SEMERAH TINTA®
SUMPAH SEMERAH TINTA:
MENGHAYATI BAHASA SYURGA,MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA, MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS,MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA,DAN MEMPERKAYAKAN BANGSA DENGAN SEMUA BAHASA.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ . خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ .اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ .الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَم .عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ
In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.Read in the name of your Lord,Who created.Created man, out of a (mere) clot of congealed blood.Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful.He Who taught (the use of) the pen.Taught man that which he knew not.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam (pen/tinta).Dia mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahui manusia.
Sahabat Maya - Tinggalkan Link Anda Supaya Senang Saya Follow Kembali - Terima kasih atas sokongan
Friday, 30 September 2011
Daftar Kata Huruf H
H simbol kimia bagi hidrogen.
ha I 1. = ~ besar = ~ simpul huruf ke-27 abjad Arab (mempunyai nilai
lima); 2. huruf ke-32 abjad Jawi.
ha II 1. sr kata utk mengejek atau menyedarkan orang yg mendapat akibat
drpd perbuatan yg dilarang (diingatkan dll): ~, rasakan!; ~, itulah
tak dengar kata orang!; 2. sr kata utk menyatakan kepuasan atau
kelegaan perasaan: ~, dapat juga akhirnya!; ~, itu pun dia datang!
ha (ha) 1. = ~ kecil = ~ pedas huruf keenam abjad Arab (mempunyai nilai
lapan); 2. huruf ketujuh abjad Jawi.
haah ya (mengiakan kata, keterangan, atau anjuran orang): ~, betul; ~,
memang dia yg salah; ~, marilah kita pergi.
hab (Kej) bahagian tengah sesuatu roda dll tempat gandar dipasangkan.
haba 1. kepanasan hawa, bahang; 2. bentuk tenaga yg dipindahkan
melalui pengaliran, perolakan, atau bahangan;
~ pelakuran (Kim) haba yg diperlukan utk menukarkan sesuatu
bahan pepejal kpd cecair pd takat lebur bahan tersebut tanpa
perubahan suhu; ~ pemejalwapan haba yg diperlukan utk
menukarkan sesuatu bahan pepejal terus kpd wap tanpa melalui
keadaan cecair pd suhu dan tekanan tertentu; ~ pendam (Fiz) haba
yg diperlukan utk mengubah pepejal menjadi cecair atau wap (atau
mengubah cecair menjadi wap); ~ pengewapan haba yg diperlukan
utk menukarkan sesuatu bahan cecair kpd wap pd takat didih bahan
tersebut tanpa perubahan suhu; ~ penghabluran haba yg dibebaskan
atau diserap apabila hablur terbentuk drpd larutan tepu sesuatu
bahan; ~ tentu (Fiz) kepanasan yg diperlukan utk meninggikan suhu
1 gram sesuatu bahan sebanyak 1°C;
berhaba mempunyai haba;
menghabakan menjadikan berhaba, memanaskan, membahangkan;
penghabaan perihal menghabakan, pemanasan, pembahangan.
haba daya gerak; kaji ~ ilmu yg mengkaji hubungan antara haba dan
kerja sawat, termodinamik.
habanera (habanéra) (Sepanyol) (Muz) 1. sj tarian Cuba yg berentak
perlahan; 2. muzik utk tarian 1. di atas.
habeas corpus (habéas korpus) (Udg) perintah yg dikeluarkan oleh
mahkamah supaya seseorang dilepaskan drpd tahanan yg tidak
mengikut undang-undang: writ ~.
habelur sj tumbuhan (pokok renek), embalau (padang), hempedu beruang,
Brucea amarissima (sumatrana).
habib Ar 1. kekasih; 2. panggilan kpd orang yg bergelar sayid.
habibi Ar kekasihku.
habis 1. tidak ada yg tinggal lagi (kerana sudah digunakan, dibuang,
dimakan, dimusnahkan, dll): ~ sudah wang simpananku; sisa
makanan itu ~ dimakan kucing; barang-barang kemas isterinya ~
digadaikannya; 2. kesemuanya (segalanya, sekaliannya,
keseluruhannya): memasak makanan akan menyebabkan kuman pd
makanan yg mentah itu ~ mati; kalau aku tidak datang nanti
budak-budak ~ pulang; 3. banyak bahagiannya, sebahagian
besarnya, hampir keseluruhannya: baju ini ~ dimakan gegat;
pondok itu ~ bocor atapnya; 4. digunakan, ditumpukan,
dibelanjakan, diperlukan (bkn wang, masa, dll yg digunakan,
dibelanjakan, diperlukan, dll utk sesuatu): sepertiga drpd waktu yg
ditetapkan ~ utk ucapan pembukaan sahaja; separuh drpd wang
gajinya ~ utk membayar hutang; 5. selesai (siap, sudah), berakhir,
tamat: sebentar lagi ~(lah) kerjaku ini; pertunjukan pertama sudah
~; 6. paling, (yg) ter...: darjah yg ~ tinggi di sekolah itu ialah
darjah sembilan; inilah bangunan yg ~ tinggi dlm bandar ini; 7.
jadi (jadinya), kalau begitu (tidak begitu) maka ...: ~, mengapa ia
berhenti kerja?; ~, sampai bila kita boleh tahan hidup begini; 8.
selepas, setelah, sesudah itu (dlm pertanyaan): ~ makan ia keluar; ~
apa yg terjadi? 9. (apa hendak dikatakan) kerana: ~ selalu
diherdik, itulah ia lari;
~ akal bingung (tidak tahu apa yg hendak dilakukan atau dikatakan
lagi), putus akal; ~ awak Kl sangat (paling) memuaskan; ~ bulan a)
akhir (hujung) bulan (hari gaji); b) awal bulan yg berikut; ~
dibahagi Id dapat dibahagi dgn tidak berbaki; ~ kemelak Kl puas
berikhtiar (membuat atau mencari sesuatu); ~ lauk Kl tidak
berfaedah (bercakap dgn orang bodoh dll); ~ licin habis sama sekali
(segala-galanya); ~ modal a) tidak ada lagi modal yg tinggal; b)
tidak ada bahan atau idea lagi (utk meneruskan perbincangan dll); ~
perkara sudah selesai (tidak perlu diperkatakan, dibincangkan,
disebut-sebut lagi); ~ sut Kl tinggal satu sahaja (bkn barang
dagangan dll); ~ tahun a) akhir (hujung) tahun; b) awal tahun yg
berikut; ~ teh = ~ or Kl bermati-matian atau bersungguh-sungguh
(berusaha dll); ~ tempoh (masa, waktu) sudah berlalu jangka waktu
yg ditetapkan (sudah tiba waktunya);
~ air setelaga arang dibasuh tak putih prb betapa pun diusahakan,
perangai jahat susah hendak dihilangkan; ~ manis sepah dibuang
prb setelah tidak berguna, disingkirkan, tidak diendahkan lagi, dll; ~
umpan kerong-kerong tak dapat prb usaha yg sia-sia (menyebabkan
kerugian);
sehabis 1. sesudah, selepas, sebaik-baik habis: ~ ia berucap para
hadirin pun bertepuk tangan; ~ berfikir ia menerima cadangan itu;
2. paling, sangat (kecil, kuat, dll) sekali: gunung yg ~ tinggi di
Malaysia ialah Gunung Kinabalu; anaknya yg ~ kecil baru
berumur dua bulan; menjangkau ~ tangan prb berusaha sedaya
upaya;
sehabis-habis 1. hingga tidak tinggal (bersisa) sedikit pun,
kesemuanya: jikalau dikhabarkan dgn ~ nescaya murkalah tuan
puteri ini gerangannya; berfikir dgn ~nya berfikir dgn
mempertimbangkan segala-galanya; 2. sampai ke akhir (ke
peringkat tertinggi dll), seboleh-boleh: walaupun dicuba dgn ~ daya
dan ikhtiar tetapi tidak berhasil yg dicita-citakan; 3. paling,
sehabis: tugas ini ialah yg ~ sulit yg pernah dihadapinya;
habis-habis 1. hingga habis kesemuanya (keseluruhannya dll);
cakaplah (katakanlah) ~ cakaplah (katakanlah) segala-galanya (dgn
tidak menyembunyikan sedikit pun); berfikir ~ berfikir masakmasak
(dgn memperhitungkan segala-galanya); tak ~(nya) tidak
putus-putusnya, tidak ada kesudahannya; 2. paling-paling, (yg)
sebanyak-banyaknya (sebesar-besarnya dsb): orang-orang tua apa
boleh dibuat mereka, ~ mereka meratap, ~ mereka memaki-maki;
memakan ~ menyorok hilang-hilang prb merahsiakan sesuatu
biarlah sampai tidak diketahui orang sedikit pun;
berhabis = ~ wang banyak membelanjakan wang dgn sia-sia
(membazir), mengeluarkan wang (dgn banyaknya) sehingga
kesempitan: biar aku ~, biar aku papa, asalkan hati aku puas,
asalkan aku tidak malu; ~ tenaga (waktu) membuang-buang tenaga
(waktu);
habis-habisan, berhabis-habisan 1. hingga habis (terkorban dsb)
semuanya, dgn sepenuh kemampuan (tenaga, kesungguhan, dll),
mati-matian: mereka bersumpah akan berjuang ~ mempertahankan
negara; nampaknya mereka bertaruh ~ di atas papan catur; 2.
terlalu sangat, dgn tidak bersekat (berbatas): dimaki ~;
menghabisi 1. mengakhiri, menamatkan: tuan Imam ~ upacara itu
dgn doa selamat; 2. menghapuskan, menghilangkan: habisilah
perasaan itu abang, jangan diperkesankan di muka orang banyak;
3. menamatkan riwayat, membunuh: seorang leftenan muda
mengancam mahu ~ orang tangkapan itu; ~ nyawanya membunuh
diri;
menghabiskan 1. menggunakan (memakan, membelanjakan, dll)
hingga habis, membuang-buang (masa, tenaga, dll): sebahagian
drpd wang gajinya dihabiskan utk membiayai pelajaran anakanaknya;
Bujal ~ masa lapangnya dgn berkunjung ke rumah
kawan-kawannya; ~ umur membuang-buang masa (kerana
melakukan sesuatu yg tidak baik atau sia-sia); 2. menyudahkan,
menyiapkan, menyelesaikan: dia pergi ~ kerjanya yg terbengkalai;
3. menamatkan, mengakhiri; ~ ceritanya (cakapnya) menamatkan
ceritanya (cakapnya); 4. menghabisi, membunuh: kekanda berjanji
dgn keris ini akan ~ siapa sahaja yg cuba mengganggu adinda;
terhabiskan; tiada (tidak) ~ tidak dapat dihabiskan: Hanuman pun
makan nasi itu dgn berapa budi bicaranya hendak menghabiskan
nasi itu tiada ~;
kehabisan mengalami kesulitan kerana sesuatu (yg diperlukan)
telah habis (dgn tidak disedari, di luar dugaan), tidak lagi
mempunyai (wang dll, kerana sudah dibelanjakan, digunakan, dsb
semuanya), ketiadaan sesuatu (kerana telah habis): belum hujung
bulan dia telah ~ wang; dgn gerak yg lemah spt orang ~ tenaga ia
berjalan perlahan-lahan menuju sebuah jendela; keretanya ~
minyak di tengah jalan; ~ modal tidak tahu apa yg hendak
dikatakan lagi (dlm perbualan, perbincangan, dll);
penghabisan 1. kesudahan, akhir: ~nya tiada siapa pun yg
berjaya; 2. yg terkemudian sekali, akhir: sampailah hari ~ bulan
puasa, esoknya sudah berhari raya; dialah yg ~ keluar dr rumah
itu; 3. hujung: ~ jalan ini di tepi laut.
habitat (Bio) tempat haiwan dan tumbuh-tumbuhan hidup secara
semulajadi: ada perbezaan-perbezaan kecil pd rangka kejadian
berjenis-jenis burung supaya masing-masing dapat sesuai dgn ~
dan kebiasaan-kebiasaan yg berlainan;
~ semula jadi habitat asli (bukan buatan manusia); ~ tiruan habitat
yg dibuat (disediakan) oleh manusia utk menempatkan hidupanhidupan
tertentu bersesuaian dgn habitat semula jadinya.
habluk belang; kuda ~ kuda belang.
hablur 1. benda keras yg hening spt kaca, kristal: lensa ~; mata ~ ki mata
yg bersinar-sinar; 2. (Kim) bahan dlm bentuk yg mempunyai
susunan atom dalaman yg berulangan secara tetap dan mempunyai
muka satah luaran yg tersusun secara tetap;
berhablur mengandungi hablur, berkristal;
menghablur menjadi hablur, mengkristal: air garam akan ~ jika
dipanaskan lama-lama;
menghablurkan menjadikan hablur, mengkristalkan: air tebu
dihablurkan menjadi gula;
habluran hablur;
penghabluran proses menghablur atau menghablurkan,
pembentukan hablur, pengkristalan.
Habsyi 1. orang atau bangsa Habsyah; 2. Habsyah, Abessinia, Ethiopia.
habuan 1. bahagian (wang, makanan, dll) yg diuntukkan kpd seseorang,
hak: yg baik itu ~ dialah; seorang pegawai sedang membahagibahagikan
~ kpd tiap-tiap seorang anak kapal; 2. peluang (utk
memperoleh sesuatu yg menguntungkan), rezeki: kalau ada ~,
tahun hadapan saya akan pergi ke luar negeri; ~ perut makanan
(rezeki); 3. bp nasib, takdir, untung: memang sudah ~ dia, kita
tidak dapat berbuat apa-apa lagi.
habuk benda halus kering macam serbuk yg terdapat pd permukaan bumi,
pd permukaan objek, atau berterbangan ditiup angin; ~ gergaji
zarah-zarah halus kayu yg terhasil semasa kayu digergaji;
berhabuk 1. dipenuhi habuk, berdebu: meja tulisnya ~ kerana
tidak pernah disapu; 2. bp, ki beria-ia mengatakan itu dan ini
(membuat cadangan dsb) tetapi hanya cakap kosong: cakapnya ~
tetapi kerjanya tidak ada satu pun yg nampak hasilnya; 3. bp fasih
(bertutur dlm sesuatu bahasa asing);
kehabukan dipenuhi habuk, berhabuk, berdebu.
habur ark; menghabur membuang-buang (wang): ~ dan boros itu adalah
perbuatan sia-sia yg dilarang; hambur I.
had 1. batas, perenggan: kesabaran manusia ada ~nya; ~ laju batas laju
(kelajuan maksimum yg dibolehkan atau dibenarkan); 2. hingga
(sampai) ke, setakat: boleh masuk ~ serambi sahaja; kain
disingsingnya ~ lutut; ~ itulah yg terbaca oleh saya;
berhad berbatas, berhingga: kekuasaan Tuhan tidak ~; syarikat ~
syarikat yg tanggungannya terbatas kpd modal dan hartanya sahaja
(tidak meliputi harta peribadi pemiliknya atau pemegang
sahamnya);
mengehadkan 1. menentukan hadnya (banyaknya, luasnya,
perenggannya, dll), membatasi: kelab itu ~ bilangan ahlinya kpd
100 orang sahaja; percubaan ini dijalankan di dlm tempat yg
dihadkan bekalan udaranya; 2. mengkhususkan, menguntukkan:
seorang pekedai akan ~ jualan hutang kpd pelangganpelanggannya
sahaja; ahli ekonomi kurun ke-19 mahu ~ tugas
kerajaan kpd hal menjaga undang-undang dan keamanan negeri
sahaja;
terhad 1. ditentukan batas atau perenggannya, terbatas: kebebasan
bekas tahanan itu ~ di dlm daerahnya sahaja; 2. khusus (utk):
faedah drpd keuntungan syarikat kerjasama ~ utk ahli-ahlinya;
keterhadan perihal (keadaan) terhad, keterbatasan: ~ dan
kelemahan manusia;
pengehadan perihal mengehadkan, pembatasan: perintah ~
kediaman.
hadam Ar hancur menjadi bahan yg mudah diserap dan diasimilasi oleh
badan, cerna: makanan berlemak susah ~ dlm perut; penyakit tidak
~ penyakit dlm perut yg disebabkan oleh makanan tidak tercerna;
menghadamkan menghancurkan makanan menjadi bahan yg
mudah diserap dan diasimilasi oleh badan, mencerna: apabila
masuk sahaja makanan ke dlm saluran makanan ia dihadamkan
menjadi benda-benda yg lebih ringkas binaan kimianya;
terhadam sudah dihadam, tercerna;
keterhadaman perihal atau keadaan mudah (dapat, boleh)
dihadamkan, ketercernaan;
penghadaman proses menghadamkan, pencernaan: sistem ~;
penghadam sesuatu yg menghadamkan (makanan), pencerna
(makanan); air ~ makanan bahan kimia dlm tubuh (yg
menghadamkan makanan).
hadanah Ar hak memelihara (menjaga, mendidik) dan mengatur segala
urusan anak yg belum mumaiyiz selepas berlakunya perceraian
suami isteri.
hadap 1. bahagian sebelah muka, muka, depan: wang tembaga zaman
dahulu sama sahaja ~ belakangnya; seratus penjajap di kanan,
seratus penjajap di kiri, seratus penjajap di ~, seratus penjajap di
belakang; 2. arah atau hala tujuan: hidupnya sekarang satu ~
sahaja hidupnya menuju satu tujuan (jurusan) sahaja; tak tentu ~ a)
tak tentu arah tujuan; b) tidak berbuat sesuatu apa pun; semua
pendapat mereka satu ~ sahaja satu sahaja arah maksudnya;
berhadapan 1. = ~ dgn bertentangan (dgn), bersemuka (bertemu
muka) dgn: maka ~lah kedua-dua pihak rakyat itu lalu berperang;
dia duduk ~ dgn saya; ~ manis mulutnya bila bertemu muka, manis
mulutnya; ~ muka bertemu muka 2. = berhadap-hadapan
bertentangan hadap satu sama lain, berdekatan dan bertentangan:
mereka duduk dua baris ~; memuji atau mengeji biarlah dibuat ~;
menghadap 1. (bahagian muka atau depannya) menghala ke: orang
Islam sembahyang ~ kiblat; rumah peranginan itu ~ ke laut; ~
surut melihat ke belakang; 2. datang menemui (raja atau orang
besar-besar), menjelang, ada atau sedang berhadapan dgn raja
(orang besar-besar): ~ ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong; pd ketika itu baginda
sedang dihadap orang banyak; 3. datang ke (mahkamah, pejabat,
dll): ia diperintahkan ~ ke mahkamah utk memberi keterangan; 4.
ditujukan kpd (perbahasan dlm surat kiriman drpd yg muda
terhadap yg tua), dialamatkan kpd: ~ ke hadapan ayahanda;
menghadapi 1. berada bertentangan (berhadapan) dgn, duduk dll
dgn muka ke hala sesuatu: di dlm kedai itu duduklah mereka ~
sebuah meja; mereka berdiri beramai-ramai ~ runtuhan rumah yg
ditimpa pohon kelapa itu; 2. berjumpa (berhadapan) dgn,
bersemuka (dgn): nampak benar takutnya waktu ~ orang banyak
itu; 3. menemui atau menempuh (bencana, bahaya, kesukaran, dll),
ditimpa (diancam) oleh, menanggung; ~ persoalan yg rumit; ~
kesulitan; ~ tuduhan membunuh; ~ maut; 4. melawan, bertanding
dgn, menentang: ~ musuh; ~ pasukan lawan;
menghadapkan 1. menghalakan, mengarahkan (sesuatu ke): maka
meriam pun dihadapkan orang arah ke laut; 2. menujukan
(pertanyaan, tuduhan, dll): hampir semua yg hadir ~ pertanyaan
kpd ahli forum yg kedua sahaja; tuduhan yg dihadapkan
kepadanya sangat berat; 3. membawa ke muka (pengadilan, orang
yg bertanggungjawab, dll), membawa utk dipertemukan dgn: ia
telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh; 4.
memperlawankan, mempertandingkan, mempertentangkan: dlm
pusingan pertama, pasukan Malaysia akan dihadapkan dgn
pasukan bola sepak dr Negeri Thai;
memperhadapkan 1. menjadikan berhadap-hadapan,
mempertemukan, menyemukakan; 2. mengemukakan
(membentangkan, memajukan) perkara dll: ~ beberapa cadangan
kpd ahli-ahli jawatankuasa utk dibahaskan;
terhadap 1. berkenaan, mengenai, tentang: pandangannya ~ gadis
itu tidak berubah, bagaimana dahulu begitulah sekarang; 2.
kepada, akan: cintanya ~ gadis pilihannya sendiri tetap
bersemarak dlm dadanya; ia mempunyai rasa perikemanusiaan
drpd seorang manusia ~ manusia juga; 3. dihadapkan (ditujukan,
dihalakan), tertumpu: hatinya sudah ~ ke Lampung, anganangannya
sudah ke galas;
hadapan 1. bahagian sebelah muka, depan (lwn belakang): dia
berdiri di ~ saya; pintu ~ rumah itu sentiasa terbuka; ke ~ a) ke
depan, ke muka; b) (pd permulaan surat bererti) kepada: ke ~
sahabatku yg diingati; 2. yg akan datang; masa (zaman) ~ masa
(zaman) yg akan datang;
hadap-hadapan; nasi ~ sajian nasi pulut yg dihidangkan di muka
pelamin waktu pengantin sedang bersanding;
penghadapan tempat menghadap (raja): Betara Majapahit pun
duduk di ~ dihadap orang banyak; balai ~ ruang tempat
menghadap raja di dlm istana atau di tempat raja bersemayam.
hadap muka; menghadapmukakan membuat supaya berhadap-hadapan
(bersemuka), mempertemukan: bila sudah dihadapmukakan
barulah mereka kenal antara satu sama lain.
hadarah Ar tamadun: suatu ~ lahir sbg jawaban kpd cabaran itu.
hadas (bkn orang Islam) keadaan tidak suci diri yg menyebabkan tidak
boleh beribadat (sembahyang, tawaf dll);
~ besar hadas yg disebabkan oleh sesuatu yg mewajibkan mandi
junub, mis haid, nifas dll; ~ kecil hadas yg disebabkan oleh sesuatu
yg membatalkan air sembahyang, mis buang air kecil, kentut dll
(memerlukan bersuci dgn berwuduk);
berhadas berada dlm hadas.
hadi; menghadi Kd, Pn memukul, menyebat: ~ kerbau.
hadiah 1. pemberian (kerana penghargaan, utk kenang-kenangan, sbg
penghormatan, dll): terimalah ~ kami yg tidak sepertinya ini; dia
menerima berbagai-bagai ~ pd hari jadinya; 2. ganjaran (kerana
menang dlm perlumbaan, pertandingan, dll): bagi pemenang yg
pertama disediakan ~ sebuah piala perak;
~ ikhlas a) hadiah yg diberikan dgn ikhlas (tanpa mempunyai tujuan
tertentu di sebaliknya; b) buku (tiket dsb) yg diberikan percuma kpd
orang-orang tertentu; ~ kerja hadiah kpd kakitangan sesuatu
syarikat (persekutuan) perniagaan dll; ~ lebaran Id wang pemberian
kpd kakitangan pejabat atau syarikat pd hari raya puasa; ~ Nobel
hadiah tahunan kerana hasil kajian atau sumbangan yg teristimewa
dlm berbagai-bagai lapangan (spt ilmu fizik, perubatan,
kesusasteraan, keamanan, dll); ~ penghargaan hadiah yg diterima
oleh seseorang yg tidak berjaya memenangi hadiah utama: 10 buah
cerpen tersebut telah memenangi ~ penghargaan; ~ penghibur Id =
~ sagu hati hadiah (ganjaran) kpd petanding yg tidak berjaya
sepenuhnya; ~ siswa biasiswa; ~ utama hadiah berupa piala, wang,
dll yg menjadi rebutan utk seseorang yg menjuarai sesuatu
pertandingan : tiga buah cerpen telah memenangi ~ utama dlm
Sayembara Cerpen Remaja kali Ke-8;
berhadiah 1. ada disediakan hadiah: pertandingan ini diadakan
dgn ~; 2. memberikan (menyumbangkan) hadiah: sesiapa yg suka ~
bolehlah berhubung dgn jawatankuasa;
menghadiahi memberikan hadiah kpd: ~ setiap pekerja yg bersara
sebuah cenderamata; Yang Dipertuan ~ Yuzuki sehelai jubah
berwarna merah tua;
menghadiahkan memberikan sesuatu sbg hadiah,
menganugerahkan: mereka ~ sebuah jam tangan kepadanya dlm
majlis perpisahan itu; dlm tahun 1903, Hadiah Nobel telah
dihadiahkan kpd pasangan suami isteri Pierre Curie dan Marie
Curie.
hadir ada, ada datang (di sekolah, mesyuarat, dll): wakil kami tidak ~ dlm
persidangan itu: daftar ~ daftar yg mengandungi nama orang yg
hadir (datang);
berhadir sl bersedia, menyediakan: segala orang Singapura itu
pun sudah ~ dgn segala persembahannya; maka Sultan Ahmad pun
menghimpunkan orang, dan disuruh ~ senjata;
menghadiri hadir di (persidangan, majlis, kursus, dll) menyertai,
mengikuti: lebih 100 orang peserta dr negara-negara Asia
Tenggara, Australia, dan New Zealand telah ~ seminar
antarabangsa tersebut; ~ persidangan Parlimen;
menghadirkan 1. membuat supaya hadir (ada di sesuatu tempat):
ketua rombongan hendaklah ~ semua ahli rombongan pd waktu yg
ditetapkan; ~ diri datang menunjukkan diri; 2. sl menghimpunkan,
mengadakan, menyediakan: maka Sultan Ahmad pun mengerahkan
segala rakyat ~ kelengkapan perang; tuanku, baiklah persilakan
turun ke kenaikan, telah sedia patik hadirkan;
kehadiran perihal hadir (di sesuatu perjumpaan, mesyuarat, dsb),
perihal berada (di sesuatu tempat dll), adanya, kedatangan: ~
golongan muda amat penting dlm perjumpaan itu; ~ kuasa besar
boleh membawa kesan buruk kpd negara-negara Asia Tenggara;
daftar ~ daftar nama orang yg hadir (di mesyuarat, kursus dll),
daftar hadir.
hadirat 1. kehadiran, tempat menghadap (raja, Nabi, Tuhan); 2. sl (kata
yg bererti) Yang Mulia: maka berbahaslah mereka itu dgn kami
beberapa hari di hadapan ~ sultan; ke ~ ke hadapan (raja, Tuhan):
ke ~ sultan.
hadirin = para ~ Ar sekalian yg hadir (dlm majlis jamuan dll): para ~
bertepuk tangan.
hadis Ar sabda (perbuatan atau kelakuan) Nabi Muhammad SAW yg
diriwayatkan oleh sahabat-sahabatnya (utk menjelaskan atau
menentukan sesuatu hukum Islam): ada sepotong ~ Nabi SAW yg
dapat memberi jawaban tepat kpd kemusykilan ini:
berhadis bercakap (berucap) dgn menggunakan hadis sbg dalil: dia
~ utk menguatkan hujahnya.
hadok sj ikan laut yg boleh dimakan, rupanya seakan-akan ikan kod tetapi
lebih kecil, dan banyak terdapat di perairan Atlantik Utara,
Melanogrammus aeglefinus.
hadrah Ar sj dikir yg menggunakan kompang atau rebana kecil.
hadrat Ar 1. hadapan (Allah, Nabi, raja): hendaklah engkau sangatsangat
menyerahkan dirimu ke ~ Allah Taala; datang ke ~ paduka
anakanda Seri Sultan Alauddin Riayat Shah; 2. majlis
(perjumpaan) yg berhubungan dgn agama.
haf; ~ tengah (Suk) pemain atau kedudukan tengah dlm barisan
pertahanan (bkn permainan bola sepak, hoki dsb).
hafal sudah masuk betul dlm ingatan (tentang pelajaran) tanpa perlu
melihat buku atau catatan;
menghafal membaca atau mempelajari berulang-ulang supaya
hafal: sehari-hari bertubi-tubi ~ nama-nama teknikal yg begitu
rumit;
hafalan hasil menghafal: dia mengumpulkan semua ayat al-Quran
satu-persatu drpd pelepah tamar kulit, tulang, dan ketul batu serta
drpd ~ para sahabat;
penghafalan perihal atau perbuatan menghafal: ~ ayat suci al-
Quran;
penghafal orang yg menghafal (ayat suci al-Quran dsb): ~ al-
Quran.
hafaz Ar terpelihara dan kekal dlm ingatan (khususnya tentang bacaan
ayat suci al-Quran): waktu umurnya hanya sepuluh tahun ia sudah
~ kitab suci dan mengetahui banyak drpd syair-syair Arab; ~
Quran dapat membaca seluruh al-Quran dgn tidak melihat kitab;
menghafaz membaca atau mempelajari ayat suci berulang kali
supaya ingat dlm ingatan;
terhafaz dapat dihafaz: ayat-ayat al-Quran yg ~ olehnya;
penghafazan perbuatan menghafaz;
penghafaz orang yg menghafaz.
hafbek (hafbék) (Suk) pemain di belakang barisan hadapan (dlm
permainan bola sepak, ragbi, dll).
hafiz Ar orang yg memelihara dan mengekalkan al-Quran dlm ingatannya:
Abu Hasan Din al-H~; ~ Quran orang yg hafaz Quran.
hafnium (Kim) unsur logam bersimbol Hf yg terdapat dlm bijih zirkonium
dan digunakan dlm pembuatan filamen lampu dan elektrod.
hafton (S.Lukis) darjah kecerahan warna antara ton cerah dgn ton gelap
pd sesuatu lukisan.
hagas Kl sombong, bongkak: jangan terlampau ~ nanti dibenci orang.
hagur Tr baling, lempar, lontar: rumah itu kena ~ dgn batu.
hah 1. sr kata utk menegaskan cakap (spt menguatkan suruhan, tegahan,
penafian, dll): ~, apa halnya; awak tu kenapa, ~; itu ~, dlm tin tu;
~, apa lagi, makanlah; ~, bukan itu maksudku; 2. sr kata utk
menyergah: ~, apa kau buat di sini!
haha bunyi ketawa: Rahman terus ketawa dan ~nya makin kerap dan
kuat.
hahnium sj unsur logam yg radioaktif.
hahu-hahu sj tumbuhan (pokok), durian badak (tuang), panggai,
Coelostegia griffithii.
hai 1. sr kata utk menarik perhatian: ~ Ros, jogetlah; ~ sekalian Mukmin,
taatlah kamu kpd Allah: 2. sr kata utk melahirkan keluhan (rintihan,
rayuan): ~, malangnya nasib diri: kalau komunis bertambahtambah
ganas di kampung ini, ~, sakitlah kita: 3. sr kata utk
menyatakan hairan (kurang percaya, sangsi, dll): ~, dia pun serta
juga?; ~, baru sekejap tadi aku beri sudah habis?
haid 1. = darah ~ darah kotor yg turun setiap bulan (biasanya berselang
28 hari) drpd rahim perempuan yg sudah baligh; 2. turun darah haid,
datang bulan, mendapat kain kotor: mati ~ Id = putus ~ sudah tidak
datang bulan lagi (bkn perempuan yg dlm lingkungan umur 50 tahun
ke atas).
haiku sj puisi Jepun yg ditulis dlm tiga baris dgn tujuh belas suku kata,
selalunya membicarakan kisah alam semula jadi.
Hailam suku kaum Cina yg berasal dr pulau Hainan, China dan tinggal di
merata tempat di dunia.
Hainan suku kaum Cina yg berasal dr pulau Hainan, China dan tinggal di
merata tempat di dunia.
hairan 1. berasa pelik atau ganjil ketika melihat atau mendengar sesuatu,
takjub, kagum: ~ saya melihat orang-orang buta di situ
menganyam bakul dgn berbagai-bagai bentuk dan corak; 2. aneh,
ajaib, pelik, ganjil: ~ sungguh, mesin itu dapat memberi jawaban
kpd masalah itu dgn begitu pantas; ~ bin ajaib aneh sekali,
sungguh aneh;
menghairani berasa hairan terhadap, mengagumi: sekali lagi ia ~
segala apa yg hendak diajar oleh ayahanda saudaranya itu seolaholah
telah diketahuinya terlebih dahulu;
menghairankan menimbulkan rasa hairan (pelik, aneh, ganjil):
kepintaran perompak itu melepaskan diri di tengah-tengah orang
ramai sangatlah ~; keganjilan kelakuan laki-laki itu sungguhsungguh
~;
terhairan-hairan berasa sungguh hairan, tercengang-cengang
(kerana hairan): berdirilah dia di situ ~;
kehairanan 1. = kehairan-hairanan dlm keadaan hairan, sangat
hairan: dia tercengang-cengang ~ melihat kejadian yg tidak
disangka-sangka itu; dia berdiri dlm ~ di hadapan mereka; 2.
keanehan, kepelikan, keganjilan: ~ kelakuannya itu tidak
dihiraukan orang lagi apabila diketahui bahawa dia gila.
haiwan 1. makhluk (manusia dan binatang) yg bernyawa; 2. binatang;
doktor ~ doktor yg kepakarannya mengubati binatang, doktor
veterinar; ilmu ~ pengetahuan tentang penyakit binatang dsb dan
cara mengubatinya, sains veterinar; ~ khunsa haiwan yg mempunyai
alat kelamin jantan dan betina;
kehaiwanan 1. sifat (kelakuan) spt haiwan, kebinatangan: sifat
kasar dan suka berbunuhan itu adalah sifat ~ yg merosakkan
perikemanusiaan; 2. sesuatu urusan dll yg mengenai binatang: soalsoal
~ dlm negeri ini diurus oleh Jabatan Haiwan.
haiwanat Ar ark jamak bagi haiwan.
haiwani Ar ark sifat (resmi) binatang jantan.
haiwaniat Ar ark sifat (resmi) binatang betina.
haj Ar rukun Islam yg kelima, yg wajib ditunaikan sekali seumur hidup;
pergi ~ naik haji; al-H~ gelaran bagi orang lelaki yg telah
menunaikan fardu haji.
hajab Kd azab, seksa, susah.
hajah Ar gelaran atau panggilan bagi orang perempuan yg telah
menunaikan fardu haji.
hajam hajim.
hajarulaswad Ar batu hitam di Kaabah yg menjadi tanda permulaan dan
penghabisan pusingan tawaf.
hajat 1. keinginan, kehendak, maksud, niat, tujuan: hampalah hatinya
kerana ~ tak sampai; ~ Badri hendak memperisterinya ditolaknya
dgn baik; 2. keperluan, sesuatu yg diperlukan; ada ~ Jk
mengadakan kenduri utk mendoakan supaya selamat; doa
(sembahyang, solat) ~ doa (sembahyang) khusus kerana memohon
supaya Tuhan memakbulkan sesuatu permintaan; qada ~ buang air
besar; menyempurnakan (membayar, menunaikan) ~
menyampaikan niat (biasanya mengadakan kenduri); ~ seni = ~
kecil buang air kecil;
berhajat 1. bermaksud, berniat (akan), mempunyai keinginan: saya
~ hendak menemui tuan; sudah lama dia ~ hendak datang; 2. =
berhajatkan memerlukan: manusia selama-lamanya ~ kpd
pertolongan Allah; mungkin ia ~ pertolongan kita;
menghajati mengharapkan, mengingini: dia berharap apa yg
dihajatinya akan berhasil;
menghajatkan menghendaki, memerlukan: anak itu sudah dewasa
tidak ~ perlindungan orang tuanya lagi.
haji 1. = fardu ~ rukun Islam yg kelima yg memerlukan seseorang Islam
(yg cukup syaratnya) pergi ke Mekah dan melakukan beberapa
ibadat yg berkaitan dgn fardu itu; mengerjakan ~ menunaikan fardu
haji; 2. orang yg berangkat ke Mekah utk menunaikan fardu haji;
jemaah ~ rombongan orang yg pergi ke Mekah utk menunaikan
fardu haji; kapal ~ kapal yg membawa jemaah haji ke Mekah;
Syeikh ~ orang yg mengurus hal-hal dan keperluan-keperluan
jemaah haji (sewaktu mereka sedang menunaikan fardu haji); 3.
gelaran atau panggilan bagi orang lelaki yg telah menunaikan fardu
haji: H~ Khairuddin;
bulan ~ bulan Zulhijah; fardu ~ kewajiban menunaikan haji; Hari
Raya H~ hari besar Islam yg dirayakan pd 10 Zulhijah, hari raya
Aidiladha; naik ~ pergi ke Mekah kerana menunaikan fardu haji;
rukun ~ segala perbuatan yg mesti dilakukan supaya sah haji;
tabung ~ a) kumpulan wang yg disimpan oleh bakal haji; b) bp =
Lembaga Urusan Tabung H~ perbadanan yg mengurus simpanan
wang bakal-bakal Haji dan pemergian mereka ke Tanah Suci
(Mekah);
~ akbar (besar) ibadat haji yg wukufnya jatuh pd hari Jumaat; ~
badal orang yg menunaikan fardu haji utk orang lain yg sakit dll; ~
ifrad haji yg diikuti dgn umrah sebaik sahaja selesai ibadah haji
dilaksanakan pd bulan haji; ~ mabrur ibadah haji yg dianggap sah,
sempurna dan diterima Allah SWT kerana memenuhi segala rukun
dan syarat (dapat mengekalkan sifat dan kelakuan yg baik dan
terpuji selepas menunaikan haji); ~ mardud ibadah haji yg dianggap
tidak sah dan tidak diterima Allah SWT (kerana sifat dan
kelakuannya lebih buruk sebelum menunaikan haji); ~ qiran qiran;
~ sunat bp a) budak yg pergi ke Mekah mengikut orang naik haji
ketika belum baligh; b) pergi naik haji sebelum baligh; ~ tamatuk
haji yg dikerjakan setelah selesainya ibadah umrah pd bulan haji,
dan dikenakan dam; ~ widak haji yg terakhir dikerjakan oleh Nabi
Muhammad SAW sebelum wafat;
menghajikan menunaikan haji bagi pihak orang lain.
hajib Ar ark penjaga pintu.
hajim Ar tukang bekam.
hak 1. (yg) benar, kebenaran: katakanlah yg ~ walau pahit sekalipun;
ajaran-ajaran yg ~ ajaran-ajaran yg benar; ilmu ~ taala ilmu
kebenaran (ilmu mengenai sifat Tuhan); 2. kuasa atas sesuatu atau
utk berbuat sesuatu (ditentukan oleh undang-undang, agama, adat
istiadat, dll): tiap-tiap anak ada ~ atas harta pusaka peninggalan
bapanya; ia mempunyai ~ mempertahankan dirinya drpd serangan
dan cacian; 3. milik, kepunyaan: ~ orang jangan diambil; setelah
ayahnya meninggal segala harta itu menjadi ~nya; 4. yg (mana
satu): awak mahu ~ itukah atau ~ ini?; berilah saya ~ merah itu;
~ amendmen hak mencadangkan pemindaan undang-undang; ~
asasi hak yg dasar atau pokok (spt hak bebas mengeluarkan
pendapat, menganuti sesuatu agama, bergerak, dll); ~ cipta hak
penguasaan yg dilindungi undang-undang atas seluruh atau
sebahagian drpd hasil ciptaan seseorang pengarang (pencipta,
penggubah dll); ~ dipilih hak utk dipilih (dlm pilihan raya) utk
menjadi wakil rakyat (ahli Parlimen); ~ istimewa hak yg diberi kpd
kaum (golongan) tertentu sahaja; ~ kuasa hak utk menguasai
(menentukan nasib dll); ~ kuasa ibu pertalian kekeluargaan dan
pembahagian harta menurut nisab perempuan; ~ luar semangat
hantu yg masuk ke dlm tubuh seseorang; ~ membatalkan hak utk
membatalkan (memansuhkan) keputusan yg telah dicapai dgn suara
terbanyak, kuasa pembatal, kuasa veto; ~ mengundi hak utk
mengundi kerana memilih wakil rakyat (dlm Parlimen dll); ~ mutlak
hak yg penuh ke atas sesuatu (hak yg tidak terbatas, bersyarat, atau
berkecuali); ~ pengarang hak cipta; ~ pilih Id hak utk memilih
wakil rakyat (dlm Parlimen dll); ~ politik hak mencampuri hal-hal
dan urusan-urusan politik (spt giat dlm parti politik, menjadi calon
dlm pilihan raya, dll); ~ pusaka harta yg dipusakai turun-temurun; ~
sivil hak warganegara utk mendapat layanan sama rata, mis utk
mengundi atau mendapat pekerjaan; ~ teradjudikasi (Udg) hak yg
telah diiktiraf dlm prosiding kehakiman dan pentadbiran; ~ veto hak
membatalkan sesuatu keputusan, kuasa pembatal; kalau tiada ~
sendiri, anak mata terdiri-diri prb kalau kita tidak berwang
tidaklah dapat memiliki atau menikmati sesuatu dan terpaksalah
merasa hampa sahaja;
berhak mempunyai hak, mempunyai kuasa (atas sesuatu):
seseorang anak ~ mewarisi harta peninggalan ayahnya; sifat
Siddiq inilah yg menjamin bahawa hak dikembalikan kpd yg ~;
mengehakkan memberi hak kpd, menentukan hak atas.
hakaik Ar (jamak bagi hakikat) kebenaran.
hakam Ar ark orang tengah, pendamai, wasit.
hakap Pk tamak, haloba.
hakikat Ar sesuatu yg tidak dapat ditiadakan atau dinafikan kebenaran,
kenyataan: kita tidak dapat menafikan ~ bahawa manusia semakin
hari semakin saling bergantungan antara satu sama lain; pd ~nya
sebenarnya, sesungguhnya: pd ~nya kemunduran itu adalah akibat
kemiskinan; syariat palu-memalu, ~ balas-membalas prb Mn
kebaikan hendaklah dibalas dgn kebaikan;
menghakikatkan menjadikan hakikat bahawa: seseorang yg telah
menerima dan mengaku dgn kerelaan hati dan ~ Allah sbg
Tuhannya.
hakiki Ar (yg) hak, (yg) benar, (yg) sebenarnya: hidup yg ~ ialah hidup
yg mempunyai tujuan untuk mencapai segala kesempurnaan; pd
~nya pd hakikatnya (sesungguhnya), sebenarnya; tugas ~ tugas yg
sebenarnya;
kehakikian keadaan (sifat dsb) hakiki, keadaan yg sebenarnya:
kritikan yg mampu memberi jawaban kpd soal-soal ~ hidup yg
ketika itu terumbang-ambing oleh kekusutan;
penghakikian perihal menghakikikan sesuatu.
hakim I 1. pegawai yg dilantik utk mengadili sesuatu perbicaraan dlm
mahkamah: ~ yg membicarakannya mendapati dia bersalah dan
menjatuhkan hukuman penjara; H~ Besar ketua hakim; menjadi ~
sendiri melakukan sekehendak hati terhadap orang yg dianggap
bersalah; dihadapkan ke muka ~ dihadapkan ke mahkamah; 2.
orang yg dilantik mengadili sesuatu pertandingan (permainan dsb),
pengadil: tiga orang guru telah dilantik menjadi ~ dlm peraduan
bahas antara sekolah-sekolah;
berhakim menjadi hakim: apabila berjanji mungkir, apabila ~
durjana; ~ kpd minta pengadilan kpd: marilah kita ~ kpd ketua
kampung utk menentukan siapa salah siapa benar; ~ kpd beruk
(harta habis hajat tak sampai) prb minta pengadilan kpd orang yg
tamak, sudah tentu dapat kerugian;
berhakimkan menggunakan seseorang dsb sbg hakim: oleh sebab
tidak ada tempat utk membuat pengaduan apabila berlaku
perselisihan, maka setiap keputusan akan hanya ~ diri sendiri;
menghakimi, menghakimkan mengadili, mempertimbangkan (utk
menentukan salah benar sesuatu atau seseorang): hakim mahkamah
tinggi ~ perkara-perkara besar spt perkara pembunuhan,
penculikan, rompakan besar, dll;
kehakiman segala hal yg berkaitan dgn urusan hukum (undangundang)
dan pengadilan: jabatan ~; soal-soal ~; ~ semu perihal
fungsi yg menyerupai atau seakan-akan fungsi kehakiman yg
dijalankan menurut budi bicara pentadbiran, mis tribunal;
penghakiman perihal (perbuatan dsb) menghakimi: dapatkah kita
menjamin keadilan sebenar sekiranya proses ~ masih menghadapi
masalah kefahaman.
hakim II Ar orang yg pandai-pandai, orang yg ahli (yg bijaksana).
hakir Ar; al- ~ orang yg hina.
hakis; menghakis 1. mengikis (dan menghanyutkan) permukaan tanah
atau batu dll (oleh air, angin, dll) sehingga haus, rosak, musnah dsb:
angin saja tidak boleh ~ batu, tetapi angin yg mengandungi pasir
halus dapat mengikis bahagian batu yg lembut; selepas tanah
pantai dihakis oleh air, maka jelas kelihatan akar-akar lintang yg
menegakkan akar-akar ceracak keluar; 2. menyebabkan (kuasa,
moral, keyakinan dsb) semakin terjejas, berkurang, merosot, hilang
dsb: pelbagai amalan tidak sihat akan berlaku dan seterusnya ~
keyakinan pelabur; kenaikan kos ini akan hanya ~ kecekapan
pengeluaran pertanian tempatan; 3. ki menjadi kurang (bkn nilai,
harapan, keyakinan dsb), merosot, menurun: apabila tindakan
mengenakan kadar faedah dilambatkan, keyakinan terus ~;
menghakiskan 1. mengikis (dan menghanyutkan) permukaan tanah
atau batu dll (oleh air, angin, dll) sehingga haus, rosak, musnah dsb:
pohon itu musnah disebabkan oleh ombak yg sudah banyak ~
tanah di sekitarnya; 2. menyebabkan (keuntungan, kuasa, moral,
keyakinan dsb) semakin terjejas, berkurang, merosot, hilang dsb:
pengambilan untung selepas urus niaga berhenti rehat pd tengah
hari telah ~ keuntungan terdahulu di BSKL;
terhakis 1. dikikis dan dihanyutkan oleh air, angin, ombak dsb (bkn
permukaan tanah, batu dsb): perdu itu tumbang dan akhirnya ~
segala tanah; kejadian itu menyebabkan pantai ~ akibat dipukul
ombak besar; 2. menjadi semakin berkurang (merosot, lenyap dsb):
pendapatan kerajaan negeri semakin ~ sedangkan perbelanjaan
mengurus semakin meningkat; kedamaian kampung itu sudah mula
~ atas nama pembangunan;
hakisan perihal menjadi terhakis;
penghakisan proses (perbuatan, tindakan dsb) menghakis atau
menghakiskan: kadar ~ tanah bergantung pd beberapa faktor
persekitaran fizikal; keruntuhan akhlak dan ~ rasa hormat dan
kasih sayang kpd orang tua semakin ketara.
Hakka suku kaum Cina yg berasal dr utara Guangdong dan selatan Fukien
di Negara China dan tinggal di merata tempat di dunia, juga dikenali
sbg Khek.
hak milik kekuasaan utk memiliki sesuatu, pemilikan (kepunyaan) yg sah:
~ tanah mestilah dicatatkan di dlm buku pendaftaran ~; ~ mutlak
hak milik yg penuh atas sesuatu;
mengehakmilikkan menjadikan (mengambil sbg) hak milik:
kerajaan telah ~ tanah-tanah di kawasan itu.
hak negara sesuatu yg merupakan milik atau kepunyaan negara;
mengehaknegarakan menjadikan milik negara;
pengehaknegaraan tindakan (perbuatan dsb) mengehaknegarakan.
hal I 1. keadaan, kejadian, peristiwa: kita dapat mengetahui ~ keadaan di
sekeliling kita dgn lima pancaindera kita; demikianlah ~nya (dgn)
demikianlah keadaannya (dgn); lain ~ nya (dgn) lain keadaannya
(dgn); 2. masalah, perkara, soal, urusan: ia tidak ada masa utk
memikirkan ~ orang lain; pertanyaan itu biasanya mengenai ~ yg
kurang difahami; seorang yg ahli dlm ~ bank; 3. asal mula, kerana,
sebab: apa pula ~nya maka ia lambat datang; oleh ~ itu oleh sebab
itu; 4. = tentang ~ tentang, mengenai, darihal, perihal: ~ makanan
binatang akan kita bicarakan nanti; majlis ceramah ~
pembangunan masyarakat luar bandar; 5. sl daya, fikiran, ikhtiar,
muslihat, dll: apalah ~ku hendak berjumpa dgn suamiku: jikalau ia
datang, apa ~ kita? 6. halangan: risiko dan kos tenteranya dlm
peperangan tidak menjadi ~; 7. perkara: dlm ~ ini, mungkin
terdapat perselisihan berhubung dgn matlamat dasar luar negara;
~ ehwal berbagai-bagai hal (keadaan, perkara, dll); ada ~ ada
sesuatu (yg terjadi, yg akan dibicarakan, dll); ambil ~
mempedulikan; membawa ~ (masing-masing) dgn urusan sendirisendiri;
tidak jadi ~ tidak apa-apa (tidak keberatan dll);
berhal ada sesuatu hal (halangan, kesulitan, urusan, dll): jika ada
orang yg ~ dan minta pertolongan kepadanya maka diterimanya
dgn senang hati; dia ~ sebab itu dia tidak dapat datang;
mengehalkan 1. mengisahkan, menceritakan (tentang): kesemua
majalah itu ~ filem; 2. memperlakukan: hai Rawana, apa juga
engkau pohonkan kpd Allah, maka engkau ~ dirimu demikian ini;
terhal terhenti kerana halangan (terhalang, tertahan, dll): perkara
itu sudah lama ~.
hal II Id bp besi nipis berlapis zink.
hala I arah, tuju: sungainya kecil mengalir ~ ke pantai; mereka
mempunyai ~ perjalanan yg berlainan; tidak tentu ~ tidak
berketentuan (tidak tentu arah, haru-biru);
berhala berarah;
menghala menuju, mengarah: terbang ~ ke utara;
menghalakan mengarahkan, menujukan: pendekatan ini ~
perhatian pengkaji kpd usaha mencari maklumat tertentu; maka
dihalakannya panahnya itu ke benua Siam.
hala II; ~-kebala Kl, bp biarkan(lah), lupakan (lah), maafkan(lah): ~lah,
jangan diingat-ingatkan lagi perkara itu.
halai; ~-balai a) kacau-bilau, kusut (tidak ketahuan); b) tidak terpelihara
(terselenggara, terbela, dll), terlantar, terbiar;
menghalai-balaikan 1. mengacaukan, mengusutkan; 2.
mengabaikan, melalaikan, mensia-siakan: hanya saya berharap
supaya Balai Pustaka jangan dihalai-balaikan.
halaju kecepatan gerakan, kadar kecepatan; ~ pusingan wang kadar
kecepatan wang bertukar tangan (dlm sesuatu masyarakat atau
negara).
halakah Ar lingkungan, gelanggang, kalangan.
halal 1. hukum membenarkan sesuatu perbuatan dilakukan (dlm Islam),
diperbolehkan (tidak ditegah oleh syarak), diizinkan, dibenarkan,
lwn haram: makanlah makanan yg ~ dan minumlah minuman yg ~;
daging lembu ~ dimakan oleh orang-orang Islam; ~ nikah
dibenarkan menikahi seseorang; 2. ki (yg diperdapat, diperoleh atau
diperbuat) dgn jalan yg sah: anak ~; wang ~; 3. ark ampun, maaf,
(me)relakan: yg hutang tuan hamba sekati emas itu ~lah dunia
akhirat; 4. ark izin: menyembah minta ~lah segala pengajarannya;
menghalalkan 1. membenarkan (membolehkan, memperkenankan,
mengizinkan), memandang atau menganggap halal: adalah salah
besar ~ sesuatu yg haram; ada kemungkinan besar bahawa
kegiatan tersebut yg selama ini diharamkan di negeri itu akan
dihalalkan; 2. menganggap selesai atau jelas (hutang dll): baki
hutangnya itu sudah dihalalkan;
kehalalan perihal (sifat, taraf, dsb) halal: kalau hati masih waswas
tentang ~nya, apa yg kita makan itu akan menjadi haram;
penghalalan perbuatan dsb menghalalkan, perihal menjadikan halal
atau sah: Marx mengambil ideologi borjuis sbg satu gambaran
sistem, idea, despotisme moden mencari ketaakulan dan ~
menjalankan kuasa.
halalbihalal, halal-bilhalal Ar maaf-maafan pd hari raya: setiap tahun
diadakan malam ~ oleh perkumpulan ini; pertemuan ~ majlis
keramaian (pertemuan) utk bermaaf-maafan pd hari raya.
halaman 1. perkarangan rumah, tanah (kawasan lapang) di hadapan
rumah; kampung ~ kampung tempat kelahiran; 2. muka buku
(majalah, surat khabar, dll): berita itu tersiar di ~ depan surat
khabar hari ini; ~ kanak-kanak ruangan (muka berita dll) khas utk
kanak-kanak.
halamang sj pedang pendek yg lurus; lamang.
halang; menghalangi, menghalang-halangi, menghalang merintangi,
menahan, menyekat menegah: beting pasir ~ air mengalir ke laut;
kerana banyak sangat perkara yg menghalang maka pertemuan itu
ditangguhkan;
menghalangkan meletakkan sesuatu melintang;
terhalang mendapat rintangan (halangan dll), tertahan (tertegah,
terganggu, terhambat): pembinaan jalan ~ kerana musim hujan;
halangan 1. aral, gangguan, rintangan, tegahan: biasanya yg
menjadi ~ dlm menjalankan pekerjaan tangan ialah kekurangan
perkakas; 2. baluk (batang kayu dll) yg merintangi jalan, sungai dll,
beting pasir yg melintang di kuala sungai: segala ~ di jalan telah
dimusnahkan;
berhalangan 1. mendapat aral (rintangan), menghadapi atau
mengalami sesuatu yg menghalang (seseorang dll): jika tidak ~,
esok saya akan datang; 2. sedang dlm keadaan berselisih
(bermusuhan);
penghalang sesuatu (alat atau orang) yg menghalang, penyekat,
perintang, dll: anak-nyalah yg menjadi ~; batu ~ sesuatu yg
menjadi perintang.
halap alap I.
halau; menghalau 1. melakukan sesuatu yg mengarahkan binatang
menuju ke sesuatu tempat, menggiring: ~ lembu masuk kandang; 2.
= menghalaukan mengenyah(kan), mengusir: tangannya bergerakgerak
spt orang ~ nyamuk; maka Maharaja Isap dihalaukan oleh
Tun Kecil;
penghalauan perihal atau perbuatan menghalau, pengusiran,
pengeyahan;
penghalau 1. orang yg menghalau; 2. alat utk menghalau.
halba, halbah sj tumbuhan (herba yg bijinya dibuat ubat atau digunakan
sbg rempah), kelabat, Trigonella foenumgraecum.
halban, haleban 1. sj tumbuhan (pokok), gading kahwa, pokok galang
dapur, Vitex longisepala; 2. sj tumbuhan (pokok), leban (bunga,
hitam, kunyit, nasi-nasi, tanduk), Vitex pubescens.
haleja (haléja) → leja.
halia sj tumbuhan (rizom yg umbinya pedas), jahe, Zingiber officinale; ~
hantu = ~ hutan = ~ kera, sj tumbuhan (herba), lidah hantu,
meroyan tunggal, puar birah, Globba panicoides.
halian Kl ketua (kumpulan orang jahat).
halibut sj ikan laut, Hippoglossus spp.
halilintar mata petir, kilat.
halim baik budi, lemah-lembut, tidak lekas marah: perangainya sangat ~.
halimbubu Mn pusingan angin.
halimun 1. (Sunda) kabus; 2. = halimunan tidak dapat dilihat; orang
halimunan orang bunian; doa (ilmu) halimunan jampi yg
menjadikan seseorang tidak dapat dilihat orang.
halipan lipan.
halir sj tumbuhan (herba), akar keremak, daun patuk tuau, Ruellia repens.
halis Br garisan buih yg terjadi pd tempat pertemuan dua arus.
halitosis (Ubat) nafas berbau.
halkah, halkat Ar gelang (kaki), gelang-gelang (pintu dll).
halkum 1. kerongkong; 2. hujung kerongkong yg nampak tersembul di
leher; biji ~ buku leher, lekum.
halo I bp helo.
halo II (Fiz) lingkaran cahaya yg muncul di keliling sesuatu objek yg
bercahaya, terutamanya matahari dan bulan, semasa cuaca
berkabus.
haloba sentiasa ingin mendapat (memiliki) banyak-banyak, tamak; tamak
~ tersangat tamak;
kehalobaan ketamakan: segala penderitaan, ~ dan kecurangan yg
saya alami tidak terkikis utk beberapa lama; loba.
halofit (Bio) tumbuhan, mis pokok bakau, atau hidupan seni yg dapat
hidup di kawasan yg kadar kandungan garamnya tinggi, spt di paya
laut dan dekat muara sungai.
halogen (halogén) (Kim) salah satu drpd lima unsur kimia bukan logam,
iaitu fluorin, klorin, bromin, iodin, dan astatin.
halte IB, bp tempat perhentian bas (kereta api, dll).
halter IB sebatang besi yg berbola pd kedua-dua hujungnya (alat utk
bersenam).
haluan 1. bahagian depan perahu (kapal, bot dsb), lwn buritan: ia berdiri
di ~ perahu; angin ~ angin yg datang dr depan (perahu dll); 2. yg
terdahulu atau terdepan: ~ kata kata pendahuluan; 3. arah, hala,
jurusan: mereka lari lintang-pukang tiada tentu ~nya; mengambil
~ mengarah ke; mengubah ~ mengubah arah; 4. cita-cita, maksud,
tujuan: engkau datang ke negeriku ini apatah ada ~mu; berpaling
~ mengubah sikap dll; menukar ~ a) mengubah arah; b) menukar
cita-cita (maksud, tujuan); 5. bahagian sebelah hadapan tubuh
manusia, bahagian tubuh binatang dekat dgn kepalanya;
~ dempak = ~ pepat = ~ tegak haluan yg pepat; ~ hidup cita-cita
hidup; ~ politik arah tujuan politik; ~ sembah NS pegawai yg
menjadi perantaraan bagi orang yg hendak menghadap raja
(undang);
sehaluan searah, secita-cita, setujuan: mereka nampaknya ~ dan
sefahaman;
berhaluan mempunyai haluan: parti politik yg ~ kanan;
menghaluankan mengarahkan, mencita-citakan, menujukan.
halus 1. tidak besar (kasar), kecil-kecil: tepung yg ~; daging itu
dicencang ~; gula ~; garam ~; 2. sangat kecil ukuran kelilingnya
(bkn jarum, benang, dll), lwn kasar: dawai yg ~; 3. tidak kesat
(kasap), lembut, licin: kulit mukanya ~; papan itu diketam sehingga
~; 4. berbudi bahasa yg baik, beradab, bersopan-santun: budi
pekerti yg ~; dgn lemah-lembut lagi ~ ia mengeluarkan katakatanya;
5. kelihatan elok dan rapi (hasil drpd kerja yg teliti),
sempurna (hasilnya): raga itu ~ buatannya; 6. dgn teliti, dgn cermat
atau hati-hati, secara terperinci: perkara ini telah aku fikirkan
masak-masak, aku kaji ~-~; 7. tidak langsung atau terang-terangan
tetapi dalam atau tajam maksudnya (bkn percakapan, sindiran, dll);
sindiran yg ~ sindiran yg tidak terang-terang (tersembunyi atau
secara berkias); perintah ~ perintah dlm bentuk nasihat (tidak
terang-terang); 8. tidak garau tetapi tinggi (bkn suara dll): suaranya
~; 9. tidak dapat dilihat (diraba) spt roh; orang ~ orang bunian;
suara ~ a) suara yg tinggi; b) ilham;
halus-halus dgn meneliti segala butir yg berkaitan, dgn teliti, secara
terperinci: undang-undang yg telah didebat serta difikir ~ oleh
ahli-ahli parlimen yg dipilih oleh rakyat;
berhalus (bercakap dsb dgn) bersopan-santun, berlembut: kalau
bercakap biarlah ~ sedikit;
menghalusi 1. memperlakukan dll dgn halus (tidak dgn keras dll):
budak nakal itu tidak boleh dihalusi sepanjang masa: 2. menipu
dgn cara yg sangat licin; ~ musuh menipu musuh; 3. mengkaji
(menyiasat, menyelidiki, memeriksa) dalam-dalam atau secara
terperinci: perkara itu tidak perlu dihalusi lagi; sesudah kita
rakamkan rumus-rumus yg di atas, kita perlu ~ beberapa perkara
lagi;
menghaluskan menjadikan halus;
memperhalus 1. menjadikan lebih halus: ia ~ alis matanya; 2.
menjadikan lebih sempurna: cara penyampaiannya perlulah
diperhalus, disisip dan dijalin melalui bahasa atau dialog yg
menarik;
kehalusan keadaan yg halus (perbuatan, sifat dll): ~ bahasa;
penghalusan perihal (perbuatan dsb) menghalusi, menghaluskan,
atau memperhalus.
halusinasi pengalaman seolah-olah dapat melihat, mendengar atau
menyentuh sesuatu yg sebenarnya tidak wujud akibat gangguan
kesihatan (fikiran) atau pengambilan dadah: penggunaan dadah
boleh menyebabkan penggunanya mengalami ~;
berhalusinasi mengalami halusinasi: dia meracau-racau dan ~
bertemu dgn manusia zaman purba.
halusinogen sj dadah yg menyebabkan halusinasi.
halwa 1. buah-buahan yg direndam dlm air gula, manisan buah-buahan: ~
belimbing; ~ betik; ~ pala; 2. penganan yg manis; ~ maskat sj
penganan (dibuat drpd tepung gandum, minyak sapi, gula, dll); 3. ki
sesuatu yg menyedapkan (mata, telinga, dll):
~ mata sesuatu yg menyedapkan pandangan; ~ nikmat berbagaibagai
penganan (benda yg lazat-lazat); ~ rambut sj gula-gula yg
menyerupai kapas (biasanya berwarna merah jambu), alusmitai; ~
telinga sesuatu yg menyedapkan pendengaran (spt lagu, qasidah,
dll).
ham daging paha babi yg dimasinkan, dikeringkan, atau disalai.
hama 1. kutu pd ayam; 2. penyakit tumbuh-tumbuhan: ~ padi; 3. = ~
penyakit kuman penyakit; kena ~ kejangkitan kuman penyakit; 4.
bp sesuatu yg sangat kecil atau sedikit: se~ pun sayangku tak
berubah;
berhama ada hama pd tubuhnya (bkn ayam).
hamam Ar tempat mandi (dgn air panas).
hamba I 1. abdi, budak belian, sahaya; 2. saya (utk merendahkan diri): ~
dengar tadi encik mengatakan encik berniaga di Singapura; tuan ~
(sbg menghormati orang yg dilawan bercakap) tuan; 3. ya, tuan
(disebut ketika menjawab pertanyaan dsb); 4. (Komp) peranti yg
dikuasai atau dikawal oleh peranti lain;
~ Allah manusia; ~ bas (Komp) peranti yg ditetapkan utk bertugas
menerima atau menghantar data dari atau ke peranti yg bertindak
sbg pengawal bas dlm komputer; ~ hukum Id polis; ~ raja a) abdi
raja; b) bentara raja; ~ sahaya berbagai-bagai hamba, segala hamba;
~ seks perempuan yg dipaksa melayan keinginan nafsu seks lelaki;
~ tebusan budak belian; ~ tuan saya (utk merendahkan diri);
berhamba 1. memiliki (mempunyai) hamba: ia ~ dua orang; 2.
menjadi hamba (abdi): mereka datang menyerahkan diri kpd
baginda dan ~ kepadanya; 3. menyebut dirinya hamba: ia tidak lagi
~ tuan ketika bercakap; 4. bersama-sama dgn hamba: dibawa lari
periuk nasi itu lima ~;
menghamba, menghambai mengabdi (kpd): kasih itu jangan
melampau-lampau sehingga ~ diri sendiri;
menghambakan 1. menjadikan hamba: ia sedar bagaimana
pengaruh wang boleh ~ orang; penghulu itu ~ orang kampung; 2.
memperhambakan;
memperhamba memperlakukan sbg hamba;
memperhambai mengabdi kpd;
memperhambakan menjadikan diri sendiri atau seseorang lain sbg
hamba kpd, mengabdikan: ia telah ~ dirinya kerana kasihnya kpd
laki-laki itu;
diperhamba = yg ~ hamba tuan(ku), patik, saya: yg titah itu atas
kepala patik yg ~;
kehambaan keadaan menjadi hamba: syarat atau asas perkenalan
sesama manusia termasuklah patuh, taat, dan mengaku ~ kpd
Allah;
perhambaan perihal menjadi hamba (berhamba), perbudakan:
Islam sama sekali tidak menggalakkan ~;
penghambaan perihal atau perbuatan menghamba.
hamba II; (burung) ~ kera a) sj burung, burung anting-anting,
Dissemurus paradiseus malayensis; b) sj burung, burung sawai,
Surniculus m. malayanus.
Hambali; mazhab ~ satu drpd empat mazhab yg teraku dlm agama Islam
(didirikan oleh Imam Ahmad bin Hanbal).
hambar 1. tidak ada rasa, tidak berasa masin sedikit pun, tawar; 2. dingin,
acuh tak acuh, tidak bersemangat: suaranya ~; terhadap suaminya
ia mengambil sikap yg ~ sahaja;
menghambar menjadi tawar (dingin, tidak bersemangat):
pergaulan mereka suami isteri mungkin ~ jika tidak ada anak-anak
yg mengikat perhubungan mereka;
menghambarkan menjadikan hambar: adakah jurujual
menghilangkan minat pelanggan dan ~ keyakinan mereka ?;
kehambaran rasa hambar, rasa tawar: pd mulanya memang ada
sedikit prasangka tentang ayam luar negeri mungkin kerana ~nya.
hambat I; berhambat-hambat, berhambat-hambatan berkejar-kejaran:
lari ~;
menghambat, memperhambat 1. memburu, mengejar (kerana
hendak menangkap atau menyerang dll): ia ~ binatang itu sekuatkuatnya;
Peringgi pun pecahlah lalu lari ke air diperhambat oleh
orang Melaka; 2. memikat (hati), menawan (hati): anak yg kecil itu
~ hati ibunya.
hambat II; menghambat menahan, menghalang, menyekat, merintangi:
pertempuran satu lawan satu telah ~ kemajuan tentera Jepun;
kapal perang itu telah ~ pelayaran kami; Islam tidak akan ~
kemajuan kerana apa yg dikaitkan dgn kemajuan juga dibendung
oleh hukum-hukum alam yg mengikut kehendak Allah;
terhambat terhalang, tertahan: keindahan alam tidak dapat dilihat
kerana ~ oleh kabut yg tebal;
hambatan 1. halangan, rintangan, sekatan: halangan dan ~ yg
mempengaruhi mutu pengajian bahasa Melayu; 2. penghalang,
pengempangan (kayu dll);
penghambatan perihal atau perbuatan menghambat, penghalangan,
perintangan;
penghambat sesuatu yg menghambat, penghalang, perintang,
penyekat.
hambung; menghambungkan 1. melambungkan, melemparkan ke atas,
mengangkat ke atas; 2. = menghambung-hambung,
menghambung-hambungkan mengangkat-angkat, menjunjungjunjung,
memuji-muji.
hambur I; berhamburan 1. bertaburan merata-rata (ke sana sini): padi ~
dr guni yg bocor; 2. berselerak, berserak-serak, bersepah-sepah; 3.
ki bercucuran, berderai-derai (air mata): ia tidak berkata apa-apa
pun hanya air matanya sahaja yg ~;
menghamburi menaburi, menyebar pd: setelah mayat dimakamkan
kubur pun dihamburi bunga;
menghamburkan 1. menaburkan, menebarkan, menyebar(kan): ia
~ pasir dlm lori ke atas tanah yg sedang ditambak; ~ jala; 2.
membuang-buang, memboroskan (wang dll): kerjanya ~ wang
sahaja; 3. mencurahkan, mengeluarkan (dgn banyak): ~ air mata; ~
kata-kata mengeluarkan kata-kata dgn banyak (memarahi dll);
terhambur tertabur, tersebar, terselerak: apabila ruangan debunga
pecah debunganya pun ~ keluar;
hamburan sesuatu yg dihamburkan;
penghamburan perihal (perbuatan dsb) menghamburkan: ~
perasaan.
hambur II; berhamburan berterjunan, berlompatan ke bawah: segala
hulubalang Peringgi pun pecahlah ~ lalu ke air;
menghambur terjun, melompat (ke bawah): ia pun ~lah spt
harimau yg pantas dr perahu ke jambatan;
menghamburi melompati, menerjuni, menerkami: ia berdiri lurus,
kemudian melonjakkan badannya ~ laut itu;
menghamburkan melompatkan, menerjunkan: tetak tinggi
diendapkan, tetak rendah dihamburkan: ~ kuda melompatkan
kuda.
hamburger daging kisar berperasa rempah dan berbentuk bulat leper yg
biasanya digoreng dan dimakan dgn roti, sos dsb.
hambus; berhambus, menghambus bp pergilah, nyahlah: biarkan dia ~;
pergi ~ dr sini; menghambuslah engkau cepat-cepat.
hamik Ar ark bebal, bodoh, dungu.
hamil 1. mengandung, bunting: maka raja perempuan pun ~lah, setelah
genap bulannya maka beranak seorang laki-laki: 2. kandungan: ~
perempuan itu terlalu besar;
menghamili menyebabkan seseorang mengandung: selepas ia ~
isterinya ia pun tak pulang-pulang; Khun Rea menyebar fitnah
menyatakan Tok Raja ~ Sucinda;
menghamilkan 1. membuntingkan, mengandungkan (dlm keadaan
pd ketika bayi dalam kandungan): perempuan itu sangat sihat
ketika ~ anak sulung; 2. menghamili;
kehamilan keadaan hamil, masa sedang hamil: bilangan wanita yg
berjumpa dgn doktor dan bidan pd awal ~ sedang bertambah di
Malaysia;
~ ektopik (Ubat) kehamilan di luar rahim; ~ palsu keadaan
wujudnya tanda-tanda kehamilan spt tidak datang haid dan perut yg
membesar tetapi tidak ada janin akibat adanya tumor atau
ketidakseimbangan hormon;
penghamilan perihal menghamilkan.
haminte IB bandar, kota praja, kota besar.
hamis busuk spt bau kambing (terutama dagingnya) atau bau lembu (peluh
dsb);
kehamisan perihal hamis, bau hamis: ~ daging kambing dapat
dihilangkan dgn mencucinya dgn tepung gandum.
hamlak, hamlar, hamlau Pn pelawak.
hampa 1. kosong, tidak berisi: ketika pagi hari dilihatnya lukahnya ~;
padi yg ~ itu dibuangkan; 2. = ~ hati ki kecewa: alangkah ~
hatinya apabila orang yg ditunggunya tidak kunjung tiba; 3. ki
tidak ada hasil, sia-sia, gagal: rombongan peminangan itu pulang
dgn ~ kerana peminangan mereka ditolak; dgn tangan ~ tidak
berhasil, tidak mendapat apa-apa; 4. ki tidak berilmu, bodoh, dungu:
tidak ada gunanya bertanya pd orang yg ~;
~ beras butir-butir padi yg tidak berisi; ~ berat padi yg tidak cukup
penuh isinya (hujung padi); ~ hati gagal, kecewa; ~ udara Id tidak
berisi udara; yg ~ biar terbang yg bernas biar tinggal prb yg tidak
berguna itu biarlah hilang tetapi yg baik biarlah tinggal;
berhampa; ~ tangan tidak mendapat apa-apa (hasil);
menghampakan 1. mengosongkan: perahunya itu dihampakannya
dan diperbaikinya; 2. membiarkan (pulang dll) dgn tangan hampa,
mengecewakan; 3. menimbulkan rasa hampa: mati yg ~;
kehampaan 1. perasaan kecewa (kerana tidak mendapat, menemui,
mencapai dsb sesuatu yg dihajati atau dicita-citakan), kekecewaan:
kebanyakan para orientalis menyatakan ~ mereka terhadap
kekurangan tradisi kesusasteraan Islam; ia pergi dlm ~; 2. ki
ketiadaan pengetahuan, kebodohan, kedunguan.
hampa gas ruangan yg kosong drpd sebarang jirim, vakum; ~ separa
ruang(an) yg sebahagian drpd isinya (gas) telah dikeluarkan.
hampai Mn; menghampaikan menyampaikan, menyidai,
menghamparkan; ~ sayap mengharapkan bantuan (menggantungkan
nasib).
hampang; menghampang sl menyekat, menghalang: inang berdiri ~ di
pintu; empang I.
hampar; batu ~ batu besar yg rata lagi lebar;
menghampar 1. terbuka luas, terpapar: tanah sawahnya rata bagai
tikar ~; padi ~ pokok padi sedang tumbuh yg merata nampaknya; 2.
membentangkan (tikar dll): ~ permaidani; 3. ki membentangkan,
menerangkan (dgn panjang lebar): ia ~ soal itu di dlm mesyuarat;
menghampari membentangkan (tikar dll) di atas sesuatu (spt lantai
dsb): lantai pelupuh itu dihampari dgn tikar pandan putih;
menghamparkan 1. membentangkan (tikar dll): sehelai kertas
dihamparkan utk alas; 2. ki membentangkan, menerangkan (dgn
panjang lebar);
terhampar 1. terbentang, terbuka luas: tanah seberang itu
pasirnya terlalu putih spt kain ~; di lantai ~ permaidani yg indah;
2. sl bertaburan (bertebaran dll) merata: darah pun banyak ~ di
bumi; barang-barang mereka semuanya ~;
hamparan 1. sesuatu yg dihamparkan (spt permaidani, tikar, dll); 2.
sesuatu yg kelihatan terhampar atau terbentang luas (spt sawah
padi, pantai, dsb): ~ sawah padi yg menguning; ~ elektronik lejar
atau helaian kerja saintifik (dgn ruang yg tersusun mengikut baris
dan lajur) yg dicipta, diolah, dan dipaparkan oleh komputer;
sehamparan satu hamparan: orang Sepanyol memiliki ~ tanah yg
luas dgn hak memugut pajak dan ufti.
hampas 1. sisa benda yg telah diambil patinya (airnya, isinya): ~ kelapa;
~ kopi; ~ tebu; ~ lanar tahi bijih (lodak); 2. tidak berguna, sia-sia: ~
sungguh budak ini, satu kerja apa pun tak boleh diharapkan;
spt tebu, air dimakan ~nya dibuang prb perihal gadis ditinggalkan
setelah dirosakkan; umpama memerah nyiur, santan diambil ~nya
dibuang prb perihal mendengar nasihat orang yg baik diambil, yg
tidak baik dibuang.
hamper sj bakul besar berisi pelbagai barang makanan (biasanya
diberikan sbg hadiah).
hampir 1. berdampil (dgn seseorang), berdamping (dgn seseorang), dekat,
rapat: marilah anakanda ~ dgn ayahanda; ~ kpd mendekati; 2.
tidak jauh (bkn jarak, perhubungan), dekat, rapat: Petaling Jaya
bandar yg ~ sekali dgn Kuala Lumpur; Nabi Muhammad SAW
mula-mula menyampaikan ajaran Islam kpd orang yg paling ~
dengannya iaitu isterinya Khadijah; 3. kurang sedikit drpd (waktu,
bilangan berikutnya, kuantiti, jumlah seluruhnya), dekat: carilah
hingga sen yg ~ sekali bunga biasa di atas RM 760 bagi tempoh 80
hari dgn kadar 3 % setahun; sudah ~ setengah jam dia menunggu
di situ ; ~ seratus orang hadir dlm majlis itu; mangkuk getahnya ~
penuh dgn susu getah; 4. nyaris, sedikit lagi akan ...: ~ mati nyaris
mati; 5. tidak lama lagi akan, dlm sedikit masa lagi: sekolah sudah
~ dibuka; ~ siap dibina; ~ selesai;
~ gurun (Geog) (kawasan, daerah) yg berhampiran (dan keadaan
iklimnya hampir sama) dgn gurun; wang ~ (Eko) harta yg mudah
dijadikan wang;
hampir-hampir akan berlaku sesuatu, nyaris-nyaris, cemas-cemas:
masih sempat menyelamatkan isterinya yg ~ tenggelam itu; mereka
~ sepakat;
hampirkan hampir akan;
berhampiran = ~ dgn berdekatan (dgn), tidak berapa jauh (dr):
pulau-pulau yg ~ dgn Australia; sungai yg ~ dgn rumah;
menghampiri mendekati, datang mendekati, merapati: perempuan
itu datang ~ saya;
menghampirkan mendekatkan, mendampingkan, merapatkan:
maka usungan pun dihampirkan orang;
terhampir terdekat;
hampiran tempat yg dekat, dekatan;
kehampiran perihal (keadaan, kedudukan, dsb) hampir atau dekat
dgn;
penghampiran proses (hal) menghampirkan atau menghampiri
sesuatu: alam nyata ini boleh diketahui melalui proses ~.
hamput I; berhamput bkn bersetubuh, melakukan jimak, berjimak.
hamput II bp maki, marah, hamun: tiap-tiap hari ia kena ~;
menghamput memaki, memarahi, menghamun: ia dihamput oleh
orang tua yg naik radang itu.
hamster sj binatang kecil seakan-akan tikus yg dipelihara di rumah sbg
binatang kesayangan.
hamud Id asid, asaman.
hamun caci, kutuk, maki, sumpah seranah: maki ~ berbagai-bagai makian;
berhamun-hamun memaki-maki;
menghamun, menghamuni mencaci maki, menyumpahi: bapanya
~ dan memaki dia.
hamzah 1. huruf ke-28 abjad Arab; 2. huruf ke-33 abjad Jawi.
hana Mn kosong (tidak didiami orang), luas dan sepi (hutan dll);
lapang ~ luas; rimba ~ rimba raya (belantara).
hanacaraka aksara bahasa Jawa.
Hanafi; mazhab ~ satu drpd empat mazhab yg teraku dlm agama Islam
(didirikan oleh Imam Abu Hanifah).
hancing (bau, berbau) busuk spt bau air kencing, haring;
menghancingkan menyebabkan berbau hancing, mengharingkan;
kehancingan perihal hancing, bau hancing, keharingan.
hancur 1. pecah menjadi kecil-kecil (berserpihan, berkecai-kecai), remuk:
rumahnya ~ kena bom sewaktu perang dahulu; tubuhnya ~ dan isi
perutnya terburai akibat kemalangan itu; 2. pecah berderai-derai
(bkn benda-benda rapuh spt biskut dll), relai: biskut di dlm tin itu ~
apabila tinnya jatuh terhempas ke lantai; 3. menjadi cair, melarut,
encer: ketul ais mudah ~; istana itu terbakar dan timah atapnya ~
turun spt hujan; 4. pecah kecil-kecil atau halus-halus (kerana
ditumbuk, dikisar, dikunyah, dsb): makanan yg ~ senang dihadam;
5. ki sedih sekali, putus asa: ~ rasa hatinya; ~ hati terlalu sedih; 6.
ki rosak binasa, cerai-berai, tidak bersatu (kukuh dll): kerana dia,
rumah tangga kita menjadi ~; negara akan ~ jika rakyatnya tidak
bersatu padu; 7. hilang atau tidak ada sama sekali (kepercayaan,
harapan, dsb), lenyap: kepercayaanku kepadanya sudah ~ dan
tidak mungkin dapat dipulihkan kembali;
menghancurkan 1. menjadikan hancur (pecah berserpihan, remuk),
meremukkan: letupan bom itu telah ~ kubu pertahanan mereka; 2.
menjadikan hancur (pecah berderai-derai, relai), merelaikan (biskut
dsb); 3. menjadikan hancur (makanan): ~ makanan utk bayi; 4.
menjadikan cair, melarutkan, mengencerkan: bijih yg digali itu
dihancurkan supaya timahnya dapat dikumpulkan; gula itu
dihancurkan di dlm air yg panas; 5. ki merosakkan,
membinasakan: perang besar akan ~ dunia; ~ hati ki sangat
menyedihkan hati, meremukkan hati; 6. menghilangkan sama sekali
(kepercayaan, harapan, dsb), melenyapkan: perbuatannya
menggelapkan wang itu telah ~ kepercayaan saya kepadanya;
hancuran 1. pecahan kecil-kecil, remukan: sungai itu
menghanyutkan ~ berbagai-bagai jenis batu-batan; 2. larutan,
enceran: sungai itu menghanyutkan ~ berbagai-bagai jenis batubatan;
kehancuran perihal hancur (rosak binasa), kebinasaan,
kemusnahan: ~ rumah tangga; ~ ekonomi negara;
penghancuran perihal (perbuatan dsb) menghancurkan;
penghancur 1. sesuatu yg digunakan utk menghancurkan sesuatu:
gigi sbg alat ~ makanan; mesin ~ batu; 2. orang yg menghancurkan
(merosakbinasakan, memusnahkan): dialah ~ kebahagiaan rumah
tangga kami; merekalah petualang negara, ~ keamanan negara
ini.
hancur lebur hancur sama sekali (perasaan dll);
menghancurleburkan menghancurkan atau membinasakan sama
sekali, merosakbinasakan, menjahanamkan,
menghancurmusnahkan: dgn keris dan lembing di tiap-tiap tangan
datuk-datuk itu kita dapat ~ segala seteru kita; namun negara kita
setakat ini terus berjaya menghindarkan masalah perkauman drpd
meletus menjadi satu ledakan yg boleh ~ negara.
hancur luluh hancur sama sekali, hancur lebur;
menghancurluluhkan menghancurkan atau membinasakan sama
sekali, menghancurleburkan.
hancur musnah hancur sama sekali, rosak binasa;
menghancurmusnahkan menghancurleburkan, merosakbinasakan:
kenapa kebahagiaan bapak dihancurmusnahkan oleh orang lain?
handai kawan, rakan, sahabat, teman: ~ taulan = sahabat ~ teman-teman,
kawan-kawan, rakan-rakan;
berhandai-handai berkawan-kawan, bergaul: Ali dan adiknya yg
perempuan sudah dibiarkannya ~, bersenda-senda, dan
bercengkerama; kalau sudah penat, barulah mereka duduk di
pelantar sambil ~ dgn riang.
handal 1. boleh diharap (dipercayai) setia; 2. kenamaan, bijak, gagah,
cekap, pandai: pemain bola yg ~; 3. amat baik (dlm sesuatu
kemahiran dll): Dozy ~ dlm bahasa Arab;
handalan yg handal: pahlawan ~;
kehandalan 1. keadaan handal, kesetiaan; 2. kecekapan,
kepandaian: cerita perjuangan Hang Tuah dan ~nya.
handam; ~ karam rugi sehingga habis modal.
handasah; ilmu ~ ilmu ukur tanah.
handing Kl, Tr; menghanding, menghandingkan membuang atau
melempar sesuatu yg berat (kerana marah dll).
handuh; menghanduh Kd memukul, menetak (dgn kuat), menghentam.
handuk IB tuala.
Hang I gelaran orang lelaki zaman dahulu: ~ Tuah; ~ Jebat.
hang II Kd, Pl, Pn bp awak, engkau (utk yg sama taraf): ~ ni nak
melawak saja.
hang III Kd tempat perlindungan pemburu binatang buas (yg dibuat di
atas pokok), ran.
hangar bangunan tempat menyimpan dan menyelenggarakan kapal
terbang.
hangat 1. panas api (bukan panas matahari): air ~; besi ~; 2. terlebih
timbangan drpd yg sebenarnya: timbangannya biar ~ jangan
kurang; 3. meriah, seronok: ia mendapat sambutan ~; 4. tidak
tenang atau tenteram, genting, tegang (suasana politik dll):
kedudukan politik negara kembali ~; perdebatan yg ~; 5. masih
baru lagi berlaku dsb (berita, peristiwa, dll), panas: berita yg ~;
buku yg masih ~; 6. berapi-api, penuh semangat: pidato yg ~;
~ dingin kegembiraan dan kesusahan; ~ hati a) sangat marah; b)
girang hati;
hangat-hangat 1. bp sementara masih hangat (panas): nasi itu elok
dimakan ~; 2. hangat (panas) spt yg dapat dirasai pd (oleh) sesuatu:
~ kuku tidak berapa hangat (panas), suam-suam kuku; ~ tahi ayam
prb tidak tetap kemahuan (tidak bersungguh-sungguh secara
berterusan);
berhangat membiarkan badan kena panas, berpanas: di halaman
gedung, orang yg tidak kebagian tempat dlm ruangan, ~ dlm panas
matahari;
menghangat menjadi hangat (tegang); rapat ~ perjumpaan menjadi
tegang; tidak ~ mendingin tidak menggembirakan atau
menyusahkan;
menghangati ark 1. memanaskan (nasi yg sudah dingin dll); 2.
menggembirakan: Buenos Aires yg sejuk sentiasa dihangati oleh
irama rumba dan tango;
menghangatkan 1. = memperhangat menjadikan hangat (panas),
memanaskan: ~ nasi dan lauk-lauk; berdiang utk ~ badan; 2.
menjadikan hangat (meriah, seronok), memeriahkan,
menyeronokkan: tepuk sorak dan nyanyian orang ramai ~ lagi
suasana pesta pd malam itu; 3. ki menjadikan hangat (tegang,
genting), menegangkan, menggentingkan: isu-isu yg sensitif telah ~
perdebatan pd hari itu;
memperhangat menjadikan lebih hangat;
kehangatan 1. perihal hangat (panas), kepanasan; 2. kena hangat
(panas); 3. terlalu hangat; 4. perihal hangat (meriah), kemeriahan; 5.
perihal hangat (tegang, genting), ketegangan, kegentingan: ~
perdebatan itu meresahkan orang ramai.
hanggau; menghanggau menjangkau.
hangit 1. (berbau) spt bau kain terbakar; 2. rosak atau terbakar dan berbau
(bkn makanan spt nasi, lauk, kuih, dsb yg dimasak atau dibakar
terlalu lama): dia asyik berbual sehingga ~ nasi di atas dapur; 3.
berbau busuk spt bau peluh, hapak (badan kerana tidak mandi atau
berpeluh): badannya ~ kerana sudah beberapa hari dia tidak
mandi; memberi ~ ki memberi malu;
~-pengit a) terlalu hangit; b) Pr, Kl hangus rentung;
menghangitkan menyebabkan hangit (masakan, kuih yg dibakar);
kehangitan 1. perihal hangit (masakan, kuih yg dibakar); 2. perihal
hangit (hapak), bau hangit, kehapakan.
hangpa Kd hang apa, awak, engkau, kamu (semua).
hangus I menjadi binasa kerana dimakan api, terbakar hingga menjadi
hitam: maka mahligai itu pun habis ~; ikan itu tidak dapat dimakan
lagi kerana ~ sewaktu dipanggang; ~(-hangus) hati a) panas hati,
marah; b) terlalu rindu (ingin); belanja (perbelanjaan, wang) ~
wang hantaran pengantin lelaki kpd pihak perempuan utk belanja
kahwin (lain drpd mas kahwin); ~ tiada berapi, karam tiada berair
prb menderita kesusahan yg amat sangat;
menghanguskan membakar sampai hangus: ~ hati (dada)
memanaskan hati, menjadikan sangat marah;
kehangusan 1. keadaan hangus; 2. terbakar hangus: ~ hati a) panas
hati, sangat marah; b) kerinduan.
hangus II sj ikan darat, arang ekor, Balantiocheilus melanopterus.
hangus III; kayu ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Dichapetalum
(Chaillettia) spp.
hansop Id sj pakaian budak-budak.
hantam hentam.
hantar I; ~ tangan (bkn surat dsb) tidak dihantar melalui pos tetapi
dihantar melalui orang (pembawa dsb);
berhantar diiringi, dikawani, ditemani; datang tak berjemput,
pulang tak ~ prb perihal orang yg tidak diendahkan;
menghantar 1. mengiringkan (membawa, mengawal, mengawani,
menemani) seseorang ke sesuatu tempat tertentu dan
meninggalkannya di situ: setiap hari ayah ~ kami ke sekolah dgn
keretanya; 2. membawa atau menyebabkan bergerak dr satu tempat
ke tempat lain, mengalirkan: pam jantung di sebelah kanan ~ darah
masuk ke dlm paru-paru melalui salur nadi; 3. menyampaikan
surat (kad jemputan, laporan, dsb) melalui alat perhubungan (spt
pos, telegraf, dsb), mengirim: dia ~ surat kpd ayahnya setiap
bulan; 4. membawa utk diberikan (disampaikan) kpd seseorang
dsb: dia datang ke rumah ~ surat itu; 5. membawa ke sesuatu
tempat (utk tujuan tertentu): ~ manusia ke bulan; ~ kereta ke
bengkel utk dibaiki; 6. menyertakan sesuatu (utk dipertandingkan
dsb): dlm pertandingan itu, Ramli ~ dua buah lukisannya; 7.
membiayai pelajaran dsb, memasukkan (ke sekolah dsb yg tertentu):
kerajaan telah ~ ramai pelajar bumiputera ke luar negeri; ~
anaknya ke sekolah aliran Melayu; 8. menyuruh (mengarahkan,
meminta, memaksa, dsb) pergi ke sesuatu tempat (utk
melaksanakan sesuatu tugas dsb): ~ bala tentera ke sempadan; ~
perwakilan ke sesuatu persidangan; 9. menendang (membaling,
memukul) bola ke sesuatu tempat atau kpd seseorang pemain lain
(dlm permainan bola sepak, hoki, badminton, dll): Hassan ~ bola ke
pintu gol;
~ cincin = ~ tanda membawa (memberi, mengirim) cincin utk tanda
pertunangan;
hantar-menghantar 1. saling menghantar, kirim-mengirim, berimemberi:
setiap Hari Raya kami saling ~ kuih dan hadiah; 2. ark
berturut-turut tetapi tidak teratur antaranya: ia masih hidup kerana
nafasnya ~;
menghantari membawa utk diberikan kpd, mengirimi: maka
dihantari baginda rakyat dan gajah kuda tidak terpermanai
banyaknya; suaminya tidak ~nya surat;
menghantarkan = menghantar;
hantaran 1. sesuatu yg dihantar (dikirim), kiriman: petani-petani
sambilan ini mungkin mendapat ~ drpd anak dan ahli keluarga yg
melakukan migrasi; 2. = ~ kahwin = wang ~ wang yg dihantar oleh
pihak lelaki kpd bakal mentua utk perbelanjaan perkahwinan,
belanja hangus; 3. (dlm majlis perkahwinan orang Melayu) hadiah
(berupa makanan, pakaian, dsb) yg dibawa bersama wang hantaran:
pihak pengantin lelaki membawa tujuh dulang ~; 4. (dlm
permainan bola sepak dll) tendangan (balingan dsb) bola ke sesuatu
tempat atau kpd pemain lain: ~nya tidak sampai kpd kawannya;
penghantaran perihal (perbuatan, kerja) menghantar (mengirim
dll);
penghantar 1. orang yg menghantar (mengirim) surat dsb; 2. orang
yg membawa sesuatu utk diberikan (disampaikan) ke sesuatu
tempat atau kpd seseorang, pembawa: ~ surat khabar; ~ pos (surat)
Id posmen; 3. orang yg membuka mesyuarat (pembicaraan dll); 4.
alat utk menghantar; 5. = pengantar pandangan umum yg ringkas
tentang isi buku, ceramah, dll; kata ~ kata pendahuluan, prakata; 6.
= pengantar sesuatu (bahasa) yg digunakan utk menyampaikan
maklumat, spt ilmu pengetahuan dll: bermula pd tahun 1982,
bahasa Melayu telah digunakan sbg bahasa ~ pendidikan di
peringkat sekolah menengah;
berpenghantarkan, berpengantarkan menggunakan sesuatu
(bahasa) sbg penghantar: kanak-kanak itu belajar di sekolah yg ~
bahasa ibundanya.
hantar II; berhantaran terletak (terjatuh) di sana sini, bertebaran:
banyak rakyat mati, darah pun banyak tumpah ke bumi, mayat
manusia ~ di medan;
menghantar, menghantarkan meletakkan (di tanah dll)
sembarangan sahaja, menggeletak: dihantarkannya tangan kanan
ke atas bahu kirinya;
terhantar 1. terlantar di tanah dll, tergeletak: badannya ~ di
Langkawi, ditanamkan orang di sana; 2. tidak terpelihara (tidak
terbela), terbiar, terlantar: rumah pemeliharaan orang yg ~.
hantau; menghantau Kd, Pl, Pn mengunjurkan kaki ke atas sesuatu.
hantu I 1. ciptaan khayalan manusia yg menakutkan atau menggerunkan;
bahasa ~ bahasa yg dipakai oleh pawang; jari ~ jari tengah; kena ~
= dirasuk ~ sakit kerana diganggu hantu; disapa ~ = tersapa ~ =
ditegur ~ demam kerana ditegur hantu; 2. ki pengintip rahsia: ~
mata-mata pengintip rahsia bagi polis; 3. ki orang yg sangat jahat
(buruk dll): ~ judi orang yg sangat suka berjudi; anak ~ anak yg
sangat jahat; rupanya spt ~ rupanya tersangat buruk; 4. yg tumbuh
liar, yg tumbuh dlm hutan: kacang ~; limau ~; pisang ~;
~ air hantu yg terdapat di air (di sungai dll); ~ angin hantu yg boleh
mengaramkan kapal; ~ aru-aru hantu hutan; ~ bungkus hantu yg
berupa mayat berbungkus; ~ bunian siluman (orang halus yg tinggal
di hutan); ~ gunung (laut, rimba, sungai) hantu yg menjaga
(menghuni) gunung (laut, rimba, sungai); ~ jembalang, ~ puaka, ~
tanah hantu-hantu penunggu; ~ raya hantu peliharaan utk menjadi
pengawal (suruhan) tuannya; ~ toyol hantu peliharaan utk disuruh
mencuri; takut di~ terpeluk ke bangkai prb mendapat kesusahan
kerana takut akan sesuatu yg tidak patut ditakutkan;
berhantu ada hantunya, kemasukan (kerasukan) hantu;
menghantu 1. menjadi hantu; 2. ki menimbulkan rasa takut
(gelisah, resah, dsb): malam tambah ~; dia bersiar-siar ke luar
kota utk melupakan kesibukan kota yg ~;
menghantui 1. ki mengganggui (fikiran), mengusik (jiwa):
peristiwa ngeri itu terus ~ fikirannya; 2. mempengaruhi (dgn cara
menakut-nakutkan): dgn sikapnya yg agresif dia ~ manusia ke arah
kekacauan dgn semboyan revolusi proletariat;
kehantuan sifat atau perbuatan yg dikaitkan spt hantu: ia
disejajarkan dgn sifat-sifat ~, kejelikan, dan kejahatan.
hantu II; burung ~ 1. sj burung malam, jampuk, ~ kuang kuit, Otus
scops; 2. sj burung, carik kafan, Strix seloputo; 3. sj burung, ~ ikan,
Ketupa zeylonensis; 4. sj burung, ketumbuk, ketampi, ~ kuning,
Ketupa ketupu.
hantuk; berhantuk berlanggar (bersentuhan) dgn: kepalanya ~ dgn
dinding;
berhantukan, berhantuk-hantuk saling berhantuk, berbenturan:
kedengaran bunyi bangku dan kerusi ~;
menghantukkan melanggarkan sesuatu pd sesuatu, membenturkan:
Ratna memegang kepala Kadir lalu dihantukkannya ke dinding;
terhantuk menghantuk sesuatu dgn tidak sengaja, terlanggar,
terbentur, tersandung (kaki): kakinya ~ pd batu; sudah ~ baru
tengadah prb sesudah terkena (mendapat kesusahan dsb) baru
beringat-ingat.
hanya 1. tidak lebih drpd, cuma, sahaja: kemanakan hamba ~ seorang
saja; dia ~ menjalankan tanggungjawabnya; dia ~ mengangguk;
dia ~ seorang perempuan; ~ satu satu sahaja; 2. sekiranya
(terdapat atau berlaku sesuatu keadaan dsb yg tertentu sahaja),
sekiranya (kalau) ... sahaja: ~ apabila darjah itu tidak banyak
mempunyai kanak-kanak baru boleh dijalankan pengajaran
berseorangan; kita akan memberikan bantuan ~ kalau dia benarbenar
memerlukannya; ~lah = ~ sanya hanya (digunakan utk
penegasan); 3. melainkan, kecuali: yg lain bersetuju, ~ dia yg tidak
bersetuju.
hanyar; berhanyar Tr berselerak, berserak.
hanyir 1. (ber)bau spt bau ikan basah, (telur itik dsb); 2. masih terlalu
muda (budak dll): budak ini masih ~ masih terlalu muda; elok buruk
dan busuk ~ kesenangan dan kesusahan;
menghanyirkan menyebabkan berbau hanyir: telur itik ~ kuih;
kehanyiran perihal hanyir (bau): dia tidak tahan ~ bau ikan itu.
hanyur; ~-penyur Tr terlalu hanyir.
hanyut 1. dibawa mengalir oleh air (ombak, banjir, dsb): kayu itu ~
dibawa air pasang; 2. pergi jauh-jauh (mengembara, membawa diri
atau membawa untung): lebih baik saya ~ ke negeri lain drpd hidup
memendam rasa; 3. = berhanyut gelincir, meleset, larat (kerana
licin dll): beberapa kali ia membuang sauh, ~ juga sauhnya itu:
maka dibedilnya belulang itu, ~ tiada terus; 4. ki terlalu asyik,
sedang khayal, terbawa mengelamun: mereka ~ dibuai lagu yg
berirama lembut; penulis-penulis muda yg dikatakan sedang ~ ke
satu alam yg penuh dgn kata-kata yg hebat; ~ harta bendanya
hilang lenyap, habis, lesap; ~ hatinya merasa rawan; orang ~ a)
orang yg hanyut di air (sungai, laut); b) orang yg mengembara ke
mana-mana (orang dagang, musafir);
~ dipintasi, lulus diselami, hilang dicari prb menolong orang dlm
masa kesusahan; malu berkayuh, perahu ~ prb kalau segan
berusaha tidak akan mendapat kemajuan; terapung tak ~ terendam
tak basah prb belum ada keputusan (ketentuan, ketetapan);
berhanyut-hanyut 1. = berhanyutan terapung-apung dibawa air
(banjir, ombak): berhari-hari kapal itu ~ dibawa ombak; mana yg
tidak tenggelam tinggallah berhanyutan; 2. pergi ke mana-mana:
biar aku ~ ke rantau orang; 3. berlarut-larut, berlanjut-lanjut:
perbualan mereka ~;
menghanyutkan 1. membawa (menyebabkan) hanyut (mengalir),
dibawa oleh aliran: dihanyutkannyalah rakit itu ke laut; 2. ki
membawa (diri) berangan-angan: dihanyutkan oleh khayalan; air
tenang ~ prb orang yg pendiam itu biasanya berilmu dan dapat
melakukan pekerjaan besar-besar;
hanyutan benda yg dihanyutkan;
kehanyutan perihal (keadaan dsb) terlalu asyik dgn sesuatu (selama
terbawa mengelamun dsb): watak-watak anak muda, diperlihatkan
~ dlm arus kota yg simpang-siur;
penghanyutan perihal atau perbuatan menghanyutkan.
hap (Muz) sj alat muzik yg besar dgn tali-tali yg ditegangkan pd bingkai
tiga segi, dan dimainkan secara menegak dgn memetik talinya dgn
jari.
hapak berbau tidak sedap kerana sudah lapuk atau usang (bkn sesuatu)
atau sudah lama tersimpan (bkn bahan makanan): bantal usang yg
~; biskut yg sudah ~.
hapas apas I.
hapermut IB sj emping yg dibuat drpd oat.
haplografi (Lin) pelenyapan satu huruf atau satu suku kata serupa yg
berturutan dlm tulisan sesuatu perkataan, mis dua huruf s dlm ejaan
Inggeris assimilation hanya tinggal satu apabila diserapkan kpd
ejaan asimilasi dlm bahasa Melayu.
haplologi (Lin) penyingkatan sesuatu kata dgn menghilangkan suatu bunyi
atau suku kata yg berulang dlm sebutannya.
haprak bk kata makian yg bermaksud tidak bergunanya (seseorang).
hapsikod (Muz) sj alat muzik yg menyerupai piano kecil tetapi berbeza dr
segi bunyinya.
hapus 1. hilang, lenyap, lesap (tidak terdapat atau kelihatan lagi): parut di
badannya itu tidak akan ~ sepanjang hayatnya; selama belum ~
Peringgi dr alam Melayu belum puas aku lagi; 2. (telah) dimaafkan
(dosa, kesalahan, dll): dosa akan ~ apabila kita bertaubat dan
taubat itu diterima Allah; ~ laut prb melupakan sesuatu perkara yg
tidak baik (dibenci dll);
menghapus menyapu (utk menghilangkan kotoran): ia ~ air
matanya; ~ arang di muka menghilangkan malu; ~ dosa a)
membersihkan diri (drpd dosa); b) mengampuni dosa;
menghapuskan 1. menghilangkan dgn menyapu: ~ conteng pd
dinding; 2. menghilangkan, meluputkan, meniadakan, membanteras,
membasmi: ada beberapa jalan utk ~ penyakit; berjuang utk ~
penjajahan; ~ musuh; 3. menganggap telah hapus, menganggap
telah tidak ada lagi, mengampuni (dosa dll): segala hutangnya
dihapuskan apabila ia bersetuju menyerahkan segala
kekuasaannya; semua barang yg lama lebih baik dihapuskan drpd
perjanjian kita; mudah-mudahan Yang Dipertuan akan ~ dosaku;
terhapus menjadi hapus, telah dihapuskan: sebilangan besar anak
bumiputera ~ akibat perbuatan kejam kaum penjajah;
penghapusan perihal (perbuatan, tindakan, dsb) menghapuskan:
kaum wanita menuntut ~ poligami; ~ penderitaan atau
kekurangan;
penghapus 1. alat utk menghapuskan sesuatu; 2. orang yg
menghapuskan.
hapus kira (Eko) 1. penghapusan sesuatu hutang yg dianggap tidak boleh
dikutip lagi, dan dgn itu dianggap sbg perbelanjaan atau kerugian; 2.
pemindahan baki akaun aset ke akaun belanja atau akaun untung
rugi yg menyebabkan baki akaun aset berkurangan atau terhapus;
menghapus kira membatalkan sesuatu, mis hutang lapuk, drpd
akaun yg sedia ada secara hapus kira: syarikat memutuskan utk ~
beribu-ribu ringgit hutang lapuk.
hara I haru, huru-hara.
hara II sj ikan darat, ara, Osteochilus melanopleura.
harab Ar perang; darul~ negeri yg rakyatnya belum memeluk agama
Islam, lwn darussalam.
haraf Ar 1. sl huruf; 2. partikel.
harak; terharak-harak sl terkelepai, berjabir-jabir, longgar: maka baju
Laksamana pun ~ terkembang berterbangan.
harakah Ar pergerakan (yg memperjuangkan sesuatu), perjuangan.
harakat Ar 1. panjang pendek suara sewaktu membunyikan sesuatu huruf
Arab dlm bacaan Quran (yg biasanya ditandai dgn tanda-tanda
tertentu bagi menentukan hukum-hukum tajwidnya); 2. baris atau
tanda bunyi (fatahah, kasrah, dammah).
harakiri (Jepun) perbuatan seseorang membunuh diri dgn menikam atau
memburaikan perutnya apabila mendapat malu atau dihukum mati.
haram 1. hukum tegahan (dlm Islam) yg dijanjikan ganjaran pahala bagi
orang yg mematuhinya dan dosa bagi orang yg mengingkarinya:
babi ~ dimakan oleh orang Islam; tidak peduli halal ~ tidak
mengendahkan hukum; 2. ditegah (terlarang) oleh undang-undang,
tidak sah (di sisi undang-undang): dia ditangkap kerana masuk
secara ~ ke negeri ini; kumpulan ~; rumah ~ rumah yg didirikan di
atas tanah kerajaan atau milik orang lain tanpa kebenaran, rumah
kilat; tanah ~ tanah yg diduduki atau dikerjakan tidak dgn izin
kerajaan (tuannya); 3. suci, tidak boleh dikerjakan hal-hal yg tidak
menentu: Tanah ~ Mekah dan Madinah; Masjidil~ masjid Mekah;
4. bp sungguh-sungguh, benar-benar, betul-betul: ~, aku tidak tahumenahu
langsung mengenai perkara itu; 5. bp sedikit pun,
langsung (tidak), sama sekali (tidak): ia lari terus, ~ tidak menoleh
ke belakang; sehingga hampir waktu senja, jejak babi tunggal
tidak juga ditemui, malah berbau pun ~; 6. bp tidak ada, tiada (satu
antara yg banyak): ~ seorang pun di antara pengunjung kamar itu
tahu bahawa mereka sedang dikepung;
~ jadah (zadah) a) (kata makian) anak yg tidak sah (lahir di luar
nikah); b) (kata makian secara am) celaka: lori ~ jadah itu bukan
kenal jenis makhluk;
mengharamkan memandang (menganggap, menyatakan) haram
(tidak halal), melarang, menegah: agama Islam ~ penganutpenganutnya
minum arak, berjudi dan melakukan beberapa
perbuatan lain; 2. tidak membenarkan (mengizinkan, meluluskan,
dsb), menetapkan (mengisytiharkan) sbg melanggar undang-undang,
menegah: kerajaan telah ~ penerbitan buku itu; 3. berteguh hati
(berazam) utk tidak melakukan sesuatu: dia ~ dirinya drpd
memasuki tempat yg terkutuk itu lagi;
pengharaman tindakan atau ketetapan mengharamkan (melarang,
menegah, menolak), pelarangan, penegahan: ~ minuman keras
adalah atas sebab-sebab moral dan kesihatan; beberapa buah
negara mencadangkan ~ senjata-senjata atom.
harap 1. sl hasrat (kehendak) utk mendapat sesuatu, hasrat supaya terjadi
sesuatu: maka sekarang ~ beta sekalian orang besar masingmasing
menjaga pekerjaannya; 2. = haraplah hendaklah, mintalah,
pohonlah: ~ maklum; ~ hati hasrat hati (keinginan hati); ~ cemas
bimbang (ragu-ragu, khuatir); putus (hilang) ~ berasa kecewa sama
sekali, putus asa;
harapkan harap akan;
~ anak buta mata sebelah, ~ teman buta kedua-duanya prb setiap
pekerjaan harus diawasi sendiri (jangan diharapkan pd orang lain);
~ guruh di langit air di tempayan ditumpahkan prb melakukan
pekerjaan yg tergesa-gesa maka rugi akibatnya (kehilangan barang
yg sudah dimiliki);
harap-harapan sentiasa berharap (menanti-nantikan), sentiasa
rindu (akan);
berharap berhasrat (dan sedia menunggu) utk mendapat sesuatu
atau agar terjadi (terbit dsb) sesuatu, meminta (dgn sedikit sebanyak
jangkaan) supaya terjadi sesuatu: janganlah pula kamu ~ yg doktor
itu dapat mengubat penyakit kamu dgn serta-merta;
berharapkan berharap akan: mereka ~ perlindungan, kasih
sayang, dan pimpinan;
mengharap, mengharapkan 1. berharap akan, menginginkan,
menjangka akan mendapat (memperoleh): kami sudah tidak dapat
membeli beras dan sayur-sayuran lagi, ikan jangan diharap;
rakyat ~ pimpinan drpd mereka yg dianggap pandai; 2. percaya
akan, menggantungkan nasib dll kpd, mempercayai: maka
dukacitalah ia sebab kehilangan orang yg diharapkannya;
memang orang itu tidak boleh diharap;
terharap-harap sentiasa mengharap(kan); ~ saja menjangkajangka
tetapi tidak memperoleh, tidak berjaya (kecewa);
harapan 1. sesuatu atau seseorang yg diharap(kan): memang tidak
ada ~ yg cita-citanya akan berjaya; 2. perihal mengharapkan: ~nya
utk mendapat bantuan telah hilang; 3. = orang ~ orang yg
diharapkan (dipercayai), orang kepercayaan: hanya orang tua itu
~nya; pemuda ~ bangsa pemuda yg diharap akan memimpin dan
memajukan bangsa;
membilang ~ terus berharap, tidak putus-putus harapan; penuh ~
besar harapan; Pulau H~ Id Pulau Sumatera; putus ~ putus harap; ~
hati harap hati;
berharapan mempunyai harapan (yg besar);
pengharapan hal atau perbuatan mengharapkan.
hararat Ar kepanasan.
haras Ar kawalan.
harau I karau.
harau II; mengharau mengarau, mengacau.
harawan ark; tunggang ~ tegak tulang dada (bkn kuda sbg tanda kuat).
harbab rebab.
harem (harém) 1. tempat tinggal gundik-gundik raja (orang kaya) Arab; 2.
perempuan simpanan penghuni harem: Fatima tinggal di istana
keluarga Tonsson spt hidup di sebuah ~.
harfiah Ar 1. perkataan demi perkataan (bkn terjemahan dsb): teks itu
diterjemahkan secara ~; 2. makna tersurat atau selapis yg dapat
difahami secara mudah dan jelas (drpd sesuatu tulisan), literal;
keharfiahan perihal harfiah.
harga 1. nilai sesuatu barang dgn (kiraan) wang: kalau adapun barang itu
~nya mahal; letak ~ bp a) menetapkan harga; b) menetapkan harga
(nilai) yg tinggi (apabila mengetahui bahawa sesuatu atau seseorang
itu sangat-sangat dikehendaki); tarik ~ bp a) meletakkan harga yg
tinggi; b) (bkn pihak yg menyedari bahawa dirinya dikehendaki
ramai) mengambil kesempatan memilih atau mengenakan syaratsyarat
tertentu kpd pihak yg menghendakinya; 2. ki kehormatan
(diri), maruah: kami tahu ~ diri kami; 3. ki faedah, erti, guna,
manfaat, kepentingan: nasihat yg baik sudah tidak ada ~nya lagi;
~ benderol Id a) meterai yg berbentuk pita yg menyatakan harga
(rokok dll); b) = ~ pemerintah = ~ E. Z. Id harga yg ditetapkan oleh
kerajaan; ~ beli (pembelian) harga pd ketika membeli; ~ borong
harga sesuatu barang yg dibeli atau dijual secara borong, biasanya
lebih murah drpd harga runcit; ~ bumbung (Eko) harga maksimum
sesuatu barang yg ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak berkuasa,
harga siling; ~ damai harga yg masih boleh ditawar (lwn harga tetap
atau harga mati); ~ diri maruah, kehormatan diri; ~ gelap harga yg
tidak menurut ketetapan kerajaan; ~ gila Id bp harga yg terlalu
murah atau terlalu mahal; ~ jualan (Eko) harga barang di kedai,
harga yg ditetapkan oleh penjual; ~ kos (Eko) harga barang yg
dijual oleh pengeluar kpd penjual; ~ lantai (Eko) harga paling
rendah yg ditentukan (dibenarkan); ~ mati = ~ pasti = ~ tetap harga
yg muktamad; ~ melawan bp Id harga yg lebih murah drpd harga
penjual lain; ~ modal harga pokok; ~ namaan harga yg tertera pd
saham (bukan nilai pasarannya atau nilainya yg sebenar); ~ pasar
harga barang di kedai, harga jualan; ~ pasaran (Eko) a) harga
terbaru yg dipersetujui oleh pembeli dan penjual barang atau
perkhidmatan, sebagaimana yg ditentukan melalui permintaan dan
penawaran; b) harga selepas diskaun yg terdapat pd tarikh tutup
perakaunan; c) harga yg terakhir pd masa jual beli saham, yg
disenaraikan dlm bursa saham; ~ penutup (Eko) harga terakhir
sesuatu saham dsb yg diniagakan sejurus sebelum waktu dagangan
harian ditutup; ~ pokok harga yg dibayar oleh penjual pd masa
membeli (drpd pengeluar dsb); ~ runcit harga sesuatu barang yg
dibeli atau dijual secara runcit; ~ runtuh harga murah yg ditawarkan
oleh pusat membeli belah utk melariskan barang jualan dlm musim
tertentu (biasanya musim perayaan);~ senarai (Eko) harga barang
sebelum ditolak potongan (dalal dsb); ~ siling (Eko) harga
maksimum sesuatu barang yg ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak
berkuasa, harga bumbung; ~ tunai harga jika dibayar tunai; ada
rupa ada ~ prb harga sesuatu barang itu mengikut keadaannya atau
mutunya;
seharga 1. sama harganya (dgn); 2. harganya, dgn harga: membeli
barang ~ lima ringgit;
berharga 1. mempunyai harga, harganya: kereta barunya ~ RM28
000; 2. berfaedah, bermanfaat, tinggi nilainya, penting: pokok jati
menghasilkan kayu yg sangat ~; tidak ~ tidak berguna (tidak
penting);
menghargai 1. memberi (menetapkan) harga, menaksir harga,
menilaikan: barang jualannya dihargainya terlalu tinggi; aku tidak
mahu menjual kereta itu kerana orang ~nya terlalu rendah; 2.
memberikan penghormatan (pujian, sanjungan, dsb), menganggap
penting (berfaedah): penerbit belum tahu ~ karya pengarang;
khidmat dan sumbangannya tidak dihargai orang; 3. menghormati,
memuliakan, mengendahkan: dia tidak ~ orang tuanya;
menghargakan 1. menawarkan barang yg hendak dijual (dgn
menyatakan harganya): membeli barang tidak ditawarnya lagi,
seberapa dihargakan orang dibelinya; 2. menghargai;
terharga, terhargakan, terhargai; tidak ~ tidak ternilai;
penghargaan perihal atau perbuatan menghargai, penghormatan,
penyanjungan; hadiah ~ hadiah penghormatan (terhadap sesuatu
sumbangan dll).
hari 1. masa dr matahari terbit hingga matahari terbit sekali lagi (masa
sekali bumi berpusing pd paksinya, 24 jam): ada tujuh ~ dlm
seminggu; ~ Ahad (Minggu), ~ Isnin, ~ Selasa, ~ Rabu, ~ Khamis,
~ Jumaat, dan ~ Sabtu; 2. = siang ~ masa dr matahari terbit hingga
matahari terbenam: dua ~ dua malam; hari ini kami bekerja
setengah ~; tengah ~ waktu ketika matahari sangat tinggi; 3.
bahagian dr masa antara matahari terbit hingga matahari terbit sekali
lagi: malam ~ bahagian sebelah malam; pagi ~ bahagian sebelah
pagi; petang ~ bahagian sebelah petang; 4. keadaan (alam, cuaca,
udara, dll): kerana ~ hujan, dia tidak keluar rumah; apabila aku
balik dr hutan, ~ pun sudah malam; 5. masa kerja dlm satu hari:
dia mendapat gaji tiga ringgit satu ~; gaji ~ gaji berdasarkan
bilangan hari seseorang itu sebenarnya bekerja; 6. masa yg lalu atau
yg akan datang: dia telah membeli sebuah rumah utk ~ tuanya;
belakang (kemudian) ~ masa yg akan datang; tempoh ~ dahulu;
~ acara Id ark hari diadakan pemeriksaan perkara; ~ akhirat = ~
kemudian masa sesudah berakhirnya kehidupan di dunia yg ada
sekarang ini; ~ Asyura hari yg kesepuluh bulan Muharam; ~ baik
bulan baik Hari Raya (Krismas bagi orang Kristian, Hari Raya
Puasa dan Hari Raya Haji bagi orang Islam, perayaan Tahun Baru
bagi orang Cina, Deepavali bagi orang India, dsb); ~ bapa hari (pd
Ahad ketiga dlm bulan Jun) utk mengenang atau memperingati jasa
bapa; ~ batal ark = ~ jatuh Id waktu yg ditentukan sbg had yg
terakhir bagi membuat sesuatu tuntutan dll; ~ besar hari yg
dirayakan kerana memperingati sesuatu peristiwa penting; ~ bulan
tanggal, tarikh; ~ Buruh hari cuti am sbg penghormatan kpd kaum
buruh; ~ depan (nanti) masa yg akan datang; ~ gaji hari para
pekerja dibayar gaji atau upah, mis pd akhir setiap bulan dsb; ~
guru hari (pd 16 Mei) yg disambut utk mengenang atau
memperingati jasa guru; ~ ibu hari (pd Ahad kedua dlm bulan Mei)
utk mengenang atau memperingati jasa ibu; ~ ibu bapa hari
perayaan sekolah (ibu bapa dijemput); ~ jadi = ~ lahir hari
memperingati lahirnya seseorang; ~ Jumaat Besar Id hari kematian
Jesus; ~ kebangkitan hari apabila manusia dibangkitkan (drpd mati)
utk dihisab segala amalannya dan diberi pembalasan; ~ Kebangsaan
hari (yg tertentu tarikhnya) yg dirayakan oleh seluruh rakyat
sesebuah negara sbg memperingati kemerdekaan dsb; ~ kelepasan
= ~ libur hari cuti, hari rehat; H~ (Memperingati) Kekasih hari (pd
14 Februari) yg diraikan oleh pasangan kekasih, suami isteri dsb, yg
juga dikenali sbg Valentine’s Day; ~ Kemerdekaan = ~ Merdeka
hari menyambut atau memperingati kemerdekaan negara; ~
keputeraan hari lahir (nabi, raja); ~ kerja hari orang biasanya
bekerja (bukan hari cuti atau hari minggu); ~ lebaran Id Hari Raya;
~ mahsyar = ~ hisab hari diperhitungkan segala dosa dan pahala
manusia di akhirat; ~ matahari hari yg panjangnya ditentukan oleh
matahari; ~ muka hari depan; ~ Natal hari jadi Jesus; ~ Pahlawan
hari memperingati pahlawan yg terkorban; ~ pembalasan hari
apabila manusia menerima balasan atas segala amalan baik dan
buruk di dunia; ~ penamaan (calon) (Udg) hari yg ditetapkan utk
menamakan calon pilihan raya; ~ perniagaan hari berlakunya
urusan atau kegiatan perniagaan; ~ Raya a) = ~ Raya Puasa
(Aidilfitri) hari yg dirayakan sesudah puasa (pd 1 Syawal); b) = ~
Raya Haji (Korban) = ~ Raya Aidiladha hari besar Islam yg
dirayakan pd 10 Zulhijah (selepas berhenti di Arafah); ~ sekolah
hari waktu bersekolah; ~ syak hari yg mungkin 30 Syaaban dan
mungkin juga 1 Ramadan (belum pasti mula wajib berpuasa bagi
orang Islam); ~ tasyrik hari yg disunatkan menyembelih korban (11,
12 dan 13 Zulhijah); ~ tua masa seseorang sudah tua; ~ ulang tahun
hari yg bertepatan dgn hari bulan dan bulan seseorang dilahirkan,
atau sesuatu (perkahwinan, penubuhan organisasi dsb) berlaku: ~
ulang tahunnya adalah pd 1 Januari; pasangan itu menyambut ~
ulang tahun perkahwinannya yg ke-50; ~ wuquf hari jemaah haji
berhimpun di padang Arafah (9 Zulhijah);
~ baik (pagi) dibuang-buang, ~ buruk (petang) dikejar-kejar prb
membiarkan peluang yg baik berlalu, kemudian apabila sudah
terlambat baru terkejar-kejar; ada ~ ada nasi prb selalu akan
beroleh rezeki sekiranya masih hidup; ia sepanjang ~ janji
sepanjang jalan prb mudah mengucapkan janji tetapi sukar
menepatinya;
sehari satu hari; ~ dua satu atau dua hari, beberapa hari; ~ suntuk
sepanjang hari; ~ tumbas Kl sehari suntuk; raja ~ pengantin (pd
hari perkahwinan);
seharian sepanjang hari (dr pagi hingga petang), sehari suntuk,
sehari-harian: doh itu dipotong dan dijemur ~ hingga benar-benar
kering sebelum dibungkus; kadang-kadang doktor sendiri tidak
makan ~;
sehari-hari tiap-tiap hari, saban hari: barang keperluan ~;
sehari-harian seharian: dia merasa tersangat letih selepas bekerja
~;
berhari; ~ minggu bersenang-senang pd hari minggu; ~ raya
merayakan Hari Raya dll;
berhari-hari beberapa hari: kadang-kadang dia pergi ~ lamanya;
berhari-harian beberapa hari penuh: buruh yg mogok berpiket ~;
harian 1. setiap hari; buku (catatan) ~ buku utk dituliskan catatan
hari-hari; buruh (pekerja) ~ buruh yg dibayar mengikut berapa hari
dia sebenarnya bekerja; catatan ~ catatan tentang apa yg berlaku
setiap hari; Maktab (Pusat) Latihan ~ maktab (pusat) latihan guruguru
sekolah rendah; pengurus ~ Id pengurus yg mengerjakan
urusan hari-hari; perintah ~ pemberitahuan panglima kpd pasukanpasukannya;
suhu ~ hitung panjang suhu tiap-tiap hari; 2.
(diterbitkan) setiap hari (bkn akhbar): ~ Utusan Melayu;
perharian hal mengira bilangan hari.
harib (Muz) sj serunai yg berasal dr Tibet.
haribaan pangkuan, ribaan: si Hitam melihat Berontak datang
menyembah ke ~ orang tua itu.
harimau sj binatang mamalia yg buas (rupanya spt kucing); jenisjenisnya:
~ akar = ~ dahan, Neofelis nebulosa; ~ belang, Panthera
tigris; ~ bintang = ~ kumbang, Panthera pardus, dll;
~ akuan harimau jadi-jadian, cenaku, kembering; ~ tanpa gigi orang
telah tiada kuasanya lagi: saya akan buktikan yg MPPJ bukan ~
tanpa gigi; bagai ~ kelaparan ki sangat ganas;
~ ditakuti sebab giginya prb orang yg berpangkat itu ditakuti kerana
ada kuasanya; ~ mati meninggalkan belang, gajah mati
meninggalkan gading prb orang yg berjasa itu akan selalu disebutsebut
orang walau berapa lama pun ia telah mati; ~ mati kerana
belangnya prb perihal mendapat kecelakaan kerana
mempertahankan kemegahannya; ~ mengaum tak akan menangkap
= ~ bertempik tak akan makan orang prb orang yg marah dan
berteriak-teriak biasanya tidak sampai memukul; anak ~ diajar
makan daging prb orang yg zalim digalakkan membunuh; anak ~
tak akan menjadi anak kambing prb orang yg berani tak akan jadi
penakut; bagai ~ beranak muda prb perihal orang yg sangat bengis
(garang dll); spt ~ menyembunyikan (menyorokkan) kuku prb orang
berpengetahuan yg menyembunyikan pengetahuannya; sudah masuk
ke dlm mulut ~ prb sudah pasti binasa;
mengharimaui memarahi (memberangi) dgn menengking-nengking
dll, memperlakukan dgn kejam.
haring I sj jebak atau jerat.
haring II (ber)bau spt bau air kencing, hancing.
haris Ar sl penjaga, pengawal (pintu dll).
harisah; bubur ~ sj bubur drpd biji gandum yg dicampur dgn daging dll
(biasanya dibuat pd 10 Muharam).
harkat 1. harga, mutu, nilai, taraf, darjat (kemuliaan dll); 2. gerak(an),
kekuatan, tenaga.
harmatan (Geog) sj angin yg kering dan berdebu dr gurun Sahara yg
bertiup ke arah pantai Afrika Barat, biasanya antara Disember
hingga Mac.
harmoni 1. selaras dr segi muzik: pasukan koir itu bernyanyi dlm nada
suara yg ~; 2. menunjukkan persesuaian atau persetujuan: keduadua
suami isteri itu hidup dlm keadaan yg ~; 3. not-not muzik dlm
sesuatu kod; 4. persesuaian tindakan, pendapat, perasaan, dll;
mengharmonikan 1. menjadikan harmoni (selaras, sesuai,
sepadan), menyelaraskan, menyesuaikan, menyepadankan (nada,
suara, dsb): mereka berusaha bersungguh-sungguh utk ~ suara
mereka; 2. menjadikan harmoni, memesrakan: mereka sama-sama
cuba ~ perhubungan mereka;
keharmonian 1. keadaan harmoni (selaras, sesuai, sepadan),
keselarasan, kesesuaian: sebaliknya, sains dan teknologi yg telah
berkembang itu telah menyebabkan tiada ~ antara manusia
dengan alam sekitar; 2. keadaan harmoni (mesra), kemesraan: ~
perhubungan antara kedua-dua buah negara; menikmati ~ hidup
di desa; ~ rumah tangga;
pengharmonian proses (usaha, perbuatan dsb) mengharmonikan:
Labuan diharapkan akan menjadi mangkin kpd ~ dan integrasi
pasaran modal di rantau ini.
harmonika sj alat muzik (bunyi-bunyian) yg dimainkan dgn meniupnya,
bangsi, genggong.
harmonis IB selaras, seimbang, sepadan, sesuai atau bersesuaian (antara
satu sama lain).
harmonium sj alat muzik, orgel.
harta barang-barang berharga (spt rumah, tanah, barang-barang kemas,
dsb) yg dipunyai oleh seseorang (syarikat, pertubuhan, dll);
~ bawaan (pembawa, pembawaan) harta yg dibawa pd ketika berkahwin;
~ benda barang-barang kepunyaan, berbagai-bagai barang yg
berharga (sbg kekayaan); ~ bersama = ~ carian (laki bini) = ~
suarang harta yg diperoleh suami isteri bersama; ~ (pen)dapatan
harta yg dibawa oleh pihak perempuan; ~ dunia barang-barang yg
tidak kekal, barang-barang duniawi; ~ hibah harta yg diberi dgn
keredaan pemiliknya (sebelum dia meninggal dunia); ~ jangka
panjang (Eko) benda (spt tanah, bangunan, jentera, dll) utk
keperluan perusahaan dlm jangka waktu panjang, aset jangka
panjang; ~ jangka pendek (Eko) wang atau benda yg mudah
dijadikan wang, aset jangka pendek; ~ karun harta benda yg tidak
diketahui empunyanya (pemiliknya) atau yg didapati dgn tidak sah;
~ milik barang-barang kepunyaan seseorang; ~ mudah cair (Eko)
benda yg mudah dijadikan wang (dijual); ~ pencarian harta benda
yg didapati drpd usaha sendiri (bukan yg dipusakai); ~ pusaka harta
warisan (harta peninggalan si mati); ~ rampasan barang-barang yg
dirampas dlm masa perang; ~ sepencarian harta yg diperoleh drpd
usaha suami isteri; ~ tanah (Eko) tanah dan apa-apa sahaja yg
terdapat di atasnya (spt bangunan, tanaman, balak, atau galian); ~
sungguh harta yg berupa mata benda; ~ tak sungguh (Eko) hak yg
tidak berupa benda (spt hak cipta dll); ~ tidak kurang keadaan harta
melebihi hutang; ~ pulang ke tuan prb sudah sangat cocok utk
seseorang;
berharta mempunyai harta, kaya, berada.
hartal I sj bedak basah yg berwarna kuning dan harum baunya, boreh.
hartal II pemogokan umum (penutupan kedai dll) sbg bantahan terhadap
sesuatu.
hartanah harta tanah.
hartawan 1. berharta, kaya: orang yg bangsawan lagi ~; 2. orang yg
mempunyai harta, orang kaya: dia seorang ~ yg terkenal; kaum ~;
kehartawanan hal (sifat dsb) yg berkaitan dgn hartawan.
haru kacau: dia telah faham akan telatah isterinya, kalau dilawan ~
jadinya;
mengharu 1. mengacau, mengaduk (santan, tepung, dll); 2.
mengganggu, menggoda, merasuk dll (bkn perbuatan manusia dll yg
jahat): parti-parti pembangkang yg ~ mereka di parlimen;
bahawasanya syaitanlah yg ~ raja; 3. menjadikan tidak tenteram,
mengacaukan, meresahkan, menggelisahkan: hatinya telah diharu
oleh perasaan malu;
mengharukan 1. menimbulkan huru-hara, mengacaukan,
merusuhkan: penempatan semula dikerjakan utk menyelamatkan
orang kampung drpd diharukan pengganas komunis; 2.
merusuhkan, menggelisahkan, merunsingkan: pasti ada sesuatu dlm
kepalanya yg ~ fikirannya; 3. merawankan hati, memilukan,
menyayukan: bunyi yg indah dapat ~ perasaan pendengar;
suasana di majlis yg sungguh-sungguh ~, sedih dan sayu;
terharu berasa hiba (kasihan, rawan hati, dsb): ia memandang
ayahnya yg sedang terbaring itu dgn hati yg amat ~;
keterharuan keadaan terharu, kepiluan, kesedihan, dll;
keharuan 1. kerusuhan, kekacauan: tulisannya itu menggambarkan
segala ~ dan kegelisahan fikirannya; 2. keterharuan: ~ hati;
pengharuan perihal mengharukan;
pengharu pengacau, pengganggu, perusuh.
haruan sj ikan darat, ruan, Channa striatus; ~ tasik sj haruan,
Rachycentron canadus;
~ makan anak prb bapa atau ketua yg memperkosa anak (anak
buahnya) sendiri; bagai ~ dlm tuar prb perihal seseorang yg tidak
tetap halnya (kerana berada dlm kesusahan dll).
harubi; keris ~ sj keris yg berhulukan emas (khas utk raja-raja), keris
merubi, keris bawang sebongkol; keris.
haru-biru haru-hara, huru-hara, kacau-bilau, porak-peranda, kekalutan,
kerusuhan: kota yg dahulunya sangat tenang telah menjadi ~;
mengharu-birukan 1. menimbulkan kerusuhan (kekacauan dll),
mengelam-kabutkan, mengacau-bilaukan: rusuhan itu telah ~
suasana di bandar itu; 2. menyebabkan sangat gelisah (runsing
dsb): yg sangat ~ fikirannya ialah perceraian dgn anaknya;
masalah itu ~ fikirannya;
keharu-biruan keadaan haru-biru: ~ yg berlaku dlm mimpinya itu
pasti akan menambah tekanan jiwanya.
haru-haru; hantu ~ Mn sj hantu yg suka menculik orang dan
menyembunyikannya.
harum I 1. sedap (enak) baunya, wangi: bunga melati yg ~ baunya; 2. ki
(bkn maruah, nama, kehormatan) baik, masyhur, terkenal: nama
Malaysia semakin ~ dlm hubungan antarabangsa; ~
menghilangkan bau prb keburukan tidak kelihatan kerana tertutup
oleh perbuatan atau nama baik;
mengharum berbau (menjadi) harum, mewangi: bunga-bunga
kembang ~ di taman;
mengharumkan 1. menyebabkan berbau harum, mewangikan:
minyak wangi dipakai utk ~ badan; 2. menyebabkan mendapat
nama baik (masyhur dsb): dgn kemenangan-kemenangannya itu
Jega telah ~ nama Malaysia dlm bidang sukan antarabangsa;
mengharumi memberi bau harum (keharuman) pd: bunga-bungaan
yg wangi ~ bilik itu;
haruman, harum-haruman bau-bauan yg wangi: ia tidak suka dgn
kuih-kuih yg berbau minyak sapi, mentega, dan ~;
keharuman 1. perihal harum, kewangian: taburkan bunga melur di
tempat tidur supaya suami menikmati ~ baunya; 2. kemasyhuran,
kebaikan nama;
pengharum bahan (unsur, faktor dsb) yg mengharumkan: daun
limau purut juga digunakan sbg ~ masakan.
harum II; pokok ~ sj tumbuhan (pokok), Agave spp.
harung I; mengharung, mengharungi 1. berjalan menyeberangi air
(semak, sungai, dll), meranduk: takut ~ air yg deras; budak itu
sedang ~ sungai; ~ belukar berjalan melalui belukar; 2. menempuh,
melayari (lautan dll): sedang kami ~ lautan India, angin turun dgn
hebatnya; kegagahan wau ~ angkasa; 3. ki menghadapi
(mengalami) kesusahan (kesukaran dsb): kejayaan dicapai setelah
~ berbagai-bagai kesulitan;
harung-harung, harung-harungan 1. tempat orang mengharung
(bahagian sungai dll yg tidak dalam); 2. laut yg boleh dilayari;
pengharungan perihal (perbuatan dsb) mengharung(i).
harung II; mengharung mengganggu, mengharu.
harung III; tali ~ tali utk menambat kuda.
harus 1. tidak boleh tidak, tidak dapat tidak, mesti, patut, wajib: kita
mempunyai kepentingan sendiri yg ~ dijaga; engkau ~ berlaku adil
dan saksama; 2. boleh jadi, mungkin: padinya ~ tidak menjadi
disebabkan kekurangan air; 3. tidak mustahil (berlaku, terjadi,
dsb), mungkin: ~ seorang musuh itu bertukar menjadi seorang
kawan; 4. boleh dilakukan dan boleh pula ditinggalkan, jaiz, mubah:
mandi tiga kali sehari adalah ~ hukumnya di sisi agama Islam;
seharusnya sepatutnya, semestinya: sudah ~lah kita memelihara
diri drpd kekejian;
mengharuskan 1. memandang mustahak, (perlu, patut),
memestikan, mewajibkan: penuntut-penuntut sekolah diharuskan
memakai pakaian seragam; 2. membolehkan, membenarkan,
mengizinkan: pd bait ketiga ulangan suara itu kurang sesuai, tah
diharuskan bersajak dgn ta; agama Islam ~ perceraian;
keharusan 1. sesuatu yg harus (patut dll) dilakukan atau sesuatu yg
mesti terjadi, kemestian, kewajiban: membela maruah orang
tuanya memang suatu ~; 2. sesuatu yg boleh berlaku atau mungkin
berlaku (terjadi), kemungkinan.
has; daging ~ IB bp daging pinggang, daging lambung (lembu, kerbau,
dll).
hasab Ar bilangan, hitungan; hisab.
hasad Ar = ~ dengki; 1. dengki, cemburu (disertai niat jahat); 2.
kedengkian, kecemburuan (yg disertai niat jahat);
berhasad = ~ dengki menaruh perasaan dengki (cemburu dgn niat
jahat): umat Islam dilarang ~ dengki sesama sendiri.
hasan Ar baik, cantik, elok (lelaki).
hasanah Ar 1. baik, cantik, elok (perempuan); 2. kebahagiaan, kebaikan.
hasar Id bp permainan judi.
hasid Ar orang yg berhasad dengki (cemburu); hasad.
hasienda (hasiénda) (Sepanyol) ladang tanaman atau ladang ternak yg
mempunyai rumah kediaman (di negara yg berbahasa Sepanyol).
hasil 1. segala sesuatu yg didapati atau diperoleh (drpd tanah, usaha dan
kegiatan, dll), pendapatan, perolehan: kemajuan yg kita dapat
sekarang ini adalah ~ drpd usaha kita yg bersungguh-sungguh; ~
padi kita kini sudah mencukupi; semua ~ jualan tiket akan
didermakan kpd tabung bencana banjir; 2. akibat, kesudahan (drpd
perlawanan, peperiksaan, dll): penyakit yg dihidapinya ~
perbuatannya sendiri; ujian Sijil Rendah Pelajaran tahun ini
sangat baik ~nya; 3. perolehan atau pendapatan (yg terdiri drpd
cukai, pajak, sewa tanah, dll): ~ negeri dipungut dgn berbagaibagai
cara;
~ bahagi (Mat) hasil atau dapatan yg diperoleh drpd membahagibahagikan
satu angka dgn angka yg lain; ~ buangan (Kim) bahan yg
terhasil dlm proses kimia tetapi tidak mempunyai kegunaan industri;
~ bumi a) Id hasil drpd pertanian; b) hasil yg didapati drpd dlm
tanah (berupa galian) dan drpd tumbuh-tumbuhan; ~ cukai
pendapatan drpd cukai; ~ darab (Mat) jawaban atau dapatan drpd
mendarab; ~ hutan barang yg didapati drpd tumbuhan dlm hutan
(spt damar, kayu-kayan, rotan, dll); ~ ikutan (turut) Id hasil
sampingan; ~ kali Id hasil darab; ~ kepala Kl cukai yg dikenakan ke
atas seseorang; ~ mahsul berbagai-bagai hasil sesuatu negeri; ~
negeri a) hasil sesuatu negeri; b) pendapatan kerajaan (cukai dll); ~
purata (Mat) angka tengah yg sama jauhnya drpd angka yg pertama
dan yg akhir (spt lima ialah suatu kuantiti antara dua dan lapan); ~
pertanian barang-barang keluaran pertanian; ~ pintu cukai yg
dikenakan atas rumah dlm kawasan majlis bandaran; ~ pokok ark
cukai mengikut bilangan pokok pd sebidang tanah; ~ sampingan
hasil yg bukan hasil utama (mis sabut dlm perusahaan kelapa); ~
semula jadi hasil yg bukan buatan manusia; ~ sut (Eko) hasil yg
diperoleh drpd jualan (keluaran) tambahan; ~ tanah a) cukai tanah;
b) hasil bumi; ~ tapak ark cukai tanah bersama cukai yg belum
dibayar; ~ tenusu hasil drpd binatang ternakan (spt susu dll); ~
terakru (Eko) hasil yg diperoleh dlm tempoh perakaunan tetapi
belum direkodkan, atau bayarannya belum diterima sebelum tarikh
tutup tempoh perakaunan itu;~ utama Id hasil yg pokok (yg
terutama);
berhasil 1. ada hasilnya, memberi hasil: kebunnya sudah ~; 2.
tercapai (cita-citanya, maksudnya), berjaya: segala usaha dan
ikhtiarnya tidak juga ~;
menghasilkan 1. mendatangkan (mengeluarkan, memberikan) hasil:
Asia Tenggara ~ bijih timah yg banyak sekali di dunia; 2. mencipta
(sesuatu): bagi ~ bunyi sesuatu jirim itu mestilah bergetar; ia
seorang pengarang yg ~ lebih drpd 20 buah cerita pendek; 3.
mengakibatkan; 4. menyebabkan (berhasil), membuahkan:
pertemuan mereka yg pertama itu telah ~ rasa cinta di dalam
sanubari masing-masing; ketekunanlah yg telah ~ usahanya;
hasilan hasil ciptaan atau dapatan kerana menghasilkan sesuatu:
TV3 telah mengadakan slot cerekarama yg menayangkan dramadrama
~ pengusaha tempatan;
kehasilan benda yg dihasilkan: upah sawah itu kadang-kadang
sama dgn ~ yg diperdapat;
keberhasilan perihal berhasil atau tercapai (sesuatu matlamat,
rancangan, tujuan, usaha dll): suatu keistimewaan lain ialah ~
pengarang menggunakan monolog; ~ penggunaan istilah banyak
bergantung pd masyarakat penggunanya; ~ sesebuah novel; ~
sesuatu prosedur;
penghasilan 1. perihal (usaha dsb) menghasilkan (mengeluarkan),
pengeluaran: Malaysia sangat terkemuka dlm ~ timah; ~ getah dan
minyak kelapa sawit; benda-benda biasanya melalui beberapa
tingkatan dlm ~ dan pemakaiannya; 2. pendapatan, perolehan
(wang dll): meskipun ~nya tidak seberapa tetapi dapatlah juga ia
membantu kami; ~ getahnya jatuh menjadi nombor dua terpenting;
pajak ~ Id pajak pendapatan;
penghasil orang atau alat yg menghasilkan (membuat, mencipta,
dll) sesuatu.
hasrat keinginan yg kuat utk memiliki (melakukan) sesuatu: ia pun
menyampaikan ~-nya hendak berteman hidup dgn gadis itu;
alangkah besar ~ku utk menjadi orang baik-baik;
berhasrat mempunyai hasrat, sangat ingin (akan), sangat berharap
(akan): dia ~ utk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat
universiti;
menghasratkan berhasrat akan sesuatu: segala yg dihasratkan
telah pun berhasil; ~ sebuah rumah yg besar utk kediaman
keluarganya;
terhasrat dihasratkan: dapat apa yg ~;
kehasratan hasrat.
hasta panjang dr hujung siku sampai ke hujung jari hantu (1/4 depa atau
45.72 sentimeter): keris itu se~ panjangnya;
lengan ~ Id ruas siku, lengan bawah; tulang ~ tulang ruas siku;
diberi sejengkal hendak se~, diberi se~ hendak sedepa prb diberi
sedikit hendak banyak; mencari yg se~ sejengkal prb menyelidiki
jauh dekatnya perhubungan kerabat; yg se~ takkan jadi sedepa prb
sesuatu yg tidak dapat diubah;
menghasta mengukur (menyukat) dgn hasta; spt ~ kain sarung prb
pekerjaan yg sia-sia.
hasud Ar dengki, iri hati, cemburu (yg bersangatan);
menghasud mendengki (dgn bersangatan); hasad.
hasut; menghasut 1. menjadikan orang sakit hati atau marah kpd orang
lain, mengapi(-api)kan: dia yg ~ supaya orang membenci saya; 2.
menggalakkan (anjing);
hasut-menghasut saling menghasut: ~ tidak berhenti, yg kuat
menindas yg lemah;
terhasut sakit hati atau marah kerana dihasut: P.M. menyatakan
beliau tidak mahu membiarkan mahasiswa ~ oleh anasir-anasir
politik;
hasutan kata-kata atau perbuatan menghasut: tunjuk perasaan
dilakukan kerana ~ anasir-anasir anti-Amerika;
penghasutan perihal menghasut;
penghasut orang yg menghasut.
hasyiah, hasyiat Ar 1. pinggir, tepi; 2. catatan atau keterangan yg ditulis
di tepi buku.
hasyisy Ar sj dadah narkotik yg dihasilkan drpd pokok ganja.
hasyur (Geog) garis-garis pd peta bagi menunjukkan lereng gunung.
hati 1. organ dlm badan yg berwarna perang kemerah-merahan terletak di
dlm perut di bahagian sebelah kanan (tugasnya mengeluarkan
hempedu, mengawal kandungan gula dlm darah, menawarkan kesan
keracunan nitrogen, menghasilkan urea, menyimpan glikogen):
jantung, ~, limpa, dll mengandungi zat galian dan vitamin; ~
kambing; ~ lembu; 2. = jantung ~ jantung: tidak ada yg menarik
perhatiannya selain drpd berita yg mendebarkan ~nya; 3. batin
(tempat perasaan, pengertian, dll): rupanya sahaja cantik tetapi
~nya buruk; susah ~nya melihat tingkah laku anaknya; terbit dr ~
yg ikhlas; ~ muda rasa muda dlm hati; bercakap (membaca) dlm ~
bercakap (membaca) dgn tidak mengeluarkan suara (dlm batin
sahaja); dlm ~ dlm batin, dlm jiwa; dr ~ ke ~ secara ikhlas (jujur);
ikut(kan) ~ mati turut(kan) nafsu (perasaan) membawa kebinasaan;
jatuh ~ jatuh cinta, berkenan; jauh ~ = kecil ~ = merajuk ~ merasa
tersinggung; kata ~ kata yg terbit dlm batin; kecut ~ merasa takut
(bimbang dll); lubuk ~ a) perasaan hati yg dalam, b) bawah sedar;
makan ~ (berulam jantung) menderita kerana perbuatan orang lain
yg menyakitkan hati; maksud ~ tujuan; melepaskan ~ menurutkan
hawa nafsu; rasa ~ perasaan batin; terang ~ mudah mengerti; 4.
bahagian tengah buah-buahan (pokok dll): ~ nanas; ~ kayu;
~ berdetus Mn menaruh syak curiga; ~ budi peribadi seseorang yg
tergambar pd tingkah laku, pekerti atau pertuturannya dsb: mereka
sudah dapat menyelami ~ budi masing-masing; ~ jantung a)
jantung; b) kesayangan (kekasih); ~ kaudu hati yg jahat dan busuk
dlm diri seseorang: tetapi, yg kujumpai hanya hati buta, ~ kaudu,
hati iri, hati tamak, hati dengki, hati busuk dan hati sakit; ~ kecil
perasaan dlm batin (maksud yg sebenarnya); ~ nurani a) hati yg
telah mendapat petunjuk Tuhan; b) perasaan hati yg murni dan yg
sehalus-halusnya (sedalam-dalamnya); ~ pekat keras hati, tetap hati
(fikiran dll); ~ sanubari perasaan batin; ~ tangan lekuk pd telapak
tangan; ~ tawajuh hati yg dihadapkan semata-mata kpd Tuhan;
~ bagai baling-baling prb fikiran atau pendirian yg tidak tetap; ~
bagai pelepah, jantung bagai jantung pisang, telinga bagai telinga
rawah prb orang yg kurang perasaan malunya; ~ gajah sama
dilapah, ~ kuman (tungau) sama dicecah prb beruntung banyak
sama-sama mendapat banyak, beruntung sedikit sama-sama
mendapat sedikit; ~ gatal mata digaruk prb perihal orang yg tidak
dapat (berkuasa) melakukan sesuatu pekerjaan yg ia sangat-sangat
berhajat hendak mengerjakannya;
sehati seia sekata, sepakat: ia beroleh seorang isteri yg ~ dgn dia;
berhati 1. mempunyai hati: beliau ~ keras dan berpendirian tegas;
2. = ~ berjantung = ~ kemanusiaan = ~ perut berperasaan yg halus,
menaruh belas kasihan;
~ batu a) bersifat degil, mempunyai keazaman (cita-cita) yg kuat; b)
tidak berperikemanusiaan; ~ berlian (emas) sangat baik hatinya; ~
bimbang berada dlm keadaan gelisah (resah dsb); ~ binatang
bersifat bengis, tidak mempunyai pertimbangan, tidak
berperikemanusiaan; ~ keras berpendirian teguh (mempunyai citacita
yg kuat); ~ mutu putus asa (harap); ~ perut a) mempunyai
perasaan (fikiran, kemahuan); b) bertimbang rasa; ~ pilu bersedih
hati (hiba); ~ putih mempunyai niat yg tulus ikhlas (bersih dsb); ~
rendah mempunyai tabiat (budi pekerti) yg baik spt pemurah dll; ~
tungau penakut; ~ walang khuatir (walang hati); ~ waja keras hati.
hatif Ar ark suara yg didengar tetapi orangnya tidak dilihat, suara dr jauh.
hati-hati I berhati-hati;
berhati-hati memberi perhatian (pertimbangan dsb) yg teliti
(sewaktu melakukan sesuatu), berawas-awas, beringat-ingat, hemat,
waspada: haruslah ~ memilih suami; dia sentiasa cermat dan ~.
hati-hati II sj tumbuhan (pokok renek yg daunnya dibuat ubat sakit
perut), bangun-bangun, membangun, Coleus amboinicus;
~ gagah = ~ hutan sj tumbuhan (herba), kerekap air, kodok hutan,
Sonerila heterostemon; ~ ketan sj tumbuhan (pokok renek yg
daunnya dibuat ubat sakit perut), tampah besi, tampang besi merah,
tampang besi putih, Callicarpacana.
hatrik (Suk) penjaringan tiga gol oleh pemain yg sama dlm satu
perlawanan bola sepak: beliau hampir memperoleh ~ tetapi
sepakan percumanya pd minit-minit terakhir terkena palang.
hatta = ~ maka sl lalu, maka, kemudian dr itu, sampai (hingga): ~
beberapa lamanya baginda pun berangkatlah pulang; berdiri
teguh di belakang kerajaan kerana mempertahankan negara ~ utk
memikul senjata; memasuki rumah orang lain, sama ada rumah
kawan atau rumah saudara ~ rumah ibu bapa sendiri, hendaklah
mendapat keizinan terlebih dahulu.
hau I sr kerana terperanjat atau kesakitan.
hau II Kd gagal, hampa, kecewa.
haud Ar ark tempat menakung (menyimpan) air, tangki air.
haul I Ar genap satu tahun (utk membayar zakat): zakat utk binatang
dikenakan kalau binatang itu dimiliki tuannya selama satu tahun,
iaitu cukup ~.
haul II, haula Ar kegagahan, kekuasaan, kekuatan.
haur, hauri bidadari.
haus I 1. berasa kering tekak (ingin minum), dahaga: ia meminta air
sebab tersangat ~; 2. = ~ akan (kpd) sangat ingin akan (kpd): saya
~ akan pengetahuan; anak kecil yg masih ~ kpd kemanjaan dan
kemesraan ibu bapanya; ~ dahaga a) terlalu dahaga; b) terlalu
ingin akan; orang ~ diberi air, orang lapar diberi nasi prb
mendapat apa yg diingini;
menghauskan 1. menyebabkan (menjadikan) haus; 2. sangat
menginginkan, sangat berkehendakkan: kami sedang ~ penerangan
dan pimpinan drpd pemimpin-pemimpin kami;
kehausan 1. perihal haus (dahaga, menderita dahaga): masingmasing
mahu memuaskan ~ dgn air di hadapan mata; 2. ki
keinginan, kemahuan; 3. menderita atau berasa haus: mungkin dia
akan mati ~ atau dibaham anjing liar; sekali sekala kedengaran
suara lembu ~ dan kehabisan rumput di kandangnya.
haus II berkurangan besarnya atau tebalnya kerana tergosok (banyak
dipakai dll): batu itu telah ~ dimakan air;
menghauskan menjadikan haus: air yg mengalir dapat ~ batu.
kehausan perihal atau keadaan haus: ~ gandar penggerak utama
boleh menyebabkan gangguan kelancaran bergerak mekanisme
pelepas cekam;
penghausan proses menghauskan: lama-kelamaan, pelapik itu
menjadi nipis kerana ~.
hausalat, hausalah Ar ark tembolok ayam (burung dll).
hauskot sj pakaian wanita seakan-akan baju gaun labuh dan longgar,
biasanya berbutang di depan, dan dipakai semasa di rumah.
hawa I 1. gas yg memenuhi bumi (terdiri drpd beberapa jenis gas), udara:
kerana ~ itu bergerak terjadilah angin; mengambil ~ menghirup
udara yg nyaman; 2. keadaan udara pd sesuatu tempat, iklim: ~
panas; ~ sejuk; tempat itu panas ~nya; 3. keadaan udara (bkn suhu,
cuaca, dll): hampir dinihari ~ sejuk menggigit tulang;
~ daba aliran udara yg menandakan ada sesuatu yg bergerak, bau
sesuatu benda yg dibawa oleh udara;
berhawa 1. mempunyai hawa (iklim), beriklim: negeri-negeri ~
sederhana; 2. mempunyai keadaan udara (sejuk, panas, dingin,
dsb): bilik ~ dingin;
menghawa Id menjadi hawa.
hawa II = ~ nafsu keinginan (kehendak, dorongan hati) yg kuat utk
melakukan sesuatu: banyak raja yg dibinasakan Allah Taala
kerajaannya sebab menurutkan ~ nafsunya; mengawal ~ nafsu;
sesat fikiran oleh godaan ~ yg tamak dan keji; ~ pantang
kerendahan, nafsu pantang kekurangan prb Mn tidak mahu kurang
drpd orang lain.
Hawa III; Siti Hawa isteri Nabi Adam; kaum (si) ~ bp perempuan.
HAWA akronim bagi Hal Ehwal Wanita: Jawatankuasa Perunding ~.
hawa-hawa Kl hampir-hampir sama (serupa dll).
hawalah Ar pemindahan tanggungan hutang seseorang kpd tanggungan
orang lain: mereka tidak perlu membuat sebarang ~ kpd sesiapa
pun.
hawar 1. penyakit yg merebak (pd binatang ternakan, tumbuh-tumbuhan):
~ kentang; ~ ayam; 2. penyakit yg merebak (menular) pd manusia,
wabak (spt taun, kepialu, dll).
hawar-hawar sj tumbuhan (herba), aur-aur, awo-awo, rumput tapak itik,
Floscopa scandens.
hawari Ar sahabat nabi Isa.
hawariun Ar (jamak bagi hawari) para sahabat nabi Isa.
hawau bk kata makian, celaka.
hawiah Ar salah satu nama neraka.
hawing Kd membaling sesuatu dgn menghayunnya terlebih dahulu.
haya; hundang ~ = haya-haya terhuyung-huyung spt orang mabuk.
hayai Kd rasa manis tawar.
hayam sl ayam.
hayang; (ter)huyung-~ terhuyung-huyung; huyung.
hayat I Ar ada nyawa pd badan, hidup; ilmu ~ pengetahuan tentang
makhluk hidup (binatang dan tumbuhan), kaji hayat, biologi; selama
~ dikandung badan selagi hidup; tanda ~ cenderamata; mendapat
~nya sl mengalami sendiri;
menghayati mengalami dan merasai (dlm batin), meresapkan ke
dlm jiwa: matlamat akhirnya ialah utk ~ nilai-nilai akhlak;
penghayatan perihal menghayati, perihal mengalami dan merasai
dlm batin: buku-buku yg baik akan mempertinggi ~ estetik pd
pembaca; inti karya seni adalah ~ penciptanya; aspek-aspek
penguasaan dan ~ bahasa Melayu Tinggi;
penghayat orang yg menghayati sesuatu (cerita, peristiwa): kita sbg
pembaca dan ~ harus lebih teliti.
hayat II; baju ~ sl sj baju.
hayati Ar mengenai hayat (hidup).
hayo sr kata utk menggalakkan: ~ makan dia, makan dia!; ~ cepat!
hb kep hari bulan.
he (hé) sr kata utk menghina (menyatakan marah, hairan, dll): ~, mengapa
diam saja?
He simbol kimia bagi helium.
hebah (hébah) Ar berita, pengumuman, siaran;
menghebahkan 1. menyiarkan, memberitahukan kpd orang ramai
(melalui akhbar, televisyen, dll): pemimpin-pemimpin negara ~
rancangan pembangunan luar bandar kpd tamu-tamu luar negeri;
2. menyebarkan, mengumumkan, mendiayahkan (agama, fahaman
politik, dll): Nabi Muhammad SAW ialah orang yg mula-mula ~
ajaran Islam;
terhebah dihebahkan, dimaklumkan: kegiatan lain pula tidak
begitu ~ kpd umum;
hebahan sesuatu yg dihebahkan;
penghebahan perbuatan atau hal menghebahkan, penyiaran,
penyebaran, pengumuman: ~ berita itu dibuat melalui RTM;
penghebah 1. orang yg menghebahkan (menyiarkan), penyiar; 2.
orang yg menghebahkan (menyebarkan, mengumumkan,
mendiayahkan), penyebar, pendiayah.
heban (héban) I; mengheban mencampakkan, menghempaskan (dgn
kedua-dua belah tangan);
sudah diheban dihela pula prb mengalami berbagai-bagai
penderitaan terus-menerus.
heban (héban) II Ar hebat, dahsyat.
hebat (hébat) 1. teramat sangat atau luar biasa (gagah, dahsyat, kuat, elok,
bagus, ramai, dll): pertengkaran ~ berbangkit dlm biliknya;
sungguh ~ bunyi letupan malam tadi; 2. sl takut, segan: maka
orang Pahang pun ~ rasanya melihat betul Hang Nadim memarah
itu;
menghebat menjadi hebat, bertambah hebat: perompakan bank
tahun ini ~ di Kuala Lumpur;
menghebatkan 1. menjadikan hebat (banyak, besar, dll); 2. sl
menakutkan: apakah yg ditakutkan dan dihebatkan?
memperhebat menjadikan lebih hebat (banyak, besar, dll);
menjadikan lebih hebat, menambah supaya jadi lebih hebat (banyak,
besar, dll): polis telah ~ usaha utk menghancurkan kongsi-kongsi
gelap;
hebat-hebatan secara besar-besaran: puak pembangkang hendak
melancarkan tunjuk perasaan secara ~;
kehebatan perihal hebat, kedahsyatan, kesangatan, keterlaluan: dia
cuba mengisahkan ceritanya dgn segala ~ yg tersanggup olehnya.
heboh (héboh) 1. bising dan kelam-kabut (bkn keadaan di sesuatu
tempat), kecoh, gempar: suasana di rumah pengantin perempuan
menjadi ~ kerana ia jatuh pengsan sewaktu bersanding; membuat
~ menimbulkan kegemparan (kekecohan dsb); 2. sungguh-sungguh
dan giat (dibincangkan, diperkatakan, dsb), hebat: peristiwa
pembunuhan itu telah ~ diperkatakan orang;
menghebohkan 1. menimbulkan keadaan kelam-kabut,
mengecohkan, menggemparkan: kejadian itu ~ suasana di kampung
itu; 2. = mengheboh-hebohkan membuat supaya orang ramai tahu
mengenai sesuatu perkara (peristiwa dsb) dan akan bercakap-cakap
mengenainya: dia tidak suka ~ peristiwa yg menimpa keluarganya;
kehebohan keadaan heboh (kecoh, gempar), kekecohan,
kegemparan: ~ di luar rumah menyebabkan dia terbangun drpd
tidurnya; dlm ~ itu pencuri tadi dapat melepaskan diri.
hedonis (hédonis) orang yg menganuti hedonisme.
hedonisme (hédonisme) pegangan atau pandangan hidup yg
mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.
hedonistik (hédonistik) bersifat mementingkan keseronokan: kelas
pertengahan yg bersifat ~.
hegeh (hégéh); terhegeh-hegeh 1. menginding-nginding, menonjolnonjolkan
diri: kalau orang tak sukakan kau, kenapa kau masih ~
tinggal dgn orang; 2. tidak kemas (berbuat sesuatu), terkedekkedek
(berjalan, berlari, dll): ia melangkah ~.
hegemoni (hégémoni) pengaruh atau dominasi sesebuah negara atas
negara-negara lain: pelbagai undang-undang digubal utk
melengkapkan ~ penjajah terhadap rakyat pribumi.
heh (héh) sr kata utk menyergah atau menyatakan kehairanan (terkejut
dsb), eh: ~, kenapa ditulis ni?
hei (héi) hai.
heifer (héifer) (Tani) lembu betina muda, terutamanya yg belum lagi
melahirkan anak.
heiho (héiho) (Jepun) pasukan setempat utk membantu tentera Jepun (dlm
Perang Dunia II).
heksa- (héksa) awalan asing enam, mis heksahedron dan heksagon.
heksagon (héksagon) (Mat) poligon yg mempunyai enam segi, segi enam.
heksahedron (héksahédron) (Mat) bongkah yg mempunyai enam
permukaan yg rata.
heksana (Kim) sj sebatian yg digunakan sbg pelarut dan pencair cat dll.
hektar (héktar) ukuran luas (tanah dll) yg bersamaan dgn 10,000 m2
(2.471 ekar);
berhektar-hektar beberapa banyak hektar: dia mewarisi ~ kebun
getah peninggalan orang tuanya.
hekto- (hékto) awalan asing seratus, mis hektogram dan hektoliter.
hektogram (héktogram) ukuran berat yg bersamaan dgn 100 gram (1/10
kilogram).
hektoliter (héktoliter) unit muatan (dlm sistem metrik) bagi sukatan cecair
yg bersamaan dgn 100 liter.
hektometer (héktométer) ukuran panjang yg bersamaan dgn 100 meter
(lebih kurang 130 ela).
hela (héla) I; menghela 1. menarik, mengheret, menyeret: polis pencegah
rusuhan ~ pemuda penunjuk perasaan ke dlm kereta perisai; ~
nafas menyedut udara; ~ surut mengundurkan (menarik) ke
belakang; 2. ark menolak (dlm kira-kira), mengurangi: dua puluh
dihela tiga; bagai ~ rambut dlm tepung prb harus berhati-hati
ketika menyelesaikan sesuatu pekerjaan yg sulit;
menghelakan menarik, mengheret: kerana terlampau marah
Hanifah pun ~ adiknya keluar kamar dgn menarik tangannya;
helaan tarikan;
penghela penarik: kuda ~ kereta.
hela (héla) II sl; menghelakan menghalakan; hala I.
helah (hélah) 1. akal, muslihat, tipu daya: ini satu ~ utk memerangkap
dia; tipu ~ tipu daya; 2. alasan yg dibuat-buat, dalih: gadis itu
selalu mendalihkan lamaran orang yg bukan sesaingnya dgn
berbagai-bagai ~;
berhelah 1. menggunakan helah (tipu daya); 2. berdalih;
menghelah memperdaya, mengakali, menipu;
menghelahkan 1. mendalihkan: bahawasanya Tuhan itu sangat
mengetahui lahir dan batinnya tidak dapat dihelahkan; 2. sl
memperoleh sesuatu dgn helah: kerana hendak ~ wang orang, ia
sanggup mengorbankan nama baiknya.
helai I 1. benda yg tipis dan lebar (daun, baju, dll), lembar, keping, carik:
datangnya pagi bagaikan kipas yg sedang terbuka, ~ demi ~; 2.
penjodoh bilangan bagi barang yg tipis (spt daun, rambut, kertas,
kain, dll): se~ daun; se~ kertas; se~ selendang;
sehelai satu helai; ~ sepinggang pakaian yg ada pd tubuh sahaja;
berhelai-helai beberapa helai, terdiri drpd helai (kertas yg tidak
dijilid dll): ~ kertas yg dicontengnya.
helai II; sehelai; daun ~ setahun sj tumbuhan (herba), daun satu tahun,
Nervilia aragoana.
helang sj burung liar yg biasanya menyambar ayam; ~ belalang,
Microhierax fringillarus; ~ hindik, Spizaetus cirrhatus; ~ laut = ~
siput sj burung helang, Heliaeetus leucogaster; ~ malam sj burung
helang, Machaerhampus alcinus; ~ merah, Haliastur indus; ~
sewah sj burung helang, Accipiter gularis;
~ terbang mengawan, agas hendak mengawan juga prb orang
miskin mahu meniru kelakuan orang kaya; kalau tak ada ~ belalang
menjadi ~ prb kalau orang pandai tidak ada, orang bodoh mengaku
dirinya pandai; spt ~ menyongsong angin prb gagah dan berani
apabila menentang musuh; cerdik ~ bingung si kikih, lamun murai
terkecoh jua prb biarpun cerdik atau bodohnya orang besar-besar,
orang yg rendah jua yg terpedaya (menanggung rugi); sepantun ~
dgn ayam, lambat laun disambar juga prb jika berhampiran sesuatu
yg berlawanan itu akhirnya terjadi juga sesuatu yg tidak baik.
helat (hélat) helah.
hele (hélé) Kd terlentok, terkulai.
helikopter (hélikopter) sj pesawat terbang yg mempunyai baling-baling di
atasnya dan boleh turun dan naik secara menegak.
heliks (héliks) bentuk berpilin, spt skru pencungkil gabus: sesetengah
molekul biologi mempunyai bentuk spt ~; gear ~.
heliograf (héliograf) 1. alat utk mengambil gambar matahari; 2. alat yg
digunakan utk menghantar mesej dgn pancaran cahaya.
heliometer (héliométer) sj teleskop yg digunakan utk mengukur jarak
sudut di antara jasad cakerawala.
heliosentrik (hélioséntrik) (Ast) 1. mempunyai matahari sbg pusat,
berpusatkan matahari: sistem ~; 2. berkaitan dgn atau diukur dr
pusat matahari: latitud ~; longitud ~.
helioskop (hélioskop) teropong matahari utk mengukur darjah, teropong
utk melihat matahari.
heliostat (héliostat) (Ast) sj alat yg digunakan utk memantulkan cahaya
matahari pd suatu arah yg tetap.
helioterapi (héliotérapi) (Ubat) kaedah rawatan penyakit tertentu dgn
mendedahkan pesakit pd cahaya matahari.
heliotrop (héliotrop) sj tumbuhan drpd genus Helotropium yg bunganya
kecil-kecil, berwarna ungu dan berbau harum.
heliotropisme (héliotropisme) (Bio) tumbesaran tumbuhan mengikut arah
rangsangan cahaya matahari.
helipad (hélipad) landasan utk helikopter.
helium (hélium) (Kim) gas lengai yg sangat ringan, tidak mudah terbakar,
tidak berwarna, tidak berbau, dan digunakan utk mengisi belon dan
kapal udara.
helmet (hélmét) bp topi keledar.
helmintiasis (hélmintiasis) (Ubat) penyakit yg disebabkan oleh serangan
cacing parasit di dlm tubuh.
helmintologi (hélmintologi) kajian tentang cacing parasit.
helo (hélo) kata utk menyapa seseorang (semasa awal pertemuan atau
memulai perbualan telefon).
Helwa (hélwa) akronim bagi Hal Ehwal Wanita.
hem (hém) I IB; baju ~ kemeja.
hem (hém) II sj tumbuhan herba yg ditanam utk mendapatkan gentiannya
(yg digunakan utk membuat tali, kain dan juga sbg bahan utk
menghasilkan marijuana), Cannabis sativa.
hemah (hémah) budi pekerti: dia seorang pemuda yg cukup baik, tinggi
~nya dan bersih tutur katanya; ~ yg tinggi budi pekerti yg mulia;
berhemah = ~ tinggi mempunyai budi pekerti yg mulia: dia jujur
dan ~ tinggi.
hemar (hémar) Ar sj kuda yg warna bulunya berjalur-jalur, zebra.
hemat (hémat) 1. tidak boros atau membazir (dlm membelanjakan wang
atau menggunakan sesuatu), cermat, jimat: kalau ingin kaya kita
harus berbelanja dgn ~; 2. dgn penuh perhatian (minat dll), dgn
teliti, cermat, hati-hati, berhati-hati, berwas-was, beringat-ingat,
berjaga-jaga: pegawai penyelidik itu bekerja dgn ~; kereta itu
berlanggar kerana pemandunya kurang ~; 3. pemerhatian,
pengamatan: usul itu pd ~ kita bertentangan dgn semangat parti; ~
pangkal kaya, sia-sia hutang tumbuh prb kalau hendak kaya
mestilah berjimat-cermat, kalau boros pasti akan berhutang;
berhemat 1. berjimat, bercermat: sebab itu dia hendak ~
menyimpan wang; 2. berhati-hati, teliti: amatlah mustahaknya
pengarang itu ~ kerana sekiranya perkataannya itu didapati palsu
maka hukuman terhadapnya menjadi berat; ingat sebelum kena, ~
sebelum habis prb perlu berikhtiar dgn sungguh-sungguh supaya
tidak menyesal di kemudian hari;
menghemat, menghematkan menjimatkan, menggunakan sesuatu
berdikit-dikit, memakai sesuatu dgn berhati-hati (supaya tidak rosak
dll): kanak-kanak sejak dr kecil perlu dilatih ~ wang;
terhemat; tidak ~ tidak terkira;
hematan perhitungan, perkiraan;
kehematan perihal (sifat) hemat;
penghematan perihal atau perbuatan menghemat.
hematit (hématit) sj mineral yg berwarna merah kehitam-hitaman yg
merupakan sumber utama besi.
hematologi (hématologi) cabang sains perubatan yg berkaitan dgn
penyakit darah dan tisu pembentuk darah.
hematuria (hématuria) (Ubat) kehadiran darah dlm air kencing.
hembalang I; berhembalang bergolek-golek, berguling-guling;
terhembalang tergolek-golek, terguling-guling.
hembalang II Jh; menghembalang, menghembalangkan
membaling(kan) (batu dll), menghumbankan.
hembus bp hambus, nyah, pergi: ~ dr rumahku;
berhembus bergerak (bkn angin, udara dr mulut), bertiup: angin
malam ~ perlahan mengurangkan kehangatan hawa ketika itu;
menghembus 1. meniup, mengeluarkan nafas (udara): pokok itu
bergegar sedikit dihembus angin; ia ~ rambut gadis itu; 2. bp
cabut, lari; 3. mengeluarkan hingus dgn memaksa udara keluar
melalui hidung: sesekali dia ~ hidungnya;
menghembuskan meniupkan, mengeluarkan (nafas, udara, dll) dgn
meniup: pemuda itu ~ asap rokok ke muka kawannya; ~ nafas yg
terakhir (penghabisan) meninggal dunia, mati;
hembusan 1. aliran angin (udara yg dihembuskan), tiupan: sekalisekali
desa itu dilalui oleh ~ angin sesat; 2. alat utk menghembus
api, dll;
penghembus 1. orang yg menghembus , peniup: yg pekak
pembakar meriam, yg buta ~ lesung; 2. alat utk menghembus (api
dll), peniup.
hemiplegia (hémiplégia) (Ubat) kelumpuhan sebelah bahagian badan.
hemisfera (hémisféra) (Geog) sebelah bahagian bumi (iaitu hemisfera
utara dan hemisfera selatan dibahagikan oleh garisan khatulistiwa
manakala hemisfera timur dan barat pula dibahagikan oleh garisan
meridian);
~ selatan separuh bahagian bumi yg terletak di selatan khatulistiwa;
~ utara separuh bahagian bumi yg terletak di sebelah utara
khatulistiwa.
hemlok (hémlok) sj tumbuhan yg beracun, bunganya kecil berwarna putih
dan batangnya berbintik-bintik, Conium maculatum.
hemodialisis (hémodialisis) (Ubat) proses membersihkan darah pesakit
buah pinggang dgn menggunakan mesin khas.
hemofilia (hémofilia) (Ubat) penyakit keturunan yg menyebabkan darah
pengidapnya sukar membeku hingga mengakibatkan perdarahan yg
teruk apabila terluka.
hemoglobin (hémoglobin) (Bio) sj protein yg mengandungi zat besi,
terdapat dlm sel darah merah vertebrat, dan berfungsi membawa
oksigen dr paru-paru ke tisu badan.
hemoi (hémoi) Kd, Pl tidak malu-malu langsung, tebal muka.
hemolisis (hémolisis) (Ubat) pemusnahan sel darah merah yg
mengakibatkan pembebasan hemoglobin.
hemoroid (hémoroid) (Ubat) keadaan apabila rangkaian vena pd dubur
mengembang dan kelihatan berpintal akibat tekanan tinggi yg
berterusan di vena rektum inferior, buasir.
hempap; kena ~ dihempap, ditimpa;
menghempap jatuh (tumbang, roboh, dsb) menindih sesuatu,
menimpa, menindih: rumah yg roboh itu telah ~ beberapa orang yg
berada di dalamnya; ~ mati menghempap sehingga mati;
menghempapkan menimpakan sesuatu yg berat dgn kuat: ~
punggungnya ke atas kerusi empuk itu;
terhempap dihempap dgn tidak sengaja, tertimpa: ayahnya mati ~
pokok yg tumbang.
hempas campak, banting;
~ tulang berisi perut prb rajin bekerja dapat rezeki; ~ tulang tak
berbalas jasa prb bekerja keras tanpa beroleh faedah;
berhempas; ~-pulas bekerja keras (mati-matian), membanting
tulang: mereka ~-pulas mencari sesuap nasi;
berhempas-hempas campak-mencampak, banting-membanting:
mereka bertangkaplah di dlm istana itu, ~, tunggang-langgang;
menghempas 1. membanting, menjatuhkan (diri): ia ~ ke katilnya;
2. memukul (bkn ombak dll): ombak ~ pantai dgn keras dan tidak
henti-hentinya; 3. menutup pintu, tingkap, dsb dgn melepaskannya
dgn kuat: Hamid ~ pintu bilik utk menunjukkan kemarahannya; ~
tulang urat = ~ tulang empat kerat menggunakan tenaga (kekuatan)
sendiri membanting tulang utk mengerjakan sesuatu;
menghempaskan membantingkan, membuangkan, mencampakkan,
menjatuhkan: dia ~ daun terup ke atas tikar; Ratna ~ badannya ke
atas katil;
terhempas terbanting, tercampak;
hempasan 1. tempat ombak menghempas pantai (tempat yg
dangkal); 2. perihal menghempas (bkn ombak), pukulan: ~ ombak
yg sesekali itu menghanyutkan sampah yg terdapat di tepi pantai
itu.
hempedal I bahagian berdinding tebal dlm perut unggas tempat makanan
dihancurkan.
hempedal II; ~ ayam sj tumbuhan (pokok renek), Sagittaria grandiflora;
~ itik sj tumbuhan (pokok renek), nasi sejuk, serapat, Salacia
flavescens.
hempedu 1. bendalir berwarna kuning atau kehijau-hijauan yg dirembes
oleh hati ke dlm usus utk membantu penghadaman lemak; 2.
perkataan atau ucapan yg pedas (menyakitkan hati dsb): perempuan
itu memuntahkan ~ terhadap Herman; bagai ~ lekat di hati prb
perhubungan yg erat, tidak dapat diceraikan (bkn persahabatan,
perkahwinan, dll).
hempuk; menghempuk membantingkan, menghempaskan: jangan beri
gelas kepadanya, nanti dihempuknya pula.
hempulur empulur II.
hendak 1. = ~ akan = hendakkan berhasrat akan, ingin akan
(mempunyai, mendapat, mengambil, dll): seorang buruh pun ~
sebuah rumah yg sederhana; kanak-kanak berebut-rebut ~ akan
buah itu; hutan ini sudah banyak ditebang kerana hendakkan
kayunya; 2. akan, bermaksud akan, mahu: saya selalu tidak ada
wang ~ bayar hutang; 3. untuk: wang ~ membuat belanja sesen
pun tiada;
tak ~ tidak dgn sungguh-sungguh (mengerjakan sesuatu); ~lah
mesti, harus, patut, wajib: kalau mahu sihat, ~lah dimakan
makanan berzat; ~nya sebaiknya, seharusnya, semoga, sepatutnya,
seyogianya: semua kanak-kanak ~nya dapat memasuki sekolah;
~pun kalaupun: ~ pun dikatakan cantik tidak juga;
menghendaki hendak (mahu) akan, mengingini, memerlukan: saya
tidak ~ istana utk tempat hidup;
kehendak = ~ hati hajat, keinginan, kemahuan yg keras: tanyakan
kepadanya apa ~nya datang itu;
sekehendak spt atau sebagaimana kehendak hati, nafsu, dll: jika
diikutkan ~ nafsu, tidaklah baik kesudahannya; ~ hati sesuka hati;
berkehendak berharap akan, bermaksud hendak, berkeinginan: ia ~
supaya kita jadi korbannya;
berkehendakkan berkehendak akan, memerlukan: perkara itu ~
penerangan yg lebih lanjut;
mengehendaki menghendaki, memerlukan, mengingini: ia ~ semua
orang menghormatinya.
hendal (héndal) tempat pegang pd basikal, dll utk mengemudikannya.
hendap; serangan ~ serangan secara bersembunyi;
menghendap merendahkan diri (membongkok dsb) atau
menyembunyikan diri (menyorok) supaya tidak kelihatan (dgn
maksud hendak mengintai, menangkap, dsb): mereka berjalan ~
melalui pinggir hutan itu; ~ di balik lalang sehelai prb
menyembunyikan (merahsiakan) sesuatu, tetapi tidak ada gunanya
kerana mudah diketahui orang;
menghendapkan menyembunyikan supaya tidak diketahui orang,
menyorokkan, menggelapkan (wang dll);
terhendap-hendap terbongkok-bongkok (kerana hendak
bersembunyi, mengintai, dll), tersorok-sorok: ketika ia sedang ~ ia
dilihat oleh askar-askar peronda.
henggung; menghenggung bergoncang-goncang, berhayun-hayun,
menghinggut; ~ bagai itik pulang petang prb berjalan sangat lambat
(bkn orang yg gemuk dll).
Henghua (hénghua) suku kaum Cina yg berasal dr utara Chuangchow,
China dan tinggal di merata tempat di dunia.
hengit; terhengit-hengit selalu sakit-sakit, merana.
hening 1. tidak keruh, jernih, bening: air yg ~ mengalir dr bukit; 2. sunyi
senyap, diam, sepi, lengang: suasana begitu ~, sehingga jarum
jatuh pun boleh kedengaran rasanya;
mengheningkan 1. menjadikan hening, menjernihkan: ~ minyak yg
kotor; masanya sudah tiba utk ~ suasana yg keruh itu; 2.
mendiamkan, menyenyapkan (keriuhan dll): lebih baik diheningkan
saja kebisingan itu; 3. berdiam diri mengenangkan sesuatu; ~ cipta
bertafakur, bersemadi;
keheningan keadaan hening, kejernihan, kesunyian: jeritnya
menggegar ~ malam;
pengheningan perihal mengheningkan.
henjar Kl; menghenjar 1. menendang (ke bawah), memijak-mijak.
hentak; menghentak 1. memijak dgn kuat-kuat, merentak, menginjak
(menumbuk dll) dgn keras: anak itu ~ lantai kerana tidak dapat
wang; 2. menikam, menjolok, menusuk, meradak (dgn lembing dll):
anjingnya luka dihentak orang; 3. = menghentak-hentak
berdenyut-denyut (hati dll): hatinya ~ menunggu keputusan
peperiksaan;
menghentakkan, menghentak-hentakkan memijakkan,
menumbukkan, merentakkan: ia ~ kasut tumit tingginya di atas
lantai simen; ~ diri menjatuhkan diri; ~ kaki merentakkan kaki;
hentakan hasil perbuatan menghentak atau menghentakkan: ia
meninggalkan ruang itu dgn ~ kaki;
penghentak alat pemadat tanah, antan.
hentam; ~ kromo bp a) memukul (meninju dsb) dgn hebatnya; b)
melakukan sesuatu dgn sesuka hati (tanpa pertimbangan lain yg
wajar);
berhentam bertumbuk, berkelahi, berlanggar;
menghentam 1. memukul (menumbuk dsb) dgn keras, melanggar
dgn kuat: lori itu ~ tiang-tiang kawat yg berderetan; 2. melepaskan
kata bantahan, sindiran dsb yg keras (pedas, menyakitkan hati dsb)
kpd seseorang yg perbuatan, sikap atau tindak-tanduknya dsb
kurang disenangi atau tidak disukai, membidas, mengecam: karya
itu hendaklah berunsur positif dan membina, bukannya ~
kepimpinan negara secara melulu dan tidak bertanggungjawab;
hentam-menghentam 1. saling menghentam (memukul, menumbuk
dsb), pukul-memukul; 2. saling membidas (mengutuk, mengkritik,
mencela dsb): semasa kempen pilihan raya umum, kata-mengata
dan ~ antara parti merupakan perkara yg lumrah;
menghentamkan memukulkan,menumbukkan;
terhentam terpukul, terhantuk: dia jatuh tersungkur dan kepalanya
~ pd bendul;
hentaman 1. hasil (kesan, perbuatan dsb) menghentam (melanggar
dsb) dgn kuat: ~ akibat pelanggaran menyebabkan kereta itu
remuk sama sekali; ~ meteorit dapat menghasilkan tenaga kinetik
dan haba yg sangat besar; 2. kecaman: ~ hebat Hitler terhadap
peraturan atau sistem hidup selepas perang.
hentar Id; penghentar iman (dlm agama Kristian).
henti; tidak ~-~nya tidak putus-putus, terus-menerus;
sehenti mempunyai atau menyediakan pelbagai perkhidmatan atau
barangan yg berkaitan di satu tempat: kedai ~ itu menjual pelbagai
jenis bot tempatan dan luar negara, aksesori, trailer, enjin dan
minyak pelincir;
berhenti 1. tidak bergerak (berjalan, bekerja, dll) lagi, tidak
meneruskan lagi: enjin kereta itu sudah ~; di hujung jalan itu
mereka ~; kereta api ini tidak ~ di Segamat; ia sudah ~
bersekolah; 2. berakhir, habis, tamat: hujan sudah ~, kita boleh
pulang sekarang; orang kehilangan pun tiada ~ lagi; 3.
meletakkan jawatan (pekerjaan dll), tidak menjadi ahli (pelanggan
dll) lagi: dia ~ kerana ingin bertanding dlm pilihan raya umum; 4.
berehat, melepaskan lelah: jika tuan hamba lelah ~ dahulu;
berhenti-henti tidak terus-menerus, terputus-putus;
memberhentikan 1. menjadikan (menyebabkan) berhenti,
membiarkan berhenti: ia ~ basikalnya; orang itu ~ percakapannya;
2. mengakhiri, menyudahi, menamatkan: ~ peperangan; lagu-lagu
piring hitam diberhentikan; 3. memecat, melepaskan seseorang
drpd pekerjaan (jawatan dll): guru itu sudah diberhentikan;
keberhentian perihal berhenti: ~nya itu mungkin atas sebab-sebab
yg sama;
pemberhentian perihal atau perbuatan memberhentikan
(diberhentikan), pemecatan: ~ abangku itu diketahui melalui
akhbar;
menghentikan, memperhentikan memberhentikan;
terhenti tertahan, tidak berjalan lagi, terputus, tersangkut:
percakapannya ~ hingga itu sahaja;
hentian 1. tempat berhenti (kenderaan dll), perhentian: H~ Pudu
Raya; 2. hasil berhenti; 3. (Lin) bunyi bahasa yg dihasilkan drpd
penutupan sepenuhnya pd titik artikulasi tertentu dlm saluran suara:
~ glotis; ~ implosif;
~ glotis (Lin) bunyi hentian yg dihasilkan dgn menutup glotis rapatrapat
dan diikuti dgn pelepasan secara tiba-tiba; ~ implosif (Lin)
bunyi hentian yg dihasilkan dgn menghalang aliran udara di glotis
yg bergerak masuk ke dalam saluran udara; ~ sebelah tempat
kenderaan boleh atau dibenarkan berhenti di tepi jalan raya atau
lebuh raya;
penghentian hal atau perbuatan menghentikan: ~ beberapa
percubaan utk mendirikan tanah jajahan;
perhentian tempat berhenti (bas, teksi, dll).
hentimun mentimun I.
henyak; menghenyak memijak dgn kuat, menekan dgn keras: kertas itu
diramasnya, dicampakkannya ke lantai dan dihenyaknya; duduk ~
duduk seakan-akan menjatuhkan diri ke tempat duduk;
menghenyakkan; ~ diri merebahkan, menjatuhkan diri pd: ~ diri di
atas kerusi;
terhenyak terduduk seakan-akan jatuh ke tempat duduk dsb,
terjelepuk, terperenyak: orang tua itu cuba bangun tetapi ~ lagi di
lantai.
henyut Pr herot.
hepar (hépar) (Ubat) hati.
hepatik (hépatik) berkaitan dgn hati.
hepatitis (hépatitis) (Ubat) penyakit radang hati yg disebabkan oleh
jangkitan (biasanya ditandai demam dsb).
hepta- (hépta) awalan asing tujuh, mis heptagon dan heptahedron.
heptagon (héptagon) (Mat) poligon yg mempunyai tujuh sisi.
heptahedron (héptahedron) (Mat) bongkah yg mempunyai tujuh
permukaan yg rata.
heptatlon (héptatlon) (Suk) pertandingan utk peserta wanita yg
dilangsungkan selama dua hari, terdiri drpd tujuh acara, iaitu 110
meter lari berpagar, lontar peluru, lompat tinggi, lumba lari 200
meter, lumba lari 800 meter, lompat jauh dan merejam lembing.
herba sj tumbuhan kecil yg batangnya (lembut) tidak berkayu, daunnya
dapat dibuat makanan, ubat, dan pewangi.
herbarium 1. koleksi spesimen tumbuh-tumbuhan yg dikeringkan yg
disimpan dan diklasifikasikan secara sistematik; 2. tempat
mengawet dan menyimpan spesimen tumbuh-tumbuhan tersebut.
herbivor (Bio) binatang yg memakan tumbuh-tumbuhan sahaja, maun.
herder (hérder) IB; anjing ~ sj anjing besar.
herdik kata-kata yg keras dan kasar (utk memarahi dll), tengking;
mengherdik mengeluarkan kata-kata yg keras dan kasar,
menengking, menghamun: anak itu menyembunyikan diri kerana
takut diherdik ayahnya;
herdikan perbuatan mengherdik: ~ guru itu sangat menakutkan
murid-muridnya.
hereditamen (héréditamen) (Udg) sebarang jenis harta yg boleh diwarisi.
herek (hérék); mengherek meleraikan padi drpd romannya (dgn memijakmijak
tangkainya).
hereng (héréng); menghereng (bkn badan) tidak menelentang, berbaring
di atas sisi: sebentar dia ~ ke kanan dan sebentar ~ ke kiri;
mengherengkan membaringkan badan dlm kedudukan
menghereng: dia ~ badan ke kiri utk menghilangkan lenguhlenguh.
heret (hérét); mengheret 1. menarik (dgn paksa), menghela (dgn kuat),
menyeret: Ali terus mengikut saya dr belakang sambil ~
basikalnya; 2. membawa seseorang ke sesuatu tempat: dia telah
diheret ke balai polis kerana disyaki mencuri; 3. memikat hati
orang (utk mendapatkan harta bendanya dll), memperdaya, menipu;
terheret terlibat bersama: perang yg menyebabkan negara kuasa
besar ~ ke dalamnya;
heretan 1. sesuatu yg diheret; 2. Jk sampan (perahu) penambang;
pengheretan 1. perbuatan mengheret, penyeretan; 2. sj kenderaan
(utk membawa barang) yg ditarik; 3. Jk penipu, pendusta.
hering sj burung (yg memakan bangkai); ~ paruh panjang, Gyps indicus;
~ tongkeng putih, Gyps bengalensis; ada bangkai, adalah ~ prb di
mana ada perempuan jahat di situ terdapat lelaki jahat.
hering (héring) sj ikan laut, Clupea harengus.
hermafrodit (Bio) organisma yg mempunyai kedua-dua organ pembiakan
jantan dan betina pd individu yg sama, mis cacing tanah dan jagung.
hernia (Ubat) tonjolan lebihan tisu badan ke permukaan kulit melalui
rongga atau liang, burut.
hero (héro) 1. orang yg terkenal atau disegani kerana keberanian
(kegagahan, peribadi yg mulia, dll); 2. watak lelaki utama dlm cerita
drama, filem, dll: Inu Kertapati menjadi ~ dlm cerita-cerita Panji.
heroin (héroin) I watak wanita utama (dlm cerita, filem, dll).
heroin (héroin) II narkotik yg sangat mengetagihkan yg dihasilkan drpd
morfina.
heroisme (héroisme) keberanian membela keadilan atau kebenaran:
perang menjadi tempat berkumpulnya mitos dan ~;
herot (hérot) tidak lurus atau tegak benar, benyot, mencong: ibuku ketawa
riang hingga ~ bibir mulutnya; ~-benyot = ~-berot terlalu herot;
mengherotkan menjadikan herot, membenyotkan, memencongkan:
garisan yg dilukisnya diherotkan sedikit; suaranya keras mengejut
menyebabkan Timah ~ bibirnya;
mengherot-herotkan menyebabkan herot beberapa kali atau
banyak kali;
terherot-herot menjadi herot-berot, terbenyot-benyot, termencongmencong:
kaca itu membuat rupanya kelihatan ~;
herotan 1. sesuatu yg tidak tepat, kecacatan: ilmu pengetahuan
mereka begitu bebas drpd ~ yg disebabkan oleh pengaruh sosial;
2. (Komp) perubahan rupa bentuk pd gelombang isyarat penerima
berbanding dgn isyarat asal.
herpes (herpés) (Ubat) sj penyakit berjangkit yg disebabkan oleh virus, yg
menyebabkan terjadinya lepuh-lepuh kecil berair pd kulit.
herpetologi (herpétologi) kajian tentang reptilia dan amfibia.
hertz (Fiz) unit bagi kekerapan sesuatu fenomena berkala yg mempunyai
tempoh satu saat, kitar per saat.
hesy (hésy) sr kata utk menyatakan tidak setuju (tidak senang dll).
hetero- (hétero) awalan asing berlainan (berbeza atau lain), mis
heterograf dan heteronim.
heterodoks (héterodoks) menyimpang drpd kebiasaan atau yg rasmi.
heterofemi (héterofémi) (Lin) penggunaan sesuatu kata secara silap drpd
yg sebenarnya kerana kedua-dua kata berkenaan hampir sama bunyi
atau ejaannya, mis asrama utk asmara atau sebaliknya.
heterogen (héterogen) terdiri drpd berbagai-bagai jenis, pelbagai: rakyat
Malaysia yg ~;
keheterogenan perihal atau sifat heterogen, kepelbagaian,
keanekaragaman: sejarah yg heterogen dibayangkan dgn ~ teks.
heterograf (héterograf) (Lin) satu drpd dua kata atau lebih yg maknanya
dan mungkin juga bunyinya sama, tetapi berlainan ejaannya, mis
baharu dan baru.
heteronim (héteronim) (Lin) salah satu drpd dua bentuk kata atau lebih yg
sama ejaannya, tetapi berbeza makna dan bunyinya, mis perang
(perkelahian) dan perang (warna).
heteronimi (héteronimi) (Lin) hubungan antara heteronim.
heteroseksual (héteroséksual) 1. cenderung tertarik dr segi seks kpd
orang yg berlainan jantina dengannya: di kalangan pasangan ~,
jangkitan biasanya berlaku drpd lelaki kpd perempuan; 2. orang
yg tertarik nafsu syahwatnya kpd orang yg berlainan jantina
dengannya, mis lelaki dgn perempuan atau sebaliknya: ~ rambang
penyebar utama AIDS.
heuristik (héuristik) membolehkan atau dapat membantu seseorang
mempelajari, mengetahui dsb sesuatu perkara melalui pengalaman
sendiri (bkn kaedah pengajaran atau pembelajaran): dlm kaedah ~
ini pelajar dibimbing utk membuat penemuan sendiri bahan
pembelajaran dan menggunakan konsep dlm latihan.
Hf simbol kimia bagi hafnium.
hg kep hektogram (100 gram).
Hg simbol kimia bagi merkuri.
hia sj tumbuhan (herba), Artemisia vulgaris.
hialit sj batu opal yg jernih dan tidak berwarna.
hiang dewa; yang II.
hias; almari ~ almari bercermin tempat menyimpan barang-barang
perhiasan dll; tukang ~ orang yg kerjanya menghias, juruhias;
berhias 1. = ~ diri berdandan diri dgn pakaian (barang kemas dsb)
yg cantik, berkemas diri dgn barang yg indah-indah: Bendahara
Seri Maharaja pun terlalu baik rupanya lagi sangat ~; janda ~
janda yg belum beranak (dibenarkan berpakaian pengantin apabila
berkahwin lagi); mandi ~ upacara mandi sebelum pengantin
perempuan dinikahkan; 2. = berhiaskan diperindah (diperelok)
dgn: tangga rumahnya ~ pasu-pasu bunga;
menghias menjadikan sesuatu lebih cantik atau elok (dgn barang yg
indah-indah, gambar, solekan, dll): orang perempuan spt Cik
Mahaya ini, memang pintar ~ kamar;
menghiasi menyebabkan kelihatan lebih cantik atau elok: nasi
adap-adapan yg dihiasi emas pun diangkat oranglah ke hadapan
baginda; lampu berwarna-warni ~ rumahnya; senyuman yg manis
~ wajahnya;
menghiaskan mencantikkan (mengindahkan) dgn sesuatu: dia ~
sebutir kerosang pd bajunya;
terhias telah dihiasi dgn sesuatu: pandangannya kadang-kadang
beralih kpd jambangan bunga yg ~ indah di atas meja;
hiasan segala yg digunakan utk menghiasi sesuatu: sekeping
gambar wanita telah dijadikan ~ kulit majalah itu; ~ dalaman seni
menghias dan melengkapi perabot sesebuah rumah, pejabat, dll;
perhiasan sesuatu yg digunakan utk berhias atau menghias: Raja
Ahmad pun diarak oranglah bergajah dgn selengkap ~ pakaian
segala raja-raja;
penghiasan perihal (perbuatan, proses dsb) menghias, menghiasi
atau menghiaskan: beliau merancangkan ~ semula rumahnya;
penghias 1.tukang hias, juruhias; 2. yg menghiasi sesuatu: ukiranukiran
tradisional ~ ruang tamunya.
hiba belas kasihan, terharu, sedih, pilu, sayu: semua orang ~ melihat
budak-budak itu menangis memanggil ibunya;
berhiba = ~ hati dirundung perasaan hiba: sudah bermingguminggu
dia ~ hati;
berhiba-hiba menimbulkan rasa belas kasihan, merawankan hati: ia
menjawab dgn suara ~;
menghibai menaruh belas kasihan terhadap, mengasihani;
menghibakan 1. menimbulkan rasa belas kasihan, menyayukan
(menyedihkan, mengharukan) hati: suaranya tenang seolah-olah
sudah dapat dilupakannya soal yg ~ hatinya; 2. berasa hiba
(terhadap sesuatu): tak perlu dihibakan lagi nasib budak itu, ia
telah pun mendapat tempat yg baik;
kehibaan; ~ hati perihal hiba, perasaan pilu (terharu): dia tidak
dapat menghilangkan ~ hati apabila mengenangkan peristiwa
kebakaran rumahnya;
penghiba orang yg (mudah) selalu berhiba hati.
hibah Ar pemberian hak (harta) secara sukarela kpd orang lain dgn tujuan
baik;
menghibahkan memberikan (pd masa si pemberi masih hidup): ia
telah ~ tanah itu kpd sahabatnya selagi ia hidup;
penghibahan perbuatan memberikan.
hibbah Ar hibah.
hibernasi (Bio) keadaan tidak aktif, atau tidur sepanjang musim sejuk
bagi sesetengah haiwan;
berhibernasi tidur sepanjang musim sejuk (bkn binatang).
hibrid 1. (Bio) anak (haiwan atau tumbuhan) yg dihasilkan drpd
percantuman dua jenis benih yg berlainan, kacukan; 2. (Komp) sifat
sistem yg terbentuk drpd gabungan beberapa teknologi yg berlainan.
hibuk Jk sibuk, banyak pekerjaan;
kehibukan perihal hibuk, kesibukan.
hibur; menghibur menyenangkan atau menggirangkan hati: cerita sedih
atau tragedi juga ~ dgn caranya sendiri;
berhibur, berhibur-hibur berbuat sesuatu utk menghiburkan
(menyenangkan) hati: kurangnya kemahuan utk mengikis sikap
suka ~;
menghiburkan menyenangkan, menggirangkan, melipurkan: yg
boleh ~ hatinya ialah kekanda dan adindanya sahaja; muzik ~ hati,
lebih-lebih lagi setelah penat memeras otak;
terhibur menjadi senang (girang, gembira) hati, terlipur hatinya:
setelah Sira Panji bertemu dgn saudaranya, maka ~lah sedikit
hatinya;
hiburan sesuatu (perbuatan, benda, dll) utk menghiburkan
(menyenangkan, menenteramkan) hati: mudah-mudahan cerita ini
dapat menjadi ~ kpd sekalian pembaca; taman ~ tempat
menghiburkan hati;
penghiburan hal menghibur(kan);
penghibur 1. sesuatu yg boleh menghiburkan hati, pelipur; 2. orang
(spt penyanyi, pelawak, dsb) yg kerjanya menghiburkan orang
ramai, pelipur.
HICOM akronim bagi Heavy Industries Corporation of Malaysia
(Perbadanan Industri Berat Malaysia).
hidang; menghidangkan 1. = berhidang menyajikan atau menyediakan
makanan (minuman dll): air kopi yg dihidangkan oleh isterinya
sudah habis diminumnya; apabila kita berhidang utk tamu hari
raya tentulah tidak ketinggalan kita menyediakan minuman; 2. ki
mengutarakan atau mengemukakan sesuatu perkara (dlm mesyuarat
dll): pengarang surat khabar ~ masalah pengangguran dlm tajuk
rencananya; 3. ki memperdengarkan, mempertunjukkan dsb kpd
orang ramai, mempersembahkan: penyanyi itu telah ~ lima buah
lagu dlm pertunjukan itu;
hidangan 1. makanan yg disediakan, sajian: maka didapatinya Mak
Andeh masih bersiap menyajikan ~; ~ Melayu makanan masakan
Melayu; 2. sesuatu (spt lagu, muzik, drama) yg diperdengarkan,
diperlihatkan, dsb: masing-masing menyandar ke kerusi
mendengar ~ lagu-lagu merdu drpd peti radio;
sehidangan 1. satu hidangan: anak gadisnya muncul membawa ~
kopi dan kuih-muih; 2. sama hidangan (sewaktu makan): makan
sehidang(an);
penghidangan perihal menghidangkan, penyajian.
hidap; menghidap, menghidapi menanggung sesuatu penyakit dgn lama:
~ penyakit tibi;
hidapan 1. perihal dihidapi sesuatu jenis penyakit; 2. penyakit yg
lama dihidapi dan sukar sembuh: kusta satu penyakit ~ yg
berjangkit;
penghidap orang yg menghidap (menanggung) sesuatu penyakit: ~
penyakit malaria.
hidayat, hidayah Ar pimpinan (bimbingan) drpd Tuhan, petunjuk:
akhirnya beliau mendapat ~ dan taufik lalu memeluk agama Islam;
menghidayatkan memberikan hidayat kpd (bkn Tuhan): Allah
telah ~nya sehingga dia menjadi seorang yg beramal dan soleh.
hidra sj haiwan halus air tawar berbentuk tiub kecil yg mulutnya
dikelilingi tentakel.
hidrat (Kim) sebatian drpd air dgn sebatian atau unsur lain;
menghidratkan 1. (Kim) menyebabkan sesuatu bergabung dgn air
secara kimia; 2. menjadikan sesuatu lembap: penyegar muka ~ kulit
dgn lembut;
penghidratan (Kim) 1. penghasilan ion drpd molekul air dgn
sesuatu bahan. 2. tindak balas penambahan air kpd alkena utk
menghasilkan alkohol, atau kpd alkuna utk menghasilkan keton.
hidraulik (Kej) yg digerakkan atau dijalankan oleh cecair: mesin ~.
hidrida (Kim) sebatian tak organik yg terbentuk apabila hidrogen berpadu
dgn unsur lain.
hidro- awalan asing mengandungi atau berkenaan air, mis hidroelektrik
dan hidroponik.
hidrodinamik 1. bkn dgn kuasa atau pergerakan air dan cecair lain; 2.
cabang ilmu dinamik yg menghuraikan tentang pergerakan dan
kuasa cecair, terutama air.
hidroelektrik (hidroéléktrik) bkn elektrik yg dijana oleh kuasa air.
hidrofit (Bio) tumbuhan yg hanya boleh tumbuh di air, sama ada
sebahagian atau seluruhnya, mis teratai.
hidrofilik (Kim) bkn bahan yg cenderung menyerap air.
hidrofobia (Ubat) 1. penyakit anjing gila; 2. penyakit gerun atau benci
terhadap air.
hidrofobik 1. (Kim) bkn bahan yg tidak menyerap air; 2. (Ubat) bkn
penyakit gerun atau benci terhadap air.
hidrofoil sj kapal yg ringan dan meluncur laju yg badannya terangkat dr
permukaan air.
hidrofon corong (alat) pendengar suara (digunakan dlm pelayaran) utk
menentukan arah datangnya bunyi.
hidrogen (Kim) gas paling ringan, tidak berwarna, tidak berbau, mudah
terbakar, dan apabila berpadu dgn oksigen menjadi air;
~ karbonat garam asid karbonik; ~ peroksida sj sebatian yg sangat
reaktif, dan sbg bahan antiseptik, bahan peluntur, dll;
penghidrogenan perihal menjadikan sesuatu bersebati dgn
hidrogen.
hidrogeokimia (hidrogéokimia) (Geo) kajian tentang komposisi kimia air
semula jadi, yg mencakupi perubahannya dan sebab-sebab
berlakunya perubahan itu.
hidrogeologi (hidrogéologi) cabang geologi yg berkaitan dgn air tanah,
terutama kejadiannya.
hidrografi kajian pengukuran dan pemetaan lautan, laut, dan sungai.
hidrokarbon (Kim) sebatian organik yg terdiri drpd unsur-unsur hidrogen
dan karbon;
~ alifatik hidrokarbon yg atom-atom karbonnya tersusun dlm bentuk
rantai lurus atau rantai bercabang (mis alkana, alkena, dan alkuna);
~ siklik hidrokarbon yg sebahagian atau kesemua atom karbonnya
tersusun dlm bentuk gelang tertutup; ~ tak tepu hidrokarbon yg
mengandungi sekurang-kurangnya satu ikatan ganda dua dan/atau
satu ikatan ganda tiga di antara atom-atom karbonnya; ~ tepu
hidrokarbon yg unsur karbonnya terikat antara satu sama lain dgn
ikatan tunggal.
hidroklorik (Kim) mengandungi hidrogen dan klorin: asid ~.
hidroksida (Kim) sebatian yg mengandungi ion atau kumpulan hidroksil.
hidroksil (Kim) mengandungi atau terdiri drpd ion OH- atau kumpulan
-OH.
hidrolisis (Kim) tindak balas kimia apabila sebatian bertindak balas dgn
air utk menghasilkan sebatian lain;
menghidrolisis 1. melakukan hidrolisis; 2. menjalani hidrolisis.
hidrologi sains bkn sifat, agihan, dan edaran air di bumi dan atmosfera.
hidrometeorologi (hidrométéorologi) cabang meteorologi yg berkaitan
dgn hidrologi, mis hal yg berkaitan dgn kawalan banjir, kuasa
hidroelektrik, pengairan dsb.
hidrometer (hidrométer) (Fiz) alat utk mengukur ketumpatan relatif
cecair.
hidronimi (Lin) cabang onomastik yg berkaitan dgn kajian nama tasik dan
sungai.
hidropati perawatan penyakit dgn menggunakan air.
hidroponik (Tani) kaedah menanam tanaman dgn hanya menggunakan air
yg mengandungi larutan berzat tertentu.
hidrosfera (hidrosféra) bahagian bumi yg mengandungi air.
hidroskop (Fiz) alat utk melihat sesuatu objek jauh di bawah permukaan
air.
hidroterapi (hidrotérapi) (Ubat) kaedah rawatan penyakit tertentu dgn
menggunakan air pd luar tubuh.
hidrotropisme (Bio) gerakan pertumbuhan sbg gerak balas terhadap
kehadiran air atau lembapan.
hidrus bkn sebatian yg mengandungi air.
hidu; menghidu 1. mencium, membaui (tembakau, bunga, dll): sambil
berjalan ia ~ bau wangi kemejanya; 2. menyedut (udara dll); 3.
mengesan sesuatu dgn mencium bau yg ditinggalkan: anjing itu
dapat ~ ke mana larinya pengganas itu; 4. ki mengetahui atau
dapat mengesan sesuatu yg menjadi rahsia sesuatu pihak dgn
bertanya-tanya, merisik-risik, memerhatikan gerak-geri pihak
tersebut dsb: rancangan jahat mereka telah dapat dihidu oleh
polis;
terhidu 1. terbau sesuatu dgn tiba-tiba: sedang dia duduk-duduk,
dia ~ bau kemenyan; 2. tersedut (gas atau udara) melalui hidung:
mereka diberi rawatan segera kerana ~ sejenis gas beracun;
penghidu orang yg menghidu (membaui) sesuatu kerana ketagih: ~
gam.
hidung 1. bahagian badan utk mencium atau menyedut udara (terdapat pd
bahagian muka atas sedikit drpd mulut): kita bernafas melalui ~
siang dan malam; batang ~ a) tulang yg membina hidung; b) ki
kelibat (imbasan) seseorang atau sesuatu; kena batang ~ ki (bkn
kecaman, sindiran, dsb) tepat mengenai seseorang; lubang ~
bahagian yg berlubang pd hidung utk membolehkan kita mencium,
menyedut udara, dsb; sekat ~ bahagian antara kedua-dua lubang
hidung; tidak nampak batang ~ = tidak nampak muka ~ ki tidak
kelihatan langsung rupa seseorang kerana tidak hadir, tidak pernah
muncul (di kalangan orang, kawan, dsb); 2. ki bahagian depan
sesuatu benda, muncung: ~ kapal terbang;
~ belang (putih) ki (bkn lelaki) yg sangat suka mengganggu orang
perempuan; ~ tinggi ki sombong dan megah;
~ dicium, pipi digigit prb kasih sayang yg pura-pura sahaja; ~
sudah rampung diatur prb orang bodoh yg sombong tidak sedar
dirinya dibodohkan orang; ~ tak mancung pipi tersorong-sorong
prb orang yg tidak turut campur yg menjadi susah, yg patut
bersusahan berdiam diri; beroleh (mendapat) ~ panjang prb
mendapat malu; menguak-nguak bagai ~ gajah prb bernafas
terngah-ngah; potong ~ rosak muka prb orang yg berlaku kurang
baik terhadap keluarganya sendiri akan mendapat malu juga; rasa
tak mengapa ~ dikeluani prb orang yg membiarkan dirinya
dibodohkan orang; spt beranak besar ~ prb orang yg gemar
memperlihatkan barangnya yg baru; spt kerbau dicucuk (diatur)
~nya prb orang bodoh yg menurut perintah orang;
berhidung mempunyai hidung; ~ belang mempunyai sifat suka
mengganggu orang perempuan; ~ tinggi a) mempunyai hidung yg
tinggi (mancung); b) mempunyai sifat sombong dan megah;
menghidung 1. = kehidung-hidungan mengucapkan sesuatu dgn
sengau; 2. selalu menurut saja (kemahuan orang dll).
hidup 1. terus bernyawa atau bernafas (bkn manusia, binatang, dll),
tumbuh dan membesar (bkn tumbuh-tumbuhan), tidak mati: keduadua
ibu bapanya masih ~; tiap-tiap orang mengetahui bahawa
udara mustahak utk ~ ; pokok-pokok bunga yg ditanam oleh ibu
saya semuanya ~; seumur ~ sepanjang masa seseorang itu hidup; 2.
duduk (tinggal di, berkediaman di): saya tidak menghendaki istana,
vila, atau rumah besar utk tempat ~; 3. berada dlm keadaan
tertentu: ~ bahagia (mewah dll); 4. = ~ dr = ~ dgn mendapat rezeki
dgn (cara-cara tertentu): kebanyakan orang Melayu ~ dgn
bersawah; 5. sr kata utk menyatakan harapan agar berjaya (kekal,
selamat, dll): mereka menyeru, ~!, ~! 6. tidak dilupakan atau tidak
hilang (nama orang dll): nama orang-orang yg berkhidmat utk nusa
dan bangsa tetap ~; 7. masih bergerak atau berjalan (bkn
pertubuhan, perusahaan, dll); 8. masih bekerja atau giat (bkn enjin,
jam, dll): syarikat kerjasama itu masih ~ lagi; jam aku sebentar ~
sebentar mati; di Indonesia masih terdapat beberapa buah gunung
berapi yg ~; 9. masih menyala (api dll); 10. masih dipakai (jalan,
sungai, bahasa, dll): bahasa yg ~; 11. masih segar atau baru (sayurmayur,
ikan, dll); 12. bergerak cergas (perniagaan, kegiatan, dsb):
dgn tamatnya konfrontasi perniagaan Indonesia-Malaysia ~
kembali; 13. spt keadaan yg sebenarnya atau dilihat (lukisan, cerita,
dll); 14. bukan yg dikeringkan, diasinkan, dijeruk dsb (bkn cili,
halia, kunyit, ikan, dsb): kunyit ~; ikan ~; 15. bukan yg telah
dikeringkan atau direka oleh manusia drpd plastik, kertas, dsb:
bunga ~ ; 16. (bkn wayar dsb) ada aliran arus elektrik: wayar ~;
~ dikandung adat, mati dikandung tanah prb waktu hidup
hendaklah mengikut peraturan dan kebiasaan yg berlaku, setelah
mati terserahlah kpd Tuhan; ~ di hujung gurun orang prb orang yg
hidup melarat; ~ dua muara prb hidup dgn dua macam pencarian; ~
kayu berbuah, ~ manusia biar berjasa prb pd ketika hidup eloklah
berbuat baik utk diri sendiri dan utk masyarakat; ~ sandarmenyandar
umpama aur dgn tebing prb a) suami isteri yg berkasihkasihan;
b) sahabat yg setia dan bertolong-tolongan; ~ segan mati
tak mau prb orang yg hidup melarat (miskin atau selalu sakit-sakit);
~ tidak kerana doa, mati tidak kerana sumpah prb berusahalah dgn
tenaga dan fikiran sendiri dan jangan mengharapkan sangat
pertolongan orang lain; drpd ~ bercermin bangkai, lebih baik mati
berkalang tanah prb drpd hidup menanggung malu, lebih baik mati;
jauh berjalan banyak dilihat, lama ~ banyak dirasa prb sudah
banyak pengalaman; kalau bangkai galikan kuburnya, kalau ~
sediakan buaiannya prb tunggu dahulu dgn tenang apa yg akan
terjadi, kemudian barulah dibuat pertimbangan;
sehidup hidup bersama; ~ semati setia terhadap satu sama lain;
hidup-hidup 1. benar-benar hidup; 2. = hidup-hidupan (dlm
keadaan) masih hidup: pengganas itu telah cuba membakar
seorang majistret dan seorang pegawai polis ~; 3. ki benar-benar,
terang-terang: aku sudah kena tipu ~;
menghidupi 1. membiarkan hidup (tidak dibunuh): kedua-dua
anaknya itu pun berlutut di hadapan ayahnya bermohon supaya
budak itu dihidupinya; 2. menjaga atau memelihara supaya hidup
(spt diberi makan dll): maka beberapa pun Sultan Mahmud hendak
~ Tun Ali Hati, tiada juga Tun Ali Hati itu mahu hidup;
menghidupkan 1. membuat supaya hidup (terus bernafas), tumbuh
dan membesar: mustahil kita dapat ~ semula orang yg telah mati;
pembajaan yg teliti boleh ~ pokok itu; 2. menjadikan bergerak atau
berjalan (bkn pertubuhan, perusahaan, dsb); 3. membuat supaya
berjalan (bkn enjin, jam, dsb): berusaha ~ kembali syarikat
kerjasama itu; ~ enjin keretanya; 4. menyalakan (api, lampu, dsb),
memasang: ~ api dapurnya; 5. menimbulkan kembali (sesuatu
kenangan lama dsb): ~ kenang-kenangan lama sewaktu mereka
sama-sama menuntut di universiti dahulu; 6. menyebabkan sesuatu
cerita, lukisan, dsb hidup (yakni spt keadaan yg sebenarnya): dia
begitu pandai memilih warna sehingga ~ lukisannya; 7.
menjadikan suasana giat dan bersemangat: gelak ketawanya ~
suasana di dlm rumah itu; 8. menyebabkan timbul sesuatu
perasaan, minat, dsb: ~ minat mereka utk bekerja dgn lebih keras
lagi;
memperhidup manjadikan lebih hidup (giat, bersemangat, dll):
rakyat harus ~ semangat bekerjasama antara kaum;
hidupan, hidup-hidupan 1. sesuatu yg hidup (binatang, tumbuhan,
dll): kuman ialah sj ~ seni yg sangat-sangat halus; ~ seni
mikroorganisma; 2. = binatang ~ binatang ternakan (yg dipelihara):
maka adalah drpd hidup-hidupan mereka itu drpd kerbau dan
kambing dan sedikit-sedikit lembu dan ayam itik;
kehidupan perihal hidup: sejak kampung itu diganggu oleh
komunis ~ penduduknya semakin sempit;
penghidupan cara (menguruskan, menyelenggarakan) hidup,
pencarian: Tuan Sutan menghamun pemerintah kerana cuba
menukar dan merosakkan ~nya; Badaruddin akrab dgn ~ peneroka
hutan di negeri Pahang;
penghidup alat atau bahan utk menghidupkan sesuatu (enjin, api
dsb): pelita ini menggunakan minyak zaitun sbg ~ nyalanya; ~
enjin elektronik.
hierarki (hiérarki) susunan atau kedudukan tinggi rendah (dlm organisasi,
masyarakat, dsb) berdasarkan taraf atau kekuasaan: syarat
kemasukan ke dlm ~ syarikat dan peluang utk mencapai kedudukan
tinggi sebahagian besarnya ditentukan oleh tingkat pendidikan;
berhierarki mempunyai hierarki: masyarakat kasta secara
unggulnya ~ sifatnya.
hifa (Bio) bebenang halus yg terdapat dlm miselium kulat.
hi-fi (haifai) set peralatan elektronik (amplifier, penyama, alat pemain dsb)
yg boleh memainkan kaset, cakera padat dsb, dan menghasilkan
bunyi stereo yg bermutu tinggi.
higrologi kajian tentang kelembapan atmosfera dsb.
higrometer (higrométer) (Fiz) alat utk mengukur kelembapan relatif
atmosfera.
higroskopik (Kim) bkn bahan yg mudah menyerap lembapan drpd udara.
hih, hii sr kata utk menyatakan geram dll.
hijab Ar 1. kain penutup, mis tabir atau tirai; 2. tudung labuh penutup
bahagian kepala, kadang-kadang termasuk bahagian muka wanita:
masyarakat Islam ketika itu belum lagi memakai ~; 3. ki sekatan
yg memisahkan seseorang (sesuatu) drpd yg lain, penyekat, dinding:
solat adalah masa Allah mengangkat ~ di antara-Nya dgn hamba-
Nya;
berhijab memakai hijab: wanita yg ~ berpegang teguh pd etika
agamanya; beliau juga menemui wanita-wanita yg ~ di rumah
mereka;
terhijab 1. tertutup: semua aurat sudah tidak ~ lagi; 2. ki tersekat,
terhalang: ada di antara manusia yg ~ utk mendapat pimpinan dan
petunjuk drpd Allah.
hijau 1. warna spt warna daun atau rumput (banyak peringkatnya); ~
bemban (warna) hijau yg pekat atau yg gelap spt bemban; ~ daun a)
(warna) hijau spt daun; b) sj pigmen yg terdapat pd daun-daun yg
hijau: ~ kepala itik Kl (warna) hijau kebiru-biruan; ~ laut hijau spt
air laut; ~ muda = ~ pucuk pisang (warna) hijau yg keputih-putihan;
~ serindit (warna) hijau yg lebih muda drpd (warna) hijau pucuk
pisang ;~ tua (warna) hijau yg kehitam-hitaman; 2. ki masih mentah
(dlm berbagai-bagai erti), kurang pengalaman: anak-anak itu masih
~, masih belum mengerti erti hidup; naik kuda ~ ki mabuk;
menghijau 1. menjadi hijau (warnanya): padi sedang ~; 2. nampak
hijau (warnanya): di seberang jalan raya itu kelihatan padang bola
Kolej Melayu ~ rata;
menghijaukan menjadikan berwarna hijau, mewarnakan dgn warna
hijau;
kehijauan keadaan hijau: beberapa kawasan yg dulunya megah
dgn ~nya, kini telah berubah menjadi kawasan industri;
kehijau-hijauan agak hijau warnanya: gas itu berwarna kuning ~
dan berbau sengit.
hijrah Ar 1. perpindahan Nabi Muhammad SAW dr Mekah ke Madinah;
2. = tahun H~ tahun Islam yg bermula dr tarikh perpindahan Nabi
Muhammad SAW ke Madinah (pd tahun 622 Masihi): Nabi
Muhammad SAW wafat pd tahun 13 H~;
berhijrah berpindah, meninggalkan sesuatu tempat utk pergi ke
tempat lain: pemuda-pemuda di kampung terpaksa ~ ke bandar
untuk mencari rezeki yg lebih baik;
menghijrahkan memindahkan (diri dll);
perhijrahan perbuatan atau perihal berhijrah, perpindahan;
penghijrahan perihal menghijrahkan (pemindahan dr satu tempat
ke tempat lain);
pehijrah orang yg berhijrah: bakal-bakal ~ yg hendak
mendapatkan perlindungan diplomatik membanjiri pekarangan
kedutaan itu.
hijriah Ar bkn hijrah: pd tahun 1423 ~.
hikayat Ar 1. cerita (khasnya cerita-cerita lama), cerita-cerita lama dlm
bentuk prosa: ~ Merong Maha Wangsa; 2. riwayat, sejarah: ~
Iskandar Zulkarnain; ~ hidup sejarah hidup;
berhikayat bercerita, beriwayat;
menghikayatkan menceritakan atau mengisahkan sesuatu: adapun
dihikayatkan orang yg empunya hikayat ….
hikmah 1. kebijaksanaan drpd Allah, kecerdikan: dakwah Islam yg
dijalankan mestilah dgn penuh ~ serta bertepatan dgn budaya dan
iklim kemalaysiaan; Allah melakukan apa sahaja menurut
kehendak-Nya dan sesuai dgn ~ yg telah ditetapkan oleh-Nya; 2.
rahsia, kelebihan atau tujuan sebenar di sebalik sesuatu perkara
(kejadian, hal dsb): rupa-rupanya kemalangan itu ada ~ di
sebaliknya; poligami harus dilihat sbg syariat Allah yg pasti ada ~
dan perlu ditegakkan sekiranya mampu;
berhikmah mempunyai hikmah (kebijaksanaan dsb): pendekatan
yg ~ dan berhati-hati perlu diambil dlm usaha menyeragamkan
undang-undang syariah itu; generasi muda yg sering diperkatakan
sbg golongan yg bermasalah harus ditangani dgn cara yg ~ dan
penuh rahmat serta kasih sayang.
hikmat 1. kepandaian, bijaksana: banyak sungguh kepandaian dan ~
orang putih ini; 2. ilmu ghaib (sihir), kesaktian: mereka mencari ~
pula utk menawan hati tunangannya; ahli ~ = juru~ orang yg
pandai ilmu ghaib; ~ perang kebijaksanaan (ilmu, mantera, dll) utk
berperang; 3. erti, maksud (yg dalam), tujuan yg sebenar drpd
sesuatu: tiap-tiap kewajiban yg ditetapkan oleh Allah dlm Islam itu
mempunyai ~ bagi faedah kehidupan manusia;
berhikmat mempunyai hikmat, bertuah: keris Hang Tuah yg
bernama Tamingsari itu dipercayai ~;
menghikmat, menghikmatkan mengenakan hikmat (mantera, sihir,
dll) kpd: Pak Bongsu sudah menghikmatkan negeri kita ini, siapa
pun masuk di sini tak selamat hidup.
hilang 1. tidak kelihatan lagi, lenyap, tiada lagi: kebakaran itu telah
menyebabkan dua belas keluarga ~ rumah mereka; takkan Melayu
~ di dunia; 2. tidak ada lagi sesuatu perasaan (spt marah, benci,
suka, dsb), kepercayaan, pertimbangan, dsb: perasaan marahnya
masih belum ~ lagi; orang ramai telah ~ kepercayaan
terhadapnya; dia telah ~ perhitungan dan terus menikam
lawannya; 3. tidak dikenang lagi, telah dilupakan, lenyap: jasanya
yg bertahun-tahun ~ begitu sahaja akibat perbuatannya yg tidak
amanah itu; 4. (bkn suara) tidak dapat dikeluarkan: suaranya ~
kerana terlalu banyak bercakap; 5. (bkn bunyi, suara, dsb) tidak
ada atau tidak kedengaran lagi: bunyi siren itu semakin lama
semakin ~ drpd pendengaran kami; 6. mati, mangkat, meninggal:
ada pun ia hidup kemudian drpd makzulnya sembilan tahun,
setelah itu ia pun ~;
~ akal a) tidak boleh berfikir lagi, tidak tahu apa yg harus dibuat; b)
agak gila (kerana hairan, kalah bertengkar, dll); ~ dara sudah tidak
dara lagi (bkn gadis yg telah dinodai); ~ harapan tidak mempunyai
harapan lagi; ~ hayat, padam jiwa mati; ~ ingatan = ~ fikiran = ~
arwah = ~ semangat a) pengsan; b) tidak berakal lagi; ~ malu tidak
ada perasaan segan (melakukan pekerjaan yg hina lagi keji); ~
nyawa mati; ~-~ timbul a) tidak kelihatan (kedengaran) nyata; b)
sebentar ada sebentar tiada;
~ adat tegal muafakat prb adat boleh diubah dgn persetujuan orang
ramai; ~ bini boleh dicari ~ budi badan celaka prb fikiran yg jahat
akan membahayakan diri sendiri; ~ dicari, terapung direnangi,
terbenam diselami prb a) memeriksa sesuatu dgn cermat; b)
menolong orang yg sedang kesusahan; ~ di mata, di hati jangan prb
walaupun berjauhan tempat tinggal, tetapi selalu diingat dlm hati; ~
ikan dlm kerabu prb kejahatan akan hilang jahatnya apabila tiaptiap
orang ikut mengerjakannya; ~ jasa beliung, timbul jasa rimbas
prb lain orang yg berbakti, lain pula orang yg dipuji; ~ kabus, teduh
hujan prb mendapat kesenangan setelah menderita kesusahan; ~
kepala kura-kura ditelan oleh dadanya prb orang yg hina tetapi
berilmu tetap akan dihormati ramai; ~ kilat dlm kilau prb
kepandaian (kebesaran) seseorang tidak kelihatan apabila ia bergaul
dgn para cerdik pandai (orang-orang besar); ~ pelanduk berganti
kijang emas prb perempuan yg bercerai dgn suaminya yg hina
kemudian berkahwin dgn lelaki yg mulia; ~ rona kena penyakit, ~
bangsa tidak berwang prb orang yg tidak berharta kurang dihargai
ramai; ~ sepuh nampak senam prb kejahatan seseorang diketahui
apabila terbuka rahsianya; ~ tak tentu rimbanya prb hilang tak
berbekas; ~ tapak tukul, timbul tapak canai prb perbuatan baik atau
jahat akan hilang dilindungi oleh perbuatan orang yg kemudian; ~
tentu rimbanya, mati tentu kuburnya prb sesuatu perkara yg tentu
kesudahannya; ~ tukul ~lah pahat prb tidak dapat berbuat sesuatu
kalau tidak berteman; patah tumbuh, ~ berganti prb terus-menerus
ada gantinya; pertama ~, kedua terbilang prb berani melakukan
pekerjaan berbahaya utk kepentingan umum; tonggang ~ berani
mati prb sikap gagah berani (tidak gentar) utk menjalankan
kewajiban;
menghilang menyebabkan tidak nampak lagi, melenyapkan diri:
orang yg menikamnya cabut lari dgn cepatnya lalu ~;
menghilangkan menyebabkan jadi hilang, melenyapkan,
menghapuskan, meniadakan: di kedai itu dia berhenti utk
melepaskan lelahnya dan ~ dahaganya; ia pun ~ dirinya di dlm
gelap dan menyusup balik ke biliknya;
kehilangan 1. perihal hilangnya sesuatu, kematian: ~ seorang isteri
atau seorang suami yg demikian tentulah membawa kpd
kesedihan; 2. menderita kerana hilang sesuatu: jika orang itu
gempar ~ kerbaunya katakan aku tahu bertenung menentukan di
mana-mana tempat kerbau itu;
~ muka mendapat malu; ~ nama mendapat nama yg buruk;
penghilangan perihal menghilangkan, penghapusan;
penghilang yg atau utk menghilangkan: seteguk air ~ dahaga.
hilap Jk lupa akan diri sendiri (sehingga sanggup melakukan sesuatu yg
kurang baik).
hilau Mn; berhilau, berhilau-hilau 1. menari beramai-ramai (di hadapan
harimau atau buaya mati dll); 2. meratapi orang mati dsb.
hilir 1. bahagian sungai yg di sebelah bawah (lwn hulu atau udik):
ambillah air di sebelah ~; ayah dan ibu Ah Seng yg tinggal di
sebelah ~ baris kedai itu bertanam sayur dan padi; orang ~ orang
yg tinggal di daerah sungai di sebelah bawah; 2. = ke hilir,
menghilir (mengikut aliran sungai): maka Seri Bija Diraja pun ~lah
membawa maharaja Dewa Sura kpd Bendahara Paduka Raja;
~ malam mudik tak singgah daun nipah dikatakan daun labu prb
jika malas berusaha tentulah akan mendapat susah: sudah terlalu ~
malam, apa hendak dikatakan lagi prb a) orang yg mengaku
kesalahannya sendiri kerana mungkir dlm janjinya; b) sesuatu
kesalahan yg tidak dapat diperbetulkan lagi; tidak mengetahui hulu
~nya prb tidak tahu hujung pangkalnya sesuatu perkara dll;
berhiliran sentiasa (selalu) mengalir, mengalir ke sana ke mari;
menghilir belayar (berdayung, berhanyut) ke hilir: motobot ~ terus;
berjalan ~ mudik berjalan ke sana sini, mundar-mandir, tak tentu ~
mudiknya tidak diketahui sebab-musababnya (asal usulnya dll);
bagai si jimban hendak ~ prb orang lemah lagi lembap mengerjakan
sesuatu; spt penjaja, berpaling hendak ~ prb perempuan yg keluar
dr rumahnya dan berjalan dgn hebat dan tampan lakunya;
menghiliri mengikuti sungai dll menghala ke hilir, berjalan
(berkayuh dll) ke hilir;
menghilirkan 1. membiarkan (menghanyutkan) menuju ke hilir,
membiarkan menghilir, membawa sesuatu menghilir: maka Yang
Dipertuan Muda pun menyuruh hilirkan penjajapnya yg telah
sedia di dlm sungai itu; 2. ki membawa (sesuatu perkara, hal, dll)
ke arah tertentu;
hiliran berkaitan dgn pelbagai kegiatan yg berkembang drpd
kegiatan utama (bkn industri, projek, aktiviti dsb): pembuatan
kereta ini telah mewujudkan industri ~ spt servis, penjualan kereta
dsb; pembangunan KLIA dijangka meningkatkan pembangunan
infrastruktur sokongan dan menggalakkan pertumbuhan ~ baru di
luar kawasan Lembah Klang; peringkat ~; produk ~;
berkehiliran berketentuan;
penghiliran perbuatan menghilir: sepanjang ~ di sungai Lepeh.
hilir mudik ke sana ke mari, pergi balik;
sehilir semudik satu tujuan, sefahaman, sehaluan;
menghilir mudik berbuat sekehendak hati; berjalan ~ berjalan ke
sana sini, mundar-mandir; tak tentu ~nya tidak diketahui sebabmusababnya
(asal usulnya dll);
menghilirmudikkan melakukan (memperbuat) sesuatu sekehendak
hati.
hilum (Bio) parut yg terdapat pd bahagian selaput apabila biji terpisah
drpd tangkainya.
himar Ar keldai.
himbau I; menghimbau memanggil, menyebut, menyeru nama orang dll;
menghimbaukan memanggilkan, menyerukan;
himbauan seruan, panggilan: Islam memiliki ~ politik melebihi
batas penggolongan geografi dan kesukuan.
himbau II; menghimbau melemparkan (sesuatu) ke atas, menghambung,
mengangkat ke atas: dr jauh nampak mereka ~ pasir naik ke
tebing.
himen (Bio) selaput dara.
himpang; berhimpang tumbuh, berkecambah, bertunas: kunyit ~ atas
para, serai beranak atas dapur.
himpit sangat rapat (antara dua benda dll), asak-berasak;
berhimpit, berhimpit-himpit sesak-menyesak, berasak-asak,
bersempit-sempit: tak sanggup aku hendak menempuh orang yg
berhimpit-himpit itu;
menghimpit 1. menindih (menekan dll) dgn barang yg berat,
mengapit, menyesak: nasi itu kemudiannya dihimpit dgn lesung
batu utk memadatkannya; pd perasaannya bumi ini hendak ~ dia;
2. ki menekan (dlm erti kiasan), mengasak, menyusahkan:
kemiskinan ~ kehidupan keluarganya;
menghimpitkan menindihkan hingga tersepit, merapatkan hingga
sesak-menyesak, menekankan;
memperhimpitkan, memperhimpit-himpit-kan merapatkan
berhimpit-himpit;
terhimpit 1. terjepit, terapit, tertindih; 2. ki susah (bkn kehidupan),
terdesak: kehidupannya di kampung ini makin tersepit dan ~;
himpitan perbuatan menghimpit (menekan, menyesak, dll),
tekanan, asakan: mereka tidak tahan lagi menderita ~ drpd tentera
Jepun itu;
kehimpitan keadaan berhimpit, ketenatan: setiap individu yg
paling lasak, difikirkan berjuang di dlm ~ industri Britain.
himpun (Komp) 1. proses mengumpulkan data, subrutin, dll yg diperlukan
oleh atur cara utk pemprosesan; 2. proses menterjemah kod bahasa
berlambang kpd kod mesin yg setara;
berhimpun berkumpul: dgn seketika itu juga segala anak cucunya
pun ~lah;
menghimpunkan mengumpulkan (orang, benda, maklumat, dll):
maka baginda menyuruh ~ segala orang besar-besar di dlm negeri
Samudera; JPM berusaha menyampaikan ilmu yg telah
dihimpunkan oleh sarjana bidang tersebut secara sistematik;
terhimpun telah dikumpulkan, terkumpul;
himpunan kumpulan: sebuah ~ puisi; analisis yg menghuraikan
sekumpulan ayat melalui satu ~ data;
perhimpunan 1. perihal berhimpun beramai-ramai utk sesuatu
tujuan tertentu: sekalian penghulu dan ahli bijak pandai
mengadakan satu ~ besar di Padang Asam; 2. tempat berhimpun
(terhimpunnya barang-barang dll): maka oleh segala orang Arab
dinamainya malakat, ertinya ~ segala dagangan, kerana banyak
jenis dagangan ada di sana;
penghimpunan perihal atau perbuatan menghimpunkan,
pengumpulan;
penghimpun; ~ elektrik Id bateri.
hina 1. rendah tarafnya (kedudukan, pangkat, dll): mereka memandang
kami sangat ~, macam anjing layaknya; 2. keji (perbuatan,
kelakuan, dll), kurang sopan: perbuatan itu sangat ~ dan keji;
ketahuan ~ mulianya mengetahui kedudukan yg sebenarnya; ~ budi
kelakuan yg kurang baik; ~-dina = ~-lata = ~-leta = ~-papa (orang
yg) paling rendah martabat lagi miskin; se~ semalu nasib yg sama,
seia sekata;
berhina; ~ diri merendahkan diri;
menghina, menghinakan 1. memperlakukan spt orang yg hina,
rendah (kedudukan dll): biarlah saya menghina diri saya sendiri
sebelum orang lain ~ saya; 2. menyinggung perasaan orang
(memaki dll), memburukkan nama orang, mengejikan: dia sudah
tentu tak suka menghina orang dan tak suka pula dihinakan oleh
orang;
terhina dipandang (dianggap) hina, telah dihinakan: dia berasa ~
dikata-kata begitu;
hinaan sesuatu yg menghina: kata-katanya mengandungi ~;
kehinaan perihal hina (keji, buruk, dll), kerendahan (martabat dll),
kekejian: ia telah jatuh ke dlm lembah ~;
penghinaan perihal menghina(kan): perbuatan itu dianggapnya
sebagai satu ~; ~ mahkamah (Udg) a) perbuatan mengingkari
keputusan atau proses mahkamah; b) perlakuan biadab terhadap
mahkamah.
hinap; menghinap-hinap memikir-mikirkan sesuatu perkara (buruk
baiknya dll), menimbangkan, memenungkan.
hincit nyah, pergi: sekarang ~lah kekanda dr sini;
menghincitkan mengusir, menghalau: dahulu kekanda ~ adinda,
sekarang kekanda pergi dr sini!
hincut tempang, bengkok;
terhincut-hincut berjalan tempang.
hindar pergi (dlm maksud menyuruh), nyah;
menghindar pergi, mengelak, menyingkir, menyisih: seolah-olah
kesakitannya telah ~ dr dirinya;
menghindari mengelak supaya terbias drpd (kecelakaan, serangan,
dll), menjauhkan diri drpd: pertempuran antara kita sama kita
hanya dapat dihindari kalau saudara-saudara undur dr sini;
menghindarkan mengelakkan (menjauhkan, menyingkirkan) drpd,
membiarkan: angkatan udara kita telah dapat ~ pengeboman atas
ibu kota; jawaban yg demikian sebenarnya tidak dapat
mengelakkan pertanyaan dan ~ persoalan;
terhindar terluput (terlepas, bebas) drpd: Yahya ~ drpd maut;
terhindarkan dapat dihindarkan: kesukaran yg ~;
penghindaran perihal (perbuatan) menghindarkan (menghindari).
hindik; menghindik menekan dgn kaki bertalu-talu (spt orang menumbuk
dgn lesung kaki), mengenjut.
hindu I Mn ark induk, nenek moyang; mencari ~ mencari pertalian
keluarga.
Hindu II 1. = agama ~ agama yg dominan di India, yg bercirikan
penyembahan banyak dewa, sistem kasta, kepercayaan pd
penjelmaan semula, dsb; 2. = orang ~ orang yg menganut agama
Hindu.
Hinduisme agama Hindu.
hingar sangat bising: majlis itu ~ dgn suara orang bercakap-cakap dan
bertepuk sorak; ~-bangar = ~ bingar sangat bising, riuh-rendah,
hiruk-pikuk;
menghingari mengganggu orang dgn membuat bising: jangan ~
budak kecil yg sedang tidur itu;
menghingarkan menimbulkan suasana yg hingar, membisingkan:
jeritan kanak-kanak itu sungguh ~;
kehingaran keadaan yg hingar, kebisingan: ~ itu dibauri dgn jerit
pekik yg menggamatkan.
hingga 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2.
sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu,
masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd
ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. =
sehingga, hinggakan, sehinggakan sampai pd keadaan (masa dll),
sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah
si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah);
berhingga ada batasnya (hadnya), berbatas: air matanya
bercucuran tiada ~ spt air laut;
menghinggakan, memperhinggakan menetapkan batasnya
(jumlah dll), membatasi, mengehadkan: suka sangat rasa hatinya,
tidak dapat diperhinggakan;
terhingga terbatas, terhad: kpd beliau ini kita berhutang budi yg
tidak ~; maka Laksamana keluar masuk istana tiadalah ~ lagi;
perhinggaan batas (batasan).
hinggan ark batas: kalau kurang modal Tuan Sultan menolong ~ berapa
nakhoda suka; hingga.
hinggap 1. berhenti terbang lalu bertenggek di atas sesuatu (bkn burung,
lalat, dll): kupu-kupu ~ di atas bunga mawar; terbang-terbang ~
tidak tentu tempat tinggalnya; 2. ki singgah, jatuh dan mengenai
sesuatu: kayu itu ~ betul-betul di atas kepalanya; tamparan yg kuat
~ di muka adiknya; 3. ki menimpa (bkn penyakit dll), berjangkit pd
yg lain (bkn api dll): penyakit itu telah ~ padanya;
~ mencengkam terbang menumpu prb kalau merantau ke negeri lain
hendaklah mencari orang yg sesuku dan apabila hendak pulang dr
sana mestilah memberitahu orang itu juga; ~ saja bagai langau, titik
saja bagai hujan prb sesuatu (kemalangan dll) yg terjadi dgn tibatiba
saja; hendak ~ tiada berkaki prb ingin berbuat sesuatu tetapi
tidak berdaya;
menghinggapi 1. hinggap pd, duduk (berdiri, melekat) pd: bubur
yg dihinggapi lalat itu patut dibuang; 2. menimpa (penyakit dll),
menjangkiti (api dll): penyakit pelagra biasanya ~ orang yg
menjadikan jagung sbg makanan utama.
hinggut goyang, goncang; tak usah ~, tak tercabut prb sesuatu yg sukar
dikerjakan;
menghinggut menggoyang atau menggoncang (pokok dll);
terhinggut-hinggut bergoyang-goyang, (bergerak) berayun-ayun,
bergoncang-goncang: kereta itu ~ ketika melalui jalan yg lekuklekak.
hingus lendir yg keluar drpd hidung;
sakit ~ sj penyakit kuda (bengkak pd kulit lendir hidung); bagai
budak sapu ~ prb perihal orang yg tidak tahu mengerjakan sesuatu
dgn sendirinya;
berhingus 1. ada atau mengeluarkan hingus: hidungnya ~; 2.
mentah (dlm pengalaman hidup dsb);
menghingusi 1. membuang hingus drpd hidung orang lain,
mengesang; 2. ki memperdayakan;
hingusan; anak ~ Id, ki masih kecil lagi: bapanya mati ketika ia
masih anak.
hio C sj dupa Cina.
hiper- awalan asing terlampau atau terlebih drpd normal, mis hiperaktif
dan hipersensitif.
hiperaktif terlampau cergas pergerakannya sehingga sukar dikawal,
biasanya kanak-kanak;
kehiperaktifan perihal (keadaan atau sifat) hiperaktif: masalah ~
kanak-kanak.
hiperbola I (Mat) garis lengkung yg terbentuk apabila kon dipotong oleh
satah (di mana sahaja kecuali di bahagian tengah).
hiperbola II (Lin) ungkapan (penyataan dsb) kiasan yg berlebih-lebihan
atau dibesar-besarkan utk memperoleh kesan tertentu dan tidak
bertujuan ditafsirkan secara harfiah, mis askar raja itu berlaksalaksa
banyaknya.
hipermetropia (hipermétropia) keadaan apabila seseorang tidak dapat
melihat objek dekat dgn terang, rabun dekat.
hiperon (Fiz) zarah asas yg lebih berat drpd neutron atau proton.
hiperpeka (hiperpéka) (Ubat) hipersensitif.
hipersensitif (hipersénsitif) (Ubat) terlalu sensitif terhadap ubat atau
bahan kimia tertentu;
kehipersensitifan perihal (keadaan atau sifat) hipersensitif: ~ kulit
terhadap bahan tersebut pernah berlaku.
hipertensi (hiperténsi) (Ubat) tekanan darah pd arteri yg tinggi berterusan
dgn tekanan sistole 140-200 milimeter merkuri atau lebih, dan
tekanan diastole 90-110 milimeter merkuri atau lebih.
hipertermia (Ubat) keadaan suhu badan yg jauh lebih tinggi drpd paras
normal.
hipi; golongan ~ golongan yg tidak mahu menerima atau tidak patuh kpd
kebiasaan-kebiasaan dlm masyarakat dan melahirkan keperibadian
mereka yg bebas itu menerusi cara mereka berpakaian dan cara
hidup mereka.
hipnosis keadaan tidak sedar yg menyebabkan seseorang kelihatan spt
tidur tetapi masih boleh mendengar, melihat atau memahami perkara
tertentu yg diajukan kepadanya oleh orang yg menguasai mindanya
ketika itu.
hipnoterapi (hipnotérapi) (Psi) kaedah rawatan sesuatu penyakit jiwa
secara hipnosis.
hipnotis orang yg mengamalkan atau melakukan hipnosis.
hipnotisme kajian atau amalan tentang hipnosis.
hipodermik (Ubat) disuntik di bawah kulit (bkn dadah, ubat dsb): jarum
~.
hipodermis (Bio) 1. lapisan sel tumbuhan yg terbentuk di bawah
epidermis; 2. lapisan sel yg merembeskan kutikel pd haiwan
artropod dan sesetengah invertebrat lain.
hipoglisemia (hipoglisémia) (Ubat) paras kandungan gula (glukosa) yg
sangat rendah dlm darah yg boleh menyebabkan seseorang sakit
kepala, koma dsb.
hipokondria (Psi) perasaan bimbang yg keterlaluan terhadap kesihatan
diri sendiri.
hipokotil (Bio) bahagian batang pd biji benih tumbuhan yg terletak di
bawah kotiledon.
hipokrasi perbuatan berpura-pura baik.
hipokrit (orang yg) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dll)
baik, (orang yg) memperlihatkan keadaan diri yg berlainan drpd yg
sebenarnya, munafik.
hiponim (Lin) kata yg maknanya terangkum dlm makna kata yg lain, mis
kambing, lembu dan rusa adalah hiponim drpd binatang.
hiponimi (Lin) hubungan antara hiponim dgn superordinatnya.
hipotaksis (Lin) penggabungan klausa dgn klausa atau ayat dgn ayat dgn
menggunakan kata hubung, mis adik menangis kerana bajunya
kotor.
hipotek (hipoték) IB sj gadai drpd barang-barang yg tidak bergerak (spt
rumah, tanah, dll);
menghipotekkan menggadaikan (rumah, tanah, dll) kpd bank.
hipotenus (hipoténus) (Mat) sisi yg bertentangan dgn sudut tegak dlm satu
segi tiga bersudut tegak.
hipotermia (Ubat) keadaan suhu badan yg jauh lebih rendah drpd paras
normal yg boleh menyebabkan pitam, pengsan dsb.
hipotesis (hipotésis) sesuatu pendapat yg dianggap benar sbg alasan
walaupun kebenarannya masih belum dibuktikan;
menghipotesiskan membuat atau menganggap sesuatu sbg
hipotesis: kaitan keadaan dgn orientasi atas dasar yg
dihipotesiskan.
hipotetikal (hipotétikal) bersifat hipotesis.
hiput tumbuh-tumbuhan yg hidup pd benda organik (spt binatang, pokok)
yg telah mati dan reput, saprofit.
hiragana sistem tulisan silabik dlm bahasa Jepun.
hirap hilang, lenyap (bkn orang dll);
menghirap menghilang, bersembunyi, melenyapkan diri.
hirau, menghiraukan mempedulikan, mengacuhkan, mengendahkan,
memerhatikan: pemuda itu tidak lagi ~ pekerjaannya tetapi asyik
bersenang-senang sahaja.
hiris (se)potong nipis; se~ daging;
menghiris memotong nipis-nipis: mereka sedang ~ daun pandan
utk dibuat bunga rampai; ~ hati memilukan (menyakitkan) hati;
bagai dihiris dgn sembilu sangat pedih rasa hati;
menghiriskan memotong dgn (pisau dll), memotong utk: tolonglah
kekanda hiriskan adinda limau;
terhiris 1. menghiris atau dihiris dgn tidak sengaja: sewaktu
memotong bawang tadi, dia ~ jarinya; 2. ki berasa tersinggung oleh
kata-kata atau perbuatan seseorang: hatinya ~ oleh cemuhan
kawan-kawannya itu; 3. ki berasa sedih atau dukacita: hatinya ~
melihat keadaan kanak-kanak itu;
hirisan sesuatu yg telah dihiris, hasil menghiris: ~ bawang itu
ditumis;
penghiris 1. orang yg menghiris; 2. alat utk menghiris sesuatu.
hiru-biru kebisingan, kekacauan, kerusuhan;
menghiru-birukan mengacaukan, merusuh: ada satu perkara yg
musykil ~ sukmanya; haru.
hirudin (Ubat) sj bahan antigumpal yg diekstrak drpd kelenjar mulut
lintah.
hiruk; ~-pikuk = ~-piruk keadaan riuh-rendah, sibuk dan bising, gempar,
huru-hara: dlm ketika ~-pikuk itu, perahu-perahu lanun
bertempiaran lari arah ke selatan; ketawa hilai yg bercampur dgn
~-pikuk suara orang yg mabuk;
menghiruk membuat huru-hara (gempar, ribut, bising, dll):
kampung itu bising sekali, dihiruk dgn pelbagai bunyi yg tidak
dapat ditentukan;
menghirukkan menjadikan gempar (bising dll), menggemparkan;
penghiruk orang yg suka membuat gempar (gaduh dll).
hirup; menghirup 1. menyedut dan menelan benda cair, meneguk: dia ~
air kopinya yg masih lagi berasap-asap panas; 2. Id menghisap,
menyedut (rokok, udara, dll);
hirupan perihal menghirup, sedutan: bunyi ~nya macam bunyi itik
menyudu.
his sr kata utk menyatakan tidak suka (jijik dll).
hisab 1. (per)hitungan, perkiraan: ilmu ~ pengetahuan bkn menghitung
(kira-mengira); 2. sl hirau, endah, peduli: maka dibedil oranglah dr
darat kena kapalnya, ~ pun dia tiada;
menghisab menghitung amalan baik dan buruk manusia: maka
dihisab dan dihitunglah segala kebaikan dan kejahatan mereka;
aku ~ dan menghitung diriku sendiri tiap kali selesai solat;
menghisabkan mempedulikan, menghiraukan, mengendahkan:
beberapa pun dipasang orang mercun dan periuk api dan tempik
sorak spt tagar, tiada dihisabkan oleh Belidamani, dirempuhnya
juga;
terhisab, terhisabkan masuk dlm hitungan, terhitung, terkira: maka
tiadalah ~ lagi banyaknya;
penghisaban perbuatan atau hal menghisab.
hisap; menghisap memasukkan sesuatu (ke dlm mulut atau hidung) dgn
tarikan udara, menyedut masuk (ke dlm hidung atau mulut): dia ~
rokok; burung itu ~ manisan bunga; ~ benak terlampau banyak
mengambil untung dr orang lain; ~ darah memeras orang
(mengambil bunga wang dgn banyak);
hisapan hasil drpd menghisap, yg telah dihisap; ~ jempul ki berita
atau karangan yg direka-reka (khabar yg dibuat-buat);
penghisapan 1. perihal (perbuatan) menghisap, penyedutan; 2. ki
pemerasan, pemerahan: Rizal mencatatkan pelbagai ~ bumi
Filipina oleh kekuasaan Sepanyol;
penghisap 1. orang yg menghisap sesuatu (spt rokok, candu, dadah,
dsb): Sultan Mahmud telah dikatakan oleh penulis-penulis Portugis
sbg seorang ~ candu; 2. alat utk menghisap;
~ darah orang yg suka memeras orang lain (dgn mengenakan bunga
yg tinggi dsb atas pinjaman wang atau dgn cara lain).
histamina (Ubat) sj bahan yg dibebaskan oleh tisu badan dlm tindak balas
alahan.
histerektomi (histeréktomi) (Ubat) pembuangan rahim secara
pembedahan.
histeria 1. sj penyakit urat saraf yg terlihat pd letusan-letusan emosi yg
tidak dapat dikawal, selap: diserang ~; 2. kegembiraan atau
ketakutan yg tidak dapat dikawal.
histogenesis (histogénésis) (Bio) pembentukan tisu dan organ drpd sel yg
belum membeza.
histogram rajah yg terdiri drpd petak-petak segi empat bujur yg
digunakan utk mewakili taburan sesuatu taburan kekerapan
(berdasarkan tinggi rendah petak).
histolisis (Bio) penghancuran tisu.
histologi (Bio) kajian tentang tisu haiwan atau tumbuhan (dr segi struktur,
fungsi, dll).
histori IB (ilmu) sejarah, tawarikh.
historikus IB ahli sejarah.
historiografi 1. prinsip atau kaedah pengajian sejarah; 2. penulisan
sejarah; 3. karya atau hasil penulisan berkaitan dgn sejarah: al-
Quran bukan sbg bahan analisis yg sistematik, laporan atau ~.
historisisme 1. kecenderungan utk menganggap perkembangan sejarah
sbg aspek yg amat penting dlm kewujudan manusia; 2. teori yg
menekankan bahawa fenomena sosial dan budaya adalah ditentukan
oleh sejarah.
hit bp disukai ramai (bkn lagu dsb), popular: lagu-lagu ~ masa kini.
hitam 1. warna spt warna arang, lwn putih; 2. ki dianggap tidak selamat
kpd negara dsb: beberapa kawasan di Pahang masih dianggap sbg
daerah ~;
~ berkilat warna hitam yg berkilat (agak berminyak); ~ birat orang
yg kulitnya hitam lagi hodoh; ~ kerak dodol Kl hitam yg digemari
orang, hitam manis; ~ kumbang = ~ jengat = ~ legam = ~ lengit = ~
lotong = ~ pekat sangat hitam, hitam benar; ~ (tampuk) manggis
hitam spt kulit buah manggis; ~ manis warna hitam kemerahmerahan
(yg disukai orang); ~ mata bahagian mata yg hitam; ~
putih a) pernyataan bertulis sbg bukti: kami ada bukti ~ putih yg
membolehkan kami merobohkan rumah ini; sebarang perjanjian
tidak akan sah kalau tidak ada ~ putih; b) berwarna hitam, putih
dan kelabu sahaja (bkn gambar, televisyen dsb): gambar ~ putih itu
menimbulkan kenangan yg beraneka; bagi mereka, pd waktu itu,
jika memiliki televisyen ~ putih pun, sudah berasa spt orang kaya;
c) ki nasib buruk atau baik yg dialami seseorang: ~ putih
kehidupannya terletak pd dirinya sendiri; ~ usam hitam yg tidak
berseri (kotor); dlm ~ putih = ~ di atas putih (perjanjian dll) dibuat
bertulis;
~ bagai pantat belanga prb perihal keburukan tabiat seseorang; ~
dikatakan putih, putih dikatakan ~ prb tidak mengatakan yg
sebenarnya (berdusta, berbohong); ~ gagak tiada siapa yg
mencelupnya prb orang yg berlaku jahat dgn kemahuannya sendiri;
~-~ bendi, putih-putih sadah prb yg buruk lebih berharga drpd yg
cantik; ~-~ gajah, putih-putih udang kepai prb meskipun cantik
rupanya yg hina tetap hina dan yg mulia tetap mulia meskipun buruk
rupanya; ~-~ gula Jawa prb sungguhpun hitam tetapi manis
dipandang; ~-~ kereta api, putih-putih kapur sirih prb jangan
disangka sesuatu yg buruk itu selamanya kurang harganya (malahan
yg cantik itu adakalanya kurang berharga); ~ mata itu takkan boleh
bercerai dgn putihnya prb orang dlm percintaan tidak mudah
dipisahkan; ~ tahan timpa, putih tahan sesah prb tetap tidak
berubah, boleh dikaji keasliannya; ~-~ tahi minyak dimakan juga,
putih-putih hampas kelapa dibuang prb barang yg buruk tetapi
berguna disimpan tetapi barang yg cantik tidak berguna dibuang;
rambut sama ~ hati masing-masing = rambut sama ~ hati lain-lain
prb tiap-tiap orang itu berlainan pendapatnya;
menghitam 1. menjadi hitam: Leman masih memandang ketul
keledek yg telah ~ kulitnya; 2. kelihatan hitam (kerana banyak
orang berkumpul), menyemut: semut kelihatan ~ menghurung nasi
itu;
menghitamkan 1. menyebabkan jadi hitam: ia ~ lukisannya dgn
dakwat Cina; asap pelita minyak tanah itu seringkali ~ lubang
hidungnya; 2. memburuk-burukkan (pangkat, nama, dll),
mencemar: perkara itu boleh ~ nama baik guru-guru agama; 3.
Mn meninggalkan (negeri dll) dan tidak kembali lagi: dilulurnya air
matanya, biarlah negeri Padang dihitamkan buat selama-lamanya;
kehitaman hitam sekali;
kehitam-hitaman agak hitam.
hitung perihal membuat kira-kira (membahagi, mencampur, mendarab,
dll); ilmu ~ ilmu hisab; ~ panjang pukul rata, rata-rata;
berhitung 1. membuat kira-kira (spt mencampur, menjumlah, dll),
berkira-kira: apa benar sukarnya berniaga, asal pandai membeli
dan menjual, dan pandai ~ sedikit; ~ kepala mencongak, mengira;
2. Mn memeriksa untung rugi (perniagaan dll);
menghitung 1. mengira berapa jumlahnya (pendapatannya,
keuntungannya, dll), membilang (berapa banyaknya): menanti
abang lambatnya datang duduk menanti ~ bulan; 2. menentukan
atau menetapkan berdasarkan sesuatu (cara, kaedah, dll):
bayarannya dihitung mulai bulan ini; dia ~ harga barang-barang
import dr Jepun itu dgn wang ringgit Malaysia; 3. menganggap
(memandang) sbg: kalau dihitung dr segi agama suaminya
memang diharuskan beristeri lagi; makanan yg kita makan itu
dihitung masih belum sempurna jika tidak bersih; bagai ~ bulu
kambing prb mengerjakan sesuatu yg sia-sia;
menghitungi mengira berkali-kali, menghitung banyak benda;
menghitungkan menghitung utk: dia tidak mahu ~ aku telur itu;
memperhitungkan 1. mengira-ngira berapa banyak atau jumlahnya
(wang dll): perlu sekali diperhitungkan jumlah bakal pengundi
menjelang pilihan raya; 2. menyelesaikan (hutang dll) dgn
membuat perkiraan: hutangmu itu akan diperhitungkan dgn
gajimu; 3. mengingat (memikir akan, memberi perhatian akan): soal
nama tidak perlu diperhitungkan, yg penting ialah perjuangan
parti; 4. mempedulikan, mengendahkan: petualang-petualang
politik menggilakan kuasa dgn tidak ~ kepentingan nasional; 5.
merundingkan sesuatu dgn teliti, mempertimbangkan: senangsenang
dia membuat sesuatu keputusan tanpa ~ buruk baiknya;
terhitung 1. telah (sudah) dihitung (dikira); 2. dapat atau boleh
dikira, terbilang, terkira: orang yg menonton pertunjukan kesenian
di Stadium Negara tidak ~ banyaknya; 3. tergolong dlm hitungan,
termasuk dlm perkiraan: dia menjadi seorang saudagar yg ~ kayaraya;
hitungan 1. hasil drpd menghitung (mengira): saya belum dapat
mengesahkan ~mu; 2. perkara (soal dll) yg perlu dikira (spt ilmu
hisab, masalah, dll); ~ angka-angka Id mengira dgn angka-angka
saja; ~ kepala Id pekerjaan mengira dlm kepala (mencongak); ~
soal(an) Id perkara berhitung yg difahamkan dr kalimat-kalimat
atau cerita (masalah); 3. = perhitungan pertimbangan, fikiran,
pendapat: sudah putus sahaja ~ engkau akan kahwin dgn Marah
Adil, dan terus perkahwinan dilangsungkan;
perhitungan perihal menghitung (mengira-ngira,
mempertimbangkan, dll), pertimbangan, perkiraan: menurut ~ itu
aku mendapat 1000 ringgit keuntungan; pd ~ sekarang satu keruh
itu lebih kurang dua batu setengah jaraknya; memberi malu anak
gadis orang tidak baik pd ~ kanda; bila dia telah menjalani
hukumannya dia akan membuat ~ dgn orang yg telah
menyebabkan dia masuk penjara;
penghitungan perbuatan menghitung;
penghitung 1. alat utk menghitung; 2. orang yg menghitung.
HIV kep Human Immunodeficiency Virus (sj virus yg menyebabkan
AIDS).
hiyayat Ar pemberian hidup.
Hj. kep Haji.
Hjh. kep Hajah.
hlm kep halaman.
hm kep hektometer.
ho sr kata utk menyatakan rasa terkejut (tidak berkenan dll); hoh.
Ho simbol kimia bagi holmium.
hob tungku pd dapur gas atau elektrik.
hobat = hobatan sl jampi, guna-guna, mantera, sihir; orang ~ orang yg
pandai mempergunakan jampi (guna-guna, mantera, sihir, dll);
menghobatkan menjampi, memanterai.
hobi kegemaran yg diamalkan pd waktu lapang dan bukan pekerjaan yg
utama (spt mengumpul setem, membaca, dll): dia menjadikan
membaca sbg ~nya.
hodah sl tempat duduk di belakang gajah.
hodoh 1. buruk, jelik (rupa dll); 2. terlalu bodoh (dungu);
menghodohkan menyebabkan buruk, jelik (rupa dll): parut di muka
memang ~ wajah;
kehodohan keadaan atau sifat hodoh: sukar utk kita mengakui ~
hidup kita.
hogeh (hogéh) Pr; menghogeh menggoyang, menggoncang; honggeh.
hogoh Pr; terhogoh-hogoh 1. tergoyang-goyang (kayu dll); 2. Kl
termengah-mengah (kerana penat, terlalu kuat bekerja, dll).
hoh sr kata utk menyatakan rasa terkejut dll; ho.
hoha, hohah bp (keadaan, kelakuan) yg tidak tertib (teratur), berkeliaran
(tidak tentu hala).
hoi sr kata utk memanggil atau menyahut (kurang hormat drpd hai).
hoit Pl panggil; hoi.
hok Kl bergerak, beralih: ~ sedikit.
Hokchia suku kaum Cina yg berasal dr kawasan kecil dekat dgn Foochow
(Fuzhou), China dan tinggal di merata tempat di dunia.
Hokchiu Foochow.
hokhak Kd (perangai) kasar, kurang sopan, tidak tertib.
Hokkien suku kaum Cina yg berasal dr daerah Amoy dan Fukien di
tenggara China, dan tinggal di merata tempat di dunia.
hoki sj permainan yg dimainkan oleh dua pasukan, yg setiap satunya
terdiri drpd 11 orang pemain yg mencuba memasukkan bola ke dlm
gol lawan dgn menggunakan kayu pemukul khas untuknya; kayu ~
kayu pemukul bola (dlm permainan hoki) yg bengkok di satu
hujungnya.
hol Id kenduri arwah yg diadakan setahun sekali, kenduri ulang tahun
orang mati; menepati ~ mengadakan kenduri arwah.
holistik bersifat saling berkait antara satu sama lain sbg suatu sistem
bersepadu yg menyeluruh, bukan sekadar menyentuh aspek-aspek
tertentu sahaja: model ini bertujuan memberikan pandangan secara
menyeluruh dan ~ bagi memahami konteks operasi sesuatu
organisasi.
holmium (Kim) sj unsur logam bersimbol Ho, yg berwarna putih perak,
dan dapat ditempa.
holofit (Bio) tumbuhan hijau yg mensintesiskan bahan organik drpd bahan
tak organik melalui fotosintesis.
holofrasa (Lin) kata yg mengungkapkan atau membawa makna
keseluruhan ayat atau ungkapan, mis makan? dgn maksud awak
hendak makan?
holofrasis (Lin) pengungkapan maksud seluruh ungkapan atau ayat dlm
satu perkataan.
holograf dokumen atau manuskrip yg ditulis tangan oleh pengarangnya
sendiri.
holografi kajian atau teknik yg berkaitan dgn penghasilan hologram.
hologram (Fiz) imej fotografi tiga dimensi yg terbentuk oleh alur laser.
holozoik (Bio) memakan organisma lain atau bahan organik (bkn
binatang).
homeopati (homéopati) kaedah perawatan apabila pesakit diberi ubat
(biasanya sedikit) yg dapat mengeluarkan gejala penyakit yg serupa
spt gejala yg kelihatan apabila ubat itu diberikan kpd orang yg sihat.
homeostasis (homéostasis) (Bio) pengekalan ciri-ciri fizikal dan kimia
tubuh dlm keadaan yg seimbang tanpa dipengaruhi oleh perubahan
sekitaran.
hominid (Ant) anggota primat drpd famili Hominidae termasuklah
manusia moden dan nenek moyang mereka yg telah pupus:
penemuan seterusnya ialah fosil tulang ~ betina berusia 3.18 juta
tahun yg diberi nama Lucy yg ditemui pd 1974.
homisid (Udg) pembunuhan terhadap seseorang oleh orang lain: tuduhan
yg dibacakan itu termasuk melakukan pembunuhan atau ~, dan
berkelakuan tidak adil.
homo- awalan asing sama, mis homoseksual dan homonim.
homofobia perasaan takut atau benci yg amat sangat terhadap
homoseksual.
homofon (Lin) perkataan yg sama bunyi dgn perkataan lain tetapi berbeza
maknanya.
homofoni (Lin) hubungan antara homofon.
homogen (homogén) terdiri drpd bahagian-bahagian atau unsur-unsur yg
sama jenisnya;
kehomogenan keadaan atau sifat homogen: ~ pendapat dlm bidang
politik boleh diterangkan dgn dua proses yg berlainan.
homograf (Lin) perkataan yg sama ejaannya dgn perkataan lain tetapi
berbeza maknanya.
homogram (Lin) dua homograf atau lebih yg asal katanya berbeza, mis
abah dgn maksud ayah, dan abah dgn maksud arah.
homonim (Lin) perkataan yg sama bunyi atau ejaannya dgn perkataan lain
tetapi berbeza maknanya.
homonimi (Lin) hubungan antara homonim.
Homo sapiens (homo sapiéns) nama sains bagi manusia moden.
homoseksual (homoséksual) 1. cenderung tertarik dr segi seks kpd orang
yg sama jenis jantina dengannya; 2. orang yg tertarik nafsu
syahwatnya kpd orang yg sejenis dengannya, terutamanya antara
lelaki dgn lelaki;
kehomoseksualan homoseksualiti: ~ memang berlaku dlm manamana
masyarakat di dunia ini.
homoseksualiti (homoséksualiti) keinginan nafsu syahwat hanya kpd
orang yg sama jantina dengannya, atau hubungan seks hanya dgn
orang yg sama jantina dengannya.
hompej (hompéj) (Komp) paparan di skrin komputer yg mengandungi
maklumat pengenalan tentang seseorang individu, sesebuah
institusi, organisasi dsb: UMNO negeri akan melancarkan ~ yg
memuatkan perkembangan politik di Melaka dlm usaha
memberikan maklumat terkini kpd rakyat.
hon alat yg dibunyikan utk memberi isyarat atau amaran (ada bahaya dll):
~ kereta berbunyi beberapa kali;
mengehon membunyikan hon: jangan ~ di sini nanti terganggu
orang tidur.
honar I gempar, kacau, rusuh: suatu berita yg menimbulkan ~;
menghonarkan menggemparkan, mengacaukan;
kehonaran kegemparan, kerusuhan, kekacauan, sensasi.
honar II sl tipu daya (muslihat), angkara, hati atau akal busuk: banyak
muslihatnya, banyak ~nya, banyak mainnya dan banyak tahunya;
siapakah yg empunya ~ mempersembahkan kpd baginda itu?
hongah Kl hongoh.
hongek (hongék) honggek.
honggar; menghonggar menggoncang, menggoyang (turus, tonggak, dll)
supaya longgar, melonggarkan (dgn menggoncang dll).
honggeh (honggéh) hogeh.
honggek (honggék) Kl; terhonggek-honggek terenjut-enjut (mengenjutenjut);
hongek.
hongkoe (hongkoé) C sj penganan yg dibuat drpd tepung kacang hijau.
hongoh Kl; hongoh-hongoh, terhongoh-hongoh 1. bersendirian tanpa
menghiraukan sesuatu: dia berjalan ~ tanpa menghiraukan kami yg
berdiri di situ; 2. (dlm keadaan yg sangat) penat, tergopoh-gopoh;
hongah.
honorarium sagu hati yg dibayar sbg membalas jasa (kpd pengarang dll):
ia mendapat ~ sebanyak 100 ringgit.
honoris kausa; doktor ~ gelaran doktor yg diberikan sbg suatu
kehormatan (tanpa membuat tesis), doktor kehormat.
hop IB 1. ketua, lurah; 2. = hop-daktur bp ketua pengarang.
hopbiro IB ibu pejabat polis.
hopmandur Id, bp ketua mandur, ketua tandil.
horas (Batak) sr kata utk mengatakan giat, keras, kuat, hidup.
hordeng (hordéng) IB langsir, kain yg dipasang pd tingkap (pintu), tirai
tingkap (pintu dll).
hore (horé) sr kata utk menyatakan rasa suka atau mengejek: ~, kita
menang!
horizon lingkungan atau batas (pengetahuan minat, pengalaman, persepsi,
dsb): kanak-kanak remaja harus diberi ~ yg lebih luas.
horizontal mendatar: garis ~.
hormat 1. mempunyai pandangan yg tinggi terhadap seseorang dgn
memberikan layanan yg penuh sopan, khidmat, takzim: tetamu
dipersilakan masuk ke dlm dewan dgn ~; budak itu sangat ~;
diberhentikan dgn ~ diberhentikan dgn baik (bukan sebab
kesalahan); 2. perbuatan utk menyatakan rasa khidmat atau takzim:
serdadu kawalan itu pun memberi ~ dgn mengangkat tombak; 3.
menaruh penghargaan (khidmat, takzim): wajib kita ~ kpd ibu bapa
kita; (dgn) ~takzim (dgn) sepenuh hormat; dgn segala ~ dgn
sepenuh takzim; gila ~ terlalu suka dihormati orang; kurang ~
kurang sopan; tanda ~ perbuatan dll yg menunjukkan penghargaan
(takzim, khidmat);
berhormat mempunyai kedudukan yg dihormati atau dimuliakan:
Cikgu Amin seorang yg ~ di kampung itu; Yang B~ panggilan kpd
atau kata yg dipakai sebelum nama ahli majlis mesyuarat undangan
negeri atau parlimen atau orang-orang yg bergelar Datuk dsb; Yang
Amat B~ panggilan kpd atau kata yg dipakai sebelum nama Perdana
Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, atau Ketua
Menteri;
berhormat-hormatan, hormat-menghormati saling memberi
hormat;
menghormati 1. memberi (melahirkan, menaruh) hormat kpd: ~ ibu
bapanya; hormatilah orang tuamu; Rizal dihormati oleh seluruh
bangsa Filipina; 2. menerima dan mematuhi (aturan dll),
menghargai, menjunjung tinggi, memuliakan: aku ~ pendapatmu; ~
keinginanmu mencari sesuatu yg baru; Malaysia tetap ~
Perjanjian Bangkok; 3. disegani: ia seorang yg dipercayai dan
dihormati; ia dihormati dan ditakuti oleh anak-anak kapal;
terhormat (yg) sangat dihormati: kepada yg ~ saudara Ahmad; utk
pembesar-pembesar digunakan sebutan yg ~; profesion yg penting
dan ~;
kehormat 1. yg dihormati dan diraikan: tetamu ~ yg akan turut dlm
rapat itu ialah Perdana Menteri; 2. yg dilantik kerana
menghormati, yg diberikan sbg pernyataan hormat; ahli (anggota) ~
ahli (anggota) persatuan dll yg dilantik kerana jasanya dll; doktor ~
gelaran doktor yg diberikan utk menyatakan hormat; 3. yg jasanya
tidak dibayar; bendahari (setiausaha dll) ~ pegawai persatuan yg
bertugas tanpa dibayar; bayaran ~ wang sagu hati yg diberikan kpd
seseorang (pengarang dll), honorarium;
kehormatan 1. pemberian hormat (penghargaan dll): ia mendapat ~
menjadi ketua persidangan; perajurit yg gugur itu dikebumikan
dgn penuh ~; (per)barisan ~ (per)barisan utk menunjukkan hormat
(kpd tetamu agung dll); bintang ~ pingat yg dikurniakan sbg
pernyataan hormat (kerana jasa dll); (gelar) doktor ~ Id (gelar)
doktor kehormat; gapura (pintu gerbang) ~ Id gapura (pintu
gebang) yg didirikan utk menyambut orang besar dll; gelar ~ Id
gelar sbg pernyataan hormat; 2. tumpuan hormat, (orang) yg
dihormati: beliaulah ~ penduduk-penduduk di daerah ini; 3. Id yg
dilantik kerana menghormati, kehormat; anggota ~ ahli kehormat;
ketua ~ ketua kehormat; 4. kebesaran, kemegahan, kemuliaan,
ketinggian: Majlis Raja-Raja bersidang kerana membincangkan
perkara yg bersangkut dgn kebesaran, ~ dan kedudukan raja-raja;
dia sekarang mengejar ~; 5. nama baik, harga diri:
mempertahankan nyawa dan ~ ; ~ diri kemuliaan (kemegahan) atau
nama baik diri seseorang; 6. kemurnian, kesucian (wanita): apabila
seorang pemuda menceroboh masuk ke dlm tempat tidur seorang
gadis dgn niat hendak mencabul ~nya, ia akan didenda 22 rial;
penghormatan perihal atau perbuatan menghormati, pemberian
hormat: rukuk dan sujud merupakan ~ seseorang hamba kpd
Tuhannya; ~ terakhir perbuatan memberikan penghormatan kpd
jenazah buat kali terakhir sebelum dikebumikan, mis menziarah,
bertafakur dsb;
penghormat 1. yg menghormati; 2. yg dibuat (dipakai) kerana
menghormati: barisan ~.
hormon bahan kimia yg dikeluarkan dlm kelenjar endokrin dan
mempunyai kesan ke atas kegiatan organ-organ lain.
hornblend (hornblénd) (Geo) sj mineral berwarna hitam, hijau atau coklat
tua yg terdapat di dlm batuan metamorfosis dan igneus.
hornfels (hornféls) sj batuan metamorfosis berwarna gelap dan berira
halus yg terdiri, terutamanya drpd mika, kuarza dan feldspar.
horologi seni membuat jam.
horoskop 1. gambar rajah kedudukan bintang-bintang dua belas (zodiak)
utk tujuan meramal nasib masa depan seseorang; 2. ramalan tentang
masa depan seseorang berdasarkan kedudukan bintang-bintang
ketika dia dilahirkan.
hortikultur sains atau seni penanaman bunga, buah-buahan, dan sayursayuran.
hos I tiub yg dibuat drpd getah dsb utk menyalurkan cecair atau gas.
hos II 1. orang (spt tuan rumah dsb) yg meraikan tetamu (dlm sesuatu
majlis, upacara, dsb); 2. orang yg mengacarai sesuatu persembahan,
program televisyen, dsb, pengacara.
hosieri (ERT) sarung kaki, stoking atau seluar sendat.
hoskut hauskot.
Hosp. kep Hospital.
hospital tempat pesakit diberi jagaan dan rawatan perubatan,
pembedahan, dll, rumah sakit;
~ gila tempat merawat orang sakit otak (gila); ~ T.B. tempat
merawat orang yg menghidap penyakit tibi (batuk kering).
hospitaliti layanan yg mesra kpd tetamu (pengunjung dsb): kursus yg
berkaitan dgn pelancongan serta ~ memberikan kemahiran dlm
industri perhotelan dan restoran.
hostel (hostél) bangunan tempat penginapan utk pelajar dll, asrama.
hosti roti suci (yg dipersembahkan dlm korban Missa) Roman Katolik.
hotak; kepala ~ bk, bp satu makian.
hot dog makanan segera yg terdiri drpd sosej yg diselitkan dlm roti yg
dibelah memanjang.
hotel (hotél) bangunan tempat penginapan yg menyediakan makanan dan
perkhidmatan-perkhidmatan lain utk orang luar yg datang
mengunjungi sesuatu tempat;
perhotelan urusan bkn hotel.
hotiar Kd, bp cerewet; banyak ~ cerewet sangat.
hoverkraf sj kenderaan yg boleh meluncur di atas permukaan air atau
darat.
hua Ar dia, ia (lelaki).
hubah Ar sl cinta, kasih sayang, suka.
hubaya-hubaya sl 1. kata utk memperteguh nasihat (tegahan, teguran,
dll), tidak boleh tidak, sekali-kali: ~ yg kata hamba ini jangan tidak
diturut supaya saudara hamba sukacita dan sentosa; 2. sl kata utk
menguatkan harapan atau doa, hendaknya, mudah-mudahan:
marilah kita berdoa kpd Allah ~ janganlah datang lagi bala itu; 3.
lebih-lebih lagi, terlebih lagi, tambahan lagi, terutama lagi (pula):
akan tetapi lama-kelamaan ~ setelah didengarnya sindiran ibunya
sendiri yg tajam-tajam lagi, ia pun insaf akan dirinya.
hubub, hububan Ar hembusan, puputan, tiupan.
hubung; berhubung 1. berangkai, bersambung, beruntun (antara satu dgn
lain); huruf tulis yg ~ huruf tulis yg bersambung; 2. berkaitan dgn,
berkenaan (dgn): ia berusaha menyelesaikan segala urusan yg ~
dgn tanahnya; kebanyakan bantuan mengalir ke arah kegiatankegiatan
yg ~ dgn agama; 3. oleh sebab, kerana: ~ dgn kurangnya
ahli yg datang, maka mesyuarat ditangguhkan; 4. bertukar-tukar
(berita, fikiran, dll) dgn berbagai-bagai jalan: sekarang kita dapat ~
dgn saudara-mara di Medan menerusi telefon radio; bahasa ialah
alat bagi manusia ~ dgn manusia lain;
~ puntung = putus ~ bp (merokok) bersambung-sambung (hampir
habis rokok yg satu disambung pula dgn rokok lain);
berhubungan 1. ada sangkut pautnya (dgn), bersangkutan,
bertalian: suasana di kapal menyebabkan dia melupakan segala
sesuatu yg ~ dgn dirinya sendiri; ia mengutuk segala yg ~ dgn
bekas isterinya itu; 2. berjumpa (dgn), bertemu (dgn), mempunyai
pertemuan (dgn): ia berasa hairan kenapa rakannya itu tidak mahu
~ dengannya lagi; P.M. menjadi ketua Dewan Rakyat dan ia juga
sentiasa ~ dgn P.M. Komanwel; 3. saling berhubungan;
menghubung menyambung sesuatu dgn yg lain (bukan bermakna
menambah panjang): tali ini boleh dipakai utk ~ galah;
menghubungi 1. membuat perhubungan dgn seseorang utk
memberitahu sesuatu (melalui surat, telefon, atau pergi sendiri
mendapatkannya): ejen-ejen polis rahsia akan terus ~nya lagi;
perbicaraan ditangguhkan sehingga saksi penting dapat dihubungi
polis; 2. menjadi sambungan kpd sesuatu, mengikuti, menuruti,
menyambut (dgn): kata-kata itu dihubungi dgn ketawa;
menghubungkan 1. menjadikan berhubungan (berangkaian,
bersambungan), menyambungkan, merangkaikan: garisan lurus yg
~ dua titik; rumah itu mempunyai dua kamar yg satu sama lainnya
dihubungkan oleh sebuah pintu; 2. = memperhubungkan
mempertalikan (dgn), mengaitkan (dgn): perdaganganlah yg ~
negeri Melaka dgn kawasan-kawasan di sekelilingnya; rakyat
Hirahlah yg menjadi perantaraan ~ orang Parsi dgn orang Arab;
3. = memperhubungkan mempertemukan dgn, menjadikan satu
dgn, menggabungkan dgn: ia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita
setempat; mereka memperhubungkan kami dgn sekeluarga orang
perantauan lain; 4. menjadikan supaya berhubungan atau bertemu:
ada jalan kereta api yg ~ Bangkok dgn Saigon;
hubungan 1. sambungan, rangkaian: jikalau ada tersalah
bahasanya atau aturan perkataannya atau ~ hurufnya, saya minta
ampun banyak-banyak; 2. hasil berhubung: kalau rakyat Belanda
tidak sanggup melihat kebenaran ini, maka saya khuatir ~ antara
Belanda dan Indonesia akan terputus; 3. kaitan, pertalian, sangkut
paut: utk mempereratkan ~ persaudaraan Islam; dlm ~ ini
berkenaan apa yg telah dinyatakan (diterangkan) atau yg sedang
dibincangkan;
~ darah hubungan kekeluargaan; ~ diplomatik hubungan dgn
perantaraan perwakilan (diplomat) antara negara-negara di dunia; ~
dua hala hubungan antara dua pihak yg secara langsung tidak
melibatkan pihak lain; ~ batin = ~ jenis = ~ kelamin = ~ seks
persetubuhan; ~ nyawa kekasih, kesayangan, buah hati; ~ ras (Ant)
hubungan sosial yg terjalin antara anggota masyarakat yg berlainan
keturunan atau bangsa dlm sesebuah masyarakat atau negara;
sehubungan berkaitan dgn, bersangkutan dgn;
perhubungan 1. hubungan: seluruh hidup manusia terdiri drpd
~nya dgn keluarga, jiran dan tetangga; pegawai ~ pegawai
perantaraan (utk menyelaraskan tugas bahagian-bahagian yg
berlainan dlm ketenteraan, pejabat, dll); 2. alat lalu lintas (jalan
raya, kereta api, surat-menyurat, pos, telegram, telefon,
penerbangan, pelayaran, dll): ~ udara antara Malaysia dgn
Indonesia dipulihkan sebaik-baik sahaja Perjanjian Bangkok
ditandatangani; Kementerian ~ kementerian yg mengurus soal lalu
lintas dll; 3. perihal berhubung(an) antara satu dgn yg lain (bkn
negara dll): ~ diplomatik antara India dgn China semakin genting;
perkara-perkara mengenai ~ dagang antara kedua-dua negara
dibincangkan dgn sedalam-dalamnya;
~ awam amalan menjalinkan, menggalakkan atau memupuk
semangat muhibah, kemesraan, imej yg baik dsb di kalangan orang
ramai oleh atau terhadap sesebuah syarikat, firma, institusi dsb; ~
darah pertalian kekeluargaan; ~ perindustrian urusan perhubungan
antara pihak majikan dgn para pekerja dlm industri, biasanya
melibatkan aspek-aspek perundingan secara kolektif dsb;
penghubungan perihal atau perbuatan menghubungkan;
penghubung (alat, orang, dll) yg menghubung(kan); kata ~ kata yg
digunakan utk menghubungkan dua kata atau dua ayat; tanda ~
garis utk menghubungkan kata atau suku kata; perwira ~ Id
pegawai perhubungan.
hubung kait hubungan dan perkaitan, pertalian: negara kita sentiasa
dinilai dr sudut keselamatan dan ~nya dgn cara hidup atau
penghidupan kita;
menghubungkaitkan mengadakan (per)hubungan dan perkaitan,
mengadakan pertalian (antara dua unsur, kegiatan, perkara, dll),
memperkaitkan, mempertalikan: kedua-duanya, hal-hal yg
berkaitan dgn masyarakat umum, dan kegiatan kokurikulum di
kampus, sering dihubungkaitkan;
hud 1. bumbung kereta yg boleh dilipat; 2. alat elektrik yg digunakan sbg
penyedut asap, minyak dsb yg terpasang pd bahagian atas dapur; 3.
penutup kepala yg terlekat pd bahagian belakang leher baju.
Hudai; orang ~ orang asli yg tinggal di Kedah dan Perak.
hudhud Ar sj burung, burung belatuk.
hudud Ar 1. (jamak bagi had) batasan atau peraturan; 2. hukum yg telah
ditetapkan oleh Allah yg tidak boleh diubah-ubah oleh manusia, spt
hukum zina, murtad, dan minum arak.
huh sr kata yg menyatakan rasa terkejut atau menempelak (mengejek): ~,
sudah dua orang anak masih mempercayai benda-benda karut.
hui sr kata yg menunjukkan kesedihan (sesal dll).
huis Kd haus II.
hujah I Ar pendapat berserta alasan yg diberikan sbg menyokong atau
menentang sesuatu pendirian (pandangan dsb): masing-masing
mengemukakan ~ yg kuat;
berhujah mengemukakan (memajukan) hujah: mereka ~ tentang
manusia dan kemanusiaan, tentang dunia, dan keduniaan;
menghujah memberi hujah (sewaktu menentang atau menyanggah
pendapat orang lain): “tahan macam mana?” Haron ~;
menghujahkan memberikan hujah, mengemukakan pendapat
(pandangan, alasan): beliau ~ bahawa ancaman dr kelalaian diri
itu adalah lebih berbahaya;
hujahan hujah: adanya pentafsir belum menjamin ketepatan
maklumat dan ~ yg diketengahkan;
penghujahan perihal memberikan hujah tentang (sesuatu),
pengemukaan pendapat berserta alasan tentang sesuatu: keupayaan
menurunkan fikiran dan perasaan ke dlm bentuk tulisan dan ~
sesuatu persoalan;
penghujah orang yg mengemukakan hujah (biasanya dlm
perbahasan): ~ pertama bagi pihak pencadang dan pihak
pembangkang perlu menggulung perbahasan masing-masing.
hujah II sl fitnah;
menghujah memfitnah.
hujan 1. air yg turun (menitik dgn banyaknya) yg terpeluwap drpd wap di
atmosfera: pagi ini ~ turun dgn lebatnya; musim ~ = ketika ~
musim yg hujan selalu turun; 2. = hari ~ air sedang turun (menitik
dgn banyaknya): apabila ~, banyak orang datang lambat ke
pejabat; kalau ~ pertandingan bola itu tidak akan rancak lagi; 3.
ki spt hujan (banyak-banyak) datangnya dll: ~ bom; ~ peluru; ~
wang;
~ abu a) abu yg jatuh dgn banyak dr udara (apabila gunung berapi
meletus dll); b) = ~ bubuk hujan menitik halus spt kabus (biasanya
pagi-pagi); ~ air mata banyak air mata dicucurkan; ~ asid air hujan
yg dicemari asid yg dibebaskan ke udara drpd kilang, asap kereta
dll; ~ batu = ~ beku = ~ ais (jatuhnya) air hujan yg beku; ~ bubuk
hujan abu; ~ bukit (Geog) hujan yg turun kerana awan yg membawa
hujan tersekat oleh bukit; ~ darah a) = ~ merah hujan yg airnya
kemerah-merahan warnanya dan meninggalkan kesan merah pd
tanah; b) pertumpahan darah (kerana pergaduhan, peperangan, dsb);
~ gerimis = ~ renyai = ~ rintik-rintik hujan yg menitik halus-halus
dan tidak banyak; ~ lalu = ~ lari = ~ halau mentua hujan sebentar
sahaja; ~ lebat = ~ deras hujan besar dan banyak airnya turun; ~
manik Kl hujan yg titik-titiknya kasar sebesar biji mutiara; ~
perolakan (Geog) hujan yg disebabkan oleh perolakan udara panas
ke atas; ~ rahmat a) hujan yg datang ketika ia sangat-sangat
diperlukan; b) ki pertolongan dll yg mencurah-curah datangnya; ~
ribut hujan lebat yg disertai ribut; ~ siklon (Geog) hujan yg
disebabkan oleh udara panas yg lembap yg bergerak ke atas udara
yg lebih sejuk; ~ tahunan banyaknya hujan jatuh dlm setahun;
~ berbalik ke langit prb perihal orang yg lebih (kuat, pandai, dll)
meminta tolong kpd orang yg kurang (lemah, bodoh, dll); ~
berpohon, panas berasal prb sesuatu hal itu tentulah mempunyai
sebabnya; ~ emas di negeri orang, ~ batu di negeri sendiri, baik
juga di negeri sendiri = ~ keris lembing di negeri kita, ~ mas perak
di negeri orang baik juga di negeri kita prb sebaik-baik negeri
orang tidak sebaik negeri sendiri; ~ menimpa bumi prb seseorang
itu mesti tunduk kpd perintah pihak yg berkuasa; ~ tak sekali jatuh,
simpai tak sekali erat prb sesuatu pekerjaan itu tidak dapat
diselesaikan dgn sekali gus; ada ~ ada panas, ada hari boleh balas
prb nescaya akan ada peluang utk membalas kejahatan orang
terhadap kita; bagai ~ jatuh ke pasir prb kebaikan (pertolongan dll)
yg sia-sia (tidak berbalas); ke mana tumpah ~ dr bumbung, kalau
tidak ke cucuran atap prb anak itu menurut sifat atau teladan orang
tuanya (sesuatu itu menurut asalnya); tidak ~ lagi becak, inikan
pula ~ prb tidak berbuat pun dikata orang, apa lagi kalau benar
perbuatan kita;
sehujan; garisan ~ (Geog) garisan pd peta yg menghubungkan
tempat-tempat yg sama banyak hujannya;
berhujan, berhujan-hujan sengaja berjalan (bekerja, bermainmain,
dll) dlm hujan, membiarkan dirinya basah kena hujan:
nelayan yg berpanas dan ~ di laut;
menghujan spt hujan (datangnya dll banyak-banyak): panah pun ~
datangnya;
menghujani 1. mendatangkan (melepaskan) dgn banyak-banyak
(peluru dll) kpd: pasukan kami dihujani peluru dan bom; 2.
mendatangi sesuatu dgn banyak-banyak: penyiasatan membuktikan
adanya pancaran kosmik dr angkasa lepas yg sentiasa ~ bumi ini;
kita telah dihujani surat yg menyatakan pendapat yg pro dan
kontra terhadap tulisan itu; 3. mengemukakan banyak-banyak
(pertanyaan, soalan, tuntutan, dll) kpd: ia akan dihujani dgn seribu
satu macam tuntutan lagi; pegawai penyiasat itu telah ~ Amir dgn
berbagai-bagai soalan;
menghujankan 1. menurunkan hujan pd, membasahkan seseorang
atau sesuatu dlm hujan: kalau aku mungkir janji rendam aku empat
puluh hari empat puluh malam atau hujankan aku; 2. ki
menjatuhkan atau melepaskan (bom, soalan, dll) banyak-banyak;
memperhujankan membiarkan basah kena hujan; mahukah orang
~ garamnya prb mahukah kita mengabaikan diri (keluarga, negara,
dll) sendiri;
kehujanan kena hujan, tertimpa oleh hujan: saya ~ di jalan;
kambing ~; kera ~;
penghujan = musim ~ musim hujan; hari ~ hari yg selalu hujan.
hujan angin; menghujananginkan membiarkan kena hujan dan angin,
tidak mempedulikan hujan dan angin.
hujan-hujan I sj tumbuhan (pokok), kayu trembesi, munggur, sulbin,
Enterolabium saman.
hujan-hujan II; burung ~ sj burung hutan, burung rakit, Cymbirhyncus
macrorhyncos malaccensis; burung ~ hijau sj burung hutan,
burung tadah hujan, Psarisomus dalhousiae psittacinus.
hujan panas hujan sedangkan matahari masih bersinar-sinar;
menghujanpanaskan membiarkan kena hujan dan panas, tidak
mempedulikan hujan dan panas.
huji ark suka.
Hujjatul Islam Ar gelaran bagi Imam al-Ghazali kerana kewibawaannya
mempertahankan kemurnian Islam dgn hujah yg meyakinkan; ~
walmuslimin gelaran bagi ulama yg mempertahankan Islam dan
orang Islam dgn hujah yg meyakinkan.
hujung I 1. bahagian yg terakhir dr sesuatu yg panjang (spt jalan, tali, dll),
punca, lwn pangkal: rumahnya terletak nun di ~ jalan; ~ galah; 2.
akhir (bulan, minggu, tahun, dll): saya akan bercuti panjang pd ~
tahun ini; ia pulang ke kampung tiap-tiap ~ minggu; yg paling ~
yg kemudian (penghabisan dll) sekali; 3. kesudahan (percakapan,
mesyuarat, dll): kedua-dua pihak telah mengeluarkan suatu
kenyataan bersama di ~ pertemuan; 4. tempat yg terjauh dr orang
yg bercakap, tempat yg terjauh dr pusat, yg dekat dgn tepi (bandar,
kampung, dll): saya tinggal di ~ bandar Kuala Lumpur; suara azan
dr langgar di ~ kampung sudah hilang; 5. bahagian yg tajam
(lancip): ~ hidung (kepala, lembing, panah, pensel, pokok, tanduk,
dll); 6. bahagian tanah (daratan) yg menganjur ke laut dll; ~ tanah
bahagian selatan sekali dr Semenanjung Malaysia; 7. tujuan
(maksud) perkataan dll: barangkali tuan-tuan dapat menangkap ~
percakapan saya itu;
~ lidah a) bahagian lidah yg di hadapan sekali; b) = sambungan ~
Mn orang yg menyampaikan ucapan (pesanan dll) orang lain pd
sesuatu majlis dll; ~ mata a) penjuru mata yg di sebelah luar, ekor
mata; b) bahagian yg tajam pd alat pemotong (kikir, pisau, dll); ~
Subhanallah bp di hujung yg jauh (tidak tahu hujungnya); ~ sut
hujung sekali; mengadu ~ lidah berbahas (bertengkar dll); mengadu
~ penjahit (dgn) a) bertemu muka atau mulai berkenalan (dgn); b)
saling menunjukkan keahliannya kepintarannya, kepandaiannya,
dll); c) berusaha mendapatkan nafkah dgn susah payah; nyawa
tinggal di ~ rambut hampir-hampir mati, tidak ada harapan lagi
(sakratulmaut); se~ rambut = (sampai ke) ~ rambut (sampai kpd
yg) sekecil-kecilnya (sangat berkira); tidak tentu (ada, tahu) ~
pangkal tidak tentu hala tujuannya (hubungan satu sama lain); jadi
~ (penghujung) lidah prb jadi jurubicara dlm sesuatu perundingan
dll;
berhujung 1. ada hujungnya, mempunyai hujung: antara batu yg
banyak itu ada sebuah yg ~ tajam; tidak ~ terus-menerus (tidak
berkesudahan); ~ berpangkal ada tujuan yg tentu atau nyata dan
tersusun (percakapan dll); 2. berakhir (pd), berakibat (pd):
perundingan yg ~ kpd perdamaian; ~ minggu berehat (bersenangsenang)
di hujung minggu;
berhujungkan mempunyai atau memakai sesuatu sbg hujung: sj
tongkat yg ~ kait besi;
menghujung 1. mendekati kesudahan (akhir, penghabisan): musim
buah sudah ~; 2. memuncak, meruncing: perbalahan antara dua
negara itu sudah ~;
hujungan sesuatu (tulisan dll) yg di hujung (buku): dlm ~ di akhir
buku ini ada dinyatakan keterangan bkn vitamin A;
kehujungan kena hujung senjata, kena senjata yg tajam: ada
seorang anak Sang Nara Diraja telah kena parang oleh seorang
Benggali dr ekor pipinya lalu ke kening, tetapi ~;
penghujung akhir, kesudahan, penghabisan; ~ bulan (abad,
minggu, tahun, dll) akhir bulan (abad, minggu, tahun, dll); ~ cakap
akhir cakap, penghabisan cakap; buah ~ buah yg penghabisan;
berpenghujung ada penamatnya (kesudahannya, penghabisannya
dsb): hari demi hari dia menanti bagaikan suatu penantian yg
tidak ~; tugasnya sbg suri rumah memang tidak ~.
hujung II; ~ atap sj tumbuhan (pokok), junjung atap, Baeckea frutescens.
huka; ~ haga sj tumbuhan (pokok kecil), Pellacyx spp.
hukah paip utk menghisap tembakau yg mempunyai tiub panjang utk
menyedut asap yg dilakukan dlm sebekas air.
hukama Ar (jamak bagi hakim II) kaum cerdik pandai (cendekiawan) dlm
bidang falsafah: segala pendeta dan segala ulama dan ~
menaburkan emas dan perak.
hukka sl bom tangan.
hukum 1. peraturan yg dibuat oleh sesuatu kekuasaan (negara dll), adat yg
dianggap mesti dipatuhi, undang-undang: ~ mengerjakan
sembahyang; ia telah banyak mendalami soal ~ dan undangundang;
ahli ~ Id orang yg tahu (pakar) dlm ilmu hukum; badan ~
Id perkumpulan (persatuan dll) yg diperlakukan oleh undangundang
sbg orang; ilmu ~ pengetahuan atau falsafah mengenai
undang-undang; lawan ~ Id melawan hak; tata~ Id aturan
(peraturan, sistem, susunan) mengikut hukum; 2. ketentuan (kaedah,
kepastian, ketetapan) mengenai sesuatu peristiwa atau kejadian
(alam dll): ~ alam; ~ bahasa; ~ Ampere menyatakan bahawa dua
arus selari yg mempunyai haluan yg sama menarik satu sama lain;
3. = hukuman keputusan (pertimbangan) yg dibuat oleh hakim (dlm
mahkamah dll); memutuskan (menjatuhkan) ~ membuat keputusan;
kena ~ dijatuhi hukuman; 4. sl perintah, kekuasaan: raja-raja dlm
dunia ini dr masyrik datang ke maghrib semuanya dlm ~ Maharaja
Rawana;
~ acara (tuntutan) Id peraturan-peraturan mengenai penuntutan
serta pemeriksaan dan pemutusan perkara; ~ adat peraturanperaturan
yg berdasarkan adat (kebiasaan), lwn hukum syarak; ~
alam aturan yg tentu bkn kejadian alam; ~ Allah takdir Allah
(ketentuan Allah); ~ asasi perlembagaan negara; ~ Boyle (Fiz)
hukum yg menyatakan bahawa pd suhu yg malar, isi padu sesuatu
gas berkadaran songsang dgn tekanan; ~ Coulomb (Fiz) hukum yg
memberikan nilai magnitud daya elektrik di antara dua zarah bercas;
~ dagang Id sistem yg mengatur hal-hal perniagaan (jual beli dll); ~
dunia hukum alam; ~ Faraid peraturan pembahagian harta pusaka
dlm agama Islam; ~ fiqah hukum dlm agama Islam tentang perkaraperkara
spt ibadat, muamalat, munakahat, dan jinayat; ~ gantung
hukum mati dgn gantung; ~ gereja Id peraturan-peraturan bkn
kehidupan yg berdasarkan ajaran Kristian; ~-hakam pelbagai jenis
hukum agama Islam; ~ Islam = ~ syarak (syariah) peraturan
(ketentuan) mengenai kehidupan menurut Islam; ~ keabadian jisim
(Kim) hukum yg menyatakan bahawa dlm tindak balas kimia,
jumlah jisim bahan selepas tindak balas kimia adalah sama dgn
jumlah jisim bahan sebelum tindak balas; ~ keabadian tenaga
(Kim) hukum yg menyatakan bahawa tenaga tidak dapat dicipta
atau dimusnahkan tetapi dapat diubah kpd bentuk tenaga yg lain; ~
kuasa dua songsang (Fiz) hukum yg menyatakan bahawa keamatan
sesuatu kesan (cahaya, daya graviti, bunyi, dll) pd sesuatu titik,
berkadaran songsang dgn jarak kuasa dua dr sumber kesan ke titik
tersebut; ~ perdata = ~ sipil = ~ warganegara Id peraturanperaturan
dan ketentuan-ketentuan bkn hak dan kewajiban dll
warganegara; ~ perkadaran tentu = ~ komposisi tetap (Kim)
hukum yg menyatakan bahawa sesuatu sebatian kimia sentiasa
mengandungi unsur-unsur yg sama mengikut perkadaran jisim yg
sama tanpa mengira cara sebatian itu disediakan; ~ pidana Id
peraturan dan ketentuan mengenai hukuman; ~ resam hukum adat;
~ sains peraturan-peraturan (ketentuan, kaedah) dlm sains; ~
sejarah ketentuan sejarah; ~ tatanegara Id peraturan dan ketentuan
bkn susunan kerja dll kenegaraan;
berhukum 1. menggunakan hukum, ada hukumnya; 2. = ~ (kpd)
berhakim (kpd);
menghukum 1. memberi keputusan (ketetapan dll) berdasarkan
undang-undang (oleh hakim), memberi seksaan (kurungan dlm
penjara dll) kerana berbuat kejahatan dll: kalau tidak dihukum atau
didenda orang yg membuat kesalahan makin lebih berani lagi ia
berbuat demikian; pembunuh itu telah dihukum gantung; 2.
mengkritik, mencela keras, sama sekali tidak bersetuju: hampir
semua negara dunia ~ dasar perbezaan warna kulit Afrika
Selatan;
menghukumkan 1. menghukum: sekalian itu perkakas Hollanda
menyeksakan dan ~ orang adanya; 2. menjadikan undang-undang
(hukum), membuat hukumnya (undang-undangnya); 3. menetapkan
hukum menurut agama Islam (spt halal, haram, mubah, najis, sunat,
dsb); 4. sl memerintah (negeri, rakyat, dll): menteri itulah yg ~
empat puluh menteri lain;
terhukum kena hukum, dihukum: saya berasa sbg ~ kerana
terpaksa berjauhan dgn orang yg saya kasihi;
hukuman 1. penderitaan dsb yg dikenakan atas orang yg
melakukan kesalahan (melanggar undang-undang); 2. keputusan yg
dibuat oleh hakim (Tuhan, kerajaan, dll): mahkamah menjatuhkan ~
penjara seumur hidup terhadap kedua-dua orang pengkhianat itu;
kesalahan awam tidak akan membawa kpd ~ kesalahan jenayah;
orang ~ orang yg dihukum penjara dsb;
~ bunuh = ~ mati hukuman yg dijalankan dgn membunuh
(menembak, menggantung) orang yg bersalah; ~ gantung hukuman
mati dgn digantung; ~ kawalan Id hukuman yg menyekat kebebasan
bergerak (orang yg dihukum tidak dibenarkan bergerak bebas dan
harus selalu melaporkan diri kpd polis); ~ kerakal Id ark hukuman
kerja paksa (membuat jalan, memecah batu, dsb); ~ kurungan
(tutupan) Id hukuman yg dijalankan dgn mengurung orang yg
bersalah dlm penjara (bukan kerana kejahatan); ~ penjara hukuman
kurung dlm penjara; ~ rotan hukuman yg dijalankan dgn menyebat
orang yg bersalah dgn rotan;
kehukuman hal ehwal yg menurut hukum;
penghukum 1. orang, badan dsb yg menjatuhkan (membuat atau
menjalankan) hukuman: rakyat mengakui kuasa raja sbg pengadil
dan ~ bagi yg melanggar undang-undang negeri; 2. orang yg
menentukan hukum (hal yg berkaitan dgn dosa, pahala dsb): beliau
menegaskan bahawa kita pendakwah, bukan ~.
hula-hula sj tarian Hawaii yg dipersembahkan oleh penari wanita dgn
menghayunkan pinggul.
hulu 1. sl kepala: lalulah diparangnya ~ baginda itu lalu mangkat;
gering ~ sakit kepala (utk raja); kalang ~ bantal kepala; 2. = ~
sungai bahagian atas (sungai dll), udik, lwn hilir: air sungai yg
deras mengalir dr ~; di ~ sungai ada air terjun; 3. pangkal,
permulaan; ~ hati bahagian hati yg sebelah atas; ~ musim
permulaan musim; ~ malang pangkal malang; 4. tangkai (pisau,
keris, cangkul, dll), pemegang; ~ cangkul tangkai cangkul; ~ wali
pegangan pd pisau wali; 5. pedalaman; orang ~ orang yg tinggal
jauh di pedalaman;
~ hilir a) hulu dan hilir; b) hujung pangkal; ~ kepala ubun-ubun;
~ mujur pandai bertenggang (bertengkar) ~ baik pandai memakai
prb Mn pandai membawa diri dlm pergaulan; ke ~ kena bubu, ke
hilir kena tingkalak prb tidak dapat mengelak drpd bahaya; jikalau
di ~ airnya keruh, tak dapat tidak di hilirnya keruh juga prb jika
seseorang itu jahat asalnya maka jahat jualah kelakuannya (jika
sesuatu rundingan itu sudah kusut pd permulaannya biasanya buntu
juga kesudahannya); orang terpegang pd ~nya, awak terpegang pd
matanya prb lawan yg lebih kuat drpd kita (dlm perjanjian atau
perkara);
berhulu 1. terbit di, berasal dr (sungai): sungai itu ~ di
pergunungan Titiwangsa; 2. mempunyai hulu, bertangkai;
berhulukan mempunyai hulu yg dibuat drpd, berkepalakan,
bertangkaikan: golok yg ~ buluh dan bersarungkan upih; keris ~
cula;
menghulu belayar (pergi) ke hulu sungai, mudik;
menghulukan sl mendahului, memimpin, mengepalai: kalau sudah
tuanku yg hendak ~ dan menunjuk ajar ... kawasan patik sanggup
menyerahkan jiwa raga kami;
huluan berkaitan dgn pelbagai kegiatan yg berlaku sebelum
kegiatan utama (bkn industri, projek, aktiviti dsb): beliau turut
mempersoalkan langkah kementerian yg bertumpu pd kegiatan di
peringkat ~ dan kurang memberi perhatian pd peringkat hiliran.
hulubalang 1. ketua pasukan askar, pemimpin pasukan; 2. (Aceh) kepala
negeri (daerah); 3. Pr gelaran orang besar yg delapan; 4. askar
pengawal; 5. pengawal keamanan kampung, dubalang; ~ asal sl
kepala bentara yg dr kanan; habis ~ bersiak prb apabila tiba masa,
jika perlu wang, dijual apa saja yg ada.
hulur I; menghulur 1. membiarkan sesuatu (spt tali dll) lepas menjadi
panjang, mengumbai: ~ tali kail; ~ tali layang-layang; 2. menjadi
panjang, memanjang, mulur: plastik kalau ditarik boleh ~; 3. keluar
memanjang, mengunjur: sebelah tangannya ~ keluar; 4.
memanjangkan (umur, perbincangan, dll), mengundurkan masa,
menunda-nunda: penukaran jantung dapat ~ umur orang yg
menderita penyakit jantung; ~ perdebatan; 5. memberi sesuatu kpd
seseorang dgn memanjangkan tangan sedikit, mengunjukkan:
sambil ~ minuman dan buah-buahan ia merenungi muka
suaminya;
menghulur-hulur 1. memanjang-manjangkan (waktu, perbicaraan,
dsb), menangguh-nangguh (janji, persetujuan, dsb); 2. Id bp
mentafsirkan (fasal dlm undang-undang, perjanjian, dll) mengikut
kehendak sendiri (diluaskan atau disempitkan mengikut kehendak
sendiri);
menghuluri memberikan (menyampaikan) sesuatu kpd: maka oleh
Kapitan Mor disuruhnya huluri cindai Tun Amat Ali dibawanya
naik ke atas kapal;
menghulurkan 1. melepaskan sesuatu (spt tali dll) agar menjadi
panjang: maka tali pun dihulurkan ke bawah dan raga pun
dikosongkan; 2. mengeluarkan memanjang, menganjurkan,
menjulurkan, menyembulkan (kepala dll): ~ lidah utk menjilat;
lazimnya, batang tumbuh tegak ke atas dan ~ daun-daun ke satu
arah yg sesuai utk mendapat sebanyak-banyak cahaya; ia
memanjangkan badannya yg di bahagian haluan dan ~ kepalanya;
3. memanjangkan, memperpanjang (masa, perbincangan, dll): jika
perlu, waktu perundingan itu boleh dihulurkan sampai beberapa
hari lagi; 4. mengunjukkan, memberikan (dgn tangan dianjurkan):
ia mengambil segelas air dan ~nya kpd suaminya; ~ pertolongan;
5. Mn menghantar atau membawa sesuatu utk: ~ makanan ayah ke
kebun; 6. menuruti (kehendak, hawa nafsu, dll): jangan dihulurkan
sangat kehendak orang itu; ~ tangan a) menganjurkan tangan (utk
bersalaman dll); b) memberikan bantuan, membantu; c) berbaikbaik
kembali;
huluran sesuatu yg dihulurkan, bantuan, pemberian, pertolongan;
penghuluran perihal atau perbuatan menghulur(kan).
hulur II; rotan ~ sj rotan yg kuat, Calamus ulur.
hulur III sl orang yg menjadi hamba (kerana bersalah membuat kejahatan
spt membunuh atau mencuri dll dan tidak dapat mengganti kerugian
orang): orang yg membunuh itu masuk ~ kpd bapa orang yg
dibunuh;
memperhulur menjadikan hulur.
hum sr kata yg menyatakan rasa kesal.
huma ladang padi (di tanah kering), tanah yg baru dibuka (ditebas
hutannya);
berhuma 1. mempunyai huma; 2. mengerjakan huma, bercucuk
tanam di huma: adalah pd masa itu segala rakyat dlm kesukaran
kerana tengah ~; dikatakan ~ lebar, sesapan di halaman prb
memegahkan kekayaan dll tetapi tidak ada bukti kekayaannya dll;
memperhumai mengerjakan tanah utk dibuat huma: mereka ~
tanah di bukit itu;
perhumaan 1. perihal mengerjakan huma (tanam-menanam di
huma): ~ terpaksa dijalankan kerana hujan yg sedikit itu; 2. tanah
yg dibuat huma: ~ mereka jauh dr kampung.
humanisme 1. sifat perikemanusiaan; 2. faham (pendirian, sistem, dsb) yg
mengutamakan nilai-nilai, kepentingan, dan maruah manusia (dan
tidak mementingkan nilai-nilai atau kekuasaan lain).
humanistik bersifat kemanusiaan.
humban I = ~ tali = penghumban alat drpd tali utk melontarkan batu;
menghumban 1. melontarkan batu dgn humban; 2. melontar jauhjauh,
melempar: maka dihumban oleh gajah akan orang yg di atas
kandang itu;
menghumbankan melontarkan, melemparkan: diambil pula batu
berat sepikul dihumbankannya ke kepala Awang;
terhumban terjatuh dgn kuat, tercampak.
humban II; menghumban melarikan diri; humbas.
humbas; menghumbas melarikan diri dgn cepat; dihumbasnya lari lari
dgn cepat; humban II.
humektan (huméktan) (Ubat) agen atau bahan yg mengekalkan
kelembapan.
humerus (Bio) tulang yg menghubungkan bahu dgn siku.
humor 1. keadaan hati (gembira, sedih, marah senang, dll); 2. kebolehan
menyatakan sesuatu yg menggelikan hati; 3. sesuatu yg
menggelikan hati dlm cerita dll, kelucuan: ia hanya tahu tertawa
dan menyaksikan ~ pd manusia.
humus bahan organik pd lapisan tanah atas berwarna hitam yg kaya dgn
nutrien yg terhasil drpd tumbuhan dan haiwan yg reput: jika tanah
itu dicampur dgn baja ~, maka semua tumbuhan akan menjadi
subur;
berhumus ada humusnya: oleh sebab gemburnya tanah ~ ini, maka
air yg kita siram itu tidak cepat turun.
hun C 1. ukuran berat yg bersamaan dgn seperatus tahil (sepersepuluh ci
atau 6.48 gm); 2. ukuran panjang yg bersamaan dgn seperlapan inci
atau 3.1 milimeter.
huna (Sanskrit) rumah berhala, tokong.
hungap; menghungap, terhungap, terhungap-hungap bernafas dgn
cepat dan kembang kempis, terengah-engah (selepas berlari dll).
hungas Pr lari dgn kuat (kerana takut dsb), cabut lari.
huni; berhuni ada didiami orang, berpenduduk: kami tahu rumah itu ~
kerana adanya cahaya lampu;
menghuni 1. mendiami, menduduki: mengapa ia mesti ~ negara yg
serba asing ini?; kalau ahli bait pergi kenduri atau ke rumah
orang kematian, dialah yg disuruh ~ rumah; 2. = menghunikan
mengawasi, menjaga, menunggui: betul saya lihat dia di sana,
menghunikan dan menyapu-nyapu kedai induknya;
penghunian perihal, perbuatan atau tindakan menghuni (rumah,
bilik dsb): kawasan itu mempunyai kadar ~ yg tinggi, iaitu
sebanyak 85%;
penghuni 1. orang dll yg mendiami (rumah dll): rumah itu
berkunci, ~nya tidak ada; mereka menjadi ~ rimba dgn dada yg
mengandungi bara; 2. hantu penunggu;
~ dunia manusia (binatang dll) yg mendiami dunia ini; ~ kampung
penduduk kampung;
berpenghuni mempunyai penghuni: rumah itu tidak ~.
hunjam; menghunjam 1. terjun atau turun dgn kepala dahulu, menjunam,
menukik: ada yg ~ dan ada pula terbang begitu sahaja; 2.
menikam (menusuk, menancap) lurus dr atas ke bawah, masuk
(menancap) lurus ke bawah: turus-turus pagar itu dihunjam kemaskemas
ke tanah; akar yg ~ ke dlm tanah; 3. ki telah meresap (ke
dlm hati), telah mendalam benar (ke dlm hati): rasa kasih
sayangnya sudah ~ benar ke dlm hati sanubarinya;
menghunjamkan 1. menjunamkan, menukikkan: ~ layanglayangnya
menuju ke tanah; 2. menikamkan (menusukkan) lurus dr
atas ke bawah, memancangkan (menancapkan) lurus ke dlm tanah
dll: dihunjamkan lembingnya ke perut binatang itu; ~ galah ke
dasar sungai; ~ lutut nan dua Mn berlutut;
terhunjam 1. (kepalanya dll) tertanam ke dlm tanah, terpacak,
terpancang, tertancap (ke dlm tanah): akar umbinya ~ jauh ke dlm
bumi; 2. (bkn perasaan) tertanam: kalau perasaan begini yg ~ di
dlm hati sanubari, alamat dunia akan celaka;
hunjaman tusukan: teman-temannya bagai mahu menelanku dgn ~
pandangan mata yg menyala.
hunjang Kl; menghunjang menancapkan, memancangkan (tiang dll) ke
dlm tanah.
hunjin C wang yuran.
hunus; menghunus mencabut atau menarik keluar (keris, pedang, pisau,
dll) dr sarungnya: ~ keris; ~ cincin mengeluarkan cincin dr jari;
terhunus telah sedia tercabut (dr sarungnya): memegang pedang yg
~ .
hupo sj burung, Upupa epops.
hurai; menghurai menjadi lepas terbuka (berjurai dsb), menjadi (berada
dlm keadaan) tidak terikat (tersimpul, berjalinan, bertaut, dsb),
mengurai: rambutnya yg berkilat dan panjang itu ~ ke hadapan;
menghuraikan 1. membuka simpul atau ikatan (tali, bungkusan,
dsb), menguraikan: ketika ~ tali itu dia teringat hendak memberi
minum lembu itu; maka Hang Jebat pun minta huraikan balut
lukanya; 2. memisahkan (menceraikan) bahagian-bahagian sesuatu
utk menjelaskannya dsb; ~ ayat mencerai-ceraikan bahagian ayat
(mengikut fungsi kata-katanya, atau jenis kata-katanya); 3.
membentangkan dan menerangkan (kedudukan, masalah, kebaikan,
atau keburukan sesuatu) dgn panjang lebar dan teratur: Menteri
Kewangan ~ kedudukan ekonomi negara; Profesor Hegesus terus
~ bahaya-bahaya drpd Rancangan Marshall; ~ hikmat ibadat
puasa; 4. memecahkan (sesuatu masalah, persoalan, dsb) sbg usaha
mencari penyelesaian: “Soal tanah dan kemiskinan tak dapat
dihuraikan dgn undang-undang,” katanya;
terhurai 1. (berada dlm keadaan) tidak lagi terikat (tersimpul,
berjalin, dsb), sudah lepas terbuka (berjurai dsb), sudah dihuraikan,
terurai: seorang perempuan muda, rambutnya ~, tunduk ke tanah;
ikatan itu ~; 2. sudah dibentangkan (dipaparkan) dan diterangkan
dgn teratur (bkn sesuatu perkara, kedudukan, masalah, dll);
huraian 1. keterangan yg (agak) panjang lebar lagi teratur (utk
menjelaskan sesuatu perkara, kedudukan, masalah, pendapat, dll):
disediakan juga dlm buku ini ~ tentang cara menulis dan
memahami karya sastera, baik sastera lama ataupun sastera
moden; jawab soalan-soalan di bawah ini dgn ~ atau
perbincangan yg mengandungi kira-kira 100 hingga 150
perkataan tiap-tiap satu; 2. hasil menghuraikan, hasil drpd yg
dihuraikan, kesimpulan: kerana orang-orang yg melakukan
kesalahan itu selalunya terlepas drpd dihukum oleh kekurangan
keterangan, maka satu-satunya ~ ialah membunuh lanun-lanun itu
pd masa kejadian;
penghuraian perihal (usaha dsb) menghuraikan: soal ini agak rumit
dan hanya dapat dibuat suatu ~ secara ringkas dan umum;
urai.
hurikan taufan yg sangat kencang yg terjadi di utara Lautan Atlantik dan
Laut Karibia, Teluk Mexico dan di timur bahagian utara Lautan
Pasifik pantai barat Mexico.
huru-hara 1. dlm keadaan tidak tenteram, kacau-bilau: negeri yg aman
akan ~ akibat hasutan drpd anasir-anasir komunis; 2. dlm keadaan
kelam-kabut (tidak keruan dsb): dia bimbang kalau diisytiharkan
pd waktu itu, akan ~lah tentera yg berperang di bawah
pemerintahannya; 3. bp berjalan dgn tidak tentu tujuan: janganlah
~ ke sana ke mari dgn kawan-kawan pd waktu malam; 4. keadaan
kacau-bilau: ahli nujum meramalkan bahawa ~ akan berlaku di
negeri itu dlm tahun 1990-an;
menghuru-harakan 1. menyebabkan huru-hara, mengacaubilaukan:
gerila-gerila komunis cuba ~ negara kita, tetapi gagal; 2.
menyebabkan huru-hara, menjadikan (keadaan) kelam kabut:
kekecohan itu telah ~ mereka;
kehuru-haraan keadaan yg huru-hara, kekacau-bilauan: ~ di
negara itu telah menjejaskan kedudukan ekonominya.
huruf lambang dlm sistem bunyi (bahasa) yg daripadanya sesuatu
perkataan dlm tulisan dibentuk, lambang-lambang abjad, aksara;
buta ~ tidak tahu membaca dan menulis; mata ~ huruf satu demi
satu; tahu mata ~ = celik ~ tahu membaca dan menulis; menurut ~
(bkn terjemahan) kata demi kata, harfiah;
~ awal (pangkal) huruf yg pertama pd sesuatu perkataan; ~ balok Id
huruf tegak yg tidak bersambung (spt huruf cetak); ~ benar
konsonan; ~ besar huruf besar digunakan utk menulis pd permulaan
perkataan (pd permulaan ayat, nama orang atau tempat, dll); ~ cap
huruf tegak yg tidak bersambung; ~ cetak huruf yg biasa dipakai
dlm buku, risalah, dsb yg dicetak; ~ hidup = ~ bunyi = ~ harakah =
~ saksi vokal; ~ Jawi huruf Arab utk menulis kata-kata Melayu; ~
kawi = ~ winggi tulisan Jawa Kuno; ~ kecil huruf yg biasa dipakai
(lwn huruf besar); ~ lepas huruf yg tidak disambungkan (dirangkairangkaikan);
~ mad Ar huruf-huruf (alif, wau, dan ya) sbg tanda
bacaan yg panjang; ~ mati huruf benar; ~ miring huruf cetak yg
ditulis miring; ~ ringkas kependekan (spt KL utk Kuala Lumpur); ~
Rumi (Rumawi) huruf spt yg digunakan dlm tulisan Rumi bahasa
Melayu (yakni A, B, C, D, dan seterusnya); ~ sambung huruf yg
dirangkai-rangkaikan; ~ tebal huruf cetak yg tebal dakwatnya; ~
tulis huruf yg biasa dipakai dlm tulis-menulis;
berhuruf memakai huruf, yg ditulis dgn huruf: buku yg ~ Rumi;
penghurufan proses, perbuatan, seni, atau cara menulis huruf pd
sesuatu.
hurufiah harfiah.
hurui Kd; menghurui menganginkan padi utk mengasingkan hampasnya.
hurung I urung.
hurung II; berhurung berkerumun, berkumpul ramai-ramai atau banyakbanyak;
menghurung mengerubungi, mengerumuni: semut ~ manisan.
hus, husy bp, sr kata utk menyatakan rasa kesal dll.
husar askar (pasukan, tentera) berkuda.
hutan 1. kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok liar (terbiar), rimba: mereka
pergi ke ~ menahan perangkap; pengawas ~ pegawai yg
ditugaskan oleh kerajaan utk mengawasi hutan; 2. ki tidak
dipelihara orang, liar: anjing ~; ayam ~; 3. pokok-pokok (tumbuhtumbuhan)
yg tidak dipelihara di sesuatu kawasan;
~ asli hutan yg semula jadi (bukan belukar); ~ bakau kawasan yg
ditumbuhi pokok bakau (di tepi laut); ~ banat hutan tebal, rimba
raya; ~ belantara hutan besar; ~ belukar hutan yg ditumbuhi kayukayuan
yg kecil-kecil; ~ dara hutan asli yg belum pernah diterokai;
~ larangan = ~ simpan = ~ tutupan hutan yg kayu-kayunya dll
tidak boleh diambil (ditebang dll); ~ lepas = ~ rimba hutan yg luas
dan besar, hutan belantara; ~ lipur hutan simpan yg dibuka utk
kegunaan orang ramai sbg tempat riadah, perkelahan, dll; ~ muda
hutan yg baru ditumbuhi pokok-pokok; ~ rekreasi hutan lipur; ~ tua
hutan yg pokok-pokoknya sudah tua;
~ jauh diulangi, ~ dekat dikendana prb harta benda (baik jauh atau
dekat) hendaklah selalu dijaga supaya jangan merugikan; apa
gunanya merak mengigal di ~ prb tidak berfaedah memperlihatkan
kepandaian kpd orang bodoh; apa gunanya bulan terang dlm ~,
jikalau dlm negeri berapa baiknya prb lebih berfaedah pengetahuan
itu ditunjukkan di dlm majlis supaya orang dapat mengambil
manfaat daripadanya;
menghutan menjadi hutan, ditumbuhi pokok-pokok dll: ladang yg
ditinggalkan itu ~ lagi;
menghutankan menjadikan (daerah, kawasan, dll) hutan: tanah
bekas ditanam tembakau dihutankan selama tujuh tahun sebelum
ditanami tembakau kembali;
kehutanan (ilmu, pengusahaan, dll) berkenaan hutan; pegawai ~
pegawai yg menjalankan kerja yg berkaitan dgn hutan;
perhutanan pemeliharaan dll hutan;
penghutanan usaha (kegiatan dsb) menanami semula kawasan yg
luas dgn pokok-pokok kayu supaya kembali (menjadi) spt hutan.
hutang 1. wang dll yg dipinjam drpd orang lain: jangan-jangan ~ itu tak
terbayar lagi; belian (jualan) ~ belian (jualan) yg bayarannya
ditangguhkan; membayar ~ mengembalikan wang dll yg dipinjam dr
orang lain; memberi ~ memberi pinjaman wang; menagih ~
memungut (menuntut kembali) wang yg dipinjamkan; mendapat ~
mendapat pinjaman wang; 2. kewajiban (perasaan berkewajiban)
membayar balik sesuatu yg diterima;
~ bercagar hutang yg diberikan dgn si berhutang mencagarkan
sesuatu (spt barang-barang kemas, rumah, tanah, dsb); ~ budi
kebaikan yg diperoleh dan yg harus dibalas; ~ darah tuntutan bela
(atau bayaran) terhadap seseorang (pihak dll) yg telah melakukan
kekejaman dll; ~ lapuk hutang yg tidak berbayar; ~ piutang (wang)
yg dipinjam dr dan yg dipinjamkan kpd orang lain, berbagai-bagai
hutang; ~ (di) sekeliling pinggang terlalu banyak hutang; surat ~
surat pengakuan hutang;
~ biduk belum langsai, ~ pengayuh tiba pula = ~ samir belum
langsai, ~ kajang datang pula = ~ tembilang belum langsai, ~ tajak
tiba pula prb hutang yg lama masih belum habis dibayar datang pula
orang menagih hutang yg baru; ~ sebelit (selilit) pinggang = ~ tiap
helai bulu = sebanyak ~ si Jibun prb seseorang yg sangat banyak
hutangnya;
berhutang mempunyai hutang (kpd), meminjam wang dll drpd
seseorang: ia pernah ~ pd ceti; si ~ orang yg berhutang; tempat ~
orang dll yg memberi hutang;
~ berbaris bp berhutang banyak-banyak (drpd berbagai-bagai
punca); ~ budi menerima kebaikan orang lain (wajib membalas
kebaikan orang); ~ nyawa terselamat hidupnya (terselamat oleh
pertolongan orang);
menghutangkan, memperhutangkan meminjamkan wang atau
benda kpd seseorang;
terhutang 1. sudah berhutang; 2. ~ budi sudah menerima kebaikan
orang (tetapi belum berbalas);
hutangan Id wang (benda) yg didapati kerana berhutang; orang ~
Id ark orang yg berhutang;
perhutangan perihal hutang-berhutang; orang ~ Id ark orang yg
memberi hutang (peminta, pemungut, atau penagih hutang);
penghutang orang atau pihak yg berhutang, peminjam wang:
cagaran merupakan jaminan utk pemiutang jika ~ tidak memenuhi
kewajiban atau gagal membayar kembali pinjamannya.
huyung; terhuyung-hayang, terhuyung-huyung bergerak-gerak
(bergoyang-goyang dsb) ke kiri dan ke kanan (spt orang mabuk
dsb): petinju itu ~ apabila kena tumbukan yg kuat drpd lawannya;
berjalan ~ berjalan (tetapi) spt hendak rebah (tidak tegak tubuh).
Hz kep hertz.
Catatan Lain Yang Mungkin Anda Cari
-
Contoh 1 Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis kegiatan kokurikulum di sekolah...
-
Seperti yang diketahui umum bidang pelancongan boleh menjadi salah satu sumber pendapatan negara. Selain itu kedatangan pelancong juga bole...
-
15. KARANGAN JENIS BERFORMAT: SURAT RASMI Soalan : Kamu tidak dapat hadir ke sekolah kerana terpaksa pulang melawat nenek kamu yang sakit d...
-
Dalam hidup ini kita mestilah menjaga kesihatan. Kesihatan diri perlu dijaga supaya kita dapat hidup selesa dan gembira.Oleh itu, menjadi...
-
LAPORAN SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN BESOUT 3 Pada 23 Januari 2010,Sekolah Kebangsaan Besout 3, telah mengadakan Temasya ...
-
Sebagai pelajar kita semestinya menghormati guru.Tugas guru ialah mengajar di sekolah.Guru mendidik pelajar supaya menjadi orang yang b...
-
(Sanggupkah kita biarkan alam kita tercemar begini?) Alam sekitar ialah alam sekeliling kita.Alam sekitar boleh tercemar dengan ...
-
Gotong royong merupakan satu amalan yang baik. Gotong royong bermaksud bekerjasama melakukan sesuatu tugasan.Terdapat banyak...
-
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru, dan rakan sekalian. Assalamula...
-
SAMBUTAN HARI IBU 16. KARANGAN JENIS KEPERIHALAN Soalan : Tuliskan sebuah karangan tentang Hari Ibu. 1. Pada 8 Mei yang lalu...
Kumpulan Blog Kendalian Saya
-
Selamat Bertugas di Tempat Baharu Cikgu Erma - Tahniah daripada seluruh warga kerja dan murid SK Besout 3 atas penempatan dan jawatan baharu Cikgu Norhidatul Erma bt Kamaruddin. Bermula 20 Februari 20...4 years ago
-
Kuala Kurau, Pekan Kecil yang “Hidup” - Kuala Gula terletak di persisir pantai utara Perak, kira-kira 50 kilo meter (km) dari barat laut bandar Taiping dan 80km dari sempadan Pulau Pinang. Ke Ut...4 years ago
-
Tin oh Tin - Kembali menjenguk pohon-pohon tin yang tidak terurus. Bukan mudah menanam tumbuhan ini jika kurang ilmunya. Hanya orang yang sabar dan rajin dapat menjaga...5 years ago
-
Kejadian Ragut Melibatkan Warga TBS - Taman Bukit Slim - Belumpun hilang kerisauan terhadap kejadian pecah rumah yang kerap berlaku di kejiranan Taman Bukit Slim berlaku pula kejadian ragu...8 years ago
-
Instyle Langkawi Trade Fair - Giving Style to Lifestyle (2) - Tun Dr. Mahathir di Instyle Langkawi Trade Fair11 years ago
Blog List Ilmu Keguruan
-
Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM Ambilan 2025 - Bagi pengambilan tahun 2025, tiga program seperti berikut ditawarkan: 1. Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)/ Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Bia...4 days ago
-
PENGUMUMAN RASMI!! - Salam sejahtera, Semoga anda yang mengunjungi laman ini sentiasa berada dalam keadaan sihat dan ceria. Semoga apa jua yang anda lakukan pada hari ini akan ...9 years ago
-
‘Sayalah guru itu!’ - MENJAWAB KERISAUAN GURU DI SELURUH NEGARA - Apabila kalimat ‘sayalah guru itu’ mula menjadi mainan di bibir para pendidik itu beerti benarlah kenyataan Syed Qutb bahawa *“satu peluru h...11 years ago
-
PENDIDIKAN INKLUSIF - Peraturan Pendidikan 1997 (Pendidikan Khas) menjelaskan makna pendidikan inklusif sebagai program; *“(c) an inclusive education programme for pupils with ...11 years ago
-
-
-
No comments:
Post a Comment