Pelajar
UPSR 2012 yang ada membuat permohonan ke Sekolah Kawalan di bawah
Jabatan Pelajaran Negeri sudah boleh membuat semakan keputusan
permohonan.
Sekolah Kawalan & Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
Semakan tawaran ke Tingkatan 1 ke Sekolah Kawalan di bawah Jabatan
Pelajaran Negeri (Sekolah Kawalan dan Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama(SMKA)) Ambilan Januari 2013 bagi pelajar Tahun 6 2012 boleh
dibuat melalui sistem online Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
Semakan Sekolah Kawalan & SMKA
- Secara online di http://parents.sekolahmalaysia.com untuk membuat semakan.
- Secara SMS dengan menaip MOE KWL Angka Giliran UPSR (contoh: MOE SKWL AG9999999) kemudian SMS ke 15888
- Semakan ini tidak termasuk sekolah di negeri Perak.
Kelas Kawalan, Kelas Rancangan Khas, Kelas Aliran Agama
Untuk semakan tawaran ke Tingkatan 1 Sekolah Kawalan di bawah Jabatan
Pelajaran Negeri untuk Kelas Kawalan, Kelas Rancangan Khas (KRK) dan
Kelas Aliran Agama (KAA) Ambilan Januari 2013, sila hubungi Jabatan
Pelajaran Negeri (JPN) atau Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) masing-masing
untuk maklumat lanjut.
Senarai Jabatan Pelajaran Negeri
Berikut adalah pautan ke laman web Jabatan Pelajaran Negeri;
Pertanyaan
Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai permohonan dan tawaran ke
Sekolah Kawalan dan Kelas Kawalan ini sila berhubung dengan sekolah
pemohon atau Jabatan Pelajaran Negeri yang berkenaan.
UPSR 2012 students now have a chance to review their applications to Supervisory Schools through the APDM online system, which really makes the process more convenient for both students and parents. It’s important to check the correct class type—Control, Special Design, or Religious—before making any updates. For parents or students who want additional guidance about managing student applications and education systems under KPM, you can visit here for more info.
ReplyDelete