Thursday, 1 September 2016

Suasana dan Kebaikan Menyertai Pesta Pameran Buku


1. Dapat beli buku dengan harga diskaun.
2. Dapat memilih buku-buku terkini.
3. Menjalinkan hubungan sesama pencinta ilmu dan butukar-tukar fikiran.
4. Mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah.

Pada hari Sabtu yang lalu, saya berpeluang mengikuti pesta pameran buku. Pesta pameran buku tersebut diadakan di Dewan Semai Bakti Felda Besout 3. Pesta yang sedang berlangsung selama sebulan itu disertai oleh banyak syarikat penerbitan terkemuka.

            Suasana pada hari tersebut sangat meriah. Pengunjung berpusu-pusu ke ruang pameran. Selain pameran buku, penganjur juga mengadakan beberapa pertandingan dan permainan seperti kuiz dan perlawanan SAHIBBA.

            Saya amat teruja dengan pameran tersebut kerana dapat membeli buku dengan harga yang istimewa. Kebanyakan buku yang saya beli mendapat potongan harga hampir lima puluh peratus.

            Selain dapat membeli buku dengan harga tawaran, saya dan pengunjung lain dapat mengenali penerbit dan membeli buku-buku terkini tulisan mereka. Buku-buku terkini sudah tentulah sarat dengan isu-isu terkini sejajar perkembangan semasa.

            Sepanjang saya berada di pameran tersebut, saya sempat berkenalan dengan ramai kenalan baharu. Rata-rata mereka adalah pencinta buku seperti saya. Kami juga sempat bertukar-tukar fikiran dan tandatangan.

            Saya pulang agak lewat pada hari tersebut. Banyak juga buku yang saya beli. Seperti tidak puas berkunjung ke situ. Saya berazam untuk datang lagi kerana tempat itu tidaklah terlalu jauh dari rumah saya. Saya sarankan kepada rakan-rakan supaya berkunjung ke tempat begitu. Kita dapat menghabiskan masa dengan kegiatan yang berfaedah.

8 comments: