SEMERAH TINTA®

SEMERAH TINTA®
"Merah" membawa maksud sesuatu yang masih baru dan perlu melalui jangka waktu dan proses tertentu untuk matang.Pen merah amat sinonim dengan profesion perguruan.Tinta merah atau dakwat merah pula selalu dikaitkan dengan pembetulan, amaran ataupun catatan pelaporan yang biasanya dikaitkan dengan kegagalan di dalam ujian atau peperiksaan seseorang pelajar.Apapun, tinta merah bukanlah bertujuan untuk menunjukkan sesuatu yang negatif, sebaliknya sebagai satu motivasi agar sentiasa memperbaiki kelemahan dan sentiasa mahu berubah sehingga kejayaan dapat dikecapi."Semerah Tinta" dibina sebagai medan catatan dan maklumat berkaitan Pembelajaran dan Pengajaran.Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pandangan, melayari dan menghubung (link) dengan laman atau blog lain. Segala paparan atau catatan adalah atas pandangan penulis sendiri dan boleh diperbaiki dari masa ke masa tertakluk kepada pandangan intlek dan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat,teguran,pandangan dan perhatian daripada intelektual, warga pendidik serta rakan blog berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran amat saya harapkan dan sangat-sangat dihargai.Semerahtinta juga lahir selepas puakajoran.blogspot.com,agrohias.blogspot.com,golokkraf.blogspot.com dan skb3.blogspot.com .Semoga kehadiran semerahtinta.blogspot ini dapat diterima dalam satu rangkaian.Terima kasih!- Tintamerah®.

SUMPAH SEMERAH TINTA:

SUMPAH SEMERAH TINTA:
MENGHAYATI BAHASA SYURGA,MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA, MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS,MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA,DAN MEMPERKAYAKAN BANGSA DENGAN SEMUA BAHASA.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ . خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ .اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ .الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَم .عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.Read in the name of your Lord,Who created.Created man, out of a (mere) clot of congealed blood.Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful.He Who taught (the use of) the pen.Taught man that which he knew not.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam (pen/tinta).Dia mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahui manusia.

Sahabat Maya - Tinggalkan Link Anda Supaya Senang Saya Follow Kembali - Terima kasih atas sokongan

Terima kasih atas sokongan.Tinggalkan Link supaya senang di "follow" kembali.

Monday 29 January 2024

Program Pendigitalan Fly High ABKARY'S Push Your Limits

Pada hari ini, 29 Januari 2024 telah berlansung program pendigitalan SK Aminuddin Baki. 

Program dengan moto atau tagline Fly High ABKARY'S Push Your Limits! itu di kendalikan oleh Puan Raznah binti Ab Razak dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Aminuddin Baki, Slim River.  

Aktiviti berlangsung pada pukul 8.00 pagi dan berakhir kira-kira sejam kemudian. Perasmian dilakukan oleh Puan Azuraniza binti Abu Samah, Guru Besar SK Aminuddin Baki. 

Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk program tersebut antaranya, LADAP untuk guru-guru, Taklimat Penggunaan Smartboard dan lain-lain. 


Dicatat oleh : 
MEOR FARRIS IMAN BIN MOHD SYUKRI,
Tahun 6 Ibnu Sina 2023/24. 
























 

Saturday 27 January 2024

Taklimat Kemasukan Murid Tahun Satu dan Jualan buku 2024/25

Pada hari ini, 27 Januari 2024 telah berlangsung  program pendaftaran murid tahun 1 dan pembelian buku teks untuk sesi 2024.

Program ini telah di hadiri oleh Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan ibu bapa murid.

Guru Besar, Guru Penolong Kanan HEM dan Guru Penyelaras Tahun 1 telah memberikan taklimat kepada ibu bapa mengikut unit masing-masing.

Kiosk jualan buku juga dibuka memberi kemudahan kepada ibu bapa murid tahun 1 hingga 6 membeli dan membuat pembayaran untuk sesi persekolahan 2024/25.

Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir kira-kira pukul 12.30 tengah hari. 


Dicatat oleh : 
MEOR FARRIS IMAN BIN MOHD SYUKRI,
MUHD AMMAR QAWI BIN MUHD ZAKIYAMANI,
MUHD HAZIEQ IMAN BIN AZMAN
Tahun 6  2023/24






























Catatan Lain Yang Mungkin Anda Cari

Kumpulan Blog Kendalian Saya

Blog List Ilmu Keguruan

Pautan Bersama