(Sanggupkah kita biarkan alam kita tercemar begini?)
Alam sekitar ialah alam
sekeliling kita.Alam sekitar boleh tercemar dengan berbagai cara antaranya,
pembuangan sampah ke dalam sungai, penebangan hutan secara berleluasa dan
pembebasan sisa toksik ke udara dan di dalam air. Menjadi tanggungjawab kita
untuk menjaga,memelihara dan memulihara keseimbangan alam sekitar supaya kekal
dan bersih. Alam sekitar yang terpelihara dan bersih menjadikan kehidupan kita
lebih selesa dan terjamin.
Sumber
air yang bersih dan selamat hanya boleh di dapati daripada pengurusan alam
sekitar yang sempurna. Sungai dan perairan yang tercemar boleh mendatangkan
kesan yang buruk terhadap manusia.Habitat hidupan akua akan musnah. Sumber
makanan seperti ikan dan rumpai air akan mati atau tercemar.Keadaan tersebut
menjadikan kesihatan dan kehidupan kita terancam.
Alam
sekitar yang terpelihara juga dapat meningkatkan sumber pendapatan penduduk dan
menjana ekonomi negara. Pelancong luar pastinya suka berkunjung ke negara yang
mengurus alam sekitarnya dengan baik.Kemasukan pelancong asing akan menjadikan sektor
perniagaan seperti bidang perhotelan, restoran dan pengangkutan berkembang
pesat.
Hutan belantara yang terdapat di negara kita
adalah khazanah alam yang tidak ternilai. Khazanah ini perlu dijaga bagi
mengekalkan keseimbangan alam. Pokok-pokok dan tumbuhan membekalkan oksigen
disamping mengawal suhu bumi daripada meningkat. Tanah runtuh,banjir lumpur dan
banjir kilat sering terjadi di kawasan-kawasan yang hutannya ditebang sewenang-wenangnya. Selain itu, hutan juga berperanan sebagai pelindung kepada pelbagai
jenis hidupan liar. Pencemaran hutan boleh mennyebabkan hidupan liar
seperti gajah,harimau dan kijang menjadi pupus.
Alam
sekitar yang diuruskan dengan baik dapat mengekalkan kesihatan dan menjadikan
kehidupan manusia sejahtera. Sebagai contoh, pohon-pohon hijau yang ditanam di
persekitaran dan hutan semula jadi yang dikawal dengan baik akan mengurangkan
pencemaran, menurunkan suhu dan menjadikan persekitaran lebih nyaman. Hutan
kita yang kaya dengan tumbuhan herba seperti pokok tongkat ali dan kacip Fatimah sangat membantu dalam bidang pemakanan kesihatan dan perubatan berasaskan herba sejak sekian lama.
Akhirnya,
kita sewajarnya memelihara alam sekitar agar bebas daripada sebarang bentuk pencemaran.
Alam sekitar yang terpelihara merupakan hadiah yang tidak ternilai kepada kita
dan generasi akan datang. Sebagai warga negara yang baik kita patut membantu
pihak berkuasa mengekalkan keindahan dan kesejahteraan alam sekitar.Sayangi dan
selamatkanlah alam sekitar kita.
Nukilan:
Aqeef Wajdee,
Tahun 2 Cemerlang.
Niceyyy
ReplyDeleteGood🇲🇾🇲🇾
ReplyDeletePerghh
ReplyDeletePerghh
ReplyDeleteGood👍👍👍
ReplyDelete