SEMERAH TINTA®

SEMERAH TINTA®
"Merah" membawa maksud sesuatu yang masih baru dan perlu melalui jangka waktu dan proses tertentu untuk matang.Pen merah amat sinonim dengan profesion perguruan.Tinta merah atau dakwat merah pula selalu dikaitkan dengan pembetulan, amaran ataupun catatan pelaporan yang biasanya dikaitkan dengan kegagalan di dalam ujian atau peperiksaan seseorang pelajar.Apapun, tinta merah bukanlah bertujuan untuk menunjukkan sesuatu yang negatif, sebaliknya sebagai satu motivasi agar sentiasa memperbaiki kelemahan dan sentiasa mahu berubah sehingga kejayaan dapat dikecapi."Semerah Tinta" dibina sebagai medan catatan dan maklumat berkaitan Pembelajaran dan Pengajaran.Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pandangan, melayari dan menghubung (link) dengan laman atau blog lain. Segala paparan atau catatan adalah atas pandangan penulis sendiri dan boleh diperbaiki dari masa ke masa tertakluk kepada pandangan intlek dan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat,teguran,pandangan dan perhatian daripada intelektual, warga pendidik serta rakan blog berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran amat saya harapkan dan sangat-sangat dihargai.Semerahtinta juga lahir selepas puakajoran.blogspot.com,agrohias.blogspot.com,golokkraf.blogspot.com dan skb3.blogspot.com .Semoga kehadiran semerahtinta.blogspot ini dapat diterima dalam satu rangkaian.Terima kasih!- Tintamerah®.

SUMPAH SEMERAH TINTA:

SUMPAH SEMERAH TINTA:
MENGHAYATI BAHASA SYURGA,MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA, MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS,MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA,DAN MEMPERKAYAKAN BANGSA DENGAN SEMUA BAHASA.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ . خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ .اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ .الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَم .عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.Read in the name of your Lord,Who created.Created man, out of a (mere) clot of congealed blood.Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful.He Who taught (the use of) the pen.Taught man that which he knew not.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam (pen/tinta).Dia mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahui manusia.

Sahabat Maya - Tinggalkan Link Anda Supaya Senang Saya Follow Kembali - Terima kasih atas sokongan

Terima kasih atas sokongan.Tinggalkan Link supaya senang di "follow" kembali.

Monday 8 September 2014

Cara-cara Menjaga Buku Teks (SPBT)

Buku teks melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) merupakan salah satu pemberian kerajaan, khas untuk pelajar rakyat Malaysia.Berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan dan memberi keselesaan kepada rakyat terutama yang kurang berkemampuan. Menjadi tanggungjawab pelajar seperti saya untuk menjaga pemberian kerajaan tersebut.

Salah satu cara menjaga buku SPBT ialah dengan membalutnya. Buku-buku yang dibalut dapat mengurangkan risiko kotor atau terkoyak.Sebagai contoh, buku-buku yang dibalut dengan plastik mungkin terhindar daripada basah.Hal ini yang demikian menjadikan buku teks lebih panjang hayatnya.

Pelajar juga perlu menulis nama atau nama kelas pada ruangan bercop pada buku-buku yang diberi.Hal ini yang demikian, sebagai salah satu langkah untuk mengesan pemilik buku tersebut jika buku-buku itu tercicir.Selain itu, langkah itu mungkin dapat menghalang buku-buku tersebut daripada dicuri.

Peminjam juga harus memastikan buku-buku teks tidak diconteng dan dikoyak. Buku-buku yang diconteng atau terkoyak akan menyukarkan murid-murid lain yang akan menggunakannya kemudian.Buku-buku yang diconteng atau rosak, memaksa kerajaan menggantikannya.Hal ini tentu akan menyebabkan pembaziran wang kerajaan disebabkan kecuaian kita.

Buku-buku pinjaman seharusnya dijaga seperti hak milik sendiri. Buku-buku tidak boleh ditinggalkan di merata-rata tempat seperti di bawah meja dan di dalam kelas.Jika berlaku kehilangan, kita terpaksa menggantikannya. Jika tidak, pihak sekolah terpaksa memohon peruntukan baharu yang mungkin memakan sedikit masa untuk mendapatkannya.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menghargai dan menyayangi buku-buku SPBT dengan cara menjaga buku tersebut sebaik mungkin. Sebarang kehilangan atau kerosakan buku, mestilah segera dilaporkan kepada guru SPBT atau diganti supaya murid-murid lain juga dapat menggunakannya pada masa hadapan.
Nukilan:Aisyatussufiiah 
Tahun 6 Cemerlang

3 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian penulisan ini....membantu saya dalam sesi pengajaran penulisan

    ReplyDelete
  2. Bagusnya essay ini! Kalau terhilang buku teks dan kena ganti, cuba cari di sini.

    ReplyDelete

Catatan Lain Yang Mungkin Anda Cari

Kumpulan Blog Kendalian Saya

Blog List Ilmu Keguruan

Pautan Bersama