Aigrette Di-Raja
Aigrette Di-Raja ini telah direka khas oleh Almarhum Paduka Seri
Sultan Idris I, Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I pada tahun 1911.
Apabila Sultan Idris mangkat pada tahun 1916, Aigrette Di-Raja ini telah
dijadikan sebagai salah satu alat kebesaran Negeri Perak dan pakaian
Raja-Raja Pemerintah. Pada penghujung bulan Disember 1941, apabila
tentera Jepun menghampiri Kuala Kangsar, Encik Jomaran, Pegawai Daerah
ketika itu, telah membawa Aigrette Di-Raja ini ke Singapura untuk dijaga
keselamatannya.
Aigrette Di-Raja ini telah dikembalikan kepada Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Abdul Aziz di zaman pemerintahan Pentadbiran Tentera British (BMA).
Aigrette Di-Raja ini telah dikembalikan kepada Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Abdul Aziz di zaman pemerintahan Pentadbiran Tentera British (BMA).
No comments:
Post a Comment