Tuesday, 27 September 2011

Daftar Kata Huruf Q

q huruf ke-17 abjad Rumi.
qada I; ~ hajat (besar) buang air (besar).
qada II Ar menggantikan (mencukupkan, membayar) fardu yg ketinggalan; ~
puasa berpuasa utk mencukupkan (membayar) puasa yg tertinggal; ~
sembahyang bersembahyang utk mengganti (membayar) sembahyang
yg tertinggal;
mengqada melakukan qada: kalau sakit dibolehkan tidak berpuasa,
tetapi mesti ~nya pd hari yg lain.
qadak Ar hukum atau takdir Allah: ~ dan qadar.
qadar Ar keputusan (ketentuan) Tuhan, takdir, untung: orang Islam mesti
percaya akan ~ baik dan jahat.
qadim I Ar tiada permulaan dan tiada pengakhirannya: Tuhan yg ~;
keqadiman keadaan atau perihal qadim: ~ alam.
qadim II Ar masa yg akan datang, kemudian hari;
mengqadimkan menelah, meramalkan.
qaf 1. huruf ke-21 abjad Arab (mempunyai nilai 100); 2. huruf ke-24 abjad
Jawi.
qalqalah Ar bunyi akhir huruf (qaf, ta (tO), ba, jim, dal) dgn nyata dan
melantun ketika wakaf.
qanaah Ar sikap berpada-pada, iaitu berpuas hati dgn apa yg ada.
qari Ar pembaca Quran (lelaki).
qariah Ar pembaca Quran (wanita).
qasar Ar kelonggaran yg dibenarkan bagi musafir utk memendekkan solat
fardu yg empat rakaat kpd dua rakaat (dgn syarat yg dibolehkan):
sembahyang ~;
mengqasarkan memendekkan solat fardu empat rakaat kpd dua rakaat
dgn syarat yg dibolehkan.
qasidah Ar sj syair Arab yg dilagukan;
berqasidah menyanyikan qasidah.
qiamullail Ar berjaga pd waktu malam utk beribadat (spt bersembahyang
sunat, berzikir, berdoa).
qidam Ar tiada permulaan dan tiada pengakhirannya (bkn sifat Allah).
qiraah, qiraat Ar bacaan: al-Quran disempurnakan dgn ~ yg berlainan.
qiran Ar = haji ~ ibadah haji dan umrah yg dikerjakan serentak dlm bulan
haji, dan dikenakan dam.
qisas Ar = hukum ~ hukuman bunuh (sbg pembalasan).
qunut Ar = doa ~ doa supaya dijauhkan sesuatu bala atau memohon sesuatu
pertolongan drpd Allah yg dibaca pd waktu tertentu (pd rakaat kedua
sembahyang subuh, bermula pd malam ke-15 bertarawih pd bulan
Ramadan, dll).
Quraisy Ar suku bangsa Arab.
Quran Ar = al-~ kitab suci yg diturunkan oleh Allah kpd Nabi Muhammad
SAW utk menjadi panduan hidup manusia (utk dunia dan akhirat):
membaca dan menghafaz ~; ~ buruk ki sesuatu yg tidak boleh
diharapkan atau tidak berguna lagi tetapi masih dihormati kerana
sebab-sebab tertentu.

2 comments:

  1. Bukan nak mengejek, bukan nak mempersenda....

    Sekadar cuma aku nak bertanya. sekadar melihat perspektif kamu...

    Apakah yg sinonim dgn Alif Mim Nun Wau?

    ReplyDelete