z huruf ke-26 abjad Rumi.
za (zO) 1. huruf ke-17 abjad Arab (mempunyai nilai 900); 2. huruf ke-18
abjad Jawi.
zabad Ar sj musang.
zabah Ar sembelih, menyembelih; debah.
Zabaniah Ar malaikat yg menjaga neraka (menyorongkan orang ke dlm
neraka).
zabarjad Ar sj batu berhablur yg dipakai sbg permata, nilam.
zabib Ar buah anggur kering, kismis.
Zabur = al-~ = Kitab ~ kitab suci yg diturunkan oleh Allah kpd Nabi
Daud.
zadah; haram ~ anak yg dilahirkan di luar nikah, anak haram; jadah.
zahid Ar (orang yg) soleh hidupnya dan tidak dikuasai oleh kemewahan
dan keseronokan dunia; zuhud.
zahir kelihatan di luar, tampak dr luar, nyata: pd pandangan ~, dia begitu
lemah lembut orangnya; maaf ~ dan batin; lahir.
zai 1. huruf ke-11 abjad Arab (mempunyai nilai tujuh); 2. huruf ke-12
abjad Jawi.
zait zaitun.
zaitun sj tumbuhan (pokok yg buahnya dibuat minyak), Olea europaea.
zakar Ar kemaluan laki-laki, pelir; buah ~ buah pelir; anak buah ~
saluran panjang yg bergulung-gulung pd permukaan belakang buah
zakar tempat spermatozoa disimpan.
zakat Ar rukun Islam yg keempat yg mewajibkan seseorang Islam
mengeluarkan sebahagian drpd hartanya kpd orang yg berhak
menerimanya (spt fakir miskin), mengikut syarat-syarat yg
ditentukan;
~ fitrah = ~ badan zakat yg wajib dibayar oleh tiap-tiap orang Islam
setahun sekali (pd bulan Ramadan sehingga sebelum sembahyang
Hari Raya Puasa); ~ harta zakat yg diwajibkan ke atas harta benda,
iaitu emas, perak, wang simpanan, ternakan, tanaman dan
perniagaan yg cukup nisab dan haul; ~ pendapatan zakat yg
diwajibkan ke atas pendapatan seseorang pd kadar 2.5% setelah
cukup nisab dan haulnya; ~ rikaz zakat yg dikenakan ke atas harta
terpendam termasuk bahan galian;
berzakat membayar (memberi) zakat;
menzakatkan mengeluarkan zakat bagi (harta dsb): ~ hartanya.
zakiah Ar bersih, murni, suci.
zakum Ar 1. pokok yg buahnya menjadi makanan penghuni neraka yg
disifatkan oleh Allah sbg pokok yg terkutuk; 2. sj pokok yg pahit
dan busuk buahnya yg terdapat di Semenanjung Arab.
zal 1. huruf kesembilan abjad Arab (mempunyai nilai 700); 2. huruf ke-
10 abjad Jawi.
zalim tidak berperikemanusiaan, tidak adil, bengis, kejam: raja adil raja
disembah, raja ~ raja disanggah;
menzalimi, menzalimkan ark berbuat sewenang-wenang (kpd),
menganiaya, menindas: suaminya benar-benar ~nya;
terzalim dizalimi: umat Islam yg teraniaya dan ~;
kezaliman perihal (keadaan) zalim, perbuatan yg tidak adil,
kebengisan: kekejaman dan ~ itu sebenarnya tidak ada jika tidak
manusia sendiri mengadakannya;
penzaliman perbuatan menzalimi.
zaman 1. jangka masa (sama ada panjang atau pendek), tempoh atau
jangka masa tertentu (yg ada sesuatu keistimewaannya atau
pertaliannya), masa: ~ pemerintahan British di Malaya; akhir ~
penghabisan masa kehidupan manusia di dunia ini; ketinggalan ~
sudah tidak sesuai lagi dgn keadaan; meninggalkan ~ sl mati; 2.
kala, ketika, waktu: semenjak ~ Hamzah Fansuri hingga membawa
kpd kurun ke-20, bentuk syair tetap tidak berubah; 3. = umur ~ ark
umur;
~ atom masa orang menggunakan tenaga atom utk bermacammacam
keperluan atau tujuan; ~ air batu = ~ ais masa ketika air
batu menutupi hampir seluruh kawasan muka bumi yg terletak di
utara garisan khatulistiwa; ~ bahari (kawi, kuno) masa yg telah
lama, lampau atau berlalu, dahulukala; ~ batu zaman ketika manusia
menggunakan batu sbg senjata atau alat; ~ dahulu (jangka) masa yg
telah lama berlalu, dahulukala, masa lampau; ~ depan (muka) masa
yg akan datang; ~ gangsa = ~ perunggu zaman selepas zaman batu
(pd masa senjata dll dibuat drpd gangsa); ~ gemilang masa yg
makmur, masa terdapatnya kemajuan yg luar biasa (dan
kemakmuran); ~ gerhana = ~ malap ki tempoh masa kurang
berhasil (perniagaan, penulisan, dsb); ~ jahiliah masa sebelum lahir
agama Islam (di negeri Arab); ~ meleset masa susah (barang-barang
dagangan tidak laku dsb); ~ pendudukan masa sesebuah negara
diduduki oleh tentera asing; ~ pertengahan zaman antara zaman
purbakala dgn zaman baru (dlm sejarah Eropah); ~ puntung
berasap zaman kuno; ~ purbakala zaman dahulukala; ~ sekarang
(pd) masa sekarang ini; ~ beralih, musim bertukar prb sesuatu itu
tidak tetap (sentiasa berubah-ubah);
sezaman pd zaman yg sama;
berzaman-zaman, berzaman (meliputi jangka masa yg) sangat
lama;
zaman-berzaman (berterusan, berpanjangan) dr suatu zaman ke
suatu zaman, sepanjang atau untuk jangka masa yg sangat lama:
motif Islam yg telah wujud ~, iaitu geometri; banyak negara lain
yg telah lama menjalankan usaha demikian ~;
penzamanan perbuatan (proses) membahagikan sejarah kpd
beberapa zaman;
zamin ark sl negeri, tanah.
zamindar ark sl tuan tanah.
zamrud sj batu permata yg hijau warnanya.
zamzam 1. = telaga ~ sj telaga di Mekah; 2. = air ~ air dr telaga zamzam;
3. bh air; ~ durja air muka.
zan Ar curiga.
zanggi orang Habsyi.
zapin Ar sj lagu dan tarian yg berasal dr Tanah Arab.
zarah 1. habuk yg halus sekali, hama; 2. (Fiz) bahagian kecil sesuatu
jirim, spt atom, molekul, elektron, dll; ~ subatom (Fiz) zarah spt
proton, elektron, dan neutron yg terdapat dlm atom;
sezarah halus sekali, sedikit sekali, sebesar zarah;
menzarah; pecah ~ hancur lebur (menjadi zarah), hancur luluh.
zat 1. sesuatu yg menyebabkan wujudnya sesuatu benda; 2. bahagian drpd
sesuatu benda, pati atau inti drpd sesuatu (spt makanan dll);
~ Allah wujudnya Allah yg berdiri dgn sendirinya; ~ hijau klorofil;
~ makanan vitamin;
berzat mengandungi zat: makanan ~.
zati hakiki; jati I.
zaujah Ar isteri.
zawiat Ar 1. sudut; 2. surau.
zebra (zébra); lintasan ~ lintasan belang.
zeroks (zéroks) proses membuat salinan foto (fotokopi) bahan bertulis
(bercetak) atau kerja-kerja grafik; mesin ~ mesin yg digunakan utk
membuat salinan foto (fotokopi), mesin fotokopi; salinan ~ salinan
foto, fotokopi;
menzeroks membuat salinan foto, (fotokopi) bahan bertulis
(bercetak) atau kerja-kerja grafik dgn menggunakan mesin zeroks
(mesin fotokopi): ~ beberapa makalah dlm majalah itu.
zeta (zéta) huruf keenam dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol , .
ziadah Ar tambahan (pd), bubuhan.
ziarah Ar 1. lawatan, kunjungan: setelah sudah ~ di makam itu, maka
kembalilah aku; 2. perkunjungan ke rumah kawan, ke sesuatu
tempat, dll;
berziarah 1. berkunjung ke tempat keramat (perkuburan dll):
beliau telah ~ ke Taman Makam Pahlawan Kalibata; 2. berkunjung
ke rumah (tempat dll): seorang pun teman-temannya tidak ada lagi
yg sudi ~ kepadanya;
menziarahi 1. mengunjungi (kuburan, tempat keramat, dll):
Muhammad diajar oleh bondanya ~ makam ayahandanya; 2.
melawat: selalu juga kami ~ ibu;
ziarah-menziarahi saling menziarahi antara satu dgn yg lain,
kunjung-mengunjungi: ~ sangat digalakkan utk memupuk tali
persaudaraan yg berpanjangan;
ziarahan kunjungan, lawatan;
penziarahan perihal menziarahi seseorang atau sesuatu;
peziarahan tempat yg dikunjungi orang (keramat, kuburan, dsb);
penziarah orang yg menziarahi seseorang atau sesuatu.
zib sl sj serigala.
zigot (Bio) sel yg terbentuk hasil drpd persenyawaan benih jantan dan
benih betina.
zihar Ar perbuatan suami melafazkan kata-kata yg menyamakan salah
satu anggota isterinya dgn ibunya atau mahramnya sehingga haram
suami tersebut menyetubuhi isterinya dlm keadaan demikian, (si
suami wajib membayar kifarat zihar);
menziharkan melakukan zihar terhadap isteri: apabila si suami ~
isterinya, maka tercerailah suami isteri itu; Allah tidak menjadikan
isteri yg diziharkan itu sbg ibu kamu.
zikir Ar perbuatan mengingati Allah dgn menyebut kalimah spt
astaghfirullah, Allahuakbar, sama ada dgn lidah (zikir jali/jahri),
atau dlm hati (zikir sirri/khafi);
berzikir menyebut-nyebut nama Allah dan mengingati Allah; dikir.
zikra Ar tazkirah.
zikrullah Ar amalan mengingati atau menyebut nama Allah (sama ada dlm
hati atau dgn lidah): beliau membahagikan ~ itu kpd tiga bahagian.
zillullah Ar bayangan Allah.
zilofon xilofon.
zimase (Bio) enzim yg diperoleh drpd yis dan berupaya memecahkan gula
kpd alkohol dan karbon dioksida.
zimmi Ar; kafir ~ orang kafir yg tunduk (patuh) kpd pemerintahan Islam,
spt dgn membayar cukai (nyawa, harta, dan kehormatan diri mereka
dilindungi serta mendapat keadilan).
zimogen (Bio) bahan tidak aktif yg boleh diubah menjadi enzim.
zimologi kajian saintifik tentang penapaian (fermentasi).
zina persetubuhan yg tidak sah atau haram (bukan antara suami isteri),
mukah: jangan kamu melakukan ~;
berzina melakukan zina, berbuat zina, bermukah;
perzinaan perihal atau perbuatan berzina;
penzina orang yg berzina.
zindik Ar orang yg imannya telah terpesong, orang yg sesat (tidak percaya
akan agama Allah yg sebenarnya);
berzindik bertindak menyimpang drpd suruhan agama, berbuat
zindik: mereka yg murtad, yg rajin ~.
zink (Kim) sj logam berwarna biru keputih-putihan (banyak digunakan utk
atap dll); ~ kromat pewarna cat yg berbentuk pigmen berwarna
kuning yg beracun dan digunakan utk mengurangkan kesan hakisan
pd keluli atau utk menghalang karat.
Zionis anggota (pengikut atau penyokong kuat) Zionisme: mereka
menentang kezaliman yg dilakukan oleh Amerika yg didalangi oleh
pihak ~.
Zionisme dasar atau pergerakan politik yg bertujuan menegakkan sebuah
negara Yahudi di Palestin.
zip sj alat utk mengancing (baju dll) yg terdiri drpd dua bahagian yg
bergerigi;
berzip 1. mempunyai (dipasang) zip: bajunya ~ di belakang; 2.
telah dipasang (ditarik) zipnya: dia tidak menyedari yg seluarnya
tidak ~;
mengezip memasang (menarik) zip (supaya tertutup pakaian, beg,
dll);
mengezipkan memasangkan zip (pd pakaian, beg, dll).
zirafah sj binatang yg tinggi dan panjang lehernya, dgn warna badan yg
bertompok-tompok, Giraffa cameopardalis.
zirah; baju ~ baju besi, baju rantai; dirah.
zirbad sl negeri di bawah angin.
zirkon sj batu permata yg jernih dan terdapat dlm pelbagai warna spt biru,
hijau, kelabu dan perang.
zirkonia pepejal berwarna putih yg digunakan dlm sepuh seramik, dan sbg
pengganti sintetik bagi berlian dlm barang kemas.
zirkonium (Kim) sj unsur logam yg tahan kakis dan digunakan utk
membuat aloi dsb.
zirnikh Ar sj racun tikus, warangan.
ziter sj alat bunyi-bunyian bertali banyak yg dipetik.
Zn simbol kimia bagi zink.
zodiak 1. garisan melengkung khayalan di langit yg terbahagi kpd 12
bahagian, dan tiap-tiap satunya dinamakan mengikut nama gugusan
bintang dua belas, mintakulburuj; 2. gambar rajah mintakulburuj yg
digunakan dlm ilmu nujum.
zohor zuhur.
zon 1. salah satu drpd lima bahagian di permukaan bumi, terutamanya yg
terbahagi mengikut garis lintang dan suhu, mintakat: ~ sederhana; ~
sejuk; ~ panas; 2. kawasan yg mempunyai sifat tertentu utk tujuan
tertentu, daerah, mintakat: ~ pengaruh; ~ damai; letak harga
mengikut ~; 3. lapisan atau kawasan batu-batan yg dicirikan dgn
fosil, kecacatan struktur, dsb tertentu: ~ air tanih; ~ air ampai; 4.
bahagian sfera di antara dua satah yg selari yg memintasi sfera; 5.
kawasan atau daerah yg berada di bawah sekatan atau peraturan
tertentu dsb: ~ letak kereta bermeter; ~ tentera; ~ perdagangan
bebas (Eko) kawasan yg disediakan khas utk pembinaan kilang yg
mengeluarkan barangan utk dieksport;
mengezonkan membahagikan kpd zon;
pengezonan perbuatan (tindakan, kerja) mengezonkan sesuatu
kawasan dsb.
zonder IB sonder.
zoo kawasan (taman) tempat berbagai-bagai jenis binatang dipelihara utk
dilihat oleh orang ramai, taman haiwan, kebun binatang.
zoobentos (zoobéntos) (Bio) haiwan yg hidup di dasar laut dan tasik.
zooekologi (zooékologi) cabang ekologi yg berkaitan dgn hubungan antara
persekitaran dgn haiwan.
zoofili (Bio) pendebungaan oleh haiwan, spt kumbang dan burung.
zoofit (Bio) haiwan yg menyerupai tumbuhan, mis buran laut.
zoofobia (Psi) rasa takut yg keterlaluan pd binatang.
zoogeografi (zoogéografi) cabang zoologi yg berkaitan dgn taburan
haiwan dr segi geografi.
zoologi kajian tentang haiwan, termasuk pengelasan, kehidupan, tabiat,
dan strukturnya.
zoonosis (Ubat) penyakit haiwan yg boleh menular kpd manusia, mis
penyakit anjing gila.
zooparasit (Bio) parasit yg menghabiskan seluruh masa hidupnya pd
haiwan, mis Trypanosoma yg berhabitat di dlm darah tikus.
zooplankton (Bio) plankton yg terdiri drpd haiwan, spt krustasea kecil, yg
merupakan sumber makanan ikan dsb.
zoospora (Bio) sj spora yg boleh bergerak yg terdapat pd kebanyakan
kulat akuatik, alga, dan protozoa.
ZOPFAN akronim bagi Zone of Peace, Freedom and Neutrality
(Kawasan Aman, Bebas, dan Berkecuali).
Zr simbol kimia bagi zirkonium.
Zu al-Jalal wa al-Ikram (Zul-Jalali wal-Ikram) Ar Yang Memiliki
Keagungan dan Kemuliaan (satu drpd 99 nama Allah).
Zuhal Ar sj planet yg terletak keenam jauhnya dari matahari.
Zuhara Zuhrah.
Zuharah Zuhrah.
Zuhrah Ar sj planet yg terletak kedua jauhnya dari matahari.
Zuhrat Zuhrah.
zuhud Ar (bkn seseorang) soleh hidupnya dan tidak dikuasai oleh
kemewahan dan keseronokan dunia;
berzuhud mengamalkan sifat zuhud: perbanyaklah mengingati
mati kerana itu akan mengurangkan seseorang drpd melakukan
dosa dan menjadikannya ~ dlm urusan dunia;
menzuhudkan menjadikan seseorang zuhud: mereka hanya mahu
~ diri kpd Allah;
kezuhudan sifat zuhud: cinta kpd IIahi terbit drpd ~ jiwanya.
zuhur Ar 1. = waktu ~ waktu tergelincir matahari ke arah barat hingga
bayang-bayang kayu dsb sama panjang dgn kayu dsb yg menjadi
pengukurnya; 2. = sembahyang ~ sembahyang fardu pd waktu
zuhur.
Zulhijah Ar bulan ke-12 (mengikut perhitungan tahun Hijrah).
Zulkaedah (zulkaédah) Ar bulan yg kesebelas (mengikut perhitungan
tahun Hijrah).
zulmat Ar 1. gelap (kerana ribut), kegelapan; 2. keadaan sesat tanpa
hidayah.
zum kaedah menukar jarak tumpu subjek utk mendapatkan saiz imej yg
besar atau kecil dgn menggunakan kanta zum;
~ dekat zum yg dibuat dgn menggerakkan kanta zum ke hadapan
utk mendapatkan imej yg lebih besar dan jelas; ~ jauh zum yg
dibuat dgn menggerakkan kanta zum ke belakang utk mendapatkan
imej yg lebih kecil dan jauh; lensa ~ kanta zum.
zuriat Ar keturunan, benih, baka, anak atau anak cucu; meninggalkan
(menurunkan) ~ mempunyai atau menghasilkan keturunan,
mempunyai anak (anak cucu), meninggalkan baka;
sezuriat sama zuriat: antara definisi saudara yg dimaksudkan
mengikut akta itu termasuk keturunan ~;
berzuriat mempunyai zuriat: orang yg tidak ~.
No comments:
Post a Comment