SEMERAH TINTA®

SEMERAH TINTA®
"Merah" membawa maksud sesuatu yang masih baru dan perlu melalui jangka waktu dan proses tertentu untuk matang.Pen merah amat sinonim dengan profesion perguruan.Tinta merah atau dakwat merah pula selalu dikaitkan dengan pembetulan, amaran ataupun catatan pelaporan yang biasanya dikaitkan dengan kegagalan di dalam ujian atau peperiksaan seseorang pelajar.Apapun, tinta merah bukanlah bertujuan untuk menunjukkan sesuatu yang negatif, sebaliknya sebagai satu motivasi agar sentiasa memperbaiki kelemahan dan sentiasa mahu berubah sehingga kejayaan dapat dikecapi."Semerah Tinta" dibina sebagai medan catatan dan maklumat berkaitan Pembelajaran dan Pengajaran.Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pandangan, melayari dan menghubung (link) dengan laman atau blog lain. Segala paparan atau catatan adalah atas pandangan penulis sendiri dan boleh diperbaiki dari masa ke masa tertakluk kepada pandangan intlek dan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat,teguran,pandangan dan perhatian daripada intelektual, warga pendidik serta rakan blog berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran amat saya harapkan dan sangat-sangat dihargai.Semerahtinta juga lahir selepas puakajoran.blogspot.com,agrohias.blogspot.com,golokkraf.blogspot.com dan skb3.blogspot.com .Semoga kehadiran semerahtinta.blogspot ini dapat diterima dalam satu rangkaian.Terima kasih!- Tintamerah®.

SUMPAH SEMERAH TINTA:

SUMPAH SEMERAH TINTA:
MENGHAYATI BAHASA SYURGA,MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA, MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS,MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA,DAN MEMPERKAYAKAN BANGSA DENGAN SEMUA BAHASA.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ . خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ .اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ .الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَم .عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.Read in the name of your Lord,Who created.Created man, out of a (mere) clot of congealed blood.Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful.He Who taught (the use of) the pen.Taught man that which he knew not.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam (pen/tinta).Dia mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahui manusia.

Sahabat Maya - Tinggalkan Link Anda Supaya Senang Saya Follow Kembali - Terima kasih atas sokongan

Terima kasih atas sokongan.Tinggalkan Link supaya senang di "follow" kembali.

Thursday 12 October 2017

Permohonan Murid Secara Online Kemasukan Ke Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) KPM Tahun 2018

Permohonan dibuka mulai 16 Oktober hingga 19 November 2017. Untuk mendapatkan keterangan lanjut, sila layari www.moe.gov.my 

Link https://sst1.moe.gov.my/spat1_mohon/index.cfm

Thursday 5 October 2017

Friday 4 August 2017

Catatan: Perhimpunan Pagi Sekolah Saya


ISNIN, 28 JULAI 2017

7.30 pagi
Semua guru dan murid berkumpul di dataran kejat sekolah.Ketua Pengawas, Ikmal Hakimi bin Khairul Anuar memberikan arahan. Semua murid berdiri tegak.

7.35 pagi
Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Nur Ariff Haikal bin Rizlan. Diikuti dengan bacaan Asmaulhusna.

7.40 pagi
Semua guru dan murid menyanyikan lagu Negaraku. Disusuli lagu Negeri Perak, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku. Serentak dengan itu, tiga orang pengawas sekolah menaikkan bendera Malaysia, bendera Perak dan bendera sekolah.Semua murid dan guru menyanyi dengan semangat patriotisme. Kemudian lafaz ikrar dipimpin oleh Muhammad Alif bin Raze.

7.50 pagi
Guru bertugas, Encik Firados bin Haji Ismail memberikan ucapan. Beliau mengingatkan murid-murid supaya sentiasa berhati-hati ketika berada di sekolah. Beliau juga menasihati murid suapaya rajin mengulang kaji ketika berada di kelas.

8.00 pagi
Tuan Guru Besar pula menyarankan murid supaya rajin belajar. Penuhkan masa senggang dengan aktiviti yang bermanfaat. Jangan terpengaruh dengan gejala ponteng.

8.10 pagi
Upacara penyampaian sijil kepada murid yang berjaya mewakili sekolah dalam Kejohanan Memanah dan Lompat Jauh Daerah Batang Padang. Penyampaian sijil disempurnakan oleh Tuan Guru Besar. Beliau juga mengucapkan tahniah.Murid-murid bertepuk tangan.

8.15 pagi
Perhimpunan berakhir dengan tazkirah ringkas olen Ustaz Dusuki bin Zulkifli, bacaan surah Al-Asr dan bersurai.



Nukilan:
NURELYANA BT ABD HEAR,
6 CEMERLANG.

Monday 31 July 2017

Kawan yang Sangat Saya Sayangi

Setiap orang mempunyai rakan baik atau kawan, tidak terkecuali saya. Kawan boleh didifinisikan sebagai sahabat atau rakan yang sangat kita senangi dan dapat melakukan aktiviti Bersama-sama.
            Nama kawan saya Insyira bt Zamzuri. Insyira anak kepada Puan Mizura dan Encik Zamzuri pasangan doktor yang tinggal bersebelahan dengan rumah saya. Umurnya 12 tahun sebaya dengan saya.
            Oleh sebab umur kami sebaya dan tinggal berdekatan, kami bersekolah bersama-sama. Kami bersekolah di Sekolah Kebangsaan Besout 3. Kami belajar dalam kelas yang sama iaitu darjah 6 Cemerlang.
            Insyira seorang sahabat yang merendah diri. Biarpun dia anak kepada pasangan doktor yang terkenal namun dia berkawan dengan semua orang. Dia juga sangat suka membantu rakan-rakan yang mempunyai masaalah dalam pelajaran.
            Saya amat terkesan dengan kejayaan yang sentiasa diraih oleh Insyira. Setiap kali uijian dan peperiksaan yang dijalankan di sekolah, dia sentiasa mendapat keputusan yang sangat cemerlang. Bukan itu sahaja, dia juga sangat aktif dan menjadi tokoh dalam bidang sukan dan kokurikulum.
            Selain kejayaan dalam bidang pelajaran dan kokurikulum, Insyira juga mempunyai sahsiah yang baik. Dia sangat hormat kepada guru dan orang tua. Dia tidak segan untuk berkawan dengan semua orang dari segenap lapisan. Tutur kata dan adap sopannya dijaga dengan baik.

            Saya berharap agar Insyira mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR nanti. Sikap dan usahanya yang bersungguh-sungguh dalam setiap bidang yang diceburinya meyakinkan saya bahawa dia akan cemerlang pada masa hadapan.


Nukilan:
NURIZATI SYAHZAHNANI BT ISHAK,
Tahun 4 Cemerlang.

Tuesday 20 June 2017

Lirik Lagu Aku Negaraku dan Muat Turun Lagu Aku Negaraku




Berikut adalah lirik lagu Aku Negaraku, lagu patriotik terbaru yang kini diwajibkan dinyanyikan di perhimpuan mingguan sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia:


Aku Negaraku

Ku sedar tanah air aku bertuah
Di sini tempatku berjasa
Ku sedar sempurna hidupku di sini
Malaysia ku terhutang budi

[Chorus]

Aku Negaraku
Aku Negaraku
Sememangnya Negaraku maju
Negaraku tanah tumpah darahku

Aku Negaraku
Di hatiku negaraku
Selamanya aku negaraku
Satu

Negaraku tanah tumpah darahku
Kita bersama membina masa depan
Semangat setinggi angkasa
Kita bersama bersyukur pada Tuhan
KepadaNYA kita berserah

Ulang [Chorus]

Ku laungkan namamu ke seluruh dunia
Malaysia aku bahagia

Ulang [Chorus]

Aku Negaraku

Dapatkan Lagu ‘Aku Negaraku’ disini

Klik untuk download menggunakan link yang telah disediakan.

Download :
Aku Negaraku (Penuh) (MP3)
Aku Negaraku (Instrumental) (MP3)
Aku Negaraku (MMO) (MP3)
Aku Negaraku (Stem BV) (MP3)
Aku Negaraku (Stem LV) (MP3)
Aku Negaraku (Video Lirik) (MP4)

Bahan-bahan ini di atas juga boleh juga dilayari melalui update terkini laman web Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tuesday 18 April 2017

Kebaikan Membawa Bekal ke Sekolah


Tajuk: Kebaikan Membawa Bekal ke Sekolah

Pendahuluan:Definsi bekal

Isi-isi: (Faedah/kebaikan)

- Dapat menjaga kesihatan

- Melatih berjimat cermat

- Menjalin hubungan rapat dengan keluarga

- Menjimat masa

Penutup: Banyak faedah – elok diamalkan.


Kebaikan Membawa Bekal ke Sekolah

Bekal merupakan makanan yang disediakan di rumah dan dibawa ke sesuatu tempat. Akhir-akhir ini, semakin ramai murid yang telah membawa bekal ke sekolah. Budaya ini patut digalakkan kerana terdapat banyak faedah melalui amalan ini.

            Antara faedah yang nyata ialah murid-murid dapat menjaga kesihatan. Bekal makanan yang disediakan oleh ibu bapa merupakan makanan yang berkhasiat, seimbang dan bersih. Dengan itu, murid tidak akan mengambil makanan yang berlemak seperti ayam goreng, nuget dan sosej di kantin sekolah. Keracunan makanan juga dapat dielakkan.

           Selain itu, dengan membawa bekal makanan murid-murid dilatih untuk berjimat cermat. Wang saku yang diberi oleh ibu bapa dapat disimpan untuk masa depan. Wang tersebut dapat digunakan apabila berpeluang melanjutkan pelajaran ke menara gading tanpa perlu membebankan ibu bapa.

           Di samping itu, amalan membawa bekal makanan ini juga dapat menjalin hubungan rapat dengan keluarga. Sebagai contoh, anak-anak yang makan makanan ibu atau ayah akan merasai kasih sayang keluarga. Ini secara tidak langsung akan melahirkan anak-anak yang tahu menghayati dan menghargai jasa ibu bapa.
          Seterusnya, amalan membawa bekal ke sekolah dapat menjimatkan masa. Murid-murid tidak perlu ke kantin dan berbaris bagi membeli makanan. Masa yang lebih ketika waktu rehat ini boleh digunakan untuk aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku dan menyiapkan kerja sekolah.

         Jelaslah bahawa amalan membawa bekal makanan ke sekolah banyak memberikan faedah kepada murid. Oleh itu, amalan ini perlulah diterapkan kepada semua murid.


Nukilan:


Azrina Balqis bt Zulkifli,
6 Cemerlang.

Tuesday 7 March 2017

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2)

SKPMg2 ataupun Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 adalah merupakan penggubalan semula SKPM 2010 dengan beberapa penambahbaikan hasil daripada beberapa siri kajian dan mesyuarat. Penambahbaikan kepada SKPMg2 adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan juga menyesuaikan SKPM dengan perkembangan pendidikan semasa.




SKPMg2 - Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2
SKPMg2 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2

Draf SKPMg2 yang dikeluarkan pada 13 September 2016 oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti ini merupakan piawai yang digunakan bagi menentukan  tahap pencapaian kualiti pendidikan mencakupi beberapa bidang seperti kepimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid, pembelajaran dan pemudahcaraan dan kemenjadian murid. Download



Standard 1 : Kepimpinan
Pengetua / Guru Besar (PGB) berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi yang berupaya menggembleng dan menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah dan meningkatkan kualiti pdp. Download

PGB sebagai Peneraju
PGB sebagai Pembimbing
PGB sebagai Pendorong



Standard 2 : Pengurusan Organisasi
Organisasi sekolah diurus secara cekap dengan mengambil kira potensi dan keperluan warga sekolah, kemudahan sumber dalaman dan luaran untuk meningkatkan keberkesanan pengoperasian sekolah. Download

Pengurusan Sumber Manusia
Pengurusan Aset
Pengurusan Kewangan
Pengurusan Sumber Pendidikan
Iklim
Pengurusan Perpaduan
Permuafakatan Strategik



Standard 3 : Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid
Bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid diurus secara cekap dan berkesan untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial selaras dengan halatuju sekolah. 

Kurikulum Download
Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum
Pengurusan Mata Pelajaran
Pengurusan Masa Instruksional
Pengurusan Penilaian Murid

Kokurikulum Download
Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum
Pengurusan Kelab / Persatuan
Pengurusan Badan Beruniform
Pengurusan Sukan / Permainan
Pengurusan Program Kecemerlangan Kokurikulum
Pengurusan Sukan Untuk Semua
Pengurusan Pentaksiran Kokurikulum

Hal Ehwal Murid Download
Ketetapan Pelaksanaan Hal Ehwal Murid
Pengurusan Disiplin Murid
Pengurusan Keselamatan Murid
Pengurusan Kesihatan Murid
Pengurusan Bantuan Pelajaran Murid
Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling



Standard 4 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan
Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam pembelajaran dan pengajaran yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan. Download

Guru Sebagai Perancang
Guru Sebagai Pengawal
Guru Sebagai Pembimbing
Guru Sebagai Pendorong
Guru sebagai Penilai
Murid sebagai Pembelajar Aktif

EXTRA INFO : Standard 4 SKPMg2 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan



Standard 5 : Kemenjadian Murid
Murid yang dididik secara holistik dalam pengurusan sekolah yang cekap berupaya mencapai potensi diri yang sepenuhnya dalam penguasaan pengetahuan, dan kemahiran,  berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Download

Kemenjadian Murid Dalam Akademik
Kemenjadian Murid Dalam Kokurikulum
Kemenjadian Sahsiah Murid

Catatan Lain Yang Mungkin Anda Cari

Kumpulan Blog Kendalian Saya

Blog List Ilmu Keguruan

Pautan Bersama