Thursday, 20 October 2011

Peribahasa

Peribahasa ialah susunan kata yang pendek indah dan menarik dengan makna yang luas dan tersirat, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.Simpulan bahasa dan perumpamaan juga tergolong dalam kumpulan peribahasa.

Contoh peribahasa:
1.Ular menyusur akar tidakkan hilang bisanya.
   Maksudnya:Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya.
2.Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
   Maksudnya:Jika sudah terlanjur jahat, biarlah diperoleh hasil daripada perbuatan tersebut.
3.Ada air, adalah ikan.
   Maksudnya:Ada negeri tentulah ada rakyatnya.

Simpulan bahasa.
Simpulan bahasa merupakan ungkapan yang hanya terdiri daripada dua patah perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada makna perkataan-perkataan yang membentuknya.

Contoh simpulan bahasa dan maksudnya:
1.Ringan tulang - Rajin.
2.Kaki bangku - Orang yang tidak tahu bermain bola.
3. Mulut murai - Orang yang rajin bercakap dan bising.
4. Kecil hati - Terkilan.
5. Tangkai jering - Orang yang sangat kedekut.
6. Hidung tinggi - Orang yang sombong.
7. Telinga lintah - Orang yang peka dan cepat mendengar.
8. Pasang telinga - Mendengar dengan teliti.

Perumpamaan.
Perumpamaan ialah sejenis peribahasa yang berupa perbandingan dengan sesuatu yang lain.Perumpamaan ini biasanya didahului dengan kata bandingan iaitu:seperti,bak,bagai dan macam.Juga mempunyai maksud tersirat.

Contoh perumpamaan dan maksudnya:
1.Bagai telur di hujung tanduk - Satu keadaan yang amat genting.
2.Seperti kaca terhempas ke batu - Sesuatu yang musnah dan tidak boleh elok kembali.
3.Bak cacing kepanasan - Orang yang berada dalam kegelisahan.
4.Macam murai tercabut ekor - Orang yang terlalu banyak bercakap dan bising.

No comments:

Post a Comment