Payung Kerajaan Negeri
PAYUNG KERAJAAN - Kesemuanya sebanyak 16 kaki. Payung ini berwarna
putih dan kuning dan batangnya yang sepanjang 2.4 meter, berukir dengan
perak dan di kepala payung berbentuk gasing Perak dari perak juga.
Payung ini digunakan di semua Istiadat di Balai Rongseri dan Balai Panca
Persada. Di anjung Istana sebanyak 3 kaki Payung Kerajaan digunakan
untuk menyambut pembesar kehormat. Pembawa Payung Kerajaan ini ialah
Jejawat namanya.
Di dalam istiadat rasmi di Balai Rongseri kesemua 16 Payung Kerajaan digunakan sementara bagi kegunaan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda dan dalam istiadat perkahwinan Putera/Puteri Raja hanya 8 sahaja digunakan, 6 Payung untuk Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir dan bagi anak-anak Raja Waris Negeri 4 sahaja iaitu sama dengan istiadat permakaman dan perkebumian. Walau bagaimanapun kegunaan Payung Kerajaan ini hendaklah diperkenankan oleh Paduka Seri Sultan atau menjunjung titah perintah.

No comments:
Post a Comment