SEMERAH TINTA®

SEMERAH TINTA®
"Merah" membawa maksud sesuatu yang masih baru dan perlu melalui jangka waktu dan proses tertentu untuk matang.Pen merah amat sinonim dengan profesion perguruan.Tinta merah atau dakwat merah pula selalu dikaitkan dengan pembetulan, amaran ataupun catatan pelaporan yang biasanya dikaitkan dengan kegagalan di dalam ujian atau peperiksaan seseorang pelajar.Apapun, tinta merah bukanlah bertujuan untuk menunjukkan sesuatu yang negatif, sebaliknya sebagai satu motivasi agar sentiasa memperbaiki kelemahan dan sentiasa mahu berubah sehingga kejayaan dapat dikecapi."Semerah Tinta" dibina sebagai medan catatan dan maklumat berkaitan Pembelajaran dan Pengajaran.Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pandangan, melayari dan menghubung (link) dengan laman atau blog lain. Segala paparan atau catatan adalah atas pandangan penulis sendiri dan boleh diperbaiki dari masa ke masa tertakluk kepada pandangan intlek dan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat,teguran,pandangan dan perhatian daripada intelektual, warga pendidik serta rakan blog berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran amat saya harapkan dan sangat-sangat dihargai.Semerahtinta juga lahir selepas puakajoran.blogspot.com,agrohias.blogspot.com,golokkraf.blogspot.com dan skb3.blogspot.com .Semoga kehadiran semerahtinta.blogspot ini dapat diterima dalam satu rangkaian.Terima kasih!- Tintamerah®.

SUMPAH SEMERAH TINTA:

SUMPAH SEMERAH TINTA:
MENGHAYATI BAHASA SYURGA,MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA, MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS,MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA,DAN MEMPERKAYAKAN BANGSA DENGAN SEMUA BAHASA.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ . خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ .اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ .الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَم .عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.Read in the name of your Lord,Who created.Created man, out of a (mere) clot of congealed blood.Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful.He Who taught (the use of) the pen.Taught man that which he knew not.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam (pen/tinta).Dia mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahui manusia.

Sahabat Maya - Tinggalkan Link Anda Supaya Senang Saya Follow Kembali - Terima kasih atas sokongan

Terima kasih atas sokongan.Tinggalkan Link supaya senang di "follow" kembali.

Thursday, 1 December 2011

Kelas Bimbingan UPSR Masa Cuti

SEKOLAH KEBANGSAAN BESOUT 03,
35600 SUNGKAI,
PERAK DARUL RIDZUAN.                                                                                                                                                    05-4312313
            Rujukan kami:Dlm. SKBT /PTC 2011/ Bil ( 01 )
            Rujukan Tuan:
            Tarikh: 25 NOVEMBER 2011.
Kepada,
Ibu bapa / Penjaga Murid Tahun 6 (2012),
Sekolah Kebangsaan Besout 3.

 Tuan,

Makluman Kelas Tambahan Masa Cuti 

Dengan segala hormatnya perkara tersebut dirujuk

2.         Untuk makluman  tuan, Jawatankuasa Program Tunas Cemerlang UPSR Sekolah Kebangsaan Besout 3 akan mengadakan beberapa sesi kelas bimbingan dan tambahan sepanjang cuti persekolahan ini.

3.         Kelas-kelas tersebut akan bermula pada 28.11.2011 sehingga 16.12.2011.

4.         Sehubungan itu anak / jagaan  Tuan dicadangkan hadir pada sesi kelas tersebut sebagai persediaan awal bagi menghadapi UPSR 2012 nanti.

5.         Berikut disertakan jadual kelas tersebut untuk perhatian dan  tindakan tuan.

Kerjasama dan keperihatinan tuan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "


Saya yang menurut perintah,

………………………………………
(HJ. MAT TAJUDIN BIN JAILANI)
Pengerusi Tunas Cemerlang UPSR 2012,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Besout 3.

JADUAL KELAS BIMBINGAN
(PERUBAHAN AKAN DIMAKLUMKAN DARI MASA KE MASA-PENYELARAS)
HARI /
 TARIKH
KELAS/
MATA PELAJARAN

GURU

MASA
ISNIN
21.11.2011

SAINS

EN. ZAINUDDIN

08.30-11.00 AM
SELASA
22.11.2011

SAINS

EN. ZAINUDDIN

08.30-11.00 AM
RABU
23.11.2011

SAINS

EN. ZAINUDDIN

08.30-11.00 AM
KHAMIS
24.11.2011

SAINS

EN. ZAINUDDIN

08.30-11.00 AM
JUMAAT
25.11.2011

SAINS

EN. ZAINUDDIN

08.30-11.00 AM
ISNIN
28.11.2011

CUTI AWAL MUHARRAM
SELASA
29.11.2011

B.MALAYSIA

EN. BADROL

08.30-11.00 AM
RABU
30.11.2011

B.MALAYSIA

EN. BAHARUDDIN

08.30-11.00 AM
KHAMIS
1.12.2011

B.MALAYSIA

EN. BADROL

08.30-11.00 AM
JUMAAT
2.12.2011

B.MALAYSIA

EN. BAHARUDDIN

08.30-11.00 AM
CUTI REHAT
ISNIN
12.12.2011

B.MALAYSIA

EN. JAMRI

08.30-11.00 AM
SELASA
13.12.2011

MATEMATIK
EN. ABAS/EN.MASUDI

08.30-11.00 AM
RABU
14.12.2011

B.MALAYSIA

EN. JAMRI

08.30-11.00 AM
KHAMIS
15.12.2011

MATEMATIK

EN. ABAS/EN. MASUDDI

08.30-11.00 AM
JUMAAT
16.12.2011

B.MALAYSIA

EN. JAMRI

08.30-11.00

No comments:

Post a Comment

Catatan Lain Yang Mungkin Anda Cari

Kumpulan Blog Kendalian Saya

Blog List Ilmu Keguruan

Pautan Bersama