SEMERAH TINTA®

SEMERAH TINTA®
"Merah" membawa maksud sesuatu yang masih baru dan perlu melalui jangka waktu dan proses tertentu untuk matang.Pen merah amat sinonim dengan profesion perguruan.Tinta merah atau dakwat merah pula selalu dikaitkan dengan pembetulan, amaran ataupun catatan pelaporan yang biasanya dikaitkan dengan kegagalan di dalam ujian atau peperiksaan seseorang pelajar.Apapun, tinta merah bukanlah bertujuan untuk menunjukkan sesuatu yang negatif, sebaliknya sebagai satu motivasi agar sentiasa memperbaiki kelemahan dan sentiasa mahu berubah sehingga kejayaan dapat dikecapi."Semerah Tinta" dibina sebagai medan catatan dan maklumat berkaitan Pembelajaran dan Pengajaran.Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pandangan, melayari dan menghubung (link) dengan laman atau blog lain. Segala paparan atau catatan adalah atas pandangan penulis sendiri dan boleh diperbaiki dari masa ke masa tertakluk kepada pandangan intlek dan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat,teguran,pandangan dan perhatian daripada intelektual, warga pendidik serta rakan blog berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran amat saya harapkan dan sangat-sangat dihargai.Semerahtinta juga lahir selepas puakajoran.blogspot.com,agrohias.blogspot.com,golokkraf.blogspot.com dan skb3.blogspot.com .Semoga kehadiran semerahtinta.blogspot ini dapat diterima dalam satu rangkaian.Terima kasih!- Tintamerah®.

SUMPAH SEMERAH TINTA:

SUMPAH SEMERAH TINTA:
MENGHAYATI BAHASA SYURGA,MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA, MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS,MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA,DAN MEMPERKAYAKAN BANGSA DENGAN SEMUA BAHASA.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ . خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ .اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ .الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَم .عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.Read in the name of your Lord,Who created.Created man, out of a (mere) clot of congealed blood.Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful.He Who taught (the use of) the pen.Taught man that which he knew not.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam (pen/tinta).Dia mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahui manusia.

Sahabat Maya - Tinggalkan Link Anda Supaya Senang Saya Follow Kembali - Terima kasih atas sokongan

Terima kasih atas sokongan.Tinggalkan Link supaya senang di "follow" kembali.

Wednesday, 8 November 2023

K9 Unit Anjing Pengesan PDRM Sempena Minggu Anti Dadah dan Pelancaran Kelab Pencegahan Jenayah SK Aminuddin Baki

Unit Anjing Pengesan PDRM (K9) ditubuhkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu polis mengesan bukti seperti mencari mayat yang dicampak ke dalam sungai, tasik atau laut.

Pada 2010, PDRM mendapatkan bantuan daripada polis Finland untuk mendapatkan latihan unit anjing pengesan. PDRM mempunyai 145 ekor anjing yang boleh mengesan penjenayah, dadah, mayat, senjata api dan bahan letupan.

30 ekor dibeli dari Jerman dan Czechoslovakia pada Disember 2009 iaitu 18 ekor jenis 'German Shepherd' dan 12 ekor jenis 'Labrador'. 

Hari ini, Unit Anjing Pengesan PDRM  sempat beraksi di SK Aminuddin Baki Slim River,sempena  Pelancaran Kelab Pencegahan Jenayah dan Minggu Anti Dadah tahun 2023. Murid-murid berpeluang melihat bagaimana ketangkasan 2 ekor anjing dari unit ini membuat aksi.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan sepanjang pelancaran Kelab Pencegahan Jenayah SKAB dan minggu anti dadah 2023 ini. Antaranya,pertandingan melukis dan mewarna, Ceramah dan Pameran AADK, Kuiz Anti Dadah,Demonstrasi Anjing K9,Ceramah Disiplin dan Majlis Penutup serta Penyampaian Hadiah.

Sekitar Demonstrasi Anjing Polis K9 pada hari ini.







































































No comments:

Post a Comment

Catatan Lain Yang Mungkin Anda Cari

Kumpulan Blog Kendalian Saya

Blog List Ilmu Keguruan

Pautan Bersama