Tahniah kepada semua yang telah mendapat sijil
masing-masing. Bagi yang masih belum mendapat sijil, harap bersabar
kerana pihak Sekretariat sedang berhempas pulas bagi mengeluarkan sijil
untuk hampir 100,000 peserta kali ini. Maaf Admin tak dapat nak update
status selalu.
Maklumat lanjut boleh dilayari di: https://www.facebook.com/surat1malaysia
Sunday, 23 September 2012
Tuesday, 18 September 2012
Aplikasi Pangkalan Data Murid Secara Atas Talian Dan Pendaftaran Ke Tingkatan 1
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan satu Aplikasi Pangkalan Data Murid Secara Atas Talian bagi murid di bawah KPM.
Sehubungan itu, dipohon kerjasama Guru Data SMM untuk mengambil tindakan segera berdasarkan Surat Arahan Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah. Mohon juga dirujuk Manual Pengguna yang disertakan.
Pautan Pangkalan Data Murid - http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia
Monday, 10 September 2012
Ramalan Soalan Penulisan UPSR 2012
Salah satu aspek yang perlu diberi perhatian ialah amalan menjaga kesihatan. Kesihatan diri perlu dijaga supaya kita dapat hidup selesa dan gembira.Oleh itu, menjadi kewajipan setiap orang memastikan amalan menjaga kesihatan diri diperaktikkan dengan sebaik mungkin.
Salah satu kepentingan menjaga kesihatan diri kita dapat melaku berbagai aktiviti yang kita suka. Sebagai contoh, kita dapat bemain bola sepak dan berolahraga dengan selesa. Kesannya kita akan lebih gembira kerana dapat melakukan aktiviti yang kita minat.Mana mungkin orang yang tidak sihat dapat bermain bola dan beraktiviti.
Selain itu,apabila kita menjaga kesihatan kita dengan baik,kita dapat belajar dengan selesa dan mudah menumpukan perhatian sewaktu guru sedang mengajar atau memberikan penerangan. Keselesaan ini terhasil disebabkan kita tidak mempunyai sebarang penyakit yang mengganggu konsentrasi kita seperti selsema,demam,sakit perut dan lain-lain lagi.
Di samping itu,orang yang menjaga kesihatan juga tidak menghadapi sebarang halangan yang menyebabkan kita tidak boleh hadir ke sekolah.Jika kita sakit sudah tentu kita merasa bimbang penyakit tersebut akan berjangkit kepada rakan-rakan.Kita mungkin akan dikurantinkan di rumah dan menyebabkan kerugian kita dalam pelajaran.
Akhirnya, saya menyeru kepada rakan-rakan agar mementingkan penjagaan kesihatan diri. Langkah ini tidak boleh dipandang enteng dan seharusnya dititikberatkan agar kita terhindar daripada dijangkiti sebarang penyakit.
Laporan Hari Sukan Sekolah
LAPORAN SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN BESOUT 3
Pada 23 Januari 2010,Sekolah Kebangsaan Besout 3, telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan Sekolah Kali ke-17.Temasya sukan bermula pada pukul 8:00 pagi.Temasya tersebut diadakan di Padang Sekolah Kebangsaan Besout 3 yang terletak di belakang sekolah.
Pada pagi itu,semua olahragawan dan olahragawati beratur mengikut rumah masing-masing untuk masuk ke padang.Mereka berkawat kaki mengikut rentak muzik.Pengerusi PIBG dijemput untuk menerima tabik hormat daripada peserta perbarisan.Kemudian Ketua Kontinjen membaca ikrar.Pengerusi PIBG dijemput berucap dan merasmikan temasya sukan tersebut.
Selepas itu bermulalah acara sukan. Antara acara yang dipertandingkan termasuklah acara 100m,200m,400m,4x100m. Selain itu, acara lontar peluru,lompat tinggi,lompat jauh dan tarik tali turut dipertandingkan.
Pengerusi PIBG dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Besout 3 dan beberapa orang ahli Jawatankuasa Temasya Sukan dijemput untuk menyampaikan pingat dan hadiah. Mereka juga mengucapkan tahniah kepada para pemenang.
Sebelum acara berakhir, Guru Besar mengumumkan keputusan keseluruhan temasya sukan pada hari tersebut. Rumah Kuning dinobatkan sebagai Johan, Naib johan pula disandang oleh Rumah Biru manakala Rumah Merah mendapat tempat ketiga. Olahragawati ialah Norazmina Binti Kamaruddin dari Rumah Kuning,manakala olahragawan pula ialah Salleh Bin Ayub juga dari Rumah Kuning.
Akhirnya,Guru Besar mengumumkan cuti sehari pada hari Isnin iaitu pada 26 Januari.Sebelum bersurai,Guru Besar meminta semua murid membersihkan padang .Guru Besar juga mengucapkan tahniah kepada pemenang dan memberikan nasihat kepada peserta yang kalah.
Disediakan oleh, 28 JANUARI 2010.
…………………………
(SUBUH BIN ZUHUR)
Setiausaha sukan,
Sekolah Kebangsaan Besout 3.
Nukilan: Aisyatussufiaah
Tahun : 3 Cemerlang
Kepentingan Menjaga Kesihatan Diri
Dalam hidup ini kita mestilah menjaga kesihatan. Kesihatan diri perlu dijaga supaya kita dapat hidup selesa dan gembira.Oleh itu, menjadi kewajipan setiap orang memastikan amalan menjaga kesihatan diri diperaktikkan dengan sebaik mungkin.
Salah satu kepentingan menjaga kesihatan diri kita dapat melaku berbagai aktiviti yang kita suka. Sebagai contoh, kita dapat bemain bola sepak dan berolah raga dengan selesa. Kesannya kita akan lebih gembira kerana dapat melakukan aktiviti yang kita minat.Mana mungkin orang yang tidak sihat dapat bermain bola dan beraktiviti.
Selain itu,apabila kita menjaga kesihatan kita dengan baik,kita dapat belajar dengan selesa dan mudah menumpukan perhatian sewaktu guru sedang mengajar atau memberikan penerangan. Keselesaan ini terhasil disebabkan kita tidak mempunyai sebarang penyakit yang mengganggu konsentrasi kita seperti selsema,demam,sakit perut dan lain-lain lagi.
Di samping itu,orang yang menjaga kesihatan juga tidak menghadapi sebarang halangan yang menyebabkan kita tidak boleh hadir ke sekolah.Jika kita sakit sudah tentu kita merasa bimbang penyakit tersebut akan berjangkit kepada rakan-rakan.Kita mungkin akan dikurantinkan di rumah dan menyebabkan kita kerugian dalam pelajaran.
Akhirnya, saya menyeru kepada rakan-rakan agar mementingkan penjagaan kesihatan diri. Langkah ini tidak boleh dipandang enteng dan seharusnya dititik beratkan agar kita terhindar daripada dijangkiti sebarang penyakit.
Cara-cara Menghormati Guru Kita
Terdapat beberapa cara untuk menghormati guru, antaranya kita sepatutnya mengucapkan salam atau ucapan selamat kepada guru.Ucapan salam dan ucap selamat itu merupakan doa kita kepada mereka.
Selain itu, kita juga boleh menghormati guru dengan cara mematuhi arahan dan suruhan mereka.Sebagai contoh, kita tidak boleh bermain dan berbuat bising di dalam bilik darjah.Kesannya pengajaran guru akan lebih berkesan.
Guru juga boleh dihormati dengan cara kita melakukan tugasan yang diberi.Sebagai contoh, kita hendaklah menyiapkan kerja rumah yang diberi.Kesannya, guru akan merasa senang dan sentiasa bersemangat untuk terus mendidik kita.Mereka juga dapat mengesan kelemahan kita dan dapat memberi penjelasan tentang topik yang kita tidak fahami.
Pada 16 hari bulan Mei setiap tahun diadakan perayaan hari guru.Bagi pelajar-pelajar yang berkemampuan, bolehlah memberikan hadiah kepada guru-guru.Kepada pelajar yang tidak mampu, mereka bolehlah memberikan kad ucapan ataupun mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru.
Guru ibarat lilin, mereka sentiasa memberikan tunjuk ajar dan membawa cahaya penerang kepada kehidupan.Sebagai murid kita tidak boleh melupai jasa guru sebaliknya perlu menghormati guru sampai bila-bila.
Nukilan:Aisyatussuffiiaah - Tahun 3 Cemerlang
Contoh Soalan UPSR - Set 2 - Penulisan (Bahagian B)
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
1. Kamu telah menyertai lawatan sanbil belajar ke tempat menarik yang dianjurkan oleh sekolah kamu.Tulis sebuah laporan tentang laporan tersebut.
ATAU
2. Faktor keselamatan amat penting kepada pengguna jalan raya . Kamu telah mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan peringkat daerah.Tajuk syarahan ialah "Cara-cara Menjaga Keselamatan di Jalan Raya".
Tulis teks syarahan kamu selengkapnya.
ATAU
3. Semasa aku pulang dari sekolah, aku melihat orang ramai berhimpun di tepi jalan. Aku menghampirinya.Aku dapati........
Mulakan karangan kamu dengan aku dapati...........
Contoh Soalan UPSR - Set 1 Penulisan
Bahagian B (Masa dicadangkan 40 minit)
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
1. Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah.
Tulis sebuah berita tentang sambutan tersebut.
ATAU
2. Guru adalah orang yang banyak berjasa kepada kita.
Tulis sebuah karangan tentang cara-cara menghormati guru.
ATAU
3. Kamu dan keluarga telah berkelah pada cuti hujung minggu yang lalu.Ceritakan pengalamaan kamu berkelah bersama-sama keluarga.
Tulis karangan kamu selengkapnya.
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
1. Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah.
Tulis sebuah berita tentang sambutan tersebut.
ATAU
2. Guru adalah orang yang banyak berjasa kepada kita.
Tulis sebuah karangan tentang cara-cara menghormati guru.
ATAU
3. Kamu dan keluarga telah berkelah pada cuti hujung minggu yang lalu.Ceritakan pengalamaan kamu berkelah bersama-sama keluarga.
Tulis karangan kamu selengkapnya.