Gotong royong merupakan satu amalan yang baik. Gotong royong bermaksud bekerjasama melakukan sesuatu tugasan.Terdapat banyak faedah daripada amalan bergotong-royong.
Antara faedah bergotong-royong ialah kerja yang sukar dapat dilaksanakan dengan lebih mudah. Hal ini kerana sesuatu kerja itu dilakukan secara beramai-ramai. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan lebih cepat dan pantas.
Faedah amalan bergotong-royong yang berikutnya ialah kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Semasa bergotong-royong, kita dapat berbual-bual,bertukar fikiran dan bertanya khabar antara satu sama lain. Kita juga dapat menambah kenalan.
Di samping itu, amalan bergotong-royong juga dapat menyihatkan badan. Hal yang demikian itu terjadi apabila kita melakukan aktiviti bergotong-royong seperti membersihkan sekolah atau membersihkan kawasan persekitaran, sudah tentu kita ada mengeluarkan peluh. Badan yang sihat juga dapat mengelakkan seseorang itu daripada mudah terkena penyakit.
Seterusnya, melalui amalan bergotong-royong, kita dapat mengisi masa senggang dengan kegiatan yang berfaedah. Dengan ini, kita dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang sia-sia dan membuang masa umpamanya bergaul dengan budak nakal dan melakukan aktiviti berbahaya seperti berlumba basikal lajak dan berlepak.
Kesimpukannya, jelaslah kepada kita bahawa amalan bergotong royong banyak kebaikan dan faedahnya. Oleh itu, kita hendaklah menjadikan gotong-royong sebagai amalan.
Siti Nursyamimi bt Zulkarnaen,
6 Cemerlang.
THANK YOU
ReplyDeleteApo ni?
ReplyDelete