SEMERAH TINTA®

SEMERAH TINTA®
"Merah" membawa maksud sesuatu yang masih baru dan perlu melalui jangka waktu dan proses tertentu untuk matang.Pen merah amat sinonim dengan profesion perguruan.Tinta merah atau dakwat merah pula selalu dikaitkan dengan pembetulan, amaran ataupun catatan pelaporan yang biasanya dikaitkan dengan kegagalan di dalam ujian atau peperiksaan seseorang pelajar.Apapun, tinta merah bukanlah bertujuan untuk menunjukkan sesuatu yang negatif, sebaliknya sebagai satu motivasi agar sentiasa memperbaiki kelemahan dan sentiasa mahu berubah sehingga kejayaan dapat dikecapi."Semerah Tinta" dibina sebagai medan catatan dan maklumat berkaitan Pembelajaran dan Pengajaran.Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pandangan, melayari dan menghubung (link) dengan laman atau blog lain. Segala paparan atau catatan adalah atas pandangan penulis sendiri dan boleh diperbaiki dari masa ke masa tertakluk kepada pandangan intlek dan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat,teguran,pandangan dan perhatian daripada intelektual, warga pendidik serta rakan blog berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran amat saya harapkan dan sangat-sangat dihargai.Semerahtinta juga lahir selepas puakajoran.blogspot.com,agrohias.blogspot.com,golokkraf.blogspot.com dan skb3.blogspot.com .Semoga kehadiran semerahtinta.blogspot ini dapat diterima dalam satu rangkaian.Terima kasih!- Tintamerah®.

SUMPAH SEMERAH TINTA:

SUMPAH SEMERAH TINTA:
MENGHAYATI BAHASA SYURGA,MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA, MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS,MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA,DAN MEMPERKAYAKAN BANGSA DENGAN SEMUA BAHASA.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ . خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ .اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ .الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَم .عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.Read in the name of your Lord,Who created.Created man, out of a (mere) clot of congealed blood.Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful.He Who taught (the use of) the pen.Taught man that which he knew not.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam (pen/tinta).Dia mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahui manusia.

Sahabat Maya - Tinggalkan Link Anda Supaya Senang Saya Follow Kembali - Terima kasih atas sokongan

Terima kasih atas sokongan.Tinggalkan Link supaya senang di "follow" kembali.

Thursday, 11 July 2019

Laporan Gotong Royong Keceriaan Kampung



Laporan Gotong Royong Keceriaan Kampung

Pada 9 Julai 2019, Ahli Jawantankuasa Penduduk Felda Besout 3 telah mengadakan gotong-royong menceriakan dan mengindahkan kawasan kampung.  Aktiviti ini disertai oleh semua penduduk Felda Besout 3.

Pada pukul 8.00 pagi, Pengerusi Jawatankuasa Penduduk memberikan taklimat. Beliau menerangkan projek yang akan dilaksanakan pada pagi itu. Tema gotong royong hari ini ialah Projek Hijau iaitu membersihkan Kawasan kampung dan menghijaukan persekitaran.

Penduduk telah dibahagikan kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan diketuai oleh seorang ketua. Kumpulan pertama ditugaskan untuk menanam pokok-pokok yang pelbagai jenis di sekitar kawasan kampung.  Antara pokok bunga yang ditanam ialah pokok bunga kertas, orkid, bunga matahari dan lain-lain lagi.

Kumpulan kedua pula membersihkan saliran dan longkang. Mereka mencari Kawasan pembiakan nyamuk. Tin-tin kosong dan lopak yang menjadi tempat takungan air mereka timbus.

Kumpulan ketiga menjalankan kerja-kerja memangkas pokok. Mereka juga membaik pulih landskap supaya nampak indah. Baja dibubuh pada pokok-pokok landskap supaya sentiasa menghijau dan menjadikan persekitaran segar.

Pada pukul 10.00 pagi, penduduk yang bergotong royong berehat dan menikmati minuman dan juadah kuih-muih di Dewan JKKR yang disedia oleh pihak Jawatankuasa Penduduk. Setengah jam kemudian, mereka menyambung semula aktiviti gotong-royong itu.

Aktiviti menceria dan mengindahkan kawasan kampung tamat kira-kira pukul 12.30 tengah hari setelah tugas selesai disiapkan oleh setiap kumpulan. Kini, Felda Gunung Besout 3 tampak lebih cantik dan ceria. Sebelum bersurai, penduduk menikmati makan tengah hari di Dewan JKKR. Penduduk sungguh gembira kerana dapat mengindahkan kampung dan berharap aktiviti ini dapat diadakan lagi.



Laporan disediakan oleh,                                                             19 JULAI 2019.
……………………..........................
(MUHAMMAD AFIQ BIN AYUB)
Setiausaha Jawatankuasa Penduduk,
Felda Gunung Besout 3.




Nukilan,
Muhammad Afiq bin Ayub.
Tahun 4 Cemerlang.

2 comments:

Catatan Lain Yang Mungkin Anda Cari

Kumpulan Blog Kendalian Saya

Blog List Ilmu Keguruan

Pautan Bersama