Blog sebagai medium mencambah maklumat sudah mendapat tempat dan ruang di hati sebilangan besar khalayak. Maka saya sedari penampilan statik terhadap satu pokok persoalan mungkin tidak meninggalkan kesan menyeluruh kepada khalayak yang berbagai peringkat umur dan kelas pemikiran. Lantas penampilan idea dan isu perlu meraikan seluruh peringkat umur dari kanak kanak sehingga dewasa agar manfaatnya dirasai oleh semua.
Saya mukaddimahkan sedemikian rupa kerana semalam ketika pulang dari pejabat,sambil -sambil menysun dan mengemas mainan yang diselerakkan anak-anak yang tiga orang itu,terpandang saya pada pensel warna anak sulung saya yang berumur 5 tahun. Alhamdulillah sudah boleh membaca dengan lancar ,cuma bacaan Qurannya masih merangkak tetapi huruf sudah dikenali. Apa pula kene mengena dengan Pensel warna? Pernsel warna yang berselerak di lantai masih panjang-panjang,cuma matanya sudah tumpul dan kalau di asah masih boleh digunakan. Melihat pensel warna yang terbuang dan masih boleh dimanfaatkan mengingatkan zaman saya ketika seumur dengannya atau tua sedikit darinya.
Al maklumlah zaman saya kecil,kesedaran untuk mentadikakan anak-anak masih kurang apatah lagi kalau di kampung. Zaman sekarang 4 tahun sudah dihantar ke tadika yang tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Berbalik tentang pensel warna; Dahulu rasanya dari darjah (Tahun ;mula diguna setelah KBSR diperkenalkan) satu hingga darjah 6 boleh dikira berapa kali saya mendapat pensel warna yang baru berbanding anak saya baru di tadika rasanya sudah hampir 3 atau 4 kali pensel warna baru dibelikan,kalau tak saya yang membeli ,mamanya yang belikan.
Sudahlah boleh dikira berapa kali dapat pensel warna yang baru,wang untuk dapatkan pensel warna baru dihimpun,ditabung,ditahan keinginan lain semata-mata nak mendapatkan pensel warna baru. Saya masih ingat (apatah lagi setelah pemergian ayahnda dan adinda yang hanya berselang 5 bulan) bila hasrat saya dan adinda yanag teringinkan "magic colour"yang rata -rata kawan kawan sudah miliki,cuma saya yang masih dalam igauan inginkan "magic colour"tersebut ditambah zaman "Ultraman" menjadi kegemaran anak anak zaman itu,keinginan "magic colour"untuk melukis Ultraman semakin menjadi hasrat yang sukar dibuang. Akhirnya setelah puas dibodek dan dirayu (saya dan Allahyarham adinda,kembali kerahmatullah pada 18 Mac 2009) akhirnya satu Maghrib yang saya dah lupa tarikhnya,alangkah gembiranya bila "magic Colour" keinginan kami ditunaikan oleh Allahyarham Abah. Walau kami tahu betapa susah hempas pulas dan benturan tulang empat keratnya semata mata meraikan keinginan kami,sekalipun sekotak "magic colour"kami kongsi berdua.
Kesukaran itulah sebenarnya mematangkan saya, dan mendewasakan saya memenuhi impian dan hasrat Abah dan Mak. Kekadang terfikir saya hari ini betapa mudah dan mewah anak anak melalui jalan pendidikan.Semacam tiada tekanan,uniformnya sentiasa bergosok rapi,keperluan beg dan ksut serta stokingnya silih berganti saban tahun. Sayang saya tidak menyimpan kasut hikmat zaman persekolahan saya,sepasang kasut getah yang layak dipakai sipenoreh getah adalah kasut yang saya sarung saban hari ke sekolah. Namun kepayahan itu memerdekan saya dari belenggu jahil dan buta pada melihat cahaya Ilahi.Syukur saya kini mengenali dan melalui jalan yang Abah dan Mak terokai dengan kepayahan tetapi menyuluh jalan kebenaran dan hakiki. Terima kasih kepada isteri yang memahami yang lansung tidak melayan kemewahan pada anak-anak,ajarkanlah kepayahan supaya mereka tahu jalan kebenaran yang berliku. Kenangan manis bersama Allahyarham adinda mencari ikan keli di sawah semata-mata ingin menukar kasut baru ke sekolah takkan saya lupa selamanya.
Dicatat oleh Abu Afaf - http://islampenyelesaian.blogspot.com/2009/04/antara-dua-zaman.html (Abu Afaf adalah saudara kandung Semerah Tinta)
Betul kata abang tu...
ReplyDeletesaya juga tengok anak anak sekarang tak pandai guna pensel atau pensel warna se-maksimum mungkin. Pensel yg masih sekerat jengkal dah dianggap tak boleh digunakan. Tak macam zaman kita dulu, pensel yg setinggi 2 inci masih kita gunakan...Sedih!