SEMERAH TINTA®

SEMERAH TINTA®
"Merah" membawa maksud sesuatu yang masih baru dan perlu melalui jangka waktu dan proses tertentu untuk matang.Pen merah amat sinonim dengan profesion perguruan.Tinta merah atau dakwat merah pula selalu dikaitkan dengan pembetulan, amaran ataupun catatan pelaporan yang biasanya dikaitkan dengan kegagalan di dalam ujian atau peperiksaan seseorang pelajar.Apapun, tinta merah bukanlah bertujuan untuk menunjukkan sesuatu yang negatif, sebaliknya sebagai satu motivasi agar sentiasa memperbaiki kelemahan dan sentiasa mahu berubah sehingga kejayaan dapat dikecapi."Semerah Tinta" dibina sebagai medan catatan dan maklumat berkaitan Pembelajaran dan Pengajaran.Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pandangan, melayari dan menghubung (link) dengan laman atau blog lain. Segala paparan atau catatan adalah atas pandangan penulis sendiri dan boleh diperbaiki dari masa ke masa tertakluk kepada pandangan intlek dan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat,teguran,pandangan dan perhatian daripada intelektual, warga pendidik serta rakan blog berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran amat saya harapkan dan sangat-sangat dihargai.Semerahtinta juga lahir selepas puakajoran.blogspot.com,agrohias.blogspot.com,golokkraf.blogspot.com dan skb3.blogspot.com .Semoga kehadiran semerahtinta.blogspot ini dapat diterima dalam satu rangkaian.Terima kasih!- Tintamerah®.

SUMPAH SEMERAH TINTA:

SUMPAH SEMERAH TINTA:
MENGHAYATI BAHASA SYURGA,MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA, MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS,MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA,DAN MEMPERKAYAKAN BANGSA DENGAN SEMUA BAHASA.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ . خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ .اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ .الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَم .عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.Read in the name of your Lord,Who created.Created man, out of a (mere) clot of congealed blood.Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful.He Who taught (the use of) the pen.Taught man that which he knew not.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam (pen/tinta).Dia mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahui manusia.

Sahabat Maya - Tinggalkan Link Anda Supaya Senang Saya Follow Kembali - Terima kasih atas sokongan

Terima kasih atas sokongan.Tinggalkan Link supaya senang di "follow" kembali.
Showing posts with label UPSR BM PENULISAN BAHAGIAN B. Show all posts
Showing posts with label UPSR BM PENULISAN BAHAGIAN B. Show all posts

Thursday, 12 July 2012

Kebaikan Menabung

                Menabung adalah satu sikap yang sangat baik dan mesti kita amalkan.Setiap hari kita diberikan wang saku oleh ibu bapa untuk kita belanjakan di sekolah.Kita boleh berjimat cermat dengan tidak  membelanjakan kesemua wang saku tersebut.

 Sebahagian wang saku itu boleh kita simpan di dalam tabung.Sedikit demi sedikit lama-lama menjadi bukit.Kita boleh menggunakan wang tersebut apabila kita memerlukannya.Kita juga dapat membantu keluarga dengan meminjamkannya apabila keluarga terdesak dan mengharapkan pertolongan.

Wang saku yang dikumpul dan disimpan ke dalam bank pula,boleh memberikan  faedah berganda. Tabungan yang cukup matang mungkin diberikan faedah atau bayaran keuntungan.Dengan wang faedah itu kita dapat membantu meringankan perbelanjaan keluarga. Selain itu kita dapat menggunakan wang tersebut bagi membiayai pelajaran kita pada masa hadapan.
             
            Duit tabungan juga dapat digunakan untuk membeli buku-buku rujukan sekolah dan keperluan secara spontan. Kita tidak perlu meminta-minta.Sebagai contoh, kita dapat membeli keperluan yang diminta oleh guru tanpa perlu menunggu pembiayaan daripada ibu dan bapa. Kita boleh berdikari.
         
             Akhir sekali, sikap suka menabung melatih kita supaya berjimat cermat.Amalan ini perlu disemai dari peringkat sekolah rendah lagi.Orang yang berjimat-cermat akan senang kemudian hari.Oleh itu marilah kita amalkan sikap suka menabung.

Tuesday, 10 July 2012

Kepentingan Menjaga Kesihatan

Salah satu aspek yang perlu diberi perhatian ialah amalan menjaga kesihatan. Kesihatan diri perlu dijaga supaya kita dapat hidup selesa dan gembira.Oleh itu, menjadi kewajipan setiap orang memastikan amalan menjaga  kesihatan diri diperaktikkan dengan sebaik mungkin.
        
Salah satu kepentingan menjaga kesihatan diri kita dapat melaku berbagai aktiviti yang kita suka. Sebagai contoh, kita dapat bemain bola sepak dan berolahraga dengan selesa. Kesannya kita akan lebih gembira kerana dapat melakukan aktiviti yang kita minat.Mana mungkin orang yang tidak sihat dapat bermain bola dan beraktiviti.
            
Selain itu,apabila kita menjaga kesihatan kita dengan baik,kita dapat belajar dengan selesa dan mudah menumpukan perhatian sewaktu guru sedang mengajar atau memberikan penerangan. Keselesaan ini terhasil disebabkan kita tidak mempunyai sebarang penyakit yang mengganggu konsentrasi kita seperti selsema,demam,sakit perut dan lain-lain lagi.
            
 Di samping itu,orang yang menjaga kesihatan juga tidak menghadapi sebarang halangan yang menyebabkan kita tidak boleh hadir ke sekolah.Jika kita sakit sudah tentu kita merasa bimbang penyakit tersebut akan berjangkit kepada rakan-rakan.Kita mungkin akan dikurantinkan di rumah dan menyebabkan kerugian kita dalam pelajaran.

                Akhirnya, saya menyeru kepada rakan-rakan agar mementingkan penjagaan kesihatan diri. Langkah ini tidak boleh dipandang enteng dan seharusnya dititikberatkan agar kita terhindar daripada dijangkiti sebarang penyakit.

Faedah Menabung (Syarahan)

Yang berusaha saudari Pengerusi Majlis.Yang dihormati Guru-guru Besar.Para Hakim yang arif lagi bijaksana.Yang dihormati guru-guru,ibu bapa,seterusnya rakan-rakan sekalian.

         Selamat sejahtera kepada para hadirin sekalian.Pada hari ini saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk"Faedah Menabung".Menabung adalah satu sikap yang baik dan mesti kita amalkan.

Hadirin sekalian,

Setiap hari kita diberikan wang saku oleh ibu bapa untuk kita belanjakan di sekolah.Kita boleh berjimat cermat dengan tidak  membelanjakan kesemua wang saku tersebut.Sebahagian wang saku itu boleh kita simpan di dalam tabung.Sedikit demi sedikit lama-lama menjadi bukit.Kita boleh menggunakan wang tersebut apabila kita memerlukan.

Wang saku yang dikumpul dan disimpan ke dalam bank pula.boleh memberikan  faedah berganda. Tabungan yang cukup matang mungkin diberikan faedah atau bayaran keuntungan.Dengan wang faedah itu kita dapat membantu meringankan perbelanjaan keluarga. Selain itu kita dapat menggunakan wang tersebut bagi membiayai pelajaran kita di masa hadapan.

Hadirin sekalian,
        
Duit tabungan juga dapat digunakan untuk membeli buku-buku rujukan sekolah dan keperluan secara spontan. Kita tidak perlu meminta-minta, sebagai contoh kita dapat membeli keperluan yang diminta oleh guru tanpa perlu menunggu pembiayaan daripada ibu dan bapa.
       
  Akhir sekali saya ingin berpesan supaya sikap suka menabung ini dilatih dari peringkat sekolah rendah lagi.Orang yang berjimat-cermat akan senang kemudian hari.Oleh itu marilah kita amalkan sikap suka menabung.Sekian terima kasih.

Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum

 Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis kegiatan  kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum.

Ada banyak faedah menyertai kegiatan kokurikulum.Salah satu faedah kegiatan kokurikulum ialah kita dapat memenuhkan masa lapang. Orang yang memenuhi masa lapang dengan aktiviti berfaedah tidak terlibat dengan gejala sosial. Mereka sentiasa sibuk dengan aktiviti di sekolah.  Sebagai contoh, jika mereka aktif dalam bidang sukan, mereka akan berlatih setiap petang. Oleh itu masa lapang mereka terisi sepenuhnya.                       

Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada berbagai-bagai jawatan dalam persatuan. Sebagai contoh, jawatan pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang jawatan pengerusi, mereka akan belajar menjadi ketua. Begitu juga dengan jawatan-jawatan lain.                           

Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya. Sebagai contoh, apabila hendak menjalani latihan sukan,, kita mesti menepati masa. Jika terlewat, kita akan ketinggalan dan rugi.                        
Badan kita akan menjadi sihat apabila menyertai kegiatan kokurikulum. Kita boleh menjadi ahli kelab sukan seperti pasukan bola sepak dan pasukan bola tampar. Untuk menang dalam pertandingan yang disertai, kita akan menjalani latihan. Dengan latihan itu kita akan menjadi cergas. Badan akan mengeluarkan peluh. Kita akan menjadi sihat dan kuat. Kita juga tidak akan mudah sakit.            

Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan dan kelab ada banyak ahlinya. Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum. Ada yang berbangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Mereka boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesama mereka.            

LAPORAN SUKAN SEKOLAH

 LAPORAN SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN BESOUT 3
             Pada 23 Januari 2010,Sekolah  Kebangsaan Besout 3, telah mengadakan temasya sukan tahunan sekolah.Hari sukan bermula pada pukul 8:00 pagi.Hari sukan diadakan di Padang Sekolah Kebangsaan Besout 3 yang terletak di belakang sekolah.
       
 Pada pagi itu,semua olahragawan dan olahragawati beratur mengikut rumah masing-masing untuk masuk ke padang.Kami berkawat kaki mengikut rentak muzik.Pengerusi PIBG dijemput untuk menerima tabik hormat oleh murid-murid.Kemudian Ketua Kontinjen membaca ikrar.Selepas itu Pengerusi PIBG dijemput berucap dan merasmikan temasya sukan tersebut.        
        
Acara dilangsungkan selepas Pengerusi PIBG menyampaikan ucapan perasmian. Antara acara yang dipertandingkan termaksulah acara 100m,200m,400m,4x100m.Selain itu acara lontar peluru,lompat tinggi,lompat jauh dan tarik tali turut dipertandingkan.
        
Pengerusi PIBG dan Guru Besar Sekolah  Kebangsaan Besout 3 dan beberapa orang ahli Jawatankuasa Temasya Sukan juga dijemput untuk menyampaikan pingat dan hadiah kepada semua pemenang. Mereka juga mengucapkan tahniah kepada para pemenang.
        
Sebelum acara berakhir, Guru Besar mengumumkan keputusan temasya sukan pada hari tersebut. Johan ialah Rumah Kuning, Naib johan pula disandang oleh Rumah Biru manakala Rumah Kuning mendapat tempat ke tiga. Olahragawati ialah Norazmina bt Kamaruddin dari Rumah Kuning,manakala olahragawan ialah Salleh bin Ayub juga dari Rumah Kuning.
       
 Akhirnya,Guru Besar mengumumkan cuti sehari pada hari Isnin tanggal 26 Januari.Sebelum pulang,Guru Besar meminta semua murid membersihkan padang .Guru besar juga mengucapkan tahniah kepada pemenang dan memberikan nasihat kepada peserta yang kalah.


Disediakan oleh,                                                                                      28 JANUARI 2009

………………....……
(SUBUH BIN ZUHUR)
Setiausaha sukan,
Sekolah Kebangsaan Besout 3.

Saturday, 10 March 2012

KARANGAN JENIS BERFORMAT: SURAT TIDAK RASMI -Pengalaman Belajar di Sekolah Baru

MODUL LATIH TUBI KENDIRI BAHASA MALAYSIA PENULISAN BAHAGIAN B (UPSR)
  
2. KARANGAN JENIS BERFORMAT: SURAT TIDAK RASMI

Soalan: Kamu baru bertukar ke sekolah asrama penuh.Tulis sepucuk surat kepada sepupu kamu untuk menceritakan pengalaman kamu belajar di sekolah baru itu.


                                                                                           34 A, Blok C,
                                                                                           Asrama Maktab Sains Mara Felda,
                                                                                           356 00 Trolak,
                                                                                           Perak.

                                                                                           24 Mac 2012.

Menemui saudara Alauddin bin Khalid yang berada di Felda Gunung Besout 3, semoga saudara dan keluarga sihat sejahtera.

Saudara,

1. Tujuan saya mengirim surat ingin beritahu saya dapat belajar ke sekolah asrama penuh.

2. Saya ingin beritahu pengalaman saya berada di sekolah ini.

3. Saya telah belajar di sini selama dua bulan.

4. Ada banyak perbezaan antara sekolah biasa dengan sekolah ini.

5. Kami mesti hadir ke kelas tambahan pada pukul 5.00 petang.

6. Setiap murid mesti mengambil bahagian dalam aktiviti sukan.

7. Murid-murid mesti belajar dari pukul 8.00 malam hingga pukul 10.00 malam.

8. Semua lampu bilik mesti dipadamkan jam 10.00 malam.

9. Saya seronok tinggal di sini kerana dapat berdikari.

10. Sekian sahaja buat kali ini.


                                                                                           Sahabatmu,
                                                                                           ……………….
                                                                                          (Aidil Amirul)


Panduan Menjawab:

KUMPULAN LEMAH: Salin dalam buku latihan kamu .Cuba ingat dan hafal.Salin semula.
KUMPULAN SEDERHANA: Salin dalam buku latihan kamu .Jadikan lima perenggan.Tambah beberapa perkatan atau beberapa ayat lain bagi setiap penyataan yang diberi.
KUMPULAN CEMERLANG: Salin dalam buku latihan kamu .Tulis sekurang-kurangnya lima perenggan.Tambah ayat huraian yang lengkap dan menarik bagi setiap isi atau ayat topik yang diberi.Isi lain yang releven boleh ditambah.
 MENJANA KECEMERLANGAN PENULISAN.
http://semerahtinta.blogspot.com/

Karangan Jenis FAKTA - Jagalah Kebersihan Tempat Tinggal Kita


MODUL LATIH TUBI KENDIRI BAHASA MALAYSIA PENULISAN BAHAGIAN B (UPSR)

1. Karangan Jenis FAKTA

Soalan: Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk.Jagalah Kebersihan Tempat Tinggal Kita.

Tajuk: Jagalah Kebersihan Tempat Tinggal Kita

1.         Kita perlu menjaga kebersihan tempat tinggal.

2.         Kebersihan dapat menghindari penyakit.

3.         Kita perlu mengemaskan tempat tidur.

4.         Pinggan mangkuk mesti dicuci selepas digunakan.

5.         Kita harus menyapu sampah .

6.         Rumah menjadi kemas dan bersih.

7.         Kita harus mencuci longkang-longkang.

8.         Daun-daun kering juga disapu.

9.         Rumput yang panjang hendaklah dipotong.

10.     Tempat tinggal yang bersih, hidup pun sihat.

 
Panduan Menjawab:

KUMPULAN LEMAH: Salin dalam buku latihan .Cuba ingat dan hafal.Salin semula.

KUMPULAN SEDERHANA: Salin dalam buku latihan.Jadikan lima perenggan.Tambah beberapa perkatan atau beberapa ayat lain bagi setiap penyataan/ayat yang diberi.

KUMPULAN CEMERLANG: Salin dalam buku latihan.Tulis sekurang-kurangnya lima perenggan.Tambah ayat huraian yang lengkap dan menarik bagi setiap isi atau ayat topik yang diberi. Isi-isi lain yang releven boleh ditambah.

 MENJANA KECEMERLANGAN PENULISAN
http://semerahtinta.blogspot.com/

Catatan Lain Yang Mungkin Anda Cari

Kumpulan Blog Kendalian Saya

Blog List Ilmu Keguruan

Pautan Bersama