Salah satu aspek yang perlu diberi perhatian ialah amalan menjaga kesihatan. Kesihatan diri perlu dijaga supaya kita dapat hidup selesa dan gembira.Oleh itu, menjadi kewajipan setiap orang memastikan amalan menjaga kesihatan diri diperaktikkan dengan sebaik mungkin.
Salah satu kepentingan menjaga kesihatan diri kita dapat melaku berbagai aktiviti yang kita suka. Sebagai contoh, kita dapat bemain bola sepak dan berolahraga dengan selesa. Kesannya kita akan lebih gembira kerana dapat melakukan aktiviti yang kita minat.Mana mungkin orang yang tidak sihat dapat bermain bola dan beraktiviti.
Selain itu,apabila kita menjaga kesihatan kita dengan baik,kita dapat belajar dengan selesa dan mudah menumpukan perhatian sewaktu guru sedang mengajar atau memberikan penerangan. Keselesaan ini terhasil disebabkan kita tidak mempunyai sebarang penyakit yang mengganggu konsentrasi kita seperti selsema,demam,sakit perut dan lain-lain lagi.
Di samping itu,orang yang menjaga kesihatan juga tidak menghadapi sebarang halangan yang menyebabkan kita tidak boleh hadir ke sekolah.Jika kita sakit sudah tentu kita merasa bimbang penyakit tersebut akan berjangkit kepada rakan-rakan.Kita mungkin akan dikurantinkan di rumah dan menyebabkan kerugian kita dalam pelajaran.
Akhirnya, saya menyeru kepada rakan-rakan agar mementingkan penjagaan kesihatan diri. Langkah ini tidak boleh dipandang enteng dan seharusnya dititikberatkan agar kita terhindar daripada dijangkiti sebarang penyakit.
apakah soalan karangan yang keluar dalam peperiksaan UPSR dua hari lepas?
ReplyDeletekurang okay tapi (Y)
ReplyDelete