Friday, 30 September 2011

Daftar Kata Huruf Ki - Kz


ki 1. Jw gelaran (panggilan) bagi orang tua-tua atau guru; 2. Pr datuk
(singkatan bagi aki).
kia I sj jahitan tangan yg menyerupai jahitan mesin jahit; jenis-jenis: ~
cengkam, ~ rantai, ~ selari, ~ sangkut, dll.
kia II; limau ~ sj tumbuhan (pokok renek dan buahnya), limau kaya, limau
kikir, limau kingkip, limau kingkit, Triphasia trifolia.
kia III Kl takut, cuak.
kia-kia I; yu (ikan) ~ sj ikan laut, yu cemongi, yu kemejan, yu kemenyan,
Rhinobatis spp.
kia-kia II bp bersuka-suka, bersenang-senang, berfoya-foya.
kiah; mengiah, mengiahkan menjadikan renggang (longgar);
pengiah; ~ kasut (sepatu) sj alat utk merenggangkan sepatu supaya
mudah memasukkan kaki, sudu (sudip) sepatu.
kiai Jw 1. gelaran bagi alim ulama Islam; 2. orang yg berpengetahuan
tinggi dlm hal-hal agama Islam, alim ulama; 3. gelaran bagi guru
ilmu ghaib (tasawuf): ~ Salleh dikatakan boleh menjadikan orang
kebal; 4. ketua atau pegawai daerah (di selatan Kalimantan); 5.
panggilan bagi sesuatu (benda, senjata, dll) yg bertuah; ~
Tunggulwulung panggilan bagi bendera pusaka di istana Jogjakarta.
kiak-kiak sj semut yg besar dan hitam warnanya, cengkiak, kelengkiak,
lengkiak.
kial I; kial-kial, berkial-kial, terkial-kial 1. (berbuat sesuatu) dgn
sepenuh upaya (tenaga), berjerih-jerih: seorang Cina tua kelihatan
terkial-kial mengayuh sebuah beca; 2. bergerak-gerak keras (kerana
tertawa atau menangis), bergoncang-goncang (badan): kanak-kanak
itu meminta ampun kpd ibunya sambil tersedu-sedu dan terkial-kial.
kial II ark gerakan tangan atau badan utk menggambarkan sesuatu
perbuatan (sbg isyarat): menceritakan apa yg berlaku dgn ~;
berkial menggerakkan tangan (badan dll) sbg lakonan: bernyanyi
sambil ~;
mengialkan melakonkan, menggambarkan (menerangkan) sesuatu
dgn perbuatan (isyarat);
kialan persembahan drama atau sandiwara tanpa suara (yg
mementingkan gerak badan, isyarat tangan, mimik muka),
pantomim;
perkialan perihal berkial, gerakan (tangan, badan, dll) utk
menerangkan sesuatu perbuatan atau melahirkan perasaan.
kiam Ar berdiri tegak (ketika bersembahyang).
kiamat Ar 1. = hari ~ akhir zaman, iaitu apabila seluruh alam musnah: ~
akan berlaku tetapi tiada seorang pun yg tahu bila; ~ kubra kiamat
apabila berlakunya kemusnahan seluruh alam; sampai ~ sampai
akhir zaman, (buat) selama-lamanya: takkan hendak disimpan wang
itu sampai ~; 2. = hari ~ hari apabila manusia dibangkitkan (drpd
mati) utk dihisab segala amalannya dan diberi pembalasan; 3. = hari
~ hari penghisaban, iaitu hari apabila segala amalan manusia
dihisab; 4. = hari ~ hari pembalasan, iaitu hari apabila manusia
menerima balasan atas segala amalan baik dan buruk di dunia: pd
hari ~ Allah akan menghukum dgn adil dan benar; 5. ki rosak
binasa, kacau-bilau, mendapat bencana (kecelakaan): ~ nanti kalau
rahsia ini diketahuinya.
kiambang sj tumbuhan yg terapung-apung di air, Pistia stratiotes; ibarat ~
ki perihal tidak teguh dan tidak tetap;
bagai (spt) ~ dilempar prb bersurai seketika kemudian berkumpul
semula (bkn orang ramai yg berkumpul); biduk lalu ~ bertaut prb
orang yg bertelingkah (berkelahi) yg kemudiannya berbaik semula.
kian I 1. sebegitu, sebanyak itu (ini); sepuluh ~ sepuluh kali ganda itu; 2.
makin, makin bertambah: ibu ~ hari ~ tua; bas itu berjalan ~ laju
dan ~ jauh meninggalkan perhentian bas;
sekian 1. sedemikian, sebanyak itu (ini), sebegitu: ~lah huraian
secara ringkas mengenai masalah itu; ingin kembali ke kampung
setelah ~ lama ditinggalkan; 2. = sekian-sekian yg tertentu (hari,
angka, dll): dia akan datang pd sekian-sekian hari; 3. sehingga:
bukan kepalang lama waktu, ~ terasa oleh Mak Guna;
berkian-kian terlalu banyaknya, banyak-banyak: harta dunia yg ~
banyaknya.
kian II sana, situ; ~ ke mari ke sana ke mari (ke hulu ke hilir): burungburung
terbang ~ ke mari.
kiang; ~-kiut berbunyi spt bunyi engsel (yg ketat) pintu yg dibuka ditutup.
kiani ark; singgahsana ~ sl takhta kerajaan.
kiap dua keping papan berdiri utk menegakkan (menyokong, menopang)
tiang bendera.
kiar I Kl sj wap yg dikeluarkan oleh kulit limau (boleh memedihkan
mata).
kiar II Kl ikhtiar, usaha.
kias I Ar 1. ibarat, teladan atau pengajaran (yg terkandung atau ternyata
dlm cerita dll): disiarkan cerita-cerita yg (di dalamnya) penuh ~,
ibarat dan pengajaran; 2. teguran yg tidak dgn terus-terang,
sindiran; 3. perbandingan dgn contoh yg telah ada atau dgn hal yg
telah berlaku: ulama-ulama itu menjalankan tugas mereka dgn
berdasarkan Quran, hadis, ~ dan ijmak; mengambil ~ mengambil
contoh (teladan); ahli ~ ahli hukum Islam yg berdasarkan kias;
manusia tahan ~, binatang tahan palu prb manusia boleh diajar dgn
sindiran sahaja tetapi binatang hendaklah dipukul;
berkias berkata-kata dgn menggunakan kias (sindiran), beribarat:
aku tak pandai ~, tak pandai beribarat;
berkias-kiasan sindir-menyindir: Hajah Sainah turut ~ utk
mengusik anak angkatnya;
mengias 1. menyindir: tidak aku sangka budak semuda itu pandai
benar ~; 2. memperbandingkan dgn perkara yg telah ada atau telah
berlaku: khalifah-khalifah itu menyelidiki hukum-hukum bagi
perkara baru itu dgn jalan dikias dgn sesuatu hukum yg
seumpamanya; kias-~ berkias-kias, sindir-menyindir;
mengiasi menyindir kpd;
mengiaskan 1. mengenakan kias (perbandingan, persamaan) pd: ~
satu fasal undang-undang kpd suatu keadaan yg tertentu; 2.
menunjukkan (mengemukakan) sesuatu dgn perbandingan
(persamaan), mengibaratkan: pepatah Inggeris ~ orang bodoh yg
banyak cakapnya sbg tong yg tidak berisi; 3. membuat sindiran
(ibarat dll) yg ditujukan kpd: ayahnya pernah juga ~ kpd dia supaya
membuat amal ibadat;
kiasan 1. pertimbangan (perhitungan) mengenai sesuatu perkara dgn
perbandingan (persamaan) perkara yg lain; 2. ibarat, perumpamaan;
3. sindiran; 4. pengajaran atau contoh (yg terdapat dlm cerita dll),
teladan; 5. lambang; 6. a) = erti ~ erti yg tersembunyi (lain drpd erti
yg ternyata); b) = kata ~ kata yg mengandungi (mempunyai) erti
kiasan;
berkiasan memakai (menggunakan) kiasan, mengandungi kiasan.
kias II; ilmu ~ ilmu sihir atau ilmu ghaib (yg menggunakan jampi-jampi
utk menyembuhkan penyakit dll).
kiasi ark 1. menurut kias; 2. berkaitan dgn kias.
kiat I 1. = berkiat keras dan tidak boleh dikelokkan (dilentokkan), kejur,
kaku, kejang (anggota); 2. = terkiat tergeliat, terkehel, salah urat
(menyebabkan kaki atau tangan tidak dapat dilentokkan).
kiat II Kl 1. ketat atau sendat (bkn tutup tin dll); 2. tidak licin
perjalanannya kerana terlalu buruk dll (bkn basikal dll).
kiat III Mn cara (jalan, selok-belok) mengerjakan sesuatu.
kiat IV ark; mengiat 1. membentangkan atau mengembangkan (kad atau
daun pakau) supaya kelihatan; 2. mengocok (membancuh) kad atau
daun pakau.
kiat V Kd menjadi herot (kayu).
kiaupau C ark penduduk (Cina).
kibang; ~-kibut berlarian (bergerak) dgn tidak berketentuan arah,
kelibang-kelibut.
kibar; berkibar, berkibar-kibar, berkibaran bergerak melambai-lambai
(ke kiri ke kanan) kerana ditiup angin (bkn bendera dll): bendera
Malaysia ~ di sana sini pd hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia;
mengibarkan menyebabkan berkibar, menggerak-gerakkan
(bendera dsb) supaya berkibar, memasangkan (membentangkan)
supaya berkibar: kota ini bersemarak dgn hiasan, dan setiap rumah
~ bendera; beribu-ribu murid sekolah berdiri di sepanjang jalan
sambil ~ bendera;
kibaran gerakan berkibar;
pengibaran perihal (perbuatan dsb) mengibarkan (bendera):
upacara dimulakan dgn ~ bendera oleh ketua pasukan.
kibas I; mengibas, mengibas-ngibas 1. bergerak-gerak ke atas ke bawah
spt melambai atau mengipas; 2. menyebat (meja dll) dgn kain dll
(utk menghilangkan debu dll), mengebas: dia ~ bangku itu dgn sapu
tangan sebelum mendudukinya;
mengibaskan, mengibas-ngibaskan menggerakkan (sayap dll) ke
atas ke bawah spt melambai-lambai: seekor ayam jantan mengibasngibaskan
kepaknya dan berkokok dgn nyaringnya; 2. mengibarngibarkan
dgn keras (kain dll), mengebas: kain-kain hendaklah
dikibaskan utk menghilangkan debu yg melekat padanya.
kibas II = kambing ~ sj kambing biri-biri di negeri Arab, domba; bulu ~
bulu domba.
kibir sangat angkuh (sombong), berasa dirinya lebih penting (mulia dll).
kiblat 1. arah ke Kaabah di Mekah (arah yg dihadap oleh orang Islam
ketika bersembahyang); 2. arah (timur, barat, dll), mata angin;
berkiblat = ~ kpd menuju (menghala) ke ..., condong (berat) kpd:
pendirian parti politik tersebut menunjukkan parti itu tetap ~ kpd
negara-negara komunis;
berkiblatkan berkiblat kpd, berdasarkan: budaya yg ~ barat;
mengiblatkan menghalakan, mengarahkan, menujukan.
kibriah Ar ark keangkuhan, kesombongan, takbur.
kibriak kebesaran (Allah).
kibul I Jk punggung.
kibul II Jk bohong;
mengibuli menipu, membohongi.
kicak; ~-kicau bunyi burung murai;kicau.
kicang; ~-kecoh = ~-kicu ark berbagai-bagai tipu daya; ~-kecoh ciak prb
barang apa yg hendak disiasat, hendaklah ada buktinya (tandanya).
kicap I kicau.
kicap II benda cair yg hitam warnanya dibuat drpd air kacang soya dan
garam (digunakan dlm masakan dll).
kicar-kicar sj tumbuhan (pokok renek), Myrsine porteriana (capitellata).
kicau I 1. bunyi burung; 2. = kicak-~ bunyi burung murai: Karim
dikejutkan drpd tidurnya oleh ~ murai;
berkicau 1. berbunyi (bkn burung terutama burung murai): ayam
biasa berkokok, murai biasa ~; 2. bercakap-cakap dgn sesuka hati
(tidak tentu buah butirnya), berceloteh, mengoceh;
berkicauan berkicau banyak-banyak (bersama-sama): beberapa
ekor burung murai ~ dr dahan ke dahan;
kicauan kicau.
kicau II kecoh, tipu.
kici sj perahu yg kecil dan bertiang dua.
kicu tipu, penipuan; kena ~ kena tipu;kecoh I.
kicut; berkicut berbunyi spt bunyi pintu dibuka tutup, berkiut.
kidab ark bohong, dusta;kizib.
kida-kida ark perhiasan yg dibuat drpd emas perada dll (dikenakan pd tepi
songkok, selendang, dll).
kidal 1. kiri; tangan ~ tangan kiri; 2. gemar (cenderung) menggunakan
tangan kiri (apabila membuat sesuatu).
kidang Jw kijang.
kidar Jk idar, kisar, kitar.
kidemat ark khidmat.
kidul Jw selatan; laut ~ = segara ~ lautan Hindi (di sebelah selatan Pulau
Jawa).
kidung sj nyanyian, syair yg dinyanyikan, kekawin; ~ gereja lagu yg
dinyanyikan oleh orang Kristian dlm gereja; tukang ~ penyanyi
kidung;
berkidung-kidung bernyanyi kidung: mereka ~ sendiri di buritan
bahtera yg hanyut di tengah lautan;
mengidung bernyanyi kidung: di tengah balai sama menari serta ~
manis berseri;
mengidungkan menyanyikan, melagukan (kidung).
kifarat Ar denda kerana melanggar hukum atau peraturan agama yg
tertentu (berupa perbuatan kebajikan atau lain-lain sbg memohon
ampun akan dosa); ~ zihar denda yg dikenakan ke atas suami kerana
menyamakan sebahagian anggota isteri dgn mahramnya.
kifayah Arfardu.
kihanat Ar ark ramalan, penenungan.
kijai I sj tumbuhan (pokok), babi kurus, beberas, beras-beras, kasir,
kedondong matahari, pauh kijang, Trigonochlamys griffithii.
kijai II; terkijai-terkijai terkitai-kitai.
kijang sj binatang spt rusa tetapi lebih kecil tubuhnya dan tidak panjang
tanduknya, Muntiacus muntjac; ~ menjangan berbagai-bagai jenis
kijang (spt rusa, pelanduk, napuh, dll);
~ dirantai dgn rantai emas, jikalau ia lepas, lari juga ia ke hutan
prb seseorang itu akan ingat juga negeri asalnya sekalipun senang
hidupnya di negeri orang; dapat ~ teruit prb mendapat keuntungan
(faedah) dgn tiada bersusah payah; spt ~ lepas ke rimba prb orang
yg telah kembali ke tempat asalnya dan sukar dijumpai lagi.
kijil = akar ~ sj tumbuhan (akar memanjat), akar banar, akar gadung tikus,
akar kelona betina, banar babi, gadung jantan, Smilax helferi.
kijing sj kepah yg boleh dimakan, Lutraria spp.
kijipkejap I.
kikir I sj alat drpd keluli yg bergerigi halus pd permukaannya atau tepinya
dan digunakan utk mengikis (melicinkan, mengasah, memotong dsb)
besi dll; ~ belah rotan kikir yg satu permukaannya melengkung atau
berbentuk separuh silinder; ~ pari a) kikir yg dibuat drpd kulit pari;
b) orang yg kedekut; ~ parut sj kikir yg tajam-tajam geriginya (utk
mengikis kayu, kulit, dll); ~ pari belulang kering direndam tujuh
hari tak basah prb a) orang yg degil atau kedekut; b) orang yg kuat
(berkuasa) yg tidak boleh dipengapakan;
berkikir 1. telah dikikis (dilicinkan) dgn kikir; 2. tidak licin (bkn
kulit), berkerut-kerut, berkedut-kedut;
mengikir melicinkan (mengikis dll) dgn kikir: ~ kepingan keluli;
kikiran serbuk sesuatu yg dikikir, tahi kikir.
kikir II terlalu berkira-kira atau berhati-hati membelanjakan wang,
kedekut, lokek: ia tidak ~ menyumbangkan derma;
kekikiran perihal (sifat) kikir.
kikis I; mengikis mengerik (menghapuskan dll) dgn benda tajam (spt
pisau dll): cat pd dinding itu harus dikikis dahulu sebelum disapu
cat yg baru;
kikisan kerikan;
pengikisan perihal (perbuatan, kerja, dsb) mengikis;
pengikis alat utk mengikis, pengerik.
kikis II Mn hilang, luput; hilang ~ hilang lenyap, luput sama sekali;
mengikis 1. menghilangkan, melenyapkan, meluputkan: kemesraan
itu sekarang sudah cukup sebati dan tidak dapat dikikis lagi; ~
ingatan yg mengacau di fikirannya; 2. menghabiskan (harta benda):
oleh sebab suka berjudi ia telah ~ habis harta pusaka drpd orang
tuanya;
terkikis terluput, lenyap (dr ingatan): segala peristiwa itu sudah
hampir ~ dr ingatannya.
kikuk Br sj kera, cengkok.
kila Mn ark mengila membantahi atau membangkang (perkataan orang),
memutarbalikkan (perkataan);kilah I.
kilah I 1. tipu daya, tipu muslihat: segala ~ yg dijalankan tidak memberi
hasil; 2. helah, dalih, alasan (utk tujuan yg tersembunyi): itu hanya
suatu ~;
berkilah, berkilah-kilah berdalih, mencari-cari helah, berbelit-belit
atau berputar-putar (percakapan): ia bertanya dgn tidak berkilahkilah;
mengilah-ngilahkan = mengilahkan ark membelit-belitkan
(memutar-mutar) perkataan dll, menggunakan helah atau tipu
muslihat: mereka ~ kenyataan sesuka hati mereka.
kilah II sj siput laut.
kilai kili-kili (gelang-gelang) bagi menjarakkan lembar tali yg dipintal.
kilala Br, Sr kenal.
kilan I; terkilan 1. terasa tidak senang hati, tersinggung perasaan:
sahabat-sahabatnya ~ dgn kelakuannya yg bongkak sekarang; 2.
berasa agak kesal atau tidak senang (kerana belum tercapai hajat,
keinginan, dsb), terkelindan, terbuku: aku makan di kedai terasa ~
kalau barang makanan itu tidak dibawa pulang; dia tidak puas dgn
nama Ahmad, dia sudah ~ hendak menjadi Haji Ahmad.
kilan II Jw jengkal;
mengilan menjengkal.
kilang I 1. = kilangan apitan, penggilingan (tebu); ~ getah kilang tempat
membuat getah keping; 2. bangunan (kelompok bangunan) berserta
dgn alat-alat jentera utk membuat (memproses dll) barang-barang: ~
kopi; ~ motokar; ~ sabun; 3. organ yg tugas utamanya membentuk
sebatian kimia yg tertentu, kelenjar: ~ air liur; ~ air mata;
~ adrenal organ vertebrat yg membentuk hormon; ~ mengetin
kilang tempat mengeluarkan barang-barang dlm tin; ~ padi kilang
tempat mengisar padi; ~ papan kilang tempat membuat papan;
kilangan patah awak itulah menghimpitnya prb mendapat kesusahan
oleh sebab perbuatan sendiri;
mengilang 1. menggiling atau menggolek tebu (utk memerah
airnya), mengapit, menghimpit, mengupas (mengisar dll) padi dll
dgn mesin; 2. membuat (mengeluarkan) barang dgn menggunakan
kilang;
sudah ~ membajak pula prb sentiasa menanggung kesusahan
(bekerja sepanjang masa dll);
perkilangan 1. kelompok kilang (atau fabrik): rombongan itu akan
melawat pusat-pusat ~ yg mengeluarkan barang-barang di Petaling
Jaya; 2. usaha (kegiatan) membuat barang-barang dgn kilang:
sangat perlu juga digalakkan perindustrian dan ~; 3. yg berkaitan di
kilang atau kelompok kilang;
pengilangan perbuatan atau perihal mengilang;
pengilang orang (kumpulan dsb) yg memiliki (mengurus) kilang.
kilang II 1. air tebu; 2. sj nira yg diminum.
kilangin sj alat jentera yg digerakkan oleh angin (utk mengisar gandum),
kincir angin.
kilap I Jw tidak tahu, entah.
kilap II gilap, kilat;
sekilap; ~ mata sekelip mata, sesaat, seketika: dgn ~ mata, wang itu
disambarnya;

No comments:

Post a Comment