Thursday, 25 August 2016

Faedah-faedah Menabung


Amalan menabung  sangat penting kepada kita. Amalan ini harus dipupuk sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Berbagai-bagai cara dapat kita lakukan untuk menabung antaranya menyimpan lebihan perbelanjaan harian kita di dalam tabung buluh atau menyimpan ke dalam bank.

                Faedah utama yang dapat kita peroleh daripada tabiat suka menabung ialah kiata dapat menggunakan hasil tabungan kita pada masa hadapan. Contohnya, kita bolehlah membantu keluarga  membeli buku-buku persekolahan kita. Dengan berbuat begitu, kita dapat  membantu ekonomi keluarga.

                Selain itu, kita haruslah menabung sebagai langkah persediaan membeli keperluan harian kita dan mengurus ekonomi sendiri. Hal ini dikatakan demikian kerana cara ini kita dapat  membeli keperluan peribadi kita tanpa meminta dari keluarga. Kesannya, kita dapat membantu meringankan bebanan keluarga.

                Seterusnya, faedah menabung dapan menampung perbelanjaan keluarga. Sebagai contoh, jika kita kita mempunyai keluarga yang besar, kita bolehlah membantu membeli keperluan keluarga terutama pada saat-saat kecemasan seperti. Ada kalanya keluarga jatuh sakit secara tiba-tiba. Jika kita mempunyai tabungan kita dapat membantu mereka.Cara ini dapat memastikan kesihatan keluarga sentiasa dalam keadaan baik. Jangan biarkan keluarga kita menderita kesakitan kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

                Pada masa yang sama, kita dapat melatih diri berjimat cermat dengan mengamalkan tabiat menabung . Contohnya, kita bolehlah menggunakan tabungan kita itu untuk menyambung pelajaran nanti. Dengan cara demikian, kita tidak perlu meminjam dan berhutang kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.

                Kesimpulannya, banyak faedah yang boleh kita perolehi dengan tabiat suka menabung. Tabiat ini mesti kita amalkan supaya kehidupan kita menjadi selesa. Oleh sebab itu, kita haruslah berdisiplin dalam usaha memantapkan ekonomi keluarga .Simpanlah semasa ada. Janganlah nanti nasi sudah menjadi bubur barulah kita hendak beringat-ingat.



Syafikal Izran bin Mohd Zaki,
Tahun 4 Cemerlang

No comments:

Post a Comment