SEMERAH TINTA®

SEMERAH TINTA®
"Merah" membawa maksud sesuatu yang masih baru dan perlu melalui jangka waktu dan proses tertentu untuk matang.Pen merah amat sinonim dengan profesion perguruan.Tinta merah atau dakwat merah pula selalu dikaitkan dengan pembetulan, amaran ataupun catatan pelaporan yang biasanya dikaitkan dengan kegagalan di dalam ujian atau peperiksaan seseorang pelajar.Apapun, tinta merah bukanlah bertujuan untuk menunjukkan sesuatu yang negatif, sebaliknya sebagai satu motivasi agar sentiasa memperbaiki kelemahan dan sentiasa mahu berubah sehingga kejayaan dapat dikecapi."Semerah Tinta" dibina sebagai medan catatan dan maklumat berkaitan Pembelajaran dan Pengajaran.Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pandangan, melayari dan menghubung (link) dengan laman atau blog lain. Segala paparan atau catatan adalah atas pandangan penulis sendiri dan boleh diperbaiki dari masa ke masa tertakluk kepada pandangan intlek dan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat,teguran,pandangan dan perhatian daripada intelektual, warga pendidik serta rakan blog berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran amat saya harapkan dan sangat-sangat dihargai.Semerahtinta juga lahir selepas puakajoran.blogspot.com,agrohias.blogspot.com,golokkraf.blogspot.com dan skb3.blogspot.com .Semoga kehadiran semerahtinta.blogspot ini dapat diterima dalam satu rangkaian.Terima kasih!- Tintamerah®.

SUMPAH SEMERAH TINTA:

SUMPAH SEMERAH TINTA:
MENGHAYATI BAHASA SYURGA,MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA, MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS,MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA,DAN MEMPERKAYAKAN BANGSA DENGAN SEMUA BAHASA.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ . خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ .اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ .الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَم .عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.Read in the name of your Lord,Who created.Created man, out of a (mere) clot of congealed blood.Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful.He Who taught (the use of) the pen.Taught man that which he knew not.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam (pen/tinta).Dia mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahui manusia.

Sahabat Maya - Tinggalkan Link Anda Supaya Senang Saya Follow Kembali - Terima kasih atas sokongan

Terima kasih atas sokongan.Tinggalkan Link supaya senang di "follow" kembali.

Wednesday, 23 April 2014

PN. NORIZAN BT WAHI (1961 – 2014) JASAMU DIKENANG – Al FATIHAH

Pn. Norizan Bt Wahi. Anak jati FELDA Trolak Selatan, menjawat jawatan sebagai Pegawai Khidmat Sosial (SDA) bagi masyarakat FELDA Besout 3.Salah seorang pegawai yang berdedikasi dan komitmen dengan tugasnya.
Tanggal 21April 2014, tiada lagi riak wajah yang sentiasa tenang dan senyum untuk menyapa kami.Warga SKB3 seakan terfana tatkala menerima berita ketiadaannya untuk selama-lamanya.
Sepanjang berkhidmat sebagai warga SKB3, apatah lagi sebagai Penyelaras,Pengajar UPSR dan Guru Tahun 6, kerap kali kami dikunjungi.Bertanya khabar dan menjadi orang perantaraan FELDA untuk membantu peningkatan kualiti anak-anak FELDA dalam bidang akedemik khususnya UPSR.
Orang yang sentiasa kehadapan ketika program-program yang melibatkan murid termasuklah sesi motivasi dan teknik menjawab soalan yang dianjurkan sama ada pada peringkat sekolah,FELDA, Gugusan mahupun Wilayah.
Minggu-minggu terakhir, setiap pagi jumaat wajahnya terpacul dihadapan perhimpunan untuk bersama-sama merafak sembah kehadrat Ilahi, membacakan yassin dan bersolat hajat memohon agar SKB3 terus maju dan anak-anak didik serta guru-guru mendapat berkat.
Terakhir pada tanggal 18 April 2014 wajah tenangnya disertai beberapa anggota GPW seperti kebiasaan minggu-minggu yang berlalu berteleku membaca yassin dan berdoa bersama-sama warga SKB3.
Selesai acara bacaan Yassin, seperti biasa suara ramahnya mengajak kami ke kantin untuk menjamu selera.Tidak pernah lokek dengan harta miliknya.Berbelanja guru-guru seadanya.
Setiap warga SKB3 dan Warga FELDA yang mengenali beliau pasti sangat terkesan dengan ketiadaanya. Sikap peramah,perihatin,penyayang dan komitmennya yang tinggi terutama terhadap kejayaan anak-anak FELDA khususnya warga SKB3 terus dibawa bersemadi besama-sama jasadnya.
21 April 2014 menoktah segalanya.Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Daerah Slim River angkara sesak nafas dan diberitakan mengalami masalah paru-paru dan serangan jantung yang kronik pada awal pagi Sabtu 20 April.
Selamat Bersemadi wahai “Kesayangan Kami”. Ada janji yang masih belum kami tunaikan.Kejayaan yang diinginimu belum mampu kami realisasikan.SKB3 yang “Terbaik” masih belum kami jelmakan.
Semoga rohmu dicucuri. 
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها وَأَكْرِمْ نُزُلَها وَوَسِّعْ مُدْخَلَها وَاغْسِلْها بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْها دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدْخِلْها الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ.
Al fatihah!
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
 الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
 الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
 مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
 إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
 اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Kepada Pihak Pengurusan FELDA Besout 3 dan En. Zabidi serta keluarga, salam takziah dari kami.Kami akan terus merinduinya!
BELAGSUNGKAWA
 Pn. Norizan (tengah) ketika menyertai Majlis Persaraan Petugas FELDA Wilayah Terolak.

Pn. Norizan (berbaju biru) bersama-sama rakan setugas FELDA
Menghadiri Majlis Hari Anugerah Cemerlang SKB3, 2013.

 Pisang emas dibawa belayar,
masak sebiji di atas peti:
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Wednesday, 2 April 2014

KPM nafi keluarkan panggilan TEMU DUGA . Awas, Lepasan SPM!


KUALA LUMPUR 2 April - Kementerian Pendidikan hari ini menafikan kononnya telah mengeluarkan atau mengedarkan surat panggilan temu duga untuk tawaran biasiswa dan pinjaman pendidikan program institusi pengajian tinggi di UiTM, UPM, USM, Uniten serta universiti luar negara.

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dalam kenyataan di sini hari ini memaklumkan, ini berikutan aduan yang diterima KPM mengenai iklan yang dikeluarkan pihak yang dikenali sebagai ’Pusat Urusetia Pengambilan Pelajar’.

"KPM juga tiada kaitan dengan iklan berkenaan dan menegaskan supaya ibu bapa dan pelajar berhati-hati dan tidak terpedaya dengan iklan tersebut," menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai pertanyaan berkenaan surat tersebut diminta menghubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi melalui talian 03-8870 6767/6777 atau melayari laman web rasmi kemasukan di http://upu.moe.gov.my.
- BERNAMA

Catatan Lain Yang Mungkin Anda Cari

Kumpulan Blog Kendalian Saya

Blog List Ilmu Keguruan

Pautan Bersama