SEMERAH TINTA®

SEMERAH TINTA®
"Merah" membawa maksud sesuatu yang masih baru dan perlu melalui jangka waktu dan proses tertentu untuk matang.Pen merah amat sinonim dengan profesion perguruan.Tinta merah atau dakwat merah pula selalu dikaitkan dengan pembetulan, amaran ataupun catatan pelaporan yang biasanya dikaitkan dengan kegagalan di dalam ujian atau peperiksaan seseorang pelajar.Apapun, tinta merah bukanlah bertujuan untuk menunjukkan sesuatu yang negatif, sebaliknya sebagai satu motivasi agar sentiasa memperbaiki kelemahan dan sentiasa mahu berubah sehingga kejayaan dapat dikecapi."Semerah Tinta" dibina sebagai medan catatan dan maklumat berkaitan Pembelajaran dan Pengajaran.Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pandangan, melayari dan menghubung (link) dengan laman atau blog lain. Segala paparan atau catatan adalah atas pandangan penulis sendiri dan boleh diperbaiki dari masa ke masa tertakluk kepada pandangan intlek dan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat,teguran,pandangan dan perhatian daripada intelektual, warga pendidik serta rakan blog berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran amat saya harapkan dan sangat-sangat dihargai.Semerahtinta juga lahir selepas puakajoran.blogspot.com,agrohias.blogspot.com,golokkraf.blogspot.com dan skb3.blogspot.com .Semoga kehadiran semerahtinta.blogspot ini dapat diterima dalam satu rangkaian.Terima kasih!- Tintamerah®.

SUMPAH SEMERAH TINTA:

SUMPAH SEMERAH TINTA:
MENGHAYATI BAHASA SYURGA,MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA, MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS,MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA,DAN MEMPERKAYAKAN BANGSA DENGAN SEMUA BAHASA.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ . خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ .اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ .الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَم .عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.Read in the name of your Lord,Who created.Created man, out of a (mere) clot of congealed blood.Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful.He Who taught (the use of) the pen.Taught man that which he knew not.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam (pen/tinta).Dia mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahui manusia.

Sahabat Maya - Tinggalkan Link Anda Supaya Senang Saya Follow Kembali - Terima kasih atas sokongan

Terima kasih atas sokongan.Tinggalkan Link supaya senang di "follow" kembali.

Friday 30 September 2011

Daftar Kata Huruf G

g huruf ketujuh abjad Rumi.
G. kep Gunung: ~ Kinabalu; ~ Tahan.
ga huruf ke-26 abjad Jawi (mempunyai nilai 6000).
Ga simbol kimia bagi galium.
gaba-gaba Id 1. perhiasan drpd daun-daun (terutamanya daun nyiur):
jalan menuju ke balai raya itu dihiasi dgn ~ drpd daun nyiur; 2.
pintu gerbang kehormatan yg dihiasi dgn daun nyiur dll; 3. atap
pondok drpd daun kabung atau rumbia;
menggaba-gabai menghiasi dgn gaba-gaba.
gabah I (butir) padi yg kulitnya belum terkupas, antah.
gabah II gegabah.
gabai I Mn; menggabai menghulurkan tangan (utk mencapai sesuatu),
mencapai, menggapai;gapai.
gabai II Kd sesuatu yg lebar dan rata (tapak kaki dll).
gabai-gabai Mn perhiasan sanggul yg dibuat drpd emas.
gabak I Mn buruk cuaca, mendung (alamat akan hujan), redup, suram;
hari ~ hari redup; ~ di hulu tanda akan hujan, cewang di langit
tanda akan panas prb tanda-tanda akan berlakunya sesuatu.
gabak II Jw penyakit campak.
gabal kasar (hasil pekerjaan dll), tidak halus buatannya;gabas I.
gabardin sj kain yg kukuh dan agak tebal, yg digunakan terutamanya utk
membuat kot.
gabas I kasar buatannya, tidak kemas (pekerjaan dll); gabal.
gabas II Mn gopoh-gopoh, buru-buru, gesa-gesa;
menggabas menggesa-gesakan;
tergabas terburu-buru, tergesa-gesa, tergopoh-gopoh: kerana
takut, penuntut itu membuat pekerjaannya dgn ~.
gabas III Kl; gabas-gabas lebih kurang, secara kasar.
gabenor 1. gelaran yg tidak digunakan lagi bagi Tuan Yang Terutama
Yang Dipertua Negeri (ketua negeri) Pulau Pinang dan Melaka; 2.
ketua sesebuah negeri di Amerika Syarikat: ~ California; 3. orang
yg dilantik (oleh raja dsb) utk menjadi ketua sesebuah negeri atau
wilayah (biasanya tanah jajahan); ~ jeneral ketua pemerintah
negeri jajahan (tertentu); 4. Id ketua pemerintah provinsi, penyelia,
pengurus, ketua (yayasan, bank, dll); 5. orang yg mengetuai
sesebuah organisasi atau institusi: G~ Bank Negara Malaysia.
gabir Mn canggung, kekok.
gableg Jw ark; tidak ~ tidak mempunyai.
gabra bp keadaan tidak tentu arah, kelam-kabut: dia kelihatan ~ apabila
dimarahi oleh ibunya.
gabuih Kd; menggabuih menyapu (mengeringkan) dgn kain, mengelap.
gabuk I Jw 1. tidak berbuah, hampa (bkn padi dll); ~ besar tidak berisi
tetapi besar; 2. tidak dapat beranak, mandul (bkn perempuan).
gabuk II Mn; menggabuk melingkungi (spt mega mendung), meliputi:
teman hidup ialah orang yg mengerti akan kepahitan hidup yg
dihantarkan dan digabuk oleh kesusahan dr kecilnya.
gabuk III Pn gemuk pendek, montok, montel.
gabung ikat, berkas: tiga ~ tebu;
bergabung 1. terikat dlm satu berkas, berikat: batang-batang tebu
yg ~; 2. bersama-sama menjadi atau bertindak sbg satu kumpulan
(golongan): rakyat drpd berbagai-bagai kaum ~ utk menyuarakan
ikrar kebangsaan; 3. bercantum atau bersekutu (menjadi satu,
segolongan, atau sekelompok), bersatu: kalau parti tuan hendak
berkuasa ada baiknya ~ dgn parti kami;
menggabung 1. mengikat (beberapa batang tebu dll) menjadi satu,
memberkas; 2. = menggabungkan;
menggabungkan 1. mengikat (mengumpulkan) menjadi satu
(seberkas); 2. mencantumkan (menyekutukan) dlm satu kumpulan
atau golongan yg lebih besar, menyatukan: langkah-langkah yg
diambil utk ~ badan-badan seni patutlah dipergiat lagi; ia mulai ~
semua perusahaan saudagar di bawah satu perbadanan; ~ diri
dgn menyekutukan diri dgn, bersatu dgn, menyertai: orang-orang
muda diminta ~ diri dgn angkatan bersenjata Malaysia;
tergabung 1. terikat menjadi satu (seberkas), disatukan (dlm satu
ikatan); 2. terikat (tercantum) dlm satu kumpulan (golongan) yg
lebih besar;
gabungan 1. berkas, ikat(an): lidi-lidi yg diikat ini agak besar
~nya; 2. persatuan yg terjadi drpd ikatan (persekutuan) beberapa
buah pertubuhan atau kesatuan: G~ Pelajar-Pelajar Melayu
Semenanjung; 3. cantuman atau satuan yg terdiri drpd dua atau
beberapa unsur dsb: ~ pemikiran antara ahli profesional drpd
berbagai-bagai organisasi dan institusi;
pergabungan perihal bergabung (bercantum atau bersekutu): ~
beberapa buah pertubuhan dan persatuan;
penggabungan perihal atau perbuatan menggabungkan (supaya
menjadi satu ikatan atau perkumpulan yg besar): mesyuarat ~
badan-badan kesenian telah diadakan di Kuala Lumpur.
gabung jalin; menggabungjalinkan menggabungkan (mencantumkan)
dan menjalinkan: di peringkat sekolah menengah, pengajaran
bahasa Malaysia digabungjalinkan antara ketiga-tiga aspek, iaitu
lisan, bacaan kefahaman, dan penulisan;
penggabungjalinan perihal (perbuatan dsb) menggabungjalinkan:
guru-guru kurang pasti dgn konsep ~ spt yg disarankan dlm
sukatan pelajaran; prinsip pedagogi spt ~ kemahiran bahasa dan
penegasan terhadap penggunaan yg bermakna.
gabus I 1. sl kayu ringan dan lembut drpd pokok Alstonia scholaris
(digunakan sbg pengilir pisau, pengesat kaki, pelampung, dll); 2.
penyumbat yg dibuat drpd gabus; topi ~ topi yg berlapis dgn
gabus;
menggabus menggosok (mengilir dll) dgn kayu gabus: ~ taji;
penggabus penggosok, pengasah, pengilir.
gabus II sj ikan haruan, Ophiocephalus striatus; telur ~ sj penganan.
gad bp pengawal, penjaga.
gada pemukul yg bulat panjang (dibuat drpd kayu dll), belantan;
bergada berlawan dgn gada;
menggada memukul dgn gada;
penggada gada.
gada-gada sj bendera kecil di puncak tiang kapal (perahu dsb) utk
mengetahui arah angin.
gadah; sama ~ sama besar (dr hujung ke pangkal).
gadai 1. pinjaman wang dgn menyerahkan barang sbg cagaran utk
tempoh tertentu (kalau tidak ditebus dlm tempoh tersebut barang
itu akan menjadi milik orang yg memberi pinjaman); ~ gelap gadai
tanpa izin; 2. = barang ~ barang yg diserahkan sbg cagaran hutang;
menebus ~ menebus barang yg menjadi cagaran hutang; menjual ~
menjual barang dgn syarat barang itu dapat ditebus dlm tempoh
tertentu; (kedai) pajak ~ = rumah ~ tempat meminjam wang dgn
menyerahkan sesuatu sbg cagaran; surat ~ surat yg menandakan
hutang dgn cagaran barang; ~ terdorong kpd Cina prb terlanjur,
tidak mungkin ditarik kembali;
bergadai mendapatkan pinjaman dgn memberi (menyerahkan)
sesuatu cagaran: dia sanggup ~ utk membiayai persekolahan
anaknya;
~ golok (bergolok) berikhtiar mendapatkan sesuatu dgn bergadai; ~
nyawa mempertaruhkan nyawa, meletakkan diri sendiri dlm
keadaan yg boleh menyebabkan maut utk atau kerana seseorang
atau sesuatu;
menggadai 1. Id menerima cagaran utk wang yg dipinjamkan; 2. =
menggadaikan: ~ tanah; ~ nyawa bergadai nyawa; ~ terdorong ke
pajak, sehari sebulan juga prb sesuatu perbuatan yg terlanjur
walaupun kecil akibatnya sama spt yg besar juga;
menggadaikan 1. menyerahkan sesuatu (tanah dll) sbg cagaran
hutang: keadaan hidupnya demikian terdesak hingga ia terdorong
~ harta bendanya; 2. menyerahkan atau meletakkan sesuatu dlm
keadaan terancam atau sbg cagaran utk mendapatkan sesuatu
faedah dsb, mempertaruhkan: dia sedih raja ~ imannya;
tergadai telah digadai; orang ~ orang yg menjadi jaminan hutang;
tercacak bagai lembing ~ prb tertegun kehairanan;
gadaian barang yg tergadai;
penggadaian perihal (perbuatan) menggadai;
pegadaian rumah gadai, pajak gadai;
penggadai orang yg menjalankan pekerjaan menggadai.
gadai janji (Eko) 1. perjanjian peminjaman sejumlah wang drpd bank,
syarikat kewangan dsb bagi membeli rumah atau harta benda dgn
rumah atau harta benda yg berkenaan dijadikan cagaran; 2.
dokumen yg diberikan oleh peminjam kpd pemberi pinjam dlm
bentuk lien kpd harta yg dijadikan cagaran terhadap pinjaman yg
diberi sehinggalah pinjaman berkenaan dibayar semula;
~ kedua (Eko) gadai janji yg dibuat terhadap harta yg masih
digadai janji dgn pihak lain; ~ pertama (Eko) gadai janji utama yg
memberikan tuntutan pertama terhadap harta yg menjadi cagaran;
menggadai janji mencagarkan harta benda secara gadai janji kpd
pemberi pinjaman (bank, syarikat kewangan dsb) utk mendapatkan
pinjaman: dia terpaksa ~ rumahnya kpd bank utk membiayai
pelajaran anaknya di seberang laut;
penggadai janji orang yg meminjam wang dan menggadai janji
hartanya kpd pemberi pinjaman (bank, syarikat kewangan dsb) sbg
cagaran.
gadamala sj tumbuhan (rizom), lengkuas, Languas galanga.
gadang I Mn besar;
menggadang bersikap angkuh (congkak).
gadang II Jk; bergadang berjaga sepanjang malam.
gadang III sj penampi (beras, kacang, dll) yg bulat dan besar, badang.
gadang-gadang sj ikan laut, tudung tempayan, tudung periuk, Platax
spp.
gadi Pn sj kereta sorong.
gadik I Pn sebati;
bergadik bersebati, bercampur aduk: diulinya tepung itu hingga ~
betul.
gadik II Kl kental.
gading I 1. taring gajah: keris berhulu ~; 2. = warna ~ warna putih
kekuning-kuningan (spt warna gading); aur (buluh, nyiur) ~ aur
(buluh, nyiur) yg berwarna kekuning-kuningan; 3. sl sepasang
pengapit yg mengiringi pengantin;
~ pd gajah yg sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula? prb apa
yg ditentukan tidak mungkin diubah lagi; bagai tanduk bersendi ~
prb sepasang yg elok dan padan; pucuk leban ~ gajah, bekerja
segan makan gagah prb orang yg malas bekerja padahal ia tidak
sakit; spt ~ dilarik prb rupa yg cantik dan bersih; sudah dapat ~
bertuah, tanduk tidak berguna lagi (terbuang tanduk kerbau mati)
prb sebab mendapat yg baru, yg lama (atau kurang sempurna)
dibuang; tak ada ~ yg tak retak prb tidak ada sesuatu yg betul-betul
sempurna;
bergading mempunyai gading, memakai gading; telah mati yg ~
prb telah meninggal orang yg berkuasa;
menggading 1. menyerupai gading (nyiur yg baru tumbuh); 2.
menikam dgn gading.
gading II; ~ betina sj tumbuhan (pokok), Aporosa aurea; ~ gajah sj
tumbuhan (pokok menumpang), Eria teretifolia; ~ jantan sj
tumbuhan, (pokok kecil), ciapet, Xanthophyllum affine; ~ tulang sj
tumbuhan (pokok), Randia racemosa; seri ~ bunga yg ada
sangkut-pautnya dgn taman asmara.
gading-gading I 1. tulang rusuk pd lambung perahu; 2. lingkaran pd
roda.
gading-gading II 1. sj tumbuhan (pokok), Diplospora malaccense; 2. sj
tumbuhan (pokok renek), Greenia corymbosa; 3. sj tumbuhan
(pokok), Prismatomeris malayana; ~ rimba sj tumbuhan (pokok
renek), Tarenna wallichii.
gadis I 1. anak perempuan yg sudah baligh (sudah boleh berkahwin),
anak dara: pemuda itu berasa gelisah kerana ditinggalkan berdua
sahaja dgn seorang ~; 2. masih perawan, belum disetubuhi
(dicemari laki-laki): walaupun sudah lama bergaul mesra dgn lakilaki
ia masih tetap ~; sudah hilang ~nya bukan anak dara lagi; 3.
Id tidak pernah beranak atau bertelur (binatang), dara: ayam ~ ;
kuda ~;
~ besar gadis yg berumur kira-kira 18 tahun; ~ kecil gadis muda yg
berumur kira-kira 13 tahun; ~ sunti anak dara kecil yg belum
baligh; ~ tanggung gadis yg sedang besarnya; ~ tua perawan yg
sudah tua;
bagai ~ julung bersubang prb angkuh atau terlalu gembira (kerana
mewah, keturunan diraja, dll); bagai ~ julung menumbuk prb rajin
kerana baru sahaja mengerjakan sesuatu pekerjaan; spt ~ sudah
berlaki prb anak dara yg kelakuannya kurang sopan (mencarut,
mencuri, dll);
bergadis masih perawan; tidak ~ tidak perawan lagi;
menggadis masih tetap anak dara, belum mahu berkahwin;
kegadisan perihal gadis, kedaraan, keperawanan: meskipun digoda
oleh pemuda sebaya, ~ mereka tetap terpelihara;
kegadis-gadisan bertingkah laku sbg gadis.
gadis II; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), Cinnamomum parthenoxylon.
gado-gado Jw 1. sj makanan drpd sayur-sayuran, tempe, tauhu dsb yg
digaul dgn kuah kacang; 2. campur baur, tidak teratur.
gadu; ~ gajah sj tumbuhan (pokok), mentua pelanduk besar, sambau
jangkang, Trigonostemon longifolius.
gaduh I 1. gempar, huru-hara, riuh-rendah (kerana pertengkaran,
kerusuhan, dll): petani-petani membuat ~ kerana kekurangan air
di sawah; 2. pertengkaran, perkelahian; membuat ~ a) bertengkar,
berkelahi; b) membuat bising (gempar); 3. selalu gelisah atau
bimbang kerana sesuatu sebab, berasa tidak tenteram: hampir
setiap hari ia ~ sakit saja;
bergaduh 1. berkelahi, bertengkar: baiklah berhati-hati jangan
sampai ~ dgn orang itu; 2. membuat gempar (bising): orang
sangat hairan melihat gadis-gadis ~ dgn sengitnya; 3. campur
aduk, kusut, tidak keruan, sangat kacau: kalau bangsa-bangsa dlm
negeri mulai ~, sukarlah hendak menenteramkan mereka kembali;
bergaduhan saling bergaduh: kedua-dua puteranya ~ sebab
merebut takhta Siak;
menggaduhkan 1. = menggaduh, mengacau (kan), mengganggu:
orang Abong tiada lagi akan menggaduh anak buah perwatin; 2.
mengkhuatirkan, merunsingkan: perkara makanan tidak usah
digaduhkan kerana saya akan sediakan sendiri;
kegaduhan perihal gaduh, kekacauan, kerusuhan;
pergaduhan perkelahian, pertengkaran, perbantahan, rusuhan.
gaduh II Kl terburu-buru, tergesa-gesa.
gaduh III Kd bersusah payah: tak usah ~.
gaduk Mn angkuh, congkak, sombong;
bergaduk berlagak, menyombongkan diri; ~-gaduk diri, saku-saku
diterbangkan angin prb orang yg suka bercakap sombong tetapi
poket kosong;
menggaduk menyombong;
menggaduki menyombong kpd.
gadung I sj tumbuhan liar (pokok melilit, umbinya mengandungi racun,
tetapi kalau direndam dlm air atau dibancuh dgn abu basah, boleh
dimakan), Dioscorea hispida;
hijau ~ hijau muda (spt warna daun gadung); mabuk ~ a) mabuk
kerana makan gadung; b) gila berahi;
~ cina sj tumbuhan (pokok memanjat), Smilax cina; ~ jantan =
akar ~ tikus sj tumbuhan (pokok memanjat), canar babi, Smilax
helferi; ~ kasturi sj anggerik (orkid), Epidendrum spp.; ~ lilin = ~
mabuk sj tumbuhan (pokok memanjat), Dioscorea hispida; ~
samak sj tumbuhan (pokok memanjat), Vitis cinnamomea; ~
seberang sj tumbuhan (pokok memanjat), Smilax helferi.
gadung II Jw; gadungan tiruan, jadian, palsu;
harimau ~ = macan ~ harimau jadian (manusia yg menjelma sbg
harimau); wartawan ~ wartawan palsu.
gae (gaé) Mn tua; orang ~ orang tua.
gaek (gaék) Jk sangat tua.
gaet (gaét) Jk kait;
menggaet 1. mengait; 2. ki menipu (wang), memperdayakan (utk
mencari keuntungan).
GAFIM akronim bagi Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia.
gaga Jw huma, ladang padi: padi ~ padi huma.
gagah 1. kuat, mempunyai tenaga, bertenaga: datuknya sudah pun tua
tapi masih ~ mengayuh basikal; 2. berani, perkasa: perajurit yg ~
berani menemui ajalnya di medan perang; ~ berani (perkasa)
sangat berani; 3. besar dan tegap (badan), begap: gadis itu tidak
jemu-jemu melihat pemuda yg ~ di sampingnya; 4. bangga, megah:
dia berasa ~ dapat masuk ke universiti;
bergagah-gagahan 1. mengadu kekuatan; 2. beradu megah;
menggagah 1. mengerjakan sesuatu dgn sepenuh tenaga; 2. = ~
pinggang bersikap gagah dgn bercekak pinggang;
menggagahi 1. memaksa, mengerasi, menguasai: kubu pertahanan
itu dapat digagahi musuh; 2. memperkosa, merogol: dia dihukum
kerana ~ seorang gadis;
menggagahkan membuat gagah (berani, kuat, dll), memberanikan,
memaksakan; ~ diri, = ~ hati memberanikan diri;
kegagahan perihal gagah: dlm ingatanku tergambar keperwiraan
dan ~ Hang Tuah; pintu gerbang di depan menambahkan ~
bangunan itu.
gagai; menggagai memanjat (pokok dll) dgn cara memeluknya dgn kaki
dan tangan.
gagak 1. sj burung dendang berbulu hitam berkilat dan berbunyi garuk; ~
paruh besar, Corvus macrorhynchos; ~ hutan = ~ paruh rampai,
Corvus enca; 2. = ~ gunung sj burung, Cissa chinensis; 3. = ~
paruh emas sj burung, Urocissa flavirostris;
~ bersuara murai prb seorang yg hodoh rupanya tetapi mempunyai
suara merdu dan budi bahasa yg baik; ~ lalu punggur rebah prb
orang yg ingin menunjukkan kuasanya (berlaku tidak adil kpd yg
lemah); ketika ~ putih bangau hitam prb pd zaman dahulukala;
selama hitam ~, selama air mengalir jua prb kekal abadi (selamalamanya);
spt burung ~ pulang ke benua prb walaupun sudah
merantau tidak berubah keadaannya.
gagal tidak berhasil atau berjaya, tidak (dapat) mencapai matlamat (citacita
dsb yg dikehendaki) tidak jadi, kecewa: usaha-usaha utk
menamatkan konfrontasi ~ belaka; ~ dlm peperiksaan;
menggagalkan menjadikan tidak berhasil, mengecewakan:
rundingan-rundingan ke arah perdamaian digagalkan;
tergagal tidak berhasil atau berjaya: kalau tidak tahu tempatnya,
perjalanan kita mungkin ~;
kegagalan perihal gagal.
gagang 1. tangkai (bunga, gayung, dll), hulu (keris, tombak, dll); 2. Mn
pucuk ranting atau batang pokok yg melata (melilit), sulur;
~ pena batang pena; ~ senapang (telefon) pemegang senapang ~
telefon pemegang telefon; spt sirih pulang ke ~nya prb orang yg
kembali kpd asalnya;
menggagang mempunyai sulur.
gagap I = menggagap tertahan-tahan atau terhenti-henti apabila
bercakap (mis m-m-ma-malam utk malam); orang ~ orang yg
bertutur tertahan-tahan;
bergagap-gagap bercakap dgn tertahan-tahan;
tergagap-gagap terhenti-henti (percakapan), tergaguk-gaguk: dgn
suara yg ~, Rahim menceritakan riwayat hidupnya;
kegagapan perihal (sifat atau keadaan) gagap: tahap ~ berbeza
antara seseorang dgn seseorang yg lain bergantung pd keadaan
tekanan sosial yg dihadapinya.
gagap II Jk mencari sesuatu dgn meraba-raba (dlm gelap), menggagau(-
gagau).
gagar Kl cari, raba, geladah;
menggagar meraba-raba, merayau.
gagas; menggagas memikirkan sesuatu;
gagasan buah fikiran yg dijadikan saranan, idea: kerajaan diminta
menjayakan ~ Maphilindo; dasar ini merupakan satu ~ umum
mengenai segala aspek keterlibatan belia dlm masyarakat.
gagau I; menggagau meraba-raba (dlm gelap dll), mencari sesuatu dgn
meraba-raba: orang buta itu ~ laci meja;
tergagau-gagau meraba-raba (kerana buta, gelap, dll).
gagau II Mn; bergagauan berteriak-teriak dgn tidak menentu;
segagau serupa gagaunya, sama-sama tidak menentu: kini, yg ~
dengannya cuma seorang sahaja;
tergagau berteriak dgn tiba-tiba (kerana takut dll).
gagu Jk bisu;
menggagu membisu.
gaguk; tergaguk-gaguk tertahan-tahan kata-katanya, tergagap-gagap.
gah sl 1. kemasyhuran, kemuliaan: maka masyhurlah ~nya merata
negeri; 2. keangkuhan, kebanggaan; ~ dan takbur kesombongan;
3. ki, bp menjadi buah pertuturan orang, termasyhur: maka ~lah ke
seluruh dunia akan kehandalan pahlawan itu; 4. kelihatan hebat:
syarikat pengilangan yg ~ dr segi fizikalnya.
gaham I Mn gertak(an), ugutan;
menggaham menakutkan, mengancam, menggertak.
gaham II; ~ badak sj tumbuhan (pokok) dlm famili Euphorbiaceae,
gelugur hutan, medang lempung, gangulang (di Sabah), merbulan
(di Sarawak), Blumeodendron spp.
gahar; menggahar 1. menggonyoh, menggosok kuat-kuat (supaya
bersih); 2. Kl berkelahi mati-matian.
gahara keturunan raja yg lahir drpd permaisuri; anak ~ anak raja drpd
permaisuri; sama ~ keturunan yg sedarjat.
gahari tidak kurang dan tidak lebih, sedang;ugahari.
gaharu kayu yg harum (berasal drpd pokok tengkaras, Aquilaria
malaccensis); ~ badak sj tumbuhan (pokok renek), gembadak,
sepucat, Phyllochlamys wallichii;
~ dibakar kemenyan berbau prb orang yg menunjukkan
kelebihannya supaya dipercayai orang; spt buku ~ prb
memperlihatkan kecekapan apabila tiba masanya; sudah ~ cendana
pula (sudah tahu bertanya pula) prb orang yg berlagak tidak tahu.
gai sj tali pd perahu (utk menguatkan tiang perahu).
gail I; gual -~; gual.
gail II; tergail kena kail, terpancing.
gaing kayu runcing yg dipasang pd dasar perahu (di haluan atau buritan).
gait = penggait = gaitan benda yg berlengkok pd hujungnya utk menarik
sesuatu, kait atau pengait;
menggait 1. menarik buah (perahu dll) supaya dekat, mengait:
hendak dipanjat kerengga, mahu pula digait galah tidak sampai;
2. mengambil wang orang dgn menipu, mencopet: tujuannya
memang hendak ~ saku saya.
gajah 1. sj mamalia dlm famili Elephantidae (berbadan besar dan
mempunyai belalai dan gading); ~ Asia = ~ India, Elephas
maximus; ~ Afrika, Loxodonta afrikana; ilmu (hikmat, mantera) ~
mantera yg menjadikan gajah jinak; 2. buah catur yg jalannya
menyerong; 3. sesuatu yg besar; badak ~ badak yg besar; nyamuk
~ nyamuk yg besar;
~ bara gajah hitam; ~ barat permainan utk kanak-kanak; ~ guling
perhiasan sanggul dgn dua untai bunga melati; ~ lalang gajah yg
sudah jinak (tidak liar); ~ laut sj anjing laut, Mirounga spp.; ~
menung a) binatang yg besar (terutamanya dlm cerita); b) sj
usungan berbentuk ikan laut utk pengantin; ~ menyusu atap
tambahan atau yg disambung pd rumah, sengkuap; ~ mina a)
walrus; b) sj perhiasan (makara); ~ patah permainan teka-teki; ~
tunggal gajah yg tidak bersama-sama kawannya (sangat liar); spt ~
putih sesuatu yg mahal tetapi tidak berguna: kebanyakan
perbadanan awam adalah spt ~ putih di bumi Afrika;
~ berak besar, kancil hendak berak besar juga, akhirnya
kebebangan juga prb orang miskin menderita kerana mencontohi
kehidupan orang kaya; ~ dialahkan oleh pelanduk prb orang
berkuasa dapat dikalahkan oleh orang lemah; ~ dipandang spt
kuman prb orang yg naik marah tidak gentar menentang orang
besar mahupun lawannya; ~ ditelan ular lidi = ~ mati dicatuk
katak prb anak golongan raja diperisterikan oleh orang
kebanyakan; ~ lalu dibeli, kusa tidak terbeli prb mengerjakan
sesuatu yg mustahak dgn tidak menghiraukan perkara-perkara
kecil yg tidak kurang pentingnya bagi menjayakan pekerjaan tadi;
~ mati kerana gadingnya prb seseorang mendapat kemalangan
kerana keunggulannya; ~ mati meninggalkan tulang prb jasa baik
seseorang yg mati dikenang juga; ~ mati tulang setimbun prb orang
kaya mati meninggalkan banyak hartanya; ~ seekor gembala dua
prb a) seorang perempuan yg menduakan suaminya; b) dua orang
memimpin satu pekerjaan; ~ sama ~ berjuang pelanduk mati di
tengah-tengah = ~ bergajah-gajah pelanduk mati tersepit prb
kalau orang besar-besar yg berselisih, rakyat yg mendapat susah; ~
turun di tengah rumah prb menanggung kesusahan kerana
menerima kedatangan tamu agung (orang besar); bangkai ~
bolehkah ditutup dgn nyiru = spt ditempuh ~ lalu prb kejadian yg
besar tidak dapat disembunyikan; spt ~ masuk kampung prb
seseorang yg melakukan sesuatu sekehendak hatinya; spt ~ putih
ditambat prb seseorang yg merugikan kita kerana menanggung
sara hidupnya; spt ~ rompong belalai prb raja yg kehilangan
kuasanya;
menggajah tampak spt gajah, kelihatan besar;
gajah-gajahan 1. = main ~ main catur; 2. = sakit ~ penyakit yg
menyebabkan kaki menjadi bengkak, untut;
bergajah menaiki gajah: bala tentera ~.
gajai Mn; menggajai melepaskan;
tergajai terlepas, tidak terikat lagi, tidak ada sangkut-pautnya: pd
suatu waktu sangkutan hatinya ~ dan ia benci melihat anak muda
yg pandai bercakap itu.
gajak sikap dan langkah, tingkah laku, gerak-geri.
gaji upah yg tetap, bayaran yg tetap utk pekerjaan;
hari ~ hari pembayaran gaji; makan ~ bekerja utk mendapat gaji;
orang ~ pembantu rumah tangga yg diberi gaji, pembantu rumah,
amah; ~ bulan (minggu, hari) upah kerja yg dibayar setiap bulan
(minggu, hari); ~ buta gaji yg diterima tanpa bekerja (keras); ~
mati gaji yg telah mencapai tahap terakhir (maksimum) dlm tangga
gaji seseorang pekerja: sbg pemimpin persatuan, dia ingin melihat
pekerja sektor perkilangan mendapat ~ mati lebih drpd RM1000
sebulan; ~ pokok gaji yg menjadi dasar dgn tiada tambahan elaun
dsb;
bergaji mendapat gaji: ~ besar;
menggaji memberi (membayar) gaji, mengambil sbg pekerja: ia ~
penolongnya sangat rendah; orang-orang Cina lebih suka
mengambil saudara-saudara mereka bekerja drpd ~ orang luar;
gajian; orang ~ a) hamba, bujang, babu; b) orang pinjaman atau
sewaan (dgn kontrak dll); hari ~ hari gaji;
penggajian urusan menggaji: majikan perlu mengemukakan
permohonan kpd Urusetia P~ Pekerja Asing di kementerian itu.
gajih Jw lemak.
gajul ark Id orang yg tidak baik tingkah lakunya, bergajul;
pergajulan bp penjahat.
gajus sj tumbuhan (pokok yg buahnya berbiji di luar), jambu golok,
jambu ketereh, jambu monyet, kajus, janggus, Anacardium
occidentale; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), belonggok,
Alseodaphne penduncularis.
gak I bunyi burung gagak.
gak II Jk tidak, enggak.
gak III Kl tempat membakar roti atau bata.
gala I sj damar;
gala-gala, gegala pakal yg dibuat drpd damar dll; ~ lembut minyak
tar;
bergala direkat dgn gala; tiada ~ lagi a) bercerai-cerai (tulang dll),
tidak terikat erat; b) sl sangat berlebih-lebihan.
gala II; segala-gala seluruhnya, semuanya.
gala-gala I Mn kelulut, tebuan kecil.
gala-gala II bp gara-gara.
galaba, galabah ark pilu, duka, sedih.
galagasi Jk labah-labah.
galah 1. kayu panjang (utk menjolok buah-buahan, menolak sampan,
dll); 2. sj tombak atau lembing pemburu babi hutan; ~ canggah
galah yg bercabang hujungnya; ~ jemur kayu yg dipasang
melintang antara dua tiang dgn pacakan beberapa batang paku
padanya, digunakan sbg tempat menyangkut, meregangkan, dan
menjemur kain; ~ pancang (unjam) galah yg ditancapkan utk
menambat perahu; (main) ~ panjang permainan kanak-kanak (dgn
membuat petak-petak atau garis-garis di tanah); ~ sanggamara
galah yg berkait utk menolak atau meraih perahu;
bagai ~ dijual prb Mn sudah habis hartanya (kerana berjudi dll);
bagai ~ di tengah arus prb a) sangat gementar; b) sentiasa gelisah
(berkeluh-kesah dll);
bergalah menggunakan galah, menjalankan perahu (rakit dsb) dgn
memakai galah; segan ~ hanyut serantau prb kalau malas berusaha
tentu mengalami kerugian besar dlm kehidupan;
menggalah amat tinggi: tinggi ~;
menggalah(kan) menolak (sampan) dgn memakai galah;
sepenggalah sepanjang atau setinggi galah; matahari ~ tingginya
lebih kurang pukul 7 pagi hingga 8 pagi.
galai I sl sj kapal;ghali.
galai II sj tumbuhan (pokok), Goniothalamus tapis.
galak I 1. berangsang, ganas, garang, suka melawan: anjing yg ~; 2. kuat
dan memuncak (bkn tangisan): ngongoi Mak Esah semakin ~
jadinya: 3. tidak berhenti dan giat (melakukan sesuatu), sangat giat
(aktif): kameranya ~ merakam; kegiatan kongsi gelap tidak se~
dulu; 4. Kl gembira, ria; 5. Kd, Pn mempunyai sifat-sifat tidak
bermalu (bkn lelaki suka mengusik perempuan dsb, bkn
perempuan suka bergaul bebas dgn lelaki dsb), gatal;
menggalak menjadi galak (berangsang, ganas, dll), menjadi sangat
marah (berani dsb);
menggalakkan 1. membangkitkan marah: ~ ayam sabungan; 2.
memberi semangat, memberi dorongan: tunangannya ~ dia
melanjutkan pelajarannya;
galakan dorongan, desakan: ia memberi ~ kpd belia supaya
menjadi ahli sukan;
penggalakan perihal atau perbuatan menggalakkan: mereka
membincangkan ~ industri kecil;
penggalak orang yg menggalakkan (memberi semangat,
mendorong): raja-raja menjadi penaung, ~ dan peminat bahasa
dan kesusasteraan; ~ akar bahan kimia utk membanyakkan akar.
galak II; penggalak ubat bedil dlm persumbuan meriam lama (senapang
dll).
galak III kerap; ~ kali kerap kali.
galaksi gugusan bintang yg terpisah jauh dr satu sama lain dlm alam
semesta: bintang itu pula berkelompok-kelompok membentuk
kumpulan yg dinamakan ~.
galaktosa (Kim) gula ringkas yg kurang larut dan kurang manis drpd
glukosa.
galang I benda melintang utk landasan (penunjang, penopang, dll);
~ dapur a) papan di sekeliling tempat memasak; b) sj tumbuhan,
gading; ~ ganti pengganti; ~ geta Kd gelegar; ~ kepala bantal
(kepala); ~ perahu balak utk menyangga perahu;
bergalang 1. menggunakan galang (bantal, landasan, dll); ~ tanah
berbantal tanah; 2. berada di atas galang, sedang disangga
(ditopang) dgn galang;
menggalang 1. diberi galang (landasan, ganjal, dll), menyokong,
menunjang: ~ kepala dgn bantal; ~ perahu; 2. Id memperkuat,
memperkukuh (negara, pertubuhan, dll): menyumbangkan tenaga
dan fikiran utk ~ parti sendiri; 3. menghalang: barang
kehendaknya tidak pernah digalang melainkan diturutkan sahaja;
menggalangkan 1. membuat sesuatu sbg galang: ~ paha di bawah
kepala orang sakit; ~ batang leher ki sanggup berkorban; 2.
meletakkan (perahu dsb) di atas galang: sampan yg bocor itu akan
digalangkan;
tergalang 1. digalang, berganjal; kapal ~ kapal yg terletak di atas
galang; lidah ~ ki tidak dapat bertutur lagi (menyanggupi
permintaan dll); 2. terhalang, tersekat;
galangan 1. tempat membaiki kapal di darat, landasan; 2.
halangan, sekatan: ketiadaan wang adalah satu ~ yg besar utk
meneruskan pelajaranku; 3. = galang-galangan permatang sawah;
penggalang sesuatu yg digunakan utk menggalang, perintang.
galang II sj tumbuhan (herba), Spilanthes acmella; ~ dapur sj tumbuhan
(pokok), Vitex longisepala; ~ hutan sj tumbuhan (pokok),
Goniothalamus giganteus.
galanggasi Jk  galagasi.
galar Jw pelupuh yg digunakan sbg tikar.
galas 1. kayu yg dipikul di bahu utk mengandar (mengangkat, membawa)
barang-barang, kandar, pengandar, gandar; 2. beban yg dikandar
dgn galas (kayu); 3. barang jualan yg dijajakan dgn cara berkandar;
~ habis senggulung tandas, lamun dihitung rugi jua prb pekerjaan
yg tidak menguntungkan; ~ terdorong kpd Cina prb sudah terlanjur
dan tidak dapat ditarik balik; bagai menyandang ~ tiga berat tak
berapa rintangnya yg lebih prb pekerjaan yg senang tetapi susah
hendak melakukannya; dilihat ~ berlaba, dihitung pokok termakan
prb zahirnya untung tetapi sebenarnya rugi; sambil menyerodok
(menyorok) ~ lalu prb sambil bersenang-senang tercapai juga citacita
(keuntungan dll);
menggalas 1. memikul barang-barang dgn galas (kandar),
mengandar; 2. menyandang (bungkusan dll) di atas bahu, memikul:
ia ~ sebuah bungkusan dan tangannya membimbit beg; 3.
menjajakan barang dagangan; orang ~ penjaja; 4. ki memikul atau
menanggung (tanggungjawab, masalah, dsb): dia pulang ke rumah
panjang ~ masalah di bahunya;
penggalasan 1. perihal menggalas, perdagangan; 2. tempat
berdagang;
penggalas penjaja, pedagang kecil.
galau kebisingan, kekacauan;
bergalau terlalu ramai dan sibuk, kacau-bilau: bunyi suara orang
~ datang dr arah belakang rumah; tiada sesuatu pun dapat
dikatakannya walaupun di dlm dadanya bergelora perasaan yg ~
dan bergolak;
~ orang di pasar sangat ramai; fikirannya ~ fikirannya keliru;
kegalauan 1. kebisingan, kekalutan: tatkala berhadapan dgn ~,
berkidung-kidunglah agar sukmanya tenteram; 2. kekeliruan: ~
fikiran.
galei (galéi) = pruf ~ (Cetak) pruf cetakan pd kertas panjang utk diteliti
dan dibuat pembetulan sebelum dipotong-potong mengikut ukuran
muka surat yg dikehendaki.
galena (galéna) (Geo) sj mineral berwarna kelabu yg merupakan sumber
utama plumbum.
galengan Jw permatang sawah;galang I.
galeri bangunan atau bilik tempat mempamerkan karya-karya seni dsb:
satu pameran telah diadakan di sebuah ~ seni dan sejarah.
galgal terburu-buru dan kasar (bkn kelakuan, pekerjaan, dll), lekas
marah: orang yg ~.
gali I; bergali Ph = menggali mengorek (kubur);
menggali 1. membuat lubang dlm tanah dgn menggunakan alat,
mesin, dll (utk mendapat air, menanam, mengambil sesuatu dr dlm
tanah, dll), mengorek, menambang; ~ kubur (longkang, lubang,
dll) membuat kubur (longkang, lubang, dll) dgn menggali tanah; ~
ubi (emas dll) mengeluarkan atau mengambil ubi dll dr dlm tanah;
2. ki menyelidiki, mendalami: mereka merasakan perlunya ~
kembali kekayaan hukum adat nenek moyangnya; menjadi idaman
A. Samad Said bukannya utk memfokuskan mengapa hal-hal itu
terjadi, tetapi cuba ~ sikap dan tindakan manusia;
~ lubang menutup lubang prb menebus hutang dgn meminjam
wang; nan digali dalam, nan digantungkan tinggi prb yg sudah
dirundingkan matang-matang mendapat persetujuan;
galian bahan yg dikeluarkan dr tanah dgn menggali: tanah ini
tidak mengandungi bijih atau ~ yg lain; bahan ~ hasil lombong;
gali-galian bermacam-macam hasil lombong, bermacam-macam
hasil tanaman yg digali;
penggalian perihal (perbuatan, kerja, dsb) menggali: ~ kesankesan
lama;
penggali 1. orang yg menggali (membuat) lubang; 2. alat utk
menggali (spt tembilang dll); diam ~ berkarat prb pengetahuan yg
tidak dipakai akan hilang.
gali II sj kapal yg digerakkan oleh dayung atau layar yg digunakan pd
zaman dahulu atau pd zaman pertengahan sbg kapal perang atau
kapal dagang.
galias sj gali besar yg digunakan sbg kapal perang di laut Mediterranean
dr kurun ke-15 hingga ke-18.
galibut sj perahu (gali yg kecil), jalibut.
galik I Kl suka, gembira.
galik II; golak -~ berputar balik, berbalik-balik.
galing = galing-galing Jw sj tumbuhan (herba), kepialu, Vitis trifolia.
galir 1. longgar kerana haus (bkn kunci, skru), tidak sendat: mesin ini
tidak berjalan betul kerana skrunya sudah ~; 2. ki fasih, lancar
(bercakap), cepat bergerak.
galium (Kim) sj unsur logam bersimbol Ga yg diekstrak drpd bauksit
atau bijih zink, biasanya digunakan utk membuat aloi yg
digunakan dlm termometer suhu tinggi, dan utk membuat sebatian
yg digunakan sbg semikonduktor.
galon Id gelen.
galu-galu Mn padi yg hampir masak (baik utk dibuat emping).
galuh 1. sl perak; 2. permata (intan) sbg sebutan utk puteri raja.
galuk  geluk.
galur alur; susur-~ salasilah, asal usul;
bergalur-galur beralur-alur, berjalur-jalur;
menggalur mencari punca atau asal: makna yg boleh digalur drpd
falsafah mistik dlm Islam;
menggalur-galur memeriksa, mengusut (hingga kpd asalnya);
menggalurkan menguraikan sampai kpd asalnya;
penggaluran perihal menggalurkan.
galut Pr selalu.
galvani; besi ~ besi yg disalut dgn lapisan zink supaya tahan karat;
menggalvani menyalut besi (keluli dsb) dgn lapisan zink utk
melindunginya drpd berkarat: proses ~ kepingan besi;
penggalvanian proses atau perbuatan menggalvani.
galvanometer (galvanométer) (Fiz) alat utk mengesan atau mengukur
arus elektrik.
gam I degam (bunyi meriam dll).
gam II Kd tiba-tiba, dgn serta-merta.
gam III bahan perekat yg diperoleh drpd damar;
bergam dilekatkan (dicantumkan, disapu dsb) dgn gam: kertas
dinding itu sudah ~;
mengegam menghalang sesuatu atau seseorang drpd bergerak,
bergiat, dsb: sesetengah artis telah digam;
mengegamkan melekatkan atau memperekatkan dgn gam.
gama huruf ketiga dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol , .
gamak 1. agak, kira, sangka: ini tuan puteri ~nya; tidak ~ tidak raguragu;
2. sanggup, sampai hati: sampai ~ ia menipu aku; ~-~ spt
orang menyambal prb membuat keputusan tentang perbuatan dll
dgn diagak-agak saja;
menggamak-gamak 1. memegang-megang utk mengagak besar
(berat) sesuatu, mengagak-agak: digamak-gamaknya benda itu lalu
ia membayar harganya; 2. memegang-megang utk mengancam,
mengacu-acu (senjata dll): ~ hulu keris;
tergamak sampai hati, sanggup, teragak: masakan ~ ia
membiarkan seorang drpd ahli keluarganya itu diseksa Jepun;
tidak ~ a) tidak teragak, tidak terkira; b) tidak ragu-ragu, tidak
teragak-agak; c) tidak sampai hati, tidak sanggup: barangkali
Ismail tidak ~ melihat Jamilah, sepupunya itu menangis.
gamaka (Muz) bunga lagu dlm muzik India.
gamam 1. tidak dapat berbuat apa-apa kerana terkejut dll: dia menjadi ~;
2. = tergamam gelisah, ragu-ragu: dia menegur dgn suara ~;
tergamam menjadi gamam, terkejut dan tidak dapat berbuat apaapa,
terpegun,: dia tidak dapat membuat apa-apa kerana ~;
kegamaman dlm keadaan gamam.
gaman Jw ark senjata.
gamang 1. takut melihat ke bawah dr tempat yg tinggi, gayat: sungguh
~lah ketika melihat jurang yg amat dalam itu; 2. = tergamang
berasa sepi: ia ~ sepeninggalan ibunya;
penggamang orang yg lekas gamang, penggayat; orang ~ mati
jatuh, orang pendingin mati hanyut prb Mn orang yg takut-takut
tidak akan mencapai kehendaknya.
gamat I bising, riuh-rendah: Dewan Rakyat ~ dgn gelak ketawa hari ini;
menggamatkan menyebabkan gamat pd telinga, membisingkan,
memekakkan: pekik sorak ~ suasana;
kegamatan keadaan gamat, kebisingan: ~ kelas reda secara
mendadak.
gamat II sj binatang laut spt teripang tetapi lebih pendek dan lebih kurus
(biasanya hidup di celah-celah atau di bawah batu, dan digunakan
utk mengubati penyakit luka dalam akibat jatuh, bersalin, dsb),
Holothuria spp.;
air ~ air drpd gamat yg diawetkan; ibu ~ gamat yg diawet atau
disimpan sehingga menjadi kecut dan mengeluarkan air.
gamat III ark; bergamat berlagu, bernyanyi;
menggamat; ~ lagu melagukan.
gamat IV; kayu ~ kayu keramat yg dipakai sbg cap kerajaan.
gamat V; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Pterisanthes cissoides.
gamba; ~ putih sj tumbuhan (pokok memanjat), Cardiopteris lobata.
gambang I sj alat muzik (dibuat drpd bilah-bilah kayu atau gangsa yg
panjangnya tidak serupa); ~ keromong gamelan khas Betawi untuk
mengiringi drama rakyat Betawi.
gambang II; balai ~;balai I.
gambar 1. lukisan, foto; tukang (pandai) ~ orang yg kerjanya mengambil
gambar, jurugambar; kantur ~ Id pejabat tempat membuat gambar
peta; 2. tiruan sesuatu benda yg dibuat dgn menggunakan kamera,
foto; 3. sl patung;
~ angan-angan gambar yg dikhayalkan; ~ bagan gambar yg dibuat
dgn garis-garis dan menunjukkan bahagian penting sahaja, lakar; ~
bumi peta bumi; ~ cermin Id bayangan pd cermin; ~ denah gambar
bagan; ~ ejekan (sindiran) gambar orang yg dibuat ganjil dgn
sengaja sbg sindiran; ~ hidup = wayang ~ = komidi ~ wayang
gelap, gambar bergerak yg ditayangkan; ~ mati = ~ sorot wayang
gelap yg tidak bergerak; ~ sisip = ~ selit kepingan lut sinar yg
diberi bergambar utk ditayangkan pd tirai; ~ tempel Id a) gambar
yg dilekatkan pd kertas (kad, kain, dll); b) gambar iklan yg
dilekatkan pd tembok dll; ~ timbul gambar yg dibuat timbul pd
batu dll;
bergambar 1. mempunyai gambar, dihiasi dgn gambar: buku
bacaan ~; kad ~; 2. mengambil gambar dgn kamera: para
pelancong ~ di depan bangunan Parlimen;
menggambar melukis (membuat) gambar : ia suka ~
pemandangan;
menggambari memberi bergambar, menghiasi dgn gambar: kertas
minyak digambari rangka-rangka bangunan;
menggambarkan 1. membuat gambar utk: guru ~ muridnya
seekor singa; 2. melukiskan, membayangkan: lukisan ini ~
penderitaan rakyat yg miskin; dapat digambarkannya bagaimana
rakan-rakannya pd hari itu bersuka ria; 3. mengisahkan atau
membayangkan sesuatu keadaan dsb: pepatah ini ~ satu hakikat yg
tidak boleh dinafikan dlm kehidupan sehari-hari;
tergambar terbayang, terlukis: dlm fikirannya ~ wajah anak muda
itu;
gambaran 1. gambar, lukisan; 2. kisah (keterangan, bayangan,
dsb) tentang sesuatu keadaan dsb;
penggambaran 1. perihal menggambarkan (membuat foto,
melukiskan, membayangkan, dll); 2. kegiatan (perbuatan, usaha,
dsb) membuat filem termasuk berlakon, mengarah dsb;
penggambar orang yg menggambarkan, pelukis.
gambar foto gambar yg dihasilkan dgn menggunakan kamera, foto.
gambar rajah sketsa, rangka atau pelan yg menerangkan sesuatu (hal,
perkembangan, dll).
gambas Jw ketola.
gambir 1. sj tumbuhan (pokok menjalar), Uncaria gambir; 2. bahan yg
diperoleh drpd pokok gambir utk dimakan dgn sirih dan pinang
(utk menyamak kulit dll);
~ air sj tumbuhan (pokok memanjat), Hippocratea macrantha; ~
badak = ~ jantan sj tumbuhan (pokok), Maesa ramentacea; ~
hutan sj tumbuhan (pokok memanjat), Uncaria cordata; ~ paya sj
tumbuhan (pokok memanjat), Uncaria lanosa.
gambir-gambir 1. sj tumbuhan (pokok), kenar, keranji bulan,
me(r)limau, pasak perahu, pokok rambutan pacat jantan, temilang,
Aglaia odoratissima; 2. sj tumbuhan (pokok memanjat), kait-kait,
Combretum sunaicum.
gamboj sj damar yg diperoleh drpd beberapa jenis pokok tertentu,
biasanya digunakan sbg sumber pigmen kuning, dan sbg julap.
gambuh 1. sj tarian; 2. penari gambuh;
bergambuh menari gambuh.
gambus 1. sj kecapi Arab yg bertali enam (dimainkan dgn iringan
gendang); 2. = orkes ~ Id pancaragam yg terdiri drpd gambus,
harmonium dsb yg memainkan lagu-lagu Arab;
lagu ~ lagu yg dimainkan oleh pancaragam gambus; tarian ~ tarian
dgn iringan gambus.
gambut lembut dan tidak padat (tanah): nanas ditanam di tanah ~ atau
di ladang getah yg ditinggalkan.
gamelan (gamélan) seperangkat alat muzik yg berasal dr Jawa, yg terdiri
drpd beberapa jenis alat yg dipalu spt saron, bonang, gambang,
gong, dll.
gamen (gamén) bp kerajaan, pemerintah.
gamer teragak-agak (hendak membuat sesuatu kerana malu dll).
gamet (gamét) (Bio) sel pembiakan.
gamik Mn; menggamik memberi isyarat (menyentuh) dgn
jari;gamit.
gamis Ar kemeja: wanita itu memakai gaun biru dgn ~ putih;
bergamis memakai gamis: seorang lelaki yg berkopiah putih , ~,
dan bercelana panjang mendekati Tipah.
gamit isyarat memanggil dgn jari: ibarat ~ sudah berkecapi, ibarat kata
sudah berjawab;
bergamit-gamitan 1. saling memberi isyarat dgn jari; 2. saling
menyentuh dgn jari: kedua-duanya ~ dan kerling-mengerling;
menggamit 1. memberi isyarat dgn jari (utk memanggil); 2.
menyentuh jari, mencuit; ~ kecapi memetik kecapi;
menggamitkan menyentuhkan jari, melambaikan (tangan) utk
memanggil dll: kanak-kanak itu ~ tangannya spt meminta sesuatu;
gamit-gamitan sesuatu yg sering kali disebut-sebut orang, buah
mulut orang: menjadi ~ orang.
gampang Jw mudah; anak ~ anak haram;
menggampangkan memudahkan, menganggap ringan;
gampangan Jk lebih mudah;
gampang-gampangan dgn cara mudah sahaja, alang-alangan,
tidak dgn bersungguh-sungguh.
gampar I Jk; menggampar menampar, meninju.
gampar II Jw; gamparan terompah drpd kayu.
gamuh sj kendi (teko dll) yg tidak bercerat.
gamut (Komp) julat keseluruhan jenis warna yg boleh dipaparkan oleh
paparan komputer.
ganal; ganal-ganal; ~ mati seolah-olah mati, spt mati rupanya.
ganang; gunung-~ bermacam-macam gunung, pergunungan.
ganar I Mn bingung.
ganar II penembak meriam.
ganas 1. liar dan suka menyerang, mengamuk, membunuh dsb (bkn
binatang), buas: harimau (buaya) yg ~; 2. cenderung merosakkan
harta benda, mencederakan orang dsb (bkn orang): orang gila itu
semakin hari semakin ~;
mengganas 1. berlaku ganas (menyerang, mengamuk, dll):
samseng-samseng makin ~ di bandar-bandar ini; 2. menjadi
semakin hebat, menjadi-jadi: wabak taun ~;
mengganasi berlaku ganas terhadap, melakukan perbuatan ganas
terhadap (seseorang): wanita sepatutnya dihormati sbg seorang
insan, spt lelaki, dgn itu kaum lelaki tidak akan ~ wanita;
keganasan perihal ganas, kebuasan, kegarangan;
pengganasan perbuatan mengganas: anasir-anasir subversif
melakukan ~ di sempadan;
pengganas orang yg mengganas: ~-~ komunis masih berkeliaran
di kawasan sempadan Semenanjung.
gancang cepat (tindakan, gerakan, dll), tangkas, cergas, pantas.
gancaran Jw karangan yg tidak bersajak, prosa.
gancu 1. pengancing drpd logam, plastik, dll yg dilekatkan pd satu
hujung tali pinggang dll, digunakan utk mengancing tali pinggang
dll atau sbg hiasan. 2. galah yg mempunyai kait pd hujungnya;
menggancu mengait sesuatu dgn gancu.
ganda I 1. = sekali ~ satu kali lebih banyak drpd yg asal (mis empat
menjadi lapan); 2. lipat, kali (banyaknya dll): sekali (dua kali, tiga
kali) ~ satu (dua, tiga) kali atau lipat banyaknya (drpd jumlah asal);
berlipat ~ beberapa kali lebih banyak drpd jumlah asal, bertambahtambah
banyaknya;
~ menaik (Mat) rangkaian angkatap yg disusun menurut angka
ganda yg bertambah besar; ~ menurun (Mat) rangkaian angkatap
yg disusun menurut angka ganda yg bertambah kecil;
berganda bertambah atau meningkat sekali lipat lebih banyak drpd
jumlah asal, berlipat (banyaknya): hasil padi ~;
berganda-ganda, ganda-berganda berlipat-lipat banyaknya,
beberapa kali lebih banyak drpd jumlah asal (atau sesuatu jumlah):
mendapat keuntungan yg ~; menari ~ menari berkali-kali
(berulang kali);
menggandakan, mempergandakan memperbanyakkan supaya
menjadi dua kali jumlah dsb yg asal: jikalau tekanan digandakan,
isi padunya menjadi separuh; janganlah awak ~ kata itu lagi
janganlah mengulang kata itu lagi;
memperganda-gandakan melipatkan (jumlah sesuatu) beberapa
kali, membanyakkan jumlahnya berkali-kali;
gandaan 1. = penggandaan; 2. = pergandaan;
pergandaan 1. perihal berganda, perbanyakan bilangan menjadi
dua atau beberapa kali lebih banyak drpd jumlah asal; 2. (Lin)
perulangan kata (keseluruhannya atau sebahagiannya);
penggandaan perihal atau perbuatan menggandakan
(melipatgandakan);
pengganda angka utk menggandakan angka lain.
ganda II sl bau (yg harum), bau-bauan.
ganda III Jk 1. lawan (yg tidak sepadan); 2. berani melawan (meskipun
lawan yg lebih kuat dll).
gandal = gandalan, penggandal halangan, rintangan.
gandam bahan pewarna yg digunakan utk mewarnakan kayu dll tanpa
menghilangkan ira kayu dsb;
menggandam membubuh (meletakkan, menyapu, dsb) gandam pd
kayu dll.
gandan Id; gebar ~ kain selimut drpd sutera dll.
gandang sj tumbuhan (pokok), ganding, kesinga, merpuing, mersinga,
Carallia brachiata.
gandapura sj tumbuhan (pokok yg bijinya dibuat minyak wangi),
Hibiscus belamoschus.
gandar I 1. kayu utk memikul barang di atas bahu, galas, kandar,
pengandar; 2. tangkai (pd timba telaga, pd tenggala); 3. batang
dacing; 4. = ~ roda batang besi (kayu dsb) tempat roda berpusing;
pasak (poros) roda, aci; ~ cincin pencengkam batu pd cincin;
menggandar memikul, mengandar, menggalas;
gandaran barang (beban) yg dipikul, pikulan, kandaran: maka
Laksamana pun meletakkan ~nya, lalu naiklah ia ke rumah
saudagar itu.
gandar II Jk; menggandar mengenderai (kereta, basikal, dll);
gandaran kenderaan, kenaikan.
gandaria, gandariah sj tumbuhan (pokok yg berbuah), Bouea
macrophylla.
gandarusa sj tumbuhan (herba yg daunnya dipakai utk ubat),
Gendarussa vulgaris.
gandasuli sj tumbuhan (pokok yg harum bunganya), Hedychium
coronarium.
gandek (gandék) Jw utusan, suruhan raja.
ganden (gandén) Jw tukul drpd kayu, pemukul.
gandewa (gandéwa) Jw busur (panah).
gandi I sl busur (panah); main ~ bermain panah.
gandi II sl tukul, pemukul;gandin.
gandik 1. perhiasan pengantin perempuan, permaisuri dan sultanah yg
dipakai pd dahi; 2. perhiasan pd hulu keris.
gandin tukul kayu, pemukul.
ganding I; bergandingan, berganding 1. berdampingan, berdekatan
(berpegangan tangan): Ismail ~ dgn Lamah berjalan lambatlambat
menuju ke kereta; 2. berangkaian, berhubungan, berpautan:
gerabak-gerabak kereta api yg bergerak ~; 3. berkaitan,
berhubungan, bersangkutan: hal-hal yg ~ dgn sesuatu perkara; 4.
bekerjasama, tolong-menolong: masyarakat yg berbilang bangsa
harus ~ utk mencapai kemakmuran; ~ tangan a) berpegangan
tangan; b) bekerjasama, bahu-membahu; ~ tenaga menggunakan
tenaga bersama utk melakukan sesuatu, berpadu tenaga,
bekerjasama (dgn erat);
mengganding 1. menarik sesuatu yg diikat di samping atau di
belakang: sebuah kepala kereta api dapat ~ berpuluh-puluh
gerabak; 2. memegang tangan, memimpin: orang buta itu
diganding oleh seorang budak;
menggandingkan, mempergandingkan 1. menghubungkan,
memautkan, mempertalikan: kereta yg rosak itu digandingkan dgn
sebuah lori; 2. menghubungkan, mengaitkan: kemiskinan rakyat
umumnya dapat digandingkan dgn keadaan ekonomi negara; 3.
membawa supaya berhampiran (berdampingan), mendekatkan:
sampan itu digandingkan dgn motobot;
gandingan benda yg digandingkan (di samping atau di belakang).
ganding II Mn; gandingan banding, tanding;
bergandingan berbanding dgn, berlawanan, bersaingan;
menggandingkan membandingkan.
ganding III sj tumbuhan (pokok), gandang, Carallia brachiata.
gandrung I Jw sangat rindu (berahi), sangat mengingini.
gandrung II Jw sj tumbuhan (pokok) yg buahnya spt jelai, Andropogon
sorghum.
gandu sj buah berwarna hitam yg berbentuk bulat pipih dan dipakai dlm
permainan lecek.
ganduh I Mn imbuh, tambah, tokok;
berganduh bertukar dgn mendapat tambahan (wang dll);
memperganduhkan, memperganduh-ganduhkan menukarkan
sesuatu dgn tambahan.
ganduh II Mn; berganduh bercampur, beraduk.
gandul Jw; menggandul bergantung;
mengganduli 1. bergantung pd; 2. menggantungkan pd;
gandulan benda yg digantung (kerongsang pd rantai leher dll).
gandum sj tumbuhan (pokok dan buahnya), terigu, Trificum sativum;
tepung ~ tepung terigu (utk membuat roti dll).
gandung buluh (kayu) yg dipasang di kiri kanan perahu (supaya tidak
terbalik atau utk menambah muatan), ambau;
bergandung 1. berambau (memakai gandung); 2. mempunyai
muatan yg diletakkan di gandung;
menggandung memuat barang dgn memakai gandung.
gandus sj kuih (dibuat drpd tepung beras, kelapa, dll); seri ~ sj penganan.
gang I sj pahat (yg dipakai oleh tukang tembaga).
gang II IB lorong kecil (di kampung-kampung dlm bandar).
ganggang I; berganggang 1. sedang disalai (dgn api); 2. berdiang;
mengganggang menyalai, memanggang: daun yg hendak
dikeringkan itu diletakkan di dlm dulang dan diganggang atas api.
ganggang II Mn 1. ruang di antara dua benda, celah: ~ pintu; 2.
renggang (tidak rapat): hubungan mereka sudah mulai ~;
berganggang 1. bercelah, merenggang: sambung kayu itu mulai ~;
2. bercerai (bkn suami isteri): laki bini itu sudah ~;
mengganggang menjadi bercelah, merenggang: papan ~;
mengganggangkan merenggangkan, menjadikan bercelah: ~
pintu.
ganggang III sj lumut yg tumbuh dlm air dll.
ganggu; mengganggu 1. mengusik, mengacau: pekerjaan orang jangan
diganggu; 2. mengusik, mempermain-mainkan, menggoda
(perempuan): tidak baik awak ~ murid perempuan itu; 3.
menghalangi, mencegah, memacetkan, merusuh: batuknya ~ ia
bercakap; ~ keamanan merosakkan keamanan;
terganggu terusik, tercegah, terhalang: pasukan keamanan
nampaknya ~ oleh pengganas-pengganas di hutan;
gangguan 1. perbuatan mengganggu (mengusik dsb), usikan,
godaan; 2. sesuatu yg mengganggu (mengacau, menghalang,
menyusahkan, dsb), halangan;
~ fikiran keadaan jiwa (perasaan atau minda) yg tidak tenteram,
cemas, bercelaru dsb akibat sesuatu tekanan, terutamanya faktor
luaran atau persekitaran; ~ mental (Ubat) sebarang penyakit atau
keadaan seseorang, yg berlaku akibat perubahan organik atau tak
organik pd otak, yg seterusnya mengganggu fungsi otak; ~ seksual
perlakuan yg kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan
dsb yg berunsur seks, mis kata-kata lucah, meraba dsb, biasanya
dilakukan berulang-ulang, terutamanya oleh orang lelaki terhadap
wanita;
penggangguan perihal atau perbuatan mengganggu;
pengganggu orang dll yg (suka, selalu) mengganggu.
ganggu-gugat; mengganggu-gugat mengganggu dan mendakwa,
memperkarakan, mendakwa dan memperkarakan: raja yg berkuasa
tidak boleh diganggu-gugat.
ganggut; mengganggut mencabut, merenggut.
ganglion (Bio) kelompok jasad sel saraf yg biasanya terletak di luar saraf
pusat.
gangren (gangrén) (Ubat) kematian tisu secara meluas akibat terputusnya
bekalan darah, yg biasanya diikuti dgn serangan bakteria,
kelemayuh.
gangsa I aloi yg terdiri drpd tembaga dan timah; kangsa.
gangsa II angsa (sj itik besar).
gangsal ark ganjil (lwn genap);gasal.
gangsang gasang I.
gangsar sj keridik, cengkerik.
gangsi ark; menggangsi mengukup (pakaian), mendupai, mengasapi.
gangsir I Jw  gangsar.
gangsir II; menggangsir menggali lubang dlm tanah.
ganih I ark gading gajah betina.
ganih II Mn; kain ~ kain putih.
ganja I sj tumbuhan yg daun dan bunganya yg kering dihisap spt
tembakau sbg dadah yg mengkhayalkan, Cannabis sativa.
ganja II bahagian keris di antara mata dan hulunya; ~ iras = ~ menumpu
ganja yg bersambung dgn bilahnya; ~ datang = ~ rawan ganja yg
dilekatkan pd bilahnya.
ganja-ganja sj tumbuhan (herba), Clerondendron indicum.
ganjak; berganjak 1. beralih, beranjak, berengsot: dia tidak mahu ~ dr
tempatnya; 2. ki berubah (pendirian dsb): dia teguh dgn
pendiriannya yg lama, tidak ~ sedikit pun;
mengganjak, mengganjakkan mengalihkan, menganjakkan,
mengubah tempat, mengensotkan: peti besi tidak dapat diganjak
oleh seorang sahaja;
terganjak teralih, teranjak, terengsot; tidak ~ a) tidak teralih; b) ki
tidak dapat diubah lagi.
ganjal alas (tiang, landasan kereta api, dll), sempal (tempat yg longgar,
puting parang dgn lubang hulu, dll);
mengganjal membubuh ganjal: tiang balai itu diganjal dgn batu;
terganjal memakai ganjal, ketat (tidak longgar), kukuh (tidak
goyah).
ganjar; mengganjar, mengganjari 1. membalas jasa dgn hadiah,
menghadiahi: kerajaan bercadang hendak ~ orang-orang yg telah
berjasa kpd tanah air; 2. memberi balasan, memberi hukuman:
pengganas-pengganas itu harus diganjar kalau tertangkap;
mengganjarkan 1. menghadiahkan; 2. memberikan balasan;
ganjaran 1. hadiah (utk perbuatan baik dll): Patih Gajah Mada
pun memberi ~ akan perwira itu empat ratus pitis; 2. balasan (utk
perbuatan jahat dll): dia akan mendapat ~ pd kemudian hari
kerana kejahatan-kejahatannya.
ganjat tegang (kulit gendang, urat-urat), regang.
ganjil 1. ajaib, aneh, pelik: kelakuannya agak ~ akhir-akhir ini; 2. tidak
genap (bilangan), gasal: nombor bulat yg bukan nombor genap
dinamakan nombor ~;
mengganjil berlaku ganjil (lain drpd biasa): dia itu selalu ~ saja
drpd orang lain;
mengganjilkan 1. menjadikan ganjil (tidak genap, ajaib, aneh,
dsb); 2. membuat orang menganggap aneh (ajaib dll): pakaiannya
yg sungguh ~; keluar tak ~ masuk tak menggenapkan prb hal
(orang) yg tidak mendapat perhatian dlm masyarakat;
keganjilan perihal ganjil, keanehan, keajaiban.
ganjur I sl tombak;
mengganjur, mengganjuri menombak(i).
ganjur II Mn tarik, hela, mundur;
berganjur mengundurkan diri: pegawai itu ~ diri utk mengelakkan
perkelahian; berganjur-ganjur surut ki bersikap maju mundur;
mengganjur menarik, merenggut (tali wau dll), menarik diri,
mengundurkan: dia akan menyuruh Rohani ~ langkah surut.
gantal Jw daun sirih yg sudah digulung.
gantang 1. sukatan atau ukuran banyak yg sama dgn 4 cupak atau 4.54
liter (lazimnya utk beras); 2. alat utk menyukat (beras dll);
melukut di tepi ~ prb perkara kecil yg tidak mendapat perhatian;
mengisi ~ pesuk prb membuat pekerjaan yg tidak menguntungkan;
secupak tak akan jadi se~ prb sesuatu yg tetap dan sukar diubah
lagi;
menggantang menyukat dgn gantang; ~ asap mengingini sesuatu
yg sukar dicapai;
~ anak ayam prb membuat pekerjaan yg amat susah; penuh sudah
bagai ~ prb cukup (benar-benar) penuh.
gantang-gantang patrum (tempat ubat bedil) yg dibuat drpd buluh.
gantar (Sunda) galah.
ganteng Jw cantik, elok dan gagah, tampan.
ganteng (ganténg) Jk kental, beku.
ganti 1. silih, penukar, pampasan: ambillah buku cerita ini sbg ~ tengok
wayang; 2. = pengganti wakil: kalau engkau tak mahu pergi
akulah ~ kau; 3. bp beralih, bertukar, berubah (tempat dll);
~ nama (Lin) kata utk menyebut diri (saya, engkau, dll); ~ tikar
kahwin dgn adik atau kakak isteri yg telah mati; ~ hidup
berkeredaan, ~ mati berkebulatan prb utk mendapatkan ganti
seseorang ketua perlulah dgn muafakat;
berganti bertukar, berubah, beralih menjadi; ~ nama bertukar
namanya; ~ pakaian bertukar pakaian; hari (minggu, bulan, tahun)
~ hari (minggu, bulan, tahun) selepas hari dll ini hari dll
kemudiannya pula; satu ~ satu satu demi satu bertukar, bergiliran;
silih ~ = saling ~ = ganti-~ bergilir-gilir atau bertukar-tukar;
berganti-ganti, bergantian bertukar-tukar, bergilir-gilir, silih
berganti: seseorang yg berada di sebelah kanan anda datang ke
depan anda secara ~;
mengganti 1. menukar (dgn yg lain, yg baru, dll), menjadikan
berganti: pegawai ini perlu diganti dgn seorang yg lebih cekap; 2.
memberikan sesuatu kpd seseorang dll sbg cara memulangkan
barang dsb yg sudah dihilangkan (dirosakkan dsb), memberi
(membayar) ganti rugi: saya tidak dapat ~ pen awak yg sudah
hilang itu; 3. mengambil tempat seseorang utk menjalankan
sesuatu tugas dll: mengapa cikgu kita tidak mahu ~ guru besar dlm
mesyuarat itu?;
menggantikan menjadi ganti: anak negeri yg pandai sudah boleh
~ pegawai-pegawai dagang;
gantian sesuatu yg dapat menggantikan (mengambil tempat)
sesuatu yg lain;
pergantian pertukaran, peralihan, perubahan (kpd sesuatu yg lain);
penggantian perihal atau perbuatan mengganti(kan): mereka
merundingkan perkara ~ Ketua Kampung;
pengganti benda atau orang yg menjadi ganti: biarlah pantunku
ini sbg ~ penawar hatimu; sejak guru itu pindah murid-murid agak
gelisah menunggu ~nya.
gantih Mn; menggantih memintal benang (dgn rahat).
ganting I; gula ~ gula kasar;gula I.
ganting II sl nama sj perahu lama: maka baginda pun menyuruh
berlengkap perahu akan menyerang Singapura, seratus delapan
puluh banyaknya jong, lain drpd itu berapa ratus buah ~.
ganti rugi wang atau barang utk silihan kerugian, pampasan;
mengganti rugi memberikan sesuatu atau membuat bayaran utk
mengatasi atau meluputkan kerugian yg dialami oleh seseorang
dsb.
gantri struktur keluli yg tinggi yg menopang kren, tanda isyarat di
landasan kereta api dsb.
gantung; hukum ~ hukuman mati dgn mencerut leher dgn tali (yg terikat
pd tiang); jambatan ~ titi yg tidak bertiang; kahwin ~ = nikah ~
perkahwinan yg belum lagi diumumkan (diraikan) dgn upacara
persandingan; lampu ~ lampu yg disangkut (tidak berdiri); pusaka
~ waris yg belum diketahui pemiliknya; ~ kemudi sl cukai yg
dikenakan di pelabuhan; ~ layar sl hadiah kpd orang yg
menyelamatkan kapal yg hendak karam;
bergantung 1. bersangkut, bergayut, berpaut; dagu bagai lebah ~
dagu yg cantik; 2. bersandar (pd orang dll), berharap pd
pertolongan (orang dll), di bawah pengaruh orang dll:
kehidupannya ~ pd belas kasihan Dato’ Ujang; pertumbuhan padi
di kawasan Kerian ~ semata-mata pd hujan;
~ di ekor anjing prb orang yg sangat memerlukan pertolongan akan
menerima sebarang pertolongan; ~ di hujung rambut prb nasib yg
tidak tetap; ~ kpd rambut sehelai prb dlm keadaan yg amat
berbahaya; ~ pd tali rapuh prb mengharapkan pertolongan drpd
orang dll yg lemah; ~ tidak bertali, bersalai tidak berapi prb a)
isteri yg ditinggalkan tetapi tidak diceraikan; b) peri seorang
gundik yg tidak sah;
bergantung-gantung bergantung banyak-banyak di sana sini:
jemuran yg ~ di balkoni apartmen itu memang mencacatkan
pemandangan;
bergantungan bergantung-gantung, bergantung banyak-banyak: ia
memerhatikan gambar-gambar yg ~ di dinding;
menggantung 1. menghukum mati dgn mencerut leher dgn tali yg
terikat pd tiang; ~ diri membunuh diri dgn mencerutkan tali pd
leher; 2. memasang (kelambu, tirai, dll) dgn menyangkutkan tali
dll pd sesuatu: ~ kelambu; ~ langsir; 3. menunda (perkara dll)
hingga waktu yg lain (utk mendapat butir-butir yg lebih lanjut):
perkara itu digantung utk sementara waktu; 4. menjadikan tidak
berkuat kuasa atau sah dsb atau tidak dapat bertindak (bergiat dsb)
sehingga diputuskan secara muktamad;
~ kerja (pekerjaan) tidak membenarkan atau menahan seseorang
drpd melaksanakan tugas atau kerja rasminya buat sementara
(biasanya sehingga selesai dijalankan sesuatu penyiasatan); ~ lesen
menjadikan lesen (memandu, berniaga, dsb) hilang kuat kuasanya
sehingga dibuat keputusan lain kemudiannya; ~ raket berhenti
sama sekali atau bersara drpd bermain sesuatu permainan yg
menggunakan raket (spt badminton, tenis, dsb): selepas ~
raketnya, nama beliau terus hilang dari dada akhbar; digantung
tinggi dibuang jauh prb tidak berkuasa sedikit pun (lemah sekali);
menggantungi 1. menjadikan (sesuatu) sbg tempat
menggantungkan (sesuatu): pokok ru itu digantungi dgn lampu yg
berbagai-bagai warnanya; 2. menggantung berulang-ulang;
menggantungkan 1. menyangkutkan pd paku dll atau
mengikatkan pd sesuatu dsb supaya terletak pd tempat yg tinggi,
menjadikan bergantung: ia ~ semua kad Hari Raya pd tali yg
direntang; 2. menyandarkan (nasib, pekerjaan, dll) pd,
mengharapkan (pertolongan dll) drpd, meletakkan (harapan dsb):
mereka ~ harapan hari depan mereka pd kejayaan Hanifah dlm
pelajarannya;
digantungkan tinggi, digalikan dalam prb perjanjian yg dibuat dgn
syarat-syarat yg teguh; ~ kain kotor di muka pintu prb perihal
perbuatan yg pandir yg memberi malu pd diri sendiri;
mempergantungi menjadikan (seseorang) tempat bergantung: aku
masih terkatung-katung dgn tiada tempat bergantung tetapi
dipergantungi pula oleh orang lain;
tergantung 1. telah digantung, tersangkut, terpaut: lampu itu ~ di
loteng; 2. diserahkan, terserah (pd): hukuman yg akan dikenakan ~
pd hakim;
gantungan 1. sesuatu yg digantung(kan); 2. alat utk menyangkut
(menggantungkan) sesuatu;
kebergantungan perihal (keadaan) bergantung (pd): sikap ~ pd
orang lain;
ketergantungan keadaan atau sifat (masih) bergantung (pd
sesuatu): ini bererti wanita berkenaan perlu belajar berdikari dan
bebas drpd ~ pd keluarga.
ketidakbergantungan perihal ( keadaan) tidak bergantung pd: ~
politik kawasan yg berpisah-pisah;
pergantungan 1. alat atau tempat utk menggantung; 2. tempat
bergantung (mis orang yg dipercayai atau yg boleh memberikan
pertolongan), tempat bersandar, tempat mengharapkan
pertolongan; 3. perihal (perbuatan, sikap) bergantung (pd sesuatu):
jelaslah ~ pd beberapa barangan utama akan terus menjejaskan
ekonomi negara;
penggantungan 1. perihal menggantung; 2. tempat
menggantung(kan) sesuatu, tempat menghukum gantung orang: ~
kain baju itu letaknya berhampiran dgn katil;
penggantung digunakan utk menggantungkan sesuatu: tali ~
seluar.
ganu pelangi (cahaya).
ganyah; mengganyah 1. menggosok atau menyental kuat-kuat: tutup
mulutmu, nanti aku ganyah dgn sambal; 2. Kd memakai (kain dll)
selalu: kain songket itu tidak boleh diganyah.
ganyang; mengganyang 1. Jw memakan mentah-mentah, memamah,
mengunyah; 2. membinasakan, memusnahkan, menghancurkan:
operasi Indera Khas telah dilancarkan utk ~ unit penggempur
keenam ini.
ganyar ganyut.
ganyir Kl senang, mudah.
ganyong Jk sj tumbuhan (herba yg umbinya sedap dimakan), Canna
edulis.
ganyut 1. tidak lunak (walaupun direbus), basau, engkah-engkah, ganyar;
2. sangat tua: Cu Hawa sudah tua dan ~.
gap bunyi degupan jantung, bunyi spt mengetuk meja;  degap I.
gapa I Kl apa benda.
gapa II Jw cekatan, tangkas, tidak berasa kaku;
kegapaan ketangkasan, kecekatan.
gapah I; gopoh-~ terburu-buru, tergesa-gesa; gopoh.
gapah IIgapa II.
gapai; bergapaian berhulur-hulur tangan (utk mencapai atau memegang
sesuatu);
menggapai menghulurkan tangan hendak mencapai atau
memegang sesuatu: tidak ada jalan lain bagiku melainkan ~
tempat bergantung pd benda-benda yg terapung;
menggapai-gapaikan menghulurkan tangan mencari-cari tempat
pegangan: ia ~ tangannya tetapi perahu itu sudah terlampau jauh
dr tempatnya;
tergapai-gapai terhulur-hulur tangan (hendak mencapai sesuatu):
Bidin ~ dlm laut yg sedang berkecamuk itu.
GAPENA (gapéna) akronim bagi Gabungan Persatuan Penulis Nasional.
gapil suka campur (dlm hal orang lain), suka mengganggu; ~ tangan
suka campur tangan, suka mengusik; ~ mulut = mulut ~ cerewet
atau suka menyampuk dll;
menggapil 1. mengambil (memegang) dgn tidak sengaja; 2.
mencampuri (hal orang).
gapis sj tumbuhan (pokok) dlm famili Leguminosae, Saraca declinata, S.
indica; dan S. thaipingensis; ~ akar sj tumbuhan (pokok
memanjat), akar tuba, tuba benar, tuba jenu, tuba putih, tuba rimba,
tuba tudung, Derris elliptica; ~ tanjung sj tumbuhan (pokok
renek), Croton griffithii.
gapit Jw penyepit (utk menguatkan anyaman), sepit;
menggapit mengapit dgn sepit, menyepit.
gaplek (gaplék) Jw ubi kayu yg sudah dijemur sampai kering; tepung ~
tepung ubi kayu.
gapura pintu gerbang (istana, kuil, dll);
~ ilmu ki institusi, pertubuhan, dll yg berjuang membina dan
mengembangkan ilmu: ilmu sastera berkembang bukan sahaja dr
~ ilmu malah melalui gagasan persendirian.
gar bunyi guruh (meriam dll); ~, ~ kata gelegar, rasuk juga menahannya
prb dlm sesuatu perkara jangan terlalu percaya pd kata orang
(kerana akibatnya nanti ditanggung sendiri);degar.
gara Igahara.
gara II Mn garah.
gara-gara 1. bencana, huru-hara, kegemparan, kehebohan: drpd ~
serangan udara maka orang ramai di bandar Brunei mesti
membuat lubang perlindungan; 2. akibat drpd: ~ judi ini ia jadi
melarat.
garah I Mn; garah-garah senda gurau, lawak jenaka;
bergarah, bergarah-garah bermain-main, berjenaka, bergurau
senda;
mempergarahkan memperolok-olokkan.
garah II Mn; menggarah menakutkan (burung di sawah), menghalau,
mengusir: kulitnya merah ditimpa panas ketika ia ~ unggas di
sawah.
garaj bangunan atau bahagian bangunan tempat menyimpan kenderaan.
garam 1. bahan pepejal berwarna putih dan masin rasanya, yg diperoleh
drpd air laut atau dr dlm tanah dan mempunyai banyak kegunaan
(termasuk sbg perasa dan pengawet makanan), natrium klorida; 2.
(Kim) sebatian kimia yg diperoleh drpd tindakan asid atas logam;
3. sj pupuk;
~ abu alkali; ~ asid (Kim) garam yg mempunyai satu atau lebih
hidrogen yg boleh diionkan, mis kalium hidrogen sulfat; ~ bes
(Kim) garam yg terbentuk apabila sesetengah ion oksida atau
hidroksida sesuatu bes diganti dgn ion negatif lain, mis plumbum
(II) klorida hidroksida; ~ dapur garam utk masakan; ~ darat = ~
galian garam dr dlm tanah; ~ hempedu (Bio) garam yg terdapat
dlm hempedu, gunanya utk membantu pengemulsian lemak
sewaktu pencernaan; ~ jantan buku garam; ~ kontang (Kim) garam
yg air penghablurannya telah disingkirkan, mis kuprum(II) sulfat;
~ laut garam dr air laut; ~ siam garam yg halus spt gula pasir; ~
terhidrat (Kim) garam yg mempunyai air penghabluran;
merendang ~ bunyi mendedas; banyak makan ~ = tahu diasin ~ =
banyak menelan ~ hidup mempunyai banyak pengalaman hidup;
~ dikulumnya tak hancur prb seorang yg pintar menyimpan rahsia;
~ jatuh di air prb cepat meresap atau segera dimengerti (bkn
nasihat, pelajaran, dll); ~ tumpah apakah tempatnya prb kematian
orang miskin atau hina tidak dihiraukan; dicecah orang bagai ~
prb Mn hal perempuan yg tidak lama bersuami, lalu bercerai;
membuang ~ ke laut prb membuat pekerjaan yg tidak
mendatangkan faedah; sbg ~ dgn asam prb sudah padan benar (spt
suami isteri); sayang ~ sececah, busuk kerbau seekor prb kerana
takut rugi sedikit, akhirnya mendapat kerugian banyak; sudah
seasam se~nya prb tiada bercela;
bergaram 1. mengandungi (dibubuh) garam; 2. ki senang,
berbahagia: mereka berusaha supaya hidupmu jangan ~; 3.
menjadi spt garam;
menggaram 1. menjadi masin; 2. menjadi spt garam; 3.
menghasilkan garam (membuat, menggali); 4. Mn menjilat-jilat
(binatang ternak);
menggarami 1. memberi bergaram, mengasinkan; 2. ki
merempahi, menambah-nambahi: langkah-langkah perlu diadakan
utk menimbulkan dan ~ perasaan baik menteri;
menggaramkan membuat jadi garam (air laut dll);
pegaraman tempat membuat garam;
penggaraman perihal atau proses membuat (membubuh) garam.
garam-garam; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Roucheria
griffithiana.
garan I Jw tangkai, hulu (pisau dll).
garan II ark gerangan.
garang I 1. suka atau lekas menyerang dsb (apabila marah dsb), bengis,
galak: anjing itu cukup ~; guru yg ~ menakutkan murid; 2. Mn
suka, gemar; ~ makan kuat makan; 3. kencang (bkn angin dll),
hebat: angin bukit tiba-tiba bertiup ~; 4. terang dan bercahaya
(bkn warna), sangat cerah: kalau dulu orang gemar cara mekap yg
natural, dlm tahun 1983 penggunaan warna yg ~ muncul pula;
menggarang 1. menjadi garang (bkn anjing dll), membuas,
mengganas, menggalak; 2. = menggarangkan memberanikan,
mengganaskan;
menggarangkan 1. menjadikan garang, memberanikan,
mengganaskan, menggalakkan; 2. menjadikan (kelihatan) terang
dan bercahaya, menjadikan (warna) sangat cerah: warna-warna
tersebut saling bersatu hingga dapat melembutkan atau ~ warnawarna
yg bersebelahan;
kegarangan perihal garang: lambang api jelas membawa suasana
~ dan kegigihan.
garang II Jw; menggarang memanggang, memanaskan (mengeringkan
di atas api): ~ tembakau;
garangan; tembakau ~ tembakau yg dikeringkan dgn diganggang.
garang III; garangan Mngerangan.
garap; menggarap mengusahakan, mengerjakan: menyelesaikan ~
tanah;
menggarapkan mengolahkan: lebih mencabar seandainya penulis
~ watak-watak spt Murni dan Mei Mei dlm konteks peleraian
masalah;
tergarap dapat diselesaikan (diusahakan): dia tahu ada sesuatu yg
penting dlm hidup ini, namun tak ~ sampai sekarang;
garapan sesuatu yg diusahakan, usaha, kerja;
penggarapan perbuatan menggarap (mengusahakan,
menyelesaikan) sesuatu.
garau kasar dan besar (suara), garuk, parau.
gardin IB tirai (jendela dll).
gardu Id rumah sentri, rumah pengawal.
garebek Jw hari raya Islam (setahun tiga kali); ~ Maulud (12
Rabiulawal); ~ Puasa (1 Syawal); ~ Besar (10 Zulhijah).
garedeng (garédéng) Mn rumbai-rumbai (perhiasan kelambu dll).
gari I sepasang gelang drpd logam utk membelenggu pergelangan tangan
penjahat dll, belenggu;
bergari telah dibelenggu dgn gari;
menggari membelenggu dgn gari.
gari II Kl; bergari masih terang mata (walaupun orangnya sudah tua):
matanya masih ~.
garing I keras tetapi rapuh (keropok, roti, dll), kering dan mudah hancur,
rangup;
menggaringkan menjadikan garing: biarlah ikan itu digoreng
lama sedikit utk ~nya.
garing II ark ambung, keranjang (rotan dll).
garing III sj ikan darat, sengaring, tambera, Labeobarbus tambra;
karing.
garing-garing sj tumbuhan (pokok memanjat), Cnestis palala.
garis I 1. tanda yg panjang halus yg dibuat pd sesuatu permukaan,
garisan: melukis dr ~ A ke ~ B; 2. calar: ~-~ di badannya masih
kelihatan akibat kena rotan; 3. kedut pd kulit muka; 4. tanda yg
panjang halus pd tapak tangan; 5. (dlm beberapa permainan) tanda
yg dibuat utk membatasi gelanggang atau bahagian-bahagiannya,
garisan; 6. baris pertahanan (kubu dll), garisan: pasukannya dapat
menembusi ~ pertahanan musuh; 7. had, batas, ketentuan: kita
harus menunaikan tugas kita menurut ~-~ yg telah ditentukan;
~ akhir baris penghabisan dlm perlumbaan; ~ bahagi garis yg
membahagi dua sesuatu sudut; ~ belakang barisan yg tidak terlibat
langsung dlm medan perang; ~-~ besar perkara-perkara yg
mustahak; ~ depan a) barisan yg paling depan; b) garis pertahanan
yg menghadapi musuh; ~ haluan = ~ panduan panduan atau
petunjuk-petunjuk yg perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsb) yg
boleh dijadikan panduan atau pegangan; ~ miring garis yg condong
ke bawah dan menyerong; ~ pemisah garis (batas, sempadan,
panduan) yg memisahkan sesuatu dgn yg lain; ~ pusat garis yg
menerusi pusat dan disempadankan oleh lilitan bulatan; ~ rentas
garis yg menghubungkan dua titik pd bulatan; ~ sendeng (Mat)
hipotenus; ~ sentuh garis yg menyentuh suatu titik pd lilitan
bulatan; ~ singgung garis yg bersentuhan (terlalu rapat); ~ tegak
garis lurus yg membuat sudut 90° dgn garis yg lain; ~ tengah Id
garis pusat;
bergaris mempunyai garis: kad ~;
bergaris-garis banyak garisnya;
menggaris membuat garis;
menggariskan 1. membuat garis pd (sesuatu), menandakan
(sesuatu) dgn garis: ~ perkataan-perkataan yg dieja salah; 2.
menyatakan aspek-aspek atau ciri-ciri utama sesuatu (biasanya
secara am atau tidak terperinci): Rancangan Malaysia Kelima ~
beberapa dasar, strategi, dan program utama;
garisan 1. tanda yg halus panjang pd sesuatu permukaan yg tidak
ada tebalnya dan lebarnya, garis: beberapa ~ berwarna hijau
terdapat pd kertas itu; 2. coret panjang yg dibuat utk menandai
batas atau sempadan, garis: dia menendang bola itu keluar ~; 3.
barisan kubu utk bertahan, deretan benteng utk mempertahankan
kawasan yg dikuasai, garis: pasukan komando kita telah berjaya
menawan ~ musuh;
~ bujur (Geog) garis di peta dr kutub utara sampai ke kutub
selatan; ~ lintang (Geog) garis di peta yg selari dgn khatulistiwa; ~
pusat garis pusat; ~ rentas garis rentas; ~ sejajar = ~ selari dua
garis yg sama jarak antaranya;
penggaris = kayu ~ kayu berskala utk membuat garis atau
mengukur panjang garis dll; ~ penamat garis yg menandakan
tempat berakhirnya perlumbaan.
garis II Mn; pitis ~ wang keping (Inggeris).
garis bawah garis yg dibuat di bawah sesuatu perkataan (rangkai kata,
ayat, dll) yg menunjukkan pentingnya perkataan (rangkai kata,
ayat, dll) yg berkenaan;
menggarisbawahi 1. membuat garis bawah pd sesuatu perkataan
(rangkai kata, ayat, dll); 2. ki memberi penekanan, mementingkan:
penulis ~ peringatan Elwood agar kita tidak memisahkan
kebenaran.
garis kasar 1. garis yg dilukis secara kasar; 2. rangka, catatan ringkas,
maklumat-maklumat utama (yg dikemukakan tidak secara
terperinci);
menggariskasarkan menerangkan sesuatu dgn tidak terperinci:
perniagaan kecil boleh digariskasarkan.
garison 1. pasukan tentera yg berpangkalan di sesuatu tempat (bandar,
kota, dsb); 2. tempat (bandar, kota, dsb) yg menjadi pangkalan
sesuatu pasukan tentera.
garit I kesan drpd membuat garis dgn benda tajam, gores;
menggarit membuat garit, menggores;
penggarit alat yg tajam utk membuat garit pd permukaan logam
dll.
garit II Mn gerak;
menggarit bergerak;
menggaritkan menggerakkan.
garizah Ar naluri.
garnet (garnét) sj batu bernilai yg lut sinar, berwarna merah tua, hijau
atau kuning, yg dijadikan sbg batu permata.
garong Jk 1. pencuri, perompak; 2. kucing ~ kucing hutan;
menggarong menyamun, merompak: rumah itu digarong oleh tiga
orang pencuri;
penggarongan perompakan.
garpu alat utk menyuapkan makanan ke dlm mulut, memegang
makanan, dsb yg tangkainya spt tangkai sudu tetapi hujungnya
bercabang-cabang.
garu I sj alat (sisir) utk menggaruk tanah dll; ~ bajang parut macam
bekas digaruk pd paha perempuan sesudah melahirkan anak;
bergaru bergaruk, menggaruk-garuk: murid itu ~ kerana diserang
agas;
menggaru 1. menggaruk (tanah dll); 2. mencakar-cakar dgn kuku:
~ kepala;
tergaru-garu tergaruk-garuk;
penggaru penggaruk (tanah dll).
garu II  gaharu.
garuk I alat utk mengeruk-ngeruk (mencakar-cakar), perkakas menyiang
padi (bergigi spt sisir), garu; spt ~ dgn sisir prb hal dua orang
bersaudara yg berlainan sifat;
bergaruk, bergaruk-garuk mengeruk-ngeruk atau mencakarcakar
badan (kerana gatal);
menggaruk 1. mencakar-cakar (dgn kuku dll), menyisir (tanah):
tuan itu berhenti ~ kepalanya; 2. ki mengumpulkan harta (dgn
jalan yg tidak patut dsb): tanah jajahan diperlukan utk ~
kekayaannya; menggaruk-garuk kepala ki dlm kesusahan dll;
hendak ~ tidak berkuku prb ingin melakukan sesuatu tetapi tidak
mempunyai alatnya; tidak ada orang ~ keluar badan prb orang
biasanya berpihak (pd kaum dll) kalau timbul pergaduhan; kini
gatal besok digaruk prb pertolongan yg datang terlambat;
menggarukkan mengeruk dgn, mengeruk utk;
tergaruk-garuk tergaru-garu: ~ adik Ayu kerana gatal digigit
nyamuk;
garukan hasil drpd menggaruk, bekas-bekas digaruk;
penggaruk alat utk mengeruk, garu.
garuk II garau, parau: suaranya ~ sungguh.
garuk III; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Willughbeia coriacea.
garung I loceng buluh yg digantung pd kerbau (lembu atau kambing)
supaya tuannya tahu tempat binatang itu berada; tarian ~ sejenis
tarian di negeri Kelantan yg ditarikan berpasang-pasang dan
diiringi oleh alat-alat muzik spt tetawak, serunai, seruling, canang,
gendang, dll.
garung II Mn; menggarung meraung, menggeru.
garut I; bergarut bergesek, bergosok;
menggarut 1. menggaru (sampai lecet), menggaruk, menggores
(keras-keras); 2. mencakar-cakar tanah (dgn kuku dll), menggaruk:
binatang tersebut hanya ~ rumput di tepi-tepi jalan.
garut II; ubi ~ sj umbi yg boleh dimakan.
gas 1. bahan spt udara, bukan cecair dan bukan pepejal; 2. gas yg
dikeluarkan drpd batu arang dan mudah terbakar; kilang ~ kilang
yg mengeluarkan gas drpd arang; 3. wap minyak benzin (petrol);
lampu ~ lampu yg memakai gas utk nyalanya;
~ adi = ~ lengai = ~ nadir (Kim) kumpulan gas (helium, neon,
argon, kripton, xenon, dan radon) yg tidak reaktif dan sangat stabil
dr segi kimia; ~ air mata = ~ pemedih mata gas yg menyebabkan
mata pedih dan berair, biasanya digunakan utk mengawal rusuhan;
~ asli gas yg diperoleh dr kerak bumi; ~ ketawa sj gas (nitrus
oksida) yg digunakan sbg ubat pelali; ~ petroleum cecair (Kim)
gas butana atau propana yg dicecairkan secara tekanan dan
disimpan di dlm tabung gas; ~ sahih = ~ tak sempurna (Kim) gas
yg mempunyai saiz tertentu dan terdapat daya tarikan di antara
molekul-molekulnya, iaitu gas yg tidak menunjukkan sifat gas
unggul; ~ sempurna = ~ unggul (Kim) gas hipotesis yg molekulmolekulnya
dianggap terlalu kecil, bergerak secara rawak, dan
tidak mempengaruhi satu sama lain.
gasak bp ikut suka (hati), biar (utk melakukan sesuatu), lantak;
menggasak 1. melantak, memukul keras-keras: ia digasak oleh
lawannya hingga pengsan; 2. menghentam, mengerjakan dgn
keras-keras, makan (lari dll) dgn cepat-cepat: biarlah ia ~ sendiri
rojak itu; 3. merebut dgn kekerasan: dia yg ~ duit saya dr dlm
saku; 4. bk bersetubuh dgn (perempuan);
menggasakkan melantakkan, memasukkan (dgn keras): ~ baji.
gasal ganjil (tidak genap), angka yg tidak boleh dibahagi dua (3, 5, 7,
dsb); empat ~, lima genap, dikendur berdentang-dentang, ditegang
berjela-jela prb tutur kata orang yg bijaksana selalu tersembunyi
maksudnya.
gasan Kl bermain kasar, berkelakuan tidak sopan.
gasang I 1. sangat suka bersetubuh, sangat bernafsu; 2. Kl kasar
(kelakuan), bengis; 3. Pr memakai barang dgn tidak cermat;
kegasangan perihal sangat suka bersetubuh: ~ lelaki.
gasang II Mn tergesa-gesa; gesa.
gasar ganas dan kasar; orang ~ orang yg ganas dan kasar (tidak
bertamadun, tidak beradab).
gaser (gasér) Kl kasar (perbuatan dll).
gasi-gasi ark gergasi.
gasing I alat permainan drpd kayu dan berpaksi yg dapat dipusingkan
dgn tali;
bergasing bermain gasing.
gasing II; ~ bukit sj tumbuhan (pokok memanjat), Cyclea laxiflora.
gasing-gasing sj tumbuhan (pokok memanjat), kelempenang,
mempenang, akar gasing putih, Pericamphylus glaucus (incanus).
gasir gangsir II.
gasket (gaskét) (Kej) kepingan leper drpd bahan lembut yg diletakkan di
antara dua permukaan logam (supaya ketat dan tidak ditembusi
cecair atau gas).
gasolin minyak petrol.
gasometer (gasométer) sj tangki besar tempat menyimpan gas yg hendak
disalurkan kpd pengguna melalui paip.
gasor Kl urut, picit, ramas;
menggasor, menggasorkan memicit.
gaster (Bio) bahagian salur pencernaan berbentuk kantung yg terletak di
antara esofagus dan usus kecil, perut besar.
gastrektomi (gastréktomi) (Ubat) pembuangan seluruh atau sebahagian
gaster secara pembedahan.
gastrik bp gastritis.
gastrin (Bio) hormon yg dirembes oleh lapik perut yg merangsang
rembesan jus gaster.
gastritis (Ubat) radang pd membran mukus yg melapik perut, akibat
pengambilan makanan yg tidak menentu, tekanan emosi atau
bakteria.
gastroenteritis (gastroénteritis) (Ubat) radang perut dan usus.
gastroenterologi (gastroénterologi) kajian tentang perut dan usus serta
penyakit yg berkaitan dengannya.
gastronomi kajian, seni atau amalan memilih, menyediakan atau
memakan makanan yg baik.
gastroskop sj alat optik yg digunakan utk memeriksa bahagian dalaman
perut.
gastrostomi (Ubat) pembentukan bukaan tiruan pd gaster secara
pembedahan utk menyalurkan makanan masuk apabila saluran
makanan yg normal tidak dapat berfungsi.
gat gad.
gatal 1. (be)rasa tidak enak pd kulit hingga menimbulkan keinginan utk
menggaru (disebabkan oleh gigitan semut, nyamuk, dsb atau kudis,
luka, dsb): jariku ~ benar, barangkali akan mendapat wang; 2.
menyebabkan rasa gatal (kerana terkena ulat bulu dll); daun ~
jelatang; sakit ~ menderita penyakit kudis; semut ~ semut yg
menimbulkan rasa gatal; 3. suka bergaul secara bebas dgn bernafsu
(lelaki, perempuan), galak; 4. = gatal-gatal tidak dapat menahan
keinginan utk membuat sesuatu, suka sekali hendak membuat
sesuatu: kakiku sudah ~ hendak berjoget; ~ mulut suka
menceritakan keburukan orang; ~ tangan sangat ingin hendak
mengerjakan yg tidak-tidak;
diturutkan, ~ tiba ke tulang prb sesiapa yg menurutkan nafsu
akhirnya akan menyesal juga; kini ~ besok digaruk prb pertolongan
yg terlambat; lain ~ lain digaruk prb lain yg disoal, lain yg
dijawab; siapa ~ dialah menggaru prb siapa yg berkehendak,
berusahalah sendiri;
menggatal berkelakuan suka usik-mengusik antara lelaki dgn
perempuan dgn tujuan utk menggoda, memikat, dsb: dah tua
begini pun masih nak ~ lagi; lelaki ini makin tua makin ~;
menggatalkan menjadikan gatal: getahnya kalau kena akan ~
badan;
kegatalan perihal gatal, rasa gatal.
gatalbirah sj burung, burung kekek, Anthracoceros malayanus.
gatih Kl berputar-putar, berpusing-pusing;
menggatih mengayuh (beca atau basikal);
penggatih 1. alat utk mengayuh (basikal, beca); 2. orang yg
mengayuh (beca, basikal).
gatik Kl bersama, berserta.
gatra Id kata atau kumpulan kata yg merupakan kesatuan dlm ayat.
GATT (gat) akronim bagi General Agreement on Tariffs and Trade
(Perjanjian Am mengenai Tarif dan Perdagangan).
gauk 1. burung gagak; 2. bunyi gagak;
menggauk berbunyi spt bunyi gagak.
gaul campur, baur, kacau;
bergaul 1. bercampur (dgn), beraduk; 2. berkenalan, berbaik-baik,
dan bercampur dgn orang lain, berkawan, bersahabat: begitulah
aku ~ dan bermain dgn kawan-kawanku; kau harus ~ dgn rakyat
supaya mengetahui bagaimana membimbing mereka;
menggaul mengaduk, mencampur: tanah itu mestilah digaul dgn
baja;
menggauli, mempergauli mencampuri, berkawan secara mesra
dgn: yg digauli Juriah orang muda-muda belaka;
menggaulkan mencampurkan: kapur perekat dibuat dgn ~ kapur
mati, pasir dan air;
pergaulan perihal bergaul, percampuran (persahabatan dll): ~nya
di sekolah disukai oleh guru besar; ~ hidup perihal hidup bergaul,
kemasyarakatan.
gaun sj baju perempuan cara barat yg anggun atau utk pakaian formal;
bergaun memakai gaun: dia ~ putih.
gaung I bunyi (suara) yg memantul, gema;
bergaung bergema, berkumandang: suara itu ~ masuk menujah
telinga.
gaung II jurang yg dalam;
menggaung mengorek (lubang dll), menggali.
gawai I Jw kerja, tugas;
pegawai orang yg menjalankan tugas; pegawai.
Gawai II Sr perayaan atau pesta keagamaan dan adat orang Iban; Hari ~
hari kebesaran orang Iban.
gawal keliru, salah, silap.
gawang I 1. dua tiang terpancang yg disambung di atasnya dgn kayu
palang; 2. tiang gol (utk bola sepak dll); penjaga ~ penjaga gol.
gawang II; menggawangkan melambai-lambaikan tangan (utk mengusir
binatang dll);
tergawang berkeadaan menggawangkan tangan.
gawar tanda rintangan atau larangan (tali dll);
gawar-gawar tali rotan yg digantung sbg tanda menegah orang
datang dll (kerana penyakit yg berjangkit dsb).
gawat berbahaya, genting, tegang: perdarahan demikian biasanya tidak
begitu ~ tetapi perlu diadakan pemeriksaan dahulu;
menggawatkan menimbulkan ketegangan, membahayakan
(keadaan dll), menggentingkan (keadaan dll): kekejaman yg
dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin semakin ~;
kegawatan keadaan gawat, kegentingan, ketegangan: jelas sekali
masyarakat yg didiskusikan oleh dramatisnya sedang berada dlm
~, kritikal, penuh krisis dan kekacauan; hanya beberapa hari
sebelum dijalankan upacara akad nikah, barulah terjadi ~ itu.
gay lelaki yg mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya,
lelaki homoseksual.
gaya 1. sikap, kesukaan, ketaksukaan dan cara berkelakuan yg menjadi
ciri seseorang; 2. kombinasi kesajakan, keanggunan dan
ketrampilan yg menarik perhatian: wanita itu ada ~; 3. cara, jalan,
laku: bukan begini ~nya memikat hati orang; 4. cara menulis atau
bertutur, cara membuat sesuatu, terutamanya yg menjadi ciri
sesuatu zaman atau seseorang: gedung ini dibangunkan ~ barat; ~
hidup orang Malaysia pd peringkat integrasi nasional; ~ bahasa
cara pemakaian bahasa; ilmu ~ bahasa pengetahuan tentang
penggunaan kata-kata dan penyusunan ayat; 5. irama dan lagu,
langgam: ~ muzik itu sama dgn lagu-lagu Hindustan; 6. elok,
rupawan: gadis Sumatera Timur yg ~; 7. daya (utk bergerak,
bekerja, dll), kuasa, tenaga: kalah ~ kalah kuat; 8. Kl pujuk,
muslihat, tipu;
~ bawa cara menulis dll sendiri; ~ bebas gaya berenang yg
membolehkan perenang menggunakan apa sahaja gaya berenang
selain gaya yg khusus spt gaya kuak dada, kuak kupu-kupu dan
kuak lentang; ~ hidup cara tertentu seseorang individu atau sesuatu
kumpulan menjalani kehidupan (dgn agak sederhana, mewah dsb);
~ tarik Id kekuatan yg menarik (sesuatu benda); ~ tulis cara
mengarang;
~ sahaja, rasanya wallah prb rupanya sahaja yg elok tetapi
kelakuannya buruk; biar kurang garang, asal lebih ~ prb biarpun
pakaian seseorang buruk asal saja sikapnya elok;
gaya-gayanya rupa-rupanya, agaknya;
bergaya 1. menunjukkan kesajakan, (keanggunan, ketrampilan),
menunjukkan lagak, beragam, berlagak, berperangai, bersikap: dia
nak ~ juga, tapi duitnya tidak ada; langkahnya ~ langkahnya
teratur baik; 2. menunjukkan corak, bentuk, rupa atau sifat yg
tertentu: sajak ini ~ realis dan romantis; 3. berdaya, berkekuatan,
bertenaga: ia tidak ~ lagi berhadapan dgn adiknya;
menggaya melagak: ia ~-gaya pula di depan cermin;
menggayakan 1. menunjukkan gaya (rupa, bentuk, dll),
memperagakan: kebetulan dia pandai ~ julingnya seolah-olah dia
menjeling manis; ~ lenggang; 2. melagukan, mengiramakan:
masing-masing berlumba ~ kata-kata indah; 3. membangkitkan
daya (kuasa);
penggayaan cara pengolahan atau persembahan sesuatu,
pembentukan dan pencorakan: masih terlalu sedikit diketahui
tentang bagaimana nilai abstrak, alam bukan semula jadi, ~
watak, tempat dan masa boleh dipersembahkan dlm cara baru;
pertandingan itu tidak memberi erti dr segi pengukuhan dan ~
bahasa.
gayal kenyal, liat, melenting.
gayam I sj tumbuhan (pokok yg buahnya boleh dimakan), Inocarpus
edulis.
gayam II sj kerang sungai, etak, Asaphis spp.
gayang bergoyang-goyang ke kiri kanan (tidak dapat berdiri tegak),
terhuyung-hayang.
gayat berasa ngeri atau pusing (melihat ke bawah atau ke dlm dr tempat
yg tinggi), gamang;
penggayat orang yg mudah berasa gayat.
gayau; main ~ permainan yg menggunakan buah bulat pipih.
gayem Jw; menggayem mengunyah makanan.
gayu NS tua (orang, pokok).
gayuh I; bergayuh bergantung rendah (buah-buahan dll); gayut.
gayuh II Jw ark; menggayuh mencapai (tujuan, cita-cita, dll).
gayuk; menggayuk mencengkau, mencapai.
gayun; menggayun membuaikan, mengayun, menggoncangkan.
gayung I pencedok air drpd tempurung dsb yg bertangkai, sibur.
gayung II 1. sl sj tongkat yg dipakai sbg senjata; 2. pukulan, tetakan,
tikaman, dll (dgn senjata); main ~ bersilat (bertinju dll); 3. = ilmu ~
sj mantera utk menyakitkan (membunuh dll) orang dr jauh;
~ bersambut kata berjawab prb mengelakkan serangan musuh atau
menjawab percakapan orang; ~ tua, ~ memutus prb cakap orang
tua-tua biasanya benar;
bergayung bersilat (bertikam dll);
orang ~ sama pandai sama bak kundi atas dulang prb sama arif
dan bijaksana;
menggayung 1. menetak, menikam, menombak dll (dgn senjata);
2. mengucapkan mantera utk membunuh musuh dll.
gayut; bergayut bergantung (lampu dll), berpaut (kera dll), berpegang
kuat-kuat: budak itu ~ pd dahan kayu;
bergayutan bergayut banyak-banyak: lampu-lampu hijau merah ~
di sekeliling masjid;
menggayuti 1. menyangkut sesuatu pd: rantai itu ~ kakiku
sewaktu di penjara; 2. ki menjadi beban kerana tanggungan dll:
sejak kematian suami, tugas mendidik anak telah ~ dirinya;
menggayutkan menyangkutkan, menggantungkan: ia ~ songkok
pd sangkutan di dinding;
gayutan sangkutan, cantelan; senggayut.
gaz ark ukuran panjang (kira-kira 33 inci atau 83.82 sentimeter).
gazebo (gazébo) sj pondok kecil tanpa dinding, yg terletak di taman
rekreasi, di halaman rumah dsb, tempat orang berehat, menikmati
pemandangan sekeliling dsb.
gazel (gazél) sj antelop kecil drpd famili Antilopinae yg terdapat di
Afrika atau Asia.
gazet (gazét) I; menggazet mewartakan, mengumumkan, atau
mengisytiharkan (secara sah dlm media rasmi): Ireland digazet sbg
sebuah republik.
gazet (gazét) II treler (sedutan filem).
gazetir (gazétir) (Geog) indeks yg menerangkan nama geografi dsb.
GB kep gigabait.
Ge simbol kimia bagi germanium.
gear (géar) susunan roda-roda bergigi dlm enjin yg membolehkan kuasa
dihantar dr satu bahagian ke bahagian lain utk menukar kelajuan
atau arah pergerakan;
menggear menggunakan gear.
gebah (Sunda); menggebah menakutkan, menggertak, menghalau.
gebal Kl; menggebal menganyam, menyusun: ibu pandai ~ tikar.
gebang Jw sj tumbuhan (palma), Corypha utan.
gebang (gébang); bergebang berbual, bersembang: pd setiap mesyuarat
yg mereka adakan, mereka cuma ~-gebang saja.
gebar I = kain ~ (kain) selimut.
gebar II Kl bimbang.
gebeng (gébéng) I; perahu ~ perahu yg mempunyai bilik yg kecil.
gebeng (gébéng) II Kl besar (lebar) drpd biasa; dayung ~ dayung yg
daunnya (papan lebar) dipakukan pd batangnya.
geblek Jk bodoh, tolol.
geblok Jk 1. = segeblok segulung kain (28 - 30 ela atau 25 - 27 meter); 2.
sebungkus wang kertas.
gebok (gébok) Jk; menggebok memukul (dgn kayu dll).
gebos Jk; menggebos memaki, mengherdik, menengking.
gebrak Jw; menggebrak memukul keras-keras (meja dll).
gebu I 1. lembut (ubi dll), gembur (tanah); 2. penuh berisi, licin dan
halus kulitnya: pipinya yg ~.
gebu II Id; menggebu menyala, berkobar (perang, pemberontakan,
semangat, dll).
gebuk I Jk; menggebuk memukul.
gebuk II Ph sj kotak berbentuk bulat dan panjang.
gecar I 1. keluar air liur (kerana melihat makanan yg sedap-sedap dsb);
2. cair (bubur, darah, dll).
gecar II, gecer Jk; menggecarkan menakutkan, menggetarkan.
gedabah perhiasan rambut berbentuk segi tiga yg dibuat drpd emas.
gedabak bunyi spt bunyi barang berat jatuh ke tanah (kaki dihentakhentak
ke lantai dll); gedebak.
gedabang 1. sj ikan laut, nyiur-nyiur, Monodactylus argenteus; 2. sj ikan
laut, Psettus argenteus; 3. = kekek ~ sj ikan laut, kapak, Mene
maculata.
gedabir kulit atau daging bawah leher lembu (orang tua dll) yg kelihatan
berjuluran (kendur), gelambir, gelabir.
gedabu sj tumbuhan (pokok), Sonneratia griffithii.
gedabung; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), rumput mata burung puding,
tebu salah, Phragmites communis.
gedak; ~-geduk bunyi gendang, tong berantukan.
gedang I Mn besar; rumah ~ rumah keluarga;
~ gerundang di kubangan, ~ ikan raya di lautan prb orang-orang
berpangkat di tempatnya masing-masing; ~ kayu, ~ dahannya prb
kalau hasilnya banyak, banyak pula belanjanya; ~ sbg dilambuklambuk,
tinggi sbg dijunjung prb membanggakan diri kerana
kelebihan yg tidak ada;
menggedangkan membesarkan.
gedang II; menggedangkan sl meluruskan (apa-apa yg bengkok);
kedang I.
gedayang sj tumbuhan (pokok), bereksa, Parkia javanica.
gedayung gedayang.
gede (gedé) Jw besar.
gedebak; ~-gedebuk = ~-gedebur bunyi spt buah-buahan gugur (kaki
dihentak ke tanah, jantung yg berdenyut keras);
menggedebak jatuh dgn bunyi gedebak, mendenyut keras-keras:
hatinya yg marah ~ pd tulang-tulang rusuknya; gedabak.
gedebang; ~-gedebung bunyi spt bunyi orang memukul (menghentam)
dinding dll.
gedeber Kl kecut, kedut.
gedebuk Igedebak.
gedebuk II Jw (kulit) batang pisang.
gedebung I 1. kain empat persegi utk pembungkus sirih atau tembakau;
2. tabung bambu.
gedebung II; gedebang-~; gedebang.
gedebur; gedebak-~; gedebak.
gedegah; ~-gedeguh bunyi spt barang berat jatuh ke tanah dll.
gedeguh; gedegah -~; gedegah.
gedegun bunyi atau berbunyi kuat spt bunyi orang menghentak kaki ke
lantai dgn kuat (menghentam pintu dsb).
gedehok Kd bangsal sementara yg didirikan utk orang memasak dan
menghidangkan makanan ketika mengadakan kenduri kahwin.
gedek (gedék) I Jw buluh yg dianyam utk dinding rumah (pagar dll),
anyaman sasak.
gedek (gedék) II Kl; gedek-gedek (buah) mata kucing.
gedembai sj hantu (barang siapa ditegurnya menjadi batu); kelambai.
gedemi 1. sj ikan laut, kedemi, Remora spp.; 2. sj ikan laut, kemi,
Echeneis naucrates.
gedempol (gedémpol) gemuk: badan ~; orang yg gemuk ~; gemuk.
gedempong (gedémpong); gemuk ~ sangat gemuk, gemuk sekali.
gedempung bunyi gong atau gendang.
gedeng (gédéng) Jw berkas padi yg sudah dituai.
gedepu depu I.
gedik bp = tergedik-gedik lincah (bkn gadis);
bergedik-gedik bergerak-gerak, terketar-ketar;
menggedik-gedikkan menggerak-gerakkan (bahagian badan spt
kaki dll sewaktu mengelamun);
kegedikan keadaan (sifat) gedik: ~ tubuh badannya yg montok.
gedoboh longgar dan besar (baju dll).
gedogan Jw kandang kuda.
gedombak sj gendang kecil yg berkulit sebelah (dlm pertunjukan
makyung dan menora).
gedor Jk; menggedor 1. mengetuk keras-keras (pintu dll): ia pergi ~
pintu bilik Hasan dgn marahnya; 2. merampas, merompak;
gedoran 1. ketukan keras di pintu dll; 2. hasil rampasan;
penggedoran perihal atau perbuatan menggedor;
penggedor perompak, penyamun.
gedubang sj kelewang Acheh; kedubang.
geduk Tr beduk, tabuh.
gedung rumah besar drpd batu, bangunan utk pejabat dll;
~ arca = ~ gajah Id muzium (di Jakarta); ~ bicara a) gedung
tempat bermesyuarat; b) gedung mahkamah; ~ diskaun (Eko)
institusi kewangan yg membeli bil perbendaharaan atau instrumen
kewangan jangka pendek yg lain dgn harga diskaun; ~ ilmu
institusi tempat diperoleh ilmu pengetahuan (spt universiti atau
maktab); ~ kesenian Id bangunan utk pertunjukan hasil-hasil seni
(spt tarian, sandiwara, dll), balai budaya; ~ komedi Id gedung
tempat pertunjukan sandiwara; ~ penjelasan rumah penjelasan; ~
putih istana Presiden Amerika Syarikat; ~ senjata tempat
menyimpan senjata; ~ terbitan (Eko) institusi kewangan yg
mencari modal utk syarikat swasta yg mantap yg mahu menjadi
syarikat milik awam, dgn mengeluarkan saham bagi pihak mereka.
geduyut; bergeduyut melentur, melengkung.
gegabah Jk sangat berani, tergesa-gesa, kurang hati-hati, kasar (tabiat).
gegadan layak, patut, tertib.
gegai tidak kukuh (perahu, bangunan, dll).
gegak bising, riuh; ~ gempita riuh-rendah, sangat ramai.
gegala gala-gala, damar; gala I.
gegaman Jw senjata.
gegambir gambir-gambir.
gegancu gerigi pd roda yg berkait pd rangkaian rantai atau lubang-lubang
pd filem, kertas dsb: bersihkan roda ~ dan pintu filem utk
mengelakkan kerosakan filem.
geganti (Kej) bahagian tengah roda.
gegap I; tergegap-gegap terhenti-henti bercakap, gagap.
gegap II gegak, bising, riuh; ~ gempita riuh-rendah.
gegar gentar, goncang, goyang;
bergegar bergoyang, bergoncang: rumah itu pun ~ akibat letupan
bom;
menggegar menggeletar, menggetar, gemuruh: bunyi letupan ~
hingga ke rumah-rumah yg berdekatan;
menggegarkan menggoncangkan, menggoyangkan,
menggetarkan: satu letupan ~ kapal itu; jeritan hatiku yg amat ~
jantung;
tergegar tergoncang, tergoyang: kerana kemalangan itu otaknya
~, maka terpaksalah ia dihantar ke rumah sakit gila;
gegaran perihal bergegar: rumah itu roboh kerana ~ gempa;
penggegar unsur (orang atau alat) yg menggegarkan sesuatu:
beliau bukan sahaja penyeri tetapi juga ~ gelanggang.
gegas I; bergegas, bergegas-gegas membuat sesuatu cepat-cepat,
bercepat-cepat: kerja orang muda biasanya ~, kerja orang tua
berjujai;
menggegas, menggegaskan mempercepat, menyegerakan,
mendesak supaya cepat;
tergegas-gegas dlm keadaan bergegas.
gegas II penutup lubang peraka (pd kapal dll), bari.
gegas III Kl; menggegas mengerat bulu (sayap ayam dll) supaya tidak
boleh terbang.
gegas IV (Kej) sambungan (kayu dll): juru~;
bergegas bersambung dgn gigi penyambung.
gegasing gasing-gasing.
gegat sj serangga yg suka makan kain (kertas dll), ngengat; ubat ~ kapur
barus atau naftalena dlm berbagai-bagai bentuk spt bebola yg
digunakan utk menghalang gegat drpd merosakkan kain (kertas
dll).
gegau; tergegau sl tercengang, terkejut, terperanjat.
gegek (gégék) Kl suka.
gegelang sesuatu yg bentuknya spt gelang.
gegelema benda yg pekat dan melekat;  gelema.
gegeli geli-geli (sj tumbuhan).
gegelung 1. sesuatu yg berbentuk gelung: wanita dr Myamar itu
memakai ~ di keliling lehernya; 2. (Fiz) dawai berpilin berpenebat
nipis yg digunakan utk mewujudkan medan magnet; ~ aruhan
(Fiz) alat utk menghasilkan arus ulang-alik yg bervoltan tinggi
drpd bekalan arus terus yg bervoltan rendah.
gegendang sesuatu yg fungsinya atau bentuknya spt gendang; ~ telinga
(Bio) membran keras yg menghantarkan getaran gelombang bunyi
drpd bahagian telinga luar ke bahagian telinga tengah.
gegep (gégép) Id penyepit.
geger (gégér) 1. gempar, hingar bingar, huru-hara; 2. Kl, Tr bising;
jangan ~ jangan bising;
bergeger bergentar, bergegar, bergema;
menggeger menjadi geger (gempar, huru-hara, dll);
menggegerkan menggemparkan, menyebabkan kacau-bilau:
penembakan di panggung wayang ~ orang-orang di sekitarnya;
gegeran bunyi bising (riuh rendah), bunyi hingar bingar: tak lama
lagi ~ mesin bancuh simen yg membingitkan telinga akan lenyap
pula;
kegegeran perihal geger, kehebohan, kegemparan.
gegerit; akar ~ jantan (merah, putih) beberapa jenis tumbuhan (pokok
memanjat), Urceola spp.
gegetar bunga perada (emas dll) yg mudah menggetar, dipakai sbg
perhiasan di kepala pengantin perempuan.
gegetun Jk hairan, kecewa.
gegiring; ~ jantan sj tumbuhan (pokok renek), Crotalaria verrucosa.
geiser (géiser) (Geo) 1. mata air yg darinya terpancut air panas dan wap;
2. pancutan air panas dan wap dr mata air.
geisya (géisya) (Jepun) wanita Jepun yg terlatih sbg teman penghibur
lelaki, spt utk menari, menyanyi, berbual-bual, minum-minum dsb.
gejala 1. tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat, petanda: ~-~
keburukan akhlak kanak-kanak sudah mulai nampak; 2. (Ubat)
perubahan dlm fungsi badan seseorang yg menunjukkan tandatanda
adanya sesuatu penyakit yg berkaitan: ~-~ demam denggi .
gejolak nyala api yg besar (berkobar-kobar);
bergejolak menyala-nyala (api, perasaan, dll), berkobar-kobar
(nafsu dll).
gejos Jk bunyi mendesis atau mendesir (spt bunyi besi panas kena air);
barang ~ barang palsu;
menggejos, menggejoskan menyebabkan bunyi desir (desis),
mendesirkan, mendesiskan.
gejuju Mn; menggejuju naik ke atas bergumpal-gumpal (awan, asap,
dll).
gel (gél) bahan kental yg berupa seakan-akan agar-agar, yg digunakan
terutamanya utk membentuk fesyen rambut; ~ silika silika
berbentuk butir-butir yg digunakan sbg bahan penyerap air.
gela Ph; bergela bocor (perahu).
gelabah ark sedih, susah hati, gelisah, tidak tentu arah;
menggelabah berada dlm keadaan tidak tentu arah, berasa resah
gelisah: ramai yg ~ menunggu arahan utk membayar cukai yg
telah ditentukan;
kegelabahan keadaan tidak tentu arah, keadaan resah gelisah.
gelabir kulit yg kendur pd leher lembu (orang tua dll), gelambir, gedabir.
gelabur; menggelabur mencebur ke dlm air, mencempung.
gelabut Kl sibuk, runsing, tidak tenteram.
geladah; menggeladah memeriksa dgn teliti (rumah, orang, dll) utk
mencari sesuatu (barang curian dll): berminggu Peringgi ~ segala
ceruk rantau bandar Melaka; geledah.
geladak I lantai kapal, dek;
penumpang ~ penumpang yg tidak menyewa bilik; rumah ~ kabin
yg berbentuk rumah di atas geladak kapal.
geladak II 1. = anjing ~ anjing liar (tidak dipelihara orang); 2. bk
penjahat; perempuan ~ pelacur (perempuan jalang).
geladak III; menggeladak bergemuruh, berbunyi dgn kuat: bunyi
letupan ~ di angkasa; ketawanya ~ lagi.
geladir Jk lendir.
gelagah sj tumbuhan yg rupanya spt tebu, Saccharum spontaneum; ~
boreh rambutan, orang berbunga dia berbunga , orang berbuah
dia tidak prb meniru-niru perbuatan orang lain kerana hendakkan
keuntungan tetapi sia-sia belaka.
gelagak gelegak.
gelagapan Jk tergagap-gagap, bingung.
gelagar; bergelagar berdegum-degum (meriam), berdentum,
bergemuruh.
gelagat 1. tanda (akan terjadinya sesuatu): melihat ~nya, perang dunia
mungkin akan meletus juga; 2. tingkah laku, gerak-geri: ~nya
membayangkan bahawa ia tetap akan mempertahankan maruah
keluarganya.
gelak tertawa besar: kerana lucu ia ~ terbahak-bahak;
~ manis tertawa dgn senyum; ~ nabi senyum yg mengejek; ~
sumbing ketawa yg tidak sungguh-sungguh; ~ tertawa = ~-~
ketawa tertawa kuat-kuat;
menggelakkan menertawakan, mengejek-ejek: mereka itu ~ dan
mengejek-ejek dia;
tergelak tertawa dgn tidak sengaja; bagai ~ sedang kematian prb
Mn keadaan yg susah.
gelakak tertawa terbahak-bahak.
gelalar; menggelalar merentak-rentak (spt anjing yg tertambat),
merenggut-renggut (dgn maksud hendak melepaskan diri).
gelam I sj tumbuhan (pokok), kayu putih, Melaleuca leucadendron;
~ bukit sj tumbuhan (pokok kecil), Leptospermum flavescens; tikus
~ sj tumbuhan (pokok kecil), Eugenia grata.
gelam II sj burung, burung pucung bendang, Ixobrychus cinnamomeus.
gelama; ikan ~ sj ikan laut dlm famili Seiaenidae;
~ batu = ~ hitam = ~ keling, Johnius spp.; ~ bongkok, Johnieops
sina; ~ kuning dada = ~ papan , Nibea soldado; ~ cerua = ~
pisang = ~ rapang, Pennahia macrocephalus; ~ perak, Pennahia
pawak; ~ jarang gigi = ~ tengkerong, Otolithes spp.
gelamai penganan spt dodol (dibuat drpd tepung pulut, gula, dan santan);
menggelamai memasak gelamai; tidak mudah ~, kurang haru cirit
kambingan terlampau haru berlantingan prb Mn kalau tidak hatihati
mengerjakan sesuatu tentu tidak selamat.
gelambir kulit yg kendur pd leher lembu (orang tua dll), gedabir;
bergelambir 1. mempunyai gelambir, kendur kulitnya atau isinya:
perut Tuk Wan yg tidak berbaju itu berlipat-lipat isinya dan ~; 2. =
menggelambir menyerupai gelambir, terayun-ayun spt gelambir.
gelandang I Id; bergelandangan 1. berkeliaran, bertualang, berjalanjalan
tanpa tujuan: tindakan patut diambil utk mengawal orangorang
muda yg ~ di jalan-jalan raya; 2. ki merana: di sinilah
letaknya harapan yg bakal memberi sinar pd hatinya yg ~;
gelandangan 1. = orang ~ orang yg pekerjaannya atau tempat
tinggalnya tidak tetap; 2. tidak tentu tempat kediamannya atau
pekerjaannya: seorang intelektual, yg menggunakan bahasa
Indonesia, yg hidup secara ~.
gelandang II Id hafbek.
gelandang III Jw; menggelandang menyeret (dgn paksa), menghela.
gelang I 1. sesuatu yg berupa bulatan (lingkaran), cincin besar; 2.
perhiasan berupa bulatan yg dipakai pd tangan atau kaki;
~ bajang gelang sbg tangkal (dibuat drpd benang hitam); ~
benzena (Kim) susunan enam atom karbon dan atom hidrogen yg
membentuk gelang heksagon dlm satu satah; ~ dayung gelang
nipis yg hujungnya spt sudu; ~ kana gelang sbg perhiasan utk
anak-anak atau pengantin; ~ keroncong gelang kaki yg
bergemerencing; ~ kunci gelang utk menggantungkan anak kunci;
~ mayang = ~ cerai gelang halus-halus yg dipakai banyak-banyak,
gelang berurai; ~ pertumbuhan (Bio) a) lapisan kayu yg tumbuh
dlm satu musim pertumbuhan, dan kelihatan spt gelang apabila
pokok ditebang; b) lapisan pd cangkerang moluska dan pd sisik
ikan yg menandakan pertumbuhan yg sudah berlaku; ~ rantai a)
mata rantai; b) gelang yg berupa rantai; ~ tahunan (Bio) a) lapisan
pertumbuhan yg terjadi dlm setahun dan digunakan utk mengira
umur pokok; b) gelang yg menandakan pertumbuhan pd
cangkerang;
~ tidak laga sebentuk, laga keduanya prb suatu kejadian spt
perkelahian dll tidak berasal drpd satu pihak saja; bagai menambah
~ bini prb Mn pemberian kpd orang yg sudah mempunyai benda
yg sama;
gelang-gelang 1. benda yg bentuknya spt gelang; 2. = ~ raya sj
cacing dlm perut manusia (binatang); 3. = ~ tanah sj cacing yg
hidup dlm tanah;
menggelang (Tani) membuang kulit di sekeliling pangkal pokok
supaya mati;
pergelangan 1. = ~ tangan bahagian tangan dekat buku tangan; 2.
= ~ kaki bahagian kaki dekat buku kaki.
gelang II; rotan ~ sj tumbuhan (palma), rotan cincin (duduk, jelutung,
kemunting, kerai, perupuh, segera), Daemonorhops geniculatus.
gelang (gélang) I; ~ laut sj tumbuhan (pokok melata), sepit-sepit,
Sesuvium portulacastrum; ~ pasir sj tumbuhan (herba), rumput
beremi, segan jantan, Portulaca oleracea.
gelang (gélang) II Mn; bergelang-gelang gilang-gemilang.
gelanggang 1. tempat menyabung ayam (bertinju, bermain sukan, dll); 2.
medan perang (pertempuran, pertarungan, dsb); ~ perang medan
perang; 3. lingkaran di sekeliling bulan (matahari, susu, luka, dll);
4. ki ruangan atau tempat perjuangan sesuatu bidang: institusi
sastera terus menjadi ~ bertembung, berdialog, dan berdirinya
pemikiran yg kritis; tak pernah masuk ~ bergong prb tercengangcengang
(kehairanan);
bergelanggang 1. memakai gelanggang; 2. ki bertempur; 3.
berlingkaran: air matanya mulai ~ di tepi matanya; ~ mata orang
banyak prb sudah terang dan nyata sekali;
menggelanggang mengadakan tempat utk menyabung ayam:
hendak ~ tujuh hari lamanya, dan hendak memotong kerbau empat
belas ekor.
gelangsar; menggelangsar meluncur ke muka, menggelincir.
gelangsir gelangsar.
gelantang I Jk; menggelantang menjemur pakaian yg masih bersabun di
tempat yg panas; kelantang I.
gelantang II; guling-~; guling.
gelanting, gelantung bergantung berayun-ayun, bergayut, kontangkanting;
bergelantungan bergantungan, bergayutan.
gelap 1. tidak terdapat cahaya, kelam, tidak terang: hari mulai ~ lebih
kurang pd pukul tujuh malam; keadaan di tempat itu ~; 2. tidak
jelas atau belum jelas (bkn sesuatu hal, perkara, kedudukan, dll):
hal itu masih ~ bagi saya; (masih) dlm ~ (masih) belum faham
benar atau tahu dgn jelas akan sesuatu; 3. tidak cerah (bkn
kehidupan atau masa depan seseorang dsb), menghadapi kesulitan;
4. (secara) haram, (secara) tidak sah, (secara) rahsia; barang ~
barang yg diimport (dijual dll) secara gelap; mata-mata ~ ampama
(pengintip rahsia, polis rahsia); pasar ~ tempat berjual beli barangbarang
haram (yg ditegah oleh kerajaan);
~ buta = ~ -guguk = ~ -gelita = ~-gelemat = ~-katup = ~-pekat
sangat gelap; ~ fikiran = ~ mata a) tidak dapat berfikir lagi kerana
marah dsb (sehingga mengamuk, memukul, dsb); b) pitam: dia
dibawa ke hospital setelah dia berasa ~ mata; ~ hati sukar (tidak
mudah) belajar;
bergelap berada dlm gelap (tidak memakai lampu): pd malam hari
peraturan ~ dijalankan;
bergelap-gelap tidak dgn terus terang;
menggelap 1. menjadi gelap; 2. lenyap, melenyapkan diri; 3.
menjadi gelap mata;
menggelapkan 1. menjadikan gelap, menjadikan tidak diterangi
cahaya (dgn mematikan lampu dll): jangan digelapkan bilik ini
kerana saya hendak membaca lagi; 2. menyebabkan tidak cerah
(masa depan seseorang dll), menyulitkan, menyusahkan: kata-kata
itu benar-benar ~ masa depan keluarganya; 3. menghilangkan
atau mencuri (barang yg diamanahkan orang dll): ia telah ~ wang
kesatuan; 4. menyembunyikan, menghalangi (tersebarnya berita
dll): pihak penjajah telah ~ pengiriman berita;
kegelapan 1. perihal gelap, keadaan gelap: ia keluar dr rumahnya
dlm ~ malam; suasana politik dunia sekarang masih dlm ~; 2.
berada dlm gelap: kalau tidak cepat pulang tentu ~ di tengah
jalan; 3. menjadi gelap mata;
kegelap-gelapan 1. agak gelap; 2. menjadi gelap mata;
penggelapan perihal atau perbuatan menggelapkan (barang, berita,
dll): orang yg terlibat dlm ~ barang-barang kerajaan telah
ditangkap.
gelar I = gelaran 1. panggilan (sebutan) spt Tengku (Raja, Tun, Datuk,
dll); ~ kehormat gelar yg diberi kerana jasa seseorang; 2. nama
julukan (yg ada hubungannya dgn sifat atau keadaan seseorang dll,
spt si bopeng, si bahlul, si kedekut, dll);
bergelar memakai gelar: orang yg dipanggil Sutan itu sebenarnya
~ Sutan Bagindaseraya;
menggelar, menggelari memberi gelar, memberi nama julukan
dll: kalau Sultan ~ orang, maka baginda diadap orang spt adat
utusan datang.
gelar II Jw; menggelar membentangkan, menghamparkan (tikar dll).
gelar III Ph sebab.
gelas 1. bekas utk minum (sirap, air, dll) yg tidak bertangkai, biasanya
dibuat drpd kaca: ~ anggur; 2. kaca: cincin-cincin itu bermata batu
atau ~;
bergelas-gelasan Mn melagakan layang-layang (berusaha
memotong tali lawan) dgn tali yg dilekatkan serbuk kaca;
menggelas melekatkan serbuk kaca pd tali layang-layang.
gelatak Igeletak (gelétak).
gelatak II cerewet, lidah panjang, banyak mulut.
gelatak III; menggelatak menggeletek, mencubit-cubit, menggelikan.
gelatang Jk gelantang I.
gelatik Jk  jelatik.
gelatin (gélatin) sj bahan yg jernih warnanya (tidak mempunyai bau atau
rasa) yg dibuat drpd tulang-tulang dan kulit binatang yg direbus.
gelatuk; menggelatuk menggeletuk (gigi dsb kerana kesejukan atau
ketakutan), gementar: Mamat menggigil kerana takut, giginya ~; ~
sekalian sendi anggotanya oleh kesejukan.
gelawai sj tumbuhan (pokok), Buchanania sessilifolia.
gelayangan Jk berkeliaran, merayau, bergelandangan.
gelayaran Jw terhuyung-hayang.
geldik Kl lentik, kedik.
gelebah sl sedih, duka, gelisah; gelabah.
gelebak; menggelebak bunyi spt bunyi nyiur gugur (buku jatuh dsb).
gelebap gelebak.
gelebar; tergelebar jatuh berserak (cerai-berai).
gelebar (gelébar); tergelebar berkibar-kibar (bendera dll).
gelebat (gelébat) dayung yg kedua-dua belah hujungnya berdaun, kelibat.
gelebek (gelébék) Kl terturun ke bawah (bibir), herot.
geleber (gelébér); menggeleber, geleberan Id terkelepai (gelambir, pial
ayam, dll), terkulai ke bawah (bendera dll): ia meraba-raba perut
kambingnya yg ~ itu.
gelebuk bunyi barang jatuh dll.
gelebung; ~ buaya Kl sj penganan (dibuat drpd tepung pulut, nyiur
muda, dan gula).
geleca ark sj tilam nipis.
gelecah tergelincir, tergeliat, tersalah langkah.
gelecak gelegak.
gelecek (gelécék); gelecak (gelécak); menggelecek menggelangsar,
menggelincir;
tergelecek tergelangsar, tergelincir: masa kawan ~ dlm sungai,
kawan rasa beban di belakang badan kawan jatuh ke dlm sungai.
gelecok (gelécok) NS tergelincat, melanting, melencong.
geledah (gelédah); menggeledah memeriksa dgn tujuan mendapatkan
sesuatu (barang curian, senjata haram, dll), menyelongkar (rumah
dll), menggeladah: sesudah ~ sekolah itu, pihak polis menemui
lima pucuk senapang;
penggeledahan perihal atau perbuatan menggeledah, pemeriksaan:
~ rumah itu tidak memberi hasil apa-apa;
penggeledah orang yg menggeledah.
geledang; menggeledang mendepangkan tangan.
geledek (gelédék) Jk petir, guruh;
menggeledek berbunyi spt geledek, gemuruh.
geleding; menggeleding meledung (papan, kayu dll), melendut.
geleduh  beleduh.
geledur; menggeledur berlipat-lipat (spt kulit perut orang gemuk dll).
gelegak; menggelegak 1. mendidih dan berbunyi (spt air), membual: air
sedang ~ di dapur; 2. ki naik darah (marah): apabila ia terusik dlm
bulan puasa, darahnya lekas ~; 3. ki bergelora: hatinya begitu ~
dgn kemarahan;
menggelegakkan mendidihkan.
gelegar I bunyi gemuruh (meriam, letupan bom, dll); ~ buluh cakap
besar (tetapi kosong belaka);
menggelegar bergemuruh (guruh, letupan, dll).
gelegar II kayu (balak) yg menyangga lantai, jeriau.
gelegata sj penyakit kulit, bedan-bedan, bengkak-bengkak atau bintilbintil
pd badan kerana panas dll.
gelehah Kl; tergelehah tersalah urat (tulang).
gelehok Kd; bergelehok berlubang besar.
gelek (gélék) I; tarian ~ tarian dgn gerakan tubuh yg liang-liuk;
menggelek 1. berguling, bergolek, berbalik-balik: guli yg sedang ~
itu disekatnya; 2. menggiling, menggilas, menindih sampai pipih
(hancur): siapa tahu kalau-kalau dia digelek kereta; 3. menggiling
di antara dua belah tapak tangan supaya menjadi bulat (lilin, tanah
liat dll), menggentel: lengannya spt lilin digelek; 4. melenggoklenggokkan
atau menggerakkan badan ke kiri dan ke kanan
berganti-ganti;
tergelek kena gelek, tergilas, terlindas;
gelekan 1. gerakan tubuh (punggung dsb) yg liang-liuk,
terutamanya ketika menari: penari itu menari dgn ~ yg
mempesonakan; 2. perbuatan atau hasil menggelek: ~ eloklah
dibuat selepas rumput dipotong;
penggelek penggiling.
gelek (gélék) II Mn; menggelek mengelokkan badan dll utk
mengelakkan pukulan dll, mengelak;
menggelekkan mengelakkan (diri).
gelekak; menggelekak melekang, terkelupas (cat, kulit, dll), terkelopak.
gelekek (gelékék); menggelekek tertawa terkekek-kekek.
gelekok (gelékok) Kl bengkang-bengkok (ular dll).
gelelok (gelélok) Kl bengkang-bengkok.
gelema dahak; gegelema.
gelemaca (Bio) benda pekat yg memenuhi ruangan mata (antara kanta
dgn retina).
gelemair (Bio) benda cair di hadapan kanta mata.
geleman geman, gugup, takut; geli-~ jijik.
gelemat I geladak perahu di sebelah haluan dan buritannya.
gelemat II; gelap-~ Kl = kelam-~ Kd sangat gelap, gelap-gelita.
gelemayar kelemayar I.
gelembai kelambai.
gelember (gelémbér) = gelemberan Jk gelambir.
gelembung 1. sesuatu yg berisi udara, bola-bola air (sabun, buih, dll); 2.
= gelembungan bola-bola getah permainan budak-budak, belon; ~
paru Id gelembung dlm paru-paru;
bergelembung, menggelembung menjadi kembung kerana berisi
udara dll;
gelembung-gelembungan; main ~ permainan membuat
gelembung-gelembung drpd air sabun dll.
gelembur; menggelembur menggelambir, berkerut-kerut (kulit orang
tua dll).
gelempung I bunyi rebana (gendang dll);
bergelempung berbunyi (rebana, gendang, dll).
gelempung II sj kapas utk membalut luka.
gelen (gélén) unit sukatan cecair yg bersamaan dgn 4.55 liter;
bergelen-gelen banyak gelen (air, minyak dsb): biasanya dia
membeli ~ minyak petrol utk enjin sampannya sebelum turun ke
laut.
gelenang (gelénang) I; tergelenang tergenang (air mata dll).
gelenang (gelénang) II alat muzik gamelan yg terdiri drpd tiga buah
gong kecil.
gelencong (geléncong); tergelencong menyimpang, terpesong: angin
barat daya ialah angin timuran tenggara yg ~ dr selatan
khatulistiwa.
gelendong (geléndong) I sesuatu (drpd kayu, buluh, dll) tempat benang
dll digulung, kumparan: ~ filem dibuat drpd logam atau plastik,
dan terdapat dlm beberapa saiz dan corak.
gelendong (geléndong) II Kl kendur, bengkok, tidak lurus.
geleng (géléng) = gelengan gerakan ke kiri ke kanan atau sebaliknya
(kepala); ~ spt si patung kenyang prb berjalan dgn sombongnya,
sombong;
bergeleng, bergeleng-geleng bergoyang (kepala) ke kiri ke kanan
atau sebaliknya;
menggeleng = ~ kepala menggoyang kepala ke kiri ke kanan atau
sebaliknya;
menggelengkan menggoyangkan kepala tanda tidak setuju (tidak
mahu, hairan, kasihan, dll) : apabila anak-anaknya sudah ~
kepala, tidak mahu minum lagi, barulah Dolah meneguk teh;
tergeleng tergoyang (kepala) ke kiri ke kanan atau sebaliknya: dia
memastikan kepalanya yg ~ itu tidak menerima apa yg dikatakan
oleh Pak Ciknya.
gelenggang (gelénggang) sj tumbuhan (herba yg daunnya dibuat ubat
kurap, kayap dll), daun kurap, Cassia alata.
gelentang; guling-~ = golek-~ berguling-guling, berbalik-balik,
bergolek-golek.
gelentar; menggelentar gementar, menggigil, berdegup-degup (hati dll);
 geletar.
gelenting; menggelenting melentur, melenting, menjadi bengkok;
lenting I.
gelentok (geléntok); menggelentok terkulai, melentok: ayam
kepunyaannya terkapai-kapai, lantas ~ jatuh mati.
gelenyar I; menggelenyar semut-semutan, kebas.
gelenyar II Kl tidak duduk diam, meronta-ronta, gatal, perasaan spt
digigit (bkn badan dll).
gelenyeh (gelényéh) Kl 1. tumpul (pisau dll); 2. ki gatal (perempuan dll).
gelepai; menggelepai terkulai ke bawah (dahan yg patah, bendera yg
basah, dll), terkelepai; kelepai.
gelepak; menggelepak bergantung terkulai (spt layar yg tidak ditiup
angin dll), bergantung mengelepai.
gelepar; menggelepar, menggelepar-gelepar menggelupur, bergerakgerak
mengibas-ngibaskan sayap: setelah beberapa kali ~, ayam
yg disembelih itu pun mati;
menggeleparkan, menggelepar-geleparkan menggerak-gerakkan
sayap.
gelepik; menggelepik menggelepak, bergantung terkulai.
gelepok (gelépok) kotor kerana kena lumpur, berlumpur.
gelepot (gelépot) gelepok.
gelepung bunyi barang jatuh ke dlm air, cempelung, celempung.
gelepur melompat dan memukul-mukulkan sayap (ayam berlaga dll);
tinggi ~ rendah laga prb sombong (banyak bercakap tanpa hasil);
menggelepur melawan dgn memukul-mukulkan sayap serta kaki
(ayam dll); kelepur.
gelesai; menggelesai menggelepar (burung dll), menggerak-gerakkan
kepak.
gelesek (gelésék); menggelesek menggosok, menggesek-gesek (kasut,
biola, dll).
geleser (gelésér) I; menggeleser bergerak-gerak terus-menerus,
menggelepar-gelepar.
geleser (gelésér) II; menggeleser mulai berpusing (roda dll).
geleta (geléta) sj buyung atau kendi yg berleher panjang.
geletah Kl gelenyar.
geletak Tr berkeinginan sangat: dia ~ hendak berkahwin kerana sudah
lama membujang.
geletak (gelétak); menggeletak, tergeletak terbaring, terlantar di atas
tanah dll: apabila dipukul, rebahlah ia ~ di atas lantai.
geletar; menggeletar gementar (kerana ketakutan, demam, dll),
menggentar, bergentar (gitar, suara, dll): takutlah ia, ~ segala
sendi anggotanya;
menggeletarkan menyebabkan sesuatu menggeletar: rasa
takutnya pd suara itu ~ seluruh tubuhnya; gelentar.
geletas Kl gatal (perempuan), galak.
geletek (geléték) 1. perbuatan mencuit (mencubit) supaya jadi geli; 2. ki
hasutan, galakan (supaya jadi berani), rangsangan; hilang geli
kerana ~ prb sesuatu yg kurang menyenangkan itu hilang apabila
menjadi kebiasaan;
menggeletek 1. mencuit (mencubit) supaya jadi geli: orang tua
cepat melatah apabila digeletek; 2. menghasut, menggalakkan,
memberangsangkan: kalau tidak digeletek, perkelahian mungkin
tidak akan timbul.
geletik; menggeletik 1. bergerak liat-liut (spt ulat), menggelepar,
meronta-ronta; 2. berbunyi spt bunyi jam (tik, tik, tik) dll; 3.
berdebar-debar (jantung), bergerak (hati): hatinya ~ mendengar
khabar itu.
geleting; menggeleting berbunyi keleting (loceng dll).
geletis I; menggeletis berputar-putar dgn cepat, menggeliat, bergerakgerak
(geliang-geliut).
geletis II; menggeletis gatal, miang.
geletuk; menggeletuk berbunyi macam bunyi gigi bersentuhan (kerana
menggigil dll).
gelewak (geléwak) Kl, Tr kelewak.
geli I 1. rasa badan kalau digeletek; 2. rasa hendak ketawa (kerana lawak
jenaka dll): ~ ia melihat kelakuan anaknya; 3. berasa ngilu atau
ngeri (mendengar bunyi orang mengikir besi dll); 4. berasa jijik
dan seram melihat sesuatu spt ular, lintah, dll; 5. berasa jijik, mual,
atau loya apabila terlihat atau terhidu benda yg kotor dan busuk;
~-geman = ~-geleman jijik; ~ hati rasa hendak ketawa; habis ~
oleh geletek, habis bisa oleh biasa prb kalau sudah biasa, sengsara
pun akan tidak dirasai lagi;
menggeli Mn memberanikan (ayam yg berlaga);
~ induk ayam prb memberanikan seorang penakut;
menggelikan 1.= ~ hati menimbulkan gelak ketawa; 2.
menimbulkan rasa geli: maka banyak perkara yg ~ telah
disaksikan;
kegelian 1. perihal geli, perasaan geli: cerita Esah itu
menimbulkan ~ juga di hatiku; 2. berasa geli: benda itu melentuklentuk
macam telinga arnab ~;
penggeli orang yg mudah berasa geli (kalau digeletek); ~ hati
sesuatu yg menggelikan hati, lawak jenaka.
geli II; buah ~ = geli-geli buah pinggang, ginjal.
geliang; ~-geliat = ~-geliut gerakan berkelok-kelok spt belut dipegang
kepalanya;
menggeliang bergerak geliang-geliut: ~ bagai ular dipukul.
geliat; ~ -geliut geliang-geliut;
menggeliat 1. merentang-rentangkan anggota badan (apabila
bangun drpd tidur dll): baru saja bangkit, ia menguap dan ~
sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas; 2.
memulas-mulas (benda yg kaku, ketat, dll);
menggeliatkan menyebabkan (diri seseorang) menggeliat: Pak
Tua ~ diri utk bebas drpd ikatan;
tergeliat terpelecok, salah urat, terkilir (kaki, tangan, dll).
gelibar; menggelibar berkibar (bendera, layar, dll).
gelibas sj ikan laut, dengkis, Siganus spp.
gelibat I dayung yg kedua-dua hujungnya mempunyai daun; kelibat
I.
gelibat II Kl hilang, lenyap (orang yg lari).
gelibir; menggelibir melengkung ke bawah dan tebal (bibir gajah dll).
gelicau; menggelicau berkicau, mencicit, mencecit (burung).
geliga sj batu hikmat yg dapat menghilangkan bisa dll (didapati dlm
tubuh binatang spt ular, landak, dll);
bergeliga 1. mempunyai geliga; 2. cerdik dan pintar; otaknya ~
pandai, cerdik;
kegeligaan perihal pandai, cerdik.
geligah Kl; bergeligah berkerutu, kasar, bopeng, tidak licin (muka,
permukaan jalan, dll).
geli-geli sj tumbuhan (tumbuh dlm paya), bekil, segeli, Lasia spinosa.
geligi; menggeligi menggigil.
geligin kayu pd perkakas tenun tempat menggulung benang, gelendong
benang.
geligir; bergeligir berkerutu (langit-langit keras dll).
geligis I; menggeligis gementar, menggigil (kerana demam, kesejukan,
ketakutan, dll).
geligis II Kl bengkang-bengkok, berliku-liku; gerigis.
geligit; menggeligit menggigit berkali-kali.
gelignit (gélignit) sj bahan letupan yg sangat kuat, yg digunakan utk
meletupkan batu, bukit dsb.
geligut Kl menggigil (kerana kesejukan, ketakutan).
gelimang; bergelimang, bergelimangan berlumur dgn lumpur dll;
gelumang.
gelimbir berkelepai (pipi orang tua dll), terkulai.
gelimir selaput daging, sj kulit ari.
gelimpang; bergelimpangan berbaringan di lantai, tanah, dll dgn tidak
teratur, bergulingan, menggeletak: anak itu tidur ~ saja di atas
tikar getah;
menggelimpang bergulingan (orang terlalu letih dll), terbaring,
terlantar;
tergelimpang tergeletak, terlantar.
gelimun; bergelimun; ~ selimut berselubung, berselimut;
menggelimuni menyelimuti: ~ kepala.
gelincat; tergelincat 1. memantul balik, melenting (rotan dll); 2. silap
urat, tergeliat.
gelincik sj tumbuhan (pokok kecil), Myrica farquhariana.
gelincir; menggelincir hampir jatuh kerana terpijak sesuatu yg licin,
menggeluncur, meleset;
menggelincirkan menyebabkan menggeluncur;
tergelincir 1. tergeluncur, tergeser kerana licin, terlepas dr
landasan (kereta api); 2. mulai turun (matahari); 3. ki terlanjur,
terlepas (cakap); ~ lidah terlepas kata, salah mengatakan sesuatu;
gelinciran (Geo) retak pd kerak bumi yg menyebabkan muka bumi
ternaik atau terturun.
gelincuh; tergelincuh tersandung, tersentuh, tertarung (kaki).
gelinding = gelindingan roda;
bergelinding, bergelindingan berguling-guling: spt sekeping
wang yg ~;
menggelinding berguling;
menggelindingkan menggulingkan: cerita Raja Sisyphus yg
mengangkat batu dr kaki bukit ke atas, ~ batu itu ke bawah,
mengangkat batu itu lagi ke atas.
gelinggam sj cat merah yg dibuat drpd tumbuhan.
gelinggaman Mn geli-geman;geli I.
gelingsir; bergelingsir, menggelingsir menggelincir, melincir, turun
(matahari dll);
menggelingsirkan menjadikan bergelingsir: maka Tun Tuah pun
segeralah ~ tangan bajunya.
gelinjang; menggelinjang berkinja-kinja, melonjak-lonjak, meloncatloncat
(kerana suka dll), mendompak-dompak (kuda).
gelintang; tergelintang terbaring, menggeletak, tergelimpang: anjing yg
ditembak itu jatuh ~ di atas tanah.
gelintar; menggelintar berkeliling mencari sesuatu.
gelintin; bergelintin kental, pekat.
gelintir 1. Jw butir, biji; 2. orang (sbg penjodoh bilangan);
segelintir sekumpulan kecil (manusia): mereka berusaha utk
mempersalahkan seluruh kaum kerana dosa ~ manusia.
gelinya sj perhiasan pd cuping telinga.
gelinyau Pk; menggelinyau gatal, gelisah (spt anak baru lahir).
gelip kelip.
gelipar; tergelipar terbeliut (mata pisau dll).
gelis (Sunda) cantik (gadis dll).
gelisah tidak tenang (hati), tidak tenteram, tidak sabar (menanti dll),
risau: hari sudah jauh malam, perempuan itu ~ memikirkan hal
anaknya yg belum pulang lagi; resah ~ sangat gelisah;
menggelisah berlaku (bertindak) gelisah, berada dlm keadaan
gelisah: ia duduk salah, berdiri tidak kena, ke sana ke mari ~;
menggelisahkan menimbulkan atau menyebabkan rasa gelisah,
mencemaskan, merunsingkan: keluarnya Singapura drpd Malaysia
~ sebahagian besar penduduk di Malaysia;
kegelisahan perihal gelisah, perasaan gelisah: inilah punca
penderitaan dan ~ jiwa.
gelisar Kl gelisah.
gelita; gelap-~ sangat gelap;
 kegelitaan perihal (keadaan) gelita: ~ akal;gelap.
gelitak; menggelitak menggelikan, menggaru supaya menjadi geli,
menggeletek.
gelitar; menggelitar menggeletar, meronta-ronta.
geliting geletek.
geliung sj kapal layar yg besar di Eropah yg digunakan sbg kapal perang
atau kapal dagang dr kurun ke-15 hingga ke-18.
geliut geliang, geliat.
gelobak Kl 1. luka parah; 2. koyak, rosak.
gelobok; menggelobok berbunyi spt bunyi air dituang ke dlm sesuatu
bekas.
gelobor sangat labuh dan longgar (baju).
gelocak I berkocak-kocak (air).
gelocak II Kl melecet (kulit), terkelupas (luka, cat, dll).
gelodak; menggelodak menggelegak (semangat, perasaan, dll):
lapangan puisi ialah salah satu saluran tempat mengucapkan
bantahan, kebencian, keriangan, dan perasaan jiwa yg ~;
menggelodakkan menyebabkan menggelodak: percintaan yg
digelodakkan oleh perasaan marah, sedih, dan pilu;
kegelodakan keadaan menggelodak: itulah ~ rasanya.
gelodar I; menggelodar menggelepar-gelepar hendak melepaskan diri,
meronta-ronta.
gelodar II berlumpur, keruh, kotor.
gelogok I; menggelogok 1. menggelegak; 2. minum banyak-banyak dan
terus masuk ke kerongkong hingga berbunyi, menggogok; 3.
melimpah, tertuang banyak-banyak (melimpah-limpah).
gelogok II Mn ancaman, ugutan; salah ~ membuat sesuatu dgn terburuburu;
salah ~ hulu malang, pandai bertenggang hulu baik prb hatihatilah
membuat pekerjaan kalau menginginkan keuntungan.
gelohok; tergelohok terbuka luas.
gelohong Tr terbuka (pintu rumah dll).
gelojak nyala api yg berkobar-kobar;
bergelojak, menggelojak menyala-nyala, berkobarkobar;
gejolak.
gelojoh 1. lahap, rakus: terlalu ~ pd makanan; 2. gopoh dan kasar, tidak
cermat: janganlah engkau buat sesuatu kerja itu dgn ~ dan gopoh;
kegelojohan keadaan (sifat) gelojoh:~ manusia menghapuskan
keindahan alam di bumi Semerak amat dikesali oleh Pak Tua.
gelokak terkelupas (kulit kayu dll), tidak melekat (kapur, cat, dll).
gelombang 1. ombak laut yg bergulung-gulung panjang, ombak besar:
laut mengganas dgn ~; ~nya membukit berlapis-lapis; ~ dua belas
Mn sj tarian pedang; 2. = riak ~ Id aliran getaran (unsur bunyi,
cahaya dsb) yg bergerak dlm satu perantaraan: radio Malaysia
disiarkan melalui ~ pendek 49 meter; ~ bunyi; 3. gerakan
(tindakan dsb) yg dilakukan berturut-turut (serangan tentera, tunjuk
perasaan, dll): ~ pertama kapal-kapal terbang pengebom sudah
berangkat; 4. gerakan atau aliran (manusia dll) dlm kumpulan yg
besar, dan meliputi kawasan yg luas: ~ pertama manusia yg
dipanggil oleh Heine Gelden, seorang ahli prasejarah sbg ‘Proto
Malaya’;
~ elektromagnet (Fiz) gelombang tenaga yg dirambat dlm medan
elektromagnet; ~ haba (Fiz) gelombang udara panas yg besar dan
bergerak perlahan; ~ mikro (Fiz) gelombang elektromagnet yg
sangat pendek dgn jarak gelombang antara 1 - 300 mm, digunakan
terutamanya dlm perhubungan radio dan radar, memasak dsb,
mikrogelombang; ~ panjang (Fiz) gelombang radio yg jarak
gelombangnya lebih drpd 1000 meter; ~ pendek (Fiz) gelombang
radio yg jarak gelombangnya antara 10 - 100 meter; ~ radio (Fiz)
gelombang tenaga elektrik yg bergerak melalui udara dan ruang
angkasa, yg frekuensinya antara 10 KHz - 300 000 MHz; ~
sederhana (Fiz) gelombang radio yg jarak gelombangnya antara
100 - 1000 meter;
bagai ~ dua belas prb hebat (pendekar apabila menarikan pedang);
sama naik bak ~, sama turun bak ke pencong prb dua hal atau
kejadian yg sama keadaannya;
bergelombang 1. = menggelombang berombak panjang-panjang,
mengombak; 2. berlaku berturut-turut (serangan, tunjuk perasaan,
dll): serangan-serangan itu datang ~-gelombang.
gelomor; menggelomor mengotorkan, mencemari.
gelompar; menggelompar melompat, meloncat (cepat).
gelondeng (gelondéng) Tr melekat kuat.
geloneng (gelonéng) sj gong kecil dlm permainan gamelan.
gelong Kd 1. (barisan dll) yg tidak betul; 2. tidak waras (bagi manusia).
gelonggang tali leher (utk anjing dll), kalung.
gelonggong Kl 1. = bergelonggong berlubang (spt nyiur yg ditebuk tupai
dll); 2. lubang tempat ikan tinggal (dlm sungai dll); 3. bukan
perawan lagi (perempuan).
gelongsong kelongsong.
gelongsor cerun licin drpd kayu dsb, tempat seseorang atau sesuatu
meluncur turun;
menggelongsor menggeluncur (di atas lantai licin dll), meluncur
turun (dr pohon, tiang, dll), menggelincir.
gelontor; menggelontor 1. menyimbah dgn banyak air (supaya hanyut);
2. bk minum banyak-banyak.
gelopak; menggelopak terkelopak, terkelupas, terlelas (kulit kayu dll).
gelora 1. ombak yg melambung hebat, air laut yg bergelora dgn hebat,
banjir besar; 2. = musim ~ musim hujan dan badai, musim air bah;
3. perasaan yg bergolak (tidak tenang); ~ hati perasaan hati yg
bergolak-golak;
bergelora, menggelora 1. bergelombang besar, mengombak; 2.
sangat gelisah (perasaan), berkobar-kobar (semangat): semangat
kebangsaan telah ~;
menggelorakan membangkitkan, mengobarkan (semangat dll),
menaikkan perasaan.
gelorah, gelorat gelora.
gelosang Mn; menggelosang menggesa-gesa, menyuruh (kerjakan dll)
lekas-lekas.
gelosok; ~-gelusang = menggelosok menggosok-gosok, memulas dgn
keras (kain cucian dll).
gelotak; menggelotak mengupas buah yg berkulit keras (nyiur dll);
kelotak.
geluduk Jw guruh.
geluga gelinggam.
gelugur 1. sj tumbuhan (pokok yg buahnya beralur-alur kulitnya dan
boleh dimakan), Garcinia atnoviridis; asam ~ asam keping; 2 =
awan ~ alur (sbg ukiran);
bergelugur mempunyai ukiran gelugur.
gelugut 1. bunyi kertak (gigi dll); 2. sl bunyi gendang: bunyi gendang itu
hanya se~;
bergelugut, menggelugut 1. menggigil (kerana kesejukan,
demam, dll), berkertak (gigi): ~ dagu kerana terlampau sejuk; 2. sl
mengeluarkan bunyi gelugut: dong, dong, dong, ~ bunyi gendang
larangan.
geluh I tanah liat.
geluh II Pn; ~ leher sembelih.
geluk bekas air drpd tempurung; tudung ~ sj bakul; bagai ~ tinggal di air
prb orang yg melarat hanya menunggu bantuan orang.
gelulung Kl bergulung (daun pisang dll).
gelulur melincir turun (seluar dll).
gelumak; ~ susu sj tumbuhan (herba yg daunnya dibuat ubat), lempedu
(mempedu) tanah, rumput kerak nasi, Curanga felterrae (amara).
gelumang; bergelumang berlumur (dgn lumpur dll), penuh dgn kotoran
dsb;~ dgn noda dan dosa banyak noda dan dosanya, sudah banyak
berbuat noda dan dosa; gelimang.
gelumat Igelemat I.
gelumat II sl bising, riuh-rendah.
gelumbak sj tumbuhan (herba), Plocoglottis foetida.
gelumpung; akar ~ sj tumbuhan (akar memanjat), akar saut, akar timun
dendang, mentimun paya, pedendang, Adenia acuminata.
geluncur; menggeluncur, tergeluncur meluncur turun (spt pd
permukaan yg curam);
geluncuran gerakan meluncur turun (pd permukaan yg curam
dsb): tasik terbentuk melalui berbagai-bagai proses, antaranya
melalui hakisan spt ~ air batu.
gelundang Tr cair.
gelung I 1. lingkar, lengkung, gulung (tali, rotan, ular, dll); 2. kelok, ikal
(rambut dll); sanggul ~ kondai, sanggul;
bergelung melengkung, berlingkar: ular ~; dawai yg ~ itu mesti
diluruskan sebelum dipakai;
menggelung 1. melengkung hingga menjadi gelung (rotan dll); 2.
membuat sanggul;
menggelungkan melingkarkan, melengkungkan;
tergelung-gelung terlingkar-lingkar;
gelungan lingkaran (dawai, rotan, dll).
gelung II Kd kumpulan (orang jahat dll).
gelung III Kl 1. bendang (petak-petak); 2. lorong bencah, jalan sempit.
gelung IV Kl harapan, gamak (menjadi sesuatu dll).
geluntur cacing besar dan merah warnanya.
gelup I; menggelup gugur atau tanggal (gigi).
gelup II; bekas air spt mangkuk kecil, sangku.
gelupar gelupur.
gelupas; menggelupas terkelupas (kulit, cat, dll), terlelas. 
gelupur; menggelupur bergerak-gerak sambil memukul-mukulkan
sayap dll (ayam berlaga dll), menggelepar.
gelusang; gelosok-~ memulas (menggosok) keras-keras;gelosok.
gelut I gomol, gulat, perkelahian pura-pura (budak-budak dll); adu ~
perlawanan bergomol;
bergelut 1. peluk-memeluk dan guling-menggulingkan (spt orang
bergusti), bergomol, bergulat, bergusti (utk menunjukkan kekuatan
seseorang dll); 2. berkelahi: ia luka kerana ~ dgn tiga orang
perompak; 3. bertungkus-lumus atau bergiat dgn hebatnya
(melakukan atau mencuba mengatasi sesuatu), bertarung
(bertentangan, bersaingan, dsb): suatu fakta penting utk
penghidupan dlm dunia yg ~ dan berlumba-lumba ini; ~ dgn maut;
bagai tupai ~ prb perihal kehebatan langkah dll seorang pendekar;
menggelut memeluk hendak menghempas (menggulingkan dll);
pergelutan 1. perihal bergelut, perlawanan bergelut; 2.
perkelahian; 3. usaha atau kegiatan bertungkus-lumus,
pertarungan: mereka membawa pulang bukan sahaja oleh-oleh
malah kegigihan yg ditimba drpd ~ menyara hidup.
gelut II Pr giat mengerjakan sesuatu, sibuk.
geluyur keluyur.
gem (gém) bp tamat, selesai (permainan dll), menang.
gema 1. bunyi yg berbalik, gaung, kumandang: kelawar tidak boleh
melihat dlm gelap, tetapi ia membuat suara-suara, dan ~ suarasuara
inilah yg menyebabkan ia tidak terlanggar pd apa-apa; 2. ki
kejadian sbg akibat suatu kejadian lain: ~ drpd ceramah Profesor
Teeuw tempoh hari masih belum habis lagi;
bergema, menggema bergaung, berkumandang, bertalun: suara
radio ~ di dlm ruangan itu;
menggemai membuat gema pd: suara azan ~ seluruh daerah itu;
menggemakan menjadikan bergema.
gemai Kd padi yg diketam, diikat-ikat, dan diirik.
gemak; menggemak, menggemak-gemak memegang-megang (hendak
mengetahui besar, berat, dll): ia ~ ayam itu sebelum
membelinya;gamak.
gemal banyak yg terdapat dlm secekak jari; se~ sebanyak yg dapat
dipegang dgn cekak jari, secekak: se~ padi;
bergemal-gemal banyak cekaknya, bercekak-cekak;
menggemal memegang dgn cekak jari.
gemala batu yg bercahaya dan mempunyai hikmat (berasal drpd ular,
naga, dll); ~ hikmat sj batu sakti; buntat hendak menjadi ~ prb
orang kecil hendak menjadi orang besar.
gemalai 1. melambai-lambai (bkn daun nyiur dll), berayun-ayun; 2.
lemah dan manis (gerak tubuh dll); lemah ~ melenggok-lenggok
manis (gerak tubuh seseorang gadis);
bergemalai melambai-lambai (ditiup angin): daun-daun kelapa ~
dipupuk bayu.
gemam gumam, kemam.
geman takut, ngeri; geli-~;geli I.
gemang I besar (benda yg bulat torak), bayak.
gemang II Mn ngeri, takut; gopoh-~ gugup;
penggemang penakut;gamang.
gemang III sj ikan laut, sembilang, Plotosus spp.
gemap; tergemap tercengang, tergamam: ketika mendengar berita itu,
~lah ia.
gemar suka benar (berbuat sesuatu): ia ~ berenang;
bergemar bergembira, bersuka ria;
menggemari menyukai benar akan: hikayat ini sangat laku kerana
digemari orang;
menggemarkan menggembirakan, menyukakan hati;
kegemaran kesukaan, kegembiraan: barang-barang ~ perempuan;
penggemar orang yg menggemari, peminat: memang sudah biasa
majalah itu menyiarkan gambar dan kisah ~-~nya.
gemas 1. sangat kesal, amat jengkel (marah, benci, dll): ~ hatinya
melihat orang yg tidak menaruh belas kasihan itu; 2. benci
bercampur sayang;
menggemaskan menimbulkan rasa gemas.
gemaung bergaung, berkumandang, bergema.
gemawan 1. = awan-~ bermacam-macam rupa awan; 2. berarak (awan),
melayang: awan putih ~ lalu.
gemba Kl kembung pipi (kerana ada sesuatu di dlm mulut).
gembadak sj tumbuhan (pokok renek), gaharu badak, Phyllochlamys
wallichii.
gembak I jambak, rambut pd dahi kuda, rambut yg dipanjangkan pd
ubun-ubun budak; gombak.
gembak II Kl berombak (rambut dll).
gembala I 1. orang yg menjaga atau memelihara ternakan (kambing,
lembu, dll); ~ kuda pemelihara kuda; 2. ki penjaga keselamatan
orang ramai, pemimpin;
bagai ~ diberi keris prb orang yg mendapat sesuatu yg tidak
berguna baginya; gajah seekor ~ dua prb satu pekerjaan diketuai
oleh dua orang (dua orang laki-laki yg mencintai seorang
perempuan);
bergembala mempunyai gembala (orang yg memelihara); ternak ~
parak berpagar prb harta benda harus dijaga;
menggembala menjaga, memelihara, memimpin: anak muda itu
menolong bapanya ~ lembu-lembu peliharaan mereka;
penggembalaan 1. perihal menggembala; 2. = tanah ~ tempat
menggembala binatang;
penggembala orang yg menggembala, gembala.
gembala II; ~ gajah sj burung, burung kambing, Platysumarus
leucopterus; burung ~ kera sj burung, Eupetes macrocerus;
burung ~ kerbau sj burung, Acridotheris tristis; burung ~ pelanduk
sj burung, Pitta sordida; burung ~ rimau sj burung, burung
kesumba, Harpactes oreskios.
gembar-gembur = bergembar-gembur bersorak-sorak, berseru-seru:
buatlah kerja awak, jangan asyik ~ saja; buah ~ cakap besar,
borak;
menggembar-gemburkan menyorak-nyorakkan, menyerunyerukan,
melaung-laungkan: apa gunanya semboyan palsu itu
digembar-gemburkan; keburukan Pak Kasa sentiasa digembargemburkan,
terutama oleh watak Dogol.
gembel Id jembel.
gembeng (gembéng) Id mudah (lekas) menangis.
gembereng (gembéréng) Jw canang yg tidak bertombol di tengahnya.
gembira 1. = bergembira sangat suka, sangat girang, besar hati: “Saya
suka, saya ~,” katanya; 2. = naik ~ = bergembira bangga dan
berani, marah: mendengar penghinaan itu, panglima itu pun naik
~, mukanya merah menyala; 3 = kegembiraan;
menggembirakan 1. menimbulkan perasaan gembira, membawa
kegembiraan: kenangannya melayang kpd hari Natal yg ~ itu;
sampaikan berita yg ~ kpd orang yg beriman; 2. memberanikan,
menggiatkan;
kegembiraan keadaan gembira, kesukaan, kegirangan,
kebanggaan, keberanian: dia menceritakan kejayaannya kpd adikadiknya
dgn ~; tidak ada kata-kata yg hendak dilahirkan bagi
menyatakan ~ hatinya; mereka dlm ~ menerima kurniaan dan
kenikmatan Allah.
gembleng Jw; bergembleng bersatu padu, berpadu menjadi satu;
tergembleng menjadi satu, dipersatukan;
penggemblengan perihal atau perbuatan mempersatukan: ~
ideologi dan budaya.
gembleng (gembléng); menggembleng 1. Jw menempa (besi) supaya
menjadi tipis atau keras; 2. ki menyatukan atau memadukan
(tenaga, modal, dll) utk melakukan (menghasilkan, memperteguh,
dsb) sesuatu: penduduk kampung itu ~ tenaga utk membina
jambatan itu; bank mempunyai peranan penting bagi ~ modal dlm
negeri utk membiayai perusahaan; mengikut Paul Postal,
tatabahasa transfomasi-generatif ~ ciri-ciri utama tatabahasa
tradisional;
gemblengan paduan, penyatuan: kisah keluarga itu dipaparkan
dlm penceritaan yg tersusun kemas dgn ~ unsur-unsur ketegangan
yg memanjang;
penggemblengan perihal (perbuatan, usaha) menggembleng: utk
mencapai kemajuan, ~ tenaga amat perlu.
gembok Jw repuh-repuh, induk kunci (yg tergantung).
gembol (gémbol) I Jw; menggembol membawa sesuatu dlm kain (kocek
dll).
gembol (gémbol) II; menggembol kembung dan berisi (bkn pipi),
tembam.
gembong (gémbong) Jw 1. harimau; 2. jago, juara, samseng; 3. orang yg
terkemuka, pemuka.
gembos Jw; menggembos menjadi kempis (tiub dll).
gembreng gembereng.
gembuk sj tumbuhan (herba), Adenosma caeruleum.
gembul I bongkol, bonggol (pokok), kelasa (unta).
gembul II (Sunda) selalu berasa lapar, makan banyak.
gembung I = bergembung kembung, menjadi besar (kerana penuh dgn
air, udara, dll); perut ~ kemasukan angin atau kena penyakit basal;
bergembung dada berasa bangga (girang);
menggembung menjadi gembung;
menggembungkan mengembungkan, membusungkan (dada dll);
 kembung I.
gembung II; ikan ~ sj ikan laut.
gembur Igembar-gembur.
gembur II tidak padat, berderai-derai (tanah, pasir, dll), lembut, lunak;
sakit ~-~ basal, busung air;
menggemburkan mencangkul (tanah) supaya gembur;
penggembur alat utk menggemburkan tanah; ~ putar alat
penggembur tanah yg berputar.
gembut I; bergembut-gembut, menggembut bergerak turun naik (spt
ubun-ubun anak yg baru lahir), berdenyut-denyut.
gembut II Pn bekas sirih yg dibuat drpd emas.
gemelentam bunyi dentam berkali-kali (spt bunyi meriam dll).
gemeletak bunyi spt bunyi gigi berkertak.
gemeletap bunyi spt bunyi kaki (apabila orang berlari).
gemeletek (gemeléték) gementar keras, menggigil.
gemeletuk gemeletak.
gemelugut menggigil keras (kerana ketakutan, demam, dll), gelugut.
gemendit ikat pinggang (drpd kulit, kain, dll), kendit.
gementam berdentam-dentam (bunyi meriam dll).
gementar gentar, menggigil (kerana ketakutan, demam, dll): jangan
berasa ~ melihat kekuatan seteru.
gemercak bunyi spt bunyi air keluar dr pancuran dll.
gemercik bunyi spt bunyi air memercik.
gemerencang bunyi spt bunyi pedang berlaga.
menggemerencangkan menyebabkan keadaan menjadi bising:
bunyi papan kekuncinya ~ suasana selama beberapa jam.
gemerencing = bergemerencing berbunyi spt bunyi rantai besi dll
bersentuhan: pintu pagar besi yg ~.
gemerencung bunyi lebih lembut drpd gemerencang.
gemeresak bunyi berdesir (spt pakaian direnyuk-renyukkan dll).
gemeresik; bergemeresik menggeresek (spt kain, kertas, dll direnyukrenyukkan):
pohon-pohon ~ dipuput bayu laut.
gemeretak, gemeretap bunyi spt bunyi hujan menimpa atap dll: mesin
taip kedengaran ~ spt bertih digoreng dr dlm biliknya.
gemeretik bunyi spt bunyi bertih direndang.
gemeretuk bunyi gigi bersentuhan kerana menggigil (ketakutan dll),
bunyi orang merendang bertih.
gemeretup gemeretuk.
gemerlap = gemerlapan, bergemerlapan berkilat-kilat, berkilauan:
pakaiannya penuh bertabur dgn permata yg ~; di sana sini
gemerlapan cahaya lampu neon; permata intan berlian yg
bergemerlapan sinar-menyinar cahayanya.
gemi, gemi-gemi sj ikan laut, gedemi, kedemi, tapak kasut, Remora spp..
gemia rumia.
gemik Mn; menggemik memanggil seseorang dgn menguitkan jari,
menggamit.
gemilang bercahaya terang-benderang, cemerlang: ia mengenangngenang
zaman ~nya;
kegemilangan keadaan bercahaya terang-benderang,
kecemerlangan: kekuatan Sriwijaya tidak sebesar dulu lagi,
cahaya ~ mulai muram; gilang.
gemilap; gilap-~ bercahaya, berkilap, berkilauan.
geming Jk; bergeming berdiam sahaja, tidak bergerak.
Gemini lambang ketiga dlm zodiak, yg berlambangkan budak kembar.
geminte Id bandar raya, kota praja.
gemirang gembira, suka ria;girang.
gemirap berdebar-debar (hati), tidak tenteram (hati).
gemologi (gémologi) kajian tentang batu permata.
gempa goncangan (bumi), lindu;
~ bumi goncangan (gerakan) bumi; ~ laut gegaran laut yg
disebabkan oleh gempa bumi di dasar laut; ~ sunting bunga ketar
yg menjadi perhiasan rambut pengantin perempuan;
menggempakan menggoncangkan, menggegarkan dgn keras
(tanah dll): letupan bom itu ~ tempat di sekelilingnya.
gempak bp cepat tersentuh atau melatah terhadap sesuatu (berita,
peristiwa, dll).
gempal gemuk sedang (bkn tubuh), padat berisi: tubuhnya ~ dan
berdaging pejal.
gempar heboh, gaduh, huru-hara, riuh-rendah, rusuh (kerana berita
buruk, letupan, dll): maka orang pun ~lah berlarian ke sana sini;
menggemparkan, mempergemparkan ark 1. menghebohkan,
meriuhkan, merusuhkan: berita ini ~ seluruh dunia; 2. Pn
menakutkan, mengancam: tidak ada gunanya awak ~ saya lagi;
tergempar dgn mendadak, dgn sangat tiba-tiba: sidang ~;
kegemparan 1. perihal atau rasa gempar; 2. mengalami keadaan
gempar: dia tersungkur di hadapan orang ramai yg ~.
gempita riuh, gempar; gegak-~ riuh-rendah;gegak.
gempul; gempul-gempul mengap-ngap, berkempul-kempul.
gempur diserang dan dibinasakan, dihancurkan: kena ~;
menggempur menyerang dan membinasakan (musuh, pertahanan
dll), menghancurkan: kapal terbang pengebom telah ~ kubu-kubu
komunis di utara Malaysia;
penggempuran perihal atau perbuatan menggempur: dua jurusan
~ direncanakan;
penggempur (orang, pasukan, dll) yg menggempur; pasukan ~
pasukan yg paling depan dlm perang.
gemuk 1. tidak kurus, besar badan (kerana banyak daging), tambun:
badannya ~ dan gagah; 2. lemak, minyak; ~ lembu lemak lembu;
minyak ~ Id minyak pelicin mesin (roda dll); 3. Id subur,
mengandungi banyak baja (tanah); 4. baja, pupuk;
~ gedempol = ~ gedempong sangat gemuk; ~ gempal gemuk tegap
(badan); ~ metuk Kl gemuk dan sihat; ~ membuang lemak, cerdik
membuang kawan prb Mn enggan bergaul dgn saudara-mara;
menggemukkan 1. menyebabkan sesuatu menjadi gemuk; 2.
membajakan;
kegemukan perihal gemuk, keadaan gemuk: ~ orang dewasa
berlaku akibat penyusuan botol semasa mereka masih kanakkanak;
penggemukan perihal (proses, perbuatan, dsb) menggemukkan;
penggemuk sesuatu yg menyebabkan menjadi gemuk.
gemulah Kl almarhum (orang yg telah meninggal), arwah.
gemulai = lemah ~ lemah lembut (bkn gerak anggota badan dsb): dua
jenis tarian yg lemah ~ menjadi persembahan hiburan yg paling
menawan hati pd malam itu.
gemulung = gulung-~ bergulung-gulung (asap rokok, ombak, dll),
melingkar-lingkar; gajah ~ gajah yg gadingnya bergulung.
gemuntur guntur.
gemuruh 1. = bergemuruh berbunyi spt guruh (bunyi kapal terbang, air
terjun, dll): rakyat Pasai pun keluarlah, ~ bunyinya; ucapannya
mendapat sambutan tepuk-sorak yg bergemuruh; 2. berdebardebar
hati (kerana ketakutan, berasa sangat bimbang, dsb), agak
gementar: setiap pemain pasti berasa sedikit ~ apabila menentang
lawan, terutamanya dlm kejohanan penting;
kegemuruhan keadaan tidak tenteram, keributan: berlaku suatu ~
drama sejarah pd awal-awal tahun 1950-an.
gen (gén) sebahagian drpd juzuk sel pd benda hidup, yg mengawal ciri
fizikal, pertumbuhan, dan perkembangan benda hidup yg
berkenaan.
genah Jw; tidak ~ tidak layak, tidak patut.
genahar keran besar (dibuat drpd tanah); ~ gunung kawah (gunung
berapi).
genak Kl tempayan (yg mulutnya luas) utk menyimpan beras.
genang; bergenang, menggenang, tergenang tidak mengalir, bertakung
(air), berlinang (air mata): air di sawah itu ~, tidak meresap masuk
ke dlm bumi; air matanya mulai menggenang; perempuan itu
mengesat air mata yg ~ itu;
menggenangi menjadikan penuh berisi air, menjadikan tergenang,
mengairi: airnya meluap ke luar tebing dan ~ daerah-daerah
persawahan di sekitarnya; matanya digenangi air;
kegenangan keadaan terendam atau terbenam dlm air;
penggenangan perihal atau perbuatan menggenangi.
genap 1. cukup, penuh (tidak kurang), lengkap: setelah ~ lima puluh
tahun umurnya ia pun meninggal; 2. tidak ganjil (angka 2,4,6,
dsb): nombor rumah di sebelah kanan ~;
dibilang ~, dipagar ganjil prb apa yg nampak pd zahirnya ialah
untung tetapi sebenarnya rugi; empat gasal, lima ~ prb tutur kata
orang yg bijaksana selalu tersembunyi maksudnya; masuk tak ~,
keluar tak ganjil prb orang yg tidak berguna dlm pergaulan
masyarakat;
segenap seluruh, sekalian, semua: seluruh hatinya dan ~
perasaannya sudah dikuasai syaitan; ~ tempat;
menggenapi menambah supaya jadi genap (lengkap, cukup): maka
sehidangan itu had empat orang, jikalau tiada tiga tinggal seorang
makan juga ia, tiada dapat yg di bawah itu naik ~ dia;
menggenapkan mencukupkan, melengkapkan: perkara anjing
patah dipukul itu hanyalah sebab utk ~ bilangan sahaja, ibarat
bergantung sudah penuh;
penggenap tambahan utk menggenapkan (melengkapkan),
pelengkap; barang-barang ~ (Eko) barang-barang utk
melengkapkan penggunaan barang lain.
gencargencer.
gencat 1. macat, terhalang, terhenti (kemajuan, pekerjaan, dll); 2. bantut,
kerdil (pokok, orang, dll);
menggencat menghentikan, membantutkan; ~ senjata
menghentikantembak-menembak;
menggencatkan menyebabkan tergencat: sistem pertanian
tradisional hanya akan ~ usaha petani utk menambahkan
pendapatan mereka;
tergencat terhenti, terbantut: kalau pokok itu dianjak, tidak dapat
tiada ia akan ~ dan layu;
gencatan; ~ senjata (perang) keadaan berhenti bertempur, keadaan
terhentinya atau persetujuan menghentikan pertempuran atau
tembak-menembak, peletakan senjata.
gencel (géncél) unting-unting, rambu-rambu (pd pakaian kebesaran dll);
se~ tali seutas tali.
gencer Jk 1. tidak putus-putus, terus-menerus (bunyi tembakan, ombak,
dll); 2. sangat cepat.
gencet (gencét) I Jw; menggencet menghimpit, menekan, menjepit,
menindih, menindas;
tergencet terhimpit, terjepit, tertindas, tertindih;
gencetan himpitan, tekanan, tindasan.
gencet (géncét) II Jw dempet, kembar (pisang, jari, dll).
gencir gelincir.
gencok (géncok) Kd; bergencok menari, berjoget.
gencuk Pn; menggencuk menumbuk padi dgn memutarkan antan.
gendak Jw perempuan belaan, gundik;
bergendak, bergendakan bersuka-sukaan (dgn perempuan),
berzina;
menggendaki berzina dgn;kendak.
gendala halangan, rintangan, aral: sudah kami tating-tating dan sudah
kami kaji buruk-baiknya, tidak ada apa-apa ~nya anakanda
diperumahkan;
menggendalakan menyebabkan ada gendala (halangan, rintangan,
aral), menghalang-halangi, merintangi: kesukaran memperoleh
bahan-bahan mungkin akan ~ pekerjaan;
tergendala terhalang, tertahan (pekerjaan, perjalanan, dll): kalau
anaknya yg kecil itu bangun kerjanya akan ~;
kegendalaan 1. sesuatu yg menggendalakan (melambatkan atau
menghalang kemajuan, perjalanan, dsb), halangan: mungkin ada
sesuatu ~ di jalan; 2. keadaan tergendala (terhalang kemajuan dll):
projek yg dirancang di Jalan Damansara sedang menghadapi ~ yg
lama, terutamanya dr segi perolehan tapak bangunan.
gendang I 1. sj alat muzik drpd kayu bulat panjang yg berongga dan
direntang dgn kulit (pd hujung pangkalnya); ~ nobat gendang yg
dipakai utk nobat; ~ perang gendang yg digunakan semasa
berperang; juru~ orang yg memukul gendang; 2. langgam
(pukulan) gendang sbg isyarat, cara memukul gendang; ~ arakarakan
cara memukul gendang sewaktu berarak;
~ berangkat gendang yg menyatakan raja berangkat; ~ keling = ~
merdangga gendang yg disandang pd leher dan dipukul dgn kayu;
~ kembali gendang yg dipukul sbg isyarat utk menyatakan raja
kembali; ~ melela = ~ serama gendang yg sebelah dipukul dgn
kayu, dan yg sebelah lagi dipukul dgn tangan; ~ pendengar Id
selaput telinga yg menerima suara; ~ perhentian = ~ galanjur
gendang yg dipukul sbg isyarat utk menyatakan orang harus
berhenti; ~ raya Kd beduk (tabuh);
bagaimana bunyi ~, begitulah tarinya prb patuh pd segala
perintah; situ juga ~ berbunyi prb sentiasa sama sahaja (tidak
berubah);
gendang-gendang, gendangan sj selaput, kulit ari;
bergendang memukul gendang; ~ paha bersuka-suka kerana
penderitaan orang lain;
~ deras prb berkuasa (bermaharajalela); bak ~ ke Sirukam, perut
kenyang emas boleh prb keuntungan yg diterima secara berlebihlebihan.
gendang II gulung (bkn kertas);
segendang satu gulung; ~ kertas segulung kertas.
gendang III sj ikan laut, Parapercis spp.
gendeh; bergendeh-gendeh sl bergendong-gendong, buntil: cuba hang
tengok duit depa ~.
gendeng Id; roda ~ roda penggerak mesin.
gendeng (géndéng) Mn sendeng, condong, miring, senget;
bergendeng-gendengan berjalan beriring-iring;
menggendengkan memiringkan, mencondongkan;
tergendeng 1. terletak senget; 2. ki turun harga, agak murah
(barang-barang).
gender (génder) 1. jantina: pelantikannya adalah berasaskan
pencapaian, sumbangan dan kebolehannya, bukannya kerana ~; 2.
(Lin) golongan jenis kata dlm tatabahasa sesuatu bahasa spt
maskulin, feminin dan neuter.
genderang 1. sj gendang besar; ~ serama gendang dua muka (yg sebelah
dipukul dgn tangan dan yg sebelah lagi dipukul dgn pemukul):
maka lalu ~ pun dipalu orang; 2. tambur.
gendi kendi I.
gending Jw lagu gamelan.
gendir Jw alat bunyi-bunyian gamelan.
gendis gula kabung.
gendit Pn kendit.
gendola sj tumbuhan (pokok memanjat), Passiflora quadrangularis.
gendon sj berenga, ulat kecil-kecil yg terdapat pd bangkai (rotan dll).
gendong (géndong); menggendong 1. mendukung (di belakang, di
pinggang, dll) dgn kain yg disangkutkan ke leher: ~ anak; 2. Tr
mendukung di belakang, mengencang;
gendongan 1. benda yg digendong; 2. kain utk menggendong;
penggendong orang yg menggendong.
gendung Kl gembung (saku dll) kerana berisi sesuatu.
gendut 1. buncit, boyot; 2. Id bunting.
genealogi (généalogi) kajian salasilah.
geneng (généng) Mn manja, gagah, elok; kalau nak ~ di tepian, bawa
labu kecil liang, rasakan penuh ditumpahkan prb perihal orang yg
hendak memperlihatkan ketinggian diri pd orang ramai.
generalisasi (géneralisasi) kesimpulan umum tentang sesuatu (peristiwa,
fenomena) yg dibuat tanpa berdasarkan bukti yg lengkap: Klapper
memaparkan ~ tentang kesan komunikasi massa;
menggeneralisasikan merumuskan atau membentuk kesimpulan
umum tentang sesuatu perkara: ramai orang suka ~ hal ini.
generalisimo pemerintah tertinggi angkatan tentera bersekutu yg terdiri
drpd angkatan tentera darat, tentera laut dan tentera udara.
generasi (génerasi) 1. kumpulan individu yg lahir pd waktu yg lebih
kurang sama, angkatan: perbuatannya itu akan menjadi teladan
kpd ~ yg akan datang; kalaulah begini keadaannya dlm dua atau
tiga ~ lagi pun bangsa kita akan tetap mundur; ~ baru angkatan
baru; 2. tahap atau peringkat kemajuan atau perkembangan: dgn
kemajuan besar-besaran, kita telah melalui empat ~ komputer.
generatif (géneratif) 1. dapat menghasilkan sesuatu: kebolehan
menggunakan pengetahuan ~ ini membolehkan pakar
mengemukakan hipotesisnya tentang penyakit itu; 2. berkaitan dgn
pembiakan: sel ~.
generator (génerator) alat yg mengeluarkan tenaga elektrik (gas dll).
generik (génerik) 1. (yg) umum; 2. berkaitan dgn ciri-ciri khusus yg
dimiliki oleh sesuatu kelompok (golongan dll).
genesis (génesis) I titik permulaan atau asal usul sesuatu (idea, tamadun,
dll): ~ tentang kategori asas manusia dlm pemikiran.
Genesis (génesis) II versi pertama Kitab Perjanjian Lama (Wasiat Lama)
yg menghuraikan kejadian dunia.
genetik (génétik) (Bio) 1. kajian tentang keturunan (baka), dan cara
individu mewarisi sesuatu ciri (sifat), dan memindahkan ciri
tersebut drpd satu generasi kpd generasi lain melalui gen; 2. bkn
pembiakan, kelahiran, atau asal usul sesuatu.
geng (géng) kumpulan pekerja, penjenayah, dll, gerombolan: rupanya ia
sudah masuk ~ perompak.
genggam kepalan tangan, cengkaman tangan utk memegang; ~-~ bara
memegang-megang sahaja;
segenggam banyak yg dapat dipegang dlm kepalan tangan: ~
tanah (beras); ~ digunungkan, setitik dilautkan prb sangat
dihargai;
menggenggam 1. memegang dlm genggam (kepalan tangan): ~
pisau; 2. ki menguasai, memerintah: banyak negeri di bawah
angin ini yg digenggamnya; ~ rahsia menyimpan rahsia;
~ erat, membuhul mati = memegang erat, ~ teguh prb memegang
suatu keputusan dgn tidak berubah lagi; digenggam tiada tiris prb
paling hemat dgn wang dll; genggam-genggam bara, terasa
hangat dilepaskan = jangan digenggam bagai bara, terasa hangat
dilepaskan prb memakai barang sesuatu, janganlah ketika senang
saja (sia-sia membuat pekerjaan separuh jalan);
menggenggamkan; ~ tangan mengepalkan tangan;
tergenggam tercengkam, terkepal;
barang ~ jatuh terlepas prb apa yg sudah diperoleh lenyap pula
(menyatakan kemalangan);
genggaman 1. kepalan tangan; 2. benda yg digenggam dlm
tangan; 3. = dlm ~ di bawah perintah (kekuasaan).
genggang celah, renggang;
tergenggang terbuka, terkuak: lantaran bagusnya bujukan mereka,
~lah pintu hatinya.
genggang (génggang) sj kain yg bercorak berjalur-jalur atau dam; ~ lapis
sj kuih yg dibuat drpd tepung.
genggayang sj tumbuhan (pokok dan daunnya dibuat ubat sakit kepala).
genggeng (génggéng) I sj siput, Nautilus pompilius.
genggeng (génggéng) II Kl; tergenggeng terpaku, terpacak (kerana
bingung).
genggong (génggong) sj alat muzik yg dibuat drpd besi (dawai dsb), dan
dibunyikan dgn memetik lidahnya sambil menekannya pd mulut,
harmonika, bangsi.
genggulang buluh yg dibelah pangkalnya utk dibuat sangka-sangka
(tempat pemujaan atau semahan pawang).
gengseng (géngséng) sj periuk besar drpd logam tempat memasak nasi
dll.
gengsi (géngsi) 1. kaum kerabat, sanak-saudara, keturunan; 2.
kehormatan dan pengaruh.
gengster (géngster) ahli atau anggota kumpulan penjenayah atau
samseng.
gengsterisme (géngsterisme) kegiatan gengster: masalah gejala samseng
dan ~ di kalangan pelajar mendapat perhatian umum.
genih, genik, genis gading gajah betina.
genit 1. Id suka bergaya, banyak tingkah, keletah: gadis manis tetapi ~;
2. kecil dan lincah lagi menarik (bkn gadis);
kegenitan perihal genit.
genital (génital) (Bio) bkn organ pembiakan atau alat kelamin.
genitalia (génitalia) (Bio) organ dan struktur pembiakan (manusia dan
haiwan) yg biasanya terdapat pd luar tubuh.
geniteri sj tumbuhan (pokok), Elaeocarpus ganitrus.
genius (génius) sangat pintar (cerdik): dia memang ~;
kegeniusan keadaan atau sifat genius, kecerdikan (kepintaran) yg
luar biasa: ~nya hampir sama spt manusia dlm bidang ketenteraan.
genjah Jw; padi ~ padi yg cepat berbuah, padi radin.
genjak Kl; ~ telur pemukul telur (utk membuat kuih);
menggenjak memukul adunan (tepung, telur, gula, dll) supaya
naik.
genjak (génjak) ganjak.
genjala tangkai kemudi, celaga.
genjang (génjang) 1. herot, bengot, serong; ~-genjot erang-erot,
menyerong-nyerong; 2. segi empat selari;
genjangan (Hut) perubahan bentuk permukaan keratan rentas
kayu, yg asalnya berbentuk segi empat bujur, menjadi bentuk
genjang yg herot semasa proses pengeringan kayu.
genjer (génjér) Id sj tumbuhan (tumbuh di rawa), Limnocharis flava.
genjot (génjot) genjang.
genjur kaku (rambut, daun kering), tegang (tali); keras ~ sangat keras
(hati dll).
genong Kl palang pagar (drpd kayu, besi).
genosid (génosid) pembunuhan (penghapusan) secara sengaja sesuatu
bangsa atau kaum.
genotip (génotip) (Bio) 1. komposisi ciri genetik yg menentukan struktur
dan fungsi sesuatu organisma; 2. kumpulan organisma yg
mempunyai komposisi genetik yg sama.
genre (génré) kategori atau jenis karya sastera atau seni yg dicirikan dgn
sesuatu gaya, bentuk, atau kandungan tertentu: ~ sastera yg paling
digemari ialah puisi, dgn mutu dan kecemerlangan yg dapat kita
ungkapkan melalui persembahan teater atau yg lain.
genta 1. loceng kecil-kecil (utk perhiasan gelang kaki, leher lembu, dll);
2. loceng besar (pd gereja dll);
~ alamat genta yg dibunyikan kalau terjadi sesuatu hal yg penting
dlm negeri; anak ~ pemukul loceng; menggerakkan
(menggoyangkan) ~ membunyikan loceng;
bergenta mempunyai genta: perisainya ~.
gentak sl hentak: dia pun dia ~ kuda hijaunya dia.
gentala sl kenderaan yg bergerak sendiri; naga ~ ukiran berupa naga pd
roda kereta.
gentar 1. goncangan yg cepat (tali gitar kalau dipetik, badan kalau
ketakutan, bumi kalau gempa dll), getar, geletar; 2. ki berasa takut
(bimbang dll): tidak ~ menyerang musuh;
bergentar, menggentar 1. bergoncang: sekitar daerah itu ~
kerana letupan bom; 2. gementar, menggeletar (kerana kesejukan,
ketakutan, dll);
menggentari, mempergentari menyebabkan jadi gentar (takut),
menakut-nakutkan: dia ~ pencuri itu dgn pistol mainan;
menggentarkan 1. menjadikan bergentar: letupan bom ~ seluruh
badan; 2. menjadikan gentar, menakutkan: hal itu tidak ~ hatinya;
3. merusuhkan, menggemparkan: orang yg gelap itu ~ seluruh
kampung;
gentaran goncangan: kaca jendela pecah kerana ~ bunyi bom;
kegentaran 1. perihal gentar; 2. ketakutan;
penggentaran perihal menggentarkan (merusuhkan dll);
penggentar 1. sesuatu yg digunakan utk menggentarkan; 2.
perusuh, pengganas; 3. pengecut.
gentas 1. putus (kerana terpetik dgn kuku, bkn tangkai bunga, dll); 2.
habis, berakhir; betik sudah ~ a) pokok betik yg tidak berbuah lagi;
b) prb orang yg tidak dapat menghasilkan apa-apa lagi;
menggentas 1. memetik dgn kuku (tangkai bunga dll),
memutuskan; 2. mengakhirkan.
gentat lekuk ke dalam, kempis ke dalam.
gentayangan Jk berjalan ke sana sini, berkeliaran.
gentek (génték) Ph juga.
gentel (géntél) pil (ubat), butir, until, gelintir;
bergentel berbentuk spt butir, berbutir;
bergentel-gentel berupa atau berbentuk banyak butir, berbutirbutir;
menggentel, menggenteli membulat-bulatkan (dgn hujung jari).
gentian serat, serabut (pd sabut, daging manusia, dll);
~ asli = ~ semula jadi gentian drpd bahan mineral (spt asbestos),
tumbuhan (spt kapas) atau haiwan (spt sutera), lazimnya dibuat
tenunan; ~ buatan = ~ sintetik gentian drpd bahan spt nilon, kaca,
karbon, dan polimer yg berat molekulnya tinggi; ~ kaca (Fiz)
gentian yg diperbuat drpd filamen kaca yg halus-halus (bergaris
pusat antara 5 hingga 10 mikrometer); ~ karbon (Fiz) gentian drpd
benang-benang tekstil (spt rayon) yg dibakar utk menghasilkan
bahan yg lebih kukuh; ~ optik (Komp) gentian kaca yg panjang, lut
sinar, dan halus yg digunakan utk menghantar data digital dlm
bentuk denyutan cahaya, spt yg digunakan dlm telekomunikasi; ~
rami serat rami; ~ saraf serat saraf.
genting I 1. kecil (sempit) di tengah-tengah: pinggangnya ~; 2. = ~ tanah
tanah yg sempit antara benua dan semenanjung dll; 3. = ~ bukit
jalan di celah bukit: Kabul ada jalan raya melalui ~ Khyber yg
menghubungkan bandar itu dgn Peshawar; 4. sudah halus hingga
hampir putus (tali dll); 5. tegang, berbahaya (mungkin akan pecah
perang dll), meruncing: perhubungan antara kedua-dua negara itu
~;
~ menanti putus, biang menanti tembuk prb Mn perkara yg hampir
selesai; ~ putus, biang tembuk prb Mn perkara yg telah putus dan
tidak dapat diubah lagi;
menggenting 1. menjadi genting (kecil atau sempit di tengahtengah);
2. menjadi genting (tegang), menegang: perhubungan
mereka semakin ~;
menggentingkan 1. menyebabkan genting (kecil atau sempit di
tengah-tengah); 2. menyebabkan genting (tegang), menegangkan;
kegentingan perihal atau keadaan genting, ketegangan;
pergentingan tempat yg genting, genting; manahan jerat di ~ prb
mencari keuntungan drpd kesukaran orang;
penggentingan perihal atau perbuatan menggentingkan.
genting II kepingan yg leper atau melengkung utk mengatapi rumah;
atap ~ atap drpd genting; ~ kodok Id sj genting tebal.
gentis; menggentis memetik pucuk tanaman dll dgn hujung jari.
genu Kl 1. papan yg menutup hujung papan lantai dan dinding; 2.
bahagian berhias atau berukir pd kepala katil.
genus (génus) (Bio) kumpulan benda hidup spt haiwan atau tumbuhan yg
terdiri drpd spesies yg mempunyai beberapa ciri yg serupa: ~nya
perlu ditentukan terlebih dahulu; lalat tsetse adalah drpd ~
Glossina.
genyeh (gényéh); menggenyeh menggosok-gosok (mata dll supaya
hilang gatal).
genyi Pr tertahan nafsu utk makan (kerana kotor, melihat najis, dll), jijik,
mual.
genyit kenyit.
genyut; genyang-~ herot, tidak selari (baris dll), bengot.
geo- (géo) awalan asing berkaitan dgn bumi, mis geofizik, geokimia dan
geologi.
geobotani (géobotani) kajian tentang taburan tumbuh-tumbuhan dr segi
geografi.
geodesi (géodési) cabang ilmu geologi yg mengkaji dan menentukan
kedudukan sebenar, bentuk, dan saiz bumi.
geofizik (géofizik) cabang geologi yg menggunakan ilmu fizik utk
mengkaji sifat-sifat bumi, termasuk meteorologi, oseanografi, dan
seismologi.
geografi (géografi) sains tentang fitur-fitur semula jadi permukaan bumi,
termasuk topografi, iklim, tanah, tumbuh-tumbuhan, dan gerak
balas manusia terhadapnya, ilmu alam.
geokimia (géokimia) sains yg mengkaji komposisi kerak bumi dan
perubahan kimia yg dialaminya.
geokronologi (géokronologi) cabang geologi yg berkaitan dgn penentuan
usia dan urutan peristiwa sejarah bumi.
geologi (géologi) sains tentang asal usul, sejarah, struktur, dan komposisi
bumi, kaji bumi.
geomansi (géomansi) ramalan yg dibuat berdasarkan pola atau bentuk
rupa yg terjadi drpd segenggam tanah yg ditebarkan atau titik-titik
secara rawak yg disambungkan dgn garis-garis.
geometri (géométri) cabang matematik yg berkaitan dgn ukuran, sifatsifat
hubungan titik, garis, sudut, permukaan dan bongkah.
geomorfologi (géomorfologi) kajian tentang asal usul, struktur dan
perkembangan ciri-ciri topografi kerak bumi.
geonasti (géonasti) (Bio) gerak balas tumbuhan terhadap graviti, mis
pembengkokan akar.
geopolitik (géopolitik) kajian tentang kesan faktor-faktor geografi
terhadap politik (terutama politik antarabangsa), geografi politik.
geosains (géosains) sains yg berkaitan dgn bumi, spt geokimia, geologi
dan geodesi.
geosentrik (géoséntrik) (Ast) 1. mempunyai bumi sbg pusat, berpusatkan
bumi: sistem ~; 2. berkaitan dgn atau diukur dr pusat bumi:
kedudukan ~.
geotaksis (géotaksis) (Bio) gerak balas keseluruhan organisma terhadap
graviti.
geotekstil (géotékstil) (Tks) sj fabrik sintetik yg kukuh, biasanya
digunakan utk menguatkan benteng, tapak lebuh raya dsb.
geoterma (géoterma) (Geo) berkaitan dgn (dihasilkan oleh atau berpunca
drpd) haba dalaman bumi: tenaga ~.
geotropisme (géotropisme) (Bio) gerak balas bahagian tumbuhtumbuhan
terhadap rangsangan graviti.
gepeng (gépéng) Jw pipih (kerana dipukul dll), penyek; bulat ~ bulat
pipih;
gepengan benda yg pipih.
gepok-gepok Tr sj kuih yg berupa kepalan rebusan kacang hijau yg
dimakan dgn parutan kelapa.
gepuh pedal ayam, perepuh, repuh-repuh, tala-tala, mangga, induk kunci
gantung.
gepuk I; segepuk seikat (wang kertas dll), segabung, seberkas;
bergepuk-gepuk beberapa ikat (berkas dll);
gepukan ikatan, berkas.
gepuk II celepa (tembakau).
gepuk III Mn gemuk.
gera; menggera 1. menyergah, menggertak, menakut-nakutkan: ~
musuh; musim ~ musim menghalau burung dll (yg hinggap pd padi
yg mulai masak); 2. memberi isyarat (tanda ada bahaya dll):
bendera merah dipakai utk ~ bahawa tempat itu berbahaya;
penggera 1. orang yg menakut-nakutkan, alat utk menakutnakutkan;
~ burung alat utk menakut-nakutkan burung (yg makan
padi dll); 2. alat utk memberi isyarat (ada bahaya dll); ~ kebakaran
alat yg berbunyi kalau ada kebakaran (loceng dll).
gerabak I kereta (pedati) yg disambung-sambung pd kereta api, gerbong;
~ barang gerabak tempat memuatkan barang; ~ penumpang
gerabak tempat orang duduk; ~ tangki gerabak tempat tangki
minyak dll.
gerabak IIgerabang.
gerabak III Mn; menggerabak bercucuran (air mata dll).
gerabak IV Jk; ~-gerubuk 1. bunyi spt bunyi kerusi jatuh dll; 2.
membuat sesuatu dgn tergesa-gesa dan tidak tentu arah.
gerabang berlubang besar, sobek besar.
geradah  geladah.
geradi ark kisi besi.
geragai sj pengait besar utk menangkap buaya.
geragas; menggeragas menyikat (rambut dgn sisir kasar atau jari
tangan), menggaruk-garuk.
geragau I; menggeragau mencakar-cakar, menggaruk-garuk (dgn
kuku).
geragau II; udang ~ sj udang kecil-kecil yg biasanya dibuat belacan,
udang baring, Acetes spp.
geragot Jw; menggeragoti 1. menggigit sedikit-sedikit, mengunggis; 2.
ki merosakkan (merugikan) sedikit demi sedikit.
geraguk Igeragau II.
geraguk II panggilan utk orang keturunan Feringgi.
gerah I Jw berasa panas badan (kerana hari hendak hujan).
gerah II Kl kemalangan, kecelakaan, nahas.
gerahak sj ikan darat, bergahak, Belodonticythys dinema.
geraham gigi kisar yg bulat atau rata permukaannya yg terletak di
belakang gigi kacip dan gigi taring;
~ besar geraham yg terletak di belakang sekali; ~ bongsu geraham
yg tumbuh akhir sekali; ~ kecil geraham yg di depan geraham
besar.
gerai I 1. sl pelamin (tempat mempelai bersanding); 2. balai-balai
(tempat duduk atau tidur), bangku; 3. bangku (meja) tempat
menjual barang, kedai (kecil): ~ surat khabar dan buku-buku.
gerai II; menggerai menggali, mengorek;
penggerai sj penggerek, gerudi.
gerai (gérai) Mn; tergerai terurai (rambut).
gerak 1. perpindahan tempat, lwn diam: dgn ~ yg lemah spt orang
kehabisan tenaga ia berjalan perlahan-lahan; 2. denyut, kenyatkenyut:
~ nadinya berhenti dgn tiba-tiba, dia telah menghembus
nafas terakhir; 3. alamat, petanda, gelagat (denyut pd mata dll):
janganlah tuanku bersusah hati, jikalau adinda hendak berputera
datanglah ~ kpd patik; 4. = ~ batin = ~ hati dorongan hati,
perasaan hati; 5. kehendak (Allah): entah hilang anakanda di laut
lepas, ~ Allah siapa tahu;
~ badan Id olahraga, sukan; ~ gempa a) goyang gempa, gempa
bumi; b) sj cucuk sanggul yg bergerak-gerak; ~-gerayu bergetar
(pd hujung); ~-geri = ~-gerik = ~-garit a) bermacam-macam gerak
(badan); b) = ~ langkah = ~ laku tingkah laku; ~ jalan Id latihan
berjalan bersama-sama sbg sukan; pasukan ~ cepat Id pasukan
tentera yg mudah dipindah-pindahkan;
segerak berlaku atau bergerak pd masa yg sama;
menyegerakkan menjadikan dua atau lebih peranti, alat, dll
berfungsi atau bergerak pd masa yg sama;
penyegerakan proses menyegerakkan alat, peranti, dll.
bergerak 1. bergoyang, beralih tempat, berpindah tempat: pohon
itu ~ ditiup angin; jangan ~ dr tempatmu; 2. berangkat, pergi,
menuju: askar-askar British telah ~ ke kawasan itu; kemudian ia
bangun dan ~ dr situ; 3. berusaha, berikhtiar, bertindak: persatuan
itu memerlukan wang utk ~; kami dulu sama-sama ~ dlm
kumpulan itu;
menggerakkan 1. menjadikan atau mengakibatkan bergerak
(bergoyang, berubah letak, beralih tempat, dsb); ~ kepala
menggoyangkan kepala; 2. menjadikan aktif (dapat bergerak atau
bertindak, hidup dan berfungsi, dsb), menjadikan mampu mencapai
kejayaan atau perkembangan: tiap-tiap peristiwa yg ada itu,
berperanan tegas utk ~ cerita; ia amat percaya bahawa seni
mempunyai tugas penting utk ~ tenaga masyarakat; 3.
membangunkan (drpd tidur);
~ enjin menjalankan enjin; ~ hati membangkitkan hati, membuat
hati (orang) kurang senang; ~ minat menambah minat; ~ pasukan
memindahkan (memajukan dll) pasukan; ~ rakyat menaikkan
semangat rakyat;
tergerak bergerak dgn tiba-tiba, telah digerakkan;
~ di hati = ~ dlm hati timbul perasaan dlm hati; ~ hatinya timbul
perasaan atau keinginan;
gerakan 1. hasil bergerak, perbuatan bergerak: ~ bumi; ~ tentera;
2. usaha, kegiatan: ~ hendak menghapuskan buta huruf; bilik ~
bilik tempat mengendalikan sesuatu usaha (kegiatan dll); ~ bawah
tanah gerakan sulit utk menjatuhkan kerajaan dll; 3. =
pergerakan;
pergerakan kebangkitan (utk memperjuangkan sesuatu): ~ kaum
ibu;
penggerakan perihal (perbuatan dsb) menggerakkan;
penggerak galakan (tenaga dll) utk menggerakkan, faktor (unsur,
individu, dll) yg menggerakkan: jelas kpd kita bahawa Islam telah
memainkan peranan yg penting sbg ~ kpd manusia utk mencapai
kemajuan; Abdul Aziz H.M. seorang ~ teater.
gerakak Kl ketawa kanak-kanak yg masih kecil.
gerak balas (Bio) sesuatu yg berlaku (spt gerakan) akibat pendedahan
kpd sesuatu rangsangan: perubahan arah daun itu menunjukkan ~
positif tumbuhan hijau terhadap matahari; ~ cahaya (matahari)
gerak balas yg rangsangannya ialah cahaya (matahari);
bergerak balas bertindak balas secara positif: pesakit ~ terhadap
rawatan.
geram 1. marah, panas hati, sakit hati: ia menjadi semakin ~ mendengar
anaknya berani menjawab; 2. suka atau cinta (tetapi seakan-akan
benci), gemas: amboi, bijaknya budak itu, ~ aku menengoknya;
turut hati yg ~, hilang takut timbul berani prb kerana marah hilang
takut;
menggeram 1. menjadi geram; 2. menyukai atau mencintai (tetapi
seakan-akan benci): ia menciumi budak itu di mana-mana sahaja
yg digeramnya; 3. berbunyi menderum (harimau dll), menderam:
orang kampung berasa takut apabila mendengar harimau ~ pd
waktu malam;
menggeramkan menyebabkan geram, membangkitkan geram;
kegeraman 1. perihal geram; 2. berasa (menjadi) geram: kakaknya
terjerit-jerit ~.
geraman Mn geraham.
geramang terperanjat, gamang, gugup, gamam.
gerambel (gerambél) Tr banyak.
geramsut, geramut sl sj kain yg dibuat baju sadariah.
geramung sj tumbuhan (pokok), akar belalang puak, Pittosporum
ferrugineum.
geran surat hak milik tanah;
~ besar geran bagi tanah dlm bandar atau tanah di luar bandar yg
lebih drpd 4 hektar luasnya; ~ hidup geran bagi tanah yg dimiliki
utk jangka yg tertentu; ~ kecil geran utk tanah di luar bandar yg
lebih kecil drpd 4 hektar dan dimiliki selama-lamanya; ~ merah
geran bagi tanah dlm kawasan simpanan Melayu; ~ putih geran
bagi tanah di luar kawasan simpanan melayu.
gerang I sl agaknya, rupanya: maka pd hatinya, sebab orang muda ini ~
padi kita berbuahkan emas; gerangan.
gerang II sl arang tempurung yg dilumatkan utk menghitamkan gigi;
menggerang menjadikan gigi hitam.
gerang III sj tumbuhan (pokok renek), Randia macrophylla.
gerangan agaknya, rupanya, barangkali (menyatakan kebimbangan),
konon: aku ingin juga tahu apa ~ yg dicakapkannya.
geranggang Jw buluh runcing, tombak buluh.
geranium (géranium) sj pokok yg bunganya berwarna putih, merah atau
merah muda, biasanya ditanam sbg pokok hiasan.
gerantang 1. bunyi (suara) riuh-rendah; 2. ki gertak, tengking utk
menakut-nakutkan;
menggerantang menakut-nakutkan, menggertak.
gerantung; ~ tongah sj tumbuhan (pokok), Chisocheton divergens.
geranyam Mn; menggeranyam 1. senyar (apabila siku terhantuk dll),
semutan; 2. bergerak beriak-riak (hawa panas dll).
gerapah Tr; bergerapah banyak sekali (ikan dlm tangguk dll).
gerapai; menggerapai meraba-raba dgn tangan kerana hendak mencapai
(memegang) sesuatu, menggapai.
gerapak I; menggerapak lari lintang-pukang (kerana ketakutan dll).
gerapak II Kl bising, riuh.
gerapu I; bergerapu tidak licin (kulit katak dll), kasap, kesat; kerapu
II.
gerapu II sj ikan laut, Caranx tille.
gerat I; menggeratkan menggertakkan, menggeritkan (gigi).
gerat II takuk, ketak (pd tanduk kerbau, batang nyiur, dll).
gerat III Kl perkakas (sisir) utk menghancurkan tanah.
geratak Jw menjelajah, mencari di sana sini.
geratih Mn ligas (lari kuda).
gerau I tukang masak di istana.
gerau II; biru ~ biru kehitam-hitaman.
gerawan Mn warna yg bercampur, kabur (dlm udara).
gerayang I Jk; menggerayang meraba-raba, memegang-megang
(hendak mencuri dgn cepat dll).
gerayang II Mn; menggerayang 1. = ~ rambut menggaru atau
mengeruk kepala dgn jari; 2. merayap (kutu dll), melata.
gerayu; gerak-~;gerak.
gerbak; menggerbak semerbak, harum.
gerbang I; ~-gersul = ~-geresing Kl kusut tidak keruan;
menggerbang terurai dan kusut (rambut): rambutnya ~ tidak
terurus;
menggerbangkan menyebabkan terurai (rambut), menjadikan
menggerbang.
gerbang II 1. = pintu ~ pintu besar yg di sebelah atasnya kedapatan satu
binaan melengkung, gapura; 2. ki alam: memasuki ~ perkahwinan;
3. (Komp) portal.
gerbas; ~-gerbus bunyi desas-desus, debas-debus.
gerbong gerabak kereta api; ~ barang (penumpang) gerabak utk
mengangkut barang-barang (penumpang).
gerbus; gerbas-~; gerbas.
gerdam bunyi spt bunyi barang yg jatuh (lesung dipukul antan dll).
gerdum (lebih lembut drpd) gerdam.
gereba Ar botol air (dibuat drpd kulit).
gerebeg Jw hari raya Islam.
gerebek Jk; menggerebek menangkap dgn tiba-tiba, menyergap,
menggeledah;
penggerebekan penyergapan, penangkapan, penggeledahan.
gerecak; menggerecak-gerecak berbunyi spt air mendidih.
gerecok (gerécok) Jk; menggerecok mengusik, menggodai.
gerehem (gerehém) Kl mendehem.
gereja (geréja) 1. tempat (rumah) sembahyang orang Kristian; 2. Id
badan (pertubuhan) orang Kristian yg mempunyai kepercayaan
(ajaran dll) yg sama: ~ Katolik; ~ Protestan; burung ~ sj burung
pipit;
kegerejaan (yg) berkaitan dgn gereja: skripnya pula lebih kpd
tradisi lisan, dan apa yg penting drama itu harus membawa mesej
~; hierarki gereja mempunyai kuasa bebas dlm soal-soal
keagamaan dan ~.
gerejani (geréjani) Id bkn gereja.
gerek (gérék) I; rumput ~ telinga sj tumbuhan (rumpai), Ischaemum
aristatum.
gerek (gérék) II; bergerek-gerek berlubang-lubang: kayu yg ~;
menggerek menebuk (dgn jara dll): ~ lubang;
gereklah langit olehmu, engkau takkan kusa-raki juga prb
walaupun kpd siapa kauadukan halmu, engkau tidak akan
kuceraikan;
menggerekkan 1. menggunakan sesuatu (jara dll) utk menggerek;
2. menggerek utk orang lain;
penggerek alat utk menggerek (spt gerudi dll).
gerek (gérék) III Kl emas tiruan; barang ~ benda yg dibuat drpd emas
tiruan.
gerek (gérék) IV Kd basikal.
gerelang Kl; menggerelang mencencang, mengerat halus-halus.
gerencang gemerencang (senjata).
gerendeng (geréndéng) Mn; menggerendeng bersikap mengancam atau
menyerang (spt lembu yg hendak berlaga dll).
gerender (geréndér) Tr lebat (buah), banyak (anak dll).
gerenek (gerénék) 1. kecil molek, kecil mongel; 2. rendah menggeletar
(suara dll): suara yg ~;
menggerenek sl membunyikan: maka orang pun ~ nobat.
gerengau; menggerengau menggeragau, mencakar (dgn kuku).
gerenggung sj tumbuhan (pokok), balun hijau, Aglaia griffithii.
gerengseng (gerénséng) I sj corak kain batik atau kain tenun (berupa
setengah bulatan).
gerengseng (gerénséng) II kuali besar drpd tembaga.
gerentam bunyi berdentam-dentam;
menggerentam merentakkan kaki (kerana marah dll).
gerentang gerentam.
gerenti (gérénti) bp jaminan, kepastian;
menggerenti menjamin.
gerenyam = menggerenyam gatal, biang (perempuan), menggelenyar
(kerana semut-semutan).
gerenyau 1. tidak dapat duduk diam (selalu melompat-lompat dan
berlari), kurang sopan (bkn budak perempuan); 2. pantas tangan
atau mulut (budak perempuan dll).
gerenyeng (gerényéng) seringai, kernyih;
tergerenyeng-gerenyeng menyeringai (hingga kelihatan gigi); ~
bagai anjing disua antan prb seorang penakut yg menepi-nepi
kerana ingin lari.
gerenyet (gerényét) gerak-gerak urat;
menggerenyet bergerak-gerak (bkn urat, otot dsb): bibir mataku ~
sejak tadi lagi;
penggerenyetan proses, hal dsb menggerenyet: ~ otot.
gerenyot (gerényot) herot (mulut).
gerepek (gerépék); menggerepek tidak cebok sesudah membuang air.
gerepes (gerépés) I; menggerepes menguit-nguit dgn jari, tidak dapat
diam.
gerepes (gerépés) II Jk; bergerepes tidak rata (licin).
geresah; menggeresah tidak dapat diam, gelisah.
geresek (gerésék); menggeresek berbunyi kersik-kersik.
geret (gerét) Jk; menggeret menggaris, menggores, mencorek;
geretan mancis, gores api.
geretak (gerétak) sj tumbuhan (pokok), geronyong, kabau bukit,
merbung jantan, singguih, Turpinia pomifera.
geretang (gerétang) Mn; menggeretang bersikap mengancam (hendak
menyerang).
geretuk I bunyi spt bunyi kayu diketuk (gigi berkertak).
geretuk II Pr; menggeretuk mengebas, mengirap-irapkan (kain dll).
gergaji alat yg bergerigi pd matanya utk memotong kayu dll;
~ aneka gergaji yg berbagai-bagai jenis matanya yg boleh ditukartukar;
~ balak (baluk) gergaji utk membuat papan dll; ~ belah
gergaji utk memotong kayu mengikut hala urat; ~ belakang besi sj
gergaji tangan yg bilahnya drpd besi keras dgn belakangnya
disokong oleh bingkai keluli atau loyang, dan digunakan utk kerjakerja
kayu; ~ beregu sj gergaji dgn dua atau lebih mata yg
dipasang pd bingkai atau pd aci gergaji talam, dan digerak ke
hadapan dan ke belakang secara menegak atau mendatar utk
membelah balak; ~ besar gergaji yg bingkainya merupakan bentuk
huruf H; ~ besi gergaji utk memotong logam; ~ busar sj gergaji
lengkuk yg berbingkai kayu dgn bilah nipis, dan digunakan utk
memotong lengkuk pd kayu; ~ gelung sj gergaji dgn satu atau dua
mata drpd keluli nipis yg berbentuk gelung, dan digunakan utk
membelah balak; ~ kerat gergaji utk memotong kayu melintang
urat; ~ kerawang gergaji utk membuat ukiran; ~ lengkuk sj gergaji
tangan yg terdiri drpd bingkai keluli berbentuk U dgn bilah yg
halus dan digunakan utk memotong lengkuk yg sempit pd papan
nipis; ~ lengkuk halus sj gergaji lengkuk yg kecil dan digunakan
utk memotong bahagian yg rumit, membulatkan bucu kayu, atau
membuat reka bentuk tertentu; ~ lengkung sj gergaji tangan dgn
bilah keluli yg nipis, dipasang pd bingkai logam yg melengkung,
dan digunakan utk menebang pokok-pokok kecil; ~ lubang kunci sj
gergaji yg bilahnya runcing pd bahagian hujung dan digunakan utk
membuat lubang, memotong bucu, dll; ~ pengerat = ~ potong
pepat sj gergaji yg digunakan utk memotong pepat kayu merentasi
ira; ~ pita = ~ tali gergaji yg matanya berlingkar; ~ potong pepat
sisi sj gergaji yg terdiri drpd rangka yg mengandungi beberapa
keping gergaji talam, utk memotong atau membuang bahagian
papan yg serong supaya sisi papan itu pepat; ~ racik sj gergaji
(gelung atau talam) yg digunakan utk meracik dan menggergaji
balak segi, kayu racik, dan kayu sayung; ~ rantai sj gergaji
berjentera mudah alih yg mata pemotongnya terlekat pd rantai yg
berputar, dan digunakan utk menebang pokok dan memotong tual
kayu balak; ~ saber sj gergaji berjentera dgn bilah yg nipis dan
pendek, dan digunakan utk memotong lengkung, membuat lubang,
dll; ~ talam sj gergaji drpd keluli tegar yg bulat, pipih, yg berputar
pd aci bermotor, dan digunakan utk memotong bahagian tepi atau
hujung kayu; ~ tangan gergaji kecil yg dipegang dgn sebelah
tangan; ~ tebuk gergaji yg matanya tidak lebar; spt ~ dua mata prb
orang yg mendapat keuntungan drpd dua pihak;
bergergaji sudah dipotong dgn gergaji (bkn balak, kayu dsb);
menggergaji 1. memotong dgn gergaji; 2. berjalan serong ke kiri;
penggergajian tempat menggergaji kayu;
penggergaji orang yg menggergaji.
gergajul Jk penjahat, samseng.
gergap sj kera.
gergasi 1. sj makhluk besar yg suka makan orang, raksasa bersiung, bota;
2. ki seseorang atau sesuatu (spt jentera, alat, dll) yg sangat besar,
atau yg mempunyai kebolehan (kemampuan) yg luar biasa:
kebolehan komputer dilihat sbg ~ mesin kira yg cepat; saksikanlah
~ bola sepak beraksi dlm kejohanan ini; 3. ki kuasa besar dlm
sesuatu lapangan atau bidang: ada kalangan yg masih merendahrendahkan
kemampuan Jepun menjadi ~ ekonomi;
menggergasi menjadi besar spt gergasi: harapannya menggunung
dan impiannya ~.
gerha isteri, permaisuri.
gerhana 1. = ~ bulan bulan gelap sebahagian atau seluruhnya (kerana
kena bayang-bayang bumi); 2. = ~ matahari matahari gelap
sebahagian atau seluruhnya (kerana bulan berada di antara bumi
dan matahari); 3. Id ki dlm kesusahan;
menggerhanakan ki menyebabkan menjadi gerhana,
memudarkan: puisinya ~ semua puisi Inggeris yg sezaman
dengannya.
geri  gerak.
geriak I; menggeriak berkerumun (merayap) banyak-banyak (spt semut
dll).
geriak II Kl dahak.
geriap Jk; menggeriap menjadi layu (mata kerana mengantuk), menjadi
malap (bkn lampu yg kekurangan minyak).
geriatrik (gériatrik) kajian tentang penyakit di kalangan orang tua, dan
perawatan serta penjagaan kesihatan mereka: wad ~
gericau bunyi berulang-ulang yg keras (spt bunyi burung, kera, dll);
menggericau mengeluarkan bunyi berulang-ulang yg keras
(berkicau dll).
geridip; menggeridip berkelip-kelip, gilap-gemilap.
geridit; ~-pidit Mn penuh sesak.
gerigi I gigi-gigi tajam pd permukaan atau tepi sesuatu, gerigis;
bergerigi mempunyai gerigi, banyak geriginya.
gerigi II sj tumbuhan (pokok), Connaropsis sericea.
gerigik bekas (buluh) bertangkai utk mengambil air dll.
gerigis 1. gigi-gigi tajam pd permukaan atau tepi sesuatu, gerigi; 2. takik
pd permukaan logam dll;
bergerigis bergigi-gigi, bergerigi;
menggerigis membuat gerigis (pd sesuatu permukaan);
menggerigiskan menjadikan bergerigis.
gerigit; menggerigitkan menimbulkan rasa geram bercampur sayang:
anak kecil yg petah bercakap itu ~ perasaan setiap orang.
gerih Jw ikan asin (kering).
gerik; gerak-~;  gerak
gerila 1. = perang ~ perang secara kecil-kecilan dan tidak berhadaphadapan;
2. = pasukan ~ pasukan yg menjalankan perang gerila.
gerim IB; kain ~ kain yg dibuat drpd bulu kambing atau unta, sj sakhlat.
gerimis = hujan ~ hujan rintik-rintik.
gerimit gerudi, penggerek.
gerincing  gemerencing.
gerinda = batu ~ batu canai yg berputar;
menggerinda mencanai dgn gerinda.
gerindin Mn menggigil (sj penyakit kuda dll).
gerinding sj alat bunyi-bunyian (dimainkan dgn mendekapkannya pd
mulut dan dipetik), sj genggong.
gering bd sakit, uzur;
~ bersalin sakit hendak bersalin; ~ hulu pening kepala; ~ tengah
sakit perut;
kegeringan perihal gering;
penggering 1. sentiasa sakit; 2. mantera utk menyakitkan orang.
geringsing sj corak kain batik (kain tenun).
gerinjal ark ginjal.
gerinjam 1. batu asah yg dipakai utk mencanai gigi; 2. benda yg
digunakan utk membersihkan lubang (telinga dll), pencolek;
menggerinjam membersihkan (dgn gerinjam), mencungkil.
gerinting sj rumput, Chamaeraphis aspera.
gerinyau; menggerinyau gatal atau geli: keladi dimakan ~ lidah.
gerip I IB kalam papan batu.
gerip II; akar ~ putih a) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar getah
sundik, Leuconotis griffithii; b) sj tumbuhan (pokok memanjat),
akar putar angin, akar serpat putih, Parameria barbata.
gerip-gerip gerit-gerit II.
geripir IB penulis dlm mahkamah.
gerisi kerisi.
gerisik terkersik, berbunyi kersik-kersik.
gerising mengherot-herotkan muka, gerenyot.
gerit I bunyi spt bunyi pena digoreskan dll.
gerit II geret.
gerit-gerit I; ikan ~ sj ikan darat.
gerit-gerit II; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar sangkang
buaya, akar serepat jantan, Urceola malaccensis.
geritik; menggeritik menggeletar, menggigil.
geriuk Kl, Tr banyak sekali (anak, semut, dll).
gerlang Kl bulatan (bundaran) pd lukisan dll, kepingan bulat-bulat;
menggerlang mengerat jadi kepingan bulat-bulat.
gerlap kerlap;
menggerlap berkilauan, berkilat-kilat.
gerlip kerlip;
menggerlip berkerlip-kerlip.
gerluh; menggerluh berkeruh, berdengkur: orang yg ~ mengganggu
orang lain tidur.
germang = menggermang seram, meremang.
germanium (Kim) unsur bukan logam, bersifat semikonduktor,
digunakan sbg mangkin dan utk membuat peranti transistor.
germisid (Bio) bahan yg boleh membunuh kuman, pembunuh kuman.
germo Jw 1. pemburu; 2. barua, alku, muncikari.
germut; menggermut merayap, berkerumun;
menggermuti mengerumuni;  gerumut.
gernyut; menggernyut 1. bergerak geliang-geliut; 2. berkernyut,
berdenyut.
geroak Jk berlubang besar.
gerobak I gerabak, pedati;
~ kereta api gerabak kereta api; ~ lembu gerobak yg ditarik lembu;
~ sorong gerobak yg disorong; oto ~ = mobil ~ Id lori.
gerobak II Kl almari dapur utk menyimpan makanan dll;  gerobok II.
geroboh sj tumbuhan (pokok renek), seburut, Thottea grandiflora.
gerobok I; bergerobok, menggerobok menggelegak (spt botol
dimasukkan ke dlm air).
gerobok II 1. sj almari utk menyimpan makanan dll; 2. peti besar tempat
pakaian dll.
gerocok Id; bergerocokan berbunyi spt bunyi air yg keluar dr pancuran.
geroda sj burung dlm sastera lama, burung rajawali besar, helang besar
(kenaikan Visynu).
gerodak bunyi spt bunyi batu di dlm peti kalau digoyang;
menggerodak 1. berbunyi spt bunyi tikus dlm peti; 2. menceroboh
masuk; 3. Kd mengacau dgn kayu dlm sesuatu bekas dgn kuat.
gerogol I (Palembang) rumah di atas rakit.
gerogol II Jk pagar penguat benteng, pagar utk menahan ombak (di
pantai).
gerogot Jk; menggerogot menggigit-gigit, mengunggis.
gerohok, gerohong Jk lubang besar (pd pokok).
gerokok Kl; menggerokok membongkokkan badan kerana sakit di
perut.
gerombol; bergerombol berkumpul, berkelompok: pengganaspengganas
~ utk menyerang;
gerombolan 1. kumpulan, kelompok; 2. kumpulan orang jahat
(perusuh dll): polis melepaskan tembakan supaya ~ itu bersurai.
gerombong = gerombongan kelompok, kumpulan.
gerompok; menggerompok mengerumuni.
gerondong I sj siput yg digunakan utk membuat perhiasan, Dolium.
gerondong II penyakit bengkak pd kelenjar tiroid (gondok) di bahagian
depan atau tepi leher, beguk, gondok.
gerong berlubang (rongga) dlm tanah.
gerongga Kd geronggang.
geronggang 1. berlubang di dalam; 2. rongga (dlm pokok dll):
kebanyakan tulang yg besar itu mempunyai ~.
geronggong I sj tumbuhan (pokok), derum paya, Cratoxylon
orborescens; ~ semut sj tumbuhan (pokok kecil), cinta mula,
janggut kecil, kelat liau, pokok lebar (luas), medang salah,
pendarah, Ouratea crocea.
geronggong II  geronggang.
geronggong III; ~ laut sj ikan ampai-ampai (mengandungi racun).
gerontang Jk bunyi riuh (utk menakutkan dll), gerantang.
gerontologi (gérontologi) kajian tentang proses penuaan serta masalah yg
dihadapi orang tua.
geronyong sj tumbuhan (pokok), geretak, Turpinia pomifera.
geronyot denyut-denyut (urat daging dll), sengal.
geropes; menggeropes membuat pekerjaan yg kecil-kecil.
geropyak Jw bunyi spt bunyi dinding jatuh dll.
geropyok Jw; menggeropyok mengejar hendak menangkap (penjahat,
binatang, dll), menyergap;
penggeropyokan penangkapan, penyergapan.
geros Jk; menggeros mendengkur.
gerosak, gerosok kerosok, bunyi daun kering yg dipijak dll.
gerpak I Kl 1. serempak, sekali gus; 2. sekelompok.
gerpak II Kl; menggerpak menggertak, mengugut.
gersak bunyi spt pasir (daun kering dll) dipijak.
gersang 1. kering dan tidak subur (bkn tanah); 2. tegak kaku (bkn
rambut); 3. hampa, kosong: tinggal sekeping hati yg ~;
menggersangkan menjadikan hampa, kosong: kehidupan kota
telah ~ kehidupan seni warganya;
kegersangan keadaan gersang, kekeringan, kehampaan,
kekosongan;  kersang.
gersik 1. kerikil, pasir yg kasar, kersik; 2. bunyi pasir dipijak.
gersul; gerbang -~ terurai dan kusut (rambut).
gertak I tengking (hentakan kaki, ugutan, dll) utk menakut-nakutkan,
gerantang;
~-gerantang = ~ sambal ugutan utk menakut-nakutkan saja; kalah
~ Id kalah suara, kalah kerana diugut; main ~ suka menakutkan
orang;
menggertak mengugut (mengancam, menakutkan) dgn suara yg
keras dll: ia berjalan di hadapanku dgn muka yg marah, ~, dan
menakut-nakutkan;
menggertakkan 1. menghentak atau mengacu (sesuatu) utk
mengugut: digertakkannya perisainya kpd anjing itu; 2. memacu
(kuda) supaya kencang larinya: Patan itu pun naiklah ke atas kuda
itu lalu digertakkannya; 3. mengeritkan (gigi, geraham) kerana
marah dll; 4. Kl menggoncang (bekas barang dll) supaya isinya
padat;
gertakan 1. gertak; 2. perbuatan menggertak;
penggertak 1. orang yg menggertak; 2. perkakas utk menggertak;
3. benda utk memberanikan.
gertak II Kl, Tr jambatan kecil dan pendek, titi.
gertap gerlap.
gertik bunyi yg lebih halus drpd ketak.
gertuk bunyi mengetuk-ngetuk;
menggertuk, menggertukkan menggoncangkan kuat-kuat:
cubalah gertuk tikar itu.
geru; menggeru meraung (gajah), mengaum (harimau).
geruai lemah badan (kerana besar dan tinggi).
gerudi sj alat utk membuat lubang (pd kayu dll), penggerek, penebuk
lubang, gerimit;
menggerudi 1. membuat lubang dgn gerudi; 2. mengorek lubang
jauh ke dalam bumi atau di dasar laut utk mencari minyak: ~
minyak;
penggerudian perbuatan (kerja dsb) menggerudi.
geruguh Kd, Kl sj alat menangkap ketam dll (sj bubu).
gerugun sj tumbuhan (pokok memanjat), Celastrus malayensis.
gerugut kasar dan berigi-rigi (tanduk kerbau dll).
geruh I malang, celaka, nasib buruk, sial; ~-gerah berbagai-bagai
kemalangan; ~ tak mencium bau prb kemalangan tidak dapat
diketahui lebih dahulu;
kegeruhan kemalangan, kecelakaan.
geruh II; menggeruh 1. mendengkur; 2. meraung, menggeru.
geruit; menggeruit berbelit-belit, geliang-geliut.
geruk I; menggeruk membungkus buah-buahan (nangka dll) supaya
tidak gugur.
geruk II; ~-gerak bunyi barang yg digeserkan di lantai dll.
geruk III sj tumbuhan (pokok) dlm famili Hamamelidaceae,
Symingtonia populnea.
gerumit; menggerumit membuat pekerjaan yg halus-halus,
menggeropes.
gerumuk; menggerumuk duduk meringkuk (spt orang sakit),
mendekam, meromok.
gerumut Jk; menggerumut berkerumun banyak-banyak (bkn semut dll);
menggerumuti mengerumuni.
gerun takut, ngeri, gamang: dia ~ dgn keadaan dlm hutan; ~ gementar
takut yg amat sangat: hati mereka ~ gementar kerana mereka yakin
akan kembali kpd Tuhan mereka;
menggerunkan menimbulkan rasa gerun: peristiwa itu ~, ngeri,
dan menakutkan; angkatan tentera yg terkuat, yg dapat ~ musuh;
kegerunan perasaan atau keadaan gerun, kengerian, ketakutan:
kumpulan kongsi gelap itu benar-benar menimbulkan ~ di
kalangan orang awam;
penggerun (orang, benda) yg menimbulkan gerun: azimat ~.
gerundang anak katak (spt ikan), berudu;
~ tinggallah di kubangan prb jangan mencampuri pekerjaan orang
lain; gedang ~ di kubangan, gedang ikan raya di lautan prb tiaptiap
orang besar mulia di tempatnya masing-masing.
gerunduh Tr lebat (buahnya).
gerung I; ~-gerang bunyi spt bunyi pinggan mangkuk berhantukan.
gerung II Mn; menggerung mengerang (spt orang sakit), meraung;
tergerung mengerang, meraung dgn tiba-tiba.
gerung-gerung sj ikan laut, gerung belang, daing belang, Gnathanodon
speciosus.
gerunggung sj tumbuhan (pokok), Cratoxylon formosum.
geruning sj binatang (macam cicak besar).
gerunyut; bergerunyut menggeletar, gementar.
gerup belebas tempat dipasang sisir (pd perkakas tenun).
gerupuk Mn; tergerupuk terperlus (ke dlm lubang, lumpur, dll),
terperosok;
menggerupukkan 1. menjatuhkan (ke dlm sesuatu),
memerosokkan; 2. ki mencelakakan.
gerus sj siput yg cangkerangnya dipakai utk melicinkan dan mengilatkan
kain, Cypraea tigris;
bergerus dilicinkan dan dikilatkan dgn gerus: pemukaan kain
tenun yg ~;
menggerus menggosok dgn gerus (supaya licin dan berkilat);
gerusan; kain ~ kain yg telah digerus.
gerusih = ~ jantan = ~ putih sj tumbuhan (pokok kecil), Randia
racemosa.
gerut bunyi spt bunyi kayu dikikir dll, bunyi bergesek.
gerut-gerut = ikan ~ sj ikan laut, Pomadasys spp.
gerutu I = menggerutu kasap, kesat, berkerut-kerut (kulit pokok,
binatang, dll): paip itu menggerutu spt limau purut;  kerutu.
gerutu II sungut, comel: “ ... macam orang tak beragama,” ~ Haji
Salihin;
menggerutu bersungut-sungut, mencomel.
gerutu III sj tumbuhan (pokok) dlm famili Dipterocarpaceae, meranti
gerutu, seraya putih berat (di Sabah), Parashorea spp.
gerutup; menggerutup (ber)bunyi meletup (spt bunyi mercun,
senapang, dll) yg berturut-turut.
gesa; gesa-gesa = bergesa-gesa = tergesa-gesa bergopoh-gapah,
terburu-buru, cepat-cepat: dia berangkat tergesa-gesa sehingga
tertinggal begnya;
menggesa, menggesa-gesa 1. menyuruh membuat cepat-cepat:
buatlah pekerjaan itu dgn tenang, jangan digesa-gesa; 2.
menyuruh dgn sungguh-sungguh, mendesak: negara itu telah ~
kerajaan Inggeris supaya jangan campur tangan dlm hal-hal dlm
negerinya;
menggesa-gesakan menyegerakan, mempercepat;
gesaan kata-kata, usaha, dsb utk menggesa, desakan: ~nya tidak
diendahkan;
ketergesa-gesaan keadaan tergesa-gesa: mereka terpaksa
membuat tempat berlindung dlm ~;
penggesaan perbuatan menggesa: antara caranya ialah melalui
diplomasi, ~, dan pembujukan.
gesau  desau.
gesek (gésék) gosok, geser; asah se~ sehari;
bergesek bergosok, bergeser;
menggesek menggosok (mata dll), menggeser (tali biola, gitar,
dll): ~ mata;
mempergesek-gesekkan menggosok-gosokkan, menggesergeserkan
(dua benda);
gesekan hasil perbuatan menggesek;
pergesekan perihal bergesek (bergosok);
penggesek 1. orang yg menggesek; 2. alat utk menggesek (biola
dll); 3. = ~ api Kl mancis.
gesel (gésél) gosok, geser;
bergesel bersentuh (dgn), bergosok (dgn), kena-mengena: makan
minum terpaksa bersama-sama, kadang-kadang ~ badan; ~ bahu
berhubungan erat, bergaul, bergandingan;
bergeselan saling bersentuhan;
gesel-menggesel saling menggesel;
menggesel menggeser, menggosok: bola putih itu ~ bola biru;
menggeselkan menggeserkan, menggosokkan: apabila tanduknya
mula tumbuh, rusa itu ~nya pd batang-batang kayu;
tergesel tersentuh, tergeser, tergosok; ~ kena miang, tergegar kena
rebas prb sifat orang berkuasa (orang kecil itu tidak boleh sedikit
pun bersalah kepadanya);
pergeselan perihal bergesel: ~ personaliti juga boleh menimbulkan
pelbagai masalah;
geselan gesekan, geseran.
geseng (géséng); bergeseng bergesek kerana hendak bermanja; kalah
adat dik muafakat, kalah kemat dik ~ prb tali perhubungan antara
seorang laki-laki dan perempuan dapat dieratkan oleh pergaulan.
geser (gésér); bergeser 1. = bergeseran bergeselan, bergosokan,
bersentuhan: derauan hujan berselang-selang dgn bunyi desiran
daun-daun kayu ~; 2. berengsot, beralih tempat: dia tidak ~ dr
tempatnya;
menggeser menggesel, menggosok: lututnya luka kerana ~ simen;
menggeserkan mengalih, menolak (menarik) supaya berengsot: ~
kerusi sedikit ke belakang;
tergeser tergesel; ~ kena miangnya, terlanggar kena rebasnya prb
sifat orang berkuasa (orang kecil itu tidak boleh sedikit pun
bersalah kepadanya);
geseran 1. geselan, gesekan; 2. (Lin) bunyi desis yg dihasilkan
apabila udara melalui ruang yg sempit (spt [s]);
pergeseran 1. pergesekan; 2. perselisihan, pertelingkahan:
sebarang ~ dlm parti tidak boleh dianggap sbg jalan ke arah
keretakan; di sini terjadi pula ~ makna sesuatu kata; 3. pertukaran
tempat, peralihan tempat;
penggeseran perihal (perbuatan dsb) menggeserkan.
gesit Jk tangkas, cepat, pantas: pemain hoki yg ~.
gesper (géspér) IB kepala tali pinggang (utk menyambungkan kedua-dua
hujung).
gestalt (Psi) struktur sesuatu benda atau idea yg harus ditanggapi secara
utuh kerana jumlah keseluruhannya tidak sama dgn jumlah
pecahan-pecahannya.
Gestapo (géstapo) polis rahsia Jerman semasa pemerintahan Nazi yg
terkenal dgn soal siasatnya yg kasar dan kejam.
gestasi (géstasi) (Bio) perkembangan embrio di dlm rahim antara mulai
hamil (bunting) hingga masa dilahirkan: tempoh ~.
get (gét) I (Komp) 1. peranti yg mempunyai satu saluran output dan satu
saluran input atau lebih, yg keadaan outputnya ditentukan oleh
keadaan input; 2. salah satu elektrod pd peranti transistor yg
digunakan dlm cip litar komputer.
get (gét) II bp = pintu ~ pintu pagar.
geta I takhta; ~ peraduan katil raja.
geta II Kl = galang ~ Kd balak penyangga papan lantai, gelegar.
geta III sl genta.
getah I 1. cairan pekat yg keluar dr bermacam-macam pokok: ~ jelutung;
~ rambung; 2. = susu ~ = ~ susu cairan yg keluar dr pokok para
(atau pokok getah) terutamanya apabila ditoreh kulitnya; 3. bahan
kenyal atau memberi yg dibuat drpd susu getah dll; ~ pemadam =
~ penggosok; kasut ~; tikar ~; 4. pokok para, Hevea spp.: ladang
~; menanam ~; 5. Id zat cair dr kelenjar tubuh: ~ bening; ~
lambung;
~ asap kepingan getah yg sudah diasap; ~ asli = ~ alam getah yg
berasal drpd pokok para; ~ bening Id zat cair drpd darah yg
mengandungi zat makanan; ~ buku = ~ sekerap = ~ tanah sisa susu
getah yg sudah keras; ~ gebu getah yg berupa span (bunga kerang);
~ kahwin pokok getah yg diperoleh dgn jalan mengahwinkan
pokok-pokok getah yg berlainan jenis; ~ keping getah yg berupa
kepingan; ~ kerip getah keping yg menggerutu; ~ kilangan getah
yg telah diproses di kilang; ~ lambung Id zat cair dlm perut utk
pencernaan makanan; ~ serbuk getah yg berupa serbuk; ~ span = ~
busa getah yg dimasukkan gelembung-gelembung udara, biasanya
digunakan utk membuat tilam dan kusyen; ~ taban = ~ perca
getah drpd pokok dlm famili Sapotaceae, terutama drpd taban
merah, Palaquium gutta, dan digunakan utk membuat bahan
penebat kabel; ~ tiruan = sintetik getah yg dibuat drpd campuran
bahan kimia yg cirinya (spt kekenyalan dll) menyerupai ciri getah
asli, dan digunakan utk membuat paip, tayar, dll;
~-~ dibawa ke lalang prb orang yg pandai itu mudah sekali menipu
barang siapa yg bergaul dengannnya; ~-~ dibawa ke semak prb
perkara yg semakin kusut; ~ meleleh ke pangkal, daun melayang
jauh = daun dapat dilayangkan, ~ jatuh ke perdu juga prb anak
sendiri lebih dikasihi drpd anak saudara; ~ terbangkit, kuaran tiba
prb salah langkah (utk mencari keuntungan); berseleleran bagai ~
di lalang prb percakapan yg tidak berkesudahan dan tidak
beraturan; ditakik ~ di daun prb hidup melarat; tak sama ~ daun
dgn ~ batang prb kasih kpd anak kandung tidak sama dgn kasih
kpd anak saudara; tak sungguh ~ daun, yg sebenarnya ~ batang
prb sejahat-jahat saudara kandung, lebih baik juga drpd kerabat yg
lain;
bergetah 1. mempunyai (mengandungi) getah: pokok itu ~; 2.
lekat, melekat: badannya ~ kerana berpeluh; 3. mencari getah (di
hutan); 4. ki menarik dan menggiurkan (bkn bentuk badan wanita),
seksi: dia kelihatan berkepit dgn wanita baru yg ~ itu; ~ bibir ki
sangat pandai memikat hati (membujuk dll);
menggetah 1. mencari getah: kawan-kawannya ~ ke hutan; 2.
menangkap (burung dll) dgn getah: ~ punai; 3. menjadi spt getah;
~ bawang ki perkataan dll yg menyakitkan hati; niat hati nak getah
bayan, sudah tergetah burung serindit prb lain yg dihajati, lain yg
diperoleh;
tergetah terkena getah.
getah II; ~ sundik sj tumbuhan (pokok), Payena havilandii; akar ~
sundik sj tumbuhan (pokok memanjat), akar gerip putih,
Leuconotis maingayi.
getak I Pn gugur (buah-buahan, gigi, dll).
getak II; ~-getuk bunyi ketuk-ketuk.
getang I benda tipis (kain, daun, kulit) yg diregangkan utk menutup
sesuatu;
menggetang 1. menutup dgn benda tipis yg dibentangkan; ~ muka
menutup muka; 2. Kl mengikat, membelit, menyimpul;
penggetang; kulit ~ kulit yg digetang pd gendang (rebana dll).
getang II sj tumbuhan (herba yg daunnya digunakan sbg ubat sakit gigi),
Spilanthes acmella.
getangguri sj tumbuhan (herba), Sida rhombifolia.
getap I Mn pecah, rekah;
menggetap memakan (mengunyah, menggigit) benda yg keras,
mengatupkan (gigi, bibir) rapat-rapat: giginya digetap-getap,
bibirnya kumat-kamit; ~ geraham berkertak gigi.
getap II Jw; getapan mudah terperanjat, lekas sakit hati.
getar I; bergetar, menggetar bergerak cepat dan berterusan ke depan ke
belakang, bergentar;
menggetarkan menggentarkan, menggegarkan sedikit,
menjadikan bergolak (agak riuh dsb): pancaran lampu menjadikan
suasana lebih menarik dan ditambah dgn caklempong yg ~
suasana malam;
tergetar-getar terketar-ketar: kata Sabrika dgn suara yg ~, yg
tidak dapat dikawal;
getaran gentaran;
penggetar penggentar;  ketar I.
getar II Kl; ~ sakmur sj kuih (dibuat drpd ubi, santan dan gula).
getas I 1. mudah pecah (patah), rapuh; 2. ki mudah patah hati.
getas II Jk tegas, tentu, nyata.
getas III Pr bernasib baik.
getas-getas sj kuih (dibuat drpd tepung pulut, kelapa) yg dibentuk
menjadi bujur, digoreng dan disira.
getek (géték) I buruk kelakuan (bkn perempuan), geletek, gelenyar.
getek (géték) II Jk rakit.
getek (géték) III; tergetek-getek terketek-ketek.
getek (géték) IV Ph, Tr juga, bersama-sama.
getel (gétél) Kl, Tr gentel; bulat ~ bulat sungguh.
geti sj tumbuhan (pokok), (kacang) turi, Sophora grandiflora.
geti-geti sj kuih yg dibuat drpd kacang dan gula.
getik I; menggetik 1. memukul atau menguis sesuatu dgn belakang
hujung jari yg dibidaskan dgn ibu jari, menjentik; 2. menggetil;
getikan hasil atau perbuatan menggetik.
getik II Pr benci, jijik, meluat.
getil; menggetil menjepit dgn ibu jari dan jari telunjuk atau jari-jari lain,
mencubit;
getilan hasil perbuatan menggetil, cubitan.
getir I Jw rasa pahit (spt rasa kulit limau); pahit ~ (hidup) penderitaan
atau pengalaman pahit (hidup);
kegetiran kepahitan (hidup).
getir II  getil.
getis I getas, rapuh, mudah patah.
getis II; menggetis menggentis, memetik (tangkai, pucuk, dll).
getok Jk ketuk;
menggetok mengetuk.
getol Jk tekun, rajin.
getu; menggetu 1. menekan atau menindas (kutu dll) dgn kuku; 2.
mencubit;
getuan hasil menggetu, cubitan: ~nya meninggalkan bekas di paha
anaknya.
getuk Jw sj penganan yg dibuat drpd ubi kayu.
getun Jk gegetun.
getus Kl; menggetus memetik (bunga, daun, dll), menggetis,
menggentis.
gewang (géwang) I 1. siput mutiara (digunakan utk perhiasan peti,
butang, dll): giginya bersih laksana ~; 2. subang kecil.
gewang (géwang) II; tergewang-gewang tergoyang-goyang: Si Galak
rebah ke tanah dgn kedua-dua kakinya ~ di udara; belalai-nya ~.
ghaflah sl lupa: sesungguhnya spt sabda raja itu adalah ~ kpd
peperangan kamu yg telah lalu itu.
ghaib 1. tidak dapat dilihat, tersembunyi; ilmu ~ a) ilmu bkn kekuatan dll
yg tersembunyi; b) ilmu suluk (tasawuf); kuasa ~ tenaga yg tidak
kelihatan; 2. hilang, lenyap: setelah sudah berkata-kata, suara itu
pun ~lah; badannya ~ tiada berketahuan; 3. sl meninggal,
mangkat: baginda yg telah ~; 4. ajaib, aneh (keadaan dll):
peristiwa yg ~;
mengghaibkan menghilangkan, menjadikan tidak nampak; ~ diri
menghilangkan diri;
keghaiban perihal atau keadaan ghaib.
ghain 1. huruf ke-19 abjad Arab (mempunyai nilai 1000); 2. huruf ke-20
abjad Jawi.
ghair Ar melainkan, hanya.
ghairah 1. nafsu (keinginan) yg keras, cinta (berahi) yg amat sangat: dia
melihat gadis itu dgn penuh ~; 2. cemburu yg keras: ~nya
berombak-ombak melihat kelakuan isterinya; 3. penuh minat
(keinginan, nafsu, dll), mempunyai atau menunjukkan minat
(keinginan dsb) yg keras atau meluap-luap: anak-anak muda itu
makin ~ menyanyi;
mengghairahkan 1. menimbulkan nafsu (cinta, cemburu, dll) yg
amat sangat: memang kucing itu apabila berkasih-kasihan terlalu
~; 2. mengingini (mencintai, mencemburui) amat sangat: ia ~
kedudukan saudaranya itu;
keghairahan 1. nafsu, percintaan, cinta berahi; 2. kecemburuan; 3.
perihal ghairah (penuh minat), keinginan (minat) yg keras: ~ orang
ramai menyertai koperasi yg menjanjikan kemudahan pinjaman
kpd mereka tentu sekali menarik minat banyak pihak yg ternyata
menangguk di air keruh;
pengghairah sesuatu yg (boleh) mengghairahkan.
ghali sl gali II.
ghalias  galias.
ghalib 1. berjaya, beruntung, menang; 2. biasa, lazim: apa ~nya yg
terjadi kalau kita meminjamkan wang kpd orang lain?; pd ~nya
biasanya, lazimnya, pd umumnya;
mengghalibkan membiasakan, melazimkan;
keghaliban kebiasaan, kelaziman.
ghana Ar kekayaan; Tuhan yg ~ Tuhan yg memiliki segala kekayaan.
ghani Ar kaya.
ghanimah Ar harta rampasan perang.
gharib Ar aneh, asing, ganjil, luar biasa.
ghaut Ar; ~ serang pengusaha yg mencari pekerja utk bekerja di kapal.
ghaza Ar sl jaya.
ghazal sj muzik yg dimainkan dgn menggunakan alat muzik spt gambus
(akordion, marakas, marwas, dsb) dan biasanya diiringi oleh
nyanyian.
ghetto (géto) 1. kawasan bandar yg didiami oleh sesuatu etnik atau
kumpulan sosial minoriti, biasanya hidup dlm keadaan miskin,
perumahan yg sesak dan daif, terasing dsb: ~ bukan sahaja
dikaitkan dgn kualiti tempat kediaman yg merosot dan usang,
tetapi juga dgn ciri-ciri kaum yg menghuninya; ramai pekerja kulit
hitam yg terpaksa tinggal di ~ di Chicago, Detroit atau New York;
2. kawasan di sesebuah bandar raya di Eropah yg dahulunya
menjadi tempat kediaman penduduk Yahudi.
ghobar sedih, pilu.
ghoyat Kl bercerita, memberitahu.
ghulam Ar hamba, budak.
ghurab Ar sl perahu.
ghurub Ar terbenam (matahari).
GHz simbol bagi gigahertz.
gi minyak sapi.
giam sj tumbuhan (pokok yg keras kayunya), cengal tenggelam,
merepak, Hopea nutans.
gian 1. cepat habis, banyak terpakai (minyak dll): orang boros lekas ~,
merapu dana hari kemudian; 2. bp sangat ketagih akan sesuatu
(dadah dsb).
giang gatal, miang.
giat I sentiasa atau sering kali membuat sesuatu, aktif, cergas, cekatan,
tangkas: kita mesti ~ bekerja; sejak awal tahun enam puluhan,
Mohd Nor Azam ~ menulis ulasan tentang cerpen;
bergiat berusaha dgn giat, bersungguh-sungguh, aktif: dia ~ dlm
lapangan seni nyanyi; kanak-kanak itu tidak mahu ~ menjayakan
usaha guru;
menggiatkan, mempergiat, mempergiatkan menyebabkan
bergiat, membangkitkan semangat utk berusaha: perkataan itu ~
usaha mereka;
kegiatan 1. perihal atau keadaan giat, kecergasan; 2. aktiviti;
penggiat pihak (bahan, orang, jentera, dsb) yg menggiatkan
sesuatu; penggerak: tokoh dan ~ teater berkumpul utk
membincangkan kegiatan teater tanah air.
giat II ejekan, cemuh: ~ dan cemuh kawan-kawannya tidak pernah
dijawab;
menggiat mengejek, mencemuh.
giau; menggiau memotong padi dgn sabit, menyabit;
penggiau pisau utk menyabit padi.
gibas kambing biri-biri yg mempunyai ekor besar, domba.
gidik Id; bergidik geli;
menggidik, menggidik-gidik menggelikan, menggeletek.
giga unit bagi kuantiti yg berjumlah seribu juta: ~bait.
gigabait (Komp) unit data yg bersamaan dgn seribu juta atau 109 bait,
digunakan bagi menyatakan kemampuan storan pukal spt cakera
padat dan cakera keras.
gigahertz unit frekuensi yg bersamaan dgn 109 kitar sesaat.
gigameter (gigaméter) unit metrik yg bersamaan dgn 109 meter.
gigau ark; menggigau berkata-kata dlm tidur; igau I.
gigavolt unit tenaga elektrik yg bersamaan dgn 109 volt.
gigawatt unit kuasa elektrik yg bersamaan dgn 109 watt.
gigi I 1. struktur keras yg menyerupai tulang, yg tumbuh pd gusi
(gunanya utk menggigit, mengunyah, dll); 2. ki benda yg
bentuknya spt gigi: ~ sikat (gergaji dll); ~ kikir; 3. ki tepi, pinggir;
~ anjing (asu) siung, taring; ~ asmaradanta gigi yg putih spt
gading; ~ air tepi air laut dll; ~ batu = ~ buatan gigi palsu; ~
belalang = ~ susu gigi kanak-kanak yg akan berganti; ~ berdukung
= ~ tersengkil gigi berlapis; ~ bongsu = ~ muda gigi geraham yg
akhir sekali tumbuhnya; ~ geligi Id selengkap gigi; ~ gongak = ~
rongak tidak ada gigi (kerana tanggal atau tidak tumbuh); ~ hutan
tepi hutan; ~ jawa balak panjang tempat tumpuan kasau (rumah
Melayu); ~ kacip salah satu drpd lapan gigi tajam di bahagian
depan mulut (di bahagian atas dan di bahagian bawah) yg
berfungsi utk memotong (mengacip) makanan dsb; ~ kapak gigi
hadapan yg besar sekali; ~ kekal gigi yg tidak akan berganti lagi; ~
manis = ~ seri gigi kacip; ~ palsu gigi tiruan yg menggantikan gigi
sebenar (asli); ~ parang-parang gigi yg berbentuk kecil-kecil dan
runcing; ~ penolak perkakas mesin jahit yg menyorong kain
jahitan; ~ rambut tepi rambut di kepala; ~ sambut (disebut kalau)
gigi pd rahang bawah di luar gigi rahang atas; ~ sayap kumbang
gigi yg berbaja hitam (seakan-akan hijau berkilat); ~ sulung gigi yg
mula-mula tumbuh; lunak ~ drpd lidah ki sangat lemah lembut;
~ dgn lidah ada kala tergigit juga prb suami isteri atau sanak
saudara biasa juga berselisih (berbantah); ~ tanggal rawan murah
(awak tua gadis bermusim) prb keinginan datang apabila tidak
berwang (berkuasa) lagi; tinggal ~ dgn lidah sahaja prb habis
segala harta;
bergigi mempunyai gigi; tidak ~ a) tidak mempunyai gigi; b) tidak
berkuasa;
belum ~ hendak mengunyah prb hendak mengerjakan sesuatu
padahal belum cekap lagi; belum ~ sudah hendak menggigit prb
hendak berkuasa padahal belum lagi mempunyai kekuasaan;
mengunyahkan orang ~ prb mengajar orang yg sudah tahu;
kegigian kedudukan dan susunan semula jadi gigi di dlm rongga
mulut: pemilihan berus gigi bergantung pd keadaan ~ seseorang;
pergigian perihal gigi: formula ~ binatang mengerip; Penolong
Pengarah Perkhidmatan Perubatan Bahagian P~; Fakulti P~;
penggigian proses (atau masa) pertumbuhan gigi.
gigi II; ~ buntal a) sj tumbuhan (pokok), gerisik hitam, Xerospermum
intermedium; b) sj tumbuhan (pokok), campa biru, Canarium
kadondon.
gigih I Mn keras hati, tegar hati, patuh kpd pendirian (pendapat dsb)
sendiri: dgn ~nya, ia menghapuskan rasuah dlm jabatannya;
menyingkirkan lawannya yg paling ~;
kegigihan perihal gigih, keteguhan mempertahankan pendapat
(fikiran dsb): setelah berjuang dgn segala ~nya, dia berjaya juga.
gigih II ark; menggigih menggigil, menggeletar.
gigil; menggigil 1. menggeletar (kerana demam, ketakutan, dsb),
gementar (menggentar) kuat: dgn tidak semena-mena, badannya ~
dan seram sejuk; 2. turun naik atau tinggi rendah seakan-akan
menggeletar (bunyi muzik dll): gelak ketawa yg ~-gigil;
menggigilkan menjadikan menggigil, menggentarkan: angin yg
bertiup ~ badannya;
tergigil tergeletar.
gigir I Mn; menggigir menggigil.
gigir II Jw; ~ gunung punggung (belakang) gunung, bahagian gunung yg
memanjang dr puncak ke puncak.
gigis; bergigis bergerigi.
gigit; bergigit, bergigitan mencengkam (mencengkeram dll) dgn gigi
antara satu sama lain, saling menyepit dgn gigi;
menggigit 1. mengapit (mengacip, menyepit, dsb) dgn gigi: kaki
pencuri itu digigit anjing; ~ bibir ki berasa marah (geram); ~ jari
(telunjuk) ki berasa kecewa (hampa); 2. mengapit atau
mencengkam (bkn kasut); 3. berasa seakan-akan dicengkam atau
dicucuk-cucuk (kerana kelaparan dll): perut Pak Dollah semakin ~
lapar; 4. menimbulkan rasa seakan-akan dicengkam-cengkam atau
dicucuk-cucuk (kerana kesejukan dll): dinginnya terasa ~-gigit ke
tulang sumsum;
tergigit 1. telah digigit; 2. boleh digigit; 3. tidak sengaja digigit; ~
lidah a) tidak bermalu, tidak menghiraukan kecaman (celaan)
orang; b) tidak berani bercakap terus terang (kerana terhutang budi
dll);
gigitan 1. cengkaman dgn gigi utk menggigit; 2. bekas digigit.
gigolo laki-laki upahan yg dipelihara oleh seseorang wanita sbg teman
atau kekasihnya.
gil unit sukatan cecair yg bersamaan dgn suku pain.
gila 1. tidak sihat atau tidak waras fikirannya (otaknya, ingatannya):
kelakuannya spt orang ~; rumah (sakit) ~ rumah sakit tempat
menggubat orang gila; anjing ~ anjing yg kena penyakit, anjing yg
berbahaya; 2. penyakit tidak sihat otak (fikiran, ingatan); 3. bp
tidak spt yg seharusnya (semestinya, selalunya), tidak normal, luar
biasa; anyam ~ anyam yg tidak tentu coraknya; harga ~ harga yg
bukan biasa, terlalu mahal (murah); main ~ melakukan sesuatu
sekehendak hati sahaja (spt meninggalkan tugas atau kerja sesuka
hati, berzina, dll); 4. ki terlalu gemar (asyik, sayang, cinta, dll)
akan sesuatu: dia tu ~ menengok wayang;
~ angau sangat ingin akan perempuan (lelaki), gila urat; ~ anjing =
penyakit anjing ~ sj penyakit virus yg berbahaya pd anjing;~ asyik
(berahi, hati) terlalu cinta (asyik); ~ babi = ~ sawan sj penyakit
ayan, pitam (sawan) babi, epilepsi; ~ bahasa = ~-~ bahasa
rempang bahasa, kurang sihat sedikit atau tidak panjang fikirannya
(cepat marah, pemberani, tidak malu, dll perangainya); ~ bayang
cinta akan seseorang yg tidak tahu akan cintanya (tidak dibalas); ~
bayang-bayang perasaan ingin akan sesuatu yg tidak mungkin
diperoleh; ~ gadis (perempuan) terlalu gemar akan perempuan; ~
hormat sangat suka dihormati (dimuliakan) orang; ~ isim gila
kerana tersalah mengamalkan (menuntut) ilmu batin; ~ judi terlalu
suka bermain judi; ~ kebangsaan selalu bersemangat (berusaha)
utk memperjuangkan (memajukan) bangsanya; ~ kuasa sangat
ingin mendapat kuasa; ~ pangkat a) sentiasa ingin mendapat
(mengejar) pangkat; b) berubah kelakuannya (sikapnya) setelah
mendapat pangkat tinggi; ~ politik selalu asyik dgn cita-cita
(kegiatan-kegiatan) politik; ~ renang = ~-~ air agak kurang sihat
ingatannya (fikirannya); ~ seks kecenderungan atau keinginan yg
melampau (kuat) terhadap aktiviti seksual; ~ talak tidak sihat
fikirannya kerana bercerai (selalu teringat-ingat akan bekas isteri
atau suaminya); ~ urat sangat ingin akan perempuan (lelaki), gila
angau; tiap ~ tiap berkongkong, tiap mandi tiap bergosok prb spt
orang yg berbicara, setiap kali berbicara, setiap kali membayar
belanja perbicaraan;
gila-gila 1. bertingkah laku, bersikap dsb spt orang gila, seolaholah,
seakan-akan atau pura-pura gila: ini bukanlah tempat dan
masanya utk bergurau dan berperangai ~; watak ~ ini memang
susah juga, tetapi ada seronoknya; 2. berbuat dgn sekehendak atau
sesuka hati tanpa memikirkan akibat atau kesannya dsb: dia
memang suka memandu kereta ~ tanpa memikirkan keselamatan
orang lain; 3. melampaui had atau batas yg sepatutnya, berlebihlebihan,
keterlaluan, bukan-bukan: suatu langkah yg berkesan
harus diambil segera utk membendung kenaikan harga barang
keperluan yg ~ sejak kebelakangan ini;
bergila-gila 1. = gila-gilaan, menggila berkelakuan (berperangai
dll) spt orang gila (tidak menggunakan fikiran, mengikut perasaan
sahaja); 2. = tergila-gila terlalu amat ingin (suka, asyik, cinta,
berahi) akan sesuatu: anak-anak muda sekarang banyak yg ~ mahu
hidup di bandar; kulihat banyak gadis yg ~ kepadanya; 3. =
menggila semakin sangat, menjadi-jadi, berlebih-lebihan;
menggila 1. menjadi-jadi, bergila-gila: batuknya ~; peperangan
sudah ~; 2. berkelakuan spt orang gila, bergila-gila: di dlm hatinya
berharapkan semoga musuhnya akan ~ terus kepadanya; 3. berasa
sangat asyik (suka, gemar, dll): pemuda yg ~ kepadanya; 4.
menyebabkan gila (sangat kasih, suka sekali, dll); 5. berjalan
(belayar dll) dgn laju sekali, tiada teratur dll (bkn kereta, kapal,
dll): di jalan raya, motokar makin ~; korvet-korvet ini kian ~ di
atas air spt ular kena palu;
menggilai 1. terlalu mengasihi (mencintai, mengingini, dll): siapa
nama perempuan yg digilainya?; memperoleh sotong-sotong yg ~
cahaya api; 2. = menggilakan Mn menjaga (memelihara,
melayani, dll) baik-baik;
menggilakan 1. menjadikan (menyebabkan) gila, membuat supaya
gila; 2. = mempergilakan menganggap (melayani dll) spt orang
gila, mempermainkan (memperolokkan); 3. Mn menjaga
(memelihara);
tergila-gila terlalu suka (ingin, asyik, dll) sangat: jangan ~ sangat
hendak kahwin;
tergila-gilakan terlalu sangat suka (ingin, asyik, cinta, dll) akan
(seseorang atau sesuatu): abang sudah ~ gadis lain; ~ kuasa;
kegilaan 1. perihal gila; 2. terlampau sangat suka (asyik): pemudapemuda
yg ~ dan kedahagaan wanita mengajak pelayan-pelayan
itu berbual; penulis-penulis muda di Singapura ~ mengadakan
perjumpaan; 3. keadaan (peristiwa dll) yg tidak biasa atau
berlebih-lebihan: memandang ~ alam dgn warna-warna senjanya
yg keras, terang, pekat, kacau dan menakutkan; peristiwa
seumpama itu ialah peristiwa yg boleh dikatakan ~; 4. ketololan,
kebodohan;
kegila-gilaan 1. sedikit gila, agak gila; 2. seakan-akan gila
tampaknya: kalau diteruskan, hasilnya adalah bercorak ~ sahaja;
gelak ketawa yg terlalu ~; 3. terlalu suka (asyik, gemar, dll)
sangat, tergila-gila.
gilan sj tumbuhan (pokok menumpang), Elytranthe platyphylla.
gilang; ~-gemilang (cemerlang) a) bercahaya sangat terang: disuluh oleh
bulan purnama yg ~ -gemilang; b) sl teramat elok atau cantik (bkn
rupa): ~-gemilang cahaya muka Awang Sulung Merah Muda; c)
paling baik: harapan yg ~-gemilang; hasil yg ~-gemilang.
gilap licin dan berkilat (spt barang-barang perak yg baru digosok);
bergilap digilap: kenapa awak memakai kasut yg tidak ~;
gilap-gemilap bercahaya gemerlap, berkilauan;
menggilap menggosok supaya gilap: cara mencanai dan ~ kanta;
gilapan hasil mengilap: dgn ~ terakhir, dia memandang kasut itu
dgn kepuasan;
penggilapan perihal (proses, perbuatan) menggilap;
penggilap 1. bahan (alat) yg digunakan utk menggilap sesuatu: ~
kasut; 2. orang yg menggilap sesuatu.
gilas; menggilas 1. menindih atau menggiling hingga halus (hancur dsb):
wanita umumnya pandai ~ cabai; 2. menggelek, melindas: lori ~
seekor anjing;
tergilas tergelek (oleh motokar dll);
penggilas alat utk menggilas.
gilau ark kilau.
gili; menggili, menggili-gili 1. menggeletek: meskipun saya marah, ia
masih berani ~ saya; 2. ki menghasut.
gili-gili 1. tambak, permatang; 2. tempat tinggi di tepi jalan, tempat orang
berjalan.
gilik I; menggilik menggelek, menggiling.
gilik II sj tumbuhan (pokok memanjat), Psychotria sarmenfosa.
gilik III; menggilik, menggilik-gilik menggiling, menggelikan,
menggeletek.
giling; anak batu ~ batu yg bulat panjang (kawan batu giling) utk
menghancurkan lada dll; batu ~ batu utk menghancurkan rempah
(lada, beras, dll); beras ~ beras drpd padi yg dikupas dgn mesin;
mesin ~ mesin berat yg digunakan utk memadatkan (meratakan)
jalan;
giling-giling besi atau batu bulat yg digunakan utk memadatkan
(meratakan) jalan (tanah);
menggiling 1. menghancurkan atau melumatkan (rempah dll) dgn
batu giling dan anak batu giling; 2. memadatkan (memipihkan)
tanah dll dgn giling-giling (mesin giling); 3. mengupas
(mengilang) padi dgn mesin giling; 4. memerah (mengilang) tebu
dll di antara dua kayu (besi) bulat yg berpusing; 5. menggelek; 6.
menggulung (rokok dll);
menggilingkan menggiling sesuatu utk: Hasnah ~ emaknya
rempah;
gilingan aci atau gandar pd kincir;
penggilingan 1. mesin dll yg dipakai utk menggiling padi dll; 2.
perbuatan menggiling;
penggiling; ~ jalan giling-giling.
gilipir IB bp penulis dlm mahkamah, geripir.
gilir ganti, tukar, pusing (pekerjaan yg dilakukan berganti-ganti);
bergilir berganti dgn mengikut aturan, bertukar berturut-turut:
mereka ~ berjabat tangan; tanaman ~ tanaman yg ditanam
menurut aturan, sbg ganti tanaman yg lain pd tanah (tapak) yg
sama; ~-ganti berganti-ganti;
bergilir-gilir, bergiliran sesudah yg satu diganti dgn yg lain,
berganti-ganti, bertukar-tukar: tujuh kali ~ berpantun;
menggilirkan, mempergilirkan melakukan (menjadikan dll)
supaya bergilir-gilir: petani-petani yg baik ~ tanamannya;
giliran = pergiliran sl pergantian, pertukaran (pekerjaan yg
dilakukan bergilir-gilir): waktu malam ~ memasak ini jatuh kpd
kawan-kawan yg lain pula; ~ tanaman (Tani) pertukaran menanam
berbagai-bagai tanaman (pokok) dgn berganti-ganti menurut
aturan, pd tanah (tapak) yg sama;
kegiliran memperoleh giliran;
penggiliran perihal (proses, perbuatan atau tindakan)
menggantikan seseorang dgn yg lain secara bergilir-gilir atau
mengikut giliran: isu ~ jawatan Ketua Menteri itu sedang hangat
dibincangkan.
gilis I sl kilas.
gilis II; menggilis menindih dgn benda yg bulat berat sambil berputar
berguling-guling, spt roda kereta api dsb, menggilas: dia
menunjukkan tempat adiknya digilis kereta api komuter pd petang
semalam;
tergilis digilis: kaki kanannya hancur akibat ~ tayar bas dl
kemalangan itu.
gilotin sj alat yg digunakan utk memenggal kepala pesalah, terutamanya
semasa Revolusi Perancis dahulu.
gim I singkatan bagi gimnasium.
gim II Jk benang emas.
gimana bp kep bagaimana.
gimbal sj peranti yg dapat menetapkan kedudukan alat spt kompas dan
giroskop dlm keadaan mengufuk walaupun semasa kapal, kapal
terbang dsb sedang bergerak.
gimbar Br susunan atau kedudukan yg sebelah-menyebelah;
bergimbar bersusun sebelah-menyebelah, berganding.
gimbul Pn; menggimbul 1. menonjol atau berbonggol (pipi kerana
makanan); 2. Jw membawa barang dlm kain dll; gembol II.
gimik sesuatu (tindakan, objek, alat) yg luar biasa yg tidak semestinya
penting, yg digunakan utk menarik perhatian umum (lazimnya dlm
bidang ekonomi dan politik): dia sudah cukup melindungi suasana
motivasi dgn ~nya yg tersendiri.
gimnas orang yg terlatih atau mahir dlm gimnastik, ahli gimnastik:
negara itu menaruh harapan kpd para ~, penerjun, pasukan
pingpong dan atlet angkat berat utk meraih emas.
gimnasium bilik atau dewan yg dilengkapi palang, beberat, tali, dsb utk
latihan jasmani.
gimnastik latihan (senaman) gerak badan yg memperlihatkan kelincahan
dan ketangkasan seseorang utk membina otot dan kecerdasan
mental.
gimpal perhiasan drpd emas atau perak yg digantung pd rantai leher
(kalung), aguk.
gimrama akronim bagi gimnastik berirama (iaitu suatu persembahan
gimnastik yg biasanya menggunakan alat tertentu spt tali, reben
dan bola dgn iringan irama muzik): sekolah itu banyak melahirkan
jaguh negara dlm acara skuasy, boling dan ~.
gin sj minuman keras tanpa warna yg disuling drpd ekstrak bijian spt
barli atau rai dan diberi perisa beri juniper.
ginang-ginang sj kuih yg dibuat drpd pulut dan digoreng dgn minyak.
gincah kincah.
gincu bahan utk mewarnai bibir, lipstik;
bergincu memakai (mengenakan) gincu: masa itu belum ada cara
berkeriting rambut dan ~ spt sekarang ini;
menggincu mewarnai (bibir) dgn gincu: selesai ~ bibirnya, ia
memakai air wangi pula.
ginding (Sunda) elok dan bersih (pakaian).
ginekologi (ginékologi) cabang ilmu perubatan yg berkaitan dgn
penyakit-penyakit wanita khususnya yg berkaitan dgn organ-organ
seks dan salur kencing.
giner (ginér) Kl sj kuih yg dibuat drpd pulut.
gingging; menggingging berdiri di atas sebelah kaki dgn tangan
memegang kaki yg satu lagi.
gingiva (Ubat) gusi.
gingivitis (Ubat) radang pd gusi.
gingko (Jepun) sj pokok hiasan yg berasal dr negeri China, Ginkgo
biloba.
gingsir gelingsir, gelincir.
gini bp singkatan bagi begini.
ginjal buah pinggang, kerinjal; anak ~ bahagian buah pinggang yg di
sebelah atas; penyakit batu ~ penyakit karang.
ginjat Kd; berginjat-ginjat berdiri-diri (berjalan-jalan) dgn hujung kaki;
terginjat-ginjat terloncat-loncat, terkinjat-kinjat.
ginko gingko.
ginseng (ginséng) sj tumbuhan yg terdapat di negeri China, Korea, dll, yg
akarnya berbau harum dan dipercayai baik utk kesihatan.
giong NS; menggiong menyampuk (cakap orang dll).
gipsi orang yg berasal drpd suku bangsa Asia yg tinggal di Eropah dan
Amerika Utara dan mengamalkan cara hidup berpindah-randah.
gipsum sj mineral (kalsium sulfat terhidrat) berwarna putih yg terdapat
secara semula jadi, biasanya digunakan utk membuat plaster Paris,
baja, simen, kaput tulis dsb.
girah sj tumbuhan (rumput yg panjang lampai), Fimbristylis panciflora;
pokok ~ hitam sj tumbuhan (pokok), larak, pisang-pisang, pokok
sebaru, Popowia neruosa.
girang = girang hati riang hati, suka hati, (sangat) gembira: hati orang
tua itu telah mulai ~ sedikit; aku terlalu ~;
bergirang hati beriang hati, bersuka hati, (sangat) bergembira;
menggirangkan membangkitkan (menimbulkan) rasa girang,
meriangkan (menggembirakan) hati: dia bercerita sambil
berjenaka utk ~ hati anaknya;
kegirangan 1. keriangan, kesukaan, kegembiraan: entah mengapa
hatinya malam itu penuh ~; 2. = kegirang-girangan terlalu amat
girang: ia melompat ~;
penggirang selalu girang (tabiat); gemirang.
girap percepatan (mendayung dll), kirap;
girap-gemirap berdebar-debar (hati).
giras sj kain linen.
giri ark sl gunung.
girik I, girik-girik Mn gobek, penumbuk sirih; sudah menggoncang ~
prb tua sangat, tua renta.
girik II Jw surat kecil (sbg surat keterangan dll), kad giliran (utk jaga
dll).
giring; menggiring 1. menghalau atau mengarahkan binatang ke suatu
tempat; 2. membawa (menghantar, mengirim, dll) orang dll ke
suatu arah atau tempat: orang itu memberi isyarat supaya keduadua
tangkapan itu digiring; penduduk daerah kami digiring oleh
air ke alun.
giring-giring I loceng kecil (utk perhiasan dll), loceng basikal.
giring-giring II sj tumbuhan (pokok yg boleh dijadikan baja hijau),
Crotalaria spp.
giris Jw ngeri, takut.
giro cara pembayaran dgn memindahkan wang dlm bank drpd kira-kira
seseorang kpd yg lain.
giroskop sj alat berbentuk roda yg bebas berpusing pd sebarang paksi,
biasanya digunakan utk menstabilkan kedudukan pesawat, satelit
dsb.
gisal; menggisal menggosok (badan dll), menggesel: maka Tuan Puteri
Terus Mata pun ~ Ku Malim Deman.
gisar; menggisar 1. memusing, memusar, mengisar; 2. menggosok,
menggeser, menggesel.
gisi; menggisi menggigit (memakan) daging yg tinggal pd tulang.
gising sj tumbuhan (pokok), kelat api, kelat jambu air, kelat minyak,
Eugenia filiformis.
gita ark nyanyian, lagu.
gitan sj tumbuhan (pokok memanjat), akar jitan, gerit-gerit, Willughbeia
spp.
gitar sj alat muzik spt biola yg dipetik talinya utk menghasilkan bunyi; ~
elektrik sj gitar yg dilengkapi peranti elektrik utk memperkuat dan
mengubah suai bunyinya, biasanya digunakan utk muzik pop;
bergitar bermain (memetik) gitar: bapanya pandai menggesek
biola dan ~.
gitaris bp pemain gitar: dia berpeluang mengadakan persembahan dgn ~
terkenal itu.
gitu bp singkatan bagi begitu;
segitu seperti (sebanyak, sebesar) itu.
giuk tali pd tiang layar utk mengukuhkannya.
giur; menggiurkan menimbulkan rasa berahi, memberahikan:
pandangannya itu tidaklah ~nya sama sekali;
tergiur tertarik hati (keinginan).
giwah sl lapik kaki (capal) utk pelumba lari.
gizi (zat) makanan; ahli ~ pakar zat makanan; ilmu ~ pengetahuan bkn
(zat) makanan; nilai ~ nilai makanan.
glamor daya tarikan yg menakjubkan (pd orang, tempat, pekerjaan): ~
sudah tidak bererti lagi bagi saya.
glasier timbunan besar ais yg bergerak perlahan-lahan menuruni cerun
atau merebak ke permukaan bumi;
pengglasieran pelitupan permukaan bumi dgn glasier.
glaukoma (Ubat) sj penyakit mata kerana tekanan di dlm mata yg boleh
menjejaskan pelihatan.
glic (Komp) 1. kerosakan rawak atau sementara pd perkakasan, yg
biasanya berpunca drpd pertambahan bekalan kuasa elektrik; 2.
gangguan atau kesilapan kecil pd atur cara.
glikogen (Bio) kanji dlm tubuh binatang yg terdiri drpd glukosa dll
(berupa gula simpanan).
gliserin (Kim) cecair pekat yg larut dlm air dan terdapat dlm bentuk
bergabung dgn asid lemak.
glob benda bulat yg pd permukaannya dilukis peta dunia.
global 1. meliputi, mempengaruhi atau mengenai seluruh dunia, sejagat:
masalah alam sekitar ~; 2. merangkumi seluruh kumpulan perkara
dsb, menyeluruh: perkara itu hendaklah dilihat dr sudut
pandangan yg ~;
mengglobalkan menjadikan bersifat global: kitalah yg perlu
menentukan apa yg hendak diglobalkan; orang Melayu perlu
diperlengkap utk menguruskan hubungan secara langsung, iaitu ~
pemikiran mereka.
globalisasi proses yg membolehkan sesuatu aktiviti (ekonomi,
kebudayaan dsb) disebarkan atau diperluas ke peringkat
antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dgn adanya
kemudahan sistem komunikasi, dasar terbuka dsb: dlm era ~
sekarang ini, kita lebih terdedah kpd pengaruh budaya luar; kesan
pertama ~ ialah perkembangan pesat pasaran kewangan dunia;
mengglobalisasikan menyebarkan atau memperluas sesuatu
aktiviti (ekonomi, kebudayaan dsb) ke peringkat global: matlamat
seterusnya adalah utk ~ perniagaannya ke tahap antarabangsa;
komitmen yg padu itu akan menyemarakkan lagi perjuangan ~
bahasa dan budaya Melayu pd tahap yg sewajarnya.
globul 1. sesuatu yg berbentuk bebola yg sangat kecil, spt setitik air; 2.
suatu nebula gelap yg dianggap sbg tapak terbentuknya bintang.
globulin (Bio) sekumpulan protein ringkas yg berbentuk agak bulat,
kurang larut di dlm air, serta terdapat di dlm sel tumbuhan dan
haiwan.
gloriosa sj tumbuhan (pokok memanjat yg bunganya berwarna merah
atau kuning).
glos (Lin) penjelasan ringkas utk menunjukkan makna sesuatu perkataan,
frasa, dsb.
glosari senarai istilah berserta takrifnya yg disusun menurut abjad khusus
bagi sesuatu bidang pengetahuan.
glosem (glosém) (Lin) unit terkecil yg mempunyai makna dlm sesuatu
bahasa, spt bentuk, tekanan dsb.
glositis (Ubat) radang pd lidah.
glotis (Bio) bukaan dr trakea ke farinks pd vertebrat yg ditutupi epiglotis
sewaktu makanan ditelan.
glotokronologi (Lin) teknik leksikostatistik utk menentukan saling
hubungan kekeluargaan antara bahasa.
glotopolitik kajian tentang bagaimana bahasa kebangsaan dinaikkan
tarafnya oleh pihak yg berkuasa di negara yg berbilang bahasa,
kaum dan budaya.
glu sj perekat yg dibuat drpd damar asli atau damar tiruan.
glukos glukosa.
glukosa (Bio) gula ringkas yg terdapat dlm buah-buahan atau madu.
gluten bahan protein lekit yg terdapat dlm tepung, terutamanya tepung
gandum.
gm kep gram.
GMT kep Greenwich Mean Time (Waktu Min Greenwich).
gnesis (gnésis) (Geo) sj batuan metamorfosis berira kasar yg
mengandungi feldspar, kuarza dan mika.
gnu sj antelop besar dr genus Connochaetes di Afrika yg kepalanya
seakan-akan kepala lembu, bertanduk melengkung dan berekor
panjang berjumbai di hujungnya.
goa sj burung, Myophonus caeruleus.
gobang wang tembaga yg bernilai 2 1/2 sen.
gobar 1. kurang baik, suram, redup (bkn cuaca); 2. bimbang, sedih
(rawan) hati.
gobek (gobék) sj alat (spt tabung kecil) utk melumatkan sirih; anak ~ sj
antan utk melumatkan sirih; ~ api sj alat utk membuat api;
menggobek melumatkan (menumbuk) sirih dgn gobek.
goblok Jk, bp tolol, sangat bodoh;
kegoblokan ketololan, kebodohan.
gocah Kl gocoh (tumbuk).
gocoh I tumbuk, tinju;
bergocoh bertumbuk, bertinju;
menggocoh menumbuk (meninju) kuat-kuat;
pergocohan pergaduhan yg orang-orang yg terlibat saling
bergocoh antara satu sama lain.
gocoh II cepat, lekas, gopoh;
tergocoh-gocoh tergopoh-gopoh, tergesa-gesa, terburu-buru:
Salbiah datang ~ dr dapur.
goda; menggoda, menggodai 1. mengajak (meminta, menyuruh) supaya
berbuat sesuatu (kejahatan dll): hendak digodanya gadis itu dgn
apa jalan sekalipun; 2. mengganggu, mengacau, mengharu:
bermacam-macam fikiran siasah telah timbul utk ~ ketenteraman
masyarakat dunia;
tergoda digoda: banyak laki-laki yg telah ~ oleh kemanjaan gadis
itu;
godaan 1. perihal menggoda; 2. sesuatu (perkataan dll) utk
menggoda;
penggoda orang dll yg menggoda.
godak I; nasi ~ nasi yg dicampur dgn berbagai-bagai jenis lauk;
menggodak memasak nasi godak.
godak II (Komp) tindakan mengubah suai kandungan asal suatu fail atau
dokumen dgn sengaja.
godam = palu ~ palu (tukul, martil) besar;
menggodam 1. menghentam (memukul) dgn godam dll; 2.
(Komp) menceroboh masuk ke dlm sistem komputer orang lain,
terutamanya utk mencuri, memusnahkan atau merosakkan data dan
maklumat sulit yg tersimpan di dlm sistem komputer itu:
perbuatan ~ sistem komputer oleh setengah-setengah pihak yg
tidak bertanggungjawab mesti dicegah segera;
penggodaman (Komp) perbuatan atau tindakan menceroboh
masuk ke dlm sistem komputer orang lain utk mencuri data dan
maklumat sulit dsb: ~ laman web oleh pihak yg tidak
bertanggungjawab;
penggodam 1. palu godam; 2. (Komp) orang yg menceroboh
masuk ke dlm sistem komputer utk mengakses data dan maklumat
sulit dsb: tindakan segera perlu diambil utk menjejaki dan
menangkap ~ sistem komputer itu.
godek (godék) I Jw jambang; kodek II.
godek (godék) II; tergodek-godek terkotek-kotek, terkodek-kodek.
godek (godék) III; menggodek-godek menggerak-gerakkan, memusingmusingkan,
atau memutar-mutarkan sesuatu dgn jari.
godel (godél) Kl; segodel seketul (najis);
bergodel-godel bertompok-tompok atau berketul-ketul.
godok I bahagian belakang tengkorak.
godok II Jw; menggodok merebus;
godokan barang yg digodok, rebusan.
godot Jk; menggodot mengerat, menghiris, memotong.
gogah I sl bising, gempar.
gogah II Kl sj alat drpd buluh utk menangkap udang (ikan).
gogal cermin mata berbingkai besar yg menutupi sebahagian muka utk
melindungi mata drpd terkena air, angin, habuk, cahaya, dsb;
bergogal memakai gogal: demi keselamatan, para pekerja itu
disyaratkan memakai topi keselamatan dan juga ~ semasa berada
di tapak binaan.
gogo Jw; padi ~ padi yg ditanam dgn tidak menggunakan air, padi huma
(ladang).
gogoh I Tr alat utk menangkap udang (ikan), bubu.
gogoh II ark; menggogoh menggigil kuat.
gogok I teguk: sekali ~, keringlah gelas itu;
menggogok meneguk (air dll) banyak-banyak;
gogokan hasil perbuatan menggogok (air dll).
gogok II rantai leher.
gogol sj pahat yg panjang hulunya (digunakan oleh tukang tembaga).
goh I sj ikan laut, mayung, Arius thalassinus.
goh II Kd bonggol pd pangkal tengkuk (lembu jantan dll), kelasa.
goha gua.
gohek (gohék) Kl menghidupkan enjin atau menjalankan kereta.
gohok Jk sj tumbuhan (pokok yg buahnya berwarna ungu dan masam
rasanya).
gohong Mn 1. lubang, liang; 2. gua.
goiter (Ubat) bengkak di bahagian hadapan leher yg disebabkan oleh
pembesaran kelenjar tiroid (kelenjar yg menghasilkan hormon
pertumbuhan dan perkembangan tubuh).
gok I Kl sj dapur (relau) tempat membakar batu bata.
gok II Kl, Tr reban ayam atau itik.
gok III; ~-gat Kl jentik-jentik (yg akan menjadi nyamuk).
go-kart sj kereta lumba bermotor yg kecil, rendah dan ringan dgn
kerangka yg terbuka.
gokgek (gokgék) Kl, Tr goyah kerana hendak tercabut (tiang dll).
gol 1. = pintu ~ kawasan di antara dua tiang berpalang yg menandakan
sasaran tendangan atau pukulan bola (dlm permainan bola sepak,
hoki, dsb), gawang (bola sepak, hoki, dsb): bola yg ditendangnya
masuk ke dlm ~; penjaga ~ pemain (bola sepak dsb) yg
menghalang bola masuk ke dlm gol; 2. mata (yg dikira setiap kali
bola masuk ke dlm gawang): dia telah menjaringkan dua ~; 3.
tercapai tujuannya (kehendaknya), lulus (usul, cadangan, dll);
mengegolkan menjaringkan gol, memasukkan (bola) ke dlm gol.
golak I; ~ -galik berbalik-balik (yg atas ke bawah dan yg bawah ke atas,
berguling-guling, tunggang balik, berputar balik;
menggolak; ~-galik menunggangbalikkan, memutarbalikkan
(kepala ke bawah kaki ke atas).
golak II; bergolak 1. menggelegak, mendidih (air yg masak dll); 2.
timbul huru-hara, tidak tenang (keadaan politik dll); 3. tidak
tenteram (fikiran, perasaan), bergelora, sangat gelisah: hatinya ~
kerana mendapat berita buruk;
pergolakan kekacauan (kekalutan, kekeruhan) dlm lapangan
politik dll, huru-hara, keadaan tidak tenteram: ~ politik akibat
percubaan rampasan kuasa itu makin meruncing; ~ perjuangan
merasmikan bahasa Melayu.
golang; ~-golek berbuai-buai, berayun (spt perahu, buah jam, dll).
golbi lipatan pd jahitan seluar di bahagian depan perut.
golek I (golék) 1. guling; ~ para Kl sj permainan kanak-kanak (buah
pinang dll diletakkan di atas para dan dilempar supaya jatuh
berguling); ayam ~ ayam yg dimasak atau dipanggang bulat-bulat
(tidak dikerat-kerat); bantal ~ bantal guling (berbentuk bulat
panjang); bola ~ judi dgn menggunakan bola yg digulingkan ke
petak-petak yg bernombor; hantu ~ hantu yg berguling-guling di
tanah; 2. Kd geleng (kepala);
bergolek 1. berguling, bergerak berpusing (bola, guli, dll); 2.
berbaring; ~ -gelantang berbaring-baring; yg bulat datang ~, yg
pipih datang melayang prb keuntungan (kemewahan dll) datang
drpd berbagai-bagai punca;
bergolek-golek 1. berbaring-baring; 2. = bergolekan bergulingguling;
menggolek bergolek;
menggolekkan 1. menggulingkan (bola dll): dah bulat baru
digolekkan, dah pipih baru dilayangkan; 2. membaringkan
(badan): aku pun ~ badan di atas tilam dan terus terlena;
tergolek 1. jatuh berguling; 2. terbaring, tergelimpang; ~ di nan
datar prb Mn mendapat bahaya oleh perkara kecil.;
golekan hasil menggolek.
golek (golék) II Jw patung (drpd kayu dll); wayang ~ wayang yg
dimainkan dgn golek; ~ jonggol (jenggel) patung yg boleh duduk
(tetapi tidak boleh berbaring).
golek (golék) III; mangga ~ sj mangga yg besar dan manis.
goleng (goléng) Jk; menggoleng menyentuh, mengenai, menyinggung.
golf sj permainan dgn memukul bola kecil yg keras utk memasukkannya
ke dlm beberapa lubang kecil di lapangan luas; padang ~ lapangan
tempat bermain golf.
Golkar akronim bagi Golongan Karya (sebuah organisasi sosial politik
yg terbesar dan paling berpengaruh di Indonesia).
golok I 1. sj parang yg matanya diasah melengkung; ~ Rembau sj senjata
yg matanya diasah melengkung (penumbuk lada); 2. Jk sj pedang
pendek: ~ Sunda pedang Jawa; laksana ~ kayu, ditetak tak makan,
dijual tak laku prb pengetahuan yg tidak mencukupi tidak ada
gunanya;
menggolok menetak atau memotong dgn golok.
golok II; bergolok; ~-bergadai = bergadai-~ berikhtiar mendapatkan
wang dgn bergadai; gadai.
golok III sj ikan laut, belitung, Coryphaena hippurus.
golok-golok Pr penolong orang besar.
golong; menggolongkan 1. membahagi-bahagikan (mengasingkan) ke
dlm beberapa kumpulan (kaum dll): penganggur-penganggur yg
mencari pekerjaan digolongkan menurut umur dan pelajaran
mereka; 2. memasukkan ke dlm kumpulan (puak dll): mereka ~
tuan sbg bumiputera;
tergolong termasuk (dlm kumpulan dll): Tongkat Warrant ~ sbg
penyajak beraliran realisme;
golongan kumpulan, kelompok: orang Melayu merupakan ~
penduduk yg terbesar di negara ini;
~ bangsa kumpulan bangsa; ~ kata (Lin) kategori kata yg
berasaskan fungsi, bentuk atau maknanya, mis kata nama, kata
kerja dan kata adjektif; ~ terbesar kelompok manusia (rakyat) yg
besar bilangannya; ~ terkecil kelompok manusia (rakyat) yg kecil
bilangannya;
penggolongan perihal menggolongkan.
gomak; tepung ~ sj kuih yg dibuat drpd tepung pulut dan tepung kacang
hijau (berintikan kacang dan gula).
gomba jendul (benjol) pd dahi gajah, kumba.
gombak jambul (pd burung, ayam, dll), rambut pd dahi orang atau kuda,
jambak: janganlah tuan-tuan bersorak dahulu, anak raja
berpangkas ~; ~ gemilang kutu banyak, bibir hitam gigi kotor prb
hal orang yg baik rupanya tetapi busuk hatinya;gembak I.
gombang I sj burung (tempayan) besar, situn.
gombang II Mn cantik, elok, tampan;
segombang secantik, semolek: semolek secantik ini, ~ semuda ini
engkau; ~ lebuh a) congkak (sombong); b) molek di luarnya sahaja
(tidak di dalamnya).
gombang III sj jaring yg dipasang pd belat, ambai.
gombang IV; baju ~ baju kurung.
gombeng (gombéng) I ark; menggombeng memperbesar lubang,
menjadikan renggang.
gombeng (gombéng) II Kl 1. menggigit sesuatu utk dibawa lari (spt
anjing menggigit tulang); 2. menghisap susu (bkn kanak-kanak).
gombing 1. sj ikan laut, Pomacentridae; 2. sj ikan laut, Dascyllus
marginatus; 3. sj ikan laut, Daya jerdoni.
gomok I Kl; katak ~ sj katak yg buncit.
gomok II Kl sj kuih yg dibuat drpd jagung (kacang, beras).
gomol; bergomol berpeluk-peluk kerana hendak menggulingkan lawan
(spt orang bergusti), bergelut, bergumpal, bergulat;
menggomol memeluk seseorang erat-erat (kerana hendak
menggulingkannya dll);
pergomolan perihal bergomol, pergelutan;
penggomolan perbuatan menggomol, penggulatan.
gompiok Jk lebat atau tebal (rambut, daun, dll).
gon Kd, Kl tanah (jalan dll) yg makin meninggi.
gonad (Ubat) organ yg menghasilkan gamet, spt ovari atau testis.
goncang = bergoncang 1. bergoyang dgn keras atau kencang, bergegar:
pondok kecil itu ~ kerana ditiup angin kencang; dgn ~ kaki a) dgn
berayun kaki; b) ki dgn mudah sahaja; 2. ki mudah berubah-ubah
(pendirian dll), menjadi tidak aman (tetap, tenang, dll): hatinya ~
ketika mendengar berita bkn kematian kawannya;
menggoncang, menggoncangkan 1. menggoyang(kan) dgn keras,
menggerak-gerakkan hingga bergoncang; ~ botol mengocok botol;
~ loceng membunyikan (menggoyangkan) loceng; 2. ki
menyebabkan tidak tenang (tetap dll): kenaikan cukai itu tidak ~
pasaran saham; 3. ki memeranjatkan, mengejutkan: pembunuhan
Presiden Kennedy telah ~ dunia; ~ kepala menggelengkan kepala;
~ tangan menggerak-gerakkan tangan ketika berjabat tangan;
tergoncang tergoyang (tergerak) keras atau cepat-cepat, tergegar;
goncangan gerakan (goyangan) yg keras, gegaran;
kegoncangan keadaan tidak tenteram (tidak aman dll);
penggoncang 1. orang yg menggoncang; 2. bekas (alat) utk
menggoncang sesuatu: ~ koktel.
gonceng (goncéng) Jk bonceng.
gondang nama bermacam-macam jenis siput, Dolium spp.
gondek (gondék) Kl melengkung atau berkelok ke bawah (bkn tanduk).
gondeng (gondéng) Kl; bergondeng 1. bergantung, bergayut (spt lebah
pd dahan); 2. = lekat ~ teguh melekat (tidak mudah terlepas atau
tertanggal).
gonder (gondér) Tr bulat panjang.
gondok 1. pendek dan besar, gemuk (badan, leher, benda, dll); parang ~
parang yg pendek dan tebal bilahnya; merpati ~ merpati yg besar
lehernya; 2. bonggol pd bahagian leher di bawah dagu, beguk;
kelenjar ~ Id halkum; 3. Jk sebal hati, perasaan marah yg tidak
dilahirkan;
kegondokan perihal (keadaan) gondok.
gondol I = bergondol 1. botak sama sekali (kepala), tidak berdaun
(pokok): perutnya buncit, kepalanya besar ~; 2. tidak bertudung
(bersongkok dll), tidak bertutup kepalanya (lelaki atau
perempuan); 3. tidak ditumbuhi tanam-tanaman atau tumbuhtumbuhan
(spt padang pasir dll): tanah daratan itu hijau dan penuh
dgn hutan, sangat berbeza dgn pantai pasir yg ~;
menggondolkan 1. membuang rambut hingga gondol (botak); 2.
ki menelanjangi, menghabiskan (harta benda dll).
gondol II; menggondol 1. Jw membawa dgn mulut, menggonggong:
anjing ~ tulang; 2. Jw ki melarikan, mencuri: ~ barang-barang
kemas; 3. ki memenangi, memperoleh (piala, sijil, dll) kerana
kejayaan: dia banyak ~ hadiah dlm peraduan melukis.
gondola 1. sj sampan yg panjang, leper bahagian bawahnya dan
melengkung di kedua-dua hujungnya, yg dijadikan sbg
pengangkutan di terusan di Venice, Itali; 2. kabin yg tergantung dr
kapal udara, belon, kereta api kabel dsb.
gondong bengkak pd leher, beguk, benguk.
gondrong Jk panjang rambutnya (kerana tidak digunting).
gong I 1. sj alat bunyi-bunyian drpd logam yg bertombol (dibunyikan
dgn dipalu), canang besar; ~ pelaung sl gong yg dibunyikan utk
memanggil; ~ pengerah sl gong utk menghimpunkan
(mengerahkan) askar-askar (pekerja-pekerja dll); 2. bunyi spt
bunyi canang besar dipalu;
mengegongkan memalu gong, membunyikan gong; ~ gong pesuk
prb memegahkan kemuliaan (kekayaan dll) yg telah tidak ada lagi.
gong II 1. sj tumbuhan (pokok), putat tepi, Helicia petiolaris; 2. sj
tumbuhan (pokok), rambutan pacat, Xerospermum laevigatum.
gong III Kl 1. agak gila, kurang siuman; 2. dungu.
gong IV Tr sombong, berlagak: padanlah Bakar kena tampar. Dia ~
sangat.
gonggok I sj binatang dlm kelas Diplopoda (spt lipan yg banyak kakinya
dan akan melingkarkan badannya apabila disentuh), sepah bulan.
gonggok II ark gulung.
gonggong I; menggonggong 1. membawa (memegang) dgn mulut atau
paruh (bkn anjing, burung, dll), menggondol: mereka mengejar
seekor anjing yg lari ~ sepotong daging; 2. menyalak (anjing); spt
gagak ~ telur prb perihal lelaki yg buruk atau hitam beristerikan
perempuan cantik atau berkulit putih;
gonggongan salakan (anjing): sayup-sayup terdengar ~ anjing.
gonggong II sj lokan atau siput.
gonjak; menggonjak mengusik-usik (utk menyakiti), menggiat,
mengejek.
gonjok; menggonjokkan sl memperolokkan, menggonjak.
gonjong tirus (lancip) ke hujung atau ke puncak (spt bentuk bumbung
rumah dll), runcing;
bergonjong berbentuk gonjong; rumah ~ rumah yg bumbungnya
tirus (lancip) ke puncak (spt rumah Minangkabau).
gonorea (gonoréa) (Ubat) sj penyakit kelamin yg diakibatkan oleh virus
Neisseria gonorrhoeae yg dijangkiti melalui persetubuhan, yg
dicirikan dgn radang pd kemaluan dan tempat pembiakan, sukar
kencing, dll.
gonta; ~ -ganti Jw ark berganti-ganti, bergilir-gilir, beri-memberi.
gontai Mn perlahan-lahan, lambat (jalannya, langkahnya, dll), lemah
(tidak berdaya): langkahku ~ menuju kereta tumpanganku; Rapiah
berjalan ~ menuju ke dapur sambil suaminya terus mencerca;
menggontai membuat sesuatu lambat-lambat, bergerak (berjalan)
perlahan-lahan;
mempergontai memperlambat;
tergontai-gontai perlahan-lahan.
gonyah Kl; menggonyah menggonyoh, menggosok (utk mencuci): ~
lantai.
gonyak ark; menggonyakkan mengejek, mencemuhkan;gonjak,
gonjok.
gonyeh (gonyéh); menggonyeh 1. mengunyah-ngunyah dgn gusi (spt
orang tidak bergigi); 2. Kd menghancurkan (melumatkan)
makanan di dalam mulut, mengunyah.
gonyel (gonyél); menggonyel 1. menekan-nekan atau memicit-micit
(tidak dgn kuat); 2. menggigit-gigit puting (mata) susu (spt anak
kecil yg menetek), menggonyeh.
gonyoh; menggonyoh membersihkan (melicinkan) dgn berus dll,
menggosok.
gopoh cepat-cepat, lekas-lekas (mengerjakan sesuatu); ~-gapah = ~-
gapik = ~-mamang = gapah-~ = gopoh-gopoh;
gopoh-gopoh tergesa-gesa, terburu-buru, lekas-lekas (dgn tidak
cermat) membuat sesuatu: Dolah mengenakan pakaiannya dgn ~
dan kemudian berlari meninggalkan bilik itu;
bergopoh-gopoh, bergopoh-gapah, tergopoh-gopoh, tergopohgapah
gopoh-gapah: dgn tergopoh-gopoh, dia melompat ke
bawah, kemudian berkejar ke arah Zaini;
kegopohan perihal terburu-buru (tergesa-gesa).
gopong sj bekas air drpd tempurung yg diberi bertali, sekul.
gorak Kl serak, kasar (suara).
gorden IB tabir, tirai.
gorek (gorék) I korek api; ~ api gores api, mancis;
menggorek-gorek = hati ~ hati menggeletek, berdebar-debar hati.
gorek (gorék) II = gorek-gorek sj tumbuhan, (pokok memanjat),
Caesalpinia jayabo.
goreng (goréng) 1. yg dipanggang (dipanaskan) dlm kuali kering, yg
dimasak dgn minyak: kacang ~; mi ~; nasi ~; pisang ~; minyak ~
= minyak penggoreng minyak utk menggoreng; 2. bp kecekapan
memetik gitar mengikut tempo rancak;
menggoreng 1. memasak dgn minyak: ~ ikan; ~ pisang; 2.
memasak (beras, tepung, dsb) dlm kuali dgn tidak menggunakan
minyak, merendang; 3. bp memperolok-olokkan, memborak;
menggorengkan menggoreng utk: "Emak, gorengkan saya sebiji
telur";
gorengan sesuatu yg digoreng;
penggorengan bekas (spt kuali dll) tempat menggoreng: kutekan
ikan itu pd ~ supaya lekas masak;
penggoreng 1. orang yg menggoreng: ~ mi; 2. alat yg digunakan
utk menggoreng: kuali ~ ikan.
gores (gorés) garis, calar, coret (corek); ~ api korek api, mancis;
bergores, bergores-gores bergaris(-garis), bercalar(-calar),
berparut(-parut);
menggores menggaris, mencalar, menggarit; ~ hati melukakan
(menyakitkan) hati, mengharukan;
menggoreskan menggariskan, menggaritkan: ~ pisau pd meja;
tergores tergaris, tercorek; ~ dlm hati terlintas dlm hati,
terfikirkan: tidak ~ dlm hatiku derhaka kepadanya;
goresan yg sudah digores (digaris), tanda atau bekas digores;
penggoresan perihal menggores, pencalaran, penggaritan;
penggores alat (spt pisau dll) utk menggores.
gori I Jw buah nangka muda.
gori II Kl; bergori 1. membeli mula-mula sekali (sebelum pembelipembeli
lain); 2. menjual mula-mula sekali (kpd pembeli pertama).
gorila sj mawas yg sangat besar, yg hidup di hutan bahagian tengah
Afrika Barat, berbadan tegap, bermuncung pendek, dan berbulu
kasar dan gelap, Gorilla gorilla.
goroh Mn; menggoroh menyembelih (lembu dll);
penggorohan penyembelihan;gorok.
gorok; menggorok bk menyembelih;
penggorokan penyembelihan; goroh.
gosip cakap-cakap yg mengisahkan khabar-khabar atau hal-hal yg buruk
atau umpatan tentang orang lain;
bergosip berbicara atau berdesas-desus tentang keburukan
(kejelekan) seseorang, mengumpat: dia terpaksa menafikannya,
mungkin setelah memikirkan dia sendiri suka ~;
menggosipkan memperkatakan atau memperbualkan (sesuatu) sbg
gosip.
gosok; ~ gigi Id ubat gigi; abu ~ sj abu utk menggilapkan camca, garpu,
dll; ubat ~ ubat yg disapukan (disentalkan) pd tubuh;
bergosok 1. bergeser, bergesel, bergeseran; 2. sudah digosok
(digilapkan): kemas rupanya dgn pakaian yg berseterika keras dan
sepatu yg ~;
menggosok 1. membersihkan (menggilapkan dll) dgn tangan
(berus, kain, dll), menggeser-geserkan (berus, kain, dll) pd sesuatu
dgn keras, menyental: sbg orang gaji kerjanya ialah memasak,
mencuci pakaian dan ~ lantai; 2. menyeterika (baju dll); 3. =
menggosok-gosok membangkit-bangkitkan kemarahan,
menghasut: jika tiada orang yg ~ tidak mungkin ia mahu melawan;
4. menggilap (mengasah, menyerodi) permata dll; 5. ark
menggesek (biola dsb);
menggosokkan, mempergosokkan 1. menggosok dgn (tangan,
barang, dll), menggunakan sesuatu utk menggosok: Pawang
Ahmad meramas limau serta ~nya ke badan orang sakit itu; 2.
menjadikan bergeser, menggeserkan: sambil bercakap, orang India
itu menggeleng-gelengkan kepala dan menggosok-gosokkan tapak
tangannya;
gosokan 1. sesuatu yg sudah digosok, pakaian dll yg akan atau
sudah diseterika; 2. perihal menggosok; 3. = gosok-gosokan ki
hasutan;
penggosokan perihal menggosok;
penggosok 1. alat utk menggosok; 2. orang yg menggosok.
gosong I timbunan pasir di pinggir laut atau di kuala sungai, busung.
gosong II hangus;
bergosongan ark hangus, terbakar.
gostan bp undur (ke belakang).
got IB saluran air, parit, selokan.
gotel (gotél) Kl; menggotel menjadikan bulat, menggenteli (adunan kuih
dll).
gotes (gotés) ark; menggotes memetik (bunga dll) pd tangkainya,
memutuskan (tangkai dll), menggentas.
gotong; ~-royong tolong-menolong (bantu-membantu), kerja bersamasama:
sudah teradat bagi penduduk-penduduk desa itu bekerja ~
pd musim menuai padi;
bergotong; ~-royong mengusahakan (mengerjakan) sesuatu
bersama-sama: orang kampung ~ membina jambatan dan jalanjalan
kecil;
menggotong membawa (sesuatu yg berat) bersama-sama orang
lain (tidak seorang diri): ~ beras ke dlm kedai.
gotri Jw peluru yg bulat-bulat kecil.
gotrok Jw gerabak kereta api utk mengangkut barang.
gout (gaut) sj penyakit akibat gangguan metabolisme asid urik yg
menyebabkan sendi kaki (lutut, dll) menjadi bengkak.
goyah 1. goyang spt hendak tumbang atau tercabut (bkn gigi, tiang, dll),
gual-gail: mana-mana terdapat tiang yg ~ digantikannya dgn yg
baru; 2. tidak tetap atau teguh (kepercayaan, pendirian, dsb), tidak
kukuh atau teguh (bkn hubungan, ikatan, dsb): kepercayaannya
terhadap kejujuran pemimpin-pemimpin kesatuannya sudah ~;
mendamaikan rumah tangga kami yg selama ini ~ ditimpa banyak
godaan, antara lain soal wanita;
menggoyahkan menjadikan goyah (tidak tegap), menjadikan tidak
teguh (erat dll): sukar hendak ~ perpaduan rakyat di negeri itu;
tergoyah(kan) tergoyang(kan): mereka mempunyai nilai yg abadi,
yg tidak ~;
kegoyahan keadaan atau hal goyah: ~ sosial yg meletus selepas
Perang Dunia II.
goyak; menggoyak menggoncang, menggoyang(kan).
goyang I 1. bergerak, berayun-ayun: pohon kelapa itu ~ kerana ditiup
angin kencang; kerusi ~ kerusi ayun (kerusi yg boleh digerakkan
berbuai-buai); 2. ki tidak tetap (pendirian, keyakinan, dll), selalu
berubah-ubah, goncang (keadaan politik dll): kedudukannya sbg
menteri ~ kerana tidak ada kepercayaan drpd rakyat; keyakinan
yg tidak ~ terhadap peperangan yg ditempuhi;
bergoyang 1. berayun-ayun, bergerak-gerak: daun yg ~ spt
melambai-lambai aku memberi selamat bahagia; 2. sedang
membuai-buaikan (mengayun-ayunkan); ~ kaki a) berayun kaki; b)
ki bersenang-senang (hidup dgn tidak bekerja); ~ kepala bergeleng
kepala (sebab sangat hairan dll); ~ lutut duduk dgn menggerakgerakkan
lutut;
menggoyang = menggoyangkan;
menggoyangkan 1. menggoncangkan, mengayunkan: ia ~ buaian
itu utk anaknya; 2. menyebabkan selalu berubah-ubah (keyakinan,
pendirian, dsb), menggoncangkan (kedudukan dsb);
tergoyang terayun, tergoncang;
goyangan goncangan, ayunan;
kegoyangan perihal goyang, kegoncangan.
goyang II; kuih ~ sj kuih yg dibuat drpd tepung beras dan digoreng, kuih
loyang, kuih ros.
GPIM kep Gabungan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia.
GPMS kep Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung.
grad IB darjat, tingkat, taraf.
graduan mahasiswa yg akan menerima ijazah pd hari penyampaian
ijazah.
graf 1. rajah yg terdiri drpd beberapa garis, titik, dsb utk memaparkan
saling hubungan antara dua nilai atau lebih yg berubah-ubah; 2.
(Lin) simbol visual, terutamanya satu atau beberapa huruf, yg
mewakili satu unit bunyi atau ciri ujaran yg lain;
menggrafkan menggambarkan dgn graf.
grafem (grafém) (Lin) unit minimum yg distingtif dlm sistem tulisan
sesuatu bahasa.
grafemik (grafémik) (Lin) kajian tentang tanda graf yg digunakan dlm
bahasa tertentu.
grafik 1. maklumat atau paparan yg terdiri drpd lukisan, gambar rajah,
simbol, dll (utk menyatakan atau menyampaikan idea dsb); 2.
lukisan-lukisan (gambar-gambar dsb) pd susunan halaman majalah
(buku dsb); 3. (yg) menggunakan atau terdiri drpd lukisan, gambar
rajah, simbol, dll; ~ komputer kaedah penggunaan komputer utk
mencipta, mengolah, memaparkan, mencetak, dll lukisan atau imej
grafik.
grafit (Kim) sj karbon yg lembut dan berwarna hitam yg digunakan dlm
pembuatan pensil, pelincir, dll.
grafiti kata-kata atau lukisan, biasanya lucah, lucu, berbau politik dsb, yg
dicontengkan di tempat-tempat awam spt tembok bangunan, bilik
air dsb.
grafologi 1. kajian tentang tulisan tangan seseorang, terutamanya utk
menganalisis atau mengenali keperibadian orang itu; 2. (Lin)
kajian tentang sistem tulisan.
graha gedung.
gram sukatan berat yg bersamaan dgn satu per seribu kilogram.
gramatis (Lin) berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau
tatabahasa: mereka harus dilatih berbicara dgn terang, jelas,
lancar, ~, tidak tersendat-sendat, dan tidak berbelit-belit; ayatayat
di bawah ini sebaliknya tidak ~;
kegramatisan perihal gramatis, sifat gramatis, kepatuhan kpd atau
ketepatan dgn tatabahasa: asas bahasa Melayu tinggi ditentukan
oleh ~ ayat-ayat yg dihasilkan oleh pengguna bahasa.
gramofon alat utk memainkan piring hitam, peti nyanyi.
granit (Geo) sj batu igneus berwarna kelabu yg terdiri drpd feldspar,
kuarza, dll dan banyak digunakan dlm pembinaan, spt bangunan
dan jalan.
grandstan blok tempat duduk bertingkat-tingkat di stadium dsb,
biasanya berbumbung, yg membolehkan para penonton
menyaksikan sesuatu acara olahraga, perlumbaan kuda dsb dgn
jelas.
grasi IB ampun (maaf) yg diberikan oleh kepala negara (sultan dll) kpd
orang yg kena hukum (bunuh dll).
gratifikasi IB wang pemberian kpd pekerja di luar gaji yg ditetapkan.
gratis IB tanpa apa-apa bayaran, (dgn) percuma: sejak penyingkirannya
beliau tidak lagi perlu memberikan perkhidmatan ~ kpd
pertubuhan itu.
gratuiti ganjaran biasanya berupa wang yg diberikan oleh majikan kpd
pekerja yg berhenti atau bersara sbg penghargaan kpd
perkhidmatan yg telah diberikan.
graviti (Fiz) daya tarikan yg menggerakkan jasad-jasad ke arah pusat
sesuatu cakerawala spt bulan atau bumi.
gred (gréd) 1. peringkat atau darjah nilai sesuatu mutu: telur ~ A; 2.
pangkat atau tingkatan kelulusan yg dicapai (dlm peperiksaan
tertentu): ~ satu (dua, tiga);
menggredkan menentukan gred (mutu);
penggredan perihal atau perbuatan menggredkan.
gregat, greget Jw kemahuan (membuat sesuatu).
grenad (grénad) bom kecil yg dilemparkan atau ditembakkan ke arah
sasaran dgn sj senapang;
menggrenadkan melemparkan atau menembakkan grenad.
grepe (grépé) Jk; menggrepe meraba-raba, memegang-megang.
grid (Komp) 1. permukaan yg dirintangi silangan garis mendatar dan
mengufuk yg sekata; 2. jadual hamparan elektronik yg terdiri drpd
lajur dan baris; 3. garis paksi-x dan paksi-y yg berjarak sekata pd
carta atau graf utk membantu pemplotan titik data.
gril sj perkakas yg terdiri drpd batang-batang besi yg selari utk
membakar atau memanggang daging dsb;
menggril memanggang ikan, daging dsb di atas gril: ibu sedang ~
ikan di dapur.
grip Id kalam (papan batu).
gris sj minyak pekat yg digunakan sbg pelincir utk jentera dsb;
bergris ada gris: bahagian bawah kenderaan lebih cepat menjadi
kotor, berlumpur atau ~ kerana bahagian berkenaan lebih dekat
dgn permukaan jalan;
menggris membubuh (menyapukan, memalitkan dsb) gris pd: dia
sedang ~ bahagian tertentu enjin itu supaya tidak mudah berkarat.
GRO kep Guest Relations Officer (pegawai perhubungan pelanggan).
gros ukuran kuantiti yg bersamaan dgn 12 dozen.
grotes (grotés) lukisan (ukiran dsb) dgn gaya atau bentuknya yg sangat
ganjil: catan ~.
groto (Geog) gua kecil yg mempunyai ciri yg menarik.
grup bp rombongan, kumpulan, golongan, kelompok.
gu I 1. balak yg diletakkan di atas tengkuk sepasang lembu, igu; 2.
pasang: kasut se~; 3. regu, kumpulan, rombongan.
gu II; cik~ panggilan bagi guru.
gua I lubang besar di kaki bukit (gunung dll).
gua II; burung ~ sj burung, burung siput, burung kubur rimba, gagak
gunung, tiung belacam, Myophoneus flavirostris dicrorhyncus.
gua III C, bk ganti nama diri pertama spt aku, saya.
guah; ~ hitam sj tumbuhan (pokok), jahur, jeragur, jual, petai belalang,
sebusuk, Cassia siamea.
gual; ~-gail mudah lepas atau tanggal (gigi dll), goyah, goyang.
guam I sl perselisihan, perkelahian, persengketaan (dlm mahkamah);
berguam berselisih, berkelahi, bersengketa;
guaman, perguaman persengketaan, perbicaraan (dlm
mahkamah); pembantu ~ pegawai yg menyusun perjalanan perkara
dlm mahkamah;
peguam orang yg pekerjaannya (profesionnya) mengemukakan
tuntutan guaman di mahkamah atau memberi nasihat atau bantuan
guaman kpd pelanggannya, pengacara; ~ negara pegawai guaman
tertinggi kerajaan.
guam II sj penyakit pd mulut, serawan, serjawan.
guana Kl, Tr bagaimana, macam mana.
guano tahi burung laut yg dikeringkan, yg digunakan sbg baja.
guar I Kd anak bukit.
guar II Mn; mengguar memukul, membunyikan: tabuh sudah diguar
orang.
guatak sj tumbuhan (pokok), Dysoxylon cauliflorum.
gubah I; menggubah 1. mengatur atau menyusun bunga (utk perhiasan
sanggul dll); 2. mengarang (cerita, sajak, dll), mencipta (lagu dll),
membentuk atau menyusun (sesuatu): nasihat itu telah digubah
dlm serangkap pantun;
gubahan 1. bunga dll yg digubah; 2. karangan (cerita dll), ciptaan
lagu: banyak cerpen ~nya disiarkan dlm majalah mingguan;
penggubahan perbuatan (usaha dsb) menggubah: kita harus
meninjau sejarah perkembangan sains moden serta dasar-dasar ~
falsafahnya;
penggubah orang yg menggubah, pencipta.
gubah IIkubah II.
gubal I kayu yg lembut di antara kulit dgn teras; teras terunjam, ~
melayang prb penduduk bumiputera akan tetap tinggal di
negerinya sedangkan orang asing akan keluar.
gubal II bongkah (tanah, batu, dll); ~ besi bongkah besi (besi yg belum
ditempa).
gubal III; menggubal membuat, menyusun, mencipta (undang-undang,
perlembagaan, dll), membentuk dan mengatur (menyusun):
jawatankuasa itu telah ~ satu perlembagaan yg baru; terpulanglah
kpd kerajaan kelak utk ~ dasar-dasar utk menggalakkan
bumiputera dlm perniagaan dan perdagangan;
tergubal terbentuk, tercipta, tersusun (peraturan, formula, dll): dgn
itu ~lah siri abjad Jawi yg lengkap bagi bahasa Melayu;
penggubalan perihal (perbuatan, tindakan, dsb) menggubal;
penggubal orang yg menggubal: ~ istilah; ~ undang-undang orang
yg menggubal undang-undang.
gubang I ark; perahu ~ sj perahu layar, panjangnya antara 20 hingga 25
kaki atau 6 hingga 7.5 meter.
gubang II ark takuk-takuk pd pokok utk memudahkan orang memanjat.
gubas kasar (buatan, hasil pertukangan).
gubel Jw; menggubel bergantung pd, berpegang pd (kanak-kanak pd ibu
atau ayahnya).
gubernemen (gubernemén) Id kerajaan atau pemerintah (pd zaman
kolonial).
gubir gelambir.
gubit Mn; menggubit melambai (tangan dll) utk memanggil.
gubra gugup.
gubris Id = menggubris bp mengambil perhatian, mempedulikan,
mengendahkan.
gubuk dangau, rumah kecil (di sawah dll).
guci sj buyung yg dibuat drpd tembikar dll; ~ wasiat ki sesuatu yg penuh
rahsia (sakti).
gucik  guncak.
gucuk Br gobek.
gudang bangunan atau rumah tempat menyimpan barang-barang: ~
getah;
bergudang-gudang beberapa gudang (banyaknya);
menggudangkan menyimpan dlm gudang.
gudeg Jw sj masakan yg dibuat drpd nangka muda; kota ~ bp Jogjakarta;
nasi ~ nasi bercampur dgn gudeg.
guderi Jk sj permaidani yg halus.
gudi ark 1. sj cerana; 2. kalangan kapal;guri II.
gudig Jw kurap;
gudigan menderita penyakit kurap, berkurap.
gudik ark; tergudik-gudik tergerak-gerak (ekor kucing dll).
gudu-gudu sj paip utk menghisap tembakau dll, hukah.
gugah Jw; menggugah 1. menjagakan (orang tidur), membangkitkan,
membangunkan; 2. menggesa atau mencabar (supaya melakukan
sesuatu dll), membangunkan, membangkitkan: melalui makalah
ini, saya ingin ~ ahli bahasa, sasterawan, guru bahasa, dan
pengguna bahasa utk menentukan pilihan mana yg betul dan mana
yg salah.
gugat I; menggugat 1. mendakwa, mengadukan (perkara) kpd
mahkamah; ~ pusaka mengadukan perkara pusaka kpd mahkamah;
2. mendesak supaya menepati janji, membangkitkan perkara yg
sudah-sudah, mengkritik dgn keras, mencela, membantah,
menyanggah: ahli Dewan Rakyat itu digugat oleh ahli-ahli
partinya kerana tidak menepati janji;
gugatan dakwaan, tuntutan, celaan, sanggahan;
tergugat digugat: ketenteraman masyarakat telah ~;
penggugatan perihal atau perbuatan menggugat;
penggugat orang yg menggugat.
gugat II Id goncangan;
menggugat menggoncang.
gugu NS; menggugu 1. mendengking-dengking (menangis dll); 2.
mengunyah, memamah biak (binatang dll).
guguh Mn; mengguguh 1. mengetuk (pintu dll); 2. memukul (gendang
dll).
guguk I Mn bukit kecil, anak bukit.
guguk II; gelap-~ gelap-gelita.
gugup 1. riuh-rendah, gegak-gempita, hiruk-pikuk: apabila letupan
bergemuruh maka di dlm rumah kedengaran ~ dgn raung dan
tangis perempuan; 2. bingung, kehilangan akal; 3. gagap: ia
kelihatan ~ dan teragak-agak dlm adegan itu;
menggugupkan menjadikan gugup;
kegugupan perihal gugup, kebingungan;
penggugup orang yg mudah menjadi gugup.
gugur 1. jatuh, luruh (buah dll): buah yg tak ~-~; 2. jatuh sebelum masak
(buah-buahan); 3. lahir sebelum cukup bulan (anak kecil): anak ~;
4. runtuh (tanah dll); 5. mati (terkorban) dlm pertempuran: telah
banyak pahlawan Kedah yg ~; 6. hilang, habis (hak dll): kalau
sesebuah negara tidak membayar hutangnya sampai dua tahun
lamanya akan ~ haknya utk mengundi dlm majlis perhimpunan
agung;
~ hati jatuh hati, jatuh cinta; ~ talak jatuh talak (diceraikan); bunga
~, putik pun ~ prb setiap yg hidup akan mati (dgn tidak
memandang umur);
berguguran gugur dgn banyaknya: papan dinding rumahnya ~
jatuh berkeping-keping kerana sudah tua;
menggugurkan 1. menjatuhkan: risalah-risalah digugurkan dr
kapal terbang; 2. mengeluarkan anak sebelum cukup bulan (dgn
sengaja): dgn diam-diam anak yg dlm kandungannya digugurkan;
3. mengeluarkan drpd (tidak memasukkan ke dlm) pasukan dll:
Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan ~ lima pemain drpd skuad
Piala Malaysia Kelantan tahun ini; 4. tidak menggunakan,
meniadakan atau menghilangkan (drpd penggunaan): dlm situasi
ini tiap-tiap penutur ~ ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan
sebaliknya berusaha menggunakan ciri-ciri bahasa yg difikirkan
lebih umum; contoh-contoh tersebut memperlihatkan bahawa kata
sendi sama ada di, dari, ke, daripada, ataupun oleh tidak boleh
digugurkan; 5. tidak meneruskan lagi (tuntutan dsb), tidak terus
menuntut;
keguguran 1. mengalami gugurnya (daun dll): pokok ceri yg
sedang ~ daun; 2. melahirkan anak sebelum cukup bulan (dgn
tidak sengaja): isterinya ~;
pengguguran perihal (perbuatan, tindakan, dsb) menggugurkan: ~
kata ‘dari’ pd ayat contoh membuat ayat tersebut menjadi tidak
gramatis; ~ tuntutan.
gugus 1. benda yg tumbuh banyak-banyak pd setangkai (buah-buahan),
benda yg sama jenisnya (anak kunci dll) yg dikumpulkan dalam
satu ikatan, rangkai, kelompok, tompok: se~ rambutan; 2. =
gugusan serangkai, sekelompok, setompok: ~ pulau-pulau; 3.
(Lin) urutan unsur linguistik yg berupa bunyi atau golongan kata: ~
konsonan;
~ akhir (Lin) gugus konsonan yg letaknya di akhir suku kata, mis
ks dlm kompleks; ~ awal (Lin) gugus konsonan yg letaknya di
awal suku kata, mis pr dlm prasejarah; ~ konsonan (Lin)
gabungan dua konsonan atau lebih yg berurutan dlm satu suku
kata, mis kl dlm klasik dan pr dlm protes;
bergugus-gugus berkelompok-kelompok (bkn pulau, bintang,
buah-buahan dsb), bertompok-tompok: setengah-setengah pokok
kelapa itu sudah berbuah dgn lebatnya ~ pd tandannya;
gugusan sesuatu yg berada dlm kelompok: ~ pulau-pulau.
gugut; gelap~- Kl gelap-gelita.
GUI akronim bagi graphical unit interface (antara muka unit grafik).
guih Kd mancis.
guilder unit mata wang Netherlands.
guit; mengguit 1. menguit, menguis; 2. ki menyinggung, melanggar (hak
dll); 3. = mengguit-guit bergerak-gerak (jari dll).
gujirak, gujirat Mn fitnah, umpatan, gunjing.
guk gema, gaung.
gul ark sl bunga ros, bunga mawar; ~ bakawali sj bunga yg kembang di
tengah malam, kengwa, Epiphyllum oxypetalum.
gula I benda manis yg dibuat drpd pati (air) tumbuh-tumbuhan dan buahbuahan
(spt tebu, kelapa, anggur, dll);
~ aising gula berbentuk serbuk berwarna putih yg digunakan utk
membuat aising; ~ anggur gula drpd buah anggur; ~ aren (enau,
kabung) gula drpd nira enau; ~ batu (buku) gula yg berketul-ketul;
~ bit gula yg terdapat drpd ubi bit putih; ~ demerara gula tebu
berwarna perang muda yg datangnya dr Demerara; ~ ganting gula
kasar; ~ getah manisan yg dicampur getah (karet) utk dikunyah; ~
kastor gula putih yg sangat halus; ~ kuning gula pasir yg berwarna
kemerah-merahan; ~ melaka (jawa, kelapa, nyiur, tuak) gula drpd
nira kelapa; ~ merah a) gula pasir merah; b) gula enau (kabung); ~
pasir (putih) gula halus spt pasir dibuat drpd air tebu; ~ ringkas
gula dlm bentuk ringkas spt glukosa, fruktosa, galaktosa; ~ tarik sj
manis-manisan drpd gula; ~ tebu gula drpd tebu; penyakit ~
kencing manis;
ada ~ ada semut prb di mana banyak keuntungan dan rezeki, di
situlah banyak orang berkumpul; hitam-hitam ~ jawa prb Jk
dikatakan kpd perempuan yg hitam kulitnya tetapi manis rupanya;
semanis-manis ~, ada pasir di dalamnya prb kata-kata yg lemak
manis itu biasanya berisi tipu muslihat; umpama ~ di dlm mulut
prb pekerjaan yg mudah dilakukan (sesuatu yg sudah dikuasai);
gula-gula 1. bermacam-macam manisan dibuat drpd gula; ~ getah
sj gula-gula bergetah dan berperisa utk dikunyah-kunyah sahaja; 2.
bp sesuatu yg menyukakan hati; 3. bp gundik, perempuan utk
bersuka-suka;
menggula, menggula-gula bp mengangkat-angkat (menyanjungnyanjung)
utk mendapat sesuatu, melakukan atau mengatakan yg
muluk-muluk terhadap seseorang utk memperdayanya atau
mendapatkan sesuatu: bijak sungguh orang tua yg berasal dr
Pulau Pinang itu berdiplomasi, patutlah bapa aku dulu mudah
digulanya;
menggulai memberi bergula pd, membubuh gula pd;
menggulakan menjadikan (kata-kata, percakapan, dsb) manis dan
muluk-muluk utk memperdaya seseorang atau utk mendapatkan
sesuatu.
gula II; ~ merah sj tumbuhan (pokok), api-api hutan, kayu gula, medang
api-api, mungul tiup-tiup, Adinandra dumosa;
gulai masakan (daging, ikan, dll) yg berkuah: ~ ayam; ~ terung; ~ lemak
gulai yg memakai santan yg banyak;
~ lampau serai tentu maung prb perbuatan yg berlebihan tidak
mendatangkan faedah; ~ sedap nasi mentah, nasi sedap ~ mentah
prb sesuatu perbuatan atau perkataan yg tidak sempurna;
menggulai membuat (memasak) gulai: ibuku sudah siap bertanak
dan ~; jikalau pandai ~, badar pun menjadi tenggiri prb orang yg
pandai dapat mengerjakan sesuatu dgn baik walaupun
kelengkapannya kurang;
gulai-menggulai pekerjaan menggulai;
menggulaikan 1. membuat gulai utk orang lain; 2. =
mempergulaikan memasak sesuatu supaya menjadi gulai: barang
rendang direndangkan, barang gulai digulaikan;
penggulaian 1. perihal atau perbuatan menggulai(kan); 2. barang
apa yg digulaikan, masakan gulai: kalau babu itu memang enak
~nya.
gulali Jw sj manisan yg dibuat drpd air gula yg kental.
gulambai Mn; si ~ sj hantu yg menyebabkan rumah terbakar;
kelambai.
gulana; gundah-~ sl sedih dan lesu.
gulang sj tumbuhan (pokok), gelam tikus, kelat paya, samak bukit,
Eugenia papillosa.
gulang-gulang Mn pondok kecil di sawah atau ladang, dangau.
gulat; bergulat 1. ark bergolek; 2. bergomol, bergelut; 3. ki berjuang:
utk mencapai cita-citanya dia rela ~ dgn sebarang ancaman;
menggulatkan ark menggolekkan;
penggulatan 1. penggomolan; 2. ki perjuangan, perlawanan.
gulet Jkgulat.
guli bola-bola kecil drpd kaca (batu dll) utk permainan kanak-kanak,
gundu, jaka, kelerang.
guling; ~-gantang = ~-gelantang tergolek-golek di sana sini,
tergelimpang di sana sini; bantal ~ bantal panjang yg bulat (bantal
golek);
berguling bergulung (berpusing dll) berbalik-balik, bergolek: pd
musim kemarau pokok Selaginella tergulung menjadi spt bola dan
apabila ditiup angin ~lah ia ke merata tempat;
berguling-guling berguling berkali-kali, bergolek-golek;
bergulingan berguling-guling, bergolek-golek: meja dan kerusi
tidak menentu letaknya, tin-tin kosong ~;
mengguling bergolek, berguling, senget ke sisi (bkn perahu);
menggulingkan 1. menyebabkan berguling: ~ kayu balak ke
sungai; 2. ki menjatuhkan, meruntuhkan, mengalahkan: mereka
diberitahu tentang satu komplot utk ~ kerajaan; 3. sl
menggelengkan: Siti Wang Gemala pun ~ kepalanya;
terguling telah digulingkan, tergolek: dlm pilihan raya lepas
partinya ~;
terguling-guling berguling-guling (dgn tidak sengaja), berpusing
berbalik-balik.
gulir  guling.
gulma Id rumpai.
gulonggok bergulung-gulung dr hujung ke pangkal (daun dan paku
pakis).
guludan Jw petak tanah yg telah digemburkan dan ditanam sesuatu.
gulung I 1. benda yg berlembar-lembar atau berutas-utas yg dilipat
begitu rupa hingga berbentuk bulat torak, bentuk bulat panjang
drpd benda berlembar-lembar atau berutas-utas yg dilipat: belat
se~; dawai lima ~; ~ kain itu tidak betul diikat; 2. ark gulunggulung
kayu yg melintang di antara kasau jantan dan kasau betina;
~ tikar ki bankrap (bkn perusahaan, perniagaan, dsb);
gulung-gemulung = bergulung-gulung;
bergulung 1. berada dlm gulung (spt kain, layar, dll): tatal ~ spt
subang; 2. bergerak spt berguling (ombak, asap, dll); 3.
melengkung ke atas atau ke bawah pd hujung atau tepi daun dll;
bergulung-gulung 1. banyak gulung: membeli tikar ~; 2. bergerak
spt berguling-guling: gelombang air datang ~; asap api ~;
menggulung 1. melipat benda yg berlembar atau berutas sehingga
berbentuk panjang bulat: tatal itu digulungnya spt subang; ~ rokok
daun; 2. melilitkan (benang, tali, dll) pd gelendong: ~ benang; 3.
ki menghambat, mengejar musuh, mengalahkan: dia telah dapat ~
lawannya; 4. mengakhiri, menyudahi, menutup (ucapan,
perdebatan, dsb dgn mengemukakan atau menonjolkan aspekaspek
yg penting): dia berkata demikian sewaktu ~ ucapan
mengenai anggaran belanjawan kementeriannya;
~ lengan baju ki bersiap utk bekerja; ~ tikar ki bersurai, bubar;
tergulung sudah digulung;
gulungan lipatan berbentuk bulat torak: ~ belat;
penggulungan perihal (perbuatan dsb) menggulung (perdebatan
dsb): ~ hujah dlm kes yg berat memerlukan perbandingan kes dan
undang-undang;
penggulung alat dll utk menggulung.
gulut; bergulut, bergulut-gulut, tergulut-gulut tergesa-gesa, terburuburu:
dia makan ~ sebab hendak berangkat lekas;
menggulut mendesak (orang) supaya berbuat sesuatu dgn segera,
menggesa-gesa: mereka digulut pergi ke pasar sebab hari sudah
tinggi.
gum bunyi spt bunyi meriam, degum.
gumai; buah ~ sj tumbuhan (pokok), balam cubadak, gamai, nyatuh
(bunga tanjung), taban bunga, Lucuma (Sideroxylon) maingayi.
gumal ronyok (kertas, kain, dll), berkerut-kerut, berkerumuk;
menggumalkan meronyokkan.
gumam; bergumam terkulum di dlm mulut (perkataan dll), berkemam:
orang itu tersenyum ~; gelak ~ = senyum ~ ketawa (senyum) yg
tertahan dlm mulut, tersenyum; berkata ~ bercakap dgn mengulum
kata-kata;
menggumam mengulum (kata-kata) dlm mulut: “ Hmm ...” dia ~;
gumaman kuluman (kata-kata) dlm mulut: dia cuba bersuara,
tetapi suaranya hanya ~;
gumba I Id bincul pd dahi gajah, kumba.
gumba II Kl; menggumba membomba (air).
gumba III alat utk mengepam minyak dll keluar dr bekasnya, pam;
menggumba mengepam minyak dll keluar dr bekasnya dgn
gumba.
gumbang buyung besar.
gumbar hati pokok kabung (nipah dll).
gumbuk; menggumbuk memujuk.
gumpal 1. bongkah, bingkah, kepal (tanah, tembakau, dll): ekor arnab
itu spt se~ kapas putih; 2. ketul (darah dll); 3. kepul (asap, awan);
bergumpal 1. berkepal, berketul, berkepul: butirnya ~ melekat
menyebabkan tanah menjadi lembik; 2. peluk-memeluk dan
guling-menggulingkan; 3. bertukar drpd cecair menjadi pekat dan
separuh pepejal (bkn cecair spt darah dsb), membeku: darah cepat
~ dlm suhu yg sejuk;
bergumpal-gumpal berkepal-kepal, berketul-ketul, berkepulkepul;
menggumpalkan 1. mengepal dan merenyukkan; 2. menyebabkan
bergumpal (menjadi pekat dan separuh pepejal): jus limau ~ susu;
gumpalan 1. kepalan, genggaman; 2. ketulan (darah dsb): ~
darah;
penggumpalan proses yg menyebabkan cecair, mis darah,
bertukar menjadi pekat dan separuh pepejal: bahan Allicin
berupaya menghalang ~ darah, meningkatkan aliran darah dan
merendahkan tekanan darah;
penggumpal (bahan) yg menyebabkan penggumpalan: vitamin K
juga dikenali sbg agen ~ atau faktor pembekuan darah.
gumpung kelompok belukar (pokok-pokok kecil).
gumuk; gumukan bukit kecil.
gun Jw sj alat pd perkakas tenun utk memisahkan benang.
guna I 1. manfaat, faedah: kelapa sawit banyak ~nya; 2. peranan, fungsi:
guru menerangkan ~ akar pd pokok; 3. untuk, bagi: dia datang ke
bandar ~ mencari keselamatan hidup; 4. budi baik, kebaikan: tidak
tahu membalas ~;
~ sama dapat digunakan secara bersama-sama oleh dua pihak atau
lebih (bkn perkhidmatan, bangunan dsb): satu sistem jawatan ~
sama di Mahkamah Syariah akan diwujudkan bagi membolehkan
pegawai mahkamah berkenaan berkhidmat di mana-mana negeri
mengikut keperluan; ~ tenaga (Eko) penggunaan tenaga manusia
dlm kegiatan dan perkembangan ekonomi; ~ tenaga penuh (Eko)
penggunaan seluruh tenaga manusia yg sanggup bekerja; ~ tenaga
tak penuh (Eko) penggunaan tenaga manusia yg tidak sepenuhnya;
seguna; ~ sekaya harta benda yg diperoleh suami isteri bersamasama
(dibahagi-bahagi apabila bercerai);
berguna berfaedah, bermanfaat, mendatangkan faedah atau
manfaat: tangisnya tidak ~ kerana semakin ia menangis semakin
suka pula budak-budak itu mengusiknya; hidup pun tidak ~;
kebergunaan perihal (keadaan dsb) berguna: ~ traktor dlm kerja
membajak sawah itu memang tidak dapat dinafikan;
menggunakan 1. = mempergunakan mengambil faedah:
dipergunakan hari mudanya utk mencari ilmu; 2. memakai,
mengerjakan (melakukan) sesuatu dgn: dia ~ kesempatan yg baik
ini utk menentang ajaran Hamzah; kereta itu dijalankan dgn ~
kuasa elektrik;
mempergunakan 1. = menggunakan; 2. memperlakukan utk
tujuan atau kepentingan tertentu, memperalat: pelajar sepatutnya
menimba ilmu di kampus tetapi mereka janganlah sampai
dipergunakan oleh mana-mana parti politik, hatta parti kerajaan
yg memerintah;
gunaan bidang pelajaran yg ada kegunaan praktiknya: sains ~;
kegunaan 1. faedah, guna: undang-undang itu dibuat utk ~
seluruh rakyat; 2. yg digunakan: semua kertas ~nya dapat dibeli;
segala alat ~ menebas pd zaman itu dibuat drpd batu;
pergunaan ark 1. pemakaian: ~ alat jentera menghendaki modal
yg besar; 2. faedah, guna: Paderi David Haex telah menyusun
kamus Melayu-Latin utk ~ menyiarkan agama Kristian;
penggunaan 1. perihal (perbuatan, kegiatan, dll) menggunakan
sesuatu: ~ kata itu tidak sesuai dgn ayat ini; 2. pemakaian (barangbarang,
hasil perusahaan, bahan makanan, dll);
kepenggunaan segala hal mengenai pengguna (barang-barang dll):
nasihat-nasihat ~;
pengguna orang dll yg menggunakan: tumbuh-tumbuhan ialah
penyimpan bahan makanan, haiwan ~nya.
guna II; guna-guna jampi, mantera (utk memikat hati seseorang), ubat
pengasih: kena ~;
menggunai mengguna-gunai;
mengguna-gunai mengenakan guna-guna (ubat pengasih) pd.
gunam; buah ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Chilocarpus costatus.
gunawan sl 1. mempunyai sifat-sifat kebaikan; 2. berguna.
guncak sj tumbuhan (pokok), gocek, gunciak, gunci(a)n, Antidesma
ghaesembilla.
gunci gunjai, ikal (rambut).
guncip gunting besar.
gundah 1. dukacita, sedih hati: setelah meninggalkan negeri ini saya
akan terus ~ sehingga saya dapat datang sekali lagi; 2. sl rindu:
marilah Laksamana, kita hendak mendengar khabar Inderaputera,
~nya kita akan Laksamana;
bergundah berduka, bersedih: puteri bersedih ~ hati;
menggundahkan mendukakan, menyedihkan, menyayukan: hal
apakah yg ~ hatikau itu?
kegundahan perihal gundah;
gundah-gulana duka dan lesu, duka lara;
menggundah-gulanakan menjadikan gundah-gulana,
mendukalarakan: dia tidak mahu lagi ~ hati orang tua itu;
kegundah-gulanaan keadaan atau sifat gundah-gulana,
kedukalaraan: ini merupakan gambaran betapa ~ orang Melayu yg
melihat kuasa asing sbg penceroboh.
gundak; ~ api sj tumbuhan (pokok memanjat), Vitis cinnamomea.
gundal I 1. tanda (berupa garis, simpul, takik, dll) yg dibuat sebagai
peringatan semasa menghitung (supaya jangan silap); 2. (Eko)
catatan kredit, debit, dsb;
gundalan tempat membuat gundal (tali, kayu, dll).
gundal II Jk pengekor, pengikut, tali barut; negara ~ bp negara yg
mengekori negara lain.
gundal III Kl tambahan, kelebihan.
gundang Jw lekum, kerongkong, tenggorok.
gundar Mn berus pakaian dll;bundar II.
gundi sj buah; kembal ~ Pr kembal yg berbentuk buah dan dihiasi dgn
kertas berwarna.
gundik 1. isteri yg bukan gahara, isteri tidak rasmi; 2. bini gelap; ~-
candik berbagai-bagai gundik;
bergundik mempunyai gundik;
bergundikkan mempunyai (seseorang) sbg gundik;
mempergundikkan menjadikan gundik;
pergundikan perihal bergundik: kongres wanita diadakan utk
menentang ~.
gundu 1. buah yg keras (dipakai dlm permainan), guli; 2. sesuatu spt guli
(getah, kepingan kayu, dll) yg digunakan sbg pelontar (lastik dll)
dlm permainan guli (getah, jengkek, dsb), tagan;
bergundu 1. bermain guli; 2. ada atau mempunyai gundu.
gundukan Id longgokan, tompok, kelompok.
gunggung Jw jumlah, sejumlah, sebanyak;
menggunggung menjumlahkan.
guni 1. serat yg didapati drpd sj pokok utk dibuat karung; 2. karung yg
dibuat drpd serat sj pokok.
gunjai jumbai, rumbai-rumbai, malai; sampai ke ~nya sampai ke
penghabisan (yg kecil-kecilnya); bunjai.
gunjing Mn fitnah, umpat; ~ gujirak (gujirat) berbagai-bagai fitnah;
menggunjing memfitnah, mengumpat, mengata-mengatai (orang
dsb);
menggunjingkan memfitnahkan, mencaci (orang),
memperkatakan keburukan (orang dsb);
gunjingan umpat-mengumpat, perbualan (percakapan) memfitnah
atau mengata-ngatai orang: masing-masing adalah spt ~ rendahan
seorang suri rumah dgn suri rumah jirannya mengenai kejelikan
seorang suri rumah lain.
guntak bunyi biji-biji buah dlm cemuk yg kering.
guntang I pelampung (pd kail, pancing).
guntang II = guntang-guntang kumparan tenun berbentuk torak yg
berisi benang di dalamnya.
guntil pundi-pundi kecil; buntil.
gunting 1. alat utk memotong kain (rambut, kertas, dll) yg terdiri drpd
dua bilah logam yg dirangkapkan; ~ babi sj perangkap babi yg
menggunakan pisau; ~ tiket alat untuk menebuk lubang pd tiket;
tukang ~ rambut tukang potong rambut; 2. bentuk atau potongan
(baju, rambut, dll): baju ~ Cina; rambut ~ GI; spt ~ makan di
hujung prb mencapai sesuatu dgn diam-diam;
bergunting 1. menyuruh potong (rambut) oleh tukang gunting: dia
baru saja lepas ~; 2. dipotong dgn gunting: kain itu belum ~ lagi;
menggunting 1. memotong dgn gunting, memangkas (rambut dll);
2. Id menipu, mencatut;
~ hati menyakitkan hati orang; ~ dlm lipatan prb membinasakan
sahabat (bangsa dll) sendiri;
mengguntingkan menggunting (kain dll) utk dijadikan sesuatu
(baju dll): kalau ya kasihkan kami guntingkan awan sehelai baju;
guntingan 1. hasil drpd menggunting, potongan (karangan,
akhbar, buku, dll); 2. (Komp) gambar atau teks yg telah dipotong
atau disalin oleh pengguna drpd dokumen yg sedia ada utk
digunakan dlm lukisan atau dokumen lain;
penggunting 1. orang yg menggunting; 2. alat utk menggunting.
guntung I tidak lancip, kotong, pendek (tiang, lengan baju, dll); baju ~
baju lengan pendek; tiang ~ tiang yg tidak lancip pd hujungnya;
mengguntung memotong bahagian hujung atau depan.
guntung II sj kail yg diikat pd pelampung dan pelampung ini pula
berhubung satu sama lain.
guntur guruh;
harapkan ~ di langit, air di tempayan dicurahkan prb oleh kerana
mengharapkan keuntungan besar yg belum pasti, keuntungan kecil
dilepaskan; spt itik mendengar ~ prb mengharapkan keuntungan yg
belum tentu diperoleh;
mengguntur (berbunyi dll) spt guntur, gemuruh.
gunu Kd sesuatu yg digunakan utk menandakan petak-petak bagi
permainan teng-teng.
gunung bukit yg besar dan tinggi (lebih drpd 1500 kaki atau 457.2
meter); ~ berangkat sj susunan bantal di atas pelamin; ~ berapi
gunung yg mengeluarkan lahar, api, dll dr kawahnya; ~ berapit
gunung yg letaknya di antara dua gunung; ~-ganang berbagaibagai
gunung, banyak gunung; ~ lipat gunung yg terjadi kerana
muka bumi berlipat; ~ payung ki buah hati, kesayangan (utk anak
dll);
~ juga yg dilejang panas prb a) orang kaya juga yg bertambah
kekayaannya; b) orang yg pernah berbuat salah biasanya dituduh
kalau timbul sesuatu kesalahan; ~ yg tinggi akan runtuh, jika
setiap hari digali prb harta yg banyak sekalipun akan habis kalau
selalu diboroskan; ke ~ tak dapat angin prb hendak memperoleh
kejayaan tetapi gagal; niat hati hendak memeluk ~ apakan daya
tangan tak sampai prb tidak berdaya mencapai sesuatu yg dihajati
(dicita-cita); niat hati nak peluk ~ sudah terpeluk biawak celaka
(sial) prb lain yg dihajati lain yg diperoleh (kemuliaan yg dihajati,
kehinaan yg diperoleh); rendah ~ tinggi harap(an) prb dipakai utk
menyatakan besarnya harapan; tak ada ~ yg tinggi yg tak dapat
didaki, tak ada lurah yg dalam yg tak dapat dituruni prb tidak ada
usaha yg tidak akan berhasil (asalkan keras kemahuan); tak akan
lari ~ dikejar (hilang kabut tampaklah dia) prb tidak perlu
bergopah-gapah mengerjakan sesuatu yg sudah tentu;
gunung-gemunung banjaran gunung;
gunung-gunungan, gegunungan gunung buatan, bukit kecil;
bergunung-gunung = bergunung-ganang mempunyai banyak
gunung: kawasan yg ~;
menggunung 1. meninggi (spt gunung): gelombang pun ~
tingginya; 2. mencapai paras (peringkat dsb) yg amat tinggi,
memuncak tinggi: kelayakan yg paling penting bagi seseorang
pemimpin dlm masyarakat Jepun ialah sahsiah penuh dgn
fahaman dan kesabaran, bukan kebolehan yg ~;
menggunungkan ki membesar-besarkan, menghebah-hebahkan;
air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan prb membesarbesarkan
perkara yg kecil;
pergunungan tanah yg penuh dgn gunung, daerah yg bergununggunung.
gup bunyi spt bunyi papan dipukul (debaran jantung dll), bunyi degap,
degup.
gurap sl sj perahu: maka turunlah Sultan Abdul Jalil itu kepada ~ yg
besarnya itu.
gurah I; bergurah berkumur (dgn air dll), mencuci mulut;
menggurah mencuci mulut dgn air.
gurah II sj tumbuhan (pokok yg buahnya dipakai utk menuba ikan),
gayan, guring, Sapium indicum; ~ bukit sj tumbuhan (pokok
renek), kayu seluang mudik, pokok tempang puteri,
Pseuderanthemum graciliflorum; ~ peria(t) sj tumbuhan (pokok
renek), ara lumut, Croton caudatum.
gurah III Kl guli.
guram Jk muram, suram, tidak berkilau.
gurami Jw sj ikan darat, ikan kaloi, Osphronemus goramy.
gurang sj tumbuhan (pokok renek), Ervatamia malaccensis; ~ bukit sj
tumbuhan (pokok), Helicia attenuata.
gurat = guratan (Sunda) gores, coret; ~ batu tetap pendirian;
menggurat menggores, mencoret;
tergurat tergores, tercoret.
gurau percakapan secara bermain-main, senda, kelakar, lawak, olokolok:
anakanda hendak mengusik ayahandakah dgn ~ jenaka
anakanda ini?; ~ senda = senda ~ berbagai-bagai kelakar;
bergurau = ~ senda berbual secara bermain-main, bersenda,
berjenaka, berkelakar: jangan ~ Aini, jangan berolok-olok;
memperguraukan mempermain-mainkan supaya ditertawakan
orang, memperolok-olok: adakah anak sebesar kau diperguraukan
orang?
gurauan, pergurauan senda, kelakar, jenaka.
gurdan; ringgit ~ sj wang ringgit yg bergambar burung (dolar Mexico).
gurdi gerudi, penggerek;
menggurdi menggerek (lubang dll);  gerudi.
guri I sj tempayan kecil (dipakai juga sebagai takar), buyung; ~ arak
botol arak.
guri II limbungan, galangan (kapal).
guri III Kl, Tr membeli sebelum ada pembeli lain, menjual kpd pembeli
yg pertama; gori II.
gurih Id sedap (spt ikan goreng dll); nasi ~ nasi
yg dimasak dgn santan dan kayu manis.
gurin Sr baring.
gurindam sj bentuk puisi (terdiri drpd dua baris, berisi dgn berbagaibagai
pengajaran);
bergurindam melafazkan gurindam.
guring sj tumbuhan (pokok yg bijinya digunakan sbg kapur barus),
bunga lerak, kekapur, pelir musang, sekobang kecil, sesundo bukit,
Anaxagorea scortechinii (javanica).
gurit Jw sj syair atau sajak;
menggurit mensyair, menyajak.
gurita I sj sotong, sotong gurita, Octopus spp., Eledone spp..
gurita II sj kain pembalut dada dan perut anak-anak, barut.
Gurkha 1. suku kaum berketurunan Hindu yg tinggal di Nepal dan
dikatakan terkenal dgn keberanian dlm ketenteraan; 2. anggota
rejimen angkatan tentera British atau India yg terdiri drpd askar yg
berasal dr Nepal: sepasukan askar ~.
gurnador sl gabenor.
guru 1. orang yg mengajar, pendidik, pengajar, pengasuh: ~ pelatih; ~
pelawat; 2. pemimpin agama Hindu;
~ bantu Id pembantu guru; ~ besar, = ~ kepala = ~ ketua guru yg
mengetuai sesuatu sekolah, pengetua sekolah; ~ latihan normal
guru yg bukan lepasan maktab atau universiti; ~ lepasan maktab
guru yg terlatih di maktab; ~ pelatih pelajar-pelajar di maktab
perguruan yg bakal menjadi guru; ~ pelawat pegawai pendidikan
yg tugasnya melawat dan memeriksa keadaan sekolah (bangunan,
pelajar, guru, dll), nazir sekolah; ~ penolong guru yg kanan selepas
guru besar;
~ kencing berdiri, murid kencing berlari prb kelakuan murid
mencontohi kelakuan guru (terutama dlm hal yg tidak baik);
berguru 1. belajar: sepeninggalan Awang kerana ~ itu, Bacuk
telah memujuk Dayang utk menggantikan tempat Awang; 2.
berlaku (bertindak) spt guru; ~ kepalang ajar, bagai bunga
kembang tak jadi prb ilmu yg tidak sempurna dituntut tidak ada
faedahnya;
bergurukan menjadikan seseorang sbg guru: dia ~ al-Guwayni yg
dikenal dgn gelaran Imam al-Haramayn;
keguruan yg berkaitan dgn guru, yg berkaitan dgn peranan (tugas,
kelayakan) sbg guru: sifat-sifat ~ yg luhur;
perguruan 1. sekolah, tempat belajar; 2. pengajaran; ~ rakyat Id
pengajaran kpd rakyat; 3. yg berkaitan dgn guru; maktab ~ maktab
tempat melatih guru; maktab ~ bahasa maktab tempat melatih guru
bahasa.
guruh bunyi bising di langit (yg biasanya didahului oleh kilat), guntur,
tagar;
~-gemuruh berbunyi spt guruh, berdegar-degar;
harapkan ~ di langit, air tempayan dicurahkan prb kerana
mengharapkan sesuatu yg belum tentu, barang yg tersedia
dilepaskan; tak ada ~ pd orang pekak, tak ada kilat pd orang buta
prb orang bodoh tidak tahu akan erti kiasan dan sindiran.
gurun kawasan yg luas dan kering (biasanya diliputi pasir), padang pasir;
~ tandus gurun yg tidak ditumbuhi tumbuh-tumbuhan.
gurur Ar harapan hampa, fikiran yg bukan-bukan.
gus semuanya pd waktu yg sama;
sekali ~ (mengerjakan) semuanya pd waktu yg sama: bayaran
sekolah di Tokyo dibayar setahun sekali ~.
gusar berang, marah: ia menunjukkan ~nya kpd saya;
menggusari memarahi: jangan digusari orang tua itu;
menggusarkan menimbulkan rasa gusar, menyebabkan marah:
jawaban anaknya itu semakin ~nya; mati di medan jihad bagi
orang Mukmin bukanlah sesuatu yg ~;
kegusaran perihal gusar, kemarahan: sepanjang minggu orientasi
itu berjalan, penuntut-penuntut baru sering berada dlm keadaan
ketakutan, ~ dan tidak tenteram.
gusi I daging tempat tumbuh gigi; gatal ~ ki terbit air liur, mengingini
makanan dll.
gusi II; layar ~ layar yg dipasang pd tiang belakang.
gusti I Jw gelaran atau panggilan bagi orang bangsawan.
gusti II; perlawanan menjatuhkan lawan dgn bergelut;
bergusti bergelut dgn lawan utk menjatuhkannya.
gusuk Kl terakhir (perlawanan, peperiksaan, dll).
gusur Jk; menggusur menarik, mengheret.
gusut Kl berpilin-pilin, berbelit-belit, bersimpul-simpul, berputar-putar
(tali dll).
gutik; menggutik 1. menyentuh dgn jari; 2. Mn mencubit, menggetil,
mengambil sedikit demi sedikit.
guyur Jw; mengguyur menyiram.

No comments:

Post a Comment

Catatan Lain Yang Mungkin Anda Cari

Kumpulan Blog Kendalian Saya

Blog List Ilmu Keguruan

Pautan Bersama