Monday, 31 July 2017

Kawan yang Sangat Saya Sayangi

Setiap orang mempunyai rakan baik atau kawan, tidak terkecuali saya. Kawan boleh didifinisikan sebagai sahabat atau rakan yang sangat kita senangi dan dapat melakukan aktiviti Bersama-sama.
            Nama kawan saya Insyira bt Zamzuri. Insyira anak kepada Puan Mizura dan Encik Zamzuri pasangan doktor yang tinggal bersebelahan dengan rumah saya. Umurnya 12 tahun sebaya dengan saya.
            Oleh sebab umur kami sebaya dan tinggal berdekatan, kami bersekolah bersama-sama. Kami bersekolah di Sekolah Kebangsaan Besout 3. Kami belajar dalam kelas yang sama iaitu darjah 6 Cemerlang.
            Insyira seorang sahabat yang merendah diri. Biarpun dia anak kepada pasangan doktor yang terkenal namun dia berkawan dengan semua orang. Dia juga sangat suka membantu rakan-rakan yang mempunyai masaalah dalam pelajaran.
            Saya amat terkesan dengan kejayaan yang sentiasa diraih oleh Insyira. Setiap kali uijian dan peperiksaan yang dijalankan di sekolah, dia sentiasa mendapat keputusan yang sangat cemerlang. Bukan itu sahaja, dia juga sangat aktif dan menjadi tokoh dalam bidang sukan dan kokurikulum.
            Selain kejayaan dalam bidang pelajaran dan kokurikulum, Insyira juga mempunyai sahsiah yang baik. Dia sangat hormat kepada guru dan orang tua. Dia tidak segan untuk berkawan dengan semua orang dari segenap lapisan. Tutur kata dan adap sopannya dijaga dengan baik.

            Saya berharap agar Insyira mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR nanti. Sikap dan usahanya yang bersungguh-sungguh dalam setiap bidang yang diceburinya meyakinkan saya bahawa dia akan cemerlang pada masa hadapan.


Nukilan:
NURIZATI SYAHZAHNANI BT ISHAK,
Tahun 4 Cemerlang.