Wednesday, 29 August 2018

Cara-cara Menjaga Keselamatan Diri


Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru, dan rakan sekalian. Assalamulaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.

Pad pagi ini, saya ingin menyampaikan sebuah syarahan yng bertajuk “Cara-cara Menjaga Keselamatan Diri”. Dewasa ini kita sering mendengar dan menatap berita tentang kejadian budak hilang di media massa. Perkara ini tidak boleh dipandan enteng. Setiap orang haruslah menjaga keselamatan diri masing-masing terutamanya murid sekolah.

Hadirin yang dikasihi,

Salah satu cara untuk menjaga keselamatan diri ialah kita perlu sentiasa perlu bersama-sama keluarga walau ke mana sahaja kita pergi.Hal yang demikian ini akan menyebabkan diri kita sentiasa diawasi. Orang lain sudah pastinya tidak mudah untuk mengambil kesempatan terhadap kita.

Selain itu, kita juga jangan terlalu mudah mengikut seseorang yang kita tidak kenali. Jika kita perlu menumpang sesorang untuk pulang dari sekolah contohnya, pastikan orang itu betul-betul kita dan ahli keluarga kita kenali. Jika tidak, kita lebih selamat sekiranya berurusan dengan guru-guru di sekolah sahaja.

Hadirin yang dimuliakan,

Mengelakkan daripada menaiki kenderaan orang lain secara berseorangan juga boleh mengundang padah. Terdapat kes murid yang hilang atau dicolik apabila murid tersebut menumpang atau membonceng kenderaan orang lain.

Seterusnya, kita digalakkan beraktiviti atau sentiasa bergerak secara berkumpulan. Sebagai contoh, apabila kita mahu ke luar atau pulang dari sekolah, pilihlah untuk menyertai rakan-rakan yang tinggal setempat dan bergerak bersama-sama. Hal ini lebih menjamin keselamatan kita.

Sekian dahulu syarahan saya pada pagi ini. Sebelum berundur diri, saya berharap agar Cara-cara Menjaga Keselamatan Diri ini dapat dijadikan budaya hidup kita bagi menjamin keselamatan kita.Ingat “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”.

Sekian, terima kasih.

1 comment: