Lembing Kerajaan Negeri Perak
LEMBING-LEMBING KERAJAAN - Lembing sebanyak 16 semuanya diperbuat
daripada perak yang berukir di batang dan di mata lembing pula berukir
dengan lambang Kerajaan Negeri Perak. Ianya dibawa oleh Jejawat lelaki
yang berbaju putih dan seluar putih dan bersamping kuning di bawah baju
dan bertengkolok kain batik bercorak getam perkasam. Pakaian Jejawat
Lembing dan Payung Kerajaan adalah sama.
Lembing ini digunakan berselang-seli dengan Payung Kerajaan dengan didahului oleh Payung Kerajaan. Biasanya Payung Kerajaan dan Lembing disusun 16 di sebelah kiri dan 16 di sebelah kanan yang diatur oleh Panglima Dalam. Bagi kegunaan Paduka Seri Sultan kesemua 32 (Lembing dan Payung) digunakan; Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda 16 sahaja; Duli Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir 12 sahaja dan anak-anak Raja Waris Negeri 8 sahaja. Ini pun dengan perkenan dari Baginda Sultan.
Cara mengguna Lembing-lembing ini adalah sama seperti menggunakan Payung Kerajaan, tetapi bagi Istiadat Mengambil Air Limau di Sungai Perak hanya 16 buah Lembing sahaja digunakan sementara Payung Kerajaan tidak dibawa bersama dalam Istiadat Perarakan.

No comments:
Post a Comment