SEMERAH TINTA®

SEMERAH TINTA®
"Merah" membawa maksud sesuatu yang masih baru dan perlu melalui jangka waktu dan proses tertentu untuk matang.Pen merah amat sinonim dengan profesion perguruan.Tinta merah atau dakwat merah pula selalu dikaitkan dengan pembetulan, amaran ataupun catatan pelaporan yang biasanya dikaitkan dengan kegagalan di dalam ujian atau peperiksaan seseorang pelajar.Apapun, tinta merah bukanlah bertujuan untuk menunjukkan sesuatu yang negatif, sebaliknya sebagai satu motivasi agar sentiasa memperbaiki kelemahan dan sentiasa mahu berubah sehingga kejayaan dapat dikecapi."Semerah Tinta" dibina sebagai medan catatan dan maklumat berkaitan Pembelajaran dan Pengajaran.Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pandangan, melayari dan menghubung (link) dengan laman atau blog lain. Segala paparan atau catatan adalah atas pandangan penulis sendiri dan boleh diperbaiki dari masa ke masa tertakluk kepada pandangan intlek dan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat,teguran,pandangan dan perhatian daripada intelektual, warga pendidik serta rakan blog berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran amat saya harapkan dan sangat-sangat dihargai.Semerahtinta juga lahir selepas puakajoran.blogspot.com,agrohias.blogspot.com,golokkraf.blogspot.com dan skb3.blogspot.com .Semoga kehadiran semerahtinta.blogspot ini dapat diterima dalam satu rangkaian.Terima kasih!- Tintamerah®.

SUMPAH SEMERAH TINTA:

SUMPAH SEMERAH TINTA:
MENGHAYATI BAHASA SYURGA,MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA, MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS,MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA,DAN MEMPERKAYAKAN BANGSA DENGAN SEMUA BAHASA.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ . خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ .اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ .الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَم .عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.Read in the name of your Lord,Who created.Created man, out of a (mere) clot of congealed blood.Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful.He Who taught (the use of) the pen.Taught man that which he knew not.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam (pen/tinta).Dia mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahui manusia.

Sahabat Maya - Tinggalkan Link Anda Supaya Senang Saya Follow Kembali - Terima kasih atas sokongan

Terima kasih atas sokongan.Tinggalkan Link supaya senang di "follow" kembali.

Sunday 23 September 2012

Keputusan Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2012

Tahniah kepada semua yang telah mendapat sijil masing-masing. Bagi yang masih belum mendapat sijil, harap bersabar kerana pihak Sekretariat sedang berhempas pulas bagi mengeluarkan sijil untuk hampir 100,000 peserta kali ini. Maaf Admin tak dapat nak update status selalu.

Maklumat lanjut boleh dilayari di: https://www.facebook.com/surat1malaysia

Tuesday 18 September 2012

Aplikasi Pangkalan Data Murid Secara Atas Talian Dan Pendaftaran Ke Tingkatan 1


Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan satu Aplikasi Pangkalan Data Murid Secara Atas Talian bagi murid di bawah KPM.

Sehubungan itu, dipohon kerjasama Guru Data SMM untuk mengambil tindakan segera berdasarkan Surat Arahan Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah. Mohon juga dirujuk Manual Pengguna yang disertakan.

Pautan Pangkalan Data Murid - http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia

Monday 10 September 2012

Ramalan Soalan Penulisan UPSR 2012

Salah satu aspek yang perlu diberi perhatian ialah amalan menjaga kesihatan. Kesihatan diri perlu dijaga supaya kita dapat hidup selesa dan gembira.Oleh itu, menjadi kewajipan setiap orang memastikan amalan menjaga  kesihatan diri diperaktikkan dengan sebaik mungkin.
        
Salah satu kepentingan menjaga kesihatan diri kita dapat melaku berbagai aktiviti yang kita suka. Sebagai contoh, kita dapat bemain bola sepak dan berolahraga dengan selesa. Kesannya kita akan lebih gembira kerana dapat melakukan aktiviti yang kita minat.Mana mungkin orang yang tidak sihat dapat bermain bola dan beraktiviti.
            
Selain itu,apabila kita menjaga kesihatan kita dengan baik,kita dapat belajar dengan selesa dan mudah menumpukan perhatian sewaktu guru sedang mengajar atau memberikan penerangan. Keselesaan ini terhasil disebabkan kita tidak mempunyai sebarang penyakit yang mengganggu konsentrasi kita seperti selsema,demam,sakit perut dan lain-lain lagi.
            
 Di samping itu,orang yang menjaga kesihatan juga tidak menghadapi sebarang halangan yang menyebabkan kita tidak boleh hadir ke sekolah.Jika kita sakit sudah tentu kita merasa bimbang penyakit tersebut akan berjangkit kepada rakan-rakan.Kita mungkin akan dikurantinkan di rumah dan menyebabkan kerugian kita dalam pelajaran.

                Akhirnya, saya menyeru kepada rakan-rakan agar mementingkan penjagaan kesihatan diri. Langkah ini tidak boleh dipandang enteng dan seharusnya dititikberatkan agar kita terhindar daripada dijangkiti sebarang penyakit.

Laporan Hari Sukan Sekolah


LAPORAN SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN BESOUT 3

             Pada 23 Januari 2010,Sekolah  Kebangsaan Besout 3, telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan Sekolah Kali ke-17.Temasya sukan bermula pada pukul 8:00 pagi.Temasya tersebut diadakan di Padang Sekolah Kebangsaan Besout 3 yang terletak di belakang sekolah.
       
 Pada pagi itu,semua olahragawan dan olahragawati beratur mengikut rumah masing-masing untuk masuk ke padang.Mereka berkawat kaki mengikut rentak muzik.Pengerusi PIBG dijemput untuk menerima tabik hormat daripada peserta perbarisan.Kemudian Ketua Kontinjen membaca ikrar.Pengerusi PIBG dijemput berucap dan merasmikan temasya sukan tersebut.        
        
Selepas itu bermulalah acara sukan. Antara acara yang dipertandingkan termasuklah acara 100m,200m,400m,4x100m. Selain itu, acara lontar peluru,lompat tinggi,lompat jauh dan tarik tali turut dipertandingkan.
        
Pengerusi PIBG dan Guru Besar Sekolah  Kebangsaan Besout 3 dan beberapa orang ahli Jawatankuasa Temasya Sukan dijemput untuk menyampaikan pingat dan hadiah. Mereka juga mengucapkan tahniah kepada para pemenang.
        
Sebelum acara berakhir, Guru Besar mengumumkan keputusan keseluruhan temasya sukan pada hari tersebut. Rumah Kuning dinobatkan sebagai Johan, Naib johan pula disandang oleh Rumah Biru manakala Rumah Merah mendapat tempat ketiga. Olahragawati ialah Norazmina Binti Kamaruddin dari Rumah Kuning,manakala olahragawan pula ialah Salleh Bin Ayub juga dari Rumah Kuning.
       
 Akhirnya,Guru Besar mengumumkan cuti sehari pada hari Isnin iaitu pada 26 Januari.Sebelum bersurai,Guru Besar meminta semua murid membersihkan padang .Guru Besar juga mengucapkan tahniah kepada pemenang dan memberikan nasihat kepada peserta yang kalah.


Disediakan oleh,                                                                                 28 JANUARI 2010.

…………………………
(SUBUH BIN ZUHUR)
Setiausaha sukan,
Sekolah Kebangsaan Besout 3.


Nukilan: Aisyatussufiaah
Tahun : 3 Cemerlang

Kepentingan Menjaga Kesihatan Diri


Dalam hidup ini kita mestilah menjaga kesihatan. Kesihatan diri perlu dijaga supaya kita dapat hidup selesa dan gembira.Oleh itu, menjadi kewajipan setiap orang memastikan amalan menjaga  kesihatan diri diperaktikkan dengan sebaik mungkin.
        
Salah satu kepentingan menjaga kesihatan diri kita dapat melaku berbagai aktiviti yang kita suka. Sebagai contoh, kita dapat bemain bola sepak dan berolah raga dengan selesa. Kesannya kita akan lebih gembira kerana dapat melakukan aktiviti yang kita minat.Mana mungkin orang yang tidak sihat dapat bermain bola dan beraktiviti.
            
Selain itu,apabila kita menjaga kesihatan kita dengan baik,kita dapat belajar dengan selesa dan mudah menumpukan perhatian sewaktu guru sedang mengajar atau memberikan penerangan. Keselesaan ini terhasil disebabkan kita tidak mempunyai sebarang penyakit yang mengganggu konsentrasi kita seperti selsema,demam,sakit perut dan lain-lain lagi.
            
 Di samping itu,orang yang menjaga kesihatan juga tidak menghadapi sebarang halangan yang menyebabkan kita tidak boleh hadir ke sekolah.Jika kita sakit sudah tentu kita merasa bimbang penyakit tersebut akan berjangkit kepada rakan-rakan.Kita mungkin akan dikurantinkan di rumah dan menyebabkan kita kerugian dalam pelajaran.

                Akhirnya, saya menyeru kepada rakan-rakan agar mementingkan penjagaan kesihatan diri. Langkah ini tidak boleh dipandang enteng dan seharusnya dititik beratkan agar kita terhindar daripada dijangkiti sebarang penyakit.

Cara-cara Menghormati Guru Kita

Sebagai pelajar kita semestinya menghormati guru.Tugas guru ialah mengajar di sekolah.Guru mendidik pelajar supaya menjadi orang yang berguna.Guru-guru di sekolah merupakan ibu bapa kedua bagi kita selepas ibu bapa sendiri.Ini disebabkan pelajar-pelajar banyak menghabiskan masa di sekolah bersama-sama guru.

Terdapat beberapa cara untuk menghormati guru, antaranya kita sepatutnya mengucapkan salam atau ucapan selamat kepada guru.Ucapan salam dan ucap selamat itu merupakan doa kita kepada mereka.

Selain itu, kita juga boleh menghormati guru dengan cara mematuhi arahan dan suruhan mereka.Sebagai contoh, kita tidak boleh bermain dan berbuat bising di dalam bilik darjah.Kesannya pengajaran guru akan lebih berkesan.

Guru juga boleh dihormati dengan cara kita melakukan tugasan yang diberi.Sebagai contoh, kita hendaklah menyiapkan kerja rumah yang diberi.Kesannya, guru akan merasa senang dan sentiasa bersemangat untuk terus mendidik kita.Mereka juga dapat mengesan kelemahan kita dan dapat memberi penjelasan tentang topik yang kita tidak fahami.

Pada 16 hari bulan Mei setiap tahun diadakan perayaan hari guru.Bagi pelajar-pelajar yang berkemampuan, bolehlah memberikan hadiah kepada guru-guru.Kepada pelajar yang tidak mampu, mereka bolehlah memberikan kad ucapan ataupun mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru.

Guru ibarat lilin, mereka sentiasa memberikan tunjuk ajar dan membawa cahaya penerang kepada kehidupan.Sebagai murid kita tidak boleh melupai jasa guru sebaliknya perlu menghormati guru sampai bila-bila.

Nukilan:Aisyatussuffiiaah - Tahun 3 Cemerlang

Contoh Soalan UPSR - Set 2 - Penulisan (Bahagian B)

Bahagian B (Masa dicadangkan 40 minit)

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1. Kamu telah menyertai lawatan sanbil belajar ke tempat menarik yang dianjurkan oleh sekolah kamu.Tulis sebuah laporan tentang laporan tersebut.

                                              ATAU

2. Faktor keselamatan amat penting kepada pengguna jalan raya . Kamu telah mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan peringkat daerah.Tajuk syarahan ialah "Cara-cara Menjaga Keselamatan di Jalan Raya".

   Tulis teks syarahan kamu selengkapnya.

                                        ATAU

3. Semasa aku pulang dari sekolah, aku melihat orang ramai berhimpun di tepi jalan. Aku menghampirinya.Aku dapati........

  Mulakan karangan kamu dengan aku dapati...........

Contoh Soalan UPSR - Set 1 Penulisan

Bahagian B (Masa dicadangkan 40 minit)

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1. Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah.

    Tulis sebuah berita tentang sambutan tersebut.

                                          ATAU

2. Guru adalah orang yang banyak berjasa kepada kita.

   Tulis sebuah karangan tentang cara-cara menghormati guru.

                                        ATAU

3. Kamu dan keluarga telah berkelah pada cuti hujung minggu yang lalu.Ceritakan pengalamaan kamu berkelah bersama-sama keluarga.

Tulis karangan kamu selengkapnya.

Catatan Lain Yang Mungkin Anda Cari

Kumpulan Blog Kendalian Saya

Blog List Ilmu Keguruan

Pautan Bersama