Unit Anjing Pengesan PDRM (K9) ditubuhkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu polis mengesan bukti seperti mencari mayat yang dicampak ke dalam sungai, tasik atau laut.
30 ekor dibeli dari Jerman dan Czechoslovakia pada Disember 2009
iaitu 18 ekor jenis 'German Shepherd' dan 12 ekor jenis 'Labrador'.
Hari ini, Unit Anjing Pengesan PDRM sempat beraksi di SK Aminuddin Baki Slim River,sempena Pelancaran Kelab Pencegahan Jenayah dan Minggu Anti Dadah tahun 2023. Murid-murid berpeluang melihat bagaimana ketangkasan 2 ekor anjing dari unit ini membuat aksi.
Pelbagai aktiviti dilaksanakan sepanjang pelancaran Kelab Pencegahan Jenayah SKAB dan minggu anti dadah 2023 ini. Antaranya,pertandingan melukis dan mewarna, Ceramah dan Pameran AADK, Kuiz Anti Dadah,Demonstrasi Anjing K9,Ceramah Disiplin dan Majlis Penutup serta Penyampaian Hadiah.
Sekitar Demonstrasi Anjing Polis K9 pada hari ini.
No comments:
Post a Comment