PERBUALAN DI KEDAI RUNCIT
6. KARANGAN JENIS DIALOG/PERBUALAN
Soalan: Anda pergi ke kedai untuk membeli barang yang dipesan oleh ibu.Tulis perbualananda dengan penjual barang runcit itu.
PERBUALAN DI KEDAI RUNCIT
Izanni : Saya mahu beli barang.Boleh pak cik tolong?
Pak Cik Lan Lee : Boleh.Banyakkah barang itu?
Izanni : Tidak banyak. Ini senarainya.
Pak Cik Lan Lee : Tepung sekilo, garam sebungkus, gula sekilo dan minyak sebotol.Ini barang-barangnya.
Izanni : Ini duitnya, pak cik.
Pak Cik Lan Lee : Ibu kamu mahu masak apa?
Izanni : Ibu hendak membuat kuih untuk minum petang.
Pak Cik Lan Lee : Ini bakinya.Terima kasih.Datang lagi, ya.
Panduan Menjawab:
KUMPULAN LEMAH: Salin dalam buku latihan .Cuba ingat dan hafal.Salin semula.
KUMPULAN SEDERHANA: Salin dalam buku latihan.Jadikan lima perenggan.Tambah beberapa perkatan atau beberapa ayat lain bagi setiap penyataan/ayat yang diberi.
KUMPULAN CEMERLANG: Salin dalam buku latihan.Tambah ayat huraian yang lengkap dan menarik bagi setiap isi atau ayat topik yang diberi. Isi-isi lain yang releven boleh ditambah.
MENJANA KECEMERLANGAN PENULISAN
http://semerahtinta.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment