SEMERAH TINTA®

SEMERAH TINTA®
"Merah" membawa maksud sesuatu yang masih baru dan perlu melalui jangka waktu dan proses tertentu untuk matang.Pen merah amat sinonim dengan profesion perguruan.Tinta merah atau dakwat merah pula selalu dikaitkan dengan pembetulan, amaran ataupun catatan pelaporan yang biasanya dikaitkan dengan kegagalan di dalam ujian atau peperiksaan seseorang pelajar.Apapun, tinta merah bukanlah bertujuan untuk menunjukkan sesuatu yang negatif, sebaliknya sebagai satu motivasi agar sentiasa memperbaiki kelemahan dan sentiasa mahu berubah sehingga kejayaan dapat dikecapi."Semerah Tinta" dibina sebagai medan catatan dan maklumat berkaitan Pembelajaran dan Pengajaran.Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pandangan, melayari dan menghubung (link) dengan laman atau blog lain. Segala paparan atau catatan adalah atas pandangan penulis sendiri dan boleh diperbaiki dari masa ke masa tertakluk kepada pandangan intlek dan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat,teguran,pandangan dan perhatian daripada intelektual, warga pendidik serta rakan blog berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran amat saya harapkan dan sangat-sangat dihargai.Semerahtinta juga lahir selepas puakajoran.blogspot.com,agrohias.blogspot.com,golokkraf.blogspot.com dan skb3.blogspot.com .Semoga kehadiran semerahtinta.blogspot ini dapat diterima dalam satu rangkaian.Terima kasih!- Tintamerah®.

SUMPAH SEMERAH TINTA:

SUMPAH SEMERAH TINTA:
MENGHAYATI BAHASA SYURGA,MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA, MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS,MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA,DAN MEMPERKAYAKAN BANGSA DENGAN SEMUA BAHASA.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ . خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ .اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ .الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَم .عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.Read in the name of your Lord,Who created.Created man, out of a (mere) clot of congealed blood.Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful.He Who taught (the use of) the pen.Taught man that which he knew not.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam (pen/tinta).Dia mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahui manusia.

Sahabat Maya - Tinggalkan Link Anda Supaya Senang Saya Follow Kembali - Terima kasih atas sokongan

Terima kasih atas sokongan.Tinggalkan Link supaya senang di "follow" kembali.
Showing posts with label Contoh Karangan UPSR. Show all posts
Showing posts with label Contoh Karangan UPSR. Show all posts

Monday, 8 September 2014

Cara-cara Menjaga Buku Teks (SPBT)

Buku teks melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) merupakan salah satu pemberian kerajaan, khas untuk pelajar rakyat Malaysia.Berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan dan memberi keselesaan kepada rakyat terutama yang kurang berkemampuan. Menjadi tanggungjawab pelajar seperti saya untuk menjaga pemberian kerajaan tersebut.

Salah satu cara menjaga buku SPBT ialah dengan membalutnya. Buku-buku yang dibalut dapat mengurangkan risiko kotor atau terkoyak.Sebagai contoh, buku-buku yang dibalut dengan plastik mungkin terhindar daripada basah.Hal ini yang demikian menjadikan buku teks lebih panjang hayatnya.

Pelajar juga perlu menulis nama atau nama kelas pada ruangan bercop pada buku-buku yang diberi.Hal ini yang demikian, sebagai salah satu langkah untuk mengesan pemilik buku tersebut jika buku-buku itu tercicir.Selain itu, langkah itu mungkin dapat menghalang buku-buku tersebut daripada dicuri.

Peminjam juga harus memastikan buku-buku teks tidak diconteng dan dikoyak. Buku-buku yang diconteng atau terkoyak akan menyukarkan murid-murid lain yang akan menggunakannya kemudian.Buku-buku yang diconteng atau rosak, memaksa kerajaan menggantikannya.Hal ini tentu akan menyebabkan pembaziran wang kerajaan disebabkan kecuaian kita.

Buku-buku pinjaman seharusnya dijaga seperti hak milik sendiri. Buku-buku tidak boleh ditinggalkan di merata-rata tempat seperti di bawah meja dan di dalam kelas.Jika berlaku kehilangan, kita terpaksa menggantikannya. Jika tidak, pihak sekolah terpaksa memohon peruntukan baharu yang mungkin memakan sedikit masa untuk mendapatkannya.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menghargai dan menyayangi buku-buku SPBT dengan cara menjaga buku tersebut sebaik mungkin. Sebarang kehilangan atau kerosakan buku, mestilah segera dilaporkan kepada guru SPBT atau diganti supaya murid-murid lain juga dapat menggunakannya pada masa hadapan.
Nukilan:Aisyatussufiiah 
Tahun 6 Cemerlang

Thursday, 27 June 2013

Syarahan: Cara-cara Mengurangkan Kadar Kemalangan Jalan Raya

Syarahan: Cara-cara Mengurangkan Kadar Kemalangan Jalan Raya

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru, serta rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah "Cara- cara Mengurangkan Kadar Kemalangan Jalan Raya di Negara Kita".

Hadirin sekalian,

Kita boleh mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita dengan mematuhi peraturan-peraturan jalan raya yang ditetapkan seperti tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu, mematuhi lampu isyarat dan sebagainya lagi. Ini kerana, peraturan-peraturan ini diwujudkan bagi menjaga keselamatan para pengguna jalan raya itu sendiri.

Menggunakan telefon bimbit ketika memandu boleh mengurangkan kosentrasi. Ini tentu boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.

Selain itu, pemandu mesti memeriksa kenderaan sebelum pemanduan. Antara yang mesti diperiksa ialah tayar, enjin dan lain-lain lagi. Ini kerana banyak kemalangan yang berlaku akibat kerosakan kereta semasa dalam pemanduan.

Hadirin sekalian,

Pihak-pihak yang bertanggungjawab mestilah mengambil berat tentang keadaan struktur jalan raya. Ini kerana, keadaan struktur jalan raya yang teruk juga banyak menyumbang kepada kemalangan.

Di samping itu, pemandu juga haruslah memandu dengan had laju yang ditetapkan. Memandu kenderaaan dengan laju boleh menyebabkan kita hilang kawalan terutama apabila berlaku sesuatu kejadian yang tidak disangka atau mencemaskan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Akhir sekali, sekali lagi saya ingin mengingatkan kepada semua supaya sentiasalah berwaspada semasa memandu di jalan raya. Bak kata pepatah, "Biar lambat asalkan selamat".

Sekian, terima kasih.

Monday, 10 September 2012

Laporan Hari Sukan Sekolah


LAPORAN SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN BESOUT 3

             Pada 23 Januari 2010,Sekolah  Kebangsaan Besout 3, telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan Sekolah Kali ke-17.Temasya sukan bermula pada pukul 8:00 pagi.Temasya tersebut diadakan di Padang Sekolah Kebangsaan Besout 3 yang terletak di belakang sekolah.
       
 Pada pagi itu,semua olahragawan dan olahragawati beratur mengikut rumah masing-masing untuk masuk ke padang.Mereka berkawat kaki mengikut rentak muzik.Pengerusi PIBG dijemput untuk menerima tabik hormat daripada peserta perbarisan.Kemudian Ketua Kontinjen membaca ikrar.Pengerusi PIBG dijemput berucap dan merasmikan temasya sukan tersebut.        
        
Selepas itu bermulalah acara sukan. Antara acara yang dipertandingkan termasuklah acara 100m,200m,400m,4x100m. Selain itu, acara lontar peluru,lompat tinggi,lompat jauh dan tarik tali turut dipertandingkan.
        
Pengerusi PIBG dan Guru Besar Sekolah  Kebangsaan Besout 3 dan beberapa orang ahli Jawatankuasa Temasya Sukan dijemput untuk menyampaikan pingat dan hadiah. Mereka juga mengucapkan tahniah kepada para pemenang.
        
Sebelum acara berakhir, Guru Besar mengumumkan keputusan keseluruhan temasya sukan pada hari tersebut. Rumah Kuning dinobatkan sebagai Johan, Naib johan pula disandang oleh Rumah Biru manakala Rumah Merah mendapat tempat ketiga. Olahragawati ialah Norazmina Binti Kamaruddin dari Rumah Kuning,manakala olahragawan pula ialah Salleh Bin Ayub juga dari Rumah Kuning.
       
 Akhirnya,Guru Besar mengumumkan cuti sehari pada hari Isnin iaitu pada 26 Januari.Sebelum bersurai,Guru Besar meminta semua murid membersihkan padang .Guru Besar juga mengucapkan tahniah kepada pemenang dan memberikan nasihat kepada peserta yang kalah.


Disediakan oleh,                                                                                 28 JANUARI 2010.

…………………………
(SUBUH BIN ZUHUR)
Setiausaha sukan,
Sekolah Kebangsaan Besout 3.


Nukilan: Aisyatussufiaah
Tahun : 3 Cemerlang

Kepentingan Menjaga Kesihatan Diri


Dalam hidup ini kita mestilah menjaga kesihatan. Kesihatan diri perlu dijaga supaya kita dapat hidup selesa dan gembira.Oleh itu, menjadi kewajipan setiap orang memastikan amalan menjaga  kesihatan diri diperaktikkan dengan sebaik mungkin.
        
Salah satu kepentingan menjaga kesihatan diri kita dapat melaku berbagai aktiviti yang kita suka. Sebagai contoh, kita dapat bemain bola sepak dan berolah raga dengan selesa. Kesannya kita akan lebih gembira kerana dapat melakukan aktiviti yang kita minat.Mana mungkin orang yang tidak sihat dapat bermain bola dan beraktiviti.
            
Selain itu,apabila kita menjaga kesihatan kita dengan baik,kita dapat belajar dengan selesa dan mudah menumpukan perhatian sewaktu guru sedang mengajar atau memberikan penerangan. Keselesaan ini terhasil disebabkan kita tidak mempunyai sebarang penyakit yang mengganggu konsentrasi kita seperti selsema,demam,sakit perut dan lain-lain lagi.
            
 Di samping itu,orang yang menjaga kesihatan juga tidak menghadapi sebarang halangan yang menyebabkan kita tidak boleh hadir ke sekolah.Jika kita sakit sudah tentu kita merasa bimbang penyakit tersebut akan berjangkit kepada rakan-rakan.Kita mungkin akan dikurantinkan di rumah dan menyebabkan kita kerugian dalam pelajaran.

                Akhirnya, saya menyeru kepada rakan-rakan agar mementingkan penjagaan kesihatan diri. Langkah ini tidak boleh dipandang enteng dan seharusnya dititik beratkan agar kita terhindar daripada dijangkiti sebarang penyakit.

Catatan Lain Yang Mungkin Anda Cari

Kumpulan Blog Kendalian Saya

Blog List Ilmu Keguruan

Pautan Bersama