan sesuatu perniagaan; b) nisbah jualan
dgn purata stok utk sesuatu tempoh yg dinyatakan;
berpusing 1. berputar (baling-baling, kipas, roda, dll): enjin sebuah
motokar ~ 4½ kali tiap-tiap kali rodanya ~; bumi ~ di paku
alamnya; 2. beralih hala, berubah arah: kanak-kanak disuruh
menghadap ke arah utara, kemudian disuruh ~ ke arah timur;
berpusing-pusing 1. berputar-putar, berkisar-kisar, berpusar-pusar:
perahu ~ dihempaskan ombak; ia dipukul pd kepalanya, ~ lalu
rebah; 2. bergerak berkeliling: helikopter ~ di udara mengakap;
berjalan itu bukannya menurut jalan besar, ~ kampung dan sawah
padi;
memusing memutar: ~ skru; ~ jarum jam;
memusingkan 1. menjadikan berpusing, memutar: apabila roda
kanan dipusingkan, roda kiri pun berpusing juga; ~ undangundang
memutarbalikkan maksud undang-undang; ~ wang (modal)
mengedarkan wang utk berniaga, memperniagakan; 2. = ~ kepala
menyebabkan pusing (kepala), memeningkan kepala: semua
pertanyaan itu tidak berjawab dan ini ~ kepalanya; ada beberapa
hal yg ~ saya masa ini; 3. menghilangkan akal, membingungkan,
menyukarkan, menyusahkan: cara menghafal satu-satu spt
pengajaran makna peribahasa dan maksud-maksud huruf
penambahan sangat ~; 4. bersusah-susah memikirkan, turut
memikirkan, mengendahkan, menghiraukan, mempedulikan: segala
pesanan orang tuanya tidak dipusingkan; 5. mengalihkan hala,
mengubah arah: ~ mukanya ke arah lain; ia terpaksa ~ badannya
apabila hendak memandang ke arah lain;
terpusing-pusing bergerak (hanyut, jatuh, terbang, dll) tidak tentu
hala: beberapa hari mereka ~ jauh di tengah laut;
pusingan 1. gerakan berpusing, edaran, kisaran, kitaran, putaran;
piala ~ piala yg menjadi rebutan kejohanan (tiap-tiap tahun dll); ~
wang (Eko) gerakan berpusing wang dlm masyarakat; 2. (Geog)
gerakan berpusing pd satu titik pusat: kelajuan ini sama dgn
kederasan ~ bumi di atas paku alamnya; 3. bahagian permainan
(pertandingan dll) yg tertentu waktunya, babak;
perpusingan 1. perkisaran, perkitaran, perputaran; 2. perihal
berpusing-pusing (perkara dll);
pemusingan perbuatan memusingkan, pemutaran;
pemusing 1. Id alat atau mesin yg menggunakan tenaga pusingan;
2. sesuatu yg digunakan utk memusing, alat pemutar (obeng dll); 3.
ark orang yg bersifat putar belit.
puspa I sl bunga; ~ hati ki kekasih, buah hati; taman ~ (sari) taman
bunga, jambangan.
puspa II Br mahkota;
berpuspa bermahkota; selamat ~ selamat bermahkota;
perpuspaan permahkotaan, pertabalan.
Puspakom akronim bagi Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer.
Puspanita akronim bagi Persatuan Suri dan Anggota Wanita
Perkhidmatan Awam Malaysia.
pusparagam 1. sl aneka warna, berbagai-bagai warna, berwarna-warni; 2.
himpunan berbagai-bagai lagu (muzik).
puspas IB bercampur tidak tentu, campur aduk.
PUSPATI akronim bagi Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail.
puspawarna 1. sl warna bunga; 2. sl berwarna-warna, berbagai-bagai,
bermacam-macam.
puspita sl bunga; ~ hati kekasih hati.
pusta sj perahu (kapal) zaman dahulu.
pustaka 1. sl kitab, buku; 2. kitab ramalan, perimbon; taman ~ = balai ~
a) tempat simpanan (persediaan) buku-buku utk digunakan; b) =
perpustakaan kumpulan buku (bacaan dll); 3. (Komp) kumpulan
atur cara, rutin, atau subrutin yg disimpan secara tersusun dlm
storan utk kegunaan pengguna atau atur cara lain;
perpustakaan 1. kumpulan buku (bacaan dll); 2. bangunan (bilik
dll) yg mengumpulkan buku-buku (utk bacaan dll); 3. =
kepustakaan kesusasteraan, buku-buku kesusasteraan;
~ awam perpustakaan yg perkhidmatannya terbuka kpd masyarakat
umum (orang ramai); ~ bergerak perpustakaan yg dibawa kpd
masyarakat (dr satu tempat ke tempat lain dgn menggunakan
kenderaan);
kepustakaan 1. kesusasteraan, buku-buku kesusasteraan; 2. senarai
buku yg dipakai utk mengarang dll, bibliografi; 3. semua buku
(terbitan, hasil karya, dsb) tentang sesuatu bidang ilmu pengetahuan
dsb.
pustakawan orang yg mempunyai pengetahuan yg dalam tentang
perpustakaan dan terlibat dlm pengurusan perpustakaan, ahli
perpustakaan;
kepustakawanan hal (ciri, sifat, fungsi dsb) yg berkaitan dgn
pustakawan.
pustul (Ubat) jerawat yg mengandungi nanah.
pusu I ark busut, longgok, timbunan; pongsu I.
pusu II kelompok;
berpusu, berpusu-pusu berkelompok-kelompok, berduyun-duyun:
orang ~ berdiri di kaki lima; askar Jepun berpusu-pusu menaiki
kereta api.
pusu III Mn = berpusu, berpusu-pusu kusut atau berterbangan ke sana
sini (asap, kekabu, rambut, dll): ia menyapu-nyapu rambut anaknya
yg ~ kerana angin; asap rokok mula berpusu-pusu dr mulutnya;
fikiran yg berpusu-pusu fikiran yg kusut; lari berpusu-pusu lari ke
mana-mana tidak tentu hala.
pusung Mn bodoh, pandir, tolol.
pusut Jk pencucuk, penggerek, penusuk (jarum dll);
memusut mencucuk, menggerek, menusuk.
putar gerakan berpusing (bertukar arah); ~ alam cenderung melakukan
tipu daya atau tipu muslihat; ~ negeri perebutan kekuasaan
pemerintah, revolusi;
seputar Jk sekeliling, sekitar, sepanjang: ~ kampung; ~ malam;
kejadian ~;
berputar 1. berpusing, berkisar, berkitar, berpusar: anak kunci ~;
ceritanya ~ pd soal cinta; roda ~ dgn kelajuan 3 radian tiap-tiap
saat; 2. berganti arah, berbelok, berkelok: ia ~ ke jurusan lain; 3.
beredar (bergerak, berjalan) berkeliling: ~ dr pejabat ke padang
tenis; wang baru Malaysia sudah ~; kapal terbang itu dua kali ~ di
atas kota;
~ fikiran berubah fikiran; ~ haluan berganti haluan; ~ kecek (cakap)
beralih (berubah) percakapan; ~ lidah berbelit-belit perkataannya,
mengingkari janji, berbohong;
berputar-putar 1. berpusing-pusing, berkisar-kisar, berpusarpusar:
baiklah jangan ~ pd keterangan ini sahaja; sebuah kereta
radio polis dgn lampu birunya ~; 2. = berputar bergerak (berjalan,
terbang, dll) berkeliling: mereka datang kerana melihat gadis-gadis
cantik yg ~ di pasar itu; 3. tidak langsung menuju (tempat dll yg
dimaksudkan, tujuan yg sebenarnya), berbelok-belok (berjalan,
bercakap, dll);
memutar 1. menjadikan berputar, memusing(kan): ~ dadu; ~ skru;
2. mengubah arah dll, membelokkan, mengelokkan: meriam itu
diputar ke arah kapal perang yg sedang belayar; kesedaran ini
akan ~ haluan hidupnya kpd yg lebih sempurna; 3. membelitbelitkan
(perkataan dll), membolak-balikkan (kebenaran dll):
kebenaran tidak dapat diputar-putar; ia seorang yg pandai ~
perkataan; 4. memindahkan (tanaman dll): apabila ia berumur
beberapa bulan pohon itu hendaklah diputar ke tempat lain; 5.
mencampur, mengaduk, mengarau;
~ enjin menghidupkan enjin; ~ filem mempertunjukkan filem; ~
lidah membelit-belitkan perkataan, mengingkari (mengubah) janji; ~
otak memikirkan dgn sungguh-sungguh (atau dgn susah payah); ~
percakapan (cakap kecek, perbualan) mengubah tajuk atau pokok
perbualan, memindahkan atau membelokkan percakapan kpd
perkara lain; ~ wang (modal) menjalankan wang utk berniaga;
memutarkan 1. menggerakkan supaya berputar, memusingkan: ~
jarum jam ke belakang; 2. memutar utk orang lain;
memperputarkan 1. memperedarkan (wang, barang dagangan,
dll); 2. mengeluarkan dan menjalankan wang dlm perniagaan dll;
terputar 1. memutar atau diputar dgn tidak sengaja; 2. dapat atau
berupaya memutar: dia tidak ~ skru itu kerana terlalu ketat;
putaran 1. gerakan berputar, kisaran, kitaran, pusingan; beberapa
~ beberapa kali berputar; 2. sesuatu yg diputar (tombol pd radio dll,
roda pd mesin jahit, dll), sesuatu yg dipindahkan (dialihkan dll); ~
air kisaran air; ~ angin a) kisaran angin; b) pergantian angin;
~ filem pertunjukan filem (gambar); ~ masa pusingan atau
perubahan masa; ~ nasib perubahan (baik atau buruknya) nasib;
perputaran 1. perihal berputar-putar, perkisaran: ~ semua balingbaling
itu sama cepatnya; 2. peralihan (perubahan, pergantian)
masa atau keadaan dll: bersiap sedia utk menghadapi sendiri ~
sejarah pd masa akan datang; 3. pergerakan (wang, peristiwa,
kehidupan, dll) yg merupakan lingkaran, proses perdagangan (wang
dijadikan bahan dan diproses dan kemudian menjadi wang lagi);
pemutaran perbuatan memutar(kan): minyak melicinkan ~ sebuah
roda;
pemutar 1. alat utk memutar: ~ pancur air; ~ piring; ~ skru; 2.
orang yg memutar; ~ semangat ki sesuatu (nasihat dll) yg
memulihkan atau mendatangkan semangat.
putar balik 1. berbelit-belit (perkataan dll), bolak-balik; 2. mantera utk
memanggil pulang orang yg berpergian;
memutarbalikkan 1. memutarbelitkan; 2. membalikkan, memusing
balik (semula), mengubah (arah, kedudukan, dll): bagaimanapun
diputarbalikkan, pilihan kata adalah syarat syair yg mengenai
bentuk lahir.
putar belit akal (tipu muslihat, tipu daya, dll) yg berbelit-belit: berita itu
mengandungi segala macam ~;
berputar belit berlaku tidak jujur, berubah-ubah janjinya dll;
memutarbelitkan mengubah-ubah janji (kebenaran, perkataan,
dsb) dgn tujuan utk menipu dsb: kita tidak harus ~ fakta-fakta
sejarah.
putarwali sj tumbuhan (pokok memanjat), akar seruntun, batang wali,
gasing-gasing, Tinospora tuberculata; sungguhpun ~ itu raja
segala penawar tetapi pd kebanyakan selera ialah hamba segala
makanan prb sungguhpun segala pengajaran yg baik itu berguna
tetapi kebanyakan orang tidak hendak menerimanya.
putat sj tumbuhan; jenis-jenisnya: ~ air sj tumbuhan (pokok),
Barringtonia conoidea; ~ darat = ~ bukit = ~ gajah = ~ rimba sj
tumbuhan (pokok renek), Barringtonia sumatrana; ~ gajah = ~
hutan = ~ tuba sj tumbuhan (pokok), Barringtonia scortechini; ~
hutan = ~ bukit putih = ~ darah = ~ gajah = ~ talang sj tumbuhan
(pokok kecil), Barringtonia macrostachya; ~ kampung = ~ darat =
~ kedul = ~ padi sj tumbuhan (pokok kecil), Barringtonia
racemosa; ~ laut = ~ air = ~ gajah sj tumbuhan (pokok), peratun,
Barringtonia asiatica; ~ gajah sj tumbuhan (pokok kecil),
Barringtonia fusiformis; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat),
akar mentadu, akar telur bujuk, dagan, dagum, serapat akar, telinak,
Gnetum tenuifolium.
putera 1. anak raja yg laki-laki; ~ mahkota anak raja bakal pengganti
ayahnya (bakal raja); 2. anak atau anak laki-laki (utk menghormati);
~ Malaysia; ~ bumi bumiputera;
berputera 1. mempunyai putera, beranak: adalah ia ~ dua orang;
2. melahirkan anak (laki-laki), bersalin: permaisuri pun ~lah
seorang laki-laki;
berputerakan sl mempunyai sbg putera (anak), beranakkan:
adapun baginda itu ~ Sultan Mahmud;
diputerakan dilahirkan (anak): baginda ~ di Istana Anak Bukit pd
28 November 1927;
keputeraan 1. darjat sbg putera raja: dia menjaga ~ raja Thai; 2.
kelahiran; hari ~ hari kelahiran; ulang tahun ~ ulang tahun
kelahiran.
puteranda anakanda, putera.
puteri I 1. sl anak raja yg perempuan; tuan ~ anak perempuan raja,
permaisuri raja; 2. anak perempuan (utk menghormati), (kaum)
wanita: pandu ~; ~ sejati; ~ malam ark ki bulan.
keputerian hal (sifat, darjat dsb) yg berkaitan dgn puteri.
puteri II; ~ malu sj tumbuhan (pokok renek), keman, Mimosa pudica;
bunga ~ sj tumbuhan (anggerik), bunga bidadari, ekor gajah,
Grammatophyllum speciosum; daun ~ sj tumbuhan (pokok renek),
adap-adap, balik adap, serogah, Musaenda glabra.
puteri III; ~ mandi Kl sj kuih.
puti Mn ark gelaran bagi wanita keturunan raja-raja, puteri.
putih I 1. warna yg paling cerah (spt warna kapas), lwn hitam: bahagian
atasnya berwarna hitam dan bahagian bawahnya berwarna ~;
orang ~ = bangsa kulit ~ bangsa Eropah; 2. ki bersih, murni, suci;
~ bersih putih lagi bersih, putih sekali; ~ gading warna putih
kekuning-kuningan (spt warna gading); ~ hati a) lurus hati, jujur; b)
baik hati (suka menolong dll); ~ krim warna putih bercampur kuning
(bkn kain, cat dsb); ~ kuning a) kuning langsat (warna kulit yg
elok); b) kekasih; ~ langsat putih kuning; ~ lesi putih pucat (putih
sekali); ~ lueh (sueh) Kl putih lesi; ~ melepak putih sekali, putih
benar; ~ metah putih sekali; ~ pucat putih lesi; (ber)putih mata a)
mendapat malu; b) kurang senang atau sakit hati (melihat perbuatan
yg tidak senonoh, menunggu lama-lama dll); c) terlepas (peluang
dll); ~ sepor Kl putih sekali; ~ telur a) bahagian drpd isi telur yg
putih warnanya; b) albumin (zat yg sebatian kimianya spt putih
telur); (sampai) ~ tulang (sampai) mati; ~ umbut putih dan lembut;
~ dikejar, hitam tak dapat = lepas ~, hitam tak dapat prb baik-baik
dlm kesenangan dan pekerjaan yg berfaedah, tiba-tiba dilepaskan
dgn sia-sia; ~ di luar kuning di dalam prb perihal orang yg
kelihatan baik pd lahirnya tetapi jahat di dlm hatinya; ~ kapas boleh
dilihat, ~ hati berkeadaan prb putih atau lurus hati seseorang itu
dapat dilihat pd keadaannya (tingkah lakunya); belum tentu hitam
putihnya prb belum tentu keputusan sesuatu perkara; (ber)putih
tulang, jangan (ber)putih mata = lebih baik (ber)putih tulang drpd
(ber)putih mata lebih baik mati drpd menanggung malu; suruh ~
hitam datang prb kemuliaan yg dikejar kehinaan yg diperoleh;
berputih; ~ mata prb berhiba hati menanggung rindu (spt seorang
muda melihat tunangnya diambil orang);
memutih 1. menjadi putih, nampak putih-putih: ~ spt kapas;
rambut mulai ~; 2. kelihatan banyak sekali (orang berkumpul dll): ~
kelihatan orang berhimpun di padang itu;
memutihi menyebabkan berwarna putih pd (oleh sesuatu):
kepalanya yg diputihi uban itu diusap-usap;
memutihkan 1. memberi warna putih, mengecat putih, mengapuri:
~ kain dgn bahan kimia; 2. menjemur (kain dll) sesudah disabun
atau direndam dlm air sabun, mengelantang (kain dll): ~ kain
seperah;
menghitamkan dan ~ ki menentukan, membuat keputusan; ~ mata
ki a) memalukan; b) menyakiti hati;
keputihan 1. keadaan atau hal putih; 2. sj penyakit orang
perempuan (selalu keluar lendir putih);
keputih-putihan agak putih, kelihatan putih;
pemutihan 1. perihal (proses atau perbuatan) menjadikan berwarna
putih atau cerah: ramuan agen pemutih mempercepat proses ~
kulit; 2. gerakan (program atau proses) yg dijalankan oleh pihak
berkuasa (kerajaan) utk mendaftarkan semua pendatang tanpa izin:
sejumlah 900,000 pendatang tanpa izin telah didaftarkan semasa
program ~ itu.
putih II Pr nama timang-timangan utk anak lelaki dan perempuan yg
keenam atau ketujuh, teh.
putih III sj ikan darat, tebal sisik, Puntius binotatus.
putih IV; kayu ~ a) sj tumbuhan (pokok), gelam, Melaleuca
leucadendron; b) sj tumbuhan (pokok renek), naga buana (jumat),
kelarut tanjung semelit patung, ubat kelumut, Phyllanthus pulchar.
putik buah yg baru jadi (bakal buah), buah yg masih muda dan kecil; ~
mempelam buah mempelam yg baru jadi;
berputik 1. mulai mempunyai putik, mulai berbuah: rambutan kami
sudah mulai ~; 2. ki menampakkan tanda-tanda akan berjaya (usaha
dll).
puting I 1. hujung yg runcing pd pangkal parang (pisau dll) yg
dimasukkan ke dlm hulu; 2. ki kelentit; 3. sisa kayu (rokok dll) yg
pendek-pendek, puntung: memungut ~ rokok di atas jalan; 4. = ~
tetek (susu) bahagian hujung tetek; 5. susu palsu (diperbuat drpd
getah dll): anak itu diajar menghisap ~ kosong;
~ beliung a) pangkal beliung; b) = angin ~ beliung angin puyu; ~
cepu-cepu hujung tiang (perahu dll); ~ damar tangkai suluh yg
dibuat drpd damar; ~ kayu bp puntung kayu, sisa kayu (yg pendekpendek);
~ rokok bp sisa rokok; ~ tunam sl tali api-api utk
memasang meriam, murang;
berputing 1. ada putingnya: beliung ialah sejenis mata pisau yg
tajam lagi ~; 2. bp jadi puting, tinggal puting, tinggal pendek saja
lagi: rokoknya dah ~.
puting II; ~ beliung sj ikan darat, susah batu, Homaloptera spp.; ~
damar sj ikan laut, Sillago sihama.
putu 1. = ~ kacang sj penganan yg dibuat drpd kacang hijau yg ditumbuk
dgn gula; 2. = kuih ~ sj penganan yg dibuat drpd tepung beras dll;
jenis-jenisnya: ~ buluh, ~ mayang, ~ piring.
putung Kl; ~ kalung kayu utk memunggal.
putus 1. tidak bersambung lagi, bercerai kerana terpotong dll (tali dll):
anjing itu pun merentak rantai itu lalu ~; 2. ki tidak berhubungan
lagi, terpisah, terpotong (tali persahabatan, perhubungan lalu lintas,
dll): ~lah sudah tali persahabatan antara mereka; perhubungan
kereta api di antara Kuala Lumpur dan Pulau Pinang ~ buat
beberapa hari; 3. berakhir, habis, selesai: kampung yg tidak pernah
~ makanan; perundingan sudah ~ sudah ada penyelesaian,
mendapat kepastian (ketentuan, persetujuan, dll); sampai sekarang
pun perkara itu belum ~; fikirannya hendak merantau itu benarbenar
~; kata ~ kepastian, keputusan, ketentuan;
~ akal habis akal, tidak tahu apa yg harus dibuat (tidak ada ikhtiar
lagi, bingung); ~ arang putus sama sekali hingga tidak dapat
diperbaiki lagi (persahabatan dll); ~ bicara a) = ~ ikhtiar sudah
habis ikhtiar, hilang akal; b) = ~ kata sudah selesai (pembicaraan,
perkara, dll); c) = ~ kata sudah mendapat kata sepakat; ~ haid
terhentinya kitaran haid seseorang wanita buat selama-lamanya,
biasanya pd sekitar umur 50 tahun, menopaus; ~ harap (harapan)
tidak mempunyai harapan lagi; ~ harga a) harga mati, harga tetap;
b) sudah sesuai mengenai harganya; ~ limau = ~ ubat upacara
menamatkan ubat sebab telah sembuh (dgn berkenduri atau mandi
air buyung); ~ loteri Id menang loteri; ~ muafakat (pakat) sudah
mendapat kata sepakat; ~ nafas a) tidak dapat bernafas; b) mati; ~
niat a) sudah tetap hati; b) sudah tercapai maksudnya; ~ nyawa
(jiwa) mati; ~ rezeki kehilangan mata pencarian; ~ saudara tidak
lagi mengaku bersaudara; ~ suap kehabisan nasi tambah ketika
sedang makan; ~ umur mati;
~ benang boleh dihubung, ~ arang bercerai lalu prb bercerai atau
mati isteri boleh diganti, bercerai atau mati seorang kaum keluarga
tidak dapat diganti; ~ kata dimulanya, (~ gayung di belebas) prb
sesuatu hal diputuskan dgn menilik asalnya;
~ tali tempat bergantung, terban tanah tempat berpijak prb
kehilangan orang tempat menumpang hidup (putus pengharapan
oleh sebab sesuatu kemalangan); ~ timba tinggal tali, ~ tali tinggal
timba prb perihal seseorang yg kematian suaminya (bercerai dgn
taulan yg diharap);
putus-putus 1. kerap kali putus, selalu putus; 2. = berputus-putus,
berputusan, terputus-putus berkerat-kerat, tidak terus berturutturut,
sekejap-kejap berhenti: berbicara dlm bahasa Inggeris dgn
terputus-putus; suara ~ suara yg terhenti-henti; diparangnya
tombak-tombak itu habis ~; tidak ~(nya) tidak berhenti-henti,
sentiasa (sahaja); belum ~ belum berhenti-henti, (masih) terusmenerus,
belum tentu (pasti) lagi;
berputusan berkali-kali putus, selalu putus, putus-putus: habis ~
batang pinang; tiada ~ tiada putus-putus (habis-habis);
memutus; ~ jalan a) menghalangi (merosakkan dll) jalan; b)
memotong (memintas) jalan; ~ perkataan orang menyela
(memenggal) perkataan orang;
memutusi ark = memutuskan menentukan;
memutuskan 1. menjadikan putus, mengeratkan: aneh sekali
perkara yg sekecil itu rupanya yg ~ perhubungan persaudaraan
antara dua beradik itu; perhatikan gerakan jarum kompas apabila
arus itu dijalankan atau diputuskan; 2. menyelesaikan (sesuatu yg
sedang berjalan), menangguhkan, membatalkan, memansuhkan
(perjanjian dll): fikiran orang itu diputuskan oleh bang
sembahyang Isyak; mereka bersetuju tidak akan ~ perjanjian
tanpa berunding lebih dulu; tiba-tiba dia ~ ceritanya yg baru
hendak dimulai; 3. mengambil ketetapan, menentukan, menetapkan:
kuasa tertinggi sekali bagi membuat undang-undang dan ~ dasardasar
pemerintahan negara ialah parlimen; kalau tidak jua dapat
diputuskan barulah dibawa kpd orang tua-tua atau guru; 4.
menjatuhkan hukuman, menghukum: sesiapa pun tidak boleh
membuat komen tentang kes yg masih belum diputuskan oleh
mahkamah;
~ cakap menyela cakap orang; ~ fikiran (hati, niat) menetapkan
fikiran (hati, niat); ~ nyawa (umur) a) membunuh, mematikan; b)
mati;
terputus terhenti, terpenggal: sayang ceritanya ~ di tengah-tengah;
setiap orang yg mati akan ~ segala amalannya;
putusan 1. barang apa yg sudah putus: ~ tali; 2. = keputusan: aku
buat ~, aku tinggalkan masyarakatku;
keputusan 1. kesudahan, akhir, penghabisan: sampai mana ~
sungai ini? 2. putusan, ketentuan, ketetapan: ia mengambil ~
meninggalkan rumah itu; semua ~ parlimen diambil dgn suara yg
lebih drpd separuh; 3. = putusan kesudahan pendapat, ikhtisar,
kesimpulan: drpd kejadian yg berlaku baru-baru ini dapat diambil
~ bahawa masih banyak lagi usaha yg mesti dijalankan; 4. =
putusan pertimbangan atau ketentuan (yg dijatuhkan oleh hakim):
mengikut ~ mahkamah ia berhak tinggal di atas tanah itu dan
mengambil faedah daripadanya; 5. = putusan kesudahan
(pemeriksaan dll), hasil: ~ pilihan raya itu sungguh mengejutkan; ~
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dapat diketahui pd
bulan Mac; 6. mengalami kekurangan atau tidak ada (makanan,
wang, dll), kehabisan: jentera yg kehilangan tenaga disebabkan ~
minyak; ia minta dijualkan cincinnya kerana ~ belanja;
~ asa perihal menderita putus asa; ~ benar sangat kekurangan
(wang dll);
berkeputusan mempunyai keputusan (kesudahan dsb); tidak ~
tidak berkesudahan, tidak putus-putusnya, tidak berakhir;
perputusan perihal berputus, perceraian, perpisahan;
pemutusan perbuatan memutus(kan);
pemutus 1. alat atau orang yg memutus(kan); 2. yg memutuskan,
penentu: kata ~; kuasa ~; undi (suara) ~ .
putus asa habis atau hilang harapan, tidak ada harapan lagi;
berputus asa putus asa;
keputusasaan perihal putus asa.
putut sl peputut.
puyan I Jk benda yg kotor (daki dll), kotoran;
berpuyan kotor, berdaki: motokarnya ~ dan berdebu.
puyan II Kl musim (buah-buahan dll).
puyeng Jk pening.
puyer bp serbuk, bubukan (ubat).
puyu I; angin ~ angin yg berkisar (berpusing-pusing), angin puting
beliung.
puyu II = ikan ~ = puyu-puyu, pepuyu sj ikan darat, Anabas
terstudineus; ~ laut sj ikan laut, Scolopsis vosmeri; bagai ~ di air
jernih prb perihal orang yg senang kehidupannya.
puyu III Mn; memuyu-muyu menggosok-gosok atau menyapu-nyapu
(mata).
puyuh I sj burung kecil yg tidak berekor, Tatnix suscitator atrogularis;
bagai ~ laga prb percakapan yg tidak habis-habis; mati ~
hendakkan ekor prb menghendaki sesuatu yg mustahil didapati;
sembunyi-sembunyi ~, kepala tersorok ekor kelihatan prb perihal
orang yg berbuat sesuatu yg tidak patut dan menyangka tidak
diketahui orang perbuatannya padahal semua orang mengetahui; spt
~ mahu yg betina drpd yg jantan prb perihal isteri yg berusaha
keras mencari penghidupan sedangkan suaminya bersenang-senang
sahaja (tidak mahu bekerja).
puyuh II; bintang ~ bintang tujuh; ~ berlaga sj bintang dua (kembar).
puyuh III  puyu I.
PVC kep polyvinyl chloride (sj bahan plastik yg digunakan utk membuat
barang-barang spt kasut, pembalut sofa, pakaian dsb).
PWTC kep Putra World Trade Centre (Pusat Dagangan Dunia Putra).

1 comment:

  1. kesaksian nyata dan kabar baik !!!

    Nama saya mohammad, saya baru saja menerima pinjaman saya dan telah dipindahkan ke rekening bank saya, beberapa hari yang lalu saya melamar ke Perusahaan Pinjaman Dangote melalui Lady Jane (Ladyjanealice@gmail.com), saya bertanya kepada Lady jane tentang persyaratan Dangote Loan Perusahaan dan wanita jane mengatakan kepada saya bahwa jika saya memiliki semua persyarataan bahwa pinjaman saya akan ditransfer kepada saya tanpa penundaan

    Dan percayalah sekarang karena pinjaman rp11milyar saya dengan tingkat bunga 2% untuk bisnis Tambang Batubara saya baru saja disetujui dan dipindahkan ke akun saya, ini adalah mimpi yang akan datang, saya berjanji kepada Lady jane bahwa saya akan mengatakan kepada dunia apakah ini benar? dan saya akan memberitahu dunia sekarang karena ini benar

    Anda tidak perlu membayar biayaa pendaftaran, biaya lisensi, mematuhi Perusahaan Pinjaman Dangote dan Anda akan mendapatkan pinjaman Anda

    untuk lebih jelasnya hubungi saya via email: mahammadismali234@gmail.comdan hubungi Dangote Loan Company untuk pinjaman Anda sekarang melalui email Dangotegrouploandepartment@gmail.com

    ReplyDelete

Catatan Lain Yang Mungkin Anda Cari

Kumpulan Blog Kendalian Saya

Blog List Ilmu Keguruan

Pautan Bersama