1
d huruf keempat abjad Rumi.
da kep uda atau muda.
d/a kep dgn alamat.
dab Ar sj binatang padang pasir, seakan-akan biawak kecil, yg dianggap
mempunyai khasiat perubatan, selalunya dikaitkan dgn peningkatan
tenaga batin lelaki.
daba I; hawa-~; hawa I.
daba II bp kolar baju: ~mu ni digigit lipas.
dabah zabah.
dabak Mn; mendabak datang dgn tiba-tiba (dgn tidak disangka-sangka):
hujan ~.
dabal I ark pundi-pundi yg dilekatkan pd tali pinggang utk menaruh
peluru.
dabal II Id; ~ tengah tiang sj pakaian orang laki-laki (dipakai pd majlis
jamuan dsb).
dabal III; ~ bes sj alat muzik bertali.
dabat ark sl binatang.
dabbatulardi sl binatang melata yg ada di bumi: ketahui olehmu itulah ~
yg dikeluarkan Allah pd akhir zaman.
dabik; mendabik; ~ dada menepuk (menampar) dada menunjukkan
keberanian atau kebanggaan: ia ~ dadanya dan mencabar sesiapa
saja utk menentangnya;
pendabik; ~ dada orang yg takbur atau angkuh: kekayaannya
menjadikan dia ~ dada di muka ramai.
dabing 1. penukaran pertuturan dr satu bahasa ke bahasa yg lain dlm
filem, alih bahasa; 2. perihal (proses, kerja) memasukkan bunyi
(suara, muzik dsb) ke dlm filem dsb, alih suara;
2
mendabing 1. membuat dabing, mengalih bahasa; 2. membuat
dabing, memasukkan bunyi (suara, muzik, dsb) ke dlm filem dsb,
mengalih suara.
dabir sl jurutulis, penulis.
dabung; berdabung berasah (berpepat) gigi; gadis itu belum ~ lagi gadis
yg masih muda (belum berasah gigi);
mendabung mengasah (memaras, memepat) gigi.
dabus = permainan ~ = pertunjukan ~ pertunjukan kekebalan dgn
mencuba melukai diri; anak ~ orang yg mengambil bahagian dlm
permainan dabus; besi ~ = mata ~ sj besi tajam utk melukai atau
menusuk diri (dlm permainan dabus); khalifah ~ pemimpin
permainan dabus; ~ rantai rantai besi yg merah pijar warnanya dan
dipakai dlm permainan dabus;
berdabus memperlihatkan permainan dabus, mempertunjukkan
kekebalan: pendekar leka bersilat, khalifah leka ~.
dacing sj alat penimbang (yg terdiri drpd batang yg berskala atau
bersenggat, batu penimbang serta tempat meletak barang);
anak (buah, batu) ~ logam pd dacing sbg pengimbang berat (ketika
menimbang); lidah ~ jarum (pd dacing) yg menunjukkan
keseimbangan timbangan; ~ palingan tangan, lidah palingan hati
prb tidak sama antara cakap dgn niat;
berdacing 1. sl bertimbang: sudah terkampung semuanya lada
maka ~lah ke kapal; 2. menggunakan dacing (sbg alat penimbang
barang); 3. mempunyai dacing;
mendacing menimbang dgn dacing.
dad (dOd) 1. huruf ke-15 abjad Arab (mempunyai nilai 800); 2. huruf ke-
16 abjad Jawi.
dada I 1. bahagian tubuh yg di hadapan terletak di antara perut dgn leher;
2. = buah ~ susu (tetek) perempuan; 3. = rongga ~ ruang dada yg
3
mengandungi jantung dan paru-paru; membusungkan ~ ki
membanggakan diri, memperlihatkan lagak sombong; 4. bahagian
yg bertentangan dgn tulang belakang buku;
~ akhbar halaman hadapan akhbar; ~ ayam = ~ burung dada yg
bergembung ke atas; ~ bidang dada yg lebar; ~ lapang ki sabar,
tidak pemarah; ~ lega ki senang hati; (dgn) ~ terbuka (dgn) rela,
(dgn) ikhlas;
~ manusia tidak dapat diselam prb fikiran atau isi hati orang tidak
dapat diduga; belah ~ lihatlah hati prb berkata dgn benar; seluas ~
tuma prb terlalu sempit; tepuk ~ tanya selera prb berfikir dahulu
sebelum membuat keputusan; tiba di ~ dibusungkan, tiba di perut
dikempiskan prb perlakuan yg tidak adil;
berdada mempunyai dada yg penuh (berisi);
berdada-dadaan berlawan satu sama satu, bertempur seorang
lawan seorang;
mendada 1. = berjalan ~ berjalan dgn membusungkan dada,
berjalan dgn sikap angkuh atau perasaan megah: dia berjalan ~ dgn
tidak memandang ke kiri dan ke kanan; 2. menahan (menangkis)
dgn dada; 3. berdada-dadaan; perang ~ perang (pertempuran)
seorang lawan seorang;
dadaan bahagian badan sebelah perut (hadapan).
dada II; ~ ruan sj tumbuhan (pokok), petaling air, Homalium frustescens.
dadah 1. ubat-ubatan; 2. bahan (spt ganja, heroin, marijuana, dsb) yg
merosakkan atau membinasakan orang yg menggunakannya
berlanjutan (merosakkan kesihatan, membawa maut, dll);
pendadah tempat menyimpan dadah (ubat-ubatan).
dadak I; mendadak (dgn) tiba-tiba, (dgn) tidak disangka-sangka, (dgn)
serta-merta: ia berangkat dgn ~; perubahan ~; ~ sontak sangat
tiba-tiba, serta-merta.
4
dadak II kedadak I & II.
dadap I sl perisai bulat yg dibuat drpd rotan atau kulit kayu.
dadap II sj tumbuhan (pokok); dedap.
dadar 1. = kuih ~ sj kuih biasanya berinti kelapa yg kulitnya dibuat drpd
tepung gandum bercampur telur dll; 2. = telur ~ telur yg dipukul dan
digoreng nipis;
mendadar membuat dadar; ~ telur menggoreng nipis-nipis telur yg
sudah dipukul.
dadek (dadék) Mn ark; terdadek tersesat.
dadi ark dadih.
dadih air susu (kerbau, lembu, dll) yg pekat atau telah dikentalkan; kepala
~ bahagian dadih yg di sebelah atas; ~ darah darah yg pekat
(kental); ~ jalang susu yg baik; ~ kering mentega; ~ pekat susu yg
pekat (kental); mengajar orang tua makan ~ prb mengajar orang yg
lebih pandai.
dadu I 1. sj kiub yg bertanda titik (dr satu hingga enam) pd kesemua
permukaannya (biasanya digunakan dlm perjudian); 2. = ~ putar =
~ pusing = ~ sintir sj alat judi yg boleh diputarkan (dipusing); 3.
kiub (benda berbentuk segi empat yg mempunyai enam permukaan).
dadu II (warna) merah muda: bunga raya ~; pipinya yg berwarna ~.
daduh; mendaduh, mendaduhkan menidurkan anak dgn bernyanyi,
mengulit(kan), mendodoikan, mendondong; dadung.
daduk; mendaduk meminta sedekah, mengemis;
pendaduk peminta sedekah, pengemis.
dadung; berdadung bernyanyi utk menidurkan anak, berulit;
mendadung, mendadungkan menyanyikan anak supaya tidur,
mengulit(kan), mendodoikan, mendondong; daduh.
daeng (daéng) gelaran Bugis.
5
daerah (daérah) 1. lingkungan sesuatu pemerintahan, wilayah (sesebuah
negara): Sabah dan Sarawak termasuk dlm ~ Malaysia; 2. bahagian
sesebuah negeri (sekeliling sesebuah bandar) yg mempunyai
sempadannya utk kemudahan pentadbiran: negeri Melaka terbahagi
kpd tiga buah ~, iaitu Melaka Tengah, Jasin, dan Alor Gajah; ~
Temerloh; pegawai ~ pegawai kanan kerajaan yg mengurus
pentadbiran sesebuah daerah (dlm bidang-bidang tertentu); 3.
kawasan yg mempunyai iklim (penduduk, hasil dll) yg sama: ~
hawa panas; ~ orang asli; 4. kawasan yg berada di bawah sesuatu
pengaruh (kekuasaan, keadaan, dll): ~ darurat; ~ tentera; 5. ki
skop, bidang: menyimpan rahsia termasuk dlm ~ amanah;
~ mata air daerah yg mendapat (bekalan) air dr mata air; ~
pedalaman daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok
atau di hulu negeri), hulu; ~ seberang laut(an) daerah jajahan; ~
sungai kawasan yg mendapat air dr sungai; ~ takluk tanah jajahan;
~ tidak bertuan daerah yg tidak dikuasai oleh mana-mana kerajaan
(pemerintahan);
sedaerah 1. berasal dr (berada atau terletak di) daerah yg sama; 2.
mengenai satu daerah sahaja, setempat;
kedaerahan yg tertumpu pd atau mengenai sesuatu daerah (tidak
meluas atau menyeluruh): ia perlu menyingkirkan faham ~nya;
pengajaran dlm ilmu kesihatan harus bersifat ~.
dafah Ar, sl hantaran perkahwinan: ia mengarak ~ yg indah-indah spt
raja kahwin.
dafnah ark sj tumbuhan (pokok kecil) yg daunnya dibuat mahkota
pahlawan.
dafodil sj bunga kuning berbentuk loceng, yg bertangkai panjang yg
terdapat di negara yg mempunyai empat musim.
6
daftar susunan (nama, barang, dll) yg ditulis menurut urutan angka atau
abjad, senarai: ~ buku; ~ istilah baru; ~ nama pengundi; ~ hitam
senarai orang yg dianggap berbahaya (disyaki jahat);
berdaftar mempunyai daftar, termasuk (tercatat) dlm daftar; surat
~ surat yg telah dicatatkan dlm daftar (utk layanan istimewa dlm
urusan pengirimannya);
mendaftar, mendaftarkan memasukkan (mencatatkan) dlm daftar,
mengurus supaya tercatat dlm daftar (nama dan biasanya juga
keterangan penting atau yg diperlukan): para peminat diminta
supaya ~ namanya di kantor kami; ibu bapa diminta segera ~
anak-anak mereka yg layak masuk ke sekolah;
terdaftar sudah tercatat (tertulis) dlm daftar;
pendaftaran perihal mendaftarkan, tindakan atau urusan dsb
mencatatkan (merakamkan) dlm daftar: Kesatuan Penarik-Penarik
Beca sudah pun diluluskan ~nya oleh kerajaan; pejabat ~ pejabat
tempat mendaftar (utk kelahiran, kematian, dsb);
pendaftar pegawai yg bertanggungjawab tentang (atau yg
mengurus) pendaftaran, orang yg mendaftar(kan).
daga I; ~-dagi berbagai-bagai perbuatan menentang perintah;
mendaga menentang (membantah) perintah; dahagi I.
daga II ark haus; dahaga I.
dagang I 1. (berasal) dr tempat lain atau dr luar negeri (bkn orang,
barang, dll), asing: dgn perjumpaan ini, saya tidak berasa ~ lagi
tinggal di sini; anak ~ orang asing, orang yg berasal dr tempat
(negeri) asing; beras ~ beras yg diimport dr luar negeri; orang ~ a)
orang asing; b) orang yg berniaga, saudagar; pegawai ~ pegawai yg
bertugas di negeri orang; 2. orang yg merantau atau mengembara,
perantau: akan Laksamana, ia berusung itu dipandang oleh segala
~; orang tua itu mudah menolong kalau diminta, mudah membantu
7
kalau ~ kesukaran; 3. perniagaan, jual beli: aku fikir bukan perahu
nelayan, harus perahu itu perahu ~; tanaman ~ tanaman yg
hasilnya diperniagakan; 4. barangan utk diperniagakan, barang
jualan: maka segala saudagar pun tiap-tiap negeri datanglah
berniaga dan ~ pun terlalulah banyak masuk, tumpah-ruah;
~ melarat orang yg merantau dan hidup menderita di tempat orang;
~ piatu orang asing seorang diri (sebatang kara); ~ senteri berbagaibagai
orang asing yg mendatang (saudagar, pelawat, pelajar, dll);
laki pulang kelaparan, ~ lalu ditanakkan prb urusan sendiri
ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain; perahu
bertambatan, ~ bertepatan prb melakukan sesuatu hendaklah sesuai
dgn tempatnya;
berdagang 1. menjalankan perniagaan biasanya di tempat asing
atau dgn pembeli atau penjual dr tempat (negeri) asing, berniaga,
berjual beli: mereka ~ kain dan menjadi tukang jahit; dia
memperoleh banyak keuntungan dgn ~; 2. = ~ diri hidup (tinggal,
diam) di negeri orang, merantau ke tempat (ke negeri) lain:
sungguh-sungguh tidak disangka orang luar yg datang ~ ini
menghitamkan kampung yg putih bersih itu;
mendagangkan, memperdagangkan menjadikan (barang dll)
sesuatu utk dijual beli, menjualbelikan (barang-barang perniagaan),
memperniagakan (biasanya ke tempat atau negeri asing): rupanya
manusia kita ini diperdagangkan oleh lanun-lanun itu sbg menjual
kambing, lembu, atau ayam itik; Nakhoda Jaya telah
diamanahkannya memperdagangkan barang-barang dagangannya
ke negeri-negeri lain;
dagangan barang-barang yg diperdagangkan (diperniagakan atau
dijualbelikan, biasanya di atau ke tempat atau negeri asing): pd
8
ketika itu bapaku menjadi saudagar, membawa ~ belayar pergi
datang ke negeri Siak;
~ bersambut a) dagangan yg diambil dgn berhutang; b) dagangan yg
diamanahkan; ~ cergas urus niaga di pasaran saham dsb yg secara
keseluruhannya memperlihatkan jumlah belian dan jualan yg besar;
~ keluar barang yg dieksport; ~ lembap urus niaga di pasaran
saham dsb yg sangat perlahan dan berkurangan kerana pelabur tidak
berminat utk memasuki pasaran atas sebab tertentu; ~ masuk barang
yg diimport; ~ bersambut yg dia jual prb cerita dr orang lain yg
diceritakannya kembali;
perdagangan perihal berdagang, urusan berniaga, perniagaan
(biasanya antara negara-negara): cukai yg tinggi ke atas barangbarang
yg diimport menyekat ~ antara dua buah negara itu;
usaha-usaha utk memajukan ~ antara negara-negara yg sedang
maju;
~ antarabangsa perdagangan antara negara-negara di dunia ini; ~
bebas perdagangan antarabangsa yg tidak dikenakan sebarang
sekatan spt kuota atau tarif terhadap barang import dr sesebuah
negara; ~ entrepot perdagangan mengimport barang utk dieksport
semula (spt yg dijalankan di pelabuhan spt Singapura, Hong Kong,
dll); ~ gelap perdagangan yg dijalankan secara haram (tanpa
membayar cukai dll);
pedagang orang yg menjalankan perniagaan (biasanya secara
besar-besaran dan dgn negeri asing), orang yg berdagang, saudagar:
kapal dan ~ Sepanyol telah diharamkan drpd merapati pantai
negeri Jepun;
~ borong pedagang yg menjual dagangan secara borong kpd
pekedai; ~ kecil pedagang yg berdagang dgn modal yg kecil; ~
perantara pedagang yg menjual barang-barang drpd saudagar besar
9
kpd saudagar kecil, pedagang yg berlaku sbg orang tengah; ~ runcit
orang yg menjual barang-barang terus kpd umum (iaitu pembeli atau
pengguna sebenar) biasanya dgn sedikit-sedikit.
dagang II Mn; mendagang memikul, mengusung;
dagangan barang-barang yg dipikul;
pedagang benda (spt kandar) yg digunakan utk memikul.
dagel Jw; tukang ~ = dagelan orang yg berjenaka, pelakon yg membuat
orang ketawa, pelawak;
mendagel melawak, berjenaka (utk membuat orang ketawa).
dagi; daga-~ berbagai-bagai perbuatan menentang perintah;
mendagi menentang (membantah) perintah;
pendagi orang yg menentang perintah; daga I, dahagi I.
daging 1. isi (pd manusia atau binatang) di antara kulit dgn tulang: ~
lembu; ~ kambing; ~ paha daging pd paha; 2. isi buah yg lembut
(bahagian di antara kulit dgn biji buah): buah embacang itu tebal
~nya; 3. tubuh manusia (sbg imbangan jiwa dan batin);
~ asap daging yg dikeringkan dan diawet dgn asap; ~ asin daging
yg digarami; ~ basah daging yg baru (dr binatang yg baru
disembelih); ~ batang pinang daging (lembu, kerbau dsb) lembut
dan kurang lemak (berkualiti tinggi) drpd bahagian belakang dan
sisi badan di antara tulang rusuk dgn tulang paha; ~ kain susunan
benang pd kain; ~ kancing hujung daging yg keras dan liat; ~
menempel ketuat, mata ikan;
bangau, bangau minta aku leher, badak, badak minta aku ~ prb iri
hati melihat kelebihan orang lain; sebusuk-busuk ~, dikincah
dimakan juga prb membersihkan nama kaum kerabat drpd celaan;
berdaging 1. mempunyai daging, gemuk; 2. ki kaya; (sudah) tidak
~ lagi sudah kurus benar atau sudah jatuh miskin;
10
mendaging 1. menjadi (spt) daging: isi durian itu sudah mula ~
ayam; 2. mulai sembuh (bkn luka dsb): lukanya sudah mula ~;
terdaging 1. sampai ke daging (bkn hirisan dsb); 2. ki sangat
melukai hati.
dagu 1. bahagian muka di sebelah bawah mulut; ~nya spt lebah
bergantung ki dagu yg cantik; 2. bahagian sesuatu yg menyerupai
dagu; ~ keris hujung ganja keris; spt janggut pulang ke ~ prb kena
pd tempatnya.
dagun; akar ~ sj tumbuhan (pokok), akar mentadu, akar putat, Gnetum
tenuifolium.
dah I singakatan bagi sudah: ~ lama kami cari rumah, tidak dapat.
dah II tugas, dinas.
dahaga I 1. berasa kering kerongkong dan hendak minum, haus; 2.
keinginan keras hendak minum, haus; melepaskan (menghilangkan)
~ minum (banyak-banyak) sehingga tidak haus lagi; 3. ki sangat
ingin akan sesuatu: anak kecil itu begitu ~ akan kasih sayang
kedua-dua ibu bapanya; anak-anak Melayu yg ~ akan ilmu
pengetahuan;
berdahaga menanggung rasa dahaga: dia sentiasa mengasingkan
diri drpd orang ramai dan sentiasa berlapar dan ~;
mendahagai dahaga akan, sangat inginkan, mahukan (sesuatu) dgn
amat sangat: ia ~ pujukan mesra; ~ kasih sayang;
mendahagakan menyebabkan berasa dahaga (haus), menghauskan;
kedahagaan perihal dahaga, kehausan, keinginan (akan sesuatu).
dahaga II; ~-dahagi; dahagi I.
dahagi I pertentangan terbuka terhadap pihak berkuasa; dahaga-~
berbagai-bagai pertentangan terhadap pihak berkuasa;
mendahagi menentang pihak berkuasa;
pendahagi orang yg menentang pihak berkuasa.
11
dahagi II Kd, Pl degil: budak itu ~ sangat.
dahak gelema (lendir) yg keluar dr kerongkong ketika batuk, kahak;
berdahak, mendahak mengeluarkan dahak, berkahak, mengahak.
daham batuk kecil biasanya disengajakan (kerana hendak menarik
perhatian orang dsb);
berdaham berbatuk kecil (mengeluarkan bunyi hem, hem): apabila
terdengar ayahnya ~, Ahmad terhenti drpd bermain-main; deham.
dahan I bahagian yg tumbuh dr batang pokok; ~ pembaji batang = baji
membelah ~ prb berbudi kpd orang dgn menggunakan perbelanjaan
orang itu sendiri;
berdahan mempunyai dahan atau sudah tumbuh dahannya: pokok
yg ~.
dahan II pendahan.
dahanam Kd, Kl bunyi yg kuat, bergempa;
berdahanam berbunyi dgn kuat.
dahar; mendahar 1. (Sunda) makan; 2. Jk santap.
dahara; akar ~ sj tumbuhan (pokok), Ficus recurva.
dahat Kl palang, salib.
dahi 1. bahagian muka di antara kening dgn kaki rambut: ~nya berkerut;
bulu ~ kening; ~nya kiliran taji ki dahinya licin; ~nya sehari bulan
ki kaki rambutnya melengkung spt bulan sehari; 2. ki bahagian
depan (sesuatu) yg boleh disifatkan sbg dahi; ~ layar kayu pd tiang
utk menguatkan layar;
biar ~ berluluk asal tanduk mengena prb biar bersusah payah asal
maksud tercapai; siapa pun jadi raja, tangan aku ke ~ juga prb
siapa pun yg berkuasa, aku tetap menghormatinya.
dahiat Ar kecelakaan, kemalangan.
dahina sl (siang) hari.
12
dahlia tumbuhan (berasal dr Amerika Tengah) yg akarnya berumbi dan
bunganya berwarna-warni, Dahlia pinnata.
dahri, dahriah Ar; kaum ~ kaum yg mempercayai bahawa alam ini sedia
wujud (tiada penciptanya).
dahsyat 1. menakutkan, mengerikan: mencapai sesuatu dgn membunuh
orang ialah cara yg sangat ~ dan mengerikan; kemalangan jalan
raya yg ~; 2. Kl takut (ketakutan), ngeri: takut dan ~lah ia; 3.
hebat, amat sangat, terlampau (hebatnya, kuatnya, bisingnya,
bodohnya, mahalnya, dll): ~ betul engkau ini, engkau lebih tolol
drpd adikmu; letupan yg ~ kuatnya; ~ betul harga barang-barang
di kedai itu;
mendahsyat menghebat, menjadi-jadi: peperangan semakin ~;
mendahsyatkan 1. menimbulkan rasa takut atau ngeri,
menakutkan, mengerikan: keadaan yg sebenarnya sangat ~
hatinya; 2. menghebatkan, memburukkan, menerukkan: kejadiankejadian
demikian ~ lagi keadaan;
memperdahsyat 1. menjadikan bertambah takut atau ngeri; 2.
menjadikan lebih teruk atau hebat, memperhebat;
kedahsyatan 1. ketakutan, kengerian; 2. kehebatan: ~ serangan yg
dilancarkan; 3. kehairanan, keajaiban: mereka melihat keindahan
dan ~ dunia di sekeliling mereka.
dahuk Kd terlalu ingin akan hak orang lain (lebih buruk drpd tamak atau
haloba).
dahulu 1. yg telah lepas (berlalu), yg telah lampau, yg lalu: beberapa hari
~; tiga tahun ~; zaman ~ (pd) zaman atau jangka masa yg sudah
lama berlalu; 2. pd masa (waktu) yg telah lalu (lepas), sebelum ini,
sebelumnya: ~ dia berkhidmat dgn kerajaan tetapi sekarang dia
bekerja di sebuah bank; ~ masih kecil, sekarang sudah besar
panjang; 3. pertama sekali atau sebelum melakukan (meneruskan)
13
sesuatu, sementara menunggukan sesuatu atau sesuatu ketika: kita
kemaskan barang-barang ini ~, kemudian baru kita pergi;
berehatlah ~, sekejap lagi dia pulang; 4. lebih awal (drpd sesuatu),
sebelum; ~ drpd itu sebelum itu; kelmarin ~ hari sebelum kelmarin,
dua hari yg lalu; 5. (yg) paling depan, di hadapan sekali: dia
berjalan ~, kami semua mengikut di belakang; 6. paling awal,
pertama sekali (lebih awal drpd yg lain): dia yg sampai ~, dan
seminit kemudian baru pelumba yg kedua pula sampai;
berdahuluan, berdahulu-dahuluan, dahulu-mendahului berkejar
atau berlumba hendak sampai (dapat dll) dahulu: kedua-dua budak
itu ~ ke ribanya;
mendahului 1. membuat (melakukan dsb) lebih awal atau dahulu
drpd (lawan, saingan, dsb): Rusia telah ~ Amerika melancarkan
roket ke bulan; 2. melakukan (sesuatu) lebih awal drpd segala
sesuatu yg lain, memulai: ~ ucapan dgn mengalu-alukan
kedatangan tetamu khas;
mendahulukan 1. membuat sesuatu lebih awal drpd yg lain:
perintah Allah harus didahulukan drpd kerja sendiri; 2.
memberikan keutamaan (layanan terawal dsb) kpd: orang-orang
muda hendaklah ~ orang-orang tua;
terdahulu 1. yg lebih dahulu atau lebih awal, yg mula-mula, yg
sudah ada (bergiat dsb) sebelum golongan dsb yg sekarang ini:
setengah-setengah penulis sekarang merendah-rendahkan karya
penulis yg ~; 2. sebelum (yg lain), lebih awal drpd yg lain: siapa yg
datang ~ mendapat tempat di hadapan;
kedahuluan 1. perihal terdahulu; 2. Jk didahului, terlambat,
terlewat;
keterdahuluan perihal terdahulu: ~ Allah atas alam;
14
pendahuluan 1. permulaan; kata ~ keterangan di permulaan buku
oleh pengarangnya; 2. = bayaran ~ bayaran (yg merupakan
sebahagian drpd harga sesuatu) yg dibuat terlebih dahulu (sebelum
selesainya urusan jual beli), bayaran muka;
pendahulu 1. orang dll yg mendahului; 2. yg terdahulu: yg
memperbezakan sistem antarabangsa sezaman drpd sistem-sistem
~nya.
dahulukala (pd) zaman atau jangka masa yg sudah lama berlalu.
dai (da.i) Ar pendakwah.
daif cacat, hina, lemah: orang yg ~;
mendaifkan memandang rendah (hina), menghinakan: tidak guna ~
orang yg lemah;
kedaifan perihal daif, kehinaan, kekurangan, kelemahan.
daih; mendaih Kd menghalang (menahan) kaki seseorang supaya jatuh:
dia ~ kaki saya.
daik benteng atau tembok, biasanya dibuat drpd tanah utk membendung
air.
dail cakera pd telefon yg ditandai dgn nombor yg diputar sewaktu
menghubungi seseorang;
mendail memutar dail atau menekan butang bernombor pd telefon
sewaktu hendak menghubungi seseorang.
daim Ar abadi, kekal selama-lamanya.
daiman 1. lambang berbentuk wajik berwarna merah pd daun terup; 2.
daun terup yg mempunyai lambang ini.
daing I daeng.
daing II ikan (daging ) yg dikeringkan;
minta darah pd ~ prb meminta pertolongan drpd yg tidak berupaya
menolong.
15
daisi sj bunga kecil, biasanya tumbuh liar di negara Eropah, berwarna
putih dgn tengahnya berwarna kuning.
daitia datia.
dajal Ar 1. makhluk yg akan muncul utk menyesatkan manusia sebelum
terjadi kiamat, tetapi akhirnya dapat dibunuh oleh Nabi Isa as; 2. ki
(orang yg) berperangai jahat (penipu dll), buruk (bkn sifat,
kelakuan); ~ sungguh fiilnya buruk sungguh perangainya; anak ~
anak yg jahat.
dajat Kd ejek, perli, usik.
dak kep tidak; buat ~ buat tidak tahu; ~-dek Kl tidak sedikit pun,
bukannya; ~-keneh Kl bukankah begitu, iakah.
daka, dakah Ar papan penutup liang lahat; mengarak ~ perubahan
perangai bagai orang yg hampir mati.
dakap; ~ diri ki orang yg malas bekerja;
berdakap berpeluk (utk melepaskan rindu dendam dsb); ~ tubuh =
~ tangan a) berpeluk tubuh; b) tidak bekerja, tidak membuat apaapa;
berdakap-dakapan saling berdakap, berpeluk-pelukan: dua orang
kekasih yg ~ di tempat sunyi;
mendakap memeluk;
dakapan pelukan;
sependakap sepemeluk: pohon itu ~ besarnya.
dakar 1. berani, cekal hati: pendekar yg ~; 2. berani membuat sesuka
hati, degil, keras kepala: engkau terlalu ~;
berdakar-dakar; cakapnya ~ cakapnya besar.
dakelin; daun ~ sj tumbuhan (rumpai), ari-aring, aring-aring, dawah,
keremak hutan, rumput kunang putih, Eclipta alba.
dakhil Ar 1. yg di dalam (tidak zahir), yg mengenai batin; penyakit ~
penyakit batin, penyakit dlm badan; 2. ark terlalu karib, rapat benar.
16
daki I kotoran yg melekat pd badan (pakaian dll); membuang ~
membersihkan drpd daki; ~ dunia harta dunia (yg tidak boleh
dibawa mati);
nyamuk ditepuk menjadi ~ prb tidak berfaedah melawan orang
lemah, kerugian yg bertimpa datangnya.
daki II; mendaki 1. memanjat (gunung, bukit, dsb): pengembara itu
terpaksa ~ gunung dan meredah hutan; 2. menuju ke puncak
(gunung, bukit, dsb) atau ke bahagian yg makin tinggi: jalan kecil
yg berliku ~ bukit Seri Melaka; 3. makin menaik atau meninggi:
memandu kereta mengikut jalan yg ~;
mendakikan memanjatkan, menaikkan, memajukan;
terdaki dapat mendaki (didaki): dia tidak ~ bukit yg setinggi itu;
pendakian 1. perihal atau perbuatan mendaki, pemanjatan; 2. =
dakian tempat yg mendaki (menaik): tidak usah kita tertawa pd
waktu turun kerana ~ akan ditempuh pula;
berpendakian mempunyai tempat mendaki: di sana akan bertemu
alam datar, tidak ~, tidak berpenurunan lagi;
pendaki orang yg mendaki; ~ gunung orang yg mendaki gunung.
dakon Jw; (ber)main ~ bermain congkak.
dakron tanda dagang utk sj gentian tekstil sintetik: Samad berseluar ~
coklat.
daksina sl selatan; dr ~ datang ke paksina dr selatan hingga ke utara.
daktil 1. (Bio) jari tangan atau jari kaki; 2. (Sas) ruas pola irama yg terdiri
drpd satu suku kata panjang (bertekanan) yg diikuti oleh dua suku
kata pendek (tak bertekanan).
daktilitis (Ubat) radang pd jari tangan atau kaki.
daku aku (terutama apabila perkataan sebelumnya berakhirkan huruf n):
akan ~; dengan ~; maafkan ~.
dakwa aduan (tuntutan, tuduhan) yg dikemukakan di mahkamah;
17
kena ~ dituntut (dituduh) dlm perkara; ~-dakwi berbagai-bagai
aduan (tuntutan, tuduhan);
berdakwa sl 1. sedang dlm pembicaraan, berbicara: maka Naina
Sura Dewana pun ~ dgn Raja Mendaliar; 2. sedang dlm urusan
perkara (sedang dituntut hakim dll), sedang menghadapi tuntutan
(tuduhan), berperkara: kerana sebab ~ ini tuan hamba mengupah
hamba;
mendakwa 1. mengemukakan tuduhan (aduan, tuntutan) terhadap
seseorang dll ke mahkamah (utk pengadilan), mengemukakan
(seseorang dll yg dituduh) di mahkamah (utk dibicarakan): sesiapa
sahaja yg melanggar undang-undang negara boleh didakwa di
mahkamah; 2. mengatakan atau mengemukakan sesuatu sbg satu
kenyataan atau kebenaran, mengaku: orang Quraisy ~ agama
merekalah yg benar; mereka ~ telah melihat beberapa orang
awam ditembak mati oleh pemberontak itu;
mendakwai menuntut (hak dll);
mendakwakan menuntut (sesuatu), menuduhkan;
terdakwa orang atau pihak yg didakwa (dituntut mahkamah);
dakwaan 1. tuduhan (tuntutan, aduan) yg dikemukakan utk diadili
(di mahkamah): sesuatu ~ terhadap perbuatan jenayah dimajukan
oleh Jabatan Peguam Negara atau pihak polis; 2. sesuatu yg
dikatakan (dikemukakan dsb) supaya diterima sbg satu kenyataan
atau kebenaran: beliau membuat ~ tentang kemenangan pasukan
tenteranya itu dlm satu sidang akhbar;
pendakwaan perbuatan mendakwa, pengemukaan (penyampaian)
sesuatu dakwaan (tuduhan): Inspektor Ali telah melakukan ~
terhadap Busu;
18
pendakwa (orang, pihak) yg mendakwa: pihak ~ dijangka akan
memanggil lebih drpd 20 orang saksi; ~ raya pegawai yg
mendakwa bagi pihak kerajaan.
dakwah 1. kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya
menerima sesuatu kepercayaan; golongan ~ golongan (kumpulan)
yg bergiat dlm dakwah; ~ songsang bp penyampaian atau
penyebaran ajaran yg bertentangan dgn syariat-syariat Islam; 2. bp
patuh kpd (mengikut) ajaran agama Islam dgn lebih sempurna
(sebagaimana yg kelihatan pd tingkah laku dan pergaulan, cara
berpakaian, dll): dulu dia selalu bergaul bebas dan berpakaian
moden tetapi sekarang ini sudah ~;
berdakwah menjalankan kegiatan menyebarkan sesuatu
kepercayaan;
mendakwahi berdakwah kpd: Tok Haji cuba ~ pemuda-pemuda yg
berambut panjang itu;
mendakwahkan menyebarkan sesuatu kepercayaan: Rasulullah ~
Islam sbg Din yg menjamin tamadun manusia;
pendakwahan perihal mendakwahkan, penyebaran atau
penyampaian ilmu agama: tamadun yg tidak berasaskan tauhid,
tidak terlepas drpd menjadi objektif ~ golongan fundamentalis;
pendakwah orang (golongan) yg berdakwah.
dakwat 1. cecair berwarna (merah, hitam, dsb) yg digunakan utk menulis,
tinta; ~ emas tinta berwarna emas; 2. cecair berwarna hitam yg
dikeluarkan oleh sotong, kurita, dll (utk menyembunyikannya drpd
pemangsa); bagai ~ dgn kertas prb tidak pernah bercerai (spt suami
isteri yg saling mencintai);
berdakwat 1. ada atau berisi dakwat: pen saya tidak ~; 2. dilumuri
dakwat; alang-alang ~ biarlah hitam prb berbuat sesuatu jangan
alang kepalang.
19
dakyah diayah.
dal I 1. huruf kelapan abjad Arab (mempunyai nilai empat); 2. huruf
kesembilan abjad Jawi.
dal II tahun kelima dlm daur kecil (windu).
dal III; kacang ~ sj tumbuhan (pokok dan buahnya), kacang kayu,
Cajanus cajan.
dala sj tumbuhan (pokok), kelumbai, Crataeva macrocarpa.
dalal 1. Ar orang tengah, wakil penjual, ejen; ~ surat khabar wakil
penjual surat khabar; 2. bayaran (biasanya peratusan) yg dibayar
kpd ejen, jurujual yg menjalankan perniagaan atau yg memberikan
perkhidmatan, komisen: ~ antara 15% hingga 25% drpd harga
buku diberikan kpd penjual.
dalalah I Ar perempuan yg mendapat upah kerana menemukan laki-laki
dgn perempuan, barua, jaruman, pinang muda.
dalalah II Ar penerangan yg benar tentang Quran (tentang makna dsb yg
terdapat di dalamnya); dalil.
dalalat Ar (ajaran) yg salah atau sesat.
dalam I 1. jarak (jauhnya) ke bawah atau ke dasar dr permukaan (air,
tanah, dsb), jarak (jauhnya) ke tengah dr tepi atau pinggir sesuatu: ~
perigi itu kira-kira empat meter; 2. jauh ke bawah atau ke dasar dr
permukaan (air, tanah, dll) atau jauh ke tengah dr tepi atau pinggir
(hutan dll), jauh jaraknya di antara paras permukaan dgn dasar,
tidak cetek: lubang itu ~ sungguh; jangan suka berenang di tempat
yg ~; 3. bukan sedikit, tidak sempit, lebih drpd sekadar yg perlu
sahaja: dia mempunyai pengetahuan yg ~ tentang hal itu; 4.
mengandungi makna yg tidak mudah difahami (bkn perkataan,
ungkapan, dsb), lebih drpd yg terzahir: perkataan ini ~ maknanya;
5. tidak ceper (leper), jeluk (bkn pinggan atau piring); 6. bahagian
atau ruang (rumah, bilik, peti, almari, dll) yg lawannya luar:
20
diambilnya sepucuk surat dr ~ laci itu dan dihulurkannya kpd
saya; dia memasukkan bungkusan itu ke ~ keretanya; 7. yg
berkaitan dgn atau terbatas pd lingkungan sesuatu (spt negeri,
keluarga, dll) itu sendiri: urusan ~ negeri; masalah ~ keluarga; 8.
yg tidak nampak atau ketara dr luar: penyakit ~; 9. yg dipakai
sebelum dipakai pakaian selengkapnya: baju ~; seluar ~; ~
berselam, dangkal (cetek) berjingkat (bertimba) prb berpada dgn
yg sedikit;
sedalam mencapai dalam atau sehingga dalamnya (sebagaimana yg
dinyatakan): digalinya lubang ~ kira-kira dua meter;
sedalam-dalamnya 1. seberapa dalam yg mungkin: menggali ~; 2.
dgn seberapa teliti atau terperinci: perlu difikirkan ~ cadangan yg
dikemukakan itu sebelum dibuat sesuatu keputusan;
berdalam-dalam makin menjadi dalam (merebak, meluas, dsb),
menjadi-jadi;
mendalam 1. menjadi dalam atau lebih dalam (bkn lubang dsb),
bertambah dalam: lukanya semakin ~ kerana tidak dirawat dan
dibubuh ubat; 2. menjadi kukuh dan tidak mudah luput (bkn
perasaan, kepercayaan terhadap sesuatu dll), menjadi berat, melarat
(bkn penyakit dll): perasaan cintanya terhadap Bibah semakin ~;
kebencian yg ~; tradisi lama di kampungku terlalu ~; 3. sampai ke
peringkat yg terperinci (bkn kajian dsb), luas dan teliti (meliputi
banyak aspek): kajiannya tentang sastera Melayu kurang ~;
mendalami, memperdalami berusaha utk mengetahui (sesuatu)
dgn lebih luas dan terperinci dgn mempelajari (mengkaji,
menyelidik, dsb) dgn teliti dan terperinci, menjadikan lebih
sempurna atau terperinci (pengetahuan dsb tentang sesuatu): mereka
akan mengkaji lebih banyak buku dan kitab utk ~ pengetahuan
21
mereka tentang agama Islam; masing-masing ~ bidang yg
diminatinya;
mendalamkan 1. menjadikan dalam atau lebih dalam (perigi,
lubang, dll): beberapa orang pekerja sedang ~ telaga; 2. =
memperdalam ki menjadikan lebih dalam (pelajaran, pengetahuan,
penyelidikan, dsb): ia terus bekerja sambil ~ pengetahuannya
tentang seni muzik; perkembangan profesional memberi fokus kpd
intelektualisme, iaitu kpd memperdalam dan memperluas bidang
pengetahuan dan kemahiran profesion;
dalaman 1. isi perut; 2. yg tersembunyi dan tidak mudah difahami
(bkn makna ayat, kata-kata, dsb): kita seharusnya menyelami
makna ~ kata-kata yg diucapkannya itu; 3. (yg) berkaitan dgn atau
perlu diuruskan dsb oleh sesuatu organisasi itu sendiri; struktur ~
(Lin) (dlm tatabahasa generatif) gambaran yg diandaikan terdapat
dlm struktur sesuatu ayat pd peringkat dasarnya (hubungan gramatis
atau hubungaan logik dijelaskan sebelum struktur ayat tersebut
mengalami perubahan kerana peraturan transformasi);
kedalaman 1. perihal dalam (budi bahasa, pengetahuan, pelajaran,
dll): kedangkalan dan ~ ilmu pengetahuan seseorang; 2. ark terlalu
dalam;
pedalaman daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok
atau di hulu negeri), hulu: dia menjadi orang yg paling
berpengaruh di daerah ~; penjahat-penjahat sedang bersembunyi
di daerah ~;
pendalaman perihal mendalamkan, tindakan (proses dll)
mendalamkan.
dalam II 1. antara, di kalangan: ~ mereka yg bertiga belas itu ada yg
bergirang-girang; 2. di dalam (bukan di luar lingkungan dsb
sesuatu): ~ Wilayah Persekutuan; ~ bidang mata pelajaran
22
tersebut; 3. sambil: ~ kita berharap keadaan akan bertambah baik
kita mesti juga beringat-ingat; 4. pd waktu (tertentu): kita
berharap keadaan akan bertambah baik ~ tahun hadapan; dia
masih ~ pantang lagi;
~ idah masa belum boleh berkahwin lain (bagi perempuan yg baru
menjadi janda); ~ negeri (dlm) lingkungan sesebuah negeri itu
sahaja; ~ tangan dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang,
sudah tentu dapat atau akan diperoleh;
~ dua tengah tiga prb tidak jujur; kilat di ~ kilau prb tujuan
(maksud) yg terkandung dlm percakapan atau tingkah laku.
dalam III sl istana, kawasan istana raja: bahasa ~ bahasa yg digunakan di
kalangan raja atau golongan istana (spt beradu, santap, dll); budak ~
pesuruh raja;
kedalaman sl istana, rumah-rumah dlm kawasan istana; bahasa ~
bahasa kehormatan utk raja-raja.
dalang 1. tukang cerita (dlm wayang kulit), orang yg memainkan wayang
kulit (dgn menggerak-gerakkan patung yg menjadi watak cerita
sambil bercerita): ~ itu pun berwayanglah lakon Pendawa Jaya; 2.
ki orang yg memimpin (mengatur langkah dsb) sesuatu gerakan
secara sulit atau dgn sembunyi-sembunyi: siapakah ~nya di
belakang gerakan ini?; ~ politik orang yg merancang, mengatur,
memimpin dsb sesuatu kegiatan politik secara sulit atau sembunyi:
terlalu banyak ~ politik yg bermain di sebalik tabir politik parti;
mendalang memainkan wayang kulit: pd perayaan hari
kemerdekaan, negeri Kelantan telah mengirimkan beberapa orang
utk ~;
mendalangi memimpin (mengatur langkah dsb) sesuatu gerakan
secara sulit atau dgn sembunyi-sembunyi: orang yg ~
pemberontakan itu sedang dicari-cari;
23
mendalangkan 1. bermain (mempertunjukkan) wayang kulit; 2. =
mendalangi;
pendalangan perihal mendalang (cerita atau pengetahuan dalang).
dalca sj masakan cara India (gulai daging, udang, dsb bercampur kacang
dal, terung, ubi kentang dll).
daldaru; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Psychotaria sarmentosa.
dalfin dolfin.
dali-dali sj tumbuhan (pokok), bayam badak, Strombosia javanica.
dalih alasan (jawaban) yg diberikan utk menyembunyikan sesuatu atau
melepaskan diri drpd sesuatu tugas (tanggungjawab dsb), helah,
muslihat: itu cuma satu ~nya sahaja; hendak seribu daya, tak
hendak seribu ~ prb jika dikehendaki bermacam-macam ikhtiar
boleh dijalankan dan demikian kebalikannya;
berdalih memberi alasan atau helah (utk menyembunyikan sesuatu
atau melepaskan diri drpd sesuatu tugas, tanggungjawab, dsb):
jangan engkau hendak ~ pula Kasim; apabila disoal dia cuba ~;
berdalih-dalihan tuduh-menuduh (kata-mengata) utk membenarkan
atau melepaskan diri masing-masing (dgn menyalahkan yg lain);
mendalihkan mengemukakan (mengatakan) sesuatu sbg dalih,
menggunakan helah: ia ~ bahawa titah itu belum didengarnya lagi;
pendalih orang yg suka berdalih.
dalik I dolak-dalik.
dalik II; licin ~; licin I.
dalil 1. keterangan (yg menjadi bukti sesuatu kebenaran, terutama yg
berdasarkan ayat-ayat Quran), bukti, alasan (bagi sesuatu
kebenaran): kami tidak mempunyai ~ utk menunjukkan kebenaran
kenyataan yg kedua itu; 2. tanda, alamat; ~ al-hayat tanda hidup
(surat dll);
berdalil mempunyai dalil, beralasan, mentafsirkan (Quran);
24
berdalilkan berdasarkan atau menggunakan sesuatu sbg dalil:
beliau memberikan pendapat yg ~ hadis;
mendalilkan menerangkan (mempertahankan pendapat) dgn dalil:
dia ~ setiap hujahnya;
pendalilan perihal mendalilkan: ~ yg sopan dan pencapaian yg
intelektual akan menghala ke satu perjalanan yg cerah.
daling; suling-~ tunggang-langgang; suling III.
dalu I Jk = kedaluan terlalu masak (bkn buah-buahan), ranum.
dalu II = dalu-dalu, dedalu sj tumbuhan (pokok), Henslowia umbellata;
dalu-dalu, dedalu 1. sj tumbuhan (pokok), dalu; 2. sj tumbuhan
(pokok), Salix tetrasperma; ~ api laut sj tumbuhan (pokok), kepala
beruk, Hydnophytum formicarium; ~ umping sj tumbuhan (pokok
menumpang), api-api, selarapi, seri sebulan, Viscum orientale.
daluang ark sl kain drpd kulit kayu; jeluang.
dalung dulang besar yg berkaki (dibuat drpd logam): sama santap di atas
~ perak, pinggan emas, mangkuk suasa.
daluwarsa kedaluwarsa.
dam I 1. = damdam sj permainan utk dua orang pemain, setiap pemain
menggerakkan 12 buah dam mengikut peraturannya di atas papan
yg berpetak-petak segi empat (spt papan catur); buah ~ kepingankepingan
yg digunakan (digerakkan) ketika bermain dam; papan ~
papan yg digunakan dlm permainan dam (berpetak-petak segi
empat); 2. bercorak tapak catur.
dam II denda yg dikenakan kpd jemaah haji yg melanggar peraturanperaturan
tertentu sewaktu mengerjakan haji.
dam III bunyi spt bunyi gendang.
dam IV Pl ganja.
damah damas.
25
damai 1. tidak berperang atau serang-menyerang (bkn perhubungan antara
negara, puak dll), tidak bermusuhan atau berselisihan (bkn
perhubungan antara manusia); hidup (aman) ~ hidup dlm keadaan
yg bebas drpd permusuhan (perselisihan, pertikaian, dsb);
menyelesaikan sesuatu secara ~ menyelesaikan sesuatu tanpa
kekerasan (menerusi perundingan dsb); keadaan ~ keadaan tidak
berlaku peperangan (permusuhan, pertelingkahan, dsb); rundingan
~ rundingan (biasanya melibatkan pihak-pihak yg bertelingkah) yg
bertujuan mewujudkan keadaan damai; 2. berbaik semula (tidak
bermusuhan, tidak berseteru); menyorong ~ (minta) berbaik semula;
3. tenteram, tenang (bkn suasana, keadaan, perasaan, dsb): waktu
telah larut malam baru terdapat suasana ~; malam begitu ~;
berdamai 1. berbaik semula (tidak lagi bergaduh, berperang,
bermusuhan, dsb), berhenti berperang (bermusuhan): kedua-dua
pihak yg bermusuhan itu telah pun ~; 2. bermuafakat, berunding:
mengenai sewa rumah, kita boleh ~; harga ~ harga yg boleh
dirundingkan;
mendamaikan, memperdamaikan 1. membaikkan dua pihak
(negara dsb) dgn menamatkan atau menyelesaikan perselisihan dsb,
mewujudkan (memulihkan) perhubungan berbaik-baik antara dua
atau beberapa pihak (negara dsb) yg bermusuhan (berperang,
bertelingkah, berselisihan, dsb): Amerika Syarikat dan Britain
berharap agar negeri Jepun berusaha ~ Indonesia dgn Malaysia;
2. membincangkan atau merundingkan utk mencapai persetujuan:
sebelum menduduki rumah, lebih baik kita damaikan dahulu
tentang sewanya;
kedamaian 1. keadaan damai (keadaan tidak terdapat atau tidak
berlaku pergaduhan, peperangan, persengketaan, dsb): hidup dlm ~
dan kemakmuran; 2. keadaan yg aman dan tenteram, ketenteraman,
26
ketenangan: hari itu dia berdoa supaya getar perasaan yg
mengocak ~ jiwanya akan hilang;
perdamaian perihal (keadaan) berdamai: rundingan yg akhirnya
membawa ~ di kalangan puak-puak yg bersengketa dan sering
bertempur itu;
pendamaian perihal (usaha dsb) mendamaikan, penyelesaian
keadaan bermusuhan (berperang, berselisih faham, dll): kongres ~
sedunia itu berjalan dgn meriah;
pendamai orang (negara, pihak) yg mendamaikan atau berusaha utk
mendamaikan: Kemboja dan negeri Thai pernah bertindak sbg ~
dlm sengketa Malaysia dgn Indonesia; jaksa ~ orang yg dilantik
utk mengawasi kedamaian (keamanan) sesuatu kawasan.
damak = anak ~ dawai atau buluh dll (yg tajam hujungnya dan bergabus
pangkalnya) yg digunakan sbg peluru bagi sumpitan, anak sumpitan;
mendamak 1. menyumpit dgn berpelurukan damak; 2. mulai
berduri (bkn putik durian);
tak dapat didamak dipikat prb kalau tidak dapat dgn kekerasan,
haruslah dgn lemah lembut.
damak-damak = dedamak = ~ bulu sj tumbuhan (pokok), cenderai
rimba, Grewia globulifera; ~ asam = ~ bulu sj tumbuhan (pokok),
cenderai asam (hutan, paya, rimba), Grewia fibrocarpa; ~ air sj
tumbuhan (pokok), jelawi, medang selusuh, Grewia florida; ~ bulu
a) = ~ asam sj tumbuhan (pokok), Grewia fibrocarpa; b) sj
tumbuhan (pokok), cenderai gajah, Grewia latifolia.
damal lambat (bkn perahu).
daman tali kelat pd perahu.
damar I 1. bahan berupa getah keras yg diperoleh drpd beberapa jenis
pokok (biasanya digunakan sbg bahan kalis air); ~ batu damar yg
keras;~ daging damar yg merah; ~ hitam damar yg hitam; ~ mata
27
kucing damar yg gilap (berkilat) warnanya; 2. suluh dll (terutama yg
memakai damar); 3. lampu, pelita;
berdamar 1. memakai damar; 2. ki merah muka kerana marah
(kena tampar dll): ~ muka budak itu ditempeleng abangnya; 3. =
mendamar mencari (mengumpul) damar;
mendamari menerangi;
pedamaran 1. tempat mencari (tempat yg banyak) damar; 2. suluh
drpd damar;
pendamar orang-orang yg kerjanya mencari (mengumpul) damar: ~
telah kehilangan hutan utk mendamar.
damar II Mn sj tumbuhan (pokok), buah keras, kemiri;
~ degun sj tumbuhan (pokok), Canarium hirsutum; ~ kijai sj
tumbuhan (pokok), Canarium secundum; ~ laut sj tumbuhan
(pokok), Parashorea stellata; ~ minyak sj tumbuhan (pokok) dlm
famili Araucariaceae, kauri malaya, mengilau (Sabah), bindang
(Sarawak), Agathis borneensis.
berdamar bermain buah keras.
damas Kl, Ph, Tr habis wang kerana boros.
damat bp terlalu bising; azamat, gamat I.
damba I terlalu ingin (hendak, mahu) akan sesuatu: pd masa ini wanita
Malaysia ~ akan hak yg sama dgn kaum lelaki;
mendambakan terlalu inginkan (hendakkan, mahukan) sesuatu: ~
perdamaian yg abadi;
perdambaan sesuatu yg diinginkan (dimahukan), keinginan,
kemahuan.
damba II; ark mendamba merebahkan diri pd, memeluk.
damba III Mn tidak bercakap-cakap kerana runsing hati.
dambar Mn lamban (lambat membuat sesuatu), tidak tangkas.
28
dambin Mn 1. bunyi (benda besar) jatuh, dambun, debum, degum, debak;
2. terlalu gemuk (besar, berisi) menyebabkan serba-serbi lambat;
berdambin berdambun, berdebum, berdegum, berdebak: guni
beras itu jatuh ~.
dambun Mn dambin, debum, degum;
berdambun berdambin, berdebum, berdegum.
damdam dam I.
dami I sesuatu (barang, buku, dll) yg digunakan sbg contoh bagi barang
dll yg sebenarnya: ~ buku yg akan diterbitkan.
dami II Jw jerami.
damik Mn; mendamik menepuk, menampar, mendabik; ~ dada menepuk
(mendabik) dada.
dammah Ar tanda bacaan huruf Arab yg menandakan bunyi /u/, baris di
hadapan.
dampak kesan yg ketara sama ada positif atau negatif, impak: penonjolan
bakat baru ini tidak akan bermakna sama sekali sekiranya
kelahiran mereka tidak memberi ~ yg besar;
mendampak melanggar, membentur.
dampar; mendampar mengalir ke pantai (bkn air laut), menghempas
(bkn ombak), membanting, memukul (pantai): ombak ~ ke pantai;
mendamparkan menghempaskan (ke pantai, darat, dll),
melemparkan, mencampakkan: setelah berhari-hari terapungapung
di laut, perahu itu pun didamparkan ombak ke pantai;
terdampar tercampak (terkandas) ke pantai setelah hanyut dibawa
air, terhempas dan terkandas (bkn perahu dll): sebuah perahu ~ di
pantai itu.
dampil; berdampil (duduk) rapat-rapat hingga bersentuhan: duduk ~;
mendampilkan meletakkan (mendudukkan) supaya rapat
(bersentuhan), merapatkan (bersentuhan): Minah ~ dirinya di sisi
29
Osman, kekasihnya; sampannya didampilkannya pd sebuah
perahu.
damping I 1. dekat: jauh di mata, ~ di hati; 2. rapat, karib, dekat (bkn
hubungan persahabatan, persaudaraan, dsb): persahabatannya itu
semakin lama semakin rapat dan ~; kerabat yg ~;
berdamping, berdampingan 1. berada dekat dgn atau di sisi
(seseorang), berdekatan, berapat-rapat: dia hanya ingin ~ dgn
Busu; 2. bergandingan, bersama-sama (menghadapi atau
mengusahakan sesuatu): dia harus ~ serapat-rapatnya dgn
saudaranya dlm usaha menyelesaikan masalah itu;
mendampingi 1. berada rapat dgn atau di sisi (seseorang),
menemani, mengawani: apabila keluar rumah gadis itu didampingi
adiknya; di majlis itu dia sentiasa ~ gadis yg dicintainya itu; 2.
datang atau pergi utk berada dekat dgn atau di sisi (seseorang),
menghampiri hingga berada di sisi; 3. berada di kalangan (rakyat
dll), tidak menyisihkan (mengasingkan) diri drpd, bergaul dgn:
wakil rakyat perlu ~ rakyat; 4. mendekatkan atau menghampirkan
diri dgn: mereka tidak ~ al-Quran sbg kitab petunjuk;
mendampingkan 1. meletakkan (mendudukkan dsb) berdekatan,
merapatkan: kedua-dua pengantin itu didampingkan di atas
pelamin; 2. mengeratkan hubungan: negeri di utara masih ~ diri
dgn monarki Chow;
kedampingan ark kerapatan, kekariban (perhubungan dsb),
keeratan;
perdampingan perihal berdamping: oleh sebab ~nya yg ikhlas ini,
mandur besar sayang kepadanya.
pendampingan perihal mendampingi atau mendampingkan:
kelainan ~ berlaku apabila pemilihan dan penggantian itu tidak
normal;
30
pendamping orang yg sering mendampingi seseorang (biasanya
dapat memberikan nasihat, semangat, panduan dsb): kedudukan
wanita sbg ~ suami; ~ bahasa orang yg turut serta dlm sesuatu
perbincangan dsb utk memberikan nasihat, panduan dsb dr segi
linguistik atau kebahasaan.
damping II Mn berpencak beramai-ramai membuat sebuah lingkungan
disertai nyanyian.
damping III bp (amalan) menjual barang (biasanya dgn banyaknya) dgn
harga yg jauh lebih murah di negeri orang drpd di negeri sendiri,
lambakan.
dampit degil, keras kepala.
damprat; mendamprat Jk memaki hamun, mencaci maki;
dampratan caci maki, celaan (keras).
damuih Pl kotor.
dan I 1. kata yg menghubungkan dua perkataan (frasa atau ayat): saya ~
dia; ada orang yg menyanyi ~ ada pula yg menari; ~ juga serta; 2.
selanjutnya, seterusnya (biasanya pd permulaan ayat sbg
meneruskan sesuatu yg telah diperkatakan terlebih dahulu); ~ lagi
tambahan lagi.
dan II bp sempat; tak ~ tidak sempat; tak ~-mengedan tidak sempat apaapa;
tak ~ menggesek biola menari dahulu prb berbuat sesuatu
sebelum masanya;
dan-dan serta-merta, (dgn) tidak berlengah-lengah: apabila
gurunya memanggil, ~ dia datang.
dana 1. kumpulan wang utk sesuatu tujuan atau kegunaan: ~ utk
membantu mangsa bencana alam; 2. sl pemberian, sedekah, derma;
3. sl dermawan, pemurah (hati);
~ amanah harta yg dikendalikan oleh pemegang amanah; ~ asing
dana amanah yg keseluruhan pelaburannya terdiri drpd syer syarikat
31
asing; ~ bersama dana yg dikendalikan oleh sesebuah syarikat
pelaburan bagi pihak pemegang saham; ~ khas dana yg ditubuhkan
utk tujuan tertentu, mis pelaburan dan bantuan; ~ pencen dana yg
ditubuhkan oleh sesebuah organisasi kerajaan utk membayar pencen
kpd pekerjanya; ~ tunai simpanan atau pelaburan yg mudah
ditukarkan kpd bentuk tunai; ~ tunai runcit dana yg kecil utk
membuat pelbagai pembayaran tunai yg kecil (spt membeli surat
khabar, tambang teksi, dll);
mendanai memberikan atau menyediakan dana utk atau kpd:
kerajaan pusat telah berhenti ~ projek yg melibatkan penggunaan
tisu janin.
danai; ~ bukit sj tumbuhan (pokok renek), senduduk kenyur (rimba),
Anplectrum glaucum.
danasiswa Id (kumpulan) wang utk membantu pelajar (mahasiswa) yg
tidak mampu, biasiswa.
danau I kawasan berair yg luas yg dikelilingi tanah (daratan), tasik: D~
Toba; ular ~ a) ular sawa; b) pelangi.
danau II; mendanau berlaku sumbang (dgn perempuan tempat
menumpang tinggal).
danawa sl gergasi, raksasa.
dandan I hiasan (spt pakaian, solekan, dll): ~nya sungguh menarik hati;
berdandan 1. berhias (diri), bersolek: petang itu dia kelihataan
lebih ~; 2. berpintal rambut (perempuan): gadis sekarang lebih
gemar mengeritingkan rambut drpd ~;
mendandan, mendandani 1. menghiasi (dgn mengenakan pakaian,
solekan, dll): dia selalu ~ pengantin di majlis perkahwinan; 2.
memperlengkapi: mereka pun ~ kapal utk belayar; 3. membaiki,
membersihkan (menjaga atau menguruskan supaya elok): batangbatang
kacang yg menjalar itu kelihatan spt semak-semak yg
32
sudah didandani; jalan-jalan raya yg sudah lama tidak didandani;
4. menjalin (memintal) rambut;
dandanan hiasan, pakaian perlengkapan;
pendandan orang yg pekerjaannya (profesionnya) mendandan
(menghiasi) orang: ~nya seorang lelaki.
dandan II tambahan pd geladak perahu (supaya lebih luas);
mendandani memasang dandan pd geladak perahu: patik dandani
kapal ini bukan tempat penggawa menghadap, tetapi tempat
berperang.
dandan III 1. = tali ~ sj tali yg besar; 2. kabel.
dandang I 1. sj periuk besar yg biasanya dibuat drpd tembaga utk
mengukus nasi; 2. sj tangki tempat air dll dipanaskan utk
mengeluarkan wap dlm enjin, utk membekalkan air panas.
dandang II sj perahu yg dibuat drpd batang kayu; jika tak lalu ~ di air, di
gurun dirangkakkan (ditanjakkan) prb menggunakan segala daya
usaha utk mencapai maksud.
dandang III sj burung, gagak; dendang I.
dandelion (dandélion) sj tumbuhan kecil dan liar drpd genus Taraxacum
yg bunganya besar berwarna kuning terang dan tepi daunnya
bertakik-takik.
dandi I 1. sl sj gendang kecil, tambur; 2. sj alat bunyi-bunyian, kecapi:
memetik ~.
dandi II belang kecil, cecak; harimau ~ harimau yg berbelang-belang.
dang I sl gelaran kpd wanita yg tinggi kedudukannya (dlm istana dll); D~
Merduwati (nama) ibu Hang Tuah.
dang II ark kukus (nasi dll);
didang dikukus.
dangai sj kuih (dibuat drpd tepung pulut, kelapa, dan gula, dan dibakar).
33
dangau pondok kecil di sawah atau ladang (tempat menjaga tanamtanaman
dll): dia selalu menunggu durian di ~;
perdangauan kawasan letaknya dangau: tapak ~ itu mesti
diselamatkan.
dangdut 1. irama lagu pop Melayu (yg melebihkan bunyi gendang); 2.
orkes atau kumpulan muzik Melayu;
berdangdut berjoget (menari) mengikut rentak dangdut: di kota itu,
kamu boleh berdisko atau ~, semuanya ada.
dangir Jk; mendangir menggemburi tanah (supaya boleh ditanami).
dangka I; berdangka ark menyangka, menganggap.
dangka II; terdangka-dangka sl mendekati (pantai, darat, dll), merapati.
dangkal I 1. tidak dalam (bkn perigi, sungai, dll), cetek, tohor: sungai yg
~; 2. tidak faham benar, tidak mempunyai pengetahuan yg
mendalam (tentang sesuatu), tidak luas atau tidak dalam (bkn
pengetahuan seseorang), cetek: saya tidak berani mengatakan yg
dia ~ dlm hal tersebut; pemikiran yg ~; pengetahuan yg ~ tentang
politik;
mendangkalkan 1. menjadikan dangkal (tidak dalam),
mencetekkan; 2. memandang (menganggap) dangkal;
kedangkalan perihal dangkal: memang ternyata ~ pemikiran itu.
dangkal II Jk 1. keras mengkal (dan busuk di dlm, bkn buah-buahan); 2.
tidak subur (bkn tanah), kering (tidak berair), usang; 3. ki keras
hati, kurang sopan; 4. ki alang kepalang, terbengkalai (bkn
pekerjaan dll);
dangkalan; sial ~ sial sekali, sangat sial.
dangkung sj penyakit kusta.
dangla; ~ hantu sj tumbuhan (pokok), kelembai, kemantu (kepayang)
hitam, Crataeva macrocarpa.
34
danguk; berdanguk, mendanguk, terdanguk (duduk) dgn bertopang
dagu dan kepala mendongak sedikit.
dansa tarian cara Barat; dewan ~ dewan tari-menari (cara Barat); ~-dansi
berbagai-bagai jenis tarian cara Barat;
berdansa menari cara Barat; ~-dansi menari-nari cara Barat,
menari berbagai-bagai jenis tarian Barat.
dansanak Mn sanak saudara, keluarga; ~ kandung saudara kandung; ~
ibu (bapa) saudara sepupu;
berdansanak bersanak saudara, bersaudara pupu; ~ anjing adikberadik
seibu tetapi lain bapa; awak nan tidak ~ sebatang kara.
dansing bp sj tarian Barat (spt waltz, foxtrot, dsb);
berdansing menari tarian Barat (spt waltz, foxtrot, dsb).
danta sl gading, gigi, putih spt gading; ~ yg terupam gading yg dikilatkan.
danu I ark danau, kolam, tasik.
danu II; ular ~ pelangi.
danuh ark pemanah (nama gugusan bintang yg kesembilan dlm bintang
dua belas).
danur I air yg keluar drpd bangkai (mayat) yg telah busuk.
danur II; berdanur bp sangat kotor kerana penuh atau berpalit dgn daki
dsb (bkn tubuh, pakaian, dll).
dap sj gendang atau tambur yg mempunyai pemukul.
dapa sl hamba yg dikirimkan sbg hadiah kpd bakal mentua.
dapat 1. boleh (melakukan sesuatu), berupaya, mampu: dia sedang
mencari orang yg ~ menyelesaikan kerja itu dgn sempurna; ubat
yg ~ menghilangkan rasa gatal-gatal pd kulit; 2. bp beroleh,
menerima (wang, hadiah, keuntungan, surat, dll), menanggung,
ditimpa (sesuatu yg tidak baik spt malu dll); 3. bertemu, bersua,
menemui: cari dia sampai ~; tidak juga dia ~ barang yg hilang itu;
anak ~ anak yg diambil (dipungut) di jalan; 4. berjaya, berhasil,
35
tercapai (sesuatu yg dikehendaki): dgn kemenangan ini dia ~
memasuki pertandingan akhir; 5. faham (sesuatu yg diajarkan,
dipelajari, dsb): Nadiah rajin mengaji, lekas ~, dan pandai pula
mengambil hati; ~ angin mendengar risik-risik (desas-desus);
~ durian runtuh = ~ harta karun = ~ harta timbul prb mendapat
keuntungan dgn tidak bersusah payah atau dgn tidak disangkasangka;
lepas putih hitam tak ~ prb apa yg diharapkan tidak dapat,
sedangkan yg ada pula hilang; ~ terpijak memperoleh sesuatu dgn
mudah atau dgn tidak perlu berusaha;
sedapat sesudah dapat (menerima): ~ sahaja telegram itu dia pun
segera pulang; ~ mungkin seboleh-bolehnya, seboleh mungkin,
seberapa dapat (boleh);
sedapat-dapatnya seberapa dapat, sedapat mungkin, sebolehbolehnya:
~ rumah itu diatur dgn sebaik-baiknya; semua pihak
telah berusaha ~ utk mengelakkan berlakunya pertumpahan
darah;
berdapat 1. Mn padan, patut, sesuai; 2. = berdapatan bersua
(dgn), berjumpa (dgn): kami ~ dgn dia di bandar;
mendapat 1. beroleh, memperoleh: ~ keuntungan yg besar; ~
faedah drpd membaca buku-buku ilmu pengetahuan; 2.
memperoleh, menerima, diberi: mereka masing-masing ~ hadiah;
pekerja-pekerja itu ~ berbagai-bagai elaun selain gaji pokok; 3.
menikmati (kemewahan, kesenangan, kebahagiaan, dll), mengalami
(kesusahan, kecelakaan, dll), memperoleh: ~ rahmat drpd Allah; ~
kesenangan hidup; ~ penyakit; ~ nama buruk; 4. menerima (surat,
berita, dll): dia kelihatan bermenung setelah ~ telegram drpd
ayahnya; 5. menemui, menjumpai, memperoleh: ~ barang yg
dicari; ~ penyelesaian yg sebaik-baiknya;
36
~ hati ki menerima atau memperoleh cinta (drpd seseorang); ~
khabar menerima (mendengar) khabar; ~ malu menanggung malu,
diaibkan (oleh sesuatu kejadian dsb); ~ tempat diberikan perhatian
(layanan, pengiktirafan, dsb), diterima (sbg berhak dsb); ~ sama
berlaba, kehilangan sama merugi prb hidup yg seia sekata;
memperdapat, perdapat mendapat dgn usaha, memperoleh: kalau
perempuan itu diperdapat dgn mudah, saya takut kalau-kalau
dilepaskannya dgn mudah pula;
mendapati, dapati 1. memperoleh: elaun itu menjadi tambahan
kpd gaji yg mereka dapati; pejabat-pejabat yg menerima hasil,
harus menaksir berapa banyak hasil yg boleh mereka dapati pd
tahun hadapan; 2. menemui, menjumpai, melihat (secara
kebetulan): apabila saya sampai di rumah itu saya ~ dua orang
pemuda sedang memanjat pintu pagarnya; dia ~ ibunya sedang
berbual-bual di luar; 3. mengetahui (hasil drpd penyiasatan,
penyelidikan, pengkajian dsb), membuat kesimpulan (berdasarkan
kajian, penelitian, dsb): dia didapati menghidap penyakit malaria;
mahkamah ~ yg dituduh bersalah;
mendapatkan 1. pergi bertemu atau berjumpa dgn, pergi atau
datang kpd (seseorang): Wan Intan berlari ~ suaminya; 2.
mendapat, memperoleh (menerusi usaha): kepentingan Pulau
Pinang baru diinsafi manakala tidak berhasil percubaan Inggeris
hendak ~ satu pangkalan lain; 3. sl mengunjungi, menziarahi: maka
Sultan Malikul-Mansor pun singgah di darat ~ kubur Sidi Ali
Hisamud-Din; 4. mengunjungi (sbg permulaan dlm surat),
menjelang, menemui: ~ kekanda yg diingati;
terdapat ada (kelihatan), didapati, diketemui, diperoleh: sesudah
diperiksa kebunnya ternyata masih ~ rumput-rumput tumbuh di
beberapa tempat;
37
dapatan 1. ark sesuatu yg didapati (diperoleh), perolehan; ~ tinggal
harta yg didapati semasa kahwin dan menjadi hak isteri apabila
bercerai; 2. sesuatu yg didapati atau diketemui (hasil drpd kajian,
penyelidikan, dsb), penemuan: menyediakan laporan tentang
beberapa ~ drpd kajian yg telah dijalankan;
kedapatan didapati, dijumpai, diketahui: manakala ia balik, ~
rumahnya sunyi; apabila kerjanya itu hendak dipangku oleh orang
lain, ~ kira-kira wangnya terkurang sebanyak dua puluh ringgit;
muka berpandangan, budi ~, kasih bagai lama juga prb anggapan
(perasaan) yg tidak berubah kpd seseorang walaupun ia berlaku
serong;
pendapatan 1. jumlah wang yg diperoleh dlm jangka waktu
tertentu (sbg hasil drpd mata pencarian, kerja yg dilakukan, dsb),
hasil yg terdiri drpd gaji dll yg diperoleh: ~nya tidak sampai lima
ratus ringgit sebulan; ~ kasar pendapatan sebelum ditolak
potongan-potongan drpd gaji dsb (kerana bayaran tertentu); 2.
(hasil) penemuan buat pertama kalinya (tidak ada atau diketahui
sebelumnya), dapatan: ~ Baird dlm lapangan televisyen memberi
banyak faedah kpd semua orang;
berpendapatan mempunyai atau beroleh pendapatan: golongan yg
~ rendah;
pendapat 1. kesimpulan yg dibuat atau diperoleh drpd berfikir (dan
membayangkan sikap atau pendirian seseorang tentang sesuatu),
pandangan, fikiran: ~ Hussain dlm hal tersebut bertentangan dgn
pendirian ayahnya; ~ umum pendapat orang ramai; 2. orang yg
mula-mula memikirkan (mendapatkan, menciptakan) sesuatu yg
baru (belum ada, belum diketahui sesiapa), penemu: ~ utama dlm
hal televisyen ialah Mr. Baird dr Scotland;
berpendapat mempunyai pendapat (pandangan);
38
bersependapat sama-sama berpendapat.
daperas dapra.
dapra sesuatu yg menyerupai bantal yg dipasang di lambung (di rusuk)
kapal dsb supaya tidak bersentuhan dgn pangkalan dsb: sebuah ~
digunakan di bahagian hadapan kalau kapal hendak merapat atau
hendak bertolak.
dapur 1. bahagian rumah tempat memasak; 2. alat utk memasak (nasi,
gulai, dll), tempat membakar (roti, kapur, dll); belanja ~
perbelanjaan utk keperluan makanan sehari-hari; orang ~ bp isteri
atau orang perempuan yg menguruskan penyediaan makanan seharihari;
orang se~ seisi rumah( kaum keluarga);
~ arang dapur yg menggunakan arang sbg bahan pembakar; ~
basah dapur tempat melakukan kerja masak-memasak yg biasanya
banyak menggunakan air; ~ elektrik = ~ karan dapur yg
menggunakan kuasa elektrik; ~ gas dapur yg menggunakan gas sbg
bahan bakar; ~ kayu dapur yg menggunakan kayu sbg bahan
pembakar; ~ kering dapur yg hanya digunakan utk menyediakan
makanan ringan atau menghidangkan makanan (biasanya
berkeadaan kering); ~ minyak tanah dapur yg menggunakan minyak
tanah sbg bahan pembakar; ~ umum dapur tempat menyediakan
makanan utk orang ramai (dlm keadaan darurat dsb).
dapur-dapur 1. bahagian yg di luar drpd sesuatu benda; ~ bedil sl tempat
menaruh ubat bedil pd senapang kuno; 2. bahagian badan (yg
tertentu); ~ bahu bahagian di bawah bahu; ~ susu bahagian di
bawah susu (buah dada).
dar I Ar (dlm kata majmuk) tempat kediaman, daerah, negeri (negara),
alam; ~ al-baqa tempat yg baqa (iaitu akhirat); ~ al-fana tempat yg
tidak kekal (iaitu dunia); ~ al-harab negara yg belum memeluk
agama Islam; ~ al-Islam negara yg sudah memeluk agama Islam; ~
39
al-jalal syurga yg terindah; ~ al-salam a) alam yg aman; b) syurga
ketujuh.
dar II; ~-dor = ~-dur Jk berdetasan, berdentuman.
dara I 1. tidak pernah (masih belum) melakukan persetubuhan dgn lelaki,
gadis, perawan; anak ~ a) perempuan yg sudah baligh tetapi belum
berkahwin, gadis, perawan; b) Mn pengantin perempuan; anak ~
sedang gadis yg sudah hampir mencapai umur boleh berkahwin;
anak ~ sunti gadis yg baru baligh (antara 9 - 13 tahun) tetapi terlalu
muda utk berkahwin; anak ~ sunting gadis yg sudah layak
bersuami; (sudah) hilang ~nya = sudah tidak ada ~ lagi sudah
disetubuhi lelaki, tidak gadis (perawan) lagi; 2. sudah tiba (cukup)
waktunya utk bertelur (beranak, berbuah, dsb): ayam ~; nyiur ~;
bagai anak ~ mabuk andam prb lemah dan lesu tetapi tidak
berpenyakit; bagai anak ~ sudah berlaki prb gadis tidak pemalu,
pemalas lagi pengotor;
kedaraan keadaan masih dara atau gadis, kegadisan, keperawanan;
perdaraan 1. sl gadis-gadis dlm istana; 2. perihal masih gadis,
kedaraan.
dara II; burung ~ burung merpati.
darab 1. pukulan: maka drpd ~ palu Johan Alam itu, maka ranap cetai
penghulu pendekar itu; 2. perkalian, kali-kali; sifir ~ sifir kali-kali
(mis 2 × 1, 2 × 2, 2 × 3, dan seterusnya);
mendarab, mendarabkan mengalikan, memperkalikan:
bagaimanakah memperoleh jawabannya apabila ~ sesuatu nombor
dgn 10?
pendaraban proses mendarab atau mendarabkan sesuatu;
pendarab angka yg didarabkan dgn angka lain, angka perkalian,
pengali (dlm kira-kira).
40
darah I 1. cecair berwarna merah yg mengalir dlm tubuh manusia atau
binatang: orang yg cedera parah itu banyak mengeluarkan ~; 2. ki
keluarga, sanak saudara, keturunan; pertalian ~ hubungan
kekeluargaan atau keturunan; 3. ki sifat (kebolehan) semula jadi,
bakat: ~ seni memang sudah lama mengalir di dlm jiwanya; 4. ki
semangat, jiwa: ~ perwira memang terdapat di kalangan orang
Melayu; (sudah) menjadi ~ daging a) (sudah) mendarah daging
(sudah) sebati dgn atau meresap di dlm jiwa: ajaran sosialis sudah
menjadi ~ dagingnya; b) = (sudah) menjadi kaum kerabat sendiri
atau saudara sendiri;
~ gemuruh mudah gugup, lekas hilang ketenangan; ~ hidup darah
yg masih cair (belum beku); ~ ikan warna merah tua; ~ lintah pekat,
kental, likat (bkn air kopi dll); ~ manis mudah mendapat bahaya
atau kecederaan (bkn orang yg bertunang dll); ~ mati darah yg
sudah beku; ~ muda semangat atau perasaan orang muda; ~ panas
pemarah, lekas marah; ~ putih keturunan orang bangsawan; ~ raja
keturunan raja-raja; ~ tinggi sj penyakit yg menyebabkan tekanan
darah menjadi tinggi;
~ baru setampuk pinang prb masih terlalu muda; bersukat ~lah
baru kuberi prb biar mati drpd menyerah kalah; bersukat ~
bertimbang daging prb melawan sampai mati; menakik ~ di batu
(dialu) prb kerja yg sia-sia (bekerja teruk, hasilnya sedikit); minta ~
pd dabung (daing) prb minta bantuan drpd orang yg tidak berupaya
membantu;
sedarah 1. satu keturunan, sama asalnya: bukankah Brunei negeri
Melayu, orangnya ~ dgn kita; 2. ki sejenis, sebangsa, serupa:
kalimat itu senafas dan ~ dgn kalimat-kalimat yg lain;
berdarah 1. bkn sesuatu peristiwa (kemalangan, pertempuran, dll)
yg mengakibatkan kecederaan atau kematian: kejadian ~ 13 Mei
41
1969; 2. mempunyai darah, lazimnya merujuk pd pengelasan
haiwan, sama ada berdarah panas atau berdarah sejuk: binatang
mamalia ~ panas; 3. mengeluarkan (mengalirkan) darah: luka
tangan tampak ~, luka di hati siapakah tahu; 4. ada (terdapat)
darah yg melekat atau menyerap (pd kain, pisau, dll): kain pembalut
itu penuh ~; 5. berketurunan, drpd keturunan: ~ bangsawan; ~ raja;
6. bersifat, bersemangat, berjiwa: orang Melayu memang ~
perwira; 7. berkebolehan semula jadi, berbakat: ~ seni;
~ bali Mn penakut; ~ dingin Id berdarah sejuk; ~ hangat Id
berdarah panas; ~ hati sakit hati; ~ panas a) mempunyai darah yg
panas dan agak tetap suhunya tanpa dipengaruhi oleh suhu keadaan
sekitar (bkn mamalia); b) pemarah; ~ putih berketurunan
bangsawan (orang baik-baik); ~ sejuk mempunyai darah yg berubah
suhunya mengikut suhu keadaan sekitar;
mendarah spt darah; ~ daging (menjadi) sebati, meresap ke jiwa:
kerja demikian sudah ~ daging dengannya; ~ lintah (menjadi)
pekat atau kental;
mendarahi melumuri (menyapu dgn) darah;
perdarahan keadaan keluar darah atau berdarah akibat cedera atau
penyakit:terdapat sebilangan mereka yg hamil anak sulung yg
mengalami ~ sehingga tiba proses kelahiran;
pendarahan Id pengeluaran (pengaliran keluar) darah, turun darah:
gangguan yg agak berbahaya ialah terjadinya ~ pd perempuan;
jika ~ berlaku semasa mengandung, ini semestinya merupakan
suatu keadaan yg luar biasa; ~ dalam (luar) Id pengeluaran darah
di dlm (di luar) tubuh;
pendarah sakti (sudah banyak dipakai utk melukai orang): keris ~;
ketujuh-tujuh bilah keris itu baik-baik belaka serta dgn bisanya
dan ~nya dan tajamnya.
42
darah II; ~ belut sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kuku lang, tampu
rengat, Mezoneuron sumatranum; akar ~ sj tumbuhan (pokok
memanjat), akar kenanga, akar sugi-sugi, Desmos chinensis; kayu ~
belut sj tumbuhan (pokok), tampal besi, Phyllanthus reticulatus;
rumput ~ sj tumbuhan (rumput), rumput lilit kain, Centotheca
lappacea.
darah daging 1. anak kandung; 2. kaum kerabat sendiri;
mendarah daging menjadi sebati: dia masih ingat pepatah yg
telah ~ dgn bahasa Melayu.
darai Kd pondan, ponen, banci, kedi, papak.
daraji derji.
daras; mendaras 1. mengaji Quran; 2. mempelajari (menyelidiki) dgn
tekun;
pendarasan perihal mengaji (mempelajari, menyelidiki, dll);
deras II.
darat I 1. tanah (sbg lwn laut atau air), tanah (sbg lwn udara); angkatan ~
= tentera ~ tentera yg bergerak (bertempur dsb) di darat; 2.
kawasan tanah yg tertinggi (lwn baruh): jalan yg di sebelah ~ sana
lebih baik drpd jalan ini; 3. kawasan tanah pedalaman, hulu negeri
(lwn pantai): anak isterinya sudah ditumpangkan di rumah orang
Kedayan di ~ supaya bekerja bertanam padi; ~-darau kawasankawasan
yg tertinggi atau yg terletak di pedalaman; di laut
angkatan, di ~ kerapatan prb kekuatan di laut bergantung pd
angkatan perang, kekuatan di darat bergantung pd persatuan;
mendarat 1. turun dr kapal (perahu dsb) dan naik ke darat: tentera
Jepun sudah ~ di Jawa; 2. turun ke tanah dr udara (bkn kapal
terbang): kapal terbang itu tidak dapat ~ kerana kabus yg tebal; 3.
pergi ke kawasan (daerah) pedalaman: setibanya di kuala sungai,
43
mereka pun terus ~; 4. Mn pergi melalui (jalan) darat: lebih
selamat kita ~ sahaja drpd belayar;
mendarati naik ke darat (di sesuatu tempat): Bujang berjalan
perlahan-perlahan meredah di dlm semak-semak menuju ke
kawasan yg biasa didaratinya; Tanah Melayu sudah didarati
Jepun;
mendaratkan menaikkan atau menurunkan ke darat, membawa ke
darat: Amerika akan ~ pasukan Eisenhower di Afrika Barat;
juruterbang itu berjaya juga ~ kapal terbangnya walaupun cuaca
amat buruk;
daratan kawasan tanah yg luas (lwn laut dan pulau): mereka
sekarang tercampak ke sebuah pulau yg kecil terpencil jauh dr ~;
pendaratan 1. perihal mendarat atau mendaratkan: kita tidak akan
sanggup menahan ~ musuh di pantai-pantai kepulauan kita yg
begitu banyak; 2. tempat mendarat atau mendaratkan: orang itu
terpacak di tepi pantai, tidak jauh dr ~ perahunya;
pendarat alat (peralatan, perkakas) utk mendarat atau
mendaratkan: kapal ~.
darat II Kl bodoh, dungu.
dari 1. sendi kata yg menerangkan atau menyatakan tempat mula bergerak
(bertolak, muncul, jatuh, dll): saya berlepas ~ Ipoh pagi tadi; ~
mana hendak ke mana?; dia terjun ~ tingkat lima bangunan itu;
berbilang ~ esa; 2. sendi kata yg menerangkan atau menyatakan
permulaan sesuatu jangka waktu: ~ sekarang kita tidak boleh mainmain
lagi; ~ kecil lagi; ~ sehari ke sehari; ~ dahulu hingga
sekarang; 3. sendi kata yg menyatakan (menunjukkan) titik
permulaan sesuatu jarak yg diukur: kampung itu terletak kira-kira
dua puluh kilometer ~ bandar; 4. sendi kata yg menerangkan
(menyatakan) titik atau pusat tumpuan permulaan sesuatu kegiatan
44
(pergerakan dll): pasukan itu melancarkan serangan ~ kawasan
pergunungan; usaha membina pengetahuan tentang bahasa perlu
dimulakan ~ peringkat sekolah rendah lagi; 5. sendi nama yg
menyatakan (menunjukkan) tempat asal seseorang (sesuatu barang
dll): dia berasal ~ Medan; surat ~ London; dia mengangkat air ~
perigi ke dapur;
sedari sejak dari, bermula dari: hidupnya miskin dan melarat ~
kecil lagi.
dari-dari labi-labi, kedari.
darihal berkenaan dgn, tentang, mengenai: tuliskan sebuah karangan ~
kucing; sebuah rencana ~ kemalangan di jalan raya.
daripada 1. sendi kata yg menyatakan atau menunjukkan orang yg
memberi (mengirim dsb): dia menerima sepucuk surat ~ ayahnya;
hadiah ~ seorang sahabat yg karib; 2. sendi kata yg menyatakan
(menunjukkan) sumber atau punca sesuatu itu diperoleh dsb:
petikan ~ karya Usman Awang; air ~ telaga itu berkuman;
diterjemahkan ~ bahasa Arab; 3. sendi nama yg menyatakan
(menunjukkan) bahan dsb yg digunakan utk menghasilkan sesuatu:
jambangan bunga itu diperbuat ~ tembikar; barang-barang ~
getah; 4. sendi kata yg menyatakan atau menunjukkan orang
(negara, unsur, barang, dll) yg terlibat dlm sesuatu pengasingan
(pemisahan, perbezaan, perbandingan, dll): Selat Melaka
memisahkan Semenanjung Malaysia ~ Sumatera; reka bentuk yg
dikemukakan terkemudian ini lebih menarik ~ yg disediakan
dahulu; 5. sendi kata yg digunakan sewaktu menyatakan sesuatu
perubahan (perkembangan dsb): harga daging telah naik ~ RM8.00
sekilo menjadi RM9.50 sekilo; bilangan pelajar yg lulus merosot ~
68% tahun lalu menjadi 66% tahun ini; 6. sendi kata yg digunakan
sebelum menyatakan atau menyebutkan unsur (akibat dll) yg hendak
45
dielakkan (dicegah, dihindar, dsb): mempertahankan diri ~
serangan musuh; menjauhkan diri ~ bahaya; langkah-langkah utk
mengelakkan hal-hal demikian ~ berlaku lagi; 7. sendi kata yg
menyatakan (menunjukkan) punca atau asas dsb sesuatu tindakan
(kesimpulan dll): ~ apa yg saya dengar, pemandu lori itu yg patut
dipersalahkan; masjid itu dibina ~ desakan penduduk di kawasan
itu; 8. sendi kata yg memperkaitkan atau memperhubungkan
sesuatu atau sesuatu bahagian dgn sesuatu keseluruhan atau jumlah
dsb: satu ~ sebab-sebab; hanya tiga orang ~ sejumlah 40 orang
pelajar telah gagal dlm peperiksaan itu; sepertiga ~ keuntungan
yg diperoleh dijadikan modal.
darjah 1. tingkatan atau peringkat pelajaran di sekolah rendah: adik saya
bersekolah baru dlm ~ tiga; 2. paras (utk menunjukkan tinggi
rendahnya sesuatu keadaan, pencapaian dll), peringkat, tingkatan,
taraf: pembangunan ekonomi utk meninggikan ~ kehidupan rakyat;
~ mutu yg dicapai; 3. satuan atau unit ukuran (sudut, suhu) yg
dilambangkan dgn tanda ° selepas angka: satu sudut tepat
mempunyai 90 ~ (90°); air membeku pd suhu 0 ~ Centigrade (0°C)
atau 32 ~ Fahrenheit (32°F); 4. ark darjat (taraf kedudukan dlm
masyarakat);
berdarjah 1. berkelulusan (darjah tertentu), sudah mencapai
peringkat pelajaran (di sesuatu darjah tertentu): jawatan tersebut
memerlukan orang yg ~ sembilan; 2. ark = berdarjah-darjah
berdarjat(-darjat), bertaraf(-taraf), bertingkat(-tingkat): orang-orang
Melayu masih ~ kedudukan mereka dlm masyarakat.
darjat 1. tingkatan atau taraf kedudukan dlm masyarakat (sebagaimana yg
biasanya ditentukan atau dipengaruhi oleh asal keturunan, kekayaan
dll), tingkatan kedudukan (dlm pengertian yg luas), martabat:
ayahnya masih tetap mempertahankan ~ keturunannya; 2. ark taraf
46
(besar kecilnya dll), darjah, tingkatan: denda yg dikenakan adalah
mengikut ~ atau takrif kesalahan yg dilakukan; 3. Id darjah:
sekolah yg sama ~nya dgn S.M.A; 4. Id unit ukuran (sudut, suhu):
sudut 45 ~; 15 ~ C; 5. Id gelaran kpd pelajar yg lulus dlm
peperiksaan peringkat universiti;
sedarjat sama parasnya atau tingkatannya dsb (bkn pangkat,
kedudukan, keturunan, dll) sama darjatnya, setaraf;
berdarjat 1. berkedudukan atau bertaraf tinggi (dlm masyarakat),
berpangkat: katanya ia cinta padaku, tetapi apabila datang orang
yg ~, aku diterajangnya; 2. = berdarjat-darjat mempunyai
(beberapa) darjat atau lapisan, bertaraf(-taraf), bertingkat(-tingkat):
masyarakat yg masih ~-darjat;
mendarjatkan 1. menjadikan berdarjat (bertaraf, berkedudukan); 2.
membaikkan (menaikkan) mutu atau keadaan; ~ baka membaikkan
mutu baka;
menyedarjatkan menjadikan sama darjatnya, menyamakan
darjatnya (tingkatannya, kedudukannya), menyetarafkan;
pendarjatan perbuatan mewujudkan darjat (dlm sesebuah institusi
dll): sistem ~ politik.
darji derji.
darma kemestian, kewajiban.
darmabakti Id (berbuat) bakti kpd negara dll.
darmawisata Id = berdarmawisata 1. melawat sambil belajar beramairamai;
2. berkelah, bertemasya.
daru = daru-daru, dedaru sj tumbuhan (pokok), kayu darat, Urandra
corniculata.
darulakhirat Ar alam akhirat.
Darul Aman Kedah.
47
Darul-Arqam rumah sahabat Nabi Muhammad SAW tempat mengadakan
mesyuarat dan digunakan sbg markas menyebarkan ajaran Islam
secara bersembunyi-sembunyi.
darulbaqa Ar alam yg kekal, akhirat.
Darul Ehsan Selangor.
darulfana Ar alam yg tidak kekal (dunia ini).
darulharab, darulharbi Ar negeri yg belum (memeluk agama) Islam.
Darul Iman Terengganu.
darulislam Ar negeri yg sudah (memeluk agama) Islam.
daruljalal Ar syurga yg terindah.
Darul Khusus Negeri Sembilan.
Darul Makmur Pahang.
Darul Naim Kelantan.
Darul Ridzuan Perak.
darun Mn bunyi serentak yg kuat;
sedarun serentak (berbunyi, bersuara, dll).
darurat 1. keadaan yg mencemaskan atau menyusahkan (biasanya yg
berlaku dgn tiba-tiba atau dgn tidak disangka-sangka), kesukaran yg
timbul dgn tidak disangka-sangka (spt bahaya, kekurangan
makanan, dll): dlm keadaan ~ begini barulah orang ramai ingat
akan Tuhan; 2. keadaan yg serba sulit (huru-hara, tidak aman, dsb)
yg disebabkan oleh ancaman musuh (peperangan dll): ketika ~ di
Malaya diisytiharkan, ayah saya bertugas sbg anggota polis di
sebuah bandar yg terpencil; undang-undang ~ undang-undang yg
digubal dan dikuatkuasakan dlm masa darurat;
mendaruratkan 1. menjadikan darurat; 2. memaksa.
darussalam Ar 1. alam yg aman; 2. syurga ketujuh.
darwis Ar orang yg sengaja hidup miskin utk mendapatkan kesempurnaan
jiwa, fakir.
48
das I 1. bunyi tembakan senapang (meriam dsb); 2. penjodoh bilangan utk
tembakan meriam (senapang dsb): ketibaan baginda Sultan
disambut dgn tembakan meriam 21 ~.
das II Kd menghalang (menahan) kaki orang supaya jatuh.
dasa sepuluh, puluh.
dasalumba Id pertandingan (sukan) yg terdiri drpd sepuluh acara atau
jenis sukan, dekatlon.
dasar 1. bahagian yg di bawah sekali (laut, sungai, tasik, dsb): mutiara
didapati di ~ laut; 2. bahagian yg di bawah sekali sama ada di
sebelah dalam atau di sebelah luar sesuatu bekas (spt kuali, botol,
dll): serbuk kopi itu mendap ke ~ gelas; ~ kuali yg hitam spt arang;
3. lantai: rumah itu atapnya zink, dindingnya papan, dan ~nya
simen; 4. lapisan yg di bawah sekali (pd gambar, kain, dll), latar: ~
kain batik pd umumnya berwarna perang; corak yg terdiri drpd
kuntum-kuntum bunga pd ~ yg berwarna gelap; 5. sifat, perangai
(yg sudah sebati dgn seseorang): dia pantang ditegur memang
begitu ~nya; 6. pertimbangan (cara, sistem, dll) yg pokok bkn
sesuatu, asas, prinsip, teras: Vietnam Selatan mengirim beberapa
orang pegawai tentera ke Malaysia utk mempelajari ~-~ perang
gerila; apakah ~nya pendapat tuan itu? 7. pendirian yg menjadi
asas segala tindakan (sikap, keputusan, dll), polisi: ~ kerajaan; ~
sesebuah parti politik; ~ ekonomi negara; 8. yg menjadi bahagian
(faktor) terpenting, asas, pokok: setelah dicapai persetujuan
tentang soal-soal ~, baru dibincangkan butir-butirnya; 9. Id
memang, sebenarnya: sudah ~ pencuri; 10. kertas dsb yg dipotong
mengikut bentuk baju dan dijadikan asas utk menggunting pakaian;
berdasar 1. ada (memakai, mempunyai) dasar: kain songket itu ~
biru; 2. berasas, bersandar: ~ keterangan-keterangan yg diterima,
memang orang itu bersalah; 3. ark = berdasarkan;
49
berdasarkan berasaskan, bersandarkan, berlandaskan: tulisan saya
itu ~ berita yg tersiar di sebuah akhbar; tuduhan yg ~ bukti-bukti
yg nyata;
mendasar bersifat dasar atau asas: keperluan-keperluan yg paling
~ bagi zamannya;
mendasari menjadi dasar atau asas kpd: konflik antara Hang Tuah
dgn Hang Jebat yg ~ drama ini adalah cukup dramatik; kita akan
dapat melihat ideologi yg ~ penulisannya;
mendasarkan menggunakan (memakai) sbg dasar: perkahwinan
harus didasarkan pd cinta dan kasih sayang;
pendasaran proses menjadikan sesuatu dasar: situasi masyarakat
yg saintifik dibantu oleh ~ sifat-sifat sandiwara.
dasau Pr bekas air drpd tempurung kelapa.
dasawarsa masa sepuluh tahun, dekad: proses itu sahaja mungkin
mengambil masa satu ~; perayaan ~ perayaan yg diadakan pd
tahun kesepuluh tertubuhnya dsb sesuatu, perayaan ulang tahun yg
kesepuluh.
dasi Id tali leher; ~ kupu-kupu tali leher kupu-kupu;
berdasi memakai dasi (tali leher).
dastur; layar ~ layar kecil sbg tambahan kpd layar besar.
dasun sj bawang putih, Allium sativum; sbg~ tunggal sl bentuk hidung yg
cantik;
mendasun spt dasun; ~ tunggal bentuk hidung yg cantik.
data butir atau maklumat yg diketahui atau yg telah dikumpulkan tentang
sesuatu dan dapat dijadikan asas utk membuat kajian (analisis atau
kesimpulan); ~ sandar (Komp) salinan pendua maklumat dlm
komputer, yg disimpan dlm disket, cakera dsb utk tujuan
keselamatan.
50
datafon (Komp) peranti yg membolehkan perhubungan data dijalankan
melalui rangkaian talian telefon.
datang 1. sampai, tiba (di sesuatu tempat): setelah ~ di balai, maka surat
itu pun disuruh baca; hari telah jauh malam, tetapi Ali tidak ~
juga; 2. bergerak menghampiri seseorang atau sesuatu tempat: dia
melambai-lambaikan tangan dan terus ke tempat kami sedang
duduk; 3. pergi (berjalan, bergerak, dsb) sehingga sampai di sesuatu
tempat (atau utk menemui seseorang dsb): saya akan mencuba ~
dua kali seminggu; 4. berasal (dr): dia ~ dr Kedah; 5. hingga,
sampai (bkn jangka masa dsb): adapun tempat Merah Silu beroleh
gelang-gelang itu, Padang Gelang-Gelanglah namanya ~
sekarang; 6. muncul, timbul: tiba-tiba ~ suatu fikiran di kepalanya;
~ seleranya hendak makan; 7. ark = (yg) akan ~ yg akan tiba,
hadapan, kemudian (bkn jangka masa dsb); masa ~ kelak,
kemudian, kemudian nanti; minggu ~ minggu hadapan;
~ akal datang (mendapat) ilham; ~ bulan = ~ haid turun atau keluar
darah haid (pd perempuan); ~ hati sampai hati, tergamak;
~ nampak (tampak) muka, pergi nampak (tampak) belakang
(punggung) prb datang dgn baik pergi pun hendaklah dgn baik juga;
~ spt ribut, pergi spt semut prb sesuatu penyakit itu cepat
datangnya tetapi lambat perginya; ~ tak berjemput, pulang tak
berhantar prb tetamu yg tidak penting;
datang-datang 1. setibanya, baru atau sebaik-baik sahaja datang: ~
dia ke mari hendak makan; 2. selalu (kerap) datang: ~lah ke rumah
apabila senang;
berdatang; ~ sembah sl berkata-kata dgn raja (orang besar-besar)
dgn bahasa halus: maka si penyadap pun masuklah mengadap
Betara, maka ia ~ sembah, menuntut janjinya;
51
berdatangan datang beramai-ramai, datang dr berbagai-bagai
tempat;
mendatang 1. datang (timbul, berlaku, dll) dgn tiba-tiba: siapakah
dapat menduga kalau hari esoknya hujan ~; jika ada aral ~; 2.
(yg) datang dr tempat lain (tidak asli): penyesuaian sosioekonomi
dicorakkan bukan sahaja oleh ciri-ciri yg didatangkan atau ~,
tetapi oleh ciri-ciri yg sudah sedia ada; orang ~ orang yg datang
atau berasal dr negeri lain (bukan bumiputera atau penduduk asli);
3. ark terbitan; kata-kata ~ kata-kata terbitan; 4. akan datang:
kalaulah perjanjian pd masa ~ dapat mengurangkan pengeluaran
senjata;
pucuk dicita ulam ~ prb yg diperoleh lebih baik drpd yg
dikehendaki;
mendatangi 1. datang ke, mengunjungi, melawati, menziarahi:
sejak pukul sebelas sampailah petang tidak putus-putus rumah
Bidin didatangi kawan-kawannya; rakyat negeri ini dibenarkan ~
negara-negara asing; 2. datang utk menyerang (memeriksa,
menangkap, dll): Sultan Zainal Abidin sudah didatangi oleh orang
Pasai pula; polis telah ~ rumah beliau malam tadi; 3. menimpa
(bkn bala, penyakit, dsb); didatangi penyakit ditimpa (kena)
penyakit; 4. Id ark menjadikan kata terbitan (dgn memberi awalan
atau akhiran);
datang-mendatangi saling berkunjung, ziarah-menziarahi, lawatmelawati;
mendatangkan 1. membawa (memasukkan, memanggil) dr tempat
lain: air tambahan ini didatangkan dr kolam dan terusan air; pihak
universiti akan ~ beberapa orang pensyarah dr luar negeri; 2.
menyebabkan (mengakibatkan, menjadikan) berlakunya (wujudnya,
terdapatnya, dll) sesuatu, menimbulkan: demokrasi di Malaysia ini
52
akan ~ kebahagiaan dan kesejahteraan kpd negara kita; mogamoga
usaha ini akan ~ faedah kpd kita bersama; peperangan akan
~ berbagai-bagai keburukan semata-mata;
kedatangan 1. perihal datang (mendatang), tibanya, sampainya: ~
orang-orang Minangkabau itu disambut dgn mesra; 2. diserang
(musuh dsb), ditimpa (kemalangan dll), didatangi: ~ gerombolan
penjahat; ~ musuh; ~ bencana; ~ bulan datang bulan (haid);
pendatangan perihal (perbuatan dsb) mendatangi atau
mendatangkan;
pendatang 1. orang mendatang, orang asing yg datang ke, atau
memasuki sesebuah negeri lain; ~ haram bk pendatang tanpa izin; ~
tanpa izin orang asing yg memasuki sesebuah negeri lain dgn tidak
mendapat kebenaran drpd kerajaan negeri tersebut; 2. tiang atau
penyokong utk menguatkan (meneguhkan); 3. perasaan yg timbul
dlm hati (terlebih dahulu), gerak, firasat.
datar (sama) rata (bkn tanah, permukaan, nada, dll), tidak tinggi rendah;
tanah ~ tanah rata (tidak berbukit-bukit); ~ bak lantai papan, licin
bak dinding cermin prb keputusan yg adil;
sedatar 1. sama rata: garisan-garisan lurus ~ yg selari dgn satu
garisan yg sama adalah selari sama sendiri; 2. tidak mendalam
(bkn pengetahuan dsb); ~ saja lurah dgn bukit prb tidak
membezakan antara kaya dgn miskin;
mendatar 1. (seakan-akan) rata: padang yg ~; 2. selari dgn
permukaan bumi, melintang (tidak menegak atau lurus ke atas):
garis ~; 3. bergerak dr satu tangga gaji ke satu tangga yg lebih
tinggi dlm peringkat yg sama dlm Sistem Saraan Baru (bkn
pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia):
ada empat kaedah pergerakan gaji bagi seseorang anggota, iaitu
secara melintang, menegak, ~ atau statik;
53
mendatarkan menjadikan datar, meratakan: kawasan itu
didatarkan dahulu sebelum didirikan rumah;
dataran 1. kawasan (tempat, tanah) yg datar: ~ tinggi Tibet; 2. ark
padang, lapangan;
kedataran keadaan (sifat dsb) datar, kerataan;
pendataran perihal atau perbuatan mendatarkan (meratakan).
dati pengerahan tenaga (utk keperluan raja).
datia ark gergasi, raksasa.
Datin gelaran bagi isteri seseorang yg telah dianugerahi gelaran
kehormatan Datuk (atau Dato’); ~ Seri gelaran bagi isteri seseorang
yg bergelar Datuk Seri (Dato' Seri).
dating bp janji temu dgn seseorang yg berlainan jantina (mis antara
seorang pemuda dgn teman wanitanya utk keluar makan, menonton
wayang gambar dsb): selepas hanya dua kali ~, dia muncul di
depan pintu rumah, tanpa diundang;
berdating bertemu atau keluar dgn seseorang yg berlainan jantina
(mis teman lelaki atau wanita) utk keluar makan, menonton wayang
gambar dsb: mereka terus bernikah tanpa perlu ~.
Dato’ gelaran kehormat di Malaysia yg dianugerahkan oleh semua ketua
negeri kecuali Melaka, Sarawak dan Sabah, kpd orang yg telah
dianugerahi pingat tertentu (sbg penghargaan terhadap jasa atau
khidmatnya kpd negara);
~ Seri gelaran kehormat yg dianugerahkan oleh semua ketua negeri,
kecuali Pahang, Melaka, Sabah dan Sarawak, kpd orang yg telah
dianugerahi pingat tertentu; ~ Sri gelaran kehormat yg
dianugerahkan oleh Sultan Pahang kpd orang yg telah dianugerahi
pingat tertentu.
datu I 1. ark raja, ratu; 2. Mn tukang ubat-ubatan (ramuan), bomoh; 3. Jk
orang yg keramat, orang yg telah meninggal;
54
kedatuan 1. ark kerajaan, pemerintahan; 2. Mn tari-tarian.
Datu II gelaran kehormatan di Sabah (sbg anugerah).
datuk I 1. bapa kpd ayah atau ibu seseorang; 2. panggilan oleh seseorang
terhadap bapa kpd ayahnya (ibunya) atau terhadap seseorang lain
yg sedemikian tuanya, aki, kakek; ~ nenek nenek moyang, leluhur;
3. ark panggilan orang ramai kpd anggota polis atau panggilan
mata-mata kpd pegawai atasannya; 4. Mn penghulu adat; 5. hantu
(puaka, penunggu) sesuatu tempat: ~ di pokok itu kononnya selalu
mengganggu orang-orang yg lalu di situ; 6. topekong, berhala,
atau dewa (kpd orang Cina yg mempunyai kepercayaan tertentu);
rumah ~ rumah berhala; 7. bp sebutan bagi harimau;
~ betina sl ketua dayang-dayang dlm istana; ~ kayu ark pegawai
dan kakitangan jabatan hutan;
mendatukkan menjadikan (memanggil) datuk: Tok Embong
dituankan oleh orang-orang suruhannya, diayahkan oleh peringkat
anak-anak dan didatukkan oleh peringkat cucunya.
Datuk II 1. gelaran kehormat kpd orang yg berpangkat atau bermartabat
tinggi (yg biasanya menjadi pembesar negeri): ~ Bendahara; ~
Paduka Raja; ~ Panglima; ~ Temenggung; 2. gelaran kehormat di
Malaysia yg dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Yang
Dipertua Negeri Melaka, Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Yang
Dipertua Negeri Sabah kpd orang yg telah dianugerahi pingat
tertentu (sbg penghargaan terhadap jasa atau khidmatnya kpd
negara);
~ Bandar ketua pentadbiran sesebuah bandar raya; ~ Patinggi
gelaran kehormat yg dianugerahkan oleh Yang Dipertua Negeri
Sarawak kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu; ~ Seri
gelaran kehormat yg dianugerahkan oleh Yang Dipertua Negeri
Melaka kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu.
55
datung ark sl datuk (kakek).
dauk putih keabu-abuan (bkn warna kuda); jenis-jenisnya: ~ bertitik, ~
cempaka, ~ macan, ~ ruyung.
daulat 1. bahagia, kebahagiaan (pd raja-raja yg memerintah); ~ dirgahayu
mudah-mudahan berbahagia dan lanjut usia; 2. ya, benar (digunakan
ketika menyambut titah raja dsb); 3. kuasa (raja, kerajaan); 4. ark
tulah; ditimpa ~ kena tulah (raja); ~ tuanku a) benar tuanku, ya
tuanku; b) berbahagialah tuanku;
berdaulat 1. bertuah, berbahagia; 2. mempunyai kuasa (yg
tertinggi): raja yg ~; 3. (merdeka dan) berkuasa atau berhak
sepenuhnya di atas urusan atau pemerintahan sendiri: negara yg
merdeka dan ~; 4. mempunyai kedudukan yg tinggi dan berkuasa,
berwibawa: bahasa Melayu dapat menjadi bahasa yg ~ di negeri
kita, bukan bahasa Inggeris atau bahasa asing yg lain;
mendaulat 1. menjunjung (mengabdi, berkhidmat kpd raja); 2. Id,
bp merampas (kekuasaan dll) dgn tidak sah, menurunkan orang
berpangkat atau berkuasa (spt raja dll) dr kedudukannya dgn
paksaan: Raja Faruk telah didaulat oleh rakyat Mesir;
mendaulatkan menjadikan berdaulat, memberi hak (kuasa dll),
menjadikan berwibawa: perjuangan hendak ~ Bahasa Kebangsaan
bukan perjuangan baru;
kedaulatan kekuasaan yg tertinggi: ~ Raja-raja Melayu diakui oleh
perlembagaan;
~ rakyat demokrasi; ~ undang-undang kedudukan undang-undang
sesebuah negara sbg kuasa tertinggi yg mesti dihormati dan dipatuhi
oleh semua pihak atau lapisan masyarakat;
pendaulatan perihal atau perbuatan mendaulatkan: ~ Bahasa
Kebangsaan;
56
pendaulat 1. bp orang yg mendaulat; 2. orang atau pihak yg
mendaulatkan: kononnya negara itu dianggap sbg ~ demokrasi.
daun I 1. bahagian tumbuh-tumbuhan yg biasanya leper dan nipis,
berwarna hijau, dan tumbuh di dahan; 2. benda yg berhelai-helai
(berkeping-keping nipis-nipis): ~ rokok; ~ terup; 3. bahagian
sesuatu yg lebar lagi nipis: ~ kipas; ~ pintu;
~ ceding Kl pelengkap (penguat) sesuatu; ~ dayung bahagian yg
lebar di hujung dayung (pengayuh); ~ kaki Kl taraf yg paling
rendah; ~ kipas bahagian kipas angin yg berkeping-keping; ~
kentut-kentut sj tumbuhan (herba) yg daunnya dijadikan ubat, akar
sekentut, Paederia foetida; ~ meja papan di atas meja; ~ neraca
(dacing) piring neraca (dacing); ~ padi sj pisau kecil; ~ parsli
sejenis tumbuhan kecil (daunnya kerinting) yg digunakan sbg perisa
atau hiasan dlm masakan, Petroselinum crispum; ~ pintu papan
pintu yg boleh dibuka tutup; ~ rampas Kl a) daun yg dipungut kali
yg terakhir; b) kaum yg dikuasai orang lain; ~ sari salut ranggi dan
kelopak bunga dikira sekali; ~ sisik tumbuhan kecil (pd pokok) yg
melindungi tunas; ~ tapak anjing Kl daun tumbuh-tumbuhan yg
mula-mula bercambah; ~ telinga bahagian telinga yg di luar; ~
tingkap papan tingkap yg boleh dibuka tutup; makan se~ sl makan
bersama-sama di sesuatu tempat (sebelum masuk perang dll sbg
tanda seia sekata);
~ dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga prb tidak sama
kasih kpd anak sendiri dgn kasih kpd anak orang; ~ nipah
dikatakan ~ labu prb salah faham yg terbit kerana malas bertanya;
~nya jatuh melayang, buahnya jatuh ke pangkal juga prb akan
ketahuan juga kekurangan seseorang walaupun tinggi
pengetahuannya, yg berguna tinggal dan yg tidak berguna terbuang;
bagai kucing main ~ prb peri kehebatan seseorang;
57
berdaun mempunyai daun, tumbuh (bercambah) daunnya;
mendaun menjadi spt daun; ~ kayu ki banyak spt daun kayu; ~
kunyit ki tidak berguna.
daunan daun (terutamanya digunakan dlm karya sastera).
daun II = tengas ~ sj ikan darat, Acrossocheilus deauratus; ~ baharu sj
ikan laut, Ephippus orbis.
daun III; burung ~ sj burung, Chloropsis sonnorati zosterops.
daung Kl; panjang ~ sangat panjang.
daup-daup 1. sj tumbuhan (pokok memanjat), akar jambul merak, akar
suluh, Bauhinia cornifolis; 2. sj tumbuhan (pokok memanjat),
kangkatuk, kempaga, Bauhinia flammifera; 3. sj tumbuhan (pokok
memanjat), kait-kait rimba, katup-katup, Bauhinia bidentata.
daur jangka masa tertentu;
~ besar jangka masa 120 tahun; ~ kecil jangka masa lapan tahun,
windu.
dawah sj tumbuhan (rumpai), aring-aring, daun dakelin, keremak hutan
(jantan), rumput kunang putih, Eclipta alba.
dawai tali drpd logam (digunakan utk mengikat sesuatu atau membuat
pagar, bakul, dll), kawat;
~ duri dawai berduri yg dibuat pagar; ~ gelang (kasar) ark dawai
telegraf; ~ hidup dawai yg mengalirkan arus elektrik; ~ ketegangan
tinggi kawat yg mengaruskan tenaga elektrik yg tinggi; ~ mata
punai dawai yg dianyam (digunakan utk membuat kandang ayam
dll); umpama ayakan ~ prb pekerjaan seseorang yg tidak cermat;
mendawai memasang dawai atau kawat: dia mempunyai
kemahiran membaiki barang-barang elektrik dan ~;
mendawaikan memasang dawai elektrik (pagar, dll): punca
kebakaran tersebut akibat tindakan ~ lampu secara haram;
58
pendawaian proses memasang dawai, sistem pemasangan dawai:
Tenaga Nasional akan cuba menggantikan meter lama dgn meter
baru utk memperbaik sistem ~nya;
pendawai orang yg kerjanya memasang dan menyelenggarakan
dawai elektrik, kabel elektrik dsb.
dawai-dawai sj tumbuhan (pokok), sedawai, Smilax calophylla.
dawang Kl kawasan (keping) tanah.
dawas Kl, Tr berkurang (bisa, mutu, dll).
daya I 1. kekuatan, tenaga, keupayaan, kemampuan: ~ pengangkutan lori
itu dua tan sahaja; usaha-usaha utk meninggikan ~ pengeluaran; ~
berfikir; 2. akal, ikhtiar, jalan (utk sesuatu); habis segala ~ habis
ikhtiar; seribu ~ bermacam-macam akal (ikhtiar); 3. muslihat, tipu;
tipu ~ tipu muslihat;
~ batin kekuatan batin; ~ cipta keupayaan (kebolehan) mencipta; ~
fikir kekuatan atau keupayaan utk menggunakan akal fikiran; ~
ghaib kuasa ghaib (spt kesaktian dsb); ~ gerak kekuatan utk
bergerak; ~ ingatan kekuatan atau keupayaan fikiran utk mengingat
sesuatu atau seseorang; ~ juang kemampuan utk berjuang atau
memperjuangkan sesuatu dgn gigih; ~ kuda (Fiz) unit utk mengukur
tenaga (enjin dll), kuasa kuda; ~ penarik (tarik) kekuatan
(kebolehan) utk menarik sesuatu (benda, orang, dll); ~ tahan
kemampuan utk mempertahankan diri atau bertahan drpd sesuatu
ancaman (bahaya, penyakit dsb); ~ usaha = ~ utama kegiatan
(usaha) utk memelopori sesuatu;
sedaya = sedaya upaya;
berdaya 1. mempunyai tenaga, bertenaga, berupaya: mereka sudah
terlalu keletihan dan tidak ~ lagi; 2. mempunyai kemampuan
(keupayaan): aku tidak ~ membalas budinya; tujuannya supaya
59
kita berdisiplin, bersistem dan ~ menyelesaikan sesuatu persoalan
yg rumit; 3. mempunyai muslihat (fikiran, ikhtiar);
memperdaya, memperdayakan, mendaya, mendayakan
menjalankan tipu daya (muslihat), menipu: apabila sudah begitu,
mudahlah mereka mendayakan kami spt yg sudah
diperdayakannya beberapa orang pelayan;
mendayai 1. menipu, mengakali; 2. mempengaruhi; 3. memberi
tenaga (kekuatan dsb);
terdaya termampu, bertenaga, berkemampuan, berkeupayaan:
jangan-jangan dia tidak ~ hendak menjalankan kerjanya nanti;
hanya lima sen minyak utk pelita itu sahaja yg ~ oleh mereka
setiap petang;
terperdaya terkena tipu daya (muslihat), tertipu;
kedayaan kebolehan membuat sesuatu;
perdayaan tipu daya, tipu muslihat: tidak baik bertunang lamalama,
takut tidak terlawan ~ iblis nanti;
pendayaan perihal (perbuatan) mendayai atau mendayakan,
penipuan.
daya II; barat ~ mata angin atau arah di antara barat dgn selatan.
dayah ark inang pengasuh, orang yg mengasuh (menyusu) anak.
daya maju keupayaan utk maju dan berkembang: ~ projek penternakan
ikan air tawar itu semakin memberangsangkan
berdaya maju berkemampuan utk maju dan berkembang:
seharusnya usahawan bumiputera perlu lebih ~ dan berdaya saing
dlm menghadapi dunia perniagaan yg begitu kompetitif dan
mencabar.
dayang 1. sl gadis, perawan; 2. panggilan timang-timangan utk anak-anak
perempuan; 3. = dayang-dayang gadis-gadis pelayan di istana: dia
tersandar di katil spt raja yg dikerumuni oleh inang dan ~;
60
pendayangan dayang-dayang di istana;
pendayang 1. sl perempuan(-perempuan) muda; 2. ark perempuan
jalang, pelacur: hai ~, puaslah sudah gerangan engkau menipu!
dayangku Br 1. gelaran utk anak perempuan bujang yg bapanya
keturunan pengiran: D~ Mariam; 2. panggilan timang-timangan utk
anak perempuan yg bapanya bukan pengiran.
daya saing kemampuan utk bersaing;
berdaya saing mempunyai daya saing: syarikat-syarikat yg ~.
daya upaya 1. kekuatan, kemampuan, keupayaan, ikhtiar; 2. akal;
sedaya upaya seberapa yg dapat diusahakan, (dgn) segenap akal
atau sepenuh ikhtiar;
berdaya upaya = berdaya.
dayu; mendayu 1. = mendayu-dayu sayu (-sayu), sayup-sayup
kedengaran (bkn bunyi yg berirama, suara, dsb); 2. = mendayudayu
berbunyi sayu-sayu atau sayup-sayup: biola ~ melagukan Seri
Mersing; 3. = mendayukan menyanyikan (lagu yg sayu) utk
menidurkan anak, menguliti (menyanyikan) anak supaya tidur,
mendondong.
dayuh Mn; terdayuh; ~ hati berasa sedih (sayu, rawan, dsb) hati, berasa
terharu.
dayuk Mn; terdayuk; ~ pinggang terliuk pinggang.
dayung 1. sj alat yg berdaun pd hujung batangnya utk menggerakkan
perahu (sampan dsb), pengayuh; anak ~ orang yg mengayuh
(perahu); batang ~ tangkai dayung (bahagian dayung selain
daunnya); daun ~ bahagian (papan) yg pipih pd hujung dayung; 2.
ridip pd dada ikan; 3. Id pengayuh pd basikal (utk
menggerakkannya);
~ batang dayung yg panjang batangnya; ~ burit dayung di bahagian
belakang (perahu, sampan, dsb); ~ gebeng dayung yg daunnya
61
sudah dipakukan pd hujung batangnya; ~ haluan dayung di
bahagian hadapan (perahu, sampan, dsb); ~ kebas (kibas) dayung
yg panjang dan lebar daunnya; ~-mayung berbagai-bagai jenis
dayung; ~ merpati sekawan dayung yg daunnya berwarna putih; ~
peminggang dayung yg di bahagian pertengahan perahu (sampan
dsb); ~ tudung belanga dayung yg bulat daunnya; sekali merengkuh
~, dua tiga pulau terlampau prb sekali membuat pekerjaan dua tiga
maksud tercapai;
berdayung 1. berperahu (berkapal, bersampan, dll) dgn
menggunakan dayung, menggerakkan perahu dsb dgn menggunakan
dayung, berkayuh: sesudah beberapa lama mati angin, kapal layar
itu tidak bergerak dr tempatnya, sehingga anak buahnya terpaksa
~; 2. Id berkayuh basikal;
mendayung 1. menggerakkan (perahu dsb) dgn menggunakan
dayung, mengayuh (dgn dayung): sukan-sukan yg diadakan ialah
lumba lari, ~ sampan, menembak, berenang, dll; 2. Id mengayuh
basikal;
mendayungkan 1. menggerakkan (perahu, sampan, dll) dgn
dayung, mengayuhkan; 2. Id mengayuhkan basikal;
pendayung 1. orang yg mendayung, anak dayung; 2. alat utk
mendayung, pengayuh, dayung.
dayus hina dan keji (sifat atau perbuatan): hanya laki-laki ~ sahaja yg
membenarkan isterinya mencari wang dgn jalan tidak halal;
mendayus menghinakan, mengejikan, merendahkan, mencerca;
kedayusan perihal (sifat) dayus: yg kekal dlm masyarakat yg jahil
itu ialah kebatilan, ~, kebodohan dan fitnah serta hasad dengki.
DBKL kep Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
DBP kep Dewan Bahasa dan Pustaka (badan berkanun yg mempunyai
tugas dan tanggungjawab membina, memajukan dan
62
memperkembang bahasa Kebangsaan dan sastera serta
melaksanakan tugas-tugas lain).
DC kep Diplomatic Corps (Kor Diplomat).
DDT kep dichloro-diphenyl-trichloroethane (dikloro-difenil-trikloroetana,
iaitu sj racun serangga).
DEB kep Dasar Ekonomi Baru.
debab (débab) bp gemuk, tambun, berisi.
debah; mendebah menyembelih; zabah.
debak bunyi spt bunyi orang bertumbuk (barang jatuh dsb); ~ debuk bunyi
debak berkali-kali (spt orang bertumbuk, buah-buahan atau barangbarang
jatuh dsb); debuk.
debam I bunyi spt bunyi benda berat jatuh.
debam II sj ikan laut, Acanthurus spp., Naso spp., Siganus guttatus,
Zebrasoma spp.
deban bunyi spt bunyi barang jatuh.
debap bunyi spt bunyi kena tampar atau barang yg ringan jatuh, bunyi
bap-bap;
berdebap-debap berbunyi bap-bap: jantungnya ~ kedengaran
memukul dadanya.
debar denyut (jantung, nadi): ~ jantungnya makin cepat; debaran jantung
saya berkurang selepas mendengar penjelasannya;
berdebar, berdebar-debar berdenyut-denyut atau bergerak-gerak
agak pantas (bkn jantung, kerana seseorang itu terperanjat,
ketakutan, dsb): ketika hendak sampai di perkuburan, hatiku pun
~;
mendebarkan menjadikan atau menyebabkan (jantung, nadi)
berdenyut agak pantas (kerana timbul perasaan cemas, takut, dsb):
penulis itu pandai benar mengarang cerita-cerita yg ~ jantung
hati; saya baru saja mendapat berita yg ~;
63
debaran 1. debar; 2. (Ubat) denyutan jantung yg terlalu laju dan
kuat, sehingga dirasai pesakit, palpitasi;
perdebaran denyutan (jantung, nadi) yg agak kencang, debaran.
debas bunyi spt bunyi hembusan nafas dll.
debat (débat) bahas, perbahasan: majlis ~ pd malam itu tidak jadi
diadakan;
berdebat, berdebat-debatan bertukar fikiran (biasanya yg
bertentangan) atau berbantahan bkn sesuatu perkara, berbahas:
mahasiswa-mahasiswa itu dicabar tampil ke depan utk ~ di muka
umum;
mendebat membantah (sesuatu pendapat, pendirian, dll) dgn
mengemukakan alasan atau hujah, membahas;
mendebatkan, memperdebatkan mendebat tentang sesuatu,
membahaskan, memperbantahkan: ketika itu mereka sedang ~ halhal
parti politik;
perdebatan pertukaran fikiran biasanya yg bertentangan mengenai
sesuatu hal (pendirian dll) dgn masing-masing pihak mengeluarkan
pendapat (alasan dsb), perbuatan berdebat, perbahasan,
perbantahan: ~ mengenai perincian belanjawan Kementerian
Pendidikan akan diteruskan pd hari Khamis;
pendebatan perihal (perbuatan dsb) mendebatkan atau
memperdebatkan: soalan-soalan begini tidak mudah dijawab dan
kerana itu ~ mengenainya masih berterusan;
pendebat orang yg berdebat (mendebat), pembahas.
debek (débék) 1. Kl tidak bertanduk (bkn lembu, kerbau), dogol; 2.
bodoh, lemah.
debentur (débéntur) surat akuan yg dikeluarkan oleh syarikat, agensi
kerajaan dsb sbg tanda penerimaan wang yg dipinjamkan
64
kepadanya pd kadar bunga yg tetap sehingga pinjaman itu
dijelaskan.
debik I bunyi spt bunyi orang menepuk sesuatu;
mendebik menepuk, menampar; ~ mata parang prb melawan orang
yg berkuasa.
debik II ark embek (bunyi kambing);
berdebik mengembek (bkn kambing).
debing bunyi spt bunyi gendang (beduk dsb).
debit (débit) 1. catatan jumlah wang yg dikeluarkan drpd akaun bank
seseorang; 2. ruang kiri akaun tempat catatan wang keluar dibuat;
mendebitkan mencatatkan atau merakamkan debit, mencatatkan
sesuatu butiran perakaunan di ruang kiri akaun: jika seseorang itu
berhutang kpd kita, hendaklah didebitkan jumlah hutangnya itu.
debitur (débitur) IB orang yg berhutang, orang yg meminjam wang.
debu 1. tanah kering atau bahan lain dlm bentuk serbuk halus yg menutupi
bumi, permukaan benda, atau yg berterbangan ditiup angin: ~ di tepi
jalan itu berterbangan apabila kereta lalu; 2. sl patik, hamba; ~
tuanku hamba tuanku;
berdebu ada debu, dipenuhi debu, berhabuk, terdapat (diliputi dsb)
debu yg berterbangan: jalan-jalan yg ~;
mendebu menjadi spt debu (menjadi halus); cakap ~ cakap
(pertuturan) yg keluarnya bertalu-talu;
mendebukan menjadikan atau menyemburkan dlm bentuk debu:
oleh yg demikian, telah diciptakan alat yg boleh menyemburkan
atau ~ racun kulat;
pendebu alat utk mendebukan (racun kulat dll).
debuk 1. bunyi spt bunyi orang meninju (menampar dgn kuat, barang
jatuh ke tanah, dll); 2. pukulan (tumbukan) yg kuat (di badan):
budak itu kena ~ di belakangnya;
65
berdebuk-debuk berbunyi merobok (membobok dsb): dia pun
lemas dan tempayan itu pun ~ masuk air langsung tenggelam;
debak.
debum bunyi spt bunyi benda besar jatuh;
berdebum berbunyi debum (kerana jatuh).
debun bunyi yg hampir dgn bunyi debap.
debung I bunyi spt bunyi gendang (beduk dsb) atau bunyi buah kelapa
(durian dll) jatuh.
debung II bekas sirih yg diperbuat drpd mengkuang dll, lopak.
debunga (Bio) benih bunga jantan yg akan bersenyawa dgn benih bunga
betina, serbuk halus yg terdapat pd bunga;
mendebungakan memindahkan debunga dr alat kelamin bunga
jantan (cepu debunga) ke alat kelamin bunga betina (stigma):
peladang-peladang Jepun tidak menanti kumbang utk ~ pokok pic
tetapi menggunakan serbuk yg khas utk tujuan ini;
terdebunga (telah) didebungakan (oleh): bunga-bunga yg ~ oleh
serangga mempunyai ranggi yg berwarna-warni;
pendebungaan (Bio) pemindahan debunga dr alat kelamin bunga
jantan (cepu debunga) ke alat kelamin bunga betina (stigma);
~ angin pendebungaan yg dilakukan oleh angin; ~ biasa = ~ semula
jadi pendebungaan yg dilakukan oleh alam (spt angin, air, binatang,
dll); ~ kacuk pendebungaan silang; ~ sendiri pendebungaan yg
berlaku antara bunga pd pokok yg satu oleh serangga, angin dsb; ~
serangga pendebungaan yg dilakukan oleh serangga; ~ silang
pemindahan debunga dr anter suatu bunga ke stigma bunga pokok
yg lain oleh serangga, angin dsb.
debup bunyi spt bunyi barang (besar atau berat) jatuh.
debur 1. bunyi spt bunyi barang besar jatuh ke air (orang dicampakkan ke
air dsb); 2. bunyi spt bunyi ombak memecah ke pantai: degupan
66
jantungnya makin kencang dan hebat macam ~ ombak memukul
pantai;
berdebur berbunyi debur-debur: pd waktu malam, hanya terdengar
suara ombak ~ sahaja di situ;
mendebur berdebur;
deburan 1. (bunyi) pukulan ombak ke pantai, bunyi spt bunyi
barang besar jatuh ke air; 2. ki perasaan (keadaan) yg berkecamuk:
dgn hati yg berdamba bergetar, maka melangkahlah dia perlahanlahan
menahan ~ di lubuk hatinya;
berdeburan berdebur-debur: di situ air selalu ~ dgn ombaknya
buru-memburu ke pantai.
debus 1. bunyi hembusan angin, bunyi spt bunyi burung mengibaskan
kepaknya (daun kayu ditiup angin dll); 2. tidak kena memangkah
(dlm permainan gasing); 3. tidak mendapat atau menghasilkan
sesuatu apa: beberapa kali si Kantan menebar jalanya, terkadangkadang
lekat dan terkadang-kadang ~;
berdebus berbunyi spt bunyi angin berhembus (burung
mengibaskan sayap, daun-daun kayu ditiup angin, dll).
debut bunyi spt bunyi angin keluar dr lubang yg sempit (spt bola kena
paku dsb).
debut (début) pertama kali memperlihatkan diri kpd umum (dlm
sandiwara, permainan, dll).
decak (décak) Kl melompat dgn sebelah kaki.
decap bunyi spt bunyi orang mengecap makanan;
berdecap-decap berbunyi spt bunyi orang mengecap makanan;
mendecap-decap membunyikan decap (kerana hairan, pelik, dll).
deceh (décéh) decap.
decik decit.
decing bunyi spt bunyi duit syiling dijatuhkan ke batu dll; cing.
67
decip bunyi spt bunyi unggas: di celah ~ unggas, Haji Idris bersuara
perit.
decit = decitan bunyi spt bunyi anak burung (anak ayam, tikus, dll);
berdecit, mendecit berbunyi spt bunyi anak ayam (anak burung,
tikus, dll): burung-burung yg malang itu berlompatan, sekalisekala
~.
decuh; ~-decah bunyi air (cecair) berkocak.
decup bunyi cup-cup spt bunyi benda kecil yg padat jatuh ke air;
berdecup berbunyi spt bunyi benda kecil yg padat jatuh ke air:
anak-anak ikan ~-decup menangkap kelekatu yg jatuh ke kolam itu.
decur bunyi spt bunyi air memancar;
mendecur 1. berbunyi spt air memancar; 2. memancur.
decus desus.
decut bunyi spt bunyi anak kecil menghisap botol susu;
berdecut berbunyi spt bunyi anak kecil menghisap botol susu: anak
itu menghisap botol susunya ~-decut.
dedah; mendedahkan 1. membuka (kain dsb); 2. menyebabkan atau
membiarkan kelihatan (sesuatu yg seharusnya tertutup atau
terselindung), membukakan (tidak bertutup), menampakkan
(sesuatu yg seharusnya tidak kelihatan: penjual makanan janganlah
hendaknya ~ makanan yg dijual mereka sehingga dihinggapi lalat;
dia terpaksa ~ mukanya pd pelanggan-pelanggan di kedai itu utk
mendapatkan sesuap pagi dan sesuap petang; 3. ki membawa kpd
pengetahuan umum (biasanya sesuatu keburukan atau kecurangan),
membentangkan atau memaparkan (sesuatu) kpd pengetahuan
umum: menteri itu ~ beberapa hal yg selama ini tidak diketahui
umum; indeks itu juga ~ beberapa kekurangan yg sebenar; 4.
menyebabkan atau menjadikan (seseorang) mengetahui atau
memahami sesuatu;
68
terdedah 1. terbuka (bkn pintu, tingkap): pintu bilik itu sentiasa ~
dan sesiapa sahaja dapat masuk; 2. tidak tertutup (bkn badan,
makanan, dll): penjaja itu membiarkan barang-barang jualannya
~; pahanya ~; 3. berada dlm keadaan terbuka kpd (pengaruh
sesuatu dsb): pd dasarnya orang Melayu makin ~ kpd dunia luar;
keterdedahan perihal (keadaan) terdedah: teknik ini ditentukan
oleh ~ atau keperluan ekonomi yg wujud dlm negeri;
dedahan 1. sesuatu yg didedahkan; 2. hasil mendedahkan;
pendedahan 1. perihal mendedahkan (memaparkan, menampakkan,
memperlihatkan): persajakan pd masa ini lebih cenderung kpd ~
perkara-perkara dan perasaan yg jelik dan tidak menyenangkan;
2. kegiatan, proses, dsb yg menjadikan seseorang mengetahui atau
memahami sesuatu yg dulunya asing kepadanya: oleh sebab itu
orang-orang Melayu yg mendapat ~ yg terendah kpd bahasa
Inggeris akan tersisih drpd aktiviti politik negaranya sendiri;
kursus ~ dan peningkatan tentang asas-asas bahasa.
dedai; berdedai-dedai berjalan berduyun-duyun (berturut-turut,
berbuntut-buntut, dll) dgn tidak beraturan: pasukan keselamatan
telah menyerang hendap pengganas komunis yg ~ di kaki bukit.
dedak I kulit padi yg menjadi serbuk ketika padi ditumbuk;
bagai padi hendakkan ~, bagai laki hendakkan kendak prb orang
yg suka menolak pemberian yg baik dan lebih suka membuat
pekerjaan buruk; minta ~ kpd orang mengubik prb minta bantuan
pd orang yg tidak mampu menolong.
dedak II; berdedak, mendedak bersesak-sesak, berapat-rapat (bkn
perahu dll).
dedak III; berdedak menaruh perasaan dendam atau sakit hati,
berdendam: memang sudah lama hati saya ~ melihat lagak lakumu
dlm negeri ini.
69
dedali dali-dali.
dedalu 1. sj tumbuhan (pokok), dalu-dalu; 2. semua jenis pokok
menumpang;
spt ~ api hinggap di pohon kayu; hinggap di batang, batangnya
mati, hinggap di ranting, rantingnya patah prb apabila orang yg
jahat bercampur dgn orang yg baik-baik, akhirnya rosaklah orang yg
baik-baik itu; dalu II.
dedap = ~ batik sj tumbuhan (pokok), Erythrina subumbrans;
~ hutan sj tumbuhan (pokok kecil), anting melayu, kekabu hutan,
Erythropsis fulgens; ~ laut sj tumbuhan (pokok kecil), akar
sergang, baru(-baru), membaru, Hibiscus tiliaceus; laksana bunga
~, merah ada berbau tidak prb orang yg rupanya elok tetapi tidak
berbudi bahasa; dadap II.
dedar I berasa panas-panas badan (spt hendak demam).
dedar II; mendedar Kd mengejar.
dedari dari-dari.
dedaru sj tumbuhan (pokok) dlm famili Icacinaceae, kayunya sesuai
dibuat perabot, papan lantai, dll, samala (di Sabah), Cantleya
corniculata.
dedas I bunyi (spt bunyi) letusan yg kecil-kecil;
mendedas berbunyi dgn berdetas.
dedas II Kl rasa tidak puas kencing.
dedau; mendedau ark berteriak (menjerit) dgn kuat.
dedaun pelbagai jenis daun, bak daun: ~ keladi air yg melilit di tiang
tangga menyulitkannya;
dedaunan daun-daunan.
dedaup daup-daup.
dedawai dawai-dawai.
dedeh (dédéh) dedes I.
70
dedek Jk dedak I.
dedel (dédél) Jk tetas, retas (jahitan, kelim, dll);
mendedel menetas, meretas (jahitan, kelim, dll).
dedeman (dedéman) bentuk spt bentuk potongan wajik.
dedemit Jk hantu; demit.
deder (dédér) Kl cuai, lalai.
dedes (dédés) I 1. potong (kerat, hiris) tipis-tipis (bkn daging dll); 2. Kl
habis, kikis, licin;
mendedes 1. memotong (mengerat, menghiris) tipis-tipis; 2. Kl
menghabiskan (mengikis).
dedes (dédés) II Id 1. musang; 2. kesturi.
dedikasi (dédikasi) 1. pengabdian diri, masa, dll sepenuhnya kpd sesuatu
tujuan tertentu (kerjaya dll); 2. inskripsi atau pengumuman yg
ditambah pd awal buku, gubahan muzik, dll yg ditujukan kpd
seseorang atau sesuatu;
berdedikasi menunjukkan atau memberikan dedikasi: diharapkan
bimbingan ini akan lebih merangsang mereka utk menjadi penulis
yg lebih ~ terhadap seni dan masyarakat;
mendedikasikan menujukan sesuatu (mesej sesebuah buku,
gubahan muzik, dll) kpd seseorang atau sesuatu sbg tanda
penghormatan atau kasih sayang: saya ingin ~ buku ini kpd Dewan
Bahasa dan Pustaka.
deduit duit-duit (sj pokok keladi).
deduksi (déduksi) 1. kesimpulan atau rumusan yg dibuat drpd maklumat
atau fakta yg ada; 2. perihal (perbuatan, kaedah, dsb) membuat
kesimpulan dgn berdasarkan maklumat atau fakta yg ada;
mendeduksikan 1. membuat kesimpulan (penemuan dll) drpd
keadaan yg umum kpd yg khusus: pengujian ini dilakukan dgn ~
71
penemuan itu drpd hipotesis tersebut; 2. merumuskan fakta
(kaedah) berdasarkan maklumat yg ada.
deduktif (déduktif) bkn kesimpulan (rumusan) yg dibuat berdasarkan
deduksi: keutamaan mestilah diberikan pd pendekatan ~ secara
betul dan cekap.
dedulang sj tumbuhan (pokok renek); dulang IV.
deejay bp DJ.
Deepavali (dipavali) hari perayaan bagi penganut agama Hindu.
de facto (di fékto) (Latin) pd hakikatnya, pd kenyataannya, sebenarnya;
kerajaan ~ kerajaan yg pd hakikatnya benar-benar berkuasa (sama
ada sah atau tidak dr segi undang-undang); pegawai ~ (Udg)
pegawai yg memegang sesuatu jawatan tanpa mengikut cara yg
ditetapkan oleh undang-undang.
defendan (déféndan) orang atau pihak yg didakwa atau dituntut dlm
mahkamah undang-undang: mahkamah boleh melaksanakan budi
bicaranya dan memerintahkan pihak ~ supaya memberikan
maklumat yg diminta oleh plaintif; mahkamah membebaskan
semua ~.
defensif (défénsif) bersikap mempertahankan pandangan (hak dll): dia
bersikap ~ terhadap warisannya.
defile (défilé) IB perbarisan (perarakan) tentera;
berdefile berbaris (bkn tentera).
definisi (définisi) kenyataan yg ringkas dan padat bagi menjelaskan
konsep atau makna sesuatu kata, frasa, dll, takrif: sebahagian besar
perkataan dlm kamus ini diberi ~ dan dituruti oleh kata seerti;
berdefinisi mempunyai definisi, bertakrif;
mendefinisikan memberikan definisi, mentakrifkan: ~ istilah;
pendefinisian perihal (perbuatan dsb) mendefinisikan, pemberian
definisi, pentakrifan.
72
definitif (définitif) IB pasti dan muktamad, pasti dan dapat memutuskan,
dapat dipertanggungjawabkan dan layak menjadi pegangan:
pendekatan ini saya gunakan utk memperoleh sesuatu yg ~
mengenai sastera dlm konteks tempatan dan kebangsaan.
defisit (défisit) kekurangan hasil pendapatan berbanding dgn perbelanjaan
yg diperlukan (bkn anggaran belanjawan dsb).
deflasi (déflasi) penurunan aktiviti ekonomi yg menyebabkan penurunan
tingkat output, guna tenaga, pelaburan, perdagangan, keuntungan
dan harga lebih rendah.
deformasi (déformasi) perubahan bentuk (tubuh dll) drpd yg baik kpd yg
kurang baik.
degam bunyi spt bunyi meriam (guruh, pintu ditutup dgn kuat dll);
berdegam, mendegam berbunyi spt bunyi meriam (guruh, pintu
ditutup dgn kuat, dll): sesudah dia masuk, pintu bilik itu pun ~
ditiup angin.
degan Jw nyiur muda.
degap I bunyi spt bunyi orang menghentakkan kaki ketika berjalan (bunyi
degupan jantung dll): sambil mendukung kedua-dua adiknya, ~ -~
dia naik ke rumah; ~-degup bunyi degap berulang kali;
degap-degap degap-degup;
berdegap-degap berbunyi degap-degap: melihat peristiwa yg
mengerikan itu, ~ hatinya; degup.
degap II; ark berdegap segak, tegap: kedua-dua pemuda yg menaiki
motosikal itu sama-sama ~ badannya.
degap III Tr; berdegap tinggi (matahari): Allah, kita terlewat, matahari
~ sudah!
degar bunyi spt bunyi orang memukul kayu (memecah pintu dll);
73
~-~ merapati =~-~ perapatkan prb perselisihan (dlm hal keluarga,
suami isteri) yg tidak merenggangkan tetapi mengeratkan lagi
perhubungan;
berdegar-degar 1. berbunyi degar beberapa kali; 2. ki besar dan
bersemangat (bkn percakapan seseorang): cakapnya dgn kita selalu
berdentum ~; cakap ~, tahi sangkut di gelegar prb cakap sahaja yg
besar tetapi tidak ada apa yg dikerjakan.
degil (bersifat) tidak mahu atau tidak mudah menurut kata atau menerima
nasihat, keras hati, tegar, keras kepala, kepala batu: budak itu
memang ~, makin dilarang makin lagi dibuatnya;
berdegil berkeras hati (tidak mahu berganjak drpd pendirian dsb),
enggan menurut perintah (suruhan, tegahan, dll): anak itu tetap ~
mengatakan bukan dia yg mencuri;
kedegilan perihal (sifat, sikap, dsb) berdegil, ketegaran, kekerasan
hati: kerana ~ merekalah maka mereka menjadi mangsa
kemalangan bom itu;
pendegil orang yg degil sifatnya: suaminya itu seorang yg sombong
lagi ~.
deging Jk; be(r)deging berkeras hati, tidak mahu mengalah.
degradasi (dégradasi) (Kim) proses penguraian sebatian yg kompleks kpd
bentuk yg lebih ringkas (lebih kecil): bahan kimia kerap kali
dicampurkan ke dlm bahan solekan utk menghalang ~ akibat
sinaran matahari.
deguk bunyi spt bunyi orang meneguk air; teguk.
degum I bunyi (spt bunyi) tembakan meriam: sekali letup, tiga ~nya; ~-
degam bunyi degum berkali-kali;
degum-degum degum-degam.
degum II Pr beguk, serah beruk.
degung 1. bunyi (spt bunyi) gong; 2. (Sunda) sj gamelan.
74
degup 1. bunyi spt bunyi benda jatuh ke tanah; 2. bunyi spt bunyi
denyutan jantung yg keras;
berdegup berbunyi degup: Haji Ibrahim juga cuba menguasai
kegusaran Ahmad walaupun dlm dirinya sendiri ~ debarandebaran
bimbang.
degur bunyi spt bunyi ombak memukul pantai dsb.
deh (déh) Jk bp sudah(lah).
dehak; be(r)dehak Kd terperanjat.
deham bunyi ham-ham spt bunyi batuk kecil yg tertahan-tahan;
berdeham, mendeham membuat bunyi deham atau berbatuk kecil
yg tertahan-tahan (utk menarik perhatian dll): apabila sampai di
halaman rumah, dia pun ~ sedikit sbg tanda dia sudah datang.
dehem (dehém) deham, daham.
de jure (di juri) menurut undang-undang, sah di sisi undang-undang;
pemerintah ~ pemerintah yg sah menurut hukum.
dek (dék) I Id, bp kain selimut.
dek (dék) II 1. geladak: selepas jam tiga petang, aku duduk di ~ sambil
melunjurkan kaki bermalas-malas; 2. (Hut) pelantar tempat kayu
balak diturunkan dr lori atau kereta api, biasanya di sisi kilang.
dek (dék) III kerana, oleh: lalu gegak gempitalah seluruh isi bumi
Malaysia ~ kegigihan pendiayah.
deka- (déka) awalan asing sepuluh, mis dekaliter dan dekagram.
dekad (dékad) jangka masa sepuluh tahun, dasawarsa.
dekade (dékade) IB dekad.
dekaden (dékadén) merosot atau mundur (dibandingkan dgn keadaan
sebelumnya yg begitu baik);
kedekadenan kemerosotan (nilai, mutu, dsb) berbanding dgn
keadaan sebelumnya (bkn tamadun, kesenian, dsb).
75
dekadensi (dékadénsi) IB kemerosotan (nilai, mutu dsb) atau kemunduran
berbanding dgn keadaan sebelumnya (bkn tamadun, kesenian, dsb).
dekagon (dékagon) poligon yg mempunyai sepuluh sisi.
dekagram (dékagram) ukuran berat yg bersamaan dgn sepuluh gram.
dekah, dekahan ketawa dgn suara yg tinggi, ketawa terbahak-bahak: hilai
dan ~ ketawa kakak mengganggu fikiranku; tiba-tiba terdengar
dekahan ketawa dr bilik itu;
berdekah-dekah ketawa (tertawa) dgn suara yg tinggi atau nyaring
(kerana terlalu geli hati), terkekeh-kekeh: kadang-kadang cerita itu
begitu lucu sehingga kami ketawa ~.
dekahedron (dékahédron) bongkah yg mempunyai sepuluh permukaan yg
rata.
dekak Pl pandai, bernasib baik.
dekak-dekak sj alat hitung orang Cina atau Jepun yg berupa pemidang
dgn bola-bola atau butir-butir kecil (yg digerak-gerakkan sewaktu
membuat perkiraan), sempoa.
dekaliter (dékaliter) ukuran isi padu yg bersamaan dgn 10 liter atau 0.01
meter padu.
dekam; berdekam, mendekam 1. duduk bersedia utk melompat
(menerkam), duduk spt kucing (harimau) ketika hendak menangkap
mangsanya, bertelut; 2. bp selalu berada di rumah, tinggal lama di
satu-satu tempat, berpengap, meringkuk: dlm masa cuti sekolah, dia
berdekam di rumah sahaja; 3. bp melekat, kekal (dlm ingatan dll):
kemalangan ngeri yg kulihat tempoh hari masih mendekam di
kepalaku.
dekameter (dékaméter) ukuran panjang yg bersamaan dgn 10 meter.
dekan sj tikus buluh, Rhizomys sumatrensis; ~ kecil, Rhizomys
pruinosus; bagai ~ di bawah pangkal buluh prb seseorang yg
pandai menyimpan rahsia.
76
dekan (dékan) ketua sesuatu fakulti di universiti.
dekang bunyi spt bunyi burung mencatuk kayu (zink dll): dr jauh
kedengaran bunyi ~ burung yg memecah kedamaian senja
kampung Talang;
berdekang-dekang mengeluarkan bunyi dekang berkali-kali:
burung-burung tukang galak ~ sepanjang malam.
dekap I dakap.
dekap II Mn dekat, hampir;
mendekap 1. mendekat 2. melekat;
mendekapkan mendekatkan;
memperdekap menjadikan lebih dekat, memperdekat.
dekar (dékar); mendekar ark bermain pedang;
pendekar 1. orang yg pandai bermain senjata; 2. askar dll yg gagah
berani, pahlawan.
dekat 1. tidak jauh jaraknya atau antaranya dr, hampir: rumahnya ~ dgn
kedai; budak itu datang dan duduk ~ saya; Sungai Siput letaknya ~
sahaja dgn Kuala Kangsar; 2. hampir (bkn waktu, masa, jumlah,
dll): siang tadi aku tidur ~ sejam lamanya; wang yg
dikumpulkannya sekarang ini sudah ~ seribu ringgit; 3. bp kata yg
menunjukkan tempat, di: makan ~ rumah kita pun hendak pakai
garpu; 4. tidak lama lagi, hampir (akan berlakunya sesuatu):
peperiksaan akhir tahun sudah ~; 5. rapat (bkn hubungan
persahabatan, persaudaraan, dll), karib: penghulu kampung itu ~
benar dgn anak buahnya; dia itu saudara ~ saya;
~ dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk prb perkataan atau pengakuan
yg dapat dibuktikan kebenarannya; ~ tak tercapai jauh tak
berantara prb sesuatu yg diinginkan tetapi tidak berdaya utk
mendapatkannya;
dekat-dekat dekat (tidak jauh) antara satu dgn yg lain, rapat-rapat;
77
berdekat 1. berada (duduk dsb) dekat atau hampir (dgn yg lain atau
antara satu dgn yg lain): mereka berdua tidak boleh ~, kalau ~,
pasti berlaku pertengkaran; 2. sl berhubungan rapat, berapat,
berbaik; 3. ki = berdekat-dekat, berdekat-dekatan bergandingan,
bercampur: kesukaan itu selalu ~ dgn kedukaan;
berdekat-dekat, berdekat-dekatan 1. (berada, duduk, dsb) dekat
antara satu dgn yg lain, berapat-rapat: apabila menonton
pertandingan bola sepak di stadium, mereka suka duduk ~; 2. ki
bergandingan, berdekat;
berdekatan 1. berada atau terletak dekat (dgn sesuatu tempat),
berhampiran: rakit itu kemudiannya dihanyutkan ke dlm sungai yg
~; kejadian rompakan itu telah dilaporkan ke balai polis yg ~; 2. =
berdekat-dekatan; 3. dekat (dgn sesuatu), berhampiran (dgn);
mendekat 1. pergi (datang) dekat atau hampir ke sesuatu atau kpd
seseorang: basikal penjual mi goreng itu semakin ~; 2. hampir tiba
atau sampai: semua penduduk di daerah pedalaman telah
dipindahkan dgn serta-merta kerana serangan musuh telah ~; 3.
mahu berbaik-baik;
mendekati 1. pergi (datang) dekat kpd, menghampiri (sesuatu atau
seseorang), merapati, datang berdekatan dgn: saya ~ peti radio dan
kemudian menutupnya; 2. hampir tiba pd (masanya dll), menuju ke
(waktunya): setiap saat yg berlalu bererti peperiksaan ~ masanya;
3. (hendak) berbaik-baik, berhubungan erat dgn: Amerika Syarikat
dan Rusia sama-sama berlumba utk ~ negara-negara yg baru
muncul; 4. hampir mencapai (bkn umur dll): usianya sudah ~ empat
puluh tahun; 5. mengambil langkah dsb utk melaksanakan tugas
dsb atau mengatasi masalah: ada beberapa cara kita boleh ~
masalah itu; 6. seakan-akan, hampir menyerupai (menyamai):
gambaran yg ~ kenyataan;
78
mendekatkan 1. meletakkan dsb supaya dekat atau berhampiran
dgn, merapatkan, menghampirkan, mendampingkan: tong itu
didekatkannya ke tepi perigi dan kemudian diisinya penuh-penuh
dgn air; 2. menjadikan erat atau rapat (bkn perhubungan antara dua
orang dll), merapatkan: sifat-sifatnya yg demikian itu ~ dia padaku;
agama Islam telah ~ bangsa-bangsa tersebut kpd arus intelektual
dunia;
memperdekat menjadikan lebih dekat (rapat, erat, dll),
mempererat, merapatkan lagi: hajat baginda hendak meminang
puteri itu, di samping ~ dan mempererat hubungan dua buah
negara itu;
terdekat dekat sekali, paling dekat: pelabuhan besar negara asing
yg ~ dgn Malaysia ialah Singapura;
kedekatan perihal dekat, kedudukan (letak, keadaan, pertalian,
dsb) yg dekat dgn, kehampiran: pd hakikatnya kesan itu adalah ~
suasana drama itu dgn realiti; ~ penggunaan bahasanya kpd
bahasa sehari-hari;
pendekatan 1. perihal (perbuatan dsb) mendekati atau
mendekatkan: ~ diri kpd Allah; 2. kaedah (cara, langkah-langkah,
dsb) yg diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas
(mengatasi masalah dll): dlm beberapa aspek, mereka terpaksa
berbalik semula kpd ~ yg digunakan ketika mereka mula berusaha
meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara mereka.
dekatlon (dékatlon) (Suk) pertandingan utk peserta lelaki yg
dilangsungkan selama dua hari, terdiri drpd 10 acara, iaitu lumba
lari 100 meter, lompat jauh, lumba lari 400 meter, lontar peluru,
lompat tinggi, lari berpagar 110 meter, lempar cakera, lombol
bergalah, merejam lembing dan lumba lari 1500 meter.
deket (dékét) Kl melekat (buah-buahan dll).
79
dekih; mendekih, mendekih-dekih, terdekih, terdekih-dekih tertawa
kecil.
dekil Jk selekeh, berdaki, kotor.
deking (déking) IB 1. bp tempat berlindung, lindungan, perlindungan; 2.
bp cagaran: ketika meminjam wang tempoh hari, tanahnya
dijadikan ~; 3. bp pelindung, penaung;
dideking 1. bp dihalangi, disekat; 2. dilindungi, dinaungi.
dekit; berdekit, berdekit-dekit ketawa kecil: Midah tidak menjawab
pertanyaanku, hanya ketawa ~ sambil menundukkan kepalanya.
deklamasi (déklamasi) pembacaan sajak dsb dgn irama suara, gaya dan
penuh perasaan: ~ sajak;
berdeklamasi membaca (sajak dll);
mendeklamasikan membacakan (menyampaikan) sajak dll utk
didengari: dia telah ~ sajaknya sejak setahun yg lalu;
pendeklamasian perihal atau perbuatan mendeklamasikan: ~ sajak;
pendeklamasi orang yg mendeklamasikan sajak, puisi dsb: beliau
juga mendapat pengiktirafan sbg penulis dan ~ puisi tanah air.
deklarasi (déklarasi) 1. wang biaya (perjalanan dll); 2. pernyataan yg
ringkas dan jelas (tentang sesuatu).
deknu (déknu) Kl di sana, di sesuatu tempat yg lain.
dekor (dékor) 1. IB perlengkapan pentas (spt tirai, hiasan, dll) utk
pertunjukan sandiwara; 2. gaya atau keseluruhan alat hiasan yg
memberikan wajah tertentu kpd sesuatu tempat (spt bilik, rumah,
dsb): sesuai dgn struktur pembinaannya, ~ banglo berwajah antik
ini turut melahirkan imej sebagaimana yg dikehendaki oleh
tuannya.
dekorasi (dékorasi) 1. hiasan, gambar hiasan; 2. bintang kehormatan yg
dianugerahkan kerana bakti (jasa).
80
dekoratif (dékoratif) bkn sesuatu yg digunakan sbg hiasan: pemilihan
kata-katanya bukan sbg sesuatu yg ~ ataupun simbolik.
dekret (dekrét) IB dekri.
dekri (dékri) perintah (undang-undang dll) yg dibuat oleh pihak berkuasa,
raja, pemerintah, dll;
~ mutlak perintah muktamad drpd mahkamah yg menamatkan atau
membubarkan sesebuah perkahwinan sepenuhnya (bkn orang bukan
Islam); ~ nisi perintah mahkamah supaya sesebuah perkahwinan
dibatalkan dlm tempoh masa yg tertentu melainkan ada sebab yg
munasabah utk menghalangnya (bkn orang bukan Islam);
mendekrikan memerintahkan: pemerintah ~ wujudnya satu badan
kerajaan yg akan ditubuhkan mengikut bentuk-bentuk tertentu.
dekron (dékron) dakron.
dekstrin (dékstrin) (Bio) bahan melekit yg digunakan sbg agen pemekat
dlm makanan, dan sbg gam.
dekstrosa (dékstrosa) (Ubat) gula yg sering diberikan kpd pesakit secara
suntikan ke dlm vena utk mengatasi masalah kekurangan air tubuh
atau utk menggantikan cecair dan zat makanan yg hilang semasa
pembedahan.
deku; berdeku Jk bertelut, duduk berlutut.
dekuh I = ~-dekah bunyi spt bunyi orang ketawa;
berdekuh = ~-dekah berbunyi spt bunyi orang ketawa.
dekuh II Kl; putik ~ masih putik benar (bkn buah-buahan).
dekuk; berdekuk-dekak berbunyi spt bunyi orang berjalan memakai
terompah: Ummu Abdu muncul dgn terompahnya yg ~ bentukbentuk
tertentu.
dekunci sj tumbuhan (pokok), temu kunci, Gastrochilus pandurata.
dekung degung.
81
dekus; berdekus, mendekus mengeluarkan bunyi yg menghembushembus
(bunyi kucing, harimau, dll), mendengus.
dekut bunyi spt bunyi burung punai (tekukur dll);
berdekut mengeluarkan bunyi ‘kut’ utk memikat burung (ikan dll):
Pak Hamid kaki ~. Pak Hamid tak takut bermalam di hutan;
mendekut memanggil (burung dll yg hendak dipikat) dgn
mengeluarkan bunyi tertentu: ruak-ruak mesti didekut setiap
malam.
delah sj ikan laut, bangan, merah cina, Caesio spp.; ~ karang sj ikan laut,
pinang-pinang, Gymnocaesio spp.
delak delik I.
delamak sj kain (yg bersulam) utk penutup (pembalut) tudung saji.
delan riak kecil yg disebabkan oleh ikan (dlm air).
delap Jw ark tidak tahu malu.
delapan lapan, angka (bilangan) tujuh ditambah satu; ~ belas 18; ~ puluh
80.
delat; berdelat-delat Ph berkelip-kelip, berkilat-kilat.
delegasi (délégasi) 1. rombongan yg mewakili sesebuah negara dlm
perundingan (persidangan dsb), perwakilan; 2. tindakan
mengamanahkan atau menurunkan hak (kuasa, tugas,
tanggungjawab, dsb) kpd seseorang lain (mis kpd penolong dsb); 3.
Id pemindahan wang atau hutang kpd orang lain;
mendelegasikan mengamanahkan atau menurunkan hak (kuasa,
tugas dan tanggungjawab, dsb) kpd seseorang lain (mis kpd
penolong dsb).
delegat (délegat) IB wakil, urusan.
delemak delamak.
deleman (déleman) delman.
deler (delér) IB anggota Dewan Hindia pd zaman penjajahan.
82
deli delik I.
delik I sj tumbuhan (pokok), Memecylon caloneuron; ~ air a) sj
tumbuhan (pokok kecil), bangas putih, delima burung, Memecylon
dichotomum; b) = ~ bangas = ~ putih sj tumbuhan (pokok kecil),
medang nasi-nasi, Memecylon edule; ~ bukit = ~ limau manis = ~
tembaga sj tumbuhan (pokok kecil), medang berunit (bunut),
Anisophyllea apetala; ~ jambu putih sj tumbuhan (pokok renek),
api-api hutan, kelat batu, Memecylon coeruleum.
delik II Jw; mendelik terbuka luas (spt mata orang yg memandang dgn
marah), membelalak (bkn mata), menyalang: dekat mereka terdiri
mandurnya, masing-masing dgn tongkat semambu sambil mata ~,
kumis melintang di atas bibirnya;
mendeliki memandang dgn mata terbelalak pd.
delik (délik) IB perbuatan yg melanggar undang-undang; kena ~ bp
didakwa kerana melanggar undang-undang.
delima sj tumbuhan (pokok renek), Punica gramnatum;
~ burung sj tumbuhan (pokok renek), daun pekan, delik air,
Memecylon dichotomum; ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek),
cempaka tanjung, Gardenia tubifera;
~ merekah warna bibir yg elok; batu ~ sj permata (berwarna merah
muda); warna ~ warna merah muda; spt daun ~ dgn bunganya prb
hidup yg tidak berguna.
delinggam sedelinggam.
delinkuen (délinkuen) bersikap melanggar undang-undang (yg tidak
serius) atau melakukan perkara yg tidak diterima masyarakat.
delman (délman) sj kereta kuda yg beroda dua.
delta (délta) I lanar yg berbentuk segi tiga di muara sungai: di kuala
sungai itu terjadi suatu ~ bertentangan dgn Pulau Trinidad.
83
delta (délta) II huruf keempat dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol ,
.
deltiologi (déltiologi) pengumpulan dan kajian tentang poskad.
deluang jeluang.
delujur jelujur.
delung ark; mendelung cengkung atau lekuk (bkn mata).
delusi (délusi) pendapat (idea, kepercayaan, dll) yg silap atau
mengelirukan: dia mengalami ~ kebesaran.
delut jelut.
dem bp timbunan kereta rosak atau tua.
dema (déma) Pr mereka (semua).
demagog (démagog) pemimpin politik yg cuba mendapatkan sokongan
orang ramai melalui ucapan dan hujahnya yg penuh emosi tetapi
tidak munasabah atau tidak rasional.
demagogi (démagogi) kaedah atau amalan penguasaan politik dgn
membangkitkan atau mengapi-apikan perasaan rakyat secara yg
tidak rasional: masyarakat yg dipimpin oleh seseorang pemimpin
yg menguasai fahaman ~ akhirnya mencetuskan Perang Dunia
Kedua.
demah I benda (spt pasir, air, dll yg dipanaskan) utk menuam bahagian
badan yg sakit;
mendemah menekankan demah pd bahagian badan yg sakit,
menuam: pd malam itu juga kaki yg bengkak itu didemah dan
diurut.
demah II Kd tumbuh.
demam 1. penyakit yg menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa; 2.
kenaikan suhu tubuh yg melebihi suhu biasa: semalam saya ~, saya
tidak pergi kerja; 3. ki keghairahan utk sementara waktu: ~ pop
enam puluhan;
84
~ berselang (berlat, berganti hari) demam yg tidak terus-menerus;
~ cupak Kl demam tubuh tetapi pesakit masih berselera utk makan;
~ denggi demam akibat virus yg disebarkan melalui gigitan nyamuk
Aedes; ~ denggi berdarah demam denggi yg berbahaya (boleh
membawa maut); ~ dingin (gigil, ketar, sejuk) demam kerana
penyakit malaria (menyebabkan badan terasa sejuk dan menggigil);
~ kepialu demam kerana sj penyakit yg disebabkan oleh kuman dlm
makanan atau air yg kotor; ~ ketulangan demam yg disertai oleh
rasa sengal-sengal tulang; ~ kuning sj penyakit berjangkit yg
menyebabkan warna badan penghidapnya menjadi kekuningkuningan
(kerana sakit pd hempedu); ~ merah sj penyakit
berjangkit yg disebabkan bakteria Streptococcus pyogenes yg
dicirikan dgn demam, sakit kerongkong, sakit kepala dan bintikbintik
merah pd kulit; ~ panas demam dgn suhu badan yg tinggi; ~
puyuh demam pura-pura (bukan sebenarnya demam); ~ reumatik
penyakit yg menyebabkan demam serta bengkak dan rasa sakit pd
sendi; ~ selesema (sesa-sesa) demam yg menyerang saluran-saluran
pd paru-paru dan menyebabkan pesakit berasa kesejukan dan selalu
mengeluarkan hingus, influenza; ~ skarlet demam merah;
mendemamkan menyebabkan (menjadikan) demam, membuat
(seseorang) demam: esoknya Jamilah bertandak-tandak pula
sambil memomokkan mukanya herot-merot, ~ budak-budak yg
memandang;
terdemam, terdemam-demam menjadi (kena) demam: kanakkanak
itu ~ selepas menonton filem cerita hantu.
deman Jw ark demen.
demang 1. ketua daerah; 2. sl gelaran ketua daerah: D~ Lebar Daun.
demap ark pelahap, gelojoh, pajuh, rakus.
85
demarkasi (démarkasi); garis ~ garis sempadan yg memisahkan dua
daerah yg dikuasai oleh angkatan tentera yg bermusuhan.
dembam bunyi spt bunyi buah nyiur jatuh dsb;
berdembam jatuh dgn berbunyi dembam.
demberang, demberangan bunyi spt bunyi tembakan senapang (bedil
dsb).
dembun bunyi spt bunyi benda berat jatuh (bunyi menepuk tilam dll);
berdembun, berdembun-dembun berbunyi spt bunyi benda berat
jatuh.
demdem sj peluru yg boleh menyebabkan maut atau cedera parah;
dumdum.
demek Jk belum kering benar, lembap.
demen Jw rasa suka akan seseorang atau sesuatu spt muzik, memancing
dsb.
demi 1. sebaik sahaja (didengar, dilihat, dll), pd ketika: dia jatuh pengsan
~ didengarnya berita kemalangan yg menimpa anaknya; 2.
dengan, atas (nama Tuhan dll, diucapkan sewaktu bersumpah,
berikrar, dsb); ~ Allah, saya berkata benar; 3. kerana, untuk: ~
kepentingan dan kebajikan rakyat, maka berbagai-bagai
rancangan pembangunan yg besar dijalankan; 4. yg satu (seorang)
mengikuti yg lain, lepas (satu atau seorang diikuti pula oleh yg
lainnya); dilihat dan ditiliknya gambar itu, satu ~ satu;
berdemi; ~ Allah bersumpah dgn (atas) nama Allah.
demi-finale IB setengah (separuh) akhir (bkn pertandingan, perlawanan
dsb).
demik Mn; mendemik menampar (menepuk) dgn tapak tangan.
demikian begitu, begini, seperti itu (ini); ~lah halnya begitulah halnya;
oleh yg ~ oleh (hal) yg begitu; dlm ~ itu ketika itu; tak ~ mahal
tidak begitu mahal;
86
sedemikian seperti (sebagai) itu, sebegitu: Esah telah bertahun
hidup ~; kalau ~ indah kalau sebegitu indah.
demiliterisasi (démiliterisasi) pembebasan drpd hubungan-hubungan
(sifat-sifat dll) ketenteraan, penarikan tentera drpd sesuatu daerah
dll (utk menjadikannya bebas drpd kekuasaan dsb tentera);
mendemiliterisasikan membebaskan drpd hubungan-hubungan
(sifat-sifat dll) ketenteraan (bkn pemerintahan, pentadbiran, wilayah
dll).
demis pipih (bkn hidung).
demisioner (démisionér) IB yg sudah tamat tempoh perkhidmatan tetapi
masih bertugas, sementara menanti ganti (bkn kabinet dll).
demit = dedemit orang halus, orang bunian.
demo (démo) I ark sj kereta yg beroda tiga.
demo (démo) II Kl awak.
demo (démo) III bp demonstrasi.
demobilisan (démobilisan) bekas anggota askar yg telah ditamatkan
perkhidmatannya.
demobilisasi (démobilisasi) penamatan perkhidmatan (bagi tentera yg
dikerah ketika perang);
mendemobilisasikan menghapuskan (menamatkan) pengerahan
tentera, menghentikan (menamatkan perkhidmatan) tentera yg
dikerah ketika perang.
demografi (démografi) kajian tentang ciri-ciri perkembangan penduduk
(dr segi saiz, kepadatan, taburan, kelahiran, kematian, dsb) dlm
tempoh waktu tertentu: faktor ~ menyebabkan orang lambat-laun
berusaha memperoleh kerja.
demokrasi (démokrasi) 1. pemerintahan oleh rakyat atau wakil yg dipilih
dlm pilihan raya; ~ berparlimen (perwakilan) pemerintahan
demokrasi yg dijalankan secara perwakilan; 2. unit politik atau
87
sosial yg pd dasarnya dikuasai oleh semua anggotanya; 3. keadaan
sosial tanpa perbezaan keistimewaan kelas;
berdemokrasi mengamalkan atau berasaskan prinsip-prinsip
demokrasi;
mendemokrasikan menjadikan berdemokrasi, menjadikan sesuatu
berasaskan demokrasi;
pendemokrasian perihal (tindakan, proses, dsb) mendemokrasikan:
~ pilihan raya; ~ pendidikan peluang mendapat pendidikan
bermutu.
demokrat (démokrat) penyokong demokrasi atau prinsip-prinsip
demokratik.
demokratik (démokratik) 1. dicirikan dgn, terbit drpd, berkaitan dgn
prinsip-prinsip demokrasi; 2. menjunjung atau menyokong
demokrasi atau kepentingan rakyat biasa;
mendemokratikkan menjadikan demokratik.
demokratis (démokratis) Id demokratik.
demonstran (démonstran) IB penunjuk perasaan.
demonstrasi (démonstrasi) 1. penerangan, peragaan, dll tentang cara kerja
sesuatu mesin, keluaran, dll; 2. tunjuk perasaan dgn cara berkumpul
beramai-ramai, berarak, dll: para pelajar membuat kacau dan
mengadakan ~;
berdemonstrasi menunjuk perasaan (kerana memprotes dll);
mendemonstrasikan menunjukkan serta menerangkan cara
menggunakan sesuatu (spt mesin, alat solek, dll) atau cara-cara
melakukan sesuatu;
pendemonstrasian proses atau perbuatan mendemonstrasikan
sesuatu: ~ itu memang mustahil dilakukan pd waktu ini.
demonstratif (démonstratif) cenderung melahirkan perasaan sendiri: dia
seorang yg ~.
88
demonstrir (démonstrir) IB; mendemonstrir mendemonstrasikan.
demoralisasi (démoralisasi) IB kemerosotan atau kejatuhan taraf akhlak.
dempak I 1. tidak runcing atau tidak lancip (bkn haluan perahu, topi,
rumah, dll); 2. pepat, lebar bilahnya (bkn pisau dll); 3. bongok,
gemuk pendek (bkn tubuh badan dll).
dempak II; berdempak bertembung, bersua, bertemu: apabila ~,
Jamilah menegur dan Busu pun terhenti.
dempang I bunyi spt bunyi benda kosong (tong dll) jatuh;
berdempang-dempang 1. berbunyi (beberapa kali) spt bunyi tong
kosong jatuh; 2. ki berbual, berborak.
dempang II damping, rapat, dekat: maka bahtera itu pun ~ ke pulau.
dempek (démpék) menumpang (naik) kereta (basikal dll).
dempet (dempét) Jk; berdempet berapat-rapat, berhimpit(-himpit), terlalu
dekat (berdampingan);
kedempet terhimpit, tersepit.
dempet (démpét) rapat melekat spt pisang kembar;
berdempet berapat-rapat, berdekat-dekat, berdampingan,
berhimpit;
mendempetkan mendekatkan rapat-rapat, merapatkan hingga
bertemu (bercantum, melekat): dia ~ pipinya ke pipi budak itu;
terdempet dlm keadaan berdempet, terlekat: dia sudah bersiap
hendak ke situ dgn parangnya ~ di pinggangnya.
dempir bunyi yg nyaring spt bunyi canang dll.
dempit kepit, sepit, rapat; ~ tidak bersanggit, ditambat tidak bertali prb
lelaki perempuan yg bersekedudukan dgn tidak bernikah.
dempuk; berdempuk berlanggar (dgn), bertumbuk (dgn);
terdempuk terlanggar (pd), tertempuh (pd), terhantuk (pd):
bahunya ~ pd pintu istana.
89
dempul gala-gala yg biasanya diperbuat drpd campuran kapur dan minyak
jarak (utk menutup lubang pd kayu dll);
mendempul menutup lubang (celah) dgn dempul.
dempung bunyi spt bunyi benda jatuh ke air dsb.
demuduk sj ikan laut, berkas, Carangoides spp.
demukut Kd temukut.
demut; terdemut-demut perlahan-lahan (bkn gerakan, gerak-geri),
lambat-lambat, terembut-embut (gerakan nafas dll), terkemutkemut.
den (dén) I Jw singkatan bagi raden.
den (dén) II Mn aku, saya.
dena (déna) dina II.
denah (dénah ) I rajah, bagan, peta.
denah (dénah) II; hantu ~ sj hantu yg menyebabkan kaki menjadi
bengkak.
denai bekas jejak binatang di hutan (semak, belukar, dll): ~ babi; ~ gajah;
ikut ~ berjalan mengikut jejak binatang;
bagai anjing melintang ~ prb seseorang yg sombong (gembira);
bagai ~ gajah lalu prb kerosakan yg besar;
berdenai mempunyai denai: lereng bukit yg ~.
denak 1. burung atau binatang pemikat (utk menarik burung atau binatang
yg hendak diperangkap dsb), umpan: Dolah batuk menguku-nguku
macam ~ tekukur melawan; ayam ~ a) ayam hutan; b) ayam katik;
~ penunggul (burung) pemikat yg dilekatkan pd tunggul kayu; spt ~
mencari lawan prb seseorang yg gagah dan berani. 2. Kd telur yg
digunakan utk mengumpan ayam supaya bertelur.
dencang bunyi yg bergemerencang (spt bunyi pedang yg bersentuhan).
dencing decing, denting.
90
denda 1. hukuman berupa wang, sejumlah wang yg (mesti) dibayar
(kerana telah melakukan sesuatu kesalahan spt melanggar peraturan,
undang-undang, dll): setelah membayar ~, orang itu dilepaskan; 2.
hukuman (biasanya berkaitan dgn kesalahan yg agak kecil): ~ atas
murid yg datang lambat;
mendenda 1. menjatuhkan (mengenakan) denda, menghukum dgn
memutuskan supaya yg bersalah membayar sejumlah wang:
mahkamah berkuasa menghukum atau ~ orang-orang yg didapati
bersalah; 2. menghukum (biasanya berkaitan dgn kesalahan yg
agak kecil): ayahnya ~nya kerana kecuaiannya itu; didenda dgn
emas yg habis, dipancung dgn pedang yg hilang prb denda pd
nama sahaja, yg dikehendaki hanyalah perdamaian;
dendaan 1. hukuman berupa wang, denda: ~ hakim itu sangat
berat; 2. wang yg dibayar sbg memenuhi hukuman, wang dr denda:
tiap-tiap ~ yg dikutip dijadikan sebahagian drpd hasil negeri;
pendendaan perihal (perbuatan) mendenda.
dendalu dedalu.
dendam 1. = ~ berahi perasaan cinta dan kasih yg amat sangat terhadap
seseorang: Si Bidin rupanya ada menaruh ~ pd Esah; 2. = ~ hati
perasaan (keinginan) hendak membalas perbuatan seseorang
(biasanya perbuatan jahat): orang duduk di kampung memang
tolong-menolong, tidak boleh menaruh ~;
~ benci = ~ kesumat rasa dendam dan benci yg mendalam;
membalas ~ = melepaskan ~ melakukan sesuatu yg tidak baik sbg
membalas kejahatan seseorang dan memuaskan dendam hati yg
terpendam; menaruh ~ menyimpan (memendam) perasaan ingin
membalas perbuatan jahat seseorang; rindu ~ perasaan rindu yg
amat sangat;
91
berdendam menaruh dendam: Karim memang sudah lama ~
hendak membinasakan Pak Sudin;
berdendam-dendaman saling menaruh dendam;
mendendam, mendendami menaruh dendam pd: Panglima Hitam
tidak berkata apa-apa sebab ianya ~ Portugis yg digelarnya lanun
itu; dendam ~ saling menaruh dendam;
dendam-mendendam saling mendendami;
mendendamkan menaruh dendam mengenai sesuatu hal (perbuatan
dsb): orang-orang itu sudah lama ~ hal orang-orang berasmara di
tempat itu;
dendaman perasaan dendam: tidak pula timbul ~ dlm hatinya
terhadap orang yg mengkhianatinya;
kedendaman perasaan dendam, dendam: ~nya terhadap gadis itu
makin mendalam;
pendendam (orang yg) suka berdendam, (orang yg) suka menaruh
dendam: budak itu bukan sahaja seorang yg degil tetapi juga
seorang yg ~.
dendan dandan I & II.
dendang I sj burung, gagak, Corvus macrorhynchos;
~ laut sj burung, Sula leucogaster; burung ~ air = ~ laut sj burung,
kosa, Phalcrocorax carbo; ~ (meng)gonggong telur prb perempuan
hodoh berpakaian cantik; dandang III.
dendang II 1. sj kumbang yg hitam, Cantharis hirsticornis; 2. sj
kumbang yg perang kemerah-merahan, Illectica testaceae.
dendang III dandang II.
dendang (déndang) nyanyian (lagu yg dinyanyikan) utk bersuka-suka atau
menghiburkan hati; dgn ~ ki dgn mudah sahaja;
92
berdendang, berdendang-dendang bernyanyi (berlagukan)
dendang, bernyanyi (-nyanyi) utk bersenang-senang hati: mereka
terus ~ dan berpantun;
orang ~ di pentasnya, orang beraja di hatinya prb tiap-tiap orang
berkuasa di tempat masing-masing; sambil ~ biduk hilir prb
membuat dua tiga pekerjaan dgn sekali gus;
mendendangkan menyanyikan dendang (utk bersuka-suka hati),
menyanyikan (lagu yg menghiburkan): suara burung hantu
bersahut-sahutan di tengah rimba ~ lagu disahuti dgn suara
pungguk yg lanjut sayu; kedengaran di radio, biduan P. Ramlee
sedang ~ lagu “Merak Kayangan”;
dendangan (lagu dsb) yg didendangkan oleh seseorang: lagu
merdu ~ biduanita Saloma.
dendeng (déndéng) I daging tipis yg dirempahi dan dikeringkan: ~ daging
rusa;
mendendeng membuat dendeng.
dendeng (déndéng) II; mendendeng 1. menayangkan atau menunjukkan
(gambar, surat, dll) tetapi tidak diberi pegang: dia ~ gambar
kawannya kpd saya; 2. melindungi (menutupi) dgn sesuatu benda
yg lebar;
terdendeng tertayang atau tergantung (bkn gambar, cermin, dll):
gambarnya ~ di dinding bilik tidurnya.
denderam I sj tumbuhan (pokok), meneram, mengeram, neram,
Dipterocarpus oblongifolius.
denderam II sj kuih yg dibuat drpd tepung beras dan gula melaka,
dibentuk spt roda atau bulat leper yg berlubang di tengah, peniaram.
dendrokronologi (déndrokronologi) pentarikhan umur sesuatu pokok dgn
menghitung gelang pd keratan rentas batang pokok berkenaan.
dendulang sj tumbuhan (pokok renek); dulang IV.
93
dener (dénér) Kl keadaan yg basah (berair, lembap, dll), berair, basah.
dengak ark; terdengak terdongak (kepala).
dengan I 1. (ber)serta, bersama, disertai (oleh), ditemani (oleh): saya
pergi menonton wayang ~ adik saya; seorang tua ~ anaknya sekali
telah mati terbunuh; 2. kata yg digunakan utk menunjukkan cara
sesuatu itu dilakukan (dicapai dll) atau alat dsb yg digunakan:
Ahmad membelah durian ~ parang; kerja ini dapat diselesaikan ~
kerjasama yg erat drpd semua pihak; menambah ilmu
pengetahuan ~ membaca; 3. melawan, menentang: bergaduh ~
adiknya; berperang ~ musuh; 4. kata yg menunjukkan atau
menyatakan keadaan (gaya dsb): Ahmad menerima hadiah itu ~
terketar-ketar; menjerit ~ sekuat hati; menghadapi masalah ~
tenang; 5. oleh, kerana, atas; ~ nama Allah atas nama Allah; ~ yg
demikian oleh yg demikian; 6. kata utk menyatakan hubungan
kesesuaian (kecocokan, keselarasan, dsb): tindakan yg diambil
sesuai ~ keadaan; sependapat ~ saya; 7. kata yg menjelaskan
sesuatu perolehan (pencapaian dsb): ramai pelajar yg lulus ~
mendapat gred dua; 8. kata yg menunjukkan tumpuan sesuatu
perbuatan (sikap, pernyataan, dll): Sukor akan berbincang ~ dia
sebelum membuat keputusan; barangkali demikian juga halnya ~
cerpen-cerpen di dlm Rintisan; 9. bp pada: ~ dia semua boleh.
dengan II 1. sl sahabat, kawan, teman; 2. Mn, sl hamba, sahaya: Datuk
Bendahara itu banyak sungguh ~nya; 3. sl saya, aku.
dengap; berdengap 1. berdenyut kencang (bkn jantung), berdebar:
selepas berlari berkeliling padang itu beberapa kali, jantungnya
mulai ~; 2. sesak nafas;
mendengap mendenyut-denyut (bkn jantung dll): kepalanya ~
selalu.
94
dengar; panggil tak ~ ki jauh (sekali); corong ~ Id corong alat
mendengar; salah ~ salah menangkap (percakapan, kata-kata yg
dituturkan, dll);
dengar-dengar menurut khabar yg diterima, menurut yg diketahui:
~nya Idah selalu bergaduh di sana; ~ angin menurut khabar angin;
berdengar Mn didengar(kan), dipedulikan, diturut(kan);
mendengar 1. menangkap (bunyi, suara) dgn telinga: pd mulanya
dia tidak ~ orang mengetuk pintu; 2. mendapat (khabar, berita, dll),
mendapat tahu: setelah ia ~ khabar Raja Iskandar datang, maka
Raja Kida Hindi pun menghimpunkan segala rakyat dan raja-raja;
3. memberikan perhatian kpd kata-kata dsb seseorang (utk
mengikutnya, mempertimbangkannya, dsb), mempedulikan,
mengikut (kata, suruhan, dll): kerana si isteri ~ hasutan orang,
kedamaian rumah tangga tidak terdapat di rumahnya; ~,
mengingat (menimbangkan) memutuskan Id (digunakan berkaitan
dgn) proses membuat sesuatu keputusan (resolusi); dengar cakap
enggang, makan buah beluluk, dengar cakap orang, terjun masuk
lubuk prb hendaklah berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu
pekerjaan, jangan mendengar cakap orang; didengar ada, dipakai
tidak prb tidak mengikut nasihat;
mendengarkan, mendengari 1. mendengar akan (sesuatu): fikiran
Khatijah semakin terang apabila ~ suara takbir memuji Tuhan;
kemudian Datuk Ujang menceritakan kisah yg pernah
didengarinya drpd seorang komunis yg ditawan; 2. mengendahkan,
mempedulikan, mengikutkan (nasihat, bujukan, dll): jangan kamu
dengarkan sangat cakap orang;
memperdengarkan 1. melakukan sesuatu (spt memainkan alat
muzik, menyanyikan lagu, dsb) supaya didengar oleh orang lain,
menyiarkan (lagu dsb) melalui radio: Hamzah sering diundang utk
95
~ gesekan biolanya dlm majlis yg besar-besar; 2. menyiarkan
(mengemukakan dsb) supaya diketahui umum atau orang lain:
keluhan para isteri tentang kelakuan suami yg keterlaluan banyak
sekali diperdengarkan menerusi majalah;
terdengar 1. (sudah) didengar: apabila ~ oleh Pak Pandir bunyi
itu, ia pun lari lintang-pukang; 2. dapat (boleh) didengar: sebelum
dia masuk, ~ olehnya bunyi orang mencuci baju; 3. ki sanggup
(tahan) didengar: tenarlah bunyi sumpah seranahnya akan Pak
Pandir, hingga tiada ~ oleh anjing dan kucing; 4. didengar,
diketahui: berita itu sudah ~ merata-rata;
terdengar-dengar seolah-olah (masih) mendengar, seolah-olah
belum luput dr telinga;
dengar-dengaran 1. mempedulikan, mengendahkan, mendengar
(menerima, menurut, percaya, dsb): jangan tuanku ~ akan sembah
orang yg tiada sebenarnya; 2. perasaan seolah-olah mendengar
(sesuatu), perasaan spt terdengar-dengar: cuma ~ saya sahaja
agaknya;
kedengaran 1. (dapat) didengar, terdengar: dr jauh ~ bunyi loceng
sayup-sayup dibawa angin; 2. diperoleh berita, diketahui: setelah
~lah ke benua Siam, maka paduka Bubunnya pun menyuruh ke
Melaka hendak minta surat sembah;
pendengaran 1. pancaindera utk mendengar, alat mendengar
(seluruh bahagian telinga): kalau ~ rosak, tentu tidak boleh
mendengar lagi; 2. perihal mendengar(kan), apa yg dapat didengar:
Kak Bedah mengangkat kepalanya utk menjelaskan ~nya;
pendengar 1. alat (perkakas, benda) utk mendengar(kan); 2. orang
yg mendengar (bunyi, percakapan, dsb): ~ radio; 3. = pendengaran
pancaindera utk mendengar; 4. Id mahasiswa tidak berdaftar tetapi
mengikuti (mendengar sahaja) kuliah-kuliah.
96
denggi (dénggi) = demam ~ penyakit virus yg berjangkit melalui gigitan
oleh nyamuk Aedes, yg dicirikan dgn sakit kepala, demam, sakit pd
sendi dan ruam.
dengih bunyi spt bunyi orang menahan kesakitan (biasanya senak perut),
bunyi spt orang sesak nafas;
terdengih-dengih kembang kempis dadanya (spt orang yg memikul
barang yg sangat berat), mengeluarkan bunyi dengih.
dengik I dengih.
dengik II Jw; mendengik memandang dgn mengeluarkan kepala (di
jendela dsb), menjenguk.
denging, dengingan bunyi dengung yg halus: dengarkah detak nadiku
bagai ~ jutaan lebah?
berdenging, mendenging, mendenging-denging berbunyi denging
di telinga (sebab percakapan yg pedas-pedas dll): berdengingdenging
telinga Pak Haji Samad mendengar sindiran orang-orang
muda itu.
dengkang bunyi spt bunyi katak; si dengkang sl ark katak: si ~ berbunyi
malam;
berdengkang-dengkang 1. berbunyi spt bunyi katak; 2. (tertawa
dgn) berdekah-dekah (kuat): nakhoda tertawa ~.
dengkang (déngkang); ~-dengkol bengkang-bengkok (tangan, pokok, dll).
dengkel (déngkél) 1. tidak berisi (buah-buahan spt durian dll), kering,
tidak berair (bkn buah-buahan); 2. kaku atau bengkak pd buku lali.
dengket (déngkét) Pl berjalan dgn sebelah kaki.
dengki 1. = kedengkian kebencian (kemarahan) kerana perasaan cemburu
atau iri hati yg amat sangat, niat jahat yg terpendam terhadap
seseorang (disebabkan perasaan iri hati): tiada aku mengadakan
segala perkataan ini oleh sebab ~; difitnahkannya pemuda itu
kerana ~nya; 2. = berdengki menaruh perasaan benci (niat jahat
97
dsb) terhadap seseorang kerana cemburu atau iri hati yg amat
sangat: apalah gunanya kita ~ sesama kita;
berdengki-dengkian saling berdengki;
mendengki dengki pd (terhadap), menaruh kebencian (niat jahat)
terhadap seseorang (kerana berasa iri hati yg amat sangat): tidak
ada gunanya kamu ~ kawan-kawanmu sendiri;
dengki-mendengki saling berdengki: semua penduduk Madinah
tidak harus bermusuh-musuhan dan ~ antara satu sama lain;
pendengki (orang yg sifatnya) suka mendengki: Ahmad itu ~
sungguh orangnya.
dengkik 1. kedengkik, sangat kurus, kurus kering (dan lemah); 2. tidak
dalam (bkn pengetahuan), cetek.
dengking bunyi spt bunyi salakan anjing kesakitan (kerana dipukul dsb);
berdengking, mendengking menjerit atau berteriak (spt salakan
anjing);
mendengking-dengking mendengking berulang kali: anjing itu ~
kesakitan apabila terkena balingan batu.
dengkis sj ikan laut, Siganus spp.;
~ gebang sj ikan laut, Acanthurus dussumierii; ~ lada, Siganus
jarus.
dengkol (déngkol) 1. bengkok (lengan dll), cengkol; 2. ki telor, pelat.
dengkot (déngkot) pendek sebelah kakinya (kerana cacat, cedera dsb)
sehingga menyebabkannya berjalan terhincut-hincut, tempang: kaki
kanannya ~ sedikit akibat kemalangan kereta yg dialaminya itu;
berdengkot-dengkot berjalan terhincut-hincut kerana dengkot,
berjengkot: lelaki itu ~ mengheret kakinya;
terdengkot-dengkot (berjalan) dgn keadaan kaki yg dengkot,
terhincut-hincut: orang itu ~ berjalan ke gigi air utk mengutip bola.
dengkul I ark dengkol.
98
dengkul II Jw lutut;
mendengkul melutut, berlutut.
dengkul III Jw, bp bohong, dusta, palsu;
berita (khabar, radio) ~ bp berita palsu; modal ~ bp modal pd
cakap sahaja, modal kosong; saksi ~ saksi yg palsu.
dengkung bunyi kung kung (bunyi spt bunyi jeritan anjing yg dipukul atau
bunyi besi dipalu dll);
berdengkung, mendengkung berbunyi kung kung, mengeluarkan
bunyi dengkung;
berdengkung-dengkung berdengkung (berbunyi dengkung)
berulang kali.
dengkur 1. bunyi spt bunyi nafas yg kuat (dr orang yg sedang tidur),
keruh; 2. bunyi kur kur (kerana kesakitan yg amat sangat):
terdengar bunyi orang tersungkur jatuh di hujung tangga diikuti ~
yg kuat;
berdengkur, mendengkur 1. mengeluarkan dengkur (ketika tidur),
berkeruh, mengeruh: tidur ~; 2. tidur dgn nyenyaknya serta
mengeluarkan (bunyi) dengkur: apabila ayam berkokok kencang,
aku sudah jaga, tetapi Mustapha masih ~;
dengkuran dengkur, bunyi mendengkur: Fauzi dgn mulutnya
ternganga, melepaskan ~ pula spt bunyi harimau menantikan
mangsanya.
dengkus bunyi spt bunyi menarik (menghembuskan) nafas dgn hidung;
berdengkus, mendengkus mengeluarkan bunyi dengkus.
dengkut dengkur, dengut I.
dengu dungu.
denguh lenguh I.
denguk; terdenguk tergerak-gerak ke kiri ke kanan dsb (kepala lembu,
kerbau, dll) ketika makan rumput.
99
dengung bunyi yg bergema spt bunyi kumbang (kapal terbang, gong yg
dipalu, dll);
berdengung, berdengung-dengung, mendengung berbunyi
(bersuara) bergema: motokar meluncur berdengung-dengung;
mendengungkan 1. mengeluarkan bunyi dengung (bunyi bergema):
gong yg dipalu itu pun ~ bunyi yg memekakkan telinga; 2. =
mendengung-dengungkan ki menghebah-hebahkan, menyebarkan
(berita): pihak musuh sering mendengung-dengungkan keburukan
yg berlaku dlm negeri kita;
dengungan 1. bunyi yg berdengung (mendengung), dengung: ~
pukulan gong sayup-sayup kedengaran dr tempat kami; 2. bp
propaganda, diayah: segala ~ yg dilaungkan oleh pihak musuh
tidak memberi bekas apa-apa kpd kita.
dengus bunyi hembusan nafas yg kuat (spt bunyi hembusan nafas lembu,
kerbau, dll): kantuknya masih menyerkap seluruh anggotanya,
kuapnya spt ~ lembu jantan;
berdengus, mendengus 1. mengeluarkan bunyi spt bunyi hembusan
nafas lembu (kerbau dll); 2. menghembuskan nafas dgn kuat
(berbunyi); 3. melahirkan perasaan marah (menghina dsb) dgn
dengus: apabila kecil menyembah-nyembah hendak meminta wang,
apabila besar bapak sendiri dianggap sepi, Pak Sudin ~.
dengut I bunyi yg bergema memanjang (spt bunyi burung puyuh, gong yg
dipalu, dll): ~ puyuh bersahut-sahut di dalam lembah;
berdengut, mendengut, terdengut mengeluarkan bunyi dengut,
berbunyi dengut (bkn puyuh, gong yg dipalu, dll).
dengut II Kl tidak cergas (akal fikiran), lambat menangkap ajaran, dll.
denim sj kain kapas tahan lasak, biasanya berwarna biru, yg digunakan
utk membuat jean dsb: seluar ~.
dening Kl; sedening sepasang (lembu, kerbau, dll).
100
denitrifikasi (dénitrifikasi) proses penyingkiran nitrat atau nitrogen, mis
penyingkirannya drpd tanih oleh tumbuh-tumbuhan.
denotasi (dénotasi) (Lin) 1. makna eksplisit sesuatu perkataan, lwn
konotasi; 2. hubungan semantik antara satuan bahasa dgn benda
(simbol dll).
denotatif (dénotatif) (Lin) berkaitan dgn denotasi: simbol tersebut
mempunyai kuasa ~.
densimeter (dénsiméter) alat utk mengukur ketumpatan.
densiti (dénsiti) ukuran kepadatan, ketumpatan.
dentam bunyi spt bunyi besi dipukul (pintu ditutup dgn kuat, mercun
dibakar, dll); ~-dentum bunyi dentam yg berulang-ulang;
berdentam berbunyi dentam: pintu itu tadi ~ ditiup angin;
dentaman bunyi dentam.
dentang; dentangan bunyi spt bunyi besi dipukul (letupan yg kuat dll);
berdentang berbunyi spt bunyi besi dipukul dll: sungguh geram
hati Baki, ~ botol ubat itu dilemparkannya ke dalam tong sampah;
berdentang-dentang berbunyi dentang berkali-kali.
dentin (déntin) (Ubat) bahan berkapur seakan-akan tulang keras yg
mengelilingi rongga pulpa gigi dan membentuk sebahagian besar
struktur gigi.
denting; dentingan bunyi spt bunyi duit syiling jatuh ke batu dll;
berdenting berbunyi ting spt bunyi duit syiling jatuh ke batu.
dentum bunyi spt bunyi meriam atau bom dll (lebih kuat drpd dentam);
berdentum berbunyi spt bunyi meriam dll: dia terperanjat apabila
mendengar petir ~;
berdentum-dentum berbunyi dentum berulang kali: bunyi meriam
~ diselangi oleh bunyi senapang yg menggerutup;
101
dentuman bunyi dentum (spt bunyi meriam): kami diberi
kesempatan utk berehat, tetapi telinga kami dipekakkan oleh ~
meriam;
berdentuman saling berdentum: guruh ~, sesekali kilat sabungmenyabung.
dentung bunyi spt bunyi guruh (tong atau gendang dipalu dll);
berdentung berbunyi spt bunyi guruh dll;
berdentung-dentung berbunyi dentung berulang kali: terdengar
lagu Melayu asli dr gesekan biola dan ditingkah pula dgn gendang
~.
dentur bunyi spt bunyi letupan kecil.
dentur (déntur) (Ubat) gigi palsu.
denyar; berdenyar mengilat (cahaya), memancar;
denyaran kilat cahaya yg bergerak dgn cepat.
denyut gerakan turun naik atau kembang kempis (nadi, jantung, ubunubun,
dll); ~ jantung gerakan kembang kempis atau debaran
jantung; ~ nadi gerakan nadi;
berdenyut, mendenyut bergerak turun naik atau kembang kempis
(spt gerakan nadi, ubun-ubun, jantung, dll): apabila jantung itu ~,
maka darah pun mengalir; hatinya mendenyut menahan
kemarahannya;
denyutan gerakan kembang kempis atau turun naik (bkn nadi,
ubun-ubun, jantung, dll), gerakan mengembut-embut, gerakan
kemut-kemut: senaman boleh menderaskan ~ jantung.
deodoran (déodoran) bahan yg dipakai pd badan utk menghilangkan bau
peluh dll.
dep (dép) I; mendep Id, bp tidak meneruskan sebagaimana sepatutnya
(sesuatu hal, pekerjaan, usul, dll), menahan (surat dll), memeram.
Dep (dép) II Id singkatan bagi Departemen.
102
depa (ukuran) panjang antara kedua-dua hujung tangan yg didepangkan
(empat hasta atau kira-kira enam kaki);
mendepa mengukur dgn depa (dgn mendepangkan tangan): kulikuli
itu sedang ~ kawasan yg mesti mereka kerjakan utk hari ini;
mendepakan merentangkan atau menghulurkan (tangan) lurus-lurus
ke kanan dan ke kiri, mendepangkan: satu drpd gerak badan yg
dilakukan ialah dgn ~ kedua-dua belah tangan perlahan-lahan.
depa (dépa) Kd, Pl, Pn mereka semua, dema.
depak I Jk; mendepak 1. menyepak, menendang: pengganas-pengganas
telah ~ orang-orang yg membantah kehendak mereka; 2. ki
memberhentikan (drpd jawatan, perkumpulan, dll), memecat: ahli
itu telah didepak drpd persatuannya kerana tidak patuh kpd
undang-undang persatuan;
pendepakan perihal atau perbuatan mendepak.
depak II bunyi spt bunyi hentakan kaki kuda berjalan (buku jatuh ke
lantai dll);
berdepak-depak berbunyi depak berulang-ulang;
mendepakkan membunyikan depak dgn lidah.
depan hadapan, muka: dr rumah ketua kampung ternampak api pelita
minyak tanah di ruang ~; minggu (bulan dll) ~ minggu (bulan dll)
yg akan datang;
di depan di hadapan, di muka: ~ markas besar itu terletak sebuah
jip yg sudah tua;
ke depan 1. ke hadapan, ke muka, mara; 2. selanjutnya, seterusnya,
hingga pd;
terkedepan berada (jauh) di depan atau di hadapan (dlm proses
kemajuan dsb), sudah maju: utk diterima umum, seseorang itu tidak
harus terkebelakang atau ~ drpd tamadun yg sedang didudukinya;
103
seseorang mesti belajar banyak teknik pengadilan termasuk
kecekapan mata drpd pengadil-pengadil yg ~;
depan-depan secara berhadapan (langsung), secara bertentang
mata (bersemuka): kalau tidak boleh bercakap secara ~ dgn
pasangan, telefonlah sahaja; kalau ingin menegurnya, tegurlah ~
secara baik;
berdepan bertemu (bersua) muka, berhadapan: perasaanku senang
sekali apabila ~ dgn anak-anak itu;
berdepan-depan berhadap-hadapan, bersemuka;
mendepan menghadap (menghala, mengarah) ke: ibunya tidak
berbaju, hanya berkemban gantung sahaja dan separuh dadanya
terbuka ~ angin;
mendepani 1. berada di depan sesuatu: tinggallah Masniah
keseorangan yg sedang ~ Mat Deli dgn degup jantungnya yg
kencang; 2. berusaha tidak mahu ketinggalan; mendahului: Adi
dirasakan begitu besar ~nya dlm setiap bidang;
mengedepankan mengutarakan, mengemukakan: ~ permohonan
kpd pihak yg berkenaan;
terdepan (yg) di depan sekali: askar-askar kita yg di medan
perang ~ semuanya berjaga-jaga.
depang; mendepang 1. merentang (menghulurkan lurus-lurus) kedua-dua
belah tangan ke kanan dan ke kiri: kedua-dua belah tangannya ~ dr
tiang ke tiang pintu; 2. = berdepang terentang atau terhulur lurus
(kedua-dua belah tangan) ke kiri dan ke kanan: dia dipaksa berdiri
di tengah panas dgn tangannya ~;
mendepangkan merentangkan kedua-dua belah tangan ke kanan
dan ke kiri: dia ~ kedua-dua belah tangannya sambil melonjak dgn
sekuat-kuat hatinya;
terdepang terentang (tangan) ke kanan dan ke kiri, berdepang;
104
depangan hasil mendepang atau mendepangkan.
depap debap.
Deparlu (déparlu) Id akronim bagi Departemen Luar Negeri.
departemen (départemén) IB 1. jabatan (bahagian dlm pentadbiran negara
yg menguruskan tugas dan tanggungjawab tertentu); 2. (bangunan)
tempat tugas-tugas tertentu pentadbiran negara dijalankan.
depati ark ketua daerah; dipati.
depek (dépék) Tr; berdepek bersungut, berungut, berleter.
Deperindra (déperindra) Id akronim bagi Departemen Perindustrian
Rakyat.
Depernas (dépernas) Id akronim bagi Dewan Perancang Nasional.
depersonalisasi (dépersonalisasi) (Psi) keadaan luar biasa apabila
seseorang berasa kehilangan identiti peribadinya.
Depertan (dépertan) Id akronim bagi Dewan Pertahanan Nasional.
depoh (dépoh) 1. gudang atau tempat menyimpan barang-barang; 2. pusat
latihan utk rekrut dan pengganti: setelah dua tahun Amin berlatih di
~ polis Singapura, dia ditukarkan ke Kuala Lumpur.
depong (dépong) Tr (meng)angkat (orang).
deposit (déposit) 1. simpanan wang di bank atau institusi yg serupa; ~
tetap simpanan wang yg tertentu lamanya (atau utk jangka masa yg
ditetapkan) dgn mendapat bayaran faedah; 2. wang yg disimpan di
bank atau institusi yg serupa;
mendepositkan menyimpan wang di bank atau institusi yg serupa
utk mendapatkan faedah atau utk keselamatan;
pendeposit penyimpan wang di bank: pekerja yg diberhentikan
kerja mempunyai hak yg sama spt ~ CCB .
deposito (déposito) IB deposit.
depositori (dépositori) (Eko) badan yg diamanahkan utk menyimpan
sesuatu (spt dokumen, wang, sekuriti, bon dsb) utk tujuan
105
keselamatan: para pemilik sekuriti perlu memindahkan sekuriti
mereka ke dlm akaun Sistem D~ Pusat (CDS) masing-masing.
depot (dépot) depoh.
depresi (déprési) keadaan ekonomi yg meleset (apabila penghasilan,
perniagaan, perdagangan, dsb berada di paras kegiatan yg rendah),
kemerosotan ekonomi.
depu I 1. sj ikan darat, Glyptothorax majus; 2. sj ikan darat,
Acrochordonichthys ichnosoma; 3. sj ikan laut, gedepu, semaram
karang, Synanceja verrucosa.
depu II = ~ pelanduk sj tumbuhan (pokok renek), Wikstroemia ridleyi.
depuk Pl sudip nasi, penggembur nasi.
depun kelim atau lipatan tambahan (sbg perhiasan) pd pakaian;
mendepun membuat depun: ~ jubah.
depus bunyi spt bunyi hembusan angin;
berdepus-depus berbunyi (mengeluarkan bunyi) depus berulang
kali.
deputasi (députasi) IB wakil (perutusan) yg berhak berunding atau
bertindak atas nama orang lain.
dera 1. pukulan (dgn rotan, cemeti, dsb) sbg hukuman; 2. = mendera; 3.
ki seksa (hati, fikiran, dll); 4. denda, hukuman: dia kena ~ lima
puluh ringgit kerana mencuri;
mendera 1. memukul (dgn rotan, cemeti, dsb) sbg hukuman:
orang-orang salah itu telah didera; 2. ki menyeksa atau menyakiti
(hati, fikiran, dll); ~ diri menyeksa diri (sendiri); 3. mendenda,
menghukum: pencuri itu telah didera di tengah panas;
deraan hukuman, pukulan, seksaan, dera: pukul sepuluh tepat
barulah budak-budak itu lepas drpd ~;
penderaan perbuatan mendera: kebanyakan kes ~ dikendalikan
oleh jabatan tersebut;
106
pendera orang yg mendera: ~ kanak-kanak yg tidak berdosa.
derahan sj tumbuhan (pokok), penarahan hitam (samak), cendarah hitam,
kemarahan, Knema laurina.
derai I bunyi spt bunyi air (hujan) yg jatuh menitik;
berderai, berderai-derai berbunyi spt bunyi air (hujan) yg jatuh
menitik.
derai II; berderai, berderai-derai 1. berlanjutan atau berpanjangan dgn
tidak teratur: sesekali terdengarlah gelak ketawa ~ drpd anak-anak
muda yg sedang belajar bersilat; kita tidak mahu berkokok ~-derai
sedangkan ekor bergelumang tahi; 2. dgn banyak dan tidak
menentu (bkn buah, daun, dll yg gugur atau jatuh ke tanah); 3.
berduyun-duyun dgn tidak teratur, berderet-deret tetapi tidak dgn
teratur (bkn orang ramai yg meninggalkan sesuatu tempat): orang
berderai-derai keluar dr gereja; 4. berbiji-biji, berbutir-butir,
hancur atau pecah halus-halus (bkn tanah dll): buah bidara dlm
bakul itu jatuh ~ ke tanah; ketul-ketul tanah itu hancur ~ dlm
genggamannya; 5. (jatuh) bertitik-titik (bkn air mata dll), menitis
(titik demi titik): bila tersentuh, air yg bermanik-manik itu jatuh ~
ke bumi; kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi prb orang
yg bercakap besar sedang keluarganya melarat;
deraian perihal berderai-derai.
derajang sj tumbuhan (pokok), Lepisanthes kunstleri.
derajat darjat.
derak bunyi spt bunyi dahan patah (buluh dibelah, daun pintu bersanggit,
dll), bunyi berkertak; ~-derik bunyi derak berulang kali;
berderak berbunyi berkertak, mengeluarkan bunyi derak; ~-derik
berderak berulang kali;
berderak-derak berbunyi berkertak-kertak, berderak berulang kali;
107
menderak-derak, menderak-derakkan mengeluarkan bunyi
kertak (dgn geraham), membunyikan kertak (dgn geraham),
berteriak: gembiralah, pekiklah, dan derak-deraklah suara itu agar
kamu mencapai kepuasan yg setinggi-tingginya;
derakan bunyi derak (kertak).
deraka bp derhaka.
derak-derik bunyi derak berulang kali;
berderak-derik berderak berulang kali.
deram I = deraman bunyi yg kuat menggegar spt bunyi gendang besar
(aum harimau, guruh, dll); ~-derum bunyi deram yg berulang kali;
berderam = menderam berbunyi dgn kuat (spt bunyi gendang
besar, guruh, enjin kereta, dll), bergemuruh: sesekali guruh
menderam di sebelah barat; ~-derum berderam (berbunyi deram)
berulang kali.
deram II gendang (perkakas muzik).
deram-deram denderam II.
derana ark sabar.
derang I bunyi spt bunyi gendang besar atau tambur atau bunyi pinggan
mangkuk (duit syiling dsb) jatuh;
berderang, menderang berbunyi spt bunyi gendang besar (tambur
dll), berbunyi spt bunyi pinggan mangkuk dsb jatuh: bunyi barangbarang
kaca jatuh ~ dan bunyi kerusi meja jatuh terbalik, legumlegam.
derang II; berderang mulai terang (hari), mulai pagi: saya tidak
menyuruh pulang, hari sudah ~ siang; akal ~ terang (terbuka) akal;
benderang II.
derap I 1. bunyi spt bunyi orang berjalan serentak (air hujan jatuh ke atap
dll); 2. sl bunyi letupan bedil;
108
sederap serentak: ketiga-tiga beranak itu ~ bangun menjengah
tingkap;
berderap, menderap 1. berbunyi spt bunyi orang berjalan serentak
(air hujan jatuh ke atap dll); 2. sl berbunyi spt letupan bedil:
berdentum bedil yg besar, ~ bedil yg kecil.
derap II berlari cepat (kuda dll);
menderapkan melarikan (menyebabkan kuda berlari) dgn kuat:
joki ~ kudanya keliling padang.
deras I 1. cepat (laju) sekali (aliran air, sesuatu gerakan, dsb): arus
sungai itu sangat ~; 2. lekas (perbuatan), cepat: katalah ~, saya
nak tahu; tolong ambilkan aku songkok ~ sedikit; 3. lebat (hujan):
hujan semakin ~ turun; 4. Kd kuat (bunyi, suara): “Mengapa
sampai berkata begitu...?” sergah Masri agak ~ drpd biasa;
~ datang dalam kena prb membuat sesuatu dgn tergesa-gesa akan
mendatangkan kerugian; ~ spt anak panah terlalu cepat;
sederas 1. sama deras (laju, cepat), selaju, secepat: dia berjalan
tidak ~ kawannya; 2. dgn kelajuan atau kecepatan (tertentu
mengikut masa), selaju: dia memandu keretanya ~ 80 kilometer
sejam;
menderas 1. bergerak (mengalir, berjalan, dsb) dgn deras: Ros
mengesat-ngesat air matanya yg keluar ~; 2. turun dgn derasnya
(lebatnya): hujan ~ dan guruh sahut-menyahut;
menderaskan, memperderas 1. membuat supaya deras bergerak
(mengalir, berjalan, dsb), mempercepat: senaman boleh ~ denyutan
jantung; kerja yg elok diperderas, kerja yg buruk diperlambat; 2.
memperkuat (bunyi, suara, dsb);
kederasan 1. perihal deras, kelajuan, kecepatan: oleh sebab ~ Tun
Hamzah mengamuk, lalu pecahlah perang orang-orang Pasai itu;
109
2. kadar pergerakan (dlm sesuatu jangka waktu), kelajuan,
kecepatan: lori itu dipandunya dgn ~ 60 kilometer sejam;
penderasan 1. perbuatan menderaskan (melajukan, mencepatkan),
pencepatan, pelajuan; 2. perbuatan menderaskan (bunyi, suara,
dsb), penguatan; 3. ark bahagian yg deras arusnya (sungai);
penderas 1. alat (perkakas) utk menderaskan (mencepatkan
gerakan dll), pencepat, pelaju; 2. lekas hilang pertimbangan, keburu
nafsu, terburu-buru: engkau memang ~, jika hatimu tersinggung,
lupalah engkau membezakan antara yg benar dgn yg salah.
deras II; menderas 1. mengulang membaca Quran (utk memahirkan
pembacaan); 2. mengulang kaji (pelajaran): tiap-tiap hari selepas
sekolah, dia ~ segala apa yg dipelajarinya di sekolah.
deras III bunyi spt bunyi orang memijak sampah atau pasir.
deras IV; ~ malam sj tumbuhan (pokok renek), akar keremak, Ruellia
repens.
derat Kl; menderat berjalan dgn tidak tentu tujuan, merayau-rayau.
derau I bunyi spt bunyi hujan dibawa angin (air dicurah, riak atau ombak
yg dibawa angin, dll);
berderau, berderau-derau, menderau, menderau-derau 1.
berbunyi spt bunyi hujan dibawa angin (air dicurah, riak atau ombak
yg dibawa angin, dll): kemudian kedengaran ombak menderu-deru
dan berderau-derau bunyi riaknya; 2. ki tersentak (perasaan),
tersirap (darah): ~ darahnya apabila terlihat Bedah sedang
membasuh udang di atas pelantar; 3. tercetus dan berpanjangan
bunyinya (bkn ketawa), berderai: tiba-tiba terdengar ketawa ~ dr
dlm bilik guru;
derauan 1. bunyi yg berderau (menderau): di luar hujan turun
mencurah-curah ~nya berselang-selang dgn bunyi desiran daun110
daun kayu yg bergeser; 2. cetusan (ketawa) yg berpanjangan,
deraian.
derau II; berderau bergotong-royong (bertolong bantu, bekerjasama)
mengerjakan sawah: di Kedah, penanaman padi dibuat secara ~.
derawa ark; gula ~ air gula.
derek (dérék) I baris, deret.
derek (dérék) II = mesin ~ Id kren utk memunggah barang dr kapal dll,
takal; mobil ~ Id kereta yg dilengkapi alat utk memunggah barang;
menderek memunggah barang dgn derek.
deres (dérés) Jw; menderes menyadap, menoreh.
deresi (derési) Id gerabak penumpang (kereta api), kereta penumpang
(bas).
deret (dérét) 1. = deretan; 2. bersambung antara satu unit dgn yg lain
menjadikan satu bangunan yg panjang (bkn kumpulan rumah atau
kedai): masalah perumahan diatasi dgn mendirikan rumah-rumah
~; mereka berjalan-jalan di kaki lima kedai dua ~ itu; 3. kumpulan
huruf atau perkataan yg berada dlm baris (yg satu di belakang atau
di samping yg lain), baris: Ali memetik gitarnya sambil
menyanyikan beberapa ~ pantun;
sederet (berada) dlm satu barisan, sebaris: ~ rumah kedai itu
musnah dijilat api;
berderet 1. berbaris (yg satu di belakang atau di samping yg lain):
Paduka Liku duduk ~ dgn Mahadewi; kanak-kanak sekolah berdiri
~ di sepanjang jalan raya itu; 2. = berderet-deret, berderetan
berbaris (berjajar) panjang-panjang beruntun-runtun: mangsa
kebakaran semalam, ~ berjalan ke tempat tumpangan mereka; 3.
bp banyak (anak): dia mengaku dirinya masih bujang, tetapi
anaknya ~ di rumah;
111
mendereti berderet pd, membarisi: kami melalui bandar yg
didereti rumah batu yg tinggi-tinggi, bertingkat-tingkat;
menderetkan, memperderetkan menjadikan (menyusun) berderetderet,
membariskan: batu-bata itu dideretkan di keliling taman;
deretan 1. barisan: ~ bukit; ~ kedai; 2. deret (huruf, perkataan); 3.
rentetan, siri: ~ peristiwa yg sama.
dergama Jw fitnah.
derhaka 1. tidak taat atau khianat kpd negara (Tuhan, orang tua, dll),
menentang kekuasaan yg sah: anak yg ~ dimurkai Allah; isteri yg ~
kpd suami; 2. = orang ~ = penderhaka orang yg mengkhianati
negara (Tuhan, suami, dll): orang yg memasuki perkumpulan
haram itu dianggap sbg ~; anak kunci jahat, peti ~ prb suami yg
jahat itu lambat-laun akan ditentang isterinya;
berderhaka berlaku derhaka, berkhianat: orang-orang yg ~ kpd
ibu bapa akan menerima balasan di akhirat kelak;
menderhaka melakukan perbuatan derhaka, menentang (melawan)
kerajaan (orang tua, suami, dll): kesalahan spt ~, membunuh, dan
melukakan orang adalah kesalahan jenayah;
menderhakai menderhaka terhadap atau kpd seseorang dsb: ~
kedua-dua ibu bapa tergolong dlm dosa besar;
kederhakaan hasil perbuatan menderhaka: para nabi diutuskan ke
dunia ini kerana ~ dan penyelewengan ummah;
penderhakaan perbuatan menderhaka: Abdullah bin Saba telah
memainkan peranan yg besar dlm ~ terhadap Sayidina Othman;
penderhaka orang yg menderhaka: dlm tempoh sebulan sahaja ~ -
~ yg melakukan pemberontakan itu telah dapat diusir.
derham ark mata wang emas atau perak (masa dahulu); dirham.
deria alat perasa (pencium, pendengaran, pelihatan, dll): ~ bau; ~ dengar;
112
menderia mengesan (bau, rasa, dsb): hidung ialah alat ~ bau di
bahagian kepala;
kederiaan peralatan tubuh yg berkaitan dgn fungsi organ deria, spt
saluran kederiaan, saraf kederiaan: maklumat itu diperoleh dr dunia
luar melalui berbagai-bagai saluran ~;
deriaan kesan drpd menderia;
penderia alat yg dapat mengesan perubahan sinar cahaya, haba,
tekanan dsb, sensor: cahaya yg keluar dr lampu itu akan dihitung
oleh ~ kuasa automatik.
derik bunyi spt bunyi papan bersanggit (lebih kecil drpd derak).
derik (dérik) menara yg dibina di atas telaga minyak yg digunakan utk
menaikkan atau menurunkan gerudi.
deril I Id sj kain yg hampir sama dgn linen dan pelbagai warna.
deril II Id tembakan serentak (senapang, meriam);
menderil menembak (senapang, meriam) dgn serentak;
penderilan penembakan yg serentak.
dering I 1. bunyi spt bunyi giring-giring (loceng kecil, loceng basikal,
telefon, dll): ~ telefon rumah orang sebelah jelas terdengar dr
rumah saya; 2. bunyi yg nyaring (spt bunyi cengkerik, gajah, dll):
apabila aku terjaga, malam sudah sunyi senyap, hanya ~
cengkerik sahaja yg kedengaran;
berdering, berdering-dering, mendering 1. berbunyi spt bunyi
giring-giring (loceng, telefon, dll): bunyi loceng basikal posmen ~
di depan tangga rumah; 2. berbunyi dgn nyaring (spt bunyi
cengkerik, gajah, dll): masuk dlm kawan gajah ~;
deringan bunyi berdering: ~ loceng basikal yg menjemukan
semakin berkurang bila hari meningkat petang.
dering II sj tumbuhan (pokok), medang buaya (kelarah, mantu),
Cryptocarya griffithiana.
113
deringo, deringu sj tumbuhan (pokok) jerangau, Acorus calamus.
deris bunyi spt bunyi kain dikoyak (rumput kering dipijak dll);
berderis, menderis berbunyi spt bunyi kain dikoyak dll.
derisip Kd orang yg buta celik.
derit bunyi spt bunyi lantai pelupuh dipijak (engsel yg tidak berminyak
dll);
berderit, menderit berbunyi spt bunyi lantai pelupuh dipijak dll.
derita I kesusahan (kesakitan, keseksaan, dsb) yg dialami: sejak dia
ditahan, keluarganya menanggung ~ kesengsaraan;
menderita 1. menanggung kesusahan (kesakitan, keseksaan, dsb):
dia hidup ~ sejak ditinggalkan kekasih; 2. = menderitai
menanggung, mengalami: orang pelarian Kampuchea ~ kemiskinan
yg teruk; kerugian yg mereka deritai amatlah banyak;
menderitakan membuat seseorang mengalami derita;
terderita, terderitakan dapat dideritai (ditanggung), tertanggung,
tertahan: bukan main sedihnya, tidak ~ sesalnya;
deritaan perkara yg diderita (spt kesakitan, kesusahan, dll): ~nya
kali ini lebih berat drpd yg sudah-sudah;
penderitaan 1. perihal menderita, penanggungan: ingin dia
mengadukan ~ batinnya itu kpd kawannya; 2. deritaan;
penderita 1. orang yg menderita; ~ cacat orang yg cacat; ~ sakit
paru-paru orang yg menghidap sakit paru-paru; 2. Id pelengkap
(benda) yg menjadi tujuan kata kerja (perbuatan) dlm ayat: dlm ayat
‘dia menyepak bola’, ‘bola’ ialah ~nya.
derita II; ~ dapur sj tumbuhan (herba), cempaka hutan, menjulung bukit,
Gomphostemma crinitum.
derivasi (dérivasi) proses pengimbuhan yg menggandingkan imbuhan pd
kata dasar, penerbitan kata.
derja ark durja.
114
derjana durjana.
derjat darjat.
derji sl tukang jahit.
derma bantuan yg berupa wang (kpd perkumpulan dll), pemberian yg
ikhlas, sedekah (kpd orang miskin dll): pertunjukan amal itu ialah
utk memungut ~ bagi membantu mangsa banjir;
~ bakti bantuan yg dihulurkan demi sesuatu tujuan kebajikan; ~
kilat derma yg dipungut dgn serta-merta utk sesuatu bantuan
kecemasan;
berderma, menderma memberi derma: Wan Intan telah ~
tenaganya merawat orang-orang sakit;
mendermakan memberikan sesuatu dgn ikhlas: dia telah ~
sebahagian drpd gajinya utk anak-anak yatim;
pendermaan perihal atau perbuatan mendermakan: surat itu
mengesahkan ~ yg telah diterima oleh pihak perkumpulan itu;
penderma orang yg menderma.
dermaga 1. tembok batu sbg penahan ombak (di pelabuhan); 2. binaan yg
diperbuat drpd kayu atau batu tempat kapal berlabuh utk
memuatkan atau menurunkan barang-barang muatan.
derman ark Jw banyak (anak, faedah, untung, dll).
dermasiswa wang bantuan utk pelajar-pelajar (universiti) yg tidak mampu
(lebih rendah drpd biasiswa).
dermatitis (Ubat) radang pd kulit yg dicirikan dgn kulit yg kemerahmerahan
dan mengelupas.
dermatologi cabang perubatan yg berkaitan dgn kulit dan segala penyakit
yg berkaitan dengannya.
dermawan 1. orang yg suka menderma (pemurah hati); 2. suka atau selalu
menderma (bersedekah): seseorang raja yg gagah berani, limpah
murah lagi ~ akan dikasihi rakyat;
115
kedermawanan perihal dermawan, kemurahan (keikhlasan) hati,
ketulusan (kebaikan) hati sesama manusia.
dermis lapisan kulit di bawah epidermis yg terdiri drpd tisu penghubung,
salur darah, dan lemak.
dersana sj pokok jambu.
dersik bunyi spt bunyi angin, desir.
deru bunyi spt bunyi tiupan angin yg kuat (ribut, guruh, dll): ~ desau
ombak menghempaskan diri pd batu karang terdengar dgn jelas;
berderu, menderu, menderu-deru 1. berbunyi spt bunyi angin
bertiup (ribut, guruh, dll): tidak lama kemudian menderulah kereta
api tiba; 2. berduyun-duyun (datang, pergi, dsb): menderu-deru
orang ramai keluar menonton pertunjukan itu;
deruan deru: bunyi ~ enjin motokar di jalan raya mengganggu
fikirannya.
deruih Pr nakal (kanak-kanak).
deruji kisi-kisi, jerjak.
deruk bunyi yg lebih besar drpd derak.
derum I; menderum merendahkan badan dgn berlutut (gajah, unta, dll):
maka gajah baginda pun ~ di depan balai ruang;
menderumkan menyuruh menderu, menyuruh merendahkan badan
(gajah, unta, dll): maka raja pun ~ gajahnya, dan makhdum pun
dibawa baginda naik gajah.
derum II bunyi spt bunyi guruh terdengar dr jauh (enjin kereta dll): ~
enjin kereta yg hingar bingar sudah semakin berkurangan pd
telinga Kamal;
sederum pd ketika yg sama, serentak (berbunyi, bercakap,
menjawab, dll);
berderum, menderum berbunyi spt bunyi guruh terdengar dr jauh:
guruh yg ~ itu berlanjut-lanjut bunyinya;
116
deruman bunyi menderum, bunyi derum: ~ hujan di waktu itu telah
membuat saya kurang mendengar apa-apa yg dikatakannya.
derum III; ~ paya sj tumbuhan (pokok), geronggang, gonggang, penaga
hitam, Cratoxylon arborescens.
derun derum: ~ kereta sayup-sayup terdengar dr bukit itu;
menderun berbunyi spt bunyi air terjun dll, menderum.
derung I; menderung menderum (gajah dll).
derung II derum (bunyi spt bunyi guruh);
berderung-derung berderum-derum.
derup bunyi spt bunyi derap (orang berjalan dgn langkah yg serentak dll).
derus bunyi spt bunyi barang digesek (daging disayat dll).
derut bunyi yg hampir sama dgn derus.
desa (désa) 1. kampung (di luar kota atau bandar), dusun, udik, daerah
pedalaman (kawasan hulu atau pelosok negeri): sudah lama dia
berhajat hendak pulang ke ~, tetapi masa belum terluang baginya
utk berbuat demikian; guru ~ Id guru sekolah kampung (rakyat);
sekolah ~ Id sekolah kampung (rakyat); 2. sl daerah, kawasan,
tempat: tandang ~ pergi ke merata-rata tempat;
mendesa sl melalui (merentasi) desa: jikalau kita berjalan menurut
pesisir ini, sebulan lamanya, dan jikalau berjalan ~, dua puluh
hari;
kedesaan spt orang desa (sifatnya, orangnya);
pedesaan kawasan desa: kawasan kampus tetap UKM adalah
hutan dara berbukit-bukit seluas 1096 hektar dan terletak di ~
Bangi;
desah bunyi spt bunyi benda digosok (air hujan yg jatuh ke daun-daunan,
nafas orang sakit lelah, dll);
berdesah berbunyi spt benda digosok dll;
117
mendesah 1. berdesah; 2. melahirkan rasa marah (tidak puas hati
dsb) disertai dgn desah;
desahan bunyi mendesah: ~ roda-rodanya kian menokok kesayuan
hati yg pergi dan yg tinggal.
desak I; berdesak bersesak-sesak, berasak-asak (kerana sempit): orang ~
ketika hendak masuk stadium utk menonton bola sepak;
berdesak-desakan bersesak-sesak, berasak-asakan, berebut-rebut
(tempat dll): seorang perempuan muda pengsan terbaring kerana
~;
mendesak 1. menolak (menyorong, mendorong) dgn badan,
mengasak: pintu masuk ke dewan itu terlalu kecil dan penontonpenonton
~ dr belakang hendak cepat; 2. mengasak (menghimpit,
menghambat) hingga mundur (undur, lemah, dll): tentera Berikat
telah ~ tentera Fasis hingga menyerah; 3. meminta (menuntut) dgn
sungguh-sungguh: kerajaan pusat telah didesak supaya
membanyakkan lagi biasiswa utk pelajar-pelajar Melayu; 4. (bkn
sesuatu hal, keadaan, perkara) yg memaksa, (bkn sesuatu hal) yg
penting sekali: soal yg sangat ~ dlm penyamaan antara bahasa
Melayu dan bahasa Indonesia ialah tentang istilah; 5. hampir tiba
waktunya (ketika, masa, saat): waktu telah ~ benar, kita mesti
siapkan kerja kita lekas-lekas; 6. menghasut, mengacum: tentulah
ada orang yg ~nya, kalau tidak takkan sekeras itu sikapnya
terhadapku; 7. mendorong, mempengaruhi, memberangsang: dgn
sebab putus harapan akan dapat hidup berbahagia serta didesak
pula oleh rasa terpulau dan terpencil...;
mendesakkan meminta dgn paksa, menuntut dgn sungguh-sungguh:
orang itu betul-betul ~ kemahuannya sahaja;
terdesak 1. tertekan, terdorong: raksa di dlm salur itu akan ~ ke
bawah lebih rendah drpd paras raksa yg berada di sebelah luar
118
salur; 2. terasak, terhimpit: ketika berebut masuk ke dewan itu,
ramai kanak-kanak yg menjerit kerana ~; 3. susah (sulit) sekali,
tertekan, terhimpit: kehidupannya telah ~, dia terpaksa bekerja
keras; 4. terdorong, didorong, diberangsang, dipengaruhi: dia
memasuki tentera kerana ~ oleh rasa tanggungjawab terhadap
nusa dan bangsa; 5. terpaksa, mesti, tidak boleh tidak: bukan
kerana apa, melainkan kerana ~; 6. didesak;
desakan 1. tekanan (tolakan) yg kuat: pintu itu pecah kerana ~
orang ramai dr luar; 2. permintaan (tuntutan) yg keras (seolah-olah
memaksa): dia membuat kenyataan itu atas ~ barisan bertindak
baru-baru ini; 3. dorongan (hajat, kasad) yg sungguh-sungguh: ~
utk mencari adikku yg lari itu telah surut kembali;
keterdesakan keadaan (perihal) terdesak): ~ boleh membawa kesan
dlm proses membuat keputusan;
pendesakan perihal atau perbuatan mendesak atau mendesakkan;
pendesak orang yg mendesak (meminta sesuatu dgn sungguhsungguh):
golongan ~.
desak II bunyi spt bunyi kertas direnyuk-renyukkan, keresek-keresek;
berdesak, mendesak berbunyi spt bunyi kertas direnyukrenyukkan.
desar bunyi spt bunyi bara atau besi panas kena air, bunyi spt bunyi hujan
lari di atas atap;
berdesar, mendesar 1. berbunyi desar; 2. ki ngeri, tersirap darah,
marah: ~ darah saya melihat gelagat pemuda yg kurang sopan di
tepi jalan itu.
desas bunyi spt bunyi orang berjalan kaki (di tempat yg berpasir): ~ kaki
makin dekat, tentu ada orang datang;
119
berdesas berbunyi spt bunyi orang berjalan kaki di tempat yg
berpasir: kami pun pergi berjalan kaki, dan bunyinya yg ~ jelas
terdengar dlm keadaan yg sunyi senyap itu;
mendesas-desaskan mendesas-desuskan.
desas-desus 1. suara orang berbisik-bisik: dr lorong yg gelap itu
terdengar ~ dua orang berbisik-bisik; 2. khabar angin, cakap-cakap
orang (yg belum sah): kedua-duanya sudah sepasang, sejodoh,
demikian ~ orang;
mendesas-desuskan menyebar-nyebarkan berita (khabar) angin,
membisik-bisikkan, mendesas-desaskan: sekali-kali tidak pernah
aku mengumpat-umpat mereka spt yg didesas-desaskan itu;
desus.
desau bunyi spt bunyi ombak memecah di pantai (hujan lebat menimpa
daun-daun dll);
berdesau, mendesau berbunyi spt bunyi ombak memecah di pantai
dll.
desawan orang yg tinggal (menetap) di desa: Usop ialah ~ yg menyara
hidupnya sendiri sama ada ke laut atau ke ladang.
desentralisasi (déséntralisasi) perihal memberi kuasa yg lebih kpd
kerajaan negeri (daerah) yg bersekutu oleh kerajaan pusat,
pengagihan kuasa pusat.
desersi (désérsi) IB 1. lari drpd perkhidmatan tentera; 2. pembelotan,
perihal memihak kpd musuh.
desert (désert) bp pembasuh mulut, pencuci mulut.
desertir (désértir) IB orang yg lari drpd perkhidmatan tentera (memihak
kpd musuh).
desi- (dési) awalan asing satu persepuluh, mis desigram dan desimeter.
desibel (désibel) unit ukuran yg digunakan utk menunjukkan keamatan
bunyi.
120
desigram (désigram) ukuran berat yg bersamaan dgn 1/10 gram.
desik bunyi spt bunyi ranting patah (daun kering ditiup angin dll).
desiliter (désiliter) ukuran isi padu yg bersamaan dgn 0.1 liter atau 10–4
meter padu.
desimal (désimal) perpuluhan.
desimeter (désiméter) ukuran panjang yg bersamaan dgn 1/10 meter.
desing bunyi spt bunyi angin yg kencang (peluru yg ditembak, balingbaling
yg dilempar, dll);
berdesing, mendesing 1. berbunyi spt bunyi angin yg kencang dll:
angin ~ di sela-sela daun kelapa; suara keridik dan belalang
sahaja yg kedengaran mendesing memecah kelengangan itu; 2. ki
= ~ telinga timbul rasa marah (sakit hati dsb apabila mendengar
kata-kata yg mencabar, mencerca, dsb): ~ telinga si Kotot
mendengar cabaran Tudin, lalu dicabutnya keris, dan terus meluru
menerkam Tudin;
berdesing-desing, mendesing-desing 1. berdesing (mendesing)
berulang-ulang atau berterusan; 2. ki masih terngiang-ngiang
(terdengar-dengar) di telinga (bkn kata-kata dsb), teringat-ingat:
“Aku tahu ibu, umur perajurit tidak panjang”, ~ kata itu di telinga
ibu tua, spt angin mendesing-desing di daun kayu;
desingan bunyi yg mendesing (berdesing).
desir bunyi spt bunyi daun kayu ditiup angin (wap yg keluar dr cerek,
pasir ditiup angin, dll): angin laut mulai bertiup dan terdengarlah ~
daun kayu di tepi pantai;
berdesir, mendesir berbunyi spt bunyi daun kayu ditiup angin
(wap keluar dr cerek dll): daun buluh ~ ditiup angin petang;
desiran bunyi yg berdesir (mendesir): derauan hujan berselangselang
dgn ~ daun kayu.
desis bunyi spt desus tetapi lebih kecil;
121
berdesis berbunyi desis;
mendesis 1. berdesis; 2. berkata dgn perlahan-lahan, berbisik,
membisik: bibirnya ~, “Inna lillahiwa inna ilaihi rajiun”;
mendesis-desis mendesis berulang-ulang, berbisik-bisik, membisikbisik:
sekali-sekali terdengar juga suara bibir Bok Karta ~
membaca kulhu dan fatihah;
desisan bunyi berdesis (mendesis).
desit bunyi spt bunyi orang menghisap (menyedut) dr celah gigi;
berdesit, berdesit-desit berbunyi spt bunyi orang menghisap dr
celah gigi: mulutnya berdesit-desit mengeluarkan serpihan dr
celah-celah giginya yg berlubang.
desiun Pl laju (kereta, basikal, dll).
deskripsi (déskripsi) keterangan yg bertujuan utk menyampaikan
gambaran mental tentang sesuatu yg dialami.
deskriptif (déskriptif) bertujuan utk memberikan deskripsi: kebanyakan
karangannya bersifat ~.
despot (déspot) pemerintah mutlak, pemerintah kuku besi.
despotisme (déspotisme) pemerintahan seorang despot, pemerintahan
kuku besi.
destar setangan kepala, tengkolok, tanjak, kain (ikat) kepala: ~ berantinganting;
~ berapi-api destar utk penari-penari; ~ bertatah destar yg
disematkan perhiasan; ~ hitam berkotak destar utk penghulu adat; ~
pelangi destar yg beraneka warna; ~ tebu setuntung dll;
~ habis, kopiah luluh prb perihal menanggung kerugian (kesusahan
dll) yg besar (berat dll); ~ hancur, kopiah hancur prb perihal
perbuatan yg kurang hemat;
berdestar memakai destar.
122
destinasi (déstinasi) tempat yg dituju dlm perjalanan atau tempat
penerimaan sesuatu (surat, barang, dll yg dikirim): surat-surat itu
dikirimkan melalui pos bukan sahaja ke ~ dlm negeri, malah ke
tempat-tempat lain di luar negeri juga.
destruktif (déstruktif) (bersifat) merosak.
desuk bunyi yg hampir serupa dgn desak.
desup bunyi benda terbenam dlm lumpur dgn laju (keras).
desur bunyi yg hampir sama dgn desar dan desir;
berdesur berbunyi desur: kudengar tiupan angin yg kencang, ~
memukul sayap kapal terbang.
desus; ~-desis = berdesus, berdesus-desus, mendesus, mendesus-desus
bunyi spt bunyi orang berbisik;
mendesuskan membisikkan; desas-desus.
desut bunyi spt bunyi angin yg kencang (orang meniup api dsb);
mendesut berbunyi spt bunyi angin yg kencang (orang meniup api
dsb).
detak bunyi spt bunyi jantung berdenyut;
~ jantung bunyi denyut jantung, debar jantung; ~ hati ki perasaan
(fikiran, kata hati) yg mendatang;
berdetak, berdetak-detak 1. berbunyi spt bunyi jantung berdenyut;
2. ki terfikir, terasa, terpendam: Aishah sengaja tidak mahu
menunjukkan apa yg sedang ~ dlm hatinya;
mendetakkan membunyikan tak tak dgn lidah;
detakan bunyi berdetak: dlm dadanya terasa ~ jantung.
detap bunyi spt bunyi hentakan kasut sewaktu berjalan (ranting kayu
dipijak dsb);
berdetap berbunyi spt bunyi hentakan kasut sewaktu berjalan
(ranting kayu dipijak dsb): Lamid membuka matanya lebar-lebar
apabila terdengar ranting ~ dipijak orang;
123
mendetap-detapkan membunyikan hentakan kasut sewaktu
berjalan: gadis itu ~ kakinya ke lantai dan mengetuk-ngetukkan
jarinya ke meja;
detapan bunyi berdetap: ~ kasutnya semakin cepat kedengaran
menghampiri rumah itu.
detar bunyi spt bunyi benda yg bergetar (bergegar, bergentar, dsb);
berdetar, mendetar berbunyi spt bunyi benda bergetar (bergegar,
bergentar, dsb).
detas bunyi spt bunyi benang putus (kulit telur pecah, air hujan menitik ke
atap, dsb);
berdetas, berdetas-detas berbunyi spt bunyi benang putus (kulit
telur pecah, air hujan menitik ke atap, dsb): air hujan mula turun
berdetas-detas ke atas atap rumah.
detasemen (détasemén) IB sepasukan (sebahagian) drpd askar (polis) yg
bertugas di sesuatu tempat.
detasir (détasir) IB; mendetasir bp menukarkan seseorang pegawai ke
sesuatu tempat kerana tugas yg tertentu.
detektif (détéktif) pegawai polis yg menyiasat kejadian jenayah, mata-
mata gelap; cerita (roman) ~ cerita bkn penyiasatan jenayah.
detente (détente) (Perancis) pengenduran ketegangan (konflik dll) antara
negara-negara dlm hubungan antarabangsa.
detergen (détergen) bahan atau campuran bahan yg bertindak sbg pencuci
dlm sabun, syampu, dll; ~ lembut detergen yg boleh terurai secara
biologi.
determinisme (Sas) gerakan sastera dan seni yg beranggapan bahawa
semua perkara yg berlaku (termasuk yg dipilih manusia) telah
ditentukan oleh hukum alam: kemudian etos dikembangkan menjadi
~ sosial.
124
detik 1. bunyi spt bunyi jam dll; ~ jantung a) bunyi denyut jantung; b) ki
getaran hati (kalbu); ~-detak khabar (berita); 2. saat (1/60 minit),
waktu atau masa (yg singkat sekali): akhirnya orang tua itu
kembali tenang setelah termenung beberapa ~; 3. waktu, masa
(secara am): 31 Ogos merupakan ~ yg bersejarah bagi rakyat
Malaysia;
berdetik 1. = mendetik berbunyi spt bunyi jam dll: pensel yg di
atas meja itu jatuh ~; 2. berkata (di dlm hati): melihat kejadian itu,
hatinya ~, “manusia ini tidak waras otaknya”; 3. berdebar (bkn
perasaan): hatinya ~ resah apabila adiknya menyebut Dang
Kenanga bertanyakan dirinya;
terdetik 1. berbunyi detik; 2. ki terdengar (diketahui, diberitakan,
dll): sekarang ~ pula berita-berita yg mengatakan harga barangbarang
akan melambung lebih tinggi lagi;
terdetikkan dapat terdetik: kenikmatan Firdaus yg tidak pernah ~
dlm hati manusia;
detikan detik (jam, jantung, dll).
detil (détil) bp terperinci: segala keterangan telah diberikan secara ~.
deting bunyi spt bunyi gitar, dencing.
detoksifikasi (détoksifikasi) penyingkiran racun atau toksin drpd sesuatu
bahan.
detup bunyi benda meletup (letup-letup kecil); detus, letup I.
detus bunyi spt bunyi letupan senapang (mercun dll);
berdetus berbunyi spt bunyi letupan senapang dll.
deuterium (déuterium) (Kim) isotop unsur hidrogen, hidrogen berat.
devaluasi (dévaluasi) perihal menurunkan nilai mata wang utk
memperbaiki kedudukan ekonomi negara.
devian (dévian) (Psi) seseorang yg perangainya menyimpang drpd normal;
~ seks seseorang yg menunjukkan kelakuan seks yg luar biasa.
125
devisa (dévisa) IB alat pembayaran luar negeri (yg ditukar dgn mana-
mana mata wang luar negeri).
dewa (déwa) 1. sesuatu yg dipuja-puja kerana dipercayai berkuasa
terhadap alam dan manusia; yang-yang: membakar colok utk
memuja ~; 2. ki orang (sesuatu) yg dipuja-puja: wang juga akan
~nya; ~ pujaan hatinya telah mati ditembak pengganas;
mendewakan, mendewa-dewakan, memperdewakan memujamuja
spt dewa: masih banyak lagi pegawai kerajaan yg mendewadewakan
bahasa Inggeris;
kedewaan 1. (hal) mengenai dewa: agama Hindu telah
memasukkan adat resam dan sistem ~ Hindu; 2. tempat (kediaman)
dewa-dewa;
pendewaan perihal atau perbuatan mendewakan: ~ bahasa Inggeris
dan kelulusan Inggeris masih diamalkan oleh pihak-pihak tertentu.
dewadaru (déwadaru) sj tumbuhan (pokok), daru-daru, dedaru, kayu
darat, Urandra corniculata.
dewala (déwala), dewal (déwal) ark sl dinding atau tembok keliling kota
dll.
dewan (déwan) 1. balai (ruang) tempat diadakan sesuatu (spt persidangan,
perjumpaan, forum, ceramah, dll): Tuan Syed Nasir telah memberi
ceramah berkenaan dgn Bahasa Kebangsaan di D~ Hargreaves,
Kolej Melayu Kuala Kangsar; 2. perbadanan (institusi, lembaga,
dll) yg bertanggungjawab (bergiat, berkuasa, dll) dlm sesuatu
bidang kegiatan dsb: D~ Rakyat sedang membahaskan anggaran
belanjawan; D~ Bahasa dan Pustaka; D~ Bandaraya; D~
Perniagaan; 3. sl mahkamah tinggi;
D~ Keadilan majlis tertinggi bkn adat di NS; D~ Keamanan Id a)
Majlis Keselamatan B.B.; b) = D~ Keamanan Nasional dewan yg
ditubuhkan oleh kerajaan utk mengawasi (menjaga) keamanan
126
negeri; D~ Menteri Id jemaah menteri, kabinet; D~ Moneter Id
lembaga yg berkewajiban menasihati dan mengawasi kewangan
negara; D~ Nasional Id majlis yg mewakili masyarakat utk
memberi nasihat kpd kerajaan; D~ Negara a) majlis mesyuarat
tertinggi yg anggotanya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong; b) Pr
majlis tertinggi bkn adat; D~ Negeri majlis mesyuarat negeri; ~
penasihat Id majlis yg memberi nasihat; ~ pengawas(an) Id dewan
yg bertugas utk mengawas kerja pengurus perkumpulan (persatuan,
dll); ~ perancang Id majlis yg merancang pembangunan negara; D~
Perwakilan Rakyat Id a) = D~ Perwakilan Rakyat Pusat Dewan
Rakyat; b) = D~ Perwakilan Rakyat Daerah Dewan Undangan
Negeri; ~ pimpinan Id dewan yg memimpin parti (perkumpulan,
persatuan, dll); D~ Rakyat majlis tertinggi yg membuat undangundang
(menentukan dasar kerajaan serta mengawasi
pelaksanaannya); D~ Undangan Negeri (Persekutuan) majlis
perwakilan rakyat negeri-negeri.
dewana (déwana) sl gila (berahi), edan kesmaran.
dewangga (déwangga) = kain ~ (ERT) kain yg ditekat atau disulam dgn
benang berwarna-warni utk membuat pelbagai corak atau gambar
yg menarik, biasanya digantung di dinding dsb sbg perhiasan;
sutera ~ kain sutera yg bercorak indah.
dewani (déwani) ark 1. bkn dewan; 2. ahli dewan.
dewasa (déwasa) 1. sudah baligh, sudah berumur 21 tahun ke atas, sudah
cukup besar: orang ~ dikenakan bayaran masuk yg lebih tinggi
drpd kanak-kanak; 2. sudah cukup besar (bkn binatang, tumbuhtumbuhan,
dsb): lipas yg sudah ~ berwarna perang kehitamhitaman;
3. pd masa, pd ketika, pd waktu: adat spt itu tidak sesuai
lagi dgn keadaan ~ ini; 4. ki sudah banyak pengalaman dan
pengetahuannya, matang: kini Malaysia telah mula ~ dan telah pun
127
melalui berbagai-bagai pengalaman dan peristiwa selama dua
puluh tahun ia tegak sbg sebuah negara merdeka;
mendewasa menjadi dewasa: ia dilahirkan dan ~ pd zaman
perang;
mendewasakan 1. menjadikan dewasa (manusia, binatang, dsb),
membesarkan; 2. menjadikan dewasa atau matang (pemikiran,
pengalaman, dsb): Razman lebih suka hidup di laut, meluaskan
pengalaman dan pandangannya sambil ~ fikirannya;
kedewasaan perihal (keadaan yg) dewasa (matang), kematangan:
dia belum lagi mencapai ~nya; ~nya ternyata pd fikiran-fikiran
bernas yg dikemukakannya;
pendewasaan 1. perihal atau proses mendewasakan (membesarkan
dsb), pembesaran: proses ~ ovari itu terkawal (benda hidup) oleh
hormon-hormon yg dikeluarkan oleh ovari dan kelenjar lain; 2.
perihal atau proses mendewasakan (pemikiran, pengalaman, dsb),
pematangan: ~ sastera bererti kepelbagaian tema yg diterokai dan
kepelbagaian aliran teknik dlm penulisannya.
dewata (déwata) sl 1. dewa; dewa ~ = Sang yg ~ sl peri yg berkuasa; D~
Mulia Raya sl dewa yg tertinggi; 2. perihal (bersifat) dewa; burung
(manuk, paksi, unggas) ~ sl burung cenderawasih;
mendewatakan mendewakan;
kedewataan kedewaan.
dewek (déwék) Jw ark bp sendiri, diri sendiri; aku ~ aku sendiri.
dewi (déwi) 1. dewa perempuan: ~ Dermadewi; ~ Pertiwi; 2. ki jantung
(buah) hati (bkn perempuan yg cantik);
kedewian sifat spt dewi, tentang dewi: wajahnya menyerlahkan
sifat kemanusiaan dan juga ~.
dgn kep dengan.
128
di I 1. kata sendi nama yg menunjukkan tempat dll: ketika cuti sekolah,
Busu lebih suka duduk ~ rumah drpd berjalan-jalan; ~ atas; ~
bawah; 2. pada, dalam: wajah Mawi terbayang ~ mata Aini; ~ hari
kemudian; 3. Mn pada, kepada, akan, oleh, dari; datang ~ air
datang dr sungai.
di II awalan yg membentuk kata kerja pasif (diri ketiga): dia mati dibunuh
perompak.
di III kep adi; dipati adipati; diraja adiraja.
dia kata ganti diri ketiga (utk menegaskan atau merendahkan), ia: ~ yg
mengambil bola itu, bukan saya; ~ orang bp mereka semua; itu ~
a) itu orangnya; b) itulah bendanya (perkaranya), itulah keadaan yg
sebenarnya;
mendiakan menyebut dia (dgn tujuan menghina, memandang
rendah, dsb terhadap seseorang).
diabetes (diabétés) keadaan yg dicirikan dgn perembesan dan perkumuhan
air kencing yg berlebihan, penyakit kencing manis.
diaforesis (diaforésis) (Ubat) perpeluhan yg berlebihan.
diafragma 1. tisu yg terdiri drpd otot dan tendon yg memisahkan rongga
toraks drpd rongga abdomen pd mamalia; 2. alat yg mengehadkan
bukaan lensa atau sistem optik; 3. cakera atau kon yg bergetar pd
alat spt telefon, mikrofon, dll; 4. alat pencegah kehamilan pd
wanita.
diagnosis perbuatan mengenal pasti sesuatu penyakit drpd tanda dan
gejalanya;
mendiagnosis mengenal pasti sesuatu penyakit drpd tanda dan
gejalanya, membuat diagnosis.
diagnostik bkn diagnosis: ujian ~.
diagonal IB pepenjuru.
diagram IB gambar rajah.
129
diah diat I.
diaken IB 1. ulama Kristian (Katolik) yg martabatnya rendah sedikit drpd
paderi; 2. kakitangan yg menguruskan hal orang miskin dlm agama
Kristian (Protestan).
diakoni IB dewan tempat menguruskan hal orang miskin dlm agama
Kristian.
diakritik (Lin); tanda ~ tanda yg dipakai utk memperbezakan bunyi-bunyi
yg berlainan bagi sesuatu huruf: dlm ejaan baru, tanda ~ di atas e
bagi melambangkan e pepet ditiadakan.
diakronik meninjau sesuatu hal drpd sudut sejarah perkembangannya
(bkn kajian, penyelidikan, dsb); kaji bahasa ~ pengkajian
perkembangan bahasa.
dialek (dialék) satu bentuk bahasa yg digunakan dlm sesuatu daerah atau
oleh sesuatu kelas sosial berbeza drpd bahasa standard, loghat,
pelat daerah (negeri dll): ~ Kelantan; ~ Kedah; ~ sosial (Lin)
variasi bahasa yg dituturkan oleh sesuatu kumpulan sosial atau
lapisan masyarakat bahasa, mis bahasa istana.
dialektik (dialéktik) seni (amalan) menilai kebenaran sesuatu teori atau
pendapat secara perbincangan dan perdebatan: tentu sahaja engkau
tidak mengerti soal ini, kerana engkau tidak berfikir secara ~.
dialektologi (dialéktologi) kajian tentang dialek.
dialisis (Kim) proses memisahkan sebatian yg terlarut berasaskan kadar
resapan sebatian itu melalui membran separa telap;
mendialisis memisahkan sesuatu (sebatian dsb) secara dialisis.
dialog 1. kata-kata yg dituturkan oleh watak-watak dlm drama atau
fiksyen: pengucapan ~ sesetengah pelakonnya masih lemah; 2.
karya sastera dlm bentuk perbualan; 3. perbincangan atau
perundingan antara dua pihak yg bertelingkah kepentingannya: satu
majlis ~ diadakan antara penduduk kampung dgn wakil rakyat
130
mereka; kami mengadakan ~ dgn pengusaha hotel, pemandupemandu
teksi, malah tuan-tuan punya kedai emas juga;
berdialog mengadakan dialog, bertukar-tukar pendapat mengenai
sesuatu isu secara terbuka: mereka ~ dgn wakil-wakil dr
Kementerian Perdagangan mengenai masalah harga minyak
petrol.
diam I 1. tidak bercakap (bersuara dll), senyap: Badri ~ sahaja kerana
tidak tahu apa yg hendak dicakapkan; terbuang dlm ~ disingkirkan
dgn senyap-senyap; 2. tidak bergerak-gerak atau berbuat apa-apa:
sedangkan benda yg ~ lagi engkau baling tidak kena, inikan pula
benda yg bergerak; ~ tak ~ dgn senyap-senyap, tidak dihebohhebohkan;
~ macam batang kayu ki tidak bergerak-gerak; ~
membatu ki tidak bercakap-cakap (membisu);
~ ubi lagi kental, ~ besi lagi sentil = bukannya ~ penggali
berkarat, melainkan ~ ubi berisi prb diam orang yg berilmu itu
berfikir, sementara diam orang yg bodoh itu sia-sia sahaja; kalau
tak bermeriam, baiklah ~ prb orang yg miskin dan lemah itu tidak
usahlah banyak kehendak; yg disangka tidak menjadi, yg ~ boleh
ke dia prb orang yg bertunangan tetapi akhirnya berkahwin dgn
orang lain;
sediam sama (spt, macam) senyapnya: mereka diam ~ kuburan di
waktu subuh;
diam-diam dgn tidak memberitahu orang, secara senyap-senyap,
secara sulit: dgn ~ sahaja dia keluar dr negeri Daha;
~ lepu prb pada zahirnya baik dan jujur tetapi sebenarnya jahat dan
berbahaya sekali; ~ ubi (berisi) prb pendiam tetapi banyak berfikir
atau berpengetahuan;
berdiam = ~ diri = berdiam-diam 1. tidak bercakap-cakap
(bergerak-gerak dll): mereka berdua ~ sebentar; di dlm berdiam131
diam begitu, sebenarnya dia berfikir; 2. ki tidak melakukan
sesuatu, tidak mengambil apa-apa tindakan: kita tidak mesti ~ diri,
kita mesti membela diri kita sendiri;
berdiamkan; ~ diri berdiam diri: ia ~ dirinya barang ke mana
diterbangkan oleh burung itu;
mendiami tidak menegur (menyapa dll), memulau: kami diami
sahaja orang-orang yg membelot kpd persatuan kami;
mendiamkan, memperdiamkan 1. membuat (menjadikan,
membiarkan) diam: ibu ~ adikku yg merengek; 2. menjadikan tidak
bergerak, mematikan utk seketika (benda bergerak dll): gelora
marah itu didiamkannya sahaja; 3. tidak mengendahkan
(mempedulikan, ambil tahu, dll), tidak menghebohkan: pihak
Berikat tidak boleh ~ serangan yg dilakukan oleh pihak Fasis ke
atas negara-negara yg kecil; ada pun jika kita perdiamkan
perkara ini, nescaya buruk padahnya;
terdiam tidak bersuara (bergerak dll) lagi: Datuk Ujang dan polis
itu mengangguk lagi tetapi sejurus kemudian ~ semula; melihat
guru datang, murid-murid darjah itu pun terus ~;
pendiam (orang yg) tidak suka bercakap-cakap: Zaini itu seorang
murid yg ~ tetapi lekas dapat menangkap ajaran gurunya.
diam II tinggal (duduk, berumah, bertempat) di: saya ini hanya budak
miskin, ~ di hulu negeri; ~ berdagang tinggal (hidup) merantau;
~ di bandar tak meniru, ~ di laut asin tidak prb hal orang yg tidak
mahu belajar supaya maju walaupun tinggal di tempat yg ramai;
mendiami, mengediami ark bertempat tinggal di, berumah di,
menduduki: mulai drpd tarikh itu, bandar Brunei telah menjadi
bandar yg didiami oleh orang Jepun sahaja; tidak ada siapa yg
sanggup ~ rumah itu;
132
kediaman = tempat ~ tempat tinggal (duduk dll), rumah (pondok,
gua, dll) yg diduduki: setelah selesai sembahyang, mereka pun
pulang ke tempat ~ masing-masing; di sana sini terdapat rumahrumah
yg besar tersergam, tempat ~ orang besar-besar dan orang
kaya-kaya.
diameter (diaméter) garis pusat (pd bulatan).
dian I pelita yg dibuat drpd lilin;
mendiani menerangi (dgn dian).
dian II; burung kaki ~ sj burung, Tringa totanus eurhinus.
diang; berdiang berada dekat api (unggun api, dapur) utk memanaskan
badan: di musim sejuk begini kami tidak banyak keluar tetapi ~ di
rumah sahaja;
~ di abu dingin prb pertolongan yg sia-sia (tidak berguna); sambil ~
nasi masak prb sekali membuat sesuatu pekerjaan, dua tiga maksud
tercapai;
mendiang memanaskan atau memasak sesuatu dgn meletakkannya
dekat dgn api: pagi-pagi lagi kelihatan budak dua beradik itu ~
ikan di tepi sungai; bagai pucuk pisang didiang prb lemah sekali
(tidak bertenaga) kerana sakit dll;
mendiangkan memanaskan (badan, tangan, dll) dekat api: kata
Thomas sambil menggesel dan ~nya dekat api;
pendiangan tempat berdiang, (dapur jingkir) utk berdiang.
diar Mn; memperdiarkan membiarkan sahaja, tidak mempedulikan.
diarea (diaréa) (Ubat) penyakit buang air besar (najis cair) yg terlalu
kerap pengulangannya, cirit-birit.
diari buku yg mengandungi rakaman harian tentang pengalaman atau
pemerhatian peribadi, buku harian.
diarki pemerintahan oleh dua negara, individu, dll.
133
diaspora 1. penyebaran ke merata-rata tempat, spt orang yg pd asalnya
tergolong dlm budaya yg sama, warga sebuah negara yg sama dsb:
pengkajian tentang ~ Cina di wilayah lain di Indonesia jauh
kurang mendapat perhatian; 2. kelompok manusia yg pd asalnya
tergolong dlm budaya yg sama yg telah tersebar di merata-rata
tempat lain: penentang ini mewujudkan ~ di kalangan bangsa, puak
atau keturunan mereka.
diastase (Bio) enzim (amilase) yg terdapat pd barli bercambah, kentang,
dll.
diastole (diastolé) (Ubat) tempoh pengembangan ventrikel jantung yg
berlaku antara bunyi yg kedua dgn bunyi yg pertama pd jantung.
diat I Ar sl denda (pampasan) yg harus dibayar kerana melukai atau
membunuh orang dll: berapa dapat kamu keluarkan ~ akan
Abdullah?
mendiatkan membayar diat: patut engkau diatkan nyawa anak
memerang itu.
diat II; pendiat sl kubu (perangkap) gajah.
diatonik (Muz) bkn penggunaan not yg bertepatan dgn tanda nada sahaja.
diayah penyiaran (penyebaran) sesuatu ideologi (doktrin, pendapat, dsb)
utk mendapat sokongan, propaganda: anasir-anasir komunis telah
cuba menjadikan isu Islam utk mengembangkan ~ mereka;
mendiayahkan menyebarkan diayah, mempropagandakan;
pendiayahan perbuatan menyebarkan diayah;
pendiayah orang yg menjalankan kegiatan diayah: ~ komunis perlu
diawasi.
dibab Pr tampar sayang (geram dll);
mendibab menampar kerana sayang (geram dll).
dibaja sl = kain ~ sj kain sutera yg halus.
didaktik bermaksud mengajar: sajak ini bersifat ~.
134
didaktisisme unsur pengajaran dlm sesebuah karya sastera yg
memberikan pendidikan (terutamanya dr segi moral, etika, atau
soal-soal keagamaan).
didal sarung jari drpd logam dll (utk melindungi hujung jari ketika
menjahit), jidal.
didih; mendidih; berdidih ark 1. meruap atau meluap-luap kerana
dipanaskan, menggelegak: air di dlm kawah itu sedang ~; 2. ki
marah sekali (bkn perasaan): Hayati makin radang, ~ rasa
darahnya; 3. ki berkobar-kobar, meluap-luap, berapi-api (bkn
semangat);
mendidihkan 1. memasak (memanaskan) air dll hingga mendidih;
2. menjadikan berkobar-kobar (semangat): keberaniannya
menentang kezaliman itu ~ darah keperwiraan dlm jasad
bangsanya;
pendidihan perihal atau proses mendidih(kan).
didik 1. pelihara, jaga (dgn hati-hati), ajar; ayam ~ ayam yg tidak beribu
(dipelihara drpd kecil); 2. sl bd anak-anak yg baru remaja: harta yg
Duli Tuanku kurniakan dahulu, sekarang sudah dihabiskan oleh ~
itu utk bersuka ria;
mendidik menjaga (memelihara dsb) dan melatih (mengajar dll)
baik-baik: ~ kanak-kanak bukan satu perkara yg boleh dipandang
ringan;
terdidik mendapat latihan (pengajaran dll), terlatih: sebelum
perang dahulu banyak mahasiswa kita yg ~ di tanah Inggeris;
didikan 1. kaedah mendidik: salah ~ boleh merosakkan anak-anak
apabila mereka besar kelak; 2. yg dididik (diajar, dilatih, dll): masa
depan bagi kanak-kanak ~ sekolah Melayu kini terjamin; 3. =
pendidikan;
135
pendidikan 1. perihal mendidik: ~ kanak-kanak cacat belum
diperluas lagi di negara kita; 2. = ilmu ~, ilmu didik, ilmu
mendidik pengetahuan mendidik: ia mahu mendalami lagi
pelajarannya dlm hal ~ kanak-kanak; 3. didikan, latihan, ajaran:
merosotnya moral pemuda-pemudi kita ialah kerana kurang
mendapat ~ rohani ketika di bangku sekolah;
berpendidikan mendapat pendidikan (latihan): kaum intelek
Melayu yg ~ Barat masih ragu-ragu akan kemungkinan bahasa
Melayu dijadikan bahasa rasmi;
pendidik orang yg mendidik, guru: sekarang Ali bertugas sbg ~ di
sebuah sekolah di Kelantan;
kependidikan hal (sifat dsb) yg berkaitan dgn pendidik.
didis Jw ark; mendidis mencari kutu, mengutui.
didong 1. ark orang Perancis, orang Eropah (asing); 2. peranakan,
bercampur darah: Belanda ~; 3. = komedi ~ ark sj wayang patung;
4. ark pertunjukan tari-menari dan muzik.
diesel (disél) 1. = enjin ~ = mesin ~ sj enjin pembakaran dalam yg
nyalaannya dihasilkan oleh bahang drpd gas yg dimampatkan;
lokomotif ~ Id kereta api berenjin diesel; 2. = minyak ~ minyak
galian yg digunakan sbg bahan api oleh enjin diesel.
diesius (diésius) (Bio) bkn tumbuhan yg organ pembiakan jantan dan
betinanya tidak terdapat pd pokok dan bunga yg sama.
diestrus (diéstrus) (Bio) tempoh ketika tiada aktiviti pembiakan
berlangsung bagi haiwan yg mempunyai beberapa kitar estrus dlm
sesuatu musim membiak.
diet 1. makanan dan minuman yg biasanya diambil oleh sesuatu kumpulan,
seseorang individu, atau seseekor binatang; 2. jenis dan banyaknya
makanan yg ditetapkan utk seseorang atau seseekor binatang utk
tujuan tertentu (spt mengawal berat badan dll): ~ seimbang; pakar ~
136
pakar dlm kajian saintifik tentang pengambilan, penyediaan, dan
pengawalan makanan;
berdiet makan dan minum mengikut peraturan yg ditetapkan: dia
terpaksa ~ utk mengurangkan berat badannya.
dietetik (diététik) kajian saintifik tentang diet dan pemakanan.
dif Ar jemputan atau tetamu khas dlm majlis: segala ~ yg hadir telah
mengambil tempat duduk masing-masing.
difteria (diftéria) (Ubat) sj penyakit berjangkit (biasanya menjangkiti
kanak-kanak) yg diakibatkan oleh bakteria Corynebacterium
diptheriae, yg dicirikan dgn demam, sakit kerongkong, dan
gangguan pernafasan.
diftong (Lin) gabungan dua bunyi vokal yg disebut dlm satu suku kata
akibat perubahan kedudukan lidah spt ai, au, dan oi.
difusi perihal meresapkan atau menyebarkan (pengetahuan, kebudayaan,
dsb), resapan;
berdifusi meresap (masuk ke dlm bahasa, kebudayaan lain, dsb):
sesuatu bahasa itu dikatakan ~ jika ia bergerak dan menyebar ke
dlm bahasa lain.
digit mana-mana satu angka Arab dr kosong hingga sembilan, angka,
nombor: 4204 mengandungi empat ~; ~ perduaan digit sifar atau
satu dlm sistem perduaan;
berdigit mempunyai digit, digital: jam ~.
digital (Komp) beroperasi dgn menggunakan angka atau aksara lain utk
mewakili data;
mendigitalkan menukarkan (data dsb) kpd bentuk digital supaya
dapat diproses secara langsung oleh komputer;
pendigitalan proses (perihal, perbuatan dsb) mendigitalkan.
137
diglosia (Lin) kewujudan dua variasi bahasa dlm sesuatu bahasa mengikut
situasi, yg satu lebih tinggi statusnya apabila berada dlm situasi
formal berbanding dgn yg satu lagi dlm situasi tidak formal.
digniti 1. sifat yg mulia, kemuliaan, kebesaran: mereka menganggap kerja
mereka sbg satu profesion yg mempunyai maruah dan ~ tersendiri;
2. kedudukan (gelaran, pangkat, dll) yg tinggi: sudah sampai
masanya dunia filem tanah air diberi ~ tersendiri.
digraf dua huruf berturut-turut yg mewakili satu bunyi (spt ng, ny, sy),
dwihuruf, dwilambang, huruf rangkap.
dik singkatan bagi adik: jangan menangis ~, sekejap lagi emak pulang.
dikara sl indah, mulia; adikara.
dikau engkau atau kamu (digunakan jika perkataan sebelumnya
berakhirkan huruf n): akan ~; dgn ~.
dikir 1. ucapan (doa) utk memuji-muji Rasul, biasanya dgn berlagu
(lazimnya diadakan ketika Maulud Nabi); 2. lagu atau nyanyian dgn
berpantun yg dilakukan beramai-ramai; ~ barat Kl lagu (nyanyian)
beramai-ramai sambil berbalas-balas pantun; ~ jelotah sj tarian
berserta dgn dikir beramai-ramai dlm upacara mengirik padi selepas
menuai;
berdikir mengucapkan puji-pujian kpd Rasul (dgn berlagu): datang
seorang lagi mempersilakan Pak Lebai ke terataknya kerana
hendak ~ maulud; ~ barat Kl bernyanyi (berlagu) dgn berpantun
beramai-ramai;
pendikir orang yg melagukan dikir; zikir.
dikit; sedikit tidak banyak (bkn bilangan, nilai, kadar, dll), tidak
seberapa: berilah kami ~ kuih itu;
~ pedas agak pedas; ~ hari lagi tidak lama lagi; ~ sebanyak lebih
kurang;
138
~ hujan banyak yg basah prb kecelakaan yg kecil membawa akibat
yg besar (pengetahuan sedikit tetapi bercakap besar); ~ kerja
banyak berantun prb perihal kemalasan seseorang (orang yg tidak
mahu berusaha membuat sesuatu);
sedikitnya 1. = sedikit-dikitnya, sedikit-sedikitnya sekurangkurangnya,
yg paling kurang; 2. jumlahnya yg sedikit; banyak ~
banyaknya, jumlahnya (banyak atau sedikit);
sedikit-sedikit 1. setiap kali sedikit; ~ lama-lama jadi bukit prb
sabar dan tekun mengerjakan sesuatu, akhirnya berjaya juga; 2.
walaupun sedikit;
menyedikit berkurang (sedikit-sedikit);
berdikit-dikit 1. sedikit demi sedikit: wangnya telah dikumpulkan
secara ~; 2. berhemat, berhati-hati (bkn wang dll): mereka boleh
hidup sederhana dgn ~;
mendikit-dikitkan, menyedikitkan, mengecilkan (mengurangkan)
belanja dll, menjadikan sedikit: mereka hendak ~ belanja supaya
dapat menyimpan wang;
mempersedikit menjadikan lebih sedikit;
tersedikit yg paling sedikit.
diko Id cat kereta dll;
mendiko menyemburkan cat (pd kereta dll).
dikotiledon (dikotilédon) tumbuhan drpd kumpulan Dicotyledonae yg
mempunyai dua daun biji benih dan daun yg uratnya berselerak.
dikotomi pembahagian (pemisahan) antara dua kumpulan (kelompok dll)
dlm sesuatu hal yg saling bertentangan: dasar tadi menyebabkan
kita selalu berfikir secara ~; ~ ini tidak terbatas kpd dunia sastera
dan budaya, malah menyebar ke seluruh lapangan kehidupan.
diksa ark; berdiksa dilantik (sbg pendeta Buddha).
139
diksi (Lin) pemilihan dan penggunaan kata yg tepat dan berkesan utk
mengungkapkan idea (peristiwa dll) secara bertulis atau lisan.
diktat IB catatan yg dibuat oleh pelajar ketika mengikuti pelajaran.
diktator pemerintah mutlak, terutamanya yg merampas kuasa tanpa
mengikut perlembagaan dan menggunakannya secara zalim: rakyat
negara yg diperintah oleh seorang ~ jarang-jarang mempunyai
kebebasan asasi;
kediktatoran 1. pemerintahan oleh diktator: pemerintahan ini
mengambil rupa bentuk kerajaan satu parti atau ~ tentera; 2.
kuasa mutlak atau tertinggi.
diktatorial 1. bkn pemerintahan yg bercirikan diktator; 2. cenderung utk
menjadi diktator.
dikte (dikté) IB menyalin (menulis) rencana, menulis tepat-tepat apa yg
dibaca (diucapkan) oleh orang lain;
mendikte 1. meminta (menyuruh) orang menulis apa-apa yg dibaca
(diucapkan); 2. menyuruh orang berbuat sesuatu dgn tidak
membantah, menyuruh menurut sahaja;
mendiktekan 1. menyuruh tulis apa-apa yg dibaca (diucapkan); 2.
menyuruh dgn paksa, memerintahkan: apabila anakanda dapat
memahamkan huraian kami ini, anakanda tidak akan berasa
didiktekan sahaja oleh orang tuamu ini.
diktum 1. kenyataan rasmi yg dikemukakan oleh seseorang yg ada
autoriti; 2. pepatah yg menghuraikan sesuatu aspek hidup secara yg
menarik: ahli teologi Muslim menggunakan ~ ini utk mematahkan
kecaman pihak musuh.
dil; buah ~ sj bola yg keras; (ber)main ~ bermain bola keras dgn
menggunakan tongkat spt dlm permainan hoki.
dila, dilah ark suluh, lampu.
dilam sj tumbuhan (herba), Hemigraphis platycarpos.
140
dilema (diléma) keadaan yg menyebabkan sukarnya membuat pilihan
antara dua alternatif (benda, orang, situasi, dll) atau lebih; keadaan
serba salah: ini kerana Soviet Rusia sendiri kini berada dlm ~
berkaitan dgn pelibatannya di Afghanistan.
dim I ukuran (satuan) panjang lebih kurang 1/12 kaki atau 25.4 mm, inci.
dim II; lampu ~ Id lampu kecil di depan kereta.
dimensi (diménsi) 1. ukuran saiz sesuatu (spt tinggi, panjang, lebar) atau
garis pusat: dlm rajah yg kamu lukis itu, tunjukkan ~nya; cara
ideal ialah audiovisual dan tiga ~; 2. aspek: apakah ~ baru yg
harus kita cari, terokai, dan membinanya supaya kecemerlangan
itu akan menjadi sesuatu yg hakiki dan abadi?
berdimensi mempunyai dimensi;
mendimensi mengambil ukuran, mengukur.
dimiti (Tks) sj fabrik drpd kapas yg mempunyai corak berjalur-jalur dsb
yg timbul, biasanya digunakan utk membuat cadar, langsir dsb.
dimpit dempet.
dim sum sj makanan masyarakat Cina yg diperbuat drpd adunan tepung
berisi inti daging, sayur dsb yg dikukus.
din Ar agama; hari ~ = Yaumiddin hari kiamat.
dina I; hina-~; hina.
dina II; ~hari sl dinihari.
dinamik I bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian
serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan: pembangunan
masyarakat yg lebih ~ harus mendapat perhatian yg tajam drpd
orang ramai;
mendinamikkan menjadikan dinamik;
kedinamikan keadaan atau sifat dinamik.
dinamik II cabang ilmu mekanik yg berkaitan dgn daya dan hubungannya
dgn gerakan jasad.
141
dinamis IB dinamik I.
dinamisir IB; mendinamisir bp menjadikan (membuat, menyebabkan
jadi) dinamik.
dinamisme sifat dinamik: kami berharap reka bentuk baru ini memberi
suasana segar kpd majalah ini dan memancarkan ~ baru yg
terdapat padanya; makalah ini bertujuan menyerlahkan aspek
kreativiti dan ~ dlm bahasa pengiklanan.
dinamit bahan letupan yg kuat (boleh menghancurkan batu-batu);
mendinamit menghancurkan (meleburkan, merosakkan) dgn
dinamit.
dinamo sj alat utk menukar tenaga mekanik kpd tenaga elektrik,
terutamanya yg mengeluarkan arus terus.
dinar sl 1. kepingan wang emas; 2. mata wang.
dinas Id 1. jabatan (kerajaan yg mengurus tugas tertentu): ~ kehaiwanan;
2. sesuatu yg bersangkutan dgn jabatan: pakaian ~; rahsia ~; ikatan
~ perjanjian utk bekerja dgn kerajaan apabila tamat belajar; 3. masa
berkhidmat (dgn kerajaan, syarikat, dll); 4. sedang bertugas
(bekerja).
dinasti 1. jurai raja-raja pemerintah yg berasal drpd satu keturunan
(keluarga): mengikut suatu rekod drpd ~ Ming, Laksamana Yin
Ching mengunjungi Melaka dlm tahun 1403; 2. tempoh sesebuah
negeri diperintah oleh raja-raja yg berasal drpd satu keturunan.
dinda singkatan bagi adinda.
dinding 1. penutup (penyekat) ruang, bangunan, bilik, dll yg dibuat drpd
kayu, bata, dll; sebuah gambar tergantung di ~; lampu ~ lampu yg
disangkutkan di dinding; 2. sesuatu yg menyerupai dinding: ~
abdomen;
~ kambi papan (kayu) pd kaki dinding; ~ sel selaput yg menyelaputi
sel; ~ tepas dinding yg dibuat drpd pelepah daun kumbar;
142
~ teretas, tangga terpasang prb bukti yg cukup utk menyatakan
sesuatu hal; jadi ~ tasak peti permainan prb orang harapan raja dan
orang besar-besar;
berdinding, berdindingkan menggunakan (memakai) dinding:
rumah panjang itu beratapkan daun bertam dan ~ kulit kayu;
mendinding 1. memasang (melekatkan) dinding: ayah saya tidak
ada, dia pergi ~ rumah Pak Ngah Talib; 2. berupa dinding, spt
dinding: bukit-bukit yg dipenuhi hutan tebal ~ ke sebelah barat
kampung saya;
mendindingi merupakan dinding (utk menyekat, melindungi,
menahan, menutup, merintang, dll), menjadi dinding pd: pokok
bunga di sekeliling perigi itu ~ orang yg mandi drpd pelihatan
orang ramai; pakatan SEATO ditubuhkan utk ~ kemaraan kuasa
Komunis;
mendindingkan menggunakan sesuatu spt dinding; ~ tangan
meletakkan tangan di atas dahi supaya tidak silau dll;
terdinding tersekat oleh dinding, tersekat, terlindung: jikalau iman
tidak teguh, segala godaan syaitan mungkin tidak ~ lagi;
pendindingan perihal atau perbuatan mendinding(i) atau
mendindingkan;
pendinding penutup, penyekat, penghalang, pelindung: agama
bukan sahaja menjadi petunjuk ke jalan hidup yg sebenar, tetapi
juga merupakan ~ drpd godaan hawa nafsu;
doa ~ doa utk melindungi diri drpd mara bahaya; kain ~ miang,
wang ~ malu prb berbuat (menggunakan) sesuatu biarlah kena pd
tempatnya.
dines dinas.
ding; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar ali (dedingin), Smilax
myosotiflora.
143
dingin 1. tidak panas (hangat), sejuk: hari masih pagi, cuaca belum
begitu terang dan hawa ~ sekali; 2. ki tidak meriah (sambutan
keramaian dsb): sambutan perayaan Hari Kebangsaan pd tahun ini
agak ~ jika dibandingkan dgn tahun yg sudah-sudah; 3. ki tidak
mengambil berat (bkn layanan), tidak mesra (bkn perhubungan dsb),
sepi: sejak akhir-akhir ini, Jamaludin bersikap ~ terhadapnya;
hubungan ~ hubungan (antara orang, negara, dll) yg tidak erat dan
mesra; 4. ki basi (bkn berita, cerita, dsb), kasip; 5. menghilang (bkn
kemarahan), reda; perang ~ perselisihan dgn tidak menggunakan
kekerasan senjata;
~ hati tidak riang (berminat, bersemangat, dll); ~ kepala berfikiran
tenang dan waras; ~-~ panas sekejap dingin sekejap panas; ~
tangan selalu berhasil membuat pekerjaan (spt bertanam, mengubat,
dll); nasi tak ~ pinggan tak retak prb perihal cermatnya melakukan
sesuatu;
mendingin 1. menjadi (terasa) dingin: apabila hari berlanjut
malam, hawa turut pula ~; 2. Mn tidak berapa sihat, kurang sihat;
tidak menghangat ~ prb tidak ambil peduli;
mendingini 1. = mendinginkan menjadikan dingin: terasa olehku
air matanya ~ pipiku; 2. ark berubat (utk menyihatkan badan);
mendinginkan 1. menjadikan (membuat supaya) dingin: klorin juga
boleh menjadi cecair jika dipadatkan dan didinginkan; 2. ki
menyejukkan, menenangkan (kemarahan, fikiran, dll): dia hendak ~
otak serta memperlihatkan dia orang yg terpandang dan
terhormat;
kedinginan 1. kesejukan, kena sejuk: dia meraba-raba mencari
selimut utk melindungi diri drpd ~; 2. keadaan yg dingin: mereka
menyalakan tungku pemanas bilik utk mengimbangi ~ yg
bermaharajalela itu;
144
pendinginan perihal atau perbuatan mendinginkan;
pendingin 1. alat (perkakas, bahan, dsb) utk mendinginkan: air
batu kering sangat-sangat berguna sbg ~ kerana tidak
meninggalkan cecair; ~ udara alat utk mendinginkan udara; lemari
~ Id peti ais (air batu); 2. ki lekas marah, pemarah: Mariam merasai
seleranya telah berubah, perutnya kerap kali mulas, dia pemalas,
~ dan bangunnya terlambat dr biasa.
dingin beku (menjadi) beku kerana terlampau sejuk (bkn cecair spt air
dll);
mendinginbekukan menjadikan beku dgn menyejukkan berlebihlebihan:
cecair karbon dioksida ini mudah didinginbekukan
menjadi pepejal;
terdingin beku (telah) menjadi beku kerana terlampau disejukkan.
dingkelik Jw bangku tempat letak kaki.
dingkis 1. = ikan ~ sj ikan laut, Siganus spp.; 2. = ~ gebang sj ikan laut,
Acanthurus dussumierri.
dingkit Mn; berdingkit-dingkit berasak-asak, bersesak-sesak, bertolaktolak.
dingo sj anjing liar di Australia, Canis dingo.
dini; rotan ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Flagellaria indica.
dinihari (hari, waktu) fajar belum menyinsing, lebih kurang pukul 3-5
pagi, pagi-pagi benar: pertempuran itu mula berlaku pd waktu
petang dan melarat hingga waktu ~; hulu ~ lebih kurang pukul 3.30
pagi.
dinis ark bp dinas, dines.
dinosaur reptilia pupus (kebanyakan bersaiz besar) drpd order Saurischia
dan Ornithischia.
145
diod (Kej) peranti semikonduktor yg membolehkan aliran arus satu arah
sahaja dan banyak digunakan dlm litar elektronik sbg penerus atau
pemangkas.
dioksida (Kim) oksida yg mengandungi dua atom oksigen: karbon ~.
Dip. kep diploma.
dipan IB sj bangku panjang yg rendah.
dipati adipati.
diploma (sijil) kelayakan yg biasanya lebih rendah tarafnya atau lebih
khusus sifatnya drpd ijazah: dia baru lulus drpd latihan pertanian
dan ~nya terpampang di dinding rumahnya; dia mengikuti kursus
~ pendidikan di Universiti Malaya;
berdiploma sudah mendapat diploma.
diplomasi 1. seni atau amalan mengurus hubungan antarabangsa:
kemenangan ~ Inggeris itu disebabkan oleh kebijakan para
diplomatnya; wakil-wakil ~ Id wakil-wakil negara asing spt duta
(kuasa usaha dll); 2. seni dan kemahiran berurus dgn seseorang
tanpa menyinggung perasaanya: licin sekali ~ Pak Ali meminta
yuran hingga sedikit sahaja ahli yg tidak membayar hutang;
berdiplomasi 1. mengurus hubungan antarabangsa; 2.
mengendalikan seseorang dgn berhati-hati (tidak dgn terlalu
berterang-terangan).
diplomat 1. pegawai kanan (duta dll) yg dilantik utk mewakili negaranya
dlm hubungan antarabangsa; 2. orang yg mahir berurus dgn
seseorang tanpa menyinggung perasaannya: suruhanjaya itu telah
juga menyediakan rangka perjanjian tentang keutamaan dan hak
para ~.
diplomatik 1. bkn hubungan antarabangsa: kenyataan pejabat negara ini
telah menggemparkan kalangan ~ British; banyak negara telah
146
mengadakan hubungan ~ antara satu sama lain; 2. bp dgn berhatihati
(samar-samar) apabila mengatakan sesuatu.
diplopia (Ubat) kecacatan pelihatan yg menyebabkan satu objek dilihat
berganda.
dipsomania (Psi) keinginan yg keterlaluan utk minum minuman keras.
dirah; baju ~ sl baju besi; zirah.
diraja 1. sl kependekan drpd adiraja; raja ~ sl raja yg maha mulia;
angkatan raja ~, panca raja ~ sl jenazah utk raja-raja; 2. hak
(milik, dinaungi oleh) raja: Askar Melayu D~; titah ~ titah rasmi yg
disampaikan oleh raja.
direksi (diréksi) IB pemimpin (sesuatu perniagaan dll), majlis pemimpin
(perniagaan dll).
direktif (diréktif) arahan yg dikeluarkan oleh pihak berkuasa atau pihak
atasan: Perdana Menteri telah memberitahu para pemberita yg
beliau telah pun mengirimkan ~ kpd wakilnya di Bangsa-Bangsa
Bersatu.
direktorat (diréktorat) bahagian dlm sesebuah jabatan kerajaan yg
bertanggungjawab menjalankan tugas atau fungsi tertentu: ~ ini
juga menjalankan penyelidikan mengenai penyakit dan kesan
sampingan penggunaan baja dan racun ke atas tanaman.
direktori (diréktori) (Komp) fail yg mengandungi maklumat spt nama,
sifat, dan kedudukan fail yg terkandung di dlm cakera.
direktur (diréktur) IB pengarah, ketua (pemimpin tertinggi) dlm sesuatu
badan atau perusahaan, ketua sekolah menengah (lanjutan dll).
dirgahayu sl (mudah-mudahan) lanjut usia, panjang umur.
dirham 1. ark kepingan wang perak; 2. unit mata wang Maghribi dan
Emiriah Arab Bersatu; 3. mata wang kecil yg digunakan di Libya
(1000 dirham bersamaan dgn 1 dinar).
147
diri I 1. batang tubuh, orang seorang, empunya badan: apalah nasib ~ku
ini merantau di tempat orang, pandai-pandai membawa ~; nama
(peng)ganti ~ Id kata ganti (aku, engkau, dll); nama ~ nama khas
(Ali, Busu, Perak, dll); 2. sendiri (bukan orang lain), badan sendiri:
membunuh ~; menyerah ~; memohon ~ meminta izin hendak
pulang atau beredar; 3. sl awak, kamu, engkau (semua): hai Dang
Saji, Dang Merdu! Bermainlah ~ barang rupanya di hadapan Tun
Tuah ini;
kedirian ark peribadi.
diri II; berdiri 1. tegak di atas kaki, tidak berbaring (duduk,
mencangkung, dsb), bangkit dan tegas: setelah khutbah selesai
dibaca, maka masing-masing pun ~ utk bersembahyang; kami
terpaksa ~ sahaja dlm dewan itu kerana kerusi yg disediakan tidak
mencukupi; 2. (telah) diadakan atau ditubuhkan (bkn negara,
pertubuhan, dll), telah ada: DBP sudah ~ sejak tahun 1956 lagi; 3.
= ~ atas berdasarkan, berasaskan, (bergantung, bersandar) pd:
berjaya tidaknya rancangan yg baru itu ~ atas sokongan yg
diterima drpd orang ramai; ~ atas kaki sendiri tidak bergantung pd
orang lain; 4. = ~ atas = ~ drpd berasal (bermula, terbitnya, terjadi)
drpd;
~ di belakang (pemerintah) menyokong atau berpihak (kpd
pemerintah); ~ (bertegak) lutut duduk dgn lutut didirikan
(ditegakkan); ~ sendiri tidak bergantung pd orang lain; ~ sama
tegak, duduk sama rendah prb sama setaraf, sejajar dgn;
mendirikan 1. menjadikan berdiri, menegakkan: tiang gol di
padang sekolah kami telah pun didirikan pagi tadi; 2. membina
(rumah, bangunan, dsb), membangunkan: penduduk di situ
bekerjasama ~ surau di kampung itu; 3. menubuhkan (persatuan,
148
perkumpulan, dll): penduduk kampung kami sebulat suara
bersetuju utk ~ sebuah kedai syarikat; ~ rumahtangga berkahwin;
terdiri 1. (telah sedia) berdiri atau didirikan, (tiba-tiba, masih)
berdiri: perempuan muda yg sedang menaiki tangga itu terhenti
dan ~ apabila namanya dipanggil; berhambuslah segera, aku
benci melihat muka-muka pengecut ~ di hadapanku; 2. telah
didirikan (dibina, dibangunkan), terbina, terbangun: di kiri kanan
lorong sempit itu, ~ beberapa buah rumah; 3. sl dapat bertahan:
maka segala rakyat Indera Puri Negara dgn hulubalang empat itu
lalu pecah tiada ~ lagi lalu larilah datang kpd Sardal dan
Kamdakata; ~ drpd terbentuk (terjadi, terjalin) drpd: mereka yg
menyerang dan merompak itu ~ drpd pemuda-pemuda yg telah
rosak akhlak; penaja perkumpulan ini hanya ~ drpd dua orang
sahaja;
dirian (Hut) jumlah pokok (kayu balak) yg terdapat dlm suatu
kawasan hutan, biasanya dinyatakan dlm isi padu per unit keluasan;
pendirian 1. pegangan (bkn fahaman, pendapat, dll) utk
menimbang atau menilai sesuatu: menjaga keselamatan hendaklah
dijadikan ~ bukannya hanya kerana taat kpd peraturan; 2. perihal
mendirikan sesuatu: ketika mengikir, tentukan ~ yg betul alat yg
hendak dikikir itu; 3. pembinaan, pembangunan: ~ bangunan itu
dibiayai oleh kerajaan negeri; 4. dasar (sikap, keputusan, dsb) yg
dijadikan pegangan utk memandang atau menilai sesuatu hal:
Malaysia tetap dgn ~nya ingin menjadikan rantau ASEAN ini
kawasan aman, bebas, dan berkecuali; 5. ark bangunan, binaan; 6.
ark lembaga, perbadanan, pertubuhan;
berpendirian mempunyai pendirian, berpegang teguh (pd sesuatu
pendapat, fahaman, dsb): saya masih ~ bahawa Karl Marx telah
membuat suatu ramalan yg meleset;
149
pendiri 1. = sependiri sepanjang (setinggi) orang berdiri; 2. penaja
sesuatu perkumpulan (perbadanan dll); 3. orang yg mendirikan atau
mengasaskan sesuatu: semua ahli teori ini ialah ~ teori sastera
Barat.
dirigen (dirigén) IB pemimpin orkes.
diris; mendiris menyiram, mengairi;
pendiris; ~ hati ark penyejuk hati; dirus, jirus I.
dirus; mendirus menyiram: tiap-tiap petang kalau tidak hujan, Busu ~
pokok bunganya;
mendiruskan menyiramkan: maka diambil oleh Raja air mawar
tujuh buyung, maka disiramkan serta didiruskan pd tubuh
laksamana;
pendirusan 1. perihal atau perbuatan mendirus, penyiraman; 2.
tempat atau bilik mandi; diris, jirus I.
dis I IB, bp dinas (tentera).
Dis II kep Disember.
disakarida (Bio) sekumpulan karbohidrat yg terdiri drpd dua gula
monosakarida, mis maltosa dan sukrosa.
diseksi (diséksi) (Ubat) pemotongan dan pengasingan tisu.
Disember (disémber) bulan yg kedua belas tahun Masihi (bulan ini
mengandungi 31 hari).
disenteri (disénteri) sj penyakit yg dicirikan oleh cirit-birit, biasanya
keluar lendir dan darah.
disertasi pengolahan bertulis yg panjang dan terperinci tentang sesuatu
perkara yg diserahkan utk mendapatkan ijazah tinggi.
disfasia (Ubat) gangguan pertuturan yg disebabkan ketakupayaan
menyelaraskan dan menyusun perkataan dlm ayat.
disfemisme (disfémisme) (Lin) ungkapan atau kata yg kasar utk
menggantikan ungkapan atau kata yg halus (lembut, sopan dsb).
150
disfonia (Lin) (Ubat) ketidakupayaan atau kesukaran utk mengeluarkan
bunyi pertuturan.
disfungsi (Ubat) keadaan tidak dapat berfungsi dgn sempurna (bkn
sesuatu organ atau bahagian tubuh): ~ hati dan buah pinggang.
disgrafia (Ubat) ketidakupayaan utk menulis dgn betul disebabkan oleh
kerosakan pd bahagian otak.
disharmoni 1. canggung, janggal, tidak secocok; 2. kecanggungan,
kejanggalan.
disimilasi (Lin) proses atau hasil dua bunyi yg berubah (menjadi tidak
sama) akibat pengaruh satu bunyi ke atas satu bunyi yg lain, mis
arbor drpd bahasa Latin yg bermaksud pokok menjadi arbol dlm
bahasa Sepanyol, dan epta drpd bahasa Greek Kuno yg bermaksud
tujuh menjadi efta dlm bahasa Greek Moden.
disinfeksi (disinféksi) (Ubat) pembasmian kuman yg boleh menyebabkan
penyakit, biasanya dgn menggunakan disinfektan.
disinfektan (disinféktan) (Ubat) agen (bahan) pembunuh kuman yg
digunakan utk mensterilkan sesuatu (spt radas pembedahan dan
makmal).
disinflasi (Eko) proses mengurangkan atau berlakunya pengurangan kadar
inflasi yg tinggi.
disiplin 1. latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri
sendiri dan patuh pd tatatertib: ~ ketenteraan yg ketat; 2. peraturan
yg ditetapkan utk melatih seseorang supaya berkelakuan baik: guru
besar akan mengambil tindakan terhadap pelajar yg melanggar ~;
3. kepatuhan kpd peraturan yg telah ditetapkan: mereka sentiasa
menunjukkan ~ yg baik utk menjaga nama baik sekolah mereka; 4.
hukuman atau denda kerana melanggar sesuatu peraturan yg
ditetapkan: tindakan ~ akan dikenakan terhadap pemandu bas yg
151
tidak cermat; 5. bidang atau lapangan kajian: fonemik adalah satu
~ dlm bidang linguistik;
berdisiplin patuh (taat) pd (peraturan dll): tentera meriam Portugis
yg ~ itu berjaya memusnahkan askar Melaka; kejayaan sesuatu
usaha yg dilakukan bergantung pd kumpulan pekerja yg cekap,
berdedikasi dan ~;
mendisiplinkan membuat supaya berdisiplin: ibu bapa dan guruguru
bertanggungjawab ~ kanak-kanak.;
pendisiplinan perbuatan mendisiplinkan: ~ penulis kpd tatasusila
kepujanggaan;
pendisiplin orang (biasanya yg ada kuasa) yg mendisiplinkan orang
lain: menggunakan kekuasaan sbg ~ bagi seseorang.
disipliner (disiplinér) IB berdisiplin.
diskaun potongan drpd harga atau nilai penuh sesuatu barang atau
perkhidmatan;
mendiskaun memberikan diskaun;
pendiskaunan perihal mendiskaun.
disket (diskét) kepingan magnetik drpd plastik yg digunakan utk
merakamkan data dsb dgn komputer, cakera liut: difahamkan lebih
3000 ~ mengandungi maklumat perikanan negara yg dikumpulkan
sejak tiga tahun lalu musnah dlm kebakaran itu.
disko sj kelab malam atau tempat hiburan utk pengunjungnya (biasanya
anak-anak muda) menari mengikut muzik pop yg biasanya kuat dan
rancak; muzik (tarian) ~ sj muzik (tarian) rancak yg biasanya
dimainkan (ditarikan) di disko;
berdisko menari mengikut rentak muzik disko: mereka asyik ~
hingga hampir ke waktu Subuh.
diskonto IB potongan harga yg diberikan kerana pembayaran yg dibuat
sebelum waktunya.
152
diskriminasi perlakuan membeza-bezakan warna kulit, keturunan, dsb: ~
terhadap bangsa berkulit hitam telah mulai luput sekarang;
perkara ~ yg dilakukan oleh pihak yg berkuasa itu tidaklah patut
didiamkan sahaja;
~ harga pengenaan harga yg berbeza-beza bagi barang atau
perkhidmatan yg sama kpd pembeli yg berlainan; ~ kaum layanan
yg berbeza-beza terhadap kaum yg berlainan kerana prasangka
terhadap kemahiran, kebolehan, keistimewaan hak dsb; ~ ras
diskriminasi kaum; ~ sosial perihal membeza-bezakan seseorang dr
segi kedudukannya dlm masyarakat;
berdiskriminasi berbeza tindakan atau layanan terhadap sesama
anggota masyarakat kerana berlainan warna kulit, agama, dll: para
pengarang meramalkan bahawa pengguna media massa ~ dlm
membuat pilihan tentang media;
mendiskriminasikan membeza-bezakan (dr segi layanan):
golongan ini telah didiskriminasikan oleh golongan manusia yg
lebih beruntung drpd mereka.
diskriminatif bersifat membeza-bezakan (dr segi layanan): pemberian
kredit telah dibuat secara ~ sekali.
diskus sj piring bulat dan berat drpd logam, kayu, dsb yg dilemparkan
sejauh-jauhnya dlm salah satu acara sukan cakera.
diskusi perbincangan mengenai sesuatu hal: majlis ~ yg mula-mula
diadakan oleh PENA bertempat di Kuala Lumpur;
berdiskusi berbincang: setiap hari mereka ~ tentang persoalanpersoalan
dlm pelajaran mereka;
mendiskusikan membincangkan sesuatu hal: perkara yg akan
didiskusikan nanti bukanlah mengenai soal novel.
dislalia (Ubat) ketidakupayaan bertutur dgn sempurna disebabkan oleh
kecacatan pd alat pertuturan luar.
153
disopia (Ubat) gangguan atau cacat pelihatan.
disorientasi (disoriéntasi) proses atau keadaan yg mengelirukan atau
membingungkan berhubung dgn masa, tempat dan identiti:
juruterbang mengalami ~ dan tidak dapat mengawal
helikopternya; sesungguhnya budaya lepak hanya satu manifestasi
kecil dari gejala yg lebih besar, iaitu ~ budaya.
dispareunia (disparéunia) (Ubat) kesakitan atau kesukaran semasa
bersetubuh bagi wanita.
dispensari (dispénsari) tempat mendapatkan ubat.
dispensasi (dispénsasi) IB kekecualian drpd sesuatu kewajiban atau
larangan.
dispepsia (dispépsia) (Ubat) rasa sakit dlm perut dan di sekitar sudu hati,
biasanya disebabkan oleh ketidakhadaman makanan.
disprosium (Kim) sj unsur logam.
distaksia (Ubat) kesukaran mengawal pergerakan yg menyebabkan kaki
dan tangan menggeletar dan sukar utk berjalan spt biasa.
distingtif (bkn ciri, sifat dsb) jelas membezakan sesuatu drpd sesuatu yg
lain, tersendiri: bahasa Austronesia tidak selalu memperlihatkan
ciri-ciri yg ~ dlm penentuan kategori gramatis; potensi utk berjaya
banyak bergantung kpd ilmu pengetahuan yg diamalkan dan
kualiti individu yg ~.
distosia (Ubat) proses bersalin yg sukar dan lambat disebabkan oleh
pelbagai masalah, spt kontraksi rahim yg tidak berkesan dan
ketaknormalan saiz fetus.
distribusi Id 1. pembahagian (pengedaran) barang-barang; 2. catuan
barang-barang;
mendistribusikan 1. membahagi-bahagikan (menghantar,
mengedarkan) barang-barang (kpd wakil-wakil penjual, pekedaipekedai
runcit dll); 2. mencatu barang-barang.
154
distrik 1. kawasan yg diketuai oleh seorang pegawai daerah; 2. Id
kawasan yg tertentu dlm sesuatu hal (spt daerah pemilihan dll).
disulfida (Kim) sebarang sebatian yg mengandungi dua atom sulfur yg
terikat pd radikal atau unsur, mis karbon disulfida CS2.
disuria (Ubat) rasa sakit atau kesukaran semasa kencing.
dito sama spt yg tersebut dahulunya atau sebelumnya.
diuresis (diurésis) (Ubat) pembuangan air kencing secara berlebihan.
diuretik (diurétik) (Ubat) bkn sesuatu yg bertindak utk meningkatkan
aliran kencing.
diurnal (Bio) 1. bkn bunga yg kembang pd siang dan kuncup pd
malamnya; 2. bkn haiwan yg aktif pd waktu siang dan tidur pd
malamnya.
dius I kedudukan seri dlm permainan (tenis, pingpong, dll) yg memerlukan
seorang pemain mendapatkan dua mata berturut-turut utk
memenangi permainan.
dius II sejumlah wang yg kena dibayar sbg yuran (spt utk keahlian
sesuatu persatuan).
diva penyanyi wanita yg sangat masyhur atau terkenal: namanya kini
terserlah sbg ~ pop.
diversifikasi perbuatan atau hal mempelbagaikan pengeluaran dll.
diversiti keadaan (sifat, bentuk dsb) yg berbagai-bagai, kepelbagaian:
pembiakan hidupan liar semakin terjejas dan ini sekali gus
mengancam ~ hutan kita.
dividen bahagian keuntungan yg dibayar kpd pemegang saham dlm
sesuatu syarikat;
~ bonus dividen tambahan yg berupa saham atau tunai kpd dividen
yg telah diisytiharkan sebelumnya; ~ saham dividen yg diterima
oleh pemegang saham yg berupa tambahan saham (bukan dlm
bentuk tunai).
155
divisi IB ketumbukan tentera.
divisyen 1. unit tentera yg merupakan sebahagian drpd kor, biasanya
terdiri drpd 10 000 - 15 000 orang anggota dan dibahagikan kpd
tiga briged; 2. kelompok yg terdiri drpd beberapa pasukan dlm
sesuatu liga (bola sepak dsb): pasukannya gagal mengalahkan
pasukan sulung dlm ~ ini.
diwangsa adiwangsa.
DJ kep disc joskey (orang yg memperkenalkan dan memainkan lagu
(muzik) dlm rancangan di radio, disko dsb, biasanya petah
berceloteh utk menarik perhatian pendengar, penonton atau
pengunjung).
DK kep Darjah Yang Utama Kerabat Diraja (yg dianugerahkan oleh
seseorang raja kpd raja lain atau kpd seseorang anggota kerabat
baginda).
dll kep dan lain-lain.
dlm kep dalam.
DMN kep Darjah Utama Seri Mahkota Negara (yg dianugerahkan oleh
Yang di-Pertuan Agong kpd raja-raja dan ketua-ketua negara asing
dll).
DNA kep deoxyribonucleic acid (juzuk utama yg membentuk bahan
genetik (bahan penentu ciri-ciri kebakaan) kebanyakan organisma
hidup, termasuk sesetengah virus yg terkandung di dlm nukleus sel
organisma yg berkenaan).
doa 1. permohonan (permintaan) kpd Tuhan: ~ Aini supaya Murad
berbahagia dlm hidupnya; 2. kebaikan (yg dipinta) dgn restu drpd
Tuhan: dia memohon ~ agar anaknya lulus dlm peperiksaan Sijil
Tinggi Persekolahan Malaysia; 3. potongan ayat terutama drpd
Quran (hadis dsb) yg dibaca utk memohon sesuatu kebaikan drpd
156
Tuhan: setiap kali selepas sembahyang, dia membaca berbagaibagai
~;
~ arwah doa yg dibaca (sewaktu sembahyang mayat dll) utk orang
Islam yg telah meninggal dunia dan ditujukan juga kpd orang-orang
yg masih hidup; ~ musafir doa yg dibaca (oleh orang Islam)
sewaktu dlm perjalanan supaya dijauhkan drpd sebarang
kemalangan dsb; ~ panjang umur doa yg dibaca (oleh orang Islam)
utk memohon kpd Tuhan supaya dilanjutkan usia; ~ pendinding doa
yg dibaca (oleh orang Islam) utk menjauhkan diri drpd bahaya; ~
pengasih jampi utk membuat orang kasih pd kita; ~ restu doa
(permintaan) yg diharapkan mendapat berkat drpd Tuhan; ~ selamat
= ~ kesyukuran doa kerana mengucap syukur kpd Tuhan atas
pemberian-Nya atau kerana meminta berkat; ~ tolak bala doa yg
dibaca selepas bersembahyang utk meminta kpd Tuhan supaya
dijauhkan drpd sebarang bala (spt wabak penyakit dsb);
berdoa, mendoa meminta (memohon) kpd Tuhan, mengucapkan
(menyampaikan) doa: bangun pagi sembahyang subuh kemudian ~
kpd Tuhan; aku ~ semoga Tuhan mendekatkan aku kpd kebaikan
dan menjauhkan aku drpd kejahatan;
mendoakan memohonkan sesuatu kpd Tuhan: aku ~ semoga kau
berbahagia selalu; dia sentiasa ~ keselamatan anak-anaknya.
doang = doangan Jk hanya, sahaja, jua, semata-mata.
dobel Id berpasangan (rangkap), kembar, dua kali;
mendobel, mendobelkan membuat (menjadikan) berpasangan (spt
melipat, mengembarkan dll), merangkapkan.
dobi = tukang ~ orang yg kerjanya mencuci dan menggosok kain baju
pelanggannya di rumahnya (tempatnya) sendiri, benara, benatu,
penatu; hantar ~ menghantar pakaian ke kedai dobi utk dibasuh dan
digosok;
157
berdobi telah dibasuh dan digosok oleh tukang dobi: semua
pakaiannya ~;
mendobi 1. membasuh dan menggosok pakaian orang (bkn tukang
dobi): dia sudah lama bekerja ~; 2. = mendobikan;
mendobikan menghantar pakaian utk dibasuh dan digosok oleh
tukang dobi: Zakaria ~ semua pakaiannya.
doble (doblé) Id tembaga dll yg bersalut emas.
dobol I dobel.
dobol II Jk berlubang atau bocor (karung, guni, dll).
dobolo ark; bermain ~ bermain terup (dua puluh satu).
dobrak Jk; mendobrak 1. memecahkan (merosakkan) pintu dll: saya
terpaksa ~ pintu bilik saya kerana kehilangan kunci; 2. melanggar
(barisan musuh dll), merempuh;
pendobrakan 1. perihal atau perbuatan merosakkan atau
memecahkan pintu (pagar dll); 2. penggemburan (barisan
pertahanan musuh dll).
dodekagon (dodékagon) poligon yg mempunyai dua belas sisi.
dodekahedron (dodékahédron) bongkah yg mempunyai dua belas
permukaan yg rata.
dodet (dodét) Jk; mendodet membelah (membedah) perut dll.
dodoi lagu (nyanyi) yg didendangkan utk menidurkan anak, dondong,
pengulit: maka Pangkulun pun minta halal segala dukung kilik, ~
dan lala serta air susu drpd ibunya;
mendodoikan melagukan (menyanyikan) utk menidurkan anak,
mendondong, mengulitkan: dr jauh kedengaran suara itu ~
anaknya dgn pantun-pantun tua;
dodoian dodoi: ~ yg sumbang juga berguna kpd bayi yg
mendengar perubahan rentak dan nada.
158
dodok ark Jw bercanggung, bertinggung; berlaku ~ ark berjalan dgn
bercanggung.
dodol I = kuih ~ sj penganan yg dibuat drpd campuran tepung pulut, gula
melaka, dan santan (kadang-kadang dicampurkan durian) yg
dimasak sambil dikacau sehingga kental.
dodol II; mangga ~ Id sj mempelam.
dodong I ark sj golok (parang).
dodong II Mn; terdodong tersodor, terlajak, terlanjur.
dodor; kedodoran Jk longgar (pakaian), tidak kemas.
dodos ark; mendodos menarah (utk melicinkan papan), mengetam.
dodot sj kain (drpd batik atau cindai) yg dipakai sbg pakaian istana atau
dlm majlis tertentu (oleh pengantin dsb).
dogan sj burung hantu, Bubo sumatranus.
dogel (dogél) tidak berbulu atau tidak berekor (bkn ayam), togel.
dogeng (dogéng) ark dogel.
doger (dogér) sj tarian Sunda.
dogma kepercayaan atau sistem kepercayaan (agama dll) yg dianggap
benar dan seharusnya dapat diterima oleh orang ramai tanpa
sebarang pertikaian.
dogmatik 1. (bkn orang) berkeras memperjuangkan pandangan
peribadinya tanpa menghiraukan bukti yg ada dan
mempertimbangkan pandangan lain yg mungkin benar: mereka
tidak dapat dipengaruhi oleh pendapat atau kata-kata ~; 2.
berpegang pd dogma;
kedogmatikan sifat dogmatik.
dogmatis IB dogmatik.
dogmatisme fahaman yg berdasarkan dogma.
dogol I 1. tidak bertanduk (lembu dll), tidak berambut (manusia), botak,
tidak berbalung (ayam); 2. = berdogol berbenjol, berbencot;
159
mendogolkan membotakkan (kepala);
kedogolan 1. perihal dogol, kebotakan (kepala); 2. bp perihal
bodoh, kebodohan.
dogol II bodoh, tolol, bebal.
doh tepung yg telah dicampurkan air dll dan diuli utk dibuat roti, pastri,
dsb.
dohok Mn; terdohok terlajak (ke depan), terlangsung (hendak jatuh),
terdorong; ~ muncung terlanjur cakap, terlepas cakap.
doili lapik kek, hidangan dsb di atas pinggan yg dibuat drpd kertas, linen
dsb yg berupa spt renda.
dok I limbungan (utk menyangga kapal yg akan dibaiki);
~ apung Id dok yg terapung; ~ basah dok yg dipenuhi air bagi
membolehkan kapal terapung; ~ darat Id dok di darat; ~ kering dok
yg airnya boleh dipam keluar utk membolehkan kerja membaik
pulih bahagian bawah kapal dijalankan.
dok II; didok bp Id ditembak mati.
dokar Id sj kereta yg beroda dua, delman;
berdokar naik dokar.
doket Tr terpacak: lembing yg aku rejamkan tadi ~ pd batang pisang.
doket (dokét) dokumen yg menyenaraikan (merekodkan) barang yg
dihantar, fail yg diterima atau diserahkan, kerja yg dibuat dsb,
biasanya dijadikan sbg bukti penerimaan, penyerahan dsb;
mendoketkan memasukkan atau mencatatkan butiran penerimaan,
penyerahan dsb dlm doket.
doklat Kl zaman purba, lama.
dokoh sj loket yg berupa kepingan yg lebar drpd emas dan berhias dgn
batu permata di tengahnya (biasanya berbentuk bulat bagi lelaki dan
menyerupai bulan sabit bagi perempuan), aguk; ~ sehari bulan
dokoh yg berbentuk bulan sabit.
160
dokok-dokok = kuih ~ ark sj kuih yg dibuat drpd campuran tepung beras,
kelapa, gula, dan pisang yg dibungkus dlm daun pisang dan
dikukus.
dokong sj tumbuhan (pokok) yg buahnya spt langsat tetapi kulitnya lebih
tebal, Lansium domesticum.
doktong Tr keluar rumah tanpa memaklumkan tujuannya: Ali siang malam
tiada di rumah, suka benar dia ~.
doktor 1. orang yg berkelayakan (bertauliah) mengamalkan perubatan:
lima orang ~ telah memeriksa dan merawat Perdana Menteri di
hospital di London; 2. orang yg telah mendapat ijazah tertinggi dlm
sesuatu pengajian: ~ Bahasa dan Kesusasteraan; ~ ilmu hukum;
~ bedah doktor yg berkelayakan utk melakukan pembedahan; ~
falsafah ijazah yg tertinggi yg diberikan kpd seseorang siswazah
lanjutan yg menamatkan pengajiannya dan disertasinya diluluskan
oleh majlis yg terdiri drpd para profesor; ~ gigi doktor yg ahli dlm
hal gigi dan penyakit gigi; ~ gula Id ahli dlm perusahaan gula; ~
haiwan = ~ binatang bp doktor yg mendapat latihan khusus tentang
penyakit binatang dan cara merawatnya; ~ jiwa doktor yg pakar dlm
penyakit jiwa; ~ mata doktor yg pakar mengenai rawatan penyakit
mata, ahli oftalmologi; ~ pakar doktor yg mempunyai kepakaran
khusus dlm sesuatu bidang perubatan; ~ pakar kanak-kanak = ~
anak Id doktor yg pakar mengenai pengubatan penyakit kanakkanak,
ahli pediatrik; ~ udara doktor yg memberikan khidmat
perubatan dan kesihatan, khususnya kpd penduduk di kawasan
pedalaman, dgn menaiki pesawat terbang; ~ veterinar doktor
haiwan;
kedoktoran 1. hal-hal yg bkn ilmu menjadi doktor (mempelajari
atau menyelidik bkn penyakit, cara mengubatinya, dll), perubatan;
mahasiswa ~ mahasiswa yg belajar utk menjadi doktor;
161
pengetahuan (ilmu) ~ pengetahuan tentang penyakit (cara
mengubatinya dll); 2. kelulusan tertinggi dlm dunia kesarjanaan yg
dicapai selepas peringkat ijazah sarjana di pusat pengajian tinggi.
doktoral IB; ujian ~ peperiksaan sebelum yg terakhir di universiti
(peringkat yg terakhir ialah utk mendapat gelaran doktor).
doktoran IB wanita yg lulus peperiksaan terakhir di universiti (sebelum
mendapat gelaran doktor).
doktorandus IB lelaki yg lulus peperiksaan terakhir di universiti (sebelum
mendapat gelaran doktor).
doktrin prinsip atau kepercayaan yg dianggap benar dan satu-satunya yg
dapat diterima: ~ Monroe; ~ Karl Marx;
mendoktrinkan menerapkan atau menanamkan sesuatu doktrin (utk
dijadikan pegangan): fakta yg sama dinyatakan oleh Ajikik pd
zaman Jepun utk ~ drama demi kepentingan strategi.
dokumen sesuatu yg bertulis atau bercetak (spt sijil kelahiran, sijil
kematian, dll) yg digunakan sbg rekod atau bukti: salinan-salinan ~
yg telah dirampas itu ada menyebut tentang rancangan
pertubuhan haram itu hendak menggulingkan kerajaan;
mendokumenkan 1. mencatatkan sesuatu sbg dokumen: negara
akan beruntung jika akademi itu mengambil inisiatif utk ~ semua
penemuan itu; 2. membuktikan (menunjukkan) dgn dokumen,
memberi maklumat berupa dokumen utk menerangkan atau
membuktikan sesuatu;
pendokumenan perihal (proses, tindakan dsb) mendokumenkan.
dokumentar (dokuméntar) IB dokumentari.
dokumentari tayangan (filem, televisyen) atau acara radio yg
memaparkan (menceritakan) maklumat (fakta) sebenar tentang
sesuatu (perkara, subjek, dll): filem ~.
162
dokumentasi himpunan atau kumpulan bahan atau dokumen (yg dapat
digunakan sbg asas bagi sesuatu kajian, penghasilan sesuatu
terbitan, dll), perbahanan: H.B. Jassin mempunyai ~ sastera
Indonesia yg lengkap; filem ~ Id filem dokumentari;
mendokumentasikan mengusahakan (dgn mengumpulkan,
menyusun, merakamkan, dsb) sehingga tersedia sbg dokumentasi:
persatuan-persatuan kaum berkenaan harus mempunyai unit
penyelidikan dan dokumentasi sendiri utk menyelidik dan ~
khazanah budaya mereka; seseorang pengumpul cerita rakyat
dapat ~ bahan yg boleh menjadi bahan kajian penting utk generasi
akan datang;
pendokumentasian usaha (kegiatan, proses, dsb)
mendokumentasikan: ~ cerita rakyat; ~ sastera Iban.
dol I ark sj gendang.
dol II ark tiang kapal.
dol III bp longgar atau tidak ketat (paku, skru, dll).
dolak-dalik (cakap atau pendirian yg) tidak tetap atau selalu bertukartukar,
cakap berbalik-balik;
berdolak-dalik bercakap berbalik-balik (sekejap kata begini dan
sekejap lagi begitu tentang perkara yg sama): dia tetap ~ apabila
disoal kerana takut keadaan yg sebenar tentang dirinya diketahui
orang.
dolar mata wang (di Amerika Syarikat, Kanada, dll); negara ~ negara yg
menggunakan mata wang Amerika Syarikat dlm perdagangan.
dolat bp daulat.
doldrum (Geog) zon angin tenang yg berhampiran dgn khatulistiwa.
dolfin ikan lumba-lumba.
doli pelantar beroda boleh gerak yg menopang kamera utk penggambaran
filem, televisyen dsb.
163
dolim ark lalim.
dolok I (Batak) ark gunung.
dolok II Id, bp batang kayu yg belum dibelah.
dolomit (Kim) sj mineral karbonat yg merupakan sumber penting
magnesium.
domah; pendomah; raja ~ = raja penomah sl hadiah (pemberian,
ganjaran) yg dibawa oleh utusan.
domain 1. kawasan yg dimiliki (dikuasai, ditadbirkan dsb) oleh seseorang
atau sesuatu pihak, kawasan kekuasaan, mandala: dia tidak akan
keluar dr ~ kekuasaan itu; 2. lapangan atau bidang (spt kegiatan,
pemikiran, pengetahuan dsb), mandala: tumpuan hanya akan
diberikan kpd perspektif pendidikan dan penerbitan buku dlm ~
sains dan teknologi sahaja; ruang bagi tiap-tiap bidang atau ~ itu
hendaklah dinyatakan secara eksplisit; 3. (Komp) kumpulan medan
bagi fail dlm model sistem pengurusan pangkalan data; 4. (Komp)
kawasan liputan bagi masalah yg hendak diselesaikan.
domba kambing kibas; mengadu domba adu domba.
domestik (doméstik) 1. bkn hal (urusan dll) dlm negeri: para penulis
harus menulis tentang masalah ~ di sekitar mereka; 2. bkn
kegiatan rumah tangga: tugas ~ termasuk dlm dunia keluarga yg
tidak sepatutnya dijalankan oleh agensi lain.
dominan 1. berkuasa atau berpengaruh, mendapat tempat atau kedudukan
yg (berkuasa, berpengaruh, dsb): kita sering terjumpa cerita yg
mengisahkan bagaimana suatu kaum yg lebih ~ itu
mempergunakan kaum lain sbg ‘buffer’ dlm suatu pertembungan;
terdapat juga akhbar dwibahasa Inggeris/Melayu, bagaimanapun
halaman bahasa Inggeris lebih ~; 2. (Bio) bkn sifat yg lebih kuat
pengaruhnya yg diwarisi drpd salah satu induk (ibu bapa bagi
manusia): warna perang pd rambutnya merupakan sifat ~ yg
164
diwarisi drpd ibunya; 3. (Bio) bkn banyaknya spesies tertentu dlm
sesuatu kawasan.
dominasi; mendominasi menguasai, mengenakan atau menimpakan
kekuasaan terhadap: mari kita tinjau bagaimana golongan yg
bertanah dan berharta di desa ~ majoriti petani yg miskin.
domine (dominé) IB pendeta Protestan.
dominggo (Portugis) ark minggu.
dominion negara yg berkerajaan sendiri dlm Komanwel selain United
Kingdom: ~ Kanada; ~ New Zealand.
domino 1. bongkah leper, berbentuk segi empat bujur yg permukaannya
ditandai dgn titik-titik dr 1 hingga 6 spt pd permukaan dadu;
2. sj permainan yg menggunakan 28 domino.
domisil tempat menetap atau kediaman seseorang (terutamanya yg rasmi);
berdomisil bermastautin: pd zaman kemerdekaan, ibu bapanya ~
di Singapura.
domol 1. muncung (anjing, babi, dll); 2. ki muka: sudah sebulan Cikgu
Mat tidak menunjukkan ~nya ke mari;
berdomol bermuncung (bkn anjing, babi, dll): dia meraba
mukanya, masih ~ spt babinya, diraba kepalanya, masih bertanduk
spt kambing.
dompak; berdompak lompat-melompati serta tendang-menendang
(sewaktu berkelahi, berjuang, dsb);
mendompak berdiri atau melonjak-lonjak di atas kaki belakang dgn
kaki depan diacu-acukan (bkn kuda), mendongkak: seekor kuda ~
sambil meringkik-ringkik.
dompet (dompét) bekas duit drpd kulit (plastik dll): ia membuka ~nya
kemudian menghulurkan wang upah kpd kuli itu; ~nya kempis bp
sudah tidak berwang lagi.
domplangan Jk jongkang-jongket (permainan kanak-kanak).
165
don Kd (buat) acuh tak acuh.
donasi IB derma (sumbangan) berupa wang kpd persatuan (pertubuhan
dll); anggota ~ para penderma.
donat = kuih ~ sj kuih berbentuk gelang yg dibuat drpd tepung gandum,
yis, dll yg digoreng dan disalut dgn gula halus, kuih keria cara barat.
donatir IB bp orang yg menderma, penderma.
doncang; mendoncang Mn melompat.
dondang = dondangan ark buaian atau enjutan (tempat menidurkan
anak); kain ~ (dondangan) kain buaian;
mendondang, mendondangkan membuai-buaikan (mengenjutenjutkan)
anak dlm buaian.
dondang sayang sj nyanyian (lagu) Melayu yg dinyanyikan oleh dua
orang penyanyi dgn berbalas-balas pantun mengikut irama muzik yg
tertentu (utk bersuka-suka);
berdondang sayang 1. bernyanyi dondang sayang: leka membuang
masa bersuka-suka ~ sayang; 2. ki membuat sesuatu dgn sesuka
hati (kerana tidak ada orang yg ditakuti spt ibu bapa, guru, ketua,
pengawas, dsb).
dondon warna atau corak;
sedondon sama warna atau corak; pakaian ~ pakaian yg sama
warna atau corak.
dondong nyanyian (lagu) utk menidurkan anak, dodoi, pengulit;
mendondong menyanyikan lagu utk menidurkan anak,
mendodoikan, mengulitkan: sejak kecil, dia telah didondong dan
dibuaikan oleh ibunya.
dong I Jk kata (pelembut, pemanis, dll) yg dipakai di akhir kalimat:
jangan lekas marah ~.
dong II unit mata wang Vietnam.
dongah dongak.
166
dongak; mendongak, terdongak 1. terangkat sedikit ke atas (bkn kepala,
muka, dll), tercongak: kapal yg kena bom itu ~ kian tegak dan
akhirnya meluncur tenggelam; kepalanya ~ dan pandangannya
terlekat ke siling; 2. memandang (menoleh, menengok) ke atas: ia
pun ~ ke langit dan memejamkan matanya; ~ rupa kerbau jantan
kemudian prb orang yg memperlihatkan keangkuhannya;
mendongakkan mengangkatkan muka (bahagian hadapan atau
hujung sesuatu benda) ke atas, mencongakkan: Zaini yg tunduk
ketika itu mencuba ~ kepalanya.
dongan Id ark sahabat, kawan.
dongeng (dongéng) 1. = cerita ~ cerita khayalan (yg diada-adakan
kejadiannya): ~ Pak Kaduk, si Luncai, dan Pak Belalang sangatsangat
digemari oleh kanak-kanak; ~ dewata dongeng mengenai
dewa-dewa; ~ ibarat dongeng yg mengandungi ibarat; 2. ki sesuatu
(spt berita, cakap-cakap, dll) yg tidak benar: apa yg diceritakannya
itu hanyalah ~ semata-mata;
berdongeng ki bercakap tentang sesuatu yg tidak benar: saya
bukan hendak ~ apabila menceritakan hal itu;
mendongeng 1. membuat (menyampaikan) cerita dongeng: ibu
selalu ~ pd waktu kami hendak tidur; 2. ki bercerita atau meminta
yg bukan-bukan: ibunya hari-hari ~, mengecek, dan memujuk dia
supaya berkahwin;
mendongengkan ki menyampaikan (menceritakan) kisah yg bukanbukan:
bermacam-macam kisah yg didongengkannya apabila ia
pulang dr luar negeri;
kedongengan unsur-unsur yg berkaitan dgn kisah khayalan: kadar
~ lebih tinggi dlm filem tersebut;
dongengan cerita (yg karut, bohong, dll): kekayaan negeri itu
nyatalah hanya ~ semata-mata.
167
dongkak Mn; mendongkak melompat-lompat, mendompak.
dongkel (dongkél) Jw penyungkit, tuil, tuas;
mendongkel menyungkit, menuil, menuas.
dongking Pr kurus (badan).
dongkok; pendongkok = ~ keris gelang-gelang antara hulu dan bilah
keris, pemendak (dulang-dulang) keris.
dongkol I 1. tidak bertanduk (berbalung dll), dogol; 2. bertanduk tetapi
melengkung ke bawah (bkn lembu, kerbau, dsb).
dongkol II Jk; mendongkol berdendam, sakit (bengkak) hati: ia sugul
dan ~ menahan perasaan yg membakar dadanya;
kedongkolan perasaan mendongkol, kedendaman: di hatinya,
bertimpa-timpa kemarahan dan ~.
dongkrak pengumpil atau penyungkit utk menaikkan kereta dll, jek, bicu;
mendongkrak 1. mengumpil atau menyungkit dgn dongkrak; 2. bp
ki mengangkat-angkat atau memuji-muji (orang); 3. bp membantu
(menolong).
dongok 1. tidak seimbang (bkn bentuk badan), gemuk pendek; 2. tolol,
bodoh, tongong, dungu.
donia (Portugis) isteri orang besar-besar, mem: maka permaisuri pun
bercakap-cakap dgn segala para puteri dan ~ sekalian.
donor I IB penderma darah.
donor II Tr, Kl; berdonor bergelimang, bergelumang, lecak.
dop IB; ~ roda Id penutup roda.
dopis Id, bp ubat bedil atau penggalak (senapang).
dor I bunyi spt bunyi senapang.
dor II ark daur.
dorang Jw ikan bawal.
dorm bilik tidur besar yg mempunyai beberapa banyak katil di asrama
sekolah, institusi pengajian tinggi dsb.
168
dorman (Bio) bkn jangka masa ketika aktiviti biologi haiwan atau
tumbuhan berkurang.
dormitori dorm.
dorna Jk orang yg suka membuat orang bertelingkah dll, penghasut,
pengacum;
mendornai membuat orang bertelingkah dll, menghasut,
mengacum, mengadu domba.
doro Mn; berdoro meluncur (turun).
dorong; mendorong 1. menyorong (ke depan), menolak (dr belakang ke
depan), tampil (ke depan): kereta yg kehabisan minyak itu telah
didorong ke tepi jalan; 2. ki memberangsangkan, mempengaruhi,
menyebabkan (jadi sesuatu): tidak pernah saya ketemui orang yg
sanggup menolong dan ~ saya melanjutkan pelajaran saya spt Pak
Man itu; keinginan hendak mengembara ke negeri orang telah ~
saya utk bekerja di kapal; apa yg diutarakan mereka dlm
mesyuarat itu adalah didorong oleh sentimen yg meruap-ruap di
dada mereka; keengganan King Philip membenarkan mereka
berniaga telah ~ orang-orang Belanda mencari jalan ke tempattempat
yg banyak mengeluarkan rempah di Timur Jauh;
dorong-mendorong bertolak-tolakan;
mendorongkan menyorongkan (ke depan), menolakkan,
menampilkan (ke muka): dia ~ lagi badannya di celah-celah orang
ramai itu ke pintu stadium;
terdorong 1. terlangsung (ke depan), tersorong (tertolak) ke depan:
Panglima Hitam telah ~ lalu jatuh; 2. ki terlanjur (melakukan
sesuatu yg tidak baik), terlajak: sesudah ~, baru timbul rasa sesal
pd dirinya; ~ lidah (mulut, kata) ki terlepas (terlajak) cakap; 3.
terpaksa (terpengaruh, tertarik) utk melakukan sesuatu,
diberangsangkan, dipengaruhi, didorong: tiba-tiba sahaja
169
perasaannya begitu ~ utk mencurahkan segala isi hatinya; ~ kaki
badan merasa, ~ lidah emas padahannya prb kata mesti dikotakan,
janji mesti ditepati, berbuat sesuatu mesti berani menanggungnya;
dorongan 1. sorongan, tolakan, asakan; 2. ki galakan, anjuran,
desakan, perangsang: masyarakat kita sekarang telah berpecahbelah
kerana mengikut pendapat dan ~ penganjur-penganjur yg
bertentangan faham; dia berjaya kerana ~ yg kuat drpd ayahnya
sendiri;
keterdorongan keadaan (perihal) terdorong: ~ orang utk
berkelakuan berlebih-lebihan apabila menghadapi provokasi;
pendorongan perihal atau perbuatan mendorong;
pendorong 1. (benda) yg mendorong (menyorong, menganjur, dll),
penyorong, penolak; 2. ki sesuatu atau orang yg mendorong,
penggalak, pemberangsang: tidak ada ~ yg kuat utk orang bukan
Melayu supaya bersungguh-sungguh mempelajari Bahasa
Kebangsaan.
dorongarah (Bio) gerakan bahagian-bahagian pokok (spt akar, daun dll)
yg disebabkan oleh cahaya matahari, tarikan bumi, atau air.
dorsal berkaitan dgn atau terletak di bahagian belakang badan haiwan:
sirip ~.
dos I IB 1. kotak drpd kertas tebal; 2. kertas tebal, kadbod, kardus.
dos II kuantiti tertentu ubat terapeutik yg diambil pd sesuatu masa; ~ maut
dos yg melebihi sukatan ubat dsb yg ditetapkan yg boleh
menyebabkan kematian kpd manusia, binatang dsb.
DOS akronim bagi disk operating system (sistem pengendalian cakera).
dosa 1. perbuatan melanggar hukum Tuhan atau agama: segala halal
haram, ~ pahala telah pun diketahuinya benar-benar; lebih baik
mati dgn tidak berpahala drpd hidup bergelumang ~; 2. perbuatan
atau kelakuan yg bertentangan dgn prinsip-prinsip moral:
170
perbuatannya itu adalah satu ~ yg besar terhadap keluarga
mereka; menebus ~ berikhtiar supaya dosa dapat diampunkan;
~ kering dosa (kesalahan) yg sengaja dilakukan walaupun diketahui
hukumannya dr segi agama;
berdosa 1. melakukan dosa: orang yg ~ akan menerima
balasannya; 2. bersalah kerana menentang orang tua (hukum adat,
negara, dsb): lain orang yg ~ lain pula yg dituduh;
pendosa orang yg berdosa: sesungguhnya seorang ~, secara
semantik dikenal sbg orang yg fasiq.
dosej (doséj) 1. amaun dos ubat; 2. pemberian dos.
dosen (dosén) IB guru di perguruan tinggi, pensyarah.
dosimeter (dosiméter) alat utk mengukur dos sinar (spt sinar-X).
dosir I IB ark; mendosir mengajar di perguruan tinggi.
dosir II IB fail surat-surat berkaitan dgn sesuatu perkara.
dosis IB 1. sukatan; 2. sukatan ubat yg patut dimakan sekali.
dosonok sj tumbuhan (pokok), kemancing, langga air, Dysoxylon
angustifolium.
dot IB, bp puting getah (utk menyusui anak-anak kecil);
didot disusui dgn dot.
doti kain (biasanya berwarna putih) yg diikat di pinggang utk menutupi
bahagian atas dr lutut.
dotong Tr; berdotong bertandang.
dotot Pr ketot (kanak-kanak), bantut.
doyak sj sotong.
doyan Jk suka, endah; tak ~ tidak endah (tidak suka).
doyen ketua (para diplomat asing dll).
doyok 1. Kd bodoh, lembap; 2. Tr gemuk gedempol: macam mana dia
hendak berlari? Badannya ~.
doyong; mendoyong miring, condong, senget; ~ sebelah senget sebelah.
171
dozen (dozén) dua belas jumlahnya;
berdozen = berdozen-dozen banyak dozen (jumlahnya): dia
membeli ~ susu cair utk anaknya.
DPN Id kep Dewan Perancangan Nasional.
DPPMM kep Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Malaysia.
DPR Id kep Dewan Perwakilan Rakyat (Parlimen).
dr I kep dari.
Dr. II kep doktor.
Dra. Id kep doktoranda (perempuan).
draf 1. tulisan (nota, surat, karangan, dsb) atau lukisan yg disediakan
secara kasar pd peringkat awal atau permulaan (biasanya perlu
diperbaik atau dihalusi lagi): ~ surat itu telah disemak dan ditaip
bersih; mereka ditugaskan menyusun ~ kamus dwibahasa; 2.
perintah bertulis utk bayaran wang oleh bank, terutamanya drpd
satu bank kpd satu bank lain; ~ bank draf yg dikeluarkan oleh bank;
mendraf membuat atau menyediakan draf (surat, karangan, dsb):
dia sedang ~ surat utk dihantarkan kpd Jabatan Hasil Dalam
Negeri;
mendrafkan mendraf sesuatu utk: saya tidak keberatan ~ mereka
perjanjian itu;
pendrafan perihal (proses atau perbuatan) mendraf atau
menyediakan draf: kerja ~ entri baru kamus pelajar sedang giat
dijalankan;
pendraf orang yg membuat atau menyediakan tulisan (nota, surat,
karangan, dll) yg dibuat secara kasar: beberapa latihan intensif
telah dijalankan utk para ~ entri kamus baru itu.
dram I bekas besar berbentuk silinder yg digunakan utk mengisi sesuatu
(bahan api, air, dll): ~ minyak.
172
dram II alat genderang yg terdiri drpd silinder berongga yg hujungnya
diregang dgn kulit binatang dan dipukul dgn penukul, tangan, dll.
drama 1. karya yg dipersembahkan oleh pelakon di pentas, radio, atau
TV, sandiwara: mereka akan mengadakan pementasan ~
bersempena perayaan Hari Kebangsaan Malaysia; seni ~ seni
mengenai sandiwara (spt cara menyusun skrip, latar, hiasan pentas,
dsb); 2. Id lakonan yg mengharukan (sedih); 3. ki situasi atau urutan
peristiwa penuh emosi, tragik, atau bergelora: suatu ~ tembakmenembak
telah berlaku antara anggota polis dgn perompakperompak
itu;
~ bacaan drama yg lebih sesuai utk dibaca drpd dilakonkan; ~
komedi drama yg lucu; ~ muzikal drama dgn iringan muzik
(nyanyian dan tarian); ~ pentas drama yg dilakonkan di atas pentas;
~ radio drama yg dilakonkan melalui corong radio yg memberi
tekanan pd suara pelakonnya dan muzik atau bunyi latar utk
menimbulkan kesan pd cerita; ~ rakyat drama yg mengisahkan
cerita-cerita rakyat; ~ satira drama yg membicarakan sesuatu
persoalan secara sindiran; ~ televisyen drama yg dilakonkan utk
ditayangkan di kaca televisyen; ~ wira drama yg mengisahkan
keperwiraan atau keberanian seseorang pahlawan;
berdrama 1. mengadakan pementasan drama (sandiwara),
bersandiwara: mereka ~ utk mengutip derma bagi tabung
persatuan; 2. ki bertutur atau bertingkah laku dgn agak berlebihan:
apabila ramai orang di situ, mulailah dia ~;
mendramakan menjadikan drama, mempersembahkan dlm bentuk
drama: boleh juga diadakan acara-acara spt ~ sebahagian drpd
kandungan buku, mendeklamasikan puisi, mengadakan peraduan
bercerita, dsb;
pendramaan perihal (usaha, perbuatan, dsb) mendramakan.
173
dramatari drama dgn babak tarian (sbg suatu persembahan).
dramatik 1. mempunyai lagak (gaya dsb) yg sesuai utk drama (bkn
percakapan dsb): percakapannya penuh ~; 2. boleh menimbulkan
kesan pd jiwa (sama ada suka, sedih, marah dsb): dia menceritakan
kisah ~ yg menimpa dirinya.
dramatis 1. penulis drama; 2. pelakon drama, dramawan.
dramatisasi; mendramatisasikan 1. mengolah sesebuah tulisan (cerita,
dll) menjadi bentuk drama; 2. mempersembahkan atau
menggambarkan sesuatu secara dramatik: inilah yg sebenarnya
telah ~ pemilihan teologi dlm Islam; 3. menonjolkan kepentingan
(keseriusan) sesuatu peristiwa (keadaan, dll) secara yg agak
keterlaluan.
dramaturgi seni dan teknik penyusunan (pementasan, penulisan)
sesebuah karya drama.
dramawan Id pelakon drama, pelakon dlm sandiwara.
drastik keterlaluan, terlalu keras (bkn sesuatu tindakan dll).
drebar (drébar) pemandu kenderaan: Pak Mat bekerja sbg ~ kereta tuan
besar itu.
drel (drél) tembakan serentak (senapang, meriam);
mendrel menembak (senapang, meriam) dgn serentak;
pendrelan penembakan serentak.
dresar (drésar) orang yg membantu doktor bedah semasa pembedahan.
dril sj kain kapas yg tebal dan kukuh, biasanya digunakan utk membuat
seluar dsb.
dron 1. (Bio) lebah jantan yg hanya berfungsi utk mengawan dgn ratu
lebah; 2. pesawat udara kawalan jauh tanpa juruterbang.
dropsi (Ubat) longgokan bendalir serum yg tidak normal dlm tisu atau
rongga tubuh.
drpd kep daripada.
174
Drs. Id kep doktorandus (lelaki).
drumlin (Geo) bukit yg berbentuk bujur dan panjang yg terbentuk drpd
puing glasier.
dsb kep dan sebagainya.
dst kep dan seterusnya.
Dt. kep Datuk.
dua (jumlah) satu dicampur (ditambah) satu (2), bilangan di antara satu
dgn tiga;
~ belas (jumlah) sepuluh dicampur dua (12); ~ kalimah kalimah
syahadat; ~ puluh (jumlah) sepuluh didarabkan dgn dua (20); ~
ratus (jumlah) seratus didarabkan dgn dua (200); ~ sejoli dua orang
kekasih yg sangat rapat; ~ serangkai dua orang yg terlalu rapat
(barang ke mana bersama-sama); ~ tahun ketiga lewat dua tahun
tetapi belum genap tiga; angka ~ ark tanda pergandaan (kata
berulang); main ~ puluh satu sj permainan terup;
~ badan senyawa prb karib sekali; ~ kali ~ empat = ~ kali lima
sepuluh = spt lima belas dgn tengah ~ puluh prb sama sahaja;
antara ~ tengah tiga prb orang sakit yg hampir mati; dlm ~ tengah
tiga prb tidak jujur, tidak boleh dipercayai, hati yg tidak tetap,
bimbang;
dua-dua 1. = berdua-dua tiap-tiap kali dua (orang dll), dlm
kelompok-kelompok dua: ia duduk di atas kerusi dikipas ~ orang;
2. = dua-duanya dua kesemuanya: ~(nya) sama sahaja;
berdua bersama-sama (dua orang), bersama dgn seorang lagi:
Ismail dan Hamidah duduk ~ berbual-bual di serambi; saya ~ dgn
adik saya pergi memancing petang semalam;
~ hati ki tidak jujur, mencabangkan kasih; karam ~ basah seorang
prb dua orang bersalah, hanya seorang yg dihukum;
berdua-dua dua-dua;
175
berduaan, berdua-duaan berdua sahaja (tidak ada orang lain),
cuma berdua: kerana berasa kurang sedap berada ~ dlm bilik dgn
seorang gadis, maka dia pun keluar;
mendua 1. menjadi dua (bkn fikiran, perbuatan, dll): bunyi
gendang itu hanya segelugut, tidak ~ dan tidak berulang-ulang
lagi; dgn tidak ~ fikiran lagi Abdullah bersetuju hendak turun; ~
hati bimbang; ~ kali membuat dua kali, mengulangi perbuatan; 2.
kencang berlari (kuda);
menduai menggenapkan jadi dua, menambah jadi dua: kalau
engkau sungguh cinta terhadap perempuan itu tentu tidak engkau
duai dgn yg lain; ~ isteri mengambil isteri kedua; ~ laki berkhianat
kpd suami (isteri yg bermukah);
menduakan menjadikan dua, menganggap dua (Tuhan), menaruh
dua (isteri, suami): pertimbangan antara akan ~ isterinya atau
tetap beristeri satu sedang hebat berkecamuk dlm hatinya; ~ Allah
menganggap (melakukan spt) ada yg berkuasa selain Allah;
menyeduai Mn mengurus ternak (sawah dll) orang dgn berbahagi
keuntungan;
menyeduakan Mn menyuruh orang lain mengurus sesuatu (ternak,
sawah, dll) dgn berbahagi keuntungan: ~ sawah;
perdua 1. = seperdua setengah, satu drpd dua; seperdua umur
(baya) separuh umur; 2. perkongsian (tanaman dll);
berperdua berbahagi dua, berkongsi dua: Anuar menyerahkan
seekor kerbau betina kpd Bibah utk dipelihara menurut cara ~
ternak di kampung;
memperdua 1. membahagi dua (untung, hasil, dll): keuntungan
jualan hari itu belum diperdua lagi; 2. mengusahakan ternak
(sawah dll) orang dan hasilnya dibahagi dua: saya tidak sanggup
utk ~ sawah saya yg sebidang itu;
176
memperduakan 1. = menduakan; 2. menyuruh orang
mengusahakan ternak (sawah dll) dgn berbahagi keuntungan,
memawahkan;
kedua 1. (peringkat, bilangan, dll) yg nombor dua: pertunjukan yg
~ ialah tayangan filem Hindustan; 2. = kedua-dua, keduaduanya,
keduanya dua-dua(nya): kedua-duanya tergelak kecil,
lalu meneruskan perjalanannya; kemudian kedua-duanya pun tidur
berkaparan;
keduaan keadaan wujudnya dua bahagian atau unsur: ~ budaya
muncul di merata tempat di dunia Islam;
penduaan perihal memperdua(kan) (sawah, ternak, dll),
pemawahan;
pendua 1. benda yg dijadikan cadangan (kapit, teman) spt keris dll:
keris tempa Melaka yg panjang tiga jengkal itu dijadikan ~ juga;
2. yg dibuat serupa dgn yg asal (bkn salinan dsb); kertas ~ kertas
utk membuat salinan surat dll dgn menggunakan sejenis alat; mesin
~ mesin utk membuat salinan-salinan surat dsb.
duai; ipar-~ adik-beradik (saudara) kpd suami atau isteri, ipar-lamai.
duak sj tumbuhan (pokok), Heynea trijuga; juak VI.
dualam (binatang) yg hidup di air dan di darat (spt katak dll), amfibia.
dualapan sl delapan, lapan.
dualis IB bentuk kata yg menyatakan dua (jamak yg mengatakan
banyaknya dua).
dualisme 1. faham yg berasaskan dua prinsip yg saling bertentangan spt
antara kebaikan dan kejahatan, dan antara terang dan gelap; 2.
keadaan apabila wujud dua sifat yg ketara saling bertentangan pd
diri seseorang.
duane IB tempat memungut cukai, kastam, pabean; kantor ~ pejabat
kastam.
177
dubalang Mn pengawas keamanan kampung; hulubalang.
dubes Id akronim bagi duta besar.
dubilah; ~ setan bp kata yg menunjukkan kehairanan, kata seruan.
dubuk ark Id sj binatang liar yg memakan bangkai, Hyaena crocutus
(striata).
dubur bahagian pd punggung tempat najis dikeluarkan, jubur, pelepasan.
duda lelaki yg kematian isterinya atau sudah bercerai drpd isterinya;
menduda menjadi duda, membujang (akibat perceraian atau
kematian isteri): dua perkahwinannya berakhir dgn perceraian dan
kini dia ~.
dudi Sr kemudian.
dudu; mendudu, mendudu-dudu bergerak (berjalan, berenang, berlari,
dsb) beriringan, bergerak terus dgn tidak menoleh-noleh: kerbau
jalang datang ~ mengejar kami.
duduk 1. beristirahat di atas punggung (spt bersila, bersimpuh, dll): saya
terpaksa ~ di atas pokok itu sahaja; anak kecil itu ~ di atas
pangkuan ibunya; 2. tempat letaknya: skru itu tidak betul ~nya,
senget; 3. terletak, berada: sebuah lampu yg ~nya 3 meter dr
lantai; rumah kediaman bapa Busu ~nya di hujung suatu lorong;
4. = kedudukan keadaan yg sebenarnya (bkn sesuatu hal dll):
pekerjaan berternak kuda lain ~nya dgn bercucuk tanam; 5.
tinggal (di), diam (di), menetap, berumah: maka ~lah dia di Sungai
Baharu menjadi khatib; sudah bertahun-tahun mereka ~ di rumah
itu; 6. terus berada (di sesuatu tempat), tinggal: malam itu selepas
makan, Bakar ~ di biliknya spt biasa; 7. berkahwin, bernikah,
bersatu: Tun Teja sudahlah bertunangan dgn raja Pahang dan
hampirlah akan ~; 8. hampas (kopi, teh, dll); 9. = terduduk
termendak atau mengendap (bkn serbuk kopi, teh, bauran, dll); 10.
mempunyai tempat atau kerusi (di parlimen, majlis tertinggi, dsb),
178
berada: dia adalah salah seorang wakil rakyat yg ~ dlm Majlis
Tertinggi Keselamatan Dalam Negeri; 11. bp sedang (melakukan
sesuatu): dia ~ termenung seorang diri; ~ menjahit (membaca,
menulis, dll);
~ antara dua sujud duduk selepas sujud yg pertama (di dlm
sembahyang orang-orang Islam); ~ berapit duduk di antara dua
orang; ~ berjuntai duduk di tempat yg tinggi dgn menjuntaikan
kaki; ~ berlutut duduk dgn kaki dibengkokkan dan kepala lutut
mengenai lantai, bertelut; ~ bernama bunga sekuntum duduk
berlutut ketika mengangkat sembah; ~ bersila duduk dgn
melipatkan dan menyilangkan kaki; ~ bersimpuh (bertimpuh) duduk
dgn melipatkan kedua-dua belah kaki ke belakang; ~ bertindih lutut
duduk di atas kerusi dgn sebelah lutut diletakkan di atas lutut yg
satu lagi, bersila panggung; ~ bertinggung mencangkung; ~ perut
mengandung;
~ berkelompok, tegak berpusu prb orang yg duduk pd tempat
selayaknya dlm sesuatu majlis; ~ berkisar tegak berpaling prb
mungkir janji atau tidak menepati cakap; ~ di ambung-ambung taji
prb orang yg selalu dlm kerunsingan; ~ di dlm tabir langit-langit
berbau tembelang prb perempuan yg berkurung dlm rumah tetapi
kejahatannya diketahui orang; ~ dlm duri yg banyak, bersandar di
tiang rengas prb hidup yg serba salah kerana menghadapi bencana;
~ dgn cupak gantang prb ketua yg adil; ~ dgn sukatan prb orang yg
kaya; ~ meraut ranjau, tegak meninjau jarak prb orang yg sentiasa
membuat kerja; ~ sama rendah, berdiri (tegak) sama tinggi prb
orang yg sama sedarjat; ~ sehamparan, tegak sepermatang prb
orang yg sedarjat dlm adat; ~ seorang bersempit-sempit, banyak
berlapang-lapang prb fikiran yg diperoleh drpd perbincangan lebih
bernas drpd fikiran yg bersendiri; ~ spt kucing, melompat spt
179
harimau prb orang pendiam yg tangkas bekerja dan berfikir; belum
~ sudah berlunjur menganggap sudah memperoleh atau memiliki
sesuatu perkara yg belum pasti dapat dimiliki atau dikuasai atau
bergirang dahulu sebelum maksud tercapai; jikalau kita ~ di atas
ciau emas sekalipun, lamun hati tiada senang juga prb jika hati
seseorang itu selalu susah dan resah, walau bagaimana senangnya
tetap berduka juga;
duduk-duduk berehat-rehat (mengambil angin dsb): sewaktu
sampai di situ, aku melihat Said dan beberapa orang lain sedang ~
di bawah pokok;
berdudukan sedang duduk (di atas bangku, kerusi, dsb): orangorang
yg ~ di bangku-bangku panjang di ruang menunggu itu
memandang ke arah mereka yg baru memasuki ruang itu;
menduduki 1. mengambil tempat duduk, duduk di: tikar terbentang
diduduki; 2. = mengeduduki mendiami, tinggal di: beberapa orang
datang ke bilik yg diduduki orang baru itu; rumah itu sudah lama
tidak diduduki orang; 3. menakluki (mengalahkan) dan menguasai
sesebuah negeri dll: penyerangan itu bermaksud hendak ~ Sri
Wijaya; 4. mengambil (memasuki, mengikuti) sesuatu peperiksaan
atau ujian: mereka telah ~ peperiksaan itu dlm bahasa Inggeris pd
tahun lalu; 5. duduk (berada) di (kerusi parlimen, majlis tertinggi,
dsb): beliau akan ~ kerusi dlm Perhimpunan Agung Bangsa-
Bangsa Bersatu; 6. ki memikat hati seseorang: pemuda itu telah
berjaya ~ hatinya yg kosong selama ini;
mendudukkan 1. meletakkan (menyuruh, mempersilakan) duduk:
maka baginda pun ~ anakanda baginda di atas singgahsana yg
dua belas tingkat; dia mengambil anaknya dan ~nya di atas
ribanya; 2. mendapatkan kesimpulan (penyelesaian) sesuatu
perkara; 3. mengahwinkan, menikahkan: maka oleh Raja Aftabul180
Ardl akan Raja Chulan itu didudukkan baginda dgn anakanda
baginda tuan puteri Mathabul-Bahri;
terduduk 1. terjatuh duduk, duduk dgn tiba-tiba dan tidak sengaja;
2. mengendap atau terendap (serbuk kopi, teh, dll);
kedudukan 1. tempat tinggal (yg didiami); 2. tempat letaknya: ~
Singapura di tengah-tengah jalan laut yg menghubungkan Timur
dan Barat menyebabkannya menjadi pelabuhan yg begitu penting
di Asia; 3. keadaan atau selok-belok (hal) sesuatu perkara (terutama
pd masa tertentu), situasi: sudah berkali-kali ia menerangkan ~ yg
sebenarnya kpd penduduk-penduduk di situ; ~ politik (ekonomi
dsb); 4. tingkatan taraf (martabat, darjat, dsb): tiap-tiap orang ada
harapan utk mendapat pangkat dan ~ yg tinggi dlm negaranya;
sekedudukan 1. sama tarafnya (martabatnya, darjatnya); 2.
bersetubuh: ada suami yg terus membunuh laki-laki yg ~ dgn
isterinya sendiri;
bersekedudukan 1. bersetubuh: terasa loya tekaknya, kerana rasa
getik dan jijik ~ dgn orang tua bangka itu nanti; 2. tinggal bersama
(spt suami isteri) tanpa bernikah: Cik Mah dihadapkan ke
Mahkamah Syariah di atas tuduhan ~ dgn Kandasamy selama 27
tahun sehingga mendapat sembilan orang anak;
berkedudukan 1. mempunyai kedudukan (tempat letaknya),
terletak, berada: jarum penimbang itu diganjakkan sehingga ~
betul-betul pd nombor 0; 2. mempunyai kedudukan (taraf, darjat,
dsb), bertaraf, berdarjat, bermartabat: dia ~ tinggi di mata
masyarakat;
pendudukan perihal atau perbuatan menduduki sesuatu daerah atau
negara oleh kuasa luar (tentera dll): dlm masa ~ Jepun saya bekerja
di Berita Malai;
181
penduduk orang yg menduduki sesuatu daerah (tempat, negeri, dll):
tidak ada seorang pun drpd ~ kampung itu yg berani keluar
melihat pembunuhan itu;
berpenduduk mempunyai penduduk: Malaysia ~ lebih drpd 14
juta orang dlm tahun 1984;
kependudukan segala hal mengenai penduduk (sesuatu tempat,
daerah, negeri, dsb): aspek ~ dibincangkan dlm simposium itu.
dudur sj tumbuhan (palma), Caryota mitis; ~ kijang sj tumbuhan (pokok
memanjat), akar tanduk hitam, Strophanthus dichotomus; rumput ~
sj tumbuhan (rumput), Daemonorhops spp.
dudut; mendudut 1. mencabut: kalau Raden Asan suka mengumpat
orang lain, nanti lidah Raden Asan akan didudut dr kerongkongan;
2. menghirup (minuman), meneguk, menyedut: dia ~ kopinya yg
masih panas; 3. menghisap (rokok), menyedut (udara dsb).
duet (duét) gubahan muzik (lagu dsb) yg dinyanyikan atau dimainkan oleh
dua orang;
berduet 1. berpadu suara (dua orang) menyanyikan sebuah lagu; 2.
berdua memainkan sebuah lagu.
duga I 1. = batu ~ pengukur dalamnya laut (sungai dll) drpd batu atau
timah yg bertali; tali ~ tali pengukur dalamnya sungai (laut dll); 2.
agak, sangka, teka: bayaran yg saya terima itu lebih besar
jumlahnya drpd yg saya ~;
menduga 1. mengukur dalamnya laut (sungai dll), mengajuk: laut
yg dalam boleh diduga; 2. mengagak, meneka, meramalkan,
menyangka: dr tadi dia ~ yg perkara itu akan berlaku; 3. menguji,
mencuba, mengukur, hendak mengetahui: kami akan menghadapi
peperiksaan penggal dua yg diadakan utk ~ kedudukan pelajaran
kami;
182
terduga 1. telah diduga, boleh (dapat) diduga; 2. tersangka,
terhitung, terjangka: lantikan Encik Ahmad sbg Yang Dipertua
persatuan itu memang tidak ~ sama sekali;
dugaan 1. agakan, sangkaan, tekaan, ramalan, telahan: sekarang
terbukti bahawa ~ mereka itu benar-benar berlaku; 2. cubaan,
ujian: hanya beberapa orang sahaja yg lulus ~ kelayakan utk
jawatan tersebut; 3. hasil drpd menduga;
~ Allah = ~ Tuhan sesuatu musibah, kesukaran dsb yg berlaku utk
menguji keimanan atau kesabaran seseorang; ~ hidup ki kejadian yg
sukar yg terpaksa dihadapi dgn tabah, cubaan (ujian, cabaran)
hidup; ~ syaitan ujian yg berupa ajakan ke arah melakukan
perbuatan yg tidak baik (spt melakukan rasuah, pecah amanah, dll);
pendugaan perihal atau perbuatan menduga (mengajuk),
pengajukan;
penduga alat (perkakas) utk menduga (mengajuk); batu ~ batu
duga.
duga II Mn; berduga, bersiduga berlumba, berlawan;
menduga melawan, menyaingi.
duga akal permainan atau pertandingan utk menguji pengetahuan
seseorang (peserta) tentang perkara tertentu dgn mengajukan
beberapa soalan kepadanya, kuiz;
menduga akal menguji pengetahuan seseorang (peserta) tentang
perkara tertentu dgn mengemukakan beberapa soalan kepadanya.
dugal I rasa hendak muntah, loya, mual;
mendugalkan meloyakan, memualkan, memuakkan.
dugal II Jw ark tidak senonoh (perangai), nakal.
dugal III Sb, Sr gastritis: pengidap ~ dinasihati supaya selalu minum air
dan dilarang berlapar.
183
dugang = tali ~ tali penahan (tiang penyokong) pokok supaya jangan
rebah;
mendugang menahan dgn tali (menyokong dgn tiang) supaya
jangan rebah (tumbang).
dugas; mendugas berjalan dgn gopoh-gapah: apabila didengar anaknya
menjerit, baginda pun ~ naik.
dugong sj mamalia laut yg rupanya seakan-akan paus kecil dan
mempunyai kaki sirip, Dugong dugon, (babi) duyung.
duha Ar = waktu ~ waktu pagi sehingga menjelang tengah hari;
sembahyang ~ sembahyang sunat dlm waktu duha.
duit 1. wang: kami semua tidak ada ~ hendak membeli benda itu; berapa
~ berapa harganya; 2. Kd, Pr, Pn sen (bagi unit satu hingga
sembilan dan angka belasan): lima belas ~ lima belas sen; 3. wang
tembaga zaman penjajahan; 4. = ~ syiling wang yg dibuat drpd
kepingan logam (spt tembaga, perak, dsb);
~ ayam a) duit bergambar ayam (pd zaman penjajahan); b) wang yg
dibayar oleh seseorang kerana menolongnya menguruskan sesuatu
hal; ~ curai = ~ kecil = ~ pecah duit syiling yg nilainya kurang drpd
satu ringgit; ~ kocek wang yg dibawa ke mana-mana utk
dibelanjakan apabila diperlukan; ~ kopi a) wang yg diberikan kpd
pemilik rumah (kedai dll) yg akan disewa rumahnya (kedainya dll);
b) = ~ rokok = ~ teh wang yg diberikan kpd seseorang utk
memastikan mendapat sesuatu yg diminta, wang suap (sogok); ~
(wang) luar pendapatan yg diperoleh hasil drpd membuat kerja luar;
~ padang yuran permainan (di sekolah-sekolah dll); ~ poket wang
sekadar perbelanjaan diri sendiri; ~ raya duit yg diberi, terutamanya
kpd kanak-kanak pd hari raya; ~ syiling wang yg dibuat drpd
kepingan logam;
184
berduit 1. mempunyai duit, berwang: ayah saya tidak ~ hendak
menghantar saya belajar di sekolah tinggi; menjual berduit-duit
menjual beruncit-runcit; 2. ki mempunyai banyak wang, kaya:
orang ~, mewah hidupnya;
duitan; mata ~ (orang yg) hanya memikirkan tentang wang, tamak
akan wang: perempuan yg mata ~.
duit-duit I; burung ~ sj burung, burung ceketing, taitut, Vanellus indicus.
duit-duit II = pokok ~ sj pokok keladi yg menjalar pd pokok atau ditanam
di dlm pasu (sbg hiasan) yg daunnya berbentuk hati dan berwarna
hijau bercampur kuning air.
duk singkatan bagi duduk.
duka (perasaan hati yg) susah atau sedih, dukacita: jangan dibiarkan hati
tersadung ~, jangan fikiran dipersusah; ~ lara = ~ nestapa susah
(sedih) hati yg amat sangat;
berduka = ~ hati bersusah atau bersedih hati, berdukacita: dunia
ini dijadikan Tuhan bukanlah tempat orang ~; dia sentiasa ~ hati
sejak kematian kekasihnya;
berdukakan sl berduka kerana (akan), bersedih (bersusah) hati
kerana (akan), menderita (menahan) duka: mana ~ negeri ditimpa
kemalangan dan mana pula bersedihkan permaisuri yg sedang
gering;
mendukakan menyebabkan timbul rasa duka, menyedihkan
(menyusahkan hati, mendukacitakan: sikap angkuh Ahmad
terhadap orang tua itu sungguh ~ hati ibunya;
kedukaan 1. perihal (sesuatu) yg mendukakan, kesedihan,
kesusahan hati, kedukacitaan: pd pemandangan patik ada juga
sesuatu ~ tuanku; 2. ark dlm perkabungan, dlm kesedihan.
dukacarita Id ark cerita (lakonan) yg sedih.
185
dukacita 1. duka, susah (sedih) hati: pd wajah baginda kelihatan tandatanda
yg menunjukkan baginda sedang dilamun ~; 2. =
berdukacita berasa sedih atau susah hati, berduka: dia sangat ~
atas kematian tunangannya; turut (ikut) ~ sama (turut) bersedih;
mendukacitakan menyebabkan timbul rasa dukacita, mendukakan,
menyedihkan atau menyusahkan hati: hari itu merupakan hari yg
sangat ~nya; kemalangan yg menimpa keluarganya sungguh ~nya;
kedukacitaan perasaan dukacita atau sesuatu yg mendukacitakan,
kedukaan, kesedihan, kesusahan hati.
dukan ark kedai, bangsal (tempat berjualan).
dukana tinggi nafsu, kuat syahwat, gasang, gangsang.
dukat sl wang emas atau perak.
duktus (Bio) saluran dlm tubuh yg mengalirkan cecair dsb: ~ air mata.
duku I sj tumbuhan (pokok dan buahnya spt langsat tetapi kulitnya lebih
tebal), Lansium domesticum; ~ langsat buah daripada pokok hasil
cantuman pokok duku dan langsat.
duku II bp = menduku mengetuk kepala dgn buku jari, meluku,
menyekeh: dia ~ kepala adiknya kerana tidak tahu mengeja.
dukuh kampung kecil yg terpencil, dusun;
pendukuhan kelompok dukuh, perkampungan kecil.
dukun orang yg mengubat orang sakit atau memberi ubat cara kampung
atau tradisional (dgn membaca jampi serapah dsb), bomoh, pawang;
~ beranak bidan;
berdukun 1. berubat dgn (cara) dukun, berbomoh, berpawang:
bukan sedikit orang yg ~ dengannya; 2. bekerja sbg dukun,
berbomoh, berpawang: sekarang tidak banyak lagi orang yg ~;
mendukuni mengubati dgn cara berdukun: banyak juga orang yg
sakit berat setelah didukuni oleh puteri itu menjadi baik;
186
perdukunan yg mengenai atau berkaitan dgn pengubatan cara
kampung atau tradisional, yg berkaitan dgn ilmu dukun: di rantau
sebelah sini, gejala dan kegiatan perbomohan atau ~ sudah
menjadi rempah dlm kehidupan.
dukung I; kain ~ kain penggendong atau pengambin (anak dll);
berdukung duduk bercelapak di belakang atau di pinggang orang:
anak monyet berpegang teguh dan ~ pd ibunya ke mana sahaja
ibunya pergi;
mendukung 1. membawa kanak-kanak kecil sama ada ia
bercelapak pd pinggang (atau di belakang) atau dgn menyokong
punggung kanak-kanak itu dgn sebelah tangan dan sebelah tangan
lagi diletakkan di bawah ketiaknya: perempuan itu ~ anaknya; 2.
menggendong: dia memasukkan barang-barang itu ke dlm kain dan
~nya; 3. ki memikul atau menyokong dan berusaha dsb utk
menjayakan (memperkukuh, menegakkan, dsb): bahawasanya
negara kita Malaysia ~ cita-cita hendak mencapai perpaduan yg
lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; mereka tidak
teragak-agak lagi utk ~ cita-cita mendaulatkan Bahasa
Kebangsaan; dlm konteks negara kita Malaysia, tugas ini
didukung oleh Dewan Bahasa dan Pustaka; 4. membantu bersamasama,
menyokong: parti yg memerintah didukung oleh majoriti
rakyat; 5. mengemukakan atau menyampaikan (maksud dsb):
pemilihan kata-kata dlm cerpen itu kurang dapat ~ isi ceritanya;
~ biawak hidup prb perihal mempunyai isteri atau anak perempuan
yg naka; didukung disangka orang sakit, kiranya orang
kekenyangan prb menolong orang yg tidak kena pd tempatnya;
dukungan 1. sesuatu yg didukung: maka Malim Deman pun
meletakkan ~nya lalu naik ke rumah Nenek Kebayan; 2. keadaan
didukung: anaknya yg keempat dlm ~ dan anaknya yg kelima dlm
187
kandungan; 3. tempat mendukung (spt pd pinggang, belakang, di
atas tangan, dsb): anaknya tertidur di atas ~nya; 4. sokongan,
pertolongan, bantuan: kelahiran Malaysia telah mendapat ~ yg kuat
drpd pihak Bangsa-Bangsa Bersatu;
pendukungan 1. perbuatan mendukung seseorang (di pinggang, di
belakang, dsb); 2. perihal mendukung (sesuatu cita-cita dsb): dlm
semua karyanya, penulis itu menonjolkan ~nya terhadap realiti
Malaysia;
pendukung 1. orang yg mendukung seseorang (di pinggang, di
belakang, dsb); 2. orang yg mendukung (menggendong),
penggendong, pembawa; 3. sesuatu yg digunakan utk mendukung
(menggendong), penggendong, pembawa: Bujang Selamat pun
menghadap Uli Emak si Anjing memohonkan kain ~ tepak; 4.
orang (persatuan dsb) yg mendukung (sesuatu cita-cita dsb), sesuatu
yg menyokong (menjadi sumber kekukuhan dsb): persatuanpersatuan
belia merupakan ~ cita-cita kerajaan utk mewujudkan
satu generasi muda yg berdedikasi dan berhemah tinggi; 5. orang
yg mendukung (memperjuangkan) sesuatu fahaman: ~ faham liberal
mendapat sambutan yg kuat drpd rakyat yg cinta kebebasan; 6.
sesuatu yg mendukung (akan menyampaikan), penyampai,
pengemuka: susunan kata dan gaya kalimat mempunyai tugas sbg
~ rasa pencipta.
dukung II; ~ anak sj tumbuhan (pokok), amin buah, rami buah, turi hutan,
Phyllantus niruri.
dukut Jw ark rumput.
dulang I 1. sj talam drpd kayu (kadang-kadang berkaki): pd dicecah dgn
kuku, biar terletak di atas ~; 2. talam; ~ alas talam utk pengalas
makanan dll; ~ pelanda talam pelimbang emas (bijih dll);
188
bagai ~ dgn tudung saji prb sesuatu yg berpadanan (spt suami isteri
yg sama elok parasnya dll); lain ~ lain kaki, lain orang lain hati
prb tiap-tiap orang berbeza kesukaannya; mengata ~ paku serpih,
mengata orang awak (aku) yg lebih prb mencela orang tetapi diri
sendiri lebih buruk drpd yg dicela;
berdulang mempunyai (beralaskan) dulang, bertalam: hidangan itu
dibawa ke dlm tanpa ~;
berdulang-dulang beberapa banyak dulang (berserta lauk-pauk di
dalamnya): sekawah nasi dan ~ lauk musnah dlm banjir kilat itu;
mendulang melanda (melimbang) emas atau bijih dgn dulang:
banyak orang yg didapati ~ bijih di anak-anak sungai dlm
kawasan hutan simpan;
pendulangan perbuatan mendulang, pelimbangan;
pendulang 1. dulang utk melanda (melimbang); 2. orang yg
kerjanya mendulang (emas, bijih, dsb).
dulang II Mn; mendulang membumbung berkepul-kepul (asap dll).
dulang III Jw; mendulang menyuapkan makanan kpd anak-anak.
dulang IV sj tumbuhan (pokok), bereksa, tengguli, Cassia fistula;
dulang-dulang 1. sj tumbuhan (pokok renek), petai belalang, petai
laut, Desmodium umbellatum; 2. sj tumbuhan (pokok renek),
bungau, ceremai antan, ubah paya, Glochidion obscurum.
dulapan sl lapan.
duli 1. sl abu, debu (yg melekat pd kaki): maka hancur luluhlah segala
menjadi ~; 2. bd baginda: maka D~ Yang Maha Mulia pun bertitah
kpd sekalian yg hadir; 3. kaki; bercemar ~ bd pergi, berjalan; ke
bawah ~ tuanku kpd baginda;
mata ~ buku lali; menjunjung ~ a) menyembah, sujud kpd raja; b)
mengerjakan perintah raja;
berduli 1. sl berdebu; 2. bd pergi ke, bercemar.
189
dulsimer (Muz) sj alat muzik yg dipalu.
dulu bp dahulu.
dulu betina; bunga ~ bunga yg pistilnya masak lebih dahulu drpd stamen.
dulu jantan; bunga ~ bunga yg stamennya masak lebih dahulu drpd pistil.
dumbel (dumbél) alat senaman yg terdiri drpd satu batang besi, plastik
dsb yg pendek dan terdapat pemberat pd kedua-dua hujungnya,
digunakan utk membina otot lengan dan bahu.
dumdum sj peluru yg meledak apabila kena pd sasarannya dan boleh
menyebabkan maut atau kecederaan parah; demdem.
dumka sj lagu rakyat Rusia.
dumping damping III.
dumung Jw, sl ular yg bisa dan berwarna hitam.
dunak Jw sj bakul besar.
dungari 1. sj kain kapas yg kasar, digunakan terutamanya utk membuat
pakaian lasak dsb: seluar ~; 2. pakaian yg terdiri drpd seluar dan
kain penutup dada yg bertali dua dr bahagian atasnya hingga ke
belakang pinggang seluar: gaun bercorak dan ~ denim nampak
kemas, sesuai utk si comel manis.
dungas ark; mendungas mendungus, mendengkus.
dungkul sj hantu.
dungu tongong, bebal, bodoh, tolol, dongok;
mendungukan menjadikan dungu, membodohkan, membebalkan;
kedunguan perihal dungu, kebodohan, kebebalan, ketololan.
dungun sj tumbuhan (pokok), Heritiera littoralis; ~ paya sj tumbuhan
(pokok) dlm famili Juglandaceae, paar, teraling, Engelhardtia spp.
(terutama E. serrata dan E. spicata).
dunia 1. bumi dan segala yg terdapat di permukaannya, alam (tempat kita
duduki): lombong Kinta ialah kawasan lombong bijih timah yg
terkaya di ~; itulah kekasihnya ~ dan akhirat; 2. perihal hidup,
190
kehidupan: ~ hari ini penuh dgn penindasan dan kepura-puraan; 3.
segala manusia yg hidup di bumi: seluruh ~ turut bersedih atas
kematian Presiden John. F. Kennedy; 4. bidang, lapangan, alam:
dlm ~ perniagaan orang Melayu masih jauh ketinggalan; 5.
bahagian dunia (negara dll), masyarakat: ~ sebelah sini masih lagi
dlm keadaan huru-hara; ~ barat;
~ akhirat sepanjang masa, di dunia dan di akhirat: ~ kanak-kanak
perihal hidup kanak-kanak: ~ luar masyarakat (negeri dll) luar: ~
ramai masyarakat ramai (umum): ~ sukan lapangan sukan;
~ diadang, kikir diperbuat, ~ diadang, saku dijahit prb bersukasuka
mahu, tetapi mengeluarkan wang enggan; memakai ~
berganti-ganti, yg hidup sesarkan mati, dgn mati itu bernanti-nanti
prb baka yg turun-temurun tidak akan putus;
sedunia yg mengenai (melibatkan) negeri-negeri di seluruh dunia:
pameran dagangan ~;
berdunia 1. hidup atau berada di dunia; 2. bersuka-suka di dunia,
sangat berusaha mencari harta dunia: kebanyakan mereka yg ~ itu
habis harta benda mereka tergadai; 3. ki bergaul, bercampur,
berkawan, bersahabat: dia asyik berkurung di dlm bilik, tidak ~
langsung dgn orang;
keduniaan 1. perihal dunia, kehidupan di dunia: dia manusia biasa
yg mempunyai perhitungan sendiri mengenai kemanusiaan dan ~;
2. harta benda dunia, kesenangan hidup di dunia: banyak orang yg
khayal dgn ~ semata-mata.
duniawi keduniaan: ahli-ahli siasah dan pemimpin negara memberikan
corak hidup ~ yg tertentu kpd kita;
keduniawian 1. bersifat dunia, mengenai sesuatu yg tidak kekal; 2.
perihal terlalu mementingkan keduniaan (kebendaan dsb).
duniawiah ark keduniaan.
191
duodenum (duodénum) bahagian pangkal usus kecil, terletak di antara
perut dan jejunum (tali perut).
duopoli (Eko) pasaran satu komoditi atau perkhidmatan yg dikuasai oleh
dua penjual, pembekal, atau pengeluar sahaja.
dup IB; didup disiram dgn air suci dlm agama Kristian, dibaptiskan.
dupa kemenyan (setanggi dsb) yg harum baunya apabila dibakar;
mendupai membakar dupa;
pedupaan, pendupaan, perdupaan tempat membakar
(menyimpan) dupa:kemudian Sutan Balun pun meminta ~.
dupak; mendupak menyepak, menendang.
dupleks (dupléks) 1. (bkn rumah) berangkai dua, berkembar; 2. (bkn
pangsapuri dsb) mempunyai dua tingkat bagi setiap unit; 3. (Komp)
(bkn sistem) mempunyai dua set unsur berguna yg dapat digunakan
serentak atau secara sokongan; ~ penuh (Komp) kemampuan
menghantar dan menerima data melalui talian komunikasi secara
serentak dan dua hala melalui dua saluran yg berasingan.
duplikasi pertindanan pelaksanaan tugas dsb: ini boleh menyebabkan
berlaku ~ di beberapa kementerian dr segi fungsi dan bidang
kuasa;
menduplikasikan 1. membuat salinan atau lembaran kedua; 2.
menyebabkan berlaku pertindihan tugas (kerja dll) yg dilaksanakan
oleh orang (agensi dsb) tertentu: keseragaman asas desa belum
lagi ~ keseragaman asas kota.
duplikat IB salinan surat dll.
duplo IB rangkap dua, dua sekali (surat dll), dwilipat.
dur Ar mutiara.
dura I sl risau, susah hati, gelisah: dilipurkannya hatinya yg ~ dgn
membaca buku cerita.
dura II sl jauh: nampaknya hampir tetapi ~.
192
duralumin sj aloi aluminium yg ringan dan kuat yg mengandungi
tembaga, silikon, magnesium dan mangan, dan digunakan dlm
pembuatan kapal terbang.
dura mater (Bio) lapisan selaput paling luar yg teguh yg menutupi otak
dan saraf tunjang.
durat Ar (jamak bagi dur) mutiara.
duren (durén) Jk durian.
dures (durés) (Udg) kekerasan, ugutan, ancaman dsb (yg salah di sisi
undang-undang) yg dipaksakan ke atas seseorang supaya
melakukan sesuatu (membuat pengakuan dsb) yg bertentangan dgn
kemahuannya: pengakuan itu dibuatnya dlm keadaan ~.
durhaka derhaka.
duri I 1. bahagian tajam yg terdapat pd tumbuh-tumbuhan atau binatang:
~ rotan; ~ landak; ~ ikan tulang ikan; 2. ki kesusahan atau
kesukaran yg dihadapi;
~ di hutan siapa pertajam prb kekuasaan Tuhan itu tidak ada
batasnya: adakah ~ dipertajam prb perselisihan tidak perlu
diruncingkan lagi; bagai ~ dlm daging prb hal yg selalu
menyusahkan orang: air diminum rasa ~, nasi dimakan rasa sekam
prb terlalu bersedih hati;
berduri mempunyai duri: kawat ~ kawat berpintal yg diberi berduri
drpd kawat yg tajam-tajam;
berduri-duri 1. berduri banyak; 2. ki banyak rintangan (kesulitan
dll);
menduri 1. spt duri: tajamnya ~ landak; 2. ki menyakiti
(menyusahi dll) hati: ~ hatiku melihat perangainya yg tidak
senonoh; kata-kata yg ~ kata-kata yg menyakiti hati.
duri II; akar ~ sj tumbuhan (pokok renek), akar bedara laut, Randia
fasciculata.
193
duri III 1. sj ikan laut, Arius spp.; ~ otek, Arius utik; 2. sj ikan laut,
Ketengus typus; 3. = ~ muncung sj ikan laut,Osteiogeneiosus
militaris.
durian 1. sj tumbuhan (pokok yg buahnya berkulit tebal dan berduri),
durio spp.; ~ api = ~ daun = ~ tanah sj tumbuhan (pokok) Durio
macrophyllus; ~ burung sj tumbuhan (pokok), Durio pinangianus;
~ hutan sj tumbuhan (pokok), Durio malaccensis; 2. = ~ belanda
(eropah) = ~ mekah sj tumbuhan (pokok), Annona muricata; 3. = ~
laut sj tumbuhan (pokok), dungun, Brownlowia argentata; ~
tembaga buah durian yg isinya berwarna kuning dan rasanya lebih
sedap drpd isi durian yg lain-lain;
beruang bagai ~, bernabu bagai cempedak prb sudah berantara
(berjarak) spt saudara yg telah jauh; dapat ~ runtuh prb mendapat
keuntungan dgn tidak disangka-sangka atau dgn tidak bersusah
payah; masak ~ masak manggis prb perempuan biasanya lebih
teguh menyimpan rahsia drpd lelaki; spt ~ menunjukkan pangsa prb
orang yg gemar menunjukkan kebesaran dirinya; spt mentimun dgn
~ prb orang yg lemah (bodoh, miskin) melawan orang yg kuat
(cerdik, kaya).
durias sj kain yg halus.
duriat zuriat.
durja sl (air) muka, wajah: wahai aria ningsun ~ yg berseri; bermuram ~
bermasam muka, bermuram (kerana susah hati, sedih, dsb).
durjana 1. jahat (bkn kelakuan, perbuatan, dsb), keji: dia mendendami
lelaki ~ yg telah menodai kesucian kekasihnya; melakukan
(berbuat) ~ melakukan perbuatan jahat; 2. derhaka (terhadap
negara, bangsa, agama, dsb): ada golongan pelampau yg ~
terhadap negara Malaysia dan cuba memecah-belahkan rakyat
berbilang bangsa di negara ini;
194
mendurjanakan mendatangkan kesan buruk (kerugian, kerosakan,
dsb): segeralah berakhir perang yg ~ ini;
kedurjanaan perbuatan durjana (jahat, keji), kejahatan, kekejian:
kekotoran dan ~ hatinya sudah pun terdedah;
pendurjanaan perihal melakukan perbuatan durjana (derhaka),
penderhakaan: ~ terhadap nusa dan bangsa.
dursila (Sanskrit) berkelakuan buruk (jahat dll); perbuatan ~ Id perbuatan
yg salah.
duru Mn; berduru, berduru-duru berduyun-duyun: maka baginda pun
pergilah berduru-duru dgn orang-orangnya menyelongkar rumah
Pinang Peribut.
dusanak dansanak.
dusi Mn; mendusi belum jaga betul drpd tidur, masih berasa mengantuk
sesudah bangun drpd tidur.
dusin Jk; mendusin 1. jaga drpd tidur (sekejap): dia tidur nyenyak betul,
sepicing pun tidak ~; 2. bangun, sedar: selepas sepuluh minit
barulah dia ~ dr pengsannya; 3. mengerti akan, menyedari,
menginsafi: dia tidak dapat ~ maksud yg tersembunyi di sebalik
kata-kata itu.
dusta 1. bohong, tidak benar: katanya dia sedang sakit tetapi itu adalah ~
semata-mata; 2. = berdusta berkata yg tidak benar: masih kecil
lagi sudah pandai ~;
mendusta membuat dusta, bercakap bohong, berkata tidak benar;
mendustai membuat dusta kpd, berbohong kpd, membohongi: tidak
baik kita ~ orang tua kita;
mendustakan menganggap dusta (tidak benar, bohong): janganlah
hendaknya anak-anak kita tergamak ~ ajaran alim ulama itu;
kedustaan perihal dusta, sesuatu yg dusta, kebohongan: kejujuran
adalah sesuatu amanah, dan ~ adalah suatu khianat;
195
pendustaan perihal mendustai, pembohongan: ~ dan pembohongan
terhadap Islam dan Nabi Muhammad SAW;
pendusta orang yg suka berdusta, pembohong.
dustur ark undang-undang, peraturan.
dusun I 1. kampung yg terpencil, dukuh; orang ~ orang kampung (desa);
2. kebun buah-buahan: ~ yg sudah tua tidak lagi dapat
mengeluarkan hasil yg memuaskan;
berfikiran ~nya itu alam ini, belalang disangkakan helang prb
orang yg terlalu sempit (terhad) pengetahuannya: jikalau kerana
sebuah ~ maka binasa negeri, haruslah ~ itu dibuangkan prb orang
yg menyebabkan kacau-bilau di sesuatu tempat haruslah dinyahkan;
berdusun mempunyai dusun (buah-buahan);
pedusunan kawasan dusun, kumpulan dusun.
Dusun II suku kaum di Sabah.
duta 1. utusan: raja ~ sl ketua utusan; 2. = ~ besar pegawai diplomatik yg
tertinggi pangkatnya yg dihantar oleh kerajaan atau negaranya ke
negara asing utk tinggal menetap di sana (selama beberapa tahun)
sbg wakil kerajaannya; 3. wakil yg dilantik secara sah atau dihantar
(oleh kerajaan, pertubuhan, firma, dsb) ke negara asing (mis utk
menggalakkan pelancongan, pelaburan, dsb): kumpulan
kebudayaan dr Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
dihantar ke Paris sbg “~” penggalakan pelancongan ke Malaysia;
~ kecil kanak-kanak yg dihantar ke luar negeri sbg “duta” (utk
menggalakkan pelancongan dsb);~ pengembara Id wakil negara yg
pergi ke negara-negara lain utk menguruskan sesuatu hal;
kedutaan pejabat tempat duta dan pegawai-pegawai diplomatiknya
bertugas: di Bangkok, Amerika Syarikat mempunyai ~ yg terbesar
sekali;
perdutaan ark perutusan ke luar negeri;
196
peduta, penduta ark sl timbalan (penolong) ketua dlm sesuatu
utusan: apa nama raja dutanya dan siapa ~nya?
duti cukai yg dikenakan oleh kerajaan terutamanya atas barangan import;
~ eksais duti yg dikenakan pd barang yg dikilangkan di dlm negeri;
~ eksport duti yg dikenakan pd barang yg dieksport; ~ import duti
yg dikenakan pd barang yg diimport; ~ kastam duti yg dikenakan pd
barang yg diimport atau yg dieksport oleh sesebuah negara; ~ setem
duti yg dikenakan pd dokumen (spt surat perjanjian, dokumen
pindah hak milik, dll) yg bayar dgn membeli dan mematikan setem.
duyun; berduyun-duyun (datang, pergi, dsb) beramai-ramai dan tidak
putus-putus, berbondong-bondong: ketika itu orang sedang ~ pergi
ke tempat kerja masing-masing; pagi-pagi lagi, orang sudah ~
menuju ke Stadium Merdeka.
duyung I = babi ~ sj binatang laut, Dugong dugon.
duyung II; angin ekor ~ angin yg tidak tetap arah tiupannya.
duyung III wanita yg kononnya berbadan separuh manusia dan separuh
ikan (bahagian ekor) dan tinggal di laut; air mata (minyak tangis) ~
ark air yg dipercayai boleh dibuat ubat pengasih (guna-guna);
minyak ~, perendang ~ prb melawan guru dgn ilmunya atau
menghabiskan harta tuan atau ibu bapanya sendiri.
DVD kep digital video disc (cakera video digital, iaitu cakera yg boleh
menyimpan filem atau muzik yg lebih banyak dan lebih berkualiti
berbanding dgn cakera padat).
dwi- awalan asing dua, mis dwibahasa.
dwiarah (bergerak, mengalir, dsb) dlm dua arah yg berlawanan.
dwiatom (Kim) sebatian atau molekul yg terdiri drpd dua atom.
dwibahasa 1. yg ditulis atau dinyatakan dlm dua bahasa: majalah
‘Reader’s Digest’ telah menerbitkan edisi ~nya; kamus ~; 2. boleh
197
bertutur dlm dua bahasa (biasanya dgn darjah kefasihan yg sama):
kebanyakan orang Malaysia ~;
berdwibahasa menggunakan dua bahasa: kebanyakan mereka ~ di
rumah dan di asrama; kita perlu ~ jika mahu menjadi bangsa yg
maju;
mendwibahasakan membuat (menyusun, menghasilkan dsb)
sesuatu penerbitan (buku, risalah dsb) dlm dua bahasa: tindakan
sedang diambil utk ~ sebuah kamus Mandarin menjadi Kamus
Bahasa Mandarin-Bahasa Melayu Dewan;
kedwibahasaan 1. pemakaian dua bahasa oleh seseorang atau
sesebuah masyarakat, bilingualisme; 2. kefasihan bertutur dlm dua
bahasa, bilingualisme.
dwibahasawan orang yg boleh bertutur dlm dua bahasa dgn fasih.
dwibelah dwipihak, dwisisi.
dwibudaya mempunyai (mengamalkan) dua kebudayaan yg utama (spt
kebudayaan Inggeris dan kebudayaan Perancis yg diamalkan di
Kanada).
dwibulanan (berlaku atau muncul) setiap dua bulan: mesyuarat ~;
majalah ~.
dwicabang mempunyai dua cabang (pecahan), dwipecahan: pengelasan ~.
dwicekat dapat menggunakan kedua-dua belah tangan kiri dan tangan
kanan dgn sama cekap;
kedwicekatan perihal (keadaan atau sifat) dapat menggunakan
kedua-dua belah tangan kanan dan kiri dgn sama cekap.
dwicekung cekung pd kedua-dua permukaannya (bkn kanta).
dwicembung cembung pd kedua-dua permukaannya (bkn kanta).
dwidarma dua kemestian atau kewajiban.
dwidaun mempunyai dua daun.
198
dwidewan (dwidéwan) (mengenai sistem pemerintahan) yg mempunyai
dua dewan (spt Dewan Rakyat dan Dewan Negara dlm Parlimen
Malaysia).
dwifokus mempunyai dua fokus yg berbeza: kanta ~.
dwifungsi dua tugas.
dwiganda Id kembar dua, dwilipat, duplo.
dwiguna mempunyai dua kegunaan.
dwihuruf (Lin) dua huruf yg melambangkan (mewakili) satu bunyi (spt
ng, ny, sy), dwilambang, huruf rangkap, digraf.
dwijantina (Ubat) mempunyai kedua-dua alat kelamin (bkn individu).
dwilambang (Lin) dwihuruf, huruf rangkap, digraf.
dwilipat ark Id rangkap dua, dua sekali (surat dll), duplo, dwiganda.
dwilogam terdiri drpd dua logam: unsur ~;
kedwilogaman (Eko) sistem kewangan yg menggunakan dua jenis
logam, terutamanya emas dan perak, pd nilai relatif tetap sbg
sandaran nilai mata wang: penggunaan secara serentak kedua-dua
logam emas dan perak ini sbg wang disebut ~.
dwimatra puisi yg terdiri drpd dua kaki matra (iaitu dua pasang kaki yg
bertekanan).
dwimingguan (berlaku atau muncul) setiap dua minggu: laporan ~;
akhbar ~.
dwimodul dua modul.
dwimolekul (dwimolékul) melibatkan atau mempunyai dua molekul:
kebanyakan tindak balas bersifat ~.
dwimusim yg berlaku (hidup dsb) dlm masa dua tahun: tanaman ~.
dwipaksa Id kata kerja yg boleh bertugas dlm bentuk aktif dan juga pasif
(mis sampah masuk matanya dan matanya masuk sampah).
199
dwipartisan berkaitan dgn atau terdiri drpd dua parti atau kumpulan
politik yg berlainan: resolusi tersebut difailkan oleh satu kumpulan
~ yg terdiri drpd lima penggubal undang-undang.
dwipecahan dwicabang.
dwipihak antara (melibatkan) dua pihak, dwibelah, dwisisi: perjanjian ~.
dwipurwa (Lin) pengulangan suku kata pertama pd kata akar dgn atau
tanpa perubahan dlm nilai bunyi vokal yg terdapat pd suku kata
pengulang (mis jejari drpd jari, bebenang drpd benang, dan sesendi
drpd sendi), penggandaan suku kata pertama.
dwiseksual (dwiséksual) 1. mempunyai organ pembiakan jantan dan
betina pd organisma (tumbuhan dan haiwan) yg sama, mis cacing,
jagung dan tumbuhan berbunga, biseks; 2. cenderung utk
melakukan hubungan seks dgn lelaki dan juga wanita (bkn orang),
biseksual;
kedwiseksualan perihal (keadaan dsb) dwiseksual, kedwijantinaan.
dwisisi dwipihak, dwibelah.
dwistandard bkn prinsip yg membenarkan lebih banyak kebebasan kpd
seseorang atau sesuatu kumpulan drpd orang atau kumpulan lain:
kami tidak mengamalkan ~ dlm menguatkuasakan undang-undang.
dwisuku (Lin) = ~ kata mempunyai dua suku kata (bkn perkataan),
bersuku kata dua.
dwitahunan (berlaku atau diadakan) setiap dua tahun: pameran itu
merupakan suatu acara ~.
dwitunggal Id dua tetapi seakan-akan satu juga.
dwiwarna Id; Sang D~ Sang Merah Putih, bendera Republik Indonesia.
Dy simbol kimia bagi disprosium.
DYMM kep Duli Yang Maha Mulia.
No comments:
Post a Comment