SEMERAH TINTA®

SEMERAH TINTA®
"Merah" membawa maksud sesuatu yang masih baru dan perlu melalui jangka waktu dan proses tertentu untuk matang.Pen merah amat sinonim dengan profesion perguruan.Tinta merah atau dakwat merah pula selalu dikaitkan dengan pembetulan, amaran ataupun catatan pelaporan yang biasanya dikaitkan dengan kegagalan di dalam ujian atau peperiksaan seseorang pelajar.Apapun, tinta merah bukanlah bertujuan untuk menunjukkan sesuatu yang negatif, sebaliknya sebagai satu motivasi agar sentiasa memperbaiki kelemahan dan sentiasa mahu berubah sehingga kejayaan dapat dikecapi."Semerah Tinta" dibina sebagai medan catatan dan maklumat berkaitan Pembelajaran dan Pengajaran.Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pandangan, melayari dan menghubung (link) dengan laman atau blog lain. Segala paparan atau catatan adalah atas pandangan penulis sendiri dan boleh diperbaiki dari masa ke masa tertakluk kepada pandangan intlek dan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat,teguran,pandangan dan perhatian daripada intelektual, warga pendidik serta rakan blog berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran amat saya harapkan dan sangat-sangat dihargai.Semerahtinta juga lahir selepas puakajoran.blogspot.com,agrohias.blogspot.com,golokkraf.blogspot.com dan skb3.blogspot.com .Semoga kehadiran semerahtinta.blogspot ini dapat diterima dalam satu rangkaian.Terima kasih!- Tintamerah®.

SUMPAH SEMERAH TINTA:

SUMPAH SEMERAH TINTA:
MENGHAYATI BAHASA SYURGA,MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA, MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS,MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA,DAN MEMPERKAYAKAN BANGSA DENGAN SEMUA BAHASA.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ . خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ .اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ .الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَم .عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.Read in the name of your Lord,Who created.Created man, out of a (mere) clot of congealed blood.Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful.He Who taught (the use of) the pen.Taught man that which he knew not.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam (pen/tinta).Dia mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahui manusia.

Sahabat Maya - Tinggalkan Link Anda Supaya Senang Saya Follow Kembali - Terima kasih atas sokongan

Terima kasih atas sokongan.Tinggalkan Link supaya senang di "follow" kembali.

Friday, 13 October 2023

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN AMINUDDIN BAKI

PERJALANAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SK AMINUDDIN BAKI 2023

Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan sebagai satu langkah pro aktif ke arah proses transformasi  bagi merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).

Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif setiap masa dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pada hari ini 13 Oktober 2023 bersamaan hari Jumaat, bermula jam 8.10 pagi berlangsung sambutan yang tersebut di atas bagi SK Aminuddin Baki Slim River.

Sambutan dimulakan dengan ucapan ringkas Guru Besar, Pn. Azuraniza binti Abu Samah,diikuti aktiviti pemanasan badan dikendalikan oleh Puan Farakh Aqmar beserta beberapa orang murid.

Sejurus selepas itu, Pn.Guru Besar melepaskan peserta “Brisk walk” dari  Dewan Al Falah SKAB menuju Stesen  KTM melalui pintu utama, sekitar Taman Seroja dan kembali ke sekolah melalui pintu pagar ke 2 .Jarak laluan dianggarkan lebih kurang 4.2 KM.

Acara diteruskan dengan aktiviti senamrobik yang dikendalikan Pn. Noramirah binti Norhisham dan Pn. Vimala a/p Sinaiah sebelum berakhir pada jam 9.40 pagi.

Semua murid SKAB dari  Pra sekolah, Tahun 1 hingga tahun 6, PPKI, Guru-guru, AKP, kakitangan dan pekerja swasta turut memeriahkan sambutan.

Ahli jawatankuasa sambutan mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada anggota PDRM yang melicinkan tugas pengawasan keselamatan sepanjang laluan dan semua yang terlibat menjayakan program.

Sekian, terima kasih.

Pictures by Huawei ANE-LX2 Cikgu Badr 2023;













































































Paparan dari jurugambar bersekutu

































































*  Versi video (youtube) 


No comments:

Post a Comment

Catatan Lain Yang Mungkin Anda Cari

Kumpulan Blog Kendalian Saya

Blog List Ilmu Keguruan

Pautan Bersama