PANDUAN PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1. Permohonan hanya secara online melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my
2. Pemohon perlu mencetak sesalinan (1) permohonan lengkap untuk rujukan dan simpanan.
SYARAT-SYARAT TAWARAN
1. Murid mestilah warganegara Malaysia;
2. Lulus
pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan
dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, lelah (asthma) atau
penyakit berjangkit;
3. Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan;
4. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan.
SYARAT PEMILIHAN TINGKATAN SATU (1)
1. Murid mestilah warganegara Malaysia;
2. Murid Sekolah Kebangsaan;
3. Cemerlang akademik;
4. Aktif dalam kokurikulum.
SYARAT PEMILIHAN TINGKATAN EMPAT (4)
1. Murid mestilah warganegara Malaysia;
2. Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan;
3. Cemerlang akademik dan
4. Aktif dalam kokurikulum.
KEPUTUSAN PEMILIHAN DAN PENEMPATAN MURID
Semakan keputusan boleh dibuat melalui ketetapan berikut :
• Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia; www.moe.gov.my
• Kaunter BPSBPSK
• Talian BPSBPSK : 03-83217400
• Kaunter JPN / PPD yang berhampiran
• Makluman melalui SMS
• Kiosk BPSBPSK
Sila Klik Link Berkaitan Sistem Aplikasi Permohonan Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2017
Pautan Sumber Asal » mysumber.com