SEMERAH TINTA®

SEMERAH TINTA®
"Merah" membawa maksud sesuatu yang masih baru dan perlu melalui jangka waktu dan proses tertentu untuk matang.Pen merah amat sinonim dengan profesion perguruan.Tinta merah atau dakwat merah pula selalu dikaitkan dengan pembetulan, amaran ataupun catatan pelaporan yang biasanya dikaitkan dengan kegagalan di dalam ujian atau peperiksaan seseorang pelajar.Apapun, tinta merah bukanlah bertujuan untuk menunjukkan sesuatu yang negatif, sebaliknya sebagai satu motivasi agar sentiasa memperbaiki kelemahan dan sentiasa mahu berubah sehingga kejayaan dapat dikecapi."Semerah Tinta" dibina sebagai medan catatan dan maklumat berkaitan Pembelajaran dan Pengajaran.Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pandangan, melayari dan menghubung (link) dengan laman atau blog lain. Segala paparan atau catatan adalah atas pandangan penulis sendiri dan boleh diperbaiki dari masa ke masa tertakluk kepada pandangan intlek dan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat,teguran,pandangan dan perhatian daripada intelektual, warga pendidik serta rakan blog berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran amat saya harapkan dan sangat-sangat dihargai.Semerahtinta juga lahir selepas puakajoran.blogspot.com,agrohias.blogspot.com,golokkraf.blogspot.com dan skb3.blogspot.com .Semoga kehadiran semerahtinta.blogspot ini dapat diterima dalam satu rangkaian.Terima kasih!- Tintamerah®.

SUMPAH SEMERAH TINTA:

SUMPAH SEMERAH TINTA:
MENGHAYATI BAHASA SYURGA,MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA, MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS,MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA,DAN MEMPERKAYAKAN BANGSA DENGAN SEMUA BAHASA.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ . خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ .اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ .الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَم .عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.Read in the name of your Lord,Who created.Created man, out of a (mere) clot of congealed blood.Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful.He Who taught (the use of) the pen.Taught man that which he knew not.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam (pen/tinta).Dia mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahui manusia.

Sahabat Maya - Tinggalkan Link Anda Supaya Senang Saya Follow Kembali - Terima kasih atas sokongan

Terima kasih atas sokongan.Tinggalkan Link supaya senang di "follow" kembali.

Monday 19 November 2012

Semakan UPSR 2012

Perkhidmatan semakan UPSR 2012 secara Online akan bermula pada pukul 10.00 pagi 19 November hingga jam 11.59 malam, 25 November 2012. Maklumat lanjut layari  http://www.moe.gov.my/

Semakan keputusan UPSR secara SMS melalui langkah berikut:

Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888
Contoh: UPSR AA0961001 hantar ke 15888.

Setiap SMS dikenakan bayaran RM 0.20 .

KENYATAAN AKHBAR
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH
TAHUN 2012


Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2012 akan diadakan pada hari Isnin, 19 November 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Pada tahun ini seramai 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.



Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
6 November 2012.

Friday 16 November 2012

Semak Keputusan UPSR 2012 Secara Online

Semak Online Keputusan Peperiksaan UPSR 2012. Kini anda boleh membuat semakan secara online. SAPS telah menyediakan satu lagi kemudahan yang membolehkan pihak ibubapa melihat prestasi peperiksaan pencapaian anak mereka.

Sila klik menu pilihan di sebelah kiri dan masukkan ID pelajar di laman web SAPS, pilih jenis peperiksaan dan jenis laporan.

KLIK PADA PERKATAAN "SAPS" Di ATAS

Menurut maklumat, keputusan UPSR 2012 akan diumumkan pada hari Isnin, 19 November 2012. Pelajar boleh mengambil keputusan UPSR di sekolah masing-masing pada 19 November 2012 selepas jam 10.00 pagi.

Pelajar dan ibubapa juga boleh menyemak keputusan UPSR secara SMS melalui langkah berikut:

Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888
Contoh: UPSR AA0961001 hantar ke 15888.

Sunday 23 September 2012

Keputusan Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2012

Tahniah kepada semua yang telah mendapat sijil masing-masing. Bagi yang masih belum mendapat sijil, harap bersabar kerana pihak Sekretariat sedang berhempas pulas bagi mengeluarkan sijil untuk hampir 100,000 peserta kali ini. Maaf Admin tak dapat nak update status selalu.

Maklumat lanjut boleh dilayari di: https://www.facebook.com/surat1malaysia

Tuesday 18 September 2012

Aplikasi Pangkalan Data Murid Secara Atas Talian Dan Pendaftaran Ke Tingkatan 1


Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan satu Aplikasi Pangkalan Data Murid Secara Atas Talian bagi murid di bawah KPM.

Sehubungan itu, dipohon kerjasama Guru Data SMM untuk mengambil tindakan segera berdasarkan Surat Arahan Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah. Mohon juga dirujuk Manual Pengguna yang disertakan.

Pautan Pangkalan Data Murid - http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia

Monday 10 September 2012

Ramalan Soalan Penulisan UPSR 2012

Salah satu aspek yang perlu diberi perhatian ialah amalan menjaga kesihatan. Kesihatan diri perlu dijaga supaya kita dapat hidup selesa dan gembira.Oleh itu, menjadi kewajipan setiap orang memastikan amalan menjaga  kesihatan diri diperaktikkan dengan sebaik mungkin.
        
Salah satu kepentingan menjaga kesihatan diri kita dapat melaku berbagai aktiviti yang kita suka. Sebagai contoh, kita dapat bemain bola sepak dan berolahraga dengan selesa. Kesannya kita akan lebih gembira kerana dapat melakukan aktiviti yang kita minat.Mana mungkin orang yang tidak sihat dapat bermain bola dan beraktiviti.
            
Selain itu,apabila kita menjaga kesihatan kita dengan baik,kita dapat belajar dengan selesa dan mudah menumpukan perhatian sewaktu guru sedang mengajar atau memberikan penerangan. Keselesaan ini terhasil disebabkan kita tidak mempunyai sebarang penyakit yang mengganggu konsentrasi kita seperti selsema,demam,sakit perut dan lain-lain lagi.
            
 Di samping itu,orang yang menjaga kesihatan juga tidak menghadapi sebarang halangan yang menyebabkan kita tidak boleh hadir ke sekolah.Jika kita sakit sudah tentu kita merasa bimbang penyakit tersebut akan berjangkit kepada rakan-rakan.Kita mungkin akan dikurantinkan di rumah dan menyebabkan kerugian kita dalam pelajaran.

                Akhirnya, saya menyeru kepada rakan-rakan agar mementingkan penjagaan kesihatan diri. Langkah ini tidak boleh dipandang enteng dan seharusnya dititikberatkan agar kita terhindar daripada dijangkiti sebarang penyakit.

Laporan Hari Sukan Sekolah


LAPORAN SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN BESOUT 3

             Pada 23 Januari 2010,Sekolah  Kebangsaan Besout 3, telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan Sekolah Kali ke-17.Temasya sukan bermula pada pukul 8:00 pagi.Temasya tersebut diadakan di Padang Sekolah Kebangsaan Besout 3 yang terletak di belakang sekolah.
       
 Pada pagi itu,semua olahragawan dan olahragawati beratur mengikut rumah masing-masing untuk masuk ke padang.Mereka berkawat kaki mengikut rentak muzik.Pengerusi PIBG dijemput untuk menerima tabik hormat daripada peserta perbarisan.Kemudian Ketua Kontinjen membaca ikrar.Pengerusi PIBG dijemput berucap dan merasmikan temasya sukan tersebut.        
        
Selepas itu bermulalah acara sukan. Antara acara yang dipertandingkan termasuklah acara 100m,200m,400m,4x100m. Selain itu, acara lontar peluru,lompat tinggi,lompat jauh dan tarik tali turut dipertandingkan.
        
Pengerusi PIBG dan Guru Besar Sekolah  Kebangsaan Besout 3 dan beberapa orang ahli Jawatankuasa Temasya Sukan dijemput untuk menyampaikan pingat dan hadiah. Mereka juga mengucapkan tahniah kepada para pemenang.
        
Sebelum acara berakhir, Guru Besar mengumumkan keputusan keseluruhan temasya sukan pada hari tersebut. Rumah Kuning dinobatkan sebagai Johan, Naib johan pula disandang oleh Rumah Biru manakala Rumah Merah mendapat tempat ketiga. Olahragawati ialah Norazmina Binti Kamaruddin dari Rumah Kuning,manakala olahragawan pula ialah Salleh Bin Ayub juga dari Rumah Kuning.
       
 Akhirnya,Guru Besar mengumumkan cuti sehari pada hari Isnin iaitu pada 26 Januari.Sebelum bersurai,Guru Besar meminta semua murid membersihkan padang .Guru Besar juga mengucapkan tahniah kepada pemenang dan memberikan nasihat kepada peserta yang kalah.


Disediakan oleh,                                                                                 28 JANUARI 2010.

…………………………
(SUBUH BIN ZUHUR)
Setiausaha sukan,
Sekolah Kebangsaan Besout 3.


Nukilan: Aisyatussufiaah
Tahun : 3 Cemerlang

Kepentingan Menjaga Kesihatan Diri


Dalam hidup ini kita mestilah menjaga kesihatan. Kesihatan diri perlu dijaga supaya kita dapat hidup selesa dan gembira.Oleh itu, menjadi kewajipan setiap orang memastikan amalan menjaga  kesihatan diri diperaktikkan dengan sebaik mungkin.
        
Salah satu kepentingan menjaga kesihatan diri kita dapat melaku berbagai aktiviti yang kita suka. Sebagai contoh, kita dapat bemain bola sepak dan berolah raga dengan selesa. Kesannya kita akan lebih gembira kerana dapat melakukan aktiviti yang kita minat.Mana mungkin orang yang tidak sihat dapat bermain bola dan beraktiviti.
            
Selain itu,apabila kita menjaga kesihatan kita dengan baik,kita dapat belajar dengan selesa dan mudah menumpukan perhatian sewaktu guru sedang mengajar atau memberikan penerangan. Keselesaan ini terhasil disebabkan kita tidak mempunyai sebarang penyakit yang mengganggu konsentrasi kita seperti selsema,demam,sakit perut dan lain-lain lagi.
            
 Di samping itu,orang yang menjaga kesihatan juga tidak menghadapi sebarang halangan yang menyebabkan kita tidak boleh hadir ke sekolah.Jika kita sakit sudah tentu kita merasa bimbang penyakit tersebut akan berjangkit kepada rakan-rakan.Kita mungkin akan dikurantinkan di rumah dan menyebabkan kita kerugian dalam pelajaran.

                Akhirnya, saya menyeru kepada rakan-rakan agar mementingkan penjagaan kesihatan diri. Langkah ini tidak boleh dipandang enteng dan seharusnya dititik beratkan agar kita terhindar daripada dijangkiti sebarang penyakit.

Cara-cara Menghormati Guru Kita

Sebagai pelajar kita semestinya menghormati guru.Tugas guru ialah mengajar di sekolah.Guru mendidik pelajar supaya menjadi orang yang berguna.Guru-guru di sekolah merupakan ibu bapa kedua bagi kita selepas ibu bapa sendiri.Ini disebabkan pelajar-pelajar banyak menghabiskan masa di sekolah bersama-sama guru.

Terdapat beberapa cara untuk menghormati guru, antaranya kita sepatutnya mengucapkan salam atau ucapan selamat kepada guru.Ucapan salam dan ucap selamat itu merupakan doa kita kepada mereka.

Selain itu, kita juga boleh menghormati guru dengan cara mematuhi arahan dan suruhan mereka.Sebagai contoh, kita tidak boleh bermain dan berbuat bising di dalam bilik darjah.Kesannya pengajaran guru akan lebih berkesan.

Guru juga boleh dihormati dengan cara kita melakukan tugasan yang diberi.Sebagai contoh, kita hendaklah menyiapkan kerja rumah yang diberi.Kesannya, guru akan merasa senang dan sentiasa bersemangat untuk terus mendidik kita.Mereka juga dapat mengesan kelemahan kita dan dapat memberi penjelasan tentang topik yang kita tidak fahami.

Pada 16 hari bulan Mei setiap tahun diadakan perayaan hari guru.Bagi pelajar-pelajar yang berkemampuan, bolehlah memberikan hadiah kepada guru-guru.Kepada pelajar yang tidak mampu, mereka bolehlah memberikan kad ucapan ataupun mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru.

Guru ibarat lilin, mereka sentiasa memberikan tunjuk ajar dan membawa cahaya penerang kepada kehidupan.Sebagai murid kita tidak boleh melupai jasa guru sebaliknya perlu menghormati guru sampai bila-bila.

Nukilan:Aisyatussuffiiaah - Tahun 3 Cemerlang

Contoh Soalan UPSR - Set 2 - Penulisan (Bahagian B)

Bahagian B (Masa dicadangkan 40 minit)

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1. Kamu telah menyertai lawatan sanbil belajar ke tempat menarik yang dianjurkan oleh sekolah kamu.Tulis sebuah laporan tentang laporan tersebut.

                                              ATAU

2. Faktor keselamatan amat penting kepada pengguna jalan raya . Kamu telah mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan peringkat daerah.Tajuk syarahan ialah "Cara-cara Menjaga Keselamatan di Jalan Raya".

   Tulis teks syarahan kamu selengkapnya.

                                        ATAU

3. Semasa aku pulang dari sekolah, aku melihat orang ramai berhimpun di tepi jalan. Aku menghampirinya.Aku dapati........

  Mulakan karangan kamu dengan aku dapati...........

Contoh Soalan UPSR - Set 1 Penulisan

Bahagian B (Masa dicadangkan 40 minit)

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1. Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah.

    Tulis sebuah berita tentang sambutan tersebut.

                                          ATAU

2. Guru adalah orang yang banyak berjasa kepada kita.

   Tulis sebuah karangan tentang cara-cara menghormati guru.

                                        ATAU

3. Kamu dan keluarga telah berkelah pada cuti hujung minggu yang lalu.Ceritakan pengalamaan kamu berkelah bersama-sama keluarga.

Tulis karangan kamu selengkapnya.

Monday 30 July 2012

Nilai Murni dan Amalan Baik serta cara menulis rumusan bahagian C bahasa Malaysia Penulisan UPSR

NILAI MURNI / AMALAN BAIK
adil
amanah
berterima kasih
bertimbang rasa
hormat kepada pemimpin.
bertindak pantas
berusaha
hormat kepada rakan
cekal
hormat-menghormati
cinta kepada keamanan
ikhlas
cinta kepada negara
jaya diri
dedikasi
jimat
empati
kasih sayang
gigih
keadilan
gotong-royong
kebebasan
hemah tinggi
keberanian
hormat kepada adat resam
kebersihan fizikal
hormat kepada agama
kebersihan mental
hormat kepada guru
kebersihan persekitaran
berbincang terlebih dahulu
baik hati
bercakap benar
membantu
berdikari
belas kasihan
berfikiran terbuka
berani
bertanggungjawab
berhati-hati
berani kerana benar
beringat-ingat
berani mempertahankan pendirian
bermaaf-maafan
bermuafakat
berani
bersabar
beratur / berbaris
bertanggungjawab
bertanya jika tidak tahu
hormat kepada orang tua
hormat kepada ibu bapa
kejujuran
hormat kepada jiran
kerajinan
hormat kepada kepercayaan
kerjasama
hormat kepada ketua
kesederhanaan
kesopanan
mengucapkan tahniah
kesyukuran
mengutamakan keselamatan diri dan orang lain
kunjung-mengunjung
memberi salam
membuat persiapan awal
menjawab salam
membuat pertimbangan
menumpukan perhatian
membuat rujukan
menuntut ilmu
mementingkan masa
menyiasat terlebih dahulu
mempunyai cita-cita
mendoakan kesejahteraan
merendah diri
menepati masa
murah hati
mengakui kesalahan diri
patuh kepada undang -undang
mengambil tahu
mengenang budi
peka terhadap sesuatu
mengeratkan hubungan kekeluargaan
mengharai perpaduan
persaudaraan
rajin
menghargai jasa
ramah mesra
mengharumkan nama negara
rasional
mengikut peraturan
saksama
saling memahami
sayang
sedar akan kekurangan diri
sedar akan kelebihan diri
sedia memaafkan
semangat bermasyarakat
semangat kejiranan
semangat kesukanan
semangat patriotik
simpati
sopan
taat kepada ibu bapa
tabah
tekun
toleransi
menolong
yakin pada diri sendiri
menziarahi.
 Contoh Keterangan /Ayat Yang Dipadankan Dengan Nilai Murni (Klik untuk besarkan)

CONTOH PENGGUNAAN NILAI MURNI DALAM PENULISAN

Lihat nilai murni yang terdapat dalam ayat di bawah. Kemudian lihat ayat yang dibina daripada nilai murni tersebut .

1. Pada waktu rehat, kami beratur untuk membeli makanan di kantin.

Nilai Murni: mematuhi peraturan.

Ayat: Kita mestilah mematuhi peraturan walaupun di mana-mana.

2. Pengawas sibuk menjalankan tugas masing masing.

Nilai Murni: bertanggungjawab

Ayat: Kita sepatutnya melaksanakan tugas yang diberikan dengan rasa tanggung jawab.

3. Seorang pengawas lelaki yang kebetulan berada di situ mendekati budak itu.“Mengapakah adik menangis? “ tanya pengawas itu.

Nilai Murni: perihatin

Ayat: Kita seharusnya perihatin dengan keadaan dan masalah yang berlaku di sekeliling kita.

4. “ Makanan saya terjatuh ke lantai. Seorang murid telah terlanggar saya. Saya sangat lapardan saya tidak ada duit lagi untuk membeli untuk membeli makanan,“ jawab budak itu sambil menangis.

Nilai Murni: berterus-terang.

Ayat: Kita dikehendaki berterus-terang tentang masalah yang dihadapi agar pihak-pihak berwajib dapat menghulurkan bantuan.

5. “Abang ada duit. Abang akan membelikan makanan dan minuman untuk kamu. Mari ikut abang. “ kata pengawas itu.

Nilai Murni: memberi pertolongan.

Ayat: Kita sewajarnya memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan.

TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN C:
1. Baca sekali untuk memahami petikan secara umum.

2. Baca sekali lagi dan gariskan perkataan atau ayat yang mempunyai nilai murni atau pengajaran.

3. Senarai semua nilai murni atau pengajaran untuk dibuat ulasan.

4. Gunakan penanda wacana bagi setiap nilai murni atau pengajaran yang diulas.

5. Pastikan tiada nilai murni atau pengajaran yang diulas berulang-ulang.

6. Setiap nilai murni atau pengajaran perlu disertai dengan huraian yang baik.

7. Pastikan tiada kesilapan tatabahasa apabila membina ayat.

8. Elakkan menggunakan ayat yang terlalu panjang.

9. Jawapan yang bersifat positif.Mulakan ayat seperti berikut:

     i. Kita mestilah….........................................

     ii. Kita sepatutnya…....................................

    iii. Kita seharusnya..................................….

    iv. Kita dikehendaki….................................

    v. Kita sewajarnya ......................................

CONTOH PENULISAN:

Nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas, antaranya kita mestilah......
Selain itu, kita sepatutnya..................................
Seterusnya, kita seharusnya...............................
Kita juga dikehendaki........................................
Akhir sekali kita sewajarnya..............................

Setiap Nilai Murni perlu dihuraikan dalam ayat lengkap. Sebagai contoh, perhatikan rumusan berikut:

Nilai murni yang dapat diambil dari petikan di atas antaranya, kita mestilah mematuhi peraturan walaupun di mana juapun kita berada.Selain itu kita juga sepatutnya melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab.Seterusnya kita juga seharusnya perihatin dengan keadaan dan masalah yang berlaku di sekeliling kita.Kita juga dikehendaki berterus-terang tentang masalah yang dihadapi agar pihak-pihak berwajib dapat menghulurkan bantuan.Akhir sekali Kita sewajarnya memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan.
(Bilangan perkataan lebih kurang 55-60 patah )

SAMBUTAN HARI IBU - Karangan Jenis Keperihalan


SAMBUTAN HARI IBU

16. KARANGAN JENIS KEPERIHALAN

Soalan: Tuliskan sebuah karangan tentang Hari Ibu.

1. Pada 8 Mei yang lalu, keluarga saya telah menyambut Hari Ibu.

2. Pada hari itu, bapa membeli sebiji kek untuk ibu.

3. Kek itu sangat cantik.

4. Kakak memasak mi goreng.

5. Kemudian, kami menyanyi lagu Selamat Hari Ibu.

6. Selepas itu, ibu meniup api lilin pada kek itu.

7. Kami juga memberi hadiah kepada ibu.

8. Ibu berasa amat gembira apabila membuka hadiah itu.

9. Saya amat sayang akan ibu.

10. Saya berjanji akan membalas jasa ibu.

Panduan Menjawab:

KUMPULAN LEMAH: Salin dalam buku latihan .Cuba ingat dan hafal.Salin semula.

KUMPULAN SEDERHANA: Salin dalam buku latihan.Jadikan lima perenggan.Tambah beberapa perkatan atau beberapa ayat lain bagi setiap penyataan/ayat yang diberi.

KUMPULAN CEMERLANG: Salin dalam buku latihan.Jadikan enam perenggan.Tambah ayat huraian yang lengkap dan menarik bagi setiap isi atau ayat topik yang diberi. Isi-isi lain yang releven boleh ditambah

SURAT KEPADA GURU KELAS, TIDAK HADIR KE SEKOLAH - Karangan Berformat

15. KARANGAN JENIS BERFORMAT: SURAT RASMI

Soalan: Kamu tidak dapat hadir ke sekolah kerana terpaksa pulang melawat nenek kamu yang sakit di kampung.Tulis sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk memaklumkan perkara tersebut.

Muzaianah bt Mastor,
No, 8 Felda Gunung Besout 3,
35600 Sungkai,
Perak.

__________________________________________________

Guru Kelas 6 Cemerlang,
Sekolah Kebangsaan Besout 3,
35600 Sungkai,
Perak.                                                                   7 Mac 2012.


Tuan,

Tidak Dapat Hadir ke Sekolah

1. Merujuk perkara di atas, saya Muzaianah bt Mastur tidak dapat hadir ke sekolah.

2. Saya tidak dapat hadir kerana mengikut keluarga pulang ke kampung.

3. Kami melawat nenek yang sakit di kampung.

4. Untuk makluman cikgu, nenek saya dimasukkan ke hospital.

5. Saya akan bertanya kawan tentang kerja sekolah.

6. Saya berjanji akan menyiapkan semua kerja sekolah yang diberikan.

7. Saya akan hadir semula selepas itu.

8. Saya berharap cikgu menerima permohonan saya ini.

9. Sekian,terima kasih.



Yang benar,

........................................
(MUZAIANAH MASTOR)


Panduan Menjawab:

KUMPULAN LEMAH: Salin dalam buku latihan .Cuba ingat dan hafal.Salin semula.

KUMPULAN SEDERHANA: Salin dalam buku latihan.Jadikan lima perenggan.Tambah beberapa perkatan atau beberapa ayat lain bagi setiap penyataan/ayat yang diberi.

KUMPULAN CEMERLANG: Salin dalam buku latihan.Jadikan enam perenggan.Tambah ayat huraian yang lengkap dan menarik bagi setiap isi atau ayat topik yang diberi. Isi-isi lain yang releven boleh ditambah

Catatan Lain Yang Mungkin Anda Cari

Kumpulan Blog Kendalian Saya

Blog List Ilmu Keguruan

Pautan Bersama