SEMERAH TINTA®

SEMERAH TINTA®
"Merah" membawa maksud sesuatu yang masih baru dan perlu melalui jangka waktu dan proses tertentu untuk matang.Pen merah amat sinonim dengan profesion perguruan.Tinta merah atau dakwat merah pula selalu dikaitkan dengan pembetulan, amaran ataupun catatan pelaporan yang biasanya dikaitkan dengan kegagalan di dalam ujian atau peperiksaan seseorang pelajar.Apapun, tinta merah bukanlah bertujuan untuk menunjukkan sesuatu yang negatif, sebaliknya sebagai satu motivasi agar sentiasa memperbaiki kelemahan dan sentiasa mahu berubah sehingga kejayaan dapat dikecapi."Semerah Tinta" dibina sebagai medan catatan dan maklumat berkaitan Pembelajaran dan Pengajaran.Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pandangan, melayari dan menghubung (link) dengan laman atau blog lain. Segala paparan atau catatan adalah atas pandangan penulis sendiri dan boleh diperbaiki dari masa ke masa tertakluk kepada pandangan intlek dan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat,teguran,pandangan dan perhatian daripada intelektual, warga pendidik serta rakan blog berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran amat saya harapkan dan sangat-sangat dihargai.Semerahtinta juga lahir selepas puakajoran.blogspot.com,agrohias.blogspot.com,golokkraf.blogspot.com dan skb3.blogspot.com .Semoga kehadiran semerahtinta.blogspot ini dapat diterima dalam satu rangkaian.Terima kasih!- Tintamerah®.

SUMPAH SEMERAH TINTA:

SUMPAH SEMERAH TINTA:
MENGHAYATI BAHASA SYURGA,MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA, MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS,MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA,DAN MEMPERKAYAKAN BANGSA DENGAN SEMUA BAHASA.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ . خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ .اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ .الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَم .عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.Read in the name of your Lord,Who created.Created man, out of a (mere) clot of congealed blood.Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful.He Who taught (the use of) the pen.Taught man that which he knew not.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam (pen/tinta).Dia mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahui manusia.

Sahabat Maya - Tinggalkan Link Anda Supaya Senang Saya Follow Kembali - Terima kasih atas sokongan

Terima kasih atas sokongan.Tinggalkan Link supaya senang di "follow" kembali.

Wednesday 19 October 2016

PERMOHONAN ONLINE SBP TINGKATAN 1 DAN 4 SEKOLAH BERASRAMA PENUH KPM TAHUN 2017

PANDUAN PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1. Permohonan hanya secara online melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my
2. Pemohon perlu mencetak sesalinan (1) permohonan lengkap untuk rujukan dan simpanan.

SYARAT-SYARAT TAWARAN
1. Murid mestilah warganegara Malaysia;
2. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat  tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, lelah (asthma) atau penyakit berjangkit;
3. Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan;
4. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan.

SYARAT PEMILIHAN TINGKATAN SATU (1)
1. Murid mestilah warganegara Malaysia;
2. Murid Sekolah Kebangsaan;
3. Cemerlang akademik;
4. Aktif dalam kokurikulum.

SYARAT PEMILIHAN TINGKATAN EMPAT (4)
1. Murid mestilah warganegara Malaysia;
2. Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan;
3. Cemerlang akademik dan
4. Aktif dalam kokurikulum.

KEPUTUSAN PEMILIHAN DAN PENEMPATAN MURID

Semakan keputusan boleh dibuat melalui ketetapan berikut :
Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia;  www.moe.gov.my
Kaunter BPSBPSK
Talian BPSBPSK : 03-83217400
Kaunter JPN / PPD yang berhampiran
Makluman melalui SMS
Kiosk BPSBPSK

Thursday 1 September 2016

Suasana dan Kebaikan Menyertai Pesta Pameran Buku


1. Dapat beli buku dengan harga diskaun.
2. Dapat memilih buku-buku terkini.
3. Menjalinkan hubungan sesama pencinta ilmu dan butukar-tukar fikiran.
4. Mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah.

Pada hari Sabtu yang lalu, saya berpeluang mengikuti pesta pameran buku. Pesta pameran buku tersebut diadakan di Dewan Semai Bakti Felda Besout 3. Pesta yang sedang berlangsung selama sebulan itu disertai oleh banyak syarikat penerbitan terkemuka.

            Suasana pada hari tersebut sangat meriah. Pengunjung berpusu-pusu ke ruang pameran. Selain pameran buku, penganjur juga mengadakan beberapa pertandingan dan permainan seperti kuiz dan perlawanan SAHIBBA.

            Saya amat teruja dengan pameran tersebut kerana dapat membeli buku dengan harga yang istimewa. Kebanyakan buku yang saya beli mendapat potongan harga hampir lima puluh peratus.

            Selain dapat membeli buku dengan harga tawaran, saya dan pengunjung lain dapat mengenali penerbit dan membeli buku-buku terkini tulisan mereka. Buku-buku terkini sudah tentulah sarat dengan isu-isu terkini sejajar perkembangan semasa.

            Sepanjang saya berada di pameran tersebut, saya sempat berkenalan dengan ramai kenalan baharu. Rata-rata mereka adalah pencinta buku seperti saya. Kami juga sempat bertukar-tukar fikiran dan tandatangan.

            Saya pulang agak lewat pada hari tersebut. Banyak juga buku yang saya beli. Seperti tidak puas berkunjung ke situ. Saya berazam untuk datang lagi kerana tempat itu tidaklah terlalu jauh dari rumah saya. Saya sarankan kepada rakan-rakan supaya berkunjung ke tempat begitu. Kita dapat menghabiskan masa dengan kegiatan yang berfaedah.

Thursday 25 August 2016

Faedah-faedah Menabung


Amalan menabung  sangat penting kepada kita. Amalan ini harus dipupuk sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Berbagai-bagai cara dapat kita lakukan untuk menabung antaranya menyimpan lebihan perbelanjaan harian kita di dalam tabung buluh atau menyimpan ke dalam bank.

                Faedah utama yang dapat kita peroleh daripada tabiat suka menabung ialah kiata dapat menggunakan hasil tabungan kita pada masa hadapan. Contohnya, kita bolehlah membantu keluarga  membeli buku-buku persekolahan kita. Dengan berbuat begitu, kita dapat  membantu ekonomi keluarga.

                Selain itu, kita haruslah menabung sebagai langkah persediaan membeli keperluan harian kita dan mengurus ekonomi sendiri. Hal ini dikatakan demikian kerana cara ini kita dapat  membeli keperluan peribadi kita tanpa meminta dari keluarga. Kesannya, kita dapat membantu meringankan bebanan keluarga.

                Seterusnya, faedah menabung dapan menampung perbelanjaan keluarga. Sebagai contoh, jika kita kita mempunyai keluarga yang besar, kita bolehlah membantu membeli keperluan keluarga terutama pada saat-saat kecemasan seperti. Ada kalanya keluarga jatuh sakit secara tiba-tiba. Jika kita mempunyai tabungan kita dapat membantu mereka.Cara ini dapat memastikan kesihatan keluarga sentiasa dalam keadaan baik. Jangan biarkan keluarga kita menderita kesakitan kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

                Pada masa yang sama, kita dapat melatih diri berjimat cermat dengan mengamalkan tabiat menabung . Contohnya, kita bolehlah menggunakan tabungan kita itu untuk menyambung pelajaran nanti. Dengan cara demikian, kita tidak perlu meminjam dan berhutang kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.

                Kesimpulannya, banyak faedah yang boleh kita perolehi dengan tabiat suka menabung. Tabiat ini mesti kita amalkan supaya kehidupan kita menjadi selesa. Oleh sebab itu, kita haruslah berdisiplin dalam usaha memantapkan ekonomi keluarga .Simpanlah semasa ada. Janganlah nanti nasi sudah menjadi bubur barulah kita hendak beringat-ingat.



Syafikal Izran bin Mohd Zaki,
Tahun 4 Cemerlang

Karangan " Cara-cara " "Faedah-faedah"

Berikut dipaparkan panduan untuk membina karangan bagi calon-calon peperiksaan yang tahap pencapaian sederhana dalam penulisan karangan. Semoga dapat membantu.

Cara-cara/Faedah-faedah___________________

Amalan ________________________sangat penting kepada kita. Amalan ini harus dipupuk sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Berbagai-bagai cara dapat kita lakukan untuk ________________________________________________________ .
                Cara utama untuk ____________________________________ adalah dengan ___________________________________. Contohnya, kita bolehlah ________________________________________ . Dengan berbuat begitu, kita dapat  __________________________________________ .
                Selain itu, kita haruslah ______________________________. Hal ini dikatakan demikian kerana cara ini dapat ______________________________________ . Kesannya, kita dapat ______________________________________________________________ .
                Seterusnya, kita sewajarnya _________________________________. Sebagai contoh, kita bolehlah ________________________________________________________ . Cara ini dapat memastikan ____________________________________________________ kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
                Pada masa yang sama, kita mestilah mengamalkan _________________________ . Contohnya, kita bolehlah _________________________________________ . Dengan cara demikian, kita dapat ______________________________________ kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.

                Kesimpulannya, cara-cara untuk _______________________ mesti kita amalkan supaya ________________________________________________. Oleh sebab itu, kita haruslah berdisiplin dalam usaha _______________________________  . Janganlah nanti nasi sudah menjadi bubur barulah kita hendak beringat-ingat.


Contoh Soalan latihan dan jawapan : Tulis sebuah karangan yang bertajuk “ Cara-cara Belajar yang Betul”
Langkah 1 (Bina rangka karangan)
Pendahuluan :
Isi 1: Beri perhatian sepenuhnya waktu belajar
Isi 2: Gunakan masa terluang untuk ulang kaji
Isi 3: Buat jadual belajar
Isi 4: Ikuti kelas tambahan
Penutup :

Langkah 2 ( Tulis karangan dengan mengisi lakaran di atas)

Cara-cara Belajar yang Betul

Amalan belajar dengan betul sangat penting kepada kita. Amalan ini harus dipupuk sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Berbagai-bagai cara dapat kita lakukan untuk belajar dengan betul dan menjadi murid yang cemerlang.
                Cara utama untuk belajar dengan betul adalah dengan memberikan  perhatian sepenuhnya sewaktu guru sedang mengajar . Contohnya, kita bolehlah tidak berbual-bual atau samba lewa ketika mendengar penerangan guru. Dengan berbuat begitu, kita dapat menghayati dan memahami setiap arahan dan tunjuk ajar guru.
                Selain itu, kita haruslah menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji. Hal ini dikatakan demikian kerana cara ini dapat dapat mengukuhkan daya ingatan kita dengan selalu membuat ulang kaji dan latih tubi. Kesannya, kita dapat menjawab soalan peperiksaan dengan mudah.
                Seterusnya, kita sewajarnya membuat jadual belajar sendiri di rumah. Sebagai contoh, kita bolehlah menentukan dan menetapkan waktu-waktu tertentu untuk mengulang kaji, bermain, berehat, menonton telivisyen dan sebagainya. Cara ini dapat memastikan kita menguruskan masa dengan betul dan berkesan. Ingatlah masa yang berlalu tidak akan kembali lagi. Berhati-hatilahmenguruskan masa kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
                Pada masa yang sama, kita mestilah mengamalkan sikap cinta dan berlumba-lumba untuk mendapatkan ilmu . Contohnya, kita bolehlah mengikuti kelas tambahan. Terdapat banyak kelas tambahan yang diadakan secara percuma atau kelas berbayar. Terdapat juga siaran “On Line” seperti Kampus Astro dan Easylearn2u yang disediakan secara percuma . Dengan cara demikian, kita dapat menambah ilmu pengetahuan dan maklumat terkini.Tidak ada alasan untuk menjadi pandai kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.
                Kesimpulannya, cara-cara untuk belajar dengan betul mesti kita amalkan supaya kita menjadi murid yang bijak dan cemerlang. Oleh sebab itu, kita haruslah berdisiplin dalam usaha merealisasikan impian kita. Janganlah nanti nasi sudah menjadi bubur barulah kita hendak beringat-ingat.

Langkah 3 ( Buat semakan / Edit)
1. Tanda baca – huruf kecil/besar, tanda koma, noktah dan sebagainya.
2. Ejaan.
3. Kesalahan ayat . Gramatis . Mudah difahami.
4. Imbuhan
5. Kosa kata / perkataan yang istimewa.
6. Jumlah perkataan ( Ingat! Simpulan bahasa, bilangan, perupamaan, penanda wacana dikira sebagai 1 perkataan walaupun panjang)

Selamat berjuang.


Tuesday 23 August 2016

Takwim/Kalendar Peperiksaan Dan Pentaksiran Tahun 2016

Takwim/Kalendar Peperiksaan Dan Pentaksiran Tahun 2016
Sila klik pada nama peperiksaan untuk melihat jadual waktu terperinci peperiksaan berkenaan. Pautan jadual waktu untuk setiap peperiksaan akan ditambah dari masa ke masa.
Takwim rasmi peperiksaan dan pentaksiran 2016
Peperiksaan / Pentaksiran
Kaedah
Tarikh
Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Bertulis13 - 15 Jun 2016
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bertulis 1 & 5 - 8 September 2016
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)Pelbagai Instrumen Geografi: 17 - 29 Julai 2016 Sejarah: 19 Jun - 1 Julai 2016
Lisan Bertutur: 1 - 30 Ogos 2016 Mendengar (BM): 9 Ogos 2016
Mendengar (BI): 10 Ogos 2016
Tilawah & Hafazan: 21 - 26 Ogos 2016
Bertulis11 - 13 Oktober 2016
Peperiksaan Bahasa Jepun & Bahasa JermanBertulis 26 Julai 2016
Pentaksiran Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Bertulis 10 - 12 Oktober 2016
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Lisan 25 - 28 Julai 2016 dan
1 - 4 Ogos 2016
Bertulis 17 - 19 Oktober 2016 dan
25 - 26 Oktober 2016
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Bertulis 7 November - 6 Disember 2016
Sijil Vokasional Malaysia (SVM) - BM Lisan Sesi 1: 18 - 22 April 2016 Sesi 2: 31 Oktober - 4 November 2016
Bertulis Sesi 1: 25 April 2016 Sesi 2: 7 November 2016
Takwim Peperiksaan Luar Negeri & Profesional Dan Peperiksaan Bahasa Antarabangsa 2016
(Kemaskini pada: 6 April 2016)
Nota: Tarikh-tarikh Peperiksaan Awam 2016 di atas adalah tertakluk kepada pindaan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Semoga maklumat mengenai Takwim Peperiksaan 2016 berguna buat para pembaca khususnya para pelajar sekolah yang bakal menduduki peperiksaan, ibu bapa dan guru-guru sekolah.

Catatan Lain Yang Mungkin Anda Cari

Kumpulan Blog Kendalian Saya

Blog List Ilmu Keguruan

Pautan Bersama