SEMERAH TINTA®

SEMERAH TINTA®
"Merah" membawa maksud sesuatu yang masih baru dan perlu melalui jangka waktu dan proses tertentu untuk matang.Pen merah amat sinonim dengan profesion perguruan.Tinta merah atau dakwat merah pula selalu dikaitkan dengan pembetulan, amaran ataupun catatan pelaporan yang biasanya dikaitkan dengan kegagalan di dalam ujian atau peperiksaan seseorang pelajar.Apapun, tinta merah bukanlah bertujuan untuk menunjukkan sesuatu yang negatif, sebaliknya sebagai satu motivasi agar sentiasa memperbaiki kelemahan dan sentiasa mahu berubah sehingga kejayaan dapat dikecapi."Semerah Tinta" dibina sebagai medan catatan dan maklumat berkaitan Pembelajaran dan Pengajaran.Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pandangan, melayari dan menghubung (link) dengan laman atau blog lain. Segala paparan atau catatan adalah atas pandangan penulis sendiri dan boleh diperbaiki dari masa ke masa tertakluk kepada pandangan intlek dan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat,teguran,pandangan dan perhatian daripada intelektual, warga pendidik serta rakan blog berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran amat saya harapkan dan sangat-sangat dihargai.Semerahtinta juga lahir selepas puakajoran.blogspot.com,agrohias.blogspot.com,golokkraf.blogspot.com dan skb3.blogspot.com .Semoga kehadiran semerahtinta.blogspot ini dapat diterima dalam satu rangkaian.Terima kasih!- Tintamerah®.

SUMPAH SEMERAH TINTA:

SUMPAH SEMERAH TINTA:
MENGHAYATI BAHASA SYURGA,MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA, MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS,MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA,DAN MEMPERKAYAKAN BANGSA DENGAN SEMUA BAHASA.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ . خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ .اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ .الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَم .عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.Read in the name of your Lord,Who created.Created man, out of a (mere) clot of congealed blood.Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful.He Who taught (the use of) the pen.Taught man that which he knew not.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam (pen/tinta).Dia mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahui manusia.

Sahabat Maya - Tinggalkan Link Anda Supaya Senang Saya Follow Kembali - Terima kasih atas sokongan

Terima kasih atas sokongan.Tinggalkan Link supaya senang di "follow" kembali.

Tuesday 27 September 2011

Daftar Kata Huruf T

t I huruf ke-20 abjad Rumi.
t II kep tan (ukuran berat).
ta 1. huruf ketiga abjad Arab (mempunyai nilai 400); 2. huruf ketiga
abjad Jawi; ~ marbutah huruf ta di akhir kata tulisan Arab (Jawi)
yg boleh menjadi ha besar atau ta.
ta (tO) 1. huruf ke-16 abjad Arab (mempunyai nilai sembilan); 2. huruf
ke-17 abjad Jawi.
Ta simbol kimia bagi tantalum.
taajal Ar dgn terburu-buru, gopoh-gopoh, lekas-lekas, tergesa-gesa,
serta-merta, segera: jangan ~ kita membinasakan negeri itu.
taakul Ar hal membuat pertimbangan dan penilaian dgn menggunakan
akal, tinjauan akal;
menaakul membuat pertimbangan dll dgn logik: di dlm buku-buku
itu Bacon telah mengemukakan cara ~ menurut kaedah induksi;
taakulan hasil menaakul;
penaakulan perbuatan menaakul.
Taala Ar maha tinggi (mulia): Allah ~ Allah Yang Maha Tinggi; Allah
Subhanahuwa~ Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi.
taaruf Ar perkenalan.
taasub Ar kuat pegangan atau keyakinan yg keterlaluan terhadap sesuatu
atau seseorang, fanatik: mereka sangat ~ dan amat berbangga dgn
keturunan dan kaum mereka;
mentaasubi berlaku taasub kpd atau terhadap: kamu terlalu ~
kemajuan sehingga terlupa pd insan yg bersaudara denganmu;
ketaasuban keadaan taasub.
taat 1. sentiasa menurut perintah (tuhan dll), tidak mengingkari (perintah
dll), patuh: Pesuruh Allah menyeru manusia supaya mengenal
Allah dan ~ kpd Allah; 2. kuat beribadat, soleh: isteriku ialah
wanita yg ~ mengerjakan suruhan agama Islam;
mentaati berlaku taat kpd, patuh kpd seseorang atau sesuatu, tidak
membantah akan, menurut (perintah, peraturan, dll): mereka akan
~ setiap keputusan Bangsa-Bangsa Bersatu utk menyelesaikan
masalah Malaysia;
ketaatan 1. perihal taat, kepatuhan, kesetiaan: mereka sibuk dgn ~
masing-masing kpd raja mereka; 2. kesungguhan hati terhadap
agama, kesolehan;
ketidaktaatan keadaan tidak taat: oleh sebab kesalahan manusia
dan ~nya, cahaya wahyu pertama yg cemerlang itu menjadi kabur.
taat setia tidak berlaku curang, jujur, setia: Khalid ~ di bawah perintah
ketua baru itu;
ketaatsetiaan keadaan (tahap) taat setia: diskriminasi spt ini
mempertikaikan ~ mereka sbg individu dan sbg kelompok.
taazur Ar halangan, rintangan;  uzur.
tab = ~ mandi sj tempat mandi berupa bekas atau takung besar drpd besi
(tembikar dll) yg dipasangkan di bilik air.
tabah I tebah I.
tabah II = ~ hati tidak gentar dan tetap hati, serta terus mencuba dgn
penuh semangat dan azam, berani, cekal dsb demi mencapai
kejayaan, kecemerlangan dsb: dia harus ~ menerima cabaran dan
dugaan hidup; telah dirasainya miskin dan sengsara, hina dan
melarat, semua telah dilaluinya dgn ~;
bertabah = ~ hati bersikap tabah, berhati cekal;
menabahkan = ~ hati menjadikan tabah hati, memberanikan
(hati), menetapkan hati;
ketabahan = ~ hati perihal tabah, keberanian, kecekalan hati,
keteguhan hati: dgn ~ dan keberanian Nabi maka orang Islam
telah dapat mencapai kemenangan.
tabah III 1. sj tumbuhan (pokok), berombong, tentulang, Timonius
penduncularis; 2. sj tumbuhan (pokok), beras-beras, berombong,
merombong, Timonius walichianus.
tabak I sj talam atau tetampan.
tabak II Br; menabak menikam (dgn lembing dll).
tabal 1. sj beduk atau tabuh yg dipalu ketika raja dinobatkan, nobat; 2.
majlis merasmikan (merayakan) penobatan atau kemahkotaan raja:
setelah sudah ~ maka menteri hulubalang sekaliannya menjunjung
duli;
bertabal = naik ~ naik takhta kerajaan: orang besar-besar
menjunjung duli pd hari ~;
menabalkan 1. merasmikan (mengumumkan) menjadi raja,
menobatkan: baginda hendak ~ putera baginda sbg ganti; 2. sl
mengarak (surat dll) dgn upacara, membawa dgn arak-arakan:
maka kata itu ditabalkan dibawanya turun ke perahu;
pertabalan perihal bertabal;
penabalan perihal menabalkan, penobatan: diperintahkanlah
sekalian menteri dan rakyat menyediakan pancapersada dan
berbagai-bagai lagi persiapan utk istiadat ~ itu.
taban; ~ balam kuning = ~ putih sj tumbuhan (pokok, menghasilkan
getah perca), nyatuh, Palaquium obovatum; ~ bunga sj tumbuhan
(pokok, menghasilkan getah), buah gumai, Lucuma maingayi; ~
ketapang sj tumbuhan (pokok, menghasilkan getah), Palaquium
oxleyanum; ~ merah sj tumbuhan (pokok) yg menghasilkan getah),
Palaquium gutta.
tabar-tabar Jw sj tumbuhan (pokok), setawar, tawar-tawar, Costus
speciosus.
tabaruk Ar diberkati, berbahagia, selamat, sentosa.
tabas Mn tebas.
tabe (tabé) tabik.
tabel (tabél) IB daftar (nama, angka, dll) yg disusun dgn teratur, jadual,
senarai.
tabela peti mayat, keranda.
tabernakel almari tempat menyimpan kitab agama yg terletak di tengah
mazbah dlm gereja Roman Katolik.
tabi Ar pengikut, penganut; ~ tabiin golongan selepas tabiin.
tabia ark sj gendang kecil.
tabiat 1. budi pekerti, pekerti, perangai, watak: baginda tiadalah sekalikali
mendengarkan nasihat, kelakuan dia sahaja diperbuatnya,
tambahan pula tiadalah sekali-kali menurut ~ ayahanda baginda
dahulu; 2. perbuatan yg selalu dilakukan, kelakuan, tingkah laku:
memang ~ku membaca dlm hati sahaja;
bertabiat 1. berperangai, berkelakuan: mengapakah dia ~ spt itu?;
2. bersifat, beresmi: spirogira ~ spt tumbuh-tumbuhan hijau.
tabib orang yg ahli dlm hal perubatan dan cara mengubati penyakit
(doktor, dukun); ilmu ~ pengetahuan mengenai ubat-ubatan dan
cara mengubati penyakit;
ketabiban 1. ilmu perubatan (kedoktoran); 2. perihal ubat-ubatan
dan cara mengubati penyakit.
tabii Ar menurut sifat (keadaan, bentuk) kejadiannya; ilmu ~ ilmu fizik.
tabiin Ar (jamak bagi tabi) pengikut (menurut ilmu hadis, mereka ialah
orang yg bertemu dan berguru dgn para sahabat tetapi tidak
bertemu dgn Rasulullah SAW).
tabik 1. ucap selamat, salam, selamat (pagi, petang, malam): maka aku
memberi ~ demikian bunyinya, “selamat pagi, tuan”; 2. perbuatan
menghormati (dgn cara mengangkat tangan dll), hormat, takzim:
jalannya keras, tangannya berpintal membuat ~; 3. = tabik-tabik
minta maaf (ketika melakukan sesuatu), minta izin: jika kita lalu di
belakang orang yg sedang duduk, mahulah kita meminta ~ hendak
berbuat demikian;
kirim ~ sampaikan salam; minta ~ a) minta maaf (ketika masuk ke
tempat keramat dll); b) memberi salam (ketika bermohon diri);
bersitabik Mn mengalu-alukan tetamu dgn memberi hormat;
bertabik hormat-menghormati: dlm percampuran itu lelaki
perempuan tidak ~ lagi;
menabik 1. memberi salam; 2. memberi hormat (dlm perbarisan
dll), mengangkat tabik: kemudian kuangkat tangan ~ kpd mereka.
tabika akronim bagi taman bimbingan kanak-kanak.
tabir 1. kain dll yg digantung utk menyekat (melindungi dll) sesuatu,
tirai: bilik tempat Mahat itu sama dgn bilik-bilik lain, tetapi di
tengah-tengahnya digantung ~ merah muda; 2. ki sesuatu yg
menutupi (melindungi): saya tahu apa yg ada di sebalik ~
perjuangannya;
~ asap asap utk melindungi kapal perang (gerakan pasukan dll); ~
besi sempadan yg memisahkan negara-negara blok Soviet drpd
negara-negara Eropah yg lain; ~-mabir berbagai-bagai jenis tabir;
bertabir 1. memakai tabir: bahagian amben ~, dan di atas tabir
itu tersidai pula kain-kain pelekat dan tuala; 2. ki bertutup dgn,
berselindung, berdindingkan;
bertabirkan menggunakan atau memakai sesuatu sbg tabir,
bertiraikan: kami duduk di sebelah ruang yg ~ bidai buluh;
menabiri 1. menjadi tabir pd: kain yg tebal ~ ruang solat wanita;
2. melindungi (dgn), menutupi (dgn): dia pun ~ dirinya dgn surat
khabar; awan larat ~ langit.
tabla (Muz) sj alat bunyi-bunyian yg berupa sepasang gendang kecil yg
mempunyai satu muka dan dipalu dgn tangan, biasanya dimainkan
oleh orang India.
tablet (tablét) ubat yg berbiji-biji, pil.
tabligh Ar 1. perbuatan menyampaikan perintah Allah kpd yg tidak
mengetahui atau memberi peringatan kpd yg mengetahui; 2. sifat
wajib yg ketiga bagi Rasulullah SAW;
bertabligh menyampaikan ajaran Islam;
mentablighkan menyiarkan ajaran agama Islam.
tablo 1. sj lakonan pentas yg menggambarkan sesuatu peristiwa atau
kejadian (para pelakonnya tidak bergerak); 2. lakonan pentas yg
pelakon-pelakonnya tidak bercakap.
tabloid surat khabar yg kecil sedikit saiz halamannya drpd surat khabar
biasa (30 cm  40  cm), yg  lazimnya banyak menyiarkan gambar
dgn beritanya tersiar secara sensasi utk menarik minat pembaca.
tabo; bunga ~ sj tumbuhan (pokok yg daunnya digunakan utk
memerahkan kuku), inai ayam (pacar), keembung, Impatiens
balsamina.
tabrak Jk; ~-tubruk bermacam-macam pelanggaran;
bertabrakan berlanggaran (bertumbukan) dgn;
menabrak 1. membentur, melanggar, melanda (kereta dll):
masing-masing terus menolak, ~ lalu tersungkur; 2. mendatangi
utk melawan dll, menyerang;
tertabrak terlanggar (oleh), tertumbuk, terbentur;
tabrakan perlanggaran, tubrukan: oto dinas itu rosak kerana ~
seminggu yg lalu.
tabtibau  taptibau.
tabu I 1. sesuatu yg dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yg) terlarang,
(yg) diharamkan atau ditegah drpd dipercakapkan dsb: apakah ini
suatu isu ~ yg tidak diperbincangkan?
menabukan menganggap sbg pantang larang.
tabu II; ~ kayu sj tumbuhan (pokok), Crescentia cujete.
tabuh 1. gendang raya, beduk, geduk (di surau, masjid, istana, dll); ~
larangan tabuh di istana raja yg hanya dipalu apabila ada hal-hal
yg penting; 2. alat utk memalu bunyi-bunyian (gong dll): ~ beduk;
3. bunyi beduk (gendang) sbg isyarat: terdengar ~ panjang tentu
ada orang yg meninggal;
akan dijadikan ~ singkat, akan dijadikan genderang berlebih = utk
~ singkat, utk gendreng panjang prb sesuatu yg tidak dapat
digunakan utk sebarang maksud; lulus ~ perhatian prb berasa
lapang atau senang hati kerana terlepas drpd tugas yg berat dll;
masuk meliang penjahit, keluar meliang ~ prb besar belanja drpd
hasil pendapatan; mulut ~ dapat disumbat,
mulut orang bagaimana menyumbatnya prb
jika sesuatu rahsia diketahui orang nescaya tersiarlah khabarnya;
menabuh 1. memalu (memukul) tabuh dll: mereka ~ gendang raya
pd tiap-tiap petang Jumaat; 2. Pl, bk membuat sesuatu dgn kasar
(makan dgn rakus dll);
tabuhan, tabuh-tabuhan segala alat bunyi-bunyian yg dipalu;
penabuh 1. orang yg memalu (memukul) tabuh dll, pemalu; 2. Kd
perbuatan memukul seseorang.
tabuk Br jendela, tingkap.
tabun I; menabun 1. = tabun-~ naik berkepul-kepul (asap): ...
bersertaan pula bunyi lotong, asapnya naik tabun-~, pelurunya spt
kilat panah kelodan memancar-mancar ke sana ke mari; 2.
membakar timbunan sampah (kayu dll), menghidupkan api
unggun: siapakah yg ~ di kebun itu?
tabunan timbunan sampah (kayu dll) yg dibakar, api unggun.
tabun II dapat ditembusi cahaya, lut sinar.
tabung I 1. bekas drpd ruas buluh dll (utk menyimpan sesuatu),
bumbung: ~ air; 2. bekas yg berbentuk silinder: ~ gas oksigen; 3.
peti atau kotak (utk surat dll); 4. tempat menyimpan wang (drpd
buluh dll), celengan; 5. sesuatu yg berbentuk bulat torak (dlm enjin
dll), silinder; 6. wang yg dikumpulkan (dgn mengutip derma dll)
utk maksud tertentu, dana: T~ Pertahanan Negara;
~ damak tabung (drpd buluh) tempat menyimpan damak; ~ darah
badan yg mengumpul dan menyimpan darah (di hospital dll); ~
didih sj tabung kaca yg berdinding tebal (digunakan dlm makmal
utk mendidihkan bahan cecair); ~ empar sj tabung kaca berdinding
tebal, kecil, dan digunakan sebagai bekas utk bahan campuran dlm
alat pengempar;T~ Haji Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal
Haji; ~ kimia Id = ~ uji tabung (bekas berbentuk silinder) drpd
kaca utk mengadakan percubaan atau ujian makmal; ~ madat sj
paip utk menghisap madat; ~ pekak tabung wang yg biasanya
dibuat drpd buluh; ~ pemilihan a) bekas tempat memasukkan lidi
yg digunakan sbg ganti surat undi; b) kotak utk memasukkan surat
undi; ~ seruas ki tidak dapat menyimpan rahsia; ~ surat peti surat;
~ tablet tabung pil; tinggal di ~ dituntungkan, tinggal di aweh
dikiraikan prb telah diberikan atau diserahkan semuanya
(pengajaran);
menabung menyimpan wang (di bank, dlm tabung, dll): aku mulai
~ dan ~ terus dan ketika wangku terkumpul delapan rupiah, kubeli
sepeda keluaran negeri Belanda;
menabungkan memasukkan wang dll ke dlm tabung, menyimpan
dlm tabung (bank dll): mereka ~ wang syiling atau ringgit lama
dlm tin-tin susu yg ditebuk;
tabungan 1. tempat menabungkan wang, celengan (drpd buluh
dll); 2. = wang ~ wang yg disimpan, simpanan (wang); ~ masjid
wang yg dikumpulkan utk keperluan masjid; ~ pos (akaun)
simpanan wang di pejabat pos;
penabungan perihal menabung wang, penyimpanan wang;
penabung orang yg menabung (wang), penyimpan.
tabung II; ~ beruk sj tumbuhan (pokok renek), periuk kera, Nepenthes
spp.; bunga ~ jarum sj tumbuhan (pokok renek), jarum-jarum,
nyarum-nyarum, Ixora pendula.
tabur I; padi ~ Br padi yg ditanam tidak dgn teratur (dicampakkan atau
diselerakkan sahaja benihnya);
bertabur 1. = ~ dgn = bertaburkan disebari (dgn), dihamburi
(dgn): bilik tidur pengantin itu ~ dgn bunga rampai; 2. penuh
dihiasi (dgn): di dadanya tersemat bintang yg ~ intan berlian; 3.
memberikan derma, bersedekah: hendak tuah ~ urai; 4. ki banyak
terdapat (kelihatan), berselerak (di merata-rata tempat): di langit
kelihatan bintang-bintang ~ memancarkan cahaya yg muram; 5.
rintik-rintik, borek: ayam ~; 6. bersongket: kain ~; ~-tebar =
bertaburan;
bertaburan, bertabur-tabur 1. berselerak (di sana sini),
berhamburan dan tidak bersusun, berserak-serak: di hadapannya ~
beberapa keping kad selamat hari raya; 2. terdapat (kelihatan) dgn
banyaknya: mereka singgah di pulau-pulau yg ~ di pantai timur
Semenanjung Tanah Melayu;
menabur 1. menghamburkan supaya berselerak, menyebar (benih
dll): ~ benih padi; 2. (kelihatan) dgn banyaknya, bertaburan: di
pinggang perak berlapis, di dada bintang ~; 3. Pr mulai terbit
buahnya (padi): padi teman sudah ~;
~ budi berbuat baik (sering kali atau kpd banyak orang dsb),
berbudi; ~ fitnah membuat fitnah merata-rata; ~ wang membuangbuang
wang;
menaburi 1. menabur atau menyebar (bunga dll) kpd: sampai di
rumah, Wan Derus ditaburi beras kunyit; 2. bertabur di: ejen-ejen
Rusia ini ~ kawasan gerakan tentera di Czechoslavakia;
menaburkan 1. menjadikan bertabur (berselerak),
menghamburkan merata-rata, menyebarkan (benih dll): Najela ~
beberapa kuntum bunga melur; Datuk Ujang ~ benih lagi; 2. sl
membuang (menggugurkan, menyebarkan) banyak-banyak: segala
ulama dan hukma ~ mas dan perak dan permata dan ratna mutu
manikam kpd kaki Raja Iskandar; 3. ki menyebarkan (pendapat
dll), memberikan: kesedihan tidak dapat diatasi dgn nasihat yg
sudah berkali-kali ditaburkan; mereka ~ fitnah dgn tujuan utk
memecah-belahkan pemimpin dan umat Islam;
tertabur telah ditabur, terhambur, terselerak (ke merata-rata);
taburan 1. yg ditabur (tertabur); 2. sebaran, serakan;
pertaburan kekerapan terdapatnya sesuatu (penduduk dll) di
sesuatu kawasan atau dlm tempoh masa tertentu: keadaan tidak
seimbang dlm ~ kuasa;
penaburan perbuatan menabur (baja, benih, dll);
penabur 1. orang yg menabur (bunga, benih); 2. alat utk menabur
sesuatu (spt baja, benih dsb): ~ baja; ~ benih; 3. peluru kecil-kecil,
kacang-kacang; habis ~ Palembang tak alah prb sesuatu usaha yg
tidak mendatangkan hasil cuma rugi semata-mata.
tabur II; ~ dol bahagian puncak tiang layar; ~ peruan kayu palang
tempat menggantungkan layar tabur; layar ~ layar yg dipasang pd
puncak tiang layar.
tabut 1. peti perarakan yg dianyam drpd bilah (menyerupai buraq dll) utk
memperingati kematian Hassan dan Hussain pd 10 Muharam;
bulan ~ 1 hingga 10 Muharam; 2. perarakan atau keramaian utk
memperingati kematian Hassan dan Hussain dgn membawa tabut:
~ perjanjian sj peti berisi batu yg bertulis dgn perintah Tuhan yg
diturunkan kpd Nabi Musa.
taci C, bp kakak (perempuan).
tadah I 1. benda yg digunakan utk menampung sesuatu, bekas (spt baldi
dll); 2. sesuatu yg digunakan utk mengalas benda lain (spt piring
utk cawan dll); 3. perihal menerima barang gelap (curian dll);
~ air pinang gigi yg diasah atau dipapas; ~ cawan (gelas,
mangkuk) piring alas cawan (gelas, mangkuk); ~ embun sikat
pisang yg di atas sekali; ~ kanan menampung angin yg datang dr
kanan (utk membelok ke kiri); ~ keringat (peluh) kain yg
dilekapkan pd sebelah dlm baju; tukang ~ orang yg menerima
barang gelap dll;
bertadah 1. memakai tadah; 2. menggunakan alas (lapik), beralas;
3. = ~ tangan (amin) mengangkat serta menelentangkan kedua-dua
belah tangan (sambil mengucap amin);
menadah 1. menyambut apa yg gugur atau jatuh, menampung: di
atas tergantung beberapa buah tabung dibuat drpd ruas buluh utk
~ tuak; 2. menerima barang-barang curian (gelap); ~ tangan
mengangkat serta menelentangkan kedua-dua belah tapak tangan;
menadahkan 1. menggunakan sesuatu bekas utk menadah,
menampungkan: Ramli ~ baldinya yg besar itu berhampiran dgn
tempayan yg ada di situ: 2. mengangkat dan menelentangkan
(kedua-dua belah tangan spt meminta-minta sesuatu): ~ tangan; 3.
mengucapkan (amin ketika berdoa): ~ amin;
tadahan sesuatu yg ditadah: air ~;
penadahan perihal (proses atau perbuatan) menadah atau
menadahkan: ~ air hujan sering dilakukan semasa musim
kemarau;
penadah 1. sesuatu yg digunakan utk menadah, bekas: dia
membuang abu cerutnya ke ~ abu rokok yg terletak di atas meja;
2. Id pemain yg menyambut bola dlm permainan kasti.
tadah II; ~ matahari sj tumbuhan (pokok), akar fatimah, kacip fatimah,
Labisia pathoina.
tadah III; burung ~ hujan hijau sj burung, burung hujan-hujan hijau,
Psarisomus dalhousiae psittacinus.
tadak Br cacah;
bertadak bertanda pd kawasan tertentu dgn kayu, buluh, dll.
tadarus Ar pembacaan al-Quran yg dilakukan secara berkumpulan dan
dibaca bergilir-gilir seorang demi seorang sambil disemak oleh
ahli-ahli kumpulan;
bertadarus Ar membaca al-Quran beramai-ramai hingga tamat
(biasanya pd bulan Ramadan): dlm bulan puasa ramai orang pergi
ke masjid utk bersembahyang tarawih dan ~.
tadbir urusan mengelola atau menjalankan sesuatu pejabat (kerajaan dll),
tugas menguruskan sesuatu, pemerintahan: Tuan Kadi itu
menjalankan ~nya; mangkubumi wazir yg empunya ~ di dlm
negeri Johor Darul Takzim; ~ urus korporat (Tadb) cara (tindakan
atau sistem) mentadbir, mengurus, mengawal selia dsb dasar,
fungsi, perjalanan dsb sesebuah organisasi (syarikat dsb) yg
dipertanggungjawabkan kpd Lembaga Pengarah;
mentadbirkan mengurus dan menjalankan (pejabat dll),
mengelolakan, memerintah: mereka ini haruslah mempunyai
pengetahuan asas utk mengelola dan ~ perpustakaan; baik
buruknya pemerintahan sesebuah negeri bergantung pd keadaan
pegawai-pegawai yg ~ kerajaan negeri itu;
tadbiran (sesuatu) yg ditadbirkan: bumi ~ manusia;
pentadbiran perbuatan mentadbirkan, pengelolaan, pengurusan,
pemerintahan: dgn adanya pegawai itu, ~ negara tetap berjalan
dgn tidak putus-putus;
pentadbir orang yg mentadbirkan, pengelola, pengurus,
pemerintah.
tadi 1. tidak lama sebelum ini, baru sahaja, baru sebentar yg lalu: siapa
yg datang berjumpa dgn kamu ~? 2. terdahulu dr ini, yg
dahulunya: kedaulatan Bahasa Kebangsaan dlm tahun 1967 kelak
akan membuka peluang-peluang pekerjaan yg ~nya tertutup utk
mereka; 3. yg telah (baru) lalu: malam ~; petang ~; 4. yg tersebut
dahulu, yg baru sahaja disebutkan: sebagaimana yg dinyatakan di
atas ~ orang ini juga tidak mempunyai wang.
tadika akronim bagi taman didikan kanak-kanak.
tadung I; ayam ~ ayam yg hitam bulu kakinya;  tedung.
tadung II ark; tertadung tersangkut atau terhantuk kaki pd batu (akar),
tersandung: kakinya ~ pd batu.
tae kwan do (taé kwan do) sj seni mempertahankan diri.
taf; kain ~ sj kain sutera.
tafahus Ar penyelidikan yg teliti, pemeriksaan, penggeledahan;
mentafahus memeriksa dgn teliti, menyelidiki, menggeledah:
setelah ditafahus orang kedapatan suatu surat;
mentafahusi mentafahus.
tafakur Ar 1. renungan, perenungan; 2. perihal merenung memikirkan
sesuatu; 3. pengheningan cipta;
bertafakur 1. bermenung memikirkan sesuatu dgn sungguhsungguh:
Raja itu diam lalu tunduk ~ sejurus; 2. menumpukan
segenap perhatian dan fikiran pd sesuatu, mengheningkan cita:
semua orang ~ dua minit, kerana mengingatkan pahlawanpahlawan
kita yg telah gugur;
mentafakurkan memikirkan (dgn sedalam-dalamnya);
tafakuran sesuatu yg ditafakurkan.
tafeta (taféta)  (Tks)  sj  fabrik  yg  berkilat,  nipis  dan  ringan,  biasanya
digunakan dlm pembuatan pakaian wanita.
tafsil Ar; mentafsilkan menghuraikan sesuatu dgn terperinci: ~ perkara
yg telah diketahui akal secara umum;
tafsilan huraian atau keterangan kata (kalimah) secara terperinci.
tafsir 1. keterangan dan penjelasan bkn ayat-ayat Quran (kitab suci):
kuselidiki isi Quran sedalam-dalamnya, ~nya kukaji; ahli ~ orang
yg bijak menerangkan maksud atau tujuan ayat-ayat Quran; 2. =
tafsiran keterangan dan penjelasan (maksud ayat dll), kupasan,
ulasan: ada manusia yg salah ~ menganggap sajak Salim berunsur
cercaan; berbagai-bagai tafsiran telah diberi terhadap kenyataan
tersebut; juru~ orang yg memberi penjelasan (ulasan dll);
mentafsirkan 1. menerangkan maksud (ayat-ayat Quran): guru itu
diminta ~ ayat-ayat Quran yg disebutkannya; 2. memberi
penjelasan (keterangan), mengulas, mengertikan, menjelaskan:
mahkamah mempunyai kuasa utk ~ perkara undang-undang yg
syak dan waham;
tafsiran 1. penjelasan (ayat-ayat Quran), tafsir; 2. hasil
mentafsirkan, pengertian, pendapat;
pentafsiran perihal (perbuatan) mentafsirkan (sesuatu);
pentafsir orang yg mentafsirkan, ahli tafsir.
taftah ark taf.
tagak; bertagak-tagak berlengah-lengah (melakukan sesuatu dll),
bertangguh-tangguh: pihak yg berkuasa janganlah ~ utk
mengambil tindakan yg tegas terhadap peniaga-peniaga itu;
menagak tidak mengendahkan atau mempedulikan (bahaya dll),
menahan, menentang, menghadapi;
menagak-nagak menahan-nahan (pekerjaan dll), menangguhnangguhkan;
tertagak-tagak tertahan-tahan (berbuat sesuatu), tertangguhtangguh.
tagal; Br setagal sebentar, sekejap; nanti se~ nanti sebentar.
Tagalog bahasa rasmi Filipina.
tagan 1. wang (barang dll) yg dipertaruhkan dlm perjudian, pertaruhan:
permata intan dijadikan ~ , kekasih tidak abang tinggalkan; 2.
wang dll yg disumbangkan utk (modal dll) usaha bersama,
sumbangan; 3. gundu (dlm permainan guli, getah, jengkek, dsb);
bertagan 1. Kl bertaruh, berjudi: di kaki lima ramai orang ~ daun
terup; 2. Kd berangan-angan, mengira-ngira: engkau ini belum lagi
memulakan kerja itu asyik ~ sahaja.
tagar I (bunyi) guruh (guntur): maka sorak orang pun gemuruhlah spt ~
di langit bunyinya; bagai ~ di Pulau Sembilan prb percakapan yg
terlalu tinggi lagi sombong;
bertagar berbunyi spt guruh, gemuruh, berdegar-degar.
tagar II Br; bertagar berkarat: pagar besi di tangga rumah itu ~
menyebabkan tangan saya kotor.
taghut Ar 1. sifat zalim yg melampaui batas; 2. syaitan yg mendorong
manusia melakukan kejahatan; 3. nama salah satu berhala kaum
Quraisy.
tagih I; menagih 1. menuntut supaya dibayar hutang (sewa, yuran, dll),
meminta dijelaskan (hutang dll): dia sangat berdukacita kerana
dua hari lagi tuan rumah datang ~ wang sewa rumahnya; 2.
menuntut supaya menunaikan janji dll, menggugat: Rokayah ~
janji minta dibelikan kimono sutera;
tagihan 1. wang dll yg ditagih, hasil drpd menagih: tanggal
sepuluh datanglah ~ sewa rumah utk bayaran rumah Mariatun; 2.
tuntutan (gugatan) supaya menunaikan janji dll: surat ~ hutang;
penagihan perihal menagih, desakan supaya membayar hutang dll:
hutang ini ada ~, dan kalau tidak dibayar juga, nanti dituntut di
muka pengadilan;
penagih orang yg menagih.
tagih II; ~ judi suka (kuat) berjudi; ~ rokok suka (kuat) menghisap
rokok;
menagih berasa suka (gemar, ingin) benar akan sesuatu, sangat
gemar melakukan sesuatu kerana kebiasaan:
menagihkan menyebabkan suka atau gemar benar akan sesuatu:
Islam juga melarang meminum atau mengambil benda yg ~ spt
alkohol dan dadah;
ketagih rasa ingin benar akan sesuatu: saya, dgn main ekor ini spt
~ candu;
ketagihan dlm keadaan ketagih: sejak akhir-akhir ini Pak Jalil
sudah ~ surat khabar; ~ dadah (candu, rokok, dll);
penagihan perihal menagih sesuatu: ~ dadah di kalangan anakanak
muda sudah agak terkawal sekarang;
penagih orang yg menagih sesuatu; ~ dadah orang yg ketagihan
dadah; ~ televisyen orang yg ketagihan menonton televisyen.
tagir Mn; ketagiran ketagihan.
tagur Kl; menagur melempar, membaling.
tah I partikel pd akhir kata (utk menyatakan pertanyaan pd diri sendiri),
gerangan: apa~ ?; bukan~ ?; mana~ ?; mengapa~ ?
tah II bp entah (utk menyatakan tidak tahu): ~lah.
tah III kep tahil.
tahajud Ar; sembahyang ~ sj sembahyang sunat yg dilakukan pd tengah
malam, sebaik-baiknya selepas tidur;
bertahajud melakukan sembahyang tahajud: dia perlu tidur awal
utk kelak bangun ~.
tahak Jk sendawa;
bertahak bersendawa.
tahalul Ar perbuatan mencukur dan menggunting rambut utk melepaskan
diri drpd ihram selepas melakukan ibadah haji dan umrah;
bertahalul melakukan tahalul: bercukur atau bergunting rambut,
sekurang-kurangnya tiga helai, kerana ~.
tahan I 1. tidak berubah keadaannya, tidak lekas rosak (luntur, berubah,
dll): perkakas itu kalau dijaga dgn baik akan ~ bertahun-tahun; 2.
sanggup menderita sesuatu, tabah menanggung (kesusahan dll):
orang kampung tidak ~ lagi hidup menderita selama-lamanya; 3.
dapat menguasai dirinya, betah: mereka hendaklah ~ menyimpan
rahsia; 4. tidak mudah jemu (kasihan dll), kuat menguasai
perasaan, tidak lekas jijik dll: mana ~ makan ubi tiap-tiap hari; 5.
mencukupi, memadai (pd makanan, bekalan, dll): beras ini ~ utk
seminggu; 6. tidak roboh (runtuh), kuat: bahagian hadapannya
ditopang dgn dua batang kayu besar supaya ~ dan tidak tumbang
terus; 7. lebih baik, bertambah baik (drpd sakit), sihat sedikit:
semalam Bibah ni demam, ini dah ~ sedikit;
~ air tidak dapat dimasuki atau dirosaki air, kalis air, kedap air; ~
api tidak boleh terbakar, kalis api; ~ besi (peluru, tembak) tidak lut
senjata, kebal; ~ cuci tidak turun warna (apabila dicuci); ~
gelombang (ombak) dapat belayar dgn baik (tidak oleng); ~ harga
tetap harganya (tidak turun harganya); ~ hati cekal atau teguh hati;
~ hina tidak lekas marah apabila dihina; ~ kias tidak lekas menjadi
marah apabila disindir; ~ kulit Jh tidak lut senjata; ~ lama tidak
lekas rosak atau busuk; ~ lapar kuat berlapar; ~ lasak a) kuat dan
cekap membuat kerja; b) teguh, awet (pakaian); ~ palu (pukul)
tidak sakit jika dipukul; ~ sabar sabar, tidak pemarah; ~ sesah
tidak turun warna; ~ tangan tidak sakit kena pukul; ~ tonggak Mn
ditanggung oleh tonggak; ~ uji a) boleh diuji; b) terbukti
kebaikannya (keelokannya dll);
bertahan 1. tidak berganjak (dr tempat atau kedudukannya), tidak
undur: mereka ~ hingga musuh berundur kembali; 2. = ~ diri
mempertahankan diri (drpd serangan, ancaman): Folley kelihatan
melepaskan tumbukan-tumbukan ringan yg tidak memberi kesan
manakala Muhammad Ali ~; 3. tidak mahu mengalah, berteguh
hati, berkeras hati: penjudi yg sedang malang nasibnya, kalah dlm
perjudian, namun dia ~; Makhdum pun terlalu marah mendengar
kata Seri Rama itu, lalu pulang, berapa ditahani oleh Bendahara,
tiada mahu Makhdum ~; 4. mencukupi (utk beberapa lamanya):
kalau kita berhemat, akan ~ juga; 5. sl tersekat, terhambat: barang
siapa dapat memanah pohon lontar yg hamba tanam empat puluh
itu terus tiada ~ maka hamba berikan Sita Dewi ini;
~ larat = bertahan-tahan larat a) mengurangkan kesukaran yg
dideritai; b) mempertahankan supaya tahan lebih lama lagi,
melambat-lambatkan habisnya sesuatu, menjimat-jimatkan;
menahan 1. tidak membiarkan berlalu (mengalir dll),
menghentikan, menyekat: ada sebuah tandup yg ~ air sungai itu
utk digunakan di sawah; 2. memberi bersokong supaya jangan
rebah (jatuh), menopang, menyangga: mereka sedang mencacak
buluh di kaki tebing sungai itu utk ~nya supaya jangan runtuh; 3.
melambaikan tangan supaya (bas, kereta sewa, dll) berhenti: aku ~
bas itu; 4. mencegah, mengelakkan atau menjauhkan (penyakit
dll): ~ diri drpd diperdaya; 5. melawan dan memukul mundur
(musuh), menangkis (serangan): dia pun menyuruhlah membuat
beberapa kubu sepanjang-panjang sungai itu akan ~ angkatan dr
Sabukit; 6. menguasai perasaan (hawa nafsu dll), mengekang: saya
akan mencuba ~ nafsu muda sehingga pengajian saya di universiti
tamat; 7. tidak memanjangkan (permohonan dll) kpd yg lebih
tinggi, tidak disampaikan kpd: surat permohonannya telah ditahan
oleh ketua bahagian; 8. tidak membiarkan pergi, tidak
membenarkan (masuk, pergi, dll): kami bertiga telah ditahan di
luar dan Said Abu Bakar seorang sahaja yg disuruh masuk; 9.
memasukkan dlm penjara (utk sementara sahaja), memenjarakan,
mengurung: polis ada kuasa ~ seseorang yg disyaki selama empat
belas hari; 10. menyekat sesuatu drpd sampai kpd yg berhak, tidak
memberikan sesuatu kpd yg berhak: permintaan isteri utk membeli
itu dan ini dan perbelanjaan anak-anak ditahan sedikit; 11.
menyimpan (utk persediaan dll): dua karung beras ditahan utk
bekalan dlm pelayaran; 12. menguatkan diri supaya sanggup
menderita dll, menderita: dia kelihatan terkial-kial ~ kesakitan;
menahani tidak membenarkan (melakukan sesuatu), menegah,
mengekang, merintangi: barang kehendak kamu tiada aku tahani;
maka Makhdum pun terlalu marah mendengar kata Seri Rama itu,
lalu dia pulang, berapa ditahani oleh Bendahara tiada mahu
Makhdum bertahan;
menahankan 1. menjadikan tahan; 2. menggunakan sesuatu utk
menahan, menahan dgn: maka oleh orang tua itu dilambunglambung
lembing itu, ditahankannya belakangnya maka lembing
itu mengambul jatuh ke tanah; 3. menguatkan diri supaya tahan,
menahan: Nor Hamidah tidak dapat ~ tangisnya; 4. menggalang,
menyekat, merintangi, menahan: tidak boleh ditahankan kehendak
raja;
mempertahankan 1. mengikhtiarkan supaya tidak berubah,
mengusahakan supaya tetap (kekal): kaum tua mahu tetap ~ adat
yg mendapat kritikan paling hebat drpd kaum muda; 2. tidak mahu
melepaskan, memegang teguh-teguh: kemerdekaan yg dicapai itu
mesti dipertahankan; 3. menjaga supaya tidak terancam (dikuasai
orang dll), melindungi, membela: jika kompeni menyerang Bonjol,
serahkan pd kami ~ negeri; ~ diri;
tertahan 1. dapat ditahan, tercegah, terhambat, terhenti, tersekat:
maka dilakukan serangan terus-menerus yg tiada ~ oleh musuh;
lama dia membiarkan nafasnya ~; 2. = tertahani sanggup
mengekang atau mengawal (perasaan dll), sanggup menanggung
(kesakitan dll), sabar: segala rakyat itu tiada lagi terderita, tiada
lagi ~; tiadalah boleh ~ lagi hati saya lalu tertawa besarlah saya;
tiadalah patik ~ hawa nafsu segala wujud patik ini;
tertahan-tahan tidak lancar (langsung), terhenti-henti, terputusputus:
beliau terus bercerita dgn suara yg ~;
tahanan 1. sesuatu yg menahan, halangan, rintangan: benda itu
bergerak terus kerana tidak ada ~; 2. simpanan utk masa depan,
cadangan, persediaan; 3. sesuatu yg ditahan (orang, barang, dll):
kerajaan sepatutnya membantu dan memberi layanan baik kpd
anak dan isteri orang ~ politik; 4. tempat menahan orang, penjara:
saya telah dilemparkan ke dlm ~ selama lapan puluh enam hari; 5.
perihal menahan (dlm penjara dll): beliau pernah meletakkan
Perdana Menterinya dlm ~ rumah di Kahirah dahulu;
ketahanan keadaan tahan (kuat), sifat tahan atau keupayaan
menanggung (menderita dll) sesuatu, kebetahan (hati), kekuatan
(hati);
pertahanan 1. hal mempertahankan (menjaga supaya selamat dll):
hak ~ tubuh dan harta; 2. perihal membela, pembelaan: sekarang,
dgn tidak menerima ~ diriku, engkau usir aku dr rumahmu; 3.
sesuatu (spt kubu atau benteng) yg digunakan utk mempertahankan
diri dll drpd serangan, perihal menjaga keselamatan negeri dll:
kekuatan ~ awam Malaysia akan diperbesar; memperkukuh ~
negara;
penahanan 1. perbuatan menahan (menangkis), penangkisan; 2.
perbuatan menahan (mengekang), pengekangan: ~ hawa nafsu; 3.
perbuatan (tindakan) menahan (permohonan dll); 4. perbuatan
(tindakan) menahan orang (drpd memasuki sesuatu kawasan dsb);
5. perbuatan (tindakan) menahan (mengurung, memenjarakan, dsb
utk sementara sahaja), pemenjaraan, pengurungan: ~ mereka
dianggap tidak sah;
penahan orang dll yg menahan, penyekat, perintang.
tahan II; menahan memasang jerat dll (utk menangkap binatang, ikan,
dll): ~ bubu;
tertahan (sudah) terpasang.
tahan III; ~ turut tali dr puncak tiang ke bibir perahu (kapal).
tahana I sl darjat, martabat (kebesaran, kemuliaan), taraf;
bertahana bersemayam, duduk.
tahana II 1. Kd, bp; membuat ~ menderhaka; 2. Kd, Pl, bp menganiaya.
tahang I pasu besar drpd kayu, tong: ~ minyak.
tahang II gaung, jurang, lurah, ngarai.
tahap peringkat, tingkat: pemikirannya sudah sampai ke ~ yg begitu
tinggi; sekarang mereka bolehlah dilatih mengarang ke ~ yg lebih
tinggi; minyak pelincir yg membawa prestasi enjin ke ~ yg tinggi;
bertahap ada tahapnya, berperingkat, bertingkat;
bertahap-tahap (dgn) beberapa tahap, tahap demi tahap,
berperingkat-peringkat: projek itu akan dilaksanakan secara ~ dlm
tempoh tiga tahun;
menahapkan membahagikan sesuatu kpd beberapa tahap;
penahapan perihal (proses, perbuatan, tindakan dsb)
membahagikan sesuatu kpd beberapa tahap: penggolongan dan ~
sastera dlm tulisan beliau.
tahapan (Sunda) tingkatan, pangkat.
tahar I; bertahar belayar terus (dlm angin, ribut, dll);
menaharkan melayarkan terus (dlm angin, ribut, dll): ditaharkan
perahunya olang-aling dipalu ombak.
tahar II; bertahar terbiar, terdedah: mengapa budak itu ~ di tengah
panas?
taharah Ar hukum fikah yg berkaitan dgn kebersihan (merangkumi
hukum air, bersuci, najis, dsb), kebersihan.
tahayul Ar 1. hanya rekaan khayalan belaka (sebenarnya tidak ada),
impian sahaja, hanya dlm angan-angan: meramal-ramal itu
permainan kanak-kanak, ~ orang Melayu; 2. kepercayaan yg
karut-karut (kpd sesuatu yg sebenarnya tiada): menurut ~ orang
tua-tua bilamana hari kiamat Kara Eng Data akan pulang
kembali;
ketahayulan sesuatu yg dipercayai sbg tahayul: sains tabii
merupakan satu daya yg membebaskan manusia drpd belenggu ~.
tahbis Ar disucikan (utk keperluan agama Kristian);
mentahbiskan menyucikan atau memberkati (utk keperluan
agama Kristian): ~ paderi; ~ air suci;
pentahbisan perihal mentahbiskan.
tahfifah Ar sl hadiah, persembahan (kpd orang yg terhormat): maka Raja
Kida Hindi pun keluarlah menghadap Raja Iskandar dgn segala
persembahannya, drpd ~ yg mulia-mulia dan drpd mata benda yg
ajaib-ajaib.
tahfiz Ar menghafal (al-Quran); Institut T~ al-Quran Institut Menghafal
al-Quran.
tahi I 1. hampas makanan dlm perut (manusia, binatang) yg keluar
melalui dubur, najis: ~ anjing; ~ kambing; najis atau ~ itu
mengandungi benda-benda yg kasar yg tidak dapat diserap oleh
tubuh; 2. berbagai-bagai hampas, karat, kotoran, sisa; 3. ki orang
yg ketagihan sesuatu (kerana kebiasaan): ~ judi;
~ air sampah sarap yg mengapung di atas air; ~ angan orang yg
suka mengelamun; ~ angin a) awan tipis yg ditiup angin; b) bp
borak, obrol, sembang; ~ arak orang yg suka dan kuat minum arak;
~ besi karat pd besi; ~ betina lelaki yg suka berzina; ~ bijih sanga,
terak; ~ bintang benda yg kelihatan berkilau spt bintang dan
melayang di angkasa utk beberapa ketika; ~ candu a) kotoran yg
melekat pd paip penghisap candu; b) orang yg gemar menghisap
candu; ~ gergaji serbuk drpd kayu yg digergaji; ~ gigi kotoran yg
di celah-celah gigi; ~ hidung hingus kering dlm hidung; ~ ketam
sisa kayu yg diketam, tatal; ~ kikir serbuk drpd besi yg dikikir; ~
kuku kotoran hitam di celah-celah kuku; ~ lalat a) tanda hitam
bulat pd kulit; b) bintik-bintik hitam pd pakaian; ~ mata kotoran pd
mata; ~ minyak a) kerak minyak (kelapa); b) Jh orang yg suka
berbohong; ~ rokok orang yg suka (kuat) menghisap rokok; ~
telinga kotoran dlm telinga; ~ tembaga karat yg melekat pd
tembaga, terusi; tiada terbuangkan ~ mata dgn empu kaki prb aib
sanak saudara kita tentu terpikul oleh kita sendiri juga.
tahi II; ~ angin sj tumbuhan (lumut), rumput angin, kampur angin,
Usnea spp.; ~ anjing = ~ asu = rumput ~ ayam sj tumbuhan
(herba), ara batu, selasih dandi, Argeratum conyzoides; ~ gigi sj
tumbuhan (pokok kecil), menggading besar, mata gajah, kayu
hantu, puding hutan, Miliosma nitida; ~ musang sj tumbuhan
(pokok renek), mempulih, sepulih, Fagraea racemosa; rumput ~
babi sj tumbuhan (rumput), Adenostemma lavenia; rumput ~
kerbau a) sj tumbuhan (rumpai), Fimbristylis miliacea; b) sj ular,
Coluber radiatus.
tahi III; ~ ayam sj ikan laut, Tachysurus thalassinus.
tahil ukuran berat yg bersamaan dgn a) 1/16 kati atau 37.8 gram (utk
barang-barang); b) 16 mayam (utk emas); c) 10 ci atau 3.8 gram
(utk candu).
tahir Ar bersih, murni, suci.
tahiyat Ar 1. penghormatan; 2. ucapan penghormatan terhadap Allah dan
Rasul-Nya semasa duduk dlm solat;
~ akhir salah satu rukun solat pd rakaat akhir sebelum salam; ~
awal tahiyat yg dibaca pd rakaat kedua, kecuali solat dua rakaat.
tahkik Ar 1. pengesahan sesuatu kebenaran dgn bukti; 2. benar, sahih,
sungguh: syahadan ~lah Raja Jaafar pergi ke Selangor; ahli ~ ahli
sufi;
mentahkikkan 1. membuktikan kebenarannya, membenarkan,
mengesahkan: kejahatan orang lain yg belum boleh
ditahkikkannya itulah dibilang-bilang dan dibesar-besarkannya; 2.
menyunting sesuatu karya;
pentahkikan proses mentahkikkan sesuatu maklumat: apabila
komputer digunakan, pengesahan dan ~ data, dapat dibuat secara
automatik.
tahkim Ar 1. perihal melantik hakim, pengangkatan hakim; 2. keputusan
yg dibuat oleh hakim, pertimbangan hakim;
bertahkim memakai hakim (dlm pertelingkahan).
tahlik ark  taklik I.
tahlil I Ar sj zikir kpd Allah dgn mengucapkan kalimah “lailahaillallah”
berulang-ulang: selesai semua doa dan ~, Karim dgn kawankawannya
mula beredar dr situ;
bertahlil 1. melakukan tahlil: kemudian drpd selesai
menyempurnakan fardu Isyak lalu ~; 2. Id nyanyian puji-pujian
(dlm agama Kristian).
tahlil II Ar menjadikan halal perkahwinan antara suami isteri sesudah
talak tiga (dgn perantaraan muhalil).
tahmid Ar zikir dgn mengucapkan “alhamdulillah” berulang-ulang;
bertahmid melafazkan tahmid, berzikir.
tahniah ucapan selamat (utk orang yg berkahwin, mendapat anak, naik
pangkat, dll): aku ucapkan ~ atas kejayaanmu.
tahnik Ar perbuatan memasukkan sedikit benda manis (spt kurma yg
telah dimamah) ke dlm mulut bayi yg baru lahir sebelum diberi
susu.
tahsil Ar perihal mendapat atau memperoleh, pemungutan hasil (cukai,
sewa, dll).
tahsin Ar hal memperelok dan memperindah bacaan al-Quran dr segala
aspek spt tajwid, lagu dsb: beliau pernah menyertai majlis ~ al-
Quran anjuran Jabatan Agama Islam.
tahu I 1. maklum akan keadaan sebenarnya, faham, mengerti: entah
kapal perang atau perompak tiadalah saya ~; kita sudah ~ dahulu
bahawa kacang soya yg bertunas atau bercambah itu banyak
mengandungi vitamin C; 2. kenal (akan, pd), mengenal: dia tidak ~
saudara-maranya; 3. cekap lagi pandai melakukan sesuatu), bijak:
maka sekalian orang pun hairan melihat ~ Seri Dewa Raja naik
gajah itu; 4. mengambil peduli, mempedulikan, mengendahkan: itu
urusan engkau, aku tidak mahu ~; 5. sedar akan keadaan
sebenarnya, insaf: anak yg tidak ~ diuntung; 6. pernah (melakukan
sesuatu), biasa, selalu: dlm seratus orang tiada sepuluh yg ~
memakan daging; 7. menganggap sudah semestinya: gurunya ~
siap sahaja segala kerja yg dibekalkannya;
~ adab beradab; ~ adat mengerti sopan santun; ~ bahasa berbudi
bahasa; ~ balas mahu membalas budi; ~ diri = ~ di untung sedar
akan kedudukan dirinya; ~ senang mahukan segala-galanya
senang; ~ timun sl pandai menawar minuman yg beracun (mabuk
dll); (tidak) ~ malu (tidak) ada perasaan malu; ~ sama ~ a) saling
mengerti; b) saling tidak mengganggu; ambil (mengambil) ~ a)
mengetahui (mendapati); b) mempedulikan; banyak ~nya banyak
pengalamannya; bawa (membawa) ~nya sendiri menurut
fikirannya sahaja; cari (mencari) ~ hendak mengetahui; terlalu ~
sangat pandai; ~ makan ~ simpan prb merahsiakan sesuatu
hendaklah dgn sempurnanya;
setahu 1. sepanjang (sebanyak) yg dimaklumi: maka kujawablah
dgn ~ku; 2. dgn dimaklumi atau disaksikan oleh: dgn tidak ~nya
aku sering pergi ke rumah abangnya; 3. bp saya tidak tahu, entah;
tahu-tahu 1. dgn tidak disedari, akhirnya barulah diketahui
bahawa, tiba-tiba: ~ tangannya sudah memulas telinga anak itu; 2.
sl pandai, bijak: ada suatu perbuatan hikmat, patik peroleh drpd
perajurit yg ~;
bertahu; unjuk ~ = bertahukan Jk memberitahukan kpd;
bertahu-tahu 1. berpura-pura (berlagak) tahu; 2. Mn (dgn) setahu;
bertahuan sl berkenalan (dgn);
tahu-menahu; tidak ~ a) tidak tahu apa-apa: kami tidak ~ tentang
pergolakan dunia; b) tidak mempedulikan (mengendahkan), tidak
ambil peduli: ia berbuat spt tidak ~ sahaja; c) tidak kenalmengenal:
aku persilakan tetamu naik sahaja, tanpa ~ siapa;
mempertahukan ark mempermaklumkan, memberitahukan;
tertahu sl terkenal, termasyhur: maka dua puluh hulubalang yg
tertahu-tahu mati;
mengetahui 1. tahu akan, memaklumi: Mak Konah sendiri masih
belum ~ akan hal ini; baru aku ~ akan sebabnya aku dipanggil; 2.
tahu setelah melihat tanda-tanda atau buktinya, mengenali: tidak
sulit bagi kita utk ~ binatang jenis mamalia ini; 3. mendapati,
menginsafi, menyedari (akan): waktu konsert itu habis dan Pri
hendak bertepuk kerana gembiranya, barulah diketahuinya
bahawa tangan kirinya sudah terkalung oleh tangan kanan Wati;
4. mengerti akan, memahami: kata-katanya masih belum diketahui
sepenuhnya oleh masyarakat bahasa Indonesia;
ketahuan 1. (sudah) diketahui, dikenali: sejak mula sudah ~
bahawa kau bukan kuli kontrak sembarangan; 2. telah didapati,
kedapatan, terbukti: apabila diperiksa ~ pula bahawa si Bidin itu
ialah anak Allahyarham Haji Hamdan; 3. terang, nyata, jelas:
tidak ~ apa hendak dibuatnya;
tak ~ Kd tidak siuman;
berketahuan tahu (mengerti) benar, tidak syak lagi, sahih: tiada
hambamu tahu kerana tempat Sita Dewi belum ada ~; tidak ~ tidak
keruan (menentu), kacau sekali;
pengetahuan 1. perihal mengetahui, apa-apa yg diketahui: kisah
serong yg dilakukan oleh Datuk ini sedikit sebanyak sampai juga
ke ~ orang kampung; 2. perihal tahu, kepandaian, kebijakan:
biasanya orang yg ada ~ dlm ilmu sains kurang pula ~nya dlm
bahasa Melayu; 3. = ilmu ~ segala yg (akan) diketahui atau
dipelajari bkn sesuatu: telah kukuasai ~ tentang falsafah dgn
mudah; ~ umum pengetahuan mengenai berbagai-bagai hal;
berpengetahuan (banyak) mempunyai pengetahuan, berilmu,
terpelajar: ~ luas dan peka terhadap alam sekeliling.
tahu II sj burung, burung tuwu, Eudynamys scolopacea malayana.
tahun I 1. jangka waktu (masa) yg lamanya dua belas bulan: umurnya
enam belas ~; berapa ~ kamu tinggal di kampung itu?; 2. angka yg
menyatakan tarikh: beliau dilahirkan pd ~ 1945; 3. masa dua belas
bulan yg ke... (spt majalah, surat khabar, dll): Majalah Bahasa ~
yg kedua bilangan satu; 4. masa dua belas bulan utk ...; ~ buku Id
masa utk perhitungan kewangan dlm perniagaan (biasanya dr 1
Januari hingga 31 Disember); 5. masa selama tumbuh-tumbuhan
hidup, musim; ~ jagung masa selama tiga atau empat bulan;
~ akademik seluruh tempoh masa dlm satu tahun yg digunakan utk
pengajian atau kuliah di kolej, universiti, akademi dsb: Program
Sarjana Perubatan adalah satu program lepasan ijazah yg
mengambil masa empat ~ akademik; ~ akademik 1997/98; ~ asas
(Eko) tahun yg dipilih sbg permulaan bagi pengiraan satu siri
nombor indeks, biasanya tahun yg mempunyai ciri normal spt
ketiadaan kemelesetan dan inflasi yg tinggi; ~ baru hari yg
pertama dlm satu-satu tahun; ~ belakang Id = ~ depan = ~
hadap(an) tahun yg akan datang; ~ cahaya (Fiz) unit jarak yg
bersaman dgn jarak yg dilalui cahaya dlm satu tahun; ~ Dal tahun
yg kelima dlm daur kecil (windu); ~ fiskal jangka masa dua belas
bulan yg diliputi oleh belanjawan sesebuah negara; ~ Gajah tahun
berlakunya peristiwa serangan tentera bergajah pimpinan Abrahah
(dr Yaman) ke atas Kaabah, yg bersamaan dgn tahun kelahiran
Nabi Muhammad SAW; ~ Hijrah tarikh yg dikira mulai tarikh
hijrah Nabi Muhammad SAW dr Mekah ke Madinah; ~ kabisat =
~ lompat = ~ panjang Id tahun yg sehari lebih panjang drpd tahun
yg biasa; ~ kalendar tempoh masa satu tahun dr 1 Januari hingga
31 Disember pd tahun yg sama; ~ kamariah = ~ qamari tahun yg
dikira mengikut perjalanan bulan; ~ kewangan a) jangka masa dua
belas bulan yg pd akhirnya sesebuah syarikat dll menutup
akaunnya; b) tahun fiskal; ~ lalu tahun yg lepas; ~ Masihi tarikh yg
dikira mulai dr tarikh lahirnya Nabi Isa as; ~ syamsiah tahun yg
dikira mengikut perjalanan matahari;
setahun satu tahun; ~ padi tempoh lima atau enam bulan; berumur
~ jagung a) muda sekali; b) ki belum matang (pemikiran dll);
setahun-tahunan sepanjang tahun;
bertahun; sudah ~ sudah beberapa tahun yg lalu: sudah lama
Leman merantau, sudah ~ hari yg habis;
bertahun-tahun beberapa tahun lamanya: sudah ~ lamanya Nasir
bergaul dgn gadis itu;
menahun 1. tinggal hingga genap setahun atau beberapa tahun
lamanya: beliau telah menjauhkan diri naik ke Makkatulmusyarrafah
lalu duduk ~ di sana; 2. lama benar: dia sudah ~ di
sini; 3. lama merana (menghidap penyakit): dia menjadi korban
drpd fungsinya juga dan akibatnya timbul infeksi yg ~;
tahunan 1. (berlaku atau diadakan) setiap tahun: salah satu drpd
tujuan ibadat haji ialah utk menyatukan umat Islam melalui satu
muktamar Islam ~ yg berlangsung di tanah suci; mesyuarat agung
~; penyata ~; 2. bp sudah bertahun-tahun.
tahun II Mn; bertahun bertanam padi, bersawah;
pertahunan hasil sawah, panen, panenan: ~ rosak binasa, kerana
batang padi habis dikerat-kerat tikus sebelum berbuah.
tahyul tahayul.
tai I bp tali leher;
bertai memakai tai, bertali leher: siapakah lelaki yg ~ biru kuning
itu?
tai II Kd tal.
taici sj senaman dgn gerak badan yg perlahan-lahan yg pd asalnya
diamalkan oleh orang Cina utk menyihatkan badan.
taifah (ta.i.fah) Ar golongan, kaum, suku.
taiga (Rusia) (Geog) kawasan hutan pokok tirus yg terletak di antara
kawasan tundra dgn kawasan steppe.
taijin C pegawai yg mengawasi hal ehwal orang Cina.
taik (Sunda); ditaiki dinaiki;
ditaikkan dinaikkan;  naik.
taiko C sj penyakit kusta.
taikong  tekong I.
taikun ahli perniagaan yg kaya-raya dan berkuasa: dia seorang ~ gula
dan tepung yg terkenal di wilayah ini.
taiming bp sombong, besar hati: jangan hendak tunjuk ~ dan keras
kepala.
tain takyin.
taip; mesin ~ mesin papan kekunci utk menulis huruf, angka, dsb secara
mekanikal;
menaip menulis dgn mesin taip: tatkala dia ~ itu mulutnya kumatkamit
sedang jarinya menekan satu-satu huruf;
taip-menaip perihal menaip (surat, rencana, dll): mereka telah
menganjurkan suatu kelas trengkas dan ~;
menaipkan menaip sesuatu utk (kerana);
taipan yg ditaip, hasil drpd (perbuatan) menaip: membetulkan
kesilapan-kesilapan ~;
penaipan perihal (perbuatan dsb) menaip: satu cetakan hasil ~
hendaklah dikeluarkan utk semakan;
penaip orang yg menaip.
tairu (Tamil) susu (kambing atau lembu) yg pekat dan masam.
tais ark tidak bersih, cemar, kotor.
tais liur Br ingin akan sesuatu (biasanya makanan).
taiso (Jepun) ark senaman, gerak badan, gimnastik.
taitut sj burung, burung ceketing, Lobivanellus indicus astronuchalis.
taj Ar mahkota; T~ul-Salatin mahkota segala raja (tajuk buku); taju.
taja; menaja 1. mulai membuat sesuatu anyaman (tenunan): lain ditaja,
lain dianyam; 2. berbuat sesuatu dr mula, mempelopori sesuatu
(gerakan, rancangan, dll): syarikat perusahaan yg baru ditaja; utk
~ sebuah kampung baru yg seindah pusaka nenek moyang yg ada
ini adalah satu perkara yg tidak mudah; ia telah ~ suatu cabang
ilmu kaji bumi yg tersendiri yg dinamakan paleontologi; 3.
merancang, mengatur: aku telah ~ hidupku; 4. membiayai
rancangan radio atau televisyen sbg ganjaran masa tayangan iklan
(bkn syarikat dsb): siaran langsung itu ditaja oleh syarikat
Rothmans;
tajaan sesuatu yg ditaja, apa yg ditaja;
penajaan perihal (usaha, tindakan) menaja: beliau telah
berhubungan rapat dgn ASAS ’50 sejak ~nya;
penaja 1. orang yg menaja, orang yg mempelopori sesuatu: beliau
ialah salah seorang drpd ~ parti tersebut; 2. syarikat dsb yg
menaja sesuatu rancangan radio atau televisyen.
taja jamin (Eko) persetujuan atau tindakan menjamin utk membeli atau
menyerap semua terbitan saham yg tidak dapat dijual kpd orang
ramai dgn harga yg dipersetujui: beliau berkata demikian selepas
menyaksikan majlis ~ saham syarikat tersebut;
menaja jamin 1. bersetuju utk membeli semua saham baru yg
tidak dibeli orang ramai pd harga yg ditetapkan bersama: pengurus
terbitan akan ~ bon terbitan pd satu kadar faedah yg dipersetujui;
2. bersetuju utk membiayai kos sesuatu perusahaan (perniagaan
dsb): projek perumahan yg terbengkalai akan dibangunkan semula
oleh pemaju atau institusi kewangan yg ~ projek itu;
penajajaminan proses atau hal menaja jamin;
penaja jamin bank, institusi kewangan dsb yg menaja jamin:
beberapa buah bank telah mengambil bahagian sbg ~ saham
terbabit.
tajak sj alat utk mencangkul tanah atau membersihkan rumput di sawah
(bendang dll), rimbas: mereka sedang berhempas pulas
menghayun cangkul dan ~ , membuat kebun sayur;
~ kebat Mn cagaran; tiada serik dimakan ~ esok lusa ke bendang
juga prb kerana mencari wang (harta) tidak menghiraukan penat
atau kesusahan;
menajak merumput dgn tajak, mengerjakan tanah dgn tajak;
penajakan perbuatan (kerja) menajak;
penajak orang yg menajak.
tajalli Ar 1. tersingkap atau terbuka hijab (bkn sufi, tasawuf); 2. jelas dan
nyata (sesuatu yg ghaib), sudah terang, tidak tersembunyi; 3.
kebenaran yg diperlihatkan Tuhan, wahyu.
tajam I 1. mudah memotong (mengerat, menghiris, melukai), mudah
makan (pisau dll), lwn tumpul: parang yg ~; 2. runcing hujungnya,
lancip: paku yg ~; 3. dapat melihat (mendengar, merasai, dll) dgn
cepat atau dgn cekap: dgn menggunakan pendengarannya yg ~ sbg
orang gunung, Rijnhaard dapat menggesek biola spt bapanya itu;
4. mudah menangkap atau mengerti (akal, fikiran), pintar, cerdik: ~
juga otak budak sekolah menengah ini; 5. kelihatan garang atau
galak (pandangan, air muka): ia memerhati dgn pandangan yg ~;
6. keras atau pedas (kritikan, teguran, sindiran, dll): walaupun
mulut Mak Siti itu ~ dan perkataannya pedas-pedas, hatinya baik
juga; 7. boleh menyakiti (sabun, asap, asid, dll), dapat melukai:
walaupun matanya tertutup oleh asap itu tiada sekali juga
dikejapkannya, seakan-akan tidak pedih rasanya kena asap yg ~
itu; 8. menjadi genting, memuncak: pertelingkahan antara mereka
semakin hari semakin ~; 9. kuat, berpengaruh: budi bahasa yg baik
ialah satu drpd daya penarik yg ~ bagi pekedai; 10. jelas, ketara:
ketidaksamaan taraf sosioekonomi akan memperlihatkan
perbezaan yg ~ antara sektor;
~ akal = ~ fikiran pintar, cerdik; ~ mata lekas dapat melihat; ~
mulut suka mengeluarkan kata-kata yg pedas; ~ pendengaran lekas
dapat mendengar;
berapakah ~ pisau parang ~ lagi mulut manusia = keris lembing
(pedang) tiada ~, ~ lagi lidah (mulut) manusia prb kata-kata atau
percakapan lebih menyakiti hati orang drpd dilukai dgn senjata
tajam; yg ~ tumpul, yg bisa tawar prb Mn a) kerana berkat ubat
atau doa penyakit sembuh; b) kerana percakapan yg manis
sengketa hilang;
menajam menjadi tajam: keningnya berkerut dan cemas ~
matanya memandang kpd gadis di sisinya itu;
menajamkan menjadikan tajam: pensel itu mesti ditajamkan; dia
~ telinga mendengar-dengar ke tengah rumah dan ke dapur;
mempertajam menjadikan lebih tajam: pemakaian bahasa setiap
hari dgn sendirinya akan ~ perasaan kita terhadap bahasa yg kita
pakai; pembacaan yg luas dan mendalam pasti berfungsi ~
pemikiran; ~ sanding ki membesarkan perselisihan; adakah duri
dipertajam prb a) orang yg cerdik tidak perlu diberi nasihat lagi; b)
musuh tidak perlu diberi pertolongan;
ketajaman hal atau sifat tajam: ia bertambah kagum dan ghairah
memikirkan ~ otak gadis itu;
penajaman perihal (proses, perbuatan dsb) menajamkan: ~ mata
pisau.
tajam II; ~ damak sj tumbuhan (pokok), cenderai gajah, damak-damak
bulu, Grewia latifolia; ~ molek sj tumbuhan (pokok), takam molek,
karaes, Baccaurea brevipes.
tajau sj tempayan besar yg dibuat drpd tanah liat (berlapis sj kaca).
tajdid Ar pembaharuan (yg menurut ulama fikah bererti menghidupkan
kembali ajaran Rasulullah yg semakin ditinggalkan akibat amalan
bidaah).
taji I = ~ ayam susuh buatan (drpd besi, tembaga, dll) yg dipasang pd
kaki ayam sabungan; ~ bentuk taji yg melengkung bentuknya
dipasang pd susuh ayam; ~ golok taji yg dipasang pd kais ayam
(bermacam-macam bentuknya); berombong ~ memakai taji (ayam
sabungan); membulang ~ mengikat atau melekatkan taji pd kaki
ayam sabungan; penggabus ~ alat tempat memasang taji (pd kaki
ayam); tuntung ~ hujung taji yg tajam; spt ~ dibentuk ki bentuk alis
atau kening yg cantik; duduk diambung-ambung ~ prb perihal
seseorang yg senantiasa dlm kerunsingan;
bertaji memakai taji (ayam sabungan); belum ~ hendak berkokok
prb belum berilmu apa-apa sudah hendak mengagungkan diri;
menaji menikam, mencucuk, menusuk dsb dgn taji atau dgn benda
tajam: dia segera berpaling ke belakang utk ~ Sang Jebat tetapi
ditahan.
taji II sj tumbuhan (pokok yg kayunya elok utk perabot rumah dan
daunnya boleh dibuat ubat), jati bukit, sentada, Podocarpus
neriifolius.
tajin kanji (utk mengeraskan pakaian);
bertajin berkanji (pakaian);
menajin mengeraskan pakaian dgn tajin;
menajinkan menganji (pakaian).
tajribah Ar percubaan.
taju mahkota;  taj.
tajuk I 1. perhiasan kepala yg dibuat drpd emas (perak dll), mahkota,
patam, jamang; 2. perhiasan kepala drpd karangan bunga yg
dicacak pd rambut atau pd tutup kepala (mahkota, serban, dll): ~
bunga cempaka dan bunga cina; 3. = ~ perahu kili-kili atau pasak
pd tepi perahu; 4. kepala surat (karangan, makalah, dll), judul,
mauduk, pokok (percakapan): belum lagi diberi ~ utk karangan
itu; Hilmy mengubah ~ percakapannya;
~ berita a) serangkai perkataan tentang isi sesuatu berita atau cerita
yg dicetak besar dan tebal di atas halaman surat khabar dsb; b)
ringkasan pendek tentang butir-butir berita penting dlm siaran
televisyen dan radio; ~ dayung keliti dayung (pd perahu); ~
mahkota a) karangan bunga pd mahkota; b) yg tercinta, yg
dikasihi; ~ rencana induk karangan (dlm majalah, surat khabar,
dll); ~ surat kepala surat;
bertajuk 1. ada tajuknya, memakai tajuk: ia memakai seberhana
tubuh, berkain pancung, bersebai, berdestar, ~; 2. ada judulnya
(karangan dll), berkepala: karangan ini tidak ~;
menajuk kelihatan menganjur (tinggi), tercacak, terkemuka;
mempertajuk sl memberi bertajuk, memakai tajuk pd: maka
dipertajuk tuan puteri berjerlai-jerlai.
tajuk II Mn tingkat;
bertajuk bertingkat;
bertajuk-tajuk bertingkat-tingkat.
tajun; ~-menajun menitik, menitis (air, peluh, dll): peluh ~-menajun
laksana manik berhambur drpd karangannya.
tajung; kain ~ ark sj kain sarung sutera.
tajur I kail besar yg berjoran, semetik, taut.
tajur II ark kelihatan menganjur (memanjang);
penajur deretan yg memanjang (pancang kelong dll).
tajur III Jk sj tumbuhan (pokok yg daunnya dibuat ubat sakit perut),
Cherodendron buchanani.
tajwid Ar ilmu (hukum) yg berkaitan dgn lafaz atau sebutan yg betul dan
tepat dlm bacaan al-Quran: Haji Saleh diangkat menjadi guru
bahagian ~;
tak I kep tidak: ~ kan tidak akan, tidak mungkin; ~ apa a) tidak
mengapa; b) tidak ada apa-apa; acuh ~ acuh tidak ambil peduli; ~
mboh Tr tidak mahu: Meli tak ~ ajak kamu pergi melihat
perlawanan bola sepak.
tak II bunyi spt bunyi orang mengetuk kayu dll dgn batu, bunyi detak.
taka unit mata wang Bangladesh.
takabbur Ar → takbur.
takadum Ar martabat (darjat, taraf) yg tertinggi.
takaful Ar insurans yg didasarkan pd atau yg mengikut asas-asas dan
hukum-hukum agama Islam.
takah I takik, takuk;
bertakah-takah bertakuk-takuk: dia terus menuruni tanah bukit
yg ~.
takah II Kd sj kera, kongkang, kera duku, nilung.
takah III Mn 1. sikap, rupa, tingkah laku: ~nya masih perawan; 2.
segak, gagah, kacak, tampan: ~ juga rupa orang itu; 3. perawakan,
tokoh: ~nya akan jadi orang besar;
menakah ark kelihatan elok dll.
takai; menakai mengenal pasti dan memilih binatang dlm sesuatu
kawanan yg berpenyakit, lemah dsb utk dibunuh, disingkirkan dsb
sbg langkah mencegah pemerebakan penyakit dsb: beritahu rakanrakan
lain supaya ~ ayam yg didapati lemah dan berpenyakit;
tindakan ~ kambing yg kurang baik seharusnya dijalankan dr
semasa ke semasa;
penakaian proses (tindakan, perbuatan, usaha dsb) menakai:
maklumat ini diperlukan utk memudahkan kerja ~ ternakan yg
berpenyakit.
takak I; kain (ber)~ sarung yg dibuat drpd dua helai kain yg dijahit
bersambung;
menakak menjahit dua helai kain menjadikan sarung.
takak II  takuk.
takal alat berupa roda-roda kecil yg diberi bertali atau berantai (utk
mengangkat barang berat), kapi, kerek.
takang; ~-takik berbagai-bagai takik.
takar 1. sj bekas drpd tembikar (utk menyimpan cuka, halia, dll),
buyung, guri; 2. ukuran banyak (gelen, liter, dll); gelas ~ Id tabung
kaca yg bersenggat-senggat utk menyukat benda-benda cair (dlm
ujian kimia);
setakar ki sama ukuran, seimbang, sekadar;
menakar 1. menyukat (ubat dll) dgn takar, mengukur dgn takar; 2.
ki mengambil semuanya, membolot: segala belanja yg dikeluarkan
oleh isterinya hendak ditakarnya;
takaran 1. alat utk menakar sesuatu; 2. ki sesuatu yg menjadi
ukuran, kadar;
~ kehidupan perbelanjaan hidup yg mencukupi; ~ sudah hampir
penuh sudah tua.
takarir Ar catatan di tepi halaman kitab.
takat I; 1. hingga, sampai: dalamnya sungai itu ~ pinggang sahaja; 2.
had atau peringkat (pd sesuatu ukuran);
~ beku = ~ sejuk beku had suhu ketika air dll membeku; ~ didih
had suhu ketika air dll mendidih; ~ embun suhu ketika udara
lembap menjadi tepu dan membentuk embun apabila bersentuhan
dgn sesuatu permukaan; ~ lebur suhu ketika suatu pepejal mulai
lebur;
setakat sampai had, sehingga: ~ ini, perbualan mereka terhenti; ~
manakah hasil yg didapati drpd pengajaran yg telah diberikan?;
bertakat-takat bersenggat-senggat, berperingkat-peringkat:
campuran ini dialirkan melalui satu saluran yg ~.
takat II Jw tidak lekas atau mudah mati, tahan menderita sakit.
takat III Br terumbu.
takau; ~ rimba sj burung, burung tukang, tukang besi, Eurylaimus
javanicus; ~ selawit sj burung, burung seluit, Calyptomena viridis.
takbir I Ar kalimah mengagungkan Allah dgn menyebut “Allahuakbar”
berulang kali: suara ~ berkumandang pd malam raya; membaca ~
melafazkan “Allahuakbar”  (berulang-ulang); mengangkat ~
mengangkat kedua-dua belah tangan “Allahuakbar”;
bertakbir membaca takbir: suara orang ~ bergemuruh bunyinya;
takbiran puji-pujian kpd Allah dgn bertakbir.
takbir II Ar huraian menjelaskan sesuatu, makna, penafsiran, takwil
(biasanya mengenai mimpi): puaslah ia memikirkan apakah ~
mimpinya itu;
mentakbirkan menerangkan atau menafsirkan erti mimpi,
mentakwilkan (mimpi).
takbiratulihram Ar ucapan takbir "Allahuakhbar" sambil mengangkat
kedua-dua belah tangan hingga ke paras telinga pd permulaan
sembahyang.
takbur berperasaan tinggi diri (suka menganggap diri sendiri lebih
mulia, lebih pandai, lebih cerdik dsb drpd orang lain), angkuh,
bongkak: ia sangat sombong dan ~ tentang kecantikan dirinya;
Iblis berdendam apabila diusir dr syurga kerana sikap ~ dan
bongkaknya yg enggan sujud kpd Adam;
ketakburan perihal takbur.
takdim Ar pembukaan, pendahuluan (sembahyang).
takdir 1. = ~ Allah = takdirullah sesuatu yg ditentukan oleh Allah
terlebih dahulu, penentuan drpd Allah, qadak: suratan ~ di tangan
Tuhan; 2. ki untung nasib: jangan berpeluk tubuh sahaja
menyerahkan diri kpd ~; 3. = ~nya jikalaulah, seandainya,
sekiranya: ~nya terjadi apa-apa kpd diri abang, kpd siapa kami
akan bergantung; 4. kalau... pun, meski... pun: ~ pun kita tidak
membelinya, orang lain akan membelinya;
mentakdirkan menentukan lebih dahulu (oleh Allah),
memutuskan lebih dahulu: dia telah ditakdirkan mati dgn cara yg
dahsyat;
ketakdiran perihal ditakdirkan (ditentukan), ketentuan (nasib dll):
sesuatu ~ tiada datang dgn tiba-tiba, tetapi ada garis yg
dilaluinya; yg ada sekarang ini, menurut fikiranku ialah buatan
orang.
takdis Ar penyucian, pengudusan;
mentakdiskan menyucikan, menyatakan suci.
takeyari (takéyari) (Jepun) ark tombak buluh, buluh runcing.
takhir Ar kemudian, lewat;
mentakhirkan mengemudiankan, melewatkan: ~ sembahyang.
takhlik Ar; mentakhlikkan membentuk, menciptakan, menjadikan.
takhta tempat raja bersemayam;
~ kerajaan a) (kerusi, peterana) tempat raja bersemayam,
singgahsana; b) ki kekuasaan raja, wilayah di bawah pemerintahan
raja; ~ rawan tandu utk raja-raja; naik ~ menjadi raja; turun ~
meletakkan jawatan raja;
bertakhta 1. = ~ kerajaan menjadi raja, memerintah negeri; 2.
berkerajaan di, bersemayam di; 3. ki berada, berkedudukan: jiwa
besar mesti ~ dlm seluruh kehidupan para pemimpin dan penulis;
4. ki bertempat, tersemat: apa yg sedang ~ di hatinya sekarang
ialah cintanya terhadap Azman;
mentakhtai menduduki (memegang) takhta;
mentakhtakan mendudukkan di takhta kerajaan, menabalkan
menjadi raja: baginda ditakhtakan oleh rakyat menjadi raja negeri
itu;
ketakhtaan perihal naik takhta: ~ dinasti.
taki I; bertaki berbantah, berbahas, bertengkar: kadang-kadang sampai
merah muka aku ~ dgn kawanku akan sesuatu hal yg tidak aku
setujui;
menaki menentang, membantah;
penaki (orang yg) suka bertaki (berbahas, bertengkar): aku tidak
berani menerangkannya lebih panjang lagi kerana ayahku itu ~
orangnya.
taki II ark; bertaki berjanji.
takik toreh yg agak dalam pd pokok (kulit pokok dll), takuk, gubang:
potongan itu tebal-tebal ~nya; takang-~ berbagai-bagai takik;
bertakik-takik ada takiknya di beberapa tempat, bertakuk-takuk;
menakik 1. melukai sesuatu dgn parang dll, membuat takik (dgn
memarang dll), menakuk: pohon-pohon getah yg ditakik oleh
pengganas dahulu masih baru kelihatannya; 2. menoreh kulit kayu
utk mengambil getah, menyadap: ~ pokok getah; ~ darah di batu
prb Mn meminta pertolongan kpd orang yg tidak mampu;
tertakik menakik atau ditakik dgn tidak sengaja: jika salah-salah
hayun, kapak tergelicir sasaran dan betis pula yg ~;
takikan 1. hasil drpd perbuatan menakik; 2. takuk yg dibuat utk
memudahkan orang berpijak, takukan;
penakikan 1. perbuatan (kerja) menakik (menakuk), penakukan; 2.
perbuatan (kerja) menakik (menoreh, menyadap), penorehan,
penyadapan;
penakik 1. orang yg menakik (menakuk), penakuk; 2. orang yg
menakik (menoreh), penoreh, penyadap.
takipnea (takipnéa) (Ubat) pernafasan yg terlalu cepat dan pendek.
takir Jk bekas air dll (drpd daun pisang, daun kelapa, dll), limas.
takjub berasa aneh atau pelik (kerana melihat atau mendengar sesuatu),
hairan, kagum: Mak Guna tercengang, hairan dan ~;
menakjubi berasa takjub (hairan) akan, mengagumi;
menakjubkan mendatangkan rasa takjub, mengagumkan,
menghairankan: kesakitan Wira Pati sangat ~ Sang Nata;
ketakjuban perihal takjub, kehairanan, kekaguman.
takkan singkatan bagi tidak akan.
taklid Ar 1. pegangan pd pendapat ahli hukum yg muktabar; 2. percaya
bulat-bulat kata orang, menurut (meniru, meneladani orang lain);
3. = ~ buta hanya menurut (mengikut) sahaja;
bertaklid berpegang pd pendapat ahli hukum yg muktabar: namun
bagi golongan awam, mereka memang perlu ~ kpd para ulama
atau mereka yg lebih mengetahui;
bertaklidkan bertaklid kpd: mereka wajib ~ para nabi.
taklif Ar penyerahan beban (tugas, pekerjaan) yg berat kpd seseorang.
taklik I Ar perjanjian (kahwin dll) atau pengakuan gugurnya talak dgn
janji (spt ke darat enam bulan ke laut setahun, tiada berita, talak
gugur dgn sendirinya): dgn ~ kaum perempuan boleh melepaskan
dirinya drpd kongkongan suami yg tidak disukainya; hukuman ~
hukuman yg dikenakan dgn perjanjian.
taklik II Ar; menaklik membaca dgn teliti, mempelajari.
taklikat catatan di tepi kitab.
taklim Ar perihal mengajarkan agama Islam: aktiviti pengayaan ilmu ini
boleh diadakan di dlm kelas, kelas khas atau semasa ~ selepas
atau sebelum kelas amali solat.
taklimat penerangan ringkas tentang sesuatu perkara;
mentaklimatkan memberikan penerangan atau arahan yg perlu
secara ringkas tentang sesuatu perkara: pengarah akan ~ arahan
yg terbaru itu kpd semua staf yg terlibat.
takluk 1. tunduk kpd (pemerintahan, kuasa, dll), menyerah kalah,
mengaku taat: telah kedengaran ke Benua Siam bahawa Melaka
tiada ~ kepadanya; 2. kawasan yg masuk dlm sesuatu
pemerintahan, jajahan; jajahan ~ jajahan yg diperintah (ditawan)
oleh sesebuah negeri;
menakluki 1. = menaklukkan menyerang dan mengalahkan serta
menguasai (memerintah), menumpaskan dan menguasai,
menundukkan: bangsa Turki ~ Istanbul pd tahun 1453 Masihi;
khabarnya konon perang besar menaklukkan Bonjol pun
terjadilah; 2. ki menguasai: dgn ini, dongeng-dongeng dgn
sendirinya ~ fikiran dan jiwa rakyat supaya taat setia;
tertakluk 1. telah dikalahkan dan dikuasai, tertawan: dgn ~nya
Mekah bererti ~nya seluruh negeri Arab; 2. wajib, patuh kpd,
wajib mentaati: dia ~ kpd Undang-Undang Adat; 3. sangat-sangat
bergantung pd, terikat pd: ekonomi kita ~ sangat pd jualan getah
dan bijih timah;
taklukan (orang dll) yg ditaklukkan, tawanan;
penaklukan perihal menaklukkan, penawanan;
penakluk orang yg menakluk.
takma jalinan atau kepang tali (kabel dll);
menakma menjalin atau mengepang (tali, kabel, dll).
takmir Ar amalan (usaha, kegiatan, dsb) menjadikan sesuatu makmur,
gilang-gemilang, giat dan digunakan sepenuhnya; ~ masjid usaha
menjadikan masjid sbg pusat pelbagai kegiatan agama.
takograf alat utk merekodkan kelajuan, masa dan jarak perjalanan
sesebuah kenderaan.
takol (Sunda) ark; menakol memukul.
takometer (takométer)  alat  yg  digunakan  utk  mengukur  laju  putaran
enjin, dinyatakan dlm putaran per minit (ppm).
takoyong Br ulun.
takraw = sepak ~ sj permainan sepak raga yg memakai jaring, sepak
raga jaring.
takrif huraian yg ringkas dan tepat (tentang sesuatu spt makna perkataan
dll), penjelasan (bkn sesuatu), penentuan, pernyataan (yg
menerangkan), definisi: dgn ~ ini, dapat kita faham akan
perasingan undang-undang dgn moral dan ilmu siasah;
mentakrif memberi atau membuat takrif (definisi);
mentakrifkan memberi takrif (pengertian dll) tentang,
mendefinisikan: pengarang telah mencuba ~ novel tetapi ternyata
bahawa novel itu tidak didefinisikan;
pentakrifan perihal (perbuatan, cara, dsb) mentakrifkan (sesuatu):
~ harus dimulai dgn penerangan yg umum ke penerangan yg
khusus;
pentakrif orang yg memberikan takrif tentang sesuatu kata, istilah,
dsb (apabila menyusun sesebuah kamus dll).
takrim Ar hormat, penghormatan, pemuliaan: maka anakanda sambut
dgn takzim dan ~.
takrir Ar pengakuan kebenaran secara lisan.
taksa mempunyai makna yg kabur (menyangsikan, meragukan), boleh
menimbulkan lebih drpd satu makna atau tafsiran;
ketaksaan perihal (keadaan dsb) taksa, kekaburan, kesangsian,
keraguan, ketidakpastian (bkn sesuatu makna): adanya imbuhanimbuhan
membantu menghilangkan ~ sesuatu ayat.
taksi Id teksi;
menaksi bp menaiki teksi, menumpang teksi;
menaksikan 1. menumpangkan pd teksi; 2. memakai kereta
(motokar) sbg teksi, menjadikan teksi; teksi.
taksidermi seni atau kaedah mengawet binatang dan burung yg telah
mati sehingga ia kelihatan seolah-olah masih hidup.
taksir I tidak mengendahkan (pekerjaan dll), kurang ingat-ingat, alpa,
lalai: jangan ~ drpd memeriksai alat rakyatmu supaya sentosa
kerajaan engkau; berlepas ~ membebaskan diri drpd kesalahan
orang;
mentaksirkan melalaikan, mengalpakan.
taksir II kira, hitung, nilaian: ~ kasarnya bolehlah didapati dgn mengira
bunga biasa dgn kadar 4½%; salah ~ salah kira (hitung); kurang ~
hilang laba prb pekerjaan yg dibuat tidak dgn hati-hati akan
mendatangkan kerugian;
menaksir 1. mengira atau menghitung banyaknya sesuatu (harga
dll): ditaksir-taksir Solihin perongkosan yg harus dikeluarkannya;
2. menyangka, menelah, mengagak, mengira: penduduk Vietnam
Utara ditaksir sebanyak tiga belas juta; 3. memberi penghargaan
(dgn sewajarnya), menghargai, menilai: dgn jalan itu, penyelidik
seni sastera dapat mengenal sesuatu ciptaan dgn lebih baik lagi
dan akhirnya dapat ~ nilai ciptaan seni itu; 4. mengkaji, meneliti:
kita hendaklah ~ semula kedudukan kita yg tertakluk sangatsangat
pd getah asli; 5. = naksir ingin memiliki (mempunyai)
sesuatu, menghendaki, berkeinginan utk, ada keinginan hendak;
taksiran 1. hasil drpd menaksir, anggaran, nilaian: belanja atau
kerajat yg diluluskan oleh undang-undang negeri ialah cuma 2%
drpd ~ harta; 2. telahan, dugaan, persangkaan: bila beresnya
revolusi ini menurut ~mu? 3. proses atau cara pegawai Lembaga
Hasil Dalam Negeri atau pihak berkuasa tempatan menentukan
jumlah cukai yg kena dibayar oleh individu atau pemilik rumah,
sama ada sbg cukai pendapatan atau kadaran;
penaksiran perihal menaksir;
penaksir orang yg menaksir.
taksis I Ar pembatasan;
mentaksiskan membatasi, mengehadkan.
taksis II (Bio) pergerakan berarah (mendekati atau menjauhi rangsangan)
oleh organisma ringkas spt alga, sbg gerak balas terhadap
rangsangan luar spt cahaya, suhu dan bahan kimia.
taksonomi kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dlm pengelasan
organisma hidup berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat
organisma itu.
taksun Kl tidak sesuai, canggung (tentang pakaian): memang ~ kain
hitam dipakai orang yg berkulit hitam.
taktih Kd tatih.
taktik cara atau kaedah utk memperoleh, mencapai, atau mendapatkan
sesuatu tujuan yg dikehendaki, muslihat, siasat: musuh sedang
menggunakan ~ baru dlm usahanya hendak menghancurkan
negara tersebut.
taktikal 1. berkaitan dgn taktik yg digunakan utk menjayakan sesuatu
rancangan atau mencapai tujuan: semua pemain perlu mengikuti
latihan ~ lima kali seminggu; 2. digunakan atau dilakukan utk
bantuan serta-merta dlm sesuatu operasi ketenteraan (bkn senjata,
pengeboman dsb): TUDM juga mempunyai pesawat ~ jarak
sederhana.
takuh; ~-takah berbagai-bagai takik, tidak rata.
takuk 1. takik yg agak dalam (pd pokok kelapa dll tempat berpijak ketika
memanjat), tokek; 2. bahagian kemaluan laki-laki yg berlurah,
leher kemaluan laki-laki; 3. ki had, takat, peringkat: petani-petani
masih di ~ lama dan mungkin lebih buruk lagi nasib mereka;
~-takak berbagai-bagai takik dan takuk, tidak rata;
bertakuk ada takuknya, sudah ditakik (ditoreh); ~ yg ditebang, yg
bergaris yg dipahat prb Mn mengikut peraturan (adat, resam) yg
lazim;
menakuk 1. memarang utk membuat takuk, menakik; 2. Mn
menentukan (perjanjian dll); ~ janji menentukan janji.
takul Br peluk, dakap;
bertakul berpeluk, berdakap.
takung bekas air (makanan ayam, susu getah, dll), bak, bejana: ~ yg
berisi air;
bertakung tidak mengalir, tergenang, tersekat: segala tempat air ~
hendaklah ditambak;
menakung 1. membiarkan mengendap (minyak dsb),
membeningkan atau mengheningkan sesuatu (dgn membiarkan
tahinya, keladaknya, mendap): ~ minyak kelapa; 2. menyekat atau
mengempang air dsb (supaya banyak terkumpul), menampung: air
ini ditakung utk air minum penduduk; 3. menadah, menampung
(air hujan dsb): aku takung air malam ini;
tertakung 1. tidak mengalir (air, minyak, dsb), tersekat, terhenti:
di sini, air ini ~; 2. sudah diendapkan, terendap;
takungan 1. = penakung bekas utk menakung sesuatu, takung,
bejana; ~ ais bekas yg berpetak-petak dsb yg diisi air utk dijadikan
(dibuat) ais; 2. tempat utk menakung sesuatu, kolam;
penakungan perbuatan (kerja dsb) menakung (air, minyak, dsb),
penadahan, penampungan.
takup sj tumbuhan (pokok memanjat yg berumbi), akar kakub, janggut
kelonak, ubi akub, ubi garam, ubi takub, Discorea orbiculata.
takur I Mn tekur, tunduk.
takur II sj burung; ~ akar, Megalaima australis; ~ besar = ~ jambang
mas, Megalaima chrysopogon; ~ gunung, Megalaima rafflesii; ~
mahkota kuning, Megalaima hendricii.
takut = ~ akan (pd) 1. gentar (gerun, ngeri) menghadapi sesuatu yg
dianggap boleh membahayakan diri: aku tidak ~ pd anjing itu
kerana aku sudah biasa dengannya; 2. berasa segan dan hormat,
takwa: hendaklah kita ~ akan Allah; 3. berasa bimbang (ragu-ragu,
khuatir), gelisah: saya ~ dia tiada di rumah; dia rasa ~ pula kalaukalau
kedua-duanya akan menyerangnya; 4. tidak sanggup
(menghadapi bahaya, menanggung derita, dll), tidak berani, kecut:
dia benci pd saya kerana itu saya dihalaunya, sekarang saya ~
hendak menemuinya;
~ akan hantu, lari ke pandam (perkuburan) = ~ akan lecah lari ke
duri = ~ akan mayat terpeluk bangkai prb takut akan rugi atau
susah sedikit lalu mendapat kerugian atau kesusahan yg lebih
besar; ~ mengikut jalan tak berentas prb takut melakukan
pekerjaan yg belum pernah dibuat orang; ~ pd ular, terkejut pd
bengkarung prb kerana takut pd yg berkuasa maka takut pula pd
kaumnya; digenggam mati, dilepaskan ~ terbang prb sesuatu yg
serba salah halnya; lamun ~ dilanggar batang, jangan duduk di
kepala pulau prb jikalau takut akan susah, jangan dibuat sesuatu
pekerjaan;
takut-takut sentiasa berasa takut, sangat takut, agak takut: dlm
lakonan itu, kanak-kanak bercakap dgn tidak malu-malu dan ~; ~
berani tidak berapa berani dan tidak takut benar; ~ segan berasa
segan-segan (malu-malu);
takut-takutan 1. sangat mudah terkejut (terperanjat), sangat
penakut; 2. berasa malu-malu (segan-segan, silu-silu); 3. berpurapura
takut;
menakut ark bangkit (timbul) rasa takut, mula takut;
menakuti 1. = mengetakuti ark berasa takut pd, menaruh rasa hormat
kpd, menyegani: maka mereka itu sekalian ditakuti orang Melayu;
2. = menakut-nakuti, mempertakuti, mempertakut-takuti
menimbulkan (menerbitkan) rasa takut, memberi takut kpd:
suaraku ditakuti semua murid; sudah sekian lama suaminya
dlm tahanan tidaklah ada orang yg dapat menolong, orang
kampung kebanyakan hanya mempertakut-takuti;
menakutkan 1. menyebabkan orang takut akan (kpd): hukuman yg
diberi itu mestilah ~ supaya menjadi contoh dan mencegah orang
lain melakukan kesalahan; 2. menimbulkan perasaan takut,
mengharukan: peristiwa itu menggerunkan, ngeri dan ~; 3. berasa
takut akan, gelisah (khuatir) terhadap sesuatu: ditakutkan hujan di
tengah jalan nanti; takutkan hantu, terpeluk bangkai prb takutrugi
atau susah sedikit, jadi rugi atau susah banyak;
menakut-nakutkan membuat sesuatu (mengugut dll) supaya
takut: ia diugut-ugut dan ditakut-takutkan; ia mengherdik dan ~
budak-budak;
ketakutan 1. perihal takut, rasa takut: maka sekalian orang yg
duduk dlm negeri itu sentiasa dgn ~ akan aniaya dan loba orang
besar-besar; 2. perasaan hormat dan malu, keseganan; 3. perasaan
resah, kegelisahan, kekhuatiran; 4. dlm keadaan takut, menderita
(menanggung) takut: pengemis itu kelihatan ~ sahaja rupanya;
ketakut-takutan agak takut-takut: ia menuju ke situ dgn ~;
berketakutan hilang keberanian;
penakut (orang yg) mudah takut, pengecut: kalau sudah begitu,
baru tahu siapa ~ siapa berani.
takuwih; burung ~ sj burung, burung mati anak, Penthoceryx sonneratii
malayanus.
takuyung Br; ~ pulas sj siput, Potamides cerithium; ~ rimba siput darat;
~ timba sj siput, Neritina crepidularia.
takwa Ar 1. ketaatan mengerjakan perintah Allah, kesolehan: di
mukanya kelihatan sinar yg jernih dan tajam, sinar ~ iman yg
biasa terbayang di muka orang zahid; 2. takut akan Allah, hidup
soleh: sesungguhnya orang yg paling ~ kpd Allah ialah orang yg
benar-benar taat kpd perintah Allah;
bertakwa mempunyai sifat takwa;
ketakwaan perihal takwa.
takwil Ar keterangan (mimpi dll), penjelasan, takbir, tafsir: mereka tidak
pernah mengerti akan ~ ceritanya;
mentakwilkan memberi penjelasan, menerangkan, mentafsirkan;
takwilan sesuatu yg ditakwilkan: mimpi yg memerlukan ~
simbolik.
takwim daftar hari bulan, almanak, kalendar, penanggalan.
takyin Ar huraian mengenai sesuatu, penerangan, penjelasan.
takziah peryataan turut bersedih (berdukacita), belasungkawa: kpd
keluarga si mati, kami mengucapkan ~ utk menyatakan rasa
dukacita;
bertakziah turut bersedih (berdukacita), mengunjungi (orang
mati): beribu-ribu orang telah pergi ~ ke rumah si mati.
takzim amat hormat, penuh hormat dan sopan: ia menjawab dgn ~nya;
mentakzimkan memberi takzim akan, menghormati,
mempermuliakan.
takzir Ar hukuman yg dijatuhkan atas dasar kebijaksanaan hakim kerana
tidak terdapat dlm al-Quran dan hadis bertujuan utk pengajaran;
mentakzirkan menjatuhkan hukuman yg menyimpang drpd
hukum yg ditetapkan.
tal sj tumbuhan (palma), lontar, tah, tai, Borassus fiabellifera.
tala I 1. kesesuaian nada, laras; ~ bunyi = garpu ~ Id alat berbentuk U yg
dibuat drpd besi dan digunakan utk melaraskan bunyi (nada, suara,
dll); 2. gema, talun: ting, bunyi loceng di rumah pasung besar,
maka ~nya itu bergema dan dapat didengari nyata dr seluruh
bandar; dihempuk lunas itu bahannya bunyi tujuh gok sembilan ~;
setala selaras bunyinya, sama bunyinya;
menyetalakan menyelaraskan bunyi, menyamakan nada: ~ bunyi
alat muzik;
bertala-tala sl bersambut-sambutan (bunyi), berselang-selangan,
bertingkah-tingkah: kedua-dua belah pihak ~;
menala 1. menentukan bunyi (alat muzik, gamelan, dll) dgn nada
yg betul, membetulkan bunyi (alat muzik); 2. melaraskan
pergerakan enjin (motor dsb) supaya berjalan dgn lancar dan
efisien;
penalaan perihal (perbuatan) menala;
penala tala bunyi, garpu tala.
tala II Pr ibu kunci, mangga, gepuh-gepuh, pedal ayam.
tala III; menala memukul dgn tangan tergenggam.
tala IV hala, arah.
talah Mn; tertalah-talah terburu-buru, tergopoh-gapah, tergesa-gesa.
talai ark lalai.
talak pelepasan ikatan nikah dgn ucapan talak, cerai, dsb oleh suami: dgn
mudah ia menjatuhkan ~ kpd isterinya;
~ bain talak yg tidak boleh dirujuk kembali; ~ dua talak rajii yg
dijatuhkan dua kali secara berasingan atau dgn lafaz talak dua; ~
rajii talak yg masih boleh dirujuk kembali (pd talak pertama atau
kedua) dgn syarat isteri yg dicerai itu masih dlm idah; ~ satu talak
rajii yg dijatuhkan kali pertama atau dgn lafaz talak satu; ~ tiga
talak yg dijatuhkan tiga kali secara berasingan, atau dgn lafaz talak
tiga, yg tidak boleh dirujuk kembali;
mentalak menceraikan isteri: isterinya itu ditalaknya.
talam sj dulang yg tidak berkaki (tempat menyajikan makanan,
minuman, dll): dia keluar membawa sebuah ~ yg berisi secawan
kopi; kuih ~ = tepung ~ sj kuih yg lapisan bawahnya dibuat drpd
campuran tepung beras atau tepung gandum dan gula melaka,
manakala lapisan atasnya (kepalanya) drpd santan kelapa;
spt ~ dua muka prb perihal orang yg berbuat baik kpd dua orang yg
berseteru (utk keuntungan diri sendiri); spt air dlm ~ prb dlm
keadaan sentosa.
talan sj tumbuhan (pokok renek), gapih paya, paluh periuk, tudang
puyuh, Saraca triandra; ~ kunyit = ~ gajah sj tumbuhan (pokok),
gapis, gapih, gapis kunyit, Saraca declinata; rumput ~ sj tumbuhan
(herba), ruku hutan, rumput kucing-kucing, tasik-tasik, timba tasik,
Adenosma capitatum.
talang I 1. sj ikan laut, seliap, seliat, Chorinemus lysan; 2. = ~ padi sj
ikan laut, seliat, Chorinemus tol; 3. sj ikan laut, Chorinemus
sanctipetri.
talang II Jw saluran air (biasanya drpd buluh pd cucuran atap dll).
talang III Jk pengantara dlm berjual beli, orang tengah, broker, cangku;
~ kuda orang yg bekerja sbg penjual kuda; ~ wang orang yg
meminjamkan wang dgn mengenakan bunga, ceti;
menalang, menalangi 1. memberi pinjaman wang; 2. membeli
barang dgn berhutang;
penalang; ~ wang talang wang.
talang IV sj buluh yg banyak mengandungi air; ~ perindu buluh perindu.
talang V dusun kecil yg berhampiran dgn hutan (ladang dll); orang ~ a)
orang dusun (hulu); b) orang yg dianggap rendah martabatnya; 
petalangan.
talang VI; bujang ~ a) orang laki-laki yg tidak beristeri; b) balu yg tidak
beranak.
talangkai telangkai.
talar I; bertalaran (bercakap) dgn terus terang, tidak bersembunyisembunyi.
talar II Jh; menalar tidak menghalang, membiarkan.
talas sj tumbuhan (herba yg berubi), (birah) keladi, Colocasia
esculentum.
talasemia (talasémia)  (Ubat)  sj  penyakit  keturunan  yg  berpunca  drpd
kurangnya protein globin yg menjadi komponen hemoglobin dlm
darah.
talbiah Ar menyerahkan diri kpd Tuhan (Allah); ~ bihaj berniat hendak
menunaikan fardu haji.
talek IB, bp bedak drpd sj tepung halus (yg mengandungi zat tertentu).
talen (talén)  Jw wang perak  bernilai dua puluh lima sen, wang tali; 
tali II.
talenan Jw papan dll tempat memotong sayur-sayuran dll;  telenan.
taler (talér) ark kep tali leher, dasi.
tales Jw talas.
tali I 1. serat yg dipintal panjang-panjang: ~ itu dibuat drpd sabut
kelapa; 2. benda yg halus panjang-panjang utk mengikat sesuatu:
bungkusan itu diikat dgn ~ pisang;
~ agas = ~ anggas = ~ kala = ~ keleleh = ~ senam = ~ singkil tali
yg dipegang oleh perempuan ketika bersalin; ~ air a) saluran utk
mengalirkan air ke sawah dll; b) = ~ arus aliran arus (air); c) ark
pengairan (sawah dll); ~ alir tali kail utk menangkap buaya; ~ alit
= ~ gasing = ~ sering tali utk memusingkan gasing; ~ ambin tali
pengikat beban; ~ anduh kain dll yg digunakan utk
menggantungkan tangan yg patah ke bahu; ~ api (api-api) tunam,
murang, sumbu; ~ ari-ari tali pusat; ~ barut a) tali pembebat
(pembarut); b) tali pinggang; c) ki orang yg menjadi ampama
orang lain, barua; ~ batung selepang tempat menyisipkan peluru; ~
bawat tali yg diikatkan pd palang layar (utk menggerakkan layar
supaya mendapat angin); ~ belati tali buatan Eropah (drpd sisal); ~
besi ark tali drpd besi, kabel; ~ bicara ark Id telefon; ~ bosa (kap)
tali utk menahan kabel (bergoyang dll); ~ bubut tali utk menurunnaikkan
layar; ~ cemat tali utk menunda (menarik) perahu dll; ~
dahi layar tali yg mengikat bahagian layar yg di sebelah atas; ~
dogang tali yg dipegang apabila hendak mengimbangkan perahu
dgn badan; ~ duga (penduga) tali utk menentukan dalamnya laut; ~
gantung tali utk menggantung orang (yg dihukum mati); ~ kail tali
tempat diikat mata kail; ~ kajai (kejai) tali leher kuda (kalung
kuda); ~ kang (kekang, kendali, tum) tali utk mengemudikan kuda;
~ kelat a) tali utk menarik layar; b) tali utk menarik pohon yg
ditebang; ~ keledar tali yg dipasang pd pinggang dsb utk
keselamatan (dlm kapal terbang, kereta, dsb); ~ kendit (kemendit)
tali pinggang (drpd kulit dll); ~ kipas tali yg berupa gelung yg
dibuat drpd getah, bahan sintetik dsb yg memusingkan kipas utk
menyejukkan enjin kereta dsb; ~ ladung tali tempat bergantung
batu unting; ~ leher jalur kain sutera, linen dsb yg dipakai di
bawah kolar kemeja dan tergantung di dada; ~ leher kupu-kupu tali
leher yg diikat dgn cara simpul pulih; ~ lenggang tali utk
menegakkan tiang layar; ~ liung sj selempang tempat menyisip
peluru; ~ pendarat tali yg menambatkan kapal dll ke pangkalan; ~
pendendang tali yg mengikatkan andang-andang pd tiang layar; ~
pengandak (setop, setu) tali utk mengecilkan layar; ~ pengangguk
tali utk menggantungkan layar; ~ perampat tali utk mengikat
kemudi pd tiang goyang; ~ perimping (aris, eris, ris) tali pd tepi
layar supaya layar jangan koyak; ~ persaudaraan hubungan
persaudaraan; ~ perut a) usus; b) = ~ benang tali yg mengikat
pelana (ringga) ke perut kuda (gajah); ~ pinggang tali utk mengikat
seluar supaya jangan lucut (drpd kulit dll); ~ pupuh tali yg
direntangkan utk menandakan kawasan larangan atau pantangan; ~
pusar Id a) = ~ pusat bahagian usus yg menghubungkan bayi dgn
urinya; b) bahagian buah yg menghubungkan biji dgn kulit
buahnya; ~ rafia a) tali drpd serat pelepah rafia; b) tali yg
diperbuat drpd plastik dlm pelbagai warna utk mengikat barang,
kotak dsb; ~ relap tali yg diberi berambu-rambu (berjurai-jurai)
utk menghalau ikan; ~ sas tali yg mengikat pelana kuda supaya
jangan tergelongsor ke hadapan; ~ sauh tali utk mengikat sauh; ~
sawar tali utk menghela kerbau; ~ sawat jalur tali bundar atau
bulat yg digunakan utk menggerakkan bahagian tertentu mesin
dsb; ~ semberang (sidai, penyidai kain) tali utk ampaian kain; ~
sepatu (kasut) tali utk mengikat kasut; ~ sira tangga drpd tali; ~
sifat a) tali hitam utk menandai kayu yg akan digergaji; b) tali pd
batu unting; ~ suai tali yg menyangga layar; ~ tajuk tali utk
mengikat dayung pd bibir perahu; ~ tandur tali utk menurunnaikkan
bidai; ~ tangsi tali (benang) yg dilumas dgn lilin utk tali
kail; ~-temali bermacam-macam tali di kapal (perahu); ~ tudung a)
tali yg diikatkan ke dagu; b) jambang yg nipis sampai ke bawah
dagu; ~ tep pita utk mengukur; ~ tunda tali utk menunda perahu
dll; ~ ulang tali yg digunakan melalui beberapa kapi;
~ di dlm bungkusan, digerek tikus apa gunanya prb seorang
perempuan yg dlm pingitan telah melakukan perbuatan salah dgn
diam-diam; ~ jangan putus, kaitan jangan sekah prb
menyelesaikan sesuatu perkara hendaklah dgn seadil-adilnya; ~ yg
tiga lembar itu tak suang-suang putus prb orang yg sekutu atau
sebicara dlm sebarang hal ehwal itu selalu berjaya dlm pekerjaan;
bagai ~ berlembar empat, bagai tungku sejerangan prb perbuatan
yg dimesyuaratkan oleh empat orang atau difikirkan oleh seorang
yg berilmu lagi berakal dan mahir tentulah jadi dgn sempurna;
bagai menghela ~ jala prb melakukan sesuatu pekerjaan dgn hatihati
supaya tidak kerugian; digantung sehasta ~ prb perempuan yg
ditinggalkan oleh suaminya dgn tidak diberi belanja dan tidak juga
diceraikan; sepanjang-panjang ~, sekenyang-kenyang banting prb
telah habis ikhtiar (tidak ada daya upaya lagi); sepanjang-panjang
~, tidak sepanjang mulut manusia prb sesuatu rahsia jika diketahui
orang sebentar itu juga akan tersiar ke mana-mana;
setali bersambung (berhubung) menjadi satu, berhubungan;
bertali 1. ada talinya, memakai tali: pd bahunya tersandang
sebuah bungkusan kain yg diberi ~ panjang; 2. = ki sudah
bertunangan (gadis), berikat;
~ arus banyak sekali (orang lalu lalang dll); ~ darah ada
perhubungan keluarga dgn;
~ boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing prb hal kejahatan yg
cukup keterangan dan buktinya; diberi ~ panjang prb membiarkan
memilih apa yg disukainya;
tali-bertali bertali-tali;
bertali-tali 1. ada kaitannya dgn, berhubungan dgn: Ungku
Tanjung itu ialah keluarga tali-bertali dgn Datuk Bendahara dan
Yamtuan Besar; 2. sambung-menyambung, bersambung-sambung,
terus-menerus, berterusan: di luar hujan masih ~; 3. berkait-kait,
berjalin-jalin, berlibat-libat;
bertalian ada kaitannya dgn, berhubungan, berkaitan: ketua-ketua
agama mereka tidak lagi ~ atau berhubung dgn Paus di Rom;
menali menangkap lembu (kuda dsb) dgn menggunakan tali:
pertunjukan kemahiran ~ lembu, menunggang kuda liar dsb;
mempertalikan 1. mengikatkan berbelit-belit: ia menyerah diri
lalu dirantai dipertali-talikan; 2. mengait-ngaitkan dgn, melibatlibatkan
dgn, memperhubung-hubungkan, memperkaitkan,
menjalin-jalinkan: jangan dipertalikan hal ini dgn perkara tadi; 3.
menghubungkan (dgn), menyambungkan (dgn): jalan raya ini ~
Kuala Lumpur dgn Seremban; 4. menjadikan bertalitali,
menyambung-nyambungkan, menghubungkan: bukankah yg ~
hati suami isteri itu kecintaan yg penuh diikat oleh kesetiaan? 5.
menjodohkan dgn, mengahwinkan: Ramli tidak mahu dipertalikan
dgn orang yg belum dilihatnya;
talian 1. wayar dsb yg menjalinkan atau menghubungkan alat-alat
atau pesawat-pesawat elektrik dsb: pastikan ~ mikrofon, alat
perakam dsb semuanya teratur; 2. aliran (laluan atau sambungan)
hubungan telefon; dalam ~ (Komp) a) berada di bawah kawalan
langsung unit pemprosesan utama komputer; b) berada dlm
keadaan giat dan bersambung terus pd sistem utama komputer;
luar ~ (Komp) berada di luar kawalan atau tidak lagi bersambung
dgn sistem utama komputer atau unit pemprosesan utama
komputer;
pertalian 1. perhubungan (kekeluargaan, persahabatan, dll)
perkariban, sangkut paut: apa ~ kita dgn dia, maka ia hendak
memberi aku barang-barang?; 2. rangkaian yg mempunyai nilaian
yg sama (spt 2x + 5=11), persamaan;
~ batin perhubungan yg tidak kelihatan; ~ darah perhubungan
kekeluargaan; ~ silaturahim perhubungan persahabatan
(persaudaraan);
penali 1. sesuatu yg digunakan utk mengikat, pengikat; 2. ark
takrif, kesimpulan.
tali II = wang ~ mata wang yg bernilai dua puluh lima sen;
setali dua puluh lima sen; ~ tiga wang sama sahaja, tidak lebih dan
tidak kurang.
tali III; ~ puteri sj tumbuhan (herba), cemar batu, rambut puteri,
Cassytha filiformis; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat),
Gnetum spp.;
tali IV sj ikan darat, Acanthopsis choirorhynchos.
talib Ar orang yg menuntut (kebenaran, ilmu, dll); talibul-ilmi penuntut
ilmu.
talibun sj puisi lama yg terdiri lebih drpd empat baris (biasanya terdiri
drpd enam belas atau dua puluh baris) yg bersajak pd hujungnya.
talidomida (Ubat) sj ubat penenang yg dahulunya pernah diberikan kpd
wanita mengandung sehingga didapati kesannya boleh
menyebabkan kecacatan anggota badan bayi yg dilahirkan itu.
tali-tali; bunga ~ sj tumbuhan (pokok yg cantik bunganya), Quamoclit
pennata.
talium (Kim) sj unsur logam yg digunakan utk membuat aloi.
talkin Ar 1. petunjuk atau peringatan tentang soal jawab dlm kubur yg
dibacakan kpd jenazah orang Islam selepas sahaja ia dikebumikan;
2. bimbingan mengucapkan kalimah syahadah yg dibisikkan pd
telinga seseorang mukmin yg sedang menghadapi saat kematian
atau dlm keadaan sakaratul maut; air ~ air yg disiram ke atas kubur
(orang yg baru sahaja dikebumikan) sebaik sahaja talkin selesai
dibacakan;
bertalkin membaca talkin: biar dia sendiri mendengar orang ~
hingga tamat;
mentalkinkan membaca talkin kpd jenazah yg baru sahaja
dikebumikan, atau kpd seseorang yg sedang menghadapi saat
kematian atau dlm keadaan sakaratul maut.
talkum serbuk halus drpd sj batu yg lembut utk membuat bedak; bedak ~
bedak serbuk yg halus, lembut, dan harum yg disapukan pd muka
dan badan, biasanya selepas mandi.
talon sj tumbuhan (pokok), tukul, Ryparosa scortechinii.
talu I; bertalu-talu tidak putus-putus (melakukan sesuatu), berulangulang,
berturut-turut, terus-menerus: ia bertanya ~.
talu II Jw permainan gamelan pd permulaan pertunjukan wayang.
taluki  teluki I & II.
talun; bertalun-talun, talun-menalun sl bergema, bergaung,
bergemuruh, bertala-tala: sekejap kemudian tangis dan ratap
kedengaran ~.
tam bunyi spt bunyi letupan senapang dll; dentam.
tamadun 1. keadaan masyarakat manusia yg dicirikan oleh atau
didasarkan pd taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan
pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban; 2.
negara dan penduduknya yg telah mencapai taraf kemajuan
kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik,
dll) yg tinggi, peradaban: ~ Arab; 3. budaya atau cara hidup orangorang
(negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, peradaban: ~
Islam; ~ klasik; 4. keadaan pemikiran (budaya dan moral) yg
halus, peradaban;
bertamadun 1. telah mencapai tamadun, berperadaban, beradab:
barang-barang itu ialah buatan dr negeri-negeri yg lebih ~ dan
lebih maju; 2. mempunyai pemikiran (budaya dan moral) yg halus,
berperadaban, beradab: kita mestilah menyelesaikan masalah itu
dgn cara yg ~;
mentamadunkan menjadikan bertamadun: dlm proses
perkembangan sistem penjajahan Barat, Tanah Melayu mula
ditamadunkan;
ketamadunan perihal tamadun, (segala-gala) yg berkaitan dgn
tamadun: malah drama sendiri merupakan sbg cermin kpd ~ dan
kebijaksanaan sesuatu bangsa.
tamah  ramah-tamah.
tamak ingin memiliki sesuatu tanpa batasan, haloba: jangan ~ akan
harta orang; ~ hilang malu, loba dapat kebiasaan prb sesuatu
perolehan yg tidak mencukupi menyebabkan seseorang membuat
kerja-kerja yg terhina;
ketamakan perihal tamak, kehalobaan.
tamakninah Ar 1. tetap atau kekal (pendirian dll); 2. (dlm sembahyang)
berhenti sebentar antara dua rukun sekadar tetap semua anggota pd
tempatnya, mis antara dua sujud: rukuk dan ~.
tamam Ar sempurna, selesai, tamat: apabila sudah ~ sembahyang itu, ia
pun meminta doa kpd Allah.
taman I 1. kebun yg ditanami dgn pelbagai bunga-bungaan (utk
bersenang-senang, berehat-rehat), kebun bunga; 2. ki tempat
bersiar-siar (mengambil angin dll); 3. Jw tempat duduk pengantin
perempuan (dihiasi bunga-bungaan); 4. kawasan perumahan yg
terancang (lengkap dgn kedai, sekolah dan kemudahan-kemudahan
lain): T~ Tun Dr Ismail;
~ asuhan kanak-kanak = ~ bimbingan kanak-kanak tempat kanakkanak
kecil biasanya dijaga sewaktu ibu bapa mereka bekerja dll,
taska, tabika; ~ bacaan a) ruangan atau rumah tempat membaca
buku; b) = ~ pustaka perpustakaan, kutub khanah; ~ bahagia a)
tempat menikmati kebahagiaan; b) makam utk pahlawan (yg telah
terkorban dlm peperangan); ~ berpusing (bertangkap, mayang)
jenis-jenis tempat mandi (berkaitan dgn salah suatu istiadat); ~
botani kawasan yg ditanami pelbagai spesies tumbuhan utk
penyelidikan, pemelajaran dan rekreasi; ~ didikan kanak-kanak
kelas atau sekolah kecil utk kanak-kanak yg berumur antara empat
hingga enam tahun (sebelum mereka memasuki sekolah rendah),
tadika; ~ hiburan tempat bersuka ria (dgn berjoget, bermain
berbagai-bagai mainan, dll); ~ hutan (Hut) kawasan hutan yg
diurus sbg kawasan rekreasi atau kawasan bersejarah; ~ larangan
sl taman bunga khas utk puteri-puteri diraja sahaja; ~ negara
kawasan hutan milik negara yg dijadikan sbg kawasan
perlindungan alam semula jadi, flora dan fauna, atau bahan
sejarah; ~ sari kebun bunga (tempat bersenang-senang); air se~ air
yg bercampur dgn berbagai-bagai bunga;
pertamanan hal yg berkaitan dgn taman: minat kerajaan terhadap
penghijauan, pengindahan dan ~ pd akhir-akhir ini sangat
menggalakkan; urusan ~.
taman II; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), Pycreus nitens.
taman III Mn ark rajin, betah, giat: ~ bekerja.
tamar Ar buah kurma; ~ hindi asam Jawa.
tamat 1. sudah dibaca (diceritakan dll) hingga akhirnya, khatam; ~
mengaji a) sudah khatam Quran; b) sudah siap mengaji; ~ belajar
(sekolah) sudah selesai pelajaran; ~ riwayatnya sudah mati; 2.
berakhir, habis, selesai: perkhidmatannya akan ~ pd tahun depan;
menamatkan 1. membaca (menceritakan, mengisahkan) sampai
habis: bagaimana caranya yg baik hendak ~ cerita ini?; 2.
menjadikan tamat, menghabiskan, menyelesaikan, menyudahkan:
ia ingin melihat saya dapat ~ pelajaran saya sampai dapat sijil; ia
mesti ~ khidmatnya setakat ini;
tamatan yg sudah tamat belajar (di), yg lulus (dr): ~ sekolah
menengah; tanda ~ Id sijil, ijazah;
penamatan perbuatan dsb menamatkan atau mengakhiri:
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu perlu mengesahkan ~
perjanjian amanah antara negara itu dgn Kepulauan Marshall;
adakalanya ~ sesebuah sesi itu adalah dgn memberhentikan
sahaja proses kaunseling;
penamat yg terakhir, pengakhir, penutup, penyudah.
tama-tama bp yg mula-mula, pertama-tama;  pertama.
tambah 1. sesuatu yg ditokok pd sesuatu yg lain supaya menjadi lebih
banyak, tokok, imbuh: berapa ~nya ukuran dada apabila
dikembangkan?; minta ~ minta lebih banyak, minta dilebihkan;
tukar ~ menukar barang dgn wang; 2. bp = bertambah menjadi
lebih banyak (besar, luas, dll): maka tentulah aku ~ gembira lagi;
3. bp = ditambah dijadikan lebih banyak (besar, luas, dll),
ditokok, dijumlahkan: jika tawar ~lah gula lagi; tanda ~ tanda
campur; 4. = bertambah semakin: lama diperhatikan Hitam
tingkah laku wanita itu, ~ teranglah bahawa ia adalah seorang
wanita yg kasar dan garang; ~ sentara yg ditambah utk keperluan
sementara (bkn pekerja);
bertambah 1. menjadi lebih (banyak, besar, kaya, dll): makin ~lah
kasih sayang baginda akan Raja Ahmad itu; 2. diberi tokok
(tambah) supaya menjadi lebih banyak, mendapat tambah (tokok):
pendapatannya ~ lima puluh ringgit; 3. semakin: hujan ~ lebat; ~
kurang semakin kurang, berkurangan; ~ pula apa lagi, lebih-lebih
lagi: imam khatib lagi berdosa, ~ pula kita yg jahil; ~ semakin
kurang prb perihal kawan yg datang bukan utk membantu
melainkan menambahkan kesusahan;
bertambah-tambah 1. sentiasa bertambah, bertambah dgn
beransur-ansur: diberi Allah ~ kebesarannya dan kemuliaannya; 2.
semakin (banyak, besar, kuat, dll): lelaki bermuka cengkung itu
menjadi ~ khuatir; ~ lagi = ~ pula tambahan lagi (pula), lebihlebih
lagi, apalagi, terutama pula: maka ~ pula picik
pengetahuanku dlm ilmu mengarang;
menambah 1. menjadikan lebih banyak (besar, kuat, dll):
garamnya sudah cukup, tidak perlu ditambah lagi; menerima ini
bererti ~ beban; 2. memberi tambah, menokok: memang ada
peluang ~ jenis barang yg dikeluarkan; 3. menjumlahkan dgn,
mencampur: gajinya ditambah dgn gaji isterinya menjadikan gaji
mereka berganda; 4. = ~ kata melanjutkan kata: beliau ~ , tidak
seorang pun kawan saya dlm kabinet yg menunjukkan minat dlm
lumba kuda;
menambahi memberi tambah pd, menokok (mengimbuh,
menambah) pd: ~ apa yg kurang;
menambahkan menambah sesuatu pd yg sudah ada supaya jadi
besar (banyak dll): bunga wang itu ditambahkan pd pokoknya;
mempertambah menjadikan bertambah (besar), memperbanyak,
memperbesar, memperluas: adanya jalan itu ~ lagi hasil negeri;
tambahan 1. sesuatu yg ditambahkan pd, imbuh, tokok:
peraturan-peraturan dan ~-~ peraturan; 2. sesuatu (surat,
keterangan, dll) yg dilampirkan, lampiran, pelengkap;
~ pula = ~ lagi lebih-lebih lagi, apalagi; kata ~ kata yg
menerangkan kata kerja atau kata sifat;
pertambahan perihal bertambah: penduduk luar bandar sedang
mengalami ~ besar;
penambahan 1. perihal menambah (menambahi, menambahkan),
perihal memberi tambahan pd; 2. perihal memberi imbuhan pd kata
pokok;
penambah 1. sesuatu yg menambah; 2. imbuhan (yg ditambah pd
kata pokok); 3. angka yg bercampur dgn angka lain.
tambah baik; bertambah baik menjadi semakin baik;
penambahbaikan perihal (proses, perbuatan, tindakan dsb)
menjadikan bertambah baik: laman web ini secara keseluruhannya
masih lagi dlm proses ~ dan banyak lagi bahan atau maklumat
akan dimasukkan dr semasa ke semasa; kualiti penerbitan masih
terbuka luas utk dilakukan ~.
tambak I 1. timbunan tanah dll utk menahan air, bendung, benteng, giligili;
2. jalan dll yg dibuat drpd timbunan tanah dll menyeberangi
selat (tanah bencah dll): kalau hendak membuat jalan kereta api di
tanah pamah pula, maka terpaksa dibuat ~ yg bertepi curam; 3.
kolam di tepi laut (diberi berbatas) utk memelihara ikan, tebat;
menambak 1. menimbunkan (melonggokkan) tanah dll supaya
tinggi: ia melihat tanah yg tinggi spt ditambak; 2. menimbun
(lubang dll) dgn tanah dll, menimbus: jika jalan itu becak
hendaklah ditambak supaya air hujan tidak bertakung; 3. menurap
jalan dll dgn tanah, melepa, menampali; 4. membina tambak pd,
membuat benteng pd, membentengi dgn tambak: mereka sedang ~
tebing sungai itu dgn tanah; 5. ki memberi (barang) banyakbanyak
kpd, menghadiahkan banyak-banyak; 6. ki melepa ubat pd,
membubuh ubat (pd luka dll); 7. ki menahan atau menyekat
sesuatu (supaya jangan keluar dll), membendungi; ~ gunung
menggarami laut prb memberi pertolongan kpd orang yg sekalikali
tidak perlu ditolong;
penambak sesuatu yg dijadikan tambak (tanah, batu, dll): tanah
itulah hendak dibuatnya ~ di seberang sini.
tambak II Br dapur berbentuk segi empat yg dibuat drpd tanah.
tambak III; ~ dapur sj ikan laut, Parastromateus niger.
tambak IV; pokok ~ bukit = tambak-tambak sj tumbuhan (rumpai),
rumput tahi babi, sembung hutan, Vernonia cinerea.
tambal I Jw perca kain dll yg dilekatkan pd tempat yg koyak (sobek
dsb), tampal: lihat kain sarungmu, pelekat Jerman yg tidak
terhitung lagi banyak ~nya;
menambal melekatkan tambal pd tempat yg koyak (bocor dsb),
menampal: dijahit layar mana yg koyak, ditukar mana yg usang,
biduk ditambal mana yg tiris;
tambalan apa yg ditampal, tampalan: bajunya bersih biarpun
penuh ~;  tampal I.
tambal II; pokok ~ sj tumbuhan (pokok), pokok tampal, pokok tupai,
Polyosma laetevirens.
tamban sj ikan laut, Clupea spp.;
~ beluru sj ikan laut, Clupea leiogaster; ~ betul = ~ nipis sj ikan
laut, Clupea peforata; ~ bontok sj ikan laut, Clupea jussieu; ~
bujur (jalur, lopek, panjang, siantan) sj ikan laut, Clupea
fimbriata; ~ bulat (japuh, jebuh, jepuh) sj ikan laut, Dussumieria
hasseltii; ~ cencang rebung sj ikan laut, Clupeoides lile; ~ setu sj
ikan laut, Clupea dispilonotus; ~ sisik a) sj ikan laut, Clupea
jussieu; b) sj ikan laut, Clupea melanura.
tambang I lubang yg digali utk mengambil hasil bumi (emas, bijih
timah, minyak, dll), lombong; ~ besi lombong besi; ~ emas
lombong emas; barang-barang ~ bahan galian dr bumi (besi,
emas, arang batu, dll);
menambang menggali hasil bumi dr tanah, melombong (bahan
tambang);
pertambangan segala sesuatu mengenai tambang, perlombongan.
tambang II 1. = wang ~ = harga ~ bayaran utk membawa barang-barang
dll dgn kenderaan, sewa kerana menaiki kenderaan, sewaan:
kepulangannya itu adalah utk menerima wang drpd datuknya utk
dibuat ~ belayar ke Mekah; 2. yg disewakan (kereta dll), yg
membawa penumpang (mengangkut barang-barang), sewaan:
kereta ~; perahu ~; sampan ~; 3. penumpang atau muatan
kenderaan dgn membayar sewa; ~ malam Pl tidak bertangguh
(berlengah-lengah) lagi;
menambang 1. menaiki kereta (sampan dll) tambang: maka ~lah
saya bersama-sama Grandpre pergi ke Kampung Laut; 2.
mengangkut penumpang(muatan) dgn kereta (sampan dll)
tambang; 3. bekerja sbg pembawa kereta (sampan dll) tambang;
menambangkan menyewakan kereta dll;
tambangan 1. perahu (sampan) tambang; 2. pangkalan tempat
penumpang menyeberang dgn perahu (sampan) tambang; 3. wang
tambang;
penambangan perihal menambang (menambangkan);
penambang orang yg mengangkut penumpang dgn perahu
tambang; perahu ~ perahu tambang.
tambang III Jk tali yg besar utk menambat binatang pd pokok (tiang
dll); ~ manuk simpul manuk;
menambang ki tidak mempedulikan isteri (tetapi tidak pula
menceraikannya), menggantung tidak bertali;
menambangkan; ~ layar mengembangkan layar dgn tali.
tambang IV Mn pancang utk tambatan binatang;
menambangkan menambatkan (mengikat) binatang.
tambang V; = ~ sisir sj tumbuhan (pokok renek), medang ketanah,
medang merah, medang panjang, Ardisia teysamanniana.
Tambanuo suku kaum peribumi di Sabah, termasuk dlm rumpun kaum
Kadazan Dusun.
tambar sl ubat, penawar;
menambari mengubati (menawari) penyakit.
tambat; bertambat terikat (pd pokok, tiang, pancang, dll), berlabuh dan
terikat pd sesuatu (kapal): kapal itu pun masuk ke kuala pelabuhan
negeri Labuhan Puri dan terus rapat dan ~ di pangkalan besar;
bertambatan bertalian, terikat pd; perahu ~ dagang bertepatan
prb melakukan sesuatu hendaklah sesuai dgn tempatnya;
menambat 1. mengikat dgn tali pd pancang (tiang dll): dia
membiarkan Umbang turun ke pantai ~ perahu; 2. ki memikat,
menawan, menarik (hati dll): dia telah berjaya ~ hati pembaca dan
menimbulkan perasaan ngeri sampai akhir cerita;
menambati sl menambat sesuatu pd: segala pohon kayu itu
sekaliannya ditambati puntung api;
tertambat 1. terikat (pd): seekor kerbau ~ pd sebatang pokok;
perahu itu ~ pd sebatang tiang; 2. ki terpikat, tertawan, tertarik
(hati, perhatian, dll): hatinya telah ~ dan bulat kpd Ismayatim;
tambatan 1. pancang dll utk menambatkan binatang (perahu dll):
dr situ, mereka berjalan kaki menuju ke ~ kapal; 2. sesuatu (spt tali
dsb) utk menambat: mereka kemudian membuka tali ~ yg terlilitlilit
pd pokok pisang itu; 3. = ~ jiwa = ~ larat orang yg dikasihi
(dicintai), kekasih;
pertambatan ikatan, pertalian, perkaitan;
penambat 1. alat utk menambat, pengikat: telah putuskah tali ~
kerbau itu?; 2. ki orang yg menambat (hati), pemikat.
tambera I (Sanskrit) tembaga, piagam (undang-undang) yg tertulis pd
tembaga: jikalau tuan hamba tiada percaya, lihatlah dlm ~.
tambera II sj ikan darat, tebera, tembereh, Labeobarbus tambra.
tambi (Tamil) 1. panggilan utk orang India yg berpangkat adik; 2.
pelayan pejabat, peon, jongos; 3. orang Keling.
tambing Br tebing sungai.
tambo Mn riwayat dahulukala, babad, hikayat, sejarah: demikianlah
ceritanya menurut ~ Sungai Ujung; membuka ~ lama membangkitbangkit
(mengungkit-ungkit) perkara yg sudah-sudah.
tambok Sr sj bakul tradisi orang Iban: tergerak hatinya utk melihat
kandungan ~ itu.
tamborin sj alat muzik spt rebana kecil yg berloceng-loceng di sekeliling
bingkainya dan dimainkan dgn menggoncang atau memukulnya.
tambuh I sj tumbuhan (pokok renek), pelawan beruk, Euthemis
leucocarpa.
tambuh II Mn = tambuhan nasi yg disediakan sbg penambah, nasi
tambah;
bertambuh menambah nasi (ketika makan);
menambuhkan; ~ nasi menyenduk nasi sbg penambah,
menambahkan nasi ke dlm pinggan.
tambul I 1. makanan (kuih dll) yg dihidangkan bersama minuman:
setelah sudah, maka diangkat pula minuman dgn ~, pelbagai rupa
dan rasanya; 2. minuman yg dihidangkan (utk menyegarkan
badan);
bertambul dihidangkan dgn tambul: sayang kita minum ini tiada
~, jika ada gerangan tambulnya alangkah baiknya; tambur II.
tambul II ark; bertambul, menambul 1. bermain silap mata (sihir dll);
2. menunjukkan kepandaian gerak badan (melompat, meniti kawat,
dll);
penambul 1. pemain silap mata; 2. pelawak, tukang lawak.
tambun I gemuk (orang, binatang), berisi: tubuhnya semakin hari
semakin ~;
menambunkan menjadikan tambun (badan), menggemukkan;
tembun.
tambun II Mn timbun (tanah dll), longgok, tompok;
bertambun, bertambun-tambun 1. bertimbun-timbun,
berlonggok-longgok: sebenarnya juga dinar emas bertambuntambun,
bertindih-tindih, bersusun-susun; 2. ki penuh sesak,
berjedal-jedal;
menambun menimbun, melonggok, menompok: tanah bendang
Cu Piah ditambun tanah merah hampir-hampir dua relung;
tambunan timbunan, longgokan, tompokan; ~ budi lubuk akal
orang yg bijak (cerdik pandai).
tambun III; ~ cucut sj tumbuhan (pokok), beras buah punai mengantuk,
gading betina, Aporosa aurea.
tambung kurang ajar, biadab, nakal;
menambungi berlaku kurang ajar kpd.
tambur I 1. sj alat muzik (Eropah) yg dipukul, dram, genderang; 2. =
tukang ~ pemain (pemukul) genderang.
tambur II Tr apa yg dihidangkan kpd tamu, jamuan;  tambul I.
tambura sj alat bunyi-bunyian bertali empat dan berleher panjang yg
digunakan dlm muzik India utk menghasilkan bunyi dengung.
tambus Jk; menambus membakar (ubi dll) dlm bara atau abu hangat,
membembam: ~ ubi;
tertambus terbakar; mati ~ mati terbakar.
Tamil bahasa kaum yg berasal drpd campuran bangsa Dravidia dan
Kaukasoid yg berasal dr selatan India dan Sri Lanka.
tamin Kl alat utk memotong padi, tuai.
taming Jw perisai.
tampa; salah ~ salah sangka, salah kira, salah terima: aku bertanyakan
perempuan itu hanya supaya jangan salah ~, salah raba kelak;
menampa 1. menyangka, menganggap, mengira: jikalau di dlm
sunyi mahulah hamba kalau hamba ditampa Raja Umar; 2.
mengerti (pendapat, fikiran orang lain), memahami, menerima.
tampah I Jw nyiru.
tampah II Mn tempah.
tampak I 1. tidak terlindung, dapat dilihat, kelihatan: di sana sini ~ pula
pohon kelapa; 2. memperlihatkan (menunjukkan) diri, muncul,
timbul (bulan, matahari): lama benar ia tidak ~; pd bulan ~ Id pd
satu hari bulan; 3. nyata kelihatan, ketara: ~ kasih sayangnya; ~
duri tak akan mengait = ~ ranggas tak akan meleting prb
mengetahui seseorang itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana
bodoh atau penakut;
tampaknya kelihatannya, pd zahirnya, rupanya: meletusnya
perang dgn Jepun ~ tidak dapat dielakkan lagi;
tampak-tampak 1. = ~ apung tidak dapat dilihat (dgn nyata),
sebentar kelihatan sebentar tidak; tidak ~ tidak kelihatan-kelihatan
(muncul-muncul); 2. sebentar-sebentar terbayang (dlm ingatan,
fikiran, dll);
menampak (dapat) melihat, nampak: kalau ia berjalan-jalan dlm
kota dan ~ rumah yg besar-besar dan indah-indah, kerap kali ia
tegak tercengang;
menampakkan menjadikan dapat dilihat, melihatkan,
memperlihatkan: kemudian perasaannya agak lega sedikit kerana
orang itu tidak ~ tanda terperanjat;
tertampak terlihat, kelihatan, ternampak;
ketampakan keadaan sejauh mana atau sejelas mana sesuatu objek
dapat dilihat dlm keadaan cahaya atau cuaca tertentu: istilah ini
ditakrifkan sbg kekaburan yg ~nya kurang drpd satu kilometer.
tampak II; sakit ~ sakit campak; tampek.
tampal I 1. perca kain dll yg dilekatkan (dijahitkan) utk menutup barang
yg koyak: ~ itu mesti menutup bahagian yg nipis di sekeliling
tempat yg koyak; 2. benda yg dilekatkan, lepa, turap, plaster,
pelekat;
bertampal 1. memakai tampal: kain alas ini boleh dibuat drpd
kain cadar yg lama tetapi tidak koyak atau ~; 2. = ~ dgn bertambal
dgn (pelekat, iklan, dll): bangunan-bangunan yg indah itu di sana
sininya ~ dgn iklan;
menampal 1. membubuh tampal pd (baju dll yg koyak),
melekatkan tampal pd, menampung: baju yg koyak itu sudah
ditampal; 2. merekat sesuatu (pelekat, poster, dll) pd,
menampalkan pd (dgn gam dll): dinding dan pintu rumah-rumah
rendah itu rata-rata ditampal dgn gambar seorang calon pilihan
raya; 3. menyumbat atau memalam (gigi yg berlubang);
menampali sl memberi bertampal dgn, menampal dgn: dinding
istana itu sekaliannya berkambi, maka ditampali cermin cina yg
besar-besar;
menampalkan 1. melekatkan perca kain dll pd; 2. merekatkan
(turap, lepa, dll) pd: dibuat surat berpuluh-puluh ditampalkan pd
segenap simpang; ~ kersik ke buluh prb tidak ada guna (sia-sia)
memberi nasihat kpd orang yg tidak mahu mendengarnya;
tertampal 1. sudah ditampal dgn; 2. terlekat pd, tertempel pd:
suatu surat kenyataan ditandatangani oleh Patrick Goh, kelihatan
~ di papan kenyataan kelab;
tampalan sesuatu yg ditampal: di dinding rumah itu penuh dgn ~
surat khabar; juita bukan kerana pakaian yg indah-indah dan
emas perak yg gilang-gemilang, bukan kerana ~ dr luar;
penampalan perbuatan (kerja dsb) menampal;
penampal sesuatu (perca kain, kulit, dll) yg digunakan utk
menampal: perca-perca kain itu hendaklah disimpan buat kain ~.
tampal II; ~ besi a) sj tumbuhan (pokok renek), capal (kecil), karat besi,
tampah besi, Callicarpa longifolia; b) sj tumbuhan (pokok), kayu
darah belut, Phyllanthus reticulatus.
tampan I 1. elok (rupa, sikap, dll), cantik, kacak, segak: dlm pakaian
hitam sepasang itu dia sungguh-sungguh kelihatan ~; potongan
badannya cukup ~; 2. cakap, cocok, layak, pantas, patut: beliau ~
menjadi tentera; 3. = ~ rupa sikap badan, tokoh (perawakan):
pegawai tentera itu tidak mempunyai ~ seorang perwira; 4. = ~
muka air muka, roman muka, rupa: bagaimanakah rupanya dan
~nya dan tinggi besarnya dan pakaiannya? 5. sesuai benar, kena
benar, padan: tiada ~ ia berlakon sbg ibu; 6. corak, jenis, tokoh
(utk menghina): bukan ~ dia yg berhak mengaku ibu dr seorang
peguam; 7. = tampannya, tampan-tampannya rupanya, gayanya,
gelagatnya, nampaknya: ~ akan binasa; ~ sudah, langgam terbawa
prb tiada bercela sedikit pun (orang, binatang, barang);
tampan-tampan; ~ orang a) rupa-rupanya spt orang; b) ki orang
yg tidak boleh dipercayai;
menampan 1. mengambil sikap yg dibuat-buat, bersikap yg
dibuat-buat; 2. mencuba-cuba (pakaian dll); 3. mengelokkan diri
(rumah dll), mengatur diri;
ketampanan perihal tampan, kecantikan, keelokan, kegagahan:
~nya menarik hati gadis itu.
tampan II; menampan menahan (perjalanan, aliran, pergerakan
sesuatu), menghalang, menyekat;
tertampan tertahan, tersekat, terhalang;
penampan sesuatu yg menampan, penahan.
tampan III tetampan I, penampan.
tampang I 1. potongan atau keratan yg rata (spt potongan ubi, roti, dll),
potongan yg lebar dan pipih (spt potongan roti dll); 2. ark garis
tengah bulatan, garis pusat; 3. = ~ tembakau Jk tembakau yg
berkeping-keping spt lempeng;
menampang mengerat, memotong, menghiris;
penampang permukaan yg rata pd sesuatu barang yg dipotong di
tengah-tengah muka belahan (keratan).
tampang II 1. bongkah timah yg berbentuk spt bata; 2. wang timah yg
berharga 1/16 ringgit; ~ jongkong wang timah yg berbentuk spt
perahu; ~ roman wang timah yg berbentuk spt bata dan padu.
tampang III = ~ muka 1. rupa (bentuk) muka, tampan muka, paras,
wajah: biarpun kulitnya sudah mulai kerenyut di sini sana, namun
~ dan air mukanya tetap manis; menjual ~ berlagak; 2. bentuk
muka dipandang dr sisi.
tampang IV Mn 1. biji buah dll yg akan ditanam atau disemai, benih,
bibit; ~ cacar ark benih cacar; 2. keratan tumbuhan utk dijadikan
benih: ambil ~ tebu itu dan tanamkan di belakang rumah; 3. ki
asal usul, pokok pangkal (drpd sesuatu), punca (drpd sesuatu):
inilah ~ segala kejahatan; 4. ki bakal manusia atau binatang (di
dlm rahim ibu), lembaga.
tampang V Br bahagian pipih tempat meniup serunai.
tampang VI; ~ besi a) sj tumbuhan (pokok), medang gombong,
merabong bukit, Vernonia wallichii; b) = ~ besi merah sj
tumbuhan (pokok atau pokok renek), hati-hati ketan, tampung besi
putih, Callicarpa cana.
tampar I pukulan dgn tapak tangan, tepuk (dgn kuat): kena ~ dan nista;
biar kena ~ dgn jari yg bercincin drpd kena jentik dgn tangan yg
berkudis = kalau kena ~, biarlah dgn tangan yg pakai cincin, kalau
kena tendang, biarlah dgn kaki yg pakai kasut prb kalau tersalah
dlm sesuatu perkara biarlah dihukum oleh orang yg berkuasa atau
ditegur oleh orang yg berilmu drpd dianiaya oleh orang yg bodoh;
se~ seemas, dua ~ seemas baik ditampar benar-benar prb sepalapala
nama jahat jangan kepalang;
bertampar bertepuk; ~ dada bertepuk dada; ~ tangan bertepuk
tangan;
bertampar-tampar saling menampar antara satu sama lain;
bertampar-tamparan saling menampar antara satu sama lain;
menampar 1. memukul dgn tapak tangan, menepuk: dua tiga kali
sudah Tun Biajid diikat oleh ayahnya, sekali kerana ~ hamba raja;
2. ki memukul perlahan (angin), memuput, menempuh (ombak
dll): angin malam yg dingin ~ tubuhnya; kedengaran bunyi ombak
perlahan-lahan ~ pantai;
menampar-nampar, menampari menampar berulang-ulang
(berkali-kali): permaisuri pun meratap juga serta menumbuknumbuk
dan ~ dada;
menamparkan menggunakan sesuatu utk menampar, menampar
dgn;
tamparan 1. pukulan dgn tapak tangan, tepukan: dia terkenang pd
~ suaminya; 2. ki pukulan (ombak dll), tempuhan (angin): ~ ombak
yg tidak berhenti itu memecahkan timbunan batu-batan; 3.
peristiwa, kritikan, dsb yg tidak menyenangkan hati: isu bahasa itu
memberikan ~ yg hebat kepadanya;
~ nyamuk tulang belikat;
penampar pukulan dgn tapak tangan, tamparan: sebuah ~ dr
tangan kiri hinggap ke pipinya.
tampar II; ~ hantu sj tumbuhan (pokok), sepetir, sepetir (hantu, senduk),
Sindora wallichii.
tampas ark pepat dan rata (spt dipangkas);
menampas memotong (memaras, memangkas) supaya rata dan
licin, memepat rata.
tampek Jk tampak, campak.
tampel (tampél)  Jk;  bola ~ permainan tenis; bulu ~ permainan bulu
tangkis, badminton;
menampel menepis, menangkis.
tampi; bertampi ditampi: beras itu masih belum ~ lagi;
menampi 1. membersihkan beras (padi, kacang, dll) dgn nyiru yg
digerak-gerakkan: sewaktu ~ kita mengasingkan segala butir yg
besar drpd yg lebih kecil; 2. ki menapis utk memilih yg elok:
sudah kami tampi maksud tuan itu; 3. bergerak-gerak turun naik
(dada dll), termengah-mengah (nafas): dada saya ~ lebih keras
drpd biasa, badan saya berasa seram sejuk; darah ~ berdebardebar
(kerana terperanjat dll); kalau ~ jangan tumpah padinya prb
a) jikalau bekerja hendaklah dibuat dgn baik-baik; b) jikalau
memilih sesuatu janganlah pula barang yg berguna sampai
terbuang;
tampian penampi;
penampi alat utk menampi (nyiru, badang, dll): pagi-pagi lagi
mereka telah turun ke sawah membawa ~.
tampik I; menampik tidak mahu menerima (memenuhi), menolak
(pinangan, pemberian, permintaan, dll): dia tidak dapat ~ ajakan
sahabat karibnya;
tampikan sesuatu yg telah ditampik.
tampik II tempik.
tampik III Br; setampik sebelah, sekerat;
menampik membelah (buah, kayu, dll).
tampil = menampil ark 1. datang atau melangkah ke hadapan (ke muka),
maju ke muka: sebelum berlaku pertempuran antara dua pihak itu,
tiba-tiba ~ seorang panglima dr pihak orang Musyrikin; 2.
mengambil peranan, mengambil daya usaha: kita harap banyak
lagi wanita kita ~ ke depan utk memenuhi lapangan ini;
menampilkan 1. membawa ke muka (ke depan), memajukan,
mengemukakan: maka baginda pun terlalu marah, segera ~
gajahnya mengusir Seri Nara Diraja; penulis ~ karya yg
memberatkan tema-tema persoalan; 2. memperlihatkan,
menampakkan, menunjukkan: orang yg berwajah murung itu kini
~ senyuman;
penampilan perihal (tindakan, usaha) menampilkan
(mengemukakan) seseorang atau sesuatu: kesan seninya akan
mengatasi kesan ~ pengarang sbg dalang.
tampin I 1. pembungkus yg dibuat drpd daun nipah (utk membungkus
sagu, belacan, dll); sagu ~ sagu mentah; sagu se~ sagu sebungkus;
sirih se~ sirih sekapur; 2. Kl bekas dll tempat tembakau, lopak,
celepa.
tampin II Mn taruhan utk mengimbangi taruhan yg lain, imbangan,
lawan;
bertampin ada tampinnya (imbangannya): taruh ~ pula; ~ taruh
menandingi taruhan lawan;
menampin mengimbangi taruhan yg lain.
tampin III 1. sj tumbuhan (pokok renek), balik angin, Mallotus
berbatus; 2. sj tumbuhan (pokok), mahang, maya-maya, memoya,
mempasuh, sekubin air, Mallotus floribondus;
~ bukit sj tumbuhan (pokok), jarak gajah (hutan), Mallotus
subpeltatus; ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek), langi-langi buaya,
merepuh, pulut-pulut bukit, setampin, Mallotus griffithianus.
tamping sj tumbuhan (pokok), kepinis, tampinis, temakah, tepul, Sloetia
enlongata.
tampoi 1. = ~ tangau sj tumbuhan (pokok), tampul, tempuni, Baccaurea
malayana; 2. = ~ kera = ~ tangau sj tumbuhan (pokok), Baccaurea
bracteata;
~ bunga sj tumbuhan (pokok), geresek hitam, gigi buntal, kikir
buntal, rambutan pacat, Xerospermum intermedium; ~ paya sj
tumbuhan (pokok), cenarahan, kasi, Ouratea hookeri.
tampon penyumbat drpd kain tiras, kapas, dll yg dibubuh pd luka atau ke
dlm rongga badan utk menahan darah, menyerap kumuhan, dll.
tamponek (tamponék)  sj  tumbuhan  (pokok),  medang  sampang,
mempelam rimba, Artocarpus gomesiana.
tampu 1. sj tumbuhan (pokok), mahang bulan, mahang serendit,
Macaranga hullettii; 2. sj tumbuhan (pokok renek), capak singa,
Melochia umbellata;
~ putih = ~ hutan sj tumbuhan (pokok), incung, kunduh,
Macaranga tanaria; ~ rengat a) sj tumbuhan (pokok memanjat),
akar kayu lang, darat belut, Mezoneuron sumatrana; b) sj
tumbuhan (pokok renek), Rubus moluccanus.
tampuk I 1. bahagian hujung tangkai tempat buah melekat: ~ manggis;
2. perhiasan sbg penutup (di atas, di pangkal, di hujung sesuatu): ~
pending; 3. gagang atau pegangan sesuatu alat (cerek, pistol, dll),
tangkai yg kecil dan pendek: ~ pistol; 4. ki yg tertinggi (pimpinan
sesuatu dll), yg utama, yg pokok, pucuk: ia telah mengambil ~
pimpinan ASAS 50 sbg ketuanya yg pertama;
~ bantal seraga penutup di hujung dan di pangkal bantal seraga
(dibuat drpd emas, perak, sulaman, dll); ~ caping penutup
kemaluan anak perempuan berbentuk daun sirih (dibuat drpd emas
atau perak); ~ cerek pegangan cerek; (memegang) ~ kuasa
(memegang) kuasa yg tertinggi; ~ labu a) tampuk buah labu; b) ark
kelentit; ~ lampu elektrik soket tempat melekatkan mentol lampu
elektrik, piting; ~ manggis a) tampuk buah manggis; b) ki
perhiasan yg menyerupai tampuk manggis; (memegang) ~ negeri
(negara) (memegang) pemerintahan negeri (negara); ~
pemerintahan kuasa yg tertinggi dlm pemerintahan; ~ pimpinan
pucuk pimpinan, pimpinan yg tertinggi; ~ pistol gagang pistol; ~
subang bahagian subang yg dimasukkan ke dlm lubang cuping
telinga; ~ susu lingkaran hitam sekeliling puting susu;
~nya masih bergetah ki ada mata pencariannya; darah se~ pinang
ki masih muda benar dan kurang berpengalaman; melanting
menuju ~ prb tiap-tiap usaha tentu ada maksudnya;
bertampuk ada tampuknya, memakai tampuk; ~ bertangkai prb
ada bukti yg kuat;
bertampukkan menggunakan sesuatu sbg tampuk: tiga lapis
bantal susun, ~ emas berpermata.
tampuk II; ~ pinang sj burung, burung bunga, Calyptomena viridis; c) sj
burung, burung seluit, burung takau, Calyptomena v. viridis;
tampuk-tampuk sj ikan laut, Gerres oblongus.
tampung I; menampung 1. menadah sesuatu yg jatuh atau menitik:
baldi utk ~ air hujan; 2. menerima, memberi tempat utk: beliau
telah memilih Irian Barat sbg tempat ~ penduduk Jawa yg
berlebihan itu; 3. menerima dan mengurus (penganggur dll):
bagaimanakah dapat ditampung mereka yg gagal di sekolah? 4.
menerima dan mengumpulkan (hasil, bahan, dll): hilanglah segala
media penerbitan yg selama sebelum perang banyak ~ hasil-hasil
pengarang cerpen; 5. mengadang di jalan dan melawan (musuh yg
menyerang dll), mencegat, memegat, menahan: serangan angkatan
udara musuh dapat ditampung oleh kapal-kapal terbang kita; 6.
menerima dan mengatasi (masalah dsb): ada cara utk ~ kemiskinan
dan kekurangan diri; ~ doa bertadah amin;
menampungkan menampung dgn, menadahkan; ~ tangan
bertadah amin (ketika berdoa);
tertampung dapat (berupaya) ditampung;
penampungan perihal menampung, penerimaan, penadahan;
penampung 1. alat utk menampung: cawan ~ susu getah; 2. orang
yg menampung (menguruskan sesuatu).
tampung II 1. perca kain dll yg digunakan utk mengganti
(menyambungkan) bahagian kain yg sobek; 2. belang (pd kuda,
lembu); badak ~ tenuk;
bertampung berganti (tempat yg sobek) dgn kain lain, bertampal,
bersambung (dgn kain lain): bajunya ~ tetapi bersih;
menampung menampal dgn perca kain dll (utk mengganti yg
koyak atau sobek), menampal: bakul yg tembus ditampung dgn
mengkuang; ~ lantai mengganti papan lantai yg telah rosak.
tampung III ark; menampung menampar, menempeleng.
tampung IV; burung ~ bajau sj burung, bangau, pucung (padi), Ardeola
bacchus.
tampung V; ~ besi sj tumbuhan (pokok renek), capal (kecil), nasi-nasi,
Callicarpa longifolia; ~ besi putih sj tumbuhan (pokok), hati-hati
ketan, kuping besi, tampang besi (merah), Callicarpa cana; ~
tulang sj tumbuhan (pokok), balai, hempedu buaya, malai,
Aralidium pinnatifidum; ~ urat sj tumbuhan (pokok memanjat),
patung urat, Dunbaria scortechinii.
tampur tempur.
tampus Mn kuning kemerah-merahan.
tamsil 1. persamaan sbg umpama (misal), misalan, contoh: satu ~ lagi,
adalah keruh bumi ini umpama kelapa dlm air; 2. ajaran yg
terkandung dlm sesuatu cerita, ibarat: terkadang-kadang ia
menyanyi dan melagukan pula beberapa gurindam yg
mengandungi ~ dan ibarat;
bertamsil menggunakan tamsil (contoh);
mentamsilkan menggambarkan sesuatu (sbg contoh),
mengibaratkan, mengumpamakan;
tamsilan contoh, ibarat, persamaan, perumpamaan.
tamtam I Mn sj tumbuhan (pokok memanjat).
tamtam II ark sj gendang (Hindu).
tamtama perajurit.
tamu I 1. orang yg datang mengunjungi orang lain (menghadiri jamuan
dll), pengunjung: seorang ~ selalu diterima dgn sukacita; 2. orang
yg datang utk membeli-belah di kedai (menginap di hotel dll):
pelayan yg berdiri di belakang meja bar, sibuk melayani ~-~
lainnya; 3. tokoh spt karyawan, penulis, seniman yg ditempatkan
di sesebuah institusi (organisasi) utk menghasilkan karyanya:
Arena Wati menjadi karyawan ~ di Fakulti Sains Pembangunan
UKM; ~ agung pelawat yg termulia; ~ yg tidak diundang bp
pencuri, maling, perompak;
bertamu pergi melawat, datang berkunjung: banyak orang datang
~ ke rumahnya;
menamu 1. pergi melawat, berkunjung, bertamu; 2. menjamu,
memperjamu, menyuguhi;
menamui datang melawat, mengunjungi;
ketamuan kedatangan tamu.
tamu II Br pekan (pasar) sehari.
tamuk sj ikan laut, Mugil vaigiensis.
tamyiz Ar dapat atau tahu membezakan antara baik dgn jahat, mumaiyiz;
mentamyizkan membezakan.
tan I ukuran berat yg bersamaan dgn 2240 lb (1016.05 kg) di Britain dan
2000 lb (907.19 kg) di Amerika Syarikat.
tan II Mn singkatan bagi sutan.
tan III Jwkep tidak; ~ ada tidak ada; ~ beza tidak berbeza.
tan IV Kd, Pn, bp kandang (kuda dll), bangsal: ~ kuda yg di tengah
padang itu kotor sungguh.
tan V singkatan bagi tangen (dlm ilmu hisab).
tan VI C; main ~ main ceki.
Tan VII; ~ Dewa Sakti Pr gelaran utk salah seorang orang besar di
Perak; ~ Sri gelaran utk orang yg menerima bintang Panglima
Mangku Negara atau Panglima Setia Mahkota dr Yang di-Pertuan
Agong.
tanah I 1. lapisan bumi yg di atas sekali: ~ kaki tiang rumahnya pun
digali, dibuangkan ke laut; 2. keadaan bumi di sesuatu tempat:
daerah itu subur ~nya; 3. bahagian permukaan bumi yg diberi
bersempadan: tiap-tiap seorang penduduk diberi ~ seluas lima
ekar utk bercucuk tanam; 4. negeri, daerah, wilayah: T~ Melayu;
T~ Lampung; 5. bahan-bahan bumi (pasir, batu, dll) sbg campuran
dgn bahan yg lain: rumahnya tidak bertiang tinggi sbg rumah kita,
ia cuma rumah ~ berdindingkan tanah liat atau tanah keras; 6.
warna dasar (pd kain dll): warna ~ baju yg dipakainya itu hitam;
~ air a) negeri tempat seseorang dilahirkan; b) daerah yg di bawah
sesuatu pemerintahan; ~ bendang tanah (utk) sawah; ~ beroya ark
pasir yg hanyut; ~ besar tanah daratan yg luas sbg lawan pulau; ~
cempaka belerang kasar (ketul-ketul belerang yg diambil dr
lombong); ~ dangkal tanah yg tidak subur; ~ datar = ~ pamah = ~
rata tanah yg rata (dataran); ~ daun = ~ labu ark tanah drpd daundaun
yg lama terpendam, humus; ~ dingin negeri yg berhawa
dingin; ~ gambut = ~ hitam tanah yg bercampur dgn tumbuhtumbuhan
yg telah reput (banyak mengandungi karbon); ~ gembur
tanah subur yg terdiri drpd campuran pasir dan tanah liat serta
bahan-bahan organik lain; ~ goyang ark gempa bumi; ~ haram a)
kawasan suci (Mekah, Madinah); b) tanah yg didiami tanpa
kebenaran kerajaan; ~ hidup Id tanah yg diusahakan (ditanami); ~
jajahan negeri (daerah) yg dijajah oleh negara asing; ~ kampung
perkarangan, kawasan rumah; ~ kebun tanah utk berkebun; ~
kerajaan a) tanah kepunyaan raja; b) tanah kepunyaan kerajaan; ~
kering a) tanah yg tidak diusahakan; b) huma, ladang; ~ kompeni
tanah kerajaan di Negeri-Negeri Selat; ~ kongsi Id bahagian dr
tanah persendirian yg tidak jadi tanah usaha; ~ kosong tanah yg
tidak didiami atau diusahakan orang; ~ kuburan (mati,
perkuburan) tanah tempat menanam orang mati (mayat); ~ kuripan
ark tanah kepunyaan orang perseorangan; ~ kurus Id tanah yg tidak
berapa subur; ~ lalang kawasan tanah tinggal yg dipenuhi lalang; ~
lanar (Geog) tanah dll yg dibawa oleh air; ~ lapang kawasan yg
hanya ditumbuhi rumput, padang; ~ leluhur Id negeri asal orangorang
yg mendatang; ~ liat tanah yg terdiri drpd zarah-zarah halus
batu-batan yg luluh hawa; ~ lombong kawasan tanah utk
menambang (melombong); ~ mati a) tanah yg tidak diusahakan
lagi; b) tanah kuburan (perkuburan); c) kawasan tanah tandus yg
disebabkan hakisan di Amerika Utara; ~ menanjung
(semenanjung) tanah yg menganjur ke laut, jazirah; T~
Mengandung Sri Menanti; ~ mentah Id tanah milik negara; ~
merah sj tanah liat berwarna merah yg mengandungi zat besi
(biasanya digunakan utk membuat jalan); ~ milik tanah hak milik
orang; ~ milik bebas tanah (ladang, estet) yg boleh dimiliki utk
selama-lamanya; ~ nampal (napal) sj tanah liat yg boleh dimakan;
~ nap lumpur yg dibawa oleh air; ~ negara Id tanah kepunyaan
kerajaan; ~ partikelir Id tanah milik tuan tanah (yg dibeli dr
kompeni Belanda); ~ pegangan pajak tanah (ladang, estet) yg
dipajakkan kpd seseorang (syarikat dsb) utk jangka masa tertentu;
~ penganjur tanah yg menganjur ke laut, tanjung; ~ pekat Id tanah
liat; ~ pinggir tanah yg diberi kpd penduduk oleh kerajaan utk
diusahakan (biasanya terletak di pinggir kampung); ~ pusaka tanah
peninggalan nenek moyang, tanah yg diwarisi; ~ rap = ~ rat tanah
yg telah siap utk ditanami; ~ raya benua; ~ sewa tanah yg
disewakan (utk sewaan); ~ suci tanah atau negeri dianggap suci
oleh penganut agama (spt Mekah bagi umat Islam dan Palestin
bagi penganut agama Kristian dll); ~-tanih segala macam tanah; ~
tinggal tanah yg tidak ditanami atau didiami; ~ tol tanah yg diberi
kebenaran duduk sementara; ~ tumpah darah tempat dilahirkan; ~
ulayah tanah hutan yg belum diusahakan tetapi sudah bertuan; ~
usaha Id tanah milik yg diusahakan orang lain; ~ wakaf tanah yg
didermakan utk kegunaan umum;
~ lembah kandungan air, kayu bengkok titian kera prb tiap-tiap
sesuatu sebab yg ada itu akan mendatangkan sebab yg lain; bagai
~ pelempar balam prb usaha yg tidak sungguh-sungguh jika
berhasil syukur jika tidak, tidak mengapa; bukan ~ menjadi padi
prb sia-sia sahaja berusaha meninggikan darjat sesuatu yg tidak
berharga lagi; di mana ~ dipijak di situ langit dijunjung prb
hendaklah sentiasa menurut adat negeri yg didiami; kalau digali ~
berbingkah, ~ berderai yg akan bertemu prb usahlah dicari sangat
siapa yg salah siapa yg benar dlm perselisihan di kalangan
keluarga, tetapi carilah jalan utk menyelesaikannya dgn baik;
mendapati ~ tersirah prb mendapati mayat sudah dikuburkan;
menimbun ~ yg tinggi, menggali ~ yg lekuk prb membantu orang
kaya dan menganiayai orang miskin;
bertanah 1. memiliki tanah, ada tanahnya: cara Melayu ~ ialah
selagi petani-petani itu menunaikan syarat-syarat yg dikenakan
kepadanya, ia tidak boleh diusir dr tanah itu; 2. dipenuhi tanah,
diselaputi tanah: dia tidur dgn baju dan seluar yg ~; 3. ark berurat
berakar, berakar berumbi;
mengetanahkan 1. menurunkan ke tanah, membawa ke tanah; 2.
ki menurunkan darjat (kehormatan dll); 3. mengebumikan (mayat),
menguburkan: orang dr Pagai tidak akan melihat badan hamba
diketanahkan.
tanah II ark ukuran panjang yg bersamaan dgn enam kaki atau 1.8 meter,
depa.
tanai Mn; menanai menatang, menating.
tanak; juru~ = tukang ~ orang yg memasak, tukang masak; minyak ~
minyak kelapa;
bertanak 1. (sedang) memasak nasi: ibuku sudah siap ~ dan
menggulai; 2. yg ditanak; nasi ~ nasi yg ditanak (bukan dikukus);
bagai ~ di kuali prb bermurah-murah kpd orang lain sehingga
mendatangkan kesusahan kpd diri sendiri;
menanak 1. memasak nasi (dlm periuk, kawah, dll): maka dia pun
~ nasi seperiuk kecil; 2. memasak sesuatu dgn merebusnya sahaja;
~ kentang merebus kentang; ~ minyak memasak santan kelapa utk
dijadikan minyak; ditanaknya semua berasnya prb Mn perihal
orang yg suka memperlihatkan kepandaian atau kebijaksanaannya
di hadapan orang ramai;
menanakkan menanak utk: dia sempat ~ ibunya nasi sebelum
pergi ke ladang setiap pagi;
tanak-tanakan bermain masak-masak (bkn anak-anak);
mempertanak ark menanak (nasi);
petanakan sesuatu yg ditanak, masakan;
sepenanak = ~ nasi waktu yg lamanya serupa dgn lama orang
menanak nasi (lebih kurang 20 minit);
penanak, pertanak sl orang yg menanak, tukang masak: jikalau
hendak disuruh jadi ~ nasi sekalipun redalah beta.
tanam; cucuk ~ perihal tanam-menanam (bertani); musim ~ musim
menanam padi;
bertanam 1. sedang bercucuk tanam, membuat pekerjaan
pertanian: kehidupan mereka itu memukat dan ~ padi; 2. sl
mengebumikan, menguburkan mayat: di bawah gereja itulah
tempat orang Hollanda ~ orang mati; ~ cacar bersuntik; berkotek
(berketuk) di luar sangkar, ~ di luar pagar prb sesudah perkara
selesai barulah terdengar keterangan atau aduan;
menanam 1. menaruh (mencucuk, menabur, dll) benih ke dlm
tanah supaya tumbuh: bendang ialah tempat ~ padi; 2. menaruh
sesuatu dlm lubang dan dikambusi dgn tanah, menimbuni sesuatu
yg di dlm lubang dgn tanah, menguburkan (mayat, bangkai, dll): ia
menyumpah orang yg ~ barang letupan itu; maka baginda pun
mangkatlah, maka ditanam orang hampir masjid; 3. =
menanamkan menyebarkan sesuatu ajaran (fahaman dll),
membangkitkan dgn memupuk (semangat, perasaan, dll): di sana
beliau telah menanamkan semula benih-benih kebangsaan yg telah
patah; 4. memasukkan wang (modal) dlm sesuatu perusahaan dll,
memodali, melabur: ia telah ~ modal sebanyak RM600; 5.
menegakkan (kekuasaan), memperluas (pengaruh, kepentingan):
pihak Komunis sedang giat berusaha ~ pengaruh mereka di dunia
sebelah sini; 6. memasukkan benih penyakit ke dlm badan (utk
mencegah drpd dihinggapi penyakit), menyuntikkan, membiakkan
(benih penyakit dll); 7. mempunyai niat, berhajat (utk berbuat
sesuatu), berniat: ~ niat utk naik haji; 8. mengangkat atau
menempatkan (sbg wakil, pegawai, dll); 9. Pl, bp masuk ke dlm
lumpur (ikan), membenamkan diri (dlm lumpur): puas aku
mencari ikan haruan tadi, sudah ~ agaknya;
~ budi berbuat kebajikan (kebaikan) kpd; ~ modal mengeluarkan
modal utk sesuatu perusahaan, melabur; ~ semula menanam pokok
baru utk mengganti yg tua (getah); bagaimana ditanam, begitulah
dituai prb tiap-tiap kejahatan itu, kejahatan jugalah akan
balasannya;
tanam-menanam perihal menanam tumbuh-tumbuhan dll;
menanami menanam sesuatu di: di atas pulau itu ditanami
pelbagai kayu-kayuan, buah-buahan dan bunga-bungaan;
tertanam 1. sudah ditanam (ditanamkan), termasuk ke dlm,
terbenam: baru ia bertumpu hendak melompat maka ~ ke bumi
hingga lehernya; 2. ki tersemat di hati: apabila ~nya iman dan
terlaksananya usaha utk mendirikan masyarakat...;
tanaman 1. tumbuh-tumbuhan yg biasa ditanam (spt ubi, keladi,
dll), apa yg ditanam: sebahagian drpd hasil ~nya dijual; ~ kontan
tanaman yg diusahakan dlm sesuatu kawasan tanaman utk
mendapatkan hasilnya sementara menantikan hasil tanaman
kekalnya; ~ penutup (Bio) tumbuhan (lazimnya drpd jenis rumput
rampai) yg ditanam utk menghalang berlakunya hakisan serta
mengekalkan kelembapan dan kesuburan; 2. sesuatu yg tertanam,
pendaman;
tanam-tanaman berbagai-bagai jenis tanaman;
petanaman tempat menanam tumbuh-tumbuhan;
penanaman perihal menanam (menanamkan): petani-petani dlm
mukim tersebut bersetuju memulakan ~ padi jenis baru itu; ~
modal perihal menanam modal, pelaburan;
penanam orang yg menanam (menanamkan); ~ padi pesawah; ~
modal orang yg mengeluarkan modal (wang dll) utk menjalankan
perniagaan dll, pemodal, pelabur.
tanang I; menanang menatang, menating.
tanang II Mn tenang.
tanatologi kajian saintifik tentang kematian dan fenomena serta amalan
yg berkaitan dengannya.
tanau; burung ~ a) sj burung, burung serindit, Psittinus incertus; b) sj
burung, burung nuri, perling, pialin, pulin, serindit gajah, Psittinus
c. cyanurus; ~ ru sj burung, burung kutub, Megalaima zeylanicus
hodgsoni.
tanbiat Ar ramalan, tenungan.
tancam Mn tancap.
tancang Jk; menancang menambat, mengikat, mengebat.
tancap; ~ gas Id, bp menekan pedal minyak kereta utk melajukan
jalannya;
menancap masuk terbenam atau tercucuk (pisau, anak panah, dll),
menghunjam: pohon itu masih terikat oleh akar-akarnya yg ~ di
tanah;
menancapkan menusukkan hingga masuk (pisau dll),
mencucukkan, menghunjamkan: kadang-kadang aku ~ tongkatku
di sawah dan ikut serta pd pekerjaan memotong rumput dan
menggali tanah;
tertancap 1. masuk terbenam, terpacak, terpancang: belati
Pendekar Sutan telah lebih dahulu ~ di lambung kirinya, mengenai
jantungnya; 2. ki tidak bergerak lagi (kuasa dll), terhenti,
tersangkut;
tancapan tikaman, tusukan.
tanda I 1. lambang atau simbol yg digunakan dlm tulisan yg mempunyai
erti tertentu: kesilapan yg selalu dilakukan oleh kanak-kanak ialah
meninggalkan ~ koma, noktah, seruan; 2. lambang dll yg
digunakan utk mengenali (mengetahui, mengecam, dll) sesuatu; ~
pangkat tanda yg menunjukkan tingkatan dlm tentera dll; papan ~
papan nama sesuatu tempat (kawasan, syarikat, dsb); 3. perbuatan
(suara dll) sbg isyarat, isyarat: ia mendehem sedikit akan jadi ~
bagi orang yg ada di atas rumah, bahawa ia telah datang; 4.
alamat (akan berlakunya sesuatu dll): jika ada laki-laki yg dapat
mengembalikan kepercayaanku yg telah rosak ini, maka itu ~nya
aku akan mati; 5. barang apa yg menjadi keterangan sesuatu
perbuatan, bukti: tidak ada ~-~ yg boleh dipegang yg menunjukkan
ia mempunyai perhubungan dgn Kamal;
6. hal yg menunjukkan sesuatu (penyakit dll), gejala: ada tiga ~
utk mengenali penyakit baka sawan ini;
~ angka ganda (Mat) angka yg menunjukkan beberapa kali sesuatu
angka digandakan; ~ baca = ~ bacaan tanda-tanda dlm tulisan
(vokal pd huruf Jawi, noktah, koma, koma bertitik, dll); ~ bahagi
tanda () yg menunjukkan bahawa sesuatu angka harus dibahagi;
~ bahaya tanda yg menunjukkan bahawa ada bahaya; ~ bertunang
cincin dll yg menunjukkan seseorang itu telah bertunang; ~ beti
bukti yg menunjukkan sesuatu kejahatan; ~ bukti penyataan telah
berbukti; ~ cema bukti-bukti utk menuduh (mengadukan pd
hakim); ~ cerai Id sempang utk memisahkan suku kata (huruf dll);
~ gambar Id lambang utk sesuatu parti atau calon dlm pilihan raya;
~ hayat = ~ hidup = ~ kenangan = ~ mata barang pemberian utk
peringatan; ~ hormat isyarat utk menghormati seseorang; ~ koma
(,); ~ kali (darab) (x); ~ kurung ( ); ~ kurung dakap { }; ~ kurung
siku [ ]; ~ kutip = ~ petik Id tanda pembuka kata (dlm tulisan “...”);
~ lahir tompok yg biasanya berwarna merah atau coklat pd kulit
seseorang sejak lahir; ~ mati tanda ˚  pd  tulisan  Arab  yg
menunjukkan bahawa sesuatu huruf itu mati; ~ niaga simbol (logo)
atau perkataan yg telah didaftar mengikut undang-undang sbg
tanda kepunyaan (hak) sesuatu kilang pembuatan (orang
perseorangan dsb); ~ panah tanda penunjuk (); ~ pangkat tanda
yg menunjukkan pangkat (dlm tentera dll); ~ penghubung sempang
utk menghubungkan suku kata (kata); ~ peringatan barang yg
dipakai sbg peringatan; ~ perpuluhan tanda desimal; ~ pundak
tanda pangkat pd bahu; ~ selar cap besi bakar (pd kulit); ~ serah
wang perbelanjaan perkara menurut adat; ~ seru = ~ seruan (!); ~
tambah Id = ~ campur (+); ~ soal (?); ~ sudut (<); ~ tanya Id a)
tanda soal; b) hal yg belum terang lagi (yg masih memerlukan
penjelasan); ~ terima (penerimaan) surat tanda telah menerima
wang dll, resit; ~ tinggi tanda yg menyatakan tinggi tempat (dr aras
laut) dlm peta;
bertanda 1. ada tandanya, bercap dgn (tanda nama dll):
penutupnya ada ~ rusa, kotaknya dicetak dgn perkataan yg
berbentuk lekuk dan warna-warni; 2. sudah bertunang;
bertanda-tandaan bertukar cincin tanda (sbg bukti sudah
bertunangan);
menandai 1. membubuh tanda pd sesuatu (supaya dapat dikenali),
memberi bertanda, menunjukkan (dgn tanda dll), membubuh cap,
dll: mana-mana yg amat penting isinya, lalu dinyatakannya atau
ditandai, supaya segera diperlihatkan kpd tuannya; 2. membubuh
tandatangan, menandatangani (surat dll); 3. mengetahui atau
mengenali sesuatu (dgn melihat tanda-tandanya), mengecam: hal
ini boleh ditandai dgn rasa mual, sakit pinggang, sesak nafas, kaki
membengkok, dsb; 4. memerhati (melihat) dgn teliti, mengamatamati:
marilah engkau kutandai supaya engkau kukenal; 5.
mencatat supaya diketahui: pukul lapan pagi, Cikgu mulai ~
kedatangan kanak-kanak;
menandakan 1. menyatakan atau menunjukkan (bahawa),
menjelaskan: kerusi-kerusi rotan telah kelihatan buruk ~ tidak
berapa dijaga; 2. menjadi tanda (isyarat), memberi alamat bahawa:
ia berdiam diri itu ~ bahawa ia sangat marah; 3. memberitahukan
dgn menggunakan tanda (isyarat), membubuh tanda supaya
diketahui (dimaklumi dll): panduan jalan raya ditandakan dgn
papan-papan tanda; 4. membuktikan dgn: tidak ada buktinya ~ ia
berdosa;
tertanda 1. dibubuh tanda; 2. ditandatangani;
pertandaan alamat, gelagat, isyarat;
penandaan perihal menandai: titik digunakan utk menggantikan
koma dlm ~ perpuluhan di Indonesia;
petanda, pertanda 1. tanda, alamat: pertumbuhan badan-badan
kesatuan sekerja merupakan ~ baik bagi membela nasib pekerjapekerja;
2. (Palembang) ark pemberian ketika bertunang;
penanda apa yg digunakan sbg tanda, sesuatu yg menandakan:
lepaskan pula air dr dlm buret itu hingga sampai pd paras kertas ~
tabung uji kosong ini.
tanda II algojo;  pertanda.
tanda III = tanda-tanda sj ikan laut, Lutianus menostigma; ~ jalur sj
ikan laut, Lutianus fulviflamma.
tanda aras 1. (Tadb) sesuatu (piawai) yg digunakan utk membandingkan
prestasi atau keluaran sesebuah organisasi dgn prestasi atau
keluaran organisasi pesaing, dgn tujuan utk memperbaik mutu atau
prestasi organisasi yg berkenaan; 2. (Geog) tanda rujuk yg
digunakan sewaktu menjalankan tinjau selidik topografi;
penandaarasan perbuatan menentukan tanda aras.
tandai Mn tanda.
tandak 1. sj tarian Jawa (ditarikan oleh perempuan); 2. = penandak
(perempuan) penari tandak, ronggeng: maka naiklah Raja Haji ke
istana itu serta membawa anak gundiknya serta joget ~nya;
bertandak, menandak menari: ada yg melompat terkinjal-kinjal
spt orang ~.
tandan 1. tangkai pd buah-buahan yg bergugus (pisang, kelapa, pinang,
dll); se~ segugus (pisang, pinang, dll); 2. = ~ ekor tempat tumbuh
bulu ekor kuda (kerbau): ekor kuda putih itu hitam se~nya hitam
seluruhnya;
bertandan ada tandannya;
bertandan-tandan banyak tandan: buah kelapa keluar ~ di
pangkal pelepahnya.
tandang I lawatan (ke tempat orang, ke rumah orang, dll), kunjung;
orang ~ desa orang yg mengembara atau merayau-rayau ke
merata-rata tempat;
bertandang pergi bertamu ke (kpd, di), berkunjung: ia selalu
sangat ~ ke rumah orang; ~ desa pergi mengembara atau
menjelajah ke merata tempat; ~ diam pergi berkunjung dan
bermalam beberapa malam; ~ duduk sl bertamu ke, berkunjung,
melawat;
~ membawa lapik prb Mn berkunjung ke rumah sahabat dgn
membawa bekalan dll sendiri; bagai ~ ke surau = bagai ~ ke
rumah meranda prb berkunjung ke rumah orang dgn tidak dijamu
apa-apa;
menandangi 1. pergi mengunjungi, melawat, menemui: dilihatnya
gadis-gadis lain ~ Khadijah; 2. ark mengembara, menjelajah;
petandang Mn orang yg suka bertandang;
pertandang; orang ~ (Palembang) ark musafir.
tandang II; ~-tanding Jw ark perbuatan (kelakuan, tindakan, dll), tindaktanduk.
tandas I tidak ada lagi, habis langsung, hilang kesemuanya: hartanya
sudah ~; licin ~ habis kesemuanya;
menandaskan menghabiskan sama sekali; tandus.
tandas II 1. bilik khas (di tempat awam, sekolah, pejabat, dsb) tempat
membuang air (yg dilengkapi dgn mangkuk tandas, sink, dsb),
bilik air; 2. sl tempat mandi (di sungai), permandian;
~ awam tandas utk kegunaan orang ramai; ~ bergerak tandas
mudah alih yg disediakan di tempat keramaian utk kegunaan orang
ramai; ~ curah sj tandas yg perlu dijirus dgn air utk mengalirkan
najis ke dlm lubang yg ditutup.
tandas III Jk (dgn) jelas, (dgn) pasti dan tegas, nyata;
menandaskan mengatakan dgn tegas.
tandas IV ark; menandas memenggal, memotong (kepalanya): maka
titah Yang Dipertuan Muda suruh tandas kepalanya, ceraikan
drpd badannya itu.
tandatangan nama (ringkasan nama) yg ditulis oleh orang itu sendiri:
pengantin lelaki itu pun menurunkan ~nya ke dlm buku Daftar
Perkahwinan;
~ balas a) tandatangan yg diturunkan pd sesuatu dokumen, kontrak
dsb yg sudah pun ditandatangani oleh orang lain; b) (Eko)
tandatangan ejen berlesen atau wakilnya ke atas polisi insurans utk
menjadikannya sebuah kontrak yg sah di sisi undang-undang; ~
ringkas tandatangan dgn huruf pertama (awal) nama sendiri;
bertandatangan ada tandatangannya, sudah dibubuh tandatangan;
menandatangani menurunkan (membubuh) tandatangan pd: dlm
bulan Mei 1606, orang Belanda ~ satu perjanjian dgn negeri
Johor;
penandatanganan perihal menandatangani (surat, perjanjian,
dsb): ~ perjanjian persahabatan antara kedua-dua buah negara
tersebut telah dilangsungkan di Kuala Lumpur;
penandatangan orang yg menandatangani (surat, perjanjian, dsb).
tandau sj ikan laut, Scomberomorus spp.
tandem basikal (sepeda) yg boleh dinaiki dua orang.
tandes  tandas III.
tandik ark sengat.
tandikat sj tumbuhan (pokok tempat lebah biasanya membuat sarang),
Canarium pseudodecumanum.
tandil (Tamil) 1. ketua kelasi di kapal, pembantu serang: satu pasukan
kelasi yg diarahkan oleh ~ dilihatnya membasuh dek; 2. pengawas
atau ketua kuli (di perkebunan dll), mandur: adat orang Jawa yg
suka selamatan itu menjadi adat pula kpd ~-~ kuil Tionghua yg
bekerja di perkebunan tembakau; ~ majahil (manjahil) Mn ketua
biduanda di istana yg membawa cermin kerajaan.
tanding I = tandingan 1. sesuatu yg seimbang (sebanding) dgn yg lain,
banding, imbang, tara: tentera Jepun itu tidak ada ~nya dlm
keberanian; memang Mat Akil telah lama menjadi tandingannya;
satu nikmat yg belum ada ~nya; 2. jodoh, pasangan, regu: gadis itu
sesuai untuknya, memang tandingannya;
setanding sebanding, seimbang, setara;
bertanding 1. berlawanan, beradu (kuat, pandai, dll): minggu
hadapan pasukan bola sepak Melayu Johor akan ~ dgn pasukan
Pulau Pinang; dia akan masuk ~ dlm pilihan raya yg akan datang;
2. ada bandingnya (toloknya, imbangannya, taranya, dll):
kekejaman mereka tiada ~ di muka bumi ini; 3. berlumba-lumba,
bersaingan: sudah dapat ia duduk di kota bolehlah dia ~ dgn
saudagar-saudagar besar; 4. berlawan seorang sama seorang: hari
ini dua lawan dua, besok ~; ~ hujung lidah bertengkar;
menandingi melawan, menyaingi, mengimbangi: pencabar dr
Denmark itu tidak dapat langsung ~ kehandalan juara Malaysia;
menandingkan 1. menjadikan sbg tandingan (lawan, imbangan);
2. meletakkan berdekatan (utk mengetahui beza atau persamaan
dll), membandingkan: ~ keadaan sebelum dan sesudah perang;
cubalah tandingkan gadis itu dgn bekas tunangannya, jauh
perbezaannya, spt langit dgn bumi!
mempertandingkan menjadikan bertanding (seseorang, sesuatu):
pertandingan tersebut terbuka kpd seluruh peladang utk ~ hasilhasil
tanaman mereka;
pertandingan 1. perihal bertanding, perlawanan (bola dll),
perlumbaan (berlari, berenang, dll), peraduan: satu ~ menembak
dgn menggunakan pistol akan diadakan di Jalan Padang Tembak;
2. perihal bersaing, perlumbaan (utk mencapai kejayaan dll),
persaingan; 3. perbandingan.
tanding II = tandingan 1. setompok barang dagangan (spt buah-buahan,
kacang, dll), selonggok, setimbun: se~ sampah ada di tepi jalan itu
yg belum diangkat; 2. ark Id sejumlah barang dagangan (yg tidak
tentu banyaknya);
menanding membahagi-bahagikan dlm longgok-longgok: ~ buah
langsat.
tandon 1. (Sunda) barang yg diserahkan sbg cagaran hutang dll, barang
tanggungan; 2. Jw barang persediaan.
tandu = tanduan 1. sj usungan (berupa kerusi, rumah-rumahan kecil,
dll) utk membawa orang, joli: maka menteri keempat pun
menyembah, lalu keluar naik ~nya, kembali ke rumahnya; 2.
usungan utk mengangkut orang sakit (orang cedera dll): orang yg
cedera dlm kemalangan jalan raya itu diusung ke hospital dgn ~;
bertandu diusung dgn tandu, naik tandu: bonda Raja Mansor pun
disuruh hantarkan ~ masuk ke dalam;
menandu mengusung dgn tandu: maka Bendahara Lubuk Batu
ditandu oranglah dibawa lari, Selamat Gagah nama orang ~nya
itu; orang yg cedera itu segera ditandu ke dlm motokar.
tanduk I 1. dua benda keras yg tumbuh di kepala binatang (spt kerbau,
lembu, dll), sj cula: ~ lembu; ~ rusa; 2. drpd bahan tanduk (alat
perkakas dll): sikat ~; 3. sesuatu yg berbentuk (berupa) tanduk:
pisang ~;
~ badur = ~ koyok tanduk yg melengkung ke bawah; ~ cakah = ~
empang tanduk yg lurus mendatar; ~ capah tanduk lurus yg
tumbuh mengangkang; ~ julang = ~ tegak tanduk yg lurus tegak
tumbuhnya; ~ kangkum tanduk yg melengkung; ~ ragum tanduk yg
pendek dan hujungnya hampir bertemu; ~ tendang tanduk yg satu
tumbuh ke atas dan satu lagi melengkung ke bawah;
~ di kepala tak dapat digelengkan prb seseorang itu tidak dapat
melepaskan diri drpd kewajiban sendiri; bagai ~ bersendi gading
prb jodoh yg tidak sepadan; bagai ~ diberkas prb amat sukar
menyatukan (orang yg berlainan fikiran dll); bagai kerbau runcing
~ = runcing ~ prb orang yg terkenal jahatnya sehingga jikalau
orang lain yg membuat kejahatan orang menyangka dia juga;
menghendaki (menghendakkan) ~ kuda = minta ~ kpd kuda prb
menghendaki sesuatu yg tidak akan dapat; sedepa ~ yg datang,
sejengkal ~ yg menanti, payah juga yg datang prb Mn perihal
kesukaran berdagang ke negeri orang (tidak seberani anak negeri
sendiri); tak (dapat) ~ telinga dipulas prb sanggup melakukan apa
sahaja asal dapat membalas dendam;
bertanduk mempunyai tanduk, ada tanduknya;
(menantikan) kucing ~ prb mengharapkan sesuatu yg tidak
mungkin;
menanduk 1. menyondol dgn tanduk (kerbau, lembu, dll); 2.
menyondol sesuatu dgn kepalanya, memukul dgn kepala: pemain
itu sedang ~ bola.
tanduk II; ~ batu sj tumbuhan (pokok memanjat), Gouania javanica;
tanduk-tanduk 1. sj tumbuhan (pokok renek), lelada, Ervatamia
cylindrocarpa; 2. sj tumbuhan (pokok renek), jantung badak,
jelutung badak, merabung paya, restung badak, sembur badak,
Evartamia hirta; 3. sj tumbuhan (pokok memanjat), akar bulu
nenek kebayan, akar tanduk hitam, akar sewai, duduk kijang,
Strophanthus dichotomus.
tandun ark; zaman ~ zaman dahulukala.
tandup Kd empangan air (di sungai dll).
tandur I Jw tanam; musim ~ musim menanam padi.
tandur II; tali ~ tali utk menaikkan bidai.
tanduri masakan ayam, daging dsb cara India yg dimasak di atas bara
arang di dlm ketuhar tanah liat: ayam ~.
tandus 1. tidak ditumbuhi apa-apa (tanah); padang ~ padang yg tidak ada
tanamannya; 2. sedikit pun tidak ada lagi, habis langsung, licinlicau
(wang, harta, dll);
menanduskan menyebabkan tandus;
ketandusan 1. perihal tandus, ketiadaan sama sekali: ‘Dilema
Melayu’ ditulis dlm masa ~ daya dan kepapaan bangsa; 2. telah
habis langsung (bkn idea, modal, bakat dsb), mengalami keadaan
tandus, kehabisan: universiti itu mempunyai ramai pelajar dan
tidak ~ bakat; benarkah beliau telah diperalatkan oleh kumpulan
serpihan yg sudah ~ idea perjuangan.
tanfiziah Ar; lajnah ~ badan yg menjalankan (mengurus, mengelola)
kerja sesuatu pertubuhan dll, jawatankuasa kerja.
tang I bunyi spt bunyi tin dipukul dll; dentang.
tang II ark kep dr tentang (yg dimaksudkan tempat); ~ mana di (dekat)
mana.
tang III IB sj alat penyepit, kakaktua.
tang IV IB kereta kebal.
tangan 1. anggota tubuh dr kepala bahu sampai ke hujung jari, anggota
tubuh dr pergelangan tangan sampai ke hujung jari: perahu sudah
di air, pengayuh sudah di ~; 2. ki sesuatu yg menyerupai tangan
atau yg digunakan spt tangan; 3. ki kuasa, pegangan, pengaruh,
perintah: semua harta di ~ kita; kuasa memerintah negeri terletak
dlm ~ rakyat;
~ baju bahagian baju yg membalut tangan, lengan baju; ~ besi
pemerintahan yg keras; ~ dingin selalu menjadi perbuatannya (spt
menanam pokok, mengubat penyakit, dll); ~ jahat orang yg
berbuat jahat (mencuri dll); ~ kanan a) tangan sebelah kanan; b)
pembantu yg terutama; ~ kosong = berhampa ~ tidak mendapat
(membawa) apa-apa; ~ naik selalu menang dlm perjudian; ~ panas
segala perbuatannya selalu gagal, sial; ~ terbuka a) suka menolong
orang yg dlm kesusahan, murah hati; b) = dgn ~ terbuka (dgn)
ikhlas atau suka hati (menerima sesuatu dll); ~ turun selalu
mendapat kerugian (dlm perjudian), tidak beruntung; dr ~ ke ~ dr
seorang ke seorang;
~ bagai lipas kudung prb perihal orang yg tangannya tidak mahu
diam (spt kanak-kanak); ~ kanan jangan percaya ~ kiri = luka ~
kanan oleh ~ kiri prb jangan terlalu percaya pd sahabat kerana
kerap kali sahabat juga yg mencelakakan kita; ~ mencencang
(memetik) bahu memikul prb kesalahan yg kita buat itu kita
sendirilah yg menanggungnya; ~ penat memerah, pasu mendapat
santannya prb orang lain yg bersusah payah, orang lain pula yg
mendapat nikmatnya; ~ yg celaka, kerja jatuh prb beroleh kerugian
kerana perbuatan ahli keluarga yg tidak senonoh; dlm genggaman
~ orang prb di bawah kuasa orang lain; digenggamnya ~nya prb
perihal orang kikir yg tidak sedikit pun sudi menolong orang yg
sengsara; makan ~ prb mendapat rezeki lebih drpd yg diharapharapkan;
tangan-tangan 1. kelek-kelek (kerusi); 2. selusur pd tangga; 3.
tempat berpegang (pd basikal); 4. palang pd neraca dll;
tangan-menangan dr tangan ke tangan, bukan dr asalnya;
menangani 1. . mengerjakan (sendiri), membuat sendiri,
mengusahakan: pekerjaan yg berat-berat pun ditanganinya; masih
belum ada sesiapa pun antara kita yg ~ bidang ini secara
bersungguh-sungguh; 2. = menangankan memukuli (dgn tangan)
supaya jera, mengajar: kalau tidak mengenangkan ketololan
adiknya, tadi lagi sudah ditanganinya; suruh dia datang sekarang
juga, kalau tidak akan aku tangankan;
tanganan 1. tangan-tangan; 2. hasil drpd pekerjaan, buatan;
penanganan perihal (perbuatan, cara) menangani;
penangan pukulan dgn tangan: sekarang suruh dia tampil ke
muka, dan biar dia merasa ~ dr tanganku sendiri.
tangap Mn; menangap menahan, menegah, menyekat: tiada siapa pun
yg boleh ~ kebebasan seseorang.
tangar Jk hati-hati, awas.
tangas; bertangas memanaskan badan (dgn wap), mandi dgn wap
(supaya berkeringat);
menangas mengasapi dgn wap, mengewapi, mengukus: bahanbahan
itu dileburkan dan ditangas beberapa kali;
penangasan perihal menangas, pengukusan;
penangas alat utk menangas atau bertangas.
tangeh (tangéh) Jw ark masih lama, masih jauh.
tangen (tan.gen) (Mat) 1. garis sentuh; 2. fungsi trigonometri bagi sudut
tirus pd segi tiga bersudut tegak, iaitu nisbah antara sisi-sisi lebih
pendek yg bertentangan dan bersebelahan dgn sudut.
tangerin sj limau kecil yg manis dan kulitnya mudah dikupas, Citrus
reticulata.
tangga 1. tempat tumpuan kaki yg bertingkat-tingkat utk naik turun
rumah dll: ~ rumah; naik ~; 2. alat utk tumpuan memanjat (takuk
pd pokok, sigai, dll), injak-injak; 3. ki bahagian drpd sesuatu yg
bertingkat-tingkat, peringkat, skala, tingkatan;
~ bongsu anak tangga yg bawah sekali; ~ gaji tingkatan gaji; ~
nada susunan nada yg meningkat naik bunyinya; ~ pilin = ~ sulur
batang tangga yg berpusing; ~ senigai (sigai) tangga drpd sebatang
kayu yg diberi bersigai; ~ sulung anak tangga yg di atas sekali;
tolak ~ berayun kaki, peluk tubuh mengajar diri prb baik-baik dlm
kesenangan dan pekerjaan yg berfaedah, tiba-tiba dilepaskan dgn
sia-sia;
setangga; orang ~ orang yg tinggal berdekatan, jiran, tetangga:
barangkali engkau bertemu di sana dgn orang ~ kita;
bertangga 1. ada tangganya, memakai tangga; 2. ki berperingkat,
bertingkat-tingkat: kanak-kanak ini kemudiannya dibimbing
supaya mengenal buku-buku klasik secara ~; berjanjang naik, ~
turun prb menurut darjat dan kedudukan masing-masing;
bertanggakan menggunakan sesuatu sbg tangga: pondoknya yg ~
buluh.
tanggah I ark sl mata wang Parsi zaman dahulu.
tanggah II; penanggah, penanggahan sl rumah dapur.
tanggak tagak.
tanggal I terlepas dr tempatnya lalu jatuh atau gugur, lucut, luruh (daun
dll), terkelupas (keropeng kudis dll): giginya ~; kulit ular ~ sekali
setahun;
menanggali 1. mengupas, melucuti (baju dll): ia ~ pakaiannya;
mereka sudah ~ atap rumah itu; 2. membongkar (jentera);
menanggalkan menjadikan tanggal, membuka (pakaian dll),
meluruhkan, melucutkan, mencabutkan: ia bangun lalu ~
kemejanya; sebelum masuk ia ~ kasut.
tanggal II; penanggalan sj hantu yg tidak berkepala (perutnya berjelajela):
adapun ~ itu suka meminum darah orang beranak.
tanggal III Id bilangan yg menyatakan hari keberapa dlm bulan tertentu,
tarikh, hari bulan: mereka gajian sbg kuli pengangkat sampah dua
kali sebulan, tiap-tiap ~ tiga dan delapan belas; di bawah
tandatangan itu dicatat namanya dgn terang, dan ~ hari itu; ~
muda awal bulan; ~ tua akhir bulan;
bertanggal ada tanggalnya, bertarikh, berhari bulan: berita itu ~
21 Julai;
menanggalkan, menanggali ark membubuh tanggal (tarikh),
memberi bertanggal, mentarikhkan;
tertanggal bertanggal, bertarikh, diberi tanggal, dibubuh tanggal;
penanggalan 1. daftar hari bulan, almanak, kalender, takwim; 2.
perihal membubuh tanggal; 3. tarikh.
tanggam 1. sambungan kayu yg bertakuk-takuk supaya rapat dan teguh;
2. sj penyepit (drpd besi);
bertanggam 1. bersambung rapat (kayu dll); 2. ki berhubungan
rapat dan erat; ~ muka berhadapan (bertemu) muka;
menanggam 1. menyambung kayu dgn takuk-takuk; 2. ki
menyambung atau menghubungkan erat-erat (spt mengahwinkan
dll); 3. menyepit dgn tanggam besi.
tanggang Mn; bertanggang; ~ malam berjaga, tidak tidur;
menanggang menahan, mencegah, mengekang; ~ anak tidak
menyusui anak; ~ mata berjaga, tidak tidur; ~ suami (isteri) tidak
memberi kebebasan kpd suami (isteri); ~ perut berpuasa.
tanggap I; menanggap 1. memerhatikan (melihat, mendengar) dgn teliti,
memerhatikan sungguh-sungguh, mengecamkan; 2. ark menyuruh
memainkan (pertunjukan, wayang gambar, dll) di rumah sendiri
dgn membayar upahnya; 3. menangkap atau menerima dgn
pancaindera (spt melihat, mendengar, merasai, dll), mencerap;
bertanggapan mempunyai tanggapan;
menanggapi 1.menerima atau menyambut: (kata-kata, kecaman,
dsb): Panitia Ejaan berusaha ~ reaksi-reaksi itu dan jawabanjawaban
yg dimuat dlm karangan ini; 2. memahami: politik
antarabangsa ditanggapi sbg perbuatan merebut kuasa di
kalangan semua negara;
menanggapkan ark membayangkan atau menggambarkan dlm
hati (fikiran);
tanggapan 1. apa yg diterima oleh pancaindera, gambaran
(bayangan) dlm hati, cerapan: sifat pedas adalah ~ indera perasa,
dipertunjukkan juga pd suara atau kata; suka saya bincangkan
satu persoalan yg menunjukkan satu kekeliruan terhadap ~ isi
kebudayaan ini; 2. = tetanggapan pertunjukan (wayang golek dll);
penanggapan perbuatan (cara dsb) menanggap, pencerapan;
penanggap orang yg membuat tanggapan terhadap sesuatu;
tanggap II Id ark pasif; kalimat ~ kalimat pasif.
tanggar I Jh; menanggar memikul, menggalas (beban dll);
tanggaran pikulan, beban.
tanggar II ark; menanggar menyanggupi (pekerjaan dsb).
tanggar III Br; bertanggar bergalah ke mudik.
tanggu Jk tangguh.
tangguh I pengunduran waktu (utk mengerjakan sesuatu, membayar
hutang, dll), penundaan waktu; tenggang-~ batasan waktu;
bertangguh 1. minta tempoh, minta diundurkan waktu: wang
bakinya ia ~; 2. berlambat-lambat, berlengah-lengah, ayal: dgn
tiada ~ dan tiada tawar-menawar lagi si Tenggang telah membeli
barang-barang itu; 3. tidak mahu, enggan: dia ~ menemui orang
tua itu; 4. menunggu hingga ke masa lain, menanti: ayahanda ~lah
dahulu tiga puluh dua hari menghimpunkan rakyat tentera
ayahanda;
bertangguh-tangguh selalu bertangguh, berlengah-lengah: dia
juga sedar, waktu maghrib akan berakhir jika dia ~; agaknya
sudah menjadi tabiatnya suka ~ apabila disuruh membuat sesuatu
kerja;
menangguhkan, mempertangguhkan 1. mengundurkan (waktu),
menunda waktu (sampai, hingga): Dewan itu mempunyai
peraturan-peraturan yg tertentu, peraturan ~ mesyuarat dan
peraturan meluluskan undang-undang; 2. sengaja melambatlambatkan,
melengah-lengahkan (waktu dll), menghulur-hulur
(waktu): perkara itu telah terlalu lama ditangguhkan;
tertangguh tertunda, terhalang, terhenti, terlambat;
pertangguhan janji (utk mengundurkan waktu), ~ waktu bayaran;
penangguhan perihal menangguhkan (waktu dll): setiausaha
pertubuhan itu menyatakan rasa dukacitanya di atas ~ mesyuarat
itu.
tangguh II 1. sukar ditewaskan, kuat: tenteranya yg ~ serta berani; 2.
teguh (pendirian), tabah dan tahan (menderita dll), kukuh:
pemimpin yg ~;
ketangguhan kekuatan, kekukuhan, keteguhan, keuletan.
tangguk 1. sj bakul drpd rotan atau jaring yg berbingkai (utk menangkap
ikan, udang, dll): ikan di kawasan itu ditangkap dgn tangan atau
dgn ~; 2. ki tipu muslihat (utk memerangkap, memikat, dll);
~ rapat keruntung bubus prb perihal suami isteri yg tidak
bersetujuan sifatnya (suami banyak mendapat wang tetapi isterinya
boros); bagai ~ lerak dgn bingkainya prb suami isteri yg tidak
pernah bercerai sampai ajalnya;
menangguk menangkap (ikan dll) dgn tangguk: abang ke sungai ~
udang; ~ hutang menagih hutang;
~ di air keruh prb mencari keuntungan dll sementara ada
kekacauan (perselisihan dll); hendak ~ ikan, tertangguk akan
batang prb hendakkan laba tetapi jadi rugi;
tertangguk kena ditangguk, tertangkap dgn tangguk;
~ pd ikan dikeruntungkan, ~ pd ular dikeruntungkan juga prb
buruk baik diterima sahaja setelah dimuafakati beramai-ramai;
penangguk 1. orang yg menangguk; 2. alat utk menangguk.
tanggul I anggul.
tanggul II Jw tambak utk menahan air (di tepi sungai dll), permatang:
apakah yg dibuatnya di ~ pd jam itu?
menanggul membuat tanggul pd, menambak.
tanggulang Jw penghalang, penahan;
menanggulangi 1. membubuh tanggulang, menahan dgn
tanggulang; 2. ki menghadapi, menyekat, menghalang.
tanggung I 1. = ditanggung dijamin (kebaikannya dll), sudah tentu:
pekerjaannya ~ baik; 2. bp = menanggung; ~ badan Sr mas
kahwin yg belum dijelaskan ketika akad nikah (tetapi mesti
diselesaikan ketika bercerai);
menanggung 1. membawa di atas bahu (barang yg berat-berat),
memikul, menggalas: pelawat-pelawat penuh sesak, ada yg ~, ada
yg berjunjung dan ada yg berkelek; 2. mengalami (kesusahan dll),
menahan, menderita, tertimpa (oleh): perusahaan itu ~ kerugian
besar; tuan pergi janganlah lama, tiada kuasa ~ rindu; 3. ki
membawa, memegang, menaruh, menyimpan: dapatkah manda ~
rahsia hamba? 4. (sanggup) memikul biaya atau perbelanjaan (yg
tertentu), mengurus, membiayai, menyelenggarakan: mereka sudah
besar, tidak wajib lagi dia ~ nafkah begitu; aku telah
ditanggungnya makan minum; 5. memikul, menghadapi,
mempunyai: kita ~ hutang sampai anak dah beranak enam pun
hutang belum lagi selesai; 6. menjaga (keselamatan dll), memberi
jaminan (akan): kerajaan ~ keamanan dan ketenteraman rakyat; 7.
memberi akuan tentang kebaikan (keaslian dll) sesuatu, menjamin:
kalau hendak bekerja di sini kamu harus mempunyai dua orang yg
~; barang-barang ini ditanggung baik; 8. memberi akuan tentang
kepastian sesuatu, memastikan bahawa ...: saya berani tanggung
dia akan menang; 9. memberi perakuan akan memenuhi kewajiban
orang lain jika orang itu enggan memenuhinya, menjamin: siapa
yg ~ pinjamanmu tempoh hari? 10. memikul segala
tanggungjawab, bertanggungjawab: berani buat tidak berani
tanggung;
~ budi menaruh budi; ~ dendam menyimpan dendam; ~ kasih
berasa wajib membalas kasih (orang); ~ malu merasai malu; ~
ragam Mn mengalami bermacam-macam percubaan; ~ rahsia
menyimpan rahsia; ~ rindu menaruh rindu;
tanggung-menanggung 1. saling menanggung (menjamin dll); 2.
semua urusan menanggung;
menanggungkan, mempertanggungkan 1. memikulkan sesuatu
beban (tanggungjawab dll) kpd, membebankan kpd: kerja-kerja yg
ditanggungkan kpd baginda itu tersangat berat; 2. menyerahkan
barang dll sbg cagaran (jaminan), mencagarkan, menggadaikan:
dia terpaksa ~ hartanya utk membayar hutang;
tertanggung dapat ditanggung, terderita, terjamin, terpikul; tidak ~
a) tidak terderita; b) tidak dijamin dll;
tanggungan 1. sesuatu yg mesti ditanggung, kewajiban,
tanggungjawab: hak dan ~ ahli-ahli pertubuhan; 2. jaminan: dgn ~
siapakah engkau mendapat pinjaman itu? 3. barang dll yg
digunakan sbg jaminan hutang dll, cagaran: apa ~mu utk
berhutang itu? 4. penderitaan, beban: segala-galanya itu akan
menambahkan lagi ~ rakyat; 5. orang yg mesti ditanggung
(keselamatannya, nafkahnya, dll): cukai ini berbeza dr seorang ke
seorang mengikut banyak pendapatan orang itu dan ramai orang
yg mesti menjadi ~nya; 6. akibat perbuatan yg mesti
dipertanggungkan, risiko: kalau engkau kalah nanti, itu ~mu
sendiri; ~ jiwa (kebakaran) Id insurans; 7. (Udg) kewajiban yg
dikenakan terhadap seseorang di bawah undang-undang;
ketanggungan sl apa yg ditanggung, tanggungjawab, tanggungan:
jikalau kita kalah, bukanlah jadi ~ kpd kita semuanya;
berketanggungan bertanggungjawab, berkewajiban: marilah kita
menuntut kpd pihak-pihak yg ~ dlm agama Islam;
pertanggungan 1. tanggungan, tanggungjawab; 2. jaminan; 3.
insurans;
penanggungan 1. apa yg ditanggung, penderitaan, kesengsaraan:
dia sangat mengambil berat terhadap kehidupan rakyat jelata dan
~ mereka; 2. perihal menanggung: bagaimanakah ~ hati seorang
perempuan yg hidup sebatang kara;
penanggung 1. orang yg menanggung (menjamin), penjamin; 2.
orang yg memegang polisi insurans; 3. orang yg menderita,
penderita; 4. (Eko) organisasi atau orang yg dilantik utk
menguruskan pembubaran sesebuah syarikat.
tanggung II 1. lebih drpd sedang tetapi belum cukup besarnya (tingginya
dll); anak ~ anak yg hampir dewasa; ~ bulan sesudah pertengahan
bulan (utk menyatakan ketiadaan wang); 2. = kepalang ~ =
tangung-tanggung tidak mencukupi keperluan, kurang sempurna,
setengah-setengah: bekerja jangan ~.
tanggungjawab kewajiban yg dipikul oleh seseorang, segala yg wajib
ditanggung: oleh sebab itu segala pegawai polis teramat berat
~nya;
bertanggungjawab 1. = ~ atas (terhadap, tentang, dlm)
mempunyai tanggungjawab terhadap, memikul tanggungjawab,
berkewajiban: siapakah yg ~ atas kekalahan kita? 2. = ~ kpd
menanggung segala-galanya, menanggung sesuatu kpd: kakitangan
~ kpd majikan mereka; kedua-dua pihak sama ~;
mempertanggungjawabkan 1. memberikan jawaban dan
menanggung segala akibatnya (sekiranya tidak beralasan, tidak
munasabah, dsb): ia mengeluarkan kata-kata yg tidak dapat,
dipertanggungjawabkan; 2. = ~ kpd memikulkan tanggungjawab
(kpd), membebankan tanggungjawab kpd: pendidikan kanak-kanak
dipertanggungjawabkan kpd guru; 3. menjadikan
bertanggungjawab (atas, terhadap, dll): mereka sama-sama
dipertanggungjawabkan oleh agama utk melaksanakan segala
perintah Tuhan;
kebertanggungjawaban perihal (sifat) bertanggungjawab: ~
setiap individu dlm membuat kebajikan;
pertanggungjawaban 1. perihal bertanggungjawab; 2. sesuatu yg
dipertanggungjawabkan: kita telah sampai kpd ~ tentang pendapat
kita;
penanggungjawab orang yg bertanggungjawab.
tangis I mencucurkan air mata dgn sedu-sedan utk melahirkan perasaan
sedih (pilu dll): ~nya timbul dgn tiba-tiba;
bertangisan, bertangis-tangisan saling melahirkan perasaan sedih
(pilu dll) dgn mengeluarkan air mata dan sedu-sedan: mereka
dapat mengenali satu sama lain dan bertangis-tangisanlah sebab
sukacitanya;
menangis melahirkan perasaan duka dll dgn mencucurkan air mata
dan sedu-sedan dll: ia masih gementar ketakutan dan ~ sedansedan;
~ daun bangun-bangun hendak sama dgn hilir air prb
perbuatan yg sia-sia hendak menyamai orang lain yg lebih
daripadanya; dipujuk ia ~ ditendang ia tertawa prb orang yg baru
bekerja dgn baik dan sempurna sesudah ia dimarahi;
menangisi 1. menangis pd, menangis akan: apakah Halimah sudah
tertidur atau masih ~ adiknya; 2. ki menyesali, bersedih hati
kerana: ~ kehormatannya yg telah hilang;
menangiskan 1. menangis kerana (tentang), menyayangkan,
menyesalkan: janganlah tuanku, kiranya, tersangat ~ orang yg
pergi ke hutan; 2. menyebabkan menangis, sengaja menangis: apa
ditangiskan budak-budak itu?
mempertangis menjadikan menangis (dgn memukul dll): sayang
akan anak dipertangis, sayang akan bini ditinggalkan;
tangisan apa yg ditangisi (diingini dll), tangis: dia tidur kini
walaupun berapa kuat ~ isterinya;
penangis (orang yg) mudah atau suka menangis: ~ benar budak
itu.
tangis II; ~ (tangisan) burung sj tumbuhan (pokok renek), akar cincin,
akar kuayah, akar membur, akar tulang daeng, akar (se)nyamuk,
akar tukar, akar tupai-tupai, hisap nanah, Connarus
semidecandrus.
tangkai I 1. gagang pd buah (bunga dll): buah itu mempunyai ~ yg
pendek; ~ daun; 2. batang pokok tumbuhan yg kecil-kecil: ~
kecambah; 3. penjodoh bilangan utk bunga: se~ bunga; 4. tempat
memegang sesuatu alat, batang (cangkul, tombak, dll), gagang,
hulu (pisau dll): ~ cangkul;
~ bedil gagang bedil; ~ cerek tampuk cerek; ~ dayung batang
dayung; ~ embun ki sesuatu yg tidak kukuh; ~ hati ki kekasih; ~
jering = ~ kering ki orang yg kedekut; ~ pena gagang pena; ~
timba pemegang timba; ~ tombak batang tombak;
bertangkai mempunyai atau memakai tangkai: dia hanya sempat
mengutip buah rambutan yg ~ sahaja; senduk kayu yg ~ panjang
digunakan utk mengacau jem.
tangkai II; tangkaian ark tempat menyimpan padi, lumbung, rengkiang.
tangkal = penangkal sesuatu yg digunakan utk menolak bala (penyakit,
hantu, jin, dll), azimat: ~ bisa; ~ jin; ~ sawan;
~ sehari bulan azimat yg berbentuk bulan sabit (drpd emas, perak)
yg digantungkan di leher kanak-kanak; ~ petir besi pd bumbung
rumah dll yg dihubungkan dgn kawat ke tanah utk menjauhkan
bahaya petir;
menangkal menolak bala (hantu, jin, penyakit, dll) dgn azimat dll:
pisau dicabut dan Tun Mudim ~ dan menjampi.
tangkap; ~ basah ditangkap ketika seseorang sedang melakukan
kesalahan (khasnya dlm kes khalwat); ~ buta ki menuduh orang
dgn sembarangan sahaja; ~ gambar mengambil gambar; ~ gunting
sj gerakan utk mengenakan lawan dlm silat; ~ lelong membeli
barang yg dilelong; ~ muat mengambil mana yg sempat (ada)
sahaja; ~ wap tidak berhasil atau sia-sia sahaja (perbuatan);
bertangkap sl berkelahi seorang melawan seorang, bergelut,
bergomol, bergusti: kedua-duanya ~, bergigit sama bercucuran
darah;
bertangkap-tangkapan saling bertangkap (bergelut): dua ekor
harimau yg tengah ~ dgn hebat;
menangkap 1. memegang sesuatu dgn tangan atau alat, memegang
sesuatu yg bergerak cepat dll (dan tidak melepaskannya),
memerangkap binatang dsb: sukar utk ~ harimau; tempat ~ ikan;
2. menadah atau menyambut barang yg bergerak cepat atau yg
dilemparkan: kamu dapati susah sangat hendak ~ bola apabila
sebelah mata kamu ditutup; 3. mendatangi (menemui dsb) dan
menahan orang yg berbuat kejahatan (melakukan perbuatan
jenayah dll), memberkas: sebaik-baik dia membuangkan pistolnya
sahaja, mata-mata gelap itu ~nya; 4. mengambil sbg tawanan,
menawan: maka lasykarnya hulubalang kedua itu semuanya habis
dapat ditangkap oleh rakyat; 5. menerima atau memetik (siaran
radio dll)): pembicaraan ini dapat ditangkap melalui mikrofon kita
yg tersembunyi; 6. menerima atau dapat mengerti (memahami,
mengetahui, dll): dia masih tidak dapat ~ maksud kata-kata
pengemis itu; 7. mencerap (dgn pancaindera), menanggap: hanya
beberapa orang yg dapat ~ maksud kata-katanya; 8. memberi
hasil, mengena (pancing, jerat, dll): kailnya tidak ~;
~ angin ki tidak mendapat hasil sedikit jua pun; ~ bayang-bayang
sia-sia sahaja;
menangkapi menangkap berkali-kali, menangkap banyak-banyak,
banyak yg ditangkap: semua penjahat perang ditangkapi;
menangkapkan menangkap sesuatu utk orang lain;
tertangkap sudah ditangkap, terdapat, terkena (jerat dll), tertahan,
tertawan; ~ basah = ~ tangan ditangkap (diketemui) sedang
melakukan sesuatu (biasanya kejahatan); ~ muka bertemu muka
dgn tiba-tiba;
tangkapan 1. apa yg ditangkap, pendapatan menangkap, mangsa,
tahanan: telinganya menangkap sesuatu yg menarik hati, tetapi ~
itu kurang jelas; 2. dlm keadaan tertangkap, dlm tahanan: selepas
drpd ~, aku sedar bahawa perjuangan kita hanya perjuangan
kosong sahaja;
ketangkapan (kena) penyakit yg datang dgn mengejut (dan boleh
menyebabkan orang yg menghidapinya mati), apopleksia;
penangkapan perihal menangkap, pemegangan, penahanan, dll:
pakatan sulit itu gagal dan ~ beramai-ramai telah dijalankan;
penangkap 1. orang yg menangkap; ~ ikan nelayan; 2. alat utk
menangkap; ~ suara alat utk menerima suara;
sepenangkap sehasta (dr siku hingga ke buku jari).
tangkar ark tengkar.
tangkas 1. cepat (gerak-geri), cekatan, cergas, cepat, pantas: ia berjalan
dgn ~; 2. gesit, giat, sigap: perjuangan antara dua orang
pahlawan itu sangat hebat, mereka sama ~ dan sama pandai;
ketangkasan perihal tangkas, kecekatan, kecepatan, kecergasan,
kepantasan, kesigapan: anak-anak muda kelihatan kagum melihat
~ kedua-dua teman mereka.
tangki I tempat menyimpan minyak (air dll), kolam air, teng;
kapal ~ kapal utk mengangkut minyak (tanah); ~ najis tangki
septik; ~ septik tempat menakung najis, air kumbahan dsb
(biasanya di bawah tanah) yg dapat diuraikan melalui tindakan
bakteria.
tangki II sj tumbuhan (herba), akar keman hantu, keman air (gajah),
kangkung puteri, Neptunia prostrata.
tangkil I; menangkil sl menghadap (raja dll).
tangkil II; menangkil ark mengatur berbanjar-banjar.
tangkil III; bertangkil-tangkil bertindih-tindih, berlapis-lapis,
bertindan-tindan.
tangkil IV Jh; menangkil mengelakkan tubuh supaya jangan kena
pukulan.
tangkis tangkisan: Terung Pipit pun tersalah ~ penikam Tengku Sultan;
bulu ~ sj permainan spt tenis dan menggunakan sj bola drpd bulu
ayam, badminton;
bertangkis-tangkisan saling mengelakkan pukulan dll drpd
lawan: maka kedelapan hulubalang berpalukan cokmarnya ~;
menangkis 1. menepiskan atau mengelakkan pukulan musuh dgn
tangan (alat, senjata, dll): segera ditikamnya, maka ditangkis
baginda; maka ditangkisnya dgn perisainya; 2. membalas dan
melawan serangan, mematahkan serangan musuh: mereka akan
diberi penerangan oleh pegawai-pegawai utk ~ serangan musuh;
3. menjawab atau membalas (kritikan, tuduhan, dll), membantah,
menolak: dia hanya tersenyum kerana tidak dapat ia hendak ~
tuduhan itu;
menangkis-nangkis menangkis berturut-turut atau berulang kali;
tangkis-menangkis saling menangkis: maka kedelapan
hulubalang itu bertetakan mata pedang ~ ;
tertangkis dapat ditangkis, terelak: dia terpaksa menghadapi
pelbagai kritik yg tidak ~ olehnya;
tangkisan gerakan menangkis (serangan dll), hasil menangkis;
penangkisan perbuatan menangkis: suara sorak-sorai kian
gemuruh mengikuti setiap suara ~ yg didengar dr dewan itu;
penangkis alat utk menangkis: dua ketumbukan askar ~ Jepun dgn
satu pasukan kereta kebal telah mendarat di utara Tanah Melayu;
meriam ~ meriam utk menangkis serangan kapal terbang.
tangku-tangku sj tiram, Magnavicula macroptera.
tangkue (tangkué) C sj manisan yg dibuat drpd labu dll.
tangkuk Mn ark; menangkuk telangkup, menangkup;  tangkup,
tungkup.
tangkul sj jaring yg berbingkai yg ditahan di dasar sungai atau laut dan
diangkat (utk menangkap ikan); pukat ~ sj pukat yg besar utk
menangkap ikan di laut;
menangkul menangkap ikan dgn tangkul.
tangkung Br sj alat bunyi-bunyian drpd buluh.
tangkup; setangkup 1. = ~ tangan sebanyak yg dapat diambil dgn
kedua-dua belah tangan yg ditangkupkan, seraup; 2. sama
ukurannya (besarnya, bentuknya, dll) kedua-dua belahnya, simetri;
3. seimbang, selaras: memetik kata-kata Noam Chomsky, “supaya
~ perkembangan bahasa dgn kemajuan ilmu’’;
bertangkup 1. kedua-dua belah boleh tutup-menutup (bibir, kulit
lokan, dll), bertelangkup; 2. bertelangkup, bertelungkup: atapnya ~
bagaikan sebuah tudung saji menutup juadah; 3. menjadi rapat
bercantum: kita sedang berusaha sekarang ini supaya retak ~
balik;
menangkup 1. tutup-menutup atau bertaup dgn rapat (bkn dua
benda dll), mengatup: mulutnya ~; 2. menelungkup, meniarap,
tengkurap: maka ~lah dia mencium tanah kubur itu berulangulang;
3. menutupi (dgn sesuatu yg jeluk dll), menyungkup,
menudungi: dgn kedua-dua belah tangan ia ~ mukanya;
menangkupkan meletakkan menangkup, menelungkupkan,
meniarapkan: cangkir itu ditangkupkannya di atas meja; dia pun
meniarap ~ mukanya ke bantal;
menangkup-telentangkan 1. meletakkan menangkup dan
menelentang bergilir-gilir, membolak-balikkan; 2. ki
menimbangkan dgn hati-hati;
tertangkup sudah ditangkup, telungkup, tertiarap: sebuah buku
berkulit tebal ~ di atas mukanya; ~ sama termakan tanah,
terlentang sama terminum air prb orang yg mahu sehidup semati
(mahu sama menanggung susah dan sengsara).
tangkur Jk sj binatang laut, kuda laut, unduk-unduk.
tangkut Mn ark; menangkut menangkup, menelungkup.
tanglar Kd berbuat sesuatu yg sumbang di hadapan orang (makan di
muka khalayak ramai pd siang hari dlm bulan puasa dll).
tanglin sj tumbuhan (pokok), gapis, talan, tengalan, Saraca spp.
tanglung I C lentera kertas, teng: beberapa dian dan kandil ~ tergantung
pd penjuru peseban itu; ~ berjentera tanglung yg sentiasa
berputar-putar.
tanglung II Br bahagian alat tenun.
tango 1. sj tarian (oleh dua orang) yg berasal dr Amerika Selatan; 2.
muzik utk tarian ini.
tangsa Mn ark sj rebana utk mengarak tabut; tasa.
tangsel Jk ganjal, baji, sendal, sumbat;
menangsel membubuh tangsel pd sesuatu; membaji, mengganjal,
menyendal;
~ mulut a) mengisi mulut (dgn makanan); b) menyumbat mulut; ~
perut bk mengisi perut, makan.
tangsi I 1. asrama (polis, tentera), berek: kira-kira setengah jam
kemudian sampailah mereka ke ~ polis; anak ~ anak serdadu; 2.ark
bp penjara.
tangsi II = tali ~ tali yg dilumas dgn lilin (utk tali kail dll).
tangu Pr, bp cekap, mahir.
tani I; orang (kaum) ~ = petani orang yg pekerjaannya bercucuk tanam
(mengusahakan tanah), pekebun, peladang, pesawah;
bertani mengusahakan tanah (tanam-menanam dll), bercucuk
tanam, berkebun, berladang, bersawah;
kepetanian kedudukan (taraf) petani;
pertanian 1. perihal bertani (tanam-menanam); 2. perusahaan
bercucuk tanam: tanahnya boleh digunakan utk ~.
tani II ark tali-temali pd perahu utk meneguhkan tiang, temberang.
tani III; pintu ~ sl pintu gerbang di sebelah luar istana.
tanih (Geo) lapisan tanah yg subur di bawah lapisan tanah yg di atas
sekali.
tanin (Kim) sj bahan yg diperoleh drpd kulit kayu dan digunakan utk
menyamak kulit dll.
tanjak I 1. sj destar, tengkolok: Anjang memakai ~ spt pahlawan
Melayu; 2. tanjak tirus ke atas (destar, layar), meruncing
(menganjur) ke atas;
bertanjak = ~ kaki berdiri di atas hujung kaki, berjengket;
~ baru bertinjau prb berbuat sesuatu mengikut aturannya yg lazim;
menanjak 1. menirus ke atas, meruncing; 2. memanjat (bukit dll),
mendaki, menaiki: aku surut selangkah memberikan kesempatan
kepadanya ~ tangga; 3. menjadi lebih tinggi (jalan dll), mendaki:
dia berjalan menuju tangga yg ~ ke atas anjung; mereka mendaki
jalan yg ~;
menanjakkan menganjurkan ke atas, membawa naik, menaikkan:
dia ~ layar perahunya; ~ ilmu mengembara ke tempat lain utk
mengajarkan ilmu; ~ silat pergi ke tempat lain utk berlawan atau
mengajar silat;
tak lalu dandang di air, di gurun ditanjakkan prb menyampaikan
maksud dgn pelbagai ikhtiar;
tanjakan jalan yg mendaki, pendakian.
tanjak II 1. cocok, padan, sesuai; 2. gaya (tubuh badan), tokoh, watak:
cincin ini diusul periksa sbg isyarat menyiasat rupa dan roman
tokoh dan ~, kelakuan dan keturunan;
bertanjak bergaya, berpadanan.
tanjap  tancap.
tanji 1. bunyi-bunyian, muzik, tambur; 2. = tukang ~ ahli muzik, tukang
muzik.
tanjidur tanji, muzik, tambur.
tanju sl sj lampu dinding.
tanjul jerat yg berjoran utk menangkap binatang dll, tali yg hujungnya
dibuat jerat;
menanjul, menanjuli menjerat dgn tanjul.
tanjung I hujung tanah yg menganjur ke laut (danau, sungai, dll): ~-~ yg
datar tanahnya dapat dilihat di kebanyakan kuala sungai;
menanjung 1. menganjur ke laut spt tanjung, nampak spt tanjung;
2. belayar menyusur tanjung: maka Batin Singapura pun keluar
dgn tujuh buah perahu ~ pergi ke Bentan; tanah ~ semenanjung,
jazirah;
tanjung II; bunga ~ sj tumbuhan (pokok dan bunganya), mengkulah,
mengkulang, Mimosops elengi; pohon ~ sj tumbuhan (pokok),
sauh, sawa, Manilkara kauki.
tanjur Mn tempurung yg diberi bertangkai (utk mencedok sesuatu ),
senduk, sibur;
menanjur, menanjur-nanjur 1. mencedok (menyenduk) dgn
tanjur; 2. memancing-mancing perkataan orang supaya keluar.
tan metrik (tan métrik) ukuran berat yg bersamaan dgn 1000 kilogram.
tanpa dgn tiada..., tidak dgn..., tidak ber~...: ia berjalan terus ~ melihat
ke kiri ke kanan lagi.
tanpadaksa (Sunda) ark 1. cacat (tidak lengkap anggota tubuhnya atau
pancainderanya); 2. penderita cacat.
tantalum (Kim) sj unsur logam yg digunakan utk membuat radas kimia
dsb.
tantan; bunga ~ sj tumbuhan (herba), Amomum xanthophlebium.
tantang I; menantang mengajak berkelahi (berlawan dll), mencabar;
tantangan 1. ajakan berkelahi (berperang dll), cabaran; 2. sesuatu
(unsur, faktor, dsb) yg mencabar (menguji kemampuan dan
ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dll), cabaran: aku
ingin menghasilkan insan berkualiti yg mampu menghadapi ~
zaman;
penantang 1. orang yg menantang; 2.ark tantangan.
tantang II Mn tentang;
menantang 1. menghadapi, menentang: beliau berdiri ~ ketuanya;
2. melawan, membantah, membangkang: dia tetap ~ saran itu dgn
tegas;
tantangan 1. bandingan, imbangan, lawan; 2. perbuatan
menantang, bantahan, perlawanan; 3. darihal, perihal, tentang;
tentang.
tante IB emak saudara, mak cik.
tanti I ark nanti.
tanti II Mn tampal drpd kain benang emas yg dijahitkan pd tepi baju
perempuan atau seluar (sbg perhiasan);
bertanti memakai tanti.
tanur Ar tempat memasak, keran, perapian; ~ tinggi perapian tempat
memasak kapur (bijih besi dll).
tanwin Ar tanda baca berbaris dua, sama ada berbaris di atas, di bawah
atau di hadapan, yg terletak pd akhir sesuatu perkataan Arab.
tanya 1. permintaan keterangan (penjelasan dll): tinggal di bawah
lembah gunung ini aman rasanya, tidak ada orang mengambil
tahu dan tidak banyak ~ jawab; 2. bp = bertanya: pd siapa boleh
saya ~ tentang hal ini;
~ jawab soal jawab, temu ramah, wawancara; tanda ~ tanda soal
(?);
bertanya meminta supaya diberitahu tentang sesuatu, meminta
keterangan (penjelasan dll): maka ia ~lah khabar ibu dan
saudaranya; ~ tahu bertanya meskipun sudah tahu; tumpang ~ bp
kata hormat sebelum meminta keterangan kpd orang lain;
membunuh tiada ~ sl membunuh orang dgn tiada izin raja;
bertanya-tanya berkali-kali atau berulang-ulang bertanya,
bertanya ke mana-mana, saling bertanya antara satu dgn yg lain:
saya duduk bercakap-cakap dan ~ khabar negeri Singapura;
bertanyakan bertanya bkn sesuatu, meminta keterangan mengenai
sesuatu: maka aku pun ~lah hal negeri itu;
menanya 1. = menanyai bertanya kpd: seorang guru sekolah
tempatan ~ Profesor Arthur Lew satu soalan; 2. = menanyakan
meminang, melamar: disuruhnya orang tuanya ~ gadis itu;
menanyai bertanya utk mengetahui sesuatu, bertanya kpd,
bertanya utk memeriksa: tukang kebun itu terus mendekatinya dan
~ maksudnya;
menanyakan 1. bertanya tentang sesuatu kpd, meminta keterangan
tentang sesuatu kpd: temuilah doktor utk ~ apakah berpenyakit
atau tidak; 2. meminang, melamar;
mempertanyakan menimbulkan pertanyaan, mempersoalkan:
karyanya tidak mengandungi implikasi yg secara radikal ~
peranan penulis;
tertanya-tanya 1. kehairan-hairanan, dlm kebimbangan: ia juga ~
apakah takbir mimpinya itu; 2. asyik bertanya, selalu bertanya:
anaknya yg dua orang itu sentiasa ~ tentang baju baru;
pertanyaan 1. perihal bertanya, permintaan keterangan; 2. apa yg
ditanyakan, soalan: Cikgu baru menerangkan ~ Engku Tahir yg
kedua; 3. ki persoalan, masalah: maka timbullah ~-~ kpd seluruh
bangsa Melayu; ~ keliling berbagai-bagai pertanyaan yg
dihantarkan selepas sesuatu agenda mesyuarat dll;
penanya orang yg bertanya (menanyai, menanyakan).
tanzil Ar apa yg diturunkan oleh Tuhan (spt al-Quran dll), wahyu; ilmu ~
ilmu yg diberi khusus kpd rasul-rasul utk disampaikan kpd umat
mereka;
mentanzilkan menurunkan (al-Quran dll): ayat-ayat al-Quran yg
ditanzilkan di Mekah;
tanzilan (sesuatu) yg ditanzilkan: ayat-ayat ~.
Taoisme ajaran agama dan falsafah yg berdasarkan doktrin Lao Tze (pd
abad ke-6 SM) yg menganjurkan agar manusia menjalani
kehidupan yg sederhana dan jujur, bertindak sesuai dgn kehendak
alam, dsb.
tapa I usaha utk membersihkan jiwa atau utk mencapai sesuatu maksud
(kesaktian, kekebalan, dll) dgn cara berpantang makan,
mengasingkan diri dll; ~ songsang tapa dgn bergantung di dahan
kayu (dgn kaki ke atas dan kepala ke bawah);
bertapa 1. mengasingkan diri di tempat yg sunyi dll (utk
memperoleh kesaktian, kekebalan dll): maka kakinya diikatnya,
kepalanya ke bawah, dgn demikian dua belas tahun lamanya ~ ; 2.
bp menjalani hukuman penjara; 3. ki lama tidak keluar (tidak
menampakkan diri);
mempertapakan hendak memperoleh sesuatu dgn jalan bertapa;
pertapaan 1. perihal bertapa; 2. tempat (orang) bertapa;
pertapa orang yg bertapa, ajar-ajar, resi.
tapa II Mn ark; tahan ~ tidak berasa sakit kalau dipukul (kebal), tahan
pukul.
tapa III tapah.
tapah 1. sj ikan darat, Wallago ottu; 2. sj ikan darat, Wallago tweedier; ~
lemban sj ikan darat, Ompok bimaculatus.
tapai I sj penganan yg dibuat drpd beras pulut (ubi kayu dll) yg dimasak
dan dicampur ragi; rosak ~ kerana ragi prb pekerjaan yg dibuat
dgn tidak cukup hati-hati itu jaranglah jadi sempurna;
menapai 1. membuat tapai; 2. membubuh ragi, meragi;
penapaian 1. = petapaian sj periuk besar tempat membuat tapai;
2. (Kim) penguraian benda organik oleh hidupan halus (spt kuman
dan ragi).
tapai II; tapaian ark tempayan.
tapai III ark; kucing ~ kelinci.
tapak I 1. bidang kaki (kasut, tangan) sebelah bawah, telapak; 2. = ~ kaki
bekas kaki, jejak kaki; 3. langkah: belum lagi beberapa ~ kami
berjalan aku nampak cahaya lampu suluh dr belakang; 4.
bahagian sebelah bawah dr sesuatu, dasar: ~ piramid; 5. ki asas
(dasar atau tempat) melakukan atau memulakan sesuatu;
~ ani bahagian alat tenun yg dihubungkan oleh belebas; ~
bangunan tanah tempat membina bangunan; ~ besi ladam pd kuku
kuda (kasut dll); ~ binaan tempat akan didirikan bangunan dsb; ~
cangkir alas cangkir; ~ catur petak-petak pd papan catur; ~ cindai
corak selirat yg cerah (pd kain); ~ itik Kd roda besi pd traktor
membajak sawah yg menghasilkan corak spt tapak itik apabila
digunakan utk membajak sawah; ~ jalak tanda palang yg
hujungnya bercabang; ~ kadam bekas pijakan kaki; ~ kaki a)
telapak kaki; b) bekas pijakan kaki; ~ kasut alas kasut; ~ kedidi sj
corak membubuh papan utk dinding rumah; ~ kek bangku tempat
duduk (pd alat tenun): ~ kuku telapak kaki kuda; ~ lawang cembul
pd buah manggis; ~ rata Id telapak kaki yg tidak lekuk-lekuk; ~
rumah tanah tempat mendirikan rumah; ~ semaian tempat
menyemai benih atau menanam anak pokok; ~ sulaiman gambar
bintang yg bersegi enam; ~ tangan a) telapak tangan; b) Id
tandatangan; ~ tukul kesan melakukan sesuatu; tengah ~ bayang
tengah hari benar (ketika matahari tepat di atas kepala); tiga ~
bayang-bayang waktu ketika bayang-bayang tiga telapak tangan
panjangnya;
cium ~ tangan, berbaukah atau tidak prb lihat diri sendiri, terlebih
dahulu sebelum mencela orang lain; kecil ~ tangan nyiru saya
tadahkan prb menyatakan sangat berterima kasih atas nasihat atau
pertolongan orang;
setapak 1. sebesar tapak tangan; 2. sepanjang tapak kaki: alamat
akan jauh lakinya yg selama ini belum pernah bercerai dgn dia
barang ~ jua; 3. ki selangkah: ~ demi ~ dia undur; ~ jangan lalu,
~ jangan surut prb tetap pendiriannya, tidak berkocak hati atau
iman ketika menghadapi sesuatu kejadian;
tapak-tapak sj lapik (alas kaki), sandal, selipar, capal;
bertapak 1. mempunyai tapak, ada tapaknya: kon yg ~ bulat; 2.
berjejak, berpijak, melangkah: seolah-olah kakinya tidak ~; ~ maju
melangkah maju; 3. mendapat tempat utk melakukan sesuatu dll:
Datuk Bendahara tidak suka Kompeni ~ di negeri kita; 4. bermula
(melangkah dsb) drpd sesuatu pangkalan (dasar, asas, dsb),
menjadikan sesuatu asas (dasar dsb) utk melakukan sesuatu
(kegiatan, usaha, dsb); 5. = bertapakkan mendapatkan sokongan
dr: pemerintahan yg ~ kehendak rakyat; 6. Ml teguh dan kuat
kedudukannya (kaya, bangsawan, dll): Kamal dan keluarganya itu
orang ~;
menapak 1. memijakkan kaki pd, mengenakan kaki pd: kakinya ~
tanah; 2. mengukur dgn tapak (kaki atau tangan); 3. melangkah:
dgn langkah yg tidak bermaya ia pun ~lah ke kamar datuk; 4.
mengikut jejak (binatang dll); 5. berjalan kaki: dia terpaksa ~ ke
surau kerana basikalnya rosak;
menapaki menyelidiki, mengusuti;
ketapakan = ~ balai = tapakan sl tempat kehormatan di balai
penghadapan: bentara seramai empat puluh orang berdiri di ~
balai di saat orang menghadap dan menjunjung duli;
pertapakan 1. pelan yg menunjukkan susunan bahagian-bahagian
drpd sesuatu; 2. asas kedudukan, tempat bertapak (utk melakukan
sesuatu dsb): sementara itu kaum bukan Melayu masing-masing
pula amat kukuh ~ masing-masing dlm ekonomi pasaran.
tapak II; ~ burung sj tumbuhan (herba), rumput belangkas, Mullugo
pentaphylla: ~ kuda sj tumbuhan (pokok di tepi pantai), Ipomoea
pescaprae; ~ leman = ~ sulaiman sj tumbuhan (pokok renek),
bersih hitam, tutup bumi, Elephantopus scaber; (akar) ~ gajah sj
tumbuhan (pokok), akar serau malam, pokok fatimah, Phyllagathis
rotundifolia; akar ~ kerbau sj tumbuhan (pokok memanjat), kupukupu,
Bauhinia spp.; (pokok) ~ harimau = daun ~ badak sj
tumbuhan (pokok renek), pokok daun seredang, daun buka nafsu,
Trevesia cheirantha.
tapak III; ~ kasut sj ikan laut, Echineis naucrates; ~ sulaiman sj
binatang laut (berbentuk spt bintang), Asterias rubens.
tapal I sj ubat cair yg disapukan pd perut; ~ gigi ubat gosok gigi.
tapal II; ~ kuda ladam kuda.
tapal III; ~ batas sempadan (negeri, daerah, dll), batas: ilmu hendaklah
diakui, tidak mengenal daerah atau ~ batas.
tapang I Jk sj balai-balai drpd kayu, tempat duduk-duduk drpd kayu dll.
tapang II 1. sj tumbuhan (pokok), medang sampang, mempelam rimba,
Artocarpus gomeziana; 2. sj tumbuhan (pokok), Koompassia
excelsa.
tapa-tapa hirisan ikan yg dibubuh garam dan dikeringkan; daging ~ sj
dendeng (spt daging salai, daeng, dll).
tapau C bp = menapau membungkus (makanan dsb) utk dibawa pulang
dsb: ramai yg ~ utk dibawa pulang.
tapaut Jk beza, selisih; tepaut.
tapelak kain alas meja.
tapestri (tapéstri) (kain) dewangga.
tapi bp tetapi;
bertapi-tapi memberi alasan utk menolak, berdalih, berhelah: tak
usahlah ~, esok kau boleh pergi ke sekolah.
tapian Mn tepian.
tapih I sj kain panjang (yg dipakai oleh orang perempuan);
bertapih memakai tapih, bertutup (badan) dgn tapih.
tapih II salut pd sarung keris jawa.
tapin; ~ batu sj tumbuhan (pokok renek), gelembur hantu, kayu
meroyan, kemesak, mawai, melokan (air), tempung, Croton
griffithii.
tapioka IB tepung ubi kayu.
tapir sj binatang liar, tenuk, Tapirus indicus.
tapis I 1. alat utk menapis; 2. bp menapis;
bertapis (telah) ditapis: air yg belum ~;
menapis 1. menuras dgn saringan (barang yg cair spt minyak, air
minum, dll), menyaring: air yg digunakan di situ telah dibersihkan
dan ditapis sebelum dihantar ke rumah-rumah; 2. meneliti serta
memilih-milih (utk mengasingkan yg dikehendaki drpd yg tidak
dikehendaki), menyaring: ia perlu ~ maklumat yg berbagai-bagai
itu sebelum membuat sesuatu pilihan yg dapat diterima;
tapisan 1. sesuatu yg sudah ditapis, hasil drpd menapis; 2. =
penapis alat utk menapis sesuatu: ~ minyak;
penapisan 1. perbuatan menapis: ~ minyak; ~ kertas kerja
dilakukan oleh ahli jawatankuasa; 2. (Udg) pemeriksaan yg dibuat
terhadap bahan terbitan, filem dsb dgn tujuan utk menghalang
penyebaran atau pengeluaran bahan yg boleh dikira sebagai tidak
bermoral, lucah, cabul atau membahayakan keselamatan;
penapis 1. alat utk menapis, penyaring: kaca atau filem yg
berwarna itu dinamakan ~ warna atau ~ cahaya; 2. orang (badan
dsb) yg menapis: dlm negeri kita ini, ada Lembaga P~ Filem,
sebuah badan yg bertugas utk menapis filem yg hendak
ditayangkan.
tapis II sj tumbuhan (pokok), lenggapus, Mesua ferrea.
taptibau sj burung, burung tetabu, Eurostopodus temminckii.
taptu IB 1. bunyi semboyan pd waktu malam (utk memanggil perajuritperajurit
pulang ke asrama); 2. berbaris dgn iringan muzik pd
waktu malam.
tapu I Mn penuh.
tapu II Tr mengampu dgn tapak tangan: hati-hati, bakul ini berat, kamu
hendaklah ~ supaya tidak pecah.
tapuh sj tumbuhan (herba), jenjuang, juang-juang, lenjuang, Dracaena
congesta.
tapuk I; bertapuk-tapuk bertimbun-timbun dgn banyaknya,
berlonggok-longgok (hutang, benda, dll).
tapuk II; bertapuk-tapuk bopeng, berbakat (bekas penyakit cacar).
tapuk III tampuk I.
tapuk IV Jw; menapuk menampar muka, menempeleng.
tapuk V Mn;  tepuk I.
tapuk VI Br; bertapuk berselindung supaya tidak kelihatan,
bersembunyi: dia ~ di bilik mandi.
tapung I Mn serbuk yg lumat dan halus (kerana ditumbuk dll), tepung;
menapung menumbuk (beras dll utk dijadikan tepung), menepung.
tapung II; baju ~ sj baju (bugis) yg panjang dan sempit.
tapus sj tumbuhan (pokok, kayunya baik utk perkakas rumah), buah
perah, perah kokong, kedui, Elateriospermum tapos.
tar I; kuih ~ sj kuih.
tar II bunyi spt bunyi cemeti.
tar III 1. = minyak ~ benda cair yg hitam warnanya dan didapati drpd
arang batu dll (biasanya digunakan utk membuat atau melapisi
jalan dll); 2. Id asfalt; jalan ~ jalan yg dibubuh asfalt.
tar IV Tr sj rebana kecil yg digunakan dlm permainan rodat.
tara I 1. sama (kedudukannya, keadaannya, dll), bandingan, imbangan:
anak raja itu terkenal sbg ahli bermain pedang yg tidak ada ~nya;
bukan ~nya bukan tandingnya (imbangannya); tiada ~nya tiada
bandingannya (toloknya); 2. sl sama dgn (taraf, kedudukan,
peringkat): maka didudukkan baginda ~ Bendahara, tetapi jikalau
makan, ke bawah;
setara 1. sama (besarnya, kuatnya, dll), sejajar: kelakuannya
sangat ganjil jika dibandingkan dgn kelakuan pemuda-pemuda
lain yg ~ dengannya; cincin intan dua ~ sebentuk cincin dgn
berpermatakan dua intan yg sama besarnya; 2. sama (pangkatnya,
darjatnya, tarafnya, nilainya, dll), sedarjat, setaraf: maka digelar
baginda Paduka Raja, disuruh duduk di seri balai ~ Seri Nara
Diraja; 3. sepadan, setimbal, seimbang: usahanya tidak ~ dgn
hasilnya; gajinya tidak ~ dgn kerjanya; 4. sebanding, setanding,
selaras: taraf ekonomi dan darjat pengetahuan rakyat di negerinegeri
Afro-Asia belum ~ dgn yg telah dicapai oleh penduduk di
negeri Barat;
menyetarakan menjadikan setara (sebanding, seimbang, setimbal,
dll);
penyetaraan perihal (perbuatan dsb) menyetarakan;
kesetaraan perihal (keadaan dsb) setara;
ketidaksetaraan perihal (keadaan dsb) tidak setara (tidak
seimbang);
bertara ada taranya, berbanding, berimbang, bertimbal: anak
perempuannya terlalu amat baik rupanya, tiada ~ pd zaman itu;
tertara terbandingkan, ternilai, tertandingkan: barang siapa yg
berpuasa sunat, maka ia mendapat kebajikan yg tidak ~;
penara; bukit ~ tanah rata di atas bukit (spt ditarah rupanya).
tara II selisih atau perbezaan berat kasar dgn berat bersih, potongan
harga barang (dlm kiraan peratus) sbg ganti pembungkusnya.
tara III Mn sj alat drpd kayu yg berpaku utk menggaris kayu; melampaui
~ melampaui garis (aturan, ukuran).
tara IV Tr; mentara (seseorang) yg mengangkat dan menghidang
makanan.
taraf 1. tinggi rendahnya atau buruk baiknya (nilai sesuatu), darjah,
mutu, tingkatan: peradaban mereka telah mencapai ~ yg tinggi; 2.
tingkatan kedudukan dlm masyarakat, martabat, darjat: di
pelantaran stesen ramai pembesar negeri berdiri dan berbaris
menurut ~ masing-masing; 3. batasan waktu, tingkatan masa,
peringkat: mesyuarat itu masih pd ~ permulaan lagi;
~ hidup tingkat kemewahan hidup; ~ sosial kedudukan dlm
masyarakat, darjat;
setaraf sama taraf, sedarjat, sejajar, setara, setingkatan: tiap-tiap
calon mestilah mempunyai Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan
yg ~ dengannya;
menyetarafkan 1. menjadikan setaraf, menyamakan (darjatnya),
menyetarakan (dgn), menjajarkan (dgn): jawatan Peguam Negara
sudah disetarafkan dgn menteri; Sijil Pelajaran Malaysia
disetarafkan dgn Sijil Persekolahan Seberang Laut; 2.
menyepadankan dgn, menyesuaikan dgn: dia ~ keperluannya dgn
pendapatannya;
bertaraf mempunyai taraf (darjat, tingkatan): masyarakat mereka
masih ~ rendah; kita ini sbg bekas anak revolusi dan sekarang ini
~ calon angkatan perang yg rasmi;
menarafkan menentukan darjat (pangkat dll): pembuat dasar ~
negara berdasarkan kriteria dan keadaan yg berbeza-beza;
penarafan 1. perihal atau perbuatan menarafkan: ~ itu dibuat
berdasarkan tujuh peringkat skala; 2. (Eko) penilaian terhadap
kedudukan sesuatu sekuriti, kewangan, dsb yg dibuat oleh agensi
bebas dgn memberikan gred tertentu berdasarkan kriteria yg
ditetapkan: ~ itu juga menggambarkan daya keuntungan bank
tersebut.
taragon sj herba berwarna hijau dan berbau harum yg daunnya
digunakan sbg perasa masakan, Artemisia dracunculus.
tarah rata (selepas dipepat, dirimbas, dll); ~ kasau diasah supaya rata
(gigi);
bertarah sudah diratakan dgn beliung dll (batang kayu dll); sudah
~ berdongkol pula prb Mn setelah suatu perselisihan diselesaikan
timbul pula perselisihan yg lain;
menarah meratakan atau melicinkan (kayu, batu, tanah, dll) dgn
rimbas dll: dia asyik ~ dan mengukir papan cengal;
tarahan 1. yg sudah ditarah; 2. cara (kaedah) menarah;
penarahan proses (kerja, perbuatan dsb) menarah: ~ bukit itu
dijalankan oleh sebuah syarikat yg membekalkan tanah merah;
penarah alat utk menarah.
tarak I Ar 1. pengekangan hawa nafsu dgn bertapa (berpuasa,
berpantang, dll); 2. Mn tapa;
bertarak 1. mengekang hawa nafsu (dgn berpantang, berpuasa,
dll); 2. Mn bertapa, mengasingkan diri; 3. Mn berlama-lama di
sesuatu tempat, lama menanti (menunggukan sesuatu);
pertarakan perihal bertarak, pertapaan.
tarak II Jh; bertarak-tarak bergerak-gerak, tidak diam.
tarak-tarak Pr tanda (alamat) akan hujan.
taram I Ph jerut, sira.
taram II Ph dendam.
taram III; ~-temaram = taram-taram tidak berapa terang, suram (bulan,
bintang, muka), agak redup: tiba-tiba sinaran bulan yg indah
permai di malam itu telah bertukar kelam ~-temaram, udara laut
mulai bertiup dgn kencangnya.
taran gagang sesuatu alat (cangkul dll), gandar, tangkai (pena dll).
tarang sangkar ayam, terak, petarangan.
taranum Ar kaedah memperelok atau memperindah bacaan al-Quran
secara berlagu: kami akan mengadakan kelas ~; dgn adanya guruguru
pendidikan Islam, sekolah itu mampu melaksanakan program
~.
taras Mn teras.
tarasul Ar (surat) tulisan tangan.
taratai teratai.
tarawih Ar = sembahyang ~ sembahyang sunat yg dilakukan pd malam
hari dlm bulan Ramadan (selepas sembahyang Isyak);
bertarawih melakukan tarawih: malam ini mereka pergi ~ di
surau.
tarbiah Ar pendidikan, pengasuhan;
mentarbiahkan mendidik, mengasuh;
pentarbiahan perihal (proses, perbuatan atau usaha)
mentarbiahkan: ia seharusnya mengarah kpd ~ kelompok remaja
yg berwawasan dan seimbang.
tarbil 1. sl sj busur utk melontarkan anak batu (peluru drpd tanah liat); 2.
ark alat utk melontar batu kerikil dll, lastik.
tarbus sj kopiah yg tinggi dan diberi berjambul (dibuat drpd lakan
merah), kopiah Turki;
bertarbus memakai tarbus.
tarcis IB sj kuih, kek.
tarekat (tarékat)  Ar 1. jalan; 2. jalan utk mencapai kebenaran (dlm
tasawuf): ilmu ~ ilmu tasawuf, ilmu sufi (suluk); 3. tatatertib hidup
(mengikut peraturan agama atau ilmu kebatinan); 4. perkumpulan
penuntut ilmu tasawuf.
tarhim Ar bacaan doa atau ayat-ayat al-Quran yg biasanya dibaca
sebelum masuk waktu solat Subuh;
bertarhim membaca atau melagukan tarhim: aku mudah terjaga
apabila terdengar suara orang ~ dr masjid itu.
tari = tarian gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut
rentak muzik;
~ gambus sj tari yg diiringi oleh gambus dan rebana; ~ inai = ~
piring tari dgn menggunakan piring dan lilin (oleh gadis-gadis); ~
keris (sewar, sikin) tari dgn memainkan keris (sewar, sikin); ~
kipas tari dgn memainkan kipas; ~ payung sj tari dgn
menggunakan payung; ~ sapu tangan tari dgn melambailambaikan
sapu tangan; ~ selendang tari dgn memakai selendang;
~ serimpi sj tari yg dipertunjukkan oleh perempuan (di istana
Jokja, Solo);
menari, bertari ark melakukan tari dgn mengikut muzik: kakak
Ramlah sedang ~, sedang berlatih ~;
~ di ladang orang prb bersuka-suka memakai harta orang lain dgn
tidak mengingat kerugian orang itu; ~ yg tak pandai, dikatakan
lantai nan terjungkat = sebab tiada tahu ~ dikatakan tanah lembap
prb sebab tidak tahu membuat sesuatu pekerjaan, dikatakan
perkakas yg salah atau tidak cukup;
menari-nari melompat-lompat (kegirangan dll), mendompakdompak,
bergerak-gerak pantas dan lancar (spt gerakan menari);
menarikan 1. melakukan sesuatu tari, menari dgn sesuatu tari:
maka pendekar pun menghampiri lalu ~ inai serta memukul
rebana lagu ceracap ini; 2. menggerak-gerakkan (jari-jari) dgn
pantas dan lancar (spt gerakan menari): perbuatan ~ jari-jari di
atas meja semasa bercakap dll;
tari-tarian, tari-menari bermacam-macam tari: pd malam itu
telah diadakan suatu
majlis~;
tertari-tari sl menari-nari: kijang dua ekor itu datang ke hadapan
rumahnya terlompat-lompat dan ~;
penari orang yg pandai menari, tukang tari, anak tari: dia seorang
~ joget.
taridra drama yg dipersembahkan dlm bentuk tarian.
tarif 1. cukai yg dikenakan oleh kerajaan ke atas barang-barang,
terutamanya yg diimport; 2. senarai harga tetap spt sewa bilik,
makanan, perkhidmatan, dsb yg dikenakan oleh sesebuah hotel; 3.
skala bayaran bagi membekalkan sesuatu perhidmatan awam spt
elektrik dan gas: ~ elektrik.
tarik bp = menarik;
~ layar menaikkan layar; ~ muka dua belas bp tidak keruan air
mukanya; daya ~ keupayaan utk menarik;
bertarik-tarik bp bertarik-tarikan;
bertarik-tarikan saling menarik antara satu sama lain; ~ tali Id
melatih tenaga (menguatkan badan) dgn menarik tali;
menarik 1. menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju
ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret: ~ perahu
ke darat; 2. ki mencabut, mengambil, menghunus, menyedut, dll:
kipas-kipas itu hendaklah dipasang supaya dapat ~ udara yg
bersih dr luar masuk ke dlm bilik itu; 3. = ~ hati memikat hati:
permainan yg sungguh istimewa dan ~;
~ akar a) mencabut akar; b) Id mencari punca ganda dua spt √25 =
5, mengorak; ~ balik memanggil pulang (askar, wakil, dll),
mengambil balik, mencabut balik; ~ bayaran mengutip
(memungut) bayaran; ~ bea memungut bea; ~ beca mengayuh
beca; ~ biaya a) meminta atau memerlukan biaya; b) = ~ ongkos
banyak makan ongkos; ~ diri meletakkan jawatan, enggan
menerima jawatan, keluar dr perhimpunan dgn kemahuan sendiri;
~ garis Id membuat garis; ~ hati a) memikat (menawan) hati; b)
menyukakan (menghiburkan, menggirangkan) hati kerana cantik
dll; c) menimbulkan atau membangkitkan rasa kasih (sayang,
ingin, dll); d) = menarik-narik hati mempengaruhi (menggoda) hati
orang lain; e) = ~ perhatian = ~ minat membangkitkan perhatian
(minat) seseorang; ~ hutang menuntut atau menagih hutang; ~
kembali menarik balik; ~ kpd diri memakaikan pakaian dll kpd diri
sendiri; ~ keris (pedang dll) menghunuskan keris (pedang dll); ~
kesimpulan membuat kesimpulan; ~ keuntungan (untung)
mengambil untung; ~ lagu (qasidah, nyanyi, pantun) mulai
bernyanyi (berlagu, berqasidah, dll); ~ langkah a) melangkah (dlm
pencak silat dll); b) = ~ langkah seribu melarikan diri dr musuh dll
(kerana ketakutan); ~ layar menaikkan layar; ~ loteri a) membuka
atau mengundi loteri; b) menang loteri (undian); ~ modal
mempelawa orang (negeri lain dll) menanam modal; ~ muka bp
berubah air muka; ~ muka dua belas = ~ muka masam bp bermuka
masam; ~ muka panjang nampak perasaan kecewa pd air muka
seseorang; ~ mundur menarik kembali, memanggil supaya mundur
(tentera dll); ~ nafas a) menyedut udara; b) = ~ nafas panjang
mengeluh, mengesah; ~ nafas yg terakhir (penghabisan) mati; ~
nyawa (jiwa) sudah hampir mati; ~ ongkos banyak menggunakan
belanja; ~ otot keras hati, tidak mahu mengalah; ~ pajak (bea,
cukai, yuran, dll) memungut atau mengutip (cukai dll); ~ panjang
a) menjadikan panjang; b) melanjutkan sesuatu perkara ke
mahkamah; ~ suara a) mulai menyanyi dgn suara yg nyaring; b)
meninggikan suara; ~ surat (tuan tentang ...) Id merujuk surat
(tuan tentang ...); ~ surut menghela surut, menarik mundur; ~ tali
a) sukan yg mempertandingkan atau menguji kekuatan dua
pasukan dgn menarik sekuat-kuatnya seutas tali dandan ke arah yg
bertentangan; b) ki pergelutan antara dua pihak utk merebut
sesuatu (hak dsb): hakikatnya, bekas suaminya masih bermain ~
tali dlm kes penjagaan anak itu; ~ urat leher keras hati, tidak
mahu mengalah;
ditarik ia menanduk, diiringkan ia menyepak prb a) orang bodoh
yg tidak mahu menurut bicara orang; b) orang yg suka mengacau
di dlm sesuatu permuafakatan, dikemukakan tidak baik,
dikemudiankan pun tidak baik pula;
mempertarikkan menyeret, menghela;
tertarik 1. sudah ditarik (dihela, diseret, diheret); 2. ki berasa suka
(ingin dll) kpd, terhibur oleh, terpikat (hatinya) oleh: memang
banyak orang yg ~ oleh suara yg lemah lembut;
tarikan 1. sesuatu yg ditarik, hasil menarik; 2. daya menarik,
perihal menarik: ~ bumi ke atas sesuatu benda yg berdekatan
dengannya disebut berat benda itu;
penarikan perihal atau perbuatan menarik;
penarik orang yg menarik, alat (kuasa) yg menarik; ~ beca orang
yg kerjanya menarik beca; binatang ~ binatang (kerbau, kuda, dll)
utk menarik bajak dll.
tarikh 1. perhitungan tahun: ~ Hijrah; ~ Masihi; 2. bilangan (angka) utk
menyatakan tahun: ~ 1350 Hijrah; 3. hari bulan dan tahun,
tanggal: tiap-tiap surat mesti dibubuh ~: ~ bagi perundangan
selanjutnya akan ditetapkan; 4. kitab sejarah, riwayat, tambo,
tawarikh: kitab ~ kerajaan Johor; ahli ~ ahli sejarah;
bertarikh bertanggal, ada tarikhnya: surat itu ~ 20 Mei 1960;
mentarikhkan 1. membubuh (menuliskan) tarikh; 2. mencatat
tarikhnya; 3. menuliskan dlm buku peringatan (riwayat);
pentarikhan perihal mencatatkan tarikh bagi sesuatu peristiwa:
ciri penulisannya mementingkan ~ sehinggakan karya-karya dapat
dijadikan sumber sejarah yg dinilai; ~ karbon (Kim) kaedah
menentukan usia objek organik yg sangat tua, mis tulang, kayu dsb
melalui pengiraan jumlah isotop karbon tertentu di dalamnya.
taring I 1. gigi yg runcing dan tajam, caling, gigi asu, saing, siung; 2. ki
kekuasaan (keberanian, kekuatan dsb) utk melakukan sesuatu: dia
tidak disegani lagi kerana dianggap sudah kehilangan ~nya;
bertaring 1. mempunyai taring, ada taringnya; 2. berbentuk spt
taring: misainya ~ misainya tajam dan bentuknya spt taring; 3. ki
mempunyai kuasa (keberanian, kekuatan dsb): biarlah stesen
televisyen lebih ~ drpd pihak penaja.
taring II; ~ pelanduk a) sj ikan laut, Euxiphippos sexstriatus; b) sj ikan
laut, Pomacanthus annularis; c) sj ikan laut, Chaetodontoplus
septentrionalis.
taring III; ~ pelanduk a) sj tumbuhan (pokok), gigi buntal, Stemonurus
capitatus; b) sj tumbuhan (pokok), bunga tampang cina, medang
beluluk, pokok ikan mati, tuba buah, Diospyros wallichii; c) sj
tumbuhan (pokok memanjat), gadung (lilin, mabuk), gadungan,
sulur gadung, ubi akas, Dioscorea hispida.
taripas Br sj burung, serindit, Loriculus galgulus.
taris I lantai (drpd simen dll).
taris II ikat;
menaris mengikat dan membungkus.
tarkas, tarkasy sl lubang tempat menyimpan anak panah: ~ berisi anak
panah.
tarsalgia (Ubat) sakit pd pergelangan kaki dan tapak tangan.
tarsorafi (Ubat) pembedahan utk menjahitkan kelopak mata atas dgn
sebahagian atau seluruh kelopak mata bawah bagi menutup atau
memendekkan bukaan kelopak mata.
tart = kuih ~ sj kuih: ~ nanas; ~ epal.
tartan corak yg berpetak-petak yg berbeza-beza lebarnya dan warnanya
(biasanya dikaitkan dgn pakaian tradisi orang Scotland).
tartar bahan keras (spt kapur) berwarna kekuningan yg melekat pd gigi.
tartil Ar tertib dan mengikut hukum tajwid dlm bacaan al-Quran: surah
itu dibacanya dgn ~ serta diteliti tafsirannya.
tartir IB sj asid yg didapati drpd air buah-buahan yg masam (limau dll).
taru Pr riuh-rendah, bising, hingar: kamu semua janganlah membuat ~
sangat di sini.
taruh 1. wang dll yg dipasang dlm perjudian, tagan: tidaklah berani
orang Kemboja melawan ayam Raja Chulan sebab ayamnya
sangat bertuah konon, lagipun ~nya terlalu besar; 2. cagaran utk
barang yg digadai dll, sandaran, tanggungan: diberikannya gelang
emasnya sbg ~; 3. bp = menaruh menempatkan, meletakkan,
membubuh: tempat ~ basikal; 4. bp = menaruh menyimpan: saya
ada ~ satu bungkusan surat kepunyaan saudara saya;
~ beras dlm padi prb menyimpan rahsia baik-baik; ~ mata melihat,
memerhatikan, mengawasi; ada beras ~ dlm padi, ada ingat ~ dlm
hati prb kalau ada sesuatu cita-cita yg diinginkan tidak perlulah
dikhabarkan kpd orang sebelum dikerjakan; tidak dapat ~ muka
malu melihat (dilihat) orang;
bertaruh 1. memasang taruh (dlm perjudian), bertagan: adakah
orang hendak menyabung ~ begitu kecil? 2. memastikan
(menjamin) dgn membubuh taruh: saya berani ~ mereka itu masih
bersekolah; ~ sirih menghantar sirih utk menempah bidan;
bertaruhkan 1. bertaruh (bertagan) dgn, memasang taruh dgn:
mereka ~ wang; 2. sl menyerahkan supaya dididik, menyuruh
memelihara, mengamanahkan, menitipkan: maka Bendahara pun ~
anak raja itu kpd saudagar itu;
bertaruhan saling memasang taruh (dlm perjudian), saling
bertagan: mereka secara berkelakar ~ seorang dua puluh lima
ringgit;
menaruh 1. meletakkan, menempatkan: ada sebuah rumah batu
tempat ~ barang dagangan; 2. membubuh, menambah: lemang itu
lebih sedap rasanya jikalau ditaruh banyak santan kelapa; 3.
memberi atau membubuh (nama dll): maka ditaruhnya nama
anaknya itu Syeikh Abdul Kadir utk mengambil berkat nama
bapanya; 4. menentukan atau meletakkan (harga): harga yg
ditaruhnya itu terlalu tinggi; 5. memasang taruh, bertaruh: dia ~
lima ringgit dgn kawannya dlm perlawanan tinju itu; 6. menyuruh
simpan (bela, pelihara), mengamanahkan, menitip: murid-murid
boleh ~ basikal mereka di sini; 7. menyimpan (wang dll),
menabung (wang), menanam (modal): mereka digalakkan supaya
~ wang di dlm bank tersebut; 8. memelihara (binatang dll),
membela: adalah Raja Iskandar Shah itu ~ seorang gundik; 9.
memiliki, mempunyai: anakanda hendak mencari orang yg ~
burung borak; 10. menyimpan (dlm hati), merahsiakan sesuatu:
dia itu tidak boleh dipercayai kerana tidak pandai ~ rahsia; 11.
mempunyai perasaan (kasih, sayang, cinta, dendam, benci, dll),
mempunyai (minat, kepercayaan, dll): ada juga seorang dua yg
masih ~ belas kasihan terhadap nasibnya ini; 12. tidak
menggunakan (barang-barang), menyimpan: bagaimana datuk ini
bagai pak si Bendul, diberi raja usungan ditaruh?;
~ bimbang berasa bimbang; ~ dendam berperasaan dendam; ~
fikiran mempertimbangkan; ~ hati mencintai, suka kpd; ~ kasihan
berasa kasihan; ~ keberatan berasa enggan; ~ mata melihat,
memerhatikan; ~ perhatian memberi perhatian; ~ syak berasa syak
(curiga, waswas);
menaruhi 1. menaruh (meletakkan, menyimpan, dll) di; 2.
memasang taruh pd: dia ~ ayam putih itu;
menaruhkan menaruh atau menyimpan utk orang lain;
mempertaruhkan 1. menyuruh orang lain menyimpan
(menyelenggarakan, menjaga, dll), mengamanahkan (kpd),
menitipkan: ia hendak ~ anak cucunya kpd aku; 2. menyerahkan
(jabatan, pekerjaan, dll) kpd: sudah tiba masanya utk ~ jawatan itu
kpd seorang yg lebih muda; 3. mencagarkan, menggadaikan:
kerismu itu cukup utk dipertaruhkan dgn rialku seratus ini; 4.
memasang sbg taruhan (dlm perjudian): raja itu ~ negerinya dlm
persabungan; 5. menyabung nyawa, mengorbankan (nyawa dll):
dia sanggup ~ jiwanya utk menjaga nama baik keluarganya; 6. =
menaruh menanam modal (dlm pasaran saham): dgn ~ RM2000
dlm stok, kamu boleh mendapat mendapat keuntungan yg banyak;
taruhan 1. = pertaruh, petaruhan wang dll yg dipasang dlm
perjudian, tagan: 50 sen sahaja ~ saya pd nombor 21; 2. sesuatu yg
disuruh simpan (selenggara dll), titipan; 3. cagaran, gadaian: adat
orang berhutang, tiada ~ ditangguh, tiada tangguhan cagaran,
tiada cagaran ikutkan; 4. simpanan: wang ~ ; 5. (barang) yg hanya
dipakai utk sesuatu upacara (spt pesta, majlis perkahwinan, dll):
ayuhai Kembang, inilah kain ~ beta; 6. pengorbanan (nyawa dll),
sabungan nyawa: termakan budi besar celakanya, kadang-kadang
nyawa dan badan jadi ~nya; 7. (anak) yg dicintai (dikasihi):
segala anak-anak dara ~ sekaliannya berterpaan hendak melihat
Raja Zainal; anak ~; gadis ~ gadis pingitan; 8. hadiah yg
ditawarkan (kpd orang yg menangkap pengganas dll);
pertaruhan 1. perihal bertaruh; 2. = penaruhan tempat menaruh,
tabungan: bertahun-tahun kemudian, barulah wang itu keluar drpd
~, kadang-kadang utk belanja ke sekolah; 3. simpanan, titipan;
berpenaruhan ark berada, berharta, kaya;
pertaruh 1. sesuatu yg dipertaruhkan (cagaran, tanggungan, dll);
2. titipan: adapun ~ akulah anak kita Hussain kpd Bendahara; 3.
nasihat (ajaran) yg baik; 4. amanat, pesanan, wasiat: segala ~nya
itu dijalankan;
petaruh orang yg bertaruh;
berpetaruh 1. memberi petaruh, menasihat; 2. berpesan,
berwasiat: dia ~ benar melarang orang menyentuh barang itu.
taruk I tunas pd pokok (rumput dll), pucuk (pd dahan, batang): sekalian
itu memakan ~ kayu dan ikan kering;
~ angsoka sl telinga yg cantik molek; seumpama bunga di gaung
batu, ~ kaca tangkainya embun prb perihal gadis cantik terjaga dgn
baik dan sangat susah hendak didekati;
bertaruk ada taruknya, bertunas.
taruk II 1. bp taruh; 2. bk pukul, godam, hentam;
menaruk bp menaruh.
taruk III Br ungu.
taruk IV; ~ manis sj tumbuhan (pokok renek), asin-asin, cekur manis,
cekup manis, cermela hutan, Sauropus androgynus.
tarum I sj tumbuhan (herba yg daunnya dibuat nila), Indigofera
suffruticosa; ~ akar = akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat),
tarum hutan, Marsdenia tinctoria; ~ batu sj tumbuhan (herba),
Loxocarpus incana; ~ hutan a) = akar ~ sj tumbuhan (pokok
memanjat), Marsedenia tinctoria; b) sj tumbuhan (pokok renek),
Didissandra frutescens.
tarum II ark biru tua, hitam: harimau ~ ; padi ~; talang ~; dll.
tarum III; burung ~ sj burung, Monticola solitaria madoci.
taruna bp teruna.
tarung; bertarung 1. berlanggar, berhantuk; 2. berkelahi, berlaga,
berperang, bertempur, dll: sesudah ~ dgn raksasa dan Raja Lembu,
kipas sakti itu diperolehnya juga; 3. berlawan (dlm perlawanan
sukan dll), bertanding: ramai pelumba motosikal yg terkemuka dr
Jepun akan ~ utk merebut piala kejohanan tersebut; 4. sl
berbantah, berdebat: kedua-duanya ~ di hadapan hakim;
bertarungan berlanggaran, berbenturan;
menarung menyandung, melanggar, membentur, menyentuh;
menarungkan, mempertarungkan menjadikan bertarung,
membenturkan, memperlagakan, mempersabungkan;
~ nasib mengadu untung; ~ nyawa (jiwa) a) mempertaruhkan
(mengorbankan) nyawa; b) berjuang bermati-matian dgn;
tertarung 1. terlanggar, terhantuk, tersandung, tersentuh: kakinya
~ pd batu; 2. ki mendapat rintangan, tersandung;
baru dimulai sudah ~ prb baru dimulai sudah menemui rintangan
(halangan); kaki ~ inai padahannya, mulut terdorong emas
padahannya prb hendaklah ditunaikan segala janji (apabila berbuat
sesuatu harus berani menanggung akibatnya);
pertarungan 1. pertempuran, perkelahian, perlawanan,
pertandingan: ketika itu berlakulah ~ yg mengerikan antara Awang
dgn Bacuk; ~ yg amat hebat ialah antara pelumba-pelumba
motosikal; 2. perjuangan: dia sendiri baru lagi menceburkan
dirinya dlm ~ hidup; 3. pertelingkahan, perselisihan (pendapat dll):
dlm ~ pendapat antara Ferdaos dan Lokman, Asrul tidak
menyebelahi mana-mana pihak;
penarung 1. = batu ~ a) rintangan, halangan; b) sesuatu yg
menyakiti hati; 2. = kaum ~ ark yg menjadi perintang, puak
reaksioner.
tarup 1. Jw rumah sementara (beratap kajang dll), pelampang, sengkuap;
2. ark atap; 3. ark rengkiang, lumbung.
tas I bunyi spt bunyi letupan mercun (meriam, senapang, dll).
tas II IB tempat menyimpan surat (buku dll) yg dibuat drpd kulit dll; ~
tangan beg tangan (perempuan).
tas III ark sl cepat, lekas, segera.
tas IV sj tumbuhan (pokok), benak, biku-biku, buku-buku, medang
tanduk (tijuk), sepauh, tampoi kelawar, Kurrimia paniculata.
tasa Mn sj gendang; tangsa.
tasai sj tumbuhan (pokok), ludai bulan, medang serai, mutan riba,
Muschocarpus lessertianus.
tasak = penasak ubat utk menghentikan darah keluar dr luka dll
(penawar, jampi, dll);
menasak menghentikan darah keluar (dr luka) dgn ubat tasak:
maka ditasaknya luka itu oleh tabib.
tasalsul Ar deretan yg bersambung-sambung, runtunan (keturunan, asal
usul, dll).
tasamuh Ar kelapangan dada, keluasan fikiran, kesabaran: semoga Allah
menunjuki kita sekalian dan menerbitkan rasa ~ dan hormat.
tasawuf Ar ajaran (usaha, jalan) utk mengenal Tuhan dgn benar-benar
dan mendekatkan diri dgn Tuhan; ilmu ~ ilmu suluk, ilmu tarekat,
mistik; mengaji ~ menuntut atau mengamalkan ilmu suluk
(mistik); orang ~ orang yg menuntut dan mengamalkan suluk.
tasawur Ar pandangan, gambaran, konsep atau persepsi tentang sesuatu:
jika ditinjau dr segi ~ Islam, ternyata bahasa mempunyai fungsi yg
besar dlm proses perkembangan tamadun Islam.
tasbih I Ar 1. puji-pujian kpd Allah (dgn melafazkan Subhanallah); 2.
serantai manik (drpd batu dll) spt kalung utk menghitung doa
(zikir): ia senantiasa membilang buah ~ sepanjang hari; 3. rosario
(dlm agama Kristian);
sembahyang ~ a) sembahyang sunat yg dikerjakan dgn membaca
tasbih sebanyak 75 kali pd setiap rakaat mengikut urutan (dlm
agama Islam); b) berdoa dgn membilang buah tasbih (dlm agama
Kristian);
bertasbih membaca (melafazkan) tasbih, melafazkan puji-pujian
kpd Allah; mendengar bacaan al-Quran, berzikir, ~, bertahmid
dan berdoa;
mentasbihkan memuji-muji Tuhan, membaca tasbih terhadap
(Allah).
tasbih II; buah ~ = pisang ~ sj tumbuhan (herba), sebih, sigi-sigi, Canna
orientalis.
tasdik Ar pengakuan atau pengesahan bahawa sesuatu itu benar (betul
dll), keyakinan, kepercayaan: ~ dlm hati;
mentasdikkan mengakui bahawa sesuatu itu sah.
tashih Ar pengesahan (pengakuan benar) sesebuah kitab dll;
mentashihkan mengaku atau mengesahkan sesuatu itu benar: ayat
ini telah ~ ayat dlm surah al-Baqarah.
tasik I 1. kawasan air yg luas dan dikelilingi oleh daratan, danau; 2. sl
laut; menabur bijan ke ~ prb membuang-buang wang (waktu,
tenaga, dll) dgn sia-sia.
tasik II; ~ timbul sj tumbuhan (pokok renek), coreng atap, cucur atap,
Leucopogon malayanus.
tasik-tasik sj tumbuhan (herba), ruku hutan, rumput kucing, rumput
talan, Adenosma capitatum.
taska akronim bagi taman asuhan kanak-kanak (iaitu tempat jagaan atau
asuhan kanak-kanak kecil, terutamanya ketika ibu bapa mereka
pergi bekerja dsb).
taski akronim bagi taman asuhan kanak-kanak Islam.
taslim I Ar perihal menyerah diri kpd perintah Tuhan, kepatuhan kpd
perintah Tuhan;
mentaslimkan menyerahkan.
taslim II Ar pemberian hormat, penghormatan, persalaman.
tasrif Ar (Lin) perubahan bentuk kata kerja;
mentasrifkan mengubah bentuk kata kerja.
taswir Ar 1. gambaran, lukisan; 2. ki pidato utk menggambarkan
(menghuraikan) sesuatu.
tasyahud Ar lafaz dua kalimah syahadah semasa duduk tahiyat awal dan
tahiyat akhir dlm solat.
tasydid Ar tanda dlm tulisan Arab utk menyatakan bunyi huruf yg
berangkap, sabdu.
tasyhid Ar pengucapan kalimah syahadat, pengakuan beriman;
mentasyhidkan mengakui, menyaksikan.
tasyrih Ar; ilmu ~ ilmu urai, anatomi;
mentasyrihkan menguraikan, mengupas.
tasyrik Ar; hari ~ hari yg kesebelas dan kedua belas serta ketiga belas
dlm bulan Zulhijah.
tat I tart.
tat II; ~ sat Kd baru sebentar.
tata I peraturan, acara, kaedah, susunan, sistem;
menata mengatur, menyusun;
penataan penyusunan, pengaturan;
penata orang yg menata sesuatu: kami bertindak sbg ~ tarian dan
penyumbang idea.
tata II bp selamat tinggal atau selamat jalan (biasanya diucapkan oleh
kanak-kanak sambil menggamit): Pak Man mendengar dua orang
budak itu menyebut “~, ~” ketika motokar meninggalkan rumah
itu.
tata- awalan asing peraturan, acara, kaedah, susunan, sistem, mis
tataacara dan tataetika.
tataacara 1. susunan acara, agenda; 2. ark proses dlm perbicaraan
(mahkamah).
tataadab adat sopan santun, budi bahasa yg baik, basa-basi.
tataayat ilmu mengenai susunan kata dlm ayat, sintaksis.
tatabahasa pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan
dan proses pembinaan ayat (penyusunan kata dlm ayat) dll, nahu;
ketatabahasaan (hal) yg berkaitan dgn tatabahasa: kertas bahasa
Malaysia hendaklah menekankan aspek ~.
tatabuku ilmu menyimpan kira-kira, urusan menyimpan kira-kira (dlm
perniagaan dan perdagangan).
tatacahaya sistem pencahayaan dlm penggambaran filem, pementasan
dsb utk menghasilkan efek tertentu: kesan ~ kelihatan biasa dan
kurang membantu menimbulkan suasana yg ceria;
penatacahaya orang yg ahli dlm mengendalikan tatacahaya,
terutamanya utk penggambaran filem, pementasan dsb: nilai
artistiknya akan lebih tinggi sekiranya ~ berjaya memanipulasikan
warna.
tatacara 1. adat istiadat; 2. adat resam; 3. cara dan peraturan, prosedur: ~
pembentukan istilah; ~ permohonan.
tataetika (tataétika) peraturan pergaulan, budi bahasa.
tatafonem (tatafoném) (Lin) ilmu mengenai bentuk kata.
tatah I Jw pahat;
menatah memahat;
tatahan hasil memahat, pahatan; ~ negara ark corak dan susunan
negara.
tatah II; ~ mutia barang kemas yg dihiasi dgn permata dll;
bertatah, bertatahkan sl dihiasi dgn permata, berhias dgn
permata dll: maka diberi baginda persalin pakaian keemasan
bertatahkan ratna mutu manikam;
menatah sl menghiasi dgn (permata, intan, dll), mengikat
(memasang) permata dll pd: maka terkembanglah payung kerajaan
yg kekuningan berumbaikan emas dikarang ditatah dgn intan pudi
manikam.
tatah III Mn tatih;
tatah-tatah belajar berjalan (kanak-kanak), bertatih-tatih;
menatah berjalan (kanak-kanak), menatih.
tatah-tatah ark desas-desus, khabar angin.
tatahukum peraturan-peraturan dan cara-cara mengenai hukum (dlm
sesebuah negara).
tatai ark; bertatai-tatai berderet-deret dgn teratur.
tatakalimat ilmu mengenai susunan ayat, sintaksis.
tatakan Jw lapik (cawan, gelas, dll).
tatakata ilmu mengenai susunan kata.
tatakerja peraturan (sistem dsb) bekerja.
tatakrama Jw adat sopan santun dan budi pekerti yg baik, tataadab,
basa-basi.
tatal I suban yg tipis drpd kayu yg diketam (ditarah dll), sempak yg tipistipis:
maka disuruh buka oleh baginda, maka dilihatnya ~
bergulung spt subang;
~ ketam tahi ketam, serutan.
tatal II; menatal (Komp) menggerakkan paparan teks (baris demi baris
atau halaman demi halaman) pd skrin paparan ke atas atau ke
bawah secara beransur-ansur;
penatalan perbuatan atau proses menatal (bkn paparan teks pd
skrin paparan)
tatal III; tertatal ark terhimpit; tetal.
tatalaku sistem atau peraturan perilaku peribadi seseorang individu,
kumpulan dsb: novel ini mampu menghiburkan dan memberikan
kesan positif kpd ~ pelajar itu sendiri; beliau sendiri tidak
mengelak drpd ~ yg penuh displin spt ini.
tatanama sistem mengenai pemberian dan penentuan pemakaian namanama
istilah dsb berdasarkan kod atau asas-asas tertentu: pedoman
khusus utk peristilahan ~ kimia serta daftar nama dan lambang
unsur kimia.
tatanan Jw ark aturan, sistem, susunan, tatatertib.
tatanegara susunan dan bentuk pemerintahan negara; hukum ~ undangundang
mengenai susunan dan peraturan negara; ilmu ~ ilmu
mengenai tatanegara;
ketatanegaraan hal yg berkaitan dgn tatanegara (spt politik dll).
tatang; menatang, bertatang sl membawa sesuatu di atas tapak tangan,
menating, menayang: seorang budak lelaki belasan tahun keluar
dr dalam ~ sedulang kopi hitam;
~ setahun hujan di langit, air laut masakan tawar prb nasihat yg
baik itu tidak akan dapat mengubah kejahatan yg besar; ditatang
bagai minyak yg penuh = spt ~ minyak yg penuh prb sangat
dikasihi dan dipelihara dgn sempurnanya; ditatang di anak lidah
prb sangat kasih kpd anak isteri;
tatangan ki sokongan: dia sentiasa memerlukan bantuan orang
dan ~ orang.
tataniaga = ketataniagaan urusan pentadbiran perniagaan (perusahaan
dll).
tatap; menatap 1. memerhatikan dgn teliti, memandang dgn sungguhsungguh:
ia ~ wajahnya puas-puas di cermin; tiap-tiap kepala
berita yg berhuruf kasar ditatapnya dgn hati-hati; 2. memandang,
merenung, merenungi: dia ~ kembali anaknya yg riang bermain
itu;
tatapan 1. hal atau hasil menatap, pandangan: bapa mengubah
duduknya serta menatap muka ibu, satu ~ yg membawa pengertian
yg dalam; 2. sesuatu yg ditatap, pandangan, renungan: menjadi ~
orang ramai;
bertatapan saling menatapi satu sama lain: mata kami ~;
penatap orang yg menatap(i).
tatapan ark sl tetampan.
tatapraja pentadbiran (pemerintahan) negara;
ketataprajaan perihal pentadbiran negara.
tatar I; menatar mengajar (membimbing, memberikan kursus, dll) utk
meningkatkan lagi kemampuan (pengetahuan, kecekapan, dll);
penataran proses (usaha, kegiatan, dsb) menatar: kursus ~
hendaklah diadakan dr semasa ke semasa;
penatar orang yg menatar, pembimbing (pengajar dsb) dlm
penataran;
petatar orang yg mengikuti atau menjalani kursus penataran;
tatar II Mn; menatar membidik.
tatarajah 1. susunan pelbagai bahagian atau unsur sesuatu menjadi rupa
bentuk atau rajah tertentu: ~ bagi unsur-unsur ini ditunjukkan dlm
Jadual 63; 2. (Komp) kaedah penyambungan dan kandungan
komponen yg terdapat dlm sesuatu sistem pd satu-satu ketika.
tatarakyat ilmu bkn bagaimana orang hidup dlm sesuatu masyarakat,
sivik.
tatarias usaha (cara dsb) mengatur atau menyusun hiasan utk sesuatu yg
akan dipertunjukkan, cara dsb menghias sesuatu (spt muka,
rambut, dll).
tatasuria Id sistem cakera suria (matahari).
tatasusila adat sopan santun dan budi pekerti yg baik.
tatatertib peraturan-peraturan yg mesti dipatuhi, disiplin.
tatatingkat hierarki: salah satu peraturan ialah wujudnya ~ dlm
hubungan antara individu dlm sesebuah keluarga.
tataurusan cara dan peraturan utk mengurus sesuatu, sistem pengurusan:
~ syarikat itu akan disusun semula.
tatausaha urusan pentadbiran negara;
penatausaha orang yg mentadbirkan tatausaha.
tatera; burung ~ sj burung, ayam pegar, Lophura ignita rufa.
tatih; bertatih-tatih, tertatih-tatih 1. berjalan selangkah demi
selangkah dgn huyung-hayang (kanak-kanak yg mulai belajar
berjalan); 2. ki baru mencuba-cuba berusaha (perniagaan dll), baru
belajar: orang Melayu yg dgn modal sekelumitnya baru hendak ~
dlm bidang perniagaan;
menatih memimpin kanak-kanak utk belajar berjalan.
tating I; menating membawa (mengangkat) sesuatu di atas tapak tangan,
menatang, menayang;
menatingkan mengangkatkan sesuatu di atas tapak tangan,
menatangkan: maka Poniemlah yg menyenduk, sedang yg ~ ke
muka ialah Mariatun; tatang, tayang I.
tating II 1. sj renda hiasan yg disirat drpd benang: benang itu disiratsiratnya
menjadi ~; 2. proses membuat renda hiasan secara
menyirat-nyirat benang dgn menggunakan cuban.
tatkala ketika (itu), pd masa (itu), waktu (itu): ~ itu anak miskin itu pun
masuklah.
tatu I tanda pd badan yg dibuat dgn melarik dan mencucuk dan
memasukkan warna, cacah;
bertatu memakai atau mempunyai tatu, bercacah: kedua-dua belah
lengan penjenayah yg ditembak mati itu didapati ~.
tatu II pertunjukan muzik dan kawat oleh anggota-anggota keselamatan
(polis, tentera, dsb).
tau I bp tahu.
tau II; daun ~ sj tumbuhan (palma), Livistona tahanensis.
tau III huruf yg ke-19 dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol , .
taubat 1. sesal akan dosa (perbuatan jahat dll) dan berazam tidak akan
berbuat dosa (jahat) lagi, perasaan tidak senang (rasa kesal) kerana
telah melakukan kesalahan dan berazam tidak akan mengulanginya
lagi: ~lah kakanda, janganlah kakanda perbuat lagi spt yg telah
lalu; 2. kembali kpd Tuhan (dgn meninggalkan perbuatan dll yg
dilarang dan membuat apa-apa yg disuruh), kembali atau pindah
agama kpd agama yg dianggap benar: dahulu ia seorang ateis,
tetapi sekarang sudah ~ nampaknya, hendak naik haji pula; ~
nasuha taubat (rasa kesal) yg sesungguhnya; 3. bp sudah tidak
berani berbuat lagi, sudah bosan, sudah jera: ~, aku tak pergi lagi;
4. kata seru utk menyatakan perasaan hairan (kesal, sebal, dll): ~,
~, bodoh benar budak ini!
bertaubat 1. menyesal dan berazam memperbaiki diri, mengaku
salah, berasa serik; 2. kembali kpd Tuhan atau agama;
menaubatkan 1. membuat orang taubat (menyesali dosanya dan
kembali kpd Tuhan); 2. menjerakan, mengalahkan.
tauci C sj makanan Cina, sj bubur drpd ikan.
taucu C sj makanan yg dibuat drpd kacang kedelai putih (soya) dgn
garam.
taufah Ar lalai, alpa, cuai, malas.
taufan angin ribut, badai.
taufik Ar panduan dan pertolongan (Allah): kami meminta kpd Tuhan
supaya memberi ~ dan hidayat kpd cikgu.
tauge (taugé) C sj sayur dr kecambah kacang hijau.
tauhid Ar keesaan atau ketunggalan (Allah); ilmu ~ ilmu bkn keesaan
Allah; dgn ~ hati dgn sepenuh-penuh hati, dgn bulat hati; kuat
~nya kuat kepercayaannya (imannya) yg Allah itu esa;
mentauhidkan 1. mengakui bahawa Tuhan itu esa (satu); 2.
mengesakan, menyatukan, menumpukan hati, memusatkan (hati);
ketauhidan yg berkaitan dgn tauhid, tauhidiah; ilmu ~ ilmu tauhid.
tauhidiah Ar (mengenai) keesaan Tuhan.
tauhu I C sj makanan yg dibuat drpd pati kacang kedelai (soya).
tauhu II; pucuk ~ sj sayuran kering dr kacang kedelai (soya).
tauk Kd; menauk 1. membuang (melemparkan, mencampakkan)
sesuatu; ~ langkah mengangkat langkah, melangkah; ~ sauh
mencampakkan sauh; 2. menangguk ikan.
tauke (tauké)  C  tuan  punya  badan  perniagaan  (kedai  dll),  peniaga,
saudagar: ~ Cina tempat aku membeli kipas.
taukua C tauhu.
taul ark; menaul menambat pengayuh (dayung) pd birai perahu,
menggantungkan sauh pd birai perahu.
tauladan teladan.
taulan kawan, teman, sahabat, rakan, handai.
tauliah 1. pelantikan menjadi wali (wakil dll), surat pelantikan (menjadi
wali, wakil, dll): bilakah ada pilihan raya memilih saya jadi ketua
kampung, mana ~nya? 2. surat kuasa (sbg wakil dll), surat
kepercayaan;
bertauliah mempunyai tauliah, ada tauliahnya: hanya amil-amil yg
~ sahaja yg boleh menerima zakat drpd orang ramai;
mentauliahi memberi tauliah kpd;
mentauliahkan memberi tauliah, memberi kuasa: adalah yg
berteriak ~ kerajaan itu ialah Kelana Jaya Putera;
pentauliahan penyampaian (pemberian) tauliah: teman wanitanya
tidak dapat bersamanya di majlis ~ pegawai kadet itu.
taun I bp tahun (masa).
taun II 1. = penyakit ~ sj penyakit muntah-muntah dan selalu buang air,
kolera: seorang lagi diberitakan telah mati akibat ~ dlm tempoh
dua puluh empat jam yg lalu; 2. musim penyakit menular, hawar,
wabak.
taung Jk; menaungi menyelubungi, meliputi (awan dll).
taup; bertaup 1. menjadi rapat (benda yg renggang), bertemu rapat
(bibir dll): matanya ~ rapat, tetapi bibirnya terbuka sedikit; 2.
melekat menjadi satu, berlekatan: tangkai-tangkai stamen itu ~
bagi membentuk salur stamen; taut I.
taur Mn ark; menauri menebus;
tauran tebusan.
Taurat Ar 1. kitab suci yg diturunkan oleh Allah kpd Nabi Musa: Tuhan
telah menurunkan kitab-kitab spt ~ kpd Nabi Musa, Injil kpd Nabi
Isa, Zabur kpd Nabi Daud, dan Quran kpd Nabi Muhammad; 2.
hukum Nabi Musa yg dianut oleh orang Yahudi.
Taurus lambang kedua dlm zodiak, yg berlambangkan lembu jantan.
taut I; bertaut 1. menjadi rapat (bkn sesuatu yg renggang, bercerai, luka,
dll), berkatup rapat-rapat: kemudian bibir mereka ~ beberapa
detik; 2. bercantum, berpaut (pd, dgn): sewaktu tangan mereka ~,
Dewi merasakan tangannya diramas; ~ tangan berjabat
(berpegangan) tangan; 3. tumbuh serta melekat menjadi satu,
berlekatan (pd, dgn): corong asap dr rumah-rumah kelihatan
berkepul sebumbung atap, dan asapnya yg kelabu ~ dgn kabut
pekat di udara; 4. berpusat (pd, pandangan, dll), bertumpu (pd):
fikirannya ~ pd soal pelajaran; 5. bertemu (sungai dgn sungai dll):
mata mereka ~ lagi, senyum masing-masing melebar; 6.
berhubungan (dgn), bertalian (dgn), berkaitan (dgn): kesihatan
badan ~ rapat dgn kebahagiaan hidup;
menautkan, mempertautkan 1. menjadikan bertaut kembali;
kaca dgn sekali banting dapat dihancurkan, tetapi
mempertautkannya kembali, tidak semudah itu; 2.
memperhubungkan (dgn), mempertalikan (dgn), mempertemukan:
bilakah akan dapat dipertautkan dan diperdekatkan perhubungan
Amerika dgn Eropah; 3. memusatkan (dgn), menyatukan (dgn):
perintah itu bertujuan utk ~ golongan-golongan antara manusia;
4. menumpukan (memusatkan, mengarahkan) pd;
tautan hasil bertaut, hubungan, kaitan, cantuman: kesan yg negatif
ini mungkin ada ~nya dgn kejadian yg lalu;
pertautan perihal bertaut, perhubungan, pertalian: puisi adalah
hasil ~ jiwa penyair dan alam di sekitar; taup.
taut II sj tali kail utk menangkap ikan: maka di situ hendak ditahannya ~
itu.
tautofoni (Lin) pengulangan dua kata berima secara berdampingan, mis
kuih-muih dan kaya-raya.
tautologi (Lin) pengulangan sesuatu idea (kata, ungkapan dsb) secara
berlebihan tanpa pertambahan kejelasan maksudnya.
tawa perbuatan melahirkan rasa suka (dgn suara terkekeh-kekeh dll):
kuat sungguh bunyi ~nya; ~ orang-orang yg sedang berseloroh itu
kedengaran lagi; Tuan Haji Fuad mendengar deraian ~ ratusan
muridnya;
tertawa melahirkan rasa suka (senang hati) dgn suara terkekehkekeh,
gelak, tergelak: kemudian ia ~ kuat-kuat;
~ kecil ketawa yg tidak kuat; ~ besar = ~ terbahak-bahak ketawa
dgn keras dan nyaring;
mentertawai 1. tertawa terhadap; 2. menghina, mengejek;
mentertawakan 1. ketawa (tertawa) akan sesuatu, menggelakkan:
murid-murid turut ketawa, walaupun tidak mengetahui apa yg
ditertawakan oleh gurunya itu; 2. tertawa terhadap sesuatu: dia
ditertawakan kerana kelucuannya; 3. tertawa kerana melihat
sesuatu, mengejek, mencemuh: Fakar ~nya menjadikan hatinya
semakin marah; dia memutuskan tidak akan lari kerana takut
ditertawakan orang dan jadi giatan seumur hidup;
tertawaan bahan ketawa: kelakuannya yg kebudak-budakan itu
menjadi ~ orang.
ketawa tawa;
mengetawai mentertawai;
mengetawakan mentertawakan.
tawaduk I Ar 1. merendahkan diri, tidak angkuh: antara sifat-sifatnya
ialah sifat ~, tidak haloba kpd kekayaan dan kebesaran hidup di
dunia ini; dgn khusyuk dan ~ dgn sungguh-sungguh (sebulat) hati;
2. patuh, setia, taat (dlm mengerjakan sesuatu): syahadan, ialah yg
sangat ~nya akan Allah Subhanahuwataala.
tawaduk II Ar mengambil wuduk; wuduk I.
tawaf Ar mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali dgn syarat tertentu
sambil berdoa (bkn orang yg sedang mengerjakan haji atau
umrah): pekerjaan yg berhubung dgn umrah, iaitu ~ dan sai;
~ berpisah = ~ widak tawaf yg dilakukan oleh setiap orang yg
mengerjakan haji ketika hendak keluar meninggalkan Mekah; ~
ifadat tawaf rukun dlm ibadat haji dan umrah; ~ qudum = ~ tiba
tawaf kerana selamat tiba di Kaabah yg dilakukan oleh setiap
orang yg baru masuk ke Mekah sebaik-baik sahaja tiba di sana; ~
sunat tawaf biasa yg boleh dilakukan pd bila-bila masa sahaja;
bertawaf melakukan (mengerjakan) tawaf: sedang saya ~ di
Baitullah dlm orang bersesak-sesak tiba-tiba tangan saya
dilanggar oleh orang perempuan yg sama-sama sedang melakukan
tawaf.
tawajuh Ar penumpuan diri (akal, fikiran, perasaan) pd Allah; hati ~ hati
yg dihadapkan kpd Tuhan;
bertawajuh memusatkan (menumpukan, mengarahkan) segenap
fikiran dll pd Tuhan: aku pernah pula mengunci diriku dlm kamar
dgn tidak makan, tidak tidur, melainkan banyak berzikir ~.
tawak I ark; menawaki sl melontari dgn batu: ditawakinya rumah itu.
tawak II ark; menawakkan menggerakkan (bibir mulut), mengalihkan.
tawakal berserah kpd Tuhan setelah berikhtiar, percaya dgn sepenuh hati
kpd Tuhan (dlm penderitaan, kesusahan, dll): fikirannya menjadi
amat sabar, ~ dan menyerah; habis akal baru ~ sesudah dijalankan
ikhtiar (dan jika tidak berjaya) barulah berserah kpd Allah;
bertawakal berserah kpd Tuhan setelah berikhtiar, tawakal:
manusia hanya perlu berusaha, bersabar dan ~, pesan Ustaz
Aminudin;
ketawakalan keadaan tawakal: hal tersebut diandaikan sbg suatu
~ kpd kekuasaan Allah.
tawak-tawak sl gong kecil utk mengerahkan orang (supaya berkumpul
dll).
tawan I; menawan 1. menangkap atau menahan musuh dll (dlm
peperangan dll): bapanya tidak dapat ditawan, akhirnya Jepun
menangkap dia; 2. merampas dll harta musuh, menjarah, merebut:
tentera payung terjun dgn serta-merta telah ~ lapangan terbang
itu dr tangan musuh; 3. = ~ hati ki menambat (memikat,
mempengaruhi, menarik) hati: wajah yg menarik dan budi bahasa
yg ~ membuat Badrul ingin meneruskan persahabatan; banyak dia
berkorban utk ~ hati gadis itu; 4. menguasai: mereka sentiasa
berusaha utk ~ perhatian negara jiran;
tertawan 1. dapat ditawan (musuh, penjahat, dll), tertangkap: anak
raja Kelantan yg perempuan itu ketiga-tiganya ~ oleh Raja
Melaka; 2. dapat dirampas (dikuasai), ditakluki: dgn ~nya pulaupulau
Maranas, pihak Amerika makin bertambah dekat dgn
Filipina; 3. = ~ hati ki terpikat, terpedaya: telah ia memandang
harta banyak itu, maka ~lah hatinya;
tawanan 1. orang yg ditawan: ia telah menjadi ~ musuh; 2. apa yg
ditawan (drpd musuh), rampasan, jarahan: barang ~ ; ~ karang sl
barang-barang (kapal dll) yg dirampas kerana terkandas di pantai;
penawanan perihal (perbuatan dsb) menawan;
penawan 1. orang yg menawan; 2. alat utk menawan.
tawan II; bertawan-tawan; menangis ~ sl menangis tersedu-sedu.
tawan III; akar ~ hutan sj tumbuhan (pokok memanjat) akar larah
(jintik), kedunak, pokok keldai, Fissistigma mabiforme.
tawang I Jw, sl ruang di antara langit dgn bumi, awang-awang.
tawang II Jk sj rantai leher drpd emas atau perak.
tawang-tawang sj serangga.
tawar I 1. tidak berasa apa-apa (makanan, minuman, dll), hambar,
campah, tidak cukup rasa masinnya atau rasa manisnya: beliau
menuang air teh ~ dr teko; 2. tidak masin (bkn air di tasik dll): air
sungainya itu ~ sampai ke laut; air ~ a) air yg tidak masin; b) air
biasa yg tidak dimasak; 3. tidak manjur (ubat, guna-guna, mantera,
dll), tidak mujarab, tidak mustajab, hilang kekuatannya (tentang
bisa, racun, dll): semua mantera dan jampinya ~ belaka; 4. ki
hilang minat, tidak girang (gembira), tidak berkemahuan, tidak
bernafsu, dingin, hilang keberanian: hatiku ~ benar utk berbualbual
lagi; 5. hilang kemarahan, tidak marah lagi, sudah sejuk hati;
6. tidak sedap (pd pendengaran dll), tidak bersemangat (cerita,
pidato, dll): pidatonya ~ dan tidak bersemangat;
~-hambar (-mawar) tawar sekali; ~ hati tidak bersemangat
(berkemahuan) lagi; ~ hebiak Kd terlalu tawar (makanan) sehingga
tidak terasa masin atau manisnya; ~ ipuh jampi utk menghilangkan
bisa ipuh; jika secawan air ~ dibuangkan ke laut, bolehkah air laut
itu menjadi ~? prb bolehkah nasihat atau pertolongan yg sedikit itu
menghilangkan kejahatan yg banyak (mengayakan orang miskin);
tawar-tawar setawar, sitawar;
menawar menghilangkan bisa racun dll (dgn jampi dll):
digunakan segala jampi mantera dan ilmu hikmat yg dipelajari
dahulu itu bagi ~ bisa racun itu;
menawari 1. mengubat (dgn jampi, mantera, guna-guna, tepung
tawar, dll), menjampi, memanterai, menambari: ditawarilah oleh
Shahar Pahlawan akan bisa itu, barulah Nahar kembali sembuh;
2. memujuk, memikat, menambat (hati perempuan): dia ~ janda
kaya itu supaya berkahwin dengannya; 3. menghilangkan
(menyejukkan) kemarahan dll, meredakan (kemarahan dll): ibunya
tahu hati Nibong hati batu, tidak boleh ditawari lagi;
menawarkan 1. menyebabkan (menjadikan) tawar; 2. memanterai
supaya hilang bisa (penyakit dll), menjampi supaya hilang
kekuatan: dihembuskan tangkal hantu pari, tangkal hantu air pun
ditawarkan; 3. = ~ hati menjadikan tawar hati;
ketawaran perihal tawar;
penawaran perbuatan menawar (menawari, menawarkan);
penawar 1. ubat dll utk menghilangkan bisa (racun, penyakit, dll):
carikan ~ utk mengubati penyakitnya itu; 2. mantera, jampi utk
menawarkan (penyakit dll); 3. (sesuatu) yg menyenangkan hati (yg
duka), (sesuatu) yg menghilangkan atau mengurangkan perasaan
sedih (dukacita dll): ~ rindu;
~ hati ki orang (suami, isteri, anak, dsb) yg menyenangkan hati; ~
jampi ubat serabut drpd tumbuh-tumbuhan (paku pakis) utk
menahan darah keluar.
tawar II bp = menawar; bidan ~ bidan yg diundang (ditempah) terlebih
dahulu, lwn bidan terjun; adat dagang, tahan ~ barang dagangan
sudah semestinya boleh dikurangkan harganya;
bertawar-tawaran tawar-menawar;
menawar 1. menyebut harga (sewa dll) yg berani dibayar, minta
membeli (menyewa sesuatu): sehelai kain panjang perkalungan,
sudah ditawarnya lapan rupiah; 2. meminta dikurangkan harga dll
yg ditetapkan oleh penjual: Pak Dolah tidak ~ lagi, dia
mengeluarkan duit dr dlm dompetnya dan membayar; 3.
menyebutkan berapa “kurangnya”  drpd  harga  yg  diletakkan  oleh
penjual dll: boleh ~ sedikit;
tawar-menawar saling meminta dikurangkan harganya (sewanya,
tuntutan, dll): dgn tiada bertangguh dan tiada ~ lagi si Tenggang
telah membeli barang-barang itu; kuasa ~ mereka lebih kuat lagi
drpd seluruh kekuatan negara masing-masing;
menawari ark mengunjuk seseorang supaya dibeli (disewa,
dipakai, dll): seorang pemuda yg sedang duduk telah bangun dan
~ gadis itu tempat duduknya;
menawarkan mengunjukkan (mengemukakan dsb) sesuatu supaya
dibeli (dipakai, diterima, dll), menyatakan kesediaan memberikan
dsb sesuatu (spt pertolongan, khidmat, dll): seorang anak Cina
mendekati dan ~ barang-barang jajaannya; kemudian dia sendiri
duduk dan dgn santun ~ rokok kpd tamu-tamunya; dlm hal ini
Persatuan ~ khidmat pd peringkat permukaan;
tawaran 1. harga yg dikemukakan oleh pembeli (penyewa dll): ~
dipelawa bagi menyewa gerai menjual minuman; 2. sesuatu yg
ditawarkan: mendengar ~ gaji tinggi yg dibuat melalui surat
khabar mereka pun datang melamar; dia menolak ~ orang tua itu
utk dijodohkan dgn seorang pemuda; 3. sebut harga (upah) utk
membuat sesuatu: ~ drpd pemborong utk membina bangunan itu
akan diterima mulai 11 Januari;
penawaran perihal menawar(kan): kedua-dua ~ dan penerimaan
ini mestilah diucapkan dlm satu perjumpaan; sebarang bencana
alam atau kegagalan tanaman akan menyebabkan ~ beras dunia
semakin berkurangan;
penawar orang yg menawar, pemohon, pelamar.
tawarikh Ar (jamak bagi tarikh) sejarah, babad, riwayat, tambo; 
tarikh.
tawaruk Ar = duduk ~ duduk dgn kaki kiri di bawah kaki kanan dan
telapak kaki kanan ditegakkan (ketika duduk membaca tahiyat
akhir).
tawas sj garam galian berwarna putih serta kelat rasanya.
tawassul Ar perihal berhubung dgn Allah SWT dgn mengamalkan ibadat
khusus mahupun umum: dlm terminologi Islam, ~ bererti
mendekatkan diri kpd Allah dgn mentaati dan beribadah kpd-Nya;
bertawassul melakukan tawassul: Islam melarang ~ dgn
menggunakan perantara yg ditegah oleh syarak.
tawes (tawés)  Jk;  ikan ~ sj ikan darat, ikan lampam jawa, Puntius
javanicus.
tawi NS; menawi menebus barang gadaian.
tawon Jw lebah.
taya; mentua-~ keluarga drpd pihak mentua.
tayamum Ar perbuatan menyapukan debu tanah yg suci pd muka dan
dua tangan sbg ganti wuduk kerana tiada air atau berlakunya
halangan menggunakan air, mis sakit: diwajibkan ~ sbg ganti
wuduk atau mandi bagi orang-orang yg sakit yg tidak dapat
menggunakan air;
bertayamum melakukan tayamum: ada beberapa sebab yg
membolehkan seseorang itu ~.
tayang I; menayang membawa di tapak tangan, menatang, menating;
menayang-nayang menunjuk-nunjukkan sesuatu;
menayangkan 1. membawa atau menatang sesuatu: Dolah ~
gelasnya yg berbusa; 2. mempertunjukkan, mempersembahkan
(filem dll): filem yg ditayangkan di sana kebanyakannya filem yg
tidak sesuai dgn jiwaku;
tertayang telah ditayangkan, terbawakan, telah diperlihatkan;
tayangan 1. sesuatu yg ditayangkan; 2. persembahan atau
pertunjukan (filem dll): hari itu ada ~ pagi cerita Melayu; ~
perdana persembahan (pertunjukan) kali yg pertama (filem dll);
penayangan perihal menayangkan;
penayang 1. orang atau pihak yg menayangkan sesuatu (spt filem
dsb): nasib filem Melayu bukan sahaja terletak pd pembikinan,
tetapi juga merangkumi pihak pengedar dan ~; 2. alat utk
menayangkan sesuatu (spt filem gambar dsb): skrin ~ filem digital.
tayang II Ph; main ~ main galah panjang, main tul.
tayar lingkaran getah yg dipasang di sekeliling roda (utk mengurangkan
getar); ~ hidup = ~ angin tayar yg diisi dgn udara (angin); ~ mati =
~ padu tayar yg pejal (padat) dan tidak berongga; ~ cadangan
(ganti, simpan) tayar utk mengganti tayar yg rosak.
tayuban Id sj tarian.
tayum; ~-temayum masa matahari terbenam.
tazkirah Ar ceramah ringkas tentang agama Islam sbg peringatan: kau
memberikan ~ sbg perenungan dan pedoman utk menghadapi
hidup di bumi ini.
tazkirat Ar surat kebenaran, surat peringatan, catatan, memo.
Tb simbol kimia bagi terbium.
TB kep tuberkulosis (penyakit batuk kering), tibi.
Tc simbol kimia bagi teknetium.
TDC kep Tourist Development Corporation (Perbadanan Kemajuan
Pelancongan Malaysia).
Te simbol kimia bagi telurium.
teater (téater)  1. bangunan yg di dalamnya terdapat pentas tempat
mempersembahkan drama, muzik, hiburan, dsb utk ditonton oleh
orang ramai, panggung, pawagam; 2. seni pentas: mereka
membicarakan perkembangan ~;
berteater bergiat dlm bidang teater: janganlah asyik ~ sahaja
hingga mengabaikan tanggungjawab yg lain;
penteateran segala hal yg berkaitan dgn teater: alam ~
menunjukkan bahawa budaya Malaysia bersifat pelbagai bangsa.
tebah I; menebah 1. memukul sesuatu dgn barang yg pipih: ~ air dgn
dayung; ~ dada menampar-nampar dada (kerana marah, sedih,
dll); 2. membanting (padi): padi yg ditebah itu dilonggokkan di
suatu tempat;
penebah sesuatu yg digunakan utk menebah: ~ belakang.
tebah II Kl; menebah menangkap (belalang, lalat, dll) dgn telapak
tangan dll.
tebak I Jk; menebak 1. menjawab teka-teki, meneka: ~ teka-teki; 2.
menduga, menelah, mengagak: siapa dapat ~ apa yg kupegang
ini?; mereka ~ saya akan datang hari itu;
tebakan 1. teka-teki; 2. dugaan, telahan, tekaan.
tebak II ark sj alat utk memecahkan batu, alabangka, linggis.
tebak (tébak); menebak menarah (dgn kapak), menetak, memenggal; ~
tanah menggali tanah dgn cangkul.
tebakang sj ikan darat, temakang, tembakang, Helostoma temmincki.
tebal I 1. tidak tipis (barang yg berkeping-keping atau berhelai-helai, spt
kertas, papan, kain, buku, dll): kertas ~; selimut ~; tilam ~; 2.
kasar dan jelas kelihatan (garisan, tulisan, dll): garis ~; huruf ~; 3.
padat (awan, kabus, dll), tumpat: asap ~; awan ~; 4. lebat lagi
banyak tumbuhnya (rambut, janggut, tanam-tanaman, dll): hutan
yg ~; rambut ~; rumput di situ amat ~; 5. teguh dan kukuh (iman,
kepercayaan, keyakinan, kasih sayang, dll), banyak mengandungi
atau berisi dgn (sesuatu), mendalam: ia tahu betapa ~nya cinta
suaminya terhadap dirinya;
~ bibir tidak suka bercakap banyak; ~ hati keras hati; ~ jangat = ~
kulit tidak tahu malu, tidak berperasaan; ~ kantung banyak wang
(kaya); ~ lidah susah hendak menyebut kata-kata asing, keras
lidah; ~ muka = muka ~ tidak tahu malu; ~ telinga a) tidak
menghiraukan (ejekan, makian, dll orang); b) tidak tahu malu;
menebal menjadi tebal: hujan sudah berhenti betul, hanya asap
sabut yg mula ~ semula;
menebalkan 1. menjadikan tebal; 2. memperkukuh (iman, hati,
kepercayaan, dll), memperkuat, memperteguh: lawatan itu
diadakan utk ~ persaudaraan antara kedua-dua belah pihak; ~
muka menghilangkan perasaan malu, sanggup menanggung malu;
~ telinga menekan perasaan (kalau dimarahi, diejek, dll);
mempertebal menjadikan lebih tebal.
tebal II; ~ bibir sj ikan laut, Plectorhyncidae; ~ pipi sj ikan laut,
Pamadasys spp.; ~ sisik sj ikan darat, Puntius binotatus.
teban (téban)  ark = tebanan wang dll yg ditagan (dlm permainan judi
dll), tagan, taruhan;
meneban bertaruh, bertagan (dlm perjudian), mencagarkan atau
menggadaikan hasil (tanah, perniagaan, dll).
tebang I; bertebang sudah dipotong (pokok kayu dll);
menebang memotong pokok kayu dll yg besar-besar: segala
pegawai mengerahkan rakyat menebas dan ~ segala kayu-kayuan;
~ tebas = ~ menebas memotong segala jenis pokok utk bercucuk
tanam dll; hendak ~ merebahkan, hendak mencencang
memutuskan prb Mn hendak berbuat sesuatu dgn sesuka hati tanpa
memikirkan sesuatu yg lain;
tebangan 1. hasil drpd menebang; 2. apa yg ditebang; 3. cara
menebang;
penebangan 1. perihal menebang; 2. tempat menebang (pokok
kayu);
penebang 1. alat utk menebang (spt kapak, beliung, dll); 2. orang
yg (kerjanya) menebang.
tebang II; burung ~ mentua sj burung, burung torak, Rhinoplax vigil.
tebar (tébar)  I; bertebar, bertebaran bertabur(an) ke sana ke mari,
berhamburan, berserak-serak, terserak-serak: pengikut Wan Derus
~ di merata-rata pulau yg berhampiran; lari bertebaran lari
lintang-pukang (tidak tentu arah, tidak keruan);
menebari menaburkan sesuatu pd, menghamburi;
menebar, menebarkan 1. mencampakkan (jala dll) supaya
kembang atau terbentang: maka bentara pun lalulah ~ jala di olak
putera bersiram itu; 2. menaburkan (benih dll), menghamburkan:
orang sudah ramai membuat kerja, ada yg ~ padi dan ada yg
mencangkul; 3. menjadikan berserak-serak, menyerak-nyerakkan;
4. ki menjadikan meluas (merebak), memperluas: apabila terjadi
perselisihan antara dua golongan umat, sengaja ditebarkannya
perselisihan itu; 5. = mempertebarkan menyiarkan (agama dll)
supaya berkembang; mempertebarkan kecek Id menyiarkan khabar
palsu;
tertebar telah ditebarkan, terhambur, tersebar, terserak, tersiar,
tertabur;
tebaran sebaran, siaran, taburan;
pertebaran perihal bertebar: pd masa itu ~ penduduk begitu
jarang;
penebaran perbuatan menebar: corak ekonomi dan ~ sumbersumber
asli;
penebar orang yg menebarkan, pengembang, penyiar: Demang
Lebar Daun adalah seorang ~ asas demokrasi.
tebar (tébar) II; ~ layar bahagian rumah berbentuk segi tiga yg menutupi
ruang di antara dua kasau jantan yg bersilang.
tebas I; bertebas sudah dipotong atau dirambah (pokok-pokok kecil):
semak-semak itu sudah ~;
menebas memotong atau merambah pokok-pokok kecil: ia
disuruh ~ semak; ~ hutan menebang pokok-pokok dlm hutan,
membuka hutan utk bercucuk tanam dll; ~ jalan merintis
(membuat) jalan di hutan; ~ menebang = menebang ~ menebang
segala pokok (besar kecil), membersihkan drpd pokok-pokok:
setelah habis ~ menebang mereka menunggu utk membakar pula;
menebaskan 1. sl membersihkan drpd pokok yg kecil-kecil:
tebaskanlah segala semak ini; 2. menebas utk; 3. memarangkan,
menetakkan: ia ~ pedangnya ke leher askar itu sehingga putus;
tertebas dapat ditebas: aku yakin hutan itu akan ~;
tebasan kawasan yg sudah ditebas, cerang, ladang: sebelum
membakar ~ itu, ia melaporkannya dahulu kpd polis;
penebasan perihal (perbuatan, kerja dsb) menebas atau
menebaskan: ~ semak di belakang rumahnya itu masih belum
selesai walaupun upahnya sudah lama dibayar.
tebas II Jw; menebas memborong hasil tanaman (buah-buahan, padi,
dll) sebelum dipetik atau dituai: dia ~ padinya;
menebaskan memborongkan hasil tanaman sebelum dipetik:
semua buah-buahan disusunnya sudah ditebaskan kpd tauke itu;
tebasan 1. perihal menebas, pembelian hasil tanaman (sebelum
dipetik); 2. hasil drpd menebas.
tebat I 1. tambak utk menyekat pengaliran air, bendung, empang; 2.
tempat (kolam dll) utk memelihara ikan, kolam memelihara ikan,
balung;
menebat 1. membuat tebat pd sungai dll, membendung,
mengempang; 2. membuat kolam ikan (di sungai dll).
tebat II 1. salut (logam dll yg mengalirkan arus elektrik) supaya arus
elektrik tidak mengalir ke tempat lain; 2. benda yg menyekat panas
(dingin) keluar dr benda lain;
menebat menyalut (supaya arus elektrik tidak mengalir ke tempat
lain): Henry ialah orang yg pertama sekali ~ dawai utk gelung
magnet;
penebatan perihal menebat, penyekatan;
penebat tebat: bahan-bahan berongga spt kulit dan bulu adalah ~
yg baik.
tebeng (tebéng) Kl, bp memaksa-maksa diri utk melakukan sesuatu.
tebeng (tébéng)  I Jw kajang (kain, layar, tikar, dll) yg digunakan sbg
pelindung cahaya matahari dll, pendinding: ~ jendela; ~ pintu;
main ~ bp menyembunyikan kejahatan (kesalahan);
menebeng memaparkan (kajang, layar, dll) utk pendinding,
memampangkan (kajang dll): bangsal itu ditebeng dgn kajang;
menebengkan membentangkan kain (tikar, permaidani, dll) utk
dipertunjukkan; ~ dada sl memampangkan dada (ketika berlawan).
tebeng (tébéng) II Jk; menebeng menumpang (makan, minum, membaca
surat khabar, dll) dgn tidak membayar wang.
tebeng (tébéng)  III; bertebeng bergunting rambut: dia sudah ~ utk
menambahkan ketampanan rupanya.
tebengau sj tumbuhan (pokok renek), gambak yem, medang seminyak,
Ehretia timorensis.
tebera; ikan ~ sj ikan darat, tambera, temberih, Labeobarbus tambra.
teberau sj tumbuhan (rumput yg tinggi), tebu salah, Saccharum
arundinaceum; tembarau.
tebing pinggir sungai dll yg tinggi lagi curam, lereng (gunung, bukit,
dll): ~ yg tinggi; berarak ke ~ prb orang yg berlumba-lumba
melakukan sesuatu yg mendatangkan kecelakaan;
menebing menyerupai tebing, berbentuk spt tebing (awan yg
tinggi dan tebal).
tebok (tébok);  menebok meninju dgn sekuat-kuatnya, menggocoh,
menumbuk.
tebolah Kl, bp tidak senonoh (kelakuan, perbuatan, dll).
tebu sj tumbuhan (rumput berbatang tinggi dan beruas-ruas) yg
menghasilkan gula, Saccharum officinarum; jenis-jenisnya: ~
batang, ~ betung, ~ gading, ~ hitam, ~ kapur, ~ madu, ~ telur, dll;
~ gajah sj tumbuhan (pokok memanjat yg boleh dibuat ubat
demam kepialu), akar (kulit) manis, Albizzia myriophylla; ~ kera sj
tumbuhan (herba), pokok sampu landak, setawar hutan (jantan),
Forrestia gracillis; ~ salah a) sj tumbuhan (rumput yg tingginya
sampai 20 kaki atau 6.09 meter), buluh teberau, riung, Saccharum
arundinaceum; b) sj tumbuhan (rumpai), rumput gedabung,
Phragmites communis; akar ~ gajah sj tumbuhan (pokok
memanjat), akar cius (kayu manis, kepah), Acacia pennata;
~ masuk mulut gajah prb binasa sama sekali, tidak dapat ditolong
lagi; ~ seruas berulat pula prb anak seorang tetapi penyakitan atau
buruk pula perangainya; ~ setuntung masuk geraham gajah prb
pemberian yg sedikit kpd orang yg kaya tentu tidak dihargainya;
bertanam ~ di bibir = tanam ~ di bibir mulut prb mengeluarkan
kata-kata yg manis utk memujuk (memuji dll); dapat ~ rebah prb
mendapat keuntungan dgn tiada bersusah payah; diminta ~, diberi
tembarau prb yg diminta dikabulkan tetapi kurang drpd yg
diminta; jangan difikirkan kalau ~ itu bengkok, manisnya itu pun
bengkok juga prb jangan disangka nasihat atau kata-kata orang yg
jahat itu selamanya jahat; seliang bagai ~, serumpun bagai serai
prb (orang yg) seia sekata; seruas ~ yg berulat (sebatangnya
dibuang) prb Mn oleh sebab seorang yg bersalah (dlm sesuatu
kaum) seluruh kaumnya dihukum; spt ~, airnya dimakan,
hampasnya dibuang prb tiap-tiap perkataan yg didengar dr mulut
orang hendaklah dipilih yg baik drpd yg jahat;
tebu-tebu 1. ruas-ruas (berbentuk spt ruas pd gelang dll); 2.
gelang-gelang (pd batang tombak, hulu keris, dll);
bertebu-tebu 1. beruas-ruas; 2. bergelang-gelang;
bertebu-tebukan sl menggunakan sbg gelang-gelang (tebu-tebu):
maka baginda pun menganugerahi akan Laksamana keris dr Bukit
Seguntang itu, bersangkar emas, bertatahkan ratna mutu
manikam, ~ emas dipahat;
menebu-nebu menjadikan (membuat) bertebu-tebu.
tebua Kl, Tr terbuka luas, ternganga: betis dia ~ kena parang.
tebuan sj serangga yg bersengat (biasanya membuat sarang di pokok),
Gespa tropica;
~ meminang anak labah-labah prb jodoh yg tidak sepadan; sarang
~ jangan dijolok prb jangan sengaja mencari bahaya (kesusahan);
spt ~ di dlm tukil prb percakapan yg kurang jelas.
tebuk I 1. lubang yg tembus (lubang butang, lubang tali kasut, dll); 2.
lekuk yg dalam (lubang lesung dll); 3. berlubang, tembus, tembuk;
bertebuk (telah) ditebuk: biasanya kulit siput itu ~ di belakangnya
supaya mudah dijadikan kalung;
menebuk membuat lubang pd, melubangi, menembusi,
menggerek: ~ lubang butang; kelapa ditebuk tupai prb gadis yg
telah hilang daranya;
tebukan hasil drpd menebuk, lubang dll yg telah ditebuk: jalan
potong dan kadang-kadang ~ terpaksa dibina apabila jalan kereta
api melalui kawasan bukit;
penebukan perihal (kerja, proses) menebuk;
penebuk alat utk menebuk: ~ gabus.
tebuk II; ~ seludang sj tumbuhan (herba), Polygonum barbatum.
tebus I; bertebus (telah) ditebus: harta benda yg ditinggalkan oleh ibu
bapanya dahulu itu terjual dan tergadai hilang tidak ~;
menebus 1. membayar wang utk mendapatkan kembali barangbarang
yg tergadai: barang-barang yg digadai dahulu sudah
ditebus; 2. membeli kembali barang-barang (harta dll) yg telah
dijual: kau mesti mengumpulkan wang utk ~ kembali segala harta
ibu bapamu yg kaujual dahulu itu; 3. membayar wang dll utk
membebaskan (hamba, sandera, orang tawanan, dll): orang
Quraisy ~ orang tawanan dgn harta benda yg dibayar kpd orang
Islam; 4. menukarkan cek dll dgn wang di bank: hendaklah
sekolah membuat perhubungan dgn bank supaya bank bersedia
menerima cek-cek ini drpd guru-guru yg ~nya; 5. Id mengambil
barang catuan dll dgn menyerahkan kupon dll; 6. berbuat jasa
(kebaikan dll) utk menghapuskan sesuatu kesalahan (dosa dll): dia
kurang berani, kurang insaf, dia harus ~ dosanya; 7. membela
kekalahan (kegagalan dll), memulihkan kehormatan (nama baik
dll), menutup malu: dgn jalan ini Singapura berjaya ~ kerugian yg
telah dialaminya dlm bulan September yg lalu; 8. membalas jasa
(budi, kebaikan, dll) yg diterima: tiap-tiap kebaikan itu akan
ditebus kelak; 9. menepati janji dll yg telah dibuat, menunaikan
(janji dll); 10. menyelamatkan (jiwa, nyawa, dll) orang dlm
bahaya; 11. mengorbankan (jiwa, harta benda, dll) utk
mendapatkan sesuatu: kejayaan beliau sekarang ini ditebus dgn
pengalaman dan penderitaan hidup yg pahit; 12. mengikat jamin
(orang yg ditahan polis dll): ayah telah mengambil wang dan
segera pergi ke mahkamah utk ~ Mak Jah;
~ malu melakukan sesuatu utk menutup malu; ~ talak meminta
supaya diceraikan dgn membayar kembali mahar kpd suami;
tertebus dapat ditebus;
tebusan 1. sesuatu yg ditebus; 2. (wang dll) utk menebus: kalau
dapat menculik anak doktor itu, kami dapat minta wang ~ yg
besar;
~ darah bela, tuntutan bela; hamba (orang) ~ orang yg menjadi
hamba kerana hutang, budak belian;
penebusan perihal menebus: maka banyaklah harta yg terkumpul
hasil drpd ~ orang-orang tawanan Quraisy itu;
penebus 1. orang yg menebus; 2. apa yg boleh atau yg digunakan
utk menebus: darahnya mahu menjadi ~ darah ayah dan ibuku;
taraf haji mabrur sahaja yg dapat menjadi ~ kpd segala dosa.
tebus II ark tembus.
tebus guna; menebus guna menukar (gurun, paya, dll) menjadi tanah yg
sesuai utk tanaman, bangunan, dsb;
penebusgunaan penukaran (gurun, paya, laut, dll) menjadi tanah
yg sesuai utk tanaman, bangunan, dsb.
tedak Jw ark 1. turun; 2. keturunan.
tedas I Jw nyata, jelas, terang; hitam ~ hitam benar; merah ~ merah tua.
tedas II gelang-gelang atau lingkaran yg terpahat dll timbul pd tiang.
tedeng (tédéng)  Jw  benda  yg  digunakan  sbg  pendinding  (supaya  tidak
kelihatan dll), tabir, tebeng; ~ aling-aling ki apa yg digunakan utk
menyembunyikan rahsia (perbuatan buruk dll); dgn ~ aling-aling
tidak dgn terus terang, dgn diam-diam (berselindung); main ~
aling-aling(an) melakukan sesuatu dgn sembunyi-sembunyi;
bertedengan tidak dgn terang-terang, berselindung, bersembunyisembunyi.
teduh 1. sudah beransur kurang, tidak kencang lagi, reda (angin, ribut,
ombak, dll): maka ribut itu pun ~lah; 2. sudah beransur kurang,
sudah berhenti, sidang (hujan): teman-temannya sedang berbualbual
sambil menunggu hujan ~; 3. terlindung drpd panas matahari,
tidak kena panas matahari, lindap: jika kita berdiri di tempat yg ~
kita tidak dapat melihat matahari dan tidak dapat merasa
habanya; 4. tidak hujan (cuaca), muram (matahari), redup, suram:
matahari sudah mulai ~; 5. ki aman, tenang; Lautan T~ Lautan
Pasifik; lagi ~ lagi berkajang, lagi terang lagi bersuluh prb
memilih yg sebaik-baiknya (memilih menantu dll);
berteduh 1. berlindung drpd panas matahari (hujan, ribut, dll),
bernaung: tatkala itu panas terlalu terik, beliau pergi ~ di bawah
sepohon kayu kelat; 2. = berteduhkan (drpd) menjauhkan (drpd),
melindungkan (drpd), memeliharakan (drpd): Surgiwa berteduhkan
dirinya di bawah daun asam itu drpd hujan dan panas; 3.
menumpang tinggal, diam, duduk: aku bangga kerana telah
memberinya tempat ~ di rumahku;
hujan tempat ~, panas tempat berlindung prb orang yg selalu
memberikan pertolongan kpd orang banyak dlm segala hal;
meneduh Jk berteduh;
meneduhi melindungi, menaungi: anjung yg terbuka diteduhi oleh
bidai putih hijau;
meneduhkan 1. meredakan, menghentikan, menenangkan (hujan,
ribut, dll); 2. menjadikan terlindung drpd panas matahari: dia ~
basikalnya di bawah pokok yg rendang itu; 3. membawa ke tempat
yg teduh;
keteduhan 1. perihal teduh, keredaan, ketenangan, kelindungan; 2.
terlindung drpd hujan atau panas matahari: sudah hampir pukul
lima, bangku tempat mereka duduk ~ pula;
peneduh sesuatu yg boleh menyebabkan terlindung drpd panas
matahari, hujan dsb: sekitar masjid dihiasi dgn pokok ~ dan
bunga-bungaan.
tedung; ular ~ sj ular yg amat bisa dan dapat mengembangkan
tengkuknya, Naja spp.; (ular) ~ abu sj ular, Naja bungarus; (ular)
~ selar sj ular, Naja hannah; ular ~ senduk sj ular, Naja
tripudians; ayam ~ ayam sabungan yg merah tua bulunya serta
hitam mata dan kakinya.
tega (téga) tidak menaruh belas kasihan, tidak peduli akan kesusahan dsb
orang, sampai hati.
tegadas; bedil ~ sj bedil zaman dahulu.
tegah sesuatu yg tidak dibenarkan, larangan, lwn suruh (perintah): dgn
jalan tafsir dapat mengetahui suruh dan ~, halal dan haram;
~ larang(an) barang apa yg terlarang; ~ suruh larangan dan
perintah; menjauhkan (menghentikan) ~ tidak melakukan apa-apa
yg terlarang;
bertegah terlarang; tidak ~ tidak dapat dilarang, tidak terlarang;
menegah 1. tidak membenarkan (melakukan sesuatu), melarang:
Islam ~ seorang laki-laki berkhalwat dgn perempuan yg halal
nikah dengannya; 2. menahan (drpd melakukan sesuatu),
mencegah, menghalang: maka ditegah oleh Bendahara, tiada
diberinya melawan;
tegahan apa yg ditegah, larangan, sekatan: di sana tidak ada ~
membuang sampah.
tegak 1. berdiri: lambat amat ibu ~; 2. lurus ke atas (garisan, tiang, sikap
badan, dll): dia berdiri ~; 3. tidak berbengkang-bengkok, lurus,
tepat (pandangan): gunakan benang halus dan jarum halus supaya
~ jahitannya; 4. ki tetap tidak berubah, tetap teguh (pendirian dll):
mereka tetap ~ dgn pendirian mereka; 5. = setinggi ~ sama tinggi
dgn orang berdiri, sependiri; 6. wujud dan berkembang (sesuatu yg
abstrak): mereka menganggap bahawa agama itu ~ di atas
sangkalan tersebut;
~ cancang tegak lurus (letak telinga binatang dll); ~ damar tempat
memasang damar; ~ duduk sekejap berdiri sekejap duduk (gelisah);
~ ekor menunjukkan keberanian dan kegarangan masing-masing; ~
tegun tegak dan tidak bergerak-gerak;
~ pd yg datar prb tetap berpegang pd kebenaran; ~ sama tinggi,
duduk sama rendah prb dua orang yg sama darjatnya; ~ seromanroman,
duduk serupa-rupa prb dipandang rupa sbg orang kaya
(orang pandai) tetapi sebenarnya tiada harganya dlm masyarakat;
yg ~ disokong, yg lemah ditopang prb orang yg kaya itu biarlah
bertambah kaya tetapi yg miskin patut dibantu pula;
setegak setinggi orang berdiri, sependiri (tingginya);
tegak-tegak 1. sentiasa tegak (berdiri), berdiri tidak dgn sungguhsungguh;
2. berdiri (duduk dll) lurus-lurus: mereka itu disuruhnya
berdiri ~ spt askar; 3. ki dgn terang-terang, dgn begitu sahaja,
mentah-mentah: dihalaunya ~ sahaja agaknya; kapal musuh yg
lengkap dgn senjata itu ditentangnya ~;
bertegak; ~ lutut duduk dgn lutut ditegakkan; ~ nama Mn
berkenduri utk memberi nama; ~ penghulu Mn merasmikan
perlantikan penghulu;
menegak 1. lurus ke atas, tidak condong atau miring: sesuatu
garisan itu ~ jika ia menghala ke pusat bumi ini; 2. bergerak dr
satu tangga gaji dlm sesuatu peringkat ke peringkat yg lebih tinggi
dlm tangga yg sama dlm Sistem Saraan Baru (bkn pergerakan gaji
kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia);
menegakkan 1. meletakkan berdiri tegak (tiang dll), mendirikan: ~
tiang; 2. ki membina, membangunkan (rumah dll), menubuhkan
(persatuan dll): ~ rumah; ~ perkumpulan; 3. menjadikan
(menyebabkan) tegak: ~ bulu roma; 4. mengusahakan supaya
berdiri tegak, mengusahakan supaya menjadi teguh dan kuat,
mempertahankan (negara, keadilan, keyakinan, dll), memelihara
atau mempertahankan (kemerdekaan, kedaulatan, dll): perjuangan
utk ~ bahasa Melayu sbg Bahasa Kebangsaan; berusaha utk ~
keamanan dlm kawasan ini; 5. memegang teguh (pd pendapat,
pendirian, kebenaran, dll), mempertahankan (pendapat dll): Tuhan
sentiasa berada dgn kita dlm ~ kebenarannya; 6. memperkukuh
(hati, semangat, keberanian, dll), memperteguh;
tertegak tiba-tiba berdiri tegak, terdiri: beberapa minit kemudian
kereta itu pun ~ di depan pejabat besar; dgn ~nya keadilan,
seseorang hakim akan bebas bertindak mendaulatkan undangundang;
ketegakan perihal tegak, kedudukan;
penegakan perihal menegakkan;
penegak 1. sesuatu yg menegakkan (mendirikan), pendiri; 2. orang
(pihak) yg memperjuangkan sesuatu: ~ kebenaran;
sepertegak Mn sepersalinan pakaian: sekarang dia hendak pulang,
spt sediakala juga, dgn nasi sebungkus dan kain ~.
tegal I sl kerana, oleh sebab; ~ itulah oleh sebab itulah, kerana itulah;
alah bisa ~ biasa prb kalau selalu diperbuat pekerjaan itu hilanglah
ketakutan dan kecanggungannya (pengalaman praktik lebih
berguna drpd teori).
tegal II Id tanah kering (yg diusahakan), cerang, ladang;
tegalan; tanah ~ tegal.
tegal III sj ikan laut, Megalaspis cordyla.
tegang 1. sering, cekang, kencang (tali, spring, dll), tidak kendur, tidak
lembap, regang (kulit gendang dll): tali yg direntang itu mestilah
~; 2. tidak lembut (rambut dll), kaku, keras dan liat (daging, otot,
dll): segala urat dan ototnya telah menjadi ~ dlm masa membuat
senaman itu; 3. sangat nyaring, keras, langsing (suara dll): ~
sahaja bunyi suaranya; 4. ki tidak mesra (persahabatan dll),
bertentangan, genting (perselisihan dll): hubungan antara Kemboja
dgn Vietnam Selatan telah ~ sungguh; suasana menjadi ~ ;
~-magang keras dan liat; ~-teguk Pr, bp berkehendak sangat;
~ dinanti kendur, keras dinanti lunak prb utk menyelesaikan
perselisihan hendaklah dinantikan waktu kedua-dua belah pihak
reda kemarahannya; ~ yg berjela-jela, kendur yg berdentingdenting
prb pemerintahan yg baik, di dlm keras ada lunaknya dan
di dlm lunak ada kerasnya; kendur mengusut, ~ memutus prb, Mn
perihal pentadbiran yg kurang baik (kelemahannya menyebabkan
kekacauan dan kekerasannya menimbulkan kerusuhan);
bertegang, bersitegang; ~ (urat) leher tidak mahu mengaku
kalah, berkeras, mengotot: aku pun menuju ke dapur tempat ayah
dan ibuku sedang ~ leher itu;
~ urat leher ~ buku lidah prb tidak ada yg mahu mengaku kalah
(dua orang dlm perdebatan);
menegang 1. menjadi tegang: urat-urat di wajahnya ~; 2.
merentang;
menegangi menarik supaya tegang: tegangilah kail itu;
menegangkan 1. menjadikan tegang, menarik dll supaya tegang,
meregangkan: berapakah panjang spring itu jika tidak
ditegangkan?; 2. ki menjadikan genting (perhubungan dll),
meruncingkan (perselisihan): peristiwa yg berlaku itu telah ~ lagi
perhubungan antara kedua-dua buah negara tersebut;
mempertegang menjadikan lebih atau bertambah tegang;
tegangan, pertegangan keadaan tegang; ~ permukaan (Fiz) sifat
permukaan cecair yg bertindak seolah-olah sbg lapisan kulit kenyal
(disebabkan daya tarikan antara molekul-molekul cecair yg berada
di permukaan);
ketegangan 1. perihal atau keadaan tegang; 2. pertentangan yg
keras, kegentingan, keruncingan: ~ politik Asia Tenggara sekarang
akan dibincangkan selama empat hari;
penegangan proses menegangkan sesuatu: ~ dan pengenduran
otot;
penegang alat (bahan, ubat dsb) yg digunakan utk menegangkan
sesuatu (spt tali, kulit, urat dsb): minyak gamat dijadikan ~ urat;
sedak digunakan sbg ~ kulit gendang.
tegap I 1. kukuh dan kuat (tubuh badan), gagah serta kuat (sikap badan),
berisi lagi kuat (tubuh badan): badannya masih ~, pandangannya
masih baik; 2. kuat, kukuh, teguh, utuh: gunakan meja yg ~ dan
cukup tingginya supaya tidak membongkok apabila bekerja; 3.
kuat atau erat (ikatan dll), kukuh (letak sesuatu dll); 4. ki kukuh
(keadaan ekonomi atau politik dll); ~ hati teguh hati; ~ sasa = ~
tegun sl tegap serta kuat;
menegapkan menjadikan tegap, meneguhkan, menguatkan,
mengukuhkan: akar ~ berdirinya pokok; piutang atau pertaruhan
wang di luar negeri itu membantu ~ kedudukan kewangan negeri;
ketegapan perihal tegap, kegagahan (badan), keteguhan, kekuatan,
kekukuhan (tali dll).
tegap II sj ikan laut, Chirocentrus dorab.
tegar I 1. tidak dapat dilenturkan, keras kaku; 2. ki tidak dapat diubah
(pendirian, pendapat, dll), degil: mereka mempunyai pandangan yg
~; ~ hati = ~ tengkuk tidak mahu menurut (mengalah dll), keras
hati, keras kepala, degil; ~ pelupuk mata berani; tanah ~ tanah
kering yg keras;
bertegar berkeras (berdegil dll), berkeras hati;
menegarkan menjadikan (menyebabkan) tegar, mengeraskan;
ketegaran kekerasan hati, kedegilan: kegagalan dan kelambatan
mencapai perdamaian selalu dikaitkan dgn ~ kerajaan Barat.
tegar II Jh; menegarkan; ~ kemudi membelokkan kemudi (arah ke
kanan) dgn kuat.
tegari sj tumbuhan (herba yg harum bau akarnya apabila dibakar),
benjuang, ciciak, lenjuang benar, meroyan bungkus, senjuang,
setagit, siak-siak, siak-siak basya (jantan), Dianella ensifolia.
tegarun ark; kain ~ sj kain sutera yg disulam dgn benang emas.
tegas 1. jelas serta terang (kelihatan dll), nyata: dgn suara ~ dan jelas ia
berkata; 2. tidak ragu-ragu atau samar-samar, tentu, tepat:
hukuman yg ~ mestilah segera dijalankan; 3. kata atau ujar (yg
tidak ragu-ragu, tentu, tepat, dll): “Kerajaan akan melancarkan
gerakan tentera utk menghalau komunis-komunis keluar dr
Danang,” ~ beliau; 4. = ~nya maksudnya, ertinya, jelasnya: ~nya
perkara itu belum lagi dapat diselesaikan;
bertegas mengatakan sesuatu dgn bersungguh-sungguh (beria-ia) :
raja ~ bahawa pihaknya boleh membuat undang-undang;
menegas ark meminta penjelasan (keterangan);
menegaskan 1. menerangkan, menjelaskan: di dlm bahagian
berikut akan ditegaskan mustahaknya mengajar ‘nombor asas’
dlm kira-kira campur, tolak, darab dan bahagi; 2. mengatakan
(menyatakan) dgn tegas: aku ~ buat kesekian kalinya bahawa aku
tidak pernah beruntung; 3. memberi ketentuan, memastikan,
membenarkan: kedudukan yg sebenar mengenai perkara itu belum
dapat ditegaskan oleh pihak yg berkuasa;
ketegasan 1. perihal tegas, kejelasan, ketetapan: dia mengambil
suatu ~; 2. apa yg ditegaskan, keterangan: ia terdiam mendengar ~
Wan Derus;
pertegasan 1. pembatasan erti, definisi, takrif; 2. penentuan,
pemastian;
penegasan penjelasan (yg tidak perlu diragui), penentuan,
penerangan (yg nyata): berilah ~ kpd aku sama ada engkau hendak
pindah dr sini atau tidak.
tegel (tégél) IB batu ubin (utk lantai dll).
tegil Jk susuh ayam yg asli (lwn susuh buatan).
teguh 1. tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat,
erat (ikatannya dll): jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi ~,
apakah ditakutkan ribut; kainnya ~, tahan lama, ringan dan
senang dicelup; 2. ki kuat (tali persaudaraan, persahabatan, dll),
rapat: demikian sekali ~nya tali persaudaraan yg telah diikat
antara orang Muhajirin dgn orang Ansar itu; 3. ki tidak merosot
(ekonomi dll), kuat: keadaan ekonomi negeri kita tetap ~, baik dr
segi kewangan mahupun barang-barang; 4. tidak berubah (iman,
hati, pendirian, kesetiaan, dll), tetap: beliau mempunyai keazaman
yg ~ dan kesanggupan yg kukuh utk menghadapi berbagai-bagai
peristiwa hidup; ~ hati = hati ~ kuat hatinya; ~ setia tidak
berubah-ubah kesetiaannya; yg ~ disokong, yg rendah ditindih prb
ketidakadilan;
berteguh memperkukuhkan diri, memperlengkapkan diri (supaya
lebih teguh); ~ hati menguatkan hati, dgn teguh hati;
berteguh-teguh, berteguh-teguhan; ~ janji saling menyatakan
setia kpd janji;
berteguhkan sl, meneguhkan berpegang teguh (pd janji dll);
meneguhkan 1. menguatkan, mengukuhkan: ~ angkatan laut; 2.
menyungguhkan, mengesahkan: beliau telah ~ kebenaran berita
itu; 3. berpegang teguh (pd janji), tetap memenuhi janji (katakata);
~ janji menepati janji; ~ setia tetap setia;
memperteguh menjadikan lebih teguh, memperkuat: kita dapat ~
negara dan dapat menjamin keselamatan dan kebahagiaan hidup
rakyat kita;
keteguhan perihal teguh (hati, iman, dll), kekuatan, ketabahan,
ketetapan: ~ hati dan ketabahan jiwa yg begini adalah
menunjukkan sifat keperwiraan hulubalang Melayu;
peneguhan perihal meneguhkan, penguatan, pengukuhan,
penyungguhan;
peneguh sesuatu alat (unsur, fakta dsb) yg meneguhkan atau
memperteguh: anak merupakan ~ ikatan perkahwinan suami isteri.
teguk; seteguk sebanyak yg ditelan sekali (air): minta air barang ~ dan
nasi barang sesuap;
meneguk minum (air, ubat, dll), menelan (air): mereka ~ kopi
masing-masing;
tegukan sesuatu yg diteguk;
ketegukan ark tersedak, kesedakan; deguk.
tegun; bertegun, menegun berhenti sebentar: ~ di pintu;
tertegun tiba-tiba terhenti dan terdiam, berdiri tegak (tidak
bergerak-gerak), terhenti (kerana hairan, terperanjat, memikirkan
sesuatu, dll): ~ sejurus ia di muka pintu kamar itu; yg bernyanyi ~
yg bercakap dan tertawa berdiam diri;
tertegun-tegun sebentar-bentar berhenti, terhenti-henti, tertahantahan,
terputus-putus: ia melangkah, berjalan lambat-lambat
disela-sela tempat yg telah diduduki orang, ~ sambil melayangkan
mata kian ke mari.
tegur 1. = ~ sapa kata-kata yg diucapkan utk menyapa (mengajak
berbual-bual, beramah tamah, dll): terlalu baik budi bahasanya
lagi dgn ~ sapanya; 2. = ~ ajar kritikan, nasihat, petunjuk, tunjuk
ajar: barang ~ ajar mereka itu tidak dilalui baginda;
bertegur = ~ sapa = berteguran saling menyapa, sapa-menyapa,
berbual-bual: dua hari kami tidak ~; dia bangun dr kerusinya dan
~ sapa dgn teman-temannya; berteguran dahulu maka berkenalan,
mendaki dahulu maka tahu lelah prb setelah dialami barulah
diinsafi;
menegur 1. = ~ sapa mengajak berbual-bual (bercakap-cakap,
bertanya, dll), menyapa: maka Nenek Kebayan pun segeralah ~
tuanku Malim Deman; 2. mencela, mencerca, mengkritik: tidaklah
pula menjadi salah kpd seseorang pengarang yg ~ langkahlangkah
kerajaan dgn secara patut dan sederhana; 3. =
menegurkan memberi nasihat, memperingatkan, menasihatkan,
mengingatkan, menunjuk ajar: saudara hambalah akan kapit
hamba dan bapa hamba akan ~ mengajar hamba orang muda
bebal; 4. mengganggu (bkn syaitan, hantu, dll), merasuk: sakit
ditegur hantu;
meneguri menegur (seseorang), menyapa (seseorang);
menegur-neguri Mn memeriksa orang sakit dgn menggunakan
kunyit dll (utk mengetahui sebab-sebab penyakit);
teguran 1. hasil perbuatan menegur, sapa; 2. celaan, ajaran, cerca,
kritikan, petunjuk: rencana itu patut dianggap sbg ~ yg membina
utk kebaikan gerakan kerjasama di seluruh negeri amnya; 3.
amaran, peringatan;
keteguran 1. = ~ hantu sakit kerana diganggu hantu, kerasukan
(hati dll); 2. ark termenung-menung kerana bingung dll, terkasima.
teh (téh)  I 1. = pokok ~ sj tumbuhan (pokok renek yg daunnya
dikeringkan dan dibuat minuman), Camelia sinensis; 2. = daun ~
daun drpd pokok teh yg telah dikeringkan (dibuat minuman dgn
air); 3. = air ~ minuman yg dibuat drpd daun teh;
~ encer air teh cair; ~ hutan = ~ kampung sj tumbuhan (pokok
renek), Acalypha siamensis, ~ makau sj tumbuhan (herba),
capadang, Scorpria dulcis; ~ kosong air teh yg tidak dicampur
gula; ~ O bp a) teh kosong; b) air teh yg tidak dibubuh susu (tetapi
ada gulanya); ~ O beng C, bp air teh kosong yg dibubuh air batu; ~
susu air teh yg dibubuh susu dan gula.
teh (téh)  II 1. Pr nama timang-timangan bagi anak yg keenam; 2. Ph
panggilan utk anak yg keempat.
teisme (téisme)  kepercayaan  pd  satu  Tuhan  semesta  sbg  pencipta  dan
pemerintah alam.
teja (téja) I 1. awan merah atau kekuning-kuningan yg kelihatan di kaki
langit sebelah barat (ketika matahari masuk); 2. ark pelangi,
bianglala, ula danau, ula daru, benang raja: ~ keluang cahaya
terang yg nampak di langit selepas hujan ribut; ~ membangun teja
yg tegak.
teja (téja)  II; ~ badak (lawang) = kayu ~ sj tumbuhan (pokok yg akar
dan daunnya dibuat ubat), kayu manis hutan, medang kemangi,
Cinnamomum iners; ~ betina = ~ pasir sj tumbuhan (pokok yg
kayunya baik utk perkakas rumah), medang pasir, Neolitsea
zeylanica.
teja (téja)  III Tr membuat bahagian permulaan tikar mengkuang: saya
tidak tahu cara ~.
teji (téji); kuda ~ kuda besar lagi tangkas.
tek (ték) I bunyi spt bunyi jam (mesin taip dll); tik I.
tek (ték) II Mn kecil.
teka; meneka menebak, menduga, mengagak: dapatkah kamu ~
mengapa orang itu datang menemui kita?; bukan semudah itu utk
~ hati manusia;
tekaan apa yg diteka, dugaan, sangkaan, tebakan;
peneka orang yg meneka: hanya empat orang ~ sahaja telah dapat
meneka dgn tepat dlm peraduan teka bola itu; terka I.
tekad (tékad)  kemahuan  yg  sungguh-sungguh (utk mencapai sesuatu),
kepercayaan yg sungguh-sungguh, kebulatan hati: bulatlah sudah
~ nya utk ke luar negeri; memasang ~ Id bernazar, berkaul,
berniat; membulatkan ~ menetapkan kemahuan (utk berbuat
sesuatu);
bertekad bermaksud, berazam, berniat;
ketekadan kesungguhan (hati): ~ utk bersatu.
tekah sj kera yg berekor panjang, Hylobates leuciscus.
tekak I 1. bahagian langit-langit yg lembut (di sebelah belakang mulut);
2. rongga kerongkong; 3. ki rasa atau alat perasa (pd mulut): anak
~ anak lidah; kering ~ dahaga, haus; payau (langu) ~ tidak ada
selera hendak makan; tidak sedap ~nya a) tidak sedap rasanya
(makanan); b) tidak ada selera utk makan; umpan ~ makanan utk
membangkitkan selera makan;
bertekak ki bertengkar, berbalah, berbantah: bagaimana akan kita
yakinkan umum akan kebagusan faham sosialis ini, jika kita saling
~ tanpa pokok yg hak;
menekak seakan-akan melekat di tekak (rasa): manisnya ~.
tekak II sl tidak mahu menurut kata, keras kepala, tegar hati, degil.
tekal 1. tidak berubah-ubah halnya atau keadaannya, tetap, konsisten; 2.
sesuai, selaras sepanjang masa; 3. ki teguh, tetap berpegang pd
pendirian, pendapat, dll;
ketekalan keadaan tekal, konsistensi: ~ tiga ilmu yg sudah ada
penting utk menentukan penerimaan mendidik generasi muda.
tekam sj tumbuhan (pokok), balau bukit (pipit), damar laut, kuning
tengkawang, Shorea collina.
tekan; ~ kundai sj hiasan pd kundai (drpd emas dll);
bertekan bertumpu dgn tangan pd, bertelekan: Basi membongkok
dgn kedua-dua tangannya ~ di meja;
bersetekan Mn bertekan;
menekan 1. mendesak kuat-kuat, menindih kuat-kuat: ia terus
ketawa terbongkok-bongkok ~ perut; 2. ki memperkuda, memeras,
menggencet, menindas: undang-undang yg spt ini hanyalah sbg
senjata bagi golongan pemodal utk ~ golongan miskin; 3. ki
menghentikan (sesuatu) dgn paksaan, mencegah, mengekang:
matanya sedikit basah, tetapi ia berhasil ~ perasaannya; 4. ki
mengadakan desakan yg keras terhadap, mengasak, mendesak
(hingga menyusahkan): askar kita sedang ~ pasukan pertahanan
musuh dgn keras; atas nama keamanan sejagat, yg gagah ~ yg
lemah; 5. ki mendesak keras (supaya), memaksa-maksa: Wan Uma
dan kawan-kawannya sedang mengambil langkah-langkah ~ orang
ramai supaya menyebelah kepadanya; 6. ki = menekankan
mengatakan sesuatu dgn keras (kuat), mengeraskan (pengucapan):
Jali menekan-nekan suaranya; 7. ki menghimpit-himpit dan
menyusahkan, menyesalkan: perubahan ini walaupun sedikit demi
sedikit, tetapi terasa benar menekan-nekan hidupnya;
menekankan 1. menekan dgn sesuatu (pd), menindihkan sesuatu
(pd), mendesakkan sesuatu (pd): Kamal ~ kepalanya pd pintu kuatkuat;
2. mengucapkan kata (suku kata) dgn keras, mengeraskan
suara utk menegaskan: ia ~ suku kata yg terakhir; 3. sangat-sangat
mementingkan, mengutamakan, menitikberatkan, menegaskan:
Menteri Besar itu ~ bahawa semua rakyat drpd semua lapisan
keturunan telah bersatu padu; tulisan ini ~ hubungan antara karya
novelis-novelis tersebut dgn masyarakat;
tertekan ditekan, tertindas, tertindih: petani-petani yg sentiasa ~,
dicukai berlebihan dan ini telah menimbulkan pemberontakan
bersenjata;
tertekan-tekan tidak lancar (perjalanan sesuatu), tersangkutsangkut:
Konah menceritakan lagi dgn suara yg agak ~ pula
keluarnya;
tekanan 1. keadaan atau hasil menekan: ~ darah; ~ udara; 2.
sesuatu yg menekan dgn kuat, desakan, paksaan: ia menarik diri dr
~ politik; ditimpa oleh ~ emosi yg mengganggu perjalanan fikiran;
3. = ~ suara = ~ bunyi kata (suku kata) yg diucapkan lebih keras
drpd yg lain, pengucapan kata yg dikuatkan: guru menggaris dgn
kapur warna di bawah perkataan yg menghendaki ~ suara; 4.
sesuatu yg dipentingkan (diutamakan);
~ atmosfera (Fiz) tekanan pd suatu titik di permukaan bumi yg
disebabkan oleh berat udara yg berada di atas titik tersebut; ~
darah tekanan pd dinding arteri yg nilainya bergantung pd daya
pengepaman jantung, kekenyalan dinding arteri, dan juga isi padu
serta kelikatan darah;
ketertekanan perihal (keadaan) tertekan;
penekanan perihal menekan (menekankan);
penekan alat dll utk menekan.
tekan (tékan)  IB 1. = tekanan bp tandatangan; 2. = menekan bp
membubuh (menurunkan) tandatangan, menandatangani;
~ kontrak a) menandatangani kontrak (perjanjian); b) menjadi kuli
kontrak; ~ mati bp bersedia mengorbankan nyawa, masuk pasukan
berani mati; ~ serdadu bp masuk menjadi serdadu; teken I.
tekang palang kayu dll yg dipasang melintang utk menahan dinding
lombong dll (supaya tidak runtuh);
menekang memasang tekang pd, memberi bertekang.
tekap I penudung yg pipih atau mungkum (spt tapak tangan pd mulut,
sapu tangan pd muka, dll); ~ sampan papan (kayu) penutup pd
sebahagian drpd haluan dan buritan perahu; kertas ~ kertas tipis yg
diletakkan di atas lukisan dll utk menirunya;
bertekap bertudung dgn sesuatu yg pipih atau mungkum: mukanya
~ dgn sapu tangan; ~ mulut menutup mulut dgn tangan;
menekap 1. = menekapi menutup dgn sesuatu yg pipih atau
mungkum: ada lagi yg akan diucapkan oleh Hasan, tetapi tiba-tiba
Rohani telah ~ mulutnya; 2. meniru peta dll dgn menggunakan
kertas tekap;
menekapkan menutupkan (melingkupi) sesuatu pd: perlahanlahan
dr belakang ia ~ tangannya pd kedua-dua mata Osman;
tekapan penutup yg mungkum; tekup.
tekap II bp pekerjaan lama yg ditinggalkan (berladang dll).
tekar = ~-takih Pr, bp halangan, rintangan.
tekat sujian, sulaman;
~ berakam sujian dgn benang emas (perak), bersongket: ~ berawan
sujian yg merupakan gambar awan; ~ bersuji sulaman dgn benang
sutera; ~-bertekat sujian dgn menampal kain dll yg lain; ~ timbul
sujian yg bergambar timbul;
bertekat dihiasi dgn tekat, bersuji, bersulam: kain sarung ~ emas;
bertekatkan bersuji dgn, bersulam dgn;
menekat membuat tekat, menyuji, menyulam: anakanda telah
pandai ~ menyulam berbagai-bagai rupa cara-cara baru belaka;
tekat-menekat ilmu yg berkaitan dgn kerja menekat: Hajah
Habibah bercadang membuka kelas ~ sbg langkah permulaan
mendidik generasi muda;
tekatan hasil menekat, yg ditekat: bunga-bunga ~ ini bermutu
tinggi.
teka-teki 1. soalan yg dikemukakan secara samar-samar dan rumit yg
jawabannya harus diduga, soalan utk menduga akal: kanak-kanak
biasanya sangat suka akan ~; 2. sesuatu perkara yg susah atau sulit
diselesaikan: manusia itu selalu merupakan ~ yg setiap waktu
boleh memberikan macam-macam keganjilan yg tidak terdugaduga;
~ silang (kata) teka-teki dgn mengisi huruf dll dlm petak-petak; ~
terbang teka-teki dgn menyebutkan huruf-huruf Jawi yg harus
dijawab dgn kata yg dieja dgn huruf-huruf itu;
berteka-teki mengucapkan teka-teki, bertanya jawab dgn tekateki:
biasanya percakapannya itu dijalankan dgn ~ .
tekawang  tengkawang.
tekek (tekék) Jw tokek.
tekek (tékék) I Mn; menekek memukul (mengetuk) dgn buku jari, sekeh.
tekek (tékék) II Kl, Tr berkembar dan melekat: pisang ~.
tekelek (tékelék) Jw alas kaki yg dibuat drpd kayu, kelum, terompah.
teken (téken) I tandatangan;
meneken membubuh tandatangan, menyain: kontraknya segera
diteken;
penekenan perihal meneken: pd hari ~ kontrak baru itu, wang
permulaan diterima lebih banyak drpd biasa; tekan.
teken (téken) II IB = tekenan bp gambaran, lukisan.
teker (tékér); batu ~ sj batu api (utk membuat api);
meneker membuat api dgn memantik besi baja pd batu teker (yg
telah dibubuh habuk kayu);
tekeran 1. batu teker; 2. pemantik api (dgn batu api).
teki I teka-teki.
teki II sj tumbuhan (rumpai yg umbinya boleh dimakan), rumput halia
hitam, Cyperus rotundus; ~ rawa (bodoh) sj tumbuhan (herba),
rumput butang (teli), Kyllinga monocephala; rumput ~ sj
tumbuhan (herba), kancing baju jantan, katub perenggang, rumput
sekepit burit, Kyllingga brevifolia.
tekidanto (tékidanto) (Jepun) sj senjata pelempar bom tangan.
tekis hampir sangat pd tepi, nyaris, cemas; ~ jatuh ke dlm jurang nyaris
jatuh ke dlm jurang.
teknetium (téknétium) (Kim) sj unsur logam yg radioaktif.
teknik (téknik)  1. pengetahuan yg berkaitan dgn pembuatan barangbarang
hasil industri (spt jentera, kenderaan, bangunan, dll): kita
sekarang hidup dlm zaman ~ dan sains; 2. kaedah mencipta
sesuatu hasil seni (muzik, karang-mengarang, dll): ~ melukis
sedikit sahaja diajar di sekolah rendah.
teknikal (téknikal) 1. (yg) berkaitan dgn pelaksanaan sesuatu kerja dsb
(tidak dgn aspek-aspek atau perincian kerja itu sendiri):
pelancaran skim itu terpaksa ditangguhkan kerana masalah ~; 2.
(yg) berkaitan dgn sesuatu bidang pengetahuan yg tertentu:
perkataan ~; istilah ~.
teknokrasi (téknokrasi) 1. sekumpulan ahli sains, jurutera, dan pakar lain
yg mempunyai kuasa politik, di samping pengetahuan teknikal; 2.
sesebuah masyarakat atau organisasi yg dikuasai oleh ahli sains,
jurutera, dan pakar lain.
teknokrat (téknokrat)  pakar  teknikal  (ahli  sains  dll),  orang-orang yg
mahir dlm bidang teknologi dll yg mempunyai kuasa politik.
teknologi (téknologi)  1. aktiviti atau kajian yg menggunakan
pengetahuan sains utk tujuan praktis dlm industri, pertanian,
perubatan, perniagaan, dll, sains gunaan: Universiti Malaya
memainkan peranan yg penting utk melahirkan pakar-pakar ~
kita; 2. kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal;
~ maklumat tekonologi yg berkaitan dgn pemerolehan,
penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat secara
elektronik; ~ maklumat dan komunikasi teknologi yg berkaitan dgn
pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran
maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan
telekomunikasi; ~ tinggi teknologi yg berasaskan kajian saintifik
termaju spt penggunaan peralatan elektronik yg canggih;
berteknologi mempunyai teknologi: masyarakat ~ tinggi.
teko (téko), tekoan (tékoan) C sj cerek drpd tembikar dll (tempat air teh
dll).
tekoh (tékoh) ketua (kepala) gudang.
tekoh Kd kadang-kadang;
tekoh-tekoh tekoh.
tekokak (Sunda) sj tumbuhan (pokok renek), Solanum torvum.
tekong (tékong)  I C 1. ark nakhoda jong, juragan, kapten; 2. ki ketua
(sesuatu rancangan jahat dsb), kepala.
tekong (tékong) II Jk  tikung.
tekong (tékong) III Mn ukuran berat.
tekoran (tékoran) Jk sj kelongsong yg dibuat drpd daun pisang dll, limas,
takir.
tekpi (tékpi) C sj serampang bercabang tiga, trisula.
tekpo (tékpo), tekpoh (tékpoh) C sj permainan judi.
tekpon (tékpon) Kl, bp oleh kerana, sebab.
teks (téks) 1. kata-kata asli oleh pengarangnya (bukan terjemahan,
ulasan, ringkasan drpd asalnya): hikayat ini dijadikan buku dan
dicetak, sehingga dgn jalan demikian ~nya tidak dapat mengalami
perubahan lagi; 2. petikan dr sesebuah kitab suci (yg dijadikan
bahan rujukan dll); 3. kandungan buku yg utama (tidak termasuk
catatan dll); 4. tulisan yg dijadikan pokok syarahan dll: dia
berpidato dgn memegang ~ di tangannya.
teksi (téksi) 1. kereta yg membawa penumpang dgn mengambil sewa,
kereta sewa; ~ bandar teksi yg khusus beroperasi dlm kawasan
bandar; ~ sapu teksi tidak berlesen; 2. bp beca roda tiga, biasanya
di Kelantan;
berteksi menaiki teksi: walaupun jaraknya sangat dekat, kami
terpaksa ~ pd pagi itu kerana hujan sangat lebat.
tekstil (tékstil)  barang  tenun  (kain  putih,  sutera,  dll);  kilang ~ kilang
barang-barang tenun; kedai ~ kedai barang-barang tenun.
tekstur (tékstur)  jalinan bahagian-bahagian yg halus sesuatu benda (spt
jalinan serat pd kain, jalinan butir-butir halus tanah, dsb), daging
(kain, buah, dll): tanah perlu diadun semula utk memperoleh ~ dan
kesuburan yg sesuai.
tekte (tékté) C wang kunci, wang pendahuluan.
tektek (tékték); ~-bengek; tetek II.
teku tidak lekas putus asa, rajin, tekun; sedikit-sedikit ~ , lama-lama
menjadi bukit prb kalau kita berhemat sedikit-sedikit, lama-lama
simpanan menjadi banyak juga.
tekua; baju ~ sj baju.
tekuk I; bertekuk berlipat (kulit dll), berkedut, berkeluk;
~ lutut a) berlipat lutut; b) ki tunduk (kpd musuh dll), mengaku
kalah, tewas; ~ tangan a) berpeluk tangan (tubuh), berdekap; b) ki
tidak berbuat apa-apa;
menekuk 1. melipat, melengkungkan, membengkokkan: ~ rotan;
2. menangkap (pencuri dll), membekuk, menewaskan (musuh):
pihak polis berhasil ~ pencuri kereta itu;
tekukan 1. lipatan; 2. sesuatu yg dibengkokkan (dilengkungkan);
3. alat utk membengkokkan.
tekuk II sj ikan laut, Halieutia stellata.
tekukur; ~ api sj burung, punai lembu, Macropygia ruficeps; ~ api besar
= ~ api gunung, Macropygia unchall; ~ jerum sj burung, ketitir,
merbuk, Streptopelia chinensis; ~ merbuk sj burung, balam, ketitir,
merbuk, Geopelia striata; paksa ~ padi rebah, paksa tikus
lengkiang terbuka prb sesuatu yg selalu dicita-citakan.
tekun 1. = dgn ~ dgn rajin dan usaha (melakukan sesuatu), bersungguhsungguh:
bekerjalah awak ~-~, jangan banyak angan-angan; 2.
tabah hati, keras hati: dgn ~ dia bekerja mencari nafkah;
bertekun 1. rajin dan bersungguh-sungguh (bekerja, berusaha,
mengaji, dll), berkeras hati: kira-kira lapan sembilan bulan aku ~
mengaji dan menulis itu; 2. = tertekun menumpukan fikiran dll
pd, sangat asyik (mengerjakan sesuatu): jangan engkau biasakan
menulis malam, kerana nanti lekas rosak mata, dan siang pun
jangan ~ sangat, kerana engkau budak-budak nanti menjadi
penyakit; 3. sangat-sangat berpegang pd (adat, kepercayaan, dll):
mereka masih ~ pd adat kuno; 4. ark bertelekan (pd), bertumpu
(pd);
menekun mempelajari dll sesuatu dgn tekun: Laila sentiasa
menghabiskan waktu senggang dgn ~ pelajaran sekolahnya;
menekuni berusaha sungguh-sungguh utk sesuatu: pengajian
teologi juga terus ditekuni tanpa mengalami hambatan;
menekunkan menjadikan (seseorang) tekun:~ diri dgn beberapa
penelitian;
ketekunan 1. perihal tekun, kerajinan, kesungguhan; 2. keasyikan
(melakukan sesuatu).
tekung ruas (buluh, tebu, dll).
tekup; menekup menutup (sesuatu) dgn tapak tangan atau dgn sesuatu
yg pipih atau mungkum;
menekupkan merapatkan (tapak tangan dll) ke muka dll sehingga
tertutup muka: Puan Saidah ~ kedua-dua belah tangannya ke
muka; tekap I.
tekur I IB = ketekuran bp tiada cukup (wang, perbelanjaan, dll),
kurang, kekurangan: tidak akan ~ nanti wang belanja di rumah?;
menekurkan menjadikan kurang, mengurangkan: penghulupenghulu
kepala, di sanalah kerap kali ~ kas negeri.
tekur II = bertekur tunduk;
menekur 1. memandang ke bawah, menunduk: ia ~ ke tanah; dia
tunduk ~ ke pangkuan silanya yg kemas; 2. ark tidak mahu
mempertahankan pendiriannya (haknya dll), mengalah: semenjak
itu fikirannya sudah mulai agak ~;
menekuri menekur ke, memandang ke bawah pd: dia ~ lantai;
menekurkan; ~ kepala menundukkan kepala: Habibah sendiri ~
mukanya, malu tersipu-sipu.
tekuyung Br sj siput.
tekwando (tékwando)  tae kwan do.
Tel. kep Telefon.
tel (tél)  IB, bp bilangan yg disebutkan berturut-turut; empat ~ satu-duatiga-
empat.
tela rumah belakang yg didirikan bersambung dgn istana (tempat
perempuan).
tela (téla) I ark dapur-dapur pd senapang kuno.
tela (téla)  II; pertelaan butir-butir yg tersusun mengenai sesuatu
perkara.
telaah penilikan, pemeriksaan, penelitian, penyelidikan;
menelaah 1. mengkaji semula (mengulang) pelajaran: Ani maju
dlm pelajaran disebabkan dia rajin ~; 2. memeriksai, meneliti,
menyelidiki: ia berhati-hati ~ petanya dgn menentukan haluan dgn
kompas itu; 3. menilik, menelah, meramalkan (nasib dll): dia ~
bahawa peperangan di Vietnam akan tamat pd tahun depan;
penelaahan perbuatan atau proses menelaah: terserahlah kpd
generasi kita kini utk melakukan ~ intelektual dan pentafsiran
sejarah yg mendalam;
penelaah orang yg menelaah: dia seorang pemerhati dan ~ yg
rajin; mutalaah.
telabang ark sj perisai.
telabat ark sl melangkah dgn sangat hormat (utk menghadap raja dll).
teladan perbuatan dll yg patut diikut, contoh: yg baik buat ~ , yg buruk
buat sempadan;
meneladan meniru, mencontoh: mereka belajar dan ~ serta
menerima perubahan di Barat;
meneladani 1. memberi teladan kpd, menjadi teladan kpd: guru
hendaklah ~ muridnya; 2. meniru, mencontohi: beliau berharap
agar pengunjung-pengunjung akan dapat ~ pertunjukan itu; kita
boleh ~ dan belajar drpd negara jiran, iaitu Indonesia yg dapat
mengeluarkan filem yg bermutu.
teladas Kl jeram, cegar.
telaga 1. perigi, sumur; 2. tasik, danau; 3. ark balung, kolam; 4. = ~ tahi
jamban, kakus; 5. = ~ minyak perigi tempat penggalian minyak;
~ di bawah gunung prb perempuan yg banyak mendatangkan
untung dan bahagia kpd suaminya; ~ mencari timba prb
perempuan mencari laki-laki; adakah drpd ~ yg jernih itu mengalir
air yg keruh? prb tidak mungkin orang yg bangsawan
(berpelajaran) itu melakukan perbuatan yg keji-keji.
telagah; bertelagah 1. berlainan pendapat, berselisih faham,
bertelingkah: dia memberi amaran kpd kedua-dua belah pihak yg
~ itu supaya jangan memainkan api fitnah; 2. bertengkar mulut,
berbantah: suami isteri itu mulai ~;
pertelagahan perihal bertelagah, perbantahan, perselisihan,
pertelingkahan, pertikaian: ~ sengit telah berlaku antara guru-guru
Melayu dgn Kementerian Pendidikan mengenai pelajaran
menengah Melayu.
telah I 1. kata yg menyatakan perbuatan dll yg lampau (sempurna,
selesai), sudah: mereka ~ menjadi suami isteri; 2. sl sebaik sahaja,
apabila: syahdan, ~ sampailah surat itu, maka segera dibalasnya;
setelah sesudah, sehabis, selepas: ~ makan tengah hari kami pun
meneruskan perjalanan; ~ itu, lori itu melanggar saya.
telah II; menelah mengatakan apa-apa yg akan terjadi, menenung,
menilik, meramalkan: tidak dapat dia ~ apa yg akan terjadi pd
dirinya;
telahan sesuatu yg ditelah, agakan, dugaan: Tuk Guru membuat ~
berkenaan nasib Tengku Long;
penelahan perihal (perbuatan dsb) menelah, penenungan, ramalan;
penelah orang yg menelah, tukang ramal, penenung.
telak Jk kena benar, tepat.
telakan telekan.
telampung ark kayu dll yg mengapung di air, pelampung.
telan; ~ batu prb menyembunyikan rahsia;
menelan 1. memasukkan (makanan dll) ke dlm perut melalui
kerongkong: makanan itu pun dikunyahnya, kemudian barulah
ditelannya; 2. memakan mangsa dll, melulur: ular itu kononnya
sangat besar dan boleh ~ seekor kerbau; 3. ki memakai banyakbanyak
(perbelanjaan dll), banyak memakan atau menggunakan:
utk mengundang manusia seramai itu pun sudah ~ belanja yg
besar juga; 4. ki mengambil sesuatu secara gelap atau haram
(makan suap dll): sebahagian wang ini ditipu dan ditelan oleh
pegawai-pegawai yg bertanggungjawab dlm lapangan sosial; 5. ki
menerima sesuatu yg tidak menyenangkan (spt kekalahan dll):
walau bagaimanapun orang Melayu terpaksa ~ kecaman yg
sebegitu pedas; 6. menguasai (negeri dll), menakluki: dia
memberitahu kerajaan bahawa orang asing itu akhirnya akan ~
Jepun; 7. ki menguasai, menghapuskan, melenyapkan:
sesungguhnya itu satu lagi warisan budaya yg patut sama-sama
dipelihara agar tidak pupus begitu sahaja ditelan zaman;
hendak ditelan termengkelan, hendak diludah tiada keluar prb
berhadapan dgn sesuatu masalah yg sangat sulit, berada dlm
keadaan yg serba salah;
tertelan 1. sudah ditelan, dgn tidak sengaja ditelan; 2. dapat
ditelan: ubat itu tidak ~ olehnya kerana sangat pahit;
penelanan perbuatan (proses dsb) menelan.
telancang, telancung sj burung, Aethostoma rostratum.
telang I; buluh ~ sj buluh yg tipis sekali, talang; bunga ~ sj tumbuhan
(pokok memanjat), bunga biru, kelang (kembang, bunga) teleng,
Clitorea ternatea.
telang II; bertelang berbelang (kulit harimau dll), bercoreng, loreng.
telangkai 1. orang yg menjadi perantara dlm perkahwinan (perundingan
dll): tiga hari kemudian ~ itu pun datanglah utk meminang gadis
itu; dlm ~ sudah dipinang orang (bkn gadis); 2. orang tengah,
wasitah (dlm perniagaan, perundingan, dll), wakil: orang tua
tadilah ~ penjualan kerbau itu;
menelangkai menanyakan (meminang, melamar) gadis utk: maka
ada dlm surat menyebutkan ~ puteri anak Raja Besar di Ujung
Tanah;
penelangkaian perihal menelangkai, peminangan.
telangkup tertungkup, tertiarap, lwn terlentang;
menelangkupkan meletakkan telangkup, menelungkupkan,
meniarapkan: Tini berdiri, terduduk lagi, ~ muka pd meja,
menangis lagi.
telanjang = bertelanjang 1. tidak bertutup tubuhnya (dgn pakaian),
berbogel: dia membuka seluar, ~ bogel masuk bilik mandi; apabila
ia menoleh kpd tubuhnya barulah diketahuinya akan dirinya
bertelanjang bulat; 2. tidak bersarung (keris, pedang, dll), tercabut,
terhunus: rakyat Feringgi tujuh puluh ribu berdiri serta memegang
pedang bertelanjang; 3. tidak mempunyai pakaian (perhiasan dll),
tidak ada yg tinggal (harta benda); 4. tidak bertutup, terbuka,
terdedah: ketika kami asyik bermain-main, datang sepuluh orang
tentera dgn dada ~;
~ bulat (bogel, buta, loncos) telanjang sama sekali; telah
bertelanjang prb habis kain baju tergadai kerana kalah berjudi;
menelanjangi 1. menanggalkan (segala pakaian dll) yg dipakai:
ditelanjanginya anaknya itu; 2. merampas segala pakaian
(perhiasan dll) yg dipakai: ~ penumpang-penumpang dr barangbarang
mereka; 3. ki membukakan (rahsia, kejahatan, dll),
mendedahkan hingga diketahui orang segala-gala yg dirahsiakan:
beliau telah pernah ~ keadaan masyarakat di Kampung Kambing;
menelanjangkan menjadikan telanjang;
ketelanjangan keadaan telanjang: lelaki itu masih tegak di tengah
kolam dlm ~;
penelanjangan perihal (perbuatan dsb) menelanjangi.
telanjur I 1. melampaui (melebihi, melewati) had (tujuan dll) yg
tertentu, terlampau: dia pergi ke pekan utk membeli barang-barang
tetapi ~ sampai ke panggung wayang; 2. tersasul, terdorong,
terlangsung (perkataan, perbuatan): perkataannya sudah ~; 3.
sudah terdahulu berbuat sesuatu: dia sudah ~ makan sebelum
datang ke kenduri; 4. sudah melampaui batas, sudah berlebihlebih:
hukuman yg dikenakan itu ~ sangat;
ketelanjuran perihal telanjur, keterlaluan: dia menyesal atas ~nya
mengeluarkan kata-kata celupar yg tidak selayaknya itu; 
lanjur.
telanjur II; burung ~ sj burung, Malacocincla r. rostratum.
telantar tidak terpelihara (anak isteri dll), terbiar: selepas perang, ramai
isteri dan anak yg ~ sebab suami atau ayah mereka meninggal dlm
perang; hantar II, lantar II.
telap I 1. dapat menembusi (bkn senjata spt keris dll), makan, mempan:
keris itu tidak ~ pd tubuhnya; 2. dapat dicederakan, dapat dilukai,
lut; tiada ~ oleh senjata kebal; 3. dapat ditembusi (air), dapat
diresapi: tanahnya tanah liat yg tidak ~ air;
menelap makan pd (senjata), mempan pd, melukai, mencederakan,
mengena.
telap II = telapa ark 1. bekas utk menyimpan sesuatu; 2. bekas drpd
tembikar dll utk menyimpan bau-bauan (gambir, tembakau, dll).
telapak, telapakan 1. tapak kaki, tapak tangan: dia meletakkan wang itu
ke ~ tangannya; sujud di bawah ~ sujud di bawah kaki (baginda);
di bawah telapakan (orang) diperbudak-budakkan orang; duli
telapakan ke bawah duli (paduka); telapakan kaki a) tapak kaki; b)
anak tangga yg di bawah sekali; 2. Id lapisan yg tebal pd tayar
basikal (kereta dll).
telas; petelasan ark galang, landasan.
telat IB, bp terlambat, terlewat: hari itu kami bermain ~ drpd biasa.
telatah gerak-geri, tingkah laku, kelakuan, perangai: meluat benar
perasaan Masri melihat ~ Nisah yg mengada-ngada pd malam itu.
telatai NS bidai (drpd bilah buluh, rotan, dll).
telatak Ph rakit kecil, jeriau, lanting.
telatap I pondok utk bermalam (dlm hutan).
telatap II telatak.
telaten (telatén)  Jw  teliti  dan  sabar  (melakukan  sesuatu  pekerjaan),
cermat, hati-hati.
telau warna yg lebih muda pd dasar yg lebih gelap (pd kain, kulit
binatang, dll), bertompok-tompok (cahaya matahari di bawah
pohon-pohon dll);
bertelau-telau 1. berbelang-belang dgn warna yg lebih muda,
bertompok-tompok: langit cerah biru pucat dgn awan ~ putih
berserakan; 2. ki belum merata masaknya (padi), bertabur: padi
masak baru ~; ~ bagai panas di belukar prb hukuman atau adat yg
tidak sama rata.
tele (télé)  I Mn; bertele-tele bercakap dgn tidak tentu hujung pangkal,
omong kosong, melantur-lantur: perdebatan ~ tanpa hasil.
tele (télé) II; tele-tele bodoh, bebal, dungu.
tele (télé) III IB sj kain kelambu.
teledek (télédék) Jw penari perempuan (yg menari dgn iringan gamelan),
ronggeng, tandak.
teledor (telédor)  1. tidak menjalankan tanggungjawab, lalai, lengah,
malas-malas: ampuni cucumu ini jika dia salah, tegur jika dia ~; 2.
tidak berapa tekun bekerja (belajar dll), agak mundur (dlm
pelajaran): tolong nasihati budak ini jika dia ~ dlm pelajarannya;
3. suka berlengah-lengah atau bertangguh-tangguh (membayar
hutang dll); 4. ark bosoh, bengal, degil (makian);
meneledorkan tidak mempedulikan kewajiban dll, mengalpakan,
melalaikan, mencuaikan;
keteledoran perihal teledor, kealpaan (dlm pekerjaan, kewajiban,
dll), kecuaian, kelalaian, kelengahan: tidaklah dia sunyi drpd
kesalahan, ~, kesilapan dan kegagalan.
telefilem (téléfilem) filem cereka yg dihasilkan utk siaran televisyen.
telefon (téléfon) 1. = pesawat ~ alat utk bercakap dgn orang yg jauh (dgn
menggunakan tenaga elektrik dan kawat atau hubungan satelit);
membuat panggilan ~ menelefon; 2. percakapan (panggilan) yg
menggunakan alat tersebut: suatu pagi Mustapha menerima ~
sewaktu dia baru benar sampai di markas polis;
~ awam telefon yg terdapat di tempat awam utk kegunaan orang
ramai; ~ bimbit telefon mudah alih tanpa wayar yg berfungsi dgn
menggunakan isyarat gelombang; ~ selular telefon bimbit; ~
telinga sj alat yg dipakai di telinga utk membolehkan seseorang
mendengar siaran radio atau perhubungan telefon;
bertelefon 1. mempunyai telefon; 2. sedang bercakap melalui
telefon;
menelefon bercakap (memanggil) melalui telefon: dia telah ~nya
dan menceritakan apa yg terjadi.
telefoni (téléfoni) sistem komunikasi utk penghantaran bunyi, suara, atau
isyarat melalui telefon.
telefonis (téléfonis)  orang  yg  kerjanya menjawab  dan menyambungkan
panggilan telefon, operator telefon.
telefoto (téléfoto) berkaitan dgn sistem kanta fotografi yg digunakan utk
menghasilkan imej besar dan jelas sesuatu objek jauh: kanta ~ sj
kanta yg digunakan utk mengambil gambar secara telefotografi.
telefotografi (téléfotografi)  seni  mengambil  gambar  benda-benda yg
terlalu jauh bagi kamera biasa dgn menggunakan kanta telefoto.
telegraf (télégraf) alat utk menghantar berita dgn cepat ke tempat yg jauh
(dgn kuasa elektrik dan kawat).
telegrafi (télégrafi) penggunaan (pengendalian) alat atau sistem telegraf.
telegram (télégram) berita (perkhabaran) yg dihantar dgn telegraf, berita
kawat: ~ itu menyatakan suaminya baru sahaja meninggal dunia;
menelegram menghantar berita dgn telegraf, mengetuk kawat.
telegrapis (télégrapis)  Id  orang  yg  kerjanya  mengirim  telegram,
jurutelegraf.
Telegu Telugu.
teleinfo (téléinfo)  maklumat  yg  dipaparkan  pd  skrin  televisyen  sbg
pemberitahuan.
telek Jw tepat; telak.
telekan; bertelekan (duduk dsb) dgn kedua-dua belah siku bertumpu
atau terletak pd sesuatu (dan biasanya tapak tangan menopang
muka), berteleku: Pak Amat naik dan duduk di atas anak tangga, ~
sikunya pd ambang pintu; ~ lutut (kedua-dua belah tangannya)
bertekan pd lutut; ~ pinggang bercekak pinggang.
telekap I ark; ubat ~ ubat plaster, koyok.
telekap II; menelekap menekap, menekup; tekap I.
telekom (télékom) kep telekomunikasi.
telekomunikasi (télékomunikasi)  sains  yg  berkaitan  dgn  penghantaran
maklumat melalui talian telefon, gentian optik, mikrogelombang
dan satelit.
teleks (téléks) perkhidmatan perhubungan antarabangsa yg menggunakan
kemudahan teleprinter.
teleku; berteleku (duduk dsb) dgn kedua-dua belah siku bertumpu atau
terletak pd sesuatu (spt meja, riba, dsb) dan dgn tapak tangan
biasanya menopang muka, bertelekan dgn siku: dia hanya duduk ~
tidak berkata apa-apa walaupun kawannya sibuk berbual-bual;
~ (bertopang, bertongkat) dagu berteleku dgn tangan ditopangkan
pd dagu, duduk bertongkat ruas.
telekung = kain ~ kain selubung utk menutup tubuh perempuan (ketika
bersembahyang), makenah;
bertelekung 1. mempunyai telekung; 2. memakai telekung.
telekup; bertelekup menutup dgn sesuatu yg pipih atau mungkum;
tekup.
telemetri (télémetri)  (Kom) pemancaran, penghantaran dsb data dr  atau
ke satelit, stesen angkasa dsb dgn menggunakan gelombang radio.
telempap = setelempap selebar tapak tangan, sepelempap, setempap;
menelempap mengukur dgn telempap.
telempong (telémpong)  Mn  sj  alat  bunyi-bunyian (spt gong kecil),
goloneng;  caklempong.
telenan Jk sengkalan (drpd papan dll) utk mencencang, landasan; 
talenan.
teleng I; bunga ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), bunga biru, Clitorea
ternatea; telang I.
teleng II Id bahagian mata yg hitam, hitam mata.
teleng (téléng)  1. miring ke sebelah letaknya (kepala, topi, dll), tidak
tegak lurus, senget: kepalanya masih ~ dan dipukul-pukul dgn
tapak tangan kiri; 2. (Sunda, Ph) juling: matanya ~;
~ bagai cupak hanyut prb perihal orang yg sombong yg tidak
sedarkan kekurangan dirinya;
menelengkan memiringkan ke sebelah, menyendengkan,
menyengetkan, mencondongkan: dia ~ kepalanya utk menjengah
dan menjenguk orang-orang itu;
terteleng dlm keadaan senget atau miring (kapal, perahu, kepala
dll); biar ~ asal jangan tertangkup prb tiada mengapa rugi sedikit
asal jangan habis semua sekali;
terteleng-teleng terteleng berulang kali: kepalanya ~ spt menahan
kemarahan yg tidak terperi.
telengkoh (teléngkoh) selekoh (jalan, sungai, dll), penjuru kota (benteng)
yg menganjur keluar, katlum;  selekoh.
telentang terbaring (terletak dll) dgn bahagian depan atau bahagian
cekung ke atas, lwn telungkup: Salihin yg mula-mula ~ itu,
membalikkan badannya;
menelentang terbaring (tidur, terletak) telentang: sekarang dia ~
bujur di atas tilam;
menelentangkan membaringkan (meletakkan dll) telentang: dia ~
badannya;
tertelentang terjatuh (terbaring dll) telentang; ~ berisi air,
tertiarap berisi tanah prb perihal orang yg terlalu miskin (lemah),
tidak berdaya upaya.
telepa telap II.
telepati (télépati)  perhubungan  fikiran,  perasaan,  dsb  secara  langsung
antara minda seseorang dgn minda seorang lain tanpa melalui deria
yg biasa.
telepemasaran (télépemasaran)  teknik  atau kaedah memasarkan barang
dsb yg menggunakan sistem telekomunikasi spt telefon, mesin
faksimile, teleks dsb.
teleperbankan (téléperbankan)  urusan  perbankan  berkomputer  yg
dikendalikan melalui telefon.
teleperubatan (téléperubatan) rawatan sesuatu penyakit, kecederaan dsb
dgn menggunakan khidmat nasihat pakar perubatan di tempat yg
jauh, biasanya melalui sistem telekomunikasi.
telepok (telépok) sj tumbuhan (herba dan bunganya), seroja biru, teratai
kecil, tunjung biru, Nymphaea stellata; ~ merah = ~ putih sj
tumbuhan (herba dan bunganya), tunjung emas, Nymphaea lotus;
telinga ~ layu telinga yg cantik bentuknya.
teleprinter (téléprinter)  alat  telegraf  utk  menghantar  atau  menerima
berita dll dlm bentuk tulisan.
telepuk sl bunga-bungaan dll drpd perada mas (kain dll); kain ~ sj kain
berbunga-bunga tenunan India; ~ serasah sj kain buatan India;
bertelepuk 1. memakai telepuk: dikenakan pula baju alang sayap
layang-layang ~, perbuatan orang dahulu; 2. = bertelepukkan
memakai sbg telepuk: dia memakai sapu tangan ~ intan baiduri;
menelepuk membuat telepuk: utk memastikan perada melekat
cantik sewaktu proses ~.
telerang (telérang); batu ~ batu yg mengandungi logam (emas dll).
teles; telesan Jw kain basahan.
telesidang (télésidang) persidangan yg berlangsung dgn para pesertanya
berkomunikasi antara satu sama lain dr tempat-tempat jauh yg
berlainan melalui rangkaian televisyen, video, telefon dsb.
teleskop (téléskop)  alat  yg  bentuknya  spt  tiub panjang  dan mempunyai
kanta di dalamnya utk melihat objek yg sangat jauh, mis bintang,
dgn terang dan besar, teropong jauh.
teleskopi (téléskopi)  cabang  astronomi  yg  berkaitan  dgn  penggunaan
teleskop.
teletaip (télétaip) sj teleprinter.
teleteks (télétéks)  perkhidmatan  berita  dan  maklumat  elektronik  yg
berupa teks dan grafik yg disiarkan di televisyen melalui sistem
tertentu, biasanya khusus utk orang yg melanggan perkhidmatan
itu.
teleton (téléton)  siaran  khas  televisyen  yg  panjang, bertujuan utk
memungut derma tabung kebajikan dsb.
televisi (télévisi) Id televisyen.
televisyen (télévisyen) 1. penyiaran (pemancaran) gambar hidup (gambar
bergerak) berserta bunyi menerusi kabel atau udara pd skrin atau
kaca peti televisyen; 2. = peti ~ alat yg menerima pancaran
televisyen; ~ berwarna = ~ warna televisyen yg menyiarkan
gambar berwarna; ~ litar tertutup a) sistem televisyen yg dipasang
utk memancarkan siaran ke beberapa bilik di dlm tempat atau
bangunan tertentu; b) sistem televisyen yg isyarat videonya
dipancarkan drpd satu kamera atau lebih melalui kabel ke satu set
monitor yg terkawal, utk kawalan keselamatan dsb.
telik (Sunda) ark 1. tajam pelihatannya, awas; 2. = penelik mata-mata
gelap, pengintip, penyuluh;
menelik memata-matai, mengintip, menyuluh (rahsia dll).
telikung Jw ark; menelikung mengikat kaki (dan tangan).
telimpuh ark; bertelimpuh (duduk) bersimpuh, bertimpuh.
telinak sj tumbuhan (pokok memanjat), akar mentadu, akar putat, akar
serobek paya, Gnetum tenuifolium.
telinga I 1. pancaindera utk mendengar (di kiri kanan kepala manusia
atau binatang), kuping: aku membisikkan sesuatu ke ~ nya; 2. =
daun ~ bahagian telinga sebelah luar utk menangkap suara, kuping:
dipulasnya ~ budak yg degil itu; pangkal (pohon) ~ tempat daun
telinga bercantum dgn kepala; 3. sesuatu yg menyerupai telinga
(mis pemegang pd barang-barang yg tertentu dll);
~ beruk telinga yg rapat pd kepala; ~ biola alat utk menegangkan
(mengendurkan) tali biola; ~ gajah (jabing, jobing) telinga yg
lebar; ~ jebang telinga yg menganjur keluar; ~ kuali a) tangkai
tempat mengangkat kuali; b) ki orang yg tahan hati walaupun
dimarahi dan dikatai oleh orang lain; ~ kucing (kambing, rusa)
telinga yg tirus ke atas; ~ nipis (tipis) orang yg lekas marah; ~
telepok layu telinga yg cantik bentuknya; ~ tempayan ki orang yg
tidak mahu mendengar; ~ tikus telinga yg kecil dan tirus;
~ bagai ~ rawah prb Mn a) tidak mengendahkan nasihat dan
tunjuk ajar orang; b) tidak berasa malu mendengar perkataan yg
tajam; ~ rabit, pasang subang di kaki = ~ rabit dipasang subang
kaki, untut dipakaikan gelang, jari kontong dimasukkan cincin prb
membuat sesuatu yg tidak layak akhirnya menjadi keaiban; ~ yg
lembut itu kerap dipulas, yg bodoh juga yg ditipu orang prb a)
orang yg pemurah kerap kali menjadi tempat tumpuan orang
meminjam; b) orang yg penurut selalu diperkuda orang; masuk ke
~ kanan, keluar ke ~ kiri prb tidak dapat menerima pelajaran atau
nasihat yg diberikan; pilin ~ saring-saring prb Mn hendaklah
difikirkan habis-habis sebelum mengerjakan sesuatu; rasa pedih
cuping ~ prb marah kerana mendengar sesuatu yg tidak patut;
menelinga memasang telinga, mendengar dgn hati-hati
(percakapan dll): aku ~ kalau-kalau bunyi itu datang ke bilikku.
telinga II; ~ gajah sj ikan laut, Platax teira (orbicularis).
telinga III; ~ badak sj tumbuhan (pokok), Crypteronia griffithii; ~ gajah
sj tumbuhan (pokok), banik, kubang, (se)kubin, mengkubung,
selaru, sepedas, Macaranga gigantea; ~ kelawar sj tumbuhan
(pokok), bunga semubut, geroboh, kerubut, se(m)burut, seperuit,
Thottea gradiflora; ~ kera sj tumbuhan (pokok memanjat), akar
ara batu , akar api-api, dalu-dalu, mendalu (api), pokok sampu,
ulat, setebal, Henslowia umbellata; ~ kerbau sj tumbuhan (pokok),
capa, capor, sembang, sembing, sembuh, sembung, Blumea
balsamifera; ~ rusa sj tumbuhan (pokok renek), jangka; daun ~
beruang sj tumbuhan (pokok renek), Thottea dependens;rumput ~
tikus sj tumbuhan (herba), kekara, ombak-ombak, peparu bindang,
rumput sisik betuk (naga), Desmodium heterophyllum.
telingkah; bertelingkah 1. tidak sepakat, berbalah, berbantah, berselisih:
dua orang tokoh yg sentiasa ~; 2. banyak tingkahnya, banyak
olahnya;
bertelingkahan saling bertelingkah: pd umumnya kepentingan
mereka ~;
pertelingkahan perihal bertingkah, perbalahan, perselisihan,
persengketaan, pertikaian: ~ itu haruslah diselesaikan bersamasama;
 tingkah I.
telingkuh ark telingkah.
telingkung; ~ daun sj tumbuhan (rotan), Calamus javensis.
telisik selisik.
teliti 1. cermat (melakukan sesuatu), hemat, saksama: kumpulan buku yg
ada, hendaklah diselidiki dgn ~; 2. dgn sungguh-sungguh, hatihati,
waspada: gadis yg manis itu turut memerhati dgn amat ~
benar;
meneliti 1. memeriksa (mengkaji, menyelidik) dgn cermat: mereka
~ pendidikan dan pengalaman kerja yg sudah kulalui; 2.
memerhati dgn sungguh-sungguh, memandang tepat-tepat;
ketelitian perihal teliti, kecermatan, kesaksamaan: dia sedar
tentang ~nya menjalankan tugas sbg seorang ketua parti;
penelitian perihal (kerja dsb) meneliti, pengkajian, penyelidikan,
pemeriksaan;
peneliti orang yg meneliti, penyelidik, pengkaji, pemeriksa.
telor (télor)  tidak  dapat mengucapkan  kata-kata dgn sebutan yg betul,
pelat: dr ~ percakapannya dapat diketahui dr mana dia datang;
lidahnya ~ tidak boleh berkata dgn terang (jelas);
keteloran perihal telor (salah ucapan).
telotak hujung daun.
telu Jw, sl tiga; susun ~ tiga lapis.
Telugu kaum yg berasal dr tenggara India.
teluk I bahagian laut yg menganjur masuk ke darat, serokan;
~ belanga sj baju Melayu yg tidak berleher; ~ rantau a) teluk dan
rantau, ceruk rantau; b) daerah sekeliling, jajahan; adat ~ timbunan
kapar prb biasanya orang berpangkat (berkuasa dll) menjadi
tempat tumpuan orang meminta pertolongan.
teluk II; berteluk ark berlutut, bertelut; telut I.
teluki I sj kain sutera.
teluki II; bunga ~ bunga serunai.
telukup telungkup.
telun; setelun Pr seia sekata, sejalan, setujuan, sesuai.
telung Kl bp lubang yg tidak tembus, lekuk.
telungkup; menelungkup berbaring di atas perut, menangkup,
meniarap, tengkurap, lwn menelentang: dia berbaring di atas
katilnya dgn ~ sambil menangis terisak-isak;
menelungkupkan menjadikan menelungkup, menengkurapkan,
meniarapkan;
menelungkup-menelentangkan ki memberi pertimbangan yg
saksama, mempertimbangkan;
tertelungkup 1. (jatuh, terletak, terbaring) menelungkup,
tertangkup, tertiarap: mukanya ~ ke tanah bermandi darah yg
menggenang; 2. ki (jatuh) bankrap.
telunjuk 1. = jari ~ jari antara jari hantu dgn ibu jari: tutup ketat-ketat
lubang pam basikal itu dgn ~ tangan kiri; 2. ki perintah,
kemahuan, suruhan: orang-orang Belanda sangat pandai
mengambil hati orang-orang besar kita yg mahu mengikut ~nya;
~ lurus kelengkeng berkait prb perihal orang yg pd lahirnya
kelihatan baik tetapi di dlm hatinya jahat; ~ mencucuk (merosok,
menikam) mata (jari) prb orang yg dipercayai berbuat khianat kpd
kita; menggigit ~ prb tidak tercapai maksud; runcing ~ memalit
sambal lada prb perihal hidup miskin dan melarat; sebusuk-busuk
~ , ~ juga pencolek tahi mata prb sejahat-jahat kaum keluarga
kalau seorang dihinakan orang semuanya akan turut membelanya.
telur I benda yg mengandungi lembaga anak (bkn beberapa jenis
binatang spt unggas, serangga, ikan, reptilia, dll) yg umumnya
bersalutkan kulit yg keras: ~ ayam; ~ ikan; ~ katak;
~ asin = ~ masin telur ayam (itik) yg diasinkan; ~ belangkas sj
kuih; ~ bungkus = ~ kemungkus = ~ tembelang telur yg tidak dapat
menetas dan menjadi busuk; ~ busuk = ~ selasih sebarang telur yg
busuk; ~ cacak = ~ joran = ~ merah bunga telur (dlm majlis
perkahwinan); ~ dadar telur (ayam dll) yg diaduk lalu digoreng; ~
gabus a) telur ikan gabus; b) sj penganan yg dibuat drpd tepung
beras (terigu) dan rupanya spt telur ikan gabus; ~ kubis (kol) bakal
bunga yg ada dlm kubis; ~ kemeruk = ~ kemuruk = ~ sembohok
telur yg menjadi busuk setelah lembaganya terjadi; ~ mata sapi = ~
mata lembu telur ayam yg digoreng bulat-bulat (tidak dipecahkan
merahnya); ~ rebus telur yg direbus sehingga keras isinya; ~
separuh masak telur yg dimasak dgn cara merendamnya dlm air
mendidih selama lebih kurang 7 minit (supaya tidak masak keras
spt telur rebus); ~ terubuk telur ikan terubuk; masih dlm ~ a) masih
dlm kandungan ibu; b) belum wujud lagi (masih dlm rancangan
dll);
ibarat ~ sesangkak, pecah satu pecah semuanya = spt ~ dua
sebandung, pecah satu pecah keduanya prb orang yg semuafakat
itu sama hidup sama mati dan tidak berubah setianya; spt ~ di
hujung tanduk prb orang yg dlm keadaan yg amat sulit (salah
sedikit dapat bahaya);
bertelur, menelur ark 1. mengeluarkan telur: sungguhpun katak
hidup di darat, tetapi biasanya ia kembali ke air utk mengawan
dan ~; 2. bp buang air besar, berak; 3. ki menggugurkan bom (dr
kapal terbang), mengebom; 4. ki mendatangkan hasil
(keuntungan);
menelurkan 1. mengeluarkan telur, bertelur; 2. ki bp menerbitkan,
menciptakan, menghasilkan, mewujudkan: percubaannya itu tidak
~ hasil; perbincangan antara menteri-menteri luar tiga kuasa
besar mungkin akan ~ suatu sidang kemuncak; 3. menggugurkan
(menjatuhkan) bom, mengebom.
telur II; ~ ayam sj tumbuhan (pokok renek), (se)gerang, hempedu tanah,
jentik betina, nyarum, sedoman, semputih kecil, serawai jantan,
Psychotria rostrata; ~ belalang sj tumbuhan (rumpai), Sporobolus
dianders; ~ buaya sj tumbuhan (pokok), bunga peresau, bunga
tanjung hutan, kemap-kemap, petaling gajah, sangah, selimbar,
Homalium longifolium; ~ cicak sj tumbuhan (pokok kecil),
gelincik, kesami, keteng, lengketing, Myrica farquhariana; ~ ikan
sj tumbuhan (rumput), kerunung padi, metubung, Panicum repens;
~ kodok biji drpd sj tumbuhan (Hygrophila odorata); akar ~ bujuk
sj tumbuhan (akar yg berteras), akar kacang-kacang, akar nyamuk,
Agelaea vestita; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), Xanthophyllum
excelsum.
telurium (télurium)  (Kim)  sj  unsur  bukan  logam  yg  digunakan  utk
membuat aloi.
telus 1. dapat masuk ke dlm lubang dll, terus menembus, bulus, celus,
lulus; 2. mudah difahami atau diketahui (tiada hal yg tersembunyi,
disangsikan dsb): setiap keputusan hendaklah dibuat secara ~ dan
dilaksanakan segera;
meneluskan menyebabkan telus: tidak ada peluang ~ sinarnya ke
celah-celah pohon yg rendang;
ketelusan keadaan atau sifat yg terus terang (tiada hal yg
tersembunyi, disangsikan dsb): perlunya ~ dlm urusan kewangan
negara; Malaysia mahu semua negara anggota APEC
mengamalkan ~ sebagaimana yg dilaung-laungkan.
telusur, menelusur 1. bergerak atau berjalan sepanjang tepi jalan,
sungai, dll; 2. menjejaki;
menelusuri mengikuti jejak perjalanan, langkah, tindakan dsb:
tidak ramai pula yg sanggup ~ kejayaan rakan mereka yg telah
dan sedang menempa kejayaan.
telut I; bertelut (duduk) berlutut: maka ketiga-tiganya ~ di tanah
memanah.
telut II dapat melukai (bkn senjata tajam dll), lut, mempan, telap; tidak ~
tidak dapat dilukai, kebal;  lut I.
telutut ark; menelutut berlutut, bertelut.
tem (tém) Id, bp tempoh, masa, waktu.
tema (téma)  subjek  yg  menjadi  dasar  sesuatu  pembicaraan,  wacana,
karangan, cerita, dsb, tajuk, pokok: jiwa perempuan memang telah
banyak dijadikan ~ dlm kesusasteraan;
bertemakan memakai sesuatu sbg tema, berdasarkan tema (yg
tertentu): kebanyakan karyanya ~ percintaan.
temaah Mn haloba, serakah, tamak; temahak.
temabur bertaburan (bintang di langit);  tabur I.
temah demah.
temaha I (Sunda) salah.
temaha II Jw (dgn) sengaja.
temahak Mn tamak, haloba, serakah.
temak sj tumbuhan (pokok), Shorea cochinchinensis.
temakang sj ikan darat, Helostoma temmincki; tebakang, tembakang.
temakul  tembakul.
temalang ark sj bakul drpd kulit kayu utk mengumpul air madu.
temali; tali-~ bermacam-macam jenis tali (di kapal dll).
temalung Tr sj bekas utk mengisi kuih yg dibuat drpd daun pisang dan
berbentuk seakan-akan bakul, temilung.
teman 1. kawan, handai, sahabat, taulan: mengapa sendirian pula, tiada
~, tiada rakan; 2. orang yg bersama-sama melakukan sesuatu,
lawan bercakap-cakap (bermain dsb): ~ bercakap; 3. sesuatu sbg
pelengkap, jodoh, kawan: buah pinang dimakan orang jadi ~ sirih;
4. Pr ganti diri yg pertama, saya, aku;
~ hidup orang yg dijadikan pasangan hidup (isteri atau suami); ~
lelaki lelaki yg menjalin hubungan cinta dgn seseorang wanita; ~
sejawat kawan sekerja; ~ tetangga jiran; ~ tidur orang yg dijadikan
kawan tidur; ~ wanita wanita yg menjalin hubungan cinta dgn
seseorang lelaki; usahlah ~ dimandikan pagi prb janganlah terlalu
memuji-muji;
berteman 1. berkawan, bersahabat: sebenarnya kedua-dua orang
itu ~ baik; 2. tidak seorang diri, ada kawannya: ke mana pun pergi
jarang-jarang aku ~;
bertemankan mempunyai (seseorang, sesuatu) sbg teman;
menemani 1. turut serta, mengawani, mengiringi, menyertai: dia
senang melihat kawannya ~nya duduk di situ; malam itu Ramlan ~
Swee Meng pergi memanggil bidan; 2. ki menjadikan sbg pemakan
(nasi dll), melawankan: sayur pucuk ubi ditemani oleh sambal
belacan dan ikan goreng;
peneman seseorang (sesuatu) yg menjadi teman kpd: hanya
linangan air mata ~ duka.
temandang sl kacak, segak (kelihatan).
temangau sj tumbuhan (pokok), berabung bunga, campat, hampas tebu,
medang gambung, tampang besi, tetepung, Vernonia javanica.
temara sl sj lembing (tombak).
temaram  taram III.
temarang  terang.
temas-temas 1. mengubati orang sakit (kerana keteguran hantu dll) dgn
memapas hantu; 2. menilik nasib dgn menggunakan kunyit.
temasya 1. peristiwa yg kelihatan, pertunjukan, tontonan: beliau akan
menyampaikan hadiah kpd yg berjaya pd akhir ~ sukan tersebut;
2. pemandangan yg menarik hati, keindahan alam: baginda belayar
mengembara ke sebelah barat melihat ~ negeri-negeri orang;
bertemasya pergi mengembara utk menghiburkan hati (melihatlihat
pemandangan yg indah-indah dll): ~ ke pulau yg indah dan
permai.
temat Kl; sirih ~ sirih sekapur, sirih setampin.
tematu sangat keras (buah-buahan), kematu;  tembatu I.
temayun; ayun-~;  ayun.
temba Kl; menemba melanggar, merempuh.
tembadau sj seladang (terdapat di Borneo), Bos javanicus lowi.
tembaga I = ~ merah sj logam berwarna merah dan digunakan utk
membuat dawai (periuk dll);
~ kuning aloi drpd tembaga dan zink, kuningan, loyang; ~
perunggu aloi drpd tembaga dan timah, gangsa; ~ putih aloi drpd
campuran timah putih dan timah hitam; ~ suasa aloi drpd
campuran emas dan tembaga;
menembaga berwarna merah spt tembaga.
tembaga II; bunga ~ suasa sj tumbuhan (herba), bakuh, bakung, bawang
hutan (tanah, tembaga), melung, (se)landap, Crinum asiaticum;
daun ~ suasa sj tumbuhan (pokok renek), dawai-dawai, dedawai
(betina), itah tembaga, rancang besi, tampang besi, tongkat ali,
Smilax callophylla; rumput ~ jantan sj tumbuhan (rumput),
Ischaemum muticum.
tembak (témbak)  I; ~ gawar bedilan yg dilepaskan ke udara (sbg
amaran); hukum ~ hukum bunuh dgn cara dibedil; kena ~ kena
bedilan dgn senjata api;
~ yg beralamat, tujuan yg bermaksud prb tiap-tiap perbuatan ada
maksudnya;
bertembak-tembakan berbalas tembak, saling membedil: maka
berperanglah Seri Udara dgn Peringgi terlalulah ramai bunyinya
~, bunyi meriam spt halilintar membelah;
menembak 1. melepaskan bedilan dgn senjata api (senapang,
pistol, dll), melepaskan bedilan ke arah (seseorang atau sesuatu),
membedil: seorang pun tidak berani ~ harimau yg ganas itu; 2. Id
menyepak bola ke arah gol (dlm permainan bola sepak); 3. ki
berbuat bohong, membohongi; ~ jatuh menembak sesuatu (spt
kapal terbang dll) dan menyebabkannya jatuh (terhempas dsb); ~
mati menembak dan menyebabkannya mati;
tembak-menembak saling menembak, bertembak-tembakan:
menghentikan ~;
menembaki menembak beberapa kali (pd), sering kali menembak
pd;
menembakkan 1. melepaskan peluru senjata api, menembak dgn:
kapal-kapal terbang itu telah ~ roket ke atas askar musuh; 2.
menendang bola ke arah gol;
tertembak ditembak, kena tembak: dlm pertempuran itu seorang
mata-mata telah ~ mati;
tembakan hasil menembak, letusan senjata api dll: kami telah
terbangun kerana ada ~;
penembakan perbuatan menembak: laporan mengenai ~ di masjid
al-Aqsa pd bulan April ini memberi bukti lanjut kpd pelaporan yg
berat sebelah;
penembak 1. orang yg menembak; 2. alat (senjata) utk menembak;
~ curi orang yg menembak musuhnya secara sembunyi-sembunyi
atau dr tempat yg terselindung, biasanya dr jarak yg agak jauh; ~
tepat orang yg cekap menembak sesuatu sasarannya dgn tepat.
tembak (témbak) II Mn tuju, arah, maksud;
menembak 1. mengarahkan kpd, memaksudkan, menuju; 2. ki
menyambar (petir).
tembakang sj ikan darat, Helostoma temmincki; tebakang, temakang.
tembakau 1. sj tumbuhan (herba yg daunnya dikeringkan dan diracik
tipis-tipis utk dibuat rokok, cerut, dll), Nicotiana tabacum; 2.
racikan daun tembakau yg telah dikeringkan (utk membuat rokok,
cerut, sugi, dll);
~ belati = ~ tin tembakau yg diimport; ~ hutan sj tumbuhan (pokok
yg daun dan akarnya dibuat ubat), Solanum verbascifolium; ~
Jawa tembakau dlm negeri; ~ kerosok daun tembakau yg telah
dikeringkan; ~ lempeng(an) tembakau yg berkeping-keping tipis; ~
sek tembakau yg sangat halus hirisannya;
pertembakauan perusahaan memproses tembakau.
tembakul sj ikan laut, belacak, Periophthalmus koelreuteri.
tembam gemuk atau berisi (muka dll).
tembang Jw 1. sj karangan berangkap (syair dll) yg dinyanyikan,
nyanyian; 2. puisi;
menembang menyanyikan (melagukan) tembang.
tembang (témbang) sj ikan laut, Clupea spp.
tembangau sj tumbuhan (pokok), teremung betina (jantan), jeruman,
kayu tengah, medang kenyat, rosok, samak tebangan, temangau
(jantan), tempunai, Glochidion superbum.
tembar; menembar Pr menangkap ikan (dgn menebah dan menyauk).
tembarau sj tumbuhan (rumput);  teberau.
tembasah sj tumbuhan (pokok), beberas hutan, dada ruan, cemantung
gajah, gumpal benang, kuku balam, mesekam putih, petaling
tanduk, rambai kera, sebasah, Aporosa prainiana.
tembatar sj kapang, tembeluk, teritip.
tembatu I 1. ark sj buah yg keras (spt buah nipah); 2. = pisang ~ pisang
yg bijinya keras spt batu, pisang kapuk.
tembatu II 1. sj tumbuhan (pokok), jelawi bukit, Neoscortechinia kingii;
2. sj tumbuhan (pokok yg kayunya baik utk perkakas rumah),
bangsa putih, medang kawan (putih), membatu, mempadang,
Angelesia splendens.
tembek (témbék)  ark hampir mengenai sasarannya (tembakan, pukulan,
dll).
tembel (témbél) I bintil kecil spt bisul pd kelopak mata, ketumbit.
tembel (témbél) II Jw tampal, tambal, tampung;
menembel menampal, menambal, menampung;
menembelkan menyuruh orang lain menembel sesuatu;
tembelan tampalan, tambalan.
tembelah tabung damak.
tembelang 1. = telur ~ telur yg tidak dapat menetas dan menjadi busuk,
telur bungkus, telur kemungkus; 2. ki keburukan (yg
disembunyikan), kejahatan: mereka berjaya mendedahkan ~ pihak
musuh.
tembelian; ikan ~ sj ikan darat, temoleh, Probarbus jullieni.
tembeliung bp puting beliung.
tembelok (tembélok) sj karangan laut, ka(m)pang, Toredo navalis.
tembera ark sj ikan darat;  tambera II.
temberak (tembérak); ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek), daun
sekentut, sekentut jantan, kayu buntut baung, Lasianthus oblongus.
temberam sj alat menangkap ikan (spt bubu).
temberang (tembérang)  I tali-temali di kapal (perahu) utk meneguhkan
tiang; ~ belakang = ~ buritan = ~ turut temberang yg di belakang
tiang; ~ haluan temberang yg di sebelah hadapan; ~ lenggang
temberang yg di kiri kanan.
temberang (tembérang) II percakapan dll yg sedap didengar (umumnya
tidak benar), cakap yg muluk-muluk, bual: kalau begitu iklan-iklan
dlm surat khabar itu ~ sahajalah; ~ lapuk omong kosong; jual ~
bercakap bohong; tukang ~ orang yg pandai bercakap mulukmuluk
(bohong);
menemberang bercakap yg bukan-bukan, membohong;
menemberangkan bercakap bohong (yg bukan-bukan) pd,
membohong: Roslan ~ isterinya.
temberek (tembérék) ark tembikar.
tembereng (tembéréng)  1. serpihan tembikar (cawan, mangkuk, dll),
beling; 2. (Mat) bahagian drpd sesuatu bulatan (berbataskan
sebahagian drpd garis lilit dan satu garis lurus); 3. tembikar,
porselin;
~ besar tembereng yg lengkoknya lebih panjang drpd separuh
bulatan; ~ kecil tembereng yg lengkoknya lebih pendek drpd
separuh bulatan; ~ tajam bahagian bulatan yg berbataskan garis
lilit dan dua jari-jari.
temberih sj ikan laut, ibu gelama, Pseudosciaena diacanthus.
tembi; menembi Ph menyentuh (menggesel) dgn badan, menyinggung.
tembikai sj tumbuhan (herba memanjat dan buah), betika, semangka,
timun cina, Citrullus vulgaris; kemendikai, mendelikai,
mendikai.
tembikar 1. barang drpd tanah liat yg dibakar dan bergilap (cawan,
mangkuk, pinggan, dll), seramik; 2. serpihan (pinggan, periuk, dll),
beling, tembereng;
ditetak belah, dipalu belah, ~ juga akan jadinya prb walau
bagaimanapun diseksa atau disakiti kesudahannya mati jadi mayat
juga; hendaklah spt ~, pecah semua prb hendaklah hidup
bermuafakat antara satu dgn lain; memberi makan anjing di ~,
memberi makan gajah dgn alatnya prb tiap-tiap perbuatan yg
dilakukan itu hendaklah bersesuaian dgn tempat dan keadaan.
tembilang sj alat menggali lubang yg bertangkai panjang, penggali;
bagai ~ bagai penggali, bagai yg hilang begitu pengganti prb yg
hilang sama dgn gantinya; di mana ~ terhentak, di situ cendawan
tumbuh prb di mana perselisihan berlaku di situlah diselesaikan.
tembilar sj alat menangkap ikan (spt bubu).
tembis ark; menembis memarahi dgn kata-kata yg tajam dan keras,
membentak, mengherdik.
tembok (témbok) I 1. dinding yg dibuat drpd batu bata dll, benteng drpd
batu dll; 2. tambak yg dibina drpd batu bata dll; 3. ki sesuatu yg
memisahkan atau mengasingkan: akhbar dapat memecahkan ~-~
kedaerahan dan kenegerian dan memusnahkan semangat sempit
itu;
~ beton Id tembok drpd campuran kerikil, pasir dan simen (utk
tiang rumah, dinding, dll); ~ kering ki orang yg sangat kedekut; ~
penahan binaan, biasanya drpd konkrit, yg dibina di lereng bukit,
tebing sungai dsb utk menahan tanah, batuan drpd runtuh;
menembok mendinding dgn tembok, menambak (meninggikan)
dgn tembok.
tembok (témbok)  II; menembok Jw melekatkan lilin pd bahagian kain
yg hendak dibiarkan putih (apabila membatik).
tembok (témbok)  III; menembok menyejukkan air panas dll dgn
mengacau-ngacaukannya (menuang-nuangkan ke bekas lain).
tembok (témbok) IV Kl, Tr jalan besar, jalan raya, jalan bertar.
tembokor  bokor.
tembolok 1. kantung tempat menyimpan makanan pd leher burung
(ayam dll): kelihatan padi berhamburan di tanah dr ayam tedung,
kerana ~nya belah kena taji ayam kurik; 2. bk perut; asal berisi ~
senang hati prb apabila sudah cukup makan dan pakaian,
senanglah hati.
tembor Kl, Tr melanggar: kenapa kamu selepas sembahyang terus ~,
tidak menunggu sampai habis imam membaca doa?
tembosa sj kuih drpd tepung (yg berintikan keledek, udang kering,
daging, dll).
tembuk I 1. berlubang (kain, kertas, dll), tembus: tapak kasutnya telah ~;
2. berongga atau berlubang (gigi, batu, dll): giginya ~ dimakan
ulat;
menembuk membuat lubang (pd kertas dll), menebuk, menembus.
tembuk II; ~ tebing sj ikan darat, Luciocephalus pulchur.
tembuku ark sj tombol pd tiang perahu.
tembun Kd tambun.
tembung I sj tongkat (drpd kayu dll) yg digunakan sbg senjata, belantan,
gada;
menembung memukul dgn tembung.
tembung II; bertembung 1. berjumpa (dgn tidak sengaja), bersua,
bertemu, terjerempak: mereka selalu ~ dgn bapanya yg pulang dr
laut; 2. bertemu menjadi satu, bercantum (sungai, jalan, dll): anakanak
sungai itu ~ pula dgn anak-anak sungai yg lebih besar; 3.
berlanggaran, bersentuhan: kereta yg dipandunya ~ dgn lori balak;
4. ki saling berpandangan, bertemu (pandangan): apabila mata ~,
pemuda yg berbaju bunga nekat melepaskan senyum; kicangkecoh
~ ciak prb tiap-tiap perkara yg hendak disiasat hendaklah
ada buktinya;
menembungkan menemukan, menyebabkan bersua: kedatangan
Islam ~ bahasa Melayu dgn bahasa Arab;
mempertembungkan menjadikan (menyebabkan) bertembung,
mempertemukan, mempersuakan: di sinilah kelihatan unsur
tradisional dan moden itu dipertembungkan melalui para doktor
dan pawang bagi mengubatinya; perdagangan yg ~ mereka dgn
banyak bangsa;
pertembungan perihal bertembung, percantuman, perjumpaan,
pertemuan: selagi terdapat ~ antara manusia, penyebaran cerita
itu tetap terjamin; situasi spt ini timbul di mana-mana sahaja
berlakunya ~ antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan
Barat.
tembuni uri (yg keluar sesudah bayi dilahirkan), sampul tian, kakak
anak; ~ kecil uri yg bersambung dgn tali pusat (tali uri); selusuh ~
jampi dll utk memudahkan tembuni (uri) keluar.
tembus 1. berlubang terus sampai ke sebelah, bolos, tembuk: dinding
papan itu ~ kena peluru; 2. masuk terus ke sebelah, lantas ke, terus
sampai ke: gua itu ~ ke belakang bukit; jalan ini ~ ke pasar; 3.
meresap terus ke sebelah lain, merembes ke sebelah lain: kertas ini
jenis yg tidak baik kerana dakwat ~ ke bawah apabila ditulis; 4.
dapat dilantas terus (barisan pertahanan dll), bolos, tobros:
pertahanan musuh telah ~; 5. ark kena benar (dugaan dll), tepat;
menembus 1. meresap masuk (ke dlm hati dll): kata-katanya tadi
telah dapat ~ ke dlm hati suaminya; 2. terus sampai ke, terus ke; 3.
ark betul (terkaan dll), tepat: firasatnya tidak ~;
menembusi 1. menusuk (menikam dll) sampai tembus, menebuk,
melubangi: keris ini dapat ~ badan orang; 2. masuk terus (melalui
sesuatu), melantas: beberapa butir peluru telah ~ kepala dan
dadanya; 3. meresap terus ke sebelah yg lain, melantas, merembes:
matahari membulat ~ kabus tebal di puncak Titiwangsa; 4. ki
meresap masuk (ke dlm hati dll); 5. dapat melantas (pertahanan
dll), menobros, mendobrak: konvoi dikirim utk ~ kepungan Jerman
terhadap kepulauan Inggeris; industri perabot di negara ini dapat
diusahakan secara bersepadu utk ~ pasaran eksport secara besarbesaran;
tembusan 1. sesuatu (jalan, sungai, dll) yg tembus ke; 2. sungai
buatan (utk dilalui kapal dll), terusan 3. jalan yg menembusi bukit
dll, terowong; 4. = ~ surat salinan surat asal;
penembusan perihal menembus atau menembusi, penobrosan.
tembusu sj tumbuhan (pokok), semensu, temensu, temesu, temusu,
Fagraea fragrans; ~ bukit = ~ hutan = ~ talang = ~ tembaga sj
tumbuhan (pokok), meriang, riang-riang, Fagraea gigantea; ~
gajah sj tumbuhan (pokok), sepulih, sepulis, Fagraea maingayi; ~
padang sj tumbuhan (pokok), temusu, Fagraea lanceolata.
temeh (téméh);  remeh-~ tidak mustahak (penting), tidak berharga; 
remeh-temeh.
temelung; tepung ~ sj kuih.
temen Jw benar, sungguh.
temengalan sj ikan darat, tengalan, Puntius bulu.
temenggang; burung ~ sj burung, burung kambing, celung, gembala
gajah, Platymurus l. leucopterus.
temenggung I 1. pembesar kerajaan Melayu di bawah bendahara (yg
menjaga keamanan dlm negeri); 2. Jw gelaran bupati.
temenggung II; ikan ~ sj ikan laut, Priacanthus tayenus.
temenggung III; semut ~ sj semut hitam yg besar, Camponotus gigas.
temenggung IV; ~ melela sj tumbuhan (pokok renek), gandarusa, kisikisi,
urat sugi, Gendarussa vulgaris.
temenung sj ikan laut, kembung, Rastrelliger spp.
temeralang Pl, bp tali pd tanduk lembu atau kerbau.
temerang I Kl, bp sj bekas tempat menyimpan ikan.
temerang II; terang-~ terang-benderang, sangat terang;  terang.
temesar sj tumbuhan (pokok), balik angin bukit, cenderai (gajah), ceret
budak, hamba raja, kemesak, melokang, semangsuk, (se)mengkih,
senancung, ubat semelit bayur, Croton argyratum.
temetu kematu, keras.
temewek (teméwék)  Tr  senyum  simpul:  Mak Wok selalu ~ apabila
dipuji.
temi Kd tampar.
temiang I 1. sj buluh kecil yg tipis (biasanya dibuat sumpitan), buluh aur
gading, buluh minyak, buluh sumpitan, Bambusa wrayi; 2.
sumpitan; berebut ~ hanyut, tangan luka, ~ tak dapat = merebut ~
belah prb perihal dua orang yg berkelahi (sampai luka-luka)
merebutkan sesuatu tetapi barangnya tidak dapat.
temiang II; akar ~ sj tumbuhan (herba), akar tapak rusa, lana bulu, ular
bukit, Lettsomia peguensis.
Temiar penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Senoi yg
tinggal di sesuatu tempat yg ditentukan oleh penghulu dgn cara
berjampi atau mimpi, yg kebanyakannya terdapat di Perak, Pahang
dan Kelantan.
temikai  tembikai.
temilang sj tumbuhan (pokok), kenar, keranji bulan, me(r)limau, pasak
perahu, pokok rongga, Aglaia odoratissima.
temilar Kl sj alat utk menangkap ikan.
temilung Kl pembungkus kuih dll drpd daun pisang.
temin I gelang-gelang drpd logam (utk mengukuhkan hulu pisau dll),
simpai.
temin II; pokok ~ sj tumbuhan (pokok), lelimau, limau hutan (lelang),
pokok renjis, semantan, Taxotrophis macrophylla.
temoleh (temoléh) Pr sj ikan darat, temelian, Probarbus jullieni.
temolok ark  tembolok.
tempa; besi ~ besi yg dapat dibentuk (tidak berapa keras); keris ~
Melaka keris buatan Melaka;
menempa 1. memukul besi dll utk dijadikan alat (pisau dll),
menitik: ~ besi; 2. membuat (keris, parang, dll) drpd logam:
bersusah payah ~ sebilah pisau; 3. membentuk (bata, wang, dll),
mencetak: tidak boleh kerajaan negeri ~ mata wangnya sendiri; 4.
ki mencipta, membuat; ~ sejarah membuat sesuatu yg baharu: Sir
Samuel Greig ~ kejayaan ketika berkhidmat dgn pihak berkuasa
Rusia.
tempaan 1. yg ditempa, buatan (pisau, keris, dll): emas ~; keris ~
Melaka; 2. ki sifat asli (drpd sesuatu), bentuk, potongan;
penempaan perbuatan (kerja dsb) menempa: pembentukan atau ~
tembikar dibuat dgn gaya bebas;
penempa orang yg menempa, tukang besi, tukang membuat keris
(parang dll).
tempah = wang ~ wang yg dibayar lebih dahulu (utk membeli barang,
upah membuat sesuatu, dll), cengkeram: tiap-tiap pemesan
dikehendaki membayar ~nya;
menempah 1. memesan dgn memberi wang tempah, membeli atau
menyatakan tujuan hendak membeli (barang, pakaian, dll) dgn
membayar cengkeram: wang telah habis ~ peguam; ~ bidan
memesan bidan; 2. menyuruh membuat (pakaian dll) dgn ukuran
yg tertentu: baju batik yg ditempah di kedainya banyak; 3. ki
sengaja mencari (bahaya dll): orang itu sengaja ~ maut;
menempahkan menempah utk seseorang;
tempahan 1. sesuatu yg ditempah (pakaian, peti, dll), pesanan, lwn
kodian: baju ~; kasut ~; 2. perihal menempah, pesanan: mereka
telah membatalkan ~ tiket kapal mereka;
penempahan perihal (perbuatan dsb) menempah, pemesanan
(barang);
penempah orang yg menempah (memesan) barang, orang yg
membuat tempahan.
tempang (témpang) 1. cacat yg tetap pd kaki (kaki pendek sebelah dll),
capik, pincang: segala rakyat kecil besar, tua muda, bongkok, ~
pun sekaliannya berkampunglah; 2. tidak sama panjang (kaki
kerusi, meja, dll): kerusi itu ~ kakinya; 3. = tertempang-tempang
incang-incut: ketika pulang ia melihat Mahmud berjalan ~ dipapah
oleh Ainon; 4. ki tidak seimbang, ada kekurangannya (cacatnya),
berat sebelah, tidak adil, tidak betul (perjalanannya dll): bukan
sedikit jumlah perempuan yg terjerumus ke liang kesengsaraan
lantaran kesalahan masyarakat yg selalu ~ ini; orang ~ jangan
dicacat, ingat-ingat hari belakang prb kecelakaan orang janganlah
sangat dikata barangkali kita sendiri akan mengalami hal yg
serupa;
menempang berjalan tempang;
menempangkan, menempang-nempangkan; ~ kaki berpura-pura
tempang kaki;
ketempangan 1. perihal (keadaan dsb) tempang, kecapikan,
kepincangan; 2. cacat, cela; 3. hal yg tidak wajar (tidak adil dll),
keadaan tidak wajar: bolehkah kita mengatasi ~ musyawarah kita
serta kembali ke musyawarah yg sebenar.
tempap; setempap selebar atau seluas tapak tangan, setelempap;
menempap 1. meletakkan tapak tangan pd; 2. = bertempap
mengukur dgn telempap.
tempat 1. sesuatu yg digunakan utk menaruh (menadah, menyimpan,
dll), bekas, wadah: ~ habuk rokok; ~ bara; 2. ruang (kawasan dll)
utk melakukan sesuatu: percakapan terhenti hingga itu, masingmasing
berdiri mencari ~ sujud; 3. ruang dll yg digunakan utk
menyimpan (menaruh) sesuatu: ia pun terus menanggalkan tuala
yg dipakainya itu dan berjalan menuju ~ gantungan kain bajunya;
4. kawasan (ruang, rumah, dll) yg didiami, kawasan dll di mana
terdapat sesuatu: rumahnya itu rumah batu, bangunannya spt ~
berhala Cina; 5. bahagian yg tertentu drpd sesuatu: ~
pemegangnya boleh dibalut dgn getah tiub; 6. kawasan yg tertentu,
daerah, kampung, negeri: ayahku tidak duduk di ~ itu; ia kembali
ke ~ lahirnya; 7. orang yg jadi lawan bercakap, orang yg jadi
tujuan utk bertanya dll, orang yg diserahi kepercayaan: orang tua
itulah ~ kami bertanya; 8. kedudukan (yg sewajarnya), keadaan,
letak (sesuatu): dia mendapat ~ yg baik di kementerian itu; ~nya
dlm perusahaan itu telah diambil oleh orang lain; aspek bahasa
perlu diberi ~;
~ asal kawasan (negeri, kampung) dr mana seseorang itu berasal;
~ hantu bermain = ~ jin bertendang ki kawasan yg tidak didiami
orang (jauh drpd orang); ~ kediaman (tinggal) kawasan (rumah) yg
didiami (orang); ~ ludah perludahan, ketur, tempolong; ~ parkir Id
tempat menyimpan kereta; ~ peranginan tempat orang bertemasya
(berehat); ~ tumpah darah negeri (kampung) tempat orang itu
dilahirkan; ~ berpijak sudah terban, ~ bergantung sudah putus prb
kehilangan orang tempat menumpangkan hidup;
setempat 1. satu tempat sahaja; 2. = setempat-setempat hanya
mengenai sesuatu tempat sahaja, tidak menyeluruh; 3. di tempat itu
sendiri: hikayat ini tersiar di daerah yg sangat luas biarpun dlm
bentuk yg berlainan dan disesuaikan dgn keadaan ~;
menyetempatkan 1. meletakkan (mengumpulkan dll) di satu
tempat sahaja, tidak membiarkan berselerakan; 2. mengurung dll
supaya tinggal di satu tempat (supaya jangan merebak, menjalar,
dll);
bertempat 1. mempunyai tempat, tinggal (diam, duduk) di ...,
berlaku (diadakan) di ...: mesyuarat agung akan diadakan pd 2
April ~ di Balai Rakyat; 2. ki kena pd tempatnya (masanya,
keadaannya, dsb): mengata orang biarlah ~ ;
bertempat-tempat sesuai dgn hanya tempat-tempat tertentu
sahaja, tidak menyeluruh;
menempat berada, terletak: perkara yg ~ di hati;
menempati 1. mendiami atau menduduki (rumah dll), bertempat di
...: dia ~ dua buah bilik di rumah itu; 2. memegang pangkat
(pekerjaan, jabatan, dll), memangku jabatan: mudah-mudahan
Tentera Nasional Indonesia ~ kedudukannya yg wajar sbg suatu
tenaga yg berasal drpd rakyat; 3. ark sl menjadi tempat, memberi
tempat pd;
menempatkan 1. meletakkan, menaruh, memasang: dia ~ keduadua
tapak tangannya di atas lutut; 2. memasukkan (dlm): dia ~
wang syilingnya dlm sebuah tabung buluh; 3. memberi tempat
duduk (tinggal, bermalam, dll), menyuruh tinggal (diam): Britain
akan ~ satu pasukan pengebom di Darwin; 4. ki memberikan
tempat (kedudukan, taraf, dll): kedua-dua unsur tersebut sama
pentingnya dlm ~ Sejarah Melayu sbg roman sejarah yg baik;
tempatan yg berkaitan dgn tempat tertentu, di tempat itu sendiri:
kasut hitam, buatan ~ yg dipakainya itu berkilat; buah-buahan ~
buah-buahan dr negera sendiri (bukan buah-buahan yg diimport);
~ hati ki buah hati, kekasih;
penempatan perihal menempati atau menempatkan: kawasan ini
ialah tempat ~ semula orang yg pindah dr kampung-kampung yg
jauh terpencil; ~ kedai-kedai runcit yg besar di pusat membelibelah.
tempaus sj bau-bauan (utk rokok dll).
tempawak sj tumbuhan (pokok), Elaeocarpus floribundus.
tempawan; besi ~ besi yg dikeraskan dgn ditempa, besi tempa(an); emas
~ a) emas (yg baik) yg sudah ditempa; b) sl kata sanjungan utk
wanita yg cantik.
tempayak anak penyengat (lebah, angkut-angkut, semut) yg masih
berupa ulat.
tempayan sj bejana yg dibuat drpd tanah liat utk menyimpan air dll:
isikan air itu ke dlm ~; ~ budu = ~ peda a) tempayan utk membuat
budu; b) ki rahsia busuk seseorang; ~ gumbang = ~ tapak gajah
tempayan besar yg mulutnya sempit; ~ taban tempayan besar utk
menyimpan air minuman; ~ telur buaya tempayan yg besar
perutnya (spt buyung);
kalau kubuka ~ budu baru tahu prb kalau kupecahkan rahsiamu
sudah tentu kamu mendapat malu; mulut ~ bagaimana menjahitnya
prb tidak dapat dilarang seseorang drpd mengatai kita (jika kita
berbuat kejahatan); spt ~ tertiarap di atas air prb perihal orang yg
bebal dan tidak mahu menurut nasihat yg diberikan.
tempayang  kepayang.
tempayung; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), rumput perimping,
Themeda villosa.
tempe (témpé)  sj  makanan  yg  dibuat  drpd  kacang  soya  (kedelai)  yg
diragikan: jenis-jenis makanan yg dibuat drpd kacang soya ialah
tauhu, ~, taucu, dll.
tempek (témpék);  bertempek-tempek 1. bertepek-tepek; 2. ki sangat
banyak yg belum dijelaskan, spt hutang, pinjaman dsb: hutang
syarikat orang itu ~;
bertempekan melekat di merata-rata tempat pd sesuatu
permukaan, bertempelan: dia terpandang sesuatu yg pelik
berwarna hitam ~ di papan berkenaan;
menempek melekatkan sesuatu pd: ulangilah ~ kunyit hidup yg
ditumbuk pd luka.
tempel (témpél);  gambar ~ gambar yg dapat dilekatkan pd benda lain
kalau dibasahi dgn air;
bertempel 1. berdamping rapat (dgn), sangat karib dgn, sangat
berdekatan: jangan ~ dgn dia; 2. melekat (pd), berlekat pd:
gambar-gambar yg ~ di dinding sudah mulai kuning;
bertempelan melekat di beberapa tempat: keping-keping daging
masak jatuh ~ di atas lantai;
menempel 1. melekat (pd), lekat (pd): poster pilihan raya
kelihatan ~ di segenap tembok
dan tiang telefon; 2. menampal sesuatu dgn: dindingnya dibubuh
papan, ditempel dgn baldu yg kuning dan merah;
menempeli 1. menempel pd, melekati: Kartini lantas menaruh
pakaian di sisi dinding yg penuh ditempeli dgn bermacam-macam
gambar; 2. bp menumpangi seseorang; 3. merapati seseorang (dgn
maksud mencari keuntungan dll);
menempelkan 1. melekatkan sesuatu pd: mereka ~ berita itu di
pagar-pagar; 2. ki merapatkan (telinga utk mendengar dll),
melekapkan: dia ~ telinganya ke dinding dan mendengar kalaukalau
ada orang di situ; 3. ki tetap kekal (perasaan dlm hati),
melekat, bersebati: kepercayaanku pd agamaku makin ~ terus dlm
hatiku; 4. menumpang (duduk dll), menebeng: dia ~ di rumah
saudaranya; 5. berapat-rapat dgn (dgn maksud mencari
keuntungan dll), menyobat: beliau sekarang mencuba ~ kpd
Presiden; 6. memberi wang suap, menyogok, menyuap;
tempelan 1. tempat menempelkan sesuatu; 2. sesuatu yg
ditempelkan (spt label dll): dinding ini sudah terkopek-kopek
papannya, tetapi dibersihkan oleh ~ kertas kuning; 3. orang yg
ditempeli (ditumpangi dll); 4. Id cukai pasar (dgn resit yg
ditempelkan); 5. Id bunga dll yg disematkan di baju (sbg tanda
turut menderma kpd badan amal dll);
penempelan proses menempelkan sesuatu.
tempelak cela atau cerca yg pedas dgn membangkit-bangkitkan
keburukan (kesalahan dll) yg sudah-sudah: hasutan mereka tidak
sedikit diendahkannya, sebaliknya ~ yg diberikannya kpd mereka;
menempelak mencerca atau mencela dgn keras (dgn membangkitbangkitkan
hasil yg sudah-sudah), menggusari dan menyesali:
sudah melampaui batas apabila seorang anak sulung boleh ~
bapanya di hadapan mukanya;
tempelakan tempelak.
tempelas; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Tetracera indica.
tempeleng (tempéléng) pukulan dgn telapak tangan pd muka atau pelipis
(telinga), tampar: tiap-tiap hari ada-ada sahaja penangan utk Ani,
~, cubitan, dll;
menempeleng menampar pd muka atau telinga: raja muda
tersebut telah menjadi ganas lalu ~ muka Wan Intan beberapa
kali;
tempelengan Jk pelipis.
temperamen (témperamén) IB sifat batin yg mempengaruhi kelakuan dll
seseorang (spt periang, pemarah, dll).
temperas I sj ikan darat, cemperas, Cyclocheilichthys apogon.
temperas II; bertemperasan 1. sl lari dll bertempiaran, bercerai-berai
(ke sana sini): lalu lari kian ke mari, ~, diburu oleh serdadu; 2.
bertaburan, berhamburan (tentang benih, beras, dll).
temperas (tempéras) Pr sj serangga yg rupanya spt tungau.
temperatur (témperatur) IB suhu.
temperau (tempérau);  bertemperau saling membangkit-bangkitkan
keburukan (kesalahan) masing-masing, saling menempelak.
temperek (tempérék) Jw rempeyek.
tempiar; bertempiar, bertempiaran 1. berserak-serak tidak keruan,
bercerai-cerai, berkucar-kacir; bertemperas: mereka lari ~ mencari
perlindungan; 2. ki bertaburan (ke sana ke mari), berhamburan
(benih dll): siapa tahan melihat anak-anaknya ~ .
tempias 1. percikan air (dr air hujan, ombak yg memukul perahu, dll) yg
berterbangan: tingkap itu berdentum dipukul angin dan ~ hujan
masuk ke dalam; 2. ark pasir dll yg bertaburan (berhamburan);
bertempias berpercikan masuk (titik-titik air hujan dll);
bertempiasan berpercikan masuk: hujan mulai turun dgn titik-titik
air ~ ke dlm bilik itu;
menempiasi terkena pd: hujan lebat tidak ~ mereka;
menempiaskan memercikkan: angin kuat ~ hujan ke koridor.
tempik teriak yg kuat, pekik yg kuat: terdengar bunyi ~;
~ sorak bermacam-macam pekik dan sorak (dlm peperangan,
pertandingan, dll);
bertempik memekik dgn suara yg nyaring, menjerit kuat-kuat:
salah seorang ~ kuat;
menempikkan memekikkan, meneriakkan, menjeritkan;
tempikan tempik, jeritan, teriakan: Saidina Ali tidak tertahan lagi
mendengar ~ yg berulang-ulang itu.
tempilai sj tumbuhan (pokok), Urandra corniculata.
tempinah sj tumbuhan (herba), temegun, Hydrocera triflora.
tempinis sj tumbuhan (pokok yg keras kayunya dan tahan lama), kepinis,
Sloetia elongata.
tempiras Pr sj tungau.
templat 1. bentuk yg dipotong drpd kertas, kayu, dll dan digunakan sbg
contoh utk menghasilkan bentuk yg serupa pd bahan lain; 2.
sesuatu yg dijadikan contoh utk tujuan perbandingan dsb.
tempo (témpo)  ukuran  waktu  (pd  muzik  dll),  irama:  tiap-tiap lagu
mempunyai ~ yg tertentu;
bertempo mengikut tempo: sebuah lagu joget ~ perlahan.
tempoh (témpoh)  I 1. waktu, masa: sudah ~nya utk pulang; ada ~nya
ada kalanya, kadang-kadang; makan ~ memerlukan masa yg
banyak; sekali ~ a) bp sesuatu ketika; b) bp pd suatu ketika; c)
sekali sekala, ada ketikanya; 2. pd masa, pd ketika, pd saat: ~ itu
dia tidak ada di rumahnya; 3. kesempatan (utk berbuat sesuatu),
peluang: jika ada ~ saya akan ke rumah saudara besok; 4.
pengunduran waktu, penundaan: mereka diberi ~ seminggu utk
menyiapkan kerja itu; minta ~ a) minta tangguh; b) minta cuti; 5.
batas waktu yg tertentu, janji (waktu yg dijanjikan): dia diberi ~
tiga bulan utk menjelaskan baki hutangnya; 6. jangka masa yg
tertentu (berlakunya sesuatu): telur-telur itu menetas dlm ~ sepuluh
hari;
~ dulu bp zaman dahulu, dahulukala; ~ hari a) bp baru-baru ini,
beberapa hari yg lalu; b) bp pd ketika itu, dahulu; ~ lampau panas
(Geog) tempoh cuaca yg luar biasa panasnya, yg berterusan agak
lama;
bertempoh dlm tempoh: kerajaan Jerman menghantar kata dua ~
12 jam kpd Rusia.
tempoh (témpoh) II 1. berhenti dr melakukan sesuatu (bekerja dll), tidak
bekerja lagi; tidak ~ a) = tidak ~nya tidak berhenti-henti, sentiasa;
b) tidak ~ lagi = dgn tidak ~ dgn serta-merta, dgn segera; 2.
beristirahat, berehat, mengaso: bolehlah ~ sebentar, kalau letih; 3.
tidak hadir bekerja (bersekolah dll), cuti: dia dapat ~ sehari; 4. =
waktu ~ = hari ~ waktu (hari) cuti, kelepasan, libur: waktu ~ tahun
baru ini mereka pulang ke kampung; 5. bercuti, berlibur,
berpakansi: pergi ~ ke sebuah tempat peranginan di tepi laut;
menempohkan menghentikan, memerhatikan, membenarkan
(mengizinkan) beristirahat; tidak ~ tangan sentiasa bekerja.
tempoi = ~ bunga sj tumbuhan (pokok yg kayunya dijadikan perkakas
rumah dll), Baccaurea macrophylla.
tempolong sj ketur tempat berludah, peludahan.
temponek (temponék) sj tumbuhan (pokok yg buahnya spt buah nangka
kecil), mendeleka, perian, tampang, tampunih, ta(m)punit,
tempunai, tunjung, Artocarpus rigida.
tempong (témpong)  I ark; menempong melemparkan sesuatu ke
sasarannya, menogan (dlm permainan guli dll).
tempong (témpong) II NS; menempong menolak perahu dr tebing dgn
galah bercanggah.
temporok sebelah tempurung (sj permainan);  porok I.
tempoyak sj pekasam drpd durian utk dibuat sambal dll: sambal hari itu
ialah sambal ~ dan ulamnya buah jering.
tempoyan sj tumbuhan (pokok), Rhodamnia trinervia.
tempua; burung ~ sj burung, cak raya, Ploceus philippinus infortunatus;
kalau tak ada berada (berada-ada), tak akan ~ bersarang rendah
prb tentu ada sebabnya (ada sesuatu yg tersembunyi) maka terjadi
sesuatu hal.
tempuan jalan retas.
tempuh I; bertempuh-tempuh, tempuh-menempuh sl langgarmelanggar
(orang berperang dll), serang-menyerang, serbumenyerbu;
setempuh; ~ lalu, sebondong surut prb adat orang bersahabat
sentiasa semuafakat dan bersatu hati;
menempuh 1. mara melanggar (musuh dll), menyerang, menyerbu
(ke): maka ia pun ~ ke dlm rakyat Pasai yg spt laut itu; 2.
melanggar (angin, ombak, dll), melanda, memukul: sebentar kain
penutup jendelanya berkibar-kibar perlahan-lahan ditempuh
angin; 3. menimpa (kemalangan dll): maka ia pun ditempuh
kemalangan; 4. melalui (jalan dll), mengikut (jalan dll): inilah kali
yg ketiga aku ~ jalan ini; 5. melalui, melintasi: ketika ~ di hadapan
Kuala Singapura itu, Wan Derus telah berkata sesuatu kpd Dah
Jali; 6. berjalan masuk (lalu dll) di tempat yg sulit-sulit,
mengharung (lautan dll), meredah (belukar dll): selang antara
beberapa lamanya ~ hutan rimba yg besar dgn takdir Allah
Subhanahuwataala sampailah kpd suatu padang; 7. sengaja
menghadapi bahaya dll, menanggung kerugian dll, menyongsong
(angin, ribut): dlm masa ~ gelora, ketika kapal itu sedang dijulang
dan dihempas gelombang, beliau sentiasalah sibuk; 8. =
menempuhi mengalami (kesukaran dll), menderita (kesulitan dll):
mereka telah ~ berbagai-bagai kesulitan; ~ hidup; 9. mendatangi
sesuatu tempat (rumah dll), masuk ke, memasuki: kita sekalian
semaksud, secita-cita ~ negeri orang hendak mencarikan perut yg
tidak berisi; 10. = menempuhi memasuki (peperiksaan, ujian, dll),
mengikuti, menyertai (kursus dll): Malaysia baru sahaja ~ ujian
jasmani dlm pesta sukan Asia Tenggara; 11. sudah menamatkan
(pelajaran, persekolahan, dll), mengikuti (kursus dll); 12.
memasuki dan melalui atau mengalami (penghidupan baru,
pekerjaan baru, dll): mulai hari itu mereka berdua ~ penghidupan
baru; 13. melakukan sesuatu yg sukar atau sulit;
penempuhan proses menempuh(i) sesuatu: ~ berbagai-bagai bala
bencana sbg ujian mematangkan usia.
tempuh II Jw sesuatu yg digunakan utk mengganti barang yg
dirosakkan, barang dll sbg ganti;
menempuhkan menyalahkan dan meminta mengganti atau
membayar ganti rugi (kerana merosakkan barang dll);
ketempuhan 1. terpaksa memberi ganti atau membayar ganti rugi
(kerana merosakkan sesuatu); 2. mendapat celaan (cercaan); 3.
mendapat malu kerana kesalahan orang lain.
tempuling sj lembing (tombak) pendek utk menangkap ikan yg besarbesar,
cempuling.
tempunai, tempuni sj tumbuhan (pokok), mendeleka (mendeluka),
perian, tampang, tampaneh, tampunet, tapuret, Artocarpus rigida.
tempur; bertempur 1. berlanggaran, berlaga, bertubrukan: ombak ~; 2.
berkelahi, bergaduh, berjuang, berperang: lalu ~lah mereka dan
beramuk-amuk dgn lebih hebat lagi;
menempur menyerang, melanggar, menempuh;
mempertempurkan 1. menjadikan bertempur, memperlagakan,
mempertentangkan: negara-negara besar ~ negara-negara kecil
utk kepentingan mereka sendiri; 2. memperjuangkan, berjuang utk:
mereka ~ kepentingan bangsa sendiri;
pertempuran perihal bertempur, perkelahian (pergaduhan dll) yg
sengit, peperangan, perjuangan: akhirnya Raja Haji mati dlm ~
ketika menyerang Melaka; ~ sengit perkelahian yg hebat;
penempur alat dll utk bertempur; kapal ~ kapal perang yg besar
yg dilengkapi dgn meriam-meriam besar; pesawat ~ Id kapal
terbang yg dibuat utk bertempur.
tempura sj masakan tradisional Jepun yg dibuat drpd udang, sotong atau
sayur-sayuran yg dicelup dlm bancuhan tepung dan digoreng.
tempuras  temperas II.
tempurung I 1. kulit yg keras pd beberapa jenis buah (terutama kulit
buah kelapa): senduk itu dibuat drpd ~ kelapa; 2. kulit kelapa yg
keras yg dibelah dua (utk bekas air dll), batok, geluk: pengemispengemis
itu menghulurkan ~ mereka kpd orang-orang yg lalu di
depan mereka; 3. sesuatu yg menyerupai tempurung; ~ betina
belahan tempurung yg di sebelah bawah; ~ jantan belahan
tempurung yg di sebelah atas; ~ kepala = ~ otak tulang kepala yg
melindungi otak; ~ lutut tulang bulat pd lutut di sebelah depan,
Patella rotula; ~ rebab badan rebab (biasanya drpd tempurung).
tempurung II; buah ~ sj tumbuhan (pokok yg buahnya berwarna hijau),
buah advokat, Persea gratissima.
tempuyung sj tumbuhan (herba yg dibuat ubat), Nasturtium indicum.
temu I; bertemu 1. berjumpa (dgn), bersua (dgn), tersua: dia ~ dgn anak
muda itu ketika menonton filem; 2. berhadapan muka (dgn),
bersemuka (dgn): terlebih baik aku ~ dgn harimau drpd ~ dgn
bapaku; 3. memperoleh (barang yg dicari dll), mendapat,
menjumpai: ia mencari air tetapi tidak juga ~; 4. = ~ pd (di) ada
di, terdapat di, kedapatan: tidak akan ~ air tawar di kawasan ini;
5. bersambung atau berhubungan menjadi satu (sungai dgn sungai
dll): maka adalah khabarnya hulu Sungai Terengganu itu ~ dgn
hulu Sungai Kelantan; kain panjang yg tidak berjahit ~; 6. cocok
(perkataan dgn perbuatan dll), sesuai, benar-benar berlaku
(ramalan, dugaan, dll), tercapai (cita-cita), berhasil, sampai:
akhirnya cita-citanya itu ~ juga; 7. mendapat bahaya dll, kena: dlm
dunia perkahwinan kau nanti ~ sedikit-sedikit kesulitan dan
masalah;
~ dgn maut meninggal dunia, mati; ~ ketika Kl cukup semusim
(sebulan, seminggu); ~ lutut a) duduk dgn merapatkan lutut; b)
duduk rapat sekali (kerana ramai orang); ~ muka berhadapan
muka, bersemuka; ~ waktu dr satu waktu hingga ke waktu yg sama
pd hari yg lain (dlm sembahyang);
menemu ark mendapat; tak ~ Jh tidak berjumpa;
menemui 1. bertemu dgn, berjumpa dgn: orang-orang yg saya
temui semua peramah; 2. pergi bertemu dgn, mengunjungi,
menziarahi, melawat: aku pergi ~ seorang guru pelatih; 3. =
menemukan berjumpa dgn apa yg dicari dll, mendapat,
mendapati: polis kemudiannya telah ~ kereta yg digunakan oleh
perompak-perompak tersebut; 4. = menemukan mengalami
(kesulitan dll), menderita, merasai: perasaannya masih terlalu
polos dan kurang mengerti akan kemungkinan halangan-halangan
yg ditemui orang lain; 5. mengetahui bahawa ada (apa yg
tersembunyi dll), mengetahui ada, mendapati: kalau dibandingkan
Tuhfat-al-Nafis dgn syair Acheh, kita dapat ~ kesamaan tertentu,
misalnya mengenai peristiwa kematian Raja Haji; 6. bertemu
menjadi satu (bersentuhan dll), menghubungi; 7. ark memenuhi
(undangan dll), menepati: ia tidak pernah ~ janjinya;
menemukan 1. = menemui mendapati, menjumpai: di seluruh
halamanku, tidak kutemukan sekuntum mawar pun; 2. mendapati
atau menjumpai (sesuatu yg tersembunyi, belum diketahui lagi); 3.
mencari sesuatu yg sesuai (cocok, padan): apa yg kita perlukan
ialah ~ kata yg tepat yg sanggup menjelmakan emosi;
mempertemukan 1. membawa (menjadikan) supaya bertemu,
menyemukakan: biarlah engkau tolong ~ saya dgn dia, supaya
saya bermaafan dengannya; Tuhan yg Maha Pengasih akan ~ aku
dgn ayah; 2. memperhadapkan; 3. memperhubungkan,
merapatkan: kedua-dua belah hujungnya dipertemukan; 4.
menyatukan kembali; 5. = ~ jodoh mengahwinkan
(memperisterikan, mempersuamikan);
pertemuan 1. perihal bertemu, perjumpaan: kenangan beliau
kembali kpd ~nya dgn Datuk Bomoh; 2. tempat bertemu
(berkumpul dll): Kuala Lumpur letaknya di ~ Sungai Gombak dgn
Sungai Kelang; 3. perkumpulan, perhimpunan (mesyuarat dll): dia
mengajak orang-orang yg ada pd ~ itu agar bangkit menentang
musuh; 4. pergaulan, persamaan (pendapat dll): aku perlukan
engkau dlm soal menghadapi Kadir, kita banyak ~ pendapat; 5.
perjodohan, perkahwinan: maka tidaklah syak lagi yg ~ itu sukar
berpanjangan;
penemuan 1. perihal menemui atau menemukan: pekebun sayur
itu memberitahu polis mengenai ~ senjata api itu; 2. sesuatu yg
didapati (ditemui): beliau telah membuat beberapa ~ dlm bidang
kimia;
penemu orang yg menemui (alat baru dll); ketemu.
temu II sj tumbuhan (herba yg berumbi yg dijadikan ramuan ubat); jenisjenisnya:
~ giring sj tumbuhan (herba), Curcuma heyneana; ~
hitam = ~ erang = ~ ireng sj tumbuhan (herba), Curcuma
aeruginosa; ~ kunci = ~ kecil sj tumbuhan (herba), dekunci,
merkunci, Gastrochilus panduratum; ~ kunyit = ~ kuning sj
tumbuhan (herba), kunyit, Curcuma domestica; ~ lawak = ~ lawas
= ~ raya sj tumbuhan (herba), Curcuma xanthorrhiza; ~ mangga =
~ putih = ~ kuning sj tumbuhan (herba), kuncur, Curcuma
zedoaria; ~ puteri sj tumbuhan (herba), kencur, Kaempferia
rotunda.
Temuan penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Melayu-
Proto yg tinggal di Selangor, Melaka, Pahang, daerah Muar (Johor)
dan Negeri Sembilan.
temu bual temu ramah, wawancara, interviu;
bertemu bual bertemu ramah, berwawancara;
menemu bual menemu ramah, mewawancara, menginterviu:
wartawan-wartawan sedang ~ Perdana Menteri;
penemubual penemu ramah, pewawancara, penginterviu.
temucut sj tumbuhan (rumpai), cemucup, kemu(n)cup, kemucut,
Chrysopogon aciculatus.
temu duga 1. tanya jawab antara majikan dgn pemohon kerja dll,
interviu; 2. ark tanya jawab antara pemberita dgn seorang tokoh
politik dll (utk mendapat berita dll), temu ramah, temu bual,
wawancara, interviu;
bertemu duga bertanya jawab (antara pemohon kerja dgn
majikan, antara wartawan dgn tokoh politik dll): bila-bila sahaja
dia boleh datang ~ dgn penarik-penarik beca yg benar-benar
tahan lasak itu;
menemu duga menyoal (pemohon kerja, tokoh politik, dll),
menginterviu: lebih drpd seratus orang pemohon telah dipanggil
utk ditemuduga tetapi hanya tiga puluh orang sahaja yg terpilih;
penemu duga orang yg menemu duga (pemohon kerja dll),
penginterviu.
temukuap Kd genap setahun.
temukus kemukus.
temukut melukut, menir, hujung beras.
temulang; tulang-~ seluruh tulang (dlm tubuh);  tulang I.
temu ramah tanya jawab antara pemberita dgn tokoh politik dll (utk
mendapat berita dll), interviu, wawancara;
bertemu ramah bertanya jawab antara pemberita dgn tokoh
politik dll (utk mendapat berita dll), bertemu bual, berwawancara:
para wartawan sedang ~ dgn pendaki-pendaki puncak gunung
Kala Pattar;
menemu ramah membuat (mengadakan, melakukan) temu ramah,
menemu bual, mewawancara, menginterviu: wartawan-wartawan
sedang ~ Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam
Negeri;
penemu ramah orang yg menemu ramah, penemu bual,
pewawancara, penginterviu.
temuras sj tumbuhan (pokok renek), bujang semalam bukit, udang
keladi, Ardisia oxyphylla.
temurun; turun-~ drpd nenek moyang berpindah kpd anak cucu; 
turun I.
temut-temut 1. bergerak-gerak turun naik, terembut-embut, terkemutkemut
(ubun kanak-kanak dll); 2. kumat-kamit (mulut dll).
tenaga 1. kekuatan yg membolehkan seseorang membuat sesuatu
(pergerakan dll), daya: selesai makan, dia kini berenang, seolaholah
dia dapat ~ drpd nasi dan lauk ayam yg telah dijampi oleh
neneknya; 2. kegiatan utk melakukan sesuatu: seluruh ~ rakyat
disalurkan utk meninggikan ekonomi negara; 3. = ~ pekerja orang
yg bekerja, orang yg mengerjakan sesuatu, kakitangan: wanita
ialah ~ manusia yg merupakan harta terpendam yg belum dihargai
sepenuh-penuhnya;
~ atom = ~ nuklear (Fiz) tenaga yg terhasil drpd tindak balas atom
atau nukleusnya; ~ batin a) keupayaan melakukan hubungan seks;
b) kekuatan yg timbul drpd wujudnya daya jiwa atau semangat
juang dlm diri seseorang, kekuatan batin: dgn ~ batin yg baru,
mereka sanggup melepaskan diri dr tradisi yg nampaknya semakin
kuat mengikat kaum penulis kita; ~ baru orang-orang (yg akan
memberi tenaga mereka) baru; ~ buruh seluruh pekerja; ~ elektrik
tenaga yg dihasilkan oleh kuasa elektrik; ~ gerak tenaga yg
terdapat pd sesuatu yg bergerak (air yg mengalir dll); ~ ikatan
(Kim) tenaga yg diperlukan utk memutuskan ikatan dlm molekul;
~ kimia (Kim) tenaga yg dimiliki oleh sesuatu bahan kimia, yg
akan dibebaskan semasa tindak balas kimia; ~ kinetik (Fiz) tenaga
yg ada pd sesuatu jasad akibat pergerakannya; ~ kuda bp kuasa
kuda; ~ nuklear tenaga atom; ~ pengajar orang yg ahli atau
berkelayakan utk mengajarkan sesuatu mata pelajaran, bidang
ilmu, kemahiran dsb; ~ pengaktifan (Kim) tenaga yg perlu diatasi
oleh bahan tindak balas sebelum tindak balas berlaku; ~ pengionan
(Kim) tenaga minimum yg diperlukan utk menyingkirkan satu
elektron dr satu atom atau ion gas; ~ sawat tenaga pd sesuatu
mesin; ~ sinaran (Fiz) tenaga yg dipancarkan dlm bentuk sinaran
(terutama sinaran elektromagnet); ~ suria tenaga yg diperoleh drpd
matahari, iaitu tenaga cahaya, tenaga ultraungu dan tenaga haba; ~
wap tenaga drpd wap;
bertenaga 1. mempunyai (memperlihatkan) tenaga, ada tenaganya,
berkekuatan, berdaya: dia tidak ~ utk membuat kerja itu; penulis
yg dikira kurang ~ dlm penghasilan kreatif; memperkemas gaya
pengucapan agar lebih ~; 2. rajin, giat (bekerja dll).
tenahak ark kecewa.
tenak sj ikan laut, Sphyraena spp.
tenam sj tumbuhan (pokok), damar mata kucing, mersawah merah,
Anisophyllea costata.
tenang 1. tidak berkocak, tidak berombak (air, laut), teduh (angin, ribut,
dll): ~ bagai air dlm kuali; laut yg biasanya bergelora telah
bertukar menjadi ~; 2. tidak gelisah (runsing dll), tidak kacau atau
rusuh (hati, fikiran, dll), aman dan tenteram (keadaan): ~
fikirannya; ia duduk dgn ~; setelah keadaan menjadi ~, mereka
pun kembali ke kota; ~-lenang tenang sekali;
bertenang, bertenang-tenang mengerjakan sesuatu dgn tenang
(tidak terburu-buru, tidak tergesa-gesa): dia harus ~ utk
menghadapi peperiksaan; Aini yg sedang bertenang-tenang itu
tidak menghiraukan apa yg dikatakan oleh ibunya;
menenangkan menjadikan tenang, menenteramkan, meredakan:
beliau mencuba ~ fikirannya;
~ fikiran (perasaan) a) menjadikan fikiran tenang, menenteramkan
fikiran (perasaan) yg susah; b) mengheningkan cipta, bersemadi,
bertafakur; ~ hati menenteramkan hati;
ketenangan perihal tenang, keamanan, ketenteraman;
penenang (sesuatu) yg menenangkan: ubat ~ jiwa.
tenang (ténang); menenang membidik, memitar.
tenar 1. sl huru-hara, gaduh, gempar, hingar bingar, rusuh: ~lah bunyi
sumpah seranahnya akan Pak Pandir serta dilutunya umpama
tebuan pecah sarangnya; 2. terkenal, masyhur, ternama: beliau
seorang pengarang yg telah cukup ~ namanya di ibu kota.
tenat 1. letih lesu, penat sekali: nafasnya pendek-pendek tanda ~; 2.
keras, kuat, teruk (sakit dll): mereka terpaksa pulang kerana orang
tua mereka sakit ~; 3. ki tidak berkembang dan mengalami
kerugian atau kemelesetan yg sangat teruk sehingga boleh
menyebabkan kebangkrapan, krisis ekonomi dsb (bkn ekonomi,
perniagaan, kewangan dsb): kedudukan kewangan syarikat itu
masih ~; ekonomi negara yg ~ menyebabkan ramai pekerja
kehilangan pekerjaan;
ketenatan perihal atau keadaan tenat.
tenda (ténda) 1. kain mota utk membuat khemah di kapal (perahu dll),
kain kanvas; 2. khemah, ceteri; 3. langit-langit (pd katil dll); 4.
atap (kap) kereta (beca dll): tukang-tukang beca menurunkan ~ di
depan becanya.
tendang sepak (dgn kaki), depak, terajang;
~ duyung keadaan apabila kedua-dua kaki serentak turun bengkok
dan naik lurus semasa berenang dgn gaya kuak kupu-kupu; ~
pusaka Kl mati (ayam); ~ terajang menyepak dgn kedua-dua belah
kaki; ~ tumit mendepakkan tumit;
bertendang saling menerajang (mendepak): bertumbuk ~ spt
anjing dgn kucing;
menendang 1. menyepak, mendepak, menerajang: ditendangnya
pintu rumah itu dgn sekuat-kuat hatinya; 2. bp mengusir (dr
persatuan dll), memecat (dr jawatan dll): mereka ditendang keluar
kerana melanggar disiplin parti; 3. mendesak kuat-kuat, menolaknolak:
buah dadanya yg tegang ~ colinya;
tendangan hasil perbuatan menendang, sepakan (bola dll): dia
tercampak ke sudut gelanggang oleh suatu ~ kencang drpd
Umbang;
~ bebas tendangan percuma; ~ penjuru tendangan dr sudut padang
yg dibuat setelah bola disepak melepasi garisan selari dgn pintu gol
pasukan lawan (bola sepak); ~ percuma tendangan yg diberikan
kpd sesuatu pasukan apabila pasukan lawan melakukan kesalahan
(dlm bola sepak);
penendang orang yg menendang.
tendas sl kepala;
menendas memenggal (memancung, memotong) kepala: lalu
ditendasnya kepala Merga Paksi.
tendens (téndéns) IB kecenderungan, tendensi.
tendensi (téndensi) kecenderungan (terhadap sesuatu): cerita yg ~nya
dikatakan memusuhi rakyat dan memusuhi perdamaian; Usman
Awang memperlihatkan ~nya ke arah memperkembangkan cerita
melalui aksi dramatik;
bertendensi mempunyai atau menunjukkan kecondongan
(kecenderungan), berkecenderungan: selain drpd itu banyak lagi
syair yg ~ spt itu.
tender (ténder)  I IB gerabak kereta api (utk membawa minyak, air,
arang, dll).
tender (ténder)  II tawaran utk membuat sesuatu pekerjaan atau
membekalkan barang dgn menyatakan sekali harga atau bayaran
yg dikehendaki: syarikat kerjasama kilang kertas dan baja Malaya
telah pun mengeluarkan ~ utk membuat kilang itu;
menender membuat tender: kementerian telah ~ kerja
membekalkan perabot pejabat kpd beberapa firma;
penenderan perihal (proses, usaha atau tindakan) menender;
penender orang (pihak dsb) yg membuat atau memberi tender;
petender orang (syarikat dsb) yg mendapat tender.
tendon (téndon) (Bio) serat tisu yg kenyal yg menyambungkan otot dgn
tulang.
tener (ténér) Kl sj tumbuhan, petola, Luffa spp.
teng (téng)  I bp 1. kereta kebal, kereta perisai; 2. Id tangki (tempat
menyimpan minyak benzin dll).
teng (téng) II tanglung, lentera.
teng (téng) III bunyi spt bunyi loceng dll; ting.
teng (téng) IV Kd, bp mengatasi, melebihi, menandingi.
tengadah memandang ke atas, lwn tunduk: kemudian ~ ia ke langit;
tunduk ~ a) sebentar tunduk sebentar memandang ke atas; b)
berfikir dgn sungguh-sungguh, bekerja dgn tekun;
menengadah memandang ke atas, mengangkat kepala (tidak
menunduk): aku ~ ke atas ke siling kamar; ~ matahari ki
menentang pemerintah (pembesar);
~ membilang layas, menangkup membilang lantai prb hendaklah
difikirkan masak-masak sebelum membuat sesuatu pekerjaan;
menengadahkan; ~ kepala (muka) mengangkat kepala (muka)
melihat ke atas, mendongakkan muka (kepala).
tengah 1. tempat (titik dll) yg letaknya di antara dua tepi (batas, benda,
dll), bahagian di antara hujung dgn pangkal, lwn tepi (hujung): ia
berdiri di ~ bukan di tepi; di ~ jalan mereka itu berdiri pula
sejurus sambil melayangkan mata ke sana ke mari; 2. seperdua dr,
separuh: hingar bingar itu terus-menerus hingga ke ~ malam; ~
dua satu satu perdua; ~ dua puluh lima belas; 3. di dalam, di antara
(masyarakat dll), di kalangan: ia lebih suka bekerja diam-diam dan
tidak suka mencari nama di ~-~ orang ramai; 4. dalam: ikan
haruan di ~ sawah dan kuang di ~ rimba tidak selalu galak; 5.
(anak dll) di antara yg sulung dan yg bongsu: yg tua laki-laki
Baginda Mani Parindan dan yg ~ Raja Akar Muluk Syah
namanya; 6. sedang (melakukan sesuatu), dlm pd itu, pd waktu
(ketika) itu: Sultan Mahmud pun ~ santap;
~ berat sedang sarat (orang mengandung); ~ hari lebih kurang
pukul 12 siang; ~ harungan di tengah laut; ~ malam lebih kurang
pukul 12 malam; ~ naik a) matahari mulai tinggi (lebih kurang
pukul 9 pagi); b) sudah mulai besar (anak yg berumur lebih kurang
15 tahun); ~ rumah = ~ ruang bahagian rumah yg di dalam; ~
tapak bayang ketika matahari tepat di atas kepala; ~ tubuh separuh
umur; ~ turun lebih kurang pukul tiga petang;
ke tengah 1. menuju (menghala, mengarah) tengah; 2. ki ke
pengetahuan orang ramai, ke khalayak ramai: tidak apa-apa pun
keterangan yg boleh dibawa ke tengah; (boleh) dibawa ~ a) boleh
diadukan; b) boleh didengar (dilihat dll); (boleh) ~ ke tepi ki dapat
menyesuaikan diri; menjadi perantara dlm perselisihan dll,
mendamaikan (orang yg berbantah, bertengkar, dll), mencampuri
(perbualan orang dll);
mengetengahkan 1. membawa ke tengah: ~ perahu; 2.
memberitahu kpd, mengemukakan (usul, cadangan, dll),
mengutarakan, memajukan: terasa mahu hendak ~ perkara itu; 3.
menampilkan ke muka, menonjolkan, mengemukakan: beliau
sebenarnya seorang pengarah yg boleh diketengahkan; 4.
mengadukan kpd (hakim, pengadil, dll);
setengah 1. separuh, seperdua: luasnya tanah itu ~ ekar; bekerja ~
hari; 2. tidak sempurna, tidak sepenuh-penuhnya, tidak ... betul; 3.
bp kurang waras fikirannya (otaknya, akalnya), agak gila:
bercakap merepek-repek tidak tentu hala spt percakapan orang ~;
4. setengah-setengah;
~ hati tidak dgn sungguh-sungguh hati; ~ masak a) belum masak
betul (tentang buah-buahan dll); b) ki orang yg tidak mempunyai
pengetahuan yg cukup atau luas; ~ mati hampir akan mati; ~
mengerti tidak mengerti betul-betul; ~ rasmi tidak rasmi benar; ~
tiang ki agak gila; ~ umur (baya, tua) kira-kira berumur 35-40
tahun;
setengah-setengah 1. beberapa (orang dll), sebilangan
(sebahagian) daripadanya, sesetengah: sesudah sembahyang
maghrib ~ orang berangkat pulang, ~ pula duduk berzikir; dlm
bahasa Melayu vokal di akhir ~ kata dan kata pinjaman
dibunyikan sbg a tetapi yg lain sbg e pepet; 2. tidak dikerjakan
(diselesaikan) dgn sempurna, kepalang, kepalang tanggung,
tanggung-tanggung: kalau bekerja hendaklah betul-betul jangan ~;
sesetengah beberapa (orang dll), sebilangan (sebahagian)
daripadanya, setengah-setengah;
bertengah sl naik dll setengah (gunung dll): baru kira-kira ~
gunung itu, maka tidaklah ternaiki lagi oleh segala mereka;
menengah 1. menuju (menghala) ke tengah, pergi ke tengah: dr
pinggir ia ~; 2. yg di tengah-tengah, sedang (tidak besar dan tidak
kecil);
anak ~ anak yg di tengah-tengah (ada kakak dan adiknya);
pegawai ~ pegawai yg pangkatnya antara pegawai tinggi dgn
pegawai rendah; sekolah ~ sekolah yg peringkatnya antara institusi
pengajian tinggi (spt universiti dsb) dan sekolah rendah; ~ tulang
bumbungan (punggung) prb Mn mahal tidak murah pun tidak
(harga);
menengahi mengantarai (mendamaikan, meleraikan) perselisihan
dll, mengetengahi: ia datang ~ pertengkaran itu;
tengahan = wang ~ Id setengah rupiah (suku);
pertengahan 1. tempat (titik waktu dll) yg di tengah-tengah atau
kira-kira di tengah-tengah: maka pd ~ jalan itu, bertemulah ia dgn
suatu sungai; pd ~ tahun tujuh puluhan pd tahun 1975 (mungkin
juga pd lewat tahun 1974 atau awal tahun 1976); 2. setengah atau
separuh (melakukan sesuatu): hatta sedang ~ bendahara makan,
Raja Kedah pun datang; 3. bp sedang: dia ~ makan sekarang; 4.
tidak berapa tinggi dan tidak rendah dll, sedang, sederhana: bukit
itu ~, tidak terlalu tinggi, tidak terlalu rendah; 5. sama banyak,
rata-rata;
penengah 1. yg terletak di tengah-tengah; 2. perantara, pelerai,
pendamai (dlm perselisihan dll).
tengak Mn hilang akal, bingung.
tengalan sj ikan darat, temengalan, Puntius bulu.
tengar sj tumbuhan (pokok yg kulitnya digunakan utk menyamak jaring,
kulit binatang, dll), Ceriops tagal; ~ hutan sj tumbuhan (pokok),
medang pengam, Ternstroemia bancana.
tengara Jw semboyan (bunyi kentungan dll), alamat, tanda.
tengari Jk tengah hari.
tengas sj ikan darat, kejur, Acrossocheilus hexagonolepis;
~ daun sj ikan darat, daun, Acrossocheilus deauratus.
tengat Kl, bp jimat (dlm membelanjakan wang dll), cermat, hemat.
tenggak I; menenggak meneguk (air, ubat, dll), menelan (makanan, pil,
dll).
tenggak II Kd (pd) ketika, (pd) waktu, masa.
tenggala sj alat utk menggemburkan dan membalikkan tanah, bajak,
luku; toleh ~ sl waktu pagi lebih kurang pukul 8-11;
menenggala membajak (tanah) dgn tenggala, meluku: pergilah
anakku sembunyikan kerbau orang yg ~ di bendang itu barang dua
ekor;
penenggala orang yg menenggala, pembajak.
tenggalung I musang ~ sj musang, Viverra tangalung;
tenggalung II pagar ~ pagar yg melengkung di buritan sesetengah
perahu.
tenggalung III Kd punggai, baling, lontar (orang, dsb).
tenggan; bertenggan Jh berketak (pd kulit leher) kerana gemuk.
tenggang (ténggang) 1. tempoh atau waktu (yg diberikan utk berfikir,
berikhtiar, berusaha, dll), batas waktu; 2. daya upaya (utk
melepaskan diri dr bahaya dll), ikhtiar, usaha; 3. ark sama
bahagiannya;
~ daya tempoh atau waktu yg diberikan utk berikhtiar (berusaha
dll); ~ hati, ~ rasa menjaga hati (perasaan) orang lain supaya tidak
tersinggung; ~ tangguh waktu yg diberikan utk bertangguh,
tempoh; ~ waktu Id batas waktu (dlm perjanjian dll); habis ~ dan
(dgn) kelakar prb Mn habis akal dan budi bicara;
bertenggang 1. berdaya upaya (utk mendapatkan pinjaman wang,
pertolongan, dll), berikhtiar, berusaha: dia menjadi bodoh dan
tidak dapat ~ sendiri; 2. bertolak ansur (dgn kawan), ingatmengingati,
bermuafakat, berunding: dia dapat ~ dgn kawankawannya;
3. beringat-ingat (dlm hal membelanjakan wang),
berhemat, berjimat;
bertenggang-tenggangan = tenggang-menenggang saling
mengingati (perasaan, kepentingan, dll orang), hormatmenghormati,
bertolong-tolongan, bantu-membantu: masingmasing
ingin lekas-lekas dan dahulu-mendahului saja dgn tidak
ada tenggang-menenggang lagi;
menenggang, menenggangkan 1. mempedulikan (perasaan,
kepentingan, dll orang lain), mengendahkan: si isteri sudah pandai
membawakan perangai dan kelakuan suami, tahu ~ hatinya; 2.
mengingat atau memandang (akan), menimbangkan, memikirkan:
pelacur juga adalah manusia yg ~ nasib dan takdirnya;
mempertenggangkan 1. mengendah akan, mengambil tahu akan,
mempedulikan, mempertimbangkan: segala-galanya harus
dipertenggangkan sebelum dibuat keputusan; 2. mencermatkan
perbelanjaan dll, menyesuaikan pendapatan dgn pengeluaran,
menghematkan, menjimatkan: kalau pendapatan itu kecil
perbelanjaan hendaklah dipertenggangkan; 3. menjaga perasaan
(hati orang) supaya jangan tersinggung: anak dipangku,
kemanakan dibimbing, orang kampung dipertenggangkan;
tertenggang diikhtiarkan atau diusahakan, ditimbangkan atau
difikirkan baik-baik: tidak ~ lagi habis ikhtiar dan budi bicara
(tidak dapat berbuat apa-apa lagi).
tenggar Jw luas, lapang, lebar.
tenggar (ténggar) Mn angkat;
menenggar mengangkat; ~ sauh mengangkat sauh.
tenggara mata angin di antara timur dgn selatan; angin ~ angin yg
bertiup dr sebelah tenggara; (angin) ~ mandi angin kencang dr
tenggara; musim ~ musim tengkujuh (dr bulan April hingga bulan
Oktober);
menenggara ke sebelah tenggara; selatan ~ mata angin di antara
selatan dgn tenggara; timur ~ mata angin di antara timur dgn
tenggara.
tenggarung Jh dapur drpd tanah liat, cengkeran, anglo.
tenggat I ark batas waktu, had, hingga.
tenggat II; menenggat mengganggu, menghalang (pekerjaan dll).
tenggayung sj tumbuhan (pokok yg kayunya dijadikan perkakas rumah),
Parartocarpus trianda.
tenggek (tenggék); menenggek menampi (dgn nyiru dll).
tenggek (ténggék)  I; bertenggek, menenggek 1. duduk di tempat yg
agak tinggi (burung di atas dahan dll): dia duduk bertenggek di
atas anak tangga utk melepaskan lelahnya; 2. terletak miring (topi
di kepala dll), teleng, senget: songkok hitam drpd baldu yg mahal
harganya menenggek di atas kepalanya; 3. ki sentiasa menumpang
dll pd orang lain, menebeng;
menenggekkan meletakkan sesuatu di atas tempat yg agak tinggi:
balang itu ditenggekkannya di penjuru lambur;
tertenggek 1. dgn tiba-tiba bertenggek; 2. terletak di tempat yg
tinggi; 3. terletak senget sebelah, terteleng: di kepalanya ~ songkok
hitam;
tenggekan, penenggek tempat bertenggek, tenggeran.
tenggek (ténggék)  II; akar ~ kerau sj tumbuhan (pokok renek), akar
merah (sakalat), bunga akar setebal, sembelit jangau, semelit
papan, Connarus ferrugineus.
tenggelam 1. masuk terbenam ke dlm air dll, kelelap, lwn timbul: perahu
itu ~ dipukul ribut; 2. masuk air dan karam (perahu, kapal, dll):
telah datang ke laut Selan, hujan tiada, ribut tiada, tiba-tiba kapal
itu dgn segala isinya ~; 3. masuk atau terbenam (matahari): setelah
matahari ~ maka mereka pun meneruskan perjalanan; 4. ki
menusuk masuk (senjata tajam spt pisau, keris, dll), menoblos,
membenam: separuh mata parang itu ~ ke dlm lehernya; 5. ki
terjerumus atau termasuk ke dlm (keadaan yg buruk, kesengsaraan,
dll): ~ dlm hutang; kenyataan itu membuat aku ~ dlm keraguan; 6.
ki sangat asyik (hingga terlupa akan yg lain), mabuk: mereka ~ di
dlm angan-angan dan rungutan hati masing-masing; 7. ki hilang
atau lenyap (oleh sesuatu): suara pemuda tadi ~ di dlm suasana yg
bising di situ;
~ punca menjadi bingung; ~ timbul a) sekejap tenggelam sekejap
timbul; b) ki sekejap muncul (ada, kelihatan, jelas, terang dsb)
sekejap hilang (tiada, perlahan dsb): suaranya ~ timbul; mati ~
mati lemas (dlm air);
untung sabut timbul, untung batu ~ prb untung-untungan
mengerjakan sesuatu (jika untung baik, jika nasib malang binasa);
yg disuruh ~, yg menyuruh pun ~ prb orang yg lebih malas disuruh
mengerahkan orang yg malas (sia-sia belaka akhirnya);
menenggelami 1. membanjiri atau menggenangi (tentang air dsb):
kawasan-kawasan yg rendah telah ditenggelami air; 2. ki
menyebabkan lenyap atau hilang: tempik sorak gembira rakyat
Asyur ~ rintihan dan tangisan tawanan tersebut;
menenggelamkan 1. membenamkan ke dlm air dll: rakyat
Belanda dr abad ke abad berjuang melawan ancaman air laut yg
hendak ~ buminya; 2. menjadikan karam (kapal dll),
mengaramkan, mengelebukan: di Selat Sunda, di Selat Bali, kapalkapal
selam Jepun ~ mangsanya; 3. ki menjadikan tidak
kedengaran (kelihatan dll), menghilangkan, menghapuskan,
melenyapkan: suara Kak Putih lantang ~ suara yg lain;
penenggelaman perihal (perbuatan, tindakan) menenggelamkan.
tenggelung Kd sj hantu yg tidak berkepala, penanggalan.
tengger (ténggér); bertengger duduk pd tempat yg ketinggian (burung di
atas dahan dll), bertenggek: seekor gagak tua ~ di hujung ranting
kering;
tenggeran (bilah dll) tempat burung bertengger dlm
sangkar;sangkar emas ~ suasa prb laki-laki yg menunggu isterinya
(kekasihnya) dgn rumah yg bagus serta cukup alat perkakasnya.
tenggiling sj binatang yg bersisik dan yg panjang muncungnya utk
memakan semut dan anai-anai, Manis javanica; atap batu sisik ~
atap genting yg susunnya spt sisik tenggiling.
tenggiri sj ikan laut, Scomberomorus spp.; jenis-jenisnya: ~ batang sj
ikan tenggiri, Scomberomorus commersonii; ~ bunga = ~ papan sj
ikan tenggiri, Scomberomorus guttatus; ~ kikus = ~ musang sj ikan
tenggiri, Scomberomorus lineolatus.
tenggorok, tenggorokan kerongkong; batang ~ saluran udara dr halkum
ke paru-paru.
tengguk Jh; menengguk menyiasat.
tenggul Pr; bertenggul bertelut, berlutut.
tengguli I sj tumbuhan (pokok), raja kayu, Cassia fistula (javanica).
tengguli II Mn 1. air gula, gula kelapa yg dicairkan; 2. air tebu yg sudah
dimasak, ceng; bak ~ ditukar cuka prb Mn kejadian yg bertukar
drpd suatu keadaan yg menggirangkan kpd yg menyedihkan (yg
senang kpd yg susah).
tenggulung senggulung.
tengik 1. bau atau rasa yg tidak sedap (bau minyak kelapa yg sudah lama
disimpan dll), pering; 2. ki berbau busuk, terlalu jahat (kelakuan
dll); 3. ki sangat tajam (perkataan), sangat kejam (perbuatan),
sangat zalim.
tengil Jw ark; menengil menyembul (menonjol) sedikit.
tengin Pr sangat bodoh, dungu.
tengit tengik.
tengka Ph antara, jarak;
menengka menjadi perantara (orang berunding dll), mengantarai.
tengkalak I sj lukah panjang (bentuknya spt piramid).
tengkalak II baluk kayu yg dipasangkan di atas tiang layar.
tengkalang sj rengkiang kecil yg bertiang tinggi.
tengkaluk biji mangga dll yg masih muda dan boleh dimakan.
tengkam I ark ukuran berat emas (6 kupang atau 14.18 gram).
tengkam II Jh cengkam.
tengkang I sela di antara kedua-dua belah mata.
tengkang II; akar ~ merah sj tumbuhan (pokok memanjat), getah gerip
putih, akar segerang, akar tengkah putih, Willughbeia flavescens.
tengkar I bantah, cekcok, selisih; ~ dan selisih berbagai-bagai
percekcokan (perselisihan); ~ hati dlm perselisihan (percekcokan);
bertengkar berbantah, berbalah, bercekcok, bertaki, bertikai: dia
selalu mendengar emak dgn abangnya ~ pasal adat;
bertengkaran saling bertengkar, berbantahan, bercekcokan;
menengkari membantahi (pendapat orang dll), menyanggahi;
menengkarkan, mempertengkarkan memperebutkan sesuatu
dgn bertengkar, memperbantahkan, mempercekcokkan: apakala
tanah itu telah didaftarkan tetaplah tanah itu menjadi hak miliknya
dan tiada siapa boleh mempertengkarkannya;
pertengkaran perihal bertengkar: rundingan telah membawa kpd
~ dan ~ pula membawa kpd perkelahian.
tengkar II = penengkar Mn tidak mahu menurut kata (nasihat orang
dll), degil,keras kepala, tegar hati; anak ~ anak yg keras kepala.
tengkarah Mn perselisihan (pertentangan) pendapat, pertengkaran.
tengkarap Jh, Mn rosak semuanya, binasa (tentang musuh dll), jahanam,
musnah;
menengkarapkan 1. merosakkan semuanya, membinasakan,
memusnahkan; 2. ki menurunkan pangkatnya, menjatuhkan dr
kedudukannya (raja, pembesar, dll).
tengkaras sj tumbuhan (pokok yg menghasilkan kayu gaharu), karas,
kekaras, kayu gaharu, Aquilaria malaccensis.
tengkawang sj tumbuhan (pokok yg menghasilkan minyak tengkawang),
membatu sengkawang, damar laut, Isoptera sumatrana.
tengkek (téngkék) sj burung (bulunya berwarna biru).
tengkel (téngkél)  tahi  yg  berbutir-butir (tahi kambing dll), gentel, pil,
untal;
bertengkel-tengkel bergugus-gugus (buah-buahan).
tengker (téngkér) ark tengger.
tengkerong (tengkérong)  sj  ikan  laut,  gelama  jarang  gigi,  jegigi,
Otolithes ruber.
tengkes (téngkés)  ark 1. bantut (orang, binatang, dll), kerdil; 2. kecil
sebelah (jika dibandingkan dgn pasangannya).
tengking 1. bunyi yg nyaring dan keras (spt bunyi ringkik kuda dll); 2.
suara yg tinggi dan keras (suara orang marah, membentak, dll),
bentak: abang Anuar selalu kena ~, marah dan hamun kalau dia
tidak dapat menjawab soalan ayah; ~ herdik bermacam-macam
bentak dan hamun, berbagai-bagai herdikan;
bertengking 1. berkata dgn suara yg tinggi dan keras (membentakbentak,
mengherdik, dll); 2. bertengkar, berbantah;
menengking 1. berkata-kata dgn suara yg keras; 2. memarahi dgn
suara yg keras, membentak, mengherdik: janganlah ditengking
herdik dia kerana kesalahan yg kecil;
tengking-menengking saling menengking;
tengkingan kata-kata yg kasar dan keras, bentakan, herdikan.
tengkoh (téngkoh) C candu yg dimasak.
tengkolok 1. sj kain penutup kepala, bulang hulu, destar, setangan
kepala, tanjak; ~ alang destar yg lilitnya rendah; 2. sj kain penutup
kepala atau selubung (drpd sutera dll) yg dipakai oleh wanita;
bertengkolok memakai tengkolok: kepala yg gondol tidak ~.
tengkorak I tulang kepala (yg mengandungi otak), batok kepala,
tempurung kepala.
tengkorak II; ~ biawak sj tumbuhan (pokok), babi kurus, jenjagung,
ketiak, limau hutan, melaman, memali, mentua kemenyan, rejang,
Acronychia laurifolia; ~ lang a) sj tumbuhan (pokok), pokok
madu, Aglaia argentea; b) sj tumbuhan (pokok), balun hijau,
gerenggong, kedondong hutan, kerantai, Aglaia griffithii; c) sj
tumbuhan (pokok), tengkohalang, Aglaia kingiana.
tengku I gelaran bangsawan Melayu (anak atau keturunan raja); ~
mahkota putera mahkota (di Johor dan di Pahang), bakal sultan,
raja muda;
bertengku memakai kata tengku.
tengku II; ~ lolah = ~ olah sj ikan darat, Mystus wyckii.
tengkujuh musim hujan (lebat): segala persiapan telah pun dibuat utk
menghadapi bahaya musim ~ nanti.
tengkuk I 1. bahagian leher yg di sebelah belakang, kuduk; alur ~ =
lubang ~ lekuk pd kuduk; bulu ~ a) bulu yg tumbuh pd kuduk; b)
surai (kuda, singa); pusar ~ = mata punai ~ kuduk yg di sebelah
atas (di bawah rambut); 2. bahagian pd sesuatu benda (tangkai padi
dll) yg menyerupai kuduk: bajunya baldu ~ kuning.
tengkuk II; ~ biawak sj tumbuhan (pokok renek), keduduk gajah,
kerapak rimau, lidah buaya, pakar rimba, panghong, senduduk
gajah (hutan), Alomorphia malaccensis.
tengkulak Jw pedagang yg memborong hasil bumi (buah-buahan dll) utk
diperdagangkan, peraih.
tengkurap menelungkup, meniarap, telangkup, telungkup, tertiarap:
jatuh ~;
menengkurapkan menelungkupkan, meniarapkan.
tengkurup tengkurap.
tengkuyung sj siput yg kulitnya berwarna (biasanya digunakan utk
menggerus kain), Murex rarispinus.
tengok (téngok); tengok-tengok tiba-tiba, tut-tut, tup-tup;
menengok 1. pergi atau datang hendak melihat (mengetahui),
melihat, memandang: pd suatu pagi spt biasa aku pergilah ~ tuar
dan perangkap; 2. melihat pertunjukan dll, menonton: selalu dia
mempelawa Ida ~ wayang; 3. melawat (orang sakit dll),
menjenguk; hari-hari dia pergi ~ adiknya di rumah sakit; 4.
melihat buruk baiknya (nasib dll), menilik, meramalkan; 5. bp
berjumpa, bertemu: sekarang saya sudah lama tidak ~ dia;
tertengok menengok (melihat) dgn tidak sengaja: kalau Cikgu
Hamidah ~ lukisanmu itu, macam mana?
tengu Jw tungau.
tenguh bunyi lembu; lenguh I.
tengung; ~-tenging lalai akan kewajiban (tanggungjawab dll), pangling.
tenik sj tumbuhan (pokok), kayas, kenik, ipuh batang, pokok ipuh, ternik,
Antiaris toxicaria.
tenis (ténis) sj permainan yg dimainkan (oleh dua atau empat orang) dgn
memukul bola dgn raket, permainan bola tampel; ~ meja Id
pingpong.
tenjak 1. menirus ke atas, meruncing (tentang destar, tengkolok, dll); 2.
meningkat naik (jalan dll);  tanjak I.
tenjak (ténjak) tenjet.
tenjet (ténjét);  bertenjet-tenjet berdiri (berjalan) dgn hujung jari kaki,
berjengket.
tenok (ténok) Mn; menenok membidik, memitar.
tenong (ténong) I Jw sj bakul yg bundar bentuknya dan bertutup tempat
menyimpan makanan.
tenong (ténong) II Tr sj mangkuk tingkat utk mengisi makanan.
tenor (ténor) (Muz) 1. nada suara yg tertinggi bagi lelaki dewasa; 2.
nyanyian dgn nada suara yg tertinggi bagi lelaki dewasa; 3.
penyanyi lelaki yg menyanyi dgn nada suara lelaki yg tertinggi.
tension (ténsion)  bp  perasaan  tertekan  yg  menimbulkan  rasa  cemas, 
bimbang, tidak tenang, dsb disebabkan faktor tertentu: selain dapat
melepaskan ~, dapat juga pengalaman baru; duduk-duduk begini
sambil mendengar cerita dapat juga menghilangkan ~.
tentakel (téntakel)  (Bio)  cuaran  mudah  lentur  yg  terdapat  pd  tubuh
haiwan tertentu spt siput dan sotong, berfungsi sbg reseptor deria,
penangkap makanan dsb.
tentamen (téntamén)  IB  peperiksaan  permulaan  dlm  sesuatu  mata
pelajaran (utk mahasiswa universiti dll).
tentampan tetampan.
tentang 1. = di tentang berhadapan dgn, betul-betul di depan (di muka),
dekat di sebelah ..., berseberangan dgn: ~ sebuah potret yg
tergantung di dinding ia berdiri diam-diam, memandang tenangtenang;
2. lurus di atas, tepat di atas: surat drpd Khadijah, yg
mengaku sahabat Hayati ini, laksana sebuah bom yg meletus di
tentang kepalanya; 3. lebih kurang pd, kira-kira pd (di): maka Upu
Daing Perani pun kenalah peluru meriam ~ dadanya; 4. =
tentangan Mn terhadap, berkenaan: mereka memberikan
perhatian ~ Bahasa Kebangsaan; 5. hal ..., perkara ...: kedua-dua
syeikh itu berbahas ~ masalah akyan sabitah; 6. berkenaan dgn,
berkaitan dgn, darihal, mengenai: Datuk Ujang sendiri masih
samar-samar ~ apa yg dimaksudkan oleh kata-kata gadis itu; 7.
akan ..., dlm hal: buku ini tidaklah lengkap, sama ada ~ isi baik
pun ~ penjelasan isinya; di ~ langit, langit, di ~ bumi, bumi prb
orang yg lemah sekali dan tiada tempat berharap;
setentang berhadapan benar dgn, betul-betul di hadapan (di atas):
rumah dia ~ benar dgn rumah saya;
bersetentang, bersetentangan berada betul-betul berhadapan (di
atas): beliau mengangkat mukanya dan memandang muka bapanya
yg ~ di hadapannya;
bertentang 1. berhadapan (dgn), bertemu hadap: dia berdiri tegak
~ dgn muka pintu yg terkatup rapat itu; 2. menghadap (ke),
menghala (ke): buat jalan dr bawah tanah itu sampai ~ ke bawah
rumahnya itu; ~ mata a) berhadapan muka, berpandangpandangan;
b) bertemu muka;
bertentangan 1. = ~ dgn = bertentang-tentangan berhadaphadapan,
berhadapan: dia duduk ~ dgn aku; 2. sl berdekatan dgn:
setelah itu maka sampailah kapal itu ~ dgn Gunung Sailan; 3.
berlawanan (arah, kedudukan, dll): arah yg ~; sudut yg ~; 4.
berlawanan, bermusuhan: mungkin kita dgn mereka kadangkadang
bergaduh dan ~, tetapi dgn mereka juga kita mesti makan,
bekerja serta bermain-main; 5. tidak sesuai (cocok, selaras) dgn,
bersalahan dgn: tiap-tiap kebebasan seseorang itu akan ~ dgn
kebebasan seseorang yg lain; 6. berselisih (faham, pendapat, dll):
kami berdua jarang ~ pendapat;
menentang 1. memandang tepat-tepat pd, menatap: rupanya pun
terlalu amat elok spt bulan purnama, gilang-gemilang, tiada dapat
ditentang nyata; 2. mengarahkan pandangan kpd, melekatkan
pandangan kpd: lapang hatinya dapat ~ wajah Dang Kenanga yg
selalu tersenyum; 3. memberi perlawanan kpd, melawan,
memerangi: mereka sedang ~ keganasan; 4. tidak menyetujui
(pendapat, usul, perintah, dll), membangkang, menampik,
mendaga, menolak (cadangan dll), menyanggah: dia menggunakan
kesempatan yg baik ini utk ~ ajaran Hamzah; semua pekerja ~
peraturan-peraturan yg tidak berperikemanusiaan; 5. tidak
mematuhi (undang-undang dll), menyalahi (aturan): barang siapa
yg didapati ~ peraturan-peraturan bekerja ini akan didera; 6.
menghadapi atau dgn sengaja menjumpai bahaya (bencana dll),
menempuh (bencana): ~ marabahaya; 7. menghadapi, menjelang:
hidup ~ mati; 8. mengarah, menuju: belayar ~ pulau; 9.
menyongsong (angin, ombak, dll): belayar ~ angin; jangan
ditentang matahari condong prb jangan dinanti atau dicari
kemurkaan raja-raja atau kemarahan orang yg berkuasa;
menentangi 1. menjumpai (bahaya, kesulitan, dll), menempuh,
menghadapi: mereka sedikit pun tidak gentar ~ ancaman drpd
pihak musuh itu; 2. melawan, memerangi;
menentangkan menghadapkan, membawa ke muka: maka
dihunusnya oleh Laksamana, lalu ditentangkannya di hadapan
Seri Betara, lalu dipakainya;
mempertentangkan menjadikan bertentangan (berlawanan),
menyemukakan: Baharum Rangkuti yg ~ seni dgn propaganda;
tertentang 1. dapat dilihat (dipandang), terlihat, terpandang; 2.
dapat dilawan (disanggah), terlawan; tiada ~ mata a) tidak dilihat
(dipandang); b) = tidak ~ muka tidak berani berhadapan muka;
tentangan 1. darihal, tentang; 2. apa yg dipertaruhkan (dlm
perjudian dll), imbangan, padahan, pasangan: kalau aku kalah,
rumahkulah ~nya; 3. yg menjadi bandingan (imbangan): Pulau
Pinang telah memberikan satu ~ hebat kpd Selangor dlm
permainan bola sepak bulan sudah; 4. perlawanan, penampilan,
sanggahan: ajaran wujudiyah Hamzah dan Shamsuddin telah
mendapat ~ hebat drpd Nuruddin ar-Raniri; 5. (tempat dll) yg
bertentangan dgn, (di) seberang, hadapan;
pertentangan 1. perihal bertentang, perlawanan: ~ terhadap
penjajahan barat; 2. perihal bertentangan, perselisihan (yg amat
sangat), pertikaian (pendapat dll): orang Yunani memang
mempunyai ~ politik dgn orang Turki;
penentangan perihal (tindakan dsb) menentang, penolakan,
perlawanan: tentera Belgium tidak menerima apa-apa ~ ;
penentang (orang dll) yg menentang: aku mahu semua orang tahu
kita ~ pendapat Wan Umar.
tentatif (téntatif) 1. tidak muktamad (pasti) atau masih boleh berubah; 2.
buah sementara waktu: beberapa langkah ~ diambil utk
memasukkan sains sepenuhnya ke dlm skop sosiologi ilmu
pengetahuan.
tentawan 1. sj tumbuhan (pokok memanjat), ara jangkang, centawan,
sentawan, semelit papan, Concephalus amoenus; 2. sj tumbuhan
(pokok menumpang), akar murah, mentawan, Concephalus
suaveolens.
tentayu Kd angkuk perahu yg berbentuk jentayu.
tenteng (ténténg) I sj kuih drpd kacang (bijan dll) dgn gula.
tenteng (ténténg) II Jk; menenteng membawa sesuatu dgn tangan lurus
ke bawah, membimbit, menjinjing, menjinjit: ~ bungkusan; ~
durian.
tenteng (ténténg) III main jengket-jengket; tingting II.
tentera 1. = bala ~ sl seluruh orang yg berperang; 2. pasukan yg terdiri
drpd askar dll yg dilatih utk berperang (menjaga keselamatan dll);
3. = anggota ~ orang yg menjadi anggota angkatan perang (askar
dll); masuk ~ menjadi askar; 4. yg bersangkutan dgn angkatan
perang (dlm kata majmuk): rumah sakit ~;
~ darat bahagian angkatan perang yg bertugas di daratan; ~ gerak
cepat pasukan (askar dll) yg mudah dipindah-pindahkan dgn cepat;
~ laut angkatan perang yg bertugas di laut; ~ payung terjun tentera
yg terjun dr kapal terbang dgn payung terjun; ~ pendudukan
tentera asing yg menduduki sesuatu daerah dll; ~ sukarela pasukan
tentera yg berkhidmat secara sukarela; ~ udara angkatan perang yg
dilengkapi dgn kapal terbang dll; ~ upahan askar yg diupah utk
berperang; ~ wataniah pasukan tentera sukarela utk
mempertahankan negara dlm masa darurat;
ketenteraan perihal tentera: perjanjian itu melibatkan masalah
politik dan ~;
petenteraan, pertenteraan tempat tentera dikumpulkan, urusan
mengenai tentera.
tenteram 1. tidak ada rusuhan (kekacauan), aman, sentosa: negeri yg
begitu aman dan ~; 2. tidak berasa khuatir atau gelisah (perasaan
hati, fikiran, dll), tenang: beliau meninggalkan rumah itu dgn hati
yg tidak ~;
menenteramkan 1. menjadikan tenteram, mengamankan,
menyentosakan: pemimpin-pemimpin Perikatan dr Kuala
Lumpurlah yg ~ keadaan kacau di Singapura itu; 2. menjadikan
tidak gelisah (kacau, rusuh), menenangkan (fikiran, hati, perasaan):
tetapi bagaimanapun dia belum dapat ~ jiwanya;
ketenteraman 1. perihal tenteram, keamanan, kesentosaan:
pertukaran fikiran telah berlaku tentang soal-soal ~, keselamatan
dan pertahanan di Asia Tenggara; 2. ketenangan (fikiran, hati,
perasaan), keredaan;
penenteraman perihal menenteramkan;
penenteram orang (atau bahan) yg menenteramkan sesuatu: ubat
~.
tentu 1. sudah tetap, tidak berubah-ubah, pasti, teratur: belum ~ dia
datang hari ini; bas itu tidak ~ tibanya, ada kala lambat ada kala
cepat; 2. sudah tidak ragu-ragu lagi, sudah ketara (ketahuan) benar,
tidak syak lagi, jelas, nyata, terang: ~lah sajak ini tidak baik
kerana apabila dibaca bunyinya berbeza; 3. tidak boleh tidak,
mesti, nescaya, pasti: ~ mereka akan bersusah hati apabila
mendengar berita kemalangan itu;
bertentu 1. sl sudah tentu (ketahuan, pasti, tentu, tetap): setelah
~lah segala menteri dan hulubalang, maka Maharaja Balikasha
pun kararlah dlm negeri Biru Hasha Purwa; 2. sl yg ditetapkan
(dipersetujui): jika lambat dr empat bulan kita datang, hendaklah
Bendahara menyuruh orang yg ~ pergi mendapatkan kita; 3.
berbincang atau bermesyuarat utk menetapkan sesuatu, berunding:
Wan Abdul Rahman pergi ke Singapura ~ dgn beberapa orang
saudagar;
bertentu-tentu jelas-jelas, nyata-nyata, terang-terang;
bertentukan sl mengambil tahu (peduli) akan, mengatur,
menyusun (supaya elok): setelah sudah berhimpunlah segala
rakyat maka Maharaja Balikasha pun berbaiki negeri Biru Hasya
Purwa dan ~ segala rakyat;
menentu; tidak ~ tidak keruan (teratur, tetap, dll), tidak tentu;
menentui Mn. 1. memeriksa (supaya ketahuan), mengusut,
menyelidiki; 2. menanyakan (bagaimana halnya dll), mengambil
tahu: ~ nasib anak buahnya; 3. pergi menengok (orang sakit dll),
menjenguk; 4. menyelesaikan (hutang), menjelaskan;
menentukan 1. menetapkan, memastikan: sudah ditentukan
demikian oleh Tuhan; 2. memberi kepastian (keputusan),
memutuskan: dia tidak pernah dibawa mesyuarat dlm hal ~ siapa
yg akan menjadi jodohnya; 3. memberi tafsiran (makna tentang
sesuatu), memberi definisi, mentakrifkan: setiap simbol yg
digunakan dlm kamus hendaklah ditentukan maksudnya; 4.
membuat kesimpulan, membuat keputusan drpd: kita tidak
mempunyai bukti yg cukup utk ~ dia yg bersalah; 5. memberi
keterangan yg tentu, menerangkan, mengesahkan: jikalau orang itu
gempar kehilangan kerbaunya, katakan aku tahu bertenung ~ di
mana tempat kerbau itu berada; 6. mewajibkan, memestikan:
adapun mualim darat itu telah ditentukan membawa kapal itu
masuk dgn selamatnya ke Judah, dibayar empat puluh ringgit; 7.
menguruskan (supaya sempurna), mengaturkan: dia pergi
berunding dgn kapten-kapten kapal lainnya di Halifax utk ~ acaraacara
pelayaran kami;
tertentu 1. sudah ditentukan, sudah tentu (pasti, nyata, terang):
polis mempunyai tugas yg ~ dlm masyarakat; 2. utk menyatakan
sesuatu yg tidak disebutkan namanya (tempatnya dll): ada
golongan-golongan ~ yg mahu memecah-belahkan rakyat;
ketentuan 1. sesuatu yg tentu atau yg telah ditentukan, keputusan
yg muktamad, ketetapan: sbg hasil drpd perjanjian tersebut satu ~
harga tetap bagi lada hitam telah dipersetujui; 2. sesuatu yg sudah
tentu (tidak diragu-ragukan lagi), kepastian: dia mahu meminjam
wang itu kalau ada ~ labanya; 3. tentu atau tetap (tidak berubahubah),
beraturan: kau Lamit orang muda, makan minum tidak ~,
sebab itu bukankah baik berumah tangga;
berketentuan; tidak ~ a) tidak ada ketentuannya, tidak mendapat
sebarang keputusan, tidak ada kepastian: rundingan kita tadi tidak
~ lagi; b) tidak teratur (tentu), tidak keruan, berkecamuk: bukubuku
tidak ~ ;
ketidaktentuan perihal (keadaan dsb) yg tidak tentu,
ketidakpastian: ini adalah suatu gambaran tentang adanya ~
cuaca atau suasana alam;
penentuan perihal menentukan, penetapan, pemastian: orang
masuk syurga atau neraka adalah ~ drpd Tuhan;
penentu yg menentukan: Allah sbg Pencipta dan ~ segala
kejadian.
tentuban selaput pembungkus bayi dlm kandungan dan tembuni,
ketuban;  tuban-tuban.
tentulang 1. sj tumbuhan (pokok renek), kayu patah tulang, Euphorbia
tirucalli; 2. sj tumbuhan (pokok kecil), berombong, kurau,
merombong, riuh, tabah, Timonius penducularis; 3. sj tumbuhan
(pokok kecil), serapah, Urophyllum hirsutum; ~ jantan sj
tumbuhan (pokok renek), Pedilanthus tityhmaloides; kayu ~ sj
tumbuhan (pokok renek), jarum-jarum merah, pial ayam hutan,
pecah periuk, penujuh, siantan hutan (jantan), Ixora chinensis.
tenturun sj musang (rupanya spt beruang kecil), benturung.
tenuk I = badak ~ sj binatang liar, badak tempung, badak babi, cipan,
kuda air, senuk, Tapirus malayanus.
tenuk II sj ikan laut, Sphyraena spp.
tenun; barang ~ barang-barang yg dibuat drpd benang dll (kain , kapas,
sutera, dll); abah-abah (alat, perkakas) ~ alat perkakas utk
membuat kain (cita dll); industri (perusahaan) ~ perusahaan
membuat barang tenun; kain ~ kain yg dibuat drpd benang; pabrik
~ Id kilang barang tenun; tukang ~ orang yg membuat kain (dgn
menggunakan alat tenun);
bertenun membuat barang tenun (kain dll): ada juga sedikitsedikit
orang ~ kain sutera; ~ sampai ke bunjainya prb
mengerjakan sesuatu hendaklah sampai sempurna;
menenun membuat barang tenun (drpd benang, sutera, dll): di
kawasan ini ada pelbagai perusahaan spt ~ kain, memasang
motokar dan membuat bateri;
menenuni menggubah: aku dan kau ~ puisi demi puisi mencari
intisari suatu nilai suatu erti;
tenunan 1. cara menenun: kain ini ~nya halus; 2. hasil drpd
menenun, barang-barang yg ditenun: kain ~ Jawa;
penenunan 1. perihal (perbuatan, kerja, dsb) menenun: ~ linen dan
penjahitan baju; 2. = pertenunan tempat (kilang dll) menenun;
penenun orang yg menenun: kapas juga ada ditanam utk
kegunaan ~ kain di negeri itu.
tenung ilmu utk mengetahui sesuatu yg akan terjadi pd masa yg akan
datang (melihat nasib, mencari barang hilang, dll), nujum, ramal;
ilmu ~ ilmu tilik-menilik (nasib orang dll); juru~ = tukang ~ =
pandai ~ orang yg pekerjaannya menilik nasib orang; membaca
(membukakan) ~ = melihat dlm ~ menengok nasib orang dgn
tenung;
bertenung 1. membaca tenung, meramalkan, menelah: jikalau
orang itu gempar kehilangan kerbaunya, katakan aku tahu ~
menentukan di mana tempat kerbau itu berada; 2. = ~ kpd
meminta supaya diramalkan nasibnya pd;
menenung 1. = menenungkan menilik nasib dll dgn tenung,
meramalkan, menelah: marilah kita sekalian pergi kpd Pak
Belalang minta ditenungkan; 2. melihat tepat-tepat, memandang,
memerhati, menatap, merenung: dia mengelamun di kerusi ~
rumah depan;
tenungan ramalan (nasib dll), telahan;
penenungan perihal menenung;
penenung tukang tenung, jurutenung.
tenusu 1. tempat menyimpan susu dan membuat mentega (keju); 2.
perusahaan menyimpan susu dan membuat mentega; lembu ~
lembu yg diternak utk susunya;
pentenusu pekerja tenusu.
tenyeh (tényéh); menenyeh menekan-nekan dan memicit-micit sesuatu:
dia ~ matanya yg gatal dgn jarinya;
menenyehkan menekankan: kemudian ditenyehkannya puntung
rokoknya ke tempat abu rokok.
teodolit (téodolit) (Kej) alat yg digunakan dlm kerja ukur utk mengukur
sudut.
teokrasi (téokrasi)  sistem  kerajaan  yg  menggunakan  hukum-hukum
agama sbg dasar pemerintahan negara.
teokrat (téokrat) penyokong (penganut) fahaman teokrasi.
teokratik (téokratik) bkn teokrasi.
teologi (téologi) ilmu bkn ketuhanan.
teorem (téorem) (Mat) prinsip (dlm ilmu geometri) yg telah dibuktikan
secara logik;
~ binomial rumus yg membolehkan sesuatu ungkapan binomial
digandakan dgn tidak perlu didarab berkali-kali; ~ Pythagoras
teorem yg menyatakan bahawa pd segi tiga yg bersudut tepat luas
segi empat sama pd garisan sendengnya sama dgn jumlah luas segi
empat sama pd sempadan-sempadan sudut tepat itu.
teoretikal (téorétikal)  berdasarkan  teori  (tidak  pd  pengalaman  atau
amalan), teoretis.
teoretikus (téorétikus)  IB  orang  yg  ahli  dlm  hal  teori  sesuatu  ilmu
pengetahuan.
teoretis (téorétis)  berdasarkan  teori,  berhubung  dgn  atau menurut  teori,
teoretikal.
teori (téori) 1. pendapat ( bersifat pandangan yg tidak dapat dibuktikan
dgn kukuhnya) yg dikemukakan utk menerangkan sesuatu perkara
dll: banyak ~ dikemukakan mengenai kehidupan pd masa
prasejarah; 2. prinsip-prinsip am atau asas-asas kasar yg menjadi
dasar pembentukan (perkembangan) sesuatu pengetahuan: ~
ekonomi; 3. asas, dasar (bukan amalan atau apa yg biasanya
berlaku); pd ~nya raja yg memerintah negeri itu, tetapi sebenarnya
baginda menurut nasihat jemaah penasihatnya;
~ atom (Fiz) teori yg menganggap bahawa semua jirim terbina
drpd atom; ~ domino teori sains politik yg beranggapan bahawa
kejatuhan salah satu negara di Asia Tenggara ke tangan komunis
akan menyebabkan kemungkinan semua negara Asia Tenggara
akan diambil alih oleh pihak komunis; ~ ion (Kim) teori yg
menyatakan bahawa sesuatu bahan yg larutannya mengalirkan arus
elektrik akan mengalami penceraian elektrolisis;
berteori membentuk atau mengemukakan teori: sekarang ini
terlalu ramai yg suka ~ dan bercakap;
berteorikan berdasarkan sesuatu sbg teori;
menteori membentuk suatu teori: Fish gagal ~ konvensi
pembacaannya;
penteorian proses menghasilkan sesuatu teori.
teosofi (téosofi)  IB  ilmu  kebatinan  yg  umumnya  berdasarkan  ajaran-
ajaran agama Buddha dan Hindu.
tep (tép) I IB; mesin ~ mesin tulis, mesin taip.
mentep mengetik, menaip.
tep (tép)  II pita bersenggat (dlm ukuran kaki, meter, dsb) yg digunakan
utk mengukur sesuatu. ~ rekordar bp sj alat perakam bunyi.
tepak I sj tumbuhan (pokok memanjat), Fissistigma cyclindricum.
tepak II bunyi spt bunyi orang menampar atau menepuk;
menepak 1. memukul (menangkis) dgn telapak atau belakang
tangan: ~ pukulan; ~ senjata; 2. (Sunda) menepuk, menampar: ~
muka.
tepak (tépak) 1. sj bekas rokok (tembakau dll) yg dibuat drpd daun
pandan dll, celepa; 2. = ~ sirih sj kotak kecil (drpd kayu, logam,
dll) utk bekas sirih; ~ jorong bekas sirih yg bulat dan panjang.
tepam; menepam 1. menggamak sesuatu dgn telapak tangan utk mencari
(mengetahui sifat sesuatu dll), meraba: ~ susu; 2. menepuk atau
menampar (bahu, dada, dll): ~ bahu.
tepang sj tumbuhan (pokok memanjat), akar darah (kenanga, miriam,
pisang, sesugi, singga, sugi-sugi), jari ayam, kenanga hutan,
sekencong, sempuh baruk, Desmodium chinensis.
teparak Kl terkepung, terserempak (dgn musuh dll).
tepas I sj anyaman drpd bilah-bilah buluh utk dinding rumah dll, sasak:
surau yg didirikan drpd kayu-kayu bulat, berdindingkan ~ dan
beratapkan daun rumbia; penuh ~ sangat penuh.
tepas II (Sunda) serambi, beranda.
tepas III sl arah, hala, penjuru; empat ~ dunia empat penjuru dunia
(timur, barat, utara, dan selatan).
tepat 1. betul (arahnya, tujuannya), lurus: memang sudah buntarlah
bayang-bayang kerana matahari ~ di atas kepala; 2. tidak
menyimpang drpd sasarannya (tujuannya), kena benar: tangannya
terketar-ketar dan tidak dapat menembak bulan-bulan itu dgn ~; 3.
tidak kurang dan tidak lebih (waktu dll), tidak berselisih sedikit
pun, betul-betul: ~ pd pukul sepuluh malam, kereta api mel dr
Kuala Lumpur ke Singapura mulai bergerak; ~ tengah hari; 4.
tidak bersalahan lagi (dugaan, ramalan), betul, cocok: ramalannya
memang ~ sekali; 5. sesuai dan patut (peraturan, kritikan, dll), jitu:
tindakan yg ~ hendaklah diambil terhadap mereka yg tidak
mematuhi disiplin bekerja; 6. kena benar (jawaban, perkataan, dll),
betul: saya rasa memang ~ kalau saya mengatakan bahawa kita
akan sentiasa kagum apabila berada di Pantai Timur; 7. tidak
cakah atau tirus (sudut), betul-betul 90 darjah: jadikan penjurunya
~;
tepatnya 1. sesungguhnya, betulnya, sahnya; 2. tegasnya;
bertepatan 1. bersamaan dgn (waktunya), betul-betul kena
waktunya dgn (sesuatu): surat itu sampai ~ dgn kedatangan
sahabat-sahabat; 2. sama benar (dgn), tidak bersalahan atau
berlainan sama sekali (drpd), cocok (dgn): kandungan buku itu ~
dgn sukatan pelajaran; 3. = berketepatan kebetulan pula,
berkebetulan;
menepat 1. langsung ke, terus ke, sampai (ke tempat yg
dimaksudkan): jalan ini ~ ke Seremban; 2. = menepati menuju ke,
pergi ke, menujui; 3. terus pergi ke (utk bermalam dll);
menepati 1. berpegang teguh pd (janji, kata, dll), tidak
memungkiri, menunaikan: orang yg sentiasa tidak ~ janji itu,
tanda munafik, dan akan ke neraka bulat-bulat; 2. bertepatan dgn,
tidak bersalahan (berlainan) drpd: tulisan-tulisan Ismail Hussein
baik yg bersifat kajian sastera mahupun yg memuatkan pemikiran
kritis dan analitisnya, adalah ~ istilah esei dlm kajian ini;
menepatkan 1. menjadikan tepat, menyamakan benar,
mencocokkan; 2. menujukan tepat-tepat, mengalamatkan (surat dll)
kpd, mengarahkan; 3. = mempertepat menjadikan betul,
memperbaiki;
tepatan 1. tempat atau orang yg didatangi (utk menumpang
bermalam dll): kaum kerabat ~nya tidak ada, tentu saja dia
dibawa ke rumah kaum kerabat Leman; 2. orang tempat meminta
pertolongan (perlindungan dll), tempat bernaung; 3. tempat orang
datang berkumpul-kumpul dll; ~ jiwa kekasih, buah hati; ~
pandang yg diperhatikan;
ketepatan perihal tepat, atau bertepatan dgn sesuatu, kejituan: ~
ramalannya itu bertanggungjawab menyelamatkan bandar Melaka
drpd kepungan tersebut; ~ semua kajian yg selanjutnya
bergantung pd ~ pengklasifikasian;
berketepatan berbetulan, kebetulan;
pertepatan persamaan (waktu dll): terdapat pula oleh kita banyak
~ berlaku dlm cerita ini;
penepatan perihal atau perbuatan dsb menepatkan (menepat,
menepati);
penepat sesuatu yg menjadikan tepat; sudut ~ dua sudut yg apabila
dicampurkan merupakan sudut 90 darjah.
tepaut beza, selisih: ~nya dua puluh sen; paut II.
tepeh (tépéh) sj siput (yg boleh dimakan).
tepek (tépék)  I barang yg tipis yg melekat atau menempel (tanah liat,
kapur, koyok, dll): beberapa ~ koyok; se~ tembakau selempeng
tembakau; gula ~ gula kelapa atau enau (yg dituang dlm acuan yg
tipis);
bertepek menempel, melekat: usahalah membersihkan arang yg ~
di bawah periuk belanga itu;
bertepek-tepek terpalit oleh lumpur (tanah liat dll), comot, kotor:
apabila basah rambut itu ~ spt ditampal koyok;
menepek, menepekkan menampalkan, melekatkan: kertas itu
ditepek di dinding rumahnya;
penepek alat yg digunakan utk menepek sesuatu: ~ digunakan utk
menepek bahagian luar bagi menghasilkan bentuk yg dikehendaki;
tempek.
tepek (tépék) II Kl; ~ tangan cap jari.
tepen (tépén); mangkuk ~ mangkuk tingkat (tempat makanan), siya.
teper (tépér) sj piring.
tepes Jw ark sabut (kelapa).
tepet (tépét); menepetkan melekatkan, menempelkan, menepekkan;
tepek I.
tepi 1. bahagian yg luar sekali (bidang dll), pinggir: ~ meja; 2. sesuatu yg
dipasang di pinggir (baju, kain, dll), birai: ~ tabir; 3. tempat
(kawasan) yg di pinggir: kami pergi berkelah ke ~ laut; 4.
perbatasan (kota dll), sempadan di antara satu dgn lain; ~ langit
perbatasan langit dgn air laut; menjaga ~ kain orang ki mengambil
tahu hal orang lain;
ke tepi arah ke pinggir, pergi ke pinggir;
mengetepikan 1. memindahkan ke tepi, meletakkan (menaruh) di
tepi: Pak Leman pun membentangkan tikar dan ~ kain-kain buruk
yg berselerak di rumah itu; 2. tidak mementingkan,
mengesampingkan: oleh sebab kesulitan kewangan ini, maka
terpaksalah dia ~ harga dirinya; 3. tidak mengendahkan, tidak
mempedulikan: pengkritik sastera hendaknya seberapa daya ~
idea politiknya dlm memberi nilai kpd sesuatu karya sastera; 4.
memencilkan, memulaukan, menyingkirkan: sudah ternyata citacita
Seri Nara hendak ~ Datuk Bendahara; 5. mengeluarkan (drpd
pertandingan dsb), menyingkirkan, mengesampingkan: Belanda
dgn Rusia telah ~ semua pasukan terkemuka dunia; 6.
membatalkan (keputusan dll): mahkamah ini berkuasa ~ keputusan
Mahkamah Tinggi;
terketepi diketepikan, disisihkan: secara umumnya, siswazah
tempatan akan ~ dan tersingkir kerana kekurangan kualiti yg
dikehendaki oleh pihak swasta;
pengetepian perihal atau perbuatan mengetepikan: keberanian
tidak bererti ~ dan pengabaian tatasusila;
bertepi mempunyai tepi, ada tepinya: laut ini tidak ~ nampaknya;
bertepikan memakai tepi (birai dll): bajunya ~ benang emas;
menepi 1. pergi ke tepi, meminggir: maka ~lah saya di balik
pohon nyiur bersama-sama Sayid Abu; 2. berjalan dll mengikut
tepi, menyusur (pantai dll); 3. Mn terbit sedikit-sedikit (air mata);
menepikan membawa ke tepi;
tepian tempat mandi di tepi sungai (biasanya tohor): sekalian
barang itu pun dikumpulkannya utk dibawanya ke ~;
~ gelanggang dewan tempat diadakan kegiatan kebudayaan
sesuatu daerah; ~ ilmu orang yg banyak pengetahuannya; ~ mata
tangkai hati, kekasih.
tepinis tempinis.
tepis I; menepis mengelakkan pukulan, serangan, dsb: dia mencuba ~
tetapi tidak berjaya; kemungkinan utk ~ tindakan tentera pihak
musuh;
menepiskan 1. menangkis pukulan (serangan dll) dgn belakang
tangan: Folley kelihatan tidak berdaya hendak menepiskan
penumbuk Mohammad Ali yg pantas itu; 2. mengibas dgn tangan:
Wahab menepis-nepiskan habuk dr kemejanya.
tepis II; menepis melayang (melayap dll) menyusur tanah (air dll),
berjejak sedikit.
tepok Jw lapuk (kayu dinding rumah dll).
tepok (tépok) I lumpuh disebabkan oleh sesuatu penyakit (kaki, tangan):
adapun Bendahara Paduka Tuan itu telah tualah, giginya pun
habis, kaki pun telah ~ .
tepok (tépok) II Jw; tipu ~ Mn berbagai-bagai tipu daya.
tepos (tépos) Jk pipih dan tidak berdaging (punggung): badannya kurus
dan punggungnya ~ .
tepu I = penuh ~ a) penuh sesak, padat, tumpat: tempat habuk rokok
penuh ~ dgn puntung rokok; b) segala layar terpasang (kapal,
perahu); c) sarat atau penuh: seorang ibu yg sentiasa ~ dgn kasih
sayang.
tepu II (Kim) keadaan sesuatu zat atau bahan apabila had keupayaan
menampung sesuatu zat atau bahan lain telah tercapai;
menepukan menjadikan tepu;
ketepuan perihal (keadaan dsb) tepu;
penepuan proses (pembuatan dsb) menepukan.
tepuk I 1. perbuatan menamparkan kedua-dua tapak tangan (supaya
berbunyi); 2. bunyi yg terjadi kerana menamparkan kedua-dua
tapak tangan: suara itu diiringi pula oleh ketawa dan ~ budakbudak
yg ramai di situ; 3. pukulan yg tidak kuat dgn tapak tangan,
tepak;
~ dada tamparan di dada; ~ kuduk sanjungan, puji-pujian; ~ sorak
(sorai) tepuk tangan yg disertai dgn sorak; ~ tari tepuk tangan
sambil menari ;
~ berbalas, alang berjawat = alang berjawat, ~ berbalas prb baik
dibalas dgn baik, jahat dibalas dgn jahat; ~ dada tanya selera prb
sesuatu pekerjaan yg akan kita lakukan hendaklah difikirkan habishabis;
~ nyamuk menjadi daki prb melawan orang yg lemah itu
akan memburukkan nama sahaja;
bertepuk a) ~ tampar bergurau, bersenda: tidak spt selalu mereka
~ tampar dan ketawa berdekah-dekah; b) bertepuk tangan;
~ sebelah tangan tiada akan berbunyi prb tidak mungkin
percintaan atau perselisihan terjadi drpd satu pihak sahaja;
menepuk memukul dgn telapak tangan (tidak berapa kuat): dia
terkejut ketika isterinya ~ bahunya;
~ dada a) menampar dada dgn tapak tangan; b) ki marah,
memperlihatkan keberanian (kemegahan);
menepuk-nepuk menepuk beberapa kali atau berulang kali: aku
tersedar apabila dia ~ bahuku dr belakang;
tepukan perbuatan bertepuk (menepuk).
tepuk II; ~ lalat sj tumbuhan (pokok), benitan putih, kecam, kelat lapis
(merah, nasi-nasi, paya, putih), sekujah, Eugenia longiflora.
tepuk tangan tamparan kedua-dua belah telapak tangan hingga berbunyi;
bertepuk tangan mengadakan bunyi dgn menamparkan kedua-dua
telapak tangan (tanda gembira, bersetuju, dll): kanak-kanak boleh
disuruh ~ tangan atau menghentakkan kaki mengikut rentak lagu.
tepung I 1. barang yg hancur dan lumat kerana ditumbuk dll (beras,
gandum, dll): ~ jagung; 2. barang-barang yg sedia lumat, bubukan,
serbuk: ~ sari;
~ beras tepung yg dibuat drpd beras (utk membuat kuih); ~
berperasa tepung yg mengandungi serbuk perasa (spt garam,
rempah, daun perasa, dsb); ~ berserbuk penaik = ~ naik sendiri
tepung yg mengandungi serbuk penaik; ~ bungkus sj kuih yg diberi
berinti; ~ cat serbuk cat; ~ gandum tepung yg dibuat drpd gandum;
~ gomak sj kuih yg dibuat drpd tepung pulut dan tepung kacang
hijau (berintikan kacang dan gula); ~ jagung tepung drpd jagung,
digunakan utk memekatkan kuah, membuat kuih dsb; ~ pelita sj
kuih yg dibuat drpd tepung beras serta gula dan santan yg dikukus;
~ pulut tepung drpd beras pulut, digunakan utk membuat kuihmuih;
~ sagu tepung drpd sagu; ~ susu serbuk susu; ~ talam sj kuih
yg dibuat drpd tepung gandum serta gula melaka dan santan
(dimasak di dlm bokor); ~ torak sj kuih drpd tepung beras, santan
dan gula, diberi perasa pandan dsb; ~ ubi (kanji) tepung yg dibuat
drpd ubi kayu; ~nya ia mahu, kuihnya pun ia mahu prb hal orang
yg tamak, diberi sedikit hendak banyak, diberi banyak hendak
semua;
menepung menumbuk atau mengisar (biji-bijian dll lumat-lumat)
supaya menjadi tepung: ~ beras (jagung); (spt hendak) ~ tiada
berberas prb a) pekerjaan yg dibuat dgn tiada cukup syarat,
jaranglah boleh menjadi sempurna; b) cakap sahaja besar, hasilnya
sedikit pun tidak ada;
tepung-tepungan bermacam-macam jenis tepung: yg termasuk
dlm makanan pemberi tenaga ialah beras, jagung, ~, dll.
tepung II Mn; menepung menggocoh, memukul.
tepung tawar tepung beras yg bercampur dgn air dan daun setawar (utk
menjampi dll);
menepung tawar membaca jampi utk mengubati penyakit dll dgn
tepung tawar, menaburkan atau merenjis dgn tepung tawar: istiadat
~;
menepungtawari menjampi (penyakit dll) dgn tepung tawar,
menaburkan atau merenjis tepung tawar pd seseorang atau sesuatu:
mudin pun segeralah meramas limau ditepungtawarilah, dibedak,
dilimau dan dimandikan akan Awang Sulung.
tepur I Kl; menepur menggemburkan tanah.
tepur II; menepur duduk sahaja di rumah (tidak ke mana-mana).
tepus I sj tumbuhan (herba), lampoyang, lempoyang, Zingiber
aromaticum;
~ belalih sj tumbuhan (herba), Languas spp.; ~ halia puar = ~
tanah = ~ tunduk sj tumbuhan (herba), cadak, tepai, Zingiber
spectabile; ~ hinggap = ~ lada = ~ terbang sj tumbuhan (pokok
menumpang), ubat cacing, Hedychium longecornutum; ~ huma = ~
kecil = ~ merah sj tumbuhan (herba), bolai bukit, puar temu,
Zingiber griffithii; ~ kijai sj tumbuhan (herba), puar mengkang,
Languas raffesiana; ~ merah sj tumbuhan (herba), puar gajah, puar
hijau, puar hutan, Amomum uliginosim.
tepus II; bijih ~ bijih timah yg berwarna keputih-putihan.
ter (tér)  I IB; 1. = minyak ~ barang cair berwarna hitam yg diperoleh
drpd arang batu dll (utk mengecat rumah dll), belangkin, tar; 2. bp
asfalt;
diter dicat (dilapis) dgn ter.
ter (tér) II IB tambahan kpd sesuatu fasal selepas seksyen (dlm undangundang
dll), seksyen kecil.
tera I 1. tanda atau cap yg dicapkan (dgn lak, timah, dll) pd surat-surat
penting dll; 2. rakaman yg dibuat dgn cap; 3. = cap ~ cap kerajaan,
cap kempa, cap mohor, meterai; 4. tanda yg menentukan ukuran
atau sukatan pd sesuatu alat (dacing dll), tanda uji; 5. alat utk
mengecap (mencetak dll);
menera 1. membubuh tera, mengecap; 2. membubuh tanda uji (pd
alat takaran, timbangan, dll); 3. mengecap (buku), mencetak: buku
ini ditera utk pertama kali pd tahun 1610;
menerakan 1. mengecapkan, mencetakkan; 2. meneladani gambar
dll (dgn meniru gambar yg asal dll), menekap: benda itu hendaklah
diterakan sebesar saiznya yg sebenar;
tertera 1. sudah ditera (dicap), tercap, tercatat, tercetak: spt yg ~
dlm rajah 22; 2. tersebut: asal ~ dlm hadis yg sahih, mereka
terimalah;
teraan 1. sesuatu yg ditera, cap-capan, cetakan; 2. cap;
perteraan percetakan.
tera II Kd 1. sementara; 2. cukup setakat itu.
tera III Tr menggulung benang tenun ke pedati: ~ perlahan-lahan
supaya tidak putus.
tera (téra) Kd, Pl pandai, bijak.
terabait (térabait) 1. jumlah bait sebanyak 240; 2. unit yg digunakan utk
menyatakan kemampuan storan pukal, spt cakera optik, yg berada
dlm lingkungan trilion bait.
teracak Id kuku lembu (kuda dll).
terada I Jk tidak ada, tiada.
terada II sj tumbuhan (pokok).
teradang sj tumbuhan (pokok), perupuk, ruku-ruku, Lapisanthes
cuneata.
teraflops (téraflops) (Komp) unit utk mengukur kepantasan pemprosesan
yg digunakan utk menyatakan jumlah pengendalian titik terapung
per saat dlm lingkungan trilion.
teraha Kl halangan, galangan, gangguan, rintangan.
terai bp mencuba, menguji, merasai.
terajam sj tumbuhan (pokok), arang para, kelat jantan, kelat layu hutan
(laut), kelayu, menterajam, mentajam, rambutan hutan,
Erioglossum rubiginosum.
terajang tendangan (ke bawah atau ke depan) dgn tapak kaki: dgn sekali
~ sahaja orang itu pun jatuh tersungkur; ~ tumit menghentakkan
tumit ke tanah;
menerajang 1. menendang (ke bawah atau ke depan) dgn tapak
kaki: kaki kanannya ~ lelaki itu; 2. ki mengetepikan,
mengesampingkan: tetapi apabila datang seorang yg berdarjat,
apabila datang orang yg lebih berharta aku diterajangnya;
menerajangkan menendangkan, menyepakkan, mendepakkan:
maka anjing perburuan itu pun diterajangkan oleh pelanduk putih,
jatuh ke air.
teraju 1. sj alat penimbang yg memakai dua buah piring yg digantungkan
pd lengannya, neraca; 2. tali utk merentangkan (meregangkan)
khemah, tali (rantai) utk menggantung lampu dll; 3. tali yg
diikatkan pd rangka layang-layang (dr atas ke bawah); 4. ki kuasa
tertinggi, pucuk pimpinan;
~ pemerintahan kuasa yg tertinggi dlm pemerintahan; ~ pimpinan
pucuk pimpinan (pimpinan yg tertinggi);
~ palingan tali, manusia palingan Tuhan prb perihal hati yg
cenderung kpd kebaikan; ~ yg tak palingan prb hukuman yg adil
(saksama);
menerajui memegang teraju pimpinan, memimpin, mengetuai,
mengendalikan: usia yg semuda itu dirasakan belum cukup utk ~
sebuah organisasi yg besar dan penting; empat orang yg telah ~
pimpinan pentadbiran Malaysia selama ini adalah orang-orang yg
~ pimpinan Barisan Nasional;
peneraju orang yg memegang teraju pimpinan.
terak I 1. tahi bijih, sanga; 2. = ~ dapur sisa bara api.
terak II ark tempat ayam bertelur, sangkar (sangkak) ayam, petarangan.
terak III penuh sangat (air dll);
berterak-terak, berterak-terakan berasak-asak (kerana penuh
dll), berdesak-desak: mereka ~ menghampiri dinding istana utk
melihat pertarungan antara dua hulubalang yg terbilang itu;
menerak mengasak atau mendesak (supaya lulus).
terakup sj burung, burung bubut, Centropus sinensis.
teral; meneral sl memaksa-maksa supaya berbuat sesuatu,
memberangsangkan (supaya bekerja), mendesak, mendorong,
menggiatkan: mandur itu ~ kuli-kulinya bekerja.
terala sl luhur, Maha Tinggi, Maha Mulia: Tuhan yg ~ .
teralak; silat ~ sj silat (pencak); terlak.
terali IB 1. jerjak, kisi-kisi; 2. pagar atau langkan (pd beranda, jambatan,
dll) yg berkisi-kisi; 3. pagar pd tepi kapal: tangannya
menggenggam dgn kuat besi bulat ~ itu;
berterali ada teralinya: sepanjang asrama itu ada serambi muka,
lebih kurang dua meter lebarnya dan ~ pinggirnya;
berteralikan mempunyai sesuatu sbg terali, memakai terali.
teraling I; burung ~ sj burung, burung nuri, burung tanak, pialing,
serindit gajah, Psittinus cyanurus.
teraling II 1. sj tumbuhan (pokok), mekedi, Engelhardtia nudiflora; 2. sj
tumbuhan (pokok), bolian, kepur, lemak itik, melima, mengkulang,
merbaju (membaju), selima, siku keluang, Tarrietia simpliciflora.
terambu ark tambo.
terampil cekap (dlm melaksanakan sesuatu, menyelesaikan masalah,
dsb), mampu dan cekatan;
menerampilkan menjadikan terampil: kita harus berusaha utk ~
diri terutamanya dlm bidang tugas yg kita tangani;
keterampilan kecekapan, kemampuan (yg tinggi);
berketerampilan berupaya menjalankan tugas dsb dgn cekap:
beliau adalah antara wanita yg ~ di negara ini yg boleh
dibanggakan.
teran; meneran menahan nafas dan menekan (ketika hendak buang air
besar atau bersalin dll), merejan, mengejan;
peneranan perihal atau perbuatan meneran: posisi begini
memudahkan ~ ketika hendak bersalin.
teranak ark ternak.
teranas ark tanah yg keras di dasar laut.
terang 1. keadaan (cahaya atau sinar) yg menyebabkan sesuatu atau
keadaan sekilas boleh dilihat: tidak akan sama ~ lampu dgn ~
matahari; 2. tidak gelap (bkn tempat, keadaan sekitar, cahaya,
dsb), tidak kelam, tidak muram, tidak suram, cerah: jangka suhu
doktor bolehlah dikeluarkan dr mulut dan dilihat di tempat ~; 3.
siang (hari), lwn malam: setelah hari ~, mereka pun berangkat
meneruskan perjalanan mereka; 4. bersih kerana (sudah) ditebasi
atau ditebangi (kawasan semak samun dll): pagi esoknya pergilah
pula mereka ke dlm hutan, tiba-tiba didapati mereka tempat itu ~
lawas; 5. tidak diselaputi awan (langit), bersih, jernih (langit,
udara): malam itu nyaman sekali, angin mendesir perlahan-lahan,
langit pun ~, bintang-bintang berkerlipan; 6. tidak terlindung
sedikit pun (pemandangan), nyata (pandangan, pendengaran,
pelihatan), jelas: pd waktu malam terdengar juga bunyi ledakan
meriam, kadang-kadang bunyi itu jelas dan ~; 7. tidak kabur
(pelihatan, pandangan), jelas: monyet dan manusia ialah binatang
yg besar sekali otaknya dan yg ~ sekali pelihatannya; 8. tidak
dapat diragukan atau disangsikan lagi, sudah terbukti
(kebenarannya dll), sudah ketahuan, sudah nyata (benar): sudah ~
sekarang siapa yg benar dan siapa yg bersalah; 9. jelas (katakatanya,
maksudnya, dll), nyata (benar): ceramah pendek yg
diberikan oleh Amran pagi itu sangat ~ dan bernas; sebutan
bahasanya ~ dan tepat;
~ akal tajam akal, cerdik, pandai; ~-benderang terang sekali; ~
bulan a) cahaya drpd bulan (pd waktu malam); b) = ~ hari Mn =
bulan ~ tidak gelap pd malam hari kerana ada bulan; ~ cuaca
cuaca yg baik (tidak redup atau mendung); ~ hati = ~ fikiran
mudah mengerti (belajar); ~ tanah pagi-pagi hari ketika tanah
mulai kelihatan (lebih kurang pukul 5.30 - 6.00 pagi); ~-temaram
(-temarang) terang sekali, terang-benderang; ~ terbang lalat pagi
hari (lebih kurang pukul 6.00 - 6.30 pagi), ~ terus dapat dilalui
cahaya, bening (kaca dll);
terang-terang tidak berselindung (terlindung) lagi, nyata (jelas)
sekali, ketara (sesuatu perbuatan): bukan sedikit pula orang
kampung itu yg ~ hendak mengambil Zainal menjadi menantu
mereka;
~ gelap = ~ laras agak terang sedikit (hari) tetapi belum terang
betul; ~ kain Mn a) belum terang betul; b) belum mengerti benar;
berterang-terang, berterang-terangan tidak bersembunyisembunyi
(melakukan sesuatu), (berbuat sesuatu) dgn terus terang:
tidak seorang juga yg berani menunjukkan kemarahan mereka ~ ;
menerang menjadi terang;
menerangi 1. memberi terang kpd (bkn lampu, pelita, bulan, dll),
menyuluhi: lampu minyak itu ~ biliknya; 2. ki memberi terang pd
hati (fikiran, perkara, dll), menunjuki: Tuhan akan ~ hati segala
manusia; 3. membersihkan kawasan (drpd semak samun dll),
menyiangi: pd suatu masa nanti, bahagian-bahagian itu akan
diterangi utk kegunaan pertanian; 4. Mn mencari keterangan
(bukti dll) supaya jelas, menentui: beliau datang cuma utk ~
perkara itu sahaja;
menerangkan 1. menjadikan terang (pelihatan, pendengaran, dll):
puas sudah ia berubat ke sana ke mari utk ~ matanya yg kabur,
tetapi tidak juga berjaya; 2. menjadikan terang, menghuraikan
(menceritakan dll) supaya terang, memberi keterangan,
menjelaskan: Ramlan cuba ~ kemusykilan neneknya; 3.
memberitahu tentang sesuatu (supaya diketahui seseorang atau
orang ramai), memaklumkan, menyatakan: PM telah ~ mengapa
perubahan-perubahan kerajaan yg berlaku di Afrika tidak berlaku
di Malaysia; 4. menentukan (apa yg patut dilakukan dll),
menetapkan, menegaskan: peraturan undang-undang itu ~
bagaimana orang ramai patut menghantar butir-butir atau kirakira
pendapatannya; 5. menunjukkan (menandakan,
membuktikan) bahawa: kita tidak mempunyai bukti yg cukup utk ~
bahawa orang yg dituduh itu betul-betul bersalah;
terang-terangan berterang-terang: kalau mereka cuba
mengganggu hamba dgn ~, hamba tahu pula membalasnya;
keterangan 1. huraian utk menerangkan sesuatu, penjelasan:
semua ~ guru itu didengar oleh Nurshahid dgn tenang; 2. hal yg
menjadikan sesuatu perkara dll terang atau jelas, alasan, bukti,
tanda: dlm tempoh yg ada pd kami, telah kami usahakan sedaya
upaya utk mendapatkan ~ yg difikirkan perlu; 3. Id kata atau
kelompok kata yg menerangkan kata yg lain;
penerangan 1. alat dll yg digunakan utk menerangi (lampu dll); 2.
perihal menerangi atau menerangkan, perbuatan memberi terang
kpd (lampu dll); 3. perihal menerangkan (menjelaskan),
penjelasan: ~nya padat, alasan-alasannya jitu bilamana
memperkatakan soal politik; 4. pekerjaan (jawatan dll) yg memberi
penjelasan dll: Pak Wir dianggap tenaga ahli yg masih sangat
diperlukan dlm bidang ~;
penerang sesuatu yg menerangi (menerangkan); ~ hati jampi dll
yg menerangi hati.
terangkera (terangkéra) (Portugis) benteng.
terangkik NS tabung buluh tempat menadah nira dll, perian.
terantai sj tumbuhan (pokok), geronggang semut, kedondong kerut,
kerantai (merah), surian, Santiria laevigata.
terap I sj tumbuhan (pokok yg kulitnya boleh dibuat tali, cawat, dll),
Artocarpus elasticus; getah ~ getah drpd pokok terap (utk
menangkap burung);
menerap menggetah burung.
terap II ark ; berterap berukir;
teterapan sarung keris yg dilapis dgn emas atau ditatah dgn
permata: ~ keris; keris ~ keris yg beralur panjang di tengah-tengah
bilahnya;
berteterapan bertatahkan permata.
terap III Jh acuan kuih;
menerap membuat kuih dgn menggunakan terap.
terap IV; juru~ tukang yg memasang atau membaiki jentera (kereta dll),
jurusawat, mekanik;
berterap berukir;
menerap 1. mengikat atau memasang permata pd cincin (keris
dll), mengikat permata pd tempat ikatannya; 2. mengikat bata dll
(utk lantai, dinding); 3. memasang enjin (mesin dll);
menerapkan mempraktikkan, mengenakan pd, menyerapkan
(memasukkan) ke dlm: gerakan koperasi sepatutnya ~ nilai-nilai
dan falsafah Islam sebagai satu cara hidup serta menghayatinya;
utk ~ keenam-enam aspek ini ke dlm sistem pendidikan, kita
memerlukan satu penggubalan dan pentakrifan yg menyeluruh;
terterap (telah) diterapkan (dipraktikkan, diserapkan dsb): konsep
pendidikan seumur hidup sudah ~ ke dlm minda masyarakat kita;
di sebalik peristiwa itu, ~ unsur pemikiran, falsafah dan nafas
keislaman yg menjadi pegangannya;
terapan 1. keris yg bilahnya berlekuk panjang pd bahagian
tengahnya; 2. penyalut pd sarung keris (drpd emas, perak, dll),
penduk-penduk; 3. (sesuatu) yg lain dipraktikkan, (sesuatu) yg
digunakan atau dikenakan pd sesuatu lain, aplikasi: institusi
perguruan mengadakan kursus linguistik asas dgn tumpuan pd
tatabahasa ~ utk memberi pendekatan kpd pelatih tentang aspekaspek
asas dlm ilmu bahasa; leksikografi merupakan cabang ilmu
linguistik ~;
keterterapan perihal (keadaan atau sifat) dapat diterapkan;
penerapan 1. perihal (perbuatan dsb) menerap atau memasang
(enjin dll), pemasangan (enjin dll); 2. perihal (perbuatan dsb)
menerapkan (mengenakan pd, menyerapkan, dsb), perbuatan dsb
mempraktikkan: ~ nilai-nilai Islam ke dlm undang-undang dan
pentadbiran negara; ~ corak pendidikan drpd masyarakat lain ke
dlm sesuatu masyarakat yg berlainan kebudayaan dan aspirasinya
hanya akan menimbulkan kekacauan;
penerap 1. orang yg kerjanya menerap (bata, permata dsb): kita
telah agak biasa dgn pekerja am mis seorang ~ bata; 2. orang yg
menerapkan sesuatu (nilai, ilmu dsb): kita juga harus bertindak
sbg ~ nilai-nilai yg murni dlm kehidupan keluarga dan
masyarakat; 3. alat utk menerap sesuatu (bata dsb): alat ~ bata.
terap (térap)  Kl,  Tr  mengemas  dan  menyusun  (pinggan,  periuk,  dll):
tolong ~ baik-baik sikit.
terapai sj tumbuhan (pokok renek), kenapih, terapih, Glycosmis
pentaphylla.
terapeutik (térapéutik) 1. bkn rawatan penyakit: pendekatan ~; 2. bkn
sesuatu (aktiviti, udara, dll) yg membantu menenangkan fikiran
seseorang: senaman ~ memberi ketenangan; 3. cabang perubatan
yg berkaitan dgn rawatan penyakit.
terapi sj tumbuhan (pokok renek), nerapi, Glycosmis puberula.
terapi (térapi) rawatan sesuatu penyakit fizikal atau mental secara proses
pemulihan tanpa penggunaan ubat atau pembedahan; ~ pekerjaan
aktiviti fizikal atau mental yg dilakukan utk membantu merawat,
memulihkan atau mengatasi masalah-masalah fizikal, emosi atau
sosial yg dihadapi oleh seseorang.
teras I 1. bahagian yg keras dlm batang kayu, hati kayu: Sanah tidak
sanggup membelah batang-batang pinang itu, kulitnya sama keras
dgn ~ kayu nangka; 2. bahagian beras dll yg sudah dibersihkan; 3.
ki sesuatu yg terpenting (terutama), isi yg terpenting (terbaik),
sesuatu yg menjadi asas atau dasar (bagi sesuatu), intisari:
pantunlah yg menjadi ~ puisi Melayu lama dlm kesusasteraan
Melayu; orang-orang ini yg akan menjadi ~ negara; orang-orang
Jepun tidak pernah lupa pd ~ sebenar kemajuan, iaitu membaca;
~ bumi bahagian tengah bumi yg cair;
~ terhunjam, gubal melayang, bertinting bertampi ~, gubal
melayang ~ tinggal prb orang bangsawan akan lebih dimuliakan
walaupun tidak berharta; meskipun tertimbun dlm tanah, namun ~
timbul juga prb orang yg berbudi baik itu sekalipun dlm keadaan
melarat akan tetap berbudi dan berhati mulia; bertemu ~ dgn
beliungnya prb dua orang yg berselisih dan sama-sama tidak mahu
mengalah;
berteras mempunyai (ada) terasnya: tumbuh-tumbuhan herba
tidak ~; ~ ke dlm orang yg tidak kelihatan kekayaan atau
kecerdikannya; ~ ke rusuk orang yg dikuasai oleh kaum
keluarganya;
~ keluar bagai pimping prb tampak di luar sahaja bagus (kaya dll)
tetapi sebenarnya melarat; di manakah ~ kayu mahang prb
janganlah diharapkan yg mustahil;
berteraskan ki mempunyai sbg teras (asas, dasar), berasaskan,
berdasarkan: Rasulullah telah berjaya menyatupadukan ketiga-tiga
kaum itu di bawah perpaduan yg ~ agama Islam;
menerasi menjadi teras kpd: Islamlah yg ~ keperibadian Melayu.
teras II Id simen yg dibuat drpd serbuk tanah yg keras (sj batu yg terjadi
drpd pasir atau tanah, cadas).
teras (téras) IB teres.
terasi I Id belacan.
terasi II; ~ manis sj tumbuhan (pokok renek), Glochidon rubrum.
terasul ark surat-menyurat; ilmu ~ ilmu mengenai surat-menyurat; kitab
~ kitab yg mengandungi peraturan surat-menyurat.
terat Kd sempadan, batasan, perenggan; batu ~ batu sempadan.
teratai I sj tumbuhan (rizom dan bunganya), bunga padam, bunga
telepok, padema, seroja, Nelumbium nelumbo; ~ kecil sj tumbuhan
(rizom dan bunganya), kelipuk, seroja biru, telepok, tunjung biru,
Nymphaea stellata.
teratai II; burung ~ besar sj burung, Hydrophasianus chirurgus; burung
~ kecil sj burung, Metopidius indicus.
teratak 1. sj rumah kecil di sawah dll (utk tempat tinggal sementara),
dangau, gubuk: di situ mereka membuat ~ utk tempat
kediamannya; 2. rumah (utk merendahkan diri): tuanku, di ~ patik
inilah tuan puteri ketujuh-tujuh beradik itu bermain; 3. Jw atap
tepas yg diberi bertiang (utk tempat berteduh); 4. dusun kecil
(didiami oleh beberapa keluarga sahaja);
meneratak ark mendirikan teratak.
teratologi (tératologi)  kajian  tentang  perkembangan  embrio  yg  tidak
normal dan kecacatan kongenital.
teratu ark sl penganiayaan, penyeksaan; tempat ~ tempat menyeksa
orang.
terau; menerau ark mengambil benang drpd gelendong lalu dipasangkan
pd peleting.
terawang tenunan atau tekat yg berlubang-lubang, kerawang;
berterawang 1. berlubang-lubang, bertembuk-tembuk; 2.
berkerawang;
menerawang 1. membuat lubang-lubang kecil pd (kain dll),
melubangi, menembuk, menembus; 2. membuat kerawang (pd baju
dll), mengerawang: kain putih yg diterawang dgn
bunga yg indah-indah; 3. termenung-menung memikirkan
(mengangan-angankan) sesuatu, melayang jauh (fikirannya),
mengkhayal: tertidur juga dia setelah beberapa lama ~ di gelap
malam itu; kenangannya ~ ke masa yg lampau; 4. ki memandang
jauh-jauh (tanpa tujuan tertentu), memandang kosong: berjam-jam
lamanya aku ~ langit dr jendela melihat burung-burung;
~ khayal memikirkan yg bukan-bukan, melamun; ~ langit (udara)
= ~ langit mengukir jagat mengangan-angankan yg bukan-bukan,
menggantang asap;
penerawang orang yg suka menerawang.
terawih  tarawih.
terazo bahan lantai (yg dibuat drpd serpihan batu, marmar dan campuran
simen serta digilap) dlm bentuk kepingan.
terbak 1. sj tumbuhan (pokok), pisang-pisang, Alphonsea elliptica; 2. sj
tumbuhan (pokok), mengkudang, pepisang bukit, pisang-pisang
batu, Alphonsea maingayi.
terban 1. runtuh (rumah, tanah, dll), roboh: hampir semua permatang ~;
2. ki rosak binasa, musnah sama sekali; ~ bumi tempat berpijak prb
putus harapan kerana hilang tempat bergantung.
terbang I 1. melayang atau bergerak di udara dgn menggunakan sayap
(tenaga jentera dll): beberapa ekor burung layang-layang ~ di
udara; sebuah helikopter ~ di atas kota; 2. menumpang atau naik
kapal terbang: petang itu juga beliau ~ ke Singapura; 3. Id mudah
meruap (minyak dll), mudah kering, mudah menjadi gas: minyak
~; zat ~; 4. = berterbangan melayang-layang di udara (debu,
daun-daunan, dll), berhamburan di udara; 5. ki berlari (bergerak
dll) dgn laju, bergerak dgn cepat, melarikan diri: kereta itu ~ bukan
main laju; pencuri itu sudah ~ ; 6. ki hilang lenyap, hilang milik,
musnah: tengok harta kita yg tinggal tiga relung ~ waktu Hamdan
di Sekolah Melayu; 7. ki melayang-layang ke mana-mana (fikiran),
menerawang: semua fikirannya sudah ~ pd orang yg bakal
ditemuinya;
~ arwah (semangat) a) pengsan; b) hilang ingatan, sangat
terperanjat; ~ darahnya sangat terkejut; ~ fikiran hilang fikiran; ~
lalat (langau) pagi-pagi hari (lebih kurang pukul 6.00-6.30); ~
bertumpu, hinggap mencekam prb jika merantau hendaklah
mencari kaum keluarganya (karib-baitnya);
berterbangan 1. terbang ke merata-rata tempat, terbang banyakbanyak:
unggas ~ dr suatu dahan ke dahan yg lain serta bersiulsiul
mencari makanan; 2. berhamburan (bertaburan) di udara,
melayang-layang di udara (debu dll): debu di jalan raya ~ ke
udara apabila dihembus angin;
menerbangi terbang melalui (menempuh), berpergian dgn kapal
terbang di;
menerbangkan 1. membiarkan terbang, melepaskan terbang:
beberapa ekor merpati telah diterbangkan utk memulakan
perayaan tersebut; 2. membawa terbang (angin, burung, dll): biji
buah ini amat kecil dan ringan, maka mudah diterbangkan oleh
angin; 3. membawa (mengangkut) dgn kapal terbang, memandu
(mengemudikan) kapal terbang: askar-askar yg tercedera dlm
pertempuran itu telah diterbangkan ke rumah sakit Kuching utk
mendapatkan rawatan cemas; 4. ki melarikan wang dll, melarikan
diri: orang yg ~ wang syarikat itu telah dihukum;
penerbangan 1. perihal terbang (menerbangi, menerbangkan); 2.
perjalanan dgn kapal terbang, lalu lintas kapal terbang: semua ~
dlm negeri telah dibatalkan; 3. segala yg berkaitan dgn lalu lintas
udara;
~ awam = ~ sipil Id urusan penerbangan utk keperluan orang awam
(bukan utk tentera); ilmu ~ pengetahuan atau kepandaian dlm hal
terbang (dgn kapal terbang);
penerbang orang yg menerbangkan kapal terbang, jurumudi kapal
terbang, juruterbang.
terbang II Jw rebana.
terbang III; ikan ~ sj ikan laut, Exocoetidae.
terbis 1. ark runtuh (lereng gunung, tepi jurang, dll), roboh, terban; 2. ark
lereng gunung (jurang dll), tambak pd tebing parit dll.
terbit 1. keluar dr permukaan (air dll), keluar dr tempat terlindung
(bulan, matahari, dll), muncul, timbul: bulan sudah ~ ; sebelah
matahari ~ sebelah timur; 2. berbangkit (perasaan hati, fikiran,
dll), lahir, timbul; dlm hatinya ~ keinginan utk memilih antara dua
orang pemuda itu mana yg lebih baik dan sesuai dgn hatinya; 3.
siap dicetak dan diedarkan (buku, majalah, dll), tersiar (berita,
makalah, dll): ~nya kedua-dua antologi ini merupakan satu
kemajuan besar; 4. keluar memancar ( air, cahaya, dll), keluar
(peluh, air mata, dll): air yg ~ drpd mata air biasanya jernih; 5.
keluar (dr rumah, persembunyian, dll): setelah pintu terbuka dia
pun ~lah; 6. tumbuh atau keluar drpd: sehelai rambut atau bulu ~
drpd satu liang yg halus di dlm kulit itu; 7. berpunca atau bermula
drpd: kebakaran itu ~ drpd puntung rokok yg dibuang dlm bakul
sampah;
menerbitkan 1. menimbulkan (pertikaian, perkelahian, dll),
membangkitkan (perasaan dll): kelakuannya yg tidak senonoh ~
kemarahan orang tuanya; 2. mendatangkan (bahaya, kerugian,
penyakit, dll): kelengahan akan ~ kerugian kpd perusahaan itu; 3.
mengeluarkan dan mengedarkan (buku, majalah, dll): sebelum
Marsden belum ada usaha utk ~ teks drpd naskhah Melayu lama
secara ilmiah; 4. mengeluarkan (tenaga dll): benda-benda hidup
menggunakan makanan utk ~ tenaga dan membina badan atau
pohonnya; 5. mengeluarkan (wang): jikalau boleh kiranya tolong
tuanku terbitkan rial itu; 6. menghasilkan sesuatu, mengadakan,
mengeluarkan, mewujudkan (bunyi dll);
terbitan 1. sesuatu yg terbit (diterbitkan), keluaran (buku, majalah,
dll): akhbar berkala Melayu ~ sebelum perang; ~ berkala keluaran
(majalah) yg diterbitkan berulang-ulang pd waktu yg tertentu; kata
~ kata yg memakai imbuhan; 2. (Eko) tawaran sekuriti, saham dsb
utk dijual kpd pelabur;
~ awam tawaran saham sesebuah syarikat kpd orang ramai utk
tujuan mendapat penyenaraian di bursa saham; ~ baru tawaran
terbitan saham yg baru kpd orang awam; ~ bonus terbitan saham
baru oleh sesebuah syarikat yg diberikan percuma kpd pemegang
saham yg sedia ada; ~ hak tawaran terbitan saham biasa baru
syarikat kpd pemegang saham yg sedia ada utk membeli saham
tersebut sebelum tawaran saham dibuat kpd awam;
penerbitan 1. perihal (perbuatan dll) menerbitkan: dua pola ~ kata
yg tidak produktif; ~ asas ayat; 2. urusan atau pekerjaan
menerbitkan (majalah dll): pihak berkuasa telah mengharamkan ~
kedua-dua buah novel tersebut;
penerbit (orang, syarikat, dll) yg menerbitkan buku dll: semasa di
sana banyak juga ia menulis utk beberapa ~ di Tanah Melayu.
terbium (Kim) sj unsur logam.
terbui terbul.
terbul sj ikan darat, Osteochilus hasselti.
terbus  tarbus.
terbut sj paku atau pasak yg besar (utk membuat kapal), baut yg besar.
teremal sj tumbuhan (pokok), kayu jeremal, mata peregam, pendarah
paya, Horsfieldia subglobosa; termal.
terember (terémbér) Kl; berterember bergantungan, bergayutan.
terembesi sj tumbuhan (pokok renek), senu, tutup awu, Pipturus
nicanus.
terenang sj kendi air yg bertutup (dibuat drpd tanah liat).
terendak (teréndak)  I sj penutup kepala atau tudung yg lebar tepinya
(dibuat drpd anyaman buluh, rotan, dll): sebentar-sebentar dia
membuang ~ yg menutupi kepalanya dan mengesat-ngesat peluh
yg membasahi dahinya; ~ Bentan = ~ Melayu terendak yg
merunjung ke atas (spt bentuk kerucut); ~ Cina terendak yg
merunjung ke atas dan lentik tepinya; ~ lampu tudung lampu.
terendak (teréndak) II; siput ~ sj siput, Xenophora solaris.
Terengganu negeri di tenggara Semenanjung, keluasan 13 080 km2,
Kuala Terengganu sbg ibu negeri, Darul Iman.
terengkek (teréngkék) terangkik.
terentang I sj tumbuhan (pokok), napan, serentang, Campnosperma
auriculata; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), cincang, cungkil, kabau,
semincang, Allophylus glaber; ~ jantan sj tumbuhan (pokok),
Campnosperma minor; ~ manuk sj tumbuhan (pokok), bentangur
otak udang, berjagung, habung ayam, katak (keretak) udang,
medang ampas (udang), pauh pipit, pokok seudang, rengas ayam
(pasir), sempedu burung, sumpah biawak (tupai), Buchanania
sessilifolia; ~ tikus sj tumbuhan (pokok), katak (ketak) udang, otak
udang, pauh pipit, puan, Buchanania lucida.
terentang II direntangkan;  rentang.
teres (térés) 1. kawasan tanah datar yg ketinggian dan bertingkat-tingkat
(biasanya ditumbuhi rumput, utk bercucuk tanam, dll), tebing atau
pantai yg ketinggian (di sepanjang pantai, sungai); 2. tanah dll yg
ditinggikan di depan rumah;
meneres membuat teres: hanya empat belas peratus sahaja negeri
Jepun yg boleh ditanam, termasuklah tepi bukit yg diteres.
teret (térét) ark; berteret-teret berderet-deret;  deret.
teretet (terétét) bunyi spt bunyi trompet (mesingan dll).
terhal terhalang (kerana sesuatu rintangan), terhenti, tertahan; hal I.
teri I 1. sj ikan laut, Stolephorus spp.; 2. sj ikan laut, Eugraulis tri.
teri II Jh tera.
teriak 1. teriakan; 2. Kd, Kl tangis;
berteriak 1. berseru (memanggil dll) dgn suara yg keras dan
nyaring, melaung, memekik: maka ~lah kawan bertanya, ‘Perahu
dr mana ini?’; 2. Kd, Kl bp menangis;
meneriak memanggil (menyeru, melaung) dgn suara yg keras dan
nyaring: tiada berapa lama sampailah ia ke rumahnya, lalu Pak
Pandir ~ Mak Andeh;
meneriaki ark memanggil dgn berteriak;
meneriakkan 1. menyerukan sesuatu dgn suara yg keras dan
nyaring, melaungkan, memekikkan: budak-budak berlarian ke
kampung dan ke rumah ~ Nor sudah bebas; 2. menyerukan atau
menawarkan (dgn berteriak): kedengaran suara penjaja itu ~
barang-barang dagangannya; 3. = meneriak-neriakkan
menggembar-gemburkan (sesuatu fahaman dll), melaunglaungkan,
mempropagandakan: semboyan yg diteriakkan dan
ditulis oleh kaum Nazir terdapat di mana-mana;
teriakan seruan dgn suara yg keras dan nyaring (utk memanggil,
menarik perhatian, dll), jeritan, laungan, pekikan.
teriang Pr buah-buahan yg masih tinggal di pohon (pd penghujung
musim).
teriba; akar ~ sj tumbuhan (pokok renek utk ubat kurap), Rhinacanthus
nasutus.
terigu 1. biji-bijian yg boleh dimakan, gandum; 2. = tepung ~ tepung
gandum.
terik I 1. tidak mudah terlucut atau terbuka (ikatan), erat, kuat, teguh; 2.
sempit dan mencerut (seluar dll), ketat, sempit: seluar yg ~; 3.
amat sangat (panas matahari): panas kian ~ dan kian membakar
kulit kepala; 4. ki sukar (pekerjaan), sulit; 5. Kl tidak kendur (tali
dll), tegang, sering: tali itu diregang dgn ~ ;
menerikkan 1. menjadikan terik (ikatan), meneguhkan,
mengeratkan; 2. menggesa (melakukan sesuatu), mengerasi,
menguatkan.
terik Il; burung ~ canai sj burung, burung kuning, burung kunyit-kunyit,
burung nangka, kependang, setempukan, Oriolus chinensis.
terika ark; menerika menggosok dgn seterika, menyeterika;  seterika.
teriko; kain ~ sj kain tenun (drpd bulu binatang atau kapas), tuit.
terima bp mendapat, memperoleh, menyambut (sesuatu): kemudian ia
hendak bayar kpd saya separuh, tiadalah saya mahu ~;
(mengucapkan) ~ kasih (mengucapkan) syukur (kerana menerima
sesuatu); ~ nasib berserah kpd takdir sahaja; ~ salah mengaku
akan kesalahan diri; ~ syukur bersyukur kpd Tuhan;
berterima ark (telah) diterima, (telah) dikabulkan; ~ kasih
mengucapkan syukur;
menerima 1. mengambil (mendapat, menadah, dll) sesuatu yg
diberikan: adakah Yang Dipertuan telah ~ surat dua pucuk
kelmarin?; 2. menyambut kedatangan orang (tetamu dll): kalau
diketahui kami bukan orang India maka ia enggan ~ kedatangan
kami; 3. = ~ baik meluluskan atau mengabulkan sesuatu
permintaan (permohonan dll), menyetujui (sesuatu usul dll),
membenarkan, mengesahkan: ketika dia datang meminang, ibuku
tidak banyak olah utk ~nya; 4. mendapat atau menderita sesuatu
(dgn berserah sahaja): ~ nasib; 5. berpendapat bahawa ...,
memandang (sbg), menganggap (sbg): ia ~ jawabanku sbg
penghinaan; 6. membenarkan masuk menjadi anggota (murid dll),
mengizinkan (masuk dll): mereka pun diterima sbg anggota
masyarakat kota itu; 7. bersetuju memegang sesuatu jawatan,
mahu menjabat: beliau telah ~ tawaran utk bekerja sbg pengurus
di syarikat itu; ~ panjang tangan, menghulur sekali belum prb
perangai orang yg tamak hanya mahu menerima pemberian orang
sahaja tetapi tidak mahu memberi;
menerimakan menyerahkan supaya diterima, memberikan;
penerimaan 1. perihal (perbuatan dsb) menerima, penyambutan:
bayaran dan ~ barang-barang yg dibeli; 2. sambutan, nilaian,
penghargaan: bagaimana pendapat saudara tentang ~ rakyat kami
terhadap rombongan kebudayaan saudara?; 3. keizinan (masuk
dll), kebenaran: beliau meminta supaya dihentikan ~ murid-murid
darjah satu; 4. sikap terhadap, anggapan terhadap, tanggapan:
janganlah tuan takut dan ngeri kpd kakang dan janganlah tuan
salah ~;
penerima 1. orang atau alat yg menerima sesuatu; pesawat ~
pesawat radio utk menangkap siaran radio; 2. mudah menangkap
(ajaran dll), terang hati; 3. sentiasa berserah (kpd takdir dll).
terima pakai; menerima pakai mengambil atau menerima sesuatu
(idea, keputusan, peraturan, kaedah dsb) dan menggunakannya
atau melaksanakannya utk tujuan tertentu: tujuh buah negeri telah
bersetuju utk ~ Enakmen Pentadbiran dan Hukum Islam; konsep
tersebut turut diterima pakai oleh sektor swasta.
terimba; titisan ~ keturunan, salasilah, susur galur.
tering (téring) IB sj penyakit paru-paru, batuk kering.
teringkit layar persegi (di haluan perahu).
teripang I sj binatang laut yg berkerutu badannya dan berwarna coklat
bertapuk-tapuk hitam dan biru (hidup di dlm lumpur laut, biasanya
dikeringkan, dimakan utk memanaskan badan), beronok,
Holothusia edulis;
~ bulat teripang yg berbentuk spt bola; ~ panjang teripang yg
panjang bentuknya.
teripang II; ikan ~ sj ikan laut, Saurus indicus.
teris; kertas ~ kertas minyak utk menyalin peta dll.
terista ark sedih, dukacita.
teriti; meneriti ark berjalan di jalan yg sempit (di atas titian dll), meniti;
 titi.
teritik I; berteritik bertitik-titik; titik I.
teritik II (Sunda) ark sj tumbuhan (pokok), Parinarium corymbosum.
teritip I sj siput laut yg kecil (suka melekat pd perut perahu, tiang-tiang
yg terendam di dlm air).
teritip II; pari ~ sj ikan laut, Dasyatis africans.
teriyaki (tériyaki)  sj makanan  Jepun  drpd  ikan  atau  daging  yg  diperap
dgn kicap dan digril.
terjah; menerjah 1. datang atau masuk dgn tiba-tiba: guru ~ ke dlm bilik
darjah; 2. melanggar, merempuh dsb seseorang dgn kasar: dia
menerima kad kuning kerana ~ pemain lawan; 3. ki meniup dgn
kuat: kertas-kertas usang yg menyelimutinya melayang diterjah
angin dan hilang dlm kabus;
terjahan tindakan atau hasil menerjah: Slovenia gagal menggugat
kubu Sepanyol dan mereka hanya berharap menerusi ~ Zlatko
Zahovic yg mengharapkan penalti.
terjai Pl tepat (ramalan dll).
terjal I curam yg hampir tegak lurus (lereng gunung, jurang, dll): lereng
gunung ~; jurang ~;
keterjalan perihal terjal: ~ lereng gunung itu mengerikan.
terjal II 1. Jh tidak tetap kedudukannya (layang-layang); 2. ki agak kasar
(kelakuannya), nakal.
terjal III Kl sama panjang (atas bawah teraju layang-layang).
terjali ark tajalli.
terjang serangan, serbuan;
menerjang menyerang (musuh dll), melanggar, menyerbu;
penerjangan perihal menyerang, pelanggaran, penyerangan,
penyerbuan.
terjemah; menterjemah membuat kerja-kerja terjemahan;
menterjemahkan 1. memindahkan (karangan dll) drpd suatu
bahasa kpd bahasa yg lain, mengalihbahasakan: masalah
kekurangan buku dlm bahasa kebangsaan boleh diatasi dgn ~
buku-buku bahasa Inggeris; 2. ki membawa pengertian,
mentafsirkan: penguatkuasaan boleh diterjemahkan sbg langkah
menolak perniagaan dan mengarahkan para pelabur ke pasaran
lain; 3. menukarkan atau mengubah sesuatu kpd keadaan, bentuk
dsb yg konkrit atau nyata: segalanya akan menjadi kenyataan
sekiranya kita ~ impian itu kpd pelan tindakan yg berkesan;
terjemahan 1. hasil drpd menterjemahkan, yg (telah)
diterjemahkan: di samping cerpen asli dimuat juga cerpen ~; 2.
cara (gaya, kaedah) menterjemah; ~ bebas cara menterjemah yg
menunjukkan bahawa penterjemah tidak mengikuti gaya penulisan
atau penyampaian penulis asal karya yg diterjemahkan;
penterjemahan perihal (kerja, usaha, dsb) menterjemahkan;
penterjemah orang yg menterjemahkan sesuatu, juruterjemah.
terjun 1. melompat dr atas ke bawah: pencuri-pencuri itu pun ~ ke dlm
sungai, lalu berenang ke seberang; air ~ air yg mengalir dan jatuh
dr tempat yg tinggi; 2. lebih rendah (jika dibandingkan dgn yg
lain); 3. menceburkan diri (dlm sesuatu lapangan), menyertai, turut
serta: beliau sudah lama ~ ke dlm gelanggang politik;
berterjunan bersama-sama (beramai-ramai) terjun, banyak yg
terjun: setelah ia mengamuk itu ~lah orang dr balairung;
menerjun ark terjun;
menerjuni 1. terjun ke (di), terjun utk (mengambil, menolong,
dll): lurah yg dalam telah kita terjuni dan bukit yg tinggi telah
sama kita daki; 2. ki memeriksai atau menyelidiki dgn mendalam,
menyelami: beliau cuba ~ ilmu psikologi kanak-kanak yg kurang
diketahui oleh ibu bapa dan guru-guru; 3. ki mematuhi perintah
dll, mengikut; 4. ki mengeluarkan wang utk menutup kerugian;
menerjunkan 1. membiarkan terjun, menyuruh terjun: dia ~
anjingnya ke dlm sungai; 2. menggugurkan (dr kapal terbang dll);
3. merendahkan, menghinakan; ~ diri menceburkan diri, menyertai
(sesuatu perkara), turut serta (dlm sesuatu perkara);
terjunan hasil perbuatan terjun dr kapal terbang (oleh askar) atau
dr tempat yg tinggi (oleh ahli renang dsb): kebanyakan penerjun
asing menggunakan alat video bagi mengkaji setiap ~;
keterjunan perihal ditimpa sesuatu; ~ sawan kena penyakit sawan;
penerjunan perihal (perbuatan dsb) menerjuni atau menerjunkan;
penerjun 1. orang yg terjun dr kapal terbang (dgn menggunakan
payung terjun): ~ memakai dua payung terjun; 2. ahli renang yg
mengambil bahagian dlm acara terjun dr tempat yg tinggi ke dlm
kolam air.
terka I dugaan, sangkaan, tebakan; salah ~ salah duga;
menerka mengagak, menduga, menebak, mengira: dapat kau ~
siapa saya ini?;
terkaan terka, dugaan, terbakan: Umar tersipu-sipu kerana ~
kawannya itu tepat sekali;
penerkaan perihal menerka;
penerka teka-teki; teka.
terka II Jw; menerka mendakwa, menuduh, menyangka.
terkam; menerkam 1. melompati (utk menyerang, menangkap, dll),
menerkap, menerpa: maka panglima-panglima itu pun ~lah
menangkap Dewa Perkasa itu; dgn tiba-tiba ayam jantan hitam itu
~ ayam kami lalu mematuk kepalanya bertubi-tubi; 2. meluru kpd,
menyerbu: anak raja tadi telah ~ datang ke pintu itu;
terkaman 1. hasil menerkam, serangan, serbuan: dgn mudah dia
dapat mengelakkan ~ itu; 2. ki cengkaman, kekuasaan;
berterkaman bersama-sama menerkam, banyak yg menerkam: ibu
dan ayahnya ~ menerpa api yg cuba menjilat dinding.
terkap I; menerkap menyungkupi (menudungi, menutupi) sesuatu dgn
tapak tangan dll, menekap, menekup, menyerkup;  terkup I.
terkap II; menerkap menyerang dgn tiba-tiba, menerpa, menyerkap;
terkup I.
terkul sj senapang kuno yg pendek.
terkup I; menerkup 1. menangkap dgn sesuatu yg mungkum, memedap,
menerkap, menyerkup; 2. menyerang dgn tiba-tiba, menyerkap;
terkap I & II.
terkup II ark; berterkup berlaga (biri-biri dll), bersabung: spt biri-biri
yg amat galak ~;
memperterkupkan memperlagakan (binatang): beberapa ekor
biri-biri itu diperterkupkan orang.
terlak ark sj silat atau pencak; tukang ~ a) tukang silat (pencak),
pendekar; b) orang yg suka berkelahi, jagoan, samseng; 
teralak.
terlat  telat.
terluh; menerluh bp 1. (pergi) tidur; 2. berdengkur; reluh.
terma I 1. unit ukuran haba; 2. berkaitan dgn haba atau suhu.
terma II (Udg) 1. peruntukan yg terkandung atau peraturan yg dikenakan
dlm sesuatu kontrak: ~ dlm perjanjian insurans itu mungkin boleh
mengehadkan atau menidakkan tuntutan saudara; 2. perkara yg
kepadanya tertakluk sesuatu keistimewaan; ~ jawatan (Tadb)
perkara yg berkaitan dgn jawatan yg dipegang oleh seseorang, spt
faedah persaraan, hak pencen, tempoh jawatan, gaji dsb.
termal sj tumbuhan (pokok); teremal.
termasa temasya.
terminal 1. yg merupakan batas, yg terakhir, hujung; 2. stesen atau
bahagian bangunan di lapangan terbang dll tempat penumpang tiba
(pada akhir perjalanan) atau berlepas (memulakan perjalanan); 3.
pangkalan tempat barang-barang mentah dipunggah dan disimpan
(dan kadang kala diproses): ~ minyak Iran di Pulau Rharg; 4. alat
atau pesawat komputer yg mempunyai hubungan atau talian
menerima dan mengeluarkan data dgn pesawat induk komputer.
terminografi (términografi) proses merakamkan data tentang istilah yg
merangkumi konsep, sistem konsep, maklumat linguistik, sumber
istilah dan kemungkinan pertambahan atribut pd masa akan datang.
terminologi 1. kajian tentang istilah; 2. kumpulan kata khusus yg
berkaitan dgn sesuatu bidang (ilmu).
termion (Fiz) elektron atau ion yg terpancar akibat aruhan haba.
termionik cabang fizik yg berkaitan dgn pemancaran elektron pd suhu
yg sangat tinggi.
termodinamik kajian tentang hubungan antara haba dgn pelbagai bentuk
tenaga yg lain.
termoelektrik (termoélektrik)  (Fiz)  menghasilkan  tenaga  elektrik
melalui perbezaan suhu.
termogandingan (Fiz) sj alat utk menyukat suhu (yg terdiri drpd dua
dawai logam yg berlainan jenis dan disambungkan pd setiap
hujung).
termograf sj termometer yg boleh merakamkan suhu secara automatik
dan berterusan.
termogram rakaman suhu yg dihasilkan oleh termograf.
termokimia cabang ilmu kimia yg berkaitan dgn perubahan tenaga
semasa tindak balas kimia.
termokoh Kl duduk dgn menundukkan kepala (bertopang dagu).
termolisis (Kim) penguraian molekul melalui tindakan haba atau secara
pemanasan.
termometer (termométer) alat penyukat suhu, jangka suhu.
termometri (termométri) kajian tentang pengukuran suhu dan penetapan
ukuran suhu piawai.
termonasti (Bio) pergerakan tumbuhan yg disebabkan perubahan suhu
sekitaran (mis sesetengah kelopak bunga terbuka apabila
persekitaran suhu meningkat).
termonuklear (termonukléar) bkn lakuran nuklear: perang ~.
termoplastik (Kim) 1. menjadi lembut dan mudah dilentur apabila
dipanaskan dan mengeras semula apabila disejukkan tanpa
perubahan ketara pd sifatnya (bkn bahan plastik); 2. bahan plastik
yg melembut dan mudah dilentur apabila dipanaskan dan mengeras
semula apabila sejuk.
termos sj balang utk menyimpan minuman supaya tetap sejuk (panas).
termostat sj alat yg mengatur suhu secara automatik.
termoterapi (termotérapi) perawatan penyakit dgn menggunakan haba.
ternah Jh jarang ditemui (barang dll), luar biasa; si ~ ki orang yg
memakai dgn berlebih-lebihan (mengada-ngada).
ternak 1. ark yg berasal dr, yg dilahirkan di: mereka itu ~ Singapura;
orang ~ penduduk negeri, anak negeri, bumiputera; 2. = ternakan
binatang peliharaan (kuda, lembu, kerbau, kambing, dll): beliau
gemar sekali bercucuk tanam dan memelihara ~; tukang ~ a)
orang yg memelihara binatang; b) = tukang ~ wang bp ceti, pelepas
wang;
berternak, menternak memelihara ternak (kuda, lembu, dll):
perusahaan ~ itu dijalankan secara besar-besaran; mereka ~
binatang dan bercucuk tanam;
menternakkan 1. memelihara supaya banyak, membiakkan ternak
(lembu, ayam, dll): mereka juga ~ lembu utk dijual; 2.
membungakan wang: hutangnya kpd orang yg suka ~ wang telah
dapat dibayar oleh Zainudin;
penternakan perihal memelihara dan membiakkan binatang,
pemeliharaan dan pembiakan binatang;
penternak orang yg menternakkan (binatang).
terobong ark cerobong.
terobos; menerobos menembus masuk (barisan musuh dll), menembusi,
melantasi, merempuh: sejalur cahaya dan angin pagi yg dingin ~
masuk lewat jendela; pd hemat saya orang Melayu sepatutnya ~
bidang perniagaan;
penerobosan perbuatan menerobos: prinsip inilah yg menjadi
strategi Jepun utk menjayakan ~ ekonomi; tobros.
terok (térok)  ark ; menerok menusuk atau menikam (karung beras dll)
utk mengetahui kandungannya.
teroka; meneroka 1. membuka kawasan baru utk dijadikan kampung
(sawah, ladang), membuat sawah (ladang dll) di kawasan baru:
menetaplah mereka di sana utk membuka tanah, ~ hutan belantara
utk dijadikan kampung; 2. ki menyelidiki (utk mengetahui sesuatu,
biasanya yg belum diketahui lagi), menjelajah: perasaan ~ dan
mengembara tidak hidup lagi dlm jiwa pemuda kita; 3. =
menerokai menjalani, menempuh, mengharungi (bidang kegiatan
dsb yg baru): siswazah-siswazah yg mampu berdikari dan sanggup
~ bidang-bidang perniagaan;
penerokaan perihal (perbuatan, usaha, dsb) meneroka atau
menerokai: ~ dlm tema dan teknik oleh para penulis seharusnya
dilakukan berdasarkan pengalaman; angkasawan-angkasawan yg
dipilih utk menyertai siri ~ ke angkasa lepas terpaksa menjalani
ujian terlebih dulu;
peneroka orang yg meneroka: ~-~ zaman dahulu membuka tanah
dgn menggunakan kuda dan kapak sahaja.
terolak Kd  bertolak.
teromasa sl telatah.
teromba sejarah yg diceritakan dlm bentuk perbilangan, tambo, riwayat.
teromel, teromol IB sj peti kecil drpd tin.
terompah 1. sj alas kaki drpd belulang yg tidak disamak; 2. = ~ kayu sj
alas kaki yg dibuat drpd kayu, kasut, gamparan;
berterompah memakai atau mempunyai terompah: kakinya ~
kayu yg menghasilkan bunyi hentakan yg kuat.
terong (térong) Jw terung (tumbuhan).
terongko sl penjara, jel: kalau seseorang itu bersalah besar, ia
dimasukkan ke dlm ~;
menerongkokan memasukkan ke dlm penjara, memenjarakan.
teronok sj binatang laut (spt agar-agar), ampai-ampai, ubur-ubur.
teropong 1. tabung kecil drpd buluh dll, buluh, pembuluh, torak; ~ api
sekerat buluh utk meniup api, salung api; 2. alat utk melihat benda
yg jauh-jauh atau benda yg halus-halus, keker; ~ asap pembuluh
tempat asap keluar, corong asap; ~ bintang alat utk melihat
bintang, teleskop; ~ corong = ~ hendap = ~ intip alat utk melihat
sesuatu yg di atas air (dr kapal selam dll), periskop; ~ halus = ~
hama = ~ kuman = ~ tuma alat utk melihat benda-benda halus,
mikroskop; ~ hati ki mata; ~ jauh alat utk melihat benda-benda yg
jauh, teleskop;
meneropong, meneropongi 1. melihat dgn teropong; 2. ki
menyelidiki, memeriksai, meneliti: kita telah ~ apa yg telah terjadi
pd bidang agama, politik dan ekonomi;
peneropongan perbuatan meneropong;
peneropong orang yg meneropong.
terowong = terowongan gua yg dibina menembusi tanah atau bukit dll
(utk dijadikan jalan keretapi dll), tembusan.
terpa; berterpaan banyak yg menyerbu (menyergap): segala anak-anak
dara yg taruhan sekaliannya ~ hendak melihat Raja Zainal;
menerpa 1. menyerbu dan menerkam (menyerang dll): ia ~
memeluk pinggang Cik Salmah dr belakang; 2. meluru masuk,
berkejar: dia ~ masuk hendak merampas kertas yg berada di
tangan Rosnah;
terpaan serbuan, sergapan: tembakan meledak bertubi-tubi dan ~
askar Jepun dr dlm gudang sungguh-sungguh menggamatkan.
terpal = kain ~ sj kain kasar dan tebal (utk kain khemah, layar, dll), kain
mota.
terpas  tepas I.
terperelus Kd terbolos, tembus.
tertawa tawa.
tertib 1. peraturan yg baik dan telah ditetapkan, aturan (yg harus
dipatuhi); tata~ peraturan-peraturan yg mesti dipatuhi; 2. mengikut
peraturan, teratur dan rapi: segala sesuatu berjalan dgn ~; 3. dgn
sopan santun, dgn majlis, dgn sepatutnya: sangat ~nya barang
kelakuannya;
~ acara a) peraturan mengenai segala sesuatu yg bertalian dgn
perbincangan dlm mesyuarat dll; b) acara, agenda; ~ hukum Id
aturan yg berkaitan dgn undang-undang; ~ nikah aturan dlm nikah;
~ sembahyang aturan dlm sembahyang; ~ sopan sopan santun;
bertertib mengikut tertib, teratur, sopan: apabila sampai ke rumah
Pawang Dolah kau semua hendaklah duduk ~, bersopan santun;
menertibkan menjadikan tertib, mengatur, merapikan: kpd
tenteralah orang kampung menoleh guna ~ hukum;
ketertiban 1. peraturan (dlm masyarakat dll), aturan: atas nama ~
rumah makan ini, engkau kuusir; 2. = adat ~ kelakuan yg baik dlm
pergaulan, kesopanan: perbuatan yg kita lakukan demikian adalah
melanggar ~ negara timur ini; 3. keadaan yg rapi, kerapian;
penertiban perihal menertibkan.
teruah 1. sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kepawang (kepayang),
kelepayang, pepayang, Hodgsonia capniocarpa; 2. sj tumbuhan
(pokok memanjat), Momordica cochinchinensis.
terubin sj alat menangkap ikan; tubin II.
terubuk 1. sj ikan laut, Clupea macrura; 2. sj ikan laut, Alosa macrura;
3. = telur ~ telur ikan terubuk (biasanya dikeringkan dan
diperdagangkan); ~ padi sj ikan laut, Clupea sinensis.
terubul 1. sj tumbuhan (pokok), pecah payung (piring paya), sampu
tikus, segading jantan, Ixora crassifolia; 2. sj tumbuhan (pokok),
belat, jarum hutan, kayu tajam, medang ketukuh, meroyan,
segading jantan, Ixora grandifolia.
terubung Pn, Pr sj tempat menyimpan padi yg dibuat drpd daun pandan
atau kulit kayu, kerubung.
terucuk Jw pancang-pancang di laut.
terucukan Jk burung merbah.
teruk I 1. amat sangat (bkn penyakit, keadaan pesakit, dll), keras sekali,
tenat: tiba-tiba khabar buruk tiba mengatakan bapaku sakit ~; 2.
hebat sekali (perkelahian, pukulan, dll), terlalu sangat: kalau
Hasan tidak pulang, dipukulnya Hasan sampai ~; 3. susah, sukar:
negeri ini sudah mengalami keganasan komunis selama dua belas
tahun dan cukup ~ dibuatnya; 4. bp amat sangat buruknya
(hodohnya, tidak baiknya, dsb sesuatu): ~ betul tulisannya;
keterukan keadaan teruk.
teruk II bunyi spt bunyi kain robek.
terum sl perbuatan merendahkan badan dgn berlutut (gajah dll), derung,
derum;
menerumkan menyuruh merendahkan badan dgn berlutut (gajah
dll), menderungkan, menderumkan: gajah itu diterumkan oranglah
di hadapan balai.
terumbu permatang batu atau pasir yg terdapat di bawah atau di atas
permukaan laut; ~ karang terumbu yg terjadi drpd batu karang
(biasanya kelihatan ketika air surut dan boleh membahayakan
kapal).
terumbuh sj tumbuhan (pokok memanjat), Marsdenia thyrsiflora.
teruna 1. sl anak laki-laki yg masih muda, pemuda, belia: kasih sayang
antara ~ dan dara; anak ~ = muda ~ anak muda, pemuda, muda
belia; 2. Id pelajar sekolah tentera, kadet.
terung I sj tumbuhan (pokok renek dan herba yg buahnya boleh
dimakan); ~ asam sj terung, Solanum ferox; ~ bali sj terung,
Solanum lyphopesicum; ~ belanda = ~ asam hutan = ~ kapal = ~
perat = ~ piat = ~ pusat = ~ puyuh sj terung, Solanum
aculeatissimum; ~ biru = ~ cina = ~ hijau = ~ manis = ~ ungu sj
terung, Solanum melongena; ~ hitam = ~ meranti sj terung,
Solanum nigrum; ~ pipit sj terung, Solanum sarmentosum; ~ pipit
putih = ~ raya wang = ~ rembang sj terung, Solanum torvum;
laksana ~ bertunang ikan kering prb perihal dua benda yg sangat
sesuai; tua-tua ~ asam prb orang tua yg tingkah lakunya spt orang
muda.
terung II Kd; harimau ~ kasau sj harimau, Felis tigris.
teruntum sj tumbuhan (pokok renek), kuku lang laut, terutum, Aegiceras
corniculatum; ~ bunga putih sj tumbuhan (pokok), Lumnitzera
racemosa; ~ merah sj tumbuhan (pokok yg tumbuh di tepi-tepi
laut), beluntas, Lumnitzera coccinea.
terup I sj permainan dgn menggunakan daun pakau; ~ keling sj
permainan terup; daun ~ daun pakau; main (bermain) ~ bermain
(berjudi dll) dgn daun terup.
terup II bp kumpulan, pasukan, rombongan; kuda ~ kuda utk pasukan
berkuda.
terus 1. menuju ke sesuatu tempat dgn tidak singgah di mana-mana,
langsung (tidak terhalang atau terhenti), lantas: dr kamar tidur dia
~ ke bilik mandi; 2. tidak berhenti, tidak terhenti-henti, sentiasa
bergerak (berjalan dll): kereta yg mereka naiki itu ~ berjalan; 3.
tidak putus-putusnya, berkepanjangan, berlarut-larut, selalu: negeri
ini bergantung ~ pd getah dan timah sahaja; 4. langsung ke
sebelah (apa yg ditikam dll), lantas, menembus, tembus:
ditikamnya sekali lagi, kena rusuknya ~, maka rusa itu tiada boleh
lari lagi lalu mati; 5. tidak bertangguh-tangguh lagi, dgn segera,
lalu, langsung: sesampai di kampung aku ~lah pergi ke paya; 6.
tidak berwakil kpd sesiapa langsung: di samping beberapa jabatan
kerajaan yg dijaga ~ oleh menteri, terdapat juga beberapa
lembaga atau perbadanan ... ; 7. tidak bercampur atau berlapis,
jati, tulen; emas ~ emas tulen (bukan saduran);
~ mata (pelihatan, pandang) dapat mengetahui apa yg tersembunyi
(yg akan terjadi);
seterusnya 1. selepas itu ... lalu, lantas ...: aku ~ pergi ke rumah
Ah Seng; 2. selanjutnya: biarlah kita terima dulu jaminan tersebut
utk diperhatikan ~; 3. = dan ~ dan lain-lainnya, dan yg lainlainnya;
4. tetap, selama-lamanya: beliau telah mengadakan
mesyuarat utk menentukan ~ langkah-langkah yg diambil
mengenai perkara tersebut; 5. yg berikutnya: Khatijah
memandangnya, berasa takjub ditanya ~ itu; 6. sejak dr itu ...,
mulai sekarang: dia ~ tidak berani lagi melakukan perkara itu;
berterusan tidak berkeputusan, berlanjutan, berkepanjangan: dia
menangis ~;
menerus 1. menembus, melantas: jahitan ini tidak boleh ~ ke
sebelah luar; 2. meresap (mengalir dll) keluar atau masuk; 3. jauh
dr permulaan, lanjut, terus: maka dilihat Bendahara betul kepala
Tun Mutahir bernyala, cahaya ~ ke langit;
terus-menerus 1. = terus-terusan tidak berkeputusan, tidak
berhenti-henti, tidak putus-putus, berterusan: mestikah mereka ~
hidup dlm alam kekolotan?; 2. secara langsung (siaran televisyen
dll), bukan pertunjukan filem: kira-kira 16,000 orang telah
menyaksikan perlawanan yg disiarkan ~ oleh televisyen ke
beberapa buah negeri;
menerusi 1. masuk sampai ke, melantas pd, menembus pd: jahitan
yg awal dan yg akhir sahaja yg ~ kain, yg lain itu lalu di bawah
urat benang sahaja; 2. dgn perantaraan, melalui: masukkan sehelai
benang halus ~ lubang-lubang pd kertas tebal itu; dia mengirim
buku-buku itu ~ saya;
meneruskan 1. menembuskan, melantaskan; 2. melanjutkan,
melangsungkan, menyambungkan: dr situ mereka ~ perjalanan
mereka ke arah selatan; dia bercadang hendak ~ pelajarannya ke
universiti; 3. mengirim terus (kpd), menyampaikan (menyerahkan)
terus kpd: surat itu diteruskan kpd ketua rapat yg dgn segera pula
~ kpd Kadir;
terusan 1. sungai buatan dll yg menghubungkan dua lautan (utk
pelayaran), susukan: T~ Panama; T~ Suez; 2. bp sambungan,
lanjutan: ini adalah ~ drpd cerita dahulu; 3. bp terus-terusan,
terus-menerus;
keberterusan perihal (keadaan yg) berterusan: hasrat terhadap ~
dlm hubungan antara negara;
penerusan perihal (perbuatan dsb) meneruskan, pelanjutan,
kelanjutan: masih ada kekecualian tertentu yg mengizinkan ~
penggunaan bahasa Inggeris;
penerus 1. orang (golongan) yg meneruskan (melanjutkan) sesuatu
aktiviti, penyumbang: melahirkan titisan zuriat Islam yg murni sbg
~ generasi Islamiah pd masa hadapan; 2. (Kej) peranti elektronik
yg digunakan utk menukar arus ulang-alik kpd arus terus tanpa
menggunakan dinamo atau mesin elektrik.
terus terang berkata (bercakap dll) dgn sebenarnya, tidak berselindung,
berterang-terang: kalau engkau tidak mahu mengaku ~, Bey,
engkau aku bunuh;
berterus terang terus terang, berterang-terang: ia ~ mengatakan
bahawa ia bersedia akan menjadi isterinya.
terusi sj benda berasal drpd tembaga dan berwarna kebiru-biruan
(digunakan utk ubat puru dll).
terutup; ~ batu sj tumbuhan (herba), kerak merah (nasi), rumput sisik
naga, Torenia polygonoides.
terwelu (terwélu) arnab, kelinci.
tes (tés) bp percubaan yg dilakukan utk menguji, ujian;
mengetes mengadakan percubaan utk memeriksa keadaan sesuatu,
menguji.
tesak pusat sasaran, mata sasaran, bulan-bulan.
tesaurus (tésaurus) buku yg mengandungi senarai kata seerti dan kata yg
berkaitan maknanya yg disusun mengikut sistem atau olahan
tertentu.
tesis (tésis) 1. pendapat (kesimpulan) yg dikemukakan utk dibahaskan, 2.
disertasi atau kajian ilmiah yg dikemukakan oleh seseorang calon
utk melayakkannya memperoleh ijazah atau diploma.
tesitura (tésitura) (Lin) julat nada suara dlm pertuturan biasa.
TESL kep Teaching Of English as Second Language (Pengajaran Bahasa
Inggeris sbg Bahasa Kedua).
testa (tésta)  selaput  biji  yg  biasanya  tebal  dan  keras  yg  berfungsi  utk
melindungi biji.
testamen (téstamen) IB wasiat.
testimoni (téstimoni)  pernyataan rasmi oleh saksi kpd mahkamah
undang-undang utk membuktikan kebenaran sesuatu.
testimonial (téstimonial)  surat  perakuan  tentang  keperibadian,
kebolehan, kelayakan, dsb seseorang, yg biasanya diberikan oleh
majikannya.
testis (téstis) (Bio) buah zakar, buah pelir.
testosteron (téstostéron) (Bio) hormon steroid lelaki, yg dihasilkan oleh
testis atau dibuat secara sintetik, yg mengaruh dan memelihara ciriciri
seks sekunder lelaki (spt pertumbuhan misai).
teta (téta) huruf kelapan dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol , .
tetabas Pr sembuh drpd penyakit (kerana diganggu puaka) dgn
membuang ancak.
tetabu; burung ~ sj burung, taptibau, Eurostopodus temminckii.
tetaguk ark burung pungguk; spt ~ di rumah tinggal prb orang yg
bekerja sendirian tetapi riuh bunyinya.
tetak I; luka ~ luka kerana diparang (dibacuk);
bertetakan saling mengenakan parang dll kpd, saling membacuk,
parang-memarang: maka kedelapan hulubalang itu ~ mata pedang,
tangkis-menangkis;
menetak memotong (mengerat dll) dgn senjata tajam yg dihayun
kuat-kuat, memancung, memarang, membacuk: petani itu telah ~
lembu yg memakan padinya;
~ meramu menebang kayu-kayan utk membuat rumah;
tetak-menetak saling menetak, bertetakan;
menetakkan memarangkan;
tetakan hasil drpd perbuatan menetak, pukulan atau ayunan
menetak: sebatang kayu yg tersadai di tebing sungai menjadi
sasaran ~ badik Tun Daik;
penetakan perbuatan menetak, pemarangan, pemancungan,
pembacukan;
penetak 1. orang yg menetak, pemarang, pemancung, pembacuk;
2. alat utk menetak.
tetak II Mn ark; menetak, menetakkan menetapkan, memastikan,
menentukan; ~ harinya menentukan harinya.
tetal 1. tidak berongga, mampat, padat, pejal, tumpat; 2. tidak jarang
(kain tenunan dll), kerap, rapat;
menetal, menetalkan menekan-nekan supaya padat, memejalkan,
menumpatkan; tatal III.
tetambak (Kej) benteng utk menahan banjir dll: utk mencegah banjir,
orang ramai telah membina benteng sungai yg dipanggil ~; 
tambak I.
tetampah Jk nyiru;  tampah I.
tetampan I sl sj talam, penampan.
tetampan II sl sj selampai drpd kain sutera kuning (yg disebaikan di
bahu ketika menghadap raja atau utk menudungi barang-barang yg
dipersembahkan kpd raja).
tetamu orang yg diundang (dijemput) utk menghadiri jamuan dll, orang
jemputan, jamu, tamu: dia sibuk melayan ~ ;
~ kehormat orang yg diundang khas (biasanya orang kenamaan,
pemimpin, atau pembesar) utk menghadiri sesuatu majlis atau
upacara; ruang ~ ruang utk melayan tetamu.
tetangga orang yg tinggal berdekatan atau sebelah-menyebelah, orang
setangga, jiran: katanya tak pantas aku memanggil orang itu
masuk rumah, hina apabila dilihat ~; tangga.
tetani (tétani)  (Ubat)  sj  penyakit  yg  dicirikan  dgn  penggerenyetan  dan
kekejangan otot, sawan dan spasma otot pd pergelangan tangan
dan kaki sehingga boleh menyebabkan tangan dan kaki
terbengkok.
tetanus (tétanus)  (Ubat) sj penyakit kejang urat atau otot, spt kancing
gigi, yg disebabkan oleh jangkitan sj kuman.
tetap I 1. selalu berada di tempatnya, tidak berpindah-pindah, tidak
bergerak, tidak berganjak: di dlm kursus sains ini kelak kita akan
menemui benda-benda hidup yg tinggal ~ tidak bergerak beberapa
lama; 2. tidak utk sementara: jawatan ini adalah ~ dan berpencen;
3. tidak putus-putus, terus-menerus, selalu: dunia masih ~
berharap bahawa segala kejayaan Rusia di angkasa lepas itu
hendaknya benar-benar dilakukan utk tujuan-tujuan damai; 4.
tidak berkesudahan, kekal selama-lamanya, lestari, abadi: kita di
dunia ini tidak akan ~ , mati juga akhirnya; 5. tidak berubah-ubah
(keadaannya dll), selalu demikian halnya dll, sama (keadaannya) :
harga getah dan timah bergantung pd pasaran dunia dan oleh
sebab itu tidak ~; 6. sudah pasti, tentu, mesti: gedung itu ~ akan
dirasmikan pd hari itu; 7. teguh berpegang pd (pendirian,
kepercayaan, keyakinannya, dll): dia ~ tidak mahu berdamai; 8.
tidak berubah lagi (niat, keputusan, dll): niatnya utk menunaikan
fardu haji sudah ~; ~ hati teguh hati, tabah hati;
menetap tinggal dgn tetap (di), bermukim (di), duduk (di): ~lah
mereka di sana utk membuka tanah, meneroka hutan utk dijadikan
kampung;
menetapi 1. menepati atau memenuhi (janji dll), menunaikan (niat,
kaul, dll): dlm janji digaduhkan sampai janji ditetapi; 2.
memenuhi (kewajiban, tanggungjawab, dll), menjalankan
(perintah), mematuhi;
menetapkan 1. membuat supaya tetap (tidak goyah dll),
menjadikan tetap (kekal, lestari, dll), mengekalkan: mereka hendak
~ apa yg telah ada; 2. menjadikan tetap (tidak utk sementara),
melantik (menerima) sbg pegawai tetap: setelah berkhidmat
selama satu tahun, Hamidah telah ditetapkan dlm jawatannya; 3.
memberi kepastian (ketentuan), memastikan, menentukan: harinya
mestilah ditetapkan utk membicarakan kes itu; 4. membuat
keputusan, memutuskan: kami ~ hendak memberi bantuan kpd dua
orang murid sahaja; 5. menjadikan tetap (tidak berubah-ubah
keadaannya dsb): ~ harga; 6. memilih (melantik, mengangkat)
jadi: mesyuarat telah ~ dia jadi wakil rombongan tersebut; 7.
meneguhkan (hati, janji, dll): oleh itu ia telah ~ hatinya sedia
hendak menghadapi untung nasib; 8. memperkuat, memperkukuh:
fakir itu tinggal di negeri Samudera ~ akan agama Islam isi negeri
itu;
mempertetap, mempertetapkan menjadikan lebih tetap: ampun
tuanku beribu-ribu ampun pertetapkan juga hati tuanku;
ketetapan 1. perihal tetap, kepastian, ketentuan: apa yg sedang
berlaku dlm masyarakat kita bukanlah drpd ajaran Islam, malah
jauh menyimpang drpd ~ hukum-hukum Islam; 2. keputusan,
ketentuan, pertimbangan: Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa
Bersatu akan mengambil satu ~ menyeru supaya semua pihak tidak
berkeras dlm krisis Timur Tengah; 3. surat pengangkatan
(perlantikan); 4. keteguhan (hati, kemahuan, dll), kekukuhan,
kecekalan: kemahuan dan ~ hati akan mencapai suatu cita-cita yg
mulia; ~ pajak Id taksiran pajak (cukai dll);
penetapan 1. perihal menetapkan, pemastian, penentuan: ~ bahasa
Melayu sbg Bahasa Kebangsaan; 2. perihal menetapkan (harga,
keadaan, dsb); 3. pelantikan (jawatan dll), pengangkatan; 4.
pelaksanaan (kewajiban dll), penunaian (janji dll); 5. keputusan
(pendapat dll);
penetap sesuatu yg digunakan utk menetapkan (menyelaraskan).
tetap II; menetap mengeringkan (air mata dll) dgn kain dll, mengelap
(dakwat, air, dll), mengesat: ditetapnya air matanya dgn sapu
tangan;
penetap sesuatu yg dipakai utk menetap; kertas ~ kertas kembang,
kertas lap.
tetap III tatap.
tetapan ark  tetampan II.
tetapi = akan ~ 1. kata penghubung utk menyatakan hal-hal yg agak
berlawanan (bertentangan): budak itu pandai ~ pemalas; dia
pemarah ~ hatinya baik; 2. (sungguhpun ...) namun: walaupun tua
~ ia masih kuat berjalan lagi.
tetar I Jh; setetar sejajar, sederet;
bertetar berjajar, berderet.
tetar II ark; menetar 1. mengarahkan, mengacukan (keris dll); 2.
mengatur anian (dlm alat tenun).
tetar III Tr merentang benang loseng (songket atau sarung benang): saya
hendak minta tolong ~ loseng.
tetarak Pr tarak-tarak.
tetarap sj ikan laut, Labridae.
tetarik sj alat bunyi-bunyian, akordion.
tetas; menetas 1. memotong (membelah dll) supaya terbuka, meretas: ~
jahitan; 2. keluar drpd telur: anak-anak ayam yg baru ~ sudah
boleh berjalan; 3. pecah dan terbuka kulitnya (telur yg sudah
diram): dlm tempoh sepuluh hari telur itu pun ~lah;
menetaskan 1. mengeramkan (telur) supaya menetas, menjadikan
menetas; 2. ki menimbulkan sesuatu perkara dll, membangkitkan,
menelurkan, menimbulkan;
penetasan proses menetaskan telur: ~ udang galah;
penetas 1. alat yg digunakan utk menetaskan telur: telur burung
ini ditetaskan dgn menggunakan alat ~; 2. pihak (orang atau
syarikat) yg mengusahakan kerja penetasan: anak ayam itu dibawa
dr syarikat ~ di Pekan Nenas.
tetawak sl tawak-tawak.
tetebeng (tetébéng) bahagian tepi terendak yg lebar.
teteguk burung pungguk.
tetek (téték) I buah dada, susu;
menetek menghisap tetek, menyusu;
meneteki memberi minum air susu kpd, menyusui;
menetekkan membiarkan menyusu pd, menyusukan.
tetek (téték)  II; ~-bengek segala perkara yg kurang penting atau tidak
berguna.
tetekkala bp tatkala.
tetel (tétél) sisa daging (campuran daging, urat, lemak, dll).
tetemas temas-temas.
tetengah bahagian yg di tengah-tengah.
tetepung sj tumbuhan (pokok), berambung, bunga campaya paya, bunga
campat, hampas tebu, kedenuk, medang gambung, mengabung,
jangkang paya, tampang besi, temangan, Vernonia javanica.
teter (tétér)  (Sunda)  sj  tumbuhan  (pokok  renek),  tembakau  hutan,
Solanum verbascifolium.
teterapan, teterapang ark terapan.
tetes (tétés) Jw 1. titik (air, darah, keringat, dll), ketel, titis: mereka sedia
melawan sampai ~ darah yg penghabisan; 2. air gula yg dicairkan,
ceng: alkohol itu dibuat drpd ~;
bertetesan bertitik-titik;
menetes keluar bertitik-titik, menitik (air, darah, dll): darahnya ~;
menetesi menitikkan (air dll) pd, menitiki;
meneteskan menitikkan, menitiskan (air dll);
tetesan 1. titik, titis: ~ air hujan (keringat); 2. keturunan, anak
cucu: ~ darah sultan; ~ pena ki buah pena, karangan.
tetibar, tetibau ark sj burung, tabtibau.
tetikus (Komp) sj peranti komputer yg digunakan sbg penunjuk utk
mengawal kursor dan utk memilih objek pd tabir paparan
komputer; ~ optik sj tetikus yg menggunakan kaedah optik spt
sinaran inframerah (tidak dgn menggunakan talian dawai) utk
mewujudkan hubungan dgn komputer.
tetingkap (Komp) kawasan bersegi empat pd tabir paparan komputer yg
memaparkan sebahagian drpd gambar atau teks terpilih bagi fail
tertentu;
~ aktif tetingkap yg dipaparkan pd tabir yg sedang digunakan oleh
atur cara; ~ tak aktif tetingkap atur cara atau data pd paparan yg
tidak digunakan.
tetirah Jk 1. pergi ke tempat lain (utk berubat dll); 2. bp pergi
mengungsi; tirah.
tetiron Jk tiruan, palsu.
tetiruk; burung ~ sj burung, burung berkik, Capella stenura.
tetomoih Kd tersungkur.
tetrahedron (tétrahédron) (Mat) rupa bentuk objek yg mempunyai empat
muka satah (biasanya segi tiga sama yg serupa).
tetraklorida (tétraklorida);  karbon ~ (Kim) sebatian organik yg
mengandungi satu bahagian karbon dan empat bahagian klorin
(digunakan dlm alat pemadam api dll).
tetrapod (tétrapod) (Bio) ahli kumpulan vertebrat yg mempunyai empat
anggota.
tetua Jk bintik-bintik hitam pd kulit muka (pipi), jagat.
Tetuan panggilan yg biasa digunakan kpd firma guaman, mis ~ Zainur
Zakaria dan ~ Faiz & Co.
tetuang sj alat bunyi-bunyian (dibuat drpd buluh, tanduk, dll) yg ditiup
utk memberi isyarat dll; ~ udara ark alat pemancar radio; 
tuang-tuang.
tetuban selaput pembungkus bayi semasa bayi dlm kandungan ibunya,
tuban-tuban; ketuban, tentuban.
tetubuh; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar cabai, akar seborek
(seburus), seborek paya, Gnetum kingianum.
tetuhu ark sj burung, burung tuhu (sj burung pungguk).
tetulang rangka bentuk rumah, bahagian rangka sesuatu binaan (barang
dll).
tetumpang sj tumbuhan (paku pakis), sakat batu, Cyclophorus
adnascens.
tetungap Kd sj pekasam (drpd ikan kecil), budu.
tetupai tupai-tupai.
TEVS kep Teachers of English in Vernacular Schools (Guru Bahasa
Inggeris di Sekolah Bahasa Sendiri).
tewas (téwas) 1. menderita kekalahan, kalah (dlm permainan,
pertandingan, dll): ~ dlm pertandingan kejohanan badminton; 2.
gugur (dlm peperangan), mati, terkorban: mereka telah ~ dlm
peperangan itu; 3. tidak lulus (dlm ujian), gagal, kandas: dia telah
~ dlm ujian itu; 4. sl cela, cacat, aib, kekurangan (dlm ilmu dll):
baiklah hamba pergi berguru kepadanya, kerana hamba sangat ~
pd ilmu penjurit;
menewaskan 1. mengalahkan (musuh dll), menundukkan: dia
yakin bahawa dia akan dapat ~ lawannya dlm pertandingan itu; 2.
membunuh musuh (dlm peperangan, pertempuran), mematikan;
ketewasan 1. kekalahan (dlm permainan dll); 2. kematian (dlm
perang dll); 3. kecelaan, kecelakaan, kegagalan, bencana; 4. kalah.
teweng (téwéng) Kl tempang, capik, pincang.
teyan (téyan) C pemungutan wang dll utk membantu sesuatu.
tezi (tézi)  teji.
Th I kep Tahun: ~ 1989.
Th II simbol kimia bagi torium.
Thaipusam sj perayaan orang Hindu utk memuja dewa Subramaniam
atau Murugan (biasanya dlm bulan Januari).
thani Ar yg kedua; Sultan Iskandar ~ Sultan Iskandar yg kedua.
ti Ph, Pr kata utk menegaskan kata yg mendahuluinya, -kan, -lah:
dengar~; tumbuk~.
Ti simbol kimia bagi titanium.
tiada 1. tidak ada: rumah itu berkunci sahaja kerana ~ orang yg
mendiaminya; 2. tidak: ~ pernah kudengar;
~ berapa tidak terlalu (banyak, besar, dll); ~ dua hanya satunya,
tiada taranya atau bandingannya; dgn ~ tanpa;
tiadakan tiada akan, tidak akan: jika tuan hamba manusia ~ katakata
ini keluar drpd mulut tuan hamba;
meniada 1. menjadi tidak ada; 2. enggan menurut, mengatakan
tidak;
meniadakan 1. = mempertiadakan menganggap (mengatakan
dll) tidak ada atau tidak mungkin, mengingkari, memungkiri: kita
tidak boleh ~ atau menganggap sepi masalah-masalah ini;
menentang ajaran-ajaran agama Islam samalah spt ~ Tuhan; 2.
menjadikan tidak ada, menghapuskan, menghilangkan,
meluputkan: sudahlah dgn takdir Allah, yg ada ditiadakan dan yg
tiada diadakan; kerana kekurangan guru beberapa mata pelajaran
terpaksa ditiadakan tahun ini; 3. membatalkan, memansuhkan,
menghapuskan (kuasanya, haknya, dll); 4. mengabaikan,
memperkecil: ~ kebolehan orang lain;
peniadaan perihal meniadakan (menghapuskan, membatalkan,
dll);
ketiadaan 1. perihal tidak ada (sesuatu): ~ vitamin yg perlu dlm
makanan boleh mendatangkan berbagai-bagai jenis penyakit;
sukar bagi ahli-ahli sejarah mengkaji sejarah lama kerana ~
kesan-kesan yg bertulis; 2. perihal tidak mempunyai sesuatu,
kepicikan (wang): menghadapi berbagai-bagai kesulitan kerana ~
wang.
tiaga Mn 1. dagang, dagangan; 2. urusan berjual beli, perdagangan;
meniaga berjual beli, berdagang;  niaga.
tiah = padang ~ sl padang pasir.
tiak sj burung yg makan padi di bendang.
tiam C ark pukulan.
tiamina sj vitamin B kompleks yg terdapat pd sayuran hijau, jagung,
kuning telur dan hati, yg kekurangannya boleh mengakibatkan
penyakit beriberi, vitamin B1.
tian I 1. bahagian perut tempat bayi berada semasa dlm kandungan,
kandungan; dlm ~ mengandung, hamil; mandi ~ istiadat mandi
waktu sedang mengandung (biasanya apabila kandungan berusia
tujuh bulan); 2. anak (mamalia) yg masih dlm kandungan:
bagaimanakah caranya ~ binatang mamalia mendapat makanan
dan oksigen sebelum ia dilahirkan;
bertian mengandung, hamil;
meniani membuntingi, menghamilkan.
tian II Kl, Tr titian (drpd batang pokok dll).
tiang 1. kayu yg dipasang tegak utk menyokong sesuatu bahagian
bangunan (spt lantai dll): kesemua ~ rumah itu drpd kayu jati; 2.
tonggak (drpd kayu, besi, dll) yg ditanam atau didirikan tegak utk
kegunaan tertentu; ~ bendera tiang utk mengibarkan bendera; ~
telegraf (telefon) tiang utk digantungkan wayar telegraf (telefon);
mengibarkan bendera setengah ~ menaikkan bendera ke takat
separuh tiang (sbg alamat berdukacita atau berkabung); 3. kayu dll
yg didirikan tegak dlm kapal utk memasang layar; 4. ki orang atau
sesuatu yg menjadi unsur atau sumber kekuatan (kesempurnaan
dll) sesuatu: pemuda harapan bangsa, pemudi ~ negara;
~ agama solat (dlm Islam); ~ agung tiang kapal yg terpenting; ~
balai badan penasihat yg terdiri drpd empat orang utk menasihati
Undang di Negeri Sembilan; ~ beralas tiang rumah yg berasas
(berlapik) batu; ~ gantung tiang yg tidak jejak ke tanah (utk
menyambung bahagian tambahan rumah kpd rumah ibu); ~ gol
satu drpd dua tiang yg dihubungkan dgn kayu palang utk matlamat
tendangan bola; ~ guntung tiang perahu yg papak pd puncaknya; ~
kampung orang yg tertua dlm kampung; ~ negara orang dll yg
menjadi sumber kekuatan negara; ~ seri (tengah, sendi rumah)
tiang rumah yg mula-mula sekali didirikan (letaknya di tengahtengah
rumah); ~ topang tiang depan (perahu); ~ pandak hendak
menyamai ~ panjang prb hendak meniru-niru orang kaya (orang
besar-besar);
bertiang mempunyai tiang, ada tiangnya;
bertiangkan mempunyai atau menggunakan (sesuatu) sbg tiang,
bertonggakkan.
tiap I; setiap, tiap-tiap 1. satu-satu drpd banyak, masing-masing: ~
orang yg diambil bekerja akan dilatih terlebih dahulu; ~ buah
kereta mesti didaftarkan; 2. berurutan atau yg satu mengikuti yg
lain (bkn masa), saban: ~ hari (malam) saban hari (malam); ~
ketika (masa, waktu) sepanjang masa, sentiasa.
tiap II C 1. sekali makan atau minum (bkn ubat); 2. = wang ~ wang yg
dibayar kpd tuan punya rumah supaya boleh menyewa rumahnya,
wang kunci, duit kopi;
meniapkan menyewakan rumah dgn meminta wang kunci.
tiara mahkota berbentuk separuh bulat dan bertatah intan permata.
tiarap; bertiarap = meniarap;
meniarap berbaring dgn dada dan perut di bawah, menelungkup
(lwn menelentang): ia ~ di katil dan menyembamkan mukanya ke
bantal;
meniarapkan membaringkan (merebahkan, meletakkan, dll) dgn
bahagian depan atau bahagian atas ke bawah, menelungkupkan:
Pak Imam menelungkupkan kedua-dua belah tangannya dan para
jemputan turut ~ tangan masing-masing; ia ~ pinggan mangkuk yg
baru dicuci supaya kering;
tertiarap jatuh, rebah, dll dgn bahagian depan (atas) ke bawah,
tertelungkup, tengkurap: dia gelisah, kadang-kadang ~, kadangkadang
terlentang memandang bumbung; biar tersenget jangan ~
prb lebih baik rugi sedikit drpd habis semua sekali.
tias; ~ mula sj tumbuhan (pokok), beberas, kamap, kemap-kemap, pauh
kijang jantan, petaling gajah, selimbar, selumar, Homalium
logifolium.
tiasa  sentiasa.
tib Ar 1. = ilmu ~ ilmu mengenai ubat-ubatan; 2. = kitab ~ kitab
mengenai ubat-ubatan.
tiba 1. sampai (di), datang: apabila kereta api ~ di stesen itu ramai
penumpang yg turun; mereka sedia menerima sebarang bahaya yg
akan ~; 2. sudah sampai (waktu dll), sudah mulai: setelah ~lah
masanya; kalau ~ musim lada itu bukan buatan ramainya orang
berjual beli;
setiba sebaik-baik tiba, sesampai, seketika selepas tiba: ~nya di
Pulau Pinang beliau telah melakukan upacara pembukaan
bangunan UMNO;
ketibaan perihal tiba (sampai), kesampaian, kedatangan: ~ Nabi di
Madinah disambut dgn sangat meriahnya.
tiba-tiba dgn tidak disangka-sangka, dgn mendadak, sekonyongkonyong:
sebuah kereta berhenti dgn ~ di hadapan mereka; hujan
turun dgn ~ .
tibai 1. bp gasak, hentam, bantai; 2. Kd pukul, balun.
tiban Kl; meniban memukul, menghentam.
tibi penyakit batuk kering, TB.
tibia (Bio) salah satu tulang yg bersendi dgn lutut dan tulang pergelangan
kaki.
tidak digunakan utk menyatakan bukan (menafikan, menolak,
menghalang, dsb), tiada, tak: rumah saya ~ jauh dr sini; cerita itu
~ benar; ~ alang tidak (bukan) sedikit, banyak; ~ apa a) = ~ apaapa
tidak ada sesuatu; b) tidak mengapa; ~ boleh (dapat) ~ pasti,
sudah tentu, mesti, tidak boleh diingkari (diabaikan dll); ~ lain dan
~ bukan (ialah, hanyalah) a) tidak lain drpd ...; b) hanya; ~ (tak)
main bp tidak pakai, tidak mengamalkan sesuatu; ~ sekali-kali
sedikit pun tidak; ~ urung tidak dapat tiada, tidak boleh tidak; baik
~nya baik atau tidak baiknya, baik buruknya; dapat ~nya dapat
atau tidak dapatnya; jangan ~ a) tidak boleh tidak, harus; b) tidak
dgn sungguh-sungguh;
tidak-tidak (yg) bukan-bukan, (yg) ganjil-ganjil (mustahil, tidak
dapat diterima akal, dll): terbitlah berbagai-bagai perkataan yg ~,
yg boleh membingungkan dan menyusahkan hati;
setidaknya, setidak-tidaknya 1. sekurang-kurangnya: kalau tidak
dapat memberi berapa yg diminta, setidak-tidaknya berilah berapa
yg boleh; 2. barang sedikit (mesti...); 3. bagaimanapun (mesti...);
bertidak mengatakan tidak, menafikan: anaknya meratap dan ~
akan tuduhan-tuduhan itu;
menidakkan, mempertidak, mempertidakkan menjadikan
(menganggap, mengatakan, dll) tidak ada, meniadakan: kpd
mereka ~ atau melanggar adat resam ini akan menjadi kesalahan
besar; dipertidaknya laki-laki kita oleh Betara Majapahit maka
kita dikirim subang;
ketidak...an perihal tidak...; ketidakadilan perihal tidak adil;
ketidakpastian perihal tidak pasti; ketidaksungguhan perihal tidak
sungguh-sungguh; ketidakupayaan perihal tidak berupaya.
tidur 1. dlm keadaan tidak sedar dgn mata terpejam (kerana berehat):
siang bekerja malam ~; ~ (-tidur) ayam tidur yg tidak lena (mudah
terjaga); ~ lelap (lena, lenyak, nyenyak, senyap) tidur benar-benar
(sehingga tidak mudah dikejutkan); ~ mati tidur dgn sangat
lenanya; baju (pakaian) ~ baju (pakaian) yg khusus dipakai utk
tidur, pijama; bilik (kamar) ~ bilik tempat orang tidur; kaki
(tukang) ~ bp (orang yg) sangat suka atau sangat mudah tidur;
penyakit ~ sj penyakit yg menyebabkan orang yg menghidapnya
selalu hendak tidur; tempat ~ a) bilik (bangunan) tempat orang
tidur; b) ranjang; ubat ~ = penidur ubat yg menyebabkan tidur; 2.
= masuk (pergi) ~ hendak (pergi utk) berehat dgn memejamkan
mata dan tidak sedar diri: biar aku sahaja menyudahkan kerja ini,
kau boleh pergi ~ ; 3. a) berbaring; b) = tidur-tidur berbaringbaring
(kerana berehat dll);
~ tak lelap, makan tak kenyang prb perihal orang yg tidak tenang
fikirannya (kerana runsing, rindu, dll); bagai ~ di atas miang
(enjelai) prb perihal orang yg sangat gelisah (kerana banyak
perkara yg difikirkannya dll);
meniduri 1. tidur (berbaring) di: di atas bangku yg di kejauhan
sana, nampak gadis ~ pangkuan pacarnya; 2. bersetubuh dgn,
menyetubuhi;
menidurkan 1. membuat supaya tidur, membaringkan supaya
tidur: sesudah ~ anaknya barulah dapat ia bersenang-senang; 2.
membaringkan, merebahkan: kemudian hendaklah ditidurkan pasu
itu supaya batang pokok itu sekarang mengarah ke tepi; 3. ki
menjadikan lalai (cuai, tidak bersemangat, dll), melalaikan:
janganlah kita ~ kembali masyarakat kita yg sudah mulai sedar
sekarang; 4. menyembuhkan (menghilangkan dll) dgn tidur: ~
pening kepala;
tertidur 1. (sudah) tidur: dia merapati katil dan mendapati
anaknya sudah ~; 2. mulai tidur: kian lama mata bapa kian pudar,
dia ~; 3. dgn tidak sengaja tidur: kerana terlalu letih dia ~ di
kerusinya;
ketiduran 1. = tempat ~ tempat tidur: nasihat itu menghadapkan
kenang-kenangannya ke tempat lain, jauh dr ~nya dewasa itu, ke
rumah isterinya; 2. tertidur (dgn tidak sengaja), lama sungguh
tidur;
ketidur-tiduran selalu mengantuk (hendak tidur);
setiduran = seketiduran;
seketiduran 1. setempat tidur, tidur bersama-sama; selapik ~
(sahabat) sangat karib; 2. teman tidur;
berseketiduran 1. tidur bersama di suatu bilik (katil dll); 2.
bersetubuh;
petiduran tempat tidur;
penidur 1. (orang yg) selalu tidur atau sangat mudah tidur, kaki
tidur, tukang tidur; 2. = ubat ~ ubat (pil dll) yg menyebabkan tidur
lena.
tifa sj gendang kecil (Maluku).
tifoid (Ubat) sj penyakit usus yg mudah berjangkit.
tifus (Ubat) demam yg berbahaya disebabkan oleh virus Rickettsia (yg
akan menyebabkan penghidapnya meracau dan sakit kepala).
tiga I satu kurang drpd empat;
~ belas tiga campur sepuluh (13); ~ dimensi bentuk yg mempunyai
lebar, panjang dan tinggi; ~ dlm satu terdiri drpd atau mempunyai
tiga bahan, fungsi dsb dlm sesuatu barangan, kegiatan dll; ~ puluh
tiga kali sepuluh (30); ~ pupu perhubungan persaudaraan antara
orang yg moyang mereka adik-beradik; ~ suku a) tiga bahagian
drpd empat, 75%; b) ki agak gila, gila-gilaan;
~ sudah berdiri habis prb sesuatu perbuatan itu memadailah dgn
tiga perbandingan, iaitu ilmu, akal dan kemahiran; masuk ~ keluar
empat prb perbelanjaan melebihi pendapatan;
tiga-tiga setiap kali (baris, kelompok dsb) tiga: letakkan cawan itu
~;
bertiga berjumlah tiga kesemuanya, tiga sekawan: mereka beriring
berkawan-kawan, berdua, ~ dan beramai-ramai seiring; mereka
tinggal ~ beranak di pondok itu;
meniga menjadi yg ketiga; ~ hari mengadakan kenduri tiga hari
selepas meninggalnya seseorang;
ketiga = yg ~ (yg) nombor tiga: anaknya yg pertama menjadi
doktor, yg kedua seorang peguam dan yg ~ seorang jurutera;
ketiga-tiga = ~nya = tiga-tiganya semua seramai atau sebanyak
tiga (orang dll), kesemua bertiga: maka pergilah aku menziarahi ~
makam itu serta membaca doa; ~ orang dlm kumpulan itu serentak
mengangguk;
pertiga bahagian drpd sejumlah tiga bahagian;
sepertiga satu pertiga, satu bahagian drpd jumlah tiga bahagian,
33% (drpd sesuatu bilangan dll);
mempertiga membahagi tiga;
sepertigaan ark satu drpd tiga bahagian; ~ malam (yg akhir) larut
malam (selepas tengah malam).
tiga II; akar ~ cabang = cabang ~ sj tumbuhan (pokok memanjat),
mentimun dendang, timun dendang lunjung, Trichosanthes
celebica; rumput ~ segi sj tumbuhan (rumpai), Cyperus
compressus.
tigari bp tiga hari;
menigari meniga hari.
tihang ark tiang.
tijak Mn; menijak memijak.
tik I bunyi spt bunyi detik jam dll; juru~ Id jurutaip; mesin ~ Id mesin
taip;
mentik menaip; ketik I.
tik II; kain ~ kain penutup tilam, kain cadar.
tik III Kd, bp cela, cerca, kritik.
tika I = tika-tika penggulung (benang), gelendong (benang), kumparan
(benang).
tika II singkatan bagi ketika: ~ kaki melangkah ke dalam.
tikai selisih, beza: badannya sendiri belumlah berubah, masih belum
banyak ~nya dr dahulu;
bertikai 1. berbeza, tidak sama (dgn): lukisan ini ~ sangat dgn
mukanya; 2. berbantah, bersengketa, bertelingkah, berselisih
(faham): sejak keluarga masing-masing ~, perhubungan mereka
tidak mesra lagi; 3. bertentangan (dgn), bersalahan (dgn):
tindakan-tindakan itu ~ dgn peraturan-peraturan yg telah
dipersetujui;
menikai tidak menyetujui, membantahi, menentang;
mempertikaikan 1. memperbezakan; 2. mempersoalkan,
memperbantahkan, memperdebatkan;
pertikaian 1. perselisihan, perbezaan; 2. pertelingkahan,
perkelahian, persengketaan, pertentangan (faham, pendapat):
segala ~ dapat diselesaikan secara aman menerusi Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu.
tikal sj wang Siam yg kecil nilainya.
tikam I perbuatan menusuk dgn benda tajam (spt pisau, keris, dll);
~ membunuh tusukan yg membunuh; ~ seladang Kl sj permainan
kanak-kanak; luka ~ luka kerana tusukan dgn senjata dll;
bertikam, bertikam-tikaman, bertikaman, tikam-menikam
saling menusuk dgn senjata (spt pisau dll): maka orang mengamuk
itu pun datang, lalu ~ dgn Raden Kelang; mereka menaiki perahu
lanun itu dan bertikam-tikaman dgn hebat; ~ lidah berdebat,
berbahas, berbantah, bertengkar;
bertikamkan sl 1. menikamkan: maka kedelapan hulubalang itu
bertetakan pedang dan ~ tombak; 2. bertikam utk: kurang ia
berlawankan yg dipertuan lebih ia ~ anak isterinya;
menikam 1. menusuk (dgn pisau dll), mencucuk atau melukai
(dgn senjata tajam): ada orang yg telah mati ditikamnya; 2. seolaholah
masuk ke dlm tubuh dll, menerbitkan (mendatangkan) sesuatu
kesan yg terasa benar: angin malam kian ~ ke tulang sumsum;
hentakan kaki bergema ~ gegendang telinganya; 3. ki menyakiti,
melukai, menyinggung; ~ jantung (hati, perasaan) ki menyakiti
perasaan (fikiran);
menikami banyak kali menikam: aku bertikam dgn engkau, kelak
orang lain datang ~ aku;
menikamkan menusukkan (pisau dll), membenamkan senjata (ke
dlm tubuh dll);
tertikam ditikam, telah ditikam, ditikam dgn tidak sengaja;
tikaman hasil menikam (dgn pisau dll), tikam, tusukan: dgn
pantas panglima Hitam melompat mengelakkan ~ itu;
pertikaman 1. pergaduhan dgn tikam-menikam; 2. sl orang yg
bersenjatakan tombak: ada pun orang ~ku yg empat ribu,
kusuruhkan mengamuk di dlm negeri Melaka;
penikaman perbuatan menikam;
penikam 1. orang yg menikam; 2. sesuatu (senjata) utk menikam.
tikam II; ~ dadu main dadu; ~ ekor sj judi dgn mempertaruhkan wang
pd nombor-nombor terakhir keputusan loteri atau lumba kuda;
menikam mempertaruh wang dlm perjudian (loteri dll), membeli
tiket loteri dll;
tikaman = wang ~ 1. (wang) pertaruhan dlm perjudian (loteri dll);
2. wang pasangan (dlm permainan meneka sesuatu dll).
tikar sj hamparan drpd anyaman daun mengkuang dll yg dibentangkan
sbg alas duduk (tidur dll);
~ bangkar sj tikar yg kasar anyamannya; ~ bantal tikar dan bantal
(segala alat utk tidur); ~ getah a) sj tikar kecil drpd getah (utk lapik
tidur bagi kanak-kanak); b) sj tikar yg dibuat drpd bahan buatan
utk melapis lantai; ~ ladang sj tikar yg kasar anyamannya; ~ pacar
tikar yg berwarna; ~ putih tikar yg tidak berwarna atau bercorak; ~
rumput sj tikar yg dibuat drpd rami (menerung, pisang, dll); ~
sejadah = ~ sembahyang tikar (permaidani kecil dll) yg digunakan
sbg tempat sembahyang; ganti (menggantikan) ~ = lepas bantal
berganti ~ prb berkahwin dgn adik isterinya (atau saudara
suaminya) yg telah meninggal;
bertikar mempunyai atau ditutupi tikar: mahu tidak mahu, kami
terpaksa juga duduk atau berbaring di atas lantai simen yg tidak ~
itu;
bertikarkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg tikar:
kami ditempatkan di sebuah pondok yg beratap rumbia dan ~
buluh.
tikas 1. deretan sampah-sarap (lumut dll) yg ditinggalkan di pantai oleh
air pasang; 2. tanda paras air di pantai dll: ~ air didapati pd takat
berbahaya selepas hujan lebat selama beberapa jam; ~ pasang
(Geog) bekas air pasang; ~ surut (Geog) bekas air surut; 3. bekas,
tekanan, kesan.
tike (tiké) I Jk sj tumbuhan (rumpai), Eleocharis dulcis (plantaginea).
tike (tiké) II Jw candu yg sudah dimasak.
tiket (tikét) kertas atau kad kecil bercetak yg diberikan kpd seseorang utk
menandakan pemegangnya telah membuat bayaran utk sesuatu
perkhidmatan, spt utk menaiki bas dan menonton wayang, karcis:
~ kereta api, ~ wayang.
tikim Jk sj tumbuhan (herba yg daunnya boleh dimakan), kara-kara,
pegaga embun, ulam gunung, Hydrocotyle sibthorpioides.
tikis Kl; menikis memangkah (dlm permainan guli, gasing, dll).
tikpi C sj senjata yg hujungnya bercabang tiga.
tiku ark liku, tikung.
tikung Jk; menikung berkelok, berliku;
tikungan kelok (liku) jalan.
tikus I sj binatang mengerip; jenis-jenisnya: ~ air = ~ lembah, Rattus
muelleri; ~ bandar = ~ mondok, Rattus norvegicus; ~ rumah,
Rattus rattus; ~ sawah, Rattus argentiventer, dll; ~ belanda sj
binatang mengerip yg rupanya seakan-akan arnab tetapi lebih
kecil, marmut, Cavia porcellus; dimakan ~ bp diambil (dicuri)
orang sedikit demi sedikit;
awak ~ hendak menampar kepala kucing prb tidak berdaya
mencapai sesuatu yg dicita-citakan atau diharap-harapkan; bagai ~
membaiki labu prb orang yg mencuba membaiki sesuatu yg tidak
diketahuinya, akhirnya merosakkannya; (labu) ditebuk (dikerebuk)
~ prb gadis yg sudah dinodai; marahkan ~, lengkiang dibakar prb
kerana sakit hati akan sesuatu yg kecil maka melakukan sesuatu yg
mendatangkan kerugian besar; rumah terbakar, ~ habis keluar prb
apabila negeri ditimpa sesuatu malapetaka, penduduknya drpd
orang dagang pun keluarlah meninggalkannya; spt ~ jatuh ke beras
prb orang yg mendapat kedudukan yg mewah; spt ~ masuk roman
prb orang yg berasa kecewa kerana tidak mendapat spt yg
diharapkannya;
menikus mendiamkan diri (tidak berkata-kata atau membantah
kerana takut dll).
tikus II; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar hitam, akar kekala,
Ventilago malaccensis; rotan ~ sj tumbuhan (pokok memanjat),
rotan bini (diri), Flagellaria indica.
tikus III; burung ~ sj burung, Locustella lanceolata; lang ~ sj burung
helang, lang (helang) sewah, Elanus c. caeruleus.
tilam lapik tidur yg dibuat drpd kain yg diisi dgn kabu-kabu dll, kasur; ~
berspring tilam yg di dalamnya terdapat lingkaran spring; ~ catur
= ~ cekam (bercengkam) tilam yg dijahit pd beberapa tempat
supaya padat (mampat); kain ~ kain cadar, kain penutup tilam;
jatuh di atas ~ prb beruntung kerana berkahwin dgn perempuan
cantik serta kaya dll;
bertilam berlapik (memakai) tilam, berkasur: walaupun ia
berbaring itu di atas katil ~ catur, namun matanya tidak juga
dapat dilelapkan; ~ air mata sl menangis ketika tidur (orang dlm
percintaan); ~ pasir prb tidak mempunyai tempat tinggal (tidur di
merata tempat);
bertilamkan mempunyai (menggunakan dsb) sesuatu sbg tilam: ~
susunan surat khabar.
tilan sj ikan darat, Mastocembelus spp.; ~ pasir sj ikan darat, belacak,
Trypauchen vagina; ~ perayo sj ikan darat, Kyphosus cinerescens.
tilapia sj ikan darat, Macrognathus aculeatus; ~ rumput sj ikan darat,
Tilapia mossambica.
tilawah = ~ al-Quran = tilawatil Quran Ar pembacaan Quran dgn suara
yg kuat.
tilde lambang (~) spt yg digunakan di dlm sesebuah kamus sbg pengganti
kata masukan pd bahagian tertentu sesuatu entri.
tile IB bp sj kain kelambu.
tilik pelihatan (yg teliti dan sungguh-sungguh), tenung; kurang ~ kurang
selidik, kurang teliti; pd ~nya pd pelihatannya, pd fikirannya
(pandangannya); tukang ~ orang yg meramalkan sesuatu (spt nasib
orang dll), jurutenung;
menilik 1. melihat (mengkaji) dgn teliti, mengamat-amati:
dibukanya album itu, ditiliknya gambar-gambar di dalamnya satu
persatu; 2. melihat nasib (untung malang orang dll), merenung,
meramalkan sesuatu, menelah: ia konon pandai ~ , kita suruh lihat
benarkah khabar orang itu; ~ ketika menelah baik buruk waktu
dgn berpandukan sesuatu perhitungan; ~ nujum menelah sesuatu
dgn berpandukan bintang; 3. mengawal, mengawasi,
mengendalikan, menjaga: lembaga pengelola ~ perjalanan badan
itu; 4. menganggap (sbg), menyifatkan (sbg); 5. = ~ kpd = ditilik
drpd (kalau) memandang (mengingat) ..., (kalau) diperhatikan
(ditinjau, diperhitungkan) drpd ...: ~ mukanya, begitulah tapi kalau
umurnya tidak mungkin; kalau ditilik sepintas lalu memang benar
perkataan engku-engku tadi; 6. menengok, mengunjungi: aku
datang ~ ke sini, ke Solo sudah sampai khabar-khabarnya kamu
berdua sudah tidak berbaik lagi;
tilik-menilik 1. saling menilik; 2. perihal menilik; ilmu ~ ilmu
tenung;
tilikan 1. pandangan, pelihatan: licin muka ~ manusia, suci hati ~
Tuhan; 2. tenungan, ramalan, telahan: ~nya tidak menyimpang,
belum setahun berlalu kejadian telah berlaku; 3. = penilikan
pimpinan, pengendalian, kawalan, pengawasan: Marah Adil
dimintanya agar belajar berniaga lebih dahulu di bawah ~ nya
dan pimpinannya;
penilikan 1. perihal atau perbuatan dsb menilik (menenung,
meramal): beberapa orang pawang mengatakan dr ~ mereka si
Tenggang masih hidup; 2. tilikan, pengawasan, kawalan: di bawah
~ di bawah kawalan; 3. pelihatan, pemerhatian, pandangan,
penelitian; ~ sains penelitian sains; pd ~nya pd pandangannya
(pendapatnya);
penilik 1. pengawas (sekolah dll), pengawal: sekolah-sekolah
dikunjungi oleh ~-~ sekolah pd waktu-waktu tertentu; 2. orang yg
menilik (menenung, meramal): datuk saya sebenarnya terkenal sbg
~ barang-barang yg hilang; 3. sl tepat tiliknya (tenungnya).
tim I; nasi ~ nasi yg lembik (yg dimasak dgn cara yg tertentu);
mengetim 1. memasak nasi tim (dgn merebus beras yg diisi dlm
suatu bekas dan diletakkan dlm kuali yg berisi air); 2. merebus
(daging dll) hingga lembut;
pengetiman perbuatan mengetim;
petiman alat utk memasak nasi tim.
tim II ark tin I.
timah sj logam yg berwarna putih dan tidak berapa keras (biasanya
digunakan sbg sadur bagi besi dll);
~ hitam sj logam yg agak lembut dan berwarna putih kebirubiruan;
~ lanar timah yg berselaput dgn lanar; ~ putih kepingan
besi yg disadur dgn timah; ~ sari zink; ~ wurung bismut;
dahulu ~ sekarang besi prb perihal orang yg turun pangkatnya
(darjatnya dll).
timah II = timah-timah sj ikan laut, selayur, Trichiurus spp.; kepala ~ sj
ikan darat, mata lalat, Aplocheilus panchax.
timah-timah 1. sj tumbuhan (pokok), titimah, me(n)sirah, mesirah bukit
(putih), Ilex cymosa; 2. = ~ bulan = ~ gading sj tumbuhan (pokok),
titimah bulan (gading, jantan), bunga keling padang, medang teluk,
Ilex macrophylla.
timang I; menimang, menimang-nimang 1. memegang anak dgn
kedua-dua belah tangan sambil melambung-lambungkannya
sedikit: ibu itu ~ anaknya; 2. meletakkan sesuatu pd tapak tangan
serta menggerak-gerakkan tangan ke atas ke bawah: ia menimangnimang
gelang emas itu utk mengagak beratnya; 3. menimbangnimbang
(mempertimbangkan), memikirkan baik-baik: ~ buruk
baik sesuatu rancangan; belum beranak sudah ditimang, belum
duduk sudah berlunjur prb sudah bersenang-senang sebelum
tercapai maksud;
menimangkan sl mengangkat, mempertimbangkan: maka
anakanda baginda Raja Muzaffirlah ditimangkan baginda akan
kerajaan;
timangan, timang-timangan 1. = anak ~ anak yg sangat dikasihi
atau dimanjakan; 2. = nama ~ nama lain drpd nama yg diberikan
ketika lahir, gelaran: namanya Saliah, juga dipanggil comel sbg
nama timang-timangan sejak kecil.
timang II Jw sj kepala tali pinggang.
timarah Mn kertas timah (sbg pembungkus).
Timb. kep Timbalan.
timba I sj bekas utk mencedok air di perigi dll; ~ ruang a) timba utk
membuang air di perahu; b) ruang (petak) di tengah-tengah perahu;
diperlelar ~ ke perigi, tak sekali, sekali pecah = jangan diperlelar
~ ke perigi, kalau tak putus, genting prb jangan diulang-ulang
perbuatan jahat, lambat-laun mendapat sesuatu bencana juga;
bertimba menggunakan timba, sedang mengambil air dgn
menggunakan timba;
~ karang bergaduh (berkelahi), berbuat kecoh (bising); ~ wang Mn
hidup senang (mewah);
bertimbakan menggunakan sesuatu sbg timba: mandi ~ sebiji
besen kecil;
menimba 1. mencedok air (drpd perigi dll) dgn timba: kebunkebun
yg hampir dgn tebing sungai boleh diairi dgn ~ air drpd
sungai; 2. membuang (mengeringkan) air di perahu dll: maka
selalu ditimba perahu itu, tiada berhenti; 3. ki mengambil,
memperoleh (pengetahuan dll), mencabut atau mencedok
(pengetahuan, maklumat, dsb) drpd sesuatu sumber: pidatonya
sangat meyakinkan, ditimba drpd pengalaman sendiri; ini adalah
sumber-sumber penting yg mesti ditimba; mereka giat membuka
kamus-kamus Sanskrit dan kata-kata bahasa daerah bukan
Melayu;
tertimba dapat ditimba; tiada ~ tiada dapat ditimba;
penimbaan perihal (perbuatan, usaha, dsb) menimba: ~ ilmu
moden;
penimba 1. alat utk menimba; 2. orang yg menimba (air, ilmu dll):
~ ilmu.
timba II; ~ tasik a) sj tumbuhan (pokok belukar), lampin budak, mata
kesang, taman (tambun) tasik, tenjal (tinjal) tasik, Clerodendron
serratum; b) sj tumbuhan (herba), berpulut, gembok, magun
jantan, rumput gembut, Adenosma caeruleum; c) sj tumbuhan
(herba), rumput kucing-kucing, rumput talan, ruku hutan, tasiktasik,
Adenosma capitatum.
timbal timbang, banding, imbang; ~ balik a) pd kedua-dua bahagian
(belah, pihak, dll); b) drpd kedua-dua pihak, saling mempengaruhi
(menuntut, mencintai, dll), balas-membalas (tindakan, kesan, dll):
cara hidup dan keperluan hidup manusia mempunyai perhubungan
~ balik antara satu sama lain; c) ark terbalik-balik, tunggang
balik, terjungkir: babi menggelupur ~ balik;
setimbal setimpal, seimbang, sepadan: mereka akan sedia
berkhidmat kalau diberi pembayaran yg ~ dgn kebolehan mereka;
kesetimbalan perihal (sifat atau keadaan) setimbal, keseimbangan,
kesepaduan: perlu ada ~ antara beban kerja dgn upah yg diterima
oleh pekerja;
bertimbal 1. berpadanan (sama tarafnya dll), berimbang; 2. pd
kedua-dua belah (bahagian, pihak, sisi); ~ balik timbal balik; ~
jalan di kiri kanan jalan (bkn pokok dll); ~ rengka duduk di
sebelah kiri dan kanan rengka supaya imbang;
bertimbalan 1. berimbangan (dgn), berpadanan (sama taraf atau
kedudukannya dgn), beriringan: maka Raja Melaka pun naik ke
atas gajah berengka emas, ~ dgn Raja Muda; 2. = bertimbaltimbalan
balas-membalas (pantun dll), bersambutan;
menimbal, menimbali membuat supaya seimbang (sepadan dll),
mengimbangi, membanding-bandingi;
timbalan 1. penolong ketua dll, naib: ~ ketua pengarang; T~
Perdana Menteri; 2. imbangan, bandingan, tara, padanan;
penimbal pengimbang; cadangan ~ (Eko) cadangan (himpunan)
bahan mentah utk mengimbangkan (menstabilkan) harga bahan
tersebut.
timbang sama berat, imbang, timbal; batu ~ benda yg digunakan utk
mengukur berat barang lain; ~ terima saling menerima, penyerahan
dan penerimaan (tugas, jawatan, tanggungjawab, dll); ~ tunai
pembelian tunai;
setimbang 1. sama beratnya; 2. sama kedudukannya, setaraf
(sedarjat, sepangkat, dll): manakan ~ anak raja dgn orang
kebanyakan?; 3. seimbang, setimpal (hukuman, hadiah, dll),
sepadan, sebanding: penghormatan yg diberi kepadanya ~ dgn
jasanya kpd negara; 4. stabil (keadaan), tetap (tidak berubahubah):
keadaan tidak ~ dlm ekonomi Malaysia boleh disebabkan
oleh turun naik harga getah dan bijih timah;
setimbangan sesuai dgn;
menyetimbangkan menjadikan setimbang (seimbang, sama berat,
dll);
kesetimbangan 1. perihal (keadaan) setimbang, keseimbangan; 2.
ketenteraman (fikiran, perasaan, dll), kestabilan (keadaan): ~
keadaan politik dan ekonomi;
bertimbang berimbang, bertimbal: keuntungan itu ~ dgn
kerugian; ~ rengka bertimbal rengka; ~ tanda bertukar tanda
(ketika bertunang); ~ tunai prb menjawab dgn tepat;
bertimbang-timbang berkira-kira atau berfikir-fikir (tentang
buruk baik sesuatu): Zainab takjub sendiri kenapa dia tidak ~
menerima sahaja segala pelawaan itu;
bertimbangan 1. berimbangan, berpadanan, berpatutan,
bersesuaian; 2. bersambutan, berbalas-balas, saling bertukar; ~
kata berbalas-balas kata, jawab-menjawab; ~ pandang bertukar
pandang, saling berpandangan; ~ rasa bertimbang rasa, bersimpati.
~ tanda bertukar tanda (sbg tanda sudah bertunang); ~ taruh
menyamakan taruh (taruhan); ~ terima menjalankan timbang
terima (penyerahan dan penerimaan tugas dll);
menimbang 1. menentukan (mengukur) berat sesuatu benda (dgn
menggunakan dacing dll): pekedai itu ~ gula sebanyak yg
dikehendaki pembelinya; 2. memikirkan (merenungkan) dgn teliti
akan baik buruk sesuatu: janganlah awak susahkan perkara saya
itu, saya boleh ~nya sendiri; ~ perkara meneliti (mengadili)
perkara; 3. mengingat (akan), mengenang (akan), mengacuhkan,
mengendahkan: ~ keadaan yg genting ini, tindakan harus diambil
dgn tegas; tahu ~ rasa a) halus perasaan hatinya; b) ada atau
menaruh belas kasihan, berlaku adil; ~ sama berat prb menghukum
dgn adil;
timbang-menimbang 1. memikirkan baik-baik, meneliti atau
mengkaji (cadangan, masalah, dll), memikirkan berulang-ulang; 2.
dgn memperhitungkan (mengingatkan) perasaan orang,
menimbang rasa;
menimbangkan 1. menimbang; 2. = mempertimbangkan
memikirkan utk membuat kesimpulan (keputusan dll): kerajaan
sedang ~ permintaan orang-orang yg berkehendakkan
tanah; kepentingan orang lain harus juga dipertimbangkan; 3.
menimbang utk;
mempertimbangkan 1. memikirkan utk membuat kesimpulan
(keputusan dll), menimbangkan; 2. memberikan utk ditimbangkan,
meminta utk ditimbangkan: peraduan novel itu dipertimbangkan
kpd Dewan Bahasa dan Pustaka;
timbangan 1. imbangan, banding, tara; ~ badan (nyawa) kekasih;
~ kira-kira keterangan yg menunjukkan imbangan antara harta dan
tanggungan, kunci kira-kira; batu ~ = anak ~ batu menimbang,
anak dacing; 2. alat utk menimbang (spt dacing dll); 3. hasil
menimbang, (ukuran) berat: harga ditetapkan menurut berat ~
dacing; kalau alat menimbang tidak baik, ~ yg tepat tidak akan
diperoleh; 4. = pertimbangan fikiran (pendapat) yg
memperhitungkan buruk baik dll sesuatu: undang-undang
hanyalah membuat ~ yg adil dan saksama antara hak seseorang
dgn hak awam; bagaimana ~nya apa pendapatnya (nasihatnya);
terserah kpd ~nya sendiri ia sendiri yg harus memikirkan dan
memutuskannya; ~nya berat sebelah prb tidak adil;
pertimbangan fikiran atau renungan mengenai buruk baik dll
sesuatu perkara (masalah dll), sbg dasar sesuatu keputusan
(tindakan dll), timbangan, perhitungan, perhatian (penelitian):
seseorang pemberita haruslah mempergunakan ~ sendiri utk
menilai sesebuah berita; permohonan itu masih dlm ~ kerajaan
masih dlm perhatian (penelitian) kerajaan; dewan ~ dewan
penasihat;
penimbangan 1. perihal menimbang: neraca kimia ini ialah
sejenis alat penimbang yg terlalu tepat ~ nya; 2. tempat
menimbang barang;
penimbang 1. orang yg tugasnya menimbang, tukang timbang; 2.
orang yg mempertimbangkan (meneliti) perkara dll, penasihat: Tok
Guru menjadi ~ dan Wan Derus menjadi ketua; 3. alat utk
menimbang berat sesuatu, timbangan: selain drpd dacing
digunakan juga alat ~ lain.
timbang rasa perasaan kasih (belas kasihan, setuju, berkenan, dll),
simpati: bantuan yg menandakan ~ terhadap orang-orang yg
menderita;
bertimbang rasa menaruh (menunjukkan) timbang rasa (belas
kasihan dll), bersimpati, berlaku adil.
timbang tara (Udg) cara penyelesaian pertelingkahan di luar mahkamah
melalui pihak ketiga yg telah dipersetujui oleh pihak yg
bertelingkah;
penimbangtaraan penyelesaian sesuatu pertelingkahan oleh pihak
ketiga yg dipersetujui oleh pihak yg bertelingkah;
penimbang tara pihak ketiga yg menyelesaikan sesuatu
pertelingkahan: perselisihan antara kesatuan pekerja dan majikan
diselesaikan dgn menggunakan ~.
timbau; rangka ~ rangka sambungan (tambahan) pd rangka utama;
menimbau menyambung (menambah dll) utk memperpanjang atau
mempertinggi (rangka perahu dll): Selampit pun ~lah sebuah
penjajap.
timbel Jw timah hitam.
timbre IB warna suara.
timbrung; Jw menimbrung campur tangan (dlm hal orang lain), turut
serta berdebat (berkelahi dll).
timbuk ark; menimbuk 1. menampar, menepuk; 2. memukul telur dsb
dgn kuat; 3. mengacau masakan berkuah sambil mencedok dan
menuangnya kembali (utk mengelakkannya drpd berketul, pecah
minyak, dsb).
timbul I 1. naik dr dlm air (lumpur dll) hingga tampak pd
permukaannya: ikan itu ~ ke permukaan air dr semasa ke semasa
utk menyedut udara; 2. terapung-apung pd permukaan air, tidak
tenggelam: untung sabut ~, untung batu tenggelam; batu ~ sj batu
yg ringan dan terapung-apung pd permukaan air; beras ~ kulit
(kelongsong) padi yg terapung di air; 3. terkeluar (tersembul)
sedikit dr permukaan yg rata; gambar ~ gambar (lukisan dll) yg
tersembul pd latar belakangnya (ukiran pd batu dll); huruf ~ huruf
yg menyembul pd permukaan kertas dll; peta ~ peta yg bahagianbahagiannya
menyembul utk menggambarkan keadaan yg sebenar;
4. ki muncul, keluar, kelihatan: kuman-kuman ini menyebabkan ~
bengkak-bengkak pd tubuh; hilang-hilang ~ seketika kelihatan
seketika tidak; 5. terlintas di hati; berbangkit, datang: dlm hatinya
~ keinginan utk berumah tangga; 6. berlaku, terjadi: pendirian yg
berlainan ini menyebabkan kerap ~ perbalahan antara mereka; 7.
terbit (bulan, matahari); bulan ~ a) bulan terbit; b) bulan baru
(perhitungan kalendar);
~ tenggelam = tenggelam ~ a) seketika timbul seketika tenggelam
(spt benda yg diumbang-ambingkan ombak); b) ki terkadangkadang
tidak, hilang timbul (bkn seseorang, sesuatu kegiatan, dll),
ada kalanya beruntung (berjaya dll) dan ada kalanya malang
(kecewa dll); c) ki selalu berhutang; d) ki terlalu sibuk (dlm
pekerjaan);
bertimbulan timbul merata-rata, banyak yg timbul: remis pun
penuh di tepi pasir itu, ~ sendirinya, maka sebentar dipungut boleh
dapat bergantang-gantang; otot-otot ~ di sana sini;
menimbulkan 1. menyebabkan timbul (naik ke permukaan air
dll): orang-orang di dlm kapal selam dapat melihat keadaan di
atas muka laut dgn tidak payah ~ kapal itu; 2. ki mengemukakan
(utk diperbincangkan dll), membangkitkan (perkara, persoalan,
dll): beberapa perkara telah ditimbulkan dlm mesyuarat agung
kesatuan tersebut; 3. ki menerbitkan (membangkitkan) sesuatu
perasaan (spt benci, cemburu, gembira, dll): sifatnya yg kasar ~
rasa benci orang terhadapnya; 4. ki menyebabkan berlaku
(terdapat) sesuatu kejadian (keadaan, perkara, dll), mengakibatkan,
mendatangkan (mengadakan, menjadikan, dll); ~ perang dunia
menyebabkan berlakunya perang dunia; ~ kerumitan menyebabkan
terdapatnya kerumitan; ~ kesan buruk mendatangkan
(mengakibatkan) kesan buruk; 5. Mn menutup kerugian,
mencukupi (kekurangan, perbelanjaan, dll), memperbaiki
kesalahan (kecuaian dll): keuntungan ini digunakan utk ~ kerugian
dahulu;
timbulan (S.bina) bentuk ukiran yg lebih tinggi drpd permukaan
satah sesebuah karya;
penimbulan perihal (perbuatan dsb) menimbulkan: cerita akan
terus digerakkan utk memasuki peringkat ~ krisis.
timbul II; penimbul = ~ raksa = apung ~ jampi dll utk menjadikan
orang kebal; ilmu ~ ilmu yg mengebalkan orang (dgn
menggosokkan raksa pd badan).
timbun himpunan sesuatu yg bertindih-tindih, longgok, tompok(an):
lalat menghurung ~ sampah di tepi parit; se~ batu kerikil;
bertimbun 1. = bertimbun-timbun bersusun bertindih-tindih
(menjadi timbun), berlonggok-longgok (bertompok-tompok),
beberapa timbun: ~ sabut di bawah rumahnya; 2. ki banyak:
bukunya yg bertimbun-timbun itu tidak akan habis dapat
dibacanya; 3. = tertimbun tertimbus, terkambus; mati ~ tanah
mati tertimbus tanah; 4. sl berkumpul (rakyat), berhimpun
(beramai-ramai): maka ~lah Pancagah dgn segala kakanda dan
segala anak hulubalang dan segala muda belia;
bertimbunan bertimbun(-timbun): sebermula bangkai ~ spt
gunung, darah spt laut;
menimbuni 1. menimbus (lubang dll), menambak, melonggokkan
(tanah), menanam (mayat dll): mereka menggali lubang dan ~
lubang utk menyudahkan rancangan kerja raya; 2. menjadi
bertimbun (banyak), membukitkan, melimpah-limpah: ketaman
padi telah dilonggokkan ~ macam busut di atas sebidang tikar;
aku makin merasa cintaku ~ dan memuncak; 3. gemuk (bkn
daging), tambun;
tertimbun ditimbun(i), tertimbus (tertanam); ~ dikais, terbenam
diselam prb a) perihal menyelidiki sesuatu perkara yg tersembunyi;
b) menolong seseorang yg dlm kesusahan;
menimbunkan 1. menyusun bertindih-tindih (berlapis-lapis)
hingga merupakan timbunan, melonggokkan, menompokkan: ~
guni berisi pasir hingga merupakan benteng; 2. mengumpulkan
banyak-banyak (atau berdikit-dikit hingga menjadi banyak),
menyimpan banyak-banyak: ~ keuntungan; janganlah suka
menimbunkan kerja pd hari esoknya;
timbunan 1. tompokan, longgokan: ~ sampah sarap; 2. barangbarang
yg ditimbunkan; 3. tempat menimbun; 4. ki jumlah atau
himpunan kerja dsb yg perlu diuruskan yg sudah terlalu banyak;
penimbunan 1. perihal menimbunkan, pengumpulan
(penghimpunan) barang-barang dll: banyak sungai telah menjadi
jangkat akibat ~ pasir dan lumpur yg dibawa air dr hilir sungai; 2.
tempat utk menimbun;
penimbun 1. orang (atau alat) yg menimbunkan (melonggokkan)
barang; 2. (tanah, pasir, dll) utk menimbun: ditimpa tanah ~.
timburu (Sunda) ark cemburu.
timbus; menimbus menimbuni sesuatu dgn tanah dll, mengisi (lubang
dll) dgn tanah dll hingga tertutup, mengambus: rumah yg buruk
tempatnya berlindung itu boleh runtuh dan ~ dirinya anakberanak;
semua lubang tempat air bertakung hendaklah ditimbus
supaya nyamuk tidak membiak;
tertimbus ditimbus, tertimbun, terkambus: mereka menjumpai
tulang gajah yg besar ini ~ di bawah tanah;
timbusan bahan spt tanah, pasir, batu dsb utk menimbus sesuatu:
mayat itu telah dapat dikeluarkan dr ~ pasir yg tebal;
penimbusan perihal (proses, perbuatan atau kerja) menimbus:
kerja ~ lombong tinggal itu sedang diusahakan oleh sebuah
syarikat pemaju perumahan.
timpa; bertimpa-timpa = timpa-bertimpa 1. bertindih-tindih atau
bersusun-susun banyak-banyak; 2. berturut-turut datangnya
(berlakunya): penyakit pun ~lah datang; mendapat keuntungan
dan kemujuran timpa-bertimpa;
menimpa 1. menghempap, jatuh menindih (ke atas) sesuatu: bunyi
derauan air hujan ~ atap rumah; 2. mengenai (biasanya bkn
sesuatu yg menyebabkan kesusahan, penyakit, dll): mengikut
kepercayaan mereka jika adat ini dilangkahi, bahaya dan bencana
akan ~; tubuhnya ditimpa panas; 3. memukul (dgn senjata dll); 4.
Jk mencuri, merompak;
menimpai menimpa pd: titik-titik embun ~ daun; besarlah
kerugian yg akan ~ mereka;
menimpakan 1. menjatuhkan sesuatu supaya menindih
(menghempap) sesuatu, menjadikan menimpa; 2.
mempertanggungkan (mengenakan, memikulkan) sesuatu yg tidak
menyenangkan (hukuman, kesalahan, dll): begitu berat hukuman
yg ditimpakan padanya; 3. Jk mengenakan (pukulan, tetakan): ia ~
parangnya pd bahu pencuri itu;
tertimpa 1. ditimpa (oleh), tertanggung (terbeban, terkena) sesuatu
yg menyukarkan (spt penyakit, kemalangan, dll): setelah ia besar
tanggungjawab mengurus hal-hal keluarganya ~ di atas dirinya;
badannya menjadi kurus setelah ~ penyakit tersebut; 2. =
ketimpaan Jk terpukul, dicuri, dirompak;
timpaan 1. tindihan, himpitan (yg kuat): perkara yg aku tanggung
ini lebih berat drpd ~ sebuah gunung; 2. beban atau tanggungan
(yg menyukarkan); 3. Jk (barang) curian.
timpal; setimpal 1. setimpal (seimbang, sepadan, bertimbang), setaraf:
setiap orang yg melakukan kekejaman akan mendapat balasan yg
~; penghormatan yg diberikan kepadanya ~ dgn kedudukannya
dlm masyarakat; 2. sesuai, layak: padang itu tidak ~ utk
perlawanan bola sepak;
menimpali 1. membuat supaya menjadi setimpal, mengimbangi,
menimbangi; 2. membalas (perbuatan baik atau jahat);
timpalan imbangan, banding.
timpani sj gendang satu muka yg berbentuk pasu, terutamanya
digunakan dlm orkestra Barat.
timpanum (Bio) gegendang telinga.
timpas I 1. = air ~ = surut ~ air yg paling surut (surut yg paling rendah);
2. kering (perigi, sungai, dll); 3. ki habis sama sekali (wang,
tenaga, dll): kerana terlalu asyik berjudi akhirnya ~ segala harta
benda.
timpas II Mn; bertimpas-timpas bertimpa-timpa, berturut-turut
(menghadapi ujian, penderitaan, dll).
timpuh; bertimpuh = duduk ~ duduk dgn melipatkan kedua-dua belah
kaki dan dgn punggung di atasnya, bersimpuh: Normah ~ di atas
tikar, suaminya bersila di hadapannya;
timpuhan keadaan bertimpuh, simpuhan.
timpuk Jk; menimpuk melempar, melontar;
menimpuki melempari, melontari.
timpus makin kecil (tirus) ke hujung atau ke bawah.
timu ark; timu-timu yg selayaknya (sebaik-baiknya, sewajarnya).
timun sj tumbuhan (pokok menjalar), mentimun, Cucumis sativus; ~ cina
tembikai;
bagai ~ dendang, di luar merah di dlm pahit prb mulut manis hati
busuk;mentimun I.
timun-timun 1. sj ikan laut, Lutjanus decussatus (vitta); 2. sj ikan laut,
Scolopsis bilineatus;mentimun II.
timur I 1. arah tempat terbitnya matahari; ~ laut arah di antara timur dan
utara; ~ menenggara = ~ tenggara = ~ padang arah di antara timur
dan tenggara; angin ~ = angin timuran angin yg bertiup dr sebelah
timur; bintang ~ bintang Zuhrah (Kejora); 2. Asia; bangsa (benua,
orang) ~ bangsa (benua, orang) Asia: baik di Barat mahupun di T~
kebanyakan bangsa mempunyai tarian klasik masing-masing;
T~ Dekat negara-negara Asia yg hampir dgn benua Eropah (spt
Turki dll); T~ Jauh negara-negara Asia yg terjauh dr benua Eropah
(spt China, Jepun, dll); T~ Tengah negara-negara yg berhampiran
dgn Terusan Suez (spt Mesir, Jordan, Syria, dll); ~ beralih ke
sebelah barat prb laki-laki menurut perintah perempuan;
ketimuran yg berkaitan dgn bangsa atau benua Asia, bersifat dll
Timur (Asia); adat(budi pekerti) ~ adat (budi pekerti) bangsa Asia.
timur II; kayu ~ kulit kayu yg dibuat ubat (drpd pokok Peltophorum
petrocarpum).
tin I 1. kepingan drpd logam (biasanya berlapis timah): baldi dibuat drpd
plastik atau ~; 2. bekas yg dibuat drpd logam yg berlapis timah: ~
minyak tanah; ~ rokok; ~ susu; buah ~ buah dlm tin; susu ~ susu
dlm tin;
bertin-tin beberapa banyak tin: ~ susu tepung juga telah dihantar
sbg bantuan kecemasan kpd mangsa banjir itu;
mengetin membubuh atau menaruh ke dlm tin: kerja-kerja ~
dilakukan oleh mesin;
mengetinkan menyimpan (makanan, buah-buahan) dlm tin yg
dipateri supaya tahan lama: ~ makanan; ~ nanas;
pengetinan kerja (proses dsb) mengetin atau mengetinkan: ~
buah-buahan.
tin II sj tumbuhan (dan buahnya), ara, Ficus carica.
tinaih Kd menindas (kutu, dll) dgn menggunakan kuku ibu jari.
tinak I = akar ~ sj tumbuhan (pokok renek yg menjalar yg akar dan
daunnya dibuat ubat), tenak, Myxopyrum nervosum.
tinak II; meninak Kl memukul dgn bertubi-tubi.
tindak 1. Jw langkah: ia bangun sambil berjalan se~ demi se~ kembali
ke kerusinya; 2. perbuatan, perlakuan;
~ pidana perbuatan jenayah (kejahatan); ~ -tanduk a) segala
tingkah laku (perbuatan, kelakuan); b) sepak terajang;
bertindak menjalankan usaha (kegiatan dll) utk sesuatu,
mengambil langkah-langkah dsb utk mengatasi (menyelesaikan,
menentang, dsb) sesuatu, berbuat, berlaku: ia mahu berfikir
panjang sebelum ~ apa-apa; ia bersetuju ~ sbg perantaraan utk
menyelesaikan pertelingkahan itu; ~ sendiri berbuat (melakukan)
sesuatu menurut kehendak sendiri;
menindak ark melakukan sesuatu terhadap;
menindakkan melakukan, melaksanakan, menjalankan: ~
kekerasan;
tindakan 1. peraturan dll (yg dilaksanakan), langkah yg diambil
(utk mengelakkan, mengatasi, dsb sesuatu): perintah berkurung
merupakan ~ yg berkesan utk mencegah merebaknya rusuhan;
mengambil ~ a) melaksanakan (mengadakan) peraturan-peraturan
sbg mencegah atau menyelesaikan sesuatu; b) bertindak; 2.
perbuatan, sesuatu yg (telah) dilakukan: negara Komanwel telah
membincangkan ~ kerajaan Rhodesia Selatan mengisytiharkan
kemerdekaannya tanpa persetujuan kerajaan Inggeris;
~ pentadbiran (Udg) tindakan yg perlu dilakukan utk
melaksanakan dasar dan maksud perundangan; ~ perusahaan
tindakan spt mogok dan bekerja lambat-lambat, yg diambil oleh
para pekerja kerana tidak berpuas hati terhadap kadar gaji yg
diterima, suasana kerja dsb; ~ susulan langkah (gerakan dsb) yg
diambil (dilakukan) selepas mendapat maklumat (laporan dsb) atau
berikutan drpd sesuatu; ~ tatatertib hukuman yg dikenakan
terhadap seseorang yg melanggar peraturan tatatertib
perkhidmatan, organisasi dsb.
tindak balas tindakan yg diakibatkan oleh suatu tindakan lain;
~ berbalik (Kim) tindak balas kimia yg berlaku mengikut dua arah
yg berlawanan; ~ fotokimia (Kim) tindak balas yg disebabkan oleh
cahaya; ~ kimia perubahan kimia yg berlaku apabila satu atau lebih
bahan bertindak balas bagi menghasilkan satu atau lebih bahan
baru (lazimnya disertai pembebasan atau penyerapan tenaga); ~
kondensasi (Kim) tindak balas yg berlaku antara satu molekul dgn
molekul yg lain utk membentuk molekul yg lebih besar (dgn
menyingkirkan molekul kecil spt air dll); ~ nuklear (Fiz) tindak
balas yg melibatkan perubahan dlm nukleus sesuatu atom; ~
penambahan (Kim) tindak balas yg melibatkan penambahan
molekul pd ikatan berganda tanpa penyingkiran sebarang molekul
kecil; ~ penggantian = ~ penyesaran (Kim) tindak balas yg
melibatkan pertukaran sesuatu unsur atau radikal dgn unsur atau
radikal lain; ~ rantaian (Kim) sj tindak balas kimia yg berlangsung
mengikut mekanisme langkah demi langkah, secara berturutan,
dgn setiap langkah menjana bahan reaktif yg menyebabkan
langkah seterusnya berlaku; ~ redoks (Kim) tindak balas
penurunan dan pengoksidaan yg berlaku serentak dlm sesuatu
tindak balas kimia; ~ tak berbalik (Kim) tindak balas kimia yg
berlangsung mengikut satu arah;
bertindak balas berlaku tindak balas: kalsium karbonat ~ dgn asid
hidroklorik utk menghasilkan karbon dioksida, air dan kalsium
klorida;
menindakbalaskan melakukan tindak balas, menjadikan bertindak
balas: ~ asid hidroklorik dgn kalsium karbonat;
penindakbalasan proses menindakbalaskan sesuatu.
tindan = tindan-tindih;
bertindan 1. bertimbun-timbun (bertindih-tindih) dgn tidak
teratur: pokok-pokok yg ditebang bertindan-tindan dan
bertumpang tindih merata-rata; 2. mencakupi atau meliputi
bahagian-bahagian (aspek, bidang, dsb) yg sama (setidak-tidaknya
sebahagiannya);
menindankan menimbunkan, menindihkan: padi yg berguni-guni
itu ditindankannya di atas penjemuran;
pertindanan 1. keadaan dsb bertindan; 2. keadaan meliputi
bahagian (aspek, bidang, dsb) yg sama setidak-tidaknya pd
sebahagiannya, keadaan mencakupi bahagian-bahagian tertentu yg
sama: terdapat ~ antara beberapa kategori.
tindan-tindih cakupan atau liputan yg sebahagiannya sama, pertindanan;
bertindan-tindih bertindih-tindih dgn tidak teratur: puluhan ribu
mati berkaparan ~.
tindas; menindas 1. menghimpit (menekan) dgn kuat: ~ kutu; 2.
membuat dgn sekehendak hati (dgn kejam dll) terhadap, memeras,
memperkuda, menganiaya: ia menerangkan bahawa pemberi
pinjaman wang dapat ~ petani-petani dgn berbagai-bagai cara; 3.
menumpaskan (pemberontakan dll), menguasai (menghapuskan
dll) dgn kekerasan, menekan: parti komunis melaksanakan ajaranajaran
Lenin utk ~ kebebasan peribadi; pergerakan-pergerakan
utk mendapatkan kemerdekaan bagi negeri itu ditindas oleh
kerajaan penjajah;
tertindas ditindas, ditekan (dikuasai) dgn kekerasan: rakyat yg
lama ~ itu akhirnya menentang pemerintah penjajah;
tindasan 1. hasil perbuatan menindas, tekanan; 2. tembusan atau
rakaman surat (stensil dll);
penindasan perbuatan menindas: dlm pemerintahan diktator kerap
berlaku ~ kebebasan dan hak-hak asasi manusia;
penindas orang dll yg menindas.
tindawan Mn cendawan.
tindih; bertindih 1. bersusun yg satu di atas yg lain, berlapis-lapis:
beberapa fail tersusun bertindih-tindih di atas gerobok; ~ bangkai
(mayat) bangkai (mayat) bertimbun-timbun; ~ bersusun bertompok
bersusun-susun; ~ riba (dgn) = ~ paha (dgn) duduk berdekatan
(berdampingan) dgn; jatuh ~ jatuh yg satu menghempap
(menimpa) yg lain; 2. berasak-asak, berdekat-dekat, rapat-rapat
(penuh sesak): berkampunglah segala isi negeri, sekalian itu
habislah ia berkampung penuh sesak, bertindih-tindih; berjalan ~
berjalan berasak-asak (berjejal-jejal) rapat; duduk ~ (bertindihtindih
lutut) duduk rapat-rapat; 3. mencakupi atau meliputi aspekaspek
dsb yg sama atau serupa;
tindih-bertindih saling menghimpit (menghempap);
bertindihan tindih-bertindih;
menindih 1. meletakkan sesuatu di atas: surat-surat di atas meja
itu ditindih dgn sebuah buku supaya tidak berserakan ditiup angin;
2. menekan dr atas, menghempap, menghimpit, menimpa: ahli
gusti itu merebahkan lawannya dan ~nya kuat-kuat; 3. ki
menindas, memeras, menganiaya, menyusahkan: di sini ada orang
yg hidup dgn keuntungannya dan ada yg hidup terus terlantar, yg
satu ~ yg lain; yg rebah ditindih ki yg sudah malang (miskin)
bertambah malang (miskin); ditindih yg berat, dililit yg panjang
prb tidak berupaya melepaskan diri drpd kekuasaan orang (drpd
kemalangan dll);
tindih-menindih 1. hempap-menghempap, timpa-menimpa; 2.
tindas-menindas, saling menganiaya;
tertindih 1. menindih (atau ditindih) dgn tidak sengaja: dia
disengat akibat ~ lipan apabila memusingkan badan; 2. ditindih
(ditekan atau diasak dr atas), terhempap: dia ~ olehnya ketika
mereka sedang nyenyak tidur; 3. ki mengalami kesusahan,
tertekan, terhimpit: barangkali limpahan batik fesyen baru di
pasaran menyebabkan batik keluaran syarikatnya ~;
tindihan himpitan, tekanan, tindasan;
ketindihan 1. tertindih, tertekan; 2. Jk tidak dapat bergerak-gerak
ketika sedang tidur;
pertindihan perihal atau keadaan mencakupi atau meliputi aspekaspek
dsb yg sama: ~ fungsi;
penindihan perihal menindih, penghimpitan, penekanan,
penindasan;
penindih alat utk menindih (kertas, surat, dll): ~ kertas.
tindik; bertindik berlubang atau sudah dibuat lubang halus pd sesuatu
bahagian tubuh spt telinga dan hidung (supaya boleh dipakaikan
anting-anting dsb): ~ telinga istiadat melubangi cuping telinga;
menindik melubangi (mencucuk) sesuatu bahagian tubuh spt
telinga dan hidung: supaya dapat memakai subang, telinga
hendaklah ditindik;
menindikkan membuat supaya seseorang bertindik: terdapat
kedua-dua istiadat tersebut, iaitu menyucikan Raja Ahmad dan ~
dua orang puteri baginda Sultan Mansur Shah;
penindikan perihal atau perbuatan menindik: ~ cuping telinga
anak perempuannya.
tindis; menindis, menindisi 1. meletakkan sesuatu di atas, menindih:
kertas-kertas itu ditindisi dgn sebuah batu; 2. menekan, menimpa,
menindas: drpd pandangan yg dilayangkannya itu, aku bisa
menangkap kemurungan yg sedang ~ jiwanya;
tertindis tertekan, tertindih: ~ perasaan.
ting bunyi spt loceng kecil (wang logam jatuh ke lantai dll).
Ting. kep Tingkatan: ~ 4.
tinga Mn kurang pendengaran.
tingau I sj jarum drpd buluh atau tanduk utk menyirat (merajut) jala,
cuban.
tingau II sj tumbuhan (pokok), ceremai burung (hantu), galan, sekincak,
selusuh, tingas, tinjau, Leptonychia heteroclita (glabra).
tinggal I 1. diam (di), menetap: sejak dr kecil lagi ia ~ di bandar itu;
saya ~ di rumah ayah saudara saya; 2. terus berada di (tidak
berundur dr), masih ada (di sesuatu tempat): saya tidak boleh ~
lama di sini kerana banyak kerja di rumah; esok siapa mahu ~,
~lah, saya mahu pergi juga; 3. yg ada lagi, bakinya, berbaki,
bersisa: setelah ditolak segala perbelanjaan ~ tiga puluh ringgit
sahaja; kuih yg dihidangkan habis dimakannya, tidak ada yg ~; 4.
terkebelakang (drpd orang lain dll), ada di belakang, tidak turut
maju (naik darjah dll): mereka semua terus maju ke hadapan, kita
juga yg ~; murid yg lulus dlm peperiksaan dinaikkan darjah, yg
gagal ~; 5. sudah berlalu (lampau), tidak berlaku atau kedapatan
lagi (bkn peristiwa, keadaan hidup, dll): corak masyarakat yg kuno
itu sudah ~, diganti dgn cara hidup yg moden; 6. tetap (kekal,
selalu) spt hal atau keadaannya yg sedia (yg demikian): akibatnya
yg kaya bertambah kaya dan yg miskin ~ miskin; tidak ~ tidak
selalu (sentiasa); 7. mengabaikan, melalaikan, melupakan,
mencuaikan: ia sangat beribadat orangnya dan tidak ~
sembahyang; tidak ~ tidak mengabaikan: 8. hanya perlu ..., tidak
payah membuat apa-apa kecuali ...: persediaan menyambut hari
raya sudah siap, ~ menanti harinya sahaja; 9. terpulang (terserah,
terletak) pd, bergantung pd: kata putus mengenai perkara ini ~ pd
pengurus syarikat; 10. yg didiami (diduduki); rumah (tempat) ~
rumah (tempat) yg didiami; 11. yg dikosongkan (ditinggalkan):
maka adalah kelakuan negeri itu spt negeri ~, sunyi tiap-tiap kedai
dan pasarnya; ladang ~;
~ arwah sudah meninggal; ~ baka yg ada hanya keturunan; ~
tulang sangat kurus;
bertinggal = ~ kata berpesan (sebelum berangkat);
meninggal = ~ dunia kembali ke rahmatullah, mati: ayahmu yg
telah ~ itu janganlah dikenangkan sangat;
meninggali 1. menduduki, mendiami: rumah itu sekarang
ditinggali oleh cucu-cicitnya; 2. membiarkan tinggal sesuatu (utk),
memberi pusaka: Raja Umar ditinggali baginda belanja emas urai
empat kati;
meninggalkan 1. membiarkan (mendiamkan) sahaja pd tempatnya
(keadaannya dll), tidak membawa pergi: mereka terpaksa ~ anak
isteri di kampung utk pergi ke bandar mencari pekerjaan; 2. pergi
dr, berundur dr, menjauhkan diri dr: ia mula ~ tempat itu; kereta
api bergerak semula ~ stesen Seremban menuju Kuala Lumpur; 3.
membiarkan berbaki, menyisakan: tidak dihabiskan makanan itu,
ditinggalkan sedikit utk anaknya; 4. memberi (kpd), mewariskan,
memberi (bekas-bekas, kesan, dll), mengakibatkan: ~ pesanan; ~
harta; sindiran itu begitu tajam sehingga ~ kesan yg dalam di
hatinya; 5. membiarkan sahaja (tidak mengambil,
mempergunakan, dll), melepaskan (peluang, kesempatan, dll):
sekarang aku berasa kesal kerana ~ peluang baik itu dahulu; 6.
sudah melebihi (melampaui, melewati, mendahului, mengatasi):
dlm banyak lapangan, bangsa lain telah ~ bangsa Melayu; dlm
menguruskan perkara perkahwinan saudara-mara tidak baik
ditinggalkan; 7. tidak memasukkan ke dlm pertimbangan
(perkiraan dll), mengetepikan, mengesampingkan: kerana
kesuntukan masa, beberapa acara dlm perayaan itu terpaksa
ditinggalkan sahaja; ia hanya menyebut masalah-masalah besar
dan ~ yg kurang penting; 8. membuang (adat dll), tidak memakai
atau menjalankan lagi (peraturan, faham, cara, dll), meletakkan
(mengosongkan) jawatan dll: penyajak ini sudah ~ bentuk syair
sama sekali; pernah kedapatan gadis bangsa asing ~ agama
mereka kerana mengikut laki-laki bangsa kita; 9. tidak
mempedulikan atau mengendahkan (kewajiban dll), mencuaikan
(mengalpakan, melalaikan): ~ kewajiban;
tertinggal 1. terbiar pd tempatnya dll (kerana tidak dibawa sama,
tidak hilang, dll): ia terpaksa pulang kerana khuatir akan anaknya
yg sudah lama ~ di rumah; 2. terkebelakang (kerana tidak dapat
mengejari atau menyaingi), tercicir: tidak berapa lama kemudian,
hilanglah sudah kapal itu ~ di belakang; 3. terdapat sbg baki drpd
sesuatu, tersisa: kerana banyak jemputan tidak hadir, banyak
makanan yg ~ begitu sahaja; 4. terabai, terbengkalai: banyaklah
kerja-kerja yg ~ kerana pekerja-pekerja baru itu tidak dapat
menghabiskannya;
tinggalan 1. sesuatu yg ditinggalkan: wang ini sahajalah ~
ayahnya; 2. sisa; 3. ark = peninggalan;
ketinggalan 1. yg tinggal baki, kelebihan, sisa: belum dijelaskan
semua hutangnya, masih ada~; 2. tertinggal (dgn tidak sengaja),
tidak dibawa dll (kerana terlupa, khilaf, dll), kelupaan: rokokku
tidak ada dlm saku, ~ di kereta; 3. terbelakang (dlm pelajaran,
kemajuan, dll), tercicir: apabila sudah khayal tentulah mereka
akan ~ dlm pelajaran; 4. (telah) ditinggalkan oleh (bas, kereta api,
dll): kami ~ bas dan sampai di sana lewat setengah jam; 5. = ~
zaman tidak seimbang (sesuai) dgn keadaan (kebiasaan dll) zaman:
sikapnya tidak membenarkan anak perempuannya bersekolah agak
~ zaman; tidak ~ tidak alpa, (lalai, lengah), tidak mahu terbelakang
(melakukan sesuatu): ia tidak pula ~ drpd menolong ibu bapanya;
peninggalan 1. sesuatu yg ditinggalkan, pusaka, warisan: ~nya,
sebuah buku, sekarang ini terletak di hadapan saya di atas meja;
harta ~ harta pusaka; 2. = sepeninggalan seberangkatan,
sepemergian, sesudah matinya: sepeninggalannya, agama Islam
telah tersebar di Samudra; 3. sesuatu sisa atau bekas dr zaman
dahulu (purbakala): saya lihat ada sebuah kota batu besar ~
kerajaan Hindu atau Islam agaknya;
peninggal 1. = sepeninggal setelah (berangkat, berlalu),
seberangkat, sepergi: adapun ~ aku keluar ini hendaklah engkau
mengatur perang; sepeninggalnya datanglah adiknya; 2. =
sepeninggal setelah meninggal (mati): sepeninggal Suyono
beredar mata Leman melihat ke dinding lantaran malu: 3. sl yg
ditinggalkan, pusaka: maka datanglah Raja Kida Hindi dgn
pelbagai permata ~ datuk neneknya.
tinggal II; burung ~ anak sj burung, Cranorrihunus corrugatus.
tinggam Mn ark sj ilmu (jampi-jampi) utk menjadikan orang sakit
(bengkak-bengkak dll) dgn mencucukkan duri ekor pari pd
gambarnya;
meninggam mengenakan tinggam.
tinggang sj ikan darat, kenderap, kenjing, Bagarius bagarius.
tinggi 1. besar jaraknya di bahagian bawah (tapaknya), jauh ke atas (di
atas), lwn rendah: bangunan tersebut dibina di suatu tempat yg ~;
kapal terbang pengebom jenis ini dapat terbang ~; dataran
(tanah) ~ dataran (tanah) yg permukaannya jauh ke atas dr
permukaan laut; 2. panjang (bkn bangun tubuh dll), lwn pendek:
Hasan ~ orangnya; ~ pokok itu 20 kaki; 3. hampir sampai ke
tempat yg di atas sekali; matahari telah ~ sudah hampir setengah
hari; 4. luhur, mulia: kami berdoa agar tercapai cita-citanya yg ~;
budi pekerti yg ~; 5. peringkat atau tingkat atas (bkn pangkat, taraf,
dll), sangat baik (mutu dll): mahkamah ~; jawatan ~; martabat ~;
sekolah ~; barang-barang bermutu ~; 6. sudah lanjut (umur); usia
~ sudah tua; 7. mahal (harga dll), besar (perbelanjaan dll): pd masa
harga getah ~ dahulu rakyat hidup mewah; sara hidup di Eropah
lebih ~ drpd di Asia; 8. sudah maju (kecerdasan, tamadun, dll),
berada pd tingkatan atas (pelajaran, pengetahuan, dll): bertamadun
~; seni yg ~; 9. angkuh, besar diri, sombong: cakapnya selalu ~;
hidung ~ ki bongkak, sombong; 10. halus dan keras (suara), muluk,
nyaring: lagu yg ~ hendaklah dinyanyikan dgn suara yg ~;
~ hari hampir tengah hari; ~ hati megah, sombong; ~ rezeki tidak
mudah mendapat rezeki;
~ disusupi, rendah dilangkahi = ~ disigai, besar ditebang prb
dicari (disiasat) sehabis upaya; ~ kelepur, rendah tikam = ~
gelepur, rendah laga prb banyak cakap tetapi tidak ada buktinya; ~
lawak-lawak prb perihal hidup melampaui kemampuannya
(kuasanya); awak rendah sangkutan ~ prb besar belanja drpd
pendapatan; hendak ~ terlalu jatuh, hendak panjang terlalu patah
prb orang yg hendak terlalu meninggikan dirinya jatuh (kecewa)
juga akhirnya; (yg) ~ tampak jauh, yg dekat julung bersua prb
pemimpin yg bertanggungjawab (yg mendapat pujian dan celaan);
meninggi 1. menjadi tinggi, naik tinggi ke atas: pokok itu tumbuh
membesar dan ~ dr sehari ke sehari; 2. menjadi kuat dan nyaring
(suara), muluk (suara): suara orang mengaji semakin ~; 3. angkuh,
sombong: cakapnya ~ sahaja; 4. menghampiri atau hampir berada
pd waktu tengah hari: hari semakin ~; ~ hari tinggi hari;
setinggi 1. (hingga) sama tinggi, mencapai tinggi: air di kawasan
rumah pengantin lelaki naik ~ 0.6 meter; pembangunan itu
mengandungi sebuah bangunan pejabat ~ 28 tingkat; 2. seberapa
tinggi: mereka dikatakan lebih berminat utk mendapatkan tawaran
gaji ~ yg boleh; memang saya mahu mencipta nama ~ yg mungkin;
setinggi-tinggi 1. seberapa banyak yg mungkin, tidak terhingga
banyaknya, sebanyak-banyaknya: baginda mengucapkan ~ terima
kasih kpd sekalian rakyat; beliau juga mengucapkan ~ tahniah dan
penghargaan atas kejayaan sahabatnya itu; 2. seberapa tinggi yg
mungkin, paling tinggi: ~ terbang bangau, hinggap ke bubungan
juga;
meninggikan 1. menjadikan tinggi, menambahkan (mutu dll):
bangunan itu telah ditinggikan lagi dua tingkat; kerajaan sedang
berikhtiar ~ taraf pendidikan dan ekonomi rakyat; 2. mengangkat
(menyanjung) menjadi tinggi; ~ diri membesarkan diri; 3.
mengeraskan atau menguatkan (suara);
mempertinggi menjadikan lebih tinggi; ~ tempat jatuh,
memperdalam tempat kena prb sengaja membesar-besarkan
kesalahan sendiri sehingga mendapat hukuman (kerugian) yg lebih
berat;
ketinggian 1. perihal tinggi, taraf (keadaan dsb) yg tinggi:
pendidikan dapat membawa kpd kejayaan dan ~ kedudukan
seseorang dlm masyarakat; sastera yg mengagungkan ~ budi; 2.
(tempat dll) yg lebih tinggi duduknya (letaknya): peti yg berisi
jenazah itu diletakkan di tempat yg agak ~ di tengah aula; 3.
terlalu tinggi: dahan itu tidak dapat dicapainya kerana ~;
peninggian perihal meninggikan, penambahan (mutu, pendapatan,
dll).
tinggung; bertinggung, meninggung duduk di atas tapak kaki dgn kaki
berlipat dan punggung tidak diletakkan di lantai, bercangkung,
berjongkok.
tingi Jw sj kulit kayu yg dijadikan bahan cat utk mewarnai kain batik.
tingkah I perbuatan yg ganjil-ganjil atau tidak patut, canda, olah, ragam:
ia teringat-ingat ~ kawannya yg cepat menimbulkan marahnya
tadi; banyak ~ banyak ragam; salah ~ berlaku tidak wajar; ~ laku
(langkah, perangai) gerak-geri, kelakuan, perbuatan: ia disukai
orang kerana kehalusan budi bahasanya dan kebaikan ~ lakunya;
bertingkah 1. melakukan perbuatan yg ganjil-ganjil (buruk dll):
monyet jenis ini suka ~; 2. berbuat tidak wajar (yg bukan-bukan),
berlaku ganjil: jangan kau ~ terhadapku kerana aku bukan anak
kecil lagi; ~ laku berbuat berbagai-bagai laku, berlaku; 3. =
bertingkahan tidak sekata (seimbang, sehaluan) dgn, tidak sama
nadanya dsb (dgn): memanglah ganjil dan sumbang kalau gong
atau gendang ~ dgn dram.
tingkah II 1. sj gendang; 2. = tingkahan a) pukulan gendang dll yg
mengiringi lagu, tarian, dsb; b) nyanyi (tepuk tangan dll) yg
menyertai bunyi-bunyian;
bertingkah-tingkah, tingkah-meningkah silih berganti, bersahutsahutan,
berselang-selangan: bunyi katak dan salakan anjing ~
memecah kesunyian malam;
meningkah, meningkahi 1. memukul gendang dll menyelang
(mengiringi) lagu atau bunyi lain; 2. mengiringi (menyahut) lagu
dll dgn bunyi lain (alat muzik, tepuk tangan, dll): suara nyanyian
anak-anak perahu ditingkah oleh suara geseran rebab dan kecapi;
tingkahan pukulan gendang, tingkah.
tingkah III; meningkah 1. membalas (menjawab, menyahut) perkataan
orang: “Aku tidak percaya”, katanya ~; 2. menyelang
(menyampuk, memotong) perkataan orang, membantahi: maafkan
saya kerana ~ semasa tuan sedang bercakap tadi; ia berasa
tersinggung kerana sahabatnya ~ pendapatnya.
tingkal; garam ~ sj garam habluran berwarna putih yg dapat larut dlm air
(digunakan utk pateri), boraks.
tingkalak Mn sj alat menangkap ikan yg bentuknya panjang merunjung,
sj lukah, tengkalak;
~ menghadap mudik, lukah menghadap hilir prb segala sesuatu
menurut adat kelazimannya.
tingkap lubang angin (di dinding rumah dll) yg boleh dibuka dan ditutup,
jendela: jika banyak ~ banyaklah udara yg dapat keluar masuk;
~ kipas tingkap yg memakai ram-ram atau bidai (tabir); ~ magun a)
tingkap pd bahagian atas dinding atau bumbung rumah dsb utk
dimasuki angin atau cahaya, jendela langit; b) tingkap yg tetap dan
tidak dibuka-buka pd perahu, kapal dsb, jendela langit; ~ panjang
tingkap di sepanjang serambi (beranda); ~ penangguh tingkap di
bahagian dapur rumah; ~ peranginan tingkap di bumbung utk
dimasuki angin; ~ tela tingkap utk masuk cahaya utk menerangi
tela atau ruang rumah;
meningkap melihat dr tingkap;
tingkapan tingkap kecil, lubang utk angin masuk.
tingkar (Sunda); meningkar mengelilingi, mengepung.
tingkarah Mn tengkarah.
tingkarang Mn pecahan (periuk dll).
tingkarap  tengkarap.
tingkas; nasi ~ nasi putih yg dibubuh nasi kunyit (yg berwarna lain) di
sekelilingnya.
tingkat 1. lapis drpd sesuatu benda (binaan dll) yg berbentuk bersusunsusun
(bertindih-tindih, berlapis-lapis), lantai ketinggian, lenggek
(bangunan), tumpuan (tangan dll): bangunan enam ~ itu akan siap
hujung tahun ini; mangkuk ~ bekas yg bertindih-tindih dan
dirangkaikan oleh pemegangnya, mangkuk tepen, siya; ~ peraduan
lantai yg lebih tinggi letaknya utk tempat tidur; 2. = tingkatan
taraf kedudukan (jawatan, kemajuan, dll), darjat, kelas, pangkat,
peringkat: jawatannya sekarang lebih tinggi ~nya drpd jawatan
sebelumnya; kemajuan ekonomi negeri ini sudah mencapai
tingkatan yg agak tinggi; ~ hidup taraf hidup; 3. = tingkatan batas
waktu, perenggan sesuatu kejadian (proses), takat: rancangan itu
masih dlm ~ permulaan;
setingkat 1. satu tingkat (tingkatan); 2. = ~ dgn sama tingkatnya
atau martabatnya dll (dgn), setaraf (dgn); ~ demi ~ sedikit demi
sedikit (bertambah dll);
tingkat-tingkat Mn pemijak kaki;
tetingkat kepingan papan dsb tempat meletakkan buku (pakaian,
kasut, dsb), rak, para;
bertingkat ada tingkatnya, mempunyai tingkat;
bertingkat-tingkat 1. berlenggek-lenggek, bersusun-susun,
bertindih-tindih: bangunan-bangunan lama dirobohkan dan pd
tempatnya didirikan bangunan yg ~; 2. berkelas-kelas, berpangkatpangkat,
bertaraf-taraf: kebolehan kanak-kanak dlm pelajaran
mereka ~ antara seorang dgn yg lain; kedudukan manusia dlm
sesuatu masyarakat lazimnya ~; 3. makin tinggi (naik, sukar, dll)
sedikit demi sedikit: dlm tempoh sepuluh tahun pangkatnya naik ~
drpd askar biasa menjadi kapten;
meningkat 1. menginjak (tangga dll) utk naik ke atas, memanjat
(pokok dll), menaiki (basikal dll): sedang mentuanya membawa
perian dan labu ke pancuran, Basanai ~ pintu itu; 2. mencapai
tingkat (angka dll), naik (meninggi, mengatas, dll), bertambah
banyak (hebat, penting, dll): perbelanjaan utk pendidikan ~ dr
setahun ke setahun; dgn ini jumlah kematian telah ~ ke angka 79
orang; keriangannya ~ dan ia berdiri memberi pidato tanpa
rancangan; 3. berubah dlm keadaan (masa dll) yg lain: apabila ~
dewasa anak itu menjadi seorang pahlawan muda yg gagah
berani;
meningkat-ningkat 1. terus meningkat (bertambah dll):
keuntungan yg diperolehnya ~; 2. menjadikan bertingkat-tingkat
(berlapis-lapis, bersusun yg satu di atas yg lain);
meningkatkan meninggikan kedudukan (taraf dll), membesarkan
(pengeluaran dll), memperhebat: daya usaha ini akan ~
kemungkinan pertumbuhan ekonomi; kerjasama antara parti-parti
komponen BN perlu ditingkatkan lagi;
~ diri membesarkan (mengangkat) diri;
mempertingkat menjadikan lebih tinggi atau lebih besar lagi
(kedudukan, taraf, mutu, hasil pengeluaran, dll), menjadikan lebih
hebat (giat, erat, dll), memperhebat: peranan ~ mutu bahasa
Melayu tidak terletak di bahu pengkaji dan peminat bahasa
sahaja; sikap kejam Soviet itu telah menambah keazaman
Mujahideen utk ~ perjuangan mereka;
tingkatan tingkat, kelas, peringkat, perenggan, takat; ~ gaji
peringkat (tingkat) gaji; orang ~ atasan orang kelas (golongan)
atasan;
peningkatan perbuatan (usaha dsb) meningkatkan atau
mempertingkatkan: ~ daya pengeluaran; ~ hasil jualan; ~ mutu.
tingkep Jw istiadat dan kenduri pd ketika orang mengandung tujuh
bulan.
tingkil I; bertingkil-tingkil bergugus-gugus, bergayut-gayut (buahbuahan).
tingkil II; bertingkil = ~ hati berdendam, berdengki.
tingkir; bertingkir bertenggek, bertengger.
tingkis; ~ hati bertingkil hati, berdendam, berdengki.
tingkrang Jk ark; mentingkrang duduk dgn tidak senonoh (di kerusi
dll).
tingkuh Mn; bertingkuh berbantah, bertengkar.
tingting I bunyi spt bunyi duit syiling berhantukan.
tingting II sj permainan kanak-kanak yg dilakukan secara melompatlompat
dgn sebelah kaki di petak-petak tertentu yg dilukis.
tingtong bunyi spt bunyi loceng.
tinja Id tahi.
tinjak ark pijak, hentakan kaki.
tinjau I; ~ karang sj anjung di perahu (utk melihat-lihat batu karang di
laut);
bertinjau-tinjauan tinjau-meninjau;
meninjau 1. memerhatikan (melihat-lihat) sesuatu dr tempat yg
tinggi atau dr jauh: dr tingkat atas bangunan itu ia ~ suasana
bandar Kuala Lumpur yg sedang dirayapi malam; dia berdiri di
pintu meninjau-ninjau ke keliling halaman dan di kejauhan; 2.
datang (berkunjung) utk melihat-lihat (mengamat-amati dll),
mengunjungi (utk mengetahui sesuatu), melawat: ahli-ahli
Parlimen diseru supaya selalu ~ kawasan mereka; ibunya selalu ~
ke rumahnya; 3. mengawasi, mengintai, mengintip, menyiasat:
pasukan peronda itu ditugaskan ~ gerak-geri penyeludup di
sepanjang pantai negeri; 4. memeriksa, mempelajari, meneliti,
mengkaji: memang baik kalau kita ~ balik perkara-perkara yg
akan memudahkan penyelesaian masalah itu; jika ditinjau dr sudut
sastera dapat kita katakan karyanya bermutu; pegawai polis itu
meninjau-ninjau buku hariannya; 5. menyelidiki atau menyiasat
(pendapat, fikiran, dll), menduga (hati, perasaan): tujuannya
hendak ~ pendapat alim ulama mengenai masalah loteri; duduk
meraut ranjau, tegak ~ jarah prb tidak berhenti-henti bekerja dgn
teliti;
meninjau-ninjau datang atau berkunjung utk mengetahui,
mencari, melihat, mengenal pasti dsb sesuatu yg belum pasti
kedapatannya: kemudian mereka ~ kampung di sini kalau-kalau
boleh ditubuhkan cawangan baru; puas lelaki itu ~ di luar jendela,
namun tiada siapa pun yg kelihatan;
tinjau-meninjau 1. saling meninjau (lihat-melihat dll); 2.
mengamat-amati ke sana ke mari, mengawasi-awasi, berwaspada;
tinjauan 1. perbuatan meninjau: sebelum membuat kesimpulan
harus dijalankan suatu ~ utk mengetahui pendapat umum; 2. hasil
drpd meninjau, pandangan;
peninjauan 1. perihal meninjau; 2. tempat yg digunakan utk kerja
meninjau;
peninjau orang yg meninjau; pesawat ~ Id kapal terbang
pengintip.
tinjau II; ~ belukar a) sj tumbuhan (pokok renek), ulai-ulai, Greenia
corymbosa; b) sj tumbuhan (pokok), cemantung jantan, derumun
hitam, jambu arang, medang kelawa (mendung, musang),
Elaeocarpus paniculatus; c) ki menarik dipandang dr jauh tetapi
tidak menarik jika dipandang dr dekat (bkn seseorang): dia ~
belukar sahaja, apabila dekat tidaklah secantik manapun.
tinju 1. genggaman tangan (spt hendak menumbuk), penumbuk: kalau
kau menghina aku, ~ku akan segera tiba di hidungmu; adu ~ Id =
bermain ~ = peraduan (perlawanan) ~ perlawanan tumbukmenumbuk;
ahli (jago) ~ ahli dlm perlawanan tinju; 2. pukulan
(tumbukan) dgn genggaman tangan: kepalanya benjol-benjol kena
~ beberapa orang yg menyerangnya;
bertinju bertumbuk;
meninju memukul dgn tinju, menumbuk: setelah tertangkap ia
ditinju, ditendang-tendang, dimaki-maki lalu diseret ke balai polis;
meninjukan; ~ tangan menggenggam (mengepal) tangan;
pertinjuan perihal bertinju;
peninju 1. tinju, penumbuk: ~nya diangkat ke atas tinggi-tinggi; 2.
orang yg meninju;
petinju orang yg berlawan tinju, ahli tinju: ia bangga benar spt ~
yg menang di gelanggang.
tinta dakwat, mangsi: dicecahkannya pena itu ke dlm ~ lalu ditulis
namanya pd sekeping kertas;
~ cetak sj dakwat utk mencetak buku dll; ~ emas dakwat yg
berwarna spt warna emas.
tinting I; meninting 1. mengetuk (menghempaskan) wang logam hingga
berbunyi (kerana hendak menguji palsu atau tidak); 2.
menggoncang-goncang nyiru dll utk memilih beras dll, mengetukgetuk
ayakan dll utk menapis tepung; 3. ki meneliti (menapis,
menimbang) salah benar atau buruk baik dll sesuatu: setelah ~ dan
menimbang, ia rasa sudah sampai masanya ia menerangkan
segala-galanya;
tintingan tapisan, ayakan (pengayak).
tinting II  tingting I.
tinting III; burung ~ sungai sj burung, binti-binti, raja udang, Alcedo
meninting verrauxii.
tintir sj lampu minyak tanah, pelita: cahaya ~ di situ tidak berapa
terang.
Tionghoa (orang) Cina; bahasa (bangsa) ~ bahasa (bangsa) Cina.
Tiongkok benua China.
tip I 1. sedikit wang atau upah tambahan yg diberikan kpd seseorang, mis
pelayan hotel, sbg tanda menghargai khidmatnya: baki wang
membeli rokok itu diberikannya kpd budak itu sbg ~; 2. maklumat
dalaman yg sangat berguna, terutamanya berhubung dgn pasaran
saham, lumba kuda dsb; 3. bp petua tentang sesuatu spt kecantikan,
kesihatan dan masak-memasak.
tip II; mesin ~ mesin taip;
mengetip menaip, mengetik; tik I.
tip III; mengetip; ~ bola bp menumbuk bola.
tipa model, corak, jenis: selalunya yg dibandingkan dlm kajian sastera
bandingan ialah karya-karya sastera yg satu jenis atau ~.
tipai sj tiram, Pinctada margaritifera.
tipak I Mn 1. giliran; 2. bahagian yg dikhaskan (utk); 3. karib, erat,
rapat; 4. mengenai, berkaitan dgn, tentang;
bertipak 1. (sudah) dibahagi-bahagi; pusaka itu sudah ~ pusaka
itu sudah dibahagi-bahagi (kpd waris-warisnya); 2. menurut,
mengenai; peraturan bertipak-tipak peraturan menurut (mengenai)
kaum atau pihak yg tertentu.
tipak II ark; ~ sirih tepak.
tipar Jk ladang padi, huma.
tipas; menipas Kl menampar.
tipe IB tipa.
tipen (tipén) tepen.
tipikal bersifat spt yg lazim terdapat, merupakan contoh sesuatu jenis
(golongan dsb), biasa: tokoh Pantalone yg secara ~ mewakili
saudagar yg kikir.
tipis 1. tidak tebal, nipis (barang pipih spt kertas, kaca, dll): bajunya drpd
kain ~; 2. kurang tebal lapisannya (bkn cat dll): ia memakai bedak
sedikit, ~, hampir tidak kelihatan; 3. kurang padat (bkn asap,
awan, dll): cuaca petang amat baik, awan putih ~ melindungi
matahari; 4. kurang terang (tulisan): tulisannya ~; 5. sedikit sahaja
(tidak besar), hampir tidak ada: harapan kita utk melahirkan
penulis-penulis yg agung dgn karya-karya yg besar agak ~ ;
kemungkinan tercapainya keamanan yg berkekalan sangat ~; 6.
sangat sedikit, tinggal sedikit: tidak sedar duit ~ di saku kerana
asyik berjoli; mendapat keuntungan ~ mendapat keuntungan yg
sangat sedikit;
~ bibirnya = bibirnya ~ ki a) pandai (suka) berkata-kata; b) mudah
berkata yg bukan-bukan, lancang mulut, cerewet; ~ telinga lekas
naik radang (oleh kata-kata yg membangkitkan kemarahan);
menipis 1. menjadi tipis; 2. makin berkurang (menjadi sedikit,
menghilang, dll): harapannya mencapai cita-citanya makin ~;
kabus di puncak bukit di kampung itu kian ~;
menipiskan menjadikan tipis (berkurang, hampir habis, dll): ~
getah dgn mesin; perbuatan curangnya ~ kepercayaan orang
terhadapnya;
ketipisan perihal atau keadaan tipis, perihal sedikit sahaja
terdapatnya sesuatu: ~ minat;
penipisan (proses atau perbuatan) menipis atau menipiskan:
tetroflurokarbon menyebabkan ~ lapisan ozon.
tipografi (Cetak) 1. kerja atau proses menyusun dan menyediakan bahan
bertulis utk pencetakan; 2. gaya, bentuk susunan, dan rupa sesuatu
bahan bercetak.
tipologi kajian tentang tipa (model, jenis, golongan, dsb) atau tentang
pertalian antara tipa serta sifat atau perwatakan yg terdapat (pd
setiap tipa).
tipu perbuatan curang atau kata-kata dusta utk menyesatkan orang,
kecoh, muslihat; ~ daya (helah, muslihat, belit) berbagai-bagai tipu
(perbuatan memperdaya); ~ semu tipu daya; ~ Acheh gurindam
Barus prb tipu muslihat yg halus dan licin;
menipu mengenakan tipu, memperdaya, mengecoh: ia dituduh ~
orang ramai dgn menjual barang-barang palsu; ditipu tegak-tegak
ditipu benar-benar;
tertipu (telah) ditipu;
tipuan perihal menipu, tipu: banyak orang yg hidup sengsara
akibat kemiskinan dan ~ orang;
penipuan 1. perbuatan menipu: sukatan dan ukuran piawai dapat
mencegah ~; 2. perkara (kejadian) menipu: berbagai-bagai cerita
tentang ~ telah dilaporkan kpd polis;
penipu orang yg menipu.
tipus sj tumbuhan (pokok dan buahnya), kelumpang, nyamuk, medang
berhulu, menggading, Meliosma elliptica.
tir sj buah catur, benteng.
tirah 1. pergi ke tempat lain (utk berubat dll); 2. pergi mengungsi;
petirahan tempat utk berubat atau utk beristirahat supaya pulih
kesihatan; tetirah.
tirai 1. kain yg berumbai-umbai tepinya (perhiasan langit-langit tempat
tidur atau tempat duduk pengantin dll): kerja menghias pentas
persandingan, langit-langit, ~, hamparan sudah siap; 2. kain yg
dipasang labuh hingga ke lantai (utk menutup pintu, menyekat
ruang, dll), tabir: ~ ini membahagikan ruang tengah menjadi dua
buah bilik;
~ belakang latar belakang (sesuatu perbuatan, perkara, dll); ~ besi
garis (sempadan) yg mengasingkan negara-negara blok komunis
dgn negara-negara blok lain; ~ kelambu kelambu tempat tidur; ~ -
mirai berbagai-bagai jenis tirai;
bertirai berpasang tirai, bertabir: pentas itu belum ~;
bertiraikan menggunakan sesuatu (kain dsb) sbg tirai,
bertabirkan: ruang itu ~ sehelai kain yg besar.
tirak sj tumbuhan (pokok), beras-beras, betutu, ceremai burung, jerak,
jerak merah (putih), kelantang, Eurya japonica (acuminata).
tirakat Ar memencilkan diri ke tempat yg sunyi, berkhalwat, bertarak.
tiram I sj lokan (binatang berkulit kapur) yg boleh dimakan isinya; jenisjenisnya:
~ bakau, ~ batu, ~ kera, dll;
petiraman tempat longgokan tiram.
tiram II sj ikan laut, Clupea kanagurta (Alosa kanagurta).
tirani corak pemerintahan yg zalim (oleh pemimpin negara, puak, dll) yg
menggunakan kekuasaan sesuka hati.
tiras guntingan benang (kain dll), benang yg berjurai-jurai pd tepi kain
dll;
bertiras-tiras berbenang-benang pd tepinya (kain dll yg sudah
lama digunakan).
tirau Mn sj hantu yg jahat.
tiri (anak, bapa, ibu) yg tidak ada perhubungan darah, bukan (anak, bapa,
ibu) sendiri.
tiris 1. bocor (atap, perahu, bekas air, dll): bumbung rumahnya ~; dijahit
layar mana yg robek, biduk ditambal mana yg ~; 2. meleleh
(menerusi lubang atau celah), menitis, menitik-nitik: air dlm tanah
terus ~ menerusi bumbung gua itu; air digenggam tiada ~ prb
sangat berhati-hati mengeluarkan wang;
tirisan tempat yg tiris;
ketirisan kebocoran: ~ atap rumah; ~ rahsia.
tirjup; burung ~ sj burung, burung balai, burung papak, Lanius spp.; ~
rimau, Lanius tigrinus; ~ rimba, Lanius bucephalus; ~ tanah,
Lanius cristatus.
tirkah (barang-barang) peninggalan, pusaka.
tiroid; kelenjar ~ (Bio) organ (terletak di bahagian hadapan leher) yg
mengeluarkan sj hormon utk mengawal kadar pertumbuhan badan.
tiroidektomi (tiroidéktomi) (Ubat) pembuangan kelenjar tiroid secara
pembedahan.
tiroiditis (Ubat) radang pd kelenjar tiroid.
tiroksina (Bio) hormon yg disintesis di dlm kelenjar tiroid, mengandungi
iodin, dan diperlukan utk pertumbuhan tubuh yg normal.
tiru; ~ teladan (sesuatu yg menjadi) contoh, teladan;
meniru 1. mengikuti perbuatan (perkataan, gaya, cara, dll) orang
dll, mencontoh, meneladan: kanak-kanak dgn senang dapat
membentuk sesuatu tabiat dgn jalan ~; ahli kelakar itu berkelakar
dgn ~ cara bangsa lain bercakap; 2. membuat sesuatu yg bukan
asli (tulen), memalsukan: orang Jepun dapat ~ berbagai-bagai
jenis barang buatan Eropah; ~ tandatangan orang;
meniru-niru mengikut-ikut (perbuatan dll orang), menyamanyamai:
pd sangka mereka itu, sekalian ilmu mengarang itu suatu
pekerjaan yg ringan, boleh mendapat dgn mendengar-dengar dan
~ sahaja;
tertiri-tiru terikut-ikut: dgn ~ sikap seseorang boleh menjadi
kafir;
tiruan 1. perbuatan meniru; 2. hasil meniru (bukan asli atau tulen),
hasil drpd usaha membuat sesuatu yg sama atau hampir sama dgn
yg asli ; getah ~ getah buatan (bukan getah asli); sutera ~ sutera
buatan (bukan sutera asli);
tiru-tiruan suka meniru-niru: ia mesti berpunca drpd jiwa dan
lubuk hati pelakonnya sendiri dan bukan semata-mata ~;
peniruan perihal (proses, perbuatan) meniru: kami tidak
menggalakkan ~ terus teknik Jepun ataupun falsafah pengurusan
dan kebudayaan mereka;
peniru orang yg meniru: kita akan menjadi ~ Barat yg sentiasa
taat.
tiruk I sj ikan laut, Pellona spp.
tiruk II sj tombak (tempuling) yg lurus matanya (utk menangkap ikan).
tiruk III; nyamuk ~ sj nyamuk yg membawa kuman penyakit malaria,
Anopheles spp.
tiruk IV; burung ~ sj burung, Capella magala.
tirus makin kecil ke hujung, lancip, runcing: keris ini mempunyai mata
yg panjang serta ~ ; kaki ~ ;
menirus menjadi tirus, melancip, meruncing: di bahagian kiri
terbentang sebidang sawah yg ~ hilang ke belakang tanjung;
meniruskan menjadikan tirus, melancipkan, meruncingkan;
penirusan perihal meniruskan, pelancipan, peruncingan.
tis Jw; panas ~ panas sejuk (penyakit demam malaria).
tisik; menisik, menisiki menjerumat (kain dll yg koyak);
tisikan 1. yg sudah ditisik; 2. cara menisik; 3. hasil menisik.
tisu 1. sekumpulan sel pd haiwan atau tumbuhan yg mempunyai bentuk
dan struktur yg serupa yg sama-sama melakukan sesuatu fungsi
tertentu; ~ badan; ~ otot; ~ saraf; 2. = kertas ~ kertas yg nipis,
lembut, dan sangat mudah menyerap, yg biasanya digunakan sbg
sapu tangan dsb.
titah bd kata (raja), perintah (raja); menjunjung ~ menjalankan perintah
(raja); ~ diraja titah Ke bawah DYMM Yang di-Pertuan Agong
dlm Parlimen yg menerangkan dasar pemerintahan dan rancangan
kerajaan; ~ perintah sl berbagai-bagai titah (raja);
bertitah berkata, memberi perintah: maka raja pun ~ kpd segala
menteri; ~ lalu sembah berlaku prb jika kita turut kehendak orang,
kehendak kita pun akan diikutnya pula;
menitahkan memerintahkan, menyuruh: maka raja China pun ~
utusan ke Melaka.
titanium (Kim) sj unsur logam yg berwarna putih, mulur, tahan kakis,
dan digunakan dlm pembuatan aloi ringan dan sbg agen
pengoksidaan dan elektrod.
titar; bertitar-titar sl bergerak ke sana sini dgn pantas: maka Tun Tuah
pun segera berbangkit lalu berdiri ~ di hadapan Taming Sari.
titi = titian jambatan (drpd batang pokok, papan, dll), lorong kecil
(sempit) yg dilapiki papan (batu dsb) tempat berpijak sewaktu
berjalan: sepotong batang kelapa dijadikan ~ di atas parit itu; ~
udara jambatan udara;
bertiti mempunyai (ada) titi: longkang yg besar itu tidak ~;
bertitikan mempunyai sesuatu sbg titi: parit itu ~ batang pokok
kelapa;
meniti 1. berjalan di titi, berjalan di lorong (di jalan sempit) yg
berlapikkan kayu (batu dsb): Saufi ~ batang kayu di atas sungai itu
dgn hemat hingga sampai ke tebing; 2. ki menjalani, mengharungi
(perlahan-lahan); 3. ki menjalar, merebak, meresap: perlahanlahan
~lah perasaan kesedaran dlm dirinya; tiadalah hairan jika
nama gadis itu ~ dr satu lidah ke satu lidah anak-anak muda; ~
buih a) sudah hampir separas bibir perahu dgn permukaan air (bkn
perahu yg sarat); b) ki membuat sesuatu yg sukar;
titian 1. titi; 2. ki sesuatu yg menjadi penghubung antara dua pihak
dll;
~ berakuk tipu muslihat (utk memperdaya orang);
~ air polongan asap prb orang pengantara yg menolong kita
mencari keuntungan dll; ~ biasa lapuk, janji biasa mungkir prb
janji tidak harus dipercayai kerana boleh dimungkiri; membuat ~
berakuk prb berusaha mengenakan tipu muslihat utk
mendatangkan bencana kpd seseorang.
titiang Jw hamba, patik.
titih petitih.
titik I 1. titis, derai (air dll): drpd kelopak matanya mengalir ~-~ air
mata meminta belas kasihan; hujan masih turun setitik-setitik; 2. =
bertitik keluar atau jatuh berderai-derai: hujan ~ semula dan kilat
sesekali memancar; darahnya ~ ke bumi;
~ buta (Ubat) bahagian retina yg tidak peka terhadap cahaya; ~
lidah sl perkataan; ~ peluh penat lelah (usaha yg bersungguhsungguh);
~ drpd mulutnya sl dikatakan (diucapkan, dijanjikan,
dll); ~ selera sangat inginkan (sesuatu makanan);
biar ~ jangan tumpah prb biar menanggung kerugian kecil jangan
menanggung kerugian besar; takut ~ lalu tumpah prb hendak
mengelakkan kerugian kecil akhirnya mendapat kerugian besar; ~
ditampung, meresap dipalit prb pemberian atau penghasilan meski
sedikit pun akan diterima jua;
bertitik, menitik menitis, berderai: hujan mulai menitik, mulamula
setitik-setitik kemudian mencurah-curah; dititik belah, dipalu
datar prb kerosakan yg tidak dapat diperbaiki lagi;
menitiki menitiskan (air dll) pd;
menitikkan menjatuhkan (menyebabkan ke luar) bertitik-titik,
menitiskan (air dll): doktor itu mencuci matanya dan ~ ubat ke dlm
kelopak matanya;
titikan titisan (air dll);
penitikan perihal menitikkan sesuatu, penitisan.
titik II 1. tanda yg bulat halus (utk menunjukkan tempat berhenti
membaca, tempat tumpuan, dll), noktah: di hujung tiap-tiap ayat
hendaklah dibubuh ~; 2. ki sesuatu (keadaan, perkara, hal, ketika,
dll) yg penting (khusus, menarik perhatian, dll): tidak ada ertinya
kami berbahas lanjut-lanjutan, tidak akan bertemu ~ pengertian;
pd satu ~, pengiktirafan dan mutu tidak dapat dipisahkan;
~ api Id tumpuan pertemuan sinar yg dibalikkan atau dipecahkan
oleh kanta; ~ bengik kecil, remeh, tidak penting: jangan terlalu
cenderung dgn hal-hal yg ~ bengik; ~ bertindih tanda yg terdiri
drpd dua titik bertindih (tanda :) digunakan dlm penulisan sebelum
memperkenalkan atau menyenaraikan sesuatu; ~ cuali = ~ neutral
(Fiz) suatu tempat di antara dua kutub magnet di mana tidak
terdapat medan atau kesan magnet; ~ didih Id tingkat suhu apabila
sesuatu cecair mendidih; ~ dua titik (noktah) bertindih (tanda:); ~
kata kata pemutus, keputusan; ~ koma tanda koma dgn titik di
atasnya, koma bernoktah (tanda ;); ~ mata a) titik (tempat) pd
sesuatu yg menjadi tumpuan pelihatan mata; b) ki sesuatu yg
menarik perhatian (minat) orang ramai; ~ menengah ark titik pusat;
~ pangkal = ~ tolak perkara yg menjadi bahan atau yg digunakan
utk membuka perbincangan (huraian dll) mengenai sesuatu,
sesuatu yg menjadi dorongan atau permulaan bagi sesuatu (usaha,
kegiatan, dll); ~ peralihan sesuatu yg menjadi atau menandakan
permulaan sesuatu perubahan atau perkembangan baru; ~
permulaan sesuatu (hal, keadaan, kejadian, kejayaan,
pengemukaan, dll) yg menjadi punca atau asas utk mencapai
sesuatu yg lebih besar (yg selanjutnya); ~ perpuluhan tanda titik di
antara dua rangka yg mengasingkan angka se(satuan) dgn pecahan
perpuluhan; ~ persamaan unsur-unsur (bahagian-bahagian) yg
menampakkan persamaan (antara beberapa pendapat dll); ~
persilangan (Mat) tumpuan pd persilangan dua garis (tempat
bersilang dua garis); ~ pusat Id titik di tengah-tengah bulatan dll; ~
sentuh (Mat) tumpuan (tempat) garis kena (bersentuh) pd
sempadan (batas) bulatan; ~ tolak = ~ pangkal; tidak tentu ~
komanya ki tidak tentu hujung pangkalnya (bkn percakapan
seseorang);
menitik membubuh tanda titik.
titik III; bertitik dipukul, ditempa; emas ~ emas yg ditempa;
menitik 1. memukuli (besi, emas, dll) berkali-kali, menempa:
orang yg hendak dihukum bunuh terlebih dahulu dititik semua
tulang sendinya sehingga hancur; ~ emas; 2. bp memukul (kerana
mendenda), merotan: kalau kau tidak ke sekolah esok aku titik
sampai teruk.
titik berat 1. Id pusat berat sesuatu benda; 2. ki perkara yg sangat
penting atau diutamakan;
menitikberatkan mementingkan, mengutamakan: beliau menyeru
rakyat supaya lebih ~ kepentingan negara drpd kepentingan
sendiri;
penitikberatan perbuatan menitikberatkan sesuatu.
titik tolak perkara yg menjadi bahan atau yg digunakan utk membuka
perbincangan (huraian dll) mengenai sesuatu, sesuatu yg menjadi
dorongan atau permulaan bagi sesuatu (usaha, kegiatan, dll);
bertitik tolak 1. bermula: persoalan itu harus ~ dgn mengenal
pasti punca masalahnya; 2. berpunca: pihak polis mendapati
bahawa kes pembunuhan tersebut ~ drpd motif yg sama.
titimangsa Jw ark hari bulan, tanggal, tarikh.
titinada Id tanda nada (lagu), not.
titip; menitip, menitipkan 1. memberikan sesuatu utk disimpan
(disampaikan kpd orang lain dll), mengamanahkan: surat itu tidak
kami kirim dgn pos melainkan kami titipkan kpd seorang kenalan;
dia ~ anaknya kpd jirannya semasa dia ke bandar; 2.
menyerahkan (barang dagangan) supaya dijualkan;
titipan sesuatu yg dititipkan (diamanahkan): wang ini ialah ~
ibuku kpd aku.
titir I bunyi canang (gendang, ketuk-ketuk, dll) yg bertalu-talu yg
menandakan ada bahaya dll;
menitir memalu (canang, gendang, dll) bertalu-talu: maka orang ~
gendang raya, sekalian orang pun berkampung.
titir II; titiran Jk baling-baling, bulang-baling.
titir III; ketitir, ketitiran sj burung, burung merbuk;
bertitir, menitir berbunyi (bkn burung ketitir);  ketitir.
titis I titik (air dll): dgn tidak disedarinya air matanya jatuh beberapa ~;
bertitis = menitis;
bertitisan menitis dgn banyaknya: embun jantan ~ membasahi
bumi; air matanya dibiarkan ~ membasahi pipi;
menitis jatuh setitik demi setitik (air dll), menitik, bertitik(-titik):
air hujan masih lagi ~ drpd daun-daun kayu di keliling rumah itu;
menitisi menitis pd, menitiki;
menitiskan menyebabkan (menjatuhkan) bertitis-titis, menitikkan:
apabila lada dan bawang sudah masak baru dititiskan cuka
sekadarnya;
titisan 1. sesuatu yg menitis: direnunginya ~ air hujan
bersambung-sambung turun drpd bumbung biliknya; 2. = ~ darah
keturunan; ~ pena karangan, ciptaan (sastera).
titis II Jw; menitis berpindah ke tubuh manusia (binatang dll), menjelma
(bkn jiwa);
titisan penjelmaan;
penitisan 1. perihal menitis, penjelmaan (perpindahan) jiwa; 2.
ilmu (kepercayaan) mengenai hal menitis.
titisara Jw tanah kampung (hasil yg diperoleh digunakan utk keperluan
kampung).
titit bunyi spt bunyi kod Morse pd radio: perisik-perisik itu mendengardengarkan
bunyi ~ drpd radio yg bererti ada orang yg menerima
atau mengirim berita.
tituler (titulér) IB mempunyai gelaran tetapi tidak menjalankan tugas yg
terkandung dlm gelaran tersebut; jenderal ~ bergelar jenderal
tetapi bukan pegawai dlm tentera.
tiub I 1. benda yg bulat panjang dan berlubang di tengahnya, torak: ~
kaca (getah); 2. sj bekas drpd plastik dll yg digunakan utk mengisi
cecair yg likat dsb: ~ ubat gigi; 3. bahagian dlm tayar basikal dll;
~ Fallopio (Bio) satu drpd sepasang tiub yg membawa ovum dr
ovari ke dlm rahim mamalia (termasuk manusia); ~ pengering
(Kim) tiub yg diisi dgn bahan pengering spt kalsium klorida, dan
digunakan utk mengeringkan gas atau wap; ~ sinar katod (Fiz) sj
peranti yg digunakan utk memaparkan data atau maklumat yg
terhasil drpd pesongan elektron dlm tiub vakum; ~ vakum (Fiz) sj
tiub yg divakumkan dan mengandungi beberapa elektrod utk
mengawal pengaliran elektron;
bertiub mempunyai tiub.
tiub II sistem kereta api bawah tanah, terutamanya di London.
tiung 1. = ~ mas = ~ bukit sj burung, Gracular religiosa; 2. = ~ belacan
sj burung, burung gua, burung kuborriba, burung siput, gagak
gunung, Myophoneus caeruleus; 3. = ~ gajah = ~ batu sj burung,
Eurystomus orientalis.
tiup 1. hembus, hembusan (angin, udara); 2. bp sembur (jampi-jampi);
tiup-tiup sj alat bunyian yg dibunyikan dgn meniup, sj wisel;
bertiup 1. bergerak (angin), berhembus, mengalir: angin laut ~
dgn kencangnya; 2. ki merebak (khabar angin), tersebar (berita):
dgn segera berita yg ~ kencang itu disampaikannya kpd ketuanya;
3. Mn berkerumun; ~ orang melihat berkerumun orang melihat;
meniup 1. mengeluarkan nafas (udara), menghembus: langsir
merah di tingkap itu bergerak-gerak ditiup angin drpd luar; dia
memarakkan api dgn ~nya; ~ belon menggembungkan belon
dengan nafas dll; 2. membunyikan (alat bunyian dll) dgn
menghembus udara menerusinya: tangan kiri memukul gendang,
tangan kanan meningkah, mulutnya ~ serunai; pengadil
permainan bola memberhentikan permainan dgn ~ wiselnya
panjang-panjang; 3. = meniupi bp menyembur (bomoh yg
memanterai): bomoh itu ~ku keras-keras sehingga air ludahnya
menjiprat mukaku; 4. = meniup-niup ki membangkitkan,
menggalakkan, mengobarkan (semangat, permusuhan, dll): beliau
telah berusaha ~ semangat baru kpd pelajar-pelajar Melayu;
meniupkan 1. menghembuskan: angin ~ debunga itu drpd stamen
berpindah ke stigma; 2. menyemburkan (mantera), mengenakan
jampi-jampi: dibaca-bacanya dan ditiupkannya tiga kali; 3. ki
membangkitkan (mengobarkan) semangat, menggalakkan
(perselisihan, pertengkaran, dll): karangannya ~ semangat
berkhidmat dgn tidak mementingkan diri sendiri;
tiupan 1. perihal bertiup, hembusan: ~ angin pagi itu telah
beransur kencang; 2. hasil meniup, bunyi (trompet dll) kerana
ditiup: malam itu riuh-rendah dgn ~ trompet dan petikan gitar; 3.
yg ditiup: alat ~ ;
peniupan perbuatan meniup: ~ emosi yg kuat boleh menyebabkan
orang ramai terpengaruh dgn seruan itu;
peniup 1. alat yg menerusinya ditiupkan udara; 2. orang yg
meniup (alat bunyian): ia bekerja sbg ~ trompet di sebuah kelab
malam; ~ kaca orang yg berkemahiran meniup kaca separa lebur
utk menghasilkan bentuk-bentuk tertentu, spt botol dsb.
tiup-tiup sj tumbuhan (pokok yg kayunya dibuat papan dll), Adinandra
clumosa.
tiwikrama Jw = bertiwikrama 1. berusaha sedaya upaya agar tercapai
maksud (cita-cita); 2. bertukar (menjelma) jadi raksasa dll (dlm
cerita wayang): rakyat jelata lantas bergerak, bumi dan angkasa
Perancis gementar dan pecah seakan-akan Krishna bertiwikrama.
Tj. kep Tanjung.
Tkt. kep Tingkat.
TKO kep technical knockout (iaitu keputusan memberhentikan
perlawanan tinju oleh pengadil apabila salah seorang peserta tidak
lagi berdaya utk meneruskan perlawanan, dan mengisytiharkan
kemenangan kpd lawannya): beliau yg tewas melalui ~ dlm
pusingan ke-11 kelmarin tetap ghairah utk menghadapi
perlawanan ulangan.
Tl simbol kimia bagi talium.
Tm simbol kimia bagi tulium.
Tmn. kep Taman.
Tn. kep Tuan.
TNB kep Tenaga Nasional Berhad.
TNI kep Tentera Nasional Indonesia.
TNT kep trinitrotoluena.
toaha C kain kecil yg dililit di lengan baju (sbg tanda bersedih dll).
tobak ark; bertobak berpepat atau berkerat kuku (yg pertama sekali);
menobak memepat (mengerat) kuku.
tobat bp taubat.
tobji sl orang yg menembak meriam, penembak meriam.
toblos Jk; menoblos mencucuk (menusuk) sehingga tembus; tobros.
toboh Mn kelompok, regu, rombongan, (se)kawan;
bertoboh-toboh beregu-regu, berkelompok-kelompok, berkawankawan:
bermain dgn ~ atau berkumpul-kumpul.
tobralko IB, bp sj cita.
tobros Jk tembus, terobos;
menobros melantas terus, menembus, menerobos (barisan dll): ~
lapisan orang yg berdesak-desak di depan pintu;
penobrosan perihal menobros, penerobosan; terobos, toblos.
tocang C 1. kepang rambut (anak perempuan dll), dandan; 2. Kd, Pn ekor
kuda (fesyen rambut);
bertocang 1. mengepang rambut, mendandan: seorang gadis Cina
yg ~ panjang; 2. mengikat tocang (ekor kuda).
toclait bp = lampu ~ lampu suluh yg menggunakan bateri, lampu picit.
todak sj ikan laut (bermuncung panjang lagi tajam spt mata tombak),
Tylosurus spp.; yu ~ sj ikan yu, yu gergaji, Pristiophorus spp.
todang Jh, Mn; bertodang berhambus, nyah.
todi sj minuman yg memabukkan (dibuat drpd nira nyiur yg
dimasamkan);
kaki ~ orang yg kuat minum todi; mabuk ~ mabuk kerana minum
todi.
todong Jk; menodong mengarahkan senjata kpd (utk mengancam):
perempuan itu ditodong dgn pistol oleh laki-laki yg masuk tadi;
menodongkan mengarahkan (senjata spt pistol dll) kpd,
mengacukan kpd: ia ~ pistolnya kpd saya.
Toechew suku kaum Cina yg berasal dr selatan Shantou, tenggara China,
dan tinggal di merata tempat di dunia.
TOEFL kep Test of English as Foreign Language (Ujian Bahasa
Inggeris sbg Bahasa Asing).
tofi sj gula-gula keras dan lekit, biasanya berwarna perang yg dibuat drpd
campuran gula, mentega dsb yg dimasak.
toga sj baju labuh yg lebar lengannya (sbg pakaian rasmi mahaguru,
hakim, dll).
togak Kl sj gergaji (tangan) yg pendek.
togal sj pasak (baji) utk menetapkan ikatan (tali dll).
togan ark; menogan melontarkan (guli, gundu, dll) menuju ke
sasarannya.
togel (togél) tidak berekor: ayam ~;
menogelkan memotong ekor; dogel.
togog  togok II.
togok I 1. batang kayu yg sudah dibuang dahan-dahannya; 2. tubuh yg
tidak bertangan dan tidak berkaki;
bertogok duduk dgn diam.
togok II sj lampu (drpd botol dll); ~ damar kaki pelita.
togok III sj ikan laut, sebelah, Psettodes erumei.
toh I Jk titik atau cacat pd kulit (hitam atau kemerah-merahan warnanya).
toh II IB, bp kata utk menguatkan maksud (kadang-kadang sama ertinya
dgn namun): lihatlah mereka ~ tidak bisa terbang.
Toh III; ~ Puan gelaran atau panggilan kpd isteri seorang yg bergelar
Tun.
tohmah = tohmahan tuduhan yg berdasarkan syak wasangka, tuduhan
yg melulu: dia tidak terlepas drpd ~ mereka;
mentohmah membuat tuduhan yg melulu: Siti Haida
menceritakan bahawa dlm masa menjanda dirinya pernah
ditohmah dan difitnah.
tohok I 1. sj tombak (tempuling) yg dibubuh tali; 2. tusukan tombak yg
miring dan arah ke bawah;
~ tunggang ke baruh (bawah) prb, Mn mudah mencelakakan orang
yg di bawah perintahnya; ~ raja tiada dapat dielakkan prb
kehendak orang besar tidak dapat ditolak;
menohok menusuk miring (dgn tombak dll) arah ke bawah;
~ kawan seiring prb mencelakakan kawan sendiri; ~ sepeninggal
ciling prb sudah selesai pekerjaan baru teringat bagaimana yg baik
mengerjakannya;
menohokkan melemparkan (menusukkan) tombak dll arah ke
bawah; ~ lembing ke semak prb (pekerjaan yg) sia-sia.
tohok II; bintang ~ bintang pari (gugusan bintang yg merupakan salib di
sebelah selatan).
tohok III; ~ dengkak = ~ langi sj ikan laut, Scombero moridae; pari ~ sj
ikan laut.
tohok IV Kl; menohok membuang: ikan buruk jangan ditohok.
tohor 1. tidak dalam, cangkat, tohor, dangkal: sungai yg ~; 2. Mn tidak
berair kerana ditimba dll, hampir kering; 3. Mn habis (wang dll);
kapur ~ kapur hidup; ~-~ sealahan prb tiap-tiap kerja itu
hendaklah diselesaikan satu-satu (selesai satu barulah dibuat yg
lain);
bertohor Mn berkering; tidak ~ kaki (kain) sentiasa sibuk bekerja;
~ air liur sudah banyak memberi nasihat tetapi tidak juga
berkesan;
menohorkan 1. Mn mengeringkan; 2. membawa ke tempat yg
tohor (cangkat, cetek);
ketohoran 1. perihal tohor, kekeringan; 2. ki kehabisan (wang dll).
toi Kd main galah panjang.
tojah Kd; menojah menjolok, menikam;
tertojah terjolok, tertikam; ~ duri terkena duri.
tojang ark tunjang.
tojeng (tojéng) Pr kurus tinggi: budak itu tinggi dan ~.
tojin C sj penganan yg dibuat drpd kacang.
tojoh  tojah.
tojok; bola ~ sj permainan memukul bola-bola dgn kayu (di atas meja),
biliard;
menojok 1. menyodok; 2. meninju, menonjok.
tok; tok-tok 1. bunyi spt bunyi pukulan dua keping buluh (Cina penjual
mi dll); mi ~ mi yg dijaja dgn membunyikan tok-tok; 2. tong-tong.
tokak I sj penyakit kulit, borok;
bagai ~ lekat di kening prb malu yg tidak dapat disembunyikan;
bagai rupa ~ dibasuh prb sangat buruk rupa;
bertokak menghidap tokak.
tokak II; menokak menggigit (bkn anjing, harimau, dll).
tokak III 1. sj ikan laut, Bodianus diana; 2. sj ikan laut, Choerodon
schoenleini.
tokak IV; ~ -takik bertakik-takik;  takik.
tokca, tokcai Kl sami (Siam).
tokcan; main ~ sj permainan kanak-kanak.
tokeh (tokéh)  bp  saudagar,  tauke:  nak lawan ~ bp a) hendak melawan
(bersaing atau bertanding dgn ketua atau seseorang yg lebih pandai
(cekap dsb); b) hendak menunjukkan kepandaian (kemahiran dsb).
tokek (tokék)  I Id sj binatang spt cicak (besarnya spt mengkarung) yg
kulitnya kasap.
tokek (tokék) II  takik, takuk.
tokek (tokék) III sj kudis di kepala.
token kepingan logam atau plastik berbentuk duit syiling yg digunakan
sbg bayaran utk menjalankan mesin tertentu: sampai di sana, dia
menuruni tangga, memasukkan ~ dan berdiri menanti kereta api.
toko kedai tempat dijual barang dagangan; ~ buku kedai buku;
bertoko berjual barang-barang di toko.
tokografi (Ubat) rakaman berbentuk graf tentang kekuatan dan
kekerapan kontraksi rahim ibu sebelum melahirkan anak.
tokoh I 1. rupa atau keadaan yg tampak pd zahirnya, bentuk dan sifatnya,
macam atau jenis: menara masjid yg ~nya spt payung akan
terbuka; 2. = ~ badan bentuk atau keadaan badan, susuk tubuh,
perawakan: ~ badannya spt orang Arab; macam ~ awak ini sudah
patut berpangkat sarjan; 3. gaya, lagak: ~ pula orangnya; 4. ki
orang yg kenamaan (dlm apa-apa bidang spt bidang politik,
kebudayaan, agama, dll), orang yg terkemuka, penganjur: dgn
kekuatan peribadinya ia menjadi ~ yg berkuasa dan dihormati
oleh kawan dan lawan;
bertokoh 1. berbentuk, berupa, berwujud: tidak ada seorang pun
antara mereka yg ~ politik; 2. Kd, Pl (kelihatan) bergaya, hebat,
tampan: ah, ~ sungguh orang itu dgn pakaian rasminya;
bertokohkan mempunyai seseorang sbg tokoh: kebanyakan novel
Pram sebelumnya yg tidak ~ remaja;
menokoh ark menjadi bertokoh: ~ benar mereka dgn pakaian itu;
menokohi ark menjadi tokoh pd (cerita, filem): watak Minah yg ~
cerita itu merupakan simbol wanita Melayu;
menokohkan menjadikan tokoh: ~ Ibrahim sbg lambang iman yg
menang dlm menghadapi iblis;
ketokohan perihal tokoh: Tuan Hess mempelajari roman dan
perawakan serta ~ si Misai.
tokoh II kecoh, tipu; kena ~ kena kecoh (tipu), tertipu;
menokoh mempermainkan, memperolok-olokkan, mengecoh,
menipu: si pandai ~ si bingung;
penokoh orang yg suka mempermain-mainkan (memperolokolokkan),
pengecoh, penipu.
tokok I tambahan sedikit (sewaktu menimbang, mengukur, dll);
bertokok mendapat imbuh, ada ekstra, bertambah: ia menghidap
penyakit demam malaria dan ~ pula dgn sakit perut; ~ pula
bertambah pula, tambahan pula;
menokok memberi tokok, menambah, mengimbuh: ia ada wang
utk ~ kekurangan itu; ~ pengetahuan menambah pengetahuan;
tokokan sesuatu yg ditokok, tambahan, imbuhan;
penokokan perihal menokok, penambahan, pengimbuhan;
penokok orang yg menokok, penambah, pengimbuh.
tokok II = penokok alat menukul paku dll, martil, penukul, tukul;
menokok memalu, memukul, mengetuk, menukul; ~ gamelan
memalu gamelan; ~ kawat Id berkirim telegram;
tokok-menokok 1. ketuk-mengetuk, pukul-memukul; 2. ki saling
mencela (salah-menyalahkan dsb).
tokok tambah tambahan (yg sedikit-sedikit);
bertokok tambah bertambah-tambah;
menokok tambah menambah-nambah;
penokoktambahan perihal atau perbuatan menokok tambah:
disebabkan kekurangan yg berlaku, maka terjadilah aktiviti ~.
tokol Kl ketul atau buku besar; tongkol.
tokong I 1. tidak ada ekornya (ayam dll); 2. terkerat rambutnya (orang
perempuan sbg satu hukuman); 3. memakai rambut pendek (orang
perempuan).
tokong II pulau kecil yg terdiri drpd batu karang (tidak ada tumbuhtumbuhan);
~ pulau gugusan pulau-pulau kecil.
tokong III Mn jendul, tonjol.
tokong IV 1. bp topekong; 2. rumah topekong.
tokpekong (tokpékong)  topekong.
toksemia (toksémia) (Ubat) keracunan darah, terutamanya yg disebabkan
oleh toksin bakteria.
toksik beracun: bahan-bahan ~, asap dan bahan buangan kimia yg
menyebabkan pencemaran alam;
ketoksikan keadaan atau tahap (darjah) beracun: logam strontium
dan lantanum mempunyai kelarutan dan ~ yg rendah; komponen
virus dlm vaksin influenza mempunyai ~ yg menyebabkan rasa
sakit di tapak suntikan dan demam.
toksikologi sains perubatan yg mengkaji tabii dan tindakan racun.
toksin (Ubat) bahan beracun yg dihasilkan oleh bakteria dlm organisma
hidup atau mati yg boleh menyebabkan penyakit tertentu.
toksoplasmosis (Ubat) sj penyakit yg disebabkan oleh jangkitan parasit
Toxoplasma gondii yg boleh mengakibatkan seseorang itu
mengalami jaundis, dan pembesaran hati dan limpa dan badannya
menggigil-gigil dan terkejang-kejang.
toktok batang kayu yg diberi berongga (diletakkan di surau dll) dan
diketuk utk memanggil orang sembahyang dll.
tol bayaran yg dikenakan kerana menggunakan jalan raya, jambatan, dsb.
tolak 1. dorong, sorong; kereta (gerabak, pedati) ~ kereta dll sorong;
wang ~ wang suap (sogok); 2. kurang, potong; kira-kira ~ kira-kira
bkn mengurangi angka; tanda ~ tanda utk mengurangkan (-);
~ ansur = ~ raih saling menuruti (memberi); ~ bahara (bara)
pemberat sbg pengimbang dlm perahu; ~ bala penangkal bahaya
(bencana, penyakit, dll) dgn doa, kenduri utk menjauhkan bencana
dll; ~ balik a) pulang pergi; b) menghantar kembali (barang-barang
dll); ~ senjata sl wang atau pemberian-pemberian yg lain yg
diberikan oleh penduduk kpd musuh supaya jangan dilanggar
(diganggu dll); ~ sumpah Mn sj hiasan kalung (dokoh); ~ tepi
ditinggalkan dan tidak dipedulikan, tidak masuk kira;
bertolak 1. berangkat, belayar: kami ~ dgn perahu besar esok
paginya; 2. pergi, beralih dr, pergi meninggalkan, berangkat: dia ~
petang ini dr Lapangan Terbang Subang; 3. bermula (dgn sesuatu
sbg asas), berpunca, berpangkal: sistem sosialis ~ drpd pendapat
bahawa nasib rakyat hanya boleh dibaiki kalau kerajaan campur
tangan dlm ekonomi; definisi pula perlu ~ drpd dua sudut
pandangan;
~ ansur saling menuruti (memberi), berkompromi; ~ belakang
(dgn) berpisah dan saling membelakangi (spt seorang ke utara
seorang lagi ke selatan); ~ pinggang Jk bercekak pinggang; ~
punggung berangkat, pergi;
bertolak-tolak Mn saling membebankan orang lain (kesalahan,
pekerjaan, dll), saling melepaskan tanggungjawab;
bertolak-tolakan saling menolak antara satu sama lain: orang
ramai berasak-asakan dan ~ utk membeli tiket perlawanan akhir
bola sepak pd malam itu;
menolak 1. mendorong, menyorong: mereka datang beramairamai
~ motokar saya hingga selamat; 2. mencegah (bahaya dll),
mengelakkan atau menangkis (serangan dll), menangkal (penyakit
dll): ~ serangan musuh; ~ bencana bah; 3. tidak mahu menerima
(meluluskan, mengabulkan, membenarkan), tidak membenarkan
(pendapat), menampik: pinangannya ditolak orang; rezeki jangan
ditolak; pendirianmu itu saya tolak keras; mazhab purisme bahasa
memperlihatkan kecenderungan ~ unsur asing; 4. = menolakkan
menghalau, mengusir: isterinya ditolak dr rumahnya; 5.
mengurangi, membuang, memotong: ia hanya menerima beberapa
ratus ringgit sahaja drpd gajinya apabila ditolak cukai
pendapatan dan hutang-hutangnya; harga ini boleh ditolak sedikit
boleh dikurangi sedikit; ~ bala menjauhkan bala dgn berdoa dll; ~
tuah melepaskan peluang yg baik;
tolak-menolak bertolak-tolakan;
menolakkan 1. mendorongkan, menyorongkan: maka dibawanya
Sang Naya ke atas kota tinggi lalu ditolakkannya keluar; 2.
membebankan pekerjaan (tanggungjawab): jangan ditolakkan
kesilapan itu kpd orang lain, awak sendiri yg bertanggungjawab;
3. mengurangkan, membuangkan, memotong;
tertolak dapat atau berupaya menolak: dia tidak ~ seorang diri
keretanya yg rosak di tepi jalan;
tolakan 1. desakan ke depan, dorongan, sorongan; 2. sesuatu yg
sudah ditolak, tampikan; 3. potongan, surutan (harga dll);
penolakan perihal (perbuatan dsb) menolak(kan), penampikan,
penangkalan, penangkisan, pencegahan, pengurangan: ~
pemakaian tenaga atom dlm peperangan;
penolak sesuatu yg menolak, alat utk menolak, penangkal,
penangkis, pencegah.
tolap ark; bertolap bersulam, bertekat.
toleh (toléh); ~ tenggala waktu antara pukul 8-11 pagi;
menoleh berpaling atau berpusing muka ke kiri (ke kanan atau ke
belakang) utk melihat, menengok ke sisi atau ke belakang: dia
berjalan terus dgn tidak ~ ke kiri ke kanan pun;
menolehkan; ~ muka memalingkan (muka);
tertoleh-toleh menoleh berulang kali: dia kelihatan asyik ~ ke
kanan dan ke kiri menyoroti orang-orang yg hilir mudik;
pertolehan; ~ hari sl masa pagi (lebih kurang pukul 9) atau petang
(lebih kurang pukul 3 petang).
tolek (tolék) sakit telinga;  torek.
toleran sedia menghormati atau menerima pendapat (pendirian dsb)
orang lain yg berbeza drpd pendirian (pendapat dsb) sendiri: orang
Melayu sangat ~ .
toleransi sifat (sikap) toleran: ada ~ antara berbagai-bagai keturunan
penduduk Malaysia;
bertoleransi mempunyai atau menunjukkan toleransi: Islam telah
menyediakan garis panduan yg jelas utk membina suatu
masyarakat yg bersatu padu, ~ dan maju; kerajaan tidak akan ~
lagi jika masih ada pihak yg cuba mewujudkan kawasan setinggan
baru.
tolo ark  tulu.
tolok I bandingan, imbangan (yg sama), tara: tidak ada ~ bandingnya;
alat ~ sj alat utk mengukur kuasa atau kuantiti hujan (arus, angin,
dll); ~ hujan alat yg digunakan utk mengukur banyaknya air hujan;
~ Sulaiman sl sj azimat; ~ tekanan alat utk menguji atau mengukur
tekanan sesuatu, mis stim;
setolok sama tingkatnya (kedudukannya dll), sebanding, seimbang,
setara; tiada ~ (dgn) tidak sebanding (dgn), tidak seimbang (setara)
dgn; kunci ~ anak kunci yg sesuai dgn berbagai-bagai kunci
(mangga);
bertolok berbanding, berimbang; tidak ~ tidak ada yg
menyamainya, tiada samanya, tiada dua;
menolok menyamakan (ukuran, timbangan) dgn ukuran
(timbangan) yg sebenarnya;
penolok 1. imbangan, yg sama; 2. ukuran yg dipakai sbg piawai.
tolok II IB, bp jurubahasa.
tolok III sj tumbuhan (pokok kecil yg buahnya boleh dimakan), gayam
(Sunda), Indocarpus edulis.
tolol bp bodoh sangat, bebal; si ~ orang yg sangat bodoh;
ketololan kebodohan, kebebalan.
tolong = minta ~ minta bantuan (sokongan);
tolong-bertolong, bertolong-tolongan, tolong-menolong bantumembantu,
saling membantu;
menolong, menolongi 1. membantu (dgn tenaga, wang, fikiran,
dll): sedangkan ke sawah menolongi aku yg hina ini kau tak berasa
gentar dan malu; aku tidak mempunyai wang utk ~mu; sewaktu
memunggah barangnya ke dlm lori Wak Seman ditolongi
tetangganya; 2. melepaskan diri drpd bahaya dll, menyelamatkan:
dialah yg ~ aku drpd mati lemas; 3. dapat meringankan
penderitaan dll, dapat menyembuhkan drpd penyakit dll, dapat
menyelamatkan drpd bahaya dll: bantuan doktor yg diminta tidak
dapat ~nya; ~ wang (fikiran, tenaga) menolong dgn wang (fikiran,
tenaga); menolongi nyawa melepaskan diri drpd bahaya maut;
tertolong (sudah) ditolong, diselamatkan;
tolongan ark = pertolongan;
ketolongan beroleh pertolongan hingga selamat: agar ibunya ~ ;
pertolongan perihal (perbuatan dsb) menolong, sesuatu (yg
digunakan) utk menolong, bantuan, sokongan: dgn rahmat dan ~
Allah; ~ cemas pertolongan yg mula-mula dilakukan bagi merawat
seseorang yg mendapat kecederaan (akibat kemalangan dsb);
penolong 1. orang yg menolong (membantu), pembantu: guru ~ ;
~ pengarah; 2. alat dll utk menolong.
tolor ark tolol.
toluena (toluéna)  (Kim)  sj  sebatian  organik  yg  mudah  terbakar,  tidak
berwarna, dan digunakan sbg pelarut dan bahan utk membuat
sebatian kimia lain.
tom I = tali ~ tali kekang.
tom II Jw sj tumbuhan, tarum.
toman 1. sj ikan darat, Ophicephalus micropeltes; 2. sj aruan, haruan,
ruan, Ophicephalus striatus; 3. = ~ barung = ~ bunga sj ikan darat,
Ophicephalus micropeltes; 4. = ~ ekor kuang sj ikan darat,
Ophilcephalus melanoptera; spt ~ makan anak prb orang yg
berbuat sumbang.
tomat Id tomato.
tomato sj tumbuhan (herba yg buahnya boleh dimakan), ranti merah,
terung bali, Lycopersicum esculentum (Solanum lycopersicum); air
~ perahan tomato; sos ~ sos drpd buah tomato dll.
tombak I sj senjata spt lembing yg bermata dan bergagang panjang;
jenis-jenisnya: ~ benderang (menderang), ~ rambu, ~ sagang, ~
serampang, dll;
bertombak menggunakan atau membawa tombak sbg senjata,
bersenjatakan tombak: Panglima segera memekik agar pasukan yg
~ menuju ke hadapan menghalang musuh;
bertombak-tombakan saling bertikam dgn tombak: maka Tun
Tuah pun menyembah raja lalu mengambil tombak, berjalan turun
berhadapan dgn Pateh Karma Wijaya ~ , terlalu ramainya;
menombak, menombaki sl merodok dgn tombak: maka mereka
pun datang lalu ~ Hang Jebat; mereka duduk di balai larangan
ditombaki orang.
tombak II ukuran panjang yg bersamaan dgn 12 kaki atau 3.6 meter,
cengkal.
tombak III sj tumbuhan (herba), akar sembuh, Blumea chinensis.
tomboi bp anak perempuan yg berkelakuan kelaki-lakian (mis, suka
memakai pakaian lelaki, lasak, dsb).
tombok Jk 1. terpaksa menambah wang (kerana kekurangan dll); 2. wang
yg ditambahkan (kerana kekurangan dll); 3. wang upah kpd penari
perempuan (tandak) ketika mengebeng.
tombol I 1. benjol, bincul, tonjol (pd kulit orang, binatang, kayu), tonjol
pd gong dll: di sisi tulang belikat ada suatu ~ ; 2. pemutar atau
pembuka (pd mesin, pintu, dll); ~ pintu pemutar atau pemegang
utk membuka pintu.
tombol II; (ikan) ~ mas sj ikan laut, Germo sibi.
tombola sj permainan loteri (spt melepaskan gelang rotan dll).
tombong I sombong; bagai ayam ditombong kokok berderai-derai ekor
bergelumang tahi prb perihal orang yg bercakap besar dan
terdengar ke mana-mana tetapi kaumnya sendiri dlm kehinaan dan
kemelaratan.
tombong II tomong.
tomigan sj mesingan kecil yg mudah alih dan ringan.
tomografi sj radiografi atau teknik yg digunakan utk menghasilkan
gambar foto X-ray keratan satah tertentu tubuh manusia atau objek
lain.
tomoi sj tinju di kalangan masyarakat Siam yg peninjunya boleh
menggunakan kaki utk menendang lawan.
tomong sj meriam kecil.
tompel (tompél) Jk bekas luka atau hitam di muka dll.
tompok 1. kumpulan yg tidak begitu besar, kelompok kecil; 2.
longgokan yg kecil, timbunan: se~ rambutan; 3. bintik besar yg
bulat (pd binatang dll): atap zinknya sudah merah berkarat, hanya
ada sedikit sahaja ~-~ putihnya;
bertompok-tompok 1. berkelompok-kelompok: anak-anak muda
~ duduk di atas pasir; 2. bersusun-susun, bertimbun-timbun: buku
yg ~; 3. tidak rata (warna dll), setempat-setempat, berbintik-bintik
besar: anak kambing yg berwarna coklat ~ putih; 4. ki bertimbuntimbun,
banyak sekali;
menompokkan 1. meletakkan bersusun-susun, melonggokkan; 2.
mengumpulkan banyak-banyak, menimbun-nimbunkan;
tertompok tersusun bertindih-tindih, terkumpul banyak-banyak;
tompokan longgokan, timbunan;
penompokan perihal (proses, perbuatan, tindakan dsb)
menompokkan.
tomtom ark  tamtam II.
tomyam sup masam pedas drpd aneka campuran daging, udang, sayuran,
dll yg berasal dr Siam.
ton I 1. (Muz) laras bunyi; 2. (Muz) kualiti bunyi; 3. darjah kecerahan
warna.
ton II IB satu ratus ribu Rp.
tonceng (toncéng)  Mn;  menonceng melemparkan barang kecil (yg
dipegang dgn ibu jari dan telunjuk).
tondeh (tondéh) Mn keminting, kemiri.
tonem (toném)  (Lin)  ciri  nada  yg  membezakan  dua  bentuk  atau  kata
seiras dlm bahasa nadaan spt bahasa Cina dan bahasa Thai.
tonetik (tonétik) kajian tentang kelangsingan dan nada dlm pertuturan.
tong I 1. tempat (air, padi, dll) yg dibuat drpd papan kayu bulat torak
bentuknya, tahang; 2. tin atau kaleng yg besar (tempat mengisi
minyak dll); ~ sampah tempat membuang sampah;
~ kosong nyaring bunyinya = ~ kosong berbunyi nyaring prb orang
yg bodoh itu biasanya banyak cakapnya; adakah air yg penuh dlm
~ itu berkocak, melainkan air yg setengah ~ itu juga yg berkocak
prb orang yg tidak berilmu juga yg banyak cakapnya;
bertong-tong beberapa banyak tong: mereka terpaksa menyimpan
~ air di rumah utk menghadapi musim kemarau.
tong II bunyi spt bunyi kelentongan;  tong-tong.
tong III Jk kep entong (panggilan kpd anak lelaki).
tonggak I 1. kayu yg panjang dan dipasang tegak (tiang telegraf dll), pal;
2. tiang rumah (jambatan dll); 3. ukuran jauh yg bersamaan dgn
4901 kaki atau 1500 meter, pal; 4. pangkal batang kayu yg masih
tegak berdiri (tunggul), sisa batang kayu yg sudah ditebang atau yg
ada dlm air dll; 5. ki orang yg tidak suka bercakap, orang yg sangat
pendiam; 6. ki asas, dasar, pokok (pegangan, kepercayaan, dll):
agama Islam sbg ~ masyarakat; tawakal adalah ~ kepercayaan
kita;
~ gantung tiang rumah yg hanya sampai ke lantai (tidak sampai ke
tanah); ~ tua tiang rumah yg mula-mula didirikan; bagai mengatai
~ prb perihal memberi nasihat kpd orang yg hanya diam sahaja.
tonggak II; menonggak menuangkan air dll ke mulut dr cerek (kendi
dll), menuangkan ubat dll ke mulut.
tonggak III Pr dongak.
tonggan Kl dapur yg dibuat dgn mengorek tanah (utk kawah atau periuk
besar).
tonggek (tonggék) 1. tonggeng; 2. tidak lurus punggungnya apabila
berjalan, punggungnya terkeluar ke belakang (apabila berjalan);
tunggang-~ tunggang balik;
menonggek menonggeng;
menonggekkan menonggengkan, menjungkirkan (kepala ke
bawah dan kaki atau ekor ke atas): ia ~ punggungnya ke muka
kipas;
tertonggek jatuh terjungkir.
tonggeng (tonggéng)  I; menonggeng 1. membongkok dgn kepala ke
bawah dan punggung ke atas; 2. tenggelam dgn buritan ke atas
(perahu, dll) atau bahagian depan ke bawah dan bahagian belakang
ke atas; 3. menjunam (kapal terbang dll); 4. tertiarap (gelas dll);
menonggengkan 1. menyebabkan menonggeng, meletakkan
(memegang dll) sesuatu hingga menonggeng; 2. menjunamkan; 3.
ki menjatuhkan atau menggulingkan (pemerintah dll);
tertonggeng (jatuh, terlepas, dll) menonggeng (gelas, periuk, dll);
~ bagai kodok dlm lubang prb perihal orang miskin dlm
kesusahan.
tonggeng (tonggéng) II sl hari ketiga sesudah esok, tubin.
tonggeret (tonggérét) Jk sj jengkerik yg berbunyi pd senja hari.
tonggok I ark longgok, tompok.
tonggok II Mn; bertonggok, tertonggok bertenggek, bertengger: Misah
tertonggok di depannya;
menonggokkan 1. menenggekkan, menenggerkan; 2. meletakkan
di atas sesuatu atau di tempat yg tinggi.
tonggong I ark tenggek.
tonggong II Mn besar lagi tinggi, bagur.
tonggong III Mn benjol, bincul, bonggol, bongkol, jendul, ponok.
tonggos menganjur ke muka (bkn gigi atas), jongang.
tongkah I; papan ~ papan sbg titi utk berjalan di tempat yg berlumpur
dll;
menongkah 1. membubuh papan di tempat yg berlumpur dll utk
titi berjalan, berjalan di papan, meniti; 2. menyongsong arus dll; ~
air menyongsong air; ~ arus menyongsong arus; ~ pasang (surut)
menempuh pasang (surut); 3. melawan, menentang: tidak pernah
ia ~ perintah; ke hulu ~ surut, ke hilir ~ pasang prb selalu rugi
(sial);
tongkahan landasan, titian, tumpuan (berjalan).
tongkah II = ~ kain kain yg dijahitkan pd bahagian atas kain sarung
(batik dsb) utk melabuhkannya;
bertongkah ada dijahit tongkah: kain sarungnya ~ ;
menongkah menambah panjang pd sebelah atas (kain dll) dgn
menjahitkan tongkah, menyambung pd sebelah atas: semua kain
sarungnya perlu ditongkah; ~ seluar menyambung seluar di
sebelah atas.
tongkah III bongkah, blok, ketul: susu menjadi beku dan boleh dipotong
menjadi ~-~ empat persegi.
tongkan sj lantai (di buritan atau di depan perahu) sbg tempat duduk dll.
tongkang sj perahu yg agak besar (utk mengangkut barang-barang); ~
terbalik angka 96 dlm permainan loto;
bertongkang menaiki tongkang.
tongkat I sekerat rotan (kayu dll) yg dipegang ketika berjalan (utk
menyokong dll): apabila berjalan-jalan ia selalu membawa ~
semambunya;
~ ampai sj tongkat yg dipakai utk mencari mata air (sumber
minyak dll), joran ampai; ~ kail batang (baur) kail;
~ membawa rebah prb orang yg diamanahkan membuat sesuatu
dia sendiri merosakkannya; lagi ~ lagi senjata prb perihal seorang
yg mendapat dua macam pertolongan dlm satu pekerjaan; patah ~
bertelekan (berjeremang), habis hulubalang bersiak prb terus
berusaha (tidak pernah putus asa);
bertongkat memakai (membawa, memegang, dll) tongkat: yg
capik datang ~;
~ lidah sumbing dan lebar mulutnya; ~ lutut (duduk,
membongkok) bertelekan, berteleku pd lutut; ~ tangan (ruas)
berteleku;
~ jarum prb sesuatu yg mustahil diperoleh (ejekan); ~ senduk
(tempurung) Mn, prb sudah tua sekali (orang); ~ tebu Mn, prb
berjalan bersama-sama isteri atau kekasih; patah sayap ~ paruh
prb tidak putus asa mengerjakan sesuatu dgn sehabis-habis usaha;
bertongkatkan menggunakan sesuatu sbg tongkat: Tuk Penghulu
berdiri dgn ~ sebatang kayu panjang sedepa; tidak beberapa lama
kemudian tampillah seorang lelaki tua yg ~ sebatang lembing;
menongkat 1. menopang, menunjang: ~ dagu menopang dagu; 2.
ki menganjung-anjung, mempertinggi; ~ langit a) ki hidup di dunia
seolah-olah sampai bila-bila atau selama-lamanya: masakan dia
hendak ~ langit; b) berada dlm kedudukan yg tegak berdiri dan
tinggi seolah-olah menopang langit: pohon-pohon nyiur yg ~ langit
kian kabur pd pandangan; menara berkembar Petronas yg
terpacak ~ langit;
menongkatkan menurunkan tongkat sesuatu: ~ basikal.
tongkat II; ~ ali sj tumbuhan (pokok), Grewia umbellata; ~ baginda sj
tumbuhan (pokok renek), Eurycoma longifolia.
tongkeng (tongkéng)  I punggung sebelah bawah; tulang ~ tulang
punggung di sebelah bawah.
tongkeng (tongkéng)  II; bunga ~ sj tumbuhan (pokok memanjat dan
berteras), melati tongkeng, Telosma cordata.
tongkok; penongkok Kd emas dll yg disalut pd hulu keris.
tongkol I 1. sepotong kayu yg agak besar, buku (butir) yg besar, gumpal,
bongkah, ketul; 2. = ~ jagung tempat butir-butir jagung tumbuh
atau melekat (pd buah); 3. penjodoh bilangan utk buah jagung:
lima ~ jagung; 4. Kl unting benang.
tongkol II = ikan ~ 1. sj ikan laut, Gumo sibi; 2. sj ikan laut, Euthynnus
alleteratus.
tongkong ark sepotong kayu, tongkol.
tongkrong Jk; menongkrong duduk atau berjongkok, duduk-duduk
sahaja dan tidak bekerja.
tongo bp dungu;  tongong.
tongol Jk; menongol menjengukkan kepala, muncul menampakkan diri.
tongong bp bodoh, bingung, dungu, pandir, tolol; tongo.
tongsan C; ikan ~ ikan negeri China; pulang ~ balik ke negerinya
(China).
tongset (tongsét) C ark sj sanggul (kundai): maka dibalas demikian juga
terkena pacak ~ tuan puteri lalu jatuh.
tongtong sepotong kayu yg diberi berongga yg diketuk utk memanggil
orang berkumpul, kentungan, kelentongan, toktok.
tonik sj ubat utk menyegarkan dan menguatkan badan.
tonil IB sandiwara;
menonilkan melakonkan, menyandiwarakan.
tonjeng (tonjéng) 1. tinggi, lampai (orang); 2. Jh tinggi (siput rambut di
tengah kepala).
tonjok Jk tinju, tumbuk;
menonjok meninju, menumbuk.
tonjol bengkak (pd kulit, dahi, dll), benjol, jendul;
bertonjol, bertonjol-tonjol berbenjol-benjol, berjendul(-jendul):
jerawat bertonjol-tonjol di mukanya;
menonjol 1. merupakan tonjol, berbenjol, berjendul: kelihatan
jelas tulang-tulang ~ keluar; 2. menganjur (menjorok) keluar,
menjenguk keluar, menjengul, menyembul: tiba-tiba kepalanya ~
keluar dr tingkap; ia ~ keluar tingkap melihat-lihat kalau-kalau
ada orang datang; 3. kelihatan jelas mencolok mata, sangat nyata:
yg segera ~ ialah sifat sensasi pengarang; nasihatnya tidak begitu
~ spt pengarang-pengarang Melayu; kesalahan-kesalahan yg ~;
menonjolkan 1. menjorokkan, menyorongkan (ke muka):
kutonjolkan empu jariku ke atas utk mengatakan semuanya
berjalan baik; keretanya itu ditonjolkan ke depan hingga terkena
dinding rumahnya; 2. mengeluarkan supaya dilihat (nampak),
menampakkan (diri dll), menyembulkan, muncul: ~ kepala melalui
tingkap; 3. mengemukakan (supaya diketahui dll), menjadikan
jelas kelihatan, memperlihat-lihatkan, menyodorkan: ia seorang yg
suka menonjol-nonjolkan dirinya; kulit buku DBP juga hendaklah
melambangkan identiti DBP dan sekali gus ~ siri, jenis, peringkat
dan kategori buku;
tertonjol teranjur, tersembul: perutnya kelihatan ~;
tonjolan sesuatu yg menonjol (ditonjolkan);
penonjolan perihal menonjolkan: ~nya dlm filem itu sungguh
berkesan.
tonometer (tonométer) alat utk mengukur tekanan, terutamanya tekanan
dlm biji mata.
tonsil struktur yg terdiri drpd gumpalan tisu yg terletak di bahagian tekak
berdekatan pangkal lidah: radang ~.
tonsilektomi (tonsiléktomi) pembuangan tonsil secara pembedahan.
tonsilitis (Ubat) radang pd tonsil.
tonto orang tengah yg bertindak sbg pemberi maklumat dsb utk
menggagalkan tugas penguatkuasaan undang-undang dsb oleh
pihak berkuasa: penjual terbabit tidak mempamerkan VCD haram
kerana mungkin sudah mendapat maklumat drpd ~ yg mengekori
pergerakan pegawai penguat kuasa.
tonton; menonton menengok (pertunjukan, wayang gambar, dll): ~
perlawanan bola; jangan ~ saja jangan melihat saja;
mempertontonkan memperlihatkan (sandiwara dll),
memperagakan, mempertunjukkan, mempamerkan (lukisan dll):
dipertontonkan sebuah drama di televisyen kita; melihat-lihat
barang yg cantik-cantik yg dipertontonkan di kedai;
tontonan pertunjukan (wayang gambar dll), sesuatu yg (patut)
ditonton: filem-filem Melayu yg menjadi ~ kita;
penontonan perbuatan menonton;
penonton 1. orang yg menonton (pertunjukan dll): para ~ bertepuk
tangan; 2. ki orang yg hanya menengok saja (tidak ikut serta):
biarlah kita jadi ~ saja.
tonyah Kl; menonyah memberi atau menghulur dgn kasar (kerana benci
dll).
tonyeh (tonyéh)  Jh;  bertonyeh bercakap-cakap panjang atau meleretleret
(antara lelaki dan perempuan).
tonyer (tonyér) Kl; menonyer mengejek (dgn mengerut-ngerutkan muka
dll).
tonyoh; menonyoh 1. menyentuh dgn hujung jari; 2. menggocoh
(meninju) dgn buku jari; 3. Kl makan dgn biadab sekali; 4. Kd
menggosok dgn kuat (utk mengeluarkan kotoran dsb): ~ daki di
badan; 5. menenyeh;
menonyohkan menonyoh atau menenyeh sesuatu ke: ~ puntung
rokok ke bekas abu;
menonyoh-nonyohkan menghantukkan sesuatu kpd sesuatu
permukaan beberapa kali: Rohaya meronta-ronta lagi apabila Riad
~ mukanya ke cermin itu;
tertonyoh tersentuh, terkena: kadang-kadang mata tenggala ~
perdu jerami.
tonyok; menonyok menonyoh.
top I sj perahu (dr Siam atau Kocin).
top II; main ~ sj permainan judi;
petopan tempat bermain judi.
top III; baju ~ a) baju kebaya; b) Kd jubah (orang lelaki).
top IV bp yg tertinggi atau teratas, kemuncak, puncak.
topah  tufah.
topak sl senapang.
topang I sangga (penyokong) yg bercabang; tiang ~ tiang yg di hadapan;
bertopang 1. memakai topang (sangga), disangga, disokong,
ditunjang: dahan pokok itu harus diberi ~ kalau tidak nanti patah;
(duduk) ~ dagu (duduk) dgn dagunya disangga dgn tangan; 2.
bertumpu (pd), berdasar (pd), bertekan (pd): tangannya ~ pd
kerusi; ~ lutut duduk dgn meletakkan tangan (siku) pd lutut;
bertopangkan menggunakan sesuatu sbg topang;
menopang menyangga (menunjang) dgn kayu dll yg bercabang:
bahagian hadapan rumah itu ditopang dgn dua batang kayu;
tangannya ~ kepalanya; Raja Shahrul Alam ~ dagu seraya
mengurut-urut janggutnya; topang-~ bantu-membantu, sokongmenyokong,
tolong-menolong;
topangan penopang;
penopang sokong, penunjang, penyangga, penyokong.
topang II Mn; bertopang 1. dibantahi, disangkal, ditegah: segala
perintahnya tidak ~ ; 2. berbantah, bertengkar: suka ~ dgn sesiapa
juga;
menopang membantahi, menegah, menentang.
topaz sj batu permata yg biasanya berwarna perang kekuningan.
topdal buku peringatan harian dlm pelayaran (mencatatkan laju kapal,
keadaan angin, dll).
topek (topék) ark; menopek menghiris (daging) tipis-tipis.
topekong (topékong), 1. gambar atau patung yg dipuja-puja (disembahsembah)
di rumah berhala, berhala; 2. rumah berhala.
topeng (topéng) 1. sesuatu yg dipakai utk menutup muka yg berupa
muka orang atau binatang dll (dibuat drpd kertas, kulit, dll), kedok;
2. penutup muka (supaya jangan dikenali dll); 3. = main ~ sj
pertunjukan wayang yg seluruh pelakonnya memakai topeng; 4. ki
perkataan (perbuatan dll) yg muluk-muluk utk mengabui mata
orang: dgn ~ simpati dan cintakan orang Melayu mereka hendak
menjajah; ~ gas alat bantu pernafasan yg dipakai utk melindungi
seseorang drpd tersedut gas beracun;
bertopeng menutup muka dgn topeng, memakai topeng, berkedok;
bertopengkan, mempertopeng ki memakai sesuatu sbg topeng,
memperkedok: dgn ~ tujuan mahu membela ekonomi bangsa,
mereka memeras orang kampung;
menopeng bermain topeng;
menopengi 1. memberi (menjadikan) bertopeng; 2. ki
menyelindungkan (menyembunyikan) maksud sebenar.
topes (topés) ark lereng (tebing dll) yg curam.
topi 1. tutup kepala (model Eropah); 2. Pn, bp songkok;
~ baja (besi) topi yg dibuat drpd besi; ~ cetok Jw sj cepiau; ~
gabus sj topi yg bentuknya lonjong; ~ keledar topi yg dipakai
penunggang dan pembonceng motosikal; ~ pandan (tikar) topi
drpd anyaman pandan; ~ kelepet songkok (yg boleh dilipat-lipat);
bertopi memakai topi: askar yg ~ besi.
topiari seni memangkas dan membentuk pokok renek menjadi bentuk
hiasan, spt bentuk binatang dsb.
topik perkara (yg dibincangkan, dipercakapkan, dipelajari, dll).
topo I Jk kain-kain yg sudah tua, kain buruk.
topo II; peta ~ ;  peta I.
topografi 1. kajian atau huraian yg terperinci tentang keadaan rupa bumi
sesuatu kawasan; 2. pemetaan yg terperinci tentang keadaan rupa
bumi sesuatu kawasan; 3. keadaan rupa bumi sesuatu kawasan; 4.
(Bio) penghuraian sesuatu bahagian tubuh dlm hubungannya dgn
struktur lain di sekitarnya.
topoi Kd gemuk.
topok I Pr tepuk.
topok II Kl tompok.
topong I sj bakul kecil yg kasar buatannya (tempat belacan dll).
topong II ark ketopong.
toponimi kajian yg berkaitan dgn nama tempat.
top-top bp alih-alih, sekonyong-konyong, tiba-tiba; ~ kena roboh tibatiba
kena roboh.
tor I Kd mencabar (berlari-lari dan mengejar dlm permainan).
tor II Kl sj permainan kanak-kanak.
torah; tak ~ Kd tidak selesa kerana fikiran terganggu.
torak I tabung kecil pd alat tenun yg berisi kumparan benang pakan,
teropong; anak ~ kumparan benang pakan yg dipasang pd torak;
batang ~ tangkai torak; bulat ~ bulat spt torak (bulat panjang),
berbentuk silinder;
torak-torak silinder.
torak II; burung ~ sj burung, burung tebang mentua, Rhinoplax vigil.
torak III; kuih ~ = tepung ~ sj penganan yg dibuat drpd tepung beras yg
dikukus (dimakan bersama santan dan air gula).
toraks (Bio) 1. bahagian badan mamalia (tidak termasuk tangan) yg
terletak di antara leher dgn abdomen; 2. bahagian badan serangga
yg terletak di antara kepala dgn abdomen.
toreh (toréh); bertoreh telah digores dgn agak dalam (pd kulit kayu dll):
pokok getah di kampungnya banyak yg tidak ~;
menoreh 1. menggores dgn agak dalam (pd kulit kayu, badan dll):
~ getah; 2. meretas (membelah) supaya terbuka: ~ buah nangka;
torehan 1. luka yg agak dalam (pd kulit pokok), takik (yg agak
dalam); 2. belahan, retasan;
penorehan perihal (proses, perbuatan, usaha dsb) menoreh:
disebabkan tiada pekerja, ~ pokok getah muda di ladang getah itu
masih belum dapat dijalankan;
penoreh 1. alat dll utk menoreh; 2. orang yg menoreh getah.
torek (torék) 1. sj penyakit telinga bernanah yg baunya busuk dan boleh
mengakibatkan tuli; 2. tuli; tolek.
tores (torés) Jk toreh.
torium (Kim) sj unsur logam yg radioaktif, lembut, dan digunakan sbg
bahan api nuklear dsb.
tork kilas (daya motor).
tornado ribut angin yg sangat kuat dgn tiupan anginnya kencang
berpusar-pusar dan menyebabkan kerosakan teruk, biasanya
berlaku di Amerika Syarikat dan Australia.
toro Jk; baju ~ sj baju kurung panjang.
torpedir IB; mentorpedir 1. menembak dgn torpedo, melepaskan
torpedo: sebuah kapal musuh tenggelam kerana ditorpedir oleh
kapal torpedo kita; 2. bp menggagalkan, mengkhianati,
merosakkan (usaha dll): banyak rancangan kemajuan pemerintah
yg ditorpedir oleh anasir-anasir jahat; 3. ark bp menaikkan
pangkat dll dgn sesuka hati saja: drpd seorang pembantu khas dia
ditorpedir menjadi seorang pegawai.
torpedo (torpédo) 1. senjata gerak sendiri berbentuk silinder yg
membawa bahan letupan yg dilancarkan dalam air dr kapal, kapal
terbang, atau kapal selam dan meletup apabila mengenai
sasarannya; 2. = kapal ~ kapal perang kecil yg dilengkapkan dgn
torpedo; 3. Id, bp bahagian tengah roda basikal (hab) yg dapat
memberhentikan basikal;
mentorpedokan menembak dgn torpedo.
torso (Bio) bahagian utama tubuh manusia, tidak termasuk kaki, lengan,
dan kepala.
tort (Udg) salah laku (yg tidak melibatkan pelanggaran kontrak) yg boleh
dikenakan tindakan sivil, spt ganti rugi.
tos bp undian dgn membuang duit syiling dll (utk menentukan kalah
menang dll);
ditos diundi.
tose (tosé) (Tamil)  sj makanan  India yg dibuat drpd beras dan dimakan
bersama kuah dal dsb.
toslet  toclait.
totak Kl; menotak memukul (dgn cepat di kepala).
total 1. bp jumlah; 2. seluruhnya, semuanya; ~ jeneral Id jumlah
semuanya; perang ~ perang habis-habisan (segenap rakyat turut
berperang);
ditotal bp dijumlahkan, dicampurkan (semuanya).
totalisator IB (badan) pengumpulan wang taruhan (dlm perlawanan bola
sepak, lumba kuda, dll).
totalitarian berkaitan dgn sistem pemerintahan yg dikuasai oleh seorang
atau satu parti politik sahaja dan kewujudan parti-parti
pembangkang yg lain tidak dibenarkan.
totalitarianisme fahaman bahawa sistem pemerintahan sepatutnya
membenarkan kewujudan satu parti sahaja.
totaliter (totalitér)  IB  melingkupi  seluruhnya  (semuanya);  negara ~
negara yg menggunakan seluruh sumber negara (manusia dan
benda) utk kebaikan negaranya; perang ~ perang total.
totalitet (totalitét) IB keseluruhan, kesemestaan, keseutuhan.
totet (totét); setotet sedikit sahaja.
toti (Tamil) pelayan rumah sakit yg kerjanya mencuci tandas.
totok I 1. bukan peranakan, sejati: Melayu ~ ; 2. bp masih belum ada
pengalamannya, masih baru, masih mentah: ia masih ~ dlm
pergaulan.
totok II Jh tekun.
totol Jk bintik-bintik;
mentotolkan menitikkan: bulatan pd kaca spt pupur yg ditotolkan.
toya I bp kelihatan bodoh, tidak bergaya dsb: dia dulu ~, tapi kini
bergaya.
toya II, toyah, toyak C sj tongkat panjang digunakan sbg senjata;
menoyakan, menoyahkan, menoyakkan memperlakukan
(mempermainkan) spt toya: dan terbanyak pula Cina bermain
pating, ditoyakannya berbagai-bagai lakunya.
toyoh sj tumbuhan (pokok renek), Gonocaryum longiracemosum.
toyol = hantu ~ sj hantu (orang halus yg suka mengganggu orang).
toyu Kd kicap kacang soya.
tra ark Id, bp tak; ~ usah tak usah.
tradisi sesuatu kebiasaan (adat, kepercayaan, dll) yg kekal turuntemurun,
sesuatu yg sudah menjadi amalan yg sudah sebati dgn
sesuatu masyarakat (golongan, kumpulan, dsb): suatu ~ orang
Islam di Malaysia ketika menyambut Hari Raya ialah saling
menziarahi; saya sangat bimbang apabila melihat masyarakat kita
yg tidak ada ~ membaca;
bertradisi mempunyai tradisi;
mentradisi menjadi tradisi: ada pembaharuan itu yg telah ~;
mentradisikan menjadikan sesuatu (fahaman, pemikiran, dll) sbg
tradisi: Islamlah yg ~ kita;
pentradisian proses mentradisikan sesuatu.
tradisional berkaitan dgn, bersifat, atau mengikut tradisi: dlm
kesusasteraan lama gaya bahasa dan teknik bercorak ~;
masyarakat ~ masyarakat yg mengamalkan cara hidup yg turuntemurun;
ketradisionalan keadaan atau sifat yg tradisional: ~nya itulah yg
dipuji dan dipuja oleh orang asing.
tradisionalis pendukung fahaman (ajaran, dll) yg berdasarkan tradisi:
reaksi golongan ~ yg mempercayai bahawa ahli hukum Islam telah
menyelesaikan masalah sepanjang zaman.
tradisionalisme fahaman (pegangan, anutan, dsb) yg berdasarkan tradisi.
trafik lalu lintas (kereta, kapal terbang, dll); pegawai kawalan ~ udara
pegawai yg mengawal lalu lintas di udara; polis ~ polis yg
mengawal lalu lintas; ~ udara pergerakan lalu lintas pesawat udara
secara teratur dlm sesuatu ruang udara.
tragedi (tragédi) 1. cerita (sandiwara, lakonan) yg mengisahkan peristiwa
dll yg sedih: persatuan drama ini akan mementaskan ~ tersebut; 2.
peristiwa (keadaan dll) yg sedih atau menyedihkan: sajak itu
menceritakan suatu ~ tentang pembunuhan dan penderitaan.
tragik penuh tragedi, menyedihkan: peristiwa ini mengandungi humor
dan ~ sekali gus.
tragikomedi (tragikomédi) drama atau lakonan yg menggabungkan
kedua-dua unsur tragedi dan komedi.
tragis IB sangat sedih, sangat menyedihkan: cerita itu mengisahkan
percintaannya yg ~.
trai perbuatan meletakkan bola melewati garisan gol pihak lawan (dlm
permainan ragbi).
trajektori (trajéktori)  laluan melengkung yg diikuti oleh  sesuatu objek,
mis projektil, yg bergerak di ruang udara atau angkasa.
trak lori berat: kami mengikutnya keluar stesen besar itu dan melihat
beberapa buah ~ tentera menunggu.
trakea (trakéa) (Bio) tiub yg menyalurkan udara masuk ke dalam paruparu
vertebrat, batang tenggorok.
trakeitis (trakéitis) (Ubat) radang pd trakea.
trakeostomi (trakéostomi) kaedah membuat bukaan pd trakea melalui
leher utk membantu pernafasan.
trakoma (Ubat) sj penyakit mata yg berjangkit (menyebabkan kelopak
mata sebelah dalam berbintik-bintik merah).
traktat IB perjanjian antarabangsa (spt perjanjian persahabatan dll).
traktir IB; mentraktir bp membelanja makan atau minum (di kedai),
menjamu (di kedai makan dll): dia bilang dia mahu ~ bir berbotolbotol.
traktor kenderaan bermotor yg mempunyai dua roda belakang yg besar,
yg biasanya digunakan utk menarik beban spt mesin bajak atau
mesin tua: sebuah ~ sedang meratakan tanah.
trampil  terampil.
trampolin alat berupa helaian kanvas yg direntangkan dan diikatkan pd
pemidang dgn menggunakan spring, terutamanya digunakan oleh
ahli gimnastik dan akrobatik utk melakukan lonjakan, balik kuang
dsb.
transaksi IB 1. penyelesaian pembayaran dlm perniagaan (perdagangan);
2. persetujuan jual beli, urusan jual beli (perdagangan), urus niaga:
bahasa Inggeris digunakan utk membuat ~ perdagangan dgn
semua provinsi India.
transduser (Fiz) peranti atau komponen yg dapat menukarkan satu
bentuk tenaga kpd bentuk tenaga yg lain, mis drpd tenaga elektrik
kpd tenaga mekanik.
transeksual (transéksual)  seseorang  (lelaki  atau  perempuan)  yg
berperasaan dan berpenampilan sbg anggota jantina yg satu lagi,
dan kadang-kadang menukar organ jantinanya melalui
pembedahan.
transenden (transénden)  di  luar  segala  kemampuan  (kesanggupan  dsb)
manusia, sangat luar biasa: ia perlu mencipta suatu cara baru bagi
menggambarkan hal-hal yg bersifat ~.
transendental (transéndéntal) bkn  sesuatu  (idea,  fahaman, pengalaman)
yg sukar difahami dgn menggunakan pemikiran logik biasa, ghaib,
abstrak: deduksi ~ menetapkan kesahan drpd konsep umum tentang
objektiviti.
transformasi perubahan bentuk (sifat, rupa, keadaan, dll): satu ~ asas
perlu dibuat utk melaksanakan hukum-hukum al-Quran;
mentransformasikan melakukan (meninggalkan dsb)
transformasi, mengubah bentuk (sifat, rupa, keadaan, dll).
transformer sj alat utk mengubah arus elektrik (spt mengubah voltan
dll), alat ubah, pengubah.
transfusi (Ubat) pemasukan darah ke dlm badan orang yg kekurangan
darah, pemindahan darah.
transisi IB peralihan drpd suatu keadaan (tempat, tindakan, dll) kpd yg
lain: ~ drpd pemerintahan penjajah ke arah pemerintahan sendiri.
transistor 1. (Fiz) peranti elektronik yg digunakan sbg penguat arus, spt
yg terdapat dlm radio dan televisyen; 2. = radio ~ sj radio yg
menggunakan atau mempunyai transistor dan mudah dibawa ke
mana-mana.
transit 1. lintasan barang-barang dagangan, pengangkutan (barang,
orang); 2. tempat singgah, persinggahan.
transitif (Lin) kata kerja yg mempunyai penyambut (objek).
transito IB lintasan pengangkutan barang-barang dagangan, transit;
pelabuhan ~ pelabuhan yg menjadi lintasan pengiriman barangbarang
antara dua negeri; perdagangan ~ perdagangan barangbarang
yg terus dikirim ke tempat lain.
transkrip rekod (catatan) rasmi mengenai pencapaian dan kebolehan
akademik seseorang pelajar (di maktab, universiti, dsb).
transkripsi 1. (penyediaan) skrip atau teks yg penuh atau lengkap
berdasarkan catatan-catatan trengkas dll atau daripada rakaman
ucapan dll; 2. penukaran bahan bertulis drpd sesuatu bentuk ke dlm
bentuk lain (mis yg menggunakan sistem fonetik, huruf dlm abjad
lain, dll);
~ fonemik (Lin) transkripsi yg menggunakan lambang fonem, mis
/pokok/ dan /nyanyi/; ~ fonetik (Lin) transkripsi yg menggunakan
lambang fonetik, mis [poko];
mentranskripsikan membuat (menyediakan) transkripsi (sesuatu).
transliterasi (Lin) penukaran huruf (perkataan dsb) drpd abjad sesuatu
tulisan (mis tulisan Arab) kpd huruf yg selaras bunyinya dsb dlm
abjad sistem tulisan lain (mis Rumi);
mentransliterasikan membuat (menyediakan) transliterasi.
transmigran orang yg berpindah ke daerah lain.
transmigrasi perpindahan penduduk dr suatu tempat ke tempat lain.
transmisi (Kej) sistem gear, aci dsb (pd kereta dsb) yg menghantar kuasa
drpd enjin utk memutarkan roda kenderaan: model kereta ini
dilengkapi dgn sistem ~ gear automatik empat kelajuan.
transmutasi (Kim) perubahan satu unsur menjadi unsur yg lain, mis
emas menjadi merkuri.
transnasional bkn sesuatu yg melangkaui sempadan atau kepentingan
sesebuah negara: perusahaan ~.
transonik berupaya bergerak dgn kelajuan yg hampir menyamai kelajuan
bunyi: pd masa depan, kerajaan akan melaksanakan projek
pesawat ~.
transparensi (transparénsi)  helaian  (plastik,  dsb)  yg lut sinar yg
digunakan utk menayangkan data (tulisan, gambar rajah, dsb) pd
layar projektor.
transpirasi (Bio) kehilangan wap air dr permukaan (terutamanya melalui
stomata ) secara penyejatan.
transponder alat (pd radar atau satelit) yg menerima isyarat dan
memancarkannya semula pd frekuensi yg berbeza: ~ ini
merupakan peralatan satelit utk menerima isyarat dr sesebuah
stesen lain ke bumi.
transpor IB pengangkutan; barang-barang ~ barang-barang yg diangkut;
kapal ~ Id kapal pengangkut pasukan (tentera dll); ongkos ~ Id
perbelanjaan mengangkut barang-barang dll; perusahaan ~
perusahaan pengangkutan (bas, kapal, keretapi, lori, dll).
transvestisme (transvértisme) (Psi) kecenderungan memakai pakaian yg
lazim dipakai oleh anggota jantina yg satu lagi, terutamanya utk
rangsangan seks.
trapezium (trapézium)  (Mat)  (rajah)  segi  empat  yg  mempunyai  dua
sempadan yg selari.
tras IB batu yg ditumbuk halus utk simen.
trauma 1. rasa terkejut (terganggu fikiran yg amat sangat) yg
meninggalkan kesan yg mendalam, menakutkan dan berpanjangan:
pengalaman pernah dijajah oleh bangsa lain itu merupakan ~ yg
tidak hilang drpd ingatan kebanyakan penduduknya; 2. (Ubat)
kecederaan fizikal akibat sesuatu kemalangan.
traumatik amat mengejutkan sehingga meninggalkan kesan yg
mendalam, menakutkan dan berpanjangan (bkn pengalaman,
kejadian dsb): kanak-kanak ini biasanya akan mengasingkan diri,
muram dan tidak mahu bercakap setelah mengalami peristiwa yg
amat ~..
travelator laluan pejalan kaki yg bergerak secara mendatar, biasanya
terdapat di terminal lapangan terbang dsb.
travelog sesuatu ceramah, filem, brosur dsb yg berkaitan dgn pelbagai
kisah perjalanan atau pengembaraan.
trayek (trayék) IB jarak perjalanan di antara dua tempat (dgn bas dll).
trek (trék) lorong utk lumba lari, lumba kereta, dsb.
treler (tréler)  I 1. sj lori panjang yg badannya boleh diceraikan, dan
digunakan utk mengangkut barang: barang-barang itu diangkut
oleh dua buah ~; 2. bahagian belakang lori yg boleh diceraikan
drpd kepala lori: ~ itu kemudiannya ditarik oleh kepala lori ke
tempat baru.
treler (tréler)  II sedutan pendek babak tertentu drpd sesebuah filem yg
ditayangkan di pawagam atau televisyen sbg usaha utk
mempromosikan atau mengiklankannya.
trem (trém) 1. sj kenderaan spt bas atau gerabak kereta api yg berjalan di
atas rel dgn kuasa elektrik (atau ditarik oleh sj kepala kereta api
kecil): kereta, ~ dan lanca sudah kelihatan berlari pulang pergi di
jalan raya; 2. bp troli.
tremolo (trémolo)  (Muz)  1. teknik tiupan yg menghasilkan suara atau
bunyi bergetar; 2. getaran bunyi dlm nyanyian atau permainan alat
muzik spt biola.
tren (trén) kereta api.
trend (trénd) arah aliran (gerakan dsb), perkembangan rentetan kejadian
(amalan dll) yg seolah-olah menuju ke suatu arah: laporan Bank
Negara menunjukkan ~ pelaburan swasta yg menurun dr setahun
ke setahun.
trengkas (tréngkas) kaedah menulis dgn cepat dgn menggunakan palitan-
palitan yg mudah atau simbol-simbol lain sbg menggantikan huruf,
perkataan atau frasa: ilmu ~ pengetahuan mengenai kaedah
menulis dgn cepat, stenografi; mengambil ~ membuat catatan
sesuatu yg direncanakan (spt surat dsb) dlm tulisan trengkas.
tres (trés) IB sj sulaman benang emas (perak) di tepi baju atau di lengan
baju.
tri- awalan asing tiga, mis tribahasa dan trilogi.
triatlon (Suk) pertandingan olahraga yg menghendaki setiap peserta
menyertai tiga acara yg berlainan, iaitu renang, lumba basikal dan
larian jarak jauh.
triatom (Kim) molekul yg terdiri drpd tiga atom.
tribahasa (terdiri drpd, mengandungi, menggunakan) tiga bahasa: malah
ada penerbit yg mengusahakan kamus ~.
tribrata Id tiga dasar kewajiban polis.
tribulan tiga bulan (suku tahun);  triwulan.
tribunal 1. mahkamah pengadilan; 2. tempat duduk majistret; 2. lembaga
atau badan khas yg ditubuhkan oleh pihak berkuasa utk menyiasat
dan mengadili sesuatu kes tertentu; ~ pentadbiran (Udg) badan yg
diwujudkan melalui atau di bawah Akta Parlimen utk menentukan
tuntutan dan pertelingkahan yg berkaitan dgn pentadbiran kerajaan.
tribune IB 1. panggung (pentas) tempat berucap: beliau lalu dipersilakan
naik ke atas ~ yg telah disediakan; 2. tempat duduk penonton yg
lebih tinggi letaknya (di stadium dll).
trica beca.
triftong (Lin) gabungan tiga bunyi vokal yg disebut dlm satu suku kata
akibat perubahan kedudukan lidah, mis [aie] dlm fire.
trigon (Mat) kedudukan atau keadaan dua planet yg berjarak 120°  di
antara kedua-duanya.
trigonometri (trigonométri) ilmu mengenai sudut dan sempadan segi tiga
(digunakan dlm astronomi, ilmu ukur, dll).
trihujung trisula.
trik I bp 1. tipu muslihat utk memperdayakan (mengakali dsb), helah:
ada-ada saja ~nya utk mengelakkan diri drpd tugas yg berat itu; 2.
teknik atau membuat sesuatu dgn cepat dan betul: kerja itu mudah
dilakukan kalau kena ~nya.
trik II Id, bp lori;  trak.
trikaki penopang kamera yg berkaki tiga.
triko sj kain cita, tuit.
trikologi kajian tentang rambut, termasuklah struktur, fungsi dan
penyakitnya.
trikopati rawatan bagi penyakit rambut.
trikora Id kep Tri Komando Rakyat (tiga arahan utk pembebasan Irian
Barat).
trikotomi pembahagian kpd tiga kategori.
trilion nombor atau bilangan yg diikuti oleh 18 angka sifar dlm
penggunaannya di Britain, Perancis dan Jerman dan diikuti oleh 12
angka sifar dlm penggunaannya di Amerika Syarikat dan Kanada.
trilipat Id ark rangkap tiga.
trilogi siri karya sastera yg terdiri drpd tiga buah novel dll yg saling
berhubungan dan mengembangkan satu tema.
trimaran kapal layar laju yg bentuknya spt katamaran, tetapi mempunyai
tiga badan kapal yg bersambung selari antara satu sama lain.
trimatra Id berukuran tiga, tiga dimensi.
trimurti Id keesaan dr tiga (wujud, orang, dll), tritunggal: keesaan
Tuhan, iaitu Bapa, Anak dan Roh Kudus adalah ~ orang Kristian.
trindil Jk; ditrindili dirampas segala pakaian dan harta benda.
trinitas Id  triniti.
triniti keesaan dr tiga wujud Tuhan (Bapa, Anak dan Roh Kudus)
menurut kepercayaan Roman Katolik, tritunggal, trimurti.
trinitrotoluena (trinitrotoluéna)  (Kim)  sj pepejal kuning yg digunakan
terutamanya sbg bahan letupan.
trinomial (Mat) ungkapan yg terdiri drpd tiga angka atau nilaian.
trio 1. gubahan lagu atau irama utk tiga suara atau tiga alat muzik; 2.
kumpulan drpd tiga orang penyanyi atau pemain muzik; 3.
kumpulan drpd tiga orang atau benda.
trip I bp perjalanan, kepergian: ~ ke Bangkok.
trip II; potong ~ bp merampas peluang orang lain.
tripleks (tripléks) IB keping (helai dll) yg terdiri drpd tiga lapis (papan,
kaca, dll).
triplet (triplét)  (Muz)  kumpulan  tiga  not  yg mempunyai  nilai masa  yg
sama.
tripod alat yg berkaki tiga utk menopang kamera, teleskop dsb, kaki tiga.
triprasetia Id ark sumpah taat setia atau ikrar yg terdiri drpd tiga
perkara.
tripsin (Bio) sj enzim yg dikeluarkan oleh pankreas (dlm proses
pencernaan).
trirangkai Id ark sajak yg terdiri drpd tiga baris.
triseps (triséps)  (Bio)  otot  besar  di  belakang  lengan  atas  yg  berfungsi
meluruskan lengan.
trisula sl sj tombak atau serampang yg hujungnya bercabang tiga (utk
menangkap ikan dll).
triti (Udg) persetujuan secara formal antara dua pihak (negara dsb) atau
lebih, perjanjian: keempat-empat buah negeri itu bersekutu dlm
tahun 1895 setelah membuat satu ~.
tritium (Kim) isotop unsur hidrogen yg radioaktif.
tritunggal keesaan drpd tiga (wujud, orang, dll), trimurti.
trivia pelbagai fakta atau maklumat yg kurang penting tetapi menarik
tentang subjek tertentu, terutamanya digunakan dlm sesuatu
permainan atau kuiz: ~ sains, ~ sejarah.
triwangsa sl tiga kasta (iaitu Brahman, Kesatria, Waisya).
triwikrama  tiwikrama.
triwindu tiga windu (24 tahun).
triwulan tiga bulan, satu suku tahun;
triwulanan tiap-tiap tiga bulan; majalah ~ majalah yg diterbitkan
tiap-tiap tiga bulan; tribulan.
trofi hadiah spt mangkuk perak, piala yg dimenangi dlm pertandingan,
mis sukan dsb.
troli 1. = ~ bas sj kenderaan spt bas yg dijalankan dgn kuasa elektrik; 2.
sj meja kecil beroda yg digunakan utk menyajikan makanan
(minuman dsb); 3. sj kereta sorong yg digunakan utk memuatkan
barang semasa membeli-belah di pasar raya.
trombin (Bio) sj enzim yg penting dlm proses penggumpalan darah.
trombon sj alat bunyi-bunyian yg ditiup.
trombosis (Ubat) pembekuan darah di dlm jantung atau pembuluh darah
sehingga boleh menyebabkan kematian.
trombus (Ubat) gumpalan darah yg terbentuk di dlm jantung atau
pembuluh darah.
trompet (trompét) I 1. sj alat bunyi-bunyian yg ditiup; ~ tanduk tetuang;
2. orang yg mengeluarkan (menyuarakan) pendapat orang lain;
mentrompetkan ki meneriak-neriakkan, melaung-laungkan,
mempropagandakan.
trompet (trompét) II; siput ~ sj siput, Triton tritonis.
tropika = kawasan ~ kawasan yg letaknya berhampiran dgn garisan
Khatulistiwa (antara garisan Jadi dan garisan Sartan).
tropisme (Bio) pergerakan organisma pd arah tertentu sbg gerak balas
terhadap sesuatu rangsangan luar, mis fototropisme.
tropopaus (Geog) sempadan atmosfera di antara troposfera dgn
stratosfera.
troposfera (troposféra)  (Geog)  lapisan  atmosfera  yg  hampir  sekali  dgn
bumi, yg terletak di antara 6 - 10 km.
trotoar IB jalan yg lebih tinggi di tepi jalan raya utk orang yg berjalan
kaki: mobil merah itu berhenti dgn kedua-dua rodanya sebelah kiri
naik separuh di ~ .
trout sj ikan drpd famili Salmonidae yg rupanya seakan-akan salmon
tetapi saiznya lebih kecil dan badannya berbintik-bintik.
truk IB lori: mobil, ~ , opelet berdempet-dempet di jalan besar itu; trak.
trup 1. sebahagian drpd skuadron, yg terdiri drpd 30 hingga 40 orang
anggota; 2. kata arahan yg merujuk kpd kumpulan askar dlm
tentera darat.
trusa Id, bp ark tak usah.
tsar czar.
tsarina czarina.
tsb kep tersebut.
tsetse (sisi) = lalat ~ sj lalat drpd genus Glossina yg berasal dr Afrika,
biasanya menghisap darah manusia dan binatang dan menyebarkan
penyakit tidur.
tst bp kep tahu sama tahu.
tsunami (Jepun) ombak laut yg besar yg disebabkan oleh gempa bumi
atau letupan gunung berapi bawah laut dsb, biasanya sering
menyebabkan kemusnahan teruk kpd harta benda, nyawa dsb.
ttg kep tentang.
tu I bp singkatan bagi itu.
tu II bp kep satu.
tua I 1. sudah lama hidup, sudah lanjut usia (tidak muda lagi), sudah
berumur: ibunya sudah ~, sudah berumur 60 tahun; anak dara ~
anak dara yg agak lanjut umurnya; bujang ~ teruna yg agak lanjut
umurnya; hari (masa) ~ masa ketika umur sudah lanjut; orang ~ a)
orang yg sudah lanjut usianya; b) ayah; c) ibu bapa; d) kepala
keluarga; orang ~-~ orang yg dianggap sudah lanjut usianya dan
luas pengetahuannya; 2. lebih umur (drpd): ia ~ tiga tahun drpd
adiknya; kakak ~ kakak sulung; mak ~ saudara perempuan ibu atau
bapa kita yg tua sekali; pak ~ saudara laki-laki ibu atau bapa kita
yg tua sekali; saudara ~ saudara yg umurnya lebih drpd umur kita;
3. sudah lama (lwn baru), sudah ada sejak masa lampau
(dahulukala), kuno: saya sudah ~ di dlm kesatuan ini; Bandar
Melaka sebuah bandar yg ~; barang-barang ~ lama (sudah
dipakai); besi ~ a) besi yg sudah lama (sisa barang-barang; b) besi
yg mempunyai tuah atau khasiat; faham ~ faham lama (lwn faham
baru atau moden); harta ~ harta pusaka (warisan); 4. = tua-tua ki
kepala, pemimpin, penghulu (orang yg tua yg dianggap
berpengetahuan dan berpengalaman): ~ kampung ini menjalankan
undang-undang adat sbg seorang pengadil mahkamah; ~ dagang
Id kepala pedagang; ~ kampung penghulu kampung; ~ rumah
kepala keluarga (isi rumah); 5. ki sudah larut (malam): malam
sudah ~ dan keadaan di bandar makin sunyi; 6. bertuah, berkhasiat
(bkn senjata lama dll): wali ~nya masih kukuh terselit di pinggang;
7. sudah hampir masak dan boleh dipetik (buah-buahan dll):
jangan dipetik buah itu kerana belum cukup ~ ; 8. sudah mendidih
atau masak (air, minyak, dll): biarkan minyak itu ~ dahulu baru
dimasukkan ikan ke dlm kuali; 9. agak kehitam-hitaman (lwn
cerah), pekat (warna): biru ~ ; merah ~ ; warna ~ warna yg tidak
cerah; 10. baik mutunya, hampir tulen (emas): emas ~;
~ bangka = ~ bengkok bk (orang yg) sangat tua (tetapi buruk
perangainya); ~ cendawan orang yg berumur tetapi tidak bijak; ~
ganyut sangat tua; ~ kejemur Jk, bk (orang yg) sudah tua (tetapi
bodoh atau berperangai buruk); ~ keladi a) orang yg tua tetapi
tidak sedarkan diri (berperangai buruk, gila perempuan, dll); b) Kl
orang tua yg mempunyai banyak anak; ~ kotai (orang yg) sangat
tua; ~ kutuk bk = ~ lara orang tua yg buruk perangainya; ~ leler =
~ lontok = ~ renta (orang yg) sangat tua dan lemah; ~ nipah Kl
(orang yg) tua dan bodoh; ~ nyanyuk sudah tua dan bercakap yg
bukan-bukan; ~ teberau Kl (orang yg) sangat tua dan lemah
otaknya; ~ tebu (orang yg) semakin tua semakin cergas;
bandar terbuka dagangan murah, badan sudah ~ prb sudah
terlambat; berdengking si ~ memekik, mustahil akan menggigit
jema prb orang
yg terlalu marah yg hanya memekik-mekik sahaja (tidak berani
memukul dll); sudah ~ dr kakak, sudah cerdik dr mamak prb anak
muda yg takbur (tidak mahu bermuafakat lagi dgn keluarganya
dlm sesuatu pekerjaan); orang ~ diajar makan pisang prb sia-sia
mengajar orang yg sudah pandai;
tua-tua 1. tua (kepala, pemimpin, pembesar, penasihat, dll): siapa
nama ~ mereka?; 2.= tetua bintik-bintik hitam pd muka atau pipi;
3. sungguhpun sudah tua, tetapi...: ~ masih sihat; ~ keladi = ~
kelapa makin tua makin baik;
bertua-tua Mn 1. = bertua-tuaan mengikut umur (yg tua dahulu,
yg muda kemudian); 2. bersuami isteri sampai tua;
menua menjadi tua: hanya ada pd orang-orang yg telah ~;
menuakan 1. menjadikan tua: ~ buah di pokok; ~ diri; ~ emas; ~
warna; 2. mengepalai, memimpin; 3. memilih (mengangkat,
melantik) sbg tua-tua (kepala dll); 4. menyifatkan (memandang)
lebih tua (drpd), mengakui sbg orang tua (yg perlu dihormati dsb):
yg tua kita tuakan, yg muda pula haruslah mengalah; 5.
mengahwinkan;
tertua 1. yg paling tua: bentuk puisi bertulis yg ~ sekali dlm
bahasa Melayu terdapat pd batu nisan yg dijumpai di Minye
Tujuh, Acheh; 2. lebih tua (berumur): Abdul Rahim ~ dua tahun
drpd Amin;
pengetua 1. tua-tua (pemimpin, kepala, dll): hambalah ~nya
sekalian mereka itu; ~ Maktab Perguruan; 2. Mn penghulu yg
paling tua;
ketua pemimpin, kepala;
ketuaan 1. sudah terlalu tua (sangat lanjut umurnya); 2. perihal tua
(sudah berumur): tidak ketara ~ usianya, malah ia masih gagah
dan kukuh;
ketua-tuaan spt seorang tua-tua (ketua): dia bercakap dgn gaya ~
menasihati mereka;
penuaan proses menjadi (atau menjadikan) tua.
tua II; burung ~ pulih sj burung, Malacopteron c. cinereum.
tuah 1. untung (yg berlebihan), bahagia: ia memikirkan tentang hal
dirinya sendiri, tentang ~ dan celaka nasibnya sendiri; di tengahtengah
hidup yg malang kami dilimpahi ~; mengadu ~ mengadu
untung (berserah kpd nasib); menolak ~ melepaskan peluang baik;
untung ada ~ tiada ada pendapatan tetapi tidak kaya (kaya tetapi
tidak pula terkenal); 2. pengaruh (kuasa) yg membawa keuntungan
(kebahagiaan dll), keramat, sakti: tangkal-tangkal itu dikatakan
mempunyai ~ yg besar; 3. keistimewaan (kehormatan, kemuliaan,
kemasyhuran, dll); ~ badan untung diri seseorang; ~ berma Br
tanda merah pd bayi ketika dilahirkan; ~ periuk Br tompok-tompok
biru tua pd bayi ketika dilahirkan;
~ anjing celaka kuda prb sesuatu yg menjadi kebahagiaan pd
seseorang mungkin menjadi kecelakaan pd orang lain; ~ ayam
boleh dilihat, ~ manusia siapa tahu? prb tiada siapa dapat
menentukan untung nasib seseorang itu; ~ kerbau gemuk, ~
lumbung berisi, ~ manusia semuafakat prb kerbau terpuji kalau ia
gemuk, lumbung kalau berisi padi, dan manusia pula kalau sepakat
(bersatu); ~ melambung tinggi, celaka menimpa badan prb orang
yg ditimpa oleh kesusahan besar; ~ sebesar bukit, celaka menimpa
badan prb orang yg pandai tetapi tidak tetap pekerjaannya, oleh itu
penghidupannya menjadi susah; menghijau ~, najis keluar prb
kerana hendakkan kemuliaan (kehormatan) seseorang boleh
mendapat kehinaan; tiada tertikam ~ oleh berani prb orang yg
bertuah itu tidak dapat dialahkan dgn keberanian;
bertuah 1. mempunyai tuah, bernasib baik, berbahagia, beruntung:
ia berasa sangat ~ kerana hidupnya mewah; 2. mendatangkan
tuah, berhikmat, sakti: ayamnya sangat ~, tiada orang yg berani
melawan ayamnya itu; keris ~ keris sakti; 3. ark ketulahan,
terpesona;
hendak kaya berdikit-dikit hendak ~ tertabur urai, hendak berani
berlawan ramai prb jimat cermat tangga kekayaan, murah hati
tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani; sudah dapat
gading ~ tanduk tiada berguna lagi prb sudah mendapat yg lebih
baik yg kurang baik ditinggalkan;
menuahi 1. mendatangkan tuah (kebaikan, kebahagiaan, dll),
memberkati; 2. mengatakan bertuah;
menuahkan 1. menghebah-hebahkan (mencerita-ceritakan)
keistimewaan (kekayaan, kemuliaan) orang; 2. = ~ menjadi...
menentukan dll menjadi...;
ketuahan 1. memperoleh tuah; 2. kesaktian (keris dll), keunggulan
(kemuliaan dll).
tuai I pisau pemotong padi, pengetam, ani-ani;
bertuai (telah) dipotong dgn tuai: masih banyak lagi padi yg
belum ~;
menuai memotong padi dgn tuai, mengetam (padi): petani-petani
di sini menanam padi dlm bulan Oktober dan ~ atau mengetamnya
dlm bulan Februari; bagaimana ditanam, begitulah dituai prb
tiap-tiap perbuatan akan mendapat balasan yg wajar;
tuaian yg dituai, hasil menuai: kerajaan telah menetapkan harga
padi sebanyak RM16 sepikul bagi padi ~ pertama;
penuaian perihal menuai, pengetaman: ~ padi musim ini sudah
dimulakan;
penuai 1. alat utk menuai (padi), ani-ani, pengetam, tamin; 2.
orang yg menuai.
tuai II; ~ rumah ketua rumah panjang kaum Iban di Sarawak.
tuak I sj minuman keras yg dibuat drpd nira (kelapa, enau, dll); kaki ~
orang yg kuat minum tuak; mabuk ~ mabuk kerana minum tuak;
~ keras tuak yg mudah memabukkan; ~ manis tuak yg tidak keras
(tidak mudah memabukkan); ~ terbeli, tunjang hilang prb, Mn
ditimpa kecelakaan (kekecewaan, kesusahan).
tuak II; tahan ~ duduk dgn tidak sopan yg menyebabkan kain terselak
lalu menampakkan betis atau paha.
tual I batang kayu (balak) yg pendek: kayu ini kemudian dikerat menjadi
beberapa ~;
bertual ditual: batang getah yg telah ditebang itu kelihatan masih
belum ~;
bertual-tual berpotong-potong (batang kayu, balak), berkeratkerat:
dia sedang memasukkan kayu yg sudah dipotong ~ ke dlm
lori;
menual memotong (batang kayu dll) menjadi pendek-pendek.
tual II Mn tiang bendera.
tuala 1. = ~ makan kain kecil utk membersihkan tangan (mulut) selepas
makan dll, serbet; 2. = ~ mandi sj kain tebal pengesat tubuh selepas
mandi, anduk; ~ wanita sj cawat (yg lembut, boleh menyerap dan
boleh dibuang) yg dipakai semasa datang haid atau nifas;
bertuala 1. mempunyai atau ada tuala; 2. memakai tuala: ketika itu
dia hanya ~ mandi.
tualang I 1. berterbangan ke sana sini (lebah dll); 2. tidak bertempat
tinggal yg tetap (pengembara, pengemis, dll); 3. = orang ~ orang
yg sentiasa mengembara atau merantau (tidak bertempat tinggal
tetap), pengembara;
bertualang 1. mengembara (merayau-rayau) ke sana sini,
bergelandangan, berkeliaran: dia hampir lenyap di tengah-tengah
mereka yg ~ tak berumah tangga dan tak bertempat tinggal; 2.
selalu keluar rumah, suka merayau-rayau: dia melarat kerana ~
saja dan kerana berjudi; 3. melakukan sesuatu dgn nekad (curang,
haram, dll): banyak kawannya yg suka ~, berdagang dan
sebagainya;
petualangan 1. perihal bertualang: semakin luar biasa ~nya dan
pengalamannya; 2. perbuatan nekad (tidak jujur dll);
berpetualangan menjadi petualang: mengapa mesti ~? kembalilah
bersama anak isteri;
petualang 1. orang yg bertualang, orang gelandangan, pengembara
(perantau dll); 2. orang yg melakukan sesuatu dgn nekad (curang
dll) utk kepentingannya sendiri: kerajaan telah digesa supaya
mengambil tindakan tegas terhadap ~ yg cuba menghalangi
pelaksanaan bahasa kebangsaan; 3. orang yg suka melakukan
perkara-perkara yg sukar atau berbahaya utk pengalaman.
tualang II sj tumbuhan (pokok), sialang, Koompassia excelsa.
tuam barang panas (abu hangat yg dibungkus dlm kain, air panas dlm
botol, dll) yg ditekankan pd bahagian tubuh yg sakit, demah;
bertuam memanaskan bahagian tubuh yg sakit dgn tuam,
berdemah;
menuam, menuami 1. menekankan (melekapkan) tuam pd,
mengurut (memanaskan) bahagian tubuh yg sakit dgn tuam,
mendemah; 2. mengacukan (membidikkan) senapang dll: seorang
askar sedang ~ muncung senapang ke arah perutnya;
tuaman hasil menuam: ~ air suam pd bahagian yg sengal boleh
membantu meringankan kesakitan;
penuaman proses atau perbuatan menuam utk mengurangkan
radang atau rasa sakit.
tuan 1. orang tempat menghambakan diri: orang kulit putih di Amerika
masa itu banyak yg menjadi ~ kpd hamba abdi drpd bangsa
Negro; ~ hamba sl tuan; 2. a) = ~ punya pemilik (kedai,
perusahaan, dll): jika kereta yg dipandu itu tidak mempunyai lesen,
~ punya kereta itu akan didakwa; b) kepala atau pengurus (pejabat,
perusahaan, dll); ~ kebun pengusaha (pengurus) kebun; 3. orang
laki-laki (yg dihormati): ~ yg datang semalam datang lagi pagi
tadi; sepeda ~ Id basikal utk orang laki-laki; 4. a) panggilan bagi
orang laki-laki yg berpangkat atau yg patut dihormati: ~ doktor; ~
hakim; T~ Syed Nasir; b) sl panggilan (sebutan) bagi wanita
bangsawan: ~ puteri; mengapatah maka ~ hamil maka
dibuangkan; 5. kata ganti yg halus bagi orang laki-laki atau
perempuan yg dilawan bercakap (engkau atau awak yg lebih
halus): ~ sendiri sudah tahu asal saya dr Kampung Balimbing; 6.
panggilan bagi orang laki-laki bangsa Eropah: ~ dan memnya tidak
meninggalkan pesan apa-apa ketika mereka keluar tadi;
~ besar a) ketua perusahaan (ladang dll); b) Id ark Gabenor
Jeneral; ~ kecil a) = ~ muda anak sulung laki-laki dlm sesuatu
keluarga atau adik laki-laki tuan rumah; b) penolong (wakil) tuan
besar (perusahaan dll); ~ rumah a) orang yg memiliki rumah, ketua
rumah (keluarga); b) orang yg meraikan tetamu (biasanya pd
majlis yg diadakan di rumahnya atau yg dianjurkannya); ~ tamu
ark tuan rumah; ~ tanah pemilik tanah;
tuan-tuan 1. orang laki-laki (sekalian yg hadir): ~ yg dihormati,
silalah duduk; 2. sl orang bangsawan, ningrat: maka ~ itu pun nak
ke darat dgn segala persembahannya, lalu berjalan ke Bukit
Siguntang; anak ~ anak raja-raja;
bertuan 1. ada tuannya (pemiliknya), mempunyai penguasa:
semua tanah yg dulunya hutan di kawasan itu sekarang sudah ~
dan akan diusahakan; 2. bertindak (bersikap) sbg tuan: semenjak
kematian bapanya dia ~ di sini; 3. memanggil atau menyebut tuan
(kpd): janganlah ~ lagi kpd saya, panggillah saya ‘abang’ sahaja;
bertuankan 1. mempunyai sbg tuan, berketuakan: kalaulah ini
benar bermakna bukan sahaja kita masih ~ mereka dr segi
teknologi bahkan juga dr segi pengurusan; 2. menghamba kpd,
menganggap sbg tuan kpd: pd bicara dinda
tiada mahu dinda ~ lain drpd Yang Dipertuan; janganlah kita ~
anak raja seorang ini;
menuani menguasai, memiliki;
menuankan menjadikan tuan, memanggil tuan (kpd orang yg
dilawan bercakap): Tuan Bob dituankan oleh orang-orang
suruhannya, diayahkan oleh peringkat anak-anak;
mempertuan, mempertuankan menganggap (mengakui) tuan: yg
mana baik berkenan ke bawah duli tuanku akan ganti duli tuanku
itulah patik sekalian sembah dan pertuan;
Yang Dipertuan (gelaran kpd) raja atau sultan yg memerintah; ~
Besar; bangsa ~ bangsa yg menganggap dirinya lebih tinggi atau
mulia drpd bangsa lain; hak ~ hak atau kedaulatan ke atas sesuatu
daerah (negeri);
mempertuani ark menguasai;
tuanan bangsawan, ningrat; anak ~ anak tuan-tuan;
ketuanan hak menguasai dan memerintah sebuah (negeri, daerah,
dll), kedaulatan: utk menjamin ~ politik Melayu, maka dunia
politik Melayu harus dirombak;
ketuan-tuanan spt seorang tuan (ketua, orang berpangkat, dll):
“Saya pegawai Kerajaan”, Encik Ramli berkata ~;
pertuanan 1. golongan orang bangsawan, kaum ningrat: tatkala
itu Bendahara pun hendak masuk menghadap baginda diiringkan
oleh segala pegawai dan ~; Dewan P~ dewan yg dianggotai oleh
orang bangsawan dlm parlimen Inggeris; 2. kuasa pemerintahan
(ke atas negara dll): dgn itu pemerintahan atau ~ Siam di atas
kedua-dua negeri itu pun diiktiraf; 3. = hak ~ kedaulatan.
tuang I; besi ~ besi yg dibuat drpd besi yg dicairkan dgn menggunakan
acuan, besi cetak; pindah ~ (darah) Id pemindahan darah, transfusi
darah;
bertuang (yg) dicetak (drpd besi yg dicairkan): tangga rumah
emas ~, ibu tangga emas bertitik;
menuang 1. mencurahkan (mengisikan) barang cair ke dlm bekas:
Mahat duduk dan ~ kopi ke dlm cawan; 2. melebur (logam) dgn
memanaskannya: ~ bijih timah; 3. mencetak leburan besi dll ke
dlm acuan (utk membentuk sesuatu): tembaga yg sudah dileburkan
itu dituang dijadikan berbagai-bagai barang; adat diisi, lembaga
dituang prb dilakukan menurut aturan yg biasa;
menuangi 1. menuang (air, minyak, dll) ke, mengisi (cawan dll)
dgn barang cair (minuman dll): menyambar-nyambar api itu
bagaikan dituangi minyak kereta; ia ~ gelasnya sendiri dan
meneguknya dgn lahap; 2. menghujani (peluru, kata-kata),
melepaskan (kata-kata, tembakan): di Amerika dan di Eropah
Barat, kita dituangi dgn kata-kata bahawa komunis yg menjadi
pokok kekacauan;
menuangkan mencurahkan (memasukkan) barang cair ke dlm
bekas atau acuan: kami pun ~ minuman keras itu ke dlm gelas
masing-masing dan mula minum; selepas dilebur, timah itu
dituangkan ke dlm acuan yg berbentuk bata;
tuangan 1. (sesuatu) yg dituang; besi ~ besi tuang, besi cetak; 2.
cetakan, acuan: pendeknya sungguh cantik ~nya;
penuangan perihal menuang (menuangi, menuangkan);
ketuangan; hari ~ Ruhulkudus Id hari utk merayakan turunnya
Ruhulkudus (menurut agama Kristian).
tuang II bp tidak datang belajar, kerja dsb (tanpa mendapat izin guru
dsb), ponteng: beberapa orang sahaja yg datang tetap ke kelas
malam, yg lainnya selalu ~.
tuangku ark tuanku, tengku; ~ kubur ahli kubur (orang-orang yg telah
meninggal dunia); tuanku.
tuang-tuang 1. sj suling drpd buluh yg ditiup utk memberi alamat dll; 2.
ark corong pembesar suara; tetuang.
tuanku tuan yg mulia (dlm percakapan dgn raja): tersebutlah konon
sebuah negeri bernama Bandar Muar, rajanya bernama T~
Gombong Malim Dewa; baiklah ~ tiada lama patik pergi; ~ laras
Mn kepala daerah.
tuantu bp tuan itu.
tuap bidai utk membandut tangan (kaki) yg patah: ada kalanya mesti
digunakan ~ jika kaki telah patah.
tuar I 1. sj lukah drpd ranting-ranting berduri (utk menangkap ikan
sungai); 2. Mn ranting-ranting kayu dll yg didirikan di bendang utk
menakutkan burung; bagai haruan di dlm ~ prb tidak tetap
keadaannya (selalu sakit atau susah).
tuar II lampu atau api utk memberi isyarat (tanda); suar.
tuar III; burung ~ sj burung, merbah kelabu, Microscelis flavalus
cinereus.
tuarang musim kemarau: mereka tidak peduli ~ sedang menghebat, iklim
sedang panas teriknya; ~ panjang musim kemarau panjang;
sebelum ~ panjang, buah sengkuang sebesar betis prb a) sebelum
ditimpa kesusahan tidak dapat seseorang itu memikirkan
bagaimana kesusahan itu; b) berita yg belum sah lagi biasanya
sudah diperbesar-besarkan.
tuas I sj alat utk mengungkit (mengangkat) sesuatu yg berat, pengungkit,
tuil;
menuas mengangkat (mengungkit) dgn tuas.
tuas II Kd, Pn dahan-dahan kayu yg dibenamkan dlm air supaya ikan
berkumpul.
tuas III Kl; menuas 1. mengikat, menambat (orang salah dll); 2. Pr cabut
lari, melarikan diri.
tuasah sj tumbuhan (herba), betimun tikus, lipam, sipam, Gymnopetalum
cochinchinense.
tuat I bintil pd kulit; ketuat.
tuat II Kd tanda tempat yg banyak ikan (di laut).
tuau 1. = akar patut ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Thunbergia
grandiflora; 2. = akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar
ketuau, lana, rumput meliau, Thunbergia laurifolia.
tuba I sj racun ikan (dibuat drpd bermacam-macam jenis akar yg beracun
biasanya akar Derris elliptica); jenis-jenisnya: ~ jenerak, ~ jemu, ~
kapur, ~ seluang, dll;
~ tikus racun pembunuh tikus, berangan; memecah ~ menyiarkan
khabar hingga mencemaskan orang;
~ binasa ikan tak dapat prb pekerjaan yg sia-sia atau merugikan;
bagai (spt) ikan kena ~ prb tidak berdaya lagi;
menuba 1. meracuni (ikan) dgn tuba: mereka pergi ~ ikan di
sungai; 2. menyakiti, menyeksa (hati, jiwa, dll): dia menangis dgn
hati yg dituba oleh perasaan cemburu;
penubaan perihal atau perbuatan menuba: ~ ikan di sungai
mestilah dibendung dgn segera;
penuba orang yg menuba: masyarakat tidak harus mendiamkan
diri terhadap perbuatan ~ ikan di sungai itu.
tuba II; ~ benar = akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Derris
elliptica; ~ buah sj tumbuhan (pokok), Diospyros wallichii; ~
seluang (seludang) sj tumbuhan (herba), johong beralih, pancispancis,
Polygonum barbatum.
tuba III sj alat muzik tiup drpd kumpulan bras yg lebih besar drpd
trompet.
tubagus gelaran utk orang bangsawan keturunan Sultan Banten.
tuban-tuban selaput pembungkus janin (dlm kandungan) dan tembuni;
air ~ air yg keluar lebih dahulu drpd bayi; ketuban, tentuban,
tetuban.
tuber (Bio) batang bawah tanah atau akar cabang yg membengkak
kerana berisi makanan simpanan, mis ubi kentang.
tuberkulosis (Ubat) penyakit batuk kering, tibi.
tubi; bertubi-tubi bertalu-talu, berturut-turut, berulang-ulang,
berlanjutan (tembakan, pukulan, dll): tiba-tiba terdengar bunyi
tembakan ~; ditamparnya muka budak itu ~;
menubikan membuat sesuatu dgn berulang-ulang (bersungguhsungguh
dll): Karim ~ pertanyaannya tadi;
mempertubi-tubi, mempertubikan, mempertubi-tubikan
memperhebat berkali-kali (terus-menerus dll): dipertubi-tubikan
tikaman itu tiada juga kena;
tubin I sl hari keempat selepas hari ini (selepas tulat), tonggeng.
tubin II sj lukah utk menangkap ikan; terubin.
tubin III Pr nyanyuk, bingung, mamang: ayah saya sudah ~ .
tubing I = menubing miring ke bawah: topinya yg ~ ke depan itu
dinaikkannya sedikit utk menampakkan dahinya;  tuding I.
tubing II ikan panggang (dihidangkan dgn bawang dan sambal).
tubir 1. tebing (jurang dll) yg curam, tepi atau pinggir (gaung, sungai,
dll) yg dalam: ~ lurah; ~ sungai; 2. tepi sesuatu: ia meletakkan
punggungnya di ~ ambin; ~ tayar kereta; 3. tempat yg paling
dalam (di laut dll); 4. hampir dgn tepi sesuatu yg dalam: duduk
terlalu ~ ke pinggir jurang; 5. ki hampir kpd bahaya (maut dll).
tubruk Id 1. lompatan utk menerkam (menangkap dll), terpa; 2. langgar,
tabrak, tumbuk; main ~ bp menangkap (menuduh, menerka, dll)
dgn membabi buta; tabrak-~ berbagai-bagai jenis pelanggaran
kereta dll;
bertubrukan 1. saling berlanggar, berlanggaran; 2. ki tidak
secocok, saling bertentangan;
menubruk 1. melompat utk menangkap (menerkam dll), menerpa:
ditubruknya orang tua yg sudah lama dirinduinya itu; 2.
melanggar, menumbuk: perahu motor kami hampir terbalik kerana
~ pulau karang yg rendah; 3. bp menangkap (pencuri),
memberkas: kepala perompak itu sudah ditubruk oleh polis;
tertubruk, ketubruk Jk terlanggar (oleh kereta dll), tertumbuk;
tubrukan 1. pelanggaran (kereta dll), langgaran, tumbukan; 2. =
bertubrukan berlanggaran, bertabrakan, bertumbukan: mobil ~
dan hancur, aku dapat celaka enteng.
tub-tub bp tiba-tiba, sekonyong-konyong.
tubuh 1. = ~ badan keseluruhan jasad manusia atau binatang yg
kelihatan (terdiri drpd kepala, badan dan anggota): makanan yg
banyak mengandungi zat perlu utk membina dan menjaga
kesihatan ~; direbahkan ~nya; bekas ~ pakaian yg sudah dipakai;
2. badan sahaja (tidak termasuk kepala dan anggota): peluru itu
kena ~nya terus ke jantung; berpeluk (memeluk) ~ ; batang ~ a) =
tubuh badan keseluruhan jasad; b) badan sahaja (tidak termasuk
kepala dan anggota); c) diri (sendiri); 3. = batang ~ diri (sendiri),
peribadi; tuan ~ tuan sendiri (bukan wakil dll); 4. bahagian sesuatu
yg terpenting, awak: ~ perahu; ~ kapal terbang; 5. ark =
pertubuhan; 6. jisim, jasad benda;
~ halus roh, jiwa (lw jasad); ~ kasar jasad; tolak tangan berayun
kaki peluk ~ mengajar diri prb membuang kehidupan yg senanglenang;
setubuh 1. satu badan, sebadan; 2. ark secocok, sejodoh benar,
seia sekata; 3. = persetubuhan seketiduran, jimak, sanggama;
bersetubuh melakukan perhubungan jenis, berjimak,
bersanggama, berseketiduran;
menyetubuhi melakukan perhubungan jenis (hubungan seks) dgn,
menjimak, meniduri;
bertubuh bp berbadan sihat, gemuk, tambun: anak dia itu ~
benar;
menubuhkan 1. mendirikan (persatuan dll), membentuk
(jawatankuasa, badan, dll): beliau berazam hendak ~ sebuah Bank
Rakyat pd tahun hadapan; 2. mewujudkan, mengadakan,
menjelmakan, menyatukan (dgn): bagi keperluan mereka yg tidak
mampu membeli buku saya mengesyorkan kerajaan ~
perpustakaan di kampung-kampung dan di pekan-pekan kecil;
tertubuh sudah ditubuhkan (diwujudkan dll), terwujud, terbentuk:
dgn ~nya Universiti Kebangsaan maka kesempatan utk mengecap
pelajaran tinggi terbuka lebih luas kpd rakyat bumiputera;
pertubuhan badan yg ditubuhkan utk mengerjakan (menjalankan)
sesuatu, lembaga, organisasi, persatuan:
P~ Bangsa-Bangsa Bersatu badan antarabangsa yg bertujuan
menegakkan keamanan dan keselamatan dunia; ~ bukan kerajaan
badan atau pertubuhan sukarela yg bergiat dlm bidang sosial,
ekonomi, kebudayaan dsb dgn matlamat dan fungsinya yg tertentu;
~ sukarela pertubuhan yg diwujudkan dgn kehendak atau kerelaan
anggota-anggotanya utk berkhidmat kpd masyarakat (bukan kerana
mata pencarian atau utk memperoleh keuntungan dsb);
penubuhan perihal menubuhkan (syarikat, persatuan, dll): ~
syarikat ini memberi peluang kpd orang Melayu utk memiliki
rumah sendiri melalui syarikat ini.
tubul; ikan ~ sj ikan darat, terbul, terbui, Osteochilus hasselti.
tuding I 1. tidak mendatar atau lurus tegak (menikam, menombak, dll),
senget ke bawah, condong, miring; 2. meruncing dan tajam, lancip
(bentuk mata pisau, mata pedang, dll); tubing I.
tuding II Jw tunjuk, penunjuk;
menuding 1. menunjuk ke sesuatu arah (dgn jari telunjuk, tongkat,
dll): telunjuk ibu tua itu ~ ke puncak tugu; 2. menuduh: mereka
akan ~ tuan sbg orang yg bertanggungjawab atas pembunuhan
itu;
menudingkan menunjukkan sesuatu ke arah: isterinya ~ jarinya
ke arah seluar yg tergantung.
TUDM kep Tentera Udara Diraja Malaysia.
tuduh; menuduh 1. menunjuk dan mengatakan seseorang melakukan
kejahatan (kecurangan dll): kitalah yg berdosa kerana ~ dia
melakukan perkara yg bukan-bukan; 2. mengatakan seseorang itu
melakukan sesuatu yg melanggar undang-undang, mendakwa:
beliau ~ bahawa Datuk Bendahara itu telah menggunakan wang
kerajaan utk mengadakan beberapa tunjuk perasaan antikerajaan;
tuduh-menuduh saling menuduh (menyalahkan satu sama lain):
mereka ~ sesama sendiri;
menuduhkan melemparkan dakwaan kpd, mendakwakan: beliau
telah menyangkal keras segala yg dituduhkan kepadanya itu;
tertuduh sudah (telah) dituduh, terdakwa: dia ditangkap bukan
kerana mencuri atau menipu tetapi kerana ~ membantu musuh dlm
masa negeri kita diduduki oleh Jepun; yg ~ orang yg dituduh
(didakwa);
tuduhan hasil menuduh, hal yg dituduhkan, dakwaan: fitnah dan ~
kotor begitu mudah dihambur-hamburkan;
pertuduhan kenyataan yg menuduh atau mendakwa seseorang yg
disyaki melakukan sesuatu kesalahan atau jenayah dan sedang
menjalani perbicaraan di mahkamah: beliau kini sedang
menghadapi lima ~ rasuah; mereka mengaku tidak bersalah
apabila kertas ~ dibacakan di hadapan hakim;
penuduh orang yg menuduh, pendakwa.
tudung I sesuatu yg digunakan utk menutup bahagian sebelah atas
(kepala, lubang, dll), tutup, penutup: maka tuan puteri pun
segeralah menarik ~ ke atas hulunya berselubung muka; kain ~
kain penutup kepala atau muka perempuan, selendang; tali ~ bulu
(rambut) di pipi, cambang, jambang;
~ belanga penutup belanga; ~ kepala a) penutup kepala (songkok,
topi, dll); b) = ~ muka kain selubung (utk menutup kepala atau
muka); ~ lampu penutup lampu, terendak lampu; ~ lingkup kain
penutup kepala dan muka (bagi perempuan); ~ meja kain alas
meja; ~ rahap kain penutup mayat sebelum ia dimandikan; ~ saji =
~ hidang = ~ sarang Sr = ~ tapak penutup makanan (drpd pandan
dll) supaya jangan dihinggapi lalat;
bertudung memakai tudung, bertutup dgn tudung: gadis-gadis itu
~ lingkup dgn kain berwarna pinang masak;
bertudungkan memakai atau menggunakan sesuatu sbg tudung:
wanita itu hanya sempat ~ sehelai tuala mandi utk menyelamatkan
diri dr rumah yg sedang terbakar itu;
menudung menutup dgn tudung, memberi bertudung: dia ~
mukanya dgn tangannya; keris itu dibubuh di atas ceper perak dan
ditudung dgn tetampan;
menudungi menjadi sbg tudung pd, menutupi;
menudungkan menutupkan sesuatu sbg tudung: kain itu
ditudungkan pd mukanya;
tertudung tertutup dgn tudung: mukanya tidak kelihatan kerana ~
dgn kain;
penudungan perihal menudung (menudungkan);
penudung sesuatu yg dipakai utk menudung (menudungi),
penutup.
tudung II; ~ periuk = ~ tempayan sj ikan laut, Platacidae.
tudung III; ~ roman sj tumbuhan (pokok), guriam, lampin budak,
penculam, puding, seleguri (betina), selulang bukit, unting-unting,
Clerodendron disparifolium.
tufah Ar = buah ~ buah epal.
tugal batang kayu dll yg tajam hujungnya utk melubangi tanah utk
ditanami (padi dll); padi ~ padi yg ditanam di tanah kering, padi
huma;
menugal membuat lubang dgn tugal di ladang dll (utk menanam
padi, jagung, dll): setelah siap membakar kira-kira dua minggu
mulailah~; asal ditugal adalah benih prb sesuatu usaha
itu tentu ada hasilnya;
menugalkan menanamkan benih padi (jagung dll) dgn
menggunakan tugal: demikian cara orang ~ bibit padi ladang;
tugalan = padi ~ padi yg ditanam dgn cara menugal; tukai.
tugar ark tugal.
tugas I 1. = ~ kewajiban sesuatu (kerja, tanggungjawab, dll) yg mesti
dilaksanakan, sesuatu yg ditentukan utk dikerjakan,
tanggungjawab: ~nya ialah memberi penerangan kpd penduduk;
sempurnalah ~nya sbg seorang anak; 2. suruhan utk melakukan
sesuatu (drpd pihak yg berkuasa), arahan, perintah: dia telah diberi
~ utk memulihkan keadaan huru-hara di tempat itu; 3. kerja yg
dijalankan oleh sesuatu jabatan (bahagian tubuh dll), fungsi: apa ~
karburetor pd enjin kereta?;
bertugas (sedang atau tengah) menjalankan tugas, bekerja: dia
sekarang sedang ~ sbg seorang guru besar di Sekolah Kebangsaan
Tanjung Keling;
menugaskan menyerahkan sesuatu tugas (pekerjaan dll) kpd,
memerintahkan supaya melaksanakan sesuatu: ia telah ditugaskan
utk menterjemahkan buku itu ke dlm bahasa kebangsaan;
menugasi memberi seseorang tugas;
tugasan kerja tertentu terutamanya yg perlu dilaksanakan
(disiapkan) oleh pelajar, tugas ilmiah dsb: dlm ~ ini mereka dilatih
melaporkan pemerhatian dan pengalaman sendiri;
penugasan perihal menugas seseorang, penyerahan sesuatu tugas;
petugas orang yg bertugas (utk melakukan sesuatu), pekerja.
tugas II ark; menugas menuduh tanpa sebarang bukti yg nyata: dituduh
akan dia kafir dan ditugas ia mencabul segala gundik ayahnya;
tukas I.
tugu 1. sj tiang besar dan tinggi yg dibina drpd batu dll; 2. = ~
peringatan tiang batu yg dibina utk memperingati sesuatu
(keguguran pahlawan dlm peperangan dll).
tuha sl tua.
tuhan I sesuatu (spt dewa dsb) yg dipuja oleh golongan manusia yg
agama atau kepercayaan mereka tidak berasaskan kepercayaan kpd
Tuhan Yg Esa;
bertuhan percaya kpd atau memuja tuhan; ~ kpd memuja
(mendewakan) sesuatu sbg tuhan;
bertuhankan bertuhan kpd: ~ harta benda;
mempertuhan, mempertuhankan menganggap (memuja) sesuatu
sbg tuhan, memperdewakan sesuatu: suatu pemikiran yg ~ harta,
spt pemikiran dan fahaman kapitalis.
Tuhan II Allah yg mencipta alam semesta: Nabi Musalah yg pertama
sekali dapat bercakap dgn ~ di Bukit Tursina; ~ Yg Esa Allah yg
hanya satu (tunggal);
bertuhan percaya kpd Tuhan; orang yg tidak ~ orang yg tidak
percaya adanya Tuhan;
ketuhanan 1. sifat keadaan Tuhan: Maha Suci bagi Allah yg tinggi
~-Nya dan tiada sekutu bagi-Nya; menunjukkan ~-Nya
menunjukkan sifat-sifat keadaan-Nya sbg Tuhan; 2. perihal Tuhan;
ilmu ~ ilmu mengenai Tuhan dan agama; 3. kepercayaan
(kebaktian) kpd Tuhan; dasar percaya kpd Tuhan yg Maha Esa.
tuhfah, tuhfat Ar hadiah atau pemberian yg berharga, cenderamata.
tuhfatulajnas Ar berbagai-bagai hadiah (bingkisan, cenderamata, dll) yg
mahal-mahal harganya.
tuhu Jk; burung ~ sj burung, burung culik-culik.
tuhus Br 1. semakin kempis (bengkak, bisul, dll); 2. semakin berkurang
(air masakan dsb).
tuhut Br lutut.
tui I menumpang modal pd orang yg bermain judi.
tui II C meminta berhenti sebentar, cup (dlm permainan kanak-kanak).
tui III membaling, melempar, melontar.
tui IV merendam kaki dlm air panas (utk berubat).
tui V sj tumbuhan (pokok), joran, Dolichandrone spathacea.
tuidi Jk ark penolong ketua kampung.
tuil sesuatu yg digunakan utk mengangkat sedikit (menaikkan barang yg
berat-berat dll), penyungkit, tuas;
menuil menyungkit (mengungkit) dgn tuil, menuas;
penuilan perihal (proses, perbuatan, kerja dsb) menuil sesuatu: ~
bongkah batu besar yg terbenam itu dilakukan secara gotongroyong.
tuisyen bimbingan tambahan yg diberikan kpd pelajar (individu atau
kumpulan kecil) bagi mata pelajaran tertentu: dia mencari nafkah
dgn memberi ~ kpd pelajar-pelajar sekolah.
tuit sj kain bulu yg tebal dan lembut, kain teriko.
tuja Jh tuju.
tujah; menujah menusuk dgn benda tajam (lembing, tombak, dll) dr atas
ke bawah, menohok, meradak: mata pena itu cuma ditujah-tujah
pd kertas;
menujahkan menusukkan tombak (lembing dsb) arah ke bawah,
merohokkan;
tertujah ditujah oleh, tertusuk, tercucuk: kakinya ~ duri nibung;
tujahan hasil menujah, tusukan: harimau itu langsung tidak
menghiraukan ~ lidi sumpitan yg bertali arus memacak pd
tubuhnya.
tujal  tunjal.
tuji sl berulang-ulang (melakukan sesuatu), bertubi-tubi, berturut-turut.
tuju I 1. arah, hala, jurusan: ke mana ~nya?; 2. = tujuan maksud,
kehendak, sasaran;
setuju 1. = setujuan sama arahnya (maksudnya, tujuannya, dll):
dasar perjuangan kita adalah ~; 2. = bersetuju tidak bertentangan
(pendapat, fikiran, dll), semuafakat, sependapat: aku ~ dgn katakatanya;
3. = bersetuju serasi, cocok, sesuai: jikalau barang suatu
perkataan itu dipakai berpatutan dgn tempatnya nescaya sedaplah
bunyinya dan ~lah dgn ertinya; 4. ark = bersetuju tertarik hati
kpd, berasa senang akan, berkenan: jika tuan ~ ambillah; 5. =
bersetuju, bersetujuan berbetulan (dgn), bertepatan (dgn);
menyetujui, mempersetujui menyatakan bersetuju dgn, tidak
menentang atau membangkang (pendapat dll), membenarkan,
mengiakan: rasa berat hati anakanda hendak ~nya; permintaan itu
dipersetujuinya;
menyetujukan, mempersetujukan menjadikan setuju,
mencocokkan, mengakurkan, menyesuaikan;
persetujuan 1. pernyataan setuju (memperkenankan,
membenarkan), pembenaran, pengesahan: pernikahan anaknya
tempoh hari tidak mendapat ~nya; 2. sesuatu yg telah dipersetujui
(oleh kedua-dua belah pihak), kata sepakat yg dicapai, perjanjian:
akhirnya mereka mendapat ~ membuka kedai buku dgn modal lima
puluh ringgit seorang; 3. perihal setuju, kecocokan, keselarasan,
kesesuaian;
menuju 1. = ~ ke = ~ arah ke pergi ke, arah ke: maka kedua-dua
hulubalang itu berjalanlah ~ gunung itu; 2. mengikut arah (hala),
mengabah, mengarah, menghala: pembuluh ini masuk ~ ke hati; 3.
membalingkan (melontarkan) kpd: melempar ~ tampuk; 4.
menghendaki, memaksudkan: engkau yg ditujunya, tetapi yg lain
yg didapatinya; 5. bermaksud utk mencapai, bertujuan utk
menuntut sesuatu: segala perintah dan hukumnya itu ~ kpd suatu
perkara yg besar, iaitu kesenangan hati bagi segala rakyatnya
juga;
menujui menuju: tidak lama kemudian sampailah mereka ke
negeri yg ditujui;
menujukan 1. membawa sesuatu arah ke, mengarahkan ke,
mengacukan ke: kapal itu hendak ~ haluannya ke laut; 2.
mengalamatkan kpd, mengarahkan kpd, menyampaikan kpd: Radio
Malaysia sedang merancang siaran dlm bahasa Perancis yg
ditujukan kpd pendengar di Vietnam;
tertuju 1. kena tuju, dituju; 2. = ~ kpd diarahkan (dialamatkan,
dimaksudkan, ditujukan) kpd: kedua-dua matanya tetap ~ ke muka
Muhammad Sani; 3. ki tertumpu (pd): fikirannya ~ kpd gadis genit
itu;
tujuan 1. arah, hala, haluan; 2. yg dituju, maksud, matlamat,
tuntutan: tiap-tiap manusia berusaha utk mencapai ~ ini; ~
penderita = pelengkap ~ Id objek (dlm ayat), penyambut (dlm
ayat);
bertujuan 1. mempunyai tujuan, ada yg dituju (dimaksudkan),
berhaluan: nampaknya tuan hamba juga ~ hendak ke tempat
mereka; 2. Id memakai penyambut atau objek (ayat dll);
ketuju; ~ di hati a) tertarik hati, terpikat hati, suka; b) yg disukai,
yg digemari;
diketujui ark disukai, digemari;
penuju; ~ di hati ketuju di hati.
tuju II jampi (mantera dll) yg dibaca utk membuat orang jatuh sakit atau
mati: ayahanda lepaskanlah ~ ini;
menuju menggunakan (melepaskan) tuju pd: ~ orang sampai mati.
tujuh bilangan enam ditambah satu (7), angka 7; ~ belas 17; ~ puluh 70;
bintang ~ nama gugusan bintang yg tujuh banyaknya, Pleiades;
~ keliling Jk sakit kepala yg amat sangat; ~ likur malam yg kedua
puluh tujuh (dlm bulan Ramadan);
ketujuh-tujuh tujuh-tujuh sekali, tujuh semuanya: ~ anaknya
sudah dewasa dan berjaya dlm hidup masing-masing; ~ majalah
ini mempunyai khalayak sasarannya yg berlainan;
bertujuh tujuh jumlahnya, tujuh (orang dll) semuanya;
menujuh; ~ bulan mengadakan kenduri pd ketika orang
mengandung tujuh bulan; ~ hari mengadakan kenduri pd hari yg
ketujuh selepas seseorang meninggal;
penujuh kenduri kerana menujuh hari.
tukah Tr sj pari kecil.
tukai; menukai ark menugal (ladang dll);  tugal.
tukal I ukuran banyaknya benang (1 tukal = 16 rian, 16 tukal = 1 bantal).
tukal II Kd tugal.
tukal III Tr sj labu yg tebal isinya dan berwarna kuning.
tukam; menukam menziarahi orang mati, melawat.
tukang I 1. orang yg mahir dlm sesuatu pekerjaan tangan, pandai; ~ besi
orang yg pandai membuat alat drpd besi (parang, pisau, dll); 2.
orang yg pekerjaannya membuat (menjual, mengurus, dll) sesuatu
yg tertentu: ~ catat; 3. orang yg suka atau biasa melakukan sesuatu
(yg umumnya kurang baik); ~ copet orang yg gemar mencopet; 4.
ahli (sbg kata cemuhan); ~ kritik orang yg gemar mengkritik orang
lain;
~ air penjual atau pengangkat air; ~ ampu orang yg suka
mengampu (bermuka-muka dgn ketuanya dll); ~ andam orang yg
pandai mengandam pengantin biasanya pengantin perempuan); ~
api orang yg menjaga api (di kapal dll); ~ arloji orang yg
pekerjaannya membaiki jam; ~ asah sl orang yg pandai mengasah
gigi; ~ bang bilal, muazin; ~ batu orang yg pandai membuat
perkakas drpd batu; ~ beca penarik beca; ~ bendera = ~ kebut Id
penjaga garisan (dlm permainan bola sepak dll): ~ botol = ~ loak
orang yg membeli dan menjual barang-barang lama; ~ canai
tukang mengasah pisau dll; ~ catut broker (cangkau); ~ cerita
orang yg suka bercerita; ~ cetak orang yg pekerjaannya mencetak
(buku dll); ~ cuci dobi, penatu; ~ cukur orang yg pekerjaannya
mencukur (janggut, rambut, dll); ~ daging penjual daging; ~ dobi
pencuci kain (pakaian); ~ elektrik orang yg memasang dan
membaiki alat-alat elektrik; ~ emas orang yg pandai membuat
barang-barang perhiasan dll drpd emas; ~ es Id penjual air batu
(aiskrim); ~ gambar orang yg kerjanya mengambil gambar dgn
kamera; ~ gerobak orang yg pekerjaannya menjalankan gerobak; ~
gunting orang yg pekerjaannya menggunting rambut; ~ hias
jurusolek (pesolek); ~ ikan penjual ikan; ~ jahit orang yg
pekerjaannya mengambil upah dgn menjahit; ~ karang orang yg
mengarang(kan) sesuatu (lagu, cerita, dll); ~ karut orang yg paling
penting dlm persembahan dikir barat yg menyampaikan lagu dan
pantun secara spontan dan agak rancak; ~ kasut = ~ sepatu orang
yg pandai membuat (membaiki) kasut; ~ kayu orang yg pandai
membuat barang-barang (kerusi, meja, dll) drpd kayu; ~ kebun
orang yg menjaga kebersihan kawasan rumah (sekolah dll); ~
kelarah orang yg pandai sedikit-sedikit membuat bermacammacam
kerja tetapi tidak mahir betul; ~ kereta orang yg pandai
membaiki kereta; ~ korek orang yg suka mengkritik (mencela,
mencari kesalahan, dll); ~ lelucon pelawak; ~ mabuk pemabuk; ~
masak orang gajian yg kerjanya memasak; ~ pangkas tukang
gunting; ~ pedati orang yg pekerjaannya menjalankan pedati; ~
pidato orang yg pandai berpidato; ~ pos penghantar surat-surat
pos, posmen; ~ rumah orang yg kerjanya membina atau membaiki
rumah; ~ sapu orang yg kerjanya menyapu sampah; ~ sate orang
yg menjual sate; ~ sampah orang yg mengangkat sampah; ~ sayur
penjual sayur; ~ sihir orang yg pandai membuat sihir, ~ serabot
orang yg suka menyerobot; ~ silap mata pemain silap mata; ~
sukat pekerja yg menyukat (mengukur) tanah dll; ~ sunat mudin; ~
susu penjual susu; ~ tadah orang yg menerima barang-barang
curian; ~ tenun penenun kain dll; ~ tenung ahli nujum; ~ ternak
wang orang yg meminjamkan wang dgn mengambil bunga; ~ ubat
penjual ubat; ~ urut orang yg pandai mengurut; ~ wang orang yg
menjaga urusan wang (di pejabat dll); ~ warung orang yg
mempunyai warung (tempat menjual barang makanan dll); ~ tidak
membuang kayu prb orang yg cerdik sayang kpd sekalian macam
orang kerana tiap-tiap mereka itu ada gunanya;
bertukang, menukang mengerjakan pekerjaan tukang (membuat
barang-barang dll): aku tahu dia banyak kebolehan, menulis,
melukis dan ~ ;
tukang-menukang segala yg berkaitan dgn pekerjaan tukang
(membuat barang-barang dll);
menukangi mengerjakan sesuatu sbg tukang: ia menyuruh
membuat pancapersada tujuh tingkat, lima kemuncaknya, terlalu
indah-indah perbuatannya, Batala ~nya;
ketukangan kepandaian bertukang, keahlian bertukang:
sepatutnya engkau menunjukkan ~ engkau kpd aku;
pertukangan 1. perihal bertukang; sekolah ~ sekolah utk melatih
orang menjadi tukang; 2. pekerjaan bertukang: ada baiknya ~
bangsa sendiri itu dihidupkan semula; 3. persatuan (himpunan)
para tukang.
tukang II; burung ~ a) = ~ besi sj burung takau, Megalaima australis; b)
~ malam sj burung, burung kubur, burung malas, burung segan,
Caprimulgus asiaticus.
tukar bp = bertukar; ~ barang bertukar barang dgn barang (dlm
perdagangan); ~ cincin saling memberi cincin tanda (pd hari
pertunangan); ~ ganti memberi ganti (benda yg telah hilang dll); ~
tambah bertukar barang dgn memberi tambahan wang;
bertukar 1. memberi dan menerima gantinya, saling memberi:
kedua-dua lelaki berjabat tangan, sedang kedua-dua perempuan ~
sapa; 2. berubah kpd bentuk (rupa dll) yg lain: mukanya yg jernih
tadi tiba-tiba ~ menjadi muram; ~ dr yg sudah-sudah berlainan
(berubah) dr yg sudah-sudah; 3. berganti dgn yg lain, bersalin
(pakaian dll), bersilih (kulit, bulu, dll): timbanya yg dibuat drpd
upih itu empat hari sekali ~; 4. berpindah dr suatu tempat ke
tempat yg lain (dr kereta ke kereta yg lain dll): dia sekarang sudah
~ ke Ipoh;
~ adat berubah adatnya (berlainan drpd yg biasa); ~ akal menjadi
gila; ~ baju (pakaian) bersalin baju (pakaian); ~ bulu a) berganti
dgn bulu yg baru (burung dll), bersilih bulu; b) ki berubah
pegangan (pendapat, pendirian, dll); ~ fikiran a) berbincang,
berbahas; b) berubah pendapat (pendirian dll); c) gila; ~ ganti
berganti dgn yg baru; ~ haluan berubah arah (haluan dll); ~ hati a)
sudah berubah perasaan hati; b) lain di mulut lain di hati; ~ kulit a)
bersalin kulit (ulat dll); b) ki berubah pendapat dll; ~ lalu bertukar
barang dgn tidak menambah wang; ~ sebut tidak sama atau
berbeza pendapat (perkataan dll); ~ tangan berpindah kpd orang
lain (pihak lawan dsb); ~ tempat a) yg satu berpindah ke tempat yg
lain dan kebalikannya; b) berpindah tempat; seiring ~ jalan, seia ~
sebut prb orang yg setujuan maksud atau faham tetapi berlainan
cara melaksanakannya;
bertukar-tukar 1. selalu berganti, berganti-ganti; 2. saling
mengambil hak orang lain (kerana tersalah atau tersilap); 3. saling
memberi: mereka dibenarkan ~ hadiah yg kecil-kecil; kami sering
berbincang dan ~ pendapat;
bertukaran, bertukar-tukaran saling memberi sesuatu, berimemberi:
mata kami sentiasa bertukar-tukaran pandangan yg
membawa makna;
menukar 1. mengganti dgn yg lain: ~ pakaian; 2. merubah kpd
keadaan yg lain: air boleh ditukar menjadi wap jika dipanaskan;
kemudian ia ~ haluannya serta belayar menghala ke utara; 3.
menghantar (meletakkan dll) ke tempat lain, memindahkan; 4. Mn
membeli-belah, berbelanja;
tukar-menukar saling memberi, beri-memberi: pd zaman dulu
orang menjalankan perniagaan dgn cara ~ barang;
menukari memberi sesuatu sbg ganti, mengganti: ~ wang kertas
dgn wang perak;
menukarkan 1. menggantikan dgn yg lain: yg dibuat oleh baginda
itu hanyalah ~ orang Portugis yg lemah dgn orang Belanda yg
lebih kuat; 2. mengubahkan kpd sesuatu yg lain (menjadi sesuatu
yg lain): ketiga-tiga itu pun mulalah bertapa dan bersetuju ~ nama
mereka; 3. menghantarkan (memindahkan, meletakkan dll) ke
tempat lain: aku akan ditukarkan ke Pahang bulan depan;
mempertukarkan 1. menukarkan; 2. menjadikan bertukar(-tukar);
tukaran sesuatu yg ditukarkan, pengganti: jikalau tuan hendak
melepaskan katak ini berilah ~nya;
pertukaran perihal bertukar (mempertukarkan), pergantian,
perubahan, perbuatan, dsb bertukar-tukar (pendapat dsb):
sebagaimana mata pelajaran lain, pelajaran senaman juga
menghendaki ~ dr satu jenis ke satu jenis yg lain; suasana
pertemuan dan ~ pendapat antara para editor; ~ asing wang atau
mata wang asing (yg digunakan dlm perniagaan antara negara);
penukaran perihal menukarkan (mengubahkan, memindahkan,
menggantikan, dll), pemindahan, penggantian, pengubahan:
diadakan ~ tandatangan sbg cenderamata;
penukar orang atau alat yg menukar(kan); ~ wang orang yg
menukar wang (wang dlm negara dgn wang luar negara).
tukas I; menukas, menukasi mendakwa tanpa bukti yg cukup, menuduh
sembarangan;
tukasan dakwaan yg tidak beralasan; tugas II.
tukas II Mn kembali semula, ulang;
bertukas-tukas berulang (datang dll);
menukas melakukan sesuatu berulang-ulang, mengulang lagi.
tukas III sj tumbuhan (palma), Caryota mitis.
tukik I; menukik 1. turun (terjun, terbang, dll) ke bawah dgn kepala
dahulu, menjunam: kapal-kapal terbang Jerman ~ lurus dr udara
menyerang kapal-kapal pihak Berikat di Laut Tengah; 2.
memandang (membidik dll) arah ke bawah; 3. = ~ api ark
menghidupkan api dgn batu api, mencetus api;
menukikkan menggerakkan (menerjunkan, melayangkan, dll)
arah ke bawah dgn kepala dahulu, menjunamkan; ~ layang-layang
menurunkan layang-layang (dgn menjunamkannya); ~ tombak
menusukkan tombak ke bawah; ~ pandang = ~ pemandangan
menghalakan pandangan ke bawah, melihat (memandang) ke
bawah.
tukik II toreh pd kayu dll yg agak dalam (pd batang getah yg telah
ditoreh dll), takik;
menukik memarang dll membuat tukik, menakik, menakuk,
menoreh: kuli-kuli sedang asyik ~ getah atau memetik buah kelapa
sawit;
tertukik 1. lut (makan) ditukik, boleh ditukik; 2. berbekas spt
ditukik; ~ jejak mendaki, tersendorong jejak menurun prb kaum
kerabat yg telah jauh itu tiadalah sangat kuat pd hak waris.
tukil I sj tabung drpd buluh dll (utk mengisi air nira dll).
tukil II ark  nukil.
tukolit (Kim) mineral uranium yg mengandungi antara 2% hingga 8 %
uranium oksida.
tuksedo (tuksédo) sj jaket lelaki berwarna hitam  atau putih yg biasanya
dipakai dgn tali leher kupu-kupu utk menghadiri majlis rasmi.
tukul = penukul pemukul (kecil), martil; ~ besi tukul yg dibuat drpd
besi; ~ kayu tukul yg dibuat drpd kayu; adat ~ lantak bayaran utk
menentukan sempadan tanah (memasang pancang dll); tapak ~
kesan drpd melakukan sesuatu (bukti drpd mengerjakan sesuatu);
menukul memalu (memantak, melantak, dll) dgn tukul: kepingan
logam menjadi panas apabila ditukul.
tukun batu di laut yg tidak kelihatan (berbahaya utk kapal), batu karang:
maka Selampit pun jatuhlah di dlm laut lalu tersepit di celah ~ tiga
tiada boleh bergerak lagi; ~ tiruan longgokan tayar buruk dll
dll di dasar laut yg digunakan sbg tempat ikan berlindung dan
membiak.
tukung Kd, Kl, Pn gondol, botak.
tukup Mn penutup, tudung, tutup.
tukus I; angin ~ angin yg mula-mula selepas musim hujan.
tukus II tukas III.
tul; main ~ sj permainan kanak-kanak, main galah panjang.
tulah I kemalangan yg menimpa kerana melanggar larangan (melakukan
sesuatu yg kurang baik terhadap orang tua-tua, menderhaka kpd
raja, dll), kualat, kutuk: ampun beribu-ribu ampun, takutlah patik
menjadi ~ duduk di atas peterana ini tempat bersemayam adinda;
~ papa kutuk yg mendatangkan kesengsaraan (kepapaan); takut ~
Br takut mendapat kecelakaan keranan melawan perintah ibu bapa;
takut akan ~ baginda takut akan kualat baginda;
menulahi mengenakan tulah kpd, mengutuki (menyumpahi dll)
orang supaya mendapat kemalangan;
ketulahan mendapat kemalangan kerana ditimpa tulah, menderita
tulah: baginda telah ~ pd raja Melaka kerana yg sebenarnya raja
Melaka itu tiada patut berkirim sembah kpd raja China.
tulah II IB, bp elaun (belanja hidup dll), tambahan (pd gaji).
tulang I 1. rangka tubuh manusia (binatang) atau bahagian-bahagiannya:
~ ayam; ~ ikan; ~ dadanya retak akibat kemalangan itu; 2. ki
sesuatu yg menyerupai tulang atau rangka; ~ daun urat pd daun;
~ andas salah satu tulang kecil dlm telinga tengah mamalia, yg
terletak di antara tulang rakap dgn tulang tukul; ~ ari-ari = ~ som
tulang pd bahagian ari-ari; ~ air mata tulang yg nipis spt sisik
terdapat pd sebelah atas rongga mata; ~ belakang a) = ~ punggung
Id = ~ ula-ula tulang yg beruas-ruas dr tengkuk hingga ke
punggung; b) ki orang atau sesuatu yg menjadi sumber atau pusat
kekuatan atau tenaga (sesuatu perkumpulan, pertubuhan, dll); c)
bahagian jilidan buku yg kelihatan apabila buku disusun di rak; ~
belikat = ~ daun = ~ dayung = ~ kipas = ~ tamparan nyamuk
tulang yg berbentuk spt kipas pd belikat; ~ belulang tulang dan
kulit sahaja; ~ belut sj jahitan yg umumnya terdapat pd baju teluk
belanga; ~ benih Kl senjata utk membunuh; ~ bercagak = ~
pengancing tulang rahang atas dan rahang bawah; ~ bercerai = ~
berselisih = ~ tercabut = ~ tergeliat = ~ terkehel tulang yg tersalah
letak (kerana terseliuh, tergeliat, dll); ~ betis a) = ~ kering tulang
dr lutut hingga ke pergelangan kaki; b) tulang dr lutut hingga ke
pergelangan kaki pd sebelah belakang, fibula; ~ buku bahagian
belakang buku; ~ buku lali tulang yg berbonggol hampir dgn
pergelangan kaki; ~ bumbung kayu yg membujur pd bumbung
rumah (utk menyangga kasau); ~ cagak = ~ pipi tulang di antara
rongga mata dgn telinga; ~ caping = ~ hulu hati = ~ sudu hati
tulang yg lembut pd hujung tulang dada; ~ cenak tulang yg
melintang dr pangkal leher hingga ke pangkal bahu; ~ cenonot = ~
kongkeng = ~ tongkeng = ~ sulbi tulang di bawah sekali pd
bahagian tulang belakang, yg terletak di punggung; ~ dada = ~
papan = ~ rimau menangis tulang yg pipih di tengah-tengah dada
(tempat tulang rusuk bertemu), sternum; ~ dahi tulang pd bahagian
dahi; ~ daun a) tulang belikat; b) urat pd daun; (dgn) ~ delapan
kerat ki hanya tubuh sahaja; ~ empat kerat anggota badan (kaki
dan tangan); ~ gigi = ~ rahang bawah tulang yg membentuk dagu
(tempat gigi bawah melekat); ~ godok kepala tulang pd bahagian
belakang tengkorak; ~ halus = ~ ketul = ~ muda = ~ rawan tulang
yg lunak atau lembut; ~ hasta tulang tangan yg di sebelah dalam; ~
hitam bp sumsum; ~ kamkam tulang cagak; ~ karang tulang yg
rupanya spt karang; ~ kelek buyung bahagian atas tulang pungkur;
~ kemburan tulang pd tapak tangan; ~ keng bahagian hujung tulang
rahang; ~ kering tulang pd bahagian kaki di sebelah hadapan betis,
tulang pd bahagian kaki dr lutut ke buku lali; ~ ketuk jari buku jari
(utk meluku); ~ kucing = ~ lengan atas = ~ pangkal lengan tulang
dr bahu hingga ke siku; ~ langit-langit tulang yg di sebelah atas
mulut (pd langit-langit); ~ lebar = ~ ruas tengkuk tulang yg
beruas-ruas pd leher; ~ lembusir = ~ papan bahu tulang belikat dan
tulang selangka; ~ mata duli = ~ mata kaki = ~ alah mak bonggol
tulang betis hampir dgn pergelangan kaki (tulang buku lali); ~
mereh tulang spt tapak kuda yg hampir dgn pangkal lidah; ~ paha
= ~ selangka katak tulang dr lutut hingga ke pangkal paha; ~
pangkal paha = ~ pungkur = ~ punggung tulang yg lebar pd
bahagian pinggang hingga ke punggung; ~ pantat = ~ punggung =
~ pelana bahagian tulang pungkur yg di bawah sekali; ~ papan
pungkur = ~ ruas pinggang = ~ ruas punggung bahagian tulang
belakang dr pinggang ke punggung, sulbi; ~ pelipis = ~ pelipisan =
~ tudung bahagian tulang tengkorak di antara dahi dgn telinga; ~
pemulas = ~ pengumpil tulang di antara siku dgn pergelangan
tangan yg di sebelah luar; ~ perabung kayu palang yg dipasang pd
persilangan kasau jantan (utk menyangga perabung); ~
pergelangan kaki tulang di antara tulang tumit dgn buku lali; ~
pergelangan tangan tulang yg menghubungkan jari dgn lengan,
buku tangan, sendi tangan; ~ pukang a) tulang pangkal paha; b)
tulang paha lembu bahagian atas kaki belakangnya; ~ rahang
tulang tempat gigi melekat; ~ rakap salah satu tulang kecil dlm
telinga tengah mamalia, yg terletak di bahagian paling dalam
dibandingkan dgn dua tulang kecil yg lain (andas dan tukul); ~
rangka segala tulang yg menjadi rangka tubuh badan, kerangka; ~
rawan a) tulang muda; b) tulang dada (binatang); ~ ruas tulang yg
beruas-ruas (tulang belakang dll); ~ ruas jari tulang yg merupakan
bahagian drpd jari; ~ rusuk tulang yg melingkungi rongga dada; ~
selangka tulang cenak; ~ sudu hati = ~ sedu hati tulang caping; ~
sumsum tulang yg berisi sumsum, mis tulang belakang; ~ tangan
tulang dr siku hingga ke pergelangan tangan; ~ tengkorak dua
tulang pd sebelah kiri dan kanan kepala; ~-temulang seluruh tulang
dlm tubuh; ~ tukul salah satu tulang kecil dlm telinga tengah
mamalia, yg bersentuhan dgn gegendang telinga dan bersendi dgn
tulang andas: beratus-ratus tahun lamanya daging, kulit dan ~-
temulangnya tertanam di dalam bumi; ~ teras tentera Id ark induk
tentera; ~ tudung tulang di antara tulang tengkorak dgn tulang
pelipis; ~ tumit tulang pd bahagian tumit (os calcis); ~ tongkeng
tulang cenonot; ~ tunjang a) tulang di antara jari kaki dgn tumit; b)
kaki ayam (burung dll); ~ tutup dahi tulang dahi yg benar-benar di
atas mata;
minta ~ ke lidah = minta ~ ke lintah prb menghendaki sesuatu yg
tidak akan dapat; putih ~ dikandung tanah, budi baik dikenang
juga prb budi bahasa yg baik itu tidak akan dilupakan orang;
ringan ~ berat perut prb orang yg mahu bekerja berat serta dgn
rajinnya tentu akan mendapat rezeki; tinggal ~ dgn kulit = tinggal
kulit pembalut ~ prb perihal orang yg sangat kurus;
bertulang 1. mempunyai tulang; ikan ~ ikan yg mempunyai
tulang; 2. mempunyai rangka atau tulang (drpd besi, kayu, dll);
beton ~ Id simen yg dikuatkan dgn besi di dalamnya;
lidah tiada ~ prb orang yg mudah membuat janji dan mudah pula
mengubah janjinya;
menulangi membuang tulang (ikan dll);
tulang-tulangan 1. segala macam tulang (dlm tubuh), rangka
tubuh; 2. rangka rumah (drpd kayu dll);
ketulangan terlekat atau tersangkut tulang ikan dll di kerongkong;
pertulangan ark (Bali) tempat mayat dibakar;
penulangan pembentukan tulang atau bahan bertulang.
tulang II; ~ daing sj tumbuhan (pokok), jenaris, Millettia atropurpurea;
akar ~ daing bukit sj tumbuhan (pokok memanjat), jenderih,
Derris thysiflora; kayu ~ sj tumbuhan (pokok); a) Arytera
littoralis; b) Memaocylon costatum; rumput ~ belalang sj
tumbuhan (rumpai), rumput telur kutir, Eragrostis amabilis.
tulang-tulang 1. sj tumbuhan (pokok), tentulang, Euphorbia tirucalli; 2.
sj tumbuhan (pokok), gading-gading, Prismatomeris malayana; 3.
sj tumbuhan (pokok), berombong, merombong, Timonius
pendicularis.
tular; menular 1. membiak atau menjangkit (penyakit, benih penyakit):
penyakit itu mudah ~; 2. ki merebak ke merata-rata tempat
(sesuatu yg kurang baik), menjalar: apabila sikap acuh tak acuh ~
kpd seluruh masyarakat, apa-apa rancangan pun tidak akan
mendapat sambutan;
menulari menular kpd, berjangkit kpd, menjangkiti: penyakit
malaria yg ~ penduduk kawasan luar bandar masih belum dapat
dihapuskan lagi;
menularkan menjadikan menular, merebakkan, menjangkitkan:
ada antara kita yg secara sedar atau tidak sedar telah
menanamkan dan ~ keresahan sesama manusia;
ketularan dihinggapi penyakit menular, kejangkitan;
penularan perihal menular (menulari, menularkan): ~ krisis itu
hanya berkisar antara beberapa orang anggota yg tertentu;
penular agen (spt serangga dsb) yg menularkan penyakit dsb:
serangga itu berperanan sbg ~ penyakit.
tulat hari selepas lusa (tiga hari selepas hari ini).
tulen (tulén)  tidak  bercampur  (dgn  yg  lain),  bukan  tiruan,  asli,  sejati:
anak Melayu ~; emas ~ emas yg sejati (bukan campuran);
ketulenan perihal tulen, keaslian, kesejatian: duit ialah sj mata
wang yg dibuat drpd logam yg mempunyai timbangan dan ~ yg
diakui oleh pihak pengeluarnya;
penulenan 1. proses menulenkan sesuatu unsur: proses ~ silikon;
2. alat utk menceriakan sesuatu spt air, udara, dll: milikilah ~ air
Kambrook percuma yg istimewa ini apabila anda membeli manamana
mesin basuh.
tuli tidak dapat mendengar (kerana rosak alat pendengaran), pekak; ~
sebelah tidak dapat mendengar dgn sebelah telinga; buta ~ tidak
mempedulikan sesuatu apa;
menulikan = ~ telinga 1. menyebabkan jadi tuli (kerana terlalu
kuat bunyinya dll), memekakkan: teriakan penjaja itu ~ telinga; 2.
membuat tuli (dgn sengaja), berpura-pura tuli (kerana tidak mahu
mendengar dll);
ketulian perihal tuli, kepekakan.
tulip sj tumbuhan taman drpd genus Tulipa di negara beriklim sederhana
spt Belanda, yg tumbuh drpd bebawang, dan bunganya berbentuk
spt loceng yg terdapat dlm pelbagai warna.
tuli-tuli sj tali (drpd benang sutera, emas, perak, rotan, dll) utk
melekatkan sarung keris pd tali pinggang.
tulium (Kim) sj unsur logam.
tulis; batu ~ a) papan batu (utk menyurat); b) = batu bertulis batu
bersurat, prasasti; bilik ~ bilik tempat menyurat (membaca dll);
buku ~ = kitab ~ buku kosong utk menyurat; kain ~ kain batik;
kapur ~ kapur utk menyurat pd papan hitam dll; mesin ~ alat untuk
menaip, mesin taip; spt ~ di atas air prb nasihat yg baik itu
tidaklah berguna kpd orang yg memang jahat;
bertulis ada tulisannya, sudah ditulis, bersurat: surat yg ~ dgn
huruf Jawi; batu ~ batu tulis; ~ tangan disurat dgn tangan;
menulis 1. mencatat kata-kata dgn huruf dan memakai pena
(kalam, kapur, pensel, dll), menyurat: pd masa kanak-kanak
berada di dlm darjah satu, mereka mulai belajar ~; 2. melahirkan
perasaan (fikiran dll) dgn catatan yg memakai huruf, membuat
surat, mengarang: tiada empat orang dlm negeri ini yg tahu ~ spt
tuan ini; jika yg ditulis olehnya berlawanan dgn yg sebenarnya
sudah tentu ia akan merupakan racun yg amat berbahaya; 3. sl
membuat gambar, menggambar, melukis: laksana gambar baru
ditulis; 4. membuat kain batik (dgn tangan), membatik;
tulis-menulis perihal menulis (mengarang dll), karang-mengarang;
menulisi menulis (menyurat) pd: jangan ditulisi buku ini;
menuliskan 1. menulis sesuatu di, mencatatkan: dia meminta
kertas drpd jururawat, lalu ~ namanya; 2. menggunakan sesuatu
utk menulis, menulis dgn (pensel dll): bagaimana hendak ~ pensel
yg tumpul ini?; 3. menceritakan dgn menulis, mengarangkan,
menyuratkan: cerita ini kutuliskan secara roman sejarah; 4.
menulis (mengarang, menyurat) utk orang lain: dia meminta saya
~nya sepucuk surat; 5. membuatkan gambar (peta dll),
menggambarkan, melukiskan: inilah waktu baik engkau tuliskan
peta negeri Judah ini;
tertulis telah atau sudah ditulis, tercatat, tersurat: harga yg ~ pd
peti itu ialah $7.50 sen;
tulisan 1. hasil drpd menulis, sesuatu yg ditulis, cara menulis: rupa
~mu spt cakar ayam; dgn ~ dgn ditulis (tidak dgn kata-kata); 2.
hasil sastera (dlm bentuk prosa atau puisi), karangan: pernahkah
dia membaca ~ Bertrand Russell?; 3. sl sesuatu yg digambarkan,
gambaran, lukisan; 4. kain yg dibatik (bukan dicetak), batik; 5.
sesuatu yg ditakdirkan, nasib, suratan;
~ cepat Id trengkas; ~ Jawi tulisan yg memakai huruf-huruf Jawi;
~ nasib suratan takdir; ~ Rumi tulisan yg memakai huruf-huruf
Rumi; ~ tangan tulisan yg ditulis dgn tangan (tidak ditaip atau
dicetak);
penulisan perihal atau kegiatan dsb menulis (mengarang dll), hasil
drpd menulis (mengarang dll): dlm usaha meringankan hikayat ini
saya telah mengikuti gaya ~ yg asal; versi 1965 ialah ~ kembali
teori asal dgn beberapa pindaan dan tambahan;
penulis 1. orang yg menulis: siapa ~ surat ini?; 2. pengarang
(novel, cerpen, dll), penyair, penyajak: hampir semua orang yg
hadir pd majlis itu ialah wartawan dan ~ belaka; 3. panitera,
setiausaha, sekretaris; ~ cepat jurutrengkas; 4. sl orang yg melukis
(menggambar), penggambar, pelukis: setelah dilihat oleh segala
Keling ~ itu, maka sekaliannya hairan; ~ tamu tokoh khas yg
diundang oleh sesebuah institusi, badan dsb utk menghasilkan
karya tulisan yg berupa novel, puisi dsb.
tulu ark sangat bodoh, hilang akal, bingung, tolol.
tuluk Kl sr utk menyatakan permainan menyorok dimulakan, jadi.
tulur sj tumbuhan, bereksa, Parkia javanica.
tulus = ~ hati = ~ ikhlas lurus hati, ikhlas, jujur, terus terang: dgn rasa ~
ikhlas ia menyambut panggilan orang itu;
menuluskan menjadikan tulus (bersih, suci), membersihkan (niat
dll): hendaklah tuluskan hatimu pd berbuat kebaikan kpd Allah;
ketulusan perihal tulus; ~ hati kebersihan dan kesucian hati,
kejujuran: manusia telah
menyia-nyiakan kejujuran dan ~nya.
tum I bunyi spt bunyi letupan meriam dll, dentum.
tum II Jw; ditum dimasak atau direbus dgn dibungkus dlm daun (bkn
daging atau ikan).
tum III = tali ~ bp tali kekang kuda.
tuma sj binatang halus spt kutu (terdapat pd binatang dan juga manusia);
perkuda ~ prb sesuatu yg mustahil akan diperoleh; sembunyi ~
kepala tersorok ekor kelihatan prb perihal orang yg berbuat
sesuatu yg kurang baik dan menyangka tiada siapa yg mengetahui
walhal diketahui semua orang; takutkan ~ dibuangkan kain prb
sebab takut akan rugi yg sedikit lalu mendapat rugi yg lebih besar
lagi.
tuman Jk sudah biasa benar dgn, menjadi biasa.
tumandang sl kacak, segak (kelihatan).
tumang I sj pancang utk menyangga sesuatu (dijadikan tambatan
khemah, kerbau, dll): tercabut ~ disentak oleh kerbau itu; ~ tungku
ganjal yg diletakkan di atas tungku.
tumang II; menumang, menumangkan 1. tidak mahu menerima,
menampik, menolak; tidak ~ lawan tidak memilih lawan, sangat
berani; 2. berasa takut akan, gentar akan: apalah ditumangkan
akan hal yg sekecil itu; 3. berasa bimbang atau khuatir: perkara
biasa takkan kita ~kan; 4. sl membiarkan (tinggal), meninggalkan:
jangan hamba seorang ditumangkan;
tumang-menumang, tumang-menumangkan 1. tinggalmeninggalkan,
biar-membiarkan: sama lebur sama binasa, di
manakan tumang-menumangkan; 2. saling berbantah (tidak
muafakat), bertelagah: maka barang sesuatu bicara dan pekerjaan,
hendaklah muafakat, jangan ~.
tumbal Jw tangkal (azimat dll) yg dipakai utk menolak bala dll.
tumbalang ark tembelang.
tumbang I 1. jatuh (benda yg tegak), rebah: pokok getah yg telah tua itu
~ sebatang demi sebatang; 2. ki jatuh atau runtuh (kerajaan,
negara, dll): Port Arthur ~ pd hari terakhir tahun 1904; 3. ki
disembelih (binatang spt kerbau, lembu, dll): dua ekor lembu
jantan ~ dan berpuluh-puluh ekor ayam lagi mengikutinya;
~ harapan putus harapan;
menumbangkan 1. menjadikan tumbang (pokok yg besar-besar
dll), meruntuhkan, merobohkan: pokok yg akarnya tidak kuat,
mudah sahaja ditumbangkan oleh ribut; 2. ki menjadikan runtuh
atau roboh (kerajaan, negara, dll), menghancurkan, memusnahkan:
pelajar-pelajar yg pd mulanya mengikut saja apa kata
pemerintahnya akhirnya melawan balik ~ kerajaan; berbagaibagai
cara musuh-musuhnya mencari jalan utk ~nya.
tumbang II Mn = ~ keladi (pisang, ubi) sj makanan drpd keladi (pisang,
ubi) yg ditumbuk halus-halus dan digaul dgn gula dan kelapa
parut;
menumbang membuat tumbang (keladi, pisang, ubi).
tumbas ark tidak bersisa sedikit pun, habis semua sekali; tumpas I.
tumben (tumbén) Jk 1. pertama kali, mula-mula sekali; 2. tidak spt biasa,
ganjil benar.
tumbesar tumbuh dan membesar (tumbuh-tumbuhan dll);
tumbesaran proses tumbesar: hormon yg bertanggungjawab ke
atas ~ dan fungsi seks.
tumbit; ~ kayu sj tumbuhan, kecapi, Allophylus fulvinervis.
tumbu Jw sj bakul besar yg bertutup (tempat beras dll).
tumbuh I 1. hidup dan menjadi bertambah besar atau sempurna (benih,
pokok, rambut, dll): anak kelapa sudah mulai ~; janggutnya ~
panjang; 2. menjadi besar (tubuh badan dll), sedang naik:
perempuan muda yg sedang ~; 3. terbit, terjadi, timbul (perkara):
jika ~ satu-satu hal, aku tidak tahu, aku tidak mahu
bertanggungjawab lagi;
~ di tanah yg gembur prb anak gadis yg kaya ibunya; di mana ~ di
situ disiang prb jika telah terjadi sesuatu perkara atau perselisihan
barulah diperiksa (diselesaikan); kerambil ~ di matanya prb a)
perempuan muda yg elok rupa parasnya dan kaya pula; b)
pembesar negeri yg cerdik lagi berada; tak ~ tak melata prb orang
mengatakan tentang sesuatu perkara itu tentulah ada sebabnya;
bertumbuh hidup, tumbuh: pokok labu air itu ~ menjalar ke sana
ke mari;
menumbuhi tumbuh (hidup) di: orang yg darahnya kotor selalu
ditumbuhi jerawat;
menumbuhkan 1. menjadikan tumbuh, menjadikan berkecambah:
baja ini gunanya utk ~ benih semaian itu dgn cepat; 2. menjaga
atau memelihara supaya tumbuh (hidup, berkembang, dll) dgn
sempurna, memperbesar, memperkembang: tidaklah lebih
menguntungkan bagi Filipina utk pindah kpd bahasa Melayu-
Indonesia drpd ~ bahasa Filipina itu; 3. mendatangkan
(menimbulkan, menerbitkan) sesuatu perasaan (perselisihan dll):
pertentangan mata antara gadis dgn pemuda itu akhirnya ~ kasih
sayang yg tiada taranya;
tumbuhan 1. sesuatu yg tumbuh (berkecambah, hidup, dll); 2. =
tumbuh-tumbuhan segala yg hidup dan berbatang (berakar,
berdahan, berdaun, dll), pokok: paku-pakis mempunyai beberapa
sifat yg sama dgn tumbuh-tumbuhan berbunga; 3. Jk sj bisul dlm
daging;
~ dwimusim (Bio) tumbuhan yg menamatkan kitar hidupnya dlm
dua musim, spt kubis dan lobak merah; ~ saka (Bio) tumbuhan yg
hidup lebih drpd dua tahun (biasanya berbatang keras, berbunga
serta berbuah pd setiap musim), mis pokok jati; ~ semusim (Bio)
tumbuhan yg menyempurnakan keseluruhan kitar hidupnya dlm
satu musim tanaman (satu tahun), mis padi, jagung;
ketumbuhan 1. ditumbuhi oleh: halaman rumah yg dahulunya
dijagai dan ditanami bunga, sekarang ~ lalang; 2. penyakit kulit
(yg mudah berjangkit), cacar; jenis-jenisnya: ~ bungkus, ~ jagung,
~ jintan, ~ ketumbar, dll; 3. (Ubat) tisu yg membesar atau
membengkak secara tidak normal, mis tumor; 4. = tumbuhan Jk sj
bisul dlm daging;
pertumbuhan perihal tumbuh, perkembangan: pokok yg tidak
cukup baja dan air akan terbantut ~nya;
penumbuhan perihal menumbuhkan: jaminan itu tidak akan
bererti kalau usaha ~ bahasa itu sendiri tidak berjalan dgn
sewajarnya.
tumbuh II; ~ kelapa = ~ nyiur sj tumbuhan (pokok), Arthrophyllum
diversifolium.
tumbuk I 1. = penumbuk alat utk memukul sesuatu supaya hancur atau
lumat (alu, anak gobek, dll); 2. sesuatu yg dikuliti dll dgn antan
atau alu: beras ~; kacang ~;
~ bedil satu cara meninju (dlm pencak); ~ kasau papan yg dipasang
selari dgn kasau jantan (utk menutup bahagian tepi tebar layar); ~
lada sj senjata tajam Melayu (spt pisau atau badik); ~ rusuk
(perbuatan) rasuah; ~ tanak segala pekerjaan rumah tangga;
setumbuk ki sepadan, sesuai benar; orang ~ bagai gelang ki orang
yg sama padan (suami isteri dll);
bertumbuk 1. saling meninju (antara dua orang yg berkelahi dll),
bergocoh, bertinju: mereka berpandangan spt ingin ~; 2. yg
ditumbuk (tidak digiling atau dikisar): raja China tiada makan
beras ~ sampai sekarang; 3. berlanggar atau berlaga (dgn),
bertubrukan (dgn): hampir ~ hidungnya dgn Leman; 4. terlanggar
atau terbentur (pd): lututnya ~ dgn kaki meja; 5. bertemu (dgn),
terjumpa (dgn): suatu hari nanti dia akan ~ dgn beberapa
kesulitan yg akan menyusahkan dirinya; 6. bertembung (dgn),
bertaut (dgn), bersambung (dgn): tiba-tiba ~lah pandangannya dgn
pandangan Tuan Direktor yg telah berdiri di pintu; 7. berbetulan
dgn (waktunya), bertepatan dgn, bersamaan dgn;
menumbuk 1. memukul dgn alu dll supaya hancur (terkelupas
dll): ia sedang ~ padi; beras yg aku makan itu hendaklah dikupas
olehmu, jangan lagi ditumbuk; 2. memukul dgn buku tangan,
meninju, menggocoh: dia sangat marah lalu ~ muka orang itu; 3.
melanggar akan, membentur kpd, menubruk: dia telah mendapat
luka-luka apabila kereta yg dipandunya ~ seekor kerbau yg sedang
melintas jalan; 4. Mn ark berjalan kaki, menapak;
~ dlm lesung, bertanam di periuk prb mengerjakan sesuatu
hendaklah menurut aturannya; bagai ~ padi hampa prb hal
seseorang yg terbilang kekayaannya tetapi yg sebenarnya dia
miskin;
menumbuk-numbuk menumbuk beberapa kali atau berulang kali:
dia pun meratap serta ~ dan menampar-nampar dadanya;
menumbukkan 1. menumbuk sesuatu utk, menyuruh tumbuk pd:
ia ~ ibu sirih; 2. melanggarkan sesuatu pd, melandakan,
membenturkan, menubrukkan; 3. memukulkan buku tangan pd,
menggocohkan, meninjukan, 4. menikamkan atau menusukkan pd:
jika tiada lembing ini ditumbukkan di dada bukannya hamba anak
laki-laki;
tertumbuk 1. terlanggar (terbentur, tertubruk); 2. sudah ditumbuk
(dikupas, dilumatkan, dll); 3. terpukul (dgn buku tangan), tertinju;
4. telah sampai ke hadnya, sampai (pd), terbentur, tersuntuk; ~ akal
(fikiran) sudah suntuk akal (tidak tahu apa yg harus dibuat dll); 5.
boleh atau dapat diketemui, terjumpa (dgn, pd); 6. tertumpu pd
(pandangan dll): pandangannya ~ pd serumpun pohon mawar yg
tumbuh di sela-sela rumput;
~ bermuka-muka bertemu muka, bersemuka; ~ biduk dikelokkan, ~
kata difikiri prb kalau tersilap mengerjakan sesuatu pekerjaan atau
tidak dapat diteruskan hendaklah dicari jalan lain;
tumbukan 1. sesuatu yg ditumbuk; 2. perihal menumbuk,
pelanggaran, tubrukan; 3. perbuatan memukul dgn buku tangan:
dgn menggunakan kecergasan dan ~ tangan kirinya yg berbahaya
ia telah mengalahkan Zora Folley;
bertumbukan ki bertentangan dgn, berlawanan: mereka
menceburkan diri ke dlm pergerakan politik, ~ dgn ‘Secret
Service’ penjajahan dunia;
penumbukan perihal menumbuk, perbuatan menumbuk;
penumbuk 1. orang yg menumbuk (padi dll); 2. alat utk
menumbuk (padi dll): lesung ~ padi; 3. kepalan tangan (utk
menumbuk orang dll), buku tangan: dia meronta drpd pegangan
Dolah, sebelah tangannya mengepal ~; Muhammad Ali tetap
menyukarkan lawannya utk melepaskan sesuatu ~ kepadanya.
tumbuk II; ~ banir sj ikan laut, Histiophoridae; ~ ketampi sj burung
hantu, Ketupa zeylonensis leschenault.
tumbuk III = ketumbukan pasukan, kumpulan: keempat-empat orang
muda itulah yg menjadi kepala ketumbukan di bawah baginda
sultan.
tumbung sesuatu yg membulat dan menonjol keluar;
~ dubur Id dubur yg keluar, prolapsus ani; ~ rahim Id rahim
peranakan yg tertonjol keluar, prolapsus uteri; ~ kelapa (nyiur)
kecambah di dlm buah kelapa (yg telah tua) yg berwarna putih
kekuningan, isinya lembut dan boleh dimakan; sakit ~ sakit buasir;
bertumbung ditumbuhi atau ada tumbung: kami pergi ke kebun
utk melonggokkan buah kelapa yg sudah ~.
tumerang ark temerang II.
tumis sj masakan (sayur, ikan, dll) yg perencahnya direndang dgn
minyak atau lemak terlebih dahulu; sambal ~ sambal yg dimasak
dgn minyak dll (tidak mentah);
bertumis dimasak (direndang dsb) perencahnya dgn minyak atau
lemak;
menumis memasak (lauk, sayuran, dll) dgn menggunakan minyak
atau lemak: hari itu dia hendak ~ ikan bilis sama petai;
menumiskan memasukkan sesuatu (lauk, sayuran, dll) ke dlm
minyak atau lemak yg telah dipanaskan: jerangkan periuk ke api,
taruhkan minyak kelapa ke dalamnya, apabila sudah panas
tumiskan bawang;
tumisan hasil menumis: apabila nasi hampir kering, masukkan ~
sayuran itu bersama-sama dgn udang dan dikacau rata-rata;
penumis; minyak ~ minyak (lemak) yg digunakan utk menumis.
tumit 1. bahagian yg di belakang sekali drpd tapak kaki (di bawah buku
lali); ~ bagai lengkuas muda = ~ spt pauh dilarik = ~ telur burung
tumit (perempuan) yg cantik; 2. bahagian drpd sesuatu yg
menyerupai tumit: dia menghentakkan ~ sepatunya di lantai;
cakap berdegar-degar, ~ di keting prb orang yg bercakap besar
tetapi penakut.
tumor gumpalan sel abnormal atau berpenyakit yg tumbuh dan
membengkak pd badan manusia atau binatang, ketumbuhan.
tumpah terkeluar, keluar dr bekasnya (benda cair, beras, dll): hendaklah
kamu letakkan bekas itu perlahan-lahan supaya tidak ~ isinya;
maka kedua-dua pihak itu pun banyak mati, darah pun banyak ~
ke bumi; tanah (tempat, negeri dsb) ~ darah tempat dilahirkan; ~
darah keluar darah dgn banyaknya dr rahim (bkn perempuan yg
baru bersalin, keguguran dsb), turun darah; ~-ruah tumpah banyakbanyak;
menumpahi tumpah dan mengenai sesuatu, mencurahkan pd;
menumpahkan 1. menjadikan tumpah, menyebabkan tumpah:
siapa yg ~ beras dr guni ini?; 2. ki memberi (perhatian dll),
mencurahkan: semua yg hadir ~ perhatian kpd Amir; 3. ki
mengeluarkan atau melahirkan (perasaan dll): dia membiarkan
orang tua itu ~ segala yg terbuku di dadanya; ~ darah melakukan
pembunuhan (peperangan dll);
tertumpah 1. telah ditumpahkan atau tumpah: air di dlm gelas itu
berkocak, malah ada yg ~ ke bawah; 2. ki telah diberikan kpd,
tercurahkan: dia masuk bilangan anak-anak yg pandai, sehingga
kasih sayang gurunya ~ kepadanya; 3. ki tertumpu: dia
memandang ke arah daun tingkap yg kegelapan, tempat ~nya
bayangan api pelita;
tumpahan sesuatu yg tumpah (ditumpahkan), curahan: terasa
benar ~ sayang ibunya kepadanya sekali itu; ~ minyak tompokan
minyak yg terapung-apung di permukaan laut, biasanya akibat
drpd minyak yg tumpah dr kapal disebabkan perlanggaran dsb;
ketumpahan terkena sesuatu yg tumpah: bajunya ~ kuah;
pertumpahan perihal tumpah; ~ darah perihal tumpah darah
(kerana peperangan, perkelahian, dll);
penumpahan perihal menumpahkan, pencurahan; ~ darah perihal
menumpahkan darah (berperang, berbunuh-bunuhan).
tumpak I Mn 1. kumpulan beberapa benda (tumbuh-tumbuhan, belukar,
dll), kelompok; 2. kawasan besar yg terdiri drpd beberapa kawasan
yg lebih kecil, bidang (yg terdiri drpd beberapa bidang kecil):
beberapa ~ sawah, dan sebuah gong pusaka telah tergadai ke
tangan orang lain;
bertumpak-tumpak 1. berkelompok-kelompok (awan di langit
dll), bertompok-tompok; 2. tidak rata, tidak sekata (warna dll):
padi masak ~; 3. banyak dan luas sekali (tanah), berkeping-keping:
kebun kelapanya ~, ternakannya banyak kembang biak.
tumpak II; tumpakan tiang tempat gajah ditambat.
tumpang; ~ sekaki bp turut sama melakukan sesuatu yg sedang
dilakukan oleh orang lain: seronok juga mendengar orang
mengumpat, bolehlah ~ sekaki;
bertumpang; ~ tindih saling tindih-menindih (bersusun-susun,
bertompok-tompok): beberapa buah buku yg ~ tindih di atas rak
disusun semula dgn penuh hati-hati;
menumpang 1. terletak (terdapat, berada) di atas sesuatu yg lain;
pokok ~ tumbuhan yg hidup pd pokok lain, bendalu; ganja ~ ganja
yg melekat (bukan ganja iras); 2. diam (tinggal, bermalam) di
rumah orang, singgah (utk bermalam, tinggal) buat sementara
sahaja: buat sementara ini biarlah saya ~ di sini dahulu; 3. naik
dan berpergian (dgn kereta, kapal, dll): dr Singkarak ia ~ kereta
api ke Padang dgn selamat; 4. turut berpergian dgn kenaikan
orang (dgn percuma), membonceng: apabila dilihatnya saya mahu
belayar juga maka pergilah ia hendak ~; 5. bersama mengerjakan
(melakukan) sesuatu, ikut serta; ~ mati bersama-sama mati, ikut
mati; 6. meminta atau memohon supaya mendapat keizinan
(kebenaran dll): boleh saya ~ bertanya, apa nama kampung ini?; ~
hidup tinggal bersama supaya dapat hidup; ~ makan (tidur dll)
turut serta makan (tidur dll);
menumpangi ikut tinggal di, menumpang pd atau di, menaiki
(kereta, kapal, dll) utk berpergian: maka ditumpanginya sebuah
bas dr Jogja ke Semarang;
menumpangkan 1. meletakkan di atas benda lain, meletakkan
bertindih: sebelah kakinya ditumpangkannya pd lutut kaki lain; 2.
menyuruh tinggal (bermalam) di, membiarkan menumpang,
menyuruh menumpang: anak isterinya sudah ditumpangkan di
rumah orang; 3. menyuruh menaiki kapal dll (utk berpergian),
membiarkan menumpang kapal dll: anak yg cedera itu telah
ditumpangkan di kapal TUDM utk dibawa ke Kuala Lumpur; 4.
meminta supaya dibawa bersama, memberikan sesuatu supaya
dibawa bersama, menyertakan: kalau tuan hendak ke Singapura,
saya hendak ~ sedikit kuih utk anak saya; 5. menyerahkan sesuatu
supaya diurus (dijagai dll), mengamanahkan, menitipkan: di kedai
itulah ibu Nurshahid ~ kuihnya utk dijual; ~ diri (hidup, nyawa)
kpd menyerahkan diri (hidup, nyawa) kpd seseorang (supaya
diselamatkan dll);
tertumpang 1. (telah) ditumpangkan: kerana kemiskinan maka ia
~ di biduk tiris aku di sini; 2. dikembarkan, disertakan: bersama
surat ini ~ sekeping cek berharga RM45.00 utk anakanda; ~ salam
drpd terimalah salam drpd; ~ salam kpd sampaikan salam kpd;
tumpangan 1. sesuatu yg ditumpangkan (utk diurus, dikirim,
dibawa, dll); barang ~ barang yg diamanahkan (utk diurus dll); 2.
tempat menumpang yg ditumpangi (rumah, kapal, perahu, dll): ia
sedang duduk berehat-rehat di serambi luar rumah ~nya; enam
hari lamanya sahaya dalam negeri Alfiah itu, sebab hendak
menantikan kapal ~;
wang ~ bayaran kerana menumpang, sewa; mencari ~ a) mencari
tempat utk menumpang; b) mencari orang utk ikut serta
(berpergian);
penumpangan perihal menumpang atau menumpangkan;
penumpang 1. orang yg menaiki kereta dll (utk berpergian):
setelah kereta api berhenti, berebut pula ~ hendak turun; kapal ~
kapal yg membawa orang (bukan yg membawa barang); 2. orang
yg tinggal (menginap, singgah, dll) di tempat orang; ~ transit
penumpang yg singgah sebentar di sebuah lapangan terbang utk
mengambil penerbangan sambungan lain yg berikutnya ke
destinasi yg ditujui.
tumpar Pr, bk mati, mampus.
tumpas I habis sama sekali, binasa, punah: tanamkan ke dlm hatimu,
saudara-saudara, bahawa komunis pasti ~ dr bumi Asia
Tenggara;
menumpas, menumpaskan menjadikan binasa (rosak, punah)
sama sekali, memunahkan, memusnahkan: mereka memimpin
pasukan negeri utk ~ pemberontakan; beliau telah berjaya
menumpaskan ancaman komunis di negerinya;
ketumpasan perihal tumpas; tumbas.
tumpas II ark ; tumpasan bintik-bintik kotor (dr dakwat dll), noda.
tumpas III Pr hilang.
tumpat 1. penuh berisi (ruang, rongga, dll), penuh sesak, padat, sendat:
orang yg menghadap itu hingga bertemu lutut ~ , tiada bersila
lagi; ~ mampat (tumpul) = penuh ~ penuh betul (mampat, sesak);
2. tidak berongga, mampat, padu: kayu keras lebih ~ drpd kayu
lembut; 3. ki tidak dapat berbuat apa-apa lagi (kerana hilang akal
dll), terbuntu (fikiran dll), tersuntuk: kerana kematian ibunya itu,
fikirannya menjadi ~;
menumpat, menumpatkan 1. mengisi (menimbus dll) hingga
penuh, memadatkan (lubang dll): ~ perigi buta; 2. ki menutup
(mulut), menyumbat;
tertumpat tertimbus (tertimbun dll) hingga penuh, tersumbat;
ketumpatan 1. perihal (keadaan) tumpat, kepadatan; 2. (Mat)
kadar atau nisbah yg didapati apabila berat sesuatu benda dibahagi
dgn isi padunya.
tumpeng Jw nasi yg dikukus dan dibentuk spt kerongsong (utk kenduri
dll).
tumper Jk puntung api.
tumpes  tumpas.
tumpi makanan yg dibuat drpd tepung beras, ditaburi kacang hijau,
dicampur dgn jintan putih, dan digoreng berkeping-keping.
tumpil Jk sesuatu yg digunakan utk menyokong (menyangga, menopang,
dll), galas, sangga, sokong, tunjang;
menumpil menopang sesuatu (supaya jangan rebah, runtuh, dll),
menyangga, menyokong, menunjang.
tumplak, tumplek Jk habis tertumpah (tercurah).
tumpu 1. = setumpu benda yg digunakan utk mengampu kaki (tangan
dll), tempat bertopang (berjejak, berdiri, dll); 2. Kd, bp sampai,
hingga ke: dr mula matahari timbul hingga ~ senjakala, jejak babi
tunggal yg diburunya itu tidak juga bertemu;
bertumpu 1. berjejak atau bertekan pd (kaki, tangan, dll): dia
kembali duduk di kerusi dan ~ kaki di meja; 2. = bersetumpu
bertekan (berkuat dll) dgn telapak kaki pd sesuatu ketika hendak
melompat dll, menunjal: maka ia pun naik ke atas batu itu ~ lalu
melompat; 3. = bersetumpu dgn betul-betul atau sungguhsungguh
melakukan sesuatu, dgn segenap tenaga (mengerjakan
sesuatu); ~ berkelahi betul-betul berkelahi (dgn menumpukan
segenap tenaga); 4. ki mendapat tempat berpegang, sudah berakar
berumbi pd, bertapak dgn kuat: kuasa penjajah yg telah lama ~ di
benua Asia telah dapat dijatuhkan dlm tempoh beberapa bulan
sahaja; 5. ki penuh berkumpul di, berpusu-pusu di, berada banyakbanyak
atau beramai-ramai di: hampir semua penduduknya ~ di
dlm kawasan pertanian; 6. bertemu di tempat yg sama (garisan
dll): tiga garisan lurus itu boleh dikatakan ~ jika garisan-garisan
lurus itu melalui titik yg sama; mencencang berlandasan,
melompat bersetumpu prb jika hendak melakukan sesuatu
hendaklah disediakan segala alat syaratnya;
menumpu 1. = bertumpu menekankan (menolakkan dll) pd
sesuatu: tatkala anak raja itu jadi, ditumpu oleh bidannya ulu
baginda, menjadi lembang sama tengah; 2. ki memberi sokongan
(bantuan dll), menunjang, menyokong; 3. menolak, meniup
(angin): bukan sengaja kami ke mari, dihantar ombak ditumpu
angin; 4. ki memusatkan (perhatian, pandangan, minat, dll):
matanya ~ kpd anaknya sahaja;
menumpukan 1. menekankan (tapak kaki dll) pd, menunjalkan
pd: ia ~ kakinya di batu sebelum melompat ke tebing; 2. tidak
menerima, menolak (permohonan dll); ~ permintaan menolak
permintaan; 3. meninggalkan (negeri dll): ~ kampung halaman; 4.
menyandarkan atau mendasarkan (pendapat dll) pd, mengasaskan:
ia ~ pendapatnya itu pd beberapa dalil yg boleh dipercayai; 5.
memberi sokongan kpd, menolong, menumpu, menyokong,
menunjang: pasukan kawalan kampung sentiasa bersiap sedia utk
~ pasukan keselamatan menjaga keamanan negara; 6. memberi
segenap tenaga (perhatian, minat, dll) pd, memusatkan (perhatian
dll) pd: mahasiswa-mahasiswa diharapkan supaya ~ masa dan
tenaga mereka kpd pelajaran dan kuliah mereka;
tertumpu 1. telah ditumpukan (ditolakkan), telah tidak diterima
(permohonan dll); permintaannya ~ permintanya ditolak; 2. telah
ditumpukan (dipusatkan, dikerahkan) pd: pandangannya ~ penuh
pd daun pintu rumah yg masih tertutup rapat itu;
tumpuan 1. sesuatu yg dijadikan tempat utk menumpukan kaki dll
(ketika hendak melompat dll), tempat bertumpu; 2. bantuan,
sokongan, tunjangan: dia tahu bahawa dia menjadi ~ harapan
ibunya; 3. pusat atau pangkalan (utk menyerang dll), tempat
mengumpulkan kekuatan dll: Danang, 650 km dr sini, menjadi
pusat ~ tentera Amerika; 4. bahagian bawah tempat tidur (tempat
kakinya): maka Jekin itu dibangunkan oleh Seri Rama, maka ia
pun terkejut lalu dilihatnya berdiri di ~nya; 5. orang dll yg
menjadi pusat perhatian (tempat mengadu, berharap, dll): beliau
sudah barang tentu akan menjadi tempat ~ apabila pulang ke
kampung; 6. sesuatu yg menjadi sasaran (tujuan dll), sesuatu yg
ditujui: jurutaip yg bernama Henry itulah jadi ~ kami berjenaka;
kampung itu terletak tidak berapa jauh dr tempat ~ saudagarsaudagar
dr Melaka; 7. tempat bertemunya atau bertembungnya
jalan raya (sungai dll): Johor Bahru ialah pusat pentadbiran
negeri Johor dan tempat ~ semua jalan raya dan jalan kereta api
dr Tanah Melayu ke Singapura; 8. pusat tempat bertumpunya
pancaran cahaya (setelah melalui sesuatu kanta): tempat semua
pancaran itu bertumpu dinamakan ~ kanta itu;
pertumpuan perihal (perbuatan dsb) bertumpu: bandar
Rockhampton ini menjadi tempat ~ segala hasil yg keluar masuk
dr bahagian tengah Queensland;
penumpuan perihal (perbuatan dsb) menumpu(kan): rajah ini
menunjukkan ~ tenaga dlm berbagai-bagai cabang pertanian;
penumpu 1. orang yg menumpu (memberi bantuan, sokongan,
dll), pembantu, penyokong; 2. sesuatu yg digunakan utk menumpu
(menumpukan) kaki dll, pengampu, penunjang; ~ kaki bangku
kecil utk menumpukan kaki; 3. (Fiz) sesuatu yg digunakan utk
memusatkan pancaran cahaya dll (kanta dll).
tumpul 1. tidak tajam, tidak runcing, majal, puntul: di tangannya
kelihatan sebilah parang belitung yg agak ~; 2. ki susah mengerti
(memahami), agak bodoh: otakmu terlalu ~ dan tidak satu pun yg
dapat masuk ke dlm benakmu; 3. ki tidak berminat lagi, kurang
perhatian, tawar hati: perasaanku semakin ~; 4. ki sudah berkurang
(merosot dsb), sudah tidak lagi sama kesannya (hebatnya dll) spt
sebelumnya: harapan Zizah menjadi ~; terdapat sudah tandatanda
bahasa Malaysia mulai ~ sengatnya;
menumpulkan menyebabkan (menjadikan) tumpul: utk ~
sokongan diplomatik terhadap kedudukan masing-masing;
ketumpulan perihal tumpul.
tumpung Br, Sr sj bekas air drpd buluh.
tumpur 1. habis atau rosak sama sekali, binasa, jahanam; 2. bp
kehabisan wang, jatuh miskin, bankrap;
menumpur, menumpurkan menjadikan binasa (rosak, jahanam)
sama sekali, membinasakan, menghabiskan.
tumputinggi ark titik tempat bersilangnya garis tinggi sesuatu segi tiga,
puncak.
tumtam bunyi gendang dll.
tumu sj tumbuhan (pokok), Bruguiera secangula; ~ mata buaya sj
tumbuhan (pokok), Bruguiera spp.
tumus; tertumus jatuh tersembam, terjerembap, terjerumus, tersungkur:
Kapten Mamat menolak Mat Piah sampai berpusing dan ~ ke
bangku Ketot.
Tun 1. sl kep tuan (gelaran orang besar-besar zaman kerajaan Melayu
dahulu yg umumnya diwarisi): ~ Tuah, ~ Bijasura; 2. gelaran utk
orang yg dianugerahi bintang Seri Maharaja Mangku Negara
(SMN) atau Seri Setia Mahkota (SSM) oleh Yang di-Pertuan
Agong: ~ Abdul Razak; ~ Abdul Malek;
pertunan sekalian orang yg bergelar Tun.
tuna I sl luka, cacat, rosak;
tertuna 1. kena luka, mendapat luka: ia berasa tertikam dan ~; 2.
ki mendapat sesuatu kecelaan (kecacatan dll), menderita (kerana
sesuatu yg tidak menyenangkan): banyak antara mereka yg ~
rindu dan renjana, kerana perwira yg muda belia ini.
tuna II sj ikan laut drpd famili Scombridae yg badannya agak bulat
panjang dan muncungnya lancip, biasanya isinya ditinkan sbg
bahan makanan, Thunnus thynnus.
tuna- (Sankrit) awalan asing tidak mempunyai, mis tunakarya,
tunanetra, dan tunasusila.
tunaaksara Jw tidak dapat membaca dan menulis, buta huruf.
tunaanggota cacat anggota
tunabusana Jw tidak memakai pakaian (bkn bangsa-bangsa yg masih
terlalu rendah peradabannya).
tunai 1. tidak bertangguh, tidak mengansur, tidak berhutang (bayaran
dll), kontan; ~ runcit sejumlah wang yg disimpan di pejabat dsb,
yg sedia digunakan utk beberapa perbelanjaan kecil apabila
diperlukan; membayar ~ membayar dgn wang pd ketika itu juga
(tidak berhutang dll); wang ~ wang yg dapat digunakan dgn
segera; 2. tidak bertangguh (dlm mengerjakan sesuatu), pd ketika
itu juga: sahaja aku sembahyang fardu zuhur empat rakaat ~
kerana Allah taala;
menunaikan 1. membayar dgn tunai (tidak mengansur atau
berhutang), menjelaskan (dgn tunai), mengontan: ~ hutang; 2.
mengerjakan tugas (kewajiban dll), melaksanakan (perintah dll),
mengamalkan (ajaran dll): manusia wajib ~ apa yg diperintahkan
oleh Allah dan menjauhkan apa yg dilarang-Nya; ~ rukun Islam
mengerjakan rukun Islam; ~ tugas (kewajiban) menjalankan tugas
(kewajiban); 3. memenuhi (janji, hajat, permintaan, dll): Yusof juga
berucap pd majlis tersebut sbg ~ permintaan Pegawai Daerah; ~
ajaran (perintah, pesanan) mengerjakan ajaran (perintah,
pesanan); ~ cita-cita berusaha mencapaikan cita-cita; 4.
menukarkan sesuatu (cek, kiriman wang dsb) dgn wang tunai: kami
tidak dapat ~ cek di bank pd hari itu disebabkan kerosakan sistem
komputer;
penunaian perihal menunaikan, pelaksanaan, pengamalan;
tertunai (sudah) ditunaikan, dilaksanakan, dikerjakan, dipenuhi
(janji, kewajiban, dll).
tunak sl 1. tidak berhenti-henti (melakukan sesuatu, bekerja, dll),
berterusan, sentiasa, tekun, tetap: ia ~ menulis; matanya ~
memandang Razak; 2. tetap setia, patuh, taat: hamba dan sahaya
semuanya ~.
tunakarya Id tidak mempunyai pekerjaan, tidak bermata pencarian,
menganggur.
tunakerna pekak, tuli;
tunam I tali api-api drpd sabut (kertas, kain, dll) utk meriam kuno,
murang, sumbu: Panglima Hassan berkerah mengisi meriam,
membakar ~, dan membubuh penggalak.
tunam II Mn; tertunam terpacak (terpancang) ke tanah, terunjam.
tunanetra (tunanétra) Jw buta.
tunang bakal isteri atau suami, laki-laki dan perempuan yg telah
mengikat perjanjian utk menjadi suami isteri: dia tinggal tidak
berapa jauh dr rumah ~nya;
bertunang mengikat janji utk menjadi suami isteri (berkahwin):
sesudah bekerja baru ~;
bertunangan sudah terikat oleh janji utk menjadi suami isteri,
mempunyai perhubungan sbg tunang: mereka telah ~;
menunang 1. meminta anak gadis supaya jadi isteri, melamar,
meminang: orang muda yg kaya itu datang ~ engkau; 2. =
menunangi mengajak bertunang dgn, meminta bertunang dgn: ia
sudah ditunangi oleh seorang saudagar kaya;
menunangkan memperhubungkan laki-laki dan perempuan dlm
istiadat sbg tunangan: ia tidak mahu ditunangkan dgn anak bapa
saudaranya;
mempertunangkan menjadikan bertunang(an): anaknya
dipertunangkan dgn seorang pahlawan;
tunangan tunang: barangkali abang sudah ada ~ ataupun sudah
kahwin;
pertunangan perihal bertunang (bertunangan): ~ antara Mahadi
dgn Junah telah dirasmikan;
penunangan perihal menunang (menunangkan);
petunang sl jampi atau mantera yg dikenakan pd bunyi-bunyian
utk menimbulkan rasa kasih kpd siapa yg mendengarnya; peluru ~
= peluru penunang sl peluru yg berjampi (tetap mengenai
sasarannya).
tunapidana penjara.
tunas bahagian tumbuhan yg mulai tumbuh (pd batang, dahan yg diparas,
dll), bakal cabang (dahan, ranting), kecambah, taruk;
~ baka tunas yg menjadi baka bagi sesuatu pokok yg dicantumkan;
~ celah = ~ ketiak tunas yg letaknya di antara daun dgn dahan
(ranting dll); ~ hujung = ~ pucuk tunas yg terdapat pd bahagian
hujung ranting; ~ padi batang padi yg tumbuh sesudah dituai; ~
rasa (Bio) sel di permukaan lidah yg membolehkan seseorang
dapat mengetahui rasa makanan atau minuman, spt rasa pahit,
masin, manis atau masam; ~ sulung tunas yg mula-mula sekali
bercambah pd biji; tidak berasak ~ dr tunggul prb pangkat dll yg
diwarisi oleh anak atau keluarga sendiri (di situ-situ juga);
bertunas 1. tumbuh tunasnya (pokok dll): kacang soya yg ~ atau
bercambah itu banyak mengandungi kalsium; 2. ki mempunyai
anak cucu, menurunkan zuriat, berketurunan; 3. ki tumbuh atau
timbul, hidup, muncul, terbit: dlm tahun dua dan tiga puluhan,
kesedaran kebangsaan mula ~;
baru hendak ~ sudah dipetik, lama-lama matilah pokoknya prb
baru sedikit mendapat keuntungan sudah memboros-boros;
menunas 1. cambah atau timbul sbg tunas (tumbuh-tumbuhan); 2.
= menunasi membuang (memangkas, memotong) tunas;
menunaskan menjadikan bertunas, menimbulkan, menerbitkan.
tunasusila Jw tidak bersusila; wanita ~ perempuan jalang, perempuan
lacur, pelacur.
tunatertib pengacau;
tunawicara Jw tidak dapat bercakap, bisu.
tunawisma Jw tidak mempunyai tempat tinggal (rumah) yg tetap,
gelandangan.
tunda I sesuatu yg ditarik dgn tali di belakang perahu; kail ~ kail yg
ditarik di belakang perahu; pukat ~ pukat yg ditarik di belakang
bot dll; sampan ~ sampan yg berisi muatan (ditarik oleh kapal yg
kecil-kecil); tali ~ tali utk menarik pukat (sampan dll);
bertunda 1. sedang menarik sampan tunda (kapal, sekoci, dll); 2.
ki berikut-ikut, berturut-turut: beberapa kali orang melihat Lajim
balik bersaingan dan ~ dgn Saodah;
bertunda-tunda 1. sl berduyun-duyun dgn banyaknya,
berbondong-bondong: rakyat ~ menuju ke padang tempat orang
berperang itu; 2. ki berjalan dll berikut-ikut (berturut-turut): anjing
itu berlari-lari dan di belakangnya ~ anaknya;
menunda 1. menarik sampan dll dgn tali: sebentar kemudian dgn
~ perahu si Tenggang, mereka pun berkayuh balik ke pantai; 2. ki
mengikut dr belakang, mengikut, mengiringi: orang tua itu sedang
mengingat peristiwa kematian isterinya yg ditunda dgn kematian
anak-anaknya; Pak Sudin masuk ke dlm bilik hadapan dan Yusof
~nya dr belakang;
penundaan perihal (perbuatan atau kerja) menunda: ~ kereta yg
rosak di lebuh raya itu telah diswastakan kpd sebuah syarikat
tempatan;
penunda sesuatu yg digunakan utk menunda (menarik); kapal ~
kapal penarik (sampan dll); ~ kereta orang yg kerjanya menunda
kereta yg rosak atau remuk akibat kemalangan; tali ~ tali utk
menarik sampan dll.
tunda II bp tangguh;
menunda menghentikan dan meneruskan kemudiannya,
mengundurkan waktu, menangguhkan (pelaksanaan dll sesuatu):
mulanya sukan itu hendak diadakan pd bulan Ogos, kemudian
ditunda kpd bulan Disember;
menunda-nunda selalu menunda, menangguh-nangguhkan waktu,
memperlama;
tertunda 1. ditangguhkan, ditunda; 2. sengaja dilambat-lambatkan;
penundaan perihal menunda, penangguhan: kepulanganmu cuma
bererti ~ waktu, janji memang telah sampai.
tunda III Mn tolak dr belakang, sorong;
bertunda 1. berlepas, bertolak; 2. berpanjangan melakukan
sesuatu, berlama-lama; ~ berkelahi berkelahi berlama-lama;
bertunda-tunda berlama-lama, berpanjangan; ~ banyaknya sangat
banyak; ~ berbicara lama berbicara;
menunda, menundakan 1. menolak atau menolakkan,
mendorong, menyorong; ~ pedati menolak pedati; 2. ki meminta
supaya melakukan (mengadakan dll) sesuatu, mendesak: dgn
mengumumkan parti politik yg baru, kita dapat ~ pemerintah
mengambil suatu keputusan;
tunda-menunda saling menunda (tolak-menolak): ombak
bergulungan ~;
tundaan hasil perbuatan menunda, tolakan: agak cepat juga gerak
~ itu.
tundak Br jambul (di kepala).
tundan Jw ark tempat pergantian kuda (dlm perkhidmatan pos dll).
tundang Jk; bertundangan bertunangan.
tundra (Geog) kawasan tanah pamah yg luas, sejuk, dan tidak ditumbuhi
pokok, yg terletak di bahagian utara benua Eropah, Asia, dan
Amerika Utara.
tunduk 1. kepala atau muka condong ke hadapan, lwn mencongak
(tengadah): suara ketawanya berdekah-dekah, hingga ia ~
menekan perut; 2. tidak tegak (batang padi dll), condong,
merunduk; 3. menyerah kalah kpd, mengaku kalah, takluk: negeri
Jurjan, telah ~ juga ke bawah pemerintahan Said itu; 4. menurut
perintah (aturan dll), patuh, taat: Hanafi ~ kpd kemahuan atau
paksaan kaum keluarganya utk berkahwin dgn Rapiah;
~ diam duduk diam kerana kecewa dll; ~ menyembah bertekur
kerana menyembah; ~ tengadah sebentar tunduk sebentar
tengadah;
bertunduk sl mencondongkan kepala (muka) ke hadapan,
membongkokkan kepala (muka) ke hadapan: maka diamlah
jurumudi seraya ~ kepalanya;
menunduk lwn menengadah, tunduk: dia ~ mengambil akhbarakhbar
mingguan yg terbiar di atas lantai; dlm ~ ia menyonggeng
prb seseorang yg berlainan mulut dgn hatinya;
menundukkan 1. menjadikan kepala (muka) condong ke hadapan,
menghala pandangan ke bawah, menekurkan kepala: gadis itu ~
kepalanya bagaikan ada sesuatu yg hendak dicarinya; 2.
mengalahkan hingga menyerah, menaklukkan, menewaskan
(lawan dlm permainan dll): Nobunaga membuat rancangan hendak
menakluki negeri China apabila sudah selesai ~ enam puluh enam
kerajaan negeri Jepun; seorang pemain yg masih belum begitu
dikenali kehandalannya berjaya ~ Tan Aik Huang;
ketundukan perihal tunduk, kekalahan, kepatuhan, ketaatan,
ketewasan;
penundukan perihal menundukkan;
petunduk, penunduk = ilmu ~ (musuh) mantera utk
menundukkan orang atau musuh (supaya menurut kata atau
mengaku kalah); tali ~ tali yg dipasang pd hujung kayu penegang
layar.
tundun I Jw tandan (kelapa, pisang).
tundun II 1. Br, Mn tengkuk (orang, kuda): rambut Aini potongan
pendek, ~nya terdedah; 2. bahagian sebelah atas kemaluan
perempuan.
tundung; menundung menghalau (dr rumah), mengusir: maka sultan
pun menyuruh tundung orang itu;
tundungan yg diusir (dihalau), buangan.
tungau I sj kutu yg halus spt tuma (biasanya terdapat pd ayam atau
kera); mati ayam, mati ~nya prb a) apabila tuannya atau ketuanya
mendapat kecelakaan anak buahnya turut merasainya juga; b) hal
dua orang yg sangat berkasih-kasihan (mati satu mati keduaduanya).
tungau II Mn ark; menungau melihat ke bawah dgn membongkokkan
kepala.
tunggak 1. bahagian batang kayu yg masih tinggal dlm tanah sesudah
ditebang atau patah, tunggul; 2. = tunggakan kerja yg masih
belum dihabiskan; 3. ki asas, tunjangan, penunjang, pendukung;
menunggak 1. belum membayar hutang (ansuran dll),
menanggguhkan pembayaran hutang (ansuran dll): jika sebulan
lagi ia ~, keretanya akan ditarik balik; 2. tidak menghabiskan
pekerjaan (masih ada yg belum dibuat), meninggalkan sedikit
pekerjaan: kerja hari ini mesti dihabiskan hari ini juga, jangan
dibiarkan ~ hingga esok;
tertunggak masih belum dijelaskan, dibereskan, diselesaikan dsb
(bkn bayaran, hutang, pekerjaan dsb): seorang stokis telah gagal
menjelaskan hutang ~ hampir RM900 000; beliau berpuas hati
dgn kejayaan badan kehakiman dan mahkamah mengurangkan
sejumlah kes ~ dgn berkesan;
tunggakan 1. hutang (ansuran dll) yg masih belum dijelaskan,
baki hutang dll (yg seharusnya sudah dibayar): sekali gus dua
bulan akan dibayarnya ~nya; 2. pekerjaan (kerja) yg masih belum
dihabiskan, sisa pekerjaan.
tunggal 1. tidak ada yg lain lagi, itulah sahaja, satu-satunya: bahasa
Melayu sanggup dan mampu mengambil peranan sbg Bahasa
Kebangsaan yg ~ pd tahun 1967; berdiri berkaki
~ = berdiri dgn kaki ~ sl berdiri dgn kaki sebelah; anak ~ anak yg
seorang sahaja (tidak beradik berkakak); ejen ~ = wakil ~ wakil yg
hanya satu; 2. Id bukan jamak; kata ~ mufrat; kalimat ~ Id ayat
selapis; 3. tidak berbelah bagi (perasaan, fikiran), dgn sepenuhpenuhnya,
bulat-bulat; dgn ~ hati dgn sepenuh hati;
setunggal ark tidak berbeza, sama..., se...; ~ darah sama darahnya,
seketurunan, sebaka; ~ darjat sama darjat (taraf);
menunggalkan 1. menjadikan tunggal (tidak ada dua tiganya):
rayuan mereka itu berlawanan dgn perjuangan hendak ~ bahasa
kebangsaan; 2. membulatkan (memusatkan) jadi satu,
menyatukan; ~ diri menyatukan diri; ~ fikiran memusatkan
(membulatkan, menumpukan) fikiran;
ketunggalan 1. perihal tunggal, keesaan; 2. kebulatan (fikiran dll).
tungganai Mn = ~ rumah orang yg berkuasa dlm sesuatu perut (dlm adat
perpatih), kepala keluarga.
tunggang I terbalik (kepala ke bawah dan kaki ke atas), terjungkir,
tertelungkup, tertonggeng; ~-langgang = ~-tenggang a) berlari
pontang-panting (lintang-pukang); b) = ~ balik jungkir balik,
berguling-guling; ~-tunggit = ~-tonggek a) tidak rata (permukaan
jalan dll), lekuk-lekak, berjendul-jendul; b) bergerak turun naik
(orang berjalan); c) terumbang-ambing (perahu dimainkan
gelombang dll); d) menundukkan kepala dan kemudian
menegakkannya semula (spt orang sembahyang), tunduk dan tegak
semula; ~ buyung pergerakan dlm gimnastik apabila belakang
tengkuk berada di lantai, gulingan depan; kuat ~ kuat minum
(minuman keras);
bersetunggang berputar balik (kepala ke bawah kaki ke atas),
berjungkir: tidur ~ kaki ke atas; ~ balik berputar-putar (kepala ke
bawah kaki ke atas), berjungkir balik;
menunggangkan 1. membalikkan (cawan, botol, dll) supaya
tumpah isinya, menunggitkan supaya tumpah, menuangkan,
menumpahkan: ia ~ air yg di dlm baldi itu ke dlm tempayan; 2. =
mempertunggang, mempertunggangkan menjadikan
bersetunggang, membalikkan (kepala ke bawah kaki ke atas),
menjungkirkan: di situ diusahakannya mempertunggang supaya
air keluar dr hidung dan mulutnya; budak itu ditunggangkan ke
atas asap sabut kering itu;
tertunggang 1. terbalik (yg di bawah ke atas dan yg di atas ke
bawah), terjungkir; 2. tertumpah atau tercurah (sesuatu dr
bekasnya);
penunggangan perihal atau perbuatan menunggang (motosikal,
kuda, basikal dsb): motosikal empat lejang dgn tempat duduknya
yg rendah memang sesuai utk ~ yg selesa dan stabil.
tunggang II lurus ke bawah, curam (bukit dll): lereng gunung yg ~ ;
akar ~ = urat ~ Id akar yg tumbuh lurus ke bawah, akar tunjang;
~ hati tabah atau tetap hati (dlm mengerjakan sesuatu), tidak
berasa gentar atau takut, cekal;
~ hilang berani mati tidak berasa takut akan apa-apa pun, berani; ~
hilang, tak hilang a) yg berani hilang (mati) tidak akan hilang
(mati); b) siapa yg cekal dan tabah hati akan tercapai maksudnya.
tunggang III; ~ gunung waktu petang ketika matahari hampir akan
masuk; kuda ~ kuda kenderaan;
menunggang, menunggangi 1. menaiki dan duduk mengangkang
di atas sesuatu (basikal, kuda, dll), mengenderai: kemudian dia ~
basikal lima batu menurun bukit; berderet-deret unta ditunggangi
oleh orang-orang yg memakai pakaian yg luar biasa; 2. ki
mempergunakan sesuatu (orang dll) utk mencapai maksud sendiri:
janganlah membiarkan diri kita ditunggangi oleh perasaan
dendam-mendendam yg tidak berkeputusan;
tunggangan sesuatu yg ditunggangi: kuda ~;
penunggang orang yg menunggang atau menunggangi sesuatu:
askar ~ gajah.
tunggang IV Kl sj dapur yg dibuat dgn menggali lubang (utk memasak
nira dll).
tunggang balik jungkir balik, berguling-guling;
menunggangbalikkan menjadikan tunggang balik,
menjungkarbalikkan (yg di bawah ke atas, yg di atas ke bawah);
tunggang-langgang berlari pontang-panting (lintang-pukang), tunggangtenggang;
menunggang-langgangkan 1. menjadikan berguling-guling,
mengguling-gulingkan, menjungkirbalikkan; 2. menjadikan berlari
tunggang-langgang (mengusir, mengejar, dll); 3. memutar-mutar
atau membelit-belitkan (perkara, perkataan, perjanjian, dll),
memutarbalikkan;
tungging  tonggeng I.
tunggit punggung terkeluar ke belakang;  tonggek, tunggang.
tunggu I bp = menunggu; ruang ~ ruang tempat menanti;
bertunggu 1. sedang menjaga, berjaga, berkawal: orang besarbesar
sekaliannya ~ negeri; 2. sl menanti: maka baginda pun
sediakala duduk menghadap Seri Betara ~ tunangan;
menunggu 1. = menunggui menjaga supaya selamat (rumah,
orang sakit, dll), mengawasi: rumah itu tidak ditunggu orang; 2.
menanti (ketibaan orang, berlakunya atau berlangsungnya sesuatu
dll), menyambut atau menyongsong (tetamu): dia ~ kepulangan
anaknya di muka tangga; 3. = menunggukan ark bersabar
menanti sesuatu yg akan berlaku, menantikan: pokok getah itu
hendaklah ditunggu sehingga tujuh tahun barulah boleh ditoreh;
4. = menunggui menduduki, mendiami, menghuni, tinggal di:
harimau yg dijumpai mereka itu ialah jin kuning yg ~ kaki bukit
selekoh tiga;
~ angin lalu menunggu dgn sia-sia; ~ masa menunggu hingga tiba
masanya (ketikanya); ~ tanduk kerbau goyah prb mengharapkan
sesuatu yg tidak mungkin (berlaku, tiba, dll);
menunggu-nungu, tertunggu-tunggu asyik menunggu, lama
menunggu, sentiasa menunggu: ~ buah yg tidak kunjung jatuh;
Sharifah Aini sedang tertunggu-tunggu kepulangan anaknya;
menunggui 1. menjaga (orang sakit, rumah, dll), mengawal: orang
yg ~ orang sakit itu disuruhnya keluar semuanya; segala
bangunan itu pun disuruh tunggui dan parit pun diisi air; 2.
mendiami, menduduki, menghuni: tempat-tempat demikian itulah
pula menurut kepercayaan mereka kerap ditunggui jin jembalang
dan sebagainya;
penungguan perihal menunggu, penantian: apa yg ditunggu dia
sendiri kurang tahu, barangkali ~ itu cuma utk mencari ruang utk
menarik nafas;
penunggu 1. orang yg menunggu (mengawal, menjaga), pengawal,
penjaga: ~ pintu; 2. orang yg menunggu (kedatangan orang dll),
penyambut (tetamu): bangun lagi dia dan datang lagi ke arah
pintu bangunan tempat orang-orang ~ jemputan datang; 3. yg
mendiami, penghuni: binatang-binatang ~ hutan membuat lagu
alam yg tidak pernah berubah-ubah; 4. (hantu, puaka, dll) yg
menunggui atau mendiami: seumur hidupku belum aku berjumpa
hantu syaitan atau puaka ~nya.
tunggu II; burung ~ taman sj burung, Terpsiphone incii.
tunggu III Mn; menunggu 1. meminta kembali (barang yg telah
diberikan dll); 2. meminta supaya dijelaskan hutang, menagih; 3.
menuntut (janji).
tunggul I 1. pangkal pokok kayu yg masih tertinggal dlm tanah (setelah
ditebang): ia duduk di atas sebuah ~ kayu; ~ punggur pangkal
batang kayu yg sudah mati; 2. batang padi (lalang dll) yg tertinggal
setelah dituai atau disabit: ~ padi; 3. pancang, tongkat (utk
menambatkan perahu dll);
~ kayu ditarah pelicin, (dia) elok juga, jangankan manusia = ~ itu
kalau dipakai, elok juga prb perempuan yg buruk itu akan cantik
juga kelihatannya apabila diberi pakaian yg elok; ~ terbakar di
tengah huma prb rupa seseorang yg sangat hitam; berunding dgn ~
prb perihal menanyai dan memberi nasihat kpd seseorang yg hanya
mendiamkan diri (tidak menjawab, membantah, atau mengiakan);
bertunggul ada tunggulnya; ~ pemarasan prb pekerjaan yg tidak
sempurna;
penunggul kayu yg agak berat tempat menambatkan kerbau dll
(supaya jangan pergi jauh); ~ gobek kayu utk mengeluarkan sirih
dlm gobek; kayu ~ tonggak pd empang.
tunggul II sl bendera, panji-panji: maka Laksamana pun berdirilah di
bawah ~ itu; ~ panji-panji bendera dan panji-panji; ~ putih
bendera putih (tanda menyerah kalah); ~ merual bermacam-macam
jenis bendera.
tunggul III; penunggul pemberian (pembayaran) yg dibuat kerana kalah
dlm peperangan, pemberian sbg tanda sudah ditakluki; memberi ~
= menunggul, menunggulkan memberi (membayar) sesuatu
setelah dikalahkan.
tunggul IV; main ~ sj permainan kanak-kanak.
tungkahan Mn kayu tempat duduk, kayu penyangga, landasan;
bagai rupa ~ prb muka orang yg sangat buruk; berunding dgn ~
prb perihal menanyai atau menasihati orang yg hanya mendiamkan
diri sahaja (tidak menjawab, membantah, atau mengiakan).
tungkai Mn bahagian badan dr pangkal paha hingga tapak kaki, kaki;
menungkai 1. merebahkan kerbau dll sesudah diikat kakinya; 2. =
~ tapak ki mengatur langkah, berjalan.
tungkap ark terdiam sekejap, terkelu.
tungkik tukik II.
tungku I = ~ dapur = batu ~ batu dll yg diletakkan sbg tempat memasak
(dapur, keran): dapur minyak sudah menggantikan ~ dan kayu api;
~ kera (pelanduk) sarang sj serangga (kiak-kiak).
tungku II ark tengku, tuanku.
tungkul I; menungkul sl mengaku kalah, takluk, tunduk;
penungkul pemberian (kpd pihak yg menang) kerana sudah
takluk.
tungkul II Mn tongkol I.
tungkum; menungkum meniarap (dgn muka ke bawah), menelungkup;
menungkumkan meletakkan menelungkup, meniarapkan,
menungkupkan: dia pun ~ muka ke bantal dan menangis terusterusan.
tungkup Mn telangkup, telungkup;
menungkup menelungkup, meniarap; ~ menelentangkan ki
menimbangkan (meneliti) dgn sungguh-sungguh;
menungkupkan menelungkupkan, meniarapkan;
tertungkup 1. tertelungkup, tertiarap; 2. ki menanggung rugi,
mendapat kecelakaan, dll.
tungkus I = tungkusan bungkus atau bungkusan (drpd daun pisang,
kertas, dll); nasi ~ = nasi tungkusan nasi yg dibungkus dgn daun
(utk kenduri dll);
menungkus membungkus atau membalut (dgn daun dll).
tungkus II; ~ lumus = bertungkus lumus = tertungkus lumus a) asyik
atau teruk mengerjakan sesuatu: kita bertungkus lumus bekerja,
sedang mereka berdengkur tidur; b) banyak sekali hutang.
tungkus III Br kain kafan.
tungsten (Kim) sj unsur logam yg keras, berwarna kelabu, dan
digunakan utk membuat aloi, filamen lampu elektrik, dll.
tunjal; menunjal 1. menumpukan atau menekankan kaki (ketika hendak
melonjak atau melompat), menjejakkan kaki (ketika hendak
berdiri); 2. menunjuk dan menyentuh dgn jari (biasanya dgn jari
telunjuk): jari telunjuknya spt hendak ~ kepala kawannya; jauh
dapat ditunjuk, dekat dapat ditunjal prb sesuatu yg diperkatakan
dapat dibuktikan kebenarannya.
tunjam; menunjam jatuh lurus ke bawah, menjunam, mengunjam,
menukik: galah itu ~ ke tanah; hunjam.
tunjang I; akar ~ akar yg tumbuh lurus ke bawah ke dlm tanah (utk
menguatkan pendirian pokok);
bertunjang 1. ada akar tunjangnya (tumbuh-tumbuhan); 2. ki
berpegang teguh (pd), berasas (pd), bersandar (pd): ajaran mereka
itu tidak ~ pd agama, tidak bersandar pd logik; ~ kayu ara, ~ pula
mali-mali prb orang hina dan miskin hendak menyerupai orang
mulia dan kaya;
bertunjangkan ki berasaskan, berdasarkan, bersandarkan: Hassan
Ali akan mewakili generasinya dlm bidang penulisan cerita-cerita
pendek lucu dan menyindir yg ~ jiwa orang Melayu; kenyataan ini
~ fakta bahawa bahasa baku adalah ragam yg dihubungkan dgn
suasana rasmi dan formal;
menunjang 1. menyokong (menopang, menongkat, dll) supaya
jangan rebah atau runtuh; 2. = menunjangi memberi sokongan
dsb, menolong menjadikan (lebih) kukuh (berkesan, berpengaruh,
dll), membantu: semasa aku sekolah, mamakku turut ~ belanjaku
itu dgn wang; dunia kesusasteraan masa kini masih dikuasai dan
ditunjangi oleh golongan penulis veteran yg telah lama berkarya;
tunjang-menunjang saling bantu-membantu: saling bertukar
pengalaman, pandangan, dan pendapat serta ~ dlm setiap gerakan
dan kegiatan sasterawan;
tunjangan bantuan (berupa wang dll) yg diberikan, pertolongan,
sokongan: kaum penganggur di sini mendapat ~;
penunjang 1. orang yg memberi tunjangan (bantuan dll),
penyokong; 2. orang yg menyokong sesuatu pihak (dlm
perlawanan bola sepak dll).
tunjang II Mn bahagian badan dr lutut hingga ke tapak kaki; ~ tonjet
terlompat-lompat ke sana ke mari; panjang ~ panjang kaki; tuak
terbeli, ~ hilang prb mendapat kecelakaan (kekecewaan);
menunjang ark 1. menendang, menerajang; 2. Jw melanggar,
membentur, menubruk.
tunjuk 1. bp = menunjuk, menunjukkan; ~ diri menampakkan diri
(menghadap pembesar dll); 2. Mn jari telunjuk;
~ ajar segala macam nasihat dan ajaran; ~ cara melakukan sesuatu
dgn tujuan utk memberitahu cara-cara membuatnya; ~ langit a) sj
ikan laut, Triacanthus oxycephalus; b) kayu yg dipasang tegak dr
alang ke bumbung rumah; ~ perasaan perbuatan menyatakan
pendapat (bantahan dsb) dgn perarakan atau rapat umum dsb,
demonstrasi;
bertunjuk-tunjukan 1. saling memperlihatkan (diri dll), saling
mengacukan jari; 2. = tunjuk-menunjuki saling memberi nasihat,
nasihat-menasihati;
menunjuk 1. mengarahkan jari telunjuk ke, mengacukan jari
telunjuk ke: ia ~ ke papan hitam; 2. memberitahu dgn
mengarahkan sesuatu ke, memberitahu dgn isyarat: ia menunjuknunjuk
dgn kipas; 3. mengarahkan jari (telunjuk) ke atas,
mengangkat tangan; 4. menetapkan atau menentukan (orang yg
diangkat, dipilih, dll): orang kampung telah ~ beliau menjadi ketua
mereka; 5. mengemukakan sesuatu sbg alasan, mengingatkan
sesuatu dgn bukti, menyatakan, merujuk; ~ perasaan mengadakan
tunjuk perasaan (dgn berpiket, berarak, dsb), berdemontrasi;
menunjuk-nunjuk gemar memperlihatkan kelebihan diri sendiri:
ancaman besar terhadap perasaan muhibah di negeri ini ialah
drpd pemimpin-pemimpin politik perkauman yg cuba ~ pandai dan
terlalu bercakap banyak;
menunjuki memberitahu cara melakukan sesuatu, mengajari: ibu
~ kakak cara membuat kuih itu; guru kami telah ~ pendakwahpendakwah;
menunjukkan 1. menggunakan sesuatu utk menunjuk (jari dll),
menunjuk dgn: ~ jari; 2. memperlihatkan sesuatu kpd, memberi
lihat: dia pun naik ke rumah ~ kakinya yg dimakan keri itu; 3.
memberitahu di mana (letak, arah, dll): maka datanglah budakbudak
~ masjid; 4. menampakkan (sesuatu yg terpendam di hati
dll), mendedahkan: tidak seorang jua pun yg berani ~ kemarahan
mereka berterang-terang; 5. memperkenalkan: maka orang itu ~
anak raja itu dgn isyarat; 6. memberi keterangan (penjelasan),
menerangkan, menjelaskan: sekiranya ada bukti-bukti yg ~ Ahmad
melakukan pembunuhan itu, polis akan meminta kpd majistret
supaya Ahmad ditahan; 7. memberikan bukti, membuktikan,
mengesahkan: dikemukakan satu konsep baru yg ~ bahawa
kemiskinan orang-orang itu sebenarnya satu penyakit sosial; 8.
menyatakan, menandakan: suhu yg terendah pd hari atau malam
itu ditunjukkan oleh besi itu;
mempertunjukkan 1. memberi lihat (kpd), memperlihatkan
(wayang, sandiwara, dll): masing-masing bangsa ~ kebudayaan
nasionalnya; 2. memperlihatkan (barang-barang dll),
mempamerkan: tiap-tiap bangsal telah dihiasi dgn indah, iaitu
menurut jenis barang-barang yg akan dipertunjukkan; 3.
memberikan bukti, membuktikan: aduhai saudara, pertetapkan
iman dan berserah kpd Allah, tiap-tiap yg benar itu akan
dipertunjukkan kebenarannya;
pertunjukan 1. sesuatu yg dipertontonkan (wayang gambar,
sandiwara, dll), tontonan: pd suatu malam rombongan pemudapemudi
mengadakan ~ kebudayaan di gedung kesenian; 2. apa yg
dipertunjukkan; 3. pameran: ~ pertanian dan perkebunan; 4.
perihal menunjukkan (cara melakukan sesuatu dll), pengajaran:
guru hendaklah sentiasa sedia utk memberikan ~ dan pertolongan;
5. = ~ perasaan ark tunjuk perasaan, demonstrasi;
petunjuk, pertunjuk ark 1. sesuatu yg menunjuk atau
menunjukkan (tanda, isyarat, dll), tanda dll yg memberitahu
tentang sesuatu: pemandu-pemandu kereta sangat sedikit yg
mematuhi ~-~ jalan raya; 2. ketentuan yg harus dipatuhi, syarat:
sebelum memakan ubat ini, ~ yg dikembarkan ini hendaklah
dibaca dgn teliti; 3. ajaran, nasihat, tunjuk ajar: esei-esei yg
dikumpulkan di dlm Renungan penuh dgn seruan dan ~ utk
menyedarkan dan membangunkan masyarakat; 4. bisikan hati (yg
datang drpd Tuhan), ilham: menerima ~ Tuhan; 5. sesuatu yg
menjadi panduan (utk melakukan sesuatu), rujukan: buku ini
adalah ~ yg baik bagi penggemar-penggemar kesusasteraan;
penunjuk 1. alat yg digunakan utk menunjuk atau menunjukkan: ~
jangka suhu maksimum atau minimum dibuat drpd kaca atau
keluli; 2. orang yg menunjuk atau menunjukkan: mahukah kamu
menjadi ~ jalan kpd kami?; 3. sesuatu yg digunakan sbg panduan
(utk melakukan sesuatu), peringatan, rujukan: kpd pihak inilah
saya mengharap agar sanggup mengakui kesalahan-kesalahan yg
telah lalu utk menjadi peringatan dan ~ utk masa hadapan;
~ jalan a) orang yg menunjuk jalan, mualim; b) tanda panah dll utk
menunjuk jalan; ~ perasaan orang yg mengadakan tunjuk perasaan
(berdemonstrasi).
tunjung; ~ biru sj tumbuhan, kelipuk, Nymphaea lotus; ~ mas sj
tumbuhan, telepok putih, Nymphaea stellata.
tuntas 1. tidak mengalir lagi (kerana sudah habis dicurahkan), habis (air
mata); 2. meliputi (hampir segala-galanya), menyeluruh, sempurna,
komprehensif: saya sarankan supaya dilakukan analisis kontrastif
bahasa Melayu-bahasa Inggeris yg bersifat ~; penyelesaian yg ~;
secara ~ secara menyeluruh (tidak menyentuh aspek-aspek tertentu
sahaja); 3. singkat dan tegas;
menuntaskan 1. mencurahkan semua (habis-habisan),
menghabiskan; 2. menyelesaikan semuanya atau segala-galanya;
ketuntasan perihal (keadaan, sifat) tuntas;
ketidaktuntasan keadaan yg tidak tuntas.
tuntun I Jw; bertuntun ditarik (pd tangan) ketika berjalan, berpimpin:
berjalan ~;
menuntun 1. menolong orang lain berjalan dgn memegang
tangannya, memimpin: dia terus turun ke tanah dan ~ neneknya ke
tangga dapur; 2. menghela (basikal, kerbau, dll), mengheret;
tuntunan 1. perihal menuntun, bimbingan, pimpinan; 2. ki ajaran,
petunjuk, tunjuk ajar: guru saya banyak memberikan ~ kpd saya;
penuntun orang yg menuntun, pembimbing, pemimpin.
tuntun II Mn tutup muka atau mata;
bertuntun bertutup muka atau mata; membeli kerbau ~ prb a)
membeli sesuatu dgn tidak melihat dahulu; b) berkahwin dgn gadis
yg belum dikenali;
menuntun menutup muka atau mata dgn sapu tangan dll.
tuntung I hujung yg runcing (jarum, keris, dll): ~ keris; ~ lembing; spt
mengadu ~ jarum prb menyatakan fikiran yg sukar-sukar itu terlalu
susah.
tuntung II Mn sj tabung kecil (utk bekas garam dll); tebu se~ tebu
sekerat yg kecil;
menuntung mengerat kecil-kecil (tebu).
tuntung III Mn; menuntung menterbalikkan bekas supaya tumpah
(keluar) isinya: dia mengambil tabung sambal itu, diketukketukkan
pd tepi sampan dan dituntung-tuntung;
menuntungkan 1. membalikkan letak sesuatu (mulutnya ke bawah
dan dasarnya ke atas), menjungkirkan, menunggitkan,
menunggangkan; 2. menuntung; 3. ki mengeluarkan (perasaan hati
dll), mencurahkan;
tertuntung 1. tertonggeng atau terbalik (letak sesuatu), terjungkir;
2. tertumpah, tercurah.
tuntung IV sj penyu, Batagur baska.
tuntut; menuntut 1. meminta dgn mendesak (supaya dilakukan,
dipenuhi, dll): pekerja-pekerja ~ supaya dinaikkan gaji; 2.
meminta supaya dijelaskan (hutang dll), menagih hutang: pekedaipekedai
tidak berani lagi ~ hutang drpd pelanggan-pelanggan
mereka; 3. hendak memulangkan kembali perbuatan yg telah
dilakukan kepada seseorang, hendak mengimbangi kembali
(kejahatan orang dll), melakukan sesuatu yg setimpal: perbuatan si
dajal itu mesti dituntut; 4. mempertahankan
(hak atas sesuatu), menjaga, memelihara: hak pengarang dituntut;
5. berusaha dgn keras (utk mendapatkan sesuatu), bekerja
sungguh-sungguh (utk mencapai tujuan dll): mereka telah banyak
mengorbankan tenaga dan harta dlm perjuangan mereka ~
kebebasan itu; 6. berusaha utk mencari ilmu (pengetahuan dll),
mempelajari: anak-anaknya dihantar ~ ilmu ke tempat yg lebih
maju; 7. mewajibkan, mengharuskan, menjadikan kemestian (agar
dilakukan dsb sesuatu): kita hendaklah menunaikan kewajiban kita
spt yg dituntut oleh agama kita; isinya tidak ~ kita berfikir jauh; 8.
membawa perkara ke mahkamah (utk diadili), mendakwa: mereka
yg melanggar undang-undang negara akan dituntut; 9. sl menuju
ke, menghala ke;
~ balas a) membalas sesuatu perbuatan, membalas dendam; b)
(Udg) membuat sesuatu tuntutan yg menentang tuntutan lain,
terutamanya dlm tindakan sivil oleh defendan terhadap plaintif; ~
bela membalas dgn membunuh seseorang yg telah membunuh
orang lain; ~ dakwa mengemukakan pengaduan kpd hakim; ~ janji
meminta supaya menepati janji; ~ maaf meminta maaf; ~ malu
membalas sesuatu perbuatan jahat yg memalukan;
tuntutan sesuatu yg dituntut, permintaan dgn mendesak (supaya
dilakukan sesuatu dll), dakwaan, gugatan: badan itu seharusnya
berhak berunding terus dgn kerajaan mengenai semua ~ drpd
persatuan tersebut; ~ balas (Udg) tuntutan yg dibuat bertentangan
dgn suatu tuntutan lain, terutamanya oleh defendan terhadap
plantif dlm sesuatu tindakan sivil;
penuntutan perihal menuntut (meminta): ~ gaji sama, perbaikan
nasib wanita-wanita yg malang, semuanya harus mendapat
perhatian yg lebih berat drpd pemerintah; ~ darah penuntutan
bela;
penuntut 1. orang yg menuntut (perkara), pendakwa: ~ takhta; ~
umum Id pegawai undang-undang yg mendakwa, pendakwa raya;
2. orang yg belajar (mencari ilmu), murid, pelajar: ~ sekolah
menengah.
tunu sl dimakan api, terbakar;
menunu 1. = menunukan membakar, menyalakan (api): dia tidak
mempedulikan api yg hendak ~ rumahnya lagi; 2. tampak apinya,
berkobar, menyala; ~ hati ki memanaskan (menyakitkan) hati;
tertunu terbakar;
penunuan perihal menunu, pembakaran;
penunu alat yg digunakan utk menunu, pembakar; ~ Bunsen
penunu yg bahan bakarnya merupakan campuran gas bahan api
dan udara, biasanya digunakan di makmal sains utk membuat uji
kaji dsb; ~ gas bahagian yg bermuncung atau berlubang tempat
keluarnya gas yg menjadi bahan bakar, mis pd dapur gas dsb.
TUOS kep Trained Under Other Schemes (terlatih di bawah skim-skim
lain, bkn guru).
tupai sj binatang yg mengerip (mengunggis), bajing; jenis-jenisnya: ~
akar sj tupai , Tupaia ferruginea; ~ belang = ~ galang perahu,
Lariscus spp.; ~ biji nangka = ~ naning sj tupai, Rhinosciurus
laticaudatus; ~ gading sj tupai, Callosciurus prevostii; ~ kampung
= ~ kelapa = ~ merah = ~ nyiur sj tupai, Callosciurus notatus; ~
kerawak hitam = ~ janjang = ~ nandung sj tupai, Ratufa bicolor; ~
kericik = ~ lengkuas sj tupai, Nannosciurus exilis; ~ tanah belang
pendek sj tupai, Tupaia tana; ~ tanah belang panjang sj tupai,
Tupaia dorsalis;
bagai ~ bergelut prb rupa kehebatan langkah seorang pendekar
tatkala menarikkan pedang; sepandai-pandai ~ melompat, sekali
akan gawal juga prb sepandai-pandai orang, sekali akan salah juga
perbuatannya.
tupai II; ekor ~ sj tumbuhan (herba), Justicia betonica; sarang ~ sj
tumbuhan (rumpai), rumput tapak burung (itik), rumput keremit,
Aneilema nudiflorum.
tupai-tupai keratan kayu yg dilekapkan (dipakukan) pd tiang dll utk
menyangga sesuatu.
tup-tup bp tiba-tiba, tengok-tengok.
tupuk; ~ lemah Kl serba kekurangan (lemah).
tura Mn; bertura-tura 1. marah-marah, bersungut-sungut, mengomelngomel;
2. berkata yg bukan-bukan, meracau, merepek.
turang Mn; ~ atap tambahan pd bumbungan yg berkeluk spt tanduk
kerbau; ~ jala tambahan pd mata jala (supaya elok kembangnya
apabila ditebarkan).
turap campuran simen dgn pasir dll yg digunakan utk melekatkan bata
(tembok dll), lapisan simen pd tembok dll, lepa, salut;
berturap bersalut (berlapis) dgn sesuatu yg ditampalkan, berlepa:
bulu ~ dgn air mas;
menurap menampalkan sesuatu (lapisan dsb) pd bahagian luar,
melepa, melapis, menyalut: pagarnya drpd batu putih dirapat,
diturap dgn kapur yg amat bersih;
turapan hasil menurap;
penurapan perihal (perbuatan, kerja, dsb) menurap: penggunaan
simen dlm proses ~ permukaan jalan;
penurap 1. orang yg menurap: dia anak kpd seorang ~ bata di
daerah itu; 2. alat (bahan dsb) yg digunakan utk menurap: kerja
menurap jubin memerlukan bahan ~ khusus; jalan kampung yg
sempit sukar dilalui jentera.
turas I alat utk menapis, tapisan; kertas ~ kertas utk menyaring barangbarang
cair;
menuras menapis (dgn turas), menyaring;
turasan hasil yg diperoleh drpd menuras;
penurasan proses menuras.
penuras alat utk menapis, penapis.
turas II NS turus (utk pagar dll), tiang, tonggak.
turbin mesin atau enjin yg menggunakan arus gas, air, udara atau stim
utk memutar roda bagi menghasilkan tenaga.
turi I sj tumbuhan (pokok) a) Sesbania cannabina; b) geti, Sesbania
grandiflora; ~ hutan sj tumbuhan (herba), amin buah, dukung(-
dukung) anak, rami buah, Phyllanthus niruri; rumput ~ sj
tumbuhan (rumpai), beluntas padi, Clitorea laurifolia.
turi II = turi-turi (Batak) cerita dongeng berdasarkan kejadian zaman
dahulu.
turis toreh.
turit Kl bunyi yg sangat kuat.
turnamen (turnamén)  IB  (Suk)  pertandingan  utk  merebut  kejohanan
(tenis, ping pong, dll) oleh beberapa orang.
turne (turné)  IB,  bp berpergian  utk melakukan  sesuatu  tugas  (melawat
daerah dll).
turnip sj lobak bulat berwarna putih yg digunakan sbg sayur, Brassica
rapa.
turpentin sj minyak (drpd damar sj pokok) utk membancuh cat dan
varnis.
tursi bp terusi.
turu Jw tidur.
turuk-turuk Br caping.
turun I 1. dr tempat yg lebih tinggi ke tempat yg lebih rendah, dr atas ke
bawah, lwn naik; 2. (datang) dr hulu ke hilir atau dr daerah atas
angin ke bawah angin: ia baru ~ dr merotan; maka iaitu ~ dr
Yaman ke bawah angin, maka singgahlah ia di Tanah Keling; 3.
(pergi) dr pedalaman (kampung dll) ke bandar: terpaksa juga saya
~ ke bandar hari ini; 4. mengendap ke bawah (keladak dlm air dll),
surut (air), hampir terbenam (matahari, bulan, dll), jatuh: hampas
kopi itu telah ~; matahari ~ matahari sudah hampir terbenam;
(matahari) tengah ~ waktu petang (lebih kurang pukul 3.30); 5. ki
telah berkurang (marah, nafsu, dll), reda: kemarahannya tidak juga
~-~ lagi; 6. keluar atau meninggalkan kenderaan ke bawah, keluar
dr perahu dll dan naik ke darat: maka ~lah orang sekoci pergi
mengambil air; maka lalu ~lah sahaya berjalan-jalan melihatlihat
kampung dan pasar di situ; 7. dr darat pergi naik ke kapal
(perahu dll), menaiki kapal (perahu dll): maka ~lah ia ke
sampannya lalu berkayuh; 8. keluar dr rumah, pergi atau pulang
(tetamu): lebih kurang pukul sebelas malam barulah kami ~ dr
rumahnya; 9. menjadi kurang atau rendah drpd biasa (harga dll),
jatuh, merosot, susut (hasil dll): naik dan ~nya jualan tuan pd tiaptiap
bulan, terpulanglah kpd kecekapan tuan menguruskan
perniagaan; 10. datang dr sesuatu yg dianggap tinggi (di atas),
mewarisi sesuatu (perangai dll) drpd datuk nenek dll, memasuki
(roh, orang halus, dll): semua sekali ayat yg terhimpun di dlm
Quran sekarang ini ~nya dlm waktu dua puluh tiga tahun; 11.
datang jatuh (hujan, salji), datang bertiup (angin ribut): tiba-tiba
~lah hujan rintik-rintik; pd pagi itu ~lah pula ribut serta dgn
hujannya; 12. hilang warnanya (kain dll), luntur (warna kain dll):
corak yg tidak ~, iaitu warnanya tidak berubah apabila dibasuh;
~ darah a) keluar darah dgn banyaknya (perempuan yg telah
bersalin atau keguguran); b) sudah reda (berkurangan) marahnya; ~
haji kembali selepas mengerjakan haji (di Mekah); ~ harga
menjadi lebih rendah harganya; ~ ke sawah pergi bekerja di sawah;
~ main Jk berehat (bagi kanak-kanak sekolah) separuh waktu; ~
makan Jk berhenti bekerja utk makan (pekerja); ~ mandi = ~ ke air
upacara memandikan bayi utk pertama kali; ~ merek Id a)
mendapat nama buruk; b) sudah tidak megah lagi; ~ minum Jk
berhenti bermain utk minum (pemain bola sepak dll); ~ minyak
menjadi berang atau ganas (binatang spt gajah dll); ~ naik = naik ~
a) tidak sama atau tidak rata (jalan dll), tinggi rendah; b) sekejap
turun sekejap naik (nafas dll), sentiasa bergerak-gerak; c) sentiasa
berubah-ubah, tidak tetap (ekonomi sesebuah negara dll); ~
padang pergi sendiri (biasanya pemimpin, pembesar dsb) ke
sesuatu tempat utk menyiasat (meninjau, melihat dsb) sesuatu
keadaan, masalah dsb; ~ ranjang Jk mengahwini saudara atau
sanak isteri yg telah meninggal; ~ takhta = ~ dr takhta kerajaan =
~ dr kebesaran meninggalkan takhta (tidak menjadi raja lagi),
makzul; ~ tangan a) turut mencampuri sesuatu hal dll; b) turut
menyiapkan sesuatu pekerjaan dll; c) turut memberikan
pertolongan (kpd orang miskin dll); ~ tangga a) turun melalui
tangga; b) bertingkat-tingkat (pangkat, tinggi, umur, dll) dan hanya
sedikit sahaja bezanya; c) Sr istiadat membawa pengantin laki-laki
turun dan naik tangga sebanyak tiga atau tujuh kali (oleh pihak
pengantin perempuan); ~-temurun = ~-menurun berpindah-pindah
drpd bapa kpd anak, drpd anak kpd cucu dan seterusnya, drpd
nenek moyang turun kpd anak cucu dll; sama ~ dgn malim prb
perempuan yg dlm tempoh sebulan sahaja sesudah kahwin
diceraikan oleh suaminya;
berturun turut mengeluarkan wang sbg derma (yuran, sokongan,
dll): mereka ~ lima ringgit seorang utk menolong mangsa banjir di
Kelantan;
menurun 1. agak miring (tanah, pantai, dll), landai ke bawah:
gunung itu ~ dgn curamnya arah ke timur; 2. pergi dr atas ke
bawah (bukit dll), pergi melalui lereng bukit dll ke bawah: ia
bergegas melangkah ~ bukit yg curam menjunam itu; 3. menjadi
kurang drpd biasa, beransur-ansur turun, menjadi reda (kemarahan
dll), berkurang, surut, susut: debar darahku ~ dan dadaku terasa
lapang; mereka ditangkap kerana dituduh menjalankan sabotaj yg
menyebabkan penghasilan kilang itu ~; 4. berpindah kpd (drpd
bapa kpd anak, drpd anak kpd cucu, dll), turun kpd: ia benar-benar
~ kelakuan bapanya; 5. kemasukan roh halus ke dlm tubuh
(pawang, bomoh, dll), berada dlm keadaan tidak sedar dan
seterusnya dapat menghubungi makhluk-makhluk halus (bkn
bomoh, pawang, dll), bersawai: cara mengubat penyakit kadangkadang
dilakukan dgn cara ~; saya dapat menyaksikan bagaimana
gayanya orang berpawang dan pawang ~ hantu; ~ hujan
mendatangkan hujan;
menuruni 1. turun melalui (tangga, lereng bukit, dll): kemudian
dia berlari-lari ~ tangga hotel itu; 2. turun utk mengambil dll
sesuatu, turun ke; ~ telaga turun ke dlm telaga; 3. keluar dr rumah
utk menghadap (menangkap, mengejar), turun utk menyambut
(kedatangan orang dll): jikalau anak raja datang, tiada
dituruninya, melainkan anak raja yg akan ganti kerajaan maka
dituruninya;
menurunkan 1. membawa turun (ke bawah), menarik turun,
menjatuhkan, merendahkan: dilihat orang layang-layang Raja
Ahmad sudah naik, maka segala orang banyak ~ layanglayangnya;
maka sekalian baris itu ~ senapangnya memberi
hormat; 2. mengeluarkan dr kenderaan (kereta, perahu, dll),
menyuruh turun: setelah ~ kami di masjid besar, maka drebar itu
pun membawa balik motokar itu ke Yan; 3. menjadikan rendah
(pangkat, kedudukan, dll), memakzulkan (raja dll): setelah
Abdullah menjadi sultan memanglah sukar hendak ~nya balik; 4.
menjadikan kurang (harga dll), mengurangkan, menyusutkan (hasil
dll), memerosotkan: ia boleh membuat undang-undang baru,
menukar undang-undang lama, menaikkan atau ~ cukai; 5.
menjadikan perlahan (suara), merendahkan; 6. memindahkan
sesuatu kpd (anak, cucu, dll), mewariskan sesuatu kpd,
meninggalkan (harta, ilmu, dll) kpd: harta si mati itu mesti
diturunkan kpd warisnya; dia akan ~ ilmunya kpd orang yg hanya
betul-betul hendak belajar sahaja; ~ baka memindahkan baka; ~
kuasa memindahkan kuasa (kepada orang bawahan dll); 7.
menternakkan, menggembalakan (lembu dsb); 8. mendatangkan
(wahyu dll) kpd, menyampaikan (ilham dll) kpd, mewahyukan,
mengilhamkan: wajib kita percaya kpd kitab-kitab yg diturunkan
oleh Allah kpd rasul-rasul; 9. memulakan menanam (padi dll):
maka bertitah baginda suruh Bujang Selamat panggil Tuk Bidan
Raja datang menugal dan ~ benih; 10. menyebabkan turun,
mengggugurkan, menjatuhkan: kebanyakan hujan di Semenanjung
adalah hujan ribut yg ~ sampai 30 cm dlm sehari; 11. menjadikan
turun (warna kain dll), melunturkan (warna), memudarkan: serbuk
pencuci itu akan ~ warna dan merosakkan corak kain itu; 12. Id
membentuk kata terbitan drpd kata pokok yg diberi imbuhan
(awalan, sisipan, atau akhiran): dgn bersisipkan em, kata gerlap
diturunkan menjadi gemerlap; 13. memilih atau meletakkan
pemain dlm pertandingan (bola sepak dll), memilih pemain utk
mewakili sesuatu pasukan (dan seterusnya bermain dalam sesuatu
perlawanan): mereka telah ~ pemain-pemain yg handal utk
menentang pasukan dr luar negara itu;
memperturun; ~ hari mendatangkan hujan dgn doa dll;
turunan 1. = keturunan anak cucu, baka, zuriat: betapa senang
dan gembira hati Pak Long Karim melihat usahanya dan jasanya
utk anak dan ~nya masa akan datang; 2. peranakan, kacukan:
dekat baginda kelihatan perajurit pilihan, iaitu perajurit Daengan
dan Bugisan ~ Mengkasar dan Bugis; 3. sesuatu yg dipusakai drpd
nenek moyang, sesuatu yg turun-temurun: ayahnya sendiri seorang
tua model lama, amat kukuh memegang kebiasaan ~, tetapi tidak
pandai menjaga anaknya; 4. = kata ~ Id (Lin) kata yg dibentuk
drpd kata pokok, kata terbitan, kata bersambungan; 5. bp
penurunan;
keturunan 1. yg diturunkan drpd, anak cucu kpd, turunan, zuriat:
dlm bahasa Melayu klasik kata putera semata-mata diperuntukkan
bagi anak laki-laki ~ raja; 2. sesuatu yg diwarisi: dia memang
orang biasa yg tidak mempunyai gelar ~ apa-apa; 3. menderita
(sakit dll) yg turun-temurun, mendapat sesuatu yg menurun; 4.
perihal dimasuki roh halus, kemasukan roh halus;
berketurunan mempunyai keturunan (zuriat);
penurunan 1. bahagian bukit (lereng, jalan, dll) yg menurun, lwn
pendakian: akhir sekali, akan berhenti pendakian dan ~ itu di satu
padang yg luas terbentang; 2. perihal menuruni atau menurunkan
(dlm berbagai-bagai makna), pembongkaran (barang dr kapal dll);
3. perihal merendahkan (harga, nilai, dll), pengurangan,
penyusutan: ~ nilai mata wang Sterling akan membaiki keadaan
ekonomi British yg sedang merosot; 4. (Kim) proses mengeluarkan
oksigen drpd sebatian atau memasukkan hidrogen ke dlm sebatian.
turun II; menurun 1. meniru (tulisan dll) drpd yg lain, menulis semula,
menyalin; 2. meniru perbuatan orang lain, mencontohi orang lain;
menurunkan, memperturunkan 1. menulis kembali, menyalin
(drpd sesuatu yg lain): di bawah ini kita turunkan lima rangkap
permulaan drpd Syair Perahu; ayat yg diperturunkan di bawah ini
mengandungi beberapa kekurangan tentang jalan bahasanya; 2.
membuat karangan dll dgn memadankannya dgn yg lain,
mencontohi (karangan dll) yg lain: Hikayat Ken Tambuhan
naskhah ini telah diperturunkan drpd Syair Ken Tambuhan; 3.
menulis (dgn lengkap), mencatatkan: di bawah ini diturunkan dgn
ringkas cara-cara yg digunakan oleh penyair Melayu utk
mendapatkan rima; 4. membubuh (tandatangan, cap, dll) pd
sesuatu: pengantin lelaki itu ~ tandatangannya ke dlm Buku Daftar
Perkahwinan kerajaan;
turunan sesuatu yg diturunkan (surat dll), salinan.
turus 1. tiang drpd kayu dll (utk mengukuhkan pagar, belat, dll),
tonggak: dicabutnya ~ pagar yg terpacak itu; 2. kayu atau buluh
yg digunakan utk penjalaran kacang (sirih dll), junjungan; 3. = ~
negeri sl pembesar negeri (penghulu dll), pasak negeri: betapa peri
aku memecat Pateh Aria Gajah Mada ini? Suatu pun tiada
salahnya kpd aku, lagi ia penaka ~ bumi Majapahit; ketua ~
pegawai yg tertinggi dlm tentera (angkatan darat, angkatan laut,
angkatan udara); pegawai ~ kumpulan pegawai kanan (dlm
tentera) yg membantu pegawai pemerintahnya;
~ belat tiang atau tonggak yg menahan belat; ~ dayung kayu yg
dipasang tegak tempat meletakkan dayung (pd perahu dll); ~
empang tiang yg menahan empang (supaya jangan runtuh);
menurus tegak spt turus;
menuruskan sl mengikatkan seseorang pd turus (sbg hukuman).
turut 1. pergi bersama: saya ~ ke mana dia pergi; 2. bersama-sama
melakukan (ditimpa dll) sesuatu, tidak terkecuali drpd (sesuatu
kejadian, perbuatan, dll), ikut serta: Ahmad yg ~ terbunuh oleh
serangan hendap itu baru semalam ditemui mayatnya; ~ serta
bersama-sama mengikuti (melibatkan diri dalam, melakukan, dll)
sesuatu; 3. patuh kpd (undang-undang, janji, dll), taat kpd:
sekiranya kamu ~ akan nasihat ini berbahagialah kamu;
~ campur mencampuri urusan atau hal orang lain; ~ serta ikut serta
(melakukan sesuatu dll); pak ~ orang yg sentiasa mengikut (meniru
dll) orang lain;
seturut 1. sepanjang (yg dihebahkan, diceritakan, dll); 2. tidak
bersalahan dgn, sesuai dgn (adat dll), selaras dgn; 3. langsung
selepas, sebaik sahaja: Bujal menggeleng kepala ~ dgn
keluhannya;
berturut bersusun mengikut peraturan, berikutan dgn teratur (tidak
ada antara): cari dua angka ganjil yg ~ dgn syarat selisih di antara
ganda dua satu angka dgn yg lain itu 48;
berturut-turut, berturutan 1. tidak berantara antara satu dgn lain,
lepas satu-satu, terus-menerus dgn teratur (tidak berselang), tidak
berhentinya, beruntun-runtun, bersambung-sambung: beliau telah
kalah dlm tiga pilihan raya kecil kpd parti lawannya secara ~; 2.
terus melakukan sesuatu dgn tiada hentinya, bertubi-tubi, berulangulang:
maka meriam pun sudahlah diisi, lalu ditembaknya tiga
pucuk ~;
berturuti Mn dipercayai dan dipakai (percakapan dll), diikuti
(nasihat dll), dipatuhi;
menurut 1. berjalan dll mengikut jalan (garis, hala, dll) yg
tertentu, tidak menyimpang dr jalan dll yg tertentu: ~ jalan yg
benar; 2. mencontohi (perbuatan orang lain dll), meneladan,
meniru: telah dilihat oleh Cina, diturutnya, sebab itulah maka
Cina gemar makan kangkung sampai sekarang; 3. mengikut apa
yg disuruh (diperintah dll), tidak melawan, patuh kpd: maka segala
orang itu pun semuanya ~ spt kata penghulunya; 4. meluluskan
(permintaan, kehendak, dll), memenuhi (syarat, ketentuan, dll),
menyampaikan (harapan dll): Balzac tidak akan dapat melahirkan
karya-karyanya yg agung itu jika ia ~ kehendak orang tuanya utk
bertugas sbg seorang ahli undang-undang; 5. mengikut (berjalan
dll), mengekori (dr belakang): dia berjalan menuju ruangan yg di
sebelah barat bangunan, aku ~nya dr belakang; 6. spt yg
dikhabarkan (diberitakan, dihebahkan, dll), sepanjang (berita dll):
~ yg diketahui sebanyak satu suku juta ringgit harga saham telah
terjual; 7. sesuai dgn, tidak bertentangan dgn, tidak melanggar
(syarat dll), selaras dgn: hari ini ~ pendapat orang alim ialah hari
yg baik; 8. tidak bersalahan drpd, serupa dgn: rupanya ~ rupa
neneknya; 9. ikut serta (melakukan sesuatu dll), turut serta: Sultan
Mansor Shah pun ~ menyebut nama Hang Tuah itu Laksamana;
10. bergantung pd: maju mundurnya dlm pelajarannya ~
kerajinannya;
~ lagu mengikut irama atau rentak lagu; ~ pusingan jam mengikut
arah pusingan jarum jam;
turut-menurut 1. saling menurut, ikut-mengikut, tidak tentangmenentang;
2. ark menurut sahaja (fikiran orang dll), ikut-ikutan;
menuruti 1. mengikut dr belakang, mengekori, mengikut: Ismail
berganding dgn Lamah berjalan lambat-lambat menuju ke kereta,
Bibah ~ mereka dr belakang dgn wajah usang; 2. tidak menegah
(melarang), meluluskan (pemberian dll), memberi: diturutinya
sahaja kemahuan cahaya matanya yg tunggal itu; 3. menurut akan
(nasihat dll), tidak menentang, mematuhi: ia ~ kehendak suaminya;
4. menjadikan sesuatu sbg contoh (teladan), mencontohi: jangan
dituruti, kerana ia orang yg tidak tahu bahasa;
menurutkan 1. mengikut (berjalan dll) di belakang sesuatu,
mengiringkan: mereka berjalan ~ orang tua mereka; 2. tidak
menegahkan (melarangkan), mengikut (kehendak hati dll),
melayani, memberi: dr satu bandar ke satu bandar yg lain dia
berpindah-pindah ~ hati; 3. mendasarkan pd, menjadikan sbg
dasar: kerendahan budi selama ini hanya diperintahi oleh
perasaan hati, tidak ~ pertimbangan yg adil;
memperturut sl mengejar dr belakang, menghambat: berundurlah
mereka balik ke perkhemahannya diperturut oleh tentera
Kembayat;
memperturutkan 1. membiarkan bersama-sama (melakukan
sesuatu dll), membiarkan turut, tidak mengecualikan; 2. tidak
melarangkan (menegahkan), mengikuti (kemahuan, kehendak, dll),
mematuhi, menurutkan: sekali-kali jangan diperturutkan rasa
kecewa, yg mungkin menjadikan orang putus asa; 3. =
memperturut-turutkan melakukan sesuatu berkali-kali,
mempertubi-tubi: perajurit itu pun segeralah berlari-lari serta
menikam dada Tun Tuah, diperturut-turutkannya tikaman itu;
turutan 1. = turut-turutan sesuatu yg diturut (dicontohi, diikuti,
dll), contoh, teladan: maka iaitu patutlah menjadi ~ dan teladan
bagi segala orang yg terkemudian; 2. yg berturut-turut (berikutikut);
3. yg ikut atau turut (bersama); orang ~ orang yg turut (ikut);
turut-turutan 1. sesuatu yg diturut, contoh, teladan, turutan; 2.
selalu menurut (kata dll) orang lain, ikut-ikutan: dia tidak mahu
menjadi petani ~;
perturutan 1. perihal berturut-turut (beruntun-runtun); 2.
kelanjutan;
seperturutan sl sama perbuatan (kelakuan dll) dgn, mengikut-ikut
orang lain: jika engkau ~ dgn dia, engkau pun terbawa-bawa;
penurut 1. tidak membantah (melawan dll), suka menurut, patuh,
taat; 2. orang yg mengikut, pengikut.
tus I bunyi spt bunyi air menitik;
mengetus mengetuskan;
mengetuskan mengeringkan (beras yg dibasuh dll) dgn
membiarkan airnya menitik: agar-agar dibasuh dan direndamkan
sebentar, kemudian barulah dituskan airnya;
pengetus alat utk mengetuskan (pinggan mangkuk dll).
tus II bunyi spt bunyi senapang (mercun dll), detus.
tusam = kayu ~ sj tumbuhan (pokok), Pinus merkusii; minyak ~ minyak
turpentin (yg diperoleh drpd pokok tusam).
tuslah IB, bp bayaran tambahan (utk tiket kereta api dll).
tusuk barang yg runcing lagi tajam utk mencucuk (penyemat, jarum, dll),
cucuk, pencucuk; ~ kundai cucuk (penyemat) sanggul;
menusuk 1. mencucuk dgn barang yg tajam, mencucuk hingga
tembus: mereka harus menurut sahaja spt unta yg telah ditusuk
hidungnya; 2. melukai dgn senjata tajam, menikam: tiba-tiba
ditusuknya dgn pisau yg putih matanya; 3. = menusuk-nusuk
menjadikan orang marah, memanaskan hati orang, menghasut:
menusuk-nusuk orang; 4. ki masuk ke dlm, meresap: kesejukan
akan ~ ke tulang kalau kipas itu bertambah ligat; ~ hati ki
menyakiti (menyakitkan) hati;
menusukkan 1. mencucuk sesuatu pd, menembuskan (dgn barang
yg tajam); 2. menanamkan sesuatu (yg tajam) pd, menikamkan:
secepat kilat puntung itu ditusukkannya ke muka Pandekah;
tertusuk tertikam, tercucuk: besi tajam yg terpasang itu ~ pd perut
kerbau itu; ~ hati berasa tersinggung atau sakit hati;
tusukan 1. hasil atau akibat menusuk, tikaman: ia telah dijumpai
terbunuh di antara batu-batu bukit Tragan kerana ~ pedang di
rusuknya; ~ jarum-jarum halus ini sebenarnya tidak sakit; 2.
hasutan: masakan orang tuanya mahu mendengar ~ Engku
Baginda Mais!
tut hasil drpd mencantumkan tunas drpd satu pokok pd pokok yg lain yg
sama jenisnya (supaya menjadi pokok yg lebih baik): rambutan ~;
mengetut mencantumkan tunas drpd satu pokok pd pokok yg lain
(utk mendapatkan baka yg lebih baik);
pengetutan perihal (kerja) mengetut;
pengetut orang yg menjalankan kerja mengetut.
tuter IB hon (kereta).
tutor pembimbing mahasiswa dlm mata pelajaran tertentu di universiti.
tutorial kelas perbincangan yg diadakan dgn bimbingan seorang tutor.
tut-tut I bp tiba-tiba, tengok-tengok.
tut-tut II kenderaan beroda tiga dan berbumbung yg digunakan sbg
pengangkutan awam di Thailand.
tutu I; bertutu berbunyi (burung ketitir).
tutu II 1. pakaian sendat yg dipakai bersama skirt pendek yg keras oleh
penari balet wanita; 2. sj skirt pendek dan keras yg dipakai oleh
penari balet wanita.
tutuh; menutuh 1. memotong dahan atau cabang kayu, memangkas,
mencantas: ia sedang ~ dahan-dahan nangka; 2. sl memecahkan
perahu dll utk diambil kayunya: maka apabila sampai ke Siantan,
maka kici itu pun ditutuhnya dibuat penjajap perang; 3. bk
melakukan sesuatu yg umumnya kurang baik (makan suap dll); 4.
bk memukul, menumbuk; rimbun-rimbun ditutuh, semak-semak
disiangi prb barang sesuatu hendaklah dijaga baik-baik supaya
sentiasa selamat.
tutuk I; menutuk mengetuk atau memukul perlahan-lahan.
tutuk II sj tumbuhan (pokok), kangsar, Hibiscus fioccosus.
tutul I Jw; macan ~ harimau bintang.
tutul II; main ~ sl sj permainan kanak-kanak (ketika bulan terang).
tutup 1. = tertutup tidak terbuka, terkatup: semua kedai kecuali kedai
makanan ~ pd hari Ahad; baju jas ~; 2. = tutupan, penutup
sesuatu yg digunakan utk menudungi (menyelubungi dll) sesuatu;
~ botol sumbat botol (drpd gabus dll);
~ bantal bahagian hujung dan pangkal bantal yg dihiasi dgn
sulaman; ~ kepala tudung kepala (songkok, terbus, dll); ~ malu
sesuatu yg dipakai dll supaya jangan mendapat malu; ~ meja kain
alas meja; ~ mulut a) tinggal diam membisu, tidak berkata-kata; b)
bp rasuah, wang suap; ~ pintu a) bp menutup pintu; b) daun pintu;
~ sanggul sj cucuk sanggul; ~ tiang alang rumah yg dipasang dr
tiang ke tiang;
bertutup ada tutupnya, memakai tutup (tudung): mangkuk ~;
perempuan Islam bukannya demikian, mereka ~ kepala dan
berbaju;
menutup 1. tidak membiarkan terbuka (pintu, tingkap, dll),
merapatkan tutupnya, mengatup: ia ~ pintu rumahnya; 2. memberi
bertutup (bertudung), menudungi: kita hendaklah ~ makanan kita
supaya jangan dihinggapi lalat; 3. ki tidak menghebahkan,
merahsiakan, menyembunyikan: mereka tahu ~ rahsia; 4.
menjadikan tidak boleh dilalui atau diikuti (jalan, sungai, dll),
menimbus supaya buntu, menyekat, menyumbat: semua jalan di
kawasan perintah berkurung telah ditutup sejak pukul enam
petang tadi; 5. mematikan nyala lampu dll, lwn memasang: dia
memberani-beranikan hati pergi ke ruangan depan dan ~ lampu;
6. memasukkan ke dlm penjara, memenjarakan; 7. menjadikan
cukup (wang perbelanjaan dll), mencukupkan, menggenapkan; 8.
mengakhiri atau menyudahi (cerita, pembicaraan, dll): Ali ~ cerita
dan meraba bibirnya; 9. tidak melanjutkannya lagi (tempoh), habis
tempohnya: tarikh permohonannya ditutup pd 10 Julai yg akan
datang ini;
~ buku a) mengatup buku; b) memasukkan ke dlm buku kira-kira
(wang keluar masuk); ~ jalan a) tidak membenarkan lalu; b)
menyekat drpd melakukan sesuatu; ~ mata a) memejamkan mata;
b) melekapkan sesuatu di mata supaya jangan dapat melihat; c)
sengaja tidak mahu mengambil tahu: seseorang tidak harus ~ mata
kpd ilmu-ilmu yg berasaskan sains; d) mati, meninggal; ~ muka
melindungi muka dgn sesuatu; ~ mulut a) diam sahaja; b) tidak
mahu memberitahu; ~ pintu tidak atau enggan menerima
(pengaruh, ajaran, dll); tidak mahu menyambut atau melayani
(sesuatu); ~ telinga a) melekapkan sesuatu pd telinga supaya tidak
mendengar; b) sengaja tidak mahu mendengar;
menutupi 1. banyak yg ditutup, berkali-kali menutup; ~ pintu
banyak pintu yg ditutup; 2. memberi bertutup, melindungi:
disentaknya kain utk ~ pusatnya; rambutnya yg jatuh ~ dahinya; 3.
ki melindungi sesuatu (supaya jangan diketahui orang dll),
merahsiakan: ia ~ isi hatinya yg sebenarnya;
menutupkan 1. menggunakan sesuatu utk menutup, menutup utk:
maka disuruhnya ambil batu yg besar-besar maka ditutupkannya
pd pintu gua itu; 2. mengatupkan: maka pukul tujuh malam
ditutupkannya pintu itu dan pukul
tujuh pagi dibukanya; 3. ki menghabiskan (puasa), membuka
(puasa): ia mesti ~ puasanya;
tertutup 1. tidak terbuka, terkatup, terkunci: sehari-hari ini
pintunya ~ sahaja; 2. ki tidak bebas lagi, tidak terbuka utk
mendapat atau menerima sesuatu: malangnya ketika demikian,
peluang bagi mengisi perut telah ~ bagi mereka; bersikap ~
bersikap tidak sama sekali rela atau bersedia menerima sesuatu
(pengaruh dll);
tutupan 1. alat utk menutup, tudung; 2. sesuatu yg ditutup; orang
~ orang yg dihukum penjara; rumah ~ penjara;
penutupan perihal menutup (menutupi, menutupkan), penamatan,
pengakhiran, penyudahan: beliau diberitakan telah
mengisytiharkan ~ perkhidmatan penerbangan Amerika Syarikat
di seluruh Indonesia;
penutup 1. alat yg digunakan utk menutup, penudung; 2. sesuatu
yg (dipakai utk) mengakhiri (surat, karangan, ucapan, dll),
pengunci, penyudah: sbg ~ ingin saya kemukakan beberapa
saranan; ~ surat itu mengatakan bahawa ia akan datang sore hari
sambil membawa wangnya.
tutup II; ~ bumi sj tumbuhan (herba), Elephantopus scaber; ~ bumi
rimba sj tumbuhan (herba), kerakap rimau, Phyllagathis griffithii.
tutur I apa yg diucapkan, kata, perkataan, ucapan;
~ bahasa = ~ cakap = ~ kata bahasa percakapan; ~ dan kata
ucapan dan kata; ~ nista kata-kata yg menista (mencemuh dll); ~
sepatah kata sepatah; bahasa ~ bahasa percakapan; buah ~ apa yg
diperkatakan, buah mulut, bahan percakapan;
bertutur bercakap, berbicara, berkata: calon-calon hendaklah
boleh ~ dlm bahasa kebangsaan dgn fasih;
bertutur-tutur bercakap-cakap, berkata-kata: setelah ~ sececah,
ia pun mohon diri akan pulang;
menuturkan 1. mengeluarkan kata-kata, melafazkan, mengatakan,
mengucapkan; 2. mengucapkan (nama dll), menyebutkan: adapun
pendeta-pendeta ~ keesaan Tuhan yg ada itu dgn pelbagai nama
yg berlainan; 3. = mempertuturkan mengisahkan, menceritakan:
ada antara tukang cerita ini yg masih ~ beberapa cerita dlm majlis
perkahwinan di kampung;
pertuturan 1. cara atau gaya menuturkan sesuatu, lafaz, sebutan,
ucapan: kata kita jangan, katanya jangang, kata kita bulan,
katanya bulang, tetapi ~nya sahaja demikian; 2. apa yg dituturkan,
percakapan: perkataan yg dipinjam ini bukan hanya tersimpan dlm
kamus tetapi digunakan dlm ~ sehari-hari oleh orang ramai;
penuturan perihal menuturkan, pembicaraan, percakapan: ceritacerita
ini diabadikan melalui ~ sahaja walaupun pd adatnya
cerita-cerita itu berubah-ubah dan bertokok tambah;
penutur orang (kaum dsb) yg menuturkan sesuatu bahasa, orang
(kumpulan orang) yg menggunakan sesuatu bahasa (sbg
kelaziman): ~ bahasa Melayu tentulah berasa perlu
mengungkapkan segala yg baru ini dlm bahasa Melayu; ~ asli
penutur sesuatu bahasa yg sudah menjadi bahasa ibundanya.
tutur II; tuturan; ~ atap cucuran atap;
penuturan 1. tuturan: ~ atap; 2. = petuturan sl keturunan: akan
Hang Nadim itu sedia asal anak Melaka, menantu kpd Laksamana
~ keluarga kpd Bendahara Seri Maharaja.
tuwu; burung ~ sj burung, tahu, Eudynamys scolopacea malayana.
TV kep televisyen.
twiter sj alat pembesar suara bersaiz kecil utk menghasilkan frekuensi
audio yg tinggi.

2 comments:

  1. berjudi,meramal dan bertenung nasib adalah haram

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢
    💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ReplyDelete

Catatan Lain Yang Mungkin Anda Cari

Kumpulan Blog Kendalian Saya

Blog List Ilmu Keguruan

Pautan Bersama