- Terdapat pelbagai Teknik atau cara
Isi-isi
1. Usaha yang bersungguh-sungguh
2. Buat jadual waktu sendiri
3. Beli bahan rujukan yang berkualiti
4. Selalu berkunjung ke pusat sumber dan melayari internet.
Penutup
- Perlu punyai semangat yang kuat. Kejayaan menanti.
Seseorang yang ingin berjaya mendapat keputusan yang cemerlang haruslah mempunyai pelbagai teknik yang berkesan semasa belajar. Terdapat pelbagai teknik yang berkesan untuk belajar.
Salah satu cara belajar yang berkesan ialah dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kita tidak boleh cepat berputus asa sebaliknya perlu melipat gandakan usaha kita tanpa mengenal erti penat dan jemu dalam mengulang kaji dan mentelaah buku-buku pelajaran.
Selain itu, kita juga boleh membuat jadual belajar sendiri. Jadual waktu yang kita buat boleh dijadikan garis panduan untuk kita menggunakan waktu dengan sebaik-baiknya. Seboleh-bolehnya patuhi jadual tersebut bagi mengelakkan masa kita terbuang dengan melakukan perkara-perkara yang tidak penting.
Kita juga boleh membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Terdapat pelbagai buku rujukan yang terkini di pasaran. Paling tidak, kita boleh membeli surat khabar Berita Harian pada setiap hari Isnin. Terdapat soalan-soalan contoh dan terkini bagi setiap subjek dimuatkan dalam surat khabar tersebut.
Seterusnya, kita boleh berkunjung ke pusat sumber untuk mengulangkaji dan membaca buku. Terdapat banyak buku dan bahan rujukan di pusat sumber. Sesetengah pusat sumber menyediakan kemudahan internet dan Jalur Lebar. Kita boleh menggunakan kemudahan tersebut untuk membuat rujukan.
Kesimpulannya, banyak cara yang boleh kita lakukan bagi membantu kita belajar dengan berkesan. Penting bagi kita mempunyai semangat yang kuat dan usaha yang gigih bak kata pepatah “ Kalau tidak dipecahkan Ruyung Manakan Dapat Sagunya”.

Nukilan:
Nur Balqis binti Shafiee,
Tahun 3 Cemerlang.