Wednesday, 29 August 2018

Cara-cara Menjaga Keselamatan Diri


Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru, dan rakan sekalian. Assalamulaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.

Pad pagi ini, saya ingin menyampaikan sebuah syarahan yng bertajuk “Cara-cara Menjaga Keselamatan Diri”. Dewasa ini kita sering mendengar dan menatap berita tentang kejadian budak hilang di media massa. Perkara ini tidak boleh dipandan enteng. Setiap orang haruslah menjaga keselamatan diri masing-masing terutamanya murid sekolah.

Hadirin yang dikasihi,

Salah satu cara untuk menjaga keselamatan diri ialah kita perlu sentiasa perlu bersama-sama keluarga walau ke mana sahaja kita pergi.Hal yang demikian ini akan menyebabkan diri kita sentiasa diawasi. Orang lain sudah pastinya tidak mudah untuk mengambil kesempatan terhadap kita.

Selain itu, kita juga jangan terlalu mudah mengikut seseorang yang kita tidak kenali. Jika kita perlu menumpang sesorang untuk pulang dari sekolah contohnya, pastikan orang itu betul-betul kita dan ahli keluarga kita kenali. Jika tidak, kita lebih selamat sekiranya berurusan dengan guru-guru di sekolah sahaja.

Hadirin yang dimuliakan,

Mengelakkan daripada menaiki kenderaan orang lain secara berseorangan juga boleh mengundang padah. Terdapat kes murid yang hilang atau dicolik apabila murid tersebut menumpang atau membonceng kenderaan orang lain.

Seterusnya, kita digalakkan beraktiviti atau sentiasa bergerak secara berkumpulan. Sebagai contoh, apabila kita mahu ke luar atau pulang dari sekolah, pilihlah untuk menyertai rakan-rakan yang tinggal setempat dan bergerak bersama-sama. Hal ini lebih menjamin keselamatan kita.

Sekian dahulu syarahan saya pada pagi ini. Sebelum berundur diri, saya berharap agar Cara-cara Menjaga Keselamatan Diri ini dapat dijadikan budaya hidup kita bagi menjamin keselamatan kita.Ingat “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”.

Sekian, terima kasih.

Faedah dan Kebaikan Bergotong-royong.

Gotong royong merupakan satu amalan yang baik. Gotong royong bermaksud bekerjasama melakukan sesuatu tugasan.Terdapat banyak faedah daripada amalan bergotong-royong.

Antara faedah bergotong-royong ialah kerja yang sukar dapat dilaksanakan dengan lebih mudah. Hal ini kerana sesuatu kerja itu dilakukan secara beramai-ramai. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan lebih cepat dan pantas.

Faedah amalan bergotong-royong yang berikutnya ialah kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Semasa bergotong-royong, kita dapat berbual-bual,bertukar fikiran dan bertanya khabar antara satu sama lain. Kita juga dapat menambah kenalan.

Di samping itu, amalan bergotong-royong juga dapat menyihatkan badan. Hal yang demikian itu terjadi apabila kita melakukan aktiviti bergotong-royong seperti membersihkan sekolah atau membersihkan kawasan persekitaran, sudah tentu kita ada mengeluarkan peluh. Badan yang sihat juga dapat mengelakkan seseorang itu daripada mudah terkena penyakit.

Seterusnya, melalui amalan bergotong-royong, kita dapat mengisi masa senggang dengan kegiatan yang berfaedah. Dengan ini, kita dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang sia-sia dan membuang masa umpamanya bergaul dengan budak nakal dan melakukan aktiviti berbahaya seperti berlumba basikal lajak dan berlepak.

Kesimpukannya, jelaslah kepada kita bahawa amalan bergotong royong banyak kebaikan dan faedahnya. Oleh itu, kita hendaklah menjadikan gotong-royong sebagai amalan.


Siti Nursyamimi bt Zulkarnaen,
6 Cemerlang.

Perkhemahan Unit-unit Berunifom SK Besout 3, 2018



 BANDAR PUSAT FELDA GUNUNG BESOUT, 21 Mac – Sekolah Kebangsaan Felda Besout 3 telah menganjurkan perkhemahan unit-unit berunifom baru-baru ini. Perkhemahan itu berlangsung selama 2 hari 1 malam bermula 18 Mac dan berakhir pada 20 Mac 2018. Sebanyak 4 buah unit berunifom terlibat iaitu Unit Berunifom TKRS, PBSMM,Pengakap dan Puteri Islam.

Tepat pada pukul 4.30 petang pada hari pertama peserta berkumpul di dalam dewan. Peserta yang tiba awal, mendaftar nama sementara menunggu rakan-rakan yang lain tiba. Selepas mendaftar, mereka mendengar taklimat daripada guru yang bertugas iaitu Encik Ismail dan Puan Sarina. Peserta yang terlibat dibahagikan kepada beberapa kumpulan diarahkan melantik seorang ketua.

Selepas itu, kumpulan-kumpulan unit berunifom tersebut bergerak ke tapak perkhemahan yang disediakan untuk memasang khemah. Mereka ditunjuk ajar oleh guru pembimbing iaitu Encik Nawar bin Zakaria. Mereka bertungkus-lumus memasang khemah yang disediakan.Setelah siap,mereka mengumpul perkakasan memasak yang dibawa oleh setiap ahli kumpulan dan mula menyertai pertandingan memasak yang akan dilangsung selepas itu.

 Selepas solat Isyak berjamaah, peserta turun ke dewan terbuka untuk membuat Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Peserta dikehendaki mencipta logo kumpulan masing-masing dan membentangkannya.Kesemua peserta begitu bersemangat.

Pada keesokan harinya, peserta perkhemahan menyertai pertandingan ikatan dan balutan. Selain itu, mereka juga menyertai pertandingan nyanyian secara berkumpulan diikuti pertandingan berpantun dan mempersembahkan drama pendek. Selepas itu, peserta meruntuhkan khemah dan membersihkan tapak perkhemahan.

                Tepat pukul 5.30 petang berlangsunglah acara penutup. Guru Besar, Encik Mohd Zulkifli bin Mat diiringi oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Ismail bin Ibrahim sudi meluangkan masa untuk menyampaikan hadiah kepada peserta yang memenagi setiap acara yang dipertandingkan.Seterusnya beliau menyampaikan ucapan penutup. Peserta yang menyertai aktiviti rata-ratanya seronok dengan aktiviti yang dijalankan.

Aqeef Wajdee,
4 Cemerlang.