يٰأَيُّهَا
النّاسُ اتَّقوا رَبَّكُمُ الَّذى خَلَقَكُم مِن نَفسٍ وٰحِدَةٍ وَخَلَقَ
مِنها زَوجَها وَبَثَّ مِنهُما رِجالًا كَثيرًا وَنِساءً ۚ وَاتَّقُوا
اللَّهَ الَّذى تَساءَلونَ بِهِ وَالأَرحامَ ۚ إِنَّ اللَّهَ كانَ عَلَيكُم
رَقيبًا ﴿١﴾(1)
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah
menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang
menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga
yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan
yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan
menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum
kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.وَءاتُوا
اليَتٰمىٰ أَموٰلَهُم ۖ وَلا تَتَبَدَّلُوا الخَبيثَ بِالطَّيِّبِ ۖ وَلا
تَأكُلوا أَموٰلَهُم إِلىٰ أَموٰلِكُم ۚ إِنَّهُ كانَ حوبًا كَبيرًا ﴿٢﴾(2)
Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta
mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk;
dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan
harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang
besar.وَإِن
خِفتُم أَلّا تُقسِطوا فِى اليَتٰمىٰ فَانكِحوا ما طابَ لَكُم مِنَ
النِّساءِ مَثنىٰ وَثُلٰثَ وَرُبٰعَ ۖ فَإِن خِفتُم أَلّا تَعدِلوا
فَوٰحِدَةً أَو ما مَلَكَت أَيمٰنُكُم ۚ ذٰلِكَ أَدنىٰ أَلّا تَعولوا ﴿٣﴾(3)
Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan
yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan
sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga
atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di
antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja,
atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian
itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan
kezaliman.وَءاتُوا النِّساءَ صَدُقٰتِهِنَّ نِحلَةً ۚ فَإِن طِبنَ لَكُم عَن شَيءٍ مِنهُ نَفسًا فَكُلوهُ هَنيـًٔا مَريـًٔا ﴿٤﴾(4)
Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin
mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka
hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka
makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang
lazat, lagi baik kesudahannya.وَلا
تُؤتُوا السُّفَهاءَ أَموٰلَكُمُ الَّتى جَعَلَ اللَّهُ لَكُم قِيٰمًا
وَارزُقوهُم فيها وَاكسوهُم وَقولوا لَهُم قَولًا مَعروفًا ﴿٥﴾(5)
Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum
sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta)
yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas
pembangunan kehidupan kamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari
pendapatan hartanya (yang kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada
mereka dengan kata-kata yang baik.وَابتَلُوا
اليَتٰمىٰ حَتّىٰ إِذا بَلَغُوا النِّكاحَ فَإِن ءانَستُم مِنهُم رُشدًا
فَادفَعوا إِلَيهِم أَموٰلَهُم ۖ وَلا تَأكُلوها إِسرافًا وَبِدارًا أَن
يَكبَروا ۚ وَمَن كانَ غَنِيًّا فَليَستَعفِف ۖ وَمَن كانَ فَقيرًا
فَليَأكُل بِالمَعروفِ ۚ فَإِذا دَفَعتُم إِلَيهِم أَموٰلَهُم فَأَشهِدوا
عَلَيهِم ۚ وَكَفىٰ بِاللَّهِ حَسيبًا ﴿٦﴾(6)
Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup
umur (dewasa). Kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka
(tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik dan
berkebolehan menjaga hartanya, maka serahkanlah kepada mereka hartanya;
dan janganlah kamu makan harta anak-anak yatim itu secara yang melampaui
batas dan secara terburu-buru (merebut peluang) sebelum mereka dewasa.
Dan sesiapa (di antara penjaga harta anak-anak yatim itu) yang kaya maka
hendaklah ia menahan diri (dari memakannya); dan sesiapa yang miskin
maka bolehlah ia memakannya dengan cara yang sepatutnya. Kemudian
apabila kamu menyerahkan kepada mereka hartanya, maka hendaklah kamu
adakan saksi-saksi (yang menyaksikan penerimaan) mereka. Dan cukuplah
Allah sebagai Pengawas (akan segala yang kamu lakukan).لِلرِّجالِ
نَصيبٌ مِمّا تَرَكَ الوٰلِدانِ وَالأَقرَبونَ وَلِلنِّساءِ نَصيبٌ مِمّا
تَرَكَ الوٰلِدانِ وَالأَقرَبونَ مِمّا قَلَّ مِنهُ أَو كَثُرَ ۚ نَصيبًا
مَفروضًا﴿٧﴾(7)
Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan
kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari
peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari
harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan
ditentukan oleh Allah).وَإِذا حَضَرَ القِسمَةَ أُولُوا القُربىٰ وَاليَتٰمىٰ وَالمَسٰكينُ فَارزُقوهُم مِنهُ وَقولوا لَهُم قَولًا مَعروفًا ﴿٨﴾(8)
Dan apabila kerabat (yang tidak berhak mendapat pusaka), dan anak-anak
yatim serta orang-orang miskin hadir ketika pembahagian (harta pusaka)
itu, maka berikanlah kepada mereka sedikit daripadanya, dan berkatalah
kepada mereka dengan kata-kata yang baik.وَليَخشَ الَّذينَ لَو تَرَكوا مِن خَلفِهِم ذُرِّيَّةً ضِعٰفًا خافوا عَلَيهِم فَليَتَّقُوا اللَّهَ وَليَقولوا قَولًا سَديدًا ﴿٩﴾(9)
Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada
anak-anak yatim oleh) orang-orang (yang menjadi penjaganya), yang jika
ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang daif (yatim) di
belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa
depan dan keselamatan) anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka
bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang
betul (menepati kebenaran).إِنَّ الَّذينَ يَأكُلونَ أَموٰلَ اليَتٰمىٰ ظُلمًا إِنَّما يَأكُلونَ فى بُطونِهِم نارًا ۖ وَسَيَصلَونَ سَعيرًا ﴿١٠﴾(10)
Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara
zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka;
dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.يوصيكُمُ
اللَّهُ فى أَولٰدِكُم ۖ لِلذَّكَرِ مِثلُ حَظِّ الأُنثَيَينِ ۚ فَإِن
كُنَّ نِساءً فَوقَ اثنَتَينِ فَلَهُنَّ ثُلُثا ما تَرَكَ ۖ وَإِن كانَت
وٰحِدَةً فَلَهَا النِّصفُ ۚ وَلِأَبَوَيهِ لِكُلِّ وٰحِدٍ مِنهُمَا
السُّدُسُ مِمّا تَرَكَ إِن كانَ لَهُ وَلَدٌ ۚ فَإِن لَم يَكُن لَهُ
وَلَدٌ وَوَرِثَهُ أَبَواهُ فَلِأُمِّهِ الثُّلُثُ ۚ فَإِن كانَ لَهُ
إِخوَةٌ فَلِأُمِّهِ السُّدُسُ ۚ مِن بَعدِ وَصِيَّةٍ يوصى بِها أَو دَينٍ ۗ
ءاباؤُكُم وَأَبناؤُكُم لا تَدرونَ أَيُّهُم أَقرَبُ لَكُم نَفعًا ۚ
فَريضَةً مِنَ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كانَ عَليمًا حَكيمًا ﴿١١﴾(11)
Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk)
anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua
orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari
dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan
oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka
bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si
mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang
ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika
si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu
bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati
itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian
ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan
wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan
hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa
di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu
(Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti
yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah
adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.وَلَكُم
نِصفُ ما تَرَكَ أَزوٰجُكُم إِن لَم يَكُن لَهُنَّ وَلَدٌ ۚ فَإِن كانَ
لَهُنَّ وَلَدٌ فَلَكُمُ الرُّبُعُ مِمّا تَرَكنَ ۚ مِن بَعدِ وَصِيَّةٍ
يوصينَ بِها أَو دَينٍ ۚ وَلَهُنَّ الرُّبُعُ مِمّا تَرَكتُم إِن لَم يَكُن
لَكُم وَلَدٌ ۚ فَإِن كانَ لَكُم وَلَدٌ فَلَهُنَّ الثُّمُنُ مِمّا
تَرَكتُم ۚ مِن بَعدِ وَصِيَّةٍ توصونَ بِها أَو دَينٍ ۗ وَإِن كانَ رَجُلٌ
يورَثُ كَلٰلَةً أَوِ امرَأَةٌ وَلَهُ أَخٌ أَو أُختٌ فَلِكُلِّ وٰحِدٍ
مِنهُمَا السُّدُسُ ۚ فَإِن كانوا أَكثَرَ مِن ذٰلِكَ فَهُم شُرَكاءُ فِى
الثُّلُثِ ۚ مِن بَعدِ وَصِيَّةٍ يوصىٰ بِها أَو دَينٍ غَيرَ مُضارٍّ ۚ
وَصِيَّةً مِنَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عَليمٌ حَليمٌ ﴿١٢﴾(12)
Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh
isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka
mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka
tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah
dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat
dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi
kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu)
ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan
wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika
si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak
meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki
(seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari
keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang
seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga
(dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah
ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan
hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan
mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan
dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.تِلكَ
حُدودُ اللَّهِ ۚ وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسولَهُ يُدخِلهُ جَنّٰتٍ تَجرى
مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ خٰلِدينَ فيها ۚ وَذٰلِكَ الفَوزُ العَظيمُ ﴿١٣﴾(13)
Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan
sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah
ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka
kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar.وَمَن يَعصِ اللَّهَ وَرَسولَهُ وَيَتَعَدَّ حُدودَهُ يُدخِلهُ نارًا خٰلِدًا فيها وَلَهُ عَذابٌ مُهينٌ ﴿١٤﴾(14)
Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui
batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka,
kekalah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina.وَالّٰتى
يَأتينَ الفٰحِشَةَ مِن نِسائِكُم فَاستَشهِدوا عَلَيهِنَّ أَربَعَةً
مِنكُم ۖ فَإِن شَهِدوا فَأَمسِكوهُنَّ فِى البُيوتِ حَتّىٰ
يَتَوَفّىٰهُنَّ المَوتُ أَو يَجعَلَ اللَّهُ لَهُنَّ سَبيلًا ﴿١٥﴾(15)
Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara
perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu
yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka. Kemudian kalau
keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut, maka
kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) dalam rumah hingga mereka
sampai ajal matinya, atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan
keluar (dari hukuman itu).وَالَّذانِ يَأتِيٰنِها مِنكُم فَـٔاذوهُما ۖ فَإِن تابا وَأَصلَحا فَأَعرِضوا عَنهُما ۗ إِنَّ اللَّهَ كانَ تَوّابًا رَحيمًا ﴿١٦﴾(16)
Dan (mana-mana) dua orang di antara kamu yang melakukan perbuatan yang
keji itu, (setelah sabit kesalahannya) maka hendaklah kamu menyakiti
keduanya; kemudian jika mereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri
mereka (yang buruk itu), maka biarkanlah mereka; kerana sesungguhnya
Allah adalah sentiasa Menerima taubat, lagi Maha Luas rahmatNya.إِنَّمَا
التَّوبَةُ عَلَى اللَّهِ لِلَّذينَ يَعمَلونَ السّوءَ بِجَهٰلَةٍ ثُمَّ
يَتوبونَ مِن قَريبٍ فَأُولٰئِكَ يَتوبُ اللَّهُ عَلَيهِم ۗ وَكانَ اللَّهُ
عَليمًا حَكيمًا ﴿١٧﴾(17)
Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi
orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan
kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu)
mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui,
lagi Maha Bijaksana.وَلَيسَتِ
التَّوبَةُ لِلَّذينَ يَعمَلونَ السَّيِّـٔاتِ حَتّىٰ إِذا حَضَرَ
أَحَدَهُمُ المَوتُ قالَ إِنّى تُبتُ الـٰٔنَ وَلَا الَّذينَ يَموتونَ
وَهُم كُفّارٌ ۚ أُولٰئِكَ أَعتَدنا لَهُم عَذابًا أَليمًا ﴿١٨﴾(18)
Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu
melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir
mati, berkatalah ia: "Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini," (sedang
taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang
yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami
telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.يٰأَيُّهَا
الَّذينَ ءامَنوا لا يَحِلُّ لَكُم أَن تَرِثُوا النِّساءَ كَرهًا ۖ وَلا
تَعضُلوهُنَّ لِتَذهَبوا بِبَعضِ ما ءاتَيتُموهُنَّ إِلّا أَن يَأتينَ
بِفٰحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ ۚ وَعاشِروهُنَّ بِالمَعروفِ ۚ فَإِن
كَرِهتُموهُنَّ فَعَسىٰ أَن تَكرَهوا شَيـًٔا وَيَجعَلَ اللَّهُ فيهِ
خَيرًا كَثيرًا ﴿١٩﴾(19)
Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi
perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti
mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak
mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya,
kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan
bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang
baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan
tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana
boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada
apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).وَإِن
أَرَدتُمُ استِبدالَ زَوجٍ مَكانَ زَوجٍ وَءاتَيتُم إِحدىٰهُنَّ قِنطارًا
فَلا تَأخُذوا مِنهُ شَيـًٔا ۚ أَتَأخُذونَهُ بُهتٰنًا وَإِثمًا مُبينًا ﴿٢٠﴾(20)
Dan jika kamu hendak mengambil isteri (baharu) menggantikan isteri
(lama yang kamu ceraikan) sedang kamu telahpun memberikan kepada
seseorang di antaranya (isteri yang diceraikan itu) harta yang banyak,
maka janganlah kamu mengambil sedikitpun dari harta itu. Patutkah kamu
mengambilnya dengan cara yang tidak benar dan (yang menyebabkan) dosa
yang nyata?وَكَيفَ تَأخُذونَهُ وَقَد أَفضىٰ بَعضُكُم إِلىٰ بَعضٍ وَأَخَذنَ مِنكُم ميثٰقًا غَليظًا ﴿٢١﴾(21)
Dan bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu padahal kasih
mesra kamu telah terjalin antara satu dengan yang lain, dan mereka pula
(isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian yang kuat
daripada kamu?وَلا تَنكِحوا ما نَكَحَ ءاباؤُكُم مِنَ النِّساءِ إِلّا ما قَد سَلَفَ ۚ إِنَّهُ كانَ فٰحِشَةً وَمَقتًا وَساءَ سَبيلًا ﴿٢٢﴾(22)
Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) yang telah
diperisterikan oleh bapa kamu kecuali apa yang telah berlaku pada masa
yang lalu. Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji, dan
dibenci (oleh Allah), serta menjadi seburuk-buruk jalan (yang dilalui
dalam perkahwinan).حُرِّمَت
عَلَيكُم أُمَّهٰتُكُم وَبَناتُكُم وَأَخَوٰتُكُم وَعَمّٰتُكُم
وَخٰلٰتُكُم وَبَناتُ الأَخِ وَبَناتُ الأُختِ وَأُمَّهٰتُكُمُ الّٰتى
أَرضَعنَكُم وَأَخَوٰتُكُم مِنَ الرَّضٰعَةِ وَأُمَّهٰتُ نِسائِكُم
وَرَبٰئِبُكُمُ الّٰتى فى حُجورِكُم مِن نِسائِكُمُ الّٰتى دَخَلتُم
بِهِنَّ فَإِن لَم تَكونوا دَخَلتُم بِهِنَّ فَلا جُناحَ عَلَيكُم
وَحَلٰئِلُ أَبنائِكُمُ الَّذينَ مِن أَصلٰبِكُم وَأَن تَجمَعوا بَينَ
الأُختَينِ إِلّا ما قَد سَلَفَ ۗ إِنَّ اللَّهَ كانَ غَفورًا رَحيمًا ﴿٢٣﴾(23)
Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang
berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu,
dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan
anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang
perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan
saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri
yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah
campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan
kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin
dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri
anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu
menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu),
kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah
adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.وَالمُحصَنٰتُ
مِنَ النِّساءِ إِلّا ما مَلَكَت أَيمٰنُكُم ۖ كِتٰبَ اللَّهِ عَلَيكُم ۚ
وَأُحِلَّ لَكُم ما وَراءَ ذٰلِكُم أَن تَبتَغوا بِأَموٰلِكُم مُحصِنينَ
غَيرَ مُسٰفِحينَ ۚ فَمَا استَمتَعتُم بِهِ مِنهُنَّ فَـٔاتوهُنَّ
أُجورَهُنَّ فَريضَةً ۚ وَلا جُناحَ عَلَيكُم فيما تَرٰضَيتُم بِهِ مِن
بَعدِ الفَريضَةِ ۚ إِنَّ اللَّهَ كانَ عَليمًا حَكيمًا ﴿٢٤﴾(24)
Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri
orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki. (Haramnya segala yang
tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas
kamu. Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang
lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan
harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina. Kemudian mana-mana
perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah ia menjadi
isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya (dengan
sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah). Dan
tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai
bersama oleh kamu (suami isteri), sesudah ditetapkan maskahwin itu
(tentang cara dan kadar pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.وَمَن
لَم يَستَطِع مِنكُم طَولًا أَن يَنكِحَ المُحصَنٰتِ المُؤمِنٰتِ فَمِن ما
مَلَكَت أَيمٰنُكُم مِن فَتَيٰتِكُمُ المُؤمِنٰتِ ۚ وَاللَّهُ أَعلَمُ
بِإيمٰنِكُم ۚ بَعضُكُم مِن بَعضٍ ۚ فَانكِحوهُنَّ بِإِذنِ أَهلِهِنَّ
وَءاتوهُنَّ أُجورَهُنَّ بِالمَعروفِ مُحصَنٰتٍ غَيرَ مُسٰفِحٰتٍ وَلا
مُتَّخِذٰتِ أَخدانٍ ۚ فَإِذا أُحصِنَّ فَإِن أَتَينَ بِفٰحِشَةٍ
فَعَلَيهِنَّ نِصفُ ما عَلَى المُحصَنٰتِ مِنَ العَذابِ ۚ ذٰلِكَ لِمَن
خَشِىَ العَنَتَ مِنكُم ۚ وَأَن تَصبِروا خَيرٌ لَكُم ۗ وَاللَّهُ غَفورٌ
رَحيمٌ﴿٢٥﴾(25)
Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mempunyai kemampuan yang cukup
untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan yang baik-baik (yang merdeka,
yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman, maka bolehlah kamu
berkahwin dengan hamba-hamba perempuan yang beriman yang kamu miliki.
Dan Allah lebih mengetahui akan iman kamu; kamu masing-masing (suami
yang merdeka dan isteri dari hamba - abdi itu) adalah berasal sama (dari
Adam, dan seugama pula). Oleh itu berkahwinlah dengan mereka dengan
izin walinya serta berikanlah maskahwinnya menurut yang patut. Mereka
(hamba-hamba perempuan yang akan dijadikan isteri, hendaklah) yang sopan
bukan perempuan-perempuan lacur, dan bukan pula yang mengambil lelaki
sebagai teman simpanan. Kemudian setelah mereka (hamba-hamba perempuan
itu) berkahwin, lalu mereka melakukan perbuatan keji (zina), maka mereka
dikenakan separuh dari (hukuman) seksa yang ditetapkan ke atas
perempuan-perempuan yang merdeka. (Hukum perkahwinan) yang demikian
(yang membolehkan seseorang berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu
ialah bagi orang-orang yang bimbang melakukan zina di antara kamu; dan
sabarnya kamu (tidak berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu adalah
lebih baik bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.يُريدُ اللَّهُ لِيُبَيِّنَ لَكُم وَيَهدِيَكُم سُنَنَ الَّذينَ مِن قَبلِكُم وَيَتوبَ عَلَيكُم ۗ وَاللَّهُ عَليمٌ حَكيمٌ ﴿٢٦﴾(26)
Allah menghendaki (dengan apa yang telah diharamkan dan dihalalkan dari
kaum perempuan itu) ialah untuk menerangkan (SyariatNya) dan untuk
menunjukkan kepada kamu jalan-jalan aturan orang-orang yang dahulu
daripada kamu (Nabi-nabi dan orang-orang yang soleh, supaya kamu
mengikutinya), dan juga untuk menerima taubat kamu. Dan (ingatlah) Allah
Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.وَاللَّهُ يُريدُ أَن يَتوبَ عَلَيكُم وَيُريدُ الَّذينَ يَتَّبِعونَ الشَّهَوٰتِ أَن تَميلوا مَيلًا عَظيمًا ﴿٢٧﴾(27)
Dan Allah hendak (membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubat
kamu, sedang orang-orang (yang fasik) yang menurut keinginan hawa nafsu
(yang diharamkan oleh Allah itu) hendak mendorong kamu supaya kamu
menyeleweng (dari kebenaran) dengan penyelewengan yang besar bahayanya.يُريدُ اللَّهُ أَن يُخَفِّفَ عَنكُم ۚ وَخُلِقَ الإِنسٰنُ ضَعيفًا ﴿٢٨﴾(28) Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.يٰأَيُّهَا
الَّذينَ ءامَنوا لا تَأكُلوا أَموٰلَكُم بَينَكُم بِالبٰطِلِ إِلّا أَن
تَكونَ تِجٰرَةً عَن تَراضٍ مِنكُم ۚ وَلا تَقتُلوا أَنفُسَكُم ۚ إِنَّ
اللَّهَ كانَ بِكُم رَحيمًا﴿٢٩﴾(29)
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan)
harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan
sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka
sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama
sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.وَمَن يَفعَل ذٰلِكَ عُدوٰنًا وَظُلمًا فَسَوفَ نُصليهِ نارًا ۚ وَكانَ ذٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسيرًا ﴿٣٠﴾(30)
Dan sesiapa berbuat demikian dengan menceroboh dan aniaya, maka kami
akan masukkan dia ke dalam api neraka, dan balasan yang sedemikian itu
adalah mudah bagi Allah, (tidak ada sesiapapun yang dapat
menghalangnya).إِن تَجتَنِبوا كَبائِرَ ما تُنهَونَ عَنهُ نُكَفِّر عَنكُم سَيِّـٔاتِكُم وَنُدخِلكُم مُدخَلًا كَريمًا ﴿٣١﴾(31)
Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya,
Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu, dan kami akan
masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga).وَلا
تَتَمَنَّوا ما فَضَّلَ اللَّهُ بِهِ بَعضَكُم عَلىٰ بَعضٍ ۚ لِلرِّجالِ
نَصيبٌ مِمَّا اكتَسَبوا ۖ وَلِلنِّساءِ نَصيبٌ مِمَّا اكتَسَبنَ ۚ
وَسـَٔلُوا اللَّهَ مِن فَضلِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كانَ بِكُلِّ شَيءٍ
عَليمًا ﴿٣٢﴾(32)
Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia
yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan
mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu
pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang
lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang
perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka
berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya.
Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.وَلِكُلٍّ
جَعَلنا مَوٰلِىَ مِمّا تَرَكَ الوٰلِدانِ وَالأَقرَبونَ ۚ وَالَّذينَ
عَقَدَت أَيمٰنُكُم فَـٔاتوهُم نَصيبَهُم ۚ إِنَّ اللَّهَ كانَ عَلىٰ كُلِّ
شَيءٍ شَهيدًا﴿٣٣﴾(33)
Dan bagi tiap-tiap (lelaki dan perempuan yang telah mati), kami telah
tetapkan orang-orang yang berhak mewarisi peninggalannya iaitu ibu bapa
dan kerabat yang dekat. Dan mana-mana orang yang kamu telah membuat
ikatan setia dengan mereka (untuk bantu-membantu dalam masa kecemasan
dan kesusahan) maka berikanlah kepada mereka bahagiannya. Sesungguhnya
Allah sentiasa Menyaksikan tiap-tiap sesuatu.الرِّجالُ
قَوّٰمونَ عَلَى النِّساءِ بِما فَضَّلَ اللَّهُ بَعضَهُم عَلىٰ بَعضٍ
وَبِما أَنفَقوا مِن أَموٰلِهِم ۚ فَالصّٰلِحٰتُ قٰنِتٰتٌ حٰفِظٰتٌ
لِلغَيبِ بِما حَفِظَ اللَّهُ ۚ وَالّٰتى تَخافونَ نُشوزَهُنَّ فَعِظوهُنَّ
وَاهجُروهُنَّ فِى المَضاجِعِ وَاضرِبوهُنَّ ۖ فَإِن أَطَعنَكُم فَلا
تَبغوا عَلَيهِنَّ سَبيلًا ۗ إِنَّ اللَّهَ كانَ عَلِيًّا كَبيرًا ﴿٣٤﴾(34)
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab
terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang
lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan
juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah)
sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu
ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara
(kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami
tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan
perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka
(nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil)
pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil)
pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).
Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari
jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi
Maha Besar.وَإِن
خِفتُم شِقاقَ بَينِهِما فَابعَثوا حَكَمًا مِن أَهلِهِ وَحَكَمًا مِن
أَهلِها إِن يُريدا إِصلٰحًا يُوَفِّقِ اللَّهُ بَينَهُما ۗ إِنَّ اللَّهَ
كانَ عَليمًا خَبيرًا ﴿٣٥﴾(35)
Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami
isteri) maka lantiklah "orang tengah" (untuk mendamaikan mereka, iaitu),
seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika
kedua-dua "orang tengah" itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak
mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu)
berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat
mendalam pengetahuanNya.وَاعبُدُوا
اللَّهَ وَلا تُشرِكوا بِهِ شَيـًٔا ۖ وَبِالوٰلِدَينِ إِحسٰنًا وَبِذِى
القُربىٰ وَاليَتٰمىٰ وَالمَسٰكينِ وَالجارِ ذِى القُربىٰ وَالجارِ
الجُنُبِ وَالصّاحِبِ بِالجَنبِ وَابنِ السَّبيلِ وَما مَلَكَت أَيمٰنُكُم ۗ
إِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ مَن كانَ مُختالًا فَخورًا ﴿٣٦﴾(36)
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan
Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua
ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang
miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan
rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang
kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang
sombong takbur dan membangga-banggakan diri;الَّذينَ
يَبخَلونَ وَيَأمُرونَ النّاسَ بِالبُخلِ وَيَكتُمونَ ما ءاتىٰهُمُ
اللَّهُ مِن فَضلِهِ ۗ وَأَعتَدنا لِلكٰفِرينَ عَذابًا مُهينًا ﴿٣٧﴾(37)
Iaitu orang-orang yang bakhil dan menyuruh manusia supaya bakhil serta
menyembunyikan apa-apa jua yang Allah berikan kepada mereka dari limpah
kurnianya. Dan (sebenarnya) Kami telah sediakan bagi orang-orang kafir
itu azab seksa yang amat menghina;وَالَّذينَ
يُنفِقونَ أَموٰلَهُم رِئاءَ النّاسِ وَلا يُؤمِنونَ بِاللَّهِ وَلا
بِاليَومِ الءاخِرِ ۗ وَمَن يَكُنِ الشَّيطٰنُ لَهُ قَرينًا فَساءَ قَرينًا
﴿٣٨﴾(38)
Dan juga orang-orang yang membelanjakan hartanya dengan menunjuk-nunjuk
kepada manusia (riak), dan mereka tidak pula beriman kepada Allah dan
tidak juga beriman kepada hari akhirat. Dan sesiapa yang (mengambil)
Syaitan itu menjadi kawannya, maka seburuk-buruk kawan ialah syaitan.وَماذا عَلَيهِم لَو ءامَنوا بِاللَّهِ وَاليَومِ الءاخِرِ وَأَنفَقوا مِمّا رَزَقَهُمُ اللَّهُ ۚ وَكانَ اللَّهُ بِهِم عَليمًا ﴿٣٩﴾(39)
Dan apakah (kerugian) yang akan menimpa mereka jika mereka beriman
kepada Allah dan hari akhirat, serta mereka mendermakan sebahagian dari
apa yang telah dikurniakan Allah kepada mereka? Dan (ingatlah) Allah
sentiasa Mengetahui akan keadaan mereka.إِنَّ اللَّهَ لا يَظلِمُ مِثقالَ ذَرَّةٍ ۖ وَإِن تَكُ حَسَنَةً يُضٰعِفها وَيُؤتِ مِن لَدُنهُ أَجرًا عَظيمًا ﴿٤٠﴾(40)
Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun
seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal
kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya,
pahala yang amat besar.فَكَيفَ إِذا جِئنا مِن كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهيدٍ وَجِئنا بِكَ عَلىٰ هٰؤُلاءِ شَهيدًا﴿٤١﴾(41)
Maka bagaimanakah (keadaan orang-orang kafir pada hari akhirat kelak),
apabila Kami datangkan dari tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu Rasul
mereka sendiri menjadi saksi terhadap perbuatan mereka), dan Kami juga
datangkan engkau (wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap umatmu ini?يَومَئِذٍ يَوَدُّ الَّذينَ كَفَروا وَعَصَوُا الرَّسولَ لَو تُسَوّىٰ بِهِمُ الأَرضُ وَلا يَكتُمونَ اللَّهَ حَديثًا ﴿٤٢﴾(42)
Pada hari itu orang-orang yang kafir dan menderhaka kepada Rasulullah,
suka jika mereka disama ratakan dengan tanah (ditelan bumi), dan (ketika
itu) mereka tidak dapat menyembunyikan sepatah kata pun dari
pengetahuan Allah.يٰأَيُّهَا
الَّذينَ ءامَنوا لا تَقرَبُوا الصَّلوٰةَ وَأَنتُم سُكٰرىٰ حَتّىٰ
تَعلَموا ما تَقولونَ وَلا جُنُبًا إِلّا عابِرى سَبيلٍ حَتّىٰ تَغتَسِلوا ۚ
وَإِن كُنتُم مَرضىٰ أَو عَلىٰ سَفَرٍ أَو جاءَ أَحَدٌ مِنكُم مِنَ
الغائِطِ أَو لٰمَستُمُ النِّساءَ فَلَم تَجِدوا ماءً فَتَيَمَّموا صَعيدًا
طَيِّبًا فَامسَحوا بِوُجوهِكُم وَأَيديكُم ۗ إِنَّ اللَّهَ كانَ عَفُوًّا
غَفورًا ﴿٤٣﴾(43)
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang
(mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan
mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri
masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) - kecuali kamu
hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit,
atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang
dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian
kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu
bertayamum dengan tanah - debu, yang suci, iaitu sapukanlah ke muka
kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha
Pengampun.أَلَم تَرَ إِلَى الَّذينَ أوتوا نَصيبًا مِنَ الكِتٰبِ يَشتَرونَ الضَّلٰلَةَ وَيُريدونَ أَن تَضِلُّوا السَّبيلَ ﴿٤٤﴾(44)
Tidakkah engkau memerhatikan (wahai Muhammad) orang-orang yang telah
diberikan sebahagian dari Kitab, mereka memilih kesesatan (dengan
meninggalkan pertunjuk Tuhan), dan mereka pula berkehendak supaya kamu
juga sesat jalan.وَاللَّهُ أَعلَمُ بِأَعدائِكُم ۚ وَكَفىٰ بِاللَّهِ وَلِيًّا وَكَفىٰ بِاللَّهِ نَصيرًا ﴿٤٥﴾(45)
Dan Allah lebih mengetahui berkenaan dengan musuh-musuh kamu, (oleh itu
awasilah angkara musuh kamu itu). Dan cukuplah Allah sebagai Pengawal
yang melindungi, dan cukuplah Allah sebagai Penolong (yang menyelamatkan
kamu dari angkara mereka).مِنَ
الَّذينَ هادوا يُحَرِّفونَ الكَلِمَ عَن مَواضِعِهِ وَيَقولونَ سَمِعنا
وَعَصَينا وَاسمَع غَيرَ مُسمَعٍ وَرٰعِنا لَيًّا بِأَلسِنَتِهِم وَطَعنًا
فِى الدّينِ ۚ وَلَو أَنَّهُم قالوا سَمِعنا وَأَطَعنا وَاسمَع وَانظُرنا
لَكانَ خَيرًا لَهُم وَأَقوَمَ وَلٰكِن لَعَنَهُمُ اللَّهُ بِكُفرِهِم فَلا
يُؤمِنونَ إِلّا قَليلًا ﴿٤٦﴾(46)
Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah (atau menukar ganti)
Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar,
dan berkata (kepada Nabi Muhammad): "Kami dengar", (sedang mereka
berkata dalam hati): "Kami tidak akan menurut". (Mereka juga berkata):
"Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu yang buruk", serta
(mereka mengatakan): "Raaeina"; (Tujuan kata-kata mereka yang tersebut)
hanya memutar belitkan perkataan mereka dan mencela ugama Islam. Dan
kalaulah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat, dan dengarlah serta
berilah perhatian kepada kami", tentulah yang demikian itu lebih baik
bagi mereka dan lebih betul. Akan tetapi Allah melaknat mereka dengan
sebab kekufuran mereka. Oleh itu, mereka tidak beriman kecuali sedikit
sahaja (di antara mereka).يٰأَيُّهَا
الَّذينَ أوتُوا الكِتٰبَ ءامِنوا بِما نَزَّلنا مُصَدِّقًا لِما مَعَكُم
مِن قَبلِ أَن نَطمِسَ وُجوهًا فَنَرُدَّها عَلىٰ أَدبارِها أَو نَلعَنَهُم
كَما لَعَنّا أَصحٰبَ السَّبتِ ۚ وَكانَ أَمرُ اللَّهِ مَفعولًا ﴿٤٧﴾(47)
Wahai orang-orang yang telah diberikan Kitab, berimanlah kamu dengan
apa yang telah Kami turunkan (Al-Quran), yang mengesahkan Kitab-Kitab
yang ada pada kamu, sebelum Kami menyeksa dengan menghapuskan bentuk
muka kamu (sehingga berubah menjadi rata - tidak bermulut, berhidung dan
bermata), lalu Kami menjadikannya sama seperti rupa sebelah
belakangnya, atau Kami melaknatkan mereka sebagaimana Kami telah
melaknatkan orang-orang (dari kaum mereka - Yahudi) yang melanggar
larangan bekerja pada hari Sabtu. Dan (ingatlah) perintah Allah itu
tetap berlaku.إِنَّ
اللَّهَ لا يَغفِرُ أَن يُشرَكَ بِهِ وَيَغفِرُ ما دونَ ذٰلِكَ لِمَن
يَشاءُ ۚ وَمَن يُشرِك بِاللَّهِ فَقَدِ افتَرىٰ إِثمًا عَظيمًا ﴿٤٨﴾(48)
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik
mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa
yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan
SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang
lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.أَلَم تَرَ إِلَى الَّذينَ يُزَكّونَ أَنفُسَهُم ۚ بَلِ اللَّهُ يُزَكّى مَن يَشاءُ وَلا يُظلَمونَ فَتيلًا ﴿٤٩﴾(49)
Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada
orang-orang yang membersihkan (memuji) diri sendiri? (Padahal perkara
itu bukan hak manusia) bahkan Allah jualah yang berhak membersihkan
(memuji) sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya); dan
mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasan mereka)
sedikitpun.انظُر كَيفَ يَفتَرونَ عَلَى اللَّهِ الكَذِبَ ۖ وَكَفىٰ بِهِ إِثمًا مُبينًا ﴿٥٠﴾(50)
Lihatlah (wahai Muhammad) betapa beraninya mereka mengada-adakan
perkara-perkara dusta terhadap Allah? Dan cukuplah perbuatan itu menjadi
dosa yang terang nyata.أَلَم
تَرَ إِلَى الَّذينَ أوتوا نَصيبًا مِنَ الكِتٰبِ يُؤمِنونَ بِالجِبتِ
وَالطّٰغوتِ وَيَقولونَ لِلَّذينَ كَفَروا هٰؤُلاءِ أَهدىٰ مِنَ الَّذينَ
ءامَنوا سَبيلًا ﴿٥١﴾(51)
Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada
orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab (Taurat)? Mereka
percaya kepada benda-benda yang disembah yang lain dari Allah, dan
kepada Taghut, dan mereka pula berkata kepada orang-orang kafir (kaum
musyrik di Makkah) bahawa mereka (kaum musyrik itu) lebih betul jalan
ugamanya daripada orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad s.a.w).أُولٰئِكَ الَّذينَ لَعَنَهُمُ اللَّهُ ۖ وَمَن يَلعَنِ اللَّهُ فَلَن تَجِدَ لَهُ نَصيرًا﴿٥٢﴾(52)
(Kaum Yahudi yang demikian sikapnya) mereka itulah orang-orang yang
dilaknat oleh Allah; dan sesiapa yang dilaknat oleh Allah, maka engkau
tidak sekali-kali akan mendapati sesiapa pun yang boleh menolongnya.أَم لَهُم نَصيبٌ مِنَ المُلكِ فَإِذًا لا يُؤتونَ النّاسَ نَقيرًا ﴿٥٣﴾(53)
Patutkah ada bagi mereka (kaum Yahudi itu) sesuatu bahagian dari
kekuasaan memerintah? (Tidak, bahkan kalau ada) maka sudah tentu mereka
tidak akan memberikan sedikitpun kebaikan kepada manusia.أَم
يَحسُدونَ النّاسَ عَلىٰ ما ءاتىٰهُمُ اللَّهُ مِن فَضلِهِ ۖ فَقَد
ءاتَينا ءالَ إِبرٰهيمَ الكِتٰبَ وَالحِكمَةَ وَءاتَينٰهُم مُلكًا عَظيمًا ﴿٥٤﴾(54)
Atau patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya)
disebabkan nikmat (pangkat Nabi dan ugama Islam) yang telah diberikan
oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? Kerana sesungguhnya Kami
telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab (ugama) dan hikmat
(pangkat Nabi), dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang
besar.فَمِنهُم مَن ءامَنَ بِهِ وَمِنهُم مَن صَدَّ عَنهُ ۚ وَكَفىٰ بِجَهَنَّمَ سَعيرًا﴿٥٥﴾(55)
Maka di antara mereka (kaum Yahudi yang dengki itu) ada yang beriman
kepada (apa yang telah di kurniakan oleh Allah kepada keluarga Nabi
Ibrahim) itu, dan ada pula di antara mereka yang berpaling daripadanya
(tidak beriman). Dan cukuplah dengan neraka jahanam yang sentiasa
menyala-nyala itu (menjadi tempat seksa mereka).إِنَّ
الَّذينَ كَفَروا بِـٔايٰتِنا سَوفَ نُصليهِم نارًا كُلَّما نَضِجَت
جُلودُهُم بَدَّلنٰهُم جُلودًا غَيرَها لِيَذوقُوا العَذابَ ۗ إِنَّ
اللَّهَ كانَ عَزيزًا حَكيمًا﴿٥٦﴾(56)
Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan
Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit
mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya
mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah
adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.وَالَّذينَ
ءامَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ سَنُدخِلُهُم جَنّٰتٍ تَجرى مِن تَحتِهَا
الأَنهٰرُ خٰلِدينَ فيها أَبَدًا ۖ لَهُم فيها أَزوٰجٌ مُطَهَّرَةٌ ۖ
وَنُدخِلُهُم ظِلًّا ظَليلًا ﴿٥٧﴾(57)
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan
mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka
kekal di dalamnya selama-lamanya. Mereka beroleh dalam syurga itu
pasangan-pasangan, isteri-isteri yang suci bersih, serta Kami masukkan
mereka ke tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi.إِنَّ
اللَّهَ يَأمُرُكُم أَن تُؤَدُّوا الأَمٰنٰتِ إِلىٰ أَهلِها وَإِذا
حَكَمتُم بَينَ النّاسِ أَن تَحكُموا بِالعَدلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمّا
يَعِظُكُم بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كانَ سَميعًا بَصيرًا ﴿٥٨﴾(58)
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah
kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan
hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil.
Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang
sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi
sentiasa Melihat.يٰأَيُّهَا
الَّذينَ ءامَنوا أَطيعُوا اللَّهَ وَأَطيعُوا الرَّسولَ وَأُولِى الأَمرِ
مِنكُم ۖ فَإِن تَنٰزَعتُم فى شَيءٍ فَرُدّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسولِ
إِن كُنتُم تُؤمِنونَ بِاللَّهِ وَاليَومِ الءاخِرِ ۚ ذٰلِكَ خَيرٌ
وَأَحسَنُ تَأويلًا ﴿٥٩﴾(59)
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah
kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang
berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah
(berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu
mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya -
jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian
adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.أَلَم
تَرَ إِلَى الَّذينَ يَزعُمونَ أَنَّهُم ءامَنوا بِما أُنزِلَ إِلَيكَ
وَما أُنزِلَ مِن قَبلِكَ يُريدونَ أَن يَتَحاكَموا إِلَى الطّٰغوتِ وَقَد
أُمِروا أَن يَكفُروا بِهِ وَيُريدُ الشَّيطٰنُ أَن يُضِلَّهُم ضَلٰلًا
بَعيدًا ﴿٦٠﴾(60)
Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik)
yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah
diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan
dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal
mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan
Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang
amat jauh.وَإِذا قيلَ لَهُم تَعالَوا إِلىٰ ما أَنزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسولِ رَأَيتَ المُنٰفِقينَ يَصُدّونَ عَنكَ صُدودًا ﴿٦١﴾(61)
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum
Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah,"
nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta
menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.فَكَيفَ إِذا أَصٰبَتهُم مُصيبَةٌ بِما قَدَّمَت أَيديهِم ثُمَّ جاءوكَ يَحلِفونَ بِاللَّهِ إِن أَرَدنا إِلّا إِحسٰنًا وَتَوفيقًا ﴿٦٢﴾(62)
Maka bagaimana halnya apabila mereka ditimpa sesuatu kemalangan
disebabkan (kesalahan) yang telah dibuat oleh tangan mereka sendiri,
kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah: "Demi Allah, kami
tidak sekali-kali menghendaki melainkan kebaikan dan perdamaian (bagi
kedua pihak yang berbalah)".أُولٰئِكَ الَّذينَ يَعلَمُ اللَّهُ ما فى قُلوبِهِم فَأَعرِض عَنهُم وَعِظهُم وَقُل لَهُم فى أَنفُسِهِم قَولًا بَليغًا ﴿٦٣﴾(63)
Mereka itulah orang-orang yang diketahui oleh Allah akan apa yang ada
dalam hati mereka, oleh itu berpalinglah engkau daripada mereka, dan
nasihatilah mereka, serta katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh
memberi kesan pada hati mereka.وَما
أَرسَلنا مِن رَسولٍ إِلّا لِيُطاعَ بِإِذنِ اللَّهِ ۚ وَلَو أَنَّهُم إِذ
ظَلَموا أَنفُسَهُم جاءوكَ فَاستَغفَرُوا اللَّهَ وَاستَغفَرَ لَهُمُ
الرَّسولُ لَوَجَدُوا اللَّهَ تَوّابًا رَحيمًا ﴿٦٤﴾(64)
Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati
dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka
sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada
Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka
mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.فَلا
وَرَبِّكَ لا يُؤمِنونَ حَتّىٰ يُحَكِّموكَ فيما شَجَرَ بَينَهُم ثُمَّ لا
يَجِدوا فى أَنفُسِهِم حَرَجًا مِمّا قَضَيتَ وَيُسَلِّموا تَسليمًا ﴿٦٥﴾(65)
Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman
sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan
yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati
mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka
menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.وَلَو
أَنّا كَتَبنا عَلَيهِم أَنِ اقتُلوا أَنفُسَكُم أَوِ اخرُجوا مِن
دِيٰرِكُم ما فَعَلوهُ إِلّا قَليلٌ مِنهُم ۖ وَلَو أَنَّهُم فَعَلوا ما
يوعَظونَ بِهِ لَكانَ خَيرًا لَهُم وَأَشَدَّ تَثبيتًا ﴿٦٦﴾(66)
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):
"Bunuhlah diri kamu sendiri, atau keluarlah dari tempat kediaman kamu",
nescaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali sedikit di antara
mereka. Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran
(meliputi suruh dan tegah) yang telah diberikan kepada mereka, tentulah
yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman
mereka).وَإِذًا لَءاتَينٰهُم مِن لَدُنّا أَجرًا عَظيمًا ﴿٦٧﴾(67)
Dan (setelah mereka berkeadaan demikian), tentulah Kami akan berikan
kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;وَلَهَدَينٰهُم صِرٰطًا مُستَقيمًا ﴿٦٨﴾(68) Dan tentulah Kami pimpin mereka ke jalan yang lurus.وَمَن
يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسولَ فَأُولٰئِكَ مَعَ الَّذينَ أَنعَمَ اللَّهُ
عَلَيهِم مِنَ النَّبِيّۦنَ وَالصِّدّيقينَ وَالشُّهَداءِ وَالصّٰلِحينَ ۚ
وَحَسُنَ أُولٰئِكَ رَفيقًا﴿٦٩﴾(69)
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan
(ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan
nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang
Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh.
Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang
yang taat).ذٰلِكَ الفَضلُ مِنَ اللَّهِ ۚ وَكَفىٰ بِاللَّهِ عَليمًا ﴿٧٠﴾(70) Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah; dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui (akan balasan pahalanya).يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنوا خُذوا حِذرَكُم فَانفِروا ثُباتٍ أَوِ انفِروا جَميعًا﴿٧١﴾(71)
Wahai orang-orang yang beriman, bersedialah dan berjaga-jagalah
(sebelum kamu menghadapi musuh), kemudian (bila dikehendaki) maralah (ke
medan perang) sepuak demi sepuak, atau (jika perlu) maralah serentak
beramai-ramai.وَإِنَّ مِنكُم لَمَن لَيُبَطِّئَنَّ فَإِن أَصٰبَتكُم مُصيبَةٌ قالَ قَد أَنعَمَ اللَّهُ عَلَىَّ إِذ لَم أَكُن مَعَهُم شَهيدًا ﴿٧٢﴾(72)
Dan sesungguhnya ada di antara kamu: orang-orang yang sengaja
memberat-beratkan dirinya (juga orang lain, daripada turut mara ke medan
perang). Kemudian kalau kamu ditimpa kemalangan (tercedera atau
terbunuh) ia berkata: "Sesungguhnya Allah telah mengurniakan nikmat
kepadaku, kerana aku tidak turut berperang bersama-sama mereka".وَلَئِن
أَصٰبَكُم فَضلٌ مِنَ اللَّهِ لَيَقولَنَّ كَأَن لَم تَكُن بَينَكُم
وَبَينَهُ مَوَدَّةٌ يٰلَيتَنى كُنتُ مَعَهُم فَأَفوزَ فَوزًا عَظيمًا ﴿٧٣﴾(73)
Dan demi sesungguhnya kalau kamu beroleh limpah kurnia (kemenangan)
dari Allah, sudah tentu ia mengatakan (dengan sesalnya), seolah-olah
tidak ada hubungan kasih mesra antara kamu dengannya: "Alangkah baiknya
kalau aku turut serta bersama-sama mereka, supaya aku juga beroleh
kemenangan yang amat besar?"فَليُقٰتِل
فى سَبيلِ اللَّهِ الَّذينَ يَشرونَ الحَيوٰةَ الدُّنيا بِالءاخِرَةِ ۚ
وَمَن يُقٰتِل فى سَبيلِ اللَّهِ فَيُقتَل أَو يَغلِب فَسَوفَ نُؤتيهِ
أَجرًا عَظيمًا﴿٧٤﴾(74)
Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan
akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka
berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). Dan sesiapa yang
berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh
kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar.وَما
لَكُم لا تُقٰتِلونَ فى سَبيلِ اللَّهِ وَالمُستَضعَفينَ مِنَ الرِّجالِ
وَالنِّساءِ وَالوِلدٰنِ الَّذينَ يَقولونَ رَبَّنا أَخرِجنا مِن هٰذِهِ
القَريَةِ الظّالِمِ أَهلُها وَاجعَل لَنا مِن لَدُنكَ وَلِيًّا وَاجعَل
لَنا مِن لَدُنكَ نَصيرًا﴿٧٥﴾(75)
Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada
jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam) dan (untuk menyelamatkan)
orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak,
iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami!
Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir
musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang
pemimpin yang mengawal (keselamatan ugama kami), dan jadikanlah bagi
kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman
musuh)".الَّذينَ
ءامَنوا يُقٰتِلونَ فى سَبيلِ اللَّهِ ۖ وَالَّذينَ كَفَروا يُقٰتِلونَ فى
سَبيلِ الطّٰغوتِ فَقٰتِلوا أَولِياءَ الشَّيطٰنِ ۖ إِنَّ كَيدَ
الشَّيطٰنِ كانَ ضَعيفًا﴿٧٦﴾(76)
Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang
yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu,
perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya
tipu daya Syaitan itu adalah lemah.أَلَم
تَرَ إِلَى الَّذينَ قيلَ لَهُم كُفّوا أَيدِيَكُم وَأَقيمُوا الصَّلوٰةَ
وَءاتُوا الزَّكوٰةَ فَلَمّا كُتِبَ عَلَيهِمُ القِتالُ إِذا فَريقٌ مِنهُم
يَخشَونَ النّاسَ كَخَشيَةِ اللَّهِ أَو أَشَدَّ خَشيَةً ۚ وَقالوا
رَبَّنا لِمَ كَتَبتَ عَلَينَا القِتالَ لَولا أَخَّرتَنا إِلىٰ أَجَلٍ
قَريبٍ ۗ قُل مَتٰعُ الدُّنيا قَليلٌ وَالءاخِرَةُ خَيرٌ لِمَنِ اتَّقىٰ
وَلا تُظلَمونَ فَتيلًا ﴿٧٧﴾(77)
Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang-orang
yang (pernah) dikatakan kepada mereka: "Tahanlah tangan kamu (daripada
bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan), dan dirikanlah
sembahyang serta berikanlah zakat". (Mereka meminta juga hendak
berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba
sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia sama seperti mereka
merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi. Lalu mereka
(merayu kepada Allah dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau
wajibkan kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan
kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)?" Katakanlah
(wahai Muhammad): "Harba benda yang menjadi kesenangan di dunia ini
adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari
akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa (kerana ia
lebih mewah dan kekal selama-lamanya), dan kamu pula tidak akan dianiaya
sedikit pun".أَينَما
تَكونوا يُدرِككُمُ المَوتُ وَلَو كُنتُم فى بُروجٍ مُشَيَّدَةٍ ۗ وَإِن
تُصِبهُم حَسَنَةٌ يَقولوا هٰذِهِ مِن عِندِ اللَّهِ ۖ وَإِن تُصِبهُم
سَيِّئَةٌ يَقولوا هٰذِهِ مِن عِندِكَ ۚ قُل كُلٌّ مِن عِندِ اللَّهِ ۖ
فَمالِ هٰؤُلاءِ القَومِ لا يَكادونَ يَفقَهونَ حَديثًا ﴿٧٨﴾(78)
Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal),
sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan
kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini
adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka
berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah
(wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca)
dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir
tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?ما
أَصابَكَ مِن حَسَنَةٍ فَمِنَ اللَّهِ ۖ وَما أَصابَكَ مِن سَيِّئَةٍ
فَمِن نَفسِكَ ۚ وَأَرسَلنٰكَ لِلنّاسِ رَسولًا ۚ وَكَفىٰ بِاللَّهِ
شَهيدًا ﴿٧٩﴾(79)
Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah
dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari
(kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai
Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang
membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan
kebenaran hakikat ini).مَن يُطِعِ الرَّسولَ فَقَد أَطاعَ اللَّهَ ۖ وَمَن تَوَلّىٰ فَما أَرسَلنٰكَ عَلَيهِم حَفيظًا ﴿٨٠﴾(80)
Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat
kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau
berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi
pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan).وَيَقولونَ
طاعَةٌ فَإِذا بَرَزوا مِن عِندِكَ بَيَّتَ طائِفَةٌ مِنهُم غَيرَ الَّذى
تَقولُ ۖ وَاللَّهُ يَكتُبُ ما يُبَيِّتونَ ۖ فَأَعرِض عَنهُم وَتَوَكَّل
عَلَى اللَّهِ ۚ وَكَفىٰ بِاللَّهِ وَكيلًا ﴿٨١﴾(81)
Dan mereka (golongan munafik) berkata: "(Kami) taat", kemudian apabila
mereka keluar dari majlismu, segolongan dari mereka memutuskan pada
malam hari satu rancangan yang lain daripada (pengakuan taat) yang
mereka katakan (kepadamu). Sedang Allah (perintahkan malaikat) menulis
apa yang mereka rancangkan itu; maka berpalinglah (wahai Muhammad)
daripada mereka, (janganlah dihiraukan apa yang mereka rancangkan),
serta berserahlah kepada Allah; kerana cukuplah Allah menjadi Pembela
(yang memeliharamu dari angkara mereka).أَفَلا يَتَدَبَّرونَ القُرءانَ ۚ وَلَو كانَ مِن عِندِ غَيرِ اللَّهِ لَوَجَدوا فيهِ اختِلٰفًا كَثيرًا ﴿٨٢﴾(82)
Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi
Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah,
nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.وَإِذا
جاءَهُم أَمرٌ مِنَ الأَمنِ أَوِ الخَوفِ أَذاعوا بِهِ ۖ وَلَو رَدّوهُ
إِلَى الرَّسولِ وَإِلىٰ أُولِى الأَمرِ مِنهُم لَعَلِمَهُ الَّذينَ
يَستَنبِطونَهُ مِنهُم ۗ وَلَولا فَضلُ اللَّهِ عَلَيكُم وَرَحمَتُهُ
لَاتَّبَعتُمُ الشَّيطٰنَ إِلّا قَليلًا ﴿٨٣﴾(83)
Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau
kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan
sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang
yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh
orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka;
dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya
kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit
sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara
kamu).فَقٰتِل
فى سَبيلِ اللَّهِ لا تُكَلَّفُ إِلّا نَفسَكَ ۚ وَحَرِّضِ المُؤمِنينَ ۖ
عَسَى اللَّهُ أَن يَكُفَّ بَأسَ الَّذينَ كَفَروا ۚ وَاللَّهُ أَشَدُّ
بَأسًا وَأَشَدُّ تَنكيلًا﴿٨٤﴾(84)
Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah (untuk membela
Islam dari pencerobohan musuh); engkau tidak diberati selain daripada
kewajipanmu sendiri. Dan berilah peransang kepada orang-orang yang
beriman (supaya turut berjuang dengan gagah berani). Mudah-mudahan Allah
menahan bahaya serangan orang-orang yang kafir itu. Dan (ingatlah)
Allah Amatlah besar kekuatanNya dan Amatlah berat azab seksaNya.مَن
يَشفَع شَفٰعَةً حَسَنَةً يَكُن لَهُ نَصيبٌ مِنها ۖ وَمَن يَشفَع
شَفٰعَةً سَيِّئَةً يَكُن لَهُ كِفلٌ مِنها ۗ وَكانَ اللَّهُ عَلىٰ كُلِّ
شَيءٍ مُقيتًا ﴿٨٥﴾(85)
Sesiapa yang memberikan syafaat yang baik nescaya ia akan memperoleh
bahagian (pahala) daripadanya; dan sesiapa yang memberikan syafaat yang
buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya. Dan
(ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.وَإِذا حُيّيتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيّوا بِأَحسَنَ مِنها أَو رُدّوها ۗ إِنَّ اللَّهَ كانَ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ حَسيبًا ﴿٨٦﴾(86)
Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat
(seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang
lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama).
Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.اللَّهُ لا إِلٰهَ إِلّا هُوَ ۚ لَيَجمَعَنَّكُم إِلىٰ يَومِ القِيٰمَةِ لا رَيبَ فيهِ ۗ وَمَن أَصدَقُ مِنَ اللَّهِ حَديثًا ﴿٨٧﴾(87)
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Sesungguhnya
Ia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat, (hari) yang tidak ada syak
padanya. Dan siapakah pula yang lebih benar perkataannya daripada Allah?فَما
لَكُم فِى المُنٰفِقينَ فِئَتَينِ وَاللَّهُ أَركَسَهُم بِما كَسَبوا ۚ
أَتُريدونَ أَن تَهدوا مَن أَضَلَّ اللَّهُ ۖ وَمَن يُضلِلِ اللَّهُ فَلَن
تَجِدَ لَهُ سَبيلًا ﴿٨٨﴾(88)
Maka apakah yang menyebabkan kamu (berpecah) menjadi dua golongan
terhadap kaum munafik itu, padahal Allah telah menjerumuskan mereka (ke
dalam kekufuran) disebabkan apa yang telah mereka usahakan? Adakah kamu
pula hendak memberi pertunjuk kepada orang-orang yang telah disesatkan
oleh Allah? Padahal sesiapa yang telah disesatkan oleh Allah, maka
engkau tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.وَدّوا
لَو تَكفُرونَ كَما كَفَروا فَتَكونونَ سَواءً ۖ فَلا تَتَّخِذوا مِنهُم
أَولِياءَ حَتّىٰ يُهاجِروا فى سَبيلِ اللَّهِ ۚ فَإِن تَوَلَّوا فَخُذوهُم
وَاقتُلوهُم حَيثُ وَجَدتُموهُم ۖ وَلا تَتَّخِذوا مِنهُم وَلِيًّا وَلا
نَصيرًا ﴿٨٩﴾(89)
Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah
menjadi kafir, maka (dengan yang demikian) menjadilah kamu sama seperti
mereka. Oleh itu janganlah kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka
menjadi teman rapat kamu, sehingga mereka berhijrah pada jalan Allah
(untuk menegakkan Islam). Kemudian kalau mereka sengaja berpaling
ingkar, maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu
menemuinya; dan jangan sekali-kali kamu mengambil (seorang pun) di
antara mereka menjadi teman rapat atau penolong;إِلَّا
الَّذينَ يَصِلونَ إِلىٰ قَومٍ بَينَكُم وَبَينَهُم ميثٰقٌ أَو جاءوكُم
حَصِرَت صُدورُهُم أَن يُقٰتِلوكُم أَو يُقٰتِلوا قَومَهُم ۚ وَلَو شاءَ
اللَّهُ لَسَلَّطَهُم عَلَيكُم فَلَقٰتَلوكُم ۚ فَإِنِ اعتَزَلوكُم فَلَم
يُقٰتِلوكُم وَأَلقَوا إِلَيكُمُ السَّلَمَ فَما جَعَلَ اللَّهُ لَكُم
عَلَيهِم سَبيلًا ﴿٩٠﴾(90)
Kecuali orang-orang yang pergi (meminta perlindungan) kepada suatu kaum
yang ada ikatan perjanjian setia antara kamu dengan mereka, atau
orang-orang yang datang kepada kamu sedang hati mereka merasa berat
hendak memerangi kamu atau memerangi kaumnya. Dan jika Allah
menghendaki, nescaya Ia menjadikan mereka berkuasa melawan kamu,
kemudian tentulah mereka memerangi kamu. Dalam pada itu, jika mereka
membiarkan kamu (dengan tidak mengancam atau mengganggu), serta mereka
tidak memerangi kamu dan mereka menawarkan perdamaian kepada kamu, maka
Allah tidak menjadikan bagi kamu sesuatu jalan (yang membolehkan kamu
memerangi atau menawan) mereka.سَتَجِدونَ
ءاخَرينَ يُريدونَ أَن يَأمَنوكُم وَيَأمَنوا قَومَهُم كُلَّ ما رُدّوا
إِلَى الفِتنَةِ أُركِسوا فيها ۚ فَإِن لَم يَعتَزِلوكُم وَيُلقوا
إِلَيكُمُ السَّلَمَ وَيَكُفّوا أَيدِيَهُم فَخُذوهُم وَاقتُلوهُم حَيثُ
ثَقِفتُموهُم ۚ وَأُولٰئِكُم جَعَلنا لَكُم عَلَيهِم سُلطٰنًا مُبينًا ﴿٩١﴾(91)
Kamu juga akan dapati golongan-golongan yang lain (yang pura-pura
Islam) supaya mereka beroleh aman dari pihak kamu, dan (sebaliknya
mereka melahirkan kekufurannya) supaya mereka beroleh aman dari pihak
kaumnya (yang masih kafir). Tiap-tiap kali mereka diajak kepada fitnah
(pencerobohan), mereka segera terjerumus ke dalamnya. Oleh itu, jika
mereka tidak membiarkan kamu (dan terus mengganggu atau berpihak kepada
musuh), dan (tidak pula) menawarkan perdamaian kepada kamu dan juga
(tidak) menahan tangan mereka (daripada memerangi kamu), maka hendaklah
kamu bertindak menawan mereka dan membunuh mereka di mana sahaja kamu
menemuinya; kerana merekalah orang-orang yang Kami jadikan bagi kamu
alasan yang terang nyata untuk bertindak terhadapnya.وَما
كانَ لِمُؤمِنٍ أَن يَقتُلَ مُؤمِنًا إِلّا خَطَـًٔا ۚ وَمَن قَتَلَ
مُؤمِنًا خَطَـًٔا فَتَحريرُ رَقَبَةٍ مُؤمِنَةٍ وَدِيَةٌ مُسَلَّمَةٌ
إِلىٰ أَهلِهِ إِلّا أَن يَصَّدَّقوا ۚ فَإِن كانَ مِن قَومٍ عَدُوٍّ لَكُم
وَهُوَ مُؤمِنٌ فَتَحريرُ رَقَبَةٍ مُؤمِنَةٍ ۖ وَإِن كانَ مِن قَومٍ
بَينَكُم وَبَينَهُم ميثٰقٌ فَدِيَةٌ مُسَلَّمَةٌ إِلىٰ أَهلِهِ وَتَحريرُ
رَقَبَةٍ مُؤمِنَةٍ ۖ فَمَن لَم يَجِد فَصِيامُ شَهرَينِ مُتَتابِعَينِ
تَوبَةً مِنَ اللَّهِ ۗ وَكانَ اللَّهُ عَليمًا حَكيمًا ﴿٩٢﴾(92)
Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang
mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja. Dan sesiapa yang
membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja, maka (wajiblah ia membayar
kaffarah) dengan memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar
"diah" (denda ganti nyawa) yang diserahkan kepada ahlinya (keluarga si
mati), kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya). Tetapi jika ia
(yang terbunuh dengan tidak sengaja) dari kaum (kafir) yang memusuhi
kamu, sedang ia sendiri beriman, maka (wajiblah si pembunuh membayar
kaffarah sahaja dengan) memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dan
jika ia (orang yang terbunuh dengan tidak sengaja itu) dari kaum (kafir)
yang ada ikatan perjanjian setia di antara kamu dengan mereka, maka
wajiblah membayar "diah" (denda ganti nyawa) kepada keluarganya serta
memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dalam pada itu, sesiapa yang
tidak dapat (mencari hamba yang akan dimerdekakannya), maka hendaklah ia
berpuasa dua bulan berturut-turut; (hukum yang tersebut) datangnya dari
Allah untuk menerima taubat (membersihkan diri kamu). Dan (ingatlah)
Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.وَمَن
يَقتُل مُؤمِنًا مُتَعَمِّدًا فَجَزاؤُهُ جَهَنَّمُ خٰلِدًا فيها وَغَضِبَ
اللَّهُ عَلَيهِ وَلَعَنَهُ وَأَعَدَّ لَهُ عَذابًا عَظيمًا ﴿٩٣﴾(93)
Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka
balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka
kepadanya, dan melakanatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang
besar.يٰأَيُّهَا
الَّذينَ ءامَنوا إِذا ضَرَبتُم فى سَبيلِ اللَّهِ فَتَبَيَّنوا وَلا
تَقولوا لِمَن أَلقىٰ إِلَيكُمُ السَّلٰمَ لَستَ مُؤمِنًا تَبتَغونَ عَرَضَ
الحَيوٰةِ الدُّنيا فَعِندَ اللَّهِ مَغانِمُ كَثيرَةٌ ۚ كَذٰلِكَ كُنتُم
مِن قَبلُ فَمَنَّ اللَّهُ عَلَيكُم فَتَبَيَّنوا ۚ إِنَّ اللَّهَ كانَ
بِما تَعمَلونَ خَبيرًا ﴿٩٤﴾(94)
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi (berperang) pada
jalan Allah (untuk membela Islam), maka hendaklah kamu menyelidik (apa
jua perkara dengan sebaik-baiknya), dan janganlah kamu (terburu-buru)
mengatakan kepada orang yang menunjukkan kepada kamu sikap damai (dengan
memberi salam atau mengucap dua Kalimah Syahadat): "Engkau bukan orang
yang beriman" (lalu kamu membunuhnya) dengan tujuan hendak (mendapat
harta bendanya yang merupakan) harta benda kehidupan dunia (yang tidak
kekal). (Janganlah kamu gelap mata kepada daki dunia itu) kerana di sisi
Allah ada disediakan limpah kurnia yang banyak. Demikianlah juga
keadaan kamu dahulu (dapat diketahui oleh orang lain akan keIslaman kamu
dengan memberi salam atau mengucap kalimah Syahadat), lalu Allah
mengurniakan nikmatNya kepada kamu. Oleh itu selidikilah (apa-apa jua
lebih dahulu, dan janganlah bertindak dengan terburu-buru). Sesungguhnya
Allah sentiasa memerhati dengan mendalam akan segala yang kamu lakukan.لا
يَستَوِى القٰعِدونَ مِنَ المُؤمِنينَ غَيرُ أُولِى الضَّرَرِ
وَالمُجٰهِدونَ فى سَبيلِ اللَّهِ بِأَموٰلِهِم وَأَنفُسِهِم ۚ فَضَّلَ
اللَّهُ المُجٰهِدينَ بِأَموٰلِهِم وَأَنفُسِهِم عَلَى القٰعِدينَ دَرَجَةً
ۚ وَكُلًّا وَعَدَ اللَّهُ الحُسنىٰ ۚ وَفَضَّلَ اللَّهُ المُجٰهِدينَ
عَلَى القٰعِدينَ أَجرًا عَظيمًا ﴿٩٥﴾(95)
Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang)
dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang
yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada
jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah
melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka
atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur)
dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu)
Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah
melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk
(tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang
amat besar;دَرَجٰتٍ مِنهُ وَمَغفِرَةً وَرَحمَةً ۚ وَكانَ اللَّهُ غَفورًا رَحيمًا ﴿٩٦﴾(96)
Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya, dan keampunan serta rahmat
belas kasihan. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.إِنَّ
الَّذينَ تَوَفّىٰهُمُ المَلٰئِكَةُ ظالِمى أَنفُسِهِم قالوا فيمَ كُنتُم ۖ
قالوا كُنّا مُستَضعَفينَ فِى الأَرضِ ۚ قالوا أَلَم تَكُن أَرضُ اللَّهِ
وٰسِعَةً فَتُهاجِروا فيها ۚ فَأُولٰئِكَ مَأوىٰهُم جَهَنَّمُ ۖ وَساءَت
مَصيرًا ﴿٩٧﴾(97)
Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa
mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk
membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya
oleh malaikat dengan berkata: "Apakah yang kamu telah lakukan mengenai
ugama kamu?" Mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang-orang yang
tertindas di bumi". Malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu
luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?" Maka
orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah
neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat
kembali.إِلَّا المُستَضعَفينَ مِنَ الرِّجالِ وَالنِّساءِ وَالوِلدٰنِ لا يَستَطيعونَ حيلَةً وَلا يَهتَدونَ سَبيلًا ﴿٩٨﴾(98)
Kecuali orang-orang yang lemah (lagi uzur) dari kaum lelaki dan
perempuan serta kanak-kanak, yang tidak berdaya upaya mencari helah
(untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk
berhijrah).فَأُولٰئِكَ عَسَى اللَّهُ أَن يَعفُوَ عَنهُم ۚ وَكانَ اللَّهُ عَفُوًّا غَفورًا ﴿٩٩﴾(99)
Maka mereka (yang demikian sifatnya), mudah-mudahan Allah maafkan
mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.وَمَن
يُهاجِر فى سَبيلِ اللَّهِ يَجِد فِى الأَرضِ مُرٰغَمًا كَثيرًا وَسَعَةً ۚ
وَمَن يَخرُج مِن بَيتِهِ مُهاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسولِهِ ثُمَّ
يُدرِكهُ المَوتُ فَقَد وَقَعَ أَجرُهُ عَلَى اللَّهِ ۗ وَكانَ اللَّهُ
غَفورًا رَحيمًا ﴿١٠٠﴾(100)
Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan
menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat
berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar
dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya,
kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap
pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani.وَإِذا
ضَرَبتُم فِى الأَرضِ فَلَيسَ عَلَيكُم جُناحٌ أَن تَقصُروا مِنَ
الصَّلوٰةِ إِن خِفتُم أَن يَفتِنَكُمُ الَّذينَ كَفَروا ۚ إِنَّ
الكٰفِرينَ كانوا لَكُم عَدُوًّا مُبينًا ﴿١٠١﴾(101)
Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa
"mengqasarkan" (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh
orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang
amat nyata bagi kamu.وَإِذا
كُنتَ فيهِم فَأَقَمتَ لَهُمُ الصَّلوٰةَ فَلتَقُم طائِفَةٌ مِنهُم مَعَكَ
وَليَأخُذوا أَسلِحَتَهُم فَإِذا سَجَدوا فَليَكونوا مِن وَرائِكُم
وَلتَأتِ طائِفَةٌ أُخرىٰ لَم يُصَلّوا فَليُصَلّوا مَعَكَ وَليَأخُذوا
حِذرَهُم وَأَسلِحَتَهُم ۗ وَدَّ الَّذينَ كَفَروا لَو تَغفُلونَ عَن
أَسلِحَتِكُم وَأَمتِعَتِكُم فَيَميلونَ عَلَيكُم مَيلَةً وٰحِدَةً ۚ وَلا
جُناحَ عَلَيكُم إِن كانَ بِكُم أَذًى مِن مَطَرٍ أَو كُنتُم مَرضىٰ أَن
تَضَعوا أَسلِحَتَكُم ۖ وَخُذوا حِذرَكُم ۗ إِنَّ اللَّهَ أَعَدَّ
لِلكٰفِرينَ عَذابًا مُهينًا﴿١٠٢﴾(102)
Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka
(semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam)
mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan
sembahyang) bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata
masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah
mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah
datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum sembahyang (kerana
menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersembahyang (berjamaah)
bersama-samamu, dan hendakah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta
menyandang senjata masing-masing. Orang-orang kafir memang suka kalau
kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan
itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak. Dan
tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu
dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan
hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah
menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina.فَإِذا
قَضَيتُمُ الصَّلوٰةَ فَاذكُرُوا اللَّهَ قِيٰمًا وَقُعودًا وَعَلىٰ
جُنوبِكُم ۚ فَإِذَا اطمَأنَنتُم فَأَقيمُوا الصَّلوٰةَ ۚ إِنَّ الصَّلوٰةَ
كانَت عَلَى المُؤمِنينَ كِتٰبًا مَوقوتًا ﴿١٠٣﴾(103)
Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka
hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau
duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa
tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu
(dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah
satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang
tertentu waktunya.وَلا
تَهِنوا فِى ابتِغاءِ القَومِ ۖ إِن تَكونوا تَألَمونَ فَإِنَّهُم
يَألَمونَ كَما تَألَمونَ ۖ وَتَرجونَ مِنَ اللَّهِ ما لا يَرجونَ ۗ وَكانَ
اللَّهُ عَليمًا حَكيمًا﴿١٠٤﴾(104)
Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang
menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka
sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu;
sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan
(iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak). Dan (ingatlah) Allah
Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.إِنّا أَنزَلنا إِلَيكَ الكِتٰبَ بِالحَقِّ لِتَحكُمَ بَينَ النّاسِ بِما أَرىٰكَ اللَّهُ ۚ وَلا تَكُن لِلخائِنينَ خَصيمًا ﴿١٠٥﴾(105)
Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran)
dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia
menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan
janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.وَاستَغفِرِ اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ كانَ غَفورًا رَحيمًا ﴿١٠٦﴾(106) Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah; kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.وَلا تُجٰدِل عَنِ الَّذينَ يَختانونَ أَنفُسَهُم ۚ إِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ مَن كانَ خَوّانًا أَثيمًا ﴿١٠٧﴾(107)
Dan janganlah engkau berbahas untuk membela orang-orang yang
mengkhianati diri mereka sendiri. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada
orang-orang yang selalu melakukan khianat, lagi sentiasa berdosa.يَستَخفونَ
مِنَ النّاسِ وَلا يَستَخفونَ مِنَ اللَّهِ وَهُوَ مَعَهُم إِذ
يُبَيِّتونَ ما لا يَرضىٰ مِنَ القَولِ ۚ وَكانَ اللَّهُ بِما يَعمَلونَ
مُحيطًا ﴿١٠٨﴾(108)
Mereka menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, dalam pada
itu mereka tidak menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada Allah.
Padahal Allah ada bersama-sama mereka, ketika mereka merancangkan pada
malam hari, kata-kata yang tidak diredhai oleh Allah. Dan (ingatlah)
Allah sentiasa Meliputi PengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan.هٰأَنتُم
هٰؤُلاءِ جٰدَلتُم عَنهُم فِى الحَيوٰةِ الدُّنيا فَمَن يُجٰدِلُ اللَّهَ
عَنهُم يَومَ القِيٰمَةِ أَم مَن يَكونُ عَلَيهِم وَكيلًا ﴿١٠٩﴾(109)
Sedarlah! Kamu ini adalah orang-orang (yang telah menyimpang dari
kebenaran), kamu telah berhujah membela mereka (yang bersalah) dalam
kehidupan dunia ini, maka siapakah yang akan berhujah kepada Allah untuk
membela mereka itu pada hari kiamat kelak? Atau siapakah yang akan
menjadi pelindung mereka (dari azab seksa yang disediakan oleh Allah)?وَمَن يَعمَل سوءًا أَو يَظلِم نَفسَهُ ثُمَّ يَستَغفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفورًا رَحيمًا ﴿١١٠﴾(110)
Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri
(dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah,
nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.وَمَن يَكسِب إِثمًا فَإِنَّما يَكسِبُهُ عَلىٰ نَفسِهِ ۚ وَكانَ اللَّهُ عَليمًا حَكيمًا﴿١١١﴾(111)
Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya
mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya
sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.وَمَن يَكسِب خَطيـَٔةً أَو إِثمًا ثُمَّ يَرمِ بِهِ بَريـًٔا فَقَدِ احتَمَلَ بُهتٰنًا وَإِثمًا مُبينًا ﴿١١٢﴾(112)
Dan sesiapa yang melakukan suatu kesalahan atau suatu dosa, kemudian ia
menuduhnya kepada orang yang tidak bersalah, maka sesungguhnya ia telah
memikul kesalahan berbuat dusta, dan melakukan dosa yang amat nyata.وَلَولا
فَضلُ اللَّهِ عَلَيكَ وَرَحمَتُهُ لَهَمَّت طائِفَةٌ مِنهُم أَن
يُضِلّوكَ وَما يُضِلّونَ إِلّا أَنفُسَهُم ۖ وَما يَضُرّونَكَ مِن شَيءٍ ۚ
وَأَنزَلَ اللَّهُ عَلَيكَ الكِتٰبَ وَالحِكمَةَ وَعَلَّمَكَ ما لَم تَكُن
تَعلَمُ ۚ وَكانَ فَضلُ اللَّهِ عَلَيكَ عَظيمًا ﴿١١٣﴾(113)
Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepadamu
(wahai Muhammad), nescaya berhasilah cita-cita segolongan dari mereka
yang bertujuan hendak menyesatkanmu, padahal mereka tidak akan
menyesatkan melainkan dirinya sendiri; dan juga mereka tidak akan dapat
mendatangkan mudarat kepadamu sedikitpun; dan (selain itu) Allah telah
menurunkan kepadamu Kitab (Al-Quran) serta Hikmah (pengetahuan yang
mendalam), dan telah mengajarkanmu apa yang engkau tidak mengetahuinya.
Dan adalah kurnia Allah yang dilimpahkanNya kepada mu amatlah besar.لا
خَيرَ فى كَثيرٍ مِن نَجوىٰهُم إِلّا مَن أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَو مَعروفٍ
أَو إِصلٰحٍ بَينَ النّاسِ ۚ وَمَن يَفعَل ذٰلِكَ ابتِغاءَ مَرضاتِ اللَّهِ
فَسَوفَ نُؤتيهِ أَجرًا عَظيمًا ﴿١١٤﴾(114)
Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali
(bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan,
atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian
dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi
kepadanya pahala yang amat besar.وَمَن
يُشاقِقِ الرَّسولَ مِن بَعدِ ما تَبَيَّنَ لَهُ الهُدىٰ وَيَتَّبِع غَيرَ
سَبيلِ المُؤمِنينَ نُوَلِّهِ ما تَوَلّىٰ وَنُصلِهِ جَهَنَّمَ ۖ وَساءَت
مَصيرًا ﴿١١٥﴾(115)
Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata
kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut
jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan
memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan
(pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka
jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.إِنَّ
اللَّهَ لا يَغفِرُ أَن يُشرَكَ بِهِ وَيَغفِرُ ما دونَ ذٰلِكَ لِمَن
يَشاءُ ۚ وَمَن يُشرِك بِاللَّهِ فَقَد ضَلَّ ضَلٰلًا بَعيدًا ﴿١١٦﴾(116)
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang
mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang
lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya
(menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan
Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan
kesesatan yang amat jauh.إِن يَدعونَ مِن دونِهِ إِلّا إِنٰثًا وَإِن يَدعونَ إِلّا شَيطٰنًا مَريدًا﴿١١٧﴾(117)
Apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu, hanyalah
berhala-berhala (makhluk-makhluk yang lemah), dan mereka (dengan yang
demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan yang derhaka;لَعَنَهُ اللَّهُ ۘ وَقالَ لَأَتَّخِذَنَّ مِن عِبادِكَ نَصيبًا مَفروضًا ﴿١١٨﴾(118)
Yang telah dilaknat oleh Allah, dan yang telah mengatakan: "Demi
sesungguhnya, aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu, bahagian
yang tertentu (untuk menjadi pengikutku);وَلَأُضِلَّنَّهُم
وَلَأُمَنِّيَنَّهُم وَلَءامُرَنَّهُم فَلَيُبَتِّكُنَّ ءاذانَ الأَنعٰمِ
وَلَءامُرَنَّهُم فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلقَ اللَّهِ ۚ وَمَن يَتَّخِذِ
الشَّيطٰنَ وَلِيًّا مِن دونِ اللَّهِ فَقَد خَسِرَ خُسرانًا مُبينًا ﴿١١٩﴾(119)
"Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran),
dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan
kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan
binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga
binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan
Allah". Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin
yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan
kerugian yang terang nyata.يَعِدُهُم وَيُمَنّيهِم ۖ وَما يَعِدُهُمُ الشَّيطٰنُ إِلّا غُرورًا ﴿١٢٠﴾(120)
Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta
memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan
oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata.أُولٰئِكَ مَأوىٰهُم جَهَنَّمُ وَلا يَجِدونَ عَنها مَحيصًا ﴿١٢١﴾(121) Mereka itu, tempat akhirnya ialah neraka jahanam, dan mereka pula tidak akan dapat melarikan diri daripadanya.وَالَّذينَ
ءامَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ سَنُدخِلُهُم جَنّٰتٍ تَجرى مِن تَحتِهَا
الأَنهٰرُ خٰلِدينَ فيها أَبَدًا ۖ وَعدَ اللَّهِ حَقًّا ۚ وَمَن أَصدَقُ
مِنَ اللَّهِ قيلًا﴿١٢٢﴾(122)
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan
mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka
kekal di dalamnya selama-lamanya, sebagai janji Allah yang benar. Dan
siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah?لَيسَ
بِأَمانِيِّكُم وَلا أَمانِىِّ أَهلِ الكِتٰبِ ۗ مَن يَعمَل سوءًا يُجزَ
بِهِ وَلا يَجِد لَهُ مِن دونِ اللَّهِ وَلِيًّا وَلا نَصيرًا ﴿١٢٣﴾(123)
(Balasan yang baik yang dijanjikan oleh Allah itu) tidak akan didapati
hanya dengan angan-angan kamu semata-mata, dan tidak pula dengan
angan-angan ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani). Sesiapa yang melakukan
kejahatan, ia akan dibalas dengan kejahatan itu, dan ia pula tidak akan
mendapat - selain dari Allah - seorang pun yang akan melindunginya, dan
tidak ada juga yang dapat menolongnya.وَمَن يَعمَل مِنَ الصّٰلِحٰتِ مِن ذَكَرٍ أَو أُنثىٰ وَهُوَ مُؤمِنٌ فَأُولٰئِكَ يَدخُلونَ الجَنَّةَ وَلا يُظلَمونَ نَقيرًا ﴿١٢٤﴾(124)
Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan,
sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula
tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun.وَمَن
أَحسَنُ دينًا مِمَّن أَسلَمَ وَجهَهُ لِلَّهِ وَهُوَ مُحسِنٌ وَاتَّبَعَ
مِلَّةَ إِبرٰهيمَ حَنيفًا ۗ وَاتَّخَذَ اللَّهُ إِبرٰهيمَ خَليلًا ﴿١٢٥﴾(125)
Dan tidak ada yang lebih baik ugamanya daripada orang yang menyerahkan
dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan
kebaikan, dan ia pula mengikut ugama Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap
di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi
Ibrahim kesayanganNya.وَلِلَّهِ ما فِى السَّمٰوٰتِ وَما فِى الأَرضِ ۚ وَكانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيءٍ مُحيطًا﴿١٢٦﴾(126)
Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi;
dan Allah sentiasa Meliputi (pengetahuanNya dan kekuasaanNya) akan
tiap-tiap sesuatu.وَيَستَفتونَكَ
فِى النِّساءِ ۖ قُلِ اللَّهُ يُفتيكُم فيهِنَّ وَما يُتلىٰ عَلَيكُم فِى
الكِتٰبِ فى يَتٰمَى النِّساءِ الّٰتى لا تُؤتونَهُنَّ ما كُتِبَ لَهُنَّ
وَتَرغَبونَ أَن تَنكِحوهُنَّ وَالمُستَضعَفينَ مِنَ الوِلدٰنِ وَأَن
تَقوموا لِليَتٰمىٰ بِالقِسطِ ۚ وَما تَفعَلوا مِن خَيرٍ فَإِنَّ اللَّهَ
كانَ بِهِ عَليمًا ﴿١٢٧﴾(127)
Dan mereka meminta fatwa kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hak dan
kewajipan) kaum perempuan. Katakanlah olehmu: "Allah akan memberi
keterangan (fatwa) kepada kamu mengenai mereka dan juga (ada difatwakan
dalam) apa yang selalu dibacakan kepada kamu dalam Kitab (Al-Quran) ini
mengenai perempuan-perempuan yatim yang kamu tidak memberi kepadanya apa
yang telah ditetapkan menjadi hak mereka, dan yang kamu suka berkahwin
dengan mereka; dan juga mengenai anak-anak yang lemah (yang masih kecil
lagi). Dan (kamu juga diwajibkan) supaya menguruskan (hak dan keperluan)
anak-anak yatim dengan adil. Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu
lakukan (kepada mereka), maka sesungguhnya Allah sentiasa
Mengetahuinya."وَإِنِ
امرَأَةٌ خافَت مِن بَعلِها نُشوزًا أَو إِعراضًا فَلا جُناحَ عَلَيهِما
أَن يُصلِحا بَينَهُما صُلحًا ۚ وَالصُّلحُ خَيرٌ ۗ وَأُحضِرَتِ الأَنفُسُ
الشُّحَّ ۚ وَإِن تُحسِنوا وَتَتَّقوا فَإِنَّ اللَّهَ كانَ بِما تَعمَلونَ
خَبيرًا ﴿١٢٨﴾(128)
Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya "nusyuz"
(kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka
(suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang
sebaik-baiknya), kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada
bercerai-berai); sedang sifat bakhil kedekut (tidak suka memberi atau
bertolak ansur) itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia. Dan
jika kamu berlaku baik (dalam pergaulan), dan mencegah diri (daripada
melakukan kezaliman), maka sesungguhnya Allah Maha Mendalam
PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.وَلَن
تَستَطيعوا أَن تَعدِلوا بَينَ النِّساءِ وَلَو حَرَصتُم ۖ فَلا تَميلوا
كُلَّ المَيلِ فَتَذَروها كَالمُعَلَّقَةِ ۚ وَإِن تُصلِحوا وَتَتَّقوا
فَإِنَّ اللَّهَ كانَ غَفورًا رَحيمًا ﴿١٢٩﴾(129)
Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu
sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu
janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri
yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda
yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang
pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka
sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.وَإِن يَتَفَرَّقا يُغنِ اللَّهُ كُلًّا مِن سَعَتِهِ ۚ وَكانَ اللَّهُ وٰسِعًا حَكيمًا﴿١٣٠﴾(130)
Dan jika keduanya bercerai, maka Allah akan cukupkan (keperluan)
masing-masing dari limpah kurniaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Luas
limpah kurniaNya, lagi Maha Bijaksana.وَلِلَّهِ
ما فِى السَّمٰوٰتِ وَما فِى الأَرضِ ۗ وَلَقَد وَصَّينَا الَّذينَ أوتُوا
الكِتٰبَ مِن قَبلِكُم وَإِيّاكُم أَنِ اتَّقُوا اللَّهَ ۚ وَإِن تَكفُروا
فَإِنَّ لِلَّهِ ما فِى السَّمٰوٰتِ وَما فِى الأَرضِ ۚ وَكانَ اللَّهُ
غَنِيًّا حَميدًا ﴿١٣١﴾(131)
Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi;
dan demi sesungguhnya, Kami telah perintahkan orang-orang yang diberi
Kitab dahulu daripada kamu, dan juga (perintahkan) kamu, iaitu hendaklah
bertaqwa kepada Allah; dan jika kamu kufur ingkar, maka (ketahuilah)
sesungguhnya Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan
yang ada di bumi; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kaya, lagi Maha
Terpuji.وَلِلَّهِ ما فِى السَّمٰوٰتِ وَما فِى الأَرضِ ۚ وَكَفىٰ بِاللَّهِ وَكيلًا ﴿١٣٢﴾(132)
sDan bagi Allah jualah apa yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan
cukuplah Allah sebagai Pengawal (yang mentadbirkan dan menguasai
segala-galanya).إِن يَشَأ يُذهِبكُم أَيُّهَا النّاسُ وَيَأتِ بِـٔاخَرينَ ۚ وَكانَ اللَّهُ عَلىٰ ذٰلِكَ قَديرًا ﴿١٣٣﴾(133)
Jika Allah menghendaki, nescaya Ia musnahkan kamu wahai umat manusia
dan Ia datangkan gantinya dengan umat-umat yang lain. Dan adalah Allah
Maha Kuasa melakukan yang demikian itu.مَن كانَ يُريدُ ثَوابَ الدُّنيا فَعِندَ اللَّهِ ثَوابُ الدُّنيا وَالءاخِرَةِ ۚ وَكانَ اللَّهُ سَميعًا بَصيرًا ﴿١٣٤﴾(134)
Sesiapa yang mahukan pahala (balasan) dunia sahaja (maka rugilah ia),
kerana di sisi Allah disediakan pahala (balasan) dunia dan akhirat. Dan
(ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.يٰأَيُّهَا
الَّذينَ ءامَنوا كونوا قَوّٰمينَ بِالقِسطِ شُهَداءَ لِلَّهِ وَلَو عَلىٰ
أَنفُسِكُم أَوِ الوٰلِدَينِ وَالأَقرَبينَ ۚ إِن يَكُن غَنِيًّا أَو
فَقيرًا فَاللَّهُ أَولىٰ بِهِما ۖ فَلا تَتَّبِعُوا الهَوىٰ أَن تَعدِلوا ۚ
وَإِن تَلوۥا أَو تُعرِضوا فَإِنَّ اللَّهَ كانَ بِما تَعمَلونَ خَبيرًا ﴿١٣٥﴾(135)
Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang
sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan
kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu
bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau
miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang
memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah
lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan
hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu
memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi),
maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa
yang kamu lakukan.يٰأَيُّهَا
الَّذينَ ءامَنوا ءامِنوا بِاللَّهِ وَرَسولِهِ وَالكِتٰبِ الَّذى نَزَّلَ
عَلىٰ رَسولِهِ وَالكِتٰبِ الَّذى أَنزَلَ مِن قَبلُ ۚ وَمَن يَكفُر
بِاللَّهِ وَمَلٰئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَاليَومِ الءاخِرِ فَقَد
ضَلَّ ضَلٰلًا بَعيدًا ﴿١٣٦﴾(136)
Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan
RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada
RasulNya (Muhammad, s.a.w), dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah
diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada
Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya
dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan
yang amat jauh.إِنَّ
الَّذينَ ءامَنوا ثُمَّ كَفَروا ثُمَّ ءامَنوا ثُمَّ كَفَروا ثُمَّ
ازدادوا كُفرًا لَم يَكُنِ اللَّهُ لِيَغفِرَ لَهُم وَلا لِيَهدِيَهُم
سَبيلًا ﴿١٣٧﴾(137)
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, kemudian mereka kafir, kemudian
mereka beriman semula, kemudian mereka kafir sekali lagi, kemudian
mereka bertambah-tambah lagi dengan kekufuran, Allah tidak sekali-kali
akan memberi ampun kepada mereka, dan tidak akan memberi pertunjuk
hidayah kepada mereka ke jalan yang benar.بَشِّرِ المُنٰفِقينَ بِأَنَّ لَهُم عَذابًا أَليمًا ﴿١٣٨﴾(138)
Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa
sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi
sakitnya;الَّذينَ
يَتَّخِذونَ الكٰفِرينَ أَولِياءَ مِن دونِ المُؤمِنينَ ۚ أَيَبتَغونَ
عِندَهُمُ العِزَّةَ فَإِنَّ العِزَّةَ لِلَّهِ جَميعًا ﴿١٣٩﴾(139)
(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman
rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut
mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi
orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu
semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang
dikehendakiNya).وَقَد
نَزَّلَ عَلَيكُم فِى الكِتٰبِ أَن إِذا سَمِعتُم ءايٰتِ اللَّهِ يُكفَرُ
بِها وَيُستَهزَأُ بِها فَلا تَقعُدوا مَعَهُم حَتّىٰ يَخوضوا فى حَديثٍ
غَيرِهِ ۚ إِنَّكُم إِذًا مِثلُهُم ۗ إِنَّ اللَّهَ جامِعُ المُنٰفِقينَ
وَالكٰفِرينَ فى جَهَنَّمَ جَميعًا﴿١٤٠﴾(140)
Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di
dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat
keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan
munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga
mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya
(jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka.
Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang manufik dan orang
kafir di dalam neraka jahannam.الَّذينَ
يَتَرَبَّصونَ بِكُم فَإِن كانَ لَكُم فَتحٌ مِنَ اللَّهِ قالوا أَلَم
نَكُن مَعَكُم وَإِن كانَ لِلكٰفِرينَ نَصيبٌ قالوا أَلَم نَستَحوِذ
عَلَيكُم وَنَمنَعكُم مِنَ المُؤمِنينَ ۚ فَاللَّهُ يَحكُمُ بَينَكُم يَومَ
القِيٰمَةِ ۗ وَلَن يَجعَلَ اللَّهُ لِلكٰفِرينَ عَلَى المُؤمِنينَ
سَبيلًا ﴿١٤١﴾(141)
(Mereka yang munafik itu ialah) orang-orang yang sentiasa
menunggu-nunggu (berlakunya sesuatu) kepada kamu; maka kalau kamu
mendapat kemenangan dari Allah (dalam sesuatu peperangan), berkatalah
mereka (kepada kamu): "Bukankah kami turut berjuang bersama-sama kamu?
(Oleh itu kami juga berhak menerima bahagian dari harta rampasan
perang)". Dan jika orang-orang kafir pula mendapat bahagian (yang
menguntungkan dalam peperangan), berkatalah mereka (kepada orang-orang
kafir itu): "Bukankah kami turut membantu kamu dan mempertahankan kamu
dari (serang balas) orang-orang yang beriman (dengan mendedahkan rahsia
perpaduannya)?" Maka Allah akan menghakimi di antara kamu semua pada
hari kiamat; dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada
orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman.إِنَّ
المُنٰفِقينَ يُخٰدِعونَ اللَّهَ وَهُوَ خٰدِعُهُم وَإِذا قاموا إِلَى
الصَّلوٰةِ قاموا كُسالىٰ يُراءونَ النّاسَ وَلا يَذكُرونَ اللَّهَ إِلّا
قَليلًا ﴿١٤٢﴾(142)
Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap
ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir
pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan
membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri
hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan)
riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka
bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati
Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali
(jarang-jarang).مُذَبذَبينَ بَينَ ذٰلِكَ لا إِلىٰ هٰؤُلاءِ وَلا إِلىٰ هٰؤُلاءِ ۚ وَمَن يُضلِلِ اللَّهُ فَلَن تَجِدَ لَهُ سَبيلًا ﴿١٤٣﴾(143)
Mereka berkeadaan "muzabzab" (tidak mempunyai pendirian yang tetap)
antara (iman dan kufur) itu; mereka tidak berpihak terus kepada golongan
(kafir) dan tidak pula berpihak kepada golongan (yang beriman). Dan
sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka engkau (wahai Muhammad) tidak
sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.يٰأَيُّهَا
الَّذينَ ءامَنوا لا تَتَّخِذُوا الكٰفِرينَ أَولِياءَ مِن دونِ
المُؤمِنينَ ۚ أَتُريدونَ أَن تَجعَلوا لِلَّهِ عَلَيكُم سُلطٰنًا مُبينًا ﴿١٤٤﴾(144)
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang
kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman.
Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk
(menyeksa) kamu?إِنَّ المُنٰفِقينَ فِى الدَّركِ الأَسفَلِ مِنَ النّارِ وَلَن تَجِدَ لَهُم نَصيرًا﴿١٤٥﴾(145)
Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang
terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak
sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.إِلَّا
الَّذينَ تابوا وَأَصلَحوا وَاعتَصَموا بِاللَّهِ وَأَخلَصوا دينَهُم
لِلَّهِ فَأُولٰئِكَ مَعَ المُؤمِنينَ ۖ وَسَوفَ يُؤتِ اللَّهُ المُؤمِنينَ
أَجرًا عَظيمًا﴿١٤٦﴾(146)
Kecuali orang-orang yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu) dan
memperbaiki amalan mereka (yang salah), dan mereka pula berpegang teguh
kepada (ugama) Allah, serta mengerjakan ugama mereka dengan ikhlas
kerana Allah, maka mereka yang demikian itu ditempatkan bersama-sama
orang-orang yang beriman (di dalam Syurga); dan Allah akan memberikan
orang-orang yang beriman itu pahala yang amat besar.ما يَفعَلُ اللَّهُ بِعَذابِكُم إِن شَكَرتُم وَءامَنتُم ۚ وَكانَ اللَّهُ شاكِرًا عَليمًا﴿١٤٧﴾(147)
Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan
nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa
Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur
kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka).لا يُحِبُّ اللَّهُ الجَهرَ بِالسّوءِ مِنَ القَولِ إِلّا مَن ظُلِمَ ۚ وَكانَ اللَّهُ سَميعًا عَليمًا ﴿١٤٨﴾(148)
Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan
berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang
yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha
Mengetahui.إِن تُبدوا خَيرًا أَو تُخفوهُ أَو تَعفوا عَن سوءٍ فَإِنَّ اللَّهَ كانَ عَفُوًّا قَديرًا ﴿١٤٩﴾(149)
Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau
kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka
sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.إِنَّ
الَّذينَ يَكفُرونَ بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَيُريدونَ أَن يُفَرِّقوا بَينَ
اللَّهِ وَرُسُلِهِ وَيَقولونَ نُؤمِنُ بِبَعضٍ وَنَكفُرُ بِبَعضٍ
وَيُريدونَ أَن يَتَّخِذوا بَينَ ذٰلِكَ سَبيلًا ﴿١٥٠﴾(150)
Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada Allah dan
Rasul-rasulNya, dan (orang-orang yang) hendak membeza-bezakan iman
mereka di antara Allah dan Rasul-rasulNya, dan (orang-orang yang)
berkata: "Kami beriman kepada setengah Rasul-rasul itu dan kufur ingkar
kepada setengahnya yang lain", serta bertujuan hendak mengambil jalan
lain antara iman dan kufur itu:أُولٰئِكَ هُمُ الكٰفِرونَ حَقًّا ۚ وَأَعتَدنا لِلكٰفِرينَ عَذابًا مُهينًا ﴿١٥١﴾(151)
Mereka itulah orang-orang yang kafir dengan sebenar-benarnya. Dan Kami
telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang menghina.وَالَّذينَ
ءامَنوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَلَم يُفَرِّقوا بَينَ أَحَدٍ مِنهُم
أُولٰئِكَ سَوفَ يُؤتيهِم أُجورَهُم ۗ وَكانَ اللَّهُ غَفورًا رَحيمًا ﴿١٥٢﴾(152)
Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya dan mereka
pula tidak membeza-bezakan (imannya terhadap) seseorang pun di antara
Rasul-rasul itu, (maka) mereka yang demikian, Allah akan memberi mereka
pahala mereka. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.يَسـَٔلُكَ
أَهلُ الكِتٰبِ أَن تُنَزِّلَ عَلَيهِم كِتٰبًا مِنَ السَّماءِ ۚ فَقَد
سَأَلوا موسىٰ أَكبَرَ مِن ذٰلِكَ فَقالوا أَرِنَا اللَّهَ جَهرَةً
فَأَخَذَتهُمُ الصّٰعِقَةُ بِظُلمِهِم ۚ ثُمَّ اتَّخَذُوا العِجلَ مِن
بَعدِ ما جاءَتهُمُ البَيِّنٰتُ فَعَفَونا عَن ذٰلِكَ ۚ وَءاتَينا موسىٰ
سُلطٰنًا مُبينًا ﴿١٥٣﴾(153)
Ahli Kitab (kaum Yahudi) meminta kepadamu (wahai Muhammad) supaya
engkau menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit. (Janganlah
engkau merasa pelik), kerana sesungguhnya mereka telah meminta kepada
Nabi Musa lebih besar dari itu. Mereka berkata: "(Wahai Musa)
perlihatkanlah Allah kepada kami dengan nyata (supaya kami dapat
melihatNya dan percaya kepadaNya)". Lalu mereka disambar oleh petir
dengan sebab kezaliman mereka (menderhaka kepada Allah); kemudian mereka
pula menyembah (patung) anak lembu sesudah datang kepada mereka
keterangan-keterangan (mukjizat), lalu Kami maafkan mereka dari
perbuatan yang sedemikian itu (ketika mereka bertaubat). Dan Kami telah
memberi kepada Nabi Musa kekuasaan yang nyata (untuk mengalahkan kaum
yang kafir itu).وَرَفَعنا
فَوقَهُمُ الطّورَ بِميثٰقِهِم وَقُلنا لَهُمُ ادخُلُوا البابَ سُجَّدًا
وَقُلنا لَهُم لا تَعدوا فِى السَّبتِ وَأَخَذنا مِنهُم ميثٰقًا غَليظًا ﴿١٥٤﴾(154)
Dan Kami telah mengangkat "Gunung Tursina" ke atas mereka disebabkan
(mereka ingkar akan) perjanjian setia mereka (mematuhi hukum-hukum
Taurat), dan Kami perintahkan mereka: "Masuklah kamu melalui pintu
(negeri) itu dengan merendah diri" dan Kami juga perintahkan mereka:
"Janganlah kamu melanggar perintah larangan yang ditentukan pada hari
Sabtu", dan Kami telah mengambil daripada mereka perjanjian setia yang
teguh (yang mewajibkan mereka mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan
laranganNya).فَبِما
نَقضِهِم ميثٰقَهُم وَكُفرِهِم بِـٔايٰتِ اللَّهِ وَقَتلِهِمُ الأَنبِياءَ
بِغَيرِ حَقٍّ وَقَولِهِم قُلوبُنا غُلفٌ ۚ بَل طَبَعَ اللَّهُ عَلَيها
بِكُفرِهِم فَلا يُؤمِنونَ إِلّا قَليلًا ﴿١٥٥﴾(155)
Maka (Kami laknatkan mereka) dengan sebab mereka mencabuli perjanjian
setia mereka, dan mereka kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah,
dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tiada sesuatu alasan yang
benar, dan mereka juga mengatakan: "Hati kami tertutup (tidak dapat
menerima ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad)". (Sebenarnya hati
mereka tidak tertutup), bahkan Allah telah memeteraikan hati mereka
disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali
sedikit sahaja (di antaranya).وَبِكُفرِهِم وَقَولِهِم عَلىٰ مَريَمَ بُهتٰنًا عَظيمًا ﴿١٥٦﴾(156)
Demikian juga (Kami laknatkan mereka) dangan sebab kekufuran mereka dan
tuduhan mereka terhadap Maryam (dengan tuduhan yang amat dustanya.وَقَولِهِم
إِنّا قَتَلنَا المَسيحَ عيسَى ابنَ مَريَمَ رَسولَ اللَّهِ وَما قَتَلوهُ
وَما صَلَبوهُ وَلٰكِن شُبِّهَ لَهُم ۚ وَإِنَّ الَّذينَ اختَلَفوا فيهِ
لَفى شَكٍّ مِنهُ ۚ ما لَهُم بِهِ مِن عِلمٍ إِلَّا اتِّباعَ الظَّنِّ ۚ
وَما قَتَلوهُ يَقينًا ﴿١٥٧﴾(157)
Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya
kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". Padahal
mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib),
tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti
Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham,
mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak
(ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu
pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut
sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.بَل رَفَعَهُ اللَّهُ إِلَيهِ ۚ وَكانَ اللَّهُ عَزيزًا حَكيمًا ﴿١٥٨﴾(158) Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.وَإِن مِن أَهلِ الكِتٰبِ إِلّا لَيُؤمِنَنَّ بِهِ قَبلَ مَوتِهِ ۖ وَيَومَ القِيٰمَةِ يَكونُ عَلَيهِم شَهيدًا ﴿١٥٩﴾(159)
Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan ia akan
beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi
Isa akan menjadi saksi terhadap mereka.فَبِظُلمٍ مِنَ الَّذينَ هادوا حَرَّمنا عَلَيهِم طَيِّبٰتٍ أُحِلَّت لَهُم وَبِصَدِّهِم عَن سَبيلِ اللَّهِ كَثيرًا ﴿١٦٠﴾(160)
Maka disebabkan kezaliman yang amat besar dari perbuatan orang-orang
Yahudi, Kami haramkan atas mereka makanan yang baik-baik yang pernah
dihalalkan bagi mereka, dan disebabkan mereka banyak menghalang manusia
dari jalan Allah.وَأَخذِهِمُ الرِّبوٰا۟ وَقَد نُهوا عَنهُ وَأَكلِهِم أَموٰلَ النّاسِ بِالبٰطِلِ ۚ وَأَعتَدنا لِلكٰفِرينَ مِنهُم عَذابًا أَليمًا ﴿١٦١﴾(161)
Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba padahal mereka telah
dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang
dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya). Dan (ingatlah) Kami
telah menyediakan bagi orang-orang yang kafir di antara mereka, azab
seksa yang tidak terperi sakitnya.لٰكِنِ
الرّٰسِخونَ فِى العِلمِ مِنهُم وَالمُؤمِنونَ يُؤمِنونَ بِما أُنزِلَ
إِلَيكَ وَما أُنزِلَ مِن قَبلِكَ ۚ وَالمُقيمينَ الصَّلوٰةَ ۚ وَالمُؤتونَ
الزَّكوٰةَ وَالمُؤمِنونَ بِاللَّهِ وَاليَومِ الءاخِرِ أُولٰئِكَ
سَنُؤتيهِم أَجرًا عَظيمًا﴿١٦٢﴾(162)
Tetapi orang-orang yang teguh serta mendalam ilmu pengetahuannya di
antara mereka dan orang-orang yang beriman, sekaliannya beriman dengan
apa yang telah diturunkan kepadamu (Al-Quran), dan kepada apa yang telah
diturunkan dahulu daripadamu, - khasnya orang-orang yang mendirikan
sembahyang, dan orang-orang yang menunaikan zakat, serta yang beriman
kepada Allah dan hari akhirat; mereka itulah yang Kami akan berikan
kepadanya pahala (balasan) yang amat besar.إِنّا
أَوحَينا إِلَيكَ كَما أَوحَينا إِلىٰ نوحٍ وَالنَّبِيّۦنَ مِن بَعدِهِ ۚ
وَأَوحَينا إِلىٰ إِبرٰهيمَ وَإِسمٰعيلَ وَإِسحٰقَ وَيَعقوبَ وَالأَسباطِ
وَعيسىٰ وَأَيّوبَ وَيونُسَ وَهٰرونَ وَسُلَيمٰنَ ۚ وَءاتَينا داوۥدَ
زَبورًا ﴿١٦٣﴾(163)
Sungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (wahai Muhammad),
sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh, dan Nabi-nabi
yang diutus kemudian daripadanya; dan Kami juga telah memberikan wahyu
kepada Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub,
serta Nabi-nabi keturunannya, dan Nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi
Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman; dan juga Kami telah memberikan
kepada Nabi Daud: Kitab Zabur.وَرُسُلًا قَد قَصَصنٰهُم عَلَيكَ مِن قَبلُ وَرُسُلًا لَم نَقصُصهُم عَلَيكَ ۚ وَكَلَّمَ اللَّهُ موسىٰ تَكليمًا ﴿١٦٤﴾(164)
Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul yang telah Kami
ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini, dan Rasul-rasul yang tidak Kami
ceritakan hal mereka kepadamu. Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi
Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan).رُسُلًا مُبَشِّرينَ وَمُنذِرينَ لِئَلّا يَكونَ لِلنّاسِ عَلَى اللَّهِ حُجَّةٌ بَعدَ الرُّسُلِ ۚ وَكانَ اللَّهُ عَزيزًا حَكيمًا ﴿١٦٥﴾(165)
Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar
gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada
orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi
manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari
kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan
(ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.لٰكِنِ اللَّهُ يَشهَدُ بِما أَنزَلَ إِلَيكَ ۖ أَنزَلَهُ بِعِلمِهِ ۖ وَالمَلٰئِكَةُ يَشهَدونَ ۚ وَكَفىٰ بِاللَّهِ شَهيدًا ﴿١٦٦﴾(166)
(Orang-orang kafir itu tidak mahu mengakui apa yang telah diturunkan
Allah kepadamu wahai Muhammad), tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan
kebenaran Al-Quran yang telah diturunkanNya kepadamu. Allah
menurunkannya dengan ilmuNya, dan malaikat juga turut menjadi saksi. Dan
cukuplah Allah menjadi saksi (akan kebenaran Al-Quran ini).إِنَّ الَّذينَ كَفَروا وَصَدّوا عَن سَبيلِ اللَّهِ قَد ضَلّوا ضَلٰلًا بَعيدًا﴿١٦٧﴾(167)
Sesungguhnya orang-orang yang kafir serta menghalang orang-orang lain
dari jalan Allah (ugama Islam), sebenarnya mereka telah sesat dengan
kesesatan yang amat jauh.إِنَّ الَّذينَ كَفَروا وَظَلَموا لَم يَكُنِ اللَّهُ لِيَغفِرَ لَهُم وَلا لِيَهدِيَهُم طَريقًا﴿١٦٨﴾(168)
Sesungguhnya orang-orang yang kafir serta berlaku zalim, Allah tidak
sekali-kali akan mengampunkan mereka dan tidak akan menunjukkan jalan
kepada mereka:إِلّا طَريقَ جَهَنَّمَ خٰلِدينَ فيها أَبَدًا ۚ وَكانَ ذٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسيرًا﴿١٦٩﴾(169)
Selain dari jalan neraka jahanam, yang mereka akan kekal di dalamnya
selama-lamanya; dan balasan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.يٰأَيُّهَا
النّاسُ قَد جاءَكُمُ الرَّسولُ بِالحَقِّ مِن رَبِّكُم فَـٔامِنوا خَيرًا
لَكُم ۚ وَإِن تَكفُروا فَإِنَّ لِلَّهِ ما فِى السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ ۚ
وَكانَ اللَّهُ عَليمًا حَكيمًا ﴿١٧٠﴾(170)
Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu
Rasul Allah (Muhammad s.a.w) dengan membawa kebenaran dari Tuhan kamu,
maka berimanlah kamu (kerana yang demikian itu) amatlah baiknya bagi
kamu. Dan jika kamu kufur ingkar (maka kekufuran kamu itu tidak
mendatangkan kerugian apa-apa kepada Allah), kerana sesungguhnya bagi
Allah jualah segala yang ada di langit dan di bumi; dan Allah sentiasa
Mengetahui lagi Maha Bijaksana.يٰأَهلَ
الكِتٰبِ لا تَغلوا فى دينِكُم وَلا تَقولوا عَلَى اللَّهِ إِلَّا الحَقَّ
ۚ إِنَّمَا المَسيحُ عيسَى ابنُ مَريَمَ رَسولُ اللَّهِ وَكَلِمَتُهُ
أَلقىٰها إِلىٰ مَريَمَ وَروحٌ مِنهُ ۖ فَـٔامِنوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ ۖ
وَلا تَقولوا ثَلٰثَةٌ ۚ انتَهوا خَيرًا لَكُم ۚ إِنَّمَا اللَّهُ إِلٰهٌ
وٰحِدٌ ۖ سُبحٰنَهُ أَن يَكونَ لَهُ وَلَدٌ ۘ لَهُ ما فِى السَّمٰوٰتِ وَما
فِى الأَرضِ ۗ وَكَفىٰ بِاللَّهِ وَكيلًا ﴿١٧١﴾(171)
Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas
dalam perkara ugama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap
Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu
hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya
kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah
kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan:
"(Tuhan itu) tiga". Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian),
supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang
Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah
segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi
Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya).لَن
يَستَنكِفَ المَسيحُ أَن يَكونَ عَبدًا لِلَّهِ وَلَا المَلٰئِكَةُ
المُقَرَّبونَ ۚ وَمَن يَستَنكِف عَن عِبادَتِهِ وَيَستَكبِر
فَسَيَحشُرُهُم إِلَيهِ جَميعًا ﴿١٧٢﴾(172)
(Nabi Isa) Al-Masih tidak sekali-kali enggan dan angkuh daripada
menjadi hamba bagi Allah, demikian juga (sikap) malaikat yang sentiasa
berdamping (dengan Allah). Dan sesiapa yang enggan dan angkuh daripada
beribadat (menyembah dan memperhambakan diri) kepada Allah, serta ia
berlaku sombong takbur, maka Allah akan menghimpunkan mereka semua
kepadaNya.فَأَمَّا
الَّذينَ ءامَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ فَيُوَفّيهِم أُجورَهُم
وَيَزيدُهُم مِن فَضلِهِ ۖ وَأَمَّا الَّذينَ استَنكَفوا وَاستَكبَروا
فَيُعَذِّبُهُم عَذابًا أَليمًا وَلا يَجِدونَ لَهُم مِن دونِ اللَّهِ
وَلِيًّا وَلا نَصيرًا ﴿١٧٣﴾(173)
Sesudah itu, orang-orang yang beriman beramal soleh, Allah akan
menyempurnakan bagi mereka pahala (balasan) mereka, dan Ia akan
menambahkan lagi limpah kurniaNya kepada mereka. Sebaliknya orang-orang
yang enggan beribadat kepada Allah dan berlaku sombong takbur, maka
Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi
sakitnya, dan mereka pula tidak akan memperoleh sesiapa pun - yang lain
dari Allah - yang akan menjadi pelindung atau penolong bagi mereka.يٰأَيُّهَا النّاسُ قَد جاءَكُم بُرهٰنٌ مِن رَبِّكُم وَأَنزَلنا إِلَيكُم نورًا مُبينًا﴿١٧٤﴾(174)
Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu:
Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu
(Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang
membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat
kelak).فَأَمَّا
الَّذينَ ءامَنوا بِاللَّهِ وَاعتَصَموا بِهِ فَسَيُدخِلُهُم فى رَحمَةٍ
مِنهُ وَفَضلٍ وَيَهديهِم إِلَيهِ صِرٰطًا مُستَقيمًا ﴿١٧٥﴾(175)
Oleh itu, orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh
kepada (ajaran Al-Quran) ini, maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam
rahmatNya (yang khas iaitu Syurga) dan limpah kurniaNya (yang tidak
terkira), dan Allah akan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (jalan
ugama Islam), yang membawa kepadaNya.يَستَفتونَكَ
قُلِ اللَّهُ يُفتيكُم فِى الكَلٰلَةِ ۚ إِنِ امرُؤٌا۟ هَلَكَ لَيسَ لَهُ
وَلَدٌ وَلَهُ أُختٌ فَلَها نِصفُ ما تَرَكَ ۚ وَهُوَ يَرِثُها إِن لَم
يَكُن لَها وَلَدٌ ۚ فَإِن كانَتَا اثنَتَينِ فَلَهُمَا الثُّلُثانِ مِمّا
تَرَكَ ۚ وَإِن كانوا إِخوَةً رِجالًا وَنِساءً فَلِلذَّكَرِ مِثلُ حَظِّ
الأُنثَيَينِ ۗ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُم أَن تَضِلّوا ۗ وَاللَّهُ بِكُلِّ
شَيءٍ عَليمٌ ﴿١٧٦﴾(176)
Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (Wahai
Muhammad mengenai masalah Kalaalah). Katakanlah: "Allah memberi fatwa
kepada kamu di dalam perkara Kalaalah itu, iaitu jika seseorang mati
yang tidak mempunyai anak dan ia mempunyai seorang saudara perempuan,
maka bagi saudara perempuan itu satu perdua dari harta yang ditinggalkan
oleh si mati; dan ia pula (saudara lelaki itu) mewarisi (semua harta)
saudara perempuannya, jika saudara perempuannya tidak mempunyai anak.
Kalau pula saudara perempuannya itu dua orang, maka keduanya mendapat
dua pertiga dari harta yang di tinggalkan oleh si mati. Dan sekiranya
mereka (saudara-saudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka
bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan". Allah
menerangkan (hukum ini) kepada kamu supaya kamu tidak sesat. Dan
(ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
No comments:
Post a Comment