Mestika (Geliga) Embun
ALAT kebesaran ini merupakan satu azimat yang dipersembahkan oleh
Toh Seri Nara di-Raja kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan
Perak semasa Istiadat pertabalan. Semasa Almarhum Raja Mudzaffar Shah
ditabalkan sebagai Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak yang
pertama, di satu tempat yang bernama Tanah Abang pada tahun 1528, Tun
Perabu atau dikenali sebagai Tok Puan Puteh (setelah meninggal dunia
dipanggil Tok Temong), telah datang ke Istiadat Pertabalan tersebut
dengan diiiringi oleh 77 ekor gajah dari Hulu Perak untuk
mempersembahkan Mestika Embun ini kepada Sultan.
Sebagai balasan Sultan Mudzaffar Shah telah mengurniakan kepada beliau dengan Puan Bujur, tetapi beliau menolak. Sebaliknya beliau memohon agar Baginda Sultan memperkenankan beliau untuk terus memerintah di sebelah kiri mudik Sungai Perak dan meminta agar Sultan dan semua Sultan-sultan yang mewarisi takhta Kesultanan Perak menghadkan kawasannya di tebing sebelah kanan mudik Sungai Perak. Sultan Mudzaffar Shah telah berkenan dengan permintaan ini. Walau bagaimanapun adat tradisi ini telah dihentikan semenjak pemerintahan Almarhum Paduka Seri Sultan Idris Shah I, Sultan yang ke 28, apabila Baginda membina sebuah istana di tebing kiri mudik Sungai Perak.

No comments:
Post a Comment