Permohonan dibuka mulai 16 Oktober hingga 19 November 2017. Untuk mendapatkan keterangan lanjut, sila layari www.moe.gov.my
Link https://sst1.moe.gov.my/spat1_mohon/index.cfm
Thursday, 12 October 2017
Thursday, 5 October 2017
PERMOHONAN KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) TINGKATAN SATU 2018
PERMOHONAN KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) TINGKATAN SATU 2018
atau link
2. ONLINE SELF-ASSESSMENT PEMOHONAN TINGKATAN 1 MRSM 2018 (OLSA) Link Klik Sini
atau link
2. ONLINE SELF-ASSESSMENT PEMOHONAN TINGKATAN 1 MRSM 2018 (OLSA) Link Klik Sini
Friday, 4 August 2017
Catatan: Perhimpunan Pagi Sekolah Saya
ISNIN, 28 JULAI 2017
7.30 pagi
Semua guru dan murid berkumpul di dataran kejat
sekolah.Ketua Pengawas, Ikmal Hakimi bin Khairul Anuar memberikan arahan. Semua
murid berdiri tegak.
7.35 pagi
Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Nur Ariff Haikal bin
Rizlan. Diikuti dengan bacaan Asmaulhusna.
7.40 pagi
Semua guru dan murid menyanyikan lagu Negaraku. Disusuli
lagu Negeri Perak, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku. Serentak dengan itu,
tiga orang pengawas sekolah menaikkan bendera Malaysia, bendera Perak dan
bendera sekolah.Semua murid dan guru menyanyi dengan semangat patriotisme.
Kemudian lafaz ikrar dipimpin oleh Muhammad Alif bin Raze.
7.50 pagi
Guru bertugas, Encik Firados bin Haji Ismail memberikan
ucapan. Beliau mengingatkan murid-murid supaya sentiasa berhati-hati ketika berada
di sekolah. Beliau juga menasihati murid suapaya rajin mengulang kaji ketika
berada di kelas.
8.00 pagi
Tuan Guru Besar pula menyarankan murid supaya rajin
belajar. Penuhkan masa senggang dengan aktiviti yang bermanfaat. Jangan
terpengaruh dengan gejala ponteng.
8.10 pagi
Upacara penyampaian sijil kepada murid yang berjaya mewakili
sekolah dalam Kejohanan Memanah dan Lompat Jauh Daerah Batang Padang. Penyampaian sijil
disempurnakan oleh Tuan Guru Besar. Beliau juga mengucapkan tahniah.Murid-murid
bertepuk tangan.
8.15 pagi
Perhimpunan berakhir dengan tazkirah ringkas olen Ustaz
Dusuki bin Zulkifli, bacaan surah Al-Asr dan bersurai.
Nukilan:
NURELYANA BT ABD HEAR,
6 CEMERLANG.
Monday, 31 July 2017
Kawan yang Sangat Saya Sayangi
Setiap orang
mempunyai rakan baik atau kawan, tidak terkecuali saya. Kawan boleh
didifinisikan sebagai sahabat atau rakan yang sangat kita senangi dan dapat
melakukan aktiviti Bersama-sama.
Nama kawan saya Insyira bt Zamzuri. Insyira anak kepada Puan Mizura dan Encik Zamzuri pasangan doktor yang tinggal
bersebelahan dengan rumah saya. Umurnya 12 tahun sebaya dengan saya.
Oleh sebab umur kami sebaya dan
tinggal berdekatan, kami bersekolah bersama-sama. Kami bersekolah di Sekolah
Kebangsaan Besout 3. Kami belajar dalam kelas yang sama iaitu darjah 6
Cemerlang.
Insyira seorang sahabat yang
merendah diri. Biarpun dia anak kepada pasangan doktor yang terkenal namun dia
berkawan dengan semua orang. Dia juga sangat suka membantu rakan-rakan yang
mempunyai masaalah dalam pelajaran.
Saya amat terkesan dengan kejayaan
yang sentiasa diraih oleh Insyira. Setiap kali uijian dan peperiksaan yang
dijalankan di sekolah, dia sentiasa mendapat keputusan yang sangat cemerlang.
Bukan itu sahaja, dia juga sangat aktif dan menjadi tokoh dalam bidang sukan
dan kokurikulum.
Selain kejayaan dalam bidang
pelajaran dan kokurikulum, Insyira juga mempunyai sahsiah yang baik. Dia sangat
hormat kepada guru dan orang tua. Dia tidak segan untuk berkawan dengan semua
orang dari segenap lapisan. Tutur kata dan adap sopannya dijaga dengan baik.
Saya berharap agar Insyira mendapat
keputusan yang cemerlang dalam UPSR nanti. Sikap dan usahanya yang
bersungguh-sungguh dalam setiap bidang yang diceburinya meyakinkan saya bahawa
dia akan cemerlang pada masa hadapan.
Nukilan:
NURIZATI SYAHZAHNANI BT ISHAK,
Tahun 4 Cemerlang.
Tuesday, 20 June 2017
Lirik Lagu Aku Negaraku dan Muat Turun Lagu Aku Negaraku
Berikut adalah lirik lagu Aku Negaraku, lagu patriotik terbaru yang kini diwajibkan dinyanyikan di perhimpuan mingguan sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia:
Aku Negaraku
Ku sedar tanah air aku bertuah
Di sini tempatku berjasa
Ku sedar sempurna hidupku di sini
Malaysia ku terhutang budi
[Chorus]
Aku Negaraku
Aku Negaraku
Sememangnya Negaraku maju
Negaraku tanah tumpah darahku
Aku Negaraku
Di hatiku negaraku
Selamanya aku negaraku
Satu
Negaraku tanah tumpah darahku
Kita bersama membina masa depan
Semangat setinggi angkasa
Kita bersama bersyukur pada Tuhan
KepadaNYA kita berserah
Ulang [Chorus]
Ku laungkan namamu ke seluruh dunia
Malaysia aku bahagia
Ulang [Chorus]
Aku Negaraku
Dapatkan Lagu ‘Aku Negaraku’ disini
Klik untuk download menggunakan link yang telah disediakan.
Download :
Aku Negaraku (Penuh) (MP3)
Aku Negaraku (Instrumental) (MP3)
Aku Negaraku (MMO) (MP3)
Aku Negaraku (Stem BV) (MP3)
Aku Negaraku (Stem LV) (MP3)
Aku Negaraku (Video Lirik) (MP4)
Bahan-bahan ini di atas juga boleh juga dilayari melalui update terkini laman web Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tuesday, 18 April 2017
Kebaikan Membawa Bekal ke Sekolah
Tajuk: Kebaikan Membawa Bekal ke Sekolah
Pendahuluan:Definsi bekal
Isi-isi: (Faedah/kebaikan)
- Dapat menjaga kesihatan
- Melatih berjimat cermat
- Menjalin hubungan rapat dengan keluarga
- Menjimat masa
Penutup: Banyak faedah – elok diamalkan.
Kebaikan Membawa Bekal ke Sekolah
Bekal merupakan makanan yang disediakan di rumah dan dibawa ke sesuatu tempat. Akhir-akhir ini, semakin ramai murid yang telah membawa bekal ke sekolah. Budaya ini patut digalakkan kerana terdapat banyak faedah melalui amalan ini.
Antara faedah yang nyata ialah murid-murid dapat menjaga kesihatan. Bekal makanan yang disediakan oleh ibu bapa merupakan makanan yang berkhasiat, seimbang dan bersih. Dengan itu, murid tidak akan mengambil makanan yang berlemak seperti ayam goreng, nuget dan sosej di kantin sekolah. Keracunan makanan juga dapat dielakkan.
Selain itu, dengan membawa bekal makanan murid-murid dilatih untuk berjimat cermat. Wang saku yang diberi oleh ibu bapa dapat disimpan untuk masa depan. Wang tersebut dapat digunakan apabila berpeluang melanjutkan pelajaran ke menara gading tanpa perlu membebankan ibu bapa.
Di samping itu, amalan membawa bekal makanan ini juga dapat menjalin hubungan rapat dengan keluarga. Sebagai contoh, anak-anak yang makan makanan ibu atau ayah akan merasai kasih sayang keluarga. Ini secara tidak langsung akan melahirkan anak-anak yang tahu menghayati dan menghargai jasa ibu bapa.
Seterusnya, amalan membawa bekal ke sekolah dapat menjimatkan masa. Murid-murid tidak perlu ke kantin dan berbaris bagi membeli makanan. Masa yang lebih ketika waktu rehat ini boleh digunakan untuk aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku dan menyiapkan kerja sekolah.
Jelaslah bahawa amalan membawa bekal makanan ke sekolah banyak memberikan faedah kepada murid. Oleh itu, amalan ini perlulah diterapkan kepada semua murid.
Jelaslah bahawa amalan membawa bekal makanan ke sekolah banyak memberikan faedah kepada murid. Oleh itu, amalan ini perlulah diterapkan kepada semua murid.
Nukilan:
Azrina Balqis bt Zulkifli,
6 Cemerlang.
Tuesday, 7 March 2017
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2)
SKPMg2
ataupun Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 adalah
merupakan penggubalan semula SKPM 2010 dengan beberapa penambahbaikan
hasil daripada beberapa siri kajian dan mesyuarat. Penambahbaikan kepada
SKPMg2 adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan juga
menyesuaikan SKPM dengan perkembangan pendidikan semasa.
Draf SKPMg2 yang dikeluarkan pada 13 September 2016 oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti ini merupakan piawai yang digunakan bagi menentukan tahap pencapaian kualiti pendidikan mencakupi beberapa bidang seperti kepimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid, pembelajaran dan pemudahcaraan dan kemenjadian murid. Download
Standard 1 : Kepimpinan
Pengetua / Guru Besar (PGB) berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi yang berupaya menggembleng dan menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah dan meningkatkan kualiti pdp. Download
PGB sebagai Peneraju
PGB sebagai Pembimbing
PGB sebagai Pendorong
Standard 2 : Pengurusan Organisasi
Organisasi sekolah diurus secara cekap dengan mengambil kira potensi dan keperluan warga sekolah, kemudahan sumber dalaman dan luaran untuk meningkatkan keberkesanan pengoperasian sekolah. Download
Pengurusan Sumber Manusia
Pengurusan Aset
Pengurusan Kewangan
Pengurusan Sumber Pendidikan
Iklim
Pengurusan Perpaduan
Permuafakatan Strategik
Standard 3 : Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid
Bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid diurus secara cekap dan berkesan untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial selaras dengan halatuju sekolah.
Kurikulum Download
Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum
Pengurusan Mata Pelajaran
Pengurusan Masa Instruksional
Pengurusan Penilaian Murid
Kokurikulum Download
Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum
Pengurusan Kelab / Persatuan
Pengurusan Badan Beruniform
Pengurusan Sukan / Permainan
Pengurusan Program Kecemerlangan Kokurikulum
Pengurusan Sukan Untuk Semua
Pengurusan Pentaksiran Kokurikulum
Hal Ehwal Murid Download
Ketetapan Pelaksanaan Hal Ehwal Murid
Pengurusan Disiplin Murid
Pengurusan Keselamatan Murid
Pengurusan Kesihatan Murid
Pengurusan Bantuan Pelajaran Murid
Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Standard 4 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan
Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam pembelajaran dan pengajaran yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan. Download
Guru Sebagai Perancang
Guru Sebagai Pengawal
Guru Sebagai Pembimbing
Guru Sebagai Pendorong
Guru sebagai Penilai
Murid sebagai Pembelajar Aktif
EXTRA INFO : Standard 4 SKPMg2 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan
Standard 5 : Kemenjadian Murid
Murid yang dididik secara holistik dalam pengurusan sekolah yang cekap berupaya mencapai potensi diri yang sepenuhnya dalam penguasaan pengetahuan, dan kemahiran, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Download
Kemenjadian Murid Dalam Akademik
Kemenjadian Murid Dalam Kokurikulum
Kemenjadian Sahsiah Murid
SKPMg2 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 |