Pengalaman Berada di Kampung
4. KARANGAN JENIS KEPERIHALAN
Soalan: Semasa cuti sekolah yang lalu,kamu dan keluarga telah menziarahi nenek dan datuk kamu di kampung. Ceritakan pengalaman kamu ketika berada di kampung.
Tajuk: Pengalaman Berada di Kampung
1. Pada musim cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga pulang ke kampung.
2. Di kampung, saya dapat menemani datuk ke dusunnya.
3. Ketika itu musim buah-buahan.
4. Pelbagai jenis pokok buah-buahan yang datuk tanam.
5. Saya membantu datuk memungut buah yang dikaitnya ke dalam raga.
6. Antaranya buah rambutan, langsat dan dokong.
7. Saya berasa seronok dapat membantu datuk di kebunnya.
8. Udara di kampung juga nyaman dan segar.
9. Di bandar banyak pencemaran asap kenderaan dan kilang.
10. Saya berasa seronok dan gembira berada di kampung.
Panduan Menjawab:
KUMPULAN LEMAH: Salin dalam buku latihan .Cuba ingat dan hafal.Salin semula.
KUMPULAN SEDERHANA: Salin dalam buku latihan.Jadikan lima perenggan.Tambah beberapa perkatan atau beberapa ayat lain bagi setiap penyataan/ayat yang diberi.
KUMPULAN CEMERLANG: Salin dalam buku latihan.Jadikan lima atau enam perenggan.Tambah ayat huraian yang lengkap dan menarik bagi setiap isi atau ayat topik yang diberi. Isi-isi lain yang releven boleh ditambah.
MENJANA KECEMERLANGAN PENULISAN
http://semerahtinta.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment