Monday, 30 July 2012

Aktiviti Hujung Minggu di Rumah - Karangan Jenis Syarahan

Aktiviti Hujung Minggu di Rumah

3. KARANGAN JENIS SYARAHAN

Soalan: Kamu terpilih mewakili kelas dalam pertandingan syarahan ketika Minggu Bahasa Melayu di sekolah. Kamu dikehendaki menyampaikan syarahan mengenai aktiviti hujung minggu di rumah.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, Tuan Guru Besar,guru-guru serta rakan sekalian.Salam sejahtera dan selamat pagi saya ucapkan.

1. Hujung minggu merupakan hari cuti.

2. Hari yang selalu kita tunggu.

3. Semua ahli keluarga akan berkumpul di rumah.

4. Kita boleh melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga.

5. Bergotong-royong membersihkan rumah.

6. Mencuci longkang dan menyapu daun-daun kering.

7. Hubungan antara ahli keluarga bertambah baik.

8. Kasih sayang kepada keluarga bertambah.

9. Aktiviti-aktiviti seperti ini mesti dilakukan selalu.

10. Rumah bersih, hidup sihat.

Sekian sahaja syarahan saya.Sekian, terima kasih.


Panduan Menjawab:

KUMPULAN LEMAH: Salin dalam buku latihan .Cuba ingat dan hafal.Salin semula.

KUMPULAN SEDERHANA: Salin dalam buku latihan.Jadikan lima perenggan.Tambah beberapa perkatan atau beberapa ayat lain bagi setiap penyataan/ayat yang diberi.

KUMPULAN CEMERLANG: Salin dalam buku latihan.Jadikan lima atau enam perenggan.Tambah ayat huraian yang lengkap dan menarik bagi setiap isi atau ayat topik yang diberi. Isi-isi lain yang releven boleh ditambah.


MENJANA KECEMERLANGAN PENULISAN
http://semerahtinta.blogspot.com/

1 comment:

  1. Hello saya nak tanya apa lagi aktiviti selain itu yang kita boleh buat semasa hujung minggu....

    ReplyDelete