Thursday, 20 October 2011

Kata Sendi Nama

Kata sendi nama ialah kata yang digunakan untuk menyambung frasa nama dengan kata yang lain dalam sesuatu ayat:

Contoh kata sendi nama:
di,ke,dari,kepada,daripada,pada,untuk,bagi,demi,tentang,dengan,sejak,semenjak,oleh,akan,hingga,sampai,seperti,bagai,bak,umpama,laksana.

Penerangan dan perincian:

di - Menunjukkan tempat.
     Contoh:di sekolah,di Kuala Lumpur.
     * hendaklah dijarakkan sewaktu menulis.
     Menunjukan perbuatan.
      Contoh:dibeli,dimakan.
       * hendaklah dirapatkan sewaktu menulis.

ke  - Menunjukkan tempat atau arah.
       Contoh:ke tepi padang,ke Kuala Lumpur.
       * hendaklah dijarakkan sewaktu menulis.
       Menunjukkan waktu 
       Contoh:dari pagi hingga ke petang

dari - Menunjukkan tempat atu arah datang.
        Contoh:Saya datang dari sana. 
        Menunjukkan waktu atau masa.
        Contoh:Mesyuarat berlangsung dari pagi hingga ke malam.

kepada - Menunjukkan sasaran atau ditujukan.
            Contoh:Berikan surat ini kepada Abu. 
            Menunjukkan bahagian sesuatu.
            Contoh:Tukarkan duit kertas ini kepada wang syiling.
            Menunjukkan perubahan keadaan.
            Contoh:Cuaca telah bertukar dari mendung kepada cerah.

daripada - Menunjukkan punca.
              Contoh:Projek tersebut adalah cadangan daripada Cikgu Ali.
              Menunjukkan sumber,asal sesuatu atau asal usul.
              Koponen kereta itu diperbuat daripada plastik.
              Menunjukkan perbandingan.
              Contoh:Aisyah mendapat markah lebih tinggi 
              daripada kakaknya.

pada - Menunjukkan tempat sesuatu perbuatan.
         Contoh:Layang-layang itu tersangut pada pokok.
         Menunjukkan tempat tempat terdapatnya sesuatu.
         Contoh:Buku itu ada pada Abas.
         Menunjukkan keterangan waktu 
         Contoh:Pertandingan itu bermula pada pukul 12.00 tengah hari.

untuk - Menunjukkan kegunaan sesuatu.
           Contoh:Kunci ini digunakan untuk membuka pintu itu.
           Menunjukkan sesuatu telah dikhaskan.
           Contoh:Kerusi kuning itu dikhaskan untuk tetamu kenamaan.

bagi  - Menunjukkan kegunaan sesuatu.
          Contoh:1.Jentera besar itu, kegunaannya bagi mengangkat
                       batu yang besar itu.
                     2.Sejumlah wang dikumpul bagi membina surau baharu.

demi  -  menunjukkan tujuan.
           Contoh:Rakyat perlu bekorban demi mempertahankan tanah air. 
           menunjukkan urutan.
           Contoh: Satu demi satu, batu itu dilontarkannya 
                       ke dalam sungai.
 
tentang - Menunjukkan rujukan.
                  Contoh:Buku itu menceritakan tentang keturunan keluarganya. 

dengan -  Menunjukkan turut serta.
               Contoh: Ali pergi ke pasar dengan menaiki kereta.
               Menunjukkan cara sesuatu perbuatan dilakukan.
               Contoh:Pintu itu dibuka dengan menggunakan kuasa elektrik.
               Menunjukkan benda yang digunakan.
               Contoh:Penjenayah itu ditempak dengan sepucuk pistol.
               Menunjukkan persamaan.
               Contoh:Wajahnya tidak ubah sama dengan wajah ibunya.

sejak, semenjak  - Menjadi penanda waktu atau masa terhadap.
                                   Contoh:Sejak pagi,adik tidak mahu tidur. 
                            Menunjukkan rujukan yang tentu.
                                   Contoh:Ilmu mempertahankan diri itu dipraktikkan 
                                       keluarganya sejak datuknya lagi.

oleh - Menunjukkan pembuat dalam ayat pasif.
         Contoh: Buah durian belanda itu dimakan oleh musang. 
         Menunjukkan sebab.
         Contoh: Jambatan yang baru dibina itu telah dihanyutkan
                     oleh arus deras.

akanMenunjukkan rujukan selepas kata atau frasa adjektif.
          - Contoh:Roslan terpegun akan kecantikan gadis bertudung labuh itu.
 
hingga, sampai  - Menunjukkan had masa atau peringkat.
                          Contoh:Dari pagi sampai malam mereka 
                                     asyik berhibur.

seperti, bagai, umpama, laksana, bak  - Menunjukkan perbandingan.
Contoh:Keuda-dua mempelai itu sama padan bagai pinang dibelah dua.

No comments:

Post a Comment