Monday, 10 September 2012

Kepentingan Menjaga Kesihatan Diri


Dalam hidup ini kita mestilah menjaga kesihatan. Kesihatan diri perlu dijaga supaya kita dapat hidup selesa dan gembira.Oleh itu, menjadi kewajipan setiap orang memastikan amalan menjaga  kesihatan diri diperaktikkan dengan sebaik mungkin.
        
Salah satu kepentingan menjaga kesihatan diri kita dapat melaku berbagai aktiviti yang kita suka. Sebagai contoh, kita dapat bemain bola sepak dan berolah raga dengan selesa. Kesannya kita akan lebih gembira kerana dapat melakukan aktiviti yang kita minat.Mana mungkin orang yang tidak sihat dapat bermain bola dan beraktiviti.
            
Selain itu,apabila kita menjaga kesihatan kita dengan baik,kita dapat belajar dengan selesa dan mudah menumpukan perhatian sewaktu guru sedang mengajar atau memberikan penerangan. Keselesaan ini terhasil disebabkan kita tidak mempunyai sebarang penyakit yang mengganggu konsentrasi kita seperti selsema,demam,sakit perut dan lain-lain lagi.
            
 Di samping itu,orang yang menjaga kesihatan juga tidak menghadapi sebarang halangan yang menyebabkan kita tidak boleh hadir ke sekolah.Jika kita sakit sudah tentu kita merasa bimbang penyakit tersebut akan berjangkit kepada rakan-rakan.Kita mungkin akan dikurantinkan di rumah dan menyebabkan kita kerugian dalam pelajaran.

                Akhirnya, saya menyeru kepada rakan-rakan agar mementingkan penjagaan kesihatan diri. Langkah ini tidak boleh dipandang enteng dan seharusnya dititik beratkan agar kita terhindar daripada dijangkiti sebarang penyakit.

16 comments:

  1. dapat melaku berbagai aktiviti(salah ni)
    [dapat melakukan berbagai-bagai aktiviti]~~yang ni baru betul~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana memberitahu. Kalau tak mati saye dimarahi guru. Hehe

      Delete
  2. Ya betul tu Ainon Najihah.... Terima kasih atas teguran

    ReplyDelete
  3. Merasa tu untuk 'merasa gulai(makanan)' Yg sebetulnya 'berasa bimbang'

    ReplyDelete
  4. Merasa tu untuk 'merasa gulai(makanan)' Yg sebetulnya 'berasa bimbang'

    ReplyDelete
  5. Kebersihan lah ‼️ πŸ˜‘πŸ‘ΏπŸ˜ΏπŸ–€πŸ’¬ ( bukan kesihatan )

    ReplyDelete
  6. javascript:; sorry 😐

    ReplyDelete
  7. Enteng / remeh ‼️. πŸ˜‘πŸ‘ΏπŸ˜ΏπŸ–€πŸ’¬

    ReplyDelete