SEMERAH TINTA®
SUMPAH SEMERAH TINTA:
MENGHAYATI BAHASA SYURGA,MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA, MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS,MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA,DAN MEMPERKAYAKAN BANGSA DENGAN SEMUA BAHASA.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ . خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ .اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ .الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَم .عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ
In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.Read in the name of your Lord,Who created.Created man, out of a (mere) clot of congealed blood.Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful.He Who taught (the use of) the pen.Taught man that which he knew not.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam (pen/tinta).Dia mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahui manusia.
Sahabat Maya - Tinggalkan Link Anda Supaya Senang Saya Follow Kembali - Terima kasih atas sokongan
Thursday, 20 October 2011
Peribahasa
Contoh peribahasa:
1.Ular menyusur akar tidakkan hilang bisanya.
Maksudnya:Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya.
2.Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Maksudnya:Jika sudah terlanjur jahat, biarlah diperoleh hasil daripada perbuatan tersebut.
3.Ada air, adalah ikan.
Maksudnya:Ada negeri tentulah ada rakyatnya.
Simpulan bahasa.
Simpulan bahasa merupakan ungkapan yang hanya terdiri daripada dua patah perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada makna perkataan-perkataan yang membentuknya.
Contoh simpulan bahasa dan maksudnya:
1.Ringan tulang - Rajin.
2.Kaki bangku - Orang yang tidak tahu bermain bola.
3. Mulut murai - Orang yang rajin bercakap dan bising.
4. Kecil hati - Terkilan.
5. Tangkai jering - Orang yang sangat kedekut.
6. Hidung tinggi - Orang yang sombong.
7. Telinga lintah - Orang yang peka dan cepat mendengar.
8. Pasang telinga - Mendengar dengan teliti.
Perumpamaan.
Perumpamaan ialah sejenis peribahasa yang berupa perbandingan dengan sesuatu yang lain.Perumpamaan ini biasanya didahului dengan kata bandingan iaitu:seperti,bak,bagai dan macam.Juga mempunyai maksud tersirat.
Contoh perumpamaan dan maksudnya:
1.Bagai telur di hujung tanduk - Satu keadaan yang amat genting.
2.Seperti kaca terhempas ke batu - Sesuatu yang musnah dan tidak boleh elok kembali.
3.Bak cacing kepanasan - Orang yang berada dalam kegelisahan.
4.Macam murai tercabut ekor - Orang yang terlalu banyak bercakap dan bising.
Kata Sendi Nama
* hendaklah dirapatkan sewaktu menulis.
daripada kakaknya.
batu yang besar itu.
ke dalam sungai.
Contoh:Buku itu menceritakan tentang keturunan keluarganya.
Contoh: Ali pergi ke pasar dengan menaiki kereta.
Contoh:Pintu itu dibuka dengan menggunakan kuasa elektrik.
Contoh:Penjenayah itu ditempak dengan sepucuk pistol.
Contoh:Wajahnya tidak ubah sama dengan wajah ibunya.
oleh arus deras.
asyik berhibur.
Perkataan Sinonim dan Antonim
Perkataan sinonim ialah perkataan yang memberikan makna yang sama erti dengan perkataan yang diberikan.
Contoh perkataan seerti:
1.Sukar – susah – payah.
2. Cerdik – bijak –bergeliga.
3. Senang – mudah - enteng.
4. Awal – mula .
Perkataan Antonim/berlawanan:
Perkataan antonim ialah perkataan yang memberikan makna berlawanan daripada perkataan yang diberikan.
Contoh perkataan berlawan:
1. Adil –zalim
2. Maju – mundur.
3. Susah – senang.
4. Baik – jahat.
5. Tinggi – rendah.
6. Dara – teruna.
Wednesday, 19 October 2011
Penjodoh Bilangan
Contoh kata penjodoh bilangan:
orang,biji,butir,batang,helai,buku,ruas,das,buah,tongkol,ulas,titik,pucuk,bilah,patah,kaki dan sebagainya.
Contoh ayat:
1. Ahmad membeli sekaki payung di kedai Pak Cik Zull.
*Penjodoh bilangan kaki sesuai digunakan untuk tongkat dan
cendawan mengikut jenisnya.
- tongkat - yang mempunyai pemegang yang lazimnya diperbuat daripada
rotan atau semambu.
- cendawan pula mestilah cendawan yang bertangkai
seolah-olah payung.
Kata Hampir Sama Makna
Contoh perkataan yang hampir sama tetapi mempunyai maksud berlainan ialah:
1.menggilap,mengesat,menyapu dan mengelap.
2.menggosok,menyental.
3.bertaburan,berserakan,berselerakan.
4.mahir,petah,fasih,lancar.
*penggunaan perkataan tersebut perlulah dilihat pada struktur dan fungsi ayat.
Contoh perkataan: menyapu
Ayat: 1.Aminah sedang menyapu sampah di hadapan rumahnya.
2.Rukun wuduk yang keempat ialah menyapu sedikit air di kepala.
3.Amran menyapu licin makanan yang dihidangkan kepadanya.
4.Pada temasya sukan tahunan sekolah, pasukan rumah Merah
menyapu bersih kesemua acara yang dipetandingkan.
Monday, 17 October 2011
Cara-cara Menghormati Guru Kita
Terdapat beberapa cara untuk menghormati guru, antaranya kita sepatutnya mengucapkan salam atau ucapan selamat kepada guru.Ucapan salam dan ucap selamat itu merupakan doa kita kepada mereka.
Selain itu, kita juga boleh menghormati guru dengan cara mematuhi arahan dan suruhan mereka.Sebagai contoh, kita tidak boleh bermain dan berbuat bising di dalam bilik darjah.Kesannya pengajaran guru akan lebih berkesan.
Guru juga boleh dihormati dengan cara kita melakukan tugasan yang diberi.Sebagai contoh, kita hendaklah menyiapkan kerja rumah yang diberi.Kesannya, guru akan merasa senang dan sentiasa bersemangat untuk terus mendidik kita.Mereka juga dapat mengesan kelemahan kita dan dapat memberi penjelasan tentang topik yang kita tidak fahami.
Pada 16 hari bulan Mei setiap tahun diadakan perayaan hari guru.Bagi pelajar-pelajar yang berkemampuan, bolehlah memberikan hadiah kepada guru-guru.Kepada pelajar yang tidak mampu, mereka bolehlah memberikan kad ucapan ataupun mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru.
Guru ibarat lilin, mereka sentiasa memberikan tunjuk ajar dan membawa cahaya penerang kepada kehidupan.Sebagai murid kita tidak boleh melupai jasa guru sebaliknya perlu menghormati guru sampai bila-bila.
Thursday, 13 October 2011
Imbuhan
Contoh Kata Imbuhan Awalan:
beribu,penjahat,memanjat,memasak,ketua.
Contoh Kata Imbuhan Akhiran:
minuman,terjunan,masakan,tarikan,sakiti,akhiri,lepasi.
Contoh Kata Imbuhan Apitan:
dilakukan,berjatuhan,berjauhan,menjatuhi,dinasihati,membelikan.
Contoh Kata Imbuhan Sisipan:
gemuruh,gemilang,jerebu,seruling,selerak,menggeletar,kelopak.
Contoh Kata Imbuhan Pinjaman:
pramugari,mahasiswa,dwibahasa,tatasusila,sasterawan,jelitawan,seniwati.
Kata Bilangan
Contoh kata bilangan:kedua,kedua-dua,seribu,semua,tiap-tiap,berjuta-juta,ratusan,para,sekelompok,sepertiga,sebahagian,separuh,beberapa.
Contoh ayat:
1. Kedua-dua orang guru itu baru sahaja bersara beberapa hari yang lalu.
Kata Ganda
KATA GANDA PENUH
Kata ganda penuh ialah kata dasar yang diulang atau digandakan berdasarkan rentak bunyi yang tertentu.Penggunaan kata sempang diperlukan.
Contoh: besar-besar,manis-manis,cantik-cantik,rendah-rendah.
KATA GANDA SEPARA ATAU SEPARUH
Kata ganda separa atau separuh ialah kata dasar yang digandakan separuh dan berlaku pada kata nama tunggal.
Contoh:bebawang,kekacang,bebola,tetikus,jejari,lelaki,kekuda,kekisi,bebudak.
KATA GANDA BERIRAMA/BERIMA
Digandakan secara seluruh akan kata nama tersebut tetapi mempunyai sebutan yang berirama.Ada 4 jenis kata ganda berirama.
1. Digandakan suku kata awal.
Contoh:Kayu-kayan,batu-batan,desas-desus,teka-teki.
2. Digandakan suku akhir kata.
Contoh:hiruk-pikuk,lintang-pukang,kuih-muih,pindah-randah.
3.Gandaan konsonan.
Contoh:dolak-dalik,bolak-balik,suku-sakat,gunung-ganang,huru-hara.
4.Gandaan bebas.
Contoh:bukit-bukau,ulang-alik,simpang-siur,porak-peranda.
KATA GANDA SEMUA
Kata ganda semua ialah kata yang digandakan secara keseluruhan sama seperti gandaan penuh tetapi membawa satu maksud sahaja atau tunggal.
Contoh:rama-rama,kura-kura,labah-labah,labi-labi,anai-anai,kupu-kupu.
KATA GANDA SISIPAN
Kata ganda sisipan ialah kata ganda yang digandakan secara mengulang kata dasar tetapi ditambah dengan sisipan seperti em,el,dan er.
Contoh: gilang = gilang-gemilang (em),jebu = jebu-jerebu (er), serak = serak-selerak, tali-temali (em),turun-temurun (em), kilau-kemilau(em).
KATA GANDA BERIMBUHAN
Digandakan sama ada di awal,di tengah,dan di akhir kata dasar.
Contoh: beribu-ribu,buah-buahan,adik-beradik,melambat-lambatkan,terkapai-kapai.
Doa Solat Sunat Istikharah
Tidak menyesal orang yang beristikharah kepada Al-Khaliq dan bermusyawarah dengan orang-orang mukmin dan berhati-hati dalam menangani perso-alannya. Allah Ta’ala berfirman: “… dan bermusyawarahlah kepada mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, perekonomian, politik dan lain-lain). Bila kamu telah membulatkan tekad, bertawakkallah kepada Allah…” (Ali Imran, 3: 159)
Kata Bantu Ragam
Contoh kata bantu ragam:
boleh,dapat,hendak.mahu,mesti,harus,patut.
Contoh ayat:
Kita mesti mengakui kesilapan dan kelemahan diri.
Doa Di antara Dua Khutbah
آمين ، آمين بـِجُوْدِكَ آمِيْن.
Kata Bantu Aspek
Contoh kata bantu aspek:
sedang,pernah,belum,masih,akan,telah,sudah.
Contoh ayat:
1. Mazidah sedang menggoreng nasi di dapur.
2. Afifa Zuhairah masih belajar di Sekolah Kebangsaan Besout 3.
Kata Pemeri
Contoh kata pemeri: adalah,ialah,merupakan.
ialah - digunakan dan diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama.
Contoh ayat :
1.Samad ialah guru bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Besout 3.
2. Abang Ali ialah Ahmad.
adalah - digunakan diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Contoh ayat :
1. Warna rasmi baju sekolah adalah putih.
2. Program hari kantin diadakan adalah untuk mengumpul dana bagi membiayai program kecemerlangan sekolah.
Wednesday, 12 October 2011
Kata Nafi
Contoh kata nafi:
Tidak/tak/tiada - digunakan untuk manafikan sesuatu kata kerja dan adjektif (sifat)
Contoh ayat:
1. Selepas bertengkar dengan ayah, abang tidak banyak bercakap.
2. Nampaknya tiada seorangpun dalam kelas ini yang ambil tahu akan perkembang sukan terkini .
Bukan - digunakan untuk menafikan sesuatu kata nama atau kata sendi.
Contoh ayat:
1. Lelaki bersongkok putih itu bukan ayah Salim.
2.Basikal itu bukan lagi kepunyaan Ali sebaliknya telah dijualnya kepada Nazri.
Entah - digunakan untuk manafikan dua perkara yang bertentangan.
1. Jangan diharap kasihnya orang,entahkan sudi entahkan tidak.
Kata Penegas
Contoh kata penegas frasa predekat:
kah,lah,tah,
Contoh ayat:
1.Alangkah bertuahnya orang itu, dia mendapat isteri yang manis dan rajin pula.
Contoh kata penegas frasa subjek atau frasa predikat:
pun,juga,hanya,cuma,sahaja,lagi,memang.
Contoh ayat:
1. Cikgu Nik memuji Alauddin kerana hanya dia sahaja yang dapat menyelesaikan masalah Matematik itu.
Kata Arah
Contoh kata arah :
tepi,atas,pojok,sudut,kanan,kiri,bawah,hadapan,belakang,utara,barat, sisi,luar,antara,situ,sini,seberang,sebelah,tengah.
Contoh ayat:
1. Encik Ali berdiri di hadapan rumahnya.
2. Pak Badrul pergi ke seberang sungai menggunakan sampan.
Tuesday, 11 October 2011
Kata Seru
Contoh kata seru:
Amboi,Cis,Wah,Oh,Alamak,Eh,Eh.Tahniah,Ceh,Syabas,Aduhai,Nah,Aduh.
Kebiasaan kata seru digunakan diawal ayat dan di penghujung ayat diletakkan tanda seruan !.
Contoh ayat:
1.Amboi, cantiknya gadis berkebaya merah itu!
2. Wah, tingginya pokok kelapa itu!
Kata Hubung
Contoh kata hubung:
lalu,sementara,seandainya,dan,atau,serta,kemudian,tetapi,semasa,apabila,ketika,seraya,lantas,kerana,supaya,
walaupun,hingga,meskipun,agar,untuk.
Contoh ayat:
1. Samad menanam jagung sementara menanti padi masak
2. Ikan kelah sangat sedap rasanya walaupun tulang ikan tersebut banyak.
Kata Keterangan
Contoh kata keterangan:
begini,mungkin,begitu,sentiasa,seketika,barangkali,agak,sekarang,sebentar.
Contoh ayat:
1. Julia tiada di rumahnya, mungkin dia sudah pergi memancing dengan cikgu Badrul.
2. Cara yang betul untuk mengikat mata pancing adalah begini.
Monday, 10 October 2011
Kata Adjektif
Contoh Kata Adjektif:
dekat,jauh,cantik,panjang,pendek,murah,mahal,luas,tinggi,besar.
Contoh ayat:
1. Air sungai itu sangat jernih dan dingin.
2. Julia tidak terhabis kek itu kerana rasanya sangat manis.
Kata Kerja Tak Transitif
Contoh: berbual-bual,tidur,bercakap,pulang,bercerita.
Contoh ayat:
1. Adik sedang menangis.
2. Ibu sedang ketawa.
Saturday, 1 October 2011
Kata Kerja Transitif
Contoh kata kerja transitif:
melaksanakan,memasak,menasihati,memandu,memperingati,mendayung,mengebom,menangkap,menolak,menarik,mencuci,melukis.
Contoh ayat:
1. Hobi ayah saya mendenak burung di hutan.
2. Pagi-pagi lagi nenek sudah mencuci baju.
Kata Tanya
Contoh kata tanya: apa,siapa,bila,berapa,di mana,bagaimana dan di mana.
Kebiasaanya, setiap kata tanya yang terletak di permulaan ayat disertakan dengan partikal kah.Sekiranya kata tanya terletak di akhir ayat, partikal kah tidak perlu digunakan.Setiap ayat tanya diakhiri dengan tanda tanya.
Contoh ayat:
1. Siapakah gadis yang memakai baju merah itu?
2. Di manakah letaknya rumah cikgu Aziz?
3. Berapakah umur kamu?
Kata Ganti Nama Tak Tentu
Contoh : bila-bila,mana-mana,apa-apa,siapa-siapa.
Contoh ayat:
1. Hujan akan turun bila-bila masa sahaja.
2. Dia tidak tahu apa-apa tentang kejadian itu.
3. Kita tidak akan pergi ke mana-mana sehinggalah mendapat arahan.
4. Saya tidak nampak siapa-siapapun masuk ke sini.
Kata Ganti Nama Diri
Kata ganti nama diri pertama digunakan untuk menggantikan nama orang yang bercakap.
Contoh : Aku,saya,beta,patik,daku,hamba,kami (ramai) dan kita (ramai).
Kata ganti nama diri kedua pula digunakan untuk menggantikan diri orang yang diajak atau lawan bercakap.
Contoh: kamu,kalian,awak,anda,engkau,dikau, tuan hamba dan tuanku.
Kata ganti nama diri ketiga pula ialah kata menggantikan diri orang yang tiada dihadapan kita .
Contoh : dia,mereka,baginda,beliau,nya.
Penggunaan kata ganti nama diri pertama dalam ayat di atas merujuk kepata Tuhan atau Allah.Seperti yang kita maklumi, perkataan "kami " dikatogerikan dalam kumpulan kata ganti diri pertama menunjukkan ramai.Sedangkan dalam konteks ayat di atas, kata ganti nama diri tersebut merujuk kepada Allah yang tiada berbilang-bilang iaitu asa atau tunggal.Menurut sesetengah ulamak bahasa, khususnya bahasa Arab, penggunaan kami sebagai ganti nama diri Allah di dalam ayat dan surah-surah al quran bukanlah menunjukkan Allah itu banyak atau berbilang-bilang, sebaliknya untuk menunjukkan kekuasaan dan kebesaran Allah yang tiada tandingan. Di dalam percakapan seharian juga, masyarakat kita turut menggunakan istilah "kami" dan "kita" sebagai ganti nama diri pertama bagi menunjukkan diri sendiri contohnya di kalangan pembesar atau raja.Tidak dapat dipastikan samaada penggunaan kata ganti nama diri tersebut dibolehkan dari sudut tata bahasa, bahasa Malaysia.
Kata Nama Khas
Contoh:
Orang - Ahmad,Aminah,Ah ling,Kumar.
Tempat - Sungkai,Slim River,Ipoh,Kuala Lumpur.
Benda - Proton Wira,Nokia,Parker.
Binatang - Sang Kancil,Sang Rangkak,Si Tompok.
Kata Nama Am
Contoh:
Orang - bapa,abang,ibu,guru.
Tempat - padang,sekolah,jalan,bandar.
Benda - kereta,rumah,kerusi,meja.
Binatang - ayam,harimau,kambing,lembu.
Daftar Kata Huruf A
a I huruf pertama abjad Rumi.
a II 1. sr utk melahirkan kegirangan atau menyatakan persetujuan: itu
dia, ~, macam itulah caranya!; 2. sr utk menunjukkan terlupa akan
sesuatu: nama bukunya ... ~, nanti saya cuba ingatkan!
AA kep Asia-Afrika.
AB kep anggaran belanja.
aba I = aba-aba Id kata(-kata) perintah dlm latihan tentera (senaman)
dll: “Satu ...,” ~ Wit dr kerusinya.
aba II; ~-daba hama, kuman.
abad jangka masa seratus tahun (atau satu drpd jangka masa seratus
tahun yg berurutan yg dimulai dgn kejadian yg terpenting, iaitu
Hijrah Nabi Muhammad SAW bagi Tahun Hijrah atau kelahiran
Nabi Isa bagi Tahun Masihi), kurun: dlm ~ ke-15 tarikh Masihi (~
ke-9 tarikh Hijrah) Melaka berkuasa di Asia Tenggara; beberapa
~ yg lampau beberapa ratus tahun yg lalu; ~ kedua puluh jangka
masa dr tahun 1901 hingga ke tahun 2000; ~ emas zaman sesuatu
bangsa atau negara mencapai puncak kejayaan, zaman
kegemilangan (gemilang); ~ pertengahan = ~ tengah zaman dlm
sejarah Eropah antara zaman purbakala dan zaman baru (meliputi
jangka masa antara kira-kira tahun 476 hingga 1453M); ~ al-abid
kekal selama-lamanya;
berabad-abad beratus-ratus tahun; sudah ~ lamanya sudah
beratus-ratus tahun lamanya.
abadi Ar 1. ada permulaan yg tiada pengakhiran (bkn masa, kehidupan,
kenangan dsb): kehidupan akhirat adalah kehidupan yg ~; 2.
wujud atau berterusan utk selama-lamanya (sepanjang hayat dsb),
tidak berkesudahan, kekal: keamanan yg ~; kasih sayang yg ~;
mengabadikan 1. menjadikan abadi, mengekalkan: kasih
sayangnya terhadap gadis itu tidak dapat diabadikannya; 2.
2
menjadikan peringatan (kenangan) yg kekal: hasil-hasil sastera itu
diabadikan melalui percetakan; sebuah tugu utk ~ jasa askaraskar
yg terkorban;
terabadi dapat diabadikan (dikekalkan): dgn usahanya itu ~ terus
cerita-cerita rakyat;
keabadian kewujudan yg abadi, kekekalan: ~ kasih sayang
seorang ibu; ~ perdamaian dan keamanan;
pengabadian perihal mengabadikan, pengekalan.
abadiah, abadiat Ar abadi.
abah I arah, tuju: tak tentu ~nya;
mengabah menuju;
mengabahkan mengarahkan, menujukan: ~ kapal ke tempat yg
tertentu.
abah II ayah, bapa (biasanya sbg kata panggilan oleh seorang anak kpd
bapanya).
abah-abah Jw alat, perkakas, tali-temali;
~ kuda alat kuda (spt tali kekang, pelana, dsb); ~ perahu tali-temali
perahu; ~ tenun alat (perkakas) tenun.
abai cuai, lalai; tidak ~ dr tidak cuai (lalai) dr;
mengabaikan 1. tidak atau sangat sedikit memberikan perhatian
kpd (seseorang atau sesuatu), tidak mengendahkan, mencuaikan,
melalaikan: ~ anak isteri; ~ tugas dan tanggungjawab; 2.
memandang tidak penting, tidak mempedulikan atau
mengendahkan, menganggap sepi: ~ tunjuk ajar dan nasihat
orang; mereka ~ sahaja segala kritik dan cemuhan; 3. tidak
menggunakan (sesuatu kesempatan, kemudahan yg disediakan,
dll), membiarkan atau melepaskan, mensia-siakan: sayang sekali
peluang keemasan itu kauabaikan;
3
terabai tidak diberi perhatian (bkn seseorang atau sesuatu), tidak
dipedulikan (diendahkan atau digunakan), dibiarkan sahaja atau
disia-siakan;
keterabaian keadaan terabai: ~ sesuatu kelompok;
keabaian perihal abai;
pengabaian perihal atau perbuatan mengabaikan (keluarga, tugas
dan tanggungjawab, nasihat dan teguran, peluang dan kemudahan,
dll);
pengabai (orang yg sifatnya) suka mengabaikan atau sering tidak
memberikan perhatian kpd sesuatu (spt tugas, tanggungjawab,
dsb).
abaimana (Sanskrit) sl dubur, kemaluan.
abaka sj tumbuhan (pokok) yg seratnya dibuat tali belati, Musa textilis.
abalone (abaloné) sj siput drpd genus Haliotis yg boleh dimakan.
abang I 1. saudara lelaki yg lebih tua drpd seseorang (biasanya seibu
seayah dengannya); 2. panggilan khususnya kpd saudara tua lakilaki,
adik-beradik; 3. panggilan kpd seseorang lelaki yg lebih tua
sedikit; 4. panggilan kpd suami;
~ angkat orang lelaki yg lebih tua drpd seseorang yg tidak
mempunyai hubungan darah dengannya tetapi telah diambil sbg
anak oleh ibu bapanya; ~ ipar abang kpd isteri (atau suami)
seseorang; ~ kandung abang yg seibu dan seayah dgn seseorang; ~
tiri abang kpd seseorang yg merupakan anak kpd ibu atau ayahnya
hasil drpd perkahwinan yg terdahulu (dgn suami atau isteri yg
lain);
berabang 1. mempunyai abang (biasanya abang kandung); 2.
memanggil seseorang abang, menggunakan kata (panggilan) abang
terhadap seseorang;
4
berabangkan mempunyai seseorang sbg abang: ~ seorang yg
pengasih dan bertimbang rasa.
abang II Jw merah.
abar; abar-abar 1. dinding; 2. penghalang, penyekat: ~ kemajuan
masyarakat;
berabarkan mempunyai (sesuatu) sbg dinding atau penyekat,
berdindingkan: rumah yg ~ buluh;
mengabar 1. mengurangkan, meredakan: ubat yg dapat ~ keadaan
payah orang sakit; 2. menghalang, menyekat: pertempuranpertempuran
~ jalannya mesyuarat.
abau sj kura-kura, labi-labi; main ~ main tampuk labu.
ABC 1. abjad Rumi: budak itu sudah pandai membaca ~; 2. kep air batu
campur.
Abd. kep Abdul.
abdas (Parsi); berabdas mandi hadas.
abdi orang yg dimiliki oleh seseorang lain dan terpaksa melakukan apa
saja yg diperintahkan oleh tuannya (tanpa mempunyai kebebasan
atau hak sendiri), hamba, hamba tebusan; ~ negara Id pegawai
kerajaan;
mengabdi 1. menjadi abdi (hamba): orang kulit hitam dr Afrika
pernah dipaksa ~ di Amerika Syarikat; 2. berlaku spt abdi,
menumpukan seluruh jiwa dan tenaga (kpd atau utk kepentingan
seseorang atau sesuatu): rela ~ kpd negara;
mengabdikan 1. menjadikan abdi, menghambakan,
memperhamba: ~ tawanan perang; ~ diri kpd negara; 2.
menggunakan sepenuhnya: tenaganya diabdikannya kpd negara;
pengabdian perihal (perbuatan dsb) mengabdi atau mengabdikan:
tetapi Allah tidak membebani manusia dgn kemestian-kemestian yg
banyak utk melakukan ~; ~ seseorang kpd negara sbg tanda
5
cintanya terhadap negara; pd zaman dahulukala, ~ rakyat oleh
raja sering berlaku.
abdikasi turun dr takhta kerajaan dgn kehendak (kerelaan) seseorang raja
itu sendiri.
abdomen (Bio) rongga di bahagian tengah badan vertebrat (yg berisi
organ-organ (spt perut, usus, buah pinggang, dan hati).
abese (abésé) Id abjad tulisan Rumi.
abet Jk tingkah laku;
mengabet bertingkah laku; bisa ~ tahu bertingkah laku.
abiad Ar sl putih; fidah yg ~ perak yg putih.
abid Ar orang yg menghambakan diri kpd Allah dgn beribadat kpd-Nya.
abidin Ar jamak bagi abid.
abilah (Parsi) cacar air, jeluntung; ~ Peringgi penyakit sifilis, penyakit
raja singa.
ABIM akronim bagi Angkatan Belia Islam Malaysia.
abintara sl pesuruh raja; bentara.
abiogenesis (abiogénesis) (Bio) penjanaan (secara hipotesis) benda hidup
drpd benda bukan hidup.
abjad 1. huruf-huruf dlm sesuatu bahasa yg disusun mengikut urutan yg
tertentu (spt A, B, C hingga Z bagi tulisan Rumi dan alif, ba, ta
hingga nya bagi tulisan Jawi); menurut (urutan) ~ menurut urutan
huruf dlm abjad; 2. urutan atau susunan huruf Arab (dgn setiap
huruf mempunyai nilai angka utk menyatakan tahun dll, mis alif =
1, ba = 2, jim = 3, dal = 4, dll);
mengabjadkan menyusun (perkataan dll) menurut abjad: ~ nama
semua peserta;
pengabjadan perihal mengabjadkan, penyusunan perkataan
(senarai nama dll) mengikut urutan abjad.
ablasi (Bio) pembuangan tisu atau organ tubuh secara pembedahan.
6
abnormal 1. tidak spt yg biasanya terdapat (berlaku dsb), luar biasa:
keadaan yg ~; 2. Id agak gila;
keabnormalan keadaan yg menyimpang drpd kebiasaan, keadaan
tidak normal, keadaan luar biasa.
abnus Ar sl kayu hitam.
aboi C panggilan kpd kepala atau pembesar orang Cina.
abon Jw sayatan daging yg dibubuh rempah dan digoreng.
abonemen (abonemén) IB 1. langganan; 2. wang langganan; 3. =
berabonemen berlanggan.
abrak sl batu cermin, mika.
abrar Ar golongan orang yg soleh.
abras Ar 1. menghidapi penyakit kusta; 2. penyakit kusta.
abrit; abrit-abritan Jk berlari tunggang-langgang.
absah Id sah (bkn surat keterangan dll);
mengabsahkan mengesahkan (keputusan, persetujuan, dll);
keabsahan keadaan sah, kedudukan yg sah, kesahan: ~ dan
legitimasi politik itu sendiri secara yg berkesan harus berdasarkan
kemahuan rakyat dan pengikut umumnya;
pengabsahan pengesahan.
absen bp tidak hadir (di sekolah, di tempat kerja, dll);
mengabsen Id memanggil nama-nama orang utk mengetahui atau
menentukan siapa yg tidak hadir (di sekolah, di tempat kerja, dll):
guru ~ murid-murid pd waktu masuk sekolah.
abses (absés) bengkak yg bernanah.
absolusi Id pengampunan dosa (dlm agama Roman Katolik).
absolutisme prinsip yg menekankan bahawa pemerintah (raja, pemimpin
dsb) mestilah mempunyai kuasa yg mutlak atau tidak terbatas.
7
abstrak tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau
dirasa dgn pancaindera), tidak konkrit atau maujud, niskala,
mujarad: kesetiaan adalah sesuatu yg ~;
mengabstrakkan menjadikan sesuatu abstrak;
keabstrakan perihal atau sifat abstrak: kematangan seseorang
pelukis boleh dilihat dlm ciri-ciri ~ lukisannya.
abstraksi proses membentuk gagasan atau konsep umum dgn memilih
ciri-ciri umum drpd contoh-contoh yg khusus: dlm kebanyakan
kes, pembinaan model biasanya melibatkan ~ ciri-ciri fenomena yg
dikaji.
absurd mustahil, tidak masuk akal, bertentangan dgn fikiran yg waras:
sesungguhnya adalah ~ utk berbuat demikian kerana subjeknya
hanya diketahui oleh segelintir manusia.
abtar Ar 1. sl kudung; 2. terputus rahmat Allah.
abu I 1. sisa sesuatu yg telah hangus dibakar atau terbakar: ~ drpd
ranting dan daun kering yg dibakar boleh dijadikan baja; ~ dapur;
~ rokok; 2. debu, serbuk;
~ kayu (Hut) bahan tak organik (terutama oksida, karbonat, dan
fosfat drpd kalsium, kalium, dan magnesium) yg terdapat di dlm
kayu; ~ logam (Hut) bahan lebihan logam yg tertinggal selepas
selesai proses pembakaran lengkap kayu atau bahan organik lain;
spt ~ di atas tunggul prb Mn dgn mudah boleh tercampak atau
terhalau, tidak bererti, tidak tetap (suami dlm rumah keluarga
isterinya dlm masyarakat Minangkabau dan di tempat-tempat
tertentu di NS); sudah jadi ~ arang prb sudah rosak sama sekali,
tidak ada gunanya lagi; terpegang di ~ hangat prb Mn baru saja
memulai sesuatu pekerjaan sudah mendapat kesusahan;
abu-abu Id warna kelabu;
mengabu menjadi abu, menyerupai abu;
8
mengabui 1. membubuh abu (pd sesuatu); 2. = ~ mata ki
menyebabkan (seseorang) terpedaya hingga tidak mengetahui atau
menyedari keadaan atau tujuan yg sebenar, mengelirukan,
menyesatkan pandangan, memperdaya: beliau mengingatkan
penduduk-penduduk di situ supaya mengawasi tindak-tanduk
golongan yg cuba ~ mata orang ramai;
keabu-abuan berwarna agak kelabu, kekelabu-kelabuan.
abu II kalah (dlm permainan congkak dll).
abu III suatu pangkat di Siam.
abu-abu; ikan ~ Id sj ikan laut.
abuh I riuh, sibuk.
abuh II Jw bengkak; sakit ~ (abuh-abuhan) sakit dgn bengkak-bengkak
pd kaki (tubuh dsb).
abuk; mengabuk Jw mengambil barang kepunyaan orang dan mengaku
atau mengatakan bahawa barang tersebut miliknya.
abuk-abuk = ~ sagu sj penganan yg dibuat drpd biji-biji sagu (gula
melaka dll).
abun-abun angan-angan; gila di ~ prb mengangan-angankan sesuatu yg
tidak mungkin tercapai (terhasil).
abung; limau ~ limau bali, limau besar.
abur; mengabur membuang-buang (wang dll), menghamburkan,
membazirkan, memboroskan;
pengabur orang yg membuang-buang atau membazirkan (wang),
pemboros.
abus 1. bahagian atau pecahan yg terkecil; 2. duit syiling zaman dahulu
yg terendah nilainya; 3. sedikit sekali, tidak berharga, tidak
mempunyai nilai.
abuya Ar 1. ayah; 2. panggilan hormat kpd orang yg ajarannya (biasanya
ajaran agama Islam) atau pendapatnya diikuti.
9
abvolt unit ukuran voltan elektrik yg bersamaan dgn 1 x 10-8 volt.
abyad Ar abiad.
Ac simbol kimia bagi aktinium.
acah; beracah-acah bermain-main, bersenda-senda: ~ dgn maut;
mengacah melakukan gerak utk mengelirukan atau menyesatkan
lawan;
mengacah-acah mengacah berulang kali: lembaga itu semakin
hampir, ~ hanya menunggu masa sahaja utk bertindak;
acahan perbuatan mengacah.
acak I Mn; acak-acak terburu-buru, tergesa-gesa.
acak II Jk; mengacak melakukan sesuatu tidak dgn peraturan,
mengacaukan;
acak-acakan kacau-bilau, tidak teratur.
acan I; mengacan melakukan gerak pukulan atau serangan utk
mengelirukan atau menyesatkan lawan.
acan II; mengacan mengharapkan, mencita-citakan.
acan III Kd mengusik seseorang (dgn tujuan utk bergurau).
acang Id perkakas utk mengukur keadaan air dlm dandang.
acang-acang Mn pesuruh, orang kepercayaan; ~ alat orang yg mengatur
peralatan; ~ (dlm) negeri orang yg dipercayai orang (penduduk)
sekampung atau senegeri.
acap I = acap-acap kerap kali, sering kali.
acap II 1. penuh dgn air, terendam dlm air (kayu dll), tergenang oleh air
(padang, sawah, dll); 2. terbenam dalam-dalam (kaki dlm lumpur,
mata keris pd tubuh seseorang, dll);
mengacapi menggenangi, merendam (dgn air).
acap kali beberapa kali, berulang-ulang, kerap kali, sering kali: dia
masih melakukannya walaupun sudah ~ ditegur.
10
acar I sj makanan yg dibuat drpd buah-buahan atau sayur-sayuran dgn
bahan-bahan lain dan diasamkan dgn cuka (dimakan dgn nasi);
jenis-jenis acar: ~ limau (nipis), ~ lobak parut, ~ mentimun, ~
telur;
mengacar membuat acar.
acar II = acaran Kd tempat membuang kotoran dapur, limbah; kain dlm
~ dikutip cuci ia hendak ke longkang lagi prb sudah rosak betul,
tidak dapat dibaiki lagi (bkn akhlak perempuan jahat dll).
acara I 1. susunan perkara utk dibincangkan dlm mesyuarat
(perundingan dsb), agenda; 2. rancangan atau susunan rancangan
utk sesuatu pertunjukan (pertandingan sukan dll), program: satu
jawatankuasa khas akan menyusun ~ yg akan diadakan pd hari
ulang tahun itu; 3. kegiatan (persembahan dll) biasanya dlm
sesuatu program: carilah jalan utk bersuka ria dan hadirilah lebih
banyak ~ sosial; ~ kemuncak kegiatan atau persembahan
terpenting (biasanya juga yg teristimewa) dlm sesuatu program; 4.
Id perkara utk dibicarakan (di mahkamah), kes; perbicaraan
sesuatu kes (dlm mahkamah): ~ ini akan diadakan di mahkamah
tinggi;
beracara 1. mempunyai acara, ada acaranya (agendanya atau
programnya); 2. Id memeriksa (membicarakan) perkara di
mahkamah;
mengacara Id menjatuhkan keputusan hukum;
mengacarai 1. mengelolakan atau mengendalikan sesuatu acara
(pertandingan, majlis dsb): seorang muka baru akan ~ majlis
pelancaran produk itu; 2. Id memulai percakapan, memberi bahan
bagi percakapan (perbualan): “Engkau kecewa”, aku ~
percakapan;
11
mengacarakan 1. menjadikan sbg salah satu acara, memasukkan
ke dlm susunan acara (rancangan): pancaragam itu akan
diacarakan pd malam penghabisan; 2. Id mengadukan (perkara);
pengacara 1. Id peguam bela; 2. orang yg mengendalikan
persembahan acara-acara (dlm sesuatu pertunjukan, majlis, dll),
juruacara.
acara II Jw; mengacarakan menyambut (tamu), mempersilakan tetamu
(duduk dll).
acaram sl cincin bertunang, cincin tanda.
acau; mengacau mengigau; aco.
aci I diterima, jadi, sah, (dlm permainan, pertaruhan, dll); tidak ~ tidak
jadi, tidak sah; lebih kurang sedikit janganlah diambil ~ sangat
lebih kurang sedikit janganlah diambil berat;
mengacikan mengakui sbg aci atau sah, mengesahkan.
aci II batang logam tempat roda berpusing, gandar roda;
~ engkol batang logam berputar yg menyambungkan engkol dgn
rod penyambung utk menukar gerakan turun naik kpd gerakan
berpusing pd enjin pembakaran dalaman; ~ pacu batang logam yg
memacu dan menghubungkan satu bahagian dgn bahagian yg lain
dlm kenderaan bermotor; ~ sesondol batang logam panjang yg
mempunyai sesondol utk menggerakkan rangkaian injap pd enjin
pembakaran dalaman;
aci-aci kayu panjang utk menggulung layar.
aci III (Tamil) kakak (biasanya sbg panggilan kpd perempuan India yg
lebih tua).
aci IV Pn; ~ lut main sembunyi (sj permainan budak-budak), cekup
puyuh.
aci V tepung (sagu, ubi kayu, dll).
12
aci-aci Id andai, misal, umpama; ~nya seandainya, seumpamanya, kalaukalau;
mengaci-acikan memisalkan, mengumpamakan, mengandaikan;
aci-acian sesuatu yg terbayang dlm fikiran, gambaran anganangan:
sudah kami mempunyai ~ bagaimana mendirikan masjid
itu.
acik nama timang-timangan bagi anak yg kedua bongsu.
acita (Hindustan) beras.
aco; mengaco Jw 1. mengigau; 2. berkata tidak keruan (yg bukanbukan).
acu I; mengacu 1. membuat gerak laku utk mengancam atau menakutnakutkan
(spt mengangkat atau menghalakan senjata hendak
menikam dsb); 2. = mengacu-acu memikir-mikirkan (sesuatu yg
hendak dilakukan dan caranya), berniat, berfikir-fikir, beragakagak
(hendak berbuat sesuatu); 3. menunjuk atau menarik
perhatian (kpd), merujuk: dlm syarahannya ia selalu ~ kpd
bukunya;
mengacukan 1. menghalakan (senjata) ke arah seseorang utk
mengancam atau menakut-nakutkannya, mengacungkan,
menunjukkan sbg mengancam (genggaman tangan dll): keris
terhunus diacukan ke perut Panglima Awang; 2. = mengacuacukan
menganjurkan, merancang-rancangkan: sudah lama ia
mengacu-acukan langkah ini.
acu II; mengacu membentuk (kuih, peluru, dll) dgn menuang bahan
cecairnya ke dlm sesuatu bekas atau acuan, mencetak (peluru, roda
kereta api, dll);
acuan 1. bekas yg mempunyai bentuk tertentu utk dituangkan
sesuatu bahan cecair: ~ kuih; ~ agar-agar; ~ peluru; 2. alat (spt
kerangka, pemidang, dsb) utk sesuatu: ~ sepatu; 3. ki sesuatu yg
13
dapat membentuk atau mencorakkan sesuatu: proses pembesaran
kanak-kanak akan menjadi ~ kpd sikap sebenar yg akan diwarisi;
~ kalimat pola kalimat.
acu III; mengacu = mengacukan memakai sesuatu (spt baju, kasut, dsb)
seketika utk mengetahui sama ada muat atau tidak (sedap dipakai
atau tidak dsb).
acu IV sj tumbuhan (pokok), mendarah (rengas, penarahan) daun besar,
Knema hookeriana.
acuh peduli, mengambil berat, mengendahkan; tak ~ tidak peduli; ~ tak ~
(hampir) tidak menunjukkan minat atau memberikan perhatian
(kpd sesuatu), kurang peduli, endah tak endah: sikap ~ tak ~ ini
merugikan perjuangan kebangsaan;
mengacuhkan mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan:
tidak ~ larangan orang tua-tua;
acuhan sesuatu yg diendahkan, sesuatu yg menarik minat atau
perhatian;
ketidakacuhan sikap tidak mengendahkan sesuatu.
acum; mengacum 1. menghasut supaya bermusuhan dsb: dicarinya akal
utk ~ adik-beradik itu supaya bermusuhan; 2. mengajak berkelahi,
menentang: ~ lawan; 3. Kd mengadu pd seseorang;
acuman 1. hasutan; 2. tentangan;
pengacum 1. penghasut; 2. penentang, orang yg menentang.
acung I Id; mengacung menunjuk ke atas, diangkatkan ke atas:
tangannya ~;
mengacungkan menghalakan (sesuatu ke arah seseorang),
menunjukkan (tangan dll): ~ senjata; ~ tangan;
pengacungan perbuatan mengacungkan: ~ senjata.
acung II Mn; mengacung menyepak, menendang.
AD Id kep Angkatan Darat.
14
ada 1. boleh didapati (ditemui, dilihat, dsb), bukan khayalan atau rekaan,
wujud: ada orang yg mempercayai hantu itu ~ dan ada pula yg
mengatakan ianya khayalan manusia; tidak ~ lagi binatang
raksasa sekarang; 2. boleh diperoleh (didapati, dijumpai, dsb) di
sesuatu tempat: gula dan kopi ~ di dlm almari itu; dia tidak ~ di
rumahnya sewaktu kami sampai; 3. telah sedia, telah terkumpul
dsb (utk diberi perhatian dsb): ~ banyak surat yg perlu
ditandatangani; ~ kerja penting yg belum diurus lagi; 4.
mempunyai: Razi ~ banyak barang mainan; tidak ~ cita-cita; 5.
(masih) hidup, belum meninggal dunia: ibunya masih ~ tetapi
ayahnya sudah meninggal; dia sudah tak ~ dia sudah meninggal
dunia; 6. benar-benar, sungguh-sungguh, sesungguhnya
(digunakan utk menguatkan kata kerja selepasnya): dia ~ pergi ke
sekolah petang tadi; saya ~ menerima surat daripadanya; 7. hadir
(digunakan sbg menjawab panggilan guru dll sewaktu memastikan
kedatangan murid dll); 8. apakah (digunakan utk melembutkan
pertanyaan): ~ encik melihat adik saya?
~ gula, ~ semut prb kalau orang kaya banyaklah kawannya; ~ air,
~ (adalah) ikan = ~ padang, ~ belalang = ~ batang, ~ cendawan
tumbuh prb di mana pun kita duduk, ada rezeki;
ada-ada; ~ saja a) selalu berlaku sesuatu atau timbul perkara baru
dll: ~ saja yg menyebabkan penderitaannya; jarang ia di rumah, ~
saja orang datang mengajaknya berjalan; b) selalu ada sesuatu yg
ditimbulkan, ada kerenahnya (ragamnya dsb): “A~ saja kau! Ada
orang hendak, kau pun hendak juga!”;
seada-adanya = seadanya (sekadar atau setakat) apa-apa yg ada:
hidangan ~ sudah sedia;
adakah 1. apakah ada (utk mengeraskan pertanyaan), ada atau
tidak (tiada): soalnya, ~ terdapat novel karangannya? 2. benarkah
15
(atau tidak), sesungguhnyakah (atau tidak): ~ kekalahannya tahun
ini lebih besar drpd kekalahan tahun lalu? ~ duri dipertajam prb
perselisihan yg telah ada tidak perlu diperbesar lagi;
adakan mana ada, mana boleh, masakan: ~ kucing bertanduk;
adalah 1. sl sesungguhnya (digunakan pd permulaan ayat,
kenyataan, dsb): ~ makam ini dikurniai raja kpd aku, barang siapa
hendak duduk bayarkan sewanya kpd aku; 2. ialah (utk
menghubungkan sesuatu yg diperkatakan dgn huraian, penjelasan
dsb yg mengenainya): hadiah itu ~ utk murid terpandai;
adanya 1. perihal ada (berlaku, terdapat, dsb), wujudnya: ~
kekacauan merosakkan keadaan ekonomi; 2. demikianlah halnya:
mereka itu spt adik-beradik ~;
ada-adanya, ada-adanyakah mana boleh, mungkinkah: ~ ayam
berkaki tiga;
adapun mengenai, perihal: dapat dikemukakan bahawa ~ cerita
pendek pd umumnya menceritakan hal manusia juga;
berada 1. ada (di), ada atau terdapat di sesuatu tempat atau dlm
sesuatu keadaan: hidupmu sedang ~ di tepi jurang kebinasaan;
sewaktu kejadian itu berlaku, dia ~ di Singapura; 2. berharta,
kaya: keluarganya boleh dikatakan ~ juga;
berada-ada = ada-berada ada sesuatu yg tersembunyi (spt sebab,
maksud, dll); kalau tidak ~ takkan tempua bersarang rendah prb
tentu ada maksud tersembunyi seseorang berlaku secara luar biasa;
keberadaan keadaan (sifat) berada: semua benda bersifat
sementara sehingga akhirnya ~nya terletak di suatu tempat lain;
mengada-ada 1. berkata (meminta, berfikir, membuat, dll) yg
bukan-bukan: jangan kamu ~ saja; 2. bercakap atau menunjukkan
kelakuan (gerak-geri dsb) spt menunjuk-nunjuk atau bermegahmegah
dsb (membuat orang meluat): sejak pulang dr luar negeri,
16
dia sudah ~, sudah berlagak spt orang Barat; 3. Id melebihlebihkan
(sesuatu yg diperkatakan), membuat-buat, berbohong: aku
tak percaya sebab dia suka ~; 4. menyusahkan (suka meminta yg
bukan-bukan dsb): ah, ~nya orang ini, apa kehendak kau?;
mengadakan 1. menjadikan ada atau wujud, mewujudkan,
menjadikan, menciptakan: Tuhanlah yg ~ seluruh alam ini; 2.
mengusahakan sehingga ada (tersedia, terdapat, dsb),
menyediakan: ~ wang yg diperlukan; peruntukan belanjawan utk ~
lebih banyak sekolah dan maktab teknik; 3. mengusahakan
sehingga berlaku atau berjalan sesuatu (spt seminar, mesyuarat,
kenduri, dll), menganjurkan serta mengurus sesuatu: ~ kursus
bahasa-bahasa asing; ~ kempen kebersihan;
mengada-adakan mengadakan atau menimbulkan dsb sesuatu (spt
cerita, alasan, dll) yg sebenarnya tidak ada atau tidak benar,
membuat-buat, mereka-reka: dia sengaja ~ cerita itu utk
mendapatkan simpati drpd kawan-kawannya;
keadaan 1. hal atau kedudukan (seseorang atau sesuatu) pd
sesuatu ketika atau jangka waktu: pesakit itu berada dlm ~ tenat; ~
di sesebuah negara semasa berlaku peperangan; ~ hidup kaum
nelayan; ~ cuaca; 2. rupa (sifat, kedudukan, dsb) sesuatu
sebagaimana yg dapat dilihat: seorang pegawai polis sedang
membuat catatan tentang ~ di tempat itu selepas berlaku
rompakan; ~ tubuhnya tegap sasa; 3. suasana (di atau di sekitar
sesuatu tempat): ~ di situ pd waktu malam senyap sunyi;
berkeadaan (berada) dlm keadaan (kedudukan, suasana, dll): pd
tahun itu negeri Selangor ~ kacau-bilau kerana perkelahian anakanak
rajanya; di hadapan gadis dia ~ canggung;
pengadaan perihal mengadakan sesuatu: ~ kelas agama pd waktu
petang.
17
adab 1. tingkah laku serta tutur kata yg halus (sopan), budi bahasa, budi
pekerti yg halus, kesopanan: dia seorang yg tinggi ~nya; kami
berbual-bual juga dan masing-masing bercermat menjaga ~,
supaya tidak berlaku langgar bahasa; 2. cara seseorang
berkelakuan dlm sesuatu situasi tertentu: ~ pergaulan; ~ makan; ~
tertib budi bahasa dan tingkah laku (yg halus dan sopan); balik ~ sl
tiada adab, biadab, kurang sopan; ilmu ~ pengetahuan mengenai
buruk baik bagi kelakuan manusia (budi bahasa dan budi
pekertinya);
beradab 1. mempunyai (menunjukkan) adab, berbudi bahasa,
bersopan: kelakuannya spt orang tidak ~; 2. telah maju tingkat
kehidupan (jasmani dan rohani), bertamadun: bangsa-bangsa yg ~;
mengadabi beradab (bersopan, berbudi bahasa) terhadap orang
lain, menghormati: ~nya sbg orang yg sopan;
memperadabkan menjadikan beradab (bertamadun), memajukan
tingkat kehidupan (sesuatu bangsa atau masyarakat) pd aspek
jasmani dan rohani: ~ bangsa-bangsa yg terkebelakang;
peradaban keadaan serta tingkat kemajuan pd kehidupan jasmani
dan rohani (sesuatu bangsa, masyarakat, dsb), tamadun: jangan
membuang yg halus dan tinggi yg terdapat dlm ~ Barat;
berperadaban telah mencapai peradaban (yg maju), bertamadun:
dunia yg sofistikated lagi ~ ini.
adad Ar bilangan, jumlah.
adagio (Muz) lagu yg dimainkan dgn rentak yg perlahan dan lemah
gemalai.
adai; ~ -badai tudung saji yg bersulam.
adakala ada waktunya (ketikanya, kalanya), kadangkala, sekali-sekali: ~
dia menang, ~ pula dia kalah.
adalat Ar keadilan.
18
Adam = Nabi ~ manusia yg pertama dijadikan Tuhan; anak ~ = bani ~ =
cucu ~ keturunan Adam, manusia, insan; kulit ~ pangkal kuku jari
yg berwarna putih dan berbentuk bulan sabit.
adan firdaus, syurga.
adang I; adang-adang penyekat (yg memisahkan, mengasingkan, dsb):
tiap-tiap meja disekat dgn satu ~; ~ pintu penyekat di muka pintu;
mengadang 1. = mengadangi menahan (seseorang) drpd dapat
lalu atau masuk ke sesuatu tempat (dgn mendepangkan tangan,
merintangkan sesuatu, dsb), menghalang(i), menyekat: Hamid
~nya di pintu, tidak mahu memberinya masuk; 2. menyekat laluan
(di jalan raya): mereka ~ jalan dgn meletakkan tong-tong kosong;
sebatang pokok yg tumbang ~ jalan dan menyebabkan banyak
kenderaan terkandas; 3. menunggu dgn tujuan hendak menyergap
(menyerang hendap): merancang utk ~ musuh; 4. menuju,
memaksudkan, menghadapi; 5. menempuh (bahaya, kesukaran,
dsb);
musuh jangan diadang, selisih jangan dicari prb pertelingkahan
atau perselisihan janganlah dicari-cari; sungguhpun kawat yg
dibentuk, ikan di laut yg diadang prb sungguhpun nampaknya
tidak ada sesuatu maksud tetapi ada juga benda yg dituju;
mengadangkan menggunakan sbg adang, merentangkan (sesuatu),
mendepangkan (tangan): diadangkannya lengannya;
pengadangan 1. tempat utk mengadang; 2. perbuatan mengadang;
pengadang 1. penghalang, perintang (di jalan dll), sekatan; 2.
orang yg mengadang (menghalang atau menyekat orang lain); 3.
penyamun dsb yg mengadang (menunggu dan menyerang hendap).
adang II Id; ~ ... ~ ... kadang ... kadang ...;~ makan ~ tidak kadang
makan kadang tidak;
adang-adang kadang-kadang.
19
adap; adap-adapan; nasi ~ nasi pulut berwarna kuning (dihidangkan di
upacara perkahwinan).
adaptasi penyesuaian dgn keadaan dsb yg baru atau berbeza: ~ bukubuku
Indonesia sedang diusahakan oleh Bahagian Terjemahan;
seseorang itu perlu membuat ~ terhadap hidupnya utk
mengimbangkan tuntutan keperluan dgn kemampuan diri;
beradaptasi membuat penyesuaian: struktur biologi yg berbeza itu
~ secara fungsiannya dgn jenis-jenis persekitaran yg berbeza;
mengadaptasi membuat adaptasi: orang Islam di merata-rata
pelosok dunia ini ~ istilah dan rangkai kata Arab; drama
terjemahan perlu diadaptasi supaya mencerminkan nilai-nilai dan
alam kita; seorang klien diajar mengubah dan ~ tingkah laku drpd
yg tidak normal atau tidak rasional kpd yg lebih rasional dan
logik;
pengadaptasian perihal (perbuatan dsb) mengadaptasi sesuatu;
pengadaptasi orang yg membuat adaptasi (penyesuaian), orang yg
menyesuaikan sesuatu (biasanya karya sastera atau seni):
Muhammad Uthman Jalal dianggap sbg ~ yg paling berpengaruh,
tidak kurang sepuluh buah drama Perancis telah diadaptasi.
adapun ada.
adar I; mengadar bermalam di rumah orang, bertandang.
adar II sangat tua.
adas 1. = ~ landi = ~ pedas sj tumbuhan (herba), Foeniculum vulgare; 2.
= ~ cina = ~ manis sj tumbuhan (herba), Anethum graveolens.
adat 1. peraturan yg sudah diamalkan turun-temurun (sejak dahulukala)
di dlm sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum dan
peraturan yg harus dipatuhi), lembaga: ~ Minangkabau; ~
Perpatih; ~ Rembau; 2. cara yg sudah menjadi kebiasaan, sifat,
kebiasaan: ~ air cair, ~ api panas;
20
kurang ~ tidak sopan, kurang ajar; membawa ~ haid (datang
bulan); mengisi ~ menjalankan adat kebiasaan, memenuhi
kewajiban; tahu ~ sopan; tak tahu ~ tidak sopan, kurang ajar; ~
dunia sifat dunia, kebiasaan di dunia; ~ gelanggang = ~
menyabung peraturan menyabung (ayam); ~ istiadat berbagaibagai
adat (peraturan) yg dituruti; ~ menyerambi adat menjamu
bakal menantu laki-laki; ~ resam adat kebiasaan;
~ bersendi syarak, syarak bersendi ~ prb segala perbuatan
hendaklah jangan bertentangan dgn adat dan agama; ~ diisi,
lembaga dituang prb Mn mengerjakan sesuatu menurut adat
kebiasaan; ~ gajah terdorong prb orang yg berkuasa biasanya
menyalahgunakan kekuasaannya; ~ lama pusaka usang prb Mn
adat yg tidak berubah-ubah sejak dahulu; ~ periuk berkerak, ~
lesung berdedak prb jika berkehendakkan keuntungan, haruslah
susah; ~ sepanjang jalan, cupak sepanjang betung prb tiap-tiap
perbuatan ada peraturannya, tiap-tiap negeri mempunyai
kebiasaannya: hidup dikandung ~ mati dikandung tanah prb setiap
orang harus mentaati adat selama hidup dan jangan pula
melupakan bahawa dia akan mati; hilang ~ tegal muafakat prb adat
lama itu boleh diubah asal dgn muafakat;
beradat 1. mempunyai adat, tahu sopan santun; 2. melakukan
sesuatu secara adat;
mengadatkan menjadikan sesuatu adat, menjadikan sesuatu
kebiasaan; adat yg diadatkan adat yg ditetapkan;
teradat sudah menjadi adat atau kebiasaan; adat yg ~ adat yg
terjadi kerana kebiasaan.
adawat Ar permusuhan, benci.
ADD kep Akhbar Dalam Darjah.
addin Ar al-Din.
21
adegan Jw bahagian drpd babak (sandiwara, wayang): ia berlakon dgn
baik dlm ~ di atas kapal; ~ ranjang (bahagian drpd) babak asmara
di atas katil (dlm lakonan sandiwara, wayang gambar, dsb) yg
menimbulkan keghairahan: tingkah laku yg bertentangan dgn
Islam digambarkan dlm hubungan seks dan ~ ranjang.
adem Jk 1. sejuk; 2. hambar, tawar (makanan); 3. tenang (fikiran, hati);
mengadem menyejukkan diri (di tempat dingin).
adhesi (adhési) IB 1. daya tarik-menarik antara molekul dua zat yg
berlainan; 2. ucapan setuju, ucapan sokongan.
ad hoc (Latin) bkn sesuatu perkara yg dilakukan utk tujuan tertentu tanpa
perancangan awal: jawatankuasa ~.
adi I (Sanskrit) sl yg pertama, yg terutama, yg tertinggi: pahlawan ~;
pendekar ~.
adi II Ar mengikut adat, biasa, lazim.
adi III Br adik;
adi-beradi = seperadian pertalian adik-beradik dlm sesuatu
keluarga.
adiabatik (Kim) bkn sesuatu proses dlm sistem kimia yg tidak
melibatkan sebarang kemasukan atau keluaran haba.
adib Ar 1. beradab, berbahasa, bersopan; 2. sasterawan, pujangga.
adicita Id ideologi.
adik 1. saudara kandung (laki-laki atau perempuan) yg lebih muda; ~
bongsu adik yg termuda; ~ kandung = ~ seibu sebapa anak kpd ibu
dan bapa seseorang yg lebih muda daripadanya; ~ seayah adik
berlainan ibu; ~ seibu adik berlainan ayah; 2. panggilan (khasnya
kpd saudara kandung atau saudara mara yg lebih muda atau kpd
isteri dan amnya kpd orang yg lebih muda);
~ ipar adik lelaki atau perempuan kpd suami atau isteri seseorang;
~ sanak ayah anak saudara lelaki ayah (yg lebih muda); ~ sanak
22
ibu anak saudara perempuan ibu (yg lebih muda daripadanya); ~
sepupu anak (yg lebih muda) kpd adik atau kakak ayah atau emak
seseorang; bulan ~ Maulud bulan Rabiulakhir;
beradik 1. mempunyai atau ada adik: biarlah dia bermanja
sepuas-puasnya sementara belum ~ lagi; 2. bersaudara kandung:
kami tinggal tiga ~ di rumah itu selepas pemergian ayah;
adik-beradik, adik kakak 1. (beberapa orang) yg mempunyai
hubungan kekeluargaan (kerana seayah atau seayah dan seibu),
bersaudara: mereka lima ~ mereka lima bersaudara; bergaduh ~
dlm pembahagian harta pusaka; 2. (berlaku) sbg saudara, antara
atau selaku adik dgn abang (atau kakak): mari kita bicarakan ~
dahulu;
beradik kakak selaku adik dan kakak;
memperadik memandang (memanggil, menyebut) adik.
Adika Pr gelaran orang besar: Dato’ Seri ~ Raja.
adikara sl 1. kekuasaan, berkuasa; 2. sewenang-wenang.
adikarya karya agung yg dianggap menggambarkan peradaban sesuatu
bangsa, mis Hikayat Hang Tuah dlm masyarakat Melayu.
adikong (drpd Perancis aide-de-camp) pembantu peribadi kpd pembesar
(spt sultan, perdana menteri, dll).
adikuasa kuasa utama, kuasa tertinggi: dunia memang sudah berubah
sejak ~ Soviet Union hilang taring.
adikudrati yg di luar kekuasaan alam (Roman Katolik).
adil 1. menyebelahi pihak yg benar (bkn sesuatu, seseorang, tindakan,
undang-undang, keputusan dsb): raja yg ~; tindakan yg ~; hakim
itu ~ keputusannya; 2. meletakkan sesuatu pd tempatnya yg betul
(bkn sesuatu, seseorang, tindakan, undang-undang, keputusan dsb):
pelantikan seseorang yg ahli dlm bidangnya adalah satu
pelantikan yg ~; 3. menepati hak seseorang atau sesuatu: kadar
23
taksiran mestilah ~ dan tidak menjadi satu beban kpd penduduk;
para pekerja mendapat layanan dan ganjaran yg ~, setimpal dgn
pengorbanan yg dilakukan kpd organisasi; 4. tidak menyebelahi
mana-mana pihak (bkn layanan terhadap seseorang dsb), tidak
berat sebelah: tugas ibu bapa ialah berlaku ~ dlm sesuatu
pemberian kpd anak-anak dgn tidak melebihkan seorang drpd yg
lain;
mengadili menimbangkan dgn saksama serta memutuskan (dlm
mahkamah dsb), memeriksa dan menghukum orang dgn adil: ~
dan menghukum orang-orang yg melanggar undang-undang;
keadilan sifat (perbuatan, tindakan, dll) yg adil: ~ seseorang raja
atau pemerintah; ia menuntut ~ ia menuntut penyelesaian yg adil;
menciptakan ~ masyarakat mengadakan susunan dan keadaan yg
adil bagi kehidupan dlm masyarakat;
ketidakadilan perihal (keadaan, perbuatan, kejadian, dsb) tidak
adil;
peradilan segala yg berkaitan dgn perkara pengadilan: selalunya
ahli sains membuat ~ moral kpd rakan-rakan mereka;
pengadilan 1. mahkamah, majlis, dsb yg mengadili: aku akan
dihadapkan ke muka ~ dan di sanalah aku akan menerima
keadilan; 2. perihal (perbuatan dsb) mengadili, perbicaraan serta
keputusan oleh pengadil: penjahat-penjahat perang dijatuhi
hukuman mati dlm ~ di mahkamah Nuremberg; 3. perihal
(perbuatan dsb) mengadili sesuatu pertandingan dsb: ~
pertandingan pakaian aneka ragam;
pengadil 1. orang yg mengadili sesuatu perkara, hakim: jikalau
orang yg membuat undang-undang juga menjadi ~ undangundang,
nescaya tidak ada kebebasan; ~ litar pengadil yg beredar
ke beberapa tempat (bandar dsb) utk menjalankan perbicaraan; 2.
24
orang yg mengadili pertandingan atau perlawanan (spt bola sepak,
tinju, dll).
adinda bh adik (digunakan di kalangan keluarga raja, dlm suratmenyurat
dsb).
ading sl adik.
adiningrat Jw gelaran bangsawan yg tertinggi.
ad interim (Latin) utk sementara waktu: kabinet ~; tindakan ~.
adipati Jw 1. sl raja, kepala daerah; 2. gelaran bupati (sebelum perang).
adipos (Ubat) mengandungi lemak atau menyerupai lemak; tisu ~ tisu yg
dipenuhi lemak.
adiposuria (Ubat) kewujudan lemak dlm air kencing.
adipsia (Ubat) keadaan abnormal yg menyebabkan seseorang mengelak
drpd minum (tidak terasa dahaga).
adiraja sl 1. (suatu) gelaran; Maharaja A~; 2. Id ark hak ~ hak
melakukan kekuasaan yg tertinggi; diraja.
adiratna sl permata yg mulia (ki bagi perempuan yg cantik).
adisejuk (Kim) bkn cecair yg menyejuk atau dijadikan sejuk sehingga ke
bawah takat sejuk beku tanpa cecair itu membeku.
adiwangsa bangsa utama (mulia).
adiwarna sl amat bagus, amat indah.
adjektif (adjéktif) kata sifat.
adjudikasi (Udg) proses undang-undang dlm menyelesaikan sesuatu
pertelingkahan;
teradjudikasi; hak ~ hak yg telah diiktiraf dlm prosiding
kehakiman dan pentadbiran.
adjuster (Eko) pelaras.
administrasi IB pentadbiran, tatausaha, pengurusan: ~ negara; ~
perniagaan.
25
administratif IB yg berkaitan dgn pentadbiran; hukuman ~ hukuman yg
dikenakan oleh jabatan (tidak dipecat tetapi diturunkan pangkat
atau dikenakan sesuatu hukuman lain).
administrator IB pentadbir, penatausaha.
admiral kepala angkatan laut, laksamana.
adob bata yg dibuat drpd campuran tanah liat dgn jerami yg dijemur utk
dijadikan bahan binaan.
adoi sr aduh;
mengadoi, mengadoi-adoi mengeluh(-ngeluh), mengaduh(-aduh):
sekonyong-konyong ia ~ dan mengerang.
adopsi IB pengambilan anak orang lain menjadi anak sendiri,
pengambilan sbg anak angkat.
adpertensi (adperténsi) IB iklan (dlm surat khabar dll).
adpis IB nasihat: lagaknya lagak orang pintar, ~nya tepat-tepat; advis.
adpisir IB penasihat.
adpokat avokado.
ad rem (ad rém) (Latin) berkaitan atau bertepatan dgn sesuatu perkara
dsb (bkn jawaban dll), tepat benar.
adrenal (adrénal) (Bio) bkn sesuatu yg berdekatan dgn atau berkaitan
dgn ginjal.
adrenalina (adrénalina) (Bio) hormon yg dirembeskan oleh bahagian
medula kelenjar adrenal yg menolong badan bersedia menghadapi
keadaan cemas kerana kesannya berguna utk tindakan ‘lawan’ atau
‘lari’.
adrenosklerosis (adrénosklérosis) (Ubat) pengerasan struktur kelenjar.
adres (adrés) bp alamat (tempat tinggal);
mengadreskan mengalamatkan (surat dll kpd).
ADRI Id akronim bagi Angkatan Darat Republik Indonesia.
26
adu I; beradu 1. berlanggar, berlaga, berhantuk(an), terhantuk: motokar
itu ~ dgn kereta lembu; terdengar gelas ~; kepalanya ~ dgn
dinding; 2. bertarung, berlaga, bersabung: ayam yg sedang ~; 3.
bertanding, berlawan (utk merebut kemenangan atau menentukan
sesuatu); ~ cantik bertanding utk menentukan siapa yg paling
cantik; ~ tenaga bertanding utk menentukan siapa yg kuat; ~ nasib
mencuba membuat atau mendapatkan sesuatu dgn harapan akan
beroleh kejayaan;
mengadu 1. mempertemukan (dua benda), meletakkan dsb
berdekatan, mendekatkan (utk membandingkan dsb); 2.
menyentuhkan (gelas dll), menghantukkan (gelas, kepala, dll),
melagakan: ~ kepala ke dinding; ~ tuntung jarum prb menyatukan
fikiran yg sukar itu sangat susah; 3. memperlagakan, menyabung:
~ ayam; 4. mempertandingkan, memperlawankan: ~ layanglayang;
~ tenaga mempertandingkan kekuatan; 5. memberitahu
seseorang mengenai sesuatu (yg tidak menyenangkan dsb) utk
mendapatkan pertolongan (sokongan, simpati, dsb): dia ~ kpd
ibunya apabila dia dicubit oleh kakaknya; dia tidak ~ kpd sesiapa
tentang layanan buruk yg dialaminya itu; 6. meminta keadilan: ~
kpd hakim; ~ lidah berbantah; ~ nasib = ~ untung mencuba
untung, beradu nasib;
mengadukan 1. mengemukakan perkara dll (kpd hakim, parlimen,
dll), memberitahukan sesuatu (yg tidak baik atau tidak
menyenangkan) utk mendapatkan pertolongan (sokongan, sesuatu
tindakan, simpati, dsb): parlimen ialah tempat ~ sesuatu perkara
yg patut diketahui oleh kerajaan; penduduk kampung itu telah ~
kesulitan yg dihadapi kpd pegawai daerah; 2. memberitahukan
atau melaporkan sesuatu mengenai seseorang kpd orang atau pihak
27
tertentu utk menyusahkannya (merugikannya, menganiayainya,
dsb): diadukannya ayahnya kpd Jepun;
memperadu-adukan memperadudombakan;
aduan 1. pertandingan, perlumbaan: ~ kuda; 2. yg diadu,
sabungan: ayam ~; 3. hal atau perkara yg diadukan
(diberitahukan): segala ~ itu sedang disiasat oleh polis;
peraduan pertandingan: ia telah berjaya menjadi johan syarahan
dlm ~ yg dianjurkan oleh syarikat itu;
pengaduan 1. perihal (perbuatan) mengadu, penyabungan (ayam),
pelagaan (binatang); 2. perbuatan mengadukan (perkara, kejadian,
orang, dll;
pengadu 1. orang yg suka mengadu utk mendapatkan pertolongan
(simpati dsb); 2. orang yg mengemukakan aduan.
adu II; beradu tidur (bkn raja);
peraduan tempat tidur; bilik ~ bilik tidur (raja).
adu domba; mengadu domba, mengadudombakan,
memperadudombakan memperlagakan seseorang (sesuatu
golongan dll) dgn yg lain: parti-parti yg tidak bertanggungjawab
hendak ~ orang Melayu dgn orang Cina; mereka hendak menjajah
negeri kita dgn jalan memperadudombakan kita sama kita;
pengadu domba orang atau pihak yg mengadu domba(kan), orang
atau kumpulan lain: ada ancaman komunis, ada bahaya dadah,
antinasional, pembuat fitnah dan ~ rakyat.
aduh sr kata yg menyatakan rasa sakit (rasa hairan, keluhan): ~, sakitnya
perut saya!
mengaduh, mengaduh-aduh mengatakan aduh, mengeluh (kerana
kesakitan dll): suara yg ~ itu suara orang kena tikam;
teraduh mengaduh dgn tiba-tiba; adoi.
28
aduhai sr kata utk melahirkan rasa sedih (rintihan dsb): ~ kekanda!
Sampai beginilah nasib adinda.
aduk; mengaduk 1. mengacau, mengarau: tidak perlu ~ atau
menggoncang tangki penyumbat setiap masa; ~ gulai; 2. =
mengaduk-aduk membongkar-bongkar dgn tidak tentu: ~ buku;
teraduk-aduk kacau (tidak rapi atau kemas), tidak berketentuan
(bkn seperai dll);
adukan barang yg (telah) diaduk, campuran (simen dll);
aduk-adukan campur aduk;
pengadukan perihal (proses atau perbuatan) mengaduk:
pengacauan boleh dibuat secara ~ atau penggoncangan;
pengaduk alat utk mengaduk: sampel dan campuran penyejuk
diaduk selalu dgn ~.
adun I; mengadun meramas (menguli) tepung dgn air (santan, susu, dll);
mengadunkan mencampurkan atau menggabungkan sesuatu unsur
dll dgn unsur yg lain: ~ unsur realiti dgn yg bukan realiti; Kasim
Ahmad berbicara tentang perlunya isi yg baik utk diadunkan dlm
teknik sastera yg menarik;
adunan tepung yg telah diadun utk membuat kuih;
pengadunan proses atau perbuatan mengadun atau mengadunkan
sesuatu: ~ warna yg menarik dlm corak yg mempesonakan;
pengadun alat utk mengadun: ~ warna.
adun II sl elok (kerana berhias): ~-temadun Mn indah-indah, berjenisjenis
warnanya;
beradun berdandan, berhias, bersolek: setelah mandi, puteri pun
~; baginda makan sirih yg beradun-adun;
mengadunkan mendandankan, menghiasi, mempersolekkan: ~
pengantin;
29
adunan hiasan, alat berdandan: sangatlah berkenan kpd hatinya ~
kekasihnya.
ADUN akronim bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (iaitu wakil rakyat
peringkat negeri yg dipilih melalui pilihan raya).
ad valorem (Udg) duti yg dikenakan mengikut nilai barang.
adverba (Lin) kata yg menerangkan kata kerja, kata sifat, atau kata
adverba lain.
advertensi (adverténsi) IB iklan.
advis IB nasihat; adpis.
advokat I IB peguam, peguam bela.
advokat II avokado.
aedes (aédés) (Bio) sj nyamuk, mis Aedes aegypti, yg membiak di dlm
air bertakung yg menjadi pembawa penyakit demam denggi.
aerial (aérial) alat yg menjadi sebahagian drpd sistem televisyen dan
radio utk menerima atau memancarkan gelombang elektromagnet.
aeroangkasa (aéroangkasa) 1. atmosfera bumi dan ruang yg
melampauinya; 2. berkaitan dgn roket, pesawat udara, peluru
berpandu, kapal angkasa lepas dsb yg terbang atau beroperasi dlm
ruang angkasa lepas: industri ~.
aerob (aérob) (Bio) organisma yg dapat hidup hanya dgn adanya oksigen
dr udara.
aerobatik (aérobatik) persembahan kecekapan, ketangkasan, dan
kemahiran mengendalikan penerbangan pesawat udara.
aerobik (aérobik) 1. senaman yg penuh bertenaga utk meningkatkan
bekalan oksigen dlm darah serta memperkuat jantung dan paruparu,
biasanya dilakukan dgn gerak-geri spt tarian dan diiringi
muzik yg rancak:ada ~kah hari ini?; tarian ~ sj tarian yg bercorak
(bersifat) senaman; 2. (Bio) berkaitan dgn atau memerlukan
30
oksigen bebas: pengudaraan diperlukan utk membekalkan oksigen
bagi mikroorganisma ~;
beraerobik melakukan aerobik: beberapa cara utk menguruskan
badan spt ~.
aerobiologi (aérobiologi) kajian tentang mikroorganisma, spora dsb
yg dibawa angin, terutamanya yg menyebabkan penyakit.
aerodinamik (aérodinamik) 1. ilmu sains yg mengkaji cara sesuatu
benda bergerak melalui udara (spt kereta, kapal terbang, dsb); 2.
bkn sesuatu benda (spt kapal terbang, kereta, dsb) yg mempunyai
bentuk yg dapat melalui udara dgn mudah dan laju: bentuk kereta
yg ~ membangkitkan keanggunannya.
aerodrom (aérodrom) lapangan terbang yg kecil, biasanya digunakan
oleh pesawat udara persendirian utk berlepas dan mendarat.
aerofobia (aérofobia) perasaan takut kpd tiupan angin.
aerogram (aérogram) surat yg dikirim khas melalui pos udara, surat
udara.
aerolit (aérolit) sj tahi bintang yg mengandungi bahan silika.
aerologi (aérologi) kajian tentang atmosfera, termasuklah lapisan-lapisan
atasnya.
aerometer (aérométer) (Fiz) alat utk mengukur berat atau ketumpatan
udara atau gas.
aeronautik (aéronautik) kajian tentang aspek-aspek penerbangan.
aeroponik (aéroponik) kaedah atau teknik menanam tumbuh-tumbuhan
yg digantung di dalam persekitaran rumah hijau dgn
menyemburkan larutan nutrien pd akar yg terjulur di udara: sistem
~ hanya memerlukan tong gentian, pengepam dan paip getah; ~
adalah salah satu konsep menanam tumbuh-tumbuhan di dalam
persekitaran rumah hijau.
aerosfera (aérosféra) seluruh atmosfera yg menyelubungi bumi.
31
aerosol (aérosol) ampaian cecair atau butiran pepejal yg terdapat di
udara.
aerotaksis (aérotaksis) pergerakan mikroorganisma ke kawasan yg
beroksigen (aerotaksis positif) atau menjauhi kawasan tersebut
(aerotaksis negatif).
aerotropisme (aérotropisme) gerak balas tumbuhan yg mengarah ke
kawasan yg beroksigen.
afagia (Ubat) keengganan atau ketidakupayaan utk makan atau menelan.
afakia (Ubat) ketiadaan kanta mata secara semula jadi atau disebabkan
kemalangan, kecederaan dsb.
afal Ar (jamak kpd fiil) kelakuan, perbuatan: orang itu baik ~nya.
afasia (Ubat) keadaan tidak berupaya utk memahami atau
mengungkapkan sesuatu ujaran yg disebabkan oleh penyakit atau
kecederaan pd otak.
afdal lebih utama, terutama: mengerjakan perkara-perkara yg ~;
keafdalan perihal terbaik atau terutama, paling bagusnya: puluhan
ayat al-Quran menyatakan kelebihan berfikir dan dlm hadis juga
dinyatakan ~ berfikir.
afdeling (afdéling) IB bahagian.
afektif (aféktif) berkaitan dgn perasaan dan emosi (dan bukannya fikiran
atau daya berfikir): utk memperkembang minat dan motivasi
membaca, alam ~ kanak-kanak haruslah berkembang serentak dgn
alam-alam kognitif mereka.
afelion (afélion) titik dlm orbit tempat sesuatu komet atau planet berada
paling jauh dr matahari.
aferesis (aferésis) (Lin) pengguguran satu huruf atau suku kata di awal
perkataan, mis apabila huruf h dlm hujung digugurkan menjadi
ujung dan suku kata bu dlm bukan digugurkan menjadi kan.
32
afesis (afésis) (Lin) pengguguran vokal awal yg tidak bertekanan bagi
sesuatu kata, mis apabila vokal awal a dlm abang digugurkan
menjadi bang.
afghani unit mata wang Afghanistan.
afiat Ar 1. pulih, sihat; sihat dan ~ = sihat wal ~ sihat (tidak uzur); 2.
kesihatan;
mengafiatkan sl memulihkan, menyihatkan;
keafiatan keadaan sihat, kesihatan: dlm ~ dan keselamatan yg
sempurna.
afid sj serangga kecil drpd famili Aphididae yg merosakkan tumbuhtumbuhan
dgn menghisap air daun, batang atau akarnya.
afidavit kenyataan atau keterangan bertulis dgn mengangkat sumpah yg
disaksikan oleh seseorang pegawai bertauliah: peguam berkata
beliau tidak menerima ~ terbaru dan syarikat berkenaan gagal
mengemukakan maklumat mengenai kedudukan sebenar kapal itu.
afiliasi gabungan, pertalian: dua orang sarjana ini memerihalkan latihan
sains dan ~ mereka dgn badan penyelidikan;
berafiliasi mempunyai perhubungan atau pertalian: lembaga
keilmuan yg mengkaji masalah politik sebaiknya tidak ~ dgn
kekuatan sosiopolitik.
afiniti (Kim) kecenderungan sesuatu atom atau sebatian utk bertindak
atau berpadu dgn atom atau sebatian lain yg mempunyai juzuk
kimia yg berbeza.
afonia (Ubat) kehilangan suara yg disebabkan oleh penyakit larinks,
kerosakan saluran suara dsb.
aforisme (Lin) ungkapan yg tepat, ringkas, dan jelas yg mengandungi
atau melahirkan suatu kebenaran umum, pepatah, bidalan,
peribahasa (spt bersatu teguh bercerai roboh).
Afrikaans salah satu bahasa rasmi Republik Afrika Selatan: bahasa ~.
33
Afrikaner orang kulit putih di Republik Afrika Selatan yg berasal drpd
keturunan Belanda dan bertutur dlm bahasa Afrikaans.
afrit Ar satu golongan jin yg jahat, ifrit: sedang kita leka bersuka ria,
datanglah jin ~ hendak menyusahkan kita.
afro potongan rambut yg berbentuk bulat, keriting halus, tebal dan
panjang, spt rambut sesetengah orang kulit hitam: rambut
potongan ~.
afrodisiak bahan yg dapat membangkitkan nafsu syahwat.
afsun ark pesona.
afta (Ubat) ulser kecil yg lazimnya terjadi di dlm mulut akibat jangkitan
kulat.
AFTA akronim bagi Asean Free Trade Area (Kawasan Perdagangan
Bebas Asean).
Ag simbol kimia bagi argentum.
afwah Ar tuah (orang yg keramat): dgn ~ maulana menolong hamba
mungkin tercapai segala yg dicitakan.
aga I (Turki) gelaran bangsawan.
aga II angkuh, sombong: ibu itu ~ pula atas anak tunggalnya itu;
beraga berlagak, memperlihat-lihatkan diri;
mengagakan membanggakan: sesungguhnya kedua-dua orang tua
itu dapat ~ anaknya;
keagaan keangkuhan, kesombongan: sekaliannya ada, menjadi ~
bagi yg punya;
peraga raga III.
agah I; beragah berpandang muka mengajak berkelahi: sementara
mereka ~, polis pun tiba;
beragah-agah, beragah-agahan berpandangan muka hendak
berkelahi, berhadap-hadapan hendak bersabung (bkn ayam);
34
mengagah 1. memandang muka atau menentang mata (mengajak
berkelahi dll): ~ lawan; 2. melakukan sesuatu utk membuat bayi
ketawa: anak itu ketawa kerana diagah-agah; 3. mengeluarkan
bunyi yg belum berupa patah-patah perkataan (bkn bayi): anak
kecil itu sudah pandai ~; 4. mempertemukan muka (supaya
berkelahi): ~ ayam sabungan.
agah II Kl, Tr bersifat sombong: kalau kamu masuk kampung orang,
jangan ~ sangat.
agak I 1. kira, sangka, rasa: ~ saya dia sudah keluar tadi; ~ gerangan
jika kiranya; 2. boleh dikatakan, dapat dianggap (ditafsirkan):
menghadapi kesukaran yg ~ besar; ~ lama juga di sana;
agak-agak 1. barangkali, mungkin, rasanya, rasa-rasanya: ~ hari
ini hujan; 2. = agaknya gerangan, kiranya: apa ~ maksudnya
datang ke mari?
beragak, beragak-agak 1. ragu-ragu, sangsi: melanggar kota itu
jangan ~; 2. mempunyai tujuan (niat) utk, bermaksud, berniat: ia ~
utk pergi ke Mekah; 3. awas-awas, hati-hati: mengatakan sesuatu
dgn tidak ~;
mengagak, mengagak-agak 1. mengira-ngira (dgn berdasarkan
dugaan atau pertimbangan kasar), menaksir: ia tidak dapat ~ ke
mana ia akan dibawa; orang yg pandai ~ dan mengagih orang yg
bijaksana; 2. memaksudkan, meniatkan: lain yg diagak, lain yg
kena;
mengagakkan 1. membuat kesimpulan (berdasarkan dugaan atau
tekaan sahaja), menduga, menyangka: keadaan lebih sulit drpd yg
diagakkan; 2. menentukan (dgn hati-hati): ~ biaya negeri;
mengagak-agihkan 1. mengagak dan mengagihkan, menerangkan,
memberitahukan, menjelaskan; 2. suka mencela;
35
teragak 1. terfikir (timbul sesuatu fikiran dgn tiba-tiba atau dgn
sepintas lalu), terlintas di hati: ada kalanya ~ juga dia hendak
menjual tanahnya itu; 2. Mn ingin sangat: ia ~ pulang ke
negerinya;
teragak-agak berkira-kira, berbelah bagi (sama ada hendak
melakukan sesuatu atau tidak): saya tidak akan ~ utk mengambil
tindakan;
agakan apa yg diagakkan, dugaan, sangkaan: ~ ini mungkin benar.
agak II; pokok ~ paya sj tumbuhan (pokok), Vitex peralata.
agal I sj penyu besar.
agal II Jw serat pokok ibus.
agam I sl besar, tegap: terlalu ~ tubuhnya.
agam II tidak ada akhir, larut; berkepanjangan bagai ~ prb perbuatan
(perkataan) yg berlarut-larut;
beragaman berlarutan, tidak berkesudahan: berpestalah sejauh
impian ~.
agama 1. kepercayaan pd Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaanTuhan
dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pd yg Maha
Kuasa: ~ Islam, ~ Kristian; orang yg memeluk ~ Islam disebut
juga orang Mukmin; ~ langit agama yg bukan ciptaan manusia; 2.
kepercayaan pd sesuatu dewa dll (yg dipuja dsb dan dianggap sbg
sesuatu yg amat berkuasa);
beragama 1. mempunyai agama, menganut sesuatu agama: orang
Melayu ~ Islam; 2. mematuhi ajaran-ajaran agama, taat pd agama,
beribadat: memang dia orang ~, tentu sahaja tidak mahu negara
yg tidak berdasarkan agama kita; 3. bp terlalu sangat
mementingkan, gemar benar, memuja-muja: ~ kpd harta benda;
mengagamakan menjadikan sesuatu sbg agama;
36
keagamaan perihal agama, (hal-hal) yg berkaitan dgn agama:
sastera ~; semangat ~.
agamani Id warak.
agamawan orang (golongan) yg mempunyai ketaatan, pegangan, dan
latar belakang agama yg kuat: gerakan Islam yg dipelopori oleh
tokoh ~ dlm perkembangan nasionalisme Melayu.
agan; beragan Mn bermaksud, berniat, sengaja; mati ~ mati bukan
kerana penyakit (tetapi kerana rindu, sedih, dll);
mengagan, mengagan-agan mengganggu, menggoda, mengusik.
agar I supaya, semoga: awak harus bersekolah ~ pandai.
Agar II (dlm gelaran): Seri ~ Diraja.
agar-agar 1. sj tumbuhan (lumut laut), Eucheuma spp.; 2. lumut laut yg
sudah diproses (dibersihkan dsb) dan boleh dimasak utk dibuat
kuih atau penganan; 3. sj kuih.
agarik sj kulat yg biasanya terdapat pd lukisan cat.
agas I sj serangga kecil yg sangat mengganggu.
agas II; tali ~ tali senam, tali kala, tali tempat perempuan yg sedang
bersalin berpegang.
agas III akas I.
agen (agén) sesuatu yg menyebabkan berlakunya tindak balas (proses
dsb): ~ pendebungaan; ~ kimia; ~ pengoksidaan agen yg
mendermakan oksigen kpd unsur atau sebatian lain sewaktu tindak
balas kimia; ~ penurunan agen (unsur, sebatian, dll) yg
menyingkirkan oksigen drpd unsur atau sebatian atau
menambahkan hidrogen atau mendermakan elektron kpd unsur
atau sebatian lain, sewaktu tindak balas kimia.
agenda (agénda) 1. susunan perkara yg dikemukakan utk dibincangkan
(dlm mesyuarat): mesyuarat berjalan lancar kerana ~ tersusun
baik; 2. ark buku catatan.
37
agensi (agénsi) 1. organisasi perniagaan dsb yg mengendalikan sesuatu
perkhidmatan: ~ pekerjaan; ~ pembantu rumah; 2. pejabat ejen; 3.
organisasi pentadbiran kerajaan;
~ pelancongan badan atau syarikat yg menyediakan perkhidmatan
pelancongan tertentu, spt menguruskan penempahan tiket
pengangkutan, memberikan maklumat destinasi percutian dsb utk
orang ramai yg ingin melancong; ~ penarafan badan yg membuat
penilaian tentang kedudukan, keutuhan kewangan dsb sesebuah
syarikat, institusi, atau individu serta memberikan taraf kedudukan
tertinggi, sederhana, atau terendah mengikut merit masing-masing.
aghlaf Ar 1. tidak bersunat; 2. kafir.
agih bahagi, beri;
beragih berbahagi (harta dll);
mengagih; suarang diagih NS harta yg diperoleh selama
perkahwinan (kalau bercerai dibahagi dua);
mengagihkan membahagikan, memberikan: ia ~ rokok buatan
luar negeri kpd kami;
mengagih-agihkan membahagi-bahagikan: di sinilah letaknya
keperluan perancangan supaya sumber-sumber yg terhad dapat
diagih-agihkan mengikut keutamaan keperluan;
pengagihan perbuatan dsb mengagihkan, pembahagian: harta yg
diketepikan oleh pemilik itu dipegang dlm bentuk amanah bagi ~
berterusan kpd penerima; ~ kuasa pembahagian dan penentuan
(bidang kuasa) kpd golongan-golongan tertentu dsb;
peragih pembahagian, pemberian: apa ~ mentua kpd pengantin
itu?
agihan apa yg diagihkan atau dibahagikan: dari segi ~ tanah tani,
sektor tanaman dagangan menguasai sektor pertanian.
38
aging-aging sj tumbuhan (pokok), ari(ng)-aring, daun dakelin, dawah,
keremak jantan (hutan), Eclipta alba.
agitasi IB hasutan (supaya memberontak dll).
agitator IB penghasut, perisau.
aglosia (Ubat) ketiadaan lidah sejak lahir.
aglutinasi 1. (Ubat) penggumpalan sel darah, atau mikrooganisma spt
bakteria, akibat tindakan antigen dan antibodi dlm darah; 2. (Lin)
penambahan imbuhan pd kata atau kata akar utk menunjukkan
fungsi tatabahasa, mis mem-, per-, dan -kan dlm mempertemukan.
aglutinin (Ubat) antibodi yg menyebabkan sel bakteria tertentu melekat
antara satu dgn lain utk membentuk gumpalan yg akan
dimusnahkan oleh sel darah putih.
aglutinogen (Ubat) bahan yg bertindak sbg antigen yg merangsang
penghasilan aglutinin tertentu dlm darah.
AGMARIS akronim bagi Agriculture Marketing Information Systems
(Sistem Maklumat Pemasaran Pertanian).
agnostik orang yg berpendapat atau berpendirian bahawa hanya sesuatu
yg berupa kebendaan sahaja yg boleh diketahui manakala
pengetahuan tentang Tuhan dan segala yg abstrak tidak mungkin:
mereka itu terdiri drpd skeptik, ~, ateis, dan peragu.
a go go sj tarian yg diiringi muzik pop yg rancak yg popular pd 1960-an.
Agong; Yang di-Pertuan ~ gelaran utk Ketua Negara Malaysia.
agorafobia (Psi) ketakutan yg amat sangat terhadap tempat yg luas dan
lapang.
agrafia (Ubat) keadaan tidak berupaya utk menulis akibat kecederaan pd
otak.
agraria IB urusan tanah (pertanian, perkebunan, dll).
39
agraris IB (berasaskan, berkaitan dgn, bersifat, dsb) pertanian: Inggeris
tidak begitu suka mengganggu masyarakat Melayu yg dianggap
masyarakat ~.
agregat (agrégat) I IB bp enjin utk membangkitkan tenaga elektrik.
agregat (agrégat) II jumlah: dia mendapat ~ yg baik dlm peperiksaan
SRP.
agresi (agrési) IB pencerobohan (oleh sesebuah negeri terhadap negeri
lain).
agresif (agrésif) cenderung menyerang (negara lain) atau berlaku
(bertindak dsb) secara bermusuhan terhadap pihak (negara dsb) yg
lain, bersifat suka menyerang (bermusuhan, bersengketa, dsb);
keagresifan perihal atau keadaan agresif: keyakinan dan ~ mereka
terhadap fahaman liberal;
pengagresif orang, terutamanya negara yg melakukan tindakan yg
agresif.
agresor (agrésor) IB pihak (negara dll) yg memulakan serangan atau
pencerobohan, penyerang (yg memulakan persengketaan dsb).
agro- awalan asing berkaitan dgn pertanian, tanah, atau ladang, mis dlm
agrokimia dan agroteknologi.
agroekologi (agroékologi) kajian saintifik tentang hubungan antara
organisma hidup dgn persekitaran, khususnya di kawasan
pertanian.
agroekonomi (agroékonomi) ekonomi yg berasaskan atau berkaitan dgn
pertanian.
agroindustri industri yg berkaitan dgn aktiviti pertanian.
agrokimia; bahan ~ bahan kimia yg digunakan utk tujuan pertanian, mis
racun serangga.
agrologi kajian saintifik tentang tanah dan potensi daya pengeluarannya
dr segi pertanian (tanaman dsb).
40
agronomi sains pertanian atau cabang ilmu pertanian yg berkaitan dgn
pengelolaan tanah utk menghasilkan tanaman.
agrostologi cabang botani yg berkaitan dgn kajian tentang rumput.
agroteknologi (agrotéknologi) teknologi yg berkaitan dgn pembangunan
pertanian.
aguk 1. perhiasan yg tergantung pd kalung pengantin (bentuk bulat bagi
laki-laki, bentuk bulan sabit bagi perempuan); 2. buah rantai, loket.
agul; agul-agul Id angkuh, sombong;
mengagulkan membanggakan, memegahkan, menyombongkan.
agun Id cagar, sandar(an);
mengagunkan mencagarkan, menggadaikan;
agunan cagaran, gadaian, jaminan.
agung I 1. (paling) besar, terutama: balai ~; layar ~; tiang ~; 2. yg
tertinggi: pemerintah ~; 3. teristimewa, terkemuka, terutama:
Allahyarham Tun Abdul Razak seorang pemimpin yg ~;
Allahyarham P. Ramlee seniman ~ Malaysia; tamu ~; 4. yg
terbuka kpd dan utk dihadiri oleh semua ahli (bkn mesyuarat,
persidangan, dsb): persidangan ~ UMNO; mesyuarat ~ Kesatuan
Sekerja DBP;
mengagungkan menjadikan (menganggap dsb) agung,
membesarkan, memuliakan, meninggikan: al-Quran ~ ilmu
pengetahuan dan memuliakan ahli ilmu;
mengagung-agungkan selalu (sering kali) mengagungkan, sangat
mengagungkan;
keagungan kebesaran, kemuliaan, ketinggian: ~ Abdullah sbg
pengarang terletak pd konsepsinya yg moden;
pengagungan perbuatan dsb mengagungkan: antara yg
menghalang perkembangan pesat bahasa Melayu ialah
kekurangan bahan rujukan dlm bahasa itu dan ~ bahasa Inggeris.
41
agung II; teragung, teragung-agung terhantuk (kepala, buah-buahan);
ragung.
agus Id 1. sj gelaran: mas ~; 2. sl bagus, elok, mulia.
agut; mengagut-agut Mn kehabisan nafas (spt ikan yg hampir mati),
mengap-ngap.
agut-agut = burung ~ burung butbut.
ah sr kata utk menyatakan kehairanan (tidak setuju, keluhan, runsing): ~,
itukah yg kaumaksudkan!; ~, seganlah aku!; ~, mengapa budakbudak
itu tidak dapat berfikir!
aha kata seru utk menunjukkan tanda faham, hairan, atau sedar akan
sesuatu: ~, ini ideanya!
ahad I Ar 1. satu, esa: Allahu A~; 2. pertama; hari A~ hari pertama dlm
seminggu selepas hari Sabtu, hari minggu; 3. minggu; se~
seminggu, sejumaat.
ahad II Ar perjanjian;
mengahadkan 1. menikahkan: maka kadi pun tampillah ke
hadapan ~ kedua-duanya; 2. memeterai perjanjian.
ahadiat Ar sl ketunggalan (Tuhan).
ahai sr kata utk menarik perhatian: saya tak senang kalau tak lalu di
muka rumah saudari, ~!
ahem (ahém) sr kata utk menarik perhatian.
ahi ahai.
ahkam Ar (jamak bagi hukum) hukum, undang-undang.
ahlan = ~wasahlan Ar selamat datang.
ahli I 1. anggota (pertubuhan, persatuan, golongan, dll): ~ parti politik; ~
persatuan sejarah; 2. orang yg mahir atau mempunyai
pengetahuan yg mendalam dlm sesuatu bidang, pakar: ~ bahasa; ~
muzik; ~ sains; 3. sangat mahir, pakar: kalau fasal menghias, dia
memang ~;
42
~ bahasa orang yg mahir atau mempunyai ilmu yg mendalam dlm
bidang bahasa; ~ bersekutu anggota (persatuan dll) yg tidak
mempunyai taraf dan hak-hak ahli yg sepenuhnya (mempunyai hak
bersuara dan hak dipilih utk memegang sesuatu jawatan); ~ biasa
anggota (persatuan dll) yg mempunyai taraf dan hak-hak ahli yg
sepenuhnya (mempunyai hak bersuara dan hak dipilih utk
memegang sesuatu jawatan); ~ falak orang yg pakar tentang
cakerawala (banyak tahu tentang kedudukan, pergerakan, dsb
bulan, bintang, dll); ~ falsafah = ~ fikir orang yg mempunyai
kemampuan memikirkan hal-hal yg bijaksana (yg berkaitan dgn
alam, kehidupan, manusia, dll); ~ gusti orang yg pandai dan juga
sering kali bergusti; ~ juri salah seorang drpd sekumpulan orang
yg dipertanggungjawabkan membuat keputusan tentang sesuatu
perkara yg dibicarakan dlm mahkamah; ~ kaji bumi (kaji hayat,
kaji manusia, dll) orang yg pakar tentang kaji bumi (kaji hayat,
kaji manusia, dll); ~ kehormat ahli yg keanggotaannya diberi sbg
suatu kehormatan kerana khidmat atau jasanya (yg tidak dibayar);
~ linguistik orang yg mengkaji atau mengajarkan linguistik; ~
majlis tempatan wakil rakyat yg menjadi anggota majlis yg
mentadbirkan kawasan (daerah) tempatan; ~ parlimen anggota
parlimen (orang yg menduduki kerusi di Parlimen sbg wakil rakyat
di sesuatu kawasan pilihan raya ); ~ sains orang yg arif dlm salah
satu cabang ilmu sains (spt botani) yg terlibat secara langsung dgn
kerja-kerja kajian bidang ini; ~ sukan orang yg berminat dan juga
sering kali mengambil bahagian dlm sukan; ~ terapi orang yg
mahir dlm sesuatu jenis terapi; ~ tetap ahli yg sentiasa atau secara
tetap menjadi anggota sesuatu (spt jawatankuasa dll); ~ tinju orang
yg pandai bertinju dan selalu berlawan tinju;
43
mengahlikan; ~ diri memahirkan diri dlm sesuatu ilmu
pengetahuan (bidang kegiatan, pekerjaan yg dilakukan, dll),
berusaha atau bergiat agar menjadi ahli: mula-mula ia ~ dirinya
dlm ilmu fikah;
keahlian 1. kemahiran dlm sesuatu ilmu (kepandaian, pekerjaan,
dll): penterjemah yg baik memerlukan ~ seorang pengarang; 2.
perihal menjadi ahli, kedudukan (hak) sbg ahli, keanggotaan: ~nya
dlm kelab ini telah dibatalkan;
berkeahlian mempunyai keahlian: mereka yg ~ dlm ilmu sains
moden.
ahli II, ahlil, ahlu, ahlul kaum, orangnya (terutama dlm rangkaian kata
Arab); ~ bait isi rumah; ~ kitab kaum yg berkitab suci (orang atau
kaum yg mengikuti ajaran agama yg terkandung di dlm kitab-kitab
Injil, Taurat, dan Zabur); ~ kubur orang-orang yg telah meninggal
dunia; ~ nujum orang yg pandai meramalkan sesuatu (dgn melihat
bintang, tapak tangan, dll); ~ suluk orang yg faham atau melakukan
suluk; ~ sunah (waljamaah) kaum Islam yg menurut ajaran hadis
Nabi Muhammad SAW.
ahmak Ar bodoh, dungu: orang yg ~; fikiran yg ~.
ahmar Ar merah.
aho sr kata utk menyatakan hairan (terkejut).
ahram Ar (majmuk drpd haram) piramid: kita teringat kpd ~-~ yg
didirikan oleh Firaun.
ai I sr kata utk menyatakan kehairanan: ~, sudah lama di sini!
ai II ia, setuju: siapa yg bersetuju akan usul itu berkata ~.
AI kep artificial intelligence (kecerdasan buatan).
aib 1. rasa hina atau malu akibat perbuatan keji dsb oleh seseorang
anggota keluarga dsb, cela, nama buruk, penghinaan; memberi ~
memberi malu, mencela (nama baik keluarga dsb); menaruh ~
44
berasa malu; 2. cacat, salah: tiap-tiap benda yg murah tidak dapat
tidak ada ~nya;
mengaibkan 1. memberi aib, mencela, mencerca: ia selalu ~
jirannya; perbuatan yg ~; 2. menghina, menodai (nama baik),
memberi malu: kadi memberitahu perempuan-perempuan jalang
itu bahawa mereka telah ~ agama Islam;
keaiban cela, kecelaan, noda (nama buruk), perasaan malu: hal itu
merupakan suatu ~.
Aidiladha = Hari Raya ~ hari besar bagi umat Islam yg dirayakan pd 10
Zulhijah setiap tahun Hijrah, Hari Raya Haji, Hari Raya Korban.
Aidilfitri = Hari Raya ~ hari besar bagi umat Islam yg dirayakan pd 1
Syawal setiap tahun Hijrah (setelah berakhir puasa selama
sebulan), Hari Raya Puasa.
AIDS akronim bagi acquired immune deficiency syndrome (sindrom
kurang daya tahan penyakit) iaitu penyakit atau keadaan yg
dianggap disebabkan oleh sejenis virus yg menjadikan sel-sel putih
dlm tubuh seseorang itu tidak lagi berupaya melindunginya drpd
serangan penyakit.
aikido sj seni mempertahankan diri (dlm masyarakat Jepun).
aileron (Kej) bahagian sayap kapal terbang yg berengsel yg gunanya utk
mengimbangi dan mengawal kapal terbang semasa penerbangan.
ain I 1. huruf ke-18 abjad Arab (mempunyai nilai 70); 2. huruf ke-19
abjad Jawi.
ain II Ar 1. mata, mata air; 2. inti, penting, sejati.
ain-al-banat, ainulbanat Ar sl sj kain yg elok.
air I 1. cecair yg terbentuk drpd dua bahagian hidrogen dan satu
bahagian oksigen (dlm keadaan yg murni tidak mempunyai warna,
bau atau rasa); 2. kumpulan cecair (spt yg terdapat di dlm sungai,
tasik, laut, dsb): banjir berlaku apabila ~ sungai melimpahi
45
tebingnya; 3. cecair yg terdapat dlm buah-buahan, perahan, jus: ~
tebu; ~ limau; 4. = batang ~ sungai; ke batang ~ ke sungai; anak ~
anak sungai; 5. minuman: ~ teh; ~ kopi; 6. cecair yg rupanya spt
air; 7. campuran air atau sesuatu cecair dgn bahan(-bahan) lain;
~ abu air yg mengandungi zat drpd abu; ~ alas air masin (di muara
sungai); ~ ampuh air bah; ~ anggur minuman yg dibuat drpd buah
anggur; ~ api = ~ keras asid; ~ atar sj minyak wangi; ~ bah banjir;
~ bakat = ~ berolak pusaran air; ~ batu = ~ beku ais; ~ batu
campur sj minuman sejuk yg dibuat drpd air batu kisar yg dibubuh
kacang merah, jagung, cincau, gula melaka cair, sirap, susu cair,
dll;~ batu kering karbon dioksida yg disejukkan dan merupakan
ketul-ketul; ~ belanda = ~ soda air yg bercampur dgn karbon
dioksida; ~ berat (Kim) molekul air yg terdiri drpd dua atom
deuterium dan satu atom oksigen;~ besar bh najis, tahi; ~ buah air
perahan buah-buahan, jus; ~ bujang minuman spt teh, kopi dsb yg
dihidangkan kpd tetamu tanpa kuih, biskut dsb; ~ dakelom = ~
dakelong = ~ kolong = ~ kelonyor sj minyak wangi (eau-decologne);
~ emas a) lapis emas, dakwat emas; b) benang emas; ~
galian air mineral; ~ gula air yg dibuat terlalu manis dgn gula; ~
hempedu air yg dikeluarkan oleh hempedu; ~ hidung hingus; ~
hidup maulhayat; ~ kandang Id air dr kotoran kandang; ~ kapur
larutan akueus kalsium hidroksida; ~ kecil = ~ kemih air kencing; ~
kelonyor = ~ kolong air dakelom; ~ kosong air minuman yg tidak
dibubuhi apa-apa pun spt teh, kopi, gula dsb; ~ kumbahan air
basuhan; ~ lata = ~ terjun air yg jatuh (di lereng gunung dll); ~
lembut (Kim) air yg tidak mengandungi garam kalsium dan garam
magnesium dan mudah mengeluarkan buih apabila bercampur dgn
sabun; ~ lemoned sj minuman (biasanya dlm botol); ~ liat (Kim)
air yg mengandungi garam kalsium dan garam magnesium dan
46
tidak mudah mengeluarkan buih apabila bercampur dgn sabun; ~
liat kekal (Kim) air yg kandungan garamnya tidak hilang apabila
dididihkan; ~ liat sementara (Kim) air yg kandungan garamnya
hilang apabila dididihkan; ~ limun Id air lemoned; ~ liur air yg
keluar di dlm mulut; ~ mandi a) air utk mandi; b) sesuatu yg sudah
menjadi kebiasaan; ~ mani air dan benih yg keluar ketika
bersetubuh atau ketika syahwat memuncak; ~ marga jiwa = ~
merta jiwa = ~ utama jiwa = ~ maulhayat air yg memberi hidup
(dlm cerita dahulukala); ~ mata air yg keluar dr mata (apabila
menangis dll); ~ mata air air yg keluar dr punca air dlm tanah; ~
mati a) limbahan di pantai yg airnya tidak mengalir; b) surut
timpas; c) air yg sudah dimasak dan sudah sejuk; ~ mawar air yg
harum baunya (dibuat drpd bunga mawar); ~ (me)lata air terjun yg
kecil; ~ mentah air yg belum ditapis (dibubuhi klorin dsb) hingga
layak digunakan oleh manusia; ~ mineral air semula jadi yg
mengandungi garam galian atau gas terlarut dan berkhasiat sbg air
minuman; ~ minum air utk diminum; ~ muka a) permukaan air; b)
rupa muka (yg membayangkan sesuatu perasaan); c) ki maruah,
harga diri;~ mukjizat air yg mempunyai sesuatu hikmat atau
kelebihan; ~ paip air yg telah dirawat bersih dan disalurkan ke
rumah-rumah dsb dgn menggunakan paip; ~ pancur Kd air paip; ~
pankreas cecair yg dikeluarkan oleh pankreas, jus pankreas; ~
pasang air naik (paras air laut yg naik); ~ pasang keling air pasang
besar; ~ payau air yg kandungan garamnya lebih rendah drpd air
laut, tetapi lebih tinggi drpd air tawar (terutama air di sekitar
muara); ~ penghabluran (Kim) air yg wujud dlm sebatian
berhablur dlm perkadaran tertentu, mis 5 molekul air dlm
kuprum(II) sulfat pentahidrat, CuSO4.5H2O; ~ perak dakwat perak;
~ perut cecair yg dikeluarkan oleh perut; ~ pokok (tanaman) cecair
47
yg terdapat dlm pokok; ~ raksa sj logam cair yg rupanya spt timah
(digunakan dlm termometer dll), merkuri; ~ sebak air bah; ~
sembahyang a) air yg boleh digunakan utk bersuci jika hendak
bersembahyang; b) keadaan sudah bersuci tubuh utk
bersembahyang; ~ sembilan air utk memandikan mayat; ~ seni bh
air kencing; ~ serani air permandian (baptis) orang Kristian; ~
setaman air yg dibubuhi bunga-bungaan (utk menujuh bulan dll); ~
suci Id (Katolik) air yg sudah disucikan (diberi berkat); ~ suling air
yg (sudah) disuling (dijadikan wap dan disejukkan kembali); ~
surut air turun (lwn air pasang), paras air laut yg turun; ~ susu air
yg keluar dr susu (tetek) manusia dan haiwan; ~ talkin air yg
disiram ke atas kubur (orang yg baru sahaja dikebumikan) sebaik
sahaja talkin selesai dibacakan; ~ tanah air yg terbit dr tanah; ~
tawar air biasa (bukan air masin dll); ~ tepung tawar air yg telah
dimanterai (utk ubat dll); ~ terjun air yg jatuh ke bawah (di lereng
gunung dll), air lata; ~ tetuban = ~ tuban air yg keluar mendahului
bayi lahir; ~ timah lapis timah; ~ timpas air surut yg serendahrendahnya;
~ tolak bala air utk menjauhkan penyakit dll; ~ tulen
air yg bebas drpd bahan terlarut atau terampai; ~ wangi air yg
berbau harum; ~ wuduk air sembahyang; ~ Yasin air yg sudah
dibacakan surah Yasin; ~ zamzam air dr telaga zamzam di Mekah;
berhabis ~ Id terlalu lama bermesyuarat atau bercakap-cakap; telah
jadi ~ habis (wang, modal, dll);
~ beriak tanda tak dalam prb orang yg sombong (besar cakapnya
tetapi tidak berisi atau kurang ilmunya); ~ besar batu bersibak prb
perselisihan yg besar akan mencerai-beraikan orang yg bersahabat
atau bersaudara; ~ cucuran atap jatuhnya ke pelimbahan juga = ~
di tulang bumbungan turunnya ke cucuran atap prb anak itu
menurut sifat dan teladan orang tuanya (sesuatu itu menurut
48
asalnya); ~ dalam berenang (berkumbah), ~ dengkat bercebok prb
perbelanjaan itu harus dipadankan mengikut banyak sedikitnya
pendapatan; ~ dicincang tiada putus = ~ ditetak tiada akan putus
prb kerana perbalahan orang yg sekaum atau bersaudara tiada akan
cerai-berai; ~ diminum rasa duri, nasi dimakan rasa sekam = ~
diminum sembiluan prb dikatakan bkn orang yg dlm kesusahan
(dukacita) sehingga tidak sedap makan dan minum; ~ mata jatuh
ke perut prb berdukacita dgn tiada ketara; ~ mudik sungai semua
teluk diranai prb orang yg boros tiada memilih barang, mana yg
melintas dibelinya; ~ pun ada pasang surut prb untung malang
tiada tetap, selalu berganti-ganti; ~ sama ~, sampah ke tepi jua prb
jika kita mencampuri pergaduhan orang yg bersanak saudara,
apabila mereka berbaik balik, kita juga yg tersisih dr mereka; ~
setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan prb membesarbesarkan
perkara yg kecil; ~ tenang jangan disangka tiada buaya
prb orang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut; ~ tenang
menghanyutkan prb orang yg pendiam dapat melakukan pekerjaan
yg payah-payah; ~ yg dingin juga yg dapat memadami api prb kata
yg lemah lembut juga yg dapat mendinginkan hati orang yg sedang
marah (dapat menghilangkan dendam); ada ~ adalah ikan prb
barang di mana kita tinggal ada juga rezeki (setiap negeri ada adat
resamnya sendiri); adakah dr telaga yg jernih mengalir ~ yg keruh
prb adakah di mulut orang baik-baik keluar perkataan yg keji;
bagai ~ di daun keladi prb a) tiada lekat pengajaran; b) tiada tetap
hatinya (pendiriannya); bagai ~ titik ke batu prb amat sukar hendak
memasukkan pengajaran yg baik kpd orang jahat dan degil; bagai
membendarkan ~ ke bukit prb pekerjaan yg sia-sia; bagai
menampung ~ dgn limas pesuk prb pengajaran yg lekas sekali
dilupakan (orang yg dipercayai menyimpan wang tetapi
49
memboroskan wang itu); bagai minum ~ bercacing prb hal orang
yg enggan disuruh mengerjakan sesuatu pekerjaan; bakarlah ~
ambil abunya prb benda yg mustahil boleh diperoleh; bermain ~
basah, bermain api letup prb setiap pekerjaan ada akibatnya;
buang ~ keruh, ambil ~ jernih prb memulai penghidupan baru;
bukan ~ muara yg ditimba, sudah disauk dr hulunya prb bukan
khabar angin, tetapi didapati dr pangkalnya (sumbernya) yg benar;
dimandikan dgn ~ segeluk prb diberi pertolongan yg tiada bererti;
menepuk ~ di dulang prb menceritakan aib sendiri atau aib kaum
keluarga; mengadu ~ dgn garam prb kasih yg sia-sia (tidak
sempurna); merajukkan ~ di ruang (hendak karam ditimba juga)
prb marah yg tiada sampai, apabila perlu ditolong juga; sekali ~
bah, sekali pasir berubah, sekali ~ gedang (besar), sekali tepian
beranjak prb lain kepala (ketua) lain kemahuannya; selama ~ hilir,
selama gagak hitam prb tetap selama-lamanya; spt ~ dlm kolam
(terenang) prb dikatakan kpd orang yg tenang sikap dan tingkah
lakunya; tak ~ hujan ditampung, tak ~ peluh diurut, tak ~ talang
dipancung prb segala daya upaya dilakukan asal maksud tercapai;
terbit ~ kerana dipercik, terbit minyak kerana dikempa prb mahu
melakukan sesuatu kerana dipaksa; terseberang pd ~ besar prb
terpelihara drpd bahaya besar; umpama ~ digenggam tak tiris prb
perihal orang yg kikir;
berair 1. mengandungi air (bkn kolam, sungai, buah-buahan, dll);
2. mengeluarkan air atau cecair;
mengair 1. menjadi air; 2. menjadi spt air (rata, jernih);
mengairi 1. memberi (menyalurkan, membekalkan) air ke (sawah
dll), menggenangi (sawah dll); ~ sawah orang prb menguntungkan
orang lain; 2. bp memberi minum;
50
keairan 1. basah, tergenang (digenangi) air; 2. bocor (dimasuki
air); 3. sl kena luka;
perairan 1. laut yg termasuk dlm (diiktiraf sbg sebahagian drpd)
kawasan atau wilayah sesebuah negara: kapal penyeludup itu
tertangkap di ~ Malaysia; 2. Id urusan mengenai persediaan air;
pengairan perihal (usaha dsb) mengairi (kawasan pertanian);
sepengairan yg mendapat air dr satu sungai: kawasan atau daerah
~.
air II; ~ anjing sj tumbuhan (pokok), menserah putih, Homalium
caryophyllaceum.
ais air yg dibekukan, air batu; ~ kering sj bahan pendingin makanan yg
dibuat dgn menyejatkan karbon dioksida cecair dgn cepat.
aisberg (Geog) bongkah ais yg sangat besar yg hanyut terapung-apung di
dlm laut.
aising campuran gula dgn mentega serta putih telur dll, yg digunakan utk
menghiasi atau menyalut kuih (utk menyedapkan lagi rasanya);
beraising dibubuhi aising, bersalut dgn aising;
mengaising membubuh (menyalut, menghias, dsb dgn) aising (pd
kek dsb);
pengaisingan perihal mengaising (kek dsb).
aiskrim sj penganan manis yg sejuk (dibuat drpd campuran berbagaibagai
bahan dan dibekukan).
aiwan (Parsi) sl balai tempat menghadap.
aiya bp kata utk menyatakan rasa tidak setuju, keberatan, dsb.
aja I bp kep sahaja: dia gila joget ~.
aja II sebutan bagi puteri bangsawan (Deli).
ajab Ar sl hairan.
ajahan; ikan ~ sj ikan; jahan.
51
ajaib 1. sangat menghairankan, aneh, ganjil, pelik (luar biasa atau jarang
terdapat dsb): suatu kejadian yg sungguh ~; barang-barang ~; 2. sl
sesuatu yg menghairankan, sesuatu yg aneh (luar biasa); ~-khanah
muzium;
mengajaibkan 1. menimbulkan rasa hairan, menghairankan,
menakjubkan: kejadian itu sungguh ~; 2. menganggap
(memandang sbg) ajaib: tak guna ~ kuasa Tuhan;
keajaiban 1. sifat (keadaan dsb) ajaib, keganjilan, keanehan,
keluarbiasaan; 2. sesuatu yg ajaib (menakjubkan), kejadian dll yg
pelik (aneh dsb), keanehan, keganjilan: saya menyaksikan
bermacam-macam ~ yg belum pernah saya lihat.
ajak I; mengajak 1. menjemput (mempelawa dsb) seseorang dll supaya
turut pergi atau datang ke sesuatu tempat (menghadiri sesuatu dsb)
atau turut melakukan sesuatu, menjemput, menyarankan kpd (utk
berbuat sesuatu), menganjurkan, menjemput (makan dsb):
Malaysia telah ~ Filipina berunding mengenai Sabah; ia ~
isterinya berpindah ke Brunei; Hasnah ~ saya ke majlis hari
jadinya; dia ~ kami makan; 2. membangkitkan hati (utk
melakukan sesuatu), mencabar (utk): ~ berdebat; ~ bertumbuk;
ajakan pelawaan atau jemputan utk turut serta melakukan sesuatu
(pergi atau datang ke sesuatu tempat dll), saranan, pelawaan (baik
berupa jemputan atau cabaran);
pengajak orang yg mengajak, pendorong, perangsang.
ajak II Mn sama dgn, seakan-akan, seperti;
mengajakkan 1. menyifatkan (memandang) spt; 2. menunjukkan
(menggayakan) cara membuat atau melakukan sesuatu.
ajal batas hidup yg telah ditentukan oleh Tuhan, saat atau ketika mati,
janji (akan mati): sebelum ~ berpantang mati; sudah sampai ~nya
52
sudah sampai ketikanya ia mati; menemui ~ mati; menghadapi ~
menghadapi saat-saat akan mati.
Ajam Ar sl orang Islam yg bukan bangsa Arab, mis orang Islam di Iran,
Turki.
Ajami Ar sl berkaitan dgn Ajam.
ajan Mn; mengajan; ~ anak meneran kuat-kuat supaya anak lahir; tuah
diajan tahi yg keluar prb kalau kemuliaan terlalu dicari-cari, nama
buruk yg diperoleh; ejan I, rejan I.
ajar; tunjuk ~ petunjuk supaya diketahui (diikut dll) sbg bimbingan atau
panduan utk melakukan sesuatu: itulah hasil drpd tunjuk ~ cikgu
dahulu;
berajar (telah) diajar (dididik) dgn budi bahasa (cara-cara
kesopanan dsb), berpendidikan, beradat: budak-budak itu tidak ~;
belajar berusaha utk memperoleh ilmu pengetahuan (sesuatu
kepandaian dll), menuntut ilmu pengetahuan dll, menjalani latihan,
dsb: ~ bahasa Inggeris; ~ cara-cara berniaga; ~ bertukang;
mengajar 1. menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dsb)
kpd orang lain, mendidik, melatih, memberikan petunjuk-petunjuk
kpd: ~ orang menggunakan senjata; 2. membaiki kelakuan dgn
memberi nasihat dsb, mendidik: ia ~ anaknya supaya jangan
nakal; 3. membuat seseorang melakukan atau tidak melakukan
sesuatu berdasarkan pengalaman dsb yg telah diperolehnya: musim
kemarau ini akan ~ kita supaya tidak menggunakan air dgn
membazir; kesulitan hidup ~ orang lebih berusaha; 4. memarahi
(memukul seseorang) supaya jera (tidak melakukan lagi sesuatu);
itik diajar berenang = tak usahlah diajar anak buaya berenang, ia
sudah pandai prb mengajar orang yg lebih banyak pengalaman;
mengajari mengajar seseorang (sesuatu ilmu pengetahuan,
kemahiran, dsb), melatih (seseorang): anak-anak yg masih kecil
53
janganlah diajari bersolek; guru yg ~ murid-murid darjah 5 ilmu
alam dan sejarah;
mengajarkan mengajar sesuatu (kpd seseorang dll), memberi
sesuatu pelajaran (ilmu pengetahuan, kemahiran, dsb): siapa ~
hitungan yg sesulit ini; ia ~ cara-cara mengendalikan mesin
tersebut kpd pekerja-pekerja baru; guru yg ~ sesuatu mata
pelajaran;
ajaran 1. segala sesuatu yg diajarkan, nasihat, petunjuk:
mempercayai keramat adalah bertentangan dgn ~ agama; tidak
melupakan ~ guru; ~ sesat ajaran yg terpesong drpd akidah atau
syariat agama Islam; 2. teori, mazhab: ~ Darwin; ~ Imam Shafie;
3. hukuman (pukulan dll) utk menjerakan: sudah beberapa kali ia
diberi ~ oleh pemuda-pemuda sekampungnya;
pengajaran 1. perihal mengajar, segala sesuatu yg berkaitan dgn
mengajar (spt cara atau sistem mengajar, aspek yg dipentingkan,
dll): ~ bahasa Malaysia di sekolah-sekolah masih menghadapi
beberapa kesulitan; 2. segala sesuatu (cara, perbuatan, dll) yg
diajarkan, ajaran: diperbuatlah oleh gergasi kedua seperti ~ Pak
Pandir; 3. peringatan, pedoman: pengalaman ini akan menjadi ~
bagi saya; supaya mereka dapat mengambil ~ drpd tanda-tanda
kebesaran-Nya;
pelajaran 1. segala sesuatu yg dipelajari atau diajarkan, ilmu
pengetahuan (yg diperoleh): mereka diseru supaya menggunakan ~
yg ada pd mereka utk faedah masyarakat; 2. proses (usaha,
kegiatan) belajar atau mencari ilmu pengetahuan, pengajian,
penuntutan (ilmu pengetahuan): beberapa orang pelajar dr
sekolah tersebut akan melanjutkan ~ mereka di luar negeri; 3. yg
berkaitan dgn pengajaran ilmu pengetahuan: masalah ~;
54
~ dewasa pelajaran bagi orang dewasa (yg tidak bersekolah
sebelumnya); ~ percuma pelajaran yg tidak dikenakan bayaran
(kpd pelajar); ~ sekular pelajaran yg berkaitan dgn ilmu
pengetahuan keduniaan (tidak berkaitan erat dgn bidang
keagamaan atau kerohanian), pendidikan duniawi: perkembangan
sistem ~ sekular menyebabkan berlakunya proses sosialisasi;
berpelajaran mempunyai pelajaran, berpendidikan: ceramah itu
bukanlah bagi orang ~ sahaja, tetapi terbuka juga kpd para
peminat;
pembelajaran proses (kegiatan) belajar;
pengajar 1. ajaran: tidak mendapat petunjuk dan ~; 2. orang yg
mengajar (spt guru, pensyarah, dsb): pd masa ini, sangat
kekurangan tenaga ~;
pelajar orang yg belajar (spt murid sekolah, penuntut di maktab,
dsb), orang yg mengaji (menyelidiki ilmu): ~ sekolah menengah; ~
universiti;
mempelajari belajar utk mengetahui sesuatu dgn mendalam: kami
telah ~ cara-cara pemberitaan akhbar itu; ~ ilmu sains;
terpelajar telah mendapat pelajaran, berpelajaran (tinggi),
berpendidikan (tinggi); kaum (golongan) ~ orang cerdik pandai;
pemelajaran proses mempelajari: taraf penguasaan bahasa
Inggeris begitu tinggi tetapi ~nya terhad kpd mereka yg
menghadiri sekolah aliran Inggeris.
ajar-ajar sl pertapa, pendeta.
aje bp sahaja: fikirnya, dia ~ yg betul; kau ~ yg pergi.
ajeh (Rompin, Endau) saya, aku.
ajek (ajék) Mn wajik.
ajeng Jw gelaran bagi puteri bangsawan yg belum berkahwin.
ajengan (Sunda) ark orang terkemuka (terutama guru agama Islam), kiai.
55
aji I Jw sl raja, ratu: sang ~; kakang ~ panggilan permaisuri kpd raja; ~
mahkota raja yg merdeka.
aji II Jw harga, nilai.
aji III Jw hikmat, mantera (yg menyebabkan sakit dll).
aji IV Tr, Kl permainan dam: lepas main ~, kamu kena beli keropok
lekor.
aji-aji sj ikan laut, Seriolina nigrafasciata.
ajir Ar orang upahan, buruh.
ajnabi Ar lelaki (bukan saudara dekat) yg sah dikahwinkan dgn
seseorang perempuan.
ajnas Ar (jamak bagi jenis) macam-macam.
ajrih Jw hormat, (rasa) segan: kota kecil itu dipandang dgn penuh ~.
aju; mengajukan 1. mengemukakan (usul, permintaan, sanggahan, dll),
memajukan: dia ~ pertanyaan itu dgn kata-kata yg manis; 2.
membawa ke hadapan (pasukan dll), memajukan: ~ pasukan
cadangan;
ajuan sesuatu yg diajukan, anjuran, syor, usul, cadangan;
pengajuan perihal (perbuatan) mengajukan: ini hanya mungkin
diterima dgn baik melalui ~ istilah yg betul dan tepat; maju.
ajuk I; mengajuk memperolok-olok atau mengejek (dgn meniru cakap
atau tingkah laku seseorang): ia menjerit-jerit menurut caranya
sendiri yg tidak dapat diajuk orang; tidak baik ~ orang tempang
berjalan;
ajukan perihal mengajuk, ejekan.
ajuk II; mengajuk 1. menduga (dalamnya laut dll): dalam laut boleh
diajuk, dalam hati siapa tahu; 2. menguji utk mengetahui isi hati
(perasaan, fikiran): dlm mengkaji inilah terkeluar kata-kata ~,
duga-menduga;
ajukan dugaan, ujian, terkaan;
56
keajukan diketahui dalam (isi hati, perasaan); dalam sudah ~,
dangkal sudah keseberangan prb telah diketahui benar isi hatinya.
ajun I = terajun menyimpang (dr sasaran), sipi, terlambat (dr jadual
dsb): pekerjaan mereka sangat ~.
ajun II Mn; mengajun bercadang, bermaksud;
belum diajun telah bertarung prb belum dimulai sudah mendapat
rintangan; muda diajun, kikir diperbuat prb disebut bkn orang yg
mahu bersuka-suka, tetapi tidak mahu merugi utk bersuka-suka itu.
ajung I jong, perahu Cina;
bak ~ berat sebelah prb dikatakan terhadap pertimbangan atau
keputusan yg tidak adil; dr ~ turun ke sampan prb mundur dlm
kedudukan.
ajung II IB pembantu: ~ inspektor.
ajutan pegawai tentera yg menolong panglima atau ketua angkatan
tentera dlm urusan-urusan pentadbiran.
a/k kep anak kpd: Ive ~ Rini.
ak kep anak: Abon ~ Jatim.
akad Ar janji, perjanjian; ~ jual beli perjanjian jual beli;
berakad mengikat perjanjian.
akademi 1. sekolah tinggi (pusat pengajian) yg mengajarkan sesuatu
pengetahuan (keahlian dsb); 2. persatuan atau yayasan (utk
memajukan ilmu pengetahuan, kesusasteraan, dll).
akademia (akadémia) dunia atau kehidupan akademik: malanglah
andainya para ilmuan kita sampai kehilangan khalayak kerana
terlalu asyik menyendiri di dunia ~ menara gading mereka.
akademik (akadémik) 1. mengenai atau berkaitan dgn akademi (pusat
pengajian tinggi); 2. bersifat atau mengandungi ilmu pengetahuan
(yg tinggi atau mendalam): anak muda itu memulakan
penganalisaan yg ~.
57
akademikus (akadémikus) IB orang yg berpendidikan dr pusat pengajian
tinggi (lepasan universiti dsb).
akademis (akadémis) IB akademik: soal-soal ~; perbincangan ~.
akad nikah perjanjian dlm perkahwinan;
mengakadnikahkan mengijabkabulkan, menikahkan: puteri itu
telah diakadnikahkan baginda dgn anakanda baginda.
akah (Pattani) sj penyu.
akaid Ar (jamak bagi akidah) rukun agama yg menjadi asas kpd
keimanan yg diyakini; ilmu ~ pengetahuan tentang ajaran
(kepercayaan).
akak bp kakak: tentu ~ sudah cukup mengkaji buruk baiknya.
akal 1. budi, fikiran: ceritanya termakan oleh ~; 2. daya upaya, ikhtiar;
menjalankan bermacam-macam ~ menjalankan bermacam-macam
ikhtiar; 3. muslihat, tipu daya: itu ~nya sahaja;
~ budi fikiran yg sihat; ~ bulus = ~ kancil = ~ ubi tipu muslihat yg
licin; ~ dua jengkal berasa diri sama dgn orang lain;~ geladak tipu
muslihat yg jahat; ~ melintas fikiran yg mendatang; ~ sari sl satu
hari nanti; ~ sejengkal berasa diri lebih drpd orang lain; ~ tiga
jengkal berasa diri kurang drpd orang lain;
~ akar berpulas tak patah prb orang yg pintar tidak mudah kalah
dlm bersoal jawab; ~ tak sekali datang, runding tak sekali tiba prb
tidak ada usaha yg serta-merta jadi sempurna; ilmu dan ~ dihalaibalaikan
itulah tanda orang yg lalai prb janganlah lengah
menyelidiki ilmu-ilmu dan menambah pengetahuan; lubuk ~ tepian
ilmu prb dikatakan kpd orang yg pandai;
akal-akal pura-pura, dibuat-buat: dia tu demam ~ sahaja, dia tidak
hendak pergi ke sekolah;
seakal; ~-akal = ~ budi = sebudi ~ sekuat-kuatnya, dgn segenap
tenaga dan fikiran;
58
berakal mempunyai akal (fikiran), cerdik (dapat berfikir), pandai
mencari akal (ikhtiar): manusia ialah makhluk yg ~;
mengakali 1. mencari akal (ikhtiar) utk melakukan sesuatu:
diakalinya agar dapat mengahwini puteri itu; 2. menipu,
memperdaya: tidak baik ~ cikgu;
mengakalkan mencarikan ikhtiar (daya upaya);
terakalkan dapat difikirkan oleh akal: apakah yg diliputi dan yg
~?
akan 1. bagi, buat, pada, untuk: beli buku ~ daku; 2. utk menyatakan
sesuatu kemungkinan (hendak terjadi sesuatu), utk menyatakan
jangkaan tentang sesuatu (kejadian, perlakuan, perkembangan, dll),
dijangkakan: Perdana Menteri ~ tiba pd pukul 10.00 pagi;
penyakit itu ~ merebak jika penduduk-penduduk di daerah itu tidak
disuntik segera; hari ~ hujan; 3. kata sendi yg menghubungkan
kata kerja tak transitif dgn frasa nama (kadang-kadang
dipendekkan menjadi kan): lupa ~ orang tua; tidak sedar ~
dirinya; 4. adapun, perihal, mengenai, tentang: ~ sekarang anak
kita pun sudah besarlah; ~ harta peninggalan ayahnya itu ...;
akan-akan mirip benar, hampir ada persamaan (pd rupa, sifat, dll):
wajahnya ~ wajah arwah datuk saya; barangkali dia bukan anak
raja, tidak ada ~ langsung dgn Seri Negeri;
seakan-akan sama benar, seolah-olah, seperti: pemilihan
pengerusi itu ~ pemilihan presiden suatu negara;
mengakan ark bermaksud (hendak), mengarah: ~ utk mencapai
sesuatu tujuan;
mengakankan ark memisalkan, mengumpamakan;
keakanan waktu yg akan datang.
akang kakang, abang, kakak.
59
akantus sj tumbuhan herba atau renek drpd genus Acanthus yg banyak
dijadikan tanaman hiasan, daunnya besar berduri dan bunganya
berwarna putih atau keungu-unguan.
akapnia (Ubat) kekurangan karbon dioksida di dlm darah atau tisu
badan.
akar I 1. bahagian tumbuh-tumbuhan yg lazimnya tumbuh ke dlm tanah;
jenis-jenis akar: ~ bergugus, ~ bongsu, ~ luar biasa, ~ menengah,
~ serabut, ~ sulung, ~ tunjang; 2. asal usul, asal keturunan: saya
sedar akan ~ diri saya sbg seorang Filipina; 3. Id = ~ kata inti
kata yg menjadi pangkal erti beberapa kata: kata majmuk terdiri
drpd dua atau lebih ~ kata; 4. Id = ~ bilangan bilangan yg
diperoleh drpd huraian bilangan lain dgn kuasa tertentu; mis 4 =
2; 3 125 = 5; 5243 = 3;
~ banir akar yg tumbuh (terdapat) di atas permukaan tanah (spt
akar pokok bakau); ~ gantung akar yg bergantung (spt akar pokok
beringin); ~ jangkang akar yg menyokong jenis-jenis pokok (spt
pokok bakau) yg tumbuh di kawasan berpaya; ~ larat akar yg
tampak di atas tanah (spt akar pokok bakau); ~ rambut bahagian yg
halus-halus pd akar atau hujung akar; ~ serabut akar yg beramburambu
atau bercabang kecil-kecil (spt akar pokok buluh); ~ sokong
akar yg tumbuh pd buku yg hampir dgn tanah atau yg tumbuh pd
dahan, dan fungsinya menyokong pokok (spt akar pokok ara); ~
tunjang akar pd pokok-pokok tertentu yg tumbuh lurus ke bawah
ke dlm tanah (utk menegapkan pokok dll); ~ udara akar yg tumbuh
di atas permukaan tanah atau yg terdedah di udara (spt akar
anggerik); ~ umbi a) akar tunjang; b) keseluruhan asas (sesuatu) yg
kukuh: saya membezakan antara landasan dgn warisan atau ~
umbi kebudayaan Melayu; membongkar dan mencabut keburukan
60
dgn ~ umbinya sekali; c) golongan biasa atau bawahan yg
merupakan teras kpd sesebuah gerakan atau pertubuhan politik;
~ terjumbai tempat siamang berpegang (bergantung) prb drpd
perkataannya dapat diketahui kesalahan seseorang; bergantung pd
~ lapuk prb mengharapkan pertolongan pd orang yg lemah; jikalau
sepohon kayu banyak ~nya lagi teguh, apakah ditakutkan ribut prb
orang yg banyak berjasa tidak perlu takut akan orang lain; kalau
pandai mencencang ~ mati lalu ke pucuknya prb kalau pandai, dgn
satu tindakan sahaja dapat mengalahkan semua orang lain; tiada
rotan ~ pun berguna prb sementara belum ada yg lebih baik
bolehlah dipakai yg ada dahulu;
berakar 1. mempunyai akar, (sudah) tumbuh akarnya: benih itu
sudah ~; 2. = berurat ~ = ~ umbi telah mendalam benar, sudah
berpegang teguh-teguh, sukar hilang (luput): pendapat yg demikian
sudah ~ dlm dirinya; 3. = berurat ~ sudah beranak cucu (menetap
dll): ia sudah ~ di Singapura; 4. = ~ umbi bertapak atau berasas
kpd (sesuatu) dan seterusnya menjadi kukuh dan berkembang:
teori beliau mengatakan bahawa sastera Melayu adalah ~ pd
tradisi peribumi;
berakarkan mempunyai sesuatu sbg akar atau asal usul,
bertunjangkan, berteraskan: baginya amalan yg ~ animisme itu
perlu dikikis;
mengakar (menjadi) mendalam atau teguh (bkn pendirian,
pegangan, dll): kecenderungan ini semakin ~ dlm masyarakat.
akar II; ~ asam riang sj tumbuhan (pokok memanjat), akar iangiang,
akar kerayung, Vitis hastata; ~ gasing putih sj tumbuhan (pokok
memanjat), gasing-gasing, Pericamphylus glaucus (incanus); ~
sekentut sj tumbuhan (pokok memanjat), daun kentut-kentut,
kesimbukan, Paederia foetida.
61
Akar III Agar II.
akarat Ar tanah yg dimiliki.
akas I pantas, cekatan, pandai, tangkas: ~ bernyanyi; ~ menari.
akas II (Sanskrit) angkasa.
akas III Ar kebalikan, lawannya; balik ~ a) terbalik; b) Kd hidup
kembali.
akasa angkasa.
akasia sj pokok renek yg mempunyai bunga kecil berwarna kuning atau
putih, biasanya terdapat di negara beriklim panas.
akaun 1. rakaman berupa catatan atau keterangan ringkas mengenai
urusan yg melibatkan pembayaran (penerimaan dsb) wang,
rakaman perbelanjaan (penerimaan dsb) wang pd ruang debit dan
kredit buku kira-kira; 2. penyata (keterangan ringkas) mengenai
hasil segala urusan (syarikat perniagaan dll) yg melibatkan
pembayaran atau penerimaan wang; 3. simpanan wang di bank dan
rakaman yg berkaitan dengannya;
~ bank akaun yg dibuka oleh individu atau institusi bagi tujuan
urus niaga kewangan yg menggunakan perkhidmatan sesebuah
bank; ~ beku akaun yg urus niaganya dihentikan berikutan perintah
mahkamah atau kematian pemegang akaun yg berkenaan; ~
bersama akaun bank utk sekurang-kurangnya dua penama dgn
masing-masing berhak mengeluarkan simpanan drpd akaun itu; ~
lapuk akaun pinjaman yg tidak dibayar dan kemungkinan utk
mendapatkan kembali bayarannya amat tipis sehingga akaun
pinjaman tersebut terpaksa dihapus kira; ~ luput akaun yg tempoh
matangnya telah tamat atau berlalu; ~ pendapatan dan
perbelanjaan akaun yg meringkaskan semua hasil dan
perbelanjaan sesebuah organisasi bukan perniagaan utk satu
tempoh perakaunan; ~ penerima sahaja arahan pd cek supaya cek
62
itu hanya boleh dimasukkan ke dlm akaun penerima, tidak boleh
dipindahkan atau dibuat pembayaran atas penama lain, dan tidak
boleh ditunaikan; ~ semasa akaun (simpanan) yg tidak diberi
faedah dan dapat dikeluarkan dgn cek; ~ simpanan akaun yg
dibuka di bank perdagangan atau institusi kewangan yg wang
simpanannya diberi faedah dan boleh dikeluarkan pd bila-bila
masa sahaja; ~ T akaun yg mempunyai ciri-ciri lejar berbentuk T
dgn debit pd ruang kiri dan kredit pada ruang kanan; ~ untung rugi
akaun yg menunjukkan untung kasar dan belanja kendalian utk
pengiraan untung bersih bagi satu tempoh perakaunan;
perakaunan yg berkaitan dgn akaun: prinsip-prinsip ~; prosedur
~.
akauntabiliti keadaan apabila seseorang perlu menjelaskan sesuatu
perkara yg dipertanggungjawabkan kepadanya, kebertanggungjawaban:
mereka yg mempunyai kepakaran perlu diberi kebebasan
mengkritik keputusan mahkamah utk memastikan ~ institusi
kehakiman.
akauntan orang yg mengurus dan mengawasi penyediaan (penyimpanan
dll) kira-kira kewangan (sesebuah syarikat perniagaan, organisasi,
dll) dan bertanggungjawab menyediakan laporan mengenai
kedudukan kewangan tersebut dr semasa ke semasa;
~ awam a) akauntan yg memberikan perkhidmatan profesional kpd
orang awam; b) akauntan yg menjadi ahli sesebuah badan atau
institut akauntan awam; ~ berkanun akauntan terlatih yg menjadi
ahli persatuan akauntan profesional bertauliah; ~ kos akauntan yg
mengendalikan dan menyimpan segala rekod yg berkaitan dgn kos
dan perbelanjaan sesuatu perniagaan.
akbar Ar maha besar, terbesar; Allahu~ Allah yg Maha Besar.
63
aken (akén) (Bio) buah kering yg tidak pecah semasa matang, berbiji
tunggal dan mempunyai kulit biji yg boleh tercerai drpd
perikarpanya, mis buah bunga matahari, salad dan strawberi.
akhbar 1. Ar (jamak bagi khabar) berita, warta; 2. surat khabar, harian; ~
tempatan surat khabar yg diterbitkan di dlm negeri atau wilayah
tempat ia diedarkan.
akhdar Ar hijau.
akhiar Ar lebih baik.
akhir 1. kemudian sekali, penghabisan: perkataan itu terdapat pd baris ~
halaman itu; ikhtiarnya yg ~; peringkat ~ pelaksanaan projek; ~
minggu hujung minggu (hari Sabtu petang sampai hari Ahad); ~
musim penghujung musim; ~ zaman a) sl zaman sekarang ini; b)
penghabisan; 2. = ~ sekali = terakhir paling kemudian,
terkemudian (sekali): itulah kali ~ saya bertemu dengannya; 3. yg
diadakan terkemudian sekali (sbg penamat): pertandingan ~;
akhirnya 1. = ~ kelak = akhir-akhirnya kesudahannya; 2. yg
belakang sekali, belakang, kemudian (lwn awal): dia merenungi
pusaran hidupnya yg sukar dicari titik awal dan ~; pd akhirakhirnya
ini kebelakangan ini; ~ kelaknya sl akhir-akhirnya;
akhir-akhir kebelakangan; ~ ini pd waktu kebelakangan ini;
berakhir 1. habis, selesai, tamat, habis tempohnya: mesyuarat
telah ~; 2. = ~ dgn = berakhirkan berkesudahan dgn: pesta itu ~
dgn perkelahian;
mengakhiri menghabisi, menyudahi, menamatkan: dia ~
pidatonya dgn ucapan, “Merdeka!”; Mak Cik Sinah ~
sembahyang maghribnya dgn doa yg panjang;
mengakhirkan 1. menempatkan (menaruh) di belakang,
mengemudiankan: dia ~ adiknya; 2. mengundurkan (waktu dll): ~
jam;
64
terakhir paling akhir, di belakang sekali, kemudian sekali:
barangkali ini nasihat ~ sebelum ia meninggal;
akhiran penambahan atau imbuhan pd akhir sesuatu perkataan
(mis an, i, kan pd perkataan spt tumbuhan, mengasihi,
mendalamkan, dll);
berakhiran mempunyai akhiran;
keakhiran kesudahan, penghabisan: ia sudah berada di titik ~
hidupnya;
keterakhiran perihal paling kemudian atau terkemudian:
keterdahuluan dan ~ adanya alam;
pengakhiran perihal mengakhiri atau mengakhirkan, penyudahan:
~ mesyuarat;
pengakhir sesuatu yg mengakhiri (menamatkan), penamat: tetapi
anda di Amerika Syarikat berpendapat yg ini ~ kerja.
akhirat Ar alam tempat kita berada sesudah kita mati, alam yg kekal
(sesudah hari kiamat), alam yg baqa; dunia ~ a) dunia dan akhirat;
b) (utk) selama-lamanya: minta maaf dunia ~;
keakhiratan segala sesuatu yg berkaitan dgn akhirat.
akhirulkalam Ar sbg penutup, akhirnya (biasanya dipakai sbg penutup
surat, huraian, dll).
akhlak Ar (jamak bagi khuluk) budi pekerti, kelakuan, tabiat: anak itu
sudah rosak ~nya; ilmu ~ pengetahuan bkn kelakuan (tingkah
laku) manusia; pegawai ~ pegawai yg mengawasi anak-anak yg
telah melakukan kejahatan tetapi tidak dipenjarakan;
berakhlak mempunyai akhlak: kehidupan ~.
akhtaj Ar sl (orang yg) takluk.
akhwan Ar sl saudara-saudara; ikhwan.
aki I datuk, nenek: tok ~;
aki-aki orang laki-laki yg sudah tua.
65
aki II IB alat penghimpun elektrik (dipakai pd enjin motokar dll), bateri.
akibat 1. kesan buruk drpd sesuatu peristiwa (perbuatan dll), kesudahan
(yg tidak baik), padah: rakyat yg terpaksa menanggung pelbagai ~
peperangan; rumah tangga yg porak-peranda ialah antara ~ yg
disebabkan oleh perjudian dan minuman keras; 2. disebabkan
(didatangkan dsb) oleh, (sbg) kesudahan dr: kepalanya pening ~
minum arak; kerosakan besar harta benda ~ banjir;
akibatnya akhirnya, hasilnya, kesudahannya: apakah ~ kalau kau
terus berkelakuan begini?
berakibat 1. berakhir dgn, berkesudahan: perkelahian itu ~ dgn
kematian; 2. berpunca: suatu perbuatan yg ~ drpd yg lain;
mengakibatkan mendatangkan akibat, menyebabkan terdapatnya
atau berlakunya sesuatu peristiwa dll (yg buruk): seranganserangan
pengganas ~ beberapa anggota tentera keselamatan
terbunuh; persengketaan yg mungkin ~ peperangan.
akidah Ar rukun agama yg menjadi asas kpd keimanan yg diyakini.
akik I = batu ~ sj batu berwarna yg biasanya dijadikan permata cincin; ~
disangka batu prb terhina orang kerana salah sangka.
akik II perkakas tenun.
akikah Ar penyembelihan binatang ternakan (lembu, kambing) yg
dilakukan selepas kelahiran bayi (lebih afdal pd hari ketujuh) sbg
tanda kesyukuran kpd Allah;
berakikah; hari ~ hari ketika mengadakan akikah;
mengakikahkan; ~ anak mengadakan akikah utk anak.
akil Ar berakal, cerdik, pandai; ~ baligh cukup umur, dewasa
(berdasarkan pertimbangan agama Islam).
akit I Kl angkat.
akit II = ~ sulai sj tumbuhan (pokok), kelat lapis, membatu merah,
mengkirai, mensirah, titimah (rengga), Ilex cymosa.
66
aklamasi IB pernyataan menyetujui sesuatu usul dsb dgn bersuara sahaja
atau secara lisan (tidak dgn mengundi).
akliah Ar bkn akal fikiran (bukan perasaan): Mumford masih yakin dgn
kemampuan ~ dan kebijaksanaan manusia; sebuah autobiografi yg
menerangkan pengalaman-pengalaman Imam al-Ghazali yg
terpenting dlm bidang ~ dan rohaniah.
aklimasi (Bio) penyesuaian (fisiologi dan tingkah laku) sesuatu
organisma terhadap perubahan sekitaran.
akmal Ar paling sempurna: Tuhan yg A~.
akne (akné) (Ubat) sj penyakit kulit berupa bintik merah atau bengkakbengkak
kecil seakan-akan jerawat yg tumbuh pd muka dan leher,
biasanya di kalangan remaja.
akolia (Ubat) ketiadaan (kekurangan) rembesan hempedu.
akoluria (Ubat) ketiadaan pigmen hempedu di dlm air kencing.
akomodasi 1. tempat utk makan dan tidur (dlm perjalanan), penginapan;
2. penyesuaian: pendekatan yg kerap dibincangkan dlm konteks
negara kita ialah asimilasi dan ~;
mengakomodasikan melakukan penyesuaian supaya sesuatu
selaras, secocok dsb dgn sesuatu keadaan (keperluan dsb): sbg
anggota masyarakat minoriti, mereka tidak dapat tidak terdesak
utk ~ budaya ibunda dgn budaya tempatan yg lebih menonjol.
akordion sj alat muzik yg dimainkan dgn menekan-nekan bahagianbahagiannya
yg tertentu (dgn jari).
akrab I lebih dekat, karib: sahabat yg ~;
mengakrabkan mempererat, mengaribkan (persahabatan);
keakraban perhubungan atau pertalian yg sangat erat,
perhubungan (pertalian) yg akrab atau karib: mereka masyarakat
yg sedang kehilangan ~ dgn kesenian rakyat mereka yg
67
tradisional; panggilan itu kedengaran agak lembut dan penuh
tanda ~.
akrab II Ar bintang kala (rasi, gugusan bintang).
akreditasi (akréditasi) proses kawalan kualiti secara luaran terhadap
kursus pengajian dlm sesebuah institusi pendidikan bagi menjamin
dan meningkatkan kualiti: proses ~ ini mampu membawa
perubahan kpd institusi pengajian tinggi di negara ini; Lembaga
A~ Negara;
mengakreditasi memberikan akreditasi kpd sesebuah institusi dsb:
usaha yg rapi sedang dibuat utk ~ beberapa buah IPTS yg sedia
ada.
akrilik 1. bkn bahan, pakaian, atau gebar yg dibuat melalui proses kimia;
2. sj cat yg digunakan oleh pelukis.
akrobat orang yg membuat pertunjukan gerak badan dsb (di sarkas dll)
yg memerlukan ketangkasan dan kemahiran (spt membuat
lompatan-lompatan yg sukar, berayun di kayu buaian yg tinggi,
berjalan di atas tali yg direntangkan, dll).
akrobatik gerakan badan spt yg dapat dilakukan oleh akrobat: penjaga
gol Jordan itu terpaksa melakukan ~ dlm usaha menyelamatkan
pintu golnya.
akrofobia (Psi) perasaan takut yg amat sangat apabila berada di tempat
yg tinggi.
akronim kependekan yg terbentuk drpd gabungan huruf-huruf pertama
atau suku kata beberapa perkataan yg boleh diujarkan sbg satu
perkataan (mis RISDA, MARA);
mengakronimkan menjadikan bentuk akronim;
pengakroniman perihal atau proses membentuk akronim.
akru; terakru 1. (Eko) terkumpul atau bertambah sedikit demi sedikit
(bkn belanja, faedah, aset dsb): aset ~; faedah ~; 2. (Udg) perlu
68
dijelaskan atau diserahkan kpd empunya hak atau tuntutan: apaapa
hak, keistimewaan, permit atau lesen seseorang yg ~ kpd
orang itu.
aksam Ar sumpah.
aksara 1. huruf; 2. (Komp) huruf, angka, dll yg dapat dilambangkan dgn
kod komputer.
aksen (aksén) (Lin) 1. tekanan suara (bunyi) pd kata atau suku kata; 2.
cara seseorang dr sesebuah daerah (negeri dsb) menyebut katakata,
loghat, pelat, telor; 3. tanda diakritik;
mengaksenkan menyebut sesuatu kata atau suku kata dgn
menekankan suara: suku kata yg diaksenkan;
pengaksenan perihal atau perbuatan mengaksenkan: ~ sesuatu
kata atau suku kata.
aksentologi (akséntologi) kajian secara sistematik tentang tekanan bunyi
suara.
aksep (aksép) IB surat pengakuan hutang.
akses (aksés) 1. (Komp) proses atau cara utk mencapai (memperoleh,
menggunakan dsb) sesuatu data, maklumat dsb, capaian: pengguna
akan diberi ~ internet secara automatik; pemohon dipercayai
mempunyai ~ kpd rahsia negara; 2. peluang utk mendekati
seseorang: ahli sosiologi tidak mudah memperoleh ~ kpd anggota
masyarakat kelas atas;
mengakses mendapat atau memperoleh akses kpd sesuatu (fail
komputer, data, maklumat dsb): sistem itu akan membolehkan
pengguna ~ data dgn lebih mudah dan cepat; dgn cara ini
dapatlah murid-murid ~ buku dgn menggunakan kad pintar.
aksesori (aksésori) 1. bahagian yg merupakan tambahan kpd sesuatu alat
dll (bukan sesuatu yg perlu ada padanya): ~ kereta; 2. barang yg
69
melengkapi pakaian seseorang, terutamanya wanita, spt beg
tangan, kasut, rantai, dsb.
aksi 1. gerakan (perkumpulan politik dll), gerak langkah: perkumpulan
gelap itu mengatur ~ rahsia melawan kerajaan; 2. Id tindakan
bersenjata: ~ militer Belanda terhadap Republik Indonesia; 3.
tingkah laku (dibuat-buat atau tidak), sikap atau gerak-geri, lagak:
ia memukul bantal dgn kedua-dua belah tangannya, satu ~ yg
menampakkan kesal; ~ sbg orang kaya; banyak ~ sangat berlagak,
suka berlagak; 4. elok (pakaian, tingkah laku): ~ benar
songkoknya;
beraksi 1. bertindak, bergerak melakukan sesuatu: pasukan
keselamatan ~ membasmi pengganas-pengganas; 2. berlagak,
bertingkah laku (yg menunjuk-nunjuk), bergaya: datangnya
lambat, hendak ~ agaknya; 3. berpura-pura, buat-buat: ~ sahaja
hendak menolong.
aksiom pernyataan yg diterima umum (tidak dibuktikan tetapi ternyata
drpd pengalaman sbg suatu kebenaran) dan menjadi asas bagi
sesuatu huraian.
akta 1. undang-undang (yg digubal dan diluluskan oleh parlimen dsb); 2.
surat sijil: ~ guru; 3. surat keterangan yg disahkan oleh suatu
badan rasmi atau badan pemerintah: ~ notaris; ~ syarikat undangundang
yg mengawal pembentukan, penubuhan, pengurusan wang,
dan pembubaran syarikat;
mengaktakan menjadikan sbg akta (undang-undang): perkara itu
perlu dikaji dgn teliti sebelum diaktakan.
aktentas IB beg tempat surat-surat; importir ~ ki pengimport yg tidak
sungguh-sungguh (mencari keuntungan dgn menjual lesen import).
aktif 1. giat (bekerja, berusaha), cergas: ia sedang ~ dlm pergerakan
politik; ahli-ahli jawatankuasa yg ~; 2. (Lin) menunjukkan subjek
70
ayat melakukan sesuatu terhadap objek; ayat ~ ayat yg subjeknya
melakukan sesuatu terhadap objek (mis ia memukul anjing);
mengaktifkan membuat (menjadikan) aktif, menggiatkan: ~
kembali parti yg hampir mati;
keaktifan kegiatan, kecergasan (bertindak, berusaha, dsb): kerana
~ dan semangatnya, hidup kembali parti kita;
pengaktifan perihal (perbuatan, usaha, dsb) mengaktifkan.
aktinium (Kim) sj unsur logam berwarna putih perak, bersifat radioaktif.
aktinoterapi (aktinotérapi) (Ubat) perawatan pesakit dgn menggunakan
sinaran cahaya.
aktivis orang yg melibatkan diri dlm sesuatu kegiatan atau perjuangan
secara aktif dan agresif: dua puluh tahun bukanlah waktu yg
pendek bagi seseorang, apalagi bagi seorang tokoh yg menjadi ~
gerakan kemerdekaan semenjak usia muda.
aktivisme amalan yg berteraskan tindakan kekerasan utk mencapai
tujuan politik.
aktivitet (aktivitét) IB aktiviti.
aktiviti kegiatan: pegawai daerah ini giat dlm ~ sosial, sukan dan
budaya;
beraktiviti melibatkan diri dlm sesuatu kegiatan.
aktor 1. pelakon lelaki yg membintangi sesuatu filem (televisyen, radio);
2. orang yg berperanan dlm sesuatu kejadian, pelaku.
aktres (aktrés) pelakon wanita yg membintangi sesuatu filem (televisyen,
radio).
aktual yg sebenarnya: bagaimanapun keperluan itu ialah sesuatu yg
berpotensi, belum lagi sesuatu yg ~.
aktuari orang yg pakar memperhitungkan risiko (premium polisi
insurans, bayaran dividen, kadar anuiti, dll) utk sesebuah syarikat
insurans.
71
aktuil IB sedang menarik perhatian orang banyak, baru, hangat (berita
dll): pokok perbincangan yg ~.
aku kata ganti diri pertama (biasa dipakai sewaktu berdoa kpd Tuhan
atau di antara orang yg rapat perhubungan mereka, tetapi agak
kasar terhadap orang yg perlu dihormati);
beraku memakai kata aku (dlm perbualan dll); ~ berengkau
memakai kata aku dan engkau;
beraku-akuan 1. saling memakai kata aku; 2. saling menerima
atau berjanji akan setia sbg (saudara dsb): mereka bukanlah sbg
orang asing lagi, malah ~ saudara di dunia dan di akhirat;
mengaku 1. membenarkan sesuatu tuduhan, mengatakan benar
(bersalah, keliru, dll): pencuri itu sudah ~; 2. = ~ dirinya
mengatakan diri (bodoh, kaya, pandai, dll), mendakwa bahawa
dirinya (pandai, tidak bersalah dll); 3. menanggung, menyanggupi:
siapa yg ~ biayanya? 4. menganggap (sbg), menerima sbg: ~ anak;
~ bapak; ~ hartanya; 5. membanggakan (memegahkan) diri: di
mana-mana, ia ~ saja;
mengakui 1. mengaku akan (kesalahan dll): ia ~ segala
kesilapannya; 2. menganggap sbg sah atau sesungguhnya ada
(berlaku dsb), mengiktiraf: Amerika dan Jepun telah ~ Malaysia;
3. menyatakan berhak ke atas: jangan kamu ~ ini kepunyaan kamu;
4. memasuki (bkn syaitan, jin, dll): sakit diakui jin;
memperakui mengesahkan: lantikan tersebut adalah sah dan
diperakui oleh undang-undang;
memperakukan 1. memberikan sokongan (utk), menyetujui serta
menyokong (atau menganjurkan): dia ~ dua hari cuti; 2.
mengemukakan (menyarankan dsb) sbg baik (sesuai dsb): ~
beberapa buah buku utk diterjemahkan;
72
teraku diakui: mazhab Hanafi merupakan salah satu drpd empat
mazhab yg ~ dlm agama Islam;
akuan 1. segala sesuatu yg diakui: ~ ini telah dibuat di hadapan
majistret Mahkamah Rendah; 2. hantu jamuan (yg menolong
pawang); orang ~ orang yg dilindungi oleh hantu jamuan (pawang
yg mujarab ubat atau manteranya);
keakuan sifat mementingkan atau berasa megah akan diri sendiri:
kerana ~, ia tidak dapat menerima teguran;
perakuan 1. proses memperakukan sesuatu; 2. sesuatu yg
diperakukan, saranan serta sokongan (utk dipertimbangkan,
diterima, dilaksanakan, dsb): ~-~ Kongres itu telah mendapat
perhatian kerajaan;
pengakuan 1. perihal (perbuatan, pernyataan) mengaku atau
mengakui: dia telah membuat ~ bahawa dia telah melakukan
kesalahan; ~ iman perihal mengakui bahawa seseorang itu percaya
pd Allah; surat ~ hutang surat yg menyatakan bahawa seseorang
berhutang; 2. pengesahan, pengiktirafan; mendapat ~ mendapat
pengesahan.
akua (Kim) bkn air atau larutan akueus.
akuafobia perasaan takut yg keterlaluan terhadap air spt laut, sungai dsb.
akuakultur penternakan atau pemeliharaan hidup-hidupan laut (baik
haiwan mahupun tumbuhan) utk menjadi makanan manusia:
memberi tumpuan kpd pembangunan ~ spt ternakan kerang (ikan
dlm sangkar, udang dlm kolam dan kepah).
akualung alat bantu pernafasan mudah alih yg digunakan oleh penyelam
dsb.
akuamarin 1. sj batu permata yg berwarna hijau kebiru-biruan; 2. warna
hijau kebiru-biruan.
akuan Br, Sr mengaku.
73
akuanaut orang yg terlatih utk menyelam atau menjelajah di bawah air.
akua regia (Kim) campuran yg sangat mengakis dan terdiri drpd satu isi
padu asid nitrik pekat dgn empat isi padu asid hidroklorik pekat.
akuarel (akuarél) sj lukisan (catan) yg dihasilkan dgn cat air yg nipis dan
lut sinar.
akuarium 1. peti kaca tempat memelihara ikan; 2. bangunan tempat
mempamerkan ikan dan binatang-binatang lain yg hidup di dlm air
atau berhampiran dgn air (spt kura-kura, ular, dsb).
Akuarius lambang kesebelas dlm zodiak, yg berlambangkan orang
sedang menuang air.
akuatik (Bio) bkn sesuatu yg tumbuh atau hidup di dlm atau di atas air:
tumbuhan ~ merupakan tumbuhan yg hidup dan membiak dlm air.
akuatin 1. teknik atau proses membuat goresan pd plat tembaga dgn
menggunakan asid nitrik; 2. gambar atau cetakan yg dihasilkan dgn
teknik (proses) ini.
akueduk (akuéduk) (Kej) 1. paip besar atau terusan yg menyalurkan
bekalan air ke sesuatu tempat (bandar, kawasan perladangan dsb);
2. binaan spt jambatan panjang yg merintangi lembah atau tanah
rendah utk menopang paip atau saluran air.
akueduktus (akuéduktus) (Bio) saluran yg menyalurkan bendalir tubuh
di dlm sesuatu organ atau struktur tubuh.
akueus (akuéus) (Kim) bkn sesuatu larutan yg pelarutnya air.
akuifer (Geo) bahagian bawah tanah yg terdiri drpd kerikil atau batu
berliang yg mengandungi air.
aku janji janji atau pengakuan yg menjadi asas utk melaksanakan
sesuatu tindakan (tugas, tanggungjawab, kewajiban dsb): mulai
tahun depan, ~ akan dikuatkuasakan ke atas seluruh kakitangan
awam; kementerian mengeluarkan surat ~ sbg syarat kelulusan
sebelum guru dibenarkan mengikuti PJJ;
74
mengaku janji membuat aku janji: seseorang yg ~ utk
menjalankan kerja pembinaan tanpa didaftarkan sbg kontraktor
berdaftar dianggap melakukan kesalahan.
akuk Mn penyakit ayam (yg menyebabkan ayam meringkuk atau
terlentok);
terakuk mengantuk;
terakuk-akuk terangguk-angguk (kerana tidur atau terlalu
mengantuk).
akuk-akuk pemetik senapang, picu.
akulturasi penyerapan unsur-unsur kebudayaan drpd suatu budaya kpd
budaya lain: selagi satu kebudayaan bertembung dgn satu
kebudayaan yg lain, selagi itulah proses ~ dan asimilasi akan
berlaku;
mengakulturasi menyerapkan unsur-unsur kebudayaan drpd
sesuatu budaya kpd budaya lain: TV berperanan ~ penontonpenontonnya.
akumen kebolehan memahami, menilai, dan memutuskan sesuatu dgn
cepat dan jelas, mis dlm soal perniagaan, kepintaran.
akumulator (Fiz) peranti yg menyimpan elektrik, yg terdiri drpd satu
atau lebih sel yg tersusun secara bersiri.
akupunktur suatu kaedah perubatan (yg berasal drpd suatu amalan
perubatan di negeri China) utk menyembuhkan penyakit dgn cara
mencucuk tempat-tempat tertentu pd kulit dgn hujung jarum:
seorang pesakit sedang menjalani rawatan ~.
akur I (ber)setuju, menerima (sesuatu kedudukan dsb): saya tidak ~
engkau kahwin seorang lagi;
mengakuri menyetujui, menerima: teorinya diakuri segenap ahli
penyelidik; “Keimen Baunka Shidosa” harus menyuguhi dan ~
kehendak-kehendak Jepun;
75
mengakurkan 1. mencocokkan, menyesuaikan; 2. mendamaikan
(orang bertengkar dll);
keakuran persetujuan, persesuaian, kecocokan: saling mengerti
dan ~ diperlukan dlm satu pertubuhan.
akur II sj tumbuhan (pokok memanjat), akar bunga tanjung, akar perah,
jelur kait, Illigera appendiculata.
akus (Sanskrit) kusa gajah, besi kuasa (Kd).
akustik 1. kajian saintifik tentang bunyi; 2. (Fiz) bkn bunyi atau deria
pendengaran.
akut bkn penyakit yg muncul dgn tiba-tiba, teruk keadaannya, dan agak
singkat tempohnya: leukemia ~.
akwal Ar (jamak bagi kaul) perkataan; afal dan ~ perbuatan dan
perkataan.
al Ar kata penentu (mendahului kata nama) yg bererti itu (terdapat pd
perkataan spt almarhum, alkisah, alhasil, albahri dan alalam).
Al simbol kimia bagi aluminium.
a/l kep anak lelaki (kpd): Maniam ~ Muniandy.
ala I alah IV.
ala II Ar atas, akan, kepada, pada; ~ kadarnya menurut kesanggupannya,
sekadarnya.
ala III Ar tinggi;
terala sl termulia, tertinggi: barang lakunya ~ drpd raja-raja yg
lain.
ala IV (Perancis) secara, menurut gaya (yg dilakukan dsb oleh):
ketawanya, cakapnya, dan langkahnya ~ orang Inggeris; teknik
menyediakan kepingan kayu yg mengandungi huruf-huruf ini
dikenali sbg ‘percetakan ~ China’.
alabangka (Portugis) linggis, perejang.
76
alabaster sj batu putih yg digunakan utk membuat patung, barang hiasan
dsb.
ala carte (Perancis) hidangan masakan yg tersenarai pd menu, yg boleh
dipilih secara berasingan mengikut kesukaan pelanggan pd harga
yg telah ditetapkan.
al-Adl (al-‘Adl) Ar Yang Maha Adil (satu drpd 99 nama Allah).
alaf Ar 1. seribu, alfu; 2. masa yg lamanya 1000 tahun, seribu tahun,
milenium; ~ baru tempoh masa selepas alaf terdahulu.
al-Afu (al-‘Afuw) Ar Yang Maha Pemaaf (satu drpd 99 nama Allah).
alah I kalah, tewas: tidak diketahui siapa yg ~ dan siapa yg menang;
~ bisa tegal (kerana) biasa prb segala kesusahan tidak akan terasa
lagi sesudah biasa; ~ limau oleh benalu prb orang yg lama terdesak
oleh orang yg baru; ~ mahu bertimbang enggan, cungkil merih
akan pembayar prb dikatakan kpd orang yg tidak menepati janji
hingga bergaduh; ~ membeli menang memakai prb tidak apalah
mahal sedikit harganya, asal barang itu kuat (tahan dsb); ~ menang
tak tahu, bersorak boleh prb dikatakan kpd orang yg tidak tahu
selok-belok pergaduhan tetapi mengatakan siapa yg akan kalah; ~
sabung menang sorak prb biarpun kalah, namun cakap masih
besar; tak bertepat janji, tak berteban taruh, tak bertangkap,
mengamang-ngamang ~ di darat sahaja prb peperangan (atau
perkelahian) yg tidak mempunyai tipu daya akan alah percuma
sahaja;
beralah, mengalah tidak mahu mempertahankan (hak, pendirian,
dll), dgn sengaja (atau pura-pura) kalah: tidak semestinya orang yg
~ itu kalah;
beralahan; tidak ~ tidak ada yg kalah (dlm pertandingan), seri;
mengalahi 1. mengalah kpd; alah-~ saling mengalah; 2.
menaklukkan, mengatasi: suratan ~ segala-galanya;
77
mengalahkan menaklukkan, menundukkan, melebihi: dgn
kekuatan sendiri sahaja tak dapat ia ~ lawannya;
teralahkan dapat atau boleh dialahkan: memang bapak anak
jantan tak ~ badai;
alahan 1. yg sudah dialahkan; 2. biasa kalah; 3. kekalahan apabila
(sewaktu) berjudi;
kealahan perihal alah, kekalahan, ketewasan;
peralahan kemenangan, perampasan;
pengalahan perihal (perbuatan) mengalahkan.
alah II sensitif terhadap sesuatu jenis makanan (ubat dll) hingga boleh
menimbulkan kesan yg tidak baik pd kesihatan seseorang: ~
terhadap penisilin;
alahan perihal alah, keadaan alah, alergi.
alah III; mengalah membendung (sungai utk mengambil ikan),
menebat, mengempang;
alahan 1. parit-parit yg dikeringkan, bekas alur sungai; 2.
bendungan, empangan, tebat.
alah IV sr kata utk menyatakan kesal atau rasa tidak senang
(menunjukkan keberatan, ketika memujuk atau menggesa, dll): ~ ,
menyusahkan aku saja !; ~, janganlah begitu !; ~ mak !
al-Ahad Ar Yang Maha Tunggal (satu drpd 99 nama Allah).
alahai sr kata utk menyatakan rasa terkilan, kesal, dsb; ~, anak emak!
alai 1. sj tumbuhan (pokok), beka, bereksa, gedayung, kedaung, Parkia
javanica; 2. sj tumbuhan (pokok), batai, jemerelang, sena laut,
Peltophorum dasyrachis.
alai II; ~-balai; halai-balai.
alai III; ~-belai bujukan, cumbuan.
alai IV; mengalai Br menari, meronggeng.
78
alaihi Ar atasnya, padanya, baginya; iblis ~ laknat iblis yg dikutuki
Tuhan, laknat bagi iblis.
alaihissalam Ar damai atau kesejahteraan padanya (biasanya digunakan
atau disebutkan sesudah menyebut nama nabi, spt Sulaiman
alaihissalam, Daud alaihissalam, dll).
alaika Ar atasmu, padamu.
alaikum Ar atasmu, padamu, bagimu; ~ assalam, assalamu~ damai atau
kesejahteraan padamu (sekalian).
alak I Kl galakan (lembu berlaga);
mengalak menggalakkan, menggesa: kalau tidak dialak, kerja itu
tidak akan siap.
alak II Mn; sealak-alak sesedang-sedangnya, secukupnya.
al-Akhir Ar Yang Akhir dan Tiada Kesudahan (satu drpd 99 nama
Allah).
alakulihal Ar dlm segala hal, dlm hal apa pun: ~ , para nabi mempunyai
ilmu yg luas sekali.
alala sj lagu rakyat Sepanyol.
alalbahalal, alalbihalal halalbihalal.
alalia ketidakupayaan bertutur yg berpunca drpd kerosakan pd alat
artikulasi luaran (bukan pd sistem saraf pusat).
al-Alim (al-‘Alim) Ar Yang Maha Mengetahui (satu drpd 99 nama
Allah).
al-Ali (al-‘Ali) Ar Yang Maha Tinggi (Luhur) (satu drpd 99 nama Allah).
alam I 1. dunia, bumi: namanya termasyhur di seluruh ~; bencana ~
bencana yg berlaku di muka bumi (spt banjir, gempa, dll); 2. segala
yg ada di langit dan di bumi (bumi, bintang-bintang, tenaga-tenaga
yg ada, dll): Tuhan menjadikan ~ ini dlm masa enam hari; ilmu ~
a) pengetahuan mengenai keadaan alam dan benda-benda hidup
(spt keadaan bumi, iklim, penduduk dan perusahaannya, dll),
79
geografi; b) Id fizik; 3. lingkungan yg meliputi golongan atau
kumpulan orang atau hidupan lain yg tertentu atau sejenis: ~
remaja; ~ kanak-kanak; ~ Minangkabau; ~ haiwan; 4. bidang atau
lingkungan kegiatan (minat dll): ~ persuratan Melayu; ~
pembacaan kanak-kanak; ~ persuratkhabaran; 5. Id segala daya
(kekuatan dsb) yg seakan-akan mengatur isi dunia: di negeri itu
agaknya berlaku hukum ~, siapa yg kuat dialah yg berkuasa;
~ arwah tempat roh-roh; ~ baqa dunia yg kekal, akhirat;~ barzakh
alam yg tidak kelihatan (tempat orang mati hingga hari kiamat); ~
fana dunia yg tidak kekal; ~ fikiran bidang atau lingkungan fikiran
(cara berfikir); ~ nabatah = ~ tumbuh-tumbuhan segala macam
tumbuh-tumbuhan; ~ samar alam barzakh; ~ semesta seluruh alam;
lah sesak ~ tempat diam, tak berbumi tempat tegak prb berasa
sangat malu sehingga tidak dapat menyembunyikan dirinya lagi;
sealam mempunyai alam yg sama: Malaysia ~ dgn Indonesia;
kealaman perihal alam, sifat atau keadaan alam: pengaruh
manusia terhadap ~ negeri itu besar.
alam II; mengalami merasai atau menempuh (kesusahan, kesulitan,
perubahan, dll), menanggung: selama hampir tiga tahun yg lalu,
kita telah ~ kesulitan ekonomi;
pengalaman apa yg telah dialami (dirasai, ditempuh, dll): orang
itu telah banyak ~nya;
berpengalaman mempunyai pengalaman (yg luas): penasihatnya
ialah seorang yg ~; pegawai yg ~ dlm bidang pentadbiran.
alam III bendera, panji-panji.
alamak sr alah mak.
alamang sj pedang; lamang.
alamar ark; penguasa ~ pemegang kekuasaan memerintah; amar I.
alamas ark intan.
80
alamat 1. sesuatu yg dianggap (ditafsirkan dsb) sbg menandakan bahawa
sesuatu kejadian dll yg baik atau buruk akan berlaku, tanda,
pertanda: dia merasakan bahawa mimpinya itu memberinya
sesuatu ~; 2. sl matlamat, sasaran, bulan-bulan, tumpuan:
beberapa kali ia menembak ~ itu tetapi tidak kena; 3. butir
keterangan (spt nombor rumah, nama jalan, nama bandar, dll) yg
menunjukkan tempat tinggal seseorang: pastikan bahawa ~
penerima surat itu telah dituliskan dgn terang dan lengkap pd
sampul surat; 4. (Komp) kod pengenalan unik yg digunakan sbg
nama atau tanda kedudukan ingatan, daftar, dll dlm sesuatu sistem
komputer; 5. ark nama buku dll: ~ buku ini dituliskan dgn huruf
besar; 6. bermakna bahawa, menandakan, menunjukkan: burung
berkicau ~ hari nak siang;
~ tunduk bendera putih tanda menyerah (kalah);
alamatnya tandanya: jika ada negara yg mengatur rancangan
perangnya sendiri, ~ pakatan itu tidak akan mencapai tujuan
bersama;
beralamat 1. mempunyai alamat, memberikan tanda (pertanda):
mimpi yg ~ buruk; awan gelap biasanya ~ turunnya hujan; 2.
mempunyai matlamat (sasaran, tumpuan); menembak ~, berkata
bertujuan prb tiap perbuatan harus ada maksudnya; 3. mempunyai
atau bertulis dgn alamat (keterangan tempat tinggal): setiap sampul
surat hendaklah ~ dgn terang dan bersetem;
mengalamati membubuh alamat pd: ~ surat;
mengalamatkan 1. menunjukkan alamat (tanda), memberi tanda
bahawa: matahari telah condong ke barat sbg ~ hari sudah
petang; 2. menujukan (surat dll): ~ surat kpd ahli-ahli pertubuhan.
alamatulhayat Ar tanda hidup (berupa surat, cenderamata dll).
alamiah bersifat semula jadi, natural: undang-undang ~ yg tidak bertulis.
81
al-Amin Ar gelaran yg diberikan kpd Nabi Muhammad SAW kerana
sifatnya yg amanah serta boleh dipercayai: kerana sifatnya yg amat
jujur, Nabi Muhammad SAW telah diberi gelaran ~.
alamin Ar (jamak bagi alam) alam ghaib dan alam syahadah;
Rabbulalamin.
alan sj tumbuhan (pokok) dlm famili Dipterocarpaceae, Shorea albida; ~
batu sj tumbuhan (pokok yg kayunya dibuat papan, kayu kumai,
papan panel, dll), empenit, meraka, meraka alan, sengawang,
seriagawan, Shorea sp.; ~ bunga sj tumbuhan (pokok yg kayunya
dibuat papan lapis, papan panel, kayu kumai, dll), meranti bunga,
Shorea sp.
alan-alan pelawak, badut.
alang I 1. nama timang-timangan bagi anak yg ketiga; 2. tidak terlalu
besar (tua dll) dan tidak pula terlalu kecil (muda dll), sedang,
sederhana, tanggung(-tanggung); keris ~ keris yg sedang atau
sederhana panjangnya; saudara yg ~ saudara yg bukan bongsu dan
bukan sulung; 3. sedikit, kurang: masalah tersebut memakan masa
dan tenaga yg bukan ~; ~ kepalang sedikit, tidak cukup,
tanggung(-tanggung); bukan ~ kepalang bukan sedikit, sangat,
terlampau;
alang-alang, alang-alangan 1. setengah-setengah, tidak sungguhsungguh,
setengah hati: bekerja ~; 2. sedikit, kurang: bukan ~
bukan sedikit, terlalu, sangat;
~ berminyak biar licin = ~ mandi biar basah = ~ berdakwat biar
hitam prb kalau mengerjakan sesuatu janganlah sekerat jalan; ~
menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan prb kalau sudah
terlanjur jahat, biarlah sampai beroleh hasilnya;
82
alangkah 1. kata yg melahirkan rasa kagum, hairan, dsb: ~
cantiknya bunga-bungaan di taman itu; 2. betapa: ~ (baik buruk,
besar, kecil, dll).
alang II 1. (me)lintang; menarik garis ~ menarik garis melintang; 2.
kayu yg dipasang melintang (di antara dua tiang atau dua dinding):
supaya jangan bergeser dipasang ~ antara kedua-dua tiang itu; 3.
dinding, penyekat (bilik dsb): ~ rumah;
~ balai penyekat balai; ~ jambatan bahagian yg melintang pd
jambatan di pelabuhan; ~ mahligai penyekat di mahligai; ~ muka
papan melintang antara dinding perahu atau pd belat (tempat
berjalan).
alang III = alangan ark hadiah, pemberian; ~ berjawab, tepuk berbalas
prb kebaikan dibalas dgn kebaikan, kejahatan dgn kejahatan pula.
alang-alang Jw sj rumput yg tinggi, lalang.
alap I Sl sopan, santun: lemah lembut ~ santun.
alap II; mengalap Kd, Jw mengambil (mengait, menjolok) buah-buahan
dgn galah yg memakai pisau atau kait di hujungnya.
alap-alap Jw 1. helang belalang, burung rajawali; 2. ki pencuri, penyeluk
poket; ~ sepeda pencuri basikal.
alaqah Ar 1. darah beku yg membesar menjadi janin (bakal bayi, bakal
manusia, lembaga); 2. hati kecil: dizahirkannya kpd ~nya di dlm
hatinya.
alar anak sahaya hutang-hutangan, anak hamba.
alarem IB tanda bahaya.
alas I 1. sesuatu yg menjadi lapik tempat meletakkan sesuatu yg lain,
tempat berdiri sesuatu, asas, dasar; ~ cawan tempat diletakkan
cawan, piring; ~ tiang asas tempat berdirinya tiang; 2. kain dsb yg
digunakan utk menutup sesuatu (spt meja dll), lapik, tutup; ~
bantal sesuatu yg ditaruh di atas bantal (jikalau tidak bersarung); 3.
83
(Kej) bahagian-bahagian di dlm enjin yg memusingkan suatu
gandar atau yg memegang gandar yg berpusing;
~ baju lapik baju; ~ cap ark wang yg harus dibayar kpd pegawai
Sultan yg membuat naskhah; ~ kaki sesuatu (spt tikar atau bangku)
tempat meletakkan kaki (sewaktu sedang duduk di kerusi dsb); ~
kata ki kata pendahuluan; ~ kubur orang yg memikul kesalahan
orang lain; ~ meja lapik meja, kain penutup meja; ~ muatan tolak
bara (pemberat sbg pengimbang) di bawah muatan perahu; ~ perut
makan pagi, sarapan sekadar menghilangkan rasa lapar; ~ peti
tutup peti; ~ rumah ark asas rumah (dasar rumah); ~ ternang bokor
tempat diletakkan bekas air (spt teko dll); jadi ~ cakap utk sagu
hati kerana jasa yg telah disumbangkan;
beralas 1. memakai alas, berlapik: cawan yg tidak ~; meja-meja
itu belum ~ lagi; 2. mempunyai asas (sbg bukti, keterangan, dsb),
berasas: kata-katanya tidak ~; 3. ki (bkn cakap) berhati-hati
menggunakan kata-kata supaya tidak menyinggung perasaan;
beralaskan 1. mempunyai (menggunakan) sesuatu sbg alas,
berlapik: meja yg ~ kain putih; mangkuk yg ~ piring kuih; 2.
mempunyai (menggunakan dll) sbg asas, atas asas atau dasar,
berasaskan: ia ditangkap ~ bukti-bukti yg nyata;
mengalas, mengalasi memberi beralas, memberi berlapik, berlaku
sbg alas (lapik) kpd: ia berbaring dan tangannya ~ tengkuknya; ~
perut makan pagi; dialas bagai memengat prb apabila bercakap
hendaknya setelah difikirkan terlebih dahulu;
mengalaskan 1. menjadikan (meletakkan sbg) alas: ~ sehelai tikar
di bawah meja; 2. mengasaskan (mendasarkan) pd: ~ tuduhantuduhan
pd cakap orang sahaja;
alasan 1. asas, dasar: kepentingan bersama adalah ~ utk
menubuhkan suatu parti; 2. sesuatu (bukti, keterangan, dll) yg
84
dijadikan asas atau dasar bagi sesuatu (tindakan, pendapat, dll),
sebab: apa ~ ia bertindak demikian?; jawatankuasa itu mempunyai
~ utk membuat keputusan itu; 3. yg dijadikan sbg alas: jalankan
jentera di tengah-tengah kayu ~;
beralasan mempunyai alasan, ada asasnya, berdasarkan alasan,
berasas: ia tersenyum, kerana leteran emaknya itu ~ kesihatan;
tuduhan-tuduhan yg tidak ~.
alas II Jw hutan: ~ yg sunyi.
alas III; pengalasan Jw ark segolongan tertentu pegawai istana, pesuruh
istana.
alat I 1. barang apa yg diperlukan atau digunakan utk membuat
(mengerjakan, menghasilkan) sesuatu: seseorang tukang kayu
memerlukan ~ spt gergaji, ketam, penukul, dan berbagai-bagai
lagi; 2. ki orang atau sesuatu yg dipergunakan utk mencapai
sesuatu maksud atau matlamat (seseorang, sesuatu golongan, dll):
dia dianggap orang ~ penjajah; kemudahan dsb yg boleh
dijadikan ~ utk menjayakan rancangan; 3. bahagian tubuh
manusia atau haiwan atau bahagian tumbuh-tumbuhan yg
mengerjakan sesuatu, organ;
~ bunyi-bunyian = ~ muzik perkakas yg boleh mengeluarkan bunyi
yg berirama (utk dimainkan lagu); ~ ganti alat utk menggantikan
sesuatu alat yg sudah rosak atau tidak boleh digunakan lagi (pd
mesin, jentera, pesawat, dll); ~ hawa dingin penyaman udara; ~
kebesaran = ~ kerajaan = ~ perintah kelengkapan upacara rajaraja;
~ kekuasaan = ~ negara segala sesuatu utk menjalankan
kekuasaan negara; ~ kelamin bahagian pd tubuh manusia atau
binatang utk melakukan hubungan jenis; ~ kelengkapan segala alat
yg kesemuanya sekali memenuhi keperluan sesuatu (lengkap bagi
sesuatu); ~ mengajar kelengkapan utk mengajar; ~ pencernaan
85
bahagian tubuh utk mencernakan makanan; ~ pencium hidung; ~
pendengar(an) telinga; ~ perang = ~ senjata kelengkapan perang;
~ perasa bahagian tubuh utk merasa; ~ raja kelengkapan yg
dipakai oleh raja (spt ketur, kendi, kipas, dll); ~ solek barangbarang
yg digunakan utk menambah kecantikan (terutamanya
wajah seseorang perempuan), mekap; ~ tukang kayu perkakas yg
dipakai tukang kayu; ~ tulis alat yg diperlukan utk menulis, mis
pensel, pen, kertas, dakwat, dsb;
beralatkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg alat;
mengalati, memperalati membekali atau melengkapi dgn alat
(senjata dll): ~ rumah; ~ angkatan tentera;
mengalatkan 1. melengkapkan (dgn) alat; 2. = memperalat;
memperalat menggunakan (seseorang atau sesuatu) sbg alat (utk
mencapai sesuatu tujuan): ~ orang utk mencapai maksudnya;
alatan, peralatan bermacam-macam alat: diperintahkan supaya
biliknya ditambahi ~ dan perhiasan.
alat II Mn jamuan, perjamuan; acang-acang ~ orang yg mengatur
jamuan;
beralat mengadakan upacara adat (perkahwinan, perjamuan, dll),
mengadakan jamuan (utk), berjamu: ia hendak ~ mengahwinkan
anaknya;
memperalatkan mengadakan perjamuan adat, mengahwinkan:
tidak sedikit dikeluarkan wang utk ~ anaknya;
peralatan perjamuan, upacara adat: ~ kahwin.
alau; burung ~ sj enggang.
al-Awwal Ar Yang Awal dan Tiada Permulaan (satu drpd 99 nama
Allah.
al-Azim (al-‘Azim) Ar Yang Maha Agung (satu drpd 99 nama Allah).
86
al-Aziz (al-‘Aziz) Ar Yang Maha Berkuasa dan Perkasa (satu drpd 99
nama Allah).
al-Badik (al-Badi‘) Ar Yang Maha Menciptakan Sesuatu yg sebelumnya
tiada (satu drpd 99 nama Allah).
al-bai bithaman ajil konsep perbankan Islam yg merujuk kpd penjualan
barang dgn bayaran yg tertangguh.
al-Bais (al-Ba‘ith) Ar Yang Membangkitkan Manusia (satu drpd 99
nama Allah).
alban leban I.
al-Baqi Ar Yang Berkekalan (satu drpd 99 nama Allah).
al-Bar (al-Barr) Ar Yang Menjadi Sumber Kebaikan (satu drpd 99 nama
Allah).
al-Barik Ar Yang Maha Pencipta Makhluk (satu drpd 99 nama Allah).
al-Basir Ar Yang Maha Melihat (satu drpd 99 nama Allah).
al-Basit Ar Yang Maha Melapangkan (satu drpd 99 nama Allah).
al-Batin Ar Yang Menyembunyikan Kewujudan (satu drpd 99 nama
Allah).
albatros sj burung laut drpd genus Dionedea dan Phobetria yg berwarna
putih, besar dan bersayap panjang yg banyak terdapat di persisiran
pantai Lautan Atlantik dan Lautan Pasifik.
albedo (albédo) (Fiz) nisbah antara cahaya yg dipantulkan ke semua arah
dgn cahaya yg jatuh ke atas suatu planet atau satelit.
albino (Bio) organisma (terutamanya manusia dan haiwan) yg
kekurangan pigmen pd rambut (bulu) dan kulit, yg mengakibatkan
bahagian yg berkenaan kelihatan luar biasa putih.
albion (tanah) Inggeris.
album 1. buku tempat menaruh gambar-gambar (setem dll): ~ yg
mengandungi gambar-gambar pd hari perkahwinannya; 2. piring
87
hitam yg mengandungi beberapa buah lagu: penyanyi yg telah
berjaya menghasilkan beberapa buah ~.
albumen (albumén) (Bio) putih telur.
albumin kumpulan protein ringkas yg larut dlm air yg terdapat dlm putih
telur, plasma darah, dll.
al-Dar (ad-Darr) Ar Yang Mendatangkan Kemudaratan (satu drpd 99
nama Allah).
aldehid (aldéhid) (Kim) kumpulan sebatian organik yg mempunyai
radikal -CHO (mis formaldehid dan asetaldehid).
al-Din Ar cara hidup yg diredai Allah: pelbagai pihak mengambil
kesempatan sempena Ramadan al-mubarak utk menganjurkan
pelbagai aktiviti bagi merealisasikan Islam sbg ~.
aleban leban I.
alegori (alégori) sesuatu karya (cerita, puisi dsb) yg menggunakan watak,
peristiwa dll sbg lambang utk menerangkan (menyampaikan)
sesuatu yg lebih mendalam: Mantiq al-Tair merupakan sebuah ~
yg dipilih utk dibicarakan sbg satu pengenalan kpd karya sufi;
mengalegorikan mengubah sesuatu karya (cerita dsb) menjadi
alegori, mengubah sesuatu dlm bentuk alegori.
alegreto (alégréto) (Muz) lagu yg dimainkan dgn rentak yg agak cepat
dan rancak (lebih perlahan sedikit drpd alegro).
alegro (alégro) (Muz) lagu yg dimainkan dgn rentak yg cepat dan rancak.
aleja (aléja) leja.
aleksia (aléksia) (Ubat) keadaan tidak berupaya membaca atau
memahami bahasa bertulis akibat kecederaan atau kecacatan
semula jadi pd bahagian tertentu otak.
alem Jk; mengalem, ngalem memuji-muji, memanjakan;
aleman manja.
88
alergen (Ubat) bahan protein atau bukan protein yg boleh menyebabkan
alahan.
alergenik (Ubat) berkaitan dgn alergen.
alergi keadaan sensitif terhadap sesuatu (makanan, ubat, dll) sehingga
boleh menimbulkan kesan atau perkembangan yg tidak baik pd
kesihatan, alahan.
alfa I alfu.
alfa II huruf pertama dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol , .
alfabet (alfabét) bp abjad.
alfabetologi (alfabétologi) kajian tentang tulisan abjad.
al-Fatihah Ar surah pertama (bab pertama) dlm al-Quran.
al-Fattah Ar Yang Maha Pembuka (satu drpd 99 nama Allah).
al-Fadil Ar panggilan hormat bagi orang yg mempunyai ketinggian atau
kelebihan ilmu dlm bidang agama: ~ Ustaz Ali.
alfalfa sj tumbuhan yg digunakan sbg makanan utk haiwan ternakan,
sayur-sayuran dll, Medicago sativa.
alferes (alférés) alperes I.
alfiah bandar di pantai selatan India; kopiah ~ sj kopiah yg tinggi.
alfu Ar seribu; ~ lailah wa lailah seribu satu malam; alaf.
alga kumpulan tumbuhan paling ringkas (terdiri drpd satu sel atau
berbilang sel), kebanyakannya hidup di dlm air dan tumbuhan ini
penting dlm rangkaian makanan (mis rumpai laut).
algebra (algébra) cabang matematik yg menggunakan huruf-huruf dan
tanda-tanda (lambang-lambang) sbg mewakili angka atau kuantiti.
al-Ghaffar Ar Yang Maha Mengampuni (satu drpd 99 nama Allah).
al-Ghafur Ar Yang Maha Sedia Mengampuni (satu drpd 99 nama
Allah).
al-Ghani Ar Yang Maha Kaya dan Tidak Memerlukan Sesuatu Apa pun
(satu drpd 99 nama Allah).
89
algisid bahan kimia utk menghapuskan atau membunuh alga, racun alga.
algoja algojo.
algojo (Portugis) 1. orang yg menjalankan hukuman mati, pelebaya,
pertanda; 2. ki orang yg bengis dan kejam.
algologi kajian tentang alga, termasuklah aspek morfologi, anatomi,
proses pertumbuhan dan ekologinya.
algoritma 1. satu siri atau set arahan, peraturan atau prosedur yg diikuti
utk menyelesaikan masalah (terutama dlm komputer): golongan
profesional meminati teknik berfikir secara analitis yg
menggunakan pelbagai teori dan ~; 2. (Komp) cara penyelesaian
masalah dgn melakukan jujukan proses atau peraturan yg
ditentukan utk mencapai matlamat atau objektif.
al-Hadi Ar Yang Memberi Hidayah Kepada Hamba-Nya (satu drpd 99
nama Allah).
al-Hafiz Ar Yang Maha Memelihara (satu drpd 99 nama Allah).
al-Hai Ar Yang Maha Hidup (satu drpd 99 nama Allah).
al-haj haji: Tunku Abdul Rahman Putra ~.
al-Hakam Ar Yang Maha Menentukan Hukuman (satu drpd 99 nama
Allah).
al-Hakim Ar Yang Maha Bijaksana (satu drpd 99 nama Allah).
al-Halim Ar Yang Maha Penyantun dan Penyabar (satu drpd 99 nama
Allah).
alhamdulillah Ar 1. segala pujian bagi Allah; 2. ungkapan menandakan
rasa syukur: ~, kita telah mendapat kemerdekaan.
al-Hamid Ar Yang Maha Layak Menerima Pujian (satu drpd 99 nama
Allah).
al-Haq (al-Haqq) Ar Yang Maha Benar (satu drpd 99 nama Allah).
al-Hasib Ar Yang Maha Menghitung Amalan Makhluk (satu drpd 99
nama Allah).
90
alhasil Ar kesudahannya, hasilnya, akhirnya: ~, dia sendiri juga yg
menanggungnya; ~ simposium itu tidak dapat mencatatkan apaapa
yg bernas kecuali salah seorang peserta bangun dan
membetulkan beberapa fakta; hasil.
ali I Ar tinggi;
mengali memperlihatkan diri utk menarik perhatian.
ali II; gula ~ gulali, sj penganan.
ali-ali humban tali, tali pelontar batu; anak ~ = batu ~ batu yg
dilontarkan dgn ali-ali; membuang ~ melontar batu dgn ali-ali;
mengali-ali membuang batu dgn menggunakan ali-ali.
alias 1. disebut juga, sama dgn (digunakan pd nama seseorang yg
mempunyai lebih drpd satu nama): Kasim ~ Hasyim bin Samad; 2.
(Komp) nama ganti atau nama tambahan bagi sesuatu unsur dlm
sistem komputer.
ali baba cara perusahaan yg memakai nama Melayu atau kelihatan saja
dimiliki atau diuruskan oleh orang Melayu tetapi sebenarnya
kepunyaan (diselenggarakan oleh) orang Cina atau bangsa asing yg
lain: yg mendapat keuntungan ialah orang asing melalui cara ~;
mengalibabakan menjual hak-hak yg khas bagi orang Melayu kpd
orang Cina atau bangsa asing yg lain: ada orang Melayu yg ~ hakhak
mereka.
alibi bukti atau keterangan (bahawa seseorang yg dituduh itu) berada di
tempat lain ketika berlaku sesuatu perbuatan jenayah: ketika
dituduh, ia tidak mempunyai ~.
alif I 1. huruf pertama abjad Arab (mempunyai nilai satu); 2. huruf
pertama abjad Jawi; tahun ~ tahun yg pertama drpd daur kecil atau
windu;
~ gantung = ~ kecil alif utk pengganti tanda tasydid; ~ saksi alif yg
menyaksikan huruf a; tegak spt ~ tegak lurus; berbilang dr esa,
91
mengaji dr ~ prb mengerjakan sesuatu hendaknya dr permulaan
(menurut peraturan).
alif II Ar sahabat, teman.
alifatik (Kim) bkn sebatian organik yg molekulnya terdiri drpd atomatom
karbon yg tersusun lurus atau bercabang.
alif-ba-ta abjad Arab.
aligator sj reptilia besar yg rupanya seakan-akan buaya, biasanya boleh
ditemui di tasik dan sungai di Amerika dan China.
alih pindah, tukar, ubah; ~ kata = ~ kecek tukar percakapan
(mempercakapkan yg lain);
beralih 1. bergerak dr satu tempat ke tempat yg lain, pergi (ke
tempat lain): dia ~ dr situ apabila orang itu berjalan
menghampirinya; 2. berpindah (ke tempat, pusat pentadbiran, dll
yg lain): dr Singapura, dia ~ ke Kuala Lumpur; pusat kuasa politik
~ dr Yedo ke ibu kota purba Kyoto; 3. bertukar (ke hala, tumpuan,
tajuk atau perkara dll yg lain): pandangannya ~ kpd laki-laki itu;
perbualan mereka ~ ke perkara lain pula; 4. berganti, bertukar,
berubah; angin ~ angin berganti (bertukar) arah; zaman ~ musim
bertukar keadaan selalu berubah, tidak ada yg tetap (segala sesuatu
hendaklah disesuaikan dgn keadaan zaman);
~ akal berubah pendapat (fikiran); ~ angin berkunjung (pergi) ke
tempat lain utk meluaskan pandangan atau pengalaman dsb; ~
haluan berganti (bertukar) haluan; ~ hari menjadi petang; ~ musim
berganti musim (mis dr musim kering ke musim hujan dll); ~
rumah berpindah rumah; timur ~ sebelah barat prb laki-laki
menurut perintah perempuan;
mengalih 1. = mengalihkan mengubahkan duduk (letak dsb)
sesuatu, memindahkan: ia ~ baldinya yg kelimpahan air; ~ haluan
menuju ke barat pula; ~ pandangan; 2. mengganti, mengubah,
92
menukar: si Ali ~ percakapan ke perkara lain pula; mereka ~
usaha mereka kpd aspek lain, iaitu al-Sunah;
~ bentuk mengubah bentuk; ~ kerja menukar kerja; ~ nama
mengganti nama; ~ sila berpindah duduk;
~ kain ke balik rumah, ~ kata berhadapan = ~ kain payah juga ke
ceruk, ~ cakap di mata-mata sahaja prb dikatakan kpd seseorang
yg hendak membalikkan perkataannya;
peralihan perihal beralih atau bertukar (drpd satu pucuk pimpinan
kpd pucuk pimpinan yg lain, drpd satu keadaan kpd keadaan yg
lain dsb), pergantian, pertukaran (keadaan dll); ~ kekuasaan
pertukaran kekuasaan; ~ zaman pertukaran zaman (masa) dgn
perubahan keadaan hidup dll;
pengalihan perihal (perbuatan dsb) mengalihkan, pengubahan,
penggantian, pemindahan (kuasa dll).
alih-alih dgn tidak disangka-sangka, tetapi: katanya ia sakit, ~ saya
berjumpa dengannya di pasar.
alih bahasa pertukaran drpd satu bahasa kpd bahasa yg lain,
penterjemahan;
mengalihbahasakan menterjemahkan.
al-ijarah konsep perbankan Islam yg merujuk kpd persetujuan bahawa
bank sbg pemilik aset, memajakkan aset berkenaan kpd pelanggan
utk suatu tempoh tertentu, dgn bayaran sewa yg dipersetujui antara
kedua-dua belah pihak.
alik; berulang-~ berbolak-balik, pulang balik: kerjanya berulang-~ saja
antara Kuala Lumpur dan Singapura; ulang-alik.
alim I 1. mempunyai pengetahuan yg mendalam tentang agama Islam di
samping memiliki sifat warak, zuhud, dan takwa: meminta
petunjuk dan nasihat mengenai hukum agama drpd orang yg ~; ~
ulama pakar-pakar agama Islam; 2. patuh kpd ajaran agama
93
(Islam) serta rajin beribadat, soleh: ayahnya seorang yg ~; 3. bp
sangat baik sifat dan akhlaknya (spt orang alim): nampaknya ~,
rupanya orang bangsat; ~-~ kucing pura-pura alim;
kealiman 1. perihal (sifat) mengetahui dgn mendalam mengenai
agama, perihal sungguh berpengetahuan (tentang agama); 2.
kepatuhan kpd ajaran agama (Islam) serta kesungguhan beribadat,
kesolehan; 3. bp kebaikan tingkah laku (sifat dan akhlak).
alim II sj damar yg dipakai utk ubat.
alimbubu Mn pusaran angin.
alimentari (aliméntari) bkn makanan yg terlibat dgn penghadaman dan
penghadamannya: salur ~.
alimiat zaman ketika manusia telah mengerti dan tahu, lwn zaman
jahiliah.
alimoni (di kalangan suami isteri bukan Islam) bayaran saraan drpd
suami kpd isteri atau sebaliknya dlm masa kedua-duanya sudah
bercerai atau sudah berpisah tetapi belum bercerai secara sah.
alin; mengalin mengurut (memijit) badan orang sakit dgn memakai
tepung adunan kuning yg bercampur putih telur utk mengeluarkan
penyakit;
alinan pengalin;
pengalin benda utk mengalin: tepung ~.
alinea (alinéa) (Latin) baris baru pd tulisan, baris permulaan, paragraf
(perenggan).
aling I; aling-aling, alingan, aling-alingan Id sesuatu yg dipakai utk
menutup (melindungi) supaya jangan kelihatan; main tedeng ~
melakukan sesuatu dgn diam-diam (dgn sembunyi-sembunyi);
tedeng ~ sesuatu yg dipakai utk menutup maksud (perbuatan) yg
kurang baik;
94
mengalingi menutup supaya jangan kelihatan: induk ayam itu ~
anaknya supaya jangan disambar helang.
aling II; ulang-~; ulang.
alip I; penyepit ~ penyepit yg digunakan oleh pandai atau tukang emas.
alip II; alip-alipan ark main cari-carian.
alir I; mengalir 1. bergerak berterusan (bkn air, cecair, tenaga elektrik,
dll): air sungai ~ ke laut; darah ~ keluar drpd luka di kepalanya;
2. bergerak perlahan-lahan dan sedikit-sedikit, meleleh (bkn air
mata, peluh, dll): air matanya ~ juga dlm suram-suram cahaya; 3.
bergerak melalui atau menerusi kawat (bkn arus atau tenaga
elektrik); 4. bergerak keluar atau masuk (dr sebuah negara ke
negara lain dsb), berpindah banyak-banyak (ke negara atau tempat
lain): emas ~ ke luar negeri;
mengaliri Id mengalir ke (sesuatu kawasan, daerah, dll): air
bendungan itu dapat ~ daerah yg luas;
mengalirkan 1. menyebabkan (menjadikan) mengalir,
menyalurkan (air dll) ke: maksud bendungan ini ialah utk ~ air ke
sawah; pertempuran yg ~ darah; 2. menyebabkan bergerak (di
air), menghanyutkan: ~ rakit; 3. menyalurkan (cita-cita, kegiatan,
dsb), mengarahkan;
aliran 1. gerakan mengalir (bkn air, tenaga elektrik, dll): ~ air
sungai menuju ke laut; ~ tenaga elektrik; 2. gerakan keluar atau
masuk biasanya banyak-banyak (dr sebuah negara ke negara lain
dsb): ~ emas ke luar negeri; 3. saluran (spt paip air, dawai elektrik,
dll) tempat mengalirnya sesuatu: ~ sungai itu selalu berpindahpindah;
4. haluan pemikiran (pendapat), mazhab (politik,
pandangan hidup, dll); ~ falsafah moden pandangan (haluan)
falsafah moden; ~ komunis pendapat atau pemikiran komunis; ~
zaman pandangan hidup masa tertentu; 5. jalan (cerita dsb): cerita
95
ini kutuliskan secara roman sejarah, tetapi ~nya kusesuaikan dgn
kisah peperangan Kedah; 6. arah perkembangan, kecenderungan
atau kemungkinan (hala sesuatu perkembangan): ~ puisi tahun
enam puluhan; ~ pasaran getah; 7. yg termasuk dlm sesuatu
golongan yg khusus atau tertentu (bkn pembahagian atau
pengelasan pelajar atau pelajaran dsb): sekolah menengah ~
Melayu; pelajar-pelajar ~ sains;~ tunai penerimaan dan
pembayaran wang tunai;
beraliran berhaluan pendapat (politik, pandangan hidup dll): lunas
itu ~ utk mendirikan suatu negara sosialis;
pengaliran perihal (perbuatan, usaha dsb) mengalirkan,
penyaluran (air, arus elektrik, dll); pemindahan (emas, modal dsb):
~ air ke sawah padi; ~ emas ke luar negeri dilarang oleh
kerajaan;
pengalir sesuatu yg (digunakan utk) mengalirkan.
alir II sj pancing utk menangkap buaya; menahan ~ memasang tali alir;
mengalir menangkap buaya dgn tali alir.
alir III Mn licin (permukaan).
alis bulu yg berupa lengkung di atas mata, (bulu) kening; ~nya spt seraut
jatuh alis yg indah sekali (cantik bentuknya).
alit I celak;
mengalit membubuh alit (celak) pd, mencelak; ~ mata mencelak
mata; ~ bibir membubuh gincu pd bibir, memerahkan bibir;
pengalit alat utk mengalit: bibir dibentuk dgn pensil ~ dan
seterusnya disapu gincu
alit II; tali ~ tali gasing.
alit III Jw ark kecil.
96
aliterasi (Lin) pengulangan bunyi atau huruf pertama (pd) beberapa
perkataan yg berturutan (dlm sesuatu baris, terutamanya dlm sajak)
spt derup derap.
aljabar Ar algebra.
al-Jabbar Ar Yang Maha Perkasa (satu drpd 99 nama Allah): Khalik ~;
Malik ~.
al-Jalil Ar Yang Maha Memiliki Sifat Keagungan Yang Tiada Pada
Makhluk (satu drpd 99 nama Allah).
al-Jamik (al-Jami‘) Ar Yang Maha Penghimpun (satu drpd 99 nama
Allah).
al-Kabir Ar Yang Maha Besar (Gah) (satu drpd 99 nama Allah).
al-kafalah konsep perbankan Islam yg merujuk kpd jaminan satu pihak
bahawa satu pihak yg lain akan menunaikan kewajibannya.
alkah Ar ark alaqah.
alkali (Kim) bahan yg meneutralkan asid utk membentuk garam dan
boleh menukarkan kertas litmus merah menjadi biru;
beralkali berkaitan dgn, mempunyai sifat, atau mengandungi
alkali: larutan ~; garam ~;
mengalkalikan menjadikan atau menyebabkan beralkali;
kealkalian darjah sesuatu larutan akueus itu bersifat alkali;
pengalkalian perihal (proses atau perbuatan) mengalkalikan.
alkalimeter (alkaliméter) alat utk mengukur kepekatan alkali dlm
larutan.
alkalimetri (alkalimétri) teknik pengukuran banyaknya kandungan alkali
atau bes dlm sesuatu larutan.
alkaloid (Bio) sebatian semula jadi yg mengandungi nitrogen, yg
biasanya terdapat di dlm tumbuhan, dan digunakan dlm ubatubatan.
alkamar Ar bulan; kamar II.
97
alkana (Kim) kumpulan sebatian hidrokarbon alifatik yg atom-atom
karbonnya mempunyai ikatan tunggal.
alkari ark batu lak, laka, lakri, malau gari (kari).
al-Karim Ar Yang Maha Mulia dan Sedia Memberi (satu drpd 99 nama
Allah).
al-Kasyaf (al-Kasysyaf) Ar Yang Menyingkap Hijab (membuka rahsia
alam) (salah satu nama Allah).
alkatipa ark permaidani; katifah.
alkena (alkéna) (Kim) kumpulan sebatian hidrokarbon alifatik yg atomatom
karbonnya mempunyai satu ikatan ganda dua atau lebih.
alketip alkatipa, katifah.
al-Khabir Ar Yang Maha Sedia Mengetahui (satu drpd 99 nama Allah).
al-Khafid Ar Yang Maha Merendahkan Darjat Seseorang (satu drpd 99
nama Allah).
al-Khaliq Ar Yang Maha Pencipta Sekalian Makhluk (satu drpd 99 nama
Allah).
alkimi Ar ilmu kimia.
alkimia ilmu kimia pd peringkat awal perkembangannya, yg
merangkumi tempoh di antara kurun 500 SM sehinggalah abad ke-
17.
alkisah kata yg digunakan ketika memulakan sesuatu cerita atau riwayat
dan bermakna, kisahnya, ceritanya; kisah.
al-Kitab Ar al-Quran, Kitabullah.
alkohol 1. cecair yg mudah terbakar dan juga memabukkan (terdapat dlm
minuman keras dll); 2. minuman keras;
beralkohol mengandungi alkohol: jangan minum minuman ~ atau
bergas; elakkan merawat luka dan calar dgn larutan ~.
alkoholisme ketagihan minuman keras (alkohol).
98
alkoholometer (alkoholométer) alat utk mengukur tahap kandungan
alkohol dlm cecair.
alkoholuria (Ubat) kehadiran alkohol di dlm air kencing.
alkonya (Portugis) nama keluarga.
alku orang yg mencari pelacur utk pelanggan lelaki (atau sebaliknya),
barua, jaruman, ketolol, muncikari.
alkuna (Kim) kumpulan sebatian hidrokarbon alifatik yg mempunyai
ikatan ganda tiga antara atom-atom karbonnya.
Allah Ar Tuhan (Yang Esa);
~ Azzawajalla Allah Yang Maha Agung; ~ Subhanahuwataala
Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi; kerana ~ a) oleh
kehendak Allah; b) dgn percuma (utk mendapat pahala sahaja);
dibuat kerana ~ menjadi murka ~ prb dilakukan dgn maksud baik,
disangka orang kurang baik (menjadi tidak baik).
Allahuakbar Ar Allah yg Maha Besar.
Allahumma Ar Ya Allah, Ya Tuhanku; labaika ~ labaika! kerana-Mulah
ya Tuhanku, kukerjakan ini!
Allahyarham Ar kata ganti diri yg digunakan sebelum nama orang lelaki
Islam (bukan drpd keluarga diraja) yg telah meninggal: ~ Datuk
Onn terkenal di seluruh negara.
Allahyarhamah Ar kata ganti diri yg digunakan sebelum nama orang
perempuan Islam (bukan drpd keluarga diraja) yg telah meninggal.
allamah Ar ark mahir, sangat pandai: pensyarah-pensyarah yg ~.
al-Latif Ar Yang Maha Lemah Lembut dan Mengetahui Segala Sesuatu
Sehalus-halusnya (satu drpd 99 nama Allah).
al-Majid (al-Majîd) Ar Yang Maha Dimuliakan (satu drpd 99 nama
Allah).
al-Majid (al-Mâjid) Ar Yang Maha Sempurna (satu drpd 99 nama
Allah).
99
almaktub kitab suci.
al-Malik Ar Yang Maha Memiliki Segala Kekuasaan (satu drpd 99 nama
Allah).
almalun Ar sl terkutuk.
alma mater sekolah, maktab atau universiti yg pernah menjadi tempat
belajar seseorang.
almanak 1. kalendar tahunan yg mengandungi senarai hari bulan dgn
maklumat lain (spt terbit dan masuk matahari, air pasang surut,
peredaran bulan, dll); ~ nautika buku tahunan yg memberikan
maklumat tentang bulan, air pasang surut, matahari dsb; 2. buku yg
berisi penanggalan (daftar hari bulan) dan karangan yg perlu
diketahui umum.
al-Manik (al-Mani‘) Ar Yang Maha Menegah dan Menolak (satu drpd
99 nama Allah).
Almarhum Ar kata ganti diri yg digunakan sebelum nama orang lelaki
Islam, biasanya digunakan pd raja dan kerabatnya yg telah
mangkat atau meninggal.
Almarhumah Ar kata ganti diri yg digunakan sebelum nama orang
perempuan Islam, biasanya pd raja dan kerabatnya yg telah
mangkat atau meninggal.
almari sj perabot yg bertingkat-tingkat dan berpintu utk menyimpan
pakaian (barang-barang dll).
almas Ar intan.
al-Masih; Isa ~ Nabi Isa as.
al-Matin Ar Yang Maha Teguh Kekuatan-Nya (satu drpd 99 nama
Allah).
al-Muakhir (al-Muakhkhir) Ar Yang Mentakhirkan Wujudnya Sesuatu
(satu drpd 99 nama Allah).
al-mubarak Ar yg beroleh berkat: Ramadan ~.
100
al-Mubdik Ar Yang Maha Memulakan Sesuatu (satu drpd 99 nama
Allah).
al-mudarabah konsep kewangan (perbankan) Islam yg bermaksud pihak
pemodal membiayai pengusaha dgn pembahagian keuntungan yg
dipersetujui bersama.
al-Mughni Ar Yang Maha Mengayakan Makhluk Sehingga Tidak
Memerlukan Apa-apa (satu drpd 99 nama Allah).
al-Muhaimin Ar Yang Maha Mengawal (satu drpd 99 nama Allah).
al-Muhit Ar Yang Maha Melingkungi Segala-galanya (salah satu nama
Allah).
al-Muhsi Ar Yang Maha Mengira (satu drpd 99 nama Allah).
al-Muhyi Ar Yang Maha Menghidupkan (satu drpd 99 nama Allah).
al-Muid (al-Mu‘id) Ar Yang Maha Mengembalikan Ciptaan-Nya (satu
drpd 99 nama Allah).
al-Muiz (al-Mu‘izz) Ar Yang Maha Memuliakan (satu drpd 99 nama
Allah).
al-Mujib Ar Yang Maha Memakbulkan (satu drpd 99 nama Allah).
almukhalis Ar ark juruselamat, penyelamat.
al-Mukmin Ar Yang Maha Melimpahkan Keamanan dan Kesejahteraan
(satu drpd 99 nama Allah).
al-Mumit Ar Yang Maha Mematikan (satu drpd 99 nama Allah).
al-Muntaqim Ar Yang Membalas Dengan Seksa (satu drpd 99 nama
Allah).
al-Muqaddim Ar Yang Memulakan Wujudnya Sesuatu (satu drpd 99
nama Allah).
al-Muqit Ar Yang Maha Menyediakan Segala Keperluan Makhluk-Nya
(satu drpd 99 nama Allah).
al-Muqsit Ar Yang Maha Adil dan Saksama (satu drpd 99 nama Allah).
101
al-Muqtadir Ar Yang Maha Berkuasa Menentukan Sesuatu (satu drpd
99 nama Allah).
al-murabahah konsep kewangan (perbankan) Islam yg bermaksud
penjualan barangan (yg dibeli terlebih dahulu) oleh pemodal kpd
pembeli yg membayarnya secara ansuran dgn harga yg melebihi
harga asal mengikut persetujuan bersama.
al-Musawwir Ar Yang Maha Menentukan Bentuk Rupa Makhluk-Nya
(satu drpd 99 nama Allah).
al-Mutaali (al-Muta‘ali) Ar Yang Maha Tinggi dan Suci (satu drpd 99
nama Allah).
al-Mutakabbir Ar Yang Maha Memiliki Segala Kebesaran (satu drpd 99
nama Allah).
al-Muzil Ar Yang Maha Menghina Musuh-Nya (satu drpd 99 nama
Allah).
al-Nafik (an-Nafi‘) Ar Yang Memberikan Kebaikan dan Kemanfaatan
(satu drpd 99 nama Allah).
al-Nur (an-Nur) Ar Cahaya Yang Menerangi (satu drpd 99 nama Allah).
aloe vera (aloe véra) 1. sj tumbuhan yg termasuk dlm famili Liliaceace,
daunnya yg panjang tirus, tebal dan lembut mengandungi gel yg
mempunyai khasiat ubat-ubatan, lidah buaya; 2. bahan yg
dihasilkan drpd tumbuhan ini yg mengandungi vitamin dan
mineral, biasanya digunakan utk membuat barangan kosmetik.
alofon (Lin) bunyi yg berlainan yg terhasil drpd satu fonem (bunyi), mis
/k/ dlm kita dan kata.
alogami (Bio) persenyawaan silang pd tumbuhan berbunga.
alograf (Lin) lambang tulisan yg berlainan yg merujuk kpd grafem yg
sama, mis M dan m drpd grafem < M >.
aloi logam yg merupakan gabungan dua logam atau lebih (mis gangsa,
loyang, dll) atau satu logam dgn bahan bukan logam (mis keluli).
102
alokasi IB penentuan banyaknya barang dll yg disediakan utk sesuatu
tempat (pembeli dll), peruntukan.
alon; alon-alon Jw lambat-lambat, perlahan-lahan.
along I nama timang-timangan bagi anak yg sulung.
along II bp orang yg memberikan pinjaman wang secara haram dan
mengenakan bunga yg sangat tinggi, dan biasanya akan bertindak
ganas sekiranya pinjaman tersebut tidak dibayar.
alongan Jw kolam, tasik.
alonim nama lain bagi seseorang atau sesuatu, mis Mat adalah alonim
bagi Muhammad.
alopati kaedah merawat penyakit dgn cara mencetuskan keadaan yg
berbeza drpd punca sebenar yg menyebabkan penyakit berkenaan.
alopesia (alopésia) (Ubat) ketiadaan rambut atau bulu pd kawasan kulit
yg biasanya berambut atau berbulu.
alot Jk tidak mudah putus, liat.
alotrop (Kim) pelbagai bentuk sesuatu unsur yg menunjukkan ciri
alotropi (mis karbon mempunyai alotrop grafit, intan, dan karbon
amorfus).
alotropi (Kim) kewujudan sesuatu bahan (spt karbon, sulfur, mangan,
dll) dlm pelbagai bentuk dgn sifat fizik dan kimia yg berbeza.
alpa lalai, kurang mengendahkan; janganlah ~ akan kewajibanmu
janganlah lalai akan kewajibanmu;
mengalpakan melalaikan, mengabaikan, melupakan: ~ kewajiban;
kealpaan kelalaian, kelengahan: harap dimaafkan ~ saya.
alpaka sj haiwan mamalia di Amerika Selatan yg rupanya seakan-akan
llama dan bulunya yg panjang dapat dijadikan bahan pakaian,
Lama pacos.
alpeniti (Portugis) peniti.
103
alperes (alpérés) I (Portugis) sl leftenan muda, pegawai rendah: adapun
si Talib itu peranakan Minangkabau jadi ~ di dlm negeri Bantan.
alperes (alpérés) II sj ikan laut: ~ batu, ~ jawa.
alpiah alfiah.
alpukah ark daya usaha, inisiatif, kehandalan.
al-Qabid Ar Yang Maha Pengekang (satu drpd 99 nama Allah).
al-Qadir Ar Yang Maha Berkuasa (satu drpd 99 nama Allah).
al-Qahhar Ar Yang Maha Gagah Perkasa (satu drpd 99 nama Allah).
al-Qawi Ar Yang Maha Berkuasa (satu drpd 99 nama Allah).
al-Qayyum Ar Yang Berdiri Sendiri (satu drpd 99 nama Allah).
al-Quddus Ar Yang Maha Suci (satu drpd 99 nama Allah).
al-Quran kitab suci agama Islam.
al-Rafik (ar-Rafi‘) Ar Yang Maha Meninggikan Darjat (satu drpd 99
nama Allah).
al-Rahim (ar-Rahim) Ar Yang Maha Pengasih kpd semua makhluk (satu
drpd 99 nama Allah).
al-Rahman (ar-Rahman) Ar Yang Maha Pemurah dan Yang Memberi
Rahmat (satu drpd 99 nama Allah).
al-Raqib (ar-Raqib) Ar Yang Maha Mengawasi (satu drpd 99 nama
Allah).
al-Rasyid (ar-Rasyid) Ar Yang Memberi Petunjuk Kepada Kebenaran
(satu drpd 99 nama Allah).
al-Rauf (ar-Rauf) Ar Yang Maha Pemberi Kasih Sayang (satu drpd 99
nama Allah).
al-Razzaq (ar-Razzaq) Ar Yang Maha Memberi Rezeki (satu drpd 99
nama Allah).
ALRI akronim bagi Angkatan Laut Republik Indonesia.
al-Sabur (as-Sabur) Ar Yang Maha Penyabar (satu drpd 99 nama Allah).
104
al-Salam (as-Salam) Ar Yang Maha Sejahtera (satu drpd 99 nama
Allah).
al-Samad (as-Samad) Ar Yang Kekal dan Menjadi Tempat Bergantung
Sekalian Makhluk (satu drpd 99 nama Allah).
al-Samik (as-Sami‘) Ar Yang Maha Mendengar (satu drpd 99 nama
Allah).
al-Syahid (asy-Syahid) Ar Yang Maha Menyaksikan Segala Kebenaran
(satu drpd 99 nama Allah).
al-Syakur (asy-Syakur) Ar Yang Maha Menggandakan Balasan (satu
drpd 99 nama Allah).
altar 1. tempat mempersembahkan korban, mazbah; 2. meja yg
digunakan semasa upacara Perjamuan Suci di gereja.
al-Tawwab (at-Tawwab) Ar Yang Sentiasa Menerima Taubat (satu drpd
99 nama Allah).
alter ego (alter égo) (Latin) 1. (Psi) personaliti kedua seseorang, aku yg
kedua; 2. sahabat yg rapat atau karib yg boleh dipercayai.
alternatif 1. pilihan yg merupakan kemestian (keharusan); hanya ada
satu ~ hanya ada satu pilihan (jalan) sahaja; 2. satu pilihan antara
dua kemungkinan.
alternator pengulang-alik.
alti ark cerdik pandai.
altimeter (altiméter) sj alat yg biasanya dipasangkan pd pesawat terbang
utk menentukan atau mengetahui tinggi pesawat terbang itu dr aras
laut.
altitud ketinggian sesuatu tempat (kawasan) yg biasanya diukur dr aras
laut.
alto (Muz) 1. nada suara nyanyian yg paling tinggi bagi lelaki dewasa
atau yg paling rendah bagi wanita; 2. penyanyi dgn suara
105
nyanyiannya paling tinggi bagi lelaki dewasa atau yg paling rendah
bagi wanita.
altruis orang yg bersikap lebih prihatin terhadap kebahagiaan dan
kebajikan orang lain.
altruisme sifat atau prinsip suka mengutamakan kebajikan atau
kebahagiaan orang lain drpd diri sendiri.
altruistik bersikap lebih mengutamakan kebahagiaan dan kebajikan
orang lain drpd kebahagiaan dan kebajikan diri sendiri.
alu I (alat) penumbuk padi dsb, antan;
(bagai) guna-guna, ~ sesudah menumbuk dicampakkan prb Mn
dihargai waktu berguna dan jika tidak ada lagi perlunya
dicampakkan (ditinggalkan); (bagai) dihentak ~ luncung prb Mn
dialahkan oleh orang yg tidak pandai atau yg lemah; bak ~
pencungkil duri prb Mn tidak mungkin dapat dilakukan; orang yg
selancaran ~, atap yg berjahit, bendul bertekan prb Mn
perkauman yg dekat menurut adat.
alu II; mengalu-alukan 1. menyambut kedatangan tamu dll (dgn hormat
dan mesra): bekas murid ~ kedatangan cikgu; 2. menyambut baik
sesuatu (spt bantuan, sesuatu tindakan, cadangan, dll): persatuan
itu ~ pengumuman yg dibuat oleh Menteri itu; 3. mengeluarkan
kepala hendak menengok (menjenguk): ia ~ kepalanya keluar
tingkap utk melihat siapa yg memanggil.
alu-alu sj ikan laut tropika yg agak besar dan bergigi tajam yg dianggap
berbahaya kpd manusia, tenuk, Sphyraena barracuda.
alum I Jw layu;
mengalum menjadi layu, merana.
alum II (Kim) sj garam sulfat berganda bagi natrium dan kalium
(digunakan utk membuat samak, bahan ubat, dll), tawas.
alumina (Kim) aluminium oksida semula jadi.
106
aluminium sj logam yg ringan (rupanya spt timah putih).
alumni siswazah atau lepasan sesebuah maktab atau universiti.
alun ombak yg memanjang dan tidak memecah, ombak yg bergulunggulung:
perahu itu berayun-ayun dilenggang ~;
beralun, beralun-alun 1. berombak memanjang: air laut yg ~;
padi di sawah ~ -alun ditiup angin; 2. berbentuk tinggi rendah spt
ombak (bkn rambut), berombak-ombak, ikal: bahan-bahan
pemeliharaan rambut menjadikan rambut berseri, bermaya dan ~;
3. berlagu atau berirama tinggi rendah, turun naik rentaknya (bkn
suara);
mengalun, mengalun-alun 1. mengombak memanjang,
mengombak membuai-buai; 2. berirama tinggi rendah, beralun:
suara azan ~ ke udara;
mengalunkan menjadikan sesuatu (suara, lagu, dll) beralun
(berirama tinggi rendah): ~ suara menyanyikan sebuah lagu asli;
alunan 1. perihal (keadaan atau gerakan dsb) mengalun: olengan
kapal, ~ gelombang menyebabkan kepalanya pening; 2. irama atau
rentak tinggi rendah: ~ suara biduanita yg terkenal.
alun-alun Jw tanah lapang di muka keraton (istana) atau kabupaten.
alung 1. sj permainan guli (permainan kanak-kanak); 2. sr kata yg
digunakan dlm permainan guli ketika hendak melemparnya.
alur 1. lekuk memanjang (pd tanah, kayu, dll), lurah; ~ di dlm redang
tempat lalu perahu di dlm redang; 2. Mn jalan (aturan adat) yg
benar; 3. jalan (aturan, landasan, dsb) yg diikuti ke arah sesuatu
matlamat dll: sudah jelas ~ matlamat perjuangan;
~ air aliran air (semacam parit kecil); ~ bibir = ~ hidung lekuk di
bibir atas di bawah hidung; ~ kapal riak air di belakang sesebuah
kapal yg sedang bergerak, keracak; ~ sungai dasar sungai yg lekuk
dalam dan memanjang; ~ tanggam sj lurah sambungan pd perkakas
107
kayu; ~ tenggala alur yg terjadi apabila membajak; ~ tengkuk
lekuk di tengkuk; ~ bertempuh, jalan berturut prb dilakukan
menurut adat (kebiasaan yg lazim);
beralur 1. ada alurnya, berlekuk, berlurah: laras senapang itu ~;
2. Mn bermesyuarat (mencari jalan yg benar); habis ~ maka
beralu-alu prb jika dgn jalan mesyuarat tidak tercapai persetujuan,
baharulah digunakan kekerasan;
mengalur-alur (menjadi) spt alur; dadanya ~ dadanya spt alur (ia
kurus sekali);
aluran 1. = alur-aluran lekuk memanjang (di sungai dll); 2. = ~
adat Mn jalan adat yg sebenarnya (yg betul).
alur-alur sj tumbuhan (pokok di pantai laut), Suaeda maritima.
alusi perbuatan membayangkan atau merujuk kpd sesuatu secara tidak
langsung.
alusmitai halwa rambut.
aluvium (Geo) tanah halus yg subur hasil drpd mendapan lumpur, pasir,
selut dsb semasa banjir, terutamanya di dataran banjir, dasar
sungai, dan muara, lanar.
alveolus (alvéolus) (Bio) 1. pundi udara yg halus dlm paru-paru tempat
berlakunya pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida; 2. rongga
dlm rahang tempat tertanamnya akar gigi.
al-Wadud Ar Yang Maha Mengasihi orang yg beriman kpd-Nya (satu
drpd 99 nama Allah).
alwah Ar kayu gaharu.
al-Wahhab Ar Yang Maha Pemberi (satu drpd 99 nama Allah).
al-Wahid Ar Yang Maha Esa (satu drpd 99 nama Allah).
al-Wajid Ar Yang Maha Memperoleh Segala Sesuatu Yang
Dikehendaki-Nya (satu drpd 99 nama Allah).
108
al-wakalah konsep perbankan Islam yg merujuk kpd suatu keadaan
apabila satu pihak, mis pelanggan menamakan satu pihak yg lain,
mis bank utk bertindak bagi pihaknya.
al-Wakil Ar Yang Maha Pelindung (satu drpd 99 nama Allah).
al-Wali Ar Yang Maha Memberikan Pertolongan (satu drpd 99 nama
Allah).
al-Wali (al-Wâli) Ar Yang Maha Memiliki dan Memerintah Segala
Sesuatu (satu drpd 99 nama Allah).
al-Waris (al-Warith) Ar Yang Kekal Memusakai (setelah musnahnya
alam ini) (satu drpd 99 nama Allah).
al-Wasik (al-Wasi‘) Ar Yang Maha Luas Ilmu dan Rahmat-Nya (satu
drpd 99 nama Allah).
alwat alwah.
al-Zahir (az-Zahir) Ar Yang Menzahirkan Kewujudan (satu drpd 99
nama Allah).
am 1. berkaitan dgn semua orang (tidak terbatas atau terkhusus kpd
orang atau golongan tertentu), umum (lwn khas): hari kelepasan ~;
kebajikan ~; orang ~ orang kebanyakan, orang banyak, orang
biasa; 2. tidak terbatas atau terkhusus kpd sesuatu bidang
(lapangan dsb) tertentu: pengetahuan ~ ; perkara-perkara ~;
mengamkan menyediakan dsb utk orang banyak, mengumumkan
(tidak mengkhususkan).
Am simbol kimia bagi amerisium.
amah perempuan yg bekerja sbg pembantu rumah, orang gaji.
amal 1. apa sahaja yg dilakukan, perbuatan, pekerjaan: banyak ~, sedikit
bicara; 2. perbuatan baik (yg mendatangkan faedah kpd orang
lain): bersedekah ialah satu drpd ~ kebajikan;
~ ibadat perbuatan mengerjakan perkara-perkara yg diwajibkan
oleh ajaran agama (spt bersembahyang, berpuasa, mengeluarkan
109
zakat, dll); ~ jariah perbuatan yg diredai Allah utk kepentingan
atau faedah masyarakat (spt berderma, menolong orang dlm
kesusahan, dll), kebajikan kpd orang ramai;
beramal 1. berbuat amal, berbuat kebajikan: ia seorang yg suka ~;
2. = ~ ibadat mengerjakan amal ibadat: tebal imannya dan rajin ~;
3. melakukan sesuatu sbg suatu kebiasaan;
mengamalkan 1. melaksanakan, mempraktikkan, melakukan (sbg
suatu kebiasaan): pemuda itu ~ falsafah hidup baharu; ~ segala yg
telah dipelajari; kerajaan Malaysia ~ sistem demokrasi
berparlimen; 2. membiasakan diri melakukan sesuatu (sehingga
menjadi tabiat atau kebiasaan): ~ bangun pagi-pagi dan bersenam;
~ makan buah-buahan tempatan;
amalan 1. sesuatu yg dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan, dsb)
sbg suatu kebiasaan; pd ~nya yg sebenarnya berlaku atau terdapat,
pd praktiknya, pd kebiasaannya: pd ~nya, hanya sebuah parti
politik dan sebuah kesatuan sekerja sahaja yg dibenarkan
bergerak dlm sesebuah ladang; 2. perbuatan baik, kebajikan;
pengamalan 1. perihal mengamalkan: ~ sistem perhambaan; 2.
kesungguhan hati mengerjakan sesuatu; 3. pelaksanaan;
pengamal orang yg bergiat dlm sesuatu profesion (sbg pekerjaan
sehari-harinya): ~ perubatan; ~ undang-undang.
amalgam (Kim) aloi merkuri dgn satu atau lebih bahan lain, utk
menampal gigi, membuat cermin, dll; ~ zink aloi merkuri dan zink.
amali bkn pelaksanaan prinsip atau teori (yg dipelajari dsb), berasaskan
pengamalan (pelaksanaan) sebenar sesuatu ilmu pengetahuan dsb:
selain mengikuti kuliah, bakal guru itu juga menjalani pelbagai
latihan ~.
amaliah Ar berkaitan dgn amalan: antara dua keutamaan ilmiah dan ~.
110
aman 1. bebas drpd keadaan kacau-bilau (spt peperangan, pergaduhan,
permusuhan, dsb), sentosa, tenteram: ia menghendaki hidup ~ dan
sejahtera; negeri yg ~; 2. bebas drpd gangguan atau sesuatu yg
tidak menyenangkan, damai, tenang, tenteram: suasana yg ~; 3.
amanah, pesan: begitulah ~ raja kpd puteranya;
mengamankan 1. menjadikan aman (tenteram, tenang),
menyentosakan, menenteramkan: rundingan-rundingan itu
bertujuan utk ~ keadaan di Timur Tengah yg sentiasa bergolak;
utk ~ perasaannya yg kacau, ia membaca buku agama; 2.
menyerahkan kpd orang supaya selamat, mengasingkan (dlm
tahanan): ~ penjahat dlm penjara;
keamanan keadaan yg aman, kesentosaan, ketenangan,
ketenteraman: kerajaan harus menjamin ~ jiwa dan harta benda
rakyat; ~ pd akal fikiran;
pengamanan perbuatan (usaha dsb) mengamankan, penenteraman;
pengaman orang (pihak) yg mengamankan.
amanah 1. = amanat sesuatu yg dipercayakan kpd orang (diserahkan utk
disimpan dll): bungkusan-bungkusan ini ialah ~ orang; 2.
kepercayaan yg diletakkan kpd seseorang; 3. = amanat keamanan,
ketenteraman: bahagia dan ~; 4. kepercayaan, boleh dipercayai,
jujur; pecah ~ perbuatan mensia-siakan amanah (kepercayaan)
orang dll (dgn menipu dsb); orang ~ orang yg boleh dipercayai; 5.
(Eko) hak yg boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah utk
mendapatkan faedah drpd sesuatu harta; 6. (Eko) peraturan yg
menentukan tujuan dan pentadbiran harta amanah; ~ saham skim
pelaburan yg dikendalikan dan diurus oleh sesebuah organisasi
bagi pihak pelabur: A~ Saham Bumiputera; A~ Saham Mara; A~
Saham Nasional; 7. ark pesan, amanat;
beramanah ark beramanat;
111
mengamanahkan 1. mempercayakan (menyerahkan kepercayaan)
kpd, menyerahkan (utk disimpan, dilakukan sesuatu, dsb):
lombong-lombong itu dikuasai oleh orang-orang yg diamanahkan
oleh raja; barang dagangan yg diamanahkannya kpd Nakhoda
Jaya; 2. ark mengamanatkan;
pengamanahan perihal (perbuatan, tindakan dsb)
mengamanahkan: penyerahan tepak sirih ini bermakna rasmilah
upacara ~ tanggungjawab kpd pembawa adat;
pengamanah orang atau badan dsb yg memegang (menguruskan,
melaksanakan, dll) sesuatu amanah, pemegang amanah: ~ boleh
membuat perisytiharan bagi pembentukan badan amanah tersebut.
amanat Ar 1. pesanan, wasiat, nasihat: itulah ~ orang tuanya kepadanya;
penentuan itu diterima oleh orang-orang Islam sbg suatu ~
Khalifah yg wajib ditaati; 2. amanah;
beramanat menyampaikan (memberikan, meninggalkan) pesan,
berpesan;
mengamanatkan memberikan amanat kpd, menyampaikan
pesanan, menasihati: Perdana Menteri ~ rakyat supaya bertekun
menghadapi segala kesulitan.
amang I tahi bijih timah, kotoran pd bijih timah dll: kurang elok
karangnya kerana banyak ~ di dalamnya; ~ bijih.
amang II; mengamang, mengamang-amang, mengamangi menakuti
(dgn mengacukan senjata), mengancam, menggugat: diambilnya
kerisnya lalu diamanginya lawannya.
amangku Jw yg menjaga, yg memelihara; A~ Buana yg menjaga dunia
(gelaran Sultan Jogjakarta); mangku.
amangkurat Jw amangku buana (gelaran Sultan Mataram).
amansari sj penganan yg dibuat drpd kacang hijau dan nyiur.
112
amanuensis (amanuénsis) IB pembantu yg ahli dlm makmal kimia atau
fizik (terutama di sekolah).
amar I Ar perintah, suruhan (Tuhan, raja): menurut ~ Allah; ~ makruf
(nahi mungkar) perintah supaya mengerjakan perbuatan atau
amalan yg baik (dan menjauhi perbuatan atau amalan yg jahat);
mengamarkan memerintahkan, menyuruhkan;
amaran 1. perintah, suruhan; 2. peringatan (yg keras): membuang
kerja dgn tidak memberi ~ terlebih dahulu; ~ lisan peringatan
keras yg diberikan secara lisan (tidak menerusi surat rasmi).
amar II gelaran: Seri A~ Diraja.
amarah marah: tidak dapat menahan nafsu ~.
amat I sangat: ~ mahal; ~ terkejut; ~ sangat tersangat, terlampau,
terlalu;
memperamat, memperamat-amat, memperamatkan,
memperamat-amatkan memperhebat, mempersangat: ~ pukulan;
teramat tersangat, terlampau sangat: yg ~ mulia;
keamatan 1. keadaan yg amat sangat; 2. darjah (kekuatan,
kehebatan, dsb) yg amat tinggi.
amat II; mengamati, mengamat-amati 1. memerhatikan benar-benar,
melihat dgn teliti: ia ~ muka tunangannya; 2. meneliti, mengawasi:
segala gerak-geri orang yg dicurigai diamat-amati oleh polis;
pengamatan, pengamat-amatan pengawasan, penelitian: drpd ~
saya yg sungguh-sungguh, saya mendapat kesan bahawa dialah yg
bersalah;
pengamat pengawas.
amatur bkn kegiatan (spt sukan, kesenian, dll) yg dilakukan sbg suatu
kegemaran dan bukan utk mencari wang: pelakon ~ sandiwara;
pemain bola ~.
113
amaturisme faham bahawa sesuatu kegiatan, mis sukan, dilakukan
bukan utk mendapatkan ganjaran wang, tetapi utk kepuasan dan
keseronokan.
amaun banyaknya, jumlah: komoditi yg memerlukan ~ bahan yg berbeza
utk pengeluarannya akan mempunyai berlainan nilai.
ambah IB pertukangan: sekolah ~.
ambah-ambah Jk penyakit sampar.
ambai I sj tangguk penangkap ikan, belat langgai;
mengambai menangkap ikan (udang dll) dgn ambai, menangguk.
ambai II; berambai-ambai bercucuran, berpercikan: air matanya ~;
mengambai-ambaikan memercikkan (air dll).
ambai-ambai I sj tumbuhan (bendalu), Rafflesia hasseltii.
ambai-ambai II sj ketam.
ambak Mn tambak;
mengambak menambak, menggalang; subur kerana dipupuk,
besar kerana diambak = besar diambak, tinggi dianjung prb Mn
besar (tinggi) kedudukan kerana dimuliakan oleh anak buah.
ambal I hamparan, permaidani.
ambal II; berambal-ambalan berarak-arakan;
ambalan perarakan, kumpulan (orang berarak), pasukan.
ambal III; mengambal melihat dgn ekor mata, menjeling.
ambal IV; mengambal Mn menambak, menimbun tanah.
ambalela (ambaléla) Jw; aksi ~ lagak hendak menentang (tetapi
sebenarnya tidak melawan); balela.
ambang I 1. balak (kayu) yg melintang di atas (pd pintu atau jendela),
kayu palang (antara dua tiang dll); di ~ pintu di muka pintu: jangan
duduk di ~ pintu pd waktu senja; 2. waktu atau peringkat sejurus
sebelum berlakunya atau terjadinya sesuatu, titik permulaan
(sesuatu peristiwa, pengalaman, dll): orang Melayu sudah berada
114
di ~ perubahan; pertunangan menjalin ikatan dua insan yg bakal
menempuh ~ perkahwinan; sudah di ~ pintu sudah dekat sekali
(saatnya, terjadinya sesuatu);
mengambang merintangi, menahan.
ambang II; mengambang, mengambang-ambang, terambang,
terambang-ambang terkatung-katung atau terapung-apung (di
udara), melayang-layang: bulan mulai ~ di langit sebelah timur;
kambang.
ambar Ar sj barang yg harum baunya (ada yg berasal dr perut ikan laut,
ada dr sj damar); jenis-jenisnya: ~ batu, ~ kuning, ~ ikan, ~ kesturi,
~ bunga, ~ darah.
ambasador duta besar.
ambat; pengambat Br sj alat (kayu, rotan, dll) utk memukul.
ambau I pelampung perahu, gandung (bambu yg dipasang di kiri kanan).
ambau II; mengambau Mn 1. terjun; 2. ki menyerah (kerana telah putus
ikhtiar);
terambau terjatuh.
ambek; mengambek Jw marah, merajuk: si adik mesti ~;
ambekan 1. nafas, bernafas; 2. pemarah, lekas marah, giat; 3.
perangai, tabiat.
ambelar Jk tali yg dipakai pd sj permainan guli sbg tanda.
ambelas, ambeles Jw 1. masuk ke dlm (air, lumpur dll); 2. hilang lenyap.
ambelu; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Psychotria ovoidea.
amben Jw emban, ikat pinggang.
amben (ambén) Jw balai-balai, geta.
amberal IB admiral, laksamana.
amberol Jk runtuh, roboh.
amberuk Jk runtuh, roboh.
ambet Jk lampin, bebat (kanak-kanak yg baru lahir).
115
ambi Kl hati-hati, ingat-ingat;
berambi berhati-hati, beringat-ingat.
ambien bkn keadaan persekitaran.
ambiguiti kesamaran yg memungkinkan dua atau beberapa tafsiran,
ketaksaan: puisi-puisi M. Ghazali misalnya dianalisis oleh
Shahnon melalui kecenderungan ~ yg ketara.
ambil; jangan ~ berat jangan pedulikan sangat; tidak ~ pusing tidak
peduli;
ambil-mengambil, berambil-ambilan 1. saling mengambil,
saling menerima; 2. = seambilan kahwin-mengahwini (antara dua
keluarga, kaum, dll);
mengambil 1. memegang (memungut, memetik, dll) sesuatu serta
menyimpannya atau membawa pergi dll, menerima dan
menyimpan sesuatu: dia ~ surat yg saya berikan itu dan
menyimpannya di dlm laci; 2. memegang dan menarik dsb keluar
(dr saku, beg, dll): ~ wang dr kocek; dia ~ sebentuk cincin dr kotak
itu; 3. pergi ke sesuatu tempat dan kembali dgn membawa sesuatu
atau seseorang yg dikehendaki (diperlukan dsb), mendapatkan atau
memperoleh (sesuatu yg diperlukan): ~ rotan di hutan; ~ air di
perigi; dia ke hospital utk ~ ubat; pergi ke sekolah utk ~ anak; 4.
memperoleh (membawa pergi dsb) sesuatu kepunyaan orang tanpa
pengetahuannya atau dgn tidak mendapatkan kebenarannya: siapa
agaknya yg telah ~ fail yg terletak di atas meja itu tadi? 5.
menerima seseorang dlm sesuatu hubungan yg tertentu: dia sedia ~
Milah sbg isterinya; ~ Ahmad sbg rakan kongsi perniagaan; 6.
menuliskan (keterangan, penjelasan, dsb), mencatatkan: seorang
pegawai polis sedang ~ keterangan drpd beberapa orang yg
menyaksikan kejadian itu; 7. mengurangi: delapan diambil dua
menjadi enam; 8. menerima (utk belajar, bekerja, dsb): syarikat itu
116
akan ~ lebih ramai lagi pekerja bumiputera; 9. mempelajari,
mengikuti: seseorang pelajar dikehendaki ~ sekurang-kurangnya
empat mata pelajaran; 10. menerima atau meniru (unsur
kebudayaan asing dll): kalau mereka berbahasa Melayu, mungkin
juga mereka akan ~ cara hidup Melayu; 11. menggunakan atau
memenuhi (ruang, tempat, masa, dll): kisah perbicaraan itu ~
ruang melebihi dua halaman;
~ akan saudara menganggap spt saudara; ~ anak a) memungut
anak, mengambil utk dijadikan anak; b) (Sumatera) peraturan
perkahwinan dgn si isteri tidak perlu keluar dr rumah orang tuanya;
~ angin menghirup hawa yg baik; ~ bahagian turut serta,
menyertai; ~ bena peduli, mengambil endah; ~ berat memberikan
perhatian (minat, layanan) yg istimewa (kpd atau terhadap sesuatu
atau seseorang); ~ berkat mengambil tuah atau pengaruh baik
(drpd orang tua, orang suci, dll); ~ contoh = ~ ibarat a) memberi
sbg umpama; b) mencontohi; ~ di hati = ~ ke hati memasukkan di
hati; ~ gambar membuat (menghasilkan) gambar dgn
menggunakan kamera; ~ haluan menentukan haluan, mengarah; ~
hati a) memikat hati; b) berasa tersinggung, berasa kecil hati; ~
ingatan memasukkan ke dlm ingatan; ~ jalan mengikuti
(menempuh) sesuatu jalan; ~ keputusan memutuskan, menentukan;
~ kesempatan = ~ peluang menggunakan kesempatan (dgn sebaikbaiknya);
~ kira mempertimbangkan, memperhitungkan; ~ langkah
a) mulai hendak berjalan (berlari, melompat, dll); b) mulai
bertindak; ~ masa menggunakan (memerlukan, memakan) masa; ~
menantu menjadikan menantu; ~ muka berbuat sesuatu dgn
maksud supaya dipuji; ~ nyawa menyebabkan mati, mematikan; ~
oper Id menerima drpd orang lain (utk dipakai, diberi, dll); ~
panjang a) menjadikan urusan panjang; b) memaafkan kesalahan117
kesalahan; ~ peduli = ~ pusing mempedulikan, menghiraukan; ~
pekerja (kakitangan, pegawai) menerima atau mendapatkan
pekerja (kakitangan, pegawai) baru; ~ ringkas (simpan, singkat)
meringkaskan, mengikhtisarkan; ~ semangat menarik semangat
drpd badan orang (bkn bomoh dll); ~ sempena mengambil berkat
(dr), di samping terdapatnya (berlakunya dsb) sesuatu yg baik; ~
senang menganggap senang (mudah) sahaja; ~ tahu mencari
maklumat (khabar) berkenaan sesuatu, mengetahui; ~ tanah a) = ~
kota = ~ negeri merampas (tanah, kota, negeri); b) upacara dlm
perayaan Hassan Husain; ~ teladan mencontohi, mengambil
contoh; ~ tindakan mulai bertindak; ~ ujian a) menduduki sesuatu
ujian (peperiksaan di sekolah, ujian memandu kereta, dll); b) Id
memberi peperiksaan, memeriksa (guru dll); ~ untung memperoleh
(mendapatkan) keuntungan drpd sesuatu jualan; ~ upah
mengerjakan (melakukan) sesuatu utk orang lain dgn atau utk
mendapat upah;
mengambilkan mengambil utk: ia ~ anaknya buah-buahan;
ambilan yg diambil, sesuatu (hasil) yg diambil: temasya Safar
ialah ~ drpd adat Hindu; salah ~ salah sangka;
pengambilan 1. perbuatan (usaha, cara, dsb) mengambil,
pemungutan, pengutipan: kita terpaksa menambah ~ orang-orang
baru; 2. pendapat, pengetahuan; sepanjang ~ saya sepanjang
pengetahuan saya;
pengambil orang yg mengambil; ~ bahagian orang yg mengambil
bahagian, peserta.
ambil alih; mengambil alih menggantikan orang atau pihak lain
mengendalikan (menguasai dsb) sesuatu;
pengambilalihan hal (perbuatan, tindakan) mengambil alih: ~
tanah drpd petani telah dibuat.
118
ambin kain (tali dll) utk menggendong barang atau mengikat anak yg
digendong;
berambin; ~ lutut duduk dgn lutut diikat dgn tali yg dikalungkan
di leher;
mengambin menggendong dgn ambin;
ambinan barang yg diambin, gantungan.
ambing I puting susu.
ambing II umbang-ambing.
ambisi Id keinginan (keghairahan) mendapatkan sesuatu kedudukan
(pangkat dll).
ambivalen mempunyai perasaan yg bertentangan terhadap seseorang,
sesuatu atau keadaan (spt rasa benci dan rasa sayang kpd seseorang
pd masa yg sama).
amboi sr kata utk menyatakan rasa hairan (kasihan dll) atau utk
mengusik seseorang: ~, lajunya kereta ini!; ~ , cantik sungguh
awak hari ini!
ambon; pisang ~ sj pisang yg besar dan manis, pisang embun.
ambring; ambring-ambringan Jk tidak keruan, tidak menentu (hilang
akal dll).
ambu-ambu 1. sj ikan laut, air kurik, kayu, tongkol (coreng), Euthynnus
alleteratus; 2. sj ikan laut, air semambu, tongkol, Germo sibi.
ambuh Jk ark sudi; embuh I.
ambul; mengambul 1. memantul, menganjal, melambung kembali (spt
bola yg dilemparkan ke tanah dll); 2. tenggelam serta timbul
kembali.
ambulan (Ubat) berupaya utk berjalan, bukan setakat terbaring sahaja
(bkn pesakit).
ambulans kenderaan yg digunakan khas utk membawa orang sakit atau
cedera (ke hospital).
119
ambung I keranjang atau karung yg digunakan utk membawa barang di
atas belakang; masuk ~ tak masuk bilang prb kalau mengerjakan
sesuatu yg besar, yg kecil-kecil tidak diperhatikan;
mengambung membawa dgn ambung.
ambung II; mengambung, mengambungkan 1. melambungkan,
melemparkan ke atas: ~ bola; 2. mengumbang-ambingkan: kapal
itu diambung-ambungkan gelombang spt tempurung; ~ diri a)
menghempaskan diri; b) meninggikan diri, menyombong; 3. =
mengambung-ambungkan mengangkat-angkat, menyanjungnyanjung,
memuja-muja: suka diambung-ambungkan orang.
ambung III Jw; mengambung mencium.
ambung-ambung sj tumbuhan (pokok kecil yg hidup di pantai),
merambung, pelampung, Scaevola frutescens.
ambur I; mengambur Mn terjun (ke dlm air); hambur II.
ambur II Br tabur, hambur; padi ~ sj padi yg ditanam secara dihambur
atau ditabur benihnya.
ameba (améba) (Bio) sj hidupan satu sel yg senantiasa berubah
bentuknya, terdiri drpd berbagai-bagai jenis (hidup dlm air atau
juga dlm tubuh binatang dan manusia sbg parasit).
ameboid (améboid) (Bio) berkaitan dgn atau menyerupai ameba, sama
ada dr segi bentuk, struktur atau pergerakan.
amek (amék) Id ambil.
ameliorasi (améliorasi) (Lin) perubahan makna sesuatu kata drpd makna
yg kurang elok kpd makna yg lebih baik, mis canggih yg
dahulunya bermakna terlalu banyak bercakap berubah kpd moden
dan hebat.
amen (amén); mengamen Jk berjalan dr rumah ke rumah sambil
bernyanyi dan bermain muzik: dia pergi ~;
120
pengamen orang yg mengamen: ia temui satu rombongan ~
keroncong.
amende bp apa benda.
amendemen (améndemén) Id usul pindaan rang undang-undang yg
dibahaskan dlm parlimen dll.
amenorea (aménoréa) (Ubat) ketiadaan (terhentinya) haid secara
abnormal.
Amerika (amérika) = ~ Syarikat negara di Amerika Utara yg ibu
negaranya Washington D.C;
mengamerikakan membuat, menyebabkan, atau menjadikan
seseorang atau sesuatu mempunyai (mengikut, menyerap dsb) ciri
atau nilai hidup (budaya, adat dsb) Amerika: beliau menyifatkan
sebarang penarikan semula sekatan senjata akan ~ konflik di
negara Balkan itu;
keamerikaan hal yg berkaitan dgn ciri-ciri (nilai, amalan, adat,
dsb) kehidupan, budaya dsb orang Amerika: sarjana sastera di
Amerika Syarikat kini lari kpd teori yg berkembang di Eropah dgn
meninggalkan ~ yg melekat pd ideologi baru;
pengamerikaan perihal (proses, perbuatan dsb) mengamerikakan:
ini bukanlah bermakna bahawa proses ~ tidak ditanggap sbg
ancaman kpd identiti budaya pd satu-satu tahap.
Amerikanisme (amérikanisme) budaya (amalan hidup) orang Amerika
Syarikat.
amerisium (amérisium) (Kim) sj unsur logam yg radioaktif.
amfetamina (amfétamina) (Ubat) sj dadah sintetik yg digunakan,
terutamanya sbg perangsang.
amfibia jenis binatang berdarah sejuk (spt katak) yg hidup di dlm air pd
peringkat awal hayatnya dan di darat kemudiannya (setelah besar);
121
kapal terbang ~ kapal terbang yg dapat mendarat di air dan di
darat; kereta kebal ~ kereta kebal yg dapat berjalan di darat dan di
air.
amfiteater (amfitéater) 1. sj bangunan yg bentuknya bulat atau bulat
bujur dan tidak berbumbung dgn tempat duduk bertingkat-tingkat
di sekeliling ruang yg terbuka, biasanya digunakan sbg tempat
persembahan acara hiburan, bersukan dsb; 2. deretan tempat duduk
bertingkat-tingkat di dlm dewan, panggung dsb yg disusun dlm
bentuk separa bulat.
amfiun Ar candu.
amfoterik (amfotérik) (Kim) bkn sesuatu bahan (spt aluminium
hidroksida) yg mempunyai kedua-dua ciri asid dan bes.
amil I Ar orang yg diberi tauliah (kuasa) utk memungut zakat (dan
berhak menerima zakat).
amil II sj siput laut.
amilase (Bio) enzim yg menghuraikan kanji dan glikogen menjadi gula
ringkas spt glukosa.
amilolisis (Bio) pencernaan kanji atau bahan berkanji menjadi gula.
amin Ar 1. perkenankanlah ya Allah doa kami (lazimnya disebut semasa
berdoa): doa itu diakhiri dgn mengucapkan ~; bertadah ~ bertadah
tangan sambil mengucapkan amin; 2. orang yg dapat dipercayai
dgn sesuatu amanah;
mengamini, mengaminkan 1. menutup doa atau menyahut bacaan
doa dgn mengucapkan amin: lebai pun membaca doa dan semua
yg hadir ~; 2. ki membenarkan, mengiakan, menyetujui: apa yg
dikatakannya diaminkan saja oleh pengikut-pengikutnya.
amin-amin sj tumbuhan (pokok), Sebastiana chamaelea; ~ buah sj
tumbuhan (pokok), dukung(-dukung) anak, rami buah, turi hutan,
Phyllanthus niruri.
122
amino (Kim) mengandungi atau terdiri drpd satu atom nitrogen dan dua
atom hidrogen (–NH2) (bkn bahan kimia dsb): asid ~; kumpulan ~.
amir Ar 1. orang yg memegang perintah, pemimpin; ~ al-bahar =
amirulbahar laksamana; ~ almukminin, amirulmukminin pemimpin
sekalian orang Islam (gelaran khalifah dan sultan yg besar-besar);
~ haji = ~ al-haj = amirulhaj pemimpin jemaah haji; 2. ark gelaran
wakil Sultan Riau di Pulau Tujuh.
amirulbahar Ar laksamana; amir.
amirulhaj Ar pemimpin jemaah haji; amir.
amirulmukminin Ar pemimpin umat Islam; amir.
amit I Jw; pengamitan pemberian mempelai kpd mentua tatkala
meninggalkan rumah mentuanya.
amit II Sr makanan ringan yg tidak mengenyangkan dan dimakan
semasa berehat: penjualan ~ di kantin sekolah perlu dikawal
kerana boleh menjejaskan kesihatan pelajar.
amko ark Id sj motokar kecil (dipakai sbg teksi).
amma Ar sl adapun, akan; ammabakdahu.
ammabakdahu Ar ammabakdu.
ammabakdu Ar adapun kemudian drpd itu (digunakan dlm surat).
ammeter (amméter) (Fiz) alat utk menyukat arus elektrik.
ammi buta huruf; ummi II.
ammonia (Kim) gas yg tidak berwarna, berbau sengit dan menusuk
hidung, merupakan sebatian drpd hidrogen dan nitrogen
(digunakan dlm pembuatan baja dll);
terammonia telah bercampur dgn ammonia.
AMN kep Ahli Mangku Negara (pingat yg dikurniakan oleh DYMM
Yang di-Pertuan Agong).
amnesia (amnésia) kehilangan daya ingatan.
123
amnesti (amnésti) pengampunan (pembebasan drpd hukuman) biasanya
kpd orang yg telah melakukan kesalahan terhadap negara (spt
memberontak dsb).
amnion (Bio) selaput paling dalam yg menyelaputi embrio mamalia,
burung dan reptilia.
amoi C anak perempuan, gadis (biasanya digunakan sbg panggilan kpd
gadis Cina).
amonit fosil cangkerang yg berbentuk lingkaran.
amor (Latin) anak dewi Venus (dewi percintaan).
amorfus (Kim) bkn pepejal (spt jelaga, kaca, dll) yg bukan hablur atau
tidak dapat membentuk hablur.
ampai 1. panjang (tinggi) dan ramping, lampai; 2. = jari ~ sj rotan utk
menyesah (memukul); 3. = ampaian tali (dawai dsb) yg
diregangkan atau galah tempat menjemur pakaian: dia menjemur
pakaian di ~ di belakang rumah;
mengampai 1. bergantung spt di ampai(an); 2. menjemur: ~
tembakau;
mengampaikan 1. menggantungkan (menyangkutkan) pd ampaian
utk menjemur (pakaian dll), menyidaikan, menyampaikan: ~
pakaian yg sudah dicuci; 2. menyampirkan: ~ kain; 3.
menyandarkan: ~ dirinya pd tembok;
terampai 1. tergantung spt di ampaian, tersidai; 2. tersampir; 3.
tersandar(kan); 4. tidak mendap, terapung; ~ jemur Mn waktu pagi
kira-kira pukul lapan;
ampaian 1. bahan yg terampai di dlm cecair; 2. (Kim) serakan
zarah-zarah di dlm cecair atau gas; ~ koloid serakan zarah-zarah
pepejal yg halus di dlm cecair.
ampai-ampai 1. sj binatang laut yg badannya spt agar-agar (berjuraijurai
tepinya); ubur-ubur; 2. = pohon ~ sj tumbuhan (pokok).
124
ampama, ampamar bp penyampai rahsia kpd polis dll, hantu matamata.
ampang I bendung; ~ sampai ke seberang, dinding sampai ke langit prb
dikatakan bkn persahabatan yg sudah putus dan tidak akan berbaik
lagi atau bkn pekerjaan yg tidak alang kepalang; empang I.
ampang II ringan, mudah.
ampe (ampé) Jw sampai.
ampean (ampéan) Jw gundik, selir.
ampek Jk bengik, mengah.
ampel (ampél) Jw buluh, bambu.
ampela Jk empedal ayam.
ampere (ampére) (Fiz) unit sukatan arus elektrik.
ampiar ampere.
ampit; anak ~ sj ikan darat, ikan pelaga, sempilai.
amplifier alat yg dihubungkan pd mikrofon (pd pesawat radio dsb) utk
menghasilkan bunyi yg lebih kuat.
amplitud (Fiz) nilai mutlak maksimum yg dicapai oleh sesuatu gangguan
pd gelombang atau mana-mana kuantiti yg berubah mengikut kala
tertentu.
amplop IB 1. sampul surat; 2. wang rasuah (yg dibubuh di dlm sampul
surat).
ampo Jw napal (sj tanah merah yg boleh dimakan).
ampu I; mengampu 1. sl menahan di bawah (dgn telapak tangan),
menyokong dr bawah (supaya tidak jatuh, runtuh, dsb): kain baju
diampu oleh hamba raja; 2. sl = mengampukan memerintah
(negeri, kerajaan): yg pertama ~ negeri Pasai ialah Sultan
Malikul-Saleh; 3. ki mengangkat, menyanjung (utk menyukakan
seseorang supaya mendapat sesuatu faedah daripadanya): siapa yg
125
pandai ~nya akan mendapat segala sesuatu daripadanya; ~ bodek
bk mengangkat (supaya mendapat sesuatu);
pengampu 1. penahan, penyangga, penyokong; ~ susu baju dalam
perempuan, coli, kutang; 2. orang yg memerintah negeri; 3. orang
yg menjaga keselamatan seseorang, wali, orang tua; 4. orang yg
mengangkat-angkat (suka menyanjung) seseorang, orang yg
mengampu.
ampu II Mn empu; ~ kaki ibu jari kaki.
ampuh I Jw bertuah, mujarab, sakti: keris yg ~;
keampuhan kesaktian, kemujaraban: aku terbangun drpd ~ doa yg
diucapkan oleh hati pasrah.
ampuh II Mn 1. bah, banjir, lembak, sebak; air ~ air bah; 2. hanyut:
padinya ~ oleh banjir;
mengampuhkan menggenangi, melembak; ~ sawah mengairi
sawah;
keampuhan tergenang oleh air, kebanjiran, kegenangan.
ampuh III; pengampuh; layar ~ layar yg tertinggi letaknya.
ampuk I Sr tidak kena pd sasaran dr arah yg dilepaskan: bola yg di atas
botol itu tidak jatuh kerana tembakan peluru gabusnya ~.
ampuk II; burung ~ sj burung, burung sentali, burung teteguk, burung
tukang besi.
ampul I; mengampul menjadi besar, mengembang (spt kacang
direndam dll).
ampul II Sb bkn kayu (papan dll) yg ringan, lembut, dan dapat timbul di
permukaan air.
ampun kebebasan drpd hukuman (kerana dosa atau kesalahan yg telah
dilakukan), maaf: meminta ~ atas segala kesalahan;
mengampuni memberi ampun (kpd seseorang), memaafi
(seseorang): baginda mempunyai kuasa utk ~ orang salah;
126
mengampunkan memberikan ampun (akan sesuatu), memaafkan
(kesalahan dsb seseorang): mudah-mudahan Tuhan jua akan ~
dosa hamba-Nya;
terampun telah atau dapat diampuni atau diampunkan: dia
menangis kerana dosanya dgn emak dan ayah belum lagi ~; jika
orang yg berkenaan bersetuju memaafkannya, insya-Allah dosa
umpatan itu ~;
ampunan 1. = keampunan ampun maaf: menunggu-nunggu ~
drpd orang tuanya; 2. = pengampunan;
pengampunan pembebasan drpd hukuman dan tuntutan: ~ kpd
pengganas-pengganas yg telah insaf dan menyerah diri;
pengampun yg suka mengampuni: Tuhan Yg Maha Pengasih dan
Maha P~.
ampung apung.
amput; mengamput bk bersetubuh;
amputan bk 1. kemaluan perempuan; 2. gundik.
amputasi (Ubat) pemotongan sebahagian anggota badan spt kaki atau
tangan, dlm sesuatu pembedahan akibat penyakit atau kecederaan
teruk.
amra I bp tukang (pandai) senjata.
amra II (Sanskrit) 1. sj mempelam (rupanya spt kedondong); 2.
kedondong; ~ jangan disangka kedondong prb sebelum kita
mencuba janganlah kita sangka sesuatu itu buruk kerana rupanya
saja.
amril kertas empelas.
amsal Ar (jamak bagi misal) seperti, umpama.
amtenar IB pegawai.
amuh Mn ark mahu, suka.
127
amuk; beramuk 1. = mengamuk; 2. sl = beramuk-amuk bertempur
(berjuang, bertarung, dsb) menentang musuh, bertikam: maka
segala hulubalang Melayu pun tampil pula ~ dgn Feringgi; 3.
berkecamuk, kacau, bergelora; ~ fikirannya kacau fikirannya;
beramuk-amukan saling beramuk (bertarung), bertempurtempuran,
bertikam-tikaman;
mengamuk 1. menyerang dgn membabi buta (kerana sangat
marah, gelap mata, dll) dan membunuh atau mencederakan sesiapa
saja yg ditemui: orang yg ~ itu akhirnya tertangkap; 2. ki
berkecamuk, menjadi-jadi, menghebat: taufan ~; penyakit taun ~;
di sana sini guntur ~; 3. membuat kacau (mengganggu orang
ramai dsb) dgn hebatnya, merajalela (menimbulkan kekacauan):
orang minyak ~ lagi; 4. membentak-bentak, marah-marah (secara
kasar): minta duit pd emaknya, kalau tak dapat, ~;
mengamukkan menyuruh (membiarkan) mengamuk: ~ tentera
dgn musuh;
pengamukan perihal (perbuatan dll) mengamuk atau
mengamukkan;
pengamuk orang yg mengamuk (menyerang orang dll).
amung Jw; teramung satu-satunya, tunggal: saudara yg ~.
amung-amung sj ikan laut, gerepoh, Caranx ignoblis.
amunisi peluru, roket, misil, bom dsb yg biasanya ditembakkan atau
dilancarkan drpd sesuatu senjata.
a.n. kep atas nama.
ana Ar saya, aku.
anaam Ar; bahar al-~ samudera kesenangan (nama laut di syurga).
anabolisme (Bio) pembinaan sebatian kompleks drpd bahan ringkas dgn
menggunakan tenaga, mis pembinaan protein drpd asid amino.
128
anaerob (anaérob) (Bio) organisma yg tidak memerlukan oksigen
atmosfera atau udara utk hidup.
anaerobik (anaérobik) bkn proses biologi yg berlangsung tanpa oksigen.
anafora (Sas) pengulangan sesuatu kata atau frasa pd permulaan
beberapa kalimat atau klausa yg berturut-turut agar memperoleh
kesan tertentu.
anafrodisiak (Ubat) bahan yg boleh menyebabkan kurangnya atau
hilangnya keinginan nafsu syahwat.
anaglif sj hiasan atau arca yg berbentuk timbulan.
anagogi (Sas) tafsiran terhadap kata-kata atau karangan yg bercorak
mistik atau rohaniah.
anagram kata atau frasa yg terbentuk dgn menukarkan susunan huruf
dlm kata atau frasa (mis bola kpd loba): bentuk ~ memerlukan
kemahiran utk mengolahnya.
anai-anai sj serangga spt semut, putih warnanya, membuat sarang dlm
tanah atau kayu (makanan utamanya kayu), dan tergolong dlm
order Isoptera;
busut juga ditimbun oleh ~ prb orang kaya juga yg bertambah
kekayaannya atau orang yg pernah bersalah juga yg dituduh jika
terjadi sesuatu kejahatan; sbg ~ bubus prb berduyun-duyun,
berkerumun (melihat sesuatu dll).
anak I 1. manusia atau binatang yg masih dlm kandungan atau yg baru
lahir: seseorang ibu yg sedang mengandung perlu menjaga
kesihatannya supaya ~nya yg di dlm kandungan juga sihat; ~ kecil
yg baru berumur dua bulan; 2. baka yg diturunkan oleh ibu dan
bapa: ~ mereka kesemuanya perempuan; 3. kanak-kanak, budak: ~
itu sudah ke sekolah; 4. binatang yg masih kecil: ~ monyet; ~
gajah; ~ burung; ~ ikan; 5. pokok kecil yg tumbuh pd umbi atau
rumpun pokok yg besar, pokok yg baru tumbuh: ~ lengkuas; ~
129
pisang; 6. orang yg berasal dr (sesuatu tempat atau sesebuah
negeri): ~ Melaka; ~ Siam; 7. anggota (kumpulan pekerja dll),
kakitangan, pekerja: ~ perahu; 8. bahagian yg kecil pd sesuatu
benda: ~ tangga; 9. sesuatu yg kecil drpd yg lain: ~ bukit;
~ Adam manusia; ~ air sungai kecil; ~ alang anak ketiga; ~ ali-ali
batu humban; ~ angin angin yg lembut; ~ angkat anak yg diambil
dan dijadikan sbg anak sendiri; ~ anjing a) anjing yg masih kecil;
b) bahagian bawah buah (jantung) betis; ~ asak boneka, patung; ~
ayam a) ayam yg masih kecil; b) alat muzik (digunakan dlm
permainan makyung dll); ~ baju baju dalam; ~ bangsawan pelakon
(wayang) bangsawan; ~ batu batu kecil; ~ bedil peluru; ~ bilik
ruangan kecil yg ditambah pd bilik; ~ bini anak dan isteri
(seseorang), keluarga (seseorang); ~ bongsu anak yg termuda; ~
buah a) orang yg termasuk dlm sesuatu keluarga (negeri dll); b)
orang yg temasuk dlm sesuatu pasukan atau terletak di bawah
tanggungjawab seseorang; c) pekerja di kapal (kapal terbang dll); ~
bukit bukit kecil; ~ bulan bulan sebagaimana yg kelihatan pd hari
pertama sesuatu bulan Hijrah; ~ busur peluru busur, anak panah; ~
cucu a) anak dan cucu; b) keturunan, zuriat; ~ dacing = ~
timbangan batu (besi) pd sj timbangan utk menentukan berat; ~
dagang orang asing; ~ damak peluru sumpitan; ~ dapat anak yg
dijumpai di jalan; ~ dara anak perempuan yg agak besar (belum
berkahwin atau bernoda), gadis; ~ dayung orang yg mendayung
perahu; ~ didik seseorang, organisasi dsb yg dididik (dilatih,
dibimbing dsb) supaya mahir atau terampil dlm sesuatu bidang; ~
emas a) anak abdi yg diambil jadi anak oleh tuannya; b) Id anak yg
diambil sbg anak oleh orang asing; c) orang yg dikasihi oleh
majikannya (diberikan layanan istimewa); ~ gadis anak dara; ~
gahara anak raja drpd permaisuri; ~ galuh Jw puteri; ~ gampang
130
anak yg lahir di luar nikah; ~ genta bahagian genta (loceng) sbg
pemukul (yg membunyikan); ~ gobek pelocok (antan) pd gobek; ~
guam orang yg menggunakan khidmat atau mendapat bantuan
(nasihat) perundangan drpd peguam utk urusan sesuatu kes; ~
gugur anak yg lahir mati sebelum genap bulannya; ~ gundik anak
raja drpd gundik; ~ halal anak yg sah (lahir hasil perkahwinan yg
sah); ~ haram bk anak yg lahir tanpa ikatan perkahwinan yg sah
antara ibu bapanya, anak sundal; ~ hitam anak yg ketujuh; ~ jantan
a) bp anak lelaki; b) orang (lelaki) yg berani; ~ jari jari tangan; ~
jati seseorang yg dilahirkan dan biasanya dibesarkan di sesuatu
tempat (kampung, negeri dsb); ~ jentera jari-jari jentera; ~ joget
penari joget; ~ kalimat Id ayat yg bergantung pd ayat lain; ~
kandung anak sendiri; ~ kapal pekerja kapal (kapal terbang); ~ kati
anak dacing; ~ kemanakan anak (dr) saudara; ~ kembar dua (tiga
dll) anak yg lahir bersama-sama dr satu kandungan; ~ kencing bk
anak haram; ~ keti bola kayu yg dipakai dlm sj permainan; ~
kolong Id bk anak serdadu (zaman kolonial); ~ komidi pelakon; ~
kunci a) alat utk membuka kunci (diputarkan pd mangga dll); b) ki
petua utk mencapai sesuatu: ~ kunci pd kebanyakan pengetahuan;
~ lidah bahagian kecil di belakang lidah (dlm kerongkongan); ~
limpa kelenjar yg mengeluarkan hempedu; ~ luar nikah anak yg
dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan yg sah antara ibu bapanya; ~
lumpang pelocok pd lumpang; ~ mata bulatan kecil di tengahtengah
mata; ~ meja laci meja; ~ merah anak yg baru lahir; ~ muda
a) orang yg masih muda, pemuda; b) anak yg kelapan; ~ murid a)
anak yg masih belajar di sekolah; b) murid kpd seseorang guru; ~
negeri a) orang yg berasal atau dilahirkan di sesebuah negeri; b)
peribumi di Sabah dan Sarawak mengikut konteks Perlembagaan
Persekutuan; ~ ngah anak yg kedua; ~ panah peluru panah, anak
131
busar; ~ pandak anak yg keempat; ~ panggung pelakon (wayang
bangsawan, sandiwara); ~ panjang anak yg kelima; ~ pelor peluru;
~ penakan anak drpd saudara; ~ perahu pekerja dlm perahu,
kakitangan perahu; ~ piara anak yg dipelihara orang; ~ piatu anak
yg tidak beribu bapa; ~ pisang Mn anak mamak (menurut
keturunan laki-laki); ~ pungut anak yg diambil jadi anak sendiri; ~
putih anak yg keenam; ~ rambut rambut di pelipis; ~ ronggeng
penari ronggeng; ~ saku kocek kecil; ~ sanak = ~ saudara anak
drpd saudara, anak abang (kakak, adik) seseorang; ~ sasian Mn
murid; ~ sekolah anak murid (di sekolah); ~ semang orang yg
bekerja (menumpang) pd orang lain; ~ sulung anak yg tertua; ~
sumbang anak yg lahir drpd perempuan yg tidak boleh dikahwini;
~ sundal bk a) anak haram; b) kata makian yg kasar; ~ sungai
sungai kecil yg bermuara pd sungai besar; ~ susuan a) anak yg
masih menyusu; b) anak orang lain yg disusui; ~ syarikat syarikat
yg sebahagian besar saham dan kepentingannya yg lain dimiliki
atau dikuasai oleh syarikat lain; ~ syarikat bersama dua syarikat
atau lebih yg dikuasai oleh syarikat induk yg sama, sama ada
secara langsung atau tidak langsung; ~ syarikat milik penuh
syarikat yg seluruh saham yg diterbitkan dimiliki oleh syarikat
lain; ~ tangan jari tangan; ~ tangga tempat berpijak pd tangga; ~
tanggung anak yg hampir dewasa; ~ tari penari; ~ taruhan anak yg
paling dikasihi; ~ tekak anak lidah; ~ telinga bahagian kecil di
depan daun telinga; ~ tempatan orang yg berasal dr sesuatu tempat
itu juga (bukan orang asing); ~ teruna pemuda; ~ timbangan anak
dacing; ~ tonil Id pelakon; ~ tunggal anak satu-satunya (tidak ada
anak lain lagi); ~ ubat a) orang sakit yg sedang dirawat; b) anak yg
dibesarkan dgn ubat; ~ wang bunga wang; ~ wayang pelakon
(wayang, bangsawan); ~ watan anak negeri (bukan orang asing); ~
132
yatim a) anak yg tidak berbapa; b) (ada juga dipakai utk) anak yg
tidak beribu atau tidak beribu bapa; ~ yatim piatu anak yg sudah
tidak beribu bapa lagi, anak piatu;
~ baik menantu molek prb kalau orang mendapat untung baik,
maka keuntungan itu datang berganda-ganda; ~ di pangku
dilepaskan, beruk di rimba disusui = ~ di riba diletakkan, kera di
hutan disusui prb menguruskan hal orang lain sedangkan hal
sendiri diabaikan; ~ harimau tidak akan menjadi ~ kambing prb
anak orang besar biasanya jadi orang besar juga; ~ kunci jahat, peti
derhaka prb kalau suami jahat isterinya akan berkhianat kelak; ~
orang ~ orang juga prb seseorang yg asing bagi kita akan tetap
asing juga; ~ seorang menantu malim prb dikatakan kpd seseorang
yg beruntung mempunyai anak perempuan; ~ seorang penaka
tidak prb dikatakan kpd seseorang yg mempunyai sesuatu barang
yg tidak ada gantinya; ~ sendiri disayang, ~ tiri dibengkeng prb
bagaimana sekalipun keadilan orang kepentingan sendiri juga yg
diutamakan; bagai ~ sepat ke tohor prb dikatakan kpd orang yg
bermalas di tempat orang lain; bagai menggantang ~ ayam = bagai
menyukat ~ ayam (masuk empat keluar lima) prb mengerjakan
pekerjaan yg tidak mungkin dilakukan; dengarkan cerita burung, ~
di pangku dilepaskan prb mendengarkan tutur manis orang,
pekerjaan sendiri diabaikan; kalau tiada hak sendiri ~ mata terdiridiri
prb kalau tak ada hak sendiri makin besar pula keinginan kita
kalau melihat kepunyaan orang; kasihkan ~ tangan-tangankan,
kasihkan bini tinggal-tinggalkan = Mn sayang di ~ dilecuti, sayang
di negeri ditinggalkan prb yg disayangi itu hendaknya janganlah
terlalu dimanja-manjakan; kecil-kecil ~ harimau prb kecil tetapi
berbahaya juga; kecil-kecil ~, kalau sudah besar onak prb anak itu
apabila kecil menyukakan hati, kalau besar mendatangkan
133
kesukaran; menggerek bagai ~ nangoi prb dikatakan kpd seseorang
yg beranak banyak tetapi malas mencari nafkah; rosak ~ oleh
menantu prb mendapat kerugian kerana perbuatån orang
kepercayaan atau yg dikasihinya; spt ~ ayam kehilangan ibunya
prb berpecah-pecah kerana kehilangan tempat tumpuan
(pengharapan); spt ayam patuk ~nya = spt kerbau menanduk ~ dgn
kaparan tanduk, bukan dgn hujung prb memarahi anak atau
kekasih bukanlah kerana benci, tetapi kerana hendak mengajar;
tergising-gising bagai ~ tiada diaku = terkesot-kesot bagai ~ tidak
diaku prb mendekati orang yg tidak mahu dihampiri oleh kita;
anak-anak 1. banyak budak: ~ sudah ramai berkumpul di depan
sekolah; 2. budak kecil, kanak-kanak: dia masih ~ lagi; 3. boneka,
patung;
anak-anakan boneka, patung; ~ mentimun anak angkat yg
dijadikan isteri;
beranak 1. melahirkan anak, bersalin: isterinya baru ~; dukun ~
bidan; sakit ~ sakit sewaktu melahirkan anak; 2. mempunyai anak:
mereka sudah ~ dua orang; 3. dgn (bersama dgn) anaknya,
kesemuanya (dua, tiga, dll orang) berserta dgn anak: orang itu
tinggal tiga ~ di rumah itu; mereka datang empat ~ hendak
berjumpa datuk penghulu; belum ~ sudah berbesan (dahulu) =
belum ~ sudah ditimang prb keuntungan belum tentu akan dapat
sudah bersenang-senang;
anak-beranak 1. sekeluarga (ibu bapa dan anak-anak mereka):
dialah yg membantu kami ~; 2. suami atau isteri serta anak-anak;
beranakkan 1. mempunyai sbg anak(nya): dia malu ~ seorang
penjahat; 2. melahirkan (seseorang): nenekku berumur enam belas
tahun sewaktu ~ bapaku;
134
menganak; ~ semang menjadi anak semang, memburuh; ~ sungai
menyerupai anak sungai, mengalir banyak-banyak (peluh, darah,
dll), banyak sekali (minuman dll);
memperanakkan melahirkan: ia berasal dr Bentan, tetapi
diperanakkan di Melaka; lain orang ~, lain dipanggil bapa prb
keuntungan tidak selamanya didapat oleh orang yg berhak
menerimanya;
anakan 1. bunga wang; 2. boneka, patung;
keanak-anakan berlaku (berkelakuan) spt anak-anak: tabiat yg ~;
peranakan 1. keturunan anak negeri dgn orang asing: ~ Cina; 2.
yg dilahirkan di: pemuda-pemuda ~ Melaka; 3. rahim (tempat bayi
dlm perut), kandungan: sakit ~.
anak II; ~ penak sj tumbuhan (pokok memanjat), Ventilago oblongifolia.
anak III; ~ pertang sj ikan laut, Epinephelus amblycephalus; ~ tamban
jepuh sj ikan laut, Spratelloides spp.; ~ tapah sj ikan, Kryptopterus
bicirrhis.
anakanda bh, bd anak (biasanya digunakan dlm surat-menyurat).
anakhoda sl nakhoda.
anakonda sj ular besar tidak berbisa yg terdapat di kawasan tropika
Amerika Selatan yg menjerut mangsanya hingga mati, Eunectus
murinus.
anak pinak anak cucu;
beranak pinak mempunyai keturunan.
anakronisme 1. seseorang (sesuatu) yg ketinggalan zaman; 2. kesilapan
menempatkan sesuatu peristiwa, tokoh, tempat, dll pd zaman yg
sebenarnya.
anak tiri anak kpd isteri atau suami (seseorang) drpd perkahwinannya yg
terdahulu;
menganaktirikan memperlakukan seseorang sbg anak tiri.
135
analgesia (analgésia) (Ubat) keadaan tidak berasa sakit semasa sedar.
analgesik (analgésik) (Ubat) ubat yg dapat meredakan rasa sakit tanpa
mengakibatkan hilangnya kesedaran.
analis IB jurucerakin, pakar kimia yg menjalankan penyelidikan
(membuat analisis di makmal dsb).
analisa analisis.
analisir IB; menganalisir menganalisis.
analisis penyelidikan atau penghuraian sesuatu (spt keadaan, masalah,
persoalan, dll) utk mengetahui pelbagai aspeknya (ciri-cirinya dll)
secara terperinci atau mendalam: ~ natrium klorida; menggubal
sesuatu dasar memerlukan masa yg lama, penelitian dan ~ yg
tajam dlm semua segi;
~ kos faedah (Eko) penilaian kos sesuatu perusahaan berbanding
dgn faedah atau keuntungan perusahaan tersebut; ~ kualitatif
(Kim) analisis secara ujian kimia atau kaedah fizik utk mengenal
pasti sesuatu unsur, sebatian, campuran, dll; ~ kuantitatif (Kim)
analisis secara ujian kimia atau kaedah fizik utk menentukan
kuantiti setiap juzuk yg diketahui terdapat di dlm sesuatu sebatian
atau larutan; ~ nisbah (Eko) kaedah penilaian prestasi sesebuah
organisasi berdasarkan nisbah kewangan dan nisbah kendalian yg
diperoleh drpd maklumat kewangan organisasi tersebut; ~ penyata
kewangan (Eko) penilaian risiko, kredit, atau pelaburan sesebuah
organisasi berdasarkan maklumat drpd kunci kira-kira, penyata
pendapatan, dll; ~ pulang modal (Eko) penilaian banyaknya jualan,
harga jualan, dan jumlah belanja sesuatu keluaran utk menentukan
untung rugi keluaran tersebut; ~ sistem (Komp) penelitian
kegiatan, peraturan, kaedah, teknik atau cara kerja sesuatu sistem
utk menentukan masalah dan keperluan sistem tersebut serta
menentukan cara utk menyelesaikan, memperbaik atau
136
melaksanakan sistem dgn berkesan; ~ volumetri (Kim) analisis
kuantitatif gas atau larutan berasaskan ukuran isi padu;
menganalisis melakukan analisis ke atas sesuatu (bahan, data, dll):
darah harus diambil drpd kedua-dua ibu bapa utk dianalisis;
bahkan buku tatabahasa yg ~ aturan bahasa pun masih
menggunakannya secara tidak tetap; ~ teks yg digunakan sbg
data;
penganalisisan perbuatan (proses) menganalisis: pengumpulan
dan ~ maklumat; ~ sebuah cerita yg mudah;
penganalisis orang (pihak) yg menganalisis: kaedah ini masih
popular digunakan di kalangan para ~ perniagaan di Amerika
Syarikat.
analitis bersifat analisis.
analog 1. sesuatu yg merupai sesuatu yg lain; 2. bkn sifat alat yg
pengendaliannya menggunakan kuantiti fizik yg berubah-ubah (spt
voltan, arus, dll) utk mewakili nombor.
analogi kias, perbandingan (yg memperlihatkan ciri-ciri persamaan
(sebahagiannya); menurut ~ menurut kias (perbandingan),
berdasarkan perbandingan (persamaan);
beranalogikan menggunakan (mempunyai) sesuatu sbg analogi:
kesimpulan yg ~ fakta-fakta yg belum pasti kesahihannya;
menganalogikan menggunakan (mempunyai) sesuatu sbg analogi.
analogus (Bio) mempunyai fungsi (organ atau bahagian) yg sama tetapi
berbeza asal usulnya.
ananas nanas.
anang sl anakku.
anani Ar hanya mementingkan diri sendiri: sifat ~ tidak sepatutnya
wujud dlm kehidupan bermasyarakat, lebih-lebih lagi sesama
Islam.
137
anaptiksis (Lin) penyisipan vokal di antara dua konsonan utk
menyederhanakan struktur suku kata, mis penyisipan vokal e dlm
perkataan putra menjadi putera dan e dlm perkataan sri menjadi
seri.
anarki 1. keadaan tidak ada atau tidak berasaskan undang-undang
(ketertiban umum atau pemerintahan yg teratur): kalau orang tidak
patuh lagi akan undang-undang, timbullah ~; 2. kekacauan atau
porak-peranda (dlm negeri dll).
anarkis orang yg hendak mewujudkan (menimbulkan) anarki, orang yg
suka menimbulkan keadaan kucar-kacir (dlm sesebuah negeri dsb).
anarkisme fahaman (pendirian) bahawa segala bentuk kerajaan atau
pemerintahan bersifat menindas dan wajar dimansuhkan,
penolakan segala bentuk kekuasaan atau kawalan paksaan:
kejujuran Moleire terhadap pembentukan masyarakat Perancis
ialah dgn membetulkan fatalisme dan ~ yg terdapat dlm
masyarakat.
anasir 1. zat yg empat (iaitu air, api, tanah, hawa atau angin) yg menurut
pendapat ahli fikir zaman dahulu merupakan asas bagi segalagalanya
di seluruh alam; 2. segala yg terdapat di dunia, makhluk;
3. bahagian drpd suatu keseluruhan, anggota dll drpd sesuatu
golongan (perkumpulan, masyarakat dsb): masyarakat bandar
telah dipengaruhi oleh ~-~ Barat; berwaspada terhadap tindaktanduk
~-~ jahat; 4. unsur, faktor.
anatomi kajian atau pengetahuan mengenai binaan tubuh dsb hidupan
(manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan), kaji bina tubuh.
anbia Ar (jamak bagi nabi) (segala) nabi, nabi-nabi: penghulu segala ~.
anca Id ark rintangan, kerugian (kerana kekeliruan dll).
ancak talam drpd anyaman tempat menyajikan barang-barang utk hantu;
membuang ~ Mn menyajikan barang-barang dlm ancak utk hantu.
138
ancak-ancak Mn 1. tidak mempedulikan buruk baik (untung ruginya
dsb), lalai; 2. olok-olok, main-main: ancamannya dianggap orang
sbg ~ sahaja;
mengancak-ancak mengerjakan pekerjaan yg sia-sia, bermain
gila, mengolok-olok, bermain-main sahaja.
ancala Id, sl gunung.
ancam; mengancam 1. menakut-nakuti dgn jalan menyatakan hendak
melakukan sesuatu yg membahayakan (menyusahkan, merugikan,
dsb), mengugut: orang itu ~ hendak membunuh lawannya; 2.
meletakkan (menyebabkan berada) dlm keadaan akan mengalami
atau ditimpa bahaya (kesusahan dsb), membahayakan: penduduk
Bali sudah beberapa kali diancam oleh letusan Gunung Agung;
kejadian itu telah ~ kehidupan petani-petani; 3. bp kata yg
mengandungi konotasi cantik dan menarik bagi seseorang atau
sesuatu (spt gadis, muzik, bunga, dll);
mengancamkan mengancam dgn sesuatu: ia ~ parangnya kpd
orang yg hendak mendekatinya;
terancam berada dlm keadaan menghadapi bahaya dsb, diancam
(oleh): sudah beberapa kali ia ~ oleh bahaya maut; manuskrip yg
masih ada dan sedang ~ oleh kerosakan dan kemusnahan;
ancaman sesuatu yg mengancam atau diancamkan, bahaya dsb yg
mungkin menimpa: mereka menghadapi ~ drpd musuh luar dan
dalam;
keterancaman keadaan terancam;
pengancaman perihal (perbuatan) mengancam: ~ itu dilakukan
secara halus;
pengancam orang yg mengancam.
139
ancang-ancang Jw langkah sebelum (melompat dll), persiapan utk
berbuat sesuatu), anju: nama dan pekerjaan hanya suatu ~ utk
mendapatkan berita yg lebih banyak;
mengancang-ancang mengambil langkah (akan melompat dll),
menganju.
ancer-ancer Jw tanda, alamat; tanggal (hari) ~ hari yg telah ditetapkan;
~ jangka waktu rancangan jangka waktu.
ancoa C bagaimana.
ancu I rakit Rembau.
ancu II gelegar (yg menyokong lantai rumah).
ancuk; berancuk bk bersetubuh;
mengancuk berancuk.
ancung C pasu yg bertutup (utk mengisi halia).
anda I; ~ musang kantung tempat jebat (kesturi).
anda II kata ganti diri kedua (tidak membezakan taraf, tingkat dan
umur).
andai I = andai-andai misal, umpama;
andainya, seandainya, andaikan misalnya, katakanlah,
sekiranya, seumpamanya, andai kata: ~ engkau tidak berhenti dulu,
tentu pangkat sudah naik sekarang ini;
berandai-andai bercakap-cakap, berunding;
mengandaikan menganggap mungkin terjadi, memisalkan,
mengumpamakan: cubalah kauandaikan kau sendiri pengarah,
apa yg akan kaulakukan?
terandaikan dapat diandaikan: tidak ~ adanya perbezaan antara
dua hak yg serupa;
andaian, andai-andaian contoh atau misalan (yg tidak semestinya
merupakan suatu kenyataan) yg dikemukakan utk menjelaskan
sesuatu hujah (utk dijadikan bandingan dll): cakap saya ini macam
140
andai-andaian saja sebab saya bukannya ahli dlm hal-hal serupa
itu;
berandaian mempunyai atau membuat andaian.
andai II randai II.
andai kata andainya, seandainya, andaikan.
andak I nama timang-timangan bagi anak yg keempat atau kelima.
andak II ark singkatan bagi pandak;
mengandak, mengandakkan 1. memendekkan; ~ layar
menggulung layar supaya jadi kecil; 2. mengurangi; ~ belanja
mengurangi belanja;
pengandak sesuatu yg digunakan utk mengandakkan
(memendekkan); tali ~ tali utk mengandakkan layar.
andaka (Sanskrit) seladang, lembu hutan, banting.
andal 1. boleh dipercayai; 2. boleh dijamin mutu atau kualitinya: data yg
terakam haruslah ~;
mengandalkan 1. menaruh harapan atau kepercayaan kpd: mereka
akan sedar bahawa tidak dapat tidak mereka akan ~ pengalaman;
2. menjamin ketinggian (kemampuan, mutu, dll);
andalan apa-apa yg boleh diandalkan;
keandalan keadaan atau hal andal: bank data bergantung pd ~
data;
keterandalan keadaan (hal) dapat diandalkan: ~ merupakan
keperluan segera bagi andaian ramalan yg sebenar.
andalas sj tumbuhan (pokok) yg baik kayunya.
andam I; ~ surai anak rambut yg dipepat; mak ~ a) perempuan yg
mengandam (memepat serta mencukur rambut di dahi) pengantin
perempuan; b) perempuan yg kerjanya menyolek pengantin; pak ~
orang lelaki yg kerjanya spt mak andam; tukang ~ orang yg
kerjanya mengandam pengantin (mak andam ataupun pak
141
andam);bagai anak dara mabuk ~ prb dikatakan kpd orang yg
kelihatan letih lesu dgn tidak berpenyakit;
berandam 1. memepat rambut di dahi, memepat janggut; 2.
mempunyai rambut (janggut) yg dipepat;
mengandam memepat dan menjadikan kemas (rambut, janggut,
dll); ~ pengantin mengandam dan mencantikkan pengantin (dgn
menyolek muka, mendandan rambut dll);
andam-mengandam hal yg berkaitan dgn mengandam: Milah
hendak belajar ~;
andaman hasil mengandam: ~ rambutnya menarik;
pengandam tukang andam (mak andam ataupun pak andam).
andam II Mn; ~ karam hilang sama sekali, habis semuanya;
mengandam mengurung, memingit;
andaman yg dikurung (dipingit), pingitan; anak ~ anak gadis yg
dikurung (dipingit).
andan I putih seluruh tubuh kerana tidak ada warna kulit, bulai, sabun.
andan II Mn berkerabat (bersanak) dekat kerana perkahwinan dan bukan
kerana darah keturunan (bkn perempuan).
andang suluh (drpd daun nyiur yg kering), jamung.
andang-andang I kayu pd tiang perahu (kapal) utk menggantungkan
layar: ~ atas; ~ bawah.
andang-andang II Jw tahi lalat.
andapita Jk ark sj penganan.
andar; mati ~ a) mati dgn tidak diketahui sebab (atau pembunuhnya); b)
mati dgn tidak disembelih (bkn binatang).
andartu gelaran atau panggilan yg bermaksud anak dara tua: apa tujuan
perkahwinan aku ini? Adakah kerana tidak ingin digelar ~?
andas I tempat menaruh sesuatu yg hendak ditempa atau dipotong,
landasan;
142
mengandaskan membuat atau memakai spt andas.
andas II (Bio) tulang kecil yg terdapat dlm bahagian tengah telinga
mamalia (di antara dua tulang kecil yg lain).
andeka (andéka) I (Sanskrit) daulat (tidak dipakai pd raja Islam); kena ~
ditimpa daulat, kena bencana kerana menderhaka kpd orang yg
berkuasa;
berandeka berdaulat: memang hakikatnya, raja berdaulat
penghulu ~.
andeka (andéka) II Jw; mengandeka sl bertitah.
anderak ark, anderik lubang utk menangkap gajah.
anderiguru (Bugis) kepala (dlm tentera), hulubalang.
andesit (andésit) (Geo) sj batuan gunung berapi yg berwarna perang atau
kekelabu-kelabuan.
andewi (andéwi) IB sj sayur, Cichorium endivia.
andi I sl tuan, tuanku: daulat tuanku ~ batara, mana titah patik junjung.
andi II gelaran bangsawan Makasar.
andikara adikara.
andiko Mn; penghulu ~ penghulu adat; andeka I.
andil IB saham.
andilau Mn sj tumbuhan (pokok), Commersonia bartramia; tercincang
puar bergerak ~ prb apabila seseorang dihina saudara-maranya
akan turut tersinggung pula; endilau.
anding; ikan ~ = belanak ~ sj ikan, Liza subviridis.
andong Jw kereta kuda (sewaan).
androesium (androésium) organ pembiakan jantan pd bunga yg terdiri
drpd beberapa stamen.
androfobia (Psi) perasaan tidak berminat, tidak suka atau benci kpd
lelaki.
143
androgen (Bio) hormon yg merangsangkan perkembangan dan
pemeliharaan sifat sekunder jantan spt pertumbuhan misai.
andropaus (Ubat) peringkat kemerosotan hormon testosteron bagi lelaki,
yg biasanya berlaku apabila usia meningkat tua.
anduh kain yg digantung pd leher utk mengampu tangan yg cedera
(patah, retak, dll);
beranduh memakai atau menggunakan anduh: tangan kanannya
yg patah itu masih kelihatan ~;
menganduh mengikat sesuatu supaya tergantung atau tidak jatuh
terkulai, mengampu: doktor terpaksa ~ kaki pesakit yg tercedera
dlm kemalangan itu; ~ kajang merentangkan tali tempat
digantungkan kajang;
anduhan tali tempat sekoci bergantung di kapal;
penganduh kayu (kulit kayu) yg dilekatkan pd tangan (kaki) yg
patah.
anduk IB tuala mandi.
andun sl pergi ke; ~ perang pergi berperang.
andung I sj tumbuhan (pokok), jenjuang, lenjuang, Cordyline fruticosa.
andung II sj pokok nibung.
andung III; buluh ~ sj buluh.
andur kereta kerbau.
aneh (anéh) tidak spt yg biasa dilihat (didengar dsb), pelik, ganjil (bkn
benda, perbuatan, dll): ~ sangat kelakuannya; kejadian yg ~;
menganehkan menganggap aneh, menimbulkan rasa hairan,
menghairankan: sungguh ~ apa yg dikatakannya itu;
keanehan 1. sesuatu yg aneh, sifat (ciri dsb) yg aneh: tiap-tiap
bahasa mempunyai ~ sendiri; 2. perihal aneh, keluarbiasaan,
keganjilan: orang ramai masih bercakap-cakap tentang ~ kejadian
itu;
144
penganehan perihal menganehkan.
aneka (anéka) banyak (jenisnya dll), berbagai-bagai, berjenis-jenis,
bermacam-macam: sekolah ~ jurusan; serba ~ bermacam-macam,
berbagai-bagai (jenis);
beraneka berjenis-jenis, bermacam-macam: buku ini mengandungi
latihan ~;
keanekaan kepelbagaian.
aneka ragam (anéka ragam) bermacam-macam ragam (pertunjukan);
beraneka ragam berbagai-bagai (jenis ragam);
keanekaragaman sifat (ciri, keadaan, dsb) yg beraneka ragam: pd
kesimpulannya budaya Selat telah menjalinkan ~ bentuk dan gaya
yg unik dan menarik.
aneka warna (anéka warna) 1. berbagai-bagai warna; 2. aneka ragam;
beraneka warna berbagai-bagai warna;
menganekawarnakan menjadikan sesuatu beraneka warna;
keanekawarnaan keadaan beraneka warna: upacara majlis itu
mencerminkan ~ perhiasan.
anekdot (anékdot) kisah yg ringkas dan biasanya agak lucu tentang
sesuatu kejadian (peristiwa);
beranekdot mengandungi unsur anekdot: ucapan yg ~.
anemer (anémer) IB pemborong pekerjaan (membuat rumah dll),
kontraktor.
anemia (anémia) (Ubat) penyakit yg diakibatkan oleh kekurangan sel
darah merah atau hemoglobin dlm sel darah merah, ataupun
perdarahan yg berlebihan.
anemofili (anémofili) (Bio) pendebungaan yg dibantu oleh angin.
anemograf (anémograf) alat utk merakamkan arah dan kelajuan angin pd
kertas.
anemologi (anémologi) kajian tentang angin.
145
anemometer (anémométer) 1. alat utk mengukur kelajuan dan hala
tiupan angin; 2. alat utk mengukur kadar pergerakan bendalir (spt
gas).
anemometri (anémométri) teknik mengukur kelajuan dan arah angin.
anemone (anémoné) sj tumbuhan taman atau tumbuhan liar yg bunganya
berbentuk spt bintang berwarna putih, ungu atau merah.
anemotropisme (anémotropisme) (Bio) gerak balas tumbuhan terhadap
arah angin dan persekitaran.
anestesia (anéstésia) (Ubat) kehilangan rasa pd tubuh (sebahagian atau
seluruh) apabila dikenakan ubat bius;
~ am keadaan tidak sedar dan tidak berasa sakit pd keseluruhan
tubuh akibat ubat bius; ~ setempat kehilangan rasa sakit pd
bahagian tubuh tertentu akibat ubat bius.
anestesiologi (anéstésiologi) cabang perubatan yg berkaitan dgn kajian
anestesia dan anestetik.
anestetik (anéstétik) (Ubat) bahan (ubat) yg menyebabkan tubuh badan
tidak sensitif (kpd rasa sakit, sentuhan, dsb), ubat bius.
aneurisme (anéurisme) (Ubat) bengkak atau gelembung pd arteri yg
disebabkan oleh penyakit, kecederaan dsb.
anfas Ar lebih berharga.
ang Mn engkau.
angabaya anggabaya.
angabehi (angabéhi) ngabehi.
angah I nama timang-timangan bagi anak yg kedua.
angah II Mn; terangah payah, tercengang (tidak dapat berkata-kata);
engah.
angan 1. fikiran, ingatan, menungan; tidak masuk ~ = tidak lalu ~ tidak
masuk akal; 2. Mn maksud, niat;~ lalu, faham tertumbuk prb
menurut fikiran mungkin dibuat, tetapi sebenarnya sukar;
146
angan-angan 1. ingatan, fikiran; jalan ~ jalan fikiran; sakit ~ tidak
betul fikiran; 2. gambaran atau bayangan dlm fikiran (seseorang yg
sedang berkhayal), khayalan, fikiran atau ingatan (yg timbul dlm
menungan): bunyi kuang di rimba sekonyong-konyong
melenyapkan ~ Jusuh; 3. cita-cita: ~nya menjadi doktor; 4. sesuatu
(harapan dll) yg tidak mungkin tercapai (berlaku dsb), khayalan:
itu bukan ~ tetapi kenyataan; 5. Mn maksud, niat: bukan ~nya
hendak memalukan orang tuanya;
~ hati kata dlm hati; ~ Mat Jenin harapan (atau mengharapkan
sesuatu) yg mustahil; mabuk di ~ = dimabuk ~ mengharapkan
sesuatu yg tidak mungkin tercapai;
~ menerawang langit prb mencita-citakan segala sesuatu yg tinggitinggi;
~ mengikat tubuh prb menyusahkan diri kerana cita-cita yg
terlampau tinggi;
berangan-angan 1. mempunyai angan-angan (cita-cita, ingatan,
keinginan): ia tidak pernah ~ hidup di kota-kota besar; 2. =
mengangan, mengangan-angan membayang-bayangkan
berbagai-bagai gambaran di dlm fikiran, berkhayal(-khayal),
mengelamun: kadang-kadang terhibur juga hatiku apabila aku ~
menjadi penyanyi; 3. Mn bermaksud, berniat: tidak ~ hendak
membalas perbuatan orang terhadapnya;
mengangankan, mengangan-angankan 1. mencita-citakan,
mengenang-ngenangkan, mengingini: gadis itulah yg dianganangankan
utk dijadikan isterinya; 2. membayangkan dlm fikiran,
mengkhayalkan;
terangan-angan 1. terfikir, terniat; 2. terbayang dlm fikiran,
terlukis dlm khayalan.
angap menarik nafas dgn susah dan cepat-cepat (spt ikan di darat), ngapngap.
147
angau asyik terbayang, terkenang dsb akan seseorang, terutamanya
apabila dilamun perasaan cinta atau keinginan yg amat sangat
terhadap seseorang: Shida betul-betul membuatku ~; aku dicap sbg
budak ~ dan aku selalu dikatakan berkhayal sewaktu belajar oleh
guru yg mengajar aku; gila ~; sakit ~.
mengangaukan menyebabkan atau menjadikan angau: entah apa
yg ~nya sehari dua ini, kerana semua kerjanya tidak beres.
angga; berangga bercabang (bkn tanduk rusa).
anggabaya Jw ark; ratu ~ gelaran orang yg berkuasa.
anggai sl ark isyarat, semboyan.
anggak Jw congkak, sombong.
anggal I 1. ringan (muatan perahu), lwn sarat: perahu yg ~; 2. ringan
(penyakit): sakitnya telah ~; 3. senggang, tidak banyak kerja,
lapang: masa yg ~ bagi kami;
menganggali, menganggalkan meringankan; perahu yg sarat
dianggali ki (dikatakan mengenai) ayam yg temboloknya terbuka
dlm perlagaan.
anggal II para gantung.
anggan I (Palembang) ark perkahwinan dgn janda (bekas isteri) saudara.
anggan II Mn enggan.
anggap I; menganggap memandang (sesuatu atau seseorang) sbg,
berpendapat bahawa: mereka ~ dia orang yg tidak boleh diharap;
buku itu dianggap paling penting utk membantu pelajarannya;
anggapan kesimpulan (sikap) terhadap seseorang atau sesuatu,
pandangan, pendapat, sangkaan: buku itu membayangkan ~ hidup
orang-orang terpelajar; ~ umum pendapat umum; pd ~nya pd
sangkaannya (pandangannya);
148
beranggapan mempunyai anggapan (bahawa), menyangka,
berpendapat: mungkin ada orang yg ~ poster samalah spt hiasan
dinding atau jambangan bunga.
anggap II sl; beranggap berganti, bergiliran (menari dll): anak-anak
muda itu menari ~;
beranggap-anggapan bergiliran mengajak atau menjemput
menari (minum dll): sampai tengah malam mereka ~ menari;
menganggap menjemput (mengajak) menari dll dgn memberi
isyarat: hulubalang itu pun dianggap oranglah;
menganggapkan mengunjukkan (minuman dll);
anggapan ajakan, jemputan (menari dll).
anggar I; anggar-anggar lebih kurang, kira-kira: isi besen itu dgn air ~
setengah;
menganggar, menganggarkan mengira(kan) secara kasar sahaja,
mengira-ngira(kan), memperhitungkan (belanja, biaya, dll) secara
kasar: adalah dianggarkan bahawa kira-kira tiga perlima
penduduk dunia tinggal di Asia; jawatankuasa itu menganggarkan
perbelanjaan yg diperlukan lebih drpd RM5000;
anggaran 1. jumlah yg dianggarkan, perhitungan atau perkiraan
secara kasar: beri ~ berapa liter minyak diperlukan utk perjalanan
1000 km; ~ pendapatan dan perbelanjaan negara; 2. lebih kurang,
kira-kira: ia hendak berhenti di situ ~ empat lima malam lagi; 3. Id
peraturan;
~ belanja kira-kira (kasar) belanja (kerajaan, pertubuhan, dll); ~
belanjawan kira-kira (kasar) pendapatan dan perbelanjaan; ~ dasar
peraturan pokok yg menjadi dasar peraturan lain (pd pertubuhan
dll); ~ rumah tangga Id peraturan yg menghuraikan atau
melengkapkan anggaran dasar;
penganggaran proses mengira (menghitung) secara kasar;
149
penganggar orang yg menganggar sesuatu.
anggar II Id permainan (perkelahian) dgn memakai pedang: bermain ~;
beranggar bermain anggar, berkelahi dgn memakai pedang; ~
lidah berbantah; ~ pena berbantah dgn tulisan, berpolemik.
anggar III rumah tempat perhentian (di ladang dll).
anggar IV IB 1. gudang tempat menyimpan kapal terbang; 2. gudang
besar di pelabuhan; 3. jambatan, pangkalan pelabuhan.
anggar V kayu tempat burung bertengek dlm sangkar.
anggar VI; teranggar-anggar ark terlanggar-langgar.
anggara ark buas, ganas (binatang); setua ~ binatang buas; angkara.
anggerik sj tumbuhan (bendalu) berbunga dlm famili Orchidaceae,
orkid; jenis-jenisnya: ~ bulan,~ merpati dll.
anggerka ark; baju ~ sj baju panjang (dipakai di bawah baju kot).
anggit; menganggit 1. menyemat atap (rumbia, nipah, dll); 2. memasang
kulit pd gendang dgn rotan; 3. Jw mengarang, menggubah, mereka:
~ muzik;
anggitan 1. segala sesuatu yg dianggit; 2. Jw karangan, gubahan,
rekaan.
angglap Jk = mengangglap mencuri, tidak membayar (hutang dll).
anggota 1. bahagian tubuh, terutama tangan dan kaki: duduk
membongkok tidak menyenangkan ~ badannya; 2. ahli (sesuatu
pasukan, pertubuhan, golongan, dll): ~-~ pasukan bomba bergesagesa
ke tempat kebakaran itu; ~ perwakilan asing; ~ polis; ~
tentera;
beranggota mempunyai anggota;
beranggotakan mempunyai sbg anggota atau ahli;
menganggotai menjadi anggota (sesuatu perkumpulan,
pertubuhan, dll): pertubuhan itu dianggotai oleh peminat-peminat
150
pelbagai seni; Jabatan Pengajian Islam terus ~ Fakulti Sastera
dan Sains Sosial;
keanggotaan perihal menjadi anggota, kedudukan (hak) sbg
anggota, keahlian: komunis China menuntut ~nya diterima dlm
Bangsa-Bangsa Bersatu; ~ negara itu dlm pertubuhan tersebut
dicabar oleh beberapa buah negara anggota yg lain.
anggu ark peranggu.
angguk 1. gerakan ke bawah (haluan kapal dll); 2. gerakan menundukkan
kepala (tanda bersetuju, kerana mengantuk, dll); ~ bukan, geleng ia
prb lain di mulut lain di hati (lain perbuatan lain kehendak);
berangguk = mengangguk;
berangguk-angguk = mengangguk-angguk, terangguk-angguk;
mengangguk menggerakkan kepala ke bawah (tanda menyetujui,
mengerti atau memaklumi kata-kata seseorang): ~ mengiakan;
mereka ~ bersetuju;
mengangguk-angguk 1. turun naik: haluan perahu pun ~; 2.
mengangguk berkali-kali: mereka semua ~ tanda setuju;
menganggukkan menggerakkan (kepala) ke bawah: ia ~
kepalanya;
mengangguk-anggukkan menggerakkan (kepala) ke bawah
berulang kali: ia ~ kepala sambil ayahnya meneruskan
percakapannya;
terangguk-angguk 1. turun naik (bkn haluan kapal); 2.
mengangguk-anggukkan kepala dgn tidak disedari (kerana terlalu
mengantuk dsb), tersengguk-sengguk: kepalanya ~ mendengar
cakap ibunya;
anggukan gerakan mengangguk: ~ dan gelengan kepala saya
tidak dipedulikannya;
pengangguk; tali ~ sj tali pd perahu.
151
anggul; menganggul, beranggul 1. mengangkat kepala (lwn
menundukkan kepala); 2. terangkat haluan (kapal, perahu dll);
teranggul-anggul turun naik (haluan perahu dll, teranggukangguk.
anggun I elok, tampan (pakaian, tingkah laku, gaya): elok bentuk
mukanya, putih kuning cahaya warna kulitnya, hebat ~ jalannya;
begitu ~ baju baldu hitam yg berpotongan kebaya itu;
keanggunan keelokan, ketampanan: ia tersenyum mengagumi ~
perkembangan fikirannya sendiri.
anggun II anghun.
anggung I; menganggung, menganggungkan sl menaikkan,
mengangkat.
anggung II; ~ gaya Mn terkeliru, bingung.
anggup; ~-anggip ark bergerak-gerak turun naik (mengangguk-angguk,
terkulai-kulai); ~ bagai rumput tengah jalan prb kehidupan yg
melarat (sakit, miskin, dll).
anggur I 1. = pokok ~ sj tumbuhan (pokok memanjat); 2. = buah ~ buah
pokok anggur; ~ kering buah anggur yg dikeringkan, kismis;
~ meriam pecahan besi utk peluru meriam; air ~ a) perahan buah
anggur; b) minuman keras dll yg dibuat drpd buah anggur;
anggur II; menganggur tidak bekerja, tidak mempunyai pekerjaan: di
kampung itu banyak anak muda yg ~;
pengangguran perihal (keadaan) menganggur, keadaan (ramai)
orang tidak mempunyai pekerjaan: kerajaan bercadang hendak
mengurangkan ~ dgn memesatkan pembangunan negara; ~
bermusim pengangguran yg terdapat (berlaku) pd jangka masa
tertentu (disebabkan keadaan cuaca yg tidak membolehkan sesuatu
pekerjaan dilaksanakan dll);
penganggur orang yg menganggur.
152
anggur III keratan cabang atau batang utk ditanam di tempat lain;
menganggur 1. mengalih, menganjak (tanaman dll); 2. mengerat
cabang utk ditanam; 3. menanam keratan cabang; dianjak layu,
dianggur mati prb suatu nasihat atau kebenaran yg tidak boleh
diubah lagi;
angguran anggur, keratan cabang utk ditanam.
anggur IV; anggurlah sl lebih baik (drpd), biarlah: jika begitu rupanya
Galuh Daha ini, ~ tiada beristeri seumur hidupku.
anggut; menganggut, beranggut turun naik (haluan perahu dll),
mengangguk.
anghun C sj tembakau merah.
angin 1. udara yg bergerak (sehingga terasa gerakan atau alirannya): ~
kencang sekali hari ini; 2. hawa, udara; mengambil ~ berjalanjalan
menghirup (menikmati) hawa yg bersih; 3. gas yg terdapat
atau berkumpul dlm perut dan usus: perutnya berasa kurang sedap
kerana berisi ~; membuang ~ kentut; 4. ki desas-desus, khabar yg
belum sah, gelagat bahawa sesuatu akan terjadi: ada ~ yg dia akan
datang ke mari; 5. ki kosong, hampa, sia-sia: cakap ~; 6.
kemungkinan, peluang, kesempatan: menantikan ~ baik; 7. sifat
atau perangai yg tidak menentu (berubah-ubah tanpa sebab yg
nyata): dia itu ada ~, kadang-kadang riang dan kadang-kadang
muram;
~ ahmar keadaan yg timbul tiba-tiba apabila saluran darah ke otak
pecah atau tersumbat, yg mengakibatkan kehilangan kemampuan
utk menggerakkan sesetengah bahagian badan, strok; ~ badai
angin ribut; ~ barat (barat daya dll) angin yg datang dr barat (barat
daya dll); ~ bohorok (Sumatera) angin kering dan panas yg turun
dr pergunungan; ~ (sorong) buritan angin yg datang dr buritan; ~
cekang kelat = ~ tegang kelat angin kencang; ~ darat angin yg
153
datang dr darat; ~ ekor duyung angin yg datang dr berbagai-bagai
jurusan; ~ gila angin yg tidak tentu arahnya; ~ gunung-gunungan
angin besar; ~ haluan angin yg datang dr depan perahu; ~ hulu
timur angin tepat dr timur; ~ indera bayu sl angin ribut; ~ kelambu
menunggal angin utara yg membawa hujan; ~ kelambu sebelah
angin utara yg tidak kencang dan tidak membawa hujan; ~ kepala
angin utara timur laut; ~ lalu ki khabar yg tidak tentu benar
salahnya; ~ langkisau angin puting beliung; ~ laut angin yg datang
dr laut; ~ lintang angin kuat yg bertiup melintangi arah laluan
kenderaan;~ membakat = ~ menebing = ~ menumbuk kurung = ~
tumbuk kurung angin yg tepat dr buritan dgn ombak yg tinggi; ~
musim angin yg datang menurut musim tiap-tiap tahun; ~ paksa
angin yg baik utk belayar; ~ pancaroba angin yg tidak tentu
arahnya; ~ pasang pasang-pasang;~ pengarak pagi angin pd waktu
dinihari; ~ puting beliung = ~ puyu(h) angin yg berpusing-pusing;
~ ribut angin besar (bertiup dgn kencang), taufan; ~ sakal angin yg
berlawanan dgn arah perahu; ~ salah angin yg tidak baik; ~ sapusapu
= ~ sepoi-sepoi (bahasa); ~ selembubu ~ selung bubu angin
yg berpusing; ~ sendalu angin yg sedang ; ~ sepoi-sepoi (bahasa,
basa) angin yg bertiup lembut; ~ sorong buritan = ~ turutan angin
buritan; ~ taufan angin puting beliung; ~ tegang kelat sl angin
kencang: maka baginda berbuat sebuah negeri terlalu besar, tujuh
buah gunung di dalamnya, luas kotanya pd sepenampang sehari
pelayaran ~ tegang kelat; ~ temberang buritan (haluan) angin yg
serong dr buritan (haluan); ~ tenggara mandi angin keras dr
tenggara; ~ tikus = ~ tukus angin pd awal angin tenggara; ~ timba
ruang angin keras dr sisi perahu; ~ yahum angin tumbuk kurung;
~ berputar, ombak bersabung prb dikatakan bkn suatu perkara yg
sangat sukar diselesaikan; ~ bersiru kami tahu prb Mn kami sudah
154
tahu bahawa hal (niat) seseorang telah berubah; ~ tak dapat
ditangkap, asap tak dapat digenggam prb (Lampung) khabarkhabar
yg ganjil itu tidak dapat disembunyikan (disimpan); ke
mana ~ yg deras, ke situ condongnya = spt sepohon kayu, di mana
ditiup ~, di sanalah ia condong prb dikatakan kpd orang yg tidak
tetap pendiriannya; kalau tiada ~ bertiup takkan pokok bergoyang
= tak sebab kerana ~, pokok kayu maukah bergoyang prb tentu ada
sebabnya maka terjadi sesuatu hal; tahu di ~ turun naik prb orangorang
yg arif bijaksana tahu akan keadaan susah atau senang;
seangin sedikit sahaja, sekelumit;
angin-angin 1. desas-desus, khabar yg belum sah; 2. gelagat;
angin-anginan panas baran, lekas marah;
berangin 1. ada angin: hari panas dan tidak ~; 2. diketahui orang
sedikit-sedikit: setelah ~ hal itu, dia pun ditangkap polis; ~ keluar
terbuka rahsia (khabar dll);
berangin-angin duduk di tempat yg ada angin (supaya sejuk):
kedua-duanya pun ~ di beranda;
mengangin 1. ark menjadi angin (hilang lenyap); 2. bertiup angin;
3. menumpah-numpahkan padi drpd nyiru supaya yg hampa ditiup
angin dan terpisah drpd padi yg berisi: petani itu sedang ~ padi;
mengangini memberi berangin, memasukkan (meniupkan) angin,
mengipasi;
menganginkan, mengangin-anginkan 1. = memperanginkan
menaruhkan di tempat yg berangin (utk menyejukkan atau
mengeringkan sesuatu), mengipasi: tembikar itu dikeluarkan dr
tempat pembakar dan dianginkan hingga sejuk; 2. membayangbayangkan,
menyatakan dgn samar-samar: isterinya ~nya supaya
anak mereka dijodohkan saja dgn anak saudaranya;
terangin 1. kena angin; 2. tampak angin-anginnya (gelagatnya);
155
terangin-angin tersiar khabar angin (desas-desus);
peranginan 1. tempat beristirahat atau berangin-angin (rumah atau
bahagiannya); 2. = tempat ~ = kawasan ~ tempat utk beristirahat
yg biasanya agak jauh dr bandar (spt di tepi pantai, di puncak
bukit, dsb).
angioma (Ubat) sj tumor yg selnya membentuk salur darah atau salur
limfa.
angioplasti (Ubat) teknik pembedahan utk membaiki atau memulihkan
saluran darah yg rosak (tersumbat dsb).
angiosperma (Bio) tumbuhan yg bijinya terdapat di dlm ovari.
angka I 1. tanda (lambang) yg menunjukkan bilangan atau jumlah
sesuatu, nombor; 2. Id markah: berapa ~mu utk membaca?
~ abjad (Komp) aksara yg hanya merangkumi angka dan huruf
dlm sesuatu sistem tulisan; ~ Arab angka yg bermula dr 0, 1, 2 dan
seterusnya, yg berbeza drpd angka Rumawi; ~ bulat = ~ penuh
angka yg tidak mengandungi pecahan atau perpuluhan dan boleh
bernilai negatif atau positif; ~ dua tanda nombor 2 (yg tidak
digunakan lagi dlm penulisan sekarang) yg menunjukkan sesuatu
perkataan itu diulangi keseluruhannya atau sebahagiannya (mis
berhenti2, cepat2); ~ ganda angka yg menunjukkan berapa kali
sesuatu angka itu digandakan; ~ ganjil angka spt 3, 5, 7, dan
seterusnya yg apabila dibahagikan dgn 2 akan berlebih satu; ~
genap angka spt 2, 4, 6, dan seterusnya yg apabila dibahagikan dgn
2 tidak berlebih; ~ kandungan hasil drpd mendarab dgn dua atau
lebih sesuatu angka lain; ~ pecahan angka yg terdiri drpd pengatas
dan pembawah (mis 3/4, 5/6, dsb); ~ pengisi angka-angka yg boleh
menjadi pembahagi sesuatu nombor dgn tidak berlebih (mis 3 dan
5 ialah angka pengisi bagi 15); ~ penuh angka bulat; ~ Roman
angka yg bermula dr I, II, III, IV dan seterusnya, yg berbeza drpd
156
angka Arab; ~ Rumawi angka Roman; ~ sial angka yg kononnya
membawa kesialan (mendatangkan sesuatu keburukan dsb);
angka-angka 1. = perangkaan; 2. Id bilangan, hitungan dgn
angka;
berangka-angka, berangka-angkaan termenung-menung
memikirkan sesuatu;
mengangkakan memberi berangka, memberi bernombor;
perangkaan 1. butir-butir atau maklumat mengenai sesuatu (spt
penduduk, hasil keluaran, perdagangan, dll) yg dikumpulkan
secara bersistem dgn menggunakan angka, statistik: ~ mengenai
penghasilan barang utama; 2. = ilmu ~ pengetahuan mengenai
pengumpulan dan penyusunan serta analisis dsb perangkaan,
statistik.
angka II sl sangka, anggap, fikir;
mengangka menyangka, menganggap, memikir: diangkanya
kakang berubah cita.
angkak Pn; terangkak-angkak angkuh, congkak, pongah.
angkali angka yg ditulis di hadapan rangkaian algebra (mis angka 3 dlm
3xy).
angkar Jw angker.
angkara 1. perbuatan yg jahat (bengis, buas, ganas): berbuat ~ kpd
sesama manusia; 2. buas, ganas: binatang yg ~; 3.= ~ murka
mementingkan diri sendiri, serakah, tamak: selama ada orang yg
~, tidak aman harta benda orang; 4. sl perbuatan kurang ajar
(terhadap isteri orang dll), cabul: berbuat ~ akan anak gadis orang.
angkasa 1. udara, awang-awang, langit: bintang-bintang menghias ~; 2.
lapisan udara yg mengelilingi bumi; ~ lepas = ~ luar ruang di luar
lapisan udara yg mengelilingi bumi;
mengangkasa terbang ke angkasa, naik ke udara (ke langit).
157
angkasawan orang yg terlatih utk menyertai misi ke angkasa lepas
(menuju ke bulan dll): John Glenn ialah ~ Amerika yg pertama
mengedari bumi di angkasa lepas.
angkat 1. meninggikan, menaikkan ke atas: ~ tangan; 2. yg dijadikan
atau diakui spt (anak, ayah, dll): abang ~ ; anak ~; 3. ark kali
(kekerapan) membawa: sudah tiga ~ minuman; 4. turunan: se~
seumur, sebaya (dgn);
~ berat = ~ besi sukan atau latihan jasmani dgn mengangkat besi;
~ kaki a) melarikan diri, cabut lari; b) meninggalkan sesuatu
tempat (majlis dsb) dgn tergesa-gesa; ~ sembah melakukan
sembah; ~ sumpah bersumpah; dr jauh orang ~ telunjuk, kalau
dekat dia ~ mata prb jika kita berbuat salah akan diumpat orang di
belakang kalau tidak di depan kita;
angkat-angkat yg boleh (dapat) diangkat-angkat: jambatan ~;
berangkat 1. mula meninggalkan sesuatu tempat utk pergi ke
tempat lain, bertolak: rombongan itu akan ~ ke Pulau Pinang; 2.
mulai menjadi (besar, dewasa, dll): anak itu sudah ~ dewasa;
orang yg ~ hamil sering didatangi perasaan yg aneh-aneh;
memberangkatkan menyuruh berangkat: keesokan harinya
rombongan itu diberangkatkan ke ibu kota;
keberangkatan perihal berangkat (bertolak), berangkatnya: dia
pergi tanpa memberitahukan ~nya padaku;
mengangkat 1. menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan:
ia ~ panggang dr api; beberapa orang murid ~ tangan utk
menjawab soalan guru; 2. membawa pergi atau membawa dr satu
tempat ke tempat lain: diangkatnya barang itu ketika ia berangkat
tadi; ~ beg-beg masuk ke dlm kereta; 3. melantik, menaikkan
(kedudukan, taraf, pangkat): hendak ~nya menjadi pengerusi;
peristiwa dan tindakan penting yg ~ taraf bahasa Melayu menjadi
158
bahasa kebangsaan; 4. (mulai) melakukan (menyatakan dll): ~
sumpah; 5. mengambil sbg, mengakui sbg (anak dll): ia telah
diangkat anak oleh penghulu; 6. Id menangkap dan membawa
pergi: semalam ia diangkat oleh polis; 7. ki memuji (kerana
hendak menyukakan hati): pandailah kau ~ dia;
~ bicara Id mulai berpidato; ~ hadas menyucikan diri drpd hadas
kecil atau hadas besar; ~ suara meninggikan suara; ~ tabik
memberi hormat; ~ wuduk menyucikan diri dgn mengambil air
sembahyang;
mengangkat-angkat 1. mengangkat berulang kali; 2. ki meninggininggikan,
memuji-muji (utk menyukakan hati): jangan engkau
suruh aku ~ orang;
mengangkati berkali-kali mengangkat, mengangkat-angkat;
mengangkatkan mengangkat utk: tolong angkatkan saya peti itu
sebentar; ~ topinya akan memberi hormat;
angkatan 1. berat yg diangkat: ~nya lebih drpd 200 paun; 2.
pasukan tentera (dgn alat kelengkapan), bala tentera: ~ bersenjata
Malaysia; 3. pengiriman pasukan (tentera): ~ pasukan ke daerah
pertempuran sudah selesai; 4. ark = pengangkatan, keangkatan
pelantikan: ~ beliau sbg duta telah disahkan; 5. Id yg diangkat
atau dilantik, lantikan (bkn jawatan, pangkat): jawatan Perdana
Menteri bukanlah ~ tetapi pilihan; 6. golongan orang yg
mempunyai haluan atau pendirian (kecenderungan, cita-cita, dsb)
yg sama: Usman Awang ialah tokoh ~ Sasterawan ‘50 atau Asas
‘50; 7. golongan orang yg sebaya, generasi: ~ muda; 8.sl
selengkap; pakaian ~ a) selengkap pakaian kebesaran; b) pakaian
kebesaran; c) pakaian seragam;
~ baru generasi baru (penganut aliran zaman baru); ~ bersenjata
keseluruhan tentera sesebuah negara (yg terdiri drpd tentera darat,
159
tentera laut, dan tentera udara); ~ darat tentera darat; ~ laut tentera
laut, armada; ~ muda para pemuda; ~ perang bala tentera yg
berperang atau sedia utk berperang; ~ raja (adiraja, diraja) kereta
yg membawa jenazah raja; ~ udara tentera udara;
perangkat, perangkatan 1. kelengkapan, perlengkapan, peralatan;
~ adat alat perlengkapan adat; 2. = keangkatan ark
keberangkatan;
seperangkat, seperangkatan 1. selengkap, sepemakai; 2. ark
segolongan;
pengangkatan perihal (perbuatan, cara, dsb) mengangkat (dgn
berbagai-bagai erti);
pengangkat 1. alat utk mengangkat; 2. orang yg mengangkat; 3.
orang yg suka memuji-muji.
angkatap angka atau kuantiti yg tetap nilaiannya (dlm rangkaian
algebra), pemalar.
angkawan ark perangkawan.
angkel (angkél) Id 1. wang yg diberikan kpd seseorang yg masuk
serdadu (zaman kolonial); 2. mengikat kontrak baru (sehabis
kontrak lama).
angker Jw 1. kelihatan menyeramkan kerana dipercayai berhantu (bkn
pokok besar, rumah besar, dll); 2. kelihatan menakutkan (bkn air
muka seseorang).
angket (angkét) IB penyelidikan mengenai sesuatu yg menjadi
kepentingan umum (biasanya dilakukan dgn surat pertanyaan).
angkin C ikat pinggang perempuan yg dibuat drpd kain.
angkit; angkit-angkit; belat ~ belat atau bidai di muka rumah yg boleh
digulung-gulung;
mengangkit mengangkat (periuk dll dr atas tungku dll).
angklung alat bunyi-bunyian yg dibuat drpd buluh.
160
angkor; besi ~ besi utk memutarkan enjin motokar supaya berjalan
(digunakan pd motokar zaman dulu).
angkubah sesuatu faktor (unsur, ciri, angka, dsb) yg tidak tetap (boleh
berubah), variabel.
angkuh I mempunyai sifat atau watak suka meninggi diri, congkak,
sombong, pongah, tinggi hati: orang yg sombong dan ~; sifat ~;
mengangkuhkan; ~ diri membuat diri kelihatan angkuh,
menyombongkan diri, meninggi-ninggikan diri;
keangkuhan sikap yg angkuh, ketinggian hati, kecongkakan: ~
golongan atasan boleh menimbulkan kebencian di kalangan
rakyat.
angkuh II Mn rupa, serupa (dgn); ~ terbawa, tampan tinggal prb baik
rupanya, tetapi tidak baik sikapnya (memperolok-olokkan orang yg
pesolek).
angkuk bentuk kepala pd perahu kolek.
angkul-angkul pengikat tali temberang yg berlubang dua.
angkung I sj permainan judi dgn kad.
angkung II kereta beroda dua yg ditarik orang.
angkup I = sepit ~ penyepit utk memegang barang yg kecil-kecil;
angkup-angkup I. Id lidah-lidah penutup lubang pd pompa dsb,
katup (pd pompa dsb); 2. = ~ besi sj penyepit;
mengangkup memegang (menyepit) dgn angkup;
terangkup-angkup terbuka tertutup berulang-ulang.
angkup II alat yg digunakan utk mengukur garis pusat tembikar dll; ~
pokok angkup bersenggat yg digunakan utk menentukan garis
pusat balak atau pokok.
angkus, angkusa sj tongkat berkait utk mengemudikan gajah, kusa
(gajah).
161
angkut I; berangkut mengangkat dan membawa (berkali-kali): empat
kali Pak Pandir dan Mak Andeh ~ ulang-alik barulah habis;
mengangkut 1. mengangkat dan membawa (ke sesuatu tempat): ia
menolong ibu bapanya ~ kayu api; 2. membawa dr satu tempat ke
tempat lain (bkn kenderaan dll), memuatkan dan membawa ke
sesuatu tempat dgn menggunakan alat pengangkutan: beberapa
buah lori ~ kayu balak menuju kilang papan; petani-petani ~ hasil
tanaman mereka ke bandar-bandar yg berhampiran;
angkutan barang yg diangkut: lori itu terbalik kerana ~nya
terlampau banyak;
pengangkutan pembawaan (barang-barang dll) dr satu tempat ke
tempat lain: ~ barang-barang itu harus didahulukan; ~ awam
sistem pengangkutan bermotor spt teksi, bas dan kereta api yg
boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dgn kadar
tambang yg telah ditetapkan;
pengangkut orang yg mengangkut, alat utk mengangkut: ~
barang.
angkut II; ~ besi = angkut-angkut sj tumbuhan (pokok), jelunut,
mendarung gajah, Sommersonia bartramia.
angkut-angkut sj lebah dlm famili Eumemidae.
anglap Jw = menganglap mencuri, tidak membayar hutang.
anglo Id, C dapur arang.
anglong I Jw bercakap tidak keruan.
anglong II anglung.
anglung C rumah peranginan, pavilion.
angon Jw; bocah ~ budak gembala;
mengangon menggembalakan;
angonan binatang yg digembalakan.
angot Jw sakit (kembali), sakit gila (mengacau dsb).
162
angpau C wang dlm sampul kecil yg diberikan sbg hadiah pd hari Tahun
Baru Cina dll.
angsa I sj itik besar, Anser spp.; ~ besar, Anser albifrons.
angsa II; ~ laut sj burung, Sula leucogaster plotus.
angsal Jw dapat, mendapat.
angsama Ml barua.
angsana sj tumbuhan (pokok), Pterocarpus indicus; sena.
angsang Jw insang.
angsoka sj tumbuhan (pokok yg berbunga), Pavetta indica.
angun Br; mengangun menjaga dan menunjuk ajar pengantin sehingga
majlis perkahwinan selesai;
pengangun perempuan (biasanya golongan tua) yg mengajar
selok-belok berumah tangga;
pengangunan tempat tidur pengantin.
angur Jw, sl lebih baik ... (drpd), biarlah, remaklah: ~lah beta mati.
angut; mengangut terkejap, terlelap, tidur sebentar, mengantuk.
anhu Ar ark daripadanya (lelaki): radhiallahu~ diperkenankan Allah
atasnya.
ani; mengani memasang lungsin (pd alat tenun);
anian bahagian drpd alat tenun (tempat dipasang lungsin).
ani-ani Jw pisau pemotong padi, tuai.
aniaya perbuatan yg menyakiti atau menyeksa manusia atau binatang,
kezaliman, penindasan, penyeksaan: raja yg berbuat ~ akan
dibenci rakyat;
menganiaya, menganiayai melakukan aniaya, menindas,
menyeksa: apabila seseorang perempuan dianiayai oleh suaminya,
dia boleh meminta pertolongan drpd kadi;
teraniaya telah dianiayai, diseksa, ditindas: fakir miskin tiadalah ~
di negeri itu; Allah tetap berada di pihak yg ~;
163
penganiayaan perbuatan menganiayai, penyeksaan, penindasan:
dlm perlumbaan kuda, binatang itu menerima ~ juga;
penganiaya orang yg menganiayai, penyeksa, penindas.
animasi 1. perbuatan (proses, hasil drpd) menjadikan sesuatu kelihatan
hidup; 2. seni atau proses menyediakan gambar-gambar kartun yg
kelihatan hidup;
menganimasikan menjadikan sesuatu gambar (kartun dsb)
kelihatan bergerak atau hidup: gambar kartun yg dianimasikan;
penganimasian perihal (perbuatan atau proses) menganimasikan.
animis yg menganut atau berpegang pd animisme: orang-orang ~ di
pedalaman pulau Borneo.
animisme kepercayaan bahawa setiap benda (batu, kayu, dll) mempunyai
semangat (roh).
animistik berkaitan dgn atau bersifat animisme.
animo hasrat, keinginan, perhatian: sangat kurang ~ utk mendengar
muzik klasik.
aning-aning sj penyengat besar.
anion (Kim) ion bercas negatif.
anis Id sj tumbuhan (herba), adas manis, adas cina, Anethum graveolens.
anja Mn; beranja-anja, teranja-anja manja; masa kecil teranja-anja,
sudah besar terbawa-bawa, lalu tua berubah tidak prb apa yg
biasa dikerjakan semasa kecil susah dapat diubah kalau sudah tua.
anjak; beranjak 1. (berpindah, beralih) sedikit dr sesuatu tempat,
berengsot: jangan ~ dr tempatmu; 2. bergerak meninggalkan
sesuatu tempat: ketika subuh tiba barulah dia ~ dr beranda dan
masuk ke kamarnya;
menganjak, menganjakkan menggerakkan sesuatu dr sesuatu
tempat, mengengsotkan: dia ~ gelas itu ke tengah meja; dianjak
164
layu, dianggur (dicabut) mati prb tidak dapat diubah lagi
(keputusan);
anjakan hasil menganjak, engsotan; ~ gaji pergerakan gaji drpd
tangga gaji semasa ke tangga gaji berikutnya pd satu peringkat yg
lebih tinggi dlm Sistem Saraan Malaysia (bkn pergerakan gaji
kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia);
penganjakan perbuatan menganjak, pengengsotan;
penganjak bahagian drpd suatu perkakas utk menggerakkan
supaya perkakas itu menjadi panjang atau pendek.
anjal mudah berubah menjadi bertambah atau berkurang mengikut
perubahan (harga, daya, dll) kenyal, elastik: permintaan yg ~;
menganjal mempunyai keupayaan utk balik ke tempat atau ke
bentuk asal apabila ditarik atau ditekan: katil spring ~ apabila kita
tidur di atasnya;
menganjalkan menyebabkan atau menjadikan menganjal: gerakan
ini penting bagi ~ otot di bahagian atas belakang lengan;
keanjalan perihal anjal, kekenyalan, keelastikan;
ketakanjalan keadaan atau perihal tidak anjal: ~ kadar faedah.
anjang I kep panjang.
anjang II panggilan kpd saudara dlm sesuatu keluarga.
anjang-anjang I sj ikan laut, Pentapodus setosus.
anjang-anjang II sj ketam.
anjang-anjang III; daun ~ sj tumbuhan (pokok), Elaeocarpus spp.
anjar Ar ark sauh, jangkar.
anjiman sl kapal kompeni Inggeris yg belayar ke Asia Timur.
anjing 1. sj binatang yg menyalak (ada yg dipelihara utk menjaga rumah
dsb dan ada yg liar); 2. ki barua, tali barut, angsama, muncikari,
jaruman, pinang muda: dia menjadi ~ musuh kerajaan;
165
~ air memberang, berang-berang, Lutra spp.; ~ ajak = ~ geladak
anjing yg tidak dipelihara; ~ arau anjing belang putih hitam; ~
hitam ki orang jahat yg sentiasa menunjuk-nunjukkan
keburukannya kpd umum; ~ hutan anjing liar yg hidup dlm hutan,
Cuon alpinus; ~ koreng anjing yg bergaris-garis kuning dan hitam;
~ kumbang = ~ lotong anjing yg berwarna hitam; ~ ladang anjing
belang hitam dan kuning tua; ~ laut sj mamalia laut, Halichoerus
grypus; ~ langsat anjing yg berwarna kuning langsat; ~ nibung
anjing yg berwarna kuning kecoklat-coklatan; ~ pandan anjing yg
berwarna merah; ~ penghidu anjing yg dilatih khas utk mengesan
dadah, menjejaki penjenayah dsb; ~ polis anjing yg terlatih utk
membantu polis menjejaki penjenayah, mengesan dadah dsb; ~
sabun anjing yg berwarna putih; ~ serigala sj anjing liar yg hidup
dlm hutan; ~ sokom anjing yg berbintik-bintik hitam; ~ tanah sj
serangga, Gryllotalpa vulgaris; ~ tarikan sj anjing yg digunakan
oleh orang Eskimo utk menarik heretan mereka dsb;
~ galak, babi berani prb berani sama berani, kuat sama kuat; ~
diberi makan nasi bilakan kenyang prb sia-sia memberi nasihat yg
baik kpd orang jahat; ~ ditepuk menjungkit ekor prb orang yg tidak
berbudi, jika dihormati akan menjadi sombong; ~ itu jika dipukul
sekalipun, berpulang juga ia ke tempat yg banyak tulang prb orang
yg tamak dan tidak bermalu itu tidak peduli akan nama baiknya
(tidak terhalang oleh hukuman); ~ itu meski dirantai dgn rantai
emas sekalipun, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis
prb orang yg bertabiat jahat itu, walau bagaimana sekalipun, tidak
akan berubah lakunya; ~ mengulangi bangkai prb laki-laki yg
mengulangi perbuatan yg tidak senonoh (perempuan jahat dll); ~
menyalak bukit mahukah runtuh = beberapa pun ~ menyalak bukit
bolehkah runtuh prb bagaimanapun orang yg jahat mencela orang
166
yg baik tidak akan ada akibatnya; ~ tiada bercawat ekor prb
sesuatu yg hina dan tidak berguna tidaklah indah pd mata sekalian
orang; bagai ~ beranak enam prb dikatakan kpd perempuan yg
kurus sekali kerana melahirkan anak; bagai ~ melintang denai prb
seseorang yg sombong menunjukkan kesombongannya; bagai ~
menyalak di ekor (di pantat) gajah prb orang yg lemah hendak
melawan orang yg berkuasa; bagai ~ tersepit di pagar prb
seseorang yg dlm kesusahan serba salah halnya; bangsa ~ kalau
biasa makan tahi, tak dimakan, dicium ada juga prb orang yg biasa
berbuat jahat itu walau bagaimanapun akan teringat juga akan
perbuatan yg jahat; bagai disalak ~ bertuah prb tidak dapat
bertangguh, permintaan mesti dikabulkan (bkn anak-anak yg tidak
dapat ditolak kehendaknya); melepaskan ~ tersepit (sesudah lepas
dia menggigit) prb menolong orang yg tidak tahu membalas budi;
sbg ~ terpanggang ekor prb dikatakan kpd seseorang yg mendapat
kesusahan yg amat sangat, sehingga kian ke mari mencari
pertolongan; spt ~ berebut tulang prb dikatakan kpd orang tamak
yg merebutkan harta; spt ~ berjumpa pasir prb orang yg selalu ria
hati kerana mendapat benda yg disukainya; spt ~ beroleh bangkai
prb dikatakan kpd orang tamak yg mendapat sesuatu dgn
mudahnya; spt ~ dgn kucing prb ibarat orang yg selalu berbantah;
spt ~ kedahuluan prb Mn seseorang yg didahului oleh orang yg
lebih mulia (kaya) dlm hal meminang gadis dll; spt ~ kepala busuk
prb orang yg telah diketahui kejahatannya, ke mana ia pergi
dihinakan orang juga; spt ~ lapar mendapat tulang, daging
segumpal dan sekeping apam prb orang yg melakukan sesuatu
kebajikan hanya kerana mengharapkan keuntungan; spt ~
menggonggong bangkai prb dikatakan kpd orang laki-laki yg
membawa perempuan jahat; spt ~ menggonggong tulang prb orang
167
tamak yg hendak memiliki harta orang, akhirnya harta sendiri yg
habis; umpama ~ makan muntahnya prb orang yg tamak itu tidak
membezakan yg baik dgn yg jahat.
anjing-anjing I buah betis.
anjing-anjing II = ~ perahu alat utk menggulung layar pd perahu.
anjing-anjing III sj tumbuhan (pokok), Cynometra cauliflora.
anjing-anjing IV= burung ~ Pr burung pekaka, raja udang.
anjir Ar sj tumbuhan (pokok), Ficus carica.
anju Mn 1. ancang-ancang, acu; 2. maksud, tujuan;
menganju mengacu, memulai; anjur I.
anjung bahagian rumah yg ditinggikan (di sisi atau di tengah rumah); ~
peranginan anjung tempat mengambil angin;
anjung-anjung, anjungan panggung yg tinggi di buritan perahu;
beranjung, berperanjung mempunyai anjung: adalah dilarang
membangunkan rumah ~ dan rumah bertiang gantung;
menganjung 1. = menganjungkan memegang tinggi-tinggi,
meninggikan, mengangkat tinggi-tinggi: ~ layang-layang yg
hendak dinaikkan; 2. = menganjung-anjung, menganjunganjungkan
memuji-muji, mengangkat-angkat, menyanjungnyanjung:
ia orang yg suka dianjung; 3. menuju (perahu dll):
perahu itu pun ~ ke tengah laut;
menganjungkan diri bagai sepasin prb Mn dikatakan kpd orang yg
hina tetapi hendak melagakkan diri; tinggi dianjung, besar
dilambuk prb Mn kebesaran seseorang itu ialah kerana dimuliakan
oleh anak buahnya;
anjung-anjungan puji-pujian yg berlebih-lebih: ia tak termakan
oleh ~ itu.
168
anjur I maju ke depan, tonjol; ~ surat bak bertanam (dijemba-jemba bak
bersiang) prb tipu muslihat melakukan sesuatu bukan dgn maju ke
depan sahaja, sambil berundur pun boleh;
beranjur mulai berjalan (melangkah dll);
menganjur 1. keluar ke hadapan dr bahagian yg utama, menjulur,
menonjol (ke depan): bumbung hadapan rumah dibuat ~ ke
hadapan; 2. beranjur;
menganjuri mendahului (dlm sesuatu pekerjaan, usaha, dll):
dialah yg ~ rombongan tunjuk perasaan;
menganjurkan 1. memajukan (menyorong, menghulur) ke depan:
jangan dianjurkan badan keluar tingkap; 2. mengemukakan,
mengesyorkan, menyarankan, mencadangkan, mengusulkan:
pengerusi ~ supaya mogok makan; 3. mengadakan: ~ ceramah;
teranjur ark terlanjur;
anjuran 1. sesuatu yg dianjurkan, syor, usul, cadangan, saranan:
~nya supaya wanita masuk tentera wataniah mendapat sambutan
baik; 2. sesuatu (majlis dsb) yg diadakan oleh seseorang (persatuan
dsb): pesta budaya ~ Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan;
penganjuran perihal (perbuatan, usaha dsb) menganjurkan: kita
perlu sedar akan matlamat ~ sukan rakyat itu utk generasi muda
kita sekarang ini; ~ Pesta Pantun peringkat kebangsaan dapat
mengetengahkan pelbagai kebudayaan tradisi penduduk negeri
Perak;
penganjur 1. orang yg mendahului sesuatu (berjalan dll): dua
orang pemuda berjalan di depan sbg ~; 2. orang yg menganjuri
sesuatu usaha dsb (pemimpin, pemula, dll): ~ rakyat; 3. orang yg
mengadakan sesuatu majlis dsb, promoter: ~ pertunjukan pentas.
anjur II ganjur, hela, tarik;
169
menganjur mengganjur, menghela, menarik; ~ diri menarik diri; ~
surut menarik kembali, memundurkan.
anoa sj kerbau hutan yg kecil (Sulawesi), Bubalus depressicornis.
anod (Kim) 1. elektrod positif dlm sel elektrolisis atau tiub nyahcas; 2.
bahagian hujung yg negatif pd sel atau bateri.
anofeles (anofélés) (Bio) nyamuk tiruk.
anok Kd sj alat yg dipasang pd kerbau utk menarik padi.
anoksemia (anoksémia) (Ubat) kekurangan oksigen dlm darah.
anom sl muda dan kacak: engkau aku ambil jadi warga dalam kerana
sayang aku membunuh engkau ini kerana rupamu kedua bagus
dan ~ tanpa tanding.
anomali penyimpangan drpd peraturan (jenis atau bentuk) yg biasa,
ketakwajaran: ini membolehkan tribunal itu menyelesaikan ~ yg
berbangkit berikutan dgn pelaksanaan SSB.
anomi (Ant) tiadanya nilai sosial atau moral pd diri seseorang, sesuatu
kumpulan atau masyarakat.
anomia (Ubat) kehilangan daya mengingati nama sesuatu objek yg
dikenali.
anona ark nona II.
anonikia (Ubat) ketiadaan kuku sejak lahir.
anonim nama samaran.
anorak (Eskimo) sj jaket kalis air yg mempunyai tudung kepala,
biasanya dipakai utk melindungi seseorang drpd hujan, kesejukan
dsb.
anoreksia (anoréksia) (Ubat) kehilangan selera makan.
anorkisme (Ubat) ketiadaan buah zakar (satu atau kedua-duanya sekali)
sejak lahir.
anosmia (Ubat) kehilangan deria bau.
170
anotasi nota yg ditambahkan pd teks (biasanya penulisan sastera) sbg
penerangan;
beranotasi mempunyai anotasi: beberapa teks yg ~; bibliografi ~;
menganotasi membuat catatan tambahan kpd buku (teks,
manuskrip dsb) utk memberikan penjelasan atau keterangan lanjut;
penganotasian perihal (perbuatan atau proses) menganotasi.
Ansar Ar = kaum ~ orang Madinah yg menyambut Nabi Muhammad
sewaktu baginda berhijrah ke Madinah dan membantu baginda dlm
perjuangannya sehingga dapat menakluki kota Mekah kembali.
ansur; beransur, beransur-ansur 1. sedikit demi sedikit (melakukan
sesuatu atau berlakunya sesuatu), (dgn) berdikit-dikit: hutang itu
dibayar ~; keberaniannya datang ~; dgn ~, guru menambah
pengetahuan murid-murid; dgn berhentinya pengeluaran majalah
itu, maka gerakan itu pun beransur-ansur ghaib; 2. sedikit demi
sedikit bertukar kpd sesuatu keadaan, semakin: tenaganya ~ pulih;
demamnya ~ kebah; hari ~ gelap; 3. bergerak meninggalkan
sesuatu tempat sedikit demi sedikit (tidak serentak): mereka mulai
~ dr tempat itu; 4. bergerak (berengsot dsb) sedikit-sedikit atau
perlahan-lahan: mereka ~ ke depan;
mengansur 1. melakukan (menyelesaikan) sesuatu sedikit demi
sedikit (berdikit-dikit): ~ hutang; ~ kerja; 2. bergerak
(mengengsot) maju perlahan-lahan atau sedikit-sedikit: mereka ~
ke depan;
mengansuri ark membayar (hutang dll) dgn beransur-ansur;
mengansurkan 1. memberikan sesuatu secara beransur-ansur,
memberikan sesuatu sbg ansuran atau bayaran berdikit-dikit (utk
menyelesaikan hutang dll); 2. menyorongkan ke hadapan;
171
ansuran wang (bayaran) utk menyelesaikan hutang dll secara
beransur-ansur, wang yg diansurkan: radio itu dibelinya dgn ~
RM30.00 sebulan;
pengansuran perbuatan mengansurkan (hutang dll).
anta I sl sifat, keadaan;
~-beranta a) beraneka sifat (keadaan); b) awang-awang; ~kesuma
a) berbunga-bunga (baju dll); b) baju terbang.
anta II Ar kamu (merujuk kpd seorang lelaki).
antaboga ark sj naga besar, hantu bumi.
antagonis orang (pihak) yg kuat menentang orang (pihak) lain.
antagonisme pertentangan antara dua pihak (orang, kumpulan, dsb).
antagonistik menentang (seseorang atau sesuatu pihak) dgn hebat: itu
akan hanya mendapat reaksi negatif, ~ dan lebih buruk lagi.
antah I butir-butir padi dlm beras atau nasi, gabah;
~ berkumpul sama ~, beras bersama beras = bersisih ~ dgn beras
prb terasing orang miskin (hina) drpd orang kaya (mulia); janjian ~
tiada ceruh prb nasib yg malang tidak akan baik, malang juga
selamanya; laksana ~ melukut (lemukut), lapar sangat baru
berguna prb barang sesuatu yg tidak berharga dan kurang baik
berguna juga dlm masa kekurangan; tidak tahu ~ terkunyah prb
tidak berasa bahawa telah melakukan sesuatu yg tidak patut.
antah II; negeri ~-berantah sl negeri anu (negeri khayalan sahaja).
antakesuma; baju ~ sl 1. baju drpd cita berbunga-bunga; 2. baju sakti.
antan penumbuk padi, alu;
~ patah lesung hilang prb tertimpa berbagai-bagai kecelakaan
(kesusahan); bagai ~ pencungkil duri = canggung spt ~
dicungkilkan duri prb melakukan pekerjaan yg sia-sia;
bertelingkah ~ di lesung, ayam juga yg kenyang prb berselisih
antara dua saudara tentang sesuatu, orang lain yg beruntung;
172
bertelingkah bagai ~ di lesung prb orang yg sama sepekerjaan itu,
jikalau bersalahan dan berkecil hati, jadi rosaklah pekerjaannya.
antap I padat, berat; merentang ~ mencari jalan yg sependeknya;
antep.
antap II Mn tenang, diam, senyap;
mengantapkan menenangkan, mendiamkan (anak menangis dll):
antapkanlah anakmu itu.
antar bp hantar.
antar- Id awalan asing dlm lingkungan atau hubungan yg satu dgn yg
lain, mis antarbenua dan antarkelompok, antara.
antara 1. sela, jarak (di tengah dua benda): dua pokok itu, ~nya tiga
depa; 2. berada di tengah-tengah (dua jarak waktu, keadaan, dsb):
~ pukul 3.00 dan 4.00 petang; ~ kuning dan hijau; ~ tidur dgn
jaga; 3. selang waktu, masa dr satu saat ke saat lain:sejam ~nya
datanglah ia; 4. di tengah-tengah kumpulan (golongan dll): pilih ~
dua ini; 5. = di ~ dlm ruang yg memisahkan (dua atau lebih titik,
benda, dsb): ~ dua bangunan itu terdapat lorong kecil; jarak ~
filem dan arca; 6. yg melibatkan, berkaitan, dsb dgn: perhubungan
~ bahagian-bahagian; perhubungan ~ kedua-dua negara itu
semakin pulih; kerjasama ~ kita; perlanggaran ~ dua buah kereta;
perbandingan ~ kedua-dua tokoh terkenal itu; 7. dlm lingkungan:
kanak-kanak yg berumur ~ lima hingga sepuluh tahun; ~ satu
hingga dua minggu; diajarkan ~ sepuluh hingga dua puluh nama
benda; 8. kpd setiap orang dsb, di kalangan: barang-barang itu
dibahagi-bahagikan ~ mereka; 9. termasuk dlm sesuatu kumpulan
(bilangan, kelas, dsb): itulah ~ beberapa perkara yg perlu
dilaksanakan; 10. sementara, dlm pd itu: ingat ~ belum kena; 11.
tentang, dekat dgn, tidak jauh dr: selepas beberapa hari lamanya
maka sampailah ~ Mokha; 12. kira-kira, lebih kurang: ~ sepuluh
173
orang tertangkap kerana merompak; ~ lain = ~nya salah satu drpd
(hal-hal dll);
berantara 1. mempunyai antara (selang, sela): rumah ini ~ empat
meter dgn rumah itu; 2. tidak langsung, berselang waktu, tidak
serta-merta: perubahan itu dibuatnya dgn ~; tiada ~ lagi tidak
berhenti-henti, terus-menerus; dekat tak tercapai, jauh tak ~ prb
sesuatu yg dekat dgn kita tidak dapat kita ambil kerana tiada
upaya;
mengantara menjadi orang tengah;
mengantarai 1. membuat antara, memisahkan: ada suatu sungai
yg ~ kedua-dua negeri itu; 2. bertindak sbg orang tengah, menjadi
pengantara: ia yg ~ perselisihan itu;
perantaraan 1. perihal mengantarai (bertindak sbg orang tengah):
dlm pertikaian antara Malaysia dgn Indonesia diminta ~ dr negeri
Siam; 2. penghubung (antara dua orang dll): saya kirim surat ini
dgn ~ kawan saya; 3. = dgn ~ dgn jalan, melalui: kursus itu
diberikan dgn ~ radio; 4. ark hubungan (pertalian, pergaulan):~
dgn majikannya sudah kurang baik;
pengantaraan tindakan mengantarai (menjadi orang tengah):
pergaduhan antara kedua-dua keluarga itu diselesaikan dgn ~ Tok
Penghulu;
pengantara, perantara orang tengah, penghubung (dlm
perundingan dll): dia hanya berlaku sbg ~ dlm perselisihan saya
dgn Leman.
antarabangsa 1. antara atau di kalangan negara-negara, melibatkan dua
atau lebih negara: menggalakkan persefahaman ~; perhubungan ~;
perdagangan ~; 2. bkn atau berkaitan dgn dua atau lebih negara
atau warganegaranya: mahasiswa kita cenderung terhadap
perkara-perkara ~; 3. ditubuhkan oleh dan dikawal atau digubal
174
utk beberapa negara: mahkamah ~; undang-undang ~; 4. dimiliki
atau dikaitkan dgn pertubuhan dsb yg mempunyai ahli-ahli dlm
dua atau lebih negara: pertubuhan ~; pergerakan ~; 5. boleh
digunakan oleh semua negara: perairan ~; 6. diterima oleh
beberapa negara besar sbg tinggi tarafnya: hotel ber taraf~;
mengantarabangsakan menjadikan sesuatu (hak, isu, dsb)
bersifat antarabangsa: ada pihak-pihak tertentu yg cuba ~
pergolakan politik negara itu;
keantarabangsaan keadaan sesuatu yg bersifat antarabangsa:
sikap ~ pucuk pimpinan Malaysia telah menarik minat seluruh
dunia;
pengantarabangsaan perbuatan (proses) mengantarabangsakan:
wujudnya peluang ekonomi yg semakin banyak akibat
pembangunan dan ~.
antara muka (Komp) bahagian (peranti, sambungan, dll) yg menjadi
sempadan dan penghubung di antara dua komponen, litar, peranti,
sistem, dll yg berlainan utk membolehkan pertukaran maklumat
dilakukan;
~ analog sambungan pd komputer yg boleh menerima peranti
analog; ~ bas litar atau peranti yg berfungsi memadankan atau
menyambungkan alat lain pd sistem bas; ~ bersiri antara muka yg
membolehkan maklumat dihantar satu per satu melalui saluran
tunggal; ~ Centronics antara muka piawai utk menyambungkan
komputer dgn pencetak selari; ~ digital sambungan yg
membolehkan komputer menerima peranti digital; ~ pengguna
penentuan dan peraturan komputer yg membolehkan pengguna
mudah berinteraksi dgn komputer;
pengantaramukaan proses menghubungkan dua atau lebih alat,
peranti, dll yg berlainan supaya dapat saling berhubung.
175
antar-antar penumbuk yg panjang (alu, antan, dll);
~ gobek anak gobek, pelantak gobek; ~ senapang pelantak.
antarbenua Id dlm hubungan antara satu benua dgn benua yg lain.
antardaerah Id dlm hubungan antara satu daerah dgn daerah yg lain.
antari; baju ~ baju panjang yg dipakai oleh orang naik haji.
antarkelompok Id dlm hubungan antara satu kelompok dgn kelompok
yg lain.
antarnegara Id dlm hubungan antara satu negara dgn negara yg lain,
antarabangsa.
antarpulau Id dlm lingkungan pulau-pulau.
Antartika daerah Kutub Selatan.
antasid (Ubat) bahan beralkali yg dapat melegakan keadaan asid yg
berlebihan di dlm perut.
antat I sl hantar;
mengantat menghantar: Yang Dipertuan pun menyuruh ~ sirih
dgn perhiasan.
antat II sj tumbuhan (pokok), kenanga hutan, lidah-lidah, pacal kuning,
Alangium ebenaceum.
anteken (antéken) ark IB surat berdaftar.
antelas; kain ~ sj sutera India yg berkilat (satin); atlas II.
antelop (antélop) binatang berkaki dan bertanduk panjang yg seakanakan
rusa, dan boleh berlari pantas (terdapat di Afrika dan Asia).
anten (antén) Id; mengantenkan mengahwinkan; pengantin I.
antena (anténa) alat utk memancarkan atau menangkap gelombang radio,
aerial.
antenatal (anténatal) sebelum bersalin, semasa mengandung: kehamilan
yg tidak mendapat jagaan ~ yg lengkap.
anteng Jw senang (hati), senyap.
antep Jw berat, antap;
176
mengantepi 1. mempercayai, memegang teguh pd, sangat setia
kpd; 2. membiarkan, mendiamkan sahaja.
anter I (Bio) bahagian stamen yg mengandungi debunga, cepu debunga.
anter II Id hantar.
anterior (antérior) (Bio) 1. terletak berhampiran dgn bahagian hadapan,
atau di bahagian hadapan sesuatu struktur yg lain, pd tubuh:
sesungut terletak di bahagian ~ lipas; 2. terletak paling jauh dr
batang utama (bkn bahagian bunga atau daun).
antero (antéro); seantero seluruh, segenap: ~ dunia.
anteseden (antéséden) 1. sesuatu (peristiwa, keadaan dsb) yg berlaku
atau wujud sebelum sesuatu (peristiwa, keadaan dsb) yg lain, yg
masing-masing berkaitan antara satu sama lain: satu lagi ~ harga
diri ialah pencapaian akademik; 2. (Lin) kata, frasa, atau klausa yg
dirujuk oleh kata ganti nama yg mengikutinya, mis Shuhada ialah
anteseden bagi dia dlm ayat meskipun Shuhada lulus peperiksaan
itu, dia gagal mendapat tempat di universiti.
anti I tidak suka: jangan ~ pd pembangunan; tunjuk perasaan ~-Rusia.
anti II Ar kamu (merujuk kpd seorang perempuan): Munirah, ~
dengarlah dulu cakap ana ni.
anti- awalan asing tidak menyetujui, melawan, membantahi, menentang,
mis antikerajaan dan antisosial.
antiagama menentang agama.
antiaparteid (antiapartéid) dasar menentang (tidak menyokong) sistem
politik di Afrika Selatan yg mengasingkan orang drpd berbagaibagai
kaum melalui undang-undang.
antibakteria (antibaktéria) bersifat menentang atau membasmi bakteria:
minyak itu mempunyai kesan ~.
antibiotik (Ubat) sj bahan kimia yg dihasilkan oleh mikroorganisma yg
boleh mencegah pembiakan atau memusnahkan mikroorganisma
177
lain spt bakteria (digunakan dlm rawatan penyakit berjangkit pd
manusia, binatang, dan tumbuhan).
antibodi (Ubat) sj bahan yg terbentuk dlm darah dan dapat menghalang
tindakan atau memusnahkan bakteria yg memudaratkan atau
membahayakan tubuh.
antidadah menentang segala kegiatan dan amalan yg berkaitan dgn najis
dadah (spt penghasilan, pengedaran, penggunaan dll najis dadah):
pakar-pakar dan pejuang ~; kempen ~ usaha utk membanteras
penyalahgunaan dadah.
antidepresan (antidéprésan) (Ubat) yg digunakan utk melegakan
kemurungan.
antidiuretik (antidiurétik) (Ubat) bahan yg menghalang pengeluaran air
kencing.
antidot 1. ubat penawar; 2. sesuatu (usaha, tindakan, dll) yg mengubah
atau mengatasi sesuatu situasi yg kurang baik.
antiemetik (antiémetik) (Ubat) bahan yg mencegah muntah atau
melegakan rasa loya.
antienzim (antiénzim) (Bio) bahan yg dapat merencatkan aktiviti sesuatu
enzim.
antigen (Ubat) bahan (protein) yg apabila disuntikkan ke dlm tubuh
merangsangkan pengeluaran antibodi.
antih; mengantih memintal benang;
pengantihan perbuatan mengantih, pemintalan benang.
antihero (antihéro) antiwira.
antihistamina ubat yg digunakan utk mengurangi atau mencegah kesan
histamina, terutamanya dlm merawat alahan.
antijenayah menentang kegiatan jenayah: gerakan ~ di Sabah.
antik 1. berasal dr zaman dahulu atau lampau sbg perbandingan dgn
zaman moden: kedai itu menjual barang-barang ~; 2. = barang178
barang ~ barang-barang spt perabot atau hasil seni lain yg
dihasilkan dlm zaman lampau yg dikumpul dan dinilai kerana
kecantikannya (mutu hasil kerjanya dan umurnya): penggemar ~;
keantikan sifat antik: ~ perabot itu dapat dikesan drpd reka
bentuknya.
antikarat mencegah atau mengelakkan berlakunya karat: minyak ini juga
mempunyai kuasa melawan pemburukan dan mengandungi ciriciri
khas ~.
antikerajaan menentang (tidak menyokong) kerajaan: anasir-anasir ~.
antiketuk sj bahan yg ditambahkan kpd bahan api kenderaan bermotor
utk mencegah atau mengurangkan bunyi bising enjinnya.
antiklimaks keadaan yg menjunam atau turun secara tiba-tiba kesannya
(keistimewaannya dll) drpd suatu keadaan atau aliran yg
memuncak, penurunan yg berbeza sama sekali drpd aliran
memuncak sebelumnya.
antikuiti barang purba spt bangunan, karya seni dll.
antimalaria bahan yg dapat mencegah atau menyembuhkan demam
malaria.
antimangkin (Kim) bahan yg mengurangkan atau memusnahkan
tindakan mangkin.
antimikosis (Ubat) bahan yg dapat merencatkan pertumbuhan kulat yg
menyebabkan penyakit.
antimoni sj unsur logam (pepejal putih) yg digunakan utk membuat aloi
dan semikonduktor.
antimoniamis, antimon Id antimoni.
antimun ark mentimun I.
antinasional bkn (orang, pihak) yg menentang negara: beliau
membantah dakwaan itu dan menyifatkannya sbg tidak berasas
dan memberikan gambaran bahawa beliau seorang ~.
179
anting; batu ~ a) batu (timah dll) yg tergantung pd tali sbg pemberat (pd
jangka dll); b) orang yg bergantung pd sisi perahu supaya jangan
terbalik; ~ neraca Id batu timbang yg ringan-ringan;
anting-anting 1. subang yg bergantung-gantung; 2. bandul (pd
jam, alat penduga, dll);
menganting bergantung berayun-ayun.
anting-anting; burung ~ sj burung, burung hamba kera, burung sawai,
Dissermurus paradiseus.
antinovel (Sas) karya prosa yg menolak penggunaan unsur novel
konvensional atau tradisional, terutamanya dr segi pembentukan
plot.
antioksidan bahan yg dapat melambatkan proses pengoksidaan.
antipati rasa benci, rasa tidak suka: menaruh ~ pd seseorang.
antipeluh bahan yg digunakan pd kulit utk mengurangkan atau
mencegah perpeluhan, terutamanya di bawah ketiak.
antipiretik (antipirétik) ubat yg dapat mengurangkan atau
menyembuhkan demam.
antiplot tidak secocok atau bertentangan dgn plot: malah drama mereka
nampaknya spt ~.
antipode Id 1. sebelah bumi yg berlawanan dgn tempat kita; 2. ki lawan.
antirasisme amalan atau dasar yg menentang rasisme dan menggalakkan
toleransi kaum.
antireumatik (antiréumatik) (Ubat) bahan yg dapat mencegah atau
melegakan gejala reumatisme.
antisepsis (antisépsis) (Ubat) pemusnahan bakteria dll (yg menyebabkan
penyakit).
antiseptik (antiséptik) bahan kimia (spt iodin, alkohol, asid borik, dll) yg
digunakan utk membunuh atau mencegah pembiakan bakteria pd
permukaan kulit (pd luka, alat perkakas pembedahan, dll).
180
antiserum (antisérum) (Ubat) serum darah yg mengandungi antibodi
melawan antigen tertentu, digunakan utk merawat atau melindungi
seseorang drpd sesuatu penyakit.
antisiklon kawasan yg tekanan udaranya lebih tinggi berbanding dgn
tekanan udara di sekelilingnya sehingga menghasilkan keadaan
cuaca yg tenang.
antisipasi perkiraan atau bayangan tentang hal-hal yg akan terjadi.
antisosial 1. tidak suka bergaul dgn orang lain (masyarakat): mereka yg ~
akan hanya merenggangkan diri mereka drpd arus pembangunan
masyarakat; 2. bertentangan dgn atau berbahaya kpd peraturan
atau adat (sesebuah masyarakat).
antitesis (antitésis) 1. sesuatu yg benar-benar berlawanan atau
bertentangan; Boyle meragui segala sesuatu yg merupakan ~ kpd
prinsip keyakinan dlm agama; 2. penggunaan kata atau ungkapan
spt ‘berjuang atau menyerah’ dlm frasa, ayat, dll yg sama utk
mendapatkan kesan perbezaan atau pertentangan yg seimbang.
antitoksin (Ubat) sj zat dlm tubuh yg dapat melawan racun penyakit.
antivirus bersifat menentang atau membasmi virus: ubat ~; perisian ~.
antiwira (Sas) watak utama (wira) dlm sesebuah novel, cerita, filem,
drama dsb yg tidak memiliki sifat yg lazimnya dikaitkan dgn
seseorang wira, spt keberanian dan kepimpinan.
antologi kumpulan karya prosa (spt cerpen) atau sajak atau keduaduanya
yg dihasilkan oleh berlainan pengarang, kumpulan
karangan pilihan seseorang pengarang, bunga rampai;
mengantologikan menghimpunkan atau menyusun sesuatu karya
spt cerpen utk dijadikan sbg antologi: karya-karya mereka telah
pun diantologikan oleh penerbit utk tatapan umum.
antonim (Lin) kata yg berlawanan maknanya dgn kata lain, mis tinggi
lwn rendah.
181
antonimi (Lin) hubungan antara antonim.
antraks (Ubat) penyakit berjangkit akibat bakteria Bacillus anthracis yg
lazimnya menyerang haiwan ternakan yg seterusnya boleh
menjangkitkan bakteria tersebut kpd manusia.
antrasit sj batu arang yg sangat keras, tidak mengeluarkan banyak api
atau asap apabila dibakar tetapi menghasilkan haba yg sangat
panas.
antre (antré), antri Id, bp berdiri berderet-deret.
antropogeni (antropogéni) kajian tentang asal usul manusia.
antropoid 1. menyerupai bentuk manusia (bkn cimpanzi, monyet dsb); 2.
makhluk yg berbentuk seakan-akan manusia, mis gorila atau
cimpanzi.
antropologi pengajian saintifik tentang asal usul manusia
(perkembangan fizikal dan budayanya, ciri-ciri rasnya dan adat
resam, serta kepercayaannya), kaji manusia.
antropomorfisme 1. kepercayaan bahawa Tuhan bersifat sama spt
manusia (dr segi rupa bentuk, perasaan, atau kelakuan); 2.
kepercayaan bahawa sesuatu haiwan atau objek mempunyai
perasaan, sama spt manusia.
antroposentrisme (antroposéntrisme) pandangan yg menganggap
manusia sbg faktor yg paling penting dlm alam semesta.
antui = ~ hitam = ~ kuning = ~ putih sj tumbuhan (pokok),
Drepananthus pruniferus.
antukar sj burung, Rallina fasciata (Rallus striatus gularis).
antul; mengantul melambung kembali, melenting, memantul,
mengambul, menganjal.
antun sl anggun, kacak; orang ~ pesolek;
berantun berhias, bersolek: sedikit bekerja, banyak ~.
antung-antung sj bakul tergantung (tempat menaruh barang).
182
antup Jw sengat;
mengantup menyengat.
antus; antusan ark sl utusan.
anu 1. (orang, benda, dll) yg tidak disebut namanya (dgn disengajakan,
kerana terlupa, dsb): si ~ nak datang; dgn hajat ~; 2. (Mat) kuantiti
tertentu yg belum diketahui nilainya.
anugerah pemberian berupa hadiah dsb yg tinggi dan besar nilainya
(drpd Allah, pemerintah atau negara, dll), kurniaan: mendapat ~
Allah; A~ Sastera Negara;
menganugerahi memberi anugerah kpd seseorang, mengurniai:
Allah ~nya seorang anak lelaki;
menganugerahkan memberikan sesuatu sbg anugerah,
mengurniakan: Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan ~ pingat kpd beliau;
anugerahan sesuatu yg dianugerahkan;
penganugerahan pemberian anugerah: beliau menyarankan agar
~ seumpama itu dicontohi oleh institusi kewangan yg lain.
anugeraha ark anugerah.
anuiti (Eko) pembayaran wang kpd seseorang pemegang kuasa dgn
jumlah dan jarak waktu tertentu;
~ biasa anuiti yg dibayar atau diterima pd penghujung setiap
tempoh tertentu; ~ hayat anuiti yg dibayar kpd pewaris sepanjang
hidupnya dan akan terhenti apabila pewaris itu meninggal dunia; ~
sampai tempoh anuiti yg dibayar atau diterima pd awal setiap
tempoh tertentu.
anulus ruang, bahagian dsb yg berbentuk spt cincin.
anum Jw sl muda.
anumerta gelaran (pangkat dsb) yg diberikan sesudah seseorang
meninggal dunia.
183
anur andur.
anuresis (anurésis) (Ubat) keadaan tidak dapat kencing walaupun air
kencing telah dihasilkan oleh buah pinggang dan tersimpan di dlm
pundi kencing.
anuria (Ubat) kegagalan menghasilkan air kencing, yg biasanya
berpunca drpd kerosakan buah pinggang.
anut; menganut, menganuti menerima sesuatu ajaran (aliran, fahaman,
dsb) sbg pegangan yg teguh, mengikut, menurut, memeluk
(agama): ada drpd perbuatan-perbuatan kita telah pun menjadi
adat resam yg kita anuti sejak lama; ~ agama Islam; beliau ~
fahaman realisme sosialis;
anutan keyakinan yg dianut, ikutan, turutan: agama Islam telah
lama menjadi ~ penduduk-penduduk di negara itu;
penganutan perihal (perbuatan) menganuti: bidang kita ialah
menumpukan perhatian kpd ~ agama sbg fenomena sosial;
penganut pengikut (ajaran, aliran), pemeluk (agama).
anyal Jw ngeran, sebal.
anyam corak anyaman; jenis-jenisnya: ~ kudai = ~ selang dua, ~ gila, ~
pucuk rebung, ~ sasak, ~ tiga selang tiga, ~ tikar;
menganyam 1. menjalin silang-menyilang (utk membuat tikar,
bakul, dll): ~ bakul; ~ ketupat; ~ tikar; 2. menjalin atau memintal
(rambut), mendandan: ~ rambut;
anyam-menganyam pekerjaan menganyam;
anyaman 1. hasil menganyam, barang yg dianyam; 2. kerja
menganyam;
penganyam orang yg kerjanya menganyam.
anyang I sl 1. makanan drpd daging (kerang dll) mentah yg dibubuhi
rempah-rempah dan dimakan mentah-mentah; 2. buah-buahan
mentah dgn cabai dan garam;
184
menganyang membuat anyang.
anyang II sj tumbuhan (pokok), Elaeocarpus grandiflora.
anyar Jw ark baru.
anyel anyal.
anyelir IB bunga teluki.
anyih; onyah-~; onyah.
anyur; buah ~ bahagian drpd kepala gajah di bawah rahang bawah yg
menyerupai bola.
aorta (Bio) saluran besar dlm sistem salur nadi yg menyalurkan darah dr
bilik jantung sebelah kiri ke salur nadi seluruh anggota dan organorgan
(kecuali paru-paru), salur nadi agung.
aortitis (Ubat) radang aorta.
a/p kep anak perempuan (kpd): Kumari ~ Gopal.
apa 1. kata utk menanyakan nama (jenis, sifat, dll) sesuatu: ~ yg kaubeli
tadi? 2. pengganti sesuatu yg kurang tentu (kurang terang): tidak
terdengar ~ yg kaucakapkan; 3. = ~lah kata utk menghaluskan
suruhan: belikan ~ saya sebungkus rokok; 4. = ~kah kata utk
menanyakan sesuatu (bukan manusia): ~ kereta itu rosak? 5. atau:
ya ~ tidak;
~ akal bagaimana akal, apa yg harus dibuat; ~ boleh buat apa yg
hendak dilakukan lagi, tak ada jalan lain lagi; ~ daya tidak ada
kuasa lagi; ~ khabar a) bagaimana keadaanmu; b) ada khabar
barukah; ~ lacur Id ya bagaimana lagi (apa boleh buat); ~ macam
apa khabar; ~ pasal apa sebab; ~ sahaja = ~ saja = barang ~ =
segala ~ tidak kira apa, sebarang, segala sesuatu; ~ tidaknya
memang ya; ~ ubahnya serupa; kena ~ a) apa yg dialami atau
dideritai; b) mengapa, kenapa;
apatah lebih-lebih lagi, apalagi: saya tidak mampu membeli
kereta, ~ lagi Ali yg miskin itu;
185
apa-apa 1. barang apa, segala apa, segala sesuatu: tidak
memberikan ~ perhatian; 2. sesuatu: ada ~ yg ingin kamu tahu
lebih lanjut mengenai pelajaran hari ini?
berapa kata yg menanyakan banyaknya;
mengapa 1. apa sebab, kena apa: ~ kamu berhati dengki? 2. apa
yg diperbuat: ~ kamu di dlm bilik itu?
mengapai, mengapa-apai melakukan sesuatu terhadap: diapainya
maka ia menangis?
mengapakan, mengapa-apakan, mempengapakan 1. melakukan
apa atau bagaimana lagi, membagaimanakan: tetapi hendak
diapakan, emak sayang padanya; 2. melakukan apa-apa terhadap,
membuat (melakukan) sesuatu terhadap: akan kutuntut bela kpd
raja yg mempengapakan suamiku; dia menangis dan meraung
mengatakan bahawa ibu bapanya akan mengapa-apakannya
sekiranya adiknya tidak dijumpai.
apa-apa sj tumbuhan (pokok spt pokok durian), Neesia spp.
apabila semasa, sewaktu, ketika, bilamana, apakala: ~ ada harta si mati
hendak dibahagikan, tentu sahaja ada pertelingkahan; dia semakin
bimbang ~ melihat keadaan ibunya yg semakin tenat.
apai gapai.
apakala sl apabila, bilamana, ketika.
apalagi lebih-lebih (lagi), terlebih-lebih pula, tambahan pula, apatah lagi:
dgn kereta saja ia sudah mabuk, ~ dgn kapal terbang.
apam sj penganan yg biasanya dibuat drpd tepung beras yg dicampurkan
dgn ibu roti dan dikukus;
~ balik sj apam yg dibakar dan ditaburi kacang, gula, dsb di
atasnya dan dilipat dua; ~ dewa = ~ lenggang apam yg dibakar dgn
melenggangkannya dlm sj belanga; ~ Malaysia sj apam yg dibuat
drpd campuran tepung gandum, gula hangus, telur, soda kuih, dsb
186
dan dikukus; ~ mangkuk sj apam yg dikukus dlm mangkukmangkuk
kecil; ~ manis sj apam yg berwarna-warni yg dibuat drpd
campuran tepung beras, aiskrim soda, dsb dan dikukus;
mengapam 1. memasak apam; 2. menyerupai apam.
apar Mn tempat tukang besi bekerja, dapur tukang besi; kampung ~
kampung pandai besi.
aparteid (apartéid) dasar membezakan warna kulit (biasanya antara kulit
putih dgn kulit hitam), dasar diskriminasi terhadap orang berkulit
hitam (di Afrika Selatan).
apartmen pangsapuri.
apas I sl anggun, kocak, tampan.
apas II Jk sial, celaka.
apatetik (apatétik) bersikap tidak ambil peduli (acuh tak acuh, endah tak
endah, dsb).
apati sikap tidak menaruh minat atau sikap tidak endah terhadap sesuatu
yg wajar diberi perhatian.
APEC (apéc) akronim bagi Asia Pacific Economic Cooperation
(Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik).
apeh (apéh) apek.
apek (apék) C panggilan kpd lelaki (agak tua) berbangsa Cina.
apeks (apéks) bahagian puncak atau hujung sesuatu yg tirus: ~ paruparu;
~ daun.
apel (apél) IB minta banding.
apendektomi (apéndéktomi) pembuangan apendiks secara pembedahan.
apendiks (apéndiks) (Bio) umbai usus yg terdapat di persimpangan usus
kecil dgn usus besar dan terletak di sebelah kanan abdomen.
apendisitis (apéndisitis) (Ubat) radang apendiks yg ditandai rasa sakit di
abdomen dan disertai rasa loya, muntah, dan demam.
187
aperitif (apéritif) minuman beralkohol, terutamanya wain, yg diminum
sebelum makan utk membuka selera.
apertur bukaan yg mengawal banyaknya cahaya yg masuk ke dlm
kamera.
apes apas II.
api 1. nyalaan drpd sesuatu yg dibakar atau yg terbakar: ~ kebakaran itu
kelihatan menjulang-julang; 2. kepanasan (haba) yg digunakan utk
memasak terutama drpd penunu dapur yg dinyalakan: letakkan
kuali di atas ~; 3. kebakaran (biasanya diucapkan dlm keadaan
cemas): ~! ~! Hamid berteriak! 4. bp elektrik: bil ~; 5. bp mancis
api atau pemetik api (utk menyalakan rokok, cerut, paip, dsb); 6. ki
sesuatu perasaan (spt marah, suka, rindu, cinta, dsb), semangat atau
harapan yg meluap-luap di dlm hati (fikiran): ~ percintaan sedang
membakar seluruh jantung hatinya; meniupkan ~ perjuangan; ~
perkauman;
~ lancip Id api yg lebih panas drpd api biasa;~ luka Id demam
kerana luka; ~ neraka api seksaan dlm neraka;
~ itu pd tatkala kecil jadi kawan apabila besar jadi lawan prb
kejahatan yg kecil itu hendaklah lekas diperbaiki sebelum
berbahaya; ~ kecil baik padam prb kejahatan itu harus diperangi
semasa kecil; ~ padam puntung berasap prb perkara yg telah
selesai tetapi timbul kembali; ~ padam puntung hanyut prb Mn
perkara yg sudah putus tidak ada sambungannya lagi; bagai ~ dgn
asap prb tidak dapat dipisahkan; bagai rabuk dgn ~, asal berdekat
menyalalah ia prb dikatakan kpd dua orang yg sentiasa
berbantahan; bermain ~ latur (letup) prb barang siapa yg
melakukan kejahatan, akan kena akibatnya kelak; bersuluh
menjemput (minta) ~ prb bertanyakan sesuatu yg diketahui; di
mana ~ berpupuk, di situlah asap keluar prb setiap kejadian itu
188
tentu meninggalkan bekasnya; di mana ~ padam, di situlah
puntung tercampak, di mana periuk pecah, di situlah tembikar
tinggal prb di mana kita mati, di situlah dikuburkan; kalau tak ada
~, masakan ada asap prb tentu ada sebabnya terjadi sesuatu hal;
meletakkan ~ di bumbungan prb sengaja mencari bahaya; spt ~
makan lalang kering, tiada dapat dipadamkan lagi prb suatu
marabahaya yg berlaku pd orang yg lemah, tidak berdaya
menolaknya; spt ~ makan (dalam) sekam prb sesuatu yg berlaku
dgn diam-diam; spt meniup ~ di atas air prb melakukan pekerjaan
yg hampir tidak memberi harapan akan berhasil; spt rabuk dgn ~
prb dua orang yg bertujuan sama dlm suatu perkara hanya menanti
peluang yg baik saja lagi utk dikerjakan; sudah ke tengah makan ~
prb Mn suatu perselisihan yg susah didamaikan;
api-api 1. = anak ~ = batang ~ mancis; 2. tali api;
berapi 1. mengandungi api, mengeluarkan api: puntung rokoknya
masih ~; gunung ~; 2. ki menjadi semakin meluap-luap (bkn
kemarahan, semangat, dsb): kemarahannya tambah ~; bergantung
tiada bertali, bersalai tiada ~ prb perempuan yg ditinggalkan oleh
suami, belanja tiada diberikan tetapi tidak pula diceraikan;
berapi-api 1. merah menyala (mata) kerana terlalu marah,
berpendar-pendar, berkunang-kunang: matanya ~, hilang
pertimbangan dr hatinya; 2. (dgn) berkobar-kobar, (dgn)
bersemangat: saya juga berucap ~ menaikkan semangat
perjuangan tuan-tuan; 3. marah sekali: cikgu ~ di sekolah tadi;
mengapi menjadi spt api atau menyerupai api;
mengapikan, mengapi-apikan menghasut (hasut): mereka ~
Hindun supaya melawan ibunya;
memperapikan memanggang;
189
perapian tempat menyalakan api utk memanaskan ruang, bilik
dsb, pendiangan;
pengapi orang yg mengapi-apikan orang atau pihak lain,
penghasut.
api-api I sj serangga, kunang-kunang.
api-api II sj tumbuhan (pokok) dlm famili Verbenaceae yg banyak
terdapat di hutan paya bakau, Avicennia spp.; ~ bulu, Avicennia
lanata; ~ ludat, Avicennia officianlis; ~ jambu, Avicennia marina;
~ putih, Avicennia alba.
apiari tempat memelihara dan membiakkan lebah.
apik rapi dan bersih serta sangat baik: pekerjaannya ~ sekali.
apikultur pemeliharaan dan pembiakkan lebah.
apilan sl papan tebal yg digunakan spt perisai pd meriam (dlm kapal).
aping (Sunda) apit;
mengaping mengapit.
apion ark gasing.
apit 1. berada di antara dua benda (orang dll), tercepit, terhimpit; 2. =
apitan perkakas utk menyepit (menghimpit); 3. = pengapit orang
yg mengiring raja, ajutan, barang yg di kiri kanan sesuatu;
~ cina a) rotan utk menyepit jari murid yg nakal; b) barang yg
dihimpit atau disepit; ~ kanan (kiri) pemain (dlm permainan sepak
takraw) dlm barisan hadapan betul-betul ke kanan (ke kiri); ~
khutbah hari raya (sama ada hari raya puasa atau hari raya haji) yg
jatuh pd hari Jumaat dan dgn ini khutbah dibaca dua kali pd hari
tersebut; ~ lempang a) papan yg di atas lunas (pd perahu); b)
pengiring raja, ajutan; ~ tempang papan yg menutup rangka
perahu, badan perahu;
apit-apit perangkap tikus (harimau dll);
190
berapit 1. berada di antara dua benda (orang dll); duduk ~ duduk
di antara dua orang; 2. berdekatan, berhimpit, bersanding; bintang
~ dua bintang yg berdekatan letaknya;
mengapit 1. menyepit, menghimpit, menindih; ~ minyak memerah
minyak; 2. menempatkan di antara dua benda (orang dll),
mengiringi di kiri kanan: semasa dibawa ke penjara, dia diapit
oleh dua orang polis; diapit tidak bersanggit, ditambat tidak
bertali prb perempuan yg tidak diberi nafkah oleh suaminya tetapi
tidak pula diceraikan;
memperapitkan merapatkan, menghimpitkan;
apitan 1. perkakas utk menghimpit (mengempa, menyepit): ~
minyak; ~ tebu; 2. (Lin) awalan dan akhiran yg diberi serentak pd
sesuatu kata (mis ke ... an, pe ... an, dll);
pengapitan perihal mengapit;
pengapit 1. perkakas utk mengapit; 2. picitan (dgn jari); 3. orang
di kiri kanan pengantin; 4. pembantu, ajutan, apit.
apit-apit I sj lebah.
apit-apit II = burung ~ sj burung pipit, ciak tanah, laki padi, lancarlancar,
seri lancar, ciak (pipit) padang, Anthus novaeseelandiae
malayensis.
apkir IB tidak dapat dipakai, ditolak, ditampik;
mengapkir menolak, menampik;
apkiran barang yg tidak dipakai, tampikan.
aplikasi kegunaan (pd praktiknya);
mengaplikasikan menggunakan secara praktik atau amali,
melaksanakan atau menggunakan pd amalan: mereka mengetahui
beberapa banyak teori dan terlalu ingin ~ teori itu ke dlm sesi yg
baru dimulainya;
pengaplikasian perihal (perbuatan) mengaplikasikan sesuatu.
191
aplus I IB bp bergilir (orang berkawal, bertugas, dll);
mengaplus mengganti (pengawal dll).
aplus II IB tepuk tangan (tanda setuju dll).
apnea (apnéa) (Ubat) keadaan terhentinya pernafasan beberapa ketika.
apodia (Ubat) kecacatan sejak lahir yg dicirikan dgn ketiadaan kaki
(sebelah atau kedua-duanya sekali).
apogi titik dlm orbit bulan atau satelit, ketika bulan atau satelit berada
paling jauh dr bumi.
apoi sj tumbuhan (pokok), bedanan jantan, jolok hantu, mempenai bukit,
Arthrophyllum ovalifolium.
apokope (apokopé) (Lin) pengguguran bunyi atau huruf, sama ada satu
atau lebih di hujung kata.
apolog cerita dongeng yg mengandungi unsur pengajaran, yg wataknya
terdiri drpd haiwan atau objek yg beraksi sbg manusia.
apologetik (apologétik) bersifat menyesali sesuatu perbuatan yg telah
terlanjur: nada suaranya yg ~ itu mungkin menunjukkan dia telah
menyedari kesilapannya itu.
apologia hujah seseorang utk membela atau mempertahankan pendapat
atau tindakannya tentang sesuatu perkara.
apologis orang yg mempertahankan sesuatu (pendapat, kepercayaan,
tindakan dsb) dgn hujah.
apopleksi (apopléksi) (Ubat) penyakit yg menyebabkan seseorang jatuh
pengsan kerana kerosakan pd salah satu pembuluh darahnya di
bahagian otak.
aposisi (Lin) kata atau frasa yg menjelaskan kata atau frasa yg
mendahuluinya, mis Fadzli dlm frasa kawannya, Fadzli,…atau
Bapa Kemerdekaan dlm frasa Tunku Abd Rahman, Bapa
Kemerdekaan, ….
apotek (apoték) IB rumah ubat, kedai ubat.
192
apoteker (apotéker) IB ahli ubat.
apraksia (Ubat) ketidakupayaan mengkoordinasi pergerakan akibat
kecederaan otak.
apresiasi (aprésiasi) 1. penghargaan (terhadap sumbangan, jasa, dll
seseorang atau sesuatu pihak); 2. pengiktirafan serta penghayatan
nilai dll (sesuatu karya) sastera atau seni: kegiatan ~ sastera spt
deklamasi puisi dan nyanyian puisi bukan lagi menjadi milik
sasterawan kota; ~ masyarakat terhadap seni lukis masih rendah;
mengapresiasi 1. memberikan penghargaan (terhadap sumbangan,
jasa, dll), menghargai; 2. mengiktiraf dan menghayati nilai dll
sesuatu karya sastera atau seni: pengetahuan itu dapat
memudahkan kita ~ drama dan menikmatinya dgn lebih bermakna
dan berkesan.
APRI akronim bagi Angkatan Perang Republik Indonesia.
aprikot 1. = buah ~ buah sj pokok yg isinya berwarna oren kekuningkuningan
spt buah pic; pokok ~ pokok yg menghasilkan buah
aprikot, Prunus armeniaca; 2. warna oren kekuning-kuningan.
April bulan keempat dlm Tahun Masihi yg mengandungi 30 hari.
aprit; aprit-apritan Jk berlari tunggang-langgang; abrit.
apron I kain yg dipakai, biasanya oleh tukang masak, utk menutupi
bahagian depan pakaian supaya tidak menjadi kotor.
apron II kawasan berpermukaan keras di terminal yg khusus utk
meletakkan pesawat udara dan kegunaan memunggah dan
memuatkan barang.
aptitud kemahiran atau kebolehan semula jadi seseorang, bakat: ujian ~.
apum apam.
apung 1. terkatung, tidak tenggelam di air; batu ~ batu yg tidak
tenggelam (sangat ringan); 2. = apung-apung segala yg terkatungkatung
di air (mis kayu, pelampung, dll); ~ buih timbul tenggelam;
193
laksana ~ dipermainkan ombak prb peri kesusahan anak dagang yg
miskin di rantau orang;
berapung, berapung-apung 1. bermain-main di atas air (dgn
perahu dll); 2. = terapung-apung;
berapungan terkatung-katung dgn banyak, berserak di atas
permukaan air: nampak banyak kayu ~;
mengapung 1. timbul ke permukaan air, terkatung-katung di air
(tidak tenggelam): sesudah beberapa hari hilang, mayat orang yg
tenggelam itu ~ pula; 2. melayang ke atas, terbang ke udara: ketika
dilepaskan, belon-belon itu ~ ke udara;
mengapungkan membuat supaya mengapung di permukaan air
atau udara: anak itu ~ mainannya di atas air;
terapung tidak tenggelam;
terapung-apung terkatung-katung: darah yg ~ di atas air;
~ tak hanyut, terendam tak basah prb tidak ada keputusannya
(mengenai sesuatu perkara); ~ sama hanyut, terendam sama basah
prb kesenangan atau kesusahan bersama-sama ditanggung; asal
(untung) sabut ~, asal (untung) batu tenggelam prb kalau nasib
baik selamat, kalau nasib malang celaka;
apungan 1. sesuatu yg berapung atau terapung-apung: yg ada
hanya ~ ais yg sentiasa bergerak mengikut tiupan angin, arus dan
pasang surut lautan; 2. (Eko) situasi yg membolehkan
penyelarasan mata wang berlaku secara bebas mengikut kadar
pertukaran wang tanpa campur tangan drpd kerajaan: kecairan
syarikat akan meningkatkan kemampuan utk ~ lebih bebas;
keapungan keadaan tidak tenggelam di air, atau keadaan
terkatung-katung;
194
pengapungan proses (perbuatan, usaha dsb) mengapung atau
mengapungkan: ~ bangkai kapal yg tenggelam itu tentunya
memerlukan perbelanjaan yg besar.
apuran Jk longkang (parit) utk membuang air kotor.
apus; buluh ~ sj tumbuhan (buluh), aur kuning, Bambusa aspera.
aqidah akidah.
aqiqah akikah.
Ar simbol kimia bagi argon.
ara 1. sj tumbuhan (yg termasuk jenis fikus): ~ akar, ~ batu,~ buluh, dll;
2. sj tumbuhan (bukan jenis fikus); ~ batu dandi, rumput tahi
ayam, selasih, tahi anjing, tambak-tambak jantan, Ageratum
conyzoides; ~ bukit pokok perut budak, lindung matahari, perah
ikan, Pimeleodendron griffithianum; ~ lumut akar kami; gurah
peria(t), tukul takal, Croton caudatum; ~ songsang nyarang
songsang, Achyranthus aspera;
bagai menanti ~ hanyut prb menanti sesuatu yg mungkin datang
tetapi lambat, ataupun yg tidak datang-datang; menanti ~ tidak
bergetah prb mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin dapat;
pinjam (hutang) kayu ~ prb jikalau meminjamkan wang kpd orang
besar jangan diharap akan kembali; tinggi kayu ~ dilangkahi,
rendah bilang-bilang diselodoki prb melakukan sesuatu hendaklah
menurut patutnya, walaupun kadang-kadang ganjil pd perasaan.
Arab 1. bangsa yg berasal dr semenanjung besar barat daya Asia; 2.
bahasa yg dituturkan oleh bangsa ini, yg merupakan bahasa al-
Quran;
mengarabkan menjadikan atau menyebabkan seseorang atau
sesuatu mengikut atau bertukar kpd ciri (nilai, pengaruh dsb) Arab:
kita tidak bermaksud hendak ~ bahasa Melayu;
195
kearaban (yg) memperlihatkan ciri (pengaruh dll) Arab: syair
dagang, syair Burung Pingai, dll mempunyai isi yg ~.
arabes (arabés) 1. corak hiasan pd catan, ukiran kayu dsb yg bermotifkan
tumbuh-tumbuhan, haiwan atau manusia yg disusun dgn garisan
bersegi, bergeometri atau berlengkok-lengkok, awan larat; 2.
kedudukan penari balet yg berdiri di atas sebelah kaki sementara
kaki yg sebelah lagi terangkat lurus mengufuk ke belakang dan
kedua-dua belah tangannya lurus menganjur ke depan.
aragonit (Kim) kalsium karbonat semula jadi.
arah 1. hala, jurusan: ia mencari ~ datangnya suara itu; 2. maksud,
tujuan: bercakap tidak tentu ~; ~ aliran arah sesuatu pergerakan,
perkembangan (sama ada makin meningkat atau menurun); ~ ke =
ke ~ hala ke, menuju ke, menghadap ke;
searah sama arahnya, sehaluan, sejurusan, setujuan;
arah-arah Mn serupa, hampir sama;
berarah mempunyai arah, berhala, berhaluan, bertujuan: ~ ke
selatan;
mengarah 1. menghadap ke sesuatu arah, menghala: pintu kota itu
~ ke sebelah barat; 2. membawa kita ke sesuatu arah (bkn jalan,
jambatan, dsb), pergi ke sesuatu arah (bkn orang, kenderaan, dsb),
menuju: sebuah jambatan ~ ke Banting; berjalan ~ ke Kajang; 3.
memberi tekanan pd sesuatu hal, berat, condong: perbincangan
mereka ~ kpd hal yg lebih berat spt masalah kemiskinan orangorang
Melayu; 4. mengepalai, mengetuai: ~ peperangan melawan
pengganas komunis; 5. mengatur (mengurus atau mengelolakan
serta menyelia) sesuatu persembahan seni spt drama (filem dsb):
beliau telah ~ beberapa buah filem Melayu; 6. menyuruh
kenderaan dsb mengikut sesuatu jalan (bkn polis lalu lintas dsb):
196
polis sedang ~ lalu lintas di kawasan itu setelah beberapa jalan
terpaksa ditutup;
mengarah-arahi 1. menyamai, menyerupai: rupanya ~ ayahnya;
2. mengecamkan, menandai (melihat utk mengenal): ~ rupa orang;
mengarahkan 1. menggerakkan ke arah, menghadapkan,
menghalakan: perempuan itu ~ pandangannya pd anaknya; 2. =
mengarah-arahkan ark memaksudkan, memperamat-amati benar:
~ keuntungan saja; 3. memberi petunjuk, memberi perintah: polis
diarahkan bersikap sopan;
terarah 1. terhala, tertuju, dimaksudkan: kata-katanya itu ~ kpd
lawannya; 2. telah ditentukan arahnya (tujuannya): perancangan
dan perkembangan yg ~;
arahan 1. pimpinan, pengawasan: filem ~ pengarah Hussain
Haniff; 2. petunjuk, perintah: duta itu berkata, ~ mengenai perkara
ini sedang ditunggu dr Kaherah; ~ bank (Eko) arahan pelanggan
kpd bank utk membuat pembayaran bagi pihaknya kpd bank lain;
3. ark orang yg menjadi pembantu;
pengarahan 1. perbuatan mengarahkan (menghalakan),
penghalaan: ~ peluru berpandu; 2. perihal mengarah (memberi
tekanan pd sesuatu, condong terhadap sesuatu, dsb): ~ kpd sesuatu
sumber itu bergantung pd sifat pertembungan kebudayaan dan
hubungan sosial;
pengarah 1. orang yg kerjanya mengarah (filem, drama, dsb); 2.
orang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan
sesuatu projek (jabatan, syarikat, perbadanan, dsb): P~
Perkhidmatan dan Perjawatan;
~ bukan eksekutif pengarah sesebuah syarikat yg bukan ahli
sepenuh masa syarikat itu, tetapi memberikan khidmatnya dlm
menasihati pengarah-pengarah lain; ~ eksekutif ahli lembaga
197
sesebuah syarikat yg juga merupakan staf (biasanya sepenuh masa)
syarikat itu yg mempunyai tanggungjawab tertentu, mis yg
berkaitan dgn kewangan dan pengeluaran; ~ urusan ketua pegawai
eksekutif sesebuah syarikat yg bertanggungjawab kpd lembaga
pengarah dan terhadap keseluruhan pengurusan dan perjalanan
syarikat;
kepengarahan perihal (sifat, bakat, kebolehan dsb) yg berkaitan
dgn pengarah: sediakanlah diri dgn ilmu ~ dahulu, bukannya
sekadar mengisi kalendar pengarah di sesebuah produksi.
arai I ukuran isi padu yg bersamaan dgn dua cupak atau 2.27 liter: maka
disantap oleh bendahara, habis nasi segantang dan susu se~ dan
sakar secupak itu habis.
arai II Mn, NS mayang: ~ pinang.
arak I sj minuman yg mengandungi alkohol dan memabukkan, minuman
keras; kaki ~ orang yg kuat minum arak;
pengarakan tempat membuat arak.
arak II; berarak, berarak-arakan 1. berjalan beramai-ramai dan
beriring-iring: setelah itu ~lah mereka berkeliling negeri; 2.
bergerak beriring-iring: awan sudah mulai ~ ke Timur; 3. datang
(timbul) satu demi satu silih berganti (bkn pelbagai kenangan dsb):
bermacam-macam kenangan yg ~ dlm ingatannya;
~ tidak berlari prb perbuatan bersama-sama yg menggirangkan
hati tidak perlu diburu-burukan; elok arak di hari panas prb orang
yg sukacita kalau beruntung, sebab maksud tercapai;
mengarak 1. mengiringi seseorang atau sesuatu beramai-ramai,
menghantar (mengusung) beramai-ramai: esoknya disediakan
perarakan utk ~ jenazah Raden Menteri ke istana; ~ pengantin; 2.
sl bergerak terdahulu (dlm iringan), mendahului: bintang Timur ~
siang;
198
arakan, arak-arakan pawai;
perarakan 1. iring-iringan yg mengarak sesuatu, pawai: ~ tidak
dapat dibawa kerana hujan; 2. usungan (kereta dll) utk mengarak:
Raden Inu pun menyambut isterinya naik ke atas ~; 3. kumpulan
orang yg berarak: ~ itu diketuai oleh Yang Dipertua Negeri
Melaka;
~ haram perarakan yg diadakan tanpa kebenaran pihak yg
berkuasa (spt polis dsb); ~ raksasa perarakan yg diadakan secara
besar-besaran;
pengarak 1. orang dll yg mengarak; 2. orang atau sesuatu yg
mendahului seseorang atau sesuatu, pembuka jalan; angin ~ hujan
angin yg mendahului hujan.
arakian arkian.
araknid haiwan drpd kelas Arachnida yg mempunyai empat pasang kaki
dan mata ringkas, spt labah-labah, kala jengking dan hama.
aral Ar halangan, gendala, rintangan: kalau tidak ada ~, saya akan
datang; ~ gendala = ~ melintang = ~ menggalang halangan yg
datang;
mengaralkan menyebabkan ada aral, merintangi,
menggendalakan:~ sesuatu maksud.
aram I; mengaram menaruh dendam, mempunyai niat hendak
membalas.
aram II; aram-aram, pengaram ark rangka tempat orang berdiri kalau
membuat tembok dll: pekerjaan ini dilakukan siang malam, itulah
sebabnya ~ berpasang lampu.
aram III; ~-temaram kabur, suram (bulan dll): bulan pun ~-temaram spt
belas akan orang yg bercerai.
199
arang I 1. benda hitam yg rapuh, sisa kayu yg terbakar; 2. = ~ kayu sj
bahan api yg dibuat dgn membakar kayu (biasanya kayu bakau)
tanpa udara atau dlm udara yg terhad;
~ batu = batu ~ arang keras yg digali dr dlm tanah, batu bara; ~
batu lembut sj arang batu yg mengandungi hidrokarbon dan jirim
yg menyerupai tar (terbakar dgn mengeluarkan nyalaan yg
berwarna kuning dan berasap); ~ batu muda arang batu yg belum
cukup matang dan belum boleh dilombong; ~ besi batu bara yg
telah atau setengah terbakar; ~ para-para jelaga, sulang asap; ~
periuk jelaga pd periuk;
~ di kening = ~ di muka prb mendapat malu; ~ habis besi binasa
prb pekerjaan yg tidak membawa hasil sedikit pun; ~ itu jikalau
dibasuh dgn air mawar sekalipun tiada akan putih prb orang yg
bertabiat jahat itu, walau bagaimanapun tidak akan hilang
perangainya; berkerat rotan, berpatah ~ prb perselisihan yg tidak
dapat diperbaiki lagi; bintang di langit dapat dibilang tetapi tak
sedar di mukanya ~ prb orang yg suka menegur kesalahan orang,
tetapi kesalahan sendiri yg lebih besar tidak disedari; jika tiada
tersapu ~ di muka, drpd hidup baiklah mati prb lebih baik mati
drpd hidup menanggung malu; kalah jadi abu, menang jadi ~ prb
kalah atau menang sama akibatnya (akan menanggung rugi);
membasuhkan ~ yg terconteng di muka prb menghilangkan malu;
terpijak benang ~, hitam tapak prb perbuatan jahat, jahat
akibatnya;
mengarang menjadi arang, menjadi hitam spt arang;
mengarangkan menjadikan arang;
pengarangan 1. perihal menjadi arang; 2. tempat membuat arang.
arang II Mn mulut.
arang III; kayu ~ sj tumbuhan (pokok dan kayunya), Diospyros spp.
200
ararut sj tumbuhan (pokok), sagu belanda, ubi garut, ubi karut, Maranta
arundinacea.
aras I 1. hingga ke, sampai ke, paras, takat; ~ pinggang setinggi
pinggang; 2. muka (air dll): berapa meter padu air mesti dipamkan
ke dlm kolam yg panjangnya 25 meter, lebarnya 15 meter, supaya
~ air naik satu meter; ~ air muka air; 3. tingkat: naik lif hingga ke
~ lima;
~ bumi kedudukan yg sama aras dgn permukaan bumi; ~ dada
(Hut) ketinggian (1.3 meter) yg lazimnya digunakan sbg piawai utk
mengukur lilit, garis pusat, dan luas pangkal pokok hidup; ~ laut
aras purata permukaan laut berbanding dgn permukaan daratan; ~
tinggi ketinggian sesuatu tempat (kawasan) yg biasanya diukur dr
aras laut, altitud;
mengaras menyentuh, mencapai, sampai ke; ~ awan sampai ke
awan.
aras II sl raja dlm bahaya (seruan utk permainan catur).
aras III; ~ kerdan ark sj penganan.
Arasy Ar singgahsana Allah yg tidak dapat diketahui hakikatnya oleh
akal manusia dan hanya dapat diyakini kebenarannya.
arau I berbintik-bintik, berbelang-belang;
anjing ~ anjing belang; ~ batu bintik-bintik putih di atas dasar
gelap; ~ hujan panas bintik-bintik merah di atas dasar putih.
arau II; mengarau mengaduk, mengacau; karau.
arau III sj tumbuhan (pokok) dlm famili Euphorbiaceae, lidah-lidah,
kayu mapa, mentulang, odopon putih, Austrobuxux spp.,
Cephalomappa spp., Drypetes spp.
araz; araznya sl aral: kalau-kalau bertemu dgn ~, jadi tiada sampai spt
kehendak Duli Yang Dipertuan itu.
arbaa Ar 1. empat; 2. hari Rabu (hari yg keempat dlm seminggu).
201
arbab Ar sj biola (memakai dua atau tiga tali), rebab.
arbei (arbéi) IB sj tumbuhan (pokok yg buahnya boleh dimakan),
Fragaria nesca.
arbitraj usaha membeli barang di suatu tempat utk dijualkan di tempat
lain bagi mendapatkan keuntungan; si ~ orang yg melakukan usaha
tersebut.
arbitrari 1. tidak berasaskan pertimbangan yg tertentu atau yg teliti,
tidak berasaskan pemikiran (analisis dsb), mengikut sekehendak
hati, sewenang-wenang: pemisahan antara dunia yg bersifat
analitik dan dunia nyata itu juga merupakan suatu pemisahan yg ~
kerana sifat ilmu itu tidak terpisah drpd masyarakat yg
mendukungnya; 2. (Lin) berkaitan dgn sifat bahasa yg
menunjukkan tiadanya kepadanan fizikal yg semula jadi antara
bentuk bahasa dgn entiti sebenar.
arbitrasi timbang tara.
arboreal (arboréal) berkaitan dgn (hidup di, atau tinggal di) pokok:
tumbuh-tumbuhan ~; monyet ~.
arboretum (arborétum) kawasan yg ditanami dgn spesies pokok tertentu
utk tujuan pemuliharaan sumber genetik, pendidikan, dan
penyelidikan.
arborikultur penanaman pokok, terutamanya utk menghasilkan kayu
balak.
arca 1. patung yg menyerupai seseorang atau sesuatu (terutama dibuat
drpd kayu, batu, dsb): memahat ~ seorang tokoh terkenal di dunia;
2. bayang yg terlihat di dlm cermin atau melalui kanta kamera,
imej: melihat ~ diri sendiri di dlm cermin; 3. bayang-bayang yg
terlihat ketika seseorang itu berkhayal: dia lantas bangun
menghampiri almari pakaiannya, tempat ~ lelaki tadi terdiri
gagah; 4. bentuk cahaya yg ditumpukan pd retina mata, imej: mata
202
manusia ‘menyimpan’ ~ sesuatu benda yg baru sahaja dipandang
dlm tempoh yg pendek; 5. gambaran dlm fikiran atau pertalian
fikiran yg dihasilkan di dlm karya sastera (terutama dlm puisi),
imej; 6. (Komp) gambar atau lambang kecil pd paparan komputer
yg digunakan sbg wakil sesuatu objek;
mengarcakan menghasilkan arca (patung): tukang pahat itu
sedang ~ wajah seorang seniwati;
kearcaan bersifat (mempunyai ciri-ciri) arca: bentuk puncak ini
agak ~ sedikit;
pengarcaan proses menghasilkan arca;
pengarca pembuat (pereka, pengukir) arca: Zafaruddin Zainuddin
merupakan barisan ~ Anak Alam yg paling giat berkarya.
ardi I sl gunung.
ardi II Ar, sl bumi, tanah.
are IB ukuran luas, 100 m2.
arek (arék) Jw anak: ~ Surabaya.
aren (arén) Jw enau, kabung.
arena (aréna) 1. gelanggang (permainan dsb): ~ badminton; 2. lapangan,
gelanggang: ~ politik tanah air; memajukan lagi ~ sukan negara;
3. gelanggang (pertempuran dsb), medan: kawasan itu menjadi ~
pertempuran antara pasukan tentera kedua-dua negara yg
bermusuhan itu.
ares (arés) IB 1. penangkapan; 2. hukuman (tidak boleh keluar rumah
dll);
mengares 1. menahan, menangkap; 2. menghukum.
arestasi (aréstasi) IB penahanan, penangkapan.
argari (Hindustan) gari, belenggu tangan.
argentum (argéntum) (Kim) sj unsur logam, perak.
argon (Kim) sj gas nadir yg digunakan dlm lampu elektrik.
203
argot bahasa yg khusus digunakan oleh kumpulan sosial tertentu,
biasanya bersifat rahsia dan dikaitkan dgn kelas sosial rendah spt
pencuri atau penyeluk saku.
argus sj binatang, tikus belanda, marmut.
ari I; kulit ~ kulit luar, kulit selaput.
ari II; ular ~ sj ular yg berbisa.
ari III Jw, sl adik, adinda.
ari-ari bahagian bawah perut yg di bawah sekali (ke atas sedikit drpd
kemaluan).
aria Jw 1. gelaran putera raja; 2. sl kata bujukan: ~ ningsun.
Aries lambang pertama dlm zodiak, yg berlambangkan biri-biri jantan.
arif 1. yg mengetahui (biasanya dirujuk kpd seseorang yg memahami
sesuatu dgn mendalam atau luas pengetahuannya): saya
mengangguk lagak doktor yg sudah ~ akan penyakit yg dihidapi
kanak-kanak itu; ia ~ akan hal-hal tersebut; ~ bijaksana arif lagi
pandai; 2. bijaksana, berasaskan pemikiran yg mendalam: hal
inilah yg wajar diselidiki, wajar diberi penelitian secara ~; 3. Ar
orang yg mendapat makrifat drpd Allah.
mengarifi arif akan, memahami: sbg seniman, dia sewajarnya ~
apa yg berlaku di sekitarnya;
mengarifkan menjadikan arif;
kearifan perihal arif: mereka meminta nasihatnya kerana ~nya.
arifin Ar (jamak bagi arif) orang yg mendapat makrifat drpd Allah.
arih; mengarih, mengarihkan 1. menghulurkan (tangan dll) hendak
memeluk dll: ia ~ tangannya ke muka; 2. Mn menambatkan,
mengikat: ~ kerbau.
arik I; mengarik sl meraih, merengkuh: ~ pengayuh.
arik II Ar tidak boleh tidur, jaga.
arik III; mengarik mengerik.
204
aring I kerawang di pangkal mata keris.
aring II sj jerat atau jebak yg terdiri drpd tali pencerut, penjerut.
aring-aring sj tumbuhan (pokok), urang-aring, rumput migus (kunang
putih, bin), keremak jantan (hutan), daun dakelin, Eclipta alba.
ariningsun Jw, sl adikku, adindaku (perempuan).
arip sangat mengantuk: ~ sangat mata kekanda.
aris I bahagian tepi (kelim) layar dsb yg dibuat drpd rotan (tali dll);
beraris ada aris, berhias dgn aris.
aris II ark getah pokok yg sudah beku.
aris III Kl tali pukat yg melampung.
arisan kutu (pengumpulan wang).
aristokrasi pemerintahan oleh kaum bangsawan.
aristokrat 1. kaum bangsawan; 2. penganut faham bahawa pimpinan
pemerintahan harus dipegang oleh kaum bangsawan (orang kayakaya
dan orang-orang yg tinggi martabatnya).
arit I Jw sabit, penyadap;
mengarit menyabit (rumput).
arit II tombak ikan; piarit.
aritmetik sains tentang nombor yg melibatkan proses tambah, tolak,
bahagi, dan darab, kira-kira: mencampur, menolak, mendarab, dan
membahagi angka termasuk dlm bidang ~.
aritmia (Ubat) denyutan jantung yg tidak normal.
arjuna sl 1. dewa-dewa Hindu yg termasyhur kerana kepahlawanan
mereka; 2. ki lelaki yg dikasihi (sama ada kekasih, suami, dsb):
aduhai, ~ kekasihku!
arka; ~ elektrik cahaya yg berkilau yg terhasil di udara akibat ternyahnya
cas elektrik di antara dua elektrod atau litar elektrik bertekanan
tinggi yg terputus.
205
arkaik 1. kuno, sudah ketinggalan zaman; 2. sudah tidak lazim dipakai
lagi (bkn kata, ungkapan, dsb): al-Kindi menggunakan istilah yg
tidak begitu dikenal atau bersifat ~.
arkaisme cara kuno (bkn pemakaian kata, bentuk kata, dan ayat).
arkan Ar ark (jamak bagi rukun) rukun-rukun.
arked (arkéd) laluan atau lorong berbumbung atau bertutup dgn kedaikedai
kecil di kiri kanannya.
arkeografi (arkéografi) kajian tentang dokumen bertulis yg kuno.
arkeologi (arkéologi) kajian saintifik mengenai sesuatu kebudayaan
(terutama kebudayaan prasejarah) dgn cara penggalian dan
penghuraian kesan-kesan tinggalannya, kaji purba; ahli ~ orang yg
pakar dlm bidang arkeologi.
arketaip (arkétaip) model asal sesuatu mesin, sistem dll yg menjadi
contoh, prototaip.
arkian sl sesudah itu, maka: ~, tersebutlah pula putera baginda Tuanku
Malim Deman besarlah sudah.
arkib 1. kumpulan naskhah (piagam) yg disimpan; 2. tempat menyimpan
naskhah-naskhah, rekod umum dan dokumen-dokumen sejarah
sesebuah negara; 3. (Komp) tempat menyimpan atur cara dan data
komputer bagi jangka masa yg lama;
mengarkib (Komp) menyalin atur cara atau data ke dlm cakera,
pita, dll utk penyimpanan jangka panjang;
mengarkibkan menyimpan sesuatu bahan (rekod, dokumen, dsb)
di arkib: tradisi-tradisi itu didokumentasikan bukan utk
diarkibkan;
kearkiban segala yg berkaitan dgn fungsi (kegiatan,urusan, dsb)
arkib: anugerah itu sbg sumbangannya dlm bidang ~.
arkitek (arkiték) 1. jurubina; 2. ki perancang atau pencipta sesuatu.
arkus argus.
206
arloji IB jam kecil: ~ saku; ~ tangan.
armada 1. angkatan laut yg terdiri drpd kapal-kapal perang; 2. kapalkapal
dagang (dr sesuatu negara).
armadilo sj binatang kecil drpd famili Dasypodidae yg bersisik tebal,
mengorek tanah dan menggulingkan badannya spt bola apabila
diserang, biasanya terdapat di bahagian tengah dan selatan benua
Amerika.
armistis perjanjian yg dibuat antara negara yg sedang berperang utk
melaksanakan gencatan senjata dan membincangkan langkah
berdamai, perjanjian gencatan senjata.
arnab sj binatang mengerip yg menyerupai kucing tetapi lebih panjang
telinganya, kelinci, kucing belanda, Oryctolagus spp.
arnal IB sj tusuk kundai.
aroma bau (terutama bau yg menyedapkan drpd rempah, pokok, dsb);
beraroma ada aroma, berbau sedap: masakan yg ~ itu ialah
masakan India.
aromaterapi (aromatérapi) sj rawatan yg menggunakan minyak harum
yg diperoleh drpd tumbuh-tumbuhan utk melegakan rasa tegang,
sakit dsb.
aromatik (Kim) bkn sebatian organik yg berkaitan dgn benzena.
arombai sj perahu di Ambon.
arpus sj damar utk menguatkan tali (spt tali penggesek biola).
ar-rahn konsep perbankan Islam yg merujuk kpd kaedah pembiayaan yg
melibatkan penyerahan aset sbg cagaran sesuatu hutang.
arsenik (Kim) sj unsur bukan logam yg digunakan utk membuat racun
perosak, ubat sapu, peranti elektronik, dsb.
arson (Udg) perbuatan membakar harta (rumah, bangunan dsb) dgn
sengaja, sama ada bermotifkan niat jahat atau utk menuntut
pampasan insurans.
207
arteri saluran darah yg membawa darah yg mengandungi oksigen keluar
dr jantung utk mengalir ke seluruh badan.
arteriol (Bio) arteri kecil.
arteriosklerosis (arteriosklérosis) (Ubat) keadaan dinding arteri yg
menjadi keras, tebal, dan hilang kekenyalan.
articok sj sayur hijau yg mempunyai daun tebal yg tersusun spt kelopak
bunga, Cynara scolymus.
artifak barang-barang buatan manusia (terutamanya alat perkakas,
senjata) yg merupakan peninggalan sesuatu zaman.
artifisial bukan asli, buatan, tiruan.
Artik daerah Kutub Utara.
artikel 1. fasal dlm kitab undang-undang; 2. karangan (dlm surat khabar,
majalah, dll), makalah, rencana.
artikulasi 1. cara atau proses menyebut bunyi atau kata dgn jelas; 2.
penyataan idea atau perasaan terutamanya dgn kata-kata;
mengartikulasikan menyatakan idea atau perasaan terutamanya
dgn kata-kata: rasa kecewanya tidak diartikulasikan.
artileri 1. pasukan tentera yg bersenjata meriam; 2. meriam (biasanya
beroda).
artis 1. orang yg kerjanya atau kegemarannya mencipta hasil seni
(terutama lukisan); 2. penghibur (spt penyanyi, penari, dll); ~
rakaman penyanyi atau pemuzik yg merakamkan persembahannya
dlm sesebuah album dgn syarikat rakaman mengikut kontrak
tertentu.
artisan pekerja yg mahir dlm sesuatu pekerjaan tangan, tukang: Antonio
Pobello ialah seorang ~ berbangsa Itali yg mula-mula sekali
membuat kasut dgn menggunakan tangan.
artistik 1. sangat indah (dikerjakan dsb dgn perasaan kesenian): ia gemar
melihat benda-benda yg ~; 2. berasaskan (berkaitan dgn,
208
menunjukkan, dsb) nilai-nilai seni: tanpa bantuan segala ini,
sesebuah filem akan mengecewakan dr segi ~.
artralgia (Ubat) rasa sakit pd sendi.
artritis (Ubat) radang pd sendi atau tisu sendi.
artrologi kajian tentang sendi.
artropod (Bio) haiwan tanpa tulang belakang (termasuk krustasea,
serangga, araknid dan lipan) drpd filum Arthropoda yg mempunyai
badan bersegmen, anggota bersendi, dan rangka luar.
aru gelaran bangsawan Bugis, raja, puteri; arung I.
aruan haruan.
aru-aru; hantu ~; hantu I.
aruda sj tumbuhan (herba), daun inggu, Ruta graveolens.
aruh; mengaruh 1. (Ubat) mencetus atau mempercepat proses bersalin
(biasanya dgn memberi ubat); 2. (Fiz) menghasilkan arus elektrik
atau daya gerak elektrik secara pengaruhan;
aruhan (Fiz) sifat sesuatu litar elektrik yg beroleh daya gerak
elektrik akibat perubahan arus dlm litar yg sama atau dlm litar lain
yg berdekatan;
pengaruhan (Fiz) proses memindahkan sifat elektrik (magnet) dr
satu litar (atau jasad) ke litar (jasad) yg lain tanpa melalui sentuhan
fizikal;
pengaruh (Fiz) induktor.
aruk I; mengaruk melakukan tarian perang (adat orang Bugis sbg
menunjukkan kesetiaan kpd raja).
aruk II; mengaruk 1. mengacaukan (gajah liar yg menggemparkan
binatang-binatang jinak, kerbau yg mengacau lumpur, dll); 2.
melakukan sesuatu yg menimbulkan kegemparan (kekacauan,
gangguan, dll), menggemparkan;
pengaruk orang yg mengaruk.
209
arun I; mengarun mengacau, mengaduk (nasi, pulut, dll).
arun II Mn harum.
arung I (Bugis) gelaran, raja, puteri; aru.
arung II; arungan harung I.
arus 1. gerakan air atau udara: ~ deras air sungai; 2. = ~ elektrik gerakan
atau aliran tenaga elektrik melalui sesuatu pengalir; ~ terus = ~
searah Id aliran elektrik yg tetap haluan dan kuasanya; ~ ulangalik
= ~ bolak-balik Id aliran elektrik yg haluan dan had kuasanya
bertukar-tukar; 3. pergerakan kenderaan (manusia dll) yg tidak
putus-putus: menantikan redanya ~ lalu lintas di jalan; hilang dlm
~ orang banyak yg meninggalkan stadium; 4. ki aliran,
perkembangan: sesuatu perlakuan tidak boleh didefinisikan secara
berasingan drpd kedudukannya dlm ~ penceritaan; ~ sejarah; ~
zaman; ~ perubahan fesyen; ~ pembangunan; 5. = ~ hidup
(penghidupan) perjalanan hidup, kehidupan: dia tidak lagi
menghanyutkan diri ke dlm ~ kota;
~ air mata air mata yg mengalir dgn tidak putus-putus; ~ dingin =
~ sejuk arus yg membawa udara yg dingin (sejuk); ~ lautan arus yg
bergerak di kawasan lautan; ~ panas arus yg membawa udara yg
panas; ~ pasang surut arus yg disebabkan oleh gerakan pasang
surut; ~ perdana perkembangan semasa yg sedang giat berlaku dr
segi pembangunan (fizikal, mental, kebudayaan, kehidupan dsb):
tiada kawasan di negeri yg disisihkan drpd ~ perdana
pembangunan;
berarus ada arusnya: air yg melaut itu rupanya tenang tetapi pd
setengah-setengah tempat ~.
arwah Ar (jamak bagi roh) 1. roh atau jiwa orang yg telah meninggal
dunia: kenduri utk ~ saudara-maranya; 2. semangat: hilang ~ku
melihat nahas kereta itu; 3. (kata yg digunakan apabila menyebut
210
seseorang yg telah meninggal) Allahyarham, Almarhum: ~
ayahnya; ~ Pak Mat;
mengarwahkan membaca doa (mengadakan kenduri) utk
memperingati seseorang yg telah meninggal dunia.
as I IB gandar, pasak, sumbu: kereta itu patah ~nya;
beras mempunyai as: kaleng itu diberi ~ dan bertali supaya dapat
ditarik.
as II IB daun pakau yg tertinggi nilainya.
As simbol kimia bagi arsenik.
as kep alaihissalam.
A.S. kep Amerika Syarikat.
asa I harap(an); putus (berputus) ~ tidak menaruh harapan lagi (akan
berjaya, memperoleh sesuatu, dsb), putus harapan;
asa-asaan harap-harapan, selalu berharap (mengharapkan);
mengasakan mengharapkan.
asa II esa.
asa III Mn 1. sangka; 2. sengaja;
mengasa 1. menyangka; 2. menyengaja.
asabah Ar waris yg berhak mendapat pusaka tanpa ditetapkan
bahagiannya, tetapi berhak menerima semua harta atau baki yg ada
setelah setiap waris menerima bahagian masing-masing, atau ia
mungkin langsung tidak mendapat apa-apa sekiranya waris yg lain
telah menghabiskan semua pusaka berkenaan.
asabat Ar urat yg menyebabkan kita dapat merasa (melihat dll), saraf;
perang ~ perang saraf (perang saling menggertak, saling
menakuti); sakit ~ sakit saraf.
asad Ar, sl singa, (sering kali juga) harimau; ~ pahlawan pahlawan yg
berhati singa.
211
asah I gosok (utk menajamkan, meratakan, melicinkan, dll): ~ bulat, ~
lentik, ~ papan, ~ repang, ~ runcing, ~ sayap kumbang (cara-cara
mengasah gigi); calak-calak ganti ~ prb barang apa yg dipakai utk
sementara sebelum ada yg lebih baik;
berasah sudah diasah, sudah digosok (dicanai dsb);
mengasah 1. menajamkan, mengilir: ~ pisau; 2. mencanai,
menyerodi: ~ batu cincin; 3. menggosok (utk meratakan,
melicinkan, dll): ~ gigi; 4. memupuk dan meningkatkan (membina,
mengembangkan, dsb): keputusan yg baik dapat digunakan utk ~
kecenderungan seseorang murid terhadap sesuatu jenis pekerjaan;
~ bakat memupuk dan mengembangkan bakat; ~ budi = ~ otak = ~
fikiran mempertajam fikiran (menjadikan lebih cekap berfikir dsb);
~ hati memanaskan hati; belakang parang sekalipun jika diasah
tajam juga prb berapa bodoh pun orang kalau selalu diajar akan
pandai juga;
asahan 1. yg telah diasah; 2. yg digunakan utk mengasah: batu ~;
pengasahan perihal (perbuatan dll) mengasah;
pengasah 1. alat utk mengasah; 2. orang yg mengasah.
asah II ark sah.
asah III Ar asahhu.
asahan sahan.
asahhu Ar lebih benar (bkn suatu pendapat ulama yg lebih kuat drpd
pendapat lain): menurut kaul yg ~, haram suami menafikan
anaknya itu.
asai 1. sj binatang kecil yg memakan kayu, bubuk: rumah papan yg telah
dimakan ~; 2. lapuk (dimakan bubuk).
asak padat, sesak; se~ nasi penuh mulut dgn nasi;
berasak 1. = berasak-asak = berasak-asakan berhimpit-himpit
dan bertolak-tolakan, berdesak(-desak), berjejal(-jejal): orang ~
212
menaiki bas; mereka ~ hendak membeli tiket; 2. berpindah,
berengsot, bergeser: pagi tadi ia tidak ~ dr tempatnya;
mengasak 1. mengisi dan menekan-nekan supaya padat, menjejal:
pd masa dahulu, meriam diasak dgn sabut sebelum dicucuh; 2.
mendesak, menolak (dan menghimpit): di belakang mereka orang
ramai ~ ke hadapan; 3. menganjak, memindahkan; 4. ki
menimpakan (mengenakan) tekanan ke atas, mendesak, menekan:
pertanyaan demi pertanyaan ~ benak Matakob;
diasak layu, dicabut mati prb sesuatu yg tetap dan tidak dapat
diubah lagi; sbg ayam diasak malam prb tidak berdaya lagi;
mengasakkan 1. memasukkan dan menekan-nekan supaya padat,
menjejalkan: ~ kekabu ke dlm bantal; 2. mendesakkan: dia ~
dirinya di antara orang ramai yg berkumpul itu;
asakan perihal mengasak, keadaan berasak-asakan, desakan: dlm ~
orang ramai yg tidak ketentuan arah itu, percubaannya sia-sia
sahaja.
asal 1. mula(nya), yg mula-mula (pertama) sekali: adapun ~ nama
Lenggui itu Glong Gui, ertinya perbendaharaan permata; bentuk ~
bangunan itu dikekalkan; rancangan ~; 2. tempat semula, keadaan
semula, pangkal permulaan: dr mana ~nya budak ini? 3. = ~ saja
(sahaja) = asalkan = ~-asalkan a) dgn syarat, apabila: kau boleh
pulang ~ pekerjaanmu sudah selesai; buatlah apa yg patut, ~ tidak
menyakitkan hati orang lain; b) sebaik saja, setiap ... saja: ~ dapat
gaji terus berjoli;
~ ada kecil pun jadi (pada) prb kalau tidak ada banyak, sedikit pun
cukup (memadai); ~ ayam pulang ke lumbung, ~ itik pulang ke
pelimbahan prb tabiat orang tidak akan berubah; ~ berisi tembolok
senang hati prb apabila cukup makan atau pakai, senanglah hati; ~
ditugal adalah benih prb janganlah disusahkan tidak ada
213
pertolongan asal dimulai dahulu pekerjaan; usul menunjukkan ~
prb kelakuan (budi bahasa) orang menunjukkan asalnya
(keturunannya); usul-usul, asal-asal, ~ jangan ditinggalkan prb
dlm segala hal, haruslah ditilik puncanya;
berasal 1. bertempat asal (di), mula-mulanya dulu berada (di):
orang itu ~ dr Kedah; 2. keturunan (dr): raja itu ~ dr raja Melaka;
3. berbangsa, keturunan baik-baik: orang yg ~;
mengasalkan = ~ kpd memulangkan kpd, mengembalikan kpd
(asal, keadaan semula);
diasalkan = ~ oleh disebabkan (oleh);
asalan (Mat) titik rujukan asal bagi titik-titik lain pd garis satah
atau dlm ruang.
asali Ar 1. yg asal, yg semula; 2. berasal, berbangsa; asli.
asal usul 1. salasilah, asal keturunan (seseorang); 2. peringkat awal atau
permulaan: ahli sains yg cuba mengkaji ~ manusia; 3. sebab yg
mula-mula, punca: ~ pertikaian yg berlarutan;
mengasalusulkan menghuraikan asal usul: kisah yg ~ raja-raja
Kedah yg tersebut dlm Hikayat Merong Mahawangsa.
asam I 1. segala sesuatu yg masam rasanya: dia suka benar makan ~; 2.
berasa spt rasa cuka, masam (spt rasa mangga muda): ~ benar
buah ini;
~ arang Id asid karbonik; ~ belerang Id asid sulfur; ~ garam
a) berbagai-bagai jenis asam berserta garam: segala persediaan
diminta oleh bidan, ~ garam, buah keras, dll; b) ki berbagai-bagai
pengalaman hidup (pahit manis, suka duka); ~ ko Kd sj buah
masam yg dikeringkan, asam masin; tahu ~ garam tahu selokbelok
sesuatu;
~ di darat, ikan di laut (= garam di laut, ~ di gunung) bertemu dlm
belanga = laksana garam dgn ~ prb kalau sudah jodoh akan
214
bertemu juga betapa pun jauhnya (jodoh itu tidak dapat
ditentukan); sudah se~ dan segaramnya prb sudah tidak ada
celanya (pekerjaan, perbuatan); sudah banyak makan ~ garam prb
sudah banyak pengalaman;
mengasam membersihkan (sesuatu) dgn asam: ~ keris;
mengasami membubuh asam pd;
mengasamkan merendam (bahan makanan tertentu) dlm cuka atau
asam supaya masam, menjeruk;
asaman, asam-asaman buah-buahan yg diasamkan (dijeruk).
asam II sj tumbuhan (pokok); ~ belanda sj tumbuhan (herba dan
buahnya), Hibiscus sabdariffa; ~ jawa sj tumbuhan (pokok dan
buahnya yg digunakan dlm masakan), Tamarindus indica; akar ~
kumbang sj tumbuhan (pokok memanjat), akar sulur kerang, akar
kucing suci, Embelia ribes.
asang Br, Sr insang.
asap 1. gas yg kelihatan keluar dr benda yg dibakar (berkepul-kepul dsb
naik ke udara); 2. = ~ air wap;
~ api asap yg keluar dr api; ~ air mata = ~ tangis gas pemedih
mata; ~ belerang asap dr belerang (gunung berapi); ~ kemenyan
asap yg keluar apabila kemenyan dibakar;
belum dipanjat ~ kemenyan prb belum berkahwin; menggantang ~
(mengukir langit) prb a) melakukan perbuatan yg sia-sia; b)
berangan-angan (akan sesuatu yg tidak mungkin dicapai);
berasap 1. mengeluarkan asap, ada asap; 2. diselubungi oleh
kabus;
dapur tidak ~ prb miskin sekali; telah ~ hidungnya prb telah
beroleh keuntungan sesudah lama menderita kekurangan;
mengasap 1. menjadi asap; 2. = mengasapi;
215
mengasapi 1. mengenakan asap pd sesuatu (supaya masak, harum,
kering, hilang nyamuk, dll); 2. memasak (mengeringkan,
mengharumkan, dsb) dgn asap: perempuan itu mengangkat tempat
bara utk ~ rumahnya;
~ daging mengeringkan daging dgn asap; ~ pakaian
mengharumkan pakaian dgn mengenakan asap dupa;
pengasapan perihal (perbuatan) mengasapi;
perasap, perasapan tempat membakar kemenyan dll, pedupaan:
ia menyuruh aku memasang ~ dan memasukkan sedikit setanggi.
asar Ar 1. = waktu ~ waktu bayang-bayang kayu dsb sama panjang dgn
kayu dsb yg menjadi pengukurnya hingga terbenam matahari; 2. =
sembahyang ~ sembahyang fardu pd waktu asar;
~ rendah petang hari semasa matahari sudah rendah (lebih kurang
pukul lima petang); ~ tinggi petang hari masa matahari masih
tinggi (lebih kurang pukul tiga petang).
asas 1. alas, dasar, tapak (tempat berdirinya sesuatu bangunan): ~ rumah
sudah siap; 2. sesuatu yg menjadi sandaran atau pendukung kpd
sesuatu yg lain, sandaran bagi sesuatu perbuatan (tindakan,
kesimpulan, tuduhan, dll), dasar: pemerintahan negara dgn sistem
demokrasi sbg ~nya; tuduhan yg tidak mempunyai ~;
berasas mempunyai asas, ada asasnya (dasarnya): tuduhan melulu
yg tidak ~; ~ kpd = berasaskan;
berasaskan menggunakan (bersandarkan) sesuatu sbg asas,
berdasarkan: sistem ekonomi yg ~ kapitalisme; tuduhan yg ~ bukti
yg nyata;
mengasaskan 1. menyandarkan (meletakkan) pd sesuatu sbg asas,
mendasarkan: segala usaha diasaskannya pd kepentingan negara;
2. membangunkan (pd peringkat permulaannya), memulakan
penubuhan, mendirikan: beliaulah yg ~ GPMS pd tahun 1954;
216
terasasnya telah diasaskan: dr situlah ~ dinasti ke-26;
pengasasan perbuatan (proses dsb) meletakkan sesuatu pd sesuatu
asas: ~ prinsip kebebasan ini amat penting;
pengasas orang yg mengasaskan (memulakan perubahan) sesuatu:
pertubuhan itu tidak mencapai tujuan yg dikehendaki oleh ~nya.
ASAS; ~ 50 akronim bagi Angkatan Sasterawan 1950.
asasi menjadi dasar, yg menjadi pokok: undang-undang ini tidak
mengganggu hak-hak ~ rakyat lain.
asasinat; pengasasinatan (Udg) pembunuhan dgn tujuan merebut kuasa,
biasanya kuasa politik.
ASB kep Amanah Saham Bumiputera.
asbab Ar (jamak bagi sebab) sebab-sebab.
asbak IB tempat abu rokok.
asbestos (asbéstos) bahan yg dijadikan kepingan-kepingan yg dapat
menyekat haba atau kepanasan dan biasanya digunakan utk
bumbung atau siling rumah.
asbut campuran asap dgn kabut;
berasbut dikelubungi atau dilitupi asbut.
ASCII akronim bagi American Standard Code for Information
Interchange atau (Kod Piawai Amerika bagi Saling Tukar
Maklumat).
ase (asé); daging ~ Id daging cencang dgn rempah-rempah.
ASEAN (aséan) akronim bagi Association of Southeast Asian Nations
(sebuah gabungan yg dianggotai oleh negara-negara Malaysia,
Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Thailand, Laos, Kemboja,
Myanmar, Vietnam dan Singapura utk menjalin hubungan dan
kerjasama yg lebih erat, terutamanya dlm bidang ekonomi,
kebudayaan, dan sosial).
217
aseksual (aséksual) (Bio) 1. tidak melibatkan aktiviti atau hubungan
seks; 2. tidak mempunyai alat jantina atau organ seks yg jelas; 3.
tidak melibatkan percantuman sel pembiakan jantan dgn sel
pembiakan betina: pembiakan ~.
asep (asép) IB bp keterangan yg menyatakan hendak membayar.
asepsis (asépsis) (Ubat) keadaan yg bebas drpd organisma patogen.
aseran Jk pemarah, lekas marah, kasar (bahasa).
asese (asésé) IB setuju, muafakat.
aset (asét) 1. wang tunai dan harta benda (spt tanah, bangunan, dll) yg
dimiliki seseorang (sesebuah syarikat, pertubuhan, dll); 2. ciri, sifat
istimewa, dll yg bernilai atau berguna (pd seseorang dll);
~ benar (Eko) aset berbentuk fizikal, spt bangunan dan jentera, yg
tidak mudah ditukarkan kpd wang tunai; ~ berisiko (Eko) aset bank
yg nilainya tertakluk kpd perubahan harga pasaran atau perubahan
kualiti kredit pelanggan, mis saham syarikat; ~ bersih (Eko)
lebihan jumlah nilai aset drpd jumlah liabiliti atau tanggungan; ~
bukan kewangan (Eko) aset yg tidak merupakan tuntutan utk
menerima sejumlah tetap wang tunai spt mesin, bangunan, tanah,
dll; ~ cair (Eko) wang atau aset lain yg boleh ditukarkan dgn
segera kpd tunai; ~ cepat (Eko) aset semasa yg boleh ditukarkan
kpd wang tunai dlm tempoh yg singkat (biasanya satu bulan); ~
fizikal = ~ ketara (Eko) aset spt tanah, bangunan, kereta, mesin, dll
yg benar-benar wujud (boleh disentuh atau dilihat); ~ kewangan
(Eko) aset yg merupakan tuntutan utk menerima sejumlah tetap
wang tunai; ~ modal (Eko) aset ketara dan tak ketara yg digunakan
utk menjalankan aktiviti sesuatu organisasi; ~ pasif (Eko) aset yg
tidak menjanakan pendapatan; ~ semasa (Eko) wang atau aset lain
yg mudah ditunaikan atau dijual; ~ tak ketara (Eko) aset yg tidak
wujud secara fizikal (spt paten, hak cipta, dll) tetapi memberi hak
218
kpd pemiliknya utk menerima bayaran atau faedah lain; ~ terakru
(Eko) aset drpd hasil yg telah diperoleh, tetapi bayarannya belum
diterima; ~ tetap (Eko) aset yg digunakan berterusan dlm aktiviti
sesebuah organisasi; ~ tunai (Eko) aset dlm bentuk tunai, termasuk
wang di tangan, simpanan di bank dsb yg boleh digunakan utk
bayaran serta-merta.
asetaldehid (asétaldehid) (Kim) sj cecair yg tidak berwarna, meruap, dan
digunakan sbg pelarut dan agen penurunan.
asetat (asétat) (Kim) garam atau ester drpd asid asetik.
asetilena (asétiléna) (Kim) gas hidrokarbon tidak tepu yg tidak berwarna
yg digunakan sbg bahan api (mis pd api oksiasetilena).
asetisisme (asétisisme) cara hidup yg langsung tidak mementingkan
kenikmatan, keselesaan atau kemewahan hidup duniawi.
aseton (aséton) (Kim) sj sebatian organik yg digunakan sbg pelarut.
asfal Ar ark yg lebih rendah, hina.
asfalt (asfat) sj bahan yg hitam dan lekit spt tar yg digunakan utk
melapisi jalan (sbg bahan penampal bocor dll);
berasfalt mempunyai lapis (dilapisi) asfalt: jalan itu belum ~;
mengasfalt membubuh asfalt pd (jalan).
asfar Ar 1. putih kuning; 2. kuning (warna kuda).
asfiksia (Ubat) keadaan sukar bernafas kerana kekurangan oksigen di
dlm darah, sehingga ada kalanya boleh menyebabkan kematian.
ashab Ar (jamak bagi sahib) kawan, sekutu.
asi I Ar menderhaka, melawan (tidak mengikut).
asi II benar, sah; tidak masuk ~ tidak masuk hitungan.
asi III sl perhatian; mengambil ~ mengendahkan, mempedulikan;
mengasi mengendahkan, mempedulikan; tidak ~ tidak
mengendahkan; aci I.
219
asi IV Jk; asian bernasib baik, dapat beroleh untung (kerana nasib baik),
mujur; rasi.
asid (Kim) bahan yg mempunyai nilai pH kurang drpd 7, bersifat
mengakis dan boleh menukarkan kertas litmus kpd warna merah;
~ amino sj asid organik yg merupakan unit asas protein; ~ asetik =
~ etanoik sj asid organik lemah, terdapat dlm cuka; ~ askorbik sj
asid yg terdapat semula jadi dlm buah-buahan sitrus (spt limau,
oren, lemon, dll), dan sayur-sayuran, vitamin C; ~ barbiturik asid
organik yg dapat menghasilkan pelbagai ubat pelali dan ubat
perangsang tidur; ~ benzoik bahan berhablur berwarna putih yg
digunakan sbg pengawet makanan; ~ borik asid lemah yg
digunakan sbg antiseptik dan dlm pembuatan kaca perintang haba,
enamel, porselin dan gentian kaca; ~ formik asid tanpa warna yg
dahulunya diperoleh drpd sesetengah serangga (tetapi kini dapat
dihasilkan secara sintetik), digunakan dlm pencelupan tekstil,
penghasilan insektisid dsb; ~ hidroklorik sj asid kuat yg sangat
mengakis; ~ karboksilik kumpulan asid organik (spt asid asetik) yg
terdapat semula jadi di dlm haiwan dan tumbuhan; ~ klorik asid
tanpa warna yg mempunyai ciri pengoksidaan yg kuat; ~ kuat asid
yg tercerai sepenuhnya menjadi ion di dlm larutan; ~ laktik asid yg
terdapat dlm susu masam, digunakan sbg bahan perisa dan
pengawet makanan; ~ lemah asid yg tidak tercerai sepenuhnya
menjadi ion di dlm larutan; ~ lemak asid karboksilik yg wujud
semula jadi di dlm lemak atau minyak haiwan dan sayuran; ~
linoleik asid lemak yg digunakan utk membuat marjerin, sabun,
makanan ternakan dsb; ~ maleik asid berhablur yg tidak berwarna,
yg digunakan utk membuat resin sintetik dan sbg pengawet minyak
dan lemak; ~ mineral asid tak organik yg diperoleh drpd bahan
mineral melalui proses kimia; ~ nitrik sj asid kuat yg sangat
220
mengakis dan sangat reaktif; ~ nukleik sj asid yg terdapat dlm
semua sel hidup; ~ organik kumpulan sebatian organik yg dapat
menderma proton kpd bes; ~ sitrik sj asid yg banyak terdapat dlm
buah-buahan sitrus; ~ sulfurik sj asid kuat yg sangat mengakis dan
sangat reaktif; ~ sulfurus asid lemah yg tidak stabil, yg terbentuk
apabila sulfur dioksida larut di dlm air, dan digunakan sbg bahan
pengawet dan peluntur; ~ tartarik asid yg terdapat dlm banyak
tumbuhan dan jus buah, biasanya digunakan utk membuat serbuk
penaik dsb; ~ urik sj asid organik yg terdapat dlm air kencing;
berasid mengandungi asid;
mengasid menjadi asid;
mengasidkan menjadikan asid;
keasidan banyaknya asid dlm sesuatu larutan;
pengasidan proses mengasidkan.
asidimeter (asidiméter) alat utk mengukur banyaknya kandungan asid
dlm sesuatu larutan.
asidimetri (asidimétri) teknik mengukur kuantiti asid yg terdapat dlm
sesuatu larutan.
asiduria (Ubat) keadaan adanya asid dlm air kencing.
asik 1. Kl panjang di sebelah bawah (teraju layang-layang); 2. bergerakgerak
(layang-layang), tidak tetap.
asimetri (asimétri) keadaan bentuk yg tidak simetri.
asimilasi 1. proses menukarkan makanan berzat menjadi tisu hidup; 2. Id
paduan bunyi (konsonan) spt ahlul-nujum menjadi ahlun-nujum; 3.
pemaduan bermacam-macam jenis atau berbagai-bagai unsur
menjadi satu (spt pemaduan unsur-unsur drpd kebudayaan yg
berlainan menjadi satu kebudayaan);
berasimilasi berpadu menjadi satu;
221
mengasimilasikan 1. menukarkan makanan berzat menjadi tisu
hidup: jasad kita melalui kuasa ghaib yg maha penting, sentiasa ~
bahan-bahan mentah dan mati yg diterimanya; 2. menjadikan
berasimilasi (berpadu, menyerap, dll), menyerapkan ke dlm suatu
kesatuan (paduan dsb) yg lebih besar;
terasimilasi telah diasimilasikan atau berasimilasi: glukos ~;
pengasimilasian proses mengasimilasikan sesuatu:
bagaimanapun, ~ maklumat itu bukanlah satu tugas yg sukar.
asimptomatik tidak menunjukkan sebarang gejala bagi sesuatu penyakit
(bkn pesakit).
Asmaul Husna Ar sembilan puluh sembilan nama Allah yg teragung,
termulia, dan terindah.
asin I masin, (be)rasa garam; merasai ~ garam sudah banyak
pengalaman;
mengasini membubuh garam (supaya masin) pd;
mengasinkan menjadikan asin;
asinan buah-buahan atau sayur-sayuran yg diasinkan;
keasinan perihal asin, rasa asin, kemasinan: ~ air laut.
asin II Mn menang (dlm permainan galah panjang).
asin-asin sj tumbuhan (pokok renek), cekur (manis), Sauropus albicans.
asindeton (asindéton) (Lin) deretan kata (frasa, klausa, ayat) yg tidak
menggunakan kata hubung, mis saya datang, saya melihat, saya
menang.
asing 1. berlainan, terpisah, tersendiri; berasa diri ~ (di sesuatu tempat)
berasa diri terpisah atau bukan sebahagian drpd tempat yg
berkenaan; 2. berasal (datang) dr daerah atau negeri lain, bukan
tempatan, bukan anak negeri: banyak bangsa ~ di negeri ini;
tanaman modal ~; 3. bukan dr dunia ini: makhluk ~; 4. tidak spt yg
222
biasa terdapat (dilakukan, diamalkan, dll): amalan-amalan yg ~
bagi masyarakat Melayu;
asing-asing terpisah-pisah, tersendiri-sendiri: barang-barang itu
dinilai ~;
berasing 1. menyisih, memisahkan diri (dr): anak ini ~ dr kawankawannya;
2. berubah, menjadi lain: kasihnya sudah ~;
berasingan, berasing-asingan tidak bersatu (bercantum dsb),
berlain-lainan, terpisah, berpisah-pisahan: kertas soalan itu
terbahagi kpd dua bahagian yg ~; pemerintahan kedua-dua
kawasan itu sekarang ~, tetapi masih ada perhubungan yg rapat
antara kedua-duanya;
mengasing berasing;
mengasingkan 1. = memperasingkan memisahkan (dr yg lain),
menyisihkan: Afrika Selatan bertujuan menyebelahkan atau ~
orang berkulit putih drpd orang yg berwarna; ~ diri menyisihkan
(memencilkan) diri; 2. menempatkan (membuang) ke tempat yg
terpisah atau terpencil: dia pernah diasingkan ke Boven Digul;
terasing terpisah, tersisih, terpencil;
keterasingan 1. perihal terasing, keadaan atau kedudukan terasing
(tersisih), terasingnya: satu lagi faktor yg perlu dititikberatkan
ialah ~ generasi muda Melayu kerana berbagai-bagai masalah
sama ada benar-benar wujud atau sengaja diada-adakan; 2.
keanehan, keganjilan, keluarbiasaan: ~ perasaan itu ada hubungan
dgn darahnya sendiri;
keasingan sifat dll yg berlainan drpd yg lain, kesendirian,
kelainan: tiap-tiap ciptaan sajak mempunyai ~ yg istimewa;
pengasingan 1. perihal (perbuatan dsb) mengasingkan atau
memisahkan, pemisahan; 2. perihal mengasingkan (menyisihkan,
memencilkan) diri: China mengubah sikap ~nya dan mulai
223
membenarkan orang asing masuk; al-Farabi mengamalkan cara
hidup zuhud dan cenderung pd ~ diri; 3. tempat dibuang, tempat
diasingkan, (tempat) pembuangan: dr tempat ~ itu ia lari ke
daerah musuh.
asisten (asistén) bp pembantu, penolong.
askar 1. tentera, serdadu, perajurit: seorang ~ payung terjun telah mati
kerana kecederaan; 2. pasukan tentera: beberapa batalion ~
kerajaan telah dikejarkan ke medan perang.
askomiset (askomisét) (Bio)kumpulan kulat dlm kelas Ascomycetes,
termasuk kulapuk, kulat, dan kulat pereput kayu.
asli 1. bkn orang yg asal keturunannya, lahir, dan tinggal di sesebuah
negeri; orang ~ penduduk asal sesebuah negeri (bukan orang asing
atau orang mendatang); 2. bkn sesuatu yg berasal dr sesebuah
negeri atau daerah itu sendiri (bukan ciptaan dsb asing): lagu ~;
baju ~; 3. bkn bawaan sejak lahir: sifat-sifat ~; 4. tulen (bukan
buatan terkemudian atau tiruan ataupun bercampur bahan lain):
getah ~; gas ~; 5. bkn yg asal (bukan saduran atau terjemahan):
karangan ~; naskhah yg ~; 6. Id bkn yg asal (bukan salinan):
ijazah ~ ijazah asal (bukan salinan); 7. berasal, keturunan orang
baik-baik; anak-anak ~ bukan sebarang orang;
keaslian perihal (sifat dll) asli, ketulenan, kejatian: ~ naskhah ini
tidak perlu disangsikan.
asma penyakit sesak nafas, penyakit bengik, lelah.
asmara cinta, kasih, cinta berahi; bermain ~ bercinta-cintaan, bercumbucumbuan;
berasmara 1. bercinta-cintaan, berkasih-kasihan: mereka sedang
mabuk ~; 2. bercumbu-cumbuan;
keasmaraan 1. jatuh cinta, dlm percintaan, kasmaran; 2. asmara,
cinta berahi: angkatan muda yg masih hijau dan gila ~ sahaja.
224
asmaradana; berasmaradana bercumbu-cumbuan.
asmaradanta sl putih (bkn gading, gigi): giginya ~ dan bibirnya merah
tua, terlalu manis spt laut madu.
asmaraloka (Sanskrit) sl alam percintaan, dunia cinta kasih.
ASN kep Amanah Saham Nasional.
asnad Ar (jamak bagi sanad) rangkaian perawi dan lafaz-lafaz yg
digunakannya utk sampai kpd matan.
asnaf Ar golongan yg berhak menerima zakat: sumber zakat
disumbangkan kpd individu Islam yg termasuk dlm ~ yg lapan;
selain mengagihkannya mengikut ~ tertentu, ia juga disalurkan utk
kemudahan institusi pelajaran.
aso Jw; mengaso melepaskan lelah, beristirahat: marilah kita ~ sebentar;
pengasoan peristirahatan.
asok Kd pasangan menari (makyung dll).
asonansi (Lin) pengulangan bunyi vokal dlm deretan kata spt secupak
dan sesukat, atau pokok dan tokoh.
asor Jw rendah, hina, alah.
asosiasi perkaitan (antara satu dgn yg lain), perhubungan, pertalian:
koleksi pelukis yg menggunakan bahan akrilik menampakkan ~
pelihatan Ghafar terhadap alam dgn teliti; begitu juga jikalau
disebut imej ‘air’, ~ fikirannya akan cepat mengenangkan ‘air
zamzam’;
mengasosiasikan mengaitkan, menghubungkan, mengadakan
(menunjukkan) pertalian: warna hanya boleh diasosiasikan dgn
objek yg lain.
asparagus sj tumbuhan yg pucuknya dibuat sayur, Asparagus officinalis.
aspek (aspék) segi, sudut, bahagian (utk diberikan perhatian dsb):
mereka kurang sekali memerhatikan ~ sosial dlm kesusasteraan;
masalah tersebut perlu ditinjau pd segala ~nya.
225
aspero sj ubat berupa pil utk sakit demam (sakit kepala dll).
aspiran IB bp calon (yg mencita-citakan sesuatu).
aspirasi keinginan yg kuat (utk mencapai, mengadakan, dll sesuatu),
cita-cita: spt yg ditegaskan oleh Esman, ~ berbagai-bagai kaum
kini sudah berubah;
mengaspirasikan mempunyai keinginan yg kuat terhadap sesuatu,
mencita-citakan: terdapat jurang pemisah antara pemimpin yg
berorientasikan Barat dgn umat yg rata-rata ~ cara hidup Islam di
kebanyakan negara Islam.
aspirin sj ubat utk demam (sakit kepala dll).
asrama 1. bangunan tempat tinggal kumpulan tertentu (spt murid
sekolah, mahasiswa, jururawat, dll), hostel; ~ putera (puteri)
asrama yg khusus utk pelajar-pelajar lelaki (perempuan); 2. rumah
tempat tinggal pertapa, biara; 3. Id berek (polis, tentera, dll);
berasrama mempunyai asrama: sekolah ~ penuh;
mengasramakan menempatkan dlm asrama.
asrar Ar (jamak bagi sir) rahsia.
assalamualaikum Ar selamat sejahtera kpd kamu semua (lelaki dan
perempuan).
asta (Sanskrit) lapan (dlm kata majmuk).
astaga Id, bp astaghfirullah.
astaghfirullah Ar Ya Allah, ampunilah aku (disebutkan juga sbg
menyatakan kehairanan, terkejut, dsb).
astagina Jw ark (pelajaran) pertukangan tangan.
astaka pentas khas yg dibina utk sesuatu tujuan, terutamanya utk acara
tilawah al-Quran; balai ~ sl sj balai dlm istana (tidak berdinding
dan digunakan utk upacara dsb): raja pun berangkat naik ke atas
gajah dan diarak terus ke ~.
astakona sl 1. segi lapan, sudut lapan; 2. segi banyak;
226
berastakona berbentuk segi lapan atau segi banyak.
astana istana.
astatin (Kim) sj unsur bukan logam yg radioaktif dlm siri halogen yg
wujud secara semula jadi.
asterisk simbol berbentuk bintang (*) yg digunakan dlm tulisan atau
cetakan sbg tanda rujukan silang kpd sesuatu catatan.
asteroid (astéroid) satu drpd ribuan jasad kecil cakerawala yg
mengelilingi matahari, terutamanya di antara orbit Marikh dan
Musytari.
astigmatisme (Ubat) kekaburan pelihatan akibat ketakseragaman
lengkungan pd kanta mata atau kornea.
astrafobia perasaan takut yg keterlaluan pd kilat dan guruh.
astringen (astringén) sj bahan yg boleh mengecutkan kulit (tisu tubuh
dsb).
astro- awalan asing 1. berkaitan dgn angkasa lepas, mis astronautik; 2.
berkaitan dgn jasad cakerawala atau bintang, mis astrofizik.
astrobiologi cabang biologi yg berkaitan dgn kajian tentang
kemungkinan wujudnya kehidupan di planet lain.
astrobotani cabang botani yg mengkaji kemungkinan tumbuhnya
tumbuh-tumbuhan di planet lain.
astrofizik kajian tentang struktur kimia dan fizikal pd objek (bintang,
planet, dll) yg terdapat di angkasa.
astrokimia kajian kimia tentang jasad samawi dan rantau ruang angkasa
sekitarnya.
astrolab alat yg digunakan oleh ahli astronomi zaman pertengahan utk
mengukur altitud bintang, matahari dsb dan sbg alat bantu pandu
arah dlm pelayaran.
astrologi ilmu nujum (ilmu peramalan sesuatu berdasarkan kajian
bintang-bintang).
227
astronaut angkasawan.
astronautik kajian tentang prinsip asas fizik yg berkaitan dgn
penerbangan ke angkasa lepas.
astronomi ilmu falak (pengetahuan tentang bintang-bintang yg
melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan dan perkiraan
serta tafsiran yg berkaitan dgn bintang).
asu anjing; gigi ~ gigi taring.
asuh; mengasuh 1. memelihara dan memberi tunjuk ajar, menjaga dan
mendidik (anak kecil): semenjak kecil ia diasuh ibu supaya lebih
berhati-hati kalau berada di negeri orang; 2. mengelola dan
melatih, memimpin, membimbing: Papua Timur masih diasuh
oleh Australia;
asuhan 1. peliharaan dan didikan, jagaan: semasa kecil dia dlm ~
neneknya; 2. awasan dan tunjuk ajar, bimbingan;
pengasuhan perbuatan atau hal mengasuh;
pengasuh orang yg (kerjanya) mengasuh: dicarilah ~ utk anak
raja itu; ~ bunga daun-daun kecil yg tidak sempurna yg terdapat
pd tangkai (sebelah bawah) bunga.
asuh-asuh sj ikan, dalu-dalu, gertak lantai, landuk, Lethrinus nebulosus.
asung Mn; mengasung menghasut (supaya marah, berdendam, dsb);
asungan hasutan;
pengasung penghasut.
asuransi IB insurans;
mengasuransikan mempertanggungkan (rumah, jiwa, dll) kpd
perusahaan insurans, menginsuranskan.
aswad Ar hitam; hajarulaswad batu hitam di Kaabah.
asyhadu Ar saya mengakui (percaya, yakin); ~ an lailahaillallah saya
mengakui tiada Tuhan yg lain melainkan Allah.
228
asyik 1. menaruh berahi atau perasaan cinta yg amat sangat (terhadap
seseorang), berahi (akan), cinta (akan): raja itu sedang ~ kpd tuan
puteri; 2. sedang sibuk, leka (dgn sesuatu), khayal (melakukan
sesuatu): kalau dah ~ berbual lupa akan makan; ~ maksyuk a)
berkasih-kasihan; b) orang yg sedang berkasih-kasihan, sepasang
kekasih; c) Tuhan dan hamba-Nya; 3. Ar orang yg menetapkan
renungan dan pandangan rohaniah pd Allah SWT kerana didorong
oleh cinta dan kasih kepada-Nya;
asyik-asyik balik-balik, sering kali: ~ perkara itu juga yg
dibangkitkannya;
mengasyikkan 1. menimbulkan berahi (pd seseorang),
menimbulkan perasaan cinta (pd): Rohani dgn baju yg pendek dan
jarang, begitu ~ kekasihnya; 2. membuat atau menyebabkan asyik
(leka dsb), melekakan, mengkhayalkan: kisah itu cukup ~; buku
cerita yg ~ pembaca;
keasyikan kelekaan (sewaktu sedang melakukan sesuatu): mereka
memerhatikan ~ gadis itu memetik bunga di taman;
keasyik-asyikan sangat asyik (berahi, leka, dll).
asyikin Ar (jamak bagi asyik) para asyik.
Asyura; hari ~ hari yg kesepuluh dlm bulan Muharam yg disambut oleh
orang Islam dgn berpuasa sunat (berkenduri tahlil dsb).
At simbol kimia bagi astatin.
A.T. kep Asia Tenggara.
atak Mn; mengatak mengatur.
ataksia (Ubat) kegagalan pelarasan otot kawal sehingga menyebabkan
pergerakan otot menjadi tidak teratur dan tersentak-sentak.
atap 1. penutup rumah bahagian atas (utk melindungi penghuni dr hujan
dan panas), bumbung: ~ rumah itu sudah tua; 2. benda yg dibuat
drpd sesuatu bahan (spt daun rumbia dll) dipakai utk menutup
229
bahagian atas rumah, bahan yg dijadikan bumbung: ~ genting lebih
mahal drpd ~ rumbia;
beratap mempunyai (memakai) atap, dibubuh (dipasangkan)
atapnya: pondok itu belum ~;
beratapkan mempunyai atau dipasangkan sesuatu (spt rumbia,
genting, dsb) sbg atapnya atau bumbungnya: rumah papan ~
genting;
mengatap membubuh atap, memasang atap;
mengatapi membubuh atap pd, memberi beratap: ~ rumah.
atar; air ~ = minyak ~ sj minyak wangi; orang ~ juruubat, orang yg
membuat ubat.
atas 1. (pd) tempat atau paras dsb yg lebih tinggi, lwn bawah: dr ~ bukit
itu nampak laut; tingkat ~; bibir ~; 2. pihak yg berkuasa: perintah
drpd ~; 3. kerana, dengan: dia meletakkan jawatan itu bukan ~
kemahuannya; 4. mengenai, tentang, akan, berkaitan dgn,
terhadap: beliau puas hati ~ kemajuan yg telah dicapai; tidak
mengaku salah ~ tuduhan yg dimajukan; 5. berdasarkan,
berasaskan: keputusan itu dibuat ~ beberapa pertimbangan; ~
soal-soal yg dibincangkan oleh pengarang, dapat saya
mengatakan bahawa novelnya merupakan propaganda politik; 6.
mengikut, menurut, berdasarkan: maka dikahwinkan anak Raja
Kida Hindi dgn Raja Iskandar ~ syariat Nabi Ibrahim;
~ angin = negeri ~ angin negeri-negeri yg dipandang sbg asal
angin (spt India, Iran, Arab, dan juga Eropah); ~ sungai hulu
sungai;
di atas 1. pd bahagian atas, di sebelah atas (bukan di bawah):
letakkan bungkusan itu ~ meja; suatu kesimpulan boleh dibuat
berdasarkan huraian yg diberikan ~; 2. lebih tinggi drpd: ~ harga
itu, tidak sanggup saya membelinya;
230
ke atas 1. ke bahagian (tingkat, tempat, dsb) atas, ke sebelah atas:
angkat peti ini ~ meja; dia baru naik ~, ke tingkat lima; 2. (dan)
lebih (drpd sesuatu paras, jumlah, dsb), dan tinggi drpd itu: gaji
seribu ~;
beratas-atasan = atas-mengatasi;
mengatas 1. naik ke atas: debu ~; 2. meninggi (diri): bukan main
lagaknya, bercakap hendak ~ saja; 3. Id meminta pertimbangan
(keterangan dll) drpd orang yg lebih tinggi;
atas-mengatas selalu hendak ke atas;
mengatasi 1. melebihi, mengalahkan: dicarikan akal bagaimana ~
lawannya dlm pertemuan itu; 2. menyelesaikan atau menguasai
(masalah, kesulitan), menghapuskan (kelemahan, kemiskinan, dll);
atas-mengatasi saling hendak melebihi, berlumba-lumba tinggi: di
sekolah kami, murid-murid saling ~;
mengataskan melebihkan, meninggikan: ia selalu ~ negerinya;
teratas terletak (berada dll) di atas sekali;
atasan (orang, golongan, pihak) yg lebih tinggi (pangkatnya,
kedudukannya, dll): hal ini harus diselesaikan oleh pegawai ~nya;
pengatasan perihal mengatasi atau mengataskan;
pengatas (Mat) nombor atas pecahan yg menunjukkan berapa
bahagian pecahan yg ada: dlm pecahan 6/7, nombor 6 disebut ~.
atase (atasé) pegawai yg diperbantukan pd kedutaan utk menguruskan
tugas-tugas khas: ~ militer; ~ kebudayaan.
atau 1. kata hubung yg bermaksud serupa (sama) dgn, disebut juga:
askar ~ tentera; binatang ~ haiwan; 2. kata hubung yg bermaksud
salah satu antara beberapa hal (barang, perbuatan, dll): air limau ~
air tomato, kedua-duanya minuman berkhasiat; mereka
menghinanya dgn meludahinya ~ memakinya; 3. = ataupun baik
.... mahupun: besar ~ kecil; tua ~ muda; mahal ~ murah.
231
atawa atau.
ateis (atéis) orang yg tidak mengakui atau mempercayai kewujudan
Tuhan.
ateisme (atéisme) fahaman atau kepercayaan yg tidak mengakui
kewujudan Tuhan.
ateistik (atéistik) berpendirian (bersikap) tidak mengakui kewujudan
Tuhan.
atelas atlas II.
atendan (aténdan) 1. pekerja lelaki di hospital yg membuat kerja-kerja
rencam (spt menjaga kebersihan di rumah sakit, membawa
makanan utk pesakit, menolong pesakit, dsb); 2. pembantu drebar
lori, kelindan; 3. orang yg bertugas menjaga kereta di sesuatu
tempat letak kereta dan mengutip bayaran drpd empunya kereta,
jaga kereta.
ati-ati sj tumbuhan (pokok yg daunnya dibuat ubat), Coleus
atropurpureus.
Atid malaikat yg menulis segala kejahatan seseorang.
atip; mengatip sl menyusun, mengatur.
atlas I buku yg mengandungi peta-peta (gambar rajah dan maklumatmaklumat
lain tentang negeri-negeri).
atlas II Ar, sl sj kain halus yg berkilat; antelas.
atlas III tulang ruas yg pertama.
atlet (atlét) orang yg giat dlm lapangan sukan, ahli sukan.
atletik (atlétik) berbagai-bagai jenis olahraga (terutamanya yg
memerlukan kekuatan, ketangkasan, dan kecepatan spt berlari,
melompat, berenang, dll), sukan.
atlit atlet.
ATM kep Automated Teller Machine (Mesin Teler Automatik, iaitu
mesin yg memberikan khidmat juruwang secara automatik).
232
atma jiwa, nyawa; ~ juita sl kata cumbuan.
atmometer (atmométer) (Fiz) alat pengukur kadar penyejatan air.
atmosfera (atmosféra) lapisan udara yg melingkungi bumi (yg terdiri
drpd bahan-bahan gas).
atol (Geo) terumbu karang yg berbentuk spt cincin yg melingkungi
sesuatu lagun, pulau cincin.
atom 1. bahagian atau unit yg terkecil drpd unsur kimia yg boleh terlibat
dlm sesuatu perubahan kimia: satu molekul air terdiri drpd dua ~
hidrogen dan satu ~ oksigen; bom ~ bom yg diledakkan dgn tenaga
atom; perang ~ perang yg mempergunakan bom (senjata) atom;
zaman ~ zaman moden (zaman sudah adanya bom atom); 2. Id, bp
(dipakai utk menyatakan sesuatu yg moden, baru atau luar biasa);
ikat pinggang ~ ikat pinggang yg dibuat drpd plastik; pulpen ~ pen
yg tidak perlu diisi dakwat.
atop Jw ark sedawa.
atos Jw ark keras.
atribut 1. sifat (ciri) khusus pd seseorang atau sesuatu benda: kenyataan
itu harus terdiri drpd jisim dan ~nya; 2. sesuatu yg menjadi
lambang atau simbol: sifat yg kita anggap sbg ~ yg memberi sifat
kpd golongan orang bujang; 3. kumpulan atau kelas manusia
(tumbuhan dll) drpd berbagai-bagai tingkat kualitatif; 4. (Komp)
nilai atau ciri tertentu data, struktur data, unsur model data, atau
sistem; 5. (Komp) kata yg menerangkan cara sesuatu pemboleh
ubah dikendalikan oleh komputer.
atrium I laman bahagian dlm sesebuah seni bina Romawi, gereja, dan
juga bangunan moden yg tinggi.
atrium II (Bio) jantung.
atui Pn atau.
atuk bp datuk; ~ moyang ark datuk nenek, nenek moyang.
233
atun; ~ laut sj tumbuhan (pokok), bayur laut, dungun, pelir kambing,
Heritiera littoralis.
atung; teratung-atung terkatung-katung; katung I.
atur I; atur-atur; kayu ~ kayu mainan kanak-kanak yg disusun utk
membentuk sesuatu (spt rumah dll);
beratur 1. berada (berdiri dsb) dlm barisan: para peserta sudah ~
di padang utk upacara penyampaian hadiah; 2. berada dlm
susunan yg baik (bkn barang, benda), tersusun (baik-baik):
perkakas dapur ~ dgn baik;
mengatur 1. meletakkan (sesuatu) dlm susunan yg baik atau
sebagaimana yg diingini: ~ pasu bunga di taman; ~ buku di rak; 2.
menguruskan (supaya rapi, kemas, berjalan dgn baik, dsb): ~
persiapan utk menyambut Hari Kebangsaan Negara; apa guna
mencampuri hal rumah tangga orang sedangkan rumah tangga
sendiri belum dapat diatur;
mengaturkan mengatur utk;
teratur 1. telah diatur (dgn baik), sudah disusun baik-baik,
tersusun: dia melihat-lihat buku-buku yg ~ di rak; 2. tidak kelamkabut
(kucar-kacir dsb): segala-galanya dijalankan dgn ~ dan rapi
setelah mereka merancangkannya dgn sempurna;
aturan 1. cara mengatur, susunan: ~ buku dlm perpustakaan ini,
menurut cara Dewey; 2. segala yg telah ditentukan atau ditetapkan
utk diturut, peraturan: membuat sesuatu itu biarlah menurut ~nya;
3. adat sopan santun, ketertiban: tidak tahu ~ tidak tahu adat; 4. =
~nya Id sebetulnya, sebenarnya: ~(nya) harus diberitahukan
terlebih dahulu;
beraturan 1. dgn aturan, mempunyai aturan, teratur baik-baik; 2.
tahu adat (sopan santun);
234
keteraturan keadaan yg teratur, ketertiban: ~ gerak laku; ~ dan
alam tabii tidak meninggalkan kesan yg mendalam;
peraturan 1. segala yg telah ditentukan (ditetapkan dsb) dan harus
diturut atau dipatuhi: setiap pekerja hendaklah mematuhi ~
pejabat; ~ lalu lintas; ~ mesyuarat; ~ kerajaan peraturan
(ketentuan, garis panduan, dsb) yg dibuat oleh kerajaan; 2. sl
hubungan keluarga (kpd);
berperaturan ada peraturannya, beraturan: kerja yg tidak ~;
pengaturan perihal (perbuatan dsb) mengatur(kan).
pengatur 1. orang yg mengatur, orang yg menyediakan sesuatu
mengikut aturan atau peraturan tertentu: ~ huruf; 2. alat utk
mengatur.
atur II Mn; mengatur(kan) mencucuk: ~ hidung kerbau.
atur III; Jw mengaturi ark memberi kpd, menyilakan supaya;
mengaturkan 1. menyampaikan, mempersembahkan, memberi: ~
surat kpd menyampaikan surat kpd; 2. mengucapkan, mengatakan:
~ selamat datang.
atur cara 1. jadual pelbagai acara (kegiatan dsb) yg telah ditetapkan utk
dilaksanakan (biasanya dlm sesuatu upacara, persidangan,
persembahan, dll): ~ persidangan adalah mengikut aktiviti
jawatankuasa dan kumpulan tertentu; masing-masing mempunyai
~ dan rancangan-rancangan tersendiri; 2. (Komp) urutan arahan
berkod yg dimasukkan ke dlm komputer yg membolehkan data
diproses (oleh komputer);
pengaturcaraan (Komp) proses membuat atur cara komputer: dlm
pendekatan ~, pelajar didedahkan kpd peranan komputer;
pengatur cara 1. orang yg mengendalikan sesuatu majlis: ~
majlis; 2. (Komp) orang yg menganalisis sesuatu masalah dan
235
menulis atur cara supaya data yg berkaitan boleh diproses oleh
komputer.
atur huruf penyusunan huruf menjadi perkataan atau blok perkataan utk
tujuan pencetakan: pd peringkat ~;
mengatur huruf menyusun huruf menjadi perkataan atau blok
perkataan dlm proses pencetakan: mereka hanya menjalankan
tugas ~, membuat filem, membuat plat, mencetak dan menjilid;
pengatur huruf 1. orang yg kerjanya mengatur huruf; 2. mesin yg
digunakan utk mengatur huruf: mesin ~.
au sr kata utk menyatakan kesakitan (ketakutan atau keadaan terkejut).
Au simbol kimia bagi aurum.
aubade alu-aluan dgn muzik atau nyanyian (pd pagi-pagi hari).
audiens para penonton (pembaca, pendengar, dsb) yg menjadi tumpuan
sesuatu ciptaan atau persembahan seni atau sastera: ia kurang
diminati kerana ~ gagal memahami daya tarikannya yg aneh;
persekitaran membentuk aksi dan kehidupan watak-watak sewaktu
mereka berkomunikasi dgn ~.
audio 1. berkaitan dgn bunyi atau pendengaran: drpd satu bahasa
perhubungan melalui saluran pendengaran atau ~, bahasa Melayu
telah menjadi satu bahasa pustaka; 2. berkaitan dgn bunyi atau
penghasilan semula bunyi: selalunya peralatan ~ diletakkan di
tengah ruang pameran itu; ia membawa konsep baru pusat belibelah
yg menawarkan pelbagai pilihan produk ~ dan video.
audio- awalan asing berkaitan dgn bunyi atau pendengaran, mis
audiometer dan audiologi.
audiogram rakaman dlm bentuk graf yg dihasilkan oleh audiometer utk
menunjukkan tahap ketajaman pendengaran seseorang.
audiologi kajian (secara saintifik) tentang pendengaran.
236
audiometer (audiométer) alat utk mengukur kepekaan bunyi, terutama
utk menguji pendengaran.
audiometri (audiométri) pengukuran daya pendengaran, mis dgn
menggunakan audiometer.
audiovisual (yg) melibatkan atau menggunakan pendengaran dan
pelihatan (bkn usaha mengajar atau menyampaikan maklumat dll),
pandang dengar.
audit (Eko) pemeriksaan dan pengesahan kira-kira (akaun);
~ awal audit yg mula dilakukan sebelum tahun perakaunan yg
diaudit itu berakhir; ~ baucar pemeriksaan dokumen asal (spt
invois, surat perjanjian, pesanan belian, dll) utk membuktikan
sahih tidaknya sesuatu urus niaga sebelum bayaran dibuat; ~ bebas
audit yg dilakukan oleh juruaudit luar utk mendapatkan pandangan
tentang penyata kewangan sesebuah organisasi; ~ berkala audit yg
dilakukan oleh juruaudit luar utk setiap tempoh perakaunan
tertentu (spt setiap setengah tahun dan setahun); ~ berkanun audit
bebas yg dilakukan pd sesebuah organisasi spt yg diperuntuk oleh
undang-undang; ~ bersama audit yg dilakukan secara bersama oleh
dua firma audit atau lebih; ~ dalam = ~ dalaman pemeriksaan
rekod kewangan dan bukan kewangan sesebuah organisasi oleh
organisasi itu sendiri utk memastikan bahawa organisasi
dikendalikan dgn betul; ~ hujung tahun audit yg tertumpu pd
penentuan tepat tidaknya baki akaun yg terdapat dlm kunci kirakira;
~ personel (Tadb) audit pd sumber manusia dlm sesebuah
organisasi biasanya dilakukan oleh pihak luar, yg meliputi aspek
kesesuaian kelulusan staf dgn pekerjaannya, kesesuaian gaji dgn
tugas yg dilakukan dsb;
mengaudit memeriksa dan mengesahkan kira-kira (akaun): kirakira
yg telah disediakan itu perlu diaudit sebelum dapat diterima;
237
pengauditan pemeriksaan dan pengesahan kira-kira (akaun).
auditorium dewan (ruang dlm bangunan dsb) utk para penonton.
auh au.
auk Id bunyi anjing menyalak.
auksin (Bio) hormon penggalak dan pengawal pertumbuhan (pd
tumbuhan).
aula Id ruangan besar utk berapat atau mengadakan upacara (dlm gedung
sekolah tinggi dll).
aulia Ar (jamak bagi wali) orang yg dipilih oleh Allah SWT utk
mendapat pertolongan-Nya dgn dirapatkannya pd kehadiran-Nya.
aum I = ngauman bunyi harimau atau singa;
mengaum berbunyi menderam (bkn harimau, singa): kambing
mengembek, harimau ~;
mengaum-aumkan bp menggembar-gemburkan, menceritakan ke
sana ke mari.
aum II Kd borong semua.
aung bunyi meraung;
mengaung meraung.
aungan Jw hubungan.
auns unit ukuran berat yg bersamaan dgn 1/16 paun atau 28.349 gram.
aup Pr mati, mampus: terlangkup ~ sama sekali.
aur buluh, bambu; jenis-jenisnya: ~ cina, ~ duri, ~ hitam, ~ kuning, ~
licin, dll;
bagai ~ dgn tebing prb dikatakan mengenai orang yg suka
bertolong-tolongan; spt ~ ditarik songsang prb banyak sangkutpautnya
hingga susah hendak dilaksanakan.
aura suasana atau perasaan halus yg menyelubungi diri seseorang atau
sesuatu.
238
aurat Ar 1. bahagian tubuh yg tidak boleh kelihatan atau wajib ditutup
(menurut hukum Islam); 2. kemaluan; 3. telanjang.
AURI akronim bagi Angkatan Udara Republik Indonesia.
aurora fenomena berupa cahaya terang yg kelihatan di langit pd malam
hari, berbentuk jalur atau tirai yg biasanya berwarna merah, hijau
atau ungu;
~ australis aurora yg kelihatan pd waktu malam di sekitar Kutub
Selatan; ~ borealis aurora yg kelihatan pd waktu malam di sekitar
Kutub Utara.
aurum (Kim) sj unsur logam yg tidak reaktif dan banyak digunakan utk
membuat barang-barang kemas, emas.
Austronesia (austronésia) semua pulau yg terletak di Lautan Pasifik
Selatan dan Tengah, termasuk Irian, Polinesia, Melanesia,
Australia, dan New Zealand: bahasa Melayu ialah anggota
keluarga bahasa ~ yg terdiri drpd lebih kurang 4000 bahasa.
auta bp borak (tidak sungguh-sungguh), temberang.
autarki perihal atau cara yg tidak bergantung pd negeri lain tentang
keperluan-keperluan dlm negeri, perihal mencukupi keperluan
sendiri.
autentik (auténtik) dapat dipercayai atau dijadikan pegangan, asli dan
benar (bukan palsu, rekaan, dsb): makalah ~.
autisme (Psi) gangguan mental yg mula muncul pd peringkat kanakkanak
yg menyebabkan seseorang berkelakuan tidak normal dan
sukar berkomunikasi dgn masyarakat.
autistik menderitai autisme: kanak-kanak ~.
auto IB kereta, motokar; ~ gerobak lori;
berauto berkenderaan dgn motokar, berkereta; automobil.
autobiografi riwayat hidup yg ditulis sendiri.
autobis IB bas.
239
autofokus dapat memfokuskan sesuatu objek secara automatik (bkn
kanta kamera): kamera ~.
autogami (Bio) pensenyawaan sendiri oleh tumbuhan berbunga.
autogiro pesawat udara yg menggunakan kipas utk menghasilkan daya
angkat tanpa menggunakan enjin.
autograf 1. tandatangan seseorang, biasanya orang yg terkenal; 2. = buku
~ buku kecil utk menyimpan tandatangan orang yg terkenal atau
kata-kata nasihat dsb oleh sahabat handai utk kenang-kenangan; 3.
naskah (manuskrip) asal yg ditulis tangan oleh pengarangnya
sendiri.
autografi 1. penulisan tentang sesuatu yg dibuat dgn tulisan tangan
penulisnya sendiri; 2. penghasilan semula sesuatu ilustrasi atau
tulisan.
autokarpa (Bio) buah yg terhasil drpd penswasenyawaan, mis buah
manggis.
autokiu alat yg memaparkan skrip (tidak dapat dilihat oleh penonton) yg
boleh dibaca oleh seseorang semasa rakaman rancangan televisyen,
mis siaran berita atau ucapan di khalayak ramai.
autoklaf bekas berdinding tebal, berpenutup, dan digunakan utk
mensterilkan alat-alatan perubatan.
autokrasi 1. pemerintahan oleh orang atau individu yg mempunyai kuasa
penuh (tidak terhad); 2. negara yg diperintah oleh individu yg
mempunyai kuasa penuh.
autokrat pemerintah yg mempunyai kuasa penuh (kuasa mutlak).
autokratik berasaskan atau mempunyai kuasa penuh (bkn pemerintah,
pemerintahan, pengurusan, dsb): amalan pengurusan yg berbentuk
~ dan birokratik.
autolisis (Bio) pemusnahan sel atau tisu oleh tindakan enzimnya sendiri.
240
automasi sistem pelaksanaan tugas serta alat automatik yg pd
keseluruhannya membolehkan pelbagai aspek dan proses kerja
dilakukan dgn sedikit sahaja atau sama sekali tidak memerlukan
tenaga manusia: tahun-tahun lapan puluhan pula memperlihatkan
bank memberikan penekanan terhadap penggunaan komputer dan
~;
mengautomasikan menjadikan sesuatu sistem (proses dsb)
berjalan secara automasi: beberapa langkah sedang diambil utk ~
sistem pengeluaran yg sedia ada;
pengautomasian perihal atau proses mengautomasikan: ~ Pusat
Sumber Sekolah.
automatik bkn sesuatu yg bergerak atau melakukan sesuatu dsb dgn
sendirinya (alat, mesin, dsb); secara ~ a) dgn sendirinya, dgn
(hampir) tidak perlu dikendalikan oleh tenaga manusia (bkn alat,
mesin, dsb), dilaksanakan (hampir) sepenuhnya dgn penggunaan
alat-alat tertentu dan bukan tenaga manusia (bkn kerja dsb); b) dgn
tidak berfikir-fikir dsb terlebih dahulu (bkn sesuatu tindakan dsb);
c) dgn tidak perlu dilakukan (diuruskan, diselesaikan, dsb) sesuatu
terlebih dahulu (bkn kedudukan, perjalanan, dsb sesuatu);
mengautomatikkan menjadikan sesuatu automatik;
pengautomatikan perihal (proses, tindakan dsb) menjadikan
sesuatu automatik.
automobil kereta, motokar.
automotif bkn kenderaan bermotor.
autonom IB mengurus (mengendalikan) pemerintahan dsb sendiri.
autonomi pemerintahan (pentadbiran,pengurusan) sendiri, hak mengurus
pemerintahan (pentadbiran dsb) sendiri (tanpa penguasaan atau
pengendalian oleh pihak lain);
241
berautonomi mempunyai autonomi, mempunyai hak atau kuasa
sendiri: sebuah institusi penyelidikan yg ~ dan bebas mengenai
perpaduan kaum hendaklah ditubuhkan; jelas bahawa rancangan
Amerika adalah utk mewujudkan sebuah wilayah Palestin ~ dan
bukannya sebuah negara Palestin.
autoped (autopéd) IB basikal yg disorong dgn kaki (permainan anakanak).
autoplasti (Ubat) penggantian tisu yg rosak kerana cedera, berpenyakit
dsb, dgn tisu yg diambil drpd bahagian lain tubuh pesakit itu
sendiri.
autopsi (Ubat) pembedahan dan pemeriksaan mayat utk menentukan atau
mengetahui sebab-sebab kematian;
mengautopsi melakukan autopsi.
autoritarian 1. berpegang teguh pd peraturan dan undang-undang; 2.
orang yg percaya akan ketaatan sepenuhnya terhadap autoriti.
autoritarianisme faham (pendirian, prinsip, dsb) yg mengutamakan taat
setia kpd pihak yg berkuasa di sesebuah negara.
autoritatif 1. diiktiraf (diakui, diterima) sbg yg benar atau yg boleh
dipercayai dan dijadikan pegangan: pd umumnya kecekapan
sesuatu bahasa itu terpancar dlm kamus yg ~ dlm bahasa yg
berkenaan; makalah yg ~ tentang masalah yg dihadapi peniagapeniaga
kecil; 2. (penuh) berkuasa, berwibawa.
autoriti 1. kuasa atau hak (utk memberi perintah, mengawal, membuat
keputusan, dsb): beliau mempunyai ~ utk mewujudkan dan
menetapkan hukum; 2. sumber (orang, buku, dsb) sbg sumber
maklumat tentang sesuatu yg boleh diterima atau dipercayai:
kamus merupakan salah satu ~ yg sahih dlm kajian ini;
berautoriti mempunyai autoriti.
242
autosom (Bio) semua kromosom yg terdapat di dlm nukleus sel kecuali
kromosom yg menentukan jantina sesuatu organisma.
auzubillah Ar aku berlindung kpd Allah drpd kejahatan atau bencana
(biasanya drpd iblis dan syaitan).
avant-garde (Perancis) bersifat baru dan progresif (bkn idea, kesenian,
kesusasteraan dsb): sebuah lukisan ~.
avgas sj bahan api yg digunakan oleh pesawat udara.
avikultur pemeliharaan dan penternakan burung.
avionik sains elektronik yg diterapkan dlm bidang penerbangan.
avisenian (avisénian) sj tumbuhan (pokok bakau) drpd genus Avicennia.
avokado sj tumbuhan tropika yg buahnya berbentuk bulat lonjong,
berkulit hijau atau kehitaman, berbiji besar dan keras, dan isi yg
tebal berwarna kuning kehijauan dan sedap dimakan, Persea spp.:
buah ~.
awa I; pinang ~ pinang yg telah dipotong kedua-dua hujungnya dan
dibelah empat (utk dimakan).
awa II Tr musim: sekarang ini ~ orang bermain wau bulan.
awa- Id awalan asing hilang atau bebas, mis awahama.
awah Sr ruang panjang yg menjadi lorong tempat lalu lalang di bahagian
tengah rumah, spt di rumah panjang.
awahama Id tanpa hama, bebas drpd hama;
mengawahamakan membebaskan drpd hama.
awai I Id ark; mengawai melambaikan (tangan).
awai II Mn ark; mengawai memegang, meraba; awat III.
awai III Mn kecewa: ia memandang kami dgn agak kecewa ... lebihlebih
~ lagi ketika kami tidak bermohon kepadanya.
awak 1. badan, tubuh; ~ kapal a) badan kapal; b) anak buah kapal
(perahu dll); ~ perahu anak buah perahu; 2. kata ganti diri kedua,
engkau, kamu: apa kerja ~ sekarang?; ~ kalian kamu sekalian 3.
243
diri (sendiri); ~ sama ~ sesama sendiri, antara kita sendiri (tidak
melibatkan orang luar); orang ~ Mn orang kita sendiri;
perawakan bentuk tubuh, susuk badan, sikap badan: walaupun
demikian baiknya ~ anak muda itu, tetapi hatinya tidak dapat
menerimanya.
awal 1. sebelum waktu yg biasa (yg dijangkakan, ditetapkan, dsb),
terlebih dahulu (drpd yg lain): dia datang ke pejabat ~; kereta api
tiba ~ sedikit drpd jadualnya hari ini; 2. bahagian yg mula-mula
(cerita dll), lwn akhir: ceritakan dari ~ hingga akhir; 3. permulaan
(sesuatu jangka waktu): pd ~ tahun ini;
~ mula mula-mula sekali; ~ bermula ... pd permulaannya...;
berawalkan bermula dgn, mempunyai (sesuatu) sbg unsur yg
mula-mula: bentuk-bentuk dasar kata yg ~ konsonan;
mengawalkan membawa ke waktu atau tarikh yg lebih awal,
mempercepat;
terawal 1. lebih awal (dahulu) drpd yg dijangkakan (ditetapkan
dsb); 2. paling awal;
awalan imbuhan di depan kata dasar (spt me, ber, ke, per, ter);
berawalan mempunyai awalan.
awam 1. bkn (melibatkan dsb) orang ramai sbg suatu keseluruhan:
kepentingan ~; 2. utk atau terbuka kpd semua orang (tidak
terkhusus atau teristimewa utk golongan dsb tertentu): tempat ~;
kenderaan ~; kemudahan ~; 3. bukan tentera atau polis dsb;
perkhidmatan ~ perkhidmatan kerajaan yg tidak berkaitan dgn
tentera atau polis; orang ~ a) orang preman (bukan anggota tentera
atau polis); b) orang kebanyakan; c) orang biasa (bukan ahli atau
istimewa);
mengawamkan 1. mengumumkan, memberitakan kpd orang
banyak; 2. menganjurkan, mengesyorkan;
244
pengawam penganjur.
awan 1. wap air yg bergumpal-gumpal di udara (kelihatan spt asap
berwarna putih atau kelabu di langit): cahaya matahari menembusi
~ menyinari bumi; 2. corak ukiran;
~ bakat kuning awan yg kekuning-kuningan; ~ bakat merah awan
yg kemerah-merahan; ~ belanda ukiran yg berbentuk daun-daun; ~
berarak a) awan yg bergerak; b) ukiran yg berupa daun yg berbelit;
~ berjentera ukiran yg berupa bulatan-bulatan; ~ berkeluk = ~
lingkungan ukiran yg berupa separuh bulatan; ~ bersilap ukiran yg
berlekuk-lekuk; ~ biji timun ukiran spt biji timun; ~ bunga cengkih
ukiran spt bunga cengkih; ~ cina ukiran yg berlekuk-lekuk; ~
dandan = ~ dendan = ~ selimpat ukiran spt anyaman; ~ gelugur
ukiran yg berjalur-jalur; ~-gemawan berbagai-bagai rupa awan; ~
hitam mendung; ~ jawa ukiran yg separuhnya berupa daun-daun; ~
kelarai ukiran yg berupa petak-petak; ~-kemawan awan yg
berkepul-kepul; ~ kerawang ukiran yg tembus; ~ larat a) awan yg
berpindah-pindah dibawa angin; b) sj ukiran yg coraknya berkaitkait;
~ mengandung hujan = ~ mendung awan hitam, mendung; ~
pengarak angin awan yg menandakan akan datang angin; ~ pintal
ukiran yg berbelit-belit; ~ pucuk rebung ukiran yg merupai pucuk
rebung; ~ tali air ukiran yg lurus-lurus; ~ telepok ukiran yg
menyerupai bunga teratai;
berawan diliputi awan: langit tidak ~;
mengawan 1. menjadi atau tampak spt awan, menyerupai awan:
burung bangau yg terbang itu putih ~ di udara; 2. meninggi,
membumbung tinggi (spt menuju ke awan): kemuncak gunung itu
tinggi ~; 3. terlalu tinggi (bkn hasrat, cita-cita, dsb): apa yg aku
kehendaki itu jauh ~, tak mudah tercapai;
merawan berada di atas awan, setinggi awan.
245
awang I panggilan kpd orang muda (terutama kpd anak sulung); ~ dan
dayang hamba laki-laki dan hamba perempuan;
perawangan sl orang muda-muda yg menjadi hamba raja: oleh
baginda yg laki-laki digelar awang dan yg perempuan digelarnya
dara, itulah asal segala ~ dan perdaraan.
awang II; ~-gemawang = awang-awang = awang-awangan sl ruang
antara langit dan bumi, udara, angkasa;
(masih) di ~ masih belum tentu atau belum pasti lagi, tidak dapat
diharapkan; hidup di ~ hidup mewah (spt orang besar atau orang
kaya); serasa di atas ~ a) tinggi sekali; b) berasa bahagia atau
senang;
mengawang 1. naik tinggi ke udara, meninggi: belon-belon itu ~
sesudah dilepaskan; 2. memikirkan yg tinggi-tinggi, berkhayal:
fikirannya ~; 3. berbuat sesuatu dgn tidak menentu atau berhatihati
(memukul, berkata, dll), merambang, mengaur;
perawangan lingkungan awang-awang.
awangku Br 1. gelaran utk anak lelaki bujang yg bapanya keturunan
pengiran: A~ Idris; 2. panggilan timang-timangan utk anak lelaki
yg bapanya bukan pengiran.
awar kerosakan pd kapal atau muatannya.
award (Udg) keputusan yg dibuat oleh hakim atau penimbang tara.
awas 1. tajam pandangan (pelihatan), dapat melihat dgn baik: mata
pemburu itu ~ sekali; 2. kebolehan yg luar biasa utk menilik
(melihat) sesuatu yg ghaib, tajam tiliknya; 3. (ber)hati-hati,
berjaga-jaga, waspada: kita harus ~ akan gerak-geri mereka; ~,
jalan raya sedang dibaiki;
berawas, berawas-awas berhati-hati (dgn melihat-lihat ke sana
sini dsb), beringat-ingat, berjaga-jaga: harus ~ sewaktu
menyeberangi sungai itu;
246
mengawas = mengawasi;
mengawasi 1. memerhatikan (tingkah laku atau gerak-geri dsb
seseorang), mengamati (utk mengelakkan berlakunya sesuatu yg
tidak baik dsb): beberapa orang anggota polis ~ gerak-geri orangorang
yg disyaki itu; ia ~ anaknya yg sedang bermain-main di
pantai; 2. menjaga, memerhatikan dan mengawal, mengamatamati:
sengaja diupah orang utk ~ rumah itu siang dan malam; 3.
memberikan perhatian serta mengawal (supaya teratur atau
berjalan dgn baik dsb): ~ pelaksanaan sesuatu projek; ~
perjalanan mesyuarat;
pengawasan perihal (perbuatan dsb) mengawas(i), penjagaan,
pemeriksaan: budak itu sekarang di bawah ~nya; mereka masih di
bawah ~ polis; projek-projek di bawah ~ kerajaan pusat;
pengawas orang yg mengawasi, orang yg menjaga; ~ hutan orang
yg mengawasi hutan.
awat I Kd, bp mengapa, apa pasal: ~ hang tak datang kelmarin?
awat II tanah yg tidak kena oleh tenggala.
awat III ark; mengawat memegang, menjawat.
awau sj kera, ungka.
awda Br singkatan bagi awang dan dayang.
awek (awék) bp panggilan yg biasa dihubungkan dgn seorang gadis.
awet (awét) tahan lama, tidak lekas (mudah) rosak; makanan ~ makanan
yg tahan lama;
mengawet, mengawetkan membuat supaya tahan lama (tidak
busuk, rosak, dsb), memelihara atau mengekalkan (kesegaran dsb
sesuatu): ~ makanan;
pengawetan perihal (proses, perbuatan, dsb) mengawet;
pengawet bahan yg digunakan utk mengawetkan.
awet muda sentiasa kelihatan lebih muda drpd usia sebenar;
247
mengawet muda membuat supaya (sentiasa) kelihatan muda,
mengelakkan atau melambatkan penuaan diri seseorang: sari Aloe
Vera terkenal dgn khasiatnya utk ~.
awewe (awéwé) (Sunda) perempuan.
awewek (awéwék); hantu ~ sj hantu.
awi (Sunda) buluh, bambu.
awur I; mengawur menabur, menghambur;
mengawuri menaburi, menghamburi;
mengawurkan menaburkan, menghamburkan.
awur II; mengawur merambang, membabi buta;
awur-awuran dgn merambang (membabi buta).
aya I sj ikan laut, tongkol;jenis-jenisnya: ~ hitam, Thunnus tonggol; ~
jepun, Katsuwonus pelamis; ~ kurik, Euthynnus affinis; ~ selasih,
Auxis thazard; ~ tuna, Thunnus albacares.
aya II (Tamil) bapa, ayah (panggilan kpd lelaki India yg tua).
ayah I (lebih halus drpd ) bapa; ~ bonda ibu bapa, orang tua;
berayah mempunyai ayah: ia tidak ~ semenjak kecil lagi; ~ kpd
menyebut (menganggap) ayah kpd;
berayahkan mempunyai (seseorang yg dinyatakan) sbg ayah: ~
seorang yg pengasih dan penyayang; ~ guru;
keayahan sifat yg dimiliki sbg ayah, kebapaan: sememangnya dia
mempunyai naluri ~ yg cukup tajam.
ayah II amah, pengasuh (orang India).
ayahan Jw kewajiban, tugas.
ayahanda (lebih halus drpd) ayah (lazim digunakan dlm surat-menyurat
atau sastera lama).
ayak alat utk menapis (menyerkai) barang yg halus (spt tepung dsb);
umpama ayakan dawai prb membuat sesuatu tidak dgn cermat;
248
mengayak 1. menapis dgn ayakan (dgn cara menggoyanggoyangkannya):
~ tepung; 2. ark berjalan bergoyang-goyang ke
kiri kanan: ~ spt itik;
ayakan ayak;
pengayakan 1. perbuatan atau cara mengayak; 2. Jk ayakan;
pengayak 1. orang yg mengayak; 2. ayak.
ayak-ayak sj serangga yg panjang kakinya (biasanya hinggap di air) dlm
famili Tipulidae, katih-katih.
ayal Id 1. lalai, lengah: jangan ~ menolong orang yg kemalangan; 2.
ragu-ragu, bimbang;
berayal-ayalan berlambat-lambat, berlengah-lengah, bertangguhtangguh.
ayam I 1. sj unggas yg biasanya diternak; 2. daging ayam: kari ~; sup ~;
~ aduan ayam sabung(an); ~ air, Porphyrio porphyrio; ~ alas
ayam hutan; ~ bacul ayam sabung yg penakut; ~ (bulu) balik ayam
yg bulunya terbalik; ~ bangkas ayam jantan yg borek (berbintikbintik
putih); ~ belanda sj unggas besar yg diternak, Meleagris
gallopavo; ~ belorong ayam jantan yg putih; ~ beroga = ~ burga
ayam hutan; ~ betina ayam jenis betina(jenis yg boleh bertelur); ~
biang ayam betina yg sudah bertelur; ~ biring ayam jantan yg
kuning kakinya; ~ bogel ayam yg (hampir) tidak berbulu, ayam
togel; ~ daging ayam yg diternak khusus utk dagingnya (bukan utk
mendapatkan telur); ~ dara ayam betina yg hampir bertelur; ~
denak = ~ hutan ayam liar, Gallus gallus; ~ didik anak ayam yg
tidak beribu tetapi dididik (dipelihara) oleh orang yg
memeliharanya; ~ golek a) (daging) ayam yg dipanggang seekorseekor;
b) sj masakan yg daging ayamnya dimasak seekor-seekor;
~ hitam = ~ selasih ayam yg bulunya berbintik-bintik hitam atau
kelabu; ~ itik berbagai-bagai jenis ayam dan itik yg dipelihara
249
(ayam, itik, angsa, dll); ~ jalak ayam jantan yg rupanya spt perling
dan kakinya kuning; ~ jantan ayam jenis jantan (jenis tidak boleh
bertelur); ~ kampung ayam yg diternak secara yg biasa dilakukan
di kampung, Gallus gallus domestica; ~ kasi = ~ kebiri = ~ kembiri
ayam yg dikembiri; ~ katik sj ayam yg kecil; ~ kenantan = ~
cenantan = ~ sinantan ayam jantan yg putih; ~ koci sj ayam yg
berasal dr Cochin China (Vietnam, Kemboja); ~ lemba ayam yg
rendah badannya; ~ mandul ayam betina yg tidak bertelur; ~ mei,
Gallicrex cinerea; ~ meluruh ayam yg bulunya sedang luruh
(gugur); ~ mutiara , Numida meleagris; ~ panggang daging ayam
yg dipanggang; ~ paya, Gallinula chlorophus; ~ pega burung
tatera, Lophura ignita rufa; ~ pencen ayam yg tidak bertelur lagi; ~
penelur = ~ telur ayam yg diternak terutamanya utk mendapatkan
telurnya (bukan dagingnya); ~ peranggang = ~ potongan ayam yg
dipelihara utk disembelih; ~ percik ayam panggang yg disaluti sos
yg diperbuat drpd santan dan rempah ratus; ~ pilas ayam jantan yg
hitam lehernya dan kakinya (bulunya berbintik-bintik); ~ piru sj
ayam belanda;~ pupuh ayam aduan (sabungan) yg tidak memakai
taji; ~ sabung(an) ayam jantan utk disabung; ~ sebandung ayam
kembar yg menetas dr sebutir telur; ~ serama sj ayam peliharaan
yg kecil, jinak, berbulu cantik dan berkaki pendek; ~ sinantan
ayam kenantan; ~ tambatan ki orang yg dianggap hebat dan sangat
diharapkan dapat membawa kemenangan dlm sesuatu perlawanan,
spt bola sepak dsb; ~ tedung ayam jantan hitam yg besar dan tegak
bulu suanya;
~ baru belajar berkokok prb baru saja cukup umur, baru mencuba
hendakkan perempuan; ~ beroga itu jika di pinggan emas
sekalipun diberi makan, ke hutan juga perginya prb orang dagang
itu bagaimanapun senang di negeri orang, ingat juga akan
250
negerinya sendiri; ~ bertelur di atas padi mati kelaparan prb orang
yg menderita kesusahan di tempat yg mewah; ~ ditambat disambar
helang, (padi ditanam tumbuh lalang) prb untung yg malang (spt
isteri atau tunangan dirampas orang yg berkuasa); ~ hitam terbang
malam, hinggap di pokok pandan, bergeresek ada, rupanya tiada
prb kejahatan yg sulit dan diketahui orang tetapi tidak ada bukti yg
nyata; ~ itik raja pd tempatnya prb setiap orang itu adalah penting
pd tempatnya sendiri; ~ menetaskan telur itik, anaknya itu ke air
juga suka ditujuinya prb perangai drpd baka yg asal tidak akan
berubah juga; ~ putih terbang siang, (hinggap di halaman, malih
kpd mata orang banyak) prb perihal pekerjaan yg dilakukan dgn
terang dan nyata dan diketahui orang; ~ tak patuk, itik tak sudu prb
dikatakan kpd seseorang yg hina atau sesuatu yg tidak berharga; ~
terlepas, tangan bau tahi prb dikatakan kpd orang yg mengerjakan
perbuatan yg dilarang itu akhirnya mendapat malu; ~ tidur senang
dlm reban, musang yg susah beredar keliling prb orang yg
berperasaan dengki, tidak suka melihat orang lain senang; bagai ~
dimakan tungau prb dikatakan kpd orang yg kurus dan pucat
kerana kena penyakit; bagai ~ mabuk tahi prb dikatakan kpd orang
yg pucat lesi dan lemah kerana sakit; bagai ~ mengarang
(mengeram) telur prb keelokan merah muka seseorang perempuan;
spt ~, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang prb perihal
orang miskin, tidak bekerja keras tidak dapat makan;
ayam-ayaman 1. ayam tiruan (utk permainan); 2. ayam-ayam.
ayam II sj ikan; ~ hutan a) Euxiphippops sextriatus; b) Pomacanthus
annularis; ~ laut, Abalistes spp.
ayam-ayam sj burung yg menyerupai ayam, ayam mei, Gallierex
cinerea.
ayan I zink, timah sari.
251
ayan II sawan babi, (penyakit) gila babi.
ayang-ayang sj tumbuhan (pokok renek yg dibuat ubat), Lasianthus
longifolius.
ayap sl makan atau minum (digunakan berkaitan dgn orang biasa), lwn
santap (digunakan bagi raja);
ayapan makanan (diberi oleh raja kpd orang biasa);
keayapan kekenyangan setelah diberi makan (minum) oleh raja.
ayat 1. satu perkataan atau (lebih kerap lagi) serangkai perkataan yg
merupakan kesatuan yg membawa sesuatu maksud, kalimat: muka
surat 97 ~ 5; terdapat beberapa perkataan yg sukar dlm ~ yg
berkenaan; 2. beberapa kalimat yg merupakan kesatuan maksud
(dlm al-Quran dll): ~ al-Kursi surah ...; 3. Id bahagian fasal
undang-undang, artikel: fasal 12 ~ 2.
ayatollah Ar gelaran bagi pemimpin agama puak Syiah.
ayeng; ayeng-ayengan Jk pergi ke sana ke mari.
ayir ark ikan tongkol.
ayu I 1. cantik dan lemah lembut orangnya (bkn perempuan): gadis ~; 2.
lemah lembut dan menarik (bkn gerak-geri dsb);
keayuan perihal (sifat dsb) ayu.
ayu II Jw ark kakak.
ayuh sr kata utk menyatakan marilah: ~, lekas pergi!
ayuhai sr 1. kata utk memanggil orang, wahai; 2. kata utk menyatakan
rasa duka.
ayuk bk; mengayuk bersetubuh; ayut.
ayum; mengayum ark membantu (orang yg berbuat jahat);
ayuman bantuan (wang dll) kpd orang yg berbuat jahat.
ayun gerak ke sana ke mari, goyang, buai;
ayun-temayun sl bergantung dan berbuai-buai; matahari ~
matahari mulai turun (hari mulai petang);
252
berayun, berayun-ayun berbuai(-buai), bergantung dan berbuai:
budak-budak ~ pd dahan-dahan pokok yg rendah itu;
mengayun 1. berayun, berbuai(-buai): dahan yg patah itu ~ pd
dawai telefon; 2. turun (bkn matahari); matahari sudah ~ sudah
petang; 3. menggerakkan (tangan, senjata, dll) sewaktu hendak
memukul, menggerakkan utk mengenakan (pukulan, senjata, dll);
~ tangan hendak memukul;
mengayunkan menggerakkan: ~ tangan sewaktu menari; ~
langkah;
terayun-ayun terbuai-buai: seolah-olah kakinya ~ di udara;
ayunan 1. buaian (permainan budak-budak, tempat menidurkan
bayi); 2. gerakan berbuai (buah jam), buaian jam; 3. gerakan
mengayun (tangan dll); 4. penghumban, ali-ali.
ayunda Id kekanda (perempuan); yunda.
ayut ark; mengayut bk bersetubuh; ayuk.
azab 1. hukuman, seksaan (yg dideritai), kesengsaraan, kesusahan (yg
dideritai seseorang); 2. susah sekali, sengsara: kehidupan mereka
sangat ~;
mengazab menghukum (dgn seksaan), menyeksa: orang yg
durjana akan diazab di neraka;
mengazabkan menimbulkan kesengsaraan (kesusahan yg amat
sangat), menyengsarakan;
keazaban seksaan, kesengsaraan, kesusahan yg amat sangat: ~ yg
dideritai oleh orang awam dlm masa peperangan.
azal Ar kekal (kekekalan) pd masa yg lampau, tidak bermula.
azalea (azaléa) sj pokok renek drpd genus Rhododendron yg mempunyai
bunga besar berwarna merah muda, ungu, kuning atau putih.
253
azali Ar sejak dahulukala, sejak permulaan zaman: nasib tiap-tiap orang
telah tertulis pd suratan ~; mereka menyangka bahawa alam ini
wujud sejak ~ tanpa pencipta-Nya;
keazalian keadaan atau perihal azali: ~ ilmu.
azam I kemahuan (keinginan, cita-cita, dsb) yg sangat kuat, tujuan (yg
sesungguhnya): dgn melancarkan projek-projek ini, kerajaan telah
menunjukkan ~nya hendak menambah penghasilan sawah;
berazam mempunyai azam, bertujuan (dgn sesungguhnya),
bercita-cita kuat (utk melakukan atau mencapai sesuatu): kerajaan
~ hendak meneruskan rancangan pembangunan;
mengazamkan mencita-citakan, mahukan (dgn sesungguhnya):
utk mencapai cita-cita yg diazamkan;
keazaman kemahuan, keinginan yg sangat kuat: Perdana Menteri
mengulangi ~ kerajaan utk mempertahankan kedaulatan negara.
azam II teramat mulia; isimal ~ nama yg teramat mulia (nama Allah).
azamat hebat, ramai (kuat, sangat) sekali: terlalu ~ tempik sorak rakyat
Pasai.
azan panggilan utk bersembahyang, bang: ~ subuh bergema masuk ke
seluruh kampung;
mengazankan melaungkan azan (menyeru orang Islam
mendirikan solat).
azazil Ar syaitan.
azim Ar besar, mulia.
azimat bahan yg terdiri drpd tulisan yg ditulis pd kertas, kain, keratan
kayu tertentu, atau sisik tenggiling yg dipakai pd bahagian tertentu
tubuh (spt di pinggang) yg dianggap mempunyai sakti dan boleh
mengelakkan penyakit, bencana, dsb.
254
azimut (Fiz) arah mengufuk suatu titik di langit dr suatu titik di bumi
(biasanya disukat mengikut arah jam dr 0˚ pd titik rujukan melalui
360˚).
aziz Ar (yg) terhormat, (yg) termulia, (yg) sangat berharga.
Azzawajalla Ar Yang Maha Agung (Allah); Tuhan ~ Allah Yang Maha
Agung.
Catatan Lain Yang Mungkin Anda Cari
-
Contoh 1 Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis kegiatan kokurikulum di sekolah...
-
Seperti yang diketahui umum bidang pelancongan boleh menjadi salah satu sumber pendapatan negara. Selain itu kedatangan pelancong juga bole...
-
15. KARANGAN JENIS BERFORMAT: SURAT RASMI Soalan : Kamu tidak dapat hadir ke sekolah kerana terpaksa pulang melawat nenek kamu yang sakit d...
-
Dalam hidup ini kita mestilah menjaga kesihatan. Kesihatan diri perlu dijaga supaya kita dapat hidup selesa dan gembira.Oleh itu, menjadi...
-
LAPORAN SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN BESOUT 3 Pada 23 Januari 2010,Sekolah Kebangsaan Besout 3, telah mengadakan Temasya ...
-
Sebagai pelajar kita semestinya menghormati guru.Tugas guru ialah mengajar di sekolah.Guru mendidik pelajar supaya menjadi orang yang b...
-
(Sanggupkah kita biarkan alam kita tercemar begini?) Alam sekitar ialah alam sekeliling kita.Alam sekitar boleh tercemar dengan ...
-
Gotong royong merupakan satu amalan yang baik. Gotong royong bermaksud bekerjasama melakukan sesuatu tugasan.Terdapat banyak...
-
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru, dan rakan sekalian. Assalamula...
-
SAMBUTAN HARI IBU 16. KARANGAN JENIS KEPERIHALAN Soalan : Tuliskan sebuah karangan tentang Hari Ibu. 1. Pada 8 Mei yang lalu...
Kumpulan Blog Kendalian Saya
-
Selamat Bertugas di Tempat Baharu Cikgu Erma - Tahniah daripada seluruh warga kerja dan murid SK Besout 3 atas penempatan dan jawatan baharu Cikgu Norhidatul Erma bt Kamaruddin. Bermula 20 Februari 20...4 years ago
-
Kuala Kurau, Pekan Kecil yang “Hidup” - Kuala Gula terletak di persisir pantai utara Perak, kira-kira 50 kilo meter (km) dari barat laut bandar Taiping dan 80km dari sempadan Pulau Pinang. Ke Ut...4 years ago
-
Tin oh Tin - Kembali menjenguk pohon-pohon tin yang tidak terurus. Bukan mudah menanam tumbuhan ini jika kurang ilmunya. Hanya orang yang sabar dan rajin dapat menjaga...5 years ago
-
Kejadian Ragut Melibatkan Warga TBS - Taman Bukit Slim - Belumpun hilang kerisauan terhadap kejadian pecah rumah yang kerap berlaku di kejiranan Taman Bukit Slim berlaku pula kejadian ragu...8 years ago
-
Instyle Langkawi Trade Fair - Giving Style to Lifestyle (2) - Tun Dr. Mahathir di Instyle Langkawi Trade Fair11 years ago
Blog List Ilmu Keguruan
-
Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM Ambilan 2025 - Bagi pengambilan tahun 2025, tiga program seperti berikut ditawarkan: 1. Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)/ Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Bia...2 days ago
-
PENGUMUMAN RASMI!! - Salam sejahtera, Semoga anda yang mengunjungi laman ini sentiasa berada dalam keadaan sihat dan ceria. Semoga apa jua yang anda lakukan pada hari ini akan ...9 years ago
-
‘Sayalah guru itu!’ - MENJAWAB KERISAUAN GURU DI SELURUH NEGARA - Apabila kalimat ‘sayalah guru itu’ mula menjadi mainan di bibir para pendidik itu beerti benarlah kenyataan Syed Qutb bahawa *“satu peluru h...11 years ago
-
PENDIDIKAN INKLUSIF - Peraturan Pendidikan 1997 (Pendidikan Khas) menjelaskan makna pendidikan inklusif sebagai program; *“(c) an inclusive education programme for pupils with ...11 years ago
-
-
-