SEMERAH TINTA®
SUMPAH SEMERAH TINTA:
MENGHAYATI BAHASA SYURGA,MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA, MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS,MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA,DAN MEMPERKAYAKAN BANGSA DENGAN SEMUA BAHASA.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ . خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ .اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ .الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَم .عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ
In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.Read in the name of your Lord,Who created.Created man, out of a (mere) clot of congealed blood.Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful.He Who taught (the use of) the pen.Taught man that which he knew not.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam (pen/tinta).Dia mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahui manusia.
Sahabat Maya - Tinggalkan Link Anda Supaya Senang Saya Follow Kembali - Terima kasih atas sokongan
Wednesday, 29 August 2018
Faedah dan Kebaikan Bergotong-royong.
Antara faedah bergotong-royong ialah kerja yang sukar dapat dilaksanakan dengan lebih mudah. Hal ini kerana sesuatu kerja itu dilakukan secara beramai-ramai. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan lebih cepat dan pantas.
Faedah amalan bergotong-royong yang berikutnya ialah kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Semasa bergotong-royong, kita dapat berbual-bual,bertukar fikiran dan bertanya khabar antara satu sama lain. Kita juga dapat menambah kenalan.
Di samping itu, amalan bergotong-royong juga dapat menyihatkan badan. Hal yang demikian itu terjadi apabila kita melakukan aktiviti bergotong-royong seperti membersihkan sekolah atau membersihkan kawasan persekitaran, sudah tentu kita ada mengeluarkan peluh. Badan yang sihat juga dapat mengelakkan seseorang itu daripada mudah terkena penyakit.
Seterusnya, melalui amalan bergotong-royong, kita dapat mengisi masa senggang dengan kegiatan yang berfaedah. Dengan ini, kita dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang sia-sia dan membuang masa umpamanya bergaul dengan budak nakal dan melakukan aktiviti berbahaya seperti berlumba basikal lajak dan berlepak.
Kesimpukannya, jelaslah kepada kita bahawa amalan bergotong royong banyak kebaikan dan faedahnya. Oleh itu, kita hendaklah menjadikan gotong-royong sebagai amalan.
Siti Nursyamimi bt Zulkarnaen,
6 Cemerlang.
Catatan Lain Yang Mungkin Anda Cari
Kumpulan Blog Kendalian Saya
-
Selamat Bertugas di Tempat Baharu Cikgu Erma - Tahniah daripada seluruh warga kerja dan murid SK Besout 3 atas penempatan dan jawatan baharu Cikgu Norhidatul Erma bt Kamaruddin. Bermula 20 Februari 20...6 years ago
-
Kuala Kurau, Pekan Kecil yang “Hidup” - Kuala Gula terletak di persisir pantai utara Perak, kira-kira 50 kilo meter (km) dari barat laut bandar Taiping dan 80km dari sempadan Pulau Pinang. Ke Ut...6 years ago
-
Tin oh Tin - Kembali menjenguk pohon-pohon tin yang tidak terurus. Bukan mudah menanam tumbuhan ini jika kurang ilmunya. Hanya orang yang sabar dan rajin dapat menjaga...6 years ago
-
Kejadian Ragut Melibatkan Warga TBS - Taman Bukit Slim - Belumpun hilang kerisauan terhadap kejadian pecah rumah yang kerap berlaku di kejiranan Taman Bukit Slim berlaku pula kejadian ragu...9 years ago
-
Instyle Langkawi Trade Fair - Giving Style to Lifestyle (2) - Tun Dr. Mahathir di Instyle Langkawi Trade Fair12 years ago
Blog List Ilmu Keguruan
-
Persaraan dan Pencen Penjawat Awam - Persaraan Penjawat Awam Umur persaraan wajib penjawat awam bagi yang telah memilih opsyen umur 60 tahun, adalah masih 60 tahun. Ia bukan bermaksud, tidak...1 week ago
-
PENGUMUMAN RASMI!! - Salam sejahtera, Semoga anda yang mengunjungi laman ini sentiasa berada dalam keadaan sihat dan ceria. Semoga apa jua yang anda lakukan pada hari ini akan ...10 years ago
-
‘Sayalah guru itu!’ - MENJAWAB KERISAUAN GURU DI SELURUH NEGARA - Apabila kalimat ‘sayalah guru itu’ mula menjadi mainan di bibir para pendidik itu beerti benarlah kenyataan Syed Qutb bahawa *“satu peluru h...12 years ago
-
PENDIDIKAN INKLUSIF - Peraturan Pendidikan 1997 (Pendidikan Khas) menjelaskan makna pendidikan inklusif sebagai program; *“(c) an inclusive education programme for pupils with ...12 years ago
-
-
-
THANK YOU
ReplyDeleteApo ni?
ReplyDelete