SEMERAH TINTA®

SEMERAH TINTA®
"Merah" membawa maksud sesuatu yang masih baru dan perlu melalui jangka waktu dan proses tertentu untuk matang.Pen merah amat sinonim dengan profesion perguruan.Tinta merah atau dakwat merah pula selalu dikaitkan dengan pembetulan, amaran ataupun catatan pelaporan yang biasanya dikaitkan dengan kegagalan di dalam ujian atau peperiksaan seseorang pelajar.Apapun, tinta merah bukanlah bertujuan untuk menunjukkan sesuatu yang negatif, sebaliknya sebagai satu motivasi agar sentiasa memperbaiki kelemahan dan sentiasa mahu berubah sehingga kejayaan dapat dikecapi."Semerah Tinta" dibina sebagai medan catatan dan maklumat berkaitan Pembelajaran dan Pengajaran.Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pandangan, melayari dan menghubung (link) dengan laman atau blog lain. Segala paparan atau catatan adalah atas pandangan penulis sendiri dan boleh diperbaiki dari masa ke masa tertakluk kepada pandangan intlek dan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat,teguran,pandangan dan perhatian daripada intelektual, warga pendidik serta rakan blog berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran amat saya harapkan dan sangat-sangat dihargai.Semerahtinta juga lahir selepas puakajoran.blogspot.com,agrohias.blogspot.com,golokkraf.blogspot.com dan skb3.blogspot.com .Semoga kehadiran semerahtinta.blogspot ini dapat diterima dalam satu rangkaian.Terima kasih!- Tintamerah®.

SUMPAH SEMERAH TINTA:

SUMPAH SEMERAH TINTA:
MENGHAYATI BAHASA SYURGA,MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA, MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS,MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA,DAN MEMPERKAYAKAN BANGSA DENGAN SEMUA BAHASA.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ . خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ .اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ .الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَم .عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.Read in the name of your Lord,Who created.Created man, out of a (mere) clot of congealed blood.Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful.He Who taught (the use of) the pen.Taught man that which he knew not.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam (pen/tinta).Dia mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahui manusia.

Sahabat Maya - Tinggalkan Link Anda Supaya Senang Saya Follow Kembali - Terima kasih atas sokongan

Terima kasih atas sokongan.Tinggalkan Link supaya senang di "follow" kembali.

Tuesday 27 September 2011

Daftar Kata Huruf U

v huruf ke-22 abjad Rumi.
V simbol kimia bagi vanadium.
va huruf ke-31 abjad Jawi.
vadei (vadéi)  wade.
vagina (Bio) liang peranakan, faraj.
vaginitis (Ubat) radang pd faraj yg ditandai rasa sakit dan keluarnya
sejenis lelehan yg biasanya bernanah.
vak IB 1. mata pelajaran; 2. kecekapan yg khusus tentang sesuatu
(pekerjaan dll), kejuruan, kemahiran.
vakbond IB kesatuan sekerja.
vaksin sediaan bakteria, virus, dll yg sudah mati atau dilemahkan utk
disuntik atau ditanam ke dlm badan supaya menghasilkan daya
tahan terhadap penyakit tertentu;
memvaksin menyuntik vaksin ke dlm tubuh seseorang atau haiwan
utk melindunginya drpd sesuatu penyakit: baru-baru ini,
Kementerian Kesihatan telah melakukan kempen ~ penduduk di
kampung itu;
pemvaksinan proses (tindakan atau perbuatan) memvaksin,
vaksinasi.
vaksinasi proses menyuntikkan vaksin ke dlm tubuh seseorang sbg
langkah perlindungan mencegah sesuatu penyakit, pemvaksinan.
vaksinologi kajian tentang vaksin.
vakum 1. ruang yg tidak mengandungi jirim (terutamanya ruang yg
udaranya telah dikeluarkan), hampa gas; 2. ruang yg gasnya wujud
pd tekanan yg rendah; 3. ki kekosongan (bkn perasaan dsb); 4. =
pembersih ~ alat elektrik yg digunakan utk membersihkan lantai
(permaidani, perabot, dsb) dgn cara sedutan, pembersih hampa gas;
5. bkn (mengandungi, menghasilkan, dijalankan dgn, dsb) tekanan
gas yg rendah: pengering ~; pam ~;
memvakum membersihkan lantai (permaidani, perabot, dsb) dgn
menggunakan pembersih vakum (hampa gas): ibu sedang ~ bilik
tidurnya.
valensi (valénsi) (Kim) kuasa berpadu suatu atom, jumlah atom hidrogen
yg berpadu dgn (dapat menggantikan) satu atom sesuatu unsur.
valium ubat penenteram.
valkani ark vulkan.
valuta IB mata wang (yg terjamin dgn persediaan emas atau perak), nilai
wang.
valvulitis (Ubat) radang pd sesuatu injap, terutamanya injap jantung.
van sj kenderaan bermotor (biasanya bertutup) utk mengangkut barang dll.
vanadium (Kim) sj unsur logam yg keras dan berwarna kelabu (digunakan
utk menguatkan keluli).
vandalisme perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam
atau persendirian: ~ yg berleluasa beberapa bulan yg lalu haruslah
dikikis.
vanila 1. sj tumbuhan tropika, Vanilla planifolia, yg buahnya
menghasilkan biji harum yg dijadikan pengharum makanan; 2.
bahan perisa (pengharum) makanan yg diperoleh drpd biji tumbuhan
ini.
vanilin (Kim) sj sebatian berhablur yg berwarna putih atau kekuningan yg
didapati dlm buah vanila dan resin (digunakan sbg bahan perisa dan
penyedap bau).
varia beraneka, berbagai-bagai, atau bermacam-macam (terutamanya
karya sastera).
variabel sesuatu faktor (unsur, ciri, angka, dsb) yg tidak tetap (yg perlu
diambil kira dlm sesuatu perhitungan).
varian 1. sesuatu yg menyimpang atau berlainan drpd yg lazim atau
standard, kelainan; 2. bentuk atau ejaan yg berlainan bagi perkataan
yg sama.
variasi 1. penyimpangan atau sesuatu yg menyimpang drpd keadaan (sifat,
ciri-ciri, dsb) yg lazim atau standard, kelainan: ~ bahasa; 2. bentuk
dll yg tidak seragam atau berbeza-beza, kelainan atau pelbagaian
(dlm bentuk, reka cipta, dll): ~ reka bentuk kraftangan tempatan
terhad dan tidak banyak berubah; 3. penyimpangan pd ciri-ciri
organisma drpd yg biasa bagi kumpulannya;
bervariasi berlainan atau berbeza-beza keadaaan (bentuk, ciri atau
sifatnya dsb): kehidupan kesusasteraan mulai beragam dan ~;
latihan selalunya dijalankan dlm bentuk permainan kecil yg ~
supaya pemain tidak merasa bosan semasa menjalani latihan;
memvariasikan menjadikan bervariasi: ~ teknik pengajaran dan
pemelajaran dapat mengelakkan perasaan jemu dan meningkatkan
kemahiran berfikir pelajar.
variola cacar.
variometer (variométer) (Fiz) sj alat utk mengukur perubahan dlm medan
magnet, digunakan terutamanya bagi mengkaji medan magnet bumi.
varnis sj cat berminyak yg terdiri drpd campuran pelarut dan bahan
perekat (digunakan utk memelihara dan mengilatkan perabot kayu
dan rotan);
bervarnis disalut, disapu, atau digilap dgn varnis: lantai yg ~;
memvarnis menyapu varnis pd sesuatu: tukang kayu itu sedang ~
almari;
pemvarnisan perbuatan (proses, kerja dsb) memvarnis: ~ perabot
itu memerlukan ketelitian dan kemahiran utk memperoleh hasil
kerja yg baik;
pemvarnis 1. orang yg memvarnis; 2. sesuatu (alat) yg digunakan
utk memvarnis: berus lembut ~ perabot.
varsiti bp singkatan bagi universiti.
vas bekas yg digunakan utk mengisi bunga sbg hiasan dan dipamerkan sbg
barang perhiasan, jambangan.
vasektomi (vaséktomi) (Ubat) pembedahan utk membuang sebahagian
atau seluruh salur mani, sbg satu cara merancang keluarga.
vaselin bahan spt lemak (kuning) yg dibuat drpd minyak tanah dan tar.
vaskulitis (Ubat) radang pd pembuluh darah.
VAT akronim bagi value added tax (cukai nilai tambah, iaitu cukai yg
ditambah pd harga barang atau perkhidmatan).
vatikan daerah dan tempat kediaman Paus di Rom.
VB kep Veskigings-Bewijs (surat kebenaran mendiami rumah, yg
diberikan oleh pejabat perumahan).
VCD kep video compact disc (cakera padat video, iaitu cakera yg boleh
menyimpan filem atau muzik secara digital).
VCR kep video cassette recorder (perakam kaset video, iaitu alat yg
digunakan utk merakamkan rancangan televisyen atau filem di dlm
pita video yg boleh dimainkannya semula dgn menggunakan skrin
televisyen).
VD kep venereal disease (penyakit berjangkit spt siflis dan gonorea yg
dijangkiti melalui persetubuhan).
Veda (véda) kitab suci Hindu.
Vedda (védda) sj bangsa primitif yg tinggal di hutan-hutan Sri Lanka.
vegetarian (végétarian) orang yg tidak makan daging, ikan, dsb tetapi
hanya memakan sayur-sayuran atas sebab-sebab peribadi,
kepercayaan, dll.
vegetarianisme (végétarianisme) amalan tidak memakan daging, ikan, dsb
berdasarkan kepercayaan agama, kepentingan kesihatan, dll tetapi
sebaliknya memakan sayur-sayuran sahaja.
vegetasi (végétasi) semua tumbuhan hidup di sesuatu kawasan.
vektor (véktor) 1. (Bio) haiwan (mis serangga) yg mengandungi parasit
berbahaya yg memindahkan parasit tersebut kpd organisma lain
(manusia dsb) sehingga mengakibatkan jangkitan (penyakit) kpd
organisma lain itu; 2. (Bio) serangga, unggas, angin, dll yg
membawa debunga dr stamen ke stigma bunga; 3. (Mat) kuantiti yg
dapat berubah (mis daya) yg mempunyai magnitud dan arah.
velar (vélar) (Lin) bkn bunyi suara yg keluar apabila bahagian belakang
lidah mengenai langit-langit lembut spt dlm penyebutan bunyi k, kh,
g dan ng: bunyi ~.
velkro (vélkro) kancing utk pakaian, kasut, langsir dsb yg berupa dua jalur
fabrik nilon yg melekat pd satu sama lain apabila ditekan.
velodrom (vélodrom) gelanggang (arena) yg balapannya dimiringkan utk
perlumbaan basikal.
vena (véna) (Bio) salur darah yg membawa darah (terutamanya darah yg
rendah kandungan oksigennya) dr pelbagai tisu dan organ badan ke
jantung;
~ kava satu drpd dua vena yg membawa darah (yg rendah
kandungan oksigennya) ke jantung; ~ portal vena yg
menghubungkan dua rangkaian salur kapilari (terutama dlm hati); ~
pulmonari vena yg membawa darah (yg kaya dgn oksigen) dr paruparu
ke jantung.
vendor (véndor) penjual atau pembekal barangan (perkhidmatan).
venereologi (vénéréologi) cabang ilmu perubatan yg berkaitan dgn kajian
tentang semua jenis penyakit kelamin.
venir (vénir) 1. lapisan kayu atau plastik tipis yg digunakan utk melapisi
permukaan sesuatu supaya kelihatan kemas, halus atau cantik; 2.
lapisan dlm papan lapis.
venoklisis (vénoklisis) (Ubat) penyuntikan cecair ke dlm vena.
ventilasi (véntilasi) 1. sistem (proses) peredaran atau pertukaran udara
bersih di dlm sesebuah ruang (bilik, bangunan, dsb); 2. lubang (spt
tingkap dsb) yg membolehkan udara keluar masuk secara bebas.
ventilator (véntilator) alat utk menyegarkan udara (dlm ruangan dll).
ventral (véntral) (Bio) berkaitan dgn bahagian depan atau bahagian
anterior tubuh atau sesuatu struktur tubuh.
ventrikel (véntrikel) (Bio) rongga kecil spt yg terdapat pd otak dan di
bahagian bawah jantung.
ventrilokuisme (véntrilokuisme) seni atau kemahiran bercakap tanpa
menggerak-gerakkan bibir sehingga bunyi suara kedengaran seolaholah
datang dr tempat lain.
verba Id kata kerja.
verbal bp secara lisan: ramai yg menguasai bahasa isyarat dan dapat
berinteraksi dgn baik walaupun tidak banyak interaksi ~.
verbatim kata demi kata (mengikut betul-betul apa yg dituturkan atau
dituliskan).
verifikasi (vérifikasi) pemeriksaan tentang kebenaran laporan (kira-kira
wang dll).
vernakular (Lin) bkn penggunaan bahasa atau dialek yg dipertuturkan
oleh sesuatu golongan atau kaum dlm masyarakat: sistem
pendidikan ~; sekolah ~; bahasa ~ bahasa yg dipertuturkan oleh
golongan atau kaum tertentu.
vernakularisme penggunaan bahasa vernakular: Sabah dan Sarawak yg
terpisah drpd Malaya dr segi politik, ekonomi dan pentadbiran
juga mempunyai dasar polarisasi Inggeris serta ~ yg hampir sama.
vernier (verniér) (Fiz) alat utk mengukur dgn tepat pecahan senggatan
skala (jangka tekanan, barometer, dll).
versatil berkeupayaan atau dapat disesuaikan utk pelbagai kegunaan
(tujuan, fungsi, dll), serba boleh: ini menjadikan seni Islam sesuatu
yg padu serta mantap namun tetap kreatif dan ~ pd setiap masa.
versi 1. buku dll yg diterjemahkan ke dlm bahasa lain, terjemahan: buku
Sebelum Dan Selepas 13 Mei ~ bahasa Inggeris; 2. corak atau
bentuk tertentu (sesuatu karya, cerita, dll): hikayat Inderaputera
juga terdapat dlm satu ~ lain yg lebih pendek.
verso (Cetak) halaman (buku) di sebelah kiri.
vertebra (vertébra) ruas tulang belakang.
vertebrat (vertébrat) (Bio) = haiwan ~ haiwan yg bertulang belakang
(termasuk ikan, amfibia, reptilia, burung, dan mamalia).
Vertebrata (vertébrata) (Bio) kumpulan haiwan yg bertulang belakang.
vertikal tegak lurus dr atas ke bawah atau sebaliknya.
vestibul (véstibul) (Bio) rongga atau ruang yg berhampiran dgn bukaan pd
sesuatu rongga lain, misalnya hidung, telinga dalam, faraj, dll.
veteran (véteran) 1. bekas askar (perajurit, pejuang); 2. jaguh lama (sukan
dll); 3. orang yg telah banyak pengalamannya (dlm sesuatu
perkara); ~ perang askar yg pernah terlibat dlm sesuatu peperangan.
veterinar (véterinar) bkn dgn rawatan penyakit atau kecederaan pd
haiwan: daging lembu Australia disediakan di bawah pengawasan
kesihatan dan ~ yg bertaraf tinggi; pakar ~.
veto (véto) pernyataan menolak (membatalkan) keputusan; hak (kuasa) ~
hak (kuasa) menolak keputusan (undang-undang);
memveto menolak (membatalkan) keputusan;
pemvetoan perihal (perbuatan atau tindakan) memveto: ~
keputusan itu akan dibuat tidak berapa lama lagi;
pemveto pihak (negara, orang dsb) yg memveto: negara-negara ~.
via bp melalui, menerusi: berbicara ~ telefon; ke Johor Baharu ~ Melaka.
viagra sj ubat berbentuk pil yg dikatakan berupaya mengatasi masalah
lemah syahwat atau mati pucuk.
vibrato (Muz) kecepatan turun naik nada (pic) muzik.
vide (vidé) (Latin) lihat (supaya merujuk kpd tempat tertentu dlm teks
dsb).
video (vidéo) 1. = alat ~ alat utk merakamkan dan menayangkan filem
dgn menggunakan pita video (disalurkan melalui peti televisyen); 2.
= pita ~ pita bermagnet yg digunakan utk merakamkan gambar dgn
suaranya sekali dr televisyen; 3. = filem ~ filem yg telah
dirakamkan pd pita video dan hanya sesuai utk ditayangkan dgn
menggunakan alat video;
memvideokan merakamkan sesuatu (peristiwa, adegan, dsb) dlm
pita video: filem-filem Melayu telah divideokan.
videofon (vidéofon) sj peranti telefon yg dapat menghantar dan menerima
suara dan juga imej visual antara pihak yg berkomunikasi.
videografi (vidéografi) seni atau proses membuat filem video.
videografik (vidéografik) imej visual yg dihasilkan dgn menggunakan
teknologi komputer.
videogram (vidéogram) video yg dirakamkan terlebih dahulu tentang
sebuah filem komersial atau program televisyen.
videoteks (vidéotéks) sistem maklumat elektronik interaktif yg
mengandungi perkhidmatan spt berita, mel elektronik, perbankan,
cuaca dan laporan saham.
Vietkong (viétkong) barisan pembebasan rakyat Vietnam (organisasi
politik di Vietnam Selatan).
vikariat IB jawatan atau daerah uskup (Roman Katolik).
vila rumah yg besar dan mewah yg terletak di luar kota atau di tempat
peranginan.
vilus (Bio) cuaran pd dinding bahagian dalam usus kecil yg berfungsi utk
menyerap nutrien dan cecair.
vinil (Kim) bahan plastik yg boleh dilentur, berkilat, dan kuat (digunakan
sbg bahan utk membuat perabot dll, dan ada juga yg digunakan utk
membuat pakaian).
vinometer (vinométer) (Fiz) hidrometer yg digunakan utk menentukan
peratus alkohol di dlm wain.
vintaj dibuat antara tahun 1917 dan 1930 (bkn kereta): kereta ~.
viola sj alat muzik bertali empat yg bentuknya spt biola tetapi lebih besar.
violet (violét) lembayung (warna).
VIP kep Very Important Person (orang penting atau orang kenamaan).
viremia (virémia) (Ubat) adanya virus dlm darah, biasanya dicirikan oleh
keletihan, demam dan lenguh serta sakit di belakang tubuh dan
anggota.
virginia sj tembakau yg berasal dr Virginia, Amerika Syarikat.
Virgo lambang keenam dlm zodiak, yg berlambangkan perempuan muda.
virilisme (Ubat) perkembangan sifat kelelakian yg muncul pd perempuan,
biasanya akibat aruhan hormon seks lelaki.
virologi kajian tentang virus dan penyakit-penyakit yg disebabkan virus.
virus 1. sj kuman yg lebih halus drpd bakteria yg boleh menyebabkan
penyakit pd manusia, haiwan, atau tumbuhan; 2. (Komp) atur cara
asing yg menerobosi sesuatu sistem komputer sehingga dapat
mengganggu, mengubah, merosakkan, atau memusnahkan maklumat
yg tersimpan di dlm sistem berkenaan; 3. ki pengaruh yg buruk,
jahat, atau merosakkan.
virusid agen yg memusnahkan pertumbuhan virus.
vis-a-vis (vizavi) (Perancis) dlm hubungannya (pertaliannya) dgn,
berbanding dgn: budaya Baba (dan Nyonya) ini ~ budaya Cina.
visa kebenaran yg berupa cap pengesahan rasmi pd pasport seseorang yg
membolehkannya memasuki atau melalui negara asing yg
memberikan kebenaran itu.
visi tanggapan dan pandangan yg jauh dan mendalam, terutamanya yg
berkaitan dgn perkembangan masa depan dsb, wawasan: pemimpin
yg mempunyai keperibadian yg utuh serta ~ dlm kepimpinan; Pak
Arena menganggap ~ itu penting dlm penulisan sebab tanpa ~
seseorang tidak boleh menjadi penyair, tidak boleh menjadi
seniman;
bervisi mempunyai visi: pemimpin negara yg ~ tinggi dan jauh.
visiun IB wahyu, wahi.
viskometer (viskométer) alat utk mengukur kelikatan bendalir.
visual bkn atau berdasarkan pelihatan, dapat dilihat: dlm penulisan kata
serapan ini, bentuk ~ diutamakan; keistimewaan yg memberikan
kesan ~ yg menggunakan teknologi yg semakin hari semakin baik.
vital penting atau perlu sekali utk hidup, tidak dapat tidak mesti ada, yg
amat penting atau amat diperlukan: perusahaan ~ perusahaan yg
sangat penting utk orang ramai.
vitalitas Id daya hidup, tenaga hidup.
vitalitet (vitalitét)  vitalitas.
vitamin bahan organik yg sangat penting yg diperlukan oleh badan dgn
jumlah yg kecil dan berperanan dlm pertumbuhan normal,
pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit; jenis-jenisnya: A,
B kompleks, B1, B2, C, dll;
~ A sj vitamin larut lemak yg diperlukan utk pertumbuhan normal,
pencegahan penyakit rabun malam, dll (banyak terdapat dlm minyak
ikan, hati, telur, susu, dll) ; ~ B1 salah satu vitamin B kompleks yg
kekurangannya menyebabkan penyakit beriberi; ~ B2 salah satu
vitamin B kompleks yg kekurangannya menyebabkan penyakit
pelagra; ~ B12 salah satu vitamin B kompleks yg kekurangannya
menyebabkan sj penyakit anemia. ; ~ B kompleks sekumpulan
vitamin larut air yg terdiri drpd vitamin B1, B2, B6, B12, dll (banyak
terdapat dlm bijirin, yis, hati, dll); ~ C sj vitamin larut air yg
kekurangannya boleh menyebabkan penyakit skurvi (banyak
terdapat dlm buah-buahan sitrus spt oren dan sesetengah sayuran); ~
D sj vitamin larut lemak yg kekurangannya boleh menyebabkan
penyakit riket pd kanak-kanak dan kelembutan tulang pd orang
dewasa (banyak terdapat dlm minyak ikan, mentega, kuning telur,
dll); ~ K sj vitamin larut lemak yg yg diperlukan utk meningkatkan
daya penggumpalan(pembekuan) darah semasa berlakunya
perdarahan (terdapat dlm kubis, bayam, dll).
vitikultur kajian atau sains tentang penanaman pokok anggur.
viva peperiksaan lisan yg berkaitan dgn penyelidikan atau tesis yg dibuat,
yg dilalui oleh seseorang utk memperoleh kelayakan akademik,
biasanya pd peringkat universiti.
vivarium tempat buatan yg menyerupai lingkungan semula jadi binatang
(utk tujuan penyelidikan dll).
viviparus (Bio) bkn haiwan yg melahirkan anak (spt kebanyakan
mamalia).
vodka sj arak yg berasal dr Rusia.
voil sj kain yg halus, nipis, dan agak jarang yg diperbuat drpd kapas,
sutera, dsb.
vokal 1. = ~ tulen (Lin) huruf hidup atau huruf saksi (a, e, é, i, o, u); 2.
lantang bersuara, berani menyuarakan pendapat, perasaan, dsb dgn
terus terang: suara beberapa orang drpd golongan minoriti yg ~
boleh mempengaruhi majoriti yg berdiam diri;
bervokalkan mempunyai sbg vokal: saya menganggap suku-suku
kata yg ~ a,i,u merupakan asas utama dlm mengenali lambang
bacaan bahasa Inggeris.
vokalis penyanyi, terutamanya yg biasa muncul bersama dgn pancaragam
jaz atau kumpulan pop.
vokasional 1. bkn pekerjaan (profesion dsb) yg tertentu; 2. bkn kursus
(latihan, dsb) pendidikan amali yg menitikberatkan kemahiran yg
diperlukan utk sesuatu pekerjaan (profesion dsb): bimbingan ~ ;
sekolah ~.
volenter (volentér) IB sukarelawan.
voli (Suk) tendangan atau pukulan balik (dlm bola sepak, tenis dsb) yg
dilakukan sebelum bola menyentuh tanah: seseorang pemain dikira
membuat ~ jika ia memukulnya sebelum bola itu menyentuh
gelanggangnya setelah dipukul oleh pihak lawan.
volkano gunung berapi.
volt (Fiz) unit tenaga elektrik yg diperlukan utk mengalirkan satu ampere
arus elektrik melalui rintangan satu ohm.
voltan (Fiz) beza keupayaan elektrik atau daya gerak elektrik (diukur dlm
unit volt);
~ rendah voltan yg tidak melebihi 250 volt, digunakan utk
membekalkan kuasa elektrik ke bangunan (kilang, rumah dsb); ~
tinggi voltan yg melebihi 650 volt, digunakan utk membekalkan
kuasa elektrik dr pencawang ke pencawang.
voltmeter (voltméter) (Fiz) alat utk mengukur voltan.
volum (Eko) banyaknya atau kuantiti sesuatu: pd hujung tahun, ~ jualan
sebenar akan dibandingkan dgn apa yg ternyata dlm belanjawan;
satu drpd caranya adalah melalui carta harga dan ~ sesuatu
saham.
volumeter (voluméter) alat utk mengukur isi padu sesuatu pepejal, cecair
atau gas.
volumetri (volumétri) (Kim) kaedah penyukatan mengikut isi padu;
analisis ~ (Kim) kaedah analisis cecair atau gas mengikut isi padu.
voluntari (Ubat) dikawal oleh kemahuan (bkn otot); otot ~ otot yg dapat
dikawal oleh kemahuan atau otak.
vonis IB hukuman, keputusan (hakim).
voodoo (vudu) kepercayaan yg melibatkan ilmu sihir yg diamalkan oleh
sesetengah penduduk di Hindia Barat, terutamanya di Haiti.
vot amaun wang yg diperuntukkan bagi sesuatu projek atau aktiviti.
votum IB 1. suara (dlm pengundian); 2. hari mengundi, hari pengundian;
~ kepercayaan Id penyataan percaya kpd kebijaksanaan atau
kemampuan dsb (pemerintah, kerajaan).
voyeurisme (voyéurisme) amalan mengintai orang lain bertelanjang,
melakukan aktiviti seks dsb utk memperoleh keseronokan atau
kepuasan seks.
vs kep versus (iaitu lawan, terutamanya dlm undang-undang dan sukan,
melawan, menentang): kes Mariam ~ Muhammad Ariff.
vulkan; loji ~ loji tempat memasak getah;
memvulkankan memasak getah dgn sulfur (belerang) utk membuat
tayar dll;
pemvulkanan proses pengolahan getah dgn sulfur (belerang) pd
tekanan dan suhu tinggi utk menghasilkan getah yg lebih kuat dan
kenyal.
vulkanisme proses pembentukan (fenomena, letusan dsb) gunung berapi.
vulkanologi kajian tentang gunung berapi dan fenomenanya.
vulva (Ubat) bahagian luar alat jantina perempuan.
vulvitis (Ubat) radang pd vulva.

No comments:

Post a Comment

Catatan Lain Yang Mungkin Anda Cari

Kumpulan Blog Kendalian Saya

Blog List Ilmu Keguruan

Pautan Bersama